Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari. “Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily. Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi. Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik. “Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi. Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997. Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut. Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”. Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa. “Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6076-jangan-ugut-aziz-bari-kemuka-hujah-balas
|
Tindakan UIA gantung Aziz Bari tak bertamadun |
Aslani M |
KOTA BHARU, 20 Okt: Pelbagai pihak di negeri ini meluahkan rasa terkilan dan menganggap sebagai tidak bertamadun di atas tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. “Saya cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza. “Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang. ”Kerana tindak tanduk seumpama itulah UIA sehingga kini gagal dan terhalang daripada menjadi universiti yang berkualiti,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar). Beliau yang juga bekas pensyarah kanan di UIA meluahkan terkejut di atas tindakan tersebut, sepatutnya ia tidak berlaku dalam masa begitu pantas. Semalam Dr Abdul Aziz dilaporkan menerima surat tunjuk sebab daripada UIA berkaitan pandangannya sebagai seorang ahli akademik terhadap titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini. Ahli akademik yang agak lantang itu juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ekoran laporan polis dibuat pemimpin Umno termasuk Senator Ezam Mohd Noor. Difahamkan juga Dr Abdul Aziz digantung sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu menurut laporan Malaysiakini beliau juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak. Prof Dr Abdul Aziz berkhidmat di UIA sejak 22 tahun lalu. Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tindakan dilakukan UIA itu merupakan satu langkah yang tidak bertamadun. “Ini jauh sekali daripada merelaikan setiap masalah yang timbul. Sepatutnya hujah akademik dibalas dengan pandangan yang sama bagi menggambarkan kewibawaan ilmu seseorang,” ujarnya. Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, apa yang dilakukan UIA terhadap Dr Abdul Aziz sebagai strategi dan proses ke arah 'melenyapkan' golongan intelektual yang berani menyatakan kebenaran. Menurutnya tindakan agresif tanpa siasatan rapi itu menjelaskan kepada rakyat, Umno dan BN sekarang mahu kemandulan intelektual terus berlaku di negara ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6091-tindakan-uia-gantung-aziz-bari-tak-bertamadun
UIA patut pertahan Aziz Bari, bukan gantung |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka, Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan. Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong (gambar) berkata, UIA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea. Malangnya, kata beliau universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila diserang oleh ahli politik dan media Umno, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini. “Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda politik Umno. Transformasi yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Beliau yang Adun Bukit Lanjan berkata, jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidangnya, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan. Tambahnya, tindakan menggantung Dr Aziz merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum. “Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademik mesti dipertahankan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6090-uia-patut-pertahan-aziz-bari-bukan-gantung
|
Aziz Bari: Timbalan menteri turut sedih |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berasa terganggu dan sedih dengan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung pensyarah Fakulti Undang-Undangnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Mengulas melalui laman Twitternya, Saifudin berkata beliau telah mengarahkan UIA memberi laporan bertulis kepada beliau. "Saya terganggu dan sedih. Saya sudah meminta UIA memberikan laporan bertulis," katanya. Sementara itu, sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan tindakan UIA terhadap Aziz Bari akan mengadakan demonstrasi esok. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abdul Razab yang dipetik FMT berkata, demonstrasi itu akan diadakan dihadapan pintu masuk utama UIA pada pukul 9 pagi esok, selain bercadang menghantar memorandum kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin menggesa agar penggantungan itu ditarik semula. Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’, UIA sebagai institusi pendidikan tinggi seharusnya mempertahankan Aziz Bari atas dasar kebebasan berpendapat. “Sebaliknya mereka tunduk kepada tekanan dan terus menghukumnya. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Aziz Bari sahaja tetapi semua pengamal akademik,” katanya. Selain SMM, demonstrasi itu akan turut disertai kumpulan mahasiswa lain termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pro-Mahasiswa (Pro-M), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), serta Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. “Kami menjangkakan 500 mahasiswa hadir memberikan sokongan esok,” katanya. Sementara itu, dua laman peminat Facebook dilancar bagi membantah tindakan terhadap Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan itu. Facebook "Kami Bantah Penggantungan Dr Aziz Bari" dan “10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari” setakat petang ini sudah mempunyai lebih 2,000 peminat. Dipercayai mengulas sokongan mahasiswa itu, Saifudin juga melalui Twitternya berkata, terpulang kepada mahasiswa tersebut kerana itu hak mereka. "Sekiranya rakyat dan pelajar mahu memberi sokongan kepada Aziz Bari, itu hak mereka," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6098-aziz-bari-timbalan-menteri-turut-sedih
Aziz Bari: Warga UIA tuntut penjelasan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar). Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu, kata “Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul,” katanya kepada Harakahdaily pagi ini. Baginya, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya. Tegasnya, yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun. Tambahnya, tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia. “Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM,” katanya. Beliau menambah, MPPUIAM juga menuntut pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz dan satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak. “Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini. “Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian taman ilmu dan budi , demi nusa, bangsa dan agama Islam yang tercinta,” ujarnya lagi. Tambahan pula, ujarnya apabila membawa nama Universiti Islam Antarabangsa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6100-aziz-bari-warga-uia-tuntut-penjelasan
