Hudud: PAS akan ikut saluran, bukan sembrono |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.
YB Dr Dzulkefly Ahmad - AJK PAS Pusat
Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. "Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri. Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Kucar-kacirkan Pakatan Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini. "Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya. Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi. Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan. "Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5550-hudud-pas-akan-ikut-saluran-bukan-sembrono
Hudud: Umno dicabar nyatakan pendirian rasmi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud. “Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din. Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini. “Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan. “Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam,” ujar beliau lagi. Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Beliau dipetik berkata, “saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut. “Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.” “Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily. Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II). Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5562-hudud-umno-dicabar-nyatakan-pendirian-rasmi
Isu hudud petanda akhir pilihanraya |
Nasrudin bin Hassan |
1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya. 2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya. 3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam. 4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba. 5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun. 6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan. 7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara' 8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan]. 9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik. 10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang. Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih. Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu. Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama. Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus. ------------------------------------------------------------------------- Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/5580-isu-hudud-petanda-akhir-pilihanraya
Dr Asri: Kelantan dan tanggungjawab hudud |
Dr Mohd Asri Zainul Abidin |
Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat. Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”. Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya) “Ini ialah satu 'surah' yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1). Dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi (Surah al-Maidah: 38), jenayah hirabah (Surah al-Maidah: 33), jenayah zina (Surah an-Nur: 3), dan qazf (Surah an-Nur: 4). Dalam hadis pula disebutkan hukuman sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi penzina muhsan, juga bunuh bagi yang murtad. Hukuman ini secara umumnya dikategorikan sebagai hudud. Walaupun begitu, ada perbincangan dalam kalangan sarjana mengenai kedudukan hukuman murtad, buang daerah dan rejam; adakah itu hudud atau ta’zir (discretionary punishment). Jika ia hudud bererti ia tidak boleh dipinda atau ditukar ganti. Jika ia ta’zir bererti ia terdedah kepada perubahan dan penilaian semula pihak pemerintah. Saya akan bincangkan nanti dalam artikel yang lain. Niat Buruk Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk. Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah. Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat. Firman Allah: (maksudnya): “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41). Penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya. Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat. Hukum Allah Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam. Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning). Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law). Ini kerana bukan tujuan Islam ingin memastikan tangan pencuri itu putus, tetapi yang hendak dicapai ialah maksud keadilan, pencegahan dan pemeliharaan harta masyarakat di sebalik hukuman tersebut. Kaedahnya ditetapkan iaitu potong tangan. Maka, pelaksana hukum tersebut hendaklah memastikan bahawa apabila hukuman tersebut dilaksanakan, maksudnya dapat dicapai. Jika dilaksanakan, sedangkan maksud itu tidak dicapai, ataupun berlaku sebaliknya, maka itu tidak menunai tanggungjawab nas. Sebaliknya, hanya menzahirkan ketidakadilan, atau kekejaman atas nama Islam. Suasana Kondusif Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri. Nabi s.a.w bersabda: “Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani). Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut: “Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”. Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani). Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira. Mewujudkan Suasana Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suanana kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram. Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum. Ini kerana pertama; dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah. Perjuangan penting kita pada hari ini, ialah mengujudkan suasana yang kondusif ini sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. Ini kerana, jika undang-undang hudud dilaksanakan; dihukum orang bawahan; dilepas orang atasan, dihukum penzina; diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh, dihukum peminum arak, digalakkan gambaran arak, dihukum pencuri; dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan, dihukum pemberontak; dibiarkan kezaliman penguasa dan seterusnya, sudah pastilah hudud tidak dapat dilihat keindahannya. Bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, hanya membinasakan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat. Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan. Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya. Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan. Saya akan bahaskan dalam artikel yang akan datang insyaAllah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5572-dr-asri-kelantan-dan-tanggungjawab-hudud
Karpal mahu mesyuarat tergempar bincang hudud
Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
YB Karpal Singh - Pengerusi DAP
Katanya, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.
Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
"Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan / al Mursyidul Am
Khamis lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum Hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP.
Bagaimanapun, Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, sebuah negara Islam tidak boleh ditubuhkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Bernama / MK : 25//09/2011 - http://www.malaysiakini.com/news/176787
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5591-takut-hudud-ibarat-takut-hantu
Hudud: Pemuda PAS Kelantan sokong Khairy |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 25 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno. "Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya. Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11. "Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya. Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5592-hudud-pemuda-pas-kelantan-sokong-khairy
Hudud: Keris Umno tikam tuan |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan". Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno. "Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN. "Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya. Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah. "Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS. "Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam. "Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya. Mohamad menegaskan, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri. "Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya. "Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," kata beliau. Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan. Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu". "Malang Dr Mahathir, nak perli saya, Najib yang orang nampak tidak cerdik," kata Mohamad. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5588-hudud-keris-umno-tikam-tuan
Umno mengaku parti Islam tapi takut hudud |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Dari perspektif dan sudut Islam harus diingatkan bahawa adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini. Berikut adalah ingatan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini berada di luar negara dalam satu kenyataan esklusifnya kepada Harakahdaily sebagai mengulas kontroversi pelaksanaan hukum hudud yang hangat diperdebatkan kini. Cabaran mantan perdana Tun Dr Mahathir Mohamad kepada PAS dan khususnya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Tuan Ibrahim seolah-olah menunjukkan Umno, yang pernah satu waktu dulu mendakwa sendiri sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia, memiliki kebebasan penuh daripada tanggungjawab untuk melaksanakan hukum Allah. “Mencabar PAS melaksanakan hukum Allah ini seolah-olah Umno tidak wajib melaksanakannya sedangkan mereka pernah mendakwa Umno sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia. "Umno yang diberi mandat memerintah negara selama 54 tahun, saya nasihatkan agar jangan merasa bebas lepas dari tanggungjawab melaksanakan hukum Allah ini sehinggakan kelihatan langsung tidak berusaha agar hukum Allah ini dapat dilaksanakan,” tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Sebagaimana kontroversi Mat Indera dan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai sejarah pra-kemerdekaan yang diperbesarkan oleh media pro Umno, Tuan Ibrahim berkata beliau optimis bahawa kontroversi hudud yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan ramai yang mempunyai sangka buruk kepada hukum hudud akan pergi memahami hudud secara mendalam daripada menakuti hukum hudud semata-mata tidak tahu. “Manusia sifatnya takut pada benda yang dia tidak tahu. Selepas tahu dan faham, mereka tidak akan takut lagi. Seperti kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, sebelum cuba, rakyat sangsi dan takut, selepas cuba rakyat berasa selesa dan bahkan, kini rakyat melihat Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara,” terang beliau. Kenyataan Tuan Ibrahim dilihat senada dengan Mursyidul Am PAS, yang terdahulunya menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’. “Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu. “Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama,” jelasnya dalam satu majlis di Kuala Terengganu dua hari lepas. Manakala, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan". Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno. "Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN. "Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya. Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah. "Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS. "Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam. Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5593-umno-mengaku-parti-islam-tapi-takut-hudud-
Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu |
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat. "Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan. "Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah. "Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya. Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain. Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud. "Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi. Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri. Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu. Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian. Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian. Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan. Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan. Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut. Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan. Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah. Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini. Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini. Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5657-hudud-pakatan-akui-enakmen-syariah-kelantan-terengganu
Hudud: Kini ia terletak di kaki Umno |
Analisis Zulkifli Sulong |
Sidang media MPP / PR : http://www.youtube.com/watch?v=aAcjhGpVm0M KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pakatan Rakyat berjaya mencapai kata sepakat semalam untuk membenarkan PAS membuat penjelasan dan penerangan tentang undang-undang jenayah syariah termasuk hudud. Bagaimanapun pelaksanaannya akan bergantung kepada kejayaan untuk mendapat kata sepakat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ianya dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga menerima prinsip bahawa DAP tidak bersetuju dengan undang-undang ini ketika PAS dan PKR menghormatinya, namun ia tidak menghalang PAS untuk terus menerangkannya kepada masyarakat. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara ini dalam sidang media bersama yang diadakan kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Pejabat Agung PAS. "Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakannya. Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan," kata Anwar. Anwar juga berkata, "Kenapa kita mesti nafikan hak PAS untuk articulate isu ini, ini proses demokrasi...bukan Umno yang kontrol Pakatan Rakyat...kita hormati hak rakyat untuk membentangkan cadangan mereka. Nafikan PAS untuk articulate kes ini, ia tidak ada." Keputusan yang dicapai semalam menolak sama sekali harapan musuh Pakatan Rakyat untuk melihat mereka berpecah sebagaimana isu negara Islam yang memecahkan PAS dan DAP pada tahun 2003 dalam Barisan Alternatif. Ia juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. PKR dan PAS juga menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini. "Kita hormati hak PAS untuk hendak melaksanakan hudud di samping menghormati hak DAP untuk tidak bersetuju dengannya," kata Anwar. Mesyuarat yang disertai oleh hampir semua pemimpim utama PAS, PKR dan DAP itu bermula jam 10 malam. Hanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sahaja yang tidak menyertainya dan beliau diwakili oleh Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga seorang peguam, Datuk Takiyudin Hassan. Dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ini bermakna semua pihak dalam Pakatan Rakyat boleh menyatakan pendirian mereka mengenainya secara terbuka. PAS dibenarkan secara rasmi untuk terus menerangkan undang-undang Allah ini di samping berusaha untuk melaksanakannya dengan syarat usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berjaya. Anwar menegaskan, "Kita tidak boleh halang PAS untuk memberikan pandangan atau cadangan dalam atau di luar mesyuarat." Kini persoalan yang perlu dijawab adalah, bagaimanakah caranya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang ini dilaksanakan? Anggota Parlimen PAS akan menyokong. Begitu juga anggota Parlimen PKR, mereka juga akan menyokong berdasarkan keputusan semalam. Jelas juga, DAP menyatakan mereka tidak menyokong hukum ini. Ini bermakna, berjaya atau tidak pelaksanaan undang-undang ini bergantung juga kepada kerjasama dari anggota Parlimen dari Barisan Nasional (BN) khasnya Umno. Pendek kata, undang-undang ini akan berjaya dilaksanakan kalau ia turut disokong oleh Umno kerana parti inilah yang mempunyai ahli paling ramai sekarang dalam Dewan Rakyat. Jadi bola sekarang sebenarnya terletak di kaki Umno. Kalau parti yang mendakwa memperjuangkan hak orang Melayu itu menyokong undang-undang Islam ini, ia akan berjaya dilaksanakan. Jika Umno tidak menyokongnya kerana takut MCA dan Gerakan yang memberikan amaran akan keluar BN jika ianya dilaksanakan, maka ketika itu Umnolah sebenarnya yang salah. Pendek kata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam telah berjaya menolak isu ini kepada Umno dari menjadi isu panas dalam Pakatan Rakyat. KENYATAAN PENUH PAKATAN RAKYAT Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan. Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah. Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini. Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini. Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5665-hudud-kini-ia-terletak-di-kaki-umno
Fahami Kanun Jenayah Syariah II Kelantan |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat memahami bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 diluluskan secara demokratik iaitu melalui undi di Dewan Undangan Negeri (Dun). Beliau bagaimanapun berkata, terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan pemimpin DAP dari segi penafsiran undang-undang tersebut iaitu sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Sivil, bukan Mahkamah Syariah. "Di Kelantan, enakmen tersebut wujud mengikut prosedur di Dewan Undangan Negeri yang mendapat sokongan 39 undi sewaktu dibentang. "Jadi tak timbul kita melanggar prinsip demokrasi cuma percanggahan pendapat di sini dan DAPmenentang kerana penafsiran yang berbeza...mungkin DAP tak setuju bukan soal hudud tapi soalnya kerana pada penafsiran DAP bahawa sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Syariah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Pakatan Rakyat selepas mesyuarat kira-kira tiga jam lewat malam tadi sebulat suara memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menghormati semangat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan namun turut tidak menafikan hak DAP dan PKR untuk menyatakan pandangan mereka dalam isu syariah. Ujar Tuan Ibrahim, soal bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hanya boleh ditentukan oleh mahkamah namun Kelantan tetap mempunyai hak untuk melaksanakan undang-undang tersebut. "Bagi PAS, kita lihat samada bertentangan atau tidak bertentangan (dengan Perlembagaan Persekutuan), itu keputusan pihak berautoriti seperti mahkamah dan sebagainya dan pengakuan ini mengiktiraf undang-undang tersebut dan hak kelantan untuk laksana undang-undang tersebut. Bagaimanapun katanya, dalam Buku Jingga, pelaksanaan hudud memang tidak termasuk dalam agendanya. Sebaliknya yang dipersetujui bersama ialah menghormati sistem demokrasi dalam negara. "Hudud tidak termasuk dalam perkara yang dipersetujui bersama (dalam Buku Jingga) tapi yang dipersetujui bersama ialah menghormati sistem demokrasi. "Jadi dalam menghormati sistem demokrasi, cadangan Kelantan untuk laksanakan hudud juga merupakan keputusan yang dibuat secara demokratik iaitu melalui Dewan Undangan Negeri," katanya. Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, PAS akan terus memberikan penerangan mengenai hudud kepada orang Islam dan bukan Islam agar mereka faham bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. "Pas akan teruskan penerangan dan Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) pun telah buat kenyataan bahawa PAS akan teruskan penerangan kepada sesiapa yang kurang jelas dari semasa ke semasa melalui seminar, dialog, wacana ilmiah dan bersikap terbuka terhadap apa yang sulit dalam enakmen hudud ini. "Sebab kita laksana hudud kepada orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak terlibat dengan enakmen ini dan yang keduanya kita laksanakan dalam konteks Kelantan sahaja," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5677-fahami-kanun-jenayah-syariah-ii-kelantan
Penjelasan Hudud (Ustaz Zaharudin) : http://www.youtube.com/watch?v=cZgx2PetslQ
Tanggungjawab MP Umno sokong hukum hudud |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 29 Sept: Anggota parlimen (MP) Umno yang beragama Islam perlu turut sama bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan menjadi kenyataan. Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka mesti menyokong hasrat PAS melaksanakan perundangan Islam di Kelantan dengan melakukan beberapa pindaan undang-undang di parlimen.
YB Dr Mohammad Fadli Hassan - Exco Kerajaan Kelantan
"Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya peruntukan undang-undang yang sedia ada sekarang perlu dipinda terlebih dahulu," katanya di sini.
YB Kahiry Jamaluddin - KP UMNO
Semalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan menghormati usaha kerajaan Kelantan memasukkan hukum hudud dalam undang-undang syariah selepas dilulus pada persidangan Dun 1993. Mesyuarat itu turut membenarkan PAS menerangkan mengenai undang-undang syariah biar pun DAP menyatakan tidak menyokong sekiranya ia dilaksanakan. Dr Mohamed Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan meminta orang Islam yang menentang hukum hudud kembali kepada ajaran Islam. ”Janganlah mempolitikkan sehingga ia menjadi isu. Ini kerana hudud adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan mana-mana pemerintah. ”Adalah amat tidak wajar sekiranya umat Islam sendiri menjadikannya isu politik apa lagi menentangnya. Matlamat perjuangan PAS memastikan keseluruhan perintah Allah dapat diamalkan umat Islam,” ujarnya. Bagaimanapun katanya tanpa kuasa di peringkat pusat dan mendapat sokongan majoriti dua pertiga, hasrat PAS melaksanakan hukum terbabit akan terhalang. Malah menurutnya kemenangan PAS di Kelantan sejak 1990 kerana rakyat mahu hukum hudud dilaksanakan. ”PAS memohon agar dibenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagaimana yang disebut dalam Enakmen Hudud yang diluluskan pada persidangan Dun 1993,” katanya. Beliau yang juga bekas pensyarah undang-undang di UIAM menjelaskan hukum hudud hanya akan dilaksanakan di kalangan penjenayah orang Islam sahaja. "Orang yang tidak berniat melakukan jenayah atau orang bukan Islam tidak perlu takut kerana mereka tidak terlibat dengan enakmen ini," ujarnya. Dr Mohamed Fadzli juga berkata, program penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud akan dibuat secara berterusan supaya rakyat lebih faham.
Sdr Rosdi Mat Zin - KP AMK
Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, pihaknya menyokong apa jua dasar yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat untuk kebajikan dan kebaikan rakyat. ”Kami sedar kewajipan pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dipertikaikan individu Muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt. ”Maka menjadi tanggungjawab orang yang beriman menyokong dan menerima hukum Hudud, Takzir dan Qisas dengan penuh rendah diri,” katanya. Menurutnya juga kekeliruan yang timbul sebelum ini kerana dakyah disebarkan Umno melalui media massa tajaan mereka.
