PAS mampu selamatkan Melayu Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa. “Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu kana hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat
Sebenarnya, kata beliau itu hanyalah kenyataan untuk memberikan talian hayat baru supaya orang Melayu terus menyokong Umno, ketika parti itu tidak popular di kalangan generasi muda yang celik maklumat. Katanya, kenyataan itu adalah bayangan mimpi ngeri Tun ketika menghadapi hari tuanya. “Beliau sedang menyaksikan parti yang pernah beliau pimpin hampir 22 tahun mengalami muflis sokongan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, Umno bukan lagi parti keramat orang Melayu, ia hanya parti untuk menjadi pangkalan sementara bagi membolot kekayaan peribadi bukan untuk kepentingan bangsa dan agama.
Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor - Mantan Presiden PAS
“Insya Allah doa almarhum Ustaz Fadzil Noor dikabulkan Allah, supaya umur Tun Mahathir panjang dan ia akan melihat sendiri hasil daripada beliau memimpin negara. Bibit-bibit kerisauan sudah pun nampak pada hari ini,” ujarnya. Oleh itu, katanya PAS perlu mengganti Umno demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. PAS, tambah beliau terbukti dan teruji kerana mampu mentadbir dengan baik negeri yang mewakili majoriti Melayu Islam di Kelantan sejak 1990 sehingga kini telah berjaya menaikkan taraf orang Melayu. Katanya lagi, kadar kemiskinan di Kelantan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam adalah satu bukti PAS mampu memelihara Melayu Islam. Begitu juga, ujarnya ketika Umno berbangga partinya pandai menjaga Melayu tetapi begitu dhaif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri di bawah penguasaan mereka, contohnya Terengganu nombor dua termiskin di negara ini. Jelasnya lagi, PAS yang menerajui Kelantan berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat sebanyak RM220 juta setakat 2010 sedangkan hutang yang ditinggal oleh Umno pada tahun 1990 sebanyak RM718 juta. Katanya, Kelantan mampu mengurus dengan baik walaupun royalti minyak dirampas. PAS, tambahnya mampu kerana pemimpin yang berpegang kepada prinsip amanah dan adil, merasakan bahawa pemimpin akan disoal di hari akhirat kelak, menolak sebarang bentuk perkauman dan pilih kasih kerana berlainan ideologi politik, bantuan diberi kepada mereka yang berhak, tanpa mengira parti politik. “Melayu akan hilang kuasa kerana politik Umno yang tidak menghayati Islam sebagai cara hidup, menafikan hak sesama bangsa kerana berlainan ideologi politik, dendam sesama bangsa sehingga menafikan hak rakyat untuk memilih berlainan politik, diskriminasi sesama bangsa kerana berlainan ideologi, agensi yang menjaga Melayu seperti Felda, Felcra banyak ketirisan, sikap sombong yang tidak boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat walaupun dengan fakta dan data, menyalah gunakan Hak Keistimewaan Orang Melayu untuk peribadi, pendekatan Umno Putera bukan Bumiputera, menafikan keboleh peniaga Melayu yang berwibawa kerana berlainan ideologi, mengkambinghitamkan DAP kononnya kerana Melayu tertinggal sejak BN hilang kuasa di Pulau Pinang,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5967-pas-mampu-selamatkan-melayu-islam
Jangan lupa ‘jasa’ Umno bela Raja Melayu |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Okt: “Kita semua jangan sesekali lupa akan ‘jasa’ Umno yang hipokrit dan pandai berlakon kononnya mereka pembela kepada institusi raja dan pembela Melayu,” kata Drs Khalil Idham Lim. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menyatakan demikian sebagai respons bahawa pembela yang dikatakan wujud di sekitar orang Melayu sekarang ini sebenarnya adalah golongan yang tidak menyenangi kuasa Raja-Raja suatu ketika dahulu. Katanya, Pada 1993, Dr Mahathir Mohamad telah melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan beliau sendiri yang mahu diwujudkan satu peruntukan undang-undang supaya raja-raja boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas. Nampaknya, kata beliau semakin lama Umno BN menerajui Malaysia, semakin parah dan tenat keadaan negara, penipuan berleluasa, fakta dan sejarah terus menjadi bahan yang berjaya diseludup dari pengetahuan rakyat. Tambahnya, semakin lama juga BN menerajui pusat semakin meningkat hutang negara, rakyat kini telah merasai kesan meningkatnya jenayah rasuah dan situasi bahaya yang terkini iaitu makin meningkatnya warga asing yang mendapat Maykad segera. “Jawapan yang meyakin dari pihak kerajaan masih belum muncul sehingga sekarang,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily. Katanya rakyat sepatutnya wajib mengetahui situasi sebenar negara, di mana negara yang semakin tenat adalah akibat pemimpin Umno BN yang telah menyalahgunakan kuasa secara berleluasa. Justeru, beliau menambah, rakyat perlu melakukan sesuatu untuk menggembleng perubahan kepimpinan negara menjelang PRU 13 nanti. “Menyokong dan memenangkan Pakatan Rakyat bererti anda telah menyelamatkan Malaysia dari kehancuran yang berterusan akibat kerakusan pemimpin BN yang sentiasa mengaut keuntungan dari jawatan dan amanah yang telah dikhianati sekian lama,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6031-jangan-lupa-jasa-umno-bela-raja-melayu
Kenyataan Jamil Khir sah Umno gagal jaga Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah telah menyerlahkan dan mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di dalam negara ini.
Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan - KPPNS
Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, sepatutnya Umno yang selama ini mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan agama Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya. Tambahnya, tetapi amat malang setelah 54 tahun Umno memerintah negara ini, agama Islam telah semakin terpinggir daripada sudut pengamalan masyarakat Islam masakini dan yang paling dikesali Islam menjadi sasaran cemuhan dan hinaan masyarakat bukan Islam. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan sepatutnya Jamil Khir sebagai seorang agamawan Islam sepatutnya mengambil kesempatan di atas jawatan beliau untuk menyokong undang-undang hudud yang telah diluluskan di Dun Kelantan dan Terengganu dan diberikan nilai tambah untuk diluluskan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap berpandangan dengan pembabitan Pemuda Umno, Perkasa dan rakan seangkatannya di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan program tersebut dimonopoli oleh mereka keseluruhannya. Akhirnya, kata beliau program tersebut akan menjadi medan politik murahan Umno dan akan dipenuhi dengan hamburan maki keji nista terhadap agama lain seterusnya merosakkan hubungan baik antara agama di dalam negara ini. Menurutnya, Umno, Perkasa dan rakan-rakan sekutu mereka selama ini telah terbukti dan terkenal di dalam meng’hijack’ program orang lain dan memainkan isu-isu sentimen agama dan perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka. Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga penganjur program Himpun akan mempastikan program tersebut tidak akan menjadi medan yang akan merosakkan hubungan murni antara kaum dan agama di dalam negara ini. “Sekiranya ianya berlaku maka ia akan menjadi episod malang dan bencana kepada negara dan agama Islam itu sendiri dan semuanya adalah kesalahan daripada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6101-kenyataan-jamil-khir-sah-umno-gagal-jaga-islam
Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 27 Oktober: Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu. (Gambar: Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Tokoh PAS Pahang, Ustaz Idris Omar diwakili Pak Sheikh Hussin) Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. “Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak. “Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya. Mohamad berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pendengar sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang, di Tapak Kompleks PAS, Kerdau di sini malam tadi. Turut berucap Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Exco Pemuda PAS Pusat Kamal Ashaari. Tambah Mohamad, dengan strategi 3R yang dimainkan itu membuat suhu politik negara menjadi panas mendidih, walhal semua itu dirancang Umno. Beliau mengambil contoh mengenai tindak tanduk Umno cuba mengheret istana ke kancah politik dalam isu Lim Guan Eng dengan isu jenayah di Johor dan Dr Abdul Aziz Bari berkaitan titah Sultan Selangor. “Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah’ raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu,” katanya. Mat Indera dan Hang Jebat Mengenai isu komunis yang cuba dikaitkan dengannya, Mohamad berkata itu merupakan isu baru yang mereka timbulkan untuk cuba bangkitkan kebencian sedangkan terdapat seorang bekas Menteri Besar (Umno) yang biasa melawat ke perkampungan bekas komunis di selatan Thailand untuk memberi bantuan. Mohamad berkata, isu Mat Indera dan Bukit Kepong yang pernah dimainkan media satu ketika dulu hanyalah isu percanggahan pendapat tetapi sengaja dimainkan media untuk keuntungan politik. “Contohnya macam ni... katakanlah ada seorang tu kata Hang Tuah hero, ada seorang lagi kata Hang Jebat hero. Sepatutnya bila timbul dua perbezaan pendapat begitu, berhujahlah secara ilmiah. “Tapi apa yang berlaku apabila saya katakan Mat Indera yang menentang penjajah Inggeris itu sebagai pejuang kemerdekaan, saya dihentam dari segenap sudut sehingga ada yang cadang dilucut kewarganegaraan saya dan akhirnya didakwa di mahkamah,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6206-umno-terdesak-guna-3r-tarik-sokongan-melayu
Kenyataan rasis bukti Ahmad berfikiran sempit |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar kenyataan rasis dan dangkal Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan kerusi yang lebih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Ahmad mengancam orang Melayu dengan mengatakan Parlimen Malaysia akan ‘tergantung’ seperti Parlimen Australia kerana Barisan Nasional tidak dapat melaksanakan polisi negara kerana hanya mendapat majoriti mudah sahaja. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam kenyataan dan sangkaan buruk Datuk Ahmad Maslan terhadap kerjasama yang terjalin utuh oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan sokongan bukan Islam kepada PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya kepada Harakahdaily. Katanya, Pemuda PAS Selangor merasa cukup kesal kerana Umno masih berterusan memainkan sentimen agama dan perkauman hanya untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka. “Sepatutnya Umno mengambil kesempatan sempena Perhimpunan Agung Umno kali ini untuk melakarkan kaedah baru untuk menarik sokongan pengundi Melayu dengan tidak menjaja lagi politik perkauman dan perpecahan,” ujarnya. Beliau menambah, sememangnya Umno kini semakin dihimpit kegelisahan dan kegusaran disebabkan kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap negara dan rakyat sehingga menyebabkan rakyat kini semakin berani untuk bangkit melakukan perubahan. Menurutnya, rakyat semakin muak dan mual dengan agenda politik perkauman dan perpecahan yang didendangkan oleh Umno dan Barisan Nasional. Kata beliau, pihaknya merasakan orang Melayu tidak perlu gusar terhadap kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno dan Barisan Nasional kerana PAS dan Pakatan Rakyat telah bersetuju sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan seadanya. Selain itu, ujarnya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai komitmen yang lebih tinggi untuk memperjuangkan agenda rakyat dan memperbaiki kehidupan rakyat berbanding perjuangan Umno BN. Justeru, ujarnya Pemuda PAS Selangor mengharapkan semoga pihak Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas kenyataan Datuk Ahmad Maslan di dalam http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-dakwa-melayu-akan-hilang-semua-kuasa-jika-parlimen-gantung/ kerana cukup berbahaya dan boleh menanamkan bibit-bibit kebencian serta prejudis terhadap Pakatan Rakyat serta ketegangan hubungan antara kaum dan agama di dalam negara ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6774-kenyataan-rasis-bukti-ahmad-berfikiran-sempit
'Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa. "Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa. "Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily. Dalam kenyataan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang. Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah. “Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan. “Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011. Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad. Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya. "Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti. "Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman. Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6777-politik-meracau-umno-bakal-jatuhkan-najib
Rasis: Terima Kasih Umno |
Firdaus Jaafar |
Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’. Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan ‘tongkat’ kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat ‘buah tangan’ isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di’selamat’kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut? Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling ‘rasis’, mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini. Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan ‘selamat tinggal’ kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga ‘Selamat tinggal’ kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen? Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak ‘mengajar’ UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di’gelap’kan oleh mereka. Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di’didik’ dengan ‘bahasa’ undi kerana hanya itu sahaja ‘jalan’ yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN. **Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/6794-rasis-terima-kasih-umno
Umno ‘mendakap demokrasi’ ibarat bunyi tin kosong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap Umno parti yang ‘mendakap demokrasi’. “DPP Malaysia menganggap ucapan beliau umpama ibarat tin-tin kosong yang hanya kuat berdegar berbunyi apabila diketuk, tetapi kosong di dalamnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Bagi DPP Malaysia, katanya Perdana Menteri mungkin mahu rakyat serta ahli-ahli partinya menganggap Umno adalah parti yang suci bersih dan mengamalkan demokrasi tulen. “Beliau mungkin merasakan rakyat percaya kenyataan beliau tersebut dan menelannya hidup-hidup, walhal hakikatnya, rakyat kini semakin cerdik dan tidak lagi boleh ditipu,” katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin Umno ‘mendakap demokrasi’ bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang. Demokrasi bagi mereka, kata beliau adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka. Beliau menambah, bagi Umno, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka. Katanya lagi, menjadikan insitusi penting negara sebagai perkakas yang boleh arah sesuka hati adalah budaya mereka selama ini. Umum, ujarnya mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas. Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Malah, kata beliau rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun. “Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar,” katanya. Justeru, katanya DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang. Setahu rakyat, ujarnya bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan. “Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan ‘kerajaan sementara’ setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen,” tanya beliau. Bagi PM, tambahnya mungkin idea ini tidak ‘mendakap demokrasi’ kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan Umno dalam PRU ke 13 nanti. Justeru, katanya DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari ‘mendakap demokrasi’ kepada ‘mendekam demokrasi’ kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6812-umno-mendakap-demokrasi-ibarat-bunyi-tin-kosong
Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut. "Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno. "(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Menurutnya lagi, rakyat khususnya bukan Melayu tentunya kecewa dengan pendekatan Najib yang ditunjukkan dalam perhimpunan Umno itu. Najib yang sebelum ini ujarnya berdegar-degar dengan slogan tranformasi politik, liberalisasi dan inklusif, kini musnah sekelip mata dalam perhimpunan Umno itu. "Rakyat tertanya-tanya mana transformasi Najib yang dia mahu bawa dahulu. Beliau kini semakin tajam perkauman dan dah jadi Melayu 'totok'. "Najib perlu tahu bukan semua Melayu boleh ditakutkan. Hanya Melayu Umno sahaja boleh ditakutkan dengan perkauman seperti itu," katanya lagi. Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno itu dan mahu membezakan dengan apa yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. "Ini berbeza dengan PAS, yang membawa mesej keadilan Islam untuk semua, membawa mesej kasih sayang antara kaum, sedangkan mereka (Umno) pula bercakap tentang perkauman dan kebencian," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6842-najib-tinggal-tranformasi-ambil-kembali-perkauman
Bai'ah: Daripada tiru, baik sertai PAS terus |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Tindakan Umno yang mahu kepimpinan parti itu mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli sendiri, membuktikan mereka mengakui cara yang digunakan PAS. Ahli Parlimen PAS Baling, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut. "Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya. "Usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan. Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan yang dilakukan oleh PAS. "Oleh sebab itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Sewaktu perbahasan usul di Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain. Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan. Tegasnya, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah. "Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran...kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar. "Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya yang merupakan bekas imam Masjid Negara. Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya. "Inilah salah satu bukti yang boleh dilihat oleh masyarakat...dari segi spiritnya, politik Umno sudah memang terkapai-kapai...jadi apa sahaja yang dia rasa dia boleh capai untuk jadikan tongkat nak selamatkan parti, dia akan guna. "Takkanlah masyarakat nak terima orang yang pakai tongkat untuk memerintah?" katanya. Sementara itu, menyentuh dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau berani dan sudah empat kali bersumpah berbanding Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersumpah, Taib berkata, Najib masih belum keluar daripada kejahilannya. "Kalau itu yang Najib mainkan, maksudnya dia masih belum keluar daripada kejahilan dia...walaupun nasihat dan pandangan telah diberi oleh para ulama dan mufti tapi kalau dia main lagi isu itu maksudnya dia orang yang tak sudi keluar daripada kejahilan," katanya. Najib sebelum ini bersumpah laknat bahawa beliau tidak mengenali dan tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia, Altantuyaa Sharibuu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6847-baiah-daripada-tiru-baik-sertai-pas-terus
Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan.
Sdri Aiman Athirah al Jundi - Ketua Penerangan DMPP
"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan. Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam. "Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka "Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya. Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13. "Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya. Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6852-selak-kain-singsing-lengan-bukan-cara-islam
Bangkit isu HIV untuk tutup rasuah Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa, tindakan perwakilan Umno yang mempolitikkan isu HIV tinggi di negeri Pakatan Rakyat hanya sekadar mahu menutup pekung rasuah kepimpinan mereka. Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah berkata, tindakan yang cuba menunjukkan hanya di negeri Pakatan Rakyat sahaja berlaku peningkatan kes HIV adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab. "Umno sudah kekeringan isu untuk dihidangkan kepada rakyat menjelang ketenatan imej rasuah pemimpin mereka. "Isu peningkatan kes HIV di Kelantan tidak perlu dijadikan jenaka. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia," katanya. Beliau mengulas kenyataan perwakilan Umno semasa perhimpunan agung parti itu yang menghentam kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS ekoran statistik tersebut. Mengikut Statistik Kementerian Kesihatan, 28.8 orang daripada 100,000 rakyat Kelantan dijangkiti HIV. Ia kemudiannya diikuti negeri Pahang dengan 24 orang, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5). "Kalau pemimpin Umno BN begitu rakus untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak melaksanakan tanggungjawabnya, bukankah semua badan pencegahan itu adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan? Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK), Hospital dan Jabatan Kesihatan, Kementerian Penerangan dan Kementerian Pendidikan yang kesemuanya itu di bawah Kerajaan Persekutuan. "Persoalannya, apakah Umno mahu menyalahkan seluruh jentera kerajaan persekutuan itu atas peratusan kes HIV yang mereka sangka adalah akibat dari kelemahan kerajaan negeri," soalnya lagi. Beliau juga menjelaskan, Kelantan antara negeri yang paling komited melakukan usaha pencegahan HIV sejak dipimpin Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Bukan sahaja melalui perlaksanaan undang-undang Islam yang dihalang oleh Umno, tetapi Kelantan juga katanya berusaha dengan pelbagai pendekatan lain. "Kelantan adalah negeri pertama yang melaksanakan program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) di bawah Kementerian Kesihatan, Kelantan antara negeri yang terawal mewajibkan saringan HIV Pra-perkahwinan (premarital HIV screening) bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. "Kelantan memperuntukkan sebahagian dana kerajaan negeri kepada Pertubuhan Masyarakat Prihatin sebuah badan NGO yang sangat aktif menangani mangsa HIV, memberikan latihan kepada para imam di seluruh negeri Kelantan dan banyak lagi," jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6848--bangkit-isu-hiv-untuk-tutup-rasuah-umno
Lesapkan wang rakyat tetapi salahkan DAP |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka. Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. "Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka. "Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya. "Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya. "Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6886-lesapkan-wang-rakyat-tetapi-salahkan-dap
Khalid Samad: Tercabarkah politik Melayu? |
Khalid Samad |
Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri. MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR? Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun, apa yang telah dihasilkan adalah budaya kepimpinan rasuah, pegampuan dan kronisma. Pemimpin bergelumang dengan maksiat dan kekayaan sedangkan rakyat, terutamanya orang Melayu, hidup terhimpit di kota dan di desa. Sekiranya seseorang membuat tinjauan pada hujung minggu lepas di persekitaran PWTC, maka dia akan melihat segala jenis kenderaan mewah yang terdapat di muka bumi diguna pakai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ‘pejuang’ bangsa. Tersusun rapi barisan Vellfire, Hummer, Mercedes, BMW, Porsche Cayenne dan berbagai lagi kenderaan mewah milik para ‘pejuang’ ini. Kemewahan ini diketengahkan sebagai bukti ‘pengorbanan’ mereka dalam ‘perjuangan’ yang begitu lama dan ‘sukar’. Yang anehnya, si ‘pejuang’ semakin mewah sambil yang kononnya diperjuangkan terus miskin dan semakin tertekan. Sekiranya yang dimaksudkan dengan ‘politik Melayu’ adalah politik rasuah, fitnah dan rasis yang bercanggah dengan ajaran dan nilai agama Islam, maka politik jenis itu sememangnya ingin kita tumpaskan. Akan tetapi, adakah politik Melayu bersifat begitu? Bagi UMNO, itulah politik Melayu yang mereka ingin orang Melayu pertahan dan banggakan. Sekiranya ada yang menentang politik yang sedemikian rupa, maka mereka ini dikatakan penentang ‘politik Melayu’! Pada hakikatnya ianya bukan politik Melayu tetapi sebaliknya politik UMNO! Mereka yang mentakrifkan politik Melayu sebagai politik rasuah, fitnah dan rasis serta ingin terus mempertahankannya pada hakikatnya ingin membunuh masa depan politik Melayu. Lihat sahaja pada wanita UMNO yang mengerumun Shahrizat, menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya walaupun beliau terbabit dengan skandal Feedlot Negara. Adakah kepimpinan Melayu sebegitu rupa yang ingin dipertahankan? Di manan maruah dan wawasan kepimpinan yang adil dan bertaqwa di sisi UMNO? KUASA MUTLAK ADA PADA ORANG MELAYU? Berkata pemimpin UMNO bahawa di dalam BN, UMNO berkuasa sepenuhnya. UMNO yang dominan dan boleh melakukan apa jua yang UMNO inginkan. Tiada yang boleh menghalang dan itulah bukti politik Melayu berkuasa! Sedangkan dalam PR, parti politik Melayu adalah minoriti dan tiada kuasa, terpaksa akur kepada kehendak DAP menurut mereka lagi. Hakikatnya sebenarnya keadaan berkuasa secara dominan dan tanpa halangan adalah punca masalah politik Negara. Telah dikatakan berulang kali bahawa “power corrupts and absolute power corrupts absolutely” atau “kuasa merosakkan dan kuasa penuh tanpa batasan merosakkan secara menyeluruh tanpa batasan”. Inilah sebabnya mengapa budaya rasuah, kronisma dan rasis dapat diamalkan oleh UMNO tanpa bantahan. Lihat sahaja pada skandal Feedlot. Tidakkah penyelewengan sebanyak RM 250 Juta itu berlaku tanpa apa-apa tindakan atau hukuman? Malahan ada juga yang berusaha keras mempertahankannya. Melalui pembelaan ini, mereka ingin merosakkan ummat dan bangsa. Adakah kuasa mutlak diperlukan sekiranya apa yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil? Biasanya, yang terpaksa bersandar kepada kekuasaan yang mutlak adalah pemimpin ‘dictator’ dan mereka yang ingin melebar-luaskan kerosakan di atas muka bumi. Maka apabila mereka ingin melaksanakan kezaliman dan ianya dibantah, maka kuasa mutlak digunakan untuk mengalahkan golongan yang membantah. Sebaliknya, apabila yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil, maka sokongan rakan dan rakyat umum akan menentukan ianya terlaksana. Seperti pada zaman Rasulullah (SAW) di mana ummat Islam minoriti pada awalnya di Madinah, namun kepimpinan Baginda (SAW) telah diterima semua atas sebab keadilan Baginda. ADAKAH KUASA POLITIK MELAYU AKAN HANCUR? Maka ditanya pula, “adakah dengan hilangnya kuasa mutlak maka akan hilang juga kuasa politik Melayu?” Jawapannya “Tidak”! Yang akan hilang adalah hanya kemampuan melakukan rasuah dan kezaliman! Dan dengan itu akan dibebaskan politik Melayu dari budaya perosak yang telah diasaskan sekian lama oleh UMNO dan BN di kalangan bangsa Melayu. Akan subur seterusnya politik Melayu dengan budaya keislaman yang sebenar, bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisma dan rasisma. Pada hakikatnya dalam PR tiada pihak yang akan mempunyai kuasa mutlak dan oleh itu dasar semak dan timbang (check and balance) akan lebih bermakna. PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya. Begitu juga DAP dan begitulah juga PKR. Semua berkuasa dan apa sahaja yang ingin dilakukan mesti mendapat persetujuan dari semua pihak. Tidak perlu PAS akur pada kehendak DAP atau DAP kepada kehendak PAS. Apa yang diperlukan ialah menentukan sesuatu dasar yang benar dan adil yang akan dipersetujui bersama. Maka sebagai contoh, sekiranya ada yang ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, sepertimana yang didakwa Najib, ianya tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan ketiga-tiga parti. Dan sepertimana yang diulangi, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu. Begitu juga dengan sebahagian pemimpin DAP. Sebaliknya, apa yang ingin diusahakan adalah keberkesanan perkhidamatan awam dengan ditingkatkan mutu perkhidmatan. Bukti nyata ialah apa yang dilakukan di bawah kerajaan Negeri PR. Berapa ramaikah kakitangan kerajaan Negeri yang dibuang kalau ada? Jawapannya tidak walau seorang. Jelas UMNO hanya ingin membohongi bangsa Melayu seperti biasa supaya UMNO kekal berkuasa. PAS TUNDUK PADA DAP? Dikatakan juga bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP kerana kalau tidak orang bukan Islam tidak akan mengundi PAS di dalam Pilihan Raya. Maka mereka akan undi siapa? Kalau di Parlimen Shah Alam, sebagai contoh, calonnya dari PAS dan UMNO. Kalau mereka tidak undi PAS, adakah mereka akan undi UMNO? Atau mereka akan mengundi DAP yang tidak bertanding? Kalau undi DAP maka dikira undi rosak dan sekiranya undi UMNO, maka lagi teruklah akibatnya. Selagi PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam dan menghormati hak bukan Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri, masyarakat bukan Islam akan terus mengundi PAS. Ini adalah kerana UMNO adalah jauh lagi teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan merosakkan Melayu, UMNO merosakkan Negara dan masyarakat bukan Islam memahami perkara ini. Jelas bahawa sekali lagi UMNO ingin membohongi bangsa Melayu dan bukan Melayu. KEDUDUKAN KUASA POLITIK MELAYU Sekiranya PR memerintah di Pusat, kerusi perwakilan Melayu di Parlimen akan tetap seperti sekarang iaitu lebih ramai dari yang bukan Melayu, apabila dijumlahkan keseluruhannya iaitu pemerintah dan pembangkang. Oleh itu, tiada undang-undang atau dasar yang merugikan orang Melayu akan dapat diluluskan sekiranya ada yang berniat melakukannya sekalipun. Maka orang Melayu tidak perlu khuatir atau takut akan masa depan mereka. Dengan itu mereka boleh turut sama dalam usaha membasmi negara dari budaya politik rasuah, kronisma dan rasis yang dijuarai UMNO dan BN. Ini akan membebaskan masyarakat Melayu dari penjajahan minda Melayu yang dilakukan UMNO selama ini sehingga Melayu terpaksa redha dengan rasuah dan penyelewengan ‘pemerintah Melayu’ atas alasan ‘ingin menjaga kuasa politik Melayu’. Dengan itu bangsa Melayu akan sebenarnya bebas. Dan akan turut berkembang segar politik Melayu selepas itu setelah dibebaskan dari belenggu yang menghimpitnya selama ini; bebas untuk dicorakkan politik Melayu tanpa rasuah dan kronisma; bebas untuk menuju keredhaan illahi. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
----------------------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam yang juga AJK PAS Pusat.
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/7042-khalid-samad-tercabarkah-politik-melayu
Umno jangan mimpi perpaduan Umno-PAS |
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com |
Tiga kali Muktamar PAS memutuskan dan mengulangi ketegasannya bahawa tidak akan wujud gabungan atau persefahaman atau dalam istilah apapun antara PAS dan Umno. Bahkan Keputusan Muktamar itu disusuli kenyataan demi kenyataan dari pemimpin PAS bahawa parti itu akan terus setia dengan Pakatan Rakyat, gabungan yang telah mencapai kemenangan besar dalam PRU Ke-12 2008 yang lalu. Oleh itu segala kenyataan dari pemimpin Umno dan mereka yang sehaluan dengannya mengenai perlunya persefahaman atau gabungan PAS-Umno kononnya demin untuk perpadian ummah, hanyalah ‘cakap-cakap tepi jalan’ yang tidak mempunyai makna dan andaran apa-apa. Cakap-cakap manis dibibir pemimpin Umno ini hanya untuk menimbulkan suatu tanggapan palsu bahawa kononnya Umno memang mahukan pepaduan Melayu/Islam demi untuk kepentingan politik umat Islam. Apabila jelas PAS menolaknya berulang kali, lalu mereka membuat andaian dan ruduhan jahat bahawa PAS takut dengan kemarahan DAP, atau tunduk kepada pengaruh DAP yang tidak mahu Umno bergabung dengan PAS. Dakwaan karut ini terus diulangi oleh pemimpin Umno di mana saja ada kesempatan, terutama menjelang PRU Ke-13 ini. Iaitu dengan maksud untuk menanamkan kebencian orang Melayu terhadap PAS dan seterusnya DAP bahawa PAS lebih bersedia menerima DAP dari Umno. Mereka menjaja premis ini terumata di luar bandar, kerana mereka yakin dakwaan ini mudah diterima oleh orang Melayu kerana untuk puluhan tahun digambarkan oleh Umno/BN ini bahawa DAP adalah parti perkauman Cina dan berbahaya kepada orang Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa. Secara tidak benar mereka menggambarkan bahawa DAP adalah dominan dalam Pakatan Rakyat sementara PAS hanya mengiukut kehendak PAS. Analogi palsu ini bertahun dijaja oleh Umno/BN dan ditiupkan kembali dengan hangatnya menjelang PRU Ke-13. Ini semata-mata untuk mengekalkan kuasa Umn/BN yang bergelomang dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi. Oleh itu penegasan berulang kali oleh pemimpin PAS bahawa parti itu tidak akan bergabung dengan Umno adalah penegasan yang sepatutnya diterima oleh orang Melayu yang sesetengahnya mungkin terpengaruh dengan propaganda Umno ini. Oleh itu adalah wajar saya perturunkan kembali sebahagian Surat Terbuka Kepada Orang Melayu dari Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: “Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk. Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu lebih dulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanah air ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah Barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan di antara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka. Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai Barat dan Malaysia Timur. Semua negerinegeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam. Umno sebenarnya yang bermasalah. Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan saja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan Bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemungkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat. Demikianlah pandangan Dato Seri Presiden yang sangat wajar menjadi renungan mengapa PAS menolak gabungan dengan PAS dan inilah juga sebahagian hujah yang dikemukakan oleh pemimpin dan perwakilan dalam tiga Muktamar Tahunan PAS di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu. Oleh itu suara-suara yang kedengaran kembali mengenai perpaduan Umno-PAS, terutama menjelang PRU ke-13 akan datang, adalah suara yang tidak memahami hakikat sebenar jalur perjuangan PAS, atau mereka yang keliru, atau untuk kepentingan politik golongan sekular/perkauman. Pandangan ini sudah tentu bertentangan dengan Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/7065-umno-jangan-mimpi-perpaduan-umno-pas
Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan |
Mohd Sabri Said |
BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran. "Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini. "Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam. Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya. "Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu. "Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya. Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi. Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya. "Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya. Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan. Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan. Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat. Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri. "Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang. Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai. Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni. Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7131-umno-tidak-boleh-dipakai-lagi-bekas-pengarah-pendidikan
Umno Besut kibar bendera negeri separuh tiang? |
Khairul Azlam Mohamad |
BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu. Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar. Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali. “Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya. Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu. “Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama. “Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya. Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7227-umno-besut-kibar-bendera-negeri-separuh-tiang
Bekas YB Umno akui pemimpin Umno bukan berjuang untuk bangsa
Aziz Muda , | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.
Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.
Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.
"Adakah ahli-ahli Umno di kampung-kampung percaya dengan perkara itu? Tetapi percaya atau tidak, memang itulah realitinya yang perlu disedari," tegas bekas pemimpin Umno yang juga bekas wakil rakyat dari Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.
Ketika mendedahkan perkara itu, beliau menegaskan, kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi negara.
Sebaliknya, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin Umno, sehingga menyebabkan usaha mencapai saham bumiputera 30 peratus daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.
Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet dan kemudian turut didedahkan dalam blog "Apa Khabar Ganu Kita" semalam.
Bekas Adun Pulau Manis, Pahang itu menegaskan, punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.
Katanya, kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya, namun 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.
"Walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu, mereka sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.
"Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu," katanya.
Datuk Mohd Ariff adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Jawatan Ketua Penerangan itu bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian dan beliau adalah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.
Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya dan hubungan baiknya dengan Najib, beliau berharap agar pendedahannya itu akan memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno agar tidak lagi menaruh kepercayaan kepada parti itu dan BN untuk memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang.
Sumber HD : 25/01/2012

