Bersiap untuk Ijtimak Tarbawi 2011 esok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Bermula esok, 28 Oktober jam 4.30 petang hinggalah 30 Oktober, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi bakal melakar sejarah menelusuri episod perjuangan Islam di Malaysia, apabila anak-anak muda yang cintakan Islam, sahabat seperjuangan yang rindukan ikatan ukhuwwah Islamiah dan pejuang yang perlukan sentuhan tarbiah ruhiah harakiah dari para murabbinya akan berhimpun dengan penuh ‘persediaan’ untuk ditarbiyah aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar. Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, sekurang-kurangnya ada tiga tumpuan yang perlu diberikan oleh setiap peserta ijtimak. Pertama, katanya setiap pengisiannya yang terdiri dari taujihat, amanah, wasiat, kertas kerja, forum dan arahan pimpinan, antara cara memberi tumpuan ialah dengan rakaman audio, menulis dan menghafaz poin-point penting. Di samping itu, katanya aktiviti dan amali sepanjang ijtimak seperti al-mathurat, solat jamaah, qiamulail, munajat, taaruf, makan bersama, rehat bersama dan pelbagai aktiviti yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk nilai tambah kepada pengisian yang kita perolehi melalui agenda dan tentatif yang telah disusun. “Yang ketiga ialah ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang program malah ia akan berterusan sepanjang masa perjuangan kita,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, katanya jangan lepaskan peluang keemasan itu dengan menyerap sebijak mungkin hikmah dan ibrah (pengajaran) dari ujian dan cabaran yang ditempuh, lantaran ia adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak dapat dibekalkan oleh sekretariat Ijtimak Tarbawi 2011 kelak. “Sama-samalah kita berdoa agar Ijtimak Tarbawi 2011 yang bakal berlangsung esok, benar-benar berjaya, bukan sahaja penganjuran aktivitinya tetapi juga menepati matlamat dan objektif yang telah digariskan. “Suatu yang saya mahu ialah lahirnya pemuda-pemuda yang ikhlas berjuang, gigih menunaikan amanah perjuangan, cekal menghadapi rintangan, berjaya mengurus diari gerak kerja yang menepati piawaian ansorullah,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6202-bersiap-untuk-ijtimak-tarbawi-2011-esok
Ucapan KPDPPP : http://www.youtube.com/watch?v=lWs8Rz2RW2c
Ijtimak Tarbawi: Pemukiman pemuda yang dinanti |
Nasrudin Hassan |
1. Bermula esok, 28 Oktober 2011 – Jumaat - jam 4.30 petang hinggalah [30 Oktober 2011], Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi bakal melakar sejarah menelusuri episod perjuangan Islam di Malaysia, apabila anak – anak muda yang cintakan Islam, sahabat seperjuangan yang rindukan ikatan ukhuwwah Islamiyyah dan pejuang yang perlukan sentuhan tarbiyah ruuhiyah harakiyah dari para murabbinya akan berhimpun dengan penuh “persediaan” untuk ditarbiyah aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka di KUIZM Taman Melewar. 2. Malah anak – anak muda yang ingin merasakan pengalaman baru dengan sentuhan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia membina dan mengkaderkan anggotanya turut tidak melepaskan peluang untuk mendaftar dan menyertai acara tahunan ini, sebagai himpunan yang terbesar malah terpenting selepas muktamar tahunannya. 3. Saat saya menulis artikel ini, sebahagian pemuda telah pun bergerak dengan penuh semangat dan teruja untuk menjadi peserta paling awal ke Ijtima’ Tarbawi 2011, sementara yang lainnya pula berdebar – debar menanti saat untuk berlepas pergi. Tentu sahaja keikhlasan akan tersemat jauh di dalam sanubari mereka kerana melepaskan masa dan kepentingan lain untuk beruzlah di Taman Melewar tentunya tidak mengharapkan apa – apa selain redha Allah swt. 4. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat berijtima’ buat semua anak – anak muda yang mewarisi semangat pejuang, untuk terus mendidik diri agar lahir dan tampil sebagai pejuang yang mantap pemikiran, kental semangat dan tabah jiwa menggalas amanah perjuangan suci ini. 5. Tahniah jua saya ucapkan buat seluruh warga kerja sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 yang diketuai oleh sahabat saya al fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang gigih dan sibuk tahap gaban untuk menjayakan Ijtima’ tersebut. Sesekali saya berkesempatan masuk dan menyertai mesyuarat sekretariat ini dan ternyata ia sungguh membanggakan saya. Bukan sahaja berbincang dan bermesyuarat, tetapi juga mereka sangat serius, gigih, bersungguh dan rajin melaksanakan apa jua keputusan mesyuarat. Saya doakan agar mereka diberi kekuatan dan keupayaan untuk menghasilkan kualiti Ijtima’ Tarbawi yang terbaik insyaallah. 6. Namun, perlu saya tegaskan di sini buat semua peserta agar turut bersedia menghadapi apa jua kesulitan dan kesukaran yang bakal ditempuhi sepanjang Ijtima’ Tarbawi 2011 sungguhpun pihak sekretariat telah mengesat keringat di betis. Tentu sahaja akan ada kelemahan dan kekurangan luar jangka yang berlaku dan dikesan oleh peserta. Justeru Ijtima’ Tarbawi ini sifatnya sebagai program pengkaderan, maka saya harap semua peserta tidak merungut dan mengomel, apa lagi merasa kesal dengan segala kesulitan yang bakal ditempuh sebaliknya menerima dengan tenang dan semangat juang yang tinggi sementara segala kelemahan itu kita akan atasi bersama insyaallah. 7. Ijtima’ Tarbawi 2011 bukan kursus keusahawanan atau kursus kemahiran yang mempunyai budget kementerian dan juga bukan hari keluarga atau perkelahan musim cuti untuk menikmati segala kemudahan, keselesaan, keseronokan dan kerehatan. Sebaliknya ia adalah program pembinaan, pendidikan, pengkaderan, pembentukan dan pemantapan. Justeru itu, segala kepayahan, kesulitan, kelemahan dan kesukaran yang bakal ditempuh adalah sebahagian dari “pakej tarbiyah” yang mesti diterima dan diambil oleh peserta dengan baik, tekun dan cermat sekalipun ia tiada dalam agenda dan tentatif program. 8. Saya kira segala kesulitan dan kesukaran itu adalah “campurtangan Allah swt” untuk mendidik para pejuangnya agar mencapai matlamat dan objektif Ijtima’ Tarbawi ini. Malah pengalaman saya, jua pengalaman senior – senior saya dalam mengambil skima pentarbiyah dari jamaah ini, suatu “tarbiyah yang tiada dalam tentatif” program itulah yang lebih meninggalkan kesan mendalam pada diri setiap peserta jika mereka benar – benar bersedia untuk ditarbiyah agar lahir sebagai pejuang bertaraf Ansoorullah. 9. Sekurang – kurangnya ada 3 tumpuan yang perlu diberikan oleh setiap peserta Ijtima’ Tarbawi ini. Pertama : Setiap pengisiannya yang terdiri dari taujihat, amanah, wasiat, kertas kerja, forum dan arahan pimpinan. Antara cara memberi tumpuan ialah dengan rakaman audio, menulis dan menghafaz point – point penting. Kedua : Aktiviti dan amali sepanjang Ijtima’ seperti al mathurat, solat jamaah, qiamulail, munajat, taaruf, makan bersama, rehat bersama dan pelbagai aktiviti yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung mestilah dimanafaatkan sebaik mungkin untuk nilai tambah kepada pengisian yang kita perolehi melalui agenda dan tentatif yang telah disusun. Ketiga : Ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang program malah ia akan berterusan sepanjang masa perjuangan kita. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Serap sebijak mungkin hikmah dan ibrah [pengajaran] dari ujian dan cabaran yang ditempuh. Lantaran ia adalah suatu anugerah Allah swt yang tidak dapat dibekalkan oleh sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 kelak. 10. Sama – sama lah kita berdoa agar Ijtima’ Tarbawi 2011 yang bakal berlangsung esok, benar – benar berjaya, bukan sahaja penganjuran aktivitinya tetapi juga menepati matlamat dan objektif yang telah digariskan. Suatu yang saya mahu ialah lahirnya pemuda – pemuda yang : Ikhlas berjuang, gigih menunaikan amanah perjuangan, cekal menghadapi rintangan, berjaya mengurus diari gerakkerja Menepati piawaian Ansoorullah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/6201-ijtimak-tarbawi-pemukiman-pemuda-yang-dinanti
Ijtimak Tarbawi terbuka kepada anak muda, muslimat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ijtimak Tarbawi 2011 Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan bermula petang ini bukan sahaja untuk ahli dewan itu malah terbuka kepada semua khususnya anak muda dan juga muslimat.
Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz - TKP DPPP / Pengarah Program
Pengarah program itu, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz berkata, orang ramai khususnya belia dijemput hadir ke program itu yang akan berlangsung tiga hari sehingga Ahad ini bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar. "Ianya terbuka kepada semua. Sebenarnya yang kita tumpu adalah anak muda. "Muslimat pun boleh ikut serta. Kita juga menjemput Nisa' untuk hadir bersama," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kepada harakahdaily. Pihak penganjur juga ujarnya telah menyediakan pelbagai persiapan termasuk penginapan kepada peserta yang akan hadir. "Kita sasar 6,000 orang akan menyertai ijtimak kali ini. Sehingga kini lebih 4,000 sudah menyatakan pengesahan untuk hadir," katanya yang tidak menolak kehadiran akan melebihi sasaran. Untuk menarik golongan muda hadir ke ijtimak kali ini juga, Dewan Pemuda PAS buat julung kalinya menerbitkan filem pendek bertajuk "Gua Ikut Enta". Filem yang dipecahkan kepada tiga siri itu disiarkan berperingkat-peringkat sejak minggu lalu dan mendapat respon positif dari banyak pihak. Sementara itu, pendaftaran program tersebut akan bermula pada jam 3 petang ini manakala majlis perasmian dijadual disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz selepas Isyak. Sebelum itu, Tuan Guru akan menyampaikan kuliah Maghrib kepada perserta program tersebut. Ijtimak Tarbawi 2011 adalah program khusus Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai program tarbiah ruhiah harakiah dari para murabbinya, bagi mempersiapkan anak muda dengan ‘kemantapan aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka. Selain pemimpin utama PAS, program tersebut juga bakal menampilkan tokoh-tokoh gerakan Islam luar negara seperti Ikhwanul Muslimin dan Hamas untuk berkonsi pandangan mereka. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6220-ijtimak-tarbawi-terbuka-kepada-anak-muda-muslimat
Sistem 2 parti lebih mudah kalahkan BN |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS merumuskan sistem dua parti pasti akan berlaku juga di negara ini suatu masa nanti dengan jangkaan sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang. Kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya. Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem 2 parti, ekoran kegagalan mereka memahami "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Katanya, sungguhpun begitu, perkembangan ke arah kewujudan sistem 2 parti telah pun berlaku di negara kita sekarang dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti S46 beberapa tahun lalu. "Sistem 2 parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya. "Dengan adanya sistem 2 parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihanraya," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut. Forum tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara. Sebelum itu, Mustafa berkata, kerjasama politik atau "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak. "Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun "bermerah mata" membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya. Konsep "Tahaluf Siyasi, tegasnya, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihanraya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini. Perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini. "Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala' dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya. Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS untuk menerangkan perkara itu kepada ahli-ahli parti, bagi membolehkan konsep "Tahaluf Siyasi" yang dilakukan itu difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6245-sistem-2-parti-lebih-mudah-kalahkan-bn
Strategi Umno jahilkan Melayu |
Aziz Muda |
GOMBAK, 30 Okt: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan. 21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik. Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial. Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil. "Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya. "Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam. Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut. Forum tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara. Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh rakyat negara ini. Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik. "Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya. Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini. Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. "Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya. Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan. "Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dunia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6248-strategi-umno-jahilkan-melayu
Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salah | | Print | |
Nazri Abdullah |
