PAS lancar Ameerah dan gelombang Epal Hijau |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 2 Okt: Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Ameerah sempena sambutan 60 Tahun PAS iaitu Lajnah Politik Wanita Muda, bagi merangka setrategi mendekati golongan itu. (Abdul Hadi disambut oleh panitia sambutan sebelum merasmikan Ameerah di sambutan 60 tahun PAS) Pelancaran Ameerah dan gelombang epal hijau memberi nafas baru kepada gerakan Dewan Muslimat yang sudah berjaya dengan pejalanan Nisa' yang telahpun berjalan sempurna. Sekalung tahniah kepada Lajnah Politik Wanita Muda kerana berjaya mempamerkan satu wadah baru gelombang hijau yang penuh warna warni. Sempena pelancaran itu Presiden telah menyiram air tanda mencerna kesuburan sesuai dengan keserasian yang wujud di kalangan remaja dan wanita muda. Selain menyiram air presiden telah menanda tangani di atas replika epal hijau dengan iringan beberapa orang remaja yang mengalunkan gerakan kain hijau penuh semangat. Pergerakan itu diakhiri dengan pelepasan belon yang tergantung di paras satu Dewan Melinium sebagai tanda kejituan tujuh teras yang menjadi panduan menuju Putrajaya. Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, muslimat yang lulus menghadapi gelora perjuangan sahaja akan dipandang tinggi oleh Allah s.w.t mereka tidak bakhil dengan masa dan wang semata-mata untuk kemenangan Islam katanya. Muslimah mesti berani memperbetulkan diri serta membaiki diri menjadi isteri yang baik dan terpuji. "Pengorbanan para isteri membantu menegakan Islam akan dikira mendapat pahala yang tinggi demi kebaikan Islam yang dianuti, " jelasnya ketika merasmikan pelancaran di Dewan melinium, kepala Batas petang tadi. Muslimat yang ada semangat perjuangan yang tinggi akan menjadi sayap yang baik serta dapat menumpukan kerja berfokus. Bila kerja digerakan dengan lancar maka menyenangkan peranan muslimat menabur atau menyemai peranan di mana jua.
YB Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff - Ketua DMPP
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5725-pas-lancar-ameerah-dan-gelombang-epal-hijau
Bajet: Tiada jaminan kesejahteraan wanita muda |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Isu-isu utama berkaitan golongan wanita muda seperti isu keselamatan dan perkahwinan tidak dibincangkan secara serius dalam Bajet 2012. Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad berkata, kelangsungan generasi amat penting. Justeru, katanya usaha dan langkah-langkah yang dapat membantu generasi muda membina rumahtangga adalah langkah bijak memandangkan masalah kebejatan sosial yang semakin meruncing. “Bahkan penekanan kepada kehidupan berkeluarga akan mengembalikan dan memartabatkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tunjang utama kepada masa depan negara,” ujarnya kepada Harakahdaily. Ini, ujarnya kerana institusi kekeluargaan merupakan agen sosialisasi yang paling efektif. Selain itu juga, katanya kehidupan berkeluarga merupakan gaya hidup yang sihat melalui keseimbangan spiritual, emosi dan fizikal. Menurutnya, statistik perceraian yang menunjukkan peningkatan saban tahun, di mana kajian menunjukkan setiap 15 minit terdapat satu pasangan bercerai di mana jumlah keseluruhan kadar perceraian pada akhir 2010 adalah melebihi 22,000 pasangan. Hal ini, jelasnya sangat-sangat membimbangkan memandangkan faktor utama kebejatan sosial di negara kita disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. “Kami mencadangkan peruntukan diberikan agar yuran percuma untuk kursus perkahwinan dan silibus kursus perkahwinan perlu disemak semula dengan memasukkan elemen kemahiran keibubapaan dan perancangan kewangan,” ujarnya. Secara keseluruhannya, kata beliau Bajet 2012 dilihat hanya melayan kehendak golongan tertentu tanpa mempertimbangkan masalah yang lebih besar dan lebih utama. Menurutnya, banyak lagi persoalan anak muda yang tidak dijawab seperti masalah pengangguran dan pinjaman PTPTN yang tidak berkesudahan. Tambahnya, usaha serius kerajaan untuk mengekang defisit juga tidak diperinci dengan jelas. Justeru, katanya Ameerah yang tentunya fokus kepada kebajikan dan keselamatan golongan wanita muda di negara ini, menyeru kerajaan agar mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam merangka perbelanjaan negara. Menurutnya lagi, sehingga 19 Mei 2011, kejadian rogol di Malaysia boleh dikatakan 1 kes setiap 2.5 jam di mana purata 10 wanita menjadi mangsa rogol setiap hari. Katanya, peningkatan kes rogol diperlihat saban tahun sehingga akhir 2010 sebanyak 3,595 kes dicatatkan. “Hal yang lebih membimbangkan, 70% daripada mangsa adalah gadis di bawah umur 18 tahun,” ujarnya. Beliau berkata, menurut Nationmaster yang mengkaji kes rogol di seluruh dunia, Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita. Ujar belau, mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan. 0.0505156 per 1,000 rakyat bermakna dalam 1 juta rakyat malaysia 50 – 51 orang yang dirogol dicatatkan. “Perangkaan ini diikut rapat dengan statistik kes ragut dan bunuh di mana lebih 52% melibatkan golongan wanita,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5911-bajet-tiada-jaminan-kesejahteraan-wanita-muda
Ameerah gesa polis siasat dalang serang siswa
Harakahdaily, | 20 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat mahu pihak polis menyiasat siapa dalang disebalik serangan terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi semalam.
