Dari Sham Kamikaze ke Lau Kana Bainana |
Ahmad Lutfi Othman |
Petang Khamis lalu, semasa singgah di Masjid Bukit Indah, Ampang, saya tertarik dengan poster warna-warni yang ditampal berdekatan pintu utama. Forum agama, "Syoknya Islam", di Surau Pandan Indah, menampilkan beberapa personaliti seperti Sham Kimakaze, Diana Amir dan Irma Hasmie.
Sdr Sham Kamikaze
Diana Amir
Irma Hasmie
Poster seumpama itu bukan perkara asing lagi. Kini, sepanduk, kain rentang dan risalah yang mempromosi aktiviti keagamaan artis-artis terkenal tanahair mudah dilihat di mana-mana. Kalau dahulu, nama-nama yang kita dengar sekadar Akil Hay, Wardina, Noor Kumalasari, Waheeda, Aishah, kini senarainya lebih panjang.
Sdr Akil Hayy
Waheeda
Noorkamalasari
Aishah
Selain Bob Lokman, saya cepat terkesan dengan beberapa selebriti yang dikatakan sama-sama "berhijrah" seperti Iwan Syahman, Rahmat Ekamatra dan Catriona Ross.
Bob Lokman
Iwan Syahman
Rahmat Ekamatra
Catriona Ross
Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=IAM674yKWrI&feature=channel_video_title Semasa membelek sisipan Utusan Malaysia, Mega, edisi Khamis itu juga, dua lagi nama artis lelaki dilaporkan "membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak", iaitu Abdullah Ahmad (Lah) dan Mohd Aizam Mat Saman (Adam VIP). "Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya. Dalam qasidah ada jaz, R&B dan ia membuatkan saya menitis air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang," kata Lah. Segera saya teringat, semasa menjadi editor majalah Muslimah, hampir 20 tahun lalu, saya pernah meminta wartawan menemuramah penyanyi Rahimah Rahim, yang mencipta kejutan dengan memilih untuk menutup aurat. Majalah yang saya terajui, Wasilah, sekitar tahun 2000 juga memilih Fauziah Ahmad Daud sebagai hiasan muka depan, juga selepas memakai tudung. Ogy turut berkunjung ke pejabat saya di Medan Idaman, Gombak, yang turut menerbitkan majalah proreformasi, Detik dan siri akhbar politik tidak berkala. Wasilah dan Detik kemudiannya diharamkan KDN. Melalui buku Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung, dirakam pengalaman Noor Kumalasari: "Bukan saja saya bertudung, malah saya rasa perlu berpakaian seperti dituntut Allah, bajunya longgar, daripada kain berwarna yang tidak jarang akhirnya muncullah fesyen hitam lebar... Hijab memberi kesan besar ... Saya rasa Allah sangat dekat dan saya tidak ingin kehilangannya." Fenomena para artis tanahair "berhijrah" menghayati cara hidup Islam memang perkembangan mengembirakan. Banyak pihak melihat kehidupan selebriti terkemuka mempunyai pengaruh besar ke atas kehidupan anak-anak muda. Mereka dikatakan mudah terpengaruh dan terikut-ikut gaya hidup personaliti yang mendapat liputan meluas media. Ada artis yang terlibat, terutama wanita, memilih untuk berundur terus daripada alam hiburan. Mungkin itu adalah pilihan terbaik bagi memastikan dapat "menjaga iman dan keyakinan" sebaiknya. Namun, ada yang berpendapat, bakat alam itu perlu dimanfaatkan di atas "jalan dakwah" atau cuba "memperbetulkan dunia seni yang kelam-kabut" itu. Iwan, dalam interbiu dengan Harakah mengingatkan, artis kembali kepada Islam bukanlah menjadi sekadar trend sahaja. Beliau tidak mahu ketika orang nak dakwah, semua nak dakwah, tutup aurat juga begitu, tetapi ia hanya sementara dan akhirnya kembali seperti asal. Catriona turut melakukan muhasabah diri yang baik dan cukup merendah diri. Katanya, untuk melakukan perubahan adalah mudah, namun untuk mengekalkan perubahan itu sangat payah. "Untuk itu, saya rasa sambil kita berubah, kita perlu mencari ilmu supaya lebih memahami. Pilih sahabat yang baik, hadiri majlis-majlis ilmu termasuk usrah dan banyakkan berdoa agar Allah tidak memesongkan hati kita," ujar pelakon yang nama penuhnya Catriona Norhayati Rose Bahrin. Irma Hasmie juga mempunyai pendapat sama. Cabaran utama baginya adalah untuk kekal istiqamah dengan perubahan itu. "Apa pun, semuanya bergantung kepada niat asal. Segalanya hanya kerana Allah," tegasnya. Irma juga menekankan kepentingan sentiasa berdoa kepada Allah untuk ditetapkan hati dan menguatkan tekad dalam proses penghijrahan itu. Secara peribadi saya tidaklah sampai ke peringkat "mahu membebankan" personaliti berkenaan. Alhamdulillah jika mereka berminat atau terdorong untuk menyuburkan kerja-kerja dakwah. Namun sekiranya tidak berkemampuan, sudah cukup baik jika mereka dapat berkongsi pengalaman menemui hidayah dan melayari dunia baik dengan audien yang lebih ramai. Dunia seni juga masih mempunyai ruang cukup luas yang perlu "diisi dan dibersihkan" seadanya, atau sekurang-kurangnya "tidak dikotori" lagi. Misalnya, bukankah lagu-lagu bermesej ketuhanan dan kemanusiaan, yang dinyanyikan, antara lain oleh Ramli Sarip, M Nasir, Ito, Amy Search dan tentunya tidak terkecuali Mawi serta artis-artis nasyid lainnya juga begitu menghiburkan dan perlu dimartabatkan secara lebih mantap dalam dunia muzik tanahair? Saya melihat perkembangan menarik mengenai "penghijrahan" artis-artis ini apabila mereka mewakili pelbagai sektor dalam dunia hiburan. Ya, ada penyanyi, pelakon dan juga pemuzik terkenal seperti Sham Kimikaze yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi. Saya mengingati penampilan istimewa Sham dalam beberapa persembahan utama TV, misalnya Akademi Fantasia. Gayanya mengetuai barisan pemuzik menarik sekali; ada keunikan dan aura tersendiri. Membaca wawancara Harakah terbaru dengannya, saya rasa terharu, terutama apabila Sham menyentuh soal dugaan dan cabaran semasa berdakwah: "Jangan mengeluh ... Jangan bila nak berdakwah, Allah uji sikit sahaja, kita terus cabut lari. Kita berpegang kepada sirah Nabi. Walaupun ada rintangan, kita masih boleh menyampaikan dakwah." Selain itu, lebih penting lagi adalah medium untuk menampung "penghijrahan" mereka itu. Tentulah tidak cukup sekadar radio Ikim, stesen TV Al-Hijrah dan Astro Oasis misalnya. Saya lebih menekankan peluang dan ruang yang perlu dihampar oleh kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat, yang boleh memainkan peranan lebih besar. Untuk mereka berkongsi pengalaman syahdu dan berdakwah, rasanya tidaklah begitu sukar. Badan-badan dan institusi formal Islam serta surau-masjid pastinya cukup mengalu-alukan rakan-rakan artis kita itu. Cuma yang saya bimbangkang ialah medan untuk mereka berkarya. Sediakan gelanggang secukupnya untuk mereka terus menghibur secara Islami itu. Dan usah lupa, "pengisian baru" ini akan tempang jika tenaga di sebalik tabir -- misalnya pencipta lagu atau penulis lirik, juga pengarah dan penulis lakon layar -- tidak bersama-sama menghayati konsep seni Islam. Saya pernah terbawa-bawa rasa marah sampai terganggu tidur, selepas menonton teater atau drama yang dikatakan berunsurkan Islam tetapi membawa "mesej menyesatkan". Imej pendakwh atau orang yang kembali ke jalan benar masih diberikan persepsi stereotaip, seperti tidak beradab dengan ibu bapa, kasar ketika menyeru kepada kebaikan dan fanatik melulu kepada ketua. Ya, kita begitu ketandusan penerbit dan pengarah, yang dapat memahami bagaimana bentuk hiburan yang mendidik jiwa. Terus-terang, saya belum dapat melihat siri drama TV kita yang setanding dengan sinetron Para Pencari Tuhan, karya Deddy Mizwar, yang menyampaikan pesan agama secara santai dan menghiburkan. Temanya mudah, berkaitan kehidupan harian di kampung, namun terselit nasihat (bukan khutbah) yang mengesankan. Begitu juga dengan filem Cinta Bertasbih, nukilan Habiburrahman El Shirazy; sedangkan siri drama TV tempatan bertemakan cinta yang melambak sekarang jarang dapat ditemui "keindahan yang kudus". Tentunya saya lebih mengharapkan agar munculnya filem seperti Sang Murabbi, yang mengisahkan mantan Ketua Majlis Syura PKS, Indonesia, KH Rahmat Abdullah ... Rupanya dalam hal ini, dunia hiburan Islami dan juga karya-karya sastera yang bermutu tinggi, kita masih perlu lebih banyak merujuk kepada Indonesia. Semasa mengedit kolum ini, saya terdengar lagu Arab yang penuh syahdu dan cukup menggetarkan nurani, sehingga tanpa disedari air mata mengalir, walaupun tanpa mengetahui maknanya dengan sempurna. Lagu "Lau Kana Bainana" menjadi santapan telinga saya tiap hari ... tentang kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bayangan keberadaannya bersama kita. Begitu mengharukan dan terasa sebak menikam dada. Bagi saya, ia "kuliah akhlak" yang cukup sempurna. Selepas meneliti terjemahan lirik "Lau Kana Bainana", masya-Allah, cukup halus dan menusuk ke jiwa paling dalam. Melodinya meresap jauh ke sanubari. Dengarlah .... |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/6150-dari-sham-kamikaze-ke-lau-kana-bainana
MELAWAN ARUS:
Kek Enot pula cetus kontroversi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Baru reda menerima kecaman akibat mengeluarkan kenyataan salah mengenai hukum Hudud, pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah sekali lagi menimbulkan kontroversi dan rasa tidak senang orang ramai. Kali ini Enot, 32 yang menjalankan perniagaan kek bertindak "berani" apabila menghasilkan kek berbentuk tubuh wanita yang hanya berpakaian dalam. Gambar kek tersebut dimuat naik di laman Facebook Enot sendiri beberapa minggu yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada rakan facebooknya. Gambar tersebut seterusnya turut dimuat naik di beberapa laman blog beserta komen-komen yang tertera. Ada yang menyokong ciptaan kek yang "lain dari yang lain" itu dan tidak kurang juga yang membantah dengan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak sopan. Namun Enot yang terkenal dengan watak komedi itu tetap mempertahankan ciptaannya itu dan menganggapnya sebagai hasil seni yang kreatif. "Ni makanan halal dik apanya yang haram?? Adik Tuhan ke tahu letakkan haram dan halal atas kerja seseorang. Jadi kalau tak suka untuk melihatnya delete fb akak dari jadi friend adik ok tq...kita manusia buat kerja kita tak payah nak sibuk buat kerja Tuhan," salah satu tulisan Enot di ruangan komen. Awal oktober lalu, Enot mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang melakukan zina akan menerima hukuman sula sedangkan hukuman yang sebenar ialah seratus sebatan bagi yang belum berkahwin manakala mereka yang sudah berkahwin direjam sampai mati. “Memang zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak sesuai lagi. Kalau hukum hudud dilaksanakan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya.” kata Enot kepada Sinar Harian. Ekoran itu, Enot menerima pelbagai kecaman termasuk ada pelanggan yang membatalkan tempahan kek gara-gara tidak senang denagn kenyataannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6209-kek-enot-pula-cetus-kontroversi
Fitrah manusia suka hiburan - Sham Kamikaze |
Muhammad Faeez |
TELUK INTAN, 15 Nov: Walaupun fitrah manusia suka kepada hiburan namun biarlah hiburan yang mengikut syariat dan bertujuan semata-mata menyampaikan mesej dakwah, kata Sham Kamikaze. Beliau menyatakan demikian dalam majlis ceramah di Kampung Padang Tembak, dekat sini. Oleh itu menurut beliau, adalah amat wajar pihak tertentu menyediakan hiburan alternatif kepada golongan remaja. Katanya, hiburan perlu digunakan untuk menyampaikan mesej Islam terutamanya kepada golongan muda. Menurut Sham, setiap orang Islam adalah bertanggungjawab untuk berdakwah dan akan dipertanggungjawabkan akan usaha amar maaruf dan nahi mungkar. “Tidak kira sama ada kita seorang ustaz atau bukan,” katanya yang nama sebenar Shamril Mohd Salleh. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa taufik dan hidayah Allah tidak memilih bulu. Justeru, ujarnya sesiapa sahaja boleh diberi hidayah oleh Allah pada bila-bila masa tetapi yang penting ialah menanamkan sikap kasih sayang kepada setiap manusia. Beliau juga menyentuh tentang kaedah dakwah terkini dengan menggunakan teknologi maklumat seperti facebook yang mana jika digunakan dengan cara yang betul dapat memberikan pahala yang banyak kepada penggunanya. "Gunakanlah facebook untuk kita menyampaikan dakwah. Jika sehari satu ayat Quran atau hadith kita masukkan, cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat apabila ia disebarkan dan dapat dibaca oleh setiap orang. "Kesemua ini ibarat multi level marketing yang menjaminkan keuntungan di dunia dan di akhirat," ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6518-fitrah-manusia-suka-hiburan-sham-kamikaze
Pemuda PAS saran terbit filem positif, ilmiah |
Khaulah Azwar |
GOMBAK, 30 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa penerbit filem negara memikirkan untuk mengeluarkan filem yang berunsur positif sebelum untuk ditonton oleh masyarakat umum. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, rakyat khususnya ibu bapa dihantui perasaan bimbang apabila menonton filem yang diterbitkan hari ini langsung tidak menyerapkan unsur-unsur positif dan ilmiah. “Saya tidak tahu bagaimana pihak penerbit boleh mengeluarkan filem-filem yang berunsurkan seks, tahyul, mat rempit, dan sebagainya yang telah disajikan kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan akan datang kepada golongan muda khususnya,” ujarnya pada Majlis Maal Hijrah di Masjid Kampung Nakhoda, petang semalam. Turut menjadi panel ialah artis Catriona Ross. Katanya lagi, masyarakat yang sememangnya mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipaparkan melalui filem-filem seperti dan ingin mencuba. Bahkan, ujarnya ada filem komedi dan berunsur khayalan yang mempermainkan kalimah syahadah yang merupakan isu sangat sensitif di sisi Islam. “Pada hal Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang dikatakan mempunyai panduan penapisan filem seharusnya dapat menghalusi dan melihat implikasi hasil daripada penayangan setiap filem yang hendak diberi kelulusan tayangan. “PAS berharap jangan hendaknya industri filem di negara ini mulai cenderung untuk menghasilkan karya secara bebas seperti pengusaha filem Barat sehingga sensitiviti agama dan nilai sakral yang ada pada masyarakat timur diketepikan hanya kerana mahu bersaing dan setaraf dengan industri perfileman Barat,” katanya. Secara jujur, beliau kecewa dengan filem-filem yang kepada masyarakat hari ini. Beliau juga menggesa masyarakat agar bersama dengan Kerajaan Selangor yang berusaha mengatasi masalah gejala sosial di kalangan belia seterusnya melahirkan Generasi Idaman Selangor (GeMS). “Kami sentiasa memberi kerjasama dengan semua badan NGO, masjid dan surau dengan menganjurkan pelbagai program pendekatan rakyat terutamanya mendekati golongan beliawanis agar mereka tidak rasa disingkirkan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6786-pemuda-pas-saran-terbit-filem-positif-ilmiah
Bob Lokman akan dibicara 14 Februari depan |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Pengacara, pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari 2012 depan kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Perbicaraan kes beliau akan berlangsung pada waktu pagi, tetapi masih belum ditentukan waktunya, hasil rundingan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengannya. Menurut Bob, rundingan tersebut telah diadakan beberapa kali di beberapa tempat termasuk di Pejabat Jais di Shah Alam, selain di beberapa tempat lain setelah pihak Jais sendiri yang datang menemuinya. Katanya, hasil rundingan-rundingan itu, akhirnya beliau bersetuju untuk dibicarakan dan berjanji akan hadir ke Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari nanti. "Jais dah berunding dengan saya beberapa kali. Jadi, saya tak mahulah buat kecoh. Insya Allah, saya akan hadir ke Mahkamah Syariah Kajang pada hari yang telah ditetapkan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah pada malam 10 Oktober lalu, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu. Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari 11 Oktober lalu bagi memberikan kenyataan. Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu turut diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan. Ketika dihubungi 11 Oktober lalu, beliau mengesahkan penahanannya itu dan turut menegaskan tidak akan hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu. "Mereka yang datang untuk menangkap saya itu sendiri mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah," katanya. Beliau turut mempersoalkan tindakan Jais ke atasnya itu kerana menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. Menurut Bob, beliau tidak risau untuk hadir ke Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari nanti kerana tindakan yang dilakukan ke atas beliau itu bukankah kerana berpunca dari sebarang kesalahan dari pihaknya. "Jadi saya tak perlu takut dan tak pun berasa takut kerana saya tak lakukan apa-apa kesalahan pun. Tindakan yang dikenakan ke atas saya kerana saya menyampaikan perkara yang baik kepada masyarakat. Jadi, apa saya nak takut?" tegasnya. Hasil rundingan pihak Jais dengannya, beliau mengakui diberikan tawaran oleh pihak Jais untuk diberikan tauliah mengajar agama, khususnya tauliah motivasi. "Saya dah diberikan borang dan dah pun mengisi borang, tetapi hingga sekarang saya masih juga belum diberikan tauliah motivasi seperti yang dijanjikan itu," jelasnya. Beliau mengakui sering menerima undangan daripada pelbagai pihak untuk menyamapikan ceramah dan sering sibuk dengan aktiviti dakwahnya setiap hari. "Setiap kali saya ke masjid memang ada pihak Jais yang datang mengikuti ceramah saya. Tapi mereka tak ganggu saya dan tak pun tangkap saya. "Saya fikir mereka tak boleh tangkap saya sebab tak cukup syarat untuk tangkap saya kerana yang saya buat dan sampaikan adalah perkara baik seperti yang dituntut dalam Islam," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6894-bob-lokman-akan-dibicara-14-februari-depan
Selepas Datin Maimon, Afdlin Shauki sertai Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno. (Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega) Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam. Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan. Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik. Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu ‘Ghost Buster’ yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun. Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian. Dengan penyertaannya ke dalam Umno, diharap Afdlin akan terus menyumbang ke dunia hiburan tanah air tanpa sebarang sekatan dan halangan terhadap usaha murninya untuk memajukan industri seni negara. Selamat maju jaya buat Afdlin dan Harun! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7390-selepas-datin-maimon-afdlin-shauki-sertai-umno
Zua XPDC tarik anak muda rock dekati PAS |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu. Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut. Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri. Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu. "Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS. "Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima golongan seperti mereka, " jelasnya. JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga. Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi. Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7394-zua-xpdc-tarik-anak-muda-rock-dekati-pas
PAS Titiwangsa aktif anjur program masyarakat
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Program Talkshow anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa berjaya dilangsungkan dengan jayanya.
Program yang diadakan di Surau Al Falah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, kelmarin dihadiri kira-kira 250 orang penduduk tempatan yang memberikan sambutan yang amat memberangsangkan.
Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Al Falah dan Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Mejar (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
Talkshow yang bertajuk ‘Dipenghujung Cintaku’ itu mengetengahkan Adeep, bekas penyanyi kumpulan Fabulous Cat, Ustazah Teh Izanuri Jamaluddin, personaliti televisyen dan moderator oleh Ustaz Syed Mohamad Al Haddad, pendakwah bebas.
Adeep berjaya mencuri hati penonton dengan pengkisahan pengalaman beliau mengharungi kehidupan dan bagaimana beliau boleh berubah.
Melalui Ustaz Said Mohamad Al Haddad, beliau mengenali Islam, dan mengenali dunia dakwah.
Selama ini menurut beliau, hidupnya seakan kosong tanpa makna sehinggalah akhirnya Allah mencampakkan hidayah kepada beliau.
Ustazah Teh Izanuri pula menarik perhatian penonton dengan realiti kehidupan yang tiada makna tanpa Islam.
Hakikatnya ramai yang tersesat dalam mencari kehidupan sebenar sekiranya mereka gagal mengenali Islam dan Islam adalah jalan penyelamat manusia.
Ramai manusia terjerumus dengan cinta yang memerangkap kepada runtunan hawa nafsu yang merosakkan akhlak dan akidah umat manusia.
Talkshow diakhiri dengan persembahan khas oleh Adeep yang mendendangkan dua buah lagu beliau berunsurkan dakwah.
Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan program itu dan berharap ianya akan dijayakan lagi dalam masa akan datang.
Sumber HD : 10//01/2012

