Dr Hatta, Azmin, Anthony Loke wakil Pakatan di PSC
Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas usaha mereka sendiri.
“Kami tidak mahu PSC dijadikan sebagai alasan kepada SPR untuk menangguh, menunggu dan tidak melaksanakan sebarang reformasi,” kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siadang media bersama dengan PAS dan DAP di dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga mengumumkan bahawa tiga perwakilan dari Pakatan akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.
“Dari PKR adalah Azmin Ali, dari PAS pengarah pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli dan dari DAP pula adalah timbalan pengarah pilihan rayanya Anthony Loke,” katanya.
Azmin adalah timbalan presiden PKR dan juga ahli parlimen Gombak, manakala Dr Hatta adalah ahli parlimen Kuala Krai dan Loke, ahli parlimen Rasah.
"Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan BERSIH.
"Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil," katanya.
Sebelum itu Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.
Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan BERSIH 2.0 pada Julai lalu.
Sumber MK : 4//10//2011
Hormati pandangan ahli JK Parlimen |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menaruh harapan agar Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang akan dibentuk dapat menyelesaikan segala kepincangan proses pilihan raya yang menjadi perdebatan umum. Ahli Parlimen Marang itu sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen di Dewan Rakyat hari ini berkata, segala pandangan yang dikemukakan samaada daripada pihak kerajaan mahukan Pakatan Rakyat harus diterima dan dinilai sebaik mungkin. "Saya harap pembentukan jawatankuasa ini, segala isinya diambil secara positif, pandangan-pandangan hendaklah dihormati, jangan dibakul sampahkan sahaja," kata beliau. Ini kerana katanya rakyat sangat mengharapkan pembaharuan dan pembersihan sistem pilihan raya termasuk di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri. "Kami mengalu-alukan pembaikan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mestilah melibatkan semua pihak. "SPR sendiri perlu melihat daftar pemilih yang masih bercelaru di mana jumlah pengundi yang tidak seimbang dengan penduduk dan jumlah kelahiran yang terlalu ramai dan terbukti adanya pendatang asing didaftarkan bagi menjamin kemenangan parti pemerintah," katanya yang juga ADun Rhu Rendang, Terengganu. Undi pos tidak relevan Beliau turut berpandangan, undi pos tidak lagi sesuai digunakan kepada anggota tentera kerana negara tidak lagi berada dalam suasana darurat. "Mengenai undi pos, ini bukan lagi zaman berperang dengan komunis... tentera bukan dalam keadaan darurat. Mereka boleh dibawa mengundi di kawasan masing-masing, boleh diberi cuti tetapi undi pos terus digunakan," katanya lagi. Ustaz Hadi turut kesal dengan sikap kerajaan yang berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya sedangkan di negara lain, ianya diketahui awal agar semua pihak dapat membuat persiapan rapi, bukan di pihak kerajaan sahaja. "Undi berulang kali berlaku bahkan tarikh pilihan raya menjadi rahsia. SPR tidak boleh menentukan tarikh pilihan raya dengan sendiri. Banyak negara yang tarikh pilihan raya sudah diketahui awal tapi di negara kita tarikh pilihan raya menjadi teka teki, seolah-olah digunakan awal-awal lagi untuk diambil kesempatan oleh parti pemerintah sahaja," katanya. Kawasan pilihan raya di negeri Melayu Selain itu, beliau turut menggesa perubahan kawasan pilihan raya dilakukan agar jumlah pengundi seimbang di setiap kawasan. "Antaranya perubahan kawasan pilihan raya, mengikut perlembagaan 8 tahun atau 10 tahun sekali diubah kawasan pilihan raya, ditambah kawasan di negeri-negeri. "Bagi Terengganu, Kelantan, Kedah sudah puluhan tahun tak ada tambahan kawasan pilihan raya..yang ditambah di Johor, Sarawak dan negeri lain. "Ada kawasan yang jumlah pengundi sampai 80 ribu... di Baling, Tumpat dan banyak lagi daerah tak dipecahkan kawasan ini. "Mengapa proses tambahan tak dilakukan? Adakah untuk kepentingan dan menjamin kemenangan parti pemerintah?soalnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membentangkan Rang-Rang Undang Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi memperbaharui sistem pilihan raya. Ianya merupakan desakan Pakatan Rakyat Ogos lalu akibat penyelewengan dalam sistem pilihan raya antaranya proses pendaftaran penduduk tetap (PR) kepada warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5751-hormati-pandangan-ahli-jk-parlimen