Sambil mengecam tindakan samseng itu, pengerusinya Fareedah Samad berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu harus dikenakan tindakan tegas agar kejadian serupa tidak berulang.
"Ameerah sekali lagi menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan kumpulan samseng ini termasuklah individu yang terlibat, master mind di belakang kumpulan ini dan pihak yang memberi jaminan keselamatan kepada mereka.
"Ameerah juga mahu pihak polis segera mengambil tindakan yang tegas ke atas kumpulan samseng tersebut ini bagi mencegah kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam insiden pagi semalam itu seorang siswa dilaporkan cedera apabila kumpulan mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.
Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta mengasari dan merobohkan khemah mereka kira-kira jam 2.45 pagi.
Pelajar yang mengalami kecederaan itu dilaporkan dibawa ke hospital dengan ambulans.
Menurut Fareedah lagi, lebih dikesali dalam insiden itu apabila samseng terbabit didakwa turut menyepak kepala seorang siswi.
"Provokasi melampau ini dilihat sebagai kelakuan yang amat tidak bermoral dan dikhuatiri akan berulang sekiranya tiada sebarang tindakan tegas yang diambil terhadap mereka.
"Mereka hanya berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa mengganggu orang sekeliling. Mereka hanya tidur di dalam khemah secara tertib jauh sekali untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit dan sebagainya," katanya lagi.
Sumber HD : 20/04/2012
Sumber HD - 23-2-2013
Sumber HD - 3-3-2013
Ceramah di Sg Rokan :
Fareedah Samad : http://www.youtube.com/watch?v=hk_bNaOw8Z8
TVP - 7-4-2013

3 misi wanita pelengkap perjuangan politik
Hazayani Zakaria, | 02 Jun 2012 |
ALOR SETAR, 2 Jun: Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat bertekad menjadi pelengkap kepada perjuangan politik anak muda Malaysia.
Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, bagi merealisasikan tekad itu, Ameerah membawa tiga misi yang menjadi gagasan penting untuk mencipta perubahan di Malaysia.
Tiga misi yang mensasarkan golongan wanita itu adalah memperbaiki persepsi politik di kalangan wanita muda Malaysia, meningkatkan penyertaan wanita muda dalam masyarakat dan memupuk semangat semangat cintakan negara.
Beliau berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin kotor termasuk budaya politik lucah di negara ini, wanita muda tidak harus lagi berdiam diri dan bersikap tidak peduli.
Katanya, politik kotor ini akhirnya merugikan negara sendiri apabila semakin ramai anak muda yang tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik.
"Selama lebih 50 tahun anak muda di negara ini telah dijamukan dengan budaya politik rasuah, budaya politik samseng, budaya politik fitnah dan budaya politik lucah! Siapa yang bertanggungjawab atas semua ini? Siapa yang menaja kumpulan senaman punggung di hadapan rumah rakan kita ambiga? Siapa yang mengusung ustazah Ummi Hafilda ke sana sini dengan ceramah beliau yang tidak bermaruah? Siapa yang membaling batu dan telur dalam ceramah Pakatan Rakyat di Melaka dan Pantai Dalam?
"Justeru kita tidak hairan mengapa ramai di kalangan rakan-rakan kita terutama sahabat saya yang perempuan mengambil sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air.
Natijahnya apa saudara? Lebih 2 juta anak muda di negara kita tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Natijah apa lagi? Seramai lebih 60% anak muda yang telah mendaftar tidak turun mengundi pada PRU yang ke 12 yang lepas yang menyebabkan kita kalah di beberapa kerusi di Terengganu.
