3 MP PAS sertai misi ke Palestin malam ini |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Tiga Ahli Parlimen PAS akan menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) bagi menunjukkan sokongan dunia terhadap Palestin. Mereka ialah Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS dan Khalid Samad (Shah Alam) yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Menurut Siti Mariah, mereka akan berlepas ke Kaherah, Mesir malam ini dan akan bertemu dengan 26 Ahli Parlimen dari 15 negara lain di pintu masuk Rafah, Gaza. "Ada yang ikut jalan darat, udara dan melalui pelbagai pintu masuk dan akan bertemu Rafah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Delegasi tersebut anjuran Council for Palestine Solidarity dan disertai Ahli Parlimen antaranya Indonesia, India dan Afrika Selatan. Konvoi tersebut bertujuan mewujudkan gelombang kesedaran warga dunia untuk bersama rakyat Palestin dalam isu penjajahan Zionis. Justeru Siti Mariah berkata, pihaknya berharap doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia agar misi mereka berjaya. "Kami akan kembali ke Malaysia pada 25 haribulan dan kami harap doa dan restu daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan misi ini," katanya. Khalid menambah, konvoi tersebut sepatutnya pada bulan lepas amun terpaksa ditangguh kerana Israel sedag menyerang Gaza ketika itu. "Konivoi ni asalnya bulan lepas tapi disebabkan Israel menyerang Gaza maka ianya dibatalkan," katanya yang pernah menyertai misi ke Gaza bersama NGO Muslim Care. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6565-3-mp-pas-sertai-misi-ke-palestin-malam-ini
SIDANG MEDIA : http://www.youtube.com/watch?v=SExXc70dGoI
M'sia jangan ikut Amerika tak iktiraf Hamas |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Tiga ahli Parlimen PAS yang menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) minggu lalu mendesak kerajaan Malaysia meningkatkan kesedaran rakyat berhubung kezaliman Israel terhadap Palestin. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kerajaan Malaysia juga harus mengiktiraf Kerajaan Hamas di Palestin dan tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS) yang memusuhi Hamas. "Kami sebagai Ahli Parlimen Malaysia mendesak kerajaan mengambil berat masalah kezaliman ke atas Palestin dan penderitaan yang dihadapi rakyatnya. "Malaysia masih lagi tak iktiraf Hamas dan masih lagi iktiraf Fatah kerana ikut telunjuk Amerika Syarikat yang kata Hamas pengganas. "Kerajaan lain sudah sanggup iktiraf Hamas kenapa Malaysia yang selalu bercakap ingin membela Palestin masih enggan iktiraf Hamas?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Tambah beliau, kerana tidak mengiktiraf Hamas itulah segala bantuan ke atas Palestin disekat oleh AS. Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga menyampaikan harapan Kerajaan Hamas agar tekanan terhadap AS ditingkatkan agar nasib malang rakyat Paletin dapat diubah. Beliau juga mengingatkan kerajaan Umno BN agar mengambil iktibar daripada penderitaan rakyat Palestin dan menghentikan segala pemborosan dalam perbelanjaan negara. "Paling sedih betapa mereka hidup dalam kesempitan tapi di Malaysia, kerajaan begitu boros dari segi perbelanjaan, rasuah dan ketirisan sering berlaku. "Sebagai contoh, untuk rawatan kumbahan mereka hanya perlu 1.5 bilion sahaja tapi kita guna 28 bilion sebagai ketirisan. Jadi jangan cakap soal nak tolong Palestin kalau tak ada keinsafan untuk ubah cara pemerintahan," katanya. Dua lagi Ahli Parlimen yang turut serta dalam delegasi bersama 70 Ahli Parlimen dari 40 negara di Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Timur Tengah 16 November lalu itu ialah Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja). Sewaktu di sana, mereka dibawa bertemu Kerajaan Hamas untuk mendapat maklumat mengenai sekatan yang dilakukan oleh Israel ke atas mereka sejak memenangi pilihan raya pada 2006. Delegasi bertemu dengan Kementerian Kesihatan, Pertanian, Pendidikan dan Tahanan dan mendengar laporan mereka mengenai apa yang berlaku di Gaza termasuk peristiwa pengeboman 22 hari berturut-turut oleh AS. Pengeboman itu bukan sahaja menyebabkan kematian tapi trurut memberikan kesan jangka panjang termasuk kecacatan dan pencemaran air di negara yang dihuni 1.5 juta penduduk itu. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6817-msia-jangan-ikut-amerika-tak-iktiraf-hamas
Sidang Media Dato' KJ yang dikunjungi oleh rombongan rakyat Palestine dari Pusat kebudayaan di KL :
http://www.youtube.com/watch?v=D-V8eKqNY04
PAS komited bantu perjuangan rakyat Palestin |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: PAS hari ini menerima kunjungan daripada tiga wakil Badan Kebudayaan Palestin di Malaysia (PCOM) membincangkan kerjasama dua pihak bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel. Kunjungan mereka disambut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Parlimen Tumpat. Menurut Pengarah Eksekutif PCOM, Muslim Abu-Umar PCOM yang beribu pejabat di sini sudah mempunyai hubungan yang erat dengan PAS lebih 10 tahun lalu. Hari ini mereka hadir sendiri ke pejabat Harakah bagi berbincang program-program kerjasama yang boleh dilakukan dan berharap PAS dapat meningkatkan kerjasama dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Kamarudin dalam pertemuan tersebut menyatakan pendirian PAS untuk sentiasa memberikan sokongan kepada perjuangan Palesytin melawan kekejaman Israel. "Saya menegaskan sekali lagi komitmen dan pendirian PAS untuk sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin hak-hak mereka sebagai sebuah negara yang bebas merdeka "Kita juga harap supaya Malaysia turut meningkatkan lagi perjuangan menunutut wujudnya sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka seperti negara-negara lain," katanya. PCOM juga berharap PAS dapat mempelopori perjuangan membebaskan Palestin di Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7027-pas-komited-bantu-perjuangan-rakyat-palestin
Tanggungjawab ummah bela umat Islam Palestin
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 25 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 25 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru umat Islam mengambil tanggungjawab bersama untuk membela nasib umat Islam Palestin kerana ianya bukan masaalah bangsa, sebaliknya Islam.
Katanya, akibat fahaman kebangsaan yang telah lama tersebar di kalangan masyarakat, menyebabkan umat Islam tidak sentisitif terhadap nasib sesama mereka, apa lagi di Palestin jauh di Timur Tengah.
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan 50 anggota motosikal superbike termasuk Zon Timur sempena misi Global Marc To Jerusalem di kediamannya, Pulau Melaka.
Program itu dianjurkan Aqsasyarif Kelantan.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim dan lain-lain jemputan.
Kata Tuan Guru lagi, fahaman bangsa disebar Yahudi beratus tahun dahulu dan ianya berjaya mempengaruhi minda masyarakat Melayu di negara ini sehingga mereka tidak begitu sensitif terhadap nasib rakyat Palestin.
“Kita orang Melayu dan bukannya orang Arab, inilah antara kecelakaan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri.
“Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” ujarnya.
Sambung, akibat fahaman salah berhubung bangsa dan agama ini telah berlaku kecelaruan dikalangan umat Islam Arab, apa lagi orang Melayu Malaysia.
Tambahnya yang juga Menteri Besar Kelantan, ia hasil racun yang berjaya disebar oleh Yahudi sejak sekian lama hingga memberi kesan pada umat Islam hari ini.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana adanya gerakan Islam yang bersungguh-sungguh dalam membela nasib Palestin telah membuka mata masyarakat Islam termasuk di negara ini.
“Membela nasib umat Islam Palestin adalah menjadi hak dan tanggungjawab Melayu Islam, Arab Islam dan lain-lain bangsa di dunia ini,” ujarnya.
Sumber HD : 25/03/2012
Hari Nakbah 2012, lancar jihad bebaskan Palestin
Harakahdaily, | 15 Mei 2012 |
Kami menegaskan tahun 2012 seharusnya diisytiharkan tahun dilancar jihad fisabilillah membebaskan Palestin.
Ketegasan kami beralasan. Setelah sekian lama masalah Palestin menjadi seolah barah yang tidak boleh dirawat, maka tidak ada lagi pendekatan yang boleh dipilih selain dari jihad.
Ketika kami melihat pelbagai kenyataan dan sejumlah resolusi diluncurkan PBB sejak Perjanjian Oslo 1993 dimeterai sehingga sekarang, Israel tidak pernah tunduk kepada sebarang bahasa diplomatik.
Malah yang dilakukan oleh Israel lebih ganas dari sebelumnya. Dari pembesaran kawasan kediaman Yahudi di tanah Palestin yang hanya tinggal 22% dari asal sehingga melancarkan serangan militeri berterusan ke atas Tebing Barat dan Gaza, membunuh, memusnah dan merampas hak rakyat Palestin. Israel tidak sedikitpun gugur cirinya sebagai negara teroris.
Kami menegaskan Zionisme tidak mengenal erti taat kepada sebarang perjanjian. Sejarah jelas memperlihatkan Yahudi Zionis bukan sahaja melanggar perintah Allah malah sanggup membunuh Nabi-nabi Allah.
Inilah hakikat yang perlu diterima oleh pejuang pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa bila berdepan dengan Zionis Yahudi.
Sejak tanah Palestin dirampas pada tahun 1948, baki kawasan yang tersisa untuk rakyat Palestin hanya tinggal tidak sampai 22% sahaja, itupun kawasan ini terdedah kepada pencerobohan dan bedilan bom dari jet pejuang.
Perjuangan Yasser Arafat untuk menuntut sempadan tanah sebelum 1967 seluas 44% dari kawasan Palestin yang asal tidak kesampaian, kini Mahmud Abbas menagihkan kawasan yang jauh lebih kecil untuk Palestin.
Tuntutan ini juga tidak dilayan malah sehingga bulan September 2011, proposal untuk Palestin diterima sebagai anggota penuh dalam PBB masih tergantung kerana 126 negara yang menyokong, kurang dua lagi undi untuk diluluskan dalam Sidang Umum PBB.
Malah Majlis Keselamatan sendiri tidak dapat menjaminkan kemasukan penuh Palestin sebagai anggota penuh PBB. Sehingga ini sebahagian anggota-anggota yang ada sekarang dalam Majlis Keselamatan ialah Bosnia dan Herzegovina , Inggeris, Perancis, Gabon, German, India, Nigeria dan Portugal yang masih belum menentukan sikap.
Jelas umat Islam tidak dapat berharap kepada PBB. Resolusi 181 yang dikeluarkan pada 29hb September 1947 yang mengisytiharkan kewujudan Israel adalah titik bermulanya musibah yang sambung-menyambung ke atas rakyat Palestin. Tanah Palestin dibahagi dua: untuk Yahudi 53% dan untuk Arab 43%. Pokoknya PBB telah menerima penjajahan.
Kejahatan global yang diterajui oleh Israel dan didukung oleh US tidak dapat dicabar dengan efektif oleh bahasa diplomatik. PBB yang lebih merupakan pertubuhan pengumpul resolusi paling maksima hanya mampu mengeluarkan kecaman, kritikan, dan kata-kata ultimatum yang tidak pernah dihiraukan oleh Israel.
Resolusi 106 dikeluarkan pada 29hb Mac 1955 yang mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Resolusi 111 dikeluarkan kerana mengutuk serangan Israel yang menyerang Syria, Resolusi 162 yang mendesak Israel mematuhi keputusan PBB, Resolusi 237 yang mendesak Israel membenarkan pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka seperti sebelum 1967 dan banyak lagi.
Kami menyeru agar semua Persidangan Khas yang diadakan saban tahun oleh pelbagai pihak mengenai Palestin dan Al Quds menghantar suatu semboyan jelas iaitu Jihad Membebaskan Palestin dan Al Aqsa.
Peredaran masa 64 tahun sudah terlalu lama. Israel yang merupakan proksi US dalam merekayasa hegemoni kuasa Barat ke atas politik Asia Barat sangat terang dan jelas. Untuk mengharapkan negara-negara Barat mengembalikan hak Palestin adalah suatu kemustahilan. Malah untuk bergantung kepada pemimpin negara umat Islam yang terikat dengan kuasa Barat juga tidak menjanjikan harapan.
Kuasa sebenar berada dalam tangan umat Islam sendiri. Umat Islam yang tersusun dalam pelbagai organisasi massa dan NGO harus menggembleng seluruh tenaga dan sumber untuk melancarkan jihad dalam semua bidang untuk mengembalikan bumi Palestin dan Al Quds kepada kaum Muslimin.
Jihad ekonomi dengan melancar boikot kepada semua produk dan perkhidmatan yang secara langsung berkait dengan Israel. Ini termasuk seluruh syarikat yang berpengkalan di Israel. Tindakan memutuskan sebarang hubungan perdagangan dalam apa bentuk sekalipun hendaklah dilancarkan secara efektif.
Jihad sosial dengan memboikot seluruh acara sosial dan institusi sosial seperti universiti dan sebarang institusi yang yang berkait dengan pembangunan sosial. Ini termasuk dalam acara sukan dan industri hiburan.
Jihad politik iaitu melumpuhkan seluruh perjanjian yang dimeterai oleh negara dengan Israel dalam apa sahaja bidang perhubungan politik dan diplomatik.
Jihad ketenteraan dengan mendesak pemerintah negara-negara umat Islam menghantar tentera Islam ke Palestin untuk merampas kembali bumi Palestin yang ditakluki Yahudi Zionis.
Jihad teknologi iaitu dengan memastikan segala teknologi maklumat yang ada diguna untuk melancarkan serangan maklumat terhadap Israel. Teknologi maklumat perlu digunakan semaksimanya untuk mendedahkan persekongkolan antara US , British dan Israel.
Untuk semua medan jihad ini kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya seluruh NGO dan gerakan Islam antarabangsa menumpukan seluruh tenaga dan sumber ke arah pembebas Palestin. Kekuataan kepakaran dan jaringan organisasi sosial, ekonomi, politik, gerakan alam sekitar, hak asasi manusia, undang-undang hendaklah dipusatkan sehingga realisasi pembebasan Palestin dapat dicapai.
Sempena peringatan Hari Nakbah 2012 ini kami mengesa bahawa mesej jihad sebagai satu- satunya jawapan kepada penaklukan Israel terhadap Palestin akan tercapai. Sindrom meluncurkan resolusi dan kata- kata tidak lagi boleh diharap lagi untuk membebaskan Palestin melainkan hanya dengan aksi jihad.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
Datin Aminah Zakaria
Yang Dipertua SALIMAH
Sumber HD : 15/05/2012
Nakbah: PAS bersama menentang kezaliman Israel
Anis Nazri, | 15 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Malaysia bersama negara-negara umat Islam lain agar lebih bertegas dalam menangani konflik Palestin yang membarah sekian lama.
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar), berkata usaha mendesak kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, perlu digandakan bagi memastikan konflik tersebut menemui jalan penyelesaiannya.
"Usaha untuk pembebasan negara Palestin dari kekejaman Israel perlu dipertingkatkan dan dipertegaskan, dan negara-negara Islam perlu bersatu untuk melakukannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, sempena Hari Nakbah, hari ini.
Kata beliau, PAS akan terus bersama mana-mana pihak dalam usaha menentang kezaliman Israel, khususnya kekejaman terkini yang menyaksikan tahanan Palestin di Isreal melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka dan Palestin.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia agar meneruskan usaha berdoa bagi menghentikan segala kezaliman Israel, sekaligus dapat membebaskan bumi Palestin.

