Pakatan selesai masalah tanah rakyat |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS dan Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menyelesaikan segala masalah rakyat berkaitan hak milik tanah jika menguasai Putrajaya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat kini sudah sedar dan sudah ada kesatuan untuk menuntut hak mereka yang sekian lama dinafikan kerajaan Umno BN. "Jaminan Pakatan Rakyat, hak-hak rakyat khususnya soal tanah akan diutamakan. "Kita akan mengutamakan rakyat, bukan mengutamakan pemaju yang ada kepentingan. "Dan PAS sudah buktikan kita selesaikan masalah tanah di Kelantan dan di Terengganu sewaktu kita memerintah dahulu," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur (Kota) 2011 di kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini. Sidang Media Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=7yEg1xNJO7M Sambil mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang mengadakan konvensyen ini, Ustaz Hadi turut berkata, Islam menggariskan bahawa rakyat yang terlebih dahulu meneroka sesuatu kawasan, mereka berhak ke atas tanaah tersebut. "Pemimpin seharusnya memudahkan urusan rakyat untuk mendapatkan tanah, bukan dengan cara merompak hak dan menghalau rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Konvensyen anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ini bertujuan merungkai permasalahan penduduk Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain khususnya generasi keduanya berkaitan isu tanah dan perumahan. Selain itu ia juga bagi menghimpunkan wakil-wakil mangsa dan bakal mangsa pengambilan tanah dan masalah perumahan dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain seluruh negara. Segala perbincangan akan dirumuskan dalam bentuk desakan atau tawaran alternatif kepada penyelesaian masalah tersebut. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, resolusi daripada konvensyen ini akan didokumenkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat untuk diambil tindakan. "Resolusi hari ini kita akan serahkan kepada Perdana Menteri dan menterii bertanggungjawab untuk selesaikan masalah tanah dan setinggan. "Masalah ini bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur tapi turut berlaku di negeri-negeri lain," katanya.
Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS
Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat / Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah
Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=zUislJCNplI&feature=related
Cikgu Azmi Abdul Hamid - Pengerusi Pengupayaan Melayu (TERAS)
Hj Muhammad Nor Muhammad - Pesuruhjaya PAS WP
Turut hadir pada konvensyen ini ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Muhammad, dan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6241-pakatan-selesai-masalah-tanah-rakyat
Kg Baru: RM15 juta sebelum lulus RUU PPKB | | Print | |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Sekretariat Pembangunan Kg Baru mempersoal peruntukan RM15 juta untuk pembangunan kawasan Melayu tersebut sedangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Bharu 2011 (RUU PPKB) belum mendapat kelulusan Dewan Negara. Anggota Sekretariat, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, belum reda dengan persoalan GLC yang dilantik tanpa persetujuan penduduk untuk menguruskan Kg Bharu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengumumkan sejumlah peruntukan secara tiba-tiba. "Rang Undang-Undang masih di peringkat Dewan Rakyat tapi sudah ada peruntukan RM15 juta untuk Kg Bharu. "Bagaimana Rang Undang-Undang belum masuk Dewan Negara, belum diperkenankan Yang Di Pertuan Agong tapi sudah umum peruntukan?" Kata beliau pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur (Kota) 2011 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu hari ini. Beliau yang merupakan seorang peguam berkata, tindakan Nong Chik itu jelas melanggar prosedur sesuatu kelulusan RUU. Ini termasuk penubuhan pasukan interim untuk menguruskan pembangunan g Bharu yang hanya diumumkan dalam majlis tertutup di antara menteri dan Badan Bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mempunyai kepentingan di Kg Bharu, Lembaga Pentadbir Kg. Bharu (MAS), dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) 19 Oktober lalu di Putrajaya. "Pengumuman penubuhan pasukan interim ini jelas menunjukkan bahawa kementerian Wilayah mendahului Parlimen dan Yang Di Pertuan Agong," katanya. Tegas beliau juga, tindakan Raja Nong Chik itu membelakangkan hak pewaris dan pemilik Kg Bharu yang masih membantah RUU PPKB. "Kenapa begitu gelojoh hendak membangunkan tanah Kg Bharu sehingga pemilik dan pewaris tanah tidak diberikan maklumat terperinci tentang Rang Undang-Undang dan bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan?" soalnya. Sehubungan itu ujarnya, sesi penerangan akan terus dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada penduduk dan mereka juga akan dibawa ke sesi persidangan Dewan Negara akan datang bagi mendengar sendiri jawapan Raja Nong Chik. "Kita akan teruskan kempen penerangan dan akan bawa penduduk ke Dewan Negara untuk mendengar dan berjumpa dengan menteri," katanya. 5 Oktober lalu, RUU PPKB diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibahaskan hanya dalam waktu setengah hari. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6238-kg-baru-rm15-juta-sebelum-lulus-ruu-ppkb
Ucapan Perasmian KOTA (Konensyen Tanah & Perumahan KL) oleh Presiden PAS :
http://www.youtube.com/watch?v=BJNTEs1EF7E
Pembangunan: Penduduk mesti diutamakan |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur (Kota) 2011 hari ini berakhir dengan beberapa resolusi yang dicapai hasil pembentangan kertas kerja dan sesi dialog dengan wakil-wakil penduduk. Resolusi yang dibacakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di akhir konvensyen di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mengandungi beberapa desakan terhadap kerajaan untuk mengutamakan penduduk dalam setiap pembangunan yang dilakukan khususnya melibatkan kampung tradisi Melayu. Penduduk harus diletakkan sebagai keutamaan dan pembangunan yang dirancang pula perlu bersifat menjaga kebajikan serta kualiti kehidupan penduduk. Ia termasuk juga mewujudkan kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain bagi mengelakkan kampung tradisi Melayu hilang ditelan pembangunan dan pemodenan. Kerajaan juga perlu memberi hak milik kekal kepada penduduk yang mendiami perkampungan tradisi sebagai memastikan kawasan tersebut kekal terpelihara dan tanah rezab Melayu sekitar mesti dikekalkan. "Perkampungan tradisi Kuala Lumpur perlu diisytiharkan sebagai perkampungan Warisan Melayu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membentuk sebuah jawatankuasa yang dipertangungjawabkan untuk merancang pembangunan kampung tradisi bersama wakil penduduk," katanya beliau sewaktu membacakan resolusi tersebut. Selain itu, kerajaan diminta meningkatkan kualiti pengangkutan dan infrastruktur awam di pusat bandar dan pinggir bandar yang kini didiami sebahagian mereka yang bekerja di ibu kota. "Hasrat kerajaan untuk menambah kapasiti penduduk kota kepada 2.2 juta menjelang 2020 perlu dihentikan selagi mana aspek pengangkutan dan infrastruktur awam yang memainkan peranan penting dalam konteks kepadatan ibu kota tidak diberi penambahbaikan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Kerajaan juga perlu merangka satu agenda untuk membolehkan kampung tradisi dikekalkan dan bagi projek perumahan rakyat (PPR) yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah, perlu dilaksanakan polisi sewa beli untuk penduduk tanpa syarat yang terlalu ketat dan membebankan. Manakala caj perlu dikenakan kepada pemaju yang gagal menyelenggaraan projek PPR dan diambil alih oleh DBKL. Badan amanah Kampung Baru Sementara itu, mereka mencadangkan satu badan amanah yang diwakili penduduk yang berkepentingan secara langsung ditubuhkan selain memastikan proses pembangunannya dilakukan dengan telus. "Penubuhan tabung amanah akan mewujudkan kedua-dua jenis saham melibatkan saham tanah dan saham sewa. Ia alternatif terbaik menjadikan kawasan kekal hak milik Melayu sepenuhnya," jelasnya. Penduduk juga mahu tanah lombong dan belukar yang belum dibangunkan dijadikan pusat kemudahan awam supaya boleh dibangunkan sebagai tanah kediaman untuk kawasan setinggan yang masih kekal. Selain itu, kawasan kediaman sedia ada tidak perlu ditukar kepada kawasan perdagangan sebaliknya hanya memfokuskan kepada kawasan yang belum dibangunkan bagi mengelakkan terjejasnya tanah penduduk. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6244-pembangunan-penduduk-mesti-diutamakan
Ucapan Naib Presiden PAS Acara Penutup Konvensyen Tanah & Perumahan KL (KOTA) :
http://www.youtube.com/watch?v=uJSiSQKF_EE
Demokrasi: Bila lagi Malaysia mahu berubah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat (LPTWPP) yang mana di dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom dan Belanda telah dihidangkan dengan suasana demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ini apabila melihat sendiri bagaimana satu demokrasi aman berlangsung di hadapan Pejabat Perdana Menteri Britian, David Cameron di Downing Street pada 23 Oktober yang lalu. Katanya, perhimpunan aman yang menentang kekerasan dan kekejaman Negara China ke atas penduduk Tibet yang kebanyakannya disertai oleh wakil penduduk tempatan Tibet. Bagaimanapun, ujarnya warga tempatan London yang prihatin dilihat turut menyertai perarakan sejauh 3 kilometer sebelum mereka berkumpul di seberang jalan menghadap pejabat Perdana Menteri Britian di Downing Street. Mereka, katanya melaungkan slogan serta kata-kata semangat menggunakan pembesar suara. Menurutnya lagi, mereka juga mengedarkan risalah berkaitan isu tersebut. “Pihak polis dilihat mengawal suasana perhimpunan dan rata-rata penunjuk perasaan bertindak mengikut arahan pihak berkuasa. Suasana himpunan berlangsung dalam keadaan aman,” katanya kepada Harakahdaily. Ini, tambahnya berlainan dengan situasi dengan negara kita di mana pihak berkuasa bertindak kejam dalam menghadapi perhimpunan aman. Menurutnya, modus operandi mereka dalam menyuraikan himpunan seolah-olah mereka berhadapan dengan musuh yang ‘bersenjata berat’. Beliau berkata, lihat sahaja bagaimana mereka bertindak di dalam kes himpunan aman Bersih 2.0 yang mana Parlimen juga mengesahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 juta wang rakyat. “Bukankah ini satu pembaziran sedangkan jikalau Malaysia benar-benar memahami erti demokrasi yang sebenar?” katanya. Justeru, katanya Malaysia harus belajar daripada negara yang menjadi rujukan mereka dalam membentuk undang-undang yang menjadi ‘kiblat’ mereka sejak merdeka. Katanya lagi, kalau mengikutkan ‘method’ yang ditunjukkan sebagai mana yang dicontohkan oleh pihak berkuasa UK, sudah pasti dapat menjimatkan kos. “Barangkali tidak memerlukan kos sama sekali memandangkan berhimpun secara aman ada termaktud di dalam undang-undang,” katanya. Justeru, pihaknya berharap agar dapat Kerajaan Umno BN mencontohi apa yang berlaku di UK. “Janganlah jadikan pihak berkuasa ‘perkakas’ peribadi demi kepentingan ‘survival’ politik mereka yang semakin ‘pupus’ dan pihak berkuasa juga harus mencontohi apa yang berlaku supaya pihak berkuasa lebih berintegriti dan dipandang mulia di sisi masyarakat,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6267-demokrasi-bila-lagi-malaysia-mahu-berubah
Anak lancar ‘Gerakan Selamatkan Felda’ 8 Dis |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 12 Nov: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan melancarkan program ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan pada 8 Disember ini di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka. Menurut presidennya, Mazlan Aliman, program yang bakal disertai oleh warga Felda seluruh negara itu akan diisi dengan Solat Hajat serta majlis taklimat perdana berkaitan isu penyenaraian Felda ke dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). “Dua orang pakar ekonomi iaitu Dr Rosli Yaakob dan Razman Zakaria dijangka akan membentangkan pengalaman masing-masing termasuk tentang risiko penyenaraian Felda supaya warga Felda mendapat gambaran jelas. “Di satu pihak telah diberi gambaran kebaikan penyenaraian oleh pemimpin negara kerana lebih 220 ribu peneroka dimaklumkan akan mendapat durian runtuh, namun di pihak yang satu lagi kami ingin memberitahu bahawa terdapat risiko amat besar apabila Felda memasuki penyenaraian awam. “Kita boleh ambil iktibar bagaimana nasib amanah saham negeri-negeri seperti Johor, Selangor, Pahang, Terengganu yang semuanya lingkup apabila memasuki pasaran saham,” katanya dalam sidang medianya di sini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan belanjawan 2012, mengumumkan kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di BSKL melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tahun hadapan. Menurut Mazlan, cubaan penyenaraian ini bukanlah kali pertama di mana pernah cuba dilakukan pada tahun 2003 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ketika membentangkan belanjawan tetapi dibatalkan oleh Tun Abdullah Badawi. Tambah Mazlan, kini Najib sekali lagi cuba mengikut langkah Dr Mahathir menyenaraikan Felda melalui syarikat yang baru wujud iaitu FGVH yang akan menelan syarikat yang menjadi hak dan kepentingan peneroka selama ini iaitu Felda Holding Berhad. “Syarikat itu (FGVH) pula diketuai oleh (Datuk Sabri Ahmad) seorang yang kita tahu track recordnya semasa beliau di Golden Hope. Bagaimana boleh diberi kepercayaan yang begitu tinggi kepadanya sedangkan kontraknya dalam sudah hampir tamat. “Anak kesal yang amat sangat dengan tindakan Pengerusi Felda dan kini dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) Tan Seri Isa Samad yang masih meneruskan usaha ke arah penyenaraian Felda meskipun banyak dibantah oleh peneroka,” jelasnya. Berkenaan durian runtuh untuk peneroka yang dicanangkan oleh Najib, Mazlan berkata, Anak dimaklumkan mereka akan dapat sekitar RM15,000 dalam bentuk saham. “Nak cari di mana wang kerana rizab tunai Felda yang ada pada masa ini ada sekitar RM600 juta merosot dari tahun 2009 RM1.37 bilion. Walhal masa Raja Alias tinggalkan dulu ada RM7 bilion rizab tunai. Ertinya di zaman dua perdana menteri Felda telah kehilangan lebih 80% rizab tunai. Ini menunjukkan pemborosan yang luar biasa. Sepatutnya rizab Felda makin meningkat tetapi merosot.” Kata Mazlan, sehubungan itu Anak meminta Isa menghentikan tindakan memanggil pengerusi-pengerusi koperasi dan ketua-ketua peneroka untuk majlis penerangan Felda disenarai di BSKL yang diadakan di Dewan Perdana Felda sehingga membelanjakan berjuta-juta ringgit wang Felda. Tambah Mazlan, Isa tidak boleh terlalu gelojoh sementara menunggu keputusan tribunal kerana Anak telahpun membuat aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan membuat bantahan kepada tribunal SKM pada 18 Oktober lalu. Mengulas lanjut mengenai bantahan Anak terhadap Isa, Mazlan mendakwa bekas pesalah rasuah Umno itu menjadi Pengerusi KPF ikut pintu belakang berikutan campur tangan Perdana Menteri (PM) kerana status beliau (Isa) sendiri dilantik secara kontrak dan tidak layak menjadi ahli KPF kerana bukan peneroka ataupun warga Felda. “Pada 15 Ogos lalu surat dihantar oleh Ketua Setiausaha Sulit Kanan PM yang memaklumkan PM setuju melantik Isa sebagai Pengerusi KPF sedangkan Datuk Zulkifli baru saja dilantik pada Mesyuarat Agung bertarikh 24 Jun 2011. Isa pula baru jadi ahli KPF pada 23 Jun, iaitu sehari sebelum mensyuarat tersebut. “Jadi nampak sangat ada konspirasi. Pelantikan Pengerusi KPF melalui kuasa menteri Seksyen 87 Akta Koperasi 1993 mengecualikannya daripada tertakluk kepada peruntukan Akta Koperas juga tidak sah kerana perlukan sekurang-kurangnya dua tahun menjadi ahli, sedangkan Isa baru dua bulan jadi ahli. “Sebab itu saya katakan ini semacam ada konspirasi dan jelas menyalahi akta koperasi sendiri. Dengan itu Anak menganggap ini satu pencabulan,” tegas Mazlan. Sehubungan dengan itu Mazlan merayu warga Felda agar mengenepikan sentimen politik sebaliknya bersatu menghentikan usaha penyenaraian Felda di BSKL bermula dengan program ‘Gerakan Selamatkan Felda’ 8 Disember ini. Katanya, lebih baik Felda tumpukan penyelesaian kepada permasalahan peneroka yang tidak diberi perhatian selama ini seperti isu-isu KPG, wang tanam semula (TTS), hutang ladang peneroka yang tidak munasabah, ladang urusan Technoplants dan sebagainya supaya tidak jadi seperti pepatah ‘yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran’. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6469-gerakan-selamatkan-felda-8-dis-
Tanah: PAS akan bantu rakyat Sabah |
Mohd Firdaus |
KOTA KINABALU, 18 Nov: PAS akan cuba sedaya upaya membantu rakyat Sabah dalam menghadapi ancaman, penipuan terutama urusan tanah mereka. Disebabkan itu, Akta Kanun Tanah Negara perlu disemak semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman. Katanya, Sabah merupakan bumi yang kritikal pengambilan atau rampasan tanah yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di mana, laporan yang diterima oleh pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menunjukkan Sabah adalah yang tertinggi laporan diterimanya. “PAS akan mengadakan perbincangan demi perbincangan dengan rakyat mengenai urusan tanah. Antara lain ialah bagaimana menghadapi strategi untuk berhadapan dengan pihak berkuasa (Barisan Nasional),” ujarnya pada sidang media di sini, hari ini. Tambahnya, tidak hairan sekiranya dalam Pilihanraya Umum ke-13, Barisan Nasional terutama di Sabah akan menghadapi serangan daripada rakyat. Menurutnya, PAS juga memaklumkan bahawa undang-undang tanah perlu disemak dan dikaji semula bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan hak dan keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka. “Sekirannya berlaku pergelutan, pertindihan dan rampasan tanah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, PAS bersedia menyediakan khidmat guaman yang terdiri daripada aktivis atau peguam PAS sendiri,” ujarnya. Walaubagaimanapun, ujarnya kesukaran mendapatkan khidmat guaman dari Semenanjung mungkin akan ada disebabkan Sabah mempunyai undang-undang enakmen negeri yang mana, hanya peguam dari Sabah sahaja yang dapat menghulurkan bantuan guaman. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6584-tanah-pas-akan-bantu-rakyat-sabah
Penduduk Matau berharap diberikan hak penempatan |
Khairil Abdul Rahim |
BANDAR JENGKA, 6 Dis: Kira-kira 400 penduduk Matau di sini, semalam mengadakan perhimpunan aman kelmarin bagi membantah tindakan pihak berkuasa tempatan yang mengusir mereka keluar daripada kediaman yang telah mereka duduki sejak lebih 40 tahun lalu. Arahan tersebut terkandung dalam notis yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Maran (MDM) bertarikh 18 November lalu dan penduduk Matau dikehendaki mengosongkan kediaman masing-masing dalam tempoh 14 hari sebelum proses perobohan dibuat. Alasan yang diberikan oleh MDM ialah penduduk yang menetap di situ sejak belum lagi Bandar Jengka dibuka ialah mereka merupakan setinggan kerana tinggal di tanah haram. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Matau, Zakri Yusof, 44, ketika berucap memberitahu, Matau ialah penempatan awal di kawasan Felda terbesar itu dan mula diduduki pada tahun 1969 oleh pekerja-pekerja syarikat pembalakan dari Kanada di samping penghijrah-penghijrah dari luar Pahang yang membuka tanah di situ. Katanya, ketika Bandar Pusat Jengka dibangunkan sekitar 1980-an di kawasan Jengka Tiga Segi merangkumi tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Jerantut, penduduk Matau sudah pun bermastautin dan mengusahakan pelbagai aktiviti perniagaan. “Bermula pada tahun 1986 penempatan di Matau telah diiktiraf oleh MDM dan penduduk telah dikenakan bayaran TOL. Bagaimana pun pada tahun 2000 ketika penduduk ingin menjelaskan bayaran seperti biasa, tiba-tiba tidak diterima oleh MDM tanpa sebarang penjelasan. Pada tahun 2003 pula MDM mengisytiharkan kawasan Matau sebagai milik MDM. “Permasalahan penduduk Matau yang tidak mendapat geran tanah dan ketiadaan bekalan air paip telah lama diperjuangkan mereka dan mendapat perhatian pemimpin politik terutama dari Umno sehingga sering kali berjanji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk setiap kali pilihan raya. “Kini terdapat hampir 600 penduduk Matau dengan seratus peratus Melayu daripada 101 buah rumah termasuk 33 premis kedai di kawasan seluas 22 ekar ini,” jelasnya. Zakri berkata, notis arahan kepada penduduk supaya mengosongkan premis dan tapak di kawasan tersebut dengan alasan MDM telah menandatangani perjanjian dengan pemaju Mentiga Corporation Bhd. untuk membina lot kedai tiga tingkat dengan harga menghampiri setengah juta ringgit setiap unit. Tambahnya, apa yang dikesalkan ialah dalam notis yang ‘menghantui’ penduduk itu tidak menyebutkan ke mana tempat cadangan berpindah dan sebarang pampasan sehingga membuatkan penduduk kebingungan dan berada dalam dilema. Jelasnya, penduduk Matau bukannya degil justeru boleh membuat pembangunan tersusun kerana menyedari kerajaan mahu membesarkan jalan dan mencantikkan kawasan dan penduduk boleh lakukan itu cuma pada masa ini kawasan Matau nampak tidak tersusun kerana masalah status tanah. “Sebenarnya tempat lain luas lagi untuk dimajukan kenapa pilih tempat penduduk yang sudah duduk di sini sejak puluhan tahun. Di sini ada 33 buah kedai semuanya dan kami sanggup buat lot kedai sebelah depan jika sekarang ini cacatkan pemandangan. “Kami pun dah jenuh menderita. Bayangkan pihak berkuasa bagi premis niaga, ambil cukai pintu tapi kemudahan bekalan air paip tak salurkan. Sebenarnya dah lama hak kami dinafikan. “Ada juga sesetengah pemimpin yang mainkan isu negeri-negeri, kononnya kebanyakan penduduk Matau dari negeri lain. Sebenarnya generasi pertama dah tak ramai yang meninggal dan sekarang ini kebanyakan yang ada merupakan generasi kedua dan ketiga. Semuanya lahir di sini. “Lagi pun cuba tengok di Sungai Jerik, dalam daerah Maran ini juga... kenapa boleh buat kedai untuk penduduk yang meneroka tanah di sana yang berbangsa Cina. Lagikan bukan bangsa Melayu pun boleh bangunkan dengan tidak ketepikan peneroka asal. Begitu juga dengan Gambang dan Sri Jaya... kenapa boleh? Sebab itu saya rasa ini hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja!” Zakri berharap, penduduk akan diberikan hak ke atas tanah kediaman masing-masing itu dan diberikan bekalan air bersih. Turut memberi sokongan dalam perhimpunan aman itu ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim, peguam penduduk Ahmad Nizam Hamid, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asli PKR Pusat, Suhaimi Said dan lain-lain pemimpin tempatan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/81-negeri-pahang/6877-penduduk-matau-berharap-diberikan-hak-penempatan
SPKB akan serah memo kepada Sultan Selangor |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor berhubung Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang diluluskan di Dewan Negara semalam.
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, meskipun ianya sudah diluluskan di Dewan Negara, tidak bermakna perjuangan penduduk terhenti begitu sahaja.
Sdr Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi - Pengerusi SPKB
Katanya, kerajaan berjaya meluluskan RUU tersebut bukan kerana persetujuan penduduk tetapi kerana kuasa majoriti yang ada pada mereka. "Perjuangan sekretariat membantu penduduk belum berhenti dan kita akan mengambil beberapa pendekatan lagi termasuk meminta Sultan Selangor camput tangan. "Dalam masa terdekat ini sekretariat akan mengadakan pertemuan dengan penduduk memberi penerangan sebelum mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurut Zamri juga, jika tiada sebarang tindakan diambil oleh Sultan Selangor, pihaknya bersama penduduk tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong sebagai kemnuncak kepada perjuangan mereka mempertahankan tanah yang dimiliki orang Melayu sejak 111 tahun lalu. "Sebagai kemuncak, setelah memorandum diserahkan kepada Sultan Selangor, kita juga akan menghadap Yang DiPertuan Agong sebagai jalan terakahir," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS pusat. Beliau sekali lagi menegaskan, RUU itu diluluskan secara tergesa-gesa sebelum pilihan raya umum ke-13 tanpa membentangkan secara terperinci pelan yang akan dilaksanakan. "Rang undang-undang ini sama seperti Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang diluluskan secara tergesa-gesa walaupun ramai yang membantah. "Kerajaan hanya luluskan rang undang-undang tapi proses pembangunan, bagaimana dengan tanah penduduk, sama ada akan dijual atau sebaliknya belum dibincangkan. Penduduk masih lagi tertanya-tanya," katanya. Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 selepas undian belah bahagian dibuat. Undian yang diminta oleh Senator Mohd Yusof Husin menyaksikan 38 anggota Dewan Negara menyokong manakala lapan tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua. Di Dewan Rakyat, RUU tersebut turut diluluskan melalui undian belah bahagian Oktober lalu.
YB Raja Datuk Nongchik Raja Zainal Abidin - Menteri WPKB
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6930-spkb-akan-serah-memo-kepada-sultan-selangor
Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena |
Khairil Abdul Rahim |
BANDAR TUN RAZAK JENGKA, 9 Dis: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar. “Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka? “Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham. “Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, “ jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi. Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria. Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu. Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef valley’ atau lembah lembu. “Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya. Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh. Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja. Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai. “Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998. “Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham,” katanya. Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham. “Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya. Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan. “Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena... “Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena
Kampung Baru: Tahniah YB Mumtaz |
Mohd Shahir Abu Hassan |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada YB Senator Mumtaz Md Nawi kerana berani menyuarakan pandangan rakyat mengenai isu Kampung Baru di Dewan Negara pada 7 Disember 2011. Bagi DPPK Titiwangsa dan rakyat khususnya penduduk Kampung Baru, Keberanian YB Senator Mumtaz mengutarakan isu Kampung Baru menunjukkan keprihatinan kepemimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terhadap isu yang amat dekat di hati rakyat itu. Bagi mereka yang mendengar atau membaca ucapan beliau di Dewan Negara tempohari, sudah pasti merasa kagum kerana setiap bait fakta yang dikemukakan amat tepat, terperinci, mendalam serta relevan. Ucapan YB Mumtaz juga mengungkit kembali nostalgia almarhumah YB Dr Lo’Lo’ yang selama hayatnya amat gigih memperjuangkan isu ini. Keberanian dan kehebatan seorang wanita yang bangun menyatakan kebenaran memperjuangkan isu Kampung Baru tentunya amat membanggakan golongan wanita seluruh negara khususnya pemilik Kampung Baru. Meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru telah diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara, ianya menjadi saksi dan sejarah yang tertulis bahawa yang benar-benar memperjuangkan isu rakyat khususnya nasib orang Melayu di Parlimen dan Dewan Negara adalah wakil rakyat daripada PAS dan Pakatan Rakyat. Sementara wakil rakyat daripada Umno Barisan Nasional yang dianggap kononnya juara Melayu hanya menonton, bahkan menyokong usul ini diluluskan di kedua-dua dewan tersebut. DPPK Titiwangsa juga merasa kesal kerana pemimpin UMNO-BN tidak menghiraukan sedikitpun rayuan dan tuntutan daripada pemilik tanah Kampung Baru yang mahu RUU ini dibatalkan ataupun ditangguhkan dahulu sebelum perbincangan dibuat. DPPK Titiwangsa mengharapkan, isu Kampung Baru terus menjadi agenda besar pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat dan supaya ianya sentiasa dimainkan agar rakyat mengenali bahawa usaha mengembalikan semula hak rakyat yang telah diambil ini adalah usaha yang ikhlas, jujur dan bersungguh-sungguh. Akhirnya, DPPK Titiwangsa menegaskan hanya kuasa rakyat berupaya menafikan RUU Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini dari dikuatkuasakan, iaitu dengan menumbangkan Umno-BN dalam PRU ke 13 nanti. MOHD SHAHIR BIN ABU HASSAN Timbalan Ketua DPPK Titiwangsa |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7030-kampung-baru-tahniah-yb-mumtaz
Pilih Pakatan dapat tanah, BN ‘gadai' tanah
Khairil Abdul Rahim, |
BANDAR JENGKA, 11 Jan: Para peneroka diberi pilihan sama ada memilih Pakatan Rakyat yang akan mendapat tanah, atau BN yang menyerahkan tanah Felda Plantation untuk penyenaraian saham yang berisiko tergadai kepada pihak lain.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka (Anak) Negeri Pahang, Yohanis Ahmad, memberi bandingan demikian kerana tawaran PR seperti terkandung dalam ‘Buku Jingga’ tanah Felda Plantation akan diagihkan kepada anak-anak peneroka dan golongan lain yang layak.
Tambahnya, sedangkan mencagarkan tanah untuk ‘permainan’ saham boleh menyebabkan tanah tersebut terlepas kepada pihak asing yang akan menguasai melalui pemilikan saham.
“Betul ada pemimpin yang menjanjikan durian runtuh apabila Felda melalui anak syarikatnya mahu disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, tetapi hakikat bermain saham ini bukan saja boleh untung besar tetapi juga boleh rugi besar.
“Kalau kita hilang lori mungkin boleh cari ganti, kalau hilang kedai sekalipun boleh beli lain tapi kalau hilang tanah sudah tentu tidak mudah untuk ditebus balik. Mungkin pemimpin yang menjanjikan keuntungan semata-mata tidak beritahu bahawa pemilikan saham boleh menyebabkan penjajahan baru.
“Kita bukan bercakap kosong cuba tengok apa jadi dengan syarikat Guthrie, IOI dan Golden Hope apabila disenarai di bursa saham. Begitu juga saham anak-anak syarikat kerajaan negeri.
“Sebab itu kita tengok di Thailand apabila bekas perdana menterinya Thaksin Shinawatra menjual saham telekomunikasi negara itu, rakyat bangkit dan memberontak. Itu saham telekomunikasi, ini pula tanah Felda Plantation seluas 360,000 ekar yang mahu dicagar,” katanya.
Yohanis berucap demikian dalam majlis Dialog dan Minum Petang Bersama Peneroka di Jengka 19, kelmarin.
Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri memanjangkan pajakan 99 tahun tanah Felda Plantation dan usaha melupuskan aset Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang mahu disenaraikan dalam Bursa Malaysia.
“Sebab itu kita seru pihak kerajaan, daripada nak ambil untung bermain saham cagarlah benda lain tapi jangan tanah. Daripada tanah seluas itu terlepas kepada puak kapitalis atau pelabur asing, baiklah diagih kepada anak-anak peneroka untuk diusahakan,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Pahang berkata, sebenarnya dasar Allahyarham Tun Razak dulu ialah memberikan tanah kepada orang Melayu sebab itu apabila dibuka saja Tanah Rancangan Felda akan diisi dengan peneroka.
Tambah Yohanis, tanah Felda Plantation juga pada asalnya mahu diisi dengan peneroka dan 10,000 orang telah ditemuduga. Tetapi pada waktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri tanah tersebut telah diusahakan syarikat oleh Felda melalui dasar penswastaan.
“Sebab itu teori kita mudah iaitu Umno nak jual tanah sedangkan PAS nak bagi tanah jadi pilihlah mana satu yang dihajati dalam pilihan raya akan datang.
“Ini penting difahami oleh semua supaya tindakan kita semua tidak menjahanamkan masa depan anak cucu kita pada masa akan datang,” ujarnya.
Sumber HD : 11/01/2012

