Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat. Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat. Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan. Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini,” ujarnya. Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor. “Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama. Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata. Menurutnya, “Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa” begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5992-jabatan-agama-perlu-fokus-aqidah-bukan-tauliah
Sumber HD - 15-10-2012
Apa salahnya saya jadi alat Islam - Bob Lokman |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 20 Okt: "Apa salahnya saya menjadi alat kepada Islam yang merupakan the way of life?" tanya bekas selebriti terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman. Bob ketika ditemui di majlis ceramah anjuran PAS di Taman Melewar malam tadi berkata, tidak timbul soal beliau dipergunakan PAS dan diheret ke setiap ceramah parti itu. Namun tegasnya, apa yang dilakukan kini adalah atas kerelaan dirinya sendiri yang berazam untuk terus berjuang di lapangan dakwah bersama PAS. "Soal dipergunakan ini, kita kena tau apa ini dunia. Dunia ini satu lapangan. Lapangan perlukan alat untuk membuka pintu akhirat dan agama alat menuju akhirat. "Jadi orang kena fahamlah apa itu the way of life. Kalau orang tak boleh faham the way of life, maka dia menyembah dunia. "Kita menyembah Allah, Islam itu Allah beri kepada kita untuk bagaimana kita nak guna. Bagaimana nak pakai umur, nak pakai harta kita, Islam itulah caranya...dan saya tak salah diperalat Islam untuk buka pintu akhirat," jelasnya panjang lebar. Selepas menyerahkan borang keahlian PAS Februari lalu, Bob terus aktif menyertai program PAS, kebanyakannya diundang menyampaikan tazkirah dan sesi perkongsian pengalaman bergelumang dalam dunia artis. Pada 10 Oktober lalu, Bob ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengikut seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat. Ketawa apabila dituduh "degil" dan "tidak sopan" kerana nekad untuk tidak akan hadir ke pejabat Jais, beliau tetap dengan pendirian bahawa Jais bertindak atas arahan Umno. "Sopan ini termasuk dalam bab akhlak. Akhlak ni kalau bab bersopan mesti dalam keadaan tertentu. Dalam kes (tangkapan Jais) ini, kita nampak Jais buat kerja kerana Umno. "Jadi kalau saya duduk dalam PAS orang yang panggil saya itu orang Umno saya tak datanglah. "Kalau dia bersifat neutral saya akan datang. Tapi ada kenyataan Jais menghina bahawa ahli PAS 85 peratus tak boleh baca Quran maka saya tau pendirian dia...maka saya pun kena nyatakan pendirian saya. "Jadi kita kena tahu pendirian dan orang yang berjuang kena tahu prinsip," katanya bersahaja namun dalam nada tegas. Cakap ada makna Sambil mengakui kehidupan sekarang lebih bermakna berbanding ketika menjadi artis dahulu, beliau berkata apa yang dituturkan ini hanya untuk Islam. "Hari ini pun macam dulu jugak banyak bercakap tapi sekarang cakap ada maknalah. Dari hati, cakap untuk mati," katanya. Tambahnya, kehidupannya sekarang lebih kepada menguatkan jiwa untuk perjuangan Islam. "Ini perjuangan yang menggunakan zahir dengan apa cara sekalipun tapi tujuannya ialah memperkukuhkan roh. "Kalau dulu berlakon cari duit nak makan je. Sekarang bukan berlakon tapi cakap betul...tapi bukan cari duit nak makan. Kadang-kadang bukan dapat duit pun, bukan orang bayar pun," katanya berseloroh. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6082-apa-salahnya-saya-jadi-alat-islam-bob-lokman
Sumber HD - 20-10-2012
Jais wajar raikan artis yang telah ‘berhijrah’ |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik ‘penghijrahan’ beberapa orang artis yang kini berkecimpung di dalam bidang dakwah seperti Akhil Hayy, Wardina, Sham Kamikaze, Radhi Melissa, Azmil Mustapha, Iwan Dangdut dan ramai lagi selain Bob Lokman. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kehadiran artis-artis itu telah mencetuskan revolusi dakwah baru yang telah menarik minat anak-anak muda remaja untuk kembali memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara menyeluruh. “Sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program-program yang membabitkan para artis-artis yang telah ‘berhijrah’ ini mendapat sambutan yang cukup hebat,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, selain peminat-peminat ‘tegar’ artis-artis terbabit, rakyat Malaysia secara keseluruhannya telah dapat menerima penglibatan artis-artis ini di dalam bidang dakwah dan berkongsi pengalaman mereka menerima ‘hidayah’ petunjuk daripada Allah SWT. “Janganlah disebabkan perkara yang terlalu remeh menyebabkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hilang pertimbangan sehingga mengambil tindakan yang tidak wajar di dalam menghentikan revolusi dakwah baru itu,” katanya. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, katanya mencadangkan pihak Jais sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap para artis yang telah ‘berhijrah’ ini dan menjadikan mereka sebagai ‘ikon’ dakwah Jais kepada masyarakat. Beliau berkata, Jais perlu menyediakan kursus-kursus dan garis panduan dakwah kepada para artis selain mengatur seliakan program-program dakwah yang perlu diisi oleh para artis tersebut untuk menarik minat masyarakat kembali kepada pengamalan agama Islam yang sebenar. "Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan ‘menghukum’ yang akan diambil oleh pihak Jais ke atas Bob Lokman dan rakan-rakan artis seangkatannya akan ‘menghanyutkan’ semula anak muda yang kini dilihat semakin jinak dengan agama selain akan meninggalkan persepsi negatif masyarakat yang melihat Jais sebagai agensi yang tidak mesra dakwah dan anti artis hijrah," ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6334-jais-wajar-raikan-artis-yang-telah-berhijrah
Sumber HD - 3-11-2012
Jais Keluar Waran Tangkap Tahan Bob Lokman
SHAH ALAM, 3 NOVEMBER 2011: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memperoleh waran tangkap untuk menahan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana memberi ceramah tanpa tauliah.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin dalam kenyatannya memberitahu waran itu telah dikeluarkan pada 28 Oktober lalu dan membolehkan pihak mereka menangkap Bob jika didapati berada di negeri itu.
Jais kini juga sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Bob Lokman bagi mengambil tindakan undang-undang sekali gus membolehkan Bob hadir di Mahkamah Syariah.
Walaubagaimanapun Bob Lokman akan dibebaskan dengan jaminan selepas beberapa kenyataannya diambil.
Bob sebelum ini ditahan Jais ketika sedang memberi ceramah di hadapan lebih 70 orang di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada bulan lalu.
Turut dilaporkan bahawa Bob telah diarahkan untuk hadir ke Jais untuk memberi keterangan tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Bob disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10755&c=1&s=160
Sumber HD - 3-11-2012
Kes Mohd Sany isu Jais sudah selesai |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Jika pengacara, pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari 2012 depan, Mohd Sany Hamzan pula di sebaliknya. Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak dikenakan tindakan lebih jauh, sebaliknya kes beliau telah pun selesai pada 11 Oktober lalu, sehari setelah beliau ditangkap pada malam 10 Oktober. Menurutnya, kes yang dikenakan ke atasnya hanyalah mengikut prosedur biasa yang tidak membolehkan beliau dikenakan tindakan lebih jauh. Katanya, pada dasarnya, beliau juga tidak seharusnya mengikuti prosedur tersebut, tetapi berlaku disebabkan tekanan politik oleh para pemimpin Umno BN ke atas Jais. "Saya sebenarnya macam Bob Lokman juga yang turut ditangkap oleh pihak Jais pada malam itu. Tetapi saya hadir ke pejabat agama seperti yang diarahkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Mohd Sany dan Bob Lokman ditahan oleh Jais berhubung satu program ceramah agama di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor pada malam 10 Oktober lalu. Beliau ditahan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu, manakala Bob Lokman ditahan kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di masjid itu. Mereka dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu. Kedua-dua mereka diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari 11 Oktober lalu bagi memberikan kenyataan. Mohd Sany mengambil keputusan hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Kajang seperti yang diarahkan, manakala Bob mengambil keputusan sebaliknya. Menurut Mohd Sany, sebaik hadir ke pejabat agama tersebut, beliau terpaksa menghabiskan masa selama sekitar 40 minit untuk memberikan keterangan kepada pegawai penguatkuasa Jais. "Saya ditemani oleh seorang lagi penceramah agama undangan kami pada malam itu, Ustaz Fakhrulrozi Mokhtar. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya sememangnya berkisar kepada penganjuran program itu, tetapi banyak mengenai Bob Lokman," katanya. Beliau mengakui kenyataan yang diberikan oleh beliau kepada pihak Jais mengenai Bob adalah realiti tentang ceramah Bob sendiri yang lebih kepada pengkisahan mengenai dirinya sendiri sejak kecil hingga sekarang setelah keluar dari dunia glamournya. "Selepas itu, tiada lagi kes mengenai saya bersabit tangkapan itu. Setelah saya sendiri memberikan kerjasama kepada pihak Jais termasuk hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Kajang pada 11 Oktober lalu seperti yang diarahkan, kes saya pun terus ditutup. "Saya bersyukur dengan penutupan kes saya itu. Tetapi saya memang boleh rumuskan, di pihak Jais sebenarnya tak ada apa-apa pun. Mereka tak akan tangkap pun saya kerana ceramah itu, melainkan kerana tekanan politik para pemimpin Umno BN ke atas Jais. "Kejadian seperti itu tak sepatutnya berlaku. Tapi itulah yang menyedihkan kita dengan keadaan di negara kita sejak dulu," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6896-kes-mohd-sany-isu-jais-sudah-selesai-
Sumber HD - 6-12-2012
Jaip siasat Bob Lokman ceramah di masjid |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 25 Dis: Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (gambar) yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor, semalam menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini. Katanya, selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati kakitangan Jaip lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat. “Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. “Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan Gambang,” katanya. Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga Jaip bertindak. Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. |
Sumber HD - 25-12-2012
Bob Lokman beri keterangan kepada Jaip 5 Jan |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 28 Dis: Bob Lokman, telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada 5 Januari ini bagi memberi keterangan berikutan notis siasatan terhadapnya 24 Disember lalu. Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini, beliau memaklumkan telah pun menerima surat daripada Jaip yang memintanya hadir di pejabatnya di sini jam 10 pagi pada tarikh tersebut bagi memberi keterangan. “Saya akan hadir ke pejabat Jaip bagi memberi keterangan berikutan tazkirah yang saya sampaikan kerana didakwa tanpa tauliah,” katanya. Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini Sabtu lalu. Pegawai tersebut mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah penuh sesak sedang menunaikan Solat Isyak dan dibawa ke beranda masjid. Beliau disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini Bob Lokman telah menerima waran tangkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga atas tuduhan menyampaikan ceramah di masjid dalam negeri tersebut tanpa tauliah. Sementara itu, Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS agar keluar beramai-ramai pada waktu perbicaraan itu bagi memberi sokongan kepada Bob Lokman. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7284-bob-lokman-beri-keterangan-kepada-jaip-5-jan
Sumber HD - 28-12-2012
Najwa Latif di Kota Bharu sempena ‘Ladies Night’ |
Salmah Mat Husain |
PENGKALAN CHEPA, 6 Jan: Artis baru yang terkenal dengan lagu ‘Muka Buku’ Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program ‘Kelantan Got Talent, Ladies Night’. Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan. “Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil. “Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja,” ujarnya lagi.
Najwa Latif - Penyanyi guitaris 'Cinta Muka Buku'
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam. Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/83-negeri-kelantan/7426-najwa-latif-di-kota-bharu-sempena-ladies-night
Sumber HD - 6-1-2013
Perjuangan Leman Raja Lawak
Mohd Sabri Said, | 06 Jan 2013 |
SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar) bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.
"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.
"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur. Itu kerja saya hari ini. Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.
Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.
"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.
"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.
"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur. Itu kerja saya hari ini. Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.
Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.
"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini dan adalah milik peribadi akaun pemilik laman sosial ini. Dengan itu, segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment