Peruntukan adil semua MP, bukan naik elaun |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun para ahli parlimen (MP), tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan MP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang. “Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak MP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun MP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan. Seharusnya kata Tuan Ibrahim, rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup sama ada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, perlu diberi lebih perhatian berbanding MP oleh kerajaan. Memberi peruntukan kepada semua MP tanpa mengira batasan politik, kata Tuan Ibrahim adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat. “Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap MP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan. "Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka,” tegas beliau. Tuan Ibrahim juga menyelar kesesuaian masa cadangan untuk menaikkan elaun MP dibuat tatkala kehidupan rakyat masih dalam keadaan yang perit. “Di saat Perdana Menteri dan ahli parlimen membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun MP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit. "Kenaikan elaun MP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain,” kata beliau. Katanya, kenaikan elaun MP bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. “Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan ‘mengutamakan yang senang’,” hujah beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5901-peruntukan-adil-semua-mp-bukan-naik-elaun
Himpun: Keputusan PAS malam ini |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Sama ada PAS menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan Sabtu ini akan diputuskan malam ini. Keputusan itu akan dibuat pada Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang akan diadakan malam nanti. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu mungkin dapat diketahui sekitar jam 11.00 malam ini. Ketika dihubungi pagi ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan itu nanti dipatuhi semua organisasi PAS. Semalam, PAS Selangor menyeru penganjur Himpun supaya menjauhkan dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah. Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme. "Sebarang usaha melaga-lagakan antara penganut pelbagai agama dengan tidak beserta sebarang bukti kesalahan yang diputuskan mahkamah perlu dijauhi. "Tindakan sebegini hanya bertujuan untuk menutup masalah sebenar yang menimpa umat Islam, di mana aqidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya yang pada akhirnya meletakan kesalahan itu dibahu pihak lain," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di Shah Alam. Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 22 Oktober di Stadium Shah Alam bermula jam 2.00 petang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6028-himpun-keputusan-pas-malam-ini
Himpun: Pakatan tunggu keputusan PAS |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat akan menunggu keputusan mesyuarat PAS malam ini sebelum membuat pendirian berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan 22 Oktober ini. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar berkata, mereka juga sedang mengumpul maklumat dari beberapa pihak berkenaan apa sebenarnya tujuan himpunan tersebut. "Kita serah kepada kebijaksanaan PAS yang akan bermesyuarat malam ini. "Kita sedang kumpul maklumat...adakah penglibatan pihak-pihak tertentu sama ada terlibat dengan Umno atau tidak," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan pendirian Pakatan Rakyat berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bertujuan menentang sebarang gerakan Kristianisasi terhadap orang Islam, yang dijadualkan Sabtu ini di Stadium Shah Alam. "Kita juga tanya pandangan Abim (Angkatan Belia Islam), Wadah (Wadah Pencerdasan Umat Islam) dan rakan-rakan yang lain..kita akan beri keputusan selepas PAS buat keputusan malam ini," kata Ketua Pembangkang itu. Turut serta pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Agenda politik murahan Tuan Guru Abdul Hadi pula menegaskan, mesyuarat PAS malam ini akan mengambil kira sejauh mana 'agenda politik murahan' pihak tertentu berselindung di sebalik himpunan ini sebelum parti itu membuat ketetapan. "Isu ini dibangkitkan bila nak pilihan raya. Kita akan melihat sejauh mana agenda politik murahan ada dalam himpunan ini," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata PAS tidak mahu program yang diatur itu lari dari landasan sebenar dan hanya mahu digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. "Kita tak mahu program yang diatur lari dari landasan sebenar iaitu mempertahan akidah. "Sepatutnya yang bertanggungjawab mempertahan akidah umat Islam ini adalah Umno, kerana mereka sudah memerintah lebih 50 tahun," katanya. Sementara itu, Lajnah Politik PAS Pusat akan bermesyuarat malam ini bagi memutuskan pendirian PAS sama ada mahu menyertai atau tidak dalam himpunan tersebut. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu mungkin dapat diketahui sekitar jam 11.00 malam ini. Ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan itu nanti dipatuhi semua organisasi PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6044-himpun-pakatan-tunggu-keputusan-pas
Himpun: PAS tidak terlibat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini. "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi. Berikut kenyataan penuh beliau. PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program. PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya. Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam. PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6053-himpun-pas-tidak-terlibat
Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini. Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam. Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur. “Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily. Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini. Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini. Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama. “Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain. Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah. Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. “Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil. “Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6060-ada-sesuatu-tidak-kena-dengan-himpun
PKR juga tidak sertai Himpun |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: PKR mengambil pendirian sama dengan PAS iaitu tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober ini. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya hanya tidak terlibat dengan perhimpunan itu namun teguh mempertahankan prinsip Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan segala usaha mempertahankan akidah umat Islam harus ditingkatkan. "PKR juga mengambil sikap sama (dengan PAS dan beberapa NGO) untuk tidak menyertai perhimpunan itu. "Dari segi kedudukan Islam, adalah menjadi keperluan kita memperkukuh akidah, untuk meningkatkan dakwah, kita tekankan itu perlu ditingkatkan," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. PAS dalam mesyuarat lajnah politiknya malam tadi memutuskan tidak menyertai Himpun atas dasar menghormati kehendak penganjur yang tidak mahu ia melibatkan parti-parti politik. PAS bagaimanapun mengingatkan pihak penganjur agar tidak menimbulkan polemik perkauman dan agama yang akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya gusar Himpun diperalatkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan suasana tegang di antara kaum. Ketua Pembangkang itu sebaliknya menegaskan, masalah moral yang kebanyakannya berpunca daripada longgarnya akidah umat Islam harus diberi penekanan. "Saya berpendapat isu akidah, akhlak dan dakwah umat itu tanggungjawab yang kita kena laksanakan. "Yang menggalakkan judi, arak, yang kuasi syarikat besar itu tiada kaitan dengan kristianisasi...itu masalah umat. "Masalah kepincangan sosial, rasuah berleluasa, masalah kezaliman...itu juga isu yang dekat dengan Islam. Kalau itu tidak ditangani, itu bukan cara dan pendekatan dakwah yang baik. "Lebih-lebih lagi timbul kecurigaan pelbagai pihak tentang muslihat kemungkinan ketegangan yang ditimbulkan pihak tertentu terutamanya daripada Umno," tegasnya. Selain PKR dan PAS, NGO Wadah turut mengundur diri daripada menyertai Himpun. Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, PKR mengambil pendirian tersebut atas dasar toleransi di antara kaum seperti yang dibuktikan sejarah Islam. Mengambil contoh pemerintah Islam di Sepanyol dan India yang mempunyai pemerintah berlainan agama, beliau berkata tidak timbul masalah pentadbiran jika mengamalkan sikap hormat-menghormati. "Kalau seseorang pemerintah benar-menghayati Islam dia akan mengamalkan tolenrasi, memahami dan tak melihat pengganut agama lain dengan prejudis. "Kita ambil pendirian dalam konteks politik pelbagai kaum dan agama dan komitmen kita dalam dasar bersama, kita terjemahkan pendirian kita yang berasaskan sejarah toleransi Islam," ujarnya yang juga Setiausaha Agung PKR. Menurutnya, dalam tradisi Khalifah Umar Al-Khatab ketua audit negara zaman itu seorang Kristian. Dalam sejarah di India pula, sewaktu pemerintahan Sultan bernama Tipu Sultan angkatan panglimanya juga seorang Kristian. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6064-pkr-juga-tidak-sertai-himpun
PAS Selangor larang ahli sertai Himpun |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 19 Okt: Badan Perhubungan PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan 22 Oktober ini. Dalam SMS yang dihantar kepada Harakahdaily, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberitahu, arahan tersebut dikeluarkan berikutan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi yang memutuskan bahawa PAS tidak terbabit dalam Himpun. "Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut," tegas beliau. Tegas Khairuddin, arahan terebut dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Selangor selaras dengan arahan yang diterima daripada Presiden PAS. Dalam kenyataan Presiden PAS selepas mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat malam tadi menegaskan bahawa PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan parti politik. Keputusan diambil PAS, dialu-alukan pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6067-pas-selangor-larang-ahli-sertai-himpun
Sidang Media Pimpinan PAS : http://www.youtube.com/watch?v=j7738X-2XRE&feature=related
Kenyataan Bob Lokman : http://www.youtube.com/watch?v=gwN96e0hDXQ
Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan. Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF). “Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya. Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. “Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara,” tegur beliau lagi. Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta). Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009. “Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%,” kata beliau. Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN. “Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini,” tambah beliau. Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6180-laporan-audit-hanya-peti-undi-boleh-sedarkan-bn
PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama. Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam. “Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau. PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat. “Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam. “Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya. "Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu. "Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya. Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat. “Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau. Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA. “Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6262-pas-kecam-soi-lek-cetus-polemik-agama
Kemelut PPSMI bukti kerajaan BN lemah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan. “Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara. "Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Kecelaruan dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara. “Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku,” kata beliau. Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah. “Rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang,” sindir beliau. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda. "Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6285-kemelut-ppsmi-bukti-kerajaan-bn-lemah
Penyelarasan kakitangan awam fokus utama PR |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sekiranya mendapat mendapat membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13, PAS hari ini menegaskan fokus utama Pakatan Rakyat ialah untuk menyelaraskan tenaga kerja kakitangan awam, mewujudkan sistem timbang-tara yang baik dan bukannya mengecilkan (downsizing) jumlah kakitangan awam. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masalah utama yang melanda kakitangan awam kini ialah ketidakselarasan tenaga kerja yang menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan kerajaan. "Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat - antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain. PAS yakin sekiranya tugasan tersebut dapat diselaraskan, ia akan dapat mewujudkan dan meningkatkan keberkesanan dalam perkhidmatan awam yang secara langsung juga akan meningkatkan daya saing kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berhujah bahawa penyelarasan tugas yang efisyen dengan sistem timbang-tara yang baik akan dapat meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan. "Ini bakal dapat mengurangkan jumlah insiden ketirisan, keborosan dan elemen rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun. Itulah fokus utama Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam," tegas beliau. Tambah beliau, PAS yakin rakyat terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN sekiranya PR mengambilalih tampuk pemerintahan nanti selepas PRU-13. "Dengan pentadbiran bersih dan kebolehan Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan di negeri-negeri kuasaan mereka, sekiranya diberi mandat nanti, PAS yakin pendapatan dan bajet kerajaan akan bertambah sihat dengan pengurangan hutang negara secara berperingkat. Pada masa itu, rakyat, terutamanya para kakitangan awam bakal mengecapi pulangan yang lebih baik berbanding zaman pemerintahan BN. InsyaAllah," kata beliau. Oleh itu, kata beliau, apa yang penting sekarang ialah untuk menyedarkan seluruh kakitangan awam bahawa mereka perlu bangkit membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik. "Soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara. Soal mengecilkan jumlah kakitangan awam tidak timbul kerana prospek keperluan mana-mana negara akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara yang sentiasa bertambah tahun ke tahun," tegas beliau. |
PPSMI: Mahathir tak wajar masuk campur |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan. “Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut. “Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI. Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page). Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). "Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran. “Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. “Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib,” jelas Tuan Ibrahim. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6373-ppsmi-mahathir-tak-wajar-masuk-campur
Harapan rakyat pada Haji Najib dan Hajah Rosmah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah "haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga.” Inilah cita- cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ianya sebagai rukun Islam. Haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik. “PAS mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak dan isteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor mendapat haji mabrur, kerana itulah yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - KPPP / PJ PAS Pahang
Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati oleh PM dan isteri selepas mendapat haji mabrur dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini. Antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur, kata beliau, sudah tentu ialah tindakan susulan PM terhadap banyak penyelewengan samada daripada kroni Umno, serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya. “Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bilamana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara. Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, PM tak pergi haji lagi. Namun tahun ini, sudah tentu tidak akan sama, kerana PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan samada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur,” kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Lebih besar dari itu, kata Tuan Ibrahim ialah keyakinan rakyat pada PM yang dapat haji mabrur untuk mengadakan pilihanraya hanya setelah segala penyelewengan sistem pilihanraya dapat diperbaiki. “Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihanraya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih? Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, PM diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam PRU akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan,” tambah beliau.
Dato Seri Najib dan isteri mengerjakan haji
Pada Hajah Rosmah pula, Tuan Ibrahim berkata rakyat berharap dapat menyaksikan perubahan besar dari sudut kesederhanaan dalam kehidupan seharian beliau. “Diyakini selepas pulang kali ini, diharap beliau tidak terpalit lagi dengan cerita beg tangan berjenama mahal, rantai mutiara, cincin mahal yang menjadi lambang persepsi rakyat terhadap pemborosan beliau, kerana semua ini diyakini akan dapat dikikis dengan haji mabrur,” kata beliau. Yang lebih penting, menurut Tuan Ibrahim ialah ketidak-sabaran rakyat yang menanti dengan penuh debar melihat keterampilan wajah baru isteri PM dengan bertudung sepanjang masa di luar rumah, selaras dengan kesan haji mabrur dan juga mungkin tiada lagi kedengaran desas desus campurtangan beliau dalam dalam pentadbiran negara. “Perubahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksana kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, beliau sentiasa bertudung lingtup menutup aurat semasa menjalankan ibadah haji. Kalau semua ini berlaku, jangan terkejut kalau ada rakyat yang cukur kepala, bayar nazar atau ada kambing yang kena sembelih sebagai tanda kesyukuran. Namun, jangan sembelih dahulu, sehingga kita dapat lihat tanda-tanda haji mabrur itu berlaku,” saran beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6405-harapan-rakyat-pada-haji-najib-dan-hajah-rosmah
Halang rakyat Malaysia luar negara mengundi tindakan dangkal |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 NOV: PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran. “Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja. Ia juga tidak seimbang dan meragukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini. Ketika membentangkan pandangan parti kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC), ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan". "Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia. Tuan Ibrahim berkata hujah MCA tidak boleh dipakai kerana “rakyat Malaysia di luar negara samada sebagai pelajar atau pekerja, mereka mempunyai akses kepada media baru dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara.” “Andaian mereka bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak mengetahui apa yang berlaku dalam negara; seolah-olah menggambarkan MCA sendiri yang kolot kerana tidak mengetahui perkembangan media baru yang sudah menjangkaui sempadan global,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Rakyat di mana mereka berada, hujah Tuan Ibrahim kini bebas mendapat maklumat, bahkan kemudahan media alternatif di luar negara lebih baik dari kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada media perdana yang dikuasai oleh BN sahaja. “Daripada melahirkan kebimbangan terhadap hak undi rakyat Malaysia yang layak mengundi, lebih baik MCA memokuskan bagaimana untuk menghalang konspirasi yang membolehkan warga asing mengundi di negara ini,” tambah beliau. Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar Suruhanjaya Pilihan Rayat (SPR) tidak menyekat hak rakyat Malaysia walau di mana mereka berada untuk mengundi sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. “Sebarang usaha menyekat hak mengundi adalah pencabulan prinsip demokrasi yang menjadi dasar politik negara,” terang beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6459-halang-rakyat-malaysia-luar-negara-mengundi-tindakan-dangkal
Artis turut bincang Negara Berkebajikan |
Aziz Muda |
GOMBAK, 12 Nov: Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan sekarang dan akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, dikesan turut dibincang oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan artis di negara ini. Minat golongan artis untuk membincangkan perkara itu terbukti apabila beberapa orang artis datang menemui beberapa orang pemimpin PAS untuk bertanyakan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh parti itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengalaman tersebut turut dikumpulkan oleh beliau apabila beliau juga turut didatangi dua orang artis di negeri Pahang baru-baru ini. Menurutnya, kedatangan kedua-dua orang artis itu adalah untuk bertanyakan kepadanya tentang nasib golongan artis sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini pada PRU Ke-13 akan datang. Katanya, selain itu, kedua-dua orang artis itu juga turut bertanyakan kepadanya tentang konsep Negara Berkebajikan PAS dan kaitannya dengan golongan artis serta kegiatan seni di negara ini. "Mereka tanya saya macam mana dengan Siti Nurhaliza jika PAS menang nantii? Bolehkah Siti Nurhaliza terus menyanyi?" katanya ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Pertanyaan itu, katanya, dijawab dengan baik oleh beliau dengan penjelasan berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam konsep Negara Berkebajikan PAS itu sendiri khususnya berkaitan dengan golongan artis dan kegiatan seni di tanah air. Katanya, dalam konsep Negara Berkebajikan PAS, golongan artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza tidak perlu bimbang dengan pemerintahan PAS jika menang dalam PRU Ke-13 nanti kerana nasib mereka tetap akan dibela. "Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara. 'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan. "Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," katanya. Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS itu, tegasnya, sememangnya amat ditakuti malah amat mencemaskan Umno BN sekarang kerana ia berkeupayaan menarik sokongan orang ramai terhadap PAS. "Sokongan yang semakin meningkat daripada orang ramai terhadap PAS sekarang termasuk juga dari kalangan bukan Islam. "Fenomena ini tercetus hasil kehebatan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS yang kini semakin difahami oleh orang ramai termasuk dari kalangan bukan Islam," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6472-artis-turut-bincang-negara-berkebajikan-
Umno berselindung di sebalik mempertahankan Melayu, Islam |
Tuan Ibrahim Tuan Man |
MUTAKHIR ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam. Namun, apa yang penting ialah “Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?” Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah. Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini. 1. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang. 2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah? 3. Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana. 4. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990? 5. Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu? 6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno? 7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno? 8. Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam? Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dan agama Islam. Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata? Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, “Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung.” Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan ‘Asal bukan Umno’ akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang. Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC. Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya. Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam? Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/6525-umno-berselindung-di-sebalik-mempertahankan-melayu-islam
'Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini. “Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat. "Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? “katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian dipercayai mengulas seminar kebangsaan anjuran Umno bertajuk 'Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia' sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur semalam. Sambil menegaskan bahawa wasatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam, namun apa yang dipersoal adalah kemampuan Umno untuk mengamalkan perinsip tersebut dalam keadaan perjuangan mereka tebal dengan sifat perkauman. “Harus tegas diingatkan bahawa gagasan wasatiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam. "Akan tetapi, mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering flip-flop seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara," katanya. Beliau memberikan contoh, tindakan Umno yang membiarkan beberapa badan NGO pro mereka terutamanya Perkasa, memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik yang jelas mencerminkan gagasan wasatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya. Menurut Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama. Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa. “Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Walau apapun, kata Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara. Gagasan itu ujarnya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa- apa tindakan dan pelan bertindak. “Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa- apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka,” tambahnya. |
http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/6737-wasatiyyah-gagasan-baru-umno-lawan-1malaysia
Umno ambil mudah tutup skandal besar
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mngambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.
Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.
Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya.
Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan.
Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.
Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.
Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini.
Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen ‘Asal Bukan Umno’ demi menyelamatkan negara.
Katakan ‘Cukup’ pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.
Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber DD :28/11//2011
RUU Himpunan: Transformasi palsu halal kezaliman |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS mengingatkan kerajaan Umno BN bahawa transformasi yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. “Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan. Katanya, PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan. “Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. “Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat?” tanya beliau. Bahkan, ujarnya mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu. RUUHA, katanya merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan. Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno BN walaupun ia jelas menindas mereka, ujarnya. “Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak,” ujarnya. Jelasnya, kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu”. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6758-ruu-himpunan-transformasi-palsu-halal-kezaliman
Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri. “Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin. “Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini. Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?” soal Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa ‘NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat’ dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan. “Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?” soal beliau. Selaku mentor Umno, Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya. Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur, sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian. “Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa. “Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur,” tambah beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7016-tragedi-nfc-muhyiddin-tak-layak-jadi-pm
Kepada siapa hala muncung senjatamu |
Tuan Ibrahim Tuan Man |
Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun. Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris. Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri. Strategi mengelirukan ini menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri. “Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini” - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya. Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan. Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya ‘ego diri’) sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut. Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya. Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka. Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh. Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru. Barisan pelapis ini akan tetap ada dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali. Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu. Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya ‘tinggi’ sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, “No one is indespensible.” Bilamana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 16 Disember 2011 |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/7089-kepada-siapa-hala-muncung-senjatamu
Masa untuk jatuhkan Umno BN, bukan bertelagah |
Mohd Sabri Said |
TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya. Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno. "Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh. “Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang. Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan. Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil. “Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang. "Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7098-masa-untuk-jatuhkan-umno-bn-bukan-bertelagah
Umno lemah hadapi ugutan komponen BN |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 19 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan yang diteraju Umno berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila diugut oleh beberapa pihak. Pesuruhjaya PAS Pahang itu mendakwa, ini terbukti dalam isu novel Interlok di mana akhirnya kerajaan mengalah dengan tidak lagi menggunakan buku tersebut mulai tahun hadapan hanya kerana mahukan undi kaum India. Katanya, novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sepatutnya tidak mencetuskan kontroversi jika kerajaan mengambil kira semua aspek sejak daripada mula. “Namun begitu perkembangan terbaru seperti diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel, kabinet memutuskan untuk menarik balik novel Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima kerana dibantah parti komponen BN itu menunjukkan kelemahan Umno sendiri. “Apa faedahnya kerajaan berbelanja sehingga berjuta untuk mencetak, kemudian menampal beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India tetapi akhirnya ditarik balik selepas novel sudah dirosakkan,” katanya. Tambahnya, keputusan berubah-ubah itu turut melibatkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pada mulanya setuju dimansuh tetapi kemudiannya ditangguh apabila dibantah sesetengah pihak. “Jadi secara jelas sikap flip-flop ini menunjukkan betapa lemahnya Umno,” kata Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Seminar Penerangan PAS Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini. Kira-kira 300 peserta hadir. Turut membentangkan kertas kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Anuar Hashim dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad. Mengenai pilihan raya umum (PRU) kali ini, Tuan Ibrahim berkata ia merupakan yang paling sengit sehingga diakui dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru-baru ini sebagai PRU menentukan hidup mati Umno. Tambahnya, selepas PRU 2008 yang menimbulkan kejutan, sudah ada mood rakyat untuk melakukan perubahan. “Pemerhati meramalkan jika tsunami dulu berpusat di Kedah sehingga membuatkan negeri di utara Semenanjung jatuh ke tangan PR, kali ini dijangka berpusat di Negeri Sembilan di mana akan menjatuhkan negeri-negeri di selatan tanah air pula,” katanya. Mengenai Pahang, beliau berkata pergantungan kepada pengundi Felda menjadi penentu kerana di negeri ini terdapat 27 kerusi Dun melibatkan kawasan Felda daripada 42 kesemuanya. Tambahnya, dengan perkembangan terbaru isu-isu Felda PR mungkin menerima lonjakan undi luar biasa asalkan kerja-kerja penerangan dilakukan secara berterusan. Serentak itu, beliau mahu saluran maklumat melalui dunia internet dipergunakan semaksimum mungkin dalam penyebaran maklumat termasuk melalui portal berita, blog, facebook dan twitter. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7123-umno-lemah-hadapi-ugutan-komponen-bn-
Guna taktik 4-4-2 jangan layan yang nak 6-4-0 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Jurulatih tidak perlu membazirkan masa memotivasikan seorang pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana dia lebih sukakan 6-4-0. Demikian kiasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berhubung tribulasi dalam perjuangan Islam bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah ahli. Katanya, jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini, ujarnya terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0. “Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. (Ulasan penuh di dalam kolum beliau) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7146-guna-taktik-4-4-2-jangan-layan-yang-nak-6-4-0
Kemuncup perjuangan, dasar PAS dijamin Majlis Syura |
Tuan Ibrahim Tuan Man |
Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli. Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini. Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, sama ada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan: "Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.” Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.” Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumaraha dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam. Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa. Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi. Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam. Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada di puncaknya. Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya. Suatu hari, bila mana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi-nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti di belakangnya (tabieen). Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tertib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam. Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan. Majlis Syura Ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz, dan timbalannya Datuk Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti. Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak. Manakala Muktamar Agung adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang. Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agung dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku. PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi. Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai rahmatul lil alamin. Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruang tamu itu. Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah rahmatul lil alamin telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri. Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat di seluar atau stokin; teruskan mainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga gol terlopong tanpa penjaga. Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0. Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama. Salam perjuangan. Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat 21 Disember 2011 |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/7145-kemuncup-perjuangan-dasar-pas-dijamin-majlis-syura
5 hari Lajnah Penerangan PAS di Sabah dan Sarawak |
Mohd Shahir Abu Hassan |
Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak dan Sabah bermula 28 Disember 2011 sehingga 1 Januari 2012 yang lalu. Tujuan lawatan ini diadakan ialah sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang di kawasan-kawasan yang PAS bertanding. Seramai 15 orang rombongan diketuai oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah, YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Timbalan pengerusi 2 Lajnah, Ustazah Nuridah Salleh, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh-Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki- Setiausaha Lajnah, YB Dr Mohamad Fadzli Hassan- Exco Penerangan Negeri Kelantan, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, Ustazah Salbiah Wahab & Ustaz Solehin Mokhyi, AJk Lajnah, Mohd Shahir-Pegawai tadbir Penerangan dan lain2. Di Sarawak,rombongan telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Hj Adam Ahid dan AJK beliau. Ahli-ahli rombongan telah berpecah kepada beberapa kumpulan iaitu Sebuyau, Batang Sadong, Kuching dan Miri, iaitu di kawasan yang mana PAS akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Di DUN Sebuyau yang diketuai Ustaz Tuan, acara yang diadakan ialah Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh di Surau Kg Masjid dan Jamuan bersama rakyat, dan program ziarah. Rombongan telah menziarahi dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk di Pekan Sebuyau dengan bersarapan bersama mereka di sebuah kedai kopi yang menjadi tumpuan penduduk di situ. Kemudian, rombongan telah menziarahi rumah seorang warga emas yang uzur berumur 90 tahun yang juga ibu saudara kepada Pesuruhjaya PAS Sawarak Hj Adam Ahid, serta menziarahi rumah sebuah keluarga yang mana suaminya baru meninggal dunia sehari sebelum itu. Pada malamnya, semua ahli2 rombongan telah berkumpul kembali di Kuching kerana diadakan pertemuan antara pimpinan PAS dengan tenaga penggerak PAS Sarawak. Di Sabah pula, rombongan telah berpecah juga kepada tiga kumpulan iaitu ke Kota Kinabalu, Tawau dan juga Sandakan.Di Sandakan rombongan telah disambut oleh YDP PAS Batu Sapi Tuan Haji Hamzah selaku YDP PAS Batu Sapi dan jawatankuasa kawasan. Program pertama yang diadakan ialah program Hi-Tea di Kampung Lupak Meluas bersama penduduk-penduduk kampung. Dalam majlis itu kesemua pimpinan yang berucap telah berpesan kepada penduduk supaya berani membuat perubahan yang besar dalam PRU akan datang iaitu dengan mengundi PAS bagi memastikan nasib penduduk2 di Negeri Sabah ini terbela. Kemudian slot kuliah Maghrib diisi di beberapa buah masjid dan surau iaitu Masjid Lupak Meluas, Masjid Sundang Laut, Masjid Karamunting dan Surau Kampung Gas. Setelah selesai, diadakan pula ceramah kelompok di Kampung Gum Gum, 25 km dari bandar Sandakan. Pada 31/12/2011, setelah mengisi slot kuliah Subuh di beberapa buah masjid di sekitar Sandakan, rombongan dibawa pula menziarahi Pulau Shanghai dan Pulau Tronglit. Walaupun cuaca tidak menentu kadangkala panas, kadangkala hujan lebat serta air laut pasang dan agak bergelora, namun ia tidak melemahkan semangat ahli rombongan yang diketuai oleh Ustaz Dato Tuan, Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nik Zawawi. Sayu terasa di hati melihat kedhaifan penduduk di kedua pulau tersebut. Mereka seolah2 dilupakan kebajikannya oleh Kerajaan Barisan Nasional. Para pimpinan telah berpesan kepada pnduduk kedua pulau tersebut supaya berani membuat perubahan dengan mengundi PAS. Apa sahaja yang akan BN bagi pada masa akan datang boleh diambil kerana ia adalah hak rakyat, namun hati perlu bertekad dan bulat untuk menyokong calon PAS. Setelah itu pimpinan menyampaikan sedikit bantuan kepada pnduduk di kedua pulau tersebut yg disumbangkan oleh PAS batu Sapi dan PAS Sandakan. Di sebelah malamnya pula, sesi kuliah Maghrib terus diadakan di Masjid2 sekitar Sandakan, dan program edar risalah tahun baru di Bandar Sandakan. Pada pagi tahun baru 2012, dimulakan dengan perasmian PASTI Sayydina Ali di Sim-Sim serta upacara tahnik dua orang bayi, anak kepada aktivis PAS di sana. Pada waktu petang diadakan perjumpaan dalaman bersama PAS Batu Sapi dan PAS Sandakan di Rumah Ustaz Mahdzir Bendahari PAS Kawasan, sebelum ke lapangan terbang Sandakan utuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7377-5-hari-lajnah-penerangan-pas-di-sabah-dan-sarawak
PRU-13: PAS Pahang turut calonkan muslimat |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 5 Jan: PAS Pahang turut menyenaraikan calon di kalangan muslimat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, senarai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen sudah dikemukakan kepada PAS Pusat. Menurutnya, bagi setiap Dun dan Parlimen, tiga nama calon disenaraikan PAS Pahang, bagi tujuan PAS Pusat membuat pertimbangan dan pemilihan muktamad. “Dalam senarai itu, ada beberapa nama calon muslimat yang turut dikemukakan dan segalanya terserah kepada Pusat untuk mempertimbangkannya. “Setakat ini, jentera dan bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) sudah diarahkan untuk bersiap sedia lebih awal memandangkan tarikh PRU sudah hampir,” katanya kepada media semalam. Difahamkan, PAS bertanding 25 daripada 43 kerusi Dun Pahang dan selebihnya akan ditandingi oleh PKR dan DAP secara satu lawan satu menentang BN atas semangat Pakatan Rakyat. Pada PRU 2008, PAS Pahang meletakkan calon tunggal muslimat di Dun Luit, iaitu Ketua Muslimatnya Azizah Khatib Mat. Mengenai peluang, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, berkata PAS Pahang meletakkan harapan agar berlaku perubahan politik di Pahang berdasarkan isu-isu semasa, gelombang kebangkitan rakyat dan kerja keras jentera penerangan. “Insya Allah dan kita harapkan perubahan angin politik dapat dicapai dalam PRU nanti,” katanya. Tambahnya, dalam situasi sekarang PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk mara berdasarkan beberapa faktor antaranya sokongan golongan muda, pencapaian maklumat dan kelemahan ketara kerajaan negeri. “Jadi Pakatan yang sudah ada empat kerusi Dun dan dua parlimen memang berpotensi besar asalkan jentera pilihan raya segenap peringkat terus bekerja keras terutama memberi penerangan kepada golongan luar bandar yang selama ini termakan umpan media BN,” katanya. Tuan Ibrahim berkata, manifesto peringkat negeri juga akan dikeluar dan diedarkan tidak lama bagi menjelaskan tawaran-tawaran PAS Pahang kepada rakyat negeri ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7421-pru-13-pas-pahang-turut-calonkan-muslimat
Semua akan diadili semula di akhirat |
Tuan Ibrahim Tuan Man |
901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti. Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama. Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan. Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu. Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman. Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/7424-semua-akan-diadili-semula-di-akhirat
PAS buka tabung bina surau Pulau Shanghai |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Lajnah Penerangan PAS Pusat telah bersetuju menubuhkan satu tabung khas bagi membina sebuah surau di Pulau Shanghai, Sandakan, Sabah. Sebagai tanda pelancaran, kutipan sumbangan pertama tabung khas itu dibuat dalam mesyuarat lajnah itu di Pejabat Agung PAS petang tadi. RM500 berjaya dikumpulkan di kalangan AJK lajnah ini bagi membolehkan satu akaun dibuka untuk mengumpul sumbangan orang ramai untuk membina surau ini. Idea penubuhan surau ini dicetuskan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menziarahi pulau itu dalam ekspedisi penerangan PAS ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini. PAS telah melahirkan komitmen untuk membina surau bagi kegunaan masyarakat kampung yang amat memerlukan surau tersebut bagi tujuan ibadat dan aktiviti kemasyarakatan. Bagi peringkat permulaan, Tuan Ibrahim bersama AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Yang dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hj Hamzah Abdullah telah meletakkan batu asas bagi pembinaan surau tersebut. (Tuan Ibrahim bersama Nik Zawawi, Haji Hamzah, Idris Ahmad serta penduduk tempatan memacakkan kayu tanda perletakan asas surau Kampung Shanghai di Sandakan) Berucap sebelum meletakkan batu asas itu, Tuan Ibrahim yang dalam rangka kerjanya ke Sabah melahirkan perasaan dukacita atas komitmen yang ditunjukkan oleh Umno-BN mentadbir dan menjaga kebajikan masyarakat di pulau ini. “Di Pulau Api Api dan Pulau Tronglit ada surau, mengapa di pulau ini (Pulau Shanghai) tidak begitu? Di mana sensitiviti wakil rakyat di sini yang kononnya membela rakyat dan Islam?” soal Tuan Ibrahim dalam majlis itu. Pulau Shanghai terletak setengah jam perjalanan dengan bot laju dari Sandakan. Hampir kesemua penduduk pulau ini beragama Islam namun kerana kemiskinan dan tidak diendahkan, tidak ada sebuah suraupun di pulau ini. Untuk bersembahyang Jumaat, mereka terpaksa menaiki bot ke pulau lain yang berhampiran. Ekoran itu, dalam ekspedisi penerangan PAS baru-baru ini, keputusan dicapai untuk membina sebuah surau di pulau itu. "Kita sasarkan kutipan sebanyak RM50,000 untuk membina surau ini," kata Tuan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Penerangan PAS hari ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7448-pas-buka-tabung-bina-surau-pulau-shanghai
Bersiap sedia untuk PRU – Tuan Ibrahim
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Sambil mengalu-alukan keputusan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli-ahli PAS agar bersedia untuk bertempur dalam pilihanraya.
“PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.
"Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri,” kata Tuan Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya untuk membawa kemenangan kepada parti pada PRU13.
Di samping itu, Tuan Ibrahim juga berharap dengan keputusan mahkamah hari ini, nama baik Anwar akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan.
“Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan Anwar hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak,” tegas beliau.
PAS, katanya juga menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.
BN tetap bersalah
Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Aziz Bari (gambar) berkata dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang.
“Malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa,” kata beliau yang dipetik Merdeka Review.
Tetapi Aziz berpendapat pembebasan Anwar hari ini akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah.
“Mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan,” soal beliau.
Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini, tegas Aziz Bari bahawa BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.
“Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah,” kata beliau.
Mahkamah masih belum bebas
Seiring pendapat dengan presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa kehakiman negara sudah pulih, Aziz Bari berkata badan kehakiman masih belum bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.
“Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa,” terang beliau lagi.
Sumber HD : 9/01/2012

PAS kaji kendali permohonan jadi ahli yang ramai
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Berikutan permintaan yang bertalu-talu untuk menjadi ahli PAS sejak kebelakangan ini, PAS akan menyusun pendekatan bagi menguruskan permohonan yang datang bertalu-talu ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga memberikan jawapan yang sama. Pihaknya akan mengkaji fenomena ini.
Harakahdaily sejak beberapa hari ini menerima panggilan bertalu-talu dari pihak-pihak yang bertanya bagaimana cara mahu menjadi ahli PAS.
Menurut laman rasmi PAS www.pas.org.my, syarat untuk menjadi ahli PAS itu ialah: Warganegara Malaysia, beragama Islam (bukan Islam boleh menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS-DHPP), 'aqil baligh menurut hukum syarak.
Di samping itu, mereka juga perlu mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.
Pelajar universiti atau kolej universiti pula tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada naib canselor universiti berkenaan. Ia berdasarkan Akta Universiti yang sedang ditentang oleh para pelajar universiti sekarang.
Keterangan lanjut klik [di sini].
Sumber HD : 11/01/2012

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”
Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.
Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.
Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.
“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).
"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.
Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangani kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.
Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.
“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau.
Sumber HD : 20/01/2012

