Susupan pagi: Pencerap hantu ditangkap polis
Mohd Sayuti Omar, | 05 Jul 2012 |
Akhirnya blogger yang menggunakan nama samaran Uncleseekers atau Syed Abdullah Syed Hussein Alattas (gambar) telah ditahan polis malam tadi. Syed Abdullah yang sebelum ini merupakan pimpinan kepada sebuah team pencerap hantu dikehendaki polis ekoran pendedahan berani beliau dalam blognya mengenai cerita-cerita di istana Johor.
Semua orang menggeleng kepala dan ada yang memuji keberanian Syed Abdullah 'menyerang' istana Johor. Paling mengujakan bagaimana Syed Abdullah boleh bertahan untuk beberapa minggu atau bulan dari ditahan polis. Saya sendiri ditanya oleh banyak orang mengenai keberanian Syed Abdullah namun tidak sedia untuk mengomennya urusan keberanian dan integriti adalah urusan peribadi.
Malam tadi satu PM masuk ke box saya meminta saya memberi ulasan berhubung keberanian Uncleseekers tetapi saya menjawabnya tidak perlu mengulas mengenai itu. Kedua subjek itu, Uncleseekers dan istana Johor tidak menarik minat saya. Sebab itu kalau ada rakan-rakan tag cerita fasal beliau dan menyertakan sekali ULR alamat blog untuk dilayari saya membuangnya.
Isu Syed Abdullah kita serahkan kepada polis untuk menguruskannya. Kalau benar apa yang ditulis itu boleh menjejaskan institusi raja-raja khasnya dan meruntuhkan kekuatan dan integriti Melayu, ia wajar diambil tindakan dan penulis seperti itu perlu juga diawasi. Cuma satu diharapkan jangan tahan Syed Abdullah begitu saja jauh sekali hanya untuk mengancamnya agar tidak menulis, tetapi bawa ke mahkamah dan pihak terbabit harus menyamannya untuk membolehkan Syed Abdullah menjawab segala dakwaan dan tuduhan beraninya itu.
Dalam pada itu saya mendapat tahu pihak polis sedang mengesan dan mencari beberapa orang lagi blogger "liar" maksudnya blogger yang tidak mempedulikan etika dalam penulisan atau yang menulis dalam kotak berwarna malam di waktu malam. Diingatkan kepada blogger berkenaan berhati-hati jangan sampai diserkup polis atau anda perlu mengubah segera irama penulisan anda biar beretika.
Sama-sama kita tunggu apa pula 'keberanian' Syed Abdullah nanti. Saya percaya selepas selesai disoalsiasat oleh polis beliau akan mencatatkan pengalaman itu untuk para penjenguk blognya. [wm.kl.9 am. 05/07/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 5/07/2012
Mulakan program kesihatan menyeluruh di penjara
S.M. Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara supaya bekerjasama untuk mempertingkat dan memajukan sistem penjagaan kesihatan di penjara. Ini kerana banduan dan tahanan terdedah kepada risiko mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti HIV, tibi dan ketagihan dadah, atau mempunyai kesihatan yang buruk. Memperbaiki sistem penjagaan kesihatan di penjara boleh membantu menangani masalah-masalah kesihatan tersebut selain mengurangkan risiko banduan mengalami masalah yang sama apabila mereka dibebaskan kelak.
Selepas mengenal pasti risiko kesihatan di penjara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperkenalkan Program Kesihatan di Penjara (HIPP) pada 1995. Program berkenaan memberi tumpuan kepada mempertingkatkan kesihatan awam dengan menggalakkan hubungan di antara penjagaan kesihatan di penjara dan sistem penjagaan kesihatan awam. Pada hari ini HIPP bergerak di kedua-dua peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menggalakkan kepentingan kesihatan dalam persekitaran penjara.
Malaysia jauh terkebelakang dalam mengenal pasti kepentingan menjaga kesihatan dan penjagaan kesihatan di penjara. Di Malaysia dasar berhubung penjagaan kesihatan di penjara berada di bawah pengawasan awam, bidang perundangan, polis dan pihak penjara. Di negara-negara yang menitikberatkan soal penjagaan kesihatan, sistem penjagaan kesihatan bertindak sebagai entiti yang memaju dan memastikan pelaksanaan dasar penjagaan kesihatan di penjara.
Dalam laporan ringkas statistik bagi Dadah dan Jenayah, Pejabat PBB (UNODC) berhubung jenayah bagi semua negara sepanjang tempoh 2005 – 2006, nampaknya pihak penjara di Malaysia mahupun Kementerian Kesihatan tidak mampu memberikan data yang asas sekalipun mengenai nisbah banduan yang menderita ketagihan dadah, menghidap HIV/AIDs, tibi dan masalah mental padahal banyak negara lain lebih memahami masalah yang mereka hadapi.
Penghuni penjara cenderung mempunyai keadaan kesihatan yang kurang baik, dengan masalah kesihatan mental begitu membimbangkan. Sejumlah tahanan di Malaysia dimasukkan ke penjara kerana kesalahan yang dikaitkan dengan dadah. AIDs dan penyalahgunaan dadah menjadi masalah yang semakin bertambah di penjara-penjara Malaysia dan dalam banyak keadaan, ia berkait secara langsung. Salah satu tujuan diwujudkan penjara ialah untuk memulihkan banduan menjadi warga yang mematuhi undang-undang.
Sistem penjagaan kesihatan berada di dalam proses ini kerana ia mensasarkan pemulihan psikologi selain merawat masalah kesihatan. Jika masalah kesihatan berjaya ditangani sewaktu di penjara lagi, risiko berulang, risikonya terhadap masyarakat, dan risiko ke atas kesihatan mereka berkurang setelah mereka dibebaskan dari penjara. Keseluruhan proses dan keberkesanan proses pemulihan akan bertambah baik, membolehkan banduan menyesuaikan dirinya semula dalam masyarakat. Oleh itu, masyarakat Malaysia akan memperoleh manfaat jika dibentuk program kesihatan yang menyeluruh di penjara, justeru ia tidak seharusnya dipandang ringan.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah melaksanakan program-program untuk mengurangkan kelaziman kes-kes HIV. Bagaimanapun ia masih belum memajukan program penjagaan kesihatan yang menyeluruh di penjara. Dalam usaha mewujudkan program penjagaan kesihatan yang menyeluruh, Malaysia perlu bekerja ke arah memajukan generasi yang terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan perubatan untuk mengendalikan program kesihatan di penjara. Pasukan pakar ini perlu termasuk doktor, psikologis, pakar kesihatan awam, ahli ekonomi kesihatan, pakar dalam pencegahan jenayah, ahli statistik bio, dan epidemiologis. Kementerian Kesihatan juga boleh memulakan pengumpulan data kebangsaan mengenai petunjuk kesihatan di penjara. Langkah ini boleh membantu pemantauan dan penilaian penjagaan kesihatan dan kesihatan di penjara.
Malaysia masih berada di takuk lama dalam mengendalikan segala urusan di penjara padahal banyak negara lain telah melangkah jauh ke depan. Jika kita ingin mempertingkatkan tahap dalam program kesihatan di penjara, kita perlu mengubah dan memajukan dasar-dasar secara dramatik. Adalah penting untuk memahami kesan penjagaan kesihatan di penjara terhadap keseluruhan masyarakat jika ia tidak diberi keutamaan.
Sungguhpun penghuni penjara hanya segelintir daripada keseluruhan jumlah penduduk namun kebajikan mereka menjadi keprihatinan seluruh masyarakat.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Sumber HD : 5/07/2012
Blogger Umno sedang menjerut leher sendiri
Terjemah Nawawi Mohamad, Stan Lee Malaysia Chronicle, | 06 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Kepada banyak pihak, ia semakin jelas saban hari bahawa Umno adalah sebuah parti yang disertai individu-individu yang tamak dan tidak pernah ada rasa cinta kepada parti mereka.
Terdapat banyak peristiwa kebelakangan ini yang menguatkan persepsi tesebut, yang terbaru ialah pertelingkahan antara media, antara bos-bos media mereka dan pakar strategi yang memutar belitkan berita.
Ini termasuk bagaimana cara untuk menonjolkan agenda Umno dan bagaimana untuk menjual kepada orang awam mengenai kebolehan Umno dalam pembangunan, namun semuanya tidak berpadu dari atas ke bawah.
Jadi, anda boleh berimaginasi betapa teruknya parti yang sudah tua ini, dan mengapa kini ada yang berpendapat bahawa parti tersebut berada di perjalanan terakhirnya sebelum diketepikan dalam arus perdana politik Malaysia.
Setiap ahli Umno hanya memikirkan mengenai diri mereka sendiri. Semua yang berada dalam parti yang mempunyai 3 juta ahli ini berpecah, dan apa yang mengikat mereka hanya 'WANG'.
Umno BN turut beroperasi atas prinsip di atas dan ia adalah sebab mengapa susah untuk melihat kesemua logo 14 parti komponen dicetak di bahan kempen BN.
Mereka jarang di platform yang sama, dan semua komponen parti BN mempunyai DNA yang sama dengan Umno – bersifat individualistik, pentingkan diri sendiri dan tidak kreatif.
DNA Umno
Maka, ia tidak mengejutkan cybertrooper (askar maya) Umno juga bersifat tamak dan individualistik. Mereka juga mempunyai DNA Umno yang sama di dalam darah mereka.
Tamak di sini bukan sahaja merujuk kepada wang, tapi juga habuan untuk menjadi popular, dihormati, berpengaruh dan berkuasa. Cybertropper Umno berpecah kepada beberapa kumpulan, dan semua mempunyai fikiran masing-masing.
Antara askar maya Umno, individu yang sentiasa disalahkan dalam menimbulkan permasalahan ialah Wan Azri daripada blog Papa Gomo. Walaupun beliau tidak terlibat dalam kemelut terbaru mendakwa Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Jalil Hamid sebagai penderhaka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Begitu panas perang antara mereka yang saling menyerang di dalam dunia blog Umno sehingga ia menjadi berita, dan blogger menjadi tumpuan media dan bukannya orang yang disokong mereka. Ya, ini amatlah melucukan.
Boleh ke Umno melakukan sesuatu dengan betul? Apa yang mereka gaduhkan ialah perkara kedua – iaitu mengenai sebuah artikel mengenai pemecatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Samada Najib mengaku atau tidak, ia adalah jelas Abu Bakar adalah kambing hitam dalam kegagalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengutamakan peringkat atasan kakitangan kerajaan, menyebabkan kakitangan bawahan melenting dan mengugut untuk mengundi pembangkang, Pakatan Rakyat.
Namun begitu, sebahagian blogger Umno tetap berpendapat artikel yang disiarkan Berita Harian, yang berada di bawah kumpulan NSTP telah memberikan satu imej buruk kepada Najib kerana kenyataan Abu Bakar yang menyatakan bahawa beliau telah dipecat secara tidak adil telah disiarkan. Kerana itu, blogger Umno saling berperang, dan ini menyebabkan satu petengkaran yang hebat bagaikan najis terkena kipas.
Peruntukan daripada wang rakyat bukan wang parti
Kini, Papa Gomo sedang mempertahankan Umno dan mencipta masalah untuk pembangkang. Wan Azri ialah blogger yang memaparkan video seks Datuk T untuk Utusan dan semua akhbar Umno jadikan bahan laporan. Sekarang, beliau ingin dikenang, dinilai tinggi dan dikayakan untuk segala usaha beliau, yang dikatakan membiayai diri sendiri.
Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa beliau dibiayai Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Sudah tentu Wan Azri mendapat bayaran di sini dan di sana oleh individu Umno yang menggunakan laman web beliau sebagai platform untuk menyerang. Tapi tidak, beliau masih tidak mendapat pengaliran duit yang tetap ke akaun beliau. Dan beliau cukup terkilan apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menubuhkan Unit Media Baru (UMB) untuk mempertahankan parti mereka dan menyerang pembangkang, dan beliau diketepikan.
Ia adalah menarik untuk diberi perhatian bahawa unit Khairy terdiri daripada blogger baru yang dibayar menggunakan dana yang diperuntukkan di bawah Kementerian Penerangan. Bayangkan dana awam untuk kerja-kerja kotor Umno. Tapi, siapalah yang di dalam Umno yang akan menggunakan duit mereka sendiri untuk parti. Ia selalunya adalah duit rakyat yang membayar bil mereka. Namun, ini adalah cerita berlainan.
Kisah tumbukan
Seorang lagi blogger Umno yang terlibat dengan kemelut ini ialah Akupeduliapa (APA) daripada UMB Khairy. Papa Gomo tidak mempunyai hubungan yang baik dengan APA kerana beliau telah didakwanya memperoleh kekayaan dan tidaklah semiskin yang dikatakan Papa Gomo. Khairy telah campurtangan dalam hal ini – membuat kenyataan di Twitter bahawa perkara itu adalah biasa untuk Papa Gogo. Satu lagi air mata buaya!
Pergelutan Papa Gomo-APA dilaporkan menjadi genting apabila Papa Gomo yang lebih muda usianya telah menumbuk APA yang lebih senior di dalam satu mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan. Sekarang, adakah anda faham mengapa Perkasa tidak berfikir apa-apa selain menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau mengugut untuk mewujudkan kembali peristiwa 13 Mei, 1969 iaitu pertumpahan darah antara kaum? Keganasan dan pertumpahan darah tiada dalam mentaliti Umno, tapi ia adalah sebahagian daripada darah daging mereka!
Pergaduhan itu telah menyebabkan mereka berdua kini mendatangkan masalah kepada sponsor mereka – Ahmad Shabery dan sesiapa sahaja pemimpin Umno yang APA berkhidmat dengannya. Dengan APA di bawah UMB, beliau sepatutnya berkhidmat dengan Khairy, tapi orang yang mengendalikan unit tersebut bukannya Khairy tetapi exco pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz.
Pemimpin Umno belakang bloggers
Tun Faisal bukan sahaja ketua UMB tapi beliau juga orang Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Apa-apa pergaduhan atas isu apa-apa, ia jelas bahawa Khairy, Faisal, Hishamuddin dan Ahmad Shabery sedang cuba berebut pengaruh di kalangan para blogger ini. Ini telah menimbulkan sengketa kepada semua yang terlibat.
Khabar angin terbaru di dalam Umno ialah Hishamuddin telah cuba menghubungi Wan Azri untuk mendapatkan bantuan bagi mengalahkan pesaing beliau di dalam Umno menjelang pemilihan parti akan datang, yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Sudah tentu, Papa Gomo yang sensitif terhadap kewangan telah dijanjikan duit bulanan yang lumayan. Dan ini sangat menarik.
Satu lagi watak dalam blogger Umno ialah Anuar Mohd Nor daripada Umno Reform2. Beliau berpendapat bahawa Najib perlu diberitahu perkara sebenar dan tidak diberi maklumat salah. Anuar tidak menjaga kritikannya sehingga para blogger Umno merasakan beliau bekerja untuk pembangkang. Tapi Anuar merasakan beliaulah orang yang perlu memberitahu 'rajanya bahawa rajanya bogel kerana baginda sememangnya bogel dan bukan sebaliknya'. Kepada Anuar, blogger lain adalah jahat kerana sedang menasihatkan maharaja untuk berjalan bogel di tempat awam.
Terasa keseorangan, Papa Gomo juga dikatakan sedang cuba mencari kawan dalam kalangan blogger Umno. Beliau telah cuba memujuk Anuar untuk menyertai kem beliau. Perkembangan ini masih diperhatikan secara dekat.
Pecat Jalil
Antara orang yang menyarankan agar Jalil dipecat ialah Salahuddin Hisham daripada blog The Unspinners. Salahuddin juga tengah bertelagah dengan Anuar dan mereka sudah menjadi musuh ketat sejak sekian lama. Sahaluddin tidak bersetuju dengan cara Anuar untuk memperbaiki Umno.
Yang pelik ialah Salahuddin adalah orang yang dilayan seperti orang luar oleh Umno kerana tingkah lakunya yang buruk dan beliau juga ada sengketa dengan pemimpin Umno. Sekarang anda boleh lihat, masalah yang bergelumang pada seorang blogger Umno adalah daripada semua sudut – seperti juga kemahiran mereka untuk bertempur dan berlawan sesama sendiri. Selain itu, Salahuddin juga di belakang blog 'Another Brick in the Wall' yang dianggap sebagai satu liabiliti untuk Umno.
Menariknya, The Unspinners juga didakwa pada Julai 2011 oleh Raja Petra Kamaruddin dalam kontroversi cincin RM24 juta yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor. Salahuddin telah mendakwa RPK membuat dakwaan palsu terhadap Rosmah.
Dalam pada itu, ‘Granddaddy’ kepada semua blogger Umno, Akhiruddin Atan aka Rocky Bru telah cuba meredakan isu tersebut kerana beliau telah dilantik oleh Umno untuk mengawal dan menjaga askar maya Umno yang dibayar.
Sehingga kini, beliau masih tidak nampak membuat sebarang perubahan untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap Umno walaupun dengan bajet RM300,000 sebulan yang dispekulasikan itu. Ini tidak mengejutkan. Usaha beliau untuk meredakan suhu masih gagal untuk menutup mulut The Unspinners yang menyuruh supaya Jalil dipecat dari NST.
Seperti Rais, siapa makan cili akan terasa pedas
Seorang lagi blogger Umno Zakhir the Big Dog juga dikenal sebagai 'The Thirteen Million Plus Ringgit' sedang ditekan kuat kerana serangannya pada Menteri Penerangan Rais Yatim. Seorang lagi yang menembak ke arah Big Dog ialah Melayu Atas Pagar daripada blog 'Gelombang Wangsa Maju', daripada UMB cawangan Wangsa Maju.
APA juga tidak gembira terhadap serangan Big Dog pada Rais. Tapi Big Dog tidak akan menghiraukan perkara itu. Terkilan dengan Rais yang mengetepikan beliau dan pasukan blogger elit beliau, Big Dog telah bertanya satu soalan yang menghinakan bagi Rais, “Mengapakah menteri suka orang besar mereka berada di sisi mereka sentiasa dan tidak dengan para pengundi?”
Kebetulan atau tidak, Rocky Brulah yang menulis sebuah artikel menghentam Rais dalam isu dakwaan merogol amah dan Big Doglah pula yang menyuruh pihak berkuasa untuk menyiasat.
Blogger yang berkhidmat untuk pemimpin Umno-BN nampaknya hidup dalam satu keadaan yang celaru dan melumpuhkan diri sendiri seperti parti mereka. Misi dan visi rasmi mereka tiada dalam radar, yang ada hanyalah kepentingan peribadi. Macam pernah didengar – burung gagak terbang bersama dan siapa makan cili akan terasa pedas.
Lebih teruk bila dekat pilihanraya
Lebih dari itu, tahap ketegangan dan kebencian antara blogger Umno adalah gambaran kepada apa yang sedang melanda parti mereka sendiri.
Daripada cawangan ke kawasan kepada peringkat tertinggi, pergaduhan semasa sendiri yang sentiasa dibenamkan kini nampak serius. Dengan PRU13 ditangguhkan ke tahun depan, perebutan kuasa Umno ialah perkara paling menarik selepas Olympik 2012.
Dalam nota yang lebih serius, ia adalah menarik untuk direnungkan, dengan krisis dalam yang paling tegang, adakah Umno boleh bertahan dalam perang sivil terbarunya?

Sumber HD : 6/07/2012
Babi "mengamuk" sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan
Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit
Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit
[Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan "gajah" sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akan hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya.
Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan "Nite Zoo" setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini].
Sumber HD : 6/07/2012
Gempar: Babi 'mengamuk' di bandar Kuantan
http://pahangdaily.blogspot.com, | 06 Jul 2012 |
Gempar: Orang Ramai Terkejut, "Babi Mengamuk" Dalam Pusat Bandar Kuantan Tengahari Semalam
KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata "Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar". Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. "Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau. "Selama ini kita memang selalu mendengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini", tambah beliau lagi.Babi "mengamuk" sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan
Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit
Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit
[Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan "gajah" sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akan hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya.
Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan "Nite Zoo" setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini].
Sumber HD : 6/07/2012
Awas klip video lucah siap untuk diedar?
Mohd Sayuti Omar, | 09 Jul 2012 |
Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klip video yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan klip video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada klip video yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.
Klip video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Klip video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klip video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilih yang tidak berhati perut peliharaan UBN.
Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin.
Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klip video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.
Mencerita lanjut menurut rakan raya itu, sub editor itu mengakui klip video membabitkan Anwar Ibrahim yang kononnya melayan pelacur di sebuah bilik yang telah didedah kepada umum beberapa bulan lalu adalah bikinan dan palsu seribu peratus, pembikinan melibatkan team produksinya. "Dia mengakui dia dan teamnya terlibat dalam membikin video mengenai Anwar itu kerana diarah," jelas kawan itu.
Katanya penyunting itu yang juga anak saudaranya, menceritakan dia (penyunting) diarah oleh orang atasannya dan termasuk seorang menteri. "Dia kata dia dipanggil dan diarah menyiapkan video berkenaan... salah seorang yang berbincang dan membuat arahan ialah menteri, dia dipanggil ke bilik menteri berkenaan," tutur kawan saya lagi.
Jelas kawan itu, sub-editor (penyunting) itu juga sepatutnya satu lagi klip video memburukkan Anwar dengan pelacur didedahkan sebaik saja video pertama itu dilancarkan tetapi kerana silap teknik ia ditarik balik. Kesilapan dimaksudkan ialah dari segi tarikh dan masa yang tunjukkan dalam video itu tidak sama dengan kronologi atau jadual perjalanan harian Anwar. Perkara paling ketara sekali ialah masa yang kononnya Anwar bermaksiat seperti mana dipaparkan di dalam klip video itu tidak benar sama sekali kerana hakikat pada masa dan tarikh itu Anwar bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
"Kerana kesilapan itu video berkenaan ditangguhkan," jelasnya.
Sebagai rekod team produksi yang terlibat dengan pembikinan video celaka itu adalah milik sebuah penerbit tv yang akan didedahkan kemudian. [wm.kl.8:48 am 09/07/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 9/07/2012

Penyenaraian FGV: Pukulan maut buat Umno PRU13
Mohd Nasaie Ismail, | 09 Jul 2012 |
Semuanya bermula dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2012 untuk menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia. Maka bermulalah Tan Sri Isa Samad yang belum setahun menjadi Pengerusi Felda menunjukkan belangnya. Selepas struktur penyenaraian dibentangkan kepada lembaga pengarah Felda, beberapa ahli lembaga pengarah tidak bersetuju dengan struktur penuh cadangan penyenaraian. Antara yang menentang ialah Datuk Zulkifli Abdul Wahab, Pengarah Besar Felda yang juga pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Masalah utama ditentang kerana Felda yang berpendapatan purata RM2.5 bilion setahun dan perbelanjaan purata sekitar RM2 bilion, hanya akan menerima RM508 juta sahaja hasil pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan lain-lain aset Felda kepada FGV.
Ini bermakna Felda akan mentadbir dengan bajet yang berkurangan 75 peratus. Sudah semestinya juga ia adalah proses penyingkiran Felda secara tidak langsung sebagai entiti induk dan meletakkan FGV lebih atas daripada itu. Maka diberikan cuti wajib sambung belajar 9 bulan kepada Datuk Zulkifli Abdul Wahab. Penentangan juga khabarnya datang daripada orang nombor dua Felda iaitu Encik Abidin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Besar Felda yang juga setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF). Maka beliau dipindahkan daripada Felda ke Jabatan Perdana Menteri dengan tugas menjaga perpustakaan sahaja.
Lebih mengejutkan, Pengerusi Gabungan Naib-Naib Pengerusi JKKR rancangan-rancangan Felda Shamsudin Osman turut menentang. Beliau mengadakan sidang akhbar pertama dihadiri oleh 9 daripada 11 naib-naib pengerusi Wilayah Felda dan sebahagian besar pengerusi GPW (Penerokawati) Felda. Shamsudin Osman merupakan ketua kepada seluruh peneroka-peneroka di Felda di Malaysia dan beliau juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.
Penentangan seterusnya daripada Datuk Zainal Hasan yang juga ahli lembaga pengarah Felda Holding dan Koperasi Permodalan Felda (KPF). Beliau merupakan peneroka Felda Sungai Nerek Pahang yang juga bekas adun Jengka 1990-1999 sebelum ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 1999. Khabarnya Tan Sri Isa Samad meninggalkan mesyuarat lembaga pengarah KPF yang dirampas beliau pada awalnya selepas disergah beberapa ahli lembaga pengarah. Individu-individu lain yang turut menentang ialah Dr Kamari Kasan bekas Pegawai Khas Tan Sri Yusof Nor bekas pengerusi Felda dan Tan Sri Rozali Ismail (GWGF).
Senario yang berlaku adalah kejutan kepada Perdana Menteri. Ini kerana kesemua nama disebut di atas adalah 'orang kuat UMNO'. Datuk Zulkifli Abdul Wahab ahli UMNO di Keramat. Abidin Abdul Rahman, Pengarah setiap Pilihanraya Kecil mewakili Felda untuk membantu BN. Datuk Zainal Hasan bekas exco kerajaan negeri Pahang yang juga setiausaha UMNO bahagian Maran. Shamsudin Osman juga ajk Umno bahagian di Johor. Bermakna, penentangan bukanlah atas sifat 'kepembangangan' mereka. Tetapi atas sikap tidak dapat menerima 'keburukan dan kebusukan' terlampau dalam penyenaraian ini dilakukan oleh Najib dan Isa Samad. Ini hanya sebahagian nama-nama ternama yang disebutkan dan banyak lagi individu diperingkat pentadbiran kanan dan pertengahan Felda dan lain-lain pihak yang menentang keras usaha ini.
Situasi ini bakal memberi pukulan maut kepada BN dalam PRU akan datang. Ini dapat dilihat dalam beberapa hal. Antaranya individu seperti Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka (Anak) yang konsisten menentang penindasan di Felda sejak 17 tahun dahulu. Saya yang hampir dengan beliau boleh katakan, lebih separuh 'musuh-musuh' lama beliau yang selama ini menyerang usaha beliau perjuangkan isu Felda, kini menjadi kawan. Samada dikalangan kakitangan, tokoh-tokoh Umno sendiri dan ahli-ahli koperat yang rapat dengan Felda berpatah arang menyokong perjuangan Anak. Jika 'dijelmakan' kesemua wajah mereka, pasti mengejutkan politik Malaysia dan Perdana Menteri boleh terbeliak, terduduk dan tersandar. Kerana orang yang tidak disangka yang mungkin ada talian darah, pernah sebantal, serumah juga menentang penyenaraiaan ini daripada belakang.
Keduanya di kalangan kakitangan Felda yang berkhidmat di Pejabat Felda dan anak-anak syarikat khususnya merasa tertekan dengan situasi yang berlaku. Mereka berada dalam ketidak-tentuan dengan perubahan mengejut melanda Felda. Apatah lagi 'pembuangan terancang' bos nombor satu dan dua Felda yang selama ini berkhidmat berbelas tahun bersama dengan mereka penuh gigih. Kakitangan sayangkan Datuk Zul dan Encik Abidin. Dibawah mereka dividen KPF yang turut disertai kakitangan berada pada paras cemerlang 10-15 peratus setahun dan menjadi koperasi terbaik di Malaysia. Semua yang berlaku memberi kesan kepada mereka. Maka tidak pelik, kita diberi maklumat, paling sedikit 70 peratus kakitangan Felda protes dengan kelakuan Isa Samad di Felda dan ia akan diterjemahkan dalam undi dipilihanraya. Harus diingat, kakitangan-kakitangan seramai 23 ribu ini amat berpengaruh di kalangan peneroka-peneroka Felda. Maka tidak mustahil Felda yang putih bagi pihak BN selama ini akan bertukar gelap dalam PRU akan datang.
Penulis ialah Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda di Lembah Klang.

Strategi cantas pelapis dimulakan Dr Mahathir
Rossem, | 09 Jul 2012 |
KETEREH: Perbuatan mencantas bakat tokoh-tokoh muda semata-mata bagi mengekalkan kuasa dianggap bekas pemimpin Umno dimulakan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Aspan Alias mendakwa sikap itu diamalkan Presiden Umno terbabit kerana bimbang ada pemimpin lain akan menyaingi kedudukan beliau.
Menurut beliau strategi tersebut ternyata memberi kesan buruk kepada struktur kepemimpinan Umno apabila pengganti-pengganti Dr Mahathir dilihat kurang berwibawa.
“Umno tidak dapat melahirkan barisan pemimpin pelapis yang benar-benar berwibawa untuk menerajuai parti dan negara.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilantik selepas itu dianggap ramai sebagai seorang pengganti yang lemah.
“Begitu juga Datuk Seri Najib Razak, kelemahannya dilihat lebih ketara berbanding pemimpin sebelumnya termasuk masalah peribadi,” katanya pada ceramah di Kampung Pagar Pisang, Melor malam semalam.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dan ahli jawatankuasa PAS Ketereh, Ahmad Rosli Ibrahim.
Aspan berkata, selama 23 tahun Umno di bawah Dr Mahathir, parti itu kehilangan tokoh yang berwibawa untuk diketengahkan bagi meneruskan kesinambungan parti terbabit.
Beliau yang juga seorang penulis kini bersama DAP berkata, kezaliman dilakukan pemimpin Umno menjadi penyumbang besar kepada kejatuhannya.
Contoh yang jelas berlaku di Kelantan sekarang apabila pemimpin Umno sewenang-wenang menafikan hak rakyat Kelantan mendapat royalti petroleum.
“Najib mengikut jejak Dr Mahathir dan Abdullah mengkhianati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan pusat dan Kelantan.
“Pusat sepatutnya membayar 5 peratus royalti setiap tahun tetapi mereka melanggarnya,” ujar beliau.

Lintasan rasa: Sudah ada darah luruh di Putrajaya
Mohd Sayuti Omar, | 10 Jul 2012 |
Kejadian amuk di pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam menyebabkan berlaku kematian apabila polis tidak ada ikhtiar lain untuk menghalang si pengamuk melainkan menembaknya, merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kompleks kerajaan Putrajaya. Kejadian berdarah itu seharusnya diambil iktibar oleh semua pihak dan perlu memastikan ia tidak akan berulang lagi.
Negara tidak memerlukan tindakan-tindakan agresif berani mati seperti itu. Kita semua kena waras dalam melakukan tindakan sehingga tidak mencatatkan sejarah malang buat negara dan bangsa. Dalam kejadian semalam tidak dapat disahkan siapa yang benar dan siapa terkhilaf? Sudah pasti ada pihak yang benar dan salah dalam kejadian itu. Sebabnya, kalau kedua-dua benar, ia tidak sampai senapang meletup dan darah tumpah di pintu masuk ke pejabat Perdana Menteri.
Cuma apa yang terus menyendap di dalam kepala saya sebaik membaca laporan mengenai kejadian itu, teringat kepada kata-kata dan ucapan Perdana Menteri Ha Najib Razak mengenai kesediaannya untuk mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir. Najib dalam satu kenyataan membalas tindakan dan usaha gigih pembangkang untuk merampas kuasa politik, menegaskan yang beliau (UBN) akan mempertahankan kekuasaan itu sehingga ke titisan darah terakhir. Satu kenyataan yang penuh emosi.
Ucapan Najib itu masih dalam konotasi politik. Tetapi dari sudut lain ia bersifat jenayah. Hal-hal atau unsur darah, tembak, bunuh dan sebagainya adalah unsur-unsur jenayah atau dikaitkan dengan perilaku jenayah. Apakah kata-kata Najib tempoh hari telah merangsang si pengamuk untuk bertindak demikian? Begitukah?
Makanya orang politik hendaklah menjaga mulut dan perasaan. Mereka perlu kawal kata-kata dan butir ucapan jangan sampai bersifat atau ada elemen jenayah kerana ia memberi reaksi kepada pihak lain. Perlu ingat yang menghidup manusia ini perasaan. Perasaan pula menguasai diri seseorang itu. Jika seseorang gagal mengawal perasaan maka berlakulah kejadian-kejadian yang di luar normal kehidupan seperti apa yang berlaku itu.
Mudah-mudahan di masa akan datang.. bermula hari ini, jangan ada sesiapa yang bermain dengan perasaan atau pun mengusik perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Berpolitiklah dengan cermat dan waspada. Mungkin orang yang menyebut kata-kata jenayah tidak bermaksud sampai ke tahap seburuk itu dan ia hanya gurauan...atau ancaman, tetapi kena ingat orang yang mendengar dan menerimanya ada penilaian lain. Kata-kata yang tidak bijak itu boleh membenihkan dendam yang akhirnya berbuah kejahatan.
Atas peribadi saya menyeru kepada semua pihak hentikan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasaan di antara satu sama lain. Juga hendaklah perbuatan jahat yang sampai mengganggu hak asasi seseorang dibatasi dan diawasi. Bertindak waras dan serderhanalah dalam apa juga bidang kerana itu adalah sebaik-baik tindakan. Tindakan melampau membahayakan semua orang dan boleh membakar negara.
Bila berlaku tragedi amuk di JPM dan ada kematian dan pembunuhan yang buruknya adalah negara kita juga. Kendati Tuhan boleh mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki kita diberi hak dan dituntut mendoakan agar takdir itu tersisih jauh dan tidak berlaku. Perlu kita menyedari di mana kita (berdiri dan mengambil timbang rasa) di antara kuasa hamba dan kuasa Tuhan dalam konteks ini. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 10/07/2012

Benarkah Najib Demokrat Palsu?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 11 Jul 2012 |
Setelah disenaraikan dalam kelompok “aukokrat baru” dalam sebuah makalah berjodol “A 21st-century checklist of the new autocrats”, penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori “Democrat Palsu” atau “False Democrat”.
Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.
Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah: Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.
Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetapi pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.
Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan “title” barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara “gentleman” dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang “negarawan” yang disanjung.
Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan”.Komitmen beliau memberikan suara ‘semak-imbang’ dan ‘pertentangan legitimate’ dari pihak pembangkang dan pihak sivil-NGO adalah kunci kepada kayu ukor seorang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya BERSIH, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang ‘legitimate’. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara ‘engagement’ yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan ‘reformasi’ yang dipinta rakyat.
Paling jelas kes GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiaya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.
Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui ‘reformasi minda’ sebenar. Beliau masih buat-buat pekak terhadap 9 orang tahanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lebih mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Apakah jiwa demokrat palsu terselak dan terdedah?
Bagitu juga halnya dalam ‘transformasi ekonomi dan pentadbiran’. Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau ‘Program Transformasi Kerajaan’ tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada ‘tender terbuka’ sebagai lambang kepada ‘ketelusan dan kebertanggungjawaban’ sebuah kerajaan.
Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.
Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang dikatakan akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang jelasnya memperolehi markah terendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan. Berbanding 7 pembida, George Kent jauh terkebelakang bukan sahaja di segi berpengalaman teknikal tetapi juga keupayaan kewangan kerana yang lain, ada telah siapkan projek menjangkaui RM5 bilion. Sangat malang.
Najib menangguhkan pembubaran parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan ‘approval rating’nya di kacamata rakyat dan pengundi. Berapa banyak lagi program ‘bela rakyat’ yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen?
Demokrat tulen punya batasan dalam memberi ‘hadiah’ yang tidak menjejaskan ‘reformasi ekonomi jangka jauh’ yang diperlukan negara. Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen?
Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini ke arah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus kekal berkuasa.
Kalau begitu, sukar hendak ditolak dakwaan bahawa Najib adalah seorang Demokrat Palsu!
Sumber HD : 11/07/2012

Najib tertekan dengan dakwaan demokrat palsu
Harakahdaily, | 11 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tertekan dengan jolokan Demokrat Palsu oleh sebuah majalah Kanada 'Globe and Mail' bulan lalu karangan Mark Mackinnon dalam tulisan bertajuk: ‘A 21 st-century checklist of new autocrats’.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib sangat tertekan dengan laporan itu kerana beliau disamakan dengan pemimpin yang tidak demokratik.
Antaranya Presiden Russia Vladimir Putin; Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi dan Perdana Menteri Cambodia Hun Sen.
Bekas ahli kelab ini pula dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak yang gulingkan oleh rakyat Mesir baru-baru ini.
Antara Ciri utama kelayakan dalam kelab ini adalah pimpinan yang menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang, kata Dr Dzul.
Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh di'turunkan’ rakyat dalam demokrasi dan ruang media yang sempit itu.
Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan BN, telahan dan ‘title’ barunya tentunya tidak membantu beliau, kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.
Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum, katanya.
Najib, minta beliau, wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktikan kesediaan beliau bertarung secara ‘gentleman’ dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang ‘negarawan’ yang disanjung.
Namun, sehingga kini, komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi, tambah Dr Dzulkefly (gambar).
Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa.
Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan” tambah beliau.
Komitmen beliau memberikan suara ‘semak-imbang’ dan ‘pertentangan legitimate’ dari pihak pembangkang dan pihak sivil-NGO adalah kunci kepada kayu ukor seorang democrat tulen, kata Dr Dzul lagi.
Baginya, Najib gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya BERSIH, Anti-Lynas dan GMI.
"Kesemua adalah tuntutan yang ‘legitimate’. Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara ‘engagement’ yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan ‘reformasi’ yang dipinta rakyat," tambahnya.
Bukti-bukti
Paling jelas, katanya lagi, kes Gerakan Mansuhkan ISA.
"Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih.
"Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiaya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian," tegas Dr Dzul dalam kenyataannya.
Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui reformasi minda sebenar.
Beliau masih buat-buat pekak terhadap 9 orang tehanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari.
Bagitu juga halnya dalam transformasi ekonomi dan pentadbiran, katanya.
Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau Program Transformasi Kerajaan tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya contohnya dalam komitmen kepada tender terbuka sebagai lambang kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban sebuah kerajaan.
Terkini
Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.
(Najib...tertekan)
Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik.
Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang dikatakan akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang jelasnya memperolehi markah terendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan.
"Berbanding 7 pembida, George Kent jauh terkebelakang bukan sahaja di segi berpengalaman teknikal tetapi juga keupayaan kewangan kerana yang lain, ada telah siapkan projek menjangkaui RM5 bilion.
"Sangat malang," kata Dr Dzul kesal.
Bagi beliau, Najib menangguhkan pembubaran parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan ‘approval rating’nya di kacamata rakyat dan pengundi.
"Berapa banyak lagi program ‘bela rakyat’ yang terpaksa dilakukan sebelum beliauberani bubar parlimen?" soal beliau.
Demokrat tulen, katanya, punya batasan dalam memberi hadiah yang tidak menjejaskan reformasi ekonomi jangka jauh yang diperlukan negara.
Pemberian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti.
"Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen?" soal beliau.

Umno menuai berkat daripada kilang arak San Miguel
Mohd Rashidi Hassan, | 11 Jul 2012 |
Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang 'dakwat' sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.
Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.
Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.
"Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.
Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.
"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
"(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.
Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.
Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.
Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.
Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.
Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.
Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.
Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.
Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.
Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.
Anak bongsunya, Dato' Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.
Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.
Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.
Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.
Esso sudah 'direbranded' sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.
Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan 'conflict of interest.'
Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.
Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?
Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.
Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.
Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.
Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari, memang 'haram jadah'!

Kalau jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula
Aspan Alias, | 11 Jul 2012 |
Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Balfour Beatty-Invensys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktur raksasa ini.
Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.
Di manakah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?
Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara di peringkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.
Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi.
Pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu amat mengejutkan banyak pihak dan laporan polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang ‘classified’ itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu.
Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita.
Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri di dunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini.
Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri.
Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara.
Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah.
Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali.

Tidak semua rakyat terima transformasi 1Malaysia
SalSLH, |
Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin BN yang lain mendakwa rakyat telah kembali menyokong BN. Mungkin berdasarkan dengan wang yang telah dihamburkan. Tetapi PM dan pimpinannya tidak sedar bukan semua rakyat mendapat wang yang dihamburkan itu. Tidak semua rakyat menerima transformasi 1Malaysia. Ada pesara kakitangan sokongan yang kecewa dengan kerajaan pimpinan BN akan pasti tidak mahu menyokong.
Seorang kawan pesara kumpulan sokongan berpendapat transformasi 1Malaysia agenda PM Najib tidak memberi erti baginya. Agenda itu hanya legasi wawasan 2020 agenda bekas PM Mahathir.
Sementara agenda bekas PM Abdullah tidak jelas. Beliau kecewa kerajaan di bawah pimpinan BN tidak pernah memberi peluang kepadanya sebagai penjawat yang berpengalaman dan telah berusaha memperbaiki pendidikan untuk menjawat jawatan yang lebih baik. Beliau berada dalam kumpulan sokongan selama lebih tiga puluh tahun sehingga bersara. Berusaha setapak demi setapak sehingga mendapat ijazah sarjana.
Akhirnya mengambil keputusan bersara sebelum tarikh umur persaraan yang ditandatanganinya atas tiga faktor utama.
Pertama, ingin memberi masa untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Pada peringkat ini beliau tidak boleh lagi terkejar-kejar seharian bekerja dan masa yang selebihnya sebagai penuntut. Ia perlu bersara kerana andaian tinggi dia tidak akan mendapat cuti belajar. Mana mungkin ketua akan membenarkannya kerana dia hanya pekerja sokongan. Kedua kerana ingin mendapat graduiti untuk membiayai pengajian.
Ketiga sudah bosan di bawah arahan pegawai-pegawai muda yang tidak mempunyai adab seperti orang-orang terdahulu.
Apabila PTPTN menjadi berita sensasi beliau jelak mendengarnya. Kerana beliau sendiri membiayai pengajian sendiri di setiap peringkat. Masa dibahagikan antara belajar dan bekerja.
Tahun 2012 seluruh pesara termasuk pesara kumpulan sokongan, telah mendapat kad ucapan Selamat Tahun Baru 2012 dari Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, yang ditandatangani oleh presidennya Tan Sri Aseh Che Mat. Apa tujuan dan maksud kad Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan itu tidak diketahui. Untuk menelaahnya sangat sukar. Untuk menekannya sangat mudah.

Apabila terbongkar ijazah palsu
Syed Abdullah Jamalullail, |
Apabila terbongkarnya dan menggemparkan tentang ijazah palsu yang boleh dimiliki hanya dengan beberapa ribu ringgit dijual melalui internet baru-baru ini telah membuka mata bagaimana boleh berlakunya sindiket sedemikian walaupun dikawal rapi oleh pihak pusat pengajian tinggi tersebut.
Kerana ia masih lagi di dalam siasatan tidak perlulah dipanjangkan ceritanya dahulu tetapi ianya menjadi iktibar kepada kita semua betapa canggihnya penipuan yang boleh dilakukan oleh segelintir daripada mereka yang pintar tetapi disalahgunakan kepintarannya ke jalan yang boleh merosakkan diri sendiri serta tidak bertanggungjawab itu.
Dalam masa yang sama kita juga harus berwaspada tentang ijazah walaupun dianggap tulen terutama sekali daripada universiti dari luar negara yang boleh dibeli dengan harga tertentu terutama sekali ijazah di peringkat PhD. Walaupun tidak diiktirafkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi ada segelintir membelinya untuk mendapatkan penonjolan diri diletakkan perkataan 'Dr' dipangkal nama dengan bertujuan orang ramai akan hormatinya sebagai seorang intelektual dan sebagainya.
Begitu juga mereka yang 'membeli' tesis kadang kala daripada pensyarah tertentu untuk lulus dan mendapatkan ijazah dengan cara mudah dan diterima serta diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi itu sendiri.
Diharap pihak berkenaan dapat mengetatkan atau mengubahkan cara dan kaedah bagaimana untuk para mahasiswa terutama sekali di tahun akhir bagi menyediakan tesis agar ianya benar-benar atas daya usaha dan disediakan sendiri tanpa mengambil jalan mudah seperti membelikan sahaja tesis tersebut dari mana-mana pihak atau individu tertentu.
Sumber HD : 12/07/2012

Kalau Euro, mengapa tidak bulan Ramadhan ini kita...
Muhamad Hafiz Mansor, | 12 Jul 2012 |
Kalau Euro kita meneliti info-info penting tentang kejohanan, pasukan-pasukan yang bertanding, bintang-bintang bolasepak yang akan beraksi dan juga tentang venue pertandingan berlangsung.
Mengapa tidak bulan Ramadhan ini kita juga meneliti info-info penting tentang kelebihan Ramadhan yang mana diceritakan sehingga para sahabat RA menangis apabila Ramadhan meninggalkan mereka, info tentang kelebihan berpuasa dan sembahyang tarawih, juga kita membelek sedikiti sebanyak fiqh tentang puasa sekadar untuk refresh hukum hakam berkaitan dengan ibadah puasa. Begitu juga tentang kelebihan membaca al-Quran dan malam Lailatul Qadr yang jelas sangat besar faedah dan kelebihannya kepada kita.
Kalau Euro kita ada countdown sebulan sebelum kejohanan bermula. Akhbar-akhbar dan juga media-media elektronik tempatan mahupun antarabangsa tidak henti-henti menayangkan iklan-iklan berkaitan dengan kejohanan sebagai suatu bentuk promosi untuk memeriahkan kejohanan 4 tahun sekali itu.
Mengapa tidak Bulan Ramadhan ini kita juga ada countdown sebelum menjelangnya Ramadhan. Sekurang-kurangnya dengan melakukan persediaan sedikit sebanyak dari sudut ilmu, fizikal, mental dan kewangan. Ini akan menambahkan lagi kemeriahan Ramadhan dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk merebut segala kelebihan yang terkandung di dalam madrasah Ramadhan al-Mubarak.
Kalau Euro kita ada analisis penuh perlawanan sama ada perlawanan yang sudah pun berlangsung mahupun yang akan berlangsung. Daripada pakar-pakar bolasepak sehinggalah di kedai-kedai kopi, masing-masing berkongsi suatu cerita yang sama iaitu bolasepak.
Mengapa tidak Bulan Ramadhan ini kita lakukan analisis ringkas tentang apa yang berlaku pada Ramadhan-Ramadhan yang berlalu, sejauh mana amalan kita, iman kita, keyakinan kita kepada Allah SWT dan ikhlas kita dalam menjalankan tugas sebagai hamba kepadaNya. Ambil sedikit masa untuk kita renung perjalanan kita yang saya kira rata-rata kita hari ini berada pada umur yang semakin matang. Apakah Ramadhan kali ini akan berlalu seperti angin yang bertiup, tidak ada kesan kepada kehidupan kita sedangkan Allah SWT sebut di dalam al-Quran kesan dari bulan yang mulia ini adalah darjat taqwa kepada Allah?
Kalau Euro kita sanggup bangun malamn semata-mata untuk menonton pasukan kegemaran kita beraksi, malah ada di kalangan kita yang bersengkang mata menunggu sepak mula perlawanan yang bermula pada pukul 2.45 pagi. Hebat!
Mengapa tidak bulan Ramadhan ini kita juga bangun malam untuk memohon sesuatu kepada Allah SWT. Hanya 2 rakaat untuk solat tahajjud yang hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja kemudian berdoalah kepada Allah SWT, mintalah apa sahaja yang kita hendakkan, merayulah apa yang kita hendak rayu. Berdoalah moga umur kita diberkati dan mati kita dirahmati.
Sebenarnya tidak salah kita meminati sesuatu perkara dan bersusah payah kerana perkara tersebut selagi kita tidak melanggar syariat Allah SWT cuma kadang-kadang dek disibukkan perkara itu kita terlupa ada perkara yang lain yang sebenarnya sangat penting dalam kehidupan kita. Perkara tersebut tidak lain tidak bukan ialah perkara yang berkaitan dengan akhirat kita.
Dalam dunia ini perkara yang berat dan susah akan menjadi mudah dan ringan bagi kita jika minat dan sayang kepada perkara tersebut. Dengan sebab itu tidak hairanlah kita mudah untuk bangun malam tengok bola, sebab kita minat dan sayang kepada bola sepak. Minat dan sayang sebenarnya boleh merubah segalanya.
Persoalannya, ada atau tidak perasaan sayang dan minat kita kepada kehadiran Bulan Ramadhan ini? Ini yang kita perlu soal kepada diri kita dalam menghadapi Ramadhan ini. Jika tiada ada sayang dan minat, datanglah berapa kali Ramadhan pun, tidak ada kesan kepada diri kita.
Hari ini kita berada pada penghujung bulan Syaaban dan dalam beberapa hari lagi kita bakal menyambut Ramadhan al-Mubarak, masih sempat untuk kita melakukan persediaan ringkas supaya Ramadhan kali ini lebih membekas di hati kita.
Kehadiranmu Dinanti Ya Ramadhan!
Penulis ialah Timbalan Presden Ma'ruf Club UIAM
Sumber HD : 12/07/2012
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/lagi-usaha-mekap-najib-nak-bagi-umno-bn.html#ixzz20ObDdtrq
Sumber HD : 12/07/2012
Sumber HD : 13/07/2012
10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI ♥
antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Lagi usaha mekap Najib nak bagi Umno BN nampak baik?
http://cenangau.blogspot.com, | 12 Jul 2012 |
mStar melaporkan:
Pasai tu secara tiba-tiba boleh keluar pulak cadangan ni. Pada aku cadangan ni tak lebih dari sekadar usaha Najib untuk pakai mekap bagi tebal nak tutup semua kedut-kedut dan parut di muka umno BN. Nak bagi nampak lebih muda dan menawan.
Tengok ke nama pun dah tau dah.
Realitinya, ISA yang katanya dah dimansuhkan pun sebenarnya masih belum di mansuhkan. kalau tak silap aku masih ada 45 di tahan di pusat tahanan di bawah ISA. Mansuh apa kejadahnya macam tu.
Pasai tu lah pada aku undang-undang baru ni pun tak lebih sekadar makep untuk Umno BN. Kalau betul Najib nak buat perubahan, nak buat transformasi melalui undang-undang, 45 orang yang masih di tahan di bawah ISA tu mesti dibebaskan segera ataupun didakwa di mahkamah kalau betul ada kes.
Sama jugak macam akta Himpunan Aman 2012 yang diluluskan awal tahun ni. Kalau diteliti undang-undang tu tak ada bezanya pun ada atau takdaknya. Akhirnya pihak polis masih jugak ada kuasa untuk tak benarkan himpunan diadakan. Kalau PM bagi arahan suruh halang sesuatu himpunan takkannya berani PDRM nak derhaka. Pandai la depa cari alasan, bagi alasan untuk tak benarkan.
Apa pun, jangan lupa temu janji kita Sabtu ni di Masjid Wilayah Persekutuan dalam
Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948 - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
"Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. - mStar.
Nampaknya Najib masih tak berani nak bubar parlimen dan adakan pilihanraya. Nak buat macamana, persepsi Umno BN sekarang ni cukup teruk.
Pasai tu secara tiba-tiba boleh keluar pulak cadangan ni. Pada aku cadangan ni tak lebih dari sekadar usaha Najib untuk pakai mekap bagi tebal nak tutup semua kedut-kedut dan parut di muka umno BN. Nak bagi nampak lebih muda dan menawan.
Tengok ke nama pun dah tau dah.
Realitinya, ISA yang katanya dah dimansuhkan pun sebenarnya masih belum di mansuhkan. kalau tak silap aku masih ada 45 di tahan di pusat tahanan di bawah ISA. Mansuh apa kejadahnya macam tu.
Pasai tu lah pada aku undang-undang baru ni pun tak lebih sekadar makep untuk Umno BN. Kalau betul Najib nak buat perubahan, nak buat transformasi melalui undang-undang, 45 orang yang masih di tahan di bawah ISA tu mesti dibebaskan segera ataupun didakwa di mahkamah kalau betul ada kes.
Sama jugak macam akta Himpunan Aman 2012 yang diluluskan awal tahun ni. Kalau diteliti undang-undang tu tak ada bezanya pun ada atau takdaknya. Akhirnya pihak polis masih jugak ada kuasa untuk tak benarkan himpunan diadakan. Kalau PM bagi arahan suruh halang sesuatu himpunan takkannya berani PDRM nak derhaka. Pandai la depa cari alasan, bagi alasan untuk tak benarkan.
Apa pun, jangan lupa temu janji kita Sabtu ni di Masjid Wilayah Persekutuan dalam
Himpunan Oren (kaler kuning) Selamatkan Felda
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/lagi-usaha-mekap-najib-nak-bagi-umno-bn.html#ixzz20ObDdtrq
Sumber HD : 12/07/2012
Dah nak tergolek baru panggil kami
Aspan Alias, | 13 Jul 2012 |
Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.
Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.
Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.
“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.
Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.
“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.
Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.
Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.
Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.
Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.
Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.
Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.
“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.
"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.
“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.
"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.
Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.
Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.
Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.
Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.
Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.
Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.
Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html

Amalan terbalik yang tidak disedari
http://mencariygbenar.blogspot.com, | 15 Jul 2012 |
10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI ♥
antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Sumber HD : 15/07/2012
Umno itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan
Aspan Alias, | 16 Jul 2012 |
Muhyiddin menyeru agar UMNO mempertahankan kerusi Gelang Patah habis-habisan kerana Gelang Patah merupakan kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor dan mempunyai infrastuktur yang terbaik di negeri Johor. Di dalam kawasan ini jugalah terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbagai-bagai infrastruktur terbaik di negeri Johor.
Kenyataan seperti ini yang datangnya dari Timbalan Perdana Menteri dan ianya membayangkan bahawa negeri Johor juga merupakan negeri yang sangat ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU yang akan datang ini.
Kenyataan yang membayangkan ketakutan dari pihak BN tidak pernah kita dengar sebelum ini jika ia melibatkan negeri Johor kerana Johor sebelum ini merupakan kubu kuat BN sejak negara mengadakan pilihanraya.
BN dan UMNO di negeri Johor sebelum ini hanya mengambil pilihanraya umum sebagai satu pesta sahaja kerana bak kata orang UMNO semasa parti itu kuat dahulu, 'calon UMNO tidak payah turun berkempen. Hantarkan songkok untuk mewakili calon-calonnya sahaja sudah cukup dan BN akan menang'. Tetapi kenyataan yang datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan anak Johor ini, amat jelas yang BN di Johor tidak boleh lagi bercakap takbur seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dan rakyat lebih fokus untuk mencari pemimpin dan parti yang lebih berguna dari dahulu.
Muhyiddin meminta UMNO dan BN Johor perlu melipat gandakan usaha untuk mempertahankan Gelang Patah daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Ia bermakna Johor terutamanya di Gelang Patah UMNO sedang berada di posisi defensif di tengah-tengah kemaraan pengaruh Pakatan Rakyat sekarang ini. Jika Gelang Patah yang merupakan kubu tradisi BN Johor sudah berada di posisi defensif, bagaimana agaknya di kawasan-kawasan lain yang lebih lemah dari Gelang Patah?
Mungkin apa yang dikatakan oleh setengah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Johor yang mereka (BN) kali ini akan hilang sepuluh kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang akan datang itu memang akan menjadi kenyataan. Mungkin itu jugalah sebabnya kenapa Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang sekarang mewakili kawasan Kubang Kerian mengambil keputusan untuk kembali ke Johor untuk menjadikan impian PR menjadi pemerintah kepada kerajaan Johor menjadi kenyataan selepas PRU yang akan datang ini.
Jika penekanan dan tumpuan kepada kawasan Gelang Patah ini keterlaluan mungkin ada kemungkinan yang Gelang Patah dan beberapa kawasan Parlimen di Johor akan kekal dalam BN dan yang lainnya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Tidak ada perkara yang tidak menjadi kemungkinan dalam politik negara pada hari ini. Contohnya tidak pernah sesiapa terfikir yang UMNO akan menjadi seperti hari ini; fakir dalam perjuangannya serta miskin dalam nilai dan budaya bangsa yang dipimpinnya.
Itu semualah yang menjadikan UMNO sudah hilang seluruh identitinya sebagai sebuah parti pemerintah yang bermaruah dan berintergriti sehinggakan parti itu tidak akan kebah dari stigma yang terlalu buruk di sisi pandangan rakyat yang ramai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 16/07/2012

OKU pohon semua masjid ada RAM
Nur Ikhwan Arifin, |
Tarikh 16 July 2012
Kepada
Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA
Y.A.B. Dato' Seri.
PER: PERMOHONAN MEMBAIK PULIH KESELURUHAN MASJID DI MALAYSIA.
Salam sejahtera Y.A.B Dato Seri,dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,
2. Saya salah seorang warga orang kurang upaya yang sepenuhnya menggunakan kerusi roda selepas terbabit kemalangan 12 tahun lalu ingin mengusulkan beberapa perkara yang sangat penting untuk kami warga OKU,dimana kemudahan setiap masjid wajib ada RAM bagi memudahkan kami bersolat dimasjid dan tak terlepas solat jumaat.
3. Saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan saya dididk sebagai seorang Islam,dan nilai nilai murni Islam terlalu menebal dihati saya, tetapi saya terlalu sedih kerana saya tidak dapat bersolat jumaat bersama sama dengan saudara Islam yang lain. Dan saya juga memahami nasib nasib warga OKU yang lain dimana pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dimasjid.
4.Seandainya saya menjalani kehidupan di amerika syarikat atau juga di israil tidaklah saya hairan sekiranya kerajaan mereka tidak menyediakan kemudahan khusus untuk saya beribadat dimasjid, tetapi saya sangat hairan sekiranya Dato’ Seri sebagai seorang islam tetapi tidak memahami kami warga OKU yang juga sama sama ingin beribadat kepada pencipta kami ALLAH SWT.
5. Saya melihat Dato’Seri melupakan kami yang warga OKU untuk hidup saksama dengan masyarakat lain,sedangkan slogan Dato Seri, “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” Jika difikir balik masih relevenkah slogan itu?
6.Dato’Seri menaikkan pelbagai bonus kakitangan kerajaan kakitangan buruh dan memberi kepelbagaian bonus kepada mereka yang terbabit,tetapi adakah Dato’Seri memberikan bonus bonus itu juga kepada kami warga oku? Pasti tidak bukan, Bahkan elaun elaun yang ada pada JKM juga sudah lama tidak diupdate,sedangkan barang-barang makan sentiasa naik jadi dimana hak kami sebagai warga OKU, Kami juga rakyat Malaysia, bukan pendatang asing yang harus dianak tirikan.
7. Saya berharap Dato’Seri fikir dan kaji balik tentang permohonan saya ini,dan saya sangat berharap permohonan saya ini diluluskan,kerana saya meminta kepada seorang yang juga beragama Islam dan seseorang mempunyai kuasa dalam pemerintah. Dan saya berharap Dato’Seri memahami maksud saya.
Sekian,
Nur Ikhwan Arifin

Anugerah yang sangat mencabar
A Kadir Jasin, | 17 Jul 2012 |
PETANG semalam, 16 Julai, saya menerima anugerah Tokoh Wartawan Negara daripada Institut Akhbar Malaysia (AIM). Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin (Tan Sri).
Dengan izin, saya ingin berkongsi dengan pembaca dan pembahas teks penuh ucap balas saya di majlis itu dengan harapan ia sedikit sebanyak memberi manfaat.
1. Adalah kebiasaan dalam upacara seperti ini bagi hadiran mengharapkan penerima menyatakan sesuatu yang mendalam – profound – dan si penerima pula berasa perlu mempamerkan kehebatannya.
2. Kalau andaian saya itu tepat dan saudara saudari mengharapkan sesuatu yang “profound”, saya mohon maaf. Saya tidak akan menyatakan apa-apa pun yang mendalam.
3. Saya sekadar hendak bercerita, mengucapkan syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada begitu banyak orang dan pihak yang menolong meletakkan saya di mana saya berada hari ini, bersama nama-nama besar dunia kewartawanan Malaysia – A Samad Ismail, Lee Siew Yee, Ishak Haji Muhammad, Mohd Fuad Stephans, Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Zainuddin Maidin dan Liew Chen Chuan. Berada di kalangan mereka, yang sesetengahnya adalah guru, ketua dan mentor saya, adalah penghormatan yang sangat mencabar.
4. Mula-mula sekali saya ucapkan terima kasih kepada Siti Sarah, anak tok panglima yang cantik jelita. Kerana kerinduan kepadanyalah, berkesudahan dengan saya menjadi seorang pemberita. Kepada jiwa remaja saya, dialah gadis Melayu paling jelita. Kerana kejelitaan dan ketinggian pangkalan sosialnya, maka rindu saya kepadanya kelu, tidak terucapkan. Sah, sampai hari ini pun dia tidak tahu tentang rindu dan berahi saya kepadanya.
5. Pada suatu senja, pada bulan Mei tahun 1969, ketika mengayuh basikal lima kilometer pulang ke rumah setelah mencuri pandang Siti Sarah menyapu sampah di halaman rumahnya, sepupu merangkap teman akrab saya, Nawawi memberitahu mengenai iklan jawatan wartawan oleh Bernama dalam akhbar Utusan Malaysia. Mungkin itulah tuah Siti Sarah. Saya memohon dan memperoleh jawatan pemberita percubaan. Tepat sebulan lalu, pada 16 Jun, gelaplah 43 tahun saya menjadi wartawan.
6. Cinta lara saya terhadap Siti Sarah kekal bisu sebagai legasi jiwa remaja yang sarat dengan asmara. Terima kasih Siti Sarah, di mana pun anda berada.
7. Dan kepada Allahyarham ayah saya, yang kalau tidak kerana kata dua dan aspirasinya, saya mungkin meneruskan cita-cita zaman kanak-kanak untuk menjadi penjerat burung yang terhebat di kampung saya, sehebat datuk saya. Kata ayah (dengan izin): “Hang mengaji pandai-pandai atau jadi macam aku ikut pungkur kerbau.”
8. Ayah lulus darjah empat sekolah rumi dan empat tahun sekolah pondok, menjadi pesawah, peniaga kecil, anggota Home Guard and politikus kampung. Tetapi dia seorang Melayu yang intelektual yang mendahului zaman serta tempat mastautinnya.
9. Dia memperkenalkan saya kepada Gamal Abdel Nasir, Soekarno, Dr Muhamed Hatta, Kwame Nkrumah, Jomo Kenyatta, Fidel Castro, Ho Chi Minh dan Marshall Tito dan kepada hikayat erotik Seribu Satu Malam yang saya curi baca. Dia juga, dengan izin, seorang “buffalo whisperer” - pembisik kerbau - yang hebat. Dia boleh memerintah kerbau yang membantunya di bendang untuk berjalan, berhenti, pusing kanan dan kiri. Terima kasih ayah, moga-moga rohmu sentiasa dirahmati.
10. Kepada emak yang tidak kenal abc dan alif ba ta. Wanita kampung yang buta huruf inilah yang melahirkan dan membesarkan lapan orang anak dalam suasana yang serba kekurangan. Wanita yang masih mengusap rambut saya dan mencium saya seolah-olah saya tidak pernah dewasa. Terima kasih emak. Moga-moga Allah panjangkan usiamu.
11. Dalam suasana dunia baru tanpa sempadan di mana ramai ibu bapa lebih berupa “pembuat dan pengeluar” daripada pendidik, mempunyai ibu bapa yang peka dan peduli adalah rahmat yang sangat besar.
12. Kerana itu jugalah dalam penulisan saya, saya kerap menyentuh tentang peri perlunya amalan keibubapaan yang sempurna dan unggul.
13. Saya juga, seperti banyak saudara saudari di sini, tidak akan berada di mana kita berada kalau tidak kerana guru-guru kita yang peduli, komited dan penuh pengorbanan seperti Allahyarham Cikgu Datuk Shaari Abu Bakar, guru besar saya di Sekolah Melayu Pendang pada tahun 50-an yang telah saya ceritakan berulang kali.
14. Dialah guru dan dialah bapa pengganti (surrogate father) pendidikan saya. Saya telah menceritakan bagaimana pada suatu hari dia menyatakan yang dia akan membawa saya menduduki satu peperiksaan di Alor Setar. Dengan kereta Morris Minornya, dia membawa 5 orang murid darjah 4 untuk menduduki peperiksaan Special Malay Class Entrance Examination.
15. Kerana tidak tahu hujung pangkal saya gagal. Pada tahun berikutnya, beliau membawa saya sekali lagi untuk menduduki peperiksaan yang sama. Kali ini saya berjaya. Maka bermulalah pendidikan aliran Inggeris saya.
16. Cikgu Shaari telah lama kembali ke rahmatullah. Tetapi bersama kita hari ini ada seorang lagi guru seperti itu yang mengajar saya bahasa dan sastera Melayu dan lebih daripada itu, mengenai kesederhanaan dan dedikasi. Terima kasih Cikgu Datuk Wan Shamsuddin Wan Mohd Yusof, Tokoh Guru Kedah, Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Maal Hijrah Kedah.
17. Banyak lagi orang seperti itu dalam hidup saya - daripada gadis-gadis jelita yang buat mereka saya tuliskan puisi dan seloka cinta kepada orang politik yang mengajar saya bahawa kebenaran (truth) tidak semestinya fakta tetapi apa yang umum percaya dan Dugalia Huso, mangsa pembersihan etnik orang Serbia di Bosnia Herzegovina Serbia yang diseksa semata-mata kerana dilahirkan tidak sempurna.
18. Kepada Allahyarham Tun Ghazali Shafie aka King Ghaz yang menengking saya di hadapan ratusan orang besar di Lapangan Antarabangsa Subang pada 1981. Akibat tengkingan itu saya mendalami hal-hal berkaitan perang saraf dan dasar luar Malaysia.
19. Saya bertuah kerana perjalanan kewartawanan saya telah mencakupi zaman semua Perdana Menteri Malaysia – bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera, anak raja yang jiwanya bersama rakyat jelata. Tunku yang tidak berpura-pura tentang dirinya dan tidak membezakan antara seorang wartawan veteran dengan pemberita muda seperti saya.
20. Membuat liputan kegiatan Tunku pada tahun-tahun akhir pentadbirannya dan tahun-tahun awal kerjaya saya adalah pengalaman yang menjadi akar tunjang dan tiang seri karier saya. Pernah suatu ketika dalam lawatan ke Langkawi, wartawan-wartawan kanan meminta ulasan Tunku mengenai kenyataan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew. Tunku cuma menjawab dengan dua patah perkataan yang tidak sedap pada pendengaran.
21. Saya tidak melaporkannya. Sebaliknya saya menulis mengenai rancangan Tunku memajukan Langkawi menjadi destinasi pelancongan. Keesokan harinya saya terperanjat besar dan bos-bos saya di Kuala Lumpur marah besar kerana saya, dengan izin telah “missed” satu berita yang besar di mana Tunku dilaporkan telah mengecam hebat Encik Lee.
22. Saya bergegas ke pejabat Utusan Melayu di Alor Setar dan bertanya wartawan “eccentricnya”, Pak Mansor Tobeng bilakah Tunku menyatakan hal seperti yang dilaporkan oleh Utusan Melayu, Straits Times dan Straits Echo itu?
23. Pak Mansor menjawab, dengan Tunku kita boleh membuat interpretasi kenyataannya asalkan telahan kita itu tepat dan positif. Peristiwa itu memperkenalkan saya kepada “interpretative reporting” secara literal dan kepada keistimewaan – privilege - yang dinikmati oleh wartawan.
24. Seperkara lagi yang saya pelajari mengenai Tunku adalah masa terbaik mendapatkan maklumat dan ulasan daripada beliau adalah selepas beliau menang golf atau selepas tidur sebentar selepas makan tengah hari.
25. Sekali pernah Tunku memberikan saya interview eksklusif mengenai perjanjian pertahanan 5 negara yang membabitkan Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand. Interview ini berlangsung di bawah sayap kapal terbang di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
26. Entahlah, mungkin saya nostalgia atau zaman sudah berubah dan yang berlalu itu tidak akan kembali lagi, tetapi pada awal-awal kemerdekaan tanah air kita sehingga beberapa dekad selepas itu, wartawan – tua dan muda – mudah berjumpa untuk bertanya dan mencari berita daripada pemimpin segenap lapisan sehinggalah Perdana Menteri.
27. Walaupun ancaman komunis bersenjata masih berlaku, Perdana Menteri awal seperti Tunku dan Tun Abdul Razak seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan peribadi mereka.
28. Ke mana pun mereka pergi, mereka dikelilingi rakyat. Polis dan tentera berada jauh, sekadar melihat dan mengawasi. Tidak wujud pada waktu itu istilah turun padang kerana pemimpin yang dipilih rakyat sentiasa berada di padang, sawah dan bendang, kebun dan ladang bersama rakyat jelata yang memilih mereka.
29. Kata pujangga, masa berlalu suasana berubah. Hari ini, sama ada kerana kesilapan menggunakan bahasa atau kecetekan pemikiran, kita setiap hari membaca tentang pemimpin dan pembesar turun ke padang seolah-olah wujud kekangan dan pemisahan di antara yang dipilih dan yang memilih.
30. Hari ini, wartawan tidak lagi perlu berkejar ke hulu-hilir berebut-rebut mencari telefon awam, meminjam telefon balai polis dan kedai kopi cina untuk menghantar berita.
31. Mereka tidak perlu lagi mengetuk kuat mesin taip Royal, Underwood atau Olivetti. Mereka tidak perlu lagi belajar menggunakan teleprinter dan membaca pita berlubang (perforated tape).
Mereka tidak perlu lagi mencari pejabat Western Union di Wall Street, memberi wang saku kepada pengendali mesin teleprinter di Kantor Pos, Jalan Jeneral Sudirman di Jakarta atau membawa kad kredit International Telecommunication Union (ITU). Segala-galanya ada di hujung jari.
32. Mungkin kerana itu jugalah kreativiti seperti yang saya ketahui pada zaman saya dan diajarkan di kelas-kelas kewartawanan, mula menjadi sesuatu yang asing bagi banyak pengamal media.
33. Pembacaan, penyelidikan dan artikulasi telah digantikan oleh jalan pintas Google dan Yahoo di mana potong dan tampal sudah menjadi amalan. Tidak hairanlah kalau plagiarisme dan ciplak telah menggantikan kreativiti dan ketulenan.
34. Menjadi pemberita mudah. Tulis berita jadilah kita pemberita. Tetapi untuk menjadi wartawan yang unggul dan berguna kepada masyarakat, lebih sukar daripada itu. Sedikit sebanyak ia memerlukan ketekunan, keberanian dan pengorbanan. Ia memerlukan kecintaan kepada ilmu dan keinginan untuk berkongsi idea dengan khalayak.
35. Wartawan, hatta betapa baik dan mesra wataknya tidak mempunyai kawan. Kerana kawan boleh menjadi lawan dengan sebaris tulisan atau seminit ucapan. Wartawan hanya mempunyai kenalan.
36. Tetapi sekiranya kenalan boleh menjadi sahabat yang abadi, maka terbuktilah bahawa masyarakat sudah boleh menerima kritikan dan mengiktiraf peranan media sebagai pelapor, pengajar dan penghibur. Itulah suasana unggul yang saya rasa yang perlu diwujudkan iaitu wartawan bebas membuat laporan dan ulasan tanpa khalayak berasa bahawa ada agenda di sebaliknya.
37. Untuk menyemarakkan suasana yang unggul itu, wartawan haruslah lebih gigih, lebih bersedia belajar, lebih berani menyatakan pandangan dan tidak terlalu akrab dengan kelompok-kelompok kuasa sehingga mereka menjadi terikat dan terhutang budi, dan kerana itu tidak dapat lagi berkarya dengan bebas dan terbuka.
Wallahualam.
Terima kasih.
http://kadirjasin.blogspot.com/
Sumber HD : 17/07/2012
Petang tadi saya ke PJ Old Town menghantar seorang rakan membeli sesuatu di sana. Saya berjalan di kaki lima kedai-kedai di sebelah belakang bandar itu dan saya telah terjumpa satu kedai yang masih menggunakan dacing lama yang masih menggunakan sukatan kati dan tahil. Dacing yang saya maksudkan itu ialah dacing yang menjadi simbol Barisan Nasional (BN).
Sudah begitu lama saya tidak menengok dacing lama ini dan saya bertanya kepada kedai itu bagaimana dia membuat perkiraan harga barang kerana sukatannya sudah tidak dipakai lagi sekarang. Sekarang semua orang menggunakan sukatan kilogram dan gram, bukan lagi tahil dan kati. Saya pun tidak pasti samada anak-anak muda di bawah tiga puluhan tahu apa dia tahil dan kati itu kerana sukatan itu sudah lama kita tinggalkan.
Dacing itu tidak dipakai oleh sesiapa lagi termasuklah pekedai-pekedai runcit di mana-mana. Dacing ini hanya masih dipakai oleh BN untuk dijadikan simbol parti itu. Agaknya itulah yang menyebabkan BN tidak begitu mendapat perhatian rakyat kerana baik dari simbol dan cara mereka berfikir sudah begitu ketinggalan zaman.
Agaknya itulah sebabnya kenapa BN sudah tidak begitu mendapat sokongan kerana dacing itu sudah tidak lagi dipakai oleh orang ramai. Mungkin BN terpaksa menggantikan simbol baru kerana simbol dacing sekarang ini adalah satu simbol yang tidak lagi dipakai oleh masyarakat.
Mungkin itulah juga sebabnya kenapa pihak BN bercakap, berfikir dan bertindak berlainan yang tidak ‘compatible’ dengan masyarakat sekarang ini. Orang sudah bercakap pasal kilogram dan gram, mereka (BN) masih bercakap tentang kati dan tahil.
Sudah jarang-jarang sangat orang menggunakan dacing itu. Jika ada yang hendak menjual dacing itu, mungkin saya beli untuk dijadikan hiasan ruang tamu di rumah sahaja.
Maksud saya dacing itu hanya boleh dijadikan sebagai salah satu dari barang perhiasan di rumah sahaja.
Sumber HD : 18/07/2012
Kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Al Hijrah Media Corporation
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Assalamualaikum wr wb
Tuan,
Menyemai Perpecahan Dalam Kalangan Umat Islam
Saluran Televisyen Al Hijrah merupakan salah satu saluran yang mempunyai ramai bilangan penontonnya. Sikap, pemahaman, pandangan dan tindakan mereka yang menonton rancangan televisyen itu akan dipengaruhi apa yang mereka tonton. Oleh sebab itu, sebagai pengendali saluran Islam, anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan penelitian yang rapi dalam penyampaian mesej melalui saluran televisyen kepada penonton agar ia tidak melanggar ajaran al Quran yang menuntut kebaikan dan melarang kemungkaran.
Al Hijrah, dalam kenyataan misi dan visinya, telah berjanji untuk menjadi stesen penyiar dengan misi untuk mendidik, menghibur dan menyatukan umah melalui siaran yang berkualiti dan kreatif berdasarkan ajaran Islam yang sesuai dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Memandangkan misi yang suci ini, kami amat terkejut apabila mendapati bahawa TV Al Hijrah menyiarkan suatu diskusi panel di mana ahli panel yang dianggap sebagai sarjana Islam membuat tuduhan tidak berasas terhadap Syiah yang hanya akan menimbulkan perpecahan dan kebencian dalam kalangan umat Islam.
Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi, menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu... [Surah Al Imran 3:103].
Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran.
Pada Julai 2005, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh 24 ulamak kanan (termasuklah Sheikh Al Azhar, Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi), Raja Abdullah II dari Jordan telah menganjurkan satu persidangan Islam antarabangsa yang dihadiri oleh 200 sarjana Islam terkemuka dunia dari 50 negara yang telah mengeluarkan fatwa berikut:
• Sesiapa sahaja yang patuh kepada salah satu daripada empat Usuluddin Islam mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali), dua Usuluddin Islam mazhab Syiah (Ja’fari dan Zaydi), Usuluddin Islam mazhab Ibadi dan Usuluddin Islam mazhab Thahiri adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang itu sebagai murtad adalah mustahil dan tidak dibenarkan.
• Terdapat lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab Usuluddin Islam berbanding dengan perbezaan antara mereka. Pengikut lapan mazhab Usuluddin Islam ini bersepakat dalam perkara prinsip asas Islam.
• Semua percayakan Allah (Tuhan), dimuliakan dan ditinggikan, esa dan unik; al Quran itu suci dan wahyu yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah, dimuliakan serta tiada sebarang perubahan dan pindaan; dan Muhammad s.a.w adalah Rasul dan Nabi untuk semua manusia.
• Semua bersetuju mengenai lima rukun Islam: mengucap dua kalimah syahadah; solat; mengeluarkan zakat; berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Mekah. Semua bersepakat mengenai rukun Iman: percaya kepada Allah, Malaikat, Al Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar.
• Ketidaksepakatan antara ulama antara lapan mazhab Usuluddin Islam itu hanya pada cabang agama (furu) dan beberapa asas (usul) [agama Islam]. Ketidaksepakatan tentang cabang agama (furu) adalah satu rahmat. Lama dahulu dikatakan bahawa kepelbagaian pendapat dalam kalangan ulama adalah satu rahmat.
Fatwa itu diterima dengan sebulat suara di sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Mekah pada Disember 2005 dan oleh enam perhimpunan ulama Islam antarabangsa lain, kemuncaknya dengan Akademi Fekah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jeddah pada Julai 2006. Jumlahnya, lebih 500 ulama Islam terkemuka dari seluruh dunia menerima dengan sebulat suara fatwa dan Mesej Amman. [Kunjungi laman sesawang rasmi Mesej Amman (Amman Message) untuk senarai lengkap mereka yang menerima fatwa itu].
Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa, Islam dan Satu Ummah, dan mazhab Usuluddin Islam, menyeru supaya diketepikan ketidaksepakatan antara orang Islam, menghormati antara satu sama lain, menguatkan hubungan persaudaraan dan tidak membenarkan perpecahan dan campurtangan luar.
Ia menasihatkan pengajaran fekah berkaitan perpaduan Islam kepada pelajar sekolah menengah dan universiti. Ia menyarankan pihak berkuasa berkaitan di negara Islam mengambil langkah untuk mencegah percetakan, penyebaran dan pengedaran penerbitan yang menambahkan lagi perpecahan ummah.
Resolusi 152 juga menekankan jangan menyalahkan mana-mana lapan mazhab Usuluddin Islam kerana tindakan yang salah daripada pelampau seperti membunuh mereka yang tidak bersalah, menjatuhkan maruah dan merampas harta mereka. Terdapat elemen pelampau dalam kalangan Syiah dan Sunni yang di beberapa negara menggunakan kekerasan, malah kadangkala di dalam masjid sendiri.
Elemen seperti ini perlu didedahkan dan diasingkan kerana ia menyemai perpecahan dalam kalangan umat Islam dan memperburukkan lagi Islam. Dialog antara Syiah dan Sunni mestilah digalakkan dan disuburkan, dan sebarang perbincangan mengenai perbezaan mestilah dibincangkan dalam suasana persaudaraan.
Imam Khomeinie berpesan kepada golongan Syiah yang mengerjakan Haji agar tidak mengasingkan diri mereka daripada orang Islam yang lain.
Beliau menasihati jemaah Haji: “Rakyat Iran dan golongan Syiah dari negara lain dikehendaki untuk mengelakkan semua tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan sesama umat Islam. Mereka juga perlu menyertai perhimpunan Sunni dan mengelakkan menghadiri atau membentuk solat di rumah atau memasang pembesar suara untuk menentang mereka. Mereka mestilah mengelakkan daripada melutut di makam suci atau melakukan apa sahaja yang tidak selaras dengan undang-undang yang mulia.”
Kita perlu menyedari bahawa konflik mazhab sebenarnya digalakkan oleh kuasa Barat yang mahu mengenakan hegemoni mereka ke atas umat Islam dan mengawal sumber di negara Islam. Pecah dan perintah telah menjadi dasar mereka sejak berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Mereka menipu pemerintah Arab supaya menyokong perang mereka terhadap Khilafah Usmaniyah dengan menjanjikan kemerdekaan bagi tanah Arab, tetapi selepas mengalahkan Turki, Britain dan Perancis membahagikan wilayah antara mereka dan menubuhkan Israel dan Arab Saudi.
Kita dapat melihat ulangan dasar yang sama di Iraq, Lebanon dan Pakistan. Kuasa penjajah berusaha untuk memecahkan negara ini melalui mazhab dan suku kaum; menghasut negara Arab ‘Sederhana’ menyertai Amerika Syarikat dan Israel bagi memusnahkan Hisbullah di Lebanon, Hamas di Palestin dan melakukan pertukaran rejim di Iran.
Amat dikesalkan sekali, beberapa ulama membenarkan diri mereka digunakan sebagai alat oleh penjajah dan pemerintah-pemerintah bagi mewujudkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Kita perlu memberi perhatian kepada amaran yang diberikan oleh Imam Khomeini lebih 25 tahun yang lalu: “Tangan kotor yang memburukkan perbezaan antara Syiah dan Sunni bukanlah terdiri daripada golongan Syiah dan Sunni.
Ia merupakan tangan penjajah yang merancang untuk membawa keluar negara Islam daripada tangan kita. Kuasa penjajah yang mahu merampas kekayaan kita melalui pelbagai skim dan konspirasi adalah mereka yang melahirkan rancangan untuk mewujudkan perpecahan di antara fahaman Syiah dan Sunni.”
Kami merayu kepada anda agar memainkan peranan proaktif dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan memberikan publisiti yang meluas kepada Mesej Amman dan Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa.
Anda juga perlu menghasilkan program berhubung sejarah asal cabaran yang dihadapi oleh umat Islam terutama sekali Balkanisasi dan penjajahan Barat di Semenanjung Arab selepas Perang Dunia Pertama. Kami juga menyarankan supaya penerbit rancangan anda mengkaji The Unmaking of the Middle East oleh Jeremy Salt dan The Ethnic Cleasing of Palestine oleh Ilan Pappe dan menghasilkan rancangan berdasarkan karya itu.
Bersama ini saya sertakan dokumen untuk maklumat anda dan menyebarkannya kepada penerbit rancangan TV Al Hijrah:
1. The Amman Message
2. Resolution 152 of the International Islamic Fiqh Academy
3. Ahmed Deedat on Iran: A nation Reborn
4. Qaradawi and Shia-Sunni dialogue
Kami percaya bahawa anda akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap ulasan dan saranan dengan niat untuk menjadikan Al Hijrah sebagai saluran TV yang benar-benar Islam.
Jawapan awal daripada pihak tuan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Yang benar,
S.M Mohamed Idris
Pengerusi, Citizens International

