Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS |
Muhammad Faeez |
TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini. Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci. "Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal. Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam. Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno. "Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak. "Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5864-bekas-pengarah-pendidikan-pegawai-tldm-sertai-pas
300 tinggalkan Umno dalam tempoh seminggu |
Aslani M |
TANAH MERAH, 30 Okt: Dalam tempoh seminggu lebih 300 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu di bahagian Tanah Merah. Ini secara tidak langsung memberi cabaran kepada ketua bahagian, Datuk Ikmal Hisyam Aziz yang sebelum ini mengimpikan laluan mudah di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Bagaimanapun kemenangannya pada pertandingan merebut jawatan ketua bahagian dua tahun lalu dipertikai ahli Umno atas dakwaan cawangannya dianggap tidak sah. Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman sebelum ini membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun ekoran tindakan itu Amran dilucut keahlian Umno pada 1 Mac 2010. Ikmal Hisyam bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Amran, malah bekas anggota parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan kini dikatakan berganding bahu dengan abangnya, Datuk Ismail, seorang tokoh korporat menggugatkan kedudukannya. Kemelut yang tidak sudah berpenghujung dalam Umno di Tanah Merah menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi semakin bosan. Maka sebahagian daripada mereka mengambil jalan pintas keluar daripada parti itu dan menyertai PAS beramai-ramai. Pada 21 Oktober lalu seramai 160 ahli dan penyokong Umno dari lima kampung di Dun Gual Ipoh keluar daripada parti itu. Mereka diketuai Rustam Musfafa daripada Cawangan Umno Bukit Kelidang mewakili rakan-rakan menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan selang tiga hari kemudian seramai 155 lagi bekas ahli Umno di Kampung Bechah Peleting di Dun Bukit Panau diketuai Mohd Saidi Abdul Rahman, 39 mengisytihar secara terbuka menyertai PAS. Mohd Saidi bekas anggota tentera yang kini berniaga berkata, banyak peristiwa yang berlaku ke atas dirinya membawa beliau mengambil keputusan meninggalkan Umno. “Kalau sebelum ini kita pernah mendengar di Tanah Merah ada tukang kebun sekolah yang boleh mendesak guru sekolah ditukar kerana kedudukannya dalam Umno di peringkat bahagian. “Semua perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku kerana Umno mahu mempamerkan kuasa politik mereka. Inilah membuat saya semakin muak dengan Umno,” katanya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Menteri Besar. Hadir sama di program ceramah tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood. Beliau juga mendedahkan ketika berkhidmat sebagai anggota tentera pernah diarah pegawai atasan memangkah kertas undi milik anggota tentera lain. Menurutnya beliau melakukan perkara itu tanpa kerelaan hatinya biar pun tahu menyalahi peraturan SPR. Bechah Peleting sebelum ini merupakan kubu kuat Umno dan sukar ditembusi PAS. (Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6249-300-tinggalkan-umno-dalam-tempoh-seminggu-
BEKAS KETUA POLIS DAERAH SERTAI PAS
PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar (gambar berucap) bertindak menyertai pati itu.Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.
“Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk,” katanya ketika memberi ucapan di Liqa’ Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.
Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
“Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi.
Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program ‘Jom Masuk PAS’ menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.
Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.
kl-today/blog united musleem
Ketua Puteri Umno sertai PAS, ikrar jatuhkan Umno PRU-13 :
http://www.youtube.com/watch?v=ma33Ezi2o-c
Kecewa dengan BN, ahli Umno Terengganu sertai PAS |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Umno di Terengganu diakui berada dalam keadaan semakin lemah sekarang oleh ahli-ahli parti itu sendiri, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu. Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, perbezaan sikap dan tindakan para pemimpin Umno BN dan PAS dapat dinilai sendiri oleh rakyat Terengganu hasil dari pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1989 lalu, walaupun hanya untuk tempoh sepenggal. Menurutnya, sepanjang PAS memerintah, seluruh rakyat Terengganu sendiri dapat merasakan betapa mudahnya urusan antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk berkaitan pengurniaan tanah kepada rakyat. Katanya, selain itu, rakyat Terengganu sendiri mengetahui sejak PAS memerintah tidak lagi dikenakan cukai pintu di kawasan-kawasan perbandaran, di samping tidak mengalami kesukaran dari segi karenah birokrasi. "Sepanjang PAS memerintah, rakyat Terengganu juga tahu tidak terdapat penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah di kalangan para pemimpin PAS sehingga tak ada seorang pun pemimpin PAS yang boleh diheret ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. 9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin. 40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu. Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak. Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu. Mereka turut mengakui tindakan mereka itu pasti memberi tamparan hebat kepada Umno Dun Teluk Pasu khususnya dan Umno Kuala Nerus serta negeri amnya, lantaran kekecewaan ahli-ahli parti itu sendiri terhadap para pemimpin mereka. Antara contoh yang diberikan oleh kedua-dua mereka berhubung perkara itu termasuklah hal-hal yang berkaitan projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut yang jelas terdapat unsur salahguna kuasa. Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat; Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang. Menurut Salahuddin, kemasukan 80 orang ahli Umno ke dalam PAS itu sememangnya mencipta sejarah yang amat membanggakan PAS, memandangkan sebelum ini amat jarang ahli-ahli parti itu di Terengganu menyertai PAS secara serentak sebanyak itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin tindakan 80 bekas ahli Umno itu merupakan sebahagian dari lambang kebangkitan golongan muda untuk bersama-sama melakukan perubahan politik di negeri itu. "Banyak faktor yang dilihat oleh ahli-ahli Umno sendiri dan genarasi muda sekarang yang mendorong mereka menyertai PAS. Antaranya termasuklah perpaduan utuh di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri berbanding Umno BN, sehingga tidak berlaku kem-kem dalam PAS. "Keadaan itu berbeza dengan Umno khususnya di Terengganu sehingga berlakunya kem Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh ekoran perebutan jawatan dan kuasa, sehingga akhirnya rakyat sendiri yang mengakui mereka terabai," katanya. Beliau berharap agar penyertaan 80 orang bekas ahli Umno itu ke dalam PAS akan dijadikan titik renungan oleh ahli-ahli Umno BN lain di Terengganu untuk bersama-sama berhijrah ke dalam PAS. Tindakan itu, tegasnya, amat penting untuk membolehkan PAS merampas Terengganu dari Umno BN pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan PAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik terhadap rakyat seperti yang diharapkan oleh orang ramai sendiri. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7059-kecewa-dengan-bn-ahli-umno-terengganu-sertai-pas
Bekas pengarah kastam kedah sertai pas
Jerlun : Ishak Ahmad (Gambar - sebelah kanan) telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dalam satu majlis di Kampung Alor Biak pada 10 Januari 2012 lalu.