YAB Datuk Sei Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM
Beliau juga berkata, kenyataan Dato’ Seri Najib Razak awal-awal lagi menolak melaksanakan hukum hudud perlu dinilai orang Melayu yang beragama Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5680-tanggungjawab-mp-umno-sokong-hukum-hudud
Pendirian rasmi PAS mengenai hudud |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya. Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. "PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya. Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS: 1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. 2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga. 3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS. 4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan. 5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS 30 September 2011 |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5695-pendirian-rasmi-pas-mengenai-hudud
YDP Yadim dicabar buktikan hudud sebenar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Aziz Jamaluddin Mhd Tahir yang menyatakan masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.” “Bagi DPPM, kenyataan Aziz seperti menuduh PAS yang mencipta hudud, bukannya ia datang daripada hukum Islam. “Jika demikian, DPPM mencabar Aziz untuk membuktikan apakah hudud yang sebenarnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Aziz yang disiarkan di dalam portal berita The Malaysian Insider, hari ini. Justeru, beliau meminta Aziz memberikan perbezaan antara hudud yang diperjuangkan PAS dengan hudud yang diperintah Allah SWT untuk dilaksanakan. DPPM, katanya sanggup menyediakan Aziz ruang untuk menyampaikan maksud hudud sebenar seperti yang diperintah oleh Islam. DPPM juga, ujarnya mempersoalkan di manakah bahagian dalam hukuman hudud yang direka oleh PAS dan di bahagian manakah yang datangnya dari perintah Allah SWT. “Jika PAS memperjuangkan hudud untuk kepentingan politik semata-mata, mengapa tidak ada pihak lain seperti Umno memperjuangkan syariat Islam yang sebenar-benarnya?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau juga mempersoalkan mengapa Yadim sendiri tidak turut menyuarakan pentingnya hudud serta syariat Islam dalam menyelesaikan masalah sosial dalam negara. Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir - YDP YADIM Katanya, Aziz Jamaluddin perlu ingat bahawa hudud adalah syariat Islam yang telah lama termaktub dalam al-Quran dan Hadis. PAS, jelasnya hanya membawa kembali syariat Islam yang telah dilaksanakan di zaman Rasulullah SAW ke zaman ini. Tambahnya, umat Islam di zaman sekarang telah lama melupai bahawa hudud serta syariat Islam pernah dilaksanakan dan hudud adalah penyelesaian terhadap masalah sosial yang berlaku sekarang. Sepatutnya, kata Riduan Yadim sebagai organisasi dakwah perlu menerangkan kepada umat Islam tentang syariat Islam yang sebenar. Menurutnya, umat Islam tidak harus dibiarkan dalam keadaan jahil terhadap syariat agamanya. “Yadim tidak harus berdiam diri dalam isu ini, sebaliknya perlu membela golongan yang mahu melaksanakannya. Berdosa besar hukumnya bagi sesiapa yang menolak hukum Allah dilaksanakan, apatah lagi bagi mereka yang berilmu seperti YDP Yadim,” katanya. Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan Aziz agar berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan. Menurutnya, menuduh PAS sebagai parti yang ‘gilakan kuasa memerintah’ dengan bahasa kiasan boleh mengguris ribuan penyokong PAS yang ramainya terdiri daripada golongan alim ulama. “PAS sanggup hilang kuasa demi Islam, sanggup kalah juga demi islam, tetapi PAS tidak sanggup menggadaikan Islam demi kepentingan politik sempit bagi meraih kemenangan dunia yang seketika!” tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5704-ydp-yadim-dicabar-buktikan-hudud-sebenar
Hudud: MCA, Gerakan terus dicabar keluar BN |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: MCA dan Gerakan terus dicabar supaya keluar dari BN sekarang, bagi menunaikan cakapnya untuk berbuat demikian sekiranya Umno melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan BN. Kedua-dua parti tersebut dicabar supaya membuktikan cabaran yang dibuatnya itu adalah cabaran yang bersungguh-sungguh supaya ia jelas kelihatan tidak hanya mainan politik mereka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud sememangnya telah digunakan di sebuah negeri yang berada di bawah BN sekarang iaitu di Terengganu atas nama Kanun Jenayah Syariah Terengganu. Menurut beliau, Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah digubal oleh PAS dan diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN. Katanya, disebabkan perkara itu, MCA dan Gerakan perlu keluar dari BN sekarang bagi melaksanakan cabaran yang telah dibuatnya itu kerana jika tidak, mereka hanya ternyata bercakap kosong. "Lebih jauh dari itu, jika MCA dan Gerakan tidak melaksanakan apa yang dikatakan oleh para pemimpin tertinggi mereka itu, kedua-dua parti itu jelas hanya menipu orang-orang Cina yang menjadi ahli-ahlinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan media tempatan termasuk akhbar milik Umno sejak beberapa hari lalu mengatakan, pemimpin utama MCA dan Gerakan akan tetap menentang perlaksanaan hudud di negara ini dan sekiranya Umno atau BN melaksanakannya, kedua-dua parti itu akan keluar dari BN. Menurut Mahfuz, untuk membuktikan cabaran yang dibuat itu bukan mainan politik, MCA dan Gerakan perlu mengemukakan usul supaya Kanun Jenayah Syariah Terengganu yang digunakan di Terengganu sekarang dibatalkan. Katanya, usul tersebut perlu dikemukakan pada persidangan Dun Terengganu dan perlu disokong oleh majoriti ahli-ahli Dun Terengganu termasuk dari Umno untuk membolehkan ia diluluskan. "Untuk membolehkan usul itu diluluskan, ia mestilah disokong oleh ahli-ahli Dun Terengganu dari Umno. Tetapi sekiranya ahli-ahli Dun Terengganu dari Umno tidak menyokongnya, usul tersebut tetap tidak boleh diluluskan. "Disebabkan tidak mendapat sokongan dari Umno, MCA dan Gerakan mestilah keluar dari BN bagi membuktikan cabaran yang dibuatnya itu adalah cabaran yang bersungguh-sungguh, bukan hanya mainan politik," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. 26 September lalu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media yang diadakan bersama dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke di Pejabat Agung PAS seperti yang dilaporkan Harakahdaily, turut mencabar MCA dan Gerakan berbuat demikian. "Jadi kalau MCA dan Gerakan nak keluar dari BN, keluarlah sekarang kerana itulah Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan oleh BN di Terengganu sekarang," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang. Realiti yang berlaku di Terengganu, tegas beliau, berbeza dengan Kelantan kerana Terengganu kini diperintah oleh BN setelah merampas tampuk pemerintahan Terengganu dari PAS, manakala Kelantan pula terus diperintah oleh PAS. Katanya, para pemimpin MCA dan Gerakan tidak seharusnya bercakap kosong dalam hal itu, malah mereka perlu melaksanakan apa yang diperkatakan oleh mereka itu bagi mempertingkatkan imej mereka sendiri. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5705-hudud-mca-gerakan-terus-dicabar-keluar-bn-
Hudud 'tidak berperlembagaan' tidak tepat |
Muhamad Nadzri Mohamed Noor |
Berkenaan dengan cadangan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu, Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia dan badan itu telah mengeluarkan beberapa hujah bahawa inisiatif itu adalah “tidak berperlembagaan”. Secara umumnya terdapat tiga isu perundangan yang beliau bangkitkan bagi melandaskan pandangan beliau. Hujahan-hujahan beliau dan badan itu yang dipetik oleh Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/177325) adalah seperti berikut:
Presiden MPM - Lim Chee Wee
Pertama, berbanding negeri, undang-undang jenayah adalah dibawah bidangkuasa persekutuan, untuk itu hukum hudud tidak boleh boleh dilaksanakan oleh negeri. Menurut Lim “undang-undang tidak membenarkan perlaksanaan hudud oleh negeri”, undang-undang yang digubal oleh negeri pula “tidak boleh memasukkan perkara yang berada dibawah kuasa perundangan kerajaan persekutuan”. Kerajaan negeri, menurutnya lagi, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan “kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penganut agama Islam, yang bercanggah dengan ajaran Islam, dan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan itu.” Penggubalan undang-undang ke atas kesalahan-kesalahan itu pula, hujahnya, mestilah tidak melibatkan kesalahan yang telah digubal oleh persekutuan, dan tidak boleh wujud sebarang pertindihan dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza terhadap penganut agama Islam. Kedua, beliau berpendapat, “undang-undang jika digubal haruslah selaras dengan kebebasan asasi yang telah dijamin ke atas rakyat , termasuk Muslim, dibawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan”. “Hudud yang secara asasnya satu undang-undang jenayah,yang terletak dibawah kuasa Parlimen, dan perlaksanaannya akan menyebabkan perbezaan perundangan kepada Muslim dan bukan Muslim dan ini bercanggah dengan Perkara 8 (Layanan) Sama Rata Perlembagaan Persekutuan.” Justeru katanya “seseorang Muslim boleh menerima dua pendakwaan atau sabitan (atas satu kesalahan), satu hudud dan satu lagi kanun jenayah, ini bertentangan dengan tegahan pengulangan perbicaraan (atas pertuduhan yang sama) yang termaktub dalam Perkara (7) Perlembagaan Persekutuan”. Ketiga, dengan merujuk kes Che Omar Bin Che Soh lwn. Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu akur kepada undang-undang Islam, jesteru menurut Lim ini “mengesahkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.” Berdasarkan prinsip ini, jika hudud dibawa ke sistem keadilan jenayah, ia akan mengakibatkan kemasukkan undang-undang jenayah Islam ke dalam undang-undang yang sekular, dan ini adalah salah dalam undang-undang. Hujahan-hujahan beliau,meskipun sebahagiannya mungkin ada kebenaran, namun telah ditinjau dari paradigma perundangan yang agak terhad dan statik. Beliau secara dasarnya memberi hujah berdasarkan apa yang tertulis di dalam perlembagaan secara kasar, tetapi tidak berdasarkan apa yang tersirat di dalamnya. Yakni beliau berhujah atas landasan teori, sedangkan amalannya, di dunia sebenar adalah berbeza. Dinamism sejarah perundangan negara, sejak sebelum zaman penjajahan, zaman penjajahan dan selepas itu juga tidak ditelusuri. Isu ketiga yang dibangkitkan beliau, “Malaysia adalah sebuah negara sekular” sebenarnya adalah pemahaman dan paradigm beliau yang paling asas terhadap sistem perundangan Malaysia. Disebabkan paradigma/andaian asas beliau tidak tepat, maka ia mempengaruhi ketepatan hujahan-hujahan yang telah dilontarkan melalui paradigma itu. Sistem perundangan Islam, yang telah wujud di negeri-negeri Melayu sebelum zaman penjajahan, diakui mengalami gugatan besar semasa zaman penjajahan. Namun, penjajahan British umpamanya, tidak pula menghapuskan perundangan Islam sama sekali, tetapi mengecilkan skop perundangan itu. Walau bagaimanapun, secara umumnya perundangan Islam, diiktiraf dan diputuskan sendiri oleh hakim-hakim British sebagai salah satu cabang dalam sistem perundangan British di Malaya. Sama seperti sistem pemerintahan beraja (juga dengan kuasa yang lebih terhad) yang dikekalkan sewaktu dan selepas penjajahan British, perundangan Islam juga kekal dalam penwujudan negara baru, iaitu Tanah Melayu pada 1957 atau Malaysia pada1963. Yakni di zaman British, bukan sahaja wujud dua sistem perundangan, Islam dan sekular, tetapi juga dua pentadbiran, pentadbiran beraja yang asasnya khususnya kepada Melayu dan pentabiran British kepada bukan Melayu dan Melayu. Meskipun pentadbiran politik telah diintegrasi setelah merdeka, tetapi sifat dwi-perundangan di zaman British dikekalkan sehingga kini. Kedudukan Mahkamah Syariah diiktiraf dan dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan, meskipun dengan skop yang terhad. Berdasarkan perlembagaan negeri-negeri pula, Jabatan Agama Islam ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksana beberapa cabang dalam perundangan Islam, termasuk jenayah Islam seperti khalwat, zina, minum arak dan berjudi. Malah dalam kesalahan-kesalahan ini, kerajaan persekutuan menyediakan pasukan polis bagi membantu Jabatan Agama Islam menjalankan fungsinya. Justeru itu, negara Malaysia dan perundangannya tidaklah sepenuhnya sekular, tidak juga sepenuhnya Islam. Ia adalah satu sistem hybrid/campuran yang mengintegrasi undang-undang Islam dan sekular dalam unit politik yang sama. Inilah yang berlaku di zaman British, dan ini juga yang diamal sehingga kini. Inilah sifat umum undang-undang dan perlembagaan Malaysia, ia adalah dinamik. Skopnya boleh dikecilkan atau diperluaskan menurut autoriti semasa. Meskipun hukum syarak dan hudud itu wajib dilaksanakan oleh penganut Islam, namun jika disekat oleh penguasa, sebagaimana di zaman British, maka sebahagian besar perlaksanaannya terhalang. Begitu juga prinsip ketertinggian perlembagaan yang menjadi pegangan asas Lim. Prinsip ini meskipun ada kebenarannya dan ditulis dalam Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, tetapi lebih kepada teori semata-mata. Secara praktiknya, ketertingian perlembagaan ditenggelami oleh kuasa Parlimen. Ini berikutan Parlimen mempunyai kuasa untuk mengehad pemakaian perlembagaan antaranya dengan perlaksanaan akta-akta tertentu (seperti ISA,OSA, Akta Polis). Parlimen juga mempunyai kuasa untuk meminda atau menghapuskan (jika perlu) pelbagai peruntukkan dalam perlembagaan. Untuk itu, kuasa dan sifat perlembagaan Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya, tidaklah mutlak dan stattik, ia boleh diubah bagi disesuaikan dengan aspirasi rakyat melalui kerajaan yang dipilih mereka. Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Agung pada 1998 bahawa “undang-undang Malaysia tidak perlu akur kepada undang-undang Islam” tidak semestinya bermaksud Malaysia adalah sekular. Jika benar negara Malaysia ini sekular, mengapa ada Jabatan Agama Islam untuk mentadbir dan melaksanakan pentadbiran dan undang-undang Islam? Mengapa pula ada Mahkamah Syariah bagi mentadbir sistem keadilannya? Mengapa juga berkhalwat, berzina, minum arak dan berjudi menjadi kesalahan bagi orang Islam dan dikenakan tindakan oleh penguasa? Justeru hujahan kehakiman yang dilontarkan oleh hakim dalam Mahkamah Agung 1988 jika dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular adalah sesuatu tidak tepat. Bukan sekadarnya bercanggah dari apa yang diamalkan, tetapi boleh menjadikan apa yang diamalkan itu pula yang menjadi kesalahan. Hal ini perlu diperbetulkan dan keputusan mahkamah itu adalah terbuka kepada pelbagai tanggapan. Untuk itu kemasukkan undang-undang jenayah Islam dalam undang jenayah sekular juga tidak menjadi satu yang salah, kerana sebagaimana yang telah dihujahkan, negara ini tidak pernah sepenuhnya sekular, dan undang-undang Islam telah dipraktikkan bersama-sama undang-undang sekular sejak sekian lama. Perlaksanaan hudud di Kelantan bukan sahaja membesarkan skop undang-undang Islam di negeri itu, tetapi memberikan kembali hak kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud ke atas penganut beragama Islam yang telah dinafikan sejak penjajahan British. Dalam menjawab isu pertama pula berkenaan undang-undang jenayah adalah dibawah kuasa persekutuan dan kerana itu hudud tidak boleh dilaksanakan oleh negeri juga adalah sesuatu yang agak kabur. Zina, khalwat dan minum arak adalah jenayah besar dalam agama Islam. Dan ia dan pelbagai lagi yang lain seperti pelacuran dan subahat termaktub dalam beberapa Akta/Ordinan/Enakmen Mahkamah Syariah di negeri dan di Wilayah Persekutuan. Justeru secara praktiknya, hal jenayah juga adalah hak negeri dan ia telah termakhtub dan diamalkan di negeri-negeri melalui undang-undang Islam. Meskipun kebanyakkannya adalah jenayah dari sudut Islam, namun ada juga jenayah yang sifatnya lebih universal seperti pelacuran dan subahat dilaksanakan di peringkat negeri melalui Jabatan atau Majlis Agama Islam, di Johor dan di Kelantan umpamanya. Justeru, teori yang menyatakan bahawa undang-undang jenayah adalah dibawah bidangkuasa Persekutuan adalah kurang tepat. Pada praktiknya ia digubal, dipinda dan dilaksana oleh badan negeri.Kesalahan yang lebih universal itu pula (seperti bersubahat atau perlacuran), mungkin pada amnya nampak bertindih, namun pada praktiknya ia boleh dibezakan ke atas pesalah Islam dan bukan Islam. Hal ini telah menjadi amalan sejak sekian lama, dan secara umumnya tidak membawa masalah yang besar. Berkenaan dengan hukum hudud boleh menyebabkan ia melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuaan atas kemungkinan layanan dan hukuman yang berbeza kepada pesalah yang melakukan kesalahan yang sama tetapi menganut agama yang berbeza, maksud Perkara itu harus diperhalusi secara mendalam dan lebih luas. Apa yang dituntut dalam Perkara 8 bukanlah layanan sama rata hanya pada nama (secara nominal), tetapi layanan berdasarkan kepada keadilan substantif. Sedang hudud itu wajib ke atas Muslim, dan hukum itu sekiranya digunapakai, maka adalah lebih adil kepadanya untuk dibicara mengikut hukum Islam. Perbuatan zina umpamanya, ia mungkin tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam, tetapi adalah satu kesalahan jika dilakukan oleh orang Islam. Dan ini amalan kita sejak sekian lama. Adakah adil jika orang bukan Islam dibicara kerana berzina? Dan adakah adil pula jika orang Islam tidak dibicara kerana berzina? Tetapi jika kita hendak menggunakan Perkara 8 secara nominal, sepatutnya Muslim tidak perlu dibicarakan dalam perbuatan zina, atau bukan Muslim pula harus dibicarakan dalam Mahkamah Syariah. Justeru, inilah keadilan substantif, meletakkan sesuatu (keadilan) pada tempatnya. Bukan secara umum, atau membuta tuli. Ini juga mungkin adalah semangat sama rata yang lebih luas yang dimaksudkan dalam Perkara 8. Tentang pertindihan pendakwaan pula kepada Muslim pula, meskipun secara teori wujud, tetapi ia boleh diminimalkan dengan pemakaian peruntukkan perlembagaan yang telah menghalang mana-mana tertuduh pesalah daripada didakwa dua kali. Akhir sekali, jika perlembagaan persekutuan dipinda bagi membolehkan perlaksanaan hudud negeri, maka lebih mudahlah mitos bahawa melaksanakan hudud “tidak berperlembagaan” dipatahkan. Sedangkan kuasa perlembagaan itu tidak mutlak dan termakhtub (boleh diubah) kepada aspirasi rakyat. Namun, jika perlembagaan persekutuan tidak dipinda sekalipun, pandangan bahawa melaksanakan hudud “tidak berperlembagaan”, sebagaimana yang telah dihujahkan, adalah tidak tepat. Penulis adalah pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5722-hudud-tidak-berperlembagaan-tidak-tepat-
