Jawatan PM: Najib hipokrit untuk takutkan Melayu
Aziz Muda, | 23 Feb 2012 |
KUALA
LUMPUR, 23 Feb: Rakyat negara ini, terutama orang Melayu, tidak perlu
risau mengenai kedudukan perdana menteri kerana walau apa pun yang terjadi
jawatan perdana menteri tetap akan disandang oleh orang Melayu di tanah air
kita.
Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia tidak dinyatakan jawatan perdana menteri mestilah disandang oleh orang Melayu, tetapi perlaksanaan dalam negara tetap menjanjikan Perdana Menteri Malaysia tidak akan beralih kepada bangsa lain.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin Umno yang mengatakan jawatan perdana menteri akan disandang oleh bangsa lain sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, ternyata tidak berasas.
Menurutnya, dakwaan tersebut sebaliknya ternyata hanya memperlihatkan sikap hipokrit para pemimpin Umno BN untuk menakutkan rakyat terutama di kalangan orang Melayu.
Katanya, dakwaan mereka itu sebenarnya merupakan politik hipokrit untuk menakutkan satu-satu kaum bagi kepentingan politik mereka, tetapi ia tetap tidak akan merugikan Pakatan Rakyat, sebaliknya akan memberikan kesan buruk kepada Umno dan BN sendiri.
"Malah rakyat negara ini sendiri pun sudah tahu, bagaimana jawatan perdana menteri akan dipegang oleh bangsa lain khususnya kaum Cina sekiranya Pakatan Rakyat menang, sedangkan DAP sendiri tidak berminat untuk menjadi perdana menteri.
"Perkara itu telah ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis Pakatan Rakyat sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
Perdana Menteri dalam kenyataannya seperti yang disiarkan media tempatan baru-baru meminta orang-orang Melayu agar tidak menyokong PAS kerana jika diberikan undi kepada PAS bermakna akan memberikan kuasa kepada DAP, sehingga boleh menyebabkan jawatan perdana menteri akan beralih kepada kaum lain khususnya Cina.
Kenyataan itu dikeluarkan setelah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek meminta kaum Cina agar tidak mengundi DAP pada PRU Ke-13 akan datang kerana jika mengundi DAP bermakna akan memberikan kuasa kepada PAS yang akan mendominam Pakatan Rakyat.
Perkara itu dibangkitkan oleh Soi Lek menerusi program debatnya bersama Lim Guan Eng yang berlangsung selama dua jam dan turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Awani baru-baru ini.
Dakwaan tersebut semakin diapi-apikan lagi oleh mereka dengan bermodalkan kata-kata Guan Eng dalam debatnya itu yang mengatakan bangsa lain juga boleh menjadi perdana menteri di negara ini.
Menurut Mahfuz, pada hal kata-kata Lim Guan Eng itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia memang dirujuk kepada Perlembagaan Malaysia sendiri.
"Dalam Perlembagaan Malaysia memang tidak dinyatakan jawatan perdana menteri mesti disandang oleh orang Melayu. Perkara itu pun pernah disebut oleh pemimpin Umno sendiri khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri dulu.
"Kenyataan Tun Dr Mahathir itu telah disiarkan menerusi media yang dikuasai Umno sendiri pada 23 September 2010, tetapi ia tak pun disanggah oleh pemimpin-pemimpin Umno lain dan tak pun dijadikan isu," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Bagaimanapun, apabila perkara itu disebut oleh Lim Guan Eng, katanya, ia telah dijadikan modal penting oleh Umno untuk menakutkan orang Melayu, walaupun mereka sendiri sudah tahu realiti sebenar mengenai perkara itu.
"Itulah sikap para pemimpin Umno. Mereka ternyata begitu hipokrit sehingga sanggup bertindak untuk menakutkan rakyat dan mengenepikan fakta yang sebenar.
"Ia ternyata berbeza dengan sikap para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang sememangnya sentiasa berkata benar berdasarkan fakta untuk memberikan maklumat yang benar kepada rakyat.
"Selebihnya, terpulanglah kepada rakyat sendiri untuk menilainya. Tetapi fakta tetap fakta. Berdasarkan fakta juga, walau apa pun terjadi, perdana menteri tetap orang Melayu," katanya.
Ketetapan tersebut, tegasnya, bukan hanya telah pun disepakati oleh para pemimpin Umno dan parti-parti komponen dalam BN, tetapi juga turut disepakati oleh para pemimpin PAS dan para pemimpin parti-parti yang terdapat dalam Pakatan Rakyat.
"Rakyat tidak perlu takut mengenai perkara itu dan tidak sepatutnya terpengaruh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN itu.
"Sebaliknya, kita minta Umno dan BN hentikanlah politik hipokrit seperti itu kerana politik hipokrit perkauman sudah tiada tempat lagi dalam politik Malaysia sekarang," ujar beliau.
Sumber HD : 23/02/2012

Sabah sebenarnya paling miskin - Husam
Rizal Tahir, | 23 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 23 Feb: Pakatan Rakyat akan menumpu
strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan
bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah.
Beliau berkata demikikan kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
“Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya, tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,”ujarnya.
Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan.
“Saya sebenarnya sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini.
“Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini.
Menurut Husam kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik.
Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini.
“Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,”ujarnya.
Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi wakilrakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
“Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu.
“Malah baru ni pun Perdana Menteri sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri dan kini Perdana Pernteri, tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,”ujarnya.
Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia.

Andai saya jeneral perang PAS
Harakahdaily, | 15 Mac 2012 |
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.
Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Hj Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com
Minggu ini, mereka berempat berbicara dengan soalan berikut:
Andai anda seorang Jeneral Perang PAS untuk PRU-13, apakah yang anda lakukan untuk menyiap-rapikan persediaan pasukan menghadapi perang. Apakah nilai yang terpenting untuk seorang jeneral?
Mohamad Sabu
Sebagai jeneral perang PRU13, saya akan pastikan di sudut jiwa, persediaan berada pada keyakinan paling tinggi dan juga segala peralatan yang secukupnya dapat dibekalkan.
Saya juga akan pastikan strategi dan taktik yang tepat digunakan untuk hadapi lawan. Selain itu, saya akan pastikan sumber kewangan yang cukup sebagai enjin penggerak, bukan punca membawa permasalahan dan meniup semangat nilai jihad yang tinggi di kalangan petugas.
Nilai terpenting seorang jeneral ialah beliau mesti yakin terhadap diri sendiri dan yakin dengan dasar dan matlamat perjuangan parti atau kumpulannya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Pilihanraya adalah peperangan di era kita. Ketentuan kemenangan dalam medan perang ialah kemenangan mengalahkan musuh, sedang kemenangan PRU diukur sejauh mana rakyat (pengundi) menyokong parti yang kita sertai.
Sebagai jeneral perang kita perlu melakukan serangan maklumat bagi membina dan mengubah rakyat untuk menyokong parti yang kita dokong.
Sebagai jeneral, penyusunan jentera perang mesti bersifat menyerang musuh, strategi bertahan atau sekadar menjawab serangan musuh tidak akan mencapai kejayaan yang dihasratkan.
Pada zaman dulu, strategi yang baik dan tepat tidak akan dimanfaatkan sekiranya jeneral tidak dapat memastikan sumber makanan dan bekalan senjata yang mencukupi untuk menghadapi tempoh peperangan.
Pada zaman ini, peperangan di PRU13 memerlukan dana. Seseorang jeneral harus berikhtiar mencari dana secukupnya senantiasa untuk memastikan kelicinan fungsi mesin perangnya.
Jeneral perlu juga memastikan seluruh sayap parti mesti memberi fokus kepada sasaran utama, bergerak dengan selari dalam satu arah. Dalam mencapai kemenangan asas utama ialah meletakkan sasaran yang perlu dicapai dengan kemampuan yang ada, dan memanfaatkan kelemahan musuh.
Segala kelemahan unit yang ada perlu dikenalpasti dan diperkemaskan segera oleh jeneral agar tidak ditembusi oleh musuh.
Seseorang jeneral tidak harus buntu bilamana menghadapi sebarang kekurangan. Segalanya – cuaca, masa, tempat, media lawan, lawan kita – boleh dimanfaatkan sebagai senjata perang menggunakan kebijaksanaan.
Nasrudin Hassan
Dalam konteks negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya, maka istilah "perang" boleh saya takwilkan sebagai pertarungan atau persaingan mendepani lawan politik untuk memenangi pilihanraya.
Tentu sahaja apabila kita bertarung atau ber"perang" maka kita mendambakan kemenangan. Bertolak dari premis inilah kita mesti terlebih dahulu mempersiapkan pasukan kita dengan pra syarat kemenangan dalam 2 kategori kekuatan dan persediaan.
Kategori pertama ialah kekuatan dan persediaan dalaman.
a] Justeru kemenangan adalah keputusan dan anugerah mutlak daripada Allah swt. , selayaknya bagi setiap anggota pasukan bermula dari saf kepimpinannya hinggalah kepada ahli biasa membina hubungan baik dan erat dengan Allah swt Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijak. [ Taqarrub Ilallah ]
b] Motivasi untuk memiliki jiwa yang optimis dan minda yang positif terhadap pahit getir perjuangan serta cabaran dan rintangan yang bakal ditempuh agar tidak putus asa, kecewa, resah dan gelisah.
c] Pemantapan Ilmu dan penguasaan manhaj perjuangan. Memahami dan menghayati matlamat, objektif dan hala tuju perjuangan yang didokong. Juga berupaya memiliki maklumat mengenai strategi dan gerak operasi pihak lawan.
Kategori kedua ialah kekuatan dan persediaan luaran.
a] Keupayaan fizikal [ jumlah tenaga siap bertugas ] dan material [ jumlah dana terkumpul ] yang munasabah berbanding saiz medan pertarungan dan persaingan yang bakal ditempuh.
b] Penyatuan saf perjuangan berteraskan semangat ukhuwwah fillah dan Pengukuhan organisasinya yang menepati standard piawaian sebuah pengurusan, pentadbiran dan disiplin atau akhlak berjamaah yang baik.
c] Memiliki jaringan kerja rasmi atau tidak dalam lapangan yang berbagai dengan semua pihak dan hubungan baik dengan pelbagai saluran untuk menerima maklumat dan menghantarnya pula kepada pihak yang memerlukan iaitu ahli dan pengundi atau masyarakat awam.
d] Merakyatkan pasukan [parti] , kepimpinan, ahli dan aktivitinya agar perjuangan ini rasa dimiliki oleh semua.
e] Membina minda negarawan pada anggota parti [pemimpin dan ahli ] lantas keluar dari kepompong fikir sebagai pembangkang. Sebaliknya persiapkan mental , fizikal dan spiritual sebagai kerajaan menanti [government in waiting]
Sementara nilai terpenting bagi seorang general yang mengepalai pasukan atau parti ini ialah Kepimpinan Yang Terarah iaitu kepimpinan yang bukan sahaja mampu mencipta gelombang perubahan tetapi berkeupayaan memimpin dan mengarah perubahan tersebut agar menepati matlamat, objektif dan road map perjuangan.
Nik Zawawi Salleh
Sebagai jeneral, saya akan fokus kepada persiapan terpenting iaitu jentera kempen yang hebat dan berwibawa untuk menarik simpati pengundi.
Pada masa yang sama, saya akan memastikan pasukan saya mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membiayai perang PRU13.
Saya juga akan mengeluarkan pelan taktik menyerang terakhir yang bijak dan memastikan maklumat rahsia terakhir digunakan secara bijak secara tepat dari segi masanya untuk menumbangkan musuh.
Nilai terpenting yang perlu ada pada seseorang general pada PRU- 13 ialah kebijaksanaannya untuk menarik musuh dan bukan semata-matanya menyerang musuh.
Sumber HD : 15/03/2012