'Undi MCA bermakna beri kuasa kepada Umno'
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: PAS bersetuju bahawa orang Cina sedar, mengundi DAP bermakna memberi kuasa kepada PAS namun mereka juga sedar, mengundi MCA bermakna memberikan kuasa kepada Umno yang perkauman itu.
Demikian kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) dalam twitternya.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider semalam.
Dalam wawancara itu, Chua Soi Lek mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”
“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.
“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider (TMI) dalam temubual ekslusif minggu lalu.
Dr Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.
Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, lapor TMI.
Sumber HD : 25/01/2012
TEMERLOH, 1 Feb: Umno didakwa hanya boleh hidup di tempat yang masyarakatnya tidak bermaklumat, kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik
(gambar).
Beliau berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat.
Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu, Mokhtar menambah masyarakat yang jahil dan tidak bermaklumat lazimnya sukar untuk melakukan perubahan.
“Habitat Umno ialah masyarakat yang jahil dan di situlah biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat.
“Maknanya Umno-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan kita, dalam masyarakat bermaklumat PAS berkembang subur.
(Gambar: Ustaz Mokhtar melancarkan konvensyen dengan dengan mengklik tayangan slaid)
“Ini terbukti perjuangan PAS sekarang mudah diterima di bandar-bandar yang terdedah dengan maklumat darpada media baru berbanding di luar bandar yang hanya bergantung media tradisional yang terkongkong,” jelasnya.
Mokhtar menambah, dakwah Islam juga perlukan kepada masyarakat bermaklumat ini terbukti perkembangan di Eropah 3,000 orang sehari menganut Islam, berbeza dengan negara yang disekat maklumat umpamanya di China.
“Sebab itu cabaran untuk kita memperjuangkan Islam mesti mahukan masyarakat yang ada bermaklumat. Jadi cabaran kepada jentera penerangan PAS ialah mewujudkan saluran alternatif maklumat jika mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang.
“Bagaimanapun pengamal media baru PAS mesti berdisiplin membawa berita yang benar. Kita tidak boleh mengikut rentak musuh yang menggunakan saluran untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan,” ujarnya.
Serentak dengan itu beliau mahu PAS meneroka saluran baru melalui media baru selain daripada medium tradisional dipertingkat bagi merancakkan saluran sedia ada.
Kira-kira 200 daripada seluruh hadir mengikuti konvensyen sehari suntuk itu.
(Gambar: Lutfi dan Shuhaimi semasa dialog)
Sementara itu pembentang kertas kerja, Pengarah Jabatan ICT Pusat Suhaimi Embong berkata di malaysia ada 12 juta pengguna laman sosial facebook iaitu di tempat ke 17 tertinggi di dunia dengan 60% pengguna merupakan golongan muda.
Tambahnya, dalam konteks media baru semua orang sudah boleh menjadi agen penerangan dan maklumat iaitu melalui blog, laman web, facebook dan IPTV.
“Saya cadangkan ditubuhkan skuad gabungan tenaga untuk mobilisasi media baru secara berpasukan bermula pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Bahan mestilah boleh dipertanggungjawabkan kerana dengan adanya media baru ini boleh tersebar dengan cepat dan luas. Bagaimanapun di kampung yang tiada ases internet, boleh diadakan wayang pacak sebagai alternatif,” katanya.
Seorang lagi pembentang kertas kerja, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, berkata pilihan raya umum (PRU) ke 13 bukan saja getir tetapi juga sukar dan kritikal kepada PAS.
Tambahnya, oleh yang demikian cabaran kita ialah menyalurkan maklumat dan berjaya mengubah persepsi orang Melayu kerana politik adalah persepsi.
Sumber HD : 1/02/2012