Wacana Abim tegaskan Hudud sesuai dilaksanakan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Wacana Isu Semasa Hudud: Sesuaikah Dilaksanakan di Malaysia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) semalam merumuskan bahawa undang-undang jenayah syariah tersebut sesuai dan wajar dilaksanakan di Malaysia. Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim (gambar) menekankan usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada sebelum ini. Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sejurus wacana tersebut yang membariskan tiga ahli panel terkemuka iaitu Prof Dr Aziz Bari (pakar perlembagaan), Dr. Abdul Halim El-Muhamadiy (Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), serta Musa Awang (Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia). Ketua Biro Syariah dan Kewangan Islam Abim, Dr Zulkifli Hassan pula bertindak sebagai moderator. Wacana ini diadakan sebagai respon terhadap polemik pelaksanaan hukuman Hudud yang diketengahkan di media-media arus perdana. Sepanjang tempoh semenjak polemik ini tercetus minggu lalu, beberapa pihak telah mengkritik cadangan perlaksanaan undang-undang Hudud yang diketengahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat. Selain bertentangan dengan perlembagaan Malaysia yang dikatakan bersifat sekular, Hudud juga di dakwa akan mengakibatkan diskriminasi Perspektif syariah dan sejarah Dr Abd Halim El-Muhammady menjelaskan secara umumnya, perlaksanaan hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. “Perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati’e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan. "Oleh itu proses dan usaha ke arah melaksanakan undang-undang hudud perlu diberikan perhatian serius,” jelas beliau sambil menambah walaupun tidak disepakati secara ijma’, perlaksanaan syariah Islam merupakan salah satu komponen atau ciri sebuah negara Islam. Dari segi perspektif sejarah pula menurut Dr Ab Halim lagi, undang-undang hudud sebenarnya telah dilaksanakan sejak zaman Melaka. Beliau merujuk kepada manuskrip undang-undang Pahang yang juga digunapakai di Perak dan Johor di sekitar abad ke-17 yang kini disimpan di London, ia telah membuktikan bahawa undang-undang hudud merupakan undang-undang yang telah dikuatkuasakan ratusan tahun dahulu. Hudud dalam konteks perlembagaan Prof Dr Abd Aziz Bari (gambar) mengatakan perlembagaan meletakkan Islam di tempat yang istimewa. “Perlembagaan Malaysia tidak bersifat sekular. Perkara 3 yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan perlu juga dibaca dengan Perkara 11, 12 dan beberapa peruntukan yang lain jelas menunjukkan kedudukan istimewa Islam di dalam perlembagaan. Pandangan mengatakan perlembagaan Malaysia adalah sekular adalah tersasar dari pentafsiran sebenar perlembagaan,” jelas pakar perlembagaan di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Abd Aziz menegaskan bahawa perlaksanaan hudud juga perlu melihat dari aspek kehendak masyarakat atau rakyat. Dalam kes di Kelantan beliau berpandangan, sekiranya rakyat negeri tersebut telah bersedia dan bersetuju untuk perlaksanaan hudud, hasrat ini perlu disambut dan ditunaikan. “Dalam soal perlembagaan, kita harus menyedari bahawa ia bukan sesuatu yang mutlak dan tidak boleh diubah. Ia boleh dipinda serta dimansuhkan. Namun begitu dalam masa yang sama, pindaan serta pemansuhan (perlembagaan) ini juga tidak perlu dilakukan kerana perlembagaan itu sendiri tertakluk kepada pelbagai tafsiran yang boleh menghasilkan perspektif-perspektif yang berbeza,” menurut beliau yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga mencadangkan agar satu referendum atau pungutan suara dilakukan untuk meninjau hasrat dan kehendak rakyat mengenai perlaksanaan hudud. Sekiranya referendum itu positif, kerajaan Pusat seharusnya membantu kerajaan negeri ke arah perlaksanaannya dengan bersungguh-sungguh, tegas beliau lagi. "Undang-undang jenayah Islam boleh dilaksanakan di dalam kerangka perlembagaan dan lunas perundangan yang ada sekarang. Persoalannya ialah mahu atau tidak? ” jelas Prof Dr Aziz Bari yang juga merupakan penulis Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Aplikasi undang-undang Pengamal undang-undang syariah, Musa Awang undang-undang tidak seharusnya dijadikan halangan dalam merealisasikan hukuman Hudud. “Walaupun diakui terdapat beberapa halangan dari sudut undang-undang umpamanya Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1988) yang menghadkan bidang kuasa mahkamah syariah kepada hanya boleh mengenakan hukuman sebanyak 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan, halangan seumpaman ini sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan yang tidak membolehkan ianya dipinda atau dimansuhkan. "Bahkan, pindaan undang-undang tersebut boleh dilaksanakan oleh eksekutif tanpa perlu melalui proses mendapatkan mandat 2/3 majoriti yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan,” jelas Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Beliau menambah, "Hatta perlembagaan pun pernah dipinda, undang-undang seumpama ini boleh sahaja dipinda atau dimansuhkan dengan adanya Political Will.” Oleh itu menurut Musa Awang lagi, “Persediaan dari sudut yang lain, umpamanya kesediaan badan kehakiman, pengamal undang-undang, infrastruktur, badan penguatkuasa, badan pendakwa dan lain-lain juga perlu diambil perhatian sewajarnya dalam melaksanakan hukum hudud." Dalam pada itu, Mohamad Raimi mengumumkan beberapa rumusan awal yang dicapai hasil daripada wacana ini yang meliputi: 1) Cadangan enubuhan Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Perlaksanaan Hudud secara serius di Malaysia (2) Menggerakkan 'Road Show’ atau Program Penerangan Undang-undang Hudud yang Berterusan. (3) Mencadangkan satu referendum atau pungutan suara diadakan untuk memahami persepsi dan kehendak rakyat terhadap perlaksanaan hudud. “Wacana hudud yang dianjurkan kali ini merupakan salah satu dari usaha Abim ke arah mendidik masyarakat untuk membincangkan sebarang isu yang timbul secara ilmiah berdasarkan hujah. "Isu hudud yang dibicarakan dari sudut perspektif yang perbagai sama ada perlembagaan, amalan undang-undang, sejarah, syariah dan demokrasi. Wacana kali ini juga telah mengetengahkan beberapa isu yang sangat signifikan untuk diambil perhatian oleh semua pihak. "Pihak Abim akan memperhalusi cadangan dan saranan yang dirumuskan dalam wacana hari ini dalam masa terdekat dan mengenmukakannya kepada pihak berwajib. "Justeru, adalah menjadi harapan kami agar segala cadangan dan saranan yang disyorkan dalam wacana ini disahut oleh pihak yang berwajib dan setiap usaha ke arah perlaksanaan hudud ini perlu dilaksanakan secara berhemah. "Yang penting, langkah ke arahnya harus bermula, dan ia harus bermula sekarang,” tegas Mohamad Raimi lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5736--wacana-abim-tegaskan-hudud-sesuai-dilaksanakan
PAS Kelantan ucap terima kasih kepada Abim |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 3 Okt: PAS Kelantan menyambut baik serta mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Abim yang menyokong perlaksanaan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud. Demikian kata Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadhli Hassan mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Abim semalam. Mohamad Raimi Abdul Rahim menyatakan bahawa hasil dari wacana Hudud, Abim membuat rumusan bahawa undang-undang jenayah Islam itu wajar malah sesuai dilaksanakan di Malaysia. "Terbukti bahawa PAS tidak keseorangan dalam memperjuangkan hudud ini. Ianya menjadi tanggung jawab semua umat Islam. Malah salah seorang ahli panel wacana tersebut, Dr Abdul Halim al-Muhammady juga telah menyimpulkan bahawa hudud adalah satu tuntutan syariat dan akidah dalam Islam," katanya. "Kita mengharapkan agar lebih banyak lagi NGO Islam dan mana-mana individu tampil menyokong perlaksanaan hudud ini," kata Fadhli. Sebagaimana telah ditegaskan Menteri Besar Kelantan, perlaksanaan hukuman jenayah Islam ini hanya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dengan itu, katanya, secara langsung orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang ini. Justeru itu tidak ada sebab untuk orang bukan Islam menentang perlaksanaannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/83-negeri-kelantan/5756-pas-kelantan-ucap-terima-kasih-kepada-abim
Bukan Islam makin fahami hukum hudud |
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 5 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan melahirkan rasa kesal kenyataan pemimpin Umno dan pihak tertentu cuba menakutkan masyarakat bukan Islam terhadap hukum hudud. Ketuanya, Lim Guan Seng berkata, isu hudud sengaja dibangkitkan mereka semata-mata bagi menimbulkan kekalutan politik terutamanya di Kelantan. Katanya, biar pun pelbagai usaha dilakukan bagi memburukkan hudud, namun orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam semakin faham. ”Pada pandangan kami mereka sengaja mengungkitkan isu tersebut sedangkan sudah 18 tahun rakyat Kelantan diberi penerangan mengenai hudud,” katanya di sini. Menurutnya juga DHPP Kelantan mengambil sikap proaktif mengadakan taklimat dan program-program penjelasan berkaitan hukum Hudud kepada masyarakat bukan Islam. “Kami juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS dan mana-mana NGO bagi menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam supaya mereka tidak mudah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab,” ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5797-bukan-islam-makin-fahami-hukum-hudud-
Masyarakat majmuk bukan alasan tolak hudud |
Sekretariat Bersama |
Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif. Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab. Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (`aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru, ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-`uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam. Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya. Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti `ibadat, munakahat, mu`amalat dan jinayat. Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya, akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malang sekali andainya pelaksanaan syari`at direduksikan menjadi hanya sekadar hukum “potong tangan” dan “rejam”. Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami`na wa ata`na), menepati ikrar raditu bi ‘Llahi Rabban (aku redha dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil. Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandai-mandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbaric dan zalim. Manusia mukmin sebijak mana pun seharusnya menerima hakikat bahawa Tuhanlah yang Maha Tahu apa yang membawa kebaikan dan apa yang membawa keburukan (…ya`lamu al-mufsida min al-muslih). Apa yang ditentukan oleh Tuhan, itulah keadilan. Tuhan tidak berkepentingan ketika menentukan sesuatu hukum, tidak seperti manusia yang selalu membuat peraturan-peraturan yang didasari motif memelihara kepentingan diri dan kelompok. Ternyata penerimaan terhadap syari`at (termasuk hukum hudud) sangat terkait dengan `aqidah atau iman. Justeru, memang syari`at selamanya tegak di atas asas `aqidah. Demikianlah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan, dan kerananya al-Qur’an selalu menyebut kedua-duanya dalam bentuk gandingan: iman dan amal salih (`aqidah dan syari`ah). Dengan kata lain, tidak ada syari`at tanpa `aqidah. Berasaskan premis tersebut, bagi umat Islam persoalannya bukan lagi perlu atau tidak melaksanakan hudud. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana melaksanakannya. Syari`at Islam adalah bersifat abadi dan universal, dan kerana itu ia sesuai dan relevan sepanjang masa dan di semua tempat, termasuk dalam masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam menolak hukum hudud. Kemajmukan adalah fenomena yang tidak asing dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam. Sejak zaman Perlembagaan Madinah fenomena kemajmukan sudahpun wujud. Penolakan atas alasan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan `aqidah kerana ia menyiratkan anggapan kelemahan hukum Allah, yang bererti juga kelemahan Allah. Seolah-olah Tuhan terlepas pandang tentang adanya kaum Muslimin di tengah masyarakat majmuk. Kemajmukan adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa sebagaimana hukum syari`at juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Faham Keesaan Allah berimplikasi bahawa segala ciptaan Allah terjalin dan terpadu dalam kesatuan tauhidik yang harmonis. Hudud sebagai bahagian daripada syari`at adalah amanah Allah yang harus dilaksanakan dengan bijaksana (berhikmah) dan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif keadilan Ilahi. Untuk itu proses pelaksanaan hukum hudud harus mematuhi kaedah-kaedah perubahan yang realistik dan strategik. Antara realiti yang harus diambil kira termasuklah hakikat bahawa pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia ketika ini diperjuangkan menerusi proses demokrasi, dan dalam kerangka perlembagaan negara. Selain itu ia juga diperjuangkan di tengah masyarakat majmuk, dan di tengah suasana wujudnya masalah al-ummiyyat al-diniyyah atau gejala “buta agama” yang cukup fenomenal. Mengambil kira realiti tersebut, perjuangan melaksanakan syari`at harus didasarkan kepada fiqh al-awlawiyyat, perubahan yang menepati urutan keutamaan dengan mengenalpasti apa yang harus didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan. Perjuangan melaksanakan syari`at juga harus menepati kaedah dan pendekatan al-tadarruj, beransur-ansur, subtle dan gradual. Minda umat keseluruhannya harus dipersiapkan untuk sedia menerima perubahan (hidup dalam kawalan syari`at dan hududu ‘Llah). Para penguasa perlu dipersiapkan dengan political will, tekad politik yang kental untuk melaksanakan syari`at. Rakyat massa pula harus dipersiapkan dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran keagamaan agar siap mendukung pelaksanaan syari`at. Sesungguhnya suasana yang kondusif adalah keperluan utama menjayakan agenda perubahan. Dengan demikian pelaksanaan syari`at tidak akan berupa suatu pemaksaan ke atas masyarakat yang enggan (reluctant society) kerana jahil dan keliru. Sementara itu mekanisme dan jentera pelaksananya juga harus dipersiapkan dengan tahap profesionalisme, kompetensi dan integriti yang tinggi. Tahap kemampuan yang sedemikian adalah syarat yang tidak boleh dikompromikan demi menjamin tercapainya objektif keadilan, mendidik serta menginsafkan penjenayah, dan lebih penting daripada itu dapat melindungi mangsa dan masyarakat seluruhnya. Memang demikianlah falsafah hukum dalam Islam, tidak seperti undang-undang rekaan manusia yang terkesan bersimpati kepada penjenayah sehingga mengabaikan tanggungjawab melindungi korban. Akibatnya jenayah berleluasa, sedang masyarakat hidup dalam ketakutan. Ternyata pelaksanaan hudud sebagai bahagian daripada pelaksanaan syari`at bukan hanya urusan para fuqaha’ dan ahli undang-undang, tetapi urusan kolektif pelbagai pihak: penguasa, ahli politik, pentadbir, pendakwah, pendidik, ilmuwan, cendekiawan dan lain-lain. Para penguasa harus berusaha menggunakan kuasa mereka sejauh yang dimungkinkan oleh realiti tempat, masa dan kemampuan. Pendakwah dan pendidik harus berjihad membina generasi dan umat Muslim yang komited, berjiwa dan berfikrah Islamiah. Para ilmuwan dan cendekiawan harus berjuang membasmi kejahilan dan kekeliruan masyarakat tentang hakikat syari`at termasuk hukum hudud. Masyarakat umumnya harus disedarkan bahawa perjuangan mendaulatkan syari`at tidak hanya sebatas melaksanakan hukum jenayah, tetapi mencakupi daerah yang lebih luas, meliputi segala usaha ke arah kehidupan berkualiti (hayatan tayyibah) yang penuh barakah, adil dan sejahtera, bermaruah dan berakhlak mulia. Segalanya diperjuangkan secara terpadu, seiring dan sehaluan. Hukuman hudud ke atas pencuri misalnya, harus dilaksanakan seiring dengan perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat dan menegakkan prinsip keadilan sosial, pemerataan kuih negara, dan seterusnya memerangi amalan pembolotan kekayaan negara oleh kaum kroni. Dengan demikian hukuman hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan setelah mengambil kira konteks sosio-ekonominya. Andainya jenayah mencuri itu berlaku dalam keadaan kecukupan dan taraf hidup yang selayaknya (reasonable), wajarlah pelakunya dihukum hudud. Memang ia tidak layak hidup dalam masyarakat manusia yang beragama dan berbudaya. Demikianlah hakikatnya, undang-undang jenayah Islam tidak dilaksanakan secara terpisah dari syari`at keseluruhannya. Ia selamanya terkait dan terpadu dengan komponen-komponen syari`at lainnya, termasuk komponen kerohanian seperti iman, taqwa, dan nilai-nilai akhlak mulia lainnya. Dalam masyarakat pengamal syari`at secara utuh dan terpadu seperti itu tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku. Gambaran tentang masyarakat yang penuh dengan potongan-potongan tangan yang berserakan akibat hukum hudud sebenarnya hanya imajinasi jahil dan mengada-ngada. Keadaan yang mengerikan seperti itu tidak pernah terjadi sepanjang sejarah pelaksanaan hukum hudud pada masa lalu. Dalam kaitan ini terdapat catatan bahawa sepanjang sejarah generasi Islam seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga pertengahan era Umawi) hukuman hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, sementara hukuman hudud ke atas pencuri dilaksanakan hanya empat kali sepanjang tempoh yang sama (seratus tahun). Perjuangan mendaulatkan syari`at ketika ini terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa Islam, terutama undang-undang jenayahnya telah lama dimomokkan dengan pelbagai label negatif: kejam, barbaric dan menakutkan. Dalam kaitan inilah pentingnya usaha pemulihan citra Islam sebagai agama yang ramah dan pembawa rahmah. Islam tidak datang untuk mendera, tetapi untuk menyejahterakan (aslim taslam!). Tanggapan negatif terhadap syari`at di kalangan sebahagian umat Islam dan bukan Islam harus ditangani dengan usaha pencerahan, memberikan kefahaman menerusi pendekatan dialog yang meyakinkan dan penuh hikmah. Semua pihak, terutama warga bukan Islam seharusnya bersikap terbuka dan objektif dalam memahami dan mempersepsikan Islam. Untuk itu mereka perlu mewaspadai jebakan Islamophobia yang disebarkan oleh dalang-dalang konspirasi global. Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, semangat toleransi antara agama harus sentiasa dipupuk dengan menyuburkan sikap saling hormat, termasuk mengakui hak umat Islam mengamalkan agamanya (`aqidah dan syari`at Islam), sebagaimana umat Islam menghormati agama lain dan mengakui hak penganut-penganutnya mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini warga bukan Islam perlu memahami bahawa hak mengamalkan agama dalam konteks umat Islam adalah meliputi pengamalan hukum-hakam agama (Islam) dalam segala bidang, termasuk bidang hukum jenayah. Justeru, pelaksanaan hukum hudud di kalangan umat Islam adalah sebahagian daripada hak beragama dan hak mengamalkan agama anutan mereka. Warga bukan Islam tidak perlu merasa terganggu dengan pelaksanaan hukum tersebut kerana ia tidak melibatkan mereka dan tidak menjejaskan hak mereka untuk beramal dengan ajaran agama anutan mereka sendiri. Sesuai dengan semangat toleransi antara agama, semua pihak harus menghentikan segala bentuk perlakuan dan pernyataan yang menghina dan mempersenda agama. Kenyataan-kenyataan sinis dan provokatif yang kadang-kadang diucap atau diungkapkan oleh media atau pemimpin masyarakat jelas tidak membina dan tidak mendidik, juga bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bangsa yang beradab dan bertamadun. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Bangi: 05 Oktober 2011 |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5799-masyarakat-majmuk-bukan-alasan-tolak-hudud