Bob Lokman selesai beri keterangan kepada Jaip
Khairil Abdul Rahim, |
KUANTAN, 10 Jan: Pelakon dan penulis lirik terkenal, Mohd Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman selesai memberi keterangan di hadapan Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab. Malek dekat sini semalam.
Menurut peguambelanya, Mohd Fadzli Mohd Ramly, siasatan tersebut yang sepatutnya dilakukan pada 5 Januari lalu, ditangguhkan ke tarikh semalam di atas persetujuan bersama dan prosedur siasatan selama hampir satu jam itu berakhir dengan tenang dan profesional.
“Pihak Jaip akan memutuskan kemudian sama ada kes ini dibawa dan didakwa ke mahkamah. Kita akan menunggu tindakan lanjut dari pihak terbabit. Sekiranya diperintahkan untuk ke mahkamah, kita akan lawan,” katanya dalam sidang media bersama kira-kira 30 orang penyokong.
Bob pada 24 Disember lalu telah ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini Sabtu lalu.
Pegawai tersebut mengambil maklumat yang disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Mohd Fadzli berkata, beliau turut menemui pegawai penyiasat Jaip dan menyatakan beliau kurang bersetuju dengan akta yang dikenakan kepada Bob Lokman kerana menurutnya anak guamannya itu bukan menyampaikan ceramah agama sebaliknya berkongsi pengalaman hidup bersama jemaah masjid.
“Bob tidak berceramah agama atau politik sebaliknya menceritakan kisah perjalanan dan pengalaman hidupnya yang akhirnya bertukar daripada seorang selebriti kepada pendakwa.
“Sudah tentu cerita yang berbentuk nasihatnya itu ada kaitan dengan peristiwa hijrah yang sedang disambut pada masa itu,” tambahnya.
Tambah Fadzli, jika Jaip benar-benar mahu memantau aktiviti penyebaran agama di negeri ini, mereka sepatutnya mengenakan tindakan kepada guru agama serta guru mengaji yang tidak bertauliah.
“Oleh itu kita mahu kes ini dipertimbangkan sebaiknya kerana bimbang ada campur tangan politik. Jika tidak, tindakan yang dikenakan ke atas anak guaman saya dianggap sebagai ‘pendakwaan terpilih’,” katanya.
Sumber HD : 10/01/2012

Rumah Wardina dirompak, suami dipukul
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Rumah selebriti terkenal, Wardina Safiyyah (gambar) telah dipecah masuk dan dirompak tiga perompak bersenjatakan parang malam tadi, mengakibatkan kerugian lima buah komputer riba milik keluarganya.
Menurut Wardina yang berkongsi pengalaman mencemaskan keluarganya itu melalui laman sosial Twitter memberitahu, suaminya, Ikhwan Johari dipukul perompak manakala anak-anaknya sedikit trauma akibat insiden tersebut.
“We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hpless too.
“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah.
“Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan,” kata Wardina yang dipetik dari laman Twitter miliknya awal pagi tadi.
“Takut sgt dia apa-apakan kami, sbb marah tak de brng kemas…Kids trauma sikit,” katanya lagi.
Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri.
Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.
Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.
Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.

Sumber HD : 12/01/2012
Bob Lokman pelawa Cat menyertai PAS :
http://www.youtube.com/watch?v=N7e8IB31Fns&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&index=1&feature=plcp

Bob Lokman terbit filem pendek jawab tohmahan
Akmal Abdullah, | 10 Feb 2012 |
IPOH, 10 Feb: Bekas pelakon, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman dengan kerjasama Semarak Production sekali lagi menerbitkan sebuah filem pendek kali ini bertajuk ‘Alahai Bob la Plak Menjawab’.
Filem pendek ini dihasilkan untuk menjawab satu filem pendek 'Alahai Bob' yang diterbitkan pihak tertentu bagi memburukkan imej Bob yang dimuat naik di Youtube beberapa minggu lalu.
Antara lain video itu membangkitkan isu Bob yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ekoran mengajar agama tanpa tauliah di negeri itu.
Menurut Pengerusi Semarak, Ustaz Mohd Fakharudin Abd Aziz, filem pendek ini adalah filem yang ketiga berjaya dihasilkan selepas ‘Orang Kuat UMNO’ dan juga ‘Aduhai 1 Malaysia’.
Sambung beliau lagi, skrip filem ini adalah idea dari Bob Lokman sendiri dan ianya dijawab dan disampaikan secara santai.
“InsyaAllah filem yang keempat akan menyusul tidak lama lagi dimana filem keempat ini akan membicarakan tentang hudud pula," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamarudin pula menyifatkan sambutan terhadap filem pendek ini sungguh mengejutkan, ini kerana tidak sampai 24 jam dimuat naik ke Youtube filem ini sudah dikunjungi lebih 10000 orang.
“ini menunjukkan filem pendek ini adalah satu medium dakwah dan juga satu cara untuk menjawab isu-isu semasa, oleh itu kita mengharapkan agar jentera penerangan seluruh negara dapat mengoptimumkan penggunaan Youtube ini untuk menyebarluaskan dakwah dan menjawab isu-isu semasa," tegas beliau.
Bagi yang ingin melihat filem pendek ini boleh menonton dengan klik di atas gambar berikut.
Klik di sini untuk menonton Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=tZQBOH8wxDg
Sumber HD : 10/02/2012

Menutup aurat bukan sekadar bertudung
Nik Nasri Nik Malek, | 19 Feb 2012 |
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat menjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.
Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.
Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.
Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan. Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat seluruhnya.
Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Kempen merangkumi pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam, melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah, memorandum khas mengenai kempen yang akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.
Semua aktiviti dan kempen ini sangat baik dan kena pada tempatnya. Masyarakat bukan sahaja perlukan kepimpinan politik yang baik, bahkan suasana masyarakat yang hampir dan dekat dengan keredhaan Allah.
Sebelum kempen inipun, para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW, “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.
Sumber HD : 19/02/2012

Jangan takut untuk berubah – Oki Sentiana
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 10 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 10 Mac: Hampir 3,000 masyarakat Kelantan termasuk pelancong menghadiri program ‘Bicara Selebriti’ anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre, malam tadi.
Kehadiran mereka bukan sahaja untuk mendengar kupasan dari ahli panel berhubung ‘hidayah’ di kalangan artis, bagaimanapun untuk melihat ‘Ustazah Ana’ watak Oki Sentiana Dewi dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.
Tiga anggota panel telah diundang pada program kali ke-4 itu iaitu peserta Akademi Al-Quran pertama, Sharifah Khasif Fadzilah, Selebriti Dakwah, Hafiz Firdaus Abdullah dan Oki Sentiana Dewi.
Kehadiran peminat Oki khususnya di kalangan wanita membuatkan keadaan agak kurang terkawal dipenghujung majlis apabila mereka ingin melihat Oki lebih dekat.
Bagaimanapun kepantasan anggota Unit Amal dapat mengawal keadaan sehingga Oki berjaya dibawa keluar dari tempat program selepas majlis penyampaian hadiah.
Oki dalam ucapannya mengingatkan anak remaja agar jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan kerana Allah sentiasa akan memberi kenikmatan yang amat berharga.
“Pengalaman diri saya yang sebelum ini tidak bertudung, akhirnya Allah permudahkan kerana ianya janji Allah untuk kita,” ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja rezekinya semakin bertambah, namun ibunya yang sakit sebelum itu, akhirnya diberi kesembuhan oleh Allah walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan.
Sementara itu, Kapten Hafiz pula berkata untuk menjadi seorang pendakwah bukan perlu lepasan Al-Azhar atau seumpamanya kerana tidak semua orang akan sampai ke peringkat itu.
Bagaimanapun, tambahnya menegur kesilapan orang lain dengan cara yang lunak juga adalah berdakwah.
“Sebagai umat Islam kita kena berada dalam kerangka dakwah, walaupun peranannya kecil, namun peranan itu wajib diteruskan,” ujarnya.
Majlis penuh ceria dengan kejayaan pengacara TV Hijrah, Amin Idris selaku moderator yang berjaya menghidupkan suasana.
Di akhir program, Oki berkesempatan membaca puisinya yang berjodol ‘Negeri Kelantan Seindah Namamu’ yang mempersembahkan keindahan dan ketenangan sepanjang dua hari beliau berada di negeri ini.
Hadir sama pada program itu ialah pengarah program, Ustaz Baihaqi Atiqullah dan Anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi.
Sumber HD : 10/03/2012
Nurjanah - Terlena : http://www.youtube.com/watch?v=coNVvTW56iM&feature=related
Ceramah Sdr Bob Lokman :
http://www.youtube.com/watch?v=cgDH4C1UYj0
Ceramah selebriti Aisyah :
http://www.youtube.com/watch?v=Pu-IUEmM3bs

Bila artis dan sasterawan sertai PAS
Harakahdaily, | 09 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.
Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.
Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.
Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.
Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.
Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.
Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.
Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.
"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.
(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)
Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.
Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.
"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.
Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.
Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.
Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..
"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kata bantah, seperti kita menderhaka...
"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.
Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.
Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.
"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...
"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.
Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.
KLIK UNTUK MENONTON VIDEO UCAPAN AISHAH
Persembahan Zuar,XPDC dan Mel Wings :
http://www.youtube.com/watch?v=sVEb0RUrt5k
Sumber HD : 9/04/2012
Sumber HD - 23-4-2013
Seniman Abu Bakar Omar : http://www.youtube.com/watch?v=_xQozzZjXyA
You Tube - 27-4-2013