SUDAH lebih 60 tahun bumi Palestin dijajah rejim haram Zionis Israel. Sejak tempoh itu, bumi anbiya itu tidak pernah sunyi dengan kezaliman dan penindasan di luar batasan kemanusiaan.
Rakyat Palestin diratah semahu-mahunya bagi membenarkan misi Yahudi mewujudkan negara haram Israel. Maka tidak hairanlah umat Islam di Palestin sudah begitu kebal dengan penderitaan.
Dalam tempoh itu sudah berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin ditahan tanpa bicara. Episod penahanan tidak pernah berakhir. Tentera-tentera penceroboh berkeliaran tanpa sekatan.
Nasib tahanan Israel sukar diramalkan. Kebanyakan tahanan menghabiskan umur di penjara. Namun, kebelakangan ini situasi agak berlainan. Tahanan penjara Israel mulai mendapat perhatian setelah tertawannya seorang tentera penceroboh, Gilad Shalit.
Mahkamah Israel memutuskan bagi memastikan Shalit dikembalikan, seramai 1000 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel dibebaskan. Pertukaran bermula dengan pembebasan 550 tahanan Palestin dengan Gilat Shalit.
Ia dianggap satu kejayaan buat rakyat Palestin. Tahanan Palestin tidak putus asa. Tahun ini siri-siri mogok lapar dilakukan mereka.
Dunia dikejutkan dengan dua mogok lapar berprofil tinggi oleh Khadir Adnan selama 66 hari dan akhirnya mahkamah Israel terpaksa membebaskan beliau pada 21 Februari lalu.
Begitu juga Hana Shalabi dibebaskan setelah 43 hari melakukan mogok lapar. Beliau dibebaskan awal April lalu. Tahanan Palestin terus mendesak Israel dengan melancarkan mogok lapar.
Seramai 2,500 lagi tahanan melancarkan mogok lapar setelah Israel mengabaikan tuntutan Bilal Diab dan Thaer Halahleh yang meneruskan mogok lapar masuk hari ke-70.
Mereka cuma minum air dan kesihatan mereka semakin meruncing. Israel yang sering mendabik dada dengan mendakwa negaranya tidak melanggar undang-undang akan terjejas sekiranya tahanan tanpa bicara mati.
Isu di Palestin bukanlah terbatas kepada isu penganiayaan kepada tahanan sahaja malah lebih teruk lagi, Semenanjung Gaza diburukkan dengan kekurangan bekalan ubatan serta krisis bekalan elektrik.
Bumi Gaza hanya dapat menggunakan kemudahan elektrik selama 6-7 jam sahaja sehari. Bekalan ubat-ubatan dari misi-misi kemanusiaan disekat daripada menghampiri sempadan Gaza.
Stesen janakuasa Gaza dihadkan operasinya kerana ketandusan sumber bahan api. Palestin membeli bahan api dari Mesir, namun Kementerian Hal Ehwal Luar dan Keselamatan Mesir masih melakukan sekatan ke atas Gaza.
Hampir sebulan lalu iaitu pada 15 Mei lepas merupakan hari peringatan ke-64 tahun Nakbah Palestin, hari malapetaka yang menyaksikan bumi Palestin dijajah rejim Zionis Israel.
Sejak tempoh itu bumi Palestin tidak pernah sunyi dengan kezaliman. Rakyatnya diratah semahu-mahunya oleh penjajah Israel.
Sumber HD : 14/06/2012
(Gaza mengalami kekurangan bahan api dan potongan kuasa letrik paling teruk)
GAZA: Semenanjung Gaza tidak akan menjadi tempat yang dapat didiami menjelang tahun 2020 kecuali tindakan segera diambil untuk meningkatkan bekalan air, kuasa letrik, kesihatan, dan persekolahan, menurut laporan PBB yang paling komprehensif berkenaan wilayah Palestin itu.
"Tindakan perlu diambil sekarang jika Gaza yang dalam keadaan teruk sekarang ini mahu menjadi tempat yang dapat didiami pada tahun 2020," Penyelaras Kemanusiaan PBB, Maxwell Gaylard memberitahu wartawan apabila laporan tersebut dikeluarkan Isnin lalu.
"Penduduk Gaza akan meningkat daripada 1.6 juta orang hari ini kepada 2.1 juta orang pada tahun 2020, mengakibatkan kepadatan lebih daripada 5,800 orang setiap satu kilometer persegi," satu kenyataan PBB yang memetik laporan itu.
Infrastruktur merentasi beberapa sektor - elektrik, air dan sanitasi, dan perkhidmatan perbandaran dan sosial - "tidak bertambah seiring dengan keperluan penduduk yang semakin meningkat," menurut laporan itu.
PBB mengatakan hanya satu perempat daripada air kumbahan Gaza dirawat. Selebihnya, termasuk kumbahan mentah, masuk ke Laut Mediterranean.
Malah kini Gaza, di bawah pelbagai sekatan Israel sejak 2006, sedang mengalami kekurangan bahan api dan potongan kuasa letrik paling teruk, serta tahap pengangguran sekitar 45 peratus.
PBB berkata permintaan untuk air minuman dijangka meningkat sebanyak 60 peratus dalam tempoh lapan tahun akan datang, "Manakala sebarang kerosakan kepada akuifer, sumber air utama, tidak akan dapat dipulihkan jika tiada usaha memulihnya sekarang".
Laporan itu turut menyatakan bahawa lebih daripada 440 sekolah tambahan, 800 katil hospital dan lebih daripada 1,000 doktor diperlukan menjelang 2020.
'Di bawah sekatan'
Israel mula mengenakan sekatan di Gaza pada Jun 2006 selepas pejuang Gaza menculik seorang tentera Israel, yang hanya dibebaskan Oktober lalu sebagai pertukaran untuk 1,027 orang tahanan Palestin.
Sekatan itu telah diperketatkan setahun kemudian selepas pergerakan Hamas merampas kuasa dengan menewaskan tentera yang setia kepada Presiden Palestin yang mendapat sokongan Barat, Mahmoud Abbas.
Sekatan itu telah dikurangkan tetapi kekangan untuk sebarang pergerakan masih dikekalkan.
Penduduk di Gaza hidup dengan bantuan PBB, pembiayaan masyarakat asing dan terowong ekonomi yang menyalurkan makanan, bahan pembinaan, elektronik dan kereta dari Mesir.
Gaylard menggesa penderma antarabangsa untuk meningkatkan bantuan mereka kepada penduduk Gaza yang 80 peratusnya bergantung kepada bantuan.
"Walaupun rakyat Palestin di Gaza bekerja keras, mereka masih memerlukan bantuan," katanya.
"Mereka berada di bawah sekatan. Mereka berada di bawah penjajahan dan mereka memerlukan bantuan kita dari sudut politik dan bantuan infrastruktur."
Beliau berkata Gaza memerlukan keamanan dan keselamatan untuk memperbaiki kehidupan penduduknya.
"Ia (akan dapat dicapai) dengan berakhirnya sekatan, berakhirnya pengasingan dan berakhirnya konflik."
Namun kini masih tiada lagi tanda-tanda akan berakhirnya konflik antara Hamas dan Israel.
Sumber HD : 28/08/2012
(Pihak Berkuasa Palestin berkata keupayaan untuk mengusahakan ladang yang asalnya tandus adalah pencapaian besar untuk petani di Tebing Barat - AFP)
TEBING BARAT: Pihak berkuasa Israel telah mengarahkan petani Palestin yang tinggal di Jericho, kawasan Tebing Barat yang dijajah, untuk mencabut pokok palma yang telah mereka tanam dan meninggalkan tanah pertanian mereka dalam tempoh 45 hari.
Perintah tersebut yang diterima dalam bentuk surat yang dihantar kepada petani di kawasan yang dikenali sebagai "Kawasan C" memberikan para petani 7 Oktober sebagai tarikh akhir untuk mengosongkan tanah mereka.
Shawkat Housheyeh, seorang petani yang menerima surat amaran rasmi untuk mencabut pokok palma beliau memberitahu agensi berita Reuters bahawa langkah tersebut mengancam kehidupan beribu-ribu pekerja ladang di kawasan Jericho.
Beliau meminta Pihak Berkuasa Palestin untuk melawan ancaman Israel kepada rakyat Palestin yang bekerja di ladang Dier Hijlah dan al-Zour seluas 3,000 dunams (kira-kira 741 ekar).
"Saya berharap bahawa Pihak Berkuasa [Palestin] akan mengumumkan situasi kecemasan kerana [perintah] ini mengancam 2,000 hingga 3,000 pekerja yang bekerja di kawasan ini," ujar Housheyeh.
Di bawah Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Tebing Barat adalah di bawah kawalan penuh atau separa penuh Pihak Berkuasa Palestin.
'Kawasan C' jatuh di bawah bidang kuasa penuh sivil dan ketenteraan Israel. Ia merangkumi penempatan-penempatan yang dibina sejak Israel menduduki Tebing Barat pada tahun 1967.
Menteri Pertanian Palestin Walid Assaf, baru-baru ini melawat Jericho dan memberi jaminan bahawa Pihak Berkuasa Palestin akan menentang amaran Israel kepada petani.
"Ini adalah satu pencapaian besar untuk para petani Palestin di kawasan lembah (Jordan) kerana ia merupakan tanah tandus yang ditukar menjadi ke ladang," kata Assaf.
"Kita perlu terus membina kejayaan dari pencapaian ini dan kita sesekali tidak akan membenarkan pencapaian ini dimusnahkan," berkata Assaf.
Dalam satu kenyataan bertulis kepada Reuters, COGAT – satu unit dalam kementerian pertahanan Israel yang mentadbir Tebing Barat - berkata pokok palma di kawasan Jericho telah ditanam secara haram kerana mereka telah ditanam di atas tanah yang pemilikannya masih belum ditentukan.
COGAT menyatakan bahawa petani menggerudi telaga secara haram di tanah tersebut dan mencuri air dari hos Israel.
Sumber HD : 30/08/2012
Rakyat Palestin habiskan usia di penjara Israel
Firdaus Abd Rahman, | 14 Jun 2012 |

Gaza tidak dapat didiami menjelang 2020 - PBB
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 28 Ogs 2012 |