Habitat Umno masyarakat tanpa maklumat
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |

Ahmad Maslan ulangi perbuatan Anwar, Khir
Mohd Sayuti Omar, | 17 Feb 2012 |
Bila saya tengok gambar Ahmad Maslan sedang memegang Buku Jingga untuk dibuang ke dalam tong sampah di sebuah pentas yang indah di hadapan para peneroka saya teringat kepada dua peristiwa satu yang menimpa ke atas diri saya sendiri dan satu lagi ke atas Pegawai Daerah Hulu Selangor.
Peristiwa yang menimpa saya ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengherdik dan memperlekehkan saya apabila saya menulis sebuah buku politik berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi Dan Realiti. Buku itu mengkritik peribadi dan stail politiknya. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahu apabila berliau tersua dengan saya di parlimen.
Saya masih ingat antara herdikan Anwar; "Buku you memalukan apa lagi kalau dibaca oleh anak-anak sekolah, elok di tong sampahkan!" Oh...begitulah kata Anwar dengan suara yang angkuh. Di sekelilingnya ada beberapa orang kawan saya yang mendengar herdikan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia orang nombor dua terkuat di Tanah Malaya.
Saya tidak mudah gelabah dan gentar dengan herdikan Anwar. Saya menjawab dan menyambut kata seperti mana gendang yang Anwar tabuhkan. Dia juga peragah dengan tindakan saya yang dia kira saya anak cicak.
Di dalam buku itu ada saya tulis fasal dia bergambar dengan perempuan dan bersalam dengan wanita bukan ajnabi. "Lepas ini dengan perempuan mana pula you nak taruh dalam buku?" begitu tanya Anwar dengan menyinga.
Tanpa membiarkan saat berlaku saya terus menjawab; "tenguklah dengan artis mana you bergambar saya akan masukan."
Selepas itu ada lagi dialog keras dan kering saya dengannya. Rasanya tidak elok kalau saya turunkan di sini sebab perkara ini sudah berlaku lebih 19 tahun. Peristiwa itu berlaku tahun 1993 dan mungkin Anwar sudah pun melupainya apabila beliau membaca buku saya membela beliau selepas dizalimi Mahathir berjudul; Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa.
Peristiwa kedua yang mengimbaukan ingatan saya tatkala melihat gelagat Mat Maslan ialah yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Pegawai itu dihadiahkan penyapu kerana jajahan yang dibawah pentadbirannya gagal menunjukkan prestasi seperti mana ditetapkan, pentadbiran lemah menyebabkan cukai tidak banyak dikutip.
Kononnya dengan pemberian penyapu itu sebagai simbolik untuk pegawai itu membuat pembesihkan ke atas para pegawainya yang lemah dan gagal mencapai prestasi yang diharapan. Pemberian itu dibuat di satu majlis yang dihadiri oleh semua pegawai daerah. Niat Khir mungkin baik tetapi cara yang dibuatnya tidak beradat.
Kedua peristiwa yang saya sebut tadi, baik yang menimpa saya oleh Anwar dan yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor oleh Khir Toyo seakan telah terbalas. Walaupun saya tidak mengharap Anwar jadi seperti hari ini, terlepas jawatan Perdana Menteri di era Mahathir, tetapi ia terubat dengan apa yang ada hari ini. Yang sudah biarlah sudah malahan hari ini simpati dan kesian saya kepada Anwar menyebabkan saya membela kezaliman dilakukan terhadapnya.
Setidak-tidaknya Anwar akan mengenang kembali apa yang saya tegur beliau dalam buku berkenaan. Apa yang saya peringatkan kepadanya di dalam buku berkenaan adalah demi kebaikannya tetapi dianggap sebaliknya waktu itu. Itu satu kesilapan di mana kita sebagai manusia jangan mudah meremehkan nasihat orang lain hatta dari siapa yang memberi nasihat dan kritikan itu.
Begitu juga nasib yang diterima Khir hari ini telah menginsafkannya. Walaupun pemberian penyapu itu bukan sebab utama beliau menjadi seperti hari ini tetapi Khir boleh ingat kembali bahawa perbuatan itu memalukan pegawai daerah berkenaan. Walaupun Khir berniat baik demi untuk meningkatkan daya kerja dan memajukan Selangor tetapi hadiah itu tidak kena dan mengaibkan orang lain. Apa lagi penyapu dalam budaya Melayu sesuatu yang menyialkan. Apabila kita mengaibkan orang lain sebegitu rupa maka lambat laung kita juga akan merasai aib yang sama.
Hari ini saya rasa pegawai yang menerima penyapu itu boleh hidup aman damai dalam perasaraanya, sebaliknya Khir masih bergelumang dengan rasa takut, malu dan hina kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukum penjara selama 12 bulan.
Apa yang hendak diceritakan hari ini, ialah hal yang hampir sama berlaku yang dilakukan oleh Ahmad Maslan. Perbuatan Mat Maslan membuang Buku Jingga satu perbuatan menghina Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat seluruhnya. Tidak patut Mat Maslan berbuat demikian kerana ia menguris hati orang. Apa yang Mat Maslan lakukan itu sama nilainya dengan tindakan Anwar mengherdik saya dan juga Khir memberi penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor itu.
Sebagai orang politik Mat Maslan tidak sepatutnya berbuat begitu. Beliau seharusnya sedar Buku Jingga adalah kitab politik Pakatan Rakyat. Ia adalah janji dan manifesto Pakatan Rakyat. Betapa pun janji dan manifesto itu tidak munasabah dan tidak tersaul dek akalnya, tetapi beliau tidak boleh menghina kerana sebagai manifesto ia adalah kita suci dalam politik.
Bukan saja Buku Jingga itu tetapi mana-mana manifesto parti politik tidak boleh dihina. Ia adalah kitab suci politik. Sepatutnya sebelum membuat gimik itu di hadapan peneroka Mat Maslan cuba bayangkan bagaimana kalau ada orang lain mencampak kertas dasar Felda atau pun bendera Umno ke dalam tong sampah. Beliau harus menyelami secara piskologis bagaimana perasaan orang yang menyanjungi buku berkenaan.
Kepada saya apapun alasan tindakan Mat Maslan tidak bijak dan meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak matang dalam politik. Seperti mana kata Presiden Anak, Mazlan Aliman apa yang sepatutnya Mat Maslan lakukan ialah membahas secara akdemik apa yang dicatat dalam Buku Jingga berkenaan bukannya menohoknya ke dalam tong sampah.
Era ini bukan lagi zaman orang berak dan kencing atas bendera. Menyatakan kemarahan demikian adalah jenis orang yang tidak ada akalbudi dan belum tamadun.
Sikap Mat Maslan itu kurang lebih daripada perangai Inchek Ibrahim Ali sahaja ataupun kumpulan Melayu polong yang memijak kepala lembu atau pun menganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Apakah Mat Maslan juga sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?
Peluang masih ada untuk Mat Maslan membersihkan dirinya. Beliau boleh memohon maaf atas perbuatan itu dan mengambil balik Buku Jingga yang dilemparkan ke dalam tong sampah. Paling afdal bagi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Felda itu ialah merukupkan tong sampah ke atas kepalanya kemudian berjalan keliling padang sebanyak 50 kali. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 17/02/2012
Kesian kat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang satu masa dulu mengetuai 40 orang penyamun ulama muda masuk Umno.
Bila dia dengar TG Hj Hadi Presiden PAS bercakap pasai bai'ah kepada semua calon PAS, dia yakin dia ada peluru yang cukup hebat untuk belasah PAS. Hebatnya peluru tu, dia bukan setakat boleh belasah pas tapi boleh belasah Presiden PAS.
Aku mengaku bab hukum ni aku
memang jahil, belajar pulak aliran sekular jadinya memang tak berapa nak layak
nak komen bab hukum. Apapun aku yakin pemimpin PAS tentu punya boleh bagi dalil
untuk mewajarkan baiah kepada setiap bakal calon PAS macam yang Presiden PAS
bagi tau tu.
Cumanya suka aku nak bagi nasihat kepada ulama' muda Umno yang dah mula berjinak-jinak dengan politik. Sebagai ahli politik nak kena peka sentiasa, jangan la sampai kenyataan yang dibuat tanpa disedari membelasah ketua sendiri.
Bukan calang-calang yang Ust Fathul Bari terbelasah tu, Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Berapa banyak istilah syara' yang Muhyiddin Yassin guna dalam bai'ah tu. Cumanya Timbalan Presiden Umno tu tak berani la nak bai'ah macam yang PAS biasa buat pasai dia pun tau kalau buat bai'ah macam yang PAS biasa buat memang tentu punya majoriti klau pun mungkin tak semua pemimpin Umno yang berbai'ah tu akan kena tulah.
Bagi PAS sendiri, aku yakin pemimpin PAS majoritinya tak takut untuk berbaiah pasai depa memang ikhlas. Cumanya tak mustahil ada jugak jenis yang mungkin sampai tahap munafiq yang berani berbai'ah walaupun ada agenda peribadi.
Contoh macam Dr. Hasan Ali, aku tak pasti macamana rupa bai'ah dia dulu tapi aku yakin lebih kurang sama ja dengan macam yang TG Hj Hadi bagitau tu. Kalau betul macam tu, aku harap moga-moga Dr. Hasan segera perbetulkan niat dia dan perbetulkan tindakan dia supaya tak bercanggah dengan bai'ah dia dulu.
Apa pun, kot-kot Ust Fathul Bari lupa, kat bawah ni screenshot Sumpah Bai'ah Taat Setia Perwakilan Umno yang dilaporkan oleh mStar.
Yang menariknya Dr. Mahathir pun sibuk nak komen jugak pasai bai'ah ni.
Hahaha...
Source: http://cenangau.blogspot.com/2012/02/ulama-muda-umno-belasah-muhyiddin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29
Sumber HD : 25/02/2012
Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.
Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-ruang temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakutkan kerana ia menjelang pilihan raya.
Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam bekerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memparahkan Umno.
Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.
Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.
Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.
Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.
"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melicinkan tugasan wanita maka bau hapak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.
Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuhan sang setia Sharizat.
Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.
Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.
Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tengok sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.
Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.
Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!
Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya.