Turut menyerahkan borang seramai 16 orang anak muda yang diketuai oleh Muhamad Maududi Abdul Ghani.
Ikut sama berceramah pada malam tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah,Ustaz Abdul Ghani Ahmad dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim.
Sumber HD : 15/12/2011
Penyertaan bekas pegawai k'jaan perkuat PAS Melaka
Ahmad Danial, | 19 Feb 2012 |
MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.
Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.
Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
Sementara Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.
Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.
Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.
Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.
"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.
Sumber HD : 19/02/2012
Bekas Komando 69 PGK serah borang ahli Pas kepada Tuan Guru Presiden
IPOH : Semasa program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, telah berlangsungnya satu acara yang istimewa.
Bekas-bekas Anggota Komando 69 Pasukan Gerak Khas (PGK -Unit Elit TUDM) dengan diwakili oleh Mohamad Ismail Bin Hj Saleh telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri borang-borang kemasukan mereka ke dalam Pas kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Lebih istimewa dan uniknya apabila Mohamad Ismail telah menyerahkan borang-borang tersebut dengan penuh istiadat dan penghormatan seorang angkatan tentera kepada Tuan Guru Presiden.
40 ahli Umno sertai PAS di Kg Masjid
Harakahdaily, | 23 Mac 2012 |
SUNGAI PETANI, 23 Mac: 40 bekas ahli dan penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani meninggalkan parti mereka dan menyertai PAS.
(Mohamad Sabu menerima borang permohonan menjadi ahli PAS)
Mereka menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Unit Peti Undi (UPU) Bukit Meriam dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Merdeka sebelum
beliau berceramah di situ baru-baru ini.
Salah seorang dari mereka adalah bekas penyokong tegar Umno, Mohd Noor Tayed 58. Di era tahun 70 - 80 an dahulu merupakan kemuncak penglibatan dirinya dengan Umno. Selepas itu beliau mengambil sikap pandang dan lihat.
Dahulu, di mana sahaja jentera Umno bertugas terutamanya di Parlimen Sungai Petani mesti kelibatnya ada untuk membantu jentera berhadapan dengan PAS yang dianggap musuh yang perlu di singkirkan.
Namun, hari ini sudah berbeza. Beliau tidak lagi mahu memberikan undi dan sokongan pada Umno dan BN.
(Mohd Noor [kiri] dan Che Ani)
"Dulu saya tidak tahu menilai malahan bertindak berdasarkan arahan ketua jentera yang saya ditugaskan tetapi hari ini saya telah sedar dan bertekad melawan parti yang saya pernah puja selama ini, " katanya.
Seorang lagi rakanya, Che Ani Mansor 72 berkata, apa yang beliau dapat selama menyokong Umno dan BN melainkan terus mengayuh basikal tuanya sahaja.
Masalah banjir kilat yang melanda kawasan rumah pun tambahnya, Umno dan BN ketika berkuasa hanya pandang sahaja tidak bertindak membantu mengatasi dengan membina longkang baru di kampung berkenaan.
"Bila hujan sahaja hati saya bimbang kerana rumah saya dan beberapa buah rumah jiran akan tengelam separas buku lali.
"Bukan baru tapi sudah lama walaupun ada beberapa orang kepimpinan Umno datang menjengguk," katanya yang sudah bosan dengan janji BN.
Beliau mengucapkan terima kasih pada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) kerana bertindak segera setelah membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan membina longkang bagi menghindarkan banjir kilat berkenaan.
Dekati ahli baru
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Mazlan Osman (gambar) meminta semua ahli PAS yang berada lama dalam perjuangan ini supaya mendampingi setiap ahli baru yang telah sedar untuk bersama membina kekuatan meruntuhkan empayar Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ujarnya, jangan sekali-kali membiarkan mereka dengan haluan sendiri sedangkan banyak kepakaran yang mereka ada yang membolehkan ahli PAS lama mempelajari.
"Anggaplah ahli baru PAS sebagai rakan yang akrab jangan persiakan kesedaran mereka kerana mereka juga ada kepakaran yang mungkin tiada pada kita. Kita sebagai ahli PAS yang lama wajar menunjukan contoh terbaik supaya mereka bersama membina kekuatan meruntuhkan Umno dan BN," tegasnya ketika ditemui di pejabat Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu bersama beberapa orang bekas penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani semalam.
Tugas ahli dan pemimpin PAS bukan berdakwah pada bukan Islam sahaja sambungnya, malahan kepada mereka yang telah jinak dengan perjuangan agar mereka mendekati majlis ilmu dan masjid supaya kekuatan boleh dibina apatah lag dunia sekarang dunia meterial.
Sumber HD : 23/03/2012
21 Pemuda Umno Jelutong sertai PAS
Harakahdaily, | 29 Mac 2012 |
JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.
(Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno)
Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.
Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.
Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.
"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.
Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.
Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.
Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.
Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.
Sumber HD : 29/03/2012
21 penyokong kuat Umno Kg. Dodol sertai PAS
Mohd Sabri Said, | 31 Mac 2012 |
JELUTONG, 31 Mac: Sejak kebelakangan ini, berita ahli Umno masuk PAS di Pulau Pinang tidak putus-putus dilaporkan media alternatif termasuk blog politik.
Terbaru, 21 lagi remaja dan antaranya ahli Umno di Kampung Dodol di sini menyerahkan borang menyertai PAS.
Mereka menyerahkan borang kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Jelutong, Ustaz Takiudin Hamzah.
Turut hadir pada program itu Ketua Pemuda PAS Jelutong, Mohd Faruk Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Kg Dodol, Mohd Zaki Othman serta Setiausaha Cabang Keadilan Jelutong, Mohd Khairil Kamarudin.
Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, seorang daripada mereka Danial Ikhwan Roslan, 26, menyifatkan kemasukanya ke dalam PAS sebagai keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.
"Perjuangan dalam PAS lain berbanding dengan Umno. Dulu kami bergerak jika ada upah, " katanya lagi.
Rakanya, Mohd Khalid Mohd Ariffin pula berkata beliau dapat merasakan jiwanya lebih tenang dengan PAS kerana mendapat rakan yang baik dan berakhlak.