Dacing serupa ini dah tak dipakai orang lagi
http://aspanaliasnet.blogspot.com, | 17 Jul 2012 |

TV Hijrah didakwa pecahbelahkan Islam
S.M Mohamed Idris, |

Hanya BN mampu cetus kekecohan jika kalah PRU
Aspan Alias, | 23 Jul 2012 |
Selalu saya terfikir yang negara perlu memulakan ‘facet’ yang baru dalam politiknya kerana dengan isu perkauman yang sedang digendang oleh pihak pemerintah sekarang ini amat merbahaya untuk kestabilan dan keselamatan negara. Pihak BN tidak mahu menerima hakikat dan semangat demokrasi dan kekalahan dalam pilihanraya merupakan satu perkara yang mereka tidak dapat hendak terima sedangkan itulah perkara yang biasa yang berlaku di dalam mana-mana negara demokrasi.
Nampaknya cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai ‘national unity’ tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya UMNO untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.
UMNO tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk memperbaiki diri, mereka harus dan wajib menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai pembangkang. UMNO harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki diri.
Perasaan saya begitu mendidih apabila pimpinan UMNO membuat andaian yang negara akan menghadapi zaman kekecohan jika PR memerintah. Saya tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan rasionalnya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP tidak pernah membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya UMNO sahaja yang membuat andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.
Sebenarnya pihak pembangkang telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah membuat kekacauan. Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam sejarah negara merdeka kita.
Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja menakut-nakutkan rakyat untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku kekecohan ia akan hanya dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.
Jangan mengungkit cerita lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara mereka yang membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian semasa itu yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan Menteri-Menteri dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri kita yang tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.
Pada tahun 1969 itu adalah pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam mana BN atau pun Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk kerajaan. Di sini kita lihat kekecohan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah kerana BN akan melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara kearah kekecohan dan mengambil keadaan itu secara ‘expedient’ untuk mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku semasa itu.
Perayaan kemenangan parti Gerakan yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai pembangkang semasa itu diambil kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau Perikatan semasa itu untuk mencetuskan situasi yang membolehkan dharurat diisyhtiharkan. Setakat itu sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang kekecohan itu dilakukan oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu disebut-sebut lagi kerana jika disebut ia seperti ‘menepuk air di dulang’ seperti apa yang dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.
Saya tidak berminat untuk membuat kenyataan yang sangat dibimbangi oleh semua pihak ini tetapi cukup sekadar menyatakan yang 13 Mei sengaja dicetuskan secara sistematik oleh pihak yang sedang hampir kalah dengan menggunakan perayaan dan perhimpunan kemenangan pilihanraya itu sebagai immediate cause kepada peristiwa berdarah itu.
Semasa itu perhimpunan dan perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak pembangkang tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah sahaja.
Oleh yang demikian kita harus berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai pemikiran yang boleh memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang keadaan kekecohan itu akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami kekalahan atau hampir kepada kekalahan. Di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lain tidak ada kekecohan kerana BN memang dalam angka yang memudahkan mereka meneruskan pembentukan kerajaan.
Dalam situasi sekarang BN merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka mendapat mandat, bukan kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi terpaksa melakukan penolakan itu kerana UMNO sudah tidak lagi menjadi parti yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.
Oleh itu pihak UMNO dan pimpinannyalah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri supaya tidak melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami kekalahan dalam PRU yang akan datang. UMNO dan pimpinan patut memujuk hati dan jiwa masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan mati kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian.
Begitu jugalah UMNO, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan, terimalah dengan penuh ‘gentleman’.
BN tahu yang kali ini PAS, DAP dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah sebabnya isu perkauman kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu diingat dalam gabungan PR, tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.
Rakyat tidak mahu lagi cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak ke mana juga….asyik tertipu oleh retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis tertipu sepanjang hayatnya.
Oleh itu saya impikan negara kita kembali bermula di pangkal jalan dengan cara yang baharu untuk mencapai matlamat yang satu, itu ‘perpaduan national’. Tidak ada seorang pun dalam kepimpinan hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di antara mereka itu sudah hilang segala ‘plot’ untuk mentadbir begara.
Kita perlu mencari agar timbul seorang ‘Mandela’ dalam negara kita untuk membuat penyusunan kembali siasah dan politik negara untuk menjamin ‘perpaduan national’ itu. Mereka mereka yang perlu diberikan tanggungjawab itu ialah mereka-mereka yang berpengalaman luas yang ‘senior’ untuk duduk dan berbincang bab masa depan negara.
Isu ini isu serius dan tidak boleh ditangguh-tanguhkan lagi. Kita hendak tinggalkan politik berpuak-puak yang tidak ada hadnya seperti sekarang ini kerana yang akan menerima celakanya adalah generasi kita yang akan datang.
Sumber HD : 23/07/2012
Ramadan menjelma lagi dan seperti biasa umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malam harinya dengan melakukan ibadat terawih di masjid-masjid dan surau-surau.
Ramadan adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi Allah.
Laporan Khas Utusan Malaysia, 23 Julai 2012, berhubung berbuka puasa ala bufet yang kini semakin popular dalam kalangan umat Islam di negara ini menunjukkan kehidupan umat Islam di negara ini pada masa kini semakin dilimpahi dengan kemewahan.
Setiap kali Ramadan menjelma, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tetap menyuarakan pandangan kepada umat Islam agar mengelakkan pembaziran dan kegelojohan di bulan Ramadan dan bulan-bulan yang lain serta turut menginsafi akan nasib umat Islam di negara lain yang tidak bernasib baik dalam memenuhi keperluan harian mereka.
Sepanjang Ramadan umat Islam digalakkan memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah daripada melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai daripada kita yang memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli pelbagai juadah makanan dan minuman yang begitu banyak dijual di pasar dan bazar Ramadan yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan puasa.
Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep Ramadan itu sendiri.
Saban tahun apabila tiba sahaja Ramadan, hotel-hotel dan restoran mula dibanjiri dengan iklan bufet Ramadan bagi mempengaruhi umat Islam agar supaya berbuka puasa di sana dan pada tahun ini harga bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel dan restoran telah meningkat.
Dengan kadar bayaran dan harga serendah RM28 ++ hinggalah RM100++, seseorang itu boleh makan dan minum seberapa banyak yang disukai dengan pelbagai hidangan sehingga menjangkau lebih daripada 120 sajian bufet dan makanan pencuci mulut yang begitu menyelerakan.
Bufet Ramadan ini juga turut diiringi dengan persembahan musik dan persembahan keroncong serta Ghazal malah ada yang menyediakan penghibur tempatan secara langsung ketika pengunjung sedang menjamu selera yang secara tidak langsung akan mengalih perhatian dan melalaikan daripada menghayati hikmah ibadah puasa itu sendiri di bulan yang mulia ini.
Terdapat juga hotel yang menyediakan kemudahan surau untuk memudahkan pengunjungnya menunaikan solat wajib dan solat sunat terawih, memandangkan Ramadan bulan yang mulia maka adalah lebih besar fadhilatnya untuk kita mengimarahkan masjid-masjid.
Biasanya pengunjung yang menikmati hidangan berbuka puasa secara bufet ini akan tertarik kepada makanan yang berbau harum dan kelihatan enak dimakan malah deria bau dan pandang sering menyebabkan seseorang itu mengambil makanan yang melebihi keperluannya.
Walaupun sikap melahap makanan ditegah dalam Islam namun tiada apa yang dapat menghalang umat Islam daripada tunduk kepada nafsu makan mereka ketika berbuka malah ada pula sesetengahnya beranggapan mereka perlu makan seberapa banyak yang mungkin supaya berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Disebabkan terlalu banyak makanan diletakkan ke dalam pinggan, ramai orang yang tidak mampu menghabiskannya, dan akhirnya makanan itu terbuang begitu sahaja sedangkan berlebih-lebihan sehingga mendatangkan pembaziran adalah bukan sebahagian daripada ajaran Islam.
Adakah umat Islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”
Jika kita meneliti semula jumlah makanan yang dibazirkan pada bulan Ramadan terutama bufet di hotel, kita akan menyedari bahawa ummah masa kini pada umumnya sudah kehilangan perasaan kasih sayang sesama sendiri.
Ketika ramai berpeluang menikmati makanan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga sehingga ke tahap pembaziran, mereka lupa bahawa masih ada lagi saudara seagama dengan mereka yang menderita dalam kemiskinan dan kelaparan.
Apa yang berlaku ini amat bertentangan sekali dengan amalan Islam dan keadaan ini amat memalukan kerana perkara ini berlaku di negara ini. Ia juga memalukan untuk menggalakkan dan mempromosikan kegelojohan.
Selain pembaziran makanan, banyak masa terbuang ketika berbuka di hotel kerana mereka cenderung untuk makan dengan banyak sehingga menjadi terlalu kenyang yang memungkinkan kesukaran untuk menunaikan ibadat solat khususnya solat terawih di masjid.
Suasana serta amalan berbuka puasa di hotel seperti yang disebutkan di atas langsung tidak mencerminkan keberkesanan dan keberkatan ibadat puasa itu sendiri yang antara lain menuntut ummah agar tidak keterlaluan makan dan minum yang sekali gus membawa kepada pembaziran.
Ingatlah akan sabda Nabi Muhamad SAW, “Lawanlah nafsu makanmu dengan menahan lapar dan dahaga kerana ganjaran pahalanya sama seperti berjihad di jalan Allah. Tidak ada pengabdian yang lebih besar kepada Allah daripada menahan lapar dan dahaga.”
Sehubungan dengan itu sempena hari yang baik dan bulan yang baik ini marilah kita bersama-sama kembali kepada ajaran Islam dan amalan yang sebenarnya serta tidak terpengaruh dengan perkara yang melalaikan dan merugikan.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa bulan Ramadan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun dan Allah SWT menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ibadat, ketaatan dan taqarrub kepadaNya untuk menyuci diri.
Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan dan semoga Ramadan ini akan dapat membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Presiden CAP
Sumber HD : 23/07/2012
Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini harga barang basah dan keperluan dapur yang lain naik mendadak seolah-olah seperti tidak terkawal akan harga yang dipamerkan termasuk dipusat membeli belah yang besar.
Mana tidaknya sekilo ikan kembung, ikan selar dan ikan kerisi kini mencecah RM16 dan begitu juga udang dan sotong berharga RM24 sekilo serta ketam RM28 sekilo. Bayangkanlah jika kita membawa RM50 apa boleh dibawa pulang untuk berbuka puasa bagi 6 orang sekeluarga hanya sekilo ikan kembung dan sekilo udang dan lebihan RM10 untuk membeli sayur, kelapa dan cili masak sahaja.
Ini bermakna setiap keluarga untuk makan berbuka termasuk bersahur adalah RM50 sehari dan apabila dikira untuk sebulan adalah lebih kurang RM1,500 untuk mendapat makanan yang sempurna dan berzat yang minima.
Ini bermakna juga bahawa setiap keluarga yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan lain-lain bandar lagi mesti mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan barulah bernafas sedikit kerana mana hendak difikirkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan susu tepung untuk bayi yang baru lahir lagi serta tambang dan minyak kereta atau motosikal dan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, cukai pintu, cukai tanah, bil 'Indah Water', hutang kereta dan hutang rumah dan sebagainya.
Nampaknya harga barang keperluan tidak dapat dibendung lagi kerana tiada satu badan yang benar-benar boleh menjamin yang mampu untuk mengawal kenaikan harga barang seolah-olah seperti ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk memonopolikan segala harga barangan keperluan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana itu.
Tidak hairanlah apabila mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sekeluarga dianggap sebagai keluarga yang masih dikategorikan sebagai miskin dan kurang mampu. Ini bukan satu keluhan atau mungkin juga sememangnya berhak untuk luahkan tetapi hakikat realiti kehidupan yang mesti dan telah pun ditempuhi sebilangan besar rakyat Malaysia dan jangan salah tanggapan.
Sumber HD : 24/07/2012

Elakkan pembaziran, kegelojohan di bulan Ramadan
S. M. Mohamed Idris, |

Ramadhan: Harga barang keperluan naik mendadak
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |

Bersih sah beri lonjakan motivasi kepada Juham
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, | 24 Jul 2012 |
Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menerima keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan 'haram' dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.
Penat lelah dan pengorbanan rakyat Malaysia yang dilimpahi dan dihujani dengan gas pemedih mata serta air berasid ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu akhirnya menerima khabar berita yang cukup menggembirakan ini.
Bukan hanya dibedil gas pemedih mata, malah para peserta himpunan Bersih 2.0 turut dibelasah pihak polis tanpa belas kasihan, sehinggakan salah seorang daripada peserta yang diserbu polis ketika himpunan Bersih 2.0 tersebut iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia.
Malah, Kerajaan Umno BN turut bertindak zalim apabila mengarahkan pihak polis melancarkan operasi penahanan habis-habisan terhadap individu-individu tertentu sebelum berlakunya perhimpunan Bersih 2.0 tersebut.
Antara penahanan yang dibuat ialah terhadap seorang yang bernama Musafri Abdullah Azmi di mana beliau telah bertindak memfailkan saman terhadap pihak Polis dan Menteri Dalam Negeri kerana mendakwa penahanan beliau adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.
Kes beliau telah ditetapkan untuk perbicaraan esok di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan beliau diwakili barisan peguam daripada Juham di mana keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang memutuskan Bersih 2.0 adalah entiti yang sah sedikit sebanyak memberikan lonjakan motivasi yang tinggi kepada barisan eguam Juham dalam tindakan saman ini.
Rentetan daripada keganasan-keganasan yang dilakukan oleh pihak Polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0, Juham menggesa Kerajaan Umno BN meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada ribuan rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 tersebut.
Permohonan maaf ini adalah perlu bagi membuktikan Kerajaan Umno BN menghormati keputusan mahkamah hari ini bahawa tindakan Kerajaan Umno BN yang mengharamkan Bersih 2.0 adalah suatu tindakan yang salah dan melanggar norma-norma hak asasi manusia sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Akhirnya, Juham melihat keputusan mahkamah pada hari ini telah memberikan satu dimensi yang baru kepada hak asasi di Malaysia di mana ia membuktikan intitusi kehakiman di Malaysia seharusnya bebas daripada sebarang cengkaman Kerajaan Umno BN.
Institusi Kehakiman haruslah dilihat konsisten dalam memastikan mereka dilihat adil dan bebas serta tidak dijadikan alat oleh Kerajaan Umno BN supaya Institusi Kehakiman di Malaysia benar-benar dilihat adil dan bebas sepenuhnya.
Keputusan mahkamah hari ini juga boleh dilihat sebagai suatu penghargaan kepada perjuangan murni seluruh rakyat Malaysia yang tidak gentar dan jemu berterusan berjuang dalam menuntut suatu pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.
Ahmad Zamri ialah Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham).

Puasa: Pil lewat haid
http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com, | 25 Jul 2012 |
Orang-orang Islam berijmak, kaum wanita yang didatangi haid, tidak wajib berpuasa. Yang wajib dilakukannya ialah mengqadakkan semula puasa itu pada hari-hari lain. Ia merupakan satu keringanan dan rahmat daripada Allah untuk wanita yang didatangi haid. Tubuh badannya pada masa itu, berada di dalam keadaan letih, manakala saraf-sarafnya tidak stabil.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Mu'azah r.a katanya:
Ertinya: "Saya pernah bertanya A'isyah r.a: 'Apahal wanita yang didatangi haid perlu mengqadakkan puasa dan tidak perlu menqadakkan solat.' Jawab A'isyah r.a; Adakah puan ini termasuk ke dalam golongan Haruriyah. 'Jawabnya: Tidak, saya bukan dari golongan Haruriyah.'Cuma saya ingin bertanya tentang hal tersebut. Jawab A'isyah r.a; 'Haid sering menimpa kami, lalu kami diperintahkan supaya mengqadakkan puasa tetapi tidak diperintahkan mengqadakkan solat." 1
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita tidak boleh menggunakan pil yang boleh melewatkan kedatangan haid, bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa, sebagaimana wanita-wanita Islam yang lain, yang tidak uzur menjalani ibadah puasa.
Walau bagaimanapun, ia perlu memenuhi beberapa syarat di antaranya pertama perlu memastikan pengunaan pil tadi tidak memudarat dan kedua meminta pandangan orang yang berpengalaman dan doktor pakar. 2
Di dalam Islam tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain, sebagaimana yang terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Yahya al-Mazini daripada bapanya:
Ertinya: "Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain." 3
Cuma membiarkan hukum fitrah berjalan ke atas seseorang wanita, adalah lebih utama dan lebih sesuai.
Firman Allah s.w.t
Ertinya: "... iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Al-Rum: 30)
Tidak pernah dilaporkan ada dari kalangan tokoh besar wanita Islam di zaman Rasulullah, khulafak al-Rasyidin mahupun generasi Taibi'in, yang menggunakan ubat-ubatan tertentu bagi melewatkan kedatangan
haid bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa, sebagaimana wanita lain yang tidak uzur, menjalani badah puasa.
Jika perbuatan tersebut satu keutamaan, sudah tentu dilakukan oleh mereka, kerana mereka adalah golongan yang begitu cepat melakukan amalan kebaikan dan begitu memahami hukum-hukum syarak.
Nota:
1 Muslim, Sahih Muslim, Bab Wujub Qada' al-Sawm Ala al-Ha'id, hadis nombr 508. Abi Daud, Sunan Abu Daud, Bab Fi al-Ha'id La Taqdi al-Solata, hadis nombor 229.
2 AI-Gardawi,Fatawa Mu'asirah, jilid 1, halaman 324.
3 Malik, al-Muwatta', Bab a-Qada' Fi al-Miffaq, hadis nombor 1234. Ibn Majah, Sunan ibn Majah, Bab Man Bana Fi Haqqihi Ma Yaduyrru Bijarihi, hadis nombor 2331. Ahmad, al-Musnad, Bab Bidayah al-Musnad Abdillah bin al-Abbas r.a, hadis nombor 2719.
Sumber HD : 25/07/2012
PAS letak anak tempatan di Tanjung Karang?
Sumber HD : 1/08/2012
Sumber HD : 1/08/2012
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus melakukan kesilapan demi kesilapan dalam keadaan beliau yang cukup terdesak.
Kenyataan tersebut diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) ketika mengulas tentang pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli semalam.
"Kami dalam Pakatan Rakyat terus memerhati kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri.
"Tindakan pendakwaan ini merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh Najib dalam masa beliau menjanjikan perubahan tranformasi di negara ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, bermula dari kesilapan tindakan yang dikenakan terhadap Rafizi dan Najib semakin tertekan apabila pendedahan yang dibuat oleh George Kent sebelum ini yang mengatakan menerima kontrak pembinaan LRT Ampang.
"Saya perhatikan bahawa apakah ini sikap Najib dalam terus melakukan kesilapan di dalam bulan yang mulia ini.
"Namun kita melihat kenapa tindakan seperti ini diambil dan seolah-olah ada perkara yang ingin beliau alihkan pandangan rakyat," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Dr Dzulkefly berpendirian apa yang berlaku terhadap Rafizi adalah berkaitan dengan penerimaan kontrak oleh George Kent.
"Segala apa yang dikatakan oleh Najib mengenai reformasi politik meyakinkan itu sememangnya hanyalah cakap kosong.
"Walaupun kita ada akta pemberi maklumat tetapi ia tidak bermakna jika perkara ini berlaku," sambungnya lagi.
Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyatakan apa yang dilakukan oleh Najib ini, rakyat akan lebih celik dan mengetahui hakikat sebenarnya bahawa segala reformasi politik dan undang-undang adalah lebih teruk daripada sebelum ini.
Sumber HD : 2/08/2012
Sumber HD : 3/08/2012
Sumber HD : 4/08/2012

Analisis oleh Anis Nazri, | 25 Jul 2012 |
TANJUNG KARANG: Setelah sekian lama tidak mempunyai calon dari kalangan anak tempatan, bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang, PAS Tanjung Karang bersedia untuk berbuat demikian.
Malah, terdapat kemungkinan akan adanya selebriti yang merupakan anak tempatan yang mengisi ruang sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
Biarpun keputusannya terletak di tangan PAS Pusat, sudah pasti 'pertempuran' anak tempatan dengan wakil rakyat Tanjung Karang sekarang, Datuk Seri Noh Omar menjadi satu pertempuran yang menarik.
Setelah menang dengan majoriti 3820 pada pilihan raya 2008 lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu begitu selesa berada di kedudukannya.
Namun, difahamkan, jika beliau masih kekal di kerusi itu untuk pilihan raya umum ke-13, jalan bagi PAS untuk menawan kerusi tersebut dilihat cerah.
Ada sesetengah pihak yang melihat Noh mempunyai pelbagai masalah untuk mengekalkan kemenangannya di kerusi tersebut bagi penggal ini.
Beberapa isu didakwa melingkari Noh seperti isu tanah, pertanian dan perladangan yang bersangkutan dengan penduduk di Tanjung Karang itu sendiri.
Jika rakyat marhain benar-benar terkesan dengan isu berkenaan, tidak mustahil sokongan dan dokongan terhadap Noh mungkin berkurangan pada pilihan raya umum nanti.
Biarpun dikatakan PAS mempunyai kelebihan ekoran krisis Noh itu, ia tidak bermakna jentera parti boleh bersenang-lenang kerana pilihan raya kali ini merupakan satu pilihan raya yang begitu penting bagi BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih-lebih lagi, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu sendiri dipegang oleh Datuk Seri Najib, yang mana pertama kali akan memacu gerak kerja pilihan raya selepas mendapat mandat daripada Tun Abdullah Badawi.
Bagaimanapun, Noh juga mungkin melepaskan kerusi Tanjung Karang itu, dan bertanding di peringkat Dun bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
Sudah tentu Noh yang juga Timbalan Perhubungan Umno Selangor itu akan berjuang habis-habisan bagi memastikan BN berjaya menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Noh memenangi kerusi Tanjung Karang dengan memperoleh undi sebanyak 16 073, berbanding calon PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang memperoleh undi sebanyak 12 253.
Kedua-dua Dun di bawah parlimen Tanjung Karang, iaitu Permatang dan Sungai Burung turut dimenangi calon BN iaitu Sulaiman Razak dan Datuk Mohd Shamsudin Lias, yang merupakan kawasan penduduk Melayu.
Berdasarkan data pilihan raya 2008, 72 peratus pengundi Tanjung karang adalah Melayu, Cina (16.8 peratus), India (2.42 peratus) dan lain-lain bangsa 0.15 peratus.
IKUTI BAHAGIAN KEDUA FOKUS INI

Betulkah Najib PM terakhir BN?
Aspan Alias, | 26 Jul 2012 |
Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Okin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.
BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.
Banyak pihak yang mengatakan yang sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.
Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.
Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.
Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sebagai rakyat Malaysia, janji politik yang dilontarkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mengurangkan harga kenderaan ternyata menggamit hati dan perasaan. Jika ini berjaya dilaksanakan, rakyat Malaysia akan merasai kesan positif dengan mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.
Sebagai contoh, buat masa ini untuk kereta 1.3 cc rakyat perlu membayar RM500 untuk 9 tahun pinjaman. Dengan kadar gaji asas lepasan diploma sebanyak RM1,500.00, kadar RM500 itu menjangkau 1/3 daripada gaji asas mereka. Ditambah pula dengan syarat yang diperketatkan oleh Bank Negara, graduan yang baru bekerja terpaksa gigit jari untuk memiliki kereta baru.
Malah kenyataan daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis pinjaman sewa beli kenderaan. Ujarnya lagi, trend itu meningkat hingga 200 peratus pada 2010. Melihat kepada trend ini ia satu yang sangat membimbangkan.
Justeru itu, tindakan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kenderaan adalah perkara yang amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun di sebalik cadangan tersebut, Pakatan Rakyat (selaku government in waiting) perlu melihat beberapa perkara sebelum ia mampu direalisasikan.
1. Menangani kebanjiran kenderaan di jalan raya
Apakah pelan jangka panjang Pakatan Rakyat dalam menangani kebanjiran kenderaan di jalan raya? Mengikut kaji selidik sebuah badan bebas tempatan, penjualan kenderaan persendirian akan mengalami peningkatan hampir 50% dalam masa 3 tahun jika Dasar Pengurangan Harga Kenderaan direalisasikan. Dengan jumlah kenderaan sedia ada yang menjangkau sebanyak 9,721,447 bagi tahun 2011, adakah jalan raya kita sudah bersedia untuk menampung pertambahan sebanyak 50% kenderaan lagi dalam masa 3 tahun akan datang?
2. Tempias kepada pengangkutan awam
Di samping itu juga dengan keupayaan memiliki kenderaan persendirian dipertingkatkan, keinginan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam pasti akan menurun. Berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam. Jika dasar ini direalisasikan nanti, sedikit sebanyak pengangkutan awam akan menerima tempiasnya. Oleh itu apakah mekanisme yang Pakatan Rakyat bakal gunakan bagi menggalakkan rakyat kekal menggunakan pengangkutan awam walaupun dalam keadaan kenderaan persendirian mengalami penurunan harga?
3. Survival Proton dalam mendepani pasaran antarabangsa
Jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pasca PRU ke 13, dasar kereta nasional pasti akan diteruskan dengan mekanisme yang pasti berbeza. Walaubagaimanpun, Proton selaku Tunjang Belakang Automotif Negara pasti merasai tempiasnya. Justeru itu, bagi memastikan kesannya dalam kadar yang minima, Proton perlu dilihat sebagai peneraju gergasi automatif negara apabila dasar 'Pengurangan Harga Kenderaan' direalisasikan. Apa yang malang, jika Proton gagal mengharunginya dan terus tenggelam dalam Dunia Automatif Negara. Oleh itu Pakatan Rakyat perlu bersedia bagi memastikan Proton kekal berdaya saing dan rakyat mendapat nikmatnya.
Sebagai kesimpulan Dasar Pengurangan Harga Kenderaan ternyata kena pada masanya di kala rakyat dibebani kos sara hidup yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia perlu menjalani kajian yang mendalam bagi memastikan kelestarian negara sentiasa berterusan. Di samping beban rakyat dapat dikurangkan, negara juga turut mendapat tempiasnya, malah alam sekitar juga sentiasa terpelihara.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis berkelulusan BBA (Hons) Transport , DBS (Transport) UiTM
Bekas Pembantu Penyelidik Malaysia Institute of Transport (MITRANS)
Penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu
Sumber HD : 26/07/2012
Banyak telah diperkatakan dan banyak perkara mesti ditangani segera di pusat kemaksiatan pelacuran di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur yang masih beroperasi siang dan malam seolah-olah tiada penghujungnya di mana kegiatan pelacuran dan gangsterisme telah bertapak semenjak sebelum merdeka lagi.
Tiada perubahan drastik di kawasan malang itu untuk menukarkan segala imej buruk dan busuk di sana agar menjadi tempat yang sihat dan kembali kepada pangkuan masyarakat.
Rumah tumpangan dan hotel murah masih berselerak di kawasan itu yang bukan sesiapa pun mahu menginap di sana tetapi tujuan tempat di sebalik selindung atas nama rumah tumpangan atau hotel murahan adalah dijadikan sebagai sarang atau markas pelacuran kelas ketiga.
Kalau dahulu kawasan 'belakang mati' tempat persundalan yang hebat suatu ketika dahulu di mana kini tapak yang sama telah bertukar wajah yang mana beberapa pusat komersial di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di sekitar berhampiran Bank Bumiputra, Kuala Lumpur boleh ditukarkan imejnya di awal tahun 60-an kenapa kawasan 'Chow Kit Road' tidak boleh diubahkan seperti berlaku kepada 'belakang mati' sedangkan di sekeliling kawasan itu telah pun membangun dengan pesatnya.
Sudah sampai masanya dan ketikanya kawasan tapak maksiat Chow Kit atau dengan nama Jalan Haji Taib diubahkan walaupun terpaksa membeli harta tanah di sana dengan harga yang mahal kalau mengikut harga pasaran sekarang ini. Yang penting ubahkan 'belakang mati' di situ kepada tempat yang mampu menjana ekonomi negara.
Walau apapun terlebih dahulu uruskan semua pelacur dan anak-anak mereka jangan diabaikan sama ada diberikan perlindungan sewajarnya dengan menempatkan mereka saperti diberikan rumah secara percuma dan ditanggungkan segala perbelanjaan harian mereka termasuk persekolahan dan kebajikan anak-anak jalanan di Chow Kit Road itu.
Mana-mana yang bermasalah dengan penagihan dadah dihantarkan ke pusat pemulihan terlebih dahulu sebelum mereka ini dikembalikan ke pangkuan masyarakat. Beri mereka ini peluang untuk hidup kembali kepada masyarakat dan mana-mana yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan berikan mereka modal dan lesen perniagaan.
Sumber HD : 27/07/2012

Cabaran dasar ‘pengurangan harga kenderaan’
Mohd Ikhmal Mohd Iskandar, | 26 Jul 2012 |

Uncleseekers kembali ke dunia blogger
http://rojakpasembor.blogspot.com, | 27 Jul 2012 |
Masih ingat dengan uncleseekers? Syed Abdullah anak kepada Syed Hussein Al-Attas, pengamal dan pengkaji paranormal di Malaysia.
Dalam tahun 2010 Syed Abdullah menggemparkan dunia blogger dengan cerita sensasi berkaitan Permaisuri Aisyah.
Kemudiannya sekali lagi menggemparkan negara apabila menulis kisah-kisah sensasi berkaitan kesultanan Johor bermula Mac tahun ini.

Beliau ditahan polis bersama teman wanitanya sebelum sempat melengkapkan beberapa bahagian terakhir penulisannya dalam blog http://uncleseekers.blogspot.com.
Dalam blognya http://uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah turut memaparkan kisah peguam Kamal Hisham yang lari keluar negara dan juga pendedahan seorang guru wanita di Johor yang merasakan dirinya dianiaya.
Awal Julai lalu uncleseekers ditangkap oleh pihak PDRM sebelum sempat melengkapkan beberapa bahagian terakhir penulisannya.
Kini Uncleseekers kembali dengan blog yang baru. Apakah kali ini uncleseeker akan meneruskan maklumat sensasinya seperti blog yang terdahulu. Sama-sama kita nantikan.
Anda boleh lawati blog terbaru uncle seekers dengan mengklik banner di bawah.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja
Sumber HD : 27/07/2012
Jangan kahwini wanita yang ada sifat ini
http://suraual-ikhwan.blogspot.com, | 27 Jul 2012 |

Hak royalti mesti dipenuhi tak kira apa parti
Cheng Po Cen, |
Tuan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada isu berkaitan Royalti Minyak Negeri Kelantan adalah dirujuk semula.
Saya sebagai anak jati Kelantan berpendapat kerajaan Barisan Nasional telah menafikan hak rakyat Kelantan kerana telah merompak royalti minyak negeri ini dengan tidak membuat bayaran royalti kepada kerajaan negeri Kelantan hanya disebabkan perbezaan parti yang memerintah kerajaan Negeri Kelantan.
Saya berpendapat walaupun apa jua perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat secara moralnya hak royalti sepatutnya dibayar kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana ia merupakan hak rakyat kelantan dan patut disalurkan kepada kerajaan Negeri Kelantan bukanya agensi kerajaan pusat.
Sehubungan dengan itu, tidak kira agama. kaum, bangsa semua rakyat kelantan patut menikmati hasil royalti ini tanpa sebarang halangan oleh kerajaan pusat.
Saya juga berpendapat jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat tanpa mengira parti mana yang berjaya membentuk kerajaan negeri hak royalti sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri yang berkaitan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak.
Semoga perjuangan Rakyat Kelantan ini mendapat kejayaan pada PRU 13 nanti.
Sekian salam hormat.

Ramai sokong umur persaraan 55 sahaja
Harakahdaily, | 28 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.
Ini kerana, banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan umur persaraan ini berbandingnya masalah yang ditimbulkan darinya.
Lagipun, penetapan umur persaraan ini sangat sesuai dengan sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.
"Apabila pegawai kanan bersara, ramailah pegawai bawahan boleh naik pangkat.
"Ia juga akan membolehkan banyak jawatan akan kosong dan memberikan peluang kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk bekerja pula," kata salah seorang dari 31,836 pembaca facebook Harakahdaily.
Harakahdaily telah memasukkan satu soalan ke dalam facebooknya dan meminta pendapat orang ramai mengenainya.
"55 tahun bersara yang wajar bagi seseorang. Tahun ini pula kita menyambut hari Kemerdekaan ke 55..." ditulis pada wall Harakahdaily dan hampir semua pemberi komennya termasuk cyber trooper Umno menyokong cadangan ini.
Kerajaan sebelum ini telah menetapkan umur bersara kakitangan swasta kepada 60 tahun namun kakitangan kerajaan kepada 57 sahaja.
Selain umur persaraan, cadangan agar umur untuk mengeluarkan KWSP kepada 60 tahun sebagaimana yang dicadangkan KWSP sebelum ini telah mendapat bantahan yang menyeluruh.
Kerajaan dianggap mahu menggunakan duit rakyat jika melanjutkan umur untuk membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wangnya.
"Sepatutnya 50 tahun pun dah ok.. boleh bagi peluang pada yang lain untuk bekerja," kata seorang pelayar dengan identiti AEp Kdh.
Zarina Baharin pula menulis, "Bagi yang faham, terima kasih.....sebab dah lanjut usia ni, kita nak tumpu pada ibadah.....bukan duniawi lagi dah...tetapi adakah si PEMBUAT DASAR itu prihatin?"
Fuad Ishak pula menulis: "Kepada yang berkesempatan cubalah cari Research Paper oleh Dr Sing Ling (Chinese Institute Engineers-New York Chapter) bertajuk "Optimum Strategies for Creativity and Longevity".
"Semakin bertambah umur persaraan, semakin singkat umur seseorang. (Hidup mati ketentuan Allah, namun kita boleh gunakan sebagai rujukan & bantuan untuk masa depan sejagat)."
Bagaimanapun, Mohd Faisal Alias mempunyai pandangan berbeza. Beliau mencadangkan umur persaraan dibuat pilihan.
"Jangan sempitkan pandangan, ramai lagi pekerja kerajaan memerlukan masa menyelesaikan hutang piutang.
"Siapa yang tak memerlukan bolehlah bersara awal," tulisnya.

Sumber HD : 28/07/2012
Pertemuan Cuepacs - Guan Eng selesai banyak isu
Analisa Mohd Sabri Said, | 28 Jul 2012 |
GEORGETOWN: Pertemuan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini membuka sinar baru untuk program dua hala bagi kebaikan keseluruhan Penjawat Awam di negeri ini.
Selama ini isu yang ditimbulkan kononya Lim engan menerima perlawaan Omar berikutan terlalu sibuk dan terdapatnya pegawai di pejabat Ketua Menteri yang engan mengatur pertemuan sudah tidak berbangkit ekoran kedatangan rombongan Cuepacs baru-baru ini.
Bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng perbezaan tidak membawa apa-apa halangan tetapi bagi Barisan Nasional (BN) ia satu masalah besar.
Manakala penjawat awam pastinya senyum lebar menyaksikan jalinan mesra antara CUEPACS dan Kerajaan Negeri terjalin erat kerana pertemuan itu sendiri akan memberikan peluang CUEPACS bersuara mewakili penjawat awam untuk menuntut apa-apa kehendak yang bersesuai.
Pertemuan muhibbah kedua-dua belah pihak melakar satu lagi sejarah persengketaan berjaya diselesaikan oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
Fenomena itu itu pastinya terus menjadi 'mimpi ngeri' bagi kepimpinan Umno dan komponen BN kerana tidak dapat meneruskan agenda jahat untuk melihat Pakatan Rakyat punah sekaligus gagal menapak ke Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Bagi Umno dan kuncu-kuncunya dalam BN sikap berbaik dengan agensi Kerajaan Pusat menambah parah untuk parti itu menapak kembali sebagai parti teras orang melayu di persada politik tanahair.
Sekaligus memberi lampu hijau untuk Pakatan Rakyat terus memerintah Pulau Pinang ekoran kejayaan cemerlang menghalang usaha buruk kepimpinan Umno dan BN yang hampir setiap hari mencipta isu untuk mengembalikan sokongan orang Melayu, Cina dan India.
Walaupun masih ada lagi isu yang sengaja dibawa ramai pihak mengagak isu yang ditampilkan 'makan diri' tuannya kembali.
Banyak isu seperti kontraktor Melayu akan golong tikar kerana keenganan Lim untuk memberikan tender kepada bumiputra, orang Melayu terus ditindas dalam bidang perniagaan, isu perlantikan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), perjualan tapak Masjid Bayan Mutiara, perkampungan melayu terhakis, penghijrahan orang melayu dari Pulau Pinang dan sebagainya.
Tetapi, akhirnya apa yang dibawa tidak tahan lama sebaliknya memalukan sipembawa isu.
Mereka jadi terkapai-kapai dibawa arus deras menuju ke jeram yang dalam.
Perkembangan pertemuan bersejarah itu benar-benar menghiris perasaan mereka yang terlibat dengan niat menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Apa pun syabas kepada Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Lim Guan Eng kerana berjaya membawa satu lagi lembaran baru menjelang PRU 13 yang bakal menyaksikan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi ataupun merudum sebagai sebuah kerajaan yang pernah bertahan lama di Malaysia.

Isu air: Rakyat Selangor mesti bersatu
Aspan Alias, | 28 Jul 2012 |
Isu bekalan air terawat menjadi isu dan modal ‘desperado’ UMNO untuk menawan kembali Selangor, negeri terkaya negara ini oleh BN dalam pilihanraya yang akan datang. Isu ketidakmampuan Syabas untuk merawat air dengan ‘capacity’ secukupnya menjadi umpan bagi BN untuk merendahkan kredibiliti kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim dengan satu ‘ultimate’ iaitu untuk mendapatkan kembali Selangor di bawah tadbiran BN dan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
Kerajaan Pusat telah mengugut rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat penubuhannya.
Sekarang kerajaan Selangor sedang mendesak supaya Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Eksekutifnya untuk meletakkan jawatan kerana mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kelemahan yang ada pada syarikat Syabas ini. Razali yang sedang dibayar sebanyak RM5.1 juta gaji setahun harus meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan mereka ini sahaja Selangor akan membelanja peruntukan sebanyak RM225 juta untuk mitigasi 2 bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti untuk merawat air bersih untuk Selangor dan Wilayah yang berhampiran.
Kerajaan Persekutuan sedang menyebelahi Syabas bukan kerana apa tetapi semata-mata kerana politik BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Tidak ada siapa yang menahan Putrajaya untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor asalkan sahaja pengambilalihan itu dilakukan dengan sistem demokrasi dan semangatnya yang tulen.
Tetapi Putrajaya memilih untuk mengambil alih secara kotor kerana dengan cara ini sahaja mereka beranggapan sebagai cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan Selangor yang sedang berhempas pulas untuk membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh BN semasa memerintah negeri itu selama lima dekad yang lalu. UMNO terlalu sibuk untuk mengambil alih kerajaan yang telah disalahtadbir selama lima dekad. Apa yang anehnya orang-orang yang telah merosakkan UMNO dan kerajaan Selangor dahulu pula yang sibuk untuk kembali memerintah.
Dalam konteks ini kerajaan Selangor wajar mengambil alih Syabas yang di belakangnya adalah ‘warlord-warlord’ UMNO yang mahu mengambil kesempatan dengan pembekalan air ke Selangor. Sebab dan alasan bagi Selangor mengambil alih Syabas ini mempunyai asas yang amat kukuh. Syabas telah melanggar banyak klausa-klausa dalam perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor.
Konsesi ini sepatutnya boleh dibatalkan begitu sahaja dan Selangor mengambil alih Syabas tanpa ragu-ragu lagi. Syabas telah tidak menghormati perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip dari sumber tempatan tetapi sebaliknya meng’import’nya dari Indonesia dan jumlah harga bekalan itu hampir mencecah RM400 juta. Syabas juga telah membelanjakan wang sejumlah lebih dari RM50 juta berbanding dengan jumlah RM23 juta sebagaimana dalam perjanjian itu.
Mengikut perjanjian kontrak-kontrak sepatutnya diberikan melalui tender terbuka tetapi Syabas telah memberikan kerja-kerja kontrak itu melalui rundingan terus dan jumlahnya lebih dari setengah billion ringgit.
Justeru usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas itu adalah wajar dan mengikut lunas-lunas undang-undang semata-mata untuk menjamin kestabilan pembekalan air bersih yang secukupnya menjelang tahun 2015 nanti. Tetapi kerajaan dan pemimpin-pemimpin persekutuan memilih untuk memihak kepada Syabas semata-mata kerana mahukan ‘mileage’ politik dan sanggup menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa kerakusan mereka.
Sekarang Syabas dan Kerajaan Persekutuan sendiri memberikan gambaran yang bercanggah-canggah di antara satu dengan yang lain. Muhyiddin berkata tidak perlu dilakukan catuan air bagi negeri Selangor sedangkan Syabas telah memberikan pandangan yang catuan air itu perlu dilakukan sekarang.
Saya tidak mahu menulis tentang isu ini dengan panjang tetapi memadai untuk mengingati rakyat Selangor dan yang lain-lain supaya menolak sahaja kerajaan BN Persekutuan sekarang ini kerana kerajaan BN lebih mementingkan kerakusan kuasa mereka daripada memberikan tumpuan untuk melestarikan kehidupan rakyat khususnya rakyat negeri Selangor semata-mata kerana hendak berkuasa di negeri ini.
BN telah memerintah Selangor selama lima puluh tahun sebelum rakyat Selangor memindahkan kuasa kerajaan itu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan nyata tindakan rakyat Selangor itu adalah tepat dan betul. Rakyat Selangor mesti kekal dengan kerajaan PR yang ada pada hari ini untuk membetulkan dan membersihkan kerja-kerja kotor BN selama lima puluh tahun memerintah Selangor sebelum ini.
Saya ucapkan syabas kepada TS Khalid Ibrahim kerana kesabaran beliau menghadapi cabaran-cabaran yang dilakukan terhadap kerajaan pimpinan beliau oleh UMNO dan BN yang sudah boleh dikategorikan sebagai makhluk perosak itu.
Ramai mempunyai keyakinan yang beberapa baki kerusi yang masih dipegang oleh BN di Selangor itu akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya yang akan datang ini. Rakyat Selangor wajar membantu usaha semua rakyat negara ini yang ingin mengubah dan menganjak pimpinan di Putrajaya sekarang ini dengan pimpinan yang lebih bertanggungjawab.
Kerajaan Selangor wajar menggunakan Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) dengan mengambil alih Syabas dari cengkaman kroni BN yang telah digunakan untuk mengugut rakyat Selangor untuk pilihanraya yang akan datang ini. Semua pihak wajar bersatu untuk menolak cengkaman yang sedang dilakukan oleh Putrajaya terhadap negeri Selangor kerana politik 'desperado' mereka (BN).
Saya berharap TS Khalid bersama-sama barisan pimpinan PR Selangor hari ini menolak dan mengenepikan niat jahat BN itu jauh-jauh semata-mata untuk kelestarian kehidupan rakyat Selangor yang beliau pimpin. Saya yakin TS Khalid mampu untuk mengendalikan isu ini dengan baik dan berjaya.
Jatuhnya BN di Putrajaya maka akan hilanglah tekanan terhadap rakyat keseluruhannya, khususnya rakyat Selangor. Percayalah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Statistik jenayah perlu penilaian pihak ketiga
Harakahdaily, | 28 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Dengan kejadian jenayah yang hampir setiap hari dilaporkan, adalah sukar untuk rakyat menerima kenyataan pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga Polis bahawa indeks jenayah di negara ini semakin menurun.
Dalam kes-kes terbaru, ahli Exco Melaka Datuk Latiff Tamby Chik telah mengalami kerugian sebanyak RM200,000, sementara rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long dan jirannya telah dipecah masuk.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua kes-kes itu menimbulkan perasaan curiga terhadap penurunan indeks jenayah yang diuar-uarkan.
Tambahnya, statistik yang menunjukkan penurunan indeks jenayah adalah tidak relevan apabila persepsi awam adalah bertentangan dan orang tidak berasa selamat.
Lebih teruk katanya, mangsa-mangsa rompakan bukanlah hanya rakyat biasa tetapi juga orang-orang kenamaan dan ahli-ahli politik kebangsaan.
"Malah bekas KPN Tan Sri Musa Hassan sendiri mempersoalkan penurunan indeks jenayah yang dilaporkan, dan berkata bahawa jika benar kadar jenayah tidak meningkat maka menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi tidak perlu mengupah pengawal peribadi.
"Untuk sebab ini, penilaian pihak ketiga tentang penurunan indeks jenayah sekurang-kurangnya dapat meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah itu memberi gambaran yang tepat tentang keadaan jenayah dan keselamatan awam di Malaysia," katanya.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, jika perlu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn juga patut menempatkan semula pegawai-pegawai perisik Cawangan Khas (SB) untuk memerangi jenayah daripada kegiatan mengintip dan mengganggu pemimpin-pemimpin PR.
Sehingga kini katanya, menteri itu masih tidak menjawab dakwaan bahawa SB telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai kegiatan-kegiatan politik rakyat Malaysia dan menjalankan 351,000 pemeriksaan keselamatan pada tahun 2010, berdasarkan peruntukan polis dalam Bajet 2012.
"DAP ingin mengulangi tuntutan kami kepada Kementerian Dalam Negeri supaya pegawai-pegawai polis dilantik untuk tujuan memerangi jenayah.
"Jika SB dapat ditempatkan semula untuk menghasilkan lebih daripada 700,000 laporan tentang jenayah dan penjenayah daripada laporan tentang pemimin-pemimpin PR, maka dana rakyat bukan sahaja akan digunakan dengan betul tetapi keyakinan bahawa polis akan menjaga kepentingan awam dan bukan hanya kepentingan politik Umno atau BN akan dihasilkan," katanya.

Sah Lajim Ukin tinggal Umno
http://msomelayu.blogspot.com, | 29 Jul 2012 |
Selepas beberapa hari Ketua Umno Beaufort Lajim Ukin menemui Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu bersama 27 ahli jawatankuasa bahagian itu, hari ini beliau telah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan juga selaku pengerusi BN kawasan sama berkuatkuasa serta merta.
Pengumuman itu dibuat dalam majlis berbuka puasa petang ini dan juga majlis khas pengisytiharan penubuhan apa dinamakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). PPS merupakan satu gabungan politik baru di Sabah yang akan menentang Barisan Nasional. Gabungan ini dianggotai oleh beberapa ahli Umno Sabah yang tidak senang dengan tindak tanduk serta perjuangan Umno hari ini.
Pengumuman Lajim selepas berjumpa Nik Aziz itu boleh dianggap kemungkinan beliau mendapat ilham dan petunjuk selepas pertemuan itu. Tiada sebab lain kenapa beliau sedia mengunjungi Nik Aziz bersama anak-anak buahnya (27 Ajk bahagian) kalau bukan untuk mendapat pandangan dan pendapat Nik Aziz.
Setakat ini tidak jelas apakah PPS itu akan terdiri daripada parti politik atau pakatan di kalangan orang-orang berpengaruh di Sabah. Kalau pakatan itu merupakan pakatan individu bukan parti, besar kemungkinan Lajim bersama anak buahnya akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku mungkin Lajim memilih Pas.
Sebelum ini sikap dan pendirian Lajim menjadi persoalan dan tanda tanya di Sabah. Ia bermula apabila Lajim melepaskan jawatan sebagai ketua cawangan Umno di bahagian Beaufort beberapa bulan sebelum ini. Ekoran perletak jawatan itu beliau menjadi bualan umum di Sabah dan turut terhimbau juga ke Semenanjung.
Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubaran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.
Dengan pengisytiharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN namun dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.
Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai. [wm.kl.8:35 pm 28/07/12].
Sumber HD : 29/07/2012
Sumber HD : 30/07/2012
Lajim Ukin keluar Umno. |

Kenapa kerajaan tidak serius sambut Merdeka?
Khairul Faizi Ahmad Kamil, | 30 Jul 2012 |
Kerajaan dilihat tidak serius untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang akan datang.
Selain daripada slogan yang digunakan iaitu 'Janji Ditepati' yang langsung tidak menggambarkan semangat menentang penjajahan dan lebih dilihat sebagai slogan pemerintah menarik sokongan rakyat di dalam PRU ke-13, logo yang dibuat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' sahaja.
Lebih memalukan, ia adalah logo yang ditiru daripada pelekat kereta yang telah digunakan semasa sambutan kemerdekaan yang ke-52.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menarik semula logo yang menjadi bahan jenaka khususnya di dalam alam siber menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti mana sambutan pada tahun lepas.
Beliau cuba meyakinkan bahawa bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi. Sudah tentu kenyataan Rais Yatim ini memalukan banyak pihak termasuklah Datuk Ahmad Maslan yang bersungguh-sungguh mempertahankan logo unik ini.
Begitu juga dengan lagu sambutan kemerdekaan yang langsung tidak membawa aspirasi kemerdekaan. Tiada perkataan 'merdeka' dalam liriknya, tidak roh kemerdekaan dan tiada usaha untukmenyeru rakyat untuk menghayati kemerdekaan.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa perkara ini terjadi di saat sambutan ini semakin dekat dan suntuk masanya. Sebenarnya, selain daripada fokus pemerintah untuk 'berkempen' sempena PRU ke-13 yang akan datang ini diberikan keutamaan daripada maksud asal, pemerintah sendiri sudah tidak percaya bahawa Malaysia pernah dijajah sebelum ini.
Apabila timbul isu Mat Indera pada tahun 2011 yang dikatakan bukan pejuang kemerdekaan maka pelbagai pihak cuba untuk membuktikan bahawa Mat Indera bukan menentang pejajah walaupun yang ditentangnya pada ketika itu adalah British. British dikatakan sebagai penaung, penasihat dan pelbagai lagi gelaran dan yang pentingnya British bukannya penjajah.
Di antara yang kuat mempertahankan British bukan penjajah adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mana Tun menyatakan bahawa hakikatnya Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi penasihat mereka telah bertindak seperti seolah-olah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-Raja Melayu.
Majlis Professor Negara (MPN) melalui jurucakapnya iaitu Profesor Datuk Dr Zainal Kling Zainal berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
PAS pernah mendesak UMNO supaya menyatakan pendirian terhadap kenyataan-kenyataan ini namun tiada pemimpin Umno yang berani untuk menyatakan pendirian.
Namun, dengan tindak-tanduk terkini cara sambutan Kemerdekaan ini menunjukkan bahawa kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pandangan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dengan dibuktikan melalui slogan, logo dan lagu rasmi yang bakal kita sama-sama sambut pada 31 Ogos 2012 yang akan datang.
Ternyata, kepentingan politik lebih diutamakan oleh pemerintah daripada kepentingan untuk menyedarkan rakyat tentang erti kemerdekaan yang sebenar.
Pemerintah seperti ini sememangnya perlu dijatuhkan dalam PRU yang akan datang.
Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Lagu Kebangsaan, sepatah pun tak sebut 'merdeka'
Harakahdaily, | 29 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Belum reda dengan kritikan terhadap tema dan rekabentuk logo sambutan Hari Kebangsaan, kini lagu temanya pula jadi sasaran pertikaian.
Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'.
Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.
"Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube.
"Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain.
Tidak kurang juga, ramai yang melihat lirik lagu 'Janji Ditepati' yang ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim itu tidak lebih dari mengungkit 'jasa' BN melalui transformasi 1Malaysia yang digagas Datuk Seri Najib.
Selain mesejnya didakwa bersifat politik keterlaluan, ianya juga memperlihatkan sikap terdesak parti memerintah sehingga terpaksa 'mencemar' sambutan hari kebangsaan dengan kempen politik BN.
"Ni bukan lagu patriotik, ini lagu politik...tiada nilai, ungkit janji walau banyak dimungkiri...Auta yang diberi," komen salah seorang penonton lain pula.
Terdapat juga sesetengan dari mereka yang sukar untuk mempercayai tindakan 'berani' BN yang sanggup mengambil kesempatan sampai ke tahap ini.
"Sangkak la lagu ni...siapa la yang tergamak buat lagu macam ni," lagi komen dari penonton.
"Adoi, apa punya senikata la, sampai BR1M, klinik, kedai runcit pun nak dimasukkan, bankrap idea betul," luah penonton kecewa.

(Logo Hari Merdeka ke 55 yang ditarik balik oleh Rais)
KUALA LUMPUR: Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.
Namun, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."
Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
Pelbagai pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.
Selain logo, turut dikritik adalah lagu temanya serta temanya.
Namun sehingga kini, lagu dan slogan itu masih dikekalkan.
Lagu tema

Tema
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar) antara pengkritik utama tema Hari Kemerdekaan kali ini.
Kadir yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan berkata, tema perayaan hari kemerdekaan disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.
Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.
"Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.
"Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak BN," katanya dalam kenyataan akhbarnya.
Sumber HD : 29/07/2012
Sumber HD : 29/07/2012
Rais tarik balik logo Hari Merdeka

Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin
Harakahdaily, | 29 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.
Kadir Jasin dalam tulisannya menulis, penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.
Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.
Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.
Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.
Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.
"Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.
Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.
Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.
Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.
Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.
Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.
Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar, sambung Kadir.
Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.
Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.
Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.
Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.
Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.
Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja.
Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi, kata Kadir lagi.
Kesimpulannya, tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak.

Ramadhan bulan mujahadah mencapai taqwa
Murshid, | 30 Jul 2012 |
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia tahun 1433 Hijrah ini, Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) atau ‘Himpunan Para Ustaz dan Pendakwah’ ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat Islam yang diberi anugerah rezeki oleh Allah s.w.t bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
Dengan itu, kami menyeru seluruh umat Islam agar menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan kesedaran bahawa ia adalah suatu bulan mujahadah bagi mencapai taqwa melalui latihan kerohanian dan ketahaan terhadap dugaan syahwat yang pelbagai serta peningkatan ilmu terhadap inti Al-Quran serta menambahkan bacaannya. Allah s.w.t menyebut :
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان
Ertinya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan bukti keterengan dari pentunjuk dan pembeza (di antara yang benar dan salah). (Al-Baqarah: 185)
Sempena bulan Ramadan, bulan tarbiah dan perjuangan ini kami ingin menegaskan hal berikut :-
1. Menyeru para ilmuan Islam dan masyarakat awam agar kembali memikir dan berusaha memberikan fokus serta penelitian terhadap amalan dan isu-isu yang paling utama di bulan Ramadan seperti :-
a) Meraih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Hal ini ternyata dengan sangat jelas melalui arahan Allah dan RasulNya. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang seseorang dari mencapai target ini perlu diberikan perhatian yang lebih utama.
b) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Allah menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebatkan.
c) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan yang tiada khilaf padanya: Sabda-sabda Nabi sallallhu ‘alaihi wasallam berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
d) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan yang tiada khilaf padanya: Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
2. Mengajak seluruh umat Islam agar mempergandakan amalan kebaikan, ketaatan, menghulurkan membantu kebendaan dan doa kepada faqir miskin dan semua yang memerlukan di Malaysia atau di luar Negara khususnya di Negara yang sedang bergolak seperti di Syria dan Rohingya, Burma. Mereka sedang menderita di tangan orang-orang zalim dan pihak pelampau sehingga menghadapi penderitaan dan kesukaran mempertahankan nyawa dan maruah selain penderitaan mendapatkan sesuap makanan, turut terganggu peluang untuk menyempurnakan ibadah di bulan Ramadan ini. Tidak ketinggalan juga menyeru agar kita mempergandakan doa bagi pembebasan bumi Palestin dan Al-Quds Al-Syarif yang diberkati.
3. Kami juga mengajak semua pemerintah dan ketua di peringkat masing-masing untuk melakukan penelitian terhadap amanah masing-masing dan keadaan semua yang di bawah tanggungjawab mereka, mengenalpasti punca kelemahan dan masalah serta penyelesaian dengan ilmu dan keinsafan. Justeru, tingkatkanlah amalan syura melalui konsultansi dan perbincangan dengan mereka yang bawah agar keadilan dapat ditegakkan dan mkanura dengan melakukan konsultansi dengan merekayang diap makananengembalikan keharmonian.
4. Mendesak dan menyeru pihak berwajib di Malaysia agar menyatakan teguran kepada pihak kerajaan Burma atas kezaliman terhadap masyarakat Muslim di Burma dapat ditamatkan dengan segera. Tindakan seperti ancaman menyekat hubungan diplomasi di antara Negara juga wajar dilakukan jika hal tersebut dibiarkan berterusan.
5. Menyeru diri kami sendiri, para ulama, golongan ilmuan agama dan masyarakat awam agar menghormati perbezaaan pandangan dan ijtihad dengan menjauhi perdebatan secara melampau dan cercaan dalam membincangkan hal-hal seperti perkara-perkara yang membatalkan puasa, jumlah rakaat solat terawih dan lain-lain hal yang diperbezakan halnya di kalangan ulama sejak dahulu. Ini adalah kerana dibimbangi, perdebatan dan kekasaran kata-kata mampu mencarikkan tuntutan penjagaaan ukhuwwah, lidah, mulut dan mengundang kemarahan di bulan yang mulia ini.
6. Menyeru kepada seluruh masyarakat agar mempertingkatkan kualiti diri di bulan Ramadan dan bukan dijadikan alasan tidak produktif. Ramadan bukan sama sekali suatu bulan yang patut dijadikan alasan penghalang produktiviti kerja. Begitu juga amat perlu menjauhi pembaziran dan pemborosan dalam makanan dan penggunaan masa.
7. Menyeru masyarakat awam mengambil peluang gandaan pahala di bulan ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah khusus serta peluang nasihat menasihati dengan cara yang terbaik dan disenangi melalui akhlak mulia. Menjauhi sangkaan buruk dan mendahulukan sangkaan baik terhadap sesama Muslim.
8. Bagi memastikan kita mampu mencapai keampunan Allah dan rahmat apabila tamat Ramadan nanti, kami menyeru diri kami dan semua umat Islam agar menginsafi apa jua hak orang lain yang dirampas, tubuh yang dipukul, harta yang diambil tanpa izin, hutang yang sengaja dilewat dan tidak dibayar, maruah yang dicorek melalui perkataan dan fitnah, sihir yang dikenakan ke atas orang lain serta apa jua kezaliman yang dilakukan agar segera ditamatkan atau dipulang semula harta yang diambil.
9. Kami turut menyeru umat islam agar menjauhi hutang tanpa keperluan di bulan mulia ini semata-mata untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan harta yang dipunyai. Membebankan diri dengan hutang tanpa keperluan mendesak boleh membawa kemudaratan di kemudian hari.
Sekian
Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
1 Ramadan 1433 H
--------------------------------------------------------------
Ahli MURSHID :
1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat)

2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato’ Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Iftar: Kenapa Ibrahim Ali seorang saja menangis?
Harakahdaily, | 30 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Adakah Ibrahim Ali menangis kerana menyesal mengkhianati PAS dan hina mencaci Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun diberikan peluang sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan bertanding di atas tiket PAS?
Demikian tulisan di dalam blog http://omakkau.blogspot.com/
Ini ekoran Ibrahim selaku pengasas dan Mursyidul Am seumur hidup Perkasa kelihatan menangis teresak-esak di satu majlis Iftar anjuran pertubuhan itu malam semalam di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Peliknya.. semasa beliau menangis tidak ada seorang pun kelihatan sedih walaupun ketika itu beliau sedang berucap di depan ahli-ahli Perkasa,” tulis blogger itu lagi.

‘Waterloo’ Najib bermula di Sabah?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 31 Jul 2012 |
Benarkah Najib akan menemui ‘Peperangan Waterloo’nya dalam PRU ke-13 ini setelah berperang kecil (skirmishes) termasuk 16 kali pilihanraya kecil (PRK) dalam sesi parlimen ke -12 ini? Umum juga diingatkan bahawa kesemua PRK itu berkesudahan dengan keputusan seri terikat 6-6. Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak pula (April 2011) menyaksikan undi popular Najib-BN menurun sebanyak 8% (45%, 2011 – 37%, 2006). Tidak siapa yang sangsi dengan penghakisan 8% kerajaan BN di PRU ke-13, akan bakal saksikan tumbangnya diperingkat Persekutuan.
Maka cakap-cakap Najib semasa berucap di musim Euro Final baru-baru ini untuk membelasah lawannya dengan 14-0 hanyalah bersifat seorang General perang berkeinginan untuk menyuntik semangat kepada bala-tenteranya meskipun sudah jelas petanda-petanda awal kekalahan dalam pertempuran terakhir ‘grand royale battle’ yang sengaja ditangguh-tangguhkannya.
Mutakhir, tidak ada yang lebih mengerikan seorang General Perang yang di saat-saat akhir di medan bertarung, mendapati Lieutenan-lieutenan atau Panglima-panglima Perangnya ‘memberontak’ lantas meninggalkannya dan lebih parah lagi apabila kini mahu bersama dengan gerombolan lawan dan seterunya. Hampir sah tidak ada pilihanraya selepas Hari Raya ini.
Meskipun kononya didakwa diketahui lebih awal lagi, pengumuman untuk keluar parti dan BN, ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, juga seorang Timbalan Menteri serta menyokong Pakatan Rakyat (PR) tetap satu yang menggempar dan diluar jangkaan pelbagai pihak pengamat politik tanah air. Di segi ‘timing’nya ia amat menggugat kedudukan Najib yang sedang mencari-cari tanda positif untuk pembubaran parlimen selepas hari raya ini.
Tambahan Najib sedang berusaha untuk menubuhkan RCI – Suruhanjaya Pendatang Tanpa Izin dan perdamaian atas isu pertikaian kepimpinan Ketua Menteri dan adiknya. Amat sukar untuk beliau mencari penyelesaian terhadap kedua-dua isu yang membakar ini sekaligus menjejas persepsi keutuhan serta kawalan Najib terhadap politik Sabah. Lebih tepat lagi Najib sudah kehilangan atau paling tidaknya ‘kekurangan’ ‘Simpanan Tetap’nya.
Persepsi buruk terhadap ‘Janji Tidak Tertunai’ di negari Borneo ini juga mencalar kepemimpinannya bersabitan kepimpinan Taib Mahmud di Sarawak. Isu ini turut menghempit dan menghantui slogan “Janji DiTepati”nya. Tambahan pulak dikatakan bahawa Taib akan terus kekal menjadi Ketua Menteri Sarawak. Taib cukup memahami bahawa Najib sangat berhajat sokongan dirinya dan tidak bersedia untuk berdepan dengan suasana tidak menentu seperti di Sabah.
Kejutan buat Najib bukan kepalang dan amat menyiksakannnya. Kembali menekannya adalah asakan tentang pendedahan pelbagai ‘skandal kewangan’ yang melibat Ketua Menteri Sabah Musa Aman. Perletakkan jawatan seorang Ketua Jabatan Komplian Global HSBC semalam telah mencetuskan ‘expose’ urus-tadbir yang sarat dengan rasuah transaksi balak dan pelbagai kegiatan ‘penyucian wang’ atau ‘money laundering’ di negeri terkaya tetapi punyai rakyat paling ramai termiskin diseluruh Persekutuan Malaysia itu. Jumlah mencecah RM trillion disebut oleh beliau dan ia ada hubungkait dengan KM Sabah ini mengikut kenyataannya semalam.
Pertikaian tertangguh melibatkan Peguam Negara Ghani Patail (dari Lahad Datu) yang sehingga kini menghalang dakwaan rasuah membabitkan Anifah Aman dan Musa Aman tentang rasuah balak juga turut merobek kepercayaan rakyat khasnya warga dan pengundi Sabah.
Sementara itu, umum masih ingat kes bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail telah mempergunakan SPRM memangsakan beliau dan pasukan penyiasatnya bersabit seorang lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah.
Apa pun, ‘Simpanan Tetap’ Najib yakni 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini. Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan bakal tumbang kepada Pakatan Pembangkang. Shafie Afdal yang menanti peluang mengambil alih juga bergelut menangkis tuduhan terlibat dalam ‘skandal perhubungan’. Pun begitu ia tidak semudah didakwa sebab formula kerjasama ‘pembangkang’ juga belum muktamad.
Tetap dirasai umum bahawa kalau dulu Najib masih menaroh harap kepada kaum K-D-M dan Melayu di Sabah kini sudah semakin tercalar dan hambar. Bukan sahaja Melayu di Semenanjung sudah terbelah, kini juga di Borneo sementara kaum Cina dan India terus tidak mahu kembali menyokong BN kerana sangat kecewa dengan gelagat dan polisi Umno dan kuncu-kuncu NGOnya seperti Perkas dan Jeti yang melampau.
Apakah maknanya buat Najib yang mengikut kajian mutakhir Merdeka Centre bahawa ‘tahap keyakinan’ atau ‘Approval Rating’ pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%), sementara tahap keyakinan kepada parti dan Barisan Nasional yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%? Kesenjangan sokongan amat ketara. Ramai juga yang masih ingat bahawa Pak Lah sebelum PRUke-12 mendapat ‘approval rating setinggi 71%.
Ada pakar-pakar Sains Politik yang menyebutkan bahawa perubahan ‘turun-naik’ sehingga tahap 3% itu tidak signifikan disegi perbezaan undi kerana julat kesilapan (margin of error). Lebih penting lagi adalah ‘trend’ atau ‘pola’ penurunan yang jelas di alami Umno-BN yang mutakhir ini sangat ketara.
Kerajaan Umno-BN ini yang kini merupakan kerajaan paling tua-lama memerintah (longest serving government) di atas muka bumi ini (selain dari China dan Vietnam – bukan demokrasi), rata-ratanya ditanggapi gagal mengisi pengharapan rakyat setersunya. Kereputan ‘kerajaan lama’ ini adalah akibat kehilangan kepekaan kepada rakyat yang setia mengangkat mereka dalam setiap PRU.
Kegagalan menghayati cita-rasa dan kehendak rakyat ini jelas dengan paling mutakhir cubaan untuk menggunakan slogan “Janji Ditepati” untuk Hari Merdeka tahun ini. Kajian Sinar Harian contohnya menunjukkan bahawa 86% mahukan slogan itu ditukar dan ditolak. Hanya 14 % sahaja yang menyokong slogan tersebut.
Umno-BN semacam hilang segala ‘sentuhan berbisa’ dan ‘tarikan’ yang satu masa dahulu merekalah segala-galanya semasa zaman awal pasca-Merdeka. Mungkin ketika itu memang mereka punyai kepimpinan yang berkorban untuk rakyat atas nama Kebangsaan Melayunya. Tetapi tidak lagi kini. Pembolotan dan kerakusan penguasa elit Umno-BN sangat menyerlah. NFC dan Felda lambang kegagalan Umno kini.

Ceramah bekas tokoh-tokoh Umno seperti Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Tamrin Ghafar, adalah sangat tajam mendedahkan ‘kebobrokan’ dan ‘kerakusan’ kepimpinan Umno bermula era Tun Mahathir sehingga Najib kini.
Najib juga begitu sudah kehilangan stature ‘kenegarawanan’nya. Dia sudah terlalu ‘mikro’ dan kehilangan arah perhitungan ‘besar dan makro’ terhadap permasalahan negara. Dia terlalu sangat takut untuk hilang kuasa pemerintahan. Tidak ada slogan yang inklusif dan menarik dan merentasi semua segmen rakyat seperti “Bersama Membangunkan Negara Tercinta”.
Najib hanya mahukan pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus ‘memberi dan membeli’ undi rakyat – BRIM 1 dan kini bonus dsbnya. Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada kesengsaraan rakyat. Pemangsaan rakyat khasnya warga peneroka di Felda dalam jangka jauh dan Lynas di Gebeng membuktikan sebaliknya. Malang!
Masa untuk berubah telah sampai. Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? Mampukah Pakatan Rakyat mengisi pengharapan rakyat nanti? Apakah PRU ke-13 benar-benar akan menjadi “Waterloo” Najib Tun Razak?
Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

Sumber HD : 31/07/2012
Angaukan Selangor, Sabah pula terlepas
Anis Nazri , | 01 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dalam keghairahan untuk merampas Selangor, BN diingatkan agar tidak menjadi seperti peribahasa 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'.
Sebaliknya BN perlu meneliti suasana politik di Sabah yang muktahir ini meniupkan gelombang perubahan pimpinan BN, sekaligus rakyat negeri di bawah bayu itu.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata BN sebelum ini begitu yakin untuk merampas Selangor, namun 'terlepas pandang' terhadap Sabah yang dianggap sebagai 'fix deposit' mereka selama ini.
"Jadi, saya nasihatkan BN agar tidak membuang masa untuk mengubah suasana harmoni di Selangor hari ini, tetapi selesaikan kemelut di Sabah hingga menyebabkan dua pimpinan BN bertindak keluar parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar dari BN dan menyokong Pakatan Rakyat, baru-baru ini.
Dr. Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai itu berkata gelombang perubahan di Sabah itu bukan sahaja membabitkan kedua-dua pimpinan terbabit, sebaliknya ia juga merupakan satu gelombang rakyat.
Beliau juga menjangkakan BN tidak dapat membendung gelombang perubahan tersebut, malah yakin akan ada beberapa lagi nama lain di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan mengambil keputusan sama seperti Lajim dan Wilfred.
Ditanya sama ada suasana tersebut akan membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lagi pilihan raya, Dr. Hatta berkata ia sesuatu yang tidak mustahil.
"Kita harap, pilihan raya dipanggil segera. Tapi, perkiraan saya Najib akan mengambil masa yang lebih lama untuk berbuat demikian. Dia masih resah dan mengharapkan adanya perbalahan di kalangan Pakatan Rakyat untuk diambil kesempatan," tegas beliau lagi.
Pada 29 Julai lalu, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti dan BN berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Sabah.
Perlantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dibatalkan serta-merta setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Wilfred yang mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyertai Pakatan Rakyat melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.
Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu Pakatan Rakyat memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Siapa perangkap Uncleseekers?
http://mediaperak.com, | 01 Ogs 2012 |
Mediaperak telah berjumpa dan beramahmesra dengan Uncleseekers pada Ahad lalu di Janda Baik. Kami akan menyiarkan video temuramah tersebut secara berperingkat mengikut apa yang disiarkan oleh Uncleseekers di dalam blognya.
Ini adalah sedutan daripada siri “Dalam lokap 10 hari. Part 2.” Manakala video di bawah adalah apa yang diucapkannya dalam temuramah tersebut.
“Tak sempat aku nak berjalan ke arahnya dah macam kat dalam filem omputih wa cakap lu…
Tetiba ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Superitendent Noor Hashim dan meminta kad pengenalan aku. Fikiran aku masih lagi memikirkan Rusni SPRM sambil memberi kad pengenalan kepada pegawai polis tersebut.
Aku cuba mencari kawan aku tadi tapi keretanya di sebelah hujung sana. Beberapa anggota polis yang terdiri daripada jurugambar mengambil gambar aku dan ada seorang cameraman merakam semua detik peristiwa tika itu.”
Baca seterusnya di blog Uncleseekers.
Sumber HD : 1/08/2012
Dakwa Rafizi: Sah transformasi Najib bohong
Muhammad Faizal, | 01 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: PAS menyifatkan segala janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan tranformasi politik hanya cakap politik semata-mata.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang ditemui di Mahkamah Shah Alam berkata, segala janji Najib itu terbatal dengan hanya tindakan pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini.
"Kes pendakwaan hari ini membuktikan segala janji kerajaan di bawah Najib dalam membawa perbaharuan selaras dengan demokrasi semuanya terbatal.
"Apa yang dijanjikan oleh beliau itu hanya sekadar cakap-cakap politik Umno-Barisan Nasional sahaja," jelasnya ketiaka ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini.
Beliau yang hadir memberi sokongan kepada Rafizi berkata, sempena bulan Ramadhan ini sepatutnya kerajaan menggalakkan rakyat meningkatkan ibadat serta meningkat amalan kebaikan.
Namun katanya, tindakan pendakwaan terhadap individu yang menegakkan kebaikkan telah mencemar kesucian bulan Ramadhan.
"Kesucian bulan Ramadhan akhirnya tercemar apabila tiba-tiba orang yang ingin membawa perubahan kebaikan dalam menonjolkan penyelewengan dan rasuah akhirnya didakwa.
"Pendedahan penyelewengan dilakukan kerana ia melibatkan ratusan juta wang rakyat dan wang negara namun kerajaan di bawah Najib tetap meneruskan pendakwaan," katanya.
Kamarudin turut menyatakan, ini bukti yang jelas bahawa semua rakyat mesti memahami bahawa kerajaan di bawah Najib seperti mahu melindungi mereka-mereka yang terlibat dalam rasuah serta penyelewengan.
"Kita melihat tidak ada sedikit pun unsur-unsur yang dilakukan oleh Najib dalam mengambil tindakan serta menghukum mereka yang melakukan jenayah terutamanya rasuah walaupun bukti yang jelas telah didedahkan.
"Malah Najib masih lagi mahu melindungi mereka-mereka ini serta memberi peluang untuk mereka-mereka yang terlibat membersihkan nama," tambahnya.
Beliau yang ketika ditanya tentang peluang kemenangan dalam kes hari ini memberitahu bahawa pendakwaan hari ini memberi peluang untuk melakukan pendedahan yang lebih mendalam.
"Bagi kes ini telah memberi ruang kepada kita membuat lebih pendedahan dan kita berpeluang untuk menang.
"Selain itu juga peluang kepada kita menjelaskan lagi kepada rakyat bahawa tidak ada penyelesaian terhadap masalah hari ini jika berada di bawah Umno-Barisan Nasional kecuali melakukan perubahan melalui pilihanraya umum yang akan datang," tegasnya.