Israel arah petani Palestin tinggalkan ladang
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 30 Ogs 2012 |
(Pihak Berkuasa Palestin berkata keupayaan untuk mengusahakan ladang yang asalnya tandus adalah pencapaian besar untuk petani di Tebing Barat - AFP)
TEBING BARAT: Pihak berkuasa Israel telah mengarahkan petani Palestin yang tinggal di Jericho, kawasan Tebing Barat yang dijajah, untuk mencabut pokok palma yang telah mereka tanam dan meninggalkan tanah pertanian mereka dalam tempoh 45 hari.
Perintah tersebut yang diterima dalam bentuk surat yang dihantar kepada petani di kawasan yang dikenali sebagai "Kawasan C" memberikan para petani 7 Oktober sebagai tarikh akhir untuk mengosongkan tanah mereka.
Shawkat Housheyeh, seorang petani yang menerima surat amaran rasmi untuk mencabut pokok palma beliau memberitahu agensi berita Reuters bahawa langkah tersebut mengancam kehidupan beribu-ribu pekerja ladang di kawasan Jericho.
Beliau meminta Pihak Berkuasa Palestin untuk melawan ancaman Israel kepada rakyat Palestin yang bekerja di ladang Dier Hijlah dan al-Zour seluas 3,000 dunams (kira-kira 741 ekar).
"Saya berharap bahawa Pihak Berkuasa [Palestin] akan mengumumkan situasi kecemasan kerana [perintah] ini mengancam 2,000 hingga 3,000 pekerja yang bekerja di kawasan ini," ujar Housheyeh.
Di bawah Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Tebing Barat adalah di bawah kawalan penuh atau separa penuh Pihak Berkuasa Palestin.
'Kawasan C' jatuh di bawah bidang kuasa penuh sivil dan ketenteraan Israel. Ia merangkumi penempatan-penempatan yang dibina sejak Israel menduduki Tebing Barat pada tahun 1967.
Menteri Pertanian Palestin Walid Assaf, baru-baru ini melawat Jericho dan memberi jaminan bahawa Pihak Berkuasa Palestin akan menentang amaran Israel kepada petani.
"Ini adalah satu pencapaian besar untuk para petani Palestin di kawasan lembah (Jordan) kerana ia merupakan tanah tandus yang ditukar menjadi ke ladang," kata Assaf.
"Kita perlu terus membina kejayaan dari pencapaian ini dan kita sesekali tidak akan membenarkan pencapaian ini dimusnahkan," berkata Assaf.
Dalam satu kenyataan bertulis kepada Reuters, COGAT – satu unit dalam kementerian pertahanan Israel yang mentadbir Tebing Barat - berkata pokok palma di kawasan Jericho telah ditanam secara haram kerana mereka telah ditanam di atas tanah yang pemilikannya masih belum ditentukan.
COGAT menyatakan bahawa petani menggerudi telaga secara haram di tanah tersebut dan mencuri air dari hos Israel.
Sumber HD : 30/08/2012
Iktibar daripada pembebas Palestin
Akademi Tarbiyah DPPM, | 05 Okt 2012 |
Pada tahun 636 M seramai 41 ribu tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al- Walid, berjaya menewaskan 70 ribu tentera Rom. Kekalahan tentera Rom pada waktu itu yang dikenali dalam perang Yarmouk, telah membuka peluang kepada umat Islam menguasai Baitul Maqdis.
Kerajaan Rom ingin menamatkan penjajahan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al-Quds kepada umat Islam. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang uskup gereja di al-Quds berkeras dan enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam kecuali Amirul Mukminin, Umar Al Khattab datang sendiri menemui rakyat Illiya’ dan mengambil kunci daripada tangannya sendiri. Di sinilah hikayat agung pembukaan Kota al-Quds yang diukir Sahabat Rasulullah SAW yang digelar al-Faruq, Umar al-Khattab.
Setelah bermesyuarat, Umar pun berangkat dari Madinah ke Palestin dengan hanya menaiki seekor unta dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja.
Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya yang akan memandu pedati unta tersebut. Mana kala jika khadamnya naik unta, Umar pula yang akan berjalan menjadi pemandu permusafiran itu. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga tiba di Kota al-Quds.
Apabila Kota al-Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus mengambil kedudukan di atas pelana unta, sementara dia yang akan memandu unta tersebut. Tetapi Umar melarang dan mengarahkannya agar terus mengikut tempoh gantian yang telah disyaratkan sejak berada di Madinah. Dan kebetulan saat mereka berdua hampir ke gerbang Kota al-Quds, adalah giliran Umar memandu unta tersebut. Saat itu rakyat Illiya’ yang majoritinya beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah.
Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan diraja, permaisuri dan gundik-gundik yang sudah menjadi kemestian mereka. Tetapi Umar sebagai khalifah Islam, yang berjaya mengurus tenteranya menundukkan Rom, datang dengan baju yang lusuh dan bertampal, manakala kedua-dua kakinya dipenuhi debu pasir.
Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat kerendahan Umar sekalipun kuasa pemerintahan terbuka luas di tangannya. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi kerajaan dan namanya, sebaliknya Umar hanya ditemani oleh seorang khadam dan unta yang dipandunya Umar sendiri.
Mereka merasakan perbezaan yang sangat ketara antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini. Lalu seluruh rakyat Iliya’ di Kota al-Quds itu memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras, “Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Tuhan.”
Terpegun Sophronius melihat kesederhanaan Khalifah, lalu dia berkata, ”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas.”
Khalifah Umar kemudiannya menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi daripada Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan aman kepada penganut Kristian Iliya’ yang ingin tetap tinggal di Jerusalem.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Inilah perdamaian yang diberikan oleh hamba Allah Umar, Pemimpin Negara Islam kepada rakyat Iliya'. Islam menjamin keamanan rakyat Iliya’, keselamatan harta benda , gereja-gereja, salib-salib, mereka yang sakit mahupun yang sihat dan seluruh keyakinan aliran agama mereka. Tidak boleh mencerobohi gereja mereka mahupun memusnahkan, mengurangi (melakukan rampasan) mahupun menghilangkan sama sekali…”
Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al-Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis.
Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, “Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”
“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringatkan Baginda Nabi SAW pernah bersabda; “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada kalian sebagaimana diperoleh oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan.” (Sahih Muslim)
Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju semula ke Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata. Inilah sifat peribadi tokoh yang mampu membebaskan Palestin, mereka adalah orang yang zuhud (memanfaatkan dunia seadanya, tidak melampau atau berlebih-lebihan) dalam semua perkara.
Kisah Sultan Salahuddin Al Ayyubi
“…This is what the Lord Almighty says, ‘I will punish the Amalekites for what they did to Israel when they waylaid them as they came up from Egypt. Now go, attack the Amalekites anda totally destroy everything that belongs to them. Do not spare them; put to death men and women, children an infants, cattle and sheep, camels and donkeys’.” – Samuel I 15:3, International Version
Petikan itu adalah paragraf Bible yang diimani para tentera Salibiyyah ketika melumatkan penduduk Islam di Palestin pada 7 Jun 1099 M (493 H). Amalekites ataupun disebut ‘Amlaaq’ di dalam bahasa Arab, disifatkan sebagai golongan anti-Semitism. Mereka yang menanggung gelaran itu berhak dirampas haknya, dirosakkan bangunan dan penginapannya serta segala harta milik kaum Muslimin terutamanya dihancurkan, tidak kira sama ada mereka itu lelaki, wanita, kanak-kanak mahupun warga emas. Semuanya dibelasah, dibantai dengan jiwa rakus penuh kekejaman.
Ketika perang Salibiyah berlaku pada tahun tersebut, diangggarkan 40 ribu kaum Muslimin yang terbunuh, dan dengan megah Godfrey of Bouillon menegakkan Ordo Sion di bumi Palestin. Peranan yang dimainkan Godfrey telah berhasil mengangkat adiknya, Baldwin I sebagai Raja Jerusalem pertama setelah rampasan kota suci tersebut dari tangan Muslim. Berita kemenangan Godfrey itu dikhabarkan sehingga mereka terpaksa merenangi lautan darah apabila deretan gelumang mayat umat Islam dibunuh setinggi kaki kuda.
Keserakahan Salibiyyah di bumi Palestin kemudiannya dihentikan oleh Salahuddin Al Ayyubi (1169-1193 M) pada 583 H di dalam peperangan Hittin. Tentera Salibiyyah yang dibidak Guy The Lusignan dan Reynald The Chatillon mengalami kekalahan teruk dan sangat memalukan.
Namun, yang yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi sangat berbeza dengan tindakan yang pernah dilakukan oleh Godfrey, peristiwa pembantaiannya terhadap penduduk Palestin 90 tahun sebelum ini. Setelah Jerusalem berjaya ditawan tentera Islam, Salahuddin diancam oleh Balian, Baron of Ibelin yang telah kalah dalam pertempuran itu untuk membunuh keluarga mereka sendiri, haiwan ternakan, membunuh 5,000 orang Islam yang ditawan, meruntuhkan kubah batu (Doom of the rock) dan juga Masjidil Aqsa.
Setelah Salahuddin mendengar hujjah dungu kekalahan Balian, seraya beliau bertanya kepadanya, “Adakah kaum wanita, kanak-kanak yang tidak berdaya hendak juga kamu bunuh?”
Melihatkan ancaman Balian itu, Salahuddin Al Ayyubi menawarkan kepada orang-orang Kristian di Palestin, “Jika tentera Salib menyerah, mereka dan seluruh keluarga termasuklah harta-harta mereka boleh meninggalkan Jerusalem dalam tempoh masa 40 hari.”
Hal itu mengejutkan Balian, walaupun sebelum ini tentera Salibiyyah yang pernah dipimpin Godfrey membunuh puluhan ribu orang Islam setelah berjaya merampas Palestin, tetapi Salahuddin tetap memberikan peluang kepada tebusan-tebusannya tanpa menaruh rasa dendam untuk membalas perbuatan Godfrey.
Salahuddin memberi peluang membebaskan mereka dengan wang tebusan bagi seorang lelaki sebanyak 10 dinar, wanita 5 dinar dan kanak-kanak 1 dinar. Wang tebusan itu adalah harga kemerdekaan yang paling murah pernah dilakukan, malah Salahuddin menetapkan bahawa seluruh jumlah wang tersebut akan digunakan untuk membangunkan semula Jerusalem yang telah musnah. Lalu berbondonglah para bangsawan dan panglima tentera Salib keluar dari Jerusalem, mereka keluar dari kota itu tanpa mempedulikan nasib yang menimpa kepada para pengikut mereka sebelum ini yang tidak mampu membayar wang tersebut walau dengan jumlah 1 dinar.
Apabila Salahuddin Al Ayyubi mengetahui masih ada yang tidak mampu membayar dengan jumlah yang ditawarkan itu, maka Salahuddin kembali mengumumkan bahawa sesiapa yang miskin akan dibebaskan tanpa bayaran. Keluarlah mereka beramai-ramai dari pintu St. Lazarus dari pagi sehingga ke malam bersaksikan keadilan yang dimiliki oleh Sultan yang beragama Islam itu.
Keluhuran akhlak dan kecintaan Salahuddin al-Ayyubi kepada kedamaian begitu mendalam walaupun beliau sendiri merupakan panglima perang, tetapi jalan peperangan bukanlah jalan yang ditagih, sebaliknya perang dilakukan adalah kerana cintanya untuk mempertahankan Islam.
Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih daripada satu kilometer. Di Dimashq, beliau telah mendirikan rumah pemeliharaan bagi orang-orang miskin. Demikian juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara yang pernah ditadbirnya terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat. Tetapi ketika akhir hayat Salahuddin, sultan yang pernah mengepalai negara dari Syam sehingga ke Afrika itu hanya meninggalkan 1 dinar dan 36 dirham. Tiada sebutirpun emas, sebidang kebun atau tanah yang mampu diwariskannya. Sehinggakan peruntukan untuk membeli kain kafanpun merupakan hasil sumbangan menteri kerajaannya. Ternyata Panglima besar ini, Salahuddin tidak memikirkan sama sekali harta untuk dirinya. Semua tenaga dan harta miliknya dicurahkan untuk perjuangan di jalan Allah semata-mata.
Kisah Sultan Saifuddin Qutuz
Sejarah kembalinya Palestin ke tangan orang Islam diteroka dan ditinjau, sebenarnya diteraju oleh pemimpin yang terdiri dari orang yang terlebih dahulu berjaya membebaskan dirinya dari penghambaan kepada nafsu mahupun mana-mana perkara yang tidak selayaknya disembah melainkan Allah Taala. Hal ini kerana, bagaimana kita mampu menewaskan musuh yang nyata sekiranya kita sendiri kalah dengan musuh yang menghuni diri kita sendiri. Demikian itu, kita saksikan hari ini di Palestin, Israel terus menggasak kerana percaya bahawa umumnya dunia Islam masih belum berhijrah memperbaiki diri dan mudah diperbudakkan ibarat lembu yang dicucuk hidungnya.
“Perbaiki cela yang ada pada diri, baharulah kamu mampu memperbaiki cela orang lain...”; Inilah rumus kemenangan umat Islam ke atas tentera-tentera anak cucu Genghiz Khan (tentera Tatar) di Ayn Jalut, Palestin. Ketika seluruh peta Islam jatuh ke pesta pembunuhan yang dilakukan tentera-tentera Tatar, Sultan Saifuddin Qutuz telah berjaya menewaskan mereka yang kelaparan darah para mujahidin.
Apakah kaedah yang digunakan oleh Qutuz?
Sebelum Qutuz membawa bala tenteranya ke medan perang, beliau terlebih dahulu menyisihkan pemimpin yang korup dan memerangi penguasa umat Islam yang kecundang dengan nafsu.
Qutuz pernah melaungkan kata-katanya kepada penguasa yang bertuankan hawa nafsu, “Wahai pemimpin umat Islam! Kamu diberi gaji daripada baitul maal sedangkan kamu benci untuk berperang, kamu tidak mempertahankan maruah Islam! Aku ingin berhadapan kepada Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan mempertahankan agama, maka sesiapa di antara kamu memilih untuk berjihad, temani aku. Dan sesiapa memilih untuk enggan berjihad, pulanglah ke rumah. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan dosa kehormatan Muslimin yang akan ditanggungnya oleh orang yang tidak turut berjihad...”.
Dari hal itu, Qutuz telah mendahulukan harta kerajaan untuk diinfaqkan ke medan jihad, sebelum meminta kerahan hasil baitul maal dan harta rakyat jelata disumbangkan.
Qutuz turut melakukan pengislahan terhadap politik negara yang ketika itu tidak stabil dengan ketamakan dan perebutan kuasa yang berlaku antara penyokong Turansyah (cucu Almarhum Sultan Salahuddin al-Ayyubi), penyokong Syajaratud Durr, penyokong Sultan an-Nasir Yusuf di Syam dan penyokong Sultan ‘Aizzudin Aibaq. Qutuz menghentikan permusuhan yang berlaku antara Mamluk Bahriyyah dan Mamluk Mu’izziah, serta mengeratkan hubungan Mesir dan Syam yang sebelum ini tegang dengan persengketaan di antara ‘kem’ Ayyubiyah dengan ‘kem’ Mamluk. Orang-orang Ayyubiyah menganggap orang Mamluk tidak berhak memerintah Mesir kerana mereka daripada golongan hamba.
Qutuz turut menjernihkan perbalahan antara penyokong Khawarizmiyyah dengan penyokong Abbasiyyah yang pernah dihangatkan dengan api permusuhan doktrin dan aliran.
Qutuz juga meninggikan institusi ulama’ sebagai organisasi tertinggi di dalam kerajaannya, di mana Sultanul Ulama’ Sheikh ‘Izziddin Abd Salam dijadikan penasihatnya dalam semua keputusan kerajaannya. Demikian itu, baharulah Allah Taala memberikan kemenangan kepada Qutuz di Ayn Jalut, bertepatan dengan syarat kemenangan-Nya :
“...Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan membatalkan (kemenangan), adapun Allah tidak akan memberikan kebaikan (kemenangan) kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. Dan Allah akan mengukuhkan kebenaran dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang membuat dosa tidak menyukai.” (Surah Yunus: 81).
Allah akan membatalkan kemenangan dan memberikan kepalsuan kepada orang yang melakukan kerosakan. Dan kemenangan daripada Allah hanya akan diberi apabila syarat-syarat telah terpenuhi apabila syariat-Nya dijaga.
http://www.tarbawi.my
Sumber HD : 5/10/2012
(Israel berkata serangan udara Selasa lalu mensasarkan pejuang Hamas yang bersedia untuk melancarkan roket)
GAZA: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan artileri Israel di utara Gaza, menurut sumber perubatan tempatan.
Mereka adalah pejuang yang cuba untuk menembak roket ke bandar-bandar Israel, lapor sebuah stesen radio Hamas.
Serangan Israel itu adalah ekoran serangan bom Selasa lalu yang mencederakan seorang pegawai tentera Israel yang membuat rondaan di semenanjung tersebut.
Barisan popular pembebasan Palestin (The Popular Front for the Liberation of Palestine) telah mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.
Pejuang juga melepaskan empat roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel Selasa lalu, tetapi roket tersebut mendarat tanpa menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan.
Dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel Ahad lalu.
Sumber HD - 24-10-2012
(Sheikh Hamad adalah ketua negara pertama melawat wilayah Palestin tersebut sejak sekatan antarabangsa dikenakan.)
GAZA: Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Amir Qatar, telah tiba di Semenanjung Gaza untuk merasmikan satu projek pelaburan Qatar bernilai ratusan juta dolar untuk membina semula daerah pantai yang miskin dan penuh sesak.
Pemimpin negara Teluk tersebut adalah ketua negara pertama yang melawat Gaza sejak wilayah Palestin itu diboikot di peringkat antarabangsa sebahagiannya kerana Hamas yang popular pada pilihan raya 2006, dianggap oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah dan Jepun sebagai "organisasi pengganas".
Perang saudara yang saling menghancurkan pula berlaku pada 2007, yang membawa kepada perselisihan di antara Hamas dan Fatah - kumpulan yang disokong oleh banyak kuasa Barat.
"Lawatan ini mempunyai kepentingan politik yang besar," kata jurucakap kerajaan Hamas, Taher al-Nunu.
"Beliau adalah pemimpin Arab pertama yang memecahkan pengepungan politik ini."
Projek pelaburan tersebut bertujuan untuk membina 1,000 rumah untuk keluarga miskin di kawasan musnah Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.
Selepas meletakkan batu asas projek, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan terima kasih kepada Amir "untuk keputusan berani beliau melawat Gaza.”
"Lawatan Amir ini secara rasminya mengumumkan pelanggaran untuk pengepungan politik dan ekonomi yang dikenakan ke atas Gaza selama lebih dari lima tahun," kata Haniyeh.
"Hari ini di Gaza dan kelak Baitul Muqaddis yang dibebaskan," katanya.
Haniyeh juga mengumumkan bahawa pembiayaan Qatar telah meningkat daripada $254 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini kepada $400 juta. Tiada butiran lanjut mengenai dana tambahan berkenaan.
Amir juga merancang untuk bertemu dengan pemimpin Hamas di Universiti Islam, dan membatalkan ucapan yang telah dirancang di sebuah stadium.
Semenanjung Gaza yang panjangnya adalah 41km, mempunyai populasi seramai 1.6 juta orang, telah mengalami kerosakan teruk semasa operasi besar-besaran 22 hari tentera Israel pada bulan Disember 2008 dan Januari 2009.
Khan Younis terutamanya menjadi amat teruk semasa sekatan antarabangsa Gaza, yang dikenakan sejak tahun 2007, dan semasa separuh dekad sebelum itu. Satu laporan EWASH 2011 mendedahkan bahawa 90-95 peratus air Gaza tidak selamat untuk diminum.
Satu kenyataan lewat malam dari pejabat Presiden Mesir Mohammed Morsi berkata negara itu mengalu-alukan lawatan Amir ke Gaza, yang dikatakan datang sebagai sebahagian daripada usaha Mesir "untuk memecahkan pengepungan ke atas rakyat" wilayah tersebut.
Wartawan Al Jazeera, Nicole Johnston, yang melaporkan dari Gaza, berkata"Saya tidak pernah melihat pegawai Hamas begitu gembira dengan sejak mereka berjaya membebaskan lebih 1,000 tahanan politik Palestin tahun lepas," Haniyeh juga memberi komen tentang pelepasan banduan, yang dirundingkan dengan pembebasan askar Israel Gilad Shalit Koperal.
"Lawatan ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun pertama kemenangan perjuangan Palestin, isitu pertukaran tahan dengan Shalit – di mana Qatar turut memainkan peranan penting dalam kejayaan rundingan itu," katanya.
Wartawan kami melaporkan bahawa Hamas mengatakan bahawa ia "benar-benar memberi pengakhiran kepada pengasingan politik mereka".
"Mereka benar-benar telah dianggap sebagai 'organisasi pengganas', sejak mereka memerintah pada tahun 2007, dan kini mereka akhirnya mempunyai pemimpin dunia, pemimpin negara Arab, melawat mereka," kata Johnston.
Qatar turut memainkan peranan penting dalam proses perdamaian Hamas - Fatah. Awal tahun ini, Amir mengajak Abbas dan pemimpin tertinggi Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal, untuk membuat perjanjian.