Aziz Bari: Himpunan bantah dijangka lebihi sasaran |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Melihat kepada sokongan pelbagai pihak, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak kemungkinan himpunan membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini melebihi sasaran. Menurut Pengerusi NGO, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab, sehingga kini sudah tujuh buah pertubuhan mahasiswa menyatakan kesediaan mengerahkan ahli mereka menyertai himpunan di Masjid UIA, Gombak yang dijadual selepas solat Jumaat ini. Selain mereka, difahamkan Angkatan Muda Keadilan juga turut memobilisasi anggota mereka untuk menyertai himpunan membantah tindakan UIA itu. "Kita sasar 1,500 orang, tetapi melihat mood rakyat secara keseluruhan khususnya melalui laman Facebook, saya jangkakan ianya akan lebih," katanya kepada Harakahdaily. Bagaimanapun menurutnya, satu sidang media khas berhubung himpunan itu akan dibuat di Pejabat Sekretariat PKPIM Pusat, Jalan Gombak jam 12 hari ini. Dalam pada itu, beliau memberitahu turut mendapat maklumat bahawa satu kumpulan yang menyokong tindakan UIA akan berhimpun ditempat sama hari ini. Bagaimanapun, pihak mereka mengharapkan tiada sebarang pertembungan berlaku bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. "Kita dapat maklumat, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut akan berhimpun menyokong tindakan UIA," katanya. Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Sementara itu, SMM antara yang mengecam keras tindakan UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6105-aziz-bari-himpunan-bantah-dijangka-lebihi-sasaran
1,000 berhimpun tuntut 'bebaskan' Aziz Bari |
Harakahdaily |
GOMBAK, 21 Okt: Hampir 1,000 orang berhimpun di perkarangan Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bagi membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh universiti itu. Perhimpunan aman yang bermula selepas selesai solat Jumaat itu majoritinya disertai golongan mahasiswa dipercayai dari pelbagai universiti serta orang awam. Sejurus imam selesai membaca doa, laungan "Hidup Aziz Bari", “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” mula bergema. Seorang peserta himpunan kemudiannya cuba memulakan ucapan, tetapi bagaimanapun tindakan itu dihalang pihak keselamatan universiti, dan sedikit kekecohan berlaku. Ekoran halangan itu, mereka kemudian beramai-ramai berarak dari masjid tersebut menuju ke bangunan pejabat reaktor universiti itu bagi menyerahkan memorandum. Mereka diketuai pihak penganjur dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Gerakan Demokratik Mahasiswa Malaysia (Dema) serta persatuan mahasiswa kampus itu sendiri. Sewaktu perarakan itu, sekali lagi berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum tersebut menyebabkan tolak menolak berlaku. Memorandum tersebut akhirnya berjaya diserahkan kepada Timbalan Reaktor UIAM kira-kira jam 2.20 petang. Dalam memorandum itu mereka menuntut hukuman penggantungan terhadap Aziz Bari agar segera ditarik balik. Mereka juga menyifatkan tindakan terhadap pakar perlembagaan itu sebagai mengongkong kebebasan akademik di universiti. Terdahulu, pemeriksaan ketat dilakukan di pintu gerbang universiti itu oleh beberapa anggota keselamtan. Hanya pelajar dan kenderaan mempunyai pelekat universiti sahaja dibenarkan masuk manakala orang awam termasuk pihak media dihalang walaupun untuk tujuan solat Jumaat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6109-1000-berhimpun-tuntut-bebaskan-aziz-bari
Tindakan ke atas Aziz Bari ala ISA |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah. "Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau. Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung. "Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya. Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung. "Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung. "Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti? "Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6111-tindakan-ke-atas-aziz-bari-ala-isa
Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia. “Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional,” ujar persatuan itu dalam satu kenyataan. PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia. “Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau,” tambah kenyataan itu. Berikut kenyataan penuh PKA UIAM Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia. Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional. Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia. Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur’an: Surah al-Anbiya’ (21:7): “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur’an dalam Surah al-Baqarah (2:111): “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar". Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini. Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini. Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya. Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak. Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara. Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam “Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel” yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: “the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education”. PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia. Sekian. Terima kasih. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6112--kakitangan-akademik-uia-sokong-aziz-bari
Aziz Bari: Kelantan dicadang tawar profesor pelawat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Datuk Husam Musa mencadangkan Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri. “Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS,” katanya kepada Harakahdaily. Justeru, beliau merakamkan ucapan takziah kepada Abdul Aziz yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN. “Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan. “Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran,” katanya. Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Aziz kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam. Katanya, kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini. Katanya, Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6118-aziz-bari-kelantan-dicadang-tawar-profesor-pelawat
