- FORUM KEMERDEKAAN - KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU:
Tn Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Datuk Prof Dr Abu Bakar - UM
YB Dato' Husam Musa - Exco Kelantan
Prof Abu Hassan Hasbullah- Moderator ( UM )
mms://webtv.terengganukini.net/forum/2011/110925/110925.wmv
2. DR BURHANUDDIN HJ MOHD NOR AL HELMY - PUISI OLEH SN A.SAMAD SAID (Sempena Konvensyen ke-60) - http://www.youtube.com/watch?v=8qpM3xetsm0
Almarhum Dr Buhanuddin Hj Mohd Nor al Helmy - YDP PAS ke-3
SN A. Samad Said - Mendeklamasikan sajak
3. KONVENSYEN PAS 60 TAHUN - UCAPUTAMA PRESIDEN
YB Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
SATU : http://www.youtube.com/watch?v=vuduucwn2oo
DUA : http://www.youtube.com/watch?v=xNYIrJ__U50&feature=channel_video_title
Hjh Suri,balu Almarhum Dr Buhanuddin al Helmy (YDP PAS ke-3) menerima Pingat Pahlawan Ummah
4. UCAPAN TOK GURU NIK AZIZ - UMNO, I KNOW WHO YOU ARE?
http://www.youtube.com/watch?v=kzy-GC9iN1s
5. DSAI - PAKATAN BENTANG 2012 PADA HARI ISNIN (3.10.2011) :
http://www.youtube.com/watch?v=EZaSprVW3Hs
6. Wacana Sinar-Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula?
YB Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
YB Datuk Dr Puad Zakashi - AMT UMNO
Datuk Prof Dr Abu Bakar - UM
Datuk Prof Dr Ramlah Adam - UKM
Tuan Syed Munawar - Moderator
I - http://www.youtube.com/watch?v=8leQutQp_xs&feature=related
II - http://www.youtube.com/watch?v=uHOsYHMwRBo&feature=related
Lagu nyanyian Kartunis Zunar :
Bento ~ Iwan Fals : http://www.youtube.com/watch?v=51BNBlayf-0&feature=player_embedded#!
IJTIMAK TARBAWI : 28/10/2011 -UCAPAN KETUA PEMUDA PAS : USTAZ NASRUDDIN HASSAN AT TANTAWI : http://www.youtube.com/tvpas09#p/u/38/lWs8Rz2RW2c
KONGRESS AMK KE-8 : 28/11/2011 DI PULAI,JOHOR - SDR SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN
http://www.malaysiakini.tv/video/22717/amk-chiefs-speech-at-8th-pkr-congress.html
Pemuda PAS cabar Kamal debat isu hudud |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal dengan dakwaan Mohd Kamal Sadin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu yang telah memperlekehkan hukum hudud yang digubal Kerajaan Kelantan dengan mengatakan ianya bercanggah dengan hukum Allah. Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah mengulas kenyataan Mohd Kamal Sadin pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam yang berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.