Panah Pahang: Internet jadi media penentu
Harakahdaily, | 22 Mac 2012 |
Fokus Panah-UBAH Pahang yang panelnya terdiri daripada pimpinan tertinggi PAS Pahang akan berbicara setiap dua minggu sekali khusus mengenai suasana dan isu-isu semasa politik negeri Pahang Darul Makmur.
Ahli-ahli panel terdiri daripada:
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan PJ Pahang 1, Ustaz Yusof Embong
Timbalan PJ Pahang 2, Ustaz Hamzah Jaafar
Timbalan PJ Pahang 3, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan kepada ahli-ahli panel kita, sila emailkan kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com
Minggu ini mereka berbicara mengenai topik berikut:
Adakah rakyat Pahang sudah bersedia berubah pada pandangan anda? Beza mood perubahan di kawasan berinternet dengan tidak berinternet dan cara nak tingkatkan mood perubahan rakyat Pahang.
Ustaz Tuan Ibrahim:
Secara umumnya rakyat Pahang dilihat tidak ghairah untuk membuat perubahan, khususnya di kawasan luar bandar dan di kalangan golongan tua. Mereka dilihat masih kekal dengan sokongan kepada UMNO-BN, tetapi keadaan ini agak berbeza di kalangan masyarakat bandar dan pinggir bandar dan di kalangan generasi muda di kawasan Felda dan luar bandar.
Keghairahan untuk berubah dari tinjauan umum adalah daripada kalangan golongan bermaklumat, khususnya orang bukan Melayu dan mereka yang ada membaca dan menganalisa berita daripada sumber alternatif dan yang bersifat intelektual.
Rakyat Pahang umumnya berhadapan dengan isu utama iaitu isu Lynas di kalangan masyarakat intelek dan isu penyenaraian Felda bagi kawasan Felda. Kedua-dua isu ini besar tapi agak teknikal jika dibandingkan dengan isu lembu National Feedlot Corporation.
Namun, secara keseluruhannya pandangan agak berbeza ini dipengaruhi oleh media baru atau media alternatif. Persoalan utama ialah fokus perubahan kepada pengundi sasaran iaitu generasi 40an ke bawah yang membentuk 52 peratus pengundi Malaysia.
Seandainya mood perubahan di kalangan generasi muda dapat ditingkat 7-10 peratus dari pencapaian PRU yang lalu, maka InsyaAllah perubahan akan turut berlaku di Pahang dalam PRU akan datang.
Ustaz Yusof Embong:
Saya yakin pasti akan berlaku perubahan di Pahang terutamanya di kawasan Felda. Isu-isu hangat yang menjejaskan nasib dan masa depan peneroka seperti isu penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), tuntutan harga perah sawit yang kini ada kes di mahkamah dan kawasan tanah yang diberi kurang daripada 10 ekar seperti yang berlaku di Panching Selatan.
Masyarakat di pinggir bandar dan bandar mempunyai mood perubahan yang tinggi kerana mereka terdedah kepada konsep good governance yang dicanangkan PAS dan PR. Golongan ini mempunyai akses internet dan boleh membuat perbandingan sendiri antara pentadbiran BN and PR di negeri yang dikuasai masing-masing.
Disebabkan itu, masyarakat di bandar, pinggir bandar terutamanya Kuantan dilihat lebih memihak kepada PR.
Bagi kawasan yang tidak mempunyai internet, PAS perlu tingkatkan usaha untuk menyebarkan maklumat melalui risalah dan ceramah kepada golongan ini kerana mereka hanya bergantung kepada suratkhabar dan TV yang dikuasai media perdana sebagai sumber maklumat.
Ustaz Hamzah Jaafar:
Rakyat Pahang sememangnya mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk berubah. Keinginan untuk berubah ini pada pandangan saya lebih didorong oleh beberapa faktor :
1. Perasaan meluat dengan korupsi pemimpin UMNO yang didedahkan sendiri oleh agensi kerajaan seperti laporan audit dan diperjelaskan lagi tahap seriusnya korupsi itu oleh pihak pembangkang.
2. Selain daripada itu, penyelewengan dan korupsi pemimpin dan juak-juak UMNO di peringkat bawahan juga turut dapat disaksikan sendiri oleh rakyat di kampung-kampung.
3. Sikap ingin membuat perubahan juga didorong oleh tawaran PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya tawaran menurunkan harga minyak dan menyediakan tapak rumah serta penempatan generasi kedua dan ketiga felda.
Manakala pengaruh internet atau sebaliknya memberi kesan yang berbeza. Di tempat yang ada kemudahan internet sudah tentu mereka mendapat maklumat yang cepat dan tepat. Justeru itu, sokongan mereka yang tinggal di tempat yang ada kemudahan internet kepada PAS / PR lebih tinggi jika dibandingkan dengan tempat yang tidak terdedah dengan kemudahan internet.
Pun begitu, anak-anak muda yang bermaklumat turut mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memberi saham dalam melakukan perubahan politik khususnya dalam PRU ke 13 nanti dengan mempengaruhi keluarga mereka yang berada di luar bandar.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi:
Perubahan adalah suatu yang positif. Justeru itu tiada siapa yang enggan melakukan perubahan jika perubahan itu adalah ke arah kebaikan atau ke arah yang lebih baik. Namun gerakan perubahan asasnya bermula dari sebuah kesedaran dan keinsafan.
Perubahan mesti digerakkan kemudian dipimpin ke arah yang betul. Malah perubahan menjadi suatu tuntutan mendesak tatkala berdepan dengan kemungkaran, penindasan dan kezaliman.
Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan saya bahagikan kepada tiga kategori kawasan. Pertama ialah kawasan bandar, kedua kawasan kampung tradisi dan ketiga ialah kawasan tanah rancangan Felda. Sebahagian besarnya adalah kawasan tanah rancangan Felda.
Keupayaan dan kesedian rakyat Pahang untuk berubah banyak bergantung kepada maklumat yang berkesan dan berkemampuan untuk membangkitkan kesedaran politik dan keinsafan terhadap masa depan rakyat yang kabur diurus oleh sebuah kerajaan yang korup, tiris dan boros.
Pakatan Rakyat sering dibatasi dari segenap arah. Tidak mudah untuk maklumat disampaikan kepada rakyat. Banner di conteng, poster dikoyak, ceramah diganggu, aktivis dipukul dan 1001 lagi halangan dan sekatan. Maklumat Pakatan Rakyat banyak bergantung kepada akhbar yang menjadi lidah rasmi parti seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket.
Memanfaatkan teknologi terkini, Pakatan Rakyat menguasai alam cyber untuk menjadikannya medan saluran maklumat alternatif kepada rakyat. Namun pastinya ia terhad kepada rakyat yang memiliki keupayaan akses internet.
Justeru itu, saya sangat yakin bahawa individu dan masyarakat atau rakyat keseluruhannya yang memiliki upaya untuk akses internet mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dan bersedia untuk melakukan perubahan. Lantaran mereka mempunyai maklumat kedua atau ketiga berbanding hanya bergantung kepada media arus perdana yang menyalurkan maklumat sebelah pihak.
Mewujudkan mood perubahan menyeluruh dari kalangan rakyat negeri Pahang ini memerlukan kerja gigih semua peringkat petugas parti samaada pimpinan ataupun anggota biasa melalui gandingan pelbagai kemahiran yang dimiliki untuk memastikan maklumat dan risalah atau mesej perjuangan sampai kepada setiap pintu rumah dan pintu hati rakyat.
Gabungkan kaedah tradisi seperti ceramah umum, ceramah kelompok dan edaran risalah dengan kaedah kontemporary melalui facebook, twitter, vilog, filem pendek dan sebagainya. Asasnya kita perlukan kreativiti yang tinggi untuk mencipta mood perubahan disamping memiliki kegigihan dan sentuhan berkesan dalam pendekatan.
Saya sangat tidak bersetuju menggunakan pendekatan caci maki dalam ceramah dan cela nista dalam ucapan serta fitnah dan tohmah dalam kenyataan sekalipun terhadap lawan politik kita. Justeru elemen terpenting dalam perjuangan ini ialah kebenaran dan keberkatan.
Ustaz Suhaimi Saad:
Pada dasarnya, saya melihat rakyat Pahang sudah bersedia untuk berubah. Dalam Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini, kita boleh melihat mood perubahan rakyat Pahang itu dengan jelas.
Mendapat maklumat mengenai kepincangan kerajaan dalam pengurusan kewangan dan laporan audit yang menyatakan prestasi Pahang tidak memuaskan juga membantu menyemarakkan lagi semangat berubah rakyat Pahang.
Mood perubahan juga diamati lebih tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Di kawasan kampung pula, penghalang kepada gelombang mood perubahan ialah kepayahan untuk maklumat sampai ke kumpulan sasaran, kampung tradisi dan kawasan Felda.
Orang Islam-Melayu di kampung sememangnya bersifat baik, namun malangnya mereka ditipu kerana hanya mempunyai satu saluran infomasi ialah TV media kerajaan.
Di kawasan-kawasan ini, rangkaian internet pula kurang, rangkaian 3G untuk kegunaan smartphone untuk mendapat maklumat tinggi pun tiada. Ini ditambah pula dengan budaya orang-orang generasi tua yang lebih suka berbicara di kedai kopi dan tidak ingin mendekati kemudahan internet.
PAS perlu giatkan lagi penerangan kepada orang muda dan generasi kedua dan ketiga Felda yang pemikiran mereka lebih terbuka kerana terdedah kepada teknologi maklumat yang canggih.
Bagi generasi yang tua, PAS berdepan dengan cabaran yang rumit kerana mereka terasa terhutang budi kepada kerajaan kerana merasakan kehidupan mereka sekarang dah dikira baik jika dibandingkan dengan masa mereka susah dahulu ketika mula-mula menjadi peneroka. Namun begitu, saya yakin dengan penerangan dan maklumat yang cukup, golongan ini turut akan dijangkit mood perubahan demi masa depan generasi kedua dan ketiga mereka yang lebih baik.

Sumber HD : 22/03/2012
Revolusi yang diperlukan Pemuda PAS
07 Apr 2012 |
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelenggu negara kini.
Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Hj Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Datuk Mahfuz, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com
Minggu ini, mereka berlima berbicara dengan soalan berikut:
Soalan apakah revolusi yang perlu ada dan dilaksanakan pemuda PAS untuk mendekati pemuda tanpa mengira agama dan bangsa?

