PAS ucap tahniah kepada an-Nahdah Tunisia |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada Parti An-Nahdah yang memenangi pilihan raya Tunisia semalam. Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) juga berharap kemenangan itu diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam. Sebenarnya, kata beliau An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan itu dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi. “Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan an-Nahdah itu. "Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan Parti An-Nahdhah di Tunisia di dalam pilihanraya umum semalam. Semoga dengan kemenangan ini, Islam lebih bersinar di bumi Tunisia," ujarnya melalui twitter. Paling penting, katanya keadilan dan kebajikan rakyat terbela di bawah pemerintahan yang adil berteraskan syariat Islam. "Sesungguhnya di mana saja berlakunya kepekatan malam, akan tiba juga fajar yang menyinsing," ujarnya. Parti An-Nahdah telah telah memenangi lebih daripada 30 peratus kerusi di perhimpunan 217 kerusi Tunisia, dalam pilihan raya bersejarah negara tersebut sebagaimana dilaporkan agensi berita AFP. "Keputusan pertama yang disahkan menunjukkan al-Nahda telah mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan di kebanyakan daerah," kata pengurus kempen parti al-nahda, Abelhamid Jlassi, pada sidang akhbar, memetik laporan sendiri pemerhati pilihan raya al-Nahdah. Pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak berhaluan kiri, Parti Kongres Republik (CPR) dan Ettakol, berkata, mereka berjuang untuk tempat kedua, manakala pemimpin Parti Demokratik Progresif (PDP) mengakui kekalahan pada petang Isnin. "Al-Nahda pastinya majoriti, tetapi terdapat dua entiti demokratik lain, Ettakatol dan CPR, yang lemah pada permulaan tetapi kini mendapati diri mereka dalam kedudukan untuk menyumbang kepada kehidupan politik dan menyambut kemodenan rasional dalam Arab-Islam negara, "kata Khalil Zaouia, pemimpin nombor dua parti Ettakatol. Samir Dilou, ahli biro politik al-Nahda, berkata bahawa partinya telah memenangi tidak jauh daripada 40 peratus undi. Pada hari mengundi pilihan raya bebas pertama Tunisia kelihatan orang ramai menunjuk-nunjuk jari telunjuk yang disapu dengan dakwat kekal berwarna biru mereka selepas membuang undi, menunjukkan mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Berikutan kemenangan Parti An-Nahdah dalam pilihan raya Tunisia semalam, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan kemenangan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh Sheikh Dr Rashid Ganouchi.
Dr Rachid Ganouchi - Pemimpin Parti An Nahdah Tunisia
Sebenarnya An Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan ini dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi sendiri. Kita berharap kemenangan ini diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam. Kebetulan tiga minggu yang lalu, saya bertemu dengan Dr Rashid Ganouchi ketika sama-sama menghadiri Forum Parti-Parti Islam Sedunia di Istanbul membincangkan krisis Asia Barat. Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding. Mereka bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti lain bagi menggantikan pemerintahan sebelumnya yang bersifat diktator dan ditunjangi dengan hanya satu parti. Ini kerana sebagai parti yang menyertai demokrasi, An-Nahdah ingin menampilkan sikap toleransi dan bertolak ansur, walaupun majoriti rakyat Tunisia menerima An-Nahdah. Ini kerana mereka sangat dekat di hati rakyat melalui kerja-kerja kebajikan yang dilakukan di bawah, jauh sebelum musim pilihan raya lagi, walaupun dalam keadaan parti diharamkan. Kita berharap kemenangan ini memberi semangat bukan sahaja kepada pendukung parti Islam yang memilih demokrasi tetapi juga kepada rakyat dengan memberi peluang dan sokongan kepada parti Islam memerintah dan memperbetulkan urus tadbir politik, ekonomi dan sosial negara setelah sekian lama berada di bawah rejim sekular yang gagal memerintah Tunisia sehingga digulingkan rakyat.
YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - PSUA PAS / Pengerusi Lajnah Antarabangsa
PAS juga sebenarnya telah menghantar ucapan tahniah kepada An-Nahdah melalui Dr Syed Azman yang menyertai pasukan pemerhati antarabangsa ke Tunisia ketika ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6176-pas-ucap-tahniah-kepada-an-nahdah-tunisia
Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Dis: PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco. "PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu. "Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar. YB Dato' Kamaruddin Jaafar - Pengerusi Lajnah Antarabangsa Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya. "Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya. PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia. Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6836-parti-islam-pjd-menang-pilihan-raya-morocco
PPP anjur 3 wacana menjelang PRU 13
Harakahdaily, | 26 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan menganjurkan tiga wacana 5 Ogos ini bagi membincangkan tiga topik penting menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Seminar ini akan berlangsung selama sehari suntuk di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan diikuti majlis berbuka puasa bersama-sama.