Ulama muda Umno belasah Muhyiddin?
Cenangau.blogspot.com, | 25 Feb 2012 |
Kesian kat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang satu masa dulu mengetuai 40 orang penyamun ulama muda masuk Umno.
Bila dia dengar TG Hj Hadi Presiden PAS bercakap pasai bai'ah kepada semua calon PAS, dia yakin dia ada peluru yang cukup hebat untuk belasah PAS. Hebatnya peluru tu, dia bukan setakat boleh belasah pas tapi boleh belasah Presiden PAS.
Louis Koo? Daniel Wu? Sapa hangpa pilih? #DontGoBreakingMyHeartMaka dia dengan yakin mula tembak peluru dia macam yang dilaporkan Utusan:
[Sumber: Utusan] |
Cumanya suka aku nak bagi nasihat kepada ulama' muda Umno yang dah mula berjinak-jinak dengan politik. Sebagai ahli politik nak kena peka sentiasa, jangan la sampai kenyataan yang dibuat tanpa disedari membelasah ketua sendiri.
Bukan calang-calang yang Ust Fathul Bari terbelasah tu, Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Berapa banyak istilah syara' yang Muhyiddin Yassin guna dalam bai'ah tu. Cumanya Timbalan Presiden Umno tu tak berani la nak bai'ah macam yang PAS biasa buat pasai dia pun tau kalau buat bai'ah macam yang PAS biasa buat memang tentu punya majoriti klau pun mungkin tak semua pemimpin Umno yang berbai'ah tu akan kena tulah.
Bagi PAS sendiri, aku yakin pemimpin PAS majoritinya tak takut untuk berbaiah pasai depa memang ikhlas. Cumanya tak mustahil ada jugak jenis yang mungkin sampai tahap munafiq yang berani berbai'ah walaupun ada agenda peribadi.
Contoh macam Dr. Hasan Ali, aku tak pasti macamana rupa bai'ah dia dulu tapi aku yakin lebih kurang sama ja dengan macam yang TG Hj Hadi bagitau tu. Kalau betul macam tu, aku harap moga-moga Dr. Hasan segera perbetulkan niat dia dan perbetulkan tindakan dia supaya tak bercanggah dengan bai'ah dia dulu.
Apa pun, kot-kot Ust Fathul Bari lupa, kat bawah ni screenshot Sumpah Bai'ah Taat Setia Perwakilan Umno yang dilaporkan oleh mStar.
[Sumber: mStar] |
Source: http://cenangau.blogspot.com/2012/02/ulama-muda-umno-belasah-muhyiddin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29
Sumber HD : 25/02/2012
Tudung Inggeris dengan Tudung Arab
http://msomelayu.blogspot.com, | 25 Mac 2012 |
Gelora yang melanda wanita Umno hari memberi suasana yang tidak kondusif kepada UBN amnya dan Najib Razak khasnya. Adalah satu kesilapan besar... umpama menyimpan kudis yang akan menjadi barah kalau Umno atau Najib menolak hakikat wanita Umno kini berpecah kepada dua puak; puak menyokong Shariat Abdul Jalil dan yang tidak menyokong yang dilambangkan oleh naibnya, Kamalia Ibrahim.
Kalau tidak berpecah dua dan wanita Umno dalam keadaan keliru, tidak mungkin diadakan himpunan wanita Umno semalam untuk memberi 'pencerahan' terhadap beberapa isu yang timbul. Pencerahan itu bererti ada ruang-ruang temaram dan gelap di dalam wanita Umno pada masa ini yang perlu dibersihkan. Keadaan kini tidak wajar berlaku dan sesuatu menyedih lagi menakutkan kerana ia menjelang pilihan raya.
Wanita adalah agen terpenting dalam Umno. Wanita menjadi tenaga utama dalam jentera Umno kerana kesungguhan dan keseriusan mereka setengahnya sehingga ada melupai suami dan anak-anak dalam bekerja untuk kemenangan Umno. Apabila fraksi itu sudah berpecah dan tidak sekata ia memparahkan Umno.
Selepas majlis semalam diadakan pula sidang akhbar untuk kesemua pihak terkhusus Sharizat dan Kamalia membuat penjelasan. Sharizat cuba menunjukkan akan dirinya tidak berubah walaupun dia sudah pasti tidak akan menjadi menteri selepas ini. Jaminan Najib agar wanita bersama Sharizat juga memberi kekuatan kepadanya dan eksploit olehnya kononnya ia masih ada sokongan. Tetapi apa guna kekuatan kalau jawatan tidak ada. Dalam Umno jawatan mengatasi segala-galanya. Seseorang itu menjadi kuat, disayangi dan dihormati kerana adanya jawatan.
Sidang akhbar itu banyak disuluh dan ditumpukan kepada Kamalia sebab Kamalia yang menonjol dalam mengkritik dan tidak senang dengan Sharizat ekoran terpalit tahi lembu cair dari lembu gembuk milik suaminya.
Kamalia tidak senang dengan isu itu. Pengumuman Sharizat untuk berundur dari kabinet dilihat sebagai tidak menyelesaikan masalah atau kemelut dalam wanita Umno kerana pengundur itu bukan ikhlas dan suci. Ia dibuat Sharizat setelah beliau terhidu yang kouta senatornya yang tamat 8 April tidak akan disambung lagi. Bagi Kamalia keikhlasan Sharizat boleh diterima kalau beliau berundur sekarang.
Mengenang saya nampak Kamalia ikhlas dan bukan dia berbuat untuk mendapat sesuatu. Beliau bimbang kerana isu projek lembu gemuk (NFC) akan memakan Umno. Lagi pun isu lembu gemuk menyulitkan untuk wanita bergerak kerana mereka turut dipalitkan sama apabila ketua mereka Sharizat ditengok terlibat.
"Hari ini kami (wanita Umno) dipanggil lembu," demikian kata Kamalia dipetik dari satu laporan protol. Jadi untuk melicinkan tugasan wanita maka bau hapak lembu hendaklah dibuang dari wanita Umno. Kamalia merasakan bahawa projek lembu gemuk turut terpalit ke kelubung merah dia sendiri dan wanita lain juga. Desakan itu pastinya demi menjaga maruah wanita Umno seluruhnya.
Alasan Kamalia itu memang betul dan tepat. Apa yang menimpa Sharizat itu seolah-olah setitik nilai yang jatuh ke dalam susu sebelanga. Maka walaupun dia tahu penyokong setia Sharizat akan marah kepadanya, tetapi demi tanggungjawab dan amanah parti dia terpaksa cakapkan juga tanpa memperdulikan suara cemuhan sang setia Sharizat.
Gara-gara isu dialami Sharizat menyebabkan timbul suasana berbelah bagi dalam wanita Umno. Ada bersetuju kalau Sharizat bukan saja melepas jawatan menteri tetapi jawatan ketua wanita juga. Mereka yang selama ini bergantung hidup mendapat ehsan dari kedudukan Sharizat sebagai menteri akan menyokong habis-habisan. Manakala yang benar-benar menjaga nama baik dan maruah parti bersetuju dengan saranan Kamalia itu.
Media massa tidak cuba highligt keadaan ini dan cuba diselindungkan perbalahan itu. Namun apa yang wujud dihati tidak dapat disembunyikan. Di dalam lensa kemera dan gambar-gambar dipaparkan menjelaskan bahawa tidak ada gambar Kamalia bersama Sharizat. Tidak ada propaganda kemesraan di antara mereka berdua. Ketiadaan gambar ini menunjukkan kedua pihak sedang berperang. Sebelum ini pun perang dingin keduanya sudah berlaku. Perkara paling jelas perwatakan, peribadi dan pemikiran keduanya jauh berbeza.
Umum sudah tahu mereka tidak dari satu rahim pemikiran. Usah melihat jauh, tengok sahaja kepada bentuk tudung yang mereka pakai sudah menjelaskan perbezaan itu. Sharizat pakai tudung stail Inggeris manakala Kamalia memakai tuduh stail Arab. Tudung Sharizat nampak ekor lembu di dahi manakala tudung Kamalia menutup rambut dan aurad.
Pakaian dan syaksiah mereka menunjukkan perbezaan dan keperibadian ini. Pakaian juga tercermin dalam wanita seluruhnya. Mana-mana wanita yang bertudung Inggeris adalah penyokong Sharizat manakala yang bertudung Arab adalah penyokong Kamalia.
Apa yang tercermin dari keperbadian dan fesyen ini ia tidak boleh dibohongi. Pakaian mencerminkan apa yang terlindung di dalam. Besar atau leper di dalam akan digambar menerusi pakaian!
Dalam melihat perbalahan di antara Sharizat dengan Kamalia ini ia tidakakan reda walaupun ia diminta oleh Najib. Sama ia akan menjejaskan persiapan Umno untuk menghadapi pilihan raya atau tidak, tetapi yang nyata dalam pertandingan akan datang ada perebutan hangat dalam pergerakan wanita sayap kiri Umno. Perang itu juga sedikit sebanyak akan menjejaskan Umno menghadapi pilihan raya.
Sumber HD : 25/03/2012
Kamilia anggap Shahrizat pembawa penyakit
Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April: Meskipun ditekan hebat untuk menarik balik kenyataan beliau menasihatkan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk turun takhta, timbalan Ketua Wanita Umno Kamilia Ibrahim terus menekan bahawa seseorang yang membawa penyakit tidak perlu dibawa ke medan perang.
“Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang? Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang?” kata Kamilia ketika wawancara bersama Mingguan Malaysia semalam.
Kamilia berkata demikian ketika disoal soalan sinis wartawan Mingguan Malayia bahawa beliau sebagai orang nombor dua sepatutnya berdiri teguh di belakang ketua namun kenyataan beliau sebelum ini tidak seperti diharapkan untuk menggambarkan perpaduan dalam Wanita.
“Kita sebagai Wanita perlu tahu makna solidariti yang sebenarnya,” jawab Kamilia, sambil menegaskan bahawa tindakan beliau ini tidak mempunyai niat untuk memecah-belahkan Umno wanita, tapi hanya sekadar mengiktiraf masalah skandal National Feedlot Corporation, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh kini didakwa melakukan pecah amanah berhubung RM250 juta pinjaman kerajaan untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan.
“Saya bercakap sebab saya mengiktiraf masalah itu, memberitahu inilah masalahnya, menyedari dan menyelesaikan masalah itu. Malangnya ada kalangan Wanita tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar,” kata beliau.
Bagaimanapun tidak diketahui samada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini memberi sokongan kepada Shahrizat dan Setiausaha Agong UMNO Tengku Adnan Mansor yang mengkritik beliau kerana “mengiktiraf” masalah NFC tergolong dalam kumpulan “tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar” yang disebut Kamilia.
Sumber HD : 2/04/2012

Jika Shahrizat ada 'penyakit', ia bawaan Umno
Abdul Aziz Mustafa, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April: Jika benar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibayangkan membawa penyakit yang boleh berjangkit, penyakit itu adalah penyakit bawaan Umno, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Apabila Naib Ketua Wanita Umno (Datuk Kamilia Ibrahim) menyatakan tentang orang yang membawa penyakit yang boleh berjangkit, umum menganggap ia ditujukan kepada Shahrizat.
"Sebenarnya adalah tidak adil menuduh Shahrizat sahaja yang membawa penyakit kerana Umno itu sendiri yang berpenyakit.
"Jika benar Shahrizat yang dibayangkan membawa penyakit yang boleh berjangkit, penyakit itu adalah penyakit bawaan Umno," kata beliau.
Mahfuz menyifatkan apa yang dinyatakan oleh Kamilia itu membenarkan lagi apa yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Umno busuk hingga ke ususnya.
"Perkembangan demi perkembangan semakin membuktikan kebenaran kata-kata Dr Mahathir yang menyifatkan Umno sudah jadi parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya.
"Semakin hari semakin cukup lengkap sifat sebenar Umno, parti perasuah, busuk hingga ke usus, pembawa penyakit, lembu dan selepas ini akan lebih lengkap lagi," katanya.
Sebelum ini, dalam desakannya supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, Kamilia berkata ahli-ahli Wanita Umno mengadu mereka merasa sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej ketua mereka tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'," kata Kamilia.
Dengan perkembangan sedemikian, Mahfuz juga yakin selepas ini semua orang Umno akan dipanggil lembu oleh masyarakat.
"Sekarang semua orang tahu, (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang beria-ia mengekalkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.
"Bila Najib berkeras mengekalkan Shahrizat, saya yakin selepas ini semua orang Umno akan dipanggil lembu oleh masyarakat dan bukan Wanita Umno sahaja yang dipanggil lembu seperti yang diakui oleh Kamilia," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Malah, Mahfuz menyifatkan tindakan Najib yang berkeras mengekalkan Shahrizat itu mengesahkan tanpa sebarang keraguan lagi apa yang ditulis oleh Dr Mahathir dalam blognya sebelum ini.
Bekas Presiden Umno itu menulis: "Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan".
Malah, Mahfuz juga menyifatkan Dr Mahathir secara tidak langsung menyatakan ketidakyakinannya kepada Umno apabila baru-baru ini menyatakan parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan golongan cerdik pandai dan profesional ke dalam Umno.
Dr Mahathir mendedahkan, "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS".
Sebab itulah, kata Mahfuz, kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri dari Umno kelihatan begitu bodoh dan boleh ditipu begitu sahaja oleh menteri dari MCA.
Beliau merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ketika kejadian itu berlaku, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia.

