Kerajaan gagal jelas harga barang naik mendadak |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: PAS mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan tidak memberikan penjelasan jitu berhubung kenaikan mendadak harga barang pada musim perayaan. Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, timbalan menteri, Datuk Tan Lian Hoe gagal memberi jaminan untuk memnambahkan subsidi untuk barang keperluan utama dan mengurangkan subsidi yang diberikan kepada syarikat korporat. "Saya tanya apakah kerajaan bercadang menarik balik subsidi yang diberi kepada syarikat korporat seperti penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion sedangkan rakyat memerlukan subsidi terutama untuk barang makanan harian untuk mengurangkan beban mereka," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu juga berkata, kerajaan enggan mengakui kenaikan harga barang berlaku kerana sistem monopoli dalam pasaran iaitu tidak berlaku persaingan harga yang menyumbang kepada kenaikan harga barang khususnya barang keperluan utama seperti bersa, gula, dan minyak. Katanya, kerajaan harus menilai kembali sistem ini agar tidak membebankan rakyat. "Tak lama lagi rakyat berhadapan dengan suasana sesi persekolahan bermula, mesti berhadapan dengan tekanan yang lebih lebih-lebih lagi musim tengkujuh ada yang hilang punca pendapatan. "Jelas BN yang berslogankan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" sebenarnya bukan rakyat yang didahulukan tapi rakyat didahulukan untuk dibebankan dan untuk menerima kesan," katanya. Terdahulu, Siti Zailah membangkitkan perkara itu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media sama menyifatkan jawapan timbalan menteri sebagai memalukan. Beliau berkata, kerajaan tidak seharusnya menjadikan bencana alam di luar negara sebagai alasan kenaikan harga barang sedangkan ianya berlaku sejak bertahun-tahun tanpa penyelesaian daripada kerajaan. "Jawapan itu hanya memberi alasan yang bersandar kepada apa yang berlaku di luar negara iaitu tragedi banjir dan sebagainya.
YB Datuk Tan Lian Hoe - Timbalan Menteri KPDNP
"Sedangkan kenaikan harga barang ini bukan berlaku semasa banjir di Thailand tapi sudah berlaku sejak dahulu lagi.
Suasana banjir di Thailand
"Jawapan tadi bersifat memalukan dan menunjukkan kerajaan tidak ada satu agenda yang jelas apa langkah yang harus diambil," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. Justeru katanya, PAS menunutut kerajaan menambahkan subsidi makanan dan megurangkan subsidi kepada IPP. "Kita menuntut kerajaan menambahkan lagi subsidi barang makanan sebab setakat hari ini subsidi makanan hanya RM3.25 bilion sahaja. Jadi terlalu kecil berbanding dengan subsidi kepada IPP. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6496-kerajaan-gagal-jelas-harga-barang-naik-mendadak
Mengapa kekurangan minyak masak berulang? |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh. Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, ini kerana mereka terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu. Menurutnya, selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat, antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hampir ketiadaan bekalan. “Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram,” katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50). Katanya, jika spekulasi itu benar, ia sangat menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari. Lantas, ujarnya Lujnah Pengguna PAS Terengganu mempersoalkan keberkesanan fungsi agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam mengawal selia perkara itu. “Lantaran keadaan ini telah berulang beberapa kali dan kita meyakini bahawa ini bukanlah untuk kali yang terakhir,” ujarnya. Menurutnya, memegang status sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak itu menimbulkan pelbagai persoalan. “Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar boleh bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung kesukaran?” soalnya. Beliau menambah, seorang penyelia di sebuah pasaraya di Besut yang enggan dikenali menyatakan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran adalah disebabkan pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan yang mana kuota yang digunakan pula telah berusia hampir empat tahun. Kata beliau, sekiranya itulah antara sebabnya, maka lujnah pengguna menegaskan bahawa kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Menurutnya lagi, mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit serta bilangan pengguna. Katanya, kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan. “Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai menjadi punca kekurangan bekalan di negara ini kerana sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan mereka telah menggunakan minyak masak keluaran Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri. “Apatah lagi bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di Lembah Kelang, Kedah dan Pahang,” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6860-mengapa-kekurangan-minyak-masak-berulang
Harga barang naik mendadak |
Syed Abdullah Jamalullail |
Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga. Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200. Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang. Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo. Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya. SYED ABDULLAH JAMALULLAIL AMPANGAN, SEREMBAN |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6906-harga-barang-naik-mendadak
Hapus subsidi gas bebankan rakyat |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Tindakan Kerajaan BN untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gas asli menjelang tahun 2015 bukan sahaja akan membebankan rakyat, malah akan turut mempertingkatkan lagi penggunaan tenaga asas di negara ini. Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1 peratus di antara tahun 2000 hingga 2008. Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, catatan tersebut menjadikan peningkatan penggunaan tenaga asas itu hampir sama dengan peningkatan purata KDNK (GDP) negara sebanyak 6.0 peratus. Menurutnya, apabila subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya oleh kerajaan menjelang tahun 2015, peningkatan tersebut pasti akan menjadi lebih ketara. Katanya, bukan sahaja kos tenaga dijangka meningkat, malah Malaysia juga agak ketinggalan jauh dalam bidang Kecekapan Tenaga disebabkan pelbagai alasan. "Berdasarkan statistik penjualan tenaga elektrik pada tahun 2009, sebanyak 92,753 GWj (Giga Watt jam) tenaga elektrik telah digunakan. Awer menganggar sejumlah 62.14 juta Ton bersamaan CO2 (karbon dioksida) telah dilepaskan disebabkan penggunaan elektrik ini. "Nisbah purata agihan pelepasan CO2 adalah 3:5:6 di antara sektor domestik, komersil dan industri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Walaupun Malaysia telah membuat komitmen untuk mempraktikkan teknologi hijau dan Ekonomi Rendah Karbon, menurutnya, langkah seterusnya masih kabur. Katanya, ia hanya mewujudkan “penghijauan” dari segi warna berbanding dengan cara-cara penyelesaian masalah yang membantu. "Berdasarkan maklum balas daripada individu-individu, SMI/E (Industri Kecil Sederhana), pembuat peralatan elektrik dan agensi kerajaan, mereka ingin bantuan seperti webtool (alat bantuan berasaskan internet) untuk membantu mereka membuat keputusan dan bergerak ke hadapan," tegasnya. Sehubungan itu, Awer telah mengambil keputusan untuk melancarkan sebuah portal yang beralamat di CLICK www.click.org.my bagi membantu orang ramai merealisasikan gaya hidup rendah karbon. Katanya, CLICK hanyalah satu permulaan dan ia adalah satu portal yang berkembang dengan lebih banyak webtool serta laporan-laporan akan dimuatnaik secara berkala. Pelancaran portal tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, Ray Kyles di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di sini jam 10.00 pagi semalam. Menurutnya, sebelum portal tersebut berjaya dilancarkan, pihaknya telah menjalani beberapa siri perundingan secara pasif, aktif interaktif mengenai gaya hidup rendah karbon dengan pelbagai pihak. "Hasil kajian tersebut telah dikaji semula dengan teliti dan dipadankan dengan rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang, bagi membantu negara dalam mencapai gaya hidup rendah karbon," tambahnya. Portal tersebut disediakan dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dan dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian pertama mengenai pengenalan CLICK, bahagian kedua bagi realisasi kepada gaya hidup rendah karbon, bahagian ketiga panduan untuk menangkap pencuri tenaga dan bahagian keempat akujanji atas talian. Portal tersebut sememangnya amat berguna kepada semua pihak dan orang ramai yang ingin melayarinya kini bolehlah mengunjungi laman sesawang www.click.org.my pada bila-bila masa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6941-hapus-subsidi-gas-bebankan-rakyat
Bernas dirayu tidak tutup operasi sempena Raya Cina
Harakahdaily, | 22 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Tindakan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang didakwa akan menutup operasi selama dua hari ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba esok amat tidak berpatutan.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdailly, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Bernas akan menutup operasi esok dan lusa sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Namun katanya, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan petani-petani khususnya di negeri Kedah akan mengalami kerugian kerana padi akan rosak kerana tidak tahan lama jika tidak dibawa ke gudang Bernas.