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5820-mufti-perak-nasihat-pusat-benarkan-kelantan-laksana-hudud
Hudud: Kerajaan negeri tiada kuasa penuh |
Abdul Hadi Awang |
Banyak kenyataan ditujukan kepada PAS supaya melaksanakan syariat khususnya hukum hudud yang menjadi sasaran untuk menghina Islam atau sesiapa sahaja yang mendesak hukum Islam dilaksanakan sepenuhnya.PAS dicabar melaksanakannya kerana memerintah beberapa kerajaan negeri. Kalangan mereka yang mencabar ini lebih bertujuan untuk menakutkan khususnya masyarakat bukan Islam bagi memancing undi pilihan raya, pada hal mereka berkuasa sepenuhnya sejak lebih lima puluh tahun. Sekiranya dicetuskan oleh penganut agama lain atau para orientalis tidaklah menghairankan. Namun apa yang menghairankan ialah, suara yang lantang datang daripada kalangan mereka yang mengaku Islam dan menunjukkan sebahagian daripada aktiviti Islam kepada masyarakat awam sehingga menjemput Imam Masjidil Haram bagi menjenamakan Islamnya. Perlu difahami bahawa Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek fitrah manusia, menjadikannya berbeza dengan takrif agama lain dan teori ciptaan manusia. Islam hendaklah dikenali secara menyeluruh, kerana setiap aspek dalam ajaran Islam berkait di antara satu sama lain, laksana mata rantai yang tidak boleh dipisahkan. Undang-undang hudud adalah berkait dengan undang-undang jenayah yang banyak cabangnya,yang berkait pula dengan sistem kehakimannya sendiri, berkait juga dengan fikah, syariat, akidah dan akhlak yang ada roh perhitung an dosa dan pahala. Kalau silap melaksanakannya, ketua negara dan hakim yang masuk neraka, bukannya penjenayah. Mengenali Islam dengan hukum hudud sahaja boleh menjadikannya laksana seorang buta yang mengenali gajah dengan hanya memegang salah satu anggotanya tanpa mengetahui seluruh jasad dan perangai gajah. Mereka bukan sahaja terus-menerus tidak kenal gajah, bahkan boleh binasa dipijak gajah. Islam seringkali menjadi mangsa tuduhan ganas dan keras kerana hukum hudud tanpa memahami dan melihat pelaksanaan, syarat dan adabnya secara menye luruh. Tetapi mereka yang mempertikaikan berkenaan hudud memejam mata terhadap hukuman bunuh dengan gantung di tali secara mencekik yang primitif dan sangat zalim. Begitu juga hukuman sebat yang diamalkan di penjara seperti zaman batu dan banyak lagi bentuk hukuman lain. Sekiranya mereka membaca dan mengkaji semua pelaksanaan hukum Islam dan dibuat perbandingan, nescaya mereka tahu betapa jauh perbezaannya. Ini kerana hukum Islam itu lebih bersikap mendidik secara yang menakutkan, bukannya menyeksa, tetapi mencapai matlamat maslahah yang tidak boleh dipertikaikan bahawa ianya membawa kebaikan dan menolak kemudaratan. Perlu difahami bahawa undang-undang yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis adalah perkara yang tidak harus dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, kerana firman Allah dalam surah Al Ahzab yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi seseorang lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” - (Surah Al Ahzab ayat 36) Penerimaan Islam (menyerah diri) tanpa pertikaian dan keraguan menjadi ciri seseorang Islam tanpa mengira bangsa dan parti yang dianut, tempat dan masa, kerana al-Quran adalah petunjuk akhir zaman dan mukjizat yang tidak mati dengan wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Kegagalan undang-undang ciptaan manusia Allah telah menunjukkan kegagalan undang-undang ciptaan manusia dengan krisis nilai diri kemanusiaan dan merebaknya penyakit diri, keluarga dan masyarakat. Firman Allah bermaksud: “Telah zahir terserlah dengan nyata kerosakan (kejahatan) di darat dan laut dengan sebab dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah.” - (Surah Al Rom ayat 41) Adapun penganut agama bukan Islam mereka tidak boleh dipaksa bukan sahaja menganut Islam, bahkan undang-undang yang berkait dengan agama. Ada pun yang berkait dengan hubungan cara hidup bermasyarakat perlu disamakan dengan adil dan seksama. Ada juga undang-undang yang ada dalam al-Quran disebut dalam kitab yang terdahulu seperti Taurat. Maka Syariat Islam membahagikan undang-undang yang sama tanpa mengira agama seper ti undang-undang jalan raya yang berkait dengan hukum qisas dalam kemalangan. Ada pula undang-undang yang diberi hak kepada penganut agama lain seperti undang-undang keluarga. Ada juga undang-undang yang diberi pilihan kepada mereka, di antaranya undang-undang hudud. Hukuman Hudud adalah salah satu daripada undang-undang jenayah Islam yang dinaskan seperti hukum qisas dan di sana ada yang tidak dinaskan iaitu takzir yang terlalu luas ruangnya. Bagi seseorang Islam wajib percaya bahawa hukum Allah semuanya adil dan baik bagi manusia kerana Allah pencipta alam Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Penyayang, Maha Adil dan segala sifat terpuji, Yang Maha suci daripada segala sifat kekurangan. Sebarang langkah meninggalkan hukum Allah pasti membawa kemusnahan kepada alam semula jadi, termasuk kehidupan manusia. Hukum-hukum yang wajib dilaksanakan oleh manusia dibagikan pula kepada wajib dilaksanakan oleh diri masing-masing secara fardu ain dan oleh umum secara fardu kifayah. Kepada mereka yang mampu melaksanakan fardu kifayah menjadi fardu ain kepadanya pula. Diantara hukum yang wajib itu mensyaratkan adanya kerajaan yang berdaulat sepenuh. Pelaksanaan hukum Islam pula mewajibkan syarat dan rukunnya. Kalau hendak sembahyang mestilah bersih dengan berwuduk,pakaian dan tempat yang bersih. Jika hendak melaksanakan ibadat haji maka syaratnya mampu daripada segi harta, jasad dan aman dijalanan. Begitu juga kalau hendak melak sanakan undang-undang jenayah mestilah oleh kerajaan yang berkuasa sepenuhnya bagi mewujudkan sistem kehakiman yang adil. Hukum yang adil hendaklah melalui sistem mahkamah yang melibatkan hakim, saksi dan persekitaran bidang kuasa yang adil. Pelaksanaan hukum qisas dan hudud ditambah dengan syarat yang lebih banyak supaya tidak berlaku zalim. Apa yang penting ialah menakutkan penjenayah, tetapi untuk menjatuhkan hukuman diwajibkan syarat yang payah dipenuhi. Pelaksanaannya pula dengan syarat dan adabnya, bukan bertindak sewenang-wenangnya. Semua para Rasul yang dipaparkan oleh Al Quran menunjukkan bahawa mereka mengajak pemimpin kerajaan yang memenuhi dyarat yang penuh berkuasa dan berdaulat, supaya melaksanakan hukum Allah. Apabila pemimpin itu berdegil maka diberi masa yang sangat panjang sehingga bergilir pemimpin dengan umur panjang, sihat dan senang, supaya mereka kembali kepada hukum Allah. Para Rasul dan yang menyambung perjuangannya disuruh bersabar dan berusaha mendirikan kerajaan yang menunaikan kewajipan tersebut. PAS yang memerintah di peringkat negeri dan berjaya menghantar wakil dip eringkat pusat. Negeri yang diperintah oleh PAS melaksanakan kewajipan mengikut kadar kemampuan kuasanya dan berjuang seterusnya bagi melaksanakan Islam secara menyeluruh. PAS memerintah negeri yang terhad kuasanya. Di Kelantan PAS telah meluluskan undang-undang jenayah syariat dan belum di wartakan. Ketika memerintah Terengganu satu penggal Kerajaan PAS mengikut jejak Kelantan meluluskan undang-undang yang sama dan berjaya diwartakan setelah diperkenankan oleh DYMM Al Sultan. Kelantan menerima amaran Perdana Menteri pada masa itu. Terengganu pula dijatuhkan kerajaannya. Adapun Negeri Kedah, PAS hanya memimpin kerajaan campuran dan Selangor pula PAS menyertai kerajaan campuran. PAS tetap melaksanakan Islam mengikut bidang kuasa dan melaksanakan Islam secara ilmu dan kefahaman. Umno adalah teras kepada kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan banyak kerajaan negeri. Mereka memerintah sejak le bih lima puluh tahun negara men capai kemerdekaan dengan bidang kuasa sepenuhnya. Perlembagaan yang ada pada hari ini digubal oleh Suruhanjaya Reid yang banyak di dalamnya warisan penjajah bagi menghalang pelaksanaan Islam. Walaupun kuasa urusan agama Islam diberi kepada kerajaan negeri dan Islam adalah agama Perseku tuan, penganut agama-agama lain bebas menganut agama mereka. Tetapi Islam yang diberi kuasa kepada negeri dan raja-raja dibelenggu dengan jadual kesembilan daripada Perlembagaan, di mana bidang kuasa negeri tidak lebih daripada 3, 5 dan 6 (tiga tahun penjara, lima ribu ringgit dan enam sebatan), malah sebatannya mengikut undang-undang Inggeris bukan syariat Islam. Di Parlimen penggal 1990-1995 saya pernah mengemukakan usul supaya diselesaikan perkara ini tetapi ditolak begitu sahaja. Di sana ada pula tuduhan bahawa undang-undang itu ciptaan PAS. Wa laupun semua tahu bahawa undang-undang Syariat yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis adalah jelas, tetapi PAS tetap dituduh dan difitnah. Apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk bermuzakarah dan ada pihak ketiga yang bersedia menjadi orang tengah, maka Umno mengelakkan diri. Umno yang menerima kemerdekaan bersyarat daripada penjajah itu, sepatutnya tempoh masa lebih 50 tahun telah diberi bagi melupuskan syarat yang sudah ketinggalan zaman penjajahan itu, tetapi masih terus mengekalkannya. Adakah Umno masih terikat dengan penjajah atau berfikir an penjajah? Maka eloklah kita merdekakan fikiran atau merdekakan diri daripada Umno. Malangnya pula media yang berada di bawah ketiak Umno yang sudah lama berpeluh itu menggunakan pekerja dan khadam yang beragama Islam menyiarkan rencana dan kartun-kartun yang menyindir hukum-hukum yang dinaskan dengan firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. Mereka pula tidak membaca hukumnya yang berat terhadap orang-orang yang seperti itu secara nyata didedahkan dalam buku Mustika Hadith Jilid Pertama yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 70-an. Bagi penganut Islam, jangan dipandang mudah dan ringan untuk mempermainkan isu ini sekadar undi pilihan raya, nanti menang di dunia dan kalah di dalam kubur dan terjunam di hari akhirat. Wahai Tuhan! Saya telah menyampaikan. Saksikanlah! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/5823-hudud-kerajaan-negeri-tiada-kuasa-penuh
Hudud jadi undang-undang zaman Sultan Mansur |
Aslani M |
KOTA BHARU, 6 Okt: Perundangan Islam termasuk hudud yang menjadi polemik di kalangan sesetengah pihak sekarang sebenarnya bukan perkara baru, malah ia sudah dilaksanakan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Ketika itu sudah ada hukuman rejam bagi kesalahan zina dan potong tangan pesalah yang didapati mencuri. Malah pada zaman awal kegemilangan Islam di Kelantan, hukuman mencuci kolah dikenakan bagi kesalahan kecil sebagai pengajaran kepada orang ramai. Menurut banyak catatan dalam sejarah lama Kelantan hasil pelaksanaan hukum tersebut kehidupan rakyat aman dan damai. Maka tiada sebab ada pihak menolak pelaksanaan hukum tersebut terutamanya pemimpin-pemimpin politik yang mengaku beragama Islam. Bagi Gabungan NGO Kelantan (GNK) kenyataan pelbagai pihak mengeksploitasikan hukum hudud dilihat semata-mata bermotifkan politik sempit. Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sikap kurang bertanggungjawab dalam menangani isu hudud cukup membimbangkan di mana ia menjadi tajuk utama media arus perdana kebelakangan ini. “Menginsafi hakikat bahawa Islam adalah al-din yang mesti diterima secara menyeluruh dari segi aqidah dan syariatnya, pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab agama. “Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan berimankan al-Quran, kita tidak mempunyai pilihan selain daripada patuh menerima hukum-hakamNya. “Dan mengakui bahawa ia adalah hukum terbaik dan teradil tanpa sebarang berdolak-dalihk lagi,” katanya di sini. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) dilulus di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 selepas digubal melibatkan pakar tempatan dan luar negara. Bagaimanapun perundangan Islam tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat, lebih-lebih ada surat amaran daripada Perdana Menteri. Dr Abdul Halim berkata, pihaknya menyokong penuh usaha kerajaan Kelantan dan kalangan ilmuan Islam secara konsisten memberi penerangan mengenai hukum hudud kepada rakyat. Katanya, kefahaman rakyat secara lebih jelas penting bagi membolehkan pelaksanaannya dibuat secara bijaksana dan memberi keadilan kepada masyarakat. Oleh itu beliau menyarankan semua pihak termasuk pemimpin politik, gerakan sivil, rakyat dan media alternatif memberikan sepenuh perhatian terhadap isu tersebut. Selain itu katanya juga penggemblengan tenaga semua pihak bagi menuntut pelaksanaan pilihanraya umum ke-13 lebih adil dan telus perlu diteruskan. “Janganlah kita mudah teralih arah jika terdapat isu-isu yang cuba ditimbulkan pihak-pihak tertentu. ”Isu hudud dipolemik dalam suasana setiap kali datangnya musim pilihanraya. Ia juga berlaku dalam suasana pembongkaran satu demi satu bukti penyelewengan pengendalian pilihanraya termasuk pendaftaran pengundi yang meragukan,” ujarnya. Menurutnya kewujudan pengundi berganda, undi pos dan terdedahnya pemberian kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi begitu membimbangkan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5824-hudud-jadi-undang-undang-zaman-sultan-mansur
Hudud: Najib perlu nilai pandangan Harussani |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 6 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata Kelantan wajar dijadikan sebagai model serta makmal ujian perlaksanaan hukum syariah, hudud.
YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah - Exco Kelantan
Menurutnya, hasrat kerajaan Kelantan yang murni itu seharusnya tidak dipandang serong oleh semua pihak terutama umat Islam apa lagi kerajaan Persekutuan kerana ianya tuntutan yang wajib dilaksanakan dalam membendung gejala buruk yang berlaku dalam sesebuah negara. “Setelah ianya berjaya peluang yang sama seharusnya diberikan kepada kerajaan di negeri-negeri lain untuk melaksanakannya,” katanya.
SS Tan Sri Harussani Zakaria - Mufti Perak
Pada masa yang sama beliau yang mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di atas pandangan yang dikemukakan berhubung perlaksanaan Kanun Syariah Jenayah ll (Hudud) yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini. Amar berkata, pandangan seorang mufti yang berilmu seharusnya dinilai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pemerintah negara.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan mufti berkenaan yang mencadangkan supaya pemerintah sewajarnya memberi laluan kepada kerajaan negeri ini melaksanakan hukum tersebut selepas majlis pertemuan golongan ulama di seluruh negeri dengan Menteri Besar. “Seharusnya kerajaan Persekutuan menilai serta mengambil kira pandangan dari mereka yang beragama khususnya seorang mufti kerana mereka lebih maklum berhubung soal agama,” ujarnya. Lagipun, tambah Harussani lagi hukum berkenaan adalah tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5839-hudud-najib-perlu-nilai-pandangan-harussani
Dr Mahathir boleh dikenakan tindakan hina Dun |
M Faqih |
KOTA BHARU, 6 Okt: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dikenakan tindakan menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana menghalang Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).
Prof Dr Abdul Aziz Bari - Pensyarah Kanan UIAM
Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berhujah surat Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan pada 1994 dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap Dewan Undangan Negeri (Dun). Menurutnya anggota Dun di kalangan penyokong kerajaan boleh mengusulkan dalam dewan untuk diambil tindakan terhadap Perdana Menteri. “Tak kan pula surat yang pernah dihantar Perdana Menteri menghalang hudud dilaksanakan di Kelantan ada tarikh luputnya. "Perdana Menteri boleh dipanggil menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan kerana surat yang dihantar boleh disifatkan sebagai menghina keputusan Dun,” katanya pada wacana pelaksanaan hudud di Kelantan di Kota Darulnaim petang ini. Turut bertindak sebagai ahli panel pada wacana tersebut dua orang yang terbabit menggubal rang undang-undang hudud iaitu Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan bekas anggota Exco, Datuk Mohamed Daud Iraqi.