Kenapa tiada jaminan menjelang JK Parlimen siapkan tugas? |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS mendakwa kerajaan tidak serius untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperbaharui sistem pilihan raya. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya terbukti apabila kerajaan tidak dapat memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh enam bulan jawatankuasa tersebut menjalankan tugasnya. "Pakatan minta jaminan pilihan raya tidak akan diadakan sehingga selesai tempoh enam bulan jawatankuasa ini menjalankan tugas mereka. "Tapi kerajaan tidak dapat beri jaminan dan (Datuk Seri) Nazri (Aziz) kata itu hak Perdana Menteri untuk nak bubar Parlimen dan adakan pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Naib Presiden PAS itu juga berkata, kerajaan seolah-olah menggunakan Parlimen untuk meredakan kemarahan rakyat yang sedar berlakunya penyelewengan dalam proses pilihan raya. "Kerajaan main-main, menggunakan dewan ini untuk mempermainkan hasrat hati rakyat untuk melihat sistem pilihan raya yang bersih, sekadar nak redakan kemarahan rakyat," katanya. Selain itu kata Mahfuz, kerajaan juga tidak dapat memberi jaminan segala keputusan jawatankuasa tersebut digunapakai walaupun melibatkan proses undang-undang. "Satu lagi kita minta jaminan supaya rumusan dan cadangan jawatankuasa ini hendaklah diterima dan dibawa untuk memastikan proses pembaikan. "Kalau sampai peringkat membabitkan undang-undang dan sebagainya kena diterima, selepas itu baru boleh buat pilihan raya," katanya. Nada yang sama turut disuarakan seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian. Salahuddin sewaktu bangun mencelah ketika usul tersebut dibahaskan mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberikan jawapan yang konkrit mengenai perkara tersebut. "Izinkan jawatankuasa khas bersidang dalam masa enam bulan dan tidak ada pilihan raya dan kalau ada keputusan penting, itu tanggungjawab kerajaan untuk menunaikannya. "Adakah jaminan itu boleh diberi oleh menteri yang senior dan kami mengharapkan jaminan yang konkrit, bukan berdolak dalih," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5750-kenapa-tiada-jaminan-menjelang-jk-parlimen-siapkan-tugas
JK Parlimen: Ongkili buat keputusan sendiri dipertikai |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memperbaharui sistem pilihan raya tidak berpuas hati dengan pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang dianggap membuat keputusan membelakangkan mesyuarat. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang mewakili PAS dalam jawatankuasa tersebut mempertikai tindakan Ongkili membuat keputusan seorang diri sedangkan mesyuarat pertama pada Rabu depan. Ongkili pada sidang medianya semalam menegaskan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak dibenarkan menyertai jawatankuasa tersebut kerana mendakwa ia bukan pertubuhan berdaftar. Selain itu Ongkili juga berkata jawatankuasa tersebut akan mengadakan pendengaran awam sekurang-kurangnya di enam bahagian di seluruh negara bermula di Kuala Lumpur. "Mesyuarat pertama belum dibuat dan segala peraturan, prosedur yang kita nak putuskan, berapa kali nak turun kepada rakyat, semuanya akan diputuskan Rabu ini tapi beliau sudah memutuskan sendiri semalam. "Adakah PSC ini one man show atau jawatankuasa 9 orang sahaja? Beliau memang seorang menteri tapi dalam hal ini beliau cuma pengerusi, levelnya sama dengan kami semua... jadi tak bolehlah buat keputusan seorang," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke pula mempertikai halangan kepada Bersih 2.0 untuk menyertai jawatankuasa. Beliau berkata, Bersih 2.0 juga berhak menyatakan pandangan mereka kerana gabungan itu disertai rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya sekarang. "Halang Bersih untuk turut serta sangat tak patut kerana PSC seharusnya terbuka kepada semua. Siapa Bersih? Bersih melibatkan ramai orang," katanya yang mewakili DAP. Tegasnya, kalau Ongkili bersikap sedemikian, jawatankuasa tersebut tidak akan memberi apa-apa makna. "Kalau beginilah sikap beliau, jawatankuasa ini tidak akan ke mana-mana," katanya. Seorang lagi wakil Pakatan Rakyat ialah ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang mewakili PKR. Manakala lima wakil Barisan Nasional (BN) ialah Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu mewakili Sabah dan kaum Kadazan, ahli Parlimen Kapit mewakili Sarawak dan kaum Iban, Datuk Alexander Nanta Linggi, ahli Parlimen Kangar juga wakil Umno dan kaum Melayu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad; Ahli Parlimen Alor Gajah wakil MCA dan kaum Cina, Tan Sri Dr Fong Chan Onn serta Ahli Parlimen Hulu Selangor yang juga wakil MIC dan kaum India, P Kamalanathan. Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula wakili konsensus Bebas. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5837-jk-parlimen-ongkili-buat-keputusan-sendiri-dipertikai
Halang PRU 13 sebelum laksana perubahan |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 6 Nov: Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN. Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini. Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil. Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya. Katanya, pihak Umno BN sewajarnya malu kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya bagi membolehkan mereka kekal berkuasa. "Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan melakukan pembubaran Parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan PRU Ke-13 diadakan pada 10 Disember 2011 ini. "Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam. Dengan tindakan itu, menurut beliau, Umno dan Kerajaan BN jelas sekali lagi menafikan hak rakyat untuk melakukan perubahan rejim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang adil dan bersih. Katanya, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan beberapa ketetapan dan peraturan, tetapi ia tidak mustahil berlaku memandangkan penyelewengan terhadap proses pilihan raya di negara ini telah sekian lama dilakukan oleh kerajaan BN. "Akibat penyelewengan itu, rakyat telah turun ke jalan raya dengan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya dengan bersih dan adil. "Walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak kerajaan dan polis, rakyat tetap juga turun ke jalan raya pada hari itu dan ini jelas melambangkan kemarahan rakyat terhadap pihak pemerintah," katanya. Pihak kerajaan, tambahnya, kelihatan seperti mengalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada awal bulan lalu bagi melaksanakan proses perubahan pilihanraya di negara ini, tetapi perkembangan terbaru tetap mengecewakan rakyat. Menurutnya, Kerajaan BN tetap melakukan penyelewengan terhadap pilihanraya menerusi beberapa cara termasuk dengan memasukkan 42,051 nama-nama yang tidak sah dalam daftar pemilih seperti yang diakui oleh pihak SPR sendiri baru-baru ini. "Pengakuan dan perjanjian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, setelah didesak, untuk membuang nama-nama 220 orang bukan warganegara yang dilakukan di Paya Jaras setelah nama mereka muncul dalam daftar pemilih bagi suku kedua 2011," katanya. Pendedahan melalui Wikileaks, ujarnya, mendapati 600,000 orang asing telah diberikan kewarganegaraan dan dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Sabah pada tahun 90-an, semasa tempoh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed. "Satu lagi pendedahan melalui Wikileaks bahawa bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa pihaknya telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu Malaysia kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an atas perintah Umno," katanya. Satu laporan lain pula, menurut beliau lagi, mengesahkan wujud pada daftar pemilih pengundi klon yang berjumlah kira-kira 10,000 orang. Katanya, Kerajaan BN juga kini telah mengiktiraf dan memberikan hak kepada kira-kira 700,000 orang pengundi yang dikatakan layak mengundi dan berada di luar negara untuk mengundi melalui pos. Beliau turut kesal kerana 4 juta orang pengundi muda gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi PRU Ke-13, ekoran perubahan terhadap kaedah-kaedah pendaftaran pengundi yang dilakukan oleh SPR. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6380-halang-pru-13-sebelum-laksana-perubahan