Rakyat sokong turun harga kereta
Ahmad Busu, Skudai, |
Pengumuman Pakatan Rakyat (PR) bahawa harga kereta akan diturunkan jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti merupakan berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat.
Selama ini rakyat memang terbeban dengan harga kereta yang terlalu tinggi jika dinisbahkan dengan pendapatan semasa. Bayangkan pada masa sekarang, rakyat yang ingin membeli kereta baru terpaksa menghabiskan 1/3 daripada pendapatan untuk membayar ansuran bulanan kereta selama tempoh 5-9 tahun.
Harga kereta yang paling kecil seperti Perodua Kancil pun berharga sekitar 24 ribu ke atas. Bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang besar, sudah tentu tidak mempunyai banyak pilihan. Sepatutnya mereka sesuai membeli Proton Exora, tetapi harga kereta dan kos hidup yang tinggi sudah tentu menyukarkan mereka.
Tawaran PR ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat untuk menikmati kenderaan yang bermutu dan sesuai pada harga yang munasabah. Rakyat telah muak dengan tindakan kerajaan hari ini yang menindas rakyat kerana mahu menyelamatkan 2-3 orang kroni.
Bukan itu sahaja, sejak kereta nasional diperkenalkan pada tahun 1985 (penubuhan proton pada tahun 1983) rakyat terpaksa membeli kereta nasional pada harga yang mahal dengan mutu yang rendah. Namun yang peliknya, kereta nasional yang dijual di luar negara harganya lebih murah dan lebih tinggi mutunya.
Sudah sampai masanya, keadaan itu diperbetulkan dan pada masa yang sama, dalam usaha PR menurunkan harga kenderan import ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Yang pertamanya, PR juga perlu memikirkan kedudukan kereta nasional agar terus berdaya saing dengan kereta import yang lain. Hal ini kerana, melalui projek kereta nasional ini, ribuan peluang pekerjaan telah wujud.
Yang keduanya, PR perlu mengambil kira pembeli yang telah membeli kenderaan sebelum dasar baru diperkenalkan. Mungkin mereka diberi rebet agar bebanan pijaman yang ada sekarang dapat dikurangkan sedikit.
Bagi rakyat, pemimpin yang baik ialah yang sentiasa berusaha agar rakyat hidup dalam keadaan yang selesa. Bukan pemimpin yang sentiasa berusaha mengayakan diri sendiri dan keluarga.

Rafizi, kami mendoakan kesejahteraan saudara
Aspan Alias, | 01 Ogos 2012 |
Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada kepada beliau untuk menekan orang seperti Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan rahsia kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan.
Rafizi dituduh di bawah seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen Shah Alam pagi tadi. Bersama dituduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari Public Bank, kerana bersubahat dalam kes ini.
Rafizi memang sentiasa berada di dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna wang dan harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi apa yag dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta rakyat yang sedang dirompak oleh pihak yang diberi mandat oleh rakyat selama ini.
Pembongkaran yang dilakukan oleh Rafizi telah menambah maklumat yang sebenarnya yang sepatutnya diketahui oleh umum sebagai empunyai negara ini. Pembongkaran oleh Rafizi sejak akhir-akhir ini membuatkan kerajaan BN yang sedang dalam keadaan ‘desperado’ menjadi ‘defensive’ dan banyak isu yang di bongkar oleh Rafizi tidak mendapat jawapan dan respons yang memuaskan banyak pihak.
Penahanan Rafizi awal pagi tadi menjadi berita hangat di pasaran politik negara dan di mana-mana rakyat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap isu penangkapan itu. Apa yang jelas kita dengar ialah persepsi rakyat terhadap BN bertambah merudum dan mengambil pandangan yang penangkapan itu merupakan salah satu dari tindakan BN untuk mempertahankan kuasa yang kian hari kian menjelaskan kemungkinan besar kuasa kerajaan akan berpindah tangan.
Kesalahan Rafizi, jika ada pun, akan tetap memberikan impak negatif yang besar terhadap pihak kerajaan. Jika Rafizi melakukan kesalahan dengan pembongkaran itu, tetapi kenyataannya tetap menyatakan yang apa yang dibongkar oleh beliau itu ada perkara yang benar-benar berlaku dan memudaratkan negara dalam jangka masa yang panjang. Penahanan dan tuduhan terhadap Rafizi tetap merupakan pengorbanan peribadi yang terpaksa beliau lalui semata-mata untuk mencari kebenaran.
Bagi saya penahan dan tuduhan terhadap beliau itu akan memberikan semangat kepada rakyat ramai untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengharungi ranjau-ranjau yang kita terpaksa lalui untuk meruntuhkan ‘hagemony’ UMNO dan BN yang tidak bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masa depan perjuangan rakyat untuk membina negara yang maju dan kehidupan rakyat yang harmoni di antara semua kaum buat selama-lamanya.
Kepada Rafizi, saya bagi pihak keluarga saya keseluruhannya, mengucapkan syabas di atas pengorbanan beliau dalam perjuangan kita dan saya berharap beliau akan tetap bersabar menempuh segala halangan yang diletakkan di hadapan beliau selama ini.
Saya yakin Rafizi tidak akan gentar dan akan terus memberikan tugas untuk melakukan anjakan dan peralihan dalam politik negara yang sekarang sedang bersedia untuk menempuh perubahan yang akan berlaku buat kali pertamanya sejak negara merdeka 55 tahun yang lalu.
Rafizi mesti mengetahui yang saudara mendapat sokongan ramai yang sentiasa berdoa saudara akan bertambah gigih untuk mencari kebenaran. Sokongan kerajaan negeri Selangor seperti yang diumumkan oleh TS Khalid Ibrahim petang tadi amat menggembirakan orang biasa seperti saya di bawah ini.
TS Khalid pastinya memahami apa yang dihadapi oleh Rafizi kerana beliau sendiri (TS Khalid) juga sedang menghadapi serangan yang tidak bermoral politiknya dari pihak BN sekarang ini. Janji kerajaan Selangor untuk membayar segala kos guaman Rafizi itu sangat-sangat saya sanjungi.
Kita semua tahu di negara ini yang memberikan maklumat terhadap kemungkaran pihak berkuasa merupakan pihak yang salah, tetapi kepada mereka yang melakukan segala kemungkaran terhadap rakyat dan negara sentiasa mendapat perlindungan dari kuasa yang ada di tangan mereka.
Itu pun sebabnya menukar kerajaan adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menghapuskan segala kemungkaran politik dan ekonomi yang sedang dilakukan oleh pihak BN tanpa had sekarang ini.
Kita mesti mengetahui yang rakyat sedang memerhatikan gelagat pimpinan BN sekarang ini bukan sahaja dengan mata yang zahir tetapi dengan mata hati yang tajam itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Najib terdesak, lakukan kesilapan demi kesilapan
Muhammad Faizal, | 02 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus melakukan kesilapan demi kesilapan dalam keadaan beliau yang cukup terdesak.
Kenyataan tersebut diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) ketika mengulas tentang pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli semalam.
"Kami dalam Pakatan Rakyat terus memerhati kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri.
"Tindakan pendakwaan ini merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh Najib dalam masa beliau menjanjikan perubahan tranformasi di negara ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, bermula dari kesilapan tindakan yang dikenakan terhadap Rafizi dan Najib semakin tertekan apabila pendedahan yang dibuat oleh George Kent sebelum ini yang mengatakan menerima kontrak pembinaan LRT Ampang.
"Saya perhatikan bahawa apakah ini sikap Najib dalam terus melakukan kesilapan di dalam bulan yang mulia ini.
"Namun kita melihat kenapa tindakan seperti ini diambil dan seolah-olah ada perkara yang ingin beliau alihkan pandangan rakyat," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Dr Dzulkefly berpendirian apa yang berlaku terhadap Rafizi adalah berkaitan dengan penerimaan kontrak oleh George Kent.
"Segala apa yang dikatakan oleh Najib mengenai reformasi politik meyakinkan itu sememangnya hanyalah cakap kosong.
"Walaupun kita ada akta pemberi maklumat tetapi ia tidak bermakna jika perkara ini berlaku," sambungnya lagi.
Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyatakan apa yang dilakukan oleh Najib ini, rakyat akan lebih celik dan mengetahui hakikat sebenarnya bahawa segala reformasi politik dan undang-undang adalah lebih teruk daripada sebelum ini.
Sumber HD : 2/08/2012
Pendakwaan ke atas Rafizi berniat jahat
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, | 02 Ogs 2012 |
Jabatan Undang-undang & hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) menempelak sekeras-kerasnya tindakan pendakwaan yang dilakukan oleh Peguam Negara terhadap Rafizi Ramli di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam di bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).
JUHAM menyifatkan pendakwaan yang dilakukan terhadap Rafizi Ramli adalah bersifat pendakwaan terpilih kerana dalam usaha Rafizi Ramli untuk mendedahkan gejala najis rasuah di dalam kerajaan UMNO/BN, beliau pula yang menjadi mangsa keadaan apabila ditangkap dan didakwa di Mahkamah.
Penangkapan yang dikenakan terhadap beliau boleh diumpamakan sebagai madu dibalas dengan tuba apabila pendedahan murni beliau terhadap gejala najis rasuah di dalam kerajaan UMNO/BN seharusnya disanjung, namun sebaliknya beliau kini dianggap sebagai pengkhianat Negara.
Malah, Rafizi Ramli seharusnya dilindungi oleh Akta Pemberi Maklumat 2010 yang digubal bertujuan untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak wajar) termasuk oleh Kerajaan UMNO/BN dengan menggalakkan dan memudahkan pemberi maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dalam Kerajaan UMNO/BN serta melindungi orang yang membuat pendedahan daripada tindakan yang memudaratkan.
Namun, kini jelas terbukti bahawa Akta Pemberi Maklumat 2010 tersebut hanya sekadar kosmetik dan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat seperti pengumuman-pengumuman kosmetik oleh UMNO/BN yang lain umpamanya pemansuhan ISA yang semata-mata untuk mengembalikan sokongan pengundi kepada UMNO/BN yang semakin terhakis.
Peguam Negara juga yang pada hakikatnya perlu menjalankan tugas dengan amanah dan bersifat berkecuali daripada sebarang pengaruh pemerintah regim UMNO/BN, kini dilihat dengan jelas telah menjadi kuda tunggangan dan talian hayat oleh UMNO/BN untuk menyekat Rafizi Ramli daripada terus membongkar gejala najis rasuah di dalam kerajaan UMNO/BN.
JUHAM juga menempelak pendekatan keras yang digunakan oleh Peguam Negara di dalam kes pendakwaan Rafizi Ramli ini apabila beliau turut digari umpama pelaku kes jenayah berat dan serius seperti pembunuh dan perompak.
Malah, Peguam Negara juga jelas bersifat melampau apabila memohon jaminan sehingga RM100,000.00 dan memohon passport beliau ditahan.
Tindakan Peguam Negara ini jelas berbeza dengan pendakwaan-pendakwaan yang dikenakan terhadap kes-kes politik berprofil tinggi yang melibatkan UMNO/BN seperti di dalam kes pendakwaan rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo apabila beliau tidak pun digari ketika dihadapkan untuk pendakwaan di Mahkamah.
Justeru, tindakan pilih kasih yang diamalkan oleh Peguam Negara ini jelas membuktikan terdapat pengaruh yang besar daripada kerajaan UMNO/BN untuk memberikan tekanan kepada Rafizi Ramli bagi tujuan menzalimi dan menganiaya beliau sebagai balasan kepada pendedahan berani beliau yang menelanjangkan najis rasuah yang membarah di dalam kerajaan UMNO/BN.
Oleh itu, JUHAM menyeru dan berharap agar Institusi Kehakiman dapat memberikan layanan dan perbicaraan yang adil kepada Rafizi Ramli agar beliau dapat menggunakan segala saluran undang-undang yang ada untuk membela diri beliau secara adil tanpa mendapat sebarang gangguan dan tekanan daripada Kerajaan UMNO/BN.
Melalui perbicaraan yang adil, ia akan memberikan lonjakan yang positif kepada imej Institusi Kehakiman dan memulihkan tanggapan rakyat yang telah lama menganggap Institusi Kehakiman acap kali dinodai dan dibayangi Kerajaan UMNO/BN.
JUHAM mengucapkan selamat maju jaya kepada Rafizi Ramli dan semoga beliau mendapat keadilan yang sewajarnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-undang & hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM)

Terutamanya dalam majlis-majlis membabitkan Felda, Najib selalu menyebut Felda adalah jasa dan ilham bapaknya. Beliau pula sebagai anak akan meneruskan idea berkenaan dan ia kononnya satu amanat. Najib beberapa kali cuba menonjolkan dirinya seolah-olah dia dilahir untuk meneruskan tarikan nafas politik ayahnya.
Keghairahan Najib dalam memuji bapanya sehingga terlupa untuk beliau menyebut nama orang lain yang juga terlibat sama dalam membangun Felda. Najib lupa kepada pegawai kerajaan yang memerah otak siang malam sewaktu membangunkan Felda.
Mengenai Felda atau pembangunan sosial lain Tun Razak hanya memberi idea tetapi yang merancang, berfikir bagaimana idea itu hendak dilaksanakan adalah para pegawai pentadbiran, pakar ekonomi, sosial dari kalangan kerajaan. Saya tidak pernah terdengar Najib menyebut secara spesifik nama-nama pegawai kerajaan yang terlibat dalam membangun Felda. Apa yang selalu beliau sebut ialah nama bapaknya Tun Razak, seolah Felda dibangunkan dengan kibasan tongkat Tun Razak.
Cara Najib ini seakan tidak mengharga pegawai kerajaan atau orang lain yang juga bertungkus lumus membangunkan Felda. Kalau Najib menjual kebanggaan atas apa yang bapak beliau lakukan orang lain juga terliur untuk merasakan itu kerana bapak mereka juga ada saham dalam membangun Felda.
Najib seharus perlu rasional dengan cuba mencari nama-nama lain juga di sebalik kejayaan Felda itu tidak hanya memusatkan kepada bapanya sahaja. Felda mustahil wujud seperti hari ini kalau ianya atas inisiatif Tun Razak bersendirian.
Keghairahan Najib dalam memuji kejayaan ayahnya untuk dijadikan modal politik dirinya itu kini nampaknya sudah mula berjangkit dan diikuti oleh Mukhriz Mahathir. Seruan dibuatnya berbunyi kalau sayangkan Mahathir UBN hendaklah dimenangkan dalam pilihan raya umum nanti menunjukkan Mukhriz sudah mulai menggunakan nama bapaknya sebagai modal politik.
Kata Mukhriz kalau sungguh orang Umno sayangkan bapanya jangan malukan Mahathir sampai dua kali. Menurutnya kekalahan Umno - dalam konteks Kedah sehingga hilang kerajaan tahun 2008 benar-benar memalukan Mahathir.
Mukhriz sebenarnya terperasan dan bersikap memuji diri sendiri apabila beliau cuba mengaitkan nama bapaknya. Apa dia ingat kejayaan BN selama ini hanya kerana Mahathir sahaja dan tidak pun ada campur tangan orang lain. Mukhriz perlu membaca sejarah bapanya mula memimpin Umno tahun 1982, sebelum orang lain yang memimpin Umno dan kerajaan BN. Jadi orang lain juga bertanggungjawab dan ada saham.
Sebenarnya untuk pengetahuan Mahathir kekalahan Umno tahun 2008 bukan saja orang benci kepada bapanya yang dalam tindakan tertentu semacam diktator tetapi orang benci kepada apa yang ada di dalam Umno sendiri. Jadi tidak timbul kalau kekalahan 2008 itu hanya memalukan Mahathir sahaja.
Makanya tidak perlu beliau berusaha atau menjual untuk membela rasa aib Mahathir dengan kekalahan itu, sebab bapaknya. Beliau harus sedar yang puncanya ialah kerana sistem, budaya, tradisi di dalam Umno yang memburuk itu adalah penyebabnya. Penolakan rakyat terhadap Umno dan BN dalam pilihan raya itu bukan berpusat kepada Mahathir saja, tetapi kerana keburukan keseluruhan parti berkenaan serta pemimpinnya.
Seruan itu tidak akan berjaya membangkit sentimen rakyat kerana rakyat sudah pun muak dengan tindak tanduk Mahathir. Selagi Mahathir banyak bercakap, ia tambah memuakkan rakyat. Hanya orang yang berkepentingan dan terus menerima habuan Mahathir serta yang merasakan punggungnya wangi sahaja tetap beranggapan Mahathir masih berbisa.
Dari sudut lain apabila timbalan menteri MITI itu memainkan isu ayahnya bermakna beliau sudah tidak ada modal dan kekuatan sendiri untuk dijadikan bahan kempen untuk beliau melompat menjadi MB Kedah. Mana-mana ahli politik yang bergantung hayat kepada bapak atau menumpang mencipta glamour dengan populariti bapak ia adalah ahli politik yang miskin dan tiada kekuatan sendiri.
Lagipun orang Umno Kedah faham kalau Mukhriz cuba dinobatkan sebagai MB Kedah ini bermakna bayangan dan naungan politik Mahathir masih belum berakhir di negeri Jelapang Padi itu. Dan inilah yang sedang dicipta Mahathir. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 3/08/2012
MerdekaReview menamatkan operasi
MerdekaReview, | 02 Ogs 2012 |
Sesungguhnya ia merupakan keputusan yang berat buat kami semua di MerdekaReview. Dengan dukacita kami mengumumkan bahawa MerdekaReview edisi Bahasa Malaysia akan menamatkan operasi mulai hari ini, setelah genap tiga tahun sejak ditubuhkan pada 1 Ogos 2009.
Di samping itu, MerdekaReview edisi bahasa Cina akan menamatkan operasinya pada 31 Ogos 2012.
MerdekaReview dilancarkan pada 31 Ogos tahun 2005, dengan edisi bahasa Cina sahaja. Empat tahun kemudian, MerdekaReview menyediakan edisi Bahasa Malaysia sebagai medium untuk pembaca yang tidak fasih bahasa Cina.
Dengan hanya seorang editor, edisi bahasa Malaysia memberi lebih tumpuan untuk menterjemahkan tulisan yang disiarkan dalam MerdekaReview edisi bahasa Cina, selain laporan aktiviti politik, forum dan wawancara tertentu.
Di samping itu, beberapa orang kolumnis turut menyumbang untuk memperkayakan kandungan MerdekaReview dari masa ke masa.
Namun demikian, segala-galanya terpaksa dibubuhkan noktah, apabila MerdekaReview gagal membebaskan diri dari masalah kewangan.
Pada Mei 2011, MerdekaReview mengalami krisis kewangan setelah penaja tidak lagi menyuntik dana untuk melanjutkan operasi media ini.
Kempen "Selamatkan MerdekaReview" telah diadakan ketika itu untuk mengutip derma bagi melanjutkan hayat MerdekaReview.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menawarkan bantuan dan menyumbang sepanjang tempoh itu.
Malah edisi bahasa Cina Malaysiakini telah bekerjasama dengan MerdekaReview kemudiannya untuk "pelan langganan bersama" (melayari kedua-dua laman dengan satu harga), menjana pendapatan untuk menampung kos kedua-dua media internet.
MerdekaReview merasai sokongan yang hangat dari pembaca. Namun demikian, pendapatan yang diperolehi daripada pelan langganan gagal menampung semua kos perbelanjaan yang diperlukan untuk meneruskan operasi media ini.
Sepanjang tempoh setahun yang lalu, kami cuba mencari pelabur, penaja dan penyumbang dana sebagai jalan alternatif untuk menyokong dari segi kewangan, namun kami gagal menemui pelabur dan penaja yang sesuai.
Dengan kekangan kewangan sedemikian, kami berdepan dengan masalah untuk mengekalkan pasukan editorial yang asal, pada masa yang sama gagal menarik orang baru untuk menyertai pasukan kami.
Saban hari kami berdepan dengan lambakan isu yang perlu diberi liputan, sementara berhempas-pulas untuk mencari sumber dana.
Keadaan ini berlanjutan, sehingga kami mendapati agak sukar untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti tulisan di MerdekaReview.
Untuk mengelakkan ia terus menjadi beban yang semakin berat, maka kami terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan operasi MerdekaReview.
Sekali lagi, MerdekaReview merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis dan pembaca yang menyokong kami sepanjang ini, malah media lain, khususnya Malaysiakini yang sudi bekerjasama dengan kami untuk "pelan langganan" - yang melanjutkan hayat MerdekaReview sehingga saat ini.
Kami memohon maaf kerana gagal meneruskan perjalanan ini. Namun kami mendoakan agar rakan seperjuangan kami terus mara ke depan dalam perjuangan kebebasan bersuara dan pendemokrasian politik.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
MerdekaReview

Mukhriz terlebih perasan bapaknya hebat
Mohd Sayuti Omar, | 03 Ogs 2012 |
Mukhriz Mahathir nampak mula meniru gaya dan bermain politik 'anak ayam kesejukan’ untuk mengukuhkan diri seperti mana dilakukan Ha Najib Razak dengan memainkan sentimen ayahnya. Najib sebelum ini berbangga dengan bapaknya sebagai perdana menteri dan sering kali menjual pencapaian bapaknya di mana dan ke mana saja dia pergi.
Terutamanya dalam majlis-majlis membabitkan Felda, Najib selalu menyebut Felda adalah jasa dan ilham bapaknya. Beliau pula sebagai anak akan meneruskan idea berkenaan dan ia kononnya satu amanat. Najib beberapa kali cuba menonjolkan dirinya seolah-olah dia dilahir untuk meneruskan tarikan nafas politik ayahnya.
Keghairahan Najib dalam memuji bapanya sehingga terlupa untuk beliau menyebut nama orang lain yang juga terlibat sama dalam membangun Felda. Najib lupa kepada pegawai kerajaan yang memerah otak siang malam sewaktu membangunkan Felda.
Mengenai Felda atau pembangunan sosial lain Tun Razak hanya memberi idea tetapi yang merancang, berfikir bagaimana idea itu hendak dilaksanakan adalah para pegawai pentadbiran, pakar ekonomi, sosial dari kalangan kerajaan. Saya tidak pernah terdengar Najib menyebut secara spesifik nama-nama pegawai kerajaan yang terlibat dalam membangun Felda. Apa yang selalu beliau sebut ialah nama bapaknya Tun Razak, seolah Felda dibangunkan dengan kibasan tongkat Tun Razak.
Cara Najib ini seakan tidak mengharga pegawai kerajaan atau orang lain yang juga bertungkus lumus membangunkan Felda. Kalau Najib menjual kebanggaan atas apa yang bapak beliau lakukan orang lain juga terliur untuk merasakan itu kerana bapak mereka juga ada saham dalam membangun Felda.
Najib seharus perlu rasional dengan cuba mencari nama-nama lain juga di sebalik kejayaan Felda itu tidak hanya memusatkan kepada bapanya sahaja. Felda mustahil wujud seperti hari ini kalau ianya atas inisiatif Tun Razak bersendirian.
Keghairahan Najib dalam memuji kejayaan ayahnya untuk dijadikan modal politik dirinya itu kini nampaknya sudah mula berjangkit dan diikuti oleh Mukhriz Mahathir. Seruan dibuatnya berbunyi kalau sayangkan Mahathir UBN hendaklah dimenangkan dalam pilihan raya umum nanti menunjukkan Mukhriz sudah mulai menggunakan nama bapaknya sebagai modal politik.
Kata Mukhriz kalau sungguh orang Umno sayangkan bapanya jangan malukan Mahathir sampai dua kali. Menurutnya kekalahan Umno - dalam konteks Kedah sehingga hilang kerajaan tahun 2008 benar-benar memalukan Mahathir.
Mukhriz sebenarnya terperasan dan bersikap memuji diri sendiri apabila beliau cuba mengaitkan nama bapaknya. Apa dia ingat kejayaan BN selama ini hanya kerana Mahathir sahaja dan tidak pun ada campur tangan orang lain. Mukhriz perlu membaca sejarah bapanya mula memimpin Umno tahun 1982, sebelum orang lain yang memimpin Umno dan kerajaan BN. Jadi orang lain juga bertanggungjawab dan ada saham.
Sebenarnya untuk pengetahuan Mahathir kekalahan Umno tahun 2008 bukan saja orang benci kepada bapanya yang dalam tindakan tertentu semacam diktator tetapi orang benci kepada apa yang ada di dalam Umno sendiri. Jadi tidak timbul kalau kekalahan 2008 itu hanya memalukan Mahathir sahaja.
Makanya tidak perlu beliau berusaha atau menjual untuk membela rasa aib Mahathir dengan kekalahan itu, sebab bapaknya. Beliau harus sedar yang puncanya ialah kerana sistem, budaya, tradisi di dalam Umno yang memburuk itu adalah penyebabnya. Penolakan rakyat terhadap Umno dan BN dalam pilihan raya itu bukan berpusat kepada Mahathir saja, tetapi kerana keburukan keseluruhan parti berkenaan serta pemimpinnya.
Seruan itu tidak akan berjaya membangkit sentimen rakyat kerana rakyat sudah pun muak dengan tindak tanduk Mahathir. Selagi Mahathir banyak bercakap, ia tambah memuakkan rakyat. Hanya orang yang berkepentingan dan terus menerima habuan Mahathir serta yang merasakan punggungnya wangi sahaja tetap beranggapan Mahathir masih berbisa.
Dari sudut lain apabila timbalan menteri MITI itu memainkan isu ayahnya bermakna beliau sudah tidak ada modal dan kekuatan sendiri untuk dijadikan bahan kempen untuk beliau melompat menjadi MB Kedah. Mana-mana ahli politik yang bergantung hayat kepada bapak atau menumpang mencipta glamour dengan populariti bapak ia adalah ahli politik yang miskin dan tiada kekuatan sendiri.
Lagipun orang Umno Kedah faham kalau Mukhriz cuba dinobatkan sebagai MB Kedah ini bermakna bayangan dan naungan politik Mahathir masih belum berakhir di negeri Jelapang Padi itu. Dan inilah yang sedang dicipta Mahathir. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 3/08/2012
Beza Ramadhan dulu dan sekarang
Ustaz Hamizul Abdul Hamid, | 03 Ogs 2012 |
Ramadan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.
Kadang kala, rasanya sambutan Ramadan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, saya tak rasa sangat aura Ramadan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.
Sekarang ini di Bandar besar, misalnya Kuala Lumpur dan Shah Alam, setiap malam di bulan Ramadan, kebanyakan masjid dan suraunya melimpah ruah. Imam dijemput khas, sama ada imam hafiz tempatan mahu pun luar Negara. Ada masjid yang solat tarawihnya sampai dua jam.
Dahulu, solat tarawihnya selalunya laju. Imam akan buat 20 rakaat; tetapi lajunya minta ampun. Sekarang, selalunya orang suka buat lapan rakaat; tetapi siap ditambahkan dengan tazkirah. Pendeknya, pengisiannya lebih bermanfaat.
Dahulu, moreh menjadi kemestian. Ada orang (selalunya tukang masak masjid) tak solat tarawih, sebab nak siapkan moreh. Tapi sekarang, orang lebih berebut nak taja majlis iftar, sampai sesetengah masjid penuh jadual sebulan ditempah orang.
Dahulu, qiyamullail di bulan Ramadan agak jarang dibuat orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya beriktikaf di masjid. Bahkan, ada orang kaya yang ambil trip ke Mekah menunaikan umrah di hujung Ramadan.
Dahulu, bila musim Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. Kini, amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. Hebat sungguh sedekah zaman sekarang.
Dulu, orang sambut Ramadan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang pembaziran. Sekarang, orang jadikan Ramadan peluang mengaut keuntungan, makanan tidak sedap pun tidak mengapa, asalkan habis dibeli orang. Akhirnya, Ramadan jadi pesta makanan dan banyak terjadi pembaziran.
Inilah sedikit sebanyak perbezaan Ramadan antara dahulu dan sekarang…
http://www.hamizul.com/

PAS setuju larang ceramah politik dalam Masjid
Anis Nazri, | 03 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman bersetuju dengan gesaan beberapa pihak supaya tindak menggunakan masjid sebagai medan berpolitik kepartian.
Menurutnya, perkara itu sebelum ini juga pernah dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga tidak bersetuju dengan mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk politik kepartian.
Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan sebarang masalah sekiranya tazkirah itu membincangkan soal politik kerana Islam dan politik memang tidak boleh dipisahkan.
"Ia berbeza antara politik kepartian dengan politik semasa. Politik semasa ini memang tidak boleh dipisahkan. Itu tak apa, yang tak bolehnya bila bercakap pasal PAS, pasal Umno," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tambah beliau, mana-mana kariah masjid dan surau yang mendapati penceramah - sama ada daripada PAS atau Umno yang memberi tazkirah politik kepartian, boleh membuat aduan mengenainya.
"Mana-mana penceramah yang bercakap soal parti politik, kita minta diadukan kepada kita. Siap dengan bukti. Kalau ada rakaman, video dan sebagainya untuk menyokong dakwaan tersebut.
"Kita tidak mahu hanya ada yang kata penceramah ini bercakap pasal politik, tapi bila ditanya siapa, tidak boleh bagitahu. Jika ada bukti yang jelas dan kukuh, tindakan boleh diambil," tegas beliau lagi.
Ditanya bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penceramah terbabit, Adun Meru itu berkata perkara tersebut akan diadukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya segera menangani masalah kesesakan di sepanjang jalan-jalan yang sibuk di Pulau Pinang.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengambil langkah untuk menempatkan semula Bazar Ramadan sepanjang Jalan Penang dengan menyatakan kesesakan lalu lintas sebagai salah satu alasan utama.
Jika kerajaan negeri benar-benar serius dalam menangani isu kesesakan jalan ini, langkah segera yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini ialah di kawasan-kawasan berikut yang mendapat pemerhatian CAP sebagai kawasan yang mengalami masalah kesesakan:
Semua jalan di mana terdapat sekolah terutama sewaktu tamat sesi persekolahan;
Jalan Burma, di hadapan Kedai Biskut Him Heang yang terkenal, di mana penduduk tempatan dan pelancong meletak kenderaan mereka secara tidak teratur untuk ke kedai tersebut;
Jalan Burma, di hadapan kedai makan terletak jauh sedikit dari kedai Him Heang di mana orang ramai berhenti untuk membeli makanan;
Di Fettes Park, di bahagian hadapan kedai makan;
Di Jalan Penang dan Lorong Keng Kwee berdekatan kedai cendol Jalan Penang;
Jalan utama di mana terdapat pentas opera, sesetengah jalan tidak dapat dilalui sepenuhnya terutama sekali ketika Perayaan Hantu Lapar;
Jalan utama di seluruh negeri Pulau Pinang di mana terdapat gerai makan sementara yang didirikan semasa Perayaan Nine Emperor;
Jalan di kawasan Little India sebelum perayaan Deepavali di mana khemah didirikan menjadikan jalan sempit dan hampir tidak dapat dilalui;
Jalan Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di mana ramai orang mengunjungi gerai nasi kandar, meletak kereta dan motosikal secara tidak teratur ketika solat Jumaat dan Tarawih, dan mereka yang berhenti di hadapan kedai tukaran wang;
Meletak kenderaan secara tidak teratur di hadapan Mahkamah di Lebuh Light di mana kereta boleh dilihat diletakkan di atas garisan kuning, kaki lima jalan dan juga di hadapan sekolah.
Melainkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang ada, pulau ini akan menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk didiami.
Atasi segera kesesakan jalan di Pulau Pinang
SM Mohamed Idris Presiden CAP, |

Royalti: Tidak perlu jawatan kuasa
Mohd Sayuti Omar, | 04 Ogs 2012 |
Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkara ini tanpa jemu-jemu.
Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Omar kata Najib akan mengkaji secara menyeluruh berhubung royalti minyak untuk negeri-negeri terbabit. Jawatankuasa itu akan mengambil masa selama enam bulan. Tidak lama sangat ke tu?
Pengumuman itu menjelaskan Najib akhirnya tidak mampu membiarkan begitu saja pemberian royalti itu kerana suara mendesaknya semakin bingit. Mungkin juga beliau merasakan sekiranya penafian mengenai hak rakyat Kelantan boleh memberi kesan politik kepada partinya di Kelantan. Jadi jalan terbaik ialah akur kepada kehendak rakyat Kelantan.
Lebih bererti lagi dengan pengumuman Najib itu apabila MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu beliau ada menerima sepucuk surat daripada perdana menteri berhubung perkara itu. Nik Aziz menyifatkan perkembangan positif mengenai royalti itu sebagai rahmat Ramadhan.
Menurut Nik Aziz dalam surat itu menyebut kerajaan persekutuan meminta wakil untuk berbincang mengeni pemberian royalti petroleum. Sebagai orang yang sudah lama dahaga dan lenguh menanti hak itu sudah pasti Nik Aziz sangat gembira.
Kemungkinan isu ini akan selesai dengan baik ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Antara Bangsa (MITI) Mustapa Mohamed juga memberi tahu isu royali minyak akan selesai di mana beliau ikut berusaha menyelesaikannya.
Kenyataan ketiga-tiga orang ini Najib, Nik Aziz dan Mustapa berhubung royalti petroleum menunjukkan isu royalti minyak itu sudah nampak titik penyelesaiannya. Kenyataan itu menyakinkan isu itu akan berakhir juga. Justeru semua pihak hendaklah menerima dengan baik dan jangan cuba mengejek atau pun menafikan usaha mana-mana pihak.
Dalam perkembangan lain saya sendiri yakin perkembangan positif mengenai isu royalti petroleum ini ada kena mengena dengan peranan dimainkan Sultan Muhammad Ke V. Khabarnya Tuanku ada menyebut perkara ini kepada perdana menteri. Sudah lama saya menyimpulkan sekiranya sultan sendiri memainkan peranan mendesak hak rakyat dinaunginya, perdana menteri tidak boleh memandang sepi.
Di sinilah keramat dan berkat seorang sultan.
Esok Najib akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan mengadakan majlis berbuka puasa dan sembahayng terawih. Untuk menyeronokkan hati rakyat Kelantan dan pihak-pihak yang bekerja keras menuntut royalti elok kalau Najib mengambil kesempatan atas kunjungan itu mengumumkan perkara ini semasa lawatan itu. Jadikanlah pengumuman itu sebagai buah tangan hari raya dari seorang PM untuk rakyat Kelantan.
Bagaimana pun selepas diumumkan penyelesaian hendaklah disegerakan. Jawatankuasa yang dicadangkan itu jangan pula bertele-tele untuk menyelesaikannya. Ia perlu diselesaikan dalam tempoh kurang enam bulan. Sebenarnya untuk tujuan ini tidak payah pun tubuh jawatankuasa khas itu, menghabiskan wang rakyat saja, sebaliknya ia boleh dibuat dengan berunding terus dengan pihak kerajaan Kelantan.
Rasanya soal undang-undang dan implikasinya sudah difahami oleh semua. Kenapa hendak mempersulitkan sesuatu yang mudah. Mengenai hak dan bahagian negeri Kelantan dan mana-mana negeri yang terbabit dengan pengeluaran minyak sudah dijelasnyatakan dalam akta petroleum 1975 yang ditandatangani itu.
Jawatankuasa itu dilihat lebih kepada "red tape" untuk melengah-lengahkan sahaja pemberian itu dan ada juga kemungkin rakyat Kelantan tidak mendapat sepenuh apabila jawatankuasa dibentuk itu bias kepada Umno.

Isu royalti minyak Kelantan: 'suspect everybody and trust nobody'
http://aspanaliasnet.blogspot.com, | 04 Ogs 2012 |
Semalam (Jumaat) Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu. Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara Persekutuan ini.
Saya secara peribadi menerima berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan ‘janji ditepati’ yang juga dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara tahun ini.
Jika berjaya pun perbincangan itu, pembayarannya mesti berlaku sebelum pilihanraya ini kerana jika persetujuan untuk menghormati perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan Kelantan pada 27hb Mei 1975 dahulu. Perjanjian itu ditandatangani oleh YBM Tengku Razaleigh yang mewakili Petronas dengan Menteri Besar PAS, Dato' Mohammad Nasir.
Dalam perjanjian itu, Petronas akan membayar 5% daripada hasil minyak yang diperolehi di perairan negeri Kelantan berdasarkan pada harga FOB. Pembayaran itu hendaklah dilakukan dua kali setahun secara tunai, iaitu pada 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Itu merupakan perjanjian yang asas di samping beberapa klausa pinggiran.
Perjanjian 2 muka kertas itu adalah perjanjian yang jelas dan amat mudah difahami oleh sesiapa dan tidak perlu pergi belajar ke London atau mana-mana untuk belajar undang-undang dahulu. Kalau sesiapa yang rajin untuk memahami perjanjian itu blog ini pernah menyiarkan perjanjian itu dan saudara boleh melihatnya di dalam archive blog ini.
Jika kerajaan persekutuan ingin menghormati perjanjian yang telah ditandatangani ini ia mesti dilaksanakan secara total, mengikut segala apa yang tertulis dalam perjanjian itu. Rakyat Kelantan begitu kecewa sejak dahulu lagi kerana sejak kepimpinan Mahathir lagi perjanjian ini tidak dihormati dan jika ia tidak dilaksanakan oleh pentadbiran Najib maka slogan ‘janji ditepati’ itu wajar dicampakkan ke dalam tong sampah sahaja.
Rakyat Kelantan begitu kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek, dan pemimpin-pemimpin dan bekas pemimpin di sana yang memihak kepada pimpinan kerajaan persekutuan untuk menyekat pembayaran royalti minyak ini kepada rakyat negeri mereka sendiri.
Tengku Razaleigh secara terbuka menyokong tuntutan rakyat Kelantan kerana hasil minyak ini adalah untuk semua rakyat Kelantan dan bukan hanya untuk ahli-ahli UMNO sahaja. Perjanjian itu adalah perjanjian dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh kerjaan pilihan rakyat tanpa mengira parti serta fahaman politik. Tetapi selama ini pimpinan kerajaan persekutuan tidak ‘magnanimous’ dan menjadikan isu hasil minyak ini sebagai alat untuk melakukan ‘arm twisting’ terhadap rakyat Kelantan untuk menyokong BN.
Surat yang dihantar oleh PM Najib kepada TGNA ini merupakan satu keadaan yang baru dan saya tidak berani untuk membuat komen dengan begitu cepat. Takut-takut rakyat Kelantan dihampakan lagi seperti yang dilakukan oleh pimpinan Mahathir hingga sekarang ini. Jika perjanjian yang sangat jelas dan terang itu boleh diingkari oleh pimpinan persekutuan tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukannya sekali lagi.
Kita tidak mahu perbincangan ini hanya sebagai ‘intrigue’ pilihanraya semata-mata tetapi benar-benar melaksanakan perjanjian itu dengan sepenuhnya. Dengan pimpinan persekutuan BN ini kita mesti mengambil sikap ‘suspect everybody dan trust nobody’. Berdasarkan pengalaman lama sikap ini harus sentiasa ada di dalam pemikiran pimpinan Kelantan.
Jika ia berjaya dilaksanakan saya ucapkan syabas terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan kerana kekuatan dalam perjuangan mereka.

LRT Ampang: PM wajar buat penjelasan rasmi
Harakahdaily, | 07 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan wajar membuat penjelasan rasmi terhadap tatacara penganugerahan tender projek tambahan LRT Aliran Ampang yang bernilai RM955,840,000.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan penjelasan itu untuk dinilai oleh rakyat dan seterusnya kepada penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi mendengar pandangan pakar dan suara rakyat selaku pihak berkepentingan utama (key stakeholder) di dalam projek infrastruktur mega tersebut.
Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar) menyatakan demikian merujuk kepada laporan akhbar The Edge bertarikh 6 Ogos lalu yang berkongsi kerisauan yang dibangkitkan beberapa pakar dan profesional industri pembinaan terhadap tatacara penganugerahan kontrak dan sub-kontrak yang dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia.
Beliau berkata, secara prinsipnya, setiap pemerolehan (procurement) kerajaan dibuat demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
“Kepentingan ini dapat dijamin melalui pelaksaaan sistem tender secara terbuka untuk mendapatkan pilihan kos yang optima (best pricing) oleh kontaktor yang paling layak dari aspek teknikal dan kewangan (technically and financially competent),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPM melahirkan rasa kesal terhadap tatacara penganugerahan tender projek tambahan LRT Aliran Ampang, yang bernilai RM960 juta oleh kerajaan Pusat terhadap Konsortium George Kent (Malaysia) – Lion Pacific yang dipersoalkan nilai integritinya, selepas Konsortium George Kent dilaporkan berjaya mengalahkan pembida-pembida lain yang ternama.
Lebih merisaukan, ujarnya DPPM turut berkongsi pandangan dengan beberapa pakar dan profesional di dalam sektor pembinaan infrastruktur teknikal yang berskala besar ini terhadap proses sub-kontrak yang akan dilaksanakan pihak Konsortium George Kent selepas ini.
Katanya, difahamkan daripada laporan akhbar The Edge, hampir 70% - 80% kerja-kerja yang terlibat dalam projek mega ini akan disub-kontrak kepada syarikat-syarikat lain, khususnya pakej-pakej teknikal yang agak rumit.
Beliau menambah, tidak dapat dinafikan, proses sub-kontrak adalah amalan biasa di kalangan kontraktor utama namun ia biasanya dilaksanakan pada kadar 30%-40% daripada skop kerja.
Namun, ujar beliau apabila pemberian subkontrak melebihi 50% daripada skop kerja terlibat, ia akan membawa risiko terhadap penyampaian projek (project delivery) dari aspek peningkatan kos, kelewatan masa, dan kualiti akhir projek.
“Ini dilihat seperti mengesahkan persoalan pakar dan rakyat terhadap kemampuan Konsortium George Kent untuk melaksanakan projek mega ini, selain menafikan usaha transformasi kerajaan yang mahu menghapuskan budaya ‘kontraktor alibaba’ yang mengaut keuntungan percuma.
“Budaya ‘know-who, not know-how’ adalah punca utama ketirisan kewangan negara yang menjurus kepada defisit tahunan berturut-turut Kerajaan Persekutuan hampir 14 tahun,” ujarnya.
Justeru, kata beliau DPPM menggesa semua pihak yang terlibat, khususnya Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, SPAD dan Prasarana untuk mengambil langkah segera bagi memastikan tatacara tender terbuka dipatuhi semua pihak terlibat, tanpa menggadaikan risiko keselamatan pengguna LRT Aliran Ampang apabila siap kelak.
Sumber HD : 7/08/2012

Malaysia & Masa Depan Wanita
Nur Adieyla binti Kamarizzaman, |
Kerajaan British merupakan perintis kepada Persidangan Meja Bulat yang pertama kalinya diadakan di London pada tahun 1930. Model proses pertukaran maklumat ini direka khusus untuk mencari penyelesaian yang melibatkan perbincangan strategi, resolusi dan cadangan penambahbaikkan sesuatu dasar.
Di Malaysia, budaya Sidang Meja Bulat ini merupakan suatu platform bagi dialog mengenai isu-isu semasa yang akan membantu memupuk kerjasama serta perkongsian maklumat dan pengalaman.
Dominasi hampir 70% pelajar perempuan dalam bidang keilmuan merupakan antara aset negara yang penting bagi menerajui masa depan Malaysia yang terus gemilang. Firman Allah ‘Azza Wajalla dalam Surah at-Taubah, ayat 71 :
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana “
Ayat ini boleh difahami bahawa mahasiswi juga merupakan sekumpulan manusia yang memiliki potensi, cerdas dan mampu melibatkan diri dengan hal ehwal kenegaraan dan sosial yang baik sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri.
Keterampilan sahsiah dan kesarjanaan ilmu merupakan tunjang persiapan dalam mematangkan pengalaman mahasiswi sebagai pewaris harapan negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Bapak Natsir :
“Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat “
Menyedari keperluan penglibatan mahasiswi terhadap agenda pembangunan masa depan negara Malaysia, Kelab Ma’ruf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengadakan Persidangan Meja Bulat Mahasiswi Islam pada 4 Ogos 2012 bertempat di Kulliyah Pendidikan UIAM.
Perbicangan ini memfokuskan kepada tiga isu penting iaitu Kes Jenayah di Malaysia, Survival Institusi Kekeluargaan dan Karakter Ikon Wanita Malaysia.
Antara resolusi yang disepakati ialah :
1.Mengadakan Konvensyen Wanita Muda Malaysia
2.Memperkasakan SIGMA GAMIS sebagai platform untuk front mahasiswi Islam bersatu dan bersepakat terutamanya hal ehwal isu-isu kewanitaan.
3.Mencadangkan pihak berwajib untuk mewujudkan garis panduan yang jelas bagi melindungi wanita dari dieksploitasi.
4.Mendesak Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan Akta Undang-Undang Gangguan Seksual.
5.Mencadangkan kepada pihak berkuasa menjalankan Kursus Pemantapan Kekeluargaan selepas perkahwinan.
6.Mendesak Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula silibus Kursus Pra-Perkahwinan.
7. Mendesak pentadbiran universiti untuk memperkasakan penguatkuasaan etika pemakaian pelajar di kampus.
Resolusi ini dipersetujui sebulat suara oleh :
1.Illeya bt. Ibrahim, Moderator Ma’ruf Club UIAM Gombak
2.Ustaz Sufian Mat Nan, Mantan Presiden Ma’ruf Club
3.Emy Marhin bt. Aman, ISI UKM
4.Saidatul Akma bt. Zakaria, ISI UKM
5.Hanis bt. Abdul Rani, UIAM Kuantan
6.Afiqah Saleh Huddin, UIAM Kuantan
7.Noor Afifah bt. Jamaludin, Naib Pengerusi PMI UM
8.Nur Syazwani Abd Aziz, Timbalan Pengerusi SIGMA
9.Nur Adiela bt. Kamarizzaman, Timbalan Presiden 2 Ma’ruf Club UIAM Gombak
10.Nur Hanani bt. Ahmad Puaad, Ma’ruf Club UIAM Gombak
11. Nur Ain bt Samsudin, Pengerusi Nisa’ ALAM KUIS
Nur Adieyla binti Kamarizzaman ialah Pengerusi Sisters: Wielding Experience, Empowering Thoughts (SWEET) Ma'ruf Club IIUM merangkap Timbalan Pengerusi 2 Ma'ruf Club UIAM.
Sumber HD : 8/08/2012
Sumber HD : 9/08/2012
Sumber HD : 9/08/2012
Menjadi seorang Muslim seakan-akan sudah sinonim dengan menjadi seseorang yang diajukan pelbagai soalan pedas, sentiasa dalam situasi tegang, ketidakpercayaan, dan juga konflik.
Perkara ini telah menjadi satu fenomena global yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada hubungan antara komuniti, termasuklah retorik politik dan polisi di peringkat negara, rantau dan juga antarabangsa.
Hari-hari kita tidak akan berlalu tanpa ‘isu berkaitan muslim’ menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme atau literalisme, atau mungkin juga melalui kebangkitan parti-parti politik Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir (yang bertahun lamanya selepas kemenangan pilihanraya di Palestin).
Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun politik, telah menjadi satu isu; maklumat yang tersebar luas di era globalisasi mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan yang tidak terkawal.
Pendek kata, sekarang adalah masa yang amat sukar untuk menjadi seorang Muslim, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada di peringkat lokal mahupun global.
Kekeliruan telah tersebar dengan meluas. Semuanya dilihat seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan.
FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akhirnya menerima pemakaian tudung, tetapi Perancis masih tetap menolak idea tersebut. Demonstrasi jalanan terhadap undang-undang Syari’ah berlaku di London, protes terhadap aplikasi undang-undang Syari’ah pula berlaku di US. Empat ahli majlis perbandaran Perancis dipecat, dan kemudian dilantik kembali, hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadhan.
Di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata. Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syi’ah dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang Syari’ah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki.
Media juga tidak terlepas pandang isu penindasan terhadap Muslim di China, dan sekarang, di Myanmar, dan juga ketegangan antara agama di merata tempat di negara-negara Afrika dan Asia.
Situasi yang melanda masyarakat sedunia ini membuatkan isu berkaitan Islam ini timbul di serata tempat: ia muncul dalam persoalan utama kewujudan agama-agama, juga dalam hubungan ketamadunan, dalam isu sekularisasi, dalam pemilihan ideologi dan model bagi struktur negara, dalam hubungan antara budaya dan globalisasi, dalam isu masyarkat bertamadun dan masa hadapannya, dan dalam isu status wanita dan rakyat.
Kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan isu berkaitan Islam: setiap manusia yang bertanggungjawab kini berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan Islam dan mereka tentunya akan menilai fakta-fakta yang ada, membuat kesimpulan dan seterusnya mengambil pendirian berkenaan persoalan-persoalan tersebut.
Pelobi-pelobi yang berkuasa dan pihak yang berkepentingan memperloleh kelebihan yang banyak dengan mengekalkan tekanan ideologi dan media yang sedia ada, dengan niat yang jelas untuk menukarkan Islam kepada ancaman dan Muslim kepada entiti yang tidak jelas dan berbahaya.
Cubalah imbas kembali kata-kata David Yerushalmi (pengasas kempen anti-Syari’ah di US) “Walaupun cubaan untuk meluluskan penggubalan undang-undang anti-Syari’ah gagal, perkara yang lebih penting adalah untuk menimbulkan desas-desus berkenaan perkara ini, seterusnya menuai hasil kontroversi dan meyakinkan rakyat kebanyakan bahawa Islam adalah ancaman kepada mereka.”
Kegagalan teruk kempen anti-Islam mungkin dilihat sebagai kejayaan besar disebabkan hebohan yang ia cipta. Logik yang sama digunapakai oleh populis di banyak negara; media yang beroperasi dengan sistem yang sama digunakan dalam membuat liputan di negara yang majoritinya Muslim.
Kebanyakan media Barat mengunci mulut mereka serapat-rapatnya berkenaan pemerintahan diktator Zine Al Abidine bin Ali ataupun Hosni Mubarak, dan ini dengan cepatnya memberi sokongan kepada penggunaan sistem demokrasi yang mula mengambil tempat melalui sensitiviti terhadap isu wanita, homoseksual dan minoriti agama dalam rejim penggantinya.
Isu tentang diktator inilah sebenarnya antara yang isu yang tidak pernah dibincangkan, dan ia hanya dibisikkan sesama sekutu sendiri di Teluk. Dan sebenarnya, liputan media yang mempunyai ideologi tersendiri dan pengubahan maklumat adalah antara isu yang makin disedari rakyat.
Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah satu ‘konspirasi global’ terhadap Islam dan terhadap Muslim, seperti sesetengah dari kita bayangkan. Sudah pasti, golongan yang berkepentingan menyebarkan ideologi tersendiri sudah tentunya wujud; tetapi ia adalah sama pasti bahawa mesin media dan reaksi politik yang diprovokasinya telah membentuk satu kitaran yang ganas.
Kontroversi memarakkan sifat ingin tahu masyarakat awam, yang kemudiannya membekalkan strategi kepada pihak populis, yang akhirnya akan memacu strategi pilihanraya jangka pendek: media kemudiannya akan meneruskan rentak tarian mereka di hadapan kumpulan yang akan terus setia menontonnya.
Dalam era berteknologi tinggi ini, dengan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan persaingan global, Islam sebenarnya sangat bertuah. Tidak syak lagi: Islam membuat keuntungan, keuntungan yang sangat banyak. Terperangkap antara idea manipulasi dan logik para kapitalis, Islam – dan besertanya nasib Muslim – akan mendapati diri mereka sebenarnya dalam dinamik yang negatif, bukannya tertindas.
Bagaimana kita mahu membebaskan diri kita dari dinamik yang negatif ini? Bagaimana, yang lebih penting, untuk kita keluar dari pemikiran seorang mangsa, yang melanda kita setiap kali media dan tsunami politik menukar Islam kepada sebuah ancaman global, yang akan memusnahkan semua perkara yang berada dalam laluannya?
Paradoksnya, di waktu Islam dalam dinamik yang sangat negatif, keadaan sukar ini sebenarnya mengandungi banyak elemen yang diperlukan untuk mengatasi dan melangkah lebih jauh dari masalah tersebut.
Bila orang ramai bertanya tentang Islam dan Muslim – selalunya dalam keadaan tidak tahu, Muslim sebenarnya dihadiahkan peluang yang terbaik untuk menjelaskan, mendidik, dan berdialog dengan mereka.
Jika ketaranya mereka terhadap pandangan sedunia dilihat sebagai satu masalah kerana kod pakaian, nama dan warna kulit, maka penyelesaian untuk masalah ini tidak kurang ketaranya.
Era moden telah memanggil Muslim untuk berjuang dalam skop jihad yang global, yakni dalam ilmu pengetahuan, dalam pendidikan, dalam dialog, dalam komunikasi dan dalam ketahanan diri.
Ia adalah jihad yang tenang, yang mendamaikan, yang tidak ganas; bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Titik permulaan kita adalah kefahaman tentang diri sendiri, dan kritikan terhadap diri sendiri yang dapat menjauhkan kita dari penipuan fahaman yang ekstrem dan pencambukan terhadap diri sendiri.
Hati nurani seorang Muslim mestliah bangkit, ia mestilah dapat membezakan apa yang Islam dan apa yang tidak (dengan mengambil kira isu kepelbagaian dan pluralism), dan untuk mengecam hipokrasi dalam kedua-dua aspek kendiri ataupun ideologi populis.
Hati nurani yang terbuka akan mampu menerima persoalan-persoalan yang munasabah dari majoriti yang mencari kefahaman, dan hati nurani yang berani akan mampu menghadapi isu perkauman minoriti yang menipu, mendustakan dan memanipulasikan.
Komitmen kita mestilah bersifat individu, tempatan, nasional dan sedunia. Dinamik hari ini yang membuatkan Islam menjadi satu masalah juga telah menukarkan Islam kepada pelbagai persoalan: dan kini ia adalah tanggungjawab keseluruhan umat Islam leaki dan perempuan untuk mara ke hadapan dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan.
* Ihsan: Gulf News. Tariq Ramadan adalah ahli akademik Switzerland dan profesor dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford. Dia juga mengetuai Pusat Penyelidikan Penggubalan Undang-Undang Islam dan Etika yang berpusat di Qatar.
Sumber HD : 10/08/2012
Sejak akhir-akhir ini apabila bahang gelombang PRU13 semakin hangat, isu hudud dimainkan semula oleh Barisan Nasional dan konco-konconya. Berbagai serangan dan tohmahan yang tidak berpandukan lunas-lunas hukum syarak yang sebenar telah dilontarkan.
Apa sekalipun cacian yang diberi, hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. tidak boleh ditolak. Namun dengan kejahilan pemimpin yang menerajui pemerintahan negara amat jahil tentang hukum-hakam dalam Islam yang menjadikan orang bukan Islam di negara ini turut lantang bahkan lagi hebat menentang hukum ini.
Jadi, apakah peranan kita sebagai seorang Muslim? Penerangan dan penjelasan tentang hudud perlu sentiasa diterangkan/dijelaskan/diterjemahkan ke media-media elektronik (web/blogger/facebook-media sosial) muslim terutamanya penggerak Islam PAS bagi memberi gambaran jelas berkaitan hudud dan perlaksanaannya serta kesan dan implikasinya setelah perlaksanaannya dilakukan. Juga, pastikan juga diterangkan bahawa hukum ini bukan parti politik yang mewujudkannya, bahkan ianya adalah arahan/perintah daripada yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T.
Selama ini, sejak negara kita merdeka, hudud telah disalahertikan oleh pemimpin negara, maka sejak itu jugalah non Muslim telah mempunyai persepsi dan pandangan sinis tentang Islam.
Hudud dilihat suatu yang kejam dengan momokan banyak tangan yang akan dipotong kerana mencuri dan akan ada sup tangan...apa semua ini? Perlaksanaannya pun ada garis panduannya dan bukan semua orang yang akan bertindak membuat hukuman ini. Di sini menjadikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim menyampaikan perkara yang benar yang didatangkan oleh Allah untuk kesejahteraan umat manusia di muka bumi ini.
Semoga dengan usaha berterusan tanpa merasa kecewa kita memberikan kefahaman berkenaan hukum Allah akan menjadikan kita seorang Muslim yang semakin dekat dengan Allah S.W.T. dan menjadi hamba yang diredhai dan dikasihi.
Sumber HD : 11/08/2012

Dr Asri tibai siapa pulak dah neh... [baca]
http://shalehudin.blogspot.com, | 09 Ogs 2012 |
Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tartar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
Jawab Ibn Taimiyyah:
Kata Ibn Taimiyyah:
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.
..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..
~ DrMaza.Com

“Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tartar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.
Kata Ibn Taimiyyah:
“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tartar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
“Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.
Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.
..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..
~ DrMaza.Com
p/s: Khusus untuk Ulama bingai, pembodek dalam Umno... hehe...
Sumber HD : 9/08/2012
Bayar royalti sekarang, buktikan 'janji ditepati'
Aspan Alias, | 09 Ogs 2012 |
Isu pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca oleh banyak pihak dengan mudah.
\Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.
Hanya yang perlu dilakukan ialah pihak Petronas menghormati perjanjian itu sebagaimana yang telah dipersetujui dan di tandatangani itu. Pembayaran yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah secara tunai sebanyak dua kali setahun sebanyak 5 peratus dari harga FOB minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Pembayaran itu wajib dibayar pada setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun dan setakat ini Petronas belum lagi menghormati perjanjian itu. Anggaran jumlah tunggakkan yang perlu dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan sekarang ialah sebanyak RM7 billion.
Apa yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah membayar sahaja jumlah itu kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Tidak perlu lagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk pembayaran ini kerana segala tata-cara dalam perjanjian itu sudah lengkap dan dengan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan dapat mengelakkan sesiapa untuk beranggapan yang itu hanyalah sebagai satu ‘political ploy’ pihak BN untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Kelantan dalam PRU yang akan datang ini.
Penubuhan jawatankuasa itu belum pasti lagi dapat menentukan yang perjanjian yang telah ditandatangani itu akan dilaksanakan. Helah yang dibuat oleh Perdana Menteri ini ibarat menyorok di belakang pelita yang terang atau menyuluh di sebalik telunjuk. Inilah masalahnya jika pemimpin kita masih berfikir yang rakyat khususnya rakyat Kelantan masih boleh diperbodoh-bodohkan.
Pada pandangan saya, rakyat Kelantan tidak boleh berganjak walau seinci dari perjuangan untuk mendapatkan hak mereka dalam isu royalti minyak ini. Selagi pembayaran tidak sampai ke perbendaharaan negeri Kelantan, mereka (rakyat Kelantan) wajib untuk menolak keengganan kerajaan Persekutuan untuk membayar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap Kelantan.
Tubuhlah apa-apa jawatankuasa sekali pun, jika pembayaran tidak sampai sebelum pilihanraya, jawatankuasa itu hanyalah merupakan satu helah politik yang sangat dangkal dan mudah dibaca dengan jelas oleh kita, lebih-lebih lagi oleh rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka selama ini. Najib nampaknya menubuhkan jawatankuasa untuk menepati janji-janji yang telah pun tertulis dalam perjanjian yang sudah lama dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Najib dan BN tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perasaan curiga mereka terhadap kepimpinan beliau (Najib), kerana rakyat bersandarkan penilaian mereka dari apa yang telah mereka alami dikelirukan oleh UMNO sejak pimpinan Dr Mahathir lagi.
Oleh itu, janji Najib dan kerajaan Persekutuan akan hanya diakui jujur apabila sejumlah yang tertunggak untuk dibayar kepada kerajaan Kelantan itu sungguh-sungguh sampai kepada perbendaharaan rakyat dan kerajaan pilihan mereka di Kelantan….titik!
Najib mesti laksanakan slogan yang sedang dimainkan, ‘janji ditepati’ semasa merayau-rayau di seluruh negara berkempen dengan menggunakan slogan itu. Inilah masanya yang paling sesuai untuk menepati janji yang tidak pernah ditepati itu.
Jika pembayaran yang telah dipersetujui itu tidak dibayar sekarang maka tindakan merayau-rayau ke seluruh negara berkempen slogan ‘janji ditepati’ itu akan hanya berakhir dengan menghabiskan karipap sahaja. Sekali pergi puluhan ribu karipap dibuat untuk memberi ‘refreshments’ kepada yang telah dipunggah dengan bas untuk menunggu kedatangan PM yang sedang dalam kekeliruan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Jihad seorang Muslim di era globalisasi
Tariq Ramadan terjemahan Mohamad Yahya, | 10 Ogs 2012 |
Menjadi seorang Muslim seakan-akan sudah sinonim dengan menjadi seseorang yang diajukan pelbagai soalan pedas, sentiasa dalam situasi tegang, ketidakpercayaan, dan juga konflik.
Perkara ini telah menjadi satu fenomena global yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada hubungan antara komuniti, termasuklah retorik politik dan polisi di peringkat negara, rantau dan juga antarabangsa.
Hari-hari kita tidak akan berlalu tanpa ‘isu berkaitan muslim’ menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme atau literalisme, atau mungkin juga melalui kebangkitan parti-parti politik Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir (yang bertahun lamanya selepas kemenangan pilihanraya di Palestin).
Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun politik, telah menjadi satu isu; maklumat yang tersebar luas di era globalisasi mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan yang tidak terkawal.
Pendek kata, sekarang adalah masa yang amat sukar untuk menjadi seorang Muslim, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada di peringkat lokal mahupun global.
Kekeliruan telah tersebar dengan meluas. Semuanya dilihat seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan.
FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akhirnya menerima pemakaian tudung, tetapi Perancis masih tetap menolak idea tersebut. Demonstrasi jalanan terhadap undang-undang Syari’ah berlaku di London, protes terhadap aplikasi undang-undang Syari’ah pula berlaku di US. Empat ahli majlis perbandaran Perancis dipecat, dan kemudian dilantik kembali, hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadhan.
Di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata. Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syi’ah dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang Syari’ah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki.
Media juga tidak terlepas pandang isu penindasan terhadap Muslim di China, dan sekarang, di Myanmar, dan juga ketegangan antara agama di merata tempat di negara-negara Afrika dan Asia.
Situasi yang melanda masyarakat sedunia ini membuatkan isu berkaitan Islam ini timbul di serata tempat: ia muncul dalam persoalan utama kewujudan agama-agama, juga dalam hubungan ketamadunan, dalam isu sekularisasi, dalam pemilihan ideologi dan model bagi struktur negara, dalam hubungan antara budaya dan globalisasi, dalam isu masyarkat bertamadun dan masa hadapannya, dan dalam isu status wanita dan rakyat.
Kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan isu berkaitan Islam: setiap manusia yang bertanggungjawab kini berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan Islam dan mereka tentunya akan menilai fakta-fakta yang ada, membuat kesimpulan dan seterusnya mengambil pendirian berkenaan persoalan-persoalan tersebut.
Pelobi-pelobi yang berkuasa dan pihak yang berkepentingan memperloleh kelebihan yang banyak dengan mengekalkan tekanan ideologi dan media yang sedia ada, dengan niat yang jelas untuk menukarkan Islam kepada ancaman dan Muslim kepada entiti yang tidak jelas dan berbahaya.
Cubalah imbas kembali kata-kata David Yerushalmi (pengasas kempen anti-Syari’ah di US) “Walaupun cubaan untuk meluluskan penggubalan undang-undang anti-Syari’ah gagal, perkara yang lebih penting adalah untuk menimbulkan desas-desus berkenaan perkara ini, seterusnya menuai hasil kontroversi dan meyakinkan rakyat kebanyakan bahawa Islam adalah ancaman kepada mereka.”
Kegagalan teruk kempen anti-Islam mungkin dilihat sebagai kejayaan besar disebabkan hebohan yang ia cipta. Logik yang sama digunapakai oleh populis di banyak negara; media yang beroperasi dengan sistem yang sama digunakan dalam membuat liputan di negara yang majoritinya Muslim.
Kebanyakan media Barat mengunci mulut mereka serapat-rapatnya berkenaan pemerintahan diktator Zine Al Abidine bin Ali ataupun Hosni Mubarak, dan ini dengan cepatnya memberi sokongan kepada penggunaan sistem demokrasi yang mula mengambil tempat melalui sensitiviti terhadap isu wanita, homoseksual dan minoriti agama dalam rejim penggantinya.
Isu tentang diktator inilah sebenarnya antara yang isu yang tidak pernah dibincangkan, dan ia hanya dibisikkan sesama sekutu sendiri di Teluk. Dan sebenarnya, liputan media yang mempunyai ideologi tersendiri dan pengubahan maklumat adalah antara isu yang makin disedari rakyat.
Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah satu ‘konspirasi global’ terhadap Islam dan terhadap Muslim, seperti sesetengah dari kita bayangkan. Sudah pasti, golongan yang berkepentingan menyebarkan ideologi tersendiri sudah tentunya wujud; tetapi ia adalah sama pasti bahawa mesin media dan reaksi politik yang diprovokasinya telah membentuk satu kitaran yang ganas.
Kontroversi memarakkan sifat ingin tahu masyarakat awam, yang kemudiannya membekalkan strategi kepada pihak populis, yang akhirnya akan memacu strategi pilihanraya jangka pendek: media kemudiannya akan meneruskan rentak tarian mereka di hadapan kumpulan yang akan terus setia menontonnya.
Dalam era berteknologi tinggi ini, dengan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan persaingan global, Islam sebenarnya sangat bertuah. Tidak syak lagi: Islam membuat keuntungan, keuntungan yang sangat banyak. Terperangkap antara idea manipulasi dan logik para kapitalis, Islam – dan besertanya nasib Muslim – akan mendapati diri mereka sebenarnya dalam dinamik yang negatif, bukannya tertindas.
Bagaimana kita mahu membebaskan diri kita dari dinamik yang negatif ini? Bagaimana, yang lebih penting, untuk kita keluar dari pemikiran seorang mangsa, yang melanda kita setiap kali media dan tsunami politik menukar Islam kepada sebuah ancaman global, yang akan memusnahkan semua perkara yang berada dalam laluannya?
Paradoksnya, di waktu Islam dalam dinamik yang sangat negatif, keadaan sukar ini sebenarnya mengandungi banyak elemen yang diperlukan untuk mengatasi dan melangkah lebih jauh dari masalah tersebut.
Bila orang ramai bertanya tentang Islam dan Muslim – selalunya dalam keadaan tidak tahu, Muslim sebenarnya dihadiahkan peluang yang terbaik untuk menjelaskan, mendidik, dan berdialog dengan mereka.
Jika ketaranya mereka terhadap pandangan sedunia dilihat sebagai satu masalah kerana kod pakaian, nama dan warna kulit, maka penyelesaian untuk masalah ini tidak kurang ketaranya.
Era moden telah memanggil Muslim untuk berjuang dalam skop jihad yang global, yakni dalam ilmu pengetahuan, dalam pendidikan, dalam dialog, dalam komunikasi dan dalam ketahanan diri.
Ia adalah jihad yang tenang, yang mendamaikan, yang tidak ganas; bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Titik permulaan kita adalah kefahaman tentang diri sendiri, dan kritikan terhadap diri sendiri yang dapat menjauhkan kita dari penipuan fahaman yang ekstrem dan pencambukan terhadap diri sendiri.
Hati nurani seorang Muslim mestliah bangkit, ia mestilah dapat membezakan apa yang Islam dan apa yang tidak (dengan mengambil kira isu kepelbagaian dan pluralism), dan untuk mengecam hipokrasi dalam kedua-dua aspek kendiri ataupun ideologi populis.
Hati nurani yang terbuka akan mampu menerima persoalan-persoalan yang munasabah dari majoriti yang mencari kefahaman, dan hati nurani yang berani akan mampu menghadapi isu perkauman minoriti yang menipu, mendustakan dan memanipulasikan.
Komitmen kita mestilah bersifat individu, tempatan, nasional dan sedunia. Dinamik hari ini yang membuatkan Islam menjadi satu masalah juga telah menukarkan Islam kepada pelbagai persoalan: dan kini ia adalah tanggungjawab keseluruhan umat Islam leaki dan perempuan untuk mara ke hadapan dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan.
* Ihsan: Gulf News. Tariq Ramadan adalah ahli akademik Switzerland dan profesor dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford. Dia juga mengetuai Pusat Penyelidikan Penggubalan Undang-Undang Islam dan Etika yang berpusat di Qatar.
Sumber HD : 10/08/2012
Hudud: Apa peranan seorang Muslim?
dinn9,Seremban, |
Sejak akhir-akhir ini apabila bahang gelombang PRU13 semakin hangat, isu hudud dimainkan semula oleh Barisan Nasional dan konco-konconya. Berbagai serangan dan tohmahan yang tidak berpandukan lunas-lunas hukum syarak yang sebenar telah dilontarkan.
Apa sekalipun cacian yang diberi, hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. tidak boleh ditolak. Namun dengan kejahilan pemimpin yang menerajui pemerintahan negara amat jahil tentang hukum-hakam dalam Islam yang menjadikan orang bukan Islam di negara ini turut lantang bahkan lagi hebat menentang hukum ini.
Jadi, apakah peranan kita sebagai seorang Muslim? Penerangan dan penjelasan tentang hudud perlu sentiasa diterangkan/dijelaskan/diterjemahkan ke media-media elektronik (web/blogger/facebook-media sosial) muslim terutamanya penggerak Islam PAS bagi memberi gambaran jelas berkaitan hudud dan perlaksanaannya serta kesan dan implikasinya setelah perlaksanaannya dilakukan. Juga, pastikan juga diterangkan bahawa hukum ini bukan parti politik yang mewujudkannya, bahkan ianya adalah arahan/perintah daripada yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T.
Selama ini, sejak negara kita merdeka, hudud telah disalahertikan oleh pemimpin negara, maka sejak itu jugalah non Muslim telah mempunyai persepsi dan pandangan sinis tentang Islam.
Hudud dilihat suatu yang kejam dengan momokan banyak tangan yang akan dipotong kerana mencuri dan akan ada sup tangan...apa semua ini? Perlaksanaannya pun ada garis panduannya dan bukan semua orang yang akan bertindak membuat hukuman ini. Di sini menjadikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim menyampaikan perkara yang benar yang didatangkan oleh Allah untuk kesejahteraan umat manusia di muka bumi ini.
Semoga dengan usaha berterusan tanpa merasa kecewa kita memberikan kefahaman berkenaan hukum Allah akan menjadikan kita seorang Muslim yang semakin dekat dengan Allah S.W.T. dan menjadi hamba yang diredhai dan dikasihi.
Sumber HD : 11/08/2012
Sabah dan Sarawak juga mahukan perubahan?
Aspan Alias, | 11 Ogs 2012 |
Sejak beberapa minggu yang lepas Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang sudah hilang keyakinan dari Sabah.
Krisis yang sedang dihadapi oleh Najib dan BN yang dipimpinnya itu sudah mula merebak di
Sarawak pula. Sebenarnya Sarawak merupakan negeri yang paling mudah untuk mengambil keputusan meninggalkan BN kerana di Sarawak tidak ada UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. UMNO dan BN sudah begitu rapuh dan keadaan ini tidak memungkinkan BN Sarawak pimpinan PBB juga mempunyai keyakinan terhadap BN pusat pimpinan Najib.
Sarawak mampu untuk mengambil sikap bersendirian kerana Najib dan kepimpinan UMNO tidak mempunyai hubungan dengan UMNO. Parti-parti di Sarawak hanya menjadi anggota BN dan jika 14 ahli Parlimen PBB mengambil sikap untuk menyokong BN usaha itu amat mudah dilakukan. Jika PBB, PRS dan SPDP mengambil sikap yang ‘independent’ dan tidak bersama BN mereka tetap boleh mentadbir negeri itu tanpa ada hubungan dengan UMNO. Parti-parti BN di Semenanjung tidak wujud di Sarawak pada hakikatnya.
Yang penting bagi 3 parti yang bergabung di dalam BN Sarawak boleh berdiri sendirian tanpa BN pusat dan mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang mempunyai kekuatan di kawasan bandar di negeri itu.
Di Sarawak hanya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR dan sedikit kehadiran PAS dan ini memudahkan parti-parti dalam gugusan BN Sarawak untuk mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kalau kepimpinan Sarawak hendak mengelakkan mereka daripada ditolak oleh rakyat maka menyertai PR adalah jalan yang selari dengan kehendak rakyat di sana. Jika parti-parti di Sarawak tidak menyertai PR maka parti-parti itu terpaksa berhadapan dengan tekanan dari rakyat sendiri dan ini akan menambah masalah untuk mengekalkan kewajarannya untuk kekal di hati rakyat Sarawak.
Perlu diingat bahawa kaum Cina di Sarawak pada hakikatnya sudah menolak SUPP parti yang dahulunya didominasi oleh kaum itu, telah mengambil sikap untuk menyokong DAP dan Pakatan Rakyat dan jika Taib serta pimpinan yang lain masih kekal dengan BN pusat maka mereka sendiri akan dihanyutkan oleh ombak perubahan yang sudah merata di negara ini termasuk di Sarawak.
Ramai dapat merasakan keadaan di Sarawak dan Sabah ini akan menyebabkan BN kehilangan kubu-kubu kuat mereka (BN) dan ia juga akan menambah keyakinan ramai bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling bersejarah kerana buat pertama kalinya BN yang sudah memerintah begitu lama akan menghadapi kekalahan di tangan rakyat. Tetapi kekalahan BN itu tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa.
Rakyat serius dalam mencari kelainan melalui perubahan kuasa kerana perubahan itu merupakan perkara penting dalam pembinaan negara. Perubahan wajib berlaku dan tidak ada bukti yang nyata setakat ini yang menunjukkan bahawa dalam sesuatu demokrasi lambat laun parti yang memerintah akan mengambil giliran untuk menjadi pembangkang.
Walaupun UMNO mempunyai formula untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat tetapi pimpinan keseluruhan parti itu tidak mahu untuk melakukannya kerana tamakkan kuasa dari ingin melihat parti itu relevan pada mata rakyat.
Semua orang tahu yang formulanya ialah dengan mengambil sikap ‘drastic’ dengan keseluruhan pimpinan tertinggi parti mengundurkan diri dan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang berpengalaman dan diterima oleh rakyat berbilang kaum, bukannya setakat diterima oleh ahli-ahli UMNO sahaja.
Perlu kita terima kenyataan bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO itu adalah kehendak pimpinan UMNO itu sendiri bukannya saja-saja rakyat menolaknya. Seperti mana parti-parti kerajaan yang besar-besar di dunia ini UMNO juga adalah parti yang telah menjadi sebuah parti dalam mana pemimpin-pemimpinnya telah kufur nikmat yang ketara.
Rakyat sudah hilang kesabaran setelah menahan ragam dan laku UMNO selama ini. Rakyat sudah tidak mampu untuk memujuk hati-hati mereka untuk memaafkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO sejak tiga dekad yang lalu.
Sekarang rakyat terpaksa melakukan perubahan dan perubahan itu adalah wajib untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kehancuran. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 11/08/2012
Sumber HD : 11/08/2012
Sumber HD : 12/08/2012
Sumber HD : 12/08/2012
Salam,
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir Harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.
Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim tang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi.
Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.
Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan.
Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.
Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.
'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.
'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.
Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.
Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.
Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.
Dr Maszlee Malik
UIAM.