Sham Kamikaze: Dari gitar rock ke gitar dakwah
Zulkifli Sulong, | 13 Apr 2012 |
RAWANG, 13 April: Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamrel Mohamed Salleh satu nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Namanya memuncak bersama Mawi melalui Akademi Fantasia apabila beliau menjadi salah seorang guru dalam rancangan itu.
(TERKINI...wajah Sham Kamikaze malam tadi)
Namun, itu dulu. Kini Sham sudah meninggalkan dunia glamour itu dan memperuntukkan sepenuhnya kehidupan beliau untuk dirinya sendiri dan Islam.
Buat pertama kali menatap wajah beliau malam tadi di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, tidak terfikir langsung inilah wajah gitaris terkenal tanah air itu.
Wajahnya penuh bersih dan tidak ada langsung kesan budaya hidupnya sebelum ini.
Walaupun sudah meninggalkan dunia glamour namun Sham tidak meninggalkan gitarnya.
"Kalau Hassan bin Tsabit, seorang penyair di zaman jahiliah boleh terus bersyair, kenapa saya bermain gitar perlu berhenti," kata Sham Kamikaze ketika berforum dengan Catriona Ross, seorang pelakun yang juga berhijrah.
Nama Sham Kamikaze popular apabila nama beliau sentiasa saja disebut pengacara popular, Aznil Nawawi sebagai gitaris terhebat negara.
(TINGGAL SEJARAH...wajah Sham Kamikaze dahulu)
"Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, gitar yang digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus di depan 70,000 penonton yang menyambut tahun baru 2012 di perkarangan Masjid Shah Alam dulu adalah gitar saya," cerita Sham yang masih kekal dengan gitarnya.
Beliau yang kebetulan baik dengan Ustaz Azhar bercerita bagaimana Ustaz Azhar boleh menggunakan gitarnya itu.
Malam itu, Ustaz Azhar dengan ditemani Zizan, pengacara Melodi, memetik gitar milik Sham. Ia telah menggamatkan majlis malam itu.
Ketika menceritakan hijrahnya, Sham berkata, beliau bermula dengan memahami agama secara asas dahulu.
"Yang pertama, saya fakihkan diri saya dengan agama dahulu. Pengajian tauhid dan aqidah menjadi tumpuan saya.
(Ustaz Azhar bermain gitar milik Sham Kamikaze di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam 31 Disember lalu)
"Saya juga mula memakai kopiah dan kadang-kadang jubah. Bukan baik sangat saya ni tetapi saya nak pakai fesyen yang ada kaitan dengan Islam, apa salahnya," kata beliau.
Namun di situlah mulanya tekanan yang beliau terima.
"Masyarakat mula membuat tanggapan negatif. Ini berapa hari nak tahan ni, cemuh mereka," cerita beliau.
"Kalau Allah tak bantu, teruk doh saya ni. Orang agama yang paling pandang rendah kepada saya bila saya main gitar dan kononnya mahu berdakwah melalui gitar saya.
"Bila Ustaz Azhar main gitar dan saya juga main gitar, ada orang kata kami dajal," cerita Sham lagi sedih.
Ekoran itu, katanya, beliau mengkaji dengan bersungguh-sunguh tentang perkara ini.
"Saya kaji sungguh, saya temui, Dr Yusof Qardawi kata harus ada kata haram tetapi bila saya selidiki, hadis yang kata haram itu tidak kuat.
(Walaupun sudah tinggalkan dunia glamour, orang ramai berrebut-rebut mahu bergambar dengan Sham Kamikaze)
"Begitu juga ada hadis 'melayu' yang kata setiap kali kita petik gitar, melahirkan syaitan... Kalau benar begitu, sudah berapa ribu syaitan yang saya lahirkan," katanya.
Namun, kata Sham, beliau benar-benar mahu berhenti dari terus tenggelam dalam dunia glamournya sebelum ini.
"Saya berhenti, buat apa dok nikmat dalam buat maksiat. Memang benar dapat duit banyak, Satu konsert RM4-5 ribu... Hari ni saya guna muzik untuk dakwah dan saya dapati hidup dengan aman.
"Pendapatan saya sebelum ini RM30-40,000 sebulan tetapi belum habis bulan, wang sudah habis. Sekarang alhamdulillah ada baki lagi walaupun pendapatan kurang," beritahu Sham.
Apa yang beliau buat sekarang adalah membuat workshop gitar.
(Sham berucap di majlis forum bersama Catrionas Ross)
"Ramai yang datang terutamanya yang terbiar dari sasaran dakwah selama ini. Mat rempit dan yang duduk main gitar di kepala simpang...inilah jenis orangnya yang datang ke workshop saya," kata Sham.
Dalam satu kes, Sham memulakan workshopnya jam tiga petang. Antara yang datang adalah pemuda yang berambut panjang jenis rock pokok yang rambutnya panjang dan terjuntai ke depan.
Untuk bercakap, mereka ini terpaksa selak rambut mereka dan bercakap dalam tekak mereka untuk menunjukkan mereka rock.
"Bila jam 4.30 petang, saya berhenti. Saya ajak mereka solat asar. Bro, kalau nak lagi power bro, kita solat Asar dulu. Alhamdulillah mereka ikut.
"Sambil air sembahyang, saya dengar pokok ni kata kata rakan dia, kalau tak kerana ni, aku tak sembahyanglah. Dah lima tahun tak solat... Inilah yang saya buat bersama dengan kawan-kawan saya yang lain," cerita Sham yang mengharukan pendengar yang penuh sesak di masjid itu.
Bagi Sham, beliau lebih gemar kalau menerima jemputan untuk mengajar main gitar dari masjid-masjid.
(Bersama Nazir Masjid Bandar Tasik Puteri, Ustaz Aidil Mat)
"Anak-anak muda yang tidak pernah dekati masjid yang perlu jadi sasaran kita," kata Sham, "kerana tuan-tuan semua sudah baik."
Ketika ditanya apa rancangan masa depannya, Sham Kamikaze berkata, beliau sudah mengikat satu kontrak dengan Astro Oasis untuk membawa Ustaz Azhar Idrus ke tv.
"Insya Allah, ia akan ditayangkan menjelang hari raya puasa akan datang ini," kata Sham yang mahu melihat rakyat Malaysia mempunyai alternatif hiburan dari menonton rancangan yang menambahkan dosa sebagaimana yang ada di stesen tv sekarang.
Sumber HD : 13/04/2012
(Bob Kuman kini dan sebelum ini)
KUALA LUMPUR, 17 April: Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
Inilah tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi.
Menurut Mazidul dalam laman itu, Bob kini terlantar sakit.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.
Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047).
Sumber HD : 17/04/2012

Bob Kuman perlukan bantuan anda
Harakahdaily, | 17 Apr 2012 |

Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman
Harakahdaily, | 18 Apr 2012 |
PETALING JAYA, 18 April: “Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.
Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.
“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.
Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.
Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya. (Gambar atas)
“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).
Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.
Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.
Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.
Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.
Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.
Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)
TG HH Menziarahi Bob Kuman : http://www.youtube.com/watch?v=HYoc8R083CY
Sumber HD : 17/04/2012
KUALA LUMPUR, 18 April : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh seorang menteri kanan kebinet kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin (gambar) berkata, transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.
Bukan itu sahaja katanya, pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.
"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.
(Dayangku Intan [kiri sekali] dalam sidang media PKR di lobi Parlimen hari ini)
Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.
Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.
Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.
Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.
Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.
Sidang Media YB Pn Zuraida Kamarudin : http://www.youtube.com/watch?v=qaDkTBvjA08
Sumber HD : 18/04/2012

PKR dakwa menteri beri RM1.5 juta kepada artis
Salmiyah Harun, | 18 Apr 2012 |

Tan Sri Kadir, Catriona Ross bakal meriahkan makan malam PAS Titiwangsa
Harakahdaily, | 23 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana PRU ke 13 Parlimen Titiwangsa pada 30 April 2012.
Majlis yang akan bermula jam 8.30 malam itu akan diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir.
Selain beliau, seorang lagi adalah Puan Catriona Ross, selebriti terkenal yang telah berhijrah ke dunia dakwah.
Antara pemimpin PAS yang akan hadir pula termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen angkat untuk parlimen Titiwangsa.
Selain beliau Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud serta AJK PAS Pusat Ustazah Nuridah Saleh dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad.
Difahamkan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang akan menyampaikan pidatonya turut akan mengumumkan suatu kejutan pada majlis itu.
Bagi mereka yang ingin membeli kupon dengan harga serendah RM100 untuk satu kupon dan RM1,000 semeja, boleh menghubungi pihak penganjur di talian 012 4646292 atau 019 9988997.
Sumber HD : 23/04/2012
SANTAI BERSAMA SELIBRITI DI PASIR PUTEH : 30 MEI 2012
1. ABBY ADABI : http://www.youtube.com/watch?v=sq7-EwXMtZE&feature=relmfu
2. BOB LOKMAN : http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=i5vXlb0lQyg&feature=endscreen
3. Ucapan YDP (Abang Meil ) : http://www.youtube.com/watch?v=d-G2jmvZEOs&feature=relmfu
Sumber HD : 21/06/2012
Sumber HD : 30/06/2012
Sumber HD : 5/07/2012
(Abby Abadi kini jadi hiasa facebook anak-anak muda)
KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.
Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.
Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.
248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.
"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk Ttelevision. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.
"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.
Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.
Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.
Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.
Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.
Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.
Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.
Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.
Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.
Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.
Sumber HD : 5/07/2012
KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan,” ujar Abby lagi.
Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.
Sumber: http://persepsikitaberbeza.blogspot.com/2012/07/saya-akan-sertai-protes-menuntut.html
Sumber HD : 7/07/2012
Sumber HD : 9/07/2012
Komen Aisyah tentang bayaran : http://www.youtube.com/watch?v=0e6PXmXAt6Q
Komen Hairie sokongan penyertaannya dalam PAS :
http://www.youtube.com/watch?v=c1hXkDrsW5s
Kini ramai di kalangan artis yang sudah sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT. Mereka berhijrah ke arah yang lebih baik demi mencari keredaan Allah serta ingin memperbaiki kehidupan mereka agar lebih baik daripada sebelumnya.
Malah ramai di kalangan mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Mereka bukan sahaja artis yang semata-mata berlakon dan bernyanyi menghiburkan peminatnya semata-mata tetapi kesedaran terhadap apa yang berlaku di negara ini turut mereka ikuti dan rasai.
Satu perkembangan yang menarik sejak akhir-akhir ini, terdapatnya artis-artis yang turut serta dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran ini sama ada mereka menyertai PAS mahu pun Keadilan.
Mereka turut terjun ke gelanggang perjuangan tanpa rasa takut dan gentar dengan ugutan dan penentangan di kalangan mereka yang tidak bersetuju pada penglibatan artis dalam politik pembangkang.
Artis yang turut sama dalam perjuangan PAS mahu pun Keadilan adalah mereka yang sudah nekad dan yakin bahawa rezeki semua itu ketentuan Allah, mereka meletakkan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah S.W.T, sebab itu mereka tidak takut dengan segala halangan mahupun ugutan.
Syabas dan tahniah kepada para artis yang berani turut berjuang dalam menuntut keadilan dan kebenaran itu. Kita doa kan agar mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan kekal dalam orbit Islam sebagai cara hidup mereka.
Manakala kepada artis yang tidak menyertai mana-mana parti politik akan terus bersama-sama berganding bahu menyemarakkan cara hidup Islam dan mengekalkan hidayah yang Allah beri pada mereka untuk terus membawa kebaikan kepada masyarakat. Mereka didapati lebih cenderung kepada parti yang membawa keadilan dan kebenaran.
Sumber HD : 11/07/2012
Sumber HD : 15/07/2012
Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi.
Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib
Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya
Satu lagi sudut di Himpunan Hijau
Berpusu-pusu di dalam stadium
Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor
Deklamasi sajak : http://www.youtube.com/watch?v=cO_sEHIy-po&feature=g-high-u
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
Sumber HD : 16/07/2012
Sumber HD : 14/09/2012
Sumber HD - 13-11-2012
Comel dan segak bergaya.. Moga berkekalan hingga ke Syurga. Tahniah diucapkan kepada pelakon Leftenan Adnan iaitu Hairie Othman kerana sudah bergelar suami. Majlis pernikahan dijalankan dalam suasana sederhana di Dewan Semarak Kayangan.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 20-11-2012
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.
Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.
Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.
Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.
Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.
Sumber HD - 27-12-2012
Semoga ia menjadi ikutan kepada artis Melayu Islam yang lain….
Sumber HD - 4-1-2013
Sumber HD - 8-1-2013
Beliau yang ditemui di Pejabat Harakah hari ini memberitahu perubahan yang dilakukan itu adalah salah satu usaha untuk menghentikan mereka yang memerintah daripada terus melakukan dosa.
Malah ia juga turut menjadikan negara ini berada dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.
"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berharap seluruh rakyat berani untuk melakukan satu perubahan yang besar pada PRU13 nanti, apatah lagi mereka yang baru pertama kali ingin mengundi perlu berani membuat perubahan.
"Niat kita hanyalah untuk menjadikan negara ini lebih baik dari sebelum ini, perubahan pemerintahan perlu dilakukan," jelas beliau.
Abby turut menyatakan keadaan politik sekarang dilihat lebih bersikap berat sebelah apabila pihak Pakatan Rakyat tidak menerima layanan yang sempurna dari kerajaan terutamanya dalam soal penyampaian maklumat di media milik mereka.
"Terlalu banyak kezaliman dilakukan oleh kerajaan sekarang khususnya Kelantan yang sehingga sekarang dinafikan hak mereka menerima royalti walaupun itu sudah terkandung di dalam perjanjian.
"Saya bercakap ini bukannya bererti saya dengki dengan kerajaan yang sedia ada tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk umat Islam serta rakyat negara ini yang sekian lama tertekan dengan kehidupan yang semakin tidak menentu," sambung beliau.
Dalam pada masa yang sama beliau menyeru agar wanita menggunakan kuasa mereka untuk turut sama melakukan perubahan.
"Untuk wanita gunakan PRU13, sayangi Malaysia, sayangi Islam dan gunakan kuasa kita jom ubah," kata beliau lagi.
Sumber HD - 8-1-2013
Lihatlah post di wall Abby Abadi ni.. dia perli ustaz-ustaz Umno. Malu kepada Abby Abadi yang baru berhijrah tapi lebih faham Islam daripada ustaz-ustaz Umno ni.
Ustaz-ustaz Umno ni hanya menjual agama demi kepentingan diri sendiri. Taraf mana ilmu ustaz Umno hingga nak memperlekehkan ulama-ulama besar dunia.
Sumber HD - 8-1-2013
Sumber HD - 6-3-2013
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan hak cipta artis tempatan terpelihara dan dihormati oleh rakyat negara ini apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui Putrajaya pada pilihan raya kali ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hanya melalui pendidikan sebagai platform yang paling berkesan untuk memberi perubahan kepada rakyat negara ini supaya menghormati hak cipta artis tempatan.
Katanya, hak cipta tidak kira sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan atau penerbitan buku sekali pun, ianya perlu dihormati kerana ia menjaga masa depan artis tempatan.
"Di negara ini, satu perkara yang tidak dihormati oleh rakyat negara ini iaitu hak cipta. Misalnya Datuk Shahnon Ahmad yang menulis novel 'Shit" telah dicetak rompak ratusan ribu, sampai sekarang Shahnon tidak dapat apa-apa.
"Begitu juga dalam bidang nyayian, setengah besar rakyat tidak suka mengekalkan yang asli tetapi cari yang tidak 'original', ini sangat berleluasa," katanya dalam sidang media di program Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam ini.
Tambahnya, apabila hak cipta artis ini terpelihara sekali gus ia membantu kehidupan dan masa depan artis tersebut.
"Saya ambil contoh, biduanita Saloma yang terlantar sakit di hospital, sehingga tidak mampu untuk membayar bil hospital. Anak beranak P. Ramlee juga hidup melarat," katanya.
Mohamad turut melahirkan rasa terharu atas sokongan khasnya para artis yang secara berani menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perubahan besar ke atas nasib mereka.
"Saya berkeyakinan penuh, mereka (artis) perlu dihargai dan mereka memerlukan perubahan melalui PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Pada malam ini juga Mohamad Sabu turut melancarkan 'Sukarelawan PRU13' di mana PAS akan mensasarkan seramai mungkin penyertaan orang ramai untuk menjadi sukarelawan bagi memastikan pilihan raya berlaku adil dan saksama.
Beliau juga akan melancarkan buku 'Prima Facie' yang ditulis oleh peguam Hanipa Maidin berdasarkan pengalamannya dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah termasuklah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar atas)
Turut bersama dalam sidang media itu, Dr Muhaimin Sulam, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan artis Ito serta Hairie Othman.
Majlis yang akan bermula jam 8.30 malam itu akan diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir.
Selain beliau, seorang lagi adalah Puan Catriona Ross, selebriti terkenal yang telah berhijrah ke dunia dakwah.
Antara pemimpin PAS yang akan hadir pula termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen angkat untuk parlimen Titiwangsa.
Selain beliau Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud serta AJK PAS Pusat Ustazah Nuridah Saleh dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad.
Difahamkan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir yang akan menyampaikan pidatonya turut akan mengumumkan suatu kejutan pada majlis itu.
Bagi mereka yang ingin membeli kupon dengan harga serendah RM100 untuk satu kupon dan RM1,000 semeja, boleh menghubungi pihak penganjur di talian 012 4646292 atau 019 9988997.
Sumber HD : 23/04/2012
Ikuti kisah bagaimana 4 artis ini mula bertudung
http://nizar-coretanku.blogspot.com, | 21 Mei 2012 |
1. Catriona Ross..
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.
2. Irma Hasmie..
~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi...
~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan
.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah
.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
4. Diana Amir...
~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
Alhamdulillah... ^_^ /FB Ana
Sumber HD : 21/05/2012