Tambahan pula katanya dengan keadaan cuaca yang kerap hujan disebelah petang menambahkan lagi penderitaan petani.
"Ke mana mereka hendak menjual hasil kutipan mereka sedangkan padi tidak boleh disimpan pada jangka waktu yang panjang melainkan dengan bantuan peralatan yang khas yang terdapat di gudang-gudang yang besar seperti yang dimiliki oleh Bernas.
"Bagaimana mereka hendak menjual kepada tauke-tauke yang berbangsa Cina kerana mereka turut menghentikan operasi buat sementara waktu sedangkan taukeh yang berbangsa melayu boleh dikira dengan jari," soalnya.
Menurutnya, tindakan Bernas ini juga sebenarnya menimbulkan pertanyaan kerana atas dasar apa Bernas perlukan menghentikan operasi sedangkan bukan semua pekerja mereka berbangsa Cina.
"Bagaimana Bernas, satu syarikat multinasional yang bertaraf dunia tidak boleh menyusun operasi dikala cuti umum?
"Bukankah selama ini Bernas beroperasi walaupun ketika cuti panjang," soal Firdaus lagi.
Sehubungan itu beliau mendesak Bernas agar tidak menghentikan operasi kerana ianya akan menginaya para petani.
Sumber HD : 22/01/2012

Pemeriksaan restoran perlu lebih awal - Iskandar
Harakahdaily, | 22 Jan 2012 |
SHAH ALAM, 22 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, Iskandar A.Samad mempersoal tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas restoran-restoran di Dun itu satu minggu sebelum Tahun Baru Cina.
Menurut Iskandar, sebagai Adun, beliau menyokong sebarang usaha untuk memastikan premis-premis yang menyedia dan menghidang makanan berada di dalam keadaan bersih.
Namun apa yang dipertikaikan kata beliau, kenapa tindakan tersebut dijalankan pada waktu yang paling ramai pengunjung dan telah menyebabkan 5 restoran ditutup sekaligus merugikan peniaga.
"Saya tidak mempertikaikan peraturan-peraturan kesihatan tetapi hanya mencadangkan agar operasi-operasi sedemikian dilakukan lebih awal.
"Ia juga dapat mengelakkan tanggapan buruk bahawa operasi ini dilakukan terlalu hampir dengan Tahun Baru Cina agar pemilik-pemilik membayar "ang pow" jika mahu premis mereka dibuka semula," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Ekoran itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang mahu menjalankan operasi sedemikian, perlu berhati-hati agar tidak disalah anggap dan tidak mendatangkan fitnah kepada kerajaan negeri.
"Saya yakin tanggapan ini tidak benar tetapi pihak yang berkaitan tidak seharusnya mendedahkan diri mereka kepada sebarang tuduhan," katanya.
Sumber HD : 22/12/2012

PAS cari penyelesaian krisis harga barang melalui forum
Harakahdaily, | 03 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 3 Feb: PAS Terengganu menganjurkan Forum Kepenggunaan Sabtu esok, 4 Februari bagi membincangkan krisis kenaikan harga barang yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Di samping kenaikan harga barang dan kos hidup, kesukaran mendapatkan barangan keperluan harian seperti minyak masak juga bakal dibincangkan dalam forum ini.
Sehingga kini, dua tokoh telah mengesahkan penyertaan mereka dalam perbincangan ini iaitu Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan Encik Che Salmi Che Ibrahim, pengurus Pasaraya Sabasum, sebuah pasaraya milik bumiputra di negeri ini.
Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong akan menjadi moderator kepada forum yang terbuka kepada orang ramai ini.
"Kita akan jadikan forum ini sebagai tapak untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk mengetahui hak mereka sebagai pengguna," kata Dr Azman Ibrahim (gambar), pengarah program in.
Menurut beliau, kenaikan harga barang yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat di negara amnya dan di Negeri Terengganu khususnya.
Kenaikan kos sara hidup jelas memberi tekanan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan harian.
Situasi ini boleh memberi banyak impak negatif kepada semua pihak, kata Dr Azman yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu.
Atas dasar itulah, katanya, PAS Terengganu mengambil peranan tampil untuk menganjurkan forum bagi menyediakan platform dengan tujuan penyaluran maklumat dan medan menerima maklum balas daripada rakyat berkaitan isu yang menyentuh kepentingan mereka secara langsung.
Forum ini bertemakan ‘Kenaikan Harga Barang, Rakyat Tanggung Bahana’.
Antara Objektifnya adalah:
1. Memberi kefahaman kepada umum,kenapa kenaikan harga barang ini berlaku.
2. Bagaimana kenaikan harga barang memberikan impak kepada kehidupan rakyat.
3. Apakah kenaikan ini natijah dari penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir oleh pihak berwajib.
4. Membincangkan solusi dan jalan penyelesaiannya
Forum ini akan berlangsung di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, Forum yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, 4 Februari 2012 ini.
Ia akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu.
Sumber HD : 3/02/2012
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menguatkuasakan dengan segera Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap kedai, restoran dan kedai kopi yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk air minuman.
Pihak kementerian tidak seharusnya menunggu pengguna untuk membuat laporan dikenakan bayaran berlebihan tetapi menggunakan kuasanya di bawah Akta itu untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Daripada laporan media, dinyatakan bahawa pengguna dikenakan bayaran sehingga RM1.50 untuk segelas air. Menurut SYABAS, mereka mengenakan caj RM2.00 bagi 1,000 liter air di Selangor.
Berdasarkan kepada caj itu, segelas air (300 ml) yang biasanya berharga 50 sen di beberapa kedai sepatutnya hanya berharga RM0.0006 sen. Ini bermakna restoran dan kedai memperolehi keuntungan 83,233% bagi setiap gelas air yang dijual. Ini merupakan satu rompakan di siang hari!
Pihak restoran berkata harga air meningkat memandangkan mereka terpaksa mengambil kira kos yang ditanggung. Bagaimanapun, CAP merasakan ia bukanlah alasan yang wajar kerana sekalipun perbelanjaan yang ditanggung diambil kira, harganya masih tinggi.
Sebaliknya sudah menjadi satu kebiasaan di sesetengah restoran dan kedai untuk menghidangkan air sebaik sahaja pelanggan mereka duduk. Dalam kebanyakan kes, air tidak diminum memandangkan pelanggan memesan minuman lain dan air itu dibuang begitu sahaja. Dalam keadaan ini, air seharusnya dihidangkan jika pelanggan memintanya.
Oleh sebab itu CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak teragak-agak untuk menguatkuasakan Akta itu.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No. 10, Jalan Masjid Negeri,
11600 Pulau Pinang.
Tel: 04-8299511 Faks: 04-9298109 emel: idris_md@streamyx.com
Sumber HD : 9/02/2012
KUALA TERENGGANU, 17 Feb: Para peniaga di Pasar Borong Gong Pauh dekat sini melahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak memperbaiki infrastruktur asas pasar tersebut walaupun mereka membayar sewa.
Kemudahan asas seperti jalan dan perparitan yang rosak dan bekalan air yang terputus bekalannya tidak dipulihkan sejak sekian lama.
Seorang peniaga ikan, Johari Abdullah, 50, (Gambar bawah kiri) berkata semua peniaga pasar tersebut adalah terdiri daripada orang-orang Melayu tetapi kerajaan tidak memberikan perhatian.
“Kalau pasar (orang) Melayu dia buat begini, kalau pasar bangsa lain nombor satu dia buat, ke dia nak suruh kita angkat sepanduk (bantahan),
“Tangki air besar tapi (bekalan) air tak ada, kita minta paip (setiap) kedai satu, pasal apa dia tak beri, kita bayar ke dia (pihak berwajib) bukan free (percuma),”ujarnya ketika ditemui.
Katanya, kalau peniaga tidak bayar sewa, pihak berkenaan akan rentang kain merah, bagi menyekat peniaga dari menjalankan perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan menghabiskan belanjawan lebih RM1 bilion tapi kemudahan asas pasar tersebut tidak juga diperelokkan.
Menurutnya, beberapa kali aduan dibuat kepada pihak berkenaan, tetapi tidak dilayan kerana pihak terbabit berkata kerajaan akan mendirikan pasar borong yang baru.
Namun begitu, Johari berkata, jawaan yang sama telah diberi sejak lima tahun yang lalu.