Ustaz Dato' Daud Iraqi - Bekas Exco Kelantan
Jawatankuasa pengubal rang undang-undang tersebut diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Anggota lain termasuk Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad, Prof Ahmad Ibrahim dan bekas Pendakwa Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty. Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan UIAM berkata, tindakan sama boleh dikenakan terhadap bekas Ketua Polis Terengganu yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu memberi kerjasama kepada kerajaan Terengganu yang juga melulus enakmen hudud ketika di bawah pentadbiran PAS. “Sepatutnya ada pihak yang membuat usul pada persidangan Dewan kerana tindakan seumpama itu boleh ditakrifkan sebagai menghina Dewan,” katanya. Sedangkan menurutnya di bawah Akta Polis disebut dengan jelas pasukan itu berperanan melaksanakan tugas sama di bawah undang-undang sivil atau syariah. Sebelum itu pada hujah awalnya beliau berkata, tidak ada lagi sesuatu pelik di negara ini apabila kerajaan melanggar sesuka hati undang-undang dan perlembagaan. Contohnya hal ehwal agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya persekutuan. Namun katanya, kerajaan pusat melanggar peraturan apabila turut menubuh agensi agama sendiri. Malah kata Dr Abdul Aziz banyak lagi perlanggaran perlembagaan dilakukan kerajaan pusat termasuk menghapus imuniti raja-raja Melayu dan kuasa perkenan yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya tidak perlu kepada pindaan perlembagaan dengan mendapat majoriti dua pertiga bagi melaksana hukum hudud di Kelantan. Ketua Hakim Syarie pula mencadangkan pelaksanaan hukum hudud dijalankan terlebih dahulu, biar pun ada pihak yang mahu mencabarnya. “Kita buat dahulu biar orang cabar perundangan itu kemudiannya. Perundangan tersebut mengambil masa agak lama untuk dilaksanakan bagi meredakan pertikaian di kalangan masyarakat,” ujarnya. Beliau juga memberitahu Jadual 9 Perkara 2 Perlembagaan membenarkan negeri melaksanakan hukum syariat. Begitu juga Perkara 11 berkaitan kebebasan mengamalkan agama membawa maksud membolehkan perundangan Islam dilaksanakan kerana termasuk dalam perkara membendung jenayah. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, polemik pelaksanaan hudud di Kelantan kini semakin terelai apabila banyak pandangan baru dicetus melalui siri wacana yang diadakan. “Perbincangan pada hari ini nampaknya memberi nafas baru kepada kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan undang-undang hudud. ”Tidak banyak lagi halangan untuk kita laksanakan kerana selama ini kita memikirkan ada krisis perlembagaan. ”InsyaAllah kita akan bincang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang terdekat ini,” katanya. Menurutnya kemungkinan pada 17 Oktober ini kelab penyokong kerajaan (BBC) akan mengemukakan sesuatu usul dalam Dewan berkaitan hudud. Mengenai dua mahkamah khas syarie yang dicadangkan Ketua Hakim Syarie katanya, ia hanya dari aspek teknikal sahaja. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5834-dr-mahathir-boleh-dikenakan-tindakan-hina-dun
Laungan mahukan hudud bergema di stadium |
M Faqih |
KOTA BHARU, 7 Okt: Puluhan ribu rakyat Kelantan menyatakan dengan tegas mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini, ketika perundangan Islam itu cuba dipertikai sesetengah pihak. Tanpa tolenrasi lagi mereka melaungkan perkataan mahu hudud berkali-kali. Puluhan ribu rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi bagi meluahkan keinginan mereka. Program yang dinamakan Himpunan Kesyukuran ekoran penerimaan rakyat Kelantan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) membuatkan stadium bola menjadi sesak dengan lautan manusia. Program bermula jam 5 petang dengan jamuan rakyat. Sebelum itu jam 2 petang diadakan Wacana Pelaksanaan Hudud khusus untuk kakitangan dan pegawai kerajaan negeri bertempat di Kota Darulnaim. Selain itu selepas solat Asar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil institusi pondok agama dari seluruh Kelantan di JKR 10. Kemuncaknya solat hajat diimamkan sendiri Menteri Besar di atas padang berbumbung langit berselimut tiupan angin malam selepas solat Isya. Program itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti kuliah agama disampaikan Senator Datuk Dr Johari Mat. Biar pun malam sebelumnya hujan turun hampir setiap malam, namun malam tadi suasana cerah, seakan-akan membawa doa puluhan ribu rakyat Kelantan mengadap Allah Taala. Kerajaan dan rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab mereka mendaulatkan hukum Islam sebagaimana dituntut agama, cuma pelaksanaannya terhalang kerana tidak mendapat kerjasama pemerintahan di Putrajaya. Pakar undang-undang perlembagaan dari UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari melahirkan keyakinan kemenangan besar Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990 kerana kemahuan tinggi rakyat Kelantan terhadap hudud. Oleh itu katanya kejayaan cemerlang itu boleh diulangi pada pilihan raya umum ke-13, apabila rakyat bekerja lebih keras untuk memastikan pelaksanaan perundangan Islam dapat dilaksanakan. ”Sama seperti sistem perbankan Islam yang dicetus pada 1970-an, pada peringkat awal mendapat tentangan hebat. Namun sekarang hampir kesemua institusi kewangan melaksanakan perbankan tanpa riba. ”Begitu juga dengan hudud di mana ada pihak yang menentang dan tidak yakin, namun lambat laun rakyat akan menerimanya. ”Kelantan boleh melaksananya dengan syarat tidak ada pihak yang cuba sabotaj dan menyekat,” katanya pada program berkenaan. Hadir sama Ketua Pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat. Dr Abdul Aziz juga mencadangkan kerajaan meminda atau menghapuskan Akta Mahkamah Syariah pindaan 1985 bagi membolehkan perundangan hudud dilaksanakan. Tuan Guru Abdul Hadi berkata, rakyat Kelantan memilih PAS sejak 1990 sehingga sekarang kerana mereka yakin kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab terhadap amanah Allah. Bagaimanapun beliau melahirkan rasa hairan pemimpin Umno yang juga beragama Islam tidak bersetuju terhadap hukum tersebut. ”Kalau pemimpin DAP tidak bersetuju ia tidak menjadi persoalan sangat kerana mereka bukan beragama Islam,” ujarnya. Anwar menegaskan setiap seorang Islam wajib mempunyai keyakinan terhadap perundangan Islam tanpa kompromi lagi. Menurutnya negara sudah lama merdeka, namun kefahaman rakyat terhadap agama semakin bercelaru kerana tomahan dimainkan media massa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5845-laungan-mahukan-hudud-bergema-di-stadium-
Hudud boleh dilaksana di Kelantan |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993. Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan. Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim. "Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya,” katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.
YA Dato' Daud Mohammad - Ketua Hakim Syarie
Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abd Aziz Bari. Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud. Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai. “Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5852-hudud-boleh-dilaksana-di-kelantan
Mahkamah Syariah ada kuasa laksana hudud |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Pakar pelembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengulangi penegasannya bahawa untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud) di Kelantan tidak memerlukan kepada undi dua pertiga majoriti Parlimen. Menurutnya, negeri boleh melaksanakan hukum ini menerusi kuasa yang wujud dalam Mahkamah Syariah tanpa memerlukan kepada pindaan Perlembagaan. Bagaimanapun katanya, bidang kuasa Mahkamah Syariah itu masih terhad sehingga menjadi masalah utama kepada perlaksanaannya. "Dari segi perlaksanaan, mahkamah syariah mempunyai masalah kerana bidang kuasa terhad dibawah Akta Mahkamah Syariah 1965," katanya dalam program Wacana Ilmiah Perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia di Shah Alam semalam. Memetik laporan Sinar Harian hari ini, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga berkata kerjasama pusat masih diperlukan menerusi agensi tertentu seperti polis dan penjara untuk menguatkuasakannya. "Negeri masih memerlukan bantuan pusat menerusi agensi tertentu seperti polis dan penjara khusus untuk menahan pesalah sebelum dibicarakan," katanya. Turut serta dalam wacana itu, Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Khairudin Aman Razali dengan Profesor Madya Dr Supyan Husin sebagai moderator. Sebelum ini dalam Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad itu berkata, undang-undang boleh dilaksanakan dan Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5874-mahkamah-syariah-ada-kuasa-laksana-hudud
Kelantan dicadang lantik Harussani sebagai pemerhati |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Kerajaan negeri Kelantan dicadang melantik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pemerhati perlaksanaan hudud di negeri itu.
SS Tan Sri Harussani Zakaria - Mufti Perak
Cadangan itu dilontarkan Dewan Pemuda PAS Perak ekoran pandangan Harussani yang menasihatkan agar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM
"Kami bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani untuk menjayakan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tersebut.
Dr Raja Ahmad al Hiss - Timbalan Ketua DPPPrk
"Kami juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan Hukum Hudud tersebut," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-His. Menurutnya, pandangan mufti Perak itu amat bertepatan dan seharusnya disokong oleh semua pihak bagi melihat sendiri contoh yang akan dilaksanakan Hukuman Hudud di sana. "Malah kami yakin pandangan Tan Sri Harussani terhadap Hukum Hudud di Kelantan sudah tentunya ianya berasakan sepertimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran itu sendiri," katanya. Sehubungan itu, mereka menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Harussani di dalam isu pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan tersebut. "Malah kami tekankan sekali lagi bahawa kami sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja asalkan untuk menjayakan perlaksanan Islam dan bukan seperti Umno yang bertarik tali dengan MCA di dalam isu Hukum Hudud ini," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5877-kelantan-dicadang-lantik-harussani-sebagai-pemerhati
Hudud kekal, Pakatan pun kekal |
Subky Latif |
Kekecohan atas isu pelaksanaan hudud antara PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya terutama DAP telah diselesaikan dengan baik mengikut semangat muafakat Pakatan Rakyat. Tetapi DAP yang tidak setuju itu pula mengaku hak PAS untuk memperkenalkannya yang menjadi cita-citanya sejak PAS ditubuhkan 60 tahun lalu. Sekalipun terdapat perbezaan pandangan dan sikap atas perkara itu oleh kedua pihak, keduanya bersetuju, bahawa mereka tidak setuju atas satu perkara itu secara nyata tetapi mereka bersetuju dalam banyak perkara lain bagi menegakkan kerajaan bersama dan membina negara dan masyarakat yang adil dan kukuh. Komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya berkongsi banyak yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat satu muafakat politik yang kuat yang mampu mengambil alih tampuk pemerintahan dan sudah bersedia menjadi alternative kepada Barisan Nasional baik sebagai parti politik yang bertenaga dan sudah pun kerajaan yang menunggu. Pada masa bersetuju mengadakan kerjasama pilihan raya menjelang PRU 1999 dulu dan membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU 12 tahun 2008 dulu, DAP dan PKR sudah pun tahu bahawa hudud adalah satu cita-cita PAS sejak mula, dan PAS juga tahu bahawa DAP tidak tertarik dengannya lama sebelum kedua-dua pihak boleh duduk semeja. Perbezaan itu telah wujud sejak awal tetapi perbezaan itu tidak menghalang kedua pihak untuk mengadakan kerjasama politik yang besar hingga kini Pakatan Rakyat berjaya melayakkan Malaysia menyamai negara-negara demokrasi dan maju di dunia mempunyai lebih dari satu kerabat parti poliltik alternatif yang kuat. Britain dan Amerika ada parti pemerintah dan parti pembangkang yang menjadi kerajaan yang menunggu. Begitu juga Perancis, Jerman, Australia dan lain wujud lebih dari satu parti yang bergilir-gilir menjadi kerajaan atau menjadi pembangkang mengikut keputusan rakyat dalam pilihan raya. Malaysia sejak merdeka tahun 1957 dan sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 tidak ada kedewasaan politik yang kondusif seperti itu, hingga meletakkan BN yang dulunya Periktan parti yang monopoli kuasa dan menafikan hak rakyat membuat pilihan. Sekalian ahli fikir dan penggiat politik tahu bahawa kuasa itu korap dan kuasa sepenuhnya terdedah kepada korap sepenuhnya. Sekalipun Tunku Abdul Rahman Putra dan Umno memperkenalkan amalan demokrasi kepada masyarakat negara, justeru monopoli politik yang tidak dapat dipecahkan, menjadikan negara dan kerajaan rasuah sepenuhnya dan menyeleweng seadanya. Rakyat sedar segala kepincangan itu dan rakyat jugalah yang menuntut supaya diwujudkan satu pakatan alternatif yang kuat yang boleh mencabar monopoli kuasa itu. Rakyat juga yang menuntut supaya parti-parti pembangkang yang banyak dan tidak cukup tenaga itu mengenepikan perbezaan atau mengurangkan perbezaan bagi membentuk satu gabungan parti alternatif yang kuat yang berupaya memecahkan monopoli kuasa yang rasuah dan menyeleweng itu. PAS, PKR dan DAP telah menyambut cabaran rakyat itu. Mereka sudah melupakan berbezaan itu kecuali dalam satu isu iaitu hudud. PAS tahu DAP tidak setuju hudud dan DAP tahu PAS tidak sedia menggugurkan hudud. Kalau tidak boleh bersetuju dalam semua perkara, janganlah semua perkara tidak disetujui. Lalu mereka bersetuju satu dua perkara yang tidak disetujui, tidak menghalang mereka mengadakan pakatan kerana mereka sudah bersetuju dalam banyak perkara. Yang tidak bersetuju dengan hudud itu bukanlah DAP saja. Umno telah menzahirkan tidak setujunya lama sebelum DAP dan PAS mengadakan muafakat. Umno menganut Islam tidak bersetuju dengan hudud dan ia juga tidak setuju dengan banyak perkara yang PAS perjuangkan. DAP tidak menganut Islam, maka ia tidak setuju dengan hudud tetapi ia setuju dengan banyak perkara yang diperjuangkan oleh PAS. PAS mengemukakan konsep negara berkebajikan yang mendukung cita-cita dan ajaran Islam. DAP menerimanya. PAS mahu hisbah, DAP tidak menolaknya. DAP mahu sebuah pemerintahan bersih dari rasuah, reaksi PAS pula ia juga yang PAS cita-cita. Jika PAS terus bercakap tentang hudud dalam kontek adanya kerjasama dengan DAP dan lain, bukan ia tidak melayan pendirian DAP tetapi adalah untuk menerangkan kepada masyarakat umum dalam dan luar negara betapa indahnya hudud dan hudud tidak mengancam keamanan dan anutan mana agama lain. Cara PAS dan DAP menyelesaikan perbezaan dalam isu hudud itu membayangkan cara dan keupayaan mereka mengatasi segala masalah yang berbangkit kiranya rakyat memberi mandat mentadbirkan Putrajaya nanti. Bagaimana kerajaan DAP di Pulau Pinang melayan isu Islam dan orang Islam mencerminkan sikapnya jika Pakatan diizinkan membentuk kerajaan pusat, dan bagaimana kerajaan Kelantan dan Kedah melayan orang bukan Islam membayangkan keadilan yang akan diserlahkan dalam kerajaan bersama di Putrajaya nanti....The Malaysian Insider. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5910-hudud-kekal-pakatan-pun-kekal
Hudud: Malaysia patut contohi Brunei |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam. "Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Kelmarin, Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada. Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia. Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan merupakan ketua agama Islam. "Sekiranya terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Undang-undang syariah pelihara wanita Sementara itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada semua. Katanya, melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika ini. "Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri. "Selama ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita. "Dengan adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja. Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini. "Secara kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5977-hudud-malaysia-patut-contohi-brunei
JAMAIE: Umno tolak hudud, "luar biasa" |
Harakahdaily |