Gagal dapat pingat Shabery perlu letak jawatan
Mohd Sayuti Omar, | 11 Ogs 2012 |
Timbalan Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang pingat di Sukan Olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin persatuan berkenaan. Bagus.
Tindakan Naim itu dikira tepat dan bertanggungjawab. Sewajarnya selaku pemimpin beliau mengambil keputusan itu apabila anak buah yang dipimpinnya gagal membawa sebarang hasil. Tidak ada guna satu sen mana-mana pemimpin yang gagal membawa hasil kepada negara terus duduk tercokol di kerusi utama mana-mana persatuan sukan. Ia menghabiskan wang dan beras negara sahaja.
Apa yang dilakukan Naim itu patut dicontohi oleh pemimpin persatuan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Setengah pemimpin sukan negara ini bijak berdolak dalih untuk menjustifikasikan kegagalan anak buah masing-masing. Raja Gobal dan Nazmin Salleh tidak perlu lagi terus menjadi pemimpin bola sepak dan badminton kerana ia ternyata tidak memberi hasil kepada negara.
Biarlah orang lain pula mendapat peluang untuk membangunkan sukan berkenaan.
Raja Gobal setiap kali pasukan bimbingannya kalah ada-ada sahaja hujah yang diberikan dan tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri yang pandir dalam membimbing bola sepak. Beliau seolah tidak mempunyai sedikit pun kesalahan dan kesilapan. Untuk tunggu berapa ratus kali kalah baru hendak salahkan diri sendiri. Cubalah letak maruah negara lebih tinggi daripada keperluan peribadi.
Begitu juga dengan pemimpin persatuan badminton Malaysia. Tidak ada usaha dan idea lain untuk memajukan suka berkenaan. Berapa lama lagi BAM hendak mengharapkan kepada Lee Chong Wei. Benar kata Jalani dan Razif Sidek BAM tidak boleh mengharapkan kepada Chong Wei untuk mendapat kemenangan kepada negara.
BAM harus mula mencari bakat-bakat baru dan tidak hanya melambakkan wang untuk Chong Wei sahaja.
Bercakap mengenai tanggungjawab para pemimpin dan presiden persatuan sukan, tindakan sama juga patut diambil oleh Menteri Belia dan Sukan. Ahmad Shabery Cheek perlu merasa malu muka atas kegagalan atlit negara mendapat pingat emas. Bukan itu sahaja kegagalan pasukan sukan menunjukkan prestasi perlu dipikul oleh beliau.
Shabery tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak. Orang paling utama kena bertanggungjaswab atas kegagalan atlit Malaysia ialah beliau sendiri. Kemajuan sukan di negara ini tertanggung di atas batu jemalanya.
Eloklah kalau Shabery hendak berundur... lebih molek lagi sebelum pilihan raya umum ini. Khabarnya kedudukan dan prestasi Shabery sendiri di Kemaman tidak berapa memberangsangkan. Beliau khabarnya lebih banyak menumpukan kepada golf.. sehinggakan balik ke kawasan pun bawa kayu golf.
Beliau perlu sedar kalau beliau yang bukan mengambil tanggungjawab itu, lepas jawatan kerana atlit kita gagal, macam mana kita mengharapkan presiden atau pemimpin sukan hendak lepas jawatan. Mereka juga nanti akan memberi alasan macam mana mereka hendak letak jawatan, menteri juga enggan berbuat demikian. - http://msomelayu.blogspot.com

Penahanan 50 pejuang Islam gugat dasar Amerika
Simon Henderson terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Ogs 2012 |
Sejak beberapa bulan yang lalu, lebih daripada 50 pejuang Islam telah ditangkap di seluruh Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates), negara pengeluar minyak dan sekutu utama Amerika Syarikat.
Peguam Negara UAE menyatakan minggu ini bahawa tahanan, yang kesemuanya adalah warganegara UAE, telah "mendedahkan rancangan untuk menjejaskan keselamatan negara" dan telah dikaitkan dengan "pihak-pihak dan organisasi pihak asing yang mencurigakan."
Dengan kata lain, mereka ditahan kerana menuntut pembaharuan politik dan kerana menerima sokongan dari Ikhwanul Muslimin Mesir.
Malah, ketua polis di Dubai, hab komersial di negara ini, lebih berterus terang tentang isu bulan lepas, menerangkan "terdapat sejumlah besar Ikhwanul Muslimin di negara-negara Teluk" dan memberi amaran untuk "berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga…kerana akan timbulnya masalah."
Washington setakat ini berdiam diri tentang penahanan tersebut. Walaupun begitu, UAE telah terkejut dengan reaksi media antarabangsa dan kelihatan begitu jengkel bahawa pejuang Islam itu - anggota kumpulan yang dikenali sebagai "al-Islah," bermaksud "reformasi" - digambarkan sebagai aktivis demokrasi.
Kerajaan UAE menganggap dirinya sebagai progresif walaupun ia tiada sistem parlimen (Majlis Kebangsaan Persekutuan, sebuah badan penasihat, dipilih oleh 129,000 pengundi yang telah dipilih secara rapi).
UAE juga berbangga dengan sikap keterbukaannya kepada warganegara asing, yang membentuk kira-kira 80 peratus daripada 5 juta penduduk UAE.
Kebanyakan ekspatriat menganggap Dubai dan Abu Dhabi, ibu kotanya, sebagai antara tempat yang paling selesa untuk didiami di rantau ini, walaupun keadaan untuk pekerja buruh asing dilaporkan amat teruk.
Penangkapan itu menunjukkan peningkatan dalam penentangan politik di UAE, mencerminkan pengaruh perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya.
Tahun lepas, beberapa aktivis sekular telah dipenjara selama beberapa bulan selepas menandatangani sebuah petisyen yang memanggil untuk kewujudan sebuah ‘badan perundangan yang dipilih’, satu permintaan yang dianggap sebagai ‘menghina pemerintah’.
Selain dari hukuman penjara, cara tradisional UAE berurusan dengan kes aktivis seperti itu termasuklah hukuman buang negeri dan penyerahan kewarganegaraan.
Sebagai contoh, beberapa aktivis telah dipaksa untuk menjadi warganegara Kepulauan Comoros, kepulauan kecil di luar pantai timur Afrika yang merupakan salah satu daripada negara terkecil dan termiskin Liga Arab.
Walaupun kerajaan UAE pastinya lebih menyukai perbincangan yang minimal dari orang awam berkenaan penangkapan ini, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.
Semalam, pemerintah satu emiriyah Ras al-Khaimah, yang bergantung kepada Abu Dhabi untuk sokongan belanjawan – mengkritik sekeras-kerasnya al-Islah kerana cuba untuk "memusnahkan dan menyinggung perasaan" negara ini.
"Pembaharuan bermakna membina negara ini, bukan memusnahkannya," ujar beliau.
Menariknya, salah seorang saudara beliau sendiri adalah antara aktivis Islam yang kini di bawah tahanan rumah selepas menyeru keterbukaan politik.
Sementara itu, pemerintah emiriyah Sharjah memberi komen dengan nada yang lebih mententeramkan, ketika berkata dalam satu siaran televisyen, ia adalah "persoalan bagaimana kita berurusan dengan sesuatu situasi, dan bukannya soal memberi hukuman."
Dalam keterangannya di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tom Lantos di Washington minggu lalu, Michael Posner, penolong setiausaha negara, ketua untuk Biro Demokrasi, Hak Manusia, dan Buruh (The Bureau of Democracy, Human Rights and Labor) menyentuh mengenai Bahrain, jiran UAE.
"Presiden Obama telah berkata bahawa masyarakat yang stabil dan demokratik adalah rakan dan sekutu terbaik," katanya.
Namun kini Washington mendapati dirinya bekerja rapat dengan pentadbiran baru Mesir yang dianggap UAE sebagai satu kuasa jahat.
Dengan keadaan tegang yang berlarutan disebabkan isu nuklear Iran, Amerika Syarikat memerlukan akses terus kepada Pangkalan Udara al-Dhafra dan pelabuhan Jebel Ali milik kerajaan UAE untuk menguatkan rondaan di Selat Hormuz.
Dalam keadaan ini, diplomasi senyap mungkin adalah cara terbaik untuk meredakan ketegangan dalam hubungan Amerika Syarikat-UAE.
Tetapi percanggahan antara keduanya makin meningkat – terbukti bahawa negara-negara Teluk yang konservatif pun tidak dapat lari dari gelombang politik yang melanda seluruh dunia Arab.
-------------------------------------------------------------
Simon Henderson adalah ahli Baker dan Pengarah bagi Program Polisi Teluk dan Tenaga (Gulf and Energy Policy Program) di The Washington Institute.
Tulisan asal di http://www.washingtoninstitute.org/policy-analysis/view/uae-arrests-highlight-challenges-to-u.s.-middle-east-policy

Sudah nak berak baru menggali lubang
Aspan Alias, | 12 Ogs 2012 |
Pepatah Melayu ada berkata. ‘dah nak berak baru gali lubang’. Itulah hakikatnya dalam isu pernubuhan RCI berhubung dengan isu kebanjiran pendatang haram di Sabah yang telah menjadikan BN ibarat telor di hujung tanduk. Semalam Najib telah menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) berhubung dengan kedatangan ratusan ribu pendatang tanpa izin yang telah menjadi masalah besar kepada negeri Sabah.
Suruhanjaya ini (RCI) jika benar-benar menjadi kenyataan dan dilaksanakan dengan seratus peratus ketelusan, ia akan menjadi igauan kepada BN. Tetapi dalam pengumuman Najib semalam beliau tidak menyentuh satu pun dari lapan ‘term of reference’ yang telah dipersetujui itu. Apa yang terpenting di dalam penyiasatan RCI ini nanti ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap pemberian kad-kad pengenalan itu serta pemberian kerakyatan kepada pendatang tanpa izin dengan begitu banyak itu.
RCI itu juga berwajib untuk mengutamakan motif dan tujuan pemberian sijil-sijil kerakyatan dan kad-kad pengenalan itu. Kedua-dua isu ini merupakan isu yang tersangat penting yang rakyat ingin tahu. Apa kah asas pemberian dengan pengeluaran sijil-sijil kerakyatan yang diberikan kepada pendatang itu? Pemberian itu semestinya bersebab sehinggakan pembajiran pendatang ke Sabah sejak sekian lama telah menjejaskan keadaan sosial, ekonomi dan berbagai-bagai lagi masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat tempatan Sabah.
Jika usaha memberikan sijil-sijil kerakyatan ini tidak mempunyai asas yang kukuh, maka tindakan itu adalah satu tindakan ‘treason’ yang begitu aib nilainya dan mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke mahkamah tanpa memilih bulu. Yang kita hendak jaga dengan rapi ini ialah sebuah negara yang berdaulat. Jika tindakan itu tidak mempunyai sebab, maka ia adalah tindakan yang mencemarkan kedaulatan negara kita.
Nyata sekarang tindakan pembentukan RCI ini merupakan tindakan yang telah lama di tunggu-tunggu dan desakan pemimpin-pemimpin Sabah sejak puluhan tahun dahulu baru sahaja hendak di dengar. Itu pun setelah BN sendiri merasakan yang sokongan rakyat Sabah sudah merudum terhadap pimpinan BN di sana.
Kita tidak wajar menafikan hakikat yang penubuhan RCI ini dilakukan kerana terpaksa memandangkan pimpinan dan rakyat Sabah sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi selain dari membenamkan kerajaan BN yang memerintah selama ini yang menjadi penyebab pembanjiran pendatang haram dengan begitu ramai.
Penubuhan ini dilakukan dengan serta merta dalam keadaan terdesak dan kita sendiri menyaksikan yang pembentukan RCI ini ibarat ‘sudah nak berak sangat baru gali lubang’ Keputusan kepada RCI ini wajar di ketahui umum sebelum PRU ini dan tidak boleh diambil enteng lagi oleh kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab di peringkat persekutuan ini.
Dr Mahathir menentang penubuhan RCI ini dan kita tidak terperanjat dengan pendirian beliau itu. Tidak payah kita membuat apa-apa spekulasi terhadap beliau kerana beliau sememangnya mengetahui perkara itu berlaku dan ini merupakan isu yang sangat hangat yang diperbincangkan oleh rakyat ramai di bawah ini. Jika dengar sangat nasihat Dr Mahathir ini ia akan menjadi laibiliti sepanjang zaman kepada kerajaan hari ini.
Hanya kita mengharapkan agar keputusan RCI ini dibuat dengan telus dan jika terpaksa mengadapkan sesiapa di mahkamah ia perlu dilakukan. Jangan pula menjadi RCI terhadap isu Lingam dahulu. Tidak ada apa-apa tindakan yang di ambil terhadap sesiapa yang bertanggungjawab itu. Kita sememangnya menunggu cadangan-cadangan yang akan dibentangkan oleh RCI sesudah selesai melaksanakan tanggungjawab penting terhadap negara ini.
Tetapi yang paling mudah untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab dan motif pesalah laku dalam isu ini ialah untuk rakyat bersatu dengan mengubah kepimpinan negara dan di Sabah.
Jika perubahan dilakukan di Sabah, bukan sahaja isu pendatang izin boleh diselesaikan, banyak isu lain yang menghantui Sabah dan negara keseluruhan akan dapat diselesaikan dan diatasi dengan mudah.
Sesungguhnya RCI yang dianggotai oleh rakyat merupakan RCI yang paling mustajab untuk menyelesaiannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Lampu hijau 'bunuh' ahli DAP?
Dr Marslee Malik, | 12 Ogs 2012 |
Salam,
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir Harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.
Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim tang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi.
Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.
Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan.
Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.
Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.
'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.
'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.
Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil ke atas Abdullah.
Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.
Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.
Dr Maszlee Malik
UIAM.
Sumber HD : 12/08/2012
TRX: Satu lagi projek Najib-BN yang bakal gagal?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 13 Ogs 2012 |
1. Sejak pengumuman tentang Tun Razak Exchange (TRX) dikitar
semula pelancaran akhir bulan Julai lalu (yang dulu disebut sebagai
KLFID (Kuala Lumpur Interantional Financial Centre), tidak habis-habis
projek mega-mewah ini dipertikaikanoleh pelbagai pihak. Lebih malang
ialah nama al-Marhum Tun Razak bapanya cuba dijual Najib untuk
menyuntik ‘aura’ dalam projek yang telah mula menunjukkan pelbagai
kelemahan. Asalnya diwawarkan sebagai projek swasta, sama semacam MRT
juga tetapi sekarang jelasnya adalah ditaggung seluruhnya oleh
kerajaaan (1-MDB) dan hilang sebutan rakan swasta atau ‘partners’nya.
2. Projek yang kononnya akan menjana Nilai Pembangunan Gross atau
GDV sebanyak RM26 bilion ini terpaksa Najib ‘hiaskan’ dengan pelbagai
‘insentif yang sangat lumayan dan mewah kepada bakal pelabur.
Antaranya ialah :
i. 100% pengecualian cukai selama 10 tahun kepada
syarikat yang layak beroperasi
ii. 50% pengecualian cukai pendapatan pemaju hartanah selama 7 tahun
iii. Pengecualian duti stamp penjanjian pembelian dan perkhidmatan.
3. Berapa banyak pendapatan negara akan dikorbankan untuk
menjayakan TRX ini yang tentunya ramai pengamat bidang kewangan
korporat dan hartanah atau ‘analysts’ mudah menyimpulkan bahawa projek
ini sukar penggamit minat yang genuine atau sebenar.
4. Era membina projek-projek mega-mewah ini adalah legasi Tun M
dalam zamannya tetapi jelas dikitar semula oleh Najib. Umum masih
ingat betapa projek yang sepatutnya merupakan inisiatif yang
berteraskan ‘knowledge-pengethaun’ dan diisi dengan kemasukan dan
keterlibatan ‘knowledge worker’ – pekerja berpengetahuan akhirnya akan
menjadi “Projek Real Estate” atau “Projek pembangunan Hartanah”.
5. Najib Umno-BN memang terus mengulangi kesilapan lama.
Persediaan ‘Human Capital’ tidak diberi tumpuan tetapi sibuk dengan
pembangunan ‘batu dan besi’ atau ’brick and mortar’! Rakyat belum lupa
projek mega-mewah MSC, BIO Valley dll.
6. Paling terkini dan juga paling tajam kritikan adalah dari pihak
sektor pemaju pembangunan hartanah dan pembinaan sendiri.
7. TRX ditanggapi mereka sebagai satu yang paling mencabar kepada
pihak pemaju haratanah di Kuala Lumpur justeru dalam suasana ‘glut;
atau ‘lebihan atau Lambakan’ yang telah pun mula dirasai pihak
syarikat-syarikat pemaju ini.
8. Metropolis milik NAZA-TTDI, KL Eco-City milik S P Setia Berhad
dan tidak kurang juga Warisan Merdeka milik Permodalan Nasional Berhad
(PNB) semuanya bercita-cita menyiapkan bangunan mereka dalam
lingkungan 2015 ke 2017. Yang baru siap termasuk Menara Felda di
Platinum Park dan banyak yang lain. Yang sedia ada seperti Menara
Binjai dan Menara Prestij sedang menyaksikan pengurangan penyewa
secara berterusan.
9. Dengan TRX juga dijangkakan akan menyiapkan Fasa Pertamanya
yang dikatakan menelan RM3.5 bilion oleh 1-MDB sebelum 2017,
kehadirannya tentu mengancam pesaing-pesaing yang juga telah memeterai
beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat kewangan.
10. nsentif yang diberikan Najib, tentunya menggugat kedudukan mereka
kerana syarikat-syarikat kewangan ini boleh sahaja merungkaikan
perjanjian untuk memenafaatkan ‘tax holiday’ dan pengecualian duti
stamp yang tentunya berjuta ringgit.
11. Metroplis yang dijangkakan siap pada tahun 2015 akan memuatkan
‘penginapan’ atau residence, ofis tower dan sebuah ‘regional mall’.
Metropolis sahaja menawarkan sejumlah 1 juta kakipersegi GFA atau
Jumlah Lantai pejabat. Warisan Merdeka pula menambah 3 juta muka
persegi, sementara KL-Eco City ( milik SP Setia BHd) menokok 5.55 juta
kaki persegi lagi. Sangat sengit perlumbaan ini.
12. Mengikut kajian dan data dari sebuah pengkaji pasaran hartanah,
Kuala Lumpur menyaksikan penambahan sebanyak 5 hingga 7 juta ruang
pejabat atau GFA setiap tahun. Di samping itu juga bahawa
‘over-development’ ini telah menjadikan harga pasaran tidk mampu
mereka naikkan dan berada pada juat RM7 hingga RM8 kaki persegi.
13. Pasaran Hartanah sangat mempertikaikan hasrat Najib dalam
pembinaan TRX kalau ianya bukan berteraskan kajian yang mendalam
disegi keperluan (Needs Anaysis) dan profiling bakal-bakal tenants.
Untuk TRX mampan atau ‘viable’ ia mesti menggamit 100
syarikat-syarikat multi-nasional khasnya kewangan atau MNCs yang
bersedia beribu-pejabat di TRX Kuala Lumpur. Apakah itu satu cita-cita
yang menasabah dalam suasana ekonomi dunia yang seba muram (Bearish)
dan lembap?
14. TRX tidak boleh disamakan dengan Twin-Towers yang dibina dalam
era pertumbuhan adalah rata-rata 7% setiap tahun. Pengalaman
membuktikan bahawa ketika siap pembinaan Twin-Towers,(1997) ‘occupancy
rate’ atau ‘tahap sewaan’ menjunam dari 90% ke 72% dalam tahun 2001
sebelum stabil kembali kepda 83% selepas tahun 2007.
15. TRX bukan sahaja dipertikaikan keperluannya untuk dilonggokkan di
satu Hub Kewangan, atas sebab sifat ia bukan satu pembangunan hartanah
tetapi industry yang ‘knowledge-based’ dan lebih penting perkhidmatan
dan produknya yang kompetitif dan menarik.Maka boleh sahaja berada
dimana-mana pun dalam dunia yang telah tersedia ‘globally wired and
connected’.
16. Jangan sampai akhirnya kerugiannaya akan mengakibatkan institusi
kewangan menanggung hutang tak berbayar mereka ini seperti dalam
pengalaman krisis kewangan 1997, antaranya sebab sektor pembangunan
hartanah dan pembinaan yang ‘ghairah membina’ sehingga mencetus ‘Glut’
dan Lambakan sehingga berlaku ‘property bubble’ atau belon hartanah.
17. Najib wajar berwaspada dengan nafsu besarnya kerana takut tak
mampu dibawak dek badanya. . Memanglah yang plaing mudah memacu
pertumbuhan adalah dengan ‘BIna, BIna dan Bina’..bukan bina modal
insannya jauh lagi bercakap tentang Quality Modal Insan itu segi
Integriti, KeAmanahan dan Moralnya yang bebas Rasuah, salah guna kuasa
dan sarat dengan Putar-Belit! Malang!
Dr Dzulkefly Ahmad,
Pengarah Eksekutif PusatPenyelidikan PAS.

Sumber HD : 13/08/2012
Sumber HD : 14/08/2012
Sumber HD : 17/08/2012
Sumber HD : 17/08/2012
Sumber HD : 18/08/2012
Sumber HD : 18/08/2012
SYAHDU penghujung Ramadan seharusnya menjadikan kita individu yang mengakui Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. Kita sebagai hamba yang serba daif. Manusia sebagai khalifah di bumi hanyalah bertujuan memakmurkan bumi dengan syariat yang jelas dalam al-Quran dan Sunnah.
Di segenap aspek kehidupan, Islam telah sempurna. Khazanah tinggalan Rasulullah SAW telah cukup untuk dibongkar bagi kemakmuran seluruh manusia dalam alam jagat maya ini.
Dipanjat rasa syukur kerana dianugerahi nikmat Islam. Tidak lain tidak bukan bagi seorang muslim, medan perjuangannya hanya satu. Meletakkan Islam pada tempatnya adalah cita-cita tunggal demi menagih redha Ilahi.
Membina masyarakat pada setiap sektor dengan Islam adalah tanggungjawab semua individu muslim. Setiap kita ada peranan berdasarkan keupayaan dan ilmu yang ada.
Demikianlah Ramadan 1433H telah mencatatkan peristiwa tersendiri dalam usaha saya dan rakan-rakan ke arah membawa golongan Orang Kurang Upaya kepada pembangunan yang bersifat menyeluruh berasaskan taqwa. Sama ada seseorang itu kurang upaya atau sempurna, nilai keinsanan telah ditentukan pada setiap diri oleh sang pencipta.
Moga berkat Ramadhan yang dijanjikan rahmat, pengampunan dan perlepasan dari neraka menjanjikan kejayaan buat Islam pada masa hadapan atas setiap usaha dan ikhtiar pendokongnya.
Jika disorot sedikit lembaran dan langkah yang dilalui sehingga Sekretariat Prihatin OKU dilancarkan pada 11 Ogos 2012 (22 Ramadan 1433), suatu pertemuan telah berlangsung antara saya dan rakan-rakan bersama Pengerusi Lujnah kebajikan dan masyarakat PAS pada 19 Julai lalu.
Dalam pertemuan yang diadakan di Pejabat Agung PAS, antara kesepakatan dalam syura ringkas itu ialah penubuhan sebuah sekretariat bagi membantu perancangan pembangunan OKU yang bersifat menyeluruh.
Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan iltizam yang ditunjukkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud. Moga Allah beri beliau kekuatan untuk membantu kami dalam membawa agenda yang sekian lama kurang diendahkan selama ini.
Tentunya penubuhan Sekretariat Prihatin OKU merupakan suatu lembaran baru dalam perjuangan saya dan rakan-rakan bagi melihat pembangunan OKU di negara ini. Sudah pasti apa yang saya harapkan bukanlah sekadar agihan bantuan atau bermacam pemberian seperti yang dilakukan sebelum ini.
Pembabitan saya dalam sekretariat tentunya melangkaui hal yang selama ini digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai sebuah parti politik utama negara, cita-cita saya ialah menjadikan sekretariat yang dilancarkan berfungsi sebagai suatu rujukan politik bagi membentuk dasar negara pada masa akan datang.
Hari ini pembicaraan tentang Malaysia baru pasca PRU 13 telah melata di mana-mana. Tanpa berusaha meletakkan isu OKU dalam arus perdana adalah satu kerugian kepada perjuangan mereka yang terdahulu.
Saya juga akur dan insaf bahawa rentetan langkah pada masa hadapan penuh cabaran. Impian untuk melihat dasar negara menjadikan program pembangunan OKU yang menyeluruh bukanlah suatu laluan mudah. Sama ada Barisan atau Pakatan peneraju negara, ia tetap menjanjikan cabaran tersendiri dalam usaha ini.
Namun setidaknya sekretariat yang ada boleh kami jadikan antara platform terbaik untuk menyuarakan keperluan golongan yang selama ini hanya dijadikan penerima kebajikan. Apatah lagi sekretariat ini bernaung di bawah parti yang menjadikan Islam itu sebagai matlamat.
Prinsip-prinsip pembangunan OKU yang dipaparkan melalui al-Quran, sunnah dan kisah-kisah sahabat telah cukup untuk dijadikan landasan asas betapa Islam menyantuni nilai insaniah seorang yang dijandikan kurang upaya.
Pengiktirafan Islam kepada potensi OKU telah cukup untuk digarap bagi memastikan golongan OKU di Malaysia dibangunkan dengan cara yang lebih baik pada masa hadapan.
Moga Ramadan yang akan melabuhkan tirainya cukup untuk menginsafkan setiap diri muslim betapa Allah menjadikan manusia sebagai ciptaan terbaik-Nya. Sama ada cacat atau sempurna, ia hanyalah wasilah untuk kita membongkar betapa Allah itu Tuhan yang maha berkuasa.
Sumber HD : 19/08/2012
Sumber HD : 22/08/2012
Sumber HD : 22/08/2012
Sumber HD : 24/08/2012
Sementara Ha Najib Razak terus menelan panadol kerana sakit kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdebat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.
Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.
Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Syaitan telah terang-terang memperakui akan melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat. Inilah kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau tidak ditegur.
Berlainan dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia. Malaikat sama ada kenal atau tidak dia tetap akan membawa rahmat.
Syaitan walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti hari ini? Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti. Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.
Perumpamaan dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu. Melainkan mereka yang jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu musuh yang perlu ditinggalkan jauh.
Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.
MasyaAllah tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah. Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan syaitan. Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh Mahathir.
Satu masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya.
Begitu sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup lumur hanyir.
Mengenai Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik ala-ala budak. Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai janji politik.
Katanya politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang? Kalau Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.
Tidak payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu. Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya akan membankrupkan negara? Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh emosional yang disiarkan media PB itu.
Duhai Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.
Kalaupun hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita menjadi tikus yang cuba membaiki labu. Kalau diperhatikan banyak pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela membawa celaka. Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan (bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib sebagai seorang perdana menteri. Sebagai bekas PM Mahathir tidak sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.
Tindakan atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada Najib. Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?
Ada pertemuan sulit di antara Mahathir dengan Muhyiddin paling baru mengenai agenda ini masih belum terdedah lagi? [wm.kl.8:05 pm 25/08/12]
Sumber HD : 26/08/2012
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Mursyidul Am atas kenyataan yang tegas, berfakta dan berhemah serta penuh berhikmat yang telah menutup mulut-mulut yang mengomel itu dan ini berkenaan hukum Allah yang bernama Hudud!
Sesuatu perkara, apabila kita kembali kepada kaedah yang sebenar dan rujukan yang soheh, pencerahannya begitu mudah dimengertikan sekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujah untuk menafikan hakikat yang terserlah.
Orang tua-tua ada bidalannya, ‘Bila nak belah buah durian, cekohlah ikut paksanya…’ Bunyinya biasa, tapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara, lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya ia akan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatan berduri, kita tak perlu tukul, gergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yang enak.
Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya ia dianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalam menyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang suka menggunakan gergaji, tukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksa durian yang telah sedia ada, sehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapat dinikmati.
Perhatikan senario yang telah berlaku… Seorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!
Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukum Allah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat’ie (putus) boleh dihuraikan dengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal. Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah.
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politik, populariti memang suatu faktor penting, tetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis! Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi fakta, dalil dan hujah yang telah tersedia dalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.
Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengerti dari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang, berdiskusi, berhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kita berada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar dan ditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaan dan kemenangan.
Bila kita berkata-kata kepada public, kita tidak bercakap mewakili batang tubuh kita seorang, tetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangi. Lagikan kita bercakap perkara yang baik dan betul, tetapi tetap diterbalikkan maksudnya oleh media arus perdana, inikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomen itu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secara mendatar tanpa asas dalil dan hujah syar’ie..
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikan, bila kita bersikap meruntuh dulu, baru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasa ini, sebaris statement kita, seantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitu pantas. Risikonya, respon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kita ditegur, dikritik dan dikecam, barulah sibuk kita nak cari wartawan semula untuk buat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukan semua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasa, tapi terlajak kata, parti kita tanggung akibatnya. Ingatlah, kita hanya memerlukan sesaat untuk meruntuhkan, tapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanya semula.
Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongi, fikirkanlah mudharat dan maslahah sebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untuk menasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-batas percakapan, bimbang ianya menyentuh persoalan aqidah, tetapi saya cukup meyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama’-ulama’ yang cukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telah ditentukan oleh Allah.
Para ulama’ inilah yang akan terus menerajui kita, kekal istiqamah dengan perjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumi Malaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak ada jual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakini, kerana prinsip dan pegangan inilah, kita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluf tanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkan puluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkan. Allahu Akbar!
Sumber HD : 26/08/2012
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”
Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.
Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undi secara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.
Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.
Nukilan Oleh Juragan pada 3:20 PTG
Sumber HD : 26/08/2012
Sumber HD : 26/08/2012
Sumber HD : 28/08/2012
Sumber HD : 20/09/2012
Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya. Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu yang berada di atas persada kuasa negara kita.
Jika isu penyaluran dana asing itu benar-benar salah ia mestilah ada peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan itu salah mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.
Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti tentang penyaluran wang rakyat terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan yang terlibat seperti yang disebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran dana dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup menjahanamkan wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada perbendaharaan negara.
Jika Suaram menghadapi isu ini, ia adalah disebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah negara. Malahan isu yang dibawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis, negara yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah lagi jika ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait dengan pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu.
Orang ramai merasakan oleh kerana ketelusan pentadbiran kerajaan Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan dilindungi dan ia akan membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit tentang jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.
Rakyat jangan terbawa-bawa dengan tindakan pihak berkuasa di sini kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain dari isu hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang sangat sensitif ini.
Kita dapati Suaram mendapat sokongan moral dari banyak NGO-NGO tanahair kerana Suaram begitu berani untuk membongkar isu Scorpene ini hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya.
Pembunuh kepada Altantuya telah pun mendapat keputusannya iaitu, mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang tidak langsung disebut dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan itu.
Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD : 24/09/2012
Sumber HD : 27/09/2012
Najib memangnya tidak pernah diuji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.
Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.
Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO di peringkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.
Sebenarnya Najib tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli perasaan ramai.
Itulah sebabnya beliau membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM3,000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.
Selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004 yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.
Abdullah beruntung kerana semasa itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat yang amat besar semasa PRU 2004.
Sebaliknya Najib telah mengambil alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang paling handal dan berpengaruh.
Oleh yang demikian memanggil PRU itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.
Najib tidak payah bersusah payah memikirkan tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April tahun depan Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya. Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.
Najib mungkin masih belum memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.
Segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.
Ingat pesepsi rakyat terhadap UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’, di antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.
Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu diadakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada di tangan rakyat sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 30/09/2012
Belanjawan 2013 ini akan dibahaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam Dewan Rakyat sehinggalah ianya diluluskan. Sebanyak RM251.6 bilion akan diperuntukkan untuk tahun 2013 yang mana belanjawan ini merangkumi sebanyak 12 buah kementerian. Semua orang akan menilai belanjawan kali ini melalui sudut yang berbeza, pelbagai persoalan juga akan timbul daripada semua lapisan masyarakat seperti, petani, polis, tentera, kakitanga swasta, kakitangan kerajaan dan tidak terlepas juga mahasiswa.
Jika dilihat pada tahun 2012 kerajaan telah terlebih belanja sebanyak RM9.6 bilion yang mana kerajaan mengalami defisit sebanyak -5.3 peratus. Kerajaan telah berbelanja defisit iaitu berbelanja melebihi pendapatan dalam tempoh masa yang agak lama iaitu selama 15 tahun.
Situasi ini adalah satu masalah kepada kerajaan dan sekiranya defisit berterusan akan menyebabkan peningkatan hutang kerajaan dan menghadkan ruang lingkup dasar fiscal sebagai alat melawan aliran menurun dalam ekonomi.
Pada belanjawan kali ini kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit sebanyak 4 peratus, tetapi melihat kepada keseluruhan belanjawan hanya beberapa perkara sahaja yang berfokuskan kepada pengurangan seperti kerajaan bersetuju mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20. Namun, langkah yang diambil ini tidaklah menampakkan kesungguhan kerajaan untuk menangani defisit ini.
Sesetengah pihak mendakwa belanjawan kali ini ialah belanjawan untuk pilihanraya yang mana kerajaan akan menggunakan belanjawan ini untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Hal ini berdasarkan kepada banyaknya pemberian kerajaan secara ‘one off’ kepada rakyat seperti pemberian bantuan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas adalah sebanyak 250 ringgit. Persoalannya ialah kenapa umur 21 tahun? Hal ini tidak lain adalah kerana umur 21 tahun ini adalah umur yang layak untuk mengundi.
Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bonus satu setengah bulan kepada kakitangan kerajaan mengikut kepada kadar gaji mereka. Bayaran pertama telah pun dibuat. Sebagai contoh, dalam pengiraan setengah bulan ,sekiranya seseorang itu bergaji 10 000 ringgit, maka mereka akan mendapat bonus sebanyak 5000 ringgit dan pekerja yang bergaji 3000 ringgit akan mendapat bonus sebanyak 1500 ringgit. Keadaan ini tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya, hal ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin.
Sekiranya kerajaan dapat menyelaraskan pemberian bonus misalnya 1500 ringgit kepada semua kakitangan kerajaan ia akan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini. Hal ini kerana orang kaya dan miskin tetap membayar kadar cukai yang sama rata.
Sekiranya melihat kepada pendapatan kerajaan sebenarnya cukup untuk menampung segala perbelanjaan dalam negara. Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu sebanyak 21 peratus daripada pendapatan negara dengan nilainya sebanyak 22 bilion ringgit. Pendapatan ini tidak termasuk lagi daripada sektor lain seperti pelancongan, perikanan, perlombongan dan lain-lain.
Walaubagaimanapun pada hemat saya, kebocoran yang berlaku dalam kerajaan sangat serius.
Menurut ‘Global Financial Integrity’ pada Januari 2011 telah mendedahkan RM 1.08 trilion (USD350 bilion) telah diseludup ke luar negara dari Malaysia dalam tempoh 2000 sehingga 2009. Sekiranya dana ini tidak dilarikan ke ‘secretive jurisdiction’ Malaysia tidak perlu berhutang untuk membiayai pembangunan ekonomi.
Kita tidak menafikan pemberian subsidi padi kepada para petani itu adalah pelaburan yang sangat baik kepada ekonomi negara di samping meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Belanjawan yang dibuat setiap tahun ini ada kesan baik dan buruknya, apa yang membimbangkan ialah pelaksanaannya sehingga kadang-kadang terpaksa menambah belanjawan baru untuk menampung perbelanjaan yang lain.
إِنَّاللّهَيَأْمُرُبِالْعَدْلِوَالإِحْسَانِوَإِيتَاءِذِيالْقُرْبَىوَيَنْهَىعَنِالْفَحْشَاءِوَالْمُنكَرِوَالْبَغْيِيَعِظُكُمْلَعَلَّكُمْتَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”. (An-Nahl: 90)
Belanjawan yang baik ialah belanjawan yang adil dan keadilan itu bererti berikan hak kepada yang berhak.
Penulis ialah Bendahari Kehormat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Sumber HD : 30/09/2012
Sumber HD : 1/10/2012
Kuning malam Merdeka, peringatan buat kerajaan
Syukri Razab, |
Setiap rakyat Malaysia yang mengimpikan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil semestinya menyokong penuh penganjuran Janji Bersih yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ambang Merdeka ini. Pertemuan aman berbaju kuning ini merupakan satu lagi acara solidariti rakyat Malaysia untuk menyuarakan tuntutan agar pihak kerajaan menunaikan janji membersihkan sistem pilihanraya. Penganjuran Janji Bersih di ambang merdeka ini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada sambutan kemerdekaan kerana Hari Kemerdekaan adalah milik setiap rakyat Malaysia. Oleh itu terpulang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjiwai sambutan kemerdekaan sama ada ingin berbaju kuning, biru, hijau mahupun merah. Apa yang penting ialah sambutan kemerdekaan mestilah penuh etika dan tidak melanggari batas tatasusila yang sudah sebati dengan budaya rakyat Malaysia.
Melihat kepada lemahnya komitmen kerajaan dalam melaksanakan transformasi terhadap sistem pilihanraya, adalah wajar untuk rakyat meneruskan desakan secara konsisten. Oleh itu pertemuan kuning malam ambang Merdeka ini sangat bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan peringkat persekutuan iaitu Janji Ditepati. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan laungan transformasi dan perlaksanaan beberapa inisiatif seperti TR1MA dan BR1MA, sedangkan masalah pokok yang lebih penting untuk masa depan demokrasi masih tidak diselesaikan.
Pihak kerajaan perlu memberi tumpuan kepada permasalahan yang lebih utama iaitu melaksanakan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil. Pilihanraya merupakan hak hakiki setiap rakyat yang perlu dijaga dan dihormati. Membiarkan pilihanraya berlangsung dengan penuh kecelaruan merupakan pengkhianatan yang serius terhadap hak rakyat.
Pilihanraya yang tidak bersih seolah-olah menutup peluang rakyat untuk memilih kepimpinan Negara secara adil setelah mereka membuat penilaian terhadap prestasi kerajaan sedia ada. Sekiranya Kerajaan benar-benar menjunjung prinsip rakyat diutamakan, Kerajaan seharusnya jujur dalam menyediakan ruang demokrasi yang adil untuk rakyat memilih pemimpin. Pilihanraya yang bersih dan adil juga akan menjadi satu evaluasi yang telus untuk mengukur tahap penerimaan rakyat terhadap segala usaha yang telah kerajaan lakukan.
Sekiranya Kerajaan Malaysia tidak menyemarakkan usaha menyuburkan demokrasi, maka sudah pasti semangat demokrasi dalam kalangan rakyat juga akan menjadi suram. Alexander Woollcott seorang tokoh sejarah Amarika pernah membuat satu kenyataan yang disiarkan dalam New York Megazine yang mengatakan demokrasi hanya akan berfungsi, sekiranya manusia menggunakannya dengan baik. Oleh itu apabila pilihanraya dibiarkan tercemar, maka tidak hairan sekiranya rakyat memilih jalan raya sebagai alternatif demokrasi yang lain.
Setelah 55 tahun merdeka, adalah tidak wajar untuk kerajaan Malaysia terus membiarkan sistem pilihanraya berjalan dalam keadaan yang cukup meragukan. Lebih parah apabila pilihanraya ini dibiarkan kotor dalam keadaan cabang-cabang demokrasi yang lain juga masih tidak hormati seperti sekatan terhadap kebebasan media, limitasi terhadap hak berhimpun dan masih ada tahanan tanpa bicara yang belum dibebaskan.
Jika kerajaan ingin sambutan 55 tahun kemerdekaan menjadi lebih bermakna, maka Kerajaan perlu bersedia untuk membuat perubahan besar dalam arena demokrasi Malaysia. Mengulangi cerita yang sama pada setiap 31 Ogos hanya menimbulkan rasa bangga pada sejarah, tetapi tidak memberi sebarang makna sekiranya Negara dibiarkan berada dalam keadaan demokrasi lapuk.
Adalah amat dirisaukan sekiranya kerajaan membiarkan Negara terlalu lama berada dalam keadaan demokrasi usang, rakyat mungkin akan hilang percaya pada pilihanraya. Akhirnya rakyat terpaksa memilih jalan-jalan demokrasi yang lain seperti mana yang digunakan oleh rakyat mesir dalam menumbangkan regim diktator Hosni Mubarak.
Oleh itu keberadaan lapisan rakyat berbaju kuning pada malam ambang merdeka diharap dapat mengingatkan pihak kerajaan agar segera mengambil inisiatif untuk memulihkan keadaan demokrasi Malaysia. Hal ini perlu dimulakan dengan melaksanakan tuntutan BERSIH agar kepercayaan rakyat terhadap pilihanraya dapat dipulihkan.
Sekian
Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan juga merupakan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Melayu jangan kena tipu lagi dan lagi dan lagi
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 15 Ogs 2012 |
Saya tak nak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.
Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewanya mereka? Banyak mana cerdiknya mereka.
Ada termaktub di mana-mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana-mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka.
Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belenggu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan seseorang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.
Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism). Apa makna nya istilah2 ini?
Maknanya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seorang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh bekerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.
UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit. Bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolaknya.
Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majoriti rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang di bawah tidak akan dapat naik ke atas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.
Cuba orang Melayu berfikir - apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persekitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?
Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi sosial dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang Melayu mundur sebab institusi sosial mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.
Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jati diri dan tidak takut untuk bersaing.
Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir - nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung maknanya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.
Selama 22 tahun di bawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun di bawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya - Najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan Cina dan India.
Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO. - http://sakmongkol.blogspot.com
Sumber HD : 15/08/2012

Sunah dan adab menyambut hari raya
Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, | 16 Ogs 2012 |
Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.
Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.
Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik
6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.
8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.
b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.
c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).
Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Kesalahan yang dilakukan pada hari raya
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.
Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.
http://www.abuanasmadani.com
Sumber HD : 16/08/2012
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah mengenepikan dendam politik terhadap rakyat Kelantan dengan mengambil kira semangat Aidilfitri yang bakal menjelang.
Anak-anak muda mahu kerajaan persekutuan mengutamakan kepentingan rakyat termasuk membina lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai melengkapkan komitmen kerajaan negeri merancang Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.
Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sudah sampai masanya kerajaan pusat tidak lagi mengamalkan politik sempit sehingga menyusahkan rakyat.
Lagi pun katanya, hak rakyat untuk mendapatkan lebuh raya sebagaimana negeri-negeri lain dinafikan sejak 1985.
“Banyak kemalangan yang berlaku di Kelantan kemungkinannya berpunca jalan yang sempit tidak mampu menampung pertambahan kenderaan terutamanya di musim perayaan sekarang.
“Terbaru tragedi 10 kakitangan kerajaan nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terhumbang ke dalam cerun di kilometer 57 jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi semalam,” katanya di sini.
Beliau ditemui pemberita selepas mengagihkan 2,000 keping sampul duit raya kepada wakil-wakil setiap Parlimen di Kelantan di sebuah pasar raya petang semalam.
Hisyamuddin juga berharap kerajaan pusat segera menunaikan tuntutan pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan.
“Berikan royalti dan bina lebuh raya di negeri ini kerana adalah hak rakyat Kelantan yang diabaikan sejak sekian lama,” ujarnya.
Menurutnya tunggakan royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan kini berjumlah RM7 bilion sejak 2005.
R juga turun padang mengagihkan sampul raya kepada kakitangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri, persekutuan, pasukan keselamatan dan media cetak.
Penagihan secara percuma dilakukan di agensi pelancongan, hospital, badan bukan kerajaan, kedai runcit, pasar raya seluruh Kelantan, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Tesesco.
Turut diedarkan di Qaryah Ramadhan dan masjid di seluruh Kelantan serta di semua pintu masuk utama Kelantan hari ini dan esok.

Aidilfitri: BN digesa ketepikan dendam politik
Muhamad Yusri Amin, | 17 Ogs 2012 |

Ruang maya bagai mimpi buruk buat pemerintah
Mohd Yusof Hadhari, |
Kita semua pasti bersetuju bahawa ruang maya dengan politik di ruang nyata sangat hubungan rapat, saling bergantung, serta berkesalingan. Masing-masing pemimpin menerangkan tindakan mengawal atau mengganggu dan mengguna ruang tersebut demi mempertahankan kelangsungan sesebuah parti sebagai pemerintah. Melihat kepada pemerintah Iran yang memberikan alasan biasa iaitu ‘keselamatan negara’ demi mengabsahkan tindakan pemerintah yang mengawal ketat ruang maya. Tindakan kawalan dilakukan sejurus kemunculan Revolusi Hijau yang dilakukan tanpa keganasan. Kemunculannya akibat daripada rakyat Iran yang yakin telah berlaku penipuan semasa Pilihan Raya Presiden pada Jun 2009. Sebagaimana kebanyakan negara-negara pengamal autokrasi, pemerintah Iran mengawal ketat bahkan mencegah media konvensional seperti akhbar bercetak, radio dan televisyen daripada membuat liputan ke atas peristiwa itu.
Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, bagi saya hubungan berkesalingan ruang maya dengan politik Malaysia di ruang nyata bermula selepas pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada semua jawatan parti dan politik. Rakyat Malaysia juga tidak pernah menikmati kebebasan bersuara seperti rakyat di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kebebasan bersuara sebagai suatu konsep politik di Malaysia diperkenalkan oleh bekas penjajah British dan mereka juga bertanggungjawab memperkenalkan peruntukan undang-undang yang membataskan kebebasan tersebut. Selepas merdeka, atas alasan dan justifikasi mencegah ketegangan kaum pemerintah Malaysia telah meningkatkan cengkaman menerusi undang-undang apabila memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Rahsia Rasmi (1972), Akta Hasutan (1948), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971).
Disebabkan terhadnya peluang politik di ruang nyata, ia menyebabkan para reformis memilih untuk memanipulasi ruang nyata yang tidak dikongkong. Kebelakangan ini lanskap politik di Timur Tengah disamakan oleh parti pembangkang dengan keadaan politik negara dan ini tidak disenangi oleh BN sehingga menyebabkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim mengugut untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi mendakwa pihak pembangkang.
Menurut Dato’ Seri Utama Dr Rais lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis DiRaja Malaysia dan agensi yang berkaitan akan memantau laman sosial Facebook, sistem pesanan ringkas dan media alternatif yang lain (Berita Harian, 6 Mac 2011). Menteri Dalam Negeri pula, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein pula menjelaskan pemerintah boleh bertindak menurut peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (Berita Harian, 6 Mac 2011). Sebelum itu, dalam persidangan Dewan Negara 3 Ogos 2010, Dato’ Seri Utama Dr Rais menegaskan kesemua jenis kandungan di ruang maya adalah tertakluk kepada empat akta iaitu Akta Hasutan (1948), Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Utusan Melayu, 8 Mac 2011).
Baru-baru ini kita mula di perkenalkan pula dengan Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012.

Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh parti pemerintah untuk memastikan mereka terus berkuasa. Setelah lebih 15 tahun pertapakan ruang maya di Malaysia, dan rakyat sudah mula menjadikan ruang maya sebagai sumber maklumat dan melontarkan pandangan untuk kebaikan negara tetapi hari ini ruang itu mula di sekat.

Seksyen 114 A mengundang kemarahan majoriti rakyat kepada pemerintah di sebabkan hanya ruang maya sahaja dapat di gunakan untuk rakyat bersuara selain demontrasi yang sering di sembur gas pemedih mata dan dihujani bom asap. Namun, “ganggu” didapati bukan lagi trend terkini dalam pengurusan ruang maya.
Justeru, memfokus kepada “guna” menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, fokus dijangkakan bakal membawa faedah besar kepada parti pemerintah. Oleh itu, ruang maya boleh dikenalpasti sebagai peluang dan bukan ancaman. Rakyat mahukan pemerintah di kalangan orang yang berani.
Mohd Yusof Hadhari
Mantan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
Mohd Yusof Hadhari
Mantan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
Sumber HD : 17/08/2012
'Tanda Putra' itu 'tanda Umno terdesak'
Aspan Alias, | 18 Ogs 2012 |
‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.
Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakkan diri daripada terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.
Kaum Cina pula sudah meninggalkan MCA yang selama ini merupakan parti yang mewakili bangsa Cina dalam Perikatan dan BN selepas itu. Maka memainkan isu perkauman itu merupakan salah satu daripada strategi untuk mengelakkan orang Melayu dari memberikan perhatian terhadap DAP. Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang betapa 'desperate'nya UMNO jika PAS dan DAP terus-terusan bekerjasama dengan baik kerana jika kedua-dua parti ini tidak dapat dipecah-belahkan oleh UMNO maka
keputusan pilihanraya yang akan datang ini adalah ‘predictable’.
Datin Paduka Shuhaimi Baba, pengarah filem itu menafikan bahawa filem itu membawa maksud untuk menuduh LKS terlibat memyebabkan tercetusnya tragedi 13 Mei ’69 itu. Saya mempunyai andaian yang isu ini dengan sengaja dipermainkan kerana politik dan kuasa. Ramai yang bercakap dan menghubungi saya berpendapat ini merupakan permainan politik yang sangat kotor dan LKS sepatutnya mengambil tindakan mahkamah jika cukup kesahihan yang isu ini diperbesarkan semata-mata kerana permainan politik desperado pihak yang ketagih dengan kuasa itu.
Jika isu fitnah itu menyebabkan kecederaan kepada intergriti pemimpin maka mangsa kepada isu itu sememangnya wajar untuk tampil mengambil tindakan undang-undang kerana isu ini akan menyebabkan perpecahan rakyat yang berdasarkan pada kaum. Isu yang dimainkan oleh pihak yang menyokong pemerintah ini adalah isu yang tidak bertanggungjawab dan ia bertentangan dengan slogan-slogan pihak pemerintah untuk menjaga kepentingan kesemua kaum di negara ini.
Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan isu perkauman ini nampaknya diburukkan oleh pihak parti-parti yang memerintah. Sekarang ini, rakyat pula yang bersabar dengan tindak-tanduk BN untuk mengelakkan pergaduhan antara kaum di negara ini. Tindakan media massa dan alternatif yang memihak kepada BN sengaja mahu mengingatkan peristiwa berdarah itu untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan untuk menyemai perasaan benci-membenci di antara kaum.
Kita elok memberi pandangan kepada pihak parti-parti yang memerintah supaya berkelakuan baik untuk mendapat penghormatan rakyat, bukannya menabur fitnah terhadap mana-mana pihak untuk mengekalkan kuasa. Walau bagaimana pun rakyat tidak mudah untuk menerima tohmahan ini kerana rakyat sudah tersedia dengan persepsi yang sangat buruk terhadap parti pemerintah sekarang ini.
Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah-belahkan rakyat. Bagi LKS, beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau daripada korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini.
LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang.
Bagi rakyat pula kita seharusnya tidak terjebak dengan permainan kotor sesetengah pihak ini kerana kita juga tidak boleh membiarkan pihak ini memperbodoh-bodohkan kita dan bersekongkol dengan niat jahat pihak tersebut.
Kita memperjuangkan kehidupan rakyat yang muhibbah dan harmonis kerana sejak merdeka kita mempunyai satu matlamat yang ‘ultimate’, iaitu penyatuan semua kaum dan mencapai tahap ‘national unity’ yang optima.
Itulah sebaik-baik peninggalan untuk generasi kita yang akan datang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Mengembalikan makna Aidilfitri ke dalam diri
Muhammad Ukasyah Azhari, | 18 Ogs 2012 |
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. Demikian kata Al-Quran. Sesuatu yang bermula akan ada pengakhirannya. Begitu juga setiap pertarungan akan ada penghujungnya. Maka, setiap pemenang akan sentiasa dianugerahkan mahkota kejuaraan. Hanya Allah ‘azzawajalla Yang Maha Kekal yang menguasai segenap aturan kehidupan. Demikian jugalah dengan tetamu yang bertandang ke rumah. Kita akan mengalu-alukan kehadiran mereka dengan layanan yang penuh kegembiraan. Sampai masanya, ia akan beredar pergi meninggalkan kita. Boleh jadi kita akan bertemu dengannya lagi jika ada kesempatan di lain masa.
Itulah hakikat setelah sebulan mengharungi Ramadhan. Ia hadir setahun sekali bagai tetamu dari perjalanan yang sangat jauh dan singgah sebentar menumpang teduh buat beberapa ketika. Apabila tiba saat perpisahan, hati menjadi sebak dan sayu. Apakah akan ada lagi pertemuan yang seumpama ini ? Adakah kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Demikian Allah ‘azzawajalla telah menjadikan Ramadhan itu sebagai medan latihan buat insan mengawal diri. Hanya Dia yang mengetahui ‘ubat mujarab’ untuk merawat hati manusia. Inilah imej Ramadhan sebagai lambang kepada bulan pertarungan di antara akal dan nafsu. Di penghujungnya, hanya ada kisah di antara hamba dan Pencipta. Bagaimana hubungan di antara kita dengan Allah ‘azzawajalla setelah selesai Ramadhan? Hanya diri insan yang menempuh Ramadhan sahajalah yang tahu bagaimana duduk keadaan yang sebenarnya. Jika Ramadhan yang lalu diisi dengan melipatgandakan amalan, berpuasa dengan keimanan dan kesabaran serta bersungguh-sungguh mengawal diri maka Ramadhan akan diakhiri dengan semangat dan jiwa yang baru.
Manakala, bagi yang mereka menghabiskan Ramadhan tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga, maka berakhirnya Ramadhan hanyalah sekadar suatu kebebasan daripada kurungan semata-mata.
Maka, kemenangan sekali lagi berpihak kepada nafsu yang bakal menakluk dirinya sendiri untuk ke sekian kalinya. Hidupnya akan kembali mengikut rentak lama yang tidak ada perbezaan sebelum daripada kedatangan Ramadhan. Adapun makna di sebalik pengakhiran Ramadhan adalah kembali membesarkan Allah ‘azzawajalla. Mengucapkan lafaz memuji kebesaran dan keagunganNya kerana telah menghamparkan dataran Ramadhan yang luas untuk insan mendekatkan diri kepadaNya. Firman Allah ‘azzawajalla yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah, 2:185).
Telah diperintahkan kepada kita untuk mencukupkan bilangan hari berpuasa di bulan Ramadhaan. Demikian juga perintah Allah ‘azzawajalla selepas potongan ayat berkenaan agar meraikan hari kemenangan supaya jiwa kita merasai rahmat Allah ‘azzawajalla atas hidayahNya yang memberi kekuatan pada kita untuk melaksanakan ‘ibadah dengan sempurna. Maka, hendaklah seluruh kaum Muslimin menzahirkan kegembiraan dan bersyukur atas nikmat kurniaan Allah ‘azzawajalla. Begitu bermakna Ramadhan kepada kita kerana ia menjadi perantara untuk hamba kembali membaiki diri dan menjernihkan hati sebelum kembali ke sisi Allah ‘azzawajalla pada suatu hari nanti.
Dalam masa yang sama, insan seharusnya telah mampu menyuntik kembali semangat berjuang (fighting spirit) ke dalam dirinya sendiri. Nilai perjuangan yang diasah dalam tempoh sebulan itu sewajarnya menjadikan kita insan yang tidak takut untuk berjuang. Memang Islam itu sendiri adalah agama yang berjuang. Berjuang mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah ‘azzawajalla. Maka, di hari pertama Syawal ini ialah tanda kepada kemerdekaan diri daripada belenggu hawa nafsu yang sentiasa mengarahkan kepada kejahatan.
Terlanjur menyebut tentang kemerdekaan, makna kemerdekaan sesebuah negara itu tidaklah bererti andai hanya sekadar mencipta slogan baru, mengibarkan bendera, menonton filem peperangan menentang penjajah dan menyanyikan lagu kebangsaan. Realitinya, penjajahan versi moden tidak lagi berwajah ganas dan menumpahkan darah. Aliran pemikiran dan suntikan budaya Barat kini menjadi senjata ampuh tanpa disedari yang menyerang kehidupan umat. Lihatlah di sekeliling masyarakat. Antara yang mengakar ialah budaya lawak bodoh dan budaya takut hantu. Umat tidak lagi mempunyai roh dan semangat berjuang. Justeru, akibatnya umat akan terus berada dalam minda yang tertawan (the captive mind) serta merelakan diri untuk dijajah tanpa sedikit keinginan untuk melawan. Maka, kemusnahan negara tidak lagi datang dari faktor luaran akan tetapi berpunca daripada kerapuhan dalaman yang sangat parah. Hal seperti ini mesti diperbetulkan segera agar Islam itu kembali agung dan dipandang mulia oleh umat manusia. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya utnuk kita keluar daripada kemelut ini. Tidak ada masa lagi buat kita untuk terus terjajah oleh kelemahan sendiri. Hendaklah kita pada hari yang mulia ini memulakan perjalanan hidup baru menentang arus kezaliman dan penjajahan yang selama ini meragut kemerdekaan diri kita.
Sehubungan dengan itu, marilah kita hayati hari kemenangan ini dengan penuh keinsafan. Bergembiralah dengan sanak-saudara dan ahli keluarga serta rakan-rakan dalam batas-batas dan kadaran yang dibenarkan oleh syara’. Hari yang mulia ini bukan masa untuk bersedih atau menangisi insan yang sudah tiada di sisi kita.
Hanya kalungan doa yang termampu untuk dikirimkan kepada mereka. Semoga pertemuan dengan Ramadhan meninggalkan bekas yang mendalam terhadap jiwa kita dan jiwa kita sentiasa berhubung dengan Allah 'azzawajalla..
تقبل الله منا و منكم
الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Semoga Allah ‘azzawajalla menerima amal kami dan amal kamu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Dan untuk Allah segala puji-pujian!
Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Setinggi harapan pada Sekretariat Prihatin OKU
Mohammad Faizal Che Yusof, | 19 Ogs 2012 |
SYAHDU penghujung Ramadan seharusnya menjadikan kita individu yang mengakui Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. Kita sebagai hamba yang serba daif. Manusia sebagai khalifah di bumi hanyalah bertujuan memakmurkan bumi dengan syariat yang jelas dalam al-Quran dan Sunnah.
Di segenap aspek kehidupan, Islam telah sempurna. Khazanah tinggalan Rasulullah SAW telah cukup untuk dibongkar bagi kemakmuran seluruh manusia dalam alam jagat maya ini.
Dipanjat rasa syukur kerana dianugerahi nikmat Islam. Tidak lain tidak bukan bagi seorang muslim, medan perjuangannya hanya satu. Meletakkan Islam pada tempatnya adalah cita-cita tunggal demi menagih redha Ilahi.
Membina masyarakat pada setiap sektor dengan Islam adalah tanggungjawab semua individu muslim. Setiap kita ada peranan berdasarkan keupayaan dan ilmu yang ada.
Demikianlah Ramadan 1433H telah mencatatkan peristiwa tersendiri dalam usaha saya dan rakan-rakan ke arah membawa golongan Orang Kurang Upaya kepada pembangunan yang bersifat menyeluruh berasaskan taqwa. Sama ada seseorang itu kurang upaya atau sempurna, nilai keinsanan telah ditentukan pada setiap diri oleh sang pencipta.
Moga berkat Ramadhan yang dijanjikan rahmat, pengampunan dan perlepasan dari neraka menjanjikan kejayaan buat Islam pada masa hadapan atas setiap usaha dan ikhtiar pendokongnya.
Jika disorot sedikit lembaran dan langkah yang dilalui sehingga Sekretariat Prihatin OKU dilancarkan pada 11 Ogos 2012 (22 Ramadan 1433), suatu pertemuan telah berlangsung antara saya dan rakan-rakan bersama Pengerusi Lujnah kebajikan dan masyarakat PAS pada 19 Julai lalu.
Dalam pertemuan yang diadakan di Pejabat Agung PAS, antara kesepakatan dalam syura ringkas itu ialah penubuhan sebuah sekretariat bagi membantu perancangan pembangunan OKU yang bersifat menyeluruh.
Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan iltizam yang ditunjukkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud. Moga Allah beri beliau kekuatan untuk membantu kami dalam membawa agenda yang sekian lama kurang diendahkan selama ini.
Tentunya penubuhan Sekretariat Prihatin OKU merupakan suatu lembaran baru dalam perjuangan saya dan rakan-rakan bagi melihat pembangunan OKU di negara ini. Sudah pasti apa yang saya harapkan bukanlah sekadar agihan bantuan atau bermacam pemberian seperti yang dilakukan sebelum ini.
Pembabitan saya dalam sekretariat tentunya melangkaui hal yang selama ini digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai sebuah parti politik utama negara, cita-cita saya ialah menjadikan sekretariat yang dilancarkan berfungsi sebagai suatu rujukan politik bagi membentuk dasar negara pada masa akan datang.
Hari ini pembicaraan tentang Malaysia baru pasca PRU 13 telah melata di mana-mana. Tanpa berusaha meletakkan isu OKU dalam arus perdana adalah satu kerugian kepada perjuangan mereka yang terdahulu.
Saya juga akur dan insaf bahawa rentetan langkah pada masa hadapan penuh cabaran. Impian untuk melihat dasar negara menjadikan program pembangunan OKU yang menyeluruh bukanlah suatu laluan mudah. Sama ada Barisan atau Pakatan peneraju negara, ia tetap menjanjikan cabaran tersendiri dalam usaha ini.
Namun setidaknya sekretariat yang ada boleh kami jadikan antara platform terbaik untuk menyuarakan keperluan golongan yang selama ini hanya dijadikan penerima kebajikan. Apatah lagi sekretariat ini bernaung di bawah parti yang menjadikan Islam itu sebagai matlamat.
Prinsip-prinsip pembangunan OKU yang dipaparkan melalui al-Quran, sunnah dan kisah-kisah sahabat telah cukup untuk dijadikan landasan asas betapa Islam menyantuni nilai insaniah seorang yang dijandikan kurang upaya.
Pengiktirafan Islam kepada potensi OKU telah cukup untuk digarap bagi memastikan golongan OKU di Malaysia dibangunkan dengan cara yang lebih baik pada masa hadapan.
Moga Ramadan yang akan melabuhkan tirainya cukup untuk menginsafkan setiap diri muslim betapa Allah menjadikan manusia sebagai ciptaan terbaik-Nya. Sama ada cacat atau sempurna, ia hanyalah wasilah untuk kita membongkar betapa Allah itu Tuhan yang maha berkuasa.
Sumber HD : 19/08/2012
Antara MCA dan Sinar Harian, sapa yang hangpa lebih percaya?
http://cenangau.blogspot.com, | 22 Ogs 2012 |
Sinar Harian melaporkan:
Malaysiakini pulak melaporkan:
Pemimpin MCA ni bagi aku tak jauh bezanya dengan pemimpin Umno, tara Ust Jamil Khair pun tak berapa nak boleh percaya pasai terbukti sanggup gunakan duit zakat untuk kepentingan diri sendiri inikan pulak pemimpin MCA, tambah-tambah dalam keadaan nak menyelamatkan diri macam ni, 10-1 pun payah aku nak percaya.
Lagi pun aku percaya wartawan Sinarharian yang tulis laporan tu tak mengada-adakan cerita tu dan cuma melaporkan apa yang dia dengar sendiri dari mulut Pengerusi MCA Kedah tu. Takkan kut wartawan tu berani nak buat cerita palsu terutama sekali melibatkan rakan kongsi Umno yang berkuasa membatalkan permit akhbar.
Lain la kalau buat laporan tak betul berkenaan PAS, PKR atau DAP. Yang tu mungkin berlaku, tambah-tambah pulak kalau ada komplot dengan Umno atau tak mustahil MCA pun.
Kalau betul wartawan Sinarharian tu mereka-reka cerita, aku cabar Pengerusi MCA Kedah tu saman Sinarharian di mahkamah. Biar wartawan berkenaan bela diri di mahkamah dengan segala bukti dia.
Apa pun, walaupun Pengerusi MCA tu menafikan laporan Sinarharian tu, episod ni tetap boleh jadi peluru untuk Pakatan Rakyat. Laporan Malaysiakini tu jadi satu lagi bukti yang MCA jugak tak kurang taraf 'Harbi' berbanding DAP kalau ikut neraca Tok Guru Pondok pujaan Umno, Mufti Pahang, Ketua Ulama' Muda Umno dan mererka-mereka yang sewaktu dengannya.
Kalau mengundi DAP haram, dengan gunakan kaedah kias, mengundi MCA pun haram jugak. Jadinya dikerusi yang calon DAP lawan calon MCA secara 2 penjuru, pengundi yang berugama Islam haram keluar mengundi.
Jadinya, sefahan aku kalau ikut usul fiqh Umno dan PAS jugak mungkin berdosa sama pasai tak letak calon di kerusi-kerusi berkenaan. Boleh macam tu? Hahaha...
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.Ingatkan 'ribut' sampai ke petang, rupa-rupanya 'seriat' ditengahari.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. - Sinarharian.
Malaysiakini pulak melaporkan:
Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.Pertama sekali kalau disuruh pilih yang mana satu aku nak percaya antara laporan Sinarharian dengan laporan Malaysiakini, aku tentu pilih laporan Sinarharian. Bukan maksud aku laporan Malaysiakini tak betul tapi aku tak percaya penafian Pengerusi MCA Kedah tu.
Chong mendakwa, dalam temubual telefon dengan harian berbahasa Melayu tersebut, isu mengenai undang-undang hudud tidak dibangkitkan langsung.
"Mereka tidak pernah menyentuh tentang hudud, tidak dibangkit. Saya amat kecewa dengan laporan mereka," katanya ketika dihubungi.
Chong berkata beliau hanya memberi respon kepada cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya PAS bergabung dengan Umno di bawah BN.
Katanya, kenyataan beliau sangat jelas, iaitu mana-mana parti politik yang mahu menyertai BN memerlukan kelulusan kepimpinan tertinggi BN dan mereka mesti mematuhi perlembagaan BN dan semua kriteria yang ditetapkan oleh BN.
Beliau mengulangi bahawa partinya, termasuk di Kedah, menentang keras undang-undang hudud. - MKini.
Pemimpin MCA ni bagi aku tak jauh bezanya dengan pemimpin Umno, tara Ust Jamil Khair pun tak berapa nak boleh percaya pasai terbukti sanggup gunakan duit zakat untuk kepentingan diri sendiri inikan pulak pemimpin MCA, tambah-tambah dalam keadaan nak menyelamatkan diri macam ni, 10-1 pun payah aku nak percaya.
Lagi pun aku percaya wartawan Sinarharian yang tulis laporan tu tak mengada-adakan cerita tu dan cuma melaporkan apa yang dia dengar sendiri dari mulut Pengerusi MCA Kedah tu. Takkan kut wartawan tu berani nak buat cerita palsu terutama sekali melibatkan rakan kongsi Umno yang berkuasa membatalkan permit akhbar.
Lain la kalau buat laporan tak betul berkenaan PAS, PKR atau DAP. Yang tu mungkin berlaku, tambah-tambah pulak kalau ada komplot dengan Umno atau tak mustahil MCA pun.
Kalau betul wartawan Sinarharian tu mereka-reka cerita, aku cabar Pengerusi MCA Kedah tu saman Sinarharian di mahkamah. Biar wartawan berkenaan bela diri di mahkamah dengan segala bukti dia.
Apa pun, walaupun Pengerusi MCA tu menafikan laporan Sinarharian tu, episod ni tetap boleh jadi peluru untuk Pakatan Rakyat. Laporan Malaysiakini tu jadi satu lagi bukti yang MCA jugak tak kurang taraf 'Harbi' berbanding DAP kalau ikut neraca Tok Guru Pondok pujaan Umno, Mufti Pahang, Ketua Ulama' Muda Umno dan mererka-mereka yang sewaktu dengannya.
Kalau mengundi DAP haram, dengan gunakan kaedah kias, mengundi MCA pun haram jugak. Jadinya dikerusi yang calon DAP lawan calon MCA secara 2 penjuru, pengundi yang berugama Islam haram keluar mengundi.
Jadinya, sefahan aku kalau ikut usul fiqh Umno dan PAS jugak mungkin berdosa sama pasai tak letak calon di kerusi-kerusi berkenaan. Boleh macam tu? Hahaha...
Sumber HD : 22/08/2012
Putrajaya bukannya hak milik kekal, ia TOL sahaja
Aspan Alias, | 22 Ogs 2012 |
Sudah empat hari Ramadhan berlalu dan semua umat Islam merayakan kejayaan sebulan berpuasa dengan sambutan hari raya. Semua pemimpin dan rakyat yang bercakap melalui corong-corong radio dan TV serta media cetak memperkatakan kejayaan melawan nafsu dan belajar dengan sungguhnya untuk tidak mengikuti kehendak nafsu kita. Setiap tahun menjelangnya Syawal semua bercakap perkara yang sama dan sesungguhnya itu semuanya adalah seruan yang benar.
Saya jarang-jarang bercakap tentang kejayaan melawan nafsu dan membuat seruan kepada ramai supaya kita tidak melakukan apa-apa nafsu dan kehendak amarah serta mulhimah itu, kerana saya adalah orang yang lemah dan saya rasa tidak layak untuk membuat seruan itu. Bagi saya usaha memperbaiki diri saya di sisi Tuhan itu adalah untuk diri saya sendiri dan tidak payah berkempen untuk mengerjakan perkara baik seperti yang diserukan di bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah dan amalan kita yang lain.
Saya adalah insan yang lemah dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan saya tidak layak untuk membuat seruan kerana saya mesti membuat seruan itu kepada diri saya sendiri.
Persoalannya apakah kerja-kerja yang wajar kita tinggalkan di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya kepada bulan-bulan dan tahun yang seterusnya itu? Ramadhan mensyaratkan kita untuk melakukan ibadah yang telah disyariatkan agama, Tuhan dan Rasul kita. Ia merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima itu. Rukun itu merupakan pra syarat untuk kita menjadi seorang Muslim. Ini semua kita tahu.
Tetapi yang tidak terlerai sehingga hari ini ialah sama ada apa yang diserukan oleh pemimpin-pemimpin terutamanya benar-benar dilakukan dan dilaksanakan dengan sesungguhnya? Saya bertanya kerana saya dan semua orang mendengar seruan yang sama oleh pimpinan yang sama sejak puluhan tahun yang lalu tetapi pimpinan yang sama juga yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan seruan mereka sendiri.
Walaupun berulang-ulang kali perutusan hari raya disiarkan oleh saluran TV setiap siang dan malam sejak lima hari yang lepas, tidak ada sekali pun saya mengikutinya sampai habis kerana saya dan ramai lagi yang berpendapat itu hanya merupakan seruan retorik yang hanya dilakukan kerana semata-mata untuk melakukannya. Seruan itu tidak serius. Mungkin lebih dari itu ialah hanyalah sebagai usaha memancing sokongan politik rakyat semata-mata.
Nasib baiklah kita mempunyai saluran TV yang banyak. Apabila perutusan itu disiarkan saya menukar kepada saluran yang lain yang belum menyiarkan perutusan itu. Saya tidak tahan dengan hipokrasi yang
terpancar di depan saya itu.
Saya tahu rasuah yang merupakan tindakan nafsu tamak haloba yang ditegah agama itu tetap juga akan berlaku selepas Ramadhan itu. Seruan PM kita untuk berbelanja secara wasatiyah itu tidak akan beliau lakukan. Pemborosan tetap berlaku dan kita boleh melihat bagaimana wang kita semua dibelanjakan di depan mata kita tanpa had untuk berbelanja hari raya.
Seruan untuk menyeru rakyat berbilang kaum untuk bersatu kerana itu adalah tuntutan agama kita juga tidak terlaksana kerana di belakang dada media kita melihat dan mendengar bagaimana UMNO memainkan isu perkauman dan agama dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO dan BN di mana-mana. Orang-orang UMNO di bawah-bawah memainkan isu Cina…cina…dan cina, tetapi di corong radio dan saluran TV seruan bersatu berkumandang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin rasis ini.
Perpecahan terus-terusan dicipta dan dilakukan dengan tahap ‘gila-gila’ dan kita pun berfikir sampai bilakah kita hendak dipecahkan belahkan oleh isu rasis mainan Melayu UMNO yang amat merbahaya ini?
Kalau benarlah kerajaan inginkan perpaduan nasional seperti yang diretorikkan, kenapa masih ada isu-isu rasis yang diperbesarkan oleh penyokong-penyokong kerajaan sekarang ini. Kenapa begitu tamak seolah-olah Putrajaya itu hanya untuk BN dan UMNO sahaja untuk mendudukinya?
Kita mesti ingat mereka yang menduduki Putrajaya itu bukannya duduk di atas tanak hak milik kekal. Mereka semuanya itu ibarat duduk di tanah TOL (temporary occupancy license) sahaja.
Jika mereka yang mendiami tanah TOL di Putrajaya itu melanggar syarat dan moral yang telah ditetapkan, rakyat wajar menghalau mereka dari tanah TOL itu. Mereka (BN) tidak ada hak untuk menentukan siapa yang rakyat hendak pilih untuk mendudukinya.
Putrajaya itu rakyat yang punya. Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN mesti memasukkan hakikat sebenarnya ini ke dalam kepala dan pemikiran masing-masing.
Lagi sekali kita ingatkan, pejabat-pejabat di Putrajaya itu hanyalah premis yang bertaraf TOL (temperory occupancy license) sahaja dan ia bukannya hak milik kekal. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Hudud terbukti mampu selesai jenayah di Saudi
Dr Aminurrasyid Yatiban , | 24 Ogs 2012 |
Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.
1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.
2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.
3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.
4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.
5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.
Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Mahathir rampas kuasa Najib?
http://www.msomelayu.blogspot.com/, | 26 Ogs 2012 |
MENJAMAH MALAM
Sementara Ha Najib Razak terus menelan panadol kerana sakit kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdebat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.
Mahathir Mohamad |
Walaupun Najib muncul sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya melonjakkan markah untuk dirinya. Sokongan dan minat orang ramai kepada BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.
Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang. Penampilan dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.
Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.
Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Syaitan telah terang-terang memperakui akan melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat. Inilah kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau tidak ditegur.
Berlainan dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia. Malaikat sama ada kenal atau tidak dia tetap akan membawa rahmat.
Syaitan walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti hari ini? Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti. Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.
Perumpamaan dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu. Melainkan mereka yang jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu musuh yang perlu ditinggalkan jauh.
Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.
MasyaAllah tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah. Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan syaitan. Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh Mahathir.
Satu masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya.
Begitu sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup lumur hanyir.
Mengenai Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik ala-ala budak. Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai janji politik.
Katanya politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang? Kalau Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.
Tidak payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu. Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya akan membankrupkan negara? Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh emosional yang disiarkan media PB itu.
Duhai Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.
Kalaupun hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita menjadi tikus yang cuba membaiki labu. Kalau diperhatikan banyak pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela membawa celaka. Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan (bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib sebagai seorang perdana menteri. Sebagai bekas PM Mahathir tidak sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.
Tindakan atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada Najib. Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?
Ada pertemuan sulit di antara Mahathir dengan Muhyiddin paling baru mengenai agenda ini masih belum terdedah lagi? [wm.kl.8:05 pm 25/08/12]
Sumber HD : 26/08/2012
Cekohlah durian ikut paksanya…
Dr Azman Ibrahim, |
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Mursyidul Am atas kenyataan yang tegas, berfakta dan berhemah serta penuh berhikmat yang telah menutup mulut-mulut yang mengomel itu dan ini berkenaan hukum Allah yang bernama Hudud!
Sesuatu perkara, apabila kita kembali kepada kaedah yang sebenar dan rujukan yang soheh, pencerahannya begitu mudah dimengertikan sekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujah untuk menafikan hakikat yang terserlah.
Orang tua-tua ada bidalannya, ‘Bila nak belah buah durian, cekohlah ikut paksanya…’ Bunyinya biasa, tapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara, lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya ia akan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatan berduri, kita tak perlu tukul, gergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yang enak.
Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya ia dianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalam menyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang suka menggunakan gergaji, tukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksa durian yang telah sedia ada, sehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapat dinikmati.
Perhatikan senario yang telah berlaku… Seorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!
Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukum Allah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat’ie (putus) boleh dihuraikan dengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal. Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah.
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politik, populariti memang suatu faktor penting, tetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis! Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi fakta, dalil dan hujah yang telah tersedia dalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.
Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengerti dari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang, berdiskusi, berhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kita berada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar dan ditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaan dan kemenangan.
Bila kita berkata-kata kepada public, kita tidak bercakap mewakili batang tubuh kita seorang, tetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangi. Lagikan kita bercakap perkara yang baik dan betul, tetapi tetap diterbalikkan maksudnya oleh media arus perdana, inikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomen itu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secara mendatar tanpa asas dalil dan hujah syar’ie..
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikan, bila kita bersikap meruntuh dulu, baru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasa ini, sebaris statement kita, seantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitu pantas. Risikonya, respon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kita ditegur, dikritik dan dikecam, barulah sibuk kita nak cari wartawan semula untuk buat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukan semua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasa, tapi terlajak kata, parti kita tanggung akibatnya. Ingatlah, kita hanya memerlukan sesaat untuk meruntuhkan, tapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanya semula.
Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongi, fikirkanlah mudharat dan maslahah sebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untuk menasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-batas percakapan, bimbang ianya menyentuh persoalan aqidah, tetapi saya cukup meyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama’-ulama’ yang cukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telah ditentukan oleh Allah.
Para ulama’ inilah yang akan terus menerajui kita, kekal istiqamah dengan perjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumi Malaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak ada jual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakini, kerana prinsip dan pegangan inilah, kita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluf tanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkan puluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkan. Allahu Akbar!
Sumber HD : 26/08/2012
Kenyataan Pak Lah tidak yakin dengan Najib...
http://karatijau.blogspot.com/, | 26 Ogs 2012 |
Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”
Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.
Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undi secara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.
Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.
Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.
Sumber HD : 26/08/2012
Khutbah: Jangan cemarkan Maik
Mohd Sayuti Omar, | 26 Ogs 2012 |
Mulanya saya tidak mahu menyentuh fasal khutbah raya Aidifitri 1433 yang dibekalkan kepada imam-imam di Kelantan yang mana ada imam membaca dan mengubahsuainya kerana isu itu tidak berapa menarik minat. Khutbah raya Aidifitri Kelantan menjadi isu disebabkan ada butir-butiran dalam khutbah itu menyekit jiwa.
Awal-awal lagi saya sudah meneliti teks khutbah berkenaan memang ia mempunyai unsur-unsur tidak sihat dan tidak sesuai ianya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (Maik). Maik sepatutnya tidak begitu jauh membawa sentimen politik di dalam khutbahnya. Maik seharusnya jilah dan bersih dari elemen politik keakuan.
Keseluruhan khutbah itu baik kerana memberi peringatan ke arah perpaduan dan bekerjasama serta mempertingkatkan daya keimanan kaum muslimim. Hampir 70% isi kandungan sempurna. Tetapi apabila ia diselit dengan agenda politik kerpartian menyebabkan khutbah yang baik itu tidak menjadi baik. Ia bak setitik nila merosakkan susu sebelanga.
Saya menelitinya menerusi laman web Maik yang memasukkan teks khutbah berkenaan beberapa hari sebelum raya. Saya sudah menduga ia akan dipertikaikan oleh makmum yang tidak senang dengan penyelitan unsur-unsur kepartian itu. Seorang ustaz muda yang balik ke Kelantan ketika bertemu saya malam kelmarin menceritakan apa yang saya bimbangkan itu.
Menurut ustaz itu yang rajin mengikuti khutbah dan kuliah agama berbagai jenis ustaz, khutabah dikeluarkan Maik bukan kali ini saja menghentam kerajaan Kelantan dan cuba mempengaruhi rakyat agar menyokong kerajaan Persekutuan (UBN) tetapi katanya sudah acap kali.
"Iya sudah melampau sangat abang Ti, tidak kena kalau majlis bersikap demikian kerana masjid adalah hak semua orang. Peliknya walaupun Kelantan diperintah Pas tidak ada pula khutbah yang memainkan sentimen kerajaan Kelantan," begitulah kata ustaz itu.
Ustaz berkenaan lalu mendakwa dia tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik khutbah itu. Menurutnya dia sendiri pernah melihat salah seorang orang penting Maik berada dalam majlis Umno. Manakala menurut maklumat lain orang penting dalam Maik pernah menyebut secara terang-terang kepada ustaz yang kini berada di sebuah agensi kerajaan, yang dia benci dengan Pas?
Saya hanya mendiamkan dan mengangguk bodoh apa yang ustaz itu ceritakan. Sebenarnya seperti saya kata ianya sudah saya ketahui awal-awal lagi.
Jadi hari ini apabila makin banyak orang memperkatakan mengenai khutbah itu dan ada pula si bengong yang lancang menuduh ulamak Pas terlibat menyediakannya, menyebabkan teringin saya memperkatakannya. Yang saya nak jelaskan di sini ialah tanggapan manusia yang tidak tahu 'buka intenet' yang menuduh ulamak Pas yang menyediakan khutbah berkenaan. Kalau dia tahu buka internet dia akan tahu siapa yang menyedia dan menyiapkan khutbah tersebut.
Saya tidak tahu apakah orang ini menangkap sesuatu itu dengan telinga ataupun dengan siku? Saya juga tidak tahu apakah dia faham mengenai tugas Maik dan apa dia peranaan para ulamak Pas. Malanglah kalau ada media massa memetik pandangan dan teguran orang ini yang maklumatnya dikutip di kaki lima?
Kalau pun ada ulamak yang menyokong Pas di dalam Maik ia bukan boleh hendak dituduh khutbah itu disediakan oleh mereka. Khutbah itu seperti mana dikredit di hujung teks di laman web itu disediakan oleh panel khutbah Maik. Yang jelasnya siapa pengerusi panel itu, tentu Datuk Mufti Kelantan.
Sementelahan pula isi khutbah itu bukan berpihak kepada Pas tetapi berpihak kepada kerajaan UBN, apabila isinya menyindir mengenai himpunan Bersih dan juga aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV?
"Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan". Itu antara sebaris isi khutbah yang memedihkan. Untuk apa kata-kata ini diselit kalau bukan atas niat hendak menyakitkan hati? Penganut politik yang peka mudah menangkap maksud di sebaliknya.
Melihat polemik mengenai khutbah raya ini saya nampak yang perlu bertanggungjawab ialah panel yang menyediakan teks berkenaan. Dalam hal ini Mufti lah yang bertanggungjawab sebab beliau adalah ketua panel berkenaan. Seharusnya Mufti lebih bertanggungjawab dan tidak menggunakan sewenang-wenangnya kuasa yang diberikan kepadanya.
Datuk Mufti kena pantau dan semak betul-betul isu khutbah berkenaan atau mana-mana khutbah yang dikeluarkan oleh Maik agar ia tidak menimbul masalah. Kita tidak mahu peranan dan fungsi Maik yang suci dan tidak berpihak itu dianggap sebagai alat kepada pihak tertentu.
Mufti bersama ahli Maik patut mengawal demi menjaga nama baik majlis itu dan juga Yang Dipertuanya iaitu Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Jangan pula kerana asyik bermain dengan sentimen politik akhirnya arang akan tercoreng ke muka Tengku Mahkota. Seharusnya amanah menerusi jawatan itu dipikul dengan baik dan kalau ada mana-mana pihak yang tidak dapat menahan nafsu politik baik maklumkan kepada baginda dan tinggal Maik.
Tidak kira mereka penyokong dan ahli mana-mana parti kalau tidak boleh menahan diri menjadi seorang pegawai Maik yang adil, saksama dan benar-benar memperjuangkan yang haq perlu keluar atau tinggalkan majlis berkenaan. Majlis itu bukan wajar dijadikan ruang untuk mana-mana menyelitkan ideologi politik keduniaan. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis
http://aspanaliasnet.blogspot.com, | 27 Ogs 2012 |
UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan tindakan yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO) perlukan kuasa lagi. UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat bersabar.
Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat tidak juga dihormati. UMNO tidak ada sikap berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus mempersendakan mandat rakyat itu.
Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke ususnya.
Kali ini kita akan menghadapi PRU yang tersengit dalam sejarah negara merdeka kita dan itu adalah satu fenomena yang ‘natural’ yang berlaku di mana-mana negara dan rakyat yang mahukan perubahan. Walaupun UMNO itu sudah dipersepsikan sebagai satu parti yang buruk, tetapi demokrasi juga membenarkan mereka mempertahankan diri dan kini segala usaha dan tenaga digembeling bagi mendapatkan kesinambungan kuasa dari rakyat.
Segala pujuk rayu jelas tidak berkesan kerana persepsi rakyat, negara dan antarabangsa terhadap UMNO sudah begitu tercemar. Maka digunakan cara membeli perasaan dengan berbagai-bagai bentuk. Dari pemberian BR1M sampailah kepada pemberian duit raya kepada rakyat termasuk kakitangan awam dan pesara. Pemandu teksi dibelikan tayar kereta dan banyak lagi bentuk pembelian undi dan perasaan rakyat dilakukan. Namun rakyat tidak juga dapat diyakinkan.
Rakyat sedar pemberian-pemberian runcit itu tidak boleh memperbaiki kehidupan mereka. Ikan yang diberi tidak akan membolehkan rakyat kenyang sampai ke akhir hayat. Yang penting rakyat mahukan ialah joran untuk membolehkan mereka pergi memancing untuk mendapatkan ikan itu sendiri. Pendek kata apa juga yang diberikan oleh kerajaan tidak berkesan dan rakyat tetap menolak mereka (UMNO) terus-terusan.
Apabila cara ini tidak mendapat sambutan, UMNO menggunakan cara menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu dengan memainkan isu perkauman dan agama. Isu 13 Mei diperbesarkan dan menjadikan DAP sebagi ‘punching bag’ dan terlebih khusus lagi menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran dengan tuduhan yang bertujuan untuk menyakinkan rakyat LKS adalah orang yang menyebabkan berlakunya 13 Mei 1969 itu.
Isu ini juga merupakan isu yang ‘counter productive’ untuk UMNO kerana bagi rakyat yang tahu hakikat sebenarnya itu semuanya adalah fitnah dan fitnah ini telah dibina oleh UMNO dan telah menjadi isu wajib yang kekal dalam siri kempen setiap kali pilihanraya tiba. Isu ini juga tidak memberikan kesan yang banyak kerana rakyat sudah mula faham bahawa 13 Mei itu berlaku kerana kekalahan BN dalam PRU 1969 dahulu dan DAP telah dijadikan mangsa untuk pihak lain melakukan kejadian itu kerana kepentingan politik.
Isu 13 Mei dijadikan isu politik ‘desperate’ UMNO. Semuanya ini adalah tindakan untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap sikap dan tindakan tidak amanah UMNO yang keterlaluan terhadap rakyat dan negara. UMNO ketinggalan zaman kerana rakyat mahukan keamanan dan tidak ada cara lain selain dari hidup dalam keadaan muhibbah di antara kaum. Rakyat sudah jemu dengan taburan fitnah dan isu untuk memecah-belahkan mereka.
Pemuafakatan di antara PAS dan DAP membuatkan UMNO tidak lena tidur terutamanya kepada pimpinan UMNO termasuk Dr Mahathir Mohammad. Mereka (pimpinan UMNO) begitu resah kerana permuafakatan kedua-dua parti yang berbeza ini. Perbezaan ini memang kejadian Tuhan dan Tuhan menuntut semua yang berbeza itu untuk bermuafakat untuk tujuan yang baik dan mulia.
Kalaulah Tuhan jadikan manusia ini ‘homogeneous’ bagaimana permuafakatan itu boleh berlaku? Permuafakatan hanya boleh berlaku dan dilakukan oleh mereka yang berbeza dan permuafakatan untuk hidup saling hormat-menghormati itu adalah tuntutan agama kita sendiri dan agama-agama yang lain. Yang ditegah oleh agama suci kita ialah permuafakatan untuk melakukan kerja yang tidak baik.
Tetapi segala permuafakatan yang dilakukan oleh rakyat berbilang kaum ini sangat meresahkan pihak UMNO kerana parti itu tidak suka kepada perpaduan untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Keadaan ini disedari oleh UMNO dan pemimpin parti itu samada yang tua atau yang muda dengan tidak disedari mereka seolah-olah mengakui yang mereka itu sudah tidak berguna lagi di mata rakyat kerana kedhaifan mereka untuk melakukan apa yang dituntut Tuhan ini.
Maka mereka mencipta berbagai-bagai ‘idiom’ dan kata-kata yang bertujuan untuk menghalalkan perlakuan mereka. Yang terakhir ini Dr Mahathir berkata yang lebih baik bekerja dengan iblis dan syaitan yang kita kenali daripada malaikat yang kita tidak kenali. Kata-kata ini mereka (UMNO dan Mahathir) menunjukkan bukti bahawa mereka tidak mengenali malaikat. Yang mereka kenali hanyalah syaitan dan iblis.
Oleh itu biarlah mereka yang mengenali syaitan untuk terus bekerja dangan syaitan yang mereka kenali tetapi rakyat pula bekerja dengan pihak malaikat yang pihak sini mengenalinya. Kita hormat kepercayaan UMNO yang mereka (UMNO) lebih selesa dengan syaitan kerana mereka mengenali syaitan itu. Tetapi kita dari pihak rakyat yang inginkan kebaikan itu, kita bekerjalah dengan pihak yang pihak kita kenali, iaitu apa-apa yang baik dan yang dituntut oleh agama kita.
Memang ada pun perpatah, ‘the good is for the good and the bad is for the bad’. Jika UMNO bersesuaian dengan kehendak iblis dan syaitan kita pun tidak boleh berbuat apa-apa. UMNO bolehlah bekerjasama dengan elemen buruk itu jika tidak mampu untuk bersama dengan nilai-nilai mulia tuntutan Tuhan itu.
Tetapi jangan bawa kami bersama untuk mengikut jejak langkah anda dalam UMNO itu. Jika UMNO selesa di sana teruskan berada di sana. “Suit yourself”. Biarkan rakyat yang ramai ini terus melakukan pencarian dan ‘soul searching’ ini kerana kami tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk UMNO dan BN yang tidak henti-henti menyesatkan kita semua.
Bagi rakyat ramai kita mahukan perpaduan semua kaum dan agama. Selagi berada bersama UMNO dan BN matlamat itu tidak akan tercapai sampai bila-bila. Mari kita berpadu, tetapi berpadu di luar BN.
Sumber HD : 27/08/2012
Pepatah Inggeris menyebut, revenge is a dish best served cold. Maksudnya dendam ialah hidangan yang terbaik jika dihidangkan dalam keadaan sejuk.
Khabarnya disebut oleh Shakespeare, ia bermaksud seseorang yang ingin membalas dendam perlu melakukannya dalam keadaan dirinya tidak dikuasai emosi.
Pembalasan dendam boleh dirancang dengan teliti dan penuh strategi. Dalam keadaan tiada siapa yang menduga di sebalik senyuman manis yang diukir secara bermuka-muka, pembalasan dendam akan disempurnakan. Di waktu itu, ia lebih sempurna berbanding jika dendam dilepaskan ketika dikuasai emosi.
Di dunia ini, ramai yang mengambil pendekatan begini. Sekalipun sewajarnya dengan usia yang begitu lama berada bersama-sama, pahit manis dijunjung bersama, tetapi rupa-rupanya dalam berkawan, tangan masih menggenggam keris. Leka sedikit mata memerhati, hujung belikat menjadi mangsa.
Orang begini biasanya manis senyumannya lebih daripada orang lain, bahkan jika bersalam hampir tunduk mencium lutut.
Bukan tujuan saya untuk menujukan kepada sesiapa, ia hanya lumrah di dalam alam ini tanpa mengira masa dan tempat.
Saya datangkan pepatah ini hanya sebagai perbandingan. Saya teringat tentangnya apabila membaca laporan Harakahdaily pada 26 Ogos 2012 di bawah tajuk Khutbah Raya: Pihak mana sebenarnya berpolitik.
Rupa-rupanya masalah di MAIK yang berlaruran sejak dahulu masih belum selesai sekalipun sudah bertukar teraju jawatan Yang Dipertua kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Permainan ini tetap berterusan yang saya yakin tanpa pengetahuan pihak Yang Teramat Mulia sendiri. Bacalah laporan tersebut, ia dengan jelas menggambarkan kekecewaan anak muda Kelantan terhadap isu manipulasi teks khutbah yang sedang berlaku sekarang.
Petikan-petikan seperti "Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan" jelas sekali 'atas darat' ditujukan kepada himpunan BERSIH yang diwar-warkan sebagai pencetus kepada huru hara.
Begitu juga dengan petikan seperti, "Kenapa kita perlu dan bersungguh-sungguh untuk terus menerus membelah bangsa Melayu, umat Islam kepada belahan-belahan, kepada kabilah-kabilah yang boleh melemah dan merosakkan umat Islam, pada hal bangsa Melayu pada keseluruhannya adalah bangsa yang mempunyai potensi untuk membangunkan Islam, untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.."
Dari sudut maksudnya tidaklah salah tetapi dalam suasana politik hari ini yang semua pihak pandai membaca akhbar dan menonton televisyen, masyarakat tahu di atas kepala siapa batu ini mahu dilemparkan.
Saya kira, sewajarnya zaman berlindung di dalam pagar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk kepentingan politik telah berlalu. Paling tidak, tunjukkan budaya profesional dalam mengarang teks khutbah. Dalam hal solat di jalanan, perlu diingatkan bahawa sunnah Rasulullah SAW di dalam mengerjakan solat hari raya ialah di padang dan di tempat yang terbuka, bukannya di masjid.
Benar, ia bukanlah hal utama untuk dibincangkan di sini, tetapi merendah-rendahkan solat di jalanan di dalam khutbah Idulfitri menampakkan bahawa panel khutbah agar kurang sensitif bila berbicara tentang ibadat yang ada tatacaranya di dalam sunnah Rasulullah SAW!
Hakikatnya, ada pihak yang memainkan peranan mengarang teks khutbah sedemikian rupa untuk dibaca oleh para imam. Jika imam mengubahnya, tindakan bakal dikenakan. Ia lebih jelas lagi di dalam teks khutbah khas sempena hari kemerdekaan 31 Ogos ini yang telah diedarkan kepada para imam. Bacalah petikannya :
"Di kalangan orang-orang Melayu sering menyebut madah kata daripada Hang Tuah, bahawa tidak Melayu akan hilang di dunia, namun tidak ada jamiman sesuatu bangsa dapat mempertahankan dan mengekalkan kuasa dan kedudukannya apa lagi kalau bangsa Melayu sendiri pun sudah benci mendengar perkataan Melayu, sudah tidak bangga lagi jadi Melayu. Bukankah sudah banyak umat, bangsa yang terusir dari tanah air sendiri malah bukan sedikit yang telah hilang ditelan zaman?"
Orang yang celik politik tahu untuk siapa ayat-ayat di atas ditujukan. Pemimpin mana yang pernah didakwa tidak bangga menjadi Melayu kalau tidak YAB Tuan Guru Menteri Besar sendiri? Inilah yang telah dimanipulasi laporannya oleh Utusan Malaysia pada 19 September 2010 di bawah tajuk Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?
Sedangkan hakikatnya kenyataan Tuan Guru ialah "saya tidak bangga menjadi Melayu tetapi saya bangga menjadi Islam..". Sama sekali Tuan Guru tidak anti Melayu, tetapi kenyataan tersebut hanyalah bertujuan meletakkan nilai agama melebihi nilai bangsa. Ia sama seperti seorang ayah berkata kepada anaknya, "Ayah tidak bangga kamu belajar tinggi-tinggi, tetapi bangga jika kamu berakhlak mulia.."
Sindiran sebegini sangat jelas mesejnya di dalam teks khutbah yang akan dibaca 31 Ogos ini. Saya hanya menukilkan satu ayat sahaja dari teks khutbah yang kita sendiri akan dengar kandungannya pada hari kemerdekaan ini nanti.
Yang jelas, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh teks ini. Bukanlah telinga saya alergic dengan perkataan Melayu bahkan saya dilahirkan sebagai seorang Melayu. Namun, mengulangi berkali-kali nama Doktor Burhanuddin Helmi yang diperkenalkan sebagai TOKOH KEBANGSAAN MELAYU bersama-sama petikan di atas tidak syak lagi ada agenda yang tersendiri.
Saya hanya menukilkan contoh sahaja. Permainan politik di dalam teks khutbah yang diwajibkan ini hakikatnya bukan rahsia lagi. Dikhabarkan pemainnya hanya beberapa orang sahaja, tetapi masih tidak malu-malu bersembunyi sambil melontarkan batu. Saya kira masa sudah tiba untuk melakukan usaha pembersihan. Tunjukkan sahaja pintu keluar.
-----------------------------------------------------
Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan. Tulisan ini hanyalah merupakan pandangan peribadi beliau semata-mata. Bertarikh 27 Ogos 2012.