"Inilah kali pertama saya terlibat diri dengan parti. Sebelum ini tidak terfikir langsung untuk berparti lebih-lebih lagi dengan PAS, " jelasnya yang sebelum ini menjadi penyokong kuat Umno.
Bagi Mohd Farhan Habibulrahman pula, kemasukanya ke dalam PAS satu rahmat biarpun sebelum ini menaruh harapan pada Umno untuk baiki mutu kehidupan rakyat namun apa yang diharapkan tidak dilaksanakan.
"PAS satu-satunya parti pilihan terbaik setakat ini maka saya terus ambil borang dan tulis apa yang disyaratkan, " sambungnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Cawangan, Mohd Zaki Othman, perkembangan terbaru itu sekaligus menyaksikan kedudukan Umno di cawangan itu goyah.
"Kedudukan Umno Cawangan Kampung Dodol sudah goyang dengan tindakan sebahagian ahli dan penyokong setia parti itu sertai PAS. Tindakan tersebut benar-benar memberikan tamparan hebat terhadap Umno Jelutong, " terang beliau.

Sumber HD : 31/03/2012
Shahril masuk PAS masih bertaraf berita angin
Harakahdaily, | 01 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 1 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.
(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)
"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.
Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.
Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.
Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu.
Ia kemudian disuraikan oleh polis.
Shahril dlaporkan blog itu berkata:
“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."
Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.
Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan
"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.
Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.
Sumber HD : 1/04/2012
Bosan konflik punca 69 ahli keluar Umno
Yaakub Dasan, | 04 Apr 2012 |
RANTAU PANJANG, 4 April: Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.
Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya.
Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.
Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.
“Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.
“Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.
Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.
Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.
Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.
Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.
Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini.
Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.
(Ikuti laporan penuh dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Sumber HD : 4/04/2012
Jasin: 40 ahli Umno sertai PAS
Zaili Mohamad, | 13 Apr 2012 |
(Azahari menyerahkan borang permohonan keahlian PAS dari 40 ahli Umno kepada Kintan sambil disaksikan Bob Lokman.)
MELAKA, 13 April: 40 ahli Umno daripada tiga cawangan di Unit Peti Undi Seri Mendapat, Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Jasin, di sini telah mengistiharkan keluar Umno dan menyertai PAS Cawangan Felcra Lembah Kesang.
Borang permohonan keahlian telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan, Azahari Md Shah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man sambil disaksikan oleh Bob Lokman pada program ceramah beliau yang diadakan di Seri Mendapat, baru-baru ini.
Menurut Azahari bahawa gerakerja secara tersusun bagi penambahan ahli baru yang dilaksanakan selama ini telah berjaya dengan kemasukan empat puluh orang ahli ke dalam PAS Cawangan dan kebanyakkannya terdiri daripada golongan pemuda.
"Ianya menyuntik semangat kepada kami untuk meningkatkan lagi gerakerja, lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU13 yang semakin tiba dan dengan pelbagai isu yang melanda negara kita kini termasuk di Felcra dan Felda," ujarnya.
Manakala, Bob Lokman dalam ucapannya menegaskan kepada anak muda supaya menerima perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana ianya selari dengan Islam dan memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
"PAS parti dakwah, bukan kata PAS dan Umno sama macam Manchester United dengan Arsernal iaitu siapa pandai kelecek dapat jaring gol dia menang, perjuangan PAS dan Umno jauh beza, ini anak muda kena faham.
"Umno pejuang dasar 1Malaysia, Islam Hadhari, DEB dan Buku Hijau tapi PAS perjuangkan dasar Islam, penjajah dah jauhkan kita dari Islam datang Umno pula tak kuatkan Islam maka hina kita hari ini di mana kita sebelum ini dapat kemuliaan kerana Islam," kata beliau.
Bob Lokman turut menempelak Umno yang hanya berdiam diri walaupun Islam dihina oleh pemimpin MCA, Chua Soi Lek yang mengugut untuk keluar daripada BN sekiranya Umno melaksanakan hukum hudud.
"Kita kena tebang dan tanam semula BN ini dengan digantikan Pakatan Rakyat untuk ubah negara ini dan bagi mengubah nasib kita semua," tambahnya.
Sumber HD : 13/04/2012
PAS tambah cawangan baru dalam Dun Ali Rustam
Ahmad Danial , | 13 Apr 2012 |
BUKIT KATIL, 14 April: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menerima tamparan hebat apabila sebuah lagi cawanagn baru PAS ditubuhkan dalam kawasannya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Baru.
Malah lebih menarik, cawangan di Padang Jambu di Dun itu ditubuhkan oleh beberapa orang ahli Umno telah keluar parti itu dan menyertai PAS.
Malam tadi Mesyuarat Agung pertama PAS Cawangan tersebut telah diadakan di mana perlantikan ahli jawatan kuasa (AJK) telah dibuat dengan jayanya.
Serentak dengan itu Unit Peti Undi (UPU) Padang Jambu juga ditubuhkan bagi menggiatkan lagi kerja-kerja pilihanraya yang sebelum ini dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Ali Sharif dalam ucapan perasmiannya melahirkan tanda kesyukuran di atas penubuhan cawangan tersebut yang telah sekian lama diidamkan.
"Padang Jambu bukanlah kubu kuat BN kerana PAS mendapat undi yang banyak pada setiap Pilihanraya, kita hanya kalah sekitar 100-200 undi sahaja".
"Insya Allah dengan penubuhan cawangan ini PAS akan membuat kejutan pada PRU 13 di Peti Undi Padang Jambu ini" ujar Mohd Ali yang juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.
Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ramli Dalip berkata satu lagi cawangan PAS akan ditubuhkan dalam Dun Bukit Baru iaitu cawangan Bukit Baru Dalam.
Beberapa penyokong PAS dan bekas-bekas ahli Umno sudah bersedia untuk menubuhkan cawangan tersebut.
"Kita sudahpun mengenalpasti penyokong PAS dan Umno yang bersedia memikul amanah menggerakkan cawangan dan Unit Peti Undi Bukit Baru Dalam'.
"Majlis penubuhannya akan diadakan dalam masa terdekat" kata Ramli.

Yang pandai masuk PAS, samseng masuk Umno
Khairil Abdul Rahim, | 18 Apr 2012 |
TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno.
Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman (gambar) berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.
“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.
“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.
