Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi. Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan. Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti. Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini. Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011. Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6454-islam-dijunjung-raja-disanjung-rakyat-dipayung
Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum. Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini. Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli-ahli parlimen Kelantan, serta wakil Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan Jawatankuasa Anak-anak Kelantan Perantauan Tuntut Royalti (ROYALTI). Mereka masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang. 'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi; "Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,". Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu. Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu. "Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu. Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri. Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977. Jawapan tersebut antara lain berbunyi; "Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak". Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi; "Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak". Telaga Bumi dan Suria Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu. Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan. "Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan. "Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ini dilakukan di Kelantan," kata Husam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6437-royalti-harap-pm-terbuka-hati-lepas-tunai-haji
Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti. Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan. “Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini. "Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya. Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi. Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini. Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini. Allahyarham berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu. Allahyarham merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta beberapa lagi jawatan lain. Allahyarham Kamarulzaman, 32, terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti semalam. Bagaimanapun, dua orang lagi rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya cedera ringan. Roslan yang juga suami kepada kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu mengucapkan takziah pada anggota keluarga. “Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya. Turut menziarahnya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6460-allahyarham-kamarulzaman-wira-royalti-kelantan
Sultan seru henti perbuatan ‘bermain api’ |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 12 Nov: Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap kemunculan ‘iklim tidak sihat’ yang dicetuskan anasir anti establishment dalam masyarakat. “Beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, hati-hati dan peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti establishment dalam masyarakat, dengan cuba mengubah lanskap kehidupan harmoni dan damai dengan menimbulkan ‘sikap buat- buat lupa faktor sejarah’, kontrak sosial yang dipersetujui bersama," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah UcapanTahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi. Majlis turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan ismail Petra itu dihadiri pembesar negeri dari dalam dan luar negara serta para Kerabat Diraja. Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Titah baginda, anasir itu juga cuba mencetuskan isu berkaitan agama Islam, bahkan mencabar kewibawaan raja-raja. “Mereka juga mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan,” titah baginda. Justeru baginda menyeru pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan ‘bermain api’ serta sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak diterima dalam masyarakat dan negara. Baginda turut menyentuh keadaan dunia yang terus mengalami perubahan iklim yang tidak menentu mengakibatkan pemanasan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Sehubungan itu, titah baginda, kesan paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan, pertumbuhan ekonomi global yang lembab dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas. “Ini, turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia,” titah baginda sambil menyeru rakyat menggemblengkan tenaga bekerjasama mempastikan pertumbuhan ekonomi dapat diatasi sekadar yang boleh. “Semua pihak perlu bergiat mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat,” titah baginda. Pada istiadat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKMJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6477-sultan-seru-henti-perbuatan-bermain-api
Kewibawaan sultan lahir ramai ulama |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 12 Nov: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rahsia kejayaan negeri Kelantan melahirkan ramai alim ulama di negeri ini adalah disebabkan kewibawaan sultan yang menaungi pemerintahan. Menteri Besar berkata, ini terbukti apabila usaha dilakukan nenekanda Sultan Muhammad V iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad pada masa lalu dalam usaha mendaulatkan undang-undang Islam di negeri Kelantan. “Sejarah mencatatkan bagaimana pada zaman pemerintahan nenenda Tuanku (Sultan Muhammad V) iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Islam di negeri ini,” katanya. Sambil menyifatkan bumi Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah melahirkan ribuan ulama sejak ribuan tahun lalu, Menteri Besar berkata berdasarkan rekod, Kelantan telah mula menerima ‘gema syahadah’ Islam sebelum Abad ke-12 Masehi lagi. Beliau berucap pada Istiadat Menyembah Ucapan Taat Setia bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat menyembah Ucapan Tahniah serta Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi. Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-42 Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Menurut Menteri Besar, penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan dekat sini lama dahulu juga membuktikan bahawa Islam diamalkan dalam pemerintahan negeri Kelantan pada masa lalu. Beliau menegaskan Kelantan adalah di antara negeri mula-mula mewujudkan sistem pengajian Pondok di rantau ini bagi pengajian dan penyebaran Islam di mana Pondok pertama didirikan di Kelantan pada 1820 Masehi. Pondok itu didirikan oleh Haji Abdul Samad Abdullah (Tuk Pulai Chondong) selain Pondok Tuk Bachok dan Pondok Kubang Pasu yang didirikan pada 1900. Didirikan juga Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat (1907), Pondok Haji Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat(1908), Pondok Sungai Budur, Pondok Kg Banggol, Pondok Tuk Padang dan Pondok Tuk Semian yang antara lain dengan itu menampilkan kecemerlangan pengajian Islam di negeri ini. Menteri Besar berkata usaha untuk mendaulatkan Islam di Kelantan telah diteruskan oleh Sultan Muhmmmad II (1890–1991). “Baginda telah menguat kuasakan pelaksanaan undanng-undang syariah sama ada jenayah mahu pun mal. “Dan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur (1890 –1900), undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya di bumi Kelantan termasuklah Hukum Hudud ke atas pencuri dan Qisas ke atas pembunuh. “Baginda juga menguat kuasakan Hukum Takzir bagi orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat,” katanya. Lantaran itu, kata Menteri Besar, usaha Kerajan Kelantan kini untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah di ngeri ini bukanlah sesuatu yang baru. “Bahkan ia adalah kesinambungan usaha yang telah dilakukan nenekanda Tuanku (Sultan Muhammad V) bagi melaksanakan undang-undang syariah di negeri ini secara menyeluruh,” katanya. Justeru, Menteri Besar berharap dengan bersemayamnya Sultan Muhammad V serta pemilihan Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, harapannya dan harapan rakyat seluruhnya agar Sultan Muhammad V diberikan kekuatan, taufik dan hidayah oleh Allah swt bagi menaungi rakyat dan negeri Kelantan serta seluruh negara nanti, dengan ruh syariah. “Patik yakin, insya Allah, Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini akan terus dilimpahi keberkatan oleh Allah swt dan mencatat sejarah kegemilangan untuk Islam sebagaimana di masa lalu, di bawah naungan pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. “Dari selat ke tengah kota, disulam selasih pohon berangan; Tuanku berdaulat di atas takhta, diringi kasih yang berpanjangan,’ katanya mengakhiri ucapan dengan berpantun. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6478-kewibawaan-sultan-lahir-ramai-ulama
Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 13 Nov: Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri yang dizahirkan pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2011 di Istana Balai Besar semalam bukan saja menggambarkan sikap Sultan Muhammad V dalam memayungi rakyat jelata, bahkan pengurniaan itu adalah sebagai pengiktirafan baginda kepada dunia akademik dan warga univsersiti umumnya. Ini kerana pada istiadat penzahiran penerimaan ketandaan darjah kebesaran itu terdapat golongan pakar, ahli akademik dan pensyarah universiti turut menerimanya. “Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita,” kata Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar). Pada penzahiran pengurniaan ketandaan darjah dan kehormatan kebesaran itu Agus dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yangt Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K). Turut menerima kurniaan kehormatan kebesaran bagi darjah yang sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Profesor Dr Rujhan Mustafa. Menerima kurniaan yang sama Pakar Perunding Kanan Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malayusia (USM) Kubang Kerian, Profesor Dr Zurkurnai Yusof. Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Sultan Muhammad V. “Yang penting pengiktirafan Tuanku kepada ahli akademik,” tegas Agus. Mengulas lanjut, beliau melahirkan rasa teruja kerana Sultan Muhammad V turut memberi pengiktirafan itu kepada ahli akademik dan pensyarah universiti. “Ramai Prof Madya mendapat pingat pada hari ini daripada Tuanku. Dan itu adalah menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita. “Dan saya, alhamdulillah, menjunjung kasih mendapat anugerah D.P.S.K, dan pada saya, saya fikir ‘ilmu’ itu akhirnya dihargai oleh baginda Tuanku,” katanya. Beliau turut mengulas kebebasan dunia akademik. Menurutnya, kebebasan akademik itu wajib ada pada universiti. Ini kerana dengan kritikan dan pandangan keilmuan itulah menyebabkan universiti itu wujud. Beliau mengakui bahawa dari segi menyuarakan pendapat, termasuk membabitkan bidang perundangan aalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. “Saya fikir tiada halangan, dan saya sendiri tidak pernah ada halangan di UKM. “Ini dibuktikan bahawa kejujuran akademik itu apa yang ilmu kata ianya ‘benar’ maka itu yang kita suarakan. “Dan insya Allah, kita berperanan dalam membangunkan negara bangsa ini,” katanya sambil akur bahawa perbezaan pendapat itu perlu diraikan. Bahkan, kata Agus, dalam Islam perbezaan pendapat itu rahmat, dan tidak menjadi masalah. “Itu dibenarkan oleh agama dan dibenarkan oleh undang-undang untuk kita meraikan perbezaan pendapat. “Bahkan saya tidak ada masalah di UKM, sebab saya buat sesuatu itu di atas niat dan kejujuran akademik,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6480-sultan-muhammad-v-prihatin-dunia-akademik
Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin. Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” . Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan . Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut. Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut. Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut. Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut. Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan . PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul . |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6506-adun-umno-diperintah-bayar-gantirugi-kepada-pkink
Rizal Tahir
| ||
PASIR PUTIH, 15 Nov: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menolak poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak oleh skuad Gegar sebagai tindakan ‘jahat’. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tindakan timbalan menteri dari Kelantan itu berniat jahat untuk menafikan hak kerajaan dan rakyat di negeri ini mengikut perundangan. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas reaksi Awang Adek yang menolak menerima poster yang antaranya mengandungi ucapan allahyarham Tun Abdul Razak berhubung hak negeri itu untuk mendapatkan royalti sebanyak lima peratus. Katanya, tuntutan itu memang wajib dilakukan kerana ianya menjadi hak kerajaan negeri memandangkan hasil minyak terdapat dalam perairan Kelantan. Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis solat hajat dan pecah tanah sempena projek naik taraf Loji Rawatan Air Wakaf Bunut, Pasir Putih, dekat sini tengah hari tadi. “Kalau Terengganu dibayar royaltinya kerana minyak diambil dari negeri itu, begitu juga dengan Kelantan, hasil minyak juga diambil dari bumi Kelantan,” ujarnya. Pada 10 November lalu, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti ke Parlimen untuk menyerahkan poster tersebut kepada pihak kerajaan Pusat. Setiausaha Gegar, Muhammad Hishammuddin Ghazali, berkata malangnya, poster berkenaan ditolak oleh Dr Awang Adek apabila ianya diserahkan kepada timbalan menteri tersebut.
YB Dr Awang Adek - Timbalan Menteri Kewangan
“Sebanyak dua kali kami memberikan poster tersebut, kedua-duanya dia menolak dengan kasar, tak payah,… tak payah… sambil menolak poster yang diberikan. “Kali kedua kami memberikan padanya dia kata lagi “tak payah… tak payah… ini semua kerja politik,” ujar Hishamuddin lagi. Hishammudin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan timbalan menteri yang berasal dari Kelantan sendiri berhubung tuntutan hak itu. Katanya, sepatutnya sebagai orang yang berasal dari Kelantan menyokong apa yang diperjuangkan kerana ianya untuk kemajuan rakyat di negeri itu sendiri. “Di sini jelas menunjukkan kepada kita, isu royalty minyak yang masih gagal diperolehi kini dikhianati oleh orang Kelantan sendiri. “Mana bukti yang mengatakan untuk membantu rakyat Kelantan, mana slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” ujarnya ketika dihubungi semalam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6521-awang-adek-berniat-jahat-tolak-amanat-tun-razak
Mengantuk: Nik Aziz nasihat pemandu berehat |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 16 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemandu kenderaan sama ada dalam perjalanan jauh atau sebaliknya ‘berehat’ sekiranya berasa mengantuk. Katanya, rehat atau tidur penting untuk mereka yang sedang memandu kenderaan bagi mengelakkan kejadian kemalangan jalanraya. Tegasnya, kerana meneruskan pemanduan ketika mengantuk antara punca utama penyebab berlakunya kemalangan jalanraya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas melawat Penolong Pengurus Latihan PKINK, Mohd Roslan Mohd Zain, 40 yang terlibat dalam kemalangan pada pagi 11 November lalu selepas pulang dari menghadiri program penyerahan poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak sehari sebelumnya. Roslan yang terselamat bersama seorang pemandu Mohd Riduwan Ilias bagaimanapun cedera parah di kepala, manakala Pegawai Khas Datuk Husam Musa, Kamarulzaman Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut Tuan Guru, kemalangan jalanraya sebahagian besarnya berlaku akibat mengantuk. “Saya nasihatlah pada semua pemandu berehat atau tidur di tempat yang sesuai sekiranya mengantuk, insya Allah dengan izin Allah kita akan selamat. “Saya sendiri dulupun dua kali terlibat kemalangan sewaktu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Chepa, semuanya kerana mengantuk,”ujarnya. Pesuruhjaya PAS Kelantan itu bagaimanapun bersyukur kerana terselamat dalam dua kejadian itu. Beliau yang diiringi Setiausaha Akhbarnya, Ustaz Mohd Fadzli Shaari, turut menghulurkan sumbangan kepada Roslan. Turut menyambut kedatangan Tuan Guru pihak hospital Raja Perempuan Zainab ll termasuk Dr Rosli Allani. Sementara itu, isteri Roslan, Noraisiah Deraman, 40, ketika ditemui mengucapkan terima kasih pada Tuan Guru termasuk Pejabat Menteri Besar. Beliau yang juga kakitangan Harakah Cawangan Kelantan, berkata semoga dengan kedatangan Tuan Guru termasuk pimpinan yang lain akan memberikan semangat untuk suaminya. “Saya ucap terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi suami saya termasuk yang mendoakan kesejahteraannya, terima kasih semua,” ujarnya. Noraisiah bagaimanapun memberitahu suaminya masih mengadu sakit akibat kemalangan itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6547-mengantuk-nik-aziz-nasihat-pemandu-berehat-
Tabung Serambi Mekah terima derma RM5 juta |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 17 Nov: Tabung Amanah Serambi Mekah mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu apabila menerima sumbangan derma peribadi sebanyak RM5 juta. Dengan sumbangan tersebut, tabung berkenaan berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini. Bagaimanapun seorang penderma luar Kelantan itu tidak ingin dikenali identitinya disebut ‘hamba Allah’ pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengah hari tadi. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu. “Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma. “Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma. Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain. Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu. Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain. Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu. Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6567-tabung-serambi-mekah-terima-derma-rm5-juta
Media perdana tidak adil pada Kelantan |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap media arus perdana yang masih tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri dalam membuat laporan. Menurutnya, walaupun pelbagai program pembangunan dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), namun media ‘menyembunyikan’ laporan sebenar. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam yang melibatkan lima jajahan di sebuah hotel di sini tengah hari tadi. (Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan draf pembangunan kepada Ketua Jajahan Kuala Krai, Ahmad Robert.) Lima jajahan terbabit ialah Pasir Putih, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jajahan Jeli. Menurutnya, cara berkenaan tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap pada tempat kotor dan akhirnya membawa penyakit. “Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah,” ujarnya. Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur memandangkan negeri ini berkembang pesat dalam semua aspek termasuk jumlah penduduknya juga kian bertambah. “Pada tahun 2010 jumlah penduduk mencecah 1.46 juta orang berbanding hanya 1.31 juta pada tahun 2000,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6672-media-perdana-tidak-adil-pada-kelantan
Kelantan harap Pusat kembalikan bantuan perkapita |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 24 Nov: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berharap sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di negeri ini berterusan pada setiap tahun. Bahkan, katanya sumbangan yang dilakukan itu tidak hanya kerana hampir dengan pilihan raya atau mempunyai tujuan tertentu. “Kita tidak tahu niat sebenar Kerajaan Persekutuan itu, sebab itu kita harap supaya sumbangan ini menjadi permulaan kepada sumbangan-sumbangan berterusan pada setiap tahun. “Dan tidaklah dibuat hanya kerana nak pilihan raya atau kerana tujuan-tujuan tertentu, itu harapan kita,” katanya mengulas sumbangan RM100,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Bantuan Kerajaan Negeri. Sumbangan itu disampaikan pada majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Jabatan Pelajaran Kelantan, guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Lembaga Pengelola Sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri mengaku tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang ‘bentuk sumbangan’ itu. “Sumbangan RM100,000 itu diberikan terus kepada sekolah. Kita sendiri tidak tahu. Tidak pasti bahawa ini bentuk apa, sama ada perkapita atau itu sumbangan ‘bantuan modal’. “Ini kerana sebelum diberhentikan (bantuan oleh Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama di bawah Yik dahulu), terdapat beberapa bentuk sumbangan kepada sekolah agama di Kelantan. “Pertama sekali, sumbangan perkapita, sumbangan lain ialah sumbangan ‘bantuan modal’,” katanya. Pada hemat beliau, sumbangan RM100,000 itu bukan perkapita kerana ia mestilah berdasarkan jumlah ramai pelajar. “Namun harapan kita bahawa sumbangan yang diberikan ini, tidak berlaku untuk hari ini saja, dan bukan untuk sekali ini saja, tetapi biarlah yang paling penting mengembalikan peruntukan perkapita seperti mana pernah diberikan Kerajaan Persekutuan satu masa dahulu. “Jadi hak peruntukan perkapita itu kita meminta supaya dikembalikan. Pada hari ini, ini tidak dikembalikan apa yang kita minta, namun kita berharap kalau boleh sebagai ‘permulaan’,” ujarnya. Perkasa Jakim Selain itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkasakan peranannya. Ini kerana, kata Mohd Amar, walau pun Jakim kini mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan, namun ia terikat, tidak mempunyai kuasa penuh, bahkan tidak ada penguasaan. Katanya, Jakim kini hanya boleh memberi pandangan dan merancang program tetapi dari segi kuasa untuk menguatkuasakan dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam, hampir tidak ada. “Jadi kalau Kerajaan Persekutuan serius untuk menangani gejala-gejala yang negatif kepada agama Islam dan kepada masyarakat Islam di negara ini, kita meminta supaya peranan Jakim diperkasakan dan peruntukan kepada jabatan ini dipertingkatkan lagi. “Bahkan pegawai-pegawainya ditambah dan diupgredkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada; barulah dirasakan ada kesannya,” ujarnya. Beliau turut menyarankan supaya Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diusahakan untuk dipertingkatkan, dinaiktarafkan serta diperkasakan peranannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6677-kelantan-harap-pusat-kembalikan-bantuan-perkapita
PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum. Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan. Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut. "Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti. "Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu. Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor). Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa. Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal. Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan. Suruhanjaya siasatan Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia. Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6693-pm-perlu-isytihar-kelantan-berhak-dapat-royalti
Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan |
M Faqih |
KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat. Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan. Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak. Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain. Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus). Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya. Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis. ”Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang,” katanya. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli. ”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif. ”Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,” katanya di sini. Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air. ”Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat. ”Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. ”Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama. ”Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya,” ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit. Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB. (Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6690-air-utusan-cuba-perbodoh-rakyat-kelantan
Air AKSB selamat, kualiti dipertingkat : http://www.youtube.com/watch?v=UMlzG3M1Epo
Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia berpandangan, kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka. “Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam PRU ke 13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, Kerajaan Persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan. “Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada. “Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka,” ujarnya lagi. Lebih dari itu, katanya masalah kebersihan air adalah masalah negara yang juga dialami oleh negeri-negeri yang lain, bukan setakat Kelantan. Menurutnya, rakyat umumnya sudah mengerti bahawa air yang mengalir keluar dari paip di rumah, tidak selamat unutk diminum begitu sahaja melainkan perlu dimasak terlebih dahulu. Malah, ujarnya penduduk di ibu kota juga menghadapi masalah yang sama, dengan kadar kebersihan air yang amat diragui. Oleh kerana itu, katanya mesin pemprosesan dan penyulingan air laris di jual di merata-rata rumah di negara ini. Beliau menambah, ia adalah masalah nasional yang perlu diselesaikan secara bijak dan berhikmah tanpa sentimen tertentu. Justeru itu, kata beliau DPP Malaysia berpendapat, jika Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan, tidak perlu tunggu mandat dari rakyat dalam PRU ke 13. “Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6691-muhyiddin-angkuh-beri-syarat-selesai-air-kelantan
Air Kelantan: BN tahu ambil, tak pandai beri |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Nov: “Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Belia menyatakan demikian sebagai respons kepada isu air di Kelantan, seolah-olah negeri itu bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal, katanya Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia, bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan, ujarnya banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi dibawa kepada kerajaan pusat. Contohnya, kata beliau banyak bayaran pasport antarabangsa, setem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang dipungut daripada bumi Kelantan. “Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. “Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Malah, katanya selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Tambahnya, hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat. “Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai? Kenapa tidak dibantu sekarang?” soalnya. Justeru, beliau menyeru pemimpin BN menghormati keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih PAS. “Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihan raya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada?” tanya beliau lagi. Pada hal, katanya di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti di Sarawak dan Sabah. Baginya, pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan sama ada dari segi pembangunan dunia dan agama. Katanya, ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam. “Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman PAS memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004,” katanya. Beliau menambah, walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010, jelasnya telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta kerana Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagai alternatif membekal air bersih. Beliau jga mempersoalkan kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Demokrasi bukan revolusi Katanya, Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya, ujar beliau pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati. Beliau menambah, pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak PAS menang di Kelantan pada tahun 1990. Ujar beliau, bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan. “Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. “PAS yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insya Allah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6702-air-kelantan-bn-tahu-ambil-tak-pandai-beri
Isu air tak jejas sokongan rakyat Kelantan |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Penganalisis politik Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, isu air yang dimainkan pihak tertentu menyerang Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin PAS, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti Islam itu. Beliau yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu tersebut bukan baru di negeri itu malah rakyat negeri itu sendiri tidak melihat isu itu sesuatu yang besar kepada mereka kerana memahami kekangan yang ada pada kerajaan negeri. "Bukannya saya hendak katakan kerajaan Kelantan itu tidak ada kelemahan, kelemahan memang ada, misalnya dalam isu air. Memang airnya keluar perlahan, airnya kotor jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi itu tidak menjadi isu besar bagi rakyat Kelantan. "Mengapa demikian? Ini kerana kerajaan Kelantan ada satu tiang besar dan kukuh yang sukar digoncang, iaitu kepimpinan Tok Guru dan ketelusan pentadbiran sehingga rakyat faham kerajaan negeri tidak boleh menyediakan prasarana yang baik kerana tidak ada wang disebabkan oleh tiada bantuan dari kerajaan pusat," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam. Media dan pemimpin Umno sejak dua minggu lalu menyerang Kelantan dengan mendakwa air di negeri itu tidak bersih dan berisiko membawa penyakit. Ianya termasuk akhbar Umno, Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’. Mereka juga mendakwa kononnya air yang dibekal Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), mengandungi logam berat serta E-coli. Bagaimanapun dakwaan itu dibidas kerajaan negeri dengan membawa fakta dari Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya. Laporan itu mendedahkan bahawa negeri-negeri ditadbir kerajaan BN mengandungi kadar pencemaran bakteria E-coli lebih tinggi berbanding Kelantan. Negeri Perlis mencatat pencemaran E-coli paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%). Mengulas lanjut, Mohammad Agus yang juga anak Kelantan berkata, biarpun isu tersebut dimainkan, namun baginya rakyat Kelantan tidak terpengaruh apatah lagi keyakinan rakyat terhadap kejujuran kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat tinggi. "Dalam keadaan tertekan seperti sekarang ini pun Kelantan sukar digugat oleh kerajaan pusat dari segi sokongan rakyat kepadanya. Kenapa? "Ini kerana kerajaan Kelantan mempunyai darjah integriti, ketelusan dan kejujuran politik yang tinggi," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6736-isu-air-tak-jejas-sokongan-rakyat-kelantan
Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’ |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini. Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang. (Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.) Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka. “Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya. Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit. “Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya? “Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya. Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6754-tanya-cina-kelantan-adakah-saya-khianati-mereka
Rumah hadiah Kelantan kepada ‘Apek’ siap |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 30 Nov: Kediaman khas untuk penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau ‘Apek’ yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kini siap sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar), berkata majlis penyerahan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi. “Kebetulan semalam pegawai dari Syarikat Binaraya milik PKINK menghubungi saya memberitahu kediaman untuk Khairul Fahmi sudah siap sepenuhnya. “Bagaimanapun kita terpaksa menentukan tarikh yang sesuai antara Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khairul Fahmi sendiri,” ujarnya. Fatah seterusnya memberitahu, Tuan Guru mencadangkan majlis jamuan diadakan pada hari berkenaan sebagai tanda kesyukuran. Tahun lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan untuk menyerahkan sebuah rumah kepada bintang bola sepak itu berikutan kecemerlangannya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF yang menyaksikan pasukan negara muncul juara. Kediaman berkenaan terletak di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa setelah ia mula didirikan tahun ini. Menjawab soalan, beliau memberitahu kediaman berkenaan tiada kaitan dengan masaalah peribadi jaguh bola sepak berkenaan sebelum ini. “Bagaimanapun kita berharap beliau lebih berhati-hati selepas ini kerana sebagai seorang bintang sahsiah diri perlu dijaga sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri khususnya Tuan Guru. “Golongan ini menjadi cermin masyarakat, kerana itu mereka perlu menonjol syahsiah yang murni. Untuk itu kami juga mengharapkan bantuan para media supaya membantu kerajaan negeri untuk mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6785-rumah-hadiah-kelantan-kepada-apek-siap
Kewangan Islam tangani krisis ekonomi global |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 1 Dis: Kegawatan ekonomi yang kini melanda negara-negara kapitalis termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah angkara sistem ekonomi ciptaan sendiri yang mengenepikan nilai-nilai agama.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail - Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Akaun Universiti Malaya
Profesor Fakulti Perniagaan dan Akaun Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, akibat menolak sistem kewangan Islam negara-negara barat kini menjadi mangsa kepada keadaan. “Kita seharusnya bersyukur apabila melaksanakan syariat Allah dijanjikanNya kehidupan manusia lebih selamat,” katanya pada Syarahan Perdana Ekonomi bertajuk “Krisis Ekonomi Global: Kesan dan Penyelesaiannya di Kota Darulnaim hari ini. Program itu dianjur kerajaan negeri dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri. Dr Mohd Nazari berkata, rakyat Amerika kini berdepan krisis kewangan yang tenat, di mana berpuluh ribu dibuang kerja dalam pelbagai sektor sama ada kerajaan atau swasta. Katanya, sebanyak 16 peratus daripada 49 juta rakyat Amerika sekarang berada di bawah garis kemiskinan. “Krisis ekonomi bermula sejak 2008 sehingga sekarang belum ada jalan penyelesaiannya. Ini menyebabkan Amerika menanggung hutang negara pada tahap yang teruk,” ujarnya. Tambah beliau fenomena itu menyebabkan ada rakyatnya terpaksa mendirikan khemah di pinggir hutan atau di tempat yang dikira sesuai untuk berteduh. Malah katanya, Jepun juga sebelum ini terkenal sebagai negara maju turut menghadapi krisis di mana ramai pekerja kilang dibuang kerja. Menurutnya beliau ekonomi global hanya akan kembali berada di landasannya apabila sistem kewangan Islam diterima secara menyeluruh. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6820-kewangan-islam-tangani-krisis-ekonomi-global-
Desak Nik Aziz undur bukti Umno Kelantan takut |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.
Ustaz Ahmad Fadli Shaari - Ketua Penerangan DPPK
Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut. "Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur? "Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih muda,"soalnya. Menurut beliau lagi, tindakan Afandi membandingkan Tuan Guru dengan Tun Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah berundur membayangkan kejahilannya terhadap sejarah Umni sendiri. Menurutnya, kedua-dua bekas perdana menteri itu berundur bukan atas desakan pembangkang tetapi atas desakan dalaman Umno sendiri setelah mereka gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya. "Tun Mahathir berundur setelah sokongan Melayu kepada Umno merosot dalam pilihanraya umum 1999 dan Tun Abdullah berundur setelah Barisan Nasional gagal mendapat dua pertiga majoriti di dalam parlimen dalam pilihanraya umum 2008. "Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz, semakin disayangi dan disanjungi oleh rakyat Kelantan berbanding dengan Afandi sendiri yang pernah kalah kepada seorang calon wanita di dalam pilihanraya umum 2008 untuk kerusi parlimen Rantau Panjang," katanya. Justeru, beliau berkata desakan Umno Kelantan tidak perlu dilayan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Apa yang perlu ujarnya ialah meneruskan fokus ke arah membangunkan negeri Kelantan di bawah payung syariat. "Adapun desakan Umno Kelantan itu tidaklah ubah seperti jurulatih pasukan bola sepak sebelah lawan yang merayu-rayu agar dibuang pemain penyerang utama sebelah sini yang dibimbangi akan menjaringkan gol setelah mereka sendiri pun terkial-kial untuk mencari penjaga gol," ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6841-desak-nik-aziz-undur-bukti-umno-kelantan-takut
Pemuda pastikan sejarah 2004 tidak berulang |
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 6 Dis: Pemuda PAS Kelantan bersiap sedia menggempur kubu Umno bagi memastikan sejarah pilihan raya umum 2004 tidak berulang semula.
YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman - Ketua Pemuda PAS Kelantan
Ketuanya Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sehingga kini sudah ada beberapa Pemuda kawasan membuka bilik gerakan sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13. Katanya, ia menggambarkan kesungguhan pemuda PAS mempertahankan Kelantan bagi mengelakkan peristiwa 2004 berulang kembali apabila Umno/BN mendapat lonjatan besar. Ketika itu BN mendapat 21 kerusi Dun berbanding 24 PAS. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir BN mendapat tambahan satu lagi kerusi. Abdul Latiff berkata, pelbagai program dijalankan Pemuda PAS negeri dengan dibantu pemuda kawasan mendapat sambutan begitu menggalakkan. ”Misalnya programk pemuda masuk kampung di Dun Bukit Bunga mendapat sambutan luar jangka apabila ramai anak muda datang mengebarkan bendera Bulan Purnama,” katanya pada sidang akhbar program “Maghri Pakat Ggateh D’Kuala Krai di sini kelmarin. Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, Pemuda PAS Kelantan menggunakan lima pendekatan bagi mendekati golongan muda iaitu program gotong royong, ziarah dan cakna masyarakat, mesra kedai kopi, pentas Pemuda serta Bekwoh Anak Muda. Kata beliau program tersebut mendapat sokongan padu anak-anak muda yang menggambarkan sokongan mereka tidak berubah kepada PAS dan Pakatan Rakyat seperti 2008. Ditanya calon di kalangan pemuda, Abdul Latiff berkata, senarai nama sudah disiapkan untuk diangkat kepada Badan Perhubungan Negeri. “Pemuda PAS tidak ketandusan calon yang berwibawa untuk diketengahkan. Bagaimanapun segala keputusan akan ditentukan pimpinan negeri dan pusat,” ujar beliau. Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, program “Maghri Pakat Ggateh” anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO akan diperluaskan ke jajahan Kuala Krai. Beliau berkata, program itu meliputi tiga Dun akan diadakan 10 Dismber ini bermula di Padang Taman Chintawangsa berhampiran Tasik Krai. Katanya penyertaan terbuka kepada orang ramai menggunakan pelbagai jenis basikal termasuk klasik, Fixie, Mountain Bike dan sebagainya. “Kita akan mengayuh basikal sejauh 31 km dengan merentasi laluan berbukit melalui Jalan Batu Balai-Mengkebang-Simpang Tiga Sungai Pahi-Temalir-Belangga dan kembali ke TamanChintawangsa,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6897-pemuda-pastikan-sejarah-2004-tidak-berulang
Nik Aziz bertanding tamparan buat Umno Kelantan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk terus bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang. “Kenyataan YAB Tuan Guru ini telah menjadi satu ‘tamparan’ kepada Umno Kelantan yang mengharapkan supaya Tuan Guru mengundur diri daripada arena politik,” ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, Pemuda PAS negeri turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru di atas kesediaan beliau untuk terus meminpin PAS Kelantan di dalam menghadapi Umno Kelantan. Sesungguhnya, tegas beliau semangat dan iltizam Tuan Guru akan menjadi azimat dan kekuatan kepada seluruh jentera parti di semua peringkat untuk mempastikan Umno dan Barisan Nasional terus tumbang di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Katanya, pihaknya juga membidas perwakilan Umno di dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini yang menyamakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lama memerintah. “Untuk makluman kepada seluruh ahli Umno dan Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah diminta oleh seluruh rakyat untuk berhenti bukan sekadar terlalu lama memerintah tetapi memerintah dengan penuh kezaliman, penipuan dan mengutamakan ahli keluarga semata-mata berbanding Tuan Guru memerintah penuh dengan rasa tawadduk dan rendah diri kepada Allah sehingga rakyat cukup sayang dan cintakan pemerintahan Tuan Guru,” jelasnya. Sememangnya, kata beliau Umno Kelantan kini semakin berasa tertekan dengan keputusan Tuan Guru Mursyidul Am PAS itu untuk terus bertanding di dalam pilihan raya kerana ‘aura’ Tuan Guru belum dapat ditandingi oleh mana-mana pimpinan Umno Kelantan. Dengan itu juga, ujarnya hasrat Umno Kelantan untuk menumbangkan Kerajaan PAS akan menjadi ‘angan-angan yang tidak berkesudahan’. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga mendoakan semoga YAB Tuan Guru akan terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin PAS Kelantan menumbangkan Umno Kelantan secara total di dalam pilihanraya umum yang akan datang dan terus memimpin rakyat Kelantan dengan pemerintahan yang berasaskan Islam,” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6884-nik-aziz-bertanding-tamparan-buat-umno-kelantan