Mohd Kamal Sadin - Penasihat Agama MB Terengganu
Dalam program tersebut, Mohd Kamal Sadin juga mengatakan Undang-Undang Hudud PAS membenarkan liwat ke atas isteri. “Sehubungan itu, DPPNT mencabar secara terbuka satu debat secara ilmiah diadakan antara Mohd Kamal Sadin dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat berkenaan hukuman Hudud sekaligus menjawab fitnah dan salah faham yang ditimbulkan,” kata Zaidan dalam satu kenyataan di sini. Tegasnya, DPPNT bersedia pada bila-bila masa dan memberi Mohd Kamal Sadin untuk menentukan masa dan tempat diadakan debat berkenaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6872-pemuda-pas-cabar-kamal-debat-isu-hudud
PAS anjur Wacana Burhanuddin Helmy esok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pusat Penyelidikan PAS akan menganjurkan Wacana Burhanuddin Helmy bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini. Pengarah operasinya, Dr Zuhdi Marzuki berkata program pertama akan diadakan pada 6 Disember bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Wacana bulanan tersebut bakal dihadiri oleh pimpinan PAS Pusat serta ahli akademik dan professional dari seluruh negara. Katanya, selari dengan hasrat PAS menjadi teraju perubahan kepada masyarakat, Wacana Burhanuddin Helmy akan dijadikan sebagai medan untuk pimpinan PAS, ahli akademik dan professional bertukar pendapat dalam memberi penyelesaian kepada masalah semasa yang dihadapi negara. Antara topik yang akan dibincangkan ialah Kegagalan Program Penswastaan Negara, Penyenaraian Felda ke bursa saham dan pelbagai isu lain yang membelenggui negara dan mendatangkan musibah kepada rakyat. “Komited dengan agenda “PAS untuk Semua”, wacana ini diharap dapat terus menggalakkan kerjasama ulama’, ahli politik dan professional dalam membincangkan isu-isu nasional dan yang memberikan kesan yang besar kepada rakyat secara telus dan serius,” katanya. Hasil perbincangan akan didokumenkan sebelum disebar-luaskan untuk memberikan lebih kesedaran kepada rakyat yang sering tertindas dan ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional. Menurutnya, Wacana Burhanuddin Helmy diharap akan menjadi satu lagi pemangkin kepada wujudnya sebuah Negara Berkebajikan yang akan memacu kemajuan negara dan memastikan kesejahteraan kepada rakyat. Kepada yang berminat, sila hubungi Muhammad di talian 019-3303236. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6871-pas-anjur-wacana-burhanuddin-helmy-esok
Sumber HD : 5/12/2010
Suburkan dialog dan debat intelektual
Wan Mohamad Rasyadan, |
Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderung menilai agenda yang ditawarkan oleh parti-parti politik dan seterunya memilih parti yang mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
Mereka bukan lagi taasub kepada satu parti politik, hasilnya, setiap parti politik berusaha keras merencanakan agenda yang dibawa bagi memastikan persepsi positif pengundi sentiasa konsisten terhadap mereka.
Political will (keazaman politik) bagi sesebuah parti politik menjadi satu perkara yang penting bagi rakyat menilai kesungguhan parti politik membawa agenda yang telah direncanakan iaitu bukan sekadar omongan kosong, ia perlu direalisasikan.
Salah satu usaha yang mesti diambil perhatian bagi memenuhi tuntutan budaya politik baru ini ialah dengan menyuburkan dialog dan debat intelektual secara terbuka tanpa ada manipulasi dari pihak tertentu dari sudut maklumat. Ini sangat penting bagi memastikan rakyat mendapat sumber maklumat yang segar dan telus.
Bukanlah budaya baru
Dialog dan debat intelektual bukanlah sesuatu yang baru di dunia. Mungkin diMalaysia ia agak kurang popular, kerana adanya sikap ketidak terbukaan parti politik dalam menganjurkan dialog dan debat intelektual, dan juga ketelusan media arus perdana dalam menyiarkan debat dan dialog tersebut.
Jika kita menyoroti sejarah, bagaimana kisah nabi Musa a.s. ketika berhadapan dengan puluhan ribu ahli sihir yang dikumpulkan oleh Firaun untuk mengalahkan baginda. Walaupun dari sudut keadilan boleh dipertikaikan kerana puluhan ribu ahli sihir melawan seorang nabi, akan tetapi perkara yang menarik ialah pertandingan ini secara terbuka dengan kehadiran pembesar negara dan rakyat jelata dari seluruh Mesir. Penonton dapat menilai secara langsung pihak yang benar dan pihak yang batil.
Kita juga masih ingat bagaimana John McCain berhadapan dengan Obama dalam Final US Presidential Debate. Ketenangan yang dibawa oleh Obama dan cemasnya McCain telah memberikan satu klu kepada pengundi, siapakah yang sebenarnya layak dipilih sebagai presiden di samping keyakinan Obama dalam menyampaikan agenda yang mahu dibawa untuk membangunkan Amerika.
Perlu disuburkan
Harga petrol yang dijadikan isu perdebatan antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek cukup memberi impak yang besar kepada rakyat. Dengan jelas dan telus rakyat dapat menyaksikan bagaimana hujah yang dilontarkan oleh pemimpin dari pemerintah dan juga pembangkang dalam membela nasib rakyat.