Selamat Tahun Baru Cina: Jayakan perubahan
21 Jan 2012 |
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua. Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat dan mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru dan menjadikan sambutan tahun baru pada kali ini dengan satu azam dan tekad baru iaitu bersama-sama menjayakan perubahan bagi negeri Pahang ini dan negara kita amnya.
Perubahan ini merupakan salah satu di antara agenda besar, bukan saja dalam konteks politik bahkan juga dalam seluruh sistem kehidupan kita seharian.
Kita lihat negara kita yang berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang agama perlu hidup secara harmoni saling hormat menghormati serta memahami hak-hak agama masing-masing. Di waktu yang sama kita juga mestilah memikirkan masa depan negeri kita, negara kita dengan cara kita menghapuskan segala elemen yang merosakkan sama ada dalam peningkatan gejala rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya.
Kita perlu bersama bertekad seluruh kaum di negara ini untuk bangkit dan berani untuk melakukan perubahan besar-besaran supaya kita mengembalikan satu sistem yang adil yang harmoni yang sejahtera. Islam sebagai sebuah agama sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam sama ada apa agama kita sekali pun kita perlu memahami tanggungjawab kita bersama sebagai warga negara Malaysia kita mempunyai hak yang sama di atas bumi kita tanah air kita.
Marilah kita bersama-sama menggerakkan masyarakat kita, kita bina kesedaran di kalangan masyarakat untuk bersama-sama kita meningkatkan kemampuan ekonomi kita agar lebih baik dan stabil, juga keadilan lebih merata di kalangan rakyat.
Pada waktu yang sama kita cuba menghapuskan nilai-nilai yang merosakkan dalam masyarakat. Selamat menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fat Cai.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Pahang
Sumber HD : 21/01/2012

Nukilan seloroh sambutan Tahun Naga
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 22 Jan 2012 |
Negara dan media antarabangsa heboh dengan bunyi mengerikan yang dirakam di Aaborg, Denmark dan terbaru di negara Malaysia, yang berlaku di Kota Samarahan, Sabah pada 11 dan 12hb lalu.
Pelbagai spekulasi dibuat mengenai sumber bunyi tersebut, namun apa yang jelas ialah bunyi tersebut berbentuk bunyi dengkuran kuat yang diulang berkali-kali.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berkebetulan tahun naga air, ada juga “suara nakal” yang menyatakan apakah bunyi itu bunyi dengkuran 'naga yang sedang tidur'.
Kerana apabila naga sedang tidur, memang ia tidak akan mengancam sesiapa pun. Namun, bilamana ia terjaga, naga air yang baik akan melawan naga jahat.
Naga jahat ini bukan sekadar jahat, ia juga terkenal dengan sikap makan duit rasuah, makan lembu, teropong dan X-band. Bahkan, dengan kekayaan yang melimpah-limpah, naga jahat ni dilihat terus berminat dengan koleksi beg tangan, cincin dan kosmetik.
Terbaru, naga jahat ni mula mengubah taktik, ia tiba-tiba menunjukkan “kebaikan” dengan memberi duit RM500 dan termasuk pukat kepada nelayan supaya boleh menjerat naga air yang baik ini.
Mungkin naga jahat terlupa naga air yang baik ini, walaupun tinggal di dalam air ada sakti, boleh sembur api walaupun dalam air yang menghanguskan pukat dan jerat rasuahnya.
Apapun yang masih menjadi tanda-tanya kini ialah bila naga air yang baik yang sedang berdengkur tu nak bangun dari tidurnya?
Kalau dengar dengkuran tu, macam lama lagi ia nak tidur. Sekurang-kurangnya tiga empat bulan lagi. Apa pun yang tidur, tidak selamanya tidur.
Satu hari dia akan terjaga juga. Untuk memendekkan cerita, apabila naga air yang baik terjaga, naga jahat pasti dapat ditewaskan akhirnya.
Sekadar nukilan untuk menambahkan riang sempena cuti panjang sambutan Tahun Naga.
Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
22 Januari 2012
Sumber HD : 27/01/2012
BERA, 30 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal dengan stail pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan barangan murah di kedai satu Malaysia sahaja.
Katanya, sepatutnya tugas kerajaan ialah memastikan semua barangan murah di mana saja kerana kenaikan harga barang yang melambung tanpa kawalan menyebabkan rakyat sentiasa berada dalam kesempitan.
Mengenai isu di negeri ini, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu yang sangat kritikal di kalangan rakyat ialah isu tanah.
“Ada yang menduduki dan mohon tanah memakan masa sama 30 tahun. Bahkan untuk mendapat tahu kelulusan tanah saja memakan masa bertahun-tahun dan terpaksa menempuh hampir 30 meja untuk proses itu saja. Sebab itu antara tawaran PAS pada PRU akan datang ialah memastikan tanah sekurang-kurangnya lot rumah untuk setiap isi keluarga.
“Kita akan contohi Kerajaan PAS Terengganu, apabila menang pada tahun 1999 kerajaan berjaya proses puluhan ribu permohonan tanah,” katanya ketika berceramah pada Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.
Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.
Berucap mengenai isu yang sama, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, pihaknya akan mengedarkan borang permohonan tanah kepada rakyat dan projek perintis akan bermula di Johor bulan depan.
“Ini komitmen PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang mahu diketengahkan. Usaha ini kita buat awal kerana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya pada PRU akan datang masalah tanah rakyat dapat diselesaikan segera,” ujarnya.
Sumber HD : 30/01/2012

Fatwa Bersih: PAS Pahang akan temui Mufti
Khairil Abdul Rahim, | 10 Mei 2012 |
TEMERLOH, 10 Mei: PAS Pahang mengambil inisiatif akan bertemu dengan Mufti Pahang bagi berbincang tentang beberapa isu berikutan kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang memutuskan perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu sebagai haram.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, pertemuan tersebut adalah ekoran saranan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang mengeluarkan kenyataan bersedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam soal fatwa.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, serentak dengan itu surat rasmi akan dihantar secepat mungkin bagi menemui Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
“PAS Pahang alu-alukan kesediaan mufti untuk berbincang dan cadangkan tarikh 21 Mei ini untuk pertemuan tersebut bagi menyahut saranan tuan mufti sendiri,” katanya selepas mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang disiarkan sebuah akhbar harian semalam yang menyarankan pembangkang datang berbincang jika tidak bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan jika tidak berpuas hati.
Menurutnya, setiap fatwa yang dikeluarkan berserta dengan dalil dan pihaknya bersedia berbincang dengan pembangkang mengenai fatwa demonstrasi membawa kepada kerosakan harta benda, kekecohan lebih-lebih lagi ia seolahj-olah mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa ialah bagi sesuatu yang belum ada hukum.
“Sedangkan pemimpin Islam sedunia Dr Yusuf Al-Qardhawi sudah ada fatwa tentang perhimpunan untuk menuntut keadilan diharuskan dalam Islam.
“Jadi saya fikir tidak perlu ada fatwa lain, sebab setiap fatwa mestilah selaras. Kalau begitu kenapa tidak dikeluarkan fatwa tentang rampasan kuasa di Perak dulu yang melibatkan taktik yang begitu keji sekali?,” soalnya.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim tetap mengalu-alukan kesediaan Mufti Pahang untuk berbincang kerana Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini tidak langsung membuka ruang perbincangan sebelum mengeluarkan fatwa.
Pada 6 Mei lalu Muzakarah ke-99 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lepas.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berharap Majlis Fatwa melihat apakah hukumnya dan tindakan yang perlu diambil terhadap orang yang menghukum seorang Islam keluar daripada agamanya.
Beliau merujuk kepada isu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menuduh Mursyirul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai ‘bapa segala kafir’.
Sumber HD : 10/05/2012

Yang mustahil masa BN tidak mustahil masa Pakatan
Harakahdaily, | 27 Jan 2012 |
KUANTAN, 27 Jan: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, apa yang mustahil di zaman Barisan Nasional, tidak semestinya mustahil di zaman Pakatan Rakyat terutama masalah tanah.
“PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.
"Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang mendakwa janji PAS Pahang bahawa setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti adalah mustahil dilaksanakan.
Ini adalah kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.
Membalas kenyataan Adnan, Tuan Ibrahim berkata janji Azam, niat ikhlas dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hak milik di Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, Tuan Ibrahim berkata PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut juga, tambah beliau PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah.
“Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR. Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tiada mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka,” tegasnya lagi.
Sebagai contoh perkara mustahil yang didakwa BN yang telah berjaya dilaksanakan PR, kata beliau ialah pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut.
“Semua dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR,” tegas beliau.
Walaubagaimanapun, Tuan Ibrahim mengakui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan.
Akan tetapi, katanya, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, PAS yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.
Sebagai perbandingan mudah, Tuan Ibrahim mengambil isu Felda seperti yang tertera di dalam buku Jingga di mana PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.
“Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak samada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – mampukah PR memberikan tapak rumah kepada rakyat?
"Sudah tentu ya! Walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk ‘Selamatkan Pahang!’” tegas beliau.

Kenapa barang murah di kedai 1Malaysia sahaja?
Khairil Abdul Rahim, | 30 Jan 2012 |
BERA, 30 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal dengan stail pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan barangan murah di kedai satu Malaysia sahaja.
Katanya, sepatutnya tugas kerajaan ialah memastikan semua barangan murah di mana saja kerana kenaikan harga barang yang melambung tanpa kawalan menyebabkan rakyat sentiasa berada dalam kesempitan.
Mengenai isu di negeri ini, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu yang sangat kritikal di kalangan rakyat ialah isu tanah.
“Ada yang menduduki dan mohon tanah memakan masa sama 30 tahun. Bahkan untuk mendapat tahu kelulusan tanah saja memakan masa bertahun-tahun dan terpaksa menempuh hampir 30 meja untuk proses itu saja. Sebab itu antara tawaran PAS pada PRU akan datang ialah memastikan tanah sekurang-kurangnya lot rumah untuk setiap isi keluarga.
“Kita akan contohi Kerajaan PAS Terengganu, apabila menang pada tahun 1999 kerajaan berjaya proses puluhan ribu permohonan tanah,” katanya ketika berceramah pada Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.
Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.
Berucap mengenai isu yang sama, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, pihaknya akan mengedarkan borang permohonan tanah kepada rakyat dan projek perintis akan bermula di Johor bulan depan.
“Ini komitmen PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang mahu diketengahkan. Usaha ini kita buat awal kerana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya pada PRU akan datang masalah tanah rakyat dapat diselesaikan segera,” ujarnya.
Sumber HD : 30/01/2012
Kepala babi: PAS desak polis siasat terperinci
Aziz Muda, | 31 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Jan: PAS mendesak pihak polis mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan terperinci berhubung penemuan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, awal pagi ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut diyakini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan sentimen agama bagi mencetuskan provokasi di kalangan rakyat negara ini.
Menurutnya, tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negara ini kerana ia jelas boleh mengancam ketenteraman awam jika tidak ditangani dengan betul.
Katanya, sebelum ini beberapa kejadian seperti itu telah berlaku di negara ini dan setelah disiasat oleh pihak polis didapati pihak yang melakukannya bukannya dari kalangan bukan Islam.
"Contohnya dalam kejadian di Johor baru-baru ini. Setelah disiasat oleh pihak polis didapati pihak yang melakukannya adalah orang Melayu sendiri yang mengaku beragama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Media hari ini melaporkan satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, pada jam lima pagi ini oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.
Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.
Mereka kemudiannya telah meninggalkan masjid itu setelah mengambil bahan bukti serta menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, manakala kes itu pula akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.
Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu turut berkunjung ke tempat kejadian setelah dimaklumkan tentang kejadian itu.
Mereka mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama serta bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Gan turut yakin kejadian tersebut tidak berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di kawasan itu sejak 48 tahun lalu.
Manakala Ronnie pula menjelaskan, Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan akan melaporkan kepada Menteri Besar mengenai kejadian itu untuk tindakan susulan.
Menurut Tuan Ibrahim, pihak polis amat perlu mempercepatkan siasatan mengenai kejadian itu dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
"Perbuatan seperti itu dan sebarang provokasi agama, keselamatan dan bangsa amat perlu dihentikan. Jadi pihak yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya," tegasnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap agar kesemua pihak akan menghadapi kejadian itu dengan matang agar tidak terheret sama ke dalam kancah provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.
"Jangan sekali-kali ada pihak yang mengapi-apikan lagi keadaan, sebaliknya hadapilah dengan matang," tegas beliau.
Sumber HD : 31/01/2012

Tuhan, agenda-Mu sangat pasti, Shafri sudah tiada
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
Bagi pihak pimpinan dan seluruh ahli PAS, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga allahyarham Shafri yang telah kembali ke rahmatullah. Kembalinya seorang wartawan yang dedikasi dan petugas sepenuh masa parti merupakan satu kehilangan besar yang pastinya terkesan kepada jiwa-jiwa yang mengenali secara dekat dan jauh.
Beliau pergi menuruti Allahyarham Pak Syed Muhammad yang juga petugas sepenuh masa parti, dan terlibat sama dalam organisasi Harakah di awal pembentukan Harakah di bulan yang sama ini, pastinya sukar dicari ganti.
Walaubagaimanapun, PAS mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga beliau, yang sepanjang hayatnya diserahkan sepenuhnya tenaga bagi menggerakkan jentera penerangan dan dakwah parti melalui akhbar Harakah dengan mengorbankan masa bersama keluarga. Semoga amalan yang baik ini, berpanjangan pahalanya dan semoga Allah memberi kesabaran kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai beliau. Al-Fatihah.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Saudara Mohamad Shafri Shamsudin, staf Harakah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.37 petang di wad 26 Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Pemergian beliau satu kehilangan buat rakan media khususnya rakan Harakah yang banyak membantu perjuangan melalui tulisan dan buah tangan reka bentuknya. Pemergian beliau adalah akibat penyakit kanser hati yang dihidapi beliau.
Semoga Allah mencucuri rahmat, mengampuni dosa dan menerima perjuangan beliau untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini.
Ya Allah, cucuri rahmat-Mu, dan tempatkan beliau bersama para solehin. Amin.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD : 1/02/2012

Lynas: Buang BN, ambil PR
01 Feb 2012 |
PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah dan PKR sahaja.
Dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.
Perjuangan menentang pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut adalah perjuangan semua golongan rakyat yang prihatin tanpa mengira kaum, agama dan bangsa demi memelihara alam sekitar dan masa depan generasi akan datang.
Malangnya sebahagian besar masyarakat Melayu disekat dari mendapat maklumat yang telus dan terbuka tidak sebagaimana masyarakat Cina yang bebas menilai maklumat dan membuat penilitian berdasarkan ilmu dan akal yang waras selepas menilai pelbagai kemungkinan dan kesan yang akan timbul kelak. Maklumat yang disampaikan kepada kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu lebih berbentuk satu hala dan lebih kepada momokan yang memburukkan mereka yang menentang kilang tersebut.
PAS adalah konsisten melalui dan tidak pernah berganjak dari pendirian awal menentang projek tersebut. Usul yang di bawa oleh Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota disokong sebulat suara lalu di panjangkan kepada Muktamar PAS Kawasan Indera Mahkota yang juga disokong secara konsensus. Usul ini kemudiannya dipanjangkan ke peringkat PAS negeri Pahang dan seterusnya diluluskan dalam Muktamar PAS Pusat.
PAS Indera Mahkota seterusnya menubuhkan Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) bagi menyelaraskan asktiviti dan gerak kerja mewakili parti bagi menentang projek tersebut dan BADAR kini merupakan organ parti yang bernaung di bawah Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.
Tuan Guru Presiden PAS telah menyerahkan mandat PAS kepada Lajnah Alam Sekitar di bawah pimpinan Haji Zulkefly Mohamad Omar untuk bersama-sama dengan penduduk Pahang menentang projek ini.
Kehadiran dan sokongan dua tokoh utama PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam Perdana bagi mengutip dana untuk tindakan mahkamah ke atas Lynas pada 7hb Januari 2012 yang lalu satu lagi isyarat jelas pendirian kepimpinan utama PAS terhadap isu Lynas.
Penglibatan segelintir ahli dan penyokong yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung adalah atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan dasar dan pendirian PAS. Justeru itu, tidak timbul isu PAS menyokong Lynas sebagaimana yang di putar-belitkan oleh Curtis dan golongan-golongan yang berkepentingan dalam projek tersebut.
Pendirian Curtis bahawa pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia sekiranya pembangkang membatalkan projek ini apabila berkuasa nanti adalah sama sekali tidak berasas. Saya bersetuju dengan kata-kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bahawa sebaliknya pelabur asing mana yang sanggup datang ke Kuantan yang bakal dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi kerana radiasi kilang Lynas tersebut.
Sebaliknya Curtis perlu menjawab dengan jujur mengapa kontractor AkzoNobel yang membekalkan resins untuk pembinaan kilangnya di Gebeng seperti yang didedahkan New York Times. Bagaimana pula masalah kelembapan yang dibangkit AkzoNobel yang menjadi sebab penarikan kontraktor tersebut dalam pembinaan tangki pemprosesan nadir bumi, yang dikatakan tidak stabil dan bakal berlaku kebocoran dan menyebabkan pencemaran?
PAS tegas dengan keputusannya dan berjanji akan menghalang kilang Lynas habis-habisan. Sekiranya kita diberi kuasa memerintah kelak, PAS berjanji akan memansuhkan operasi kilang ini dengan serta merta.
Seperti kata Mursyidul Am, rakyat boleh membantu untuk menghentikan kilang Lynas dengan mudah – Buang BN, Ambil PR!

Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan Ali
Nazri Abdullah, | 02 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Semua ahli PAS diseru memberi fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 dan tidak perlu melayan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Hasan berhak memperkatakan apa sahaja yang beliau mahu namun PAS tidak akan melayannya, lebih-lebih lagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga sudah dipecat dari parti itu.
"Kita ambil sikap tak layan lah sebab kita anggap dia bukan lagi ahli PAS dan dia nak kata apa pun itu pandangan dia.
"Dalam konteks parti ini bukan tumpuan utama buat masa ini sebab seluruh jentera kita harus fokus kepada pilihan raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap siri jelajah oleh Dr Hasan yang antara lain menyerang beberapa pimpinan parti itu.
"Walau apapun, kita akan pantau perkembangan dia (Hasan) dan bagaimana serangan dia kepada PAS.
"Kalau kita lihat serangan itu bersifat fitnah atau sebagainya, kemungkinan ada pihak akan ambil tindakan undang-undang secara peribadi," katanya.
Mengulas penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh Dr Hasan pula, Tuan Ibrahim yakin ianya tidak menjejaskan PAS sama-sekali.
Malah sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Hasan sememangnya berhak berbuat demikian dan PAS sama sekali tidak menghalang.
"Nak tubuh NGO Jati ke apa ke, ikut dia la sebab negara kita dasar terbuka dan dia bebas untuk tubuhkan apa-apa dia mahu," tegas Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim ketika mengulas perkara itu kepada beberapa media sebelum ini berkata, penubuhan NGO Jati itu juga bukan satu ancaman kepada PAS.
Malah beliau juga yakin ahli PAS sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan Dr Hasan itu.
Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.
“Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan ‘kemuncup’ yang ada,” katanya.
Sumber HD : 2/02/2012
MACHANG, 5 Feb: Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor.
Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir. Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.
Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid.
“Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah,” katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam.
Hadir sama anggota-anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Setiausaha PAS Kelantan, Zulkefli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Bendahari, Hanifa Ahmad dan veteran PAS, Datuk Omar Mohamad.
Sebelum itu rombongan jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat tiba di Gua Musang pada awal pagi dan mengadakan kuliah Subuh di Masjid Ladang Sungai Terah serta minum pagi bersama rakyat.
Pada malam tadi pula diadakan ceramah di Dataran Hijau, Batu 30, Machang dan di Gaal, Pasir Puteh. Dan pagi ini pula mengadakan kuliah Subuh di Besut dan program penerangan di Kuala Terengganu.
Manakala esok pula Jelajah Lajnah Penerangan berada di Pahang. Kelantan merupakan destinasi ketiga program berkenaan selepas Sabah dan Sarawak. Program terbabit diadakan setiap hujung minggu dijangka berakhir hujung bulan ini.
Tahun lepas seorang aktivis Gerakan Kembali Royalti Minyak Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali ditampar dipercayai samseng Umno ketika memasang sepanduk menuntut royalti di Kampung Sireh.
Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang.
“Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi.
“Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.
“DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain,” ujarnya.
Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Sumber HD : 5/02/2012

Umno bayangkan strategik kotor pertahan Putrajaya
Aslani M, | 05 Feb 2012 |

Fokus PRU13, jangan sibuk cabut kemuncup
Zulkifli Sulong, | 05 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang untuk PAS menang amat besar.
"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.
"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk cabut kemuncut sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu.
Beliau bersama 80 ahli rombongan sedang dalam siri konvoi penerangan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya ke-13.
Hari ini adalah hari kedua jelajah selepas mereka berada sehari suntuk di Kelantan semalam.
Esok konvoi yang diketuai Tuan Ibrahim ini akan ke Pahang pula selepas selesai program di Terengganu hari ini.
Program konvoi ini akan bersambung balik hujung minggu depan ke selatan pula bermula dengan Negeri Sembilan dikuti Melaka dan Johor.
Turut serta dalam sessi taklimat hari ini adalah semua AJK Penerangan PAS peringkat negeri dan kawasan.
Turut menyertai konvoi adalah Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki, AJK, Nuridah Salleh, Drs Khalil Idham Lim dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Tuan Ibrahim mengaku ada sebahagian jentera PAS tidak fokus dengan membincangkan isu-isu dalaman yang sebenarnya bukan isu termasuk isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali.
Untuk kepentingan jamaah, katanya, PAS kena fokus untuk menang dalam pilihan raya ini kerana pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang.
Menurut beliau, orang Cina berdasarkan servey sekarang sudah 83 peratus menyokong Pakatan Rakyat.
Oleh itu, katanya, peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 ini.
Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.
"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim.
Selain taklimat, rombongan juga menyertai pelbagai program dari kuliah Subuh, hi tea, perlawanan bola, kuliah Maghrib dan ceramah umum.
Sumber HD : 5/02/2012
TEMERLOH, 15 Feb: PAS menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf dan menarik balik kenyataannya pada 8 Februari lalu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, PAS kesal dan terguris dengan kenyataan provokasi itu selain menampakkan kedangkalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu sendiri.
“Kita anggap keceluparan Ahmad yang berbaur emosi itu sangat melampau. Kalau PAS parti ajaran sesat mengapa tidak diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan seperti kumpulan sesat lain.
“Mengapa PAS boleh diterima memerintah Kelantan, Kedah dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.
“Parti manakah yang meluluskan lesen judi, premis arak dan pusat maksiat di negara ini? Apakah menghalalkan yang diharamkan Islam itu tidak sesat?” soal Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika diminta ulasannya mengenai kenyataan Ahmad yang dilaporkan menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal, Kemaman.
Ahmad juga dilaporkan enggan tunduk kepada desakan PAS supaya menarik balik kenyataannya.
Tuan Ibrahim berkata, sebagai seorang Menteri Besar Ahmad tidak sepatutnya bersikap seperti AJK Umno cawangan.
“Dia tidak tahukah bahawa rujukan tertinggi PAS ialah Al-Qur-an, Hadis, ijmak dan kias. Jika menuduh PAS sesat itu bermakna menafikan sumber rujukan PAS itu sendiri.
“Pada hari ini orang-orang PAS dipanggil mendoakan daripada anak-anak yang baru lahir hinggalah mengkebumikan jenazah. Itukah sesat?
“Kita akui kebiadaban Menteri Besar Terengganu ini melukakan hati ahli-ahli dan penyokong PAS dan harap rakyat Terengganu yang pernah memilih PAS berkuasa pada pilihan raya 1999 menghukumnya,” tambahnya.
Kata Tuan Ibrahim lagi, PAS sudah banyak berdepan dengan karenah Umno umpamanya parti Hizbul Muslimin pernah diharamkan, kemudian simbol bulan bintang pada PAS juga diharamkan. Malah perkataan Islam pada PAS juga pernah beberapa kali mahu diharamkan oleh mereka.
Jelas beliau, Ahmad harus ingat pada ketika berlaku krisis dalam Umno apabila beliau dilantik menjadi Menteri Besar tetapi mendapat serangan daripada orang-orang Idris Jusoh, PAS yang banyak membantunya.
Mengenai tindakan mahkamah jika Ahmad tetap enggan mohon maaf, Tuan Ibrahim menegaskan, ia akan diputuskan kemudian.
Sumber HD : 15/02/2012
(Tuan Ibrahim bergambar dengan pasukan pengiring bermotor semasa konvoi jelajah Kelantan yang lepas)
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Lebih 50 peserta konvoi penerangan PAS yang diketuai, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS akan menjelajah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula mulai hari ini.
Di samping anggota Lajnah Penerangan PAS Pusat, konvoi ini akan turut disertai AJK Dewan Ulamak PAS.
Konvoi ketiga dalam siri jelajah seluruh negara ini akan bermula membuat perhentian pertama di Seremban jam 3 petang ini untuk taklimat penerangan yang akan diberikan sendiri oleh Tuan Ibrahim.
Ia bakal mengumpulkan semua jentera penerangan PAS dari seluruh Negeri Sembilan.
Sebelum ini, konvoi anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat telah menjelajah selama lima hari di Sabah dan Sarawak.
Siri kedua adalah negeri-negeri Pantai Timur yang bermula di Kelantn 4 Februari lepas diikuti Terengganu dan Pahang pada hari-hari berikutnya.
Dalam program kali ini, konvoi akan dipenuhkan dengan pelbagai program termasuklah penyebaran risalah, hi tea, kuliah Magbrib dan ceramah.
Pagi esoknya pula, program kuliah Subuh akan diadakan seluruh Negeri Sembilan sebelum konvoi bergerak pula ke Melaka.
Di Melaka, konvoi akan bersatu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan turut mengisi program di negeri itu.
Keesokan harinya, 19 Februari, konvoi ini akan berangkat ke Johor pula untuk memenuhi program di sana.
"Kita telah berjaya menjalankan tugas kita dengan baik di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum ini dengan mendapat sambutan yang menggalakkan.
"Kita yakin, program di negeri-negeri selatan ini akan juga mendapat sambutan yang baik kerana kita dimaklumkan akan berlaku tsunami politik dalam pilihan raya akan datang ini di negeri-negeri ini," kata Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Sumber HD : 17/02/2012
SEREMBAN, 17 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan pemimpin PAS supaya menunaikan solat secara berjamaah dan mendirikan solat malam serta berdoa.
Beliau menyatakan demikian ketika memberikan taklimat kepada petugas penerangan PAS Negeri Sembilan di Ampangan, petang ini.
Lebih 100 petugas penerangan PAS negeri ini mengikuti taklimat yang dibuat dalam siri Konvoi Penerangan PAS Pusat.
Taklimat kepada petugas penerangan adalah aktiviti utama sepanjang konvoi penerangan ini.
Taklimat ini adalah aktiviti pertama konvoi ke negeri ini.
Selepas taklimat, anggota konvoi akan bergerak ke seluruh Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti masing-masing, antaranya hi tea, penyebaran risalah, kuliah maghrib dan ceramah umum malam ini.
Pagi esok pula, kuliah-kuliah Subuh diberikan.
Antara yang hadir dalam taklimat ini adalah Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abd Ghani, Setiausaha Lajnah Penerangan, Misbahul Munir Masduki dan lain-lain AJK Lajnah Penerangan PAS.
Dalam taklimat yang diberikan, Tuan Ibrahim memberikan semangat kepada petugas PAS agar memastikan calon PAS yang paling ramai menang.
Ini, katanya kerana sememangnya PAS paling banyak bertanding termasuk di Negeri Sembilan.
"Cuma kita tak menang banyak je," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau sekali lagi mengingatkan pemimpin PAS agar sentiasa solat berjamaah, membaca al-Quran sekurang-kurang tiga hari sekali.
Beliau juga mengarahkan mereka sentiasa solat malam dan berdoa malam agar sentiasa sabar, ikhlas dan sabar.

Sesat: PAS gesa Ahmad Said mohon maaf
Khairil Abdul Rahim, | 15 Feb 2012 |

Konvoi Penerangan PAS bergerak ke selatan pula
Harakahdaily, | 17 Feb 2012 |

Pastikan ramai calon PAS menang
Zulkifli Sulong, | 17 Feb 2012 |
SEREMBAN, 17 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan pemimpin PAS supaya menunaikan solat secara berjamaah dan mendirikan solat malam serta berdoa.
Beliau menyatakan demikian ketika memberikan taklimat kepada petugas penerangan PAS Negeri Sembilan di Ampangan, petang ini.
Lebih 100 petugas penerangan PAS negeri ini mengikuti taklimat yang dibuat dalam siri Konvoi Penerangan PAS Pusat.
Taklimat kepada petugas penerangan adalah aktiviti utama sepanjang konvoi penerangan ini.
Taklimat ini adalah aktiviti pertama konvoi ke negeri ini.
Selepas taklimat, anggota konvoi akan bergerak ke seluruh Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti masing-masing, antaranya hi tea, penyebaran risalah, kuliah maghrib dan ceramah umum malam ini.
Pagi esok pula, kuliah-kuliah Subuh diberikan.
Antara yang hadir dalam taklimat ini adalah Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Taufek Abd Ghani, Setiausaha Lajnah Penerangan, Misbahul Munir Masduki dan lain-lain AJK Lajnah Penerangan PAS.
Dalam taklimat yang diberikan, Tuan Ibrahim memberikan semangat kepada petugas PAS agar memastikan calon PAS yang paling ramai menang.
Ini, katanya kerana sememangnya PAS paling banyak bertanding termasuk di Negeri Sembilan.
"Cuma kita tak menang banyak je," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau sekali lagi mengingatkan pemimpin PAS agar sentiasa solat berjamaah, membaca al-Quran sekurang-kurang tiga hari sekali.
Beliau juga mengarahkan mereka sentiasa solat malam dan berdoa malam agar sentiasa sabar, ikhlas dan sabar.
Sumber HD : 17/02/2012
SBPA: Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan
Harakahdaily, | 09 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan akhirnya terpaksa berbalik kepada sistem lama.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini, isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga.
Bahkan, kata Tuan Ibrahim pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.
“Isu penyenaraian Felda pula mengambilkira janji PR untuk memastikan hak peneroka terpelihara di semua ladang Felda. Dan lainnya, hanyalah gambaran sebenar sikap menggelabah PM dalam menghadapi janji Buku Jingga,” tambah beliau.
Banyak ‘transformasi’ yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib, tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu bukanlah penyelesaian kepada masalah sebenar yang dihadapi rakyat.
“Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, sebuah syarikat yang tiada aset selain hutang diberi amanah untuk mengambil aset Felda Plantation, Koperasi Permodalan Felda dan lain sebagai modal penyenaraian. Kini ia berhadapan dengan pelbagai bantahan peneroka Felda dan kakitangan Felda yang tidak bersetuju,” bidas beliau.
Demikian juga isu kegagalan kerajaan mengawal harga barangan pengguna, katanya, di mana akhirnya kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai- kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang diwar-warkan lebih rendah.
“Sedangkan tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah. Bayangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan, dan ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1 Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal.
"Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara yang tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna,” kata beliau.
Isu SPBA, hujahnya adalah berkait-rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR.
Dalam flip-flop terbaru Najib ini, katanya ia adalah jelas akibat daripada sikap gopoh-gapah pentadbiran Najib tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengenepikan pandangan kesatuan sekerja dan badan berkaitan.
Oleh kerana sikap gopoh-gapah, katanya, akhirnya rakyat mendapati apa yang dicadang oleh PM berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga terpaksa disemak, ditarik balik dan dibatalkan.
“Akhirnya, kerajaan berhadapan bantahan umum kakitangan sehingga terpaksa menarik balik, dan kembali kepada sistem lama. Inilah transformasi 1Malaysia Najib – 'Mulut didahulukan, Flip-Flop diutamakan,' kata beliau dengan nada sinis.
Sumber HD : 9/03/2012

SBPA: Transformasi 1Malaysia Najib gagal
09 Mac 2012 |
Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan akhirnya terpaksa berbalik kepada sistem lama.
Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga. Bahkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.
Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, sebuah syarikat yang tiada aset selain hutang diberi amanah untuk mengambil aset Felda Plantation, Koperasi Permodalan Felda dan lain sebagai modal penyenaraian. Kini ia berhadapan dengan pelbagai bantahan peneroka Felda dan kakitangan Felda yang tidak bersetuju.
Demikian juga isu kegagalan kerajaan mengawal harga barangan pengguna, yang akhirnya kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai- kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang diwar-warkan lebih rendah.
Sedangkan tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah. Bayangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan, dan ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1 Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara yang tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna.
Isu SPBA berkait-rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR. Isu penyenaraian Felda pula mengambilkira janji PR untuk memastikan hak peneroka terpelihara di semua ladang Felda. Dan lainnya, hanyalah gambaran sebenar sikap menggelabah PM dalam menghadapi janji Buku Jingga.
Dalam flip-flop terbaru ini, jelas ia adalah akibat daripada sikap gopoh-gapah pentadbiran Najib tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengenepikan pandangan kesatuan sekerja dan badan berkaitan. Akhirnya, kerajaan berhadapan bantahan umum kakitangan sehingga terpaksa menarik balik, dan kembali kepada sistem lama.
Oleh kerana sikap gopoh-gapah inilah rakyat dapati apa yang dicadang oleh PM berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga terpaksa disemak, ditarik balik dan dibatalkan. Inilah transformasi 1Malaysia Najib – “Mulut didahulukan, Flip-Flop diutamakan.”
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 Mac 2012

Rakyat akan nilai sendiri permohonan maaf Najib
Harakahdaily, | 12 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS yakin persoalan-persoalan mengenai penyelewengan dana negara, ketirisan sehingga berbillion ringgit serta kegagalan kerajaan membina sebuah negara yang berdaya saing, samada dalam pendidikan, ekonomi, sukan, keselamatan sosial dan pelbagai isu lain tetap akan kekal di minda rakyat Malaysia walaupun dengan permohonan maaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak.
“Ini kerana mereka sedar bahawa PM mereka hanya memohon maaf tatkala kerana pilihanraya umum ke 13 bakal menjelang tiba demi memohon rakyat terus memberi mandat kepada BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
Dari segi agama, Tuan Ibrahim menerangan sikap meminta maaf adalah sifat mahmudah, samada terhadap manusia apatah lagi dengan Allah.
“Lagi banyak rasa bersalah seseorang itu, maka lagi keraplah seseorang itu akan memohon maaf. Memohon maaf dengan manusia atau rakyat teramai jarang dilakukan oleh mana-mana kerajaan atau pimpinan kerajaan.
"Kerana itu, apabila ada yang lakukan tentulah ianya menjadi bahan perbincangan awam,” terang beliau pada persoalan mengapa permohonan maaf Najib mendapat liputan meluas media.
Namun tegas Tuan Ibrahim, permohonan maaf Najib tanpa sebarang niat dan tindakan untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai tahap keikhlasan PM.
Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, tindakan Najib memohon maaf kepada rakyat bermakna beliau bersalah dengan rakyat, namun hanya rakyat saja yang mampu menilai samada menerima atau tidak.
“Apakah kesalahannya mungkin besar kerana ia melibatkan rakyat teramai. Lantaran itu soal rakyat ingin memaafkannya atau tidak terpulang kepada rakyat, cuma Islam mengajar kita agar memaafkan kesalahan orang lain, agar Allah memaafkan kita,” tambah beliau.
Meminta maaf dan memaafkan suatu kesalahan, tegas Tuan Ibrahim adalah sifat terpuji, namun ia bukan bermakna kerajaan harus diberi terus mandat untuk melakukan semula kesalahan, penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa.
Sumber HD : 12/03/2012

Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis
Harakahdaily, | 24 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.
“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.
Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.
“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.
Kenyataan Abdul Hadi telah diserang oleh pemimpin Umno dan para mufti yang pro-kerajaan sebagai kenyataan politik semata-mata.
PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan timbalan presiden Mohamad Sabu turut menyokong kenyataan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.
"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.
"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.
Sementara itu, Mohd Sabu pula berkata umat Islam boleh bermuamalah dengan Yahudi, tapi menegaskan bahawa urusniaga dengan Yahudi Israel tidak boleh sama sekali kerana mereka jelas berfahaman Zionis.
Menurut Tuan Ibrahim pula, Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam al-Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel.
“Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestin.
Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Sumber HD : 24/03/2012

Murtad terkawal jika negara ditadbir dengan baik
Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS yakin jika negara ditadbir dengan baik dan kebajikan umat Islam terjaga, agak mustahil umat Islam terpengaruh dengan usaha untuk memurtadkan mereka.
Namun, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, semua ini tidak berlaku sehingga gejala murtad masih melanda umat Islam dan semakin meningkat.
Meskipun mengawal TV and media arus perdana dengan penyebaran kebaikan Islam secara luas, namun gejala murtad masih melanda umat Islam di Malaysia, bahkan makin meningkat.
Sebagai kerajaan yang diterajui umat Islam, sekiranya ditadbir dengan baik dan menjadi model tauladan di mana kebajikan rakyat terjaga, agak mustahil umat Islam boleh terpengaruh, katanya.
“Bagaimana umat Islam boleh murtad dan hilang kepercayaan pada Islam yang diberi liputan meluas di negara berbanding agama lain yang terbatas tanpa sebarang media perdana?”
Persoalan ini dicatatkan Tuan Ibrahim di facebooknya pagi ini untuk renungan pembacanya.
“Sepatutnya Islam sudah berkembang maju,” tegasnya. “Seperti kata (Tun) Dr Mahathir, orang yang celik pandai tidak dihirau Umno,” sindir beliau.
Dalam isu murtad, tegas Tuan Ibrahim, umat Islam hendaklah memahami punca sebenar dan bukannya mencari kambing hitam untuk menutup kelemahan kerajaan yang hanya Islam di depan, akan tetapi asabiah jiwanya.