Israel serang Gaza: 1 mati 2 cedera
Terjemahan Mohamad Yahya, | 24 Okt 2012 |

Lawatan Amir Qatar iktiraf Hamas sebagai kerajaan

Serang Gaza: Israel bunuh pejuang Hamas
Terjemahan Mohamad Yahya, | 25 Okt 2012 |
GAZA: Israel membunuh seorang pejuang Hamas dalam pusingan kedua serangan udara ke atas Gaza Rabu lalu, sebagai tindak balas kepada serangan roket di bandar selatan Israel yang mencederakan tiga orang.
Serbuan berasingan oleh Israel Selasa lalu membunuh tiga ahli kumpulan yang mengawal wilayah pantai. Tentera Israel berkata serangan itu adalah tindak balas kepada 60 roket yang telah ditembak ke Israel bulan lalu.
Serangan itu disusuli lawatan oleh Amir Qatar yang mengakhiri pengasingan kepada kepimpinan Hamas Gaza, mengecewakan Israel dan saingannya, pemimpin Palestin yang disokong Barat.
Saksi di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 10 roket telah ditembak ke Israel Rabu lalu, walaupun polis Israel menganggarnya sehingga 40 roket. Paramedik Israel berkata tiga orang mengalami kecederaan dari serpihan roket, yang turut merosakkan sebuah rumah.
Israel menutup sekolah-sekolah di kawasan berhampiran sempadan Gaza dan penduduk digesa untuk tidak keluar dari rumah.
Dua letupan kuat menggegarkan Gaza City sejurus selepas serangan yang membunuh pejuang Hamas, saksi berkata, sambil menambah Israel nampaknya telah mensasarkan militan yang menembak roket. Tiada sebarang kematian dilaporkan. Israel tidak memberi sebarang komen.
Pegawai Hamas juga melaporkan kereta-kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke Gaza. Seorang jurucakap tentera mengesahkan laporan tersebut.
Keganasan merentas sempadan telah meningkat sejak letupan bom yang mencederakan seorang pegawai Israel yang membuat rondaan Selasa lalu. Hamas, yang telah mengawal Gaza sejak 2007, mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, bersama-sama dengan Popular Resistance Committees.

Sumber HD - 25-10-2012
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memperbaharui panggilan untuk segera menyambung semula rundingan damai dan telah memberi amaran kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari membuat apa-apa langkah unilateral di Perhimpunan Agung PBB.
"Semalam saya menjemput Presiden Abbas untuk memulakan rundingan terus tanpa prasyarat," Netanyahu memberitahu Reuters di Jerusalem, sehari selepas mengulangi panggilan kepada Presiden Palestin untuk memperbaharui dialog.
"Malangnya, saya masih tidak mendengar jawapan dari pihak Palestin. Saya harap mereka tidak akan mengambil tindakan unilateral di PBB kerana ia hanya akan melambatkan proses keamanan dan hanya akan menghasilkan ketidakstabilan yang tidak sepatutnya," katanya.
Dengan rundingan dihentikan sejak 2010 dalam pertikaian ke atas pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat, Palestin merancang untuk meminta Perhimpunan Agung PBB bulan ini untuk menaik taraf status diplomatik Palestin di badan dunia itu.
Palestin kini didaftarkan sebagai "entiti pemerhati", tetapi mahu menjadi sebuah "negara pemerhati", memberikan mereka akses kepada badan-badan seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa, di mana mereka boleh memfailkan aduan ke atas Israel.
Mengulas panggilan Netanyahu untuk kembali berunding, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata sebarang rundingan mestilah selepas undian di PBB, yang berkemungkinan besar Palestin akan menang di sebalik bantahan Israel dan Amerika Syarikat ke atas langkah unilateral itu.
"Apabila Palestin kembali dari Perhimpunan Agung PBB dan adalah sebuah kerajaan bukan ahli berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitul Muqaddis Timur sebagai ibu negara, maka jalan untuk rundingan akan terbuka demi mencapai keselamatan dan kestabilan,"ujar Abu Rdainah.
Netanyahu berkata untuk kembali ke garis yang wujud sebelum Israel menawan Tebing Barat dan Baitul Muqaddis Timur dalam perang 1967 hanya akan mengakibatkan sempadan yang tidak dapat dipertahankan. (asharq-e.com).
Sumber HD - 6-11-2012
(Lawatan Syaikh Hamad Khalifah ke Gaza disambut Ismail Haniyeh)
Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza ekoran kepongan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak mula terubat dengan kejatuhan Rejim Mesir itu di tangan revolusi rakyat.
Pendirian Presiden baru Republik Arab Mesir Dr Mohamad Morsi yang jelas di awal kempen pencalonan Presiden lagi terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.
Walaupun Presiden Morsi menggalas beban dan tanggungjawab yang berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosio-ekonomi rakyatnya, namun, bantuan dan sokongan kepada Segenting Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan-bantuan lain.
Kerana sikap dan pendirian Mesir yang bersama rakyat Gaza maka membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu.
Pada 23 Oktober 2012 bersamaan 7 Zulhijjah 1433H Putera Mahkota Kerajaan Qatar Syaikh Hamad bin Khalifah membuat langkah yang sangat berani menjejaki kakinya ke bumi Gaza yang berdarah.
Langkah berani dan luar biasa itu melakari sejarah baru dunia Asia Barat.Beliau menjadi pemimpin pertama dari dunia Islam yang memulakan tindakan mulia dan agung.
Kunjungan Syaikh Hamad Khalifah Putera Mahkota Kerajaan Qatar yang melimpah kekayaan negerinya dengan hasil minyak itu memberi sinar kemajuan kepada Negara Gaza dan rakyatnya yang sebelum pada ini terhalang daripada menerima mana-mana bantuan luar.
Dengan termeterainya persefahaman antara Kerajaan Gaza dan Qatar projek jalan raya, hospital, perumahan dan lain-lain lagi yang berjumlah USD 400 juta sudah tentu akan merubah emej Gaza.
Lawatan Syaikh Hamad Khalifah memang memahat sejarah besar apabila dua munasabah masa yang besar dan agung bertemu dalam satu masa iaitu pertama berada di sepuluh akhir Zulhijjah yang mana tiada amalan lebih afdal di sisi Allah di dalamnya melebihi bulan-bulan lain dan keduanya hari ini adalah hari memperingati pembebasan tawanan 1000 lebih pejuang Palestin di dalam penjara Israiel sebagai tukaran seorang tentera Yahudi Gilad Syarid di tangan tentera Hamas.
Ramai yang mengharapkan kunjungan Putera Raja Qatar ini sebagai sokongan usaha memecah kepongan ke atas Gaza yang paling ekslusif dan membuka ruang serta mendorong pemimpin-pemimpin dunia Arab dan Islam berkunjung dan membuat sesuatu membantu rakyat Gaza.
Kita mengharapkan menyusul selepas ini pembukaan Konsulat Mesir di Gaza dan lawatan daripada Perdana Menteri Turki sebagai pengiktirafan kepada kerajaan Ismail Haneyeh yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi yang terpakai.
------------------------
* Tulisan ini adalah yang pertama dibuat penulis setelah pulang daripda Gaza. Penulis adalah Timbalan Presiden Cakna Palastin dan telah memasuki Gaza antara 25 hingga 28 Oktober lalu.
Sumber HD - 6-11-2012
(Rakyat Palestine berharap taraf mereka di PBB dinaikkan)
TEL AVIV: Israel sedang bersedia untuk menentang usaha Palestin untuk menaiktarafkan status mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini, lapor agensi berita AFP.
"Menteri Luar, Avigdor Lieberman bersidang bersama 27 Israel di Eropah untuk mesyuarat tergempar minggu ini di Vienna," untuk membincangkan usaha Palestin, kata jurucakap Kementerian Luar, Yigal Palmor kepada AFP Selasa lalu.
"Kesemua duta akan berusaha mencari jalan diplomatik dengan negara Eropah bertujuan menangani inisiatif ini dan untuk tujuan ini Lieberman akan pergi ke Vienna," tambah beliau.
Sementara itu, Middle East Monitor, memetik sumber Israel, melaporkan bahawa Lieberman juga telah meminta pegawai EU untuk menetapkan masa bagi pilihan raya di Palestin dalam usaha menggantikan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin, yang telah digambarkan sebagai "penghalang keamanan "
Lieberman dilaporkan berkata bahawa Abbas berada dalam "situasi lemah" dan ia adalah masa yang sesuai untuk mencari "jalan keluar dari situasi semasa."
Komen-komen tersebut muncul dengan stesen swasta Israeal, Channel 10 melaporkan bahawa Lieberman berjanji bulan lepas untuk memastikan "kejatuhan" Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority) jika usaha untuk status negara bukan ahli dikemukakan Perhimpunan Agung PBB.
Dengan rundingan damai terhenti selama lebih dari dua tahun, Palestin berusaha untuk menaik taraf status mereka daripada entiti pemerhati kepada negara bukan ahli.
Mahmoud Abbas berkata beliau akan membentangkan resolusi lewat bulan ini, sama ada pada 15 atau 29 November, menurut laporan pegawai.
Usaha Palestin mungkin berjaya dengan mudah, kerana mereka hanya memerlukan majoriti mudah di Perhimpunan Agung yang dihadiri 193 ahli, yang kebanyakannya menyokong Palestin.
Sumber HD - 7-11-2012
Sumber HD - 13-11-2012
Keadaan semakin tegang di Timur Tengah dengan Israel dan Hamas, terus berbalas tembakan dalam keganasan terburuk sejak serangan Israel ke atas wilayah itu hampir empat tahun lalu.
Tiga rakyat Israel meninggal dunia di bandar utara, Kiryat Maleakhi Khamis lalu selepas roket yang dilancarkan dari Gaza melanda sebuah bangunan apartmen.
Sumber Israel berkata dua roket dilancarkan ke Tel Aviv - dengan sebuah peluru berpandu mendarat di laut manakala peluru berpandu lain melanda kawasan yang tidak didiami , kawasan pusat komersial Israel.
Siren serangan udara menyebabkan penduduk mencari perlindungan di Tel Aviv, sebuah bandar Mediterranean yang tidak pernah diserang roket sejak Perang Teluk 1991.
Jihad Islam, satu lagi kumpulan yang berpangkalan di Gaza berkata mereka telah melancarkan salah satu roket yang menyerang Tel Aviv.
Walaupun kawasan selatan Israel berhampiran Gaza telah lama berhadapa situasi tersebut, namun serangan ke atas kawasan Tel Aviv menggambarkan keupayaan Hamas yang telah meningkat.
Pejuang Palestin pernah menyerang Rishon Lezion sebelum ini tetapi tidak pernah sampai ke Tel Aviv, kira-kira 70 km utara Sttrip Gaza.
Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera Khamis dalam pertempuran yang bermula dengan serangan udara yang membunuh Ahmad Jabari, komander tentera Hamas yang dituduh Israel menjadi dalang serangan terhadap orang awam.
"Ia adalah penting untuk memahami satu perkara yang mudah: tiada moral yang simetri antara pengganas di Gaza dan Israel," ujar Binyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, Khamis lalu.
"Mereka telah melakukan jenayah perang berganda: mereka menyerang orang awam Israel dan bersembunyi di belakang orang awam Palestin." (aljazeera.com)''
Sumber HD - 16-11-2012
Sumber HD - 20-12-2012
Palestin tolak tuntutan Netanyahu gugurkan inisiatif di PBB
Terjemahan Mohamad Yahya, | 06 Nov 2012 |
RAMALLAH: Palestin akan teruskan usaha untuk menaik taraf status mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata seorang pegawai kanan pada hari Isnin, menolak permintaan untuk menghentikan inisiatif tersebut.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memperbaharui panggilan untuk segera menyambung semula rundingan damai dan telah memberi amaran kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari membuat apa-apa langkah unilateral di Perhimpunan Agung PBB.
"Semalam saya menjemput Presiden Abbas untuk memulakan rundingan terus tanpa prasyarat," Netanyahu memberitahu Reuters di Jerusalem, sehari selepas mengulangi panggilan kepada Presiden Palestin untuk memperbaharui dialog.
"Malangnya, saya masih tidak mendengar jawapan dari pihak Palestin. Saya harap mereka tidak akan mengambil tindakan unilateral di PBB kerana ia hanya akan melambatkan proses keamanan dan hanya akan menghasilkan ketidakstabilan yang tidak sepatutnya," katanya.
Dengan rundingan dihentikan sejak 2010 dalam pertikaian ke atas pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat, Palestin merancang untuk meminta Perhimpunan Agung PBB bulan ini untuk menaik taraf status diplomatik Palestin di badan dunia itu.
Palestin kini didaftarkan sebagai "entiti pemerhati", tetapi mahu menjadi sebuah "negara pemerhati", memberikan mereka akses kepada badan-badan seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa, di mana mereka boleh memfailkan aduan ke atas Israel.
Mengulas panggilan Netanyahu untuk kembali berunding, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata sebarang rundingan mestilah selepas undian di PBB, yang berkemungkinan besar Palestin akan menang di sebalik bantahan Israel dan Amerika Syarikat ke atas langkah unilateral itu.
"Apabila Palestin kembali dari Perhimpunan Agung PBB dan adalah sebuah kerajaan bukan ahli berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitul Muqaddis Timur sebagai ibu negara, maka jalan untuk rundingan akan terbuka demi mencapai keselamatan dan kestabilan,"ujar Abu Rdainah.
Netanyahu berkata untuk kembali ke garis yang wujud sebelum Israel menawan Tebing Barat dan Baitul Muqaddis Timur dalam perang 1967 hanya akan mengakibatkan sempadan yang tidak dapat dipertahankan. (asharq-e.com).
Sumber HD - 6-11-2012
Kunjungan Putera Qatar: Kepongan ke atas Gaza mula pecah
Sharafi Mustaffa, | 06 Nov 2012 |
(Lawatan Syaikh Hamad Khalifah ke Gaza disambut Ismail Haniyeh)
Penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza ekoran kepongan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak mula terubat dengan kejatuhan Rejim Mesir itu di tangan revolusi rakyat.
Pendirian Presiden baru Republik Arab Mesir Dr Mohamad Morsi yang jelas di awal kempen pencalonan Presiden lagi terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.
Walaupun Presiden Morsi menggalas beban dan tanggungjawab yang berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosio-ekonomi rakyatnya, namun, bantuan dan sokongan kepada Segenting Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan-bantuan lain.
Kerana sikap dan pendirian Mesir yang bersama rakyat Gaza maka membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu.
Pada 23 Oktober 2012 bersamaan 7 Zulhijjah 1433H Putera Mahkota Kerajaan Qatar Syaikh Hamad bin Khalifah membuat langkah yang sangat berani menjejaki kakinya ke bumi Gaza yang berdarah.
Langkah berani dan luar biasa itu melakari sejarah baru dunia Asia Barat.Beliau menjadi pemimpin pertama dari dunia Islam yang memulakan tindakan mulia dan agung.
Kunjungan Syaikh Hamad Khalifah Putera Mahkota Kerajaan Qatar yang melimpah kekayaan negerinya dengan hasil minyak itu memberi sinar kemajuan kepada Negara Gaza dan rakyatnya yang sebelum pada ini terhalang daripada menerima mana-mana bantuan luar.
Dengan termeterainya persefahaman antara Kerajaan Gaza dan Qatar projek jalan raya, hospital, perumahan dan lain-lain lagi yang berjumlah USD 400 juta sudah tentu akan merubah emej Gaza.
Lawatan Syaikh Hamad Khalifah memang memahat sejarah besar apabila dua munasabah masa yang besar dan agung bertemu dalam satu masa iaitu pertama berada di sepuluh akhir Zulhijjah yang mana tiada amalan lebih afdal di sisi Allah di dalamnya melebihi bulan-bulan lain dan keduanya hari ini adalah hari memperingati pembebasan tawanan 1000 lebih pejuang Palestin di dalam penjara Israiel sebagai tukaran seorang tentera Yahudi Gilad Syarid di tangan tentera Hamas.
Ramai yang mengharapkan kunjungan Putera Raja Qatar ini sebagai sokongan usaha memecah kepongan ke atas Gaza yang paling ekslusif dan membuka ruang serta mendorong pemimpin-pemimpin dunia Arab dan Islam berkunjung dan membuat sesuatu membantu rakyat Gaza.
Kita mengharapkan menyusul selepas ini pembukaan Konsulat Mesir di Gaza dan lawatan daripada Perdana Menteri Turki sebagai pengiktirafan kepada kerajaan Ismail Haneyeh yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi yang terpakai.
------------------------
* Tulisan ini adalah yang pertama dibuat penulis setelah pulang daripda Gaza. Penulis adalah Timbalan Presiden Cakna Palastin dan telah memasuki Gaza antara 25 hingga 28 Oktober lalu.
Sumber HD - 6-11-2012
Israel bersidang bantah usaha naiktaraf Palestin di PBB
Terjemahan Mohamad Yahya, | 07 Nov 2012 |
(Rakyat Palestine berharap taraf mereka di PBB dinaikkan)
TEL AVIV: Israel sedang bersedia untuk menentang usaha Palestin untuk menaiktarafkan status mereka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini, lapor agensi berita AFP.
"Menteri Luar, Avigdor Lieberman bersidang bersama 27 Israel di Eropah untuk mesyuarat tergempar minggu ini di Vienna," untuk membincangkan usaha Palestin, kata jurucakap Kementerian Luar, Yigal Palmor kepada AFP Selasa lalu.
"Kesemua duta akan berusaha mencari jalan diplomatik dengan negara Eropah bertujuan menangani inisiatif ini dan untuk tujuan ini Lieberman akan pergi ke Vienna," tambah beliau.
Sementara itu, Middle East Monitor, memetik sumber Israel, melaporkan bahawa Lieberman juga telah meminta pegawai EU untuk menetapkan masa bagi pilihan raya di Palestin dalam usaha menggantikan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin, yang telah digambarkan sebagai "penghalang keamanan "
Lieberman dilaporkan berkata bahawa Abbas berada dalam "situasi lemah" dan ia adalah masa yang sesuai untuk mencari "jalan keluar dari situasi semasa."
Komen-komen tersebut muncul dengan stesen swasta Israeal, Channel 10 melaporkan bahawa Lieberman berjanji bulan lepas untuk memastikan "kejatuhan" Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Authority) jika usaha untuk status negara bukan ahli dikemukakan Perhimpunan Agung PBB.
Dengan rundingan damai terhenti selama lebih dari dua tahun, Palestin berusaha untuk menaik taraf status mereka daripada entiti pemerhati kepada negara bukan ahli.
Mahmoud Abbas berkata beliau akan membentangkan resolusi lewat bulan ini, sama ada pada 15 atau 29 November, menurut laporan pegawai.
Usaha Palestin mungkin berjaya dengan mudah, kerana mereka hanya memerlukan majoriti mudah di Perhimpunan Agung yang dihadiri 193 ahli, yang kebanyakannya menyokong Palestin.
Sumber HD - 7-11-2012
Israel pesatkan serangan ke atas Gaza
Terjemahan Mohamad Yahya, | 13 Nov 2012 |
RAFAH: Israel makin memesatkan serangan ke atas selatan Gaza, mensasarkan terowong-terowong berhampiran bandar Rafah, mengakibatkan sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh.
Tentera Israel menjalankan satu siri serangan udara, mensasarkan "terowong dan fasiliti senjata" di utara dan tapak pelancaran roket di selatan, lapor pihak tentera Isnin lalu.
Medik Palestin berkata angka kematian rasmi adalah seramai enam orang, selepas seorang anggota Jihad Islam yang dinamakan sebagai Mohammed Shwikani, 20, terbunuh dalam serangan udara berhampiran bandar utara Gaza, Jabaliya.
Medik juga melaporkan menemui mayat seorang lagi anggota Jihad, Mohammed Abed, 20, yang terbunuh dalam satu lagi serangan udara timur Jabaliya.
Ashraf al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan berkata 35 orang tercedera, sambil menambah bahawa 10 orang telah menjalani amputasi.
Beliau menamakan empat orang awam terbunuh sebagai Matar Abul Ata, 20 tahun, Mohammed Harara 17 tahun, Ahmed Harara 15 tahun dan Ahmed Dardasawy 18 tahun.
Pejuang Gaza membalas serangan dengan melancarkan roket dan mortar ke selatan Israel, namun tiada kecederaan atau kematian yang dilaporkan.