PAS gesa penduduk pertahan tanah, lawan pemaju
Hazayani Zakaria, | 15 Januari 2012 |
KUALA LUMPUR, 15 Jan: PAS menyeru peniaga-peniaga di Setapak Permai terus mempertahankan tanah mereka daripada dirampas pihak pemaju yang ingin mengaut Keuntungan.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan pemaju itu akan memangsakan penduduk Melayu dan 70 peniaga bumiputera yang membuka bengkel di sana sejak 1995.
"Saya rasa sangat dukacita dengan tindakan pemaju yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan notis untuk ambil tanah itu.
"Lajnah Tanah PAS menyeru penduduk mempertahankan kawasan itu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli-ahli Persatuan Peniaga Putra Damai semalam yang mengadakan demonstrasi membantah notis mengosongkan tanah mereka.
Peguam pemaju mengeluarkan notis mengarahkan mereka mengosongkan tanah sebelum 30 Januari ini.
Mazlan turut mempersoal tindakan Menteri kerajaan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang enggan memberikan hak milik kepada penduduk sebaliknya memberikan hak milik kepada Syarikat 59 INC Sdn Bhd.
"Sebelum ini penduduk dah banyak kali pohon hak milik, jumapa dengan Zul Hasnan, Raja Nong Chik tapi tidak diberikan kerajaan atas alasan itu tanah lombong. Tapi bila pemaju mohon, dapat pulak.
"Satu lagi kawasan Melayu akan hilang di KL ini.
"Pemaju jangan bersekongkol dengan orang politik," katanya.
Tambahnya, lebih menyedihkan, Surau Al-Jabbar yang menjadi nadi aktiviti agama di situ juga akan dirobohkan.
"Umno kata tradisi mereka membela Melayu, tetapi hari ini kita lihat kawasan Melayu akan tergadai.
"Slogan bela melayu hanya hipokrasi oleh Umno," katanya.
Demonstrasi di perkarangan Surau Al-Jabbar semalam diketuai Presiden Persatuan Peniaga Kecil dan Penjaja Melayu, Datuk Bahrim A. Razak.
Menurutnya, siri perjumpaan dengan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditetapkan pada 23 dan 27 Disember lalu dibatalkan.
Namun permasalahan yang dihadapi tidak mendapat pembelaan.
Sumber HD : 16/01/2012