"Jumlah undi PAS menurun di beberapa DUN di Johor, Pahang Negeri Sembilan. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang dalam PRU ke-13 akan datang?" katanya dalam pidato anak muda di Ekpresi Anak Muda Menuju Putrajaya sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini, petang semalam.
Fareedah juga berkata, Ameerah perlu memastikan wanita muda terliba secara langsung dalam sistem politik Malaysia.
"Barisan muslimat muda perlu kita gerakkan seoptimum mungkin bagi memastikan wanita muda di luar sana sentiasa mempunyai kesedaran untuk sama-sama terlibat dalam usaha kita membangunkan masyarakat seterusnya mencipta perubahan yang signifikan kepada tanah air kerana kita yakin tangan yang menghayun buaian pasti mampu menggoncang dunia," katanya di hadapan lebih 50,000 anak muda yang hadir.
Selain itu beliau berkata, Ameerah harus membawa anak muda mencintai negara dalam masa yang sama tidak meninggalkan Islam sebagai cara hidup.
Tugas Ameerah katanya sangat penting untuk memastikan anak muda tidka terus dilalaikan dengan hiburan melampau sehinga melupakan jati diri dan nilai-nilai ketimuran.
"Lebih 50 tahun penjajah meninggalkan negara kita. Namun minda anak muda pada hari ini terus dijajah oleh tradisi memperbodohkan rakyat. Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei yang lepas merupakan klimaks kepada pendedahan strategi kerajaan Malasyia yang mahu melumpuhkan gerakan anak muda di negara ini.
Para belia dilarutkan dalam budaya hiburan terlampau yang langsung tidak membantu membangunkan jiwa anak-anak ini apatah lagi mengisi rohani mereka seperti mana diwar-warkan," katanya.
Tambahnya, kerajaan menyatakan bahawa para belia terbabit merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara, tetapi bakal pemimpin tersebut diwariskan dengan budaya K-pop, J-Pop, budaya drag races yang mirip perlumbaan haram, dan tarian artis wanita yang mengghairahkan.
Sumber HD : 2/06/2012

Anak muda tolak logo & lagu kemerdekaan ke-55
Shara Shazana, |
Usia 55 Tahun Kemerdekaan seharusnya melahirkan satu tempoh kematangan yang unggul. Namun menelusuri paparan pelbagai blog, facebook dan twitter, menampakkan wacana perbincangan yang gamat memperkatakan mengenai kritikan terhadap lagu dan logo kemerdekaan yang ke-55 tahun ini.
Kematangan minda dan gaya fikir serta definisi patriotik telah mula dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin turut sama membaikpulih imej yang telah mencalarkan mood sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-55.
Pertama kali dalam sejarah, Ameerah melihat dangkalnya pemikiran pemerintah yang cuba membawa propaganda dalam nada yang agak keterlaluan dalam tema kemerdekaan. Namun pastinya hal ini tidak disambut baik oleh generasi media baru kini dan jelas dizahirkan dalam kritikan di media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan layaknya.
Facebook Portal Malaysia Merdeka milik kerajaan juga dipenuhi komen-komen rakyat Malaysia yang mengkritik pilihan logo dan lirik untuk tema kemerdekaan tahun ini. Sejumlah “1,075 people likes” untuk portal seperti itu adalah satu angka yang sedikit.
Lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dimuatkan di youtube oleh Khairil Husni pada 27 Julai 2012 hanya mendapat 297 likes, 20,538 dislikes. Sejak artikel ini ditulis. Angka dislike bertambah setiap waktu.
Pereka bentuk logo kreatif bertalu-talu berkongsi logo lukisan mereka demi semangat kemerdekaan yang sebenar.
Masyarakat kini semakin cerdik. Bukan lagi sekadar menerima bulat-bulat apa yang dipersembahkan walaupun hanya pada lagu dan logo.
Ameerah melihat unsur kematangan dan jiwa patriotik yang lahir serta keberanian masyarakat Malaysia yang harus dicontohi.
Selaras dengan misi patriotisme yang dibawa Ameerah, kami menyeru semua anak muda menghayati dan memaknakan erti kemerdekaan sebenar dalam membangun jiwa generasi baru.
Kita bukanlah pewaris perjuangan kemerdekaan yang hanya mampu menuruti tanpa berfikir!
Kitalah pewaris yang bakal melakari dan mencoret kanvas sejarah kemerdekaan untuk tahun yang akan datang. Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-55
*Penulis ialah anak muda daripada Ameerah, Dewan Muslimat Pas Pusat
Sumber HD : 3/08/2012
Masa yang ditunggu telah tiba!

ameerahfanclub, | 20 Feb 2013 |
Masa yang ditunggu telah tiba!
Ayuh sertai kami sebagai ahli berdaftar Ameerah Fan Club.