Maik: Ada sesuatu yang wajib dibaiki
Ahmad Fadli Shaari, | 27 Ogs 2012 |

Kenyataan Mahathir cepatkan kejatuhan Umno
Wan Nordin Wan Yaacob, | 27 Ogs 2012 |
Bukan sekali mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan yang agak mengecutkan Umno-BN berdepan sebarang kemungkinan perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Terkini, bekas Presiden Umno itu dalam blognya dan beberapa portal lain menyebut kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya.
Lebih menghairankan, Mahathir seolah-olah sudah mula meroyan dan tidak segan menyatakan "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal".
Pada penafsiran biasa, rakyat akan melihat bahawa syaitan yang dimaksudkan Mahathir mungkin sekali adalah BN kerana pada frasa ayatnya jelas menyatakan bahawa lebih baik memilih syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal.
Rakyat tidak merasakan ia suatu yang sangat pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.
Begitupun, perkembangan itu membawa kegusaran kepada Umno-BN.
Malah, Mahathir juga kini terdedah 'kulat-kulat' kronismenya yang diamalkan dizaman beliau yang membelenggu sistem pemerintahan hari ini.
Namun, Mahathir sentiasa bongkak dan hanya menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Abhmad Badawi kononnya zaman pemerintahan Ahli Parlimen Kepala Batas itu sebagai pemusnah kepada keyakinan rakyat terhadap BN khasnya Umno.
Namun bekas Perdana Menteri yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu tidak perasan akan kenyataan beliau itu juga penanda bahawa beliau akur dan mengakui trend sokongan rakyat tidak mampu dibendung lagi.
Keresahan Umno-BN melalui 'old-timer' mereka ini menggambarkan keresahan seluruh koloni Umno-BN yang mana kapal mereka kini semakin berat dan akan tenggelam bila-bila masa sahaja.
Telahan Mahathir ini ada benarnya kerana melihat kepada usaha rakyat yang meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan empat buah negeri BN tumbang pada PRU-12.
Malah, kemaraan rakyat tidak mampu dibendung dengan 'gula-gula' Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bonus kakitangan awam dan segala jenis bantuan rakyat atau program turun padang babitkan Najib dan kabinetnya.
Ramai yang melihat bahawa keresahan Umno-BN ini bukan kerana bimbang akan masa depan generasi akan datang, namun mereka resah jika kes-kes penyelewengan, skandal dan segala jenis kronisme akan dibongkar lagi selepas mereka hilang kuasa.
Lebih-lebih lagi Mahathir kini terpaksa menelan malu kerana terdedahnya isu kaitan pembekal minyak kepada MAS yang dikaitkan dengan syarikat Petron-San Miguel yang sahamnya dimiliki Mirzan Mahathir.
Mahathir juga resah dengan kebangkitan rakyat di Sabah dan Sarawak dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah beberapa tokoh besar seperti bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Lajim Ukim dan Ahli Parlimen Tawau, Wilfred Bumburing yang keluar BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Malah terdahulu, bekas orang kuat PBB di Sarawak suatu ketika dahulu, Dato' Salleh Jaafarudin telah menyertai PAS dan menyerahkan borang kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menambah keresahan Umno.
Umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah simpanan tetap BN yang berjaya mengekalkan BN berkuasa terus pada pilihan raya umum yang lalu meskipun hakikatnya BN tewas di Semenanjung.
Situasi inilah yang menjadikan Mahathir semakin resah dan gelisah apakah usia tuanya nanti akan tersembam di tirai besi setelah semua kes-kes yang berlaku dizamannya berkuasa akan didedahkan.
Maka terkeluarkan kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi datang dari mulut seorang yang bernama Mahathir.
Bak kata Pegarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Riduan, mungkin Mahathir terlupa bahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 dengan peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.
Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin 'shredder'.
Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti' dan bagi Edy Noor kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya BN tumbang.
Bak kata Edy Noor, nyata sekali kenyataan Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari 'ular sawa lumpuh kekenyangan' yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.
Rakyat sudah semakin celik dan dicelikkan lagi dengan keangkuhan Umno-BN mempertahan sistem rasuah, penyelewengan dan kronisme yang berpanjangan.
Tidak salah jika analisis bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bahawa Umno-BN akan kalah dalam PRU-13 boleh sahaja menjadi tepat kerana bunga-bunga kejatuhan sudah mula berserakan.
Sumber HD : 27/08/2012
Saya bukan seorang ‘pessimist’ dan tidak juga seorang ‘sadist’. Tetapi ketika pengumuman dibuat tentang pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 5.4% dalam suku kedua baru-baru ini, mengapa saya tidak seronok -‘euphoric’- macam sesetengah pemimpin Umno?
Bukankah pencapaian itu lebih baik dari pertumbuhan 4.7% dari suku pertama tahun ini dalam suasana ekonomi global menguncup dan tidak menentu?
Mengapakah saya suka bercakap tentang ‘bahaya’ dan ‘mala-petaka’ yang bakal menimpa rakyat dan negara (yakni pessimist) dalam suasana ekonomi negara dikatakan adalah lebih baik sekarang?
Apakah saya seorang “sadist”sengaja menyiksa dan menyakitkan hati Najib, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu?
Yang penting ini bukan pandangan saya sahaja bahkan pakar-pakar ekonomi dan badan-badan penyelidik dan kewangan antarabangsa yang lebih awal merakamkan kekhuatiran tersebut.
Jadinya, pandangan saya ini bukanlah kerana saya seorang pembangkang di Parlimen (Federal Opposition MP). Saya akan cuba pendekkan analisis dan permudahkan penerangan ini.
Kunci pencapaian ini boleh difahami kalau kita perhatikan dari manakah sumbangan pertumbuhan ini dan apakah kesan baik-buruk kalau pertumbuhan terus dipacu berdasarkan kaedah dan pendekatan itu? Perhatikan dari tabulasi berikut:
(Pertumbuhan 5.1 peratus dicapai separuh pertama 2012)
Ternyata dua sumbangan besar petumbuhan adalah dari sektor pembinaan (22.2 peratus - awam dan swasta) dan permintaan dalam negeri.
Tidak dinafikan sektor perkhidmatan (6.3 peratus), perkilangan (5.6 peratus) dan perlombongan (2.3 peratus) juga meningkat.
Gabenor Bank Negara mengakui bahawa projek kejuruteraan mega besar (dalam ETP) dan juga yang kedepan nanti membantu menyokong pertumbuhan ekonomi termasuk projek saluran paip Sabah-Sarawak bernilai RM4.6 bilion, projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar bernilai RM12.5 bilion dan loji tenaga Janamanjung berharga RM5 bilion.
Namun angka pertumbuhan (growth numbers) bukan segala-galanya tambahan hanya untuk satu suku tertentu. Tak ramai pun yang faham erti angka pertumbuhan ini. Tetapi ramai yang ‘memuja’ dan terkadangkali ‘mendewa’ angka pertumbuhan ini.
Mungkin kita boleh bincang tentang ‘Pertumbuhan atau Growth’ itu sendiri di lain penulisan, khasnya tentang ‘Brown Growth Vs Green Growth’ atau Pertumbuhan ‘Mapan Vs Tak Mapan (Lestari)’.
Dalam rangka itu juga, penulis mengingatkan semua bahawa pertumbuhan 5.4% dicapai dengan dipacu dua faktor utama; pertumbuhan bidang pembinaan dan permintaan domestik yang terdiri dari penggunaan isi-rumah (domestik).
Persoalan maha pentingnya ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini mapan atau ‘sustainable’? dan lebih penting lagi ialah: Apakah pertumbuhan seperti ini akan dapat mengatasi kemelut ekonomi yang sedang cuba di tangani oleh Model Ekonomi Baru (NEM) ciptaan PM Najib?
Pertumbuhan yang dijana dengan sektor ‘pembinaan’ dan khasnya dari pihak awam adalah kegiatan yang membawa kesan negatif dan buruk dalam jangka jauh. Pakar-pakar ekonomi merakamkan kerunsingan bahawa usaha perbelanjaan besar kerajaan atau dengan kata lain ‘pump-priming’ dengan pelbagai projek mega infrastruktur adalah tidak “sustainable” atau mapan dalam jangka jauh. Benar ia membawa kerancakan khasnya dalam sektor ‘construction’, namun apakah ‘kos’ dan dampaknya?
Kesan langsung perbuatan ini adalah HUTANG! Fitch Rating, sebuah agensi penarafan kredit antarabangsa, menyebutkan bahawa hutang kerajaan Malaysia telah buat pertama kalinya mencecah 55% KDNK tahun ini, berbanding 45% dalam tahun 2009.
Fitch Rating juga sekaligus memberi amaran keras kepada kerajaan Malaysia, bahawa perbelanjaan besar pihak awam dalam pelaburan infrastruktur dan pembinaan telah mencetuskan hutang yang sangat mengkhuatirkan. Penarafan kewangan awam Malaysia pada tahap A and BBB mesti diperbaikki, tegas Fitch kepada kerajaan Malaysia.
Projek mega seperti MRT dan Tun Razak Exchange, TRX (dulunya KLIFD) asalnya disebut sebagai swasta, kemudian bertukar menjadi Awam dan Swasta (PFI) dan akhirnya hanya ditanggung semua oleh kerajaan. Seluruhnya meningkatkan bebanan hutang awam.
Dalam nada yang seiring, sebuah think-tank ekonomi; Asli’s Centre for Public Studies (CPPS) juga merakamkan penegasan kekhuatiran yang serupa. Dalam Belanjawaan 2013 nanti, Najib diberi amaran supaya tidak bermewah dengan pemberian ‘goodies’ untuk menyuntik ‘feel good factor’ di ambang pilihanraya ke-13 ini. Najib dingatkan supaya tidak berkompromi dengan masa depan ekonomi Negara dengan perbelanjaan yang tidak pruden (reckless).
Seperkara lagi adalah aspek perbelanjaan isi-rumah atau domestic yang menjadi penjana pertumbuhan suku kedua ini juga. Ternyata segala polisi ‘pemberian’ termasuk kenaikan gaji dan lain lain, meninggalkan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dalam suku kedua ini. Akan tetapi apakah ini juga satu kaedah yang mapan?
Pendedahan baru-baru ini dalam sebuah akhbar tempatan bahwa kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan. Maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.
Angka cukup menakutkan sebab ia telah melonjak dari 33% KDNK padatahun 1997 (semasa krisis kewangan), 78% 2011 dan kini tentunya 80% nisbah KDNK. Tidak diketahui secara hutang tak berbayar (NPL) terkini.
Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Lebih malang lagi kalau hutang isi-rumah ini dinisbahkan dengan ‘pendapatan boleh berbelanja’ bermakna pendapatan tolak semua hutang (disposable income), maka statistik adalah seperti berikut berbanding negara-negara jiran. (Hutang: pendapatan boleh berbelanja dalam peratus).
Indonesia – 38%, Thailand – 53%, Singapura – 105% tetapi Malaysia – 140% !
Sebanyak 116,379 kes bankrap dicatatkan oleh Jabatan Insolvensi dari tahun 2005 hingga April 2012. Ini bermakna 58 diisytihar bankrap setiap hari.
32% adalah di kalangan mereka berumur 35-42 tahun berpunca dari kegagalan menyelesaikan hutang; hutang kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi (kad redit) dan pinjaman perumahan adalah tiga punca utama golongan tersebut terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Tentunya dalam negara terperangkap dalam jajaran pendapatan rendah-sederhana dan modal insan yang berada pada tahap produktiviti yang rendah, untuk mengharapkan faktor sebaagi pemacu utama pertumbuhan adalah satu yang tidak mapan.
Najib seperti yang disaran pakar-pakar ekonomi wajar memberikan fokas untuk mengeluarkan ekonomi negara dari beberapa kemelut akibat urus-tadbir kewangan pincang dan tidak pruden.
Di samping berdepan dengan permasalahan struktural yang dibelenggu monopoli dan subsidi yang regresif, tahap hutang akibat terlalu lama menanggung deficit yakni selama 14 tahun, ekonomi yang terbeban dengan pelbagai aspek kegagalan penswastaan dan amalan kronisme serta ‘sistem penghantaran’ yang sarat dengan rasuah dan ketirisan.
Justeru hutang awam (kerajaan Persekutuan yang telah mncecah 55% KDNK yang tidak dizinkan oleh Akta Pinjaman Tempatan, jurang kaya miskin yang terus melebar, pergantungan pendapatan negara kepada hasil minyak dan gas serta tenaga kerja asing yang tidak berketrampilan.
Berlatarbelakangkan kesemua kemelut ekonomi dan gejala pengurusan kewangan Negara ini, mampukah kita bertepuk dan bersorak dengan pertumbuhan di suku kedua tahun ini?
Jangan sampai dipanggil orang tiga suku pulak ya!
-----------------------------------------
Dr Dzulkefly Ahmad adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Kenapa tiada tepuk-sorak pertumbuhan 5.4%?
-, | 27 Ogs 2012 |

Jenayah ragut jadi budaya hidup di negara ini
Aspan Alias, | 28 Ogs 2012 |
Saya telah diminta oleh seorang pengunjung blog saya melalui e-mailnya meminta saya memberikan komen tentang jenayah ragut yang agak berluas-luasa di negara ini. Insan yang menghantar email itu menyatakan yang beliau mahukan saya menulis tentang jenayah ragut yang telah berlaku kepada isterinya beberapa tahun dahulu yang menyebabkan isterinya tercedera dan telah menghadapi rasa fobia apabila berjalan di bandar untuk membeli belah atau ke pasar.
Pengadu ini mempersoalkan sama ada apa yang di bangga-banggakan negara ini sebagai negara yang aman dan selamat itu adalah benar atau sebaliknya.
Sesungguhnya jenayah ragut memang banyak berlaku dan saya sendiri pernah menyaksikan peristiwa ragut berlaku di hadapan mata saya sendiri. Dua orang yang menaiki motosikal telah lalu di sebelah wanita yang membimbing bag tangan dan terus sahaja meragut wanita itu dan mereka (peragut) terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terbaring di tepi jalan dan mengalami sedikit kecederaan di tangannya.
Peristiwa seperti ini selalu berlaku dan sekali gus ia menafikan yang negara kita adalah sebuah negara yang aman damai seperti yang di antara kita bangga-banggakan. Ini tidak termasuk kes rogol, bunuh dan pecah rumah yang menjadi bahan berita yang lumrah melalui saluran-saluran TV kita serta media cetak. Ada sahaja yang cedera dan mati akibat jenayah ini.
Banyak pihak bertanya kenapa perkara ini selalu sangat berlaku di negara kita? Ada yang bertanya bagaimanakah keadaaan sebuah negara yang aman itu? Pihak penguasa polis dan penguatkuasa undang-undang yang lain boleh kita lihat di mana-mana terutamanya di kotaraya-kotaraya dalam negara kita tetapi jenayah tetap berkembang dengan cepat dan deras. Malahan ramai di antara bekas anggota dan pegawai tertinggi polis menulis dan membuat kenyataan yang mengakui jenayah di negara kita meningkat dengan begitu ketara.
Selalunya apabila sesebuah negara yang sering berlaku samun dan rompak serta jenayah ragut ini berlaku dengan pesatnya ia merupakan petanda dan dalil yang rakyat miskin adalah ramai dan mengambil tindakan mencuri dan merompak harta benda orang lain untuk hidup.
Di negara-negara Scandinavia misalnya tidak ada kes-kes rompak dan samun yang ketara seperti yang berlaku di negara kita. Negara-negara dalam gugusan Scandinavia ini merupakan negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi malah ia melebihi pendapatan per kapita negara-negara G8. Kalau kita melawat negara-negara ini kita tidak akan nampak anggota polis berkeliaran seperti di negara kita. Di negara-negara yang saya sebutkan ini keamanan dan keselamatan diri individu rakyat seperti terjamin. Inilah contoh-contoh sebuah negara yang aman.
Sebaliknya di negara kita, kita melihat anggota polis dan penguatkuasa yang lain berkeliaran tetapi insiden seperti yang di tulis oleh pengadu kepada saya itu berlaku dengan meluas. Ragut di sana dan ragut di sini dan dengan jelas kes ragut harta orang lain ini sememangnya menjadi perkara yang lumrah di negara kita ini.
Pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kuasa di tangan mereka pun melakukan ragut-meragut harta orang lain seperti harta rakyat seperti yang kita selalu dengar melalui pendedahan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Jumlah harta dan wang ringgit rakyat yang diragut oleh pemimpin-pemimpin kita melibatkan jumlah yang puluhan billion ringgit. Rakyat sentiasa diragut wang ringgit mereka oleh mereka dan pemimpin yang mereka (rakyat) amanahkan untuk menjaganya.
Jenayah ragut ini sememangnya sudah tidak dapat dihentikan lagi selagi mereka ini masih berkuasa. Jumlah yang terilbat dalam ragut oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah kecil. Yang penting rakyat fahami dan cuba untuk menghentikannya ialah kes-kes ragut yang berbillion ringgit yang dilakukan oleh pimpinan yang sedang berkuasa. Jenayah ragut yang mereka lakukan itu melibatkan harta wang ringgit seluruh rakyat yang mengisi kantung perbendaharaan negara kita melalui berbagai bentuk cukai yang mereka bayar setiap hari.
Penjenayah ragut yang dilakukan oleh penunggang motosikal itu mudah untuk diselesaikan kerana sudah ramai yang tertangkap dan dipenjarakan. Tetapi masalah yang terbesar sekarang ini ialah untuk menyelesaikan kes ragut kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan besar kita serta penjawat-penjawat awam negara yang melibatkan ratusan berbillion ringgit itu.
Peragut-peragut jenis inilah yang amat susah untuk diselesaikan. Malahan yang mendedahkan kes ragut itu pula yang kena tuduh di mahkamah kerana ada undang-undang yang melindungi penjenayah ragut yang berkolar putih ini. Rafizi Ramli telah dituduh di mahkamah kerana mendedahkan kes ragut wang rakyat yang berbillion ringgit oleh keluarga yang mempunyai pengaruh dalam kabinet negara yang di dalamnya mempunyai penjenayah ragut yang besar-besar.
Sekarang rakyat yang sedar dan insaf telah mendapat formula yang jelas untuk menyelesaikan kes-kes ragut yang besar-besar ini. Caranya ialah dengan mengenepikan mereka dari kuasa yang ada pada mereka.
Waktu untuk mengenepikan mereka akan sampai tidak lama lagi. Masanya itu ditentukan oleh Najib,
Perdana Menteri kita. Rakyat sekarang sedang memberikan tumpuan untuk menolak mereka yang sudah ketagih dengan kegiatan ragut meragut ini. Rakyat sudah kerugian begitu banyak oleh kegiatan ragut yang dilakukan oleh mereka yang sedang berkuasa itu.
Jika semua rakyat bekerjasama dalam PRU ini, isu penjenayah ragut ini akan dapat diselesaikan dengan cepat. Maka harta benda rakyat akan dapat diselamatkan dari diragut oleh pihak yang sudah sebati dengan kes ragut meragut ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
Khalid Samad, | 28 Ogs 2012 |
Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!
Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?
Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”
Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.
Zaman berubah seperti juga manusia.
WaLlahu 'Alam - http://www.khalidsamad.com

Rakyat luntur semangat sambut Merdeka
Muhammad Faeez Azahar, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka.
“Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja.
“Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu ‘Janji Ditetapi’,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini.
Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama.
“Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya.
Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari.
“Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta,” tegas beliau.

Sumber HD : 29/08/2012
Kecewa Dzulkifli disingkir sebagai Pengarah Besar Felda
Muhammad Adam Lee Bin Abdullah, |
Kecewa sekali perasaan saya apa bila membaca berita penyingkiran Dato’ Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengaraha Besar Felda. Takziah Dato' dan bersabarlah; sesungguhnya kecemerlangan khidmat Dato' sebagai Pengarah Besar FELDA telahpun diiktiraf massa, dan paling penting, Dato' telah berjaya dalam berjihad menentang kemungkaran golongan berkepentingan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan rahmat-Nya kepada Dato' sekeluarga khasnya sekaligus membuktikan lagi hipokrasi mereka terhadap matlamat dan prinsip perjuangan sendiri.
Jelas sekali peristiwa ini merupakan satu lagi sejarah hitam negara, khasnya FELDA. Sudahlah sebelum ini, pada November tahun lalu, Perdana Menteri telah sewenang-wenangnya meminta Dato' Zulkifli bercuti sambil berkursus, kononnya untuk transformasi FELDA.
Kini, terbukti sekali lagi bahawa apa yang mereka war-warkan kepada kita bahawa merekalah pejuang tulennya hanya sandiwara murahan. Penyenaraian FGVH ke bursa saham hanya untuk menghimpun sebanyak mungkin harta peribadi. Tindakan menggantikan seorang pakar pengurusan yang berilmu, beriltizam lagi berpengalaman dengan seorang yang "rasuah" yang hanya disokong para politikus yang "rasuah" juga, satu lagi petanda keruntuhan akhlak dan syakhsiah politik regim pemerintah sekarang. Tetapi, adakah mereka mahu mengakui ini semua?
Justeru, ayuh kita bersama-sama memerdekakan negara Islam Malaysia tercinta ini daripada kemerosotan prestasi sebegini akibat keangkuhan para pemegang amanah yang kita pilih selama ini.
Sekadar perbandingan, zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) berbanding Dato' Sri Najib - setidak-tidaknya, terdapat sedikit sebanyak transformasi yang agak berjaya dilakukan di era Pak Lah, seterusnya membuka ruang ke arah perubahan lanskap politik dengan kemenangan pembangkang yang agak ketara pada pilihan raya lalu, walaupun menyebabkan Tun Mahathir berang dan merestui rampasan kuasa terbesar di dalam Umno setahun kemudian.
Oleh itu, marilah kita menyambut kemerdekaan yang menjelang tiba ini dengan keazaman untuk berhijrah daripada jahil kepada berilmu dan matang, insya-Allah.

Langkah Bank Negara dipuji, tetapi...
Ahmad Sauki Idris, |
Baru-baru ini, saya menerima surat daripada bank yang berkaitan dengan kad kredit yang saya miliki. Dalam surat tersebut meminta semua pemilik kad yang belum mengemaskini maklumat gaji hendaklah berbuat demikian dengan bank masing-masing.
Hal kini kerana, pihak bank telah menerima arahan atau garis panduan baru daripada Bank Negara. Antara arahan tersebut ialah had kredit bagi setiap pemegang kad ialah dua kali gaji dan seseorang itu hanya boleh memiliki dua kad kredit sahaja.
Peraturan baru ini wajar dipuji kerana telah ramai rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis dan disenaraihitamkan kerana gagal mejelaskan hutang kad kredit.
Namun, pada masa yang sama, kerajaan melalui Bank Negara perlu juga memikirkan kaedah untuk mengatasi jumlah rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis dan disenaraihitam kerana sebab-sebab lain seperti penjamin kepada peminjam bank, gagal membayar ansuran kereta, atau tidak membayar pinjaman perumahan yang terbengkalai.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak lama dahulu, selain masalah kredit kad, tiga masalah di atas juga agak serius. Apatah lagi bagi masalah penjamin kepada peminjam dan kes rumah terbengkalai.
Sehingga kini tiada apa-apa langkah yang serius diambil oleh pihak kerajaan dalam membantu rakyat yang teraniaya akibat dua kes ini. Mungkin masalah ini tidak terkena “batang hidung”kerajaan, maka mereka buat endah tak endah sahaja. Atau, mereka memang tidak prihatin dengan masalah rakyat. Yang mereka perlukan daripada rakyat hanyalah undi, yang lain-lain pandai-pandailah rakyat uruskan sendiri dengan bank dan peguam.
Bagi masalah gagal membayar ansuran kereta pula, kita sedia maklum bahawa harga kenderaan di Malaysia amat mahal jika dinisbahkan dengan gaji, ditambah pula bunga bank yang tinggi. Hasrat Pakatan Rakyat menurunkan harga kenderaan amat dialu-alukan demi mengurangkan senarai rakyat Malaysia yang disenaraihitam.
Saya berpendapat kesemua masalah ini tidak dapat diselesaikan selagi kerajaan yang ada pada hari ini tidak menukar sikapnya atau pilihan lain yang ada ialah kita tukar sahaja kerajaan yang ada dengan kerajaan Pakatan Rakyat!
Sumber HD : 29/08/2012
Sumber HD : 29/08/2012
Perenggan di atas hanyalah satu lumrah dalam kehidupan ini. Saya, anda dan semua manusia sedang hidup dalam putaran kehidupan yang sebegini. Allah SWT menciptakan manusia dalam arus cabarannya masing-masing. Justeru, di antara perintah Allah SWT yang amat berat ialah berkata benar. Firman Allah SWT :
yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. – Surah At-Taubah, ayat 119.
Ternyata, berada bersama dengan orang-orang yang benar adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan. Jika tidak, tentu sekali tidak akan disertakan bersama dengan perintah bertaqwa kepada Allah SWT.
Saya teringat-ingat ayat ini, khususnya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mohd Zin seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian hari ini. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa teks khutbah yang dikeluarkan oleh MAIK bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.
Saya menarik nafas lega membaca kenyataan beliau. Nyata sekali, teks khutbah yang dikeluarkan oleh MAIK tidak mempunyai sebarang agenda politik seperti yang disensasikan. Mustahil panel khutbah yang turut dianggotai oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan terlepas pandang isu-isu politik yang sedang hangat diperdebatkan sehingga dimasukkan di dalam teks khutbah yang menampakkan sikap bias politik.
Barangkali hanya kebetulan sahaja apabila di dalam teks khutbah yang akan dibacakan pada 31 Ogos ini antara lainnya berbunyi demikian : ““Di kalangan orang-orang Melayu sering menyebut madah kata daripada Hang Tuah, bahawa tidak Melayu akan hilang di dunia, namun tidak ada jamiman sesuatu bangsa dapat mempertahankan dan mengekalkan kuasa dan kedudukannya apa lagi kalau bangsa Melayu sendiri pun sudah benci mendengar perkataan Melayu, sudah tidak bangga lagi jadi Melayu. Bukankah sudah banyak umat, bangsa yang terusir dari tanah air sendiri malah bukan sedikit yang telah hilang ditelan zaman?” ( Teks Khutbah MAIK Siri 35, bacaan pada 31 Ogos 2012, muka surat 5)
Teks khutbah ini dengan jelasnya menempelak pihak-pihak yang tidak bangga menjadi Melayu. Siapakah agaknya yang tidak bangga menjadi Melayu itu? Jawabnya, tiada sesiapa kerana teks ini disediakan tanpa sebarang niat untuk berpihak dalam politik.
Saya perlu percaya bahawa secara KEBETULANNYA, individu yang pernah dikaitkan dengan kontroversi tidak bangga menjadi Melayu ialah YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sendiri. Lihat sahaja laporannya di dalam Utusan Malaysia 19 September 2010.
Senada pula teks khutbah ini dengan nada pemimpin UMNO dan PERKASA yang diketahui umum sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menghentam YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Antara lain, belek
sahaja Utusan Malaysia 20 September 2010 dan Sinar Harian pada tarikh yang sama. Nada pemimpin
UMNO dengan teks khutbah MAIK ini hanyalah secara KEBETULAN semata-mata.
Saya perlu percaya kepada KEBETULAN ini, kerana ia ditegaskan sendiri oleh Dato Timbalan Yang Dipertua MAIK. Begitu juga banyak lagi KEBETULAN sebelum ini. Barangkali saya boleh memaksa diri untuk percaya, tetapi tidak orang lain!
- 29 Ogos 2012

FGV: Dari haramjadah ke makhluk perosak
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 29 Ogs 2012 |
PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pemimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barisan depan transformasi ekonomi Najib.
Kali ini dia kata Felda akan membiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab borang pinjaman bank ketika itu diedarkan ke seluruh kawasan Felda?
Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.
Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH disenaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.
Harga hari ini ialah RM5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najib dah panik. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM4.55 seunit.
Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM50 sebulan tak pasal pasal.
Pada harga RM5.02 bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 unit saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung bersih sebanyak RM180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh.
Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua!
Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat durian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM3,645.50. campur untung hari ini sebanyak RM380.70, untung besar sebanyak RM4,026.
Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM4,000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya.
Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM15,000 setiap keluarga.
Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15,000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Kerajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen.
Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanyak RM380 x 112,635= 43 juta.
Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang dikeluarkan untuk peneroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harganya RM4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu.
Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:-
· RM1,680 juta( rasuah pendahuluan).
· Bonus raya = 43 juta.
· Pembiayaan penuh RM415 juta.
Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksalah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampaknya tahun hadapan.
Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM5.99 billion dari penjualan saham FGV?
Hmm.cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion.
Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya.
Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa ladang pada harga RM3500/hektar.
Isa! Ekau tipu den yo. - http://sakmongkol.blogspot.com

'Separuh benar bermakna bohong'
Ahmad Fadli Shaari, |
Hanya separuh sahaja yang benar bermakna berbohong secara keseluruhannya, ini hanya bidalan sahaja. Mungkin ada yang setuju dan tidak mustahil ada yang sebaliknya. Namun, jika dikaji ada juga kebenarannya.
Sebenarnya, jika berbohong terus menerus lebih sukar untuk diterima berbanding berbohong sekali sekala. Ini kerana, pembohong tegar akan terus dicop dan tidak diterima kata-katanya berbanding dengan orang yang sekali sekala bercakap bohong, pembohongannya mudah diterima ; itupun sebelum terbongkar kisah sebenar.
Perenggan di atas hanyalah satu lumrah dalam kehidupan ini. Saya, anda dan semua manusia sedang hidup dalam putaran kehidupan yang sebegini. Allah SWT menciptakan manusia dalam arus cabarannya masing-masing. Justeru, di antara perintah Allah SWT yang amat berat ialah berkata benar. Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. – Surah At-Taubah, ayat 119.
Ternyata, berada bersama dengan orang-orang yang benar adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan. Jika tidak, tentu sekali tidak akan disertakan bersama dengan perintah bertaqwa kepada Allah SWT.
Saya teringat-ingat ayat ini, khususnya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mohd Zin seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian hari ini. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa teks khutbah yang dikeluarkan oleh MAIK bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.
Saya menarik nafas lega membaca kenyataan beliau. Nyata sekali, teks khutbah yang dikeluarkan oleh MAIK tidak mempunyai sebarang agenda politik seperti yang disensasikan. Mustahil panel khutbah yang turut dianggotai oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan terlepas pandang isu-isu politik yang sedang hangat diperdebatkan sehingga dimasukkan di dalam teks khutbah yang menampakkan sikap bias politik.
Barangkali hanya kebetulan sahaja apabila di dalam teks khutbah yang akan dibacakan pada 31 Ogos ini antara lainnya berbunyi demikian : ““Di kalangan orang-orang Melayu sering menyebut madah kata daripada Hang Tuah, bahawa tidak Melayu akan hilang di dunia, namun tidak ada jamiman sesuatu bangsa dapat mempertahankan dan mengekalkan kuasa dan kedudukannya apa lagi kalau bangsa Melayu sendiri pun sudah benci mendengar perkataan Melayu, sudah tidak bangga lagi jadi Melayu. Bukankah sudah banyak umat, bangsa yang terusir dari tanah air sendiri malah bukan sedikit yang telah hilang ditelan zaman?” ( Teks Khutbah MAIK Siri 35, bacaan pada 31 Ogos 2012, muka surat 5)
Teks khutbah ini dengan jelasnya menempelak pihak-pihak yang tidak bangga menjadi Melayu. Siapakah agaknya yang tidak bangga menjadi Melayu itu? Jawabnya, tiada sesiapa kerana teks ini disediakan tanpa sebarang niat untuk berpihak dalam politik.
Saya perlu percaya bahawa secara KEBETULANNYA, individu yang pernah dikaitkan dengan kontroversi tidak bangga menjadi Melayu ialah YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sendiri. Lihat sahaja laporannya di dalam Utusan Malaysia 19 September 2010.
Senada pula teks khutbah ini dengan nada pemimpin UMNO dan PERKASA yang diketahui umum sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menghentam YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Antara lain, belek
sahaja Utusan Malaysia 20 September 2010 dan Sinar Harian pada tarikh yang sama. Nada pemimpin
UMNO dengan teks khutbah MAIK ini hanyalah secara KEBETULAN semata-mata.
Saya perlu percaya kepada KEBETULAN ini, kerana ia ditegaskan sendiri oleh Dato Timbalan Yang Dipertua MAIK. Begitu juga banyak lagi KEBETULAN sebelum ini. Barangkali saya boleh memaksa diri untuk percaya, tetapi tidak orang lain!
- 29 Ogos 2012
Sumber HD : 29/08/2012
Hospital Shah Alam tergendala lagi?
Khalid Samad, | 29 Ogs 2012 |
Saya baru terima laporan kemajuan projek Hospital Shah Alam. Nampak gayanya sudah jauh ketinggalan berbanding dengan yang telah dijadualkan. Sudahlah 2 tahun terbiar terbengkalai begitu sahaja, sudahlah terpaksa ditambah kos dengan harga beratus juta ringgit. Sekarang tergendala lagi?
Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013. Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan!
Adalah amat memalukan sekiranya projek seperti ini, ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, bukan ditengah hutan, tidak dapat dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan baik. Rasa-rasanya Menteri Kerja Raya kena buat sesuatu kot? Apa? Letak jawatan? Hmmm... kena tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Adakah mereka memahami bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab dan juga pertanggung-jawaban?
Kalau tanya golongan yang agak kuno, mungkin akan dikatakan tapak itu berhantu. Kena sembelih kambing dan sebagainya. Tapi kita tahu itu semua karut dan bertujuan memindahkan kesalahan dan menutup kegagalan diri. Adakah pihak kementerian juga akan menggunakan alasan yang sama?
WaLlahu 'Alam
Sumber HD : 29/08/2012
Naib Canselor Universiti Malaya mengumumkan bahawa tidak lama lagi, UM akan melaksanakan beberapa projek mega. Antara komponen projek mega ini adalah pembinaan pusat beli-belah di dalam kampus UM dan juga universiti swasta.
Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan kita. Persoalannya adakah Universiti Malaya akan diswastakan? Perkembangan ini sekaligus mengingatkan kita pada usaha yang dilihat cuba menswastakan Universiti Malaya. Antara usaha-usaha ketara yang dibimbangi adalah:
Pada tahun 1999, terdapat usaha bagi membina restoran McDonald’s di pintu masuk UM. Ia akhirnya dibatalkan selepas dibantah oleh ramai pihak.
Pada tahun 2007 pula, terdapat cadangan bagi memindahkan Universiti Malaya ke Sepang agar tanah Universiti Malaya yang strategik dapat dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju hartanah. Cadangan ini dibantah oleh Lembaga Pengarah UM, malah dibantah oleh Persatuan Kakitangan Akademik UM, Alumni UM, pensyarah, pentadbir dan kakitangan UM. Tokoh sarjana negara, seperti bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz dan Dr Rozaidah Talib juga tegas membantah cadangan tersebut. Bahkan Profesor Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan tersebut sebagai gila dan kurang ajar.
Kini, pada tahun 2012, dikhuatiri rancangan ini timbul kembali dengan cadangan bagi membina pusat beli-belah dan universiti swasta. Universiti Malaya, sebuah universiti awam yang bermatlamat melahirkan graduan berkualiti tinggi dibimbangi bakal menjadi organisasi yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, lantas mengakibatkan:
1. Kos pengajian meningkat, seterusnya membebankan mahasiswa, terutamanya mahasiswa dengan latar belakang pendapatan rendah/sederhana,
2. Kemudahan-kemudahan yang diperlukan tidak dibina kerana memberi laluan kepada projek-projek yang ‘dianggap’ menjana lebih banyak keuntungan,
3. Kualiti pengajaran dan pembelajaran merosot kerana tumpuan dan sumber kewangan disalurkan kepada universiti swasta dalam UM,
4. Dan sebagainya.
Kita tidak menolak sebarang usaha bagi memperbaiki kualiti Universiti Malaya secara menyeluruh. Tetapi rancangan ini seharusnya diperhalusi supaya ia memberikan keuntungan jangka pendek dan jangka panjang kepada semua pihak, dan bukan hanya rancangan yang mementingkan aspek komersil semata-mata dan akhirnya menyebabkan Universiti Malaya diswastakan.
Sumber HD : 30/08/2012

Khuatir Universiti Malaya diswastakan
Khatijah, |

Kembalilah kepada Islam
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Tiada jalan pintas dan apa-apa juga jalan lain yang boleh menyelamatkan umat Islam melainkan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Buatlah dan rancanglah apa pun tidak akan dapat membuka simpul permasalahan sosial yang kini sangat membimbangkan kita.
Isu buang bayi, zina, sumbang mahram, dadah, maksiat dan syirik serta murtad dan juga jenayah lain tidak akan dapat dibendung selagi manusia berdegil tidak mahu kepada ajaran al-Quran sebagai pembimbing mereka. Malahan Allah cabar manusia mencari dunia lain untuk hidup jika tidak suka dengan peraturan-Nya lagi.
Kembalilah kepada asal walaupun dunia menganggap kita ketinggalan zaman dan kolot kerana terbukti pada zaman sebelum Merdeka dan pada zaman awal Merdeka dahulu apabila kita dapat menjaga tata susila dan adat resam serta berpegang teguh kepada ajaran islam. Ketika itu pergaulan lelaki perempuan terbatas dan kurangnya pengaruh budaya tidak sihat dari barat. Di samping tidak ada langsung bahan lucah daripada internet dan sebagainya. Umat pada masa itu mampu bertahan dan tidak terkeluar daripada landasan Islam yang sebenarnya.
Sebahagian daripada kita sudah jauh daripada Rasulullah SAW dan bertambah jauh dengan Allah walaupun kita rasa 'perjalanan' kita itu betul. Hakikatnya tidak kerana banyak penyelewengan yang kita lakukan terhadap Islam dan tidak memegang amanah saperti yang dituntut oleh agama.
Kita seolah-olah telah hilang punca dan diharapkan jangan sampai Allah tutupkan hijabnya hingga hilang perjalanan untuk kembali kepada-Nya. Kembalilah ke pangkal jalan dan ambillah kembali segala ajaran Islam itu sebelum terlambat. Hal ini kerana bila-bila masa sahaja bala akan diturunkan jika masih berdegil atau sekurang-kurangnya kembalikanlah kepada kehidupan sebagaimana datuk nenek kita hidup sebelum zaman merdeka dahulu.
Walaupun sederhana tetapi masih dapat mengekalkan identiti sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab kepada agamanya dan masih lagi dapat mengekalkan budaya serta adat resam datuk moyang kita dahulu. Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri dan juga anak cucu kita serta menzalimi masyarakat yang lain yang mahu kepada keharmonian hidup dan aman damai.

Pegawai PPD minta guru bercerai dengan suami?
http://msomelayu.blogspot.com, | 31 Ogs 2012 |
OLE OLE MERDEKA
Politik itu jahat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadanya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar 'memasakh' suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas. (Fasakh menurut Kamus Dewan pembatalan nikah).
PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang.
Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan tersebut. Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya supaya tidak menyokong parti kerajaan.
Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang.
Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam. Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan.
Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.
Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu.
Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.
Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.
Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan gar tidak memperbesarkan kesnya itu.
Siasatan lanjut akan dijalankan. [wm.kl.9:05 pm 30/08/12]
Sumber HD : 31/08/2012
Sumber HD : 3/09/2012
Di tengah-tengah kecelaruan politik nasional, mahasiswa menjadi lapisan akhir untuk rakyat meletak kepercayaan. Hal ini bukan sahaja tertulis dalam sejarah Malaysia, tetapi juga tercatat dalam sejarah Indonesia, Iran, Korea Selatan dan banyak lagi Negara Negara lain yang memiliki sejarah gerakan mahasiswa tersendiri.
Tidak adil sekiranya parti politik hanya memberi contoh gerakan mahasiswa luar Negara yang menjadi sayap parti politik sebagai hujah untuk menyokong keperluan mewujudkan gerakan mahasiswa sayap parti di Malaysia. Parti Politik seharusnya melihat bagaimana gerakan mahasiswa berfungsi secara keseluruhan. Kebanyakan Gerakan Mahasiswa yang menjadi sayap parti politik di luar Negara lebih memainkan peranan sebagai agen yang mempromosikan polisi-polisi parti induk masing-masing sepertiOxford University Liberal Democrat menjadi agen penerangan kepada Parti Liberal Democrat.
Maka sudah pasti parti politik Malaysia juga mengharapkan peranan yang sama untuk digerakkan oleh gerakan mahasiswa yang dinaungi mereka. Hal ini perlu disedari dan dipertimbangkan oleh Gerakan Mahasiswa yang berada di Malaysia. Biarpun ada suara yang mengatakan mahasiswa masih boleh berperanan sebagai agen memberdaya rakyat walaupun menjadi sayap parti, namun pertimbangan yang perlu dilakukan bukan sekadar disekitar “masih boleh berperanan”, tetapi lebih penting ialah sejauh mana peranan itu mampu memberi kesan terhadap objektif.
Sebagai contohnya, walaupun kebanyakan gerakan mahasiswa di United Kingdom merupakan sayap kepada organisasi politik, namun dalam isu-isu utama yang melibatkan kepentingan rakyat, mereka membentuk UK National Union of Student (NUS) yang dianggotai pelbagai organisasi mahasiswa daripada pelbagai aliran politik. NUS merupakan badan mahasiswa yang paling vokal dalam mengutarakan isu-isu nasional dan antarabangsa. Hal Ini menunjukkan biarpun dinaungi parti, namun gerakan mahasiswa di UK masih memiliki platform yang kelihatan adil dan tidak bias kepada mana-mana kepentingan politik. Oleh itu, gerakan yang tidak ditempel dengan kepentingan politik masih menjadi nadi utama kepada gerakan mahasiswa United Kingdom.
Selain itu, Gerakan Mahasiswa juga perlu melihat kepada lanskap politik Negara-negara luar sebelum meniru corak permainan politik mereka. Antara Negara yang memiliki gerakan mahasiswa sayap parti yang terkemuka adalah seperti United Kingdom, Georgia, Bangladesh dan India. 92 % hingga 98 % rakyat ke empat-empat negara ini yang layak mengundi telah mendaftar sebagai pengundi. Berbanding dengan Malaysia yang mencatat 73% pendaftaran pengundi daripada jumlah yang layak mengundi.
Signifikan daripada fakta ini ialah, mungkin masanya sudah sesuai untuk gerakan mahasiswa di United Kingdom, Georgia, Bangladesh dan India melangkah kehadapan dengan terlibat secara langsung dalam persaingan polisi parti politik. Hal ini kerana jumlah pendaftaran pengundi yang tinggi menunjukkan rakyat Negara tersebut sedar dan faham mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam arus politik nasional. Oleh itu Gerakan Mahasiswa di sana boleh berevolusi daripada berperanan sebagai pencerah mengenai hak dan demokrasi kepada pemudah cara untuk rakyat memilih parti yang terbaik sebagai pemerintah.
Berbeza bagi Malaysia, masih ada peratusan besar rakyat yang bersikap negatif terhadap keperluan untuk terlibat dengan arus politik dan demokrasi. Hal ini didorong oleh pendidikan politik yang tempang dan sistem politik bercelaru yang membingungkan rakyat. Keadaan tambah rumit apabila parti yang memegang tampuk pemerintahan tidak berlaku jujur dengan menafikan hak parti lain daripada menyampaikan polisi masing-masing melalui saluran media yang adil. Hasilnya rakyat sentiasa terdidik dengan doktrin tidak sihat yang menyebabkan lahir pemikiran ekstrim kepartian tanpa menilai pasak rasional dan kebenaran.
Tidak cukup dengan kurangnya kecaknaan rakyat terhadap politik, mahasiswa dalam universiti juga mengalami masalah yang sama. Hakikatnya hanya 7 % mahasiswa yang benar benar cakna tentang situasi politik Negara. Angka ini dinyatakan oleh Prof Abu Hassan Hasbullah dalam satu forum yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia. Oleh itu masih ada 93 peratus anak muda di pusat pengajian tinggi yang perlu dibangunkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab bernegara.
Gerakan Mahasiswa mungkin perlu lebih mirip kepada konsep Badan Bukan Kerajaan yang tidak terikat dengan mana-mana kepentingan politik. Sekiranya diteliti, antara faktor yang mendorong kesedaran rakyat di Negara-negara seperti yang dinyatakan di atas ialah gerakan Badan Bukan Kerajaan mereka yang aktif membangunkan kesedaran rakyat. Sebagai contohnya, Bangladesh memiliki sbuah NGO yang tercatat dalam senarai 10 NGO terbaik dunia iaitu BRAC (Bangladesh Rural Advancement Committee) yang memperjuangkan isu kemiskinan rakyat Bangladesh dan juga masyarakat antarabangsa.
Perkara inilah yang perlu dinilai oleh gerakan mahasiswa samada bersedia untuk menjadi suara parti politik, atau mahasiswa masih perlu terlebih dahulu memberi fokus sebagai kuasa ketiga dalam usaha memberdaya rakyat Malaysia mengenai tanggungjawab bernegara.
Penulis ialah mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia dan kini Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Sumber HD : 5/09/2012
KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku.
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan.
"Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya.
Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kita tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi tulen," katanya.
Bagaimanapun tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya.
"Maknanya sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang. Kerajaan perlu adil," katanya.
Tambahnya, jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meminta pihak berkuasa turut menyiasat individu memijak gambarnya.
Terdahulu, di Dalam Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu segelintir peserta himpunan dipanggil polis kerana telah bertindak memijak dan menghina gambar pimpinan negara.
Tindakan mereka itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyifatkan ia tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
Sumber HD : 5/09/2012
Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa. Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.
Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?
Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah.
Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?
Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.
Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.
Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia?
Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.
Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan.
Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.
Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.
Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.
UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat. Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan.
Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun.
Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.
Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. [wm.kl.9:11 am 05/09/12]
Sumber HD : 6/092012
Sumber HD : 6/09/2012

Ikan menjadi mangsa akuakultur
SM Mohamed Idris, | 03 Sep 2012 |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) khuatir berkenaan perjanjian dan kontrak kerjasama institusi yang ditandatangani Malaysia dengan Norway mengenai Rangka Kerja Peraturan bagi Akuakultur di Malaysia dan untuk mengembangkan industri akuakultur di Malaysia.
Akuakultur yang tidak mapan boleh memusnahkan hidupan laut dan alam sekitar serta memberi kesan ke atas keselamatan dan makanan penduduk tempatan. Laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (UN FAO) 2010 menyatakan bahawa 85% sumber perikanan dunia telah dieksploit sepenuhnya atau dieksploit secara berlebihan. Untuk memenuhi permintaan global, akuakultur sedang digalakkan tetapi sebenarnya sejumlah besar ikan laut perlu ditangkap untuk memenuhi keperluan makanan bagi industri akuakultur.
Kebanyakan kolam menternak ikan jenis karnivor termasuk udang yang diberi makan pelet yang dirumus khas terdiri daripada bijirin, makanan ikan dan minyak ikan. Sebahagian daripada sejumlah tangkapan ikan kita disalurkan untuk akuakultur sedangkan jumlah ikan untuk makanan kita semakin merosot.
Contohnya, kajian menunjukkan untuk menghasilkan 1kg makanan ikan yang kaya dengan protein, ia mengambil 4.5kg ikan pelagik kecil dari laut terbuka, tangkapan sampingan atau ikan baja. Istilah ikan baja mengelirukan memandangkan sebahagian besar tangkapan ini terdiri daripada ikan penting yang masih muda (atau anak ikan) dan terlalu kecil untuk dijual. Ikan ini memainkan peranan penting dalam ekosistem laut dan mempunyai nilai yang tinggi apabila ia membesar sepenuhnya.
Pada kadar pertumbuhan semasa industri ternakan spesies ikan karnivor, UN FAO melaporkan bahawa bilangan ikan yang disasarkan untuk minyak ikan akan lenyap menjelang 2015. Sumber makanan ikan dijangka akan lenyap menjelang 2030. Pengguna ikan ternakan mungkin tidak menyedari bahawa ikan yang ditangkap sering terlibat dalam pengeluaran akuakultur dan bagaimana perkara ini merosakkan sumber perikanan kita.
Kemerosotan anak ikan yang ditangkap untuk makanan ikan akan menyebabkan kesan dan ketidakseimbangan memandangkan ikan karnivor laut yang lain dan mamalia pemangsa kehilangan sumber penting pemakanan. Laporan oleh Swedish Society for Nature Conservation mendedahkan bahawa haiwan lain seperti burung laut dan mamalia di sepanjang pantai mungkin juga akan turut terjejas kerana kemerosotan bilangan ikan memandangkan bekalan makanan mereka juga berkurangan.
Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan kitaran hayat dan kesan kumulatif industri akuakultur terhadap seluruh ekosistem pantai dan laut. Masalah-masalah lain yang disebabkan oleh akuakultur berskala industri termasuk kemusnahan habitat pantai untuk pembangunan kolam, pelupusan sisa buangan, kesan sosio-ekonomi, pengenalan dan risiko penyakit dan kemungkinan terlepasnya spesies eksotik yang boleh mengancam benih asli.
Kami mengulangi gesaan terhadap kerajaan Malaysia yang terus menggalakkan industri akuakultur adalah tidak mapan dan akan hanya melenyapkan bekalan ikan semula jadi kita. Oleh itu kerajaan mestilah meneliti semula dasar akuakultur dan menghentikan ancaman yang dihadapi oleh industri perikanan.
Sumber perikanan boleh diperbaharui dan mampu untuk berkembang semula jika langkah yang betul diambil. Oleh sebab itu, CAP dan SAM menggesa kerajaan memberikan tumpuan terhadap pemuliharaan dan perlindungan sumber semula jadi untuk meningkatkan dan memulihkan sumber perikanan negara.

Mahasiswa perlu fokus usaha memberdaya rakyat
Syukri Razab, |
Di tengah-tengah kecelaruan politik nasional, mahasiswa menjadi lapisan akhir untuk rakyat meletak kepercayaan. Hal ini bukan sahaja tertulis dalam sejarah Malaysia, tetapi juga tercatat dalam sejarah Indonesia, Iran, Korea Selatan dan banyak lagi Negara Negara lain yang memiliki sejarah gerakan mahasiswa tersendiri.
Tidak adil sekiranya parti politik hanya memberi contoh gerakan mahasiswa luar Negara yang menjadi sayap parti politik sebagai hujah untuk menyokong keperluan mewujudkan gerakan mahasiswa sayap parti di Malaysia. Parti Politik seharusnya melihat bagaimana gerakan mahasiswa berfungsi secara keseluruhan. Kebanyakan Gerakan Mahasiswa yang menjadi sayap parti politik di luar Negara lebih memainkan peranan sebagai agen yang mempromosikan polisi-polisi parti induk masing-masing sepertiOxford University Liberal Democrat menjadi agen penerangan kepada Parti Liberal Democrat.
Maka sudah pasti parti politik Malaysia juga mengharapkan peranan yang sama untuk digerakkan oleh gerakan mahasiswa yang dinaungi mereka. Hal ini perlu disedari dan dipertimbangkan oleh Gerakan Mahasiswa yang berada di Malaysia. Biarpun ada suara yang mengatakan mahasiswa masih boleh berperanan sebagai agen memberdaya rakyat walaupun menjadi sayap parti, namun pertimbangan yang perlu dilakukan bukan sekadar disekitar “masih boleh berperanan”, tetapi lebih penting ialah sejauh mana peranan itu mampu memberi kesan terhadap objektif.
Sebagai contohnya, walaupun kebanyakan gerakan mahasiswa di United Kingdom merupakan sayap kepada organisasi politik, namun dalam isu-isu utama yang melibatkan kepentingan rakyat, mereka membentuk UK National Union of Student (NUS) yang dianggotai pelbagai organisasi mahasiswa daripada pelbagai aliran politik. NUS merupakan badan mahasiswa yang paling vokal dalam mengutarakan isu-isu nasional dan antarabangsa. Hal Ini menunjukkan biarpun dinaungi parti, namun gerakan mahasiswa di UK masih memiliki platform yang kelihatan adil dan tidak bias kepada mana-mana kepentingan politik. Oleh itu, gerakan yang tidak ditempel dengan kepentingan politik masih menjadi nadi utama kepada gerakan mahasiswa United Kingdom.
Selain itu, Gerakan Mahasiswa juga perlu melihat kepada lanskap politik Negara-negara luar sebelum meniru corak permainan politik mereka. Antara Negara yang memiliki gerakan mahasiswa sayap parti yang terkemuka adalah seperti United Kingdom, Georgia, Bangladesh dan India. 92 % hingga 98 % rakyat ke empat-empat negara ini yang layak mengundi telah mendaftar sebagai pengundi. Berbanding dengan Malaysia yang mencatat 73% pendaftaran pengundi daripada jumlah yang layak mengundi.
Signifikan daripada fakta ini ialah, mungkin masanya sudah sesuai untuk gerakan mahasiswa di United Kingdom, Georgia, Bangladesh dan India melangkah kehadapan dengan terlibat secara langsung dalam persaingan polisi parti politik. Hal ini kerana jumlah pendaftaran pengundi yang tinggi menunjukkan rakyat Negara tersebut sedar dan faham mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam arus politik nasional. Oleh itu Gerakan Mahasiswa di sana boleh berevolusi daripada berperanan sebagai pencerah mengenai hak dan demokrasi kepada pemudah cara untuk rakyat memilih parti yang terbaik sebagai pemerintah.
Berbeza bagi Malaysia, masih ada peratusan besar rakyat yang bersikap negatif terhadap keperluan untuk terlibat dengan arus politik dan demokrasi. Hal ini didorong oleh pendidikan politik yang tempang dan sistem politik bercelaru yang membingungkan rakyat. Keadaan tambah rumit apabila parti yang memegang tampuk pemerintahan tidak berlaku jujur dengan menafikan hak parti lain daripada menyampaikan polisi masing-masing melalui saluran media yang adil. Hasilnya rakyat sentiasa terdidik dengan doktrin tidak sihat yang menyebabkan lahir pemikiran ekstrim kepartian tanpa menilai pasak rasional dan kebenaran.
Tidak cukup dengan kurangnya kecaknaan rakyat terhadap politik, mahasiswa dalam universiti juga mengalami masalah yang sama. Hakikatnya hanya 7 % mahasiswa yang benar benar cakna tentang situasi politik Negara. Angka ini dinyatakan oleh Prof Abu Hassan Hasbullah dalam satu forum yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia. Oleh itu masih ada 93 peratus anak muda di pusat pengajian tinggi yang perlu dibangunkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab bernegara.
Gerakan Mahasiswa mungkin perlu lebih mirip kepada konsep Badan Bukan Kerajaan yang tidak terikat dengan mana-mana kepentingan politik. Sekiranya diteliti, antara faktor yang mendorong kesedaran rakyat di Negara-negara seperti yang dinyatakan di atas ialah gerakan Badan Bukan Kerajaan mereka yang aktif membangunkan kesedaran rakyat. Sebagai contohnya, Bangladesh memiliki sbuah NGO yang tercatat dalam senarai 10 NGO terbaik dunia iaitu BRAC (Bangladesh Rural Advancement Committee) yang memperjuangkan isu kemiskinan rakyat Bangladesh dan juga masyarakat antarabangsa.
Perkara inilah yang perlu dinilai oleh gerakan mahasiswa samada bersedia untuk menjadi suara parti politik, atau mahasiswa masih perlu terlebih dahulu memberi fokus sebagai kuasa ketiga dalam usaha memberdaya rakyat Malaysia mengenai tanggungjawab bernegara.
Penulis ialah mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia dan kini Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Sumber HD : 5/09/2012
Hina gambar: Kerajaan perlu nilai kenapa berlaku
Salmiyah Harun, | 05 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku.
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan.
"Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya.
Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kita tidak perlu tunjuk perbuatan seperti itu untuk menyatakan protes kita terhadap mana-mana pihak. Kita tidak boleh menerima budaya ini sebagai demokrasi tulen," katanya.
Bagaimanapun tegasnya, pihak kerajaan perlu bersikap adil dan mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang melakukannya.
"Maknanya sesiapa yang melakukan perbuatan seperti itu harus dikenakan tindakan tidak kira individu yang menghina pimpinan kerajaan ataupun pimpinan pembangkang. Kerajaan perlu adil," katanya.
Tambahnya, jika dibiarkan perbuatan seperti itu terus berleluasa seolah-olah kerajaan membiarkan demokrasi ini diamalkan secara liar.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng meminta pihak berkuasa turut menyiasat individu memijak gambarnya.
Terdahulu, di Dalam Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos lalu segelintir peserta himpunan dipanggil polis kerana telah bertindak memijak dan menghina gambar pimpinan negara.
Tindakan mereka itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan menyifatkan ia tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.
Sumber HD : 5/09/2012
Umno tidak akan menang dengan kejahatan
http://www.msomelayu.blogspot.com/, | 06 Sep 2012 |
SEBUKA MATA
Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa. Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.
Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?
Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah.
Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?
Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.
Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.
Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia?
Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.
Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan.
Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.
Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.
Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.
UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat. Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan.
Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun.
Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.
Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. [wm.kl.9:11 am 05/09/12]
Sumber HD : 6/092012
‘Janji Ditepati’ akhirnya memakan diri
Afix Redzuan Selangorku, | 06 Sep 2012 |
Kelunturan semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin ketara terutama tahun ini berbanding tahun sebelumnya yang mungkin disedari ramai pihak namun menganggap ianya ‘perkara biasa’.
Walaupun mengibarkan Jalur Gemilang bukan pra-syarat utama mengekspresikan semangat kemerdekaan, namun ianya kekal sebagai satu elemen penting meraikan ulang tahun bersejarah bagi negara.
Fenomena ini sepatutnya difikirkan semua pihak terutama parti pemerintah yang saban tahun memikirkan konsep baru sambutan kemerdekaan agar terus tersemat di sanubari rakyat Malaysia.
Gambaran ini melambangkan rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam iklim politik negara terutama pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan pimpinan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 dihujani kontroversi bermula dengan pengenalan tema ‘Janji Ditepati’ yang dilhamkan kerajaan sebagai lambang ‘kejayaan’ mereka mentadbir negara selama ini.
Tema bermotifkan ‘kelangsungan politik’ ini nyata mendapat kritikan banyak pihak yang jelas tidak melambangkan semangat patriotik seperti tahun sebelumnya.
Ruang kritikan turut diserikan dengan ungkapan sinis ‘Janji Dicapati’ sebagai tanda protes rakyat dengan tema yang disifatkan sebagai ‘syok sendiri’.
Kesinambungan kontroversi diteruskan dengan pengenalan lagu tema ‘Janji Ditepati’ dengan lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim.
Paling mencuri tumpuan, rangkap ‘Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi’ menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang mengaggap rangkap berkenaan sebagai ‘menuntut’ rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN.
Pakatan Rakyat (PR) turut menempelak tema berkenaan dengan berpendirian tema kemerdekaan perlu tampil tanpa berbaur politik kepartian.Justeru ianya tidak langsung melambangkan inspirasi sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini
Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dibentuk PR tampil dengan tema lebih dinamik dan segar, Sebangsa, Senegara Sejiwa yang lebih mencerminkan Malaysia yang merdeka.
Tidak cukup dengan itu, kehadiran lebih 10,00 rakyat pada malam ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ mengukuhkan lagi kepedulian rakyat yang sebenarnya bosan dengan Umno-BN.
Apakah transformasi politik yang cuba dibawa Najib Razak menemui jalan buntu sehingga isu kecil sebegini gagal diselesaikan?
Nyata retorik politik ini sebenarnya gagal menambat hati rakyat meskipun pemberian beberapa insentif terutama durian runtuh bagi peneroka Felda dan pemandu teksi.
Situasi ini sebenarnya menggambarkan hanya pihak tertentu yang ‘terbela’ walhal masih ramai yang menderita dengan kenaikan harga barang, kegagalan anak muda memiliki rumah pertama dengan kos yang tinggi dan beban hutang pembiayaan pendidikan.
Bukan ingin menimbulkan unsur hasad dengki mahupun cemburu terhadap golongan Felda mahupun bekas tentera yang banyak berbakti kepada negara tetapi harus diingat, banyak golongon marhaen yang belum menikmati hasil negara secara saksama dan adil.
Harus diingat, pemberian ini sebagai modal kepada rakyat supaya terus memilih mereka bila ‘tiba masa balas budi’.
Tidak hairanlah apabila kempen mengibar jalur gemilang yang diberi kempen meluas tidak mendapat sambutan rakyat. Ini disebabkan persepsi rakyat merasakan mengibar jalur gemilang seolah-olah bersengkol dengan kerajaan mengibarkan bendera Umno-BN untuk berkempen.
Kepimpinan BN sebenarnya telah memperoleh ‘klu’ berhubung sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib apabila menyaksikan satu dari 300 kenderaan dijalan raya yang mengibarkan jalur gemilang.
Hakikatnya rakyat sebenarnya menunggu ‘masa balas budi’ untuk membawa perubahan kepada Malaysia untuk mencapai erti kemerdekaan sebenar dengan lebih mendalam.

