Wan Ahmad sudah rancang supaya BN menang? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Adalah malang apabila Datuk Wan Ahmad Wan Omar gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali. “Ketaatan membuta-tuli beliau kepada Umno jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada government of the day dengan taat kepada governing party,” kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar). Beliau merujuk kepada kenyataan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com semalam bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut". Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar - Timbalan Pengerusi SPR
Azmin berkata, kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan Umno dan sistem yang rosak. Katanya, kenyataan sebegini tidak menggambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas. Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu. Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya. Sebaliknya, kata beliau apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan Umno dan Barisan Nasional. “Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil,” katanya. Tambahnya, Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Menurutnya, asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos. “Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011m,” katanya. Katanya lagi, Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan serta merta kerana beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR. Wan Ahmad juga, ujar beliau lagi sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih. Jelasnya, lapan tuntutan Bersih iaitu pembersihan senarai pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil. “Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil,” ujarnya. Beliau menambah, SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah. Katanya, PKR dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil. “Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR. “Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik Umno dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13,” tegasnya. |
Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR 11 Ogos: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah. Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.
Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.
“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.
“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”
“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.
Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini. Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita. “(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” kata Fuziah. Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun. Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian. Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4865-wan-ahmad-bukti-spr-tali-barut-umno
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6212-lawak-besar-siapa-halang-guna-dakwat-kekal
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6819-ubah-polis-tentera-mengundi-di-tempat-awam
Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal? |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman - Mantan Pengerusi SPR
Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak. Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu. Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna. "Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita? "Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu. Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya. "Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” katanya. Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti badan tersebut bagi pengendalian pilihan raya di negara ini. Lebih jauh dari itu, beliau mengakui dakwaan SPR sekarang yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar", namun enggan mencari musuh terutama setelah menjadi pesara sekarang. Beliau juga berkata, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" dan sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu. Menurut Suhaizan, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya bagi mengelakkan pertindihan pengundian dan pembuangan undi dua kali. "Kaedah tersebut ternyata jauh lebih berkesan berbanding penggunaan sistem biometrik yang memerlukan perbelanjaan jauh lebih besar. "Sekiranya dakwah kekal tidak boleh digunakan, apakah kaedah yang boleh dipakai untuk pilihan raya yang telus dan adil di negara kita?" katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6212-lawak-besar-siapa-halang-guna-dakwat-kekal
Ubah polis, tentera mengundi di tempat awam |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengubah tempat pengundian bagi anggota polis dan tentera ke tempat awam. Mahfuz memperlihatkan pemindahan tempat pengundian undi awal itu sangat penting kerana ia dapat mengelak berlakunya tekanan kepada anggota tentera dan polis yang mengundi. "Saya menggesa perubahan tempat pengundian bagi undi awal diubah dari kawasan disiplin tentera atau balai polis dilakukan di kawasan sekolah seperti apa yang dilakukan oleh pengundi awam biasa. "Perkara ini penting kerana ia dapat mengelakkan tekanan ataupun ketakutan kepada anggota tentera serta polis yang ingin membuang undi yang merasakan ada pegawai sedang memerhati mereka membuang undi. "Kebebasan perlu diberikan kepada para undi awal dan kita mahukan keselesaan kepada mereka untuk mereka membuang undi dan cara ini dapat menjadikan mereka melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas," jelasnya yang juga Naib Presiden PAS. Beliau ketika membahas laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung syor penambahbaikan proses pilihanraya, berkata apa yang dicadangkan itu tidak satu pun dilihat mengikat kerajaan dalam perlaksanaannya. "Cadangan yang baik telah dikemukakan oleh PSC tetapi bagaimana kita ingin memastikan SPR dan juga agensi terbabit mematuhi syor yang dicadangkan. "Dalam pada itu apa yang saya lihat syor-syor yang dicadangkan itu tidak mengikat langsung kerajaan untuk melakukannya seperti tempoh masa perlaksanaan malah bila cadangan perlaksanaan. "Saya melihat seolah-olah tiada kesungguhan dari kerajaan untuk melaksanakannya dan saya tidak mahu pembaziran berlaku seperti mana cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja sebelum ini, tiada perlaksanaan tetapi wang habis dibelanja dan ini satu pembaziran. "Saya mahu pada penghujung perbahasan ini akan ada satu ikatan yang dibuat oleh Parlimen agar ia menjadi tanggungjawab kerajaan serta SPR untuk melaksanakannya," ujarnya lagi. Dalam pada itu Mahfuz juga mahu wujud ketelusan media diwujudkan dengan mewujudkan satu stesen televisyen khas untuk setiap kali pilihanraya yang dikendalikan terus oleh SPR. "Wujud media yang telus dengan menyediakan media khas bagi membolehkan parti-parti yang bertanding dapat menyampaikan maklumat mereka kepada rakyat dan ia secara tidak langsung mewujudkan keadilan dalam media," kata beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6819-ubah-polis-tentera-mengundi-di-tempat-awam
PRU13: Dakwat kekal tak cukup, media mesti bebas
Khairul Azlam Mohamad, | 03 Feb 2012 |
MARANG, 3 Feb: Penggunaan dakwat kekal yang bakal dilakukan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti tidak cukup, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, antara perubahan yang terpenting adalah kebebasan media sebagaimana yang dituntut oleh PAS dan Pakatan Rakyat selama ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan New Straits Times di kediamannya di Rusila, hari ini.
Menurutnya, peranan media sangat penting selaku saksi yang bertanggungjawab terhadap keterangan-keterangan yang diutarakan kepada rakyat.
Manakala, katanya rakyat pula bertindak sebagai ‘hakim’ yang adil dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, demokrasi barat telah pun melakukan perubahan dengan cara mengambil pendekatan feqah politik Islam.
Katanya, barat melakukan perubahan dengan memberi hak kepada rakyat membuat pilihan serta menjadi ‘hakim’ yang adil.
Menurutnya, peranan media pula sama seperti peranan saksi di mahkamah yang perlu memberi keterangan nyata dan adil kepada hakim.
“Bagaimana rakyat boleh jadi hakim yang adil sekiranya mereka hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja,” ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.
Menurutnya lagi, liputan media arus perdana terutama media elektronik di negara ini masih berlaku sebelah pihak sahaja.
Bahkan, katanya peranan media cetak juga terhad yang diberikan pemerintah kepada parti-parti bukan kerajaan.
Sumber HD : 4/02/2012

Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu?
Salmah Mat Husain, | 09 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 9 Feb: PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.
(Nik Amar dakwa Wan Ahmad cuba sembunyikan sesuatu)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.
"Kalau SPR betul-betul telus, sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.
Mohamad Amar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.
Katanya, mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.
"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.
Bagi Mohamad Amar, SPR tidak sepatutnya takut untuk membenarkan pemerhati antarabangsa datang memerhatikan perjalanan pilihan raya di negara ini.
"Buktikan pada dunia yang kita ni telus dan terima pemerhati asing," cadang beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.
Mohamad Amar ditemui wartawan selepas majlis perasmian sambutan suami isteri 2012 di Balai Islam hari ini.
Sumber HD : 9/02/2012