Kerakyatan: JPN jangan beri alasan data pendatang |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memperbaharui sistem pilihan raya (PSC) memberi notis kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberikan data lengkap warga asing yang diberikan hak kerakyatan dalam tempoh tiga tahun ini. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, notis awal ini bagi membolehkan SPR membuat persediaan sebelum menghadiri mesyuarat keempat PSC esok. "Hari ini kita beri notis kepada JPN untuk memberikan data lengkap jumlah warga asing yang didaftarakan sebagai warga negara dari tahun 2008 hingga 2011. "JPN boleh bersedia dan jangan beri alasan bahawa maklumat tak boleh diberikan esok dan kita harap JPN dapat beri kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menurut Ahli Parlimen Rasah itu juga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dipanggil ke mesyuarat jam 11.30 pagi esok bagi membicangkan mengenai prosedur undi pos dan pengundian awal yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, mereka akan mencadangkan kepada PSC agar pengundian pos dan pengundian awal diajalankan di tempat awam, bukan di kem askar atau di balai polis bagi memastikan SPR dapat berkuasa sepenuhnya sewaktu proses membuang undi berlangsung. "Bagi setiap pilihan raya pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya memberikan kebenaran dan kelulusan sepatutnya SPR. Sebab itu kita dah lama minta SPR diberikan satu kuasa yang lebih supaya dapat melaksanakan pilihan raya dengan telus yang adil. "Kalau ada pihak lain yang menguruskan pilihan raya, kita bimbang ia tidak telus," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Selain itu, Anthony berkata, mereka akan meminta PSC membuat ketetapan untuk menggesa SPR melaksanakan kaedah dakwat kekal. Ini katanya bagi mengelakkan SPR memberikan alasan tidak cukup masa untk membeli dakwat kekal apabila ia dipersetujui untuk digunakan. "Kita mahu SPR beri komitmen yang tegas. SPR kata perlu masa dua bulan untuk beli dakwat kekal. Kalau tak ada keputusan esok kita bimbang kalau kerajaan kata akan guna dakwat kekal SPR beri alasan tak sempat beli dakwat," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6425-kerakyatan-jpn-jangan-beri-alasan-data-pendatang-
Syor PSC perlu dilaksana pada PRU13 |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: PAS mahu kerajaan melaksanakan segala syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Dewan Rakyat hari ini pada PRU13 nanti.
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Pengarah PR PAS Pusat
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, adalah sia-sia jika syor tersebut dibentang kepada kerajaan sekiranya ia dibakul sampahkan. "Paling penting kita minta usul yang dibahaskan ini diguna pakai untuk pilihan raya umum ke-13. "Kalau pilihan raya bulan depan, bulan depan lah syor ini dilaksanakan," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Krai kepada Harakahdaily hari ini. Beliau mengulas 10 syor PSC yang dibentang di dewan rakyat hari ini. Syor tersebut antara lain mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminda segera peraturan pilihan raya agar dakwat kekal boleh digunakan pada PRU akan datang. Selain itu, beberapa syor turut dikemukakan untuk menambahbaik sistem pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran alamat pusat mengundi, pembersihan daftar pemilih, pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan, ketelusan proses mengundi, proses ulang kira kertas undi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR. Mengulas lanjut, Mohd Hatta yang juga salah seorang anggota PSC tersebut berkata, jika ia tidak dilaksana, bermakna reformasi pilihan raya yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya satu pembohongan. "Kalau tidak dilaksana, maka kerja PSC yang dipilih oleh parlimen ini hanya sia-sia. Rakyat akan menilai ini semua. "Kalau diluluskan tetapi tidak ada apa-apa tindakan, maknanya ini satu pembohongan kerajaan BN kepada rakyat," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6816-syor-psc-perlu-dilaksana-pada-pru13