Kerajaan Selangor bantu penduduk Kampung Baru
Hazayani Zakaria, | 19 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Kerajaan Negeri Selangor akan terus membantu penduduk Kampung Baru dengan menyediakan pelan pembangunan alternatif tanpa menjejaskan hak milik tanah yang diwarisi penduduk daripada nenek moyang mereka.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG) memulakan langkah menyalurkan maklumat kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Bharu mengenai hak mereka ke atas tanah tersebut meskipun kawasan tersebut dibangunkan.
Ianya sebagai usaha mengelakkan penduduk Kampung Baru menjadi mangsa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan Dewan Negara Disember lalu.
"Kerajaan negeri sentiasa di belakang usaha untuk menentukan pembangunan Kampung Baru ini dapat diterima dan dihayati oleh seluruh pemilik dan pewaris tanah.
"Walaubagaimana pun kita mesti melakukan usaha ini dengan penuh tertib dan berhemah supaya akhirnya apa yang kita lakukan memberikan kebaikan kepada masyarakat di Kampung Bharu," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Pemilik Tanah Kampung Baru bersama Menteri Besar anjuran JKBPKG dan Yayasan Selangor di Jalan Raja Ali, dekat sini malam tadi.
Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk Kampung Baru itu, pengurus pembangunan perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Fathurahman Abu membentangkan secara ringkas pelan pembangunan Kampung Baru sebagai alternatif kepada pelan Pembangunan Perbadanan Kampung Baru di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Selain itu, penduduk juga berpeluang mengemukakan soalan dan pandangan dalam sesi dialog yang diadakan.
Pada sidang media sama, Khalid berkata, JKBPKG memerlukan sokongan daripada badan-badan korporat yang lain dalam usaha membangunkan Kampung Bharu seperti yang dikehendaki penduduk.
"Jawatankuasa bertindak yang diketuai Dr Idris Ahmad dan dianggotai rakan-rakan kita yang profesional seperti peguam, arkitek, pemaju dan kerajaan negeri menggalakkan syarikat-syarikat seperti PKNS, Yayasan Selangor dan Permodalan Negeri Selangor Berhad untuk menyertai jawatankuasa ini supaya memberi input yang sesuai kepada penduduk," katanya.
Sehubungan itu katanya, satu pusat khidmat ditubuhkan dan dijangka siap dalam masa dua minggu lagi sebagai tempat rujukan penduduk mengenai hal berkaitan pemilikan tanah dan lain-lain.
"Pejabat jawatankuasa bertindak akan dibuka dua minggu lagi untuk memberi khidmat nasihat dari segi undang-undang tanah, harta pusaka, akta MAS dan bagaimana penerangan ini boleh disebar kepada seluruh pemilik dan pewaris tanah," katanya.
Panggil MAS bermesyuarat
Sementara itu, Khalid berkata beliau akan memanggil anggota Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) bermesyuarat untuk melakukan penstrukturan semula terhadap badan itu.
Khalid berkuasa memanggil mesyuarat MAS yang wujud sejak 111 tahun dahulu berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.
Penstrukturan semula MAS ini bagi memastikan keanggotaan terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mempunyai kepakaran berlainan dalam menguruskan hal ehwal penduduk Kampung Baru.
Berdasarkan peruntukan juga, Khalid mempunyai kuasa melantik empat orang anggota MAS.
"Saya akan minta MAS panggil mesyuarat.
"Kita mahu MAS dianggotai pelbagai kumpulan supaya kumpulan ini boleh bergerak bersama dalam membangunkan Kampung Baru," katanya.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad dan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Sumber HD : 19/01/2012
MAS: Pakatan dahului Umno bela penduduk Kg Baru
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyambut baik usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) untuk melakukan penambahbaikan terhadap Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di Kampung Baru bagi menjaga kepentingan penduduk tersebut.
Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, antara usaha Khalid seperti yang diumumkannya adalah dengan membuka keanggotaan MAS kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan dalam memastikan kepentingan pemilik tanah dapat dipertahan.
Katanya, DPPKT menganggap keputusan Menteri Besar Selangor itu amat baik dan berpetapatan pada masanya.
Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap nasib rakyatnya yang jauh mendahului kerajaan Umno BN.
“Menteri Besar Selangor membuktikan bahawa Kampung Baru tidak tertinggal dalam agenda pembangunan negeri Selangor malah ianya masih menjadi perhatian utama negeri tersebut sehingga beliau sendiri turun menjenguk dan berdialog dengan rakyat kelmarin,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, keanggotaan MAS dibuka kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional amat baik supaya peranan MAS benar-benar dapat digerakkan oleh mereka yang berkelayakan serta berniat untuk menjaga kepentingan penduduk.
Justeru, ujarnya MAS perlu memainkan peranan yang penting selaku organisasi perantara antara pihak kerajaan dengan suara penduduk.
Tambahnya, MAS perlu menyampaikan suara penduduk kepada pihak kerajaan disamping sebagai pemudah cara antara pihak berkuasa dengan penduduk.
Selain itu, katanya keberadaan MAS sebagai badan pendesak bagi memastikan kepentingan penduduk terpelihara.
DPPKT, ujarnya tidak mahu tragedi Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara tempohari dengan mudah tanpa campurtangan dan bantahan oleh MAS.
“DPPKT mengharapkan, meskipun keanggotaan ini dibuka kepada pelbagai kelompok masyarakat dan profesional, ianya dikawal dan dihadkan hanya kepada pemilik serta pewaris Kampung Baru sahaja dan bukan untuk mereka yang lain selain dari warga itu,” katanya.
Katanya, ahli Jawatankuasa MAS pula dipilih dari suara majoriti pemilik tanah Kampung Baru tanpa adanya campurtangan dari mana-mana pihak.
Justeru, ujarnya DPPKT menaruh harapan agar MAS benar-benar bebas daripada campurtangan pihak luar supaya tiada ‘tangan hitam’ yang menggerakkan organisasi tersebut.
Sumber HD : 20/01/2012