'Kalau ahli Umno, apa dibuat pasti untuk Umno'
Muhammad Faizal, | 27 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, rakyat akan terus hilang keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mengetahui Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno.
Pada satu sidang media di pejabatnya, beliau berkata adalah amat sukar untuk meyakini keputusan yang dibuat oleh SPR apabila kedua-dua orang tertinggi dalam SPR merupakan ahli Umno.
"Sekarang semakin sukar untuk kita yakin bahawa apa yang diputuskan oleh SPR sama ada untuk kebaikan semua pihak ataupun hanya kepentingan Umno sahaja.
"Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini kita melihat keputusan yang dibuat oleh SPR hanya untuk memastikan kemenangan kepada Umno Barisan Nasional," jelasnya.
Tambahnya lagi, dalam keadaan SPR sebagai badan pengendali sebuah sistem demokrasi negara, mereka yang menerajuinya perlulah bebas tanpa sebarang jawatan mahupun anggota parti.
"SPR sepatutnya bebas dari ikatan mana-mana parti politik tapi ini tidak kepada kedua-dua mereka dalam SPR yang merupakan ahli Umno.
"Bagaimana kita ingin memastikan sistem pilihanraya di negara ini berjalan mengikut konsep demokrasi tanpa ada berat sebelah ataupun pelan rangka untuk memenangkan satu parti politik sahaja iaitu Barisan Nasional," sambungnya yang juga AJK PAS Pusat.
Khalid menyatakan walaupun terdapat penafian dari kedua-dua mereka tetapi tindak tanduk yang dilakukan tidak boleh diterima akal.
Malah isu yang berkaitan pengundi ragu yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, penambahan undi pos juga dilihat satu agenda untuk memenangkan Umno Barisan Nasional.
"Kalau dah ahli Umno apa yang mereka buat sudah pasti untuk Umno dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.
"Ketelusan SPR untuk memastikan pilihanraya yang adil serta telus sudah pasti tidak akan terlaksana apabila mereka yang membuat keputusan memihak kepada Umno-Barisan Nasional," kata beliau lagi.
Sebelum itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mengikut undang-undang, tidak salah penjawat awam menjadi ahli parti politik, asalkan tidak memegang jawatan dalam parti itu.
Beliau turut memberi alasan bahawa tidak semestinya dengan menjadi ahli Umno, mereka dengan mudah akan mengkhianati amanah yang diberikan (dalam mengendalikan SPR).
Sumber HD : 27/04/2012

Sambutan 66 tahun Umno patut tuntut Najib undur
Abdul Aziz Mustafa, | 08 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Perhimpunan menyambut ulang tahun Umno 11 Mei ini sepatutnya menjadi perhimpunan menuntut pengunduran Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Seluruh dunia telah membaca laporan bahawa pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian senjata Perancis-Malaysia kelmarin mendakwa menemui bukti bahawa Najib yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.
"Seluruh dunia membaca laporan yang boleh ditafsirkan perbuatan rasuah tahap melampau itu.
"Adakah Umno tidak malu dan tidak bermaruah?" tanya beliau.
Laporan juga menyatakan bahawa menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu, terdapat faks menunjukkan Najib didakwa meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
"Melainkan Umno tidak bermaruah dan tidak mempunyai rasa malu walau sedikit pun, parti itu mesti menentukan pendirian sama ada terus menerima Najib yang begitu tercemar imejnya sebagai presiden atau menuntut beliau berundur dengan segera," kata Mahfuz.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Najib bukan sahaja tercemar dengan isu Scorpene, malah lebih tercemar lagi dengan isu Altantuya Shaariibuu.
"Begitu banyak akhbar dari seluruh dunia yang terang-terangan mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya, tetapi beliau terus membisu tanpa menunjukkan sebarang keberanian untuk membela dan mempertahankan dirinya dari tuduhan-tuduhan itu.
"Sehingga hari ini seluruh dua tertanya-tanya mengapa Najib tidak berani mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya itu," kata Mahfuz.
Sikap tidak berani yang terang-terang ditunjukkan oleh Najib itu mengakibatkan beliau dipandang tidak bersih dalam isu Altantuya, katanya.
Mahfuz juga tidak berani menolak kemungkinan Umno akan dijaja oleh rakyat sebagai parti yang paling tidak bermaruah dan tidak mempunyai rasa malu walau sedikit pun jika terus menerima Najib sebagai Presidennya.
"Saya juga tidak berani menolak kemungkinan bahawa (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tidak sanggup melihat Umno dijaja oleh rakyat sebagai parti yang paling tidak bermaruah dan tidak mempunyai rasa malu," katanya.
Umno kini sedang mengerah ahli-ahlinya untuk berhimpun di Stadium Bukit Jalil 11 Mei ini bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-66.
Sumber HD : 8/05/2012

Slogan baru 1Malaysia?: Ku tak rela ku tak redha - "Haramjadah!"
http://garamlada.blogspot.com, | 09 Mei 2012 |
"Ku tak rela, ku tak redha". "Haramjadah!" Nampaknya 1Malaysia semakin gila!
Tidak gilakah namanya apabila seorang Perdana Menteri bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation tiba-tiba tidak rela atau tidak redha peneroka (yakni rakyat) yang tidak bersetuju penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia mengambil apa yang diheboh sebagai ‘Durian Runtuh’?
Bolehkah seorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation menjerit tidak rela atau tidak redha? Bolehkah? Sebab, wang ‘durian runtuh’ itu sebenarnya wang siapa?
Lazimnya, kalau wang itu hak bapak seseorang punya, bolehlah juga seseorang itu tidak rela atau tidak redha, tapi wang ‘durian runtuh’ Felda itu wang siapa? Umno punya? Isa samad punya? Atau hak bapak seseorang punya?
Kalau wang itu dikatakan hak Felda maka tak logik langsung untuk mengatakan mereka yang tidak bersetuju penyenaraian FGVH mengambil wang ‘durian runtuh’ itu sebagai haramjadah!
Bagaimana pula sekiranya, rakyat yang membayar cukai, tidak rela atau tidak redha seseorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai seorang Presiden parti United Malay National Organisation, yang buat pekak badak terhadap tuntutan rakyat dalam menentang kezaliman dan kejahatan dalam pengendalian pilihanraya atau seseorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation yang pemerintahannya dikatakan berselirat dengan pecah amanah dan rasuah, mengambil gajinya?
Salah atau tidak rakyat pembayaran cukai juga bersikap tidak rela atau tidak redha? Kalau tak salah maknanya gaji seseorang Pedana Menteri itu juga boleh jadi tidak halal diambilnya! Hati-hati!
Keterlaluankah rakyat pembayar cukai, kalau mengatakan Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation yang mengambil gaji Perdana Menteri yang bercakap (memaki rakyat) sebagai Presiden United Malay National Organisation, iaitu gaji dari hasil kutipan cukai terhadap rakyat, juga sebagai haramjadah? Amacam?
Kalau rakyat menggunakan istilah haramjadah, mungkin kerana dia rakyat! Kalau Pembangkang guna istilah itu untuk menarik perhatian pemerintah yang pekak badak, tidak adil, zalim dan rasuah, memang wajar kerana mereka pembangkang tapi kalau Perdana Menteri memaki rakyatnya sebagai haramjadah memang gila! Gila apa tak tahu!
Sesungguhnya sebagai seorang Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, Perdana Menteri Najib dengan perangai buruk seorang Presdiden United Malay National Organisation (Baru), memberi didikan akhlak yang buruk kepada orang Malaysia! Mana jawatankuasa fatwa Abdul Syukor?
Sumber HD : 9/05/2012

Umno "father of all evils'
Mohd Rashidi Hassan, | 10 Mei 2012 |
POLITIK Malaysia semakin ganas dan kasar. Ayat-ayat lucah dan kurang ajar sentiasa dicanang media arus perdana, sama ada dalam bentuk cetak dan elektronik, termasuk laman facebook milik anggota Umno-Barisan Nasional.
Kata-kata nista dilemparkan terhadap pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan sehodoh-hodoh ayat, antaranya 'father of kafir,' syaitan, iblis, anjing dan sebagainya.
Itu tidak termasuk dengan menyiarkan gambar-gambar lucah, menggunakan ibu kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencerca anak kandungnya sendiri menerusi tv dan akhbar, dengan niat dan tujuan yang amat jahat.
Apa sebab dan apa tujuannya, Umno dan media kawalannya begitu gemar memainkan politik kotor dengan kata-kata jijik sebegini rupa? Apa hasilnya yang mereka perolehi dengan membuat serangan yang bersifat terlalu peribadi kepada individu tertentu seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan sebagainya?
Sebab yang utama ialah, mereka sudah termasuk dalam golongan bangsat politik, haprak dan tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara hujah akademik atau intelektual.
Kerja orang Umno, pemimpin Umno, NGO tajaan Umno, terutamanya media yang menjadi barua Umno, yang mereka tahu hanyalah memaki hamun dan melemparkan kata nista kepada pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
Isu kafir mengkafir bukan perkara baru. Sekarang mereka tuduh Tuan Guru Nik Aziz. Di Terengganu mereka memainkan polemik 'Amanat Haji Hadi', ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong yang dibuat lebih 25 tahun yang lalu.
Kita ajak mereka dengan baik. Jomlah kita berdebat dalam isu kafir mengkafir ini. Mereka (Umno) takut. Okay, tidak perlu debat, kita ajak muzakarah isu kafir mengkafir, juga Umno mengelak.
Kalau pemimpin Umno takut, kita jemput mana-mana mufti, alim ulama yang pro-kerajaan, mari sama-sama kita bermuzakarah dalam isu ini dengan semangat Islam, berlandaskan panduan al-Quran dan hadis, juga mereka tidak berani. Sudah berpuluh tahun kita menunggu Umno, berdebat atau bermuzakarah atau berbincang dalam isu kafir mengkafir, malangnya tiada 'seekor' pun yang berani menjadi 'anak jantan'.
Malah dalam isu kenegaraan, politik dan ekonomi, Ketua Pembangkang berkali-kali mengajak Perdana Menteri berdebat, juga dia tidak berani dengan macam-macam alasan.
Yang mereka berani hanyalah memaki hamun dan mencerca dalam media, laman sesawang dan sebagainya. Yang mereka guna untuk memaki hamun, adalah golongan 'parashit' bekas-bekas pemimpin KeADILan serta mantan PM yang di bawah kepimpinannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor membelasah Anwar dalam keadaan bergari dalam sel polis.
Selepas tersiar gambar Anwar lebam mata, mantan PM yang tidak sedar diri itu mengeluarkan kenyataan, yang disiarkan, diulangi dalam media pencacai Umno-BN, bahawa Anwar mencederakan dirinya sendiri kerana hendak mencari simpati politik.
Bila dibuat inkuiri dan jelas didapati Rahim Noor bersalah memukul Anwar, mantan PM dan media yang celupar itu, tidak sesekali mahu memohon maaf, malah membebaskan samseng yang berjawatan Ketua Polis Negara dari sebarang pertuduhan.
Ini sebahagian daripada bukti bahawa mereka tiada hujah. Mereka dangkal dan tidak rasional sama sekali. Rasional atau tidak sesuatu isu, bukan menjadi kepedulian mereka. Yang penting bagi Umno, mereka berasa amat puas dengan terhamburnya kata-kata nista dan cercaan dari mulut mereka.
Tidak cukup dengan mendedahkan keburukan individu, media pro Umno menggunakan ibu Azmin iaitu Che Tom Yahaya, dengan linangan air mata mencerca anak sendiri dengan mendakwa anaknya itu sudah derhaka.
Pada saya bukan soal membela Azmin atau sesiapa di sini. Isunya, jika kita letak diri kita sebagai ibu bapa, sejahat mana atau senakal mana, anak kita pun, adakah kita sebagai ibu, tergamak untuk memaki anak kita di hadapan orang ramai?
Jika kita letak pula kedudukan kita dalam kedudukan Azmin pula. Anak manalah yang tidak terasa, tidak kecewa dengan ibunya, apabila sejak tahun 1999, ketika beliau bertanding di dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, ibunya sudah digunakan di pentas ceramah BN untuk menyerang beliau.
Isu yang dibawa Umi Hafilda, menyerang abangnya bermula sejak Anwar dijatuhkan pada 1998. Ini bukan isu baru. Ia sudah berlalu 14 tahun yang lampau. Jika isu hubungan Anwar-Azmin-Shamsidar Taharin (isteri Azmin) ini benar dan diterima rakyat, sudah nama Anwar dan Azmin pupus dalam politik negara.
Nasihat kita, jika Umi Hafida dan Che Tom atau anak-beranak mereka pandai menjaga maruah, mereka tidak harus sesekali mendedahkan apa jua yang perkara yang disifatkan sebagai aib keluarga, kepada seluruh dunia. Malulah sikit.
Malah, tidak perlu juga penubuhan pelbagai NGO cabuk, yang kemudian ini dinamakan Kelab TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang ditaja bekas-bekas KeADILan.
Dengan perasaan tidak tahu malu, mereka menamakan pemimpin mereka sebagai Mursyidul Am. Suatu jawatan mulia yang digunakan dalam gerakan Islam dari Semenanjung Arab sehingga seluruh dunia.
Layakkah Zahid Mat Arip yang bacaan al-fatihahnya tidak berapa kemas, menjawat jawatan Mursyidul Am? Usahlah Zahid, buat malu pada Pak Lang Tamrin Ghafar sahaja.
Mereka tidak ada kerja selain memaki Anwar, KeADILan dan Pakatan Rakyat. Mereka buat pelbagai gimik, dengan tampungan dana daripada Umno, dengan sokongan media pro Umno, semata-mata untuk menyuburkan politik kebencian terhadap seorang individu atau organisasi.
NGO cabuk ini hanya 'serve to the only one evil master'. NGO dan segala politik cabuk tajaan Umno ini tidak harus dibalas dengan kata-kata yang baik. Hari ini mereka membuat pelbagai onar, malangnya hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.
Rakyat ketawa kepada mereka kerana mereka memang grup cibai. Cibai bukan kata mencarut. Cibai diguna untuk membalas kumpulan Tibai. Mereka yang menamakan diri sebagai Kelab TIBAI ini hanya layak digelar CIBAI (Cemburu Individu Bernama Anwar Ibrahim). Hahaha...