Sampai bila 'Hang Nadim' mahu terus dibunuh |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 22 Okt: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menilai tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Prof. Dr. Abdul Aziz Bari beberapa hari lalu – meminta surat tunjuk sebab dan menggantung tugas beliau - sebagai satu lagi manifestasi penerusan politik membuli dan campur tangan terhadap pelbagai institusi penting negara yang semakin mengggila sekarang ini. “Gejala seburuk ini tidak mungkin berlaku di mana-mana negara yang dianggap maju dan tinggi martabat akademiknya, kata Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty. Katanya, sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa, UIAM sewajarnya memiliki kebebasan akademik dan keterbukaan dalam memberikan pandangan khususnya dalam bidang kepakaran dan pengkhususan ahli akademik yang terlibat. Beliau berkata, UIAM sepatutnya tidak harus memberikan reaksi yang menampakkan ia dipengaruhi oleh pihak luar yang boleh menjejas imej dan martabat akademiknya. Seharusnya, kata beliau kenyataan Dr Aziz itu perlulah dilihat dari perspektif seorang pakar perlembagaan yang sememangnya diiktiraf, berautoritatif dan menjadi rujukan akademik sekian lama. “Ia perlulah dihormati, dihargai dan dinilai sebagai pandangan profesional semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau menambah, andainya ada pandangan yang berbeza, sewajarnya ia dikemukakan juga mengikut adab akademik sepertimana lazimnya demi perkembangan dan penyuburan budaya ilmu secara sihat dan utuh. Katanya, adalah jelas bahawa kenyataan yang beliau kemukakan itu tiada langsung berunsur penghinaan mahupun cubaan mempersoal, apatah lagi mencabar kedudukan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Apa yang nyata berlaku, ujarnya adalah reaksi beliau mengenainya itu telah diputar-belit dan disensasikan oleh kelompok media yang bersekongkol dengan Umno dan gerombolannya. Hakikatnya, tambahnya sebagai warganegara Dr Aziz mempunyai hak asasi menyuarakan pandangan dan dilindungi perlembagaan. “Ketegasan beliau telah menjadikan UIAM lebih dihormati dan dipandang tinggi,” katanya. Justeru, katanya lagi tidak harus timbul prejudis melulu seolah-olah jenayah akademik besar telah dilakukan sehingga ‘menjejaskan kepentingan universiti’. Apatah lagi, ujarnya Dr Aziz telahpun secara profesional memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak yang menjalankan siasatan dalam isu ini - polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM). Malah, katanya Dr Aziz bersedia memberikan penjelasan terperinci bagi mengelakkan manipulasi mana-mana pihak yang tidak berniat murni. Justeru, tegasnya PKR dengan ini menggesa agar UIAM perlu lebih profesional dan berkeyakinan diri dalam menangi persoalan seperti ini di masa hadapan. Katanya, keputusan menggantung tugas adalah amat menyedihkan. “Merit beliau selaku pensyarah paling kanan, telah berkhidmat selama 22 tahun dan sekaligus berjaya melahirkan ramai graduan yang menjadi kebanggaan negara dalam bidang ini telah dipertikaikan dan dipandang rendah. “Lebih membimbangkan, pembelajaran lebih 100 siswa-siswi peringkat ijazah sarjana muda hinggalah doktor falsafah yang sedang mengikuti pengajian bersama beliau pasti akan terjejas,” ujarnya lagi. Oleh itu, katanya PKR menuntut agar pihak penguasa politik segera menghentikan campurtangan mereka terhadap UIAM di dalam isu ini. Tambahnya, tindakan penggantungan tugas terhadap beliau hendaklah ditarik balik dan segera memohon maaf maaf tanpa syarat kepadanya. “Sehingga bilakah amalan ‘membunuh Hang Nadim kerana kecerdikannya’ ini mahu diteruskan dalam arena politik negara ini?” soalnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6120-sampai-bila-hang-nadim-mahu-terus-dibunuh-
Fakta lawan fakta, bukan hujah lawan gantung tugas |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Negara kita sekali lagi gagal dicerminkan sebagai membangun dan maju, sebaliknya kian mundur, kelam dan gelap, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi. Terbaru, katanya pelanggaran ‘demokrasi ilmu’ yang sungguh sadis, apabila Prof Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hanya kerana pengaruh kontroversi yang dicetus oleh media. Menurutnya, Dr Abdul Aziz bukanlah melakukan jenayah melainkan beliau hanya mengeluarkan pandangan dan kritikan berasaskan ilmu dan kepakaran beliau. “Sungguhpun kenyataan beliau menyentuh pihak tertentu seperti sultan dan pihak pemerintah seperti kerajaan, ternyata kenyataan beliau masih dalam disiplin ilmu,” ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau berkata, disiplin ilmu sememangnya lurus berbanding ‘disiplin ampu’. Katanya, ilmuan atau pakar yang melandaskan pandangan dan pendapat dalam bidangnya secara jujur dan amanah adalah satu langkah yang bijak dan menepati disiplin ilmu sekalipun pandangan dan pendapat tersebut masih terbuka kepada perbahasan cendikiawan. “Kaedah umum ‘persilatan ilmu’ di mana-mana universiti dalam dunia ini ialah ‘hujah lawan hujah’ atau ‘fakta lawan fakta’ bukan ‘hujah lawan maki hamun’ dan ‘fakta lawan gantung tugas’. Menurutnya, malang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, masih belum mampu menepati kualiti sebuah gedung ilmu apabila pantas mengambil tindakan menggantung tugas Prof Dr. Aziz Bari. Katanya, patutlah universiti Malaysia belum ada yang tersenarai dalam kelompok 400 buah universiti terbaik dunia. “Kami warga Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup tersinggung dengan perkembangan ini. Sudahlah mahasiswa mereka belenggu dengan pelbagai peraturan seperti Auku, kini pensyarahnya pula berdepan dengan tindakan yang tidak bertamadun oleh sebuah pusat pengajian yang kononnya bertaraf antarabangsa,” ujarnya. Sehubungan itu, tegasnya Pemuda PAS mendesak agar Prof. Dr. Abdul Aziz Bari segera dibebaskan dari pegantungan yang telah mencemar dunia ilmu dan merosakkan reputasi universiti sebagai menara ilmu dalam negara ini. “Kalaupun gagal menaikkan prestasi universiti di peringkat antarabangsa maka janganlah pula dirosakkan lagi pencapaian sedia ada kerana ia sangat memalukan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6121-fakta-lawan-fakta-bukan-hujah-lawan-gantung-tugas
Aziz Bari: Timbalan menteri harap UIA tarik balik |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini. Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan. Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti. Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai. Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan. Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6124-aziz-bari-timbalan-menteri-harap-uia-tarik-balik
Beri kebebasan ahli akademik berakademik- Nik Aziz |
Nazri Abdullah |
GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka. Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka. "Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini. "Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu. Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama. Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. "Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun. "Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz. Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari. Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah. "Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6133-beri-kebebasan-ahli-akademik-berakademik-nik-aziz
Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia. Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz. "Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka. Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar. Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor. Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6139-dr-m-utusan-dan-zul-nordin-berdepan-saman
Layan secara akademik, bukan undang-undang |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpandangan bahawa sebarang isu yang melibatkan pandangan, pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik. Presidennya, Amidi Abdul Manan menyatakan demikian sebagai respons kepada isu surat tunjuk sebab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ditujukan kepada pensyarah undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) atas kenyataan yang dikatakan bertentangan dengan kepentingan universiti mengundang polemik yang berpanjangan dalam masyarakat. Ini, katanya ditambah pula dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok yang boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak. Menurutnya, UIAM mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia dan telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. Ujarnya lagi, UIAM juga mempunyai reputasi yang baik di peringkat antarabangsa sementara Dr Abdul Aziz adalah seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di Malaysia. Beliau menambah, Dr Aziz telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan.
Sdr Amidi Abdul Manan - Presiden ABIM
“Abim berpandangan bahawa sebarang isu yang melibatkan pandangan , pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik,” ujarnya kepada Harakahdaily. Maka, kata beliau sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik juga, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya. Seharusnya, ujar beliau medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah dan tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan. “Sekiranya perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu,” katanya lagi. ABIM juga, ujarnya khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu itu. “Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia academia di Malaysia. “Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6147-layan-secara-akademik-bukan-undang-undang
Usul bincang penggantungan Aziz Bari ditolak |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) yang meminta isu penggantungan Profesor Dr Abdul Aziz Bari agar dibincangkan di parlimen. Salahuddin memberitahu pada satu sidang media di parlimen bahawa usul tersebut telah ditolak oleh Yang Dipetua di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) yang mengatakan ia tidak perlu disegerakan. "Saya telah mengemukakan usul pada Jumaat lepas yang meminta isu penggantungan Abdul Aziz dibincangkan di parlimen kerana ia melibatkan maruah pendidikan negara ini. "Tetapi usul tersebut telah ditolak di dalam kamar dengan alasan ia tidak perlu disegerakan dan mengatakan urusan penggantungan terhadapa Abdul Aziz adalah merupakan urusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta menyatakan perkara ini dalam siasatan pihak universiti," jelasnya yang juga Naib Presiden PAS. Tambahnya lagi, isu pengantungan ini sangat penting dan ia tidak boleh dipandang remeh oleh perlimen dan juga pihak kerajaan, selain itu juga beliau melihat pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz itu telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. "Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Abdul Aziz dari sudut perundangan adalah satu yang baik tetapi ada pihak-pihak tertentu mempolitikkan apa yang beliau nyatakan dan menyebabkan beliau menjadi mangsa pada keadaan tersebut. "Pandangan beliau yang telah mendapat pengikhtirafan antarabangan tetapi di Malaysia ia menjadi satu kesalahan yang besar. Adakah adil bagi kita jika pendapatnya yang diiktiraf di luar negara tetapi negara ini bertindak menggantung perkhidmatan beliau. "Kenyataan yang disentuh olehnya adalah berkisarkan kepada Raja Berperlembagaan dan ia berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan adakah itu menjadi satu kesalahan," sambungnya lagi. Salahuddin juga memberitahu kalau kenyataan itu merupakan satu kesalahan besar kenapa sebelum ini pernah ada pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang amat teruk tidak dikenakan tindakan. "Kita akan terus memberi pembelaan kepada beliau dan akan membawa isu ini di dalam parlimen melalui sesi perbahasan di peringkat jawatkuasa, Kita tidak mahu pendapat yang telah mendapat perhatian diperingkat antarabangsa tetapi di Malaysia ia menjadi satu kesalahan yang besar," tambahnya lagi. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu penggantungan yang dikenakan oleh UIAM kepada Abdul Aziz adalah umpamakan seperti kesalahan jenayah yang mana beliau tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus menyebabkan pelajarnya telah tergendala pembelajarannya. "Kita tengok penggantungan beliau umpama satu jenayah besar, kalau penyiasatan ingin dilakukan ia boleh dijalankan tanpa pengantungan beliau. "Pelajar sekarang berada dalam suasana peperiksaan dan kesan pengantungan ini menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan sepenuhnya tunmpuan kepada subjek yang diajar oleh Abdul Aziz itu," kata Dr Dzulkefly. Beliau juga kesal kenapa Abdul Aziz yang merupakan seorang pensyarah serta ahli akedemik yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dikenakan tindakan sedemikian rupa. "Intitusi pendidikan negara ini telah disekat dan mereka yang mempunyai pengalaman dalam dunia pendidikan serta perlembagaan negara telah disekat dari menyatakan pendirian mereka sendiri," sambungnya lagi. Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut serta dalam sidang media tersebut menyatakan institusi pendidikan negara ini perlu bebas dari segala kekangan politik dan setiap ahli akedemik perlu ada kebebasan untuk menyatakan pendapat mereka tersendiri. "Pendidikan negara perlu bebas tidak kira diperingkat pendidikan biasa mahupun peringkat tertinggi, usaha mengekang mereka yang berpengalaman dalam sesuatu bidang untuk menyatakan pendapat adalah merupakan budaya menggelapkan intitusi akedemik serta pendidikan negara," jelasnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6154-usul-bincang-penggantungan-aziz-bari-ditolak
Penggantungan Aziz Bari ditarik balik
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.
Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.
Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.
Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.
Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.
Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.
Rampas laptop
Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.
Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.
"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.
Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.
"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.
Katanya, komputer itu milik UIA.
Demonstrasi
Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.
Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.
Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.
Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.
Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.
Sumber MK : 24/10//2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6183-najib-hanya-bersandiwara-tarik-balik-kes-aziz-bari-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6175-mahasiswa-tetap-berhimpun-di-uia-malam-ini
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/6193-src-komited-perjuang-kebebasan-dan-keadilan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6198-aziz-bari-umpama-guru-perlembagaan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6236-demo-mahasiswa-jika-uitm-gantung-khalid-
Sidang media berikutan ancaman bunuh :
http://www.youtube.com/watch?v=3JxlFF5KR-M
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6276-ugut-aziz-bari-macam-mafia-mexico
Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.
Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.
Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.
Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.
Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.
Rampas laptop
Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.
Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan orang awam.
"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.
Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.
"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.
Katanya, komputer itu milik UIA.
Demonstrasi
Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.
Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.
Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.
Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.
Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.
Sumber MK : 24/10//2011
Najib hanya bersandiwara tarik balik kes Aziz Bari |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanya bersandiwara baik dengan mengarahkan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari, semalam. Walaupun penggantungannya telah ditarik balik, Dr Aziz masih terus menghadapi pelbagai tekanan termasuk terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia yang menemuinya di rumah dan dipelbagai tempat. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain itu, Dr Aziz turut mengalami kepayahan kerana terpaksa mengajar tanpa peralatan penting, khususnya laptopnya akibat diambil oleh pihak berkuasa untuk tujuan penyiasatan. Menurut beliau, dalam keadaan seperti itu, sesiapa pun dapat bayangkan betapa rumitnya keadaan Dr Aziz yang terpaksa meneruskan kembali tugasnya untuk mengajar para pelajarnya yang akan mendudukui peperiksaan tidak lama lagi. Katanya, tindakan pihak kerajaan terhadap pakar Perlembagaan itu tidak ubah seperti berhadapan dengan penjenayah kerana terus disiasat tanpa batasan masa terutama oleh dua agansi terbabit walaupun penggantungannya telah ditarik balik. "Dengan itu, tidak hairanlah jika Dr Aziz Bari sendiri turut bertanya, "kenapa aku terus disiasat? Adakah aku ini penjenayah?" yang jelas menggambarkan tekanan yang dialami olehnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Berdasarkan fenomena yang berlaku, menurut beliau, orang ramai pasti tertanya sama ada arahan Najib supaya penggantungan terhadap Dr Aziz itu ditarik balik bertolak dari sikap baiknya sendiri atau mempunyai tujuan tertentu. Katanya, yang jelas kelihatan kepada orang ramai, arahan Najib itu bukan berpunca dari sikap baiknya sendiri, tetapi hanya untuk menunjukkan kebaikannya kepada orang ramai bagi melepaskan diri dari tekanan yang dialaminya ekoran penggantungan terhadap Aziz. "Datuk Seri Najib sendiri cukup faham, tindakan penggantungan terhadap pakar Perlembagaan itu telah menimbulkan kemarahan para mahasiswa dan orang ramai sehingga boleh menjejaskan Umno BN. "Untuk menunjukkan dia baik dan melepaskan dirinya dari tekanan akibat tindakannya yang tidak popular itu, Najib terpaksa mengarahkan Rektor UIA menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz Bari, tetapi dalam masa yang sama meletakkan Dr Aziz terus berada dalam tekanan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Kini setelah penggantungan itu ditarik balik, menurutnya, Dr Aziz terpaksa membeli kumpoter khususnya laptop lain untuk keperluan mengajar, tetapi laptop barunya itu tentunya ketiadaan data-data yang diperlukan yang disimpannya sendiri untuk mengajar. Surat penggantungan tugas yang diberikan oleh UIA kepada Aziz