Sumber HD : 2/04/2012
Dedah tanpa perkasa aqidah tak selesai murtad
Harakahdaily, | 05 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 April: Isu murtad tidak akan selesai hanya membuat pendedahan tanpa memperkasakan aqidah umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Memberikan cadangan di Facebook beliau (https://www.facebook.com/ustaztitm), Tuan Ibrahim berkata kerajaan harus mewajibkan lulus mata pelajaran aqidah semua tahap pendidikan bagi pelajar Muslim dan mewajibkan pengambilan subjek pendidikan Islam bagi semua tahap peperiksaan.
“Di samping itu bimbingan saudara baru mesti ditingkatkan dengan setiap negeri mewujudkan pusat bimbingan saudara baru. Dana zakat mesti dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperkasakan aqidah umat Islam,” kata beliau.
Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa kemiskinan bukanlah sebab seseorang itu akan menjadi murtad seandainya pegangan agama dapat diperkasakan.
Mengulas mengenai kontroversi pendedahan video murtad dibuat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai satu konspirasi menjatuhkan parti, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu itu tidak akan membawa kesan kerana PAS bukanlah kerajaan persekutuan.
Tegas beliau, PAS tidak pernah melepas tangan dalam isu murtad, bahkan parti cuma tidak ingin melihat isu murtad dipolemikkan.
“PAS melihat sebagai perkara serius yang merupakan tanggungjawab bersama bagi menangani sebarang perkara berkaitan akidah orang Islam,” kata beliau.
Mengenai video pendedahan Hasan yang dikatakan sebuah rakaman daripada tahun 2002, beliau berkata Hasan sepatutnya mendedahkan lebih awal ketika beliau masih mempunyai jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
“Mengapa baru sekarang ingin membuat tindakan sebegini?” soal beliau sambil menambah video tersebut juga mendedahkan kelemahan kepimpinan Hasan ketika itu, yang tidak mampu menangani perkara tersebut.
“Sepatutnya melalui pengakuan tersebut Hasan bertindak dengan segera bersama pihak berkuasa yang bertanggungjawab. Melalui rakaman tersebut mereka sudah boleh memanggil mereka yang terlibat untuk disoal siasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan tepat.
“Bukan dengan mencari jalan menunggu masa sesuai melakukan pendedahan lisan yang boleh mencetuskan kekeliruan,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Sumber HD : 5/04/2012
Sumber HD : 7/04/2012
Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah percuma mencerminkan ketakutan mereka terhadap rakyat bermaklumat.
Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka.
Kerisauan mereka juga timbul kerana sedar akan tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.
Umumnya tindakan membakar mengoyak atau memboikot mana-mana akhbar dilakukan kerana berita yang terkandung di dalam akhbar tersebut. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati.
Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah juga yang ditakuti oleh mereka.
Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno-BN.
Sehubungan tindak-balas Umno itu, PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipat gandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam PRU akan datang.
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 April 2012
Sumber HD : 7/04/2012
Sumber HD - 22-4-2013
Seorang pelajar bernama Mahros sangat disukai oleh para guru di sekolahnya. Keputusannya agak bagus dan budi pekertinya sangat elok.
Mahros membawa perwatakan gadis yang soleh, mendengar kata dan bertimbang rasa.
Di Tingkatan 2, Mahros terus diangkat menjadi Ketua Kelas dan juga pengawas sekolah.
Sikap Mahros mula berubah selepas diangkat menjadi Ketua Kelas dan pengawas.
Di waktu rehat, untuk mengelakkan beratur panjang, Mahros menyalahguna kuasanya setiap kali untuk keluar awal dari kelas atas alasan ada urusan pengawas.
Di kelas agama Ustaz Ismail yang Mahros sangat tidak menyukai, Mahros selalu menggunakan alasan ada guru yang memanggilnya untuk perkara lain. Lalu Mahros lari keluar ke kedai koperasi, di mana guru koperasinya Cikgu Bijan selalu memanjakannya.
“Ros tak ada kelas ke? Senang datang bantu cikgu menjaga kedai koperasi waktu ini,” tanya Cikgu Bijan.
“Ustaz Ismail tak datang. Jadi kelas kosong. Saya ketua kelas keluar cari Ustaz Ismail tak dapat. Jadi datang sini,” Mahros menipu Cikgu Bijan.
“Saya ada kelas. Mahros boleh jaga kedai untuk satu waktu (40 minit)?” tanya Cikgu Bijan.
“Boleh. Cikgu pergilah,” kata Mahros.
Di kedai koperasi, Mahros mula mengambil untung sendiri dengan mengenakan harga lebih tinggi pada pelajar. Ada pelajar yang merungut, tapi kerana takutkan Mahros akan membalas dendam dengan selalu mencari masalah dengan mereka seperti pakaian tak sopan, rambut panjang, tudung tak elok dan lambat masuk kelas, mereka lebih rela memdiamkan diri.
Kadangkala bukan untung sahaja yang Mahros ambil, malah dia mula mencuri benda-benda yang boleh dijual di luar.
Cikgu-cikgu lain yang selalu memuji Mahros masih tidak mengetahui bahawa sikap Mahros dah berubah sama sekali.
Mahros kini seorang pelajar yang tamak, mencuri, menipu dan menindas pelajar. Di depan cikgunya, Mahros masih seorang pelajar yang keputusannya cemerlang dan sopan kerana di depan cikgu-cikgunya, Mahros akan berubah watak.
Namun, perubahan Mahros dikesan oleh Ustaz Ismail kerana Mahros paling banyak keluar daripada kelasnya. Namun keputusan pendidikan Islam Mahros masih mendapat A.
“Rosak kalau dibiarkan Mahros begini. Ya, keputusan pendidikan Islamnya masih A, tapi ia serupa membaca Quran tapi tidak mengamalkan segala yang disarankan Allah,” bisik Ustaz Ismail di hati.
Ustaz Ismail memikirkan satu cara untuk mendedahkan wajah sebenar Mahros. Beliau mula merakam alasan-alasan yang diberikan Mahros untuk keluar daripada kelas agamanya.
Satu hari di kelas Ustaz Ismail, Mahros memberikan alasan bahawa dia dipanggil Cikgu Mala dan mohon keluar kelas. Ustaz Ismail merakam apa yang dikatakan Mahros dan membiarkannya keluar kelas. Selepas 5 minit, Ustaz Ismail menelefon Cikgu Mala bertanya apakah benar beliau memanggil Mahros.
“Tak adalah. Mengapa Mahros berkata begitu? Mesti ada sebab. Sebab dia budak baik jarang menipu,” kata Cikgu Mala di telefon.
Ustaz Ismail kemudian menyuruh Cikgu Mala dan cikgu-cikgu lain untuk bersama mencari Mahros, dengan alasan Mahros jarang menipu, takut Mahros menghilang kerana sebab-sebab tertentu.
Akhirnya Ustaz Ismail sengaja membawa Cikgu Mala dan cikgu-cikgu lain ke kedai koperasi melihat Mahros sedang menjual barang-barang di kedai koperasi.
Mahros terkejut dengan kehadiran semua cikgu yang menyayanginya.
“Mengapa kamu di sini? Tadi kamu berkata Cikgu Mala nak jumpa,” tanya Ustaz Ismail.
“Ustaz salah dengar kot. Saya kata ada cikgu panggil. Tak sebut Cikgu Mala pun. Cikgu Bijan yang panggil saya ke sini bantu, jadi saya datanglah. Kelas agama ustaz, jangan bimbang, saya tak masuk pun, saya tetap dapat score A,” cubaan menipu Mahros dengan nada kecil kerana ingin berlakon seperti dia dianiaya.
Ustaz Ismail tidak mahu berkata apa-apa. Beliau menelefon Cikgu Bijan dan suruh beliau datang ke kedai koperasi segera.
Cikgu Bijan pun sampai dan terkejut melihat semua cikgu berada di sini bersama Mahros.
“Apa halnya ustaz?” tanya Cikgu Bijan.
“Mengapa Mahros ada di koperasi? Tuan Bijan ada panggil dia ke?” tanya Ustaz Ismail.
Cikgu Bijan melihat mata Mahros, dan Mahros mengangguk.
“Ya. Saya panggilnya. Ada apa?” kata Cikgu Bijan.
“Dia selalu keluar kelas saya dan Tuan Bijan selalu memanggil dia keluar waktu saya mengajar?” tanya Ustaz Ismail.
Cikgu Bijan mula menggelabah kerana nada Ustaz Ismail agak keras.
“Ya. Sebab Mahros dah pandai agama. Dia dah selalu score A. Tak pergi kelas ustaz pun tak apa,” Cikgu Bijan cuba mempertahankan Mahros.
Ustaz Ismail masuk ke kedai koperasi mengambil satu lagi alat perakam suara yang dipasangnya tanpa pengetahuan Cikgu Bijan dan Mahros.
Ustaz Ismail memainkan perakam suara yang ada di tangannya di mana jelas menunjukkan Mahros memberitahunya Cikgu Mala memanggilnya.
Perakam suara kedua di kedai koperasi berbunyi:
“Kamu ponteng kelas Ustaz Ismail lagi? Alasan apa yang kamu guna kali ini?” tanya Cikgu Bijan pada Mahros.
“Kali ini saya kata Cikgu Mala panggil,” jawab Mahros sambil ketawa.
Wajah Mahros dan Cikgu Bijan terbongkar akhirnya. Pelajar-pelajar yang membeli di koperasi terus mengadu bahawa mereka dipaksa membeli harga barangan koperasi yang dijual Mahros pada harga yang lebih tinggi.
Ustaz Ismail mengarahkan Cikgu Bijan melakukan satu pemeriksaan stok ringkas – dan mendapati jumlah stoknya kurang daripada sepatutnya, menunjukkan bahawa Mahros telah mencuri.
“Cikgu-cikgu sekalian. Mahros seorang budak baik sebelum ini. Malangnya kepercayaan kita dan kuasa yang kita berikan pada dia telah merosakkan dia. Kita terpaksa bertindak untuk melucutkan jawatannya untuk menyelamatkan dia daripada terus melakukan dosa.
Lagipun, orang yang hilang kuasa lebih mudah bertaubat. Jika kita kekalkan kedudukan Mahros, walaupun dia berjanji akan berubah, ia tidak akan berlaku kerana kuasa yang ada di tangan tidak akan menyebabkan Mahros insaf sepenuhnya,” cadang Ustaz Ismail.
Kalian cikgu-cikgu semua setuju termasuk Cikgu Bijan. Cikgu Bijan turut memohan maaf atas kesilapannya terlalu memanjakan Mahros.
Dapat maksud tersirat cerita ini?
Untuk menyelamatkan Barisan Nasional, kita perlu menurunkannya daripada tampuk kuasa. Sebenarnya itu cara terbaik untuk kita membantu BN untuk mengurangkan dosa. Hanya setelah hilang kuasa, barulah boleh seseorang betul-betul bertaubat dan insaf.
Bagaimana nak turunkan kuasa BN? Tak perlu bertumbuk dan bersamseng seperti mereka. Kita hanya perlukan sebatang pen. Hari 5 Mei ini, pangkah Bulan, Roket atau Bulan kecil.
Senyum.
Lepas baca, mohon share kepada kawan-kawan yang memerlukannya.
Jadilah agen perubahan.
INI KALILAH.
Sumber HD - 30-4-2013
PAS lipat ganda sebar Harakah selepas dikoyak
Harakahdaily, | 07 Apr 2012 |
KUANTAN, 7 April: Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah mencerminkan ketakutan mereka kepada rakyat yang mendapat maklumat sebenar terhadap sesuatu isu yang berlaku, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).
“Inilah yang ditakuti mereka. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati,” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Usaha PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduk di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutaun itu mula memberikan kesan dan meresahkan Umno.
Ini menyebabkan Umno Putrajaya bertindak mengoyak Harakah di Presint 8 kelmarin.
Tuan Ibrahim menyifatkan tindakan Umno Putrajaya itu aneh dan mencerminkan ketakutan mereka terhadap tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.
“Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno BN,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Sehubungan tindak-balas Umno itu, Tuan Ibrahim berkata PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipatgandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam pilihan raya umum akan datang.
Semalam, Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata beliau bersama petugas PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu secara percuma kepada penduduk Putrajaya.
Ia diedarkan dari rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.

Koyak Harakah tanda Umno takut rakyat bermaklumat
07 Apr 2012 |
Tindakan Umno Putrajaya mengoyak akhbar Harakah percuma mencerminkan ketakutan mereka terhadap rakyat bermaklumat.
Mereka sedar kalau rakyat membaca Harakah atau media alternatif, rakyat akan mendapat maklumat sebenar tentang sesuatu isu yang berlaku. Inilah yang ditakuti mereka.
Kerisauan mereka juga timbul kerana sedar akan tahap keyakinan rakyat kepada Harakah.
Umumnya tindakan membakar mengoyak atau memboikot mana-mana akhbar dilakukan kerana berita yang terkandung di dalam akhbar tersebut. Belum pernah kita dengan ada pihak yang membakar atau mengoyak akhbar kerana ianya diberi secara percuma. Ini agaknya yang dikatakan buang tabiat, sebagai petanda awal sesuatu itu nak mati.
Dari tinjauan dan kajian umum kita dapati ramai dari kalangan penduduk menerimanya dengan hati terbuka dan mula berminat dengan Harakah. Inilah juga yang ditakuti oleh mereka.
Mereka takut pembohongan mereka dalam media perdana diketahui oleh rakyat, menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno-BN.
Sehubungan tindak-balas Umno itu, PAS akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk melipat gandakan usaha penyebaran risalah bagi menyedarkan rakyat betapa perlunya perubahan pimpinan negara dalam PRU akan datang.
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 April 2012
Sumber HD : 7/04/2012
10,000 sertai majlis kutipan dana PAS Pahang
Zulkifli Sulong, | 08 Apr 2012 |
KUANTAN, 8 April: Lebih 10,000 menyertai majlis ceramah anjuran PAS malam tadi di Pekan Batu 12, dekat sini. (Gambar kiri)
Perhimpunan untuk mengumpul dana Pilihan raya Umum ke-13 berjaya mengumpul hampir RM20,OOO sumbangan daripada para hadirin.
Selepas jam 12 malam apabila majlis ceramah berakhir, para petugas masih belum selesai menerima wang sumbangan untuk dana itu.
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengirimkan satu sampul surat khas berisi wang walaupun tidak dapat hadir kerana masih berehat selepas mengadu sakit dada.
Beliau mengirimkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk menyampaikan duit sumbangan itu dan menggantikan beliau untuk berucap.
Turut berucap malam tadi adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan di samping Ketua PKR dan DAP Pahang.
Orang yang paling gembira malam tadi adalah Datuk Tuan Ibrahim apabila menyaksikan orang penuh sesak dalam program itu.
Isu utama adalah kilang Lynas yang sedang menyemarakkan kemarahan penduduk Kuantan.
(Gambar kanan: Para petugas dan anggota Unit Amal mengira sumbangan orang ramai.)
"Dulu saya ingat nak buang sisa Lynas ini ke Putrajaya tetapi nampaknya tak jadilah sebab kita nak duduk sana pula lepas ini," kata Tuan Ibrahim disambut sorakan takbir dari orang ramai yang kebanyakannya Melayu itu.
Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya pula menumpukan tumpuan kepada menerangkan fitnah yang dibuat pemimpin BN terhadap Kelantan.
"Masa Najib ke Sabah, dia kata Kelantan paling miskin. Sebenarnya negeri yang paling miskin di Malaysia adalah Sabah.
"Semasa saya ceramah di Sabah, saya kata kat orang Sabah, saya akan jadikan pulau Gaya yang penuh dengan rumah air yang miskin tu menjadi pulau paling bergaya jika Pakatan perintah negara.
"Kita boleh buat ni dengan menaikkan royalti minyak ke 20 peratus kepada Sabah di samping Kelantan, Terengganu dan Sarawak," kata Nassuruddin yang marah dengan tindakan kerajaan pusat yang menyekat royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.
Sumber HD : 8/04/2012
KUALA LUMPUR, 10 April: Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang mewarga-negarakan warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man , tindakan terdesak BN itu jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.
“Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini?
"Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini,” selar beliau.
Bahkan, kata Tuan Ibrahim, apa yang lebih mendukacitakan ialah sikap badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang.
Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Mahfuz turut mendakwa bahawa 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Walaupun berat, Wan Ahmad hanya sekadar menafikan dakwaan beliau bahawa tidak terlibat dengan task force berkenaan dan Thajudeen berkata tidak tahu-menahu dengan apa yang didakwa Mahfuz.
Meskipun demikian, Mahfuz mempertahankan kenyataannya kerana mendakwa ada bukti kukuh membuktikan perkara berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut menyatakan kesediaannya untuk membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force’ tersebut.
“Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini,” terang Tuan Ibrahim.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang berkata parti akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini.
“Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena,” tegas beliau.
Sumber HD : 10/04/2012

Pekak pendedahan 'task force' mala petaka negara
Harakahdaily, | 10 Apr 2012 |

Task force: Jangan pekak pendedahan Mahfuz
10 Apr 2012 |
PAS mengingatkan seluruh rakyat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kian khianat terhadap masa depan negara.
Tindakan kerajaan memekakkan telinga terhadap pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa wujudnya sebuah task force khas yang diketuai oleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan kerajaan BN merupakan suatu malapetaka bagi negara.
Tindakan terdesak ini jauh lebih besar bahaya berbanding semua penyelewengan dana negara, kerana memberi kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan kepada warga asing bermakna menggadai kedaulatan dan masa depan negara.
Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini? Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.
Bahkan, apa yang lebih mendukacitakan badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair sunyi sepi seolah-olah isu ini hanya rekaan pembangkang.
Seandainya ia suatu rekaan, tentulah Mahfuz tidak berani untuk menyenaraikan satu persatu nama yang terlibat kerana ia terdedah kepada tindakan perundangan seperti saman, siasatan dan tindakan undang-undang. Kesediaan beliau untuk memberi segala maklumat kepada Suruhanjaya Diraja, merupakan tindakan berani bagi mendedahkan isu besar ini.
Sehubungan itu, PAS akan terus mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi meneliti dan membuat siasatan rapi berhubung dakwaan ini. Kegagalan kerajaan membentuk suruhanjaya ini dilihat sebagai bukti jelas kebenaran apa yang didakwakan oleh ahli parlimen Pokok Sena.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Hari ini ialah hari pertabalan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14.
PAS syukur, menjunjung kasih dan tahniah ke bawah DYMM Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali keduanya setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.
PAS berharap ke bawah DYMM Tuanku dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa di atas singgahsana memerintah negara.
Semoga Allah memelihara ke bawah DYMM Tuanku sebagai payung negara, penyatu rakyat Malaysia dan pemelihara agama Islam sepanjang pemerintahan Tuanku.
PAS juga mendoakan ke bawah DYMM Tuanku kekal memerintah dengan penuh keadilan dan saksama dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.
PAS akan sentiasa menyokong dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku.
Akhirnya, PAS mendoakan kesejahteraan ke bawah DYMM Tuanku dan DYMM Raja Permaisuri Agong terus berkekalan.
Ketua Penerangan PAS Pusat
PAS junjung kasih kepada YDP Agong baru
11 Apr 2012 |

Sumber HD : 11/04/2012
Jika Melayu rajin berfikir sejenak…
Harakahdaily, | 16 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 April: Asalkan orang Melayu rajin berfikir sejenak, dakyah Umno terdesak di saat nyawa-nyawa ikan bahawa PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang Melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP akan terbongkar dengan senang.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan malang dan paling menyedihkan bagi golongan Melayu Islam di Malaysia bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah-belah masyarakat Melayu.
Keadaan ini, hujah Tuan Ibrahim telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu.
“Itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.
“Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar,” tegas Tuan Ibrahim.
Sedangkan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Apabila Melayu lemah, kata beliau, akan muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP) sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.
“Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.
Lebih menyayatkan rakyat Malaysia, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari,” tegas beliau.
Melayu tidak berpecah
Tuan Ibrahim turut menyangkal dakwaan Umno yang menggambarkan kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan orang Melayu.
“Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah,” selar beliau.
Hakikatnya, terang Tuan Ibrahim, masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan.
“Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza,” tambah beliau.
Tuan Ibrahim berkata rakyat mesti mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan.
“Kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita,” kata beliau.
Bagi PAS, katanya, parti menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun.
“Kerana itu, al Quran menjelaskan: Kalau englau membelanjakan seluruh harta yang ada dimuka bumi ini untuk menyatukan hari hati manusia, kamu TIDAK akan dapat menyatukan mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka,” hujah Tuan Ibrahim.
Dalil tersebut, terang beliau menunjukkan bahawa penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan.
“Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.
Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang,” kata beliau.
Namun, tegasnya, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.
“Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya,” jelas Tuan Ibrahim.

Sumber HD : 16/04/2012
Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu.
Ia seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama.
Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbagai parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khasnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.
Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza.
Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza.
Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.
Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan:
"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.” –Al-Anfaal:63
Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia.
Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditukar menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.
Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang.
Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.
Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya.
Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu.
Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.
Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalam salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar.
Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.
Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.
Lebih menyayatkan rakyat Malaysia, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.
Sumber HD :16/04/2012
Ini hanya cerita rekaan....
Situasi 1:
Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.
Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.
Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :
"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."
Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :
"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”
Situasi 2:
Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.
Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.
Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.
Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.
Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan untuk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.
Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.
Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:
"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, maka orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."
Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.
Orang yang betul memahami agama pula berkata:
"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - untuk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A untuk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil untuk memajukan sukan bola untuk negara.
Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?
Team B hanyalah sekadar untuk menghilangkan saingan pada team A supaya team A boleh kekal juara."
Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan untuk menindas team A.
Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?
----------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Kesan politik durjana Umno terhadap Melayu
16 Apr 2012 |

Bersih 3.0: Cerita yang mesti dibaca
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 27 Apr 2012 |

Sumber HD : 27/04/2012
TEMERLOH, 30 April: Apakah generasi kedua dan ketiga Felda faham kesan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) terhadap masa depan mereka?
Apakah mereka sudah menilai kesan tindakan Barisan Nasional itu dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga?
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menggesa generasi kedua dan ketiga Felda untuk bangkit menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana ia adalah satu rampasan kepada hak mereka.
“Tindakan ini serentak dengan pengumuman durian runtuh kepada warga Felda untuk melupakan bahawa tanah peneroka akan dicagarkan selama 99 tahun ke Felda Global Venture Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.
"Dalam erti kata lain, cadangan penyenaraian FGVH bakal menindas generasi kedua dan ketiga Felda, kerana selepas durian runtuh sekali ini sahaja, hasrat mereka untuk memiliki tanah tidak akan tercapai kerana telah dicagarkan selama 99 tahun,” kata Tuan Ibrahim.
Dalam Buku Jingga PR, kata Tuan Ibrahim, nasib generasi kedua dan ketiga Felda diberi keutamaan.
“PR sudah menjanjikan untuk membuka seluruh ladang Felda kepada generasi kedua dan ketiga Felda melalui Tawaran Buku Jingga. Sebenarnya tawaran tersebut adalah hadiah paling besar bagi rakyat yang belum mendapat tanah,” terang beliau.
Hujah Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, atas tawaran Buku Jingga itu, golongan anak-anak warga Felda adalah “golongan yang paling beruntung” apabila PR memerintah.
Oleh yang demikian, katanya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) telah menjalankan dan mengedarkan borang permohonan bagi mereka yang berkelayakan.
Ribuan permohonan diterima menggambarkan rakyat kini sangat memerlukan tanah untuk aktiviti ekonomi mereka, di samping rumah kediaman.
Namun, tegas beliau, hasrat generasi kedua dan ketiga Felda untuk menikmati tanah akan terhalang dengan tindakan BN untuk menyenaraikan Felda melalui FGVH di Kuala Lumpur kerana tanah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka masa depan telahpun dipajakkan dan 'ditebus’ kerajaan dengan durian runtuh yang sekali saja.
Apa yang perlu diberi perhatian, kata Tuan Ibrahim ialah tindakan penyenaraian ini akan turut mengikis aset Bumiputera dan membuka laluan lebuhraya kepada hasrat warga asing untuk menguasai aset Bumiputera.
“Pemilikan harta bumiputera 30% yang menjadi matlamat DEB telah gagal, justeru matlamat menyusun semula masyarakat luar bandar juga gagal.
"Untuk mengatasi masalah ini, antara usaha ini ialah meningkatkan ekuiti Bumiputera melalui pemilikan ladang Felda. Namun, bilamana ia dijadikan saham bermakna semua pihak boleh membeli, maka aset dan harta bumiputera akan turut mengecil,” jelas beliau.
Bagi Tuan Ibrahim, tindakan menjadikan tanah ladang sebagai cagaran merupakan tindakan paling bodoh, kerana tanah ladang yang sekarang dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.
Tindakan ini, katanya tentulah mengembirakan beberapa pihak yang selama ini memang berhasrat untuk menguasai perladangan Felda.
“Dengan penyenaraian sahaja, mereka tanpa memerlukan usaha dan susah payah sudah boleh mendapatkan tanah seluas 360,000 hektar - satu jumlah yang tidak pernah dimimpi oleh sesiapa pun,” tambah beliau lagi.
Belaiau menambah, walaupun kerajaan memberi jaminan pemilikan ini tidak akan terlepas kepada pihak asing, namun hakikat bilamana ia telah menjadi unit saham, maka tiada jaminan ianya tidak akan dijual terutamanya bagi mereka yang membeli saham tersebut melalui pembiayaan pinjaman bank atau sewaktu berlakunya lonjakan nilai saham tersebut.
“Sekiranya hakikat bahawa 'tujuan asal tanah ladang Felda dibuka adalah untuk dimiliki oleh generasi kedua dan ketiga Felda' ini disedari, bekas anggota tentera dan polis, rakyat negeri dan kakitangan Felda yang tiada bertanah sudah tentu bangkit menentang hasrat penyenaraian ini; kerana sedar akan hakikat bahawa hadiah lumayan adalah di depan di mana sekiranya PR menguasai Putrajaya, maka tanah tersebut akan menjadi hak milik mereka dan bukannya dipajak kepada FGVH selama 99 tahun,” jelas beliau lagi.
Sumber HD : 30/04/2012
Generasi kedua, ketiga Felda diseru bangkit
Harakahdaily, | 30 Apr 2012 |

PAS anggap gaji minimum RM900 rendah
Khairil Abdul Rahim, | 01 Mei 2012 |
TEMERLOH, 1 Mei: PAS berpandangan gaji minimum swasta RM900 bagi Semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah kerana tidak menggambarkan kos hidup sebenar yang sentiasa meningkat di negara ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, serentak dengan itu pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan Hari Pekerja itu belum mengeluarkan entiti tersebut daripada garis kemiskinan.
“Kita dapati sebahagian besar sektor swasta berada di bandar atau pinggir bandar sedangkan paras kemiskinan penduduk bandar seperti ditetapkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) ialah berpendapatan RM1,500 sebulan.
“Itu belum lagi dikira kos hidup sebenar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang kos hidupnya jauh lebih tinggi kerana kenaikan harga barang yang sentiasa memuncak tanpa kawalan,” katanya.
Tuan Ibrahim menambah, ini bermakna kenaikan yang diumum kerajaan tidak menggambarkan kepantasan kenaikan harga barang termasuk di Sabah dan Sarawak.
Katanya, cadangan Pakatan Rakyat (semasa pembentangan Bajet Alternatif 2012) iaitu gaji minimum RM1,100 adalah lebih munasabah kerana tidak membebankan majikan dan cukup untuk menampung kos sara hidup pekerja.
“Bagaimanapun PAS tetap alu-alukan pengumuman tersebut kerana ia telah dicetuskan oleh Pakatan sebagai tawaran terbaik kepada rakyat dulu,” katanya dalam sidang media sebelum mesyuarat Perhubungan PAS negeri di sini.
Serentak dengan itu, beliau berkata PAS mahu kerajaan tetapkan mekanisme pemantauan atau undang-undang yang boleh dikenakan kepada majikan jika ingkar dengan keputusan tersebut.
“Jika tidak ia hanya menjadi gimik politik menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang,” tegasnya.
Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta oleh Najib pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Mengenai kontroversi himpunan Bersih 3.0, beliau tetap menyalahkan pihak polis kerana melakukan provokasi mengganggu perhimpunan yang sepatutnya berlangsung aman itu.
Katanya, ini terbukti dengan perhimpunan aman yang diadakan di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Pahang yang tidak menimbulkan sebarang kekecohan.
“Jadi kekecohan itu bermula apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tempat awam, pihak polis yang melakukan sekatan, provokasi, hinggalah tindakan menembak gas pemedih mata dan air kimia di luar perintah mahkamah.
“Cuba fikir, kenapa tidak berlaku sebarang kekecohan di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Baru dan tempat-tempat lain? Maknanya kebebasan berhimpun dan menghalang hak bersuara itulah yang menyebabkan berlaku kekecohan,” katanya.
Mengenai tarikh PRU, beliau berkata sebelum 29 April dulu PRU pada pendapat beliau akan diadakan Jun ini. Namun selepas tarikh tersebut (Bersih 3.0) secara peribadi beliau berpendapat Perdana Menteri terpaksa memikirkan banyak kali dan mungkin menganjakkan tarikh tersebut lebih lewat.
Sumber HD : 2/05/2012

Khas untuk mereka yang takutkan gaji daripada Allah
06 Mei 2012 |
A: Seorang perompak besar, penipu pilihanraya, catur penindasan sistematik, menggunakan segalanya untuk memihak kepadanya, asalkan benda yang berpihak kepadanya difatwakan sebagai adil.
Mereka yang lebih takutkan kehilangan gaji daripada Allah:
Diam seribu bahasa.
B: Beranikan diri melawan ketidakadilan A. Menggadai titik peluh dan darah untuk memberitahu A, cukuplah menipu - nak lawan, lawan dengan cara adil. Beranikan diri menghadiri perhimpunan yang digelar haram oleh A dan orang agama A. Menjaga kelakukan daripada 8am ke 3pm memastikan himpunan aman dan mesej disampai pada A bahawa mereka serius menuntut perubahan. Melarikan diri apabila pihak A bertindak ganas. Dipukul, dihina, diseksa, diburu, dikecam oleh pihak A yang menguasai segalanya.