PRU13: Kerusi PAS, PKR di Kelantan kekal |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antara PAS dan PKR di Kelantan selesai sepenuhnya. Mengesahkan perkara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kedua-dua parti masing-masing telah bersetuju untuk mengekalkan 'staus quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu. "Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini. "Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Menurut beliau lagi, keputusan yang dicapai kira-kira dua bulan lalu itu juga bersetuju untuk mengekalkan kerusi kawasan bertanding masing-masing seperti mana 2008 tanpa sebarang perubahan. "Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya lagi sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun. 13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli. Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas. Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah. Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan telah selesai pembahagian kerusi di negeri itu. Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP juga masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lalu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6904-pru13-kerusi-pas-pkr-di-kelantan-kekal
Pilihanraya umum ke-13 milik BN atau PR? |
Aslani M |
KOTA BHARU, 8 Dis: Keghairahan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kini semakin memuncak. Serangan media harian milik Umno terhadap Pakatan Rakyat tambah rancak. Begitu juga semua parti kini dilihat berada dalam keadaan siap sianga menunggu wisel keramat ditiup Datuk Seri Najib Razak. Biar pun Umno begitu bersemangat menerjah Pakatan, namun kebimbangan di lubuk kecil mereka tidak dapat disembunyikan. Buktinya suara risau itu kedengaran nyaring pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Persoalannya mampukah Umno dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan yang ada sekarang. Inilah berita besar ditunggu lebih 25 juta rakyat Malaysia kebelakangan ini. Oleh itu bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai situasi tersebut orang ramai berpeluang mendengar kupasan pemimpin Umno, PKR dan ahli akademik mengenai siapa pemenang pilihan raya ke-13 nanti. Kupasan bertajuk “Pilihan Raya Umum Ke 13: BN atau Pakatan Rakyat” akan dibahas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada wacana perdana malam ini.
YB Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
YB Datuk Saifudin Abdullah - AMT UMNO Dua lagi ahli akademik iaitu Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM dan Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat (UKM) turut diundang mengupas tajuk tersebut.
Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah - UM
Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat - UKM
Moderatornya yang tidak asing lagi iaitu Datuk Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff (UKM).
Datuk Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff - Moderator ( UKM )
Pengarah program Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sepatutnya malam ini wacana diada membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota Exco, Datuk Husam Musa. Bagaimanapun katanya disebabkan Mohamed Nazri tidak dapat hadir wacana membabitkannya dengan Husam ditunda kepada 22 Disember ini. Wacana tersebut sepatutnya mengupas isu bertajuk ”Pilihan Raya Bersih dan Adil : Realiti Atau Ilusi?” Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Harakah, Malaysiakini dan KTV sebagai media rasmi. Selain itu Rekabentuk Grafik dan Muslim Life.
YB Ahmad Baihaki Atiqullah - Pengarah Wacana / Exco KK
”Sebanyak tujuh siri wacana yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga melimpah ke luar dewan. ”Ini menggambarkan orang ramai amat mengharap program seumpama itu bagi mendengar kupasan isu semasa yang berlaku secara matang dan sihat,” ujarnya. Antara panelis dari Umno yang pernah diundang termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pegawai JASA, Lokman Nor Adam. Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affandi Yusof dan bekas Pengerusi Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad. Program itu akan diadakan bermula jam 9 malam ini di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, merupakan siri kelapan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6933-pilihanraya-umum-ke-13-milik-bn-atau-pr
PKR Kelantan sambut baik keputusan 'status quo' |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 8 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan, menyambut baik persetujuan yang dicapai dengan PAS dalam pembahagian kerusi untuk pilihanraya umum ke-13 nanti. Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan, Muhamad Hisomuddin Bakar, berkata pihaknya akan menyusun gerakerja bersama atas nama Pakatan Rakyat khususnya yang membabitkan golongan muda untuk mempertahankan kemenangan kerajaan Kelantan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pembahagian kerusi antara PAS dan PKR sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum nanti. Katanya, kerjasama perlu dieratkan bermula dari sekarang sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum. Sambungnya, kedua-dua parti telah membuat perbincangan di peringkat negeri dan akan diteruskan di peringkat akar umbi. “Tenaga muda kedua parti akan diteruskan di pentas ceramah dan akan menangkis segala tomahan yang dilontarkan pihak lawan,”ujarnya. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, baru-baru ini berkata kedua pihak bersetuju untuk mengelakan ‘status quo’ sebagaimana PRU 12. 13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli. Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas. Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/83-negeri-kelantan/6942-pkr-kelantan-sambut-baik-keputusan-status-quo
Saya lawan Mahathir, nak turut dia macam mana’ |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 9 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara ‘songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti. Ini, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu. Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno. “Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya. “Kini Umno melaung Melayu bersatu’, tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam? Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Mengulas saranan Mahathir supaya beliau bersara dari politik, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau melawan mantan Presiden Umno itu sejak awal lagi. “Saya melawan daripada awal sampai ke akhir, nak turut dia macam mana oleh kerana saya melawan dia. “Siapa suruh dia berhenti, dan sewaktu dia berhenti dahulu, dia bagi tahu dia tidak boleh memimpin orang Melayu, bahkan tidak berjaya memimpin orang Melayu. “Saya jawab sendiri, saya kata dah mu tarik ‘songsang’ orang Melayu, sedangkan orang Melayu beragama Islam dan Islam itu pula lengkap. "Islam sempurna, tiba-tiba dia (Mahathir) tolak Islam dari dasar partinya, buat pandai-pandai dia. Mana boleh orang Melayu nak turut dia,” ujarnya. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini menasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut. Tuan Guru Nik Aziz menegaskan hasrat untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti tidak berubah. “Dah orang nak kepada saya, nak buat lagu mana, apa saya boleh buat,” jelasnya. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Dr Mohd Fadhli Hassan ketika mengulas isu itu menegaskan Umno tidak berhak langsung mengulas isu itu. “Bagi kita, apa saja Tok Guru kata, bahkan selagi Tok Guru ada, kita mahukan Tok Guru memimpin kita. “Ini adalah hak ahli PAS, sesungguhnya selagi mana Tok Guru ada, kita nak Tok Guru yang memimpin PAS,” tegasnya. Selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi tadi, Tuan Guru turut melancarkan risalah Suara PAS Kelantan, Purnama yang diterbitkan Lajnah Penerangan PAS Negeri. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6960-saya-lawan-mahathir-nak-turut-dia-macam-mana
Ada cubaan sekat program bacaan Yaasin muslimat |
Harakahdaily |
PASIR MAS, 9 Dis: Kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar di sini hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran. Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan. Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar. “Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan. “Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini. Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan. “Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal. Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam. Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam. Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis. ”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6967-ada-cubaan-sekat-program-bacaan-yaasin-muslimat
Kelantan bangga dengan perlantikan Timbalan Agong |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Kelantan atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Dalam satu kenyataannya, Husam yang juga Exco kerajaan negeri berkata, "Perkenan para kekanda ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu memilih Tuanku Sultan Kelantan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong besar ertinya terhadap kedaulatan dan kebesaran Tuanku. "Besar pula maknanya bagi seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim," kata Husam dalam satu kenyataan medianya. Husam juga melahirkan keyakinannya, Tuanku Faris Petra mampu memberi makna kepada kesaksamaan kemajuan wilayah dan mengharumkan nama negeri ini dengan hemah, prihatin, bijaksana, berjiwa rakyat, mempunyai visi yang dinamik dan berdedikasi yang ada pada baginda. "Selama ini, dalam tempoh yang singkat, Tuanku menjadi kebanggan rakyat Kelantan dan rasa bangga itu akan Insya Allah akan dikongsi pula oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas Husam dalam kenyataannya. Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan ‘sembah tahniah’ di atas pengisytiharan Sultan Muhammad ke V memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata pihaknya berbesar hati di atas perlantikkan itu. “Semoga perlantikan tuanku membawa berkah dan keamanan di negeri Kelantan Tadahan Wahyu ini. “Patik mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, merakamkan sembah tahniah kepada tuanku semoga tuanku di lindungi dunia dan akhirat,”ujarnya. Syukur atas perlantikan Agong Husam juga mempersembahkan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas perlantikan DYMM Al Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan DYMM Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang masing-masing selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke 14. Selaku rakyat yang menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu selaku teras utama politik negara menerusi konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sejak turun temurun, saya merasa bangga dan bertuah menyaksikan perlantikan Tuanku berdua, kata Husam. "Selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali yang kedua bagi Ke Bawah DYMM Al Sultan Kedah, sudah tentu memberikan nostalgia zaman anak-anak saya dengan ketinggian budi, hemah, bijaksana dan mesra rakyat ke Bawah Duli Tuanku sewaktu berada di atas singgahsana sebagai DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali pertama dahulu. "Insya Allah, dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh lagi saksama yang dianugerahkan Allah kepada Tuanku, Malaysia akan terus bersatu maju, adil, makmur, maju dan aman damai," kata Husam. Husam juga mengucapkan junjung kasih kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung ke 13, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atas khidmat baginda yang cemerlang. "Semoga Allah melanjutkan usia baginda dalam keadaan sihat dan 'afiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan," katanya dalam kenyataan itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7028-kelantan-bangga-dengan-perlantikan-timbalan-agong
Pensyarah: Rakyat Kelantan masih perlukan Nik Aziz |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 13 Dis: Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan akhlak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh yang tiada tandingan. Katanya, sikap kesederhanaan yang ditujunkkan Menteri Besar Kelantan itu sukar dicari pada pemimpin lain khususnya di Malaysia sekarang. Bukan sahaja sukar dibanding dengan pemimpin lain dalam Umno, malah juga sukar untuk dibandingkan dengan pemimpin PAS yang lain. "Bagi saya kepimpinan yang ditujukkan oleh kepimpinan Nik Aziz memang tidak ada tandingan, malah sikap kesederhanaan yang ditunjukkan olehnya itu terlalu sukar untuk kita temui pada masa sekarang," katanya dalam Wacana Sinar Harian, PRU13: Undi Siap Jadi Penentu di sini. Menurutnya lagi, atas faktor itu juga Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu masih releven untuk terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Malah katanya, tokoh PAS itu masih mendapat sokongan majoriti rakyat negeri Kelantan yang diperintah beliau sudah lebih 20 tahun. "Kita melihat beliau masih lagi disokong oleh seluruh rakyat di Kelantan dan ini tiada sebab untuk beliau tidak bertanding pada PRU13 nanti. "Saya melihat faktor usia beliau tidak pernah menghalang apa yang beliau lakukan sekarang, malah mengikut kajian sokongan rakyat Kelantan terhadapnya melebihi 80 peratus," katanya lagi. Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, beliau juga secara peribadi ada memberitahu Nik Aziz agar tidak perlu berundur walaupun terdapat desakan dari pihak tertentu. Desakan-desakan tersebut ujarnya hanyalah membaitkan kepentingan politik sahaja, sedangkan apa yang penting adalah sokongan dari semua pihak yang masih mahu beliau menjadi menteri besar di Kelantan. "Apabila menyebut tiada tandingan maka beliau perlu bertanding, desakkan hanyalah permainan politik semata-mata. "Rakyat Kelantan masih mahu beliau terus tadbir negeri tersebut dan saya yakin beliau mampu memerintah untuk lima tahun yang akan datang," tambahnya dalam sidang media selepas selesai wacana itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7035-pensyarah-rakyat-kelantan-masih-perlukan-nik-aziz-
6 juta dijangka lawat Kelantan tahun depan |
Rizal Tahir |
(MB Kelantan lancarkan TMK@12 semalam) KOTA BHARU, 16 Dis: Seramai enam juta orang pelancong dalam dan luar negara bakal mengunjungi Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) tahun hadapan. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan pelancong yang begitu mendadak tahun ini seramai 5.3 juta orang sehingga Oktober tahun ini. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pra pelancaran TMK@12, disebuah hotel di sini petang tadi. Menurutnya, jumlah pelancong dijangka meningkat akhir tahun ini seramai 5.8 juta orang. “Dengan promosi yang dilakukan di peringkat antarabangsa kita yakin jumlahnya akan bertambah 6 juta pelancong tahun hadapan,”ujarnya. Bagaimanapun, tambahnya Membangun Bersama Islam diharap menjadi dasar TMK. Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata rakyat akan mendapat manfaat besar hasil program TMK. Sambungnya, sebagai contohnya TMK yang diadakan pada tahun 2008, pendapatan pelbagai sector mencecah RM1.8 bilion, manakala tahun 2010, sebanyak RM1.84 bilion. Pelbagai acara menarik diadakan sempena pelancaran ini, persembahan silat, dikir barat bertemakan TMK. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7084-6-juta-dijangka-lawat-kelantan-tahun-depan
Nik Aziz seru rakyat Kelantan isi borang BR1M |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 17 Dis: PAS akan mensasarkan keahlian seramai 100,000 ahli seluruh Kelantan dalam tempoh dua bulan akan datang. Pengerusi Lajnah Pemerkasaan PAS Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood, berkata setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu mendaftar keahlian seramai 2,000 orang. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Putik malam tadi. Sambungnya, usaha itu dibuat bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi orang ramai khususnya pemuda menjadi ahli PAS. “Mood sekarang juga turut memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti yang menjadi impian masyarakat terutama sekali golongan pemuda bakal penentu masa depan negara,” ujarnya. Lebih 2,000 orang anggota parti seluruh Kelantan menghadiri program tertutup itu. Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan, Datuk Omar Mohamed dan Fatah sendiri. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS. Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat. “Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung. “Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7099-nik-aziz-seru-rakyat-kelantan-isi-borang-br1m
Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif di Kelantan |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 18 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 20 Disember ini. Program tersebut sebagai usaha kerajaan membantu rakyat di negeri itu mendapatkan peluang pekerjaan serta pendedahan bagaimana untuk memulakan perniagaan. Sekurang-kurangnya lebih 3,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dengan penyertaan beberapa syarikat besar. Program berkenaan akan diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC). Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kelantan yakin ekonomi Kelantan akan terus berkembang dalam tempoh lima tahun akan datang dengan adanya penganjuran program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan seperti itu. Pengarah Jabatan Kerajaan Dan Swasta (JKS) Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pihaknya yakin sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk menyediakan 100,000 pekerjaan dalam lima tahun akan datang akan tercapai. “Dengan ini sekaligus dapat menjawab tohmahan pihak pihak tertentu khususnya Barisan Nasional bahawa Kerajaan Negeri tidak bersungguh sungguh dalam berusaha mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini,”ujarnya dalam satu kenyatan media semalam. Menurutnya lagi, dengan penyertaan banyak pihak seperti Universiti Lim Kok Wing, Zentrum Future Studies, Zuldesign Autotronics, PROFIMA dan pelbagai pihak lagi dapat menyuburkan industri kreatif di Kelantan seterusnya memesatkan perkembangan ekonomi negeri ini. “Program ini membuka peluang kepada rakyat Kelantan khususnya anak muda yang berbakat dan kreatif untuk menyalurkan daya inovasi dan kreativiti mereka,”ujarnya. Sehubungan itu beliau mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin belia khususnya para graduan yang masih mencari peluang pekerjaan. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/7101-karnival-kerjaya-dan-keusahawanan-kreatif-di-kelantan
Makin ramai ahli tinggalkan Umno di Jeli |
M Faqih |
JELI, 19 Dis: Hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu terus mempertahankan parlimen ini buat penggal ketiga pada pilihan raya umum ke-13 kini makin tergugat. Majoriti undi yang diraih iaitu sebanyak 4,436 pada pilihan raya umum Mac 2008 sekarang semakin mengecil apabila ramai ahli dan penyokong Umno menyertai PAS. Malam tadi seramai 113 lagi ahli dan penyokong Umno diketuai Mohd Yusof Abdullah, 62 menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program itu diadakan di Dun Air Lanas, yang menyaksikan kehadiran orang ramai luar jangka biar pun hujan pada sebelah siang. Malah selepas ini banyak lagi siri ceramah Selamat Tinggal Umno akan diadakan di dua Dun di Jeli iaitu Kuala Balah dan Bukit Bunga. Mat Yusof yang tinggal di Blok Machang, Air Lanas berkata, kesedaran yang berputik dalam dirinya sendiri menjadi punca beliau meninggalkan Umno. Katanya, beliau dan isteri serta rakan-rakan memilih berhijrah sempena tahun baru Islam dan berazam mahu membantu PAS merampas semula parlimen Jeli. “Selepas ini ada lagi rakan-rakan saya dalam Umno yang akan mengikut jejak langkah saya,” katanya yang berpeluang berucap di hadapan ribuan yang hadir. Menurutnya biar pun sudah lama berjuang dalam Umno, namun kesedaran mulai berputik dalam jiwanya bagi memilih haluan Islam bagi meneruskan sisa-sisa perjuangan. Rakannya Tuan Hassan Tuan Mat, 50 memberitahu sudah lama kesedaran berputik dalam jiwanya untuk memilih Islam sebagai medan perjuangan. Katanya, beberapa tahun lalu beliau pernah bermimpi bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau hairan bagaimana wajah Menteri Besar Kelantan boleh muncul dalam mimpinya biar pun bukan penyokong PAS. “Bermula dari situlah mulai lahir satu kesedaran baru dan saya tekad meninggalkan perjuangan lama yang tidak lagi memberi apa-apa makna. “Lagi pun anak saya sudah lama meminta saya meninggalkan Umno,” ujarnya. Hadir sama di majlis ceramah itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad, Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kob dan Penyelia Dun Bukit Bunga, Suply Abdul Razak. (Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7117-makin-ramai-ahli-tinggalkan-umno-di-jeli-
Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut |
Rizal Tahir |
BACHOK. 19 Dis: Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir (gambar kiri), ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno. Sambungnya, Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno. “Adik beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi rakyat,”ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung Beoh, dekat sini semalam. Baru-baru ini beberapa buah akhbar termasuk televisyen melaporkan seorang penduduk Mohd Nor Jusoh, mewakili 120 orang penyokong kuat PAS menyertai Umno kerana tidak yakin dengan perjuangan parti itu. Malah salah seorang anaknya, Mohd Adnan Mohd Nor, 28, (gambar kanan) mendakwa bukan semua anggota keluarga mengikut ayahnya. Jelasnya, apa yang dilakukan hanya untuk memburukkan perjuangan PAS. "Saya langsung tidak berminat dengan Umno kerana tidak ada sebab saya menyertai parti itu apa lagi perjuangan PAS terbukti benar-benar membela rakyat,”ujarnya. Hadir sama pada pertemuan itu Penghulu Mukim Lubuk Tembesu, Beoh, Mohd Sabri Mat Nawi dan Ketua PAS Cawangan Beoh, Mohd Idris Mat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7121-dakwaan-120-sertai-umno-di-bachok-karut
Kelantan tandatangan 6 MoU pembangunan |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 20 Dis: Sebanyak enam perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dengan beberapa buah syarikat swasta untuk enam program pembangunan rakyat di negeri itu.
Perjanjian persefahaman itu meliputi program modal insan, industri multimedia, animasi, akademi filem Islam kreatif, penubuhan wings coffee, salon dan latihan pembangunan industry kreatif. Majlis perjanjian persefahaman itu diwakili oleh wakil-wakil kerajaan negeri dan syarikat swasta terbabit, Universiti Kreatif Limkokwing, profima, Wings Coffee Sdn Bhd, Making Headlines Design Sdn Bhd dan Zentrum Future Studies. Perjanjian berkenaan diadakan sempena majlis perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan 2011 yang diadakan selama dua hari bermula 20 Disember di KTC pagi semalam. Sebanyak 30 gerai yang mewakili syarikat-syarikat kreatif Kelantan dan luar mempamerkan produk masing-masing pada program yang bertemakan ‘Kuasa Anak Muda Pemangkin Industri Kreatif’. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program ini berpeluang anak-anak muda Kelantan untuk mempamerkan bakat kreatif mereka kepada umum. Katanya, pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk memberi peluang anak muda Kelantan mempelajari pelbagai ilmu kemahiran kreatif seperti batik, fotofrafi, seramik, ukiran kayu dan berbagai lagi. “Ianya dapat menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran yang ada,”ujarnya. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7147-kelantan-tandatangan-6-mou-pembangunan
Maahad Muhammadi Perempuan terbaik sekolah Yik |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 23 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) setelah mendapat keputusan cemerlang 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Manakala Maahad Tahfiz Sains Al-Quraan, Bistanul Ariffin, Berangan, Tumpat pula menduduki tempat kedua terbaik seluruh Kelantan yang juga mendapat keputusan 100 peratus kejayaan. Kejayaan luar biasa yang sebelum ini hanya dicapai enam peratus bagi 9A, kini mencecah kepada 40.7 peratus, berbanding Maahad Muhammadi Perempuan 40.9 peratus. Menariknya, pasangan kembar Nurul Aina dan Nurul Aini Mat Sidik, 15, antara yang memperolehi 9A sekolah itu. Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Mansor Daud ketika berucap pada majlis pengisytiharan itu semalam memberitahu, seramai 167 pelajar yang menduduki peperiksaan itu telah memperolehi 9A. “Ianya satu pencapaian yang amat membanggakan dan kita sendiri tidak menduganya. “Sebelum ini Yik meletakkan target pada kita, 95 peratus, kita rasa ianya tidak mampu melepasinya, namun inilah ketetapan Allah, alhamdulillah,” ujarnya. Mudir Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Bistanul Ariffin, Ustaz Suhaimi Sulaiman pula, menyifatkan kejayaan itu bukan hanya keberkatan sekolah aliran agama sahaja, sebaliknya pelajar juga menghafal al-Quran. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/83-negeri-kelantan/7182-maahad-muhammadi-perempuan-terbaik-sekolah-yik
Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat terbaik SMU |
Salmah Mat Husain |
(Datuk Mohd Amar Abdullah bersama pelajar cemerlang Sijil Menengah Ugama 2011 di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Machang, hari ini. Foto Rizal) MACHANG, 27 Dis: Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat muncul sekolah terbaik Yayasan Islam Kelantan (Yik) tahun ini dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2011 dengan pencapaian 100 peratus. Maahad Tahfiz Al-Quraan Wal-Qiraat merupakan antara sembilan sekolah aliran Yik yang mendapat kelulusan 100 peratus terbaik dalam peperiksaan itu. Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah Arshad di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, tengahari tadi. Sementara itu, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Al-Farouq Azmi Nazmi yang mendapat mumtaz dalam peperiksaan SMU diumumkan sebagai pelajar cemerlang Yik. Farouk yang juga anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi itu memperolehi 10 mumtaz dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dengan pencapai 97.90 peratus. Nur Dini Ahmad Zawawi dari MMP pula dinobatkan sebagai pelajar cemerlang wanita apabila 10 mata pelajaran yang diambil mendapat mumtaz dengan 96.90 peratus. Muhammad Safwan Mohd Shamsudin, dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong pula pelajar terbaik Tahfiz juga 10 mumtaz 94.30 peratus. Amar berkata, secara umumnya keputusan peperiksaan berkenaan begitu cemerlang berbanding tahun lalu apabila 1,384 orang mendapat mumtaz (cemerlang) dengan peningkatan 31.31 peratus, berbanding sebelumnya 1,091 orang. Beliau seterusnya memberitahu, begitu juga di peringkat Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) juga turut meningkat 27 peratus tahun ini dengan pencapaian 85 peratus, berbanding tahun sebelumnya 57.03 peratus. Antara sekolah yang mendapat kelulusan 100 peratus, Maahat Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Al Asriah Banggol Chicha, Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Turut mendapat keputusan 100 peratus dalam peperiksaan itu, Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, SMU (A) Al Ulum Padang Embun, Sek Men Islam Puchong, Selangor, Pusat Pendidikan Islam, Gunong dan Maahad Tahfiz Repek, Pasir Mas. Amar ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas peningkatan dalam peperiksaan yang begitu memberangsangkan. Katanya, peningkatan dari tahun ke tahun ini cukup membuktikan usaha Yik yang mengutamakan pendidikan Islam melalui didikan syahsiahnya adalah benar. “Selain quality pelajar itu sendiri yang sememangnya telah hebat, ditambah pula dengan didikan, sesi tarbiah di sekolah ditambah pula sokongan guru dan doa ibubapa, menyebabkan peratus kecemerlangan itu semakin bertambah,”ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/83-negeri-kelantan/7252--maahad-tahfiz-al-quraan-wal-qiraat-terbaik-smu
Umno belum mampu bina kekuatan di Kemahang | | Print | |
Aslani M |
TANAH MERAH, 28 Dis: Biar pun Felda Kemahang 2 dan 3 merupakan kubu tradisi Umno, namun PAS mampu bertapak di situ pada pilihan raya umum lalu. Sebahagian peneroka meninggalkan Umno kerana kecewa dengan pihak pengurusan Felda sehingga mereka membawa kes ke mahkamah. Sebelum itu seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3 menyaman Felda berhubung dakwaan menipu gred buah kelapa sawit. Selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar RM11 juta. Usaha mengetengahkan kes tersebut turut mendapat sokongan pemimpin PAS sehingga akhirnya mereka menang saman. Setiausaha Majlis Tindakan Dun Kemahang, Jusoh Ismail berkata, biar pun ada cakap-cakap segelintir peneroka terbabit mahu kembali semula ke pangkuan Umno kerana tidak puas hati jumlah pampasan diterima, namun belum ada yang berbuat demikian. ”Belum ada ahli atau penyokong PAS di di Kemahang 3 menyertai Umno sebagaimana didakwa media massa baru-baru ini. “Sebaliknya apa yang berlaku tidak lebih sekadar gimik segelintir peneroka dengan meluah perasaan pada satu majlis dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad di Felda Kemahang 3 baru-baru ini,” katanya di sini. Menurutnya rasa tidak puas hati hanya berlaku sesama peneroka berkaitan pembahagian jumlah pampasan selepas mereka menang dalam kes saman Felda sebelum ini. Katanya, masalah itu terbawa-bawa sehingga ada peneroka tidak puas hati dan hadir pada program penyampaian bonus yang dihadiri Isa di Kemahang 3. Baru-baru ini Ketua PAS Cawangan Felda Kemahang 3, Mohd Ramli Deramin dilaporkan meletak jawatan kerana hilang keyakinan terhadap parti itu. Menurutnya sebahagian daripada 304 peneroka yang menyertai PAS sebelum ini akan mengikut jejak langkahnya. Jusoh yang juga penghulu Mukim Kemahang berkata, ada peneroka meluahkan rasa kecewa ketika Isa Samad datang, kemudian digambarkan media seolah-olah mereka mahu menyertai Umno. “Peneroka terbabit ada menemui saya selepas majlis tersebut dan menjelaskan perkara sebenar yang tidak lebih sebagai gimik semata-mata,” katanya. (Ikuti pendedahan lanjut dalam edisi cetak keluaran akan datang) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7277-umno-belum-mampu-bina-kekuatan-di-kemahang
Jualan dinar, dirham lebih RM40.9 juta |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972. (Rekabentuk baru Dinar Kelantan) Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya. Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu. Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan. Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam. “Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya. Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram. Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’. Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia. Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut. “Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya. Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa. Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7308-jualan-dinar-dirham-lebih-rm409-juta
‘Tumpas’ kerana ingin ‘jerat’ YDP PAS |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 2 Jan: Hanya kerana ingin ‘menjerat’ Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam laman tertutup facebook Umno-tumPAS, akhirnya aktivis dan penyokong Umno, Wan Musa Wan Ahmad yang tumpas dan seterusnya menyertai PAS. Bekas Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Batu Empat, Jalan Kuala Krai itu petang tadi menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS bersama 20 orang yang lain kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha PAS negeri, Zulkifli Mamat, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.
Wan Musa yang juga Setiausaha JKKKP Mukim Padang Enggang ketika ditemui memberitahu pada mulanya dia menyertai halaman tertutup Umno-tumPAS bertujuan untuk ‘menghentam’ pemimpin PAS terutama Wan Rahim.
“Memang saya menghentam dia sebelum ni, tetapi dia tidak membalas kutukan saya terhadapnya, sebaliknya rakan-rakan lain yang membela beliau. “Tetapi akhirnya dia ingin bertemu saya, sepatutnya saya yang bertemu dia, begitu hebat jiwa pemimpin PAS, ada sifat rendah diri dan akhirnya saya ‘kalah’ dan seterusnya mengakui pemimpin PAS memang terbaik,” ujarnya. Sambungnya, andainya Wan Rahim sahaja telah dapat menawan hatinya, belum lagi pemimpin besar lain terutama Tuan Guru dan ulama lain yang berada dalam PAS. Beliau juga turut mengakui pemimpin Umno semakin tidak boleh dipercayai dari hari ke hari. Tambahnya, dengan penyelewengan yang berlaku di peringkat menteri dan bawahannya, jelas membuktikan mereka hanya berjuang untuk peribadi dan keluarga dan bukannya untuk rakyat. Ketika ditemui, beliau menyeru semua rakan-rakannya yang masih bersama Umno dan BN turut menyertai PAS.
Sempena majlis itu juga, memorandum dari rakan-rakan Umno-tumPAS telah diserahkan kepada Tuan Guru yang antara lainnya untuk mendedahkan kehebatan kerajaan PAS Kelantan.
Memorandum itu diserahkan oleh seorang rakan laman sosial itu, Mat Kamal Awang (MKA). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7369-tumpas-kerana-ingin-jerat-ydp-pas
Rizal Tahir, |
(Husam di The 16th Chinese New Year Shopping Festival In Sinchuan)
CHENGDU, China, 9 Jan: Kelantan dicadangkan menjadi hub barangan halal di rantau Asia Pasifik memandangkan negeri itu berupaya mencapai hasrat tersebut.
Bagi menjayakan hasrat itu juga, Pertubuhan Islam Asia Pacific (PIAP) perlu ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada barangan halal khususnya kesedaran pengguna terhadap barangan halal dan kualiti.
Pengarah The Economic Development Administrative Center Of Cheng Du Municipal Islam Association PRC, Moussa Ma Jian Xue, berkata demikian sewaktu perjumpaannya dengan exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, di sini baru-baru ini.
“Bagi mencapai hasrat itu, kerjasama persijilan halal antarabangsa khususnya barangan dari negara China serta latihan dalam indutri pengeluaran produk halal perlu diadakan bersama,”ujarnya.
Katanya lagi, bagi menjayakan hasrat berkenaan, satu expo pameran produk halal di peringkat antarabangsa sebanyak dua kali setahun perlu diadakan di Kota Bahru.
“Expo barangan halal ruang pameran halal dari seluruh dunia dua kali setahun di Kota Bahru dengan menyediakan ruang pameran yang besar untuk barang halal dari seluruh dunia juga perlu diadakan,”ujarnya lagi.
Dalam lawatan tiga hari itu juga, deligasi kerajaan negeri turut dibawa melawat The 16th Chinese New Year Shopping Festival In Sinchuan, salah satu expo sempena tahun baru Cina.
Rumah kos rendah dalam taman
Sementara itu, sebanyak 1,000 rumah kos rendah dan sederhana mampu bilik dijangka akan dibina di negeri ini oleh sebuah syarikat terkemuka di wilayah tersebut.
(Gambar: Husam melihat model pembangunan perumahan yang dibuat oleh Jindi)
Syarikat Sichuan Jindi Co. Ltd. telah menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakan pembinaan berkenaan sewaktu pertemuan dengan exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, baru-baru ini, di sini.
“Syarikat Jindi Co. Ltd secara asasnya telah menyatakan persetujan mereka untuk membina projek perumahan mampu milik di Kelantan.
“Sekurang-kurangnya 1,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana akan dibina oleh syarikat ini,” ujar Husam selepas pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jindi Co. Ltd. Weijie Zeng.
Tambahnya, perbinaan itu nanti akan diterapkan dengan falsafah rumah dalam taman seperti yang digunakan di wilayah tersebut.
“Konsep rumah dalam taman sangat harmoni dan akan memberi ketenangan kepada penduduk nanti,” ujarnya lagi.
Husam adalah dalam lawatan balas kerajaan negeri ke wilayah aitu selepas di jemput oleh Weijie Zeng yang melawat Kelantan sebelum ini.
Manakala Weijie Zeng dijangkakan akan melawat Kelantan dua minggu lagi untuk melawat lokasi yang dijangka bagi membina projek perumahan berkenaan.
Turut serta dalam sesi lawatan itu, CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh dan Ahli Lembaga Kelantan Gold Trade, Dr Hanapi Mohamad.
Sumber HD : 9/01/2012
Umno bimbang trauma 1999 berulang kembali
Aslani M, |
KOTA BHARU, 10 Jan: Trauma kerana kehilangan sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum 1999 mungkin menjadi tanda aras kes liwat II tidak menyebelahi pihak pendakwa.
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hafiz Musa berkata, Umno/Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan sebahagian besar orang Melayu ketika itu.
“Jika situasi itu berlaku sekali lagi, rejim Umno/BN diyakini akan kehilangan undi majoriti dalam pilihanraya umum akan datang.
“Seterusnya pemerintahan BN di Malaysia pasti akan berakhir,” katanya di sini.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan kes liwat II setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti menyakinkan.
Oleh itu kata Hafiz Pemuda PAS Kelantan melihat keputusan di luar jangka tersebut sebagai satu perkembangan amat baik terhadap institusi kehakiman negara kerana dibebaskan daripada kongkongan rejim Umno/BN.
Bahkan katanya pembebasan tersebut sewajarnya dilihat sebagai petanda di mana pengamal perundangan berjaya mengikis rasa takut terhadap rejim yang mentadbir negara sekarang.
Sedangkan menurutnya senario itu amat berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes liwat 1, di mana institusi kehakiman berada di bawah kongkongan rejim pemerintah.
“Kes tersebut membawa gelombang kebangkitan apabila Dato' Seri Anwar dipenjara mengikut telunjuk pemerintah ketika itu, walaupun pendakwa juga gagal membawa bukti mensabitkan beliau,” katanya.
Oleh itu Pemuda PAS Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dilepas daripada tuduhan liwat II.
Menurutnya ia dianggap sebagai tamat episod siri fitnah dan permainan politik kotor yang memalukan negara di mata dunia.
“Pembebasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atasnya selama ini hanyalah merupakan fitnah yang direka,” katanya.
Hafiz juga berkata, sudah tiba masanya semua pihak dalam Pakatan Rakyat memfokus gerak kerja menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sumber HD : 10/01/2012
1,000 peneroka Kesedar berhimpun tuntut keadilan
M Faqih Foto Rizal Tahir, | 17 Jan 2012 |
GUA MUSANG, 17 Jan: Selepas lebih 30 tahun berdepan dengan pelbagai tekanan sehingga kebajikan terabai, akhirnya peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyerah memorandum menuntut hak mereka.
Memorandum yang mengandungi 15 tuntutan peneroka daripada sembilan rancangan kemajuan (RKT) tanah Kesedar diserah Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah (Waris) Kesedar Kelantan, Hamdan Jusoh pagi tadi.
Memorandum setebal tiga muka surat itu diterima Pengurus Besar Kesedar, Arshad Ismail selepas majlis dialog dengan wakil-wakil peneroka.
Sebelum itu lebih 1,000 peneroka daripada sembilan RKT terbabit berarak bermula di Pejabat Agama Gua Musang menuju ke ibu pejabat Kesedar di Bandar Baru Gua Musang.
Mereka hadir beramai-ramai sebagai memberi sokongan kepada Waris bagi membela nasib mereka, selepas mendakwa sekian teraniaya di bawah pengurusan Kesedar.
Perarakan sejauh kira-kira 200 meter diketuai Hamdan. Hadir sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan, Mazlan Aliman, Pengerusi Waris Pusat, Ruslan Ismail dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin.
Antara tuntutan yang dikemukakan Waris termasuk menghapus hutang peneroka Kesedar seperti mana yang dijanjikan, Kesedar hendaklah berlaku adil dalam setiap pembahagian peruntukan projek dan bantuan.
Selain itu Kesedar harus memberi 10 ekar kepada peneroka, peneroka perlu tahu ke mana wang hasil ladang sawit dan getah.
Ketika ditemui pemberita selepas itu Ruslan berkata, Kesedar perlu memberi penjelasan terperinci kos yang ditanggung peneroka bagi proses tanam semula.
“Peneroka ingin tahu ke mana hasil ladang Kesedar diurus oleh Kesedar Dagang. Kesedar juga perlu menjelaskan ke mana wang pampasan yang dibayar kerajaan untuk tanah peneroka yang terlibat dengan jalan, kabel elektrik dan sebagainya.
“Kesedar juga perlu menjelaskan kos tanam semula bagi setiap hektar kebun. Kami juga memohon Kesedar membayar balik wang lebihan dan hutang yang telah dibayar melalui potongan bayar kembali (BK),” katanya.
Selain itu kata beliau Kesedar perlu menyerah balik jawatan pengerusi Kesedar kepada Menteri Besar Kelantan.
Salinan memorandum yang sama diserah kepada Sultan Kelantan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Besar Kelantan dan pengurus Pejabat Operasi RKT Kesedar.
Perhimpunan aman yang diadakan di kawasan ibu pejabat Kesedar mendapat permit polis. Ada beberapa anggota polis berkawal di pintu masuk ke pejabat Kesedar.
Hanya lima wakil peneroka dan kepimpinan Anak dan Waris sahaja dibenarkan masuk.
Sejurus selepas selesai majlis tersebut, seorang peneroka dari Paloh 3, Hamid Awang Kechik, 54 membuat laporan polis ekoran kebun sawitnya seluas ditebang Kesedar biar pun beliau tidak mengizinkan bagi projek tanaman semula.
Sebahagian peneroka yang hadir turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang bagi memberi sokongan kepada Hamid.
Hamid juga meluahkan rasa bimbang perjanjian kedua yang diminta ditandatangani setiap peneroka menyebabkan kebun diusahakan selama ini hilang begitu sahaja.
Sumber HD : 17/01/2012
Hapus PTPTN: Kelantan kumpul data peminjam
Harakahdaily, | 17 Jan 2012 |
KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.
Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.
“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.
Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.
Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.
Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.