“bila kita cakap-cakap (mengadu) dia kata nak buat pasar baru….tapi bila? Lama dah cerita nak buat pasar baru tu,”jelasnya.
Manakala rakannya, Haji Omar Mohamad, 60, (Gambar kanan) seorang peniaga barangan keperluan dapur berkata kemudahan air yang paling teruk kesannya kepada peniaga.
Beliau berkata, surau tempat para pemiaga menunaikan solat setiap pada setiap hari juga tidak ada bekalan sejak sekian lama.
Oleh itu, beliau merayu supaya kerajaan dapat memberikan perhatian kepada peniaga pasar borong terseut yang menurutnya terdiri daripada 99% orang-orang Melayu.
“Kerajaan kata nak tolong orang-orang Melayu, peniaga dalam pasar ni 99% orang Melayu, kerajaan sepatutnya membantu peniaga-peniaga Melayu,”tegasnya.
Sumber HD : 17/02/2012
Cadangan skim penjagaan kesihatan (1Care for 1Malaysia) adalah satu lagi rancangan besar untuk merompak rakyat yang sakit dan susah untuk memperkayakan kroni-kroni UMNO. Semasa menyediakan cadangan skim ini kerajaan tidak berunding dan berdialog dengan pihak berkepentingan. Ini mengesahkan fakta bahawa kerajaan tidak mengambil kira masalah rakyat biasa. Kerajaan seolah-olah lebih prihatin untuk menjaga atau melindungi kontrak lumayan kroni dan pemimpin UMNO. Setiap hari rakyat Malaysia melihat satu skandal selepas satu skandal yang lain. Seperti skandal RM250 juta Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), lebuhraya pantai barat dengan 60 tahun konsesi yang membebankan pengguna dan pembalakan haram bernilai RM900 juta setahun adalah senarai terbaru skandal yang seolah-olah tidak merisaukan kerajaan. Sekarang kerajaan mahu merompak rakyat yang sakit dan miskin dengan skim 1Care for 1Malaysia.
Dalam bajet 2012, Menteri Kewangan memperuntukkan RM17 bilion daripada RM233 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan kesihatan. Peruntukan ini termasuk RM8 bilion untuk pembayaran emolumen dan RM6.61 billion bagi pembelian bekalan dan perkhidmatan seperti ubat-ubatan, barang-barang kegunaan, penyelenggaraan dan utiliti dan bakinya untuk pembangunan penjagaan kesihatan seperti membina hospital-hospital baru. Projek-projek hospital seperti pembinaan hospital di Shah Alam bernilai RM482 juta yang terbengkalai masih terus diberikan kepada kroni UMNO melalui rundingan terus.
Namun, kerajaan tidak mempunyai dana untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang sempurna kepada rakyat Malaysia. Tahun lepas Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa sebanyak RM5.51 bilion dibelanjakan ke atas pembayaran yang tiada dalam senarai (unbudgeted) disebabkan pembelian barangan dan perkhidmatan yang berkualiti rendah dan pembelian balik, penalti yang dibayar kerana kecuaian dan cukai kerajaan yang tidak dikutip pada tahun 2010. Di Malaysia, setiap kali sesuatu diswastakan, ia bukan membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia, sebaliknya kita yang perlu membayar. Elektrik, Pos, Telekom, jalan bertol, Indah Water adalah beberapa contoh.
Malaysia berada pada kedudukan 151 daripada 193 negara dalam perbelanjaan penjagaan kesihatan mengikut peratusan daripada KDNK di antara tahun 2000-2005.
(http://www.photius.com/rankings/healthranks.html). Perbelanjaan penjagaan kesihatan kita adalah sekitar 4-5% daripada KDNK setiap tahun. Ini menunjukkan Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara yang kurang melabur (under invest) untuk kesihatan rakyat. Malaysia berada di kedudukan ke-90 dalam jangka hayat yang sihat. Secara amnya, Malaysia kurang berprestasi (underperformed) dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat. Pencapaian sistem kesihatan dan prestasi Malaysia adalah pada kedudukan 89 daripada 191 negara. Oleh itu, kita mesti melabur dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Dengan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan, kerajaan melepaskan tanggungjawab membayarnya kepada rakyat yang sudah dibebani dengan kenaikan kos sara hidup dan gaji yang tidak dinaikkan. Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan sumber manusia mampu menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik tanpa terus membebankan rakyat.
Sekiranya kerajaan melaksanakan skim 1CARE, apa yang akan berlaku kepada orang-orang yang menganggur, miskin dan orang-orang tua? Di mana mereka akan pergi untuk mendapatkan penjagaan kesihatan? Di bawah skim 1CARE, kerajaan mahu menetapkan pesakit hanya berjumpa seorang doktor dan pesakit tidak akan dapat berjumpa dengan doktor yang lain. Selain itu, pesakit hanya akan dapat berjumpa doktor enam kali setahun dan kerajaan mahu kita membayar 10 peratus daripada pendapatan kita setiap bulan untuk insurans ini. Pendapatan pekerja-pekerja miskin telah ditekan oleh kehadiran berjuta-juta pekerja asing. Malah, 40% tenaga kerja Malaysia adalah pekerja asing dan 34% pekerja Malaysia hidup dalam kemiskinan tegar. Bagaimana mereka akan membayar untuk penjagaan kesihatan?
Malaysia mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di dunia sebelum tahun 1980-an. Tetapi apabila keseronokan penswastaan bermula semasa di bawah pemerintahan Mahathir semuanya gagal dan merugikan, kemudian tumpuan beralih kepada memperkayakan kroni UMNO yang tamak. Kerajaan telah mengabaikan tanggungjawab sosialnya demi untuk melahirkan jutawan-jutawan BUMIPUTRA. Tetapi pada hakikatnya orang Melayu miskin terus dibebani untuk mengkayakan beberapa jutawan UMNOPUTRA. Semua program transformasi Perdana Menteri hanyalah cakap besar tanpa ada hasil. 15 tahun defisit bajet berturut-turut menunjukkan bahawa kerajaan menyalahgunakan hasil tanpa apa-apa manfaat kepada rakyat. Sebaliknya, Perdana Menteri sibuk membelanjakan RM500 untuk setiap orang miskin tetapi ramai kaum India yang miskin masih dipinggirkan dan juga RM100 bagi setiap pelajar. UMNO dan sekutu-sekutunya tiada kehendak politik untuk mengubah penjagaan kesihatan. Mereka hanya memikirkan untuk mengkayakan diri mereka sendiri

Keuntungan 83,233 % bagi segelas air 300 ml?
S. M. Mohamed Idris, |

Peniaga pasar borong mengeluh, bayar sewa kemudahan tiada
Buletinonline, | 17 Feb 2012 |

Skim 1Care for 1Malaysia abai rakyat miskin
Senator S. Ramakrishnan, | 17 Feb 2012 |

Kedai 1Malaysia tidak adil kepada peruncit
Zulkifli Sulong, | 18 Feb 2012 |
JELEBU, 18 Feb: Kerajaan tidak wajar membina kedai 1Malaysia kerana ia tidak memberikan keadilan kepada semua tetapi yang bertompok-tompok sahaja.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kuala Klawang malam tadi berkata, kedai 1Malaysia juga menzalimi peniaga runcit yang lain.
"Kalau kerajaan nak teruskan juga buat kedai jenis ini, ia patut dibuat seluruh kampung dan tempat di seluruh negara.
"Kalau tidak, ia hanya untungkan Mydin yang mendapat jutaan duit kerajaan iaitu duit semua rakyat dan orang di keliling kedai runcit ini sahaja," katanya.
[Gambar: Tuan Ibrahim (membelakangkan kamera) mengedar risalah di sebuah kedai di Kuala Klawang.]
Tuan Ibrahim berceramah sempena konvoi jelajah Malaysia anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Konvoi yang disertai pemimpin lajnah penerangan PAS ini berada di Negeri Sembilan semalam dan malam tadi.
Pagi ini mereka bertolak ke Melaka dan akan berakhir di Johor esok.
Minggu depan, konvoi ini akan menjelajah negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Dua minggu lalu mereka telah berkonvoi ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebelum itu mereka berada lima hari di Sabah dan Sarawak.