Haram untuk sertai himpunan yang huru-hara.
Quran 55:5-13
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Quran 18:57
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
Inikah cara jaga nama baik agama dan kepentingan umat Islam?
Allah sudah memberikan akal dan panduan untuk kehidupan sementara kita di dunia ini. Pakailah sebaiknya untuk menilai. Jaga pemberian Allah dan jangan menghina pemberian Allah. Gunalah sebaiknya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Mei 2012
Sumber HD : 6/05/2012

Majlis Syura PAS sedang teliti senarai calon
Muhammad Faeez, | 07 Mei 2012 |
IPOH: Proses pemilihan calon PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 hampir selesai dan kini berada diperingkat akhir.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sehingga kini hampir kesemua calon di semua kerusi yang ditandingi PAS sudah disenaraikan.
Menurutnya juga, Majlis Syura sudah pun meneliti senarai nama yang dikemukakan di setiap negeri sebelum diputuskan oleh peringkat tertinggi parti itu.
“Boleh dikatakan hampir selesai, kita akan berbincang bersama Majlis Syura dalam masa terdekat sebelum diputuskan jawatankuasa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen PAS Perak Kali Ke-16 di Hotel Hillcity Ipoh, semalam.
Katanya, setiap kawasan telah menghantar sekurang-kurangnya dua nama dan ianya dipersetujui oleh Majlis Syura.
“Kami akan mengisytiharkan calon selepas parlimen dibubarkan kelak,” ujarnya.
Mengenai pembahagian kerusi, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan cuma ada satu dua negeri yang masih dalam perbincangan akhir.
“Tiada masalah besar dalam pembahagian kerusi ini, ianya dalam proses perbincangan dan akan selesai tidak lama lagi,” jelasnya.
Ketika ditanya mengenai manifesto Pakatan Rakyat, beliau berkata gabungan tiga parti sudah pun menyiapkannya dan hanya akan diumumkan menjelang pilihan raya.
Ini kerana katanya, kebiasaannya Umno akan meniru manifesto Pakatan Rakyat seperti yang terjadi kepada Buku Jingga.
Sementara itu, beliau menggesa kepada jentera seluruh jentera parti di seluruh negara untuk mengibarkan bendera parti bagi membina semangat dan momentum dalam suasana bahang pilihanraya yang semakin hampir.
Sumber HD : 7/05/2012

Cadangan PAS untuk jaga kredibiliti Majlis Fatwa
Harakahdaily, | 09 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS berpendapat Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan saluran media sendiri atau memaklumkan fatwanya melalui sidang media agar penjelasan terperinci diberikan dalam sebarang fatwa yang dikeluarkan.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan ini boleh mengurangkan salah lapor kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis yang mempunyai kedudukan tinggi di kaca mata umat Islam itu.
Perkara ini perlu agar badan itu kekal berwibawa dan tidak dipertikaikan sebarang fatwanya.
Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa haram untuk menyertai perhimpunan yang mencetuskan huru-hara dengan mengaitkannya dengan perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan pelbagai komentar dan kritikan.
“Sebagai seorang Islam, semua pihak boleh menyatakan pandangan dan kritikan. Tapi, fatwa terbaru ini yang turut dipertikaikan oleh golongan ulama perlu diberi perhatian,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata fatwa terbaru yang disebut Majlis Fatwa Kebangsaan bukanlah pelik atau bercanggah dengan nas.
“Inilah yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menyokong kenyataan tersebut, iaitu bahawa menyertai perhimpunan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara, merosakkan harta awam dan ketenteraman awam adalah bertentangan dengan Islam.
"Kenyataan ini tidak perlu dipertikai oleh mana mana pihak, dan PAS tidak pertikai kenyataan tersebut,” kata beliau.
Namun, tegas Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan ialah Majlis Fatwa seolah-olah menghukum ribuan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0 telah melakukan perkara bertentangan syarak.
Beliau menegaskan bahawa kehadiran seseorang dalam mana mana demonstrasi aman tidak bercanggah dengan hukum syarak lebih-lebih lagi, jika ianya adalah sebahagian dari penentangan terhadap kemungkaran sistem politik.
“Mungkar bukan hanya melibatkan minum arak, berzina atau merompak, malah sebenarnya mungkar yang lebih besar melibatkan sistem yang rosak, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa.
"Pilihanraya yang tidak adil, menipulasi daftar pemilih dan salahguna media awam adalah sebahagian daripada kemungkaran,” kata beliau.
Hadir Bersih 3.0
Atas dasar itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.
“Kekecohan adalah perkara mendatang. Ia dicipta oleh pihak tertentu yang menembak gas pemedih mata dan air asid kepada orang awam yang tidak melakukan sebarang rusuhan.
"Sebenarnya pencetus kekecohan adalah golongan yang melakukan kemungkaran dalam himpunan tersebut. Apatah lagi tindakan memukul, menyepak dan mendera orang ramai yang tidak melakukan sebarang keganasan yang jelas bertentangan dengan semua nilai sejagat,” kata beliau.
Sehubungan itu, tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan Majlis Fatwa yang dibuat berdasarkan maklumat tidak tepat, rakaman peristiwa yang telah diedit dan sebagai orang yang bukan berada di lapangan.
Fatwa tidak boleh dikeluarkan tanpa memahami realiti keadaan dan tujuan himpunan, apatah lagi apabila fatwa dibuat berdasarkan maklumat yang diseleweng oleh media tradisi dengan menggambarkan orang ramai yang membuat huru hara dan kekecohan, tambah beliau.
“Fatwa hanya melarang menyertai perhimpunan untuk menimbulkan huru hara dan keganasan. Siapa yang menimbulkan huru-hara sepatutnya diberi fokus; iaitu pasukan polis dan FRU yang mencetuskan suasana kecoh dan gawat.
"Tindakan ahli dan pengerusi Majlis Fatwa menggunakan media perdana menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai penyelewengan dari maksud sebenar,” kata beliau.
Sumber HD : 9/05/2012
Di sebuah kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya.
Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan. Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.
Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat.
Pelannya begini:
Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:
1. peniaga akan bayar balik sejumlah wang dan
2. "batu istimewa" akan dijualkan kepada pengguna - "batu istimewa" ini dijamin peniaga akan meningkat nilai pasarannya buat selama-lamanya.
Penduduk kena membeli "batu istimewa" ini yang diwar-warkan sebagai telur emas, dengan pinjaman atau duit sendiri.
Asalkan penduduk tidak menjual "batu istimewa" tersebut, "batu istimewa" tersebut akan menghasilkan wang tunai, sekiranya peniaga untung besar.
Di sebalik itu, yang tidak diketahui penduduk kampung tersebut ialah - peniaga yang mencagarkan tanah tersebut mendapat RM50. Yang diberi balik pada peneroka hanyalah RM15, bersama satu "batu istimewa" yang dijamin dapat membawa pulangan lumayan.
Ada pihak B yang kenali sikap peniaga ini cuba menasihati penduduk kampung ini, tapi penduduk kampung hanya nampak kebesaran RM15.
Pihak B memberitahu penduduk - faham maksud cagaran. Peniaga kaya itu memberitahu tanah itu masih milik penduduk kampung - betul kata pihak B, sekiranya tiada masalah berlaku.
Sekiranya apa-apa berlaku kepada peniaga kaya tersebut, tanah itu akan hilang daripada penduduk kampung, kerana ia hak milik orang lain, pihak yang membayar peniaga kaya untuk tanah itu.
Penduduk kampung yang tertarik dengan tawaran tersebut, disuruh menandatangani satu perjanjian secara cepat - di mana perjanjian tersebut tertulis "jika berlaku kerugian, penduduk kena tanggung semua, dan tak boleh saman peniaga."
Penduduk teruja dengan tawaran tersebut kerana tanah yang Allah kurniakan hanya dapat menghasilkan RM2 sebulan.
Kini, peniaga beri RM15 sekaligus, 7 bulan hasil. Tapi mereka lupa, RM15 ini sekali sahaja, RM2 yang dijana adalah berterusan sampai bila-bila sehingga generasi kedua atau ketiga.
Bukan main seronok penduduk berterima kasih kepada peniaga ketika menerima RM15. Tapi keperitan datang selepas setahun, dua apabila "batu istimewa" yang dijanjikan tidak mendatangkan hasil, tanah yang dicagarkan peniaga bukan lagi milik sendiri.
Peniaga berkata perjanjian dah kata dengan jelas, kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh penduduk kampung dan anda tak boleh saman.
Menangislah penduduk, menyuruh orang pihak B menyelamatkannya. Nak selamat macam mana?
Ini sekadar cerita luahan untuk renungan bersama. Alhamdulilah, ada masa untuk menceritakannya untuk dikongsikan.
------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Cerita untuk direnungkan para peneroka....
09 Mei 2012 |

Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.
Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.
Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.
Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.
Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.
Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.
Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.
Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.
Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.
“Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain,” katanya di hati.
Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.
Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.
Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!
Dia tersenyum lebar. Penduduk mula ternganga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.
Maka sampai masa dinanti nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.
Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.
Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!
Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, “Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!”
Serentak jawapannya “TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol.”
Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.
Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ini.....
Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.
-----------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Sumber HD : 9/05/2012
Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun

Apa fatwa perjanjian beli saham FGVH
Hazayani Zakaria, | 14 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mei: PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perjanjian pinjaman untuk pembelian saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang ditawarkan bank kepada peneroka Felda.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu meneliti isu ini kerana peneroka tidak memahami isi kandungan perjanjian yang menggunakan bahasa Inggeris.
"PAS pohon Majlis Fatwa Kebangsaan untuk teliti perjanjian yang ditandatangai peneroka Felda.
"Mereka buat pinjaman dalam keadaan mereka tidak memahami kandungan perjanjian, tidak tahu jumlah sebenar dan mereka tidak memahami implikasi risiko pada perjanjian itu," kata beliau pda sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam.
Tuan Ibrahim juga berkata, adalah menjadi tanggungjawab majlis fatwa untuk menegur dan berbincang dengan kerajaan berhubung perjanjian tersebut.
"Disebabkan majlis fatwa aktif dalam mengeluarkan fatwa sekarang ini, kita alu-alukan mereka berbincnag dengan kerajaan berhubung perjanjian ini," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Sebelum ini, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka 'dipaksa' menandatangani borang tersebut dengan gambaran ianya borang durian runtuh kepada peneroka.
Peneroka dipaksa menandatangani dokumen tersebut serta-merta tanpa boleh mendapatkan nasihat pihak kedua walaupun tertera dalam borang bahawa peneroka dinasihat mendapatkan nasihat peguam sebelum menandatanganinya.
Sebahagian besar bank menyediakan borang itu dalam bahasa Inggeris yang tidak difahami peneroka.
Sementara itu, PAS katanya sangat kecewa terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa peneroka yang membantah penyenaraian FGVH adalah 'haram jadah'
"Ianya istilah yang tidka sepatutnya dikeluarkan oleh perdana menteri.
"Soal ada peneroka yang tak setuju dengan penyenaraian itu hak peneroka kerana mereka nak jamin keselamatan masa depan pelaburan dalam KPF, dia ada hak bantah penyenaraian. Tapi durian runtuh semua peneroka berhak dapat," katanya.
Sumber HD : 14/05/2012

PAS kesal kerajaan gagal halang Irshad Manji
Anis Nazri, | 20 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.
Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-The Trouble With Islam Today.
"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau. Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya- Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.
"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.
Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.
Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.
"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT. Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.
Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.
Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.
Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.
Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.
Sumber HD : 20/05/2012

Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”
31 Mei 2012 |
Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.
Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.
Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.
Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.
Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:
Al-Baqarah: 250
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
Himpunan atau ijtimak ini mampu menyerlah model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat. Rakyat boleh bandingkan dengan Himpunan Sejuta Belia yang dicemari dengan pelbagai perkara tidak senonoh, malah mengakibatkan kemalangan dan kecederaan akibat keghairahan manusia bagi menterjemahkan keegoan dan kesombongan.
Himpunan Hijau ini merupakan himpunan bagi rakyat membanding, meneliti, menilai dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran Umno dan PAS.
Himpunan Hijau ini tidak disediakan pengangkutan, tiada duit poket, tiada penyediaan tempat tinggal - semuanya atas keringat usaha peserta sendiri bagi menterjemahkan kewajipan kita kepada jamaah, pengorbanan kita bagi mendaulatkan Islam.
Majlis ini tidak dihidang dengan konsert, perlumbaan kereta, artis berpakaian menjolok mata, tiada tarian dan nyanyian, yang ada adalah tangisan takut akan azab Allah, merayu pertolongan Allah bagi memelihara agama dan umat ini.
Himpunan yang jauh dari elemen maksiat dan kemungkaran ini akan menyerlahkan ketinggian akhlak para pekerja parti dan penyokong serta dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat kepada semua yang mengikutinya di sana dan juga siaran langsung di dalam pelbagai saluran media baru.
Himpunan Hijau terdiri dari pelbagai acara, bermula dengan mesyuarat khas pimpinan parti, taklimat tertutup kepada pimpinan seluruh negara, kuliah dan santai bersama Ustaz Azhar Idrus, disusuli dengan kuliah maghrib yang akan dipimpin oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Kemudian ia akan diikuti dengan Munajat Perdana dan berakhir dengan amanah khas pimpinan tertinggi PAS sebelum ditutupi dengan ikrar seluruh jentera dan ahli parti untuk tekad dan sedia mengharungi sebarang rintangan dan cabaran dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Marilah kita hadir beramai ramai bagi menyatakan kasih kita kepada Allah, kerinduan kita kepada Rasulullah s.a.w, kesungguhan kita menyaksikan kemenangan Islam. Semoga himpunan ini akan menyerlahkan satu perbandingan bagi dinilai oleh rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Mei 2012
Sumber HD : 31/05/2012
Sumber HD : 18/10/2012
Sumber HD - 18/10/2012
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud umpama 'orang takut kepada hantu'.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, hudud tidak pernah dilaksanakan.
"Kalau laksana pun orang bukan Islam tak terlibat jadi tidak perlu takut," katanya.
Beliau mengulas kenyataan kerabat Umno itu yang dibuat melalui video blognya kononnya 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika laksana hudud.
Ini termasuklah pekerja rumah urut, tempat perjudian Genting dan sebagainya.
Ekoran itu, Tuan Ibrahim juga menasihatkan Chua Soi Lek agar beliau kena bimbang keselamatan nyawa dan harta orang ramai bukannya membela penjenayah.
Meracau
Sementara itu, Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
"Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
Bagi beliau, kenyataan Chua Soi Lek bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam.
"Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaitan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali," soalnya.
Sehingga kini, katanya, belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama’ Muda UMNO. Kesemua mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
"Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini.
"Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaitan yang dikenali? saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya," kata Nasrudin (Gambar).
Ngo – ngo Islam juga diminta beliau agar jangan berpeluk tubuh.
"Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya," pinta beliau.
Baginya juga, Ngo – ngo Melayu juga selayaknya berperanan terutama JATI dan PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP.
"Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek?" soalnya.
Beliau juga mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian Alam ini.
"Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat di atas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau.
"Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka," katanya.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau diusia lewat.
Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu, katanya.
BERITA BERKAITAN
Sumber HD - 23-10-2012
(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United)
PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini.
Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat.
Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.
(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)
Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."
Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam.
"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam," seloroh beliau.
Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol, kemudian Hitea di Kg Biong, sauk.
Kuliah Maghrib pula di Kg luat Lenggong dan ceramah umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.
Sumber HD - 13-11-2012
Ucapan sempena Sambutan Tahun Hijrah 1434: 14-11-2012
Dato' TITM : https://www.youtube.com/watch?v=Ax8Wpjj8kZk&feature=g-high-u
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan tampil membalas mainan media terhadap isu doa kehancuran Umno BN di Himpunan Kebangkitan Rakyat sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu.
“Isu doa tak perlu jadi polemik. Kita harus beza doa kepada manusia dengan badan atau negara. Doa agar Umno tumbang, lemah dan lain-lain tidak bercanggah dengan syarak,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu tulisan di Facebooknya.
Tuan Ibrahim juga menyindir apakah orang mengharapkan PAS nak doa agar Umno menjadi kuat.
“Takkan PAS nak doa agar Umno kuat, Umno pun tak doa PAS agar kuat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Apapun, kata Tuan Ibrahim, PAS sentiasa mendoakan ahli Umno dan lainnya agar semua diberi petunjuk dan hidayah.
“Kita mencontohi Rasulullah bila mana Baginda mendoakan hidayah kepada kaum yang tidak mengetahuinya,” kata beliau.
Sementara itu, Nasrudin berkata doa itu hadir dari hati sanubari masyarakat yang tertindas sejak sekian lama.
“Hak mereka dinafi, sebahagian di tukar tempat kerja jauh ke pendalaman, terdapat yang dipenjara dibawah akta ISA, malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.
“Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila royalti dihalang. Semuanya Umno dan BN bertanggungjawab,” kata beliau dalam satu tulisan di Facebook.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata terdahulu doa ini telah dimakbulkan apabila Umno telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan Umno Baru.
“Semoga Umno dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli-ahli Umno dan BN supaya meninggalkan "kapal" yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.
“Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal Umno karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari kapal yang semakin dimasuki air dan bakal tenggelam itu,” kata beliau.
Sumber HD - 20-11-2012
Sumber HD - 28-2-2013
KUALA LUMPUR: Jangan anda terkejut seandainya BN mengumumkan penurunan harga minyak menjelang pembubaran parlimen ini.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man setelah kerajaan pimpinan Barisan Nasional baru-baru ini mengisytiharkan penurunan cukai kereta import dari Jepun dan Australia.
Semalam pula, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Ismail Sabri pula mengisytiharkan satu Malaysia satu harga, mirip penghapusan sistem kobotaj, bagi menghapuskan sistem dua harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“PAS yakin akan ada lagi beberapa peniruan idea manifesto Pakatan Rakyat akan ditiru oleh BN, memandang mereka telah kehabisan idea baru terutama yang melibatkan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan selepas pembentangan manifesto PR, kata Tuan Ibrahim, PAS yakin mereka akan meniru tanpa segan silu kerana tawaran PR telah terbukti mendapat sokongan rakyat.
Hujah Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, pengalaman PAS di Kelantan yang telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain akhirnya ditiru oleh kerajaan BN, walaupun di peringkat awal mereka mengecam PAS dengan pelbagai tuduhan.
“Bertolak kepada pengalaman tersebut, tidak mustahil mereka sanggup menurunkan harga minyak demi mendapatkan sokongan rakyat. Kita tetap dengan tawaran kita, berapa mereka turun sekalipun PR tetap akan menurunkan di bawah harga semasa apabila kita memenangi PRU akan datang,” tegas beliau.
Sumber HD - 20-3 2013

Tiada pilihan raya musim haji, selesai masalah
Anis Nazri, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada musim haji tahun ini.
Ia bagi memastikan jemaah haji yang terpilih dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih tenang dan selesa, tanpa dipinggirkan hak mereka untuk mengundi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.
"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.
Katanya, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.
"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya. Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji. Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini.
Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi.
Sumber HD : 12/06/2012

Tarikh PRU: Jangan resahkan 30,000 bakal haji
Harakahdaily, | 13 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini.
Jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.
“Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu,” keluh beliau.
Tuan Ibrahim berkata sebagai pengundi tidak seberat tekanan dibandingkan dengan seseorang yang dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya.
“Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Jika ini berlaku, Tuan Ibrahim berkata ia sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi.
“Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati,” kata beliau.
Tuan Ibrahim turut menyelar tindakan Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam menentukan tarikh pilihanraya.
“(Ini) telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar. Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak,” kata belliau.
Kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya, kata beliau membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN.
Sumber HD : 13/06/2012

PAS cabar pemimpin Umno tunai haji tahun ini
Basiron Wahab, | 22 Jun 2012 |
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar pimpinan Umno pergi menunaikan haji pada tahun ini jika mereka yakin pilihan raya tidak diberlaku dalam tempoh itu..
Katanya, ekoran kenyataanya meminta calon PAS serta jentera menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini, beliau telah diserang oleh pemimpin Umno serta kuncu-kuncunya.
“Saya cabar semua pemimpin Umno yang terlibat dengan pilihan raya supaya menunaikan haji kesemuanya jika Perdana Menteri tiada berhasrat untuk mengadakan pilihan raya pada musim haji,” tegasnya ketika berucap di Dataran Kerdau malam tadi.
Jelas beliau, ibadah haji ini boleh ditangguhkan atas sebab tertentu malah Rasulullah sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 hijrah sedangkan perintah haji turun pada tahun ke-6 hijrah.
Menurutnya, ada diantara kenyataan pemimpin Umno itu tersasar dan ada yang menyatakan dosa mereka yang menangguhkan haji akan ditanggong oleh Tuan Ibrahim.
Mengimbau sejarah tahun 1985, apabila Tun Mahthir mengadakan pilihan raya pada musim haji, ada seorang pemimpin Umno yang terpaksa pulang ketanah air walaupun dia sudah berada di Mekah.
“Kenapa pemimpin Umno tidak mempersoalkanya berbanding kenyataanya baru-baru ini,”soal beliau.
Menurut beliau, pemimpin tidak sepatutnya meletakkan rakyat dalam keadaan serba salah dan ini berpunca daripada kegagalan perdana menteri memuktamadkan tarikh pilihan raya lebih awal bagi memudahkan rakyat membuat perancangan untuk menunaikan ibadah haji.
Sumber HD : 22/06/2012

Rakaman manifesto akan jadi macam video Bersih
Harakahdaily, | 24 Jun 2012 |
KUANTAN: Saranan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof untuk semua parti politik memberi kerjasama dan mencuba dulu sebelum mempertikai dan sangsi dalam cadangan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM secara rakaman telah ditempelak PAS.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa kredibiliti BN yang teruk adalah sebab utama mengapa pembangkang menolak cadangan SPR untuk menyiarkan manifesto secara rakaman.
“Rekod BN yang tidak jujur dan beramanah adalah penyumbang terbesar mengapa bermungkinan besar manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagaimana video versi polis insiden Bersih 2.0,” kata beliau.
Tuan Ibrahim berkata soalan yang berlegar di minda rakyat kini ialah apakah jaminan rakaman tersebut tidak diedit dan dipotong mengikut kehendak BN seperti video Bersih 2.0.
“Bahkan perkara ini dijangka berulang di video Bersih 3.0 versi BN,” tambah beliau.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata tindakan membentang manifesto secara rakaman membuktikan kegagalan SPR bertindak dengan tepat dan adil dan memberi tekanan kepada kerajaan BN untuk memberi ruang yang adil kepada pembangkang.
Perkara double standard inilah katanya yang menimbulkan kemarahan rakyat. Bahkan, tuntutan Himpunan Bersih 3.0 salah satunya ialah media yang adil.
“Tindakan menyiarkan rakaman menifesto parti politik tidak lebih sekadar “gincu mulut” untuk mengaburi mata rakyat bahawa kerajaan BN sudah memberi ruang keadilan yang saksama pada pembangkang.
Kenyataan itu bakal menaikkan semula kemarahan rakyat yang hanya menunggu perisytiharan para pimpinan untuk himpunan selanjutnya menuntut pilihanraya bersih dan adil, kerana jelas kerajaan BN ini pekak,” tegas Tuan Ibrahim.
PAS, kata belilau menyokong kenyataan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dua hari lepas bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.
Mustafa berkata perkara tersebut tidak menepati tuntutan Bersih 3.0 dan sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum itu, Abdul Aziz Yusof berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
“Jadi, soalan yang ingin ditanya pada beliau ialah bagaimana pula SPR nak bertindak terhadap BN yang berkempen setiap hari dalam media perdana termasuk melancarkan serangan peribadi?
Sudah menjadi tradisi BN yang secara terangan melanggar akta pilihanraya yang hanya membenarkan kempen sehingga jam 12 malam hari terakhir. BN terus berkempen menggunakan alat media kerajaan sampai hari menggundi,” selar Tuan Ibrahim.
PAS, katanya tetap membantah siaran rakaman manifesto dan menuntut agar semua parti politik diberi ruang berkempen dalam media selama satu jam sehari dan membentang menifesto secara siaran langsung dan membanyakkan ruang debat dan dialog antara parti politik untuk dinilai oleh rakyat.
Sumber HD : 24/06/2012

Majlis media sosial jangan bersifat politik
Anis Nazri, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Idea penubuhan majlis media sosial disambut baik PAS, bagaimanapun ia perlu menjadi satu platform yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Ia juga perlu dilihat bukan hanya untuk memantau media sosial membabitkan pembangkang kerajaan, tetapi turut memantau media sosial yang bercanggah dengan norma-norma murni.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dengan pemantauan menyeluruh tanpa bersifat terpilih, idea ini perlu dilaksanakan secara serius.
"Mungkin ia idea politik, tapi kalau ia dijadikan platform yang betul-betul adil dan tidak berpihak, ia tiada masalah. Majlis sebegini pun wujud di negara-negara lain seperti Amerika.
Kita tidak mahu majlis ini hanya memantau tindakan pembangkang semata-mata, tapi dalam masa sama membiarkan sahaja 'pihak-pihak lain' berbuat apa sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim untuk menubuhkan sebuah majlis media sosial di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek, termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mencadangkan keahlian majlis itu perlu diwakili semua pihak, sama ada daripada kalangan kerajaan dan juga Pakatan Rakyat, selain NGO-NGO dan pihak-pihak berkaitan.
"Keahlian yang terbuka sebegini memberi ruang untuk semua pihak melontarkan pandangan bagi memastikan majlis itu satu platform yang serius dan tidak bersifat politik semata-mata, dan mampu memberikan manfaat bersama," tegas beliau lagi.
Rais dalam kenyataannya semalam, berkata majlis berkenaan juga boleh memainkan peranan dalam mempastikan kandungan media sosial di negara ini mencerminkan industri kandungan tempatan dan bukan semata-mata bergantung kepada negara lain.
Dengan adanya majlis itu juga, masyarakat akan mengetahui betapa pentingnya memahami apa yang menjadi salah di sisi undang-undang dalam dunia biasa adalah juga salah di sisi dunia siber.

Sumber HD : 12/07/2012
Imej polis tercemar kerana dakwaan ektremis
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 21 Jul 2012 |
PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.
Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.
Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.
Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat ysng kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.
Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan.
Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam.
PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.
Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau Kemas.
PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.
Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.
PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.
Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD : 21/07/2012
Sumber HD : 13/08/2012
Sumber HD : 18/08/2012
Sumber HD : 22/08/2012

Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB
Harakahdaily, | 21 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat.
“Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.
“Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan. Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak,” tegas beliau.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mencabar Sofian untuk mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam.
PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.
"Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS,” tambah beliau.
PAS, kata Tuan Ibrahim sentiasa menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti.
“Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus,” tambah beliau.
Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren, katanya adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.
“PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak,” sindir beliau.
Kata Tuan Ibrahim, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

TEMERLOH: PAS menegaskan akan memberikan sokongan terhadap cadangan untuk menghapuskan duit eksais ke atas setiap kereta sebagai langkah mengurang beban hutang isi rumah rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.
Cadangan mengurangkan harga kereta itu dibangkitkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pagi tadi. Rafizi berkata perkara tersebut akan menjadi satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Cadangan itu bersifat serampang dua mata, di mana rakyat dapat mengurangkan pengambilan hutang untuk membayar cukai yang dikenakan ketika membeli kereta, di samping meningkatkan pendapatan boleh guna seisi rumah, terutamanya bagi rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata duit eksais kereta sememangnya membebankan rakyat selama ini.
“Selama ini rakyat terpaksa membayar harga kereta bukan pada harga sebenar. Bahkan, perjanjian AFTA yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat dengan penurunan harga kereta, turut tidak memberi apa-apa makna kerana dasar duti tersebut,” kata beliau.
Duti eksais diperkenalkan pada tahun 2006 untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA) mengenakan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta.
Tuan Ibrahim juga berkata pengumuman itu sangat dinantikan oleh rakyat, namun memberikan amaran awal kepada rakyat supaya tidak terkejut dengan reaksi para pemimpin Umno.
“Jangan terkejut kalau pemimpin Umno sekali lagi akan mengatakan negara akan bankrap bila duti eksais dihapuskan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Rafizi berkata Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.
BERITA BERKAITAN
Harga kereta: Jangan terkejut Umno kata bankrapkan negara
Harakahdaily, | 24 Jul 2012 |

Pakatan kaji turunkan harga kereta
Sumber HD : 24/07/2012
Sedarlah Hisham kata Bersih haram ramai ditahan
Harakahdaily, | 25 Jul 2012 |
TEMERLOH: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Kuala Lumpur membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai pertubuhan haram sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan BN supaya tidak bertindak sesuka hati pada masa hadapan.
Ketika bercakap kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat masih ingat bagaimana deklarasi Bersih sebagai haram tahun lepas oleh kerajaan BN telah disusuli dengan pelbagai tindakan drastik seperti merampas baju kuning, sekatan jalanraya dan tindakan menangkap mereka yang menyertai Bersih dan memakai baju kuning menjelang perhimpunan 9 Julai 2011 yang digelar sebagai Bersih 2.0.
“Tindakan membuat pengisytiharan yang bercanggah dengan undang-undang sekurang-kurangnya menjadi satu peringatan masa depan, dan seharusnya beliau (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein) menyedari betapa ramainya peserta himpunan yang ditahan akibat pengisytiharan tersebut,” kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata walaupun keputusan mahkamah itu kini bersifat akademik kerana perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 telah berlalu, namun keputusan itu membawa erti yang amat besar kepada perjuangan rakyat dalam menuntut sebuah sistem pilihan raya yang adil dan bersih.
Dalam pada itu, jawatankuasa bertindak Bersih menyeru kerajaan BN untuk tidak merayu keputusan tersebut walaupun mengakui ia adalah hak untuk mereka melakukannya.
Mereka menyeru agar kerajaan BN menerima realiti politik tanah air dan bekerjasama dengan Bersih sebagai satu pertubuhan yang sah menuntut satu pilihan raya yang adil dan bebas atas pihak rakyat.
“Untuk kebaikan negara, kami secara ikhlas meminta mereka untuk tidak menfailkan rayuan dan menarik balik semua kes sivil terhadap kami kerana ia membazir duit rakyat,” kata Bersih dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa bertindak Bersih 2.0 mempunyai 14 anggota dan diketuai oleh Datuk Ambiga Sreevenasan dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Hishammuddin pula berkata kementeriannya akan berbincang dengan Peguam Negara untuk menentukan sama ada perlu menfailkan rayuan terhadap pembatalan deklarasi bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.
Bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar pula meremehkan tuntutan untuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin untuk meminta maaf terhadap Bersih dan peserta perhimpunan aman itu dengan menyatakan bahawa ia adalah dalam bidang kuasa Hishammuddin untuk melabelkan Bersih sebagai haram.
Sebelum ini, Najib juga telah menggelar peserta Bersih sebagai mufsidun.
Sumber HD : 25/07/2012

Apa yang bernilai?
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 27 Jul 2012 |
Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya.
Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.
Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa, akan tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat , yang semua tiada bernilai melainkan pahala.
Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.

Sumber HD : 27/07/2012
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.
Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.
“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat Kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.
"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.
Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana “sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti.”
Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.
“Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu,” kata beliau.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.
“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau.
Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.
“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sumber HD : 4/08/2012
Sumber HD : 10/08/2012
Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak
Harakahdaily, | 04 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.
Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.
“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat Kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.
"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.
Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana “sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti.”
Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.
“Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu,” kata beliau.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.
“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau.
Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.
“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sumber HD : 4/08/2012
Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?
Anis Nazri, | 10 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."
(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)
Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.
Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.
(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)
Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.
"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.
Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.
Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.
"Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau.
Tahaluf Siasi
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.
Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.
"PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR. Begitu juga DAP. Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.

Hudud: Mengapa tidak tegur Abdullah Saamah?
Harakahdaily, | 13 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa bersidang dan bukannya berdasarkan kenyataan peribadi satu dua mufti dan tidak membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana menolak pelaksanaan hukum Hudud.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana Umno dan MCA juga jelas menolak hukum hudud sebagaimana yang disebut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 September 2011 yang lalu.
Katanya, PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lepas.
“Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.
"Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain,” tegas beliau.
Dari sudut penolakan hukum Hudud, Tuan Ibrahim berkata penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.
Apa yang mendukacitakan, tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara dan bukan atas faktor lain.
“Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir.
"Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah,” tegas beliau.
Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama, tegasnya.
Kata Tuan Ibrahim, tiada yang perlu dipelikkan untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya.
Akan tetapi, penolakan hukum Hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan, kata beliau adalah semata-mata untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.
“DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk meregangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.
"Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam,” tegas beliau.

Hudud: PAS tetap minta Majlis Fatwa bersidang
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 13 Ogs 2012 |
Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Majlis Fatwa tidak akan membuat teguran kepada Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah yang membuat kenyataan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana DAP menolak hukum Hudud adalah fatwa yang betul dengan pandangan syarak, bakal mengundang pelbagai persoalan lain, kerana bukan hanya DAP yang menolak hudud bahkan secara jelas UMNO juga menolak hukum hudud, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 September 2011 (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/176760). Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi UMNO kerana menolak hukum Allah.
Bahkan bagi PAS dan umat Islam Malaysia, penolakan Umno sebenarnya jauh lebih besar kesalahan kerana mereka mempunyai kuasa pemerintahan bagi melaksanakan hukum tersebut, berbanding DAP yang menolak dalam keadaan tiada sebarang mandat untuk melaksanakannya.
Media pro UMNO sering cuba menghinakan di minda orang Melayu hubungan antara PAS dan DAP. Walhal hubungan UMNO-MCA adalah jauh lebih teruk – dengan presidennya yang pernah terpalit dengan masalah moral, mempertikai hukum bersalam lelaki perempuan bukan mahram, membuat komen buruk terhadap negara Islam dan pernah menghina hukum hudud sebegitu rupa sehingga melabel ianya sebagai penyebab negara mundur dan menyaman kerajaan negeri Kelantan untuk membanteras judi.
Bahkan, MCA memberi amaran kepada rakan sebarisannya Umno bahawa MCA akan menarik diri dari BN seandainya Umno berhasrat melaksanakan hukum hudud. Amaran tersebut disertai dengan anggapan bahawa ADUN Kemelah yang mencadangkan cadangan tersebut sebagai tidak berakal. Umno terus senyap, sedangkan sebelumnya pelbagai kenyataan sokongan kepada cadangan tersebut dikeluarkan.
Mengapa pula Umno tidak menarik diri daripada BN sebagaimana Umno sering menyuruh PAS untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat?
Sebelum PAS membuat hubungan tahaluf silasi dengan DAP, Umno sendiri, yang kononnya memperjuangkan Islam pernah membawa kes ke mahkamah untuk halang Hudud di Kelantan.
Berlatar-belakangkan itu, bilamana Mufti Perak menyatakan haram menyokong DAP kerana menolak hudud, maka rakyat mulai bertanya apakah pula hukum memberi undi pada Umno? Jika logik dan pembaris yang sama digunakan, maka tentulah juga haram dan berdosa.
Perdirian PAS dalam hal ini sungguh jelas bahawa sebagai umat Islam, kita wajib menerima dan berusaha agar hukum Allah dapat ditegakkan, kerana selagi ianya tidak tertegak, selama itulah umat Islam menanggung dosa.
PAS meminta Majlis Fatwa melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Sammah ini secara menyeluruh, bukan hanya setakat isu mengundi. Ia termasuklah kenyataan beliau bahawa DAP adalah kafir harbi, manakala MCA, MIC sebagai kafir zimmi.
Kerana mengkategorikan kafir harbi mempunyai implikasi yang besar dari sudut syarak. Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurus niaga, bahkan boleh memerangi mereka. Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari Majlis Fatwa, sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat.
Apa yang mendukacitakan ialah kegagalan Harussani melihat dan memahami secara dekat alasan DAP yang menolak hudud. Penolakannya atas alasan bercanggah dengan perlembagaan negara. Bukan atas faktor lain.
Maka faktor ini perlu diperbetulkan dengan prinsip Islam. Kerana faktor penolakan seseorang terhadap bukan hudud juga mempengaruhi hukuman. Kerana itu, Allah mengkategorikan golongan yang menolak ini sebagai fasiq, zalim dan kafir. Kalau yang menolak itu bukan Islam, apakah kategori mereka? Tentulah ianya diluar konteks ayat, kerana memang mereka tidak beriman dengan wahyu Allah.
Persoalan utama ialah bagaimana pula orang Islam yang menolak hukum Allah? Bagaimana kalau mereka rakyat biasa, yang jahil, yang mempunyai kuasa, yang alim tetapi degil, dan yang anti kepada hukum Allah? Tentulah hukum antara mereka gidak sama.
PAS tetap menuntut Majlis Fatwa segera bersidang bagi mengkaji keseluruhan kenyataan dari Abdullah Samaah yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia itu. Sebenarnya masih banyak kenyataan beliau yang jelas memperlekeh Rasulullah dalam bentuk senda gurau, sinis, dan melampau yang boleh dilihat dalam pelbagai blog.
Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain.
Tiada yang pelik untuk DAP dan sebilangan rakyat bukan Islam menolak hukum Hudud setelah Umno-BN sendiri merosakkan imej Islam untuk 5 dekad lamanya. Penolakan hukum hudud oleh DAP sering diperbesarkan di media pro-BN, manakala penolakan MCA dan Umno disorokkan semata-mata adalah untuk menyerang PAS, yang Umno tahu lawan terbesarnya di medan politik pada PRU-13.
DAP menang, Umno tak semestinya tumbang. PAS menang, maka sudah pasti Umno akan tumbang bersama BN. MCA tidak boleh diselamatkan lagi maka Umno mengambil keputusan demi survival politik untuk merenggangkan lagi hubungan antara kaum untuk menjaga undi Melayu-Islam dalam taktik politik terbarunya.
Umat Islam diharap dalam membuka mata jelas dalam isu ini – munafik dan hipokrit sebenarnya adalah ancaman terbesar kepada Islam.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
13 Ogos 2012

Berhari raya dengan mesej bawa perubahan
Khairil Abdul Rahim, | 18 Ogs 2012 |
TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan hari raya Aidilfitri kali ini dijadikan hari ziarah menziarahi sambil menyebarkan maklumat dan memujuk rakyat bagi menjayakan perubahan menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.
Berucap dalam perutusan rayanya, Ketua Penerangan PAS Pusat itu mengharapkan PRU kali ini menjanjikan perubahan kepada sebuah politik baru dengan sebuah negara yang bebas sesuai dengan fitrah manusia.
Katanya, Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan Allah mengingatkan fitrah manusia ialah taat, patuh dan tidak mensyirikkan Allah.
“Tidak lama lagi negara kita akan berhadapan satu pilihan raya yang amat penting yang kita harap menjanjikan perubahan kepada sebuah politik baru negara kita, politik yang mengajak rakyat untuk membersihkan nilai-nilai yang bertentangan dengan fitrah manusia. Kita perlu bina sebuah negara yang bebas rasuah, penyelewengan, ketamakan dan kerakusan.
“Kita perlu membina sebuah negara yang mengabdikan diri kepada Allah dengan pengabdian tersebut menterjemahkan bahawa pengutusan Nabi Muhammad ialah membawa rahmat kepada sekelian alam.
“Mari kita kita terjemahkan Islam begini kepada rakyat, mari kita ajak masyarakat kita, mari kita bergerak kepada perubahan tersebut,” ujarnya.
Mengenai pentingnya berlaku perubahan di Pahang, beliau berkata negeri yang luas ini mempunyai sumber hasil yang sangat banyak, punya sumber ekonomi yang sangat teguh tetapi gagal diuruskan dengan bail oleh kerajaan yang ada.
“Di Pahang ada sesuatu yang tidak wujud di negeri-negeri lain. Umpamanya kita ada tanah-tanah tinggi yang cantik, kita punya pantai yang begitu indah, kita miliki tasik-tasik yang menarik. Kita juga punya sumber ekonomi yang kuat dengan hasil hutannya (balak), dengan hasil bijih dan dengan hasil pertaniannya (ladang komoditi).
“Sepatutnya Pahang yang mewah ini berjaya mengangkat kedudukan negeri dan memajukan rakyat, berbanding dengan rakyat yang sedikit. Tapi sayangnya kita gagal memanfaatkan sumber tersebut dengan seoptimum mungkin sehingga Pahang kini berada pada tahap yang kritikal dengan hutang terkumpul lebih daripada RM2 bilion,” jelasnya.
Tambah Tuan Ibrahim, pada waktu yang sama dapat dilihat pembangunan yang berjalan dalam negeri ini tidak menjurus kepada yang sepatutnya dinikmati.
Justeru beliau mengharapkan dengan mood perubahan yang sedang dirasai di seluruh negara, Pahang juga akan bergerak kepada perubahan tersebut sebagaimana negeri-negeri lain telah melalukan perubahan dalam PRU ke 12.
“Dan kita harap perubahan tersebut bermula daripada pertemuan pada hari raya untuk kita ziarah sambil sebarkan maklumat kita pujuk mereka ajak marilah sama-sama kita bergerak kepada perubahan tersebut.
“Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Pesuruhjaya PAS negeri, anggota Badan Perhubungan dan seluruh ahli PAS Pahang mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang khususnya, seluruh negara amnya mudah-mudahan hari raya dapat dijadikan pemangkin bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita, maaf memaafi, ziarah menziarahi dan kemuncak kita harapkan perubahan jiwa, semangat dan jihad yang kita bina dapat diteruskan selepas Ramadan,” katanya.

Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud
Harakahdaily, | 22 Ogs 2012 |
TEMERLOH: PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.
“Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.
Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya.
Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.
Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.
“Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina,” kata Tuan Ibrahim.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam.
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.
“Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.
Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan.
“Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya,” tegas Tuan Ibrahim.
“Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang,” tambah beliau.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut.
“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno.
“Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.

Himpunan bantah guna sianida di Raub 2 Sept
Khairil Abdul Rahim, | 27 Ogs 2012 |
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh pencinta alam sekitar agar menyertai Himpunan Hijau Raub pada 2 September ini di Taman Tasik, Jalan Bukit Koman bermula jam 2 petang.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, perhimpunan tersebut penting bertujuan menuntut dihentikan penggunaan bahan kimia berbahaya sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.
“PAS Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Raub kerana memberi kebenaran perhimpunan di samping bersedia mengawal lalu lintas semasa perhimpunan.
“Perhimpunan Hijau yang dianjurkan Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO seluruh negara mensasarkan kehadiran 5,000 orang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam.
Tambahnya, selepas perhimpunan aman itu seramai 8 orang ahli jawatan kuasa bertindak akan bergerak menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan lombong emas Bukit Koman.
“PAS berharap pengurusan syarikat lombong emas dan pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isi tuntutan memorandum tersebut itu nanti,” katanya.
Lombong emas Bukit Koman diusahakan oleh Raub Australian Gold Mine (RAGM) telah menggunakan sianida dalam proses pengekstrakan emas yang membahayakan nyawa.
Sejak mula beroperasi pada Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran jatuh sakit, khususnya Kampung Bukit Koman yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit melampau, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan bahan kia tersebut.
Namun semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya malah kerajaan terus membenarkan kilang tersebut beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.
Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Raub Dr Nilam Manaf, meminta orang ramai supaya datang awal kerana PAS Raub akan mengadakan jamuan terbuka Aidilfitri pada sebelah pagi bertempat di Markas Gali Tengah.
Sumber HD : 27/08/2012

Majlis Syura: ‘Syaitan dikenali' menangis
Harakahdaily, | 10 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Tindakan dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak PAS mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan semalam dalam isu yang sengaja digembar-gemburkan mengenai Ustaz Nasharuddin Mat Isa benar-benar mengecewakan musuh.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.
Ekoran itu, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan tidak terkena perangkap-perangkap yang dipasang oleh musuh dengan gempuran media mereka.
“Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.
Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.
"Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu,” kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan agar semua ahli dan pimpinan jangan menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana musuh kini sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.
“Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh,” nasihat beliau.
Selain jangan bersangka buruk pada orang lain, Tuan Ibrahim turut menasihatkan agar semua jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.
“Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.
"Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kaedahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh cita rasa akan berbeza.
"Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh,” tambah beliau.
Sumber HD : 10/09/2012
Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza.
Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh.
Pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu samada dalaman PAS atau Pakatan Rakyat.
Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.

Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu.
Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan benar-benar mengecewakan musuh.
Tindakan ini menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.
Masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan.
Kerana itu, jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana mereka sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.
Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh.
Biasa kita dinasihati jangan bersangka buruk pada orang lain.
Akan tetapi diingatkan juga agar jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 September 2012
Sumber HD : 11/09/2012
Sumber HD : 22/09/2012

'Syaitan yang dikenali' menangis
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 11 Sep 2012 |
Janganlah kemarahan kamu kepada sahabatmu menyamai kemarahanmu pada musuhmu, kerana kemarahan kepada sahabat kerana kecintaan kamu kepadanya, sedangkan kemarahan kamu kepada musuhmu adalah kerana kemurkaan Allah kepadanya.
Lantaran itu, menghadapi kesilapan sahabat tentulah tidak sama kardahnya menghadapi musuh. Perasaan kita turut berubah dan seluruh citarasa akan berbeza.
Lantaran itu juga, janganlah kita bergembira di atas dukacita sahabat, dan jangan pula bersedih di atas kegembiraan musuh.
Pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu samada dalaman PAS atau Pakatan Rakyat.
Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak. Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah.
Dengan objektif sedemikian, mereka memasang pelbagai perangkap bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.
Alhamdulillah, PAS dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu.
Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan benar-benar mengecewakan musuh.
Tindakan ini menyebabkan ‘syaitan yang dikenali' menangis, manakala 'para malaikat yang tidak dikenali' insya Allah akan gembira.
Masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan.
Kerana itu, jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang sengaja dilontar oleh musuh, kerana mereka sangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.
Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkan kita gagal mengenali mana sahabat dan mana musuh.
Biasa kita dinasihati jangan bersangka buruk pada orang lain.
Akan tetapi diingatkan juga agar jangan melakukan perkara yang menimbulkan buruk sangka orang lain terhadap diri sendiri.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 September 2012
Sumber HD : 11/09/2012
Petanda jelas BN sudah nak jatuh, apa dia
Harakahdaily, | 14 Sep 2012 |
TEMERLOH: Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.
“Apakah petanda itu?
“Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.
Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.
“Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tambah beliau.
Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.
Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.
“Di waktu yang sama, PAS melihat ini antara tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tegas beliau lagi.
Kata Tuan Ibrahim, Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya "Sesungguhnya Allah akan menolong agamanya melalui tangan-tangan yang jahat di kalangan kamu.”
“Kejahatan ini memberi ruang kepada rakyat untuk menilai, menghalusi dan meneliti apakah layak golongan samseng ini diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan negara. Inilah akibat golongan yang hanya mengenali syaitan tetapi tidak mengenali malaikat,” tambah beliau.
Sumber HD : 14/09/2012

Amerika perlu diajar hormat agama, budaya kita
Harakahdaily, | 22 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Dua perkara perlu diajar pada Amerika Syarikat – pertama belajar menghormati agama lain dengan menjaga sensitiviti penganut agama tersebut, kedua, belajar memahami budaya dan asas protokol dalam negara ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran tindakan tidak bertamadun Kedutaan Amerika yang mengutuskan Ketua Pengawal Keselamatan untuk menerima memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims semalam.
“Tindakan mengutus ketua pengawal keselamatan Pejabat Kedutaan untuk menerima memorandum ribuan rakyat negara ini adalah sikap kurang ajar dan biadab. PAS melahirkan kekesalan di atas kebiadaban ini yang gagal memahami budaya dan adab setempat,” tegas Tuan Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata oleh kerana sebab-sebab di atas, Amerika wajar belajar dan membuang ego yang ada.
Semalam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan turut melahirkan rasa kesal terhadap apa yang disifatkannya layanan buruk oleh Kedutaan Amerika kerana tidak menghantar wakil kedutaan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil dari PAS, PKR dan wakil badan bukan kerajaan.
"Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.
Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata himpunan semalam sangat berjaya sehingga kedutaan terpaksa ditutup sebagaimana dimaklumkan.
“Isu ini telah menyatukan seluruh dunia Islam tanpa mengira mazhab, fahaman politik dan sempadan geografi.
PAS menggesa umat Islam mendalami sirah Rasulullah mengenali Baginda dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang dibawa Baginda,” katanya.
“Bukanlah kecintaan itu dengan kamu hanya melaungkan cinta, namun kamu melakukan perkara yang dibenci Baginda," tambahnya.

Kajian rakyat yakini PR selari dengan realiti
Salmiyah Harun, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat selari dengan realiti yang berlaku di luar sana.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat suasana di peringkat rakyat ternyata wujud gelombang perubahan yang sangat besar khususnya kepada Pakatan Rakyat.
Cuma, katanya, rakyat sedang tertunggu-tunggu bila parlimen akan dibubarkan memandangkan 'mood' perubahan rakyat telahpun berlaku.
"Perubahan rakyat dari semasa ke semasa telah berlaku, malangnya mereka tidak boleh menterjemahkan perubahan itu sebab parlimen belum dibubarkan," katanya kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim percaya, antara faktor besar yang mendorong kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rayat termasuklah perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan selepas memberi peluang 55 tahun kepada BN mentadbir negara.
Di tambah pula, katanya kejayaan yang ditunjukkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut mempengaruhi negeri- negeri lain untuk turut sama membuat perubahan.
Penyelewengan yang sangat ketara berlaku misalnya dalam kes NFC, katanya cukup memberi kredit kepada Pakatan Rakyat apabila rakyat cukup terkesan kerana ia membabitkan dana rakyat.
"Berbanding isu Anwar naik jet mewah, rakyat tidak terkesan sebab jet itu adalah hak peribadi bukannya duit rakyat. Ini bukan isu teras. NFC duit rakyat. Ini mempengaruhi persepsi pengundi," katanya.
Bagaimanapun, beliau turut menasihati kerajaan PAS Kelantan agar memberi perhatian terhadap kajian tersebut yang melaporkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu agak menurun.
"Bagi kita kajian ilmiah ini perlu diambil penting untuk buat agenda bertindak seterusnya, dan Pakatan Rakyat pula jangan ambil selesa dengan kajian ini dan perkemaskan strategi untuk capai matlamat kita," katanya.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Kajian terbaru yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dibuat pada 1 -16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.
Sumber HD : 26/09/2012
Kurangkan harga baja secara sistematik dan kurangkan monopoli.
Mereka tidak akan memberi imbuhan duit, tetapi mereka akan melaksanakan perubahan pada sistem...
Petani menjadi sangat keliru dengan dua-dua tawaran terbabit. Tuan Tanah Lama asyik menghasut bahawa tawaran Tuan Tanah Baru tidak boleh dilaksanakan, dan imbuhan yang mereka berikan cukup lumayan.
Tuan Tanah Baru pula mengingatkan petani, masalah mereka tidak dapat diselesaikan dengan menerima sejumlah duit - kerana duit yang diterima hanyalah sementara, pendapatan mereka tetap tidak cukup kerana kos akan sentiasa meningkat di bawah Tuan Tanah Lama. Tawaran mereka, ya, tidak diberi imbuhan wang, tetapi segalanya adalah berkisarkan untuk mengurangkan kos-kos yang menghimpit kehidupan mereka.
Petani harus berfikir sejenak:
1. Jika mereka menerima tawaran Tuan Tanah Lama, adakah masalah yang mereka hadapi sekarang tidak akan lagi berulang pada tahun kedua? Ya, tahun pertama mereka akan berasa lega sedikit, tapi tahun kedua dan ketiga bagaimana pula? Dapatkah mereka menyewa lebih banyak tanah untuk diusahakan pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya? Sudah 50 tahun keadaan tidak berubah... apakah ini akan berubah?
2. Apa pula yang petani dapat daripada Tuan Tanah Baru? Kos baja yang semakin menurun maka kos makanan menurun, kos cangkul menurun, lebih banyak pendapatan dapat disimpan pada tahun pertama, kedua dan ketiga, maka lebih banyak tanah yang disewa maka lebih pendapatan yang dapat dijana pada tahun-tahun berikutnya... Apabila lebih banyak tanah disewa, maka Tuan Tanah Baru juga mendapat untung yang lebih untuk cover pengurangan kos... Ya, ia tidak pernah dicuba, tapi apakah ia tidak berbaloi untuk dicuba untuk sekali ini?
Jika anda adalah petani tersebut, siapa yang anda patut pilih? Ambillah analogi ringkas ini untuk bandingkan apa yang ditawar BN dan PR dalam belanjawan mereka - dan buatlah keputusan dengan bijak.
Sekadar celoteh pagi Isnin. Jika ok, kongsilah dengan rakan-rakan di luar sana. Senyum.

Susah ke nak faham bajet BN vs PR... baca ini
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, | 01 Okt 2012 |
Alkisah seorang petani -- kehidupannya diringkaskan seperti di bawah.
Pendapatan --> Hasil tanaman bergantung pada harga pasaran
Apa yang diperlukan untuk mendapatkan pendapatan (kos)
Tanah --> disewa daripada tuan tanah
Air --> bil air dibayar ke tuan tanah
Cangkul tempatan --> harga pasaran berdasarkan harga import cangkul luar negara oleh tuan tanah
Baja --> harga pasaran berdasarkan tuan tan
ah
Makanan seharian --> harga pasaran bergantung pada nilai baja
Petani ini hidup di tanah Tuan Tanah Lama yang juga pengeluar baja - akan tetapi pemerintah tidak dapat mengurangkan harga baja, malah harga meningkat.
Disebabkan itu, kos makanan seharian juga meningkat kerana kos tanaman sayur-sayuran dan hasil buah meningkat kerana harga baja.
Kadar air pula tinggi dan tanah yang disewa tetap perlu dibayar sewa.
Lebih sedih, harga cangkul tempatan tinggi disebabkan tuan tanah mengenakan cukai lebihan pada cangkul yang diimport daripada luar negara kononnya untuk melindungi pasaran harga cangkul tempatan.
Apabila kos semakin meningkat, duit dalam tangan petani semakin berkurang.
Pada satu hari, datang seorang Tuan Tanah baru untuk mengurangkan beban petani.
Tuan Tanah Lama takut kehilangan petani ini mengisytiharkan:
Imbuhan duit sekaligus RM500 untuk membeli cangkul.
Imbuhan duit sekaligus RM250 untuk membeli baja.
Mengurangkan sewa tanah sebanyak 1 peratus untuk tahun depan.
Ingat, duit Tuan Tanah Lama datang daripada mana? Daripada petani juga - daripada harga cangkul, harga baja, bil air dan sewa tanah - jadi imbuhan tersebut hanyalah menggunakan duit petani untuk dipulangkan kepada petani sebagai imbuhan.
Tuan Tanah Baru pula memberitahu petani baru:
Mengurangkan cukai pada cangkul, dengan ini harga cangkul tempatan akan jatuh.
Free air - 20m3 pertama.

Sumber HD : 1/10/2012
Laporan Audit sedarkan dari ‘candu’ bajet Najib
Harakahdaily, | 01 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan gula-gula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menumpukan kepada pemberian one-off merupakan gambaran ketandusan idea seorang pemimpin bagi memakmurkan ekonomi rakyat, menjana pendapatan dan mencari jalan bagi menerajui masa depan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan mengurniakan pembayaran one-off hanya menggembirakan penerima untuk sementara waktu, sedangkan peningkatan kos hidup terus bertambah dan seluruh rakyat menerima bebanan berterusan.
Ini, katanya umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang.
Menurutnya, asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.
“Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian one-off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Kini, ujar beliau rakyat menanti pembentangan laporan audit negara yang sepatutnya dibekalkan bersama kepada seluruh ahli parlimen sewaktu pembentangan belanjawan.
Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara yang sengaja digagalkan untuk dikemukakan oleh kerajaan, menyebabkan analisa belanjawan hanya tertumpu apa yang diumum tanpa melihat sejauh mana ketirisan, penyalahgunaan kuasa, dana dan kemampuan urus tadbir oleh kerajaan BN.
“Laporan Audit ini bakal menjadi ubat penyedar kepada mereka yang terkena ‘candu’ yang ditanam dalam bajet Najib,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Ini kerana, tambah beliau Laporan Audit dua tahun kebelakangan ini mendapati betapa kerajaan yang ada gagal melakukan pembaikan, walaupun ianya ditegur setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.
BN, katanya sudah tentu ingat bagaimana mereka hampir tidak melakukan apa-apa dalam isu NFC, berdiam seribu bahasa dalam isu pembelian komputer RM40,000 dan juga binokular bernilai RM56,350.
Justeru, ujar beliau rakyat seharusnya berfikir secara serius berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai betapa perlunya sebuah kerajaan baru yang lebih amanah bagi menerajui masa depan negara dan bukannya berdasarkan candu racun yang ditanam dalam bajet untuk menang pilihanraya Barisan Nasional.

Bonus 1.5 bulan: Bayar dahulu baru mohon?
Harakahdaily, | 02 Okt 2012 |
TEMERLOH: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan kerana sudah ada bonus yang telah dibayar sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan Jumaat yang lalu.
“Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada bulan Ogos lalu, manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat,” soal Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
Berlatarbelakangkan demikian, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan mana yang digunakan untuk bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu.
“Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan.
"Apakah ia telah masuk di dalam peruntukan tambahan tahun ini? Kalau begitu, tak perlulah dinyatakan dalam pembentangan belanjawan 2013,” kata beliau.
Namun, kata Tuan Ibrahim, sekiranya ia menggunakan Belanjawan 2013, maka persoalannya ialah pembayaran yang telah dibuat menggunakan dana dari mana.
“Lebih elok perkara ini ditanya dan dijawab oleh ahli-ahli parlimen dalam perbahasan bajet memandangkan pembentang bajet sudah menghilangkan diri daripada parlimen,” sindir beliau merujuk kepada ketidakhadiran Najib dalam perbahasan bajet oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Sekiranya peruntukan untuk membayar bonus adalah daripada Belanjawan 2013, Tuan Ibrahim menyoal mengapa Najib perlu menebal muka untuk mengumpulkan bonus yang telah dibayar dengan bonus tahun depan bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi.
“Tindakan ini tidak lebih dari usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan BN sangat prihatin kepada kakitangan awam.
"Kalau begitu, lebih baik kalau beliau campurkan semua bonus-bonus sejak Merdeka sampai kini, barulah rakyat terbeliak biji mata melihat slogan Janji 55 tahun sudah ditepati,” sindir beliau lagi.
Sumber HD : 2/10/2012

Halakan senapang kepada musuhmu...
Harakahdaily, | 10 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya "Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu."
Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini.
“Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun,” tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya.
Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.
Sumber HD : 10/10/2012

Jika tak mahu bantu, jangan pula menyusahkan
Harakahdaily, | 11 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menasihati seluruh ahlinya agar 'tidak sesekali menyusahkan' perjuangan parti sekalipun tidak mahu membantu perjuangan ini.
Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam madahnya berbentuk nasihat pagi ini.
Madahnya berbunyi "Orang tua tua berpesan, kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sebuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah"
“Maknanya kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sebuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi masalah.
"Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu,” kata beliau.
Tuan Ibrahim berkata nasihat itu adalah sesuatu yang amat indah untuk direnungi.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mengingatkan agar para pimpinan dan ahli PAS agar jangan menyusahkan perjuangan ini tatkala seluruh jemaah sedang bertungkus-lumus untuk memenangkan perjuangan Islam.
“Di waktu para sahabat, pimpinan dan ahli bertungkus lumus untuk memenangkan perjuangan Islam, jangan pula ada di kalangan kita yang menyusahkan perjuangan ini,” tegas beliau.
Semalam, beliau turut menasihatkan semua ahli dan pemimpin PAS supaya menghalakan senapang dan peluru kepada musuh bukan kepada kawan, walaupun tiada peluru di dalamnya."
Bagi beliau, tiada apa yang perlu diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan.
Sumber HD : 11/10/2012
KUALA LUMPUR: Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya.
Justeru, PAS mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.
“Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ini, katanya kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km sejam dan ianya sangat tidak masuk akal.
“Kereta lembu pun lebih laju dari itu,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.
Menurutnya, lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak.
Bayangkan, ujar beliau kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
“Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
“Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya,” katanya.
PAS, ujarnya mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
“PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.
“Beri kami satu peluang untuk buktikan,” ujarnya.

AES: Kereta lembu pun lebih laju dari itu
Harakahdaily, | 18 Okt 2012 |

AES: Mana prinsip rakyat didahulukan?
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 18 Okt 2012 |
Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya.
PAS mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.
Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya.
Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km sejam dan ianya sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu.
PAS meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak.
Bayangkan kalau hanya dalam masa 8 hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibendung, sudah pasti ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.
PAS mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan menindas rakyat akan diteliti semula.
Beri kami satu peluang untuk buktikan.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Oktober 2012

Soi Lek umpama 'orang takut hantu'
Harakahdaily, | 18 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap hudud umpama 'orang takut kepada hantu'.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, hudud tidak pernah dilaksanakan.
"Kalau laksana pun orang bukan Islam tak terlibat jadi tidak perlu takut," katanya.
Beliau mengulas kenyataan kerabat Umno itu yang dibuat melalui video blognya kononnya 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika laksana hudud.
Ini termasuklah pekerja rumah urut, tempat perjudian Genting dan sebagainya.
Ekoran itu, Tuan Ibrahim juga menasihatkan Chua Soi Lek agar beliau kena bimbang keselamatan nyawa dan harta orang ramai bukannya membela penjenayah.
Meracau
Sementara itu, Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
"Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
Bagi beliau, kenyataan Chua Soi Lek bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam.
"Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaitan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali," soalnya.
Sehingga kini, katanya, belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama’ Muda UMNO. Kesemua mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
"Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini.
"Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaitan yang dikenali? saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya," kata Nasrudin (Gambar).
Ngo – ngo Islam juga diminta beliau agar jangan berpeluk tubuh.
"Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya," pinta beliau.
Baginya juga, Ngo – ngo Melayu juga selayaknya berperanan terutama JATI dan PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP.
"Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek?" soalnya.
Beliau juga mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian Alam ini.
"Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat di atas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau.
"Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka," katanya.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau diusia lewat.
Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu, katanya.
BERITA BERKAITAN
Hudud hilang pekerjaan 1.2 juta rakyat: Soi Lek dibantah
Sumber HD - 18-10-2012
“Bebanan kerja yang berat akan dirasai ringan, bila mana kita seronok melakukannya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan.
Justeru, baginya institusi keluarga kini semakin pincang kerana terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.
Mutakhir ini, ujarnya terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.
“Lebih malang, apabila berlaku penempatan baru kakitangan tidak mengambil kira faktor ini menyebabkan ada suami bertugas di Semenanjung, manakala isteri bertugas di Sabah atau Serawak.
“Bahkan ada suami berulang alik antara Kedah dan Pahang, Melaka dan Perlis dan selainnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Keadaan ini, tambah beliau menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.
Menurutnya, bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi.
Bahkan, kata beliau ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.
Sumber HD - 19-10-2012
Masalah penjawat awam kerja berjauhan keluarga
Harakahdaily, | 19 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meneliti persoalan penjawat awam yang berjauhan keluarga secara dekat kerana soal kebajikan kakitangan bukan sahaja pemberian bonus kakitangan, elaun dan gaji tetapi yang lebih utama ialah suasana kerja yang selesa dan menyeronokkan.
“Bebanan kerja yang berat akan dirasai ringan, bila mana kita seronok melakukannya,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan.
Justeru, baginya institusi keluarga kini semakin pincang kerana terdapat pelbagai kes di dalam sistem perkhidmatan negara yang tidak mengambil kira soal kebajikan dan status keluarga.
Mutakhir ini, ujarnya terdapat banyak aduan melibatkan pertukaran atau penempatan kakitangan perkhidmatan awam yang tidak mengambil kira lokasi kerja antara suami dan isteri, sehingga mereka terpaksa berjauhan.
“Lebih malang, apabila berlaku penempatan baru kakitangan tidak mengambil kira faktor ini menyebabkan ada suami bertugas di Semenanjung, manakala isteri bertugas di Sabah atau Serawak.
“Bahkan ada suami berulang alik antara Kedah dan Pahang, Melaka dan Perlis dan selainnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Keadaan ini, tambah beliau menyebabkan wujud pelbagai masalah rumahtangga, bebanan ekonomi, tekanan jiwa dan stres menyebabkan kualiti perkhidmatan awam terjejas. Bahkan terdapat pelbagai kes perceraian, perkelahian suami isteri dan lain berpunca dari tempat kerja berjauhan.
Menurutnya, bebanan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat menyebabkan suasana pekerjaan mulai berubah pada skala besar, di mana suami dan isteri terpaksa bekerja bagi menampung bebanan ekonomi.
Bahkan, kata beliau ada yang terpaksa sering melakukan kerja tambahan selepas waktu pejabat.
Sumber HD - 19-10-2012
Serangan: Jaga etika dan ingat Operasi Lalang
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.
“PAS perlu respons isu-isu dan serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.
"Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif,” nasihat beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata tujuan serangan adalah dengan harapan PAS “memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.”
“Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi,” kata beliau.
Tuan Ibrahim berkata kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.
“MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam,” tegas beliau.
Beliau juga mengingatkan bahawa Islam mengajar agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung dengan memetik firman Allah yang bermaksud, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.”
Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa serangan-serangan Umno-MCA-Perkasa mesti dibalas dengan hujah, berhemah dan tertib. Dan dengan itu tersendiri, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.
“Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam perjuangan. Respons dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah. Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau turut mengingatkan semua tentang Operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno.
“Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP,” katanya.

Syria: PAS cadang adakan p’raya dikendali OIC
Harakahdaily, | 01 Nov 2012 |
TEMERLOH: PAS berpandangan kemelut di Syria mesti diselesaikan melalui satu pungutan suara rakyat negara itu secara adil dan saksama.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, campurtangan kuasa asing bukan sahaja tidak menyelesaikan kemelut di negara iru malah hanya memburukkan lagi keadaan.
“Sebuah pilihan raya yang diselenggara oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mesti diadakan segera.
"PAS bertegas menentang sebarang campurtangan kuasa asing di Syria, samada ianya ditaja oleh kuasa barat atau timur,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
PAS, katanya melahirkan dukacita di atas tindakan badan dunia yang terus membiarkan kezaliman berlanjutan, sehingga mengorbankan ribuan nyawa rakyat Syria.
Kata Tuan Ibrahim, tindakan tersebut nyata sangat jauh bezanya dengan tindakan segera badan antarabangsa di Libya, Iraq dan Afghanistan.
“Sikap double standard ini akan hanya merendahkan martabat dan kedudukan badan dunia di mata umat Islam khasnya dan mereka yang cintakan keadilan dan kesaksamaan,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.
Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa pendirian rasmi PAS berhubung isu keganasan Bashar di Syria sangat jelas iaitu menentang kezaliman pimpinan Syria terhadap rakyatnya dan mendesak Bshar turun dari tampuk pemerintahan.
"Kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat. Dan kita tidak sesekali menyokong kezaliman ke atas rakyat Syria.
"Bahkan kezaliman pemimpin ke atas rakyat sendiri adalah malapetaka besar yang sering berlaku di dunia Islam semata-mata dalam usaha mempertahankan kekuasaan yang ada,” tegas beliau.
Bagi mana-mana ahli PAS yang memberikan pendapat yang berbeza dengan parti dalam isu Syria, Tuan Ibrahim berkata itu hanya pandangan peribadi mereka.

Sumber HD - 1-11-2012
“Bahkan, apa yang sering ditimbul bukanlah dasar tetapi soal strategi parti. Strategi parti boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan dan suasana, manakala dasar parti tetap tidak berganjak,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.
Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa dasar PAS untuk memperjuangkan Islam tidak pernah berubah kerana perubahan yang melibatkan dasar parti mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak atau usul yang diterima dalam muktamar parti.
Sehingga kini, kata Tuan Ibrahim, tiada sebarang perubahan yang melibatkan dasar parti yang berjuang berpaksi kepada al-Quran dan Hadis.
“Apakah dasar Islam yang parti telah diubah sehingga mereka membuat pelbagai tuduhan?
“Sebenarnya tiada. Jika gabungan PAS bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat tidak kuat dan tidak menjadi satu ancaman kepada kesinambungan pemerintahan Umno BN, serangan sedemikian tidak akan wujud,” kata beliau yang juga ahli Majlis Syura.
Beliau dipercayai sedang memberi respons kepada tindakan segelintir ahli PAS yang kecewa di dalam satu forum di Selangor, yang secara terbuka menuduh parti telah menyimpang daripada perjuangan Islam dan menyeru parti mengkaji semula hubungan politik bersama DAP.
Beliau berkata serangan datang bila mana PAS mula mendapat sokongan daripada kalangan bukan Islam dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS serta wujud kerjasama kukuh bersama Pakatan Rakyat.
“Pelbagai alasan ciptaan musuh mula dimainkan dan digempurkan semula oleh golongan yang kecewa di dalam PAS. Golongan ini telah menjadi alat kepada Umno sama ada secara sudi, sedar atau sebaliknya. Jika mereka boleh memikir secara mendalam, sepatutnya serangan dan saranan agar kembali kepada Islam ditujukan kepada Umno, parti yang sedang memerintah,” kata Tuan Ibrahim.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyeru agar seluruh jentera parti tidak terganggu dengan kemuncup dalam perjuangan ini.
Beliau turut menyatakan kenyakinannya terhadap kefahaman dan pengetahuan ahli PAS dapat membezakan usaha licik musuh bagi melemahkan kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat ‘yang sudah hampir pasti menggantikan Umno BN yang kini berulat dengan korupsi melampau jika PRU13 diadakan sekarang’.
“Ahli parti mesti sedar ucapan mereka ini hanya bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat bagi menolak kerajaan BN dan Umno. Seperti kata Saidina Ali ‘kalimah yang benar, tetapi tujuannya ialah bathil’,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa penganjuran program sedemikian adalah satu ‘fenomena biasa’ menjelang pilihan raya umum.
“Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.
Sumber HD - 12-11-2012
PAS, PR tidak diserang jika tidak ancam Umno BN
Harakahdaily, | 12 Nov 2012 |
TEMERLOH: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak daripada landasan asal perjuangan.

Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim
Harakahdaily, | 13 Nov 2012 |
(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United)
PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini.
Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat.
Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.
(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)
Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."
Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam.
"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam," seloroh beliau.
Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol, kemudian Hitea di Kg Biong, sauk.
Kuliah Maghrib pula di Kg luat Lenggong dan ceramah umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.
Sumber HD - 13-11-2012
Ucapan sempena Sambutan Tahun Hijrah 1434: 14-11-2012
Dato' TITM : https://www.youtube.com/watch?v=Ax8Wpjj8kZk&feature=g-high-u
Umno pun tak berdoa supaya PAS kuat
Harakahdaily, | 20 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan tampil membalas mainan media terhadap isu doa kehancuran Umno BN di Himpunan Kebangkitan Rakyat sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu.
“Isu doa tak perlu jadi polemik. Kita harus beza doa kepada manusia dengan badan atau negara. Doa agar Umno tumbang, lemah dan lain-lain tidak bercanggah dengan syarak,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu tulisan di Facebooknya.
Tuan Ibrahim juga menyindir apakah orang mengharapkan PAS nak doa agar Umno menjadi kuat.
“Takkan PAS nak doa agar Umno kuat, Umno pun tak doa PAS agar kuat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Apapun, kata Tuan Ibrahim, PAS sentiasa mendoakan ahli Umno dan lainnya agar semua diberi petunjuk dan hidayah.
“Kita mencontohi Rasulullah bila mana Baginda mendoakan hidayah kepada kaum yang tidak mengetahuinya,” kata beliau.
Sementara itu, Nasrudin berkata doa itu hadir dari hati sanubari masyarakat yang tertindas sejak sekian lama.
“Hak mereka dinafi, sebahagian di tukar tempat kerja jauh ke pendalaman, terdapat yang dipenjara dibawah akta ISA, malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.
“Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila royalti dihalang. Semuanya Umno dan BN bertanggungjawab,” kata beliau dalam satu tulisan di Facebook.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata terdahulu doa ini telah dimakbulkan apabila Umno telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan Umno Baru.
“Semoga Umno dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli-ahli Umno dan BN supaya meninggalkan "kapal" yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.
“Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal Umno karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari kapal yang semakin dimasuki air dan bakal tenggelam itu,” kata beliau.
Sumber HD - 20-11-2012
Isu doa petanda Umno dalam ketakutan
Harakahdaily, | 22 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Menghangatkan isu doa menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
“Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain). Semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia. Doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi PAS,” kata Tuan Ibrahim.
Isu doa yang dibaca oleh oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat dalam Munajat Perdana anjuran PAS Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kerana doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan.
Bahkan, katanya tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.
“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah. Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga mengingatkan bahawa Umno bukanlah parti Islam dan terdapat pelbagai tindakan parti Umno yang terang-terangan bertentangan dengan peraturan dan ajaran Islam.
“Perdana Menteri dari Umno juga secara terang terangan menolak hukum hudud, memberi lesen kepada perkara yang diharamkan Allah, membenarkan amalan riba dalam institusi perbankan serta menambahkan lesen perjudian yang jelas diharamkan oleh syarak dan pelbagai tindakan zalim lainnya.
"Zalim bukan sahaja membunuh dalam tragedi Memali yang sehingga kini belum diadili. Tetapi sebesar-besar zalim bilamana menolak hukum dan peraturan Allah,” tegas beliau.
Hujah beliau, isu doa diperbesarkan oleh Umno kerana Muktamar PAS berjaya memberi impak politik besar bilamana Ucapan Dasar Presiden PAS diterima oleh orang ramai dan deklarasi harta oleh Ketua Pemuda PAS berjaya menaikkan imej PAS di mata rakyat.
“Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti. Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM kesemuanya bukanlah dasar parti,” terang beliau.
Adalah pelik, kata Tuan Ibrahim, seandainya sesebuah parti meminta parti lawan menjadi kuat dan gagah, sedangkan PAS telah dizalimi sebegitu lama terutamanya di Kelantan.
“Orang yang bermain bola pun mendoakan pasukan lawannya lemah, dan kalah inikan pula parti politik yang sentiasa berlawan sejak lebih 50 tahun,” sindirnya.
Di penamat kenyataannya, Tuan Ibrahim sekali lagi berkata PAS menyeru seluruh ahli melakukan solat hajat, munajat dan mendoakan kemenangan PAS dan Umno berjaya dikalahkan dalam PRU akan datang di samping doakan untuk saudara Islam di Palestin, Gaza, Myanmar.