Lagi suara desak Gerakan keluar BN
Aslani M | Foto Yusri Amin, | 19 Jan 2012 |
KOTA BHARU, 19 Jan: Barisan Nasional (BN) tidak mampu lagi mempertahankan hegemoninya apabila pakatan pelbagai parti hampir 55 tahun dalam gabungan itu kini semakin rapuh.
Retak menunggu belah semakin jelas sekarang, lebih-lebih lagi Gerakan yang bergabung dalam BN selepas menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969, mulai berani mempersoalkan keikhlasan Umno.
Gerakan diasaskan Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas bersama Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan V. Veerapan pada 1968.
Bagaimanapun hasil pujukan Tun Razak Hussin parti itu menyertai BN pada 1972 dengan alasan mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali.
Sejak itulah Gerakan mulai hilang identiti sebagai parti pelbagai kaum apabila lebih didominasikan kaum Cina.
Kini selepas hampir 40 tahun mimpi sebahagian pemimpin Gerakan dan Umno mulai berlainan, lebih-lebih lagi selepas Pulau Pinang terlepas ke Pakatan Rakyat pada Mac 2008.
Suara-suara muak dan kecewa semakin nyaring apabila ramai pemimpin menyuarakan mereka sekadar menjadi alat Umno bagi mencengkam kuasa politik Malaysia.
Sebulan selepas tsunami Mac 2008 Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon menjadi pemimpin kanan pertama keluar parti itu.
Pada 8 Mac tahun lepas seorang lagi pemimpin pusat Gerakan, Dr Hsu Dar Ren mengikut jejak langkah Kah Choon.
Beliau secara anak jantan menunding jari ke arah Umno yang mendominasi kuasa politik gabungan BN.
Tidak lama selepas itu pada 19 Oktober 2011 Setiausaha Gerakan Kedah yang juga Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye mengambil langkah serupa.
Suara-suara kecewa dan mendesak Gerakan bersendirian seperti sebelum 1972 bergema hebat apabila Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua (gambar) pada ucapannya di Mesyuarat Agung parti itu pada September tahun lepas secara terus terang mempersoalkan keikhlasan Umno.
“Pada peringkat awal Gerakan Kelantan mahu usul supaya Gerakan keluar daripada BN dimuatkan dalam usul peringkat pusat, namun mereka tolak.
“Namun saya tetap mahu berucap pada perhimpunan itu. Ekoran itu Setiausaha Agung meminta saya tidak menyebut perkataan mendesak keluar daripada BN.
“Saya memang tidak sebut permintaan itu, namun saya tanya kepada 2,100 perwakilan, siapa yang mengkhianati Gerakan, adakah DAP, PKR atau PAS, perwakilan menjawab tidak.
“Saya sebut lagi adakah Umno yang sabotaj Gerakan, tiba-tiba perwakilan dengan nada kuat menjawab ya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Chua bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kuala Krai tiga tahun lalu, memberi ingatan kepada Presiden, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya segera membawa keluar parti itu sebelum terlambat.
Menurutnya, Gerakan perlu bertanding secara bersendirian seperti sebelum 1972 sekiranya mahu parti kembali kuat, memandangkan sekarang mereka banyak disabotaj Umno.
Bagaimanapun katanya beliau amat kecewa dengan pemimpin di atas apabila enggan mendengar keluhan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.
Ekoran kedegilan Tsu Koon akhirnya pada 3 Januari lalu Cikgu Chua menghantar surat meletak jawatan sebagai Setiausaha Gerakan Kelantan yang disandangkan 21 tahun lalu.
Dan pada 14 Januari lalu beliau berceramah di pentas PAS di Wakaf Baru bagi menyedarkan masyarakat Cina dan Siam terhadap hipokrasi pemimpin Umno.
(Tunggu pelbagai pendedahan menarik Cikgu Chua dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Sumber HD : 19/01/2012
KOTA BHARU, 24 Jan: Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.
Artis yang terkenal lagu duetnya ‘Paling Comel’ bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.
Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.
“Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,”ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012 di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite.
Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan.
“Tak adalah saya nak ‘control’ sangat macam sebelum ni, sebab semuanya wanita, sound sistempun wanita, begitu juga keselamatan terdiri dari kaum wanita,”ujarnya.
Beliau juga turut teruja dengan penonton wanita Kelantan yang begitu ‘sporting’ apabila turut menyanyi bersamanya.
Sempena persembahannya, beliau mendendangkan enam buah lagu termasuk lagu hitnya ‘paling comel’.
Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan Kelantan kerana sudi mengundangnya dan berhasrat untuk datang lagi sekiranya diundang.
Bukan kerana trend
Menyentuh tentang penghijrahannya yang kini imej bertudung beliau berkata ianya bermula akhir Ramadan tahun lalu.
Nana bagaimanapun menolak imejnya itu ada kaitan dengan trend artis kini yang semakin ramai bertudung.
Sambungnya, apa yang berlaku kerana keinsafan diri bersesuaian dengan usia semakin hari semakin bertambah.
“Jadi saya perlu memberi contoh yang baik untuk anak tunggal saya yang kini berusia empat tahun,”ujarnya.
Nana yang mula bergiat dalam bidang nyanyian sejak tahun 1999 kini telah berjaya menghasilkan enam album, termasuk dua album duetnya.
Sumber HD : 24/01/2012

Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan
Teks dan foto: Salmah Mat Husain, | 24 Jan 2012 |

Umno umpan wang misi tawan Kelantan
Mohd Nor Yahya, | 25 Jan 2012 |
KOTA BHARU, 25 Jan: Umno dianggap hanya bergantung kepada kekuatan wang ringgit bagi menjayakan misi menawan Kelantan. Sedangkan taktik itu bertentangan dengan perjuangan dibawa Nabi Muhammad saw.
(Gambar: Nik Aziz melepas rombongan Kelantan Ride)
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno sejak 20 tahun lalu beriya-iya sangat hendak tawan Kelantan dengan harapan mereka ada kekuatan wang ringgit.
“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak sehingga bercakap begitu, sedangkan semasa Nabi Muhammad saw dahulu, baginda seorang yang miskin dan tetap meneruskan perjuangan Islam menentang golongan kaya seperti Abu Jahal.
“Jadi tidak pelik dan hairanlah kalau kami (PAS) di Kelantan ini juga berusaha mempertahankan Kelantan,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan pelepasan rombongan Kelantan Ride di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Semalam ketika datang ke Kelantan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu menawan negeri tersebut pada pilihan raya umum ke-13.
Malah, sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah melahirkan keyakinan serupa, mampu merampas Kelantan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Mursyidul Am PAS berkata, walaupun Umno berusaha merampas Kelantan, namun PAS tetap mempertahankan negeri ini.
Bagaimanapun menurutnya kekayaan yang dimiliki seseorang tidak digunakan untuk Islam dianggap hanya sia-sia sahaja.
“Firaun kaya, Qarun kaya, Namrud pun kaya kalau nak banding dengan Nabi saw masa itu. Islam menyebut kita ada akhirat dan kemenangan sesuatu kaum itu bukan kerja manusia dan itu semua adalah kehendak Allah SWT,” ujarnya.
Kata beliau juga rakyat Kelantan akan bertanggungjawab di hadapan Allah Taala kelak sekiranya mereka tidak bersungguh-sungguh mempertahankan dasar Islam yang ada sekarang.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak nampak sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan Umno mahu merampas Kelantan.
“Keyakinan itu perkara lumrah dan bukan kali pertama disuarakan pemimpin Umno samada di peringkat pusat mahu pun negeri.
“Pada pilihanraya umum 2008, Umno Kelantan di bawah Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan serupa, bahkan mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan,” katanya.
Sumber HD : 25/01/2012