Abang Mat | Reform perlu dibuat terhadap sejarah Islam itu sendiri. Sejarah Islam kini banyak yang dibawa oleh golongan monarki dan feudal. Konsep oppressed dan oppressor (yang ditindas dengan yang menindas) dalam perjuangan perlu dibawa oleh ulama muda dalam PAS. Pemuda PAS perlu membuka minda dan memahami sejarah Islam daripada sudut lain, bukannya daripada sejarah yang dibawa oleh golongan monarki dan feudal. Model kerajaan khalifah Umar Abd Aziz perlu diikuti dan dijadikan teladan dan rujukan pemuda PAS. Ini penting untuk perbandingan terhadap pemerintahan di negara – membolehkan pemuda PAS memberikan saranan bermutu dan rasional bagaimana sistem pemerintahan negara, dan kerajaan di negeri Pakatan Rakyat boleh diperbaiki berdasarkan model kerajaan Umar Abd Aziz. Secara tidak langsung, ini akan menunjukkan bahawa Pemuda PAS turut memberikan penekanan kepada good governance sebagaimana hal ehwal Islam yang diperjuangkan sayap itu selama ini – dan ini bakal memudahkan tugas untuk mendekati pemuda tanpa mengira agama dan bangsa. | |
Pendekatan untuk menarik pemuda mestilah menyesuaikan segala agenda selaras dengan minat yang ada pada pemuda dengan memandu mereka ke arah pembinaan sahsiah dan jati diri yang sempurna. Pemuda mempunyai masa depan yang panjang, maka mereka mesti disusun sesuai dengan tempoh pembesaran minat dan jiwa remaja mereka. Pemuda juga mempunyai semangat yang tinggi yang mesti diarah kepada perjuangan bagi membina masa depan negara dan ummah. Semangat yang berkobar- kobar tanpa bimbingan akan menjurus kepada semangat melulu, tindakan melampau dan bertentangan dengan nilai dan akhlak Islam. Bagi mendekati pemuda, perlu digerakan rakan sebaya mereka ke arah perubahan. Biasanya jiwa orang muda adalah jiwa memberontak dan tindakan ini adalah pencetus semangat revolusi perubahan politik yang perlu digerakkan. Dengan itu, program pemuda mestilah sesuai dengan mood pemuda kini. Penggunaan media baru yang menjadi saluran orang muda mesti dikuasai dengan baik dan berkesan. Saya lihat kini pemuda telah berjaya menerokai bidang ini, dan apa yang perlu ialah peningkatan pengisian dan program bagi membina jati diri remaja. Pemuda biasanya memerlukan sesuatu yang mencabar samada secara fizikal mahupun minda. Menubuhkan kelab rekreasi adalah salah satu jalan bagi menggerakkan program mencabar. Ekspedisi dan rekreasi mampu menarik minat remaja untuk berpatisipasi sama. Penekanan harus diberikan pada persamaan antara bangsa dan agama bagi merentasi jurang bangsa dan agama yang sentiasa menjadi modal permainan parti pemerintah. Pemuda mesti dididik melahirkan rasa meluat terhadap kezaliman, penyelewengan, penindasan, penipuan dan rasuah yang berlaku dalam pentadbiran negara. Pemuda mesti dibimbing untuk memahami pentingnya good governance dalam satu-satu pemerintahan dalam negara. Perkara-perkara inilah yang boleh merentasi bangsa dan agama – dan inilah yang perlu diperkasakan dalam perjuangan Pemuda PAS untuk mendekati pemuda-pemudi negara daripada semua lapisan masyarakat. | Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man | |
Anak muda secara keseluruhannya adalah amanah dan tanggungjawab Pemuda PAS untuk didekati, didampingi serta membimbing mereka. Justeru Islam adalah prinsip perjuangan PAS dan Pemudanya, maka objektif dekat dan damping serta hala arah bimbingan itu juga adalah Islam. Mendekati anak muda tentunya dalam pelbagai versi lantaran wajah anak muda juga dalam pelbagai kategori. Kreativiti sangat diperlukan bagi menjayakan hasrat pemuda PAS mendekati anak muda. Ia adalah dakwah yang sangat unik dan mengujakan, terutama berdepan karenah anak muda di zaman ini. Langkah paling utama bagi Pemuda PAS lakukan ialah membentuk satu mindset yang positif bahawa Pemuda PAS mesti merobohkan apa jua tembok yang memisahkan mereka dengan pelbagai colour anak muda di luar sana. Samada tembok yang dibina oleh warna kulit dan rupa bangsa begitu jugalah tembok yang dibina oleh apa jua bentuk sentimen, Pemuda PAS mesti mencari jalan untuk segera merobohkannya. Mudahnya Islam mengajar penganut dan pendokongnya dengan akhlak dan nilai kemanusiaan yang tinggi. Menolak sengketa dan permusuhan sebaliknya Islam mendidik agar saling bertolong bantu dalam perkara yang membawa kebaikan kepada semua pihak. Langkah kedua, Sayugia, Pemuda PAS mesti menjadikan PAS rasa dimiliki oleh semua anak muda pula bijak berbahasa dengan bahasa anak muda. Rendahkan sayap, tanpa terkurung dalam kelompok sendiri lalu keluar untuk menyelinap di hotspot anak - anak muda. Pemuda PAS selayaknya memiliki pakej yang menepati setiap aspek dan sudut hati budi anak muda khasnya di zaman langit terbuka ini. Islam tidak pernah memusuhi agama, bangsa, bahasa dan warna kulit sebaliknya Islam datang untuk menghulur dan memberikan tawaran kesejahteraan, keamanan, perpaduan, keadilan, kesaksamaan, ketelusan, keselesaan, saling hormat menghormati dan keselamatan di dunia jua di akhirat. Islam hanya memusuhi kezaliman, penindasan, penyelewengan, perpecahan, pengkhianatan, pecah amanah, penipuan dan sebagainya. Sebagaimana prinsip Islam maka begitulah sewajarnya tindakan Pemuda PAS sekalipun terhadap anak muda bukan Islam. Justeru, Islam juga menganjurkan hubungan yang harmonis antara umat Islam dan bukan Islam. Malah bukan Islam mempunyai hak-hak tertentu yang dijamin dan dipelihara oleh Islam. Tidak hairan jika Islam membenarkan Tahaluf Siyasi [ kerjasama politik ] antara umat Islam dan bukan Islam. Suatu kerjasama yang dibina atas kesamaan tindakan dan sikap terhadap kezaliman, penindasan, penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Maka untuk merentasi sempadan bangsa dan agama, maka fokus penerangan juga harus ditekankan kepada usaha menentang kezaliman, penindasan, penyelewengan dan rasuah yang kian tidak terkawal di negara Malaysia. Sementara itu, jalur kemanusiaan dan sistem nilainya memberi lebih erti dan makna betapa Pemuda PAS mesti membina hubungan dengan semua pihak sungguhpun berlainan bangsa dan agama. Stigma lama yang masih lekat dalam kepala sebahagian ummat Islam di Tanah Melayu ini mesti dihakis segera, seperti memberi gelaran negatif dan tidak selayaknya kepada bukan Islam. Doktrin perkauman dan assabiah mesti ditolak oleh Pemuda PAS. Pemuda PAS juga harus menekankan penerangan bahawa Islam adalah suatu sistem kehidupan yang syumul, dan bagaimana Islam dapat menjaga hak-hak semua yang duduk di bawah sistem kurniaan Allah ini. | Ustaz Nasrudin | |
Ustaz Nik Zawawi | Dewan pemuda mesti lebih profesional dan efisyen dalam mengatur sterategi dakwah dengan Islam sebagai tunjang, dan penekanan harus diberi kepada bagaimana Islam adalah satu sistem kehidupan yang syumul, di mana semua mempunyai tempat dan hak yang saksama terjamin di dalam Islam. Pemuda PAS juga mesti lebih peka kepada tuntutan perubahan semasa seperti menggunakan teknologi IT terkini sebagai medan dakwah baru untuk mendekati para pemuda. Dalam berdakwah, boleh disertakan juga fakta-fakta situasi semasa isu hangat yang sedang membelenggui negara. Selain itu, pemuda PAS juga mesti mendalami isu-isu agama yang mempunyai persamaan dengan agama lain dan boleh diperjuangkan secara bersama – seperti menolak rasuah, kezaliman, penindasan dan penyelewengan. |
Sumber HD : 7/04/2012
Fokus Panah-UBAH Pahang yang panelnya terdiri daripada pimpinan tertinggi PAS Pahang akan berbicara setiap dua minggu sekali khusus mengenai suasana dan isu-isu semasa politik negeri Pahang Darul Makmur.
Ahli-ahli panel terdiri daripada:
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan PJ Pahang 1, Ustaz Yusof Embong
Timbalan PJ Pahang 2, Dr Hamzah Jaafar
Timbalan PJ Pahang 3, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan kepada ahli-ahli panel kita, sila emailkan kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com
Minggu ini mereka berbicara mengenai topik berikut:
Bagaimana seriusnya kos hidup menjejaskan rakyat Pahang? Bagaimana anda ingin menyampaikan senario keseriusan hutang negara, defisit bajet dalam bahasa yang boleh difahami rakyat biasa?
Ustaz Tuan Ibrahim:
Kenaikkan kos hidup memang di rasai oleh sebahagian besar rakyat yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan bebanan yang besar. Mereka terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos hidup, harga barangan yang tidak terkawal.
Kenaikan kos hidup ini dapat dilihat dengan trend perbelanjaan harian dan bilangan tenaga kerja keluarga yang bertambah. Kini, sebahagian besar dari kalangan keluarga turut sama bekerja samada suami isteri bagi menambah pendapatan bagi menghadapi kenaikan kos barangan pengguna.
Dengan pendapatan yang statik serta harga barangan semakin tinggi, kehidupan masyarakat luar bandar tertekan dan terjejas.
Bagi menjelaskan senario peningkatan hutang dan defisit belanjawan untuk mudah difahami oleh golongan awam ialah dengan mengemukakan carta perbandingan antara kedudukan hutang terkini dan sebelumnya. Demikian juga membanyakkan grafik dan gambar dengan ilustrasi yang lebih mudah difahami oleh orang awam.
Lantaran itu, semua bentuk penerangan mestilah disusuli dengan bahan edaran samada ianya diolah dalam bentuk grafik atau carta. Biasanya kaedah ini lebih mudah difahami berbanding ucapan berjela-jela dalam perkara yang sukar difahami oleh orang awam.
Dalam penerangan, pengurusan kewangan negara boleh dikaitkan dengan pengurusan kewangan rumah tangga supaya lebih mudah difahami rakyat.
Contohnya, defisit berlaku apabila pendapatan melebihi pembelanjaan rumah. Ramai yang menggunakan kad kredit untuk menampung defisit berkenaan, iaitu hutang. Apabila timbulnya hutang, ia akan menambahkan komitmen bulanan, kerana selain bayaran bulanan rumah, kereta dan kini kena mengambil sebahagian pendapatan rumah untuk membayar hutang kad kredit bulanan.
Sekiranya pembelanjaan tetap tidak dikawal, defisit setiap bulan dengan hutang akan semakin bertambah, sehingga semua pendapatan masa depan kita tidak boleh digunakan pada perkara yang lebih berfaedah selain membayar hutang.. itulah situasi negara kini, dan cara ini lebih berkesan untuk membuatkan rakyat faham kegawatan dan kepincangan pembendaharaan negara di bawah Umno-BN.
Sebaliknya, sekiranya pembelanjaan dikawal, ada lebihan bulanan dan hutang tidak meningkat, sudah tentu hutang rumah akan dapat dilangsaikan dan inilah sebabnya mengapa rakyat perlu bertukar kerajaan untuk menggantikannya dengan kerajaan yang hemah berbelanja.
Disebabkan hutang negara semakin bertambah, Umno-BN kini cuba meningkatkan pendapatan dengan mengenakan cukai 6 peratus pada kad telefon pra-bayar dan memperkenalkan cukai barangan dan servis (GST) selepas PRU13 atas nama membahagikan beban negara kepada semua lapisan rakyat dengan lebih seimbang – tapi di belakang rakyat, projek-projek seperti NFC terus berlaku tanpa disedari rakyat.
Ustaz Yusof Embong:
Masalah utama yang dihadapi pengurusan kewangan negara ialah soal amanah. Malaysia adalah sebuah negara yang dikurniakan pelbagai sumber semulajadi yang banyak, termasuklah minyak, balak, hasil lautan dan sebagainya.
Dengan pendapatan minyak RM80 bilion setahun – sepatutnya banyak perkara boleh ditanggung kerajaan umpamanya penghapusan PTPTN sekiranya pengurusan kerajaan dijaga rapi dengan kurangnya rasuah dan kebocoran.
Mari kita mengambil contoh pembandingan antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, waktu BN memerintah pada 1985-1989, daripada 158,200 hektar kawasan pembalakan hanya RM8 juta sahaja dikumpul. Di waktu PAS memerintah, kawasan seluas 30,451 hektar, hasil yang dikumpul ialah RM355.85 juta.
Ini jelas menunjukkan soal pengurusan khazanah yang tidak cekap oleh BN.
Di Kedah pula, sebelum PAS memerintah, hasil balak hanya RM8 juta di 2007. Jumlah ini meningkat berlipat-ganda apabila Kedah diperintah PAS, pada 2009, RM38 juta dan pada 2010, RM53 juta.
Di Pulau Pinang pula, kehebatan pentadbiran menyebabkan warga emas dapat menikmati RM100 setahun dan imam-imam masjid di negeri tersebut mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding negeri yang lain.
Di Selangor, rakyat pula dapat menikmati air percuma untuk sekian lama dan apabila banjir berlaku, kerajaan PR dapat memberikan peruntukan kepada mangsa banjir pada kadar segera kerana pembelanjaan berhemah mereka.
Rakyat kena memahami bahawa punca kos hidup mereka meningkat di Malaysia adalah disebabkan kurangnya soal amanah di peringkat pentadbiran negara.
Kerajaan boleh memainkan peranan yang penting dan menstabilkan harga-harga keperluan asas seperti minyak bagi menjamin kos kehidupan yang seimbang untuk rakyat dan mementingkan kebajikan rakyat.
Pemimpin yang beriman dan mementingkan soal kemanusiaan akan mementingkan soal amanah, bahawa apa yang diurus adalah duit wang rakyat, dan sentiasa ‘takut kepada Tuhan’ dalam menguruskan pembendaharaan negara.
Tanpa ini, ketirisan, kebocoran, rasuah dan penyelewengan akan terus belaku kerana tiada perasaan tanggungjawab terhadap tugas menjaga wang rakyat.
Rakyat perlu difahamkan bahawa defisit ialah tidak belanja mengikut pendapatan dan kemampuan yang ada. Untuk mengelakkannya, rakyat perlu memilih pemimpin yang beriman dan bersifat kemanusiaan (bagi yang non-Muslim) kerana mereka akan pentingkan soal amanah dan berjimat-cermat dalam menguruskan wang rakyat.
Dr Hamzah Jaafar:
Bahang kenaikan harga barang keperluan dilihat serius apabila rakyat bawahan sendiri mula bercakap di kedai kopi sekaligus mula mempertikaikan kewibawaan kerajaan yang memerintah sekarang. Adakalanya rakyat hanya bercakap di kedai kopi sahaja namun rakyat tidak merasakan keperluan menukar kerajaan.
Walau bagaimanapun situasi sekarang, rakyat mula bercakap soal perlunya melakukan perubahan politik negara apatah lagi politik negeri Pahang. Untuk menambahkan keghairahan rakyat bagi menukar kerajaan maka semua pihak seperti NGO dan parti politik pembangkang harus turun ke bawah membuat penerangan dengan bahasa yang mudah.
Antara perkara yang serius berlaku dalam pengurusan kewangan negara atau negeri ialah masalah kedudukan hutang terkini Kerajaan BN dan juga perbelanjaan yang deficit, berlaku saban tahun.
Dalam konteks ini, rakyat lebih mudah faham tentang hutang negara atau negeri Pahang yang serius bilamana penceramah berjaya mendedahkan jumlah hutang kerajaan negeri semasa diperintah oleh BN dahulu yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat - di mana hasil daripada pentadbiran kewangan yang berasaskan takut kepada Allah, telus, bertanggungjawab dan berjimat cermat, rakyat boleh melihat bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mampu melangsaikan hutang mengikut jadual dan tidak melakukan hutang baru kecuali pada perkara yang munasabah.
Contohnya hutang kerajaan Kelantan sewaktu PAS mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990 ialah RM736 juta dan kini telah bejaya dilangsaikan dengan jadual pembayaran yang teratur hasil dari langkah berjimat cermat.
Begitu juga hutang Kerajaan P. Pinang pada 2008 sebanyak lebih kurang RM630 juta dan kini hanya tinggal lebih kurang RM30 juta sahaja lagi.
Manakala Negeri Kedah yang miskin pula terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh kerajaan BN sebanyak RM2 bilion sebelum 2008 dan kini sedang membayar hutang tersebut dengan tidak membuat hutang baru.
Rakyat juga perlu difahamkan bahawa hutang kerajaan negeri yang dibuat oleh Kerajaan BN adalah merupakan hutang atas nama untuk projek yang sebenarnya dibuat untuk mengaut komisyen tapi diwar-warkan di depan untuk keselesaan rakyat.
Seperkara lagi ialah rakyat tidak faham sangat istilah defisit yang sering dilontarkan oleh penceramah bagi membuktikan bahawa kerajaan BN tidak cekap dalam mengurus kewangan negara atau negeri.
Tetapi rakyat kebanyakannya lebih mudah terasa dan faham sekiranya maksud deficit itu diulas dengan bahasa mereka iaitulah kerajaan negeri berbelanja lebih dari pendapatan.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi:
1. Negara kita dewasa kini sedang muram dilanda hutang yang begitu tinggi. fenomena ini turut menjejaskan reputasi seluruh negeri untuk membangun serupa pelan pembangunan negeri yang telah dirancang. Justeru hutang negara adalah hutang kita semua. Membayar hutang mesti diambil dari dana negara sementara dana negara adalah terkumpul dari hasil negara yang diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai sektor pula.
2. Meningkatnya angka hutang bermakna meningkatnya pula tekanan ke atas rakyat agar bekerja lebih keras serta berjimat sebanyak yang boleh. Sementara harga barang meningkat tentu sahaja kos hidup turut meningkat dan menghambat keselesaan serta ketenangan rakyat. Saksikan senario yang saya bawa di bawah :
Senario Hutang Negara :
a] Hutang negara bernilai RM 266 bilion pada tahun 2007
Hutang negara meningkat kepada nilai RM 456 bilion pada tahun 2011
b] Sementara hutang rakyat mencecah RM 700 bilion. 60% daripadanya ialah hutang perumahan. 30% hutang kenderaan dan 10% hutang peribadi seperti PTPTN dan sebagainya. [ Tahukah anda tutang rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia?]
c] Hutang negara mengatasi kadar pendapatan. Justeru itulah pakar-pakar ekonomi menjangkakan pada tahun 2019 hutang negara bakal mencecah 100% dan masa itu negara akan jatuh bankrap.
3. Begitulah seriusnya kedudukan ekonomi negara kita dan kesannya menjulur ke negeri Pahang. Tambah duka apabila negeri Pahang antara negeri yang dikurniakan balak dan stoknya yang begitu banyak, namun malang Pahang juga antara negeri memiliki kadar hutang yang tinggi dengan nilai RM 2.17 bilion sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
4. Persoalan yang timbul ialah bagaimana pula mahu memberi penjelasan mengenai tahap kritikal masa depan hidup rakyat. Sumber maklumat kita dikekang. TV, radio dan akhbar arus perdana masih teguh di belakang Datok Seri Najib Abd Razak dan memberi ruang selebarnya kepada mereka untuk berkempen dan memenangi tumpuan minda rakyat. Sedang PR hanya banyak bergantung dari media lidah rasmi parti yang sangat terhad dan terbatas penerbitannya.
5. Selain memanafaatkan semaksima mungkin ruang teknologi maklumat yang ada seperti Facebook, Twitter dan laman-laman web untuk memuat naik segala maklumat dan risalah perjuangan yang didokong oleh parti [sementara di ruang inilah kebanyakan anak-anak muda era ini lepak, santai dan bertukar pandangan], pihak petugas parti tidak mempunyai pilihan lain melainkan terus memperkasakan kaedah tradisional dan konvensional sehingga tiada sebuah rumah pun tertinggal melainkan sampai dipintu rumah dan hati penghuninya maklumat semasa dan risalah perjuangan kita.
6. Kreativiti adalah suatu yang penting. Menyedari kaedah pembelajaran dengar dan tonton lebih berkesan dari hanya mendengar semata-mata, maka Jabatan Penerangan PAS Negeri boleh menyediakan format-format slide berfakta untuk semua petugas penerangan dan ahli parti bahkan pimpinan menggunakan kaedah penyampaian maklumat berfakta serta tonton dan dengar.
7. Konsep sembang kedai kopi serta berbual santai tetapi membawa mesej serta maklumat berfakta antara pendekatan yang boleh dipraktis dengan mensasarkan hotspot anak-anak muda, warung rakyat, hentian bas atau teksi, kantin tempat kerja, anjung surau dan masjid.
8. Fokus juga pada sumber tenaga parti yang mesti di perkukuhkan. Ianya boleh diperkukuh melalui internal program parti seperti usrah, tamrin, mukhayyam, liqa fikri dan seumpamanya. Paling minima , 3 paksi utama ini mesti mantap dan kukuh.
a] paksi pertama ialah tasawwur ilmu Islam yang jelas. Tasawwur yang didirikan atas aqidah yang sah dan fikrah serta manhaj perjuangan islam jelas dan tulen. Memahami tuntutan serta keperluan jamaah dan ummah.
b] paksi kedua ialah kaedah penyampaian dan pendekatan. Akhlak yang soleh mestilah melandasi setiap aktiviti dan kreativiti kita. Konsep Gembirakan jangan meliarkan orang ramai dari perjuangan kita amat penting dihayati dan menjadi modul teras dalam latihan petugas penerangan parti.
c] paksi ketiga ialah hubungan petugas parti dengan Allah swt Tuhan yang akan memberi hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Termasuklah konsep hubungan dengan Allah [ Taqarrub ] petugas parti sekali-kali jangan melakukan maksiat dan mungkar justeru inilah satu-satunya advantage yang ada pada kita untuk mengatasi lawan yang serba lebih dalam memiliki keupayaan material dan fizikal.
Ustaz Suhaimi Saad:
Kos hidup kini meningkat pada kadar yang sangat tinggi. Barangkali orang tua yang duduk di kampung tak merasainya sebab anak-anak sudah dewasa dan bekerja, kos membesarkan anak anak tak perlu, malah anak-anak yang hantar belanja setiap bulan ke kampung.
Orang tua di kampung ini pula tinggal di rumah sendiri, tak perlu fikir soal sewa. Bil api air yang rendah kerana hanya suami isteri tinggal berdua.
Peningkatan kos hidup ini amat dirasai oleh golongan pertengahan yang menjadi jumlah terbesar rakyat. Membesarkan anak di tengah-tengah kenaikan harga barang sangat menyesakkan, ramai yang bergelut dengan kadar sewa rumah, bil api air yang membebankan, hutang kereta yang perlu dilangsaikan setiap bulan, bagi mengelakkan kereta ditarik kerana dengan pengangkutan awam yang tidak efisyen, tanpa kenderaan kebanyakan golongan pertengahan akan hilang sumber pendapatan.
(Gambar kartun di atas barangkali boleh menjelaskan secara mudah. apa yang sedang rakyat hadapi sekarang.)
Ringkasnya, golongan pertegahan ini kini hidup dalam tekanan.
Sebab itulah kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menurunkan kos hidup rakyat, bukannya memberi wang pada rakyat yang habis dibelanjakan dalam masa setengah hari. RM500 hanya menyelesaikan masalah rakyat dalam setengah hari,
Jika kerajaan berusaha menurun dan mengawal kenaikan harga barang, bermakna kerajaan telah membantu rakyat pada setiap hari.
Saya melihat hutang negara tinggi hanya untuk memenuhi nafsu kemewahan pemimpin negara. Rasuah semakin bermaharajalela, malah telah menjadi raja dalam segala transaksi kerajaan.
Ketirisan perbelanjaan berlaku besar, istilah tiris tak sesuai digunakan sebab tiris hanya melibatkan lubang yang kecil, sekarang ini, lubang bocornya tersangat besar. Hutang yang banyak sekarang ini, adalah duit daripada masa depan untuk hanya menutup lubang rasuah, salahguna wang rakyat dan pembaziran. Jika ini berterusan, apa yang akan ditinggalkan untuk generasi hadapan hanyalah hutang, kerana pendapatan mereka sudah dihabiskan dalam hutang. Inilah ciri-ciri negara yang bakal menghadapi bankrap.
Beban hutang kerajaan akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat melalui pelbagai cukai langsung atau tidak langsung yang akan diumumkan oleh kerajaan. Tunggu selepas pilihanraya dengan cukai 6% prabayar kad telefon dan GSTnya semata-mata untuk meningkatkan pendapatan negara untuk menampung kebocoran perbelanjaan dan projek-projek seperti NFC.
Sumber HD : 8/04/2012
Pahang: Kenaikan kos hidup bebankan rakyat
Harakahdaily, | 08 Apr 2012 |