GOMBAK, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John. Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu. "Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini. "Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily. Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini hari ini. Jawapan tersebut dinyatakan beliau sebagai respon terhadap pandangan Dr Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat. Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya. Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal. Mengulas lanjut Nasruddin berkata, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban. Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat. "Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. "Sebab itu saya cadang beliau (Dr Asri) ambik masa turun ke medan sekali dengan pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya. Tunjuk di mana salah Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyentuh teguran Dr Asri itu dan meminta bekas mufti itu membuktikan dimana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi yang terkenal sebagai ikon Gay di barat itu. Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka 'dilihat salah' oleh Dr Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam. "Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Dr Asri)...pendekatan ini perkara ijtihad. "Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam...kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan bantahan terhadap konsert Greatest Hits Tour itu yang menampilkan artis gay, Elton John yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini. Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda. Beliau mahu pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Daerah Bentong mengambil tindakan agar ianya dibatalkan. Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis. Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6256-elton-john-dr-asri-dicabar-tunjuk-mana-salah
Dr Asri benci PAS atau Taliban |
Hamba Allah |
Saya sangat sedih dan kecewa di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang disiarkan di dalam laman Malaysiakini mengenai persembahan Elton John. Beliau seperti yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut “PAS jangan tiru Taliban”. Beliau menyatakan bahawa halangan tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya. Beliau juga memberi alasan lokasi di Genting Highland merupakan tempat arak dan judi untuk non-muslim. Saya rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Dr Asri yang saya rasakan mempunyai pengetahuan agama yang lebih baik dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat. Saya tidak pasti, sejak bila pula gelaran meniru Taliban diberikan kepada kumpulan yang menolak sesuatu yang dibenci Islam. Cukup jelas tabiat Gay adalah haram. Beberapa persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mendengar desakan kumpulan pendesak seperti yang disarankan Dr Asri iaitu tidak membenarkan orang Islam menyertainya? Persoalan ini perlu dijawab secara ikhlas oleh Dr Asri mengikut situasi masa kini. Adakah kerajaan yang ada sekarang mampu berbuat demikian? Mampukah kita untuk menyekat media dan publisitinya. Mampukah kita menghalang anak-anak kita dari membacanya? Meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya juga merupakan suatu hujah yang tergantung. Bagaimana? Surat, melalui dewan, memorandum, demontrasi atau menggesa seperti yang dilakukan pemuda PAS. Mana satu yang paling berkesan dan akan dipersetujui kerajaan? Jika dilihat pengalaman lepas kerajaan sedia ada sekarang pernah menjemput pemain kriket Israel dan baru-baru ini peninju dari negara berkenaan dibenarkan pula melintasi sempadan negara. Elton John adalah satu lambang moral yang memang bersangkutan dengan akidah umat Islam begitu juga Israel yang banyak membuat kerosakan kepada orang Islam. Banyak lagi subjek dan item yang dikategorikan sebagai yang diharamkan Islam masih tidak mampu dibendung oleh kerajaan kini. Adakah alasan Genting kawasan judi untuk orang bukan Islam boleh diterima. Tidak adakah orang Islam yang ke sana? Sedangkan judi di tanah rendah pun berlambak-lambak. Pergi sahaja ke kedai ekor, siapa pelawat yang paling ramai? Walau diletak tanda amaran judi tidak dibenarkan untuk orang Islam. Dibimbangi orang Islam yang tidak pernah ke Genting akan terus berkunjung ke sana bertitik tolak dari konsert Elton John. Jika diikutkan falsafah Dr Asri, sesuatu yang bertentangan dengan Islam tidak ada masalah di Negara ini kerana kita akan meminta kerajaan melarang orang Islam melibatkan diri. Berkemungkinan juga Dr Asri melihat dari sudut kepelbagaian kaum. Bagaimana kalau pemintaan kita tidak dipenuhi? TV boleh siar apa sahaja kerana orang Islam di Malaysia bijak menilai yang mana baik dan buruk. Mungkin juga, boleh ditulis pada skrin TV, “Arahan : Orang Islam Dilarang Melihat Sesuatu yang Haram ”. Apa yang diutarakan disini adalah bertujuan bagi percambahan fikiran. Secara peribadi saya rasa sedikit sedih dengan tindakan melabel PAS sebagai meniru Taliban. Mungkin juga cara yang ditonjolkan pemuda PAS tidak disukai beliau, sekurang-kurangnya masih ada suara yang menegah kemungkaran. Apa salahnya Dr Asri menegur secara baik sebagai satu contoh dan teladan, selari pula dengan keilmuannya yang sentiasa menjadi rujukan umum. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6260-dr-asri-benci-pas-atau-taliban
Bekerja seperti pilihan raya minggu ini |
Nazri Abdullah |