Kesediaan PAS dalam berdialog dengan mana-mana komponena BN menunjukkan kematangan politik yang wujud dalam PAS. Menurut Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas sesi dialog yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian masalah tertentu adalah digalakkan dan ia tidak perlu dilakukan secara tertutup.
Tidak kurang hebat juga dengan ajakan debat satu sama satu secara terbuka oleh Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar kepada anggota parlimen pembangkang berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.
Debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan kematangan mereka berhujah dan mengetepikan sentimen peribadi dan kepartian. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal 8 tahun lagi. Sayang sekali debat tersebut dianjurkan di luar Malaysia.
Budaya ini juga mesti disuburkan di dalam kampus, ketepikan dahulu isu AUKU yang sempit. Kita ketengahkan agenda memperkayakan minda mahasiswa. Pihak pentadbiran sewajarnya memberi galakan kepada mahasiswa menganjurkan dialog dan debat intelektual bukannya menyekat secara membuta-tuli. Apa salahnya kita tokoh-tokoh politik seperti Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Salahuddin Ayub, Saifuddin Nasution Ismail dan Anthony Loke Siew Fook diundang berdialog di pusat pengajian tinggi? Jawapannya tentu sekali tidak salah, kerana pentadbiran pusat pengajian tinggi sepatutnya tidak ada kepentingan dalam politik.
Harapan anak muda
Oleh sebab itu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melalui Majlis Politik Nasional (MPN) pernah menawarkan diri sebagai penganjur debat terbuka antara Dato Seri Najib Tun Razak dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dialog dan debat intelektual salah satu pemangkin kepada pendidikan politik. Sasaran yang ingin dicapai dalam pendidikan politik ialah wujudnya wa’yu siyasi (kesedaran politik) dalam setiap diri individu. Kita juga mengharapkan media arus perdana selaku medium pengantar maklumat memainkan peranan secara telus dan adil tanpa ada manipulasi dari sudut maklumat.
GAMIS sangat optimis sekiranya budaya ini disuburkan, di Malaysia akan wujudnya parti politik yang mempunyai keazaman politik yang tinggi dan rakyat tersedia dengan pendidikan politik yang baik, dikukuhkan dengan sistem pilihanraya yang telus dan adil. Seterusnya melahirkan politik baru Malaysia.
GAMIS Inspirasi Anak Muda!
Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin
Ketua Penerangan GAMIS
Sumber HD : 11/02/2012
Bubar parlimen: Tak boleh guna kemudahan kerajaan
Muhammad Faizal, | 29 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 29 Mac: Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull hari ini menyatakan adalah tidak dibenarkan sesebuah parti menggunakan kemudahan kerajaan selepas pembubaran Parlimen mahupun Dewan Negeri.
"Penggunaan kemudahan kerajaan termasuklah kenderaan selepas pembubaran adalah memang tidak boleh.
"Malah ia bukan sahaja melibatkan sebuah parti tetapi semua parti," jelasnya menjawab pertanyaan hadirin Wacana Sinar Harian (gambar) di Kompleks Karangkraf di sini, yang mempersoalkan tentang penggunaan kenderaan kerajaan oleh Umno Barisan Nasional selepas pembubaran Parlimen.
Menurutnya lagi, sepatutnya apabila selepas pembubaran akan ada sebuah kerajaan sementara yang akan mengambil alih kerajaan sedia ada membuat pemantauan tentang penggunaan kemudahan kerajaan.
"Kita secara jelas mengatakan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan tetapi sehingga kini tidak ada garis panduan yang betul-betul langkah untuk kerajaan sementara dalam menghalang tindakan tersebut.
"Kita berharap perkara ini perlu disediakan agar wujud garis panduan yang jelas dalam soal penggunaan kemudahan kerajaan bila berlakunya pembubaran parlimen," sambungnya lagi.