Berjiwa besarlah seperti Salahuddin Ayub
Mohd Sayuti Omar, | 12 Apr 2012 |
Saat Aceh dilantun gempa bumi dengan kekuatan 8.6 skala ritcher saya sedang minum kopi dengan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub di sebuah kopitiam di Taman Melati Kuala Lumpur. Agak lama saya tidak bersembang dengan Salahuddin. Sejak beliau 'bertukar paksa' kawasan dari Kubang Kerian (Kelantan) ke Johor (belum tentu kerusi mana), jarang-jarang kami dapat bersembang kerana masing-masing kesibukan.
Saat saya di Kuala Lumpur dia ke Johor Bharu. Nampaknya Salahuddin terpaksa membuka 'huma' baru sekali lagi selepas berjaya membuka tanah hutan di Kubang Kerian. Tentulah berbeza sekali membuka tanah hutan di Johor dengan mendiami kawasan sudah kerja (KSK) di Kelantan. Apa yang diduduki atau diusahakan oleh Salahuddin di Kubang Kerian boleh dianggap sebagai, dia mengusahakan kawasan sudah kerja (KSK).
Berada di KSK lebih mudah dari membuka huma baru yang masih penuh dengan onak dan duri serta gaung yang curam dan dalam. Di KSK kemudahan asas seperti jalan, eletrik dan air sudah tersedia. Tunggu lagi untuk mengindah dan mencantikkan memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Alhamdulilah selepas sembilan tahun (dua penggal) di Kubang Kerian Salahuddin berjaya memberi sesuatu kepada rakyat Kubang Kerian dan beliau sendiri berjaya mencatat nama sebagai seorang wakil rakyat berkualiti.
Menyebut jasa besar beliau di Kubang Kerian bagi saya ialah bagaimana usaha beliau membangunkan rumah untuk anak-anak yatim. Mengkagumi peruntukan dicari sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan. Sokongan orang ramai membantu anak yatim dari seruan ikhlas Salahuddin menjelaskan bahawa beliau mempunyai pengaruh dan disayangi oleh orang ramai.
Selain itu beliau berjaya memainkan peranan di parlimen dengan jayanya. Perbahasan atau isu-isu serta kerajinan ditunjukkan meletakkan Salahuddin sebagai ahli Parlimen dikenali dan dikagumi. Ini ditokok pula dengan cara dia berbahas dan berhujah penuh sentimental dan tidak dibuaki emosi. Tentulah kejayaan itu didokongi keberhasilan beliau sebagai wakil rakyat di Kubang Kerian.
Perpindahan beliau ke Johor saya ibaratkan sebagai pulangnya perantau ke negeri sendiri setelah lama berpergian menuntut ilmu. Ketiadaanya selama ini bolehlah dianggap beliau pergi bertapa mempelajari ilmu dan menuntut rukun-rukun dan peradaban politik di Kelantan. Al maklumlah Kelantan adalah universiti politik terbuka di negara ini.
Apabila Salahuddin diminta untuk pulang dan dia sendiri rela, ini menunjukkan ilmu yang dipelajarinya sudah sarat dalam dada. Dia sudah bersedia untuk berbakti di watan sendiri. Apa yang diperolehi dan dialami selama sembilan tahun di Kelantan akan dicurah ataupun dimanfaatkan di negeri kelahirannya pulak.
Membuka tanah baru atau pulang untuk berhadapan dengan petulangan, bukan mudah. Johor adalah kubu kuat Umno yang penuh dengan pahlawan yang tikam tidak lut selam tidak lemas bakar tidak mudah hangus. Ia akan menguji Salahuddin sebagai pejuang dan pemimpin. Di Johor nanti daya kepimpinannya akan dituji. Intelektualiti kepimpinanya juga akan diperiksa. Begitu juga dengan ilmu hakikat siasah yang diperolehi akan dicabar di Johor kelak.
Di sini saya tidak mahu memperkatakan apakah beliau berjaya atau tidak. Berjaya dalam perjuangan adalah subjektif. Kejayaan bukan bermakna menang kerusi yang ditandingi, tetapi berjaya mengharungi perjuangan, pembukaan tanah human baru dan ikhlas meninggalkan tanah lama juga, itulah kejayaan sejati. Dalam perjuangan kalah dalam pertarungan bukan kalah. Istiqamah dalam perjuangan itulah kemenangan mutlak yang dicari.
Mengenang pengembalian Salahuddin ke Johor sesuatu yang menarik buat saya. Perpindahan tanpa bantah zahir itu menunjukkan beliau ada nilai-nilai tawaduk dan taat kepada pucuk pimpinan. Apabila timbul cakap-cakap mengatakan Pas Kelantan tidak mahukan orang luar, atau orang luar setakat dua penggal sahaja, Salahuddin sudah membuat persediaan disegi mental. Dia memahami mesej itu dan bertindak sebelum orang mengunci pagar.
Beliau tidak memberi apa-apa komen dan pasrah dengan kehendak dan keputusan itu. Syarat yang ditetapkan oleh Kelantan yang memberi pinjaman dan gelanggang untuk beliau berlajar mengenali rakyat dengan title wakil rakyat diterima dengan penuh terima kasih. Maka beliau terus membuat persiapan untuk berpindah rumah dan membuka huma baru.
Tidak ada apa-apa protes baginya. Saya pernah menyatakan sesuatu kepadanya untuk mengenali hati budinya dalam politik dengan perpindahan itu. Namun beliau tenang menjawab; "kita sebagai pejuang dan orang parti kena ikut arahan pemimpin, T" begitulah katanya lembut dan penuh sopan. Nada cakapnya yang selalu bebunga sedih menyebabkan hati jadi terkedu.
Tidak nampak yang beliau ralat dengan cadangan itu. Walaupun beliau tahu kehidupan di lokasi baru - tanah huma tidak semudah yang dilalui di tanah KSK, tetapi ia bukan sebab untuk beliau menolak atau berdalih, jauh sekali merajuk sebaliknya itu dijadikan cabaran dalam dia berpolitik.
Baginya dia telah menjadikan dirinya sebagai panglima yang sedia menurut arahan demi perjuangan.
Saya yakin dan percaya juga dengan perwatakan dan sejuring hatinya yang saya kenali beliau bukan seorang yang tahu mendesak dan berhajat menyusahkan parti. Ketulusan Salahuddin dalam perjuangan tercermin pada raut wajahnya yang jernih dan tenang.
Ini terbukti sebagai Naib Presiden beliau berhak untuk memperjuangkan dirinya untuk bertanding di mana-mana sahaja. Namun itu nampak tidak pernah digunakan untuk kepentingan peribadi. Sebaliknya kedudukan sebagai Naib Presiden banyak digunakan untuk memperjuangkan nasib kawan-kawannya atau menjadi jambatan mengharmonikan keadaan dalam parti.
Apa yang berlaku di Kedah - pergelutan di antara Pahkrorazi Zawawi dengan Azizan Razak adalah bukti macam mana komitmen dan peranan diaminakn oleh Salahuddin. Apabila menyedari pergelutan semakin panas dan tiada usaha menanganinya maka beliau telah mengambil inisiatif menjadi orang tua memperjudikan dirinya demi kebaikan parti menangani isu itu.
Dalam hal ini Salahuddin telah menguji dirinya sendiri. Cuba kalau inisiatif itu tidak menjadi ia boleh dianggap beliau mencari fasal dan akan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang gagal. Namun tanggungjawab itu diambil menunjukkan Salahuddin seorang yang memiliki iltizam yang kuat dan meletakkan kepentingan parti mendahului kepentingan dirinya. Alhamdulilah pergelutan di Kedah itu selesai dengan jaya.
Apa yang berlaku dan dilakukan Salahuddin sewajarnya diteladani oleh individu tertentu terutamanya oleh mereka yang merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil menjelang pilihan raya ini. Mereka yang akan tidak diletakkan bertanding kerana sebab-sebab tertentu ataupun dipindah kawasan kerana sebab-sebab tertentu juga perlu malu dengan Salahuddin.
Akurlah taatilah keputusan parti. Kenapa kita begitu sukar untuk menerima pandangan parti? Kalau Salahuddin boleh dengan senang berangkat ke Johor meninggalkan tanah KSK yang sudah dimajui, pokok sudah berbuah dan rakyat sudah sebati dengannya, kenapa tidak dengan kita? Seorang pejuang tidak boleh penakut dan terlalu hipokrasi.
Berjiwa besarlah seperti Salalhuddin. Kenapa kita merasa susah untuk akur dengan keputusan parti sebab kita merasakan apa yang menjadi milik kita itu adalah hak kita. Sedangkan apa-apa yang kita rasai itu dan nikmati itu hanya pinjaman sahaja. Hakikatnya kuasa, jawatan yang dipikul oleh seseorang wakil rakyat itu bukan hak mereka tetapi hak rakyat. Jadi kenapa harus gentar dan merasa sedih atas pertukaran atau pengunduran kita.
Jika kita benar-benar hebat letaklah di mana-mana pun kita tetap hebat, bak kata pepatah kalau benih yang baik lempar ke laut menjadi pulau lempar ke lembah menjadi gunung.-

http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 12/04/2012
Kekayaan negara mampu tanggung kos pengajian
Harakahdaily, | 12 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 April: Dengan limpahan kekayaan negara Malaysia, sebuah kerajaan yang beramanah, adil lagi telus pasti mampu menjana pendapatan yang baik yang memungkinkan kos yuran pengajian ditanggung oleh perbelanjaan rasmi kerajaan.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) berkata, ini kerana Malaysia merupakan negara yang dianugerahkan oleh Allah sumber kekayaan yang sangat banyak bermula dengan minyak sebagai antara sumber pendapatan terbesar dan hasil mahsul yang lain.
“Namun, rakyat gagal menikmati sepenuhnya kekayaan tersebut termasuklah untuk menikmati pendidikan tinggi secara percuma disebabkan salah urus kewangan yang berlaku di pihak pemerintah Barisan Nasional,” katannya dipetik daripada web malaysiatransform.com.
Katanya, kegagalan kerajaan BN menanggung sepenuhnya kos pendidikan di peringkat tinggi berpunca sekurang-kurangnya daripada tiga sebab.
Pertamanya, kata beliau kegagalan menjana pendapatan sebenar negara kerana rasuah dalam pentadbiran negara.
Keduanya, ujarnya ketirisan yang sangat banyak dalam pengurusan perbelanjaan harta negara.
“Ketiganya, pemborosan perbelanjaan dalam perkara yang tidak utama dan penting,” katanya lagi.
Oleh itu, ujarnya sebuah kerajaan yang bersifat amanah, adil, telus lagi bersederhana dan tidak boros amat diperlukan oleh rakyat Malaysia selepas PRU13 nanti.
“Kos pendidikan melibatkan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertamanya kos yuran pengajian. Keduanya kos sara hidup pelajar sepanjang pengajian,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau menambah kos sara hidup pelajar boleh disediakan atas nama pembiayaan bukannya pinjaman dengan peruntukan rasmi kerajaan pusat menerusi penubuhan Tabung Amanah Pendidikan Tinggi dengan bersumberkan tiga perkara.
“Pertamanya, dana kerajaan pusat. Keduanya, sumbangan tunai badan-badan korporat yang sangat banyak di Malaysia atas nama tanggungjawab sosial korporat yang diberikan pelepasan cukai,” ujarnya.
Ketiga, tambah beliau sumbangan harta kekal yang boleh dikembangkan hasilnya seumpama system wakaf dalam Islam.
Sementara itu, kata Khairuddin sebagai tambahan, kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dengan mekanisama tertentu yang boleh difikirkan boleh bekerjasama mengukuhkan dana Tabung Amanah tersebut dengan memanfaatkan yayasan-yayasan pendidikan negeri sedia ada.