Sumber HD : 10/05/2012
Tayang punggung jihad baru ala-Umno?
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my, | 17 Mei 2012 |
APAKAH sebabnya Umno menyuburkan budaya kurang ajar di kalangan orang Melayu? Tidak cukup dengan menjerit-jerit serta memaki hamun dengan kata-kata kesat, membuat kecoh dan menayangkan punggung (punggung) ke arah rumah Dato' Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Lebih memalukan, ada kalangan askar-askar pencen (bekas perajurit) yang menayangkan punggung mereka itu sudah berusia dan ada yang memakai ketayap. Bersenam dalam keadaan menonggeng, menghalakan punggung ke arah rumah Ambiga.
Mereka berbuat demikian kerana mendakwa, Ambiga termasuk dalam golongan anti-Islam, anti-Melayu. Lebih teruk lagi mereka mengecam Ambiga kerana mendukung perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender).
Kita harus punyai pendirian yang jelas. Kita tidak menyokong Ambiga dalam semua perkara. Kita menyokong perjuangannya di dalam Bersih yang mahukan sistem demokrasi dalam negara dirombak dan diperbaiki.
Namun, sejahat manapun Ambiga seperti yang digambarkan media Umno-BN, tidak harus sama sekali Umno, yang mendakwa ia mempunyai ahli berbangsa Melayu dan beragama Islam yang terbesar dalam negara membiarkan individu seperti Ambiga menerima balasan sedemikian rupa.
Menyerang dan memberi tekanan kerana orang yang dibenci Umno, khususnya kebencian yang dipupuk menerusi media Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star, TV3, RTM dan Astro, adalah sesuatu yang tidak wajar.
Ambiga bukan Islam. Kita tidak boleh menyekat orang kafir yang berpegang dengan fahaman mereka, kecuali mereka menyerang dan menghina Islam secara terang-terangan. Kecuali jika mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Itu Ambiga yang bukan Islam, didakwa menyokong LGBT. Tetapi bagaimana dengan orang Islam yang menyokong LGBT? Dato' Marina Mahathir misalnya. Ada laporan menyatakan, beliau dipetik sebagai berkata:
"For the struggle, ask me. I have been defending the LGBT community’s rights for over 20 years now"
Dengan kata-kata ini, apakah kumpulan NGO yang pro-Umno sedia untuk menayang punggung mereka di hadapan rumah Dato' Marina Mahathir yang turut sama menyertai Bersih 3.0 dan juga mendukung perjuangan LGBT?
Apakah kumpulan NGO pro Umno ini dibenar membuka gerai jualan burger di hadapan rumah Marina? Atau pun mereka mengumpulkan beberapa kerat juak fanatik yang bengong berkumpul sambil menjilat ais krim? Atau ada sekelompok yang melakukan senamrobik sambil mengibas-gibaskan punggung macam Keldai?
Marina bukan calang-calang orang. Anak bekas Presiden yang paling lama dalam Umno. Bapa dia pun masih hidup lagi. Tidak henti-henti menyerang PAS, KeADILan dan DAP. Menyerang Bersih 3.0 dan sebagainya. Tetapi anak bekas Presiden Umno, sudah berbeza pandangan dengan bapanya dalam hal-hal tertentu.
Mengapa tidak golongan yang berhimpun di hadapan rumah Ambiga, beralih ke rumah Dr Mahathir Mohamad.
Pergi cakap pada dia, "Dei mamak kutty, itu anak pandikutty sokong LGBT, sokong Bersih, kita mahu cakap depan dia punya muka, kita mahu tunjuk kita punya belakang pada dia.." Kita hendak tengok apa respon Dr Mahathir jika perlakuan terhadap Ambiga diulangi di hadapan Marina.
Penulis sekadar melontarkan hipotesis. Siapapun Ambiga, siapapun Marina, kita tidak harus sesekali membenarkan mereka menerima ancaman sedemikian rupa.
Perbuatan yang tidak bermoral seperti mereka ini, tidak seharus-harus kita izinkan walau atas apa sebab sekalipun. Pertama kerana ia bertentangan dengan akhlak Islam; Kedua, ianya bukan budaya orang-orang Melayu.
Orang Melayu, orang Islam di Malaysia ada budaya dan adat istiadat yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Justeru, jangan sesekali seseorang individu tersebut dimusuhi, maka diberikan segenap ruang untuk masyarakat fanatik yang rasis melakukan serangan berbentuk fizikal terhadap mana-mana pihak.
Sebelum ini, kita dapat menyaksikan, bagaimana sekelompok NGO yang mendukung perjuangan Umno, melakukan provokasi yang amat-amat jijik serta tidak bermoral terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Tidak cukup dengan ancaman hendak memukul beliau secara peribadi, diupah orang menghantar keranda, dihantar kek berupa najis, dikalungkan gambar seperti orang mati terhadap beliau.
Tidakkah ini merupakan perbuatan yang sangat kurang ajar? Apa bangsa pun, sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, mahupun golongan mamak di Pulau Pinang, mereka harus memaksikan kehidupan mereka dengan nilai-nilai moral yang amat tinggi.
Supaya, suatu hari nanti, masyarakat dunia akan memandang tinggi tatasusila dan kesopanan seluruh bangsa Malaysia.
Malangnya yang wujud hari ini, akibat kebencian politik yang dipupuk menerusi media Umno-BN, kesopanan bangsa itu sudah tidak wujud. Bangsa sudah bertukar menjadi bangsat. Golongan bangsat politik, demi untuk mempertahankan kuasa, menyuburkan perlakukan yang amat jijik.
Mana fatwa Mufti Tan Sri Harussani Zakaria? Mana fatwa Ustaz Fathul Bari Mat Jaya terhadap perlakukan sebegini? Apakah perlakukan mereka ini sah dari sisi Islam Umno?
Apakah Islam menggalak ancaman sedemikian dilakukan ke atas Ambiga dan Guan Eng?
Apakah dengan menunjukkan punggung di hadapan rumah orang kafir seperti Ambiga, dianggap suatu jihad mereka memperjuangkan Islam yang menyanggahi LGBT?
Keluarkanlah fatwa sebagaimana cabulnya mulut mufti dan ulama Umno mengecam PAS, pagi petang siang dan malam.
Beritahu kepada kami, apakah dengan menayangkan punggung di hadapan rumah orang kafir itu, suatu jihad baru cara Umno?

Sumber HD : 17/05/2012
Senaman punggung: Lebih banyak aksi ‘bertamadun’
Lim Kit Siang, | 17 Mei 2012 |
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memberi komen mengenai “musuh yang tidak bertamadun” yang akan memusnahkan negara ini perhimpunan sambutan ulangtahun UMNO di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat lepas, apa yang tertera di fikiran setiap rakyat Malaysia adalah dua aksi yang tidak “bertamadun” yang berlangsung sehari sebelum perhimpunan tersebut – ‘upacara pengebumian’ anjuran Perkasa di hadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gerai menjual ‘burger’ yang dibuka di hadapan rumah kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Sejak peristiwa tersebut, muncul pula aksi yang tidak “bertamadun” versi ketiga yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dan sejarah negara Malaysia dalam tempoh 54 tahun ini – tarian menonggeng “senaman punggung” yang menjengkelkan oleh sekumpulan veteran angkatan tentera di hadapan kediaman Ambiga dua hari yang lalu yang jelas menjanjikan lebih banyak aksi yang tidak “bertamadun” dalam masa akan datang.
Apa yang memeranjatkan adalah aksi-aksi yang tidak “bertamadun” ini telah mendapat kelulusan dan sokongan daripada personaliti yang terkemuka dalam badan kerajaan – terutama sekali Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar dan beberapa Menteri yang lain yang mempersoalkan jika mendirikan gerai ‘burger’ yang menjual ‘burger’ daging lembu dihadapan rumah Ambiga salah atau tidak.
Disebabkan gelombang reaksi awam yang tidak dijangka pada minggu yang lepas, nampaknya golongan badan kerajaan masih tidak sedar akan perbuatan yang menjengkelkan ini telah melampaui batas apa yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang berhemah tidak kira kaum, agama, kelas, jantina atau umur.
Ini menjelaskan pengecaman kini terhadap aksi yang tidak “bertamadun” ini oleh golongan yang telah berdiam diri sebelum ini.
Walau bagaimanapun, pengecaman ini tidak mencukupi sama sekali.
Masa sudah tiba untuk pembaharuan untuk pemulihan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan medan awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh kabinet mesti tampil ke hadapan dengan satu suara yang jelas mengutuk dan mengecam ketiga-tiga aksi yang tidak “bertamadun” yang beraksi dalam minggu yang lepas untuk menetapkan kelakuan yang bertamadun dan berhemah yang boleh dicontohi dalam medan politik dan medan awam di Malaysia untuk membuka jalan dalam pembentukan satu negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sumber HD : 18/05/2012
Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Ianya muncul serta berkait secara langsung dengan kedatangan Islam ke Nusantara.
Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Ada juga sesetengah negeri memartabatkan tulisan tersebut pada papan-papan tanda jalan dan bangunan-bangunan.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Tulisan jawi kini semakin terpinggir di bumi sendiri semenjak huruf roman diperkenalkan untuk menggantikannya selaras dengan perkembangan teknologi dan juga pengaruh Inggeris terhadap orang Melayu-Islam.
Kini amnya, tulisan jawi terhad penggunaannya dalam kalangan mereka yang berada dalam institusi agama Islam, seperti para ulamak, guru-guru agama dan pegawai tadbir jabatan agama Islam. Malahan, penerbitan Utusan Zaman seminggu sekali dan hanya menjadi sisipan dalam Utusan Malaysia. Ini menandakan merudumnya penggunaan tulisan jawi.
Dalam era globalisasi hari ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dan Bahasa Antarabangsa. Oleh sebab bahasa Inggeris begitu kerap digunakan, bahasa tersebut telah disebut sebagai " bahasa antarabangsa ", ataupun lingua franca. Walaupun bahasa tersebut tidak ditetapkan bahasa rasmi di banyak negara, bahasa Inggeris merupakan bahasa asing yang paling umum dan sering diajarkan.
Meskipun pengaruh global dari penutur Bahasa Inggeris asli sama ada di media maya atau media cetak contohnya di pawagam, penyiaran, sains dan di Internet pada dekad kebelakangan ini. Bahasa Inggeris sekarang adalah paling banyak bahasa kedua yang dipelajari di dunia, walaupun bahasa lain seperti Perancis dan Sepanyol juga mengekalkan kepentingan di dunia.
Selain itu juga Bahasa Inggeris merupakan subjek wajib di banyak negara, antaranya negara kita ; Malaysia bahasa Inggeris diterapkan sebagai subjek teras dalam sukatan pelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Bahasa Inggeris juga, merupakan bahasa rasmi untuk perbadanan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam dan lain-lain.
Kebanyakan pelajar di seluruh dunia adalah digalakkan untuk belajar sekurang-kurangnya sesetengah Bahasa Inggeris, dan pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris adalah digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.
Sumber HD : 28/05/2012

Tulisan jawi ditinggalkan bahasa Inggeris disanjungi
Raja Nurul Ain Raja Yacob, |