Hujahan Kickdefella pindah kes didengar 4 Mac
Harakahdaily, | 29 Jan 2012 |
KOTA BHARU, 29 Jan: Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu (1) hari ini menetapkan 4 Mac depan untuk pendengaran hujahan peguam-peguam berkaitan permohonan Syed Azidi Abdul Aziz @ kickdefella bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur.
Permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim pada tarikh berkenaan setelah hakim mendapati suratcara dan afidavit-afidavit kesemua pihak telahpun difailkan.
Antara lain alasan yang diberikan oleh Syed Azidi bagi memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur ialah kerana beliau khuatir dengan keselamatan beliau jika kes itu terus dibicarakan di Kota Bharu.
Sementara itu, permohonan peguam Datuk Husam Musa untuk mendapatkan satu perintah injunksi ke atas Syed Azidi dicabar oleh oleh para peguam Syed Azidi.
Permohonan injunksi itu bertujuan untuk menghalang Syed Azidi daripada terus menulis atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh mengenai Husam Musa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 11 Mac ini untuk peguam-peguam berhujah berkaitan dengan permohonan tersebut.
Pada prosiding hari ini, Husam diwakili oleh peguam Hisham Fauzi manakala Syed Azidi diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun, Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Badrul Hishah Abdul Wahap.
Sumber HD :30/01///2012

Ladang Rakyat: Umno sengaja burukkan Kelantan
Aziz Muda, | 29 Jan 2012 |
GOMBAK, 29 Jan: Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan berhubung Ladang Rakyat sememangnya amat berfaedah kepada rakyat, tetapi sengaja dijadikan isu oleh para pemimpin Umno untuk memburukkan kerajaan negeri itu.
Isu tersebut sengaja dicetuskan oleh Umno menerusi peneroka-peneroka tanah secara haram daripada kalangan penyokong parti itu, dengan memanipulasikan kegagalannya untuk memiliki tanah ekoran tindakan mereka sendiri yang menyalahi undang-undang.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaqi Attiqullah (gambar) berkata, namun usaha Umno itu tetap tidak berhasil kerana isu tersebut sudah difahami dengan jelas oleh majoriti rakyat Kelantan.
Menurutnya, dakwaan Umno yang kononnya Kerajaan Kelantan mengambil tanah rakyat untuk melaksanakan usaha tersebut ternyata tidak berasas.
Katanya, sebaliknya tanah-tanah yang digunakan oleh kerajaan negeri itu untuk melaksanakan usaha tersebut adalah tanah-tanah yang tiada pemilik atau tanah kerajaan sendiri.
"Jika tanah-tanah rakyat pula, yang dimaksudkan adalah tanah-tanah yang masih belum ada pemiliknya, tetapi diusahakan secara haram oleh para peneroka penyokong Umno.
"Walaupun permohonan telah dibuat ke Pejabat Tanah dengan disertai bayaran deposit, permohonannya tidak pun diluluskan tetapi mereka sendiri yang mengakui tanah-tanah itu adalah milik mereka yang sah.
"Sedangkan hakikatnya tidak begitu," katanya ketika berdialog bersama wartawan-wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke=13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, malam tadi.
Dalam proses pemilikan tanah, menurutnya, semua pihak tahu, walaupun seseorang itu telah membuat permohonan dan membayar deposit ke Pejabat Tanah tidak bererti tanah itu telah menjadi milik individu terbabit.
Sebaliknya, tegas beliau, masih banyak lagi proses-proses lain yang mesti dilalui bagi membolehkan permohonan itu diluluskan oleh Pejabat Tanah sehingga membolehkan tanah itu sah menjadi milik individu terbabit.
"Sebahagian tanah-tanah itulah sebenarnya yang terbabit dengan usaha Ladang Rakyat itu dan tak timbul soal kerajaan mermpas tanah rakyat yang sebenarnya," katanya yang juga Adun Pasir Tumbuh.
Ladang Rakyat yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan itu, tambahnya, diadakan di setiap kawasan Dun, manakala setiap Dun pula disertai 100 orang peserta.
"Jadi jumlah keseluruhannya 4,500 orang manakala setiap peserta pula menerima dividen RM200 setiap bulan. Ini jelas membayangkan betapa berfaedahnya usaha itu kepada rakyat," tegasnya.
Langkah Kerajaan Kelantan mengadakan Ladang Rakyat, katanya, ternyata mencemaskan Umno BN, sehingga menyebabkan para pemimpin parti itu mencetuskan pelbagai isu bagi memburukkan kerajaan negeri.
"Pada hal ia sebenarnya tak ada sebarang isu pun. Malah janji Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberikan tanah kepada para peneroka yang meneroka tanah sebelum tanah 1980 telah lama ditunaikan.
"Tapi itu juga telah dijadikan isu oleh para pemimpin Umno. Namun kerajaan negeri tetap bertindak bijak. Malah kepada peserta-peserta Kesedar pun turut diberikan tanah oleh kerajaan negeri," tegasnya.
Sumber HD : 30/01/2012

Petronas dipandang tinggi jika bayar royalti Kelantan
Abdul Aziz Mustafa, | 31 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Petronas sepatutnya mengutamakan tanggungjawabnya di segi perundangan dahulu sebelum melaksanakan tanggungjawab sosialnya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Menurut beliau, walaupun pembinaan laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang adalah sumbangan yang sangat dialu-alukan, tetapi lebih penting lagi Petronas mengutamakan perlaksanaan tanggungjawabnya di sisi undang-undang.
"Sehingga kini Peronas tidak melaksanakan legal responsibiliti atau tanggungjawabnya di sisi undang-undang dan membayar royalti minyak kepada Kelantan," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin, jika Petronas melaksanakan tanggungjawab perundangannya itu dan membayar royalti minyak kepada Kelantan dan negeri lain yang berhak mendapat royalti tersebut, syarikat minyak nasional itu akan dipandang tinggi sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.
Sehingga kini, kerajaan negeri Kelantan terus disekat dan dinafikan haknya untuk menerima royalti yang termaktub dalam Akta Petroleum itu.
Menurut The Star, laluan pejalan kaki berhawa dingin bernilai RM100 juta itu dibiayai oleh Petronas di bawah program sumbangan sosialnya.
Bagaimanapun, harga RM100 juta untuk laluan berhawa dingin sepanjang 562 meter dan selebar lima meter itu dipertikaikan oleh blogger pro-Umno sendiri.
Blogger itu menyifatkan harga laluan pejalan kaki itu, iaitu RM3,307 sekaki persegi terlalu mahal.
Menurut blogger itu, harga RM3,307 sekaki persegi untuk laluan pejalan kaki itu enam kali ganda lebih mahal dari harga kondominium enam bintang di Mont Kiara.
Kos sedemikian, katanya, "lebih teruk dari kondo lembu".
Laluan pejalan kaki berhawa dingin yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merentasi kawasan sibuk di Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dengan pintu masuk bereskalator dan bertangga serta pintu keluar di lokasi strategik dan selesa.
Bahagian lainnya terdiri daripada sebuah terowong pejalan kaki dari aras concourse Pusat Konvensyen Kuala lumpur yang sekarang bersambung dengan terowong sedia ada ke kompleks beli-belah Suria KLCC.
Sumber HD : 31/01/2012
KOTA BHARU, 31 Jan: Mungkin tidak ramai mengetahui detik kejatuhan kerajaan PAS Kelantan pada 1978 kerana pengisytiharan darurat ekoran krisis politik yang berlaku pada 1977.
Bermula dari situlah politik darurat dilakukan pemimpin Umno tanpa mengadakan rundingan dengan kerajaan PAS.
Ekoran itu pada 13 Disember 1977 PAS disingkirkan daripada BN kerana enggan mematuhi Whip BN mengenai penggunaan Akta Darurat di Kelantan.
Pemerintahan darurat di bawah Majlis Gerakan Negara (Mageran) hanya ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978 kerajaan pusat mengisytiharkan pilihan raya negeri Kelantan.
Sebenarnya isu tersebut bermula lebih awal iaitu apabila Dato’ Asri Muda yang juga Yang Dipertua PAS ketika itu menerima pelawaan Tun Abdul Razak Hussin menyertai kerajaan campuran.
Ketika berada dalam kerajaan campuran, Umno menolak calon PAS dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, sebaliknya menerima Dato’ Mohamad Nasir.
Kelibat Mohamad yang dilihat lebih mengikut telunjuk Umno dan Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya mencetus undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, krisis terbabit menyebab berlaku perpecahan PAS.
Dan pada pilihan raya umum 1978 lahir pula Berjasa yang diketuai Mohamad dan bergabung dengan Umno (BN) menentang PAS. Bermula dari detik itulah kerajaan PAS Kelantan jatuh.
Oleh itu bagi mengenang semula detik-detik mendebarkan tersebut PAS Kelantan akan menganjurkan seminar Tiga Dekad Kebangkitan Semula PAS Kelantan (1978-2008) pada 10 Febuari ini.
Seminar tersebut akan diadakan di Pondok Pasir Tumbuh, tidak jauh dari bandar Kota Bharu.
Program bermula dengan kuliah perdana disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Empat kertas kerja juga dibentang pada seminar sehari tersebut. Anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman membentang tajuk “Pengalaman Bersama BN dan Kekalahan Pada 1978”.
(ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

PAS Kelantan imbau detik cemas 1978
Aslani M, | 31 Jan 2012 |

Penjawat awam pusat dikerah sambut TPM esok
Aslani M, | 01 Feb 2012 |
KUALA KRAI, 1 Feb: Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kampung Manek Urai Baru esok mungkin terkejut melihat projek pembesaran jambatan (gambar) yang tersasar daripada jadual asal.
Malah kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pembinaan jambatan itu mengikut jadual, ditolak penduduk tempatan.
Biar pun kerja-kerja pembinaan dimulakan ketika menjelang kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada Oktober 2010, namun struktur asas di sungai belum kelihatan.
Sehingga kini hanya kelihatan kerja-kerja membina gelegar jambatan dan tiang di bahagian daratan sahaja.
Difahamkan juga subkontrak yang terbabit dengan pembinaan jambatan itu sudah beberapa kali bertukar tangan.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Muhyiddin menganggarkan peruntukan sebanyak RM7 juta hingga RM10 juta bagi membesarkan jambatan yang sedia ada.
Namun sekarang peruntukan sudah meningkat kepada lebih RM14 juta. Projek jambatan itu dilihat senasib dengan projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang sudah jauh melewati tarikh asal disiapkan.
Muhyiddin juga mungkin malu apabila melihat projek kompleks sukan di Kampung Manjor yang bernilai RM300,000 hanya sekadar disiapkan padang dan astana kecil sahaja.
Seorang penduduk tempatan, Zamri Jusoh, 43 berkata, kompleks sukan yang diuar-uarkan Umno hanya sekadar meratakan tanah dan membina astaka kecil.
“Tak kan pula sekadar meratakan padang dan membina rumah kecil membabitkan kos sehingga RM300,000. Penduduk di sini ingatkan kompleks sukan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
“Namun ia tidak lebih sekadar gimik politik semata-mata bagi mengelabui mata rakyat,” katanya di sini.
Difahamkan juga kehadiran Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyebabkan pihak sekolah memberi kebenaran pelajar pulang lebih awal esok bagi membolehkan guru-guru hadir pada program berkenaan.
Menurut sumber kakitangan kerajaan persekutuan di tempat-tempat lain di sekitar Kuala Krai turut diarah hadir pada program terbabit.
Penjawat awam tersebut termasuk guru, kakitangan hospital dan pelbagai lagi jabatan lain. Mereka difahamkan dibekalkan baju khas berwarna merah bagi menggambarkan gelombang merah.
Ketua Umno Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman sebelum ini mensasarkan seramai 15,000 orang hadir pada program itu.
Manakala guru-guru di Kota Bharu pula dikerah hadir pada program Muhyiddin di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat pada sebelah pagi.
Kedua-dua program terbabit akan diselit dengan penyampaian bauncer Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Sementara pada 4 Febuari ini pula guru-guru difahamkan akan dihimpunkan di Kok Lanas bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan pemimpin Umno.
Sumber HD : 1/02/2012
KETEREH, 1 Feb: Datuk Dr Awang Adek Hussin agak ketinggalan apabila mengulangi kenyataan Yayasan Islam Kelantan (Yik) belum menghantar senarai pelajar bagi mendapatkan bantuan RM100.
Sedangkan senarai penuh sudah dihantar pada 25 Januari lalu setelah Yik menerima pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertarikh 15 Januari 2012.
Malah taklimat juga diadakan kepada pengetua-pengetua pada 19 Januari lalu.
Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu agak ketinggalan apabila tidak mendapat maklumat sebenar.
"Sebagai seorang Timbalan Menteri Kewangan II beliau mesti cermat mengeluarkan kenyataan supaya tidak menimbulkan salah faham," katanya selepas mengumumkan keputusan peperiksaan STAM 2011 di Kolej Yik di sini, hari ini.
Baru-baru ini Awang Adek beberapa kali mengulangi kenyataan dengan mengharapkan Yik memberi kerjasama kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk membolehkan pelajarnya menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Pada Disember lalu ketika datang ke Kelantan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk memberi bantuan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah agama di bawah Yik seperti dinikmati pelajar lain.
Sumber HD : 1/02/2012
KOTA BHARU, 2 Feb: Di tengah-tengah kesibukan Umno mengagihkan dana kerajaan bagi memancing rakyat, Pemuda PAS Kelantan pula melancarkan program Anak Muda Tolak Umno.
Tanpa menghiraukan hujan yang sekali sekala agak lebat, ribuan anak muda diketuai Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman mulai memalu gendang ‘perang’.
Program itu dilancar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sedangkan dalam masa sama Umno pula sibuk mengagihkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), biar pun dananya daripada cukai rakyat.
Hari ini Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke Kelantan mengagihkan baucer tersebut di peringkat parlimen Ketereh dan Kuala Krai.
Abdul Latif berkata, ada penduduk yang memohon mendapatkan bantuan dipaksa bersumpah mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Ada rakyat menanyakan bolehkah bersumpah bagi mendapat bantuan itu, saya beritahu kalau bersumpah pun tidak wajib undi Umno kerana perbuatan itu dianggap lara.
“Jadi sumpah tersebut tidak memberi kesan dari segi syarak kerana secara jelas Umno tidak memperjuangkan Islam, malah ia lebih cenderung kepada maksiat,” katanya pada majlis tersebut di Dataran Ilmu, pekan Peringat malam tadi.
Bagaimanapun kata beliau kalau boleh dielak bersumpah biar pun sumpah seperti itu tidak wajib dilaksanakan.
Pada awal 1990-an petani di kalangan penyokong PAS dipaksa mengisi borang keahlian Umno bagi membolehkan mereka mendapat bantuan baja subsidi padi.
Malah dalam kes lain, guru-guru yang memohon untuk bertukar dikehendaki mengemukakan nombor keahlian Umno.
Program Anak Muda Tolak Umno dimulakan pada 15 Januari lalu akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Sumber HD : 2/02/2012

Awang Adek ketinggalan maklumat – Exco
Attif Zayyad, | 01 Feb 2012 |

Ada penerima BR1M dipaksa bersumpah
Aslani M, | 02 Feb 2012 |

Kerajaan tidak perlu, hanya bantu rakyat bina masjid
Rizal Tahir, | 02 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 2 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan kerajaan Kelantan tidak perlu membina masjid, sebaliknya membantu rakyat menyiapkannya.
(TGNA menerima gambar model masjid yg akan dibina dari Imam masjid An Naim Ust Sanusi Derani)
Tuan Guru Nik Aziz seterusnya memberitahu, kerajaan negeri tidak perlu membina masjid di negeri itu sepenuhnya menggunakan wang kerajaan, sebaliknya memberi peluang kepada rakyat turut membangunkannya melalui sumbangan derma peribadi.
“Pihak sebelah sana dok riuh rendah mengatakan kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid sahaja, biarlah mereka nak kata apapun, saya selaku ketua kerajaan memberi peluang kepada rakyat saya untuk menderma.
“Kalau kerajaan negeri tanggung semua pembinaan masjid, mana peluang rakyat untuk mencari saham akhirat dengan menderma?”soalnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran tabung derma dan jualan lot untuk pembesaran Majid An-Naim, di sini tengahari tadi.
Katanya, tindakan kerajaan negeri itu telah menjadi modal politik pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan negeri, sedangkan hasrat sebenar kerajaan negeri adalah sebaliknya.
“Apa yang saya lakukan untuk mencetuskan pemikiran rakyat rezeki yang Allah berikan bukan untuk membeli beras, bayar bil letrik atau air semata-mata, sebaliknya untuk mendapat saham akhirat.
“Sebagai orang Islam kita kena sedar, menderma tuntutan Islam termasuk menderma untuk menyiapkan masjid, tetapi ingat jangan pula kita mencuri untuk menderma,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan yang berada di luar turut menyalurkan sumbangan untuk pembinaan masjid termasuk Masjid An-Naim.
Masjid yang terletak di Seri Cemerlang itu memerlukan RM580,000.00 untuk membeli rumah kedai bagi pembesaran masjid tersebut.
Kepada yang ingin menyalurkan bantuan, sumbangan boleh dibuat atas nama Masjid An-Naim, akaun CIMB Islamic Bank Berhad, 0301 0000 9621 01 dan Kuwait Finance House (M) Berhad 0081 0500 1448.
Sumber HD : 2/02/2012
KOTA BHARU, 6 Feb: Pada 2008 Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membayar pinjaman yang dilulus kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Kelantan sebanyak RM12 juta.
Pinjaman tersebut dibayar mengikut jadual ditetapkan Kementerian Kewangan.
Oleh itu kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kononnya pinjaman lebih RM500 juta dilulus kerajaan pusat diberi percuma tidak berasas sama sekali.
Malah ramai menyifatkan fakta tersebut merupakan satu pembohongan bermesej politik peringkat tertinggi yang membabitkan seorang berjawatan menteri.
Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kenyataan yang dikeluarkan menteri terbabit cukup mengelirukan.
Katanya, pinjaman yang dilulus kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air di Kelantan sejak 2001 tidak diberi secara percuma, sebaliknya perlu dibayar.
“Kenyataan seperti itu secara jelas cuba mengelirukan rakyat. Pada 2008 AKSB telah membayar pinjaman yang terima sebelum ini sebanyak RM12 juta. Pinjaman itu tidak diberi secara percuma seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.
Mustapa ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Tanah Merah baru-baru ini dilaporkan mendakwa pinjaman RM600 juta diberi percuma kepada Kelantan bagi meningkatkan bekalan air.
Pinjaman tersebut yang dilulus di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak 96 juta, RMK-9 (RM160 juta) dan RMK-8 (RM291 juta).
Ini bermakna jumlah pinjaman yang diluluskan dalam tiga RMK sebanyak RM547 juta, sedangkan dijanjikan RM600 juta. Jumlah pinjaman yang diberi itu mengambil masa tiga RMK dan bukan diberi sekaligus.
Pinjaman pertama diterima pada 2001 dan projek awal yang dijalankan siap pada 2003.
(Ikuti maklumat lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 6/02/2012
KOTA BHARU, 7 Feb: Kelantan memperkasakan lagi konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan sejak 21 tahun lalu dengan memperkenalkan pula dasar Keluarga Mawaddah.
Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan yang digubal sejak 2009, mengambil kira pelbagai pandangan dan akan dilancarkan pada 9 Febuari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, buku panduan itu sebagai ‘check list’ bagi setiap keluarga.
Katanya, kalau sebelum ini kita hanya bercakap mahu melahirkan keluarga mawaddah, namun tidak ada buku panduan mengenainya.
“Buku panduan khas yang ditunggu-gunggu masyarakat akhirnya berjaya diterbitkan. Buku berkenaan digubal sebagai usaha memperkasakan institusi keluarga selaras tuntutan Islam.
“Setiap keluarga dapat mengenal pasti sendiri tahap pencapaian keluarga mereka sama ada memenuhi ciri keluarga mawaddah atau sebaliknya,” katanya di sini.
Isi kandung buku itu meliputi mengenai solat, batasan aurat, amalan beragama dalam sesebuah keluarga, budaya membaca al-Quran dan berbagai lagi.
Pelancaran buku berkenaan diadakan sempena Sambutan Hari Suami Isteri yang akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Islam Lundang, bermula jam 8.30 pagi.
Wan Ubaidah berkata, sambutan Hari Suami Isteri akan diisi slot motivasi ‘Membina Cinta Hingga Ke Syurga akan disampaikan bekas personaliti TV9, Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin.
Selain itu diselit persembahan zikir oleh Kumpulan Ar-Rasy dan Megat Haiqal. Cabutan bertuah dan sesi soal jawab turut diadakan.
Sumber HD : 7/02/2012