Sebelum Tuan Ibrahim, satu forum kepenggunaan di Terengganu juga diberitahu perkara yang sama.
Pengarah Urusan Sabasun Hyperuncit, Encik Che Salmi Ibrahim berkata, langkah kerajaan membuka rangkaian kedai runcit 1Malaysia telah membunuh para peruncit di Malaysia.
"Sebelum ini hypermarket milik pemodal besar dunia masuk dengan kerajaan memiliki 30 peratus saham dalamnya seperti Giant, Tesco dan Carrefour.
"Lepas itu rangkai kedai 7 Eeleven masuk ke segenap kampung. Di Terengganu kerajaan negeri menubuhkan T Shope.
"Kini mari pula kedai 1Malaysia. Kerajaan sepatutnya menjadi facilitator kepada perucit tetapi sekarang kerajaan menjadi kompetator kepada kami," keluh Che Salmi.
Sumber HD : 18/02/2012
Tidak mustahil suatu masa nanti harga secawan kopi RM50, sepotong karipap RM10 dan sepinggan nasi lemak RM250! Mungkinkah ini berlaku? Ya, tidak mustahil perkara ini boleh terjadi jika setiap tahun harga barangan terus naik akibat kenaikan cukai dan pada masa yang sama rakyat menuntut kenaikan gaji minimum.
Bagi pihak kerajaan, bagi menampung kos gaji kakitangan awam, mereka terpaksa menaikkan pelbagai jenis cukai dan mungkin mengenakan pula pelbagai cukai baru. Tidak mustahil pula segala subsidi dikurangkan atau dihapuskan. Rakyat pula sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta menuntut gaji minimun agar dapat disesuaikan dengan kenaikan kos sara hidup.
Hakikatnya, pertembungan itu banyak merugikan rakyat dan seolah-olah tiada kaedah yang mampu menyelesaikannya. Sebenarnya rakyat yang cerdik boleh menyelesaikan kemelut ini.
Sebagai contoh, rakyat yang bijak akan memilih pemimpin yang amanah untuk menjaga harta rakyat seperti yang berlaku di Kelantan. Oleh sebab, kerajaan negeri yang amanah, maka pelbagai jenis cukai dapat dikurangkan ataupun dihapuskan terus. Di Kelantan, sebaik sahaja PAS memerintah cukai teksi (beca) dihapuskan, di samping beberapa jenis cukai lain. Dalam keadaan kerajaan Kelantan yang disekat peruntukan oleh kerajaan pusat, dan bidang kuasa yang terhad, mereka masih mampu mengawal keadaan dan tidak mengenakan pelbagai tekanan kepada rakyatnya.
Di Selangor pula, sebaik sahaja kerajaan negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat, harga air dapat dikurangkan. Pada masa yang sama kerajaan negeri masih mempunyai lebihan pendapatan.
Melalui dua contoh mudah di atas, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam mengawal kenaikan barangan dan kos sara hidup. Apalah guna gaji seorang kerani RM5,000 sebulan jika secawan berharga RM50 dan sebuah kereta sedan Proton Saga berharga RM1 juta.
Adalah lebih baik jika harga sebuah Proton Saga baru cuma RM15 ribu dan tempoh bayaran balik tidak lebih 5 tahun dengan bayaran bulanan sekitar RM200-RM300. Kerani yang bergaji kurang daripada RM1,000 pun mampu membalinya.
Kenaikan kos sara hidup dan harga barangan keperluan asas banyak bergantung kepada dasar dan polisi kerajaan. Setiap satu kenaikan akan memberi kesan kepada rantaian antara suatu sama lain.
Sebagai contoh, kenaikan harga tol walaupun dalam dalam nisbah yang tidak besar tetapi tetap mempunyai kesan rantaiannya. Setiap kenderaan perdagangan yang melalui tol akan meletakkan kos tersebut kepada harga barangan yang dibawanya. Jadi, harga barangan tersebut akan dinaikkan dan penggunalah yang akan menanggung kos itu.
Begitu juga dengan kenaikan harga petrol. Setiap sen kenaikan akan membabitkan semua sektor. Hal ini kerana, semua kenderaan yang membawa pelbagai barangan keperluan harian menggunakan petrol. Lori tepung, lori gula, lori simen, teksi, bas sekolah dan bermacam lagi akan turut menaikan kos agar tidak kerugian.
Jika kos kenaikan sesuatu barangan itu berkaitan dengan import dan perdagangan luar negara, rakyat faham bahawa kerajaan tidak berupaya mengawalnya. Namun, pihak mestilah memikirkan langkah lain yang boleh digunakan agar harganya tidak naik. Janganlah mengambil jalan mudah dan menggunakan alasan “harga ini lebih murah berbanding harga serantau”.
Jika sudah tiada pilihan lain, kerajaan boleh menaikkan harga tetapi ada beberapa syarat yang wajar difikirkan. Antaranya, segala elaun dan lain-lain peruntukan wang yang diperoleh para menteri dipotong dahulu, kemudian ahli-ahli yang berhormat dan kemudian diikuti oleh mana-mana kumpulan yang sesuai.
Seperti yang pernah disiarkan dalam media tidak berapa lama dahulu bahawa elaun keraian perdana menteri sahaja mencecah RM50 ribu sebulan. Jika wang sejumlah itu dapat dikembalikan ke dalam perbendaharaan kerajaan, anda boleh bayangkan banyak masalah rakyat dapat diselesaikan. Jika dikumpulkan semua jumlah elaun menteri, timbalan menteri dan lain-lain, tentunya lagi banyak faedah untuk rakyat.
Jika semua kos yang tidak penting itu dapat dikawal, maka tidak ada sebab kerajaan menaikkan pelbagai jenis harga barangan kawalan, cukai dan sebagainya. Apabila kos hidup tidak terlalu tinggi dan jika naik pun dalam kadar yang perlahan, tidak perlulah memeningkan kepala memikirkan masalah gaji minimun.
Untuk memikir dan menyelesaikan masalah ini tidak memerlukan ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi pun. Yang penting jujur dan ikhlas dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin. Jawatan bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab. Jika tidak mampu, rakyat berhak memberikan kuasa memimpin kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sumber HD : 9/03/2012
PASIR MAS, 15 Mac: Ramai tidak sedar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mana sebelum ini ditangguh kerajaan sebenarnya sudah dikenakan terhadap setiap urusniaga.
Pada Disember 2009 Rang Undang-Undang GST dibentang untuk bacaan kali pertama di Parlimen. Bagaimanapun ditangguh pada Mac 2010.
GST diwujud bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan antara lima dan 10 peratus dicadang dikuatkuasa bagi meningkatkan keberkesanan kutipan hasil negara.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, ketika makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini beliau terkejut apabila diberitahu cukai lebih 15 peratus dikenakan.
Katanya, harga makanan yang dipesan sebanyak RM39, namun cukai pula dikenakan sebanyak RM7 menjadikan jumlah yang perlu dibayar RM46.
“Tidak ramai orang sedar cukai dikenakan kerajaan terhadap setiap apa yang dibeli, sama ada gula, beras, milo atau sebagainya.
“Sebelum ini ramai orang ingat hanya mereka yang berpendapatan besar sahaja dikenakan cukai pendapatan. Sebenarnya tidak, semua benda yang kita beli dikenakan cukai oleh kerajaan,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kasar di sini malam tadi.
Hadir sama anggota jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad, setiausaha, Suhaimi Daud, ketua penerangan, Zuraidin Abdullah, ketua pemuda, Rozi Muhamad dan Pegawai Penerangan Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani.
Biar pun kerajaan mengumumkan GST ditangguhkan namun banyak resit bayaran termasuk parkir kereta di pusat membeli belah sudah mengenakan GST 6 peratus.
Ustaz Idris pula percaya sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13, rakyat bakal dibebani dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan.
“Tuan-tuan mungkin masih lagi ingat cukai 6 peratus yang diumumkan kerajaan terhadap talian telefon prabayar akan dikenakan semula sekiranya BN mendapat mandat lagi.
“Begitu juga harga minyak dijangka naik sehingga 50 sen seliter. Langkah itu dibuat bagi mengutip semula duit yang dibelanjakan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 yang dibayar sekarang,” katanya.