Demikian kata Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Masduki (gambar atas) dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut beliau, seminar ini adalah lambang komitmen PPP dalam usaha meneliti, menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar sedia ada di peringkat kerajaan Persekutuan sekarang.
Menelusuri Dokumen Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dokumen ini merupakan tawaran kepada rakyat sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat memegang tampuk pemerintahan Persekutuan pada PRU 13 akan datang.
"Oleh yang demikian, dasar atau polisi awam yang sedia ada akan diselarikan dengan Dokumen Negara Berkebajikan dan kelompangan-kelompangan yang wujud akan ditampung oleh PAS melalui kajian penyelidikan oleh PPP sendiri," katanya.
PPP, katanya, mempunyai pelbagai pakar dan felo yang bersedia menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing bagi merealisasikan hasrat murni ini.
Selaras dengan hasrat murni ini, PPP akan menganjurkan 'Seminar Zulkifli Muhammad: Membangun Negara Berkebajikan' sebagai langkah kehadapan dalam persiapan melengkapkan polisi dan dasar yang sedia ada.
Seminar ini akan berlangsung selama sehari pada 5 Ogos 2012 bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan diikuti majlis berbuka puasa bersama-sama.
Seminar ini mengutarakan 3 topik yang kritikal dalam negara melalui 3 wacana dengan membariskan ahli panel yang berwibawa dalam bidang masing-masing.
Untuk Wacana 1 yang bertaju 'Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri', tiga penal akan membincangkan tajuk ini.
Mereka adalah Iskandar Abd Samad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setingaan Kerajaan Negeri Selangor, Profesor Datuk Dr Nik Mohd Zain bin Nik Razak, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Turut serta adalah Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Dewan Ulamak dan Setiausaha Majlis Syura PAS.
Wacana 2 pula bertajuk 'Implementasi Sistem Percukaian di Malaysia – Suatu Kajian Semula'
Penal wacana ini adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan AJK PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulamak PAS dan Dr Rosli Yaakob, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara.
Dalam Wacana 3 yang bertajuk 'Hiburan dikalangan Belia' tiga penal akan membincangkan tajuk ini.
Mereka adalah Datuk Abd Fatah b Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.
Di samping beliau, turut serta adalah Ustaz Firdaus b Jaafar, Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS dan Tuan Ahmad Idham b Ahmad Nadzzri, Pengarah dan Penerbit Drama/Filem.
Oleh yang demikian, PPP menjemput semua pakar dalam bidang terlibat turut hadir bersama dalam memberi sumbang saran dalam mematangkan idea dan buah fikiran.
Selain itu, PPP juga mengalu-alukan kehadiran semua pihak termasuk para ahli akademik, wakil- wakil NGO, pimpinan masyarakat setempat dan pimpinan mahasiswa untuk turut serta berdiskusi dalam seminar ini.
Selain itu juga, seminar ini merupakan kesinambunagn daripada beberapa siri wacana yang telah dianjurkan oleh PPP dalam 8 bulan lepas.
PPP telah mengumpul dan menganalisis beberapa bidang untuk diterjemah dalam bentuk polisi selari dengan Dokumen Negara Berkebajikan.
Seminar tersebut akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayyub yang juga merupakan pimpinan PAS yang mengerakkan Agenda Negara Berkebajikan Tawaran PAS.
Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif PPP, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga berusaha keras menggerakkan agenda Negara Berkebajikan sehingga terhasilnya Dokumen Negara Berkebajikan dalam versi Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh didapati melalui blog: www.pasresearchcentre.blogspot.com atau hubungi sekretariat PPP, Encik Ubaid 013-3575978 atau Encik Muhammad 019-3303236.

Pendaftaran secara online melalui link: http://tiny.cc/seminar-mnb
Sumber HD : 26/07/2012
Kajian tidak gambarkan siapa menang PRU13
Dr Zuhdi Marzuki, | 26 Jul 2012 |
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengalu-alukan minat yang semakin kuat di kalangan para akademik untuk membuat kajian-kajian akademik berkaitan dengan landskap politik Malaysia menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
Kajian-kajian tersebut pasti akan menyumbang kepada pengukuhan aktivisme politik berasaskan pengetahuan (K-Politics) di negara ini.
Kecenderungan para akademik tersebut merupakan satu bentuk sokongan amalan K-Politics kepada parti-parti politik samada dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Parti-parti politik termasuk PAS sendiri mempunyai pasukan khusus memberi fokus kepada kajian-kajian akademik seumpamanya, sekaligus melengkapkan usaha ke arah memperkukuhkan budaya politik yang lebih baik.