Fauzi yang juga Ketua Perhubungan Keadilan Pahang berkata demikian ketika berceramah dalam majlis ‘Aku Bekas Umno’ (ABU) di Taman Bukit Chermin di sini anjuran PKR Cabang Temerloh.
Turut berucap bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri, bloger dan pemimpin Umno Negeri Sembilan Aspan Alias serta bekas AJK Umno Temerloh Rosli Ismail.
Fauzi berkata, memang terdapat perbezaan yang ketara antara pimpinan Umno dulu dengan sekarang kerana pemimpin dulu sanggup berkorban tetapi pemimpin parti itu sekarang ini mengintai peluang sahaja untuk mengayakan diri masing-masing.
"Pemimpin Umno dulu tengok orang Melayu susah, dibuka tanah untuk beratus ribu rakyat dan lantik Felda uruskan. Tapi sekarang Umno bagi tanah untuk satu orang. Contohnya di Bukit tinggi (Bentong) seorang tauke dapat 36,000 ekar. Begitu juga di Gambang (Kuantan) beribu ekar diberi hanya kepada seorang tauke.
“Saya masih ingat pada tahun 1974 Menteri Besar ketika itu Abdul Aziz Ahmad, (Tanah dalam bandar Kuantan) Transit Kuarters dulu rizab Melayu tapi tapak itu sudah dijual kepada tauke Cina dari Singapura,” tegasnya.
Fauzi berkata, ada betulnya kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan cerdik pandai tidak lagi masuk Umno sebab itulah jika diperhatikan pemimpin Umno dulu korban diri untuk kepentingan rakyat, tetapi pemimpin Umno sekarang korbankan rakyat untuk kepentingan diri.
“MB Pahang dulu tak masuk universiti tapi akal panjang dan amanah. Di buatnya kilang Aspa dan Mentiga kerana Pahang kaya dengan hutan balak. SEDC ditubuh bangunkan tanah Melayu ketika itu Aspa diberi 1.1 juta ekar tanah hutan balak tapi semua itu dah hilang.
“Kita boleh tengok tahun 1969 negeri Pahang ada simpanan tunai RM250 juta tetapi Pahang sekarang hutang pula RM2.3 bilion dan kena saman lagi RM63 juta oleh syarikat balak,” ujarnya.
Dalam pada itu Fauzi turut membangkitkan pada masa ini 2.5 juta pengundi dalam keadaan meragukan sehingga terdapat nama dalam Daftar Pemilih tetapi apabila disemak dalam JPN, tiada pemilik mykad.
“Jadi lepas ini anak cucu kita tak boleh tentukan masa depan tetapi pendatang asing.”
Sementara itu Ariff Sabri (gambar) yang berceramah sebelumnya mengatakan Umno pada masa ini mengamalkan kronisme sehingga menyusahkan rakyat. Sebagai bukti, harga beras dan gula menjadi tinggi apabila dimonopoli kroni.
Beliau yang mendakwa rapat dengan Najib sebelum menyertai DAP, turut menyentuh kononnya Umno menganggap juara orang Melayu.
“Pemimpin Umno anggap parti itu bela Melayu? Melayu Umno saja. Tengok apa terjadi dengan Kelantan dan royalti negeri Terengganu sebelum ini yang tiba-tiba ditukar menjadi wang ehsan.
“Kita mahu orang Melayu sedar tentang perkara ini jangan selamanya ditipu oleh lidah rasmi Umno baik akhbar mahupun televisyen,” tegasnya.
Ariff berkata, orang-orang Melayu di tempat lain sedang mentertawakan Melayu negara ini kerana sudah 13 tahun rakyat dihidangkan dengan cerita-cerita lucah, khasnya menuduh Anwar walhal mahkamah telah membersihkan Anwar.
Aspan Alias yang mendakwa selama 42 tahun dalam Umno, menganggap masa sepanjang itu hanya membazirkan usia sahaja.
“Sehinggalah saya tak terdaya lagi dah nak mengikut ragam orang Umno baru. Umno khianat bangsa Melayu sendiri antaranya macam burung balang, hanya tahunya mengangguk saja.
“Tak boleh langsung berfikir di luar kotak dan tidak boleh terima kritikan. Saya dituduh pengkhianat, tapi Dr Mahathir yang matikan Umno pada tahun 1987 tubuhkan Umno baru tak dilabelkan apa-apa,” tambahnya.
Beliau yang turut menyertai DAP, mempersoalkan Umno yang cuba menjadi juara membela Islam demi untuk meraih undi Melayu.
“Guna duit RM250 juta dana lembu yang guna untuk tempat lain, adakah itu Islam? Guna duit kerajaan untuk bertunang anak adakah itu Islam?,” soalnya.
Sumber HD : 18/04/2012
Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini
Harakahdaily, | 11 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.
Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online..
Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.
Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.
Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.
Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

Sumber HD : 11/05/2012
(Aishah menyerahkan borang sertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz malam tadi - gambar Telok Bakong Blog)
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.
Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya".
Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng.
Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya.
Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS.
Aishah serah borang jadi ahli PAS
Harakahdaily, | 12 Mei 2012 |

Sumber HD : 12/05/2012
25 penduduk pulau Tanjung Batu sertai PAS
Zulkifli Sulong, | 15 Mei 2012 |
(Selamat menyerahkan borang ahli PAS kepada Tuan Ibrahim)
KINABATANGAN: 25 penduduk pulau Tanjung Batu, 20 minit perjalanan dengan bot dari perlabuhan Sandakan, memohon untuk menyertai PAS dengan diketuai sendiri oleh ketua kampung mereka, Selamat bin Abdillah.
Borang permohonan untuk menyertai PAS itu diserahkan oleh Selamat kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah.
Di samping itu, turut serta adalah rombongan anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang sedang dalam rangka kunjungan ke Sandakan.
Selamat mula menjadi Ketua Kampung pada tahun 1989 lagi. Namun sejak Mac lalu, seorang ketua kampung baru dilantik di pulau itu tanpa melalui peraturan yang biasa dimana Salamat tidak dimaklumkan mengenainya.
"Tahu-tahu sejak Mac, elaun saya tidak diberikan," kata Selamat kepada rombongan lajnah Penerangan PAS ini.
Sebulan lalu, Hamzah bersama beberapa rakannya dalam PAS Sabah turun ke pulau Tanjung Datu yang mempunyai 200 keluarga ini.
Ketika itu, jambatan yang menghubung antara rumah ke rumah sudah hampir reput dan berlubang di sana-sini.