Kalau Dr M sokong Najib...
Aspan Alias, | 08 Sep 2012 |
Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”
Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila.
Dalam keadaan yang tidak menentu UMNO sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan UMNO, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.
Hasil dari warisan pimpinan UMNO yang begitu lemah oleh Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan UMNO itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.
Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu ‘engrossed’ untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak disedari telah menghadapi ‘vacuum’ kepimpinan yang serius. Maka Pak Lahlah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.
Semalam Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Mahathir kebenaran. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.
Kalau Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambil alih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat ‘personal’ dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.
Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk disudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk ditakek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah ‘without mercy’. Kalaulah Pak Lah membenarkan Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.
Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan dimulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Mahathir lagi. Pengakuan Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghaffar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghaffar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.
Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.
Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Mahathir. Jika semua orang yang disokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.
Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Mahathir akan bergaduh dengan Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi pemimpin negara di masa depan.
Tindakan Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan sokongan kepada Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka tidak mahu lagi dilaga-lagakan oleh Mahathir kerana Mahathir hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.
Tindakan Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Mahathir akan menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang telah menjatuhkan martabat beliau ke tahap penolong kepada Ahmad Maslan sahaja.
Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulanya ialah, kita jangan menyokong sesiapa yang disokong oleh Mahathir, kerana sesiapa yang disokong oleh Mahathir suatu hari nanti akan menjadi pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.
Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Mahathir sedang menyokong Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Mahathir maka benarlah tindakan ramai rakyat menolak pilihan Mahathir kerana tidak seorang pun yang disokong oleh Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik Musa, Ghaffar, Anwar dan Abdullah Badawi semuanya bermasalah.
Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran dan Mahathir sendiri mengakuinya semalam. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 8/09/2012

Umno: Sumbat di sini, bocor di sana
Aspan Alias, | 10 Sep 2012 |
“Ahli-ahli Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak memerlukan mereka”.
Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..
Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan “priority” yang salah yang dilakukan oleh Umno.
Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang lalu.
Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah “inter-party” dan “intra-party” dalam BN.
Musuh Umno ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas.
Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.
Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.
Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan “kuda pelejang” untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi.
Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.
“It”s better late than never,” kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela.
Umno akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri.
Masalah dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang “terminal” yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.
Bagimanakah Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN.
Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.
Bagaimana Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan?
Umno tidak sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.
Jika pecat memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?
Jika lah benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri.
Pimpinan Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno “suspect everybody and trust nobody” terhadap semua ahli-ahlinya.
Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka.
Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno.
Bagi ahli Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.
Ahli-ahli Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.
Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini.
“Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam Umno pun hidup kita serupa juga,” kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.
Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, “By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini berlubang kat sana”. — aspanaliasnet.blogspot.com

Sumber HD : 10/09/2012
UMNO akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang Melayu yang beragama Islam. Sebagai orang Islam, semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolaknya. Prinsip ini amat mudah difahami.
PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukarnya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.
Apa yang UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. UMNO tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara institusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masalah.
Pendeknya, apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Faktanya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO.
Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa.
UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta-minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.
Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, kedudukan orang Melayu ketinggalan juga? Ini membuktikan bahawa di sebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina (1500) dan India (1200). Kenapa ini terjadi?
Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlangsung, saya berada di rumah Datuk Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini - tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia. Najib telah menjawab - Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia – pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.
Inilah UMNO. Jaga rahsia sama sendiri.
Kita tahu bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi. Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah menjatuhkan UMNO.
UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majoriti penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.
Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah, maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik - diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.
Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. Dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Caranya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathir pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama.
Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan di kalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara Cina sama Cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir. -
http://sakmongkol.blogspot.com
Sumber HD : 11/09/2012
BERMULA dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM, diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi.
Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan.
Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju.
Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa.
Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya. Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah.
Sebagai seorang aktivis OKU dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu.
“Oh, dulu mana ada macam ni, dapat ini, dapat itu..” itulah antara kata-kata biasa didengari dalam kalangan masyarakat, meski pun ramai juga yang faham helah politik.
Bagi saya rakyat yang teruja dengan pemberian tersebut didapati kurang arif tentang helah politik. Mereka tidak pernah faham di sebalik pelbagai pemberian, berlaku ketirisan wang negara dan kekurangan peruntukan dialami pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada mereka, hadiah seperti itu seolah-olah amalan biasa dan tiada salah.
“Ada apa masalah kita dapat kerja kongsikan ramai-ramai,” itu antara justifikasi yang biasa didengar bagi penggemar amalan rasuah.
Berdasar senario inilah, saya penuh yakin akan ada seribu macam lagi agihan, bantuan dan hadiah yang akan diberikan semakin hampir tarikh pilihanraya. Lihatlah nanti pembentangan Bajet 2013.
Jika kita perhatikan, antara golongan yang masih belum menerima sebarang bantuan istimewa khusus termasuk golongan kurang upaya (OKU).
361,000 OKU
Dengan jumlah OKU yang berdaftar sebanyak 361,000 orang sekarang, tentunya mereka juga ada kuasa sebagai pemutus demokrasi.
Dalam suasana inilah saya merasakan tempoh parlimen yang berbaki akan dimanfaatkan sebaiknya sama ada BN atau PR.
Pilihanraya tidak akan segera diadakan sebelum setiap segmen masyarakat disantuni sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.
Jika ditinjau asakan demi asakan di pelbagai media termasuklah di Harakah tentang isu membabitkan OKU, ia menguatkan lagi keyakinan bahawa pimpinan BN tidak akan berdiam diri.
Bermula isu jambatan udara membabitkan pengguna kerusi roda di lapangan-lapangan terbang, isu tangkapan sombrono OKU dalam penguatkuasaan Akta Orang Papa 1977, penyerahan memorandum OKU Bangkit melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Isu kemudahan-kemudahan untuk OKU di tempat awam termasuk di masjid, diskriminasi kerajaan terhadap ahli-ahli sukan paralimpik dan terbaru isu agihan zakat kepada individu dan NGO OKU.
Nah di sinilah kesediaan jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan kepada rakyat. Apatah lagi PAS sebagai parti bertunjangkan Islam.
Semoga seluruh petugas Pakatan Rakyat sedar, selain serangan terhadap BN, usaha mendekati rakyat perlu dilipatgandakan.
Demikian juga kesiapsiagaan program mengisi kemenangan mesti didedahkan agar rakyat lebih yakin dan bersedia untuk bersama PR dalam pilihanraya ke-13.
Buku Jingga dan Agenda Wanita Malaysia sudah memperlihatkan bayangannya. Hanya masa menanti apa yang akan dikota.
Sumber HD : 14/09/2012
Rahsia Umno dalam tangan Dr Mahathir
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 11 Sep 2012 |
Dr Mahathir kata kalau PR memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Mahathir dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang buruk dan yang tidak baik. Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia buruk UMNO - rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen kepada menteri, KSU yang korup, pegawai kerajaan yang korup, rasuah dalam syarikat milik kerajaan, skandal pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan bengkok, skandal IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagi memilih UMNO.
UMNO akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang Melayu yang beragama Islam. Sebagai orang Islam, semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolaknya. Prinsip ini amat mudah difahami.
PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukarnya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.
Apa yang UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. UMNO tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara institusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masalah.
Pendeknya, apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Faktanya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO.
Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa.
UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta-minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.
Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, kedudukan orang Melayu ketinggalan juga? Ini membuktikan bahawa di sebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina (1500) dan India (1200). Kenapa ini terjadi?
Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlangsung, saya berada di rumah Datuk Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini - tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia. Najib telah menjawab - Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia – pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.
Inilah UMNO. Jaga rahsia sama sendiri.
Kita tahu bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi. Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah menjatuhkan UMNO.
UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majoriti penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.
Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah, maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik - diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.
Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. Dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Caranya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathir pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama.
Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan di kalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara Cina sama Cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir. -
http://sakmongkol.blogspot.com
Sumber HD : 11/09/2012
Rakyat dirasuk projek mee segera
Muhd Faizal Che Yusoff, | 14 Sep 2012 |
BERMULA dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM, diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi.
Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan.
Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju.
Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa.
Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya. Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah.
Sebagai seorang aktivis OKU dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu.
“Oh, dulu mana ada macam ni, dapat ini, dapat itu..” itulah antara kata-kata biasa didengari dalam kalangan masyarakat, meski pun ramai juga yang faham helah politik.
Bagi saya rakyat yang teruja dengan pemberian tersebut didapati kurang arif tentang helah politik. Mereka tidak pernah faham di sebalik pelbagai pemberian, berlaku ketirisan wang negara dan kekurangan peruntukan dialami pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada mereka, hadiah seperti itu seolah-olah amalan biasa dan tiada salah.
“Ada apa masalah kita dapat kerja kongsikan ramai-ramai,” itu antara justifikasi yang biasa didengar bagi penggemar amalan rasuah.
Berdasar senario inilah, saya penuh yakin akan ada seribu macam lagi agihan, bantuan dan hadiah yang akan diberikan semakin hampir tarikh pilihanraya. Lihatlah nanti pembentangan Bajet 2013.
Jika kita perhatikan, antara golongan yang masih belum menerima sebarang bantuan istimewa khusus termasuk golongan kurang upaya (OKU).
361,000 OKU
Dengan jumlah OKU yang berdaftar sebanyak 361,000 orang sekarang, tentunya mereka juga ada kuasa sebagai pemutus demokrasi.
Dalam suasana inilah saya merasakan tempoh parlimen yang berbaki akan dimanfaatkan sebaiknya sama ada BN atau PR.
Pilihanraya tidak akan segera diadakan sebelum setiap segmen masyarakat disantuni sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.
Jika ditinjau asakan demi asakan di pelbagai media termasuklah di Harakah tentang isu membabitkan OKU, ia menguatkan lagi keyakinan bahawa pimpinan BN tidak akan berdiam diri.
Bermula isu jambatan udara membabitkan pengguna kerusi roda di lapangan-lapangan terbang, isu tangkapan sombrono OKU dalam penguatkuasaan Akta Orang Papa 1977, penyerahan memorandum OKU Bangkit melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Isu kemudahan-kemudahan untuk OKU di tempat awam termasuk di masjid, diskriminasi kerajaan terhadap ahli-ahli sukan paralimpik dan terbaru isu agihan zakat kepada individu dan NGO OKU.
Nah di sinilah kesediaan jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan kepada rakyat. Apatah lagi PAS sebagai parti bertunjangkan Islam.
Semoga seluruh petugas Pakatan Rakyat sedar, selain serangan terhadap BN, usaha mendekati rakyat perlu dilipatgandakan.
Demikian juga kesiapsiagaan program mengisi kemenangan mesti didedahkan agar rakyat lebih yakin dan bersedia untuk bersama PR dalam pilihanraya ke-13.
Buku Jingga dan Agenda Wanita Malaysia sudah memperlihatkan bayangannya. Hanya masa menanti apa yang akan dikota.
Sumber HD : 14/09/2012
Hak institusi zakat: isu yang gagal difahami?
Hamizul Abdul Hamid , | 18 Sep 2012 |
Dalam dunia pengurusan zakat, ada dua urusan utama atau disebutkan sebagai ‘core business of zakat’, iaitu kutipan dan agihan zakat. Secara asasinya sesebuah institusi zakat akan menjalankan amanah mengutip zakat dan selepas itu, bertanggungjawab pula mengagihkan kembali zakat kepada semua asnaf yang berhak.
Dalilnya, semasa Nabi Muhammad SAW mengutuskan Saiyidina Muadz bin Jabal r.a ke Yaman sebagai gabenor dan amil, maka nabi menyatakan: “(kamu) ambillah daripada penduduk Yaman yang kaya sebahagian harta mereka (sebagai zakat) dan agihkan kembali harta itu kepada golongan fakir (dan miskin) dalam kalangan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari)
Atas dasar itulah, sesebuah organisasi zakat tidak akan berjaya jika mengabaikan salah satu daripada elemen ini. Kecekapan kutipan mestilah diiringi dengan kecekapan agihan. Timbulnya pelbagai tohmahan liar dan sangkaan negatif kepada sesebuah institusi zakat, adalah apabila kecekapan hanya berlaku dalam aspek kutipan; tidak pula dalam bab agihan.
Hak Institusi Zakat
Harus diingat, sesebuah institusi zakat itu berhak menjalankan kerja-kerja kutipan dan agihan ini atas arahan pemerintah Islam (ulil amri), sesuai dengan tindakan nabi melantik para sahabat sebagai amil, misalnya Muadz bin Jabal r.a dan Abu Hurairah r.a sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam hadis di atas.
Bahkan dalam mentafsirkan ayat 103 daripada surah at-Taubah, kalimah ‘ambillah’ yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW, merupakan suatu penegasan bahawa pihak amil berhak mengambil waima secara paksa harta orang-orang kaya jika mereka enggan berzakat; dan dalam konteks ini, pastilah yang berhak ‘merampas’ itu adalah para penguasa zakat yang diberi kuasa. Siapakah yang layak diberikan kuasa, andai bukannya para amil lantikan pemerintah.
Disebutkan oleh Sa’id Ibn Mansyur daripada Suhail r.a, bahawa: “Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Sa’ad bin Abu Waqas, Ibn Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah, kataku: Apakah aku (patut) membahagikannya (sendiri) atau aku berikan kepada pemerintah? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada pemerintah. Seorang pun tidak ada di antara mereka yang menyuruh aku membahagikannya sendiri.” (Disebutkan di dalam kitab al-Majmu’ dan dinukil kembali di dalam Pedoman Zakat oleh Tengku Muhammad Hasbi Ash Shidieqy, hal. 51).
Jelas di sini, jumhur fuqaha bahkan pendapat dalam kalangan sahabat sendiri, bahawa lebih utama menyalurkan zakat kekayaan kepada pihak pemerintah, yakni melalui amil yang telah dilantik oleh pemerintah.
Imam Abu Yusuf (anak murid Imam Malik) pernah mengungkapkan kepada Khalifah Harun al-Rasyid: “Wahai Amirul Mukminin, perintahkanlah para amil zakat untuk mengutip harta zakat dan bahagikannya kepada mereka yang berhak. Lakukanlah semua urusan itu sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW dan para khalifah selepas baginda.” (Lihat al-Kharaj sebagaimana diungkapkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi, Institusi Zakat, hal. 52)
Kemahiran Mengurus Zakat
Oleh itu, hanya institusi zakat yang lebih layak menjalankan kerja-kerja mengutip dan mengagih zakat. Hal ini kerana, pihak pengurusan zakat yang disebut sebagai amil, telah dilatih untuk menaksir zakat secara tepat, sesuai dengan pelbagai inovasi pengiraan dan berdasarkan perakaunan baharu zakat yang dirumus oleh fuqaha kontemporari dan para pakar kewangan Islam terkini.
Ambil sahaja contoh dalam menaksir harta zakat perniagaan; ramai orang (termasuklah kadang kala kalangan agamawan yang kurang arif) yang mengambil jalan mudah mengira zakat atas keuntungan semata-mata; walhal zakat perniagaan itu dikenakan ke atas kecairan modal dan juga keuntungan semasa.
Begitu juga dalam penaksiran zakat pendapatan, implementasi had al-kifayah pembayar dan perkembangan fatwa mengenainya hanya lebih dimaklumi oleh amil yang terlatih, yakni amil zakat. Sebab itulah, Umar al-Khattab r.a dalam memperkasakan pentadbiran Negara, telah melantik pegawai khas bergaji, yang bertugas menaksir zakat umat Islam demi kebaikan semua pihak tanpa ada sebarang kepentingan lain.
Bahkan, dalam aspek pengagihan zakat, ia memerlukan mereka yang lebih memahami situasi masyarakat. Tidak selalunya tepat, andai kita hanya mentafsir berdasarkan lahiriah manusia semata-mata. Maka, demi memastikan zakat hanya disalurkan kepada mereka yang layak, maka pelbagai inovasi dalam bancian dan siasatan diwujudkan. Para amil zakat dilatih agar menghadami keperluan ini.
Formula had al-kifayah asnaf misalnya, dilahirkan demi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak disantuni seoptimanya dengan wang zakat. Hal ini penting, atas beberapa faktor berikut:
1. Keterbatasan sumber zakat
2. Menangani kes penipuan zakat
3. Mengoptimakan natijah agihan zakat
Dalam isu keterbatasan sumber, hal ini hendaklah dimaklumi bahawa kutipan zakat sebenarnya masih belum mampu memenuhi keperluan seluruh asnaf zakat. Ambil sahaja dua asnaf zakat yang muqaddam (paling utama), iaitu golongan fakir dan miskin; keperluan menyediakan keperluan mereka masih belum sampai ke tahap maksimum.
Misalnya, tidak semua asnaf miskin mampu disalurkan bantuan kewangan dan makanan bulanan dan tidak semua juga mampu dibiayai modal perniagaan. Hal ini kerana, sumber yang ada masih terbatas dan mewajibkan pihak institusi zakat untuk lebih cermat dan cerdas menyalurkan dana berkenaan.
Manakala dalam isu menangani kes-kes penipuan zakat, ia lebih rumit memandangkan orang-orang yang mahu mengambil kesempatan hari ini, semakin licik dalam tindakan. Kelicikan mereka boleh menyebabkan wang zakat jatuh ke tangan orang yang salah, yakni bukan asnaf; dan pada masa yang sama akan menyebabkan orang-orang yang sebenarnya lebih berhak dan layak tidak menerima haknya.
Sementara itu, dalam usaha mengoptimakan kesan atau natijah di sebalik agihan zakat, maka pihak institusi zakat sebenarnya memang perlu mempunyai data dan maklumat yang lengkap dan kemaskini mengenai seseorang asnaf. Misalnya, latar belakang keluarga, pendidikan yang dilalui, pengalaman bekerja, sejarah kesihatannya dan pelbagai perkara lain. Adalah tidak munasabah memberikan modal perniagaan makanan kepada seorang yang berpenyakit TB misalnya, kerana lebih memudaratkan.
Peranan Pembayar Zakat
Namun begitu, pihak institusi zakat juga wajar menyedari bahawa mereka hanyalah sebagai pemegang amanah, yakni pihak yang diberikan autoriti sementara bagi mengendalikan urusan zakat. Para pembayar menyerahkan harta-harta zakat mereka dengan satu niat, yakni melepaskan kewajipan zakat. Kepada siapakah ia dilepaskan? Sudah pastilah ke bahu para amil zakat.
Maka, dalam konteks ini para pembayar zakat sebenarnya seakan-akan enggan lagi mengambil tahu perihal harta zakat mereka. Namun, dalam konteks yang lain, hakikatnya ia masih perlu, kerana matlamat sebenar di sebalik pensyariatan zakat oleh Allah SWT adalah untuk memastikan harta kekayaan mereka itu benar-benar dapat memperkasakan ummah keseluruhannya.
Umar al-Khattab r.a misalnya menegaskan, harta zakat hendaklah diagihkan secara maksimum sesuai dengan keperluan umat Islam dan Umar tidak membenarkan wujudnya lebihan harta zakat untuk dibawa ke tahun hadapannya.
Syeikh Muhammad bin Salih al-Utsaimin pula di dalam fatwanya menyatakan: “...agihan zakat kepada lapan asnaf ini boleh memenuhi keperluan khusus bagi mereka yang menerimanya...melalui zakat juga, terjalin kedamaian masyarakat dengan bersatunya hati mereka (antara orang-orang kaya dan miskin),” (lihat Ensaiklopedia Zakat, hal. 48).
Realitinya, zakat adalah antara mekanisme perkongsian harta dan sekaligus mengekang pengumpulan harta hanya kepada orang-orang dan golongan yang tertentu sahaja. Ertinya, zakat mencegah monopoli kekayaan dan dalam hal ini Allah SWT menegaskan: “Supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (al-Hasyr: 7)
Maka, pembayar zakat masih wajar mengambil tahu apakah agihan zakat yang dilakukan itu benar-benar sampai kepada lapan asnaf ataupun tidak. Seandainya berlaku ketempangan dalam pengurusan zakat, khususnya dalam urusan agihan, maka para pembayar wajar memberikan teguran dan mencadangkan penambah baikan. Ia hakikatnya adalah suatu corak ‘check and balance’ demi menjamin kesinambungan keberkesanan sistem zakat.
Kendatipun fuqaha majoritinya cenderung agar semua pembayar menyalurkan zakat mereka kepada institusi zakat yang ditubuhkan pemerintah; namun ia masih tertakluk kepada keamanahan dalam pengurusan zakat berkenaan. Seandainya ternyata dan terbukti, penyaluran zakat tidak sampai kepada matlamat, maka sebahagian fuqaha menegaskan zakat itu boleh disalurkan sendiri oleh pembayar kepada mustahiknya (penerima).
Perbincangan ini dibahaskan antaranya oleh Syeikh Rashid Ridha, yang dengan tegas menyatakan: “Kepada pemerintah-pemerintah semacam ini (yang menyeleweng daripada amanah zakat – penulis), tidak boleh kita (umat Islam) membayarkan zakat (kepada mereka) walaupun ketua pemerintahan itu bergelar khalifah,” (rujuk TM Hasbie Ash Shidieqy, Pedoman Zakat, hal. 53).
Budaya Kerjasama
Oleh itu, biar pun penyerahan harta zakat telah berlaku; namun keprihatinan pembayar zakat masih diraikan dalam kerja-kerja agihan. Misalnya, mereka boleh mencadangkan orang yang difikirkan layak dan sesuai untuk menerima bantuan zakat, manakala pihak zakat akan menyiasat demi membolehkan mereka diberikan zakat jika menepati kriteria kelayakan.
Budaya saling membantu seperti ini, walaupun bukan lagi menjadi suatu tuntutan wajib kepada pembayar zakat; namun masih menepati ajaran Islam. Allah SWT menegaskan berulang kali, sikap saling membahu, ambil tahu dan memperbetulkan kesilapan, akan menjadikan hasil sesuatu pekerjaan itu lebih baik dan cemerlang.
Sikap ini jujurnya, jauh lebih mulia daripada tindakan segelintir pihak yang sering menunding jari dan mencebik bibir serta memicingkan mata atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan zakat. Mereka tidak berminat untuk memperbaiki kelemahan; sebaliknya lebih bergembira mendedahkan keaiban.
Akibatnya, umat Islam menjadi rosak kerana hilangnya kepercayaan kepada sebuah institusi yang diamanahkan menguruskan hal ehwal zakat. Sedangkan kesilapan yang terjadi bukanlah menjadi kesalahan total yang membawa hukuman ‘mati mandatori’; masih ada jalan bagi memperbaiki kelemahan berkenaan.
Apatah lagi jika terbukti bahawa institusi zakat berkenaan selama ini sudah berusaha sehabis daya menunaikan amanah zakat dengan penuh jujur dan akauntabiliti. Tidak sewenang-wenangnya menghamburkan wang zakat tanpa kelihatan sebarang manfaat. Institusi zakat seperti ini, sekali melakukan kesalahan; sewajarnya terus diperbetulkan dan tidak pula ia diperbesar-besarkan.
Nabi Muhammad SAW menukilkan, para amil yang ikhlas dan penuh keazaman menjalankan amanah seumpama: “Seorang amil yang bekerja mengutip zakat di atas kebenaran, samalah dengan seorang pejuang yang sedang beperang di jalan Allah sehinggalah dia kembali ke rumahnya.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Kesimpulan
Mutakhir ini, apabila ada pihak yang sering menyinggung institusi zakat, khususnya dalam aspek agihannya, maka ia berpotensi menjadi polemik yang berpanjangan. Namun, polemik ini bisa dicantas jika umat Islam memahami bahawa tugas sesebuah institusi zakat sebagai penyambung amanah zakat, dapat dibantu oleh seluruh umat Islam yang lain.
Beramallah dengan saranan-saranan Allah SWT, bantulah institusi zakat andai mereka tersalah dan yang paling penting, sentiasa berusaha menjadikan zakat sebagai senjata ummah yang terampuh demi kebaikan bersama. Wallahua’lam.
Hamizul Abdul Hamid ( hamizul@e-zakat.com.my )
Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Sumber HD : 18/09/2012

Pencerobohan bot pukat tunda semakin serius
S.M.Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi dengan lebih kerap di perairan Pulau Pinang khususnya di Daerah Barat Daya bagi mengawal pencerobohan bot pukat tunda di kawasan nelayan pantai di negeri ini.
Masalah yang semakin serius berlaku itu melibatkan lebih 2,000 nelayan pantai di sepuluh tempat iaitu Sungai Pinang,Pantai Acheh,Jalan Baru,Sungai Burung,Teluk Kumbar,Sungai Batu,Gertak Sanggul,Telok Tempoyak,Permatang Damar Laut dan Batu Maung.
Berikutan kejadian tersebut sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai yang terlibat telah merosot dari lebih RM100.00 sehari kepada RM20.00 sehari. Kegiatan bot-bot pukat tunda itu bukan saja menyebabkan ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan pantai di sini berkurangan dan semakin pupus malah perairan Zon A serta dasar laut di daerah tersebut telah tercemar pada tahap yang membimbangkan. Ramai nelayan pantai mengalami kerugian besar kerana alat tangkapan mereka musnah dilanggar oleh bot-bot pukat tunda tersebut.
Bot-bot pukat tunda yang menceroboh kawasan nelayan pantai di sini berpengkalan di Batu Maung dan Teluk Bahang dan menjalankan aktiviti mereka pada waktu malam dengan menjadikan kawasan antara 1 batu nautika hingga 3 batu nautika dari pantai sebagai tempat beroperasi.
CAP menerima aduan dari nelayan pantai bahawa hasil tangkapan bot pukat tunda bukan saja ikan bersaiz besar tetapi juga anak ikan kecil (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan. Ikan kecil ini dijadikan ikan baja untuk makanan ternakan ikan dalam sangkar oleh pengusaha-pengusaha projek akuakultur tempatan. Setiap buah bot pukat tunda di negeri ini mendaratkan 5 tan hingga 7 tan anak ikan kecil berbagai jenis termasuk beberapa jenis ikan yang berkualiti tinggi. CAP bimbang dan percaya jika keadaan ini berterusan dalam masa 10 tahun akan datang sumber perikanan di negara ini akan mengalami kepupusan.
Sehubungan itu CAP meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan memberi perhatian serius dan mengambil langkah segera bagi menangani masalah ini. CAP kesal walau pun wajud Akta Perikanan 1985 bersama jabatan serta agensi penguatkuasa bagi untuk mengawal keadaan tersebut namun ia tidak memberikan kesan positif terhadap kehidupan nelayan pantai di negeri ini. CAP bersama aktivis nelayan pantai Pulau Pinang merancang untuk melancarkan kempen tandatangan Haramkan Penggunaan Pukat Tunda dalam masa terdekat.

Lagi tanah kerajaan berbilion ringgit dijual?
Mohd Sayuti Omar, | 19 Sep 2012 |
Yang Dipertua, soalan saya no 6996 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?
Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijual dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.
Apa yang sangat-sangat saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa? Ini kerana ada desas-desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kementerian berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walit dan sebagainya.
Sehubungan itu saya juga ingin mengetahui apakah kedudukan janda menteri berkenaan di sebuah perumahan elit di Sungai Buluh apakah masih dipedulikan atau dibiarkan begitu saja.Saya pernah melalui di hadapan rumah janda menteri berkenaan, yang tinggal bersama dua orang anaknya bersama menteri itu. Melencung sikit tu, tapi menyeronokkan...
Saya juga ingin menteri berkenaan jelaskan apakah rasionalnya penjualan tanah itu. Atau pun ia dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu. Sebenarnya selain dari tanah bermutu tinggi itu ada lagi tanah-tanah lain milik atau di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan dalam proses penjualan. Dan kalau ada berapakah komisyen yang diperolehi pihak-pihak tertentu ekoran penjualan tanah itu?
Saya akan cuba mencari lokasi tanah itu dan pukul gambar dan masukkan dalam blog bila ada masa senggang sikit. Atau kalau rakan-rakan blogger lain ada masa boleh berbuat demikian, kita sama-sama tengok kedudukan tanah berkenaan.
Hendaknya ada ahli parlimen pick-up soalan ini untuk dihulurkan kepada menteri berkenaan ketika sesi parlimen minggu depan, kita mahu tengok macam mana dia bersilat menjawabnya. -
http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 19/09/2012
Penegasan ini perlu agar masyarakat jelas dengan matlamat perjuangan PAS ialah untuk menegakkan negara Islam, yang sifatnya berkebajikan dan terkandung di dalamnya perundangan dan nilai-nilai yang boleh membawa kesejahteraan hidup bukan sahaja kepada orang Islam, malah termasuk bukan Islam.
Komitmen PAS dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak bermakna PAS menerima semua nilai yang terdapat dalam sistem demokrasi tulen (barat) tetapi setakat ini ruang yang ada ini adalah metode terbaik untuk menegakkan Islam di negara ini. Demokrasi tulen (barat) yang berteraskan rasional memberikan kedaulatan sepenuhnya kepada akal manusia untuk memutuskan kebenaran. Ini berbeza dengan negara Islam kerana prinsip kenegaraan dan undang-undang serta sebahagian kecil undang-undang mesti bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini tidak bermakna juga, negara Islam bersifat teokrasi tulen, kerana negara Islam memberikan kebebasan kepada manusia memikirkan pelaksanaan yang terbaik berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan. Justeru, negara Islam tidak berkiblatkan demokrasi tulen dan juga bukan teokrasi tulen.
Justeru, Ulama Pelapis menegaskan bahawa PAS perlu komited dengan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam berlandaskan ruang demokrasi di Malaysia. PAS tidak perlu membahasakan diri sebagai “Islamist demokrat” yang akan mendedahkan lagi kepada polemik yang tidak perlu dalam konteks Malaysia.
Barat memang mengkategorikan negara/kumpulan Islam dari kedudukan yang paling bahaya iaitu terroris kepada kedudukan yang paling dekat dengan mereka iaitu demokrasi. Pengkategorian ini ialah dengan tujuan untuk mengenali manakah negara/kumpulan Islam yang boleh bekerjasama dengan barat. Sekirannya negara/kumpulan Islam komited dengan demokrasi pun, tetapi mengancam barat, mereka pasti akan tentang.
PAS perlu mengetengahkan dasar politik Islam yang lebih dinamik hasil paduan antara rasional dan wahyu yang memang sudah ada dalam dasar perjuangan PAS itu sendiri. PAS komited dengan sistem demokrasi di negara ini, tetapi bukan sebagai demokrat. - http://malaysiatransform.com
Khairul Muntanazar Ismail ialah Ketua Ulama Pelapis PAS Pusat.

PAS guna saluran demokrasi, bukan demokrat
Khairul Muntanazar Ismail, | 20 Sep 2012 |
Ulama Pelapis menyokong kenyataan Presiden yang menegaskan PAS akan melaksanakan hudud di negara ini sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya tetapi menerusi sistem demokrasi yang berlandaskan raja berperlembagaan, seperti yang diamalkan di negara ini.
Penegasan ini perlu agar masyarakat jelas dengan matlamat perjuangan PAS ialah untuk menegakkan negara Islam, yang sifatnya berkebajikan dan terkandung di dalamnya perundangan dan nilai-nilai yang boleh membawa kesejahteraan hidup bukan sahaja kepada orang Islam, malah termasuk bukan Islam.
Komitmen PAS dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak bermakna PAS menerima semua nilai yang terdapat dalam sistem demokrasi tulen (barat) tetapi setakat ini ruang yang ada ini adalah metode terbaik untuk menegakkan Islam di negara ini. Demokrasi tulen (barat) yang berteraskan rasional memberikan kedaulatan sepenuhnya kepada akal manusia untuk memutuskan kebenaran. Ini berbeza dengan negara Islam kerana prinsip kenegaraan dan undang-undang serta sebahagian kecil undang-undang mesti bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini tidak bermakna juga, negara Islam bersifat teokrasi tulen, kerana negara Islam memberikan kebebasan kepada manusia memikirkan pelaksanaan yang terbaik berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan. Justeru, negara Islam tidak berkiblatkan demokrasi tulen dan juga bukan teokrasi tulen.
Justeru, Ulama Pelapis menegaskan bahawa PAS perlu komited dengan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam berlandaskan ruang demokrasi di Malaysia. PAS tidak perlu membahasakan diri sebagai “Islamist demokrat” yang akan mendedahkan lagi kepada polemik yang tidak perlu dalam konteks Malaysia.
Barat memang mengkategorikan negara/kumpulan Islam dari kedudukan yang paling bahaya iaitu terroris kepada kedudukan yang paling dekat dengan mereka iaitu demokrasi. Pengkategorian ini ialah dengan tujuan untuk mengenali manakah negara/kumpulan Islam yang boleh bekerjasama dengan barat. Sekirannya negara/kumpulan Islam komited dengan demokrasi pun, tetapi mengancam barat, mereka pasti akan tentang.
PAS perlu mengetengahkan dasar politik Islam yang lebih dinamik hasil paduan antara rasional dan wahyu yang memang sudah ada dalam dasar perjuangan PAS itu sendiri. PAS komited dengan sistem demokrasi di negara ini, tetapi bukan sebagai demokrat. - http://malaysiatransform.com
Khairul Muntanazar Ismail ialah Ketua Ulama Pelapis PAS Pusat.
Sumber HD : 20/09/2012
Suaram, Scorpene, Altantuya dan dana asing
Aspan Alias, | 24 Sep 2012 |
Isu Suaram dengan tuduhan terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak BN. Selepas ini tidak tahu apa pula yang akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa. Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’ dibuatnya. Suaram ada isu yang besar yang diketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat dipisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya. Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu yang berada di atas persada kuasa negara kita.
Jika isu penyaluran dana asing itu benar-benar salah ia mestilah ada peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan itu salah mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.
Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti tentang penyaluran wang rakyat terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan yang terlibat seperti yang disebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran dana dari kantung rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup menjahanamkan wang rakyat yang bersusah-payah membayar cukai kepada perbendaharaan negara.
Jika Suaram menghadapi isu ini, ia adalah disebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah negara. Malahan isu yang dibawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis, negara yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting, apatah lagi jika ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang berkait dengan pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat menyelam itu.
Orang ramai merasakan oleh kerana ketelusan pentadbiran kerajaan Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan dilindungi dan ia akan membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit tentang jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.
Rakyat jangan terbawa-bawa dengan tindakan pihak berkuasa di sini kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain dari isu hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang sangat sensitif ini.
Kita dapati Suaram mendapat sokongan moral dari banyak NGO-NGO tanahair kerana Suaram begitu berani untuk membongkar isu Scorpene ini hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya.
Pembunuh kepada Altantuya telah pun mendapat keputusannya iaitu, mereka dijatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang tidak langsung disebut dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan itu.
Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD : 24/09/2012
Pulau Senkaku, selesaikanlah secara aman
Syed Abadullah Syed Osman Jamalullail, |
Pertikaian antara China dengan Jepun mengenai Pulau Senkaku boleh membahayakan negara-negara jiran dan dunia juga. Senkaku hanyalah sebuah pulau kecil tanpa penghuni tetapi kaya dengan bahan sumber hasil asli minyaknya. Jika tidak ditangani dengan segera, dibimbangi akan berlaku peperangan antara kedua-dua negara.
Mengapa negara Jepun sanggup bertahan habis-habisan sedangkan kemampuannya dari segi jumlah ketenteraan amat sedikit berbanding China. Perkara itu berlaku kerana Jepun terikat dengan perjanjian kalah perang kepada Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua.
Keberanian Jepun ini dapat disabitkan kepada sokongan kuasa besar di belakangnya. Amerika Syarikat yang terkenal dengan dasar luarnya yang sungguh licik terutama sekali badan perisikannya, CIA mampu mengucar-ngacirkan sesebuah negara dengan hanya menggunakan kepakaran perisikan dari luar sahaja seperti yang berlaku kepada negara Timur Tengah sekarang ini.
Dalam isu ini, berkemungkinan besar pihak Amerika sudah merancang secara sulit dengan Jepun yang begitu terhutang budi dengan Amerika Syarikat untuk mengikut telunjuk Amerika supaya bersengketa dengan negara China. Di atas kertas, Jepun begitu mudah diratahkan oleh China jika berlakunya peperangan nanti.
Agenda Amerika yang tersirat dan tersurat adalah semata-mata untuk menyekatkan ekonomi China yang begitu berkembang pesat malahan sedang meninggalkan Amerika dan negara-negara barat yang lain. Ekonomi China mampu menggugat mereka apabila negara-negara perdagangan yang selama ini berurusan dengan mereka mengalih tumpuan mereka kepada China kerana kedudukan China yang semakin kukuh.
Pertikaian ini perlu disekat pada peringkat awal. Jika dibiarkan, berkemungkinan akan merebak lebih dahsyat lagi. Tempiasnya sudah tentu negara-negara jiran termasuk Malaysia. Peranan ASEAN sebagai orang tengah mesti disegerakan ataupun sekurang-kurangnya berusaha mendamaikan dua negara yang sedang bersengketa yang boleh membawa padah jika tidak dibendung dengan bijaksana.
Sumber HD : 24/09/2012
MasyaAllah semuanya hendak tipu dan main palsu. Bukan saja mengenai liwat ponggek seseorang, masalah air juga hendak ditipu. Mungkin semua yang ada hari ini adalah palsu dan barang tipu, daripada daftar pengundi sampailah kepada bahan kempen.Boleh jadi juga ringgit yang kita gunanya juga palsu?
Hari ini terdedah pula satu penggambaran mengenai masalah air di Selangor. Untuk tujuan itu 200 orang penduduk rumah pangsa telah dikerah dan diupah sebanyak RM50 untuk berlakun kononnya tempat mereka menghadapi masalah air. Apa mesej yang hendak dibawa ialah negeri Selangor berdepan dengan masalah air.
Bolehkan hidup dengan hayat menipu? Barang kali itulah hasil didikan dan amalan orang yang berkawan dengan syaitan yang dikenali dan meninggalkan malaikat yang tidak dikenali. Kerja-kerja menipu, memalsu itu adalah kerja dan kesukaan syaitan.
Pihak yang membuat penggambaran itu tidak menyebut pihak mana yang mengupahnya. Tetapi cara dia (producer) menjawab jelas bahawa pihak itulah, yang berkawan dengan syaitan yang mengupahnya.
Hari ini juga beberapa ahli serkas negara telah mempertikikan Anwar Ibrahim naik jet peribadi. Diceritakan yang jet berkenaan berdaftar di Amerika. Sekali lagi fitnah dan tipu. Orang jenis ini tidak sah kalau ia tidak bercakap bohong dan tipu. Dia tidak akan rasa selesa dan hidupnya tidak bermakna. Maka kena menipu.
Walhal Anwar sudah jelaskan jet itu kepunyaan kawannya, berdaftar dengan JPA Malaysia. Namun kerana dasar menipu sejak dari dalam tembuni lagi dia akan bercakap bohong selamanya kerana syaitan dikenali sudah ada di dalam mulutnya.
Dasar manusia hati busuk sampai ke ekor. Dia tidak boleh tengok orang senang. Ahli politik bebas konon, bebas kepala bapak dia.
Salahkah kalau Anwar naik jet? Kadang-kadang otak puak-puak ini lebih bengong dan gong dari haiwan yang tidak tahu menilai erti kehidupan. Biarkanlah kepada mereka kerana sudah Tuhan jadikan dia sebegitu rupa, dengki, bohong dan pefitnah. [wm.kl.11:11 pm 24/09/12]
Kalau dikatakan penipu, pemiftnah marah, tapi itulah hakikatnya.
Sumber HD : 25/09/2012

Kalau tidak menipu bukan....
http://msomelayu.blogspot.com, | 25 Sep 2012 |
SUSUPAN MALAM

Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali
Aspan Alias, | 25 Sep 2012 |
Saya berasa lega apabila isu kerugian Bank Negara Malaysia sebanyak lebih dari RM30 billion dalam pertukaran wang asing hasil dari tindakan Nor Mohamad Yakcop yang telah membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan ‘forex trading’ pada 1992 dahulu timbul di dalam sidang Dewan Rakyat. Saya berasa lega kerana saya pernah dibelasah oleh pembaca blog saya semasa itu kerana menulis tentang isu ini. Saya dituduh membuat fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Seperti biasa Dr Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya Nor Muhamad Yakcop beliau dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Dr Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed.
Saya berasa lega kerana Ahli Parlimen telah bertanya di Dewan Rakyat untuk mengetahui berapa jumlah kerugian sebenarnya dalam skandal pertukaran wang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh diambil tindakan semasa itu.
Perdana Menteri telah memberitahu Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.
Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggugjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yag penting dalam Jemaah Kabinet negara.
Saya telah banyak menulis tentang etika kepimpinan dalam blog ini sejak beberapa tahun dahulu. Manusia yang diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Mahathir, kebanyakannya adalah mereka yang tidak berkelayakan dari sudut moralnya untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Bagi Mahathir rekod buruk seseorang itu tidak penting dan mereka diberi kemudahan untuk menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Yang penting seseorang itu mestilah taat setia tanpa berbelah bagi. Apa yang akan mendatang hasil dari pilihan yang salah itu tidak penting.
Kalau salah kata sistem dan etika kenegaraan, benar kata Dr Mahathir. Mahathir memang tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah ‘baggage’ peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.
Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan. Apa yang akan terjadi kemudian hari itu tidak penting dan semua yang berlaku sekarang ini adalah kerana pimpinan tidak boleh menahan diri dari melantik mereka yang rapat dengan mereka (pimpinan) walaupun tidak mempunyai ‘moral standing’ untuk menjawat jawatan terpenting kerajaan kita. Orang yang mencuri diberi tugas untuk menjaga harta benda rakyat.
Akhirnya tidak ada di kalangan yang dibawa ke tengah oleh Dr Mahathir boleh dipercayai untuk menjaga nasib anak bangsa dan negara seperti yang sedang kita rasakan akibatnya sekarang ini. Penggubal dasar yang diamanahkan untuk menjaga kementerian (menteri) yang sepatutnya memerhati dan mempastikan segala dasar dilaksanakan dengan betul termasuk mengelak dari rasuah kini bersekongkol dengan pegawai tertinggi kementerian mereka dan bersama-sama melakukan rasuah.
Kalau begitu keadaannya kita hendak bertanya, di manakah rakyat hendak meletakkan harapan mereka yang ramai untuk menjaga negara dan kerukunan rakyat? Sekarang rakyat sudah mual dengan janji-janji yang ditabur oleh pimpinan hari ini, maka adalah tidak salah jika rakyat yang sudah begitu lama melakukan 'soul searching’ untuk bertindak mengikut lunas yang dibenarkan oleh perlembagaan negara iaitu melalui pilihanraya yang akan datang ini.
Sesungguhnya pimpinan UMNO baru menyedari penolakan rakyat terhadapnya dan barulah kita mendengar pemimpin yang begitu takbur dan sombong merayu dan meminta belas ehsan rakyat tetapi semuanya itu sudah terlalu lambat untuk mendapat pertimbangan rakyat. Pemimpin yang berkuasa kini sudah menjadi kembiri politik merayu dan menadah tangan untuk mendapatkan sambungan mandat rakyat.
Dua tiga hari yang lepas Najib merayu agar beliau diberikan peluang untuk berada di Putrajaya sepenggal lagi seolah-olah pembangkang sudah memerintah lama di negara ini. Selama ini rakyat telah memberikan kepada BN sebanyak 12 kali peluang dan ia bermakna BN telah memerintah selama 12 penggal. Bukankah selama ini BN telah diberikan peluang itu oleh rakyat?
Sepatutnya pembangkanglah yang meminta untuk diberikan peluang penggal ini untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir kerajaan persekutuan kerana PR telah menunjukkan rekod yang baik dalam mentadbir empat buah negeri dalam persekutuan ini. Jika PR tidak berkemampuan untuk melaksanakannya rakyat masih berhak untuk mengembalikan kuasa kepada pihak BN dalam pilihanraya yang berikutnya.
Tetapi buat kali ini mandat wajar di berikan kepada pihak alternatif dan rakyat sudah ramai menerima hakikat yang BN terutamanya UMNO sudah sewajarnya duduk di pihak pembangkang di Dewan Parlimen penggal ini untuk memberi peluang untuk mereka melakukan introspeksi terhadap diri mereka serta memperbaiki diri mereka supaya lebih memahami yang manusia dan makhluk itu sentiasa berubah. Manusia termasuk rakyat negara kita juga ingin bersama berubah kerana mereka bukan makhluk yang statik Rakyat mahu merasakan ‘ambience’ baru dalam negara setelah begitu jemu mengalami di bawah pentadbiran yang mengelirukan ini.
Rakyat ramai juga ada perasaan. Bukan pemimpin UMNO sahaja yang mempunyai perasaan itu. Bukankah kita ini manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan? UMNO mesti menghormati rakyat dan jangan terus menerus mempersendakan perasaan rakyat yang sedang melakukan introspeksi diri dengan serius.
UMNO wajar memberhentikan buruk laku ini. Jadilah sebuah parti yang 'gentleman'. Jangan jadi parti ‘gila talak’. Apabila sampai waktu duduk di luar, duduklah di luar. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Cerita untuk YAB Datuk Seri
Hasan Husaini, | 26 Sep 2012 |
Saya tak pandai menulis surat. Saya hanya pandai bercerita. Blog saya juga adalah blog cerita. Ini cerita baru, ini pula cerita lama kalau sudi untuk dibaca.
Cerita ini untuk Yang Amat Berhormat Datuk Seri Memanda Perdana Menteri Malaysia, tanah air saya. Juga untuk mereka yang sudi menadah telinga dan mata untuk membaca lantas menyebarkannya. Demi agama, bangsa dan negara.
Jumaat akan datang, tinggal beberapa hari sahaja lagi. 28 September 2012. Pada hari itu, Kabinet akan bersidang, Memanda Perdana Menteri akan membentangkan bajet kewangan bagi tahun 2013.
Bajet yang sedia ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa di Malaysia. 1.3 juta penjawat awam semestinya menjadi orang paling awal tersenyum sambil mendengar bajet diumumkan untuk mereka. Tapi kami...?
Saya terdengar cerita dari Malaysia, setiap kali beralih tampuk kepimpinan mahasiswa di IPT dalam negeri, mereka disediakan dengan sut persalinan lengkap. Saya tak tahu berapa nilainya. Presiden Mahasiswa Malaysia di Jordan hanya memakai jaket bundle.
Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam negeri juga diberikan bajet tahunan untuk memudahkan proses mereka mengurustadbir hal ehwal ahli di bawah jagaan mereka.
Pejabat operasi disediakan oleh pihak universiti secara percuma malah berhawa dingin pula. Mereka bermesyuarat dengan tenang, tanpa pening memikir sumber kewangan untuk mengatur langkah bagaimana ingin menebar manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Jordan. Kenderaan awam juga jauh lebih selesa dan terurus berbanding perkhidmatan yang disediakan kepada kami di sini. Perhubungan di Malaysia sangat efektif. Kami hanya ada bas yang akan bergerak apabila penumpang penuh.
Datuk Seri, pada September 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan permohonan lebih 1300 pemohon ke Jordan. Dari jumlah itu, lebih 1089 bertandang.
Kawan-kawan saya bertungkus-lumus menyambut adik-adik baru yang tak pernah mereka kenali, tapi cukup mereka sayangi. Rumah dan penginapan dicari untuk dihuni.
Menyewa van dan bas selepas bertengkar dengan kedegilan arab untuk menyambut mereka di lapangan terbang. Letih dan jerih mereka tak pernah berbayar, Datuk Seri. Mereka berkhidmat untuk Malaysia, tanah air yang mereka cinta. Saya hanya tukang cerita, menyampaikan berita.
Di tempat saya mengaji, Mu'tah University. Pekan kecil yang dipenuhi debu. Rumah kecil 3 bilik dengan dapur sempit dan ruang tamu kosong dan tangki air bersih yang terhad perlu disewa dengan harga lebih RM500. Kebanyakan kami pula datang dengan tanggungan sendiri selepas mendapat izin dari KPT.
Di pekan kecil ini, lebih 700 warganegara Malaysia berteduh. Dengan kesedaran tanggungjawab sosial, sebuah persatuan ditubuhkan untuk memudahkan urusan antara kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Malaysia Jordan dan Educatian Malaysia Jordan.
Di Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, juga persatuan lain di Jordan, kawan-kawan saya bekerja tanpa gaji. Kesedaran sosial mereka sangat tinggi.
Atas dasar tanggungjawab, mereka rela menipiskan perut untuk berkhidmat. Keluarkan duit poket sendiri untuk tambang bas dan isi minyak demi menghadiri mesyuarat, pertemuan dan taklimat.
Kenapa tak tuntut dari persatuan? Persatuan kami, sangat miskin, Datuk Seri.
Saban tahun, kawan-kawan saya pening, bagaimana ingin dicari sejumlah wang untuk menampung kos pengurusan persatuan kecil itu.
Kawan-kawan yang pulang bercuti di Malaysia pula, menebalkan muka memanjat lif dan tangga, menghulurkan surat dan proposal untuk mencari sumbangan dan derma. Kos pengurusan rumah pejabat di pekan kecil Mu'tah menelan lebih RM 20000 untuk setahun.
Tidak termasuk dengan program jatidiri, pembangunan mahasiswa, kebajikan dan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.
Itu di pekan kecil bernama Mu'tah, terletak berhampiran dengan kota Karak yang masyhur. Di Irbid dan Amman bahkan Mafraq, kosnya pasti lebih tinggi. Mereka di bandar maju.
Kami ada idea untuk memacu dan men-transformasi-kan ekonomi pelajar Malaysia di Jordan, tapi kami tidak punyai dana dan biaya kewangan.
Datuk Seri pernah mengajar kami, anak muda dan mahasiswa adalah aset penting negara. Mahasiswa pembentuk negara pada masa akan datang. Kami pula sangat yakin akan peranan kami untuk Malaysia.
Atas sebab itu, meski kami tahu kami akan letih dan sedih, kami tetap berhijrah ke negeri asing untuk menjana transformasi diri agar lebih maju dan mampu untuk memacu negara pada masa akan datang.
Datuk Seri, saya empati kepada nasib mereka, lantas saya menulis. Saya harap, Datuk Seri turut menaruh simpati kepada kami, rakyat Datuk Seri yang bakal kembali ke Malaysia, menyambung legasi 1 Malaysia.
Justeru, apa salahnya andai dicelah ratusan billion yang bakal Datuk Seri umumkan pada Jumaat nanti, selitkan juga barang sejuta dua untuk kami di luar negara.
Ianya bakal meringankan beban kami, agar tidak perlu berletih jerih mencari dana saban Ramadhan. Moga nanti, masa keemasan dan pengurusan cemerlang hasil bantuan dan bajet kewangan itu dapat kami tumpukan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Datuk Seri, saya bercerita tentang Jordan yang saya kenali, tapi sebenarnya, mungkin seluruh dunia saya wakili.
1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
HASAN HUSAINI adalah
Naib Presiden, Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan
Presiden, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah
Mantan Yang Dipertua, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Sumber HD : 26/09/2012

Najib rayu agar jangan saman AG dan bekas IGP?
Mohd Sayuti Omar, | 27 Sep 2012 |
Malam kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini. Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas pegawai tinggi polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan.
Pegawai polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu tidak mengambil tindakan waktu ini.
Najib, katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap membantu Najib?
Bukankah dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini.
Kalau kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani. - http://msomelayu.blogspot.com/

Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya
Aspan Alias, | 30 Sep 2012 |
Najib adalah PM pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah diuji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.
Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.
Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO di peringkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.
Sebenarnya Najib tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli perasaan ramai.
Itulah sebabnya beliau membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM3,000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.
Selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004 yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.
Abdullah beruntung kerana semasa itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat yang amat besar semasa PRU 2004.
Sebaliknya Najib telah mengambil alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang paling handal dan berpengaruh.
Oleh yang demikian memanggil PRU itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.
Najib tidak payah bersusah payah memikirkan tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April tahun depan Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya. Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.
Najib mungkin masih belum memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.
Segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.
Ingat pesepsi rakyat terhadap UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’, di antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.
Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu diadakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada di tangan rakyat sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 30/09/2012
Belanjawan baik berikan hak kepada yang berhak
Abdul Muhsi Ramlan, | 30 Sep 2012 |
Sejak daripada pembentangan belanjawan 2013 pada 28 september yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap sebagai menteri kewangan di dewan rakyat. Kita dapat melihat pelbagai reaksi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, daripada pihak kerajaan sendiri, pembangkang, ahli akademik dan juga rakyat. Seperi kebiasaan semua rakyat daripada golongan atasan sehinggalah golongan yang paling bawah akan mengharap sesuatu yang akan menguntungkan mereka daripada belanjawan kali ini.
Belanjawan 2013 ini akan dibahaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam Dewan Rakyat sehinggalah ianya diluluskan. Sebanyak RM251.6 bilion akan diperuntukkan untuk tahun 2013 yang mana belanjawan ini merangkumi sebanyak 12 buah kementerian. Semua orang akan menilai belanjawan kali ini melalui sudut yang berbeza, pelbagai persoalan juga akan timbul daripada semua lapisan masyarakat seperti, petani, polis, tentera, kakitanga swasta, kakitangan kerajaan dan tidak terlepas juga mahasiswa.
Jika dilihat pada tahun 2012 kerajaan telah terlebih belanja sebanyak RM9.6 bilion yang mana kerajaan mengalami defisit sebanyak -5.3 peratus. Kerajaan telah berbelanja defisit iaitu berbelanja melebihi pendapatan dalam tempoh masa yang agak lama iaitu selama 15 tahun.
Situasi ini adalah satu masalah kepada kerajaan dan sekiranya defisit berterusan akan menyebabkan peningkatan hutang kerajaan dan menghadkan ruang lingkup dasar fiscal sebagai alat melawan aliran menurun dalam ekonomi.
Pada belanjawan kali ini kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit sebanyak 4 peratus, tetapi melihat kepada keseluruhan belanjawan hanya beberapa perkara sahaja yang berfokuskan kepada pengurangan seperti kerajaan bersetuju mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20. Namun, langkah yang diambil ini tidaklah menampakkan kesungguhan kerajaan untuk menangani defisit ini.
Sesetengah pihak mendakwa belanjawan kali ini ialah belanjawan untuk pilihanraya yang mana kerajaan akan menggunakan belanjawan ini untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Hal ini berdasarkan kepada banyaknya pemberian kerajaan secara ‘one off’ kepada rakyat seperti pemberian bantuan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas adalah sebanyak 250 ringgit. Persoalannya ialah kenapa umur 21 tahun? Hal ini tidak lain adalah kerana umur 21 tahun ini adalah umur yang layak untuk mengundi.
Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bonus satu setengah bulan kepada kakitangan kerajaan mengikut kepada kadar gaji mereka. Bayaran pertama telah pun dibuat. Sebagai contoh, dalam pengiraan setengah bulan ,sekiranya seseorang itu bergaji 10 000 ringgit, maka mereka akan mendapat bonus sebanyak 5000 ringgit dan pekerja yang bergaji 3000 ringgit akan mendapat bonus sebanyak 1500 ringgit. Keadaan ini tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya, hal ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin.
Sekiranya kerajaan dapat menyelaraskan pemberian bonus misalnya 1500 ringgit kepada semua kakitangan kerajaan ia akan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini. Hal ini kerana orang kaya dan miskin tetap membayar kadar cukai yang sama rata.
Sekiranya melihat kepada pendapatan kerajaan sebenarnya cukup untuk menampung segala perbelanjaan dalam negara. Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu sebanyak 21 peratus daripada pendapatan negara dengan nilainya sebanyak 22 bilion ringgit. Pendapatan ini tidak termasuk lagi daripada sektor lain seperti pelancongan, perikanan, perlombongan dan lain-lain.
Walaubagaimanapun pada hemat saya, kebocoran yang berlaku dalam kerajaan sangat serius.
Menurut ‘Global Financial Integrity’ pada Januari 2011 telah mendedahkan RM 1.08 trilion (USD350 bilion) telah diseludup ke luar negara dari Malaysia dalam tempoh 2000 sehingga 2009. Sekiranya dana ini tidak dilarikan ke ‘secretive jurisdiction’ Malaysia tidak perlu berhutang untuk membiayai pembangunan ekonomi.
Kita tidak menafikan pemberian subsidi padi kepada para petani itu adalah pelaburan yang sangat baik kepada ekonomi negara di samping meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Belanjawan yang dibuat setiap tahun ini ada kesan baik dan buruknya, apa yang membimbangkan ialah pelaksanaannya sehingga kadang-kadang terpaksa menambah belanjawan baru untuk menampung perbelanjaan yang lain.
إِنَّاللّهَيَأْمُرُبِالْعَدْلِوَالإِحْسَانِوَإِيتَاءِذِيالْقُرْبَىوَيَنْهَىعَنِالْفَحْشَاءِوَالْمُنكَرِوَالْبَغْيِيَعِظُكُمْلَعَلَّكُمْتَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”. (An-Nahl: 90)
Belanjawan yang baik ialah belanjawan yang adil dan keadilan itu bererti berikan hak kepada yang berhak.
Penulis ialah Bendahari Kehormat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
Sumber HD : 30/09/2012
Mahal betul harga nak kekalkan BN dan Najib ini
Aspan Alias, | 01 Okt 2012 |
Najib setiap hari keluar berkempen memaki hamun semua parti-parti yang dalam PR dan kerajaan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat. Bagi kita yang sudah berumur dan ada sedikit pengalaman berpolitik ini memahami apa yang ada di dalam hati dan sanubari pemimpin utama negara kita itu. Beliau gentar dan resah gelisah.
Cara beliau bercakap bergegar-gegar itu tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau amat gelisah dengan apa yang berlaku dikalangan rakyat akar umbi. Najib sedang panik dan masih tidak berkeyakinan yang BN akan mendapat mandat kali ini walaupun berbillion-billion ringgit telah dibelanjakan membeli hati dan jiwa rakyat sekalian.
Cara beliau berucap tidak menampakkan yang beliau seorang Perdana Menteri. Mungkin beliau terlupa sekejap yang beliau itu Perdana Menteri kerana selalunya pemimpin utama negara akan bercakap dengan nada yang rendah tapi meyakinkan. Di Pulau Pinang semalam Najib bercakap dengan nada yang begitu tinggi dan nampak jelas beliau terlalu banyak kelemahan yang beliau mahu lindungi dari pandangan rakyat. Beliau mempunyai banyak perkara yang putus yang perlu disambung dan yang koyak untuk ditampal.
Setiap malam tidak ada orang lain di kaca TV selain dari Najib berkempen melaluinya. Bahan kempennya tidak lain hanya memperlekehkan pentadbiran semua kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib tidak nampak apa kebaikan yang telah dilakukan oleh PR di P Pulau Pinang, Selangor dan Kedah serta Kelantan. Najib amat resah dengan pengaruh kerajaan-kerajaan negeri dalam PR kerana kerajaan Pakatan Rakyat melakukan pembersihan segala politik dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.
Seboleh-bolehnya Najib mahu mengajak rakyat menafikan kelebihan berada di bawah tadbiran PR. Kejayaan PR mentadbir negeri-negeri yang diperintahnya amat menyulitkan Najib siang dan malam. Najib terpaksa mencemuh dan bergegar-gegar menempelak kebaikan yang di tunjukkan oleh PR di empat buah negeri tersebut. Tetapi bagi kita yang faham, jangan diambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh Najib itu. Kita faham yang beliau sedang berada di hujung tanduk. Beliau sedang terkapai-kapai meminta tolong dan merayu untuk diberi peluang kali ini.
Tetapi selama ini rakyat telah memberi peluang kepada BN sejak negara merdeka. Tetapi kebaikan rakyat selama ini diambil sebagai kelemahan yang mereka boleh mengambil kesempatan ka atas mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menjolok mata. Najib sudah menganggap rakyat sekarang degil dengan kerajaan. Justeru Najib sekarang sedang bertempur dengan rakyat dengan menghina pilihan rakyat dan ini adalah satu pencemaran kepada semangat persekutuan.
Orang yang menjadi sasaran Najib ialah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang serta Khalid Ibrahim MB Selangor. Najib amat agresif dan mahu memaksa rakyat memberikan sokongan kepada BN. Usaha Najib dan BN untuk memecahkan perhubungan baik di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah gagal dan kegagalan beliau memecah belahkan komponen PR itu membuatkan Najib tidak lalu makan dan tidak lena tidur. Seperti biasa apabila tidak ada perpecahan UMNO akan hanyut.
Seperti ilmu matematik, cara memilih dalam pilihanraya dengan baik ada formulanya. Jika sesebuah parti dan pemimpin itu menjadi sasaran cemuhan yang kuat oleh Najib dan pimpinan BN, itulah parti atau pemimpin yang rakyat perlu sokong. Kalau di ikutkan formula ini maka yang perlu diberikan sokongan ialah mana-mana parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat.
Sebabnya mudah. Apa yang dikecewakan oleh BN dan Najib ialah rakyat sudah merasakan dan nampak dengan jelas yang PR boleh memimpin walaupun ditekan dengan hebat oleh kerajaan persekutuan yang di kuasai oleh BN. BN sedang cuba menggelapkan mata rakyat untuk tidak nampak apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kegagalan kepada BN. Itulah sebabnya Najib terpaksa berucap sampai terkeluar anak tekak untuk melindungi rakyat dari mengakui kewibawaan PR itu.
Itulah sebabnya rakyat wajar memberikan sokongan kepada PAS, DAP dan PKR untuk menguasai Putrajaya kerana jika PR dapat menguasai Putrajaya maka kerajaan–kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tidak akan ditekan dan mudah untuk melaksanakan segala dasar yang di gubal oleh kerajaan baru itu.
Jika Pakatan Rakyat memerintah maka kita boleh memberikan harapan untuk membina kembali semangat persekutuan yang telah diranapkan oleh UMNO sejak Dr Mahathir memerintah dahulu. Saya secara peribadi berharap Pakatan Rakyat akan menghormati kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat itu. Cara untuk menghormati rakyat ialah dengan menghormati kerajaan-kerajaan negeri pilihan mereka kerana negeri-negeri itu adalah kepunyaan rakyat yang merdeka dan berdaulat.
Saya ingin mengulangi tidak akan ada kerajaan persekutuan tanpa kerajaan-kerajaan negeri yang berdaulat itu. Tetapi semangat itu tidak pernah dihormati oleh pimpinan persekutuan kerana mereka terlupa agaknya yang negara kita ini adalah negera persekutuan bukannya negara ‘unitary’ seperti Thailand dan Indonesia. Pimpinan di Putrajaya berfikir yang seluruh negara ini adalah kepunyaan ibu bapa atau datuk nenek mereka sahaja dan boleh memaki hamun rakyat yang selama ini telah memberikan mandat yang mereka lalaikan selama ini.
Apabila rakyat sudah mula sedar, maka mundar mandirlah Najib di setiap negeri dan daerah memaki hamun pihak lain dan sentiasa menyalahkan PR dan rakyat kerana kelemahan yang mereka wujudkan sendiri. Rakyat kini sedar yang kepercayaan yang hanya UMNO boleh menjamin masa depan rakyat itu hanyalah satu ‘myth’ yang dibina oleh UMNO dan BN memalui media masa perdana selama ini. Sekarang rakyat sudah sedar yang UMNO telah mengelirukan mereka dan itulah yang membuatkan Najib tidak kering peluh berjalan ke sana ke mari meminta tolong dan beliau tidak sedar yang beliau sekarang adalah seorang kembiri politik yang paling sibuk dalam sejarah politik negara.
Najib bercakap besar dengan nada yang tinggi seolah-olah beliau dan UMNO sahaja yang boleh mentadbir negara ini. Rakyat yang mendengar ucapan beliau di kaca TV setiap malam seolah-olah kita semua ini adalah ‘little cousins’ beliau. Rakyat yang mendengar itu kebanyakannya adalah mangsa UMNO yang selalu mengelirukan mereka dan mereka tidak mahu lagi diperbodohkan oleh Najib dan pimpinan negara yang lain. “Enough is enough. No more listening to silly statements from Najib please!” kata salah seorang bekas Menteri yang berakap dengan saya pagi semalam.
“Najib has over sold himself bro” kata seorang yang baru saya kenali dalam satu majlis hari raya beberapa minggu yang lepas. “Najib talks too much to an extent of clowning himself. The more he talks the more weaknesses uncovered from him. Najib is telling too much lies that he now believes his own lies” sambung kenalan baru saya itu..Saya hanya menjawab , “Let him tell lies about us, but we can tell the truth about him”.
Pendeknya Najib sedang sedaya upaya untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu peribadi yang sedang beliau hadapi sekarang ini. Yang menjadi mangsa di atas kesalahan beliau adalah rakyat yang ramai ini. Mahal betul harganya untuk mengekalkan Najib dan BN ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kapitalis berjenama Islam
Syed Abdullah Osman Jamalullail, |
Mengapa pelanggan yang membuat pinjaman melalui Bank yang menggunakan kaedah cara Islam dinegara ini masih mengenakan 'faedah' yang tinggi apabila untuk membuat bayaran melangsai kesemua hutang itu. Umpamanya hutang membeli rumah RM300 ribu yang harganya menjadi RM700 ribu apabila diakadkan jual beli secara Islam, dengan alasan harga pasaran 25 tahun akan datang adalah RM700 ribu.
Selepas lima tahun meminjam dan pelanggan ingin menjelaskan baki hutang secara sekaligus, bayaran yang dikenakan yang dikenakan masih melebihi RM600 ribu. Tidakkah ini serupa dengan hutang secara konvensional yang ada unsur riba' didalamnya? Sepatutnya apabila menggunakan kaedah cara Islam apabila menjelaskan kesemua bayaran baki hutang hendaklah membayar apa yang diperoleh semasa menerima jumlah hutang tersebut.
Bukankah ajaran Islam itu adalah untuk memudahkan umatnya dan bukannya menindas atau menyusahkan umat. Hal ini kerana agama Islam adalah panduan yang terbaik yang datangnya daripada Allah yang dibawa ajarannya oleh Rasulullah SAW.
Kita tidak mahu ada lagi saki baki kaedah cara Yahudi terselit walaupun secebis di dalam kaedah cara Islam ini kerana itu adalah pekerjaan mereka untuk memesongkan akidah kita secara halus dan bermotif.
Kita juga tidak mahu menjadi seperti umat Nabi Musa yang diceritakan dalam al-Quran iaitu helah untuk menghalalkan tindakan mereka. Turun larangan Allah iaitu dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka menggunakan helah iaitu memasang pukat pada petang hari Jumaat dan mengambil hasilnya pada pagi Ahad dan beranggapan mereka terlepas daripada perintah. Allah menurunkan bala terhadap umat ini.
Oleh itu, saya berpandangan, janganlah mempergunakan sistem kapitalis yang dijenamakan atas nama Islam untuk keutungan yang sedikit di dunia ini.
Sumber HD : 1/10/2012
Sumber HD : 2/10/2012

Najib: Berani bentang tak berani berdepan
Mohd Sayuti Omar, | 02 Okt 2012 |
Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya.
Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.
Saya tidak tahu apakah Najib memahami sistem parlimen, fungsi dan juga tanggungjawabnya. Parlimen ada dewan legislatif untuk membicarakan hak-hak kepentingan rakyat dan negara. Di situlah segala keputusan dirumus demi kebaikan rakyat dan negara dicernakan. Di dalam parlimen seharusnya tidak ada perasaan benci membenci sebagai seteru politik sebagai mana di pentas pidato. Parlimen adalah dewan perdamaian dan pencurahan idea dinamik. Ia berbeza sekali dengan pentas ceramah.
Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing.
Pembangkang dalam konotasi perlimen ialah pihak membuat teguran terhadap apa-apa juga yang dipandang tidak baik agar ia menjadi baik. Bangkangan juga memberi idea atau input baru bagi mencantikkan lagi apa-apa keadaan yang tidak indah bukannya menambahkan keburukan dan kejelekan. Misalnya kalau pembangkang memberi teguran dan menambah makluamt terhadap bajet diberikan Najib ia akan menjadikan bajet itu cantik dan sempurna lagi. Natijahnya yang mendapat nama dari kebaikan itu bukan pembangkang tetapi Najib dan kerajaan sendiri.
Tetapi apabila beliau mengambil sikap dan budaya merasakan pembangkang itu selamanya membangkang dan prejudis kepada kerajaan ia adalah satu sikap negatif yang tidak membawa keuntungan. Sikap tidak perlu diamalkan oleh seorang perdana menteri. Perangai atau pun pendirian seperti itu tidak wajar dijadikan tradisi dalam berpolitik dan berkerjaan. Apa yang Najib lakukan itu bakal diamalkan oleh species di dalam Umno selepas ini dan ia adalah politik anti tamadun.
Ironisnya semasa Najib membentangkan bajet selama hampir dua jam, ia didengari dan ditekuni dengan cermat oleh pembangkang termasuk Anwar. Mereka mendengar bukan sahaja untuk mencari salah dalam ucapan Najib tetapi sebagai menghormati itulah bajet untuk negara yang dibentangkan oleh perdana menteri. Mereka mendengar untuk memberi pandangan dari perspektif mereka serta tanggungjawab sebagai pembangkang dalam hakikat sebenarnya.
Makanya kalau Anwar dan sekalian ahli pembangkang lain boleh menahan diri, menahan sabar dengan gurauan Najib yang sesekali memedihkan telinga dan memanaskan hati, kenapa Najib begitu sombong dan 'agah' untuk berbuat demikian? Apakah sudah ada satu perlembagaan baru (sub seksyen) yang digubalkan di mana perdana menteri tidak berhak atau perlu mendengar ulasan dan perbahasan ke atas bajet yang dibentangnya. Bahawa telinga Najib sudah ' berbolot' dengan tahi telinga tatkala Anwar bangun berucap? Begitukah?
Paling menjahilkan lagi keadaan dan politik di sebelah kerajaan, apabila bukan sahaja Najib tetapi timbalannya juga terikut-ikut dengan sikap dan ulah Najib. Mereka juga tidak hadir untuk mendengar ulasan atau perbahasan bajet oleh pembangkang. Rakyat yang bermaruah dan tahu terlalu berpolitiking akan bertanya di manakah maruah dan integriti mereka? Jangan salahkah rakyat, kalau rakyat merasa mual dan menganggap mutu siasah mereka sebagai pemimpin sangat rendah.
Najib dan sekalian menteri harus faham yang menjadi pemerhati dan mengambil bahagian dalam politik bukan saja rakyat kelas tiga yang seronok dengan cara mereka berbasi basi dalam politik. Tetapi parlimen atau tingkas laku mereka juga diperhati oleh golongan cerdik pandai, baik di dalam negara maupun di luar negara. Mereka akan memerhati sejauh mana penerimaan Najib dalam hal ini. Seorang pemimpin yang hebat dan agung itu mengambil sikap terbuka dan tahu meletakkan sesuatu kepentingan dan tanggungjawab itu pada tempat dan masanya.
Kalaulah Najib berkorban untuk mendengar ucapan Anwar semalam, dia akan dilihat bukan saja bertangjungjawab dan berani tetapi ia akan disuluh sebagai seorang ahli politik yang praktikal dan gentlemen. Sikap itu akan dihormati oleh rakyat, oleh pembangkang juga dan penyanjungan kepada menjadi lebih tinggi lagi.
Kita tahu di dalam parlimen Najib atau menteri kewangan ada wakilnya. Para pegawai akan mencatat apa-apa yang diulas dan ditegur oleh pembaangkang kemudian akan dibawa ke pengetahuannya. Manakala back-bencer pula akan mengganggu mana-mana ucapan pembangkang yang langsung mengkritik Najib atau pun melencong jauh dari topik asalnya. Namun kewujudan dan keberadaan mereka di situ tidak 'sebermakna' dengan adanya sendiri menteri kewangan dalam dewan. Atau dengan adanya timbalan-timbalan menterinya. Kandati Najib mengikuti perbahasan oleh Anwar menerusi live tv di pejabatnya, namun hakikatnya rekod akan dicatat sebagai beliau berada di luar dewan.
Orang akan melihat Najib bukan seorang menteri yang badut kalau beliau memaksa diri sekejap mendengar ulasan Anwar. Bukan sahaja Anwar malahan seluruh ahli parlimen akan melihat Najib sebagai seorang pemimpin gentlemen dan bertanggungjawab. Sebagai insan, sudah tentu akan ada sentuhan jiwa bila berlaku pandangan mata. Bila situasi ini wujud ia boleh menyejukkan kepala dan timbul rasa damai di hati. Tetapi bila keadaan seperti itu terus berlaku, berjauhan dan pulau memulau inilah menyebabkan wujud ketegangan sepanjang masa.
Implikasi buruk sebenarnya diterima Najib apabila beliau enggan mendengar ucapan Anwar. Orang yang cerdik akan menganggap bahawa Najib tidak seberani yang ditunjukkan menerusi aksi dalam syarahannya. Orang akan menganggap Najib seorang tidak bertangungjawab seperti mana dilaung-laungkan. Dan lebih parah lagi orang akan kata Najib tidak sanggup berdepan mendengar perbahasan dan ulasan Anwar, kerana Najib tidak mampu untuk berbahas secara spontan dan langsung melainkan hanya mampu membaca baris-baris, komen dan titik apa yang telah disuratkan.
Hakikat ini jelas apabila isi, perkataan dan laras bahasa di dalam tiga bajet Najib yang saya dengar adalah perulangan frasa-frasa yang sama, perulangan sebutan-sebutan dan ayat retorika yang sama, perulangan sindiran-sindiran yang sama, cuma yang ada sedikit pengubahan figure dari kecil menjadi besar sebaliknya dari yang besar diperkecilkan mengikut keperluan sesama.
Apapun yang ketara dalam pembentangan bajet kali ini Najib berani memakai sut berwarna hijau, warna syurga yang menjadi milik Pas? Seharusnya bila Najib berani memakai baju hijau dia juga sepatut menjadi lebih berani dan terkeluar dari pradigma diqueen control oleh politik pondan.
Eh..eh... kenapa Mat tersenyum tu, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Felda apakah khabar Mat? - http://msomelayu.blogspot.com