Sehubungan dengan itu, PPP menghargai peranan para akademik khususnya Majlis Professor Negara (MPN) yang telah mengambil inisiatif menganjurkan Sidang Meja Bulat “PRU ke 13: Malaysia Pilih Siapa?”
PPP amat mengharapkan penemuan-penemuan kajian tersebut dapat dikongsi bersama dengan parti-parti politik sama ada dari BN atau PR, sesuai dengan matlamat membina budaya politik Malaysia yang sihat.
Di samping itu, PPP mengajak seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung PR supaya tidak panik disebabkan penemuan-penemuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari UKM dan Prof Madya Dr Rohana Yusof dari UUM seperti yang dibentangkan dalam program anjuran MPN semalam.
Pada pandangan PPP kajian-kajian akademik yang dijalankan oleh beberapa universiti termasuk penemuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum cukup untuk menggambarkan siapakah bakal memenangi PRU ke 13.
Kajian-kajian yang dijalankan dengan kecederungan melihat persepsi politik rakyat lazimnya akan menghasilkan peratusan undi popular bukannya parti mana yang akan menang mengikut lokaliti DUN atau Parlimen.
Dengan tidak menafikan peratusan undi popular turut berpengaruh dalam menentukan parti mana yang akan menang, tetapi pengaruh itu tidak mutlak di dalam sistem politik Malaysia. Di Malaysia peratusan undi popular lazimnya tidak menggambarkan berapa bilangan kerusi parlimen atau DUN yang dimenangi oleh sesebuah parti politik, berbanding dengan negara yang mengamalkan sistem politik Proportional Representation.
Di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem politik Proportional Representation, untuk meramalkan parti mana yang akan menang, persepsi politik pengundi mengikut lokaliti perlu dicerap.
Persepsi politik pengundi mengikut lokaliti ini akan menggambarkan berapa kerusi yang boleh dimenangi oleh sesebuah parti politik sekaligus parti manakah yang akan menang dalam pilihanraya.
Di Malaysia, untuk menjalankan kajian persepsi politik mengikut lokaliti ini memerlukan kos yang begitu besar dan buat masa ini hanya mampu dilakukan oleh parti-parti politik yang mempunyai jentara akar umbi yang kuat.
Oleh sebab itu, PPP berpandangan proses culaan yang dilaksanakan oleh parti-parti politik di Malaysia sehingga ke peringkat peti-peti undi di samping mencula kecenderungan politik setiap nama yang tertera dalam senarai pengundi adalah lebih kuat menggambarkan parti mana yang bakal menang.
Selain daripada itu, hari ini persepsi politik di Malaysia juga semakin dinamik, dengan ertikata persepsi pengundi sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Pengundi-pengundi Malaysia di bawah 50 tahun terutama di kawasan bandar mempunyai kecenderungan politik yang dinamik dan kurang kecederungan mengundi berdasarkan parti.
Berdasarkan kepada faktor tersebut, penemuan-penemuan yang dibuat oleh kajian Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum tentu akan diterjemahkan dalam PRU ke 13, disebabkan penemuan itu telah berlalu lebih 5 bulan sekiranya PRU itu akan berlaku September ini.
Persepsi politik pengundi-pengundi bawah 50 tahun dan di kawasan bandar mungkin telah berubah disebabkan isu-isu semasa yang berlaku seperti BERSIH 3.0, NFC, Janji PR tentang PTPTN dan termasuk juga tsunami politik di Timur Tengah.
PPP melihat kedua-dua kajian yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof berlangsung semasa rakyat memperolehi ‘gula-gula’ politik Perdana Menteri khususnya selepas pembentangan belanjawan 2012, Oktober tahun lalu.
Selain daripada itu, beberapa krisis dalaman Kerajaan Negeri pimpinan PR di Kedah dan Selangor, yang dibesar-besarkan oleh media arus perdana ketika tempoh kajian dijalankan turut mempengaruhi persepsi pengundi.
Bagaimanapun, krisis tersebut telah dengan segera dipadamkan oleh pimpinan-pimpinan negeri PR sehingga situasi ini berkemungkinan akan merubah semula persepsi politik para pengundi.
Oleh sebab itu, PPP cenderung untuk bersetuju dengan hasil kajian Pusat Penyelidikan Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menyatakan bahawa golongan atas pagar yang membuat keputusan di saat-saat akhir akan menjadi faktor penentu siapakah yang bakal menang dalam PRU ke 13.
Oleh sebab itu, sebagaimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, pada bulan Jun yang lalu, PPP berkeyakinan buat masa ini, dengan kehendak Allah, PR boleh memenangi sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen seterusnya akan berupaya untuk mencapai majoriti mudah dengan perubahan besar politik di Sabah dan Sarawak.
Penulis ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.

No comments:
Post a Comment