Naib Ketua Umno Hulu Selangor keluar parti
Salmiyah Harun, | 31 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Yusri Ishak mengisytiharkan keluar Umno serta merta dengan rela hati tanpa ada desakan mana-mana pihak.
Ekoran tindakannya itu, menyebabkan ramai pengikutnya bertindak mahu mengikut jejak langkah beliau.
Mereka bertepuk tangan sambil menjerit 'semua ikut' sebaik sahaja ditanya sama ada kehadiran mereka sebagai tanda sokongan atau turut sama keluar parti.
Dalam sidang media sebagaimana dipetik dalam satu video, Yusri berkata keputusannya itu mungkin memeranjatkan politik di Hulu Selangor.
"Keputusan ini adalah kehendak saya dan tiada paksaan mana-mana pihak.
"Saya Yusri Ishak, nombor ahli 0062549 dengan ini isytihar akan tinggalkan parti Umno berkuat kuasa serta merta," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Cawangan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas pengundurannya itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarganya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak akan timbul persepsi negatif sesetengah pihak ekoran tindakannya itu memandangkan pilihan raya umum akan berlaku tidak lama lagi.
"Saya harap pucuk pimpinan bahagian pusat menghormati keputusan saya ini.
"Mungkin sudah sampai waktunya. Saya rasa waktu saya bersama Umno hanya setakat ini. Ini sudah ditakdirkan Allah SWT," katanya yang enggan menceritakan lanjut sebab pengundurannya itu.
Dalam pada itu, Yusri menafikan beliau mempengaruhi keputusan pengikutnya turut mahu keluar Umno.
"Saya tidak mengajak mereka untuk keluar Umno sama-sama, kalau mereka nak kerluar bukan kehendak saya. Saya tidak pengaruhi mereka.
"Mungkin sokongan selama ini, saya sudah bersama-sama mereka sejak 12 tahun lalu, ini mungin balasan mereka pada saya," katanya.
Sumber HD : 31/05/2012
Sumber HD : 9/07/2012
Sumber HD - 15-3-2013

Siapa pemimpin diam yang dimaksudkan Muhyiddin?
Harakahdaily, | 11 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Siapakah yang dipersalahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila berkata Barisan Nasional kini berhadapan dengan publisiti negatif, dan menyeru para pemimpin berkenaan untuk berani dan menjawab segala dakwaan yang ditimbulkan.
Di majlis Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan semalam, walaupun Muhyiddin menyalahkan pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka menyebarkan dakwaan secara bijak dan luar biasa sehingga timbulnya persepsi buruk pada BN, tapi secara tidak langsung beliau turut menyalahkan para pemimpin BN yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan oleh pembangkang.
"Jangan kata anda tak tahu (bila menjawab dakwaan pembangkang). Terdapat jurang antara realiti dan persepsi awam terhadap isu-isu – isu-isu yang dibangkitkan pembangkang yang dikaitkan dengan kerajaan dan pemimpin kita,” kata beliau.
BN berdepan dengan banyak isu – daripada isu skandal lembu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, skandal kehilangan RM30 bilion Bank Negara, isu Felda dan isu Lynas – semuanya dijawab secara terus oleh pemimpin BN.
Tetapi isu yang tidak disentuh sehingga kini ialah skandal Scorpene yang kini disiasat di mahkamah Perancis yang melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehingga kini, ketika disoal wartawan mengenai isu ini, Muhyiddin telah menjawab, ‘Tiada komen.’
Sudah tentunya beliau menjawab demikian, kerana beliau sememangnya tidak terlibat, dan yang terpalit adalah bosnya Najib, yang sehingga kini boleh dikategorikan dalam golongan yang tidak berani dan pasif sebagaimana yang disebut Muhyiddin dalam menjawab dakwaan pembangkang.
Walaupun telah berkali-kali menyatakan bahawa BN akan menang besar di PRU-13, Najib masih tidak mengumumkan pembubaran parlimen.
Muhyiddin pula dipetik Sinar Harian sebagai berkata ‘pilihanraya tak lama lagi, tapi tidak terlalu dekat.’
Apakah pertembungan Najib dan Muhyiddin menyumbang kepada faktor pilihanraya umum ditangguhkan?
Dalam kontroversi pembekuan PTPTN ke Universiti Selangor, seorang penganalisa politik tempatan melihat penarikan semula pembekuan tersebut telah memalukan Muhyiddin, setelah memberikan sokongan padu kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam tindakan politik kebudak-budakan itu.
Namun, sekiranya pembekuan itu tidak ditarik balik, kata beliau, orang yang mendapat malu dan bahang adalah Najib sendiri, seolah-olah beliau yang merestui permainan politik yang tidak matang tersebut.
“Muhyiddin sedar bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang bernafas di tepi lehernya menunggu jawatan no 2 Umno dalam pemilihan parti tahun ini.
"Beliau turut sedar mempertahankan jawatan no 2 di Umno adalah mustahil kerana Najib bakal memberikan sokongan kepada Hishamuddin.
"Satu-satunya jalan selamat untuk beliau ialah menjadi Presiden Umno dan sekaligus Perdana Menteri menggantikan Najib,” kata penganalisa politik yang rapat dengan Umno itu.
Oleh sebab itu, kata beliau, Muhyiddin perlu muncul sebagai juara orang Melayu dan Umno dan menyakinkan mereka bahawa beliaulah orang yang paling sesuai mengetuai Umno ke PRU-13.
Penganalisa tersebut berkata, kenyataan yang dilakukan Muhyiddin kebelakangan ini – di mana beliau menyebut masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu adalah tanda Muhyiddin telah memulakan langkah untuk menjaga kareer politiknya.
“Namun, hasrat itu tidak akan dicapai sekiranya Najib menang 2/3 majoriti di PRU-13. Sekiranya Najib mengambil risiko untuk membuat PRU awal, percayalah Najib tidak akan mendapat 2/3 yang diharapkan untuk kekal di kerusi presiden Umno kerana faktor yang telah disebutkan tadi,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Sumber HD : 11/06/2012

Moral: Najib umpama ‘menepuk air di dulang’
Harakahdaily, | 09 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) melihat kenyataan Datuk Seri Najib yang mengatakan bahawa pemimpin yang ingin menjadi Perdana menteri Malaysia mesti bebas daripada belenggu masalah moral umpama menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
“Kata-kata beliau itu sendiri sebenarnya membuktikan bahawa beliaulah orang yang paling tidak layak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sebenarnya,” kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.
Katanya, Najib tanpa rasa malu dan bersalah menuding kesalahan kepada orang lain dan berasakan hanya beliau sahajalah yang tiada masalah moral.
Sedangkan, ujarnya seluruh Malaysia dan dunia tahu pelbagai isu moral yang sedang terpalit di badannya, ianya bukan sahaja terhadap dirinya sahaja tetapi turut melibatkan isterinya juga.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Najib seharusnya membersihkan dahulu isu-isu dan skandal-skandal yang sedang dihadapinya.
Ujarnya, umum mengetahui bagaimana Najib terpalit dengan isu pembunuhan Altantuya dan yang terkini skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene yang turut melibatkan diri beliau sendiri.
“Ketidaklayakan Najib sebagai seorang Perdana Menteri turut dipersoalkan apabila isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut sama terpalit dalam isu pembelian cincin RM24 juta,” katanya.
Menurut Kamaruzaman, nyatalah Najib kini menjadi liabiti bukan sahaja kepada Umno BN tetapi juga kepada rakyat Malaysia.
“Ianya turut ditambah dengan penglibatan isterinya, Rosmah. Namun harus diingat, bukan sahaja Najib yang mempunyai isu dan skandal moral, malahan pemimpin Umno BN memang terkenal dengan pelbagai isu tersebut,” ujarnya.
Menurutnya, Malaysia akan punah apabila ditadbir oleh ahli keluarga yang penuh dengan pelbagai skandal dan isu moral.
“Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menolak bukan sahaja Najib, tetapi juga parti Umno BN yang kini hari kian menjadi beban. Mengundi Umno BN bagaikan mendukung biawak yang hidup,” katanya lagi.

Adun Umno akui orang muda tidak sokong BN
Bashir Ishak, | 06 Sep 2012 |
KANGAR: Wakil penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis mengakui bahawa kecenderungan sokongan golongan muda kepada parti pemerintah kini semakin menurun.
Berucap pada Sidang DUN pagi tadi, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada masa depan orang-orang muda.
"Orang muda ni nak kena jaga mereka, kena cari peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini. Mereka sekarang ini dilihat sudah tidak menyokong kita," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis yang merasmikan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-12 semalam.
Dalam ucapannya juga, selaku seorang wakil rakyat Khairi juga mengakui isu-isu seperti Altantuya atau isu liwat kini sudah tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat khususnya di peringka bawahan.
"Rakyat sekarang ni mahu kerajaan lebih memberi perhatian kepada nasib mereka. Isu-isu macam ni hanya sebahagian masyarakat kelas pertengahan sahaja yang ambil tahu.
"Masyarakat bawahan pula dah meluat dengan benda-benda macam ni. Kita wakil rakyat tak kira Umno atau PAS kena ambil tanggungjawab membantu rakyat dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan," jelasnya.
Sumber HD : 6/09/2012

Jangan bermain politik dalam jubah mufti
Harakahdaily, | 18 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.
Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti.
"Jangan jual harga mufti dengan murah," tulisnya dalam Facebook petang tadi.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu lagi, beliau secara peribadi sangat mengenali Tuan Guru Abdul Hadi dan meyakini bahawa ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS itu tidak lebih rendah daripada ilmu yang dimiliki oleh para mufti.
"Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," katanya.
Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan menggesa Tuan Guru Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Harussani berkata, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti, sementara Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.
Amanat Tuan Guru Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Sumber HD - 8-12-2012
Bahkan, kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, boleh jadi perkara itu memalukan imej negara sekiranya 'terbocor' kepada pihak luar kerana namanya Sukan Universiti Dunia tetapi yang dihantar bukanlah mereka yang belajar di universiti.
Berikut kenyataan beliau mengenai perkara itu.
Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menghantar skuad Harimau Muda A ke kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013 di Kazan, Rusia pada 6 hingga 17 Julai depan.
Apa yang mengejutkan ialah apabila pemilihan tersebut dibuat dengan mengenepikan johan liga bolasepak antara universiti, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia yang seharusnya mewakili Malaysia dalam acara di kejohanan tersebut.
Bagi pandangan Solidariti Mahasiswa Malaysia, ia sama sekali menidakkan kemampuan mahasiswa di universiti yang juga mempunyai kompetensi dalam acara bolasepak dan tidak semestinya menyerahkan nama negara hanya kepada skuad Harimau Muda semata-mata.
Bahkan jika dilihat kepada objektif penganjuran Sukan Antara IPT (SUKIPT) adalah melatih dan melahirkan atlit bagi mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Sukan Universiti Asean, Sukan Sea, bahkan sehingga ke Olimpik.
Namun, apabila keputusan pemilihan skuad Harimau Muda A dibuat ia memberikan gambaran jelas kepada kita bahawa atlit-atlit di universiti telah diketepikan terutama dalam acara bolasepak yang sering menjadi acara tumpuan bagi mana-mana kejohanan sekalipun.
Jika dilihat kepada kompetensi juga sudah tentu atlit yang berada di universiti sudah mempunyai kelebihan seperti yang disebut oleh KPT bahawa jumlah atlet IPT yang ke Olimpik London sebelum ini mencecah hampir 30%. Dan hasrat KPT melalui pelbagai program dan inisiatif dalam bidang sukan adalah bagi melahirkan Thinking Athlete's.
Apakah sukan dalam negara kita juga telah dipolitikkan sehingga keputusan sedemikian dibuat tanpa mengira nilai kompetensi mahasiswa yang belajar di universiti dalam negara?
Atau apakah universiti dalam negara kita masih belum menggambarkan kepada pengendali-pengendali sukan tanah air sehingga mereka diketepikan sama sekali?
Malah mewakili kelompok mahasiswa saya merasakan tindakan KPT menyerahkan baton negara dalam kejohanan besar seperti ini adalah tidak profesional sama sekali.
Tidaklah pula SMM berpendirian bahawa harimau muda belum cukup kompeten bagi menghadapi kejohanan ini, namun yang meragukan adalah bagaimana proses keputusan pemilihan skuad yang bakal membawa nama negara ditentukan.
SMM juga mempersoalkan bagaimana pula, apabila KPT dan jurulatih skuad Harimau Muda boleh menyebut bahawa skuad Harimau Muda nanti akan dimasukkan ke IPT tertentu apabila mereka pulang nanti.
Apakah indikator sebenar yang melayakkan mereka diberikan 'keistimewaan' seperti itu?
Bahkan, boleh jadi perkara itu memalukan imej negara sekiranya 'terbocor' kepada pihak luar kerana namanya Sukan Universiti Dunia tetapi yang dihantar bukanlah mereka yang belajar di universiti.
Bagaimana kita mahu melestarikan hasrat bersama ‘Majulah Sukan Untuk Negara’.

Kenapa Harimau Muda ke Sukan Universiti Dunia?
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Apakah indikator sebenar yang melayakkan skuad Harimau Muda A diberikan 'keistimewaan' ke kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013?

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-3-2013
No comments:
Post a Comment