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu
Muhammad Faizal, | 13 Feb 2012 |
PETALING JAYA, 13 Feb: Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, di sini petang ini berkata, nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada maklumat di dalam JPN.
"Kita hari ini telah mengambil pendekatan berhubung status 42 ribu nama pendaftar baru yang telah dikenal pasti meragukan agar SPR menghapuskan segera nama-nama tersebut sebelum pilihan raya akan datang.
"Kebimbang ini ditimbulkan kerana setelah pemeriksaan dilakukan di JPN kita dapati tiada maklumat diperolehi berhubung dengan nama-nama pemilih yang telah didaftarkan itu," jelasnya.
Tambahnya lagi, penambahan daftar pemilih secara mendadak berlaku di Selangor, malah di Wilayah Persekutuan juga terdapat enam ratus pemilih yang telah didaftarkan di alamat yang sama.
"Kita mengesa agar semua pihak diberi tanggungjawab meneliti senarai daftar pemilih baru kerana kita tidak mahu wujud penipuan dalam daftar penilih demi untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.
"SPR perlu telus dalam melakukan sesuatu tugas dan mereka tidak perlu tunduk kepada pihak lain," katanya lagi.
Anwar turut memberitahu, Pakatan Rakyat juga bersetuju agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi meneliti kembali status kewarganegaraan yang telah diberikan kepada pendatang asing.
"Kita mahu suruhanjaya diwujudkan segera bagi meneliti kembali hak kewarganegaraan yang diberikan kepada pendatang asing bagi menilai sama ada ia layak ataupun tidak.
"Penubuhan ini perlu kerana kita dapati terlalu banyak nama-nama yang meragui dan dalam masa yang sama kita tidak mahu sebagai agende politik kerajaan Barisan Nasional maka negara ini mudah tergadai melalui pemberian status warganegara," kata beliau lagi.
Ketua Umum PKR itu turut menekankan wakil Pakatan Rakyat di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan terus mendesak PSC agar SPR lebih bersikap telus serta membatalkan senarai nama tersebut sebelum tibanya pilihan raya umum akan datang.
Sumber HD : 13/02/2012
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kerajaan BN bertanggungjawab di atas kegagalan 3.7 juta rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi yang mana 2 juta ialah Melayu Bumiputera.
60 peratus daripada jumlah itu adalah mereka berusia bawah 40 tahun.
“Fenomena ini amat merbahaya kepada hala tuju negara pada masa hadapan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, pemimpin BN telah mematikan minat politik di kalangan rakyat di negara ini untuk menjadi pengundi.
Beliau berkata, budaya takut disuburkan di dalam masyarakat sehingga rakyat lebih suka menjadi pemerhati sahaja daripada menangung risiko.
Tambahnya, ceramah dan pendedahan isu semasa yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk berpolitik cuba dihalang.
Katanya, faktor tekanan hidup yang memaksa rakyat hanya bersikap untuk mencari keperluan hidup dahulu sehingga mereka tidak memperdulikan soal daftar pemilih.
Menurutnya lagi, mereka bertungkus lumus bekerja siang malam untuk survival keluarga akibat kenaikan harga barang.
Begitu juga, ujarnya program yang dihidangkan kepada rakyat terutama generasi muda yang tidak membangunkan minda kesedaran berpolitik.
“Ia lebih kepada program khayalan dan tidak membangunkan intelektual, walau pun pada asalnya ia bertujuan supaya remaja khayal dan tidak mempedulikan soal rasuah, ketirisan, pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin BN,” ujarnya.
Akibatnya, kata beliau ia telah menjadi senjata makan tuan, sehingga ramai remaja tidak mendaftar.
“Berapa banyak pelajar yang belajar di universiti yang tidak memperdulikan politik kampus dan tidak turun mengundi,” katanya.
Katanya, mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku di dalam kampus, malahan terpaksa pihak Hal Ehwal Pelajar mewajibkan pelajar turun mengundi.
“Semua ini gara-gara pemimpin BN hanya menyuruh pelajar menumpukan kepada pelajaran, tanpa mempedulikan apa yang berlaku sekeliling mereka, akhirnya perkara ini terbawa-bawa pula ketika mereka keluar daripada universiti sehingga tidak memperdulikan soal daftar pemilih,” katanya.
Sumber HD : 14/02/2012