KENYATAAN AKHBAR DARIPADA PENGERUSI JARINGAN NGO ISLAM PERAK ( JAMAIE ) Saya terpanggil untuk membuat kenyataan paling penting mengenai polemik kefahaman dan perlaksanaan hukum hudud yang sudah berminggu-minggu dibincang di dada-dada akhbar. Khusus mengenai pandangan Professor Atory Hussin & Prof. Madya Dr.S. Pandian di Akhbar Sinar Harian muka 2 edisi 12/10/11. Perbincangan tentang hudud diakhbar-akhbar perdana adalah disekitar tuduhan bahawa isu hudud adalah mainan politik PAS dan PAS akan terus gagal melaksanakan hudud kerana DAP menentang.Dibincangkan juga betapa isu hudud ini adalah duri dalam daging yang akan menggugat hubungan dalaman Pakatan Rakyat.Digambarkan bahawa pelaksanaan hudud tidak akan pernah seeuai kerana majmuknya negara ini. Berikut kenyataan kami. i) Menyalahkan PAS dalam polemik hudud adalah tidak meguntungkan sesiapa.Kenapa tentangan DAP terhadap hudud diraikan seolah-olah satu kemenangan sedangkan tentangan mati-matian MCA terhadap hudud disepikan. Seolah-olah jika hudud gagal dilaksanakan ia merupakan kemenangan kepada imej politik UMNO. Hakikatnya adalah, baik tentangan DAP atau MCA terhadap hudud adah manifestasi ‘kegagalan’ dakwah orang-orang Islam tidak kira UMNO atau PAS.Tidak ada apa-apa yang perlu diraikan. Sebenarnya yang perlu ditangisi adalah kenapa masih ada orang-orang Melayu-Islam yang menentang hudud. MCA dan DAP tak faham hudud itu biasa tetapi dolak dalik UMNO menolak kesesuaian pelaksanaan hudud di Malaysia khususnya di Kelantan adalah sangat luar biasa. ii) Benar enakmen syariah bekaitan hudud telah berjaya diwartakan oleh kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tahun 1993 dan di Terengganu tahun 2003. Secara positif seluruh orang-orang beriman sepatutnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada PAS kerana di mana-mana sahaja jika ada kesempatan menguasai kerajaan dengan majoriti 2/3 PAS akan mengusahakan enakmen-enakmen syariah di luluskan oleh dewan-dewan legistatif. Bukankah itu tanda kesungguhan dan kejayaan PAS? iii) Benar terdapat kelemahan PAS dalam kesungguhan mereka mengusahakan supaya enakmen-enakmen tersebut dapat dilaksana dan dikuatkuasakan. Alasan-alasan seperti halangan kerajaan persekutuan dan ‘seolah-olah’ berlaku halangan perlembagaan adalah rintangan yang sering diberikan oleh PAS. Halangan sebegini bukan persepsi tetapi satu realiti yang selalu diulang-ucap oleh pemimpin-pemimpin politik khususnya daripada UMNO, MCA, DAP & Gerakan. Kami bersetuju jika ini dilihat sebagai kelemahan dalam iltizam PAS. Namun orang-orang beriman mesti membantu mengatasi kelemahan PAS tersebut dengan turut terlibat memberikan sokongan moral dan nasihat professional kepada PAS tentang kaedah-kaedah bagi mengatasi halangan-halangan tersebut. Bukankah merealisasikan perlaksanaan undang-undang syariah adalah tanggungjawab semua orang-orang beriman. iv) Berbanding antara kelemahan PAS (yang tidak disengajakan) dengan komitmen bermati-matian pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan Karpal Singh untuk menentang perlaksanaan hudud – orang-orang beriman mesti tahu menentukan kewajaran sikap dan tindakan. Kelemahan PAS rawatannya adalah berikan kerjasama dan tunjuk ajar. Namun keangkuhan UMNO & MCA memerlukan amaran dan diberikan kata dua. Jika benar UMNO membenci hudud, UMNO mesti mempunyai keberanian untuk berterus terang. Setakat ini kami menyanjung sikap Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang secara terbuaka menyokong hudud dengan alasan ia adalah tanggungjawab agama. Apa salahnya menegakkan kepentingan politik demi melaksanakan tuntutan agama. v) Alasan demi alasan pemimpin-pemimpin besar UMNO daripada dulu (contohnya sikap tegas Dr. Mahathir mempersenda hudud sebagai undang-undang yang akan melemahkan umat Islam) hingga sekarang (ucapan demi ucapan Dato’ Najib Razak yang mengatakan hudud tidak sesuai di Malaysia) yang mempertikaikan kesesuaian undang-undang hudud adalah sangat dikesali. Jika benar keadaan zaman Dr. Mahathir tidak sesuai untuk perlaksanaan hudud kami ingin bertanya apa pula langkah-langkah komprehensif kerajaan UMNO/BN daripada zaman beliau hingga era Dato’ Najib sekarang untuk membantu mewujudkan suasana ‘sesuai hudud’ tersebut. sekurang-kurangnya kerajaan PAS Kelantan telah berusaha menutup lubang-lubang maksiat dan mungkar dengan mengharamkan judi, mengawal ketat penjualan arak, mengawal hiburan dan budaya lucah serta mengamalkan pentadbiran bebas rasuah. Persoalan yang nak ditanya kepada UMNO – menolak hudud sekeras-kerasnya dan terus mempromosikan budaya ‘tidak mesra hudud atas acuan MCA’ tidakkah dilakukan juga kerana kepentingan politik ? kepentingan untuk meminggirkan agama, bukan? vi) Bagaimana mungkin akan wujud suasana ‘sesuai hudud’ jika dasar-dasar UMNO masih terus disuburkan dengan penggalak kepada kesalahan-kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud. Zina terus subur dengan dasar-dasar hiburan dan perlesenan tempat hiburan mesra zina. Mencuri terus subur dengan suasana ketidakadilan ekonomi, pembaziran dan rasuah yang berleluasa. Disamping undang-undang mencuri dan undang-undang rasuah yang ‘mesra penjenayah’. Minum arak terus digalakkan tanpa ada kawalan dan perlaksanaan undang-undang yang berkesan. Jangan lupa dalam keadaan kuasa ada ditangan, Perdana Menteri Dato Najib terus meluluskan lesen-lesen judi baru sejak beliau menerajui Putrajaya. Persoalannya jangan bercakap tentang suasana yang tidak ‘sesuai hudud’ jika pemimpin-pemimpin UMNO adalah punca utama kepada kewujudan suasana tidak ‘sesuai hudud’ tersebut. Jangan harapkan rakyat memakan ramuan sihat jika racunlah yang ditabur dalam makanan harian mereka! vii) Sekalung tahniah kepada Mufti Kerajaan Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang memberikan respon penting tentang perlunya Kerajaan persekutuan memberikan laluan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan. Pihak-pihak lain yang tidak mahir tentang ‘komplexiti’ undang-undang syariah (walaupun anda bergelar Professor dalam bidang-bidang lain) – ambillah pesanan Rasulullah – jika tiada perkara baik yang nak diucapkan lebih baik diam. viii) Akhirnya perlu diingatkan Islam adalah agama ciptaan Allah, milik Allah dan kita beragama untuk Allah. Islam berbeda dengan agama-agama lain kerana Islam adalah pilihan Allah untuk bukan sahajai penganut Islam tetapi kebaikan Islam akan merahmati seluruh manusia dan alam. Kalau beriman, percaya dan yakinlah dengan seluruh peraturan Islam. Tugas orang beriman adalah menjadi jurujual yang terbaik untuk produk bernama Islam. Jurujual yang daripada awal-awal lagi mengaku produknya tidak baik dan tidak sesuai mestilah dipecat daripada terus menjadi jurujual. Jurujual Islam (orang beriman) adalah orang-orang yang akan mempertahankan produknya dan secara positif dan proaktif memberikan nasihat dan nilai tambah kepada produk dan strategi pemasaran. Jurujual palsu Islam bertaubatlah demi pilihan antara syurga dan neraka. Menjadi harapan kami supaya semua pihak terutama media turut mengambil peranan mendidik masyarakat tentang Islam khususnya mengenai falsafah undang-undang hudud. Elakkan mempolemikkan isu hudud yang bakal menambahkan kekeliruan masyarakat. Bagi PAS, nasihat kami perbaiki dan pelbagaikan strategi supaya Islam khususnya hudud dicintai sebagaimana cintanya manusia kepada pencipta hudud iaitu Allah. Bagi UMNO ambil yang jernih buang yang keruh. Belajarlah untuk mencintai dan menghargai segala peraturan-peraturan Islam.Kepada UMNO atau PAS, hudud bukan liabiliti tetapi aset. Perjuangkanlah!! Dr. Haji Khairuddin Bin Dato’ Abdul Malik Pengerusi Jaringan Muafakat NGO Islam Perak (JAMAIE) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5978-jamaie-umno-tolak-hudud-qluar-biasaq
Hudud: Satu pertimbangan semula |
Rizuan Abdul Hamid | ||||||||||||||||||||||||||||
Wujud kesilapan-kesilapan dan kelemahan-kelemahan dalam menerangkan bab Hudud. Ada juga yang memberikan analogi-analogi yang lemah dan contoh-contoh yang tidak tepat. Malah ada juga yang menulis nota panjang tetapi tidak mencapai matlamat. Bukan hasrat saya untuk menyerang hasil-hasil ilmiah yang dibentangkan oleh alim ulama dan bijak pandai. Secara ikhlas, saya juga berpendirian bahawa tiada alasan untuk menolak Hudud, tetapi apa susunan tingkat kepentingan untuk melaksanakannnya? Apakah pendekatan kita juga tepat untuk memujuk hati insan-insan yang menentang Hudud. Dalam siri tulisan ‘Nota Mudah Memahami Hukum Hudud’ yang ditulis oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS) yang disiarkan oleh Harakah Daily, ianya terlalu tekstual dan tidak menerangkan proses-proses yang berlaku sebelum kes Hudud itu dibicara. Tulisan Dr Ghazali Hasbullah (Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia) yang bertajuk ‘Hudud: Pemuda PAS jawab SIS’ yang juga turut disiarkan oleh Harakah Daily mencetus sedikit kekeliruan. Dr Ghazali berbicara bab Hudud, tetapi meletakan carta kes Rogol. Beliau juga membuat perbandingan yang tidak mantap. (rujuk graf dan sebahagian penulisannya di bawah); “Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah itu.
Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak terkawal, Pemuda PAS menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan keharmonian negara dan rakyatnya.” Dr Ghazali membandingkan kes Zina dengan Rogol. Sedangkan perkara tentang Rogol masih lagi menjadi khilaf anatara ulama, sama ada kes ini jatuh dalam Hukum Hudud atau tidak. Tetapi Jumhur Ulama mengatakan bahawa Rogol tidak sama dengan Zina, ianya jauh berbeza dan pendapat ini jauh lebih kuat dan menepati semangat Islam. Jadi kes Rogol tidak boleh jatuh dalam bab Hudud. Hadith yang paling sesuai untuk dijadikan sandaran dalam bab Hudud ialah hadith berikut, maksudnya; “Wahai Usamah, apakah engakau mengajukan syafa’at untuk membatalkan hukum Allah? Sesungguhnya Bani Isra’il itu binasa kerana apabila seseorang di antara kalangan terhormat mencuri mereka biarkan dan tidak dihukum, dan apabila seorang lemah mencuri mereka menghukumnya. Demi jiwa Muhammad yang berada pada Tangan-Nya, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri nescaya ku potong tangannya.” Hadith tersebut menyatakan asas sesuatu undang-undang, iaitu keadilan dan tidak mengambil kira kedudukan seseorang dalam melaksanakan hukuman jika terbukti bersalah. Keadilan inilah yang menjadi matlamat Hudud, bukannya sebat atau memotong tangan. Tetapi kesalahan-kesalahan fatal yang dilakukan oleh penegak-penegak hukum Hudud sekarang ialah apabila terlalu memokuskan Hudud kepada potong tangan atau sebat. Ada juga yang mengatakan bahawa Hudud mampu menangani gejala sosial. Ya betul, tetapi ramai yang menyatakan perbandingan yang salah. Asas untuk menangani gejala sosial ialah pendidikan dan pembentukan akhlak yang baik, Undang-undang Syariah dan Hudud cuma pagar yang mengawal keadaan. Matlamat Undang-undang Syariah dan juga Hudud ialah untuk mendidik umat, bukannya untuk menghukum pesalah semata-mata. Ianya juga bermatlamat sebagai amaran buat umat. Falsafah Undang-undang Syariah Islam ialah mengurangkan jumlah pesalah yang dikenakan hukuman. Akan tetapi melalui hukuman yang berat, ianya akan menggerunkan pihak lain dari membuat kesalahan. Melalui falsafah ini, ianya menepati falsafah asas moral dan Undang-undang sejagat, iaitu untuk membuatkan manusia ‘mematuhi dan tidak melanggar sesuatu peraturan dan bukannya takut kepada penguatkuasa undang-undang kerana seseorang itu sentiasa mematuhi setiap peraturan’. Jika Hudud dilaksanakan, maka gejala sosial akan berkurangan. Perkataan ini benar, tetapi mengapa ini terjadi? Ini kerana matlamat Hudud bukannya menghukum, tetapi amaran. Oleh kerana itu kebanyakan kes Hudud membuatkan tertuduh tidak dapat didakwa. Ini kerana peraturan Hudud yang ketat dalam bab persaksian dan wujud faktor-faktor pertimbangan. Sebagai contoh, untuk membuat pertuduhan dalam kes zina, empat saksi yang adil diperlukan. Cuba fikir sejenak, bagaimana untuk menyaksikan secara ‘live’ sesuatu kes penzinaan atau secara lebih tepat, melihat dengan mata kepala ‘keris masuk sarung’, dengan empat saksi? Jika empat saksi tersebut hanya melihat pasangan bukan mahram di dalam sebuah bilik, hanya pertuduhan khalwat yang boleh dikenakan. Bukannya pertuduhan zina yang melibatkan Hudud. Semasa zaman Rasulullah S.A.W, Rasulullah dan para sahabat hanya menghukum terhadap pesalah yang mengaku melakukan zina sahaja, tetapi tidak kedengaran bahawa Rasulullah dan para sahabat mencari pelaku zina. Bab kasih sayang dan pertimbangan dalam Hudud juga tidak diberikan perhatian. Jika kes kecurian berlaku dan terbukti kesalahan, maka Hakim akan mempertimbangkan sebab-sebab kes itu berlaku. Jika kes itu berlaku kerana alasan darurat yang munasabah oleh pencuri itu, maka dia mempunyai peluang untuk terlepas dari hukuman potong tangan. Juga berkemungkinan besar bahawa dia akan diberi bantuan pula. Kasih sayang yang dimaksudkan ialah, kasih sayang sesama muslim. Ianya adalah salah satu asas dalam masyarakat yang melaksanakan Hudud. Sebelum pertuduhan dalam kes Hudud itu berlaku, muslim itu sebenarnya dituntut untuk saling memaafkan. Daripada Sunan Abu Daud, diriwayatkan sebuah Hadith yang isnadnya hasan, maksudnya; “Hendaklah kamu sekelian saling memaafkan dalam perkara hudud di antara kamu, dan apabila sesuatu kes telah sampai kepadaku maka hudud mesti dilaksanakan.” Dalam Hadith diatas, Rasulullah meminta kita untuk saling memaafkan, inilah kasih sayang dalam Umat yang perlu kita bangunkan. Oleh kerana itu dalam kes-kes Hudud hatta keseluruhan Undang-Undang Syariah itu, terlalu rendah bilangan pesalah dan kes yang didakwa. Inilah semangat Islam dan roh Undang-undang Syariah yang dilaksanakan. Hudud Allah itu tidak berdiri atas beratnya hukuman, tetapi berdiri diatas keadilan, kasih sayang dan akhlak umat. Inilah faktor-faktor yang menjadikan berkurangnya sesuatu pendakwaan dalam Undang-undang Syariah dan Hudud. Bukan oleh kerana beratnya hukuman. Tetapi sifat sayang-menyayangi, saling memaafkan yang secara tidak langsung akan membentuk satu suasana masyarakat yang baik akhlaknya, dan akan bertambah baik jika ianya dipagari oleh Undang-undang Syariah dan Hudud. Inilah cara Allah melunakkan hati manusia, jika hati itu tidak dapat dilunakkan, maka amaran dan hukuman keras yang akan menanti. Dalam tingkat keutamaan pula, langkah Ikwan Muslimin di Mesir adalah contoh terbaik. Semasa mereka dan seluruh rakyat Mesir berusaha menggulingkan rejim zalim Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin meletakkan cita-cita Negara Islam (ini pasti juga termasuk cita-cita Hudud) di tangga kedua. Kerana bagi mereka di saat itu, menjatuhkan sebuah rejim yang zalim dan mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dan merdeka sebagai keutamaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6123-hudud-satu-pertimbangan-semula-
Kelantan tubuh jawatankuasa kaji pelaksanaan hudud |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 24 Okt: Kelantan meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), bagi membuat kajian tentang hukuman itu dapat dijalankan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) berkata, jawatankuasa yang dianggotai seramai 19 orang ahli itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini tengah hari ini. Amar pula memberitahu beliau diamanahkan timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan. Beliau seterusnya memberitahu, peranan jawatankuasa itu untuk melihat beberapa sudut tertentu bagi membolehkan hukuman berkenaan dapat dijalankan di negeri ini mengikut peruntukan undang-undang. “Ada pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ianya boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada. “Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,” ujarnya. Menurut beliau lagi, latar belakang mereka yang dilantik dalam anggota itu mengikut kesesuaian dalam bidang professional masing-masing khususnya dalam bidang agama, keselamatan seperti polis dan Jabatan Penjara. Selain itu, katanya anggota Dewan Negara, Senator Mumtaz Mohd Nawi satu-satunya dilantik dalam jawatankuasa itu dari kalangan wanita. “Apa yang penting sekarang setiap apa yang ingin dilakukan mengikut kerangka undang-undang,” ujarnya. Antara anggota jawatankuasa yang dilantik ialah Penasihat Undang-Undang Kerajaan negeri, dua orang anggota exco kerajaan negeri dan Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dan bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6157-kelantan-tubuh-jawatankuasa-kaji-pelaksanaan-hudud
Hudud: Kelantan temui PM selepas segalanya selesai |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 25 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kerajaan Kelantan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud setelah segalanya selesai. "Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. "Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas program wacana di Kompleks Karangkraf di sini, petang ini. Katanya, pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia. “Manakala untuk jawatankuasa teknikal kita tidak meletakkan tempoh masa kerana kita tahu dalam usaha untuk kita melaksanakan hukum hudud ini kita memerlukan tempoh masa bukannya dalam keadaan tekanan. "Selesai semuanya kita akan bertemu dengan Perdana Menteri dan nyatakan hasrat kita, apa jua persoalan yang timbul kita akan jawab dengan sebaik mungkin, kalau boleh biarlah Kelantan ini melaksanakan hudud serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain," jelasnya. Dalam keadaan berseloroh, beliau memberitahu jika terlalu susah untuk pemimpin di atas meluluskan perlaksanaan hudud, secara yang mudah ialah mengubah sahaja kerajaan yang ada sekarang pada pilihan raya yang akan datang. Jawatankuasa Teknikal Enekmen Jenayah Syariah 2 telah ditubuhkan secara rasmi semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan mempunyai 19 ahli jawatankuasa dari pelbagai latar belakang termasuk agensi penguatkuasa negara. Antaranya Ketua Polis Kelantan, Datuk Jaluluddin Abd Rahman, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan Abdullah Yakob, Peguam Hisham Fauzi, Ketua Hakim Syarie Datuk Daud, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Pengarah Penjara Kelantan, Presiden Peguam Syarie Malaysia dan Senator Mumtaz Md Nawi. Mohd Amar juga memberitahu sebenarnya Kelantan sudah bersedia dari peringkat asas dalam perlaksanaan hudud yang mana rotan dan juga pegawai yang ditugaskan untuk melaksanakan hukuman sebat juga telah disediakan. "Rotan untuk hukuman sebatan kita telah simpan di Penjara Pengkalan Chepa begitu juga dengan pegawai yang ingin melaksanakan hukuman tersebut juga telah ada, asas kepada hukuman telah ada hanya tunggu perlaksanaan. "Kita tidak mahu perkara yang sama berulang pada kes yang lepas di mana mahkamah telah memutuskan hukuman sebat tetapi tidak ada rotan, siapa yang akan lakukan dan juga di mana ia ingin dilakukan. Keadaan ini amat memalukan kita, jadi secara dasar Kelantan sudah bersedia sepenuhnya," sambungnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6184-hudud-kelantan-temui-pm-selepas-segalanya-selesai