Pada September 2011 kerajaan menangguh kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Idris banyak cadangan kerajaan bagi mengenakan cukai kepada rakyat ditangguh kerana BN tidak mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen.
Sebaliknya kata beliau Pakatan Rakyat menawarkan pelbagai program berkebajikan untuk rakyat dalam tempoh 100 hari sekiranya diberi mandat menguasai Putrajaya, antaranya menghapuskan tol.
Selain itu menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru dan sumbangan berupa imbuhan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun sebanyak RM1,000 setahun.
Beliau juga berkata, setiap pelajar yang menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi sekarang terpaksa menangung hutang antara RM40,000 hingga RM70,000.
Sumber HD : 15/03/2012
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kuala Klawang malam tadi berkata, kedai 1Malaysia juga menzalimi peniaga runcit yang lain.
"Kalau kerajaan nak teruskan juga buat kedai jenis ini, ia patut dibuat seluruh kampung dan tempat di seluruh negara.
"Kalau tidak, ia hanya untungkan Mydin yang mendapat jutaan duit kerajaan iaitu duit semua rakyat dan orang di keliling kedai runcit ini sahaja," katanya.
[Gambar: Tuan Ibrahim (membelakangkan kamera) mengedar risalah di sebuah kedai di Kuala Klawang.]
Tuan Ibrahim berceramah sempena konvoi jelajah Malaysia anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Konvoi yang disertai pemimpin lajnah penerangan PAS ini berada di Negeri Sembilan semalam dan malam tadi.
Pagi ini mereka bertolak ke Melaka dan akan berakhir di Johor esok.
Minggu depan, konvoi ini akan menjelajah negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Dua minggu lalu mereka telah berkonvoi ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebelum itu mereka berada lima hari di Sabah dan Sarawak.
Sebelum Tuan Ibrahim, satu forum kepenggunaan di Terengganu juga diberitahu perkara yang sama.
Pengarah Urusan Sabasun Hyperuncit, Encik Che Salmi Ibrahim berkata, langkah kerajaan membuka rangkaian kedai runcit 1Malaysia telah membunuh para peruncit di Malaysia.
"Sebelum ini hypermarket milik pemodal besar dunia masuk dengan kerajaan memiliki 30 peratus saham dalamnya seperti Giant, Tesco dan Carrefour.
"Lepas itu rangkai kedai 7 Eeleven masuk ke segenap kampung. Di Terengganu kerajaan negeri menubuhkan T Shope.
"Kini mari pula kedai 1Malaysia. Kerajaan sepatutnya menjadi facilitator kepada perucit tetapi sekarang kerajaan menjadi kompetator kepada kami," keluh Che Salmi.
Sumber HD : 18/02/2012
Secawan kopi RM50, sepotong karipap RM10
Majdan Dagang, | 09 Mac 2012 |
Bagi pihak kerajaan, bagi menampung kos gaji kakitangan awam, mereka terpaksa menaikkan pelbagai jenis cukai dan mungkin mengenakan pula pelbagai cukai baru. Tidak mustahil pula segala subsidi dikurangkan atau dihapuskan. Rakyat pula sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta menuntut gaji minimun agar dapat disesuaikan dengan kenaikan kos sara hidup.
Hakikatnya, pertembungan itu banyak merugikan rakyat dan seolah-olah tiada kaedah yang mampu menyelesaikannya. Sebenarnya rakyat yang cerdik boleh menyelesaikan kemelut ini.
Sebagai contoh, rakyat yang bijak akan memilih pemimpin yang amanah untuk menjaga harta rakyat seperti yang berlaku di Kelantan. Oleh sebab, kerajaan negeri yang amanah, maka pelbagai jenis cukai dapat dikurangkan ataupun dihapuskan terus. Di Kelantan, sebaik sahaja PAS memerintah cukai teksi (beca) dihapuskan, di samping beberapa jenis cukai lain. Dalam keadaan kerajaan Kelantan yang disekat peruntukan oleh kerajaan pusat, dan bidang kuasa yang terhad, mereka masih mampu mengawal keadaan dan tidak mengenakan pelbagai tekanan kepada rakyatnya.
Di Selangor pula, sebaik sahaja kerajaan negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat, harga air dapat dikurangkan. Pada masa yang sama kerajaan negeri masih mempunyai lebihan pendapatan.
Melalui dua contoh mudah di atas, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam mengawal kenaikan barangan dan kos sara hidup. Apalah guna gaji seorang kerani RM5,000 sebulan jika secawan berharga RM50 dan sebuah kereta sedan Proton Saga berharga RM1 juta.
Adalah lebih baik jika harga sebuah Proton Saga baru cuma RM15 ribu dan tempoh bayaran balik tidak lebih 5 tahun dengan bayaran bulanan sekitar RM200-RM300. Kerani yang bergaji kurang daripada RM1,000 pun mampu membalinya.
Kenaikan kos sara hidup dan harga barangan keperluan asas banyak bergantung kepada dasar dan polisi kerajaan. Setiap satu kenaikan akan memberi kesan kepada rantaian antara suatu sama lain.
Sebagai contoh, kenaikan harga tol walaupun dalam dalam nisbah yang tidak besar tetapi tetap mempunyai kesan rantaiannya. Setiap kenderaan perdagangan yang melalui tol akan meletakkan kos tersebut kepada harga barangan yang dibawanya. Jadi, harga barangan tersebut akan dinaikkan dan penggunalah yang akan menanggung kos itu.
Begitu juga dengan kenaikan harga petrol. Setiap sen kenaikan akan membabitkan semua sektor. Hal ini kerana, semua kenderaan yang membawa pelbagai barangan keperluan harian menggunakan petrol. Lori tepung, lori gula, lori simen, teksi, bas sekolah dan bermacam lagi akan turut menaikan kos agar tidak kerugian.
Jika kos kenaikan sesuatu barangan itu berkaitan dengan import dan perdagangan luar negara, rakyat faham bahawa kerajaan tidak berupaya mengawalnya. Namun, pihak mestilah memikirkan langkah lain yang boleh digunakan agar harganya tidak naik. Janganlah mengambil jalan mudah dan menggunakan alasan “harga ini lebih murah berbanding harga serantau”.
Jika sudah tiada pilihan lain, kerajaan boleh menaikkan harga tetapi ada beberapa syarat yang wajar difikirkan. Antaranya, segala elaun dan lain-lain peruntukan wang yang diperoleh para menteri dipotong dahulu, kemudian ahli-ahli yang berhormat dan kemudian diikuti oleh mana-mana kumpulan yang sesuai.
Seperti yang pernah disiarkan dalam media tidak berapa lama dahulu bahawa elaun keraian perdana menteri sahaja mencecah RM50 ribu sebulan. Jika wang sejumlah itu dapat dikembalikan ke dalam perbendaharaan kerajaan, anda boleh bayangkan banyak masalah rakyat dapat diselesaikan. Jika dikumpulkan semua jumlah elaun menteri, timbalan menteri dan lain-lain, tentunya lagi banyak faedah untuk rakyat.
Jika semua kos yang tidak penting itu dapat dikawal, maka tidak ada sebab kerajaan menaikkan pelbagai jenis harga barangan kawalan, cukai dan sebagainya. Apabila kos hidup tidak terlalu tinggi dan jika naik pun dalam kadar yang perlahan, tidak perlulah memeningkan kepala memikirkan masalah gaji minimun.
Untuk memikir dan menyelesaikan masalah ini tidak memerlukan ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi pun. Yang penting jujur dan ikhlas dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin. Jawatan bukan keistimewaan tetapi tanggungjawab. Jika tidak mampu, rakyat berhak memberikan kuasa memimpin kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sumber HD : 9/03/2012
Bebanan GST sudah dirasai rakyat
Aslani M, | 15 Mac 2012 |
PASIR MAS, 15 Mac: Ramai tidak sedar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mana sebelum ini ditangguh kerajaan sebenarnya sudah dikenakan terhadap setiap urusniaga.
Pada Disember 2009 Rang Undang-Undang GST dibentang untuk bacaan kali pertama di Parlimen. Bagaimanapun ditangguh pada Mac 2010.
GST diwujud bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan antara lima dan 10 peratus dicadang dikuatkuasa bagi meningkatkan keberkesanan kutipan hasil negara.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, ketika makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini beliau terkejut apabila diberitahu cukai lebih 15 peratus dikenakan.