baru-baru ini, katanya, jelas membuktikan ahli akademik itu akan terus disiasat oleh pihak polis dan Suruhanjaya Multimedia secara berpanjangan dan pada bila-bila masa serta tempat walaupun penggantungan terhadapnya telah ditarik balik. "Ini meletakkan Dr Aziz Bari terus berada dalam tekanan hanya disebabkan pakar Perlembagaan itu mengeluarkan pandangan akademiknya baru-baru ini berhubung suatu isu," ujar beliau. Dr Aziz Bari, tegas beliau, merupakan pihak yang menjadi mangsa kesilapan tindakan Kerajaan BN, manakala untuk membolehkan pemangsa pulih tidak semudah hanya dengan menarik balik hukuman penggantungan tugas terhadapnya, lebih-lebih lagi apabila beliau terus dikenakan tekanan yang tidak sewajarnya. Pensyarah kanan yang telah 22 tahun berkhidmat di UIA itu, katanya, adalah pakar Perlembagaan yang cukup dihormati di dalam dan luar negara dan tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian setelah mengeluarkan pandangan yang baik dari sudut akademik bagi mengulas sesuatu isu untuk kepentingan negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6183-najib-hanya-bersandiwara-tarik-balik-kes-aziz-bari-
Mahasiswa tetap berhimpun di UIA malam ini |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memuji tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berani menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya. SMM berpandangan, tindakan itu membuktikan UIA menghormati kehendak banyak pihak khususnya mahasiswa yang mahu isu ini diselesaikan segera. Namun, menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab, mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan menyambut kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di UIA malam ini seperti yang dirancang. Tegasnya, himpunan ini bagi memberi petunjuk kepada rakyat bahawa mahasiswa bukan sekadar mempertahankan Aziz namun mempertahankan kebebasan akademik. "SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Dalam pada itu, SMM turut menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membatalkan lawatannya ke UIA malam ini. "SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa," katanya sambil berkata memorandum akan tetap diserahkan keapda Hishammuddin. Semalam, UIA menarik balik penggantungan Aziz dan meminta beliau melapor diri keapda Dekan Fakulti Undang-Undang hari ini. Bagaimanapun, siasatan terhadap Aziz masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6175-mahasiswa-tetap-berhimpun-di-uia-malam-ini
SRC komited perjuang kebebasan dan keadilan |
azmi |
Pada 21 Oktober yang lalu, dengan mengadakan suatu pertemuan dengan pihak pentadbiran UIAM bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu Prof. Aziz Bari, Presiden SRC, mewakili suara mahasiswa UIAM tetap tegas dengan pendirian bahawa peristiwa tersebut telah mencabuli hak kebebasan bersuara (freedom of speech) dan kebebasan akademik (freedom of academic). Dalam pertemuan pada hari itu, beliau menuntut beberapa perkara antaranya mendesak pihak UIAM menarik semula penggantungan terhadap Prof. Aziz Bari dan diadakan perbicaraan terbuka (public hearing). Alhamdulillah, pada 24 Oktober yang lalu, UIAM menarik semula penggantungan tersebut. Namun, meyakini bahawa penarikan semula penggantungan tersebut, bukanlah bermakna kes tersebut telah selesai, kerana Prof. Aziz Bari masih perlu melalui proses siasatan dan perbicaraan serta akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dan hukuman. Semalam, 25 Oktober, Presiden SRC sekali lagi mengetuai delegasi pimpinan-pimpinan mahasiswa UIAM, terus membuat desakan dengan bertindak menyerahkan memorandum kepada YB Dato’ Seri Hishamuddin. Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar:
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/6193-src-komited-perjuang-kebebasan-dan-keadilan
Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan' |
Rizal Tahir |
RANTAU PANJANG, 26 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat ‘tahniah’ dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu. Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan. Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan ‘guru perlembagaan’. “Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat. “Kita bagi kebebasan pada semua lapisan masyarakat untuk bersuara selagi ianya tidak melanggar peraturan dan bersalahan dengan dengan undang-undang,” ujarnya. Namun apa yang berlaku, tambahnya adalah sebaliknya pula. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek perlombongan Interbumi Mining Sdn Bhd dan Majlis Penyampaian sumbangan sempena Aidiladha, di Rantau Panjang, dekat sini. Bagaimanapun, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkeflyi Ahmad semalam mendakwa penarikan itu hanya sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan profesor itu masih menghadapi tekanan dalam siasatan. Baru-baru ini, Aziz Bari digantung dari perkhidmatannya sebagai pensyarah kanan di UIA kerana mengeluarkan pandangan dari sudut akademik dan perundangan berhubung Sultan Selangor. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6198-aziz-bari-umpama-guru-perlembagaan
Demo mahasiswa jika UiTM gantung Khalid |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.