Forum SH : Delima dan Pelaksanaan Hudud:
1-3 : http://www.youtube.com/watch?v=RK9X5zSA8ms
Ahli-ahli panel :
YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah - Exco Kerajaan Kelantan
SS Mohd Isa Abdul Ralip - Presiden PPSM
Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah - Pensyarah UPM
Dr Mazlee Malik - Pensyarah UIAM
Hudud: Biar Kelantan jadi makmal |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 26 Okt: Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan harus menjadi makmal kepada perlaksanaan undang-undang syariah tersebut. Jika perlaksanaannya gagal, maka kerajaan negeri katanya akur dengan keputusan itu manakala jika berjaya maka tidak ada alasan perlaksanaannya ditolak di Malaysia. "Kita berharap Kelantan akan menjadi makmal kepada perlaksanaan Hudud dan jika ia gagal maka kita menerimanya jika perlaksanaan itu berjaya maka tidak akan ada alasan untuk ia ditolak dari perlaksanaannya di Malaysia," katanya. Beliau berkata demikian dalam Wacana anjuran SInar Harian bertajuk "Hudud Dilema dan Perlaksanaan" di sini semalam. Tambahnya lagi, tujuan Kelantan ingin melaksanakan hudud adalah kerana hendak menghapuskan gejala sosial dan jenayah yang ada sekarang kerana ia dilihat mampu mengurangan gejala tersebut. "Pada masa sekarang undang-undang biasa di negara ini tidak dapat mengatasi sepenuhnya gejala jenayah dan sosial yang berlaku yang mana setiap hari sentiasa ada kes ragut, pembuangan bayi dan juga rompakkan dilaporkan. "Bagi saya setiap apa yang di maksudkan di dalam al-Quran tentang hudud saya yakin masalah ini dapat kita selesaikan kerana hudud akan memberi kesan kepada mereka yang melakukan kesalahan," jelasnya lagi. Sementara itu pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberitahu perlaksanaan hudud ini perlu bagaimana kita menerima undang-undang buatan manusia kenapa perlu kita menolak undang-undang Islam. "Dalam pada kita ingin melaksanakan Hudud ini perkara yang perlu kita lakukan adalah mencari jawapan kenapa mereka yang bukan Islam menolak hukum tersebut. "Kita perlu beri penjelasan yang sewajarnya kerana setiap kaum perlu faham tentang Hudud itu terutamanya masyarakat Cina," katanya. Dalam pada itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip pula memberitahu apa yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Kelantan adalah betul dan hanya perlu mengubah Akta Mahkamah Syariah 1988 yang hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen. "Kalau sebelum ini kita melihat apa yang ingin dilakukan oleh Kelantan bertentangan denga Perlembagaan Persekutuan, tetapi bila melihat kembali undang-undang saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari yang mengatakan ia tidak langsung menyentuh langsung Perlembagaan yang sedia ada. "Kalau nak laksanakan Hudud tak ada masalah tetapi kena pinda akta yang sedia ada yang hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen. "Kita melihat sekarang had hukuman yang telah ditetapkan oleh Akta Mahkamah Syariah hanya menetapkan konsep 356 iaitu tiga tahun penjara lima ribu hukuman dan enam sebatan, ini dilihat sebagai satu hukuman yang ringin sehinggakan rakyat masih lagi melakukan kesalahan walaupun telah dikenakan tindakan sebelum ini. "Enakmen jenayah dalam bidang syariah perlu diubah dan diperkasakan seperti perlaksanaan Hudud kerana ia dapat memberi kesedaran kepada mereka yang berniat ingin melakukan jenayah-jenayah tersebut," katanya. Wacana tersebut dikendali Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik. |
MB T'ganu tidak faham Enakmen Jenayah Syariah |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 11 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merasa kecewa dan kesal dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berhubung pertikaian Enakmen Kanun Jenayah Syariah Terengganu dan Kelantan khususnya berkaitan meliwat isteri dan kesalahan rogol seperti mana dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian edisi 9 Disember lalu. Timbalan ketuanya, Ridzuan Hashim berkata, DPPNT mendapati MB telah gagal memahami enakmen tersebut secara menyeluruh sedangkan sudah berkali-kali diterangkan oleh banyak pihak khususnya dari PAS sendiri bahawa yang dimaksudkan perkataan “selain dari isterinya” bagi kes liwat bukan bermaksud pengecualian dari sudut pengharusan di mana suami boleh meliwat isteri, tetapi ianya adalah pengecualian dari disabitkan di bawah kesalahan hudud. Katanya, perbuatan suami meliwat isteri tetap salah, tetapi ianya disabitkan dibawah kesalahan ta’zir. Jelasnya, bagi seseorang wanita yang hamil atau melahirkan anak sebelum berkahwin tidaklah terus disabitkan di bawah hukuman zina seperti didakwa Ahmad. “Ini kerana dalam enakmen jelas menyebut bahawa jika perempuan tersebut dapat membuktikan dirinya dirogol, maka dia tidak akan disabitkan dengan kesalahan zina,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini. Perkara 46 (2) Kanun Jenayah Syariah Kelantan menyebut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan MELAINKAN jika dia dapat membuktikan sebaliknya.” Ini, ujarnya membuktikan Ahmad Said tidak membaca enakmen tersebut secara menyeluruh dan mendapat nasihat yang salah dari penasihat agamanya. Seharusnya, kata beliau sebagai seorang yang kurang arif dalam agama, Ahmad sewajarnya mendapatkan penasihat agama yang betul dan arif tentang agama. Ahmad Said juga, tambah beliau seharusnya sedar bahawa Enakmen Jenayah Syariah itu bukan digubal mengikut kehendak pimpinan PAS semata-mata, tetapi merujuk kepada sumber Al-Quran dan as-Sunnah serta pendapat para alim ulama terkemuka. “Enakmen ini juga sudah diwartakan dan ditandatangani oleh Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6993-mb-tganu-tidak-faham-enakmen-jenayah-syariah
Hudud: Malaysian Insider didesak buat pembetulan
Harakahdaily, | 13 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mei: “Kami mendesak agar pihak Malaysian Insider membuat pembetulan di atas pemberitaan yang salah dari segi etika kewartawanan itu,” tegas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider hari ini, 13 Mei 2012 dengan tajuk Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal's view.
“Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menafikan kandungan berita bahawa "PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has maintained that Pakatan Rakyat (PR) would implement hudud for Muslims if it comes to federal power, saying today...",” jelasnya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau menegaskan lagi, Presiden PAS tidak pernah menyebut intipati petikan berita berkenaan semasa sidang media hari ini atau di waktu yang lain sebelum ini.
Oleh itu, katanya persoalan pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah kerajaan persekutuan adalah tidak berbangkit sama sekali.
“Pihak media diingatkan supaya tidak menguji kesabaran kami dengan terus menerus memuatkan berita bohong yang diulang siar dengan niat untuk menjalankan agenda buruk pihak tertentu,” katanya.
Sumber HD : 13/05/2012
KUALA LUMPUR: Ekoran DebatKini baru-baru ini, PAS bersedia untuk terus berdebat dengan MCA dalam apa sahaja tajuk yang selalu dibangkitkan MCA termasuk isu hudud dan negara teokrasi.
Demikian dinyatakan oleh Dr Mujahid Yusof (gambar) kepada Harakahdaily ekoran debat beliau dengan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang dianjurkan Malaysiakini baru-baru ini.
Dalam DebatKini itu, pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan pemimpin BN di Dewan Perhimpunan China Selangor baru-baru ini.
Dr Mujahid dan anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mewakili Pakatan manakala Datuk Abdul Rahman Dahlan, ahli Parlimen Kota Belud serta Gan mewakili Barisan Nasional.
Dalam debat itu, isu hukum hudud menjadi isu apabila wakil MCA itu menyerang PAS dalam isu itu.
Gan mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.
Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.
Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.
“Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.
“Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Tetapi ia juga adalah interpretasi.
“Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama dalam sudut sejarahnya adalah pengkhianat. Tetapi jika dia meninggal agama bukan atas dasar itu, maka lain pula pertimbangannya,” katanya kepada Harakahdaily.
(Keratan dalam ruangan komen Malaysiakini)
Ekoran debat itu, tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz mengucapkan tahniah kepada Mujahid.
Kata Ungku Aziz, "Syabas Mujahid Yusof Rawa!" dalam ruangan komen apabila berita debat itu disiarkan oleh Malaysiakini.
Mujahid membalas balik komen Ungku Aziz itu dengan menulis, "Salam, dan terima kasih Pak Engku."
Di samping Ungku Aziz, pelbagai pihak membuat ulasan atas ketegasan Mujahid menyatakan pendirian PAS di samping menyatakan dengan jelas komitmen PAS terhadap demokrasi.
Shahrun Ishak dalam ulasannya menulis, "Tahniah YB Mujahid Yusof Rawa. Ternyata UMNO selama ini berkawan rapat dengan MCA dan Gerakan tetapi makin menjauhkan mereka dari memahami Islam.
"Sedangkan PAS yang baru beberapa tahun bertahalluf dengan DAP sudah mampu memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam.
"Kita tidak paksa mereka menerima Islam sebagai agama sebab kita hormati hak beragama di Malaysia.
"Tapi sekurang-kurangnya mereka juga dapat menghormati hak umat Islam melaksanakan Islam di kalangan umat Islam."
Sumber HD : 21/06/2012
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider hari ini, 13 Mei 2012 dengan tajuk Hadi sticks to hudud stand, unfazed by Karpal's view.
“Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan ini menafikan kandungan berita bahawa "PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang has maintained that Pakatan Rakyat (PR) would implement hudud for Muslims if it comes to federal power, saying today...",” jelasnya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau menegaskan lagi, Presiden PAS tidak pernah menyebut intipati petikan berita berkenaan semasa sidang media hari ini atau di waktu yang lain sebelum ini.
Oleh itu, katanya persoalan pelaksanaan hudud sekiranya PR memerintah kerajaan persekutuan adalah tidak berbangkit sama sekali.
“Pihak media diingatkan supaya tidak menguji kesabaran kami dengan terus menerus memuatkan berita bohong yang diulang siar dengan niat untuk menjalankan agenda buruk pihak tertentu,” katanya.
Sumber HD : 13/05/2012
Hudud dan teokrasi: PAS sedia terus debat dengan MCA
Harakahdaily, | 21 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ekoran DebatKini baru-baru ini, PAS bersedia untuk terus berdebat dengan MCA dalam apa sahaja tajuk yang selalu dibangkitkan MCA termasuk isu hudud dan negara teokrasi.
Demikian dinyatakan oleh Dr Mujahid Yusof (gambar) kepada Harakahdaily ekoran debat beliau dengan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang dianjurkan Malaysiakini baru-baru ini.
Dalam DebatKini itu, pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan pemimpin BN di Dewan Perhimpunan China Selangor baru-baru ini.
Dr Mujahid dan anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mewakili Pakatan manakala Datuk Abdul Rahman Dahlan, ahli Parlimen Kota Belud serta Gan mewakili Barisan Nasional.
Dalam debat itu, isu hukum hudud menjadi isu apabila wakil MCA itu menyerang PAS dalam isu itu.
Gan mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.
Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.
Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.
“Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.
“Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Tetapi ia juga adalah interpretasi.
“Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama dalam sudut sejarahnya adalah pengkhianat. Tetapi jika dia meninggal agama bukan atas dasar itu, maka lain pula pertimbangannya,” katanya kepada Harakahdaily.
(Keratan dalam ruangan komen Malaysiakini)
Ekoran debat itu, tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz mengucapkan tahniah kepada Mujahid.
Kata Ungku Aziz, "Syabas Mujahid Yusof Rawa!" dalam ruangan komen apabila berita debat itu disiarkan oleh Malaysiakini.
Mujahid membalas balik komen Ungku Aziz itu dengan menulis, "Salam, dan terima kasih Pak Engku."
Di samping Ungku Aziz, pelbagai pihak membuat ulasan atas ketegasan Mujahid menyatakan pendirian PAS di samping menyatakan dengan jelas komitmen PAS terhadap demokrasi.
Shahrun Ishak dalam ulasannya menulis, "Tahniah YB Mujahid Yusof Rawa. Ternyata UMNO selama ini berkawan rapat dengan MCA dan Gerakan tetapi makin menjauhkan mereka dari memahami Islam.
"Sedangkan PAS yang baru beberapa tahun bertahalluf dengan DAP sudah mampu memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam.
"Kita tidak paksa mereka menerima Islam sebagai agama sebab kita hormati hak beragama di Malaysia.
"Tapi sekurang-kurangnya mereka juga dapat menghormati hak umat Islam melaksanakan Islam di kalangan umat Islam."
Sumber HD : 21/06/2012
Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan
Harakahdaily, | 02 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan
Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.
“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.
“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.
Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.
“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.
“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 2/07/2012
Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan
Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.
“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.
“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.
Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.
“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.
“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 2/07/2012
Hudud Umno sudah mati
Subky Latif, | 17 Ogs 2012 |
Percubaan Adun Umno Johor menyarankan supaya kerajaan BN Johor melaksakan hudud mendapat sambutan panas sekejap dan cadangan Ulama Muda Umno supaya Umno ada sayap ulama juga panas sekejap.
Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam.
Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati.
Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu.
Loyar buruk itu sekadar helah bahawa golongan itu amat nipis imannya terhadap hudud. Bila ditanya adalah orang Umno menentang hudud, jawapannya tidak. Mereka pun mahu hudud.
Barang dijauhkan ia menyerupai orang yang solat di belakang Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, yang mengaku beriman di hadapan baginda, tetapi menolak kerasulan baginda di belakangnya.
Ketika ADUN Johor itu menyarankan hal itu, beria-ia Umno menyahutnya untuk beberapa hari, tetapi seluruh jentera propaganda Umno Melaka-laga PAS dengan DAP atas isu hudud itu.
Hingga ada yang cuba mensabitkan tentangan DAP terhadap hudud itu malayakkannya dikatagorikan sebagai kafir harbi, lalu dikatakan haram hukumnya mengundi, menyokong dan bekerjasama dengan DAP.
Jika dilanjutkan lagi tentang kafir harbi, halal darahnya ditumpahkan.
Apa maksud segala perkembangan panas ini? Ia adalah untuk mematikan isu orang Umno minta hudud dilaksanakan dan ada ulama makan gaji dengannya minta Umno ada sayap ulama.
Apabila semuanya gamat dengan apa yang dikatakan polemik hudud antara PAS dan DAP, maka isu hudud yang dibawa PAS terus hidup menjadi perbincangan semua pihak.
Cadangan Adun Johor itu tenggelam dan mati. Maka Umno tidak sibuk lagi dengan hudud yang dikatakan hudud sebenar itu.
Yang timbul di tengah masyarakat ssekarang, yang benar-benar memperjuangkan hudud itu adalah PAS. Walaupun sekiranya Umno pula mati selepas PRU 13 nanti, tidak pula mudah bagi PAS melaksanakan hudud itu serta merta, kerana ia memerlukan kerelaan DAP dulu, tetapi isu tidak mati.
Mungkin PAS akan mengambil masa 20 tahun atau 30 tahun sebelum DAP mempersetujui ia boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam saja, tetapi dakwah atas hudud itu akan berjalan.
Mungkin Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mati dulu, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga mati dulu, isu hudud belum selesai, tetapi tidak boleh orang PAS yang kemudiannya berputus asa atas pelaksanaan itu.
Dalam suasana kedua-dua parti itu berbeza pandangan atas isu itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi memahami mengapa DAP bersikap begitu dan Lim Kit Siang dan Karpal juga memahami mengapa PAS konsisten dengan pendiriannya. Dengan satu perkara yang mereka tidak setuju tidak menghalang mereka untuk bersetuju dalam banyak pekara lain.
Sehingga ini Karpal dan DAP tidak melarang PAS terus berdakwah tentang hudud dan mahu melaksanakan hudud. Paling menarik dalam perkembangan yanag terbaru Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP membuka pintu muzakarah dengan PAS tentang hudud.
Semua ini adalah perkembangan antara orang muda DAP dan orang muda PAS. Kedua-dua akan hidup lama lagi dan mereka ada tanggungjawab membangunkan negara dan bangsa Malaysia menuju ambang keadilan, merdeka dan sejahtera.
Hudud yang dibawa PAS tetap hidup tetapi yang mati hudud yang dicadangkan oleh Adun Umno.
Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam.
Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati.
Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu.
Loyar buruk itu sekadar helah bahawa golongan itu amat nipis imannya terhadap hudud. Bila ditanya adalah orang Umno menentang hudud, jawapannya tidak. Mereka pun mahu hudud.