Abby Abadi Bukan Nak Sertai Pas
http://www.ekeleh.com, | 21 Mei 2012 |
Abby Abadi, pelakon terkenal mengesahkan bahawa kemunculannya di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai Pas.
Melalui akaun twitter miliknya, Abby meluahkan rasa kecewa dengan pihak yang membuat cerita dan menyebarkan kononnya dia akan menyertai parti PAS tidak lama lagi.
Abby menafikan pekara itu dengan sekeras-kerasnya.
Sebalik, Abby menjelaskan, dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik.
Twitter di atas adalah Twitter Abby yang menjelaskan dia tidak akan menyertai PAS.
Apapun tahniah kerana Abby berani ke pentas Pas.
Sumber HD : 21/05/2012
Penglibatan artis atau selebriti dalam dunia politik bukanlah satu fenomena yang baru. Namun sejak kebelakangan ini ianya menjadi perdebatan hangat apabila artis muncul di pentas politik pembangkang. Bagi sesetengah pihak ianya perkara yang pelik, tidak pula menjadi pelik apabila artis berada di pentas kerajaan.
Situasi ini sedikit sebanyak dirasai seorang penyanyi bersuara merdu yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu, Aisyah. Beliau kini mengakui ada kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian sama, PAS.
Bagaimanapun semenjak beliau mula mendekati PAS, pelbagai persepsi timbul malah ada yang mengatakan beliau antara yang akan bakal bertanding atas tiket PAS dalam PRU nanti. Sejauhmana kebenaran itu? Ikuti temubual Wartawan Harakahdaily, SALMIYAH HARUN dengan Wan Aishah.
1. Bagaimana perasaan Saudari setelah duduk di dalam PAS berbanding sebelum ini? Seronok?
Menyertai PAS bukan untuk berseronok tapi untuk membantu dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai 'priority' dalam kehidupan rakyat. Ianya satu cabaran yang besar. Saya cuma boleh bantu apa yang termampu tapi ada satu kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian yang sama.
2.Macam mana perhubungan saudari dengan rakan-rakan artis yang lain, adakah mereka memandang serong selepas saudari masuk PAS?
Setakat ini saya macam biasa sahaja dengan rakan-rakan artis, kalau mereka pandang serong itu tidak jadi masalah kepada saya. Kita semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Yang penting ada rasa hormat antara satu sama lain .
3.Saudari berucap di Perhimpunan Hijau ada 1 Jun lalu, bagaimana perasaan saudari ketika itu?
Saya sangat terharu bila berada di perhimpunan hijau tempoh hari, betapa ramainya penyokong yang membanjiri stadium. Rakyat yang datang dari setiap pelusuk negara, pengorbanan mereka untuk sampai ke perhimpunan itu tanpa dibayar malahan dengan duit mereka sendiri. Walaupun ramai dari kalangan mereka bukannya datang dari golongan berada. Saya juga terharu diberi penghargaan untuk bercakap. Menunjukkan PAS adalah
parti politik yang progresif dan tidak mengamalkan kronisme.
4.Sejak saudari berada di pentas PAS, ada tak tawaran dari pimpinan PAS untuk saudari bertanding dalam PRU nanti?
Setakat ini belum ada tawaran rasmi dari PAS Pusat untuk saya bertanding dalam PRU.
5.Jika saudari diberi peluang bertanding, kawasan manakah saudari mahu?
Saya belum terfikir sampai ke tahap itu.
6.Khabar angin mengatakan Saudari bakal bertanding di Jempol. Betul ke?
Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita saya hendak bertanding di Jempol. Ianya tidak betul kerana saya tidak dapat apa-apa tawaran rasmi dari PAS.
7.Ditakdirkan saudari menjadi wakil rakyat selepas PRU nanti, apa agaknya perkara utama yang saudari mahu lakukan untuk rakyat?
Kalau ditakdirkan begitu saya akan berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin, dengar rintihan dan masalah mereka. Yang penting ialah 'to give the people what they realy need' (memberi bantuan kepada yang memerlukan).
Sumber HD : 11/06/2012
Benarkah Aishah akan bertanding atas tiket PAS?
Salmiyah Harun, | 11 Jun 2012 |

Orang bijak pandai ramai masuk PAS - Aishah
Khairul Azlam Mohamad, | 15 Jun 2012 |
KUALA TERENGGANU: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.
Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.
Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.
“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.
“Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang,” tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
(Gambar: Aishah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.)
Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.
Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.
“Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.
“Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.
“Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita,” jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin.
Sumber HD : 15/06/2012

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz
Harakahdaily, | 17 Jun 2012 |
TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.
Beliau menyatakan demikian pada program Talk Show di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.
Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.
Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.
“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.
Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.
Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.
“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.
“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.
Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.
“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.
“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.
Sumber HD : 17/06/2012

Peserta Himpunan Hijau tidak dibayar – Abby Abadi
Khairil Abdul Rahim, | 18 Jun 2012 |
TEMERLOH: Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.
Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.
“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” katanya dalam program Talk Show Malam Keinsafan di Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan pengerusi majlis Ustaz Kamal Ashaari yang mengumumkan pelancarkan kutipan derma.
Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran Pemuda PAS itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.
Menceritakan tentang pengalamannya, Abby berkata beliau pada mulanya hanya melihat Islam itu hanya sebagai rutin umpamanya ramai-ramai pergi solat Jumaat dan acara-acara keagamaan tetapi tidak melibatkan kehidupan sosial.
“Tetapi setelah menunaikan ibadah haji ke Mekah barulah terbit rasa insaf dan mahu melakukan penghijrahan daripada hidup sebagai artis.
“Tak sangka pula penghijrahan saya mendapat perhatian ramai orang sehingga boleh dipanggil untuk berada di pentas PAS.
“Tapi saya seronok sangat dengan pengalaman baru ini, seronok dapat berkongsi sedikit sebanyak cara hidup Islam sebab tak pernah didedahkan dengan suasana seperti ini dulu,” ujarnya.
Ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas PAS di Pahang. Kali pertama beliau dipanggil untuk majlis yang serupa di Kuala Lipis.
Abby yang kini berstatus ibu tunggal, berkata pada mulanya tidak ambil tahu sangat tentang politik. Setelah didedahkan kefahaman Islam dan banyak membaca barulah beliau faham kenapa perlunya perjuangan Islam.
Mengenai dunia artis, beliau berkata jika tak pandai membodek atau tak pandai melobi memang susah untuk dapat job.
“Sekarang saya rasa lebih lapang tidak kalut untuk mendapatkan peluang berlakon. Saya seronok dengan suasana baru ini,” jelasnya.
Beliau sempat menasihatkan generasi muda agar tidak leka sangat dengan dunia hiburan dan turut kesal masih ada filem yang memaparkan adegan-adegan ghairah sedangkan itu semua tidak menyumbang langsung kepada pendidikan generasi muda.
Sementara itu, kira-kira 5,000 yang hadir memberi tumpuan kepada Abby turut mendapat ‘usikan’ Nasruddin.
“Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya,” katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Abby turut diberi penghormatan melancarkan sebuah buku baru “Muslimat Celik Berpolitik’ tulisan Ustazah Anisah Tahir.
Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan:
http://www.youtube.com/watch?v=z45qQDHGb7g&feature=g-logo-xit
Sumber HD : 18/06/2012
FORUM BERSAMA SELIBRITI: 30 MEI 2012
1. ABBY ADABI : http://www.youtube.com/watch?v=JvfXGmHr0zM&feature=g-vrec
2. BOB LOKMAN : 2.1 : http://www.youtube.com/watch?v=8AElcdVPouM&NR=1&feature=endscreen
2.2 : http://www.youtube.com/watch?v=bUvg_J2hvzg&feature=relmfu
3. MEL WINGS : http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=lwIqV7xG7fY&feature=endscreen
Lagu oleh Mel Wings : http://www.youtube.com/watch?v=PAzhwTu6Epo&feature=relmfu

Berhijrah demi masa depan negara - Dayangku Intan
Salmah Mat Husain, | 20 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Dayangku Intan (gambar) menyeru rakan artis terutama yang semakin meminati perjuangan Islam, membuat penghijrahan terbuka dengan tidak perlu bersembunyi di belakang lagi.
Katanya, zaman kini bukan lagi teguran atau kritikan yang perlu dibuat, sebaliknya ‘penghijrahan’ secara terbuka rakan artis demi untuk masa depan negara.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui sebentar tadi di sebuah restoran sempena program ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Jelawat, malam ini.
Beliau yang hadir bersama suami Rosman Tahil dan anggota keluarganya berkata sesuatu perubahan akan berlaku apabila berada di dalam perjuangan ini.
Katanya, perjuangan ini bukan hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya akhirat sehinggakan akan merasai ketenangannya.
“Kalau sebagai artis kita hanya memperjuangkan diri kita, keluarga kita, namun dalam pentas politik kita memperjuangkan hak semua orang dan yang pasti ianya bukan hanya akan dihitung di dunia sahaja, sebaliknya akhirat juga.
“Apa lagi sebelum ini saya begitu mengagumi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, terutama sekali anak Intan yang keempat, minat sangat dengan tok guru sebab dia idola kami,” ujarnya.
Beliau yang pertama kali menyampaikan ceramahnya di Kelantan turut melahirkan berhasrat untuk berceramah dengan artis Wan Aishah Wan Ariffin, yang telah lama berhijrah dalam PAS.
Katanya, beliau begitu rindu untuk bersama Aishah untuk bersama-sama menggegarkan pentas politik demi untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Dayang turut menambah, beliau semakin sibuk dengan jemputan ceramah sehingga hampir bulan Ramadan.
Selepas ini, beliau akan ke Terengganu, Perak, Johor, Melaka dan kemudiannya ke Negeri Sembilan.
Malam ini Dayangku Intan yang membahasakan dirinya Intan akan menyampaikan ceramah bersama Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Jelawat, Abdul Aziz Kader, Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Sumber HD : 20/06/2012
BACHOK: “Saya tidak takut biar pun ada pihak mengugut. Kita hanya perlu takut kepada Allah Taala sahaja dan bukan takut kerana manusia.
“Biar pun berjuang bersama di pentas Pakatan Rakyat tanpa mendapat bayaran tetapi hati saya senang,” kata artis Dayangku Intan pada ceramah di Kampung Mahligai malam tadi.
Menurutnya tidak menjadi kesalahan untuk berjuang di pentas politik bagi menegakkan kebenaran.
Kata beliau ada rakan-rakan artis menanyakan tidak takutkah berjuang bersama Pakatan Rakyat, nanti susah hendak cari makan.
“Kamu artis hendaklah bangkit bagi menyuarakan hak. Sekarang artis tempatan tidak lagi mendapat keistimewaan berbanding artis yang didatangkan dari luar negara.
“Artis luar yang datang dibayar begitu mahal. Jadi kalau dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan kita perlu bangkit bagi menyuarakan hak,” ujarnya pada ceramah di pentas PAS.
Program itu mendapat sambutan hangat apabila ramai hadir mendengar ceramah sulung artis terbabit di Kelantan, yang kini berjuang di pentas Pakatan Rakyat.
Orang ramai berderetan di atas tali air yang terletak bersebelahan tempat ceramah. Di hadapan pentas orang ramai melimpah.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi.
Ramai muslimat turut mengambil peluang bersalam dan bergambar dengan Dayangku Intan sebaik selesai ceramah.
Dayangku mendakwa beliau pernah diundang menghadiri program di sebuah rancangan televisyen di mana program berkenaan mendapat banyak tajaan di kalangan pengiklan.
Kata beliau biar pun stesen televisyen terbabit mendapat banyak pendapatan melalui iklan, namun beliau sebagai tetamu yang diundang bercakap kira-kira 45 minit hanya dibayar RM100 sahaja.
Dayangku Intan yang datang bersama suami juga memberitahu sudah lama tidak membaca akhbar harian yang dimiliki Umno.
“Sekarang saya hanya baca akhbar diterbitkan PAS, PKR dan melayari internet sahaja bagi mengetahui perkembangan semasa.
“Sebenarnya di mana sahaja berada saya tetap bercakap mengenai isu rasuah yang begitu kronik berlaku dalam negara sekarang,” katanya.
Menurutnya rakyat sudah bosan dan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.
Sementara itu Abdul Azziz berkata, beliau sudah beberapa kali berusaha menjemput Dayangku hadir pada program di Bachok, namun hanya malam tadi yang menjadi kenyataan.
Manakala pada 28 Jun ini seorang lagi selebriti, Abby Abadi dijangka menemui peminat pada program Sembang Petang di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai di Guchil, manakala pagi 29 Jun pula program di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.
Artis tidak lagi takut biar pun diugut
Aslani M, | 21 Jun 2012 |

Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi
Harakahdaily, | 24 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau.
Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.
"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul.
"Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya.
Sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.
Kehadiran beliau dalam program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau baru-baru ini turut menarik perhatian banyak apabila dengan nada berseloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.
Bagaimanapun, penghijrahannya dan sikapnya yang sering memenuhi undangan di majlis PAS tidak disenangi sesetengah pihak.
Sumber HD : 24/06/2012

'Masuk PAS kerana prinsip, rezeki Allah tentukan
Salmiyah Harun Foto: Yus SK, | 29 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini.
Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS.
"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!
"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor.
Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini.
"Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya.
Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat.
"Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya.
Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap.
"Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau.
Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.
Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip.
Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon.
"Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie.
Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti.
"Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik.
Sumber HD : 29/06/2012
Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen … tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.”
“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
“PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah,”