BN matikan minat rakyat jadi pengundi
Harakahdaily, | 14 Feb 2012 |

Harakahdaily, | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan warna dakwat kekal yang berbeza bagi undian awal dan undian biasa di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di dalam Sinar Harian hari ini yang beranggapan dengan pembezaan warna dakwat kekal itu akan dapat mempastikan kelancaran proses pengendalian pilihanraya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.
“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap menolak penggunaan dakwat yang berbeza untuk pengundian pada kali ini kerana masih ada ruang-ruang untuk manipulasi penipuan akan berlaku sekiranya penggunaan dakwat berbeza ini dilaksanakan,” katanya kepada Harakahdaily.
Contohnya, kata beliau sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan bahawa ada dalam kalangan pengundi pos dari kalangan penjawat awam seperti tentera dan polis serta lain-lain juga mempunyai kelayakan untuk mengundi sebagai pengundi awam kerana mereka mempunyai dua pengenalan diri.
Tambahnya, penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda.
Justeru, ujarnya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan SPR supaya jangan bersikap ‘bodoh sombong’ dan perlu belajar dengan negara-negara lain yang lebih mampu menguruskan hal-hal pilihan raya yang lebih telus dengan skala pengundi yang lebih besar.
Beliau berkata, pihaknya mempertegaskan kepada pihak SPR supaya menggunakan hanya satu warna dakwat kekal sahaja di dalam pilihanraya umum nanti selain mempastikan buku daftar pemilih pengundi telah ‘diputihkan dan dibersihkan’ sepenuhnya.
Sumber HD : 16/02/2012
KETEREH, 28 Mac: Perbicaraan bantahan pengundi pos di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam semalam mencetus tidak puas hati pembantah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan borang A yang difotostep (salinan).
Pada perbicaraan hari pertama (kelmarin) pembantah mengesan tandatangan pemohon pengundi pos tidak sama dengan borang yang ada pada SPR.
Keadaan itu menyebabkan pengadil yang terdiri daripada Pengarah SPR Kelantan, Mohamad Mahmood dan dua lagi pegawai kanan SPR menerima bantahan dibuat.
“Bagaimanapun disebabkan tandatangan borang A yang ada pada pemohon tidak sama dengan borang dimiliki SPR menyebabkan taktik baru pula dikesan dengan menampilkan borang A yang difotostep semalam.
“Saya hairan bagaimana pengadil boleh menerima pakai borang yang hanya difotostep. Kemungkinannya taktik itu dibuat bagi mengelak pembantah dapat mengesan tandatangan yang berbeza.
“Malah semalam juga perbicaraan empat isteri anggota tentera yang tidak membawa borang asal ditunda seketika, tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba SPR memberitahu bantahan ditolak,” kata Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood (gambar).
Menurutnya ditemui juga ada anggota tentera yang dikesan sudah bersara turut disenarai sebagai pengundi pos di Dun Kok Lanas.
Kata beliau 10 bekas tentera tersebut selepas disemak di kem tempat bertugas didapati sudah menamatkan perkhidmatan, namun muncul pula sebagai pengundi pos baru.
Pada perbicaraan semalam juga 10 isteri anggota tentera hanya memiliki borang A yang difotostep. Ekoran itu menyebabkan perbicaraan kes berkenaan ditunda.
Turut ditemui pembantah ada isteri anggota tentera yang bertugas di negeri lain termasuk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga disenarai sebagai pengundi pos di Kem Desa Pahlawan.
Ada juga kes ditemui anggota tentera yang mengaku berpindah ke negeri lain disenarai sebagai pengundi pos baru.
Malah lebih meragukan apabila ditemui seorang pengundi bernama Rosli Abdul Rashid didapati mempunyai tempat mengundi di dua lokasi berlainan iaitu di Kem Desa Pahlawan dan Pangkal Kalong.
Nik Mahadi berkata, pada perbicaraan tiga hari itu ditemui 17 bekas anggota tentera yang sudah bersara disenarai sebagai pengundi pos baru.
“Saya amat berharap SPR menyelidik terlebih dahulu permohonan pengundi pos kerana sudah terbukti ada tentera yang sudah bersara disenarai semula sebagai pengundi pos.
“Begitu juga pengundi pos di kalangan isteri anggota tentera hendaklah dibuat secara telus kerana banyak kes mereka tidak pernah memohon mengundi pos.
“Persoalannya siapa yang memohon bagi pihaknya kalau bukan sindiket yang ada kaitan dengan parti pemerintah,” katanya.
Bas TUDM
Isteri anggota tentera yang hadir pada perbicaraan hari ini dilihat datang dengan bas milik Tentera Udara Malaysia yang berpangkalan di Gong Kedak, Jertih.
Malah ramai suami (anggota tentera) mengasuh anak kecil ketika isteri memasuki bilik perbicaraan.
Difahamkan ada pihak yang membiayai kedatangan mereka biar pun tidak kelihatan wakil Umno berada di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Perbicaraan senarai pengundi pos bagi suku keempat itu membabitkan seramai 129 pemilih termasuk tiga pengundi awam.
Sumber HD : 28/03/2012
PETALING JAYA, 30 Mac: Gabungan beberapa NGO yang menjalankan audit bebas daftar pemilih mendapati Kuala Lumpur adalah kawasan paling tinggi mempunyai pemilih yang tidak dikenal pasti menurut alamat yang direkodkan dalam daftar pemilih suku ke-4 2010 iaitu sebanyak 70 peratus.
Mengekorinya pula adalah Selangor dengan 45 peratus, Melaka (38%), Johor (32%), Negeri Sembilan (31%) dan negeri-negeri lain di bawah 30 peratus.
Keseluruhannya, hanya 74 peratus sahaja daripada responden di seluruh negara boleh dijejaki sama ada bertemu dengan mereka di rumah atau mendapat pengesahan dikenali oleh jiran.
Manakala 26 peratus lagi adalah tidak dapat dijejaki atau disahkan.
Dapatan itu direkodkan oleh NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre yang menjalankan audit daftar pemilih pada Disember 2010 lalu.
Kajian dibuat terhadap 2,400 responden melibatkan 60 kawasan parlimen di seluruh negara.
Hasil kajian audit mereka itu didedahkan pada satu sidang media hari ini.
Kajian itu juga mendapati, wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah manakala 92 peratus lagi adalah sah dan dikenalpasti.
Alamat yang tidak diketahui paling tinggi juga di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, Negeri Sembilan 26 peratus manakala Selangor 14 peratus.
Sumber HD : 30/03/2012
KLIK IMEJ
Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi.
Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan.
Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi.
Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.
Perkara yang sama ini harus diulangi di Selangor pada bulan Jun ini kiranya kita mahu kekal memerintah Selangor.
Untuk membaca laporan ini dalam bentuk pdf, sila klik di sini
Sekian
Tulang Besi
Sumber HD : 10/04/2012
Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu.
Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa!
Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara.
Tindakan penipuan ini, termasuk persoalan menjual kerakyatan demi undi, adalah merupakan satu tindakan khianat yang wajib dikutuk semua pihak.
Sepertimana yang diketahui umum, semua calon-calon UMNO bertanding melawan calon Melayu juga, samada dari PAS atau PKR.
Oleh itu, jumlah kerusi yang akan dipegang oleh wakil rakyat Melayu tidak akan berkurangan. Ianya akan tetap sama.
Yang bezanya ialah yang pernah dipegang oleh Melayu UMNO akan dipegang pula oleh Melayu PAS atau PKR. Oleh itu persoalan kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu tidak timbul.
Soal demi Melayu adalah hanya satu pembohongan sepertimana juga persoalan rasuah diambil demi Melayu! Kalau Melayu tidak ambil rasuah, nanti orang lain ambil!
Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya?
Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini berhubung daftar pemilih.
Ada juga yang terus diajar UMNO bahawa penipuan, rasuah, fitanh dan sebagainya adalah kebiasaan dalam alam politik.
Politik sememangnya kotor, kata mereka lagi; dan siapa sahaja yang memimpin, mereka akan buat juga sepertimana UMNO sedang lakukan sekarang. Dalam erti-kata lain, 2x5, 5x2 dan oleh itu tidak perlu membawa perubahan.
Golongan sebegini, yang bercakap kononnya untuk membela nasib orang Melayu dan adalah pejuang Melayu sebenarnya menghina bangsa Melayu dan ingin bangsa sendiri hancur atas sebab akhlak buruk yang dikekalkan.
Mereka beranggapan bahawa bangsa Melayu ini sebagai bangsa yang paling tidak bertamaddun di dunia sehingga tidak mampu membebaskan diri dari amalan-amalan terkutuk seperti rasuah, fitnah, perkauman, salah guna kuasa dan sebagainya.
Masyarakat Melayu perlu melepaskan diri mereka dari fahaman sebegini dan yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin yang bersih dari sifat-sifat terkutuk seperti di atas.
Memang benar bahawa tiada yang maksum, tetapi itu bukan alasan untuk terus menyokong pemimpin yang mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka oleh rakyat.
Kelemahan pasti ada dan setiap kelemahan perlu ditegur dan diperbetulkan, bukan ‘diharuskan’ atas alasan tiada yang maksum!
PAS bersama PR memberikan harapan baru kepada masyarakat Melayu. Bersama kita menawarkan saff pimpinan Melayu yang bersih dari rasuah dan sifat-sifat terkutuk seperti yang disebutkan.
Pada masa yang sama sesiapa yang terbukti bersalah melakukan rasuah dan penyelewengan akan dikenakan tindakan dan ditolak.
Hanya yang tidak yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan kepimpinan bersih dan berakhlak akan menolak tawaran PAS dan PR.
Sambil yang yakin dengan kemampuan bangsa, berdasarkan ajaran Islam, akan menyokong dan menerima PAS dan PR. Pilihan ditangan anda.
WaLlahu 'Alam
----------------------------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam yang juga AJK PAS Pusat.
Sumber HD : 19/04/2012