Daftar di www.tinyurl.com/ameerahfanclub
Ajak rakan anda bersama.
Tidak kira umur, jantina, bangsa dan agama.
Banyak kelebihan menanti anda.
Ahli bertuah akan mendapat hadiah misteri dari kami.
- Sebarkan/share seluasnya!-
Ayuh semua kita berpartisipasi =)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-2-2013
KUALA LUMPUR: Ameerah Malaysia hari ini ini berjaya menarik perhatian orang ramai di ibu kota melalui program Gelombang Epal Hijau.
Berpakaian hijau putih dengan membawa sepanduk lapan tawaran Pakatan Rakyat kepada orang muda, kira-kira seratus Ameerah berkumpul di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang.
Sementara sekumpulan memegang sepanduk, sekumpulan lagi mengadakan persembahan deklamasi sajak diiringi petikan gitar dan kemudiannya ucapan oleh Pengerusi Ameerah, Fareedah Samad.
Selepas itu, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan dan mengedarkan sebiji epal dan risalah lapan tawaran Pakatan Rakyat kepada orang ramai di sekitar.
Kehadiran mereka menarik perhatian pengunjung yang lalu-lalang termasuk pelancong asing yang turut merakamkan gambar mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Fareedah berkata, mereka memilih mengadakan program tersebut di Bukit Bintang kerana mensasarkan wanita muda.
"Hari ini kami turun mewarwarkan kepada orang ramai khususnya wanita muda mengenai tawaran Pakatan Rakyat kepada orang muda.
"Di Bukit Bintang ini ramai wanita muda yang pastinya merupakan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Sebelum ini, bersempena sambutan Tahun Baru Cina, mereka mengedarkan limau di KL Sentral.
Selain di Kuala Lumpur, Gelombang Epal Hijau turut diadakan di Terengganu, Perak dan Kelantan pada hari ini.
Lapan tawaran Pakatan Rakyat kepada orang muda ialah:
1. Penurunan harga kereta
2. Pelaburan kewangan mesra rakyat
3. Tabung kebajikan suri rumah
4. Pendidikan percuma
5. Rumah pertama wanita
6. Wifi percuma
7. Hapus tol untuk rakyat
8. Memperkenalkan gaji minima
Pendekatan unik Ameerah tarik perhatian warga kota
Hazayani Zakaria, | 23 Feb 2013 |

Ameerah santuni masyarakat Tebrau
Harakahdaily, | 03 Mac 2013 |
TEBRAU: Hampir 50 orang terdiri daripada sayap muslimat, Ameerah dan anggota pemuda PAS Tebrau menyantuni masyarakat di sini dengan epal hijau mereka.
Program petang semalam itu diadakan di sekitar Pasaraya Today’s Mall dan Econsave Taman Desa Cemerlang dengan mengedarkan lebih 150 biji epal hijau kepada orang ramai yang berkunjung di situ, lapor NusajayaKini.
Selain epal, mereka turut mengedarkan penanda buku Ameerah serta bahan bercetak lain termasuk tawaran pakatan rakyat khusus kepada anak muda.
Selain itu, pemuda PAS kawasan Tebrau pula telah menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama PASTI Al-Irfan dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru di Today’s Mall.
Ameerah kini giat menjalankan aktiviti bertemu masyarakat menjelaskan berhubung tawaran Pakatan Rakyat ke seluruh negara.
Mereka juga dilihat sering tampil dengan pendekatan segar dan mesra anak muda termasuk dengan pendekatan persembahan musik di tempat yang menjadi tumpuan awam.
Program petang semalam itu diadakan di sekitar Pasaraya Today’s Mall dan Econsave Taman Desa Cemerlang dengan mengedarkan lebih 150 biji epal hijau kepada orang ramai yang berkunjung di situ, lapor NusajayaKini.
Selain epal, mereka turut mengedarkan penanda buku Ameerah serta bahan bercetak lain termasuk tawaran pakatan rakyat khusus kepada anak muda.
Selain itu, pemuda PAS kawasan Tebrau pula telah menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama PASTI Al-Irfan dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru di Today’s Mall.
Ameerah kini giat menjalankan aktiviti bertemu masyarakat menjelaskan berhubung tawaran Pakatan Rakyat ke seluruh negara.
Mereka juga dilihat sering tampil dengan pendekatan segar dan mesra anak muda termasuk dengan pendekatan persembahan musik di tempat yang menjadi tumpuan awam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-3-2013
Ceramah di Sg Rokan :
Fareedah Samad : http://www.youtube.com/watch?v=hk_bNaOw8Z8
TVP - 7-4-2013
No comments:
Post a Comment