Gaza makin meruncing, dua roket melanda Tel Aviv
Terjemahan Mohamad Yahya, | 16 Nov 2012 |
Keadaan semakin tegang di Timur Tengah dengan Israel dan Hamas, terus berbalas tembakan dalam keganasan terburuk sejak serangan Israel ke atas wilayah itu hampir empat tahun lalu.
Tiga rakyat Israel meninggal dunia di bandar utara, Kiryat Maleakhi Khamis lalu selepas roket yang dilancarkan dari Gaza melanda sebuah bangunan apartmen.
Sumber Israel berkata dua roket dilancarkan ke Tel Aviv - dengan sebuah peluru berpandu mendarat di laut manakala peluru berpandu lain melanda kawasan yang tidak didiami , kawasan pusat komersial Israel.
Siren serangan udara menyebabkan penduduk mencari perlindungan di Tel Aviv, sebuah bandar Mediterranean yang tidak pernah diserang roket sejak Perang Teluk 1991.
Jihad Islam, satu lagi kumpulan yang berpangkalan di Gaza berkata mereka telah melancarkan salah satu roket yang menyerang Tel Aviv.
Walaupun kawasan selatan Israel berhampiran Gaza telah lama berhadapa situasi tersebut, namun serangan ke atas kawasan Tel Aviv menggambarkan keupayaan Hamas yang telah meningkat.
Pejuang Palestin pernah menyerang Rishon Lezion sebelum ini tetapi tidak pernah sampai ke Tel Aviv, kira-kira 70 km utara Sttrip Gaza.
Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera Khamis dalam pertempuran yang bermula dengan serangan udara yang membunuh Ahmad Jabari, komander tentera Hamas yang dituduh Israel menjadi dalang serangan terhadap orang awam.
"Ia adalah penting untuk memahami satu perkara yang mudah: tiada moral yang simetri antara pengganas di Gaza dan Israel," ujar Binyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, Khamis lalu.
"Mereka telah melakukan jenayah perang berganda: mereka menyerang orang awam Israel dan bersembunyi di belakang orang awam Palestin." (aljazeera.com)''
Sumber HD - 16-11-2012
Muslim Care rayu bantuan Gaza
Hazayani Zakaria, | 21 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Pasukan Bantuan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) akan ke Gaza pada 27 November ini bagi menghantar bantuan asas kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan terbaru Israel.
Bagi tujuan itu, Muslim Care merayu rakyat Malaysia agar memberikan bantuan kewangan ke Tabung Bantuan Untuk Gaza yang dilancarkannya bagi meringankan beban rakyat Palestin ketika ini.
Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkefli Mohd Nani berkata, pihaknya mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk membeli keperluan makanan, khemah dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin.
"Pasukan bantuan akan menyerahkan bantuan kewangan kepada rakan NGO kita di Gaza dan keperluan asas akan dibeli di sana. Kalau bawa dari sini, lebih banyak kos diperlukan. Kita ingin salurkan bantuan segera buat masa ini," kata beliau pada sidang media di Masjid As-Syakirin KLCC hari ini.
Dua wakil Muslim Care dari Malaysia yang akan ke Gaza ialah bendaharinya, Zulkifli Wahijan dan exco, Ridhuan Md Noor manakala seorang lagi wakil Muslim Care di United Kingdom, Alias.
Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.
Zulkefli juga berkata, selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin menjelang awal tahun hadapan.
Tabung-tabung akan diedarkan ke seluruh masjid di Masjid bagi tujuan derma selain kutipan derma melalui siri jelajah yang sudah bermula Jumaat lalu.
"Kita akan cuba sedaya-upaya mencapai satu juta dan penyerahan mob cek akan diadakan di masjid ini pada malam sambutan tahun baru," katanya.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Presiden Muslim Care, Mat Ariffin Ismail, setiausaha agung, Zakaria Abd Latif dan Ketua Imam Masjid As-Syakirin, Mohd Saiful Azhar, bekas anggota kumpulan rock XPDC, Zua yang akan menyanyikan lagu 'Gaza Menangis' sepanjang siri jelajah.
Dalam pada itu, setakat ini sekurang-kurangnya 120 terbunuh dan hampir 900 orang tercedera melalui lebih 1643 serangan roket yang dilancarkan oleh tentera darat dan laut.
Manakala sekurang-kurangnya 822 rumah musnah akibat serangan ini.
Sumber HD - 21-11-2012
(Imej yang muncul di kebanyakan laman web Israel yang dilaporkan telah digodam oleh Anonymous)
JERUSALEM: Lebih daripada 44 juta cubaan penggodaman telah dibuat ke atas laman web kerajaan Israel sejak Israel mula melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza hampir seminggu lalu.
Angka tersebut yang dikeluarkan oleh kerajaan Israel menunjukkan bahawa cubaan tertinggi adalah ke atas laman web berkaitan pertahanan, manakala 10 juta percubaan telah dibuat ke atas laman web presiden, tujuh juta percubaan ke atas kementerian luar dan tiga juta percubaan ke atas laman web Perdana Menteri.
Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz berkata hanya satu cubaan penggodaman yang berjaya ke atas laman web yang tidak akan dinamakan, tetapi ia berfungsi semula selepas 10 minit.
Anonymous, sebuah kumpulan aktivis siber antarabangsa, telah mengepos ke internet satu senarai mengandungi hampir 700 laman web Israel yang didakwa telah disasarkan, dirosakkan dan diganggu dalam tindak balas kepada serangan udara ke atas Gaza.
Salah satu sasaran paling utama kempen "OpIsrael" adalah program pembangunan antarabangsa Kementerian Luar, Mashav.
Dalam satu pengumuman di Twitter, Anonymous mendakwa telah mengganggu pangkalan data dalaman laman web tersebut.
Pada pagi Khamis, Anonymous mengeluarkan kenyataan yang memanggil penggodam lain untuk membantu melumpuhkan dan merosakkan laman web yang berkaitan atau dimiliki kerajaan atau tentera Israel.
Antara sasaran berprofil tinggi kumpulan Anonymous adalah laman web Parti Kadima di Israel, yang berada di luar talian sejurus selepas digodam, dan juga Bank of Jerusalem.
Kebanyakan laman web yang digodam memaparkan imej tiada paparan, tetapi selebihnya memaparkan imej dan mesej pro-Palestin.
Seorang jurucakap kementerian Israel berkata bahawa walaupun serangan muncul dari serata dunia, namun serangan tinggi muncul dari Israel dan wilayah Palestin.
"Jabatan komputer kementerian akan terus menghalang jutaan serangan siber," ujar Steinitz katanya. "Kami sedang menikmati hasil pelaburan kami beberapa tahun kebelakangan ini dalam membangunkan sistem pertahanan berkomputer."
Steinitz telah mengarahkan kementeriannya untuk beroperasi dalam mod kecemasan untuk menangani percubaan melemahkan laman web kerajaan.
Kedua-dua pihak dalam konflik Gaza, terutamanya Israel, menggunakan media sosial sebagai salah satu alat peperangan.
Tentera Israel telah muncul di hampir setiap platform yang wujud, manakala pejuang Palestin aktif di Twitter.
"Peperangan ini berlaku dari tiga segi. Yang pertama adalah fizikal, yang kedua ialah dalam dunia rangkaian sosial dan ketiga adalah siber," kata Carmela Avner, ketua pegawai maklumat Israel.
Sumber HD - 21-11-2012
Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo membuat keputusan mengejutkan dengan menderma 1.5 juta euro untuk kanak-kanak Gaza. Seperti dilaporkan Russia Today, Jumaat, (22/11) bintang Liga Sepanyol itu menyerahkan Kasut Emas yang dia perolehi pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid untuk dilelong.
Yayasan tersebut kemudian mengadakan acara lelong dan dana yang terkumpul disumbangkan untuk pendidikan kanak-kanak di Gaza dan Tebing Barat. Keputusan Ronaldo itu sesuai dengan polisi Los Blancos yang baru-baru ini iaitu United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) untuk mendidik 10
ribu kanak-kanak Palestin.
Kedua-dua belah pihak bersefahaman untuk memberi kanak-kanak penghuni di Jalur Gaza dan Tebing barat agar dapat melalui program pengenalan bola sepak. Kemudian, dana itu juga bakal digunakan Yayasan Real Madrid untuk pembangunan 167 sekolah di 66 negara.
Khusus CR7, bantuan ke Palestin bukan kali pertama dilakukannya. Sifat dermawan yang ada dalam dirinya sudah ditunjukkan dengan melelong kasut sukan yang dilelong Yayasan Real Madrid pada tahun lalu. Dana puluhan juta yang terkumpul semuanya disumbangkan untuk pembangunan sekolah di Jalur Gaza yang hancur teruk akibat serangan brutal Zionis pada 2009.
Sumber HD - 24-11-2012
ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..
Mari menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7.
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Tentera Al-Qassam (Palestine) yang sedang mempertahan dan memerangi zionis laknatullah Israel itu sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang-pejuang Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayaknya.
Yakinlah bahawa masanya akan tiba untuk kita menyaksikan pembebasan dan kemenangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanahair mereka daripada kekejaman zionis Israel. Dan sekaligus membebaskan Bailtul Maqdis dan mengembalikannya kepada umat Islam sedunia.
Sumber HD - 25-11-2012
TABUNG CAKNA PALESTIN - DPPPM: TGHH,UNANM & URMN:
https://www.youtube.com/watch?v=hBd2zYwd0K4&feature=plcp
(Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan cek sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada Presiden Cakna Palastine Nazri Deraman)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyampaikan cek sebanyak RM50,000 untuk membantu rakyat Palestin di negara sendiri.
Sumbangan dari Tabung Serambi Mekah itu disampaikan Tuan Guru kepada Pengerusi Persatuan Cakna Palestin, Nazri Deraman, selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.
Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pengerusi Tabung Serambi Mekah, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sebelum itu, Tuan Guru sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, terlebih dahulu memijak gambar-gambar pemimpin zionis Israel termasuk benderanya berulang kali sebagai tanda protes.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, kerajaan negeri begitu simpati terhadap nasib umat Islam di Palestin yang sentiasa menjadi buruan zionis.
“Kerana itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan sumbangan ini kepada umat Islam di Palestin yang tertindas,”ujarnya.
Sumber HD - 28-11-2012
GAZA: Beberapa aktivis PAS kini berada di Gaza bagi membantu umat Islam di sana yang memerlukan pertolongan selepas diserang oleh regim Israel.
(Ustaz Ridhuan bersama Zulkifli Wahijan melihat salah seorang mangsa serangan Israel di Gaza.)
Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS dan Zulkifli Wahijan, AJK PAS Kawasan Selayang adalah antara aktivis PAS yang kini berada di sana.
Mereka memasuki Gaza atas nama Muslim Care, NGO yang memerjuangkan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Di samping membantu merawat mangsa serangan, Muslim Care juga membantu membina kilang roti untuk membekalkan makanan kepada mangsa serangan.
Israel menyerang Gaza selama lapan hari baru-baru ini sehinggalah genjatan senjata dicapai hasil rundingan yang dibuat oleh kerajaan Mesir.
Ekoran serangan itu, ramai yang terkorban dan cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.
Sumber HD -29-11-2012