Proses bicara pengundi pos di Ketereh tercemar?
Harakahdaily, | 28 Mac 2012 |

Kajian: 70% pemilih di KL tidak dapat dijejaki
Harakahdaily, | 30 Mac 2012 |
PETALING JAYA, 30 Mac: Gabungan beberapa NGO yang menjalankan audit bebas daftar pemilih mendapati Kuala Lumpur adalah kawasan paling tinggi mempunyai pemilih yang tidak dikenal pasti menurut alamat yang direkodkan dalam daftar pemilih suku ke-4 2010 iaitu sebanyak 70 peratus.
Mengekorinya pula adalah Selangor dengan 45 peratus, Melaka (38%), Johor (32%), Negeri Sembilan (31%) dan negeri-negeri lain di bawah 30 peratus.
Keseluruhannya, hanya 74 peratus sahaja daripada responden di seluruh negara boleh dijejaki sama ada bertemu dengan mereka di rumah atau mendapat pengesahan dikenali oleh jiran.
Manakala 26 peratus lagi adalah tidak dapat dijejaki atau disahkan.
Dapatan itu direkodkan oleh NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre yang menjalankan audit daftar pemilih pada Disember 2010 lalu.
Kajian dibuat terhadap 2,400 responden melibatkan 60 kawasan parlimen di seluruh negara.
Hasil kajian audit mereka itu didedahkan pada satu sidang media hari ini.
Kajian itu juga mendapati, wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah manakala 92 peratus lagi adalah sah dan dikenalpasti.
Alamat yang tidak diketahui paling tinggi juga di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, Negeri Sembilan 26 peratus manakala Selangor 14 peratus.
Sumber HD : 30/03/2012
Kisah Benar: Pengundi Hantu Marang 1990
http://www.malaysiawaves.com/, | 10 Apr 2012 |
KLIK IMEJ
Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi.
Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan.
Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi.
Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.
Perkara yang sama ini harus diulangi di Selangor pada bulan Jun ini kiranya kita mahu kekal memerintah Selangor.
Untuk membaca laporan ini dalam bentuk pdf, sila klik di sini
Sekian
Tulang Besi
Sumber HD : 10/04/2012
Penipuan daftar pemilih demi Melayu?
Khalid Samad, | 19 Apr 2012 |
Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu.
Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa!
Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara.
Tindakan penipuan ini, termasuk persoalan menjual kerakyatan demi undi, adalah merupakan satu tindakan khianat yang wajib dikutuk semua pihak.
Sepertimana yang diketahui umum, semua calon-calon UMNO bertanding melawan calon Melayu juga, samada dari PAS atau PKR.
Oleh itu, jumlah kerusi yang akan dipegang oleh wakil rakyat Melayu tidak akan berkurangan. Ianya akan tetap sama.
Yang bezanya ialah yang pernah dipegang oleh Melayu UMNO akan dipegang pula oleh Melayu PAS atau PKR. Oleh itu persoalan kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu tidak timbul.
Soal demi Melayu adalah hanya satu pembohongan sepertimana juga persoalan rasuah diambil demi Melayu! Kalau Melayu tidak ambil rasuah, nanti orang lain ambil!
Persoalannya sekarang ialah jenis pemimpin Melayu yang bagaimana yang ingin disokong oleh masyarakat Melayu di Negara kita ini? Melayu rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah atau yang sebaliknya?
Sekiranya yang rasuah, perkauman, fitnah dan tidak amanah adalah pilihan hati sekalipun, ianya tidak merupakan hujjah untuk menyokong tindakan penipuan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini berhubung daftar pemilih.
Ada juga yang terus diajar UMNO bahawa penipuan, rasuah, fitanh dan sebagainya adalah kebiasaan dalam alam politik.
Politik sememangnya kotor, kata mereka lagi; dan siapa sahaja yang memimpin, mereka akan buat juga sepertimana UMNO sedang lakukan sekarang. Dalam erti-kata lain, 2x5, 5x2 dan oleh itu tidak perlu membawa perubahan.
Golongan sebegini, yang bercakap kononnya untuk membela nasib orang Melayu dan adalah pejuang Melayu sebenarnya menghina bangsa Melayu dan ingin bangsa sendiri hancur atas sebab akhlak buruk yang dikekalkan.
Mereka beranggapan bahawa bangsa Melayu ini sebagai bangsa yang paling tidak bertamaddun di dunia sehingga tidak mampu membebaskan diri dari amalan-amalan terkutuk seperti rasuah, fitnah, perkauman, salah guna kuasa dan sebagainya.
Masyarakat Melayu perlu melepaskan diri mereka dari fahaman sebegini dan yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin yang bersih dari sifat-sifat terkutuk seperti di atas.
Memang benar bahawa tiada yang maksum, tetapi itu bukan alasan untuk terus menyokong pemimpin yang mengkhianati amanah yang diserahkan kepada mereka oleh rakyat.
Kelemahan pasti ada dan setiap kelemahan perlu ditegur dan diperbetulkan, bukan ‘diharuskan’ atas alasan tiada yang maksum!
PAS bersama PR memberikan harapan baru kepada masyarakat Melayu. Bersama kita menawarkan saff pimpinan Melayu yang bersih dari rasuah dan sifat-sifat terkutuk seperti yang disebutkan.
Pada masa yang sama sesiapa yang terbukti bersalah melakukan rasuah dan penyelewengan akan dikenakan tindakan dan ditolak.
Hanya yang tidak yakin akan kemampuan bangsa untuk menghasilkan kepimpinan bersih dan berakhlak akan menolak tawaran PAS dan PR.
Sambil yang yakin dengan kemampuan bangsa, berdasarkan ajaran Islam, akan menyokong dan menerima PAS dan PR. Pilihan ditangan anda.
WaLlahu 'Alam
----------------------------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam yang juga AJK PAS Pusat.
Sumber HD : 19/04/2012
Larang barong, ejen mudahkan penipuan
Hazayani Zakaria, | 20 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 berpendirian kelulusan beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh Parlimen semalam semalam akan memberikan kesan besar terhadap ketelusan pilihan raya akan datang.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, empat pindaan itu diluluskan dengan sangat pantas.
Empat pindaan itu ialah menghapuskan barong (pondok panas) pada hari mengundi, kebenaran mengeluarkan sebarang risalah bercetak tanpa perlu menyatakan siapa pengeluarnya, ejen tempat mengundi atau ejen mengira bagi seseorang calon menjalankan tugas mereka tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mereka tidak dibenarkan berada di barong untuk membantu pengundi menyemak nama mereka.
"Pindaan-pindaan kepada akta kesalahan pilihan raya 1954 telah diluluskan oleh Parlimen dengan kepantasan yang menakjubkan. Ia mengandungi pindaan-pindaan yang memberi kesan yang amat besar kepada ketelusan proses pilihan raya semasa hari mengundi nanti," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini.
Ambiga berkata, kebenaran risalah seperti kain rentang dan poster tanpa nama itu bertentangan dengan tuntutan Bersih yang mahu politik kotor dihentikan.
"Pengguguran seksyen 11 (C) iaitu kebenaran poster tanpa nama menggalakkan lagi politik kotor kerana semua pihak berani mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana tidak perlu menyatakan dari parti mana poster itu," katanya yang juga Pengerusi Majlis Peguam.
Ambiga turut mempersoal larangan mewujudkan barong dan larangan ejen tempat mengundi berada di barong kerana ia boleh menyebabkan penipuan dalam pilihan raya.
"Jika tiada ejen tempat mengundi, siapa yang akan periksa dakwat kekal? boleh berlaku penipuan kerana ejen tidak dapat melihat siapa yang sudah dicalit dakwat dan siap yang belum.
"Mereka luluskan tuntutan penggunaan dakwat kekal tapi pengawasannya kurang," katanya.
Justeru beliau berkata, Bersih 3.0 adalah sangat perlu kerana masih berlaku perkara-perkara yang meragukan mengenai proses pilihan raya.
"Ini membuktikan bahawa Bersih 3.0 adalah penting dan amat diperlukan. Ini menunjukkan bahawa kami adalah benar dalam menyatakan bahawa pilihan raya yang akan datang akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara kita," katanya.
Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas dibahaskan selama lebih tujuh jam.
Sumber HD : 20/04/2012
Tidak mustahil sekiranya Indek Persepsi Rasuah (CPI) yang bakal dikeluarkan oleh Tranperancy International (TI) nanti menunjukkan penurunan yang lebih teruk daripada sekarang kerana badan yang sepatutnya bertindak bebas dipimpin oleh mereka yang berpihak.
Perkembangan ini sudah tentu menambahkan lagi ketidakpercayaan rakyat terhadap SPR yang terus dipertikaikan seperti isu daftar pemilih yang kotor undi dan pos yang memihak kepada pemerintah.
Justeru Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR digesa agar meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta bagi memulihkan persepsi masyarakat terhadap badan yang penting dalam menentukan parti pemerintah dan kerajaan Malaysia pada PRU yang akan datang ini.
*Penulis adalah Presiden Intelek Malaysia merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
Sumber HD : 27/04/2012
Sumber HD - 13-12-2012
KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.
Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.
Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.
Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.
“Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya.
“Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti,” katanya di sini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.
Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.
Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.
Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.
“Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil.
“Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.
“Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama,” katanya.
Sumber HD - 1-4-2013