Lawatan PM: Penduduk Kg Baru tunggu kehadiran Najib
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS Wilayah Persekutuan mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turun melawat ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, tidak hanya menabur janji kosong buat rakyat.
Ketua Penerangannya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, paling dinanti adalah kehadiran perdana menteri di Kampung Baru bagi mendengar bantahan penduduk terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUUPPKB).
"Jika Menteri Besar Selangor sanggup turun dan bersemuka dengan rakyat dengan usaha membantu penduduk, apakah PM pula berani mendengar pertikaian penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang diluluskan oleh kabinetnya.
"Apakah PM sanggup membaca sendiri sepanduk dan kain rentang yang membantah tindakan kerajaan meluluskan RUU tersebut," soalnya.
Selain itu, PAS Wilayah Persekutuan katanya mahu lawatan perdana menteri itu menginsafkan dirinya betapa kehidupan sebahagian warga KL tertinggal jauh dari arus kemodenan dan memisahkan jauh antara mereka dengan golongan berada.
Turup diharap katanya, agar Najib sedar bahawa betapa penting melantik pemimpin yang berwibawa menjaga rakyat dan bukannya di kalangan mereka yang berusaha menggadai hak rakyat khususnya di Kampung Baru.
"Mungkinlah lawatan ini menjadikan PM lebih prihatin dengan masalah rakyat disamping bertegas untuk membanteras segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sedang membarah di dalam parti dan pemimpin kanannya seperti yang didakwa ramai hari ini.
"PM perlu jadikan lawatan ini untuk mengajar beliau supaya melantik pemimpin-pemimpin bawahannya yang benar-benar membela rakyat dan mengerti kesusahan mereka, bukan mengkayakan diri mereka sendiri," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan untuk melakukan penambahbaikan terhadap Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di Kampung Baru bagi menjaga kepentingan penduduk tersebut.
Antaranya ialah dengan membuka keanggotaan MAS kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan dalam memastikan kepentingan pemilik tanah dapat dipertahan.
Hari ini pula Najib memulakan lawatan kerjanya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kunjungan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Selepas itu beliau dijangka melawat Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak dan akan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersama penduduk di situ bersolat Jumaat di Masjid Az-Zubair.
Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat di Padang Bola Sepak Sri Johor, Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan program lawatannya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di Lembah Pantai pada petang.

Muafakat: Kekalkan kampung tradisi Melayu hanya janji manis BN
Hazayani Zakaria, | 21 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) menyeru penduduk Kampung Puah tidak terpengaruh dengan janji manis Perdana Menteri untuk mengambil kira pandangan penduduk dalam pembangunan kampung tersebut.
Pengerusinya, Ishak Surin (gambar) berkata, janji sedemikian merupakan janji yang sudah biasa dibuat sejak dahulu lagi bagi mengambil hati dan meredakan kemarahan penduduk, sedangkan mempunyai agenda tersembunyi di sebaliknya.
"Setiap kali perdana menteri atau menteri buat lawatan, itulah janji yang dibuat mereka tapi keadaan tetap sama, tanah tetap dapat kepada pemaju, yang hilang kampung tradisi rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke Kampung Puah semalam memberi jaminan bahawa status kampung itu sebagai sebuah perkampungan tradisi Melayu akan dikekalkan.
Najib seprti dilaporkan merdia berkata, beliau telah mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berunding dengan syarikat pemaju, Aamin Development Sdn Bhd, supaya mengambil kira hasrat penduduk dalam merangka pembangunan.
Ishak Surin berkata, tidak ada gunanya Najib memberikan jaminan tersebut sedangkan tanah yang sepatutnya menjadi milik peneroka sudah diserahkan kepada pemaju.
"Penduduk Kampung Puah mahu tanah mereka dikembalikan kerana mereka yang bersusah payah meneroka tanah itu sehingga mejadi perkampungan," katanya.
Justeru Yang Dipertua PAS Kawasan Batu itu mendesak kerajaan menubuhkan satu dana untuk membangunkan kampung tersebut tanpa diserahkan kepada pemaju.
"Untuk membangunkan kampung Puah tak perlukan pemaju sebaliknya kami mahukan dana khas. Muafakat sendiri sudah mempunyai kepakaran untuk membangunkan kampung tersebut, asalkan tanah itu kekal menjadi milik peneroka," katanya lagi.
Pada 13 Ogos 2001, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mengemukakan surat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kelulusan prinsip untuk melaksanakan pembangunan secara penswastaan antara DBKL dan Aamin Development Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di tanah seluas 12.8 hektar di kampung itu.
Kampung lain yang terlibat dalam projek pembangunan melibatkan pembinaan antara lain unit kediaman dan pusat perdagangan bercampur itu ialah Kampung Puah, Kampung Puah Bahagian dan Kampung Chubadak Jaya, membabitkan 564 keluarga.
Sementara itu, mengulas mengenai pemberian RM 2.5 juta kepada sekolah jenis kebangsaan cina semalam, Ishak mempersoal pembinaan Sekolah Kebangsaan Sri Perak di Sentul yang sudah lama terbengkalai.
"Kita ucap tahniahlah di atas pemberian itu tapi bagaimana dengan Sekolah Kebangsaan Sri Perak? Sign board projek sudah lama naik tapi pembinaan masih belum berjalan," katanya.
Pembinaan sekolah tersebut sudah hampir sudah hampir dua tahun terbengkalai.
Oleh yang demikian, sekolah sementara masih beroperasi di bawah flat Sri Perak.
PAS Batu pernah menghantar memorandum bantahan kepada Nong Chik sebelum ini dan akan menyerahkan memorandum sekali lagi dalam waktu terdekat.
Sumber HD : 21/01/2012

Putra Damai: Notis kosong tanah boleh dicabar
Hazayani Zakaria, | 21 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Notis tuntutan supaya penduduk di tapak Industri Kecil Sederhana (IKS) Putra Damai, Setapak Jaya mengosongkan tanah sebelum 30 Januari ini adalah tidak lengkap dan boleh dicabar, kata peguam PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.
Beliau berkata, notis bertarikh 1 Januari yang dikeluarkan peguam pemaju itu langsung tidak menyatakan nama pemilik tanah tersebut.
"Saya sudah teliti notis yang dikeluarkan dan saya dapati notis ini tidak lengkap.
"Bagaimana peguam bagi pihak pemaju mengatakan penduduk menduduki tanah ini secara tidak sah sedangkan tidak diketahui siapa pemilik yang sebenar," kata beliau pada sidang media di perkarangan Surau Al-Jabbar, Setapak Jaya, hari ini.
Justeru beliau berkata, peguam PAS akan menyediakan khidmat guaman percuma sekiranya penduduk mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju.
"Kami sudah berbincang dengan penduduk, kalau mereka mahu mengambil tindakan undang-undang, kami akan sediakan khidmat guaman percuma kerana penduduk ada hak ke atas tanah mereka," katanya.
Tambah beliau, tindakan pemaju itu sangat tidak beradab apabila mengeluarkan notis tanpa menyediakan cadangan alternatif kepada penduduk.
"Hanya sekeping notis kepada penduduk, tanpa memberikan cadangan tempat lain sebaliknya hanya arahan berpindah. Ini tindakan tidak beradab," katanya.
Sabtu lalu, Ahli-ahli Persatuan Peniaga Putra Damai mengadakan demonstrasi di perkarangan Surau Al-Jabbar bagi membantah notis mengosongkan tanah mereka.
Respons kepada tindakan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan tidak akan merobohkan Surau Al-Jabbar dan akan berunding dengan pemaju.
Mengulas mengenai kenyataan Raja Nong Chik itu, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman pada sidang media sama menyifatkannya sebagai kenyataan politik.
"Kenapa Raja Nong Chik pula yang bercakap bagi pihak pemaju? Ini kenyataan politik sahaja kerana yang mengeluarkan notis ialah pemaju, jadi urusan pemaju dan penduduk.
"Kalau dia kata jangan roboh, kalau pemaju nak roboh, tetap akan roboh. Kenyataan mulut sahaja tidak membari apa -apa kesan. Nong Chik patut jumpa penduduk sendiri," katanya.
Beliau juga menyokong cadangan penduduk untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana hanya pihak lain tidak mampu menangani isu ini.
Sebelum ini, penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Wialayah Persekutuan dan Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun tidak ada sebarang maklum balas.
Jangan aniaya peniaga kecil
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Membantah Pemaju, Jamal Mubin (gambar) yang kecewa dengan sikap lepas tangan pihak terbabit, bertegas akan mempertahankan tanah yang diusahakan mereka sejak 1995.
Beliau berkata, IKS tersebut merupakan sumber pendapatan peniaga-peniaga Melayu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
"Kepada pihak yang berkenaan, tuntutan kami masih tidak berubah. Kami mahukan tanah kami.
"Ambillah lot tanah lain yang lebih besar, janganlah rampas hak kami dan aniayai kami di sini," rayunya sambil mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin tampil membantu mempertahankan tanah mereka.
Sebelum itu, majlis solat hajat diadakan di surau tersebut dan program tersebut akan berterusan sehingga pihak pemaju menarik balik notis tersebut.
Sumber HD : 21/01/2012
DUNGUN, 24 Jan: Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana “merampas” tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.
Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.
SRIDB yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebahagian dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (MTIDB) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat.
Manakala, tapak kompleks bangunan sekolah yang seluas dua ekar tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 22 Oktober 2003.
Antara yang telah dibangunkan iaitu bangunan tetap satu tingkat bagi menampung 10 kelas, bilik guru, pejabat, surau dan kantin.
Bahkan, dalam tempoh 11 tahun dari tarikh kelulusan tersebut kini kompleks SRIDB telah pun mempunyai beberapa buah bangunan bagi keperluan 350 pelajar serta 38 orang guru dan kakitangannya.
Mengikut pelan pembangunan SRIDB, cadangan pembangunan seterusnya untuk tapak parkir, pembinaan bangunan tambahan, pembesaran kantin, perumahan guru serta asrama anak yatim Darul Bayan.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan pihak JKKK Kampung Limbong yang bertindak ‘merampas’ tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan sebagai zalim.
Kata beliau, tindakan merampas tanah tersebut satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan dan mesti ditentang oleh rakyat seluruhnya.
“Ini bukan pertama kali kerajaan Umno dan Barisan Nasional buat perkara yang memalukan dan kerana hendak memuaskan nafsu JKKK, mereka sanggup menafikan hak rakyat dan hak Darul Bayan.
“Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Ceramah Isu Semasa “JKKK Rampas Tanah SRIDB” di perkarangan SRIDB, Kampung Kolam Mak Tagar, Paka, Dungun.
Menurut Ustaz Abu Bakar, sejak tahun 2006 pihak kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh telah membekukan pembayaran lesen TOL tersebut.
Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Terengganu menjelaskan pendidikan bukan isu biasa tetapi menjadi isu yang lebih penting dari isu-isu lain.
Ini kerana, katanya melalui pendidikanlah agama dapat disemai dalam diri setiap manusia dan rakyat menjadi baik.
“Kita (PAS) harap pihak berkenaan pulangkan semula hak (tanah) ini kepada pihak sekolah (SRIDB) sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana,” tegasnya.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan pihak Umno dan JKKK merampas tanah SRIDB petanda kejatuhan kerajaan BN Terengganu.
Menurutnya, tindakan serupa pernah dilakukan sebelum ini terhadap sekolah Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu tahun 1991.
“Ini (tindakan) petanda Umno-BN akan jatuh di negeri Terengganu kerana perbuatan zalim rampas tanah sekolah agama rakyat (SRIDB).
“Mereka (Umno) pernah rampas dan roboh Institut Berakan tahun 1991 dan akhirkan mereka jatuh kerajaan tahun 1999.
“Ini bukan sekolah untuk berniaga, buat duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita termasuk anak yatim dengan ilmu agama (Islam),” ujarnya.
Katanya, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihan raya dengan menolak Umno dan kerajaan BN serta memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.
Sumber HD : 25/01/2012