Sdr Khalid Mohd Ismath - Pelajar UiTM / Timbalan Presiden KAMI
Penyelarasnya, Wan Farel berkata, ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, baru-baru ini. Katanya, sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Professor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan. “Di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?” soalnya dalam satu kenyataan. Katanya lagi, kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa. Tambahnya, SAMM Segmentasi Mahasiswa berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B). Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Prof Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu. “Perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya,” kata Farel lagi. Menurutnya, atas desakan pihak universiti Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis di blognya. Tambahnya, jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa. “Amaran keras buat pihak pentadbiran UiTM sekiranya mengambil tindakan terhadap Khalid, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada Saudara Khalid,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6236-demo-mahasiswa-jika-uitm-gantung-khalid-
Sidang media berikutan ancaman bunuh :
http://www.youtube.com/watch?v=3JxlFF5KR-M
Ugut Aziz Bari macam mafia Mexico |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengancam pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengirim beliau sebutir peluru ke rumahnya, kelmarin. “Bagi DPPM, tindakan ini melampau serta keterlaluan bagi sebuah negara yang aman seperti Malaysia. Ia juga ibarat tindakan kumpulan mafia atau gangster di negara seperti Mexico atau Colombia,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Ustaz Riduan Mohd Nor - KP DPPP
Katanya, DPPM bimbang, trend mengugut seperti ini pastinya akan menganggu gugat keharmonian negara ini. “Rumah disimbah cat, kiriman peluru, mengugut ahli keluarga, dilontar molotov cocktail adalah budaya baru masyarakat yang amat menggerunkan. “Ia juga merendahkan nilai intelektualisme dalam negara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, jika tokoh akademik pun boleh dilayan seperti itu, apakah lagi nilai yang boleh diharapkan di negara kita. Katanya, rakyat akan hilang kewarasan untuk berfikir manakala tokoh-tokoh akademik pula takut untuk memberi pandangan mereka kerana akan menjadi mangsa ugutan di masa hadapan. Ujarnya, DPPM mengingatkan mana-mana pihak, bahawa Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak sesekali bercakap luar daripada kerangka perlembagaan. Riduan berkata, sebagai seorang yang pakar terhadap perlembagaan, tidaklah salah beliau mengutarakan pendapatnya yang selari pula dengan perlembagaan negara. Meskipun kenyataan beliau mengundang sikap tidak senang bagi sesetengah pihak, ia perlu dibalas hujah pula dengan akademik. Menurutnya lagi, mengugut sambil berselindung ibarat ‘melontar batu sembunyi tangan’ adalah tindakan pengecut bagi mereka yang terdesak. Katanya, kebenaran tidak akan terserlah selagi mana mereka yang seperti ini berada dalam masyarakat. “DPPM yakin, isu ini pasti akan dapat diselesai dengan baik jika semua pihak berlapang dada dan menerima teguran dengan hati terbuka,” ujarnya. Oleh itu, katanya DPPM meminta pihak polis jalankan siasatan secara terperinci berhubung kes itu dan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. Beliau menambah, pihak polis juga diharapkan dapat mengawal keselamatan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan keluarga beliau dari sebarang tindakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. “DPPM menyeru, mana-mana golongan yang tidak berpuashati untuk tampil ke depan bagi mendapatkan penjelasan serta berhujah dengan cara yang baik,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6276-ugut-aziz-bari-macam-mafia-mexico
Apabila gantung Aziz Bari dengan tali reput |
Subky Abdul Latif | ||||||
PROF. Dr. Aziz Bari yang digantung dengan tali reput dari jawatannya di UIAM telah dipulihkan. Dia bukan tidak jadi digantung. Dia sudah digantung. Tetapi penggantungan dua tiga hari itu tidak terpakai. Sebab? Kalau Perdana Menteri Najib dan UIA itu barang tersenarai di papan bursa saham, sahamnya jatuh tersungkur di pasaran saham gara-gara penggantungan Dr. Aziz Bari itu. Bukan saham itu saja yang jatuh! Jatuh teruk sama Menteri Pelajaran Tinggi, Khalid Nordin dan Puan Rektor UIA yang mengeluarkan perintah gantung itu. Hanya yang melambung sahamnya di bursa saham ialah Timbalan Menteri Nordin, Saifuddin Abdullah yang tidak setuju dengan tindakan itu malah menyuarakan supaya ia ditarik segera. Dari segi semangat dan kebebasan berfikirnya, Saifuddin Abdullah dilihat sama dengan Dato Zaid Ibrahim yang meletak jawatan menteri kerana tidak setuju tindakan ISA dikenakan MP DAP Teresa Koh, seorang wartawan Cina dan seorang lagi. Bezanya Zaid letak jawatan menteri dan keluar UMNO tetapi Saifuddin tidak letak jawatan dan tidak keluar parti. Mangsa ISA itu ditahan tiga empat hari saja dan Dr. Aziz pun jadi mangsa tiga empat hari juga. Tidak diketahuk Najib ada saham atau tidak dalam pemecatan itu. Justeru di bawah pentadbirannyalah Dr. Aziz digantung maka terpikullah beban itu kepadanya, baik puncanya