GOMBAK, 30 Okt: Ijtimak Tarbawi 2011, Dewan Pemuda PAS Pusat yang berakhir petang tadi melabuhkan tirainya dengan satu komitmen untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya. Bercakap selepas menyampaikan ucapan penutup petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, anggota dewan itu hari ini pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berkerja seperti 'pilihan raya minggu ini'. "Apa yang kita dapat dari ijtimak ini akan diteruskan bila balik ke kawasan masing-masing. "Jentera pemuda akan fokuskan gerak kerja pilihan raya seolah-olah pilihan raya akan dilaksanakan minggu ini. Kita kena 'all out'," katanya kepada Harakahdaily. Sementara itu, kira-kira 6,000 peserta dari seluruh negeri hadir ke ijtimak kali ini. Mereka berkampung di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad selama tiga hari sejak Jumaat lalu dengan pelbagai pengisian tarbiah diatur penganjur. Selain pemimpin utama PAS, peserta juga didedahkan dengan pengalaman jemaah Islam luar negara seperti oleh wakil Hamas dari Palestin dan wakil Ikhwanul Muslimin dari Mesir. Menyifatkan ianya sebagai mencapai sasaran, Nasruddin berkata ianya akan dijadikan acara tahunan dewan itu. "Ijtimak ini adalah untuk membentuk pelapis di kalangan pemuda yang utuh prinsip perjuangan Islamnya. "Kita anggarkan cecah 6,000 yang hadir kali ini sekaligus mencatat sejarah paling ramai berbanding tahun lepas," katanya. Untuk rekod, Ijtimak Tarbawi kali pertama tahun lalu diadakan di Terengganu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6258-bekerja-seperti-pilihan-raya-minggu-ini
Awasi pihak promosi gaya hidup gay |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pahang menuntut kerajaan negeri memberikan perhatian yang serius terhadap bantahan orang ramai tanpa mengira parti atau pertubuhan terhadap konsert artis antarabangsa, Elton John yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini di Genting Highlands. Yang Dipertuanya, Ustaz Rushdan Abdul Halim berkata, ini kerana ianya akan memberi kesan kepada sosio budaya masyarakat setempat terutama remaja melayu Muslim. Katanya, seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ianya akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan. Tambahnya, gesaan tersebut dibuat kepada kerajaan negeri kerana konsert tersebut akan diadakan di Genting Highlands yang berada dalam negeri Pahang yang sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa wewenang untuk menghalanginya daripada berlaku. “Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kebebasan beragama kepada yang bukan Islam dalam perlembagaan adalah berkaitan dengan upacara atau amalan agama bukan Islam tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenepikan semua nilai agama. Beliau berkata, Isma Pahang menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang sebanyak dua kali yang mana kali pertama diadakan oleh artis antarabangsa Adam Lambert pada tahun lepas. “Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6263-awasi-pihak-promosi-gaya-hidup-gay
Peserta Ijtimak Tarbawi bersiap hadapi PRU 13 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia di atas kejayaan menganjurkan Ijtimak Tarbawi 2011 yang bermula pada 28 Oktober sehingga 30 Oktober di Dewan KUIZM, Taman Melewar dengan kehadiran ribuan peserta yang terdiri daripada para pemuda PAS di semua peringkat jentera parti. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melahirkan rasa syukur dan bangga kerana dapat memberikan kerjasama di dalam menjayakan penganjuran ini bersama-sama Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan. Tambahnya, lebih-lebih lagi ijtimak itu telah dapat menghimpunkan tokoh-tokoh Gerakan Islam Antarabangsa seperti Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Dr. Mehdi Akif, pemikir Ikhwanul Muslimin, Dr. Kamal Al Helbawi dan wakil Hamas, Palestin iaitu Syeikh Ahmad Najjar. Tidak ketinggalan juga, katanya Al Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut sama meraikan program ini dengan memberikan kuliah ilmu dan taujihat tarbiyyah yang telah mencetuskan motivasi semangat jihad dan perjuangan kepada para peserta ijtimak. Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta ijtimak yang hadir daripada seluruh negara yang terdiri daripada para pemuda PAS di semua peringkat selain penglibatan muslimat yang sangat dahaga dan mendambakan ilmu tarbiyyah gerakan Islam. “Semoga program pentarbiyyahan yang dilalui dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan akan dapat memberikan kesan dan membekas di jiwa peserta bagi menghadapi segala cabaran dan dugaan di dalam menelusuri perjuangan gerakan Islam ini,” katanya. Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan misi Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui ijtimak tarbawi kali ini dengan tema “Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihan raya” telah mencapai matlamat penganjurannya dan berkeyakinan bahawa seluruh peserta ijtimak telah bersedia sepenuhnya dari segi jasmani dan rohani untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang mendatang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6266-peserta-ijtimak-tarbawi-bersiap-hadapi-pru-13
Saya nak pastikan PAS menang, bukan kejar jawatan
Harakahdaily, | 08 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 8 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berazam untuk mempastikan PAS menang cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memikir apakah jawatan yang beliau akan pegang selepas itu.