Najib tidak mahu debat, tiada keyakinan diri
Aspan Alias, | 02 Okt 2012 |
Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belajawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung. Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu.
Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual ‘minyak’nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ngejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
(Pandangan kartunis terhadap sikap Najib)
Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat ‘gentleman’ dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak dari berdepan dengan Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.
Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya boleh membaca khutbah dalam mana makmum yang ramai itu ditegah untuk bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai ‘clarity’ dalam pemikiran yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai ‘conclusive’ tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah ‘self insulting’. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 2/10/2012
Sumber HD : 2/10/2012
Sumber HD : 3/10/2012
Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga di kampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap di tempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain dari berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.
Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum musyrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah.
Penghjrahan Muhammad SAW dengan sahabat-sahabat baginda ke Madinah telah mengembangkan makallah Islam sehingga Islam itu merebak ke merata pelusuk dunia sehingga ke China. Jika Muhammad masih kekal di Makkah Islam tidak mungkin berkembang dan menempa kemajuan kerana kekalutan keadaan di Makkah itu sendiri. Tetapi apabila Muhammad SAW sampai ke Madinah baginda telah disambut oleh kaum Ansar dan Khawarij dengan begitu mesra, maka Muhammad SAW berjaya mengembangkan makallah Islam itu dengan jayanya dan berkembanglah agama suci kita itu di Madinah tanpa halangan yang besar.
Begitu jugalah kita di negara ini yang inginkan perubahan itu. Kekalutan politik di negara kita tidak akan dapat diperbaiki selagi kita tidak mahu melakukan hijrah itu dengan berani. Yang penting bagi kita ialah untuk meninggalkan kekalutan yang kita sedang hadapi oleh kerana masalah-masalah yang kita semua tahu dan telah selalu disebut dan ditulis oleh banyak penulis dan pemikir kita.
Hanya yang menjadi masalah sekarang di negara kita ialah perubahan itu terpaksa melalui usaha yang sangat rumit kerana kita belum pernah lagi melalui perubahan sejak merdeka dahulu. Tetapi di atas kerumitan inilah datangnya perjuangan dan dalam usaha yang sebegini ia tidak mungkin boleh di capai dengan mudah kerana bukan perkara senang untuk memecahkan budaya yang songsang yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Bak kata pepatah, ‘pecahkan ruyungnya dahulu sebelum kita mendapat sagunya’.
Sekarang ruyungnya sudah hampir pecah dan sagunya sudah kita nampak. Hanya menunggu masanya sahaja bagi rakyat negara ini merasakan nikmat pembaharuan yang sedang berlaku dengan derasnya di kalangan kita di sini.
Barulah sekarang kita lihat dengan jelas yang perubahan itu agak pasti akan berlaku dan ianya sudah begitu hampir dengan kenyataannya. Tidak ada sesuatu kuasa yang boleh bertahan selama-lamanya termasuklah mereka yang sedang berkuasa di negara kita ini. Tanda-tanda perubahan sudah ditunjukkan dalam pilihanraya yang lalu dengan bertambahnya pengaruh parti-parti alternatif sehinggakan BN telah kehilangan majoriti tradisi 2/3 di Dewan Parlimen dan lima Dewan Legislatif negeri-negeri dalam persekutuan ini telah diambil alih oleh pihak alternatif.
Ramai yang berharap dengan berusaha keras untuk melakukan ‘follow through’ kepada apa yang di capai oleh pihak alternatif dalam pilihanraya yang lalu. Angin perubahan ini bertiup begitu kencang sehinggakan pihak pemerintah sekarang terpaksa bertahan dengan berbagai-bagai cara kerana pihak pemerintah sekarang belum pernah mengalami perubahan selama ini. Namun benteng pertahanan mereka itu tidak akan mampu menahan ombak perubahan yang sedang melanda kita pada masa ini.
Tentang dari penyokong-penyokong BN pada hari ini tidak perlu dirisaukan kerana mereka itu adalah di kalangan mereka yang berada di dalam ‘comfort zone’ dan payah untuk membawa mereka berjuang.
Semasa mereka perjuangkan kemerdekaan oleh pimpinan terdahulu itu, ramai pegawai-pegawai kerajaan dan mereka yang makan gaji dengan pentadbiran British dahulu amat takut menerima kemerdekaan ini.
Ramai di antara mereka berkata yang kita tidak akan berjaya mengendalikan sebuah negara yang kita tadbir sendiri kerana kita tidak ada kemampuan apa-apa. Mereka berkata, hendak membuat jarum pun kita tidak boleh lakukan, masakan kita berdaya untuk mengendalikan kemerdekaan negara.
Tetapi apabila kita mencapai kemerdekaan kumpulan ini jugalah yang telah mendapat nikmatnya dan menjadi pembesar-pembesar negara dan negeri kita. Begitu jugalah dengan apa yang kita hadapi sekarang. Ramai di antara penyokong kerajaan pada hari ini berkata belum tentu lagi PR akan berjaya memerintah negara dengan baik jika diberikan mandat dalam pilihanraya ini.
Tetapi itu merupakan masalah yang biasa apabila kita hendak melakukan perubahan. Kemampuan PR untuk mentadbir negara kita adalah lebih baik dari apa yang ada pada hari ini. Yang sudah pasti UMNO dan BN tidak mampu lagi mengendalikan rakyat dan negara dengan baik kerana UMNO dan BN tidak berkemampuan untuk menguruskan kejayaan.
Mereka telah merosakkan semua kejayaan yang kita telah capai dengan jayanya dahulu. Hakikatnya jika BN masih diberikan mandat ia bermakna kita telah gagal untuk berubah yang sangat-sangat perlu bagi rakyat negara kita sekarang ini.
Tetapi jika kita timbang dari sudut keinginan rakyat untuk berubah pada hari ini, insyaallah kita akan mencapainya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Bersedia sahajalah untuk hidup dalam ‘ambience’ politik yang baru untuk kehidupan yang jauh dari kemelut yang kita hadapi sejak beberapa lama dahulu.
Kita terpaksa jauhkan diri kita dari kemelut ini. Jangan sekali-kali kita menzalimi diri kita dengan membiarkan kita masih berada bersama pentadbiran yang telah melakukan kemungkaran politik dan ekonomi serta sosial negara kita.
Sumber HD : 4/10/2012
Bukan dengki dan bukan juga hendak khianati. Apa yang diperkatakan kerana ia agak ganjil dan luar biasa dan jarang-jarang terbuat dan berlaku dalam kehidupan orang lain. Begitulah yang dapat difahami dari majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menjadi buah mulut dan percakapan umum kini. Bukan kerana Ali terus mempertahankan adat dan budaya Melayu yang berunsur hindu itu, tetapi apa dipersoalkan mengenai kegahan kenduri berkenaan.
Apabila dianggarkan lebih 100,000 tetamu yang hadir kenduri itu besar dan ia tentulah melibatkan kos perbelanjaannya besar. Majlis itu juga mengalahkan majlis kenduri kahwin anak raja-raja Melayu baik sebelum merdeka maupun pasca merdeka. Soal di mana Ali dapat duit dan hendak belanjakan itu soalnya. Tetapi apa yang menjadi persoalan dan kemusykilannya kenapa ia membabitkan agensi kerajaan dan kakitangan awam juga dikerah bagi menguruskannya. Itulah yang tidak menyenangkan dan satu kemungkaran?
Seperti mana dakwa Mahfuz Omar majlis perkahwinan anak Ali itu dibincang dalam mesyuarat sebuah perbadanan negeri Melaka. Dakwa Mahfuz majlis kenduri itu dibincang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Perkara ini terbongkor apabila minit mesyuaratnya tercicir kepada media massa. Apakah keperluan dan ada peruntukan untuk perbadanan berkenaan menguruskan majlis perkahwinan itu? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa?
Kalau kenduri itu diuruskan sendiri oleh pihak Ali dan keluarganya ataupun keluaga Umno tanpa membabitkan kakitangan kerajaan dan sebuah perbadanan tidak menjadi masalah. Ali boleh berbelanja berapa juta ringgit pun untuk kenduri itu kerana dunia Umno mengetahui siapa dia Ali. Ali ialah ketua menteri Melaka yang dunia semua tahu bagaimana hebat dan kayanya sesiapa yang menjadi ketua menteri Melaka bermula era Mahathir.
Misalnya orang juga tahu bagaimana bekas KM, Rahim Tamby Chik mempunyai aset dan wang ratusan juta. Jadi tidak pelik kalau Ali juga kaya atau kekayaannya melebihi kekayaan Rahim Tamby Chik. Kalaupun bekas KM Melaka yang tidak kaya ialah Encik Ghabar Baba atau Allahryaham Mohd Zain.
Ali juga adalah bekas calon timbalan presiden yang dibatalkan pertandingannya kerana terbabit dengan rasuah? Faham-fahamlah sendiri. Rasuah boleh dilakukan oleh mereka mempunyai wang untuk mendapat sesuatu seperti kedudukan dan pangkat. Dan rasuah juga berlaku kepada mereka yang lemah iman atau tidak mempercayai adanya yaumi masyhar.
Cerita pagi ini
Pagi ini saya tidak mahu bercerita panjang soal Ali Rustam dengan majlis kenduri kahwin anaknya yang kononya majlis itu mencerminkan sokongan padu rakyat Melaka kepada Ali dan juga UBN. Wajarlah kalau rakyat Melaka menyokong BN sampai ke mati kerana negeri itu tidak ada raja di mana mereka berajakan kepada UBN. Adat istiadat UBN berbeza dengan adat istiadat dan resam orang Melayu. Tidak menghairankan. Namun dalam pada itu terdapat juga segolong rakyat negeri cancaluk itu yang sudah berhijrah kepada Pakatan Rakyat.
Kenduri kahwin anak Ali itu tidak dapat lari dari ianya bermatlamat politik. Ali sangat mengharapkan sambutan meriah itu untuk difahami oleh pihak atasan. Kononnya beliau masih popular dan mendapat kepercayaan rakyat. Mungkin juga apa tertusuk dari kenduri itu ia akan menjadi legasi kepada Ali yang mungkin selepas ini tidak lagi menjadi KM Melaka. Jadi sebagai pegakhiran khidmat dan meraikan rakyat Ali adakan kenduri itu dengan kepastian ianya meriah dan hebat.
Apa yang saya hendak bawa dalam ulasan pagi ini ialah mengenai sebuah lagi kenduri kahwin politik yang bakal diadakan. Kita mahu tengok apa akan terjadi kepada kenduri kahwin yang satu ini. Apakah ianya sehebat kenduri kahwin anak Ali atau pun lebih hebat ataupun tidak diadakan langsung? Logiknya dan kalau mengikut aliran nafsu kenduri kahwin yang satu ini akan lebih hebat dan gah lagi dari kenduri kahwin anak Ali itu.
Masalahnya apakah kenduri kahwin itu sempat diadakan? Ini satu tanda tanya yang boleh kita sama-sama bayangkan. Kenduri kahwin yang dimaksudkan itu ialah kenduri kahwin anak perdana menteri dengan isteri baru, Rosmah Mansor. Anaknya akan berkahwin dengan anak seorang raja dari Kazakstan.
Majlis pertunangan anak Najib ini sudah pun diadakan secara eksklusif di mana hanya kerabat-kerabat terdekat dan kerabat raja di undang. Kalau majlis pertunangan sudah hebat dan gah pastilah majlis kenduri - naik pelamin lagi hebat. Apa lagi nama anak perdana menteri dengan bini baru, lagi hebatlah. Kalau anak Ali diarak dengan beca roda tiga, tentulah anak Rosmah akan diarak menaiki gajah putih bunting sulung.
Rakyat sudah mengenali citarasa dan nafsu besar Rosmah bin Mansor. Kehebatan kenduri Ali itu mencabar Rosmah dan seterusnya akan mencabar Najib. Sudah pasti Rosmah mahukan nilai kenduri itu lebih mahal dari nilai perkahwinan anak Ali. Rosmah tidak perlu kepada jumlah tetamu 100 ribu tetapi cukup dua tiga ratus sahaja tetapi yang penting harga kenduri itu mahal. Yang hadirnya pembesar seluruh negara dan raja-raja Melayu. Dalam soal ini kuaniti tetamu tidak penting tetapi kualiti (price) kenduri itu penting.
Sebagai isteri perdana menteri Rosmah boleh menarik seberapa banyak wang untuk majlis itu kelak. Selagi dia bergelar Wanita Pertama yang beliau nobatkan ke atas dirinya sendiri, wang akan sampai. Rosmah tidak perlu memecah tabungnya peribadinya yang dibuka sedari kecil, tetapi cukup beliau berdaham sahaja. Kalau sebuah perbadanan dikatakan boleh menguruskan perkahwinan anak seorang ketua menteri, perkahwinan anak Rosmah tentulah ada pihak agensi atau GLC lebih besar dari itu.
Sebelum ini pun majlis klenduri perkahwinan anak perdana menteri itu katanya sudah diurus bayar (sekruang-kurangnya bil dialamatkan ke Jabatan Perdana Menteri), apakah mustahilnya kalau untuk majlis perkahwinan nanti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan menguruskannya. Mungkin Mohamad Nor Yaacob boleh dipanggil menjadi bendahara ... bendehara gat zaman moden ini menteri kewangan lah... bagi membincang dari mana dan berapa banyak wang hendak diadakan.
Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein pula boleh memastikan lalu lintas udara dan darat serta laut berjalan lancar untuk upacara itu. Zahid boleh arah satu paltun askar untuk menjaga keselamnatan manakala Hishamuddin boleh arahkan Ketua Polis Negara memberi sekian banyak anggota polis lalu lintas dan juga FRU untuk mengawal majlis berkenaan. FRU boleh menjamin agar tidak ada gangguan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) ataupun dari warga Rupblik Bangsar dari membuat kacua ganggu majlis berkenaan.
Pendeknya selagi kuasa masih berada di tangan dan rakyat berada di hujung kuku kaki, Rosmah dan Najib boleh lalukan apa-apa sahaja. Kalau Ali Rustam hanya sebagai seorang ketua menteri sebesar dua belah telapak tangan boleh berbuat begitu mengapa tidak dengan Najib yang menguasai sebuah negara bernama Malaysia?
Cuma saya hendak ingatkan Rosmah dan Najib disini kalau diadakan majlis kenduri perdana itu nanti jangan lupa ajak sama Hasan Akidah untuk menjadi tukang pantun manakala Nasharudin Mat Isa sebagai pembaca doa. Jangan lupa ini. Hasan Akidah yang petah dengan motivasi akan dapat mengarang pantun-pantun yanh indah dan gah memuji pengantin dan juga ibu pengantin.
Misalnya begini; Membina rumah tanpa andang, Daun jendela kayu meranti; Puan Rosmah wanita budiman, Menjadi raja ditahkta Perdana Menteri.
Manakala Nasharudin pula yang fasik dalam bahasa Arab termasuk Arab Mesir, Iran, Irak, Arab Saudi dan segala macam boleh membaca doa-doa indah dan mengasyikkan. Kalaulah mereka tercicir dari senarai jemputan orang-orang besar maka kempunan dan hinalah mereka dalam martabat bangsa politik negara ini.
Persoalannya kini apakah kenduri kahwin itu akan diadakan atau lebih tepat lagi sempatkah ianya diadakan? Inilah merisaukan Rosmah dan juga pemerhati politik yang mahu melihat peristiwa itu berlaku. Kebimbangan inilah mengaru-garu kepala Rosmah. Melihat kepada masa depan UBN yang suram temaram menyebabkan Rosmah mungkin bimbang takut kenduri itu tidak sempat diadakan di masa dia berada di takhta kekuasaan hari ini. Manakala untuk menyegerakan pula kenduri yang besar-besaran itu bimbang ia akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang.
Sekiranya UBN sudah tidak berkuasa dan Najib sudah tidak menjadi perdana menteri (tidak makan telor) sudah pastilah kenduri yang gah diharapkan itu tidak akan menjadi lagi. Hari ini Rosmah sedar kenapa rakyat (Umno) menghormatinya dan suaminya bukan lain melainkan kerana jawatan PM itu. Apabila sesudah tidak menjadi PM, nescaya mereka tidak akan disebut-sebut lagi. Bak kata bidalan saya, kalau sebut mulut naik birat, jika diingat akan tertawa sendiri. Ah... Mat Maslan tentu faham bidalan saya, sebab Mat Said sakit telinga. [wm.kl.11:56 am 04/10/12].
Sumber HD : 4/10/2012
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu.
Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual ‘minyak’nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ngejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
(Pandangan kartunis terhadap sikap Najib)
Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat ‘gentleman’ dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak dari berdepan dengan Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita. Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.
Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya boleh membaca khutbah dalam mana makmum yang ramai itu ditegah untuk bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu. Jika benar Najib mempunyai ‘clarity’ dalam pemikiran yang beliau persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai ‘conclusive’ tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu adalah ‘self insulting’. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 2/10/2012
Bajet 2013: Komen bagi isu air dan tenaga
Piarapakaran S, | 02 Okt 2012 |
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji Belanjawan 2013 (Bajet 2013) serta belanjawan terperinci bagi beberapa kementerian berkaitan yang telah diterbitkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan berikut untuk mengurangkan ketirisan perbelanjaan kewangan kerajaan dan mungkin boleh menjimatkan berbilion ringgit daripada terbazir.
1) Industri perkhidmatan air negara
Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM300 juta untuk penggantian paip air dan pembentungan untuk memperbaiki sistem bekalan air dan pembentungan. Di samping itu, belanjawan terperinci Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menunjukkan hampir semua negeri akan menerima sama ada dana atau pinjaman untuk pembangunan infrastruktur perkhidmatan air yang berjumlah hampir RM2.8 bilion bagi tahun 2012 dan 2013. Malangnya, ini tidak selaras dengan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) kerana terdapat beberapa negeri yang masih belum distruktur semula. Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Labuan, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Selangor distruktur semula di bawah WSIA sebelum dana atau pinjaman disalurkan. Dana ini juga mesti ditadbir oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana SPAN adalah pengawal selia untuk industri air dan pembentungan. SPAN mengawal selia industri-industri ini dari perspektif ekonomi, kualiti perkhidmatan dan teknikal. Ini akan memastikan penggunaan peruntukan secara berkesan.
Selain daripada itu, perjanjian konsesi Indah Water Konsortium (IWK) mesti dimansuhkan dan IWK mesti distruktur semula di bawah model WSIA secepat mungkin. Ini akan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan model WSIA. Penstrukturan semula IWK sepatutnya siap sebelum tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9. Kini, ia telah dilengahkan hampir 2 tahun. Apa yang melambatkan MoF daripada berbuat demikian? Tambahan pula, IWK juga sedang memohon untuk mendapatkan kenaikan tarif dan akan menerima peruntukan bagi projek pemulihan infrastruktur pembentungan dari Belanjawan 2013. Tiada satu pun di atas boleh diberikan kepada IWK sehingga ia distruktur semula dan dikawal selia sepenuhnya oleh SPAN.
Kerajaan Persekutuan juga mesti menutup Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP). Kedua-dua agensi ini sedang mengulangi operasi yang sepatutnya dilaksanakan oleh SPAN dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Mereka sebenarnya menduplikasi dan mengucar-kacirkan tugas-tugas yang patut dijalankan oleh SPAN dan PAAB.
Dalam satu insiden, JPP telah memberikan sokongan (recommendation) untuk projek yang melibatkan IWK dan sebuah syarikat swasta untuk dilaksanakan di mana ia tidak mempunyai sebarang KUASA KAWAL SELIA. Kuasa pengawal seliaan bagi perkhidmatan pembentungan adalah di bawah SPAN mengikut WSIA. Sebarang sokongan mengenai projek-projek yang berkaitan dengan industri pembentungan perlu dilakukan oleh SPAN dan bukannya JPP. AWER telah membuat komunikasi rasmi dengan SPAN untuk menyiasat perkara ini. Menutup agensi-agensi yang tidak diperlukan (redundant) ini akan mengurangkan perbelanjaan operasi kerajaan, mengoptimumkan penggunaan wang pembayar cukai dan menghapuskan masalah operasi yang tidak diperlukan.
2) Bekalan air dan elektrik luar bandar
Jadual 1 meringkaskan program-program bekalan air dan elektrik luar bandar bagi Belanjawan 2010 hingga 2013. Secara umumnya, hampir RM 10 bilion telah diperuntukkan untuk program-program ini sejak tahun 2010. Kami menggesa Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit khusus dan terperinci untuk program bekalan air dan elektrik luar bandar dari tahun 2000 hingga 2012. Skop audit mesti merangkumi hasil program, kos, ketelusan, ketahanan bahan (material durability), jangka hayat operasi dan kualiti air. Tahun lepas, kami juga telah menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mendidik masyarakat di luar bandar dalam kerja-kerja penyelenggaraan asas untuk menyelenggara projek-projek yang dilaksanakan dalam komuniti masing-masing. Ini juga akan mewujudkan pekerja separuh mahir di kalangan rakyat tersebut dan meningkatkan kualiti hidup mereka secara serentak.
Dalam Belanjawan 2013, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM100 juta untuk memasang sistem penuaian air hujan di Sabah dan Sarawak. Penuaian air hujan adalah satu mekanisme yang digunakan untuk menyimpan air hujan bagi kegunaan bukan makan minum (non-potable). Menurut Piawaian Kebangsaan bagi Kualiti Air Minuman oleh Kementerian Kesihatan, standard pH air minuman harus berada di antara 6.5 dan 9.0. Walau bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi, negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur menerima hujan dengan pH antara 4.8 dan 5.2 manakala bahagian-bahagian lain di semenanjung menerima hujan dengan pH antara 4.4 dan 4.8. Keasidan ini akan memberi impak langsung kepada paip, kelengkapan dan tangki sistem penuaian air hujan. Penggunaan air hujan yang ditadah untuk kegunaan makan minum (potable) tanpa rawatan yang betul juga boleh menjejaskan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana air hujan yang ditadah tidak dibasmi kuman (disinfection) dan kemungkinan berlakunya kontaminasi adalah tinggi. Najis burung dan kotoran lain di atas bumbung senang memasuki sistem penuaian air hujan. Mungkin terdapat injap yang dipasang untuk mencegah aliran awal air hujan memasuki sistem penuaian air hujan. Walau bagaimanapun, ini tidak menjamin kualiti air yang ditadah. Penyelenggaraan penapis dan tangki juga satu kemestian.
Oleh itu, pelaksanaan model WSIA untuk Sabah dan Sarawak tidak dapat dielakkan. Di bawah model WSIA, program bekalan air terawat tidak hanya merangkumi loji perawatan air yang besar.
Loji perawatan air yang kecil berasaskan komuniti dan program bekalan air luar bandar juga adalah sebahagian daripada WSIA. Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membentuk satu pasukan petugas khas untuk memulakan dan mempercepatkan pelaksanaan model WSIA di Sabah dan Sarawak. Ini akan memanfaatkan kedua-dua negeri ini untuk meningkatkan liputan bekalan air terawat berbanding dengan pemberian peruntukan berbilion-bilion untuk menjalankan pelaksanaan ad-hoc yang tidak mampan dan menjejaskan kualiti hidup rakyat.
3) Nuklear untuk tenaga
Berdasarkan belanjawan terperinci KeTTHA, mereka sedang merancang untuk memulakan program kesedaran awam mengenai penggunaan nuklear untuk tenaga. Walaupun kementerian ini membisu mengenai isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan loji tenaga nuklear, program yang dirancang ini akan menyebabkan rakyat untuk menganggap bahawa Malaysia akan membina loji tenaga nuklear tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dan KeTTHA mesti menangani 7 isu-isu teras (7 core issues) seperti berikut sebelum memulakan projek loji tenaga nuklear:
i. Dasar campuran tenaga (energy mix) jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang mesti digariskan dengan jelas dan diumumkan untuk pengetahuan umum. Uranium, plutonium dan thorium merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan juga akan kehabisan suatu hari. Oleh itu, nuklear mungkin bukan satu jalan penyelesaian sebenar. Ia bermungkinan hanya boleh membantu Malaysia dalam pengurusan campuran tenaga jangka pendek. Sebagai contoh, kegagalan Loji Hidroelektrik Bakun untuk membekalkan elektrik ke Semenanjung Malaysia (seperti yang dirancangkan) memaksa orang ramai untuk menanggung tarif tambahan dengan pembinaan loji penjanaan gas asli yang baru.
ii. Lokasi loji tenaga nuklear mesti didedahkan dari awal perancangan. Ini termasuk semua lokasi yang berkemungkinan menjadi tapak loji. Ia akan membolehkan perbincangan awam yang lebih luas mengenai isu-isu yang berkaitan dengan loji tenaga nuklear. Penerimaan orang ramai (public’s acceptance) terhadap penggunaan nuklear untuk tenaga mesti dilakukan secara telus dan bukannya perundingan secara "kosmetik".
iii. Kebocoran bahan radioaktif, tindak balas kecemasan dan prosedur laporan mesti diperjelaskan kepada orang ramai. 'Pakar' nuklear sentiasa mendakwa bahawa nuklear adalah selamat. Jika ia adalah selamat, mengapa ada kebocoran? Sebagai contoh, insiden kebocoran di Perancis adalah kira-kira 150 insiden setahun. Jawapannya patut satu sahaja, sama ada ia akan bocor atau tidak. Oleh itu, laporan insiden teknologi nuklear dan kebocoran mesti dibuat secara telus dan jelas kepada orang ramai. Kejadian Fukushima yang berlaku tahun lepas telah merosotkan keyakinan pelbagai pihak dalam teknologi nuklear secara mendadak dan mendedahkan kegelapan dalam 'ketelusan' laporan insiden nuklear. Apakah dasar yang Malaysia ada untuk menangani kejadian seperti ini jika ia berlaku?
iv. Kos penutupan operasi (decommisioning) loji tenaga nuklear sentiasa menjadi kebimbangan bagi kebanyakan negara-negara yang menggunakan nuklear untuk penjanaan elektrik. Dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang semakin ketat untuk pelupusan sisa nuklear dan bahan-bahan yang berkaitan, kita akan melihat peningkatan mendadak dalam kos penutupan operasi loji tenaga nuklear. Apabila kerajaan menyatakan bahawa penggunaan nuklear untuk tenaga adalah menjimatkan, kita hanya boleh mengandaikan bahawa kerajaan telah mengecualikan komponen kos penutupan operasi dari keseluruhan perancangan penggunaan nuklear untuk tenaga. Isunya, siapa yang akan menanggung kos ini? Sekiranya generasi-generasi akan datang yang akan menanggung kos ini, adakah ia adil kepada mereka jika kita lepas tangan begitu sahaja?
v. Modal insan (human capital) yang berkebolehan untuk menguruskan loji tenaga nuklear adalah penting. Malangnya, kita tidak pernah melihat mana-mana 'pakar nuklear' dari Malaysia melanjutkan kepakaran mereka untuk menyelesaikan atau mengawal krisis kebocoran nuklear seperti apa yang telah berlaku di Fukushima tahun lepas. Banyak laporan juga telah menunjukkan bahawa kebocoran atau insiden nuklear adalah sangat berkaitan dengan kesilapan manusia. Kegagalan untuk mempunyai kepakaran teknikal yang betul bermakna bencana nuklear akan berlaku di tanah air kita sendiri. Apakah perancangan Malaysia untuk membangunkan kepakaran sedemikian? Graduan sains nuklear sahaja tidak cukup untuk menguruskan loji tenaga nuklear.
vi. Pelupusan sisa nuklear (spent fuel) adalah "ibu" kepada semua isu-isu yang berkaitan dengan nuklear. Sisa nuklear dari loji tenaga mesti didepositkan ke dalam kemudahan simpanan sisa secara selamat. Oleh itu, kos dan keselamatan kemudahan penyimpanan sisa adalah kebimbangan utama dari segi alam sekitar. Apakah unjuran kos kemudahan penyimpanan sisa dan impaknya kepada tarif? Bagaimana pula dengan kebocoran daripada kemudahan simpanan sisa ini disebabkan kuasa alam? Adakah KeTTHA telah mengambil kira butiran-butiran seperti ini dalam perancangan mereka?
vii. Tarif elektrik yang murah dari tenaga nuklear, adakah ia satu realiti? Sekumpulan 'pakar nuklear' Korea Selatan gagal menjawab soalan yang mudah ini apabila isu bekalan bahan mentah telah dibangkitkan kepada mereka. Bagaimana sebuah negara boleh mencapai tarif elektrik yang rendah melalui tenaga nuklear di mana begitu banyak isu perlu diambil kira dalam kos penjanaan?
Tambahan pula, dengan tekanan untuk perlindungan alam sekitar daripada sisa nuklear yang semakin meningkat, kos menjana elektrik daripada nuklear dijangka meningkat. Kita juga telah menyaksikan peningkatan harga gas asli yang drastik apabila banyak negara beralih kepada loji janakuasa gas asli. Bagaimana KeTTHA boleh menjamin bekalan elektrik yang murah apabila banyak negara juga beralih kepada tenaga nuklear pada masa yang sama?
AWER menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membentuk sebuah pasukan petugas bebas (independent task force) untuk menyelia proses memperkenalkan penggunaan nuklear untuk tenaga di Malaysia dan menyelesaikan 7 isu utama yang dibangkitkan sebelum membina loji tenaga nuklear. Ahli-ahli pasukan petugas ini mestilah bebas (independent) dan pasukan petugas ini juga mesti melaporkan perkembangan kepada orang ramai secara berkala (sekali dalam 6 bulan). Program kesedaran sahaja tidak mencukupi apabila sebahagian besar daripada isu-isu teras disembunyikan.
AWER berharap bahawa cadangan yang diberi oleh pihak kami dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dan dilaksanakan demi kebaikan negara dan rakyat. Pindaan dan cadangan ini adalah untuk memantapkan pelaksanaan rancangan-rancangan Belanjawan 2013 dan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Jadual 1: Prorgram Bekalan Air dan Tenaga Luar Bandar
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Belanjawan | Manfaat program bekalan air dan tenaga luar bandar |
2010 | Bekalan air – RM 530 Juta untuk 16,000 isi rumah Bekalan elektrik – RM 825 Juta untuk 30,000 isi rumah |
2011 | Bekalan air dan elektrik: - RM 1.2 Bilion untuk Sarawak - RM 1.5 Bilion untuk Sabah - RM 556 Juta untuk Semenanjung |
2012 | Bekalan air - RM 2.1 Bilion untuk 200,000 isi rumah Bekalan elektrik - RM 1.1 Bilion untuk 39,000 isi rumah |
2013 | Bekalan air dan elektrik - RM 1.6 Bilion - Bekalan air untuk 24 ribu rumah - Bekalan elektrik untuk 19 ribu rumah RM 88 juta untuk pembangunan ekonomi dan projek bekalan air perkampungan Orang Asli RM 100 Juta untuk tangki sistem penuaian air hujan (40 ribu tangki) di Sabah dan Sararwak |
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
Sumber HD : 2/10/2012
Bajet vs Belanjawan: Bermulanya era baru 2013?
KPRU, | 03 Okt 2012 |
Pendahuluan
Bajet 2013 yang dinanti-nantikan telahpun dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 April 2012, dua hari selepas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Pakatan). Temanya “Memakmur Negra, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” berorientasikan pemberian sumbangan wang secara one-off seumpama “ole-ole” menjelang pilihan raya adalah berbeza dengan belanjawan PAKATAN bertema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat” yang bersifat mereformasikan ekonomi negara supaya mengembalikan asas kebijakan ekonomi kepada rakyat, memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama.
Dalam pembentangan Bajet Barisan Nasional (BN), Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencapai pertumbuhan dalam lingkungan antara 4.5 hingga 5.5 peratus manakala PAKATAN menjangkakan perkembangan 5.2 peratus pada tahun 2013. Dari segi defisit pula, PAKATAN lebih berdedikasi untuk menurunkan desifit ke kadar 3.5 peratus berbanding dengan BN yang mensasarkan 4 peratus. PAKATAN bertekad menghapuskan gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan di samping menangani perkara seperti monopoli, kartel dan penyusun semula peranan kerajaan dalam perniagaan, lantas menyakinkan pencapaian penurunan defisit yang lebih rendah daripada yang dijangka oleh BN. Sebaliknya, Kerajaan BN terus mengambil pendekatan yang sama dengan hanya memberi tumpuan kepada jenis pemberian tanpa mengambil kira senario ekonomi antarabangsa dan keupayaan domestik, lebih-lebih lagi mengabaikan pembaharuan dasar bagi menangani “penyakit kronik” yang kini dihadapi oleh Kerajaan BN – kepincangan struktur ekonomi, pemborosan dan ketirisan terutamanya dalam pentadbiran kerajaan.
Angkat pembaharuan ekonomi, tolak perbelanjaan ghairah
Belanjawan PAKATAN yang menjurus ke arah pembaharuan ekonomi, walau bagaimanapun, tidak meraihkan sokongan seperti yang diingini. Terdapatnya pihak yang tidak bersikap optimistik terhadap cadangan sebegini dan berpendapat bahawa pelaksanaan cadangan dasar PAKATAN seperti menurunkan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais sebanyak 20 peratus, ataupun menawarkan pengajian tinggi percuma dengan memansuhkan sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), akan “memufliskan negara”.
Tetapi sejauh mana kesahihan hujah seumpama apabila Menteri Kewangan Najib “melarikan diri daripada politik” tanpa enggan menerima undangan perdebatan daripada bekas Menteri Kewangan Anwar sebenarnya menimbulkan kesangsian kita terhadap dakwaan “memufliskan negara”.
Pada hakikatnya, sekian 55 tahun berada di bawah pemerintahan Kerajaan BN, Malaysia tidak pernah mengalami perubahan politik yang melibatkan pertukaran parti pemerintah pada peringkat kerajaan persekutuan. Agenda pembaharuan sedikit sebanyak mengundang kerisauan, bukannya semata-mata keraguan terhadap kecekapan dan kewibawaan PAKATAN dalam merealisasikan cita-cita tinggi, tetapi kebimbangan kehilangan kuasa dan kekayaan, serta kedudukan yang disanjung tinggi selama ini tergugat oleh arus perubahan ini. Dalam suasana sebegini, adalah mudah bagi sebuah rejim pemerintah yang tidak pernah menduduki kerusi pembangkang melancarkan serangan tanpa hujah kukuh, lebih-lebih lagi apabila media cetak dan penyiaran adalah di bawah pemilikan atau kawalan ketatnya.
Jumlah anggaran perbelanjaan Kerajaan BN bagi tahun 2013 mencapai sejumlah RM251.6 bilion, di mana perbelanjaan mengurus adalah setinggi RM201.9 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49.7 bilion; sekali lagi mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi, belum disebut lagi bahawa bajet terkini ini merupakan bajet defisit buat 16 tahun berturut-turut di bawah pimpinan Kerajaan BN! Tambahan pula, jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan bagi tahun 2012 dijangka mencecah RM252.4 bilion (2011: RM229 bilion), iaitu melangkaui jumlah anggaran asal RM230.8 bilion yang diluluskan di Belanjawan 2012 sebanyak 9.4 peratus.[1] Jelas sekali, walaupun negara kita berhadapan dengan defisit yang kian meruncing, Perdana Menteri yang turut merangkap sebagai Menteri Kewangan tidak menunjukkan usaha untuk menjimatkan kos dan berbelanja dengan lebih berhemah. Keghairahan berbelanja sebeginilah merupakan punca utama yang bakal mendesak negara kita menghala ke arah kebuntuan.
Secara perbandingan, statistik Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) (sila rujuk Jadual 1 dan Jadual 2) menunjukkan bahawa hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2013 hanya diunjurkan meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2012. Namun begitu, jumlah peruntukan perbelanjaan bagi kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi tahun 2013 telah meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun 2012.
Apabila diambil kira pelbagai faktor termasuk hutang kerajaan persekutuan dan “hutang tersembunyi” yang tidak dimaklumkan oleh Najib dalam pembentangan Bajetnya, sukar bagi kita mempercayai bahawa sifat bajet Najib yang membelanja dengan kadar memecut berbanding kadar peningkatan hasil kerajaan dapat dipanjangkan kesinambungannya jika sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13) dengan penetapan kadar cukai yang membebankan rakyat terbanyak dalam tempoh lima tahun sebermulanya pelaksanaannya nanti.
Jadual 1: Hasil Kerajaan Persekutuan 2012-13
Jadual 2: Peruntukan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2012-13
Secara perbandingan, PAKATAN membicarakan secara mendalam tentang soal kepincangan struktur ekonomi, contohnya dari segi jurang pendapatan keluarga yang kian melebar, peningkatan gaji yang tidak selaras dengan peningkatan harga, monopoli dan kartel syarikat kroni yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO dan lain-lain lagi, serta sedia menawarkan langkah penambahbaikan struktur ekonomi negara, kalau bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Pertama sekali, PAKATAN menekankan kepentingan meningkatkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan seluruh perancangan ekonomi negara harus berdasarkan kayu ukur ini bagi menjamin imbangan di antara pertumbuhan yang mapan dan pengagihan kekayaan yang adil kepada semua rakyar, bukannya semata-mata mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan saiz ekonomi. Matlamat ini dapat dicapai melalui usaha dua hala, iaitu mengurang kos sara hidup, khususnya dengan menangani permainan monopoli, menyediakan kemudahan infrastruktur di samping meningkatkan pendapatan dengan mengadakan caruman, skim tertentu ataupun menyalurkan bantuan kewangan.
Apa yang harus diberi penekanan di sini ialah pengurangan kos hidup yang dicadangkan oleh PAKATAN merupakan antaranya strategi penstrukturan ekonomi yang mengadakan kawalan ketat terhadap monopoli, oligopoli, dan rent-seekers bagi membatas pembolotan hasil ekonomi oleh syarikat-syarikat besar berkait rapat dengan parti pemerintah, menggalakkan persaingan pasaran secara sihat dan akhirnya memanfaatkan golongan masyarakat. Antara cadangan-cadangan termasuk:
- Menggubal undang-undang “antitrust” yang merangkumi skop yang lebih luas daripada Akta Persaingan 2010 yang sedia ada;
- Membubarkan monopoli BERNAS, kartel syarikat telekomunikasi, kartel media, kartel syarikat penerbangan;
- Meliberalisasi monopoli Astro;
- Lesen teksi diberi secara langsung kepada para pemadu teksi; dan
- Menggubal Suruhanjaya Bebas Kontrak Awam bagi mengkali konsesi dan perjanjian awam yang bertentangan dengan kepentingan awam.
Selain itu, PAKATAN juga memberi tumpuan terhadap mereformasikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memandangkan penglibatannya yang begitu giat dalam hampir semua sektor ekonomi. Tatkala sumbangan GLC kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan, namun pada masa yang sama, penyertaannya hampir dalam semua sektor yang tidak terkawal berkemungkinan menghalang pelaburan swasta yang tidak mahu atau tidak mampu (crowding out effect) bersaing dengan GLC, mahupun memberi impak buruk kepada percambahan usahawan baru yang tawar hati untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai talian terus kepada pimpinan tertinggi negara. Apa yang lebih mendukacitakan dan mengecewakan adalah apabila berlakunya kes penyelewengan, ketidakcekapan dalam tadbir urus, ataupun kegagalan dalam pelaburan sehingga menyebabakan kerugian wang pembayar cukai yang bukannya berjumlah kecil. Justeru, adanya kepentingan dan keperluan bagi mengurangkan pergantungan dan keutamaan GLC dalam transaksi perolehan kerajaan pusat dan mengurangkan kesesakan monopoli GLC bagi menarik pelaburan luar. Belanjawan alternatif PAKATAN terutamanya menitikberatkan permasalahan ini.
Mengambil kepedulian rakyat terbanyak
Pembentangan bajet ini dikatakan bajet terakhir sebelum pilihan raya umum dan justeru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keputusan dalam pilihan raya yang bakal menjelang.
Sesungguhnya, bajet ini banyak memperlihatkan sumbangan wang yang dihujani kepada rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda yang merupakan pengundi pertama kali, di mana bilangannya mencecah setinggi 2.9 juta, membentuk satu perlima daripada 13.1 juta pengundi atau 22 peratus daripada pengundi keseluruhan.[2] Tidak dapat dinafikan, kecenderungan pilihan kelompok pengundi baharu ini dalam pilihan raya umum adalah amat kritikal sama ada mengekalkan kuasa pemerintahan kerajaan BN atau mengubah landskap politik negera dengan memberi peluang kepada PAKATAN yang kini kian bertambah kekuatan dan popularitinya bagi menerajui Putrajaya.
Kebimbangan kerajaan BN di bawah pimpinan Najib begitu nyata dibayangkan memperlihatkan sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan untuk golongan muda.[3]
Penutup
Akhir kata, kini masanya kita merumuskan sifat bajet Najib semenjak beliau dilantik oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan pada 17 September 2008. Secara kebetulan atau tidak, masalah struktur yang dibangkitkan dalam belanjawan PAKATAN merupakan kelemahan utama bajet Najib selama ini. Monopoli, empayar, pemborosan, ketirisan, subsidi korporat besar mendahului bantuan rakyat terbanyak, projek mega dan seumpamanya, telah mencorakkan bajet Najib – seorang anak bangsawan yang tidak mengerti perbezaan kepentingan golongan 20 peratus teratas dengan keperitan golongan 20 peratus terbawah serta bebanan rakyat terbanyak.
Pilihlah anda. Kita mahukan bajet one-off yang menyusahkan kita dan anak kita kemudian, atau, kita mahukan belanjawan yang menangani punca masalah dan membawa kesejahteraan kepada masa depan kita?
Apakah akan bermulanya era baharu selepas PRU-13?
[1] http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab1.pdf
[2] http://beritasemasa.com/pru-13-malaysia
[3] http://www.malaysiakini.com/news/210375

RM juta | 2012 Anggaran Disemak | 2013 Anggaran Belanjawan |
Hasil Cukai | 152,493 | 159,153 |
Hasil Bukan Cukai | 53,387 | 48,320 |
Terimaan Bukan Hasil | 778 | 584 |
Hasil daripada Wilayah Persekutuan | 588 | 593 |
Jumlah Hasil | 207,246 | 208.650 |
Perubahan Tahunan | 0.7% |
Jadual 2: Peruntukan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan 2012-13
RM bilion | 2012 | 2013 |
Mengurus | 182 | 202 |
Pembangunan | 51 | 50 |
Jumlah | 233 | 252 |
Perubahan Tahunan | 8.2% |

Pecahkan ruyung dahulu sebelum dapat sagunya
Aspan Alias, | 04 Okt 2012 |
Kenapa kita mendengar rakyat bercakap dan berbincang tentang politik tidak henti-henti sehinggakan jarang-jarang kita mendengar orang ramai bercakap pasal lain.
Keadaan sebegini tidak pernah berlaku sampai ketahap ini dan ini sahaja menunjukkan rakyat sedang dalam pencarian. Kehidupan rakyat tentulah ada masa pasang dan surutnya dan ia bergantung kepada siapa yang mentadbir dan memerintah kita. Setiap rakyat ditadbir oleh badan kerajaan secara ‘direct’ atau ‘indirect’ di dalam mana-mana negara yang berkerajaan.
Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga di kampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap di tempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain dari berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.
Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum musyrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah.
Penghjrahan Muhammad SAW dengan sahabat-sahabat baginda ke Madinah telah mengembangkan makallah Islam sehingga Islam itu merebak ke merata pelusuk dunia sehingga ke China. Jika Muhammad masih kekal di Makkah Islam tidak mungkin berkembang dan menempa kemajuan kerana kekalutan keadaan di Makkah itu sendiri. Tetapi apabila Muhammad SAW sampai ke Madinah baginda telah disambut oleh kaum Ansar dan Khawarij dengan begitu mesra, maka Muhammad SAW berjaya mengembangkan makallah Islam itu dengan jayanya dan berkembanglah agama suci kita itu di Madinah tanpa halangan yang besar.
Begitu jugalah kita di negara ini yang inginkan perubahan itu. Kekalutan politik di negara kita tidak akan dapat diperbaiki selagi kita tidak mahu melakukan hijrah itu dengan berani. Yang penting bagi kita ialah untuk meninggalkan kekalutan yang kita sedang hadapi oleh kerana masalah-masalah yang kita semua tahu dan telah selalu disebut dan ditulis oleh banyak penulis dan pemikir kita.
Hanya yang menjadi masalah sekarang di negara kita ialah perubahan itu terpaksa melalui usaha yang sangat rumit kerana kita belum pernah lagi melalui perubahan sejak merdeka dahulu. Tetapi di atas kerumitan inilah datangnya perjuangan dan dalam usaha yang sebegini ia tidak mungkin boleh di capai dengan mudah kerana bukan perkara senang untuk memecahkan budaya yang songsang yang telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Bak kata pepatah, ‘pecahkan ruyungnya dahulu sebelum kita mendapat sagunya’.
Sekarang ruyungnya sudah hampir pecah dan sagunya sudah kita nampak. Hanya menunggu masanya sahaja bagi rakyat negara ini merasakan nikmat pembaharuan yang sedang berlaku dengan derasnya di kalangan kita di sini.
Barulah sekarang kita lihat dengan jelas yang perubahan itu agak pasti akan berlaku dan ianya sudah begitu hampir dengan kenyataannya. Tidak ada sesuatu kuasa yang boleh bertahan selama-lamanya termasuklah mereka yang sedang berkuasa di negara kita ini. Tanda-tanda perubahan sudah ditunjukkan dalam pilihanraya yang lalu dengan bertambahnya pengaruh parti-parti alternatif sehinggakan BN telah kehilangan majoriti tradisi 2/3 di Dewan Parlimen dan lima Dewan Legislatif negeri-negeri dalam persekutuan ini telah diambil alih oleh pihak alternatif.
Ramai yang berharap dengan berusaha keras untuk melakukan ‘follow through’ kepada apa yang di capai oleh pihak alternatif dalam pilihanraya yang lalu. Angin perubahan ini bertiup begitu kencang sehinggakan pihak pemerintah sekarang terpaksa bertahan dengan berbagai-bagai cara kerana pihak pemerintah sekarang belum pernah mengalami perubahan selama ini. Namun benteng pertahanan mereka itu tidak akan mampu menahan ombak perubahan yang sedang melanda kita pada masa ini.
Tentang dari penyokong-penyokong BN pada hari ini tidak perlu dirisaukan kerana mereka itu adalah di kalangan mereka yang berada di dalam ‘comfort zone’ dan payah untuk membawa mereka berjuang.
Semasa mereka perjuangkan kemerdekaan oleh pimpinan terdahulu itu, ramai pegawai-pegawai kerajaan dan mereka yang makan gaji dengan pentadbiran British dahulu amat takut menerima kemerdekaan ini.
Ramai di antara mereka berkata yang kita tidak akan berjaya mengendalikan sebuah negara yang kita tadbir sendiri kerana kita tidak ada kemampuan apa-apa. Mereka berkata, hendak membuat jarum pun kita tidak boleh lakukan, masakan kita berdaya untuk mengendalikan kemerdekaan negara.
Tetapi apabila kita mencapai kemerdekaan kumpulan ini jugalah yang telah mendapat nikmatnya dan menjadi pembesar-pembesar negara dan negeri kita. Begitu jugalah dengan apa yang kita hadapi sekarang. Ramai di antara penyokong kerajaan pada hari ini berkata belum tentu lagi PR akan berjaya memerintah negara dengan baik jika diberikan mandat dalam pilihanraya ini.
Tetapi itu merupakan masalah yang biasa apabila kita hendak melakukan perubahan. Kemampuan PR untuk mentadbir negara kita adalah lebih baik dari apa yang ada pada hari ini. Yang sudah pasti UMNO dan BN tidak mampu lagi mengendalikan rakyat dan negara dengan baik kerana UMNO dan BN tidak berkemampuan untuk menguruskan kejayaan.
Mereka telah merosakkan semua kejayaan yang kita telah capai dengan jayanya dahulu. Hakikatnya jika BN masih diberikan mandat ia bermakna kita telah gagal untuk berubah yang sangat-sangat perlu bagi rakyat negara kita sekarang ini.
Tetapi jika kita timbang dari sudut keinginan rakyat untuk berubah pada hari ini, insyaallah kita akan mencapainya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Bersedia sahajalah untuk hidup dalam ‘ambience’ politik yang baru untuk kehidupan yang jauh dari kemelut yang kita hadapi sejak beberapa lama dahulu.
Kita terpaksa jauhkan diri kita dari kemelut ini. Jangan sekali-kali kita menzalimi diri kita dengan membiarkan kita masih berada bersama pentadbiran yang telah melakukan kemungkaran politik dan ekonomi serta sosial negara kita.
Sumber HD : 4/10/2012
Nak disebut naik birat, dikenang ketawa sendiri
http://msomelayu.blogspot.com/, | 04 Okt 2012 |
ULASAN
Bukan dengki dan bukan juga hendak khianati. Apa yang diperkatakan kerana ia agak ganjil dan luar biasa dan jarang-jarang terbuat dan berlaku dalam kehidupan orang lain. Begitulah yang dapat difahami dari majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menjadi buah mulut dan percakapan umum kini. Bukan kerana Ali terus mempertahankan adat dan budaya Melayu yang berunsur hindu itu, tetapi apa dipersoalkan mengenai kegahan kenduri berkenaan.
Kenduri perkahwinan anak Ali yang kontroversi. |
Seperti mana dakwa Mahfuz Omar majlis perkahwinan anak Ali itu dibincang dalam mesyuarat sebuah perbadanan negeri Melaka. Dakwa Mahfuz majlis kenduri itu dibincang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Perkara ini terbongkor apabila minit mesyuaratnya tercicir kepada media massa. Apakah keperluan dan ada peruntukan untuk perbadanan berkenaan menguruskan majlis perkahwinan itu? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa?
Kalau kenduri itu diuruskan sendiri oleh pihak Ali dan keluarganya ataupun keluaga Umno tanpa membabitkan kakitangan kerajaan dan sebuah perbadanan tidak menjadi masalah. Ali boleh berbelanja berapa juta ringgit pun untuk kenduri itu kerana dunia Umno mengetahui siapa dia Ali. Ali ialah ketua menteri Melaka yang dunia semua tahu bagaimana hebat dan kayanya sesiapa yang menjadi ketua menteri Melaka bermula era Mahathir.
Misalnya orang juga tahu bagaimana bekas KM, Rahim Tamby Chik mempunyai aset dan wang ratusan juta. Jadi tidak pelik kalau Ali juga kaya atau kekayaannya melebihi kekayaan Rahim Tamby Chik. Kalaupun bekas KM Melaka yang tidak kaya ialah Encik Ghabar Baba atau Allahryaham Mohd Zain.
Ali juga adalah bekas calon timbalan presiden yang dibatalkan pertandingannya kerana terbabit dengan rasuah? Faham-fahamlah sendiri. Rasuah boleh dilakukan oleh mereka mempunyai wang untuk mendapat sesuatu seperti kedudukan dan pangkat. Dan rasuah juga berlaku kepada mereka yang lemah iman atau tidak mempercayai adanya yaumi masyhar.
Cerita pagi ini
Pagi ini saya tidak mahu bercerita panjang soal Ali Rustam dengan majlis kenduri kahwin anaknya yang kononya majlis itu mencerminkan sokongan padu rakyat Melaka kepada Ali dan juga UBN. Wajarlah kalau rakyat Melaka menyokong BN sampai ke mati kerana negeri itu tidak ada raja di mana mereka berajakan kepada UBN. Adat istiadat UBN berbeza dengan adat istiadat dan resam orang Melayu. Tidak menghairankan. Namun dalam pada itu terdapat juga segolong rakyat negeri cancaluk itu yang sudah berhijrah kepada Pakatan Rakyat.
Kenduri kahwin anak Ali itu tidak dapat lari dari ianya bermatlamat politik. Ali sangat mengharapkan sambutan meriah itu untuk difahami oleh pihak atasan. Kononnya beliau masih popular dan mendapat kepercayaan rakyat. Mungkin juga apa tertusuk dari kenduri itu ia akan menjadi legasi kepada Ali yang mungkin selepas ini tidak lagi menjadi KM Melaka. Jadi sebagai pegakhiran khidmat dan meraikan rakyat Ali adakan kenduri itu dengan kepastian ianya meriah dan hebat.
Apa yang saya hendak bawa dalam ulasan pagi ini ialah mengenai sebuah lagi kenduri kahwin politik yang bakal diadakan. Kita mahu tengok apa akan terjadi kepada kenduri kahwin yang satu ini. Apakah ianya sehebat kenduri kahwin anak Ali atau pun lebih hebat ataupun tidak diadakan langsung? Logiknya dan kalau mengikut aliran nafsu kenduri kahwin yang satu ini akan lebih hebat dan gah lagi dari kenduri kahwin anak Ali itu.
Masalahnya apakah kenduri kahwin itu sempat diadakan? Ini satu tanda tanya yang boleh kita sama-sama bayangkan. Kenduri kahwin yang dimaksudkan itu ialah kenduri kahwin anak perdana menteri dengan isteri baru, Rosmah Mansor. Anaknya akan berkahwin dengan anak seorang raja dari Kazakstan.
Majlis pertunangan anak Najib ini sudah pun diadakan secara eksklusif di mana hanya kerabat-kerabat terdekat dan kerabat raja di undang. Kalau majlis pertunangan sudah hebat dan gah pastilah majlis kenduri - naik pelamin lagi hebat. Apa lagi nama anak perdana menteri dengan bini baru, lagi hebatlah. Kalau anak Ali diarak dengan beca roda tiga, tentulah anak Rosmah akan diarak menaiki gajah putih bunting sulung.
Rakyat sudah mengenali citarasa dan nafsu besar Rosmah bin Mansor. Kehebatan kenduri Ali itu mencabar Rosmah dan seterusnya akan mencabar Najib. Sudah pasti Rosmah mahukan nilai kenduri itu lebih mahal dari nilai perkahwinan anak Ali. Rosmah tidak perlu kepada jumlah tetamu 100 ribu tetapi cukup dua tiga ratus sahaja tetapi yang penting harga kenduri itu mahal. Yang hadirnya pembesar seluruh negara dan raja-raja Melayu. Dalam soal ini kuaniti tetamu tidak penting tetapi kualiti (price) kenduri itu penting.
Sebagai isteri perdana menteri Rosmah boleh menarik seberapa banyak wang untuk majlis itu kelak. Selagi dia bergelar Wanita Pertama yang beliau nobatkan ke atas dirinya sendiri, wang akan sampai. Rosmah tidak perlu memecah tabungnya peribadinya yang dibuka sedari kecil, tetapi cukup beliau berdaham sahaja. Kalau sebuah perbadanan dikatakan boleh menguruskan perkahwinan anak seorang ketua menteri, perkahwinan anak Rosmah tentulah ada pihak agensi atau GLC lebih besar dari itu.
Sebelum ini pun majlis klenduri perkahwinan anak perdana menteri itu katanya sudah diurus bayar (sekruang-kurangnya bil dialamatkan ke Jabatan Perdana Menteri), apakah mustahilnya kalau untuk majlis perkahwinan nanti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan menguruskannya. Mungkin Mohamad Nor Yaacob boleh dipanggil menjadi bendahara ... bendehara gat zaman moden ini menteri kewangan lah... bagi membincang dari mana dan berapa banyak wang hendak diadakan.
Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein pula boleh memastikan lalu lintas udara dan darat serta laut berjalan lancar untuk upacara itu. Zahid boleh arah satu paltun askar untuk menjaga keselamnatan manakala Hishamuddin boleh arahkan Ketua Polis Negara memberi sekian banyak anggota polis lalu lintas dan juga FRU untuk mengawal majlis berkenaan. FRU boleh menjamin agar tidak ada gangguan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) ataupun dari warga Rupblik Bangsar dari membuat kacua ganggu majlis berkenaan.
Pendeknya selagi kuasa masih berada di tangan dan rakyat berada di hujung kuku kaki, Rosmah dan Najib boleh lalukan apa-apa sahaja. Kalau Ali Rustam hanya sebagai seorang ketua menteri sebesar dua belah telapak tangan boleh berbuat begitu mengapa tidak dengan Najib yang menguasai sebuah negara bernama Malaysia?
Cuma saya hendak ingatkan Rosmah dan Najib disini kalau diadakan majlis kenduri perdana itu nanti jangan lupa ajak sama Hasan Akidah untuk menjadi tukang pantun manakala Nasharudin Mat Isa sebagai pembaca doa. Jangan lupa ini. Hasan Akidah yang petah dengan motivasi akan dapat mengarang pantun-pantun yanh indah dan gah memuji pengantin dan juga ibu pengantin.
Misalnya begini; Membina rumah tanpa andang, Daun jendela kayu meranti; Puan Rosmah wanita budiman, Menjadi raja ditahkta Perdana Menteri.
Manakala Nasharudin pula yang fasik dalam bahasa Arab termasuk Arab Mesir, Iran, Irak, Arab Saudi dan segala macam boleh membaca doa-doa indah dan mengasyikkan. Kalaulah mereka tercicir dari senarai jemputan orang-orang besar maka kempunan dan hinalah mereka dalam martabat bangsa politik negara ini.
Persoalannya kini apakah kenduri kahwin itu akan diadakan atau lebih tepat lagi sempatkah ianya diadakan? Inilah merisaukan Rosmah dan juga pemerhati politik yang mahu melihat peristiwa itu berlaku. Kebimbangan inilah mengaru-garu kepala Rosmah. Melihat kepada masa depan UBN yang suram temaram menyebabkan Rosmah mungkin bimbang takut kenduri itu tidak sempat diadakan di masa dia berada di takhta kekuasaan hari ini. Manakala untuk menyegerakan pula kenduri yang besar-besaran itu bimbang ia akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang.
Sekiranya UBN sudah tidak berkuasa dan Najib sudah tidak menjadi perdana menteri (tidak makan telor) sudah pastilah kenduri yang gah diharapkan itu tidak akan menjadi lagi. Hari ini Rosmah sedar kenapa rakyat (Umno) menghormatinya dan suaminya bukan lain melainkan kerana jawatan PM itu. Apabila sesudah tidak menjadi PM, nescaya mereka tidak akan disebut-sebut lagi. Bak kata bidalan saya, kalau sebut mulut naik birat, jika diingat akan tertawa sendiri. Ah... Mat Maslan tentu faham bidalan saya, sebab Mat Said sakit telinga. [wm.kl.11:56 am 04/10/12].
Sumber HD : 4/10/2012
Bajet daripada perspektif mahasiswa
Muhammad Kamarul bin Setapa, |
Tanggal 28 September 2013 menjadi tarikh yang begitu penting buat seluruh rakyat Malaysia bermula daripada pihak atasan yang terdiri daripada barisan kabinet kerajaan mahupun pembangkang, golongan pertengahan yang terdiri daripada penjawat-penjawat awam, golongan korporat, penganalisis ekonomi dan mahasiswa sehinggalah kepada golongan bawahan seperti petani, nelayan dan pekerja kilang, tatkala bajet tahunan negara dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di dewan rakyat bagi tahun 2013.
Minda pemikir-pemikir ekonomi tanah air sebelum ini telah meramalkan bajet kali akan menjadi bajet paling kritikal yang digarap oleh barisan kepemimpinan Barisan Nasional dalam sejarah negara dek beberapa isu yang tidak memihak kepada mereka dan prestasi ekonomi negara yang menghadapi cabaran antara yang terhebat pernah dilalui.
Secara matematik, barisan kepemimpinan negara hanya mempunyai masa lebih kurang tujuh tahun lagi bagi merealisasikan wawasan mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Jika dilihat dari segi pendapatan perkapita negara pada tahun 2012 yang mencecah RM30,070 menurut fakta yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, angka itu masih jauh ketinggalan daripada apa yang direncanakan iaitu RM 49,500 (U$ 15,000) menjelang tahun 2020.
Tambahan lagi, bajet yang telah dibentangkan ini menjadi bajet terakhir yang digarap dan dibentangkan oleh barisan kabinet Barisan Nasional sebelum mandat kerajaan tamat pada tahun 2013 (PRU 13), tetapi yang lebih menariknya ialah bajrt ini dibentangkan dua hari selepas pembentangan Bajet Pakatan Rakyat yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bajet yang dibentangkan pada kali ini merangkumi dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak 215.6 bilion (RM201.9 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM 49.7 bilion) yang dicanai dengan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti, konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam, serta mensejahterakan rakyat.
Sememangnya kita tidak perlu terkabur dengan angka yang begitu besar dan tinggi kerana setiap penguasa yang memegang ‘kantung’ duit secara lumrah boleh merancang kewangan mengikut fikiran dan ‘jari telunjuk’ mereka tetapi apa yang terlebih penting ialah bagaimana keberkesanan pelaksanaan dan dasar-dasar fiskal dan monetari yang direncana supaya tidak berlaku sebarang ketirisan.
Mengikut dakwaan pemerhati kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia telah menjadi hub kepada aliran keluar wang haram yang telah menghancurkan kredibiliti negara di mata dunia. Laporan GFI menyatakan sejumlah RM889 billion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun (2000-2008) lalu benar-benar mencabar kredibiliti Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Malangnya, sehingga hari ini Bank Negara Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang laporan siasatan berkenaan perkara ini.
Sememangnya kita perlu akui beberapa dasar yang diperkenalkan adalah bertepatan dengan situasi semasa dan efektif seperti bagi meningkatkan aktiviti pelaburan domestik dan daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan 1 billion Dana Strategik Pelaburan Domestik di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Serta menyediakan dana 16 juta untuk skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan SSM (perlindungan maksimum RM5,000).
Tetapi, yang saya tidak setuju pada kali ini ialah perancangan dan dasar bajet kali ini kurang menyentuh tentang bagaimana untuk menyeimbangkan kenaikan kos rumah dan kenaikan gaji golongan pertengahan. Hal ini kerana, yang kita lihat pada hari ini trend peningkatan harga rumah lebih laju dan cepat berbanding trend kenaikan gaji terutamanya bagi golongan pertengahan yang tinggal di bandar. Hal ini benar-benar membebankan mereka. Sememangnya kita tidak menafikan projek pembinaan perumahan kos sederhana oleh PR1MA dan SPNB mampu mengurangkan beban tersebut tetapi yang menjadi persoalan ialah tentang nasib mereka yang baru mula bekerja dan kualiti rumah tersebut yang sering dipertikaikan oleh penghuni-penghuni saban hari.
Masalah yang paling kritikal dalam bajet ini ialah kebanyakan dasar dan insentif yang telah digariskan bersifat ‘one-off’ atau jangka pendek dan hanya memfokuskan satu pihak sahaja. Pelaburan ini juga hanya bersifat sementara dan tidak menyeluruh. Sebagai contoh, pemberian rebat RM200 untuk pembelian smartphone 3G yang sememangnya menggembirakan golongan muda dan banyak lagi. ‘Sepatutnya Kerajaan bukannya sahaja perlu menaburkan ‘gula-gula’ kepada rakyat tetapi kerajaan juga perlu memberi ‘mesin gula-gula’ kepada mereka supaya mereka tahu bagaimana untuk berdikari dan berfikiran inovatif’, kata Pakar Ekonomi Islam Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Sebelum saya akhiri analisis ini, saya ingin lemparkan satu fakta yang bukan direka-reka dan bukan untuk menakut-nakutkan masyarakat tetapi hakikat yang perlu kita terima. Di sebalik kejayaan ekonomi negara yang didedahkan oleh media arus perdana iaitu laporan yang dikeluarkan oleh Standard and Poor's (S&P) dan Fitch Rating, S&P memberi amaran akan memberi penilaian yang rendah sekiranya Malaysia tidak menggunakan perubahan signifikan terhadap kewangannya.
Fitch Ratings pada bulan lalu berkata Malaysia masih belum memberi pelan yang menyakinkan untuk menangani perbelanjaan defisit dan hutang kerajaan persekutuan. Hutang Malaysia sekarang ialah RM 476.68 bilion iaitu hampir 53% daripada KDNK Negara. Mereka juga memberitahu dengan keadaan kewangan yang lemah, dengan menerima penilaian 'A' dan Malaysia kini sama paras dengan negara yang banyak berhutang seperti Itali. Malaysia juga turun empat tangga ke tempat 25 dalam persidangan ekonomi dunia (WEG) dalam kedudukan negara paling berdaya saing tahun ini, dan jatuh dari tempat ke 96 ke 110 dalam kerajaan dengan bajet berimbang.
Kesimpulannya, dalam menilai sesuatu perkara, nilailah dengan hati yang neutral.
Muhammad Kamarul din Setapa
Wakil Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2012/2013
Universiti Malaya.