Sebelum itu, Mohd Shukri yang merupakan panel pada Wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti" bagi membincangkan peranan SPRM dalam usaha membanteras rasuah termasuk penglibatan mereka yang berprofil tinggi.
Turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahmad Dahlan, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli serta penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar.
Manakala moderator adalah Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Sumber HD : 29/03/2012
DEBAT ISU PTPTN : RAFIZI RAMLI LAWAN KHAIRY JAMALUDDIN:
http://www.youtube.com/watch?v=AQaHimz8pIE
Ramai mengharapkan Debat yang dianjurkan Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz berlangsung dengan jayanya. Ramai yang mahu mendengar sendiri hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf siyasi .
Sebelum ini Presiden Isma ini banyak mengkritik tahalluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Apabila Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz menganjurkan debat ini, masanya untuk Presiden Isma ini mengemukakan hujah secara berdepan dengan pimpinan PAS terbuka luas.
Malangnya, Presiden Isma ini tidak menggunakan peluang ini apabila menarik diri di saat-saat akhir atas alasan yang tidak dapat diterima. Boleh tanya Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz alasan Presiden Isma ini.
Kini, Buletin Isma (video di atas) menyiarkan satu lagi hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf syiasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Presiden Isma diharap berani berhujah secara berdepan bukan hanya berani seperti Najib menghentam PR tapi bila diajak berdebat tidak berani.
Jika ada hujah kemukakan secara berdepan bukan hanya berani dalam kelompok sendiri. Jika tidak mahu penganjur lain, Isma boleh anjurkan debat Presiden Isma dengan Dr Mujahid sekali lagi atas tajuk yang sama.
Sumber HD : 4/10/2012

Awani potong cabaran debat Najib-Anwar
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.
(Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib)
Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.
Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.
Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.
Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.
Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik.
Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.
Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung.
Sumber HD : 24/05/2012

Debat Najib Anwar tidak perlu - Tengku Adnan
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Harapan rakyat untuk melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampa apabila ditolak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).
Setiasaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.
"Tidak perlulah moderator debat semalam mengajukan cadangan supaya Perdana Menteri berdebat dengan Anwar kerana semua maklum bahawa geng-geng pembangkang ini, apatah lagi Anwar akan sengaja (dalam debat itu nanti) nak cetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.
"Lagi pun ada perkara-perkara lain yang lebih penting dari politik dengan Perdana Menteri sendiri ketika ini bekerja keras nak pastikan nasib rakyat terus terbela.
"Kita nak pastikan janji kita ditunaikan untuk rakyat sebab kalau tengok di Selangor sendiri yang diperintah oleh kerajaan negeri PKR banyak sungguh janji masih belum ditunaikan.
''Tambah lagi sistem politik kita berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat... di sini tidak ada presidential election (pilihan raya Presiden)," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tengku Adnan mengulas cabaran yang dilontarkan Dr. Maszlee, pengendali debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Kompleks Karangkraf kelmarin supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai isu-isu politik tanah air.
Debat anjuran akhbar Sinar Harian berkenaan melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli.
Sumber HD : 24/05/2012
DEBAT LIM GUAN ENG VS CHUA SOI LEK 2012 (2.0):
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=ZwR1h7YkFUg&NR=1

Tarikh : 14/06/2012
Presiden Isma hanya berani di luar gelanggang, sama macam Najib
http://paspb2.blogspot.com, | 04 Okt 2012 |
Ramai mengharapkan Debat yang dianjurkan Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz berlangsung dengan jayanya. Ramai yang mahu mendengar sendiri hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf siyasi .
Sebelum ini Presiden Isma ini banyak mengkritik tahalluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Apabila Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz menganjurkan debat ini, masanya untuk Presiden Isma ini mengemukakan hujah secara berdepan dengan pimpinan PAS terbuka luas.
Malangnya, Presiden Isma ini tidak menggunakan peluang ini apabila menarik diri di saat-saat akhir atas alasan yang tidak dapat diterima. Boleh tanya Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz alasan Presiden Isma ini.
Kini, Buletin Isma (video di atas) menyiarkan satu lagi hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf syiasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Presiden Isma diharap berani berhujah secara berdepan bukan hanya berani seperti Najib menghentam PR tapi bila diajak berdebat tidak berani.