dari dia atau tidak. Tetapi orang percaya Puan Rektor itu mesti mendapat isyarat dari atas. Kerana UIA itu di bawah kementerian Khalid Nordin, celaka tindakan itu terpikul juga padanya. Bersamalah bahu Najib dan bahu Nordin mengandar beban pemecatan itu. Dengan itu ternampaklah Timbalan Menteri Saifuddin lebih mulia dari Perdana Menteri dan menterinya. Fikirannya lebih terbuka dan berjiwa besar. Akan fikiran dan jiwa Najib dan Nordin nampak sehalus kuman. Eloknya Saifuddin saja menggantikan menteri Nordin. Manakala Aziz Bari pula muncul sebagai profesor besar, seagung nama profesor terdahulu seperti Za’ba, Ungku Aziz dan Jomo. Sekalian profesor yang banyak cakap dalam media habis dihempap di bawah bursa saham yang jatuh itu. Patutnya Prof. Aziz tiada gangguan lagi tetapi politik dunia ketiga payah diramal. Saddam dan Gadafi adalah jelas diktator dan keras. Maka menikus rakyat oleh mereka. Akan Najib belumlah dia dinamakan diktator bahlah lembut selembut semut. Tetapi menikus juga semua kepadanya. Tinggal Prof. Aziz saja yang tidak menikus. Moga-moga Aziz Bari terus mengajar seperti biasa dan kekal menjadi pengkritik zaman. Memang dia dilihat besar di universitinya. Dengan ujian yang dilaluinya menjadikan dia lebih besar dari Puan Rektornya. Puan Rektor itu tidak banyak publisiti sebelumnya. Tidak begitu diketahui di luar kampus. Tiba-tiba dengan tindakannya baru sekalinnya tahu bahawa rektor Universiti Islam itu seorang wanita. Malangnya penonjolannya itu adalah melalui cara yang tidak popular. Ia suatu yang kalang baginya. Dia dipercayai tidak bertindakan sendiri. Sama ada dia diarahkan atau ia adalah darinya sendiri, tindakannya itu menjadi kampun dan sekalian pembuat dan penjaga dasar kampus itu tercalar dan tercemar. Kejadian itu tidak elok bagi tuan-tuan politik di ambang PRU yang sudah dekat. Masa ini tuan-tuan politik mahu mengelokkan nama dan pentadbirannya. Kalau dulu buruk, sekarang dimandikan supaya bersih segala yang buruk itu. Tidak elok saat ini mereka itu comot. Tanda tangan Puan Rektor itu telah mencomotkan mereka. Apa pun wibawa Puan Rektor telah tercemar. Para siswa yang tidak sukakan kekangan akta universiti memang berbulu mata melihat pembesar universiti. Orang bebas di luar kampus kalau boleh tidak mahu jadi guru besar universiti zaman ini. Bagi orang politik yang bencikan Aziz, tiada sedikit pun peduli akan segala susah payah pengendali kampus. Pada mereka Aziz mesti dihukum. Apa jadi pada yang menjalankan hukum, ia adalah masalah bagi orang makan gaji, apa lagi gaji itu besar. Tangngunglah sendiri. Dengan memecat Aziz dan kemudian mengambilnya balik, memayahkan ketua kampus untuk menjalan khidmat dengan selesa. Bila wibawa sudah tercemar, tiada lagi keselesaan menjadi seorang ketua. Jauh lebih senang jadi pengajar biasa. Itulah susahnya jadi orang besar bagi bagi mana-mana jabatan di negara dunia ketiga yang demokrasinya separuh masak dan kemerdekaannya pun separuh masak. http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6491-apabila-gantung-aziz-bari-dengan-tali-reput
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6713-tarik-balik-bentang-kertas-kerja-dengan-e-mel-saja Transformasi pendidikan perlu dipimpin ilmuwan
Saya menyambut baik keprihatinan YAB Perdana Menteri dalam memberi perhatian utama dalam memastikan pendidikan dinikmati oleh semua rakyat. Hanya pendidikan sahaja yang mampu merubah negara Malaysia. Selain itu, rombakan sistem pendidikan pada masa hadapan perlu diwarnai dengan semangat mendidik rakyat menjadi manusia, bukan menjadi hamba kepada kertas peperiksaan dan kecemerlangan palsu. Namun, usaha kerajaan akan menjadi separuh masak sekiranya ilmuwan yang menjadi pemimpin institusi pendidikan tidak diambil kira dalam proses transformasi. Mereka bukan sahaja perlu menjadi pengikut atau pelaksana kepada pelan, malah mereka sepatutnya menjadi pencetus idea dan pengarah kepada pelan tersebut. Guru-guru di sekolah dan pensyarah-pensyarah di IPT yang telah berkecimpung dalam bidang ini sekian lama pastilah mempunyai pengalaman dan pendapat yang boleh membetulkan halatuju sistem pendidikan negara. Kerajaan perlu berhenti melihat mereka sebagai kakitangan awam tetapi menghargai mereka seperti lilin penyuluh di dalam kegelapan. Mereka mampu menjadi pemain dan pemimpin sesebuah transformasi sekiranya orang yang betul dilantik. Kepemimpinan ahli politik dalam memudahkan transformasi pendidikan adalah dihargai tetapi malangnya ahli politik sering bergelut dalam pentas untuk merebut kuasa dan akhirnya menyebabkan ideanya dilupakan sekiranya orang lain yang mengambil alih. Pelan transformasi yang mantap adalah yang mampu dilaksanakan secara jangka panjang dan boleh diambil alih oleh generasi seterusnya. Ini sekaligus mampu melahirkan generasi pendidik yang terlatih dan mempunyai wawasan yang jelas. Perlu diingatkan bahawa mendidik masyarakat perlukan jangka masa yang panjang dan perlukan kesabaran. Kriteria ini juga tidak ada dalam diri ahli politik kerana majoriti daripada mereka hanya berfikir bagaimana untuk mengekalkan kuasa 5 tahun akan datang. Penulis ialah Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Sumber HD : 1/04/2012 |
No comments:
Post a Comment