(Salahudin...saya mahu pastikan PAS menang sahaja)
Beliau yang sampai kini belum pasti akan bertanding di Kubang Kerian atau dipindahkan ke tempat lain sebagaimana yang diura-urakan berkata, beliau tidak pernah mengejar apa-apa jawatan sebagaimana yang diura-urakan.
“Bukan matlamat saya untuk menjadi Menteri Besar, yang saya nak adalah untuk melihat PAS menang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.
Salahudin mengulas ura-ura beliau adalah calon Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagi Salahudin, terlalu awal untuk bercakap tentang jawatan MB itu buat masa sekarang kerana ia hanya akan dibincangkan selepas Pakatan menang dalam pilihan raya umum nanti.
Sebuah akhbar harian hari ini menyiarkan berita kononnya Salahudin adalah bakal MB Johor jika Pakatan menang di Johor nanti.
Namun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS belum membuat sebarang keputusan akhir mengenai calon-calonnya dalam pilihan raya umum akan datang.
“Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat.
“Ini kerana, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya diputuskan setelah pilihan raya selesai dan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya tersebut,” kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pihak media khasnya Sinar Harian tidak sepatutnya membuat spekulasi siapa bakal menjadi MB Johor sebagaimana laporan mereka hari ini.
“Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor,” kata beliau.
Sebagai ahli PAS, Salahuddin memberi laluan dan kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya kerana beliau tidak berhak tentukan.
Salahudin belum pasti apakah beliau akan kekal di Kubang Keriang atau balik ke Johor sebagaimana yang disebut-sebut media.
"Terpulanglah kepada parti. Saya sedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan nanti,” katanya.
Sumber HD : 8/02/2012

Pemimpin soleh: Pemuda PAS sokong Mursyidul Am
Khalil Abdul Hadi, | 09 Mac 2012 |
Isu dalaman kerajaan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang berlaku di Kedah belum lagi reda tiba-tiba timbul pula polemik pandangan supaya jawatan Timbalan Presiden PAS boleh dipegang oleh orang bukan Islam. Tetapi alhamdulillah, lega apabila melihat dan meneliti kenyataan Mursyid Am PAS, Tuan GuruNik A bdul Aziz Nik Mat yang menyatakan dengan tegas bahawa sesiapa sahaja boleh memimpin PAS selagimana dia adalah orang Islam dan salih tanpa mengira apa bangsa dan keturunannya. Bagi ahli bawahan bukan sahaja yang tinggal di bandar bahkan yang tinggal di kampung-kampung seperti saya polemik-polemik seperti ini membimbang dan merungsingkan mereka kerana bagi mereka isu-isu seperti ini sudah selesai kerana kemasukan dan intima mereka ke dalam PAS bukan sahaja melihat PAS itu sebagai sebuah parti politik tetapi sebagai sebuah jamaah dan gerakan Islam yang mewakili umat Islam di negara ini khususnya.
PAS diakui sebagai sebuah Jamaah Islam dan wadah kepada perjuangan umat Islam di negara ini, adalah satu dari mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia yang ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan tajdid selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jemaat Islami di Indo-Pak, Parti Saedat di Turki, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam dan merealisasikan corak hidup Islam. Walaupun nama-namanya berbeza di antara satu dan yang lain tetapi yang menyatukan gerakan-gerakan Islam ini ialah tujuan dan matlamatnya untuk melihat ugama Islam menjadi ugama yang memerintah di atas muka bumi Allah ini.
Kenyataan Mursyid Am PAS itu bukannya jumud, beku atau ingin membawa PAS berundur ke belakang di saat sokongan daripada orang bukan Islam begitu memberangsangkan sekali. Seolah-olah menyekat orang bukan Islam untuk menjadi pimpinan tertinggi PAS; mereka memahami apabila mereka memberikan sokongan kepada PAS bahawa PAS adalah parti untuk orang Islam tetapi mereka tertarik dengan komitmen dan istiqamah pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan perjuangan Islam PAS. Mereka tidak kecewa dengan penegasan Mursyid Am PAS itu. Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah bukti bagaimana orang bukan Islam boleh menerima pendekatan yang dibawa oleh PAS dan menerima kepimpinannya mestilah diterajui oleh orang Islam. Dalam tempoh lima dekad perjuangan, PAS telah berjaya meruntuhkan tembok yang memisahkannya dengan orang bukan Islam, tembok khurafat yang dibina oleh UMNO/BN yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan jurang antara PAS dan orang bukan Islam. PAS akan terus menawarkan risalah Islam yang bersifat ‘alamiyyah (universal) dengan berkonsepkan adil dan rahmat ini kepada masyarakat bukan Islam. Tawaran PAS ini bukan untuk menindas mereka, bukan untuk memperdayakan mereka dan bukan untuk memaksa mereka. Kita mengemukakan penyelesaian mengikut Islam untuk mereka membuat pilihan yang bebas antara politik yang bersifat dominasi politik Melayu dengan politik Islam yang bersifat ‘alamiyyah sebagai teras kehidupan yang harmoni dan adil di negara ini.