Katanya, harga makanan yang dipesan sebanyak RM39, namun cukai pula dikenakan sebanyak RM7 menjadikan jumlah yang perlu dibayar RM46.
“Tidak ramai orang sedar cukai dikenakan kerajaan terhadap setiap apa yang dibeli, sama ada gula, beras, milo atau sebagainya.
“Sebelum ini ramai orang ingat hanya mereka yang berpendapatan besar sahaja dikenakan cukai pendapatan. Sebenarnya tidak, semua benda yang kita beli dikenakan cukai oleh kerajaan,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kasar di sini malam tadi.
Hadir sama anggota jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad, setiausaha, Suhaimi Daud, ketua penerangan, Zuraidin Abdullah, ketua pemuda, Rozi Muhamad dan Pegawai Penerangan Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Hamid Derani.
Biar pun kerajaan mengumumkan GST ditangguhkan namun banyak resit bayaran termasuk parkir kereta di pusat membeli belah sudah mengenakan GST 6 peratus.
Ustaz Idris pula percaya sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13, rakyat bakal dibebani dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barangan.
“Tuan-tuan mungkin masih lagi ingat cukai 6 peratus yang diumumkan kerajaan terhadap talian telefon prabayar akan dikenakan semula sekiranya BN mendapat mandat lagi.
“Begitu juga harga minyak dijangka naik sehingga 50 sen seliter. Langkah itu dibuat bagi mengutip semula duit yang dibelanjakan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 yang dibayar sekarang,” katanya.
Pada September 2011 kerajaan menangguh kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Idris banyak cadangan kerajaan bagi mengenakan cukai kepada rakyat ditangguh kerana BN tidak mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen.
Sebaliknya kata beliau Pakatan Rakyat menawarkan pelbagai program berkebajikan untuk rakyat dalam tempoh 100 hari sekiranya diberi mandat menguasai Putrajaya, antaranya menghapuskan tol.
Selain itu menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru dan sumbangan berupa imbuhan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun sebanyak RM1,000 setahun.
Beliau juga berkata, setiap pelajar yang menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi sekarang terpaksa menangung hutang antara RM40,000 hingga RM70,000.
Sumber HD : 15/03/2012
Pakatan tetap tolak pelaksanaan GST
Hazayani Zakaria, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat tetap berpendirian menolak cadangan kerajaan untuk melaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak munasabah GST dilaksanakan dalam pada kadar pendapatan rakyat tidak meningkat.
"Alasan kita ialah orang yang tidak membayar cukai itu umumnya bawah kategori yang miskin. Apa yang dicadangkan BN ialah memperluas jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin.
"Selagi kadar pendapatan mereka tidak meningkat, tidak munasabah untuk melaksanakan sistem ini," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Justeru kata Ketua Pembangkang itu, bagi memastikan GST tidak dilaksanakan, rakyat mesti menolak BN pada Pilihan raya Umum ke-13.
"Maka Pakatan Rakyat tegas dengan pendirian kita menolak cadangan BN untuk melaksanakan GST dan caranya dengan tumbangkan BN," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, GST akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif.
Katanya, pelaksanaan GST akan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu.
Sumber HD : 28/03/2012

GST: Hadiah istimewa Umno BN selepas PRU13?
Majdan Dagang, | 29 Mac 2012 |
Gelaran 'Barang Naik' untuk BN nampaknya akan diteruskan oleh Umno-BN. Yang terbaru ialah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST - Goods & Service Tax) berkemungkinan akan dilaksanakan selepas PRU13.
Hakikatnya, pelaksanaan cukai tersebut sudahpun dilaksanakan sejak tahun lepas, namun pernyataan terbaru ini menyerlahkan belang sebenar Umno-BN. Seperti biasa, alasan-alasan tertentu akan dicipta untuk menghalalkan tindakan mereka. Alasan seperti “lebih rendah berbanding negara jiran”, “kenaikan tidak membebankan rakyat”, sudah biasa didengar dan diulang-ulang.
Apalah gunanya rakyat digula-gulakan dengan pemberian wang Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setahun, sedangkan pada masa yang sama mereka dibebankan dengan pelbagai cukai dan kenaikan kos sara hidup.
Jika boleh diibaratkan wang BR1M itu sebagai umpan, undi itu sebagai mata pancing. Maka, rakyat yang cerdik hanya memakan umpan tetapi tidak memakan mata pancing sekali. Jika tersilap memakan umpan dan mata pancing bermakna rakyat akan menanggung akibat buruknya.
Pernyataan itu mendedahkan sikap sebenar kerajaan Umno-BN bahawa niat pemberian mereka hanyalah untuk tujuan umpan politik. Jika negara menghadapi defisit, datang dari mana pula duit BR1M tersebut. Makin bertambah susutlah duit negara. Adalah lebih baik, semua elaun para menteri dipotong untuk mengurangkan kadar defisit tersebut.
Kini, antara alasan bagi pelaksanaan sepenuhnya GST selepas PRU13 ialah mengurangkan defisit negara, apabila ada GST, cukai korporat dan individu dapat dikurangkan, serta sudah 143 negara telah melaksanakan GST termasuk Kanada, Australia, Singapura, Hong Kong dan New Zealand.
Ya, memang benar, negara yang disebutkan diatas telah melaksanakan GST dan berjaya meningkatkan pendapatan negara. Tetapi, sebagai kerajaan yang prihatin dengan kemaslahatan rakyat dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, sebelum melaksanakan GST perkara pertama yang wajar diberi perhatian ialah ketirisan dalam membelanjakan dana awam.
Yang terbaru dan terhangat tentulah kes NFC yang membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil. Tidak perlu diulas panjang lebar kerana semua rakyat Malaysia yang celik minda dan terbuka kepada maklumat telah maklum. Itu baru seorang menteri, bagaimana dengan yang lain-lain? Jika benarlah seperti yang didakwa oleh Shahrizat bahawa bukan dia seorang sahaja terlibat.
Bagaimana pula dengan laporan audit negara yang menunjukkan pembelian barangan oleh sektor awam terlalu tinggi daripada harga sebenar. Bagaimana boleh berlaku pembelian seunit binokular 29 kali lebih mahal daripada harga semasa. Tidakkah ini suatu penyelewangan wang rakyat? Melalui laporan ketua audit negara ini, kita sudah tahu betapa duit rakyat dirompak sewenang-wenangnya, tidakkah perkara ini perlu diperbetulkan dahulu?
Bagaimana pula dengan penganugerahan konsesi dan projek yang tidak mengikut saluran yang betul dan harga yang lebih tinggi daripada nilaian semasa?
Jika perbelanjaan dana awam ini dilakukan dengan berhemat, sudah tentu negara tidak mengalami perbelanjaan defisit – dalam bahasa mudahnya perbelanjaan melebih pendapatan. Jika ketirisan ini dapat dibendung maka negara akan ada wang yang cukup dan tidak perlulah GST dilaksanakan.
Ya, rakyat mungkin boleh menerima kenaikan GST jika masalah seperti Isu NFC tidak berlaku, ribuan hektar tanah rizab Melayu tidak tergadai, pinjaman pendidikan tidak menindas pelajar dan pelbagai lagi isu yang menaniaya rakyat.
Walaupun pelaksanaan GST didakwa akan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu, namun hakikatnya tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya kerana kos sara hidup telah meningkat.
Tidak perlu tunggu isu ini dipolitikkan pun, rakyat yang celik mata hatinya akan sedar kebobrokan Umno BN menindas rakyat. Rakyat perlu sedar bahawa jika Umno-BN berjaya mempertahankan kuasa mereka selepas PRU13 ini, maka GST adalah hadiah yang terbaik untuk rakyat. Tunggulah!

Sumber HD : 29/03/2012
Hari tanpa plastik menyusahkan orang ramai
Kempen hari tanpa bungkusan plastik atau beg plastik itu yang dikuatkuasakan kepada semua pusat membeli belah pada setiap hari Sabtu adalah menyusahkan orang ramai untuk membeli belah di hujung minggu, dan begitu juga pada hari tersebut pelanggan akan berkurangan berkunjung ke situ kerana mengelakkan daripada membayar harga bungkusan plastik yang dikenakan itu dan barangan yang dibeli terpaksa pula dihadkan bilangannya.