Perang siber ke atas Israel sempena konflik Gaza
Terjemahan Mohamad Yahya, | 21 Nov 2012 |

Cristiano Ronaldo derma 1.5 juta Euro untuk Gaza
http://detikislam.blogspot.com, | 24 Nov 2012 |
Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo membuat keputusan mengejutkan dengan menderma 1.5 juta euro untuk kanak-kanak Gaza. Seperti dilaporkan Russia Today, Jumaat, (22/11) bintang Liga Sepanyol itu menyerahkan Kasut Emas yang dia perolehi pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid untuk dilelong.
Yayasan tersebut kemudian mengadakan acara lelong dan dana yang terkumpul disumbangkan untuk pendidikan kanak-kanak di Gaza dan Tebing Barat. Keputusan Ronaldo itu sesuai dengan polisi Los Blancos yang baru-baru ini iaitu United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) untuk mendidik 10
ribu kanak-kanak Palestin.
Kedua-dua belah pihak bersefahaman untuk memberi kanak-kanak penghuni di Jalur Gaza dan Tebing barat agar dapat melalui program pengenalan bola sepak. Kemudian, dana itu juga bakal digunakan Yayasan Real Madrid untuk pembangunan 167 sekolah di 66 negara.
Khusus CR7, bantuan ke Palestin bukan kali pertama dilakukannya. Sifat dermawan yang ada dalam dirinya sudah ditunjukkan dengan melelong kasut sukan yang dilelong Yayasan Real Madrid pada tahun lalu. Dana puluhan juta yang terkumpul semuanya disumbangkan untuk pembangunan sekolah di Jalur Gaza yang hancur teruk akibat serangan brutal Zionis pada 2009.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Surah Al-Isra' punya bukti kemenangan Islam ke atas Israel
http://ajijoi.blogspot.com, | 25 Nov 2012 |
ALLAHUAKBAR! Peristiwa yang berlaku antara Israel dan Palestin telah pun Allah nyatakan dengan jelas dalam Al-Quran. Allah Allah Allah..
Mari menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7.
MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat di dalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, isi kandungannya ayat-ayat ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran yang harus dikongsikan bersama semua.....
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)
[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
Tentera Al-Qassam (Palestine) yang sedang mempertahan dan memerangi zionis laknatullah Israel itu sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang-pejuang Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayaknya.
Yakinlah bahawa masanya akan tiba untuk kita menyaksikan pembebasan dan kemenangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanahair mereka daripada kekejaman zionis Israel. Dan sekaligus membebaskan Bailtul Maqdis dan mengembalikannya kepada umat Islam sedunia.
ALLAH AKBAR!!!
Sumber HD - 25-11-2012
TABUNG CAKNA PALESTIN - DPPPM: TGHH,UNANM & URMN:
https://www.youtube.com/watch?v=hBd2zYwd0K4&feature=plcp
Kelantan sumbang RM50,000 bantu Palestin
Rizal Tahir, | 28 Nov 2012 |
(Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan cek sumbangan Tabung Serambi Mekah kepada Presiden Cakna Palastine Nazri Deraman)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyampaikan cek sebanyak RM50,000 untuk membantu rakyat Palestin di negara sendiri.
Sumbangan dari Tabung Serambi Mekah itu disampaikan Tuan Guru kepada Pengerusi Persatuan Cakna Palestin, Nazri Deraman, selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.
Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pengerusi Tabung Serambi Mekah, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sebelum itu, Tuan Guru sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, terlebih dahulu memijak gambar-gambar pemimpin zionis Israel termasuk benderanya berulang kali sebagai tanda protes.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, kerajaan negeri begitu simpati terhadap nasib umat Islam di Palestin yang sentiasa menjadi buruan zionis.
“Kerana itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan sumbangan ini kepada umat Islam di Palestin yang tertindas,”ujarnya.
Sumber HD - 28-11-2012
Aktivis PAS di Gaza membantu mangsa kekejaman Israel
Harakahdailly, | 29 Nov 2012 |
GAZA: Beberapa aktivis PAS kini berada di Gaza bagi membantu umat Islam di sana yang memerlukan pertolongan selepas diserang oleh regim Israel.
(Ustaz Ridhuan bersama Zulkifli Wahijan melihat salah seorang mangsa serangan Israel di Gaza.)
Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS dan Zulkifli Wahijan, AJK PAS Kawasan Selayang adalah antara aktivis PAS yang kini berada di sana.
Mereka memasuki Gaza atas nama Muslim Care, NGO yang memerjuangkan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Di samping membantu merawat mangsa serangan, Muslim Care juga membantu membina kilang roti untuk membekalkan makanan kepada mangsa serangan.
Israel menyerang Gaza selama lapan hari baru-baru ini sehinggalah genjatan senjata dicapai hasil rundingan yang dibuat oleh kerajaan Mesir.
Ekoran serangan itu, ramai yang terkorban dan cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.
Sumber HD -29-11-2012
Tekanan diplomasi dunia Islam selesai isu Palestin
Harakahdaily, | 01 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Komitmen dunia Islam khususnya untuk memberi tekanan diplomasi amat perlu dalam menyelesaikan konflik kemanusiaan yang tidak berkesudahan di Palestin, kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
“Ini memandangkan perjalanan penting bagi Palestin untuk mendapat hak menjadi negara merdeka dan berdaulat serta hak untuk hidup aman dan bermaruah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik dan merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Palestin dalam penantian keputusan lebih 65 tahun oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memberikan status negara pemerhati bukan anggota kepada Palestin tanpa melalui Majlis Keselamatan di mana Amerika Syarikat melalui sekutunya Israel mempunyai kuasa veto.
Keputusan bersejarah ini menunjukkan sejumlah 138 negara menyokong usul yang dibentangkan oleh Presiden Mahmoud Abas manakala 41 buah negara lagi enggan mengundi dan berkecuali termasuk Singapura dan sembilan negara menentang usul ini.
PKPIM memandang bahawa kejayaan diplomasi dan solidariti dunia dengan memberikan ‘sijil kelahiran’ atau 'lesen sementara' kepada Palestin sebelum menjadi negara yang merdeka dan berdaulat dilihat sebagai tamparan hebat kepada Zionis.
Tindakan angkuh dan sombong Zionis ini dapat dilihat dengan kelulusan segera pembinaan 3,000 unit rumah di Jerusalem dan di Tebing Barat seusai pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati.
Oleh yang demikian, komitmen dunia Islam khususnya untuk memberi tekanan diplomasi amat perlu dalam menyelesaikan konflik kemanusiaan yang tidak berkesudahan ini memandangkan perjalanan penting bagi Palestin untuk mendapat hak menjadi negara merdeka dan berdaulat serta hak untuk hidup aman dan bermaruah.
PKPIM ingin menyeru kepada dunia Islam khususnya gerakan Islam untuk bersatu dan bekerjasama dengan 'dunia Barat' dengan lebih agresif dan taktikal. Ini kerana gerakan 'anti Zionis' sudah mulai merebak dan mendapat sokongan terbanyak khususnya melibatkan gerakan progresif yang memperjuangkan keadilan sejagat (global justice).
PKPIM memandang bahawa suara, pandangan dan protes Palestin selepas ini perlu didengari dan akan diiktiraf oleh PBB. Melalui pendekatan ini, dunia menunggu sama ada Palestin akan lebih berani dan lantang untuk menyuarakan hak mereka khususnya untuk menjadi ahli di International Criminal Court (ICC)dan seterusnya mengheret Israel ke Mahkamah pengadilan ini di Hague.
Sumber HD - 1-12-2012
(Bendera PAS adalah antara yang dikibarkan di Sahah Al-Katibah semalam sempena sambutan 25 tahun Hamas)
GAZA: Bendera PAS adalah antara bendera yang berkibar di Gaza mengiringi lebih kurang satu juta umat Islam yang berhimpun di Sahah Al-Katibah Gaza serta melaungkan 'Khaibar Ya Yahud' (hancurlah kamu wahai Yahudi) sempena Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas.
Ia dikibarkan bagi menyatakan dengan jelas kebersamaan PAS bersama dengan perjuangan umat Islam di Palestin.
Perhimpunan yang diadakan ini juga bertujuan untuk meraikan kemenangan umat Islam di Palestin selepas perang lapan hari dengan Israel yang berakhir 21 November yang lalu.
Perhimpunan Ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas ini turut dihadiri negara-negara umat Islam yang lain termasuk Malaysia di samping NGO yang membantu umat Islam Palestin.
(Bendera PAS dan Malaysia dikibarkan dibumi Gaza tanda kebersamaan dengan perjuangan umat Palestin)
Majlis ini dihadiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyah bersama barisan Kabinet dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal buat pertama kalinya kembali ke bumi Palestin selepas dibuang negeri pada tahun 1996.
Khaled Meshaal dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Hamas dan umat Islam di Palestin serta merakamkan rasa rindu dan tidak melupakan bumi Palestin yang ditinggalkan sejak 1996 yang lalu.
Sebelum ini pertubuhan Hamas mempunyai pejabat urusannya di Damsyik, namun ia dipindahkan ke Kaherah selepas Hamas memutuskan hubungan dengan Damsyik selepas Basyar menentang kebangkitan rakyat Syria.
Antara program yang diadakan pada program julung-julung kali itu adalah upacara persembahan dari kumpulan Nasyid Pemuda Palestin di samping artis-artis dari negara Jordan, Syria dan macam-macam lagi.
(Di atas bangunan yang menempatkan pentas utama juga dikibarkan bendera PAS)
Sumber HD - 9-12-2012
Ramai yang membuat panggilan untuk penarikan balik Mishal dari kedua-dua pihak dalaman Hamas dan dari negara-negara Arab dan serantau.
Negara-negara seperti Mesir, Turki dan Qatar mendesak Mishal untuk kekal sebagai ketua Hamas, dan tampaknya Ikhwanul Muslimin di Mesir juga condong kepada pilihan ini.
Sumber-sumber menambah bahawa "tekanan yang dikenakan ke atas Mishal [untuk kekal tidak putus-putus", namun mereka menafikan bahawa perkara itu telah diselesaikan, menjelaskan bahawa "pilihan raya dalaman Hamas telah terhenti sejak awal keganasan Israel di Semenanjung Gaza, dan ia masih ditangguhkan".
Mishal tiba di Gaza Jumaat lepas dalam lawatan yang digambarkan Hamas sebagai bersejarah. Mishal disambut sebagai wira dan menguasai program tanpa cabaran walaupun dari pesaing terdekat biro politik, petunjuk penting kedudukannya dalam Hamas.
Kedudukan Mishal menjadi lebih kukuh selepas perang terbaru di Gaza, di mana beliau memainkan peranan utama dalam rundingan gencatan senjata dan merupakan tokoh penting pertemuan pegawai-pegawai kerajaan dari seluruh dunia.
Sumber-sumber itu menjelaskan bahawa "perang baru-baru ini dan perubahan besar yang telah berlaku dalam Hamas mungkin menyebabkan Mishal untuk menarik balik keputusannya". (Asharq Al-Awsat).
Sumber HD - 12-12-2012