Sumber HD - 22-11-2012
TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.
“Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata beliau.
Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.
“Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.
Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.
Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.
(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam. Foto The Star)
"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.
"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.
Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.
"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.
"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.
Sumber HD - 29-11-2012
KLANG: PAS hari ini mengadakan Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia yang berlangsung di Hotel Goldcourse di sini.
Ianya adalah satu inisiatif Lajnah Penerangan PAS Pusat untuk memberi kefahaman mengenai kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini agar saling memahami antara satu sama lain.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seminar ini juga penting bagi menangkis tohmahan dan taktik pihak tidak bertanggungjawab yang suka melaga-lagakan antara kaum untuk kepentingan politik.
“Seminar ini adalah bertujuan untuk menghilangkan ketakutan pada 13 Mei. Ianya medan untuk berterus-terang dan memahami budaya pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia,” kata Tuan Ibrahim dalam ucapan pembukaan majlis pagi ini.
Turut bersama dalam seminar ini ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chow dan timbalan Bala Subramaniam, AJK DHPP negeri-negeri dan wilayah, semua ketua penerangan PAS kawasan, ketua Lajnah Perpaduan Nasional negeri dan kawasan.
Program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang ini itu disertai lebih 200 peserta setakat ini.
Beberapa kertas kerja juga akan dibentangkan dalam program ini hari ini.
Antara pembentang utama pagi ini Prof Dr Sufian Husein dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan membentangkan tajuk “Memahami budaya masyarakat Melayu Islam dalam konteks pemikiran politik di Malaysia.”
Kertas kerja kedua pula bertajuk “Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan Melayu dalam PRU” yang akan dibentangkan oleh tiga wakil kaum iaitu Tuan Ibrahim sendiri, bekas editor Merdeka Review Lim Hong Siang dan Kaunselor Berdaftar UPM A Rajaretinam.
Exco pendidikan Selangor Dr Halimah Ali dijangka memberikan ucapan penutup petang ini.
Sumber HD - 8-12-2012
Kenyataan empat Menteri BN, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas Dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) adalah tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa radioaktif kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu akan dieksportkan.
Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri.
1. Kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.
2. Kerajaan mesti menuntut surat atau dokumen perjanjian daripada Lynas untuk mengesahkan mereka sudah menjumpai negara yang sanggup menerima sisa-sisa radioaktif tersebut.
3. Kerajaan juga mesti menuntut Lynas memperjelaskan bagaimana syarikat tersebut mengatasi kekangan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya ke negara lain seperti yang dinyatakan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad dalam laporan Guang Ming Daily.
Apakah Menteri Pahang sanggup berjanji sekali lagi untuk telinganya yang satu lagi dipotong dan terjun Sungai Pahang sekiranya Lynas gagal mengeluarkan apa-apa dokumen rasmi perjanjian, pelan dan negara mana yang sanggup menerima sisa toksik kilang LAMP?
Keadaan ini mesti ditangani segera, kerana bahan mentah nadir bumi telahpun sampai di kilang, dan syarikat Lynas akan memulakan operasinya. PAS Pahang ingin tegaskan bahawa kerajaan mesti bertegas dalam soal keselamatan rakyat dan risiko dari projek ini.
Rakyat Pahang khasnya bimbang sisa tersebut akan tetap berada di Pahang, kerana tiada negara sanggup menerimanya, sedangkan syarat lesen operasi ialah sisa toksik mesti dibawa keluar dari negara ini.
Rakyat tidak akan teragak agak untuk berkumpul di hadapan kilang Lynas, sekiranya kilang ini memulakan operasinya tanpa menjelaskan ke mana sisa ini akan dihantar.
Rakyat Pahang ingin melihat surat rasmi dari Lynas dan kesediaan negara mana yang sanggup terima sisa bahaya ini. Ketiadaan negara sanggup menerima sisa membuktikan ianya bahaya bagi alam sekitar dan manusia, dan inilah yang rakyat perlu memahami kenapa Pakatan Rakyat bertegas menentang projek ini.
Tanpa surat rasmi akan timbul persoalan dan spekulasi - jika tiada negara yang sanggup menerimanya, dan demi meneruskan operasi harian untuk mematuhi syarat TOL, apakah ada kemungkinan sisa toksik Lynas dibuang ke perairan laut antarabangsa di Laut China Selatan sebagai langkah mudah?
Sumber HD - 11-12-2012
Kenyataan ugutan Shahrizat bayang ketakutan
Harakahdaily, | 29 Nov 2012 |

Saling fahami budaya, hilangkan ketakutan 13 Mei
Harakahdaily, | 08 Dis 2012 |

Lynas: Adakah MB Pahang sanggup potong telinga?
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 11 Dis 2012 |
Kerajaan Persekutuan BN dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.
Kenyataan empat Menteri BN, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli Datuk Seri Douglas Unggah Embas Dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) adalah tidak mencukupi tanpa menuntut Lynas untuk menyatakan dengan jelas di mana sisa radioaktif kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu akan dieksportkan.
Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri.
1. Kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.
2. Kerajaan mesti menuntut surat atau dokumen perjanjian daripada Lynas untuk mengesahkan mereka sudah menjumpai negara yang sanggup menerima sisa-sisa radioaktif tersebut.
3. Kerajaan juga mesti menuntut Lynas memperjelaskan bagaimana syarikat tersebut mengatasi kekangan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya ke negara lain seperti yang dinyatakan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad dalam laporan Guang Ming Daily.
Apakah Menteri Pahang sanggup berjanji sekali lagi untuk telinganya yang satu lagi dipotong dan terjun Sungai Pahang sekiranya Lynas gagal mengeluarkan apa-apa dokumen rasmi perjanjian, pelan dan negara mana yang sanggup menerima sisa toksik kilang LAMP?
Keadaan ini mesti ditangani segera, kerana bahan mentah nadir bumi telahpun sampai di kilang, dan syarikat Lynas akan memulakan operasinya. PAS Pahang ingin tegaskan bahawa kerajaan mesti bertegas dalam soal keselamatan rakyat dan risiko dari projek ini.
Rakyat Pahang khasnya bimbang sisa tersebut akan tetap berada di Pahang, kerana tiada negara sanggup menerimanya, sedangkan syarat lesen operasi ialah sisa toksik mesti dibawa keluar dari negara ini.
Rakyat tidak akan teragak agak untuk berkumpul di hadapan kilang Lynas, sekiranya kilang ini memulakan operasinya tanpa menjelaskan ke mana sisa ini akan dihantar.
Rakyat Pahang ingin melihat surat rasmi dari Lynas dan kesediaan negara mana yang sanggup terima sisa bahaya ini. Ketiadaan negara sanggup menerima sisa membuktikan ianya bahaya bagi alam sekitar dan manusia, dan inilah yang rakyat perlu memahami kenapa Pakatan Rakyat bertegas menentang projek ini.
Tanpa surat rasmi akan timbul persoalan dan spekulasi - jika tiada negara yang sanggup menerimanya, dan demi meneruskan operasi harian untuk mematuhi syarat TOL, apakah ada kemungkinan sisa toksik Lynas dibuang ke perairan laut antarabangsa di Laut China Selatan sebagai langkah mudah?
Sumber HD - 11-12-2012
Penangguhan AES, GST, cukai tel pra-bayar hanya sementara?
Harakahdaily, | 20 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Jangan seronok dengan penangguhan sistem AES (Automated Enforcement System), GST (cukai barangan dan servis), tarif elekrik, cukai telefon pra-bayar dan sebagainya kerana ini semuanya bersifat sementara saja sehingga BN berkuasa lagi.
“Kesemua ‘hadiah penangguhan’ ini hanya menanti keputusan pilihanraya umum sahaja sebelum ditarik balik.
"Kalau keputusan menyebelahi BN, maka semua yang ditangguhkan ini akan dikuatkuasa semua, dan rakyat akan terus terbeban dengan pelbagai peraturan yang menyusah dan tidak masuk akal,” Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) memberikan peringatan kepada rakyat dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim turut berkata bahawa disebabkan PRU13 dianggap sebagai pilihanraya umum yang paling penting dalam sejarah negara, maka banyak projek mega untuk kroni terpaksa ditangguh dahulu kerana BN khuatir ia akan menjadi peluru bagi PR.
“Rakyat mempunyai kuasa memilih, samada ingin peraturan yang membebankan mereka diterus atau dibatalkan sahaja. Mengekalkan BN bermakna penangguhan sementara akan dikuatkuasa semula, atau menumbangkan BN, maka peraturan itu akan terus dibatalkan,” tegas beliau.
Mengulas mengenai penangguhan sistem AES, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata kemelut itu bukti jelas kepada rakyat untuk melihat caca-merba yang sedang melanda Malaysia.
“Walaupun Menteri Pengangkutan serta anggota kabinet telah berulang kali menyatakan AES tetap akan dilaksanakan, namun terkini ia ditangguhkan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Yang aneh menteri putus untuk laksana, manakala peguam negara boleh batal arahan menteri. Inilah caca-merba yang sedang melanda Malaysia,” kata beliau.
Beliau turut menyindir bahawa situasi ini menimbulkan kekeliruan terhadap “siapa buat polisi dan siapa pelaksana polisi” dan untuk menyelesaikan situasi ini adalah “lebih baik salah seorang letak jawatan.”
“Kalau kira patut peguam negara kerana melanggar arahan menteri, tetapi kalau difikir semula arahan peguam negara dijadikan keputusan, bukan arahan menteri, maka eloklah menteri tu letak jawatan,” kata beliau.
Sebelum ini, atas bantahan rakyat dan desakan PRU13, kerajaan BN telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan GST, cukai telefon pra-bayar dan kenaikan tarif elektrik sehingga selesainya PRU13.
Dua hari yang lalu, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya semua prosiding kes saman di mahkamah melalui AES digantung serta merta kerana timbul pelbagai masalah yang lain, meskipun saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) serta Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) terus komited dalam usaha mendesak kerajaan menghapuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Sumber HD - 20-12-2012

Presiden PAS diserang kerana nama dicadang sebagai PM
Harakahdaily, | 20 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' dipercayai dibuat semata-mata kerana ada ura-ura nama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri (PM).
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memang menjadi tradisi bahawa sesiapa sahaja selain Umno yang disebut-sebut menjadi calon perdana menteri akan diserang habis-habisan.
“Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai PM.
"Kini Tuan Guru Haji Hadi pula diserang, sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi PM,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, doktrin Umno di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri gagal apabila timbul isu Presiden PAS disebut sebagai calon PM.
“Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden PAS pula.
"Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau, kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai PM, akan menjadi sasaran serangan media BN,” kata beliau lagi.
Tuan Ibrahim juga mengimbau kembali sejarah pertubuhan al-Arqam yang diserang habis-habisan setelah mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
“Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah sahaja. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri.
"Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana disebut untuk menjadi PM,” kata beliau.
Justeru katanya, rakyat mempunyai satu peluang yang cerah untuk menghentikan mitos bahawa jawatan perdana menteri ini hak eksklusif Umno sahaja dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

Selepas Selangor, sampai giliran kerajaan BN Pusat pula
Harakahdaily, | 24 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS meminta semua rakyat menghukum kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat pula dalam pilihan raya umum akan datang setelah menghukum kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya umum lalu.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah ini perlu untuk membolehkan rakyat negara ini turut menikmati apa yang telah dinikmati oleh rakyat Selangor sekarang selepas mereka menghukum kerajaan BN Selangor dalam pilihan raya lalu.
Umno Selangor baru-baru ini mengakui kesilapan lampau mereka yang lalu dan menegaskan bahawa rakyat Selangor telahpun menghukum mereka, oleh itu tidak perlu untuk dibangkitkan isu-isu lama.
Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hukuman rakyat kepada Umno-BN di Selangor adalah satu tindakan yang tepat.
Ini kerana, hasil tindakan ini telah membebaskan mereka untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik, kebajikan rakyat dan peningkatan sumber hasil negeri hasil daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.
“Oleh itu, kini sampai pula giliran rakyat menghukum kerajaan Pusat yang juga diterajui oleh kerajaan Umno-BN.
"Untuk menikmati ‘pembebasan’ dan kenikmatan manis yang dirasai rakyat yang berada di negeri Pakatan Rakyat, rakyat perlu bangkit menghukum kerajaan pusat pula,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim berkata permohonan maaf Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cukup untuk rakyat mengembalikan sistem negara yang telah parah ini.
Umno-BN, katanya, akan mengulangi kesilapan yang sama kerana dasar dan kepimpinan mereka tetap kekal di takuk lama menyebabkan permohonan maaf Najib tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah.
“Walaupun menerima kemaafan sikap terpuji, bukanlah bermakna kita perlu serahkan negara kepada Umno-BN. Berapa ramai orang memohon maaf, tetapi mengulangi semula kesilapan lampau?” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
“Apa lagi kerajaan yang korup, salah guna kuasa, menzalimi rakyat dengan pelbagai sistem yang menekan rakyat sendiri, merompak wang royalti negeri Kelantan dan pelbagai kesalahan lagi. Kini sampailah giliran rakyat menghukum kerajaan Pusat di atas kesalahannya,” tegas Tuan Ibrahim.
Setelah ditekan dengan isu-isu membolot tanah dengan harga murah, Mohamad Zain telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat Selangor pada pilihanraya 2008 yang lalu.
Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama.”

Sumber HD - 24-12-2012
Kak Ros dan Din Pak adalah jiran. Kak Ros adalah seorang taukeh tanah dan Din Pak cumalah seorang petani yang miskin.
Din Pak seorang yang relaks dan gembira sentiasa. Mindanya tenang dan aman. Pada waktu malam, Din Pak tak tutup pintu mahupun tingkat ketika tidur. Tidurnya cukup nyenyak setiap malam. Meskipun miskin, beliau mempunyai satu kehidupan yang aman dan tenang.
Kak Ros pula sebaliknya – beliau sentiasa hidup dalam keadaan tension. Pintu dan tingkap rumahnya selalu menjadi tumpuan pada waktu malam – beliau mesti memastikannya ditutup berlapis-lapis. Beliau tidak tidur lena kerana sering terbayang ada perompak yang bakal masuk ke rumah untuk mengambil duitnya.
Kak Ros amat iri hati dengan ketenangan yang dinikmati oleh Din Pak.
Satu hari, Kak Ros memanggil Din Pak dan memberikannya satu kotak penuh dengan duit kertas berjumlah RM40 juta.
“Din Pak, kawanku, saya dikurniakan kekayaan melampau kerana mahir menabung dari kecil. Tapi saya dapati Din Pak dalam kemiskinan. Ambillah duit tak seberapa ini dan hiduplah dalam kemakmuran,” kata Kak Ros kepada Din Pak.
Din Pak cukup gembira dengan duit hadiah tersebut. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih pada Kak Ros. Din Pak dan senyuman dan kegembiraannya cukup terpancar di siang hari.
Malam mendatang, Din Pak hendak tidur seperti biasa. Tapi hari ini, beliau tidak dapat tidur. Beliau bangun dan sembahyang sunat, tapi masih tidak dapat tidur.
Beliau pergi menutup pintu dan tingkap. Masih tak boleh tidur. Beliau lihat pada kotak duit RM40 juta yang diberi Kak Ros. Satu malam beliau terganggu dalam tidur beliau.
Sejurus solat subuh, Din Pak terus mengambil kotak duit RM40 juta ke rumah Kak Ros. Beliau memberi balik kepada Kak Ros.
“Wahai kawanku. Ya saya dalam kemiskinan. Tapi kotak duit ini telah merompak ketenangan hidup saya semalam. Maafkan saya, dan ambillah balik duit ini,” kata Din Pak yang mengejutkan Kak Ros.
Pengajaran: Lu fikirlah sendiri malam ini ya…
Senyum
* Petikan dari facebook penulis.
Komen terhadap tulisan ini
Alkisah Kak Ros dengan Din Pak…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 26 Dis 2012 |

- Saidah Hairan tabung dari kecil mcm pernah ku dgr ayat itu.... kekayaan tidak menjanjikan ketenangan....
- Putera'YangTerasing-DalamSepi Mencari'PetunjukIllahi-DanKini TakSendiri'LagiDalam-Arungi Hdup'DiAlam-FanaIni sambungan
kak ros menggunakan duit itu membeli cincin.. -Tamat- - Insan Biasa Bahasa tak penting janji penyampaian secara ringkas & mudah difahami oleh semua orang. Ayat panjang berjela pun tak guna kalau tak baca. Harta ni kita kena jaga sebab tu takut orang ambil. Kalau ilmu dia yang jaga kita.
- Muhamad Faiz Pandai cerita ustaz. Memang patut jadi pensyarah dulu. Tentu untung sapa jd cucu ustaz. -anak muda sokong ustaz
- Anggerik Desa sama lah kisah nyer dgn individu yang berhutang dan yg tidak berhutang.... aman nyer hidup tanpa perlu membayar hutang kan!!!!
- Jamilatul'aini Husna cerita ini memang bagus menasihati kita bhw harta tak smstix bs hidup bahagia.Tapi bhsx sprti anak kecil br bljr menulis
- Anwar Ibrahim ~ Lawan Tetap Lawan http://www.facebook.com/anwaribrahimlawantetaplawan2012?ref=hl
::::::::::::::::::سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي::::::::::::::::::::::
salam pakatan,anda mahu pentadbiran yang baru??anda mahu pemimpin yang baru??apa lagi likes la this pages sebagai tanda sokongan anda,kamu semua adalah harapan malaysia TQ
::::::::::::::::::::::...VOTE FOR CHANGE...:::::::::::::::::::::::: - Leen Hassan Kekayaan tu klu dikongsi bersama barulah hidup semua org tenang...
Tkde sape pn akan terfikir utk merompak/dirompak.... - Syam Dak Bee Pee nape kak ros x menikah je dgn pak din tu.lau dah nikah mesti dua dua tido lena pnya bila dah pnat bedayung...bru la bdn cergas minda cerdas...bole cari kekayaan lagi...
- Abu Usamah Widiyastanto Ni kisah benar ke hanya rekaan sahaja? Kalau ini adalah kisah benar, boleh kita ambil iktibar...
- Jamilatul'aini Husna Tak ada ke usaha memperbaiki ejaan bahasanya yang hancur-hancuran begini. anak TK lebih fasih berbahasa dengan baik
- Tebo Puteh hahaha... steady ustaz! tu nsb bk cincin xjd msuk.(da di seludup msuk kot) klu x kompom 1 batalion UTK kena kawal umah Kak Ros. hahaha...
- Dzul Fauzi HR Nama penuh Kak Ros apa ya?Kalau kekayaan itu dari sumber yang 'tak bener' kata orang Indon, lagilah tak tenang.
- Sumber HD -26-12-2012
PAS sokong Presiden jelas isu ‘Amanat Hadi’
Harakahdaily, 29 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyokong penuh hasrat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.
Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’, kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau mengulas kesediaan Tuan Guru Abdul Hadi untuk memberikan jawapan dalam isu 'Amanat Hadi' yang dimaikan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim (gambar kanan) berkata, isu ini dimainkan ekoran ada cadangan agar Abdul Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri.
"PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai.
"Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden PAS untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi beliau, adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.
"Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama," tegas beliau yang merupakan bekas pensyarah pendidikan Islam Universiti Teknlogi Mara (UiTM) itu.
Beliau seterusnya mempertikaikan, kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan.
"Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung.
"Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan," katanya.
LAPORAN BERKAITAN
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
Sumber HD - 29-12-2012
Pampasan: Kementerian perlu jelaskan pendedahan Nizar
Harakahdaily, 18 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mendesak Kementerian Kewangan menjelaskan berapakah jumlah sebenar pampasan yang dibayar kepada mangsa Landasan Keretapi Maut oleh Kerajaan Jepun, sekiranya mereka mendakwa memo kementerian yang diterima seperti yang didedahkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah dipalsukan.
“Kalau jumlah RM207 bilion itu didakwa palsu dan tidak benar, berapa jumlah sebenar?” tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau berkata kerajaan BN tidak boleh berlepas tangan membiarkan mangsa yang kini hidup menderita akibat kekejaman tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua,
Katanya, semua mangsa dan waris berhak mengetahui dan mereka mempunyai hak perundangan dan syarat di atas wang tersebut.
“Kerajaan BN jangan hanya menunjukkan baik dengan pelbagai bantuan menjelang PRU, andainya wang pampasan mangsa tidak dikembalikan. Kerajaan BN sepatutnya merasa malu apabila kedutaan Jepun menulis surat bertanyakan hal tersebut kerana ia melibatkan maruah negara,” kata beliau.
Kini, kata Tuan Ibrahim mangsa juga berhadapan dengan berita yang sangat menyedihkan bilamana wang sepatutnya dibayar kepada mereka telah disalahgunakan oleh kerajaan bagi membina projek perkapalan MISC sebagaimana didakwa (merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh “11/05/2007” bertajuk “Kes Tuntutan Buruh Paksa”).
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_05.htm.#ixzz2I6nZYP4O
Dalam laporan tersebut, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek berkata wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
PAS, kata Tuan Ibrahim, akan terus menuntut penjelasan dan desakan sehingga wang pampasan tersebut dikembalikan kepada yang berhak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.Sumber HD - 18-1-2013
Alkisah seorang budak nakal…
-, 25 Jan 2013
Seorang pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah. Amin suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya.
Selepas tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar, tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka.
“Saya tak mahu. Nanti sakit jantung,” kata Puan Halimah.
“Saya tak mahu. Dah serik setahun dengannya,” kata Cikgu Kamala.
“Jangan pandang saya. Kalau saya, saya dah tendang dia keluar,” kata Tuan Kassim.
“Tak apa saya ambil,” jawab Ustaz Ismail Nihat.
Semua menarik nafas lega, tapi sahabat baik Ustaz Ismail, Cikgu Timmy berkata, “Ustaz fikir baik-baik. Kena ada kesabaran tinggi untuk mengajar budak itu. Kalau tak tahan, ustaz tukar dengan saya.”
“Takkan budak ini saya tak dapat kawal hehehhe,” jawab Ustaz Ismail dengan berseloroh.
Malangnya, perbualan guru-guru itu telah didengari Amin. Amin berbisik di hatinya, “Ustaz Ismail nak kawal saya ya? Kita tengok siapa lebih hebat!”
Sesi persekolahan baru pun bermula, Amin memasuki kelas Ustaz Ismail.
Ustaz Ismail mengaturkan Amin duduk di barisan depan kelas.
Amin cuba buat perangai, tapi Ustaz Ismail tetiba bersuara…
“Saya nak cadangkan seorang pelajar untuk jadi Ketua Kelas. Dia ini keputusan tak berapa baik. Akan tetapi, dia pandai bergurau. Jika dia jadi Ketua Kelas, sudah tentu kita dapat senyum tiap-tiap hari,” kata Ustaz Ismail sambil menunjuk kepada Amin.
Para pelajar kelas Ustaz Ismail terus terdiam dan berbisik sesama sendiri.
“Orang macam dia pun, Ustaz pilih jadi Ketua Kelas? Ustaz tahu ke dia terkenal sebagai pelajar ternakal di sekolah.”
Amin yang muka kemerahan kerana segan hendak menolak tawaran, tapi Ustaz Ismail tidak memberi peluang…
“Jadi Ketua Kelas bukan lihat pada keputusan sahaja. Yang paling penting dia boleh jadi contoh kepada pelajar lain. Saya percaya Amin boleh melakukannya dan dia amat berpotensi. Apa kata kita beri dia satu peluang?”
“Baik ustaz,” jawab para pelajar. Kata-kata ini menyebabkan Amin terasa malu dan segan sehingga muka bertambah merah.
Akhirnya, Amin menjadi Ketua Kelas.
Besok harinya, apabila masuk ke kelas, pelajar mendapati Amin sudah berada di tempat duduknya dan tidak mengacau pelajar lain ketika Ustaz Ismail mengajar.
“Amin sudah tak buat perangai dan kacau orang?” tanya seorang pelajar bernama Zul yang selalu dibuli Amin.
“Saya Ketua Kelas. Saya perlu jadi contoh pada orang lain,” jawab Amin.
Apabila melihat Amin menumpukan perhatian di dalam kelas, seorang pelajar lain Jannah bertanya pada Amin, “Mengapa Amin tak perlekehkan ustaz seperti biasa sehingga cikgu menghalau Amin keluar?”
“Saya Ketua Kelas. Saya perlu jadi rajin dan bagus keputusan barulah orang lain boleh terima saya sebagai Ketua Kelas dengan hati terbuka ,” jawab Amin.
Peperiksaan menjelang dan keputusannya, Amin melonjak dari tangga terakhir di sekolah ke tangga ke 15.
“Dia meniru ke ustaz?” tanya Tuan Kassim pada Ustaz Ismail.
“Berdasarkan ketekunan dia, saya rasa keputusan ini benar. Ini memang hasil dia,” jawab Ustaz Ismail.
“Ustaz Ismail memang hebat,” kata Cikgu Timmy.
“Apa yang Ustaz buat kat dia?” tanya Puan Halimah.
“Dia nakal sebab ego nak perhatian. Saya bagilah dia dapat perhatian secukupnya sebagai Ketua Kelas. Kerana egonya, maka dia memaksa dia menjadi baik supaya orang tak kata dia tak layak jadi Ketua Kelas. Sama seperti najis binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak menyenangkan pandangan. Jika ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak pokok yang berbuah,” jawab Ustaz Ismail sambil tersenyum.
Senyum.
Tuan Ibrahim Tuan ManDipetik dari www.facebook.com/ustaztitmPERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.Sumber HD - 25-1-2013
Alkisah seorang pakar mengumpat…
-, 05 Feb 2013
Shaharul seorang yang suka berkata-kata mengenai orang lain, di belakang orang itu.
Perkara yang ditumpukannya selalunya negatif.
Satu hari, beliau bertemu dengan Ustaz Kassim di sebuah warong.
Sebaik sahaja duduk, Shaharul mula berkata-kata mengenai jirannya, bosnya, isterinya dan juga sahabat-sahabatnya.
Ketika merungut dan bercakap buruk mengenai bosnya, Shaharul akan mempamirkan sikap geramnya… semakin dicerita bagaimana bosnya tidak adil, semakin jelas kegeraman pada nada Shaharul.
Ustaz Kassim yang memerhatikan gelagat Shaharul bertanya:
“Apakah anta berasa gembira bila berkata buruk mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Makin geram makin marah adalah – tapi boleh lepas geram,” kata Shaharul.
“Lepas geram, maksudnya lepas ini, tak berkata lagi mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak… mengapa ustaz?” tanya Shaharul.
“Anta tengah meracun diri sendiri, tapi anta tak sedar,” kata Ustaz Kassim.
Shaharul terdiam. “Aku tengah meracun sendiri?” bisik dia di hati. “Bagaimana tu ustaz?”
“Selain bernafas tanpa sedar, tahukah anta bahawa ada lagi satu aktiviti badan yang kita lakukan tanpa sedar tetapi kita merasainya,” tanya Ustaz Kassim.
Shaharul menggelengkan kepala.
“Iaitu menelan air liur. Tapi pernahkah terfikir, apakah fungsi air liur yang dicipta Allah selain yang kita pelajari untuk menghadamkan makanan?” tanya Ustaz Kassim lagi.
Shaharul berfikir sejenak… “Payah betul soalan ustaz. Mohon pencerahan.”
“Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya.
"Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya,” terang Ustaz Kassim.
“Jadi maksudnya….?” Kata Shaharul yang semakin berminat.
“Sedarkah kita bahawa apabila kita melihat benda lazat, kita menelan air liur, apabila kita bercakap kita menelan air liur, apabila kita mendengar sesuatu dengan khusyuk, kita menelan air liur, ketika kita mengumpat, kita menelan air liur dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ketika anta (yang membaca) mendengar penjelasan ana ini? Dah berapa kali telan air liur sejak ana mula bercakap?” tanya Ustaz Kassim.
“Tak perasan pula. Rasanya banyak. Masa ustaz cakap, air liur terasa banyak terhasil… hmmm… mengapa ya?” tanya Shaharul lagi.
“Mengapakah Allah membuatkan manusia sedemikian? Apa fungsi air liur sebenarnya?
Ungkapan bahawa 'air liur penjaga kehidupan manusia' sememangnya ada asas. Apabila kita makan, air liurlah menjadi benteng pertama badan manusia.
"Apabila kita membaca al-Quran, bercakap benda baik, melihat benda baik, mendengar benda yang baik dan melakukan benda yang baik - air liur berubah menjadi bentuk yang baik, dan apabila ditelan tanpa disedari, nescaya perasaan dan emosi kita terus berubah menjadi riang, yakin dan seronok.
"Renungkanlah mengapa apabila kita melakukan kebaikan, badan kita berasa riang dan seronok? Bagaimana pula ketika kita melakukan dosa? Adakah kita berasa seronok selepas itu atau gusar?
"Ramai yang tidak sedar, bahawa air liur yang ditelan secara tidak sedar tersebut juga mempunyai peranan yang penting untuk menentukan emosi dan pemikiran kita,” terang Ustaz Kassim.
Shaharul terpegun… “Jadi maksudnya kalau kita berkata tidak baik, maka emosi kita tak akan baik?” tanya beliau.
“Ya. Setiap kali kita mengumpat, kita akan melahirkan rasa yang lebih buruk sangka pada seseorang. Bukan sahaja orang yang mengumpat, tapi orang yang mendengar umpatan tersebut pun terkena. Ini kerana semasa mengumpat, molekul air liur kita berubah bentuk ke nilai yang tak baik, dan makin kita mengumpat, makin banyak air liur jenis ini ditelan.
"Begitu juga, dengan orang yang mendengar. Makin mendengar, makin khusyuk pada umpatan, makin banyak air liur jenis yang tidak baik terhasil, dan ditelan tanpa disedari. Sekiranya orang yang mendengar menyampuk dan sertai sama perbualan tersebut, maka lebih teruklah air liur yang ditelannya.
"Akhirnya, orang yang mengumpat telah menyebarkan racun buruk sangka pada seseorang kepada orang lain kerana air liur yang ditelan tersebut,” tambah Ustaz Kassim lagi.
“Jadi sebab itu, ustaz hentikan perbualan ana tadi? Ustaz biarkan ana bercakap tanpa menyampuk?” tanya Shaharul.
“(Gelak dan senyum)… ya tak ya… petuanya mudah kalau tak nak kena air liur beracun - jauhilah mengumpat, dan jauhilah orang yang mengumpat. Perisai untuk menjauhi mengumpat, ialah dengan senyuman dan jangan sampuk perbualan orang yang sedang mengumpat,” kata Ustaz Kassim.
“Hebat ustaz… mana ustaz dapat teori ini?” tanya Shaharul…
“Buku Senyumlah tulisan seorang sahabat karib,” jawab Ustaz Kassim.
Senyum.PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.Sumber HD - 5-2-2013
Kakitangan awam diajak tukar ke kebebasan dan intergriti
Harakahdaily, 07 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera yang bosan dengan tekanan politik dalam kerja seharian mereka kini mempunyai jalan keluar daripada kemelut tersebut menuju kebebasan dan intergriti.
“PAS mengingatkan bahawa perkara ini boleh dihentikan dengan para kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, pelbagai tekanan dan paksaan yang dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan bagi menyokong program dan agenda Umno dan pelbagai surat tunjuk sebab dikeluarkan yang langsung tidak berkaitan dengan tugas rasmi.
“Campur tangan melampau Umno juga menyebabkan ramai kakitangan ditukar, diberi amaran dan ditahan kenaikan gaji dan pangkat, semata-mata dilihat tidak menyokong Umno,” tambahnya.
Selagi Umno BN terus berkuasa, kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, para kakitangan perkhidmatan awam akan terus ditekan dan dibuli bagi menghadiri pelbagai program Umno dan melakukan perkara-perkara untuk agenda Umno, walaupun perkara itu bertentangan dengan naluri dan sifat mereka untuk kekal berdikari dan hak membuat pilihan sendiri.
Tuan Ibrahim turut mengesa seluruh kakitangan awam bertindak dengan bijak bagi menghentikan campur tangan melampau ini, dan bertindak keluar dari tekanan dan paksaan politik ini dengan memberi mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13.
PAS, katanya bersama Pakatan Rakyat memberikan jaminan perkhidmatan awam akan dibiarkan bebas dan berdikari daripada cengkaman dan tekanan politik jika diberi mandat nanti.
“Para kakitangan awam tidak lagi perlu risau dan takut untuk melakukan perkara yang betul yang tidak disukai parti pemerintah sehingga menyebabkan mereka ditukar dan dipisahkan daripada keluar dan kesan kepada gaji, pangkat dan masa depan mereka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang menjunjung konsep kerajaan bermoral dan adil seperti yang dituntut Islam,” tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.Sumber HD - 7-2-2013
Ujian selepas kemenangan lebih berat
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 15 Feb 2013
Sabda Baginda SAW yang bermaksud; "Tidak ada seorang Nabi yang diutuskan kepada suatu umat sebelumku, kecuali ia memiliki hawariyyun (pengikut-pengikut setia) dan para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnahnya dan mentaati apa yang menjadi perintahnya. Kemudian, sesudah mereka akan muncul generasi (orang-orang) yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak laksanakan dan mengerjakan apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka, barangsiapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan lisannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya. Ia adalah seorang Mukmin. Setelah itu, tidak ada lagi iman meskipun hanya sebesar zarah."
Dalam usaha memperjuangan Islam ini, lazimnya kita akan dihadapkan dengan dua golongan manusia, golongan pertama ialah golongan yang bekerja memperjuangkannya, manakala golongan kedua pula adalah golongan yang hanya ingin melihat kemenangan. Golongan bekerja pula ada kriteria-kriteria yang berbeza, belum tentu semuanya bekerja semata-mata ikhlas kerana Allah Taala. Seterusnya yang ikhlas itu pula, belum tentu mereka mampu bertahan apabila diuji oleh Allah Taala.
Oleh itu, ujian (fitnah), cubaan dan dugaan menjadi tapisan Allah Taala kepada para pejuangnya. Allah menjadikan ujian dalam tarbiyah sebagai proses menapis antara golongan yang istiqamah, dengan golongan yang tergelincir dalam perjuangan Islam. Kita berdoa, semoga Allah tidak menguji kita perkara yang kita tidak mampu tempuhinya.
Dalam sejarah perjuangan Baginda SAW, banyak berlaku peristiwa besar yang menguji iman para Sahabat, ada yang thabat dan ada juga segelintirnya yang kecundang. Antara peristiwa tersebut adalah Isra' dan Mikraj, sebuah peristiwa yang berlaku setelah kewafatan orang-orang yang paling dikasihi Nabi, iaitu Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Abu Talib. Kesedihan yang bertimpa-timpa dialami oleh Nabi menyebabkan Allah memberikan kurniaan kepada Baginda satu peristiwa yang tidak boleh diterima oleh akal manusia, peristiwa yang dinamakan oleh-Nya Isra' wa Mikraj. Peristiwa inilah yang menyebabkan ramai pengikut Nabi mula meragui kebenaran yang disampaikan oleh Baginda. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW bukan sekadar diuji untuk meyakinkan orang-orang yang tidak beriman, bahkan juga menghadapi kerenah mereka yang mengaku telah beriman kepadanya.
Begitupun, dalam kalangan para Sahabat, ada karakter yang begitu tekun meyakini apapun yang disampaikan oleh Nabi SAW. Beliau adalah Abu Bakar, pemuda yang paling rapat dan paling dikasihi Nabi Muhammad SAW Saidina Abu Bakar tampil membenarkan peristiwa Isra' Mikraj malah menyatakan, "Sesungguhnya aku telah membenarkan Baginda SAW terhadap apa yang lebih jauh dari ini. Aku membenarkan baginda terhadap berita dari langit yang baginda bawa." – Al Hakim di dalam Mustadraknya.
Teguhnya pendirian Abu Bakar tidak berbelah bahagi membenarkan semua yang keluar daripada mulut Nabi SAW. Abu Bakar mengenali Nabi Muhammad, sebagai insan yang tidak pernah berbohong selama hidupnya. Inilah ujian yang ditempuhi oleh Baginda, dan pada masa yang sama orang-orang yang beriman juga turut diuji untuk dilihat sejauh manakah keyakinan mereka, di antara mereka semakin bertambah imannya dan tidak kurang juga yang berpaling kembali kepada kekufuran.
Iktibar Daripada Perang Hunain
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu sekali-kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." (Surah at-Taubah : ayat 25)
Pada peristiwa perang Hunain, Allah telah merekodkan pengiktibaran kisah ini di dalam al-Quran. Perang Hunain berlaku pada tahun ke-8 hijrah, iaitu suatu saat bilangan tentera Islam menjadi semakin meningkat kepada 12,000 orang, 10,000 orang dari Madinah dan 2,000 orang yang baru memeluk Islam dari Makkah. Pasukan tentera Islam yang berjumlah 12,000 orang ini berdepan dengan satu kelompok kecil, lalu mereka kagum dengan jumlah mereka yang ramai. Masing-masing merasa yakin untuk capai kemenangan dengan jumlah mereka yang begitu ramai, ditambah pula pengalaman mereka sebelum ini. Sewaktu mereka keluar untuk menghadapi kelompok kecil tersebut, ada di kalangan Sahabat yang mengatakan dengan penuh rasa takjub, "Hari ini kita tidak mungkin akan dikalahkan dengan jumlah yang ramai".
Lalu pada pusingan pertama peperangan, umat Islam kalah apabila menghadapi serangan mengejut tentera-tentera musyrikin yang sedikit jumlahnya sehingga menyebabkan tentera-tentera Islam lari bertempiaran sekalipun dalam keadaan jumlah yang ramai. Keadaan yang berlaku menyebabkan Nabi mengumpulkan semula tentera-tentera Islam sambil berkata, "Sesungguhnya aku adalah Rasulullah, dan aku tidak berbohong...", seterusnya Nabi meminta mereka bersatu, dengan izin Allah, Dia memberikan kemenangan perang Hunain kepada umat Islam.
Kesilapan yang dilakukan oleh generasi terbaik umat Islam adalah renungan generasi kita hari ini. Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah, ujian yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hamba-Nya, maka diberikan kekalahan pada peringkat awal dalam peperangan ini agar tidak timbul dalam kalangan umat Islam nanti mengatakan, "Kemenangan ini kerana bilangan kami yang ramai".
Inilah pengajaran yang ingin dikupas daripada Perang Hunain. Allah memberikan ujian kepada umat Islam adalah sebagai satu proses mencapai kemenangan. Dalam gerakan Islam, walaupun ada orang yang menganggap bahawa tarbiyah wajar terabai dengan sebab bebanan kerja-kerja dakwah yang besar, tanggungjawab parti yang semakin banyak, maka ketahuilah bahawa ujian dari Allah itu bukan sahaja berlaku waktu kita kalah. Tetapi ujian yang Allah berikan pada waktu kemenangan jauh bezanya dengan ujian yang Allah berikan pada waktu belum mencapai kemenangan.
Selepas kemenangan Hunain, Nabi Muhammad SAW mengumpulkan tentera-tentera Islam dan meminta segala harta ghanimah dikumpulkan walau sekecil gigi (gigi yang disalut emas) agar dapat diagih-agihkan secara adil. Lalu mereka menyerahkan segala harta tersebut sehingga menimbun longgokannya. Arahan Rasulullah SAW tersebut diulang sebanyak tiga kali oleh Abu Hurairah RA, namun di sana masih ada seorang tentera Islam yang tidak memberikan harta rampasan itu berbentuk segulung tali unta yang diikat pendek di pinggangnya.
Dia mengikat tali unta tersebut sehinggalah sampai di Madinah, lalu setiap kali dia melihat tali unta tersebut, teringatlah dia akan beban dosanya mengingkari arahan Rasulullah SAW. Lalu tali unta tersebut diberikan kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah menolak pemberiannya, dan Rasulullah pun menegurnya; mengapa tidak diserahkan walaupun telah diulang arahan tersebut sebanyak tiga kali? Dengan nada kecewa Rasulullah mengarahkan pemuda tersebut supaya memberikannya di akhirat kelak.
Amanah Adalah Titipan Allah Kepada Manusia
Amanah adalah amanah. Amanah adalah barang yang paling berat diamanahkan untuk kita memikulnya. Allah pernah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan juga bukit-bukau tetapi mereka enggan menerimanya. Ketahuilah saudara, jawatan adalah amanah, perjuangan adalah amanah, memenangkan Islam adalah amanah, mempertahankan kemenangan Islam juga amanah, dan mendepani ujian selepas kemenangan suatu ujian amanah yang cukup besar.
Nabi Allah Sulaiman AS tatkala diuji dengan amanah dengan harta, Nabi Sulaiman lantas mengingatkan dirinya:
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." (Surah an-Naml : ayat 40)
Begitulah halnya nikmat yang kita terima, semua itu adalah ujian yang tentunya untuk menguji kita sama ada termasuk dalam kalangan mereka yang bersyukur atau kufur kepada Allah Taala. Dan setelah diuji itu pula tujuannya bukan untuk dipuji, tetapi semata-mata mengharap redha Allah Taala yang memberikan kita ujian untuk memastikan siapakah dalam kalangannya yang paling baik amalannya, yakni ikhlas semata-mata kerana Allah.
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Surah al-Kahfi : ayat 7)
Allah tidak menilai yang paling banyak amalannya, tetapi yang paling baik amalannya dalam kalangan mereka. Jika dikira paling banyak amalan, tentulah umat-umat terdahulu yang hidup ribuan tahun menjadi pilihan. Tetapi Allah mengkehendaki daripada kita siapa dalam kalangan mereka yang ikhlas, yang hatinya tidak palsu mengabdikan kepada-Nya. Umat Nabi Allah Syuaib AS, mereka hidup lebih 3,000 tahun, berbeza dengan umur umat Nabi Muhammad SAW, sekitar 50-60 tahun. Maka umur kita inilah tempoh-tempoh yang bakal menerima ujian dari Allah untuk meneliti siapakah antara kita yang paling baik kualiti amalannya. Oleh itu, orang yang berada dalam gerakan Islam, adalah orang yang bukan sekadar banyak amalan tetapi mesti sentiasa meningkatkan mutu amalannya.
Inilah juga nasihat Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang kerap disampaikan kepada tentera-tentera Islam, kepada gabenor-gabenornya, wakil-wakil perjuangan Islam. Beliau tidak pernah lupa mengingatkan tiga perkara:
Nasihat melakukan perkara dengan ikhlas dalam perjuangan.
Bersungguh-sungguh dan sabar dalam perjuangan.
Tingkatkan hubungan dengan Allah Taala.
Apabila Orang Paling Lama Berjuang Tidak Dapat Habuan
Dalam perang Hunain itu juga, dikisahkan 10,000 tentera Islam dari Madinah tidak mendapat sebarang sisa harta ghanimah dalam perang tersebut. Kebanyakan harta tersebut diagihkan seolah-olah Baginda lebih mengutamakan orang Islam di Makkah. Tindakan Baginda SAW menyebabkan ramai penduduk Madinah tidak puas hati, tetapi hal itu tidak disampaikan kepada Nabi. Mereka merasakan ketidakadilan dalam agihan harta rampasan perang tersebut, kerana habis harta-harta tersebut diagihkan kepada penduduk Islam di Makkah yang baru setahun jagung memeluk Islam. Akhirnya menyebabkan orang-orang Madinah merungut di belakang Baginda SAW, dan Baginda menyedari rungutan tersebut. Lalu Baginda memanggil ketua di kalangan Ansar, Saad bin Ubadah dan bertanya, "Adakah orang-orang Ansar tidak berpuas hati dengan keputusan agihan ini?".
"Benar wahai Rasulullah, mereka tidak puas hati. Mereka berperang bersama-sama penduduk Makkah, bahkan mereka juga berada di barisan hadapan dalam peperangan ini. Orang-orang Makkah baru masuk Islam, semuanya berlindung di belakang. Segala luka dan cedera, orang Madinah yang menghadapinya dahulu wahai Rasulullah. Kalau mati, orang Madinah yang mati dahulu. Segala ancaman musuh orang Madinah yang menghadapainya dahulu. Tiba-tiba kemenangan ini tidak diagihkan secara bersama, segalanya diberikan kepada orang Makkah. Memanglah hal ini menimbulkan tidak puas hati".
Kemudian Rasulullah SAW bertanya, "Kamu pula bagaimana wahai Saad?"
"Tidak ada jalan lain kecuali aku turut bersama mereka juga, mereka itu semua kaumku ya RasuluLlah," jawab Saad bin Ubadah.
Para ulama menafsirkan peristiwa ini bahawa, tidak semua arahan pimpinan difahami oleh pengikut-pengikutnya sendiri. Ada waktunya kita perlu beritahu makna strategi tersebut, tetapi ada juga setiap keputusan itu tidak semuanya perlu diterangkan. Pernah Rasulullah SAW memberikan arahan kepada Para Sahabat, "Bersiap untuk perang...", tetapi arahan tersebut tidak dijelaskan secara nyata oleh Baginda SAW.
Maka kecelaruan tentera-tentera Madinah mengenai tujuan agihan Baginda terhadap harta rampasan Hunain begitu, menyebabkan Baginda membuat keputusan untuk mengumpulkan mereka semua untuk menerangkan makna sebenarnya.
Baginda berucap di hadapan kaum Ansar, "Demi Allah, jika kamu mahu kamu boleh katakan bahawa kamu wahai Muhammad telah datang kepada kami ketika kamu didustakan kaummu sendiri. Ketika engkau dalam keadaan lemah, kamilah yang menolongmu. Ketika kamu diusir, kamilah yang memberikanmu tempat. Ketika kamu dalam keadaan papa, kamilah yang menampung keperluanmu."
Baginda tidak menafikan bahawa orang-orang Ansar lebih berjasa jika dibandingkan dengan orang-orang Quraisy itu yang baharu memeluk Islam. Kemudian Baginda menjelaskan lagi kepada kaum Ansar, "Sesungguhnya aku telah mendengar rungutan-rungutan kamu. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, jika bukan kerana hijrah, tentu aku termasuk golongan Ansar. Jika para sahabat menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah yang lain, tentu aku akan memilih celah yang dilalui oleh orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar, dan cucu orang-orang Ansar."
"Apakah di dalam hati kamu wahai kaum Ansar masih terdetik hasrat kepada dunia? Sedangkan dunia itu aku pergunakan untuk mengambil hati segolongan orang agar memeluk Islam. Sementara terhadap keislaman kamu, aku tidak lagi meragukannya. Wahai kaum Ansar, apakah di hati kalian tidak gembira jika mereka membawa pulang kambing dan unta, sedangkan kamu pula pulang bersama Rasulullah?"
Setelah mendengar keterangan dari Baginda SAW, masing-masing menitiskan air mata hingga janggut mereka basah sambil berkata, "Kami redha dan patuh dengan segala tindakanmu wahai pesuruh Allah".
Inilah antara tarbiyah selepas kemenangan yang diberi oleh Allah Taala kepada umat Islam.
Ujian Selepas Menang Adalah Ketaatan
Allah pasti menguji kita walaupun keputusan yang kita peroleh itu kemenangan, dan ujian selepas kemenangan dicapai adalah ketaatan. Dalam gerakan Islam, wala' adalah kewajiban. Sebahagian orang memperlekehkan perihal wala' ini. Ada juga yang tidak tahu membezakan wala' dan tahaluf. Kita bertahaluf siasi bersama rakan-rakan dalam pakatan rakyat. Dalam hubungan ini kita saling hormat-menghormati menurut persepakatan yang sama-sama kita persetujui. Tetapi dalam disiplin berjemaah, kita ada wala' dengan kepimpinan yang mesti dipelihara melebihi kesepakatan dengan pihak lain. Persoalan wala' inilah yang sering akan diuji oleh Allah Taala kepada gerakan Islam.
Dalam sebuah hadis yang cukup mahsyur, Para Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Baginda, siapakah orang yang paling berat bala ujian Allah?". Jawab Baginda SAW, "Para Nabi adalah orang yang paling berat ujiannya, lalu orang yang terbaik setelah mereka dan seterusnya (yang menurut langkah perjuangan mereka)."
Maka, yang paling berat ujiannya selepas Nabi dan Rasul ialah Para Khulafa', yakni para pengganti yang akan meneruskan perjuangan Islam dan memastikan kedaulatannya. Oleh itu, dalam konteks perjuangan ini sangat mustahak untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan 'jemaah' kerana tiada lagi wahyu yang akan diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW. Dalam perjuangan Islam tiada istilah bertindak tanpa arahan, mengutamakan maslahah peribadi dan melanggar persepakatan syura. Apabila kepimpinan buat satu keputusan, dibincang dan diperbahaskan, diterima dan ditolak, ada yang tidak puas hati kerana tidak faham apakah matlamat, pendekatan, strategi dan seumpamanya. Maka dalam soal ini, PAS sangat bergantung dengan kekuatan tarbiyah dan wala' dalam mengharungi jatuh dan bangun perjuangan ini.
Oleh sebab itu, apabila kita diuji dengan amanah kepimpinan, kita khuatir apabila kita mengabaikan lapangan tarbiyah. Hal ini kerana, dalam kepimpinan Allah akan uji kita dengan kebendaan. Saidina Ali berkata, "Wahai dunia, jika engkau mahu menipu maka engkau tipulah orang lain, jangan aku yang engkau tipu". Tetapi Allah menetapkan dunia ini warisan untuk hamba-Nya yang soleh bukan orang fasik. Orang yang soleh tidak meminta dunia, tetapi mengurus dunia untuk menegakkan Islam dan membantu kemenangan Islam, memperkukuhkan hubungan sesama umat mentauhidkan Allah Taala. Begitupun melaksanakan amanah ini bukan mudah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya oleh seorang wartawan dari Brunei, "Apakah ujian yang paling besar ketika mentadbir negeri Kelatan?". Jawab Tuan Guru, "Ujian yang paling berat bukanlah serangan dan ancaman dari Umno, tetapi yang paling besar ialah ujian dunia itu sendiri, dunia yang menguji".
Perjuangan menegakkan Islam mementingkan hubungan (muraqabah) kita dengan Allah kerana cabaran-cabaran bentuk ini adalah berterusan. Dalam satu hadis daif berbunyi, "Kita kembali dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar", jihad besar itu ialah jihad menentang hawa nafsu, inilah jihad yang berterusan.
Moshe Dayan merupakan menteri pertahanan Israel Ke-4 yang matanya sebelah kirinya ditutup, dan pernah timbul cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa inilah dajjal yang keluar pada akhir zaman. Diceritakan Moshe Dayan pernah mengikuti sebuah persidangan rahsia Zionis Antarabangsa bagi memerangi umat Islam dan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin. Maklumat ini amat sulit, tetapi Moshe Dayan berani mendedahkannya di khalayak umum sehingga mengejutkan pegawai-pegawainya.
Perbuatan Moshe Dayan ini ditegur, "Mengapa Tuan dedahkan rahsia kita? Nanti umat Islam tahu, mereka akan susun strategi untuk mengalahkan kita!"
Lalu Moshe Dayan berkata, "Kamu jangan risau perihal umat Islam, umat Islam adalah umat yang malas membaca. Jika mereka membaca pun mereka orang yang tidak faham apa yang mereka baca. Dan kalau mereka faham pun, mereka tidak akan buat apa yang mereka baca. Kalau mereka buat pun, mereka tidak sungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Kalau mereka bersungguh-sungguhpun apa yang dilakukan itu hanyalah mengharapkan keredhaan manusia (tidak ikhlas)."
Moshe Dayan tidak risau dengan realiti sikap yang menimpa umat Islam, mereka umat yang malas membaca. Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), purata orang Melayu membaca dua muka surat setahun. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS buat skrip yang bergerak dalam video "Gua Ikut Enta". Namun, fenomena umat Islam yang juga diketahui oleh musuh-musuh Islam bahawa umat Islam juga tidak bersungguh bila melaksanakan sesuatu perkara. Sedangkan Nabi Muhammad menyuruh kita melaksanakan sesuatu perkara dengan 'itqan' - penuh ketekunan. Dan masalah lain, jika mereka bersungguhpun belum tentu keredhaan Allah yang menjadi taruhan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.Sumber HD - 15-2-2013
2 bulan sahaja lagi...
Tuan Ibrahim Tuan Man, 28 Feb 2013
Kisah dongeng ini berlaku di Tanah Emas di Timur Tengah… di mana sebuah kerajaan telah berkuasa lebih 50 tahun.
Saya dipanggil menghadiri sebuah kursus. Lebih tepat sebenarnya saya dipaksa menghadiri satu kursus.
Kursus ini tidak lain tidak bukan untuk mencuci minda saya. Saya akan diseru membalas budi orang yang tidak pernah mengenang budi bahawa kerana saya dan keluarga sayalah daripada bapa ke atuk saya, mereka berada di kedudukan mereka hari ini.
Namun saya terpaksa hadir dengan hati memberontak.
“Negara kini dalam ambang kehancuran kerana pembangkang. Umat berpecah belah kerana ada parti ajaran sesat yang pecahkan umat. Kena pertahan kerajaan sekarang kerana mereka telah menjaga kita untuk 50 lebih tahun. Habis umat kalau kerajaan ini digantikan dengan baru. Kita kena balas budi kerajaan yang telah menjaga umat kita selama ini,” kata seorang pensyarah di kursus tersebut.
Tiada hadirin yang berani berkata apa-apa. Bersorak pun tidak, bersetuju pun tidak. Semua diam mendengar.
“Sampai bila saya harus mendiamkan diri? Apakah saya nak biarkan fitnah-fitnah ini dimasukkan dalam minda semua hadirin yang terpaksa datang kerana mangkuk nasi mereka,” bisik di hati saya.
Kemudian pensyarah itu membuka ruang untuk sesi bersoal jawab.
Tiada yang berdiri untuk bertanya.
Saya masih bergelut dengan diri sendiri, “Nak atau tak nak?”
“Baguslah tak ada soalan. Maksudnya semua faham apa yang saya sampaikan. Bila pangkah nanti, jangan pangkah salah tahu,” kata pensyarah tersebut.
Terdengar kata-kata itu, kaki saya tertiba mendapat tenaga untuk bangun.
“Saya Zulkifli Ibrahim daripada Ringgung. Saya kurang bersetuju dengan beberapa fakta yang tuan sampaikan. Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.
"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?
"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.
"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya.”
Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?
Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?
Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.
“Jawab! Jawab! Jawab!” hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.
Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.
“Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara,” jawab pensyarah itu dengan sinis.
Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.
“Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini,” kata pensyarah itu lagi.
Saya terus berlawan.
“Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung,” jawab saya.
Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.
“Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah,” jerit hadirin.
Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.
Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.
Senyum.PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-2-2013
Jangan terkejut BN bakal turun harga minyak
Harakahdaily, | 01 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Jangan anda terkejut seandainya BN mengumumkan penurunan harga minyak menjelang pembubaran parlimen ini.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man setelah kerajaan pimpinan Barisan Nasional baru-baru ini mengisytiharkan penurunan cukai kereta import dari Jepun dan Australia.
Semalam pula, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Ismail Sabri pula mengisytiharkan satu Malaysia satu harga, mirip penghapusan sistem kobotaj, bagi menghapuskan sistem dua harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“PAS yakin akan ada lagi beberapa peniruan idea manifesto Pakatan Rakyat akan ditiru oleh BN, memandang mereka telah kehabisan idea baru terutama yang melibatkan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan selepas pembentangan manifesto PR, kata Tuan Ibrahim, PAS yakin mereka akan meniru tanpa segan silu kerana tawaran PR telah terbukti mendapat sokongan rakyat.
Hujah Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, pengalaman PAS di Kelantan yang telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain akhirnya ditiru oleh kerajaan BN, walaupun di peringkat awal mereka mengecam PAS dengan pelbagai tuduhan.
“Bertolak kepada pengalaman tersebut, tidak mustahil mereka sanggup menurunkan harga minyak demi mendapatkan sokongan rakyat. Kita tetap dengan tawaran kita, berapa mereka turun sekalipun PR tetap akan menurunkan di bawah harga semasa apabila kita memenangi PRU akan datang,” tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-3-2013
Rai Najib: Jangan tenggelamkan jasa tentera dan polis
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan Umno-BN supaya jangan terlalu ghairah meraikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Lahad Datu untuk kepentingan politik sehingga menenggelamkan jasa perajurit-perajurit yang tergugur dan anggota polis dan askar yang masih bertungkus-lumus mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara dan Sabah.
“Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.
“Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali,” kata beliau.
Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.
“Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion),” tambahnya lagi.
Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.
“Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.
"Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran.
"Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis.
Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.
“Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?
"Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?” soal beliau.
“Keghairahan Umno-BN untuk meraikan kedatangan Najib ke Lahad Datu seolah-olah 'pertempuran sudah tamat dan kini tiba masa untuk meraikannya' tatkala polis dan anggota tentera masih bertungkus-lumus untuk membasmi penceroboh bersenjata dari Filipina amat dikesali,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata insiden pertumpahan darah di Sabah mendedahkan kelemahan ketara cara pihak kerajaan menguruskan sempadan negara.
“Ternyata tahap penjagaan kedaulatan negara di bawah kerajaan BN kini berada pada tahap yang sangat kritikal. Perkara ini sungguh dikesali,” kata beliau.
Selain gagal mengurus isu dalam negara seperti yang diketahui umum, Tuan Ibrahim berkata rakyat masih ingat bagaimana negara kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura.
Di bawah kepimpinan Umno-BN, katanya negara juga kehilangan tanah keretapi di sepanjang laluan Singapura tanpa mengetahui apa pulangan hasilnya kepada rakyat, dan kawasan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.
“Tun Dr Mahathir pernah mendakwa kehilangan telaga-telaga minyak mengakibatkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion),” tambahnya lagi.
Dalam insiden pencerobohan di Sabah, kata Tuan Ibrahim, rata-rata rakyat termasuk pemimpin Umno-BN sendiri tercari-cari jawapan bagaimana pasukan penceroboh dari Filipina yang berjumlah ratusan orang boleh menembusi sempadan negara dengan membawa senjata api.
“Mereka juga dibiarkan berada berminggu-minggu lamanya dalam negara tanpa sebarang tindakan, sehingga ia menjadi suatu ancaman terhadap keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.
"Kerajaan BN perlu tampil menjelaskan perkara ini, dan sekiranya ada rundingan dalam tempoh tersebut, kerajaan BN perlu menjawab maklumat rundingan dan punca kegagalan rundingan kepada rakyat sehingga berlaku pertempuran.
"Kerajaan BN juga perlu menjawab mengapa perkembangan insiden di Sabah tidak dilaporkan secara telus sehingga rakyat terpaksa bergantung kepada berita daripada Filipina untuk mengetahui lanjut mengenai situasi sebenar di Lahad Datu,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat menyambut baik tindakan keras kepada para penceroboh yang telah membunuh beberapa anggota polis.
Akan tetapi, kata beliau, rakyat juga ternanti-nanti ingin mengetahui punca sebenar sehingga menyebabkan pertempuran berlaku sehingga 8 anggota polis terkorban dan juga hukuman berat kepada mereka yang didapati melakukan pengkhianatan terhadap negara dalam insiden ini.
“Sebagai contoh, rakyat ingin mengetahui apakah punca insiden ini lahir daripada tindakan menganugerah warganegara kepada warga asing secara rakus bermotifkan kepentingan politik dalam Projek IC yang kini hangat dicela merata tempat?
"Lebih menarik perhatian rakyat ialah persoalan kenapa insiden pencerobohan ini berlaku di saat negara berada di ambang pilihanraya umum tatkala laporan kajian mendapati sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semakin jatuh?” soal beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-3-2013
Alkisah pokok tumbang…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 20 Mac 2013 |
Pada zaman dahulu, ada sebatang pohon besar tumbang di atas jalan utama ke istana.
10 ahli keselamatan pasukan Durian cuba mengalihkan pohon yang tumbang itu supaya pengangkutan bandar ke istana tidak terganggu. (Gambar hiasan)
Ketua Suhaimi berdiri di tepi mengarahkan ahli-ahli kampungnya untuk berusaha lebih keras, tapi mereka tidak dapat mengalih pohon tersebut.
Tetiba ada seorang 50-an datang ke tempat di situ dengan kuda dan meninjau tempat kejadian.
Pakcik itu memberitahu Suhaimi – “jika anta membantu mereka, rasanya cukup tenaga untuk mengalihkan pokok tersebut. Mengapa anta tak bantu?”
Suhaimi terus menjawab, “Itu bukan tugas ana. Ana ketua pasukan. Itu kerja mereka, mereka kena buat. Ana menyelia sahaja.”
Melihat Suhaimi menjawab sedemikian, pakcik itu pun menurunkan kudanya dan membantu ahli keselamatan pasukan Durian untuk mengalihkan pokok.
Tenaga tambahan itu menyebabkan pokok dapat dialihkan.
Pakcik itu naik semula kuda dan memandang ke arah Suhaimi.
“Ok bagus. Ana akan laporkan pada pihak istana bahawa kita telah berjaya mengalihkan pokok tersebut,” kata Suhaimi. Pakcik itu tersenyum tidak berkata apa-apa.
Apabila Suhaimi masuk ke istana, raja memanggil Suhaimi menghadap.
“Akhirnya dapat jumpa raja. Ana nak minta ganjaran lebih,” bisik hati Suhaimi yang kegembiraan.
Setibanya di bilik mesyuarat raja, Suhaimi terkejut melihat raja ialah pakcik yang membantu mengalihkan pokok tumbang sambil beliau berdiri di tepi jalan mengarahkan semua orang bekerja.
Suhaimi terkedu malu. Pakcik hanya tersenyum.
“Beta akan hadiahkan 9 rumah sahaja. Anta tak dapat. Anta nak cakap apa-apa?”
Suhaimi mengangguk.
“Tak. Memang adil rajaku,” kata Suhaimi sambil menyesal mengapa hari tersebut beliau enggan membantu ahli-ahli pasukannya hari itu.
“Jadi ketua, bukan bermaksud sehingga tahap menjadi sombong dan lupa diri. Ingat baik-baik,” jawab pakcik.
Kongsilah cerita ini sekirannya bermanfaat.