Abdul Aziz, Wan Ahmad cabul integriti SPR
Khairul Faizi Ahmad Kamil, | 27 Apr 2012 |
Pendedahan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa Pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan juga Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah anggota kepada sebuah parti politik telah mengejutkan banyak banyak pihak.
Walaupun pada peringkat awalnya Pengerusi SPR cuba menafikan bahawa beliau adalah merupakan seorang ahli kepada parti politik namun apabila pendedahan dibuat berserta dengan nombor keahlian dan cawangannya maka beliau cuba berdolak-dalih dengan menyatakan bahawa berkemungkinan beliau tidak begitu mengingati bahawa beliau pernah menjadi ahli parti politik UMNO pada satu masa dahulu.
Walau apapun hujah yang dikemukakan oleh Tan Sri Abdul Aziz kepada massa berkaitan dengan keahliannya dalam parti politik, ia tetap dilihat sebagai suatu pencabulan integriti dalam sistem piliharaya di Malaysia.
Sukar untuk mempercayai bahawa Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR akan bertindak telus dalam menjalankan tugas mengendalikan pilihanraya apabila mereka sebenarnya menganggotai salah sebuah parti yang bertanding lebih-lebih lagi parti pemerintah yang sudah pasti mengharapkan agar mereka diberikan ruang untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.
Perkara ini sudah pasti menjatuhkan kredibiliti SPR di mata rakyat malah di peringkat antarabangsa. SPR akan menjadi sebuah badan yang tidak diyakini oleh semua pihak serta boleh mengikis kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.
Walaupun pada peringkat awalnya Pengerusi SPR cuba menafikan bahawa beliau adalah merupakan seorang ahli kepada parti politik namun apabila pendedahan dibuat berserta dengan nombor keahlian dan cawangannya maka beliau cuba berdolak-dalih dengan menyatakan bahawa berkemungkinan beliau tidak begitu mengingati bahawa beliau pernah menjadi ahli parti politik UMNO pada satu masa dahulu.
Walau apapun hujah yang dikemukakan oleh Tan Sri Abdul Aziz kepada massa berkaitan dengan keahliannya dalam parti politik, ia tetap dilihat sebagai suatu pencabulan integriti dalam sistem piliharaya di Malaysia.
Sukar untuk mempercayai bahawa Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR akan bertindak telus dalam menjalankan tugas mengendalikan pilihanraya apabila mereka sebenarnya menganggotai salah sebuah parti yang bertanding lebih-lebih lagi parti pemerintah yang sudah pasti mengharapkan agar mereka diberikan ruang untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.
Perkara ini sudah pasti menjatuhkan kredibiliti SPR di mata rakyat malah di peringkat antarabangsa. SPR akan menjadi sebuah badan yang tidak diyakini oleh semua pihak serta boleh mengikis kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.
Tidak mustahil sekiranya Indek Persepsi Rasuah (CPI) yang bakal dikeluarkan oleh Tranperancy International (TI) nanti menunjukkan penurunan yang lebih teruk daripada sekarang kerana badan yang sepatutnya bertindak bebas dipimpin oleh mereka yang berpihak.
Perkembangan ini sudah tentu menambahkan lagi ketidakpercayaan rakyat terhadap SPR yang terus dipertikaikan seperti isu daftar pemilih yang kotor undi dan pos yang memihak kepada pemerintah.
Justeru Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR digesa agar meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta bagi memulihkan persepsi masyarakat terhadap badan yang penting dalam menentukan parti pemerintah dan kerajaan Malaysia pada PRU yang akan datang ini.
*Penulis adalah Presiden Intelek Malaysia merangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
Sumber HD : 27/04/2012
Tamparan hebat buat pengerusi SPR, timbalan
Tarmuzi Nek, |
Penarikan balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah bukti kukuh bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak layak memegang jawatan masing-masing.
Rang undang-undang tersebut telah dibuat secara membuta-tuli. Jika tidak pasti ia akan disokong oleh ahli-ahli parlimen BN, juga secara membuta-tuli. Pengerusi dan timbalannya telah ‘buta dan tuli’. Ini adalah alasan kukuh untuk mereka melepaskan jawatan.
Saya benar-benar kagum dengan sikap Timbalan Pengerusi SPR dalam respons segera melalui media, dia berkata bahawa rang undang-undang itu telah dicadangkan dengan niat untuk memperbaiki sistem pilihan raya.
“SPR faham masalah-masalah yang dihadapi kerana kakitangan SPR tahu apa yang berlaku dan bagaimana untuk melaksanakan tugas. Jika tidak, pasti SPR tidak akan mencadangkan sesuatu yang boleh membawa kepada lebih masalah,” katanya, menegakkan benang basah. Beliau begitu kental dengan keegoannya.
Wahai pengerusi SPR dan timbalan, jika tidak mahu melepaskan jawatan, tolonglah transformasikan diri sendiri dan organisasi. Libatkanlah pihak-pihak yang berkepentingan apabila perlu.
Sumber HD : 10/05/2012

Daftar pemilih: JPN, SPR jangan ‘pekak badak’
Harakahdaily, | 18 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai ‘pekak badak’ dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih ‘kotor dan tidak bersih’ dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.
“Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar).
Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan ‘kecuaian’ JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.
Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.
Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat ‘kecuaian’ yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu ‘bantuan’ daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.
Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.
Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.
Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.
“Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 18/05/2012

Wan Ahmad angkuh tolak kajian Merdeka Center
Harakahdaily, | 28 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak hasil kajian Merdeka Center sebagai angkuh.
Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses pilihanraya di Malaysia.
“Seharusnya Timbalan Pengerusi SPR tersebut berterima kasih di atas kajian tersebut yang mana ianya suatu 'check and balance' kepada SPR,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar).
Katanya, SPR kini menghadapi situasi yang mana kepercayaan rakyat kepada institusi tersebut semakin terhakis.
Menurutnya, beberapa insiden seperti isu kad pengenalan sementara, daftar pemilih ragu, pengundi hantu telah meletakkan SPR bukan lagi suatu badan yang boleh dipercayai dan ketelusan SPR dalam menguruskan pilihanraya semakin diragui.
Beliau berkata, SPR juga dilihat ingin menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan segala tindakannya yang dilihat berat sebelah.
“Kajian Merdeka Center ini sepatutnya dijadikan muhasabah buat SPR kerana inilah suara respons rakyat Malaysia terhadap badan pengurusan pilihanraya ini dan bukannya menolak mentah-mentah,” katanya kepada Harakahdaily.
DPPWP juga, ujar beliau berasa kesal dengan tindakan Wan Ahmad yang memandang lekeh terhadap sampel kajian tersebut, ianya seolah-seolah menghina rakyat Malaysia dan sekaligus memandang rendah suatu kajian ilmiah.
“Apakah beliau benar-benar tidak ingin melaksanakan proses pilihanraya dengan bersih dan adil?
“Apakah SPR ingin terus memekakkan telinga dan melaksanakan pilihanraya mengikut acuan kerajaan Umno BN?” soal Kamaruzaman.
Katanya, persoalan-persoalan itulah yang terus bermain di fikiran rakyat Malaysia sekiranya SPR terus bersikap demikian.
Sumber HD : 28/05/2012