Rampas tanah rakyat petanda kejatuhan Umno T'ganu
Khairul Azlam Mohamad, | 24 Jan 2012 |

PAS lancar borang tanah, bantu selesai isu hak milik
Harakahdaily, | 27 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat buat pertama kalinya akan melancarkan Borang Tanah sebagai usaha membantu rakyat dalam menyelesaikan isu hak milik tanah.
Majlis pelancaran tersebut akan diadakan pada 4 Februari ini di Simpang Renggam yang akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika memberitahu perkara itu berkata, untuk permulaan, program itu akan mensasarkan negeri Johor sebelum diperluas ke seluruh negara.
"Lajnah Tanah terima banyak aduan berhubung isu hak milik tanah. Sehingga kini tidak ada mekanisma yang boleh atasi masalah ini.
"Jadi kita cuba ambil pendekatan dengan lancar borang tanah," katanya kepada Harakahdaily.
Borang tanah tersebut menurut Mazlan, berupa kaji selidik kepada mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Pengadu ujarnya boleh mengisi borang tersebut dengan memberi maklumat terperinci berhubung lot tanah, keluasan dan aduan yang mahu diutarakan.
"Selepas kita kumpul borang dan maklumat pengadu-pengadu ini semua, kita akan bawa kepada pejabat tanah.
"Kalau perlu lantik peguam, kita akan usahakan," tegasnya.
Sebelum ini kata beliau, banyak kes yang telah dipanjangkan ke pejabat tanah peringkat daerah mahupun negeri, namun ia nampaknya sulit dan semacam sukar untuk diselesaikan.
Sehubungan itu, dengan pendekatan terbaru ini, beliau harap dapat membantu mereka-mereka yang terlibat untuk mengetengahkan isu ini secara besar-besaran agar dapat membuka mata pihak bertanggungjawab.
"Ini mekanisma PAS untuk bantu rakyat.
"Sama ada Melayu, Cina, India atau Orang Asal, kita tetap akan bantu mereka," katanya.
Sumber HD : 28/01/2012

PAS WP khuatir penduduk kampung tradisi diusir
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS Wilayah Persekutuan kesal penduduk kampung-kampung tradisi di sekitar Kuala Lumpur semakin terancam dengan pengusiran oleh pemaju-pemaju di atas nama pembangunan.
“Semakin banyak kampung yang dilenyapkan dalam peta bandaraya Kuala Lumpur, dan hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah,” kata ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Katanya, Kampung Baru adalah tanda aras kepada permasalahan yang dihadapi oleh penduduk asal yang terpaksa menyerahkan nasib mereka ditentukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan pemaju tertentu.
Tambahnya, tidak mustahil kampung lain seperti Kampung Padang Balang akan menyusul mengikut jejak Kampung Baru.
Justeru, katanya PAS WP benar-benar berharap kerajaan memelihara kampung-kampung warisan sekitar Wilayah Persekutuan bagi menjaga keaslian dan kepentingan penduduk asal.
Beliau berkata, istilah ‘mencemarkan kota’ tidak wujud sekiranya kampung-kampung itu dipelihara dengan baik sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara Barat.
“Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mesti menjamin tiada lagi usaha mengambil alih kampung-kampung, sebaliknya mesti menjaga hak dan kepentingan penduduk dengan memastikan keselamatan dan pemeliharaan kampung terbabit,” ujarnya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Selain daripada itu, ujarnya isu perumahan di bandaraya Kuala Lumpur merupakan isu besar yang perlu difikir dan ditangani secara serius oleh kerajaan.
Katanya, rakyat sukar membeli rumah di sekitar bandaraya memandangkan kosnya amat tinggi berbanding dengan kawasan di luar bandaraya Kuala Lumpur.
Kesannya, kata beliau segelintir penduduk yang tidak mampu memiliki rumah terpaksa menetap di perumahan setinggan yang akhirnya mereka juga diusir kerana dianggap menetap di kawasan ‘haram’.
Beliau menambah, Kampung Semarak, Kampung Berembang, Kampung Chubadak, Kampung Kerinchi, Indian Settelement di Kampung Pandan adalah mangsa kerakusan pembangunan ‘mapan’ kerajaan.
Mereka, ujar beliau akhirnya terpaksa memikirkan nasib dan masa depan mereka sendiri tanpa pembelaan yang sewajarnya.
Justeru, katanya PAS WP mengharapkan kerajaan berusaha memberikan kemudahan terbaik kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan.
Rakyat, ujarnya lagi berhak dibantu untuk mendapatkan rumah-rumah di dalam atau kawasan sekitar Wilayah Persekutuan denga harga yang berpatutan.
Selain dari Projek Perumahan Rakyat (PPR), katanya rumah-rumah teres di taman perumahan juga perlu diusahakan dengan kawalan harga supaya rakyat berpendapatan sederhana dan rendah mampu memiliki rumah.
Sumber 1/02/2012

Semoga warga Wilayah Persekutuan hidup sejahtera
PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012.
Selayaknya warga Wilayah Persekutuan menyambut hari kebesaran mereka pada hari ini bagi meraikan usaha mereka bekerja keras membanting tulang dalam membangunkan Wilayah Persekutuan. Sebagai sebuah negeri dan menjadi ibu negara Malaysia pula, Wilayah Persekutuan tentunya menjadi perhatian dan tumpuan negara. Kepesatan negara hari ini ditentukan juga dengan kepesatan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur sejak penubuhannya telah menjadi denyut nadi kepesatan dan pembangunan negara.
Sumbangan warga Wilayah Persekutuan dalam memastikan kepesatan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia wajar dimartabat selayaknya. Pengorbanan dan sumbangan mereka menyumbang keringat, masa dan tenaga sehingga berjaya menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepenting dan setaraf dengan bandaraya utama di dunia ini perlu diakui. Tanpa mereka sudah tentu Kuala Lumpur akan menjadi lesu, sepi dan tidak membangun seperti hari ini.
Sempena hari WP, PAS WP meminta kerajaan membantu rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah sama ada pekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Umum mengetahui dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat, kesannya amat dirasai warga kota dan sukar bagi warga kota untuk terus hidup di ibu kota tanpa ada sokongan ‘luar’ bagi membantu meringankan hidup mereka. Kerajaan perlu memikirkan insentif khusus kepada mereka yang menetap di Kuala Lumpur seperti eluan khas yang tujuannya membantu meringkan beban mereka. Meskipun segelintir pekerja telah menikmati kemudahan ini, namun ramai juga yang tidak mendapat apa-apa bantuan terutama mereka yang bekerja sendiri ataupun bekerja di sektor swasta.
Meskipun dengan kepesatan pembangunan, Wilayah Persekutuan masih memiliki kampung-kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal ataupun peneroka awal yang berhijrah ke Kuala Lumpur. Lebih dari itu, kebanyakan penghuni kampung-kampung warisan adalah orang Melayu. Apa yang dikesalkan adalah penduduk kampung-kampung di sekitar Kuala Lumpur semakin terancam dengan pengusiran oleh pemaju-pemaju di atas nama pembangunan. Semakin banyak kampung yang dilenyapkan dalam peta bandaraya Kuala Lumpur, dan hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah. Kampung Baru adalah tanda aras kepada permasalahan yang dihadapi oleh penduduk asal yang terpaksa menyerahkan nasib mereka ditentukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan pemaju tertentu. Tidak mustahil kampung lain seperti Kampung Padang Balang akan menyusul mengikut jejak Kampung Baru.
PAS WP benar-benar berharap kerajaan memelihara kampung-kampung warisan sekitar Wilayah Persekutuan bagi menjaga keaslian dan kepentingan penduduk asal. Istilah ‘mencemarkan kota’ tidak wujud sekiranya kampung-kampung ini dipelihara dengan baik sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara Barat.
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mesti menjamin tiada lagi usaha mengambil alih kampung-kampung, sebaliknya mesti menjaga hak dan kepentingan penduduk dengan memastikan keselamatan dan pemeliharaan kampung terbabit.
Selain daripada itu, isu perumahan di bandaraya Kuala Lumpur merupakan isu besar yang perlu difikir dan ditangani secara serius oleh kerajaan. Rakyat sukar membeli rumah di sekitar bandaraya memandangkan kosnya amat tinggi berbanding dengan kawasan di luar bandaraya Kuala Lumpur. Kesannya, segelintir penduduk yang tidak mampu memiliki rumah terpaksa menetap di perumahan setinggan yang akhirnya mereka juga diusir kerana dianggap menetap di kawasan ‘haram’. Kampung Semarak, Kampung Berembang, Kampung Chubadak, Kampung Kerinchi, Indian Settelement di Kampung Pandan adalah mangsa kerakusan pembangunan ‘mapan’ kerajaan. Mereka akhirnya terpaksa memikirkan nasib dan masa depan mereka sendiri tanpa pembelaan yang sewajarnya.
PAS WP mengharapkan kerajaan berusaha memberikan kemudahan terbaik kepada semua penduduk di Wilayah Persekutuan. Rakyat berhak dibantu untuk mendapatkan rumah-rumah di dalam atau kawasan sekitar Wilayah Persekutuan denga harga yang berpatutan. Selain dari Projek Perumahan Rakyat (PPR), rumah-rumah teres di taman perumahan juga perlu diusahakan dengan kawalan harga supaya rakyat berpendapatan sederhana dan rendah mampu memiliki rumah.
PAS WP juga menggesa supaya kerajaan memastikan kejadian jenayah di Wilayah Persekutuan khususnya di Kuala Lumpur dapat diatasi. Dengan kadar jenayah di Wilayah Persekutuan semakin meningkat, ia menjadi suatu kerisauan kepada semua penduduknya. Ini menandakan Wilayah Persekutuan terutama Kuala Lumpur bukanlah destinasi yang selamat untuk dikunjungi. Kes-kes seperti penyalahgunaan dadah, bunuh, berzina, rogol, ragut, rempit, samun, rompak, curi kereta semakin menjadi-jadi dan pastinya ia amat membimbangkan semua pihak.
Untuk itu, kerajaan perlu membanteras gejala sosial secara menyeluruh. PAS WP kesal kerana pusat-pusat hiburan, kelab malam, konsert-konsert, kedai judi dan menjual arak dibuka secara berleluasa tanpa pemantauan dan kawalan ketat. Gejala pelacuran dengan rumah-rumah urut beroperasi secara besar-besaran juga seakan menjadi lumrah di banyak tempat. PAS WP percaya antara usaha bagi mengurangkan jenayah adalah dengan mengawal pusat-pusat hiburan serta membanteras gejala sosial.
Akhirnya, PAS WP mendoakan semoga warga Wilayah Persekutuan mendapat kesejahteraan, kemakmuran, keamanan dan hidup dalam masyarakat yang serba bertoleransi dan saling hormat menghormati.
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan
Sumber HD : 1/02/2012

PAS kesal kubur Hutan Setali diceroboh
Harakahdaily, | 04 Feb 2012 |
KUANTAN, 4 Feb: PAS Pahang hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap pencerobohan tanah perkuburan Islam Hutan Setali, Kuantan yang telah dibangunkan ke lot-lot kedai dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Tanah yang dimaksudkan terletak di lot 338, Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali yang mempunyai keluasan 1.206 hektar (3 ekar).
Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang pada 20.9.2000 telahpun meluluskan tanah tersebut sebagai rezab kawasan Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali.
“Apa yang mendukacitakan bilamana kawasan ini dibangunkan lot-lot kedai dengan kelulusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), sedangkan agensi tersebut sepatutnya tidak meluluskan kawasan tambahan ini untuk dibina lot kedai, kerana ianya telah pun diluluskan sebagai tanah rezab perkuburan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
Sehubungan itu, katanya diharapkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci terhadap hal ini.
“PAS mengesa satu siasatan rapi yang melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti dilakukan bagi mengembalikan semula kawasan tersebut sebagai kawasan perkuburan Tambahan sejajar dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri,” tegas beliau.
Sumber HD : 4/02/2012

PR Pahang akan selesai masalah tanah rakyat
Basiron Abdul Wahab, | 04 Feb 2012 |
TEMERLOH, 4 Feb: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta.
Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda.
Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak.
Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka.
“Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu,” katanya ketika berucap pada majlis dialong di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dekat sini, semalam.
Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang dilihat lebih mengutamakan pelabur asing dan syarikat korporat untuk mendapat tanah.
Beliau memberi contoh bagaimana syarikat Lynas yang penuh kontroversi itu telah beri tanah kira-kira 200 ekar sedang masih ramai rakyat Pahang belum mempunyai tanah untuk tapak rumah.
Sumber HD : 4/02/2012
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang), Mohd Nasaie Ismail berkata, tujuan ceramah itu diadakan bagi mendedahkan usaha penggadaian tanah rakyat Malaysia, khususnya tanah-tanah Felda dan Felcra, oleh pemerintah Barisan Nasional.
Menurutnya, ceramah tersebut akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, selain itu, beberapa penceramah lain yang pakar dan berpengalaman khas dalam hal ehwal tanah, Felda dan Felcra, turut terlibat.
"Di antaranya ialah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Tak Kee Kong, bekas Naib Presiden Kanan Felcra, Datuk Ramli Buyung dan Presiden Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai di seluruh Lembah Klang terutamanya dijemput hadir untuk mengikuti ceramah tersebut bagi memahami secara dekat masalah penggadaian tanah rakyat Malaysia oleh pihak Umno BN.
Katanya, tindakan penggadaian tanah orang-orang Melayu, khususnya dalam Felda, kini amat giat dilakukan oleh pihak Umno BN menerusi pihak pentadbiran organisasi tersebut melalui usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia.
Kini pihak Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagaimanapun sedang giat mempengaruhi orang ramai dengan dakwaan tindakan yang dilakukan itu akan mendatangkan keuntungan besar kepada orang-orang Melayu khususnya kepada para peneroka sendiri.
Walaupun tentangan telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk para peneroka sendiri, pihak pentadbiran Felda dan para pemimpin Umno BN bagaimanapun tetap berusaha untuk meneruskan tindakan tersebut demi kepentingan peribadi mereka sendiri.
Jawapan balas para pemimpin Umno BN berhubung perkara itu sememangnya boleh mengelirukan orang ramai jika tidak dihalusi dengan betul.
Usaha Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat dan Anak mengadakan ceramah tersebut, tegas Nasaie, perlu dimanfaatkan oleh orang ramai dengan baik, dengan bersama-sama hadir mengikutinya, bagi membolehkan pelbagai pihak mengetahui rahsia sebenar tindakan tersebut dengan lebih jauh.