"Baru dua minggu lepas (dua minggu selepas kunjungan Hamzah),mereka membina jambatan baru ini," kata Selamat.
"Baru saja saya datang berkunjung ke sini, tuan-puan sudah dapat jambatan baru. Bayangkan kalau tuan-puan undi PAS dalam pilihan raya umum nanti, saya yakin apa yang tuan-puan hendak akan diberikan semuanya,"kata Hamzah ketika memberikan ucapan ringkas di majlis hari ini.
Tuan Ibrahim, ketika berucap pula mengajak penduduk di situ membuat perkara yang sama.
"Macam kedai di kampunglah tuan-puan. Kalau ada satu kedai, semua harga ditentukan oleh kedai itu. Tetapi kalau ada dua kedai yang berniaga, kedua-duanya akan saling menurunkan harga dan kita pengguna yang akan untung.
"Begitu juga dalam politik ini. Selama ini Umno sahaja yang ada. Sekarang PAS datang menawarkan khidmat untuk tuan-puan semua, jadi kita bertandinglah secara yang adil. Saya yakin tuan-puanlah yang bakal untung nanti," kata beliau.
(Rombongan Lajnah Penerangan PAS disambut dengan jambatan baru di pulau Tanjung Batu)
Beliau juga yakin, jika Pakatan dipilih penduduk di sini dalam pilihan raya umum akan datang, kemudahan untuk rakyat akan jauh lebih besar lagi.
"Sekurang-kurangnya Umno akan berusaha memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk tuan-puan," katanya.
Beliau juga yakin, selepas rombongan beliau balik, Umno akan datang segera ke pulau ini dan memberikan segala kemudahan untuk penduduk tempatan.
"Jadi tuan-puan ambillah apa yang mereka bagi kerana itu hak kita sebenarnya sebagai rakyat...bak kata Menteri Besar Kelantan, bagi duit ambil, bagi kain pakai bagi gula buat air tetapi bila mengundi pilih bulan," kata Hamzah menambahkata Tuan Ibrahim.
Semalam, kira-kira 50 penduduk pulau Shanghai dalam kawasan Parlimen Batu Sapi menyertai PAS. Borang permohonan juga diserahkan kepada Tuan Ibrahim.
Sumber HD : 15/05/2012
Bekas orang no 3 polis akan sertai PAS
Salmiyah Harun, | 19 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS di Batu Kurau, Perak 20 Mei ini (esok).
Beliau akan menyerahkan borang permohonan itu dalam satu majlis Pengisytiharan Perdana di Taman Kota Wira Ulu Sepetang.
Anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.
Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.
Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.
Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut Mohd Akmal Kamarudin berkata, penyertaan bekas orang kuat PDRM itu dalam PAS amatlah dialu-alukan.
Malah kehadiran beliau di dalam PAS, katanya sedikit sebanyak memberi suntikan semangat tambah-tambah lagi menjelang PRU-13 nanti.
"Sekali gus menutup persepsi yang dimainkan pemerintah, bahawa PAS dan polis adalah seteru. Ianya meleset sama sekali," katanya kepada Harakahdaily.
Program Pengisytiharan Perdana itu akan berlangsung pada jam 9.00 malam dan akan dihadiri beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
Antara mereka yang akan hadir dan berceramah dalam majlis yang bersejarah itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dan Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty.
"Orang ramai dijemput datang pada program itu, kita dengar sebab apa diai memilih PAS sebagai wadah perjuangannya. Dan mungkin ada cerita menarik yang akan dikongsi bersama nanti," katanya.

Sumber HD : 19/05/2012
Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...
Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini berlaku suatu fenomena menarik di mana bukan sahaja ahli dan pemimpin Umno malah golongan cerdik pandai juga mula tidak percaya kepada Umno.
Terbaru kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Akan datang ini pula bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS.
Beliau dijangka akan menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS pada satu majlis di Batu Kurau, Perak malam esok.
Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir juga turut mengumumkan keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat selepas kecewa dengan Umno sekarang yang didakwa terpesong dari landasan perjuangan.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz, beliau melihat perkembangan terbaru itu menunjukkan Umno tidak lagi mendapat kepercayaan orang Melayu sendiri.
"Kita mengingatkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti tempat berpaut umat Melayu di negara ini.
"Umno adalah untuk suku sakat golongan elit pemerintah sahaja. Mereka yang terus berkuasa akan mendapat habuan, manakala ahli bawahan yang bekerja bertungkus lumus sejak dahulu sehingga sekarang tidak dipedulikan," katanya.
Menurutnya, jika suatu ketika dulu, tanda-tanda pilihan raya umum berlangsung adalah dengan ahli PAS atau Pakatan Rakyat ‘keluar’ beramai-ramai dengan menyertai BN, namun sekarang ini sudah terbalik pula.
"Kita menyeru pemimpin-pemimpin Umno serta komponen BNdi Wilayah Persekutuan agar berhijrah segera ke Pakatan Rakyat sebelum kapal BN tenggelam sepenuhnya menjelang PRU 13.
"Kita bersedia menerima kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam PAS dengan hati terbuka asalkan mereka ikhlas menerima prinsip perjuangan PAS," katanya.

Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi
Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.
Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya.
Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.
"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.
Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.
Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.
Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.
Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.
Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.
Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya.
Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.
"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.
Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.
Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.
Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.
Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.
Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.
Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Sumber HD : 19/05/2012
PAS
Hazayani Zakaria, | 24 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Fenomena penjawat awam berpangkat tinggi menyertai PAS diyakini akan berterusan selepas ini, kata veteran PAS, Ahmad Awang (gambar).
Ahmad berkata, fenomena ini berlaku kerana rakyat tidak menyenangi situasi politik dalam negara yang tidak baik.
Tambahan pula kata bekas Naib Presiden PAS itu, tindakan kerajaan menyekat kemaraan Bersih 3.0 baru-baru ini memberi kesedaran kepada rakyat untuk menolak kerajaan yang enggan membersihkan sistem pilihan raya.
"Banyak isu dalam negara menyebabkan kemarahan rakyat dan mereka mula sedar kepentingan mereka bersama-sama dalam perjuangan PAS," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.
Beliau juga juga yakin makin ramai pesara kerajaan akan menzahirkan sokongan terhadap PAS jika kerajaan terus mengamalkan politik kotor dan kezaliman.
"Saya yakin semakin banyak penyelewengan, salahguna kuasa dan politik kotor, semakin ramai orang akan menyertai perjuangan PAS," katanya.