Pada pandangan saya apa-apa jawatan di dalam PAS walaupun ketua cawangan sekalipun syaratnya mestilah berugama Islam, adalah di antara prinsip-prinsip tetap yang diamalkan di dalam PAS, ia bukannya termasuk di dalam ruang lingkup perkara yang boleh berubah mengikut tempat dan masa yang tertentu. Perlembagaan PAS FASA 11 (2) menetapkan syarat untuk menjadi ahli PAS itu mestilah berugama Islam, untuk menjadi pemimpin PAS mestilah terlebih dahulu menjadi ahli PAS. Penetapan ini bukan kerana PAS mengokong penglibatan penganut ugama lain untuk bersama-sama membangunkan PAS di barisan pimpinan tetapi ianya adalah satu ketetapan yang berlandaskan kepada dasar PAS itu sendiri iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Ini adalah amalan biasa hatta di dalam mana-mana pertubuhan dan organisasi, bahawa pemimpin yang mahu memimpin pertubuhan dan organisasi tersebut mestilah menganut ideologi dan berpegang dengan dasar-dasarnya. Mana mungkin Parti Komunis boleh mengambil pemimpin yang berpegang dengan ideologi Kapitalis, adalah mustahil sama sekali.
PAS menetapkan pimpinannya mestilah di kalangan orang Islam kerana ianya adalah tuntutan syarak. Sesebuah jamaah Islam mestilah dipimpin oleh orang Islam. Mana mungkin imam di dalam solat berjamaah atau orang yang boleh menggantikan imam adalah di kalangan orang bukan Islam, begitulah juga keadaannya Jamaah Islam yang bergerak di dalam masyarakat, kepimpinannya mestilah di kalangan orang-orang Islam. Intipati ini boleh difahami di dalam firman Allah antaranya ialah (bermaksud): “Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat (kumpulan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran“.
Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa kumpulan yang melaksanakan tugas-tugas sebagaimana yang digariskan itu mestilah dikalangan orang-orang Islam dan dipimpin oleh mereka.
Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin Jamaah Islam yang pertama, apabila baginda tiba di Madinah selepas melalui kesusahan di dalam peristiwa hijrah, orang-orang Madinah bersepakat melantik baginda untuk menjadi pemimpin mereka di Madinah walaupun di Madinah ketika itu masyarakatnya adalah majmu’ yang terdiri daripada orang Yahudi, Nasrani Najran dan orang Musyrikin. Rasulullah s.a.w memimpin masyarakat Madinah dengan model Jamaah Islam yang memimpin sebuah kerajaan dan pemerintahan, oleh kerana itulah semua pimpinan kerajaan Islam Madinah adalah orang-orang Islam. Orang-orang bukan Islam pada ketika itu semuanya bersetuju apabila mereka sepakat menerima Piagam Madinah yang diletakkan oleh Rasulullah s.a.w., kecuali Abdullah bin Ubay dan golongan munafiqun yang bermati-matian menentang Rasulullah s.a.w. dengan cara yang terang-terangan atau halus.
PAS menetapkan pimpinannya mestilah di kalangan orang Islam kerana ianya menjamin maslahah Islam dan umat Islam. Maslahah Islam dan umat Islam ialah dengan melaksanakan konsep pemeliharaan lima perkara asas di dalam Islam iaitu; penjagaan kepada ugama, nyawa, maruah, aqal dan harta. PAS adalah jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula umat Islam, membebaskan golongan mustadhafiin dan menyelamatkan negara daripada kehancuran dan kemusnahan. PAS akan terus menerus menjadi jamaah yang berjuang dan berusaha membebaskan umat Islam daripada penyakit-penyakit yang membawa kepada kehinaan dan kehilangan maruah mereka. Tanggungjawab dan kewajipan yang besar ini sudah tentu tidak boleh dilaksanakan melainkan oleh orang-orang Islam sendiri.