'Hantu' penentu PRU-13 jika syor PSC diketepi |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 13 Dis: Jika syor oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak dilaksanakan, maka pilihan Raya Umum ke-13 akan ditentukan oleh pengundi hantu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Bercakap pada Wacana Sinar Harian: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu, Lim berkata jika 'hantu' ditangkap barulah faktor lain yang akan menjadi penentu. "Kita mahu apa yang dituntut oleh Jawatankuasa khas Parlimen (PSC) menjadi kenyataan sebelum PRU13 dan biarlah ia berlaku secara adil dan telus. "Kalau 'hantu' dapat ditangkap maka penentu kemenangan sesebuah parti bergantung kepada undi di Sabah dan juga Sarawak," jelasnya. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menambah undi Sabah dan Sarawak jugalah yang akan membolehkan parti mendapat angka ajaib 112 di Parlimen. "Kita Pakatan Rakyat berharap rakyat di Sabah dan Sarawak berani membuat perubahan bagi mencari satu kelainan dalam pemerintahan yang akan datang. "Rakyat seharusnya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk parti itu membuktikan kepada rakyat bahawa pentadbiran yang dilaksanakan akan bersikap telus tanpa ada sebarang unsur rasuah serta kroni," sambungnya lagi. Dalam pada itu Lim Guan Eng juga secara berseloroh memberitahu, Pakatan Rakyat memang tiada pengalaman dalam mentadbir sebuah kerajaan yang besar tetapi Pakatan Rakyat juga tiada pengalaman dalam mengamalkan rasuah serta kroni dalam pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Sementara itu Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar menyifatkan PRU13 adalah bergantung kepada Umno-Barisan Nasional. "Kalau pada pilihanraya 1999 kita melihat pengundi Melayu menjadi penentu, manakala pada 2008 pula era di mana undi kaum Cina pula penentu kepada kebangkitan Pakatan Rakyat. "Tetapi untuk PRU13 ini pula ia bergantung kepada Umno-Barisan Nasional, yang mana pada julung kalinya PSC menuntut agar ada perubahan pada sistem pilihanraya dan ini nyata kerajaan terpaksa mengakui bahawa selama ini jelas wujud kelemahan di dalam sistem pilihanraya di negara ini," jelasnya. Tambah Nurul lagi, rakyat sekarang tidak kira apa jua kaum sedang menunggu adakah kerajaan sanggup melakukan perubahan seperti mana yang dituntut oleh PCS. Selain Lim Guan Eng dan Nurul Izzahtiga lagi panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim dan Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Prof Abu Hassan Hasbullah. Manakala moderatornya adalah Dr Maszlee Malik dari Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7037-hantu-penentu-pru-13-jika-syor-psc-diketepi
Bubar sebelum selesai PSC marahkan rakyat |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 7 Jan: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Dr Mohd Hatta Md Ramli yakin mana-mana pihak yang cuba untuk mendahului PSC bagi membubarkan Parlimen lebih awal akan berhadapan dengan kemarahan rakyat. (Dr Hatta dalam pendengaran awam di Kota Bharu) Sehubungan itu, beliau berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sehingga kajian dan cadangan PSC dilaksanakan. “Maksudnya, pembubaran Parlimen akan ditakhirkan, dikemudiankan, dan itu bukan saja boleh menyelesaikan tugas kami, tetapi seterusnya untuk dilaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya. Ini harapan kita," katanya. Beliau bercakap pada sidang media sempena sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya di Kota Darulnaim di sini tengahari tadi. PSC dipengerusikan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili itu turut dianggotai oleh tiga Ahli Parlimen Pakatan iaitu ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook. Dewan Rakyat meluluskan penubuhan PSC pada 3 Oktober 2011 dengan tanggungjawab mengkaji perkara untuk memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil. Penubuhan PSC berkuatkuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya. Sementara itu, mengulas isu pembubaran Parlimen sebelum tugas-tugas PSC selesai, Pengerusi PSC Datuk Dr Maximus berkata (pembubaran Parlimen) itu kuasa mutlak Perdana Menteri. “Kita pun terbabit, namun yang penting kita jalankan kerja ini. “Selesai tugas kita, barulah berjumpa di luar, perjuangan itu secara demokratik. “Tetapi kita tidak ada kuasa hendak memutuskan perkara itu,” ujarnya. |
PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui p'raya
Hazayani Zakaria, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan kerajaan yang didakwa tidak mengambil kira cadangan jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya.
