Agong ke-14: Tahniah Sultan Abdul Halim |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam. “Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam hayat baginda. “Patik juga berharap tuanku akan membawa lonjakan baru kepada Malaysia dalam semua bidang seperti lonjakan yang tuanku bawa kepada Negeri Kedah. “Daulat Tuanku,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini. Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975. Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5988-agong-ke-14-tahniah-sultan-abdul-halim-
Penghormatan bersejarah buat Sultan Abdul Halim |
Harakahdaily |
ALOR SETAR, 12 Dis: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang akan melaksanakan amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula adalah sebagai satu penghormatan bersejarah kepada baginda. “Sesungguhnya, penghormatan bersejarah bagi kali kedua kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini, adalah satu kebanggaan bagi patik-patik sekalian dan patik berdoa agar Ke Bawah Duli Tuanku berdua, sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Perlantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi. Sehubungan itu, beliau yang mewakili semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikann Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu. Bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang tercinta itu terus kekal dan terpelihara, beliau mewakili kerajaan negeri, kakitangan awam dan rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri terus terjamin. “Agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong, hubungan baik kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini,” ujarnya. Pastinya, kata beliau pesanan serta pandangan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri. Beliau dan seluruh hamba turut berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mempermudahkan segala urusan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Yang di-Pertuan Agong serta mendapat hidayah-Nya. Pada istiadat tersebut, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan. Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7012-penghormatan-bersejarah-buat-sultan-abdul-halim
YDP Agung baru akan rapatkan Kedah dan Pusat |
Harakahdaily |
ALOR SETAR, 13 Dis: Kerajaan negeri Kedah yakin, hubungan antara kerajaan negeri Kedah dengan Pusat selepas ini akan bertambah baik ekoran perlantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong. Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dalam sidang medianya semalam bagi mengucapkan tahniah kepada Tuanku Abdul Halim. Ini adalah perlantikan yang kedua kalinya buat Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agung. Bagi Azizan, pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Kedah. Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan. "Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini semalam. Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri itu. Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga. "Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri," katanya. Timbalan Agung Sementara itu, rakyat Kelantan menyambut baik perlantikan Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agung. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri itu. Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai "kita", telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai "kita". Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju "gumbang", berkopiah putih ketika melawat rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7025-ydp-agung-baru-akan-rapatkan-kedah-dan-pusat
Pakatan sokong titah bebaskan badan kehakiman
Muhammad Faizal, | 12 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pakatan Rakyat melihat titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengenai kebebasan badan kehakiman negara adalah satu yang tepat dalam usaha mengembalikan teras terpenting dalam sistem demokrasi negara.
Jelas, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, soal institut kehakiman ini merupakan satu yang sangat penting dan perlu dilihat kembali.
"Saya mengakui kebebasan badan kehakiman negara ini merupakan suatu yang penting dan perlu dilihat kembali, terutamanya mengembalikan Peruntukan 121 yang telah dipinda sebelum ini.
"Seperti apa yang didakwa oleh bekas Ketua Hakin Negara, Tun Mohd Dzaidin Abdullah bahawa sistem kehakiman merosot dan menjadikan hakim-hakim takut kepada orang politik, malah terpaksa akur kehendak politik apabila pindaan dilakukan pada Peruntukan 121," jelasnya.
Tambahnya, dalam usaha menyambut baik saranan Yang Di-Pertuan Agong itu, peruntukan 121 perlu dikembalikan semula seperti mana yang asal bagi memberi kebebasan kepada sistem kehakiman negara.
Sebelum ini, bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaidin Abdulah telah memberitahu mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya lagi, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman dan akibat pindaan kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menyifatkan dengan kebebasan badan kehakiman ini juga ia dapat memberi jaminan kepada pelaburan bagi negara.
Menurutnya, bila sebuah sistem kehakiman negara berada pada tahap yang telus tanpa campur tangan pihak lain, pelabur akan lebih yakin untuk memulakan pelaburan di negara ini.
"Pastinya ia akan memberi kesan sampingan kepada peluang-peluang perniagaan serta proses demokrasi dalam negara," katanya.

Sumber HD : 12/03/2012
KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada 11 April, esok.
Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
“Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan penuh DPPM.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada hari Rabu, 11 April 2012.
DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini.
DPPM juga menyanjung tinggi konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, menjadi harapan seluruh umat Islam agar DYMM Tuanku terus memayungi umat Islam dan memartabatkan agama Islam di negara ini.
DPPM berharap dengan pertabalan Tuanku ini juga akan merancakkan lagi terhadap pemerkasaan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat dan hukum-hukum Islam yang semakin subur dalam pemahaman rakyat jelata.
DPPM yakin hanya Islam lah penyelamat dan faktor penyatuan ummat dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Sejarah telah membuktikan sejak zaman kesultanan Melaka dahulu, Islam menjadi agama yang dihormati dan diterima apabila Sultan dan Rajanya menjadi penauang dan pelaksana baginya.
Akhirnya, DPPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.
Sumber HD : 10/04/2011
Pemuda PAS ucap tahniah kepada Agong
Harakahdaily, | 10 Apr 2012 |

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku
Harakahdaily, | 11 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 April: PAS menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah atas pertabalan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara hari ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS turut merasa bangga dengan perlantikan tuanku buat kali kedua dan ianya menjadi sejarah besar buat seluruh rakyat negara ini.
"Bagi pihak PAS, kita merakamkan tahniah atas pertabalan tuanku sebagai Yang DiPertuan Agung buat kali kedua.
"Kita juga tidak mahu kedaulatan negara ini digadai oleh sesetengah pihak dengan memberi kerakyatan kepada warga asing.
"Kita mengharapkan tuanku dapat memayungi rakyat dan memacu perubahan dalam segala aspek termasuk politik ekonomi dan sosial negara," katanya kepada Harakahdaily.
Istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim berlangsung buat julung kalinya di Istana Negara baru, Jalan Duta.
Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana.
Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima “Hormat Diraja” daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu “Negaraku.”
Serentak dengan lagu “Negaraku” dimainkan, bendera peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan, Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan.
Sumber HD : 11/04/2012

No comments:
Post a Comment