Bendera PAS berkibar di Gaza
Farhan Mazlan, | 10 Dis 2012 |

Mishal berkemungkinan kekal pemimpin Hamas
Terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Dis 2012 |
RAMALLAH: Ia hanya menunggu masa yang sesuai sebelum Khalid Mishal menarik balik keputusan beliau untuk berundur sebagai ketua biro politik Hamas, menurut sumber Palestin.
Ramai yang membuat panggilan untuk penarikan balik Mishal dari kedua-dua pihak dalaman Hamas dan dari negara-negara Arab dan serantau.
Negara-negara seperti Mesir, Turki dan Qatar mendesak Mishal untuk kekal sebagai ketua Hamas, dan tampaknya Ikhwanul Muslimin di Mesir juga condong kepada pilihan ini.
Sumber-sumber menambah bahawa "tekanan yang dikenakan ke atas Mishal [untuk kekal tidak putus-putus", namun mereka menafikan bahawa perkara itu telah diselesaikan, menjelaskan bahawa "pilihan raya dalaman Hamas telah terhenti sejak awal keganasan Israel di Semenanjung Gaza, dan ia masih ditangguhkan".
Mishal tiba di Gaza Jumaat lepas dalam lawatan yang digambarkan Hamas sebagai bersejarah. Mishal disambut sebagai wira dan menguasai program tanpa cabaran walaupun dari pesaing terdekat biro politik, petunjuk penting kedudukannya dalam Hamas.
Kedudukan Mishal menjadi lebih kukuh selepas perang terbaru di Gaza, di mana beliau memainkan peranan utama dalam rundingan gencatan senjata dan merupakan tokoh penting pertemuan pegawai-pegawai kerajaan dari seluruh dunia.
Sumber-sumber itu menjelaskan bahawa "perang baru-baru ini dan perubahan besar yang telah berlaku dalam Hamas mungkin menyebabkan Mishal untuk menarik balik keputusannya". (Asharq Al-Awsat).
Sumber HD - 12-12-2012
Mapim giat kumpul dana untuk 'Hospital 4 Gaza'
Anis Nazri, | 12 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) giat mengadakan 'roadshow' bagi mengumpulkan dana untuk projek 'Hospital 4 Gaza' (H4G).
Bagi memastikan usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada lebih 60 peratus kanak-kanak yang berada di Gaza, maka sejumlah wang diperlukan bagi menjayakan misi tersebut.
Ahli Jawatankuasa Kerja Mapim Pusat, Dr. Mohamad Fauzi Zakaria, berkata sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak akan didirikan bagi memastikan aspek kesihatan mereka terpelihara.
Fauzi berkata keadaan hospital yang berada di Gaza kini dalam keadaan yang sangat uzur bagi menampung sejumlah pesakit yang kebanyakannya merupakan mangsa serangan ganas zionis Israel.
"Malah, 15 dari 27 buah hospital yang berada di Gaza kebanyakannya musnah dan rosakyang sehingga kini tidak dpat dipulihkan angkara serangan zionis sejak sekian lama." kata beliau ketika kunjungannya ke pejabat Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, hospital tersebut merupakan hospital bersalin dan kanak-kanak, memandangkan lebih 60 peratus penduduk di Gaza dalah terdiri daripada kanak-kanak.
Sehubungan itu, katanya Mapim menyeru orang ramai untuk sama-sama menyalurkan sumbangan bagi menjayakan keperluan kesihatan penduduk Gaza.
Selain hospital, Mapim turut menanggung projek pembinaan semula tiga buah masjid - dua darinya sudah siap, manakala sebuah lagi dijangka siap pada April 2013.
Bagi yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank Islamic 558220601374 atas nama Tabung Gaza - Mapim.

Pencerobohan lapan hari Zionist Israel ke Jalur Gaza bulan lalu mencatat seramai 1197 bayi lahir di Gaza dilaporkan oleh Mi'raj News Agency (MINA) dari Gaza, Selasa (11/12).
Korban dari pihak Gaza tercatat seramai 156 Syahid. Sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Namun pada masa yang sama seramai 1197 bayi dilahirkan dengan selamat di Semenanjung Gaza,
Pentadbiran Urusan Awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza mengeluarkan statistik yang menyatakan jumlah bayi yang lahir di Semenanjung Gaza selama lapan hari serangan Israel mencapai 1197 bayi iaitu 592 lelaki dan 605 perempuan.
Gaza city mencatat 421 kelahiran, sementara Khan Younis lebih dari 300 kelahiran, Gaza Utara mencatat 197, Gaza Tengah 163, dan Rafah 151 kelahiran.
Statistik mencatat, sejak bulan November lalu, ada 4.110 bayi lahir, yang terdiri dari 2.082 laki-laki dan 2.028 wanita dengan rata-rata 137 kelahiran perhari.
Sementara UNICEF melaporkan, lebih dari 50 mangsa akibat keganasan Israel selama lapan hari itu adalah anak-anak.
Ini juga berlaku semasa operasi Cast Lead 2009 lalu iaitu daripada 4000 wanita hamil, 3500 di antaranya telah melahirkan bayi mereka dengan selamat selama serangan Israel tersebut di Gaza.
Jumlah tersebut tentu cukup besar jika dibandingkan jumlah korban syahid yang dianggarkan mencapai 1300 jiwa.
Diterjemah dari sumber islampos
Sumber HD - 13-12-2012
Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.
MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.
Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.
“Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan.
“Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.
“Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang ‘barakah’ ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.
Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab.
Sumber HD - 14-12-2012
(Nazri menyerahkan mok cek kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar - foto Muhammad Yusri Amin)
KOTA BHARU: NGO ‘Cakna Palestin’ (Palestine Care International) menyumbang RM100,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza bagi meringankan bebanan ditanggung rakyat Palestin.
Sekretariat Cakna Palestin, pada upacara penyerahan Sumbangan Tabung Kecemasan Gaza berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi tadi, menyerahkan wang sumbangan itu kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar.
Beliau adalah Pegawai Khas Perdana Menteri Gaza, Palestin, Ismail Haniya.
Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin Nazri Deraman pada kenyataan media khasnya pagi semalam berkata wang sumbangan itu hasil kutipan derma orang ramai di seluruh negara termasuk Kelantan.
Cakna Palestin bertindak secara proaktif serta drastik melancarkan Tabung Kecemasan Gaza sejak 1 Muharram 1434 yang lalu.
“Kejadian menyayat hati berlaku di Gaza sejak awal Muharam lalu amat meruntun ummah.
“Tindakan kejam Yahudi Zionis ke atas penduduk Gaza meragut nyawa ramai rakyat Gaza khususnya kanak-kanak dan wanita. Kira-kaira 184 orang mati syahid dan lebih 2,000 rakyat Palestin tercedera," katanya.
Nazri yang juga Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) turut memaklumkan menerusi tabung dana tersebut bantuan juga diberikan kepada usaha membina dua buah masjid di Palestin dan membantu lima pelajar IPTA rakyat Palestin yang menuntut di universiti di negara ini.
Dalam rangka menggerakkan sokongan rakyat, pihak Sekretariat Cakna Palestin mengatur ceramah khas disampaikan Ahmed Abu Ayesh An-Najjar dalam melawan kekejaman Yahudi Zionis itu.
Melalui ceramah itu, rakyat negara ini berkongsi pengalaman pahit manis perjuangan rakyat Palestin khususnya yang dilalui Ahmed sendiri dalam ‘meredah peperangan’ di Gaza.
Di Kelantan sendiri, hari ini (Jumaat, 14 Disember) ceramah oleh Ahmed dan Sekretariat Cakna Palestin diadakan di Masjid Padang Padang Pak Amat, Pasir Puteh (selepas solat Jumaat), di Masjid Lama Semerak, Pasir Puteh (selepas solat Maghrib) dan di Kg Wakaf Bunut, Dewan Undangan Negeri Gaal, Pasir Puteh (selepas solat Isyak).
Menurut Nazri, orang ramai juga boleh terus menyumbang untuk tabung tersebut melalui akaun Cakna Palestin 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).
Sumber HD - 14-12-2012
Serangan 8 hari Israel: Keajaiban, jumlah kelahiran lebih tinggi berbanding mati syahid
http://detikislam.blogspot.com, | 13 Dis 2012 |

PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin
Khairul Azlam Mohamad, | 14 Dis 2012 |
Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.
MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.
Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.
“Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan.
“Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.
“Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang ‘barakah’ ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.
Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab.
Sumber HD - 14-12-2012
Cakna Palestin sumbang RM100,000 untuk Gaza
Muhammad Yusri Amin, | 15 Dis 2012 |
(Nazri menyerahkan mok cek kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar - foto Muhammad Yusri Amin)
KOTA BHARU: NGO ‘Cakna Palestin’ (Palestine Care International) menyumbang RM100,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza bagi meringankan bebanan ditanggung rakyat Palestin.
Sekretariat Cakna Palestin, pada upacara penyerahan Sumbangan Tabung Kecemasan Gaza berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi tadi, menyerahkan wang sumbangan itu kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar.
Beliau adalah Pegawai Khas Perdana Menteri Gaza, Palestin, Ismail Haniya.
Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin Nazri Deraman pada kenyataan media khasnya pagi semalam berkata wang sumbangan itu hasil kutipan derma orang ramai di seluruh negara termasuk Kelantan.
Cakna Palestin bertindak secara proaktif serta drastik melancarkan Tabung Kecemasan Gaza sejak 1 Muharram 1434 yang lalu.
“Kejadian menyayat hati berlaku di Gaza sejak awal Muharam lalu amat meruntun ummah.
“Tindakan kejam Yahudi Zionis ke atas penduduk Gaza meragut nyawa ramai rakyat Gaza khususnya kanak-kanak dan wanita. Kira-kaira 184 orang mati syahid dan lebih 2,000 rakyat Palestin tercedera," katanya.
Nazri yang juga Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) turut memaklumkan menerusi tabung dana tersebut bantuan juga diberikan kepada usaha membina dua buah masjid di Palestin dan membantu lima pelajar IPTA rakyat Palestin yang menuntut di universiti di negara ini.
Dalam rangka menggerakkan sokongan rakyat, pihak Sekretariat Cakna Palestin mengatur ceramah khas disampaikan Ahmed Abu Ayesh An-Najjar dalam melawan kekejaman Yahudi Zionis itu.
Melalui ceramah itu, rakyat negara ini berkongsi pengalaman pahit manis perjuangan rakyat Palestin khususnya yang dilalui Ahmed sendiri dalam ‘meredah peperangan’ di Gaza.
Di Kelantan sendiri, hari ini (Jumaat, 14 Disember) ceramah oleh Ahmed dan Sekretariat Cakna Palestin diadakan di Masjid Padang Padang Pak Amat, Pasir Puteh (selepas solat Jumaat), di Masjid Lama Semerak, Pasir Puteh (selepas solat Maghrib) dan di Kg Wakaf Bunut, Dewan Undangan Negeri Gaal, Pasir Puteh (selepas solat Isyak).
Menurut Nazri, orang ramai juga boleh terus menyumbang untuk tabung tersebut melalui akaun Cakna Palestin 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).
Sumber HD - 14-12-2012
Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun
http://detikislam.blogspot.com, | 27 Dis 2012 |
Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.
Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu.
Korang berani jadi seperti dia? |
"Kata-kata pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.
Tamimi tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.
Sambil membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan. Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata: "Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "
Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar Başakşehir.
Sumber HD - 27-12-2012
Bantuan dapat disampaikan : http://www.youtube.com/watch?v=g71x705gU-k
Sumber HD - 5-1-2013

Ketua misi bantuan ke Gaza ditahan bersama wang RM500,000 di airport?
http://msomelayu.blogspot.com/, | 14 Jan 2013 |
TERKINI
Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu.
Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000.
Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza.
Menurut sumber yang rapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu menyelesaikan penahanan berkenaan.
Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina.
Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel.
Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada tersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya.
Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13]
Sumber HD - 14-1-2013
Delegasi 10 peguam tersebut terdiri dari tujuh warga Turki, dua warga Mesir dan satu warga Arab Saudi, akan mengadakan perbincangan dan membuat pemerhatian di Gaza sepanjang lawatan dua hari mereka.
Anggota delegasi memberitahu agensi berita Anatolia bahawa jika keterangan yang mencukupi dan meyakinkan ditemui, prosedur undang-undang akan diambil terhadap pihak yang melakukan jenayah, sambil menambah bahawa delegasi itu akan menyediakan laporan terperinci mengenai Gaza dan menyerahkan kepada pihak berkuasa Turki yang berkaitan.
Necati Ceylan, setiausaha agung Persatuan Peguam Antarabangsa, mengetuai delegasi tersebut.
Peristiwa terbaru dalam konflik antara Israel dan Gaza bermula apabila Israel membunuh ketua tentera Hamas, Ahmed al-Jaabari dalam serangan udara yang mensasarkan kereta beliau November lalu. Israel kemudian memulakan serangan terhadap daerah pantai Palestin dari darat, udara dan laut pada Nov 14.
Israel melancarkan 1,500 serangan udara ke atas sasaran yang berkaitan dengan Hamas, memusnahkan simbol utama kekuasaan Hamas, seperti pejabat Perdana Menteri, termasuk tempat pelancaran roket dan balai polis Gaza.
Satu gencatan senjata telah dipersetujui selepas konflik lapan hari yang mengakibatkan 162 rakyat Palestin mati, lebih separuh daripada jumlah tersebut adalah orang awam, termasuk 37 kanak-kanak dan 11 wanita.
Pemimpin Turki telah mengutuk Israel kerana siri serangan ke atas Gaza.
Turki melancarkan usaha diplomatik lain di arena antarabangsa dalam usaha untuk mengurangkan peningkatan ketegangan di Gaza. Sebahagian daripadanya termasuklah lawatan pegawai-pegawai Turki ke Mesir dan kerjasama erat dengan rakan-rakan di Mesir dan Qatar untuk perjanjian gencatan senjata.
Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu menyertai menteri Arab dalam lawatan ke Gaza untuk menunjukkan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin di bawah serangan Israel. (todayszaman.com)