Mustapa Mohamed ‘bohongi’ rakyat Kelantan
Aslani M, | 06 Feb 2012 |

Kelantan perkenal dasar Keluarga Mawaddah
Salmah Mat Husain, | 07 Feb 2012 |

Ulamak yakini PAS kekal di Kelantan
Yaakub Dasan, | 07 Feb 2012 |
RANTAU PANJANG, 7 Feb: Gelombang merah, bantuan rakyat 1Malaysia (RM500) dan baucar buku (RM200) yang dieksploitasikan sepenuhnya Umno Kelantan dianggap belum mampu menarik perhatian rakyat.
Malah bagi Dewan Ulamak PAS Kelantan selagi kepimpinan parti itu tidak berpecah seperti tahun 1973 ketika PAS menyertai gabungan Barisan Nasional (BN), kerajaan PAS di Kelantan akan terus bertahan.
Ketuanya, Dato’ Muhamed Daud Iraqi berkata, dua lagi faktor yang perlu diambil kira iaitu penipuan dalam daftar pemilih dan tahap sokongan rakyat di bawah.
“Selagi tiga faktor itu tidak berlaku, PAS diyakini akan terus mentadbir Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Lagi pun sekarang kepimpinan PAS di Kelantan bertambah kukuh. Insya-Allah kita akan terus menang dengan majoriti selesa,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidurrasul di Markas PAS Rantau Panjang, di sini malam kelmarin.
Sebelum ini Umno membayangkan mampu merampas Kelantan pada PRU-13. Malah mereka mensasarkan dapat menawan 23 kerusi Dun.
Ketika datang ke Kelantan baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membayangkan sekali lagi Umno dapat merampas Kelantan.
Kenyataan seperti itu diulang-ulang sejak Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Umno Kelantan. Ia diulang pula Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Najib.
Pada pilihan raya umum 2004 Umno dan BN berjaya memenangi 21 kerusi Dun. Dun Kelantan mempunyai 45 kerusi. Kemenangan tersebut dilihat kerana faktor Abdullah dan kejayaan memanipulasi daftar pemilih.
Bagaimanapun sekarang faktor Abdullah sudah tidak wujud lagi, sebaliknya keperibadian Najib dilihat pelbagai pihak tidak mampu melonjatkan semula kedudukan Umno.
Sementara itu dalam perkembangan lain krisis dalaman antara Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak mampu lagi disembunyikan.

Pembohong tidak layak jadi pemimpin
Abdul Latiff Abd Rahman, | 08 Feb 2012 |
Saya ingin mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 5 Februari 2012. Beliau di dalam kenyataan yang disiarkan pada hari seluruh umat Islam di dunia menyambut perayaan Maulidur Rasul itu antara lain menyatakan, “RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air. Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang dapat dilihat..”. Menurut laporan tersebut, kenyataan itu dikeluarkan oleh Mustapa ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Tanah Merah pada 4 Februari 2012.
Hakikatnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustapa itu merupakan satu pembohongan yang sangat jelas. Saya begitu hairan bagaimana beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang pernah mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pada November tahun lepas tergamak mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas tidak benar. Samada beliau sengaja berbohong atau mendapat maklumat yang salah? Sebagai seorang Menteri, amatlah tidak logik jika beliau mendapat maklumat yang salah, justeru jika beliau berbohong, layakkah seorang pembohong ditabalkan menjadi pemimpin
Perlulah diingatkan, pinjaman RM600 juta yang dijanjikan kepada Kelantan itu bukannya percuma, bahkan ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar. Pada peringkat awalnya, caj kadar faedah dikenakan sebanyak 2 peratus bersama-sama negeri Terengganu yang pada masa itu berada di bawah penguasaan PAS. Semenjak tahun 2004 apabila Umno kembali menguasai negeri Terengganu, caj kadar faedah terhadap Terengganu telah dimansuhkan. Pemansuhan ini sekaligus melibatkan negeri Kelantan. Sekalipun caj kadar faedah dimansuhkan, ia tetap merupakan pinjaman yang perlu dibayar. Dan pinjaman yang perlu dibayar amat bertentangan maknanya dengan ‘pemberian percuma’ seperti yang didakwa oleh Mustapa.
Selain itu, pinjaman tersebut bukannya diberikan sekaligus bahkan diluluskan di bawah tiga Rancangan Malaysia (RMK) iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) sebanyak 96 juta, RMK-9 (RM160 juta) dan RMK-8 (RM291 juta) menjadikan jumlah kesemuanya ialah RM547 juta, sedangkan yang dijanjikan ialah sebanyak RM600 juta.
Justeru, amat jelas bahawa Mustapa yang merupakan pemimpin nombor satu Umno Negeri Kelantan pada hari ini merupakan seorang pembohong yang nyata. Adakah rakyat Kelantan rela melantik individu seperti ini menjadi pemimpin? Tentu rakyat masih ingat bagaimana Mustapalah orangnya yang pernah membuat pengakuan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan bahawa beliau pernah berperanan menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat. Sehingga ke hari ini, Mustapa masih belum memohon maaf terhadap rakyat Kelantan di atas kesalahannya itu.
Rakyat juga masih belum lupa bagaimana Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai pada tahun 2009 sebelum ini bertegas menyatakan bahawa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar minyak terletak di kawasan bertindih. Namun apabila dibuktikan bahawa ia termasuk di dalam kawasan perairan Kelantan, Mustapalah orangnya yang beria-ria mendapatkan wang ehsan untuk dipolitikkan demi kepentingan UMNO. Saya ingin bertanya, pemimpin jenis apakah ini yang sanggup memperjudikan segala kepentingan rakyat demi masa depan politiknya?
Justeru, saya mengira kenyataan terkini Mustapa itu sebenarnya lebih mendedahkan belang sebenar beliau yang sanggup berbohong sekalipun sedar pembohongannya tetap akan terbongkar. Sungguh benar kata pepatah, “siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong masih kekal sebagai menteri…”
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Sumber HD : 8/02/2012
KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.
Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.
Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.
Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.
Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.
Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.
Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.
Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.
Sementara itu dalam perkembangan lain Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac hadapan bagi mendengar kes sebutan sementara perbicaraan kes tiga penduduk Orang Asli menyaman kerajaan negeri.
Sebelum ini tiga penduduk terbabit iaitu Rosli Along, Angah Along dan Hassan a/l Alang dari Pos Belatim, Gua Musang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri.
Mereka menuntut supaya kerajaan negeri membatal kelulusan tanah di mukim hulu Nenggiri bagi pembangunan ladang.
Tanah tersebut dilulus kerajaan negeri untuk pembangunan ladang yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.
Kerajaan negeri diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa dan dua lagi peguam, manakala ketiga-tiga plaintif diwakili Adrew mewakili Tetuan Lee Hishamudin. Prosiding tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Azman Abdullah.
Pada afidavit sebelumnya plaintif menyifatkan pemberian hak milik tanah di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.
Mereka menganggap sebagai pemegang hak milik adat Orang Asli atau hak milik adat komunal Orang Asli terhadap tanah di Pos Belatim.
Zainal Abidin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri memohon untuk membatalkan saman tersebut kerana tanah berkenaan sebagai milik kerajaan dan tidak pernah diberi kepada sesiapa sebelum ini.
Sumber HD : 8/02/2012
KOTA BHARU, 8 Feb: Kewibawaan Datuk Seri Mustapa Mohamed kini semakin terjejas apabila secara berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan ‘membohongi’ rakyat Kelantan.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendakwa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak kerana pelantar minyak terletak di kawasan bertindih.
Namun tidak lama selepas itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar royalti yang ditukar menjadi wang ehsan dan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.
Malah ketika berucap di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 Mustapa pernah mengakui turut terbabit menyekat peruntukan pusat kepada Kelantan.
Dan baru-baru ini pula mendakwa pinjaman RM600 juta bagi meningkatkan bekalan air diberi kepada Kelantan secara percuma tanpa perlu dibayar balik.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan mengapa Ketua Umno Jeli itu sanggup memperjudikan segala kepentingan rakyat demi masa depan politiknya.
“Kenyataan itu merupakan satu pembohongan yang sangat jelas. Saya hairan bagaimana sebagai Pengerusi Umno Kelantan tergamak mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak benar.
“Sebagai seorang menteri, amatlah tidak logik jika beliau mendapat maklumat yang salah. Layakkah seorang pembohong ditabal sebagai pemimpin.
“Perlu ingat pinjaman RM600 juta yang diberi itu bukannya percuma, bahkan ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar,” katanya di sini.
Pada 5 Febuari lalu Mustapa dilapor mendakwa RM600 juta diberi kepada Kelantan bagi meningkat pengurusan bekalan air diberi secara percuma, namun masih gagal menyelesaikan masalah air.
Menurutnya duit sebanyak itu kalau dipinjam di bank akan dikenakan kadar faedah tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma.
Abdul Latif berkata, tindak tanduk Mustapa secara tidak langsung menjatuhkan imej Umno Kelantan yang bercita-cita mahu merampas negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.
Sementara itu dalam perkembangan sama orang ramai di Jeli melahirkan rasa terkejut kenyataan anggota parlimen kawasan berkenaan yang secara terang-terangan disifatkan membohongi rakyat Kelantan.
Seorang penduduk memberitahu mereka tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pemimpin terbabit kerana cuba menipu rakyat Kelantan dengan fakta salah.

Peguam terkenal saman blogger Papagomo
Aslani M, | 08 Feb 2012 |

Rakyat Jeli kecewa Mustapa ‘bohongi’ fakta
M Faqih, | 08 Feb 2012 |

Soal kerusi Zaid terserah kepada PAS - Nik Aziz
Rizal Tahir, | 09 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 9 Feb: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung parti melainkan pihak PAS Pusat sendiri.
Katanya, begitu juga cadangan berhubung Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, bertanding atas tiket PAS pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang di Kota Bharu.
Nik Aziz berkata ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian hari ini yang bertajuk ‘Zaid ditawar calon kerusi PAS’ melalui kenyataan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Pulau Pinang, Tan Tee Beng.
Tee Beng mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu telah memujuk Zaid untuk bertanding atas tiket PAS.
“Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan sendiri, PAS Pusat yang akan menentukannya, saya tidak boleh buat,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Suami Isteri 2012 Negeri Kelantan, di Balai Islam Lundang, hari ini.
Ikon Keluarga Mawaddah
Terdahulu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah, mendapat penghargaan Ikon Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan.
Beliau dipilih berdasarkan kejayaannya melayari bahtera ‘perkahwinan’ bersama selama 50 tahun hingga dianugerahkan 10 orang anak dan bakal menyambut kelahiran cucu yang ke 57 pertengahan tahun ini.
Cenderahati penghargaan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar.
Sementara itu seramai 10 pasangan telah terpilih mendapatkan cenderahati masing-masing antaranya Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad dan isteri Mariah Ibrahim.
Mereka dipilih kerana keserasian sebagai wakil rakyat yang sering bersama ke mana sahaja terutama menghadiri program kerajaan negeri dan turun ke bawah.
Sumber HD : 9/02/2012

Kelantan sedia lepaskan Salahuddin
Rizal Tahir, | 09 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 9 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersedia melepaskan Naib Presiden Salahuddin Ayub (gambar) sekiranya Johor memerlukan beliau walaupun keberatan.
Tuan Guru berkata, pucuk pimpinan parti bersedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri Johor yang juga tempat kelahirannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekiranya Anggota Parlimen Kubang Kerian itu lebih diperlukan di sana.
"Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” ujarnya.
Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed untuk menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.
Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Salahuddin itu juga dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat yang semakin diterima masyarakat di negeri itu.
“Apa-apa pun biar PAS Johor berbincang dahulu dan tentukannya.
“Jika itu adalah untuk kemenangan parti, kita kena lepaskannya,” katanya keberatan.
Nik Aziz berkata, di samping akur kepada keputusan pucuk kepimpinan beliau juga memberi ruang kepada Salahuddin bertanding di mana-mana kerusi yang bersesuaian.
Semalam, Salahuddin dalam kenyataannya menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di mana-mana kawasan.
Bagaimanapun tidak bermaksud untuk menjadikan tawaran sebagai Menteri Besar sebagai matlamat utama perjuangannya dalam parti.
“Saya hanya menerima keputusan parti,”ujarnya semalam.
Sumber HD : 9/02/2012
KOTA BHARU, 10 Feb: Julung kali dalam sejarah, PAS Kelantan mengadakan seminar tiga dekad bagi mengimbau kembali sejarah panjang sehingga mampu bangkit semula selepas melalui zaman suram pada 1978.
Pondok Pasir Tumbuh merupakan institusi pengajian pondok tradisional terbesar di Kelantan menjadi lokasi seminar tersebut.
Orang ramai mulai memenuhi persekitaran pondok sejak pagi lagi. Jalan menghala ke pondok tersebut mulai sendat kira-kira 8 pagi sehingga anggota Unit Amal terpaksa bekerja keras.
Ketibaan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9 pagi dengan menaiki beca sejauh kira-kira 300 meter ke Pondok Pasir Tumbuh, ketika orang ramai mulai memenuhi masjid tiga tingkat yang tersergam indah.
Timbalan Pesuruhjaya I, Ustaz Ahmad Yakob berkata, kebangkitan PAS Kelantan sebenarnya bermula di Pondok Pasir Tumbuh sehingga mencapai tahap cemerlang hari ini.
“Pengalaman yang kita lalui dalam perjuangan ini penuh berliku. Akhirnya kita merasakan bahawa penglibatan dalam perjuangan Islam bersama PAS merupakan satu nikmat dan indah dalam hidup kita,” katanya pada ucapan aluan.
Menurutnya juga program-program penerangan diadakan sejak awal lagi bagi membolehkan orang ramai faham mengenai perjuangan PAS, di mana ia bermula di madrasah dan surau-surau.
Kata beliau umat Islam pada akhir zaman ini meneruskan risalah yang dirintis ulama terdahulu sehingga Kelantan berjaya dikuasai PAS pada 1959 dan berterusan sehingga sekarang.
Bagaimanapun kata beliau sejarahnya begitu gentir sehingga ramai keluarga ulama dan pejuang dikenakan tahanan di bawah ISA pada 1960-an.
“Ulama-ulama kita ditahan tanpa bicara di Kemunting kerana mereka mempertahankan perjuangan Islam,” ujarnya.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkefli Mamat berkata, orang ramai yang hadir pada seminar hari ini boleh mengambil kesempatan melawat pondok-pondok yang terdapat di sini untuk melihat lebih dekat kehidupan harian mereka.
Katanya juga hasil sokongan semua pihak membolehkan kita mengadakan seminar bagi mengingatkan kembali sejarah jatuh bangun PAS di Kelantan.
Sumber HD : 10/02/2012
KOTA BHARU, 10 Feb: PAS tetap utuh biar pun ada segelintir pemimpin kanan parti itu meninggalkan PAS kata Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob.
PAS pernah kehilangan pemimpin termasuk bekas Yang Dipertua, Tan Sri Mohd Asri Muda, bekas Naib Yang Dipertua, Datuk Nakhaie Ahmad. Dan terbaru pula bekas Naib Presiden, Datuk Dr Hassan Ali.
Beliau berkata, biar pun PAS kehilangan beberapa tokoh yang pernah memimpin parti, namun organisasi parti tidak terjejas, malah terus mantap.
Malah katanya ketika Asri meninggalkan PAS, hanya beberapa orang sahaja yang mengikut jejak langkahnya.
“Situasi keluar masuk dalam parti merupakan perkara biasa yang pernah berlaku, namun ia melibatkan bilangan yang kecil sahaja.
“Oleh itu program mengimbau kembali jatuh bangun perjuangan PAS begitu penting diadakan bagi membolehkan golongan muda mengetahui lebih dekat sejarah lama,” katanya pada persidangan media selepas perasmian Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan di Pondok Pasir Tumbuh, hari ini.
Menurutnya program seumpama itu bukan pertama kali diadakan, malah pernah dianjurkan sambutan 10 tahun dan 15 tahun pentadbiran PAS di Kelantan sebelum ini.
Beliau juga berkata, program tersebut diadakan sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Sebelum itu ketika merasmikan seminar berkenaan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pihak sekular yang diketuai Umno berusaha merampas balik negeri ini pada pilihan raya umum nanti.
“Perlu diingatkan usaha tersebut dilakukan kemungkinan besar mahu mengembalikan Kelantan pada era lampau.
“Sudah tentu kemungkinannya akan dihidupkan semula amalan riba yang sudah kita tukar sejak 1990. Sedangkan rakyat sudah menerima usaha yang kita lakukan,” ujarnya.
Sebanyak empat kertas kerja dibentang pada seminar berkenaan, di mana kesemuanya dibentang veteran PAS termasuk Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Omar Mohamad, Ustaz Ashaari Awang dan Datuk Mohamad Daud Iraqi.
Sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan bagi jamuan peserta dari PAS-PAS kawasan yang hadir. Malam ini pula akan diadakan ceramah umum.
Sumber HD : 10/02/2012
KOTA BHARU, 10 Feb: Veteran-veteran PAS di Kelantan melahirkan komitmen terhadap kemampuan parti itu mempertahankan negeri ini pada pilihan raya umum ke-13, meneruskan kesinambungan sejak 1990.
Faktor dirumuskan mereka apabila kekuatan dalaman mantap dan tidak berlaku perpecahan seperti pernah berlaku pada 1978.
Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad berkata, kekalahan yang berlaku pada 1978 kerana faktor perpecahan dalaman sehingga lahirnya Berjasa, menjadi duri dalam daging.
“Berjasa ditaja Umno untuk bertanding berdepan PAS dengan harapan dapat memecah undi PAS. Berlaku pertembungan tiga penjuru sehingga memberi kemenangan kepada Umno dan BN,” katanya pada seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan di Pondok Pasir Tumbuh di sini, petang ini.
Kertas kerja yang dibentangnya bertajuk ‘Kebangkitan Sokongan Rakyat Mendepani Cabaran Umno dari tahun 1982-1990’ . Kertas kerja itu kemudian diulas bekas wakil rakyat PAS pada 1974, Hashim Omar.
Hashim juga melahirkan keyakinan PAS akan tetap utuh di Kelantan bagi mempertahankan kerajaan sekiranya tidak wujud masalah dalaman parti.
Mengimbau perpecahan dalaman yang berlaku pada 1970-an katanya, Umno secara terang-terangan menaja Berjasa yang ditubuh Datuk Mohamad Nasir untuk berdepan dengan PAS pada pilihan raya 1978.
Katanya pada pilihan raya tersebut sebanyak 11 kerusi Berjasa bertanding melawan PAS sehingga mewujudkan pertandingan tiga penjuru, yang membawa kemenangan kepada Umno pada 1978.
“Kalau berjasa tidak masuk pecahkan undi, kita yakin boleh menang kerusi tersebut. Umno satu lawan satu dengan PAS di 9 kerusi. BN juga taja kerusi bebas di Tok Uban.
Biar pun BN melakukan banyak strategi bagi melemahkan PAS, namun PAS masih lagi dapat bangkit. Sepatutnya dengan taktik tersebut PAS sudah kalah teruk di Kelantan.