Penambahan mendadak pengundi dalam satu rumah
Iskandar Abdul Samad, | 30 Mei 2012 |
Data penambahan pengundi untuk 3 jalan yang terlibat :
Adalah mustahil pendaftaran "pengundi hantu" di Kg Pandan dapat dilakukan tanpa bantuan atau restu "pihak atasan".
Pada 25 Mei lepas, pejabat ini mendedahkan bahawa untuk 3 jalan di Kg Pandan terdapat peningkatan pengundi yang luar biasa dari tahun 2007 hingga 2011. Lebih 300 pengundi baru telah didaftarkan di jalan-jalan itu dan ramai penghuni rumah tidak mengenali pengundi-pengundi yang telah didaftarkan di alamat rumah mereka.
Bagi mendaftarkan pengundi kepada sesuatu alamat, MyKad pengundi tersebut mestilah menyatakan alamat itu. Oleh itu, untuk mendaftarkan beratus-ratus pengundi ke alamat-alamat di Kg Pandan, kesemua mereka mestilah menukar MyKad mereka.
Tetapi adalah mustahil bagi mereka sebagai individu untuk menukar MyKad mereka beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, ada kemungkinan pengundi-pengundi tersebut mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu.
Setakat ini yang telah didedahkan adalah untuk 3 jalan dan melibatkan lebih 300 pengundi. Tetapi ia mungkin melibatkan lebih ramai pengundi di daerah-daerah mengundi yang lain di Chempaka. Maka tidak mustahil ianya adalah sebahagian dari satu operasi bersepadu.
Persoalannya mengapakah Suruhanjaya Pilihan Raya tidak sedar akan penambahan pengundi yang mendadak ini?
Satu siasatan yang terperinci perlu dilakukan. Ianya perlu untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab mendaftarkan "pengundi-pengundi hantu" tersebut.
Daftar pemilih masih tidak kelihatan bersih. Amat payah bagi SPR untuk meyakinkan rakyat bahawa proses pilihanraya di Malaysia adalah bersih, bebas dan adil.Penambahan mendadak pengundi dalam satu rumah.
Sumber HD : 30/05/2012

Daftar pemilih: JK Pemandu Bersih 2.0 direkod 'mati'
Harakahdaily, | 05 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua tahun membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun daftar pemilih Liau Kok Fah masih direkod sebagai 'mati'.
Liau adalah salah seorang ahli Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0 dan telah memaklumkan sendiri masalahnya itu ketika pertemuan Bersih 2.0 dengan SPR pada tahun 2010.
"Tetapi hingga ke hari ini Liau masih lagi ‘dirasmikan mati’. Nama beliau tidak dapat ditemui dalam daftar pemilih," kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan contoh itu, NGO itu mendakwa Suruhanjaya masih gagal membersihkan senarai daftar pemilih baru.
Selain itu mereka turut mendedahkan beberapa lagi penemuan berhubung pemilih yang bertukar alamat tempat mengundi.
Seorang pemilih bernama Phang Kuok Sing telah mendapati namanya didaftarkan sebagai pengundi di Tangkak Johor, walaupun alamat di kad pengenalan barunya ialah Kelantan.
Satu lagi kes melibatkan pemilih bernama Yoong Fue Ting.
Beliau pada Mei 2011 telah membuat permohonan pertukaran alamat mengundi dari Mambau ke Paya Jaras.
Tetapi namanya telah salah daftar ke Dun Taman Melati di kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Sewaktu dirujuk kepada SPR, pegawai bertugas memaklumkan bahawa sebab kesilapan ialah kerana Yoong telah menulis alamat Wangsa Maju sebagai tempat kerja.
Alasan itu dipersoal suami Yoong kerana tidak logik alamat mengundi dibuat mengikut alamat tempat bekerja.
Namun selepas mengisi borang pembetulan tempat mengundi sebanyak dua kali pada tahun 2010, barulah ianya dibetulkan pada bulan Jun tahun lalu.
"Kesilapan yang berkali-kali ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya akan menafikan hak pengundi untuk mengundi dikawasan mereka.
"Terbukti sahih bahawa lembaga SPR telah gagal untuk menunaikan tuntutan pertama Bersih 2.0 iaitu membersihkan daftar pemilih," kata kenyataan itu lagi.
Mereka juga turut mengulangi desakan agar kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Razak memecat dengan serta merta lembaga SPR yang ada hari ini dan menubuhkan lembaga SPR yang baru.
Sumber HD : 5/06/2012
Semak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Kedua 2012

Harakahdaily, | 18 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak nama masing-masing adakah sudah tersenarai sebagai pemilih sah di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012.
“Sila semak nama anda adakah sudah tersenarai sebagai pemilih sah di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012 yang akan mula dipamerkan oleh SPR pada esok 19 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012,” ujar beliau di dalam Facebook.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, rang tersebut boleh disemak di pejabat daerah, pejabat pos, balai penghulu dan pejabat parti politik khasnya PAS Kawasan Parlimen di seluruh negeri Pahang mulai esok.
“Laksanakan hak dan tanggungjawab anda, bersama kita melakukan perubahan,” katanya.
Sumber HD : 18/07/2012

Hazayani Zakaria, | 18 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Isu pengundian secara pos di kalangan petugas media antara perkara yang akan dibangkitkan PAS pada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi.
"Bila sebut petugas media, daripada wartawan hinggalah jurukamera boleh memohon mengundi secara pos.
"PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," kata beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) selepas pertemuan dengan kakitangan pejabat PAS dan Harakah di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa ali dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.
SPR akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di Semenanjung Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya esok.
SPR pada pertemuan yang akan bermula jam 8.30 pagi hingga dua petang itu akan menyampaikan taklimat berkenaan proses pilihan raya dan simulasi proses pengundian termasuk penggunaan dakwat kekal.
Februari lalu, SPR bersetuju menimbang permohonan petugas media yang mahu mengundi secara pos.
Ianya susulan cadangan yang dikemukakan PSC mengenai undi pos buat kumpulan wartawan.

Pemimpin parti politik jumpa SPR hari ini
Harakahdaily, | 19 Jul 2012 |
BANGI: Para pemimpin PAS bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya Marriott Hotel & Spa hari ini.
(Model tempat mengundi dalam pertemuan SPR dengan parti politik hari ini...gambar The Malaysian Insider)
Turut serta adalah pemimpin dari Barisan Nasional (BN) yang diramalkan sebagai pertemuan terakhir menjelang pilihanraya umum ke 13.
Ucaputama diberikan oleh pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof manakala timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberikan taklimat kepada semua wakil parti politik yang hadir.
Setiap parti disediakan 10 kerusi namun tidak semua menghantar wakil penuh. Pengarah pilihan raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan Pengarah IT PAS, Shuhaimi Embong antara yang hadir bagi pihak PAS.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad antara yang dilihat mewakili PKR manakala Arichelvan mewakili PSM.
"Biasanya, ini petanda PRU makin hampir. Mungkin selepas Raya.
“Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.
“SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu," kata seorang petugas SPR sebagaimana dilapor oleh The Malaysian Insider hari ini.
Spekulasi tarikh pilihan raya yang terdekat adalah September ini iaitu sebaik sahaja selepas sambutan hari raya Aidilfitri dan sebelum musim Haji bermula.
Dalam pertemuan ini, SPR menunjukkan cara-cara bagaimana dakwat kekal digunakan semasa pilihan raya umum nanti.
Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya.
Mereka juga menuntut daftar pemilih dibersihkan namun sehingga kini ia terus menjadi isu besar khasnya di Selangor.
Peningkatan mendadak berlaku dalam senarai pemilih di Selangor.
Angka terkini jumlah pengundi berdaftar adalah berjumlah 12,912,045 juta orang di seluruh negara.
Sumber HD : 19/07/2012
Pakatan kecewa taklimat SPR tidak ada apa-apa