Delegasi Turki ke Gaza kumpul bukti jenayah Israel
Terjemahan Mohamad Yahya, | 15 Jan 2013 |
Satu delegasi undang-undang Turki yang terdiri daripada peguam daripada Persatuan Peguam Antarabangsa bertolak ke Gaza Isnin lalu untuk mengumpul bukti mengenai serangan Israel ke atas Gaza November lalu yang mengakibatkan kematian rakyat Palestin.
Delegasi 10 peguam tersebut terdiri dari tujuh warga Turki, dua warga Mesir dan satu warga Arab Saudi, akan mengadakan perbincangan dan membuat pemerhatian di Gaza sepanjang lawatan dua hari mereka.
Anggota delegasi memberitahu agensi berita Anatolia bahawa jika keterangan yang mencukupi dan meyakinkan ditemui, prosedur undang-undang akan diambil terhadap pihak yang melakukan jenayah, sambil menambah bahawa delegasi itu akan menyediakan laporan terperinci mengenai Gaza dan menyerahkan kepada pihak berkuasa Turki yang berkaitan.
Necati Ceylan, setiausaha agung Persatuan Peguam Antarabangsa, mengetuai delegasi tersebut.
Peristiwa terbaru dalam konflik antara Israel dan Gaza bermula apabila Israel membunuh ketua tentera Hamas, Ahmed al-Jaabari dalam serangan udara yang mensasarkan kereta beliau November lalu. Israel kemudian memulakan serangan terhadap daerah pantai Palestin dari darat, udara dan laut pada Nov 14.
Israel melancarkan 1,500 serangan udara ke atas sasaran yang berkaitan dengan Hamas, memusnahkan simbol utama kekuasaan Hamas, seperti pejabat Perdana Menteri, termasuk tempat pelancaran roket dan balai polis Gaza.
Satu gencatan senjata telah dipersetujui selepas konflik lapan hari yang mengakibatkan 162 rakyat Palestin mati, lebih separuh daripada jumlah tersebut adalah orang awam, termasuk 37 kanak-kanak dan 11 wanita.
Pemimpin Turki telah mengutuk Israel kerana siri serangan ke atas Gaza.
Turki melancarkan usaha diplomatik lain di arena antarabangsa dalam usaha untuk mengurangkan peningkatan ketegangan di Gaza. Sebahagian daripadanya termasuklah lawatan pegawai-pegawai Turki ke Mesir dan kerjasama erat dengan rakan-rakan di Mesir dan Qatar untuk perjanjian gencatan senjata.
Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu menyertai menteri Arab dalam lawatan ke Gaza untuk menunjukkan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin di bawah serangan Israel. (todayszaman.com)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-1-2013
Ismail Haniyeh bergambar bersama delegasi Yayasan Amal Malaysia dan disertai Prof Dr Syeikh Shuhada Swerki pada pertemuan ringkas di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City.
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi kenyataan pada suatu masa kelak.
Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.
“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.
“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.
Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.
Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.
Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.
Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.
“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.
“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.
Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.
Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.
Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.
Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa
Khairul Azlam Mohamad, | 27 Jan 2013 |

Sumber HD - 27-1-2013
Gambar ori puluhan ribu sambut Wira Palestin
http://yongsukakuning.blogspot.com, | 28 Jan 2013 |
GAMBAR ORI PULUHAN RIBU MENYAMBUT KEPULANGAN WIRA PALESTINE
Ini gambar ori. Puluhan ribu menyambut kepulangan wira Palestine! Memang sangat ramai, bersesak-sesak. Ada yang mengibarkan bendera Palestine.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-1-2013
(Meshaal, kiri, berusaha untuk berdamai dengan pemimpin Fatah, Abbas tetapi dihalang oleh golongan konservatif di kedua-dua belah pihak [Gallo / Getty]
KAHERAH: Hamas telah melantik semula pemimpin veteran, Khaled Meshaal, di ibu kota Mesir, Kaherah, lapor dua pegawai Hamas.
"Para pemimpin Hamas memilih Meshaal," seorang pegawai berpangkat tinggi memberitahu agensi berita AFP melalui panggilan telefon dari Kaherah Isnin lalu, meminta nama beliau tidak didedahkan.
Pegawai-pegawai tersebut berkata majoriti anggota majlis Shura Hamas mengundi Meshaal. Mereka bercakap dengan syarat nama mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membincangkan prosedur rahsia tersebut.
Meshaal, 56, yang mengetuai pergerakan Palestin tersebut sejak 1996 ketika dalam buangan, dilihat sebagai calon popular. Beliau disokong oleh kuasa serantau Qatar, Turki dan Mesir dan kini berpangkalan di Qatar.
Pemilihan semula beliau dapat memulihkan usaha perdamaian yang terhenti antara Hamas dan saingan politik beliau, Mahmoud Abbas, presiden Palestin yang disokong Barat yang berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat.
Meshaal telah berusahak untuk usaha perdamaian, tetapi telah disekat oleh golongan konservatif Hamas di Gaza yang khuatir perjanjian perpaduan akan memberikan Abbas tapak baru di Gaza dan melemahkan cengkaman Hamas di wilayah berkenaan.
Tahun lepas, Meshaal dan Abbas, yang mempunyai hubungan yang baik, membuat satu perjanjian di mana Abbas akan mengetuai sebuah kerajaan interim teknokrat di Tebing Barat dan Gaza.
Kerajaan ini akan membuka jalan untuk pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, perjanjian itu tidak berjaya dilaksanakan kerana mendapat tentangan dari pemimpin Hamas di Gaza dan tokoh-tokoh kanan dalam gerakan Fatah.
Minggu lepas, Emir Qatar mengutarakan satu cadangan untuk mengadakan persidangan perdamaian di Mesir dalam minggu-minggu mendatang untuk menubuhkan satu jadual waktu bagi membentuk kerajaan sementara dan mengadakan pilihan raya.
Ditanya mengenai persidangan tersebut Isnin lalu, Abbas kelihatan berbelah-bahagi. Bercakap di Ramallah, beliau berkata beliau akan menghadiri persidangan tersebut jika dijemput, tetapi, "pada dasarnya, tiada masalah antara kami sehingga memerlukan usaha-usaha sebegini".
Ikhwan pujuk Khalid Mishal agar kekal
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 30 Jan 2013 |
LONDON: Pergerakan Hamas telah menunda pemilihan ketua Biro Politik baru dalam usaha memujuk penyandangnya, Khalid Mishal, untuk menerima pencalonan bagi tempoh kelima.
Satu sumber dari Palestin memberitahu Asharq Al-Awsat bahawa penundaan Majlis Syura Hamas bertujuan untuk memberikan Arab, Palestin, dan parti-parti Islam masa untuk memujuk Mishal mengubah fikiran beliau.
Sumber yang bercakap kepada Asharq Al-Awsat dengan syarat namanya tidak didedahkan berkata tekanan ke atas Mishal meningkat disebabkan oleh perubahan jawatan pemimpin pergerakan peringkat tempatan, terutamanya selepas perang Israel ke atas Gaza baru-baru ini dan lawatan Mishal ke Semenanjung.
Sumber itu menegaskan bahawa pihak Hamas yang berpangkalan di luar negara, yang sebelum ini mempunyai keraguan mengenai Mishal kini yakin bahawa dia harus terus memimpin pergerakan tersebut dalam keadaan sekarang.
Sementara itu, orang-orang yang masih mempunyai keraguan tidak lagi vokal kerana populariti semasa Mishal.
Sumber utama tekanan ke atas Mishal datang dari Mesir, atau secara spesifiknya Ikhwan Muslimin; sumber Palestin tersebut memberitahu Asharq Al-Awsat.
Ikhwanul Muslimin melihat Mishal sebagai individu yang boleh membawa pergerakan ke arah perdamaian kebangsaan, yang akan menamatkan pembahagian Palestin.
Sumber itu turut berkata bahawa beberapa pihak Arab dan Islam seperti Qatar dan Turki, juga mengenakan tekanan ke atas Mishal untuk menarik kembali keputusan beliau untuk tidak menyambung tugasnya.
Sumber juga turut mengatakan bahawa walaupun pertengkaran antara Fatah dan Hamas, dua pergerakan tersebut sedar bahawa mencapai perdamaian kebangsaan adalah penting untuk kedua-dua belah pihak.
Sumber itu menegaskan bahawa Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyedari kejayaan tindakan yang dirancang di peringkat antarabangsa bergantung kepada keupayaannya untuk memulihkan perpaduan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sumber itu berkata bahawa banyak pihak Eropah menerima hujah Israel bahawa Abbas tidak boleh mewakili Palestin kerana kewujudan dua kerajaan di Gaza dan Ramallah.
Satu sumber dari Palestin memberitahu Asharq Al-Awsat bahawa penundaan Majlis Syura Hamas bertujuan untuk memberikan Arab, Palestin, dan parti-parti Islam masa untuk memujuk Mishal mengubah fikiran beliau.
Sumber yang bercakap kepada Asharq Al-Awsat dengan syarat namanya tidak didedahkan berkata tekanan ke atas Mishal meningkat disebabkan oleh perubahan jawatan pemimpin pergerakan peringkat tempatan, terutamanya selepas perang Israel ke atas Gaza baru-baru ini dan lawatan Mishal ke Semenanjung.
Sumber itu menegaskan bahawa pihak Hamas yang berpangkalan di luar negara, yang sebelum ini mempunyai keraguan mengenai Mishal kini yakin bahawa dia harus terus memimpin pergerakan tersebut dalam keadaan sekarang.
Sementara itu, orang-orang yang masih mempunyai keraguan tidak lagi vokal kerana populariti semasa Mishal.
Sumber utama tekanan ke atas Mishal datang dari Mesir, atau secara spesifiknya Ikhwan Muslimin; sumber Palestin tersebut memberitahu Asharq Al-Awsat.
Ikhwanul Muslimin melihat Mishal sebagai individu yang boleh membawa pergerakan ke arah perdamaian kebangsaan, yang akan menamatkan pembahagian Palestin.
Sumber itu turut berkata bahawa beberapa pihak Arab dan Islam seperti Qatar dan Turki, juga mengenakan tekanan ke atas Mishal untuk menarik kembali keputusan beliau untuk tidak menyambung tugasnya.
Sumber juga turut mengatakan bahawa walaupun pertengkaran antara Fatah dan Hamas, dua pergerakan tersebut sedar bahawa mencapai perdamaian kebangsaan adalah penting untuk kedua-dua belah pihak.
Sumber itu menegaskan bahawa Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyedari kejayaan tindakan yang dirancang di peringkat antarabangsa bergantung kepada keupayaannya untuk memulihkan perpaduan rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sumber itu berkata bahawa banyak pihak Eropah menerima hujah Israel bahawa Abbas tidak boleh mewakili Palestin kerana kewujudan dua kerajaan di Gaza dan Ramallah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-1-2013
Hamas lantik semula Khaled Meshaal sebagai ketua
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 02 Apr 2013 |
(Meshaal, kiri, berusaha untuk berdamai dengan pemimpin Fatah, Abbas tetapi dihalang oleh golongan konservatif di kedua-dua belah pihak [Gallo / Getty]
KAHERAH: Hamas telah melantik semula pemimpin veteran, Khaled Meshaal, di ibu kota Mesir, Kaherah, lapor dua pegawai Hamas.
"Para pemimpin Hamas memilih Meshaal," seorang pegawai berpangkat tinggi memberitahu agensi berita AFP melalui panggilan telefon dari Kaherah Isnin lalu, meminta nama beliau tidak didedahkan.
Pegawai-pegawai tersebut berkata majoriti anggota majlis Shura Hamas mengundi Meshaal. Mereka bercakap dengan syarat nama mereka tidak didedahkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk membincangkan prosedur rahsia tersebut.
Meshaal, 56, yang mengetuai pergerakan Palestin tersebut sejak 1996 ketika dalam buangan, dilihat sebagai calon popular. Beliau disokong oleh kuasa serantau Qatar, Turki dan Mesir dan kini berpangkalan di Qatar.
Pemilihan semula beliau dapat memulihkan usaha perdamaian yang terhenti antara Hamas dan saingan politik beliau, Mahmoud Abbas, presiden Palestin yang disokong Barat yang berpangkalan di Ramallah, Tebing Barat.
Meshaal telah berusahak untuk usaha perdamaian, tetapi telah disekat oleh golongan konservatif Hamas di Gaza yang khuatir perjanjian perpaduan akan memberikan Abbas tapak baru di Gaza dan melemahkan cengkaman Hamas di wilayah berkenaan.
Tahun lepas, Meshaal dan Abbas, yang mempunyai hubungan yang baik, membuat satu perjanjian di mana Abbas akan mengetuai sebuah kerajaan interim teknokrat di Tebing Barat dan Gaza.
Kerajaan ini akan membuka jalan untuk pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, perjanjian itu tidak berjaya dilaksanakan kerana mendapat tentangan dari pemimpin Hamas di Gaza dan tokoh-tokoh kanan dalam gerakan Fatah.
Minggu lepas, Emir Qatar mengutarakan satu cadangan untuk mengadakan persidangan perdamaian di Mesir dalam minggu-minggu mendatang untuk menubuhkan satu jadual waktu bagi membentuk kerajaan sementara dan mengadakan pilihan raya.
Ditanya mengenai persidangan tersebut Isnin lalu, Abbas kelihatan berbelah-bahagi. Bercakap di Ramallah, beliau berkata beliau akan menghadiri persidangan tersebut jika dijemput, tetapi, "pada dasarnya, tiada masalah antara kami sehingga memerlukan usaha-usaha sebegini".
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-4-2013
No comments:
Post a Comment