Jika ada hujah kemukakan secara berdepan bukan hanya berani dalam kelompok sendiri. Jika tidak mahu penganjur lain, Isma boleh anjurkan debat Presiden Isma dengan Dr Mujahid sekali lagi atas tajuk yang sama.
Sumber HD : 4/10/2012
Tak terima perbezaan idea punca samseng politik
Muhammad Faizal, | 06 Dis 2012 |
SHAH ALAM: Pencetus kepada wujudnya politik samseng berkemungkinan hasil daripada kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini, kata peguam Hanipa Maidin.
Bercakap dalam Wacana Sinar Harian hari ini beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, politik samseng itu juga wujud apabila pemain politik itu tidak mahu menerima kepelbagaian pandangan politik sebagai satu pertembungan sihat.
Malah katanya, ia menjadi lebih parah jika satu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka.
"Mereka selalunya merasakan idea mereka tak diterima, mereka tidak senang dan iri hati dengan idea orang lain, maka timbul politik samseng," katanya.
Wacana Sinar Harian ke-16 hari ini membincangkan tajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?"
Wacana tersebut dibarisi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.
Penganalisis Politik, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar pula bertindak sebagai perantara wacana tersebut.
Menurut Hanipa lagi, politik samseng mungkin boleh dielak jika parti-parti politik melihat pertembungan idea sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh semua pihak.
"Bila suasana pertembungan idea yang sihat dapat kita lakukan maka budaya samseng itu tidak akan berlaku dan selepas itu biarlah rakyat yang membuat pilihan siapa yang mereka pilih," jelasnya.
Hanipa juga berpendapat jika wujud kebebasan yang sekata untuk bersuara serta menyampaikan idea, maka suasana politik negara akan terus berlangsung dengan lebih aman.
"Di Malaysia kita lihat suasana samseng itu ditimbulkan oleh pemimpin itu sendiri yang tidak dapat menerima pendapat yang baru.
"Untuk menghapuskan suasana tersebut kita perlu lakukan perubahan terhadap kepimpinan yang ada, bila ini dilakukan saya pasti suasana itu kembali aman," jelas beliau.
1. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-1.110393
2. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-part-2-1.110394
3. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-part-3-1.110395
4. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-part-4-1.110396
5. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-part-5-1.110397
6. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-part-6-1.110398
7. http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv/wacana-dialog/wacana-sinar-harian-siri-16-politik-samseng-di-mana-maruah-kita-part-7-1.110399

Sumber HD - 6-12-2012
ARTIS MASUK POLITIK : KREDIBILITI ATAU PANCING UNDI
Husam bertembung Saifudin di UM esok
Harakahdaily, | 18 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Para peminat akan mengikuti pendebatan politik dalam seminar politik dan pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-13 anjuran Universiti Malaya (UM) esok.
Ia akan menyaksikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah bertembung dengan Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.
Yang menariknya, kedua-dua tokoh ini adalah bekas aktivis pelajar di UM di awal 1980an dan berada dalam satu kumpulan yang kemudian berpecah apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menyertai Umno pada tahun 1982.
Forum ini juga akan disertai oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta anggota Parlimen Huku Selangor, P Kamalanathan.
Mereka akan menyertai Forum PRU-13 anjuran UMCEDEL yang dijangka bermula jam 2.30 petang esok di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Pada sebelah paginya, Pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Ridhuan Othman akan membentangkan sosio politik pra PRU.
Selepas itu, tiga pemimpin media akan membentangkan pandangan mereka dalam sessi bertajuk 'Harapan BN dan PR dalam PRU - 13'.
Ia akan disertai oleh Datuk Jalil Ali (Sinar Harian), Fathi Aris Omar (Malaysiakini) dan Zulkifli Sulong (Harakahdaily).

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-2-2013
ARTIS MASUK POLITIK : KREDIBILITI ATAU PANCING UNDI
Sumber TVP / SH - 27-3-2013
No comments:
Post a Comment