PAS Kelantan imbau kembali dekad suram 1978
Aslani M Foto: Rizal Tahir, | 10 Feb 2012 |

PAS utuh biar pun ada pemimpin keluar parti
Aslani M, | 10 Feb 2012 |

Veteran yakin Kelantan kekal di bawah PAS

Nik Aziz berjaya wujudkan keharmonian pelbagai kaum
Rizal Tahir, | 14 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 14 Feb: Rakyat Kelantan pelbagai anutan agama di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui berjaya mewujudkan keharmonian pelbagai kaum walaupun pemimpinnya beragama Islam.
Perkara itu diakui oleh Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMKPA) yang diketuai Datuk Azman Amin.
Perkara itu didedahkan pada pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di JKR 10, di sini tengah hari tadi sempena lawatan selama empat hari.
Jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai anutan agama seperti Islam, Kristian, Budha, Sikh dan lain-lain anutan agama yang diketuai oleh ketua agama masing-masing.
Selain itu, jawatankuasa ini juga turut mengagumi Masjid Jubli Perak Rantau Panjang atau lebih dikenali Masjid Beijing memandangkan reka bentuknya berupa rumah ibadat Buddha.
Azman dalam ucapan aluannya berkata, anggota jawatankuasa berkenaan begitu berpuas hati dengan lawatan itu.
“Hasil pertemuan kami dengan penganut agama lain di negeri ini mereka mengakui begitu aman di bawah pentadbiran kerajaan negeri hari ini.
“Mereka juga mendakwa tiada sebarang masaalah yang dihadapi oleh kaum mereka di sini, perkembangan ini jelas membuktikan suatu kehebatan yang ada di negeri Serambi Mekah ini,” ujarnya.
Kelantan dipilih negeri kedua dilawati selepas negeri Sabah.
Sementara itu, Daozhang Tan Hoe Chieow, melahirkan kekaguman di atas pembinaan Masjid Beijing.
“Kalau tak masuk dalam masjid ni, tentu saya anggap ianya rumah ibadat kaum Buddha, sungguh mengkagumkan,” ujarnya ketika berucap pada majlis lawatan di masjid tersebut.
Sumber HD : 14/02/2012
KOTA BHARU, 14 Feb: Biar pun seringkali dipertikai pemimpin Umno, namun pembangunan bandar metropolitan di Lembah Sireh yang tersergam indah di tebing Sungai Kelantan tetap berjalan lancar.
Hari ini di kawasan itu boleh dilihat Pasaraya Besar Tesco, lot-lot kedai, Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Masterskill, pejabat, terminal bas, riverfront dan restoran terapung.
Berbeza berbanding sebelum ini lokasi itu merupakan kawasan pertanian yang di kelilingi semak dan samun. Ketika itu seramai 130 penduduk pernah mengusahakan aktiviti pertanian di kawasan berkenaan.
Namun sekarang hampir 1,500 penduduk mencari rezeki di Lembah Sireh.
Tanpa mengeluarkan sebarang modal kerajaan Kelantan berjaya membangun Lembah Sireh dan sehingga sekarang pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd menyumbang berjumlah RM46 juta bagi pembangunan perumahan kos rendah (RM3 juta), sumbangan kepada petani (RM2 juta) dan penyerahan tanah bagi pembinaan tapak istana (RM41 juta).
Kejayaan itu menggambarkan keupayaan ulama mentadbir sehingga berjaya membangunkan bandar baru yang kini merubah wajah Bandar Kota Bharu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, seramai 130 petani dipindahkan ke lokasi baru di Kampung Tikat dan kini menjadi pusat pertanian komersial.
Selain itu kerajaan negeri juga menerima hasil daripada premium tanah hampir RM1.2 juta, hasil tanah (RM230,000 setahun), cukai bandar bagi kompenan yang telah disiapkan (RM720,000 setahun), terminal bas dan ruang niaga (RM50,000 sebulan).
“Kalau dahulu sebelum ada projek pembangunan hanya seramai 130 penduduk yang bekerja sebagai petani di kawasan itu.
“Namun sehingga kini hampir 1500 penduduk tempatan dapat mencari rezeki melalui pelbagai peluang pekerjaan yang disediakan,” katanya di sini.
Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan tajaan Umno yang dikenali sebagai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) diketuai bekas pemimpin Angkatan Muda KeADILan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menyifatkan projek terbabit gagal dan kemungkinan syarat perjanjian tidak dipatuhi pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd.
Pemimpin berkenaan juga sebelum ini terbabit demontrasi di hadapan Kota Darulnaim tahun lepas, mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Lembah Sireh: Bukti kemampuan PAS mentadbir
Rossem, | 14 Feb 2012 |

Kelantan dijangka pungut RM100 juta zakat tahun ini
Rizal Tahir, | 15 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 15 Feb: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) memperolehi sumbangan zakat RM94.08 juta tahun lalu.
(Nik Aziz menyaksikan penyerahan zakat oleh Maybank kepada MAIK)
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Haji Kamaruddin Bin Mohd Zin memberitahu, sumbangan zakat berkenaan diperolehi dari zakat harta, zakat perniagaan, zakat gaji dan zakat emas.
Sambungnya, pada tahun 2010, pihaknya memperolehi hasil sebanyak RM74 juta.
“Tahun ini kita menjangkakan akan memperolehi lebih RM100 juta berikutan pendapat rakyat di negeri itu semakin hari semakin bertambah,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek zakat oleh pihak Maybank Islamic kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabat Menteri Besar, tengahari tadi.
Sambungnya lagi, golongan asnaf atau yang layak menerima zakat akan menikmati sumbangan zakat dari MAIK itu.
RM18 juta zakat pelajaran
Menututnya, sebagai contoh pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara, di mana tahun lalu pihak MAIK membelanjakan sejumlah RM18 juta.
“Mana-mana pelajar yang mampu masuk ke IPT untuk peringkat ijazah kita akan memberikan sumbangan RM2,500 tunai sebagai modal untuk pengajian mereka.
“Manakala yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma kita bagi RM1,700, tetapi bagaimanapun mereka ni mesti tergolong dalam golongan asnaf, jika tidak mereka tidak layak menerima bantuan ini,” ujarnya.
Kamaruddin juga turut memberitahu MAIK turut membantu golongan miskin dengan menyalurkan bantuan bulanan RM200 sebulan kepada golongan yang tidak berupaya sama ada sakit atau keuzuran akibat sudah berusia.
Tambahnya, Seramai 7,800 hingga 8,000 orang golongan ini telah menerima sumbangan dari MAIK sejumlah RM200 seorang dengan anggaran keseluruhan RM1.5 juta.
Jelasnya, sebagai jabatan yang menerima zakat secara tunggal di negeri itu, MAIK menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada penderma termasuk pihak institusi bank.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank Islamic, Muzaffar Hisham ketika ditemui pula berkata Maybank akan membuka cawangannya terbaru di Bandar Baru Kubang Kerian yang dijangkakan akan beroperasi awal bulan Jun tahun ini.
Sumber HD : 15/02/2012

Tuduh PAS sesat melampau, karut - Nik Aziz
Rizal Tahir, | 16 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 16 Feb: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tuduhan terhadap PAS sebagai parti ajaran sesat sebagai melampau.
Menurutnya, tuduhan terdesak itu amat tidak wajar memandangkan semakin ramai menyertai PAS.
(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan cek skim takaful khairat kematian kepada wasi peserta Ladang Rakyat.)
“Andainya PAS sebuah parti ajaran sesat, sudah tentu tak ada orang pun yang nak sertai PAS apa lagi golongan cerdik pandai pelbagai bidang sekarang ini semakin ramai memberi sokongan pada PAS,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Minggu lalu, Ahmad pada satu majlis di Dun Kijal, Kemaman mendakwa PAS sebagai ‘parti ajaran sesat’.
Menurut Tuan Guru lagi, ahli PAS kini bukan hanya terdiri masyarakat kampung sahaja, sebaliknya golongan professional pelbagai peringkat.
“Jadi macam mana boleh dakwa PAS parti ajaran sesat, mengarut semuanya, yang sebenarnya bukan PAS bawa ajaran sesat, sebaliknya dia (Umno).
“Bayangkanlah waktu jual tiket loteri Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu, wang judi tu dibina buat masjid, boleh dia (Umno) berfikir begitu, jadi siapa yang sesat sebenarnya,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 16/02/2012

Aziz Desa berhijrah ke Kelantan
Salmah Mat Husain, | 16 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 16 Feb: Jarang orang tidak mengenali siapa Aziz Desa, seorang pengacara yang petah bercakap. Wajahnya sering dilihat di kaca-kaca televisyen. Malah masih lagi boleh disaksikan di TV9.
Namun agak mengejutkan apabila sekarang beliau berkhidmat di Kelantan Trade Centre (KTC), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).
Sebelum menyertai TV9, Aziz pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid.
Semalam kenyataan medianya difaks kepada media-media tempatan bagi memaklumkan tugas barunya di KTC.
“Atas sokongan rakan rakan fb, saya terima cabaran berkhidmat di Kota Bharu. Bermula semalam saya kini adalah ketua pegawai operasi (COO) Kelantan Trade Centre Hotel, Apartment & Convention Sdn Bhd.
“Saya juga masih dalam kontrak dengan TV9 dan akan bersiaran dari masa ke semasa apabila diperlukan. Dari langkawi ke Kota Bharu, selamat pagi, sekadar makluman pemberitahu,” katanya, dipetik dalam facebooknya.
Dalam kenyataan medianya semalam beliau berkata, KTC mensasarkan 76 acara bertaraf nasional dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) tahun ini.
Katanya, selain inisiatif sendiri, penganjuran acara sempena TMK@12 akan dibuat dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan pusat dan swasta.
Kata beliau KTC mempunyai dewan pameran dan konvensyen seluas 1,200 meter persegi, boleh memuatkan 58 ruang niaga berukuran 3 x 3 meter dan menampung 1,500 tempat duduk.
Sasaran jumlah acara juga sempena memperingati 76 tahun pengisytiharan Bandar Kota Bharu oleh Sultan Muhammad ke-ll pada 1936.
“Antara program yang bakal diadakan Fiesta Kerana Kelapa, Karnival Budaya Iqra’, Fiesta Kanak-Kanak, Pameran Haiwan Peliharaan, Seminar Perubatan dan Rawatan al-Quran,” ujarnya.
Selain itu Pekan Batik, Ekspo Kraftangan, Fantasia Bulan Madu, Ekspo Pengantin Muslim, Ekspo Wakaf Che Yeh, Apresiasi Filem Ketuhanan dan Kemanusiaan dan Karnival Pelancongan Budjet juga akan diperkenalkan.
Ruang niaga yang masih berbaki ditawar kepada sesiapa yang berminat. Maklumat lanjut boleh hubungi talian 09-7471222.

Ladang Rakyat: RM52.4 juta dividen diagih sejak 2006
Rizal Tahir, | 16 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 16 Feb: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.
Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.
Menurutnya, sudah terbukti bantuan melalui Ladang Rakyat sebanyak RM200 kepada penerima sebulan, membantu rakyat di negeri itu malah kehidupan mereka juga semakin berubah.
“Alhamdulillah kita bersyukur kerana bantuan ini telah banyak membantu masyarakat Kelantan yang berpendapatan rendah,”ujarnya.
Sambungnya, walaupun hanya lebih lima peratus bantuan berkenaan dapat membantu masyarakat keluar dari garis kemiskinan, namun sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai beberapa keistimewaan sebagai ahli koperasi.
Sambungnya lagi, 11 syarikat telah dipilih untuk memajukan 77,000 ekar tanah di bawah Ladang Rakyat.
Sementara itu ketika berucap pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan isu pembangunan di Lembah Sireh sengaja dibangkitkan Umno negeri itu demi kepentingan politik.
Sedangkan ujarnya, pelbagai pembangunan sudah dibangunkan di tapak itu sehingga kini.
Beliau turut menjelaskan pembangunan projek tersebut bukan dibuat atas tanah milik peribadi rakyat seperti yang dicanang pihak tertentu.
“Pihak lawan ni biasalah, sengaja nak buat bising dia ambil kesempatan. Walhal di lembah tu macam-macam ada pembangunan sekarang, Tesco, Masterskill dan macam-macam lagi.
“Dia persoalkan projek di situ... buat buta tak nampak, buta betul mata tu baru tahu,” ujarnya.

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal
Harakahdaily, | 18 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.
"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.
Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.
Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.
"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.
"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.
Sumber HD : 18/02/2012

Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'
Salmah Mat Husain, | 18 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 18 Feb: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.
Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.
“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.
“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.
Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan.
Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.
“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.
“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya.
Sumber HD : 18/02/2012
PASIR PUTEH, 19 Feb: PAS kawasan ini menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff kononnya 76 ahli dan penyokong PAS menyertai parti itu.
Sebaliknya Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie (gambar) berkata, hanya seorang bekas penghulu dan seorang wanita yang dikenal pasti menyertai PPP di majlis berkenaan.
“Yang lain-lain hanya ahli-ahli dan penyokong Umno dikatakan menyerah borang menyertai PPP pada satu program Maulidur Rasul yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Panggung, baru-baru ini.
“Bekas penghulu terbabit sudah lama tidak aktif dalam PAS. Manakala seorang lagi iaitu wanita dilantik sebagai guru al Quran yang mendapat elaun daripada kerajaan negeri,” katanya di sini.
Jumaat lalu media mendakwa 76 ahli dan penyokong tegar PAS Kampung Wakaf menyerah borang keahlian PPP pada majlis Maulidur Rasul anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.
Manakala semalam Nik Sapiea pula mendakwa seorang guru Halaqat diberi amaran dilucutkan jawatan dan elaun selepas menyertai PPP.
Shakur berkata, dakwaan pemimpin terbabit tidak berasas sama sekali dan kenyataan tersebut adalah fitnah bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan PAS.
Oleh itu katanya, PAS kawasan akan membuat laporan polis terhadap Nik Sapeia dan media yang menyiarkan dakwaan berunsur fitnah tersebut petang ini.
Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, Umno dan PPP memperalatkan PIBG bagi menghimpun penduduk kampung hadir ke program politik anjuran mereka.
“Tidak munasabah program anjuran PIBG diadakan pula program penyerahan borang menyertai PPP. Salah guna PIBG bagi kepentingan politik murahan.
“Lagi pun setakat ini tidak ada ahli PAS yang terpengaruh dengan agenda mereka kecuali seorang dua yang sudah lama bermasalah.
“Sebelum ini disiarkan kononnya lebih 3,000 bekas ahli dan penyokong PAS menyertai Umno. Kalau benar dakwaan itu sudah tidak ada orang PAS di bandar Pasir Puteh sekarang,” katanya.
Oleh itu beliau berkata, pemimpin Umno Pasir Puteh benar-benar terdesak sehingga memperalatkan guru-guru hadir pada pelancaran gelombang merah tahun lepas.
Sumber HD : 19/02/2012
TANAH MERAH, 20 Feb: Jangan terkejut apabila nama penduduk kampung yang disenarai mendapat bantuan beras tiba-tiba diisytihar pula menyertai Umno.
Inilah yang berlaku di beberapa kampung di sini apabila nama penduduk yang disenarai mendapat bantuan beras 5 kg setiap seorang, diumumkan pula dalam senarai menyertai Umno.
Lebih memalukan lagi setelah selesai majlis penyampaian bantuan beras dan Maulidur Rasul, program lain pula berlangsung iaitu menyerah borang menyertai Umno.
Penghulu Mukim Batu Hitam, Abidin Awang, 51 berkata, baru-baru ini wakil kepada Ketua Umno Bahagian, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz datang menyenarai nama-nama penduduk termasuk armalah bagi mendapat bantuan beras.
Katanya, ramai penduduk terutamanya ibu tunggal memberi nama mereka kerana dijanjikan bantuan beras 5 kg.
“Mereka diminta hadir pada program penyampaian beras dan Maulidur Rasul yang diadakan di rumah seorang penyokong Umno di Kampung Kenerak.
“Namun saya difahamkan senarai yang dikutip untuk menerima bantuan beras tiba-tiba diumumkan pula menyertai Umno pada majlis berkenaan,” katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan seramai 47 bekas ahli PAS menyertai Umno apabila menyerah borang pada program Selamat Tinggal PAS dan Maulidur Rasul di Kampung Kenerak.
Pada majlis itu seorang penduduk berlakon menyerah borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Tanah Merah.
Abidin yang juga Setiausaha Majlis Tindakan Dun Batu Hitam berkata, gambar seorang penduduk disiarkan akhbar menyerah borang kepada Ikmal bukan penyokong PAS.
Malahnya katanya, sebahagian besar yang terdapat dalam gambar bukan penduduk tempatan, dan kemungkinan datang dari tempat lain.
Kata beliau juga Umno bahagian Tanah Merah difahamkan sudah merancang mengadakan program berkenaan bulan lepas lagi, namun gagal diadakan kerana tidak mendapat kerjasama penduduk.
“Saya diberitahu seorang penduduk tidak membenarkan rumahnya dijadikan tempat program tersebut,” katanya.
Beliau juga mendakwa wakil Umno Bahagian dikatakan datang ke kantin sebuah sekolah di kawasan berdekatan mengutip nama pekerja-pekerja wanita untuk didaftar sebagai puteri Umno.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 20/02/2012
Sumber HD : 21/02/2012
(Pemimpin Pemuda PAS Kelantan bergambar selepas membuat laporan polis)
PENGKALAN CHEPA, 21 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat, kerana ia boleh mengundang kekeliruan masyarakat.
Laporan berkenaan dibuat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini.
Turut hadir memberi sokongan laporan polis itu wakil-wakil pemuda PAS kawasan antaranya dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Kubang Kerian.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Nuri Mat Yaacob, ketika memberitahu media berkata kenyataan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas untuk mengundang provokasi dan perpecahan dikalangan masyarakat.
Katanya, PAS sebuah parti yang sah dan berdaftar sejak lebih 50 tahun di negara ini malah telah memerintah beberapa buah negeri termasuk Terengganu.
“Kenyataan itu juga menolak pengiktirafan rakyat terhadap kerajaan yang ditadbir PAS khususnya Kelantan.
“Justeru laporan ini dibuat supaya pihak polis membuat siasatan dan tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Ahmad Said, akhbar Berita Harian serta pihak lain yang terlibat menyiarkan laporan tersebut,”ujarnya.
Laporan polis itu dibuat berikutan laporan sebuah akhbar harian pada 9 Febuari lalu yang menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu itu yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.
21/02/2012

Penyokong Umno yang sertai PPP, bukan PAS
Aslani M, | 19 Feb 2012 |

Penduduk datang terima beras diumum sertai Umno
Aslani M, | 20 Feb 2012 |

Kelantan tambah pendakwah untuk orang Asli
Rizal Tahir, | 21 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 21 Feb: Bagi menjaga akidah Orang Asli yang telah memeluk Islam sentiasa terjaga agar tidak mudah diganggui oleh fahaman lain, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), telah menambah enam orang lagi pendakwahnya.
(Ustaz Mohamad Mustafa menyampaikan rekplika kunci motor iaitu salah satu kit alat bantuan dakwah kepada Muallim Jaheaik.)
Dengan pertambahan itu, kesemua pendakwah yang bertugas di lima penempatan Orang Asli kini berjumlah 18 orang.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Ustaz Muhammad Mustapha berkata, sebelum ini seramai 12 orang bagi menyampaikan dakwah Islam berterusan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kursus Asas Pengurusan dan Dakwah serta penyampaian kit alat bantuan dakwah kepada muallim Jaheaik.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengarah Jaheaik (Bahagian Koperasi) Ustaz Mohd Salleh Mat Jusoh dan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Ustaz Hasnan Ramli.
Sambungnya lagi, kesemua 18 orang pendakwah yang sebahagian besarnya masih bujang itu akan tinggal di sana selama tiga minggu dan seminggu pulang bercuti.
“Dengan adanya pendakwah kita di sana mereka akan mengikuti pengajian Islam secara terperinci dengan membaca al-Quran, kelas fardhu ain dan berbagai lagi termasuk mempelajari solat,”ujarnya.
Sementara itu sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk membiayai perlatan bantuan dakwah seperti motosikal, computer riba, projektor, kelengkapan jenazah dan berbagai lagi.