Tambah beliau lagi, fenomena penjawat awam termasuk golongan cerdik pandai memilih PAS selepas bersara bukan baru sekarang berlaku malah sejak dari dahulu lagi.
"Sejak dahulu lagi PAS menerima keahlian penjawat awam yang bersara daripada askar, polis.
"Sewaktu dalam perkhidmatan, mereka terpaksa menyembunyikan sokongan terhadap PAS tapi mereka tahu apa yang diperjuangkan PAS. Jadi selepas bersara, mereka berasa bertanggungjawab untuk memberikan komitmen," katanya.
Sumber HD : 24/05/2012

54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS
Khairul Azlam Mohamad, | 09 Jun 2012 |
BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.
Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.
Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.
Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.
Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.
“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.
“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.
“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.
Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Sumber HD : 9/06/2012
Seorang lagi bekas pegawai kanan sertai PAS
Harakahdaily, | 13 Jun 2012 |
(Haji Rahman [tiga dari kiri] menerima sijil keahlian seumur hidup beliau dari Wahid dengan diperhatikan kakitangan Pejabat Agung PAS)
KUALA LUMPUR: Seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS hari yang menampakkan kebanjiran mereka ke dalam parti itu tidak boleh disekat lagi.
Hari ini, Hj Abdul Rahman Taib, mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerima sijil PAS beliau.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Wahid Endut berkata fenomena bekas Pegawai kanan kerajaan menyertai PAS tidak dapat disekat lagi.
Seorang demi seorang mula tertarik dengan perjuangan PAS yang memartabatkan Islam dengan Melayu menjadi terasnya.
Beliau ditemui ketika menyerahkan Sijil Keahlian PAS kepada Hj Abdul Rahman dalam satu majlis ringkas meraikan beliau di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.
Sebelum menyertai PAS, Hj Abdul Rahman pernah menyertai UMNO di kampongnya, Bukit Petiti, Manir, Terengganu.
Beliau mula tertarik untuk menyertai PAS setelah pertama kali hadir program Dailog Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dengan PAS pada bulan Mac, 2012 dan kemudiannya menyertai PAS pada bulan Mei, 2012.
Turut hadir dalam majlis penyerahan Sijil Keahlian Seumur Hidup PAS adalah kakitangan Unit Keahlian Pas Pusat diketuai oleh Pegawai Keahlian, Puan Noriah Mohd Yunus dan Setiuasaha Perantau, Suhaimi Embong.
Ketika menceritakan mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin Umno dalam siri-siri ceramah.
Beliau yang berasal dari Kampung Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan
mereka.
Rawatan Secara ‘Panadol’
Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.
“Sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam ‘panadol’ tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu,
“Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.
Justeru, beliau menyedari perkara tersebut dan ‘berubah’ dari menjadi ahli Umno kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.
“Sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah masuk PAS,
“Makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang fitrah Allah SWT,”tambahnya.
Sumber HD : 13/06/2012
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS
Hazayani Zakaria, | 18 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.
Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.
"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.
"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.
"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu.
Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.
Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.
Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.
Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.
"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.
"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.
Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.
Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Sumber HD : 18/06/2012
Penyertaan tokoh gelombang baru kepada PAS
Hazayani Zakaria, | 18 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Penyertaan tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang dan latar belakang ke dalam PAS merupakan lonjakan baru kepada parti itu.
Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS yang membangun di negara demokrasi memerlukan sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran untuk menyampailkan mesej Islam yang luas.
"Bahkan kita melihat dalam Al-Quran sendiri banyak surah yang dinamakan dengan pelbagai nama yang berkait pemuda, wanita, binatang, penyair.
"Itu menandakan bahawa sejak awal lagi Islam menarik pelbagai golongan untuk menyertai Islam dan mereka boleh bergiat dengan peranan masing-masing dengan petunjuk yang betul yang terkandung dalam Al Quran.
"Islam tidak menghalang kebolehan seseorang tetapi kebolehan itu mestilah disalurkan untuk membuat kebajikan, bukan membawa kemungkaran," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, selepas menerima borang keahlian daripada bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin. (Gambar atas)
Mengulas penyertaan Salleh ke dalam PAS, beliau berkata, kemasukan Salleh bukan sahaja memberi gelombang baru kepada PAS di Sabah dan Sarawak tetapi turut sampai ke Semenanjung kerana Salleh merupakan orang yang berpengaruh dalam kerajaan suatu ketika dahulu.
"Penyertaan Datuk Salleh yang sangat PAS alukan bukan sahaja menjadi satu gelombang kepada PAS di Sarawak secara khusus bahkan di Semenanjung kerana beliau seorang tokoh politik yang menyertai kabinet, merupakan timbalan menteri pelajaran dan beliau juga seorang aktivis masyarakat yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah tahfiz di Sabah dan Kalimantan.
"Ini merupakan satu peranan yang besar dan beliau merasakan tidak habis jika tidak melibatkan diri dalam politik kerana politik merupakan satu pemangkin yang terkuat bagi melaksanakan cita-cita bagi seorang Islam," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Tambah beliau, Islam merupakan fitrah dan ideoloi ciptaan manusia tidak mampu memberikan kepuasan kepada manusia menyebabkan mereka akan kembali kepada fitrah.
"Perkembangan ini berlaku kerana kegagalan ideologi ciptaan manusia untuk memberi kepuasan kepada manusia kerana semua ideologi dan ajaran itu tidak memenuhi segala aspek yang ada dalam naluri manusia.
"Inilah yang menyebabkan bila mereka sudah menyelami bidang masing-masing, tak sampai ke mana-mana. Akhirnya bila habis tempohnya mesti balik kepada asalnya dan Islam adalah asal kepada manusia seluruhnya," katanya.
Sumber HD : 18/06/2012
Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah sertai PAS
Mohd Firdaus, | 27 Jun 2012 |
BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu.
Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.
Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.
Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.
"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.
"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu.
Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.
“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.
“Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.
Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.
“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya.
Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
Sumber HD : 27/06/2012
Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS
Basiron Wahab, | 06 Jul 2012 |
JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.
Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran.
Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.
“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.
Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.
Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.
Sumber HD : 6/07/2012
Bekas Setiausaha DUN Perak sertai majlis PAS
Muhammad Faeez, | 08 Jul 2012 |
IPOH: Ketika berkhidmat, beliau adalah antara yang dilihat menjadi alat Barisan Nasional untuk merampas kerajaan negeri Perak.
Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.
Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.
Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.
Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.
Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.
Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.
Pelakon yang terkenal dengan watak Lefternan Adnan, Hairie Othman bersama Leman Raja Lawak turut memeriahkan majlis.
Abdullah Antong yang diberi peluang untuk berucap berkata, kehadirannya ke program tersebut untuk menzahirkan sokongannya terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Pakatan terbaik
(Bergambar kenangan selepas majlis)
Menurutnya, Pakatan Rakyat sangat berbeza dan jauh lebih baik daripada BN yang semakin tidak releven.
“Ianya telah dibuktikan di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat yang sempat memerintah selama 11 bulan.
“Saya masih merasakan roh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak,” ujarnya.
Abdullah menjelaskan, rakyat Perak sepatutnya dapat merasai kenikmatan dan kelebihan pemerintahan Pakatan Rakyat namun ianya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya tragedi rampasan kuasa oleh BN.
Katanya, beliau telah ditukarkan jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak selepas tidak ‘mesra’ BN sebelum beliau mengambil keputusan bersara diusia 56 tahun.
Nama beliau menjadi sebutan orang ramai ketika berlakunya krisis DUN Perak apabila rakyat dan Adun Pakatan Rakyat mempertikaikan beberapa tindakan beliau seperti memanggil sidang DUN tanpa pengetahuan Speaker DUN yang Sah ketika itu, V Sivakumar.
“Saya menjalankan tugas dan mendapat arahan, saya terpaksa lakukan semua itu,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkemungkinan akan menyerahkan borang permohonan borang keahlian PAS tidak lama lagi.
Sumber HD : 8/07/2012
Kawan rapat Najib akan sertai PAS?
Harakahdaily, | 28 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.
Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/
Berikut adalah tulisan beliau. PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.
Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.
Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.
Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.
Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.
Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.
Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.
Sumber HD : 28/07/2012
Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS
Faiz Abdullah, | 30 Jul 2012 |
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.
(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.
Mustapah bersara pada tahun lepas.
Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.
Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.
Sumber HD : 30/07/2012
Lagi tokoh Umno akan isytihar sertai PAS
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Pada 11 Ogos ini seorang lagi tokoh Umno akan mengisytiharkan diri keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.
Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.
"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Tuan Guru Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.
Menurut beliau lagi, tujuan majlis ini diadakan ialah untuk menaikkan semangat dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS.
Ianya bermula dari buka puasa, dikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih.
Selepas itu amanat pimpinan akan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Setiap tahun PAS Pusat menganjurkan majlis memperingati Perang Badar dengan tujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh Islam yang jumlahnya lebih ramai.
"Semangat inilah yang perlu diambil, dengan jumlah yang minoriti tetapi berbekalkan iman, jihad, pengorbanan dan ukhuwah berjaya menewaskan jumlah musuh yang jauh lebih ramai dan siap dengan perlengkapan senjata," katanya lagi.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke majlis itu.
Sumber HD : 2/08/2012
Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Ogs 2012 |
TELUK INTAN: PAS menerima seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan apabila bekas Pengarah Peladang Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai parti itu semalam.
Pengisytiharan tersebut diadakan di majlis Ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Kg Bahagia, Teluk Intan.
[Gambar: Azhar (dua dari kiri) bersama Mohamad dan pemimpin PAS Perak.]
Beliau telah menjawat jawatan dalam kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat.
Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang.
Menurutnya, kemasukannya ke dalam PAS adalah kesedaran diri dan merasakan sudah tidak lagi dalam ‘kongkongan’ kerajaan.
“Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi,” katanya dalam ucapan sulungnya di atas pentas PAS.
Katanya, ketika menjawat jawatan kerajaan, perkara serta masalah ketara yang dihadapi oleh pemimpin BN ialah membezakan kerajaan dan parti.
Ujarnya, mereka beranggapan kerajaan itu ialah BN dan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh pemimpin mereka.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sempat memerintah 11 bulan dahulu dan merasakan kelainan serta kelebihan gabungan parti itu berbanding kerajaan BN.
“Sepanjang saya menjawat jawatan sebagai pengarah, belum pernah lagi solat berjemaah selepas perasmian Ekspo Peladang dan ini telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
“Saya merasakan kelainannya dan sangat gembira serta bersemangat apabila bekerja di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Katanya, hasrat kerajaan BN untuk ‘membirukan’ semua kakitangan kerajaan ternyata gagal apabila nama-nama besar telah memilih untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.
“Mereka yang masuk PAS semuanya berpelajaran tinggi, mereka dapat menilai mana yang baik dan berintegriti dan sudah pasti BN bukan pilihannya,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat.
"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," tegasnya.
Sumber HD : 6/08/2012
Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS
M Faqih | Foto Zamani Mohd Zain, | 07 Ogs 2012 |
KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.
Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.
Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.
Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama di majlis tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.
“Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.
“Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran,” katanya ketika ditemui.
Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.
“Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini,” katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas.
Sumber HD : 8/08/2012
sertai PAS esok
Harakahdaily, | 10 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Seorang tokoh penting Umno dijangka akan mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS malam esok.
Ia akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari tokoh Umno itu.
Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.
"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.

Sumber HD : 10/08/2012
Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS
Nazri Abdullah, | 02 Dis 2012 |
(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)
BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.
Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.
(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)
Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
(Haji Ramlan serahkan borang)
Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.
Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).
Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.
(Gambar: Haji Nasir)
Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.
Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.
Sumber HD - 2-12-2012
Kenapa saya bersama PAS?
TV Pas : 10-1-2013
Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 15 Jan 2013 |
January 14, 2013
Gambar sekadar hiasan dari admin :)
Umno tak pa, ramai blogger kaki fitnah dan lucah!
Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR
ULASAN SEMASA: Kemasukan ulamak – satu lagi letupan. www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya. Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat. Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat. Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Isu lain seperti isu Najib dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2.
UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini. Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan terbentuk buat UMNO.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini dan adalah milik peribadi akaun pemilik laman sosial ini. Dengan itu, segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-1-2013
KINABATANGAN: PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.
Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.
“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.
“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.
Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.
Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.
Mantan Ketua Daerah Kinabatangan sertai PAS
Mohd Firdaus, | 18 Jan 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-1-2013
TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.
Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.
Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.
Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.
“Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.
“Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.
“Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung,” katanya ditemui di program berkenaan.
Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.
Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.
Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.
Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong.
Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.
Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti.