Ini kererana penipuan dalam daftar pemilih masih berlaku meskipun anggota PSC mengemukakan cadangan mengenai pembersihan daftar pemilih.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga ini juga tiada jaminan segala cadangan pembaharuan pilihan raya yang dibuat jawatankuasa tersebut akan digunakan sebelum pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat masih melahirkan bantahan keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih walaupun pilihan raya umum semakin hampir.
"Nyata jawatankuasa ini hanya diberi ruang memanggil SPR kemudian ada ahli jawatnkuasa yang kemukakan bukti, kemudian SPR betulkan.
"Lebih serius tiada sebarang jaminan daripada kerajaan berkenaan perkara ini (senarai daftar pemilih) bahawa mereka akan laksana cadangan ini sebelum pilihan raya akan datang.
"Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.
Sidang Media KP / DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=mtW7BjJU6XE
Sumber HD : 28/03/2012
Kami tolak laporan PSC tambah baik p'raya
Anis Nazri, | 03 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 3 April: Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) menolak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman, menegaskan penolakan itu dibuat ekoran tiada sebarang penekanan terperinci berhubung tuntutan terhadap akses media yang adil dan bebas.
Bercakap pada sidang media di Hotel Vistana, petang ini, beliau mendakwa syor yang dibawa PSC berhubung akses media hanya menyentuh soal asas tanpa memperincikan butiran mengenainya.
"Melalui laporan yang kami lihat sepintas lalu, PSC hanya mengambil maklum tentang akses kepada media, tanpa satu kesungguhan atau penekanan serius bahawa pengundi akan mendapat hak untuk memperoleh maklumat yang adil dan menyeluruh, termasuk anggota PSC dari kalangan Pakatan Rakyat," dakwa beliau.
Katanya, pihaknya juga beranggapan Pakatan Rakyat turut tidak berusaha untuk memberi tekanan terhadap reformasi menyeluruh berkenaan media.
Laporan PSC yang dibentangkan di parlimen hari ini, yang menyentuh soal akses media menyebut 'Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
Jawatankuasa juga mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
Sehubungan itu, Ahmad Lutfi, berkata badan penggerak kebebasan media itu akan membuat beberapa pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi terus mendesak isu ini menjelang pilihan raya umum.
Kami juga bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan sebelum sidang parlimen berakhir minggu hadapan.
Dalam usaha memastikan akses media yang adil dan bebas dapat dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-13, Ahmad Lutfi berkata pihaknya juga akan membentuk satu badan gabungan yang terdiri daripada NGO-NGO yang akan terus menekankan soal kebebasan media ini.
Beliau juga meminta kerajaan untuk melihat kebebasan media di seluruh negara, khususnya di negara-negara yang tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya seperti Singapura dan Myanmar.
"Kita tidak payah pergi jauh. Cuba lihat Myanmar yang jauh dari sudut demokrasinya. Pada pilihan raya negara itu, baru-baru ini, Aung San Suu Kyi diberi peluang untuk berkempen di televisyen kerajaan selama 15 minit. Mengapa tidak di Malaysia yang dikatakan pengamal demokrasi?" soal beliau.

Sumber HD : 3/04/2012
Tiada penambahbaikan, PRU 13 paling kotor
Salmiyah Harun, Hazayani Zakaria, | 19 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penambahbaikan pilihan raya tidak akan ditunaikan dalam PRU ke-13 ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, soal utama yang disebut oleh jawatakuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dan laporan minoriti tidak ditangani termasuk soal daftar pemilih.
"Walapun ada beberapa pindaan kecil berkaitan istilah diluluskan tetapi ternyata PRU akan diadakan kotor dan SPR bersekongkol dalam kerja jijik, kengganan mereka membersihkan daftar pengundi," katanya dalam sidang media petang tadi.