Kedudukan orang bukan Islam sebagai pemimpin kepada Jamaah Islam dan kedudukannya sebagai salah seorang menteri atau pegawai di dalam sebuah kerajaan Islam adalah dua keadaan yang berbeza sama sekali. Kepimpinan kepada Jamaah Islam adalah perkara asas dan dasar adapun وزارة التنفيذ dalam pelaksaaan sistem pemerintahan Islam adalah perkara furu’ yang mempunyai ruang kepada ulama untuk memberikan ijtihad-ijtihad mereka. Di dalam konteks negara Islam para fuqaha sering menyebut Hadis Nabi s.a.w apabila membicarakan hak-hak orang bukan Islam di dalam Negara Islam: “Bagi mereka (orang bukan Islam) apa yang dimiliki oleh kami (orang Islam) dan apa yang dikenakan ke atas mereka juga dikenakan ke atas kami“.
Mengikut Dr Abdul Kareem Zaidan di dalam bukunya أحكام الذميين والمستأمنين فى دار الإسلام walaupun hadis ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar tetapi maknanya boleh diterima oleh fuqaha. Bertitik tolak daripada sini para fuqaha menegaskan bahawa, di atas asas umum, orang-orang bukan Islam yang menghuni di dalam Negara Islam, mereka adalah sama dari sudut hak-hak dan keperluan-keperluan melainkan asas umum ini terdapat pengecualian iaitu Negara Islam meletakkan syarat terhadap orang bukan Islam untuk mereka menikmati hak-hak yang tertentu di dalam negara Islam mestilah menepati syarat Aqidah Islam kepada individu tersebut tidak cukup dengan hanya dia menjadi rakyat kepada negara Islam dengan erti kata lain mestilah berugama Islam. Maka di atas dasar ini jika sekiranya kita melihat Jamaah Islam itu adalah jelmaan kepada Negara Islam, mereka yang memimpin Jamaah Islam mestilah menepati syarat Aqidah Islam itu sendiri.
Pelantikan atau pemilihan orang bukan Islam menjadi pimpinan tertinggi PAS hatta presiden sekalipun boleh diterima jika sekiranya PAS adalah semata-mata parti politik sebagaimana حزب الحرية والعدالة (Parti Kebebasan dan Keadilan) di Mesir sebagaimana contoh yang diberikan. Tidak menjadi salah kita melihat dan mengambil manfaat daripada pendekatan PKK di Mesir atau di mana-mana sahaja tetapi bukan semua yang diketengahkan di Mesir boleh diterima pakai di Malaysia. Bukan semua yang diketengahkan di Pakistan boleh diterima pakai di Morocco dan begitulah seterusnya. PKK di Mesir adalah cabang parti politik yang ditentukan polisi dan strategi oleh Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin tidak masuk campur dari segi kewangan, kepimpinan dan perkara-perkara yang bersifat teknikal. Mereka boleh memilih pemimpin mengikut kehendak mereka, oleh kerana itulah mereka memilih Rafiq Habib, penganut Kristian sebagai Timbalan Presiden kepada PKK sebagai satu strategi politik. PKK ditubuhkan dan bergerak bersusuaian dengan waqi dan keadaan semasa ianya ditubuhkan ketika berdepan dengan tekanan oleh regim Hosni Mubarak di mana Ikhwan Muslimin tidak boleh menggunakan nama dan simbolnya untuk bertanding di dalam pilihanraya di Mesir. Selepas daripada kejatuhan regim Hosni Mubarak sudah timbul suara-suara di dalam Ikhwan Muslimin sendiri, ketika pilihanraya yang diadakan baru-baru ini supaya Ikhwan Muslimin menggunakan nama dan simbolnya sendiri yang sudah tentu jika sekiranya perkara ini berlaku Rafiq Habibi tidak boleh menjadi timbalan presiden kepada Ikhwan Muslimin kerana perlembagaan Ikhwan Muslimin sebagaimana perlembagaan PAS meletakkan syarat keahliannya mestilah orang Islam.
Dengan ini saya mengucapkan tahniah di atas ketegasan Mursyid Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan saya menyokongnya dengan sebulat hati.
USTAZ KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua Lajnah Tarbiah
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:
Post a Comment