Penjawat awam bukan bergaji buta
Harakahdaily, | 20 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi adalah pandangan yang sangat dangkal.
“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.
“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan beliau bahawa CEUPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru Omar untuk menghormati hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.
“Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.
"Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah,” hujah Tuan Ibrahim.
Beliau juga mengingatkan kejadian pemberian penyapu oleh Menteri Besar Selangor yang menjatuhkan maruah kakitangan awam dan menimbulkan pelbagai tekanan kerja.
"Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.
"Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan,” tambah Tuan Ibrahim.
“Penjawat awam bukannya bergaji buta, gaji yang diterima adalah untuk kerja yang dilakukan. Setelah sekian lama membanting tulang untuk kerajaan dan rakyat, tindakan menganggap pesara yang kini menyokong pembangkang sebagai tidak mengenang jasa adalah pandangan yang sangat dangkal,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Sebaliknya, Tuan Ibrahim menyarankan Datuk Omar Osman untuk mengkaji kenapa para pesara kini beralih menyokong pembangkang.
“Sebagai Presiden CUEPACS, beliau harus sedar bahawa beliau bukan mewakili parti pemerintah. Beliau mewakili pelbagai kakitangan yang terdiri dari pelbagai segmen parti politik,” tegur Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan beliau bahawa CEUPACS tidak sepatutnya menjadi agen parti pemerintah dengan bertindak mengecam pesara kerajaan semata-mata kerana mereka kini menyokong pembangkang.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru Omar untuk menghormati hak 600,000 pesara yang kini mula menyatakan sokongan kepada pembangkang.
“Beliau sepatutnya memperjuangkan kebebasan kepada kakitangan awam dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang mereka sukai.
"Akibat tekanan melampau semasa mereka bertugas menyebabkan mereka hanya menunggu hari pencen untuk menyatakan bantahan kepada kerajaan yang memerintah,” hujah Tuan Ibrahim.
Beliau juga mengingatkan kejadian pemberian penyapu oleh Menteri Besar Selangor yang menjatuhkan maruah kakitangan awam dan menimbulkan pelbagai tekanan kerja.
"Penyalahgunaan kuasa politik Umno sehingga memaksa kakitangan awam meninggalkan tugasan di pejabat semata mata memenuhi program Umno juga menimbulkan ketidaksenangan kakitangan awam.
"Bahkan ada yang menerima surat tunjuk sebab kerana tidak menghadiri program anjuran parti pemerintah yang tiada kena-mengena dengan tugasan,” tambah Tuan Ibrahim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-3-2013
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.
"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.
"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.
"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Pandanagn serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan pakatan pembangkang menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.
Menurutnya, tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya pembangkang.
Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.
"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.
"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?
"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya.
Sumber HD - 24-3-2013
Sumber HD - 27-3-2013
PRU13: Tempoh 10 minit macam 'ajak-ajak ayam'
Oleh Harakahdaily
KUALA LUMPUR: PAS menghargai keputusan kerajaan memberikan ruang kepada parti politik muncul 10 minit melalui Radio Televisyen Malaysia untuk menjelaskan manifesto pilihan raya, namun melihatnya tidak lebih sebagai 'ajak-ajak ayam' sahaja.
Mar242013
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan terbaru kerajaan itu hanya sebagai cuba menunjukkan 'pembaharuan' bahawa kerajaan BN mengamal kebebasan media.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, dengan tempoh diberikan hanya 10 minit, pembaharuan itu dilihat satu perkara yang mengaibkan.
"... jika itu satu pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan ia adalah perkara yang mengaibkan. Tempoh 10 minit itu hanya sebagai ajak-ajak ayam dan tidak kembali kepada kebebasan media yang dituntut Bersih.
"PAS menghargai ruang itu, namun masa perlu dipanjangkan, sekurang-kurang setengah jam untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan membolehkan mereka menilai," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam bahawa semua parti politik akan diberi ruang 10 minit untuk memperkenalkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) masing-masing.
Menurut Tuan Ibrahim lagi, PAS masih belum membincangkan tawaran itu sama ada mahu menggunakan platform tersebut atau tidak.
"Setakat ini, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Pandanagn serupa turut dikongsi PKR yang mendakwa kerajaan tidak bertindak telus dalam soal memperuntukkan ruang masa tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan mengadakan perbincangan untuk memutuskan keperluan pakatan pembangkang menggunakan ruang 10 minit yang diberikan kerajaan.
Menurutnya, tempoh masa dan syarat yang diumumkan Rais kelmarin seperti "memperbudakkan" parti politik terutamanya pembangkang.
Beliau berkata, pada umumnya RTM adalah pro Barisan Nasional (BN) yang digunakan 24 jam sehari untuk menyiarkan makluman termasuk manifesto parti kompenan perikatan itu.
"Kita masih tak ada keputusan, kita perlu berbincang untuk lihat sama ada itu menjadi satu keperluan kita untuk siarkan manifesto atau tidak.
"... tempoh masa 10 minit dengan syarat yang tidak relevan, ini untuk apa? Untuk memberitahu dunia media kita bebas dan memegang prinsip demokrasi?
"Rais perlu mempertimbangkan semula, jangan memperbudakkan kita," katanya.
Sumber HD - 24-3-2013
Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar
Aziz Muda, | 27 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Seluruh pemimpin dan ahli-ahli PAS serta Pakatan Rakyat di seluruh negara diminta memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri yang dikuasai parti itu, sementara tibanya saat pembubaran parlimen.
Ketika berada di hujung kuasa, para pemimpin Umno-BN dipercayai akan melakukan pelbagai tindakan untuk melakukan pemindahan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, walaupun tindakan mereka itu menyalahi etika dan undang-undang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukti terbaru mengenai tindakan buruk mereka itu boleh dirujuk kepada tindakan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN Pahang pada Februari lalu.
Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan menerusi mesyuarat Exco Pahang yang telah meluluskan seluruh pengurusan jalan raya di negeri itu kepada sebuah syarikat, Y. P. Maintanence Sdn. Bhd. mulai April ini selama 7 tahun.
Katanya, walaupun keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Exco, tetapi ia ternyata menyalahi etika, lebih-lebih lagi ia mempertingkatkan kos sehingga 25 peratus berbanding kos biasa.
"Disebabkan tindakan itu, banyak pihak turut menjadi mangsa, sehingga ia mencetuskan pelbagai rungutan di kalangan rakyat terutama para kontraktor kelas F," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, setelah disiasat didapati tindakan tersebut sengaja dilakukan oleh mereka untuk membolehkan mereka memindahkan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, setelah disedari mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian pada masa akan datang jika parti itu kalah dalam PRU ke-13 nanti.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu tidak mustahil turut dilakukan juga oleh para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri lain yang dikuasai parti itu, sementara parlimen dibubarkan atau terbubar dengan sendirinya sehingga 28 April ini.
"Jadi kita mestilah memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa mereka itu kerana selain untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka, mereka juga ingin memberikan kesukaran dan tekanan kepada Pakatan Rakyat jika kita dapat memerintah negara selepas PRU ke-13 nanti," ujarnya.
Sebelum ini, tambah beliau, para pemimpin Umno-BN telah menimbulkan pelbagai tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui perjanjian air dengan Syabas.
"Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin kepada rakyat dengan membekalkan air percuma kepada rakyat untuk sekitar 11 mili liter padu pertama, mereka pula berusaha untuk mengaut kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hak rakyat.
"Kita sememangnya amat kesal dengan sikap mereka itu. Mereka juga telah sedar tentang kemarahan rakyat kepada mereka. Jadi sementara kuasa masih berada di tangan mereka sekarang, mereka pasti akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan mereka. Tindakan mereka itu amat perlu dipantau oleh kita untuk membolehkan kita mengambil tindakan sewajarnya nanti," tegas beliau.
Ketika berada di hujung kuasa, para pemimpin Umno-BN dipercayai akan melakukan pelbagai tindakan untuk melakukan pemindahan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, walaupun tindakan mereka itu menyalahi etika dan undang-undang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukti terbaru mengenai tindakan buruk mereka itu boleh dirujuk kepada tindakan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN Pahang pada Februari lalu.
Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan menerusi mesyuarat Exco Pahang yang telah meluluskan seluruh pengurusan jalan raya di negeri itu kepada sebuah syarikat, Y. P. Maintanence Sdn. Bhd. mulai April ini selama 7 tahun.
Katanya, walaupun keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Exco, tetapi ia ternyata menyalahi etika, lebih-lebih lagi ia mempertingkatkan kos sehingga 25 peratus berbanding kos biasa.
"Disebabkan tindakan itu, banyak pihak turut menjadi mangsa, sehingga ia mencetuskan pelbagai rungutan di kalangan rakyat terutama para kontraktor kelas F," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, setelah disiasat didapati tindakan tersebut sengaja dilakukan oleh mereka untuk membolehkan mereka memindahkan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, setelah disedari mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian pada masa akan datang jika parti itu kalah dalam PRU ke-13 nanti.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu tidak mustahil turut dilakukan juga oleh para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri lain yang dikuasai parti itu, sementara parlimen dibubarkan atau terbubar dengan sendirinya sehingga 28 April ini.
"Jadi kita mestilah memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa mereka itu kerana selain untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka, mereka juga ingin memberikan kesukaran dan tekanan kepada Pakatan Rakyat jika kita dapat memerintah negara selepas PRU ke-13 nanti," ujarnya.
Sebelum ini, tambah beliau, para pemimpin Umno-BN telah menimbulkan pelbagai tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui perjanjian air dengan Syabas.
"Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin kepada rakyat dengan membekalkan air percuma kepada rakyat untuk sekitar 11 mili liter padu pertama, mereka pula berusaha untuk mengaut kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hak rakyat.
"Kita sememangnya amat kesal dengan sikap mereka itu. Mereka juga telah sedar tentang kemarahan rakyat kepada mereka. Jadi sementara kuasa masih berada di tangan mereka sekarang, mereka pasti akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan mereka. Tindakan mereka itu amat perlu dipantau oleh kita untuk membolehkan kita mengambil tindakan sewajarnya nanti," tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-3-2013
Itu bukan satu masalah
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 28 Mac 2013 |
Itu bukan satu masalah.
Malah ia bukan sesuatu yang merungsingkan.
Ia hanyalah cubaan Allah.
Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Selesainya satu pertengkaran, baik semula, rasa sayang meningkat.
Selesainya satu tugasan berat, dapat pengalaman berharga.
Selesainya satu kekecewaan, dapat pemahaman baru.
Beramal-lah selalu. Jangan berkira sangat. Bantu selagi orang yang kita ingin bantu memerlukan bantuan kita.
Sekiranya bantuan kita menjadi satu masalah kepadanya, bantulah orang lain yang memerlukan bantuan tersebut.
Buat dengan niat baik dan tanpa mengharapkan sebarang pembalasan dari manusia walaupun orang terdekat.
Peganglah bahawa Allah akan membalas niat baik kita tersebut kerana sesungguhnya keikhlasan hati seseorang hanya Allah yang tahu kerana walaupun seikhlas mana hati seseorang bila dinilai manusia ada juga yang menaruh perasaan cemburu dan dengki.
Senyum.
Kita Senyum.