Polis ganas apabila pemimpin BN zalim
Nik Nasri Nik Malek, | 01 Mei 2012 |
Bersama ratusan ribu rakyat, saya berada di celah-celah lautan manusia menuju ke tempat perhimpunan Bersih 3 berdekatan Dataran Merdeka. Kami datang dari jauh dan dari seluruh pelosok tanahair bukan untuk merusuh, mengganas, memukul dan menendang dan membuat huru-hara. Kami datang dengan satu niat mahu memberitahu kerajaan zalim BN bahawa kami mahukan pilihanraya yang adil dan bersih, yang terkandung dalam 8 tuntutan.
Regim BN hanya memekakkan telinga sedangkan mereka mempunyai peluang untuk membuktikan kesungguhan dan ketelusan berpilihanraya melalui suara majoriti dalam parlimen. Namun, persidangan Parlimen dan apa-apa yang diluluskan dalam Parlimen itu kelihatan hanya memburukkan sangkaan terhadap regim BN. Lantas, di antara cara mengingatkan BN tentang kesombongan ini ialah melalui perhimpunan aman Bersih 3.0.
Betapa Bersih 3.0 ini sememangnya mahukan keamanan boleh dilihat dalam artikel-artikel dalam harakah sebelum Bersih 3.0 yang mahukan rakyat turun ke Bersih 3.0 dengan aman, facebook Presiden PAS yang dicatat pada 24 April 2012: ‘Sekali lagi saya ingin mengesahkan insya Allah saya akan bersama sama di dalam Himpuan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini, saya juga menyeru kepada semua ahli untuk sama berhimpun pada tarikh dan lokasi tersebut, berhimpun dengan penuh kedamaian.’, juga ucapan Dr Syed Azman (dengan kehadiran bersama Salahudin Ayub, Dr Hatta dan lain-lain) yang saya dengar di hadapan Pejabat Agung PAS sebelum kami berjalan menuju ke Dataran Merdeka supaya berjalan dengan baik, mendengar arahan dan jangan membuat perkara di luar arahan pemimpin.
Perkara ini diperkukuh dengan penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bahawa ahli PAS diajar dengan disiplin yang tinggi. Ini juga yang saya lihat berlaku sepanjang perarakan tersebut.
Penuh harmoni, ceria walaupun dalam keadaan agak panas mentari. Cina, Melayu, India dan bangsa lain bersama-sama menyatakan hasrat mahukan pilihanraya adil dan bersih.
Utusan dan TV1,2,3 silap besar apabila menggambarkan Bersih 3.0 itu ganas. Kepala para editor dan ketua pengarangnya dan rakan media yang selubuk dengannya yang dimasuki air itu rupanya masih berada pada tahun 60an. Mereka menyangka rakyat semuanya bodoh seperti mereka mahu menelan apa yang dibohong dan disembunyikan. Ratusan rakaman dalam youtube menjadi saksi kepada kezaliman sebuah regim di bawah pemimpin BN.
Tendang, terajang, dera, pukul. Inikah SOP PDRM? Saya tahu bahawa ada anggota polis yang baik.
Namun, sebahagian anggota muda (mung lulus dok SPM?) inilah barangkali yang agresif membaham rakyat yang tidak bersenjata dan lemah ini. Saya hanya mahu ingatkan anda bahawa Allah Maha Adil. Kezaliman yang dibuat tetap ada balasannya, kalau tidak di dunia tentunya di akhirat.
Dalam keadaan polis yang bertugas dengan penuh ‘dedikasi’, pemimpin BN sedang leka mengaut untung harta negara yang ‘dikasi oleh daddy’.
Kalau ada Umar bin Abdul Aziz, serigala dan kambing boleh berkawan. Tetapi apabila pemimpinnya adalah BN, rakyat dan polis diajak berlawan.
Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.
Sumber HD : 1/05/2012

Jangan sempitkan fatwa untuk demonstrasi sahaja
Harakahdaily, | 07 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihan raya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi.
Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) sebagai mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, semalam berhubung demonstrasi Bersih 3.0.
"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi munkar yang dituntut oleh Islam,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, demonstrasi Bersih 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihan raya negara yang dilihat pincang.
Jelasnya, ia merupakan sebahagian tugas amar makruf nahi munkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam.
Beliau yang juga Adun Manir, Terengganu menegaskan lagi bahawa tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.
Tetapi, tambahnya mereka perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya.
“Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara amar makruf nahi munkar mewakili rakyat," ujarnya.
Sumber HD : 7/05/2012

Hubungan dengan PAS, DAP kafir mu’ahid
Harakahdaily, | 16 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.
Justeru, melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.
Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat,Dr Khairuddin Razali (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, dalam konteks hubungan antara PAS yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.
DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.
Oleh itu, DAP merupakan warga negara Malaysia yang taat.
Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.
Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.
Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.
Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam 4 perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Oleh pakatan antara PAS, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa.
Sumber HD : 16/08/2012

Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan
Datuk Harun Taib, | 18 Ogs 2012 |
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.
Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.
Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.
Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.
Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."
Yakinlah wahai para pejuang islam.
Sekian.

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD : 18/08/2012
Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A: “Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita.”
Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran: “Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu.” (Surah Al-Maidah, 5 : 3)
Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah. Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi.
Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.
Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama. Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh ulama silam. Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.
Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang Berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia. Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama kerajaan.
Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi. Dalam konteks negara demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai parti pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini. Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan sosial di Malaysia.
Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti. Namun, situasi dalam negara demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti Umno Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.
Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.
PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah negara yang demokratik. PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.
PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apa lagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.
Bahkan Allah Taala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.
Penulis ialah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD : 22/09/2012
Sumber HD : 2/10/2012

PAS, Islam dan demokrasi
Muhammad Ismi Mat Taib, | 22 Sep 2012 |
PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia. Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil. Ulama pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam.
Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A: “Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita.”
Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran: “Pada hari ini Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu.” (Surah Al-Maidah, 5 : 3)
Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah. Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi.
Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.
Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama. Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh ulama silam. Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.
Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang Berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia. Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama kerajaan.
Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi. Dalam konteks negara demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai parti pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini. Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan sosial di Malaysia.
Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti. Namun, situasi dalam negara demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti Umno Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.
Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.
PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah negara yang demokratik. PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.
PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apa lagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.
Bahkan Allah Taala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.
Penulis ialah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD : 22/09/2012
Bajet defisit, tambah hutang bercanggah prinsip ekonomi Islam
Dr. Mohd Khairuddin A. Razali, | 02 Okt 2012 |
Merangka perbelanjaan di luar batas pendapatan sehingga berlakunya tunggakan hutang negara adalah bajet defisit yang bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7
•لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا } [الطلاق:7]
Bermaksud: "Hendaklah berbelanja orang yang berkelapangan daripada kelapangannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia berbelanja daripada apa yang diberikan oleh Allah. Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang diberikannya."
Selama berbelas tahun sebelum ini bajet defisit dan laporan kewangan menyaksikan hutang negara yang semakin meningkat. Tunggakan hutang apatah lagi apabila melibatkan negara sangat dibimbangi mendedahkan negara dan kerajaan kepada penguasaan pihak asing.
Justeru itu, Nabi saw berdoa:
اللهم اني اعوذ بك من غلبه الدين وقهر الرجال
Bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung dengan kamu daripada dikelilingi hutang dan daripada penguasaan manusia-manusia lain.
Pada 28 September yang lalu YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentangkan bajet untuk tahun 2013. Sejam selepas itu dan hari berikutnya segunung pujian diberikan kepada Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib. Kenyataan seperti ‘mesra rakyat’, menyeluruh, prihatin, cakna dan segala pujian yang baik dihamburkan oleh pakar-pakar ekonomi termasuk profesor-profesor yang dianggap berkelayakan dan mempunyai autoriti dalam memberikan pendapat berkenaan dengan ekonomi.
Malangnya setiap tahun pujian demi pujian sedangkan hutang makin bertambah sudah hampir belasan tahun. Ini bermakna secara mudahnya pemikiran pembuat bajet lebih kepada menambah hutang bukan ingin membayar hutang. Bahasa yang mudah ekonomi kita tenat dan makin tenat.
Kami kemukakan di sini beberapa noktah agar mudah difahami berkenaan dengan bajet yang baru dibentangkan baru-baru ini:
• Kadar hutang negara makin bertambah. Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas belanja tahun lepas mencecah RM20 bilion. Hutang naik RM456 bilion. Sekarang hutang sudah menjadi RM502 bilion. Semasa pembentangan tiada disentuh langsung oleh pembentang untuk melunas dan melangsaikan hutang. Begitu juga seolah-olah angka hutang dibiarkan ‘tersilent’. Sedangkan angkanya bertambah dari tahun ke tahun dan mengikut statistik terkini hampir menuju ke tahap yang dibenarkan. Jika melebihinya akan menuju kepada muflis. Inilah yang sepatutnya difikirkan oleh pemimpin utama negara supaya tidak terjerumus ke gaung bankrap seperti yang berlaku di Greece.
• Bajet hutang. Sebuah negara yang mengamalkan hutang sehingga menjadi kemestian mengingatkan kita falsafah karut ‘biar papa asal bergaya’. Bayangkan satu keluarga yang mempunyai pendapatan RM4 ribu sebulan, tetapi setiap bulan perbelanjaannya 5 ribu sebulan dengan pelbagai aksesori dan keperluan yang tidak diperlukan sangat. Apa kata kita terhadap keluarga tersebut? Jawapannya kita hilang respek atau penghormatan dan nampak betapa keluarga tersebut gagal menguruskan ekonominya sendiri. Kita akan katakan kepadanya: Hai saudara ukurlah baju di badan sendiri. Inilah yang terjadi kepada negara kita. Hutang, hutang, hutang dan hutang….
• Semangat membayar hutang. Sejauh mana prihatinnya kerajaan dalam membayar hutang sama ada pokok atau bunga (ini kerana dasar ekonomi yang masih terbelenggu dengan sistem ribawi). Berdasarkan setiap kali belanjawan dibentangkan sudah hampir 14 tahun, sentiasa menambahkan hutang. Inilah penyakit dalam pemikiran pemimpin seperti ‘Pak Pandir’ yang berkata: ‘Bukan anak aku sahaja yang mati.’ Justeru, samalah seperti katanya: Bukan aku sahaja yang berhutang tetapi yang terdahulu pun berhutang. Soalnya bila mahu bayar hutang??? Kalaulah rakyat marhaen yang berhutang 10-15 ribu untuk PTPTN, pembelian motorsikal yang lambat bayar sudah pasti bank-bank mengejarnya hingga ke lubang cacing. Justeru, alangkah gembiranya rakyat jika dalam bajet dari tahun ke setahun sentiasa diumumkan pembayaran hutang melebihi dari berhutang seperti kata Menteri kewangan yang akan datang: “Tahun ini kita telah melangsaikan 40 bilion hutang negara. Begitulah setiap tahun yang menunjukkan komited dan ‘kebertanggungjawaban pemimpin yang berada di tampuk kuasa.”
• Bajet tambahan. Hampir setiap tahun kebelakangan ini akan dibentangkan bajet tambahan. Ini menandakan bertambahnya hutang negara. Soalnya mana dia pakar-pakar ekonomi yang begitu cerdik pandai, bertaraf profesor dan sentiasa menghadiri seminar antarabangsa tetapi setiap kali diamanahkan menggubal bajet, angka-angka yang besar dalam bajet tambahan menunjukkan jangkaan amat meleset.
Sudah sampai masanya sebuah keinsafan dipamerkan dalam hati yang takutkan Allah untuk menggubal dan melaksana bajet agar ia benar-benar memberi manfaat semaksimum mungkin kepada rakyat jelata dan negara.
• Mencontohi bajet berhemah Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Sudah sampai masanya pemimpin negara merujuk kepada dasar-dasar ekonomi khalifah Islam yang berjaya seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang mencatatkan kemasukan harta negara yang melimpah ruah sehingga boleh membantu pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat. Hinggakan yang ingin berkahwin pun dapat dibantu. Inilah yang kita dambakan. Pastikan negara sifar hutang bahkan mampu memberi hutang dan membantu negara Islam yang lain.
Semoga bajet yang akan dibentangkan pada tahun hadapan dan seterusnya adalah bajet yang boleh membayar hutang dan melangsaikannya. Dengan iman dan takwa kita yakin pasti boleh kerana janji Allah akan membuka keberkatan-keberkatan daripada langit dan bumi.
Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.

Inflasi dan kesannya kepada rakyat
Abu Ammar & Dr Nadzri Mansor, | 03 Okt 2012 |
Inflasi adalah suatu proses berlakunya peningkatan harga secara umum dan ianya berlaku secara berterusan. Kadar inflasi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur lebih tinggi daripada angka yang diumumkan oleh kerajaan.
Sesetengah pakar perancang kewangan menganggarkan kadar inflasi negara berada pada paras 6% ke atas, namun keadaannya mungkin lebih parah.
Kenapa ianya lebih daripada 6%?
Sekiranya dirujuk kepada fakta perbandingan:
o 30 tahun dahulu, harga sebungkus nasi lemak biasa hanyalah RM0.20 , kandungan yang sama.
o Sekarang: RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak biasa. Kenaikan sebanyak 20% setahun.
Perbandingan ini boleh dirujuk kepada perbandingan tahun 1973 vs 2010.
Kadar dan unjuran inflasi
Kadar dan unjuran Inflasi 2012 yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
O 2010 : 1.65%.
O 2011 : 3.18%
O Ogos 2012: 1.4%.
Secara realiti:nya ia boleh dirujuk kepada perbandingan tahun 1973-2010.O Unjuran 2012: 1.95%.
Bagaimana kadar inflasi ditentukan:
Kadar Inflasi ditentukan melalui:
o INDEKS HARGA PENGGUNA: Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentulkan kadar inflasi.
o IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandinglkan purata harga barangan dan perkhidmatan
o pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun sernasa.
o Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang
o digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure).
Nota;
o Harga purata barangan pengguna perlu disemak kerana penentuan barangan tersebut sebahagiannya adalah barangan yang tidak digunapakai oleh rakyat.
o Oleh sebab itu kadar inflasi kelihatan “cantik” sedangkan rakyat jelata keperitan dengan peningkatan yang melampau.
Faktor penyumbang inflasi:
Umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:
Inflasi tolakan kos:
Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna.
Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.
Inflasi tarikan permintaan inflasi:
Tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan.
Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
o Peningkatan Tingkat Pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan Pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi
o Peningkatan Penawaran Wang. Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.
Inflasi Diimport:
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:
o Peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.
o Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
Penurunan Kadar Pertulkaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
Jangkaan pengguna inflasi:
o Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.
Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.
o Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :
o Inflasi Tolakan Kos: Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi.
Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.
O Inflasi Tarikan Permintaan : Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan.