111 ahli Umno di Kemahang sertai PAS
Aslani M, | 28 Jan 2013 |

Sumber HD - 28-1-2013
Ahli tegar Umno masuk PAS kerana 'mulut' Haji Lah Genting
Rossem, | 29 Jan 2013 |
Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.
Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.
“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”
Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.
Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.
Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012, Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.
Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.
“Apa Haji Lah Geting kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.
“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.
Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.
Sejak peristiwa itu Ali Lizon bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya.
Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.
Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.
Tiga bulan selepas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.

Sumber HD - 29-1-2013
Bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang sertai PAS
M Faqih, | 29 Mac 2013 |
GUA MUSANG: Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian meninggalkan parti itu.
Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno.
Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno.
Abd Aziz mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang selama dua penggal, pernah juga dilantik Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan.
Beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat parti Melayu itu tidak mampu lagi memakmurkan rakyat, di samping kepemimpinannya semakin lemah.
“Saya menerajui Pemuda Umno Gua Musang ketika era Saufi Deraman dan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ketua bahagian.
“Ketika penggal pertama saya menewaskan Adun Galas sekarang, Abdul Aziz Yusof dalam pertandingan tiga penjuru. Ketika itu saya masih ingat Aziz hanya dapat 11 undi.
“Kemudian selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai menyebabkan Umno Gua Musang semakin kuat,” katanya di sini.
Ketika itu beliau juga bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kesedar dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Rancangan Pembangunan Kampung Baru di Manek Urai.
Bagaimanapun pada 1997 berhenti dengan Kesedar bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.
Abd Aziz juga berkata, beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat pemimpin parti itu sekarang tidak mampu lagi membela agama Islam.
“Biar pun mereka bercakap mahu mendaulatkan Islam, namun dari segi tindak tanduk tidak mencerminkan ke arah itu.
“Banyak perkara mungkar dibiarkan begitu sahaja. Malah pengurusan ekonomi negara semakin lemah. Hari ini amat malang sekali rakyat Malaysia diketuai seorang perdana menteri yang tiada karisma.
“Banyak isu yang berlaku sekarang tidak mampu ditangani Presiden Umno. Sebab itulah beliau teragak-agak membubarkan parlimen biar pun sudah melebihi lima tahun mandat diberi rakyat,” katanya yang menyertai PAS baru-baru ini.
Menurutnya juga lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Gua Musang dijangka mengambil langkah serupa meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.
Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno.
Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno.
Abd Aziz mengetuai Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang selama dua penggal, pernah juga dilantik Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan.
Beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat parti Melayu itu tidak mampu lagi memakmurkan rakyat, di samping kepemimpinannya semakin lemah.
“Saya menerajui Pemuda Umno Gua Musang ketika era Saufi Deraman dan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ketua bahagian.
“Ketika penggal pertama saya menewaskan Adun Galas sekarang, Abdul Aziz Yusof dalam pertandingan tiga penjuru. Ketika itu saya masih ingat Aziz hanya dapat 11 undi.
“Kemudian selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno secara beramai-ramai menyebabkan Umno Gua Musang semakin kuat,” katanya di sini.
Ketika itu beliau juga bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kesedar dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Rancangan Pembangunan Kampung Baru di Manek Urai.
Bagaimanapun pada 1997 berhenti dengan Kesedar bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.
Abd Aziz juga berkata, beliau mengambil langkah meninggalkan Umno selepas melihat pemimpin parti itu sekarang tidak mampu lagi membela agama Islam.
“Biar pun mereka bercakap mahu mendaulatkan Islam, namun dari segi tindak tanduk tidak mencerminkan ke arah itu.
“Banyak perkara mungkar dibiarkan begitu sahaja. Malah pengurusan ekonomi negara semakin lemah. Hari ini amat malang sekali rakyat Malaysia diketuai seorang perdana menteri yang tiada karisma.
“Banyak isu yang berlaku sekarang tidak mampu ditangani Presiden Umno. Sebab itulah beliau teragak-agak membubarkan parlimen biar pun sudah melebihi lima tahun mandat diberi rakyat,” katanya yang menyertai PAS baru-baru ini.
Menurutnya juga lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Gua Musang dijangka mengambil langkah serupa meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD -29-3-2013
Bekas pengarah Kagat sertai PAS
Hazayani Zakaria, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Brigeder Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.
Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi.
Adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Nakhaei Ahmad itu berkhidmat dalam ATM selama 28 tahun sebelum bersara pada tahun 2006.
Najmi, 62 adalah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah.
Selepas tamat belajar beliau menyertai ATM pada tahun 1979. Bahagian ini kemudian menjadi Kor Agama Angkatan Tentera pada tahun 1986.
Beliau juga diumumkan akan bertanding di Parlimen Baling menggantikan penyandang sekarang, Datuk Taib Azamuddeen Taib yang tidak akan dicalonkan semula kerana masalah kesihatan.
Mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Hadi berkata, Najmi dicalonkan kerana pengalaman yang dimiliki boleh membantu kemenangan PAS.
"Kekuatan (Najmi) dapat memainkan tanggungjawab menyampaikan mesej parti dan tokoh yang dapat diterima secara keseluruhan sama ada pengundi muda dan wanita," katanya.
Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi.
Adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Nakhaei Ahmad itu berkhidmat dalam ATM selama 28 tahun sebelum bersara pada tahun 2006.
Najmi, 62 adalah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah.
Beliau juga diumumkan akan bertanding di Parlimen Baling menggantikan penyandang sekarang, Datuk Taib Azamuddeen Taib yang tidak akan dicalonkan semula kerana masalah kesihatan.
Mengulas mengenai perkara itu, Ustaz Hadi berkata, Najmi dicalonkan kerana pengalaman yang dimiliki boleh membantu kemenangan PAS.
"Kekuatan (Najmi) dapat memainkan tanggungjawab menyampaikan mesej parti dan tokoh yang dapat diterima secara keseluruhan sama ada pengundi muda dan wanita," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-4-2013
Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS
Hazayani Zakaria, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.
Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.
Lulusan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.
Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.
Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.
Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti.
"PAS akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-lebih lagi jika kita diizin oleh Allah dapat sampai ke Putrajaya," katanya.
Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.
Lulusan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.
Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.
Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.
Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti.
"PAS akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-lebih lagi jika kita diizin oleh Allah dapat sampai ke Putrajaya," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-4-2013
Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS
Harakahdaily, | 14 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.
"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.
Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.
Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.
"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.
Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.
Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-4-2013
No comments:
Post a Comment