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menegaskan sidang mesyuarat dewan rakyat hari ini sepatutnya membuat pindaan berhubung perkara pokok seperti laporan minoriti ataupun sekurang-kurangnya 22 syor PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
Bagaimanapun, persidangan dewan rakyat masih membincangkan pindaan yang bersifat remeh temeh seperti soal barung (pondok panas), poster, istilah buang undi, istilah jarak dari pusat pengundi dan agen pengiraan undi bagi Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012.
Ahli Parlimen (PAS-Kota Bharu) Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika berbahas turut mempersoalkan bilakah kerajaan akan memasukkan laporan PSC itu di dalam pindaan rang undang-undang itu.
"Apakah syor itu akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti? Nampaknya PSC seperti sandiwara, walaupun hari terakhir kita tidak nampak ada pindaan itu," soalnya.
Ahli Parlimen (DAP-Rasah) Anthony Loke mempertikaikan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru semalam mengadakan mesyuarat selepas dua minggu laporan PSC diluluskan dalam parlimen.
"SPR hanya mesyuarat semalam, tetapi nampaknya sidang ini tidak sempat. Kalau dewan bubar Jun ini bermakna 22 perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam PRU nanti," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen (PAS-Shah Alam) Abdul Khalid Samad pula mencadangkan agar pindaan hari ini turut mengenakan hukuman kepada pihak seperti memasukkan senarai pengundi hantu, merosakkan dan memasukkan warga asing dalam daftar pemilih.
"Bukanlah orang seperti ini patut dihukum kerana ia bukan sahaja merosakkan sistem pilihan raya dan mengkhianati negara," katanya ketika mencelah perbahasan Wan Rahim.
Ahli Parlimen (PKR-Gombak) Azmin Ali turut mempertikaikan pindaan kepada rang undang-undang kesalahan pilihan raya yang disifatkan membuang masa hanya membahaskan perkara kecil bukannya perkara pokok seperti laporan minoriti PSC.
Manakala Ahli Parlimen (PAS-Kuala Krai) Dr Hatta Ramli menyifatkan pindaan hari ini sia-sia kerana perkara pokok yang harus dibahaskan itulah yang akan menjanjikan pilihan raya yang bersih.
22 syor yang PSC yang diluluskan parlimen antaranya, kerajaan sementara, undi pos kepada petugas media, tarikh pembubaran parlimen, membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun, tempoh berkempen dan akses kepada media yang adil.

Sumber HD : 19/04/2012
Tarik RUU p'raya, bila Najib nak berhenti 'flip-flop'
Harakahdaily, | 16 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Keputusan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya 2012 minggu lalu menyerlahkan sikap 'tidak teliti' kerajaan yang diteraju Datuk Seri Najib Razak dalam membuat sesuatu keputusan.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, akibat ketidaktelitian itu itu menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan yang sangat memalukan.
"Kita lihat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak teliti dalam mengemukakan RUU ini.
"Yang kita peliknya, waktu dibentang tempoh hari, ahli parlimen BN sokong habis, mati-matian sokong," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai ketika dihubungi Harakahdaily.
Sebelum ini RUU Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 itu diluluskan secara tergesa-gesa pada 19 April lalu iaitu hari terakhir persidangan Parlimen untuk kali kelima bagi penggal ke-12.
Hatta yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya berkata, banyak hal dalam pentadbiran Najib yang dibuat 'separuh masak' sehingga ianya kemudian terpaksa ditarik balik.
Sebagai contoh, skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), penggabungan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dengan AirAsia dan beberapa projek lain yang kemudian ditarik balik.
Kerajaan pada 10 Mei lalu mengumumkan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara.
Keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambil kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.
Keputusan itu juga turut dipersetujui Pakatan Rakyat yang dari awal mempersoal beberapa perkara dalam pindaan tersebut.

Sumber HD : 16/05/2012
SPR diminta reaksi cadangan PSC
Muhammad Faizal, | 13 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook (gambar) melahirkan kekecewaan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga sekarang belum memberi reaksi sepenuhnya terhadap laporan yang dikeluarkan oleh PSC sebelum ini.