Ceramah khas dedah BN gadai tanah orang Melayu
Aziz Muda, | 09 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana khas berhubung isu penggadaian tanah orang-orang Melayu di negara ini oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ceramah tersebut akan diadakan pada 12 Februari ini mulai jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini.
Ceramah tersebut akan diadakan pada 12 Februari ini mulai jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini.
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang), Mohd Nasaie Ismail berkata, tujuan ceramah itu diadakan bagi mendedahkan usaha penggadaian tanah rakyat Malaysia, khususnya tanah-tanah Felda dan Felcra, oleh pemerintah Barisan Nasional.
Menurutnya, ceramah tersebut akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, selain itu, beberapa penceramah lain yang pakar dan berpengalaman khas dalam hal ehwal tanah, Felda dan Felcra, turut terlibat.
"Di antaranya ialah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Tak Kee Kong, bekas Naib Presiden Kanan Felcra, Datuk Ramli Buyung dan Presiden Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai di seluruh Lembah Klang terutamanya dijemput hadir untuk mengikuti ceramah tersebut bagi memahami secara dekat masalah penggadaian tanah rakyat Malaysia oleh pihak Umno BN.
Katanya, tindakan penggadaian tanah orang-orang Melayu, khususnya dalam Felda, kini amat giat dilakukan oleh pihak Umno BN menerusi pihak pentadbiran organisasi tersebut melalui usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia.
Kini pihak Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagaimanapun sedang giat mempengaruhi orang ramai dengan dakwaan tindakan yang dilakukan itu akan mendatangkan keuntungan besar kepada orang-orang Melayu khususnya kepada para peneroka sendiri.
Walaupun tentangan telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk para peneroka sendiri, pihak pentadbiran Felda dan para pemimpin Umno BN bagaimanapun tetap berusaha untuk meneruskan tindakan tersebut demi kepentingan peribadi mereka sendiri.
Jawapan balas para pemimpin Umno BN berhubung perkara itu sememangnya boleh mengelirukan orang ramai jika tidak dihalusi dengan betul.
Usaha Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat dan Anak mengadakan ceramah tersebut, tegas Nasaie, perlu dimanfaatkan oleh orang ramai dengan baik, dengan bersama-sama hadir mengikutinya, bagi membolehkan pelbagai pihak mengetahui rahsia sebenar tindakan tersebut dengan lebih jauh.
Sumber HD : 9/02/2012
Pejabat JK Bertindak Kg Baru akan dibuka
Hazayani Zakaria, | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pejabat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung Baru (JKBPKG) akan dibuka secara rasmi beberapa hari lagi bagi memudahkan penduduk berurusan di situ.
Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) berkata, ruang pejabat sudah lengkap cuma perlu melakukan beberapa kemasan terakhir.
Pejabat yang bersifat "one stop center" akan dikendalikan oleh wakil SPKB, Perbadanan Kemajuan Negeri selangor (PKNS) dan anggota Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).
"Penduduk boleh datang ke pejabat ini yang akan dibuka setiap hari untuk sebarang urusan contohnya ingin mengetahui pelan pembangunan yang ditawarkan PKNS.
"Kita juga menyediakan khidmat guaman melibatkan undang-undang tanah, harta pusaka, akta MAS ," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
JKBPKG ditubuhkan sebagai usaha mengelakkan penduduk Kampung Baru daripada menjadi mangsa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan Dewan Negara, Disember lalu.
Ahmad Zamri berkata, hasil mesyuarat dua hari lepas bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKNS, JKBPKG akan mula bergerak secara aktif memandangkan penduduk masih belum jelas mengenai pelan pembangunan yang akan dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Walaupun undang-undang telah diluluskan dan Kementerian berhak ke atas kampung Baru, tapi belum ada penjelasan terperinci mengenai status penduduk.
"Kalau nak dilakukan pembangunan, penduduk kena jula tanha atau sebagainya masih menjadi tanda tanya. Sebab itu kita tawarkan pelan alternatif kepada penduduk," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM).
Sementara itu, Khalid akan memanggil anggota MAS bermesyuarat untuk melakukan penstrukturan semula terhadap badan itu.
Khalid berkuasa memanggil mesyuarat MAS yang wujud sejak 111 tahun dahulu berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.
Penstrukturan semula MAS ini bagi memastikan keanggotaan terdiri daripada pelbagai kumpulan yang mempunyai kepakaran berlainan dalam menguruskan hal ehwal penduduk Kampung Baru.
Selain menteri besar, MAS dianggotai 11 anggota, termasuk tujuh ketua-ketua kampung di kawasan itu dan empat anggota dilantik.
Sumber HD : 16/02/2012

Deklarasi: PAS Wilayah lancar tuntutan warga kota
Hazayani Zakaria, | 18 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Deklarasi Tuntutan Warga Kota ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan Persekutuan.
Deklarasi tersebut mengandungi sebelas tuntutan antaranya meminta kerajaan mengekalkan status kampung warisan yang dimiliki atau yang didiami oleh orang Melayu, Cina, dan India di Kuala Lumpur dan menyediakan skim sewa-beli rumah PPR kepada mereka yang layak serta menyediakan dana secukupnya bagi pembiayaan untuk membolehkan mereka memiliki rumah di ibu kota.
Pelancarannya dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa sempena Konvoi Lajnah Penerangan PAS ke Wilayah Persekutuan.
Majlis pelancarannya turuy disaksikan kira-kira seratus peserta Jelajah Warisan iaitu ekspidisi untuk mengenali warisan-warisan negara yang bakal lenyap.
Bercakap pada sidang media selepas pelancaran, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, Wilayah Persekutuan hanya bersebelahan dengan Selangor tetapi penduduknya tidak dapat menikmati manfaat seperti penduduk Selangor.
Sebagai contoh katanya, pemberian air paip percuma sebanyak 20m padu kepada warga kota seperti yang dilakukan Kerajaan Selangor.
"Kita megadakan deklarasi ini supaya penduduk di Wilayah Persekutuan turut mendapat nikmat seperti di Selangor.
"Terlalu banyak masalah kebajikan di Wilayah Persekutuan tidak dapat diselesaikan khususnya masalah perumahan dan warga emas," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya akan menyerahkan deklarasi tersebut secara rasmi ke pejabat DBKL jam 10 pagi esok.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pusat menyokong penuh deklarasi tersebut termasuk perjuangan penduduk kampung warisan mempertahankan tanah mereka.
"Di Wilayah ini setiap masa kita dengar penduduk terima surat daripada pihak pemaju untuk mengosongkan tanah untuk dilakukan pembangunan.
"Penduduk berhadapan dengan cabaran pembangunan yang pesat jadi kita mahukan kerajaan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Nuridah Salleh, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ketua Penerangan Muslimat Wilayah, Salbiah Wahab.
Berikut merupakan sebelas tuntutan warga kota:
1. Menyediakan kemudahan air paip sebanyak 20m padu secara percuma kepada semua warga kota.
2. Memberikan sumbangan RM200 kepada semua bayi rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kuala Lumpur /ibu atau bapa penduduk Kuala Lumpur.
3. Menyumbangkan RM2,500 kepada setiap warga emas di Kuala Lumpur yang meninggal dunia sebagai sumbangan khairat kematian bagi meringankan beban waris yang tinggal dalam pengurusan jenazah.
4. Menyediakan skim pemberian baucer barangan keperluan harian sebanyak RM100 kepada setiap warga tua di Kuala Lumpur sebagai menghargai usia dan jasa mereka.
5. Memberikan RM1,000 kepada setiap pelajar yang mendapat tawaran ke Intitut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai satu penghargaan kepada mereka sekaligus meringankan tanggungan keluarga bagi membiayai kos permulaan pembelajaran.
6. Mengekalkan status kampung warisan yang dimiliki atau yang didiami oleh orang Melayu, Cina, dan India di Kuala Lumpur.
7. Menyediakan skim sewa-beli rumah PPR kepada mereka yang layak serta menyediakan
8. Menyediakan tapak pasar basah yang sesuai untuk peniaga barangan keperluan harian di pasar moden Dato Keramat yang baru bagi memastikan para peniaga dapat berniaga dengan selesa dan juga pembeli dapat membeli barangan keperluan mereka yang dijamin mutu dan kebersihannya.
9. Membantu warga kota yang miskin dengan skim penggalakan perniagaan kecil-kecilan dan pengecualian lesen perniagaan untuk tiga tahun pertama bagi mengurangkan kadar kemiskinan di ibu kota.
10. Pengecualian cukai pintu untuk warga kota yang pendapatannya di bawah paras kemiskinan.
11. Kekalkan hak milik tanah Kampung Baru di tangan orang Melayu. Jangan gunakan akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 untuk rampas tanah penduduk atas nama pembangunan.

Sumber HD : 18/03/2012
Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'
Idris Ahmad, | 23 Mac 2012 |
Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.
Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.
Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.
Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.
Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?
Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).
Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.
Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.
Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.
Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Sumber HD : 23/03/2012

NGO tuntut akta tanah dikaji semula
Hazayani Zakaria, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April: Sekumpulan wakil 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Pertahankan Warisan Kita hari ini ke Parlimen menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat menuntut kampung-kampung tradisi di Wilayah Persekutuan diwartakan sebagai kampung warisan.
Pengerusinya, Ishak Surin berkata, memorandum tersebut turut menuntut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara disemak semula bagi memastikan tiada tanah rakyat yang diambil sewenang-wenangnya menggunakan undang-undang ini.
"Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara memberi kuasa yang luas kepada pentadbir sehingga mereka sanggup bersekongkol dengan syarikat-syarikat pemaju untuk bertindak sewenang-wenang dan merampas tanah rakyat.
"Kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pejabat Tanah dan Galian telah melakukan banyak ketidakadilan kepada penduduk," kata beliau pada sidang media bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, penduduk tidak menolak pembangunan namun mereka mahukan kampung tradisi dikekalkan dan tanah yang diteroka menjadi milik mereka tanpa perlu berpindah.
"Walaupun pampasan dibayar kepada para pemilik tanah oleh pemaju-pemaju tetapi kebanyakannya tidak berpatutan kerana nilainya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
"Sebaliknya pihak pemaju mengaut keuntungan besar apabila projek disempurnakan. Dalam kebanyakan kes, rakyat hanya mampu menangis dengan linangan air mata. Episood yang menyayat hati ini masih berterusan hari ini," katanya sambil merujuk kes penduduk Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi diarah berpindah beberapa minggu lalu kerana kawasan itu akan dikomersilkan.
Sementara itu, wakil Komuniti Kampung Railway, Sentul Jaison Alex mempersoal tindakan kerajaan yang ingin mengambil tanah mereka sedangkan kawasan itu tidak pernah diwartakan sebagai kawasan setinggan.
"Kalau betul kawasan yang kami duduki itu kawasan setinggan, kenapa kerajaan tak cakap dari awal lagi?
"Dulu sebelum pilihan raya mereka datang merayu undi kami, beri kemudahan asas tanpa memberitahu ini kawasan setinggan.
"Tapi sekarang mereka kata kita duduk kawasan setinggan, sangat tidak patut," katanya.
Antara kampung yang bergabung dalam Pertahankan Warisan Kita ialah Komuniti Kampung Baru, Komuniti Kampung Banda Dalam, Komuniti Jalan Sultan dan Ramakrishna Asrama Bukit Beruntung.
Salahudin turut menerima memorandum tersebut bagi pihak Pakatan Rakyat.
Sumber HD : 17/04/2012

Penduduk jumpa Presiden PAS adu masalah tanah
Salmiyah Harun, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April: Masalah tanah yang semakin serius dan tidak pernah selesai dari tahun ke tahun, mendesak tiga kumpulan penduduk menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen.
Tiga kumpulan berkenaan adalah dari Pengerang dan Taman Desa Kempas Johor serta Ladang Gatco Serampang Indah, Negeri Sembilan di mana masing-masing sedaya upaya sedang memperjuangkan tanah mereka daripada dirampas oleh pihak tertentu.
Wakil Pengerang diketuai oleh Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin) Anis Afida Mohd Azli, Ladang Gatco diwakili oleh Abdul Rahman dan wakil dari Taman Desa Kempas diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Projek Terbengkalai Ee Cheng Lai.
Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizat Kaiat, pembeli rumah Taman Desa Kempas kecewa dengan Kerajaan Negeri Johor dan pemaju Syarikat Maju Delima Sdn Bhd yang gagal dalam pembinaan rumah di taman tersebut menyebabkan projek ini terbengkalai selama 12 tahun.
"Projek prumahan tersebut dibangunkan pada tahun 2001 dan sepatutnya siap pada tahun 2004, Malangnya sehingga tahun 2012 rumah kami yang berqada di fasa ke-3, empat dan lima masih gagal disiapkan," katanya bagi pihak pembeli-pembeli terbabit.
Jelasnya fasa-fasa itu meliputi dua jenis rumah iaitu pangsapuri yang berharga RM88,000 hingga RM100,000 dan flat kos rendah yang berharga sekitar RM22,000 manakala rumah pangsapuri hanya siap 80 peratus dan kos rendah hanya siap sekitar 40 peratus sahaja.
Katanya biarpun penduduk banyak kali mengadakan pertemuan dengan pemaju bahkan turut berjumpa dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, namun setakat ini belum nampak sebarang perubahan.
Lebih malang lagi katanya penduduk turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatanya ke Johor pada 9 Mac lalu, masih tidak ada sebarang tindakan daripada beliau.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Ghani memenjelaskan masalah yang membelenggu 400 peneroka Ladang Gatco yang dinafikan hak mereka timbul sejak 35 tahun lalu.
Katanya, peneroka ini gagal mendapat geran hak milik walaupun sudah membayar RM4,000 hingga RM7,000 bagi mendapatkan tapak kediaman, namun syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.
“Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).
“Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut," katanya mewakili peneroka terbabit.
Ekoran itu, tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.
Tegas Taufek, terdapat beberapa kelemahan dalam cara perolehan tanah ini oleh syarikat tersebut dan penerokalah pihak yang lebih layak terhadap harga tanah tersebut.
"Sekiranya peneroka ada cara untuk membuat bayaran terhadap harga tanah tersebut, kenapa dan mengapakahpihak kerajaan neegri tidak boleh membantu peneroka dengan menggunakan 'Land Acquisition Act/1960 ataupun mana-mana perundangan tanah yang boleh membantu rakyat miskin seperti peneroka ini," katanya dalam sidang media bersama-sama Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, Anis Afida mendesak kerajaan memberi pampasan yang setimpal mengikut penilaian harga semasa harga tanah di kawasan Pengerang Kota Tinggi ekoran pengambilan seluas 22,500 ekar tanah bagi menjalankan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau Rapid.
Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 di mana ia merupakan salah satu sektor di bawah program Transformasi Ekonomi Negara, Tujuan projek ini untuk dimajukan sebuah terminal marin air dalam bebas untuk penerimaan, penyimpanan, pengendalian, percampuran dan pengedaran minyak mentah dan produk petroleum bertaraf antarabangsa.
Katanya, perpindahan melibatkan 1000 buah rumah, 927 keluarga dan 3122 orang penduduk yang terdiri daripada 2239 melayu dan 882 orang Cina yang bekerja nelayan, petani, kakitangan kerajaan dan swasta.
"Kita minta kerajaan menyediakan penempatan semula yang kondusif bagi penduduk berkenaan dan yang paling penting pampasan diberi secara telus kepada penduduk terlibat," katanya.

PAS anjur Himpunan Tanah Rakyat
Salmiyah Harun, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April: PAS akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan bertempat di dataran pusat membeli-belah Plaza Angsana Johor Bharu.
Himpunan yang akab bermula jam dua petang itu sebagai menyatakan kebersamaan dalam mempertahankan tanah rakyat yang semakin hari semakin tergadai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman berkata himpunan itu juga dianjurkan sebagai langkah mencari penyelesaian dalam isu tersebut yang gagal ditangani oleh kerajaan Umno BN.
"Kita akan menghimpunkan mereka yang menghadapi masalah dalam hal tanah, seperti projek tergendala, pengambilan tanah oleh kerajaan dan sebagainnya.
"PAS mensasarkan seramai 30,000 akan memenuhi ruang legar Plaza Angsana pada hari tersebut, "katanya di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Mazlan Aliman mengikat kain kuning di lengan kanan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai gimik pelancaran kepada himpunan tersebut sebaik Ahli Parlimen Marang itu menerima tiga memorandum daripada wakil penduduk yang mempunyai masalah tanah.
Kenyataan Media Sdr Mazlan Aliman : http://www.youtube.com/watch?v=YEosd4Lcoac

Himpunan tanah rakyat sasar 30,000 kehadiran
harakahdaily, | 20 Apr 2012 |
JOHOR BHARU: Himpunan Tanah Rakyat yang dijadual berlangsung 5 Mei di depan di Plaza Angsana di sini bertujuan mendesak kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi rakyat.
Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (Tanah), Suhaizan Kaiat berkata, ini kerana kerajaan-kerajaan negeri adalah pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan pula adalah yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965.
"Pihak kerajaan negeri perlu merangkan satu mekanisma dan plan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku," katanya.
Sementara itu, pihak penganjur mensasarkan kehadiran 30 ribu orang yang akan memberikan sokongan khususnya daripada Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
"Pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat seperti Sastrawan Negara Dato A Samad Said, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng akan turut bersama dalam himpunan ini," katanya lagi.
Pemilihan negeri Johor pula tambahnya kerana terdapat terlalu banyak isu berkaitan tanah berada di negeri ini.
Bermula daripada isu pengambilan tanah Gelang Patah untuk tujuan pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura, penguasaan Singapura terhadap Pulau Pisang, Pontian, penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor, pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia sehingga pejualan tanah strategik negeri Johor oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) kepada Dato Lim Kang Hoo.
Selain itu, masalah lain juga termasuk pengusiran peneroka bandar di Kempas tanpa pampasan, penindasan terhadap peneroka Felda Cahaya Baru, tuduhan penipuan Menteri Besar Johor terhadap bekas penduduk SEDC, Tampoi, ancaman pengusiran peneroka bandar di Skudai Kiri serta projek terbengkalai Taman Perumahan Taman Desa Kempas atas tanah kerajaan negeri.
"Isu ini telah melibatkan puluhan ribu rakyat yang telah, sedang dan akan ditindas oleh pihak-pihak tertentu," tegasnya sambil memaklumkan 10 tuntutan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Johor.
Sumber HD : 20/04/2012

Montaj gamatkan konvensyen halatuju Felda
Anis Nazri, | 22 Apr 2012 |
SHAH ALAM: Tayangan Montaj Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Unisel, Shah Alam disorak para peserta apabila wajah Pengerusi Felda yang kontroversi, Tan Sri Isa Samad terpapar di layar.
Ianya yang ditayangkan kira-kira lima minit itu menayangkan wajah Isa selama beberapa saat, di celah-celah jerit-perih para peneroka, selain memuatkan beberapa siri bantahan membabitkan kes-kes di mahkamah.
Montaj tersebut ditayangkan sempena perasmian konvensyen yang disempurnakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir, pagi tadi.
Cakera padat montaj tersebut kemudiannya diedarkan secara percuma kepada para media.
Konvensyen anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) itu menghimpunkan hampir 1000 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada peneroka asal, anak peneroka dan individu yang prihatin dengan perjuangan Felda.
Menurut Pengarah Program, Nasaie Ismail, program ini memberi ruang kepada peserta, khususnya peneroka untuk mengetahui agenda pihak-pihak tertentu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Kuala Lumpur.
Selain Tan Sri Kadir, antara tetamu yang turut serta pada program ini ialah Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh; anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar; dan peguam Haris Abdullah.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dijangka hadir pada sesi petang ini sebagai tanda sokongan kepada perjuangan peneroka Felda.

Sumber HD : 22/04/2012
JOHOR BAHRU: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) menuntut Kerajaan Negeri Johor menghentikan pengurniaan tanah kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Menurut setiausaha Tanah Suhaizan Kaiat, ia kerana GLC itu didakwa telah gagal mengurus jual beli tanah sehingga kerugian mencecah RM50 juta.
"KPRJ telah menjual dua lot tanah dengan pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kelemahan ini telah menyebabkan KPRJ kerugian RM49.79 juta.
"Pengerusi KPRJ yang juga Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman hendaklah menjelaskan kepada rakyat kenapa beliau membenarkan penjualan tanah yang merugikan rakyat khususnya rakyat Negeri Johor," katanya kepada Harakahdaily.
Kerugian dan kelemahan KPRJ itu juga jelas Suhaizan turut direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 muka surat 160 dan 161.
Laporan audit menyatakan :
“Mengikut amalam terbaik, penilaian perlu dibuat terhadap setiap tanah yang dijual bagi mempastikan pulangan hasil yang terbaik. Semak Audit terhadap Master Agreement bertarikh 30 Mei 2007 antara KPRJ dengan Credence Resources Sdn Bhd(CRSB), Danga Bay Holding Sdn Bhd(DHB) dan Danga Bay Sdn Bhd (DBSB) mendapati KPRJ telah menjual sembilan bidang tanah seluas 229.9 hektar pada harga RM 160.09 juta.
Semakan audit mendapati dua daripada sembilan bidang tanah tersebut telah dijual pada harga RM22.38 juta berbanding penilaian Jabatan Perkhidmatan Dan Penilaian Harta (JPPH) yangbernilai RM72.17 juta iaitu perbezaan sejumlah RM49.79 juta atau 222.5%. Harga jualan juga lebih rendah berbanding penilaian firma juruukur sebanyak RM73.81 juta atau 329.8%.“
KPRJ bagaimanapun sebelum ini memberi alasan bahawa pihaknya menggunakan penilaian yang telah dibuat oleh JPPH pada tahun 1999 bagi tanah yang terletak bersebelahan.
Harga pada tahun 1999 bagi tanah bersebelahan ini telah menjadi asas kepada KPRJ untuk menjual 2 lot tanah tersebut.
"Persoalannya kenapa KPRJ tidak mendapatkan penilaian semasa daripada JPPH sebelum jualan dibuat dan hanya mengambil jalan mudah menggunakan penilaian tanah 8 tahun yang lalu?
"Penjualan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran yang menyebabkan kerugian KPRJ hampir RM50 juta merupakan suatu penjualan luar biasa, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh rakyat negeri Johor," tegas Suhaizan.
Gesaan sama ujar Suhaizan akan dimasukkan sebagai salah satu tuntutan dalam Himpunan Tanah Rakyat yang akan diadakan pada 5 Mei 2012 jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Sumber HD : 26/04/2012
Sumber HD - 13-3-2013
ISU TANAH KG BARU, KL- AHMAD ZAMRI AS'AD KHUZAIMI :
https://www.youtube.com/watch?v=iT0eHWNn658
TVP - 3-4-2013
SIDANG MEDIA PENDUDUK KG BARU - TASK FORCE KG BARU:
1. http://www.youtube.com/watch?v=-1CjDSqoKY8&feature=youtu.be
2.http://www.youtube.com/watch?v=XjCWXeVqWjc&feature=youtu.be
Sumber TVP - 17-4-2013
Sumber HD - 18-4-2013
Rugi RM50 juta, henti beri tanah kepada KPRJ
Harakahdaily, | 26 Apr 2012 |

Himpunan Tanah Rakyat di Johor esok
Mazlan Aliman, | 04 Mei 2012 |
Esok, 5 Mei bakal mencipta sejarah. Dijangkakan 30 ribu rakyat, bermula jam 1.45 tenghari; bakal membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional.
Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masa depan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat bakal dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair.
Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya?
Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka.
Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka?
Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor.
Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13!
* Penulis adalah Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat
Sumber HD : 4/05/2012