Kembalikan cuti Jumaat
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Sedar atau tidak, kita agak tersasar daripada membesarkan kebesaran Islam itu sendiri iaitu hari Jumaat yang sepatutnya menjadi hari 'Saidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari. Banyak keberkatan serta keistimewaannya yang sepatutnya kita tempatkan ditempat sewajarnya hinggakan dalam al-Quran surah 'Jumaah' menceritakan dan menekan betapa hari Jumaat itu dimuliakan oleh mereka yang mengaku beragama Islam.
Pada hari Jumaat bapa segala manusia, Nabi Allah Adam dicipta oleh Allah SWT. Pada hari Jumaat jugalah Nabi Adam diturunkan kedunia serta pada hari Jumaat jugalah akan berlakunya kiamat.
Hari Jumaat adalah hari kebesaran Islam hingga dianggap sebagai hari keberkatan dan lebih besar lagi fadilatnya berbanding Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha. Kita digalakkan beramal sebaik mungkin bermula dari malam Jumaat hingga sampai menunaikan solat Jumaat. Banyakkan berselawat, berzikir dan bersedekah serta membuat sunat-sunat yang lain termasuk membersihkan diri saperti memotong kuku dan mandi sunat Jumaat serta memakai pakaian bersih dan wangian-wangian mengikut sunnah sebelum pergi ke Masjid. Digalakkan juga supaya hadir ke Masijid seawal yang boleh untuk beribadah melakukan yang sunat-sunat yang lain.
Malangnya, akhir-akhir ini nampak perubahan ketara iaitu pada hari Khamis malam Jumaat berbagai saluran TV berlumba-lumba menayangkan cerita hantu jembalang. Radio pula masih mendendangkan lagu-lagu yang lagha sebagai hidangan halwa telinga dan berbagai slot drama juga mendapat tempat pada malam Jumaat tersebut. Tidak cukup dengan itu ada pula yng mengadakan konsert rock dan berbagai ragam hiburan yang melalaikan. Bahkan ada juga mengadakan perlawanan bolasepak pada hari Khamis malam Jumaat sehingga mungkin akan ponteng atau terlepas menunaikan kewajipan solat itu sendiri.
Kembalikan kegemilangan hari Jumaat dan letakkan ketempat sewajarnya dan bukannya disisihkan begitu sahaja kerana hari Jumaat adalah hari kebesaran untuk sekelian umat Islam dan sepatutnya kita raikannya dengan beramal serta menghormatikannya. Oleh yang demikian sekurang-kurangnya jadikan Hari jumaat sebagai hari cuti mingguan dan bukannya ambil hari kebesaran Yahudi sebagai hari cuti mingguan.
Saya mencadangkan kita kaji semula supaya cuti mingguan selama dua hari iaitu pada Hari Sabtu (Hari kebesaran agama kaum Yahudi) ditukarkan kepada cuti pada Hari Jumaat dan hari Ahad sebagai hari cuti mingguan kedua. manakala hari Sabtu adalah sebagai hari bekerja sepenuh masa. Negara yang mempraktikkan cuti sebegini adalah negara Brunei Darussalam.
Sumber HD : 5/10/2012
Sumber HD : 8/10/2012

Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula
Aspan Alias, | 08 Okt 2012 |
Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.
Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.
Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan UMNO yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.
Semua orang salah kecuali beliau dan keluarga beliau. Mahathir lah pemimpin yang bergaduh dengan semua pihak semasa beliau memegang kuasa. Beliau seorang sahajalah yang betul. Orang lainnya semuanya tidak betul. Orang lain semuanya anti Melayu. Hanya beliau sahajalah pejuang Melayu. Orang yang benar-benar Melayu tidak memperjuangkan Melayu tetapi mereka yang menjadi Melayu ‘by choice’ memperjuangkan hak Melayu. Itu kepercayaan Mahathir.
Kali ini Mahathir mempersalahkan George Soros pula. Beliau cuba hendak menakutkan pengundi Pakatan Rakyat yang pembangkang didukung oleh George Soros yang dilabelkan oleh Mahathir sebagai penyangak mata wang antarabangsa. George Soros menjadi sasaran Mahathir dan semua pengikut membuta tuli beliau kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit di dalam krisis kewangan pada tahun 1997 dahulu yang menyebabkan Malaysia menjadi mangsa terbesar dari kejatuhan dan krisis mata wang itu.
Seperti yang saya sebut selalu, Dr Mahathir menyalahkan semua orang di atas kesilapan dan kesalahan beliau kepada negara. Pada penghujung tahun lapan puluhan sehingga penghujung tahun sembilan puluhan Mahathir telah melakukan banyak kesalahan kerana beliau merasakan beliau seorang yang begitu handal dalam semua bidang termasuk dalam bidang perniagaan matawang asing. Bidang ini bukannya bidang yang beliau faham tetapi beliau merasakan yang beliau pandai dan ingin mencuba-cuba bidang yang beliau mengetahui terlalu sedikit.
Mahathir telah terlebih dahulu menjadi ‘penyangak’ matawang asing ini dengan cuba hendak bermain-main dengan pasaran wang antarabangsa pada tahun 1992 dahulu. Beliau telah meminta Bank Negara untuk menyertai perdagangan wang antarabangsa dan akhirnya negara telah rugi melebihi RM30 billion dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu. Bank Negara terpaksa menjual banyak asetnya untuk mengurangkan jumlah kerugian di dalam akaun Bank Negara dan akhirnya telah memberitahu rakyat yang kerugian itu hanyalah RM9 billion sahaja. Jika Mahathir berjaya dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu saya yakin Mahathir akan lebih dahsyat lagi dari Georga Soros. Tetapi nasib beliau tidak berapa baik, kita kerugian sebanyak RM30 billion.
Sebagai spekulator wang antarabangsa George Soros dan ramai yang lain akan melakukan spekulasi terhadap mana matawang yang lemah. Kebetulan ringgit kita adalah salah satu matawang yang sudah terlalu lemah semasa itu maka semua spekulator matawang antarabangsa secara ‘natural’ akan memilih ringgit untuk diperdagangkan.
Spekulator matawang asing mengetahui yang ringgit kita sudah lemah kerana semasa itu negara mengimport ‘capital good’ yang begitu besar untuk melaksanakan projek-projek raksaksa secara ekspress seperti komplek pentadbiran Putrajaya dan KLIA. Kita mesti ingat projek raksaksa seperti KLIA itu tidak pernah timbul di dalam rancangan Malaysia ke-6. Kita hanya tahu projek KLIA itu wujud ketika pembentangan separuh penggal rancangan Malaysia ke-6 itu.
Mahathir mahu segala-galanya berlaku di zaman beliau tanpa berfikir yang semua projek raksaksa yang tidak dirancang itu akan membawa padah kepada kewangan negara. Beliau tidak ambil peduli yang pengimpotan ‘capital goods’ yang terlalu besar untuk melaksanakan projek ekspres raksasa itu akan melemahkan matawang ringgit dipasaran wang antarabangsa.
Akhirnya apabila ringgit kita lemah maka ianya menjadi mangsa kepada spekulasi matawang antarabangsa. Mereka bukan sahaja dilakukan oleh Soros tetapi ramai lagi spekulator wang anatarabangsa yang lain. Mahathir sendiri mencuba-cuba untuk menjadi spekulator wang antarabangsa pada tahun 1992 dengan menggunakan BNM dan Nor Mohammad Yakcop tetapi gagal dengan kerugian sejumlah yang saya sebut tadi.
Bezanya Soros menjadi spekulator wang antarabangsa yang berjaya, Mahathir pula menjadi spekulator wang antarabangsa yang gagal. Tidak ada bezanya Dr Mahathir dengan Soros itu jika dilihat dari sudut yang lain.
Sekarang Mahathir hendak menyalahkan Soros pula kerana kelemahan yang dihadapi oleh UMNO dan BN. Beliau cuba untuk membina pemikiran rakyat, jika memilih PR ia bermakna memilih pilihan George Soros. Tetapi mesti ada yang percaya dengan kata-kata Mahathir ini, tetapi kepada siapa yang menggunakan pemikiran yang sebaik-baiknya ia tidak kena mengena dengan Soros dalam membuat pilihanraya yang akan datang ini.
Membuat tuduhan yang Soros adalah dibelakang kekuatan PR itu merupakan tuduhan yang keluar dari seorang pemimpin yang ‘desperate’. Bagi mereka yang menyokong PR, mereka tidak perlu memberikan apa-apa reaksi. Hanya ringankan lidah dan beristighfar banyak-banyak kerana untuk menolak yang bathil memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi. Anggap sahaja pandangan Dr Mahathir itu sebagai pandangan seorang yang sakit. Tidak perlu di ambil hati dan tidak perlu mendengar kata-kata orang yang sedang dalam kegeringan moral kepimpinan itu.
Tetapi sakit jiwa politik ini bukan sahaja dialami oleh Mahathir tetapi ia sedang dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain seperti Najib, Muhyiddin dan keseluruhan barisan kepimpinan BN khususnya UMNO.
Jika berjaya rakyat menolak kepimpinan UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti kita boleh melakukan penyatuan semula tanpa mereka-mereka yang memimpin pada hari ini yang tidak habis berusaha untuk memecah belahkan kita di bawah ini.
Kita bersatu di luar UMNO dan BN. Kita bermaaf-maafan di antara satu dengan lain dan terus bersatu. Selepas itu kita bangunkan negara dengan telus untuk mencapai matlamat negara yang satu, iaitu Perpaduan Nasional yang sejati dan berkekalan.
Selagi ada pemimpin seperti pemimpin yang sedang kita perkatakan ini serta yang lain-lain dalam UMNO itu, selagi itulah kita tidak akan berjaya mencapai matlamat Perpaduan Nasional yang kita idam-idamkan itu.
Kita sudah jemu dipecah dan diperintah oleh pimpinan dari acuan Dr Mahathir ini. Kita wajib keluar dari budaya pecah perintah ini dan kita berharap kehidupan rakyat tidak lagi ‘stressful’ seperti yang rakyat sedang hidapi sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Mahathir sedang mempertahankan dirinya
Mohd Sayuti Omar, | 08 Okt 2012 |
Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.
Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli parlimen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya mengehelkan Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapa yang makan anak.
Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadbir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi seorang politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?
Terbaru dia bermadah berbunyi; satu undi untuk pembangkang merupakan satu undi untuk penyangak mata wang Soros. Satu undi untuk Soros pula katanya undi untuk menukar kerajaan yang ada hari ini kepada kerajaan baru. Mahathir terus-terusan menuba rakyat agar terus mengekalkan kerajaan yang ada hari ini walaupun dia sendiri tahu akan kebobrokkannya kerana dia sendiri adalah pelakon dan pemain utama.
Begitulah madah dan ‘sabda’ Mahathir dalam memastikan kerajaan usang Umno yang beliau tinggalkan kerana dipaksa itu. Mahathir melakukan apa saja dan idea yang dizahirkan lebih canggih dan jahat dari Najib. Dia kini mendahului Najib dalam kempen memastikan UBN kekal. Kenapa? Seperti mana sudah diketahui Mahathir berbuat demikian kerana untuk mencapai agendanya. Mahathir yang menanam bunga dan bunganya sudah mula berbunga pasti tidak mahu ada kumbang yang berterbangan!
Pada saya ia kesungguhan Mahathir itu bukan kerana dia hendak membantu Melayu atau mewujudkan keadaan dan suasana harmonis di negara ini. Sebaliknya semua dilakukan ada kepentingannya. Kalau Mahathir ikhlas untuk memartabatkan Melayu dan mewujudkan masyarakat harmonis, apakah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, selama lapan tahun sebagai timbalan perdana menteri dan selama lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen beliau tidak berusaha ke arah itu?
Kalau dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya bermakna Mahathir gagal sebagai seorang pembina nusa dan bangsa. Mahathir seharusnya sedar dan insaf mengenai perkara ini. Pembangunan material yang wujud di zamannya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kehidupan manusia itu ada dua aspek penting penting, jasmani dan rohani. Mahathir amat dhaif dalam membawa pembangunan manusia. Itu sebab dia gagal dan jiwanya kini keresahan.
Justeru setelah Abdullah Badawi mengambil alih pemerintah beliau cuba memberi keutamaan kepada pembangunan manusia yang terlupa dibuat Mahathir. Abdullah fokus kepada soal-soal ketamadunan bangsa menerusi sakhsiah dan juga memartabatkan aspirasi bangsa seperti agama dan budaya. Abdullah juga berusaha mengendurkan ketegangan Melayu di mana di era Mahathir Melayu berada dalam ruang krisis kepercayaan besar sesama sendiri. Abdullah melihat keadaan itu menyebabkan Melayu berpecah belah.
Namun malangnya Mahathir yang berfahaman sekular dan melihat manusia membangun dalam belitan kebendaan (maddiyah) menolak idea dan harapan Abdullah, bukan setakat itu saja bertindak menyerang Abdullah siang dan malam. Mahathir sama sekali tidak percaya kepada politik perdamaian, atau damai boleh memuaskan hatinya. Selama dia menjadi presiden Umno beliau tidak pernah mendekatan orang Melayu untuk berdamai. Kehebatan dan kekuasaan Umno menjadikan dia lupa kepada rakan dan kawan.
Seingat saya beliau tidak pernah mengajak Pas untuk bersama membangun negara. Beliau tidak habis-habis mengecam Pas dan memberi konotasi buruk terhadap Pas kepada orang Melayu. Makanya hari ini walaupun (saya percaya) ada keinginan Mahathir untuk mempelawa Pas mengukuhkan politik Melayu tetapi beliau tidak tergamak untuk membuka mulut kerana mengenangkan kepada kezaliman dan keegoannya selama ini.
Kembali membaca apakah motif Mahathir kini beriya untuk mempertahankan kerajaan UBN, sehinggakan menghimpun semua isu dan cara memburukkan Anwar Ibrahim ia bukan dibuat atas dasar atau pun aspirasi tadi melainkan untuk dirinya dan anak beranak saja. Mahathir kini terdesak untuk mempertahankan dirinya dan juga memastikan kehidupan, kekayaan anak-anaknya terjamin dan selamat.
Sebagai bapa kronisme Mahathir akan bertindak begitu. Dia seorang yang materialistik dan individualistik yang menggunakan rakyat untuk memakai mahkota sebagai pemimpin. Sebenarnya, hakikat itu tidak ada sama sekali kepada Mahathir. Mahathir tidak pernah mengenal soal ukhuwah, soal perpaduan soal perdamaian dan kerjasama sebangsa. Apa yang dia insaf dan sedar ialah perbalahan, adu domba, memperlekehkan orang lain. Mahathir seorang manusia yang hidup atas perpecahan orang Melayu yang beliau tidak iktiraf sebagai kaumnya. Malangnya masih ada 'bagero-bagero' Melayu yang menganggap Mahathir sebagai wira dan pembela mereka, yang tersihir dengan senyuman manis Mahathir yang di dalamnya mempunyai racun berbisa.
Namun Melayu yang mudah mati kuku dan hilang ingatan terus memuja dan ada yang mencium punggung Mahathir disebabkan kerana Mahathir menghulur sedikit baksis baik menerusi projek atau jawatan. Orang-orang ini lupa bahawa dia sudah berada di bawah tapak kaki penipuan seorang Mahathir. Manusia yang tidak ada adat dan prinsip ini akan merelakan selamanya dirinya menjadi 'kooli'.
Mahathir juga hipokrit mengenai prinsipnya yang dianggap tegas dan keras. Kononnya dia membenci Soros, menganggap Soros penjajah baru, maka itu jugalah yang diajar kepada rakyat. Tetapi dalam masa sama beliau berpelukan dengan Soros. Apakah erti semua itu kalau ia bukan munafik?
Mahathir hanya berani berkokok menghentam Soros atau mana-mana pemimpin zalim di dunia terutamanya pemimpin barat tetapi tatakala berjumpa mereka Mahathir menjadi seperti tikus kebahasan; lari mencari celah untuk bersembunyi. Standard Mahathir semasa dia menjadi PM jauh ke bawah berbanding dengan Recep Tayyip Erdogan.
Percayalah usaha keras Mahathir untuk mempertahankan kerajaan UBN hari ini bukan demi Melayu dan masyarakat majmuk negara ini tetapi demi dirinya sendiri. Bukan untuk memastikan Najib Razak terus menjadi PM, tetapi kerana untuk menjamin agenda peribadinya tercapai. Pertama memastikan kehidupan dan kekayaan anak-anaknya yang dipunggah sendiri oleh beliau semasa menjadi PM tidak terganggu dan terburai, kedua untuk menjamin dia akan selamat dan tidak akan dihumban ke dalam penjara atas dosa-dosa dan jenayah kepada negara dan bangsa yang beliau lakukan.
Inilah yang ditakuti Mahathir. Beliau sangat phobia apa yang berlaku dan menimpa Saddam Hussein, Ghadafi ataupun Hosni Mubarak. Kesengsaraan dan nasib malang dihadapi para diktator itu menjadikan Mahathir tidak nyenyak tidur. Pilihan nanti bagi Mahathir bukan saja menentukan hidup mati kerajaan UBN tetapi juga menentukan apakah nasibnya ke dalam atau di luar.
Hari ini kesalahan dan jenayah negara dilakukan Mahathir masih terselindung, tetapi percayalah selepas kekuasaan atau kuasa melindunginya runtuh segalanya akan 'terbahar' dan terselek. Saat itu tidak ada ruang lagi untuk Mahathir menyembunyikan mukanya. Rasanya rakyat negara ini teringin melihat Mahathir menangis di penjara. - http://msomelayu.blogspot.com/

Umno sudah tidak boleh dikenali lagi
Aspan Alias, | 09 Okt 2012 |
Najib akan tercatat dalam sejarah sebagai seorang ‘unelected Prime Minister’ negara ini kerana beliau tidak mengadakan pilihanraya sehingga tamat penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.
Allahyarham Tun Razak juga memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu. Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.
Tun Razak menghabiskan waktu selama empat tahun untuk menyelesaikan isu-isu yang tidak selesai dan akhirnya telah berjaya mendapat formula untuk mencapai perpaduan kaum dan melakukan inisiatif politik yang baru dan menubuhkan Barisan Nasional.(BN). Akhirnya semua rakyat berpadu dan memberikan mandat kepada BN yang melalui pilihanraya buat kali pertama di atas nama baru, iaitu Barisan Nasional. Tun Razak hanya mengetuai pilihanraya negara sekali sahaja kerana beliau telah meninggalkan kita pada Januari 1976 dahulu.
BN telah berjaya menautkan yang berbalah di antara kaum dan BN telah mendapat mandat yang begitu besar selepas Parlimen dipulihkan semula setelah negara ditadbir oleh MAGERAN sejak tercetusnya kejadian 13 Mei 1969. Oleh kerana kejadian itulah Tun Razak yang telah bertungkus lumus mencari formula untuk menyatukan kembali rakyat berbilang kaum dan kaum-kaum bukan Melayu telah memberikan sokongan kepada Tun Razak dalam pilihanraya 1974 itu.
Tetapi ia amat jauh bezanya di era Najib Tun Razak. Di zaman dan era Najib Tun Razak pula terbalik.
Rakyat yang berpadu sebelumnya telah berpecah mengikut lunas-lunas perkauman. Rakyat sedang dipisahkan oleh UMNO melalui isu perkauman yang menebal untuk menyatukan Melayu di bawah UMNO. Tetapi orang Melayu tidak juga mahu bersatu di bawah UMNO.
Orang Melayu sudah rimas berada di bawah UMNO kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah tidak betul dan seolah-olah telah ditutup hijab mereka. UMNO sudah hilang hidayah sepenuhnya sehinggakan parti itu sudah tidak tahu lagi mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang buruk. Yang buruk dikatakannya baik dan yang baik dianggap mereka sebagai buruk. Semuanya terbalik dan sekarang bertambah lah keyakinan saya yang UMNO itu adalah pembawa dalil hari hampir kiamat.
Apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu, diterbalikkan oleh pimpinan UMNO sekarang. Kalau dahulu Felda ditubuhkan untuk memberikan orang miskin yang tidak bertanah sebidang tanah seluas sepuluh ekar dengan tanaman kelapa sawit dan getah, sekarang ini Felda telah membuka tanah seluas 1 juta ekar dan tidak menempatkan mereka yang bertanah ke dalamnya. Sebaliknya diurus sejuta ekar ini di bawah Felda Plantation. Semua tanah yang kaya dengan hasilnya ini disenaraikan dipasaran saham untuk kepentingan kapitalis dan kroni UMNO yang tidak pernah pun memasuki tanah rancangan Felda.
Seramai 80,000 rakyat yang tidak bertanah dan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Felda tidak dilakukan. Kalau dahulu pimpinan sibuk untuk membina ekonomi rakyat yang miskin kali ini UMNO membina ‘empire’ untuk kroni-kroninya dan rakyat yang miskin di minta nya untuk bersyukur dan berterima kasih dengan wang BRIM yang sejemput itu. Bagi UMNO rakyat tidak layak menjadi kaya raya. Kekayaan hanyalah untuk kroni dan keluarga pemimpin UMNO dan beberapa rakyat yang eksklusif sahaja.
Peneroka-peneroka Felda hanya diberikan saham sebanyak 800 unit sekeluarga. Jika ada sepuluh orang dalam keluarga itu mereka bahagi-bahagikan lah diantara sepuluh orang ahli keluarga itu. Peneroka hanya mendapat kuah sahaja tetapi mereka yang tidak kena mengena dengan peneroka mendapat dagingnya. Masih ada peneroka yang berpuas hati dengan mendapat kuah ini.
Agaknya mereka cukup dengan kuah sahaja. Kalau makan kuah, daging kuah itu rasa daging juga. Seorang peneroka yang sebaya dengan saya di Serting berkata dengan sindirannya, “Aspan, kito dapek kuah ajo.. Jadilah... Kok kuah gulai ayam pun, kuah tu pun ghaso ayam jugak. Daging ayam tu biarlah dia oghang mentekedaghah. Kalau kito nak ghaso daging ayam eh, kito tukarlah kerajaan yang boleh boghi kito makan daging eh.”
Kata-kata seperti ini meresap di kalangan masyarakat marhean kita. Mereka tidak bercakap kuat-kuat kerana mereka tidak tahu untuk berkata secara politik. Mereka hanya akan menunjukkan manifestasi mereka melalui peti undi. Seorang rakan peneroka saya di Felda Rokan pula marah-marah dengan akhbar Utusan dan beliau sudah berhenti membaca akhbar itu. Semasa beliau datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya beliau berkata, “Utusan ni den buet mungkuih daging ajo bang. Den sokaghang baco Harakah dan Sinar Harian. Anak-anak den pun bilo balik kampung kato, yang kito kono tukar korajaan sekaghang ni. Lotih den negok UMNO ni”.
Keadaan ini berlaku di mana-mana dan tidak mampu UMNO untuk mengubatinya. UMNO sudah terlalu lekeh pada pandangan mereka walaupun bermacam-macam cara UMNO untuk menyekat mereka dari mencari pilihan kepada UMNO. UMNO sudah di pandang seperti haiwan kurap oleh mereka yang berfikir kerana kejahilan UMNO memahami perasaan rakyat bawahan sudah tidak ada lagi.
UMNO di peringkat bahagian-bahagian hanya dipenuhi dengan kroni ketua-ketua bahagian dan kebanyakkan mereka adalah kontraktor kelas F. Penjawat awan di daerah-daerah pun ada lesen kelas F. Mereka dengan menggunakan nama isteri atau anak-anak mereka. Kerja kontrak kecilan pun disapu bersih oleh penggiat UMNO dan ini berlaku di seluruh negara.
Dua tiga hari lagi Najib akan ke Sabah lagi kerana Sabah yang beliau anggap sebagai simpinan tetap untuk UMNO sudah menolak parti itu. Jika Najib berulang alik ke Sabah setiap hari pun keadaan amat sukar untuk diperbaiki. Takut-takut yang dikejar tidak dapat, yang dijinjing pula berciciran. Najib perlu sedar yang tidak semua pimpinan UMNO bersimpati dengan beliau kerana ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dari kelemahan Najib ini untuk menguasai kerajaan.
Tapi apa pun saya tetap merasakan Najib merupakan seorang Perdana Menteri UMNO yang terakhir dan beliau akan kekal tercatat sebagai ‘unelected Prime Minister’ negara kita.
Rakyat perlu bersedia untuk mengalami politik baru di bawah pentadbiran baru dan mula belajar memperbaiki sikap dan mentaliti mereka terhadap politik dan siasah negara. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai sahsiah yang baik dan kita perlu jauhi pemimpin yang sentiasa memenjarakan pemikiran kita.
Jika UMNO tidak lagi diberi mandat dalam PRU ini, ia bermakna kita akan mencapai kemerdekaan dan terlepas dari penjara dan mula membentuk pemikiran yang sesuai dengan keadaan dan zaman ini.
UMNO sudah tidak tentu lagi rupa dan bentuknya lagi. Pada hakikatnya UMNO sudah wujud lagi. UMNO hanya tinggal pada namanya sahaja. Macam P Ramlee yang hanya tinggal namanya sahaja. P Ramleenya sudah meninggalkan kita lama dahulu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 9/10/2012

Piala Asia, cadangan untuk FAM
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Skuad Bola Sepak Kebangsaan kita berada dalam kumpulan D bersama Bahrain, Qatar dan Yemen bagi kelayakan Piala Asia 2015 nanti. Proses pengundiannya berlangsung di Melbourne, Australia. Jurulatih Kebangsaan, K. Rajagopal menyatakan bahawa tidak mustahil pasukan negara memberikan saingan hebat jika kita sudah bersedia dan menjalankan latihan intensif dan bersemangat untuk mengalahkan lawan.
Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada bulan Februari 2013 dan dilakukan secara secara timbal balik. Yang pastinya ialah bagaimana skuad bola sepak negara membuat persediaan dari segi fizikal dan mental. Beerdasarkan rekod sejarah bolasepak kita, apabila bertandang ke negara lawan, selalunya kita akan kecundang dan kadang kala kalah yang agak teruk sehingga 4 atau 5 gol dapat dibolosi dengan mudah oleh pihak lawan.
Kelemahan pasukan kita adalah dari segi fizikal yang seterusnya membawa kepada kelemahan mental, terutama apabila beraksi di tempat udaranya terlalu kering walaupun bermain pada waktu malam. Saya perhatikan bahawa pasukan bola sepak kita mampu bertahan lebih kurang setengah jam sahaja dan selepas itu rasa letih dan tidak bermaya terserlah dan seterusnya diratah oleh pasukan lawan dengan begitu mudah sekali.
Oleh itu saya mengesyorkan untuk kelayakan Piala Asia 2015 itu nanti pasukan kebangsaan didedahkan sekurang-kurangnya selama dua bulan di negara yang mempunyai udara kering dan suhu yang mencabar saperti di Qatar, Bahrain atau Yaman sebelum sepak bermula. Jangan sekali-kali apabila dua atau tiga hari sebelum perlawanan bermula baru hendak terbang ke sana kerana suasana dan tempat serta cuaca jauh berbeza dengan negara kita.
Dicadangkan juga makanan tempatan di negara yang akan kita bertandang untuk kelayakan Piala Asia menjadi menu para pemain serta jangan lupa membawa air zam-zam sebagai minuman harian. Air zam-zam sesuai untuk pemain kita di sana kerana boleh menahan rasa dahaga dan kering untuk masa yang lama.
Sumber HD : 11/10/2012

Demokrasi tetapi menekan
Aspan Alias, | 11 Okt 2012 |
Transformasi yang banyak-banyak dilaungkan oleh Najib hanya setakat di bibir sahaja. Tidak ada perubahan malah ia bertambah buruk keadaannya. Cara Najib mengumumkan satu demi satu pelan transformasi beliau itu, Najib seolah-olah bercita-cita tinggi macam dunia ini pun hendak dialihnya.
Lazimnya orang yang selalu keluar dengan berbagai rancangan yang mega-mega akhirnya tidak membawa apa-apa kesan dan tidak akan terlaksana segala pelan-pelan tersebut. Tetapi apabila pelan-pelan tersebut tidak diyakini oleh rakyat maka pihak-pihak yang bertentangan dengan kerajaan akan ditekan dan ditakut-takutkan.
Pihak yang bertentangan akan dilayan dengan buruk dan tidak bertamaddun dan tidak sesuai berlaku dalam dunia tanpa sempadan. Pimpinan kita dengan besar hati ingin mengikut peredaran masa dan zaman tetapi mereka mempunyai jiwa yag fakir.
Pada malam 9hb oktober yang lalu Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga, ditahan dan disusahkan perjalanan beliau di KLIA apabila beliau disekat di ‘auto-gate’ lapangan terbang itu selama 10 minit dan pegawai immigresen di situ tidak dapat memberi sebab kenapa beliau (Ambiga) diperlakukan begitu.
Bukan Datuk Ambiga sahaja yang menjadi mangsa tekanan ini. Minggu lepas salah seorang dari ‘Steering Committee’ Bersih Andrew Khoo juga ditahan dan dilakukan perkara yang sama dan beliau sekali lagi ditahan semasa beliau kembali ke tanah air pada malam 9hb itu. Semua Jawatankuasa Bersih diberikan tekanan oleh pihak immigresen dan budaya ini nampaknya sudah menjadi perkara biasa.
Pada bulan September yang lepas, Marina Chin Abdullah dan Wong Chin Huat juga menerima nasib yang sama. Kalau begitu keadaannya apa pula alasan yang boleh diberikan oleh pihak pemerintah dengan penahanan itu? Siapa pula yang hendak dipersalahkan kali ini?
Adakah tindakan immigresen ini untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan hari ini? Jika demikian kenapa kita wujudkan sebuah negara yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi tidak berupaya untuk menerima semua ‘attribute’ sebuah negara demokrasi?
Apakah kesalahan mereka sehingga mengganggu perjalanan seseorang yang tidak sebulu dengan kita itu? Bagi pandangan saya secara peribadi ini menunjukkan yang pihak pemerintah sekarang sedang tertekan dengan sokongan yang orang ramai berikan kepada pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus itu.
Pihak pemerintah tidak mahu diganggu oleh sesiapa atau mana-mana pihak untuk tidak mengganggu cara mereka mendapat mandat selama ini, iaitu dengan membohongi rakyat dan mengelirukan fakta dan semangat demokrasi itu.
Ini merupakan elemen pentadbiran ala diktator dan ini wajar diberhentikan. Tindakan ini seolah-olah membayangkan yang pihak yang sedang berkuasa sekarang ini sudah terdesak ke dinding dan tidak ada jalan lain selain dari melakukan penekanan terhadap pemimpin-pemimpin NGO yang berpengaruh yang tidak sejalan dengan kerajaan hari ini.
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh pemerintah terhadap pemimpin-pemimpin NGO seperti Datuk Ambiga ini hanya membuatkan mereka lebih terkenal dan berpengaruh. Jika Datuk Ambiga tidak berpengaruh masakan pimpinan kerajaan merasa takut terhadap kehadiran mereka di tengah masyarakat yang dalam pencarian ini.
Kita mesti ingat jika pemerintah dalam keadaan ‘desperate’ untuk mempertahankan kuasa, rakyat juga dalam keadaan ‘desperate’ untuk mencari penyelesaian terhadap kecelaruan yang dicipta oleh pihak yang memerintah itu.
Rakyat semua kaum kini memang dalam keadaan terdesak untuk lari dari cengkaman pihak yang berkuasa yang tidak lagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk membela nasib rakyat, bangsa dan negara mereka.
Rakyat sudah tidak tahan lagi dengan.penjajahan yang dilakukan terhadap pemikiran dan jiwa mereka. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Ada bekas IGP hendak masuk PAS?
Mohd Sayuti Omar, | 13 Okt 2012 |
Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk su p tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam mangkuk sup.
Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.
Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.
Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.
Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.
Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.
Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai ke peringkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.
Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tengok baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.
Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga taktik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.
Dalam hal ini saya bukan prejudis atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. - http://msomelayu.blogspot.com
Sumber HD : 13/10/2012
Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.
Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.
Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar.
Rasuah sudah menjadi mainan kepada pimpinan hari ini. Rasuah dilakukan oleh mereka seperti makan sarapan harian. Tidak ada rasa malu dan tidak merasa bersalah terhadap rakyat yang memberikan mereka mandat. Oleh kerana amalan buruk ini sudah berlaku begitu lama ianya sudah bersarang di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Tidak siapa yang mahu melakukan kerja tanpa mendapat habuan secara rasuah.
Itu sebabnya saya dan ramai yang lain mahukan pembanterasan rasuah ini dilakukan secara politik. Kenapa secara politik? Kerana ahli dan parti politik yang diberi mandatlah yang menyebabkan rasuah ini berluas-luasa. Menteri-menteri tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka lagi. Menteri-menteri sepatutnya duduk di pejabat untuk memantau perlakuan pelaksana ia itu penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab mereka. Menteri-menterinya wajar memelihara kebersihan kementerian mereka daripada rasuah. Itu tugas mereka sebenarnya.
Tetapi menteri-menterinya pula yang bersekongkol dengan perasuah malahan menteri-menteri pula yang memberikan perlindungan terhadap penjawat awam di bawah mereka untuk kepentingan bersama yang menjijikkan itu. Apabila menteri-menteri ini bersama-sama ‘mencari makan tambahan’ ini bersekongkol dengan perasuah itu maka menteri-menteri ini tidak lagi dihormati oleh penjawat awam di bawah kementerian masing-masing dan mereka bebas untuk melakukan kerja hina ini terang-terangan.
Kerja-kerja ini sudah berlaku begitu lama sehinggakan ramai di antara penjawat awam yang bersih dari rasuah ini tidak lagi bersama dengan parti yang sedang memerintah. Banyak usaha dilakukan oleh berbagai-bagai pihak untuk membawa kes-kes ini kemuka pengadilan, tetapi ada pula yang mempertahankannya dari jabatan perundangan negara itu sendiri.
‘Attorney General’ sendiri mengambil sikap melindungi mereka yang rasuah ini dengan memilih-memilih kes yang melibatkan mereka yang berkuasa. Yang ini dibawa ke depan, dan yang ini NFA (no further action) dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Masing-masing yang besar-besar dalam kerajaan bekerjasama untuk melindungi rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar negara.
Rasuah sudah menjadi sebati sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil tindakan kepada sesiapa kerana yang patut mengambil tindakan ini juga sedang dipersoalkan kewibawaan mereka. AG Ghani Patail sendiri mempunyai stigma yang buruk. Bagaimana beliau boleh masih kekal dengan jawatan yang penting itu. Pendeknya tidak ada siapa lagi di dalam ‘regim’ hari ini boleh dipercayai untuk menjaga rakyat dan negara ini dengan baik dan sempurna.
Itulah sebabnya ramai rakyat merasakan yang ‘gerombolan’ ini patut dinyahkan dari kuasa. Sebagai rakyat yang mahukan keamanan kita tidak mahu memilih untuk melakukan kekerasan seperti apa yang berlaku di negara-negara arab sekarang ini. Kita sudah ada cara yang sesuai untuk menukar kerajaan tanpa kekerasan.
Kita mengambil pilihanraya sebagai tempat dan premis untuk menukar wajah negara kita di zaman kemajuan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mandat kepada pihak lain untuk menjaga negara dan rakyat selama lima tahun yang akan datang.
Sekarang ini kita melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan ini dilakukan segera dan PRU13 inilah masanya untuk melakukannya. Jika pakatan baru ini tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat akan kembali membuat perubahan di masa depan. Di sini kita dapat menekankan yang rakyatlah yang berkuasa dengan sebenarnya, bukannya Najib, Mahathir atau sesiapa.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, jika tidak ada apa yang saya selalu sebut sebagai ‘legal cheating’ dilakukan oleh pihak UMNO dan BN pertukaran kerajaan tidak akan dapat dibendung lagi. Itulah sebabnya PM Najib dan seluruh kepimpinan hari ini merasakan bahang perubahan ini. Gerombolan ini sedang berusaha mempertahan kuasa yang ada hari ini dengan menabur fitnah dan selalu mengatakan yang PR tidak akan boleh memimpin dengan ‘baik’ seperti BN.
Saya selalu berkata. ‘The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’. Tidak ada yang terbaik kerana yang terbaik itu bukan sifat manusia. Yang terbaik hanya sifat yang Maha Kuasa dan RasulNya.
Itu sebabnya Tuhan adakan dosa dan pahala kerana manusia diduga dengan kenikmatan dan keburukan. Apabila tubuh kita sudah terbujur roh kita tidak mati. Ia akan menghadap Tuhan semesta alam ini untuk ditimbang semua kerja baik dan buruk semasa hayat kita.
Buat kali ini kita perlu melakukan perubahan itu tanpa was-was. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Jangan was-was, lakukanlah perubahan
Aspan Alias, | 13 Okt 2012 |
Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.
Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.
Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.
Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar.
Rasuah sudah menjadi mainan kepada pimpinan hari ini. Rasuah dilakukan oleh mereka seperti makan sarapan harian. Tidak ada rasa malu dan tidak merasa bersalah terhadap rakyat yang memberikan mereka mandat. Oleh kerana amalan buruk ini sudah berlaku begitu lama ianya sudah bersarang di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Tidak siapa yang mahu melakukan kerja tanpa mendapat habuan secara rasuah.
Itu sebabnya saya dan ramai yang lain mahukan pembanterasan rasuah ini dilakukan secara politik. Kenapa secara politik? Kerana ahli dan parti politik yang diberi mandatlah yang menyebabkan rasuah ini berluas-luasa. Menteri-menteri tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka lagi. Menteri-menteri sepatutnya duduk di pejabat untuk memantau perlakuan pelaksana ia itu penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab mereka. Menteri-menterinya wajar memelihara kebersihan kementerian mereka daripada rasuah. Itu tugas mereka sebenarnya.
Tetapi menteri-menterinya pula yang bersekongkol dengan perasuah malahan menteri-menteri pula yang memberikan perlindungan terhadap penjawat awam di bawah mereka untuk kepentingan bersama yang menjijikkan itu. Apabila menteri-menteri ini bersama-sama ‘mencari makan tambahan’ ini bersekongkol dengan perasuah itu maka menteri-menteri ini tidak lagi dihormati oleh penjawat awam di bawah kementerian masing-masing dan mereka bebas untuk melakukan kerja hina ini terang-terangan.
Kerja-kerja ini sudah berlaku begitu lama sehinggakan ramai di antara penjawat awam yang bersih dari rasuah ini tidak lagi bersama dengan parti yang sedang memerintah. Banyak usaha dilakukan oleh berbagai-bagai pihak untuk membawa kes-kes ini kemuka pengadilan, tetapi ada pula yang mempertahankannya dari jabatan perundangan negara itu sendiri.
‘Attorney General’ sendiri mengambil sikap melindungi mereka yang rasuah ini dengan memilih-memilih kes yang melibatkan mereka yang berkuasa. Yang ini dibawa ke depan, dan yang ini NFA (no further action) dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Masing-masing yang besar-besar dalam kerajaan bekerjasama untuk melindungi rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar negara.
Rasuah sudah menjadi sebati sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil tindakan kepada sesiapa kerana yang patut mengambil tindakan ini juga sedang dipersoalkan kewibawaan mereka. AG Ghani Patail sendiri mempunyai stigma yang buruk. Bagaimana beliau boleh masih kekal dengan jawatan yang penting itu. Pendeknya tidak ada siapa lagi di dalam ‘regim’ hari ini boleh dipercayai untuk menjaga rakyat dan negara ini dengan baik dan sempurna.
Itulah sebabnya ramai rakyat merasakan yang ‘gerombolan’ ini patut dinyahkan dari kuasa. Sebagai rakyat yang mahukan keamanan kita tidak mahu memilih untuk melakukan kekerasan seperti apa yang berlaku di negara-negara arab sekarang ini. Kita sudah ada cara yang sesuai untuk menukar kerajaan tanpa kekerasan.
Kita mengambil pilihanraya sebagai tempat dan premis untuk menukar wajah negara kita di zaman kemajuan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan mandat kepada pihak lain untuk menjaga negara dan rakyat selama lima tahun yang akan datang.
Sekarang ini kita melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan ini dilakukan segera dan PRU13 inilah masanya untuk melakukannya. Jika pakatan baru ini tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat akan kembali membuat perubahan di masa depan. Di sini kita dapat menekankan yang rakyatlah yang berkuasa dengan sebenarnya, bukannya Najib, Mahathir atau sesiapa.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, jika tidak ada apa yang saya selalu sebut sebagai ‘legal cheating’ dilakukan oleh pihak UMNO dan BN pertukaran kerajaan tidak akan dapat dibendung lagi. Itulah sebabnya PM Najib dan seluruh kepimpinan hari ini merasakan bahang perubahan ini. Gerombolan ini sedang berusaha mempertahan kuasa yang ada hari ini dengan menabur fitnah dan selalu mengatakan yang PR tidak akan boleh memimpin dengan ‘baik’ seperti BN.
Saya selalu berkata. ‘The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’. Tidak ada yang terbaik kerana yang terbaik itu bukan sifat manusia. Yang terbaik hanya sifat yang Maha Kuasa dan RasulNya.
Itu sebabnya Tuhan adakan dosa dan pahala kerana manusia diduga dengan kenikmatan dan keburukan. Apabila tubuh kita sudah terbujur roh kita tidak mati. Ia akan menghadap Tuhan semesta alam ini untuk ditimbang semua kerja baik dan buruk semasa hayat kita.
Buat kali ini kita perlu melakukan perubahan itu tanpa was-was. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 13/10/2012
Najib dan pemimpin Umno kian meracau!
http://sakmongkol.blogspot.com, | 16 Okt 2012 |
Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.
Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?
Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir di atas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bangsawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.
Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan.
Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.
Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya.
Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.
Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.
Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang serupa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.
Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau Cina.
Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda membela bangsa, agama dan negara!
Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.
Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.
Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelenggui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.
Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.
Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina di atas komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. Ianya diasaskan di atas dominasi gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.
Mengapa sibuk dengan kabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us. Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.
Kita pun tahu kabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja Nong Chik. Siapa peduli?
Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada kabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.
Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calon UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calon oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?
Palanivel kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. He is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. Sama-sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD : 16/10/2012
Nampaknya bukan setakat kementerian di peringkat pusat yang ditegur Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dalam laporan terbaru, malah ia turut melibatkan agensi pelaksana di bawah kementerian yang sudah pasti gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.
Terbaru, projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak kelemahan wujud semasa proses pembinaannya walaupun sudah dimulakan lebih lima tahun lalu!
Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.
Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual
Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.
Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.
Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.
Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.
Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.
Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.
Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.
Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.
Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.

Jika PR mendapat mandat ini merupakan perkara yang paling utama untuk diperbaiki kerana menyiarkan berita dan isu dengan berat sebelah itu akan menjejaskan imej kerajaan itu seperti yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. Jika UMNO dan BN menjadi pembangkang, kerajaan yang mendapat mandat itu wajar memberi peluang kepada parti pembangkang semasa itu (UMNO) dan lain-lain yang bersekutu dengannya untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas.
Kita tahu bagaimana sengsaranya pimpinan PR untuk mendekati rakyat kerana permainan politik kotor oleh media yang terlalu condong kepada BN hari ini. Jika PR mendapat mandat pemerintah yang baru itu mesti jangan mengulangi kejahatan yang dengan jelas sedang dilakukan oleh BN terhadap kita. Kita mesti tunjukkan perbezaan ini disamping melatih rakyat memahami apa itu demokrasi yang sebenarnya.
Lagi pun kebebasan bagi UMNO untuk bersuara sebagai parti pembangkang itu nanti akan sedikit sebanyak mengajar kita sendiri untuk menjadi kerajaan yang bersih, tanpa rasuah dan menyalahgunakan kuasa seperti yang dilakukan oleh BN sekarang ini. Inilah indahnya demokrasi jika dilaksanakan dengan telus dan beretika. Rakyat juga yang akan untung jika Putrajaya itu kita jadikan sebagai 'pusaka' bergilir-gilir. Sekarang ini BN patut mengambil giliran untuk duduk di pihak pembangkang. Lagipun UMNO kini sedang berlatih-latih untuk menjadi pembangkang dengan tindak-tanduk mereka yang tidak semenggah hari ini.
Pakatan Rakyat juga jangan sekali-kali berfikir seperti BN khususnya UMNO yang beranggapan yang Putrajaya itu adalah hak milik kekal kepada parti-parti yang memerintah. Putrajaya itu hanyalah TOL (temperary occupancy license) dan rakyat akan terus memberikan kita kuasa selagi kita bersikap adil dan saksama tanpa melacurkan perlembagaan negara kita yang sudah digubal dengan baik itu. Rakyat adalah ‘supreme’ dalam sesebuah demokrasi.
Jangan sekali-kali menghina rakyat dengan membeli jiwa mereka dengan wang ringgit semasa pilihanraya tiba kerana tindakan itu tidak lebih dan tidak kurang daripada menghina dan memperbodohkan mereka (Rakyat). BN sepatutnya belajar daripada kesalahan dan kesilapan sendiri tetapi mereka tidak berbuat demikian. Oleh itu jika PR mendapat mandat pada hari ini pihak PR sepatutnya menjadikan kesilapan dan kesalahan yang sedang dilakukan oleh BN hari ini sebagai pelajaran untuk kita semua.
Sesungguhnya belajar dari kesilapan orang lain itu merupakan cara pembelajaran yang sangat baik dan mudah. Belajarlah untuk menghormati orang ramai dan rakyat jelata. Jangan menghina dan menjadikan mereka seperti kerbau di sawah yang hanya untuk membajak sawah padi sahaja, sedangkan semua hasil padi dibaham oleh tikus-tikus gemuk dalam kepuk padi.
Binalah ketajaman pemikiran rakyat, dan bukannya memenjarakan pemikiran rakyat dan memaksa rakyat untuk mengikut telunjuk dan kehendak kita sahaja seperti yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hari ini.
Janganlah mewujudkan projek-projek pembangunan oleh kerana dirancang oleh rakan-rakan dan kroni sahaja kerana melakukan pembangunan cara itu akan membina kelompok kroni yang akhirnya akan membawa kepimpinan ke arah kepimpinan yang tidak bermoral dan beretika. Jangan jadi seperti UMNO: kasihnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Jadilah sebuah kerajaan yang penuh dengan ‘magnanimity’ serta beretika yang tinggi.
Gubal undang-undang yang tidak membolehkan sesiapa menjadikan isu bangsa dan agama sebagai topik dan bahan politik kerana apa yang BN lakukan pada hari amat merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini yang mahukan kehidupan yang aman dan sentosa tanpa pergelutan dengan isu-isu sensitif ini. Ketegangan dan perasaan curiga-mencurigai semakin menebal di antara kaum dan akan membawa kebinasaan kepada kita semua.
PR mesti serius untuk membendung rasuah terutamanya kerana rasuah adalah kegiatan yang amat hina dan akan menjatuhkan negara dan tamadun kita. Rasuah punca kepada segala-gala kerosakan di muka bumi ini.
Jika semua ini dan yang lain-lain kesalahan yang dilakukan oleh BN pada hari ini dihindarkan oleh PR yang memerintah nanti, sesiapa sahaja yang menjadi PM tidak akan perlu lagi menjelajah dan mundar-mandir ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke baruh untuk mempertahankan diri seperti yang terpaksa dilakukan oleh Najib pada hari ini.
Jika ditadbir negara dengan baik tidak perlu lagi seorang PM itu terpaksa membeli undi dengan agihan BR1M dan sebagainya kerana pemberian itu hanya mampu menghilangkan dahaga tidak sampai seminggu tetapi susahnya sepanjang tahun dan zaman.
Jika PM yang baru dilantik pula, jangan melibatkan isteri keterlaluan dalam hal negara. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin rantau ini yang terkenal tetapi isterinya hanya dikenali semasa isteri beliau itu meninggal dunia 2 tahun dahulu. Itu pun sekarang ini saya dan ramai lagi sudah lupa nama isteri beliau.
Ini perlu kerana seorang isteri itu adalah kaum yang perlu dibimbing. Hawa itu datangnya dari tulang rusuk kiri Adam.
Hawa tidak datang dari kepala untuk dijadikan ketua dan pemimpin kepada kita dan tidak juga datangnya dari kaki untuk dipijak dan ditekan. Hawa itu dilahirkan melalui rusuk kiri Adam untuk bersama kita semasa susah dan senang bukannya untuk mempengaruhi ke atas kewajipan kita kerana ia akan menjatuhkan negara dan masyarakat jika kita menjadi pemimpin. Hawa itu untuk dibelai dan dikasihi, bukannya untuk ditakuti dan digeruni.
Saya menulis isu ini kerana saya mempunyai keyakinan yang perubahan bakal berlaku jika tidak ada ‘legal cheating’ dilakukan oleh BN dalam pilihanraya ini. Elok kita ingatkan terlebih dahulu supaya tidak payah ditegur semasa mentadbir negara setelah mendapat mandat rakyat nanti.
Pakatan Rakyat tidak boleh tidak, mesti menunjukkan perbezaan dengan BN dalam mentadbir negara. Masa itu nanti barulah kita tahu berbezaannya dan selepas itu rakyat berhak untuk mengalih dan menganjak siapa yang mentadbir negara mengikut selera dan kehendak rakyat sendiri.
Buat masa ini rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam banyak bidang dengan BN. Sekarang ini saya berkeyakinan yang PR mampu menunjukan berbezaan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 16/10/2012
Isu yang terbesar dalam negara kini ialah rasuah yang menyebabkan sistem kerajaan sekarang hampir lumpuh kalau kita sandarkan penilaian kita dengan negara-negara maju. Rasuah ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin justeru itu telah menyebabkan banyak perkara yang tidak betul lagi berlaku di hadapan mata rakyat.
Saya tertarik dengan cadangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, yang telah pun melakukan usaha yang bertanggungjawab mematikan budaya rasuah di negeri P Pinang yang beliau tadbir. Beliau mencadangkan beberapa cara untuk menghapuskan rasuah seperti yang beliau sendiri telah lakukan di P Pinang sejak beliau mentadbir negeri itu.
Di antaranya setiap ahli-ahli Pentadbir Negeri dari exco kerajaan serta pegawai pelaksana mengisytiharkan harta mereka. Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka termasuk akaun bank mereka di dalam dan di luar negara. Cara ini amat penting dilakukan kerana rakyat yang telah memberikan mereka mandat mahukan mereka mentadbir dengan bersih dan menghilangkan keraguan tentang kebersihan mereka menjaga harta benda rakyat.
Cadangan yang lainnya ialah mempastikan tidak ada ahli keluarga pemerintah yang terlibat dengan kontrak kerajaan dan ini merupakan satu cadangan yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh BN tetapi tidak dilakukan. Etika ini memang menjadi pakaian di negara negara maju di dunia ini. Tetapi di negara ini pemimpin-pemimpin kita tidak termampu untuk melakukannya kerana kedudukan mereka itu merupakan modal perniagaan bagi mereka dan keluarga serta kroni-kroni mereka.
Seperti yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng pengisytiharan aset semestinya di ‘institutionalized’ kan kerana ia merupakan elemen yang terpenting dalam menjaga intergiti sesuatu kerajaan itu. Ini pun yang dilakukan oleh kerajaan negara-negara maju dan kebaikan amalan ini sepatutnya menjadi ikutan kita kerana ia adalah cara yang terbaik untuk menjaga rakyat dan negara. LGE telah memperkuatkan tindakan pengisytiharan harta ini dengan membuat mengesahan dari ‘akauntan bertauliah’ yang tidak boleh dipersoalkan kredibilti mereka.
Tetapi kalau kita hendak meniru dan menjadikan negara-negara mundur di Afrika seperti Zimbabwe dan sebagainya Najib dan BN tidak payah untuk bergegar-gegar berucap dan beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju menjelangnya tahun 2020. Tidak mungkin negara kita akan menjadi negara maju sedangkan kita masih terhambat oleh mentaliti politik dan kerajaan dunia ketiga. Tidak mungkin kita akan menjadi rakyat negara maju jika mentaliti kita masing masing berunsurkan mentaliti dunia ketiga.
Saya pernah diberitahu oleh rakan yang pernah duduk di dalam kabinet kerajaan hari ini yang ramai di antara menteri-menteri kita tidak bersetuju untuk mengisytiharkan harta benda mereka kepada umum. Sebab yang menyebabkan mereka tidak mahu mengisytiharkan harta mereka itu bukanlah susah untuk difahami. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka tidak mahu diketahui umum tentang cara dan bagaimana mereka boleh melonggokkan sejumlah harta yang begitu banyak dengan rumah-rumah mewah, kereta mewah dan segala-galanya mewah.
Itu sebabnya selalu saya katakan rasuah sentiasa tidak membenarkan kita melakukan kebaikan kerana melakukan kebaikan itu akan menyekat masa depan perasuah negara. Kadang-kadang kita tidak memahami kenapa begitu degil dan payah sangat bagi pimpinan kita untuk melakukan kerja yang baik dan menjadi amalan di dalam negara-negara maju.
Sekarang kita mempunyai barisan pemimpin yang tidak mahu mengisytiharkan harta mereka di dalam dan di luar negara kerana mereka mendapatkan semua wang ringgit yang besar itu melalui kedudukan mereka di dalam kerajaan, dan itu adalah cara rasuah.
Pengisytiharan harta ini tidak mungkin boleh berlaku selagi barisan pimpinan ini menerajui kita dan selagi mereka boleh melakukannya rasuah ini tidak akan berhenti kerana seperti yang saya sebutkan rasuah ini merupakan ketagihan oleh pimpinan kita. Seperti penagih dadah, penagih rasuah juga tidak akan aman hidup mereka tanpa melakukan rasuah.
Oleh itu kita perlu melakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia setanding dengan negara-negara maju dalam mana rakyatnya hanya memilih kerajaan yang bersih dan ‘sustainable’ kebersihan dari rasuah ini. Untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju, sikap dan nilai, dan persepsi kita terhadap keterbukaan ini amat penting di perbetulkan.
Beberapa cadangan yang di utarakan oleh Lim Guan Eng itu sememangnya senang dilakukan jika semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara kita di tadbir oleh pimpinan yang bersih dan beretika. LGE sendiri sedang melaksanakannya dan tidak nampak kenapa pimpinan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri tadbiran BN tidak mahu melakukannya. Malahan apa yang dilakukan oleh LGE ini tidak digemari oleh BN kerana BN sememangnya tidak senang kerana rakyat telah nampak apa yang baik yang ada jika PR mentadbir negeri dan negara kita.
Tidak ada sebab langsung. Tetapi jika ada sebabnya ia tidak lain dan tidak bukan, ialah kerana mereka tidak mahu terbongkar segala kegiatan yang berunsur rasuah dan salahguna kuasa. LGE dan kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR telah pun melakukannya. Bila pula kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri-negari tadbiran BN pula mahu melakukannya? Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan yang rakyat masih ada harapan untuk melihat negara kita dapat di selamatkan dari bankrap dan kejatuhan tamaddunnya.
Jika peluang dan harapan ini tidak diambil kesempatan oleh rakyat maka rakyat tidak boleh lagi menyalahkan sesiapa selepas ini. Rakyat masih boleh melakukan usaha-usaha menyelamatkan negara kita dari dirompak dan menjadi mangsa oleh pemimpin-pemimpin yang sudah ketagihan rasuah ini.
Harapan rakyat ini hanya boleh dilakukan dengan meninggalkan yang buruk dan pergi kearah kebaikan. Rakyat telah pun nampak dimana dan bagaimana untuk mendapatkan kebaikan itu. Berfikir dan lakukannya dengan baik dan terhormat.
Tentulah kebaikan itu akan mula kita perolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jangan was-was kerana sikap was-was ini merupakan sikap yang terkeji. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 17/10/2012
Kantoi! Angkara siapa jambatan tak siap-siap??
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 16 Okt 2012 |

Kasih jangan bertompok, benci jangan merata
Aspan Alias, | 16 Okt 2012 |
Jika Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk menjadi pentadbir kepada negara, satu isu yang mesti diperbaiki ialah tentang keadilan untuk rakyat bersuara dengan jujur dan telus. Sekarang PR sedang menghadapi ketidak-adilan pihak media dan penguasa kepada media perdana. Berita dan sebaran maklumat sungguh tidak adil kerana sikap media yang terlalu berat sebelah yang tidak dapat diterima oleh banyak pihak. Kita latih bahagian editorial Utusan dan TV3 untuk menjadi lebih beretika dan professional dengan menyiarkan berita yang seimbang dan adil. Kita hendakkan perubahan ini kerana hendak melaksanakan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.
Jika PR mendapat mandat ini merupakan perkara yang paling utama untuk diperbaiki kerana menyiarkan berita dan isu dengan berat sebelah itu akan menjejaskan imej kerajaan itu seperti yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. Jika UMNO dan BN menjadi pembangkang, kerajaan yang mendapat mandat itu wajar memberi peluang kepada parti pembangkang semasa itu (UMNO) dan lain-lain yang bersekutu dengannya untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas.
Kita tahu bagaimana sengsaranya pimpinan PR untuk mendekati rakyat kerana permainan politik kotor oleh media yang terlalu condong kepada BN hari ini. Jika PR mendapat mandat pemerintah yang baru itu mesti jangan mengulangi kejahatan yang dengan jelas sedang dilakukan oleh BN terhadap kita. Kita mesti tunjukkan perbezaan ini disamping melatih rakyat memahami apa itu demokrasi yang sebenarnya.
Lagi pun kebebasan bagi UMNO untuk bersuara sebagai parti pembangkang itu nanti akan sedikit sebanyak mengajar kita sendiri untuk menjadi kerajaan yang bersih, tanpa rasuah dan menyalahgunakan kuasa seperti yang dilakukan oleh BN sekarang ini. Inilah indahnya demokrasi jika dilaksanakan dengan telus dan beretika. Rakyat juga yang akan untung jika Putrajaya itu kita jadikan sebagai 'pusaka' bergilir-gilir. Sekarang ini BN patut mengambil giliran untuk duduk di pihak pembangkang. Lagipun UMNO kini sedang berlatih-latih untuk menjadi pembangkang dengan tindak-tanduk mereka yang tidak semenggah hari ini.
Pakatan Rakyat juga jangan sekali-kali berfikir seperti BN khususnya UMNO yang beranggapan yang Putrajaya itu adalah hak milik kekal kepada parti-parti yang memerintah. Putrajaya itu hanyalah TOL (temperary occupancy license) dan rakyat akan terus memberikan kita kuasa selagi kita bersikap adil dan saksama tanpa melacurkan perlembagaan negara kita yang sudah digubal dengan baik itu. Rakyat adalah ‘supreme’ dalam sesebuah demokrasi.
Jangan sekali-kali menghina rakyat dengan membeli jiwa mereka dengan wang ringgit semasa pilihanraya tiba kerana tindakan itu tidak lebih dan tidak kurang daripada menghina dan memperbodohkan mereka (Rakyat). BN sepatutnya belajar daripada kesalahan dan kesilapan sendiri tetapi mereka tidak berbuat demikian. Oleh itu jika PR mendapat mandat pada hari ini pihak PR sepatutnya menjadikan kesilapan dan kesalahan yang sedang dilakukan oleh BN hari ini sebagai pelajaran untuk kita semua.
Sesungguhnya belajar dari kesilapan orang lain itu merupakan cara pembelajaran yang sangat baik dan mudah. Belajarlah untuk menghormati orang ramai dan rakyat jelata. Jangan menghina dan menjadikan mereka seperti kerbau di sawah yang hanya untuk membajak sawah padi sahaja, sedangkan semua hasil padi dibaham oleh tikus-tikus gemuk dalam kepuk padi.
Binalah ketajaman pemikiran rakyat, dan bukannya memenjarakan pemikiran rakyat dan memaksa rakyat untuk mengikut telunjuk dan kehendak kita sahaja seperti yang dilakukan oleh pimpinan UMNO hari ini.
Janganlah mewujudkan projek-projek pembangunan oleh kerana dirancang oleh rakan-rakan dan kroni sahaja kerana melakukan pembangunan cara itu akan membina kelompok kroni yang akhirnya akan membawa kepimpinan ke arah kepimpinan yang tidak bermoral dan beretika. Jangan jadi seperti UMNO: kasihnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Jadilah sebuah kerajaan yang penuh dengan ‘magnanimity’ serta beretika yang tinggi.
Gubal undang-undang yang tidak membolehkan sesiapa menjadikan isu bangsa dan agama sebagai topik dan bahan politik kerana apa yang BN lakukan pada hari amat merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini yang mahukan kehidupan yang aman dan sentosa tanpa pergelutan dengan isu-isu sensitif ini. Ketegangan dan perasaan curiga-mencurigai semakin menebal di antara kaum dan akan membawa kebinasaan kepada kita semua.
PR mesti serius untuk membendung rasuah terutamanya kerana rasuah adalah kegiatan yang amat hina dan akan menjatuhkan negara dan tamadun kita. Rasuah punca kepada segala-gala kerosakan di muka bumi ini.
Jika semua ini dan yang lain-lain kesalahan yang dilakukan oleh BN pada hari ini dihindarkan oleh PR yang memerintah nanti, sesiapa sahaja yang menjadi PM tidak akan perlu lagi menjelajah dan mundar-mandir ke hulu ke hilir serta ke darat dan ke baruh untuk mempertahankan diri seperti yang terpaksa dilakukan oleh Najib pada hari ini.
Jika ditadbir negara dengan baik tidak perlu lagi seorang PM itu terpaksa membeli undi dengan agihan BR1M dan sebagainya kerana pemberian itu hanya mampu menghilangkan dahaga tidak sampai seminggu tetapi susahnya sepanjang tahun dan zaman.
Jika PM yang baru dilantik pula, jangan melibatkan isteri keterlaluan dalam hal negara. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin rantau ini yang terkenal tetapi isterinya hanya dikenali semasa isteri beliau itu meninggal dunia 2 tahun dahulu. Itu pun sekarang ini saya dan ramai lagi sudah lupa nama isteri beliau.
Ini perlu kerana seorang isteri itu adalah kaum yang perlu dibimbing. Hawa itu datangnya dari tulang rusuk kiri Adam.
Hawa tidak datang dari kepala untuk dijadikan ketua dan pemimpin kepada kita dan tidak juga datangnya dari kaki untuk dipijak dan ditekan. Hawa itu dilahirkan melalui rusuk kiri Adam untuk bersama kita semasa susah dan senang bukannya untuk mempengaruhi ke atas kewajipan kita kerana ia akan menjatuhkan negara dan masyarakat jika kita menjadi pemimpin. Hawa itu untuk dibelai dan dikasihi, bukannya untuk ditakuti dan digeruni.
Saya menulis isu ini kerana saya mempunyai keyakinan yang perubahan bakal berlaku jika tidak ada ‘legal cheating’ dilakukan oleh BN dalam pilihanraya ini. Elok kita ingatkan terlebih dahulu supaya tidak payah ditegur semasa mentadbir negara setelah mendapat mandat rakyat nanti.
Pakatan Rakyat tidak boleh tidak, mesti menunjukkan perbezaan dengan BN dalam mentadbir negara. Masa itu nanti barulah kita tahu berbezaannya dan selepas itu rakyat berhak untuk mengalih dan menganjak siapa yang mentadbir negara mengikut selera dan kehendak rakyat sendiri.
Buat masa ini rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam banyak bidang dengan BN. Sekarang ini saya berkeyakinan yang PR mampu menunjukan berbezaan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 16/10/2012
Kalau BN telus, kenapa takut isytihar harta?
Aspan Alias, | 17 Okt 2012 |
Kecelaruan yang negara alami kini, bukannya kerana masalah yang disebabkan oleh rakyat sebenarnya. Masalah yang ada pada hari ini adalah masalah yang disebabkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tidak memberi masalah kepada kerajaan. Sebaliknya kerajaan dan pimpinanlah yang memberikan masalah kepada rakyat sehinggakan rakyat sudah berang di dalam hati mereka yang menyebabkan mereka mempersoalkan segala tindak tanduk pimpinan dan parti yang memerintah negara kita sekarang ini.
Isu yang terbesar dalam negara kini ialah rasuah yang menyebabkan sistem kerajaan sekarang hampir lumpuh kalau kita sandarkan penilaian kita dengan negara-negara maju. Rasuah ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin justeru itu telah menyebabkan banyak perkara yang tidak betul lagi berlaku di hadapan mata rakyat.
Saya tertarik dengan cadangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, yang telah pun melakukan usaha yang bertanggungjawab mematikan budaya rasuah di negeri P Pinang yang beliau tadbir. Beliau mencadangkan beberapa cara untuk menghapuskan rasuah seperti yang beliau sendiri telah lakukan di P Pinang sejak beliau mentadbir negeri itu.
Di antaranya setiap ahli-ahli Pentadbir Negeri dari exco kerajaan serta pegawai pelaksana mengisytiharkan harta mereka. Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka termasuk akaun bank mereka di dalam dan di luar negara. Cara ini amat penting dilakukan kerana rakyat yang telah memberikan mereka mandat mahukan mereka mentadbir dengan bersih dan menghilangkan keraguan tentang kebersihan mereka menjaga harta benda rakyat.
Cadangan yang lainnya ialah mempastikan tidak ada ahli keluarga pemerintah yang terlibat dengan kontrak kerajaan dan ini merupakan satu cadangan yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan oleh BN tetapi tidak dilakukan. Etika ini memang menjadi pakaian di negara negara maju di dunia ini. Tetapi di negara ini pemimpin-pemimpin kita tidak termampu untuk melakukannya kerana kedudukan mereka itu merupakan modal perniagaan bagi mereka dan keluarga serta kroni-kroni mereka.
Seperti yang dicadangkan oleh Lim Guan Eng pengisytiharan aset semestinya di ‘institutionalized’ kan kerana ia merupakan elemen yang terpenting dalam menjaga intergiti sesuatu kerajaan itu. Ini pun yang dilakukan oleh kerajaan negara-negara maju dan kebaikan amalan ini sepatutnya menjadi ikutan kita kerana ia adalah cara yang terbaik untuk menjaga rakyat dan negara. LGE telah memperkuatkan tindakan pengisytiharan harta ini dengan membuat mengesahan dari ‘akauntan bertauliah’ yang tidak boleh dipersoalkan kredibilti mereka.
Tetapi kalau kita hendak meniru dan menjadikan negara-negara mundur di Afrika seperti Zimbabwe dan sebagainya Najib dan BN tidak payah untuk bergegar-gegar berucap dan beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju menjelangnya tahun 2020. Tidak mungkin negara kita akan menjadi negara maju sedangkan kita masih terhambat oleh mentaliti politik dan kerajaan dunia ketiga. Tidak mungkin kita akan menjadi rakyat negara maju jika mentaliti kita masing masing berunsurkan mentaliti dunia ketiga.
Saya pernah diberitahu oleh rakan yang pernah duduk di dalam kabinet kerajaan hari ini yang ramai di antara menteri-menteri kita tidak bersetuju untuk mengisytiharkan harta benda mereka kepada umum. Sebab yang menyebabkan mereka tidak mahu mengisytiharkan harta mereka itu bukanlah susah untuk difahami. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka tidak mahu diketahui umum tentang cara dan bagaimana mereka boleh melonggokkan sejumlah harta yang begitu banyak dengan rumah-rumah mewah, kereta mewah dan segala-galanya mewah.
Itu sebabnya selalu saya katakan rasuah sentiasa tidak membenarkan kita melakukan kebaikan kerana melakukan kebaikan itu akan menyekat masa depan perasuah negara. Kadang-kadang kita tidak memahami kenapa begitu degil dan payah sangat bagi pimpinan kita untuk melakukan kerja yang baik dan menjadi amalan di dalam negara-negara maju.
Sekarang kita mempunyai barisan pemimpin yang tidak mahu mengisytiharkan harta mereka di dalam dan di luar negara kerana mereka mendapatkan semua wang ringgit yang besar itu melalui kedudukan mereka di dalam kerajaan, dan itu adalah cara rasuah.
Pengisytiharan harta ini tidak mungkin boleh berlaku selagi barisan pimpinan ini menerajui kita dan selagi mereka boleh melakukannya rasuah ini tidak akan berhenti kerana seperti yang saya sebutkan rasuah ini merupakan ketagihan oleh pimpinan kita. Seperti penagih dadah, penagih rasuah juga tidak akan aman hidup mereka tanpa melakukan rasuah.
Oleh itu kita perlu melakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia setanding dengan negara-negara maju dalam mana rakyatnya hanya memilih kerajaan yang bersih dan ‘sustainable’ kebersihan dari rasuah ini. Untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju, sikap dan nilai, dan persepsi kita terhadap keterbukaan ini amat penting di perbetulkan.
Beberapa cadangan yang di utarakan oleh Lim Guan Eng itu sememangnya senang dilakukan jika semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara kita di tadbir oleh pimpinan yang bersih dan beretika. LGE sendiri sedang melaksanakannya dan tidak nampak kenapa pimpinan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri tadbiran BN tidak mahu melakukannya. Malahan apa yang dilakukan oleh LGE ini tidak digemari oleh BN kerana BN sememangnya tidak senang kerana rakyat telah nampak apa yang baik yang ada jika PR mentadbir negeri dan negara kita.
Tidak ada sebab langsung. Tetapi jika ada sebabnya ia tidak lain dan tidak bukan, ialah kerana mereka tidak mahu terbongkar segala kegiatan yang berunsur rasuah dan salahguna kuasa. LGE dan kerajaan negeri yang ditadbir oleh PR telah pun melakukannya. Bila pula kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri-negari tadbiran BN pula mahu melakukannya? Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan yang rakyat masih ada harapan untuk melihat negara kita dapat di selamatkan dari bankrap dan kejatuhan tamaddunnya.
Jika peluang dan harapan ini tidak diambil kesempatan oleh rakyat maka rakyat tidak boleh lagi menyalahkan sesiapa selepas ini. Rakyat masih boleh melakukan usaha-usaha menyelamatkan negara kita dari dirompak dan menjadi mangsa oleh pemimpin-pemimpin yang sudah ketagihan rasuah ini.
Harapan rakyat ini hanya boleh dilakukan dengan meninggalkan yang buruk dan pergi kearah kebaikan. Rakyat telah pun nampak dimana dan bagaimana untuk mendapatkan kebaikan itu. Berfikir dan lakukannya dengan baik dan terhormat.
Tentulah kebaikan itu akan mula kita perolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jangan was-was kerana sikap was-was ini merupakan sikap yang terkeji. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 17/10/2012
Pisah agama dari politik - pendirian Umno sama dengan pemerintah Singapura..!
http://www.pencacai-semalaysia.com, | 17 Okt 2012 |
Pendirian UMNO selama ini yang melihat politik dan agama perlu dipisahkan adalah sama dengan pendirian pemerintah Singapura..
Pemerintah di Singapura bukanlah beragama Islam..
maka "selayak"nya lah mereka beranggapan sedemikian..
Tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam.. dan mereka sendiri yang mengaku kononnya negara ini adalah negara Islam..
maka pemisahan agama dari politik tidak boleh berlaku..
kerana sesungguhnya agama itu adalah kehidupan...
agamalah yang membentuk keperibadian seseorang,bagaimana pula ianya mahu dipisahkan dari urusan kerja sehari-hari..?
Berikut adalah petikan berita dari Utusan Online..
mungkin Utusan berpendapat penyiaran berita seperti ini dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa pendirian UMNO selama ini yang memisahkan agama dari politik sememangnya tepat, dengan memberikan contoh ianya turut diamalkan kerajaan Singapura...
Politik tidak kotor..
yang mengotorkan dunia politik adalah si pemain politik, iaitu manusia..
manusia jadi begitu kerana mereka tiada pegangan agama yang kuat ataupun mereka sendiri memisahkan agama dari politik..
Pendirian UMNO sama dengan negara sekular..
patutlah ulama' gelar negara ni negara sekular..
Rujuk SINI
Rujuk SINI
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily
Sumber HD : 17/10/2012
Sumber HD : 17/10/2012
Isu Musa Aman selesai selepas pilihan raya
Aspan Alias, | 18 Okt 2012 |
Isu RM40 juta yang dirampas oleh penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa yang dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari ini tidak diberitahu siapakah penyumbangnya.
Nazri Aziz telah menjawab isu ini di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.
Saya selalu berkata rakyat tidak perlu membuat apa-apa tindakan kerrana di negara ini yang berkuasa adalah kumpulan yang sentiasa terlepas dari tuduhan. Mereka mempunyai kuasa dan tidak ada siapa yang boleh membuktikan pembabitan mana-mana pembesar negara kerana mereka adalah ‘supreme’ dan tidak boleh dibawa tengah oleh sesiapa juga termasuk Peguam Negara kita yang begitu ‘controversial’ imejnya dimata rakyat bukan sahaja ralyat tempatan tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Undang-undang digubal bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk menutupi kebenaran. Mereka yang berkuasa menggunakan undang-undang untuk kepenting pihak yang berkuasa dan berpengaruh. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi mengambil tindakan melalui undang-undang tetapi sebaliknya mahu mengambilnya dengan cara politik. Maka rakyat sudah begitu ramai yang telah memutuskan untuk membetulkan keadaan ini dalam pilihanraya yang akan datang.
Jika kita hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah rsuah ini mungkin ia memakan masa lima puluh tahun untuk menyelesaikan semua kes-kes ini. Setiap peringkat kerajaan BN hari ini disaluti oleh budaya rasuah yang tidak mungkin dapat di selesaikan sampai bila-bila jika mereka yang berkuasa sekarang ini masih berkeliaran di Putrajaya itu. Masing-masing dalam kerajaan pada hari ini tidak mahu mengambil tindakan kepada sesiapa termasuk mereka dalam badan undang-undang. Masing-masing mempunyai saham dalam kegiatan rasuah ini.
Cara terbaik ialah dengan mengambil alih pentadbiran dengan cara terhormat ia itu melalui pilihanraya yang bakal tiba ini. Jika ‘legal cheating’ oleh pihak BN dapat di elakan, ramai berkeyakinan yang BN akan duduk dipihak pembangkang selepas sahaja pilihanraya ini berlaku.
Ibarat bermain gasing, bergilir-gilir memusing dan memangkah. Selama ini hanya pembangkang sahaja yang memusing dan dipangkah oleh BN sejak 55 tahun dahulu. Kali ini biarlah BN pula yang memusing dan PR pula yang memangkah.
Sesungguhnya isu Musa Aman ini akan selesai jika rakyat Sabah yang sedar mampu bersatu untuk menolak parti yang beliau pimpin si sana. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 18-10-2012

Najib telah tutup pintu untuknya
Mohd Sayuti Omar, | 20 Okt 2012 |
Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.
Penjelasan Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda tangani oleh Najib memberi laluan itu.
Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.
Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS.
Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail.
Jika dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning.
Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan PAS dan menang.
'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan.
Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas.
Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima.
Dengan ketegasan Najib dan Umno bahagian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya.
Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklah bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti. - http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 20-10-2012
Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus.
Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.
Mengikut laporan SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang.
Itulah yang saya sebutkan selalu. UMNO sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat dibawah dan itulah penyakit yang dihidapi oleh UMNO sekian lama.
Kalau UMNO sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan UMNO untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli. Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut.
Ini merupakan pertahanan terakhir UMNO dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.
Kita sedar yang ahli-ahli UMNO kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan. Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.
Ahli-ahli UMNO terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus di kepuk padi. Ahli-ahli UMNO pun tidak mahu mereka dikerbaukan oleh pemimpin mereka.
Tetapi MKT UMNO bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?
Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku.
Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah UMNO. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar UMNO di bawah payung dan wadah yang baru.
Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.
Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli UMNO oleh pimpinan mereka.
Kita mesti faham yang ahli-ahli UMNO itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi ditambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.
Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam ‘ambience’ yang baru.
Selamat berubah dan berhijrah.
Saya akan ke Jerlun untuk berceramah pada malam ini dan esok. Saya akan kembali bersama saudara saudari pada Isnin yang akan datang. Sehingga berjumpa, salam! - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 20-10-2012
Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan-rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus kedalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.
Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara.
Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ke tahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu ‘equitable’. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian ‘Perpaduan Nasional’ yang berkekalan.
Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang ‘commerce and industry’ ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.
Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat ‘commerce and industry’ ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan ‘equity’ Bumiputralah melonjak ke tahap 18.2 peratus pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7 peratus semasa dasar itu mula dilaksanakan.
Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi ‘unit penyertaan bumiputra’ ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana ia menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronism.
Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6 peratus sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan di atas nama Melayu dan kumpulan kronism ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalui DEB itu telah terbantut.
Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah di kalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’ sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.
Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa ‘dijaga’ kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya di kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).
Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan keranah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salah guna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam didalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu dari memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.
Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.
UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihanraya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berluas-luasa dalam pilihanraya yang lalu.
Kita tahu apa ‘sequence of events’ dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihanraya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.
Perbalahan di antara sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang ‘winnable’ lagi.
Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu kemana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 23-10-2012

Ahli-ahli Umno tidak mahu ditambat lagi
Aspan Alias, | 20 Okt 2012 |
Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.

Orang Melayu dikelirukan oleh Umno
Aspan Alias, | 23 Okt 2012 |
Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah dari mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.
Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan-rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus kedalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.
Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara.
Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ke tahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu ‘equitable’. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian ‘Perpaduan Nasional’ yang berkekalan.
Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang ‘commerce and industry’ ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.
Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat ‘commerce and industry’ ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan ‘equity’ Bumiputralah melonjak ke tahap 18.2 peratus pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7 peratus semasa dasar itu mula dilaksanakan.
Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi ‘unit penyertaan bumiputra’ ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana ia menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronism.
Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6 peratus sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan di atas nama Melayu dan kumpulan kronism ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalui DEB itu telah terbantut.
Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah di kalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’ sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.
Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa ‘dijaga’ kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya di kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).
Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan keranah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salah guna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam didalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu dari memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.
Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.
UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihanraya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berluas-luasa dalam pilihanraya yang lalu.
Kita tahu apa ‘sequence of events’ dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihanraya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.
Perbalahan di antara sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang ‘winnable’ lagi.
Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu kemana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 23-10-2012
Hello, nama saya adalah Kristian Calvin, mangsa penipuan di tangan peminjam palsu. saya telah kehilangan kira-kira RM6,000 kerana saya memerlukan modal yang besar sebanyak RM80,000. i hampir meninggal dunia, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. perniagaan saya telah dimusnahkan, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya dan anak saya saya tidak boleh berdiri ini berlaku lagi. pada bulan Jun 2016, saya bertemu dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Puan Olivia Daniel, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah syarikat. ibu yang baik saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan Allah terus memberkati anda. i juga suka menggunakan kesempatan ini untuk menasihati rakan-rakan Malaysia, bahawa terdapat banyak penipu di luar sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman, dan ingin mendapatkan pinjaman yang cepat, hanya mendaftar melalui Puan Olivia Daniel melalui e-mel: (oliviadaniel93@gmail.com ). anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: (christiancalvin200@gmail.com). jika anda mempunyai sebarang keraguan. sila dia adalah satu-satunya orang yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai.
ReplyDeleteTerima kasih.
Hello Everyone, nama saya Jane alice seorang wanita dari Indonesia, dan saya bekerja dengan sebuah negara kompensasi bersatu, dan kami telah mendengar dan juga meminjam dari perusahaan pinjaman, dengan cepat saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia untuk mencari pinjaman Internet Sangat hati-hati Berhati-hatilah untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak kreditur kredit palsu di sini di internet dan beberapa di antaranya asli dan nyata,
ReplyDeleteSaya ingin melempar testimonial tentang bagaimana Tuhan menuntun saya ke pemberi pinjaman yang sebenarnya dan dana pinjaman Real telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Grace, setelah saya tertipu oleh beberapa kreditor kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran. . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapat pinjaman saya.
Setelah berbulan-bulan berusaha mendapatkan pinjaman di internet dan jumlah uang yang dihabiskan tanpa mendapat pinjaman dari perusahaan mereka, maka saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditor kredit genue online yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya jadi saya memutuskan untuk Hubungi teman saya yang baru saja mendapatkan pinjaman online, kami mendiskusikan kesimpulan kami mengenai masalah ini dan dia bercerita tentang seorang wanita bernama Mr. Dangote yang adalah CEO Dangote Loan Company.
Jadi saya mengajukan permohonan untuk jumlah pinjaman (Rp400.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak mengurus se umur saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang ingin saya gunakan untuk membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tanpa stres dan semua persiapan yang dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah mendapatkan sertifikat yang diminta, telah disimpan ke bank dan impian saya masuk. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan pinjaman cepat sekarang atau email di Dangotegrouploandepartment@Gmail.com
Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia atas hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga bisa menghubungi saya di ladyjanealice@gmail.com hari yang menyenangkan info lebih lanjut ..
Untuk informasi lebih lanjut
ReplyDeleteemail saya ... hendidi01@gmail.com
nomor saya .... + 6289574678659
jaminan pinjaman.
tolong perhatikan bahwa saya orang yang sibuk, akan lebih baik bagi Anda untuk mengirim email jika Anda ingin informasi. Saya akan menjawab ketika saya kurang sibuk
Assalamalekum. nama saya Profesor Hendi Didi dari Bukittinggi, kota pedalaman kecil yang menawan yang terletak di Sumatera Barat. semua harap berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman di sini di situs ini, dan jangan tanggapi iklan pinjaman yang dikirim ke alamat email pribadi Anda, mereka adalah pinjaman palsu dari Singapura. Saya kehilangan banyak uang untuk para pemberi pinjaman Singapore palsu sehingga banyak pemberi pinjaman pinjaman di sini semuanya scammers dan mereka hanya di sini untuk menipu Anda keluar dari uang Anda, saya mengajukan pinjaman sekitar Rp. 600 juta dan saya diminta untuk membayar sejumlah biaya pendaftaran dan biaya transfer dan saya membayar, mereka bertanya lagi dan lagi dan lagi, saya membayar Rp 89 juta masih saya tidak mendapatkan pinjaman, happend kepada saya sekitar 7 kali dari berbagai perusahaan pinjaman singapore. saya akan memenuhi satu benar tetapi saya tidak. Saya membaca di koran tentang orang-orang yang mendapat pinjaman tanpa stres, dari seorang ibu muslim yang jujur AASIMAHA ADILA LOAN FIRM Saya mengajukan permohonan untuk Rp 853 juta, saya pikir itu adalah lelucon dan penipuan, tetapi saya memiliki pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 tahun. jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. saya sangat senang karena saya menabung dari kemiskinan. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda 100% pasti dan cepat. Saya memiliki daftar 15 orang yang mendapatkan pinjaman dari perusahaan muslim dari indonesia dan malaysis
(aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
Anda masih dapat menghubungi saya jika Anda memerlukan info lebih lanjut dan bantuan di (hendidi01@gmail.com)
Ikuti kami di halaman instagram ::::::::::: Aasimahaadilaahmed.loanfirm
Twitter ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: aasimahaadila loanfirm Saya doakan semoga Anda beruntung, saya berjanji untuk bersaksi setelah saya mendapatkan pinjaman, ini adalah kesaksian saya
saudara-saudara
ReplyDeleteSaya di sini untuk bersaksi tentang kebaikan Allah dalam hidup saya dan bagaimana saya diselamatkan dari tekanan finansial karena bisnis saya sedang menurun dan keluarga saya dalam keadaan asulit sehingga kami bahkan tidak dapat membayar uang sekolah untuk anak-anak, karena kepahitan mengambil alih hatiku
Suami saya juga menggagalkan karena kami menjalankan bisnis keluarga di (Surabaya, Jawa Timur) dimana kami jadi bingung suami saya mencoba untuk mendapatkana pinjaman dari bank dia menolak pinjaman jadi dia online mencari pinjaman karenaa dia ditipu oleh sone imposters online yang menjanjikan kepadanya pinjaman dan mengatakan harus membayar biaya untuk mendapatkan pinjaman sehingga husbank saya meminjam uang dari teman-temannya untuk membayar biaya maka mereka meminta biaya lagi dengan beberapa alasan dia harus pergi dan meminjam dari saudaranya di (Bekasi) untuk memastikan dia mendapatkan pinjaman setidaknya untuk membi/aayai kebutuhan keluarga dan setelah dia membuat biaya, dia diminta untuk membayar lagi dengan alasan tertentu, hal ini membuat keluarga kelaparan meningkat sehingga kami harus mengumpulkan makanan dari tetangga dekat kami. dan selama berbulan-bulan kami menderita dan bisnis ditutup untuk sementara waktu
Jadi satu sore yang setia sekitar pukul 14:00 tetangga dekat ini menelepon saya dan mengatakan bahwa dia akan mendapatkan pinjaman dari perusahaan pinjaman secara online sehingga jika dia mendapatkan pinjaman, dia akan mengenalkan saya ke perusahaan tersebut sehingga kami pergi ke ATM bersama-sama dan Memeriksa pinjaman itu tidak ada sehingga kami menunggu sekitar 30 menit kemudian kami mendapat peringatan di teleponnya dari banknya bahwa dia telah menerima monney di akunnya sehingga kami memeriksa saldo rekeningnya dan lihatlah 300 juta kepadanya sebagai pinjaman
Segera saya berteriak di depan umum sambil menangis dan pada saat itu yang bisa saya pikirkan adalah jika saya dengan jumlah seperti itu, masalah saya berakhir, jadi kami pulang ke rumah saya tidak memberi tahu suami saya, dari 1 juta dia memberi saya saya membeli beberapa bahan makanan di rumah dan berlangganan dan tetangga saya dan saya meminta pinjaman kepada perusahaan karena dia memberi saya pedoman sehingga kami mengikuti prosesnya karena prosesnya sama sehingga setelah semua prosesnya, rekan-rekan saya diberi pinjaman oleh saya
ONE BILLION RISING FUND (onebillionrisingfund@gmail.com)
BBM: D8E814FC
Anda juga bisa mendaftar sekarang dan menyelesaikan masalah keuangan Anda
Saya berbagi cerita ini karena saya tahu bahwa begitu banyak orang di luar sana memerlukan bantuan keuangan dan perusahaan akan membantu Anda
Gmail saya adalah
Ratu Efendi Lisa
efendiqueenlisa@gmail.com