Sumber HD - 28-3-2013
Sumber HD - 2-4-2013
Setiap perjumpaan bukanlah kebetulan, tapi ketentuan Allah.
Setiap orang yang kita berjumpa - pasti berpisah pada akhirnya.
Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka.
Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah - dan ingat Allah tidak pernah melakukan apa yang sia-sia... maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri.
Lihat di sebalik apa yang dapat dipelajari daripada setiap pertemuan.
Dengan fikiran sedemikian, maka kita kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya, apalah yang perlu diumpatkan lagi.
Cuba berfikir sejenak. Senyum.
Kita diberi peluang bertemu dengan Pakatan Rakyat selepas 55 tahun BN memerintah, ambillah peluang sebaiknya dengan memberinya peluang untuk sekali.
Senyum.
Sumber HD - 4-4-2013
Sumber HD - 8-4-2013
Sumber HD - 12-4-2013
'Barisan 1 Malaysia' taktik baru BN?
Muhammad Faizal, | 02 Apr 2013 |
JERANTUT: Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat kemungkinan ada maksud tersirat disebalik penukaran 'Barisan Nasional' kepada 'Barisan 1 Malaysia' yang dibuat BN ketika ini.
Menurutnya, tidak mustahil taktik penukaran di saat menjelang pilihan raya itu dibuat bagi menghalalkan mereka menggunakan logo 1 Malaysia sewaktu hari pengundian nanti.
"Saya merasakan BN bertindak menggunakan perkataan Barisan 1 Malaysia adalah sebagai agenda mereka untuk digunakan sewaktu hari mengundi nanti.
"Kita sedia maklum bahawa menggunakan logo parti tidak dibenarkan sama sekali atas tujuan untuk mempengaruhi pengundi, jadi mereka membuat perancangan sedemikian," jelas beliau ketika program jelajah Negara Berkebajikan di sini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 antara lain menetapkan penggunaan logo parti pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan.
Dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana pusat mengundi, memakai, memegang dan membawa apa-apa bentuk pakaian, barang hiasan, botol air atau payung yang tercetak nama calon atau tertera lambang parti adalah tidak dibenarkan sama-sekali.
Barisan 1 Malaysia kini digunakan oleh BN pada setiap program kempennya.
Terbaru, slogan sama turut dicetak di papan tanda yang dipasang sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan.
Antara lain papan tanda tersebut meletakkan gambar individu kononnya membuat huru-hara bersebelahan gambar Najib dan tulisan "Kita Sokong Barisan 1 Malaysia".
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mempertikaikan tindakan BN menaikkan papan iklan besar yang meletakkan gambar huru hara dan juga Perdana Menteri.
Menurutnya lagi, apa yang digambarkan pada papan iklan itu seolah-olahnya akan wujud huru hara apabila berlakunya pertukaran kerajaan nanti.
"BN mengambarkan seolah-olah akan berlakunya huru hara apabila mereka tidak lagi memerintah.
"Kita lihat di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, semuanya berada dalam keadaan aman damai tanpa ada sebarang kekacauann," sambung beliau.
Beliau yang menegaskan tindakan tersebut menunjukkan BN tidak pernah menghormati prinsip demokrasi negara ini dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.
Menurutnya, tidak mustahil taktik penukaran di saat menjelang pilihan raya itu dibuat bagi menghalalkan mereka menggunakan logo 1 Malaysia sewaktu hari pengundian nanti.
"Saya merasakan BN bertindak menggunakan perkataan Barisan 1 Malaysia adalah sebagai agenda mereka untuk digunakan sewaktu hari mengundi nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menguatkuasakan subseksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 antara lain menetapkan penggunaan logo parti pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan.
Dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana pusat mengundi, memakai, memegang dan membawa apa-apa bentuk pakaian, barang hiasan, botol air atau payung yang tercetak nama calon atau tertera lambang parti adalah tidak dibenarkan sama-sekali.
Barisan 1 Malaysia kini digunakan oleh BN pada setiap program kempennya.
Terbaru, slogan sama turut dicetak di papan tanda yang dipasang sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan.
Antara lain papan tanda tersebut meletakkan gambar individu kononnya membuat huru-hara bersebelahan gambar Najib dan tulisan "Kita Sokong Barisan 1 Malaysia".
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut mempertikaikan tindakan BN menaikkan papan iklan besar yang meletakkan gambar huru hara dan juga Perdana Menteri.
Menurutnya lagi, apa yang digambarkan pada papan iklan itu seolah-olahnya akan wujud huru hara apabila berlakunya pertukaran kerajaan nanti.
"BN mengambarkan seolah-olah akan berlakunya huru hara apabila mereka tidak lagi memerintah.
"Kita lihat di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, semuanya berada dalam keadaan aman damai tanpa ada sebarang kekacauann," sambung beliau.
Beliau yang menegaskan tindakan tersebut menunjukkan BN tidak pernah menghormati prinsip demokrasi negara ini dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-4-2013
Kita diberi peluang bertemu Pakatan Rakyat
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 04 Apr 2013 |
Setiap perjumpaan bukanlah kebetulan, tapi ketentuan Allah.
Setiap orang yang kita berjumpa - pasti berpisah pada akhirnya.
Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka.
Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah - dan ingat Allah tidak pernah melakukan apa yang sia-sia... maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri.
Lihat di sebalik apa yang dapat dipelajari daripada setiap pertemuan.
Dengan fikiran sedemikian, maka kita kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya, apalah yang perlu diumpatkan lagi.
Cuba berfikir sejenak. Senyum.
Kita diberi peluang bertemu dengan Pakatan Rakyat selepas 55 tahun BN memerintah, ambillah peluang sebaiknya dengan memberinya peluang untuk sekali.
Senyum.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-4-2013
Alkisah posmen
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 08 Apr 2013 |
Alkisah posmen…
Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.
Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.
“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.
“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.
“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.
Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.
Satu hari, di bulan Ramadhan…
Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.
Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.
Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.
“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.
“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.
“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.
“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.
“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.
Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.
Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”
“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.
Posmen tidak berkata apa-apa.
Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.
“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.
Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…
Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.
Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadang kala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita.
Dapat cerita ini?

Jadilah sebahagian daripada sejarah 5 Mei ini
Harakahdaily, | 11 Apr 2013 |
TEMERLOH: PAS hari ini menyeru rakyat Malaysia, terutamanya anak-anak muda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah 5 Mei ini, di mana rakyat akan mengundi untuk sebuah kerajaan yang baru demi kelangsungan masa depan Malaysia.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk itu anak-anak muda perlu menjadi ejen perubahan pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) ini.
“Perkara terpenting ialah anak-anak muda mesti keluar mengundi dan balik mengundi, samada di luar atau di dalam negara,” tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim juga menyeru agar anak-anak muda mempergiat usaha menyebarkan maklumat ke seluruh pelusuk negara.
Antara cara yang dicadangkan ialah dengan mengunakan kedua-dua medium iaitu tradisional mahupun media baru termasuk emel, Facebook, Twitter, SMS mahupun berhujah di kedai kopi.
“Kita mesti berusaha memastikan majoriti pengundi mengundi dengan maklumat yang cukup di tangan,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim juga berkata tenaga sukarelawan juga diperlukan sebagai ejen pemantau pilihanraya.
“Bagi yang bermurah hati dan murah rezeki, bolehlah menyumbang kepada tabung pilihan raya parti-parti Pakatan Rakyat,” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon akan jatuh pada 20 April, manakala pengundian awal pada April 30.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.
“Jadikan 505 (Mei 5) sebagai tarikh bersejarah dan kenangan manis untuk kita di waktu tua, di mana generasi masa depan boleh berbangga dengan moyang mereka yang telah berjuang dengan membuat perubahan di Malaysia demi hari esok yang lebih baik untuk mereka.
"Ini kali lah!” tegas Tuan Ibrahim.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk itu anak-anak muda perlu menjadi ejen perubahan pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) ini.
“Perkara terpenting ialah anak-anak muda mesti keluar mengundi dan balik mengundi, samada di luar atau di dalam negara,” tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim juga menyeru agar anak-anak muda mempergiat usaha menyebarkan maklumat ke seluruh pelusuk negara.
Antara cara yang dicadangkan ialah dengan mengunakan kedua-dua medium iaitu tradisional mahupun media baru termasuk emel, Facebook, Twitter, SMS mahupun berhujah di kedai kopi.
“Kita mesti berusaha memastikan majoriti pengundi mengundi dengan maklumat yang cukup di tangan,” tegas beliau.
Tuan Ibrahim juga berkata tenaga sukarelawan juga diperlukan sebagai ejen pemantau pilihanraya.
“Bagi yang bermurah hati dan murah rezeki, bolehlah menyumbang kepada tabung pilihan raya parti-parti Pakatan Rakyat,” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon akan jatuh pada 20 April, manakala pengundian awal pada April 30.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.
“Jadikan 505 (Mei 5) sebagai tarikh bersejarah dan kenangan manis untuk kita di waktu tua, di mana generasi masa depan boleh berbangga dengan moyang mereka yang telah berjuang dengan membuat perubahan di Malaysia demi hari esok yang lebih baik untuk mereka.
"Ini kali lah!” tegas Tuan Ibrahim.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-4-2013
Jemaah Masjid Al Fatah menangis...
Abu Musa, | 12 Apr 2013 |
Allahurabbi..rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah tadi menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:
1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.
2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.
3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.
4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..
5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!
6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..
Sekarang, kita di mana sebenarnya.
1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi penyokong, sekarang zaman semua kena menjadi petugas untuk menangkan Islam.
2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.
3. Berilah sumbangan kepada perjuangan memenangkan Islam.
4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat menginfaqkan harta. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..
5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerakerja Islam, dia di rumah menonton tv!
6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan komplen kepada lantai..yang jadi tangga jangan komplen kepada dinding..yang jadi tiang jangan komplen kepada tingkap..
Sekarang, kita di mana sebenarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Bayangkan video lucah di FB ketika anak anda main games
Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Apa perasaan ibubapa melihat ruang-ruang santai di FB yang anak-anaknya masih kecil bermain games dan mengeratkan hubungan sesama sahabat menjadi medan mereka terjebak dengan bahan-bahan lucah?
"Ini perlu dihentikan," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam facebooknya bagi mengajak semua pihak menghentikan perkara ini.
Ini berikutan penyebaran video lucah yang dibuat untuk membunuh lawan politik mereka.
Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim meminta semua pihak hentikan perkara ini dengan, "Undilah dengan bijak."
"Ini perlu dihentikan," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam facebooknya bagi mengajak semua pihak menghentikan perkara ini.
Ini berikutan penyebaran video lucah yang dibuat untuk membunuh lawan politik mereka.
Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim meminta semua pihak hentikan perkara ini dengan, "Undilah dengan bijak."
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-4-2013
Sumber HD - 16-4-2013
Pak Ali sekeluarga – seorang isteri dan lima anak yang bekerja semua mempunyai kereta BlueN.
Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.
Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak dan harga servis yang memuaskan.
Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.
Satu hari anak sulung Pak Ali, Jamali menyatakan hasratnya untuk menukar kereta.
“Li, beli BlueN yang baru itu, ya,” pesan Pak Ali.
Jamali sebenarnya sudah terpikat dengan sebuah kereta berjenama PackR. Designnya sungguh cantik, dan harganya pun lebih rendah berbanding kereta kelas yang sama yang dijual oleh BlueN.
“Yah, PackR jenis ini lebih cantik dan berbaloi. Minyak pun lebih jimat kata orang,” kata Jamali.
“Li jangan kena tipu salesman. Salesman ini janji macam-macam. Dalam hidup ayah, ayah tak pernah jumpa kereta yang lebih jimat minyak daripada BlueN. Salesman itu menipu sahaja,” tegas Pak Ali.
“Tapi ayah, BlueN tak bagi free servis 40,000km yang pertama. PackR bagi. Dan kalau anakanda tempah awal dapat rebat RM3,000 dan free radio. BlueN tak ada,” kata Jamali lagi.
“Li. Kau percaya salesman itu buat apa? BlueN tak bagi kerana kualitinya lebih baik. PackR tak baik jadi kena bagi free itu ini supaya orang macam Li masuk perangkap. Beli lepas itu menyesal. Kereta ini bukan murah. Tak boleh beli main-main. Lepas beli kalau tak suka, tak boleh menyesal. Beli BlueN sahaja,” tegas Pak Ali lagi.
“Tapi ayah. Yah lihat insurans dia pun offer 15 percent rebate kalau anakanda tak claim untuk mana-mana tahun. BlueN tak bagi. Lagipun BlueN designnya tak taste anak muda. PackR ini taste anak muda – cantik designnya,” Jamali cuba berhujah lagi.
“Design cantik itu untuk pikat anak-anak muda yang mudah ditipu macam Li lah. Kereta berkualiti bukan dinilai dari segi design. Ia dinilai daripada pengalaman. Pengalaman ayah kata BlueN lebih baik daripada PackR. Pandu PackR anakanda akan menyesal. Ramai kawan ayah yang berkata PackR kereta selalu bermasalah. Servis sparepart susah dicari,” kata Pak Ali lagi.
“Ya ke. PackR sparepart mudah dicari lah yah, dan sparepart dia lebih murah. Anakanda pernah kaji harga mereka. Servis – caj labor PackR baru RM30, BlueN RM60 buat benda yang sama lagi. PackR ini – anak-anak muda yang pakai semua kata lebih baik daripada BlueN – lebih stabil, lebih jimat dan free banyak benda ketika servis. BlueN ini apapun tak ada,” hujah Jamali lagi.
Pak Ali bertambah marah kata-katanya tidak didengar oleh anaknya sendiri.
“Nak beli, belilah. Jangan menyesal datang mengadu dengan ayah sudah nanti,” tegas Pak Ali.
Jamali pun membeli kereta PackR. Sebulan Pak Ali tidak mahu bercakap dengannya kerana menyampah melihat kereta PackR di rumah. Selama ini Pak Ali dah war-warkan pada seluruh kampung bahawa kereta dia peminat BlueN, tak akan cuba kereta yang lain – tapi kini tindakan Jamali seperti menamparnya.
Satu hari, hanya Jamali dan Pak Ali berada di rumah. Jamali ketika di dapur terpotong tangan mengalami pendarahan yang agak banyak. Pak Ali bergegas hendak membawanya ke hospital. Pada masa itu, kereta BlueN Pak Ali tidak dapat dihidupkan.
Pak Ali terpaksa menggunakan kereta PackR anaknya – walaupun tak rela, tapi keadaan cemas menyebabkan Pak Ali tidak memikir panjang.
Setibanya di hospital, Jamali dibawa ke unit rawatan. Sambil Pak Ali menunggu, Pak Ali sempat membelek akhbar. Terlihat iklan BlueN.
“BlueN kini menawarkan free servis 42,000km (2,000km melebihi jenama TXXXXX), insuran offer 15 rebate, cash back RM4,000 pembelian dalam masa 2 minggu…”
Iklan itu seolah-olah meniru apa yang PackR sedang lakukan beberapa bulan lepas ketika Pak Ali bertengkar dengan Jamali. Pak Ali teringat hujahnya yang berkata BlueN kualiti lebih baik, tak perlu buat benda-benda ini.
Rupa-rupanya Pak Ali tersilap. Tadi ketika memandu ke hospital, Pak Ali terasa kereta PackR lebih stabil dan menyeronakkan untuk dipandu. Tadi semasa memandu, terlihat sebuah buku servis kereta yang tertera harga servis – 30% lebih murah daripada BlueN.
Selepas anaknya keluar dari unit rawatan, melihat Jamali dalam kesakitan, Pak Ali membuat gurau untuk menghiburkan hatinya.
“Kereta PackR ini bagus juga ya. Tak tahu pulak. Lepas cuba, macam best,” kata Pak Ali.
“Tulah ayah. Anakanda kan dah bagitahu. Ayah ini kena tipu BlueN salesman hidup-hidup ingat kereta dialah paling best. Sekarang ayah tahu siapa yang kena tipu salesman? Ada kereta di luar yang lebih bagus dan lebih murah dijaga berbanding BlueN. Tak cuba manalah kita boleh banding. Sekarang dah cuba, ayah kan tahu siapa lebih baik,” kata Jamali dengan gurau-senda.
Kedua-dua mereka bersenyum dan Pak Ali menepuk bahu Jamali tanda akur bahawa beliau tersilap.
Faham tak cerita ini?
Jangan cepat menghukum seseorang sebelum memberi peluang, sekurang-kurangnya sekali kepada seseorang itu untuk membuktikan kata-katanya.
Jangan pula cepat mempercayai seseorang yang telah berkali-kali didapati menipu dengan janji-janjinya.
Senyum.
Sumber HD - 19-4-2013
Alkisah gadis yang kena tipu selalu…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 14 Apr 2013 |
Di kampung Meliya, hanya terdapat sebuah kedai runcit untuk para penduduk untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan selama ini.
Pengangkutan yang serba susah ke bandar-bandar lain dengan keadaan kampung Meliya agak terpinggir menyebabkan para penduduk hanya boleh bergantung kepada kedai pakcik Isajimad.
Huda, seorang gadis manis membesar di kampung Meliya sering membeli barang di kedai runcit Isajimad.

Pada usia 4, Huda pergi membeli aiskrim di kedai Isajimad.
“Pakcik, nak aiskrim termurah tapi paling sedap,” kata Huda dengan manja.
“Ini dia. 30 sen. Kedai pakcik sentiasa jual termurah,” kata Isajimad.
Pada usia itu juga, Huda ada berkesempatan ke bandar berdekatan dengan ayahnya. Dia terjumpa aiskrim yang sama tapi dijual pada 15 sen sahaja. Huda tidak berkata apa-apa.
“Apa masalahnya? Pakcik Isajimad tak tipu saya. Mengapa sini lebih murah?” bisiknya di hati.
Pada usia 10, Huda mula ditugaskan untuk membeli barangan seperti sayur, gula, garam dan minyak dari kedai pakcik Isajimad.
“Usah bimbang. Kedai pakcik termurah,” kata Isajimad lagi ketika Huda membeli barang.
Peristiwa yang sama berulang. Usia tersebut, Huda sempat mengikuti program anak angkat di bandar berdekatan. Mak angkat juga memberikan tugas yang sama kepada Huda. Dan Huda dapat membeli barangan yang sama – sayur, gula, garam dan minyak pada harga yang murah.
“Pakcik Isajimad tak tipu saya. Apa masalahnya sini saya guna lebih sedikit duit daripada di kampung?” tanya Huda lagi.
Pada usia 15, Huda kini seorang budak remaja. Kedai runcit Isajimad pula sudah menjadi pasaraya. Rumah pakcik Isajimad sudah seperti istana di Kampung Meliya. Isteri pakcik Isajimad mula menggunakan beg-beg mahal.
Tapi internet masih tiada di kampung Meliya.
Seperti biasa, Huda masih mengunjungi pasaraya Isajimad.
Kali ini ada peristiwa menarik.
“Abang. Bil air di rumah RM300 sebulan. Bil letrik RM1,000 sebulan. Ayang nak beli beg mahal. Abang kena jual mahal sikit barang-barang. Orang-orang kampung ini mana tahu harga tinggi ke rendah. Ini sahaja pasaraya yang ada. Siapa nak buka kedai baru dua tiga tahun kebelakangan ini, kita pun dah hantar gangster halau mereka. Usah bimbang,” Huda terdengar kata-kata dari belakang pasaraya ketika cuba mencari pakcik Isajimad.
Huda tak berapa faham apa yang diceritakan secara mendalam.
“Huda dah sampai. Nak beli apa. Suruh Kak Amin (pekerja) untuk ambilkan,” kata pakcik Isajimad.
Huda pun membayar. Kali ini, Huda bertanya.
“Pakcik, harga ini macam mahal sikit. Berpatutan ke?” tanya Huda.
“Pakcik tak pernah jual mahal. Pakcik jual termurah. Harga pakcik naik sedikit. Kos pengangkutan dah naik. Jadi pakcik kena naik sedikit, tapi masih termurah. Tak percaya Huda bandinglah dengan kedai lain di sini,” jawab pakcik Isajimad.
“Oh begitu. Ok. Bye pakcik,” kata Huda.
Usia itu, selepas PMR, Huda dihantar ke sekolah asrama penuh di bandar. Huda mendapati barangan di luar masih lebih murah daripada apa yang dijual pakcik Isajimad di kampung.
Usia 21, Huda kembali ke kampung bercuti. Sudah ada bas ke bandar lain. Dan ada satu pasaraya baru di Kampung Meliya yang melawan kedai pakcik Isajimad.
“Huda, jangan pergi kedai baru itu. Mahal dan diuruskan oleh bukan orang kampung kita. Buat apa bagi duit kat orang kampung lain. Belilah barangan dari pakcik. Kita sekampung, pakcik jual termurah. Ada untung, pakcik derma keluar. Orang luar, dia datang jual mahal, dia ambil duit kampung ke kampung sebelah,” kata pakcik Isajimad.
“Pakcik. Pada usia 4, pakcik kata aiskrim pakcik paling murah 30 sen. Huda pergi bandar, orang jual 15 sen. Usia 10, Huda beli sayur, garam, minyak, gula dari pakcik – pergi bandar orang jual lebih murah. Usia 15, Huda ke asrama penuh baru tahu pakcik jual 40% lebih mahal dari harga pasaran. Sekarang Huda dah besar. Tak payahlah pakcik nak tipu Huda lagi. Cukuplah selama ini pakcik mangsakan orang kampung sendiri untuk tampung makcik yang belanja besar… Saya akan cuba membeli di pasaraya baru kali ini. Tak kisah apa pakcik kata. Bye,” kata Huda.
Di pasaraya baru, Huda terjumpa ramai kawan lama. “Sini murahlah daripada kedai pakcik Isajimad itu. Dia asyik kata duit kita akan dimakan oleh orang kampung lain walhal selama dia samun duit kita,” kata kawan Huda.
Huda hanya tersenyum. Dia gembira kini bukan saja dia yang sedar, tapi anak-anak muda yang membesar di kampung Meliya sedar, kedai pakcik Isajimad itu penyamun.

Sumber HD - 14-4-2013
1. Henti bernafas sekejap. - Apabila henti bernafas, otak akan kosong sekejap.
2. Tarik nafas dalam-dalam.
3. Senyum (Lebih elok, senyum pada cermin dan lihat diri senyum).
4. Tanya diri - siapa saya?
5. Tanya diri - mengapa saya di sini?
6. Ingat Allah.
7. Ingat Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu.
8. Kuatkan semangat dan belajar sayangkan diri sendiri.
9. Ambil 5 minit setiap langkah, jangan fikir jauh.
10. Terus mara ke depan dengan senyum.
Diharap 10 langkah ini dapat membantu kita menghilangkan stress.
SENYUM.
Henti bernafas sekejap
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 16 Apr 2013 |

Dari BlueN ke PackR
-, | 19 Apr 2013 |
Pak Ali sekeluarga – seorang isteri dan lima anak yang bekerja semua mempunyai kereta BlueN.
Disebabkan Pak Ali meminati BlueN sejak dulu, maka dipastikannya semua kereta anak dan isterinya juga berjenama BlueN.
Kereta-kereta jenama BlueN pada pandangan Pak Ali adalah paling berbaloi – dari segi harga insurannya, harga kereta, paling jimat minyak dan harga servis yang memuaskan.
Pak Ali yang berumur 56 tahun tidak pernah mencuba sebarang kenderaan lain – dalam dunia Pak Ali cuma hanya ada BlueN.
Satu hari anak sulung Pak Ali, Jamali menyatakan hasratnya untuk menukar kereta.
“Li, beli BlueN yang baru itu, ya,” pesan Pak Ali.
Jamali sebenarnya sudah terpikat dengan sebuah kereta berjenama PackR. Designnya sungguh cantik, dan harganya pun lebih rendah berbanding kereta kelas yang sama yang dijual oleh BlueN.
“Yah, PackR jenis ini lebih cantik dan berbaloi. Minyak pun lebih jimat kata orang,” kata Jamali.
“Li jangan kena tipu salesman. Salesman ini janji macam-macam. Dalam hidup ayah, ayah tak pernah jumpa kereta yang lebih jimat minyak daripada BlueN. Salesman itu menipu sahaja,” tegas Pak Ali.
“Tapi ayah, BlueN tak bagi free servis 40,000km yang pertama. PackR bagi. Dan kalau anakanda tempah awal dapat rebat RM3,000 dan free radio. BlueN tak ada,” kata Jamali lagi.
“Li. Kau percaya salesman itu buat apa? BlueN tak bagi kerana kualitinya lebih baik. PackR tak baik jadi kena bagi free itu ini supaya orang macam Li masuk perangkap. Beli lepas itu menyesal. Kereta ini bukan murah. Tak boleh beli main-main. Lepas beli kalau tak suka, tak boleh menyesal. Beli BlueN sahaja,” tegas Pak Ali lagi.
“Tapi ayah. Yah lihat insurans dia pun offer 15 percent rebate kalau anakanda tak claim untuk mana-mana tahun. BlueN tak bagi. Lagipun BlueN designnya tak taste anak muda. PackR ini taste anak muda – cantik designnya,” Jamali cuba berhujah lagi.
“Design cantik itu untuk pikat anak-anak muda yang mudah ditipu macam Li lah. Kereta berkualiti bukan dinilai dari segi design. Ia dinilai daripada pengalaman. Pengalaman ayah kata BlueN lebih baik daripada PackR. Pandu PackR anakanda akan menyesal. Ramai kawan ayah yang berkata PackR kereta selalu bermasalah. Servis sparepart susah dicari,” kata Pak Ali lagi.
“Ya ke. PackR sparepart mudah dicari lah yah, dan sparepart dia lebih murah. Anakanda pernah kaji harga mereka. Servis – caj labor PackR baru RM30, BlueN RM60 buat benda yang sama lagi. PackR ini – anak-anak muda yang pakai semua kata lebih baik daripada BlueN – lebih stabil, lebih jimat dan free banyak benda ketika servis. BlueN ini apapun tak ada,” hujah Jamali lagi.
Pak Ali bertambah marah kata-katanya tidak didengar oleh anaknya sendiri.
“Nak beli, belilah. Jangan menyesal datang mengadu dengan ayah sudah nanti,” tegas Pak Ali.
Jamali pun membeli kereta PackR. Sebulan Pak Ali tidak mahu bercakap dengannya kerana menyampah melihat kereta PackR di rumah. Selama ini Pak Ali dah war-warkan pada seluruh kampung bahawa kereta dia peminat BlueN, tak akan cuba kereta yang lain – tapi kini tindakan Jamali seperti menamparnya.
Satu hari, hanya Jamali dan Pak Ali berada di rumah. Jamali ketika di dapur terpotong tangan mengalami pendarahan yang agak banyak. Pak Ali bergegas hendak membawanya ke hospital. Pada masa itu, kereta BlueN Pak Ali tidak dapat dihidupkan.
Pak Ali terpaksa menggunakan kereta PackR anaknya – walaupun tak rela, tapi keadaan cemas menyebabkan Pak Ali tidak memikir panjang.
Setibanya di hospital, Jamali dibawa ke unit rawatan. Sambil Pak Ali menunggu, Pak Ali sempat membelek akhbar. Terlihat iklan BlueN.
“BlueN kini menawarkan free servis 42,000km (2,000km melebihi jenama TXXXXX), insuran offer 15 rebate, cash back RM4,000 pembelian dalam masa 2 minggu…”
Iklan itu seolah-olah meniru apa yang PackR sedang lakukan beberapa bulan lepas ketika Pak Ali bertengkar dengan Jamali. Pak Ali teringat hujahnya yang berkata BlueN kualiti lebih baik, tak perlu buat benda-benda ini.
Rupa-rupanya Pak Ali tersilap. Tadi ketika memandu ke hospital, Pak Ali terasa kereta PackR lebih stabil dan menyeronakkan untuk dipandu. Tadi semasa memandu, terlihat sebuah buku servis kereta yang tertera harga servis – 30% lebih murah daripada BlueN.
Selepas anaknya keluar dari unit rawatan, melihat Jamali dalam kesakitan, Pak Ali membuat gurau untuk menghiburkan hatinya.
“Kereta PackR ini bagus juga ya. Tak tahu pulak. Lepas cuba, macam best,” kata Pak Ali.
“Tulah ayah. Anakanda kan dah bagitahu. Ayah ini kena tipu BlueN salesman hidup-hidup ingat kereta dialah paling best. Sekarang ayah tahu siapa yang kena tipu salesman? Ada kereta di luar yang lebih bagus dan lebih murah dijaga berbanding BlueN. Tak cuba manalah kita boleh banding. Sekarang dah cuba, ayah kan tahu siapa lebih baik,” kata Jamali dengan gurau-senda.
Kedua-dua mereka bersenyum dan Pak Ali menepuk bahu Jamali tanda akur bahawa beliau tersilap.
Faham tak cerita ini?
Jangan cepat menghukum seseorang sebelum memberi peluang, sekurang-kurangnya sekali kepada seseorang itu untuk membuktikan kata-katanya.
Jangan pula cepat mempercayai seseorang yang telah berkali-kali didapati menipu dengan janji-janjinya.
Senyum.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-4-2013
Pertindihan kerusi selesai, fokus tumbangkan BN
Harakahdaily, | 22 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk menggunakan ruang masa yang ada ini untuk fokus kepada agenda menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.
"Sekarang ini seluruh jentera parti perlu fokus untuk tumbangkan BN di tempat masing-masing.
"Jangan lagi duduk buang masa berpolemik tentang perkara lain, kita sudah hampir dengan Putrajaya, jangan kita leka," katanya yang juga calon Jengka kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini bahawa parti itu mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR.
PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.
Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri dan umumkan pada satu sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.
Mengulas cadangan penyelesaian itu, Tuan Ibrahim berkata, ianya menunjukkan ketinggian tahap toleransi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya menyambut baik cadangan penyelesaian ini. Ia mencerminkan muafakat, apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara mesyuarat," katanya.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.
"Sekarang ini seluruh jentera parti perlu fokus untuk tumbangkan BN di tempat masing-masing.
"Jangan lagi duduk buang masa berpolemik tentang perkara lain, kita sudah hampir dengan Putrajaya, jangan kita leka," katanya yang juga calon Jengka kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini bahawa parti itu mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR.
PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.
Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri dan umumkan pada satu sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.
Mengulas cadangan penyelesaian itu, Tuan Ibrahim berkata, ianya menunjukkan ketinggian tahap toleransi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya menyambut baik cadangan penyelesaian ini. Ia mencerminkan muafakat, apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara mesyuarat," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-4-2013
Alkisah seorang murid pandai tapi…
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 30 Apr 2013 |
Seorang pelajar bernama Mahros sangat disukai oleh para guru di sekolahnya. Keputusannya agak bagus dan budi pekertinya sangat elok.
Mahros membawa perwatakan gadis yang soleh, mendengar kata dan bertimbang rasa.
Di Tingkatan 2, Mahros terus diangkat menjadi Ketua Kelas dan juga pengawas sekolah.
Sikap Mahros mula berubah selepas diangkat menjadi Ketua Kelas dan pengawas.
Di waktu rehat, untuk mengelakkan beratur panjang, Mahros menyalahguna kuasanya setiap kali untuk keluar awal dari kelas atas alasan ada urusan pengawas.
Di kelas agama Ustaz Ismail yang Mahros sangat tidak menyukai, Mahros selalu menggunakan alasan ada guru yang memanggilnya untuk perkara lain. Lalu Mahros lari keluar ke kedai koperasi, di mana guru koperasinya Cikgu Bijan selalu memanjakannya.
“Ros tak ada kelas ke? Senang datang bantu cikgu menjaga kedai koperasi waktu ini,” tanya Cikgu Bijan.
“Ustaz Ismail tak datang. Jadi kelas kosong. Saya ketua kelas keluar cari Ustaz Ismail tak dapat. Jadi datang sini,” Mahros menipu Cikgu Bijan.
“Saya ada kelas. Mahros boleh jaga kedai untuk satu waktu (40 minit)?” tanya Cikgu Bijan.
“Boleh. Cikgu pergilah,” kata Mahros.
Di kedai koperasi, Mahros mula mengambil untung sendiri dengan mengenakan harga lebih tinggi pada pelajar. Ada pelajar yang merungut, tapi kerana takutkan Mahros akan membalas dendam dengan selalu mencari masalah dengan mereka seperti pakaian tak sopan, rambut panjang, tudung tak elok dan lambat masuk kelas, mereka lebih rela memdiamkan diri.
Kadangkala bukan untung sahaja yang Mahros ambil, malah dia mula mencuri benda-benda yang boleh dijual di luar.
Cikgu-cikgu lain yang selalu memuji Mahros masih tidak mengetahui bahawa sikap Mahros dah berubah sama sekali.
Mahros kini seorang pelajar yang tamak, mencuri, menipu dan menindas pelajar. Di depan cikgunya, Mahros masih seorang pelajar yang keputusannya cemerlang dan sopan kerana di depan cikgu-cikgunya, Mahros akan berubah watak.
Namun, perubahan Mahros dikesan oleh Ustaz Ismail kerana Mahros paling banyak keluar daripada kelasnya. Namun keputusan pendidikan Islam Mahros masih mendapat A.
“Rosak kalau dibiarkan Mahros begini. Ya, keputusan pendidikan Islamnya masih A, tapi ia serupa membaca Quran tapi tidak mengamalkan segala yang disarankan Allah,” bisik Ustaz Ismail di hati.
Ustaz Ismail memikirkan satu cara untuk mendedahkan wajah sebenar Mahros. Beliau mula merakam alasan-alasan yang diberikan Mahros untuk keluar daripada kelas agamanya.
Satu hari di kelas Ustaz Ismail, Mahros memberikan alasan bahawa dia dipanggil Cikgu Mala dan mohon keluar kelas. Ustaz Ismail merakam apa yang dikatakan Mahros dan membiarkannya keluar kelas. Selepas 5 minit, Ustaz Ismail menelefon Cikgu Mala bertanya apakah benar beliau memanggil Mahros.
“Tak adalah. Mengapa Mahros berkata begitu? Mesti ada sebab. Sebab dia budak baik jarang menipu,” kata Cikgu Mala di telefon.
Ustaz Ismail kemudian menyuruh Cikgu Mala dan cikgu-cikgu lain untuk bersama mencari Mahros, dengan alasan Mahros jarang menipu, takut Mahros menghilang kerana sebab-sebab tertentu.
Akhirnya Ustaz Ismail sengaja membawa Cikgu Mala dan cikgu-cikgu lain ke kedai koperasi melihat Mahros sedang menjual barang-barang di kedai koperasi.
Mahros terkejut dengan kehadiran semua cikgu yang menyayanginya.
“Mengapa kamu di sini? Tadi kamu berkata Cikgu Mala nak jumpa,” tanya Ustaz Ismail.
“Ustaz salah dengar kot. Saya kata ada cikgu panggil. Tak sebut Cikgu Mala pun. Cikgu Bijan yang panggil saya ke sini bantu, jadi saya datanglah. Kelas agama ustaz, jangan bimbang, saya tak masuk pun, saya tetap dapat score A,” cubaan menipu Mahros dengan nada kecil kerana ingin berlakon seperti dia dianiaya.
Ustaz Ismail tidak mahu berkata apa-apa. Beliau menelefon Cikgu Bijan dan suruh beliau datang ke kedai koperasi segera.
Cikgu Bijan pun sampai dan terkejut melihat semua cikgu berada di sini bersama Mahros.
“Apa halnya ustaz?” tanya Cikgu Bijan.
“Mengapa Mahros ada di koperasi? Tuan Bijan ada panggil dia ke?” tanya Ustaz Ismail.
Cikgu Bijan melihat mata Mahros, dan Mahros mengangguk.
“Ya. Saya panggilnya. Ada apa?” kata Cikgu Bijan.
“Dia selalu keluar kelas saya dan Tuan Bijan selalu memanggil dia keluar waktu saya mengajar?” tanya Ustaz Ismail.
Cikgu Bijan mula menggelabah kerana nada Ustaz Ismail agak keras.
“Ya. Sebab Mahros dah pandai agama. Dia dah selalu score A. Tak pergi kelas ustaz pun tak apa,” Cikgu Bijan cuba mempertahankan Mahros.
Ustaz Ismail masuk ke kedai koperasi mengambil satu lagi alat perakam suara yang dipasangnya tanpa pengetahuan Cikgu Bijan dan Mahros.
Ustaz Ismail memainkan perakam suara yang ada di tangannya di mana jelas menunjukkan Mahros memberitahunya Cikgu Mala memanggilnya.
Perakam suara kedua di kedai koperasi berbunyi:
“Kamu ponteng kelas Ustaz Ismail lagi? Alasan apa yang kamu guna kali ini?” tanya Cikgu Bijan pada Mahros.
“Kali ini saya kata Cikgu Mala panggil,” jawab Mahros sambil ketawa.
Wajah Mahros dan Cikgu Bijan terbongkar akhirnya. Pelajar-pelajar yang membeli di koperasi terus mengadu bahawa mereka dipaksa membeli harga barangan koperasi yang dijual Mahros pada harga yang lebih tinggi.
Ustaz Ismail mengarahkan Cikgu Bijan melakukan satu pemeriksaan stok ringkas – dan mendapati jumlah stoknya kurang daripada sepatutnya, menunjukkan bahawa Mahros telah mencuri.
“Cikgu-cikgu sekalian. Mahros seorang budak baik sebelum ini. Malangnya kepercayaan kita dan kuasa yang kita berikan pada dia telah merosakkan dia. Kita terpaksa bertindak untuk melucutkan jawatannya untuk menyelamatkan dia daripada terus melakukan dosa.
Lagipun, orang yang hilang kuasa lebih mudah bertaubat. Jika kita kekalkan kedudukan Mahros, walaupun dia berjanji akan berubah, ia tidak akan berlaku kerana kuasa yang ada di tangan tidak akan menyebabkan Mahros insaf sepenuhnya,” cadang Ustaz Ismail.
Kalian cikgu-cikgu semua setuju termasuk Cikgu Bijan. Cikgu Bijan turut memohan maaf atas kesilapannya terlalu memanjakan Mahros.
Dapat maksud tersirat cerita ini?
Untuk menyelamatkan Barisan Nasional, kita perlu menurunkannya daripada tampuk kuasa. Sebenarnya itu cara terbaik untuk kita membantu BN untuk mengurangkan dosa. Hanya setelah hilang kuasa, barulah boleh seseorang betul-betul bertaubat dan insaf.
Bagaimana nak turunkan kuasa BN? Tak perlu bertumbuk dan bersamseng seperti mereka. Kita hanya perlukan sebatang pen. Hari 5 Mei ini, pangkah Bulan, Roket atau Bulan kecil.
Senyum.
Lepas baca, mohon share kepada kawan-kawan yang memerlukannya.
Jadilah agen perubahan.
INI KALILAH.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-4-2013
No comments:
Post a Comment