Salmiyah Harun, | 19 Jul 2012 |
PUTRAJAYA: Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan program pertemuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama pimpinan parti politik hari ini tidak 'ada apa-apa' malah taklimat yang disampaikan lebih kepada perkara yang sudah ketahui umum.
(Gambar: Demonstrasi proses di dalam bilik mengundi.)
Taklimat yang diberikan itu lebih menjurus kepada peraturan-peraturan dan perkara baru yang sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
Difahamkan, para pimpinan Pakatan Rakyat meninggalkan program ini lebih awal apabila dimaklumkan tidak ada sesi soal jawab antara SPR dengan wakil parti yang hadir, walaupun pembesar suara disediakan di dalam dewan itu.
Apa yang berlaku sebaliknya, persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh wakil parti hanya berkaitan proses pengundian ketika sesi simulasi susun atur tempat mengundi sahaja.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan (gambar) yang turut menghadiri pertemuan itu melahirkan rasa kecewa apabila taklimat yang disampaikan itu adalah perkara umum hanya berkaitan proses pilihan raya sahaja.
"Ini satu taklimat biasa sahaja, mengenai proses membuang undi, penamaan calon, proses ini kita kira ia adalah biasa," katanya ketika ditemui.
Malah yang mendukacitakan katanya, dengan kehadiran wakil-wakil parti politik daripada PAS dan Pakatan Rakyat mahu mendengar dan melihat berlakunya perubahan secara drastik oleh SPR berkaitan dengan lapan tuntutan yang diminta oleh rakyat.
Di mana katanya, lapan tuntutan itu melibatkan perkara dasar yang diminta oleh rakyat melalui Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan 3.0.
"Kita nak tahu bagaimana usaha pihak SPR untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sangat diragui khususnya daripada Pakatan Rakyat. Kita juga nak tahu apakah usaha SPR terhadap tujuh lagi tuntutan kita soal akses media untuk menerangkan manifesto kepada seluruh masyarakat.
"Walaupun pihak kementerian ada menyatakan parti politik Pakatan Rakyat juga akan dibenarkan untuk menerangkan manisfesto ini, keadaan ini mungkin kita hanya diberikan beberapa minit sahaja sedangkan Umno BN akan menggunakan semaksimum mungkin media ini," katanya.
Katanya, perkara-perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh SPR dalam program hari ini sebelum berlakunya pilihan raya nanti.
Malah katanya, soal penyalahgunaan agensi dan premis kerajaan oleh Umno BN setiap kali pilihan raya, juga tidak dibangkitkan.
Sementara itu, Adun Seri Setia, Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat SPR agak defensif terhadap kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.
Katanya, apa yang Pakatan Rakyat mahu ialah pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR, namun tidak dinafikan ada peraturan baru dibuat setelah berlakunya tiga siri Himpunan Bersih.
"Walaupun ada sedikit perubahan, tetapi masih ada banyak perubahan yang belum dilaksanakan oleh SPR, kalau ada undi pos kerana ada anggota keselamatan bertugas di luar negara, kenapa rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di luar negara tidak boleh dapat hak yang sama. Dan untuk laksanakan itu perlu tempoh kempen yang lebih lama," katanya ketika ditemui.
Beliau yang ditemui selepas sesi taklimat persediaan PRU ke-13 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, tertunggu-tunggu untuk mengajukan beberapa pertanyaan termasuklah undi pos dan pengundian awal.
"Tunggulah macam mana, kalau kita tengok mereka sediakan 'mic' macam ada sesi soal jawab dan saya akan bangkitkan perkara ini," katanya.
Turut bersama dalam program ini, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, dan beberapa wakil dari DAP.
Program pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya bermula jam 8.30 pagi diikuti ucaptama oleh Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Sejurus selepas itu taklimat persediaan PRU ke-13 hampir dua jam disampaikan oleh Wan Ahmad, kemudian sesi simulasi susun atur tempat mengundi dan proses pengundian mengakhiri taklimat hari ini.
Sidang Media PPraya DPP : http://www.youtube.com/watch?v=65yZE0mr-Wk

Mohd Nor Yahya, | 19 Jul 2012 |
TUMPAT: “Ikut kamilah kami nak mengundi di mana pun,” beritahu beberapa anggota polis ketika proses perbicaraan pengundi pos bagi Dun Wakaf Bharu di sini, baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan pembantah pada perbicaraan bantahan senarai pengundi baru pada daftar tambahan suku pertama tahun ini yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Mengulas itu tersebut Adun Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat Nawi berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan anggota polis terbabit telah didaftarkan dalam Dun tersebut.
“Jelas SPR mempertahankan 35 anggota polis yang difahamkan bukan bertugas sepenuh masa di Balai Polis Wakaf Bharu untuk disenaraikan sebagai pengundi pos.
“SPR cuba bermain politik. Saya amat hairan macamana SPR boleh menolak bantahan yang dibuat. Sedangkan hanya ada belasan anggota anggota sahaja yang berkhidmat di Balai Polis Wakaf Bharu,” katanya di sini.
Pada proses perbicaraan tersebut dua pembantah, Alias Awang, 45 dan Azoha Awang, 49 membantah 37 anggota polis yang bertugas di luar lokaliti Wakaf Bharu, disenaraikan sebagai pengundi di Dun berkenaan.
Alias memberitahu beberapa pengundi pos anggota polis yang tinggal di Bachok dan Gua Musang disenarai sebagai pengundi baru Dun Wakaf Bharu.
Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri memberitahu ada anggota polis menurunkan tandatangan yang berbeza dengan apa yang ada di Borang 10A.
Menurutnya kalau tandatangan berbeza ia jelas menunjukkan ada pihak lain yang menyenaraikan nama pengundi pos terbabit dan bukannya empunya diri.
(ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran hadapan)

SPR tawar empat badan jadi pemerhati
Harakahdaily, | 20 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Empat badan telah dijemput oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati tempatan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Ke empat-empat badan itu adalah ASLI Centre for Public Policy Studies (ASLI-CPPS) Merdeka Center Transparency International Malaysia dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ke empat-empat badan itu, tawaran itu dibuat oleh SPR dalam pertemuan mereka dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam.
Bagaimanapun, sehingga kini, mereka belum lagi menerima sebarang tawaran bertulis.
"Buat masa ini kami sedang berunding terma dan syarat dengan SPR," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh mereka.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ng Yeen Seen, Pengarah Asli-CPPS, Ibrahim Suffian, Pengarah Program, Merdeka Center, Josie Fernandez, Setiausaha Agung, Transparency International Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan, Chief Executive, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Antara yang mereka bincangkan adalah permintaan agar SPR mempastikan perjalanan pilihan raya kali ini mengikut standard antarabangsa.
Mereka juga mempersoalkan rasa tidak senang beberapa pihak tentang ketelusan pemilihan badan yang boleh menjadi pemerhati dalam pilihan raya kali ini.
Dalam pertemuan dengan Pengerusi SPR, mereka juga meminta SPR agar mematuhi standard antarabangsa dalam menentukan syarat dan peraturan ke atas pemerhati pilihan raya ini.

Sumber HD : 20/07/2012
Sumber HD : 14/09/2012
Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah
Harakahdaily, | 14 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Sikap Suruhjaya Pilihan Raya yang cuba mencari alasan untuk tidak menyokong pilihan raya berasingan antara Pusat dengan Selangor mendapat bantahan dari PAS.
"Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN dia sokong dan senyap tetapi bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau mengulas kenyataan SPR yang memberikan alasan perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan.
Namun begitu, SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu.
Semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil ketetapan bersetuju agar Selangor mengadakan mesyuarat berasingan dengan Pusat.
"Semasa BN memutuskan ada pilihan raya berasingan di Kelantan pada tahun 1978, SPR tidak kata apa dan bersetuju.
"Ini kerana, ia kehendak Umno dan BN ketika itu.
"Tetapi apabila ia bukan kehendak Umno dan BN, SPR beri macam-macam alasan," kata Mustafa.
BN telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan pada tahun 1978 dan mengadakan pilihan raya untuk DUN Kelantan saja pada bulan Mac 1978.
Selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS jatuh melalui pilihan raya itu, pilihan raya umum pula diadakan pada Julai 1978.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.
"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.