Adalah wajar sekali kempen hari tanpa plastik ini dikaji semula kerana ianya tidak mendatangkan kesan apa-apa melainkan hanya menyusahkan orang awam dan merugikan pihak pusat membeli belah sahaja.
Saya cadangkan kempen hari tanpa plastik ini ditukarkan kepada kempen membawa beg atau bakul sendiri dan sesiapa yang membawa bakulnya sendiri akan dapat pemotongan harga istimewa atau mendapat hadiah tertentu sebagai galakan kepada pelanggan.
Dalam pada itu disyorkan penjualan arak dan makanan basah yang diharamkan oleh agama Islam yang telah pun diasingkan sudut jualannya itu hendaklah juga diasingkan kaunter bayarannya dimana seorang pekerja kaunter yang bukan beragama Islam ditempatkan dikaunter khas itu.
Untuk itu adalah wajar sekali premis jualan barangan basah yang tidak halal dan minuman keras dijual di luar pusat membeli belah utama dan sebaiknya ditempatkan 'mini market' bersebelahan dengan pusat membeli belah utama tersebut bagi kemudahan pelanggan yang bukan beragama Islam membelinya.
Dicadangkan juga supaya semua pusat membeli belah menyiarkan laungan azan melalui corong radio FM apabila masuknya waktu azan bagi menghormati azan dan menandakan umat Islam bersedia untuk bersolat. Diharapkan juga setiap pusat membeli belah membina surau yang lebih sempurna bagi memudahkan umat islam untuk mengerjakan kewajipan mereka itu.
Pusat membeli belah juga sepatutnya menyediakan sudut barangan makanan halal segala hasilan buatan Bumiputra agar mudah pelanggan untuk memilih dan membelinya di bawah satu bumbung sahaja.
Syed Abdullah Jamalullail,
Ampangan, Seremban.
Sumber HD : 3/04/2012
Sumber HD : 8/10/2012
Sumber HD - 7-3-2013
BUKIT MERTAJAM: Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet baru Kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum Ke-13, BN terpaksa menggunakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan kekurangan dana kerajaan untuk mentadbir negara lima tahun akan datang.
Justeru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kononnya, mekanisma pencukaian bahan itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion apabila matang.
Menurut Anwar, selepas ini rakyat terpaksa menanggung GST yang telah diperkenalkan tetapi tidak 'didendangkan' berikutan musim pilihan raya umum tetapi selepas menikmati kemenangan, BN terus melaksanakanya tanpa mempedulikan penentangan rakyat.
"Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet mereka (BN) sudah bercakap mengenai GST. Bagi mereka GST perlu untuk mengimbangkan dana yang sudah kurang ekoran keluar terlalu banyak masa pilihanraya umum lalu.
“Rakyat yang memenangkan mereka akan merasainya sekarang," terangnya ketika bercakap di majlis Jamuan Kemenangan Rakyat di Kubang Semang, Bukit Mertajam tengah hari tadi.
(Gambar: Anwar menyenduk nasi untuk tetamu.)
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat marhaen yang mengundi BN pasti 'berkerut muka' selepas ini kerana tertipu dengan janji manis ketika pilihanraya umum lalu.
Kemungkinan bagi mereka, katanya, kenaikan barangan tidak menjejaskan kehidupan kerana kenaikan itu tidak mahal malahan mampu dibayar jika dikenakan.
Sambungnya, itulah pemikiran orang Melayu, mereka pandang tidak jauh sebaliknya terpedaya dengan dailog pilihanraya walaupun diumpan dengan kain batik, kain pelikat dan wang BR1M.
Media melaporkan, Idris semasa bercakap pada Forum 'GE13' What Is means for business? (PRU 13-Apa Ertinya Bagi Perniagaan) berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan hingga RM27 billion jika cadangan cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di Singapura.
Bahkan dapat menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto BN sebelum Pilihanraya ke-13 lalu.

Kenaikan harga minyak untuk elak kolestrol?
Ahmad Fadhli Shaari , | 08 Okt 2012 |
Saya terasa bagikan kurang percaya membaca ulasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr AWang Adek Hussein di dalam Sinar Harian hari ini, 8 Oktober 2012 semasa mengulas isu kenaikan harga gula.
Di dalam kenyataan beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok, beliau menyatakan bahawa masyarakat harus memandang positif kenaikan harga gula yang diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.
Menurut Awang Adek, kenaikan tersebut bertujuan untuk mengelakkan rakyat sakit akibat mengambil gula yang berlebihan.
Pada mulanya, saya menyangkakan barangkali kenyataan beliau telah tersalah lapor memandangkan agak mustahil seorang Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan sebegini dangkal.
Tetapi mengingat rekod beliau yang pernah ditabalkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan satu ketika dahulu, beliau pada hemat saya bukannya seorang yang cermat dalam mengatur gerak politik.
Sehingga hari ini, saya percaya, pertabalan beliau sebagai bakal Menteri Besar Kelantan satu ketika dahulu hanyalah untuk menyekatnya dari naik.
Teringat saya satu pepatah Greek yang di dalam bahasa Inggerisnya berbunyi, an old enemy never becomes a friend.
Hari ini, Awang Adek menyerlahkan satu lagi gerak catur politiknya yang menjemput checkmate.
Jika beginilah cara beliau menyokong kenaikan gula, ertinya beliau juga akan menyokong segala macam kenaikan harga selepas ini.
Kenaikan harga petrol untuk menyekat rakyat daripada boros ke sana ke mari, kenaikan harga minyak masak bagi mengelakkan rakyat mempunyai kolestrol berlebihan dan semestinya pemasangan kamera saman trafik yang berselerak sudah tentu bagi mengelakkan kemalangan jalan raya!
Perlu diingat, hanya sekitar dua tahun lepas, harga gula masih di tangga RM1.65 sekilo. pada bulan Julai 2010, ia dinaikkan kepada harga RM1.90.
Bulan Disember tahun yang sama naik lagi kepada harga RM2.10 dan pada bulan Mei 2011 naik lagi kepada harga RM2.30. Justeru, kenaikan 20 sen sekilo yang diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam pembentangan Bajet 2013 yang lepas ialah kenaikan yang kelima dalam tempoh 33 bulan.
Hakikatnya, harga gula hari ini ditentukan oleh pasaran yang dimonopoli oleh beberapa orang kroni tertenu sahaja. Sudah menjadi satu rahsia yang terbuka bahawa hanya terdapat empat sahaja kilang pemeroses gula di negara ini iaitu 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM (Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.
Manakala individu yang paling bertuah dalam industri gula ini ialah Raja Gula Robert Kuok, mengekori daripada belakang ialah Tan Sri Syed Bukhary.
Pemilik empat syarikat ini sahaja yang diberikan permit untuk mengimport bahan-bahan bagi memperoses gula di negara ini. Selain daripada mereka, permit tidak dikeluarkan secara terbuka.
Sewajarnya, Awang Adek bersuara untuk menghapuskan amalan monopoli seperti ini yang akhirnya meletakkan harga gula berada di tangan mereka.
Saya sangat sangsi bahawa satu kontrak jangka masa panjang telah diberikan kepada mereka sehingga kerajaan seolah-olah menjadi ðicucuk hidung untuk mengikut telunjuk mereka.
Bolehkah sebenarnya harga gula diturunkan jika permit diberikan secara terbuka? Jawabnya boleh.
Ia dinyatakan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 26 Januari 2010.
Antara lain beliau berkata, "..Bagi kementerian ini, kita mencadangkan agar AP dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa yang ingin mengimport gula kerana kita balik kepada teori permintaan dan bekalan.
Jika berlaku lambakan gula di negara ini, harga akan turun. Cumanya, kita bimbang pula kalau harga gula turun, orang akan ambil gula berlebihan..."
Ertinya harga gula tidak mustahil boleh turun jika ia didagangkan secara terbuka tanpa sebarang keistimewaan diberikan kepada para kapitalis yang sudah buncit perutnya kerana kekenyangan ini.
Dari konteks kerajaan pula, subsidi 20 sen yang dipotong ini hanyalah memberikan pulangan penjimatan sebanyak RM163 juta sahaja, berbanding dengan kenaikan harga barang yang tentunya akan menghimpit kehidupan golongan marhaen.