Barang dijauhkan ia menyerupai orang yang solat di belakang Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, yang mengaku beriman di hadapan baginda, tetapi menolak kerasulan baginda di belakangnya.
Ketika ADUN Johor itu menyarankan hal itu, beria-ia Umno menyahutnya untuk beberapa hari, tetapi seluruh jentera propaganda Umno Melaka-laga PAS dengan DAP atas isu hudud itu.
Hingga ada yang cuba mensabitkan tentangan DAP terhadap hudud itu malayakkannya dikatagorikan sebagai kafir harbi, lalu dikatakan haram hukumnya mengundi, menyokong dan bekerjasama dengan DAP.
Jika dilanjutkan lagi tentang kafir harbi, halal darahnya ditumpahkan.
Apa maksud segala perkembangan panas ini? Ia adalah untuk mematikan isu orang Umno minta hudud dilaksanakan dan ada ulama makan gaji dengannya minta Umno ada sayap ulama.
Apabila semuanya gamat dengan apa yang dikatakan polemik hudud antara PAS dan DAP, maka isu hudud yang dibawa PAS terus hidup menjadi perbincangan semua pihak.
Cadangan Adun Johor itu tenggelam dan mati. Maka Umno tidak sibuk lagi dengan hudud yang dikatakan hudud sebenar itu.
Yang timbul di tengah masyarakat ssekarang, yang benar-benar memperjuangkan hudud itu adalah PAS. Walaupun sekiranya Umno pula mati selepas PRU 13 nanti, tidak pula mudah bagi PAS melaksanakan hudud itu serta merta, kerana ia memerlukan kerelaan DAP dulu, tetapi isu tidak mati.
Mungkin PAS akan mengambil masa 20 tahun atau 30 tahun sebelum DAP mempersetujui ia boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam saja, tetapi dakwah atas hudud itu akan berjalan.
Mungkin Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mati dulu, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga mati dulu, isu hudud belum selesai, tetapi tidak boleh orang PAS yang kemudiannya berputus asa atas pelaksanaan itu.
Dalam suasana kedua-dua parti itu berbeza pandangan atas isu itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi memahami mengapa DAP bersikap begitu dan Lim Kit Siang dan Karpal juga memahami mengapa PAS konsisten dengan pendiriannya. Dengan satu perkara yang mereka tidak setuju tidak menghalang mereka untuk bersetuju dalam banyak pekara lain.
Sehingga ini Karpal dan DAP tidak melarang PAS terus berdakwah tentang hudud dan mahu melaksanakan hudud. Paling menarik dalam perkembangan yanag terbaru Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP membuka pintu muzakarah dengan PAS tentang hudud.
Semua ini adalah perkembangan antara orang muda DAP dan orang muda PAS. Kedua-dua akan hidup lama lagi dan mereka ada tanggungjawab membangunkan negara dan bangsa Malaysia menuju ambang keadilan, merdeka dan sejahtera.
Hudud yang dibawa PAS tetap hidup tetapi yang mati hudud yang dicadangkan oleh Adun Umno.
Sumber HD : 17/08/2012
Hudud: lebih baik Mahathir & Umno tutup mulut
Muhammad Adam Lee bin Abdullah, |
Sejak 55 tahun kemerdekaan Malaya/Malaysia, sering kita didendangkan dengan pelbagai isu sensitif yang menyentuh soal-soal perkauman dan keagamaan, seolah-olah kita masih belum bersatu padu sebagai warga negara yang aman lagi prihatin, terutamanya menjelang pilihan raya.
Namun begitu, sepanjang pengamatan saya perkara dasar yang menimbulkan segala kekusutan ini ialah pertentangan di antara yang haq (benar) dan yang batil (palsu). Pertentangan ini berlaku meskipun diperjuangkan oleh para kepimpinan sebangsa lagi seagama, sekaligus akan kelihatan masing-masing pihak cuba mengheret rakan taulan daripada bangsa dan agama lain ke arah agenda mereka.
Fakta sejarah telah membuktikan hal ini dengan tertubuhnya PAS pada tahun 1951, 6 tahun pra-merdeka, akibat keinsafan golongan ulama prihatin dalam Umno. ketika itu Umno yang yang direstui British ini sedikit demi sedikit mulai melencong daripada dasar perjuangan asal -- menuntut kemerdekaan total.
Mungkin dari satu sudut, taktik Umno ketika itu adalah baik dan boleh diterima majoriti, namun, dengan dasar sekularisme yang kemudiannya dijadikan sebagai tonggak perjuangan, seterusnya ditegarkan lagi dengan fahaman asabiyah keterlaluan, menjerumuskan parti ini ke kancah jati diri yang sehingga kini tak terselesai. Malah, ia semakin kalut apabila satu-persatu tembelangnya berderai dipukul gelombang perubahan massa yang semakin terjaga dan celik maklumat.
Kini, permintaan dan cadangan Tun Mahathir agar PAS bersatu kembali dengan Umno dan melaksanakan hudud sudah tidak memberi makna sewajarnya. Saya sendiri pernah mendengar kenyataan tidak bertanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara itu pada salah satu slot Bulletin Perdana TV3 pada Februari, 1996.
Kepada Mahathir dan Umno, andainya diri jahil, lebih baik diam. Dibimbangi sekalian amal kalian yang dirasakan bertimbun banyaknya itu tertolak lagi sia-sia kerana mensyirikkan Allah dan mentakwilkan sesuatu yang bukan haknya, atau dengan ertikata lain, mentafsir agama menurut kepentingan peribadi kalian semata-mata.
Kepada seluruh saf kepimpinan PAS dan PR, saya merayu agar kalian tidak goyah, patah semangat serta bercerai-berai dengan pelbagai taktik jijik ini, sekaligus, saya juga sentiasa mendoakan agar Putrajaya itu nanti dapat kalian tawan dengan penuh hikmah.
Sumber HD : 22/08/2012
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
Sumber HD : 24/08/2012
Namun begitu, sepanjang pengamatan saya perkara dasar yang menimbulkan segala kekusutan ini ialah pertentangan di antara yang haq (benar) dan yang batil (palsu). Pertentangan ini berlaku meskipun diperjuangkan oleh para kepimpinan sebangsa lagi seagama, sekaligus akan kelihatan masing-masing pihak cuba mengheret rakan taulan daripada bangsa dan agama lain ke arah agenda mereka.
Fakta sejarah telah membuktikan hal ini dengan tertubuhnya PAS pada tahun 1951, 6 tahun pra-merdeka, akibat keinsafan golongan ulama prihatin dalam Umno. ketika itu Umno yang yang direstui British ini sedikit demi sedikit mulai melencong daripada dasar perjuangan asal -- menuntut kemerdekaan total.
Mungkin dari satu sudut, taktik Umno ketika itu adalah baik dan boleh diterima majoriti, namun, dengan dasar sekularisme yang kemudiannya dijadikan sebagai tonggak perjuangan, seterusnya ditegarkan lagi dengan fahaman asabiyah keterlaluan, menjerumuskan parti ini ke kancah jati diri yang sehingga kini tak terselesai. Malah, ia semakin kalut apabila satu-persatu tembelangnya berderai dipukul gelombang perubahan massa yang semakin terjaga dan celik maklumat.
Kini, permintaan dan cadangan Tun Mahathir agar PAS bersatu kembali dengan Umno dan melaksanakan hudud sudah tidak memberi makna sewajarnya. Saya sendiri pernah mendengar kenyataan tidak bertanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara itu pada salah satu slot Bulletin Perdana TV3 pada Februari, 1996.
Kepada Mahathir dan Umno, andainya diri jahil, lebih baik diam. Dibimbangi sekalian amal kalian yang dirasakan bertimbun banyaknya itu tertolak lagi sia-sia kerana mensyirikkan Allah dan mentakwilkan sesuatu yang bukan haknya, atau dengan ertikata lain, mentafsir agama menurut kepentingan peribadi kalian semata-mata.
Kepada seluruh saf kepimpinan PAS dan PR, saya merayu agar kalian tidak goyah, patah semangat serta bercerai-berai dengan pelbagai taktik jijik ini, sekaligus, saya juga sentiasa mendoakan agar Putrajaya itu nanti dapat kalian tawan dengan penuh hikmah.
Sumber HD : 22/08/2012
Kefahaman bukan alasan tangguh hudud
Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 24 Ogs 2012 |
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
Sumber HD : 24/08/2012
Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi
Harakahdaily, | 25 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.
Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an apabila undang-undang itu diluluskan di Kelantan dan pada 2003 di Terengganu.
Sebelum itu lagi mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.
"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.
"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS petang ini.
Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.
"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.
"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.
Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.
"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.
"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya.
Sumber HD : 25/08/2012
Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an apabila undang-undang itu diluluskan di Kelantan dan pada 2003 di Terengganu.
Sebelum itu lagi mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.
"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.
"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS petang ini.
Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.
"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.
"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.
Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.
"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.
"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya.
Sumber HD : 25/08/2012
Hudud dan keterdesakan politik Umno
Anwar Ibrahim, | 26 Ogs 2012 |
Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat.
Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggunjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.
Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri.
Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang Malaysia.
Sumber HD : 26/08/2012
Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat.
Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggunjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.
Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri.
Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang Malaysia.
Sumber HD : 26/08/2012
Hudud: Sila rujuk penegasan Presiden PAS
Dr Khairuddin A Razali, | 06 Sep 2012 |
Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertarikh 25 Ogos 2012 selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung seperti disiarkan oleh Harakhadaily:
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12660&Itemid=56
(“PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada. Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu. Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.”)
Ada sebahagian kecil kalangan kepimpinan PAS akhir-akhir ini terkeliru atau dikelirukan dengan isu hudud menyebabkan mereka memberikan pandangan berbeza daripada apa yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS dan juga parti sejak awal 50-an sehingga dewasa ini meskipun di era tahaluf siyasi.
Sebahagian mereka menimbulkan persoalan mana yang perlu didahulukan sama ada hudud atau ke Putrajaya. Ada yang bimbang dengan penolakan bukan Islam terhadap PAS kerana menegaskan prinsip hudud hingga menyebabkan kekalahan pilihanraya. Ada pula yang sudah mula bercakap seperti nada Umno, iaitu hudud belum kondusif untuk dilaksanakan atau hudud belum sesuai dilaksanakan dalam keadaan gejala sosial masih kritikal.
Ini semua adalah tanda-tanda lemahnya iman dan kurang keyakinan pada apa yang dijanjikan oleh Allah kepada pejuang-pejuang Islam. Ini adalah permulaan kepada serangan pemikiran yang mula meracuni
pejuang Islam.
Marilah kita memperingati peringatan Allah dalam surah al-Maidah, ayat 49-50 bermaksud:
“Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan jangan kamu turuti hawa nafsu keinginan mereka. Dan berwaspadalah terhadap mereka yang memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah. Maka sekiranya mereka berpaling maka ketahuilah bahawasanya Allah mahu menimpakan mereka dengan musibah disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya ramai daripada manusia itu benar-benar fasiq (melanggar perintah Allah). Adakah hukum Jahiliyyah yang kamu cari? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah hukumnya?"
Perlu dipertegaskan bahawa ahli dan kepimpinan PAS perlu membezakan antara dua persoalan, iaitu memperundangkan hudud dan melaksanakan hudud selepas ia diperundangkan.
Perjuangan untuk memperundangkan hudud dalam perlembagaan negeri dan negara adalah perjuangan besar PAS apabila mendapat kuasa menerusi lunas demokrasi. Agenda ini tidak perlu disembunyikan dan tidak boleh dilihat disembunyikan daripada pengetahuan rakan-rakan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya sama ada muslim atau bukan muslim.
Persoalan berjaya atau tidak untuk PAS ke Putrajaya perlu diserahkan kepada Allah setelah mana PAS berusaha dan bekerja dengan pelbagai cara dan strategi untuk mencapai kemenangan dengan menegaskan prinsip yang diperintah oleh Allah. Namun, starategi itu bukanlah dengan tidak menegaskan prinsip untuk memperundangkan undang-undang jenayah Islam.
Adapun isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud, sama ada kondusif atau pun tidak, boleh dilaksanakan atau tidak kerana berlaku syubhat-syubhat, ia adalah perbincangan selepas ia diperundangkan dalam perlembagaan dan bukan sekarang masa perbincangannya.
Umno yang telah berkuasa sejak belum merdeka sehingga ke hari ini tidak menunjukkan hasratnya untuk memperundangkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud sedangkan mereka mempunyai kuasa berdasarkan lunas demokrasi.
Umno selama berpuluh tahun mempersoalkan kesesuaian pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Umno telah tunduk dengan kehendak bukan Islam di kalangan MCA dan MIC untuk memperundangkan. Umno telah menggadai prinsip Islam.
Ada pun PAS bukan seperti Umno. PAS sentiasa tegas dengan prinsip perjuangan Islam. Berasaskan kesepakatan Pakatan Rakyat, PAS juga tegas menyatakan hasrat untuk memperundangkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud berdasarkan lunas demokrasi sebagaimana telah dilakukan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum terbentuknya Pakatan Rakyat. Ia bermaksud PAS akan berusaha menobatkannya dalam perlembagaan Malaysia berdasarkan kuasa demokrasi yang bakal dimiliki oleh PAS selepas PRU ke-13.
Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan hasrat PAS merujuk kepada matlamat perjuangan parti masing-masing. Namun, kuasa demokrasi akan menentukan sama ada PAS berjaya ataupun tidak.
Oleh itu, rakyat Malaysa diseru untuk bersama PAS memberikan kuasa demokrasi ke arah memperundangkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud.
Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD : 6/09/2012
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12660&Itemid=56
(“PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada. Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu. Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.”)
Ada sebahagian kecil kalangan kepimpinan PAS akhir-akhir ini terkeliru atau dikelirukan dengan isu hudud menyebabkan mereka memberikan pandangan berbeza daripada apa yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS dan juga parti sejak awal 50-an sehingga dewasa ini meskipun di era tahaluf siyasi.
Sebahagian mereka menimbulkan persoalan mana yang perlu didahulukan sama ada hudud atau ke Putrajaya. Ada yang bimbang dengan penolakan bukan Islam terhadap PAS kerana menegaskan prinsip hudud hingga menyebabkan kekalahan pilihanraya. Ada pula yang sudah mula bercakap seperti nada Umno, iaitu hudud belum kondusif untuk dilaksanakan atau hudud belum sesuai dilaksanakan dalam keadaan gejala sosial masih kritikal.
Ini semua adalah tanda-tanda lemahnya iman dan kurang keyakinan pada apa yang dijanjikan oleh Allah kepada pejuang-pejuang Islam. Ini adalah permulaan kepada serangan pemikiran yang mula meracuni
pejuang Islam.
Marilah kita memperingati peringatan Allah dalam surah al-Maidah, ayat 49-50 bermaksud:
“Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan jangan kamu turuti hawa nafsu keinginan mereka. Dan berwaspadalah terhadap mereka yang memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah. Maka sekiranya mereka berpaling maka ketahuilah bahawasanya Allah mahu menimpakan mereka dengan musibah disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya ramai daripada manusia itu benar-benar fasiq (melanggar perintah Allah). Adakah hukum Jahiliyyah yang kamu cari? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah hukumnya?"
Perlu dipertegaskan bahawa ahli dan kepimpinan PAS perlu membezakan antara dua persoalan, iaitu memperundangkan hudud dan melaksanakan hudud selepas ia diperundangkan.
Perjuangan untuk memperundangkan hudud dalam perlembagaan negeri dan negara adalah perjuangan besar PAS apabila mendapat kuasa menerusi lunas demokrasi. Agenda ini tidak perlu disembunyikan dan tidak boleh dilihat disembunyikan daripada pengetahuan rakan-rakan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya sama ada muslim atau bukan muslim.
Persoalan berjaya atau tidak untuk PAS ke Putrajaya perlu diserahkan kepada Allah setelah mana PAS berusaha dan bekerja dengan pelbagai cara dan strategi untuk mencapai kemenangan dengan menegaskan prinsip yang diperintah oleh Allah. Namun, starategi itu bukanlah dengan tidak menegaskan prinsip untuk memperundangkan undang-undang jenayah Islam.
Adapun isu pelaksanaan undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud, sama ada kondusif atau pun tidak, boleh dilaksanakan atau tidak kerana berlaku syubhat-syubhat, ia adalah perbincangan selepas ia diperundangkan dalam perlembagaan dan bukan sekarang masa perbincangannya.
Umno yang telah berkuasa sejak belum merdeka sehingga ke hari ini tidak menunjukkan hasratnya untuk memperundangkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud sedangkan mereka mempunyai kuasa berdasarkan lunas demokrasi.
Umno selama berpuluh tahun mempersoalkan kesesuaian pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Umno telah tunduk dengan kehendak bukan Islam di kalangan MCA dan MIC untuk memperundangkan. Umno telah menggadai prinsip Islam.
Ada pun PAS bukan seperti Umno. PAS sentiasa tegas dengan prinsip perjuangan Islam. Berasaskan kesepakatan Pakatan Rakyat, PAS juga tegas menyatakan hasrat untuk memperundangkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud berdasarkan lunas demokrasi sebagaimana telah dilakukan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum terbentuknya Pakatan Rakyat. Ia bermaksud PAS akan berusaha menobatkannya dalam perlembagaan Malaysia berdasarkan kuasa demokrasi yang bakal dimiliki oleh PAS selepas PRU ke-13.
Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan hasrat PAS merujuk kepada matlamat perjuangan parti masing-masing. Namun, kuasa demokrasi akan menentukan sama ada PAS berjaya ataupun tidak.
Oleh itu, rakyat Malaysa diseru untuk bersama PAS memberikan kuasa demokrasi ke arah memperundangkan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud.
Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD : 6/09/2012
No comments:
Post a Comment