O Peningkatan dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
Peningkatan Penawaran Wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

o Penurunan Kadar Pertukaran Wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.
o Jangkaan Pengguna Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.

Kesan-kesan inflasi
1. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan kualiti hidup mereka. Seperti terpaksa kerja lebih masa, membuat kerja sampingan dll.
2. Tekanan keperluan hidup mendedahkan rakyat kepada masalah sosial seperti rasuah, penyelewangan, penipuan dan pengabaian tangungjawab.
3. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.
4. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan.
5. Pengurangan pendapatan benarakan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.
6. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi.
7. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku.
8. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya.
9. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.
10. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing.
11.Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.
Langkah-langkah untuk membendung inflasi:
1. Langkah-langkah (1)Fiskal, (2) Kewangan dan (3)Pentadbiran.
2. Dasar Kewangan (Monetary Policy) Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.
3. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barang-barang elektrik, elektronik dan sebagainya.
4. Pentadbiran
a. Tidak Monopoli: Persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.
b. Memperbalki Sistem Pengangkutan Sistem pengangkutan awam. (Rancangan gabungan sistem pengangkutan yang teratur & diurustadbir oleh Kerajaan seperti dikebanyakan negara Eropah)
c. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran. ( Sistem percukaian yang mesra)
d. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
Islam dan inflasi:
Menurut ekonomi Islam, Inflasi tidak akan berlaku kerana Islam melaksanakan sistem keseimbangan dalam ekonomi dan tidak mengamalkan monopoli. Keseimbangan dalam melaksanakan system ekonomi akan menghasilkan suasana ekonomi yang sihat dan terhindar daripada unsur-unsur penindasan dan ketidakadilan. Kunci kejayaan ekonomi Islam dalam membendung inflasi adalah melalui kebebasan dalam perniagaan dan transaksi di dalam negara.
Secara kesimpulannya aktiviti ekonomi yang mampu mewujudkan keseimbangan dalam sistem sosio-ekonomi akan menghindarkan inflasi berlaku dalam negara. Masyarakat Islam tidak semata-mata melayani kehendak-kehendak manusia yang tidak terbatas, namun mengseimbangkan kehendak material dan spritiual manusia secara adil dengan menunaikan kewajiban yang ditetapkan oleh Syariat seperti berzakat dengan kadar yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Ia akan meningkatkan ekonomi ummah itu sendiri. Sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi,masyarakat Islam tetap diwajibkan berzakat dengan tidak dikurangi sedikitpun kadarnya. Ini akan dapat mengukuhkan kembali kedudukan ekonomi negara. Langkah mengutamakan keperluan dan perkhidmatan asas dalam pengeluaran dan pengagihan terlebih dahulu kepada semua lapisan masyarakat adalah prktikal dan akan menjamin keseimbangan dalam ekonomi.
Rakyat akan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Islam tetap membenarkan aspek keselesaan dan kualiti menerusi penggunaan barangan tahsiniyyat dan kamaliyyat. Ianya dibenarkan setelah keperluan asas dapat diselesaikan. Inilah bentuk kesederhanaan Islam dalam aktiviti penggunaan tanpa cenderung kepada permintaan golongan kaya semata-mata tetapi juga golongan miskin yang memiliki kuasa beli yang rendah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel di atas disediakan oleh Unit Kajian Ekonomi, Majlis Penyelidikan, Dewan Ulama PAS Pusat
Abu Ammar Al-Dawood berkelulusan BA Syariah di Yarmouk Universiti dan Master Syariah (Mu`amalat) di UKM. Seorang Pengamal Kewangan Islam yang sering dijemput untuk membentang kertas kerja di seminar tempatan dan antarabangsa. Sekarang bertugas sebagai Eksekutif Kanan di salah sebuah bank antarabangsa.
Dr Nadzri Mansor berkelulusan BA Syariah Yarmouk Univ, Diploma Kehakiman dan Guaman Syar'ei, Master Kaunseling dan PhD Pengurusan Perniagaan. Seorang perunding kanan dan ahli perniagaan sepenuh masa.
Sumber HD : 3/10/2012
“Maka pakar-pakar ekonomi yang begitu menjunjung bajet berkebajikan tersebut dengan manis mulut melambung-lambung pujian kepada kerajaan seolah-olah bajet yang dikurniakan itu merupakan duit dari poket dia sendiri,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar).
Katanya, kenyataan berkenaan dengan bajet one off ini sehingga mencecah angka billion merupakan belanjawan yang bersifat ‘seronok sementara tetapi merana sepanjang masa’.
“Boleh kita ibaratkan seperti seseorang yang kelaparan, kita hanya menjamunya pada waktu tengah hari dan selepas itu ‘bye bye’. Inilah bajet 1 off,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mengemukakan beberapa noktah, antaranya kalau tidak bagipun kepada rakyat, rakyat tidak akan mati dan rakyat tidak kaya dengan RM250 atau RM500.
Justeru, katanya ia bajet pilihan raya untuk meraih undi.
Beliau berkata, bahasa yang digunakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai ‘bajet menyerupai rasuah’.
Tambahnya, rakyat memerlukan wang tetapi yang lebih diperlukan pekerjaan.
“Berapa banyak graduan yang tiada pekerjaan? Berapa banyak yang sepatutnya mengisi guru-guru tetapi diabaikan?
“Berapa banyak jawatan penjawat awam yang tidak mampu diisi dan berlaku kekosongan? Kenapa harga barang tidak diumumkan penurunan?” tanya beliau.
Justeru, menurutnya sudah sampai masanya kerajaan perlu bersikap serius dan bertanggungjawab sepanjang masa bukan hanya one off yang sudah pasti mahu melepaskan tanggungjawab atau dalam bahasa yang lain hanya mahu meraih undi untuk PRU dan mencanangnya sebagai bahan kempen.
“Marilah sama-sama kita menginsafi bahawa belanjawan sebenarnya bukan bersifat sekali makan tetapi perlu dirasai oleh segenap lapisan masyarakat sepanjang tahun melalui insentif yang lebih bersifat umum seperti penurunan harga barang,” katanya.
Sumber HD : 3/10/2012
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin.
Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
“Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud.
Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya.
“Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.
“Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS.
Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.
Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain”.
“Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w,” katanya lagi.
Sumber HD - 22-10-2012
Soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS.
Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika PAS menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang. Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatullah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh.
Moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam PAS dengan mengemukakan persoalan tersebut. Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam PAS tidak boleh ditegur.
Bekas mufti tersebut juga sama dengan moderator ketika menjawab soalan yang dikemukakan tidak mengemukan contoh, bukti dan fakta. Ia adalah tidak adil kepada pimpinan ulama dalam PAS yang dituduh demikian apatah lagi wakil PAS tidak dijemput dalam wacana tersebut. Dipukul dalam keadaan tangan terikat sehingga tidak boleh menjawab terus. Kalau boleh menjawab sekalipun selepas itu, ia dalam keadaan ruang yang sangat terhad.
PAS khususnya para pimpinan ulamaknya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran. Lihat sahaja sikap Datuk Seri Tuan Guru Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam PAS menerima kritikan dan teguran yang keras daripada Prof. Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Prof. Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan PAS.
Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam PAS dengan Ayatullah Khomeini. Semua sedia maklum bahawa PAS berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah. Dua aqidah yang sangat berbeza antara satu sama lain. Pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatullah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi. Jadi tidak peliklah Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.
Ada pun PAS tidak pernah mengajar orang ramai untuk berpandangan demikian. Ulamak dalam PAS berpegang kepada kata-kata Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a. apabila menjadi Khalifah dan Amirul Mukminin bahawa mereka sedia untuk ditegur. Bahkan Saidina Umar r.a. sangat berbangga terhadap rakyatnya apabila ada yang menunjukkan pedang kepada beliau untuk menegurnya jika beliau melakukan kesilapan.
Perlu dijelaskan, tulisan ini bukanlah bermakna Dewan Ulamak PAS Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatullah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta. Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam PAS dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti PAS yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya Allah. Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional.
Dalam masa yang sama PAS sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti. Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan PAS.
PAS merasakan yang tak boleh ditegur ialah pimpinan Umno dan orang-orang yang bersekongkol dengannya. Orang yang tidak bersama dengan PAS biasanya mereka yang tidak berani berdepan dengan teguran secara terbuka dan tidak mahu menerima pandangan dari orang lain. Sebab itu ramai para ulama yang bergerak bersendirian dan mereka sangat bebas menghentam orang lain saja sesuka hati. Suasana ini amat tidak digalakkan dalam Islam.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 25-10-2012

Bajet ‘seronok sementara, merana sepanjang masa’
Harakahdaily, | 03 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Menariknya dalam Bajet 2013 kali ini yang dibentangkan Perdana Menteri didapati bajet ‘one off’ paling banyak dalam sejarah sejak 55 tahun kemerdekaan.
“Maka pakar-pakar ekonomi yang begitu menjunjung bajet berkebajikan tersebut dengan manis mulut melambung-lambung pujian kepada kerajaan seolah-olah bajet yang dikurniakan itu merupakan duit dari poket dia sendiri,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar).
Katanya, kenyataan berkenaan dengan bajet one off ini sehingga mencecah angka billion merupakan belanjawan yang bersifat ‘seronok sementara tetapi merana sepanjang masa’.
“Boleh kita ibaratkan seperti seseorang yang kelaparan, kita hanya menjamunya pada waktu tengah hari dan selepas itu ‘bye bye’. Inilah bajet 1 off,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau mengemukakan beberapa noktah, antaranya kalau tidak bagipun kepada rakyat, rakyat tidak akan mati dan rakyat tidak kaya dengan RM250 atau RM500.
Justeru, katanya ia bajet pilihan raya untuk meraih undi.
Beliau berkata, bahasa yang digunakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai ‘bajet menyerupai rasuah’.
Tambahnya, rakyat memerlukan wang tetapi yang lebih diperlukan pekerjaan.
“Berapa banyak graduan yang tiada pekerjaan? Berapa banyak yang sepatutnya mengisi guru-guru tetapi diabaikan?
“Berapa banyak jawatan penjawat awam yang tidak mampu diisi dan berlaku kekosongan? Kenapa harga barang tidak diumumkan penurunan?” tanya beliau.
Justeru, menurutnya sudah sampai masanya kerajaan perlu bersikap serius dan bertanggungjawab sepanjang masa bukan hanya one off yang sudah pasti mahu melepaskan tanggungjawab atau dalam bahasa yang lain hanya mahu meraih undi untuk PRU dan mencanangnya sebagai bahan kempen.
“Marilah sama-sama kita menginsafi bahawa belanjawan sebenarnya bukan bersifat sekali makan tetapi perlu dirasai oleh segenap lapisan masyarakat sepanjang tahun melalui insentif yang lebih bersifat umum seperti penurunan harga barang,” katanya.
Sumber HD : 3/10/2012
Hina Islam: Umno subahat demi jaga hati MCA
Harakahdaily, | 22 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Ulama Umno sepatutnya mengajar Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa menghina hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Soi Lek selaku Presiden MCA di Perhimpunan Agung MCA ke-59, kelmarin.
Katanya, Chua nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
“Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina hudud,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Begitu juga, jelasnya memperlekehkan hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan Rasul-Nya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah hudud.
Justeru, kata beliau memperlekeh dan menghina hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta hudud dan pembawa risalahnya.
“Jika Umno begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., Umno juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.
“Tetapi Umno nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS.
Buktinya, kata beliau ucapan Chua tersebut dibuat di hadapan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.
Bahkan, ujarnya ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain”.
“Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa Umno bersubahat menolak hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w,” katanya lagi.
Sumber HD - 22-10-2012
Bekas mufti keterlaluan samakan ulama PAS dengan Khomeini
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, | 25 Okt 2012 |
Soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS.
Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika PAS menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang. Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatullah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh.
Moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam PAS dengan mengemukakan persoalan tersebut. Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam PAS tidak boleh ditegur.
Bekas mufti tersebut juga sama dengan moderator ketika menjawab soalan yang dikemukakan tidak mengemukan contoh, bukti dan fakta. Ia adalah tidak adil kepada pimpinan ulama dalam PAS yang dituduh demikian apatah lagi wakil PAS tidak dijemput dalam wacana tersebut. Dipukul dalam keadaan tangan terikat sehingga tidak boleh menjawab terus. Kalau boleh menjawab sekalipun selepas itu, ia dalam keadaan ruang yang sangat terhad.
PAS khususnya para pimpinan ulamaknya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran. Lihat sahaja sikap Datuk Seri Tuan Guru Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam PAS menerima kritikan dan teguran yang keras daripada Prof. Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Prof. Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan PAS.
Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam PAS dengan Ayatullah Khomeini. Semua sedia maklum bahawa PAS berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah. Dua aqidah yang sangat berbeza antara satu sama lain. Pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatullah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi. Jadi tidak peliklah Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.
Ada pun PAS tidak pernah mengajar orang ramai untuk berpandangan demikian. Ulamak dalam PAS berpegang kepada kata-kata Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a. apabila menjadi Khalifah dan Amirul Mukminin bahawa mereka sedia untuk ditegur. Bahkan Saidina Umar r.a. sangat berbangga terhadap rakyatnya apabila ada yang menunjukkan pedang kepada beliau untuk menegurnya jika beliau melakukan kesilapan.
Perlu dijelaskan, tulisan ini bukanlah bermakna Dewan Ulamak PAS Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatullah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta. Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam PAS dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti PAS yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya Allah. Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional.
Dalam masa yang sama PAS sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti. Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan PAS.
PAS merasakan yang tak boleh ditegur ialah pimpinan Umno dan orang-orang yang bersekongkol dengannya. Orang yang tidak bersama dengan PAS biasanya mereka yang tidak berani berdepan dengan teguran secara terbuka dan tidak mahu menerima pandangan dari orang lain. Sebab itu ramai para ulama yang bergerak bersendirian dan mereka sangat bebas menghentam orang lain saja sesuka hati. Suasana ini amat tidak digalakkan dalam Islam.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 25-10-2012
Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun
Harakahdaily, | 25 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali.
Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki di Putrajaya.
"Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh Allah s.w.t akan tampuk pemerintahan.
"Rasulullah s.a.w sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan PAS yang menjadi pegangan kita selama ini," ujar beliau ketika dihubungi.
Menurut beliau lagi, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.
Jelasnya, Saidina Abu Bakar r.a. ketika mula dilantik sebagai khalifah telah mengisytiharkan bahawa beliau sanggup diperbetulkan sekiranya melakukan kesalahan.
Begitu juga, ujarnya Saidina Umar r.a yang mengistiharkan perkara yang sama sehingga rakyatnya menyambutnya dengan keazaman untuk memperbetulkan beliau walaupun dengan mata pedang.
Ulas beliau lagi, pernah berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. dalam peristiwa memerangi golongan yang murtad.
“Walaupun terdapat perbezaan pandangan pada peringkat permulaan tetapi kerana keterbukaan yang ditunjukkan oleh saidina Abu Bakar r.a. dalam perbincangan diantara hujah-hujah yang berbeza maka para sahabat akur.
“Inilah keterbukaan yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan pemerintahan Islam. Dan keterbukaan penghujahan inilah yang akan terus diperjuangkan oleh para Ulamak PAS.
“Begitu juga pada zaman Saidina Umar ketika seorang wanita menegur beliau berkenaan dengan mahar, beliau tidak melenting bahkan mengakui tentang kesilapan beliau dan mengiktiraf pendirian wanita tersebut,” jelas beliau.
Ustaz Harun yang juga Adun Manir menyangkal sama sekali kebimbangan yang tidak berasas bahawa PAS akan mengikut pendekatan Ayatullah.
Beliau menyifatkan kebimbangan itu seperti Nujum Pak Belalang yang meramalkan sesuatu tanpa bukti.
"Kalau perkara yang ditegur atau dikritik itu betul, PAS tidak teragak-agak untuk menerimanya dengan jiwa yang terbuka dan PAS telah membuktikannya, sejarah telah membuktikan bahawa PAS telah sanggup bermuzakarah dengan Umno , dan sejarah telah membuktikannya," katanya lagi.
Beliau berkata, bermuzakarah dan perbincangan merupakan tradisi yang telah diamalkan oleh PAS sejak dari penubuhannya lagi bukan sahaja dari sudut dalaman parti apatah lagi dengan pihak luar yang tidak sealiran dengannya.
Sumber HD- 25-10-2012

Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS
Harakahdaily, | 29 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak.
“Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti dalam satu wacana baru- baru ini,” kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar) kepada Harakahdaily.
Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut.
Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman.
Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: “Demi masa.
Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. (Surah Al-Asr)
Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan.
Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri.
“Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut. Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam,” ujarnya.
Sumber HD - 29-10-2012

Ikon kami Rasulullah, bukan Ayatullah atau Hizbullah
Nik Nasri Nik Malek, | 14 Nov 2012 |
Ketika guru saya, Almarhum Dr Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha, Mufti Jordan bercuti di rumahnya di Eidon, Irbid selepas dua tahun menjadi duta Jordan ke Iran, saya menziarahinya. Antara soalan saya kepadanya: “Apa yang menarik dan boleh diambil manfaat daripada Iran?’ Beliau menjawab: “Ada dua perkara. Pertama, Iran melantik para ulamanya menjadi pengerusi atau orang penting dalam pelbagai agensi kerajaan. Penasihat boleh sahaja dari pakar-pakar tertentu. Kedua sanjungan rakyat terhadap ulama mereka sangat tinggi.”
Beliau juga menceritakan kepada saya, ketika di Iran, beliau menunaikan solat Jumaat di pejabat kedutaannya bersama para pegawai kedutaannya dan asing. Katanya pegawai dari kedutaan Malaysia pun ada solat Jumaat di situ. Khutbah Jumaat dalam bahasa Arab diterjemah dalam bahasa Inggeris untuk manfaat pegawai kedutaan yang tidak faham bahasa Arab.
Dua perkara positif yang disebut oleh Almarhum Mufti Jordan itu baik untuk diteliti. Ulama disanjung dan diberi tempat tertentu bagi mengawalselia perjalanan sesuatu agensi supaya menurut agama. Ulama disanjung bukan bermakna dijadikan tuhan atau maksum atau seperti Ayatullah dan mullah. Ulama disanjung kerana para ulama mewarisi Nabi. Warisan ilmu naqli dan aqli, bukan mewarisi wang ringgit atau pangkat dan darjat. Kedua, ulama berperanan penting dalam memantau perjalanan sesuatu agensi supaya berlaku amanah, tidak berlaku khianat dan penyelewengan. Justeru, bagi para ulama sendiri tentulah mesti mempersiapkan diri dengan ciri-ciri tertentu agar kompeten menerima amanah itu.
Ulama dalam PAS menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah mereka, akidahnya, amalnya, sifat dan akhlaknya. Ulama PAS membaca hadis-hadis Nabi, meneliti sirah Baginda dan menuruti jalannya. Ketua Dewan Ulama dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat telah menjawab seorang bekas mufti yang memberi tanggapan negatif terhadap ulama PAS. Ia mungkin peringatan tetapi kekadang dibaca dan difahami dengan cara yang salah. Oleh itu perlu segera dijawab dan dibetulkan.
Ketika Revolusi Islam Iran meletus dan menjadi perhatian dunia ketika itu, saya masih dibangku sekolah menengah. Ketika di peringkat matrikulasi UKM, agak teruja dengan revolusi itu, bukan kerana syiahnya tetapi kerana suatu revolusi yang menamatkan pemerintahan kuku besi agak lama oleh pemerintah zalim sebelumnya. Sekali lagi, teruja itu bukan kerana syiahnya! Gambar Khomeini diletak di banyak tempat, di dinding almari baju, di atas meja dalam kelas. Dunia Islam kehilangan khilafah. Maka apabila ada sebuah negara yang kelihatan zahirnya diterajui oleh ulama dan orang agama maka tentunya sedikit sebanyak memberi kesan kepada umat Islam di tempat lain. Apatah lagi slogan seperti ‘Amerika Syaitan Besar’, anjuran ‘Hari Quds Sedunia’ dan lain-lain menjadikan umat Islam yang sensitif kepada agamanya agak terkesan.
Malangnya dari sisi yang lain, tanpa sedar atau secara sedar, mereka juga terpengaruh dengan akidah syiahnya lalu berlakulah syiah jadi-jadian atau menganut faham syiah. Yang melampau ialah apabila ada yang sangat celupar mulutnya mengeji dan mencela para Sahabat radhiAllahuanhum ajmain.
Alhamdulillah, walaupun saya ketika itu pernah juga membaca buku ‘Imam Khomeini: The Inspirational Force Of Islam’ dan membaca tulisan Ali Syariati serta beberapa tokoh lain dan pelbagai majalah dan makalah yang sangat cenderung kepada Revolusi Iran ini tetapi tidak pernah pula terfikir dan terdetik untuk menganut fahaman Syiah ini. Yang diambil manfaatnya ialah cara berfikir dan menganalisa yang kritis dan menarik, terutama isu politik antarabangsa dan isu-isu sejagat manusia.
Isu syiah ini seingat saya sudah beberapa kali muncul di Malaysia. Cuma tenggelam timbul. UKM sendiri pernah mengadakan Seminar Ahli Sunnah Dan Syiah Imamiyyah: Aspek Persamaan Dan Perbezaan pada 26 dan 27 Disember 1993. Buku Prosidingnya telah dikeluarkan selepas itu. Resolusinya juga dibuat.
Mutakhir yang berlaku ialah pembebasan Syria oleh FSA dari regim Basyar Assad. Bukan sahaja negara yang tidak percaya tuhan seperti Russia menyokong, termasuk Cina, bahkan Iran dan Hizbullah juga terheret dan terseret sama.
Tulisan Presiden PAS mengenai isu Syria menjelaskan isu yang berlaku dan sikap PAS dalam isu ini. Dr Yusof al-Qaradawi pula dalam khutbah Jumaatnya mengecam Iran dan Hizbullah yang menyokong regim zalim Bashar Asad membunuh rakyatnya sendiri. Peranan Iran dan Hizbullah dalam menyokong regim Basyar ini amat dikesali. Justeru, sekiranya ada ahli PAS atau mereka yang masih membesar-besarkan Hizbullah atau Ayatullah yang menyokong penyembelihan penduduk Sunni di Syria sekarang, maka mereka mesti menarik balik sokongan dan sikap mereka serta akidah mereka itu.
Cukuplah akidah ahli Sunnah waljamaah. Memadailah Fiqh yang muktabar dan para imam yang telah mentelaah. Istiqamahlah dengan PAS sebagai gerakan dan jemaah. Jadikanlah Nabi SAW sebagai qudwah hasanah, bukannya Syiah, Ayatullah, Hasan Nasrullah atau Hizbullah.
Nik Nasri Nik Malek,
Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan,
Dewan Ulama PAS Terengganu
Sumber HD - 14-11-2012
PAS juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan PAS menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.
Doktrin yang perlu ditolak
Menjawab teguran bukan bermakna tidak menerima teguran tersebut. Kadang-kadang jawapan perlu diberikan sebagai satu penjelasan. Doktrin bahawa teguran yang dijawab dianggap tidak diterima harus ditolak. Di samping itu, ada yang menuduh bahawa jawapan yang diberikan adalah reaksi melenting dan melatah. Perlu diingat bahawa senyap, tidak menjawab tidak semestinya bermakna menerima teguran kerana kadang-kadang ia ditolak kerana malas menjawab.
Keras atau lembut dalam menjawab pula adalah berdasarkan teguran yang diberikan. Ini kerana kadang-kadang teguran yang dibuat bukan untuk membaiki tetapi lebih untuk membina persepsi yang buruk terhadap orang yang ditegur.
Justeru itu, tidak pelik jawapan yang diberikan kadang-kadang agak keras. Lihat sahaja kata-kata Saidina Abu Bakar yang keras terhadap Urwah bin Mas'ud, wakil musyrikin Mekah dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah: "Kamu ini manusia yang menghisap kelentik kemaluan berhala al-Latta." Jawapan keras ini dihamburkan oleh Abu Bakar r.a. apabila Urwah menegur Rasulullah s.a.w. yang dilihat ingin menghapuskan dan memusuhi bangsa sendiri (Lihat Sofiy ar-Rahman, 1991).
Undang-undang Islam adalah prinsip dan perjuangan PAS
PAS sebagai sebuah gerakan Islam sentiasa menjaga prinsip dan anjal dalam perkara cabang. Inilah yang diajar oleh Islam dan ditegaskan oleh Muhammad Iqbal, seorang pujangga India bahawa tajdid dan perubahan adalah mesti bertolak daripada keteguhan prinsip dan turathnya. Perkara-perkara yang baik daripada pemikiran baru boleh diambil setelah ditapis dan tidak berlawanan dengan prinsip Islam (Muhammad Iqbal wa manhajuhu fi tajdid al-fikri al-Islami, 2000).
Prinsip dan perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam termasuk undang-undang-undangnya. Ia adalah syariat Allah yang tidak ada kompromi dalam perlaksanaan. Ia adalah prinsip dan perjuangan PAS yang tidak pernah berubah daripada dahulu sehinggalah sekarang.
Semua negara memerlukan undang-undang. Tidak ada negara yang tidak ada undang-undang. Cumanya undang-undang apakah yang hendak dipakai. PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ingin melihat undang-undang Islam dilaksanakan dalam negara ini kerana yakin terhadap keberkesanannya untuk menghapuskan jenayah. Ia adalah undang-undang yang datang daripada Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu apa yang baik dan buruk untuk manusia dan Dia tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah manusia.
Orang Islam perlu meyakini bahawa undang-undang Islam adalah terbaik untuk mencegah manusia melakukan kesalahan dan jenayah. Ia akan memberikan keadilan kepada semua. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman yang menghiasi politik Dunia Muslim akan dapat diatasi dengan undang-undang tersebut. Rakyat yang membenci pemerintahan zalim sekian lama akan merasa aman dengan terlaksananya undang-undang tersebut dan merasai keadilannya.
Keberkesanan undang-undang Islam akan memberikan hak kepada orang yang dizalimi kerana Islam tidak membenarkan berlakunya kezaliman. Orang yang miskin dan melarat akan terjaga kebajikannya dengan diberikan makanan dan keperluan asasi. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah di bawah undang-undang Islam. Bahkan bandar yang kotor akan menjadi menjadi bersih dan pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Ini semua kerana Islam telah dilaksanakan secara menyeluruh termasuk undang-undangnya.
Jangan bina persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam
Rakyat tidak seharusnya dibina dengan persepsi yang buruk terhadap undang-undang Islam. Jangan ditanam persepsi bahawa perlaksanaan undang-undang Islam akan menjadikan negara tersebut negara Mullah. Adalah silap jika berpandangan demikian kerana Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan undang-undang Islam di Madinah dan Madinah bukan negara Mullah.
Kesilapan Taliban ketika memerintah Afghanistan dengan undang-undang Islam tidak boleh menafikan keindahan undang-undang tersebut. Ini kerana mereka terlalu jumud dengan mazhab Hanafi, tanpa melihat mazhab yang lain sehingga dilihat terlalu keras melaksanakan undang-undang Islam. Wanita dipaksa memakai purdah dan dilarang bekerja.
PAS berbeza dengan Taliban kerana PAS mengemukakan undang-undang Islam yang meraikan kepelbagaian pandangan mazhab dalam Islam dengan melihat realiti semasa. Contohnya, PAS mengambil ketetapan bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan ke atas orang bukan Islam. Wanita akan terus dibenarkan bekerja dan dibela. Justeru, jangan jadikan kesilapan Taliban untuk menafikan keindahan undang-undang Islam.
Persoalannya, kenapa perlu dipilih untuk menanam persepsi buruk terhadap undang-undang Islam sedangkan kita ada pilihan untuk membina persepsi yang baik terhadap undang-undang ini. Kenapa perlu dibina persepsi bahawa undang-undang Islam hanyalah membawa mimpi buruk kepada rakyat. Tangan rakyat akan dipotong, ataupun wanita akan direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya.
Jangan ditiru cara UMNO yang membina persepsi buruk terhadap undang-undang Islam. Undang-undang ini jika dilaksanakan akan menghalang pembangunan kerana batu-batu telah digunakan untuk merejam, berlakunya kekacauan dan pengangguran, rakyat boleh makan sup tangan dan lain-lain lagi yang memburukkan undang-undang Islam.
Kita ada pilihan untuk menanam persepsi yang baik kerana undang-undang Islam membawa rahmat dan kebaikan. Tidak akan ada rakyat yang akan dipotong tangannya, disebat dan direjam dengan batu kerana tidak ada lagi orang yang akan sanggup mencuri dan berzina disebabkan gerun terhadap hukuman Allah. Ia adalah pencegahan daripadaNya. Orang-orang yang dizalimi pasti gembira terhadap hukuman Allah ini. Hanya orang yang zalim sahaja tidak senang dengan hukuman Allah.
PAS sentiasa segar dengan ijtihad baru
Walaupun PAS sebagai gerakan Islam sentiasa tegas dengan prinsipnya memperjuangkan undang-undang Islam, PAS sentiasa menilai pendekatannya. PAS memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik termasuklah ijtihad tahalluf siasi. PAS telah lama berijtihad bahawa pilihanraya adalah syari'e walaupun sebahagian gerakan Islam yang lain baru terlibat dengannya. Begitu juga PAS membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya. PAS sentiasa memahami teks dalam kerangka konteks kerana sedar politik terdedah kepada perubahan.
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru politik Malaysia, PAS menggunakan pelbagai pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan tidak pernah digunakan.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan telah lama dilaungkan. PAS melaungkan slogan kebajikan dan khidmat masyarakat sejak sekian lama dan dipertegaskan lagi dalam muktamar yang berakhir baru-baru ini dengan konsep negara berkebajikan. PAS memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat.
Di negeri Kelantan sebagai contoh, kerajaan Pas telah memberikan pelbagai servis kepada rakyat seperti projek Al-It'am (kupon beras percuma), Az-Ziwaj (bantuan perkahwinan), Ladang Rakyat, bantuan armalah (ibu tunggal) dan sebagainya. Kebajikan rakyat sentiasa dijaga di samping penerangan kepada masyarakat tentang Islam dan undang-undangnya sentiasa berjalan dan mendapat sambutan yang baik. Semua yang dilakukan ini adalah untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi perlaksanaan undang-undang Islam di negeri tersebut.
'Arab Spring' tidak merubah prinsip gerakan Islam
Perlu dijelaskan bahawa walaupun 'Arab Spring' berlaku kerana tidak puas hati dengan pemerintah yang zalim tetapi rakyat memilih gerakan Islam untuk menggantikan pemerintahan tersebut. Ini kerana mereka yakin terhadap Islam dan undang-undangnya sebagai alternatif walaupun pilihanraya yang diadakan turut disertai oleh parti-parti yang berbentuk sekular, nasionalis dan sosialis.
Gerakan Islam yang memerintah di negara Arab sekarang ini tidak pernah
mengubah prinsip perjuangan mereka. Dr. Moursi selaku Presiden Parti al-Hurriyyah wal 'Adalah selepas 'Arab Spring' sebelum menjadi Presiden Mesir menegaskan hasrat menegakkan undang-undang Islam ketika muktamar pertama partinya. Setelah menjadi Presiden Mesir, dia juga menyatakan keinginannya untuk melaksanakan undang-undang Islam apabila ditanya dalam satu majlis bersama rakyatnya.
Akhirnya, nasihat dan teguran saya kepada penulis artikel 'Relevankah PAS dalam realiti baru?" supaya jangan menggunakan agama supaya orang ramai makin jauh daripada agamanya. Jangan tanam persepsi buruk di kalangan rakyat terhadap undang-undang Islam atas nama agama sehingga orang takut kepadanya.
Penulis artikel tersebut perlu terbuka untuk menerima nasihat dan teguran ini sebagaimana beliau inginkan orang lain menerima tegurannya. Pun begitu, saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat dan teguran yang beliau berikan.
Penulis adalah pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
Sumber HD - 24-11-2012