Penduduk Matau Jengka wajar diberi hak milik
Basiron Abdul Wahab, | 21 Jul 2012 |
BANDAR JENGKA: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penduduk Matau, Jengka layak diberi hak milik kerana mereka telah mendiaminya lebih dari 30 tahun.
Berucap dalam satu majlis penerangan di Matau, dekat sini baru-baru ini beliau berkata, adalah tidak wajar penduduk Matau didera tanpa bekalan air dan elektrik apatah lagi mereka mendiami kawasan bandar.
Malah, satu ketika dulu mereka memberi khidmat kepada penduduk bandar Jengka, di situlah pusat komersil awal selain Rantau Perintis.
Penduduk di situ adalah peneroka awal kawasan berkenaan, lama sebelum Majlis Daerah Marah (MDM) wujud.
Menurut Tuan Ibrahim semasa menjadi Adun Jengka 1999-2004 dahulu, beliau telah menyentuh isu Matau dan ketika itu penduduk Matau tidak ada menerima notis supaya mengosongkannya.
Notis mengosongkan Matau hanya diterima penduduk apabila BN menang pada 2004 dan Matau akan dibangunkan sebagai pusat komersil oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Mentiga Corporation yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno.
Menurut beliau, Jengka adalah bandar unik kerana dikuasai peniaga Melayu dan peniaga Melayu di sini belum mampu bersaing dengan para peniaga lain.
Sumber HD : 21/07/2012
(Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu)
KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.
Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.
(Di depan Cherating Holiday Villa inilah tanah rezab pantai bertukar tangan)
"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu.
"Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu kepada Harakahdaily.
Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah lot 5233, 7058 dan 7059.
"Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," kata sumber itu kepada Harakahdaily.
Menurut maklumat yang beliau dapat, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak-pihak tertentu dalam parti kerajaan.
Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku.
Sumber HD : 27/07/2012
(Kain rentang ini dipsang sejak sekian lama. Apabila lusuh, mereka akan gantikan dengan yang baru)
KUALA LUMPUR: Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.
Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.
Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.
Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.
Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut.
Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
(Bukan satu buah rumah yang memasangnya tetapi banyak buah rumah)
Sejak dari itu, penduduk yang membantah akta yang disifatkan membelakangkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mula menggantung kain rentang bagi menzahirkan bantahan mereka.
Jika melalui Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dapat dilihat kain rentang bantahan masih lagi tergantung di di rumah-rumah mereka.
Malah, kain rentang yang sudah koyak dan luntur warna tulisannya ditukar dengan kain rentang yang baru. Untuk menurunkannya, tidak sama sekali.
Seorang pewaris tanah Kampung Baru, Yusuf Sukarman, 48, berkata, kain rentang di kediamannya tidak akan sesekali diturunkan selagi akta tersebut tidak ditarik balik.
Beliau yang merupakan antara orang paling awal menggantung kain rentang di hadapan rumah nekad meneruskan tindakan tersebut sehingga kerajaan melupakan hasrat untuk merampas tanah mereka untuk pembangunan.
Katanya, dengan berbuat demikian, orang yang lalu lalang dapat membaca apa yang dibantah mereka.
"Sampai bila-bila kain rentang itu akan kekal di rumah kami. Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang dan hapuskan akta yang ada sekarang, semua dah selesai, barulah kita turunkan kain rentang itu. Selagi tak selesai, selagi itulah kami tak akan turunkan," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.
Ditanya sama ada tindakan tersebut ditegur pihak yang pro akta Kampung Baru atau tidak, Yusuf berkata, memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kain rentang yang mengutuk akta tersebut.
"Memang ada penduduk yang pro kerajaan tegur saya dan kata, 'cantik kain rentang' tapi saya balas balik, 'memanglah cantik dan saya boleh buat lagi cantik dan besar daripada ini'.
"Bila saya cakap macam itu, mereka diamlah dan tak berani tegur lagi sebab mereka tahu saya memang penduduk jati Kampung Baru.
"Tapi kalau mereka tengok orang yang naikkan kain rentang itu jenis yang tak bercampur dengan masyarakat tapi tiba-tiba bantah akta Kampung Baru, mereka lagi beranilah suruh turunkan," katanya yang merupakan ahli jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), badan yang giat menghalang usaha kerajaan mengambil tanah penduduk.
Yusuf juga berkata, rata-rata penduduk kampung Baru tidak bersetuju dengan akta tersebut termasuk orang Umno sendiri.
"Saya banyak juga berjumpa dengan penyokong Umno dan mereka pun tak setuju cara kerajaan nak ambil tanah Kampung baru cuma mereka tak berani nak tunjuk bantahan, masih takut-takut," katanya.
Sambil menafikan beliau menolak pembangunan, Yusuf berkata, tidak ada orang yang tidak mahukan pembangunan namun pembangunan yang akan dilakukan tidak harus mengenepikan nasib kaum Melayu.
"Kami bukan tak mahukan pembangunan tapi biarlah pembangunan yang mengekalkan ciri asal Kampung Melayu, tidak menyusahkan penduduk dan dilakukan secara telus," katanya.
Sumber HD : 3/09/2012

Tanah Rezab Melayu di Cherating bertukar tangan
Harakahdaily, | 27 Jul 2012 |

Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami'
Hazayani Zakaria, | 03 Sep 2012 |

Umno Titiwangsa dicabar debat isu tanah Kg. Baru
Harakahdaily, | 08 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi mencabar Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani untuk berdebat tentang isu 'Umno gadai tanah Kg. Baru'.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) melontarkan cabaran debat itu di dalam satu ceramah di perkarangan pejabat PKWR Titiwangsa di sini Kelmarin.
"Saya cabar Umno Titiwangsa untuk berdebat, kamu bentangkan fakta kamu dan kita akan kemukakan segala fakta bahawa Umno sedang menggadaikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur untuk kaut keuntungan kepada kroni," jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Pemuda PAS Malaysia.
Menurut beliau, Umno sengaja membodohkan orang Melayu di Kampung Baru dengan memutar belitkan fakta sebenar.
Menurutnya lagi, Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2012 (APPKB) telah diluluskan secara tergesa-gesa, dibahas hanya dalam masa 4 jam sebelum diluluskan di Parlimen.
Zamri mengulangi pendirian bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan satu-satunya tanah orang Melayu di tengah kota Kuala Lumpur ini akan dipelihara sepenuhnya hak pemilik dan pewaris yang asal. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan penduduk Melayu di Kampung Baru agar tidak termakan penipuan Umno dalam usaha merampas tanah warisan mereka.
"Kita tidak mahu tanah milik orang Melayu di Kampung Baru menerima nasib sama seperti tanah Kg. Abdullah Hukum dan Kg. Kerinchi.
"Orang Melayu merempat di tanah sendiri, kononnya mahu dibuat pembangunan. Walhal ia adalah gedung-gedung mewah untuk golongan kaya," ujar beliau.
Terdahulu, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, APPKB 2012 akan dibatalkan dan tanah warisan itu akan dikembalikan kepada penduduk, pemilik dan pewaris yang asal.
Turut sama dalam program ceramah itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Cabang Titiwangsa, Zahir Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Abdul Hadi.

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-1-2013
Himpunan Tanah Rakyat di Skudai, 17 Mac
Hazayani Zakaria, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat di Skudai, Johor pada 17 Mac ini bagi membincangkan isu tanah yang berkait dengan perundangan yang sedia ada termasuk isu kampung tradisi yang akan diambil kerajaan.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, himpunan tanah itu bukan sahaja akan membincangkan masalah tanah di Johor tetapi juga di negeri-negeri lain termasuk berkaitan tanah rancangan Felda dan Felcra.
Himpunan yang akan disertai beberapa pakar itu akan berakhir dengan resolusi yang akan diserahkan kepada Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.
"Himpunan tanah ini bukan sahaja akan bertumpu kepada masalah pengambilan tanha di Pengerang untuk projek Rapid tapi masalah tanah di negeri-negeri lain juga.
"Kita akan bentang apa langkah penambahbaikan terhadap akta kanun tanah negara, kedudukan tanah rezab Melayu dan juga enakmen tanah negeri yang sebahagiannya perlu dikaji semula," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Himpunan tanah itu akan turut disertai Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof.
Lawatan kerja Presiden
Sementara itu, Mazlan turut mengalu-alukan kehadiran Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam lawatan kerja dua hari ke negeri itu bermula 16 hingga 17 Mac bersama Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
Lawatan kerja itu katanya disifatkan sebagai satu penghormatan kepada Johor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Presiden aturkan lawatan kerja khusus untuk meninjau persiapan PAS Johor yang mensasarkan 15 Dun bertanding," katanya yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Program besar yang akan dihadiri Presiden ialah lawatan ke Pengerang dan akan menyampaikan amanat kepada 1,000 penduduk kampung yang akan dipindahkan kerajaan akibat projek Rapid.
Program-program lain pada 16 Mac ialah jamuan rakyat di Taman Tropika, Kulai Jaya, majlis makan malam NGO Pengerang di Dewan Poh Ann Kong, Sungai Rengit dan ceramah di Batu 18 kampung Sungai Tiram.
Pada 17 Mac pula, selain Himpunan Tanah Rakyat akan berlangsung juga sambutan lima tahun dun maharani dan Sungai Abong di Markas PAS batu 3, Bakri dan ceramah pada sebelah malam di Kampung Seri Jaya, Tangkak.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
ISU TANAH KG BARU, KL- AHMAD ZAMRI AS'AD KHUZAIMI :
https://www.youtube.com/watch?v=iT0eHWNn658
TVP - 3-4-2013
SIDANG MEDIA PENDUDUK KG BARU - TASK FORCE KG BARU:
1. http://www.youtube.com/watch?v=-1CjDSqoKY8&feature=youtu.be
2.http://www.youtube.com/watch?v=XjCWXeVqWjc&feature=youtu.be
Sumber TVP - 17-4-2013
Calon PAS setuju dialog hala tuju Kampung Baru
Hazayani Zakaria, | 18 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi bersedia untuk berdialog dengan calon BN, Datuk Johari Abdul Ghani berkaitan hala tuju Kampung Baru.
Beliau menyambut baik tindakan kumpulan Task Force Kampung Baru untuk menganjurkan dialog dan perbincangan terbuka antara penduduk Kampung Baru dengan calon kedua-dua parti.
"Saya menyahut cabaran Task Force Kampung Baru yang mahu melihat saya dan Datuk Johari duduk sepentas membincangkann isu tanah Kampung Baru," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Pengerusi Task Force Kampung Baru, Yusof Yahya berkata, Himpunan Penduduk Kampung Baru itu akan diadakan di kawasan parkir Surau Khatib Koyan, Kampung Baru pada 28 April ini.
Zamri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan turut berharap Johari akan memenuhi undangan tersebut agar penduduk dapat mendengar sendiri jaminan yang diberikan kedua-dua pihak.
"Saya harap lawan saya Datuk Johari sanggup menerima cabaran ini untuk kami berdialog selepas mendengar luahan dan persoalan penduduk yang merupakan pemilik dan pewaris Kampung Baru," katanya.
Tambah beliau juga, sebelum ini beliau sendiri pernah mengajak Johari berdialog mengenai isu tanah Kampung Baru namun tidak diterima.
"Dalam ceramah saya sebelum ini, sudah tiga kali saya mengajak Datuk Johari berdialog atau berdebat isu Kapung Baru tapi tidak pernah dipersetujui," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat.
Task force Kampung Baru ditubuhkan pada Februari lepas bertujuan membela nasib pemilik dan pewaris Kampung Baru.
Ahli task force ini terdiri daripada anak-anak jati Kampung Baru dan ditubuhkan dengan sentimen semangat mahu memastikan setiap pemilik dan pewaris KampungBaru diberikan hak sebagai pemilik tanah asal.
Pada 2011, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Bharu 2011 (RUU PPKB) diluluskan oleh Dewan Negara walaupun mendapat tentangan daripada pewarisa dan pemilik tanah tersebut.
Beliau menyambut baik tindakan kumpulan Task Force Kampung Baru untuk menganjurkan dialog dan perbincangan terbuka antara penduduk Kampung Baru dengan calon kedua-dua parti.
"Saya menyahut cabaran Task Force Kampung Baru yang mahu melihat saya dan Datuk Johari duduk sepentas membincangkann isu tanah Kampung Baru," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Pengerusi Task Force Kampung Baru, Yusof Yahya berkata, Himpunan Penduduk Kampung Baru itu akan diadakan di kawasan parkir Surau Khatib Koyan, Kampung Baru pada 28 April ini.
Zamri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan turut berharap Johari akan memenuhi undangan tersebut agar penduduk dapat mendengar sendiri jaminan yang diberikan kedua-dua pihak.
"Saya harap lawan saya Datuk Johari sanggup menerima cabaran ini untuk kami berdialog selepas mendengar luahan dan persoalan penduduk yang merupakan pemilik dan pewaris Kampung Baru," katanya.
Tambah beliau juga, sebelum ini beliau sendiri pernah mengajak Johari berdialog mengenai isu tanah Kampung Baru namun tidak diterima.
"Dalam ceramah saya sebelum ini, sudah tiga kali saya mengajak Datuk Johari berdialog atau berdebat isu Kapung Baru tapi tidak pernah dipersetujui," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat.
Task force Kampung Baru ditubuhkan pada Februari lepas bertujuan membela nasib pemilik dan pewaris Kampung Baru.
Ahli task force ini terdiri daripada anak-anak jati Kampung Baru dan ditubuhkan dengan sentimen semangat mahu memastikan setiap pemilik dan pewaris KampungBaru diberikan hak sebagai pemilik tanah asal.
Pada 2011, Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Bharu 2011 (RUU PPKB) diluluskan oleh Dewan Negara walaupun mendapat tentangan daripada pewarisa dan pemilik tanah tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-4-2013
No comments:
Post a Comment