PAS minta penjelasan SPR kempen di media sosial
Anis Nazri, | 17 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung larangan parti politik berkempen di media sosial selepas jam 12 tengah malam.
Penjelasan itu perlu dilakukan memandangkan ia tidak jelas, selain bertentangan dengan penggunaan media sosial yang bersifat 24 jam.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata penggunaan terma parti politik itu tidak jelas, sama ada ia membabitkan calon, wakil calon dan sebagainya.
"Ia juga seolah-olah menyekat kebebasan seseorang, lebih-lebih lagi media sosial seperti Facebook, Twitter ini lebih berbentuk peribadi," kata beliau kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak bersetuju dengan larangan tersebut, lebih-lebih lagi di saat Pakatan Rakyat tidak mendapat ruang di media utama.
"Ia satu perkara yang tidak munasabah, selain usaha menyekat Pakatan Rakyat untuk berkempen di media sosial, khususnya di saat Pakatan Rakyat tidak mempunyai ruang di media utama," tambah beliau lagi.
Dr. Hatta juga berkata tindakan SPR itu hanya menjadikn badan pengendali pilihn raya itu sebagai tidak sesuai dan tidak relevan dalam perkembangan media sosial hari ini.

Sumber HD : 17/10/2012
SPR cetus kebangkitan rakyat
Muhammad Faizal, | 22 Okt 2012 |
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan punca utama berlakunya kebangkitan rakyat sehingga menyebabkan himpunan Bersih diadakan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut beliau lagi, rakyat bangkit bersuara bukannya untuk menggulingkan kerajaan atau menimbulkan huru hara tetapi hanya menuntut satu pilihan raya yang adil dan telus.
"Bila rakyat hilang keyakinan atas ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya inilah akibatnya.
"Rakyat tidak mahu membuat sebarang huru hara ataupun mengulingkan kerajaan dengan cara himpunan besar-besaran, yang mereka mahukan adalah sebuah pilihanraya yang adil dan telus," katanya kepada Harakahdaily sewaktu ditemui di Shah Alam Convention Centre (SACC), semalam.
Jelas beliau lagi, jika SPR melaksanakan apa yang dituntut serta berada pada kedudukan yang tidak menyebelahi mana-mana parti, pasti rakyat akan memberi sokongan kepada sistem demokrasi negara ini.
"Kita melihat bagaimana berlakunya Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0, saya pasti jika pada tuntutan kali pertama itu dilaksanakan oleh SPR maka kita tidak akan melihat wujudnya Bersih 2.0 atau 3.0.
"Secara keseluruhan kita tidak boleh menyalahkan rakyat atas apa yang berlaku, penyebab utama adalah SPR kenapa mereka begitu sukar untuk menunaikan apa yang dituntut," sambung beliau lagi.
Beliau yang sebelum itu memberitahu tidak akan ada himpunan Bersih 4.0 namun beliau mendesak agar SPR membersihkan senarai daftar pemilih yang telah menimbulkan keraguan terutama pertambahan luar jangka di Negeri Selangor.

Sumber HD - 22-10-2012
Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.
Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.
Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.
Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:
[BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih
http://greenboc.blogspot.com, | 28 Okt 2012 |
Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.
Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.
Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.
Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 28-10-2012
Daftar pemilih segera, rugi tidak mengundi PRU13
Harakahdaily, | 13 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) menggesa semua rakyat Malaysia yang telah berusia 21 tahun dan ke atas untuk mengambil kesempatan mendaftar diri sebagai pemilih.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) berkata, ini kerana tempoh pendaftaran pemilih hanya sehingga 31 Disember 2012 dan selepas itu kemungkinan besar rakyat Malaysia yang tidak berdaftar atau lambat mendaftar tidak berkesempatan mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Katanya, PAS WP menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan pada pertengahan atau akhir bulan Mac 2013 dan mandat kerajaan paling akhir adalah pada bulan April 2013.
Justeru, ujarnya hanya daftar pemilih yang diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi suku ke empat 2012 (sehingga Disember 2012) sahaja akan digunakan sebagai daftar pemilih yang sah.
“Bulan Disember 2012 telah berlalu hampir separuh bulan, dan tinggal separuh bulan lagi untuk dihabisi. Rakyat mesti menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sebelum tamatnya bulan Disember 2012 bagi mengelakkan hak mereka dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mengundi dalam pilihanraya umum adalah suatu kewajipan kepada semua rakyat Malaysia yang layak.
Beliau menambah, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pilihanraya adalah proses bagi memilih kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.
“Rakyat berhak menentukan pemimpin negaranya melalui proses pilihanraya.
“Kesilapan memilih pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri, mengkayakan kroni, rasuah, korup, menyeleweng serta menyalahgunakan kuasa akan merosakkan masa depan negara,” katanya lagi.
Justeru, kata beliau amat rugilah bagi mereka yang mensia-siakan peluang keemasan ini yang hadir hanya 5 tahun sekali.
Tambahnya, PAS WP percaya pilihanraya umum ke 13 adalah masa terbaik buat rakyat melakukan perubahan.
“Dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat, isu yang begitu banyak di negara ini dan bukti kebobrokan yang jelas dilakukan oleh kerajaan BN di hadapan mata, PAS WP merasa yakin rakyat akan melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 dan mandat baru bersama kerajaan Pakatan Rakyat akan mampu diraih dalam PRU ke 13 hasil dukungan dan sokongan rakyat,” ujarnya.

Sabotaj: Bekas Pengerusi SPR dedah pengalaman
Aslani M, | 01 Apr 2013 |
KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebelum ini mendakwa usahanya mahu menggunakan dakwat di jari pengundi pada pilihan raya umum lalu cuba dihalang pihak tertentu dalam kerajaan.
Ketika mendedahkan perkara itu pada wacana perdana di sini setahun lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memberitahu SPR sudah menghabiskan banyak wang membeli dakwat di luar negara.
Bagaimanapun dakwa beliau di saat akhir dicipta khabar angin kononnya pembangkang cuba mensabotaj penggunaan dakwat.
Dan hari ini strategi serupa cuba diulang dengan menunding jari ke arah Pakatan Rakyat kononnya terbabit dengan komplot mengganggu proses pilihan raya.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, strategi lama yang pernah digunakan Umno dan BN diulang semula sekarang dengan melemparkan tomahan kepada Pakatan.
“Sedangkan berdasar kepada maklumat yang kami dapat dua minggu lepas beberapa NGO Umno mengadakan perjumpaan di sini difahamkan ada kaitan sabotaj perjalanan pilihan raya.
“Malah perjumpaan itu diadakan di seluruh negara bagi memastikan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan Putrajaya habis-habisan menjadi realiti,” katanya di sini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan mendakwa pihaknya mengesan beberapa rancangan jahat parti politik tertentu bagi mengganggu PRU 13 termasuk mencetus ketegangan dengan pegawai SPR.
Menurutnya, pihak terbabit juga dikatakan akan menimbulkan kekecohan mengenai penggunaan dakwat kekal dan mengeksploitasi pengundi tua di kampung.
Sebelum ini Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan ada pihak keluar masuk kampung memperalat penduduk mengenai penggunaan dakwat kekal.
Wan Nik berkata, usaha mensabotaj pengundi menggunakan dakwat hanya mampu dilakukan pihak yang ada kuasa bagi melindungi kegiatan mereka.
“Tidak masuk akal Pakatan yang tidak ada kuasa boleh melakukan perbuatan itu. Sedangkan apa diperjuangkan Pakatan melalui Bersih bagi mewujudkan pilihan raya yang adil.
“Kami mengikut segala lunas-lunas undang-undang yang ditetapkan. Nampak sangatlah mereka kelam kabut sekarang. Perancangan dan agenda mereka sudah diketahui ramai,” ujarnya.
Oleh itu beliau berharap badan-badan pemantau pilihan raya dan pemerhati bebas memastikan komplot jahat tersebut dapat dibongkar.
“Kami juga sentiasa memberi kerjasama kepada SPR dan pihak berkuasa lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-4-2013
No comments:
Post a Comment