PAS sentiasa relevan dalam realiti baru
Khair Mutanazzar Ismail, | 24 Nov 2012 |
PAS adalah parti yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sama ada daripada dalam atau luar parti. Dalam muktamar baru-baru ini, ahli diberikan hak seluas-luasnya untuk menegur pimpinan. Isu penolakan terhadap Kepimpinan Ulamak, penstrukturan semula Harakah, ketegasan dalam perlaksanaan undang-undang Islam dan lain-lain telah menjadi fokus para perwakilan untuk menegur pimpinan. Ia jauh sekali berbanding parti UMNO yang menutup pintu ahlinya untuk menegur.

Ulama pelapis perlu bina keterampilan di usia muda
Harakahdaily, | 10 Dis 2012 |
GOMBAK: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairudin Aman Razali Attakiri (gambar) menggesa ulama pelapis membina keterampilan diri pada usia muda kerana para ulama terkemuka telah menjadi terkenal sebelum mencapai usia 40 tahun.
Katanya, segala ilmu yang dikuasai ialah berdasarkan kepada pembacaan dan penguasaan ketika usia muda.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tajnid al-Judud, program perkaderan Ulamak Pelapis Pusat yang diadakan di KUIZM, kelmarin.
Program itu telah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran peserta yang mencecah 200 orang dari kalangan graduan pengajian Islam.
Ia merupakan program yang dirancang untuk menyusun tenaga baru di kalangan graduan muda untuk membantu Dewan Ulamak khasnya dan PAS amnya.
Menurut Dr. Khairudin lagi, Tuan Guru Presiden PAS telah menjadi popular dengan “Amanat Haji Hadi” ketika usia beliau 38 tahun.
Ini, katanya menandakan usaha menjadi ulama yang terkemuka perlu dibina pada usia yang muda.
“Ketika usia muda, sementara tanggungjawab masih tidak banyak, banyak masa boleh dihabiskan untuk membaca, menulis dan sebagainya,” ujarnya.
Justeru, katanya lagi graduan dalam pengajian Islam perlu memanfaatkan masa dan ruang yang ada dalam membina kemampuan peribadi dari sudut akademik dan membina keterampilan diri sebelum menjadi sibuk dengan tanggungjawab yang banyak akan dipundakkan kepada mereka apabila mencecah usia matang nanti.
Beliau menasihatkan para ulama pelapis, khasnya graduan yang baru agar meminta kerja, bukan menanti kerja datang.
“Bukan mencari jawatan, tetapi mencari kerja untuk membantu gerak kerja Islam,” katanya.
Sumber HD - 10-12-2012

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.
Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.
"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.
"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.
Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.
Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.
Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.
"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.
"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.
"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.
Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.
Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.
Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.
"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-1-2013
KUALA LUMPUR: Tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa, Dewan Ulamak PAS Pusat turut memanfaatkan medium jaringan sosial Facebook untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat.
Dengan pendekatan ini, mereka yang sering kali dipersepsikan dengan gambaran kumpulan berjubah dan berserban, kini cuba untuk lebih dekat dengan masyarakat agar lebih mengenali mereka.
Terbaru, mereka telah mewujudkan laman peminat (fan page) atas nama Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sehingga berita ini ditulis, laman ini sudah mempunyai lebih 11,000 peminat.
(Gambar: Antara grafik kempen yang dimuat naik oleh dewan ulamak untuk dikongsi bersama)
"Selain menyalurkan kenyataan rasmi Dewan Ulamak dalam isu politik, kita juga akan sentiasa berkongsi mutiara ilmu khususnya berkaitan dakwah melalui medium ini.
"Ayuh bersama Dewan Ulamak PAS Pusat, memimpin umat berpandukan wahyu. 'Follow' dan 'Like' kami untuk kita sama-sama berkongsi kebaikannya," kata setiausahanya Dr. Khairudin Aman Razali kepada Harakahdaily.
Menurut Khairudin, laman peminant ini akan diuruskan oleh kumpulan media dewan itu yang diketuai penolong setiausahanya Ust Nazmi Nik Din.
Beliau juga yakin, pendekatan ini mampu membawa suara Dewan Ulamak ke tengah-tengah masyarakat khusnya kepada generasi muda.
Dewan Ulamak PAS Pusat diterajui ketuanya Datuk Tuan Guru Harun Taib, timbalan ketua Datuk Ustaz Haji Ahmad Yakob, naib ketua Datuk Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamad serta ketua penerangan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
"Kita akan cuba untuk memastikan laman ini sentiasa dikemaskini. Saya juga mengalu-alukan masyarakat diluar sana untuk sama ada bertanya soalan mahupun memberi pandangan di fan page ini.
"Kita akan cuba menjawab setiap persoalan yang diajukan dan berkongsi pandangan demi kebaikan semua" ujar Khairudin.
Suburkan ilmu di 'fan page' Dewan Ulamak PAS Pusat
Harakahdaily, | 29 Jan 2013 |

Sumber HD - 29-1-2013
Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.
Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.
Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.
Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.
Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.
Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.
Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.
Hormati pendirian dan prinsip PAS
Harakahdaily, | 17 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.
Lantaran itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.
Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.
Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.
Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.
Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.
Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.
Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-2-2013
MONTAJ DUPP :
Jaminan Islam, Melayu dipertahan dalam Pakatan
Harakahdaily, | 18 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini adalah jaminan bahawa Islam dan Melayu dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.
Dan pihak yang akan mempastikan ianya dipertahankan adalah PAS.
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus pada hari Sabtu yang lalu.
Tuan Guru Abdul Hadi dipetik sebagai berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.
"Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat."
Sebelum ini, Presiden PAS menegaskan, konsep utama dalam Pakatan Rakyat adalah pakatan antara parti-parti di dalamnya iaitu PAS, PKR dan DAP.
Oleh itu, segala apa yang hendak dilaksanakan hendaklah mendapat persetujuan bersama di kalangan mereka.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar atas) percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.
"PAS tetap setia dengan Pakatan selagi mana kepentingan Islam menjadi keutamaan," katanya.
Katanya, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, tegasnya.
"Kami Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung dalam ucapan Datuk Seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan PAS," katanya.
Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang.
Dan pihak yang akan mempastikan ianya dipertahankan adalah PAS.
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus pada hari Sabtu yang lalu.
Tuan Guru Abdul Hadi dipetik sebagai berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.
"Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat."
Sebelum ini, Presiden PAS menegaskan, konsep utama dalam Pakatan Rakyat adalah pakatan antara parti-parti di dalamnya iaitu PAS, PKR dan DAP.
Oleh itu, segala apa yang hendak dilaksanakan hendaklah mendapat persetujuan bersama di kalangan mereka.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar atas) percaya ucapan beliau tersebut adalah tersangat jelas dan ianya merupakan satu jaminan PAS kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia bahawa kepentingan Islam akan terus dipertahankan oleh PAS dan ianya adalah penentu keberadaan PAS dalam Pakatan.
"PAS tetap setia dengan Pakatan selagi mana kepentingan Islam menjadi keutamaan," katanya.
Katanya, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami serta menghayati akan perjuangan dan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Sejarah telah membuktikan betapa konsistennya PAS dalam agenda dan usaha ini, tegasnya.
"Kami Dewan Ulamak PAS Pusat senantiasa akan mempertahankan kepentingan Islam melebihi kepentingan-kepentingan yang lain sepertimana yang terkandung dalam ucapan Datuk Seri Presiden PAS tersebut serta sepertimana yang terkandung dalam perlembagaan PAS," katanya.
Dalam masa yang sama agenda keadilan Islam kepada seluruh bangsa di Malaysia akan terus menjadi dasar perjuangan PAS dalam usaha meruntuhkan kezaliman terutamanya apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno BN sekarang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-2-2013
MONTAJ DUPP :
Sumber TVP - 8-4-2013
PRU13: Dewan Ulamak PAS ingatkan ahli perbetul niat
Harakahdaily, | 10 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengingatkan ahli dan jentera parti agar membetulkan niat perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Setiausaha DUPP, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memilih sistem demokrasi untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia dan memerlukan jentera yang komited untuk mencapai matlamat ini.
"Pada saat suhu politik begitu membahang dan kita telah mengetahui tarikh pilihan raya yang menjadi pilihan PAS dalam menegakkan demokrasi amat wajar para amilin dan petugas pilihan raya membetulkan niat perjuangan untuk menegakkan syiar dan syariat Allah SWT di bumi Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga menegaskan, ahli dan jentera harus bersiap sedia dari semua aspek termasuk kebergantungan kepada Allah bagi memenangi PRU 13.
Katanya, ketika PAS diuji dengan pelbagai pancaroba, mehnah dan tribulasi, seluruh jentera harus bersedia menyumbang tenaga sepanjang tempoh kempen PRU 13.
"Ketahuilah saudara-saudaraku bahawa Islam tidak mungkin dapat ditegakkan jika kita tidak mempunyai kuasa memerintah. Justeru hendaklah sama-sama kita membetulkan niat kerana Allah SWT.
"Ayuh, marilah kita bersiap-siaga dengan merabitahkan (mengikat) hubungan hati sesama kita dan bertawakal (berserah diri) yang mutlak kepada yang Maha Esa setelah segala usahakan semaksimanya telah kita gembeleng.
"Ramuan takwa yang disulami dengan amalan soleh dan usaha yang berterusan sudah pasti menatijahkan kejayaan kita dalam pilihan raya,"katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon PRU13 adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.
Manakala tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
Dr. Khairuddin difahamkan bertanding di salah satu Parlimen di Kuala Terengganu pada PRU13.
Setiausaha DUPP, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memilih sistem demokrasi untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia dan memerlukan jentera yang komited untuk mencapai matlamat ini.
"Pada saat suhu politik begitu membahang dan kita telah mengetahui tarikh pilihan raya yang menjadi pilihan PAS dalam menegakkan demokrasi amat wajar para amilin dan petugas pilihan raya membetulkan niat perjuangan untuk menegakkan syiar dan syariat Allah SWT di bumi Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga menegaskan, ahli dan jentera harus bersiap sedia dari semua aspek termasuk kebergantungan kepada Allah bagi memenangi PRU 13.
Katanya, ketika PAS diuji dengan pelbagai pancaroba, mehnah dan tribulasi, seluruh jentera harus bersedia menyumbang tenaga sepanjang tempoh kempen PRU 13.
"Ketahuilah saudara-saudaraku bahawa Islam tidak mungkin dapat ditegakkan jika kita tidak mempunyai kuasa memerintah. Justeru hendaklah sama-sama kita membetulkan niat kerana Allah SWT.
"Ayuh, marilah kita bersiap-siaga dengan merabitahkan (mengikat) hubungan hati sesama kita dan bertawakal (berserah diri) yang mutlak kepada yang Maha Esa setelah segala usahakan semaksimanya telah kita gembeleng.
"Ramuan takwa yang disulami dengan amalan soleh dan usaha yang berterusan sudah pasti menatijahkan kejayaan kita dalam pilihan raya,"katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon PRU13 adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.
Manakala tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
Dr. Khairuddin difahamkan bertanding di salah satu Parlimen di Kuala Terengganu pada PRU13.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-4-2013
ULAMAK SOKONG BEBANTERS
http://www.youtube.com/watch?v=nQugaKhptI0&feature=youtu.be
CALON PARLIMEN KUALA NERUS - USTZ DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT TAKIRI:
DKART 1 : https://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=295VP9XJfUU&NR=1
DKART 2 : https://www.youtube.com/watch?v=z_GsP7C-Eek
DKART 3 : https://www.youtube.com/watch?v=jQ0g5sCoU7c

No comments:
Post a Comment