Tahniah Abby, Kini Semangat Abby Bertambah Kental!!
http://www.ekeleh.com, | 30 Jun 2012 |
Tahniah Abby, kini Abby Abadi mula bersemangat kental, ciri-ciri yang perlu ada bagi wanita Islam.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.
Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen … tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.”
Itulah kata-kata Abby semasa berkongsi pengalaman penghijrahannya di pentas Pas anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Penghijrahannya membuka lembaran baru buat dirinya.
“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
“PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah,”
“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” kata Abby lagi.
Semoga penghijrahan Abby berpanjangan. Inginkan perubahan, Pas sememangnya wadah terbaik untuk Abby. Artis-artis yang lain juga mengikuti jejak langkah Abby Abadi.
Sumber HD : 30/06/2012
Abby minta Tok Guru doakan beliau istiqamah
Salmah Mat Husin, | 01 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan hanya sempat menyatakan, pada awalnya mempunyai masalah peribadi, dan seterus memohon kepada Allah sewaktu berada di Makkah.
Katanya, dia memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar bagaimana harus dia tuju dalam saat sebegitu.
Beliau berkata demikian ketika bertemu Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar Kelantan di bangunan SUK di sini petang tadi.
Sambungnya, dia sebelum ini pernah menghadiri program lain termasuk anjuran Barisan Nasional, namun ianya berbeza dengan anjuran PAS yang lebih terasa diri dekat dengan Allah.
Dalam pertemuan itu beliau juga meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar terus istiqamah dengan perubahannya ini.
Pada masa sama, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta Abby mendoakan Kelantan kekal di bawah pemerintahan parti Islam dan dia sentiasa sihat.
Sumber HD : 1/07/2012
Alhamdulillah, ramai artis berhijrah
PETALING JAYA: “Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.
“Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,” katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.
Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu.
Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya.
Insaf
Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu.
Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya.
Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama’ seperti Nik Aziz dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam.
Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini.
Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini.
Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam.
Dekatkan diri dengan Allah
Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS.
Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri.”
Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur.
Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah….. -FMT
Kunjungan hormat Abby Abadi ke pejabat Tok Guru

Perbezaan ketara Umno dan PAS, ramai artis pilih PAS
http://greenboc.blogspot.com, | 01 Jul 2012 |
Terdapat Perbezaan Ketara Di antara UMNO & PAS Menyebabkan ramai Artis Pilih PAS

Artis berhijrah dinasihat teruskan kerjaya
Salmiyah Harun, | 02 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS sentiasa menasihatkan artis yang baru berhijrah apatah lagi bersama-sama berada di pentas PAS, agar tidak terus berhenti dari kerjaya asal mereka.
Malah, Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menasihati bekas penyanyi kumpulan Arrow, Ringgo supaya meneruskan nyayiannya walaupun sudah menjadi ahli PAS, akhirnya penyanyi berkenaan akur.
Mengulas penglibatan artis yang menyertai PAS mungkin akan memilih pentas ceramah sebagai kerjaya baru, Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (Dacs) Pemuda PAS Pusat, A Halim Ahmad berkata, jangan mensia-siakan bakat yang mereka ada.
"Menyentuh artis yang terlibat dalam PAS tidak kira penyanyi, pelawak atau pelakon, kami selalu menasihatkan mereka jangan berhenti. Hijrah-hijrah juga bakat yang ada jangan dibiarkan hilang begitu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.
Malah katanya, tidak salah untuk artis-artis ini menerima tawaran penerbit di luar sana asalkan mereka meneruskan perkara yang baik, sudah tentu ianya diterima PAS.
Tegasnya, peluang yang ada perlu direbut dan jadikan penghijrahan itu sebagai platform untuk menonjolkan icon Islamik di dalam dunia hiburan atau lakonan.
"Kalau pasaran di luar sana dipelopori oleh mereka yang belum berhijrah, mereka yang berhijrah ini boleh rebut peluang untuk mengajak mereka berhijrah sama.
"Misalnya, pelakon kita Hairie 0thman pernah memberitahu beliau akan berhenti berlakon kerana faktor umur, kita kurang bersetuju sebaliknya memberi semangat untuk beliau terus berlakon," katanya.
Jelas Halim, Hairie boleh terus berlakon dan memastikan skrip-skrip yang menarik dan kena dengan jiwa asalkan tidak langgar syariat.
Bagaimanapun, katanya untuk mengelakkan artis yang baru berhijrah ini hanyut semula dalam dunia hiburan mereka, PAS harus memainkan peranan mempergiatkan usrah di kalangan mereka ini.
"Usrah perlu diberikan kepada mereka, usrah merupakan akar tunjang. Bukan sahaja artis, pimpinan PAS sendiri yang tidak usrah pun boleh hanyut," katanya.
Sebelum ini, seorang komposer terkenal Sham Kamikaze yang turut berhijrah bagaimanapun beliau tidak mensia-siakan bakat yang ada dengan membuka kelas belajar bermain gitar.
Pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman memberitahu yang dia akan bersara dari kerjaya yang sudah diceburi selama 20 tahun itu. Terkini, difahamkan jadual ceramah beliau sudah penuh sehingga Hari Raya Puasa nanti.
Sumber HD : 2/07/2012
Sumber HD : 4/07/2012

Artis Cina Turut Berkempen Untuk Pakatan Rakyat
http://greenboc.blogspot.com, | 04 Jul 2012 |
Jikalau penyertaan Bob Lokman, Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan dan lain-lain ke dalam Pakatan Rakyat menimbulkan gelombang dalam arena politik kebelakangan ini, dunia hiburan Cina tempatan juga tidak kesepian, apabila penyanyi popular tempatan pada zaman 1980-an dan 1990-an, Ceng Wei Shan berkempen secara terbuka di pentas DAP pada malam 29 Jun.
Ceng Wei Shan (gambar) mempersoalkan, "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki sebagai manusia? Berapa lagi 'tempoh lima tahun' untuk anda menggarap masa depan negara?
Jadi, jangan lepaskan peluang anda, hargailah tempoh lima tahun ini sebaik-baiknya, lakukanlah perubahan sebaik-baiknya. Dalam masa lima tahun, kes misteri Teoh Beng Hock perlu didedahkan. Hati saya perit membaca beritanya. Saya penyanyi Malaysia. Saya tidak terkata apa-apa. Saya gagal melakukan apa-apa. Saya hanya gelisah dalam hati. Begitu juga dengan anda semua."
Ketika menyanyikan lagu "Mimpi Keemasan Kota Bersejarah" (terjemahan), Ceng berkata, "Kota yang lama memiliki mimpi yang baru. Mimpi hari ini adalah untuk membawa perubahan pada masa depan, membawa perubahan untuk anak-anak. Jadi, mahu berubah? Berani untuk berubah? Saya sudah all out! Jikapun filem Kepong yang saya lakon itu diharamkan, saya pun tak kisah!"
Demikianlah ucapan Ceng Wei Shan ketika berkempen secara sukarela di ibu pejabat DAP Melaka pada malam 29 Jun, di depan kira-kira 2,000 hadirin. Ianya dipercayai kali pertama untuk penyanyi lagu Cina berkempen untuk pembangkang, selepas Auguste Kwan yang berkempen untuk Hew Kuan Yau dari DAP di DUN Bukit Gasing pada tahun 1999. Auguste Kwan adalah penyanyi Cina tempatan paling popular pada zaman 1990-an.
Baru-baru ini, beberapa artis popular dunia hiburan Cina mulai menunjukkan sokongan secara terbuka dalam isu seperti BERSIH 3.0, Hentikan Lynas dan sebagainya. Malah, seorang pengarah filem independen, Ho Yuhang telah memakai baju kuning "Kill Bill" (Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman) untuk menghadiri Majlis Perlancaran Filem Ah Beng The Movie: Three Wishes, yang dirasmikan Perdana Menteri Najib Razak, awal tahun 2012.
BN tidak menyara hidup saya
Ceng Wei Shan menulis di laman sosial Facebooknya kemudian, mendakwa bahawa dirinya sangat gembira kerana telah melakukan persembahan yang paling bermakna dalam hidupnya pada malam tersebut. "Berapa 'tempoh lima tahun' yang kita miliki? Saya akan kesal untuk seumur hidup seandainya saya tidak melangkah keluar pada hari ini."
"Untuk sekian tahun saya hidup, untuk sekian lama saya berada dalam dunia hiburan... Dulu saya terikat dengan kontrak syarikat, jadi saya tidak boleh membuat keputusan ke mana harus saya pergi untuk lakukan persembahan. Sekarang, saya sebagai individu yang bebas. Jadi, apa perlunya saya untuk mengambil peduli pandangan orang? Buatlah apa yang saya rasa patut, dan apa yang bermakna!" sambungnya.
Ceng Wei Shan mendakwa dirinya benar gembira dengan persembahan pada malam 29 Jun, kerana berkempen untuk DAP-Pakatan Rakyat secara sukarela. Beliau melihat petugas yang ghairah, dan gelombang untuk membawa perubahan. Segala-gala ini telah membuatkan Ceng merasakan keputusannya untuk lakukan persembahan ini dengan "all out" adalah memadai.
Penyanyi ini sedar bahawa beliau berdepan dengan risiko beritanya dipadamkan media, atau kehilangan peluang persembahan lantaran keputusannya berkempen untuk Pakatan Rakyat. Ceng Wei Shan yang sudah dua kali berada di pinggiran maut kerana kemalangan dan penyakit, berkata dirinya tidak kesal kerana tiada sesiapa yang mampu meramalkan masa depan dirinya. Berulang kali beliau berkata tidak banyak "tempoh lima tahun" dalam hidup seseorang manusia.
Ceng yang prihatin dengan perhimpunan BERSIH gagal turun ke jalan raya kerana keadaan kesihatannya yang tidak membenarkan. Beliau menitiskan air matanya apabila melihat gambar di tempat kejadian. Jadi, beliau tidak menyelindung hasratnya kali ini, untuk berkempen di pentas DAP dan menyeru agar semua orang menyertai arus perubahan.
"Apakah BN akan menyara hidup saya bila saya tidak bernyanyi?" Ceng Wei Shan meluahkan segala-gala yang terpendam dalam hati, sebagai seorang penyanyi Cina yang tidak menerima layanan adil dalam dunia hiburan. Beliau berkata, tidak kurang penyanyi Cina tempatan yang memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa, tetapi tidak diiktiraf di Malaysia. Layanan jauh berbeza apabila artis dunia hiburan Melayu membuat persembahan di Indonesia dan Jepun.
Di samping itu, Ceng Wei Shan juga bersimpati dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pendidikan Cina yang tidak mendapat pembelaan dan sebagainya. Beliau marah apabila kekayaan negara dirampas perasuah yang menzalimi rakyat.
Beliau persoal, "Untuk membantu orang saya boleh membuat 160 persembahan tanpa syarat dan tanpa upah. Apakah saya tidak boleh mengorak selangkah ke depan untuk perubahan? Walaupun saya artis, tapi saya juga anak watan Malaysia! Apakah artis bukan warga negara?"
Ceng menambah, 95% daripada penyanyi popular yang dirinya kenal cenderung untuk "pertukaran kerajaan", namun mereka terikat dengan kontrak syarikat. Lagipun, peluang liputan mereka telah berkurang, seandainya "dipadamkan" sepenuhnya, maka hancurlah masa depan mereka. Itu puncanya mereka tidak menyatakan pendirian secara terbuka.
*Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 2 Julai 2012. - Merdeka Review