RM163 juta yang dijimatkan oleh kerajaan hanyalah tiga kali ganda sewa rumah Perdana Menteri dan Timbalannya yang berjumlah RM49 juta setahun!
Saya kira Awang Adek lebih nampak cerdik jika diam atau setidak-tidaknya memperrsoalkan amalam monopoli yang sedang berlaku pada hari ini.
Bukan saya sahaja yang kesal dengan amalan monopoli ini, bahkan Awang Selamat dalam kolumnya di Utusan Malaysia turut kesal. Rujuk sahaja Utusan Malaysia 3 Januari 2010.
Jika Utusan Malaysia yang dipercayai oleh PERKASA inipun sudah bangkit bersuara dalam isu monopoli import gula, maka apatah lagi kita rakyat biasa?
- 8 Oktober 2012

Harga minyak naik lagi
http://batuvskayu.blogspot.com, | 07 Mac 2013 |
Hoi padan muka !!! Harga minyak naik lagi
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
GST: Rakyat menangkan BN merasai sekarang
Mohd Sabri Said, | 18 Mei 2013 |
BUKIT MERTAJAM: Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet baru Kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum Ke-13, BN terpaksa menggunakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan kekurangan dana kerajaan untuk mentadbir negara lima tahun akan datang.
Justeru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kononnya, mekanisma pencukaian bahan itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion apabila matang.
Menurut Anwar, selepas ini rakyat terpaksa menanggung GST yang telah diperkenalkan tetapi tidak 'didendangkan' berikutan musim pilihan raya umum tetapi selepas menikmati kemenangan, BN terus melaksanakanya tanpa mempedulikan penentangan rakyat.
"Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet mereka (BN) sudah bercakap mengenai GST. Bagi mereka GST perlu untuk mengimbangkan dana yang sudah kurang ekoran keluar terlalu banyak masa pilihanraya umum lalu.
“Rakyat yang memenangkan mereka akan merasainya sekarang," terangnya ketika bercakap di majlis Jamuan Kemenangan Rakyat di Kubang Semang, Bukit Mertajam tengah hari tadi.
(Gambar: Anwar menyenduk nasi untuk tetamu.)
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat marhaen yang mengundi BN pasti 'berkerut muka' selepas ini kerana tertipu dengan janji manis ketika pilihanraya umum lalu.
Kemungkinan bagi mereka, katanya, kenaikan barangan tidak menjejaskan kehidupan kerana kenaikan itu tidak mahal malahan mampu dibayar jika dikenakan.
Sambungnya, itulah pemikiran orang Melayu, mereka pandang tidak jauh sebaliknya terpedaya dengan dailog pilihanraya walaupun diumpan dengan kain batik, kain pelikat dan wang BR1M.
Media melaporkan, Idris semasa bercakap pada Forum 'GE13' What Is means for business? (PRU 13-Apa Ertinya Bagi Perniagaan) berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan hingga RM27 billion jika cadangan cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di Singapura.
Bahkan dapat menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto BN sebelum Pilihanraya ke-13 lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-5-2013
Nasibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah.
Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.
Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat!
Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD60,500.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Hadiah untuk rakyat: BN menang, GST pun dilaksanakan!
http://greenboc.blogspot.com, | 18 Mei 2013 |

Jelaskan: Betul ke kadar Pos naik 8 kali ganda?
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberikan penjelasan apakah benar pihaknya memberikan kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menaikkan kadar perkhidmatannya sehingga lapan kali ganda.
Ini berikutan perbincangan hangat di laman sosial Facebook yang memaklumkan kononnya perkhidmatan pos kini meningkat lapan kali ganda.
Menurut satu penyataan yang dibuat dalam facebok itu, dulu kos pos beliau untuk urusan antarabangsa hanya RM10 sahaja tetapi sekarang sudah meningkat ke RM70.
"Suami saya terlibat dalam bisnes jual barang ke oversea. Sejak samalam (beberapa hari lalu) semua barang dah tak boleh nak pos. Kos pos meningkat hampir 8 kali ganda. Kalau dulu kos pos RM10 sekarang dah jadi RM70++.
"Ingatkan kos antarabangsa yang naik. Bila check balik kos antarabngsa sama. Kos pos Malaysia yang meningkat. Siap ada surat kebenaran dari kementerian untuk kenaikan harga tersebut.
"Satu soalan je saya nak tanya... Apasal kenaikan harga semua benda di Malaysia sejak seminggu ni macam pesta lakk???" kata satu posting dalam facebook.
Satu lagi posting pula memaklumkan, "Baru balik dari Pejabat Pos, tak jadi pos. Biasa pos barang kat oversea dalam lingkungan RM80-90.
"Kadar baru hari ini naik lapan kali ganda iaitu RM640. Semua pos selain daripada kertas ditakrifkan sebagai parcel. Nak kata kenaikan global tapi Fed-Ex masih kekal RM35 saja.
"Pos Fed-Ex untuk sampia 3-5 hari dan Pos Malaysia ambil masa 7 - 21 hari untuk sampai.
"Aku perli kerani Pos dan kerani Pos siap tunjuk kebenaran kenaikan harga dari kementerian Pos dan Telekomunikasi," tulis seorang pengguna bernama Jabar Abdullah.
Ekoran itu, Jabar dalam Facebooknya juga memaklumkan, beliau sudah bertukar kepada perkhidmatan lain ekoran kenaikan pos yang mendadak oleh Pos Malaysia itu.
"Lupakan Pos Malaysia. Banyak lagi penghantaran alternatif yang jauh lebih murah. Inilah perniagaan monopoli yang dilopori oleh Kolongmerat Melayu tajaan BN," tulisnya.
Beliau memberikan contoh, pos daftar biasa ke USA RM64.60 sedangkan Fed-Ex baru RM33.27 dan UPS RM15.00 sahaja.
Ini berikutan perbincangan hangat di laman sosial Facebook yang memaklumkan kononnya perkhidmatan pos kini meningkat lapan kali ganda.
Menurut satu penyataan yang dibuat dalam facebok itu, dulu kos pos beliau untuk urusan antarabangsa hanya RM10 sahaja tetapi sekarang sudah meningkat ke RM70.
"Suami saya terlibat dalam bisnes jual barang ke oversea. Sejak samalam (beberapa hari lalu) semua barang dah tak boleh nak pos. Kos pos meningkat hampir 8 kali ganda. Kalau dulu kos pos RM10 sekarang dah jadi RM70++.
"Ingatkan kos antarabangsa yang naik. Bila check balik kos antarabngsa sama. Kos pos Malaysia yang meningkat. Siap ada surat kebenaran dari kementerian untuk kenaikan harga tersebut.
"Satu soalan je saya nak tanya... Apasal kenaikan harga semua benda di Malaysia sejak seminggu ni macam pesta lakk???" kata satu posting dalam facebook.
Satu lagi posting pula memaklumkan, "Baru balik dari Pejabat Pos, tak jadi pos. Biasa pos barang kat oversea dalam lingkungan RM80-90.
"Kadar baru hari ini naik lapan kali ganda iaitu RM640. Semua pos selain daripada kertas ditakrifkan sebagai parcel. Nak kata kenaikan global tapi Fed-Ex masih kekal RM35 saja.
"Pos Fed-Ex untuk sampia 3-5 hari dan Pos Malaysia ambil masa 7 - 21 hari untuk sampai.
"Aku perli kerani Pos dan kerani Pos siap tunjuk kebenaran kenaikan harga dari kementerian Pos dan Telekomunikasi," tulis seorang pengguna bernama Jabar Abdullah.
Ekoran itu, Jabar dalam Facebooknya juga memaklumkan, beliau sudah bertukar kepada perkhidmatan lain ekoran kenaikan pos yang mendadak oleh Pos Malaysia itu.
"Lupakan Pos Malaysia. Banyak lagi penghantaran alternatif yang jauh lebih murah. Inilah perniagaan monopoli yang dilopori oleh Kolongmerat Melayu tajaan BN," tulisnya.
Beliau memberikan contoh, pos daftar biasa ke USA RM64.60 sedangkan Fed-Ex baru RM33.27 dan UPS RM15.00 sahaja.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-5-2013
No comments:
Post a Comment