PAS ajaran sesat: Pemuda Kelantan buat laporan polis
Rizal Tahir, | 21 Feb 2012 |
(Pemimpin Pemuda PAS Kelantan bergambar selepas membuat laporan polis)
PENGKALAN CHEPA, 21 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat, kerana ia boleh mengundang kekeliruan masyarakat.
Laporan berkenaan dibuat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini.
Turut hadir memberi sokongan laporan polis itu wakil-wakil pemuda PAS kawasan antaranya dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Kubang Kerian.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Nuri Mat Yaacob, ketika memberitahu media berkata kenyataan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas untuk mengundang provokasi dan perpecahan dikalangan masyarakat.
Katanya, PAS sebuah parti yang sah dan berdaftar sejak lebih 50 tahun di negara ini malah telah memerintah beberapa buah negeri termasuk Terengganu.
“Kenyataan itu juga menolak pengiktirafan rakyat terhadap kerajaan yang ditadbir PAS khususnya Kelantan.
“Justeru laporan ini dibuat supaya pihak polis membuat siasatan dan tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Ahmad Said, akhbar Berita Harian serta pihak lain yang terlibat menyiarkan laporan tersebut,”ujarnya.
Laporan polis itu dibuat berikutan laporan sebuah akhbar harian pada 9 Febuari lalu yang menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu itu yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.
21/02/2012
Mat Sabu pulih semangat penduduk Manek Urai
Mijie Yusoff, | 21 Feb 2012 |
KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.
Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.
Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).
Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.
Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.
Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.
Perarakan motosikal kapcai sejauh dua kilometer dengan mengibarkan bendera hijau seperti menenggelamkan aura kedatangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Manek Urai Baru dua minggu lalu.
Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, berbeza jauh apabila rakyat datang beramai-ramai tanpa perlu diangkut pada program yang diadakan di Markas PAS Kampung Manek Urai Lama.
“Berbeza dengan kehadiran TPM apabila guru-guru dan kakitangan kerajaan pusat dikerah hadir sehingga pelajar dibenarkan pulang awal pada hari berkenaan.
“Kita boleh lihat sendiri dua situasi yang berbeza. Saya nampak rakyat di Dun Manek Urai bangkit semula selepas mereka dikejutkan pada pilihan raya kecil lebih dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di program berkenaan.
Menurutnya kedatangan Timbalan Presiden PAS seperti memulihkan semula semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dun Manek Urai.
Program Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri bermula jam 3 petang. Hadir pegawai penerangan urusetia terbabit, Norhashimah Deraman.

Imam sentiasa di hadapan, bukan masa solat sahaja
Muhammad Yusri Amin, | 25 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 25 Feb: Speaker Dewan Undangan Negeri
Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyeru para imam di negeri ini supaya
sentiasa berada di ‘saf hadapan’ dalam semua keadaan dan tindakan, bukan hanya
semasa mengimamkan solat sahaja.
Bahkan, kata Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, para imam hendaklah bertindak senada dengan kerajaan negeri.
“Apabila dapat kuasa, kita memerintah cara Islam. Antaranya kerajaan menegaskan bahawa judi itu haram dan lesen tidak dikeluarkan, maka demikianlah penegasan imam kepada masyarakat bahawa hukum judi itu haram.
“Para imam sejak lama dahulu membawa makmun ke arah jalan kebaikan termasuk dalam bab judi haram,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan kali ke-15 di Dewan Persatuan itu di Pasir Tumboh dekat sini, pagi tadi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh, Ahmad Baihaki Atiqullah, Yang Dipertua Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan, Kamaruzzaman Abdul Latiff serta pegawai dan jawatankuasa persatuan.
Demikian juga, ujarnya ketika mengajar agama di masjid dalam bab arak itu haram.
“Dan bukanlah mengajar bahawa ‘arak’ atau ‘judi’ itu kalau ada lesen, ‘halal’ dan kalau tidak ada lesen, maka ‘haram’,” jelasnya lagi.
Beliau berkata, para imam khasnya dan rakyat di negeri ini amnya hendaklah berasa beruntung berada di negeri Serambi Mekah, yang kerajaannya memerintah cara Islam.
Menurutnya lagi, dalam semua aspek, para imam hendaklah arif akan ‘ujung jatuh’ hasil dari tindakannya, selaras dengan pendirian kerajaan negeri, dengan menurut hukum Al-Quran.
“Demikian juga dalam kerja-kerja Islam, para imam kena berada di hadapan, hatta dalam perjuangan Islam pun tok imam kena duduk di hadapan,” ujarnya.
Bahkan, kata Nassuruddin, dari segi kebajikan juga, para imam hendaklah mendahului orang lain, menjadi golongan terbaik dan sentiasa mempertingkatkan diri.
Sumber HD : 25/02/2012
(Datin Tuan Sabariah memotong reben sebagai tanda perlancaran rumah Sinar Harapan.)
KOTA BHARU, 8 Mac: Simbolik kepada sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini, Kerajaan Kelantan telah membuka dengan rasminya rumah perlindungan wanita ‘Sinar Harapan’.
Rumah empat bilik yang terletak di Pengkalan Chepa itu telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak pagi tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, timbalannya Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Dewan Negara, Mumtaz Mohd Nawi.
Ubaidah (gambar) ketika berucap pada majlis itu berkata, rumah perlindungan untuk kaum wanita telah lama dirancang oleh kerajaan negeri, bagaimanapun hanya hari ini ianya dapat dirasmikan sepenuhnya.
Beliau memberitahu, antara tujuan ianya ditubuhkan untuk membimbing dan mendidik para penghuni sementara di rumah berkenaan supaya kembali ke pangkal jalan.
“Bukan semua kaum wanita yang bermasaalah dapat tinggal di sini, hanya mereka yang benar-benar memerlukan sokongan seperti diusir dari rumah, mangsa penderaan rumahtangga, keluarga.
“Mangsa rogol, penderaan seks atau yang dirujuk oleh mahkamah, Jabatan Halehwal Agama Islam, polis, badan-badan NGO dan berbagai lagi yang bertauliah,” ujarnya.
Beliau berkata, tempoh jagaan sementara paling maksimum enam bulan sebelum mereka diserahkan kepada pihak yang lebih berwajib, sama ada ke pangkuan keluarga, berdikari atau sebagainya.
Tegasnya, beberapa aktiviti telah diatur sebagai motivasi diri kepada mereka, iaitu kaunseling, motivasi dan peningkatan jatidiri, kemahiran asas, kemahiran kerjaya, rawatan perubatan apabila diperlukan.
Menurutnya lagi, penganiayaan terhadap wanita termasuk kanak-kanak semakin berleluasa.
“Penganiayaan terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal, sebaliknya mental seperti mengeluarkan kata-kata yang kasar, menghina dan berbagainya.
“Ekoran itu golongan terbabit rasa tertekan dan tidak bersemangat untuk meneruskan hidup, kerana itu sokongan pihak lain perlu untuk membantu mereka,” ujarnya.
Sinar Harapan yang bertemakan ‘Datang Dengan Seribu Kenangan…Pulang Dengan Seribu Impian’ telah menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan terbabit.
Antaranya tempat penginapan, buku-buku untuk bacaan semasa di samping kuliah agama dan motivasi yang akan disampaikan oleh kaunseling.
Sumber HD : 8/03/2012

Hari Wanita: Kelantan buka rumah Sinar Harapan
Salmah Mat Husain, | 08 Mac 2012 |

Suburkan harta dengan derma di jalan Allah
Muhammad Yusri Amin, | 08 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 8 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak masyarakat ‘menyuburkan harta’ masing-masing dengan menderma di jalan Allah kerana is penting sebagai pesediaan untuk hidup di akhirat.
Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap rakyat di negeri ini khasnya dan di Malaysia amnya gemar menderma.
“Saya meminta orang Kelantan khasnya, baik orang kaya beri dengan cara kaya dia, manakala orang miskin beri dengan cara miskin dia.
“Dengan itu, mudah-mudahan Allah SWT membuka pintu hati kita mendapat berkat di dunia dan di akhirat.
“Benda ini tidak boleh dibuat melainkan melalui cara Islam,” ujarnya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Jamuan Amal Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Negeri Kelantan sempena kutipan derma bagi Tabung Pembinaan Semula Bangunan Tadika Perkim dan Dana Pendidikan Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain.
Progaram berlangsung di perkarangan Masjid Al-Mukhlisin, Padang Perdana di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.
Sumber HD : 8/03/2012
KOTA BHARU, 9 Mac: PAS dijangka dapat mengekalkan kerajaan di Kelantan pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang, memandangkan parti itu memegang kerajaan negeri sekarang.
Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, berkata bagaimanapun PAS tidak boleh menjadikannya sebagai ‘tiket’ untuk berasa selesa.
Menurutnya, menjaga kemenangan, tidak semudah untuk mencapai kemenangan.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan ll ketika Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kedudukan PAS dan Umno BN pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 7.25 malam kelmarin dari Kuala Lumpur.
Kebetulan beliau satu penerbangan dengan artis Indonesia, Oki Sentiana Dewi yang akan menyertai Bicara Selebriti di Kelantan Trade Cantre, jam 9.00 malam ini.
Menurutnya lagi, kerajaan PAS Kelantan dijangka akan menghadapi tentangan sengit dari Umno dan BN Kelantan pada pilihan raya umum nanti.
“Umno dan BN juga kuat bekerja dan berbagai program, strategi yang mereka atur, begitu juga PAS,” ujarnya.
Tegasnya, PAS perlu berhati-hati kerana mereka telah lama memerintah hingga memasuki tahun ke-22.
“Jadi andai silap langkah, ada perkara yang tidak selari serta sebulu antara satu sama lain, ianya akan menjeratkan parti itu sendiri.
“Saya berharap jangan berlaku seperti Kedah, berbaik sangka dan sama bekerja untuk rakyat, jangan wujudkan sengketa dan klik sesama sendiri,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun memuji program kebajikan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan berharap ianya dapat dikekalkan demi untuk kepentingan rakyat.
Tambahnya, walaupun Kelantan dituduh sebagai sebuah negeri yang miskin, namun yang jelas pelbagai pembangunan dan kebajikan untuk rakyat sentiasa dilakukan oleh pentadbir kerajaan negeri.
“Namun yang pasti tentangan untuk PAS begitu hebat, kerana pihak lawan tidak akan berdiam diri selepas gagal merampas negeri itu sejak 22 tahun lalu,” ujarnya.
Sumber HD : 9/03/2012
Sumber HD : 14/03/2012
(Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)
KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.
Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.
Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.
Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.
“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.
“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.
Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.
Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.
Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.
“Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,”ujarnya.
Sumber HD : 14/03/2012
KOTA BHARU, 14 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, diminta mengkaji semula tempoh untuk membekukan lesen kepada pengusaha stesyen minyak khasnya di kawasan luar bandar.
Pengarah Buraqoil, Mohd Khilmi Yusof berkata, tindakan itu menyebabkan sebahagian pengusaha yang berhasrat untuk membuka stesyen minyak terbantut ekoran kerajaan membekukan lesen untuk tujuan itu sejak tujuh tahun lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam sempena program Pekan Buku di Kelantan Trade Cantre (KTC), di mana Buraqoil adalah penaja pada program tiga hari itu.
Sambungnya lagi, peningkatan masyarakat yang mempunyai kenderaan sendiri termasuk penempatan yang baru dibuka kerajaan memerlukan stesyen minyak yang baru bagi menangani keperluan masyarakat.
Pada masa yang sama beliau berkata Kelantan dipilih sebagai rangkaian pengedar minyak luar bandar di Pantai Timur oleh Buraqoil, memandangkan negeri itu mempunyai kuasa beli yang tinggi berbanding negeri lain.
Bagi mempastikan hasrat itu berjaya, pembekal minyak bagi stesen-stesyen minyak luar bandar melalui anak syarikatnya IPBT Sdn Bhd kini giat membantu melonjakkan jualan petrol dan diesel di stesen minyak tersebut.
Katanya, sehingga kini pihaknya menyediakan 12 stesen di negeri itu disamping dalam usaha untuk menaik taraf setesen minyak ke arah yang lebih baik.
“Seorang pengusaha stesen minyak kita di Sungai Terah Gua Musang, kini dalam proses untuk membaik pulih stesyen minyak dengan peruntukkan sendiri,”ujarnya.
Khilmi seterusnya memberitahu, Buroqoil hanyalah pembekal minyak pada stesyen-stesyen luar bandar, bagaimanapun bahan itu dibekalkan oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Shell, Petronas dan Esso.
Sumber HD : 14/03/2012
GUA MUSANG, 14 Mac: Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.
Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.
Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.
“Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar,” katanya ketika ditemui di sini.
Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.
Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.
Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.
Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.
Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.

Kelantan: PAS mampu kekal tapi jangan selesa
Salmah Mat Husain, | 09 Mac 2012 |

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi
Rossem, | 10 Mac 2012 |
Artis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.
Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peranan Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih” Oki Setiana Dewi.

Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh menutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.
“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.
Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah, meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.
Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.
Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.
Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakai kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya, kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!”
Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaanku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?
Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang diangkat dari novel Islami terkenal hasil karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.
Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.
Mengakhiri “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.
Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjung al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali
Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.
Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.
Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.
Sumber HD : 11/03/2012
Tuduhan Mustapa Mohamed meleset lagi
M Faqih, | 11 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 11 Mac: Mungkin agak memalukan apabila seorang berjawatan menteri melemparkan tuduhan tak berasas dengan mendakwa ada tempat tiada bekalan air di bandar ini.
“Saya dimaklumkan peniaga di gerai Flat Buluh Kubu tidak mendapat bekalan air menyebabkan terpaksa menggunakan telaga boring,” kata Datuk Seri Mustapa Mohamed, seperti dilaporkan media hari ini.
Sedangkan maklumat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan sebanyak 327 akaun di Flat Buluh mendapat bekalan air yang mencukupi.
Pengurus Besarnya, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, jumlah penggunaan air di enam blok flat tersebut iaitu sebanyak 12,095 meter padu pada Febuari 2012.
“Flat Buluh Kubu ada enam blok bangunan dengan bilangan akaun sebanyak 327. Ini bermakna setiap akaun menggunakan sebanyak 37 m3 bagi tempoh tersebut.
“Malah paras air tangki bawah di blok ke-6 ialah 2.2 meter. Ini secara jelas menggambar air yang dibekalkan kepada pengguna di situ mencukupi bagi keperluan harian mereka,” katanya di sini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa ketiadaan bekalan air di Flat Buluh Kubu amat memalukan kerana ia terletak di tengah-tengah bandar.
Pada Februari lalu Mustapa juga mendakwa pinjaman RM600 juta projek bekalan air yang dilulus kerajaan pusat tidak perlu dibayar balik, sedangkan AKSB sudah membayar pinjaman tersebut sejak 2008.
Ekoran kenyataan tersebut Pemuda PAS di Jeli membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno terbabit kerana cuba membohongi rakyat Kelantan.
Hanapi juga berkata, tidak berbangkit sama sekali dakwaan Penasihat Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Datuk Ibrahim Ali kononnya berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB.
Katanya, dakwaan kononnya AKSB akan mengalami kerugian RM130 juta tidak berasaas kerana peruntukan tersebut merupakan projek air tidak berhasil (NRW) yang dijalankan sejak 2008.
“Peruntukan projek berkenaan dilulus kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Tekonologi Hijau dan Air bagi mengatasi NRW di Kelantan,” katanya.
Menurutnya projek tersebut termasuk menukar sebanyak 80,000 meter lama kepada meter pintar bagi memastikan ketepatan bacaan.
Kata beliau sudah menjadi peraturan bagi setiap operator air, meter lama yang berusia lebih tujuh tahun perlu ditukar memandangkan terdapat kandungan ion sehingga menyebabkan meter berkarat.
Katanya, meter lama yang berusia lebih tujuh tahun akan kehilangan ketepatan bacaan sehingga 40 peratus.
“Sehingga sekarang sebanyak 60,000 meter lama sudah ditukar. Projek NRW dijangka selesai pada Ogos hadapan. Dan selepas itu tempoh setahun diberi bagi kerja-kerja pemantauan.
“Selepas tempoh itulah baru kita dapat lihat kesannya bagi mengurangkan NRW ke tahap yang minimum,” ujarnya.

Oki Setiana Dewi pilih Kelantan lancar buku
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 11 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 11 Mac: Oki Setiana Dewi yang memilih Kelantan sebagai destinasinya untuk melancarkan buku keduanya ‘Sejuta Pelangi’ ternyata berbaloi apabila lebih 1,000 peminatnya mengunjungi majlis pelancaran itu.
Dewan Perpustakaan Awam penuh sesak dengan peminat Oki termasuk Kelab Peminat Oki Setiana Dewi hampir seluruh negara turut hadir pada majlis pelancaran itu.
Walaupun Oki melancarkan Sejuta Pelangi, namun buku pertamanya Melukis Pelangi turut menjadi tarikan peminatnya sehingga buku berkenaan turut dibeli.
Oki ternyata tidak jemu menandatangani hampir kesemua buku yang dibeli peminatnya, walaupun kelihatan wajahnya begitu letih selepas tiga hari berada di negeri Tadahan Wahyu yang mula dicintainya itu.
Oki dalam ucapannya memberitahu, setiap pengalamannya yang dilalui sebagai seorang model, artis beliau kongsi dalam setiap buku yang dituliskan.
“Mudahannya ianya dapat menjadi iktibar pada semua lapisan masyarakat untuk dijadikan iktibar,” ujarnya.
Sementara itu, pihak penganjur, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika berucap pada majlis pelancaran itu, melahirkan rasa syukur memandangkan Oki menerima undangan ke negeri Kelantan.
Sambungnya, bukan sahaja Kelantan sebagai negeri pertama yang dikunjunginya di negara ini, sebaliknya menjadikannya sebagai tempat untuk melancarkan buku ‘Sejuta Pelangi’.
Amir Riduan, salah seorang rakan peminatnya dari Pulau Pinang, berkata beliau mengambil cuti selama dua hari bersama keluarga untuk mengikuti program Oki.
Anak Kelahiran Pulau Mutiara itu melahirkan rasa syukur kerana berkesempatan melihat dari dekat artis pujaan ramai yang diminati pelbagai peringkat usia.
Sumber HD : 11/03/2012
Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.
Subhanallah!
Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan.
Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!
Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!
Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya! Kaya akhirat.

Kelantan & kaya akhirat
http://muhammadismailibrahim.wordpress.com, | 14 Mac 2012 |

Kalau laksana hudud, saya pertama sokong - Malek Nor
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 14 Mac 2012 |
(Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)
KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.
Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.
Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.
Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.
“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.
“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.
Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.
Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.
Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.
“Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,”ujarnya.
Sumber HD : 14/03/2012
Banyakkan lagi stesen minyak luar bandar
Salmah Mat Husain, | 14 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 14