Sharifah Aini, Ning Baizura mampu gegarkan politik Malaysia jika masuk PAS
http://sanggahtoksago.blogspot.com, | 05 Jul 2012 |
Sehingga pagi ini, pemburuan saya terhadap cerita diva Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah dan penyanyi bersuara lantang Ning Baizura nak masuk PAS belum menemui jawapan. Sumber-sumber "penyiasat" bebas saya, tidak memberi apa-apa maklumat berkaitan. Juara lagu 1990, Aishah Ariffin yang saya hubungi juga masih belum dapat menghubungi Kak Pah. Katanya, nombor telefon lama sudah bertukar. Dah tamat perkhidmatan. "Tengah cari no telefon baru dia," kata Aishah kepada saya.
Namun siasatan terus berjalan bagi mendapatkan kepastian. Jika benar kedua-duanya masuk PAS, sudah pasti yang memberi impak politik yang besar terhadap PAS dan Pakatan Rakyat serta upaya melakari wajah baharu politik Malaysia. Pada hemat saya, cerita biduanita terkenal tanahair Kak Pah nak masuk PAS muncul sebaik diva itu mendaftarkan diri sebagai pengundi setelah selama ini dia tidak pernah mengundi seumur hidupnya. Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai parti Islam PAS dan akan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.
Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian 30 Jun 2012 bertajuk "Salahuddin: tanding di Johor bukan bunuh diri" turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang menyebutkan dalam satu ceramahnya di Johor baru-baru ini. Salahuddin turut menyebut nama Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi. Apapun, saya sedang meneruskan siasatan untuk mempastikan ianya menjadi kenyataan.
Sumber HD : 5/07/2012
Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda
Harakahdaily, | 05 Jul 2012 |
(Abby Abadi kini jadi hiasa facebook anak-anak muda)
KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.
Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.
Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.
248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.
"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk Ttelevision. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.
"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu," kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.
Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.
Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.
Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.
Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.
Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.
Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.
Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.
Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.
Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.
Sumber HD : 5/07/2012
Abby berhasrat sertai demo bebas tahanan ISA esok
Harakahdaily, | 07 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan,” ujar Abby lagi.
Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.
Sumber: http://persepsikitaberbeza.blogspot.com/2012/07/saya-akan-sertai-protes-menuntut.html
Sumber HD : 7/07/2012
Hairie, Abby dan Leman bantah ISA di Kemta
http://orangni.blogspot.com, | 09 Jul 2012 |
Hairie Othman, Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bersama dalam protes bantah ISA di KEMTA
Hairie Othman,Abby Abadi dan Leman Raja Lawak membantah akta zalim ISA
|
8 July 2012~ KEMTA Kemunting Taiping Perak: Hari ini suatu kejutan dan tercatit sejarah dalam bidangseni tanahair telah berlaku di negeri Perak apabila perhimpunan protes ISA yang berlangsung di hadapan pintu utama KEMTA dihadiri 3 orang artis yang prihatin dengan tahanan yang dilaporkan seramai 45 orang di dalamnya diperlakukan penginayaan terhadap mereka yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan mogok lapar untuk memprotes dari dalam kem tersebut.
Abby Abadi yang pernah memegang watak Inspektor Aliza dalam filem Gerak Khas melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. "Mana slogan mesra,cepat dan betul yang dilaungkan pihak polis...mana slogan Janji Ditepati yang dicanang pemimpin UMNO BN yang kononya ISA dimansuhkan...??? Mengapa masih ujud kem tahanan sebegini dalam negara,saya kecewa melakon watak polis yang digambarkan baik..sebaliknya pihak polis bershubahat melakukan kezaliman terhadap tahanan semata-mata mendengar pihak atasan" Ujar Abby ketika diberi peluang berucap dalam perhimpunan ini.
Manakala Hairei Othaman yang suatu masa dulu pernah berlakon watak Leftenan Adnan mengajak semua rakyat bersatu menentang akta zalim ini dari terus berada di muka bumi Malaysia ini, Leman Raja Lawak dalam mesej lawaknya mempersoalkan sikap pemimpin UMNO yang tidak cerdik memberi komen dalam twitter bahawa makan lambchop lebih baik dari layan kehendak perhimpunan ini.
Perhimpunan aman hari ini mencecah 300 peserta dan telah memberi semangat buat keluarga mangsa tahanan yang hadir sama dan pihak penganjur (GMI) berterima kasih kepada semua yang terlibat dan merakamkan syabas buat artis yang terlibat hari ini.Perhimpunan ini diakhiri dengan gimik membakar gambar Najib dan Hishamuddin yang didakwa menipu rakyat dengan mengatakan akta zalim telah dimansuhkan sebaliknya ianya sebuah janji kelentong kepada rakyat. Turut serta dalam perhimpunan ini ialah beberapa pemimpin parti politik seperti Ust Akmal Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ust Fakharudin YDP PAS Taiping,Sdr Khairul wakil PKR serta berberapa tokoh hebat dari mahasiswa tanahair.
Dijangkakan perhimpunan sebegini bakal diadakan pada minggu hadapan dengan harapan pihak yang berkenaan dapat membebaskan tahanan yang teraniaya di dalam kem tersebut. Semoga perhimpunan akan datang akan lebih ramai lagi penyertaan dari Pimpinan Pakatan Rakyat.
Gambar sebahagian perhimpunan protes ISA yang dihadiri 3 Artis
Bakar tanda protes kezaliman Najib dan Sepupunya... |
Sumber HD : 9/07/2012
Komen Aisyah tentang bayaran : http://www.youtube.com/watch?v=0e6PXmXAt6Q
Komen Hairie sokongan penyertaannya dalam PAS :
http://www.youtube.com/watch?v=c1hXkDrsW5s
Artis dan perjuangan
Zaman Shah Saiyan, |
Kini ramai di kalangan artis yang sudah sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT. Mereka berhijrah ke arah yang lebih baik demi mencari keredaan Allah serta ingin memperbaiki kehidupan mereka agar lebih baik daripada sebelumnya.
Malah ramai di kalangan mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Mereka bukan sahaja artis yang semata-mata berlakon dan bernyanyi menghiburkan peminatnya semata-mata tetapi kesedaran terhadap apa yang berlaku di negara ini turut mereka ikuti dan rasai.
Satu perkembangan yang menarik sejak akhir-akhir ini, terdapatnya artis-artis yang turut serta dalam perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran ini sama ada mereka menyertai PAS mahu pun Keadilan.
Mereka turut terjun ke gelanggang perjuangan tanpa rasa takut dan gentar dengan ugutan dan penentangan di kalangan mereka yang tidak bersetuju pada penglibatan artis dalam politik pembangkang.
Artis yang turut sama dalam perjuangan PAS mahu pun Keadilan adalah mereka yang sudah nekad dan yakin bahawa rezeki semua itu ketentuan Allah, mereka meletakkan keyakinan seratus peratus hanya pada Allah S.W.T, sebab itu mereka tidak takut dengan segala halangan mahupun ugutan.
Syabas dan tahniah kepada para artis yang berani turut berjuang dalam menuntut keadilan dan kebenaran itu. Kita doa kan agar mereka terus istiqamah dalam perjuangan dan kekal dalam orbit Islam sebagai cara hidup mereka.
Manakala kepada artis yang tidak menyertai mana-mana parti politik akan terus bersama-sama berganding bahu menyemarakkan cara hidup Islam dan mengekalkan hidayah yang Allah beri pada mereka untuk terus membawa kebaikan kepada masyarakat. Mereka didapati lebih cenderung kepada parti yang membawa keadilan dan kebenaran.
Sumber HD : 11/07/2012
Finaz Yunus akhirnya mohon maaf kepada Abby Abadi
http://greenboc.blogspot.com, | 11 Jul 2012 |
Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.
Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.
Permohonan maaf finaz kat bawah neh ;
Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu.
Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.
Lihat bawah neh ;
Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil)
Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.
Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.
1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.
2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.
3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.
4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah
Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
-ehgosip
Sumber HD : 11/07/2012
Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi; "Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"
Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Dato' AC Mizal Ajak Abby Berdebat?
http://batuvskayu.blogspot.com, | 13 Jul 2012 |
Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi; "Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"
Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.
Sumber HD : 13/07/2012
Terkini! Abby Abadi Sahut Cabaran Debat AC Mizal?
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 13 Jul 2012 |
Apa macam bro?
Cakap tu lu pikir dulu bro
Malu bro jadi balaci Umno
Lu kena dakwa dulu pun bukan main bersilat nak lari
Pakai gelang banyak sikit bro, baru fikiran lu positif
Hehehe...
Cakap tu lu pikir dulu bro
Malu bro jadi balaci Umno
Lu kena dakwa dulu pun bukan main bersilat nak lari
Pakai gelang banyak sikit bro, baru fikiran lu positif
Hehehe...
Sumber HD : 13/07/2012
http://www.ekeleh.com, | 14 Jul 2012 |
Alhamdullilah….yang bertudung mendapat sokongan dari yang bertudung. Walaupun tak menyatakan secara terus terang, Wardina tetap menyokong Abby Abadi. Dia berkata rakannya dianiya.
Mungkin kerana mungkin Abby dituduh mengutuk dan menghina PDRM oleh Panglima Gelang Umno Dato AC Mizal. Abby menyangkal dengan twitt “Yg keluar dr mulut Sy, bkn ‘hinaan’ tp kritikan atas salahlaku segelintir mereka…”
Berkaitan cabaran debat AC Mizal, Abby nampaknya nak menerima cabaran debat tersebut, “Terpanggil utk mnerima cabaran”. Nampaknya Abby semakin bersemangat!!
Janganlah pula selepas ini AC Mizal membuat twitt “Acah-acah aja!” Namun begitu agak aneh kerana Panglima Gelang Umno hanya mampu mencabar wanita untuk berdebat. Lain dari kebiasaan…
Sumber HD : 14/07/2012
Pelakon Adam Hamid pula sertai PAS
Anis Nazri, | 15 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.
Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.
Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.
Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.
Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.
Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.
Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.
Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.
Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.

Saya bergiat dalam politik sudah lama – Adam
Khairil Abdul Rahim, | 15 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS terus menjadi wadah pilihan utama artis berhijrah apabila pelakon dan pengarah muda berbakat besar Adam Hamid menyertai PAS sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan malam tadi.
Penerbit filem ‘Cinta Terakhir’ itu pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Angin, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang.
Malam tadi pemuda kacukan Kelantan-Pakistan itu meneruskan fenomena artis tanah air berhijrah ke dalam PAS. Borang keahliannya diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Yang menariknya beliau yang menjadi ahli PAS seumur hidup memberitahu media, berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan kepada syariat.
Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.
"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya seperti yang dilaporkan media.
Berkenaan peluang dan kerjayanya selepas menyertai PAS, beliau berkata tidak gentar jika disenaraihitamkan kerana hanya menyerahkan segalanya kepada takdir namun usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.
Sementara itu Adam yang memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada usia 18 tahun, berkata beliau telah menjadi penyokong Pakatan Rakyat sejak lama.
"Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya menyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," tegasnya.
Ketabahan dan keazaman yang kuat membuat Adam mengharungi apa juga badai yang mendatang di dalam perjalanan seninya. Adam yang juga bekas handyman ini menguasai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.
Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen. Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair utk slot RTM pada tahun 2001.
Ulasan Sdr Adam Hamid : http://www.youtube.com/watch?v=IdBGpctg1kw

(Meletup) Selebriti Yatt Hamzah bersama PAS
http://greenboc.blogspot.com, | 16 Jul 2012 |
[MELETUP LAGI] Seorang Lagi Selebriti Bersama PAS - Yatt Hamzah -updated 15 Julai
Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor petang tadi.
Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.
Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya - Suasana di Stadium Kuala Selangor sebentar tadi ketika azan Maghrib berkumandang untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Maghrib
Maha suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala pujian untukNya
Satu lagi sudut di Himpunan Hijau
Berpusu-pusu di dalam stadium
Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor
Deklamasi sajak : http://www.youtube.com/watch?v=cO_sEHIy-po&feature=g-high-u
Laporan sebelum ini
klik untuk baca
Sumber HD : 16/07/2012
Ning Baizura tidak libat mana-mana parti politik
Harakahdaily, | 31 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ning Baizura binti Hamzah (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, beliau tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
Oleh itu, beliau menafikan laporan akhbar Sinar Harian, beliau 'bakal' menjadi ahli PAS dan menyifatkan laporan itu tidak benar.
Berikut adalah kenyataan penuh Ning yang dikeluarkan melalui peguam beliau.
Ning Baizura tidak melibatkan diri dalam mana-mana parti politik
Ning telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2012 di mana telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli sebuah parti politik Malaysia.
Ning ingin menyatakan di sini secara spesifik am dan secara keseluruhannya tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik.
Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam hal politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal.
Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah.
Ekoran tuntutan ini, Harakahdaily menarik balik laporan akhbar Sinar Harian yang disiarkan dalam Harakahdaily melalui ruangan Terbaik Dari Blog dan memohon maaf dari Ning ekoran laporan itu.
Sumber HD : 31/07/2012
“Saya mempelajari agama disebabkan ia kewajipan saya sebagai seorang Islam kerana mungkin sebelum ini saya lalai, tetapi itu bukan bermakna saya hendak menyertai parti politik,” kata penyanyi terkenal, Adam AF selepas timbul spekulasi dia bakal menyertai sebuah parti politik berikutan perubahannya yang kini mendalami Islam.
Adam atau nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 28, berkata, spekulasi itu mungkin timbul selepas gambarnya yang memakai jubah dan berkopiah tersebar di laman sosial.
“Baru-baru ini saya mengikuti tazkirah di masjid di kampung saya di Sabah dan ada orang yang mahu bergambar dengan saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk bergambar cuma apabila disebarkan di laman sosial, ia menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan saya kononnya mahu menyertai parti politik.
“Saya tegaskan, saya tidak mempunyai kecenderungan menyertai mana-mana parti politik kerana perubahan yang saya alami sekarang semata-mata daripada hidayah Allah kepada saya,” katanya, semalam.
Adam berkata, Allah memberi hidayah supaya dia memperbaiki diri, bukan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Sehubungan itu, dia meminta spekulasi itu dihentikan kerana memberi banyak kesan kepada dirinya. Mengenai perubahan dilaluinya, Adam berkata, kesedaran bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon, Ashraf Muslim tahun lalu dan dipertemukan dengan seorang haji berusia 22 tahun di Makkah.
“Saya masih lagi dengan karier nyanyian dan terbabit dalam bidang lakonan kerana ia adalah mata pencarian saya setakat ini. Kalau perlu menari, saya akan menari cuma tidak berlebihan.
“Saya sedang memperbaiki diri dengan melaksanakan semua perintah Allah dan masih bergantung kepada bidang nyanyian sebagai sumber rezeki,” katanya.
“Kita kenal diri sendiri, kenal Allah dan seterusnya seseorang itu mengikut perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Seseorang yang mengikuti perjalanan itu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain,” katanya.

Adam AF berubah bukan untuk sertai parti politik
celahgelegar.blogspot.com, | 31 Jul 2012 |

Adam berkata, dia gembira dengan penghijrahan ramai artis sekarang, cuma baginya seseorang itu tidak boleh terlalu cepat mengisytiharkan dia berhijrah, tetapi masih belum mengenali diri sendiri.
“Kita kenal diri sendiri, kenal Allah dan seterusnya seseorang itu mengikut perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Seseorang yang mengikuti perjalanan itu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain,” katanya.
Sumber HD : 31/07/2012
Sumber HD : 1/08/2012
Saya terbaca kenyataan Ning Baizura tentang penafiannya yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan ingin terus kekal berkecuali di dalam Harakahdaily, baru-baru ini.
Saya menghormati pendirian peribadinya itu.
Namun, saya agak kurang jelas dengan pernyataan ini “Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah”.
Adakah beliau bermaksud parti yang memerintah yang memberi rezeki atau bagaimana?
Bagi saya, maksud ayat itu lebih jelas jika ditulis “Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan dilimpahi dengan rezeki oleh Allah Taala di bawah parti yang memerintah”.
Apa pun, saya harap Ning dapat memberikan penjelasan kerana umumnya, semua umat Islam mengetahui bahawa rezeki, musibah dan sebagainya datang daripada Allah.
Memang tidak dinafikan ada kalangan artis yang rezekinya ‘dinafikan’ oleh pihak pemerintah secara tidak langsung iaitu apabila seseorang artis itu digam. Oleh sebab itu mereka cukup berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa pernyataan terutamanya yang berkaitan politik.
Tambahan pula ketika, penglibatan artis dalam politik khususnya peranan mereka dalam parti pembangkang agak ketara. Jadi memang timbul isu ‘rezeki’ sesetengah mereka cuba disekat.
Dalam hal ini saya percaya Ning Baizura tidak bermaksud begitu, cuma saya berharap beliau lebih berhati-hati apabila berbicara mengenai ‘rezeki’ kerana dibimbangi akan tersalah maksudnya dan memberi kesan dari sudut agama.
Sumber HD : 2/08/2012
KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.
(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)
Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.
Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).
Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan.
Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.
Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri.
Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.
Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab sebenar.
“Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,”ujarnya.
Kagum dengan Tok Guru
(Bergambar kenangan dengan AJK Purnama)
Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari Kelantan.
“Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.
“Lagipun Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan ‘penghijrahannya’.
“Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,”ujarnya.
Sumber HD : 6/08/2012
GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.
Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.
Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.
Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.
"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.
Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.
Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?
"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.
Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.
Detik-detik penghijrahan
Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.
Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.
"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.
Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.
Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.
"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.
"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.
Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.
"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.
Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.
Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.
Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.
"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.
Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.
Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.
Sumber HD : 6/08/2012
KUALA LUMPUR: Di kesempatan mengimarahkan bulan Ramadan Abby Abadi bersama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah berkesempatan menyantuni golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur, pada 4 Ogos lalu.
Perasaan hiba turut dikongsi oleh Abby Abadi apabila bertemu dengan golongan kurang bernasib baik dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Walaupun berjalan hampir lima kilometer melibatkan laluan Dataran Merdeka – Menara Maybank – Kompleks Wilayah – Kompleks Pertama dan berakhir di pasar Chowkit, semua peserta program termasuklah Abby Abadi begitu bersahaja seolah-olah keinsafan dari aktiviti menyantuni gelandangan kota ini memberi semangat yang luar biasa.
Dalam menyantuni golongan gelandangan sambil mengagihkan makanan, rombongan SMM Wilayah sempat berinteraksi dengan sepasang suami isteri yang terpaksa tidur di kaki lima bersama anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut SMM Wilayah, pasangan tersebut datang dari negeri pantai timur dan tidak mempunyai pilihan untuk menginap di tempat lebih selesa apabila dihalau keluar oleh tuan rumah kerana kesempitan hidup.
Mereka turut mendapatkan butiran pasangan terbabit untuk diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib pasangan tersebut lebih terbela.
Bagi anak muda seperti SMM Wilayah, walaupun aktiviti hanya berlangsung antara lima hingga enam jam namun ianya cukup menginsafkan.
Sumber HD : 7/08/2012
Sumber HD : 14/08/2012
Sumber HD : 14/08/2012
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.
Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.
Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.
UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.
Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.
Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.
Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik. Ikhlas.. sekadar teguran membina dari hamba Allah yang serba kekurangan..
Sumber HD : 15/08/2012
Kenapa ungkit kisah sebelum hijrah, soal Aishah
Salmah Mat Husain, | 01 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Artis bersuara emas, Wan Aishah Wan Arifin (gambar), melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau.
Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah.
“Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah.
“Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini.
Beliau juga melahirkan rasa kesal apabila sesama Islam mengutuk penghijrahan artis terutama di laman social facebook dan twitter, sedangkan memperkatakan keindahan Islam menjadi tanggungjawab semua pihak.
Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu.
“Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,”ujarnya sambil ketawa kecil.
Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah.
Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan parti PAS yang membela nasib masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.
"Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan sebuah perjuangan yang membawa kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?”ujarnya.
Jenama tudung sendiri
Menyentuh tentang Abby Abadi (gambar) yang telah ditamatkan kontraknya sebagai duta tudung Alhumaira Cotemporary, beliau menyambutnya dengan tenang dan memahami.
Jelas Aishah, ia menjadi hak syarikat itu sendiri untuk membuat keputusan untuk kepentingan syarikatnya sendiri.
“Bagaimanapun Abby jangan risau kerana rezeki Allah ada di mana-mana, Allah tidak akan menzalimi hambaNya.
“Cadangan supaya Abby mengadakan jenama tudungnya sendiripun satu cadangan yang baik juga…, bagus”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Aishah masih meneruskan rutinnya memenuhi jemputan ceramah sepanjang bulan Ramadan ini.
Semalam beliau baru pulang dari memenuhi jemputan di Negeri Sembilan.

Rezeki: Apakah maksud Ning Baizura?
Awang Ahmad, Kuala Terengganu, |
Saya terbaca kenyataan Ning Baizura tentang penafiannya yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan ingin terus kekal berkecuali di dalam Harakahdaily, baru-baru ini.
Saya menghormati pendirian peribadinya itu.
Namun, saya agak kurang jelas dengan pernyataan ini “Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah”.
Adakah beliau bermaksud parti yang memerintah yang memberi rezeki atau bagaimana?
Bagi saya, maksud ayat itu lebih jelas jika ditulis “Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan dilimpahi dengan rezeki oleh Allah Taala di bawah parti yang memerintah”.
Apa pun, saya harap Ning dapat memberikan penjelasan kerana umumnya, semua umat Islam mengetahui bahawa rezeki, musibah dan sebagainya datang daripada Allah.
Memang tidak dinafikan ada kalangan artis yang rezekinya ‘dinafikan’ oleh pihak pemerintah secara tidak langsung iaitu apabila seseorang artis itu digam. Oleh sebab itu mereka cukup berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa pernyataan terutamanya yang berkaitan politik.
Tambahan pula ketika, penglibatan artis dalam politik khususnya peranan mereka dalam parti pembangkang agak ketara. Jadi memang timbul isu ‘rezeki’ sesetengah mereka cuba disekat.
Dalam hal ini saya percaya Ning Baizura tidak bermaksud begitu, cuma saya berharap beliau lebih berhati-hati apabila berbicara mengenai ‘rezeki’ kerana dibimbangi akan tersalah maksudnya dan memberi kesan dari sudut agama.
Sumber HD : 2/08/2012
Noryn Aziz pula berhijrah
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, | 06 Ogs 2012 |
KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.
(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)
Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.
Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).
Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan.
Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.
Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri.
Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.
Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab sebenar.
“Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,”ujarnya.
Kagum dengan Tok Guru
(Bergambar kenangan dengan AJK Purnama)
Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari Kelantan.
“Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.
“Lagipun Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan ‘penghijrahannya’.
“Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,”ujarnya.
Sumber HD : 6/08/2012
Saya sokong Islam - Farah Asyikin
Salmiyah Harun, | 06 Ogs 2012 |
GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.
Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.
Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.
Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.
"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.
Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.
Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?
"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.
Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.
Detik-detik penghijrahan
Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.
Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.
"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.
Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.
Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.
"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.
"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.
Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.
"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.
Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.
Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.
Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.
"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.
Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.
Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.
Sumber HD : 6/08/2012
Abby Abadi dibawa santuni gelandangan
Salmiyah Harun, | 07 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Di kesempatan mengimarahkan bulan Ramadan Abby Abadi bersama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah berkesempatan menyantuni golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur, pada 4 Ogos lalu.
Perasaan hiba turut dikongsi oleh Abby Abadi apabila bertemu dengan golongan kurang bernasib baik dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Walaupun berjalan hampir lima kilometer melibatkan laluan Dataran Merdeka – Menara Maybank – Kompleks Wilayah – Kompleks Pertama dan berakhir di pasar Chowkit, semua peserta program termasuklah Abby Abadi begitu bersahaja seolah-olah keinsafan dari aktiviti menyantuni gelandangan kota ini memberi semangat yang luar biasa.
Dalam menyantuni golongan gelandangan sambil mengagihkan makanan, rombongan SMM Wilayah sempat berinteraksi dengan sepasang suami isteri yang terpaksa tidur di kaki lima bersama anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut SMM Wilayah, pasangan tersebut datang dari negeri pantai timur dan tidak mempunyai pilihan untuk menginap di tempat lebih selesa apabila dihalau keluar oleh tuan rumah kerana kesempitan hidup.
Mereka turut mendapatkan butiran pasangan terbabit untuk diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib pasangan tersebut lebih terbela.
Bagi anak muda seperti SMM Wilayah, walaupun aktiviti hanya berlangsung antara lima hingga enam jam namun ianya cukup menginsafkan.
Sumber HD : 7/08/2012
Artis BerHijrah: Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam MHI
http://mimpi-senja.blogspot.com, | 09 Ogs 2012 |
Pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.
Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.
Sumber HD : 9/08/2012
PKPIM sambut baik penghijrahan artis
Khairul Anuar Abdul Manap, | 14 Ogs 2012 |
Umum mengetahui, penghijrahan artis tempatan dengan imej yang mesra syariah telah menjadi fenomena dalam arus perdana. Rata-ratanya, mereka tampil dengan pakaian yang menutup aurat, imej yang lebih sopan serta terlibat secara langsung dengan program bersama masyarakat.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memuji dan menyambut baik perubahan positif tersebut yang dianggap berani menongkah arus dunia selebriti.
Realitinya, bukan perkara mudah untuk keluar dari kebiasaan kerana barangkali terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikannya namun terbukti hijrah pada hakikatnya bukanlah sesuatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan dengan syarat berpaksikan niat yang baik dan kesedaran yang mendalam.
Demikianlah peristiwa hijrah golongan Muhajirin dari Mekah ke Madinah dalam sejarah Islam turut merakamkan pengorbanan dan peristiwa getir yang dihadapi oleh Nabi dan para sahabat.
Perlu kita sedari bahawa artis adalah kelompok manusia yang berpengaruh terhadap masyarakat khususnya generasi muda. Daripada gaya pertuturan, fesyen berpakaian mahupun gaya hidup, kesemuanya telah menjadi budaya dan contoh ikutan.
Maka, fenomena penghijrahan artis yang telah disebutkan sebenarnya berfungsi menyuntik budaya baru dalam mempengaruhi golongan muda ke arah yang dituntut oleh agama.
Maka, hendaklah para artis yang telah berhijrah ini mewujudkan gelombang budaya yang boleh dijadikan ikutan seperti tutur kata yang baik, cinta kepada ‘ilmu, hormat-menghormati sesama insan serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, PKPIM melihat fenomena ini berpotensi menjadi benteng sekaligus alternatif kepada lambakan budaya artis luar negara yang tidak sesuai dengan semangat kesopanan dalam wilayah kemalaysiaan untuk dicontohi oleh generasi muda.
Dalam pada itu, kemampuan, kepakaran, bakat dan kecenderungan yang dimiliki oleh mereka harus dimanfaatkan untuk merealisasikan agenda transformasi dalam industri seni dan hiburan yang lebih mematuhi lunas-lunas Islam, membina jati diri sekaligus menyeru masyarakat ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Sepertimana Khalid Al-Walid r.a yang tetap diberikan tugas memimpin angkatan tentera Muslim walaupun baru memeluk Islam kerana kepakaran dalam taktik peperangan yang dimiliki olehnya tidak dipunyai oleh para sahabat yang lain. Maka, tidak wajar andai ada sesetengah pihak yang menganggap artis bertudung itu tidak komersial atau tidak sesuai dengan kehendak ramai.
Dalam masa yang sama, PKPIM turut mengkritik suara sumbang yang tidak senang dengan penonjolan artis yang berhijrah.
Pendapat yang mengatakan bahawa artis tidak layak menjadi ustaz atau ustazah adalah keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat berlumba-lumba membuat kebaikan seperti yang disarankan oleh Al-Quran.
Mereka seharusnya dibimbing dengan betul bukan dikritik dengan kata-kata yang tidak enak didengar.
Sehubungan dengan itu, PKPIM berpendirian bahawa suara-suara ‘tidak senang’ tersebut mesti dihentikan segera untuk mengelakkan konflik atau tuduhan-tuduhan melulu yang tidak mendatangkan faedah.
Sindiran negatif juga tidak seharusnya datang dari kelompok agamawan yang dikhuatiri bakal mencemarkan imej mereka sendiri sebagai golongan yang dihormati oleh khalayak umum.
Hakikatnya, tugas menyeru kepada kebaikan adalah tanggungjawab setiap yang bernama Muslim seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW: “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”.
Demikian juga PKPIM turut bersedia memberi ruang kepada mereka untuk terlibat sama dalam menjayakan misi ta’dib generasi muda yang menuntut penglibatan dan komitmen daripada semua pihak.
Tambahan pula keberadaan dalam bulan Ramadhan ini akan meningkatkan perubahan diri ke arah yang lebih baik dan medan yang baik untuk berubah.
Kesimpulannya, PKPIM berharap agar kita sama-sama berdoa supaya penghijrahan para artis tersebut berterusan dan menyuntik semangat hijrah ke dalam kehidupan masyarakat.
Penulis ialah Setiausaha Agung PKPIM.

PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda.
Komitmen ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu.
Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama.
“Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat.
"Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini”, kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.
Majlis berbuka puasa Musika kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan lebih 10 tokoh yang terkenal termasuk ahli politik.
Antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh.
Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.
Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Maklum balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan program seperti ini dapat membantu mereka mendapatkan pandangan dan jawapan berhubung masalah khususnya berkaitan agama.
“Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam.
"Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah," katanya lagi.
Menurut beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu.

Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?
http://addin77.blogspot.com/, | 15 Ogs 2012 |
Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.
Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.
Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.
UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.
Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.
Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.
Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik. Ikhlas.. sekadar teguran membina dari hamba Allah yang serba kekurangan..
Sumber HD : 15/08/2012
Leman Raja Lawak kena banyak belajar.
http://sisibukit.blogspot.com, | 16 Ogs 2012 |
Leman Raja Lawak membantu anak yatim memilih seluar. Turut kelihatan Yahya Sidek,Ketua UPU Kamunting Station. |
Ustaz Nordin Jaafar,YDP Pas Bukit Gantang,mengiringi anak-anak yatim memilih t- shirt. |
Leman Raja Lawak,Ustaz Nordin Jaafar dan anak-anak yatim. |
Taiping- Baru-baru ini penulis mengikuti YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar dan Leman Raja Lawak membantu memilih baju raya untuk anak-anak yatim di pusat beli-belah Giant,Kamunting Raya.Sebanyak 21 anak yatim dibeli baju raya. Dengan setiap orang mendapat RM100.00 untuk membeli baju raya.
Penulis sempat mengekori Leman Raja Lawak menyantuni anak-anak yatim.Pada pengamatan penulis Leman perlu banyak belajar.Lawak beliau perlu bertempat. Pertuturan beliau perlu dijaga.Bertambah pula Leman orang sudah kenal.Apa kata Leman ikut usrah fitrah yang dinaqibkan oleh Ustaz Azhar Idrus.
Sumber HD : 16/08/2012
“Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.
Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.
Beliau memetika hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya".
Kamaruzaman berkata, DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak.
Beliau menambah, para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam.
“Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki,” ujarnya.
Arak: Pemuda PAS WP ucap tahniah kepada Ning
Harakahdaily, | 14 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memuji langkah Ning Baizura kerana telah menarik diri dari mengadakan konsert anjuran sebuah syarikat arak, Guinness yang akan diadakan pada 28 September ini.
“Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad.
Jelasnya, Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.
Beliau memetika hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya".
Kamaruzaman berkata, DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak.
Beliau menambah, para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam.
“Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki,” ujarnya.
Najib perdaya artis tarik sokongan kepada Umno
KeadilanDaily, | 12 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman (gambar) atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.
Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.
“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.
“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.
Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.
Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.
“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya.
Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.
“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.
Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.
Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah.
Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan (kanan) menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis.
“Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka.
“Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru. Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang.
Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat.
“Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis.
“Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis,” ujarnya.

Pelakon Hairie Othman akhiri zaman duda...inilah isterinya
http://sedakasejahtera.blogspot.com, | 20 Nov 2012 |
Gempar!!! Tahniah Buat Pelakon Hairie Othman Akhiri Zaman Dudanya.. Inilah Wajah Isteri Barunya.. Jom Terjah!!!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 20-11-2012
Diana Amir sebak jumpa Tuan Guru Nik Aziz
Salmiyah Harun|Foto: Rizal, | 27 Dis 2012 |
KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.
Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.
Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.
“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.
Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.
“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.
Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.
Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.
“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.
Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.
Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.
“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.
Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.
Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.
Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.
Sumber HD - 27-12-2012
Pesanan terbaik Noryn Aziz
http://www.ekeleh.com, | 04 Jan 2013 |
Gambar Noryn Aziz yang cantik bertudung. Noryn yang kini menjalani hidup dengan menjadikan dirinya lebih dekat kepada Islam.
Cuma yang ingin dikongsikan di sini, pesanan yang boleh dijadikan iktibar untuk semua. Pesanan terbaik Noryn Aziz untuk sesiapa sahaja…
Sumber HD - 4-1-2013
Erat hubungan, Pemuda PAS lawan bolasepak dengan artis
Anis Nazri , | 08 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah kejayaan mengadakan pertandingan futsal bersama kumpulan artis sebelum ini, Pemuda PAS Malaysia sekali lagi menganjurkan program hampir sama.
Pada 5 Januari lalu, satu perlawanan bola sepak persahabatan dianjurkan Lajnah Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Pusat bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) yang melibatkan beberapa artis terkemuka.
Bertempat di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, pertembungan di antara kedua-dua pasukan begitu sengit, namun harmoni.
Menurut Pengarah DACS, Halim Ahmad, perlawanan pada malam itu berlangsung dalam suasana meriah dan santai, di mana ramai penyokong dan peminat artis turut menonton perlawanan tersebut.
"Kebanyakan exco pemuda menyertai perlawanan ini, termasuk Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan. Selepas perlawanan, ada majlis bertukar-tukar cenderamata dan juga jamuan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Antara artis yang turut turun padang ialah Danny X-Faktor, Syed Aiman, Zahid AF, Fiq F, Fizo Omar dan beberapa artis lain.
Perlawanan bola sepak itu berakhir dengan Pemuda mengalahkan MACS 3-2.

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sayangi Malaysia, gunakan kuasa kita – Abby Abadi
Muhammad Faizal, | 08 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Arbaeiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi hari ini meminta agar seluruh rakyat negara ini melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Beliau yang ditemui di Pejabat Harakah hari ini memberitahu perubahan yang dilakukan itu adalah salah satu usaha untuk menghentikan mereka yang memerintah daripada terus melakukan dosa.
Malah ia juga turut menjadikan negara ini berada dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.
"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berharap seluruh rakyat berani untuk melakukan satu perubahan yang besar pada PRU13 nanti, apatah lagi mereka yang baru pertama kali ingin mengundi perlu berani membuat perubahan.
"Niat kita hanyalah untuk menjadikan negara ini lebih baik dari sebelum ini, perubahan pemerintahan perlu dilakukan," jelas beliau.
Abby turut menyatakan keadaan politik sekarang dilihat lebih bersikap berat sebelah apabila pihak Pakatan Rakyat tidak menerima layanan yang sempurna dari kerajaan terutamanya dalam soal penyampaian maklumat di media milik mereka.
"Terlalu banyak kezaliman dilakukan oleh kerajaan sekarang khususnya Kelantan yang sehingga sekarang dinafikan hak mereka menerima royalti walaupun itu sudah terkandung di dalam perjanjian.
"Saya bercakap ini bukannya bererti saya dengki dengan kerajaan yang sedia ada tetapi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk umat Islam serta rakyat negara ini yang sekian lama tertekan dengan kehidupan yang semakin tidak menentu," sambung beliau.
Dalam pada masa yang sama beliau menyeru agar wanita menggunakan kuasa mereka untuk turut sama melakukan perubahan.
"Untuk wanita gunakan PRU13, sayangi Malaysia, sayangi Islam dan gunakan kuasa kita jom ubah," kata beliau lagi.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Abby Abadi perli ustaz-ustaz Umno
http://addin77.blogspot.com, | 08 Jan 2013 |
Lihatlah post di wall Abby Abadi ni.. dia perli ustaz-ustaz Umno. Malu kepada Abby Abadi yang baru berhijrah tapi lebih faham Islam daripada ustaz-ustaz Umno ni.
Ustaz-ustaz Umno ni hanya menjual agama demi kepentingan diri sendiri. Taraf mana ilmu ustaz Umno hingga nak memperlekehkan ulama-ulama besar dunia.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Ada yang kata artis ni dah join PAS...
http://shalehudin.blogspot.com, | 10 Feb 2013 |
HOT: Ada yang kata ARTIS ni dah join PAS...
Farah Asyikin
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-2-2013
Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.
Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.
(Video klip Reformasi Yasin dalam Youtube)
KUALA LUMPUR: Ekoran lagu 'Reformasi' yang dibuatnya, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman diugut dengan ancaman bunuh.
Ugutan itu dimasukkan ke dalam ruangan komen di bawah lagu itu dalam Youtube.
Ugutan berbunyi “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirmaku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.
Namun semakan Harakahdaily pagi ini, komen itu telah dibuang dari laman itu.
Yasin yang terkilan dengan komen itu menyifatkan ia sebagai melampau kerana berbeza pendapat dan pandangan politik tidak perlu samnpai mengugut pihak yang lain.
“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.
Yasin yang kini menjadi duta Pakatan Rakyat mempersembahkan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi' dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 baru-baru ini.
Ekoran itu kedua-dua lagu itu menjadi siulan anak muda pejuang reformasi dan Pakatan Rakyat.
Ia kemudiannya dijadikan video klip dan dimainkan di laman-laman sosial para pendokong Pakatan.
Klik pada gambar untuk menonton video itu.
Rahsia besar didikan Ustaz Don Daniyal (baca)
http://www.queachmad.com, | 11 Feb 2013 |
RAHSIA BESAR Didikan USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID | Dari Prof Dr Muhaya | WAJIB BACA
RAHSIA BESAR Didikan USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID | Dari Prof Dr Muhaya | WAJIB BACA. Kata Prof Dr Muhaya:-
"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?
Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.
"Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabili setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
SUBHANALLAH... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
SUBHANALLAH... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-2-2013
Lagu 'Reformasi': Yasin diugut bunuh
Harakahdaily, | 06 Mac 2013 |
(Video klip Reformasi Yasin dalam Youtube)
KUALA LUMPUR: Ekoran lagu 'Reformasi' yang dibuatnya, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman diugut dengan ancaman bunuh.
Ugutan itu dimasukkan ke dalam ruangan komen di bawah lagu itu dalam Youtube.
Ugutan berbunyi “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirmaku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.
Namun semakan Harakahdaily pagi ini, komen itu telah dibuang dari laman itu.
Yasin yang terkilan dengan komen itu menyifatkan ia sebagai melampau kerana berbeza pendapat dan pandangan politik tidak perlu samnpai mengugut pihak yang lain.
“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.
Yasin yang kini menjadi duta Pakatan Rakyat mempersembahkan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi' dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 baru-baru ini.
Ekoran itu kedua-dua lagu itu menjadi siulan anak muda pejuang reformasi dan Pakatan Rakyat.
Ia kemudiannya dijadikan video klip dan dimainkan di laman-laman sosial para pendokong Pakatan.
Klik pada gambar untuk menonton video itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-3-2013
PAS pastikan hak cipta artis tempatan terpelihara
Salmiyah Harun, | 16 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan hak cipta artis tempatan terpelihara dan dihormati oleh rakyat negara ini apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui Putrajaya pada pilihan raya kali ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hanya melalui pendidikan sebagai platform yang paling berkesan untuk memberi perubahan kepada rakyat negara ini supaya menghormati hak cipta artis tempatan.
Katanya, hak cipta tidak kira sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan atau penerbitan buku sekali pun, ianya perlu dihormati kerana ia menjaga masa depan artis tempatan.
"Di negara ini, satu perkara yang tidak dihormati oleh rakyat negara ini iaitu hak cipta. Misalnya Datuk Shahnon Ahmad yang menulis novel 'Shit" telah dicetak rompak ratusan ribu, sampai sekarang Shahnon tidak dapat apa-apa.
"Begitu juga dalam bidang nyayian, setengah besar rakyat tidak suka mengekalkan yang asli tetapi cari yang tidak 'original', ini sangat berleluasa," katanya dalam sidang media di program Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam ini.
Tambahnya, apabila hak cipta artis ini terpelihara sekali gus ia membantu kehidupan dan masa depan artis tersebut.
"Saya ambil contoh, biduanita Saloma yang terlantar sakit di hospital, sehingga tidak mampu untuk membayar bil hospital. Anak beranak P. Ramlee juga hidup melarat," katanya.
Mohamad turut melahirkan rasa terharu atas sokongan khasnya para artis yang secara berani menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perubahan besar ke atas nasib mereka.
"Saya berkeyakinan penuh, mereka (artis) perlu dihargai dan mereka memerlukan perubahan melalui PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Pada malam ini juga Mohamad Sabu turut melancarkan 'Sukarelawan PRU13' di mana PAS akan mensasarkan seramai mungkin penyertaan orang ramai untuk menjadi sukarelawan bagi memastikan pilihan raya berlaku adil dan saksama.
Beliau juga akan melancarkan buku 'Prima Facie' yang ditulis oleh peguam Hanipa Maidin berdasarkan pengalamannya dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah termasuklah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar atas)
Turut bersama dalam sidang media itu, Dr Muhaimin Sulam, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan artis Ito serta Hairie Othman.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-3-2013
Ustaz Azhar menjawab soalan hadirin di pentas Malam Seni Untuk Perubahan.
KUALA LUMPUR: Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru menyaksikan lebih 5,000 orang ramai memenuhi padang kelab ini walaupun keadaan becak.
Program malam seni ini membariskan penampilan khas pendakwah bebas yang sedang hangat pada masa ini, Ustaz Azhar Idrus dengan slot soal jawabnya.
Orang ramai mula memenuhi padang seawal jam 8.00 malam untuk bersama-sama barisan artis dan mendengar soal jawab daripada Ustaz Azhar.
Pelbagai soalan yang diajukan orang ramai kepada Ustaz Azhar termasuklah soalan berkaitan PTPTN, demonstrasi dan PRU13.
Soalan tersebut adalah "apa hukum negara yang bagi pinjaman PTPTN pada pelajar kemudian pelajar berdemonstrasi minta hapuskan PTPTN".
Ustaz Azhar secara spontan menjawab, "kalau negara tu kaya kenalah bagi pendidikan percuma kepada pelajar. Cuba tengok menara KLCC tu, menara jagung dua butir, negara miskin mana ada tu...".
Penampilan istimewa pada malam ini antaranya Yassin Brothers, Ito Blues Gang, Aisyah, Abby Abadi, dan Hairie Othman dan lain-lain barisan artis dan pelukis yang telah berhijrah memilih Pakatan Rakyat.
Para barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut bersama-sama dalam program malam seni ini menyatakan sokongan padu kepada artis yang mahukan perubahan.
Antara barisan pimpinan itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di samping Dr Syed Azman, Dr Muhaimin Sulam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Pyan Habib dan aktivis Hishamuddin Rais.
Sumber HD - 16-3-2013
KUALA LUMPUR: Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin dirasai oleh rakyat Malaysia khususnya kepada parti-parti politik yang bertanding.
Bagi PAS dan Pakatan Rakyat, kempen PRU13 mungkin sedikit berbeza berbanding kempen-kempen PRU terdahulu apabila kempen kali ini turut dibantu secara terbuka oleh golongan artis dan selebriti.
Jika sebelum ini PAS dilihat tidak mendapat tempat di hati para artis dan selebriti, namun kali ini golongan artis secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap parti ini dan secara sukarela membantu parti dalam kempen pilihan raya.
Bagi pengarah,penerbit dan juga pelakon, Adam Hamid yang menyertai PAS pada Julai tahun lalu, PRU kali ini amat bermakna bagi dirinya kerana beliau terlibat secara langsung membantu kempen parti itu.
Teruja berkongsi pengalaman, Adam, 40, berkata beliau bergilir-gilir membantu calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan calon PKR, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.
"Saya membantu kawasan Lembah Pantai dan Titiwagsa. Setakat ini, memang bergilir-gilir di dua kawasan ini sahaja tapi kalau ada kawasan lain yang jemput saya, saya cuba penuhi jika berkesempatan.
"Saya akan terus membantu jentera sehingga 5 Mei ini. Kalau ikutkan saya kena ke Brunei 1 Mei tapi saya minta tangguh selepas 5 Mei sebab saya ingin membantu dalam pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Anak kelahiran Kelantan dan berdarah Cina Pakistan itu juga berkata, beliau dipanggil memberikan ceramah dalam program bersama anak muda dan ada kalanya diberi tugas menjadi pengacara majlis.
"Memang saya tumpu seratus peratus kepada kempen. Biasanya saya dipanggil memberi ceramah kelompok, jadi pengacara program dan kadang-kadang jadi penceramah bidang terjun. Tapi saya cuba tolong mana yang mampu.
"Kalau tak ada program ceramah pun, saya akan tolong pasang bendera, dan keluar ke markas dan bilik gerakan untuk bersama-sama jentera," katanya ramah.
Cerita beliau juga, beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan penduduk setempat sewaktu PAS mengadakan program di Titiwangsa.
"Pengalaman saya sendiri, sewaktu menyertai program goreng keropok lekor di PPR Laksamana, walaupun hujan, saya terharu apabila ada uncle dan auntie Cina turun membantu kami. Saya nampak sokongan mereka terhadap PAS," katanya.
Beliau sempat memberitahu, 99 peratus keluarganya di Kelantan yang berbangsa Cina dan beragama Budha menyokong PAS.
"Keluarga saya di Kelantan, 99 peratus Cina dan belum memeluk Islam tapi menyokong PAS. Mak saya Cina masuk Islam dan ahli keluarganya belum memeluk Islam. Tapi mereka memang menyokong PAS dan menyatakannya secara terbuka. Kalau saya balik Kelantan, mereka suka bercerita tentang PAS di Kelantan," ceritanya.
Pengundi di Lembah Pantai itu juga tanpa berselindung memberitahu, enam undi sudah dijamin untuk Nurul Izzah.
"Saya, abang, dan kakak ipar dan keluarganya, memang akan beri undi kepada Nurul Izzah," katanya diiringi ketawa.
Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar keluar mengundi dan tidak takut melakuan perubahan kerana menyifatkan PRU13 amat penting untuk masa depan negara.
"Saya menyeru semua warga Malaysia agar tidak takut untuk keluar mengundi. Pilihan raya kali ini sangat penting kepada warga Malaysia untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara.
"Kepada jentera pula, saya harap bekerjalah seikhlas hati, semampu yang boleh dan tidak mengharapkan pujian.
"Kalau nanti andai wakil rakyat yang kita bantu itu tidak kenal kita, tida tegur kita, jangan kecil hati. Dia ada banyak tugas, ada banyak rakyat yang nak kena jaga. Allah ada untuk membalas segala kerja buat kita," katanya.
Bagi seorang lagi selebriti, Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim, inilah masanya beliau mengotakan janji untuk menjadi pekerja sepenuh masa kepada PAS.
Leman, 31, sewaktu menyertai PAS Jun tahun lalu berjanji akan membantu PAS dalam PRU13.
Leman yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini mengakui jadualnya padat dengan aktiviti kempen bersama calon PAS.
"Saya berkempen di seluruh negara. Malam ini di Kedah, esok di di Perak, lusa di Melaka, kemudian Johor, Kelantan dan balik semula ke Kedah.
"Saya memang fokus kepada ceramah bersama calon-calon. Saya fokus kepada isu rakyat seperti masalah ekonomi, terangkan manifesto Pakatan Rakyat.
"Mungkin PAS nampak saya boleh tarik anak muda dengar ceramah, jadi saya diberi tugas berceramah dan fokus saya memang untuk jatuhkan Umno BN," katanya bersahaja.
Leman juga baru diambil menjadi anak angkat Parlimen Sik, kerana dilihat mampu memberi pengaruh kepada golongan muda di kawasan tersebut.
"Malam semalam saya berkonvoi motosikal bersama 1,000 pemuda dari Pekan Sik, masuk ke kawasan Felda. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan dan kami tak dihalang masuk Felda walaupun diketahui kawasan kuat Umno di situ," ceritanya.
Pengundi di Parlimen Padang Terap itu turut menyeru rakyat Malaysia agar keluar menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei ini.
"Saya nak pesan, untuk pilihan raya kali ini, jangan takut untuk undi Pakatan Rakyat, jangan takut untuk tukar kerajaan.
"Jangan percaya khabar angin yang kata akan berlaku huru-hara selepas pilihan raya. Kitalah penentu masa depan negara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).
Menyentuh mengenai penyanyi Aishah yang bertanding di Parlimen Jempol, beliau menyokong penuh perkara itu dan berharap kemenangan Aishah di kawasan tersebut.
"Saya sangat sokong Kak Aishah jadi calon tapi saya minta maaf, saya memang tidak sempat untuk turun berkempen untuk beliau.
"Baru-baru ini saya hanya sempat turut ke Pengerang, kawasan Dayangku Intan bertanding. Apa-apa pun, saya memang menyokong mereka dan mendoakan kemenangan mereka," ujarnya.
Malam Seni: 5,000 hadir walaupun padang becak

Selebriti kerja kuat bantu kempen Pakatan
Hazayani Zakaria, | 23 Apr 2013 |

Faizal Tahir belasah Norman KRU
http://addin77.blogspot.com, | 29 Apr 2013 |
Posted by Addin Deen at 4/28/2013
Buat Norman, semoga insaf dan bertaubat kerana masih belum terlambat. Kepada Faizal Tahir tahniah kerana berani menyatakan kebenaran.
ALLAHU AKBAR!!
Faizal Tahir hari ini telah membelasah Norman KRU apabila, Norman KRU yang dipercayai telah menulis di twitternya, seolah tidak percaya kepada rezeki yang datang dari Allah S.W.T tetapi dari pemerintah Umno.
Inilah keruntuhan akidah yang dialami oleh sesetengah penyokong tegar Umno BN yang mempercayai rezeki dari mereka tetapi bukan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Buat Norman, semoga insaf dan bertaubat kerana masih belum terlambat. Kepada Faizal Tahir tahniah kerana berani menyatakan kebenaran.
ALLAHU AKBAR!!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-4-2013
No comments:
Post a Comment