Beliau menjelaskan tempoh tiga bulan yang diberikan kepada SPR akan tamat pada 2 Julai nanti namun SPR tetap berdiam diri tanpa sebarang respons.
"SPR sehingga sekarang masih berada di bawah pencapaian di mana tempoh yang ditetapkan oleh PSC untuk tiga bulan memberi maklumat terhadap cadangan tersebut masih tidak ada apa-apa perkembangan.
"Apakah yang berlaku di dalam SPR dan juga cadangan yang dibuat, kita mahu penjelasan segera dari SPR," jelasnya.
Sebelum itu beliau menyatakan pindaan terhadap Peraturan 7 di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuatkuasa pada 30 April memansuhkan peruntukan undang-undang membenarkan bantahan terhadap kertas penamaan semasa hari penamaan calon bagi suatu pilihan raya.
"Ini merupakan perubahan yang besar dan apa yang ingin saya tegaskan adalah jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung dengan kesalahan alamat mahupun tidak menandatangani borang pencalonan SPR tidak boleh menolak kertas pencalonan tersebut.
"SPR hanya berhak menolak kertas-kertas pencalonan apabila seseorang calon itu telah melanggar akta di dalam Perlembagaan seperti muflis, tidak cukup 21 tahun mahupun telah dijatuhkan hukuman melebihi setahun oleh mahkamah," jelasnya pada sidang media di Parlimen.
Tambahnya lagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya mesti menjalankan tugasnya mengikut ruang lingkup yang telah ditetapkan bukannya di luar batasan.
"Kita tidak mahu mereka yang dilantik bertindak diluar batas tugas yang ditetapkan," sambungnya.
Menjawab kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan dengan syor yang dicadangkan oleh PSC, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu dari 32 cadangan PSC hanya 10 usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember 2011.
Antara yang diluluskan dan akan dilaksanakan pada PRU13 nanti adalah penggunaan dakwat kekal.

Sumber HD : 13/06/2012
Pakatan khuatir undi pos luar negara dimanipulasi
Hazayani Zakaria, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mekanisme yang berkesan jika bercadang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Rakyat bimbang undi pos mereka di luar negara turut dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara.
Katanya, Pakatan Rakyat sebelum ini memang mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi memberi peluang warga negara Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka.
"Kalau nak jalankan undi pos di luar negara, prosedur mesti telus. Kita bantah undi pos di Malaysia pun sebab tak telus dan dimanipulasi dan memang ada pendedahan dah dibuat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman SPR bahawa mereka sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usul itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang September ini.
Namun katanya, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
Hatta berkata, Pakatan juga pernah mencadangkan perkara itu dan tidak mahu sebarang syarat dikenakan warga negara di luar untuk mengundi secara pos.
"PAS juga memandang perkara ini satu perkembangan positif dan kita amat bersetuju bahawa warga negara Malaysia yang berada di luar negara juga diberikan hak mereka untuk menyertai pilihan raya dan memilih kerajaan yang mereka sukai.
"Dalam PSC Pakatan menyokong penuh hasrat ini satu perkembanagn baru dalam sistem pilihan raya kita malah mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan tanpa meletakkan sebarang syarat.
"Kita mengatakan bahawa dengan suasana komunikasi dan media hari ini rakyat di luar negara lebih mengetahui perkembangan Malaysia daripada sebahagian rakyat Malaysia sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Tak perlu pinda undang-undang baru
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk meminda Akta Pilihan Raya sebaliknya beliau berkata, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Katanya, SPR hanya perlu menambahkan peruntukan dalam peraturan sedia ada bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13.
"SPR tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos.
“SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Anthony juga menyifatkan pindaan akta itu sebagai membazir masa kerana mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan.
"SPR membazir masa jika mahu meminda akta. Peruntukan sudah ada, SPR hanya perlu memberikan tafsiran jelas terhadap pengundi pos dan mekanismenya sahaja," katanya.

Sumber HD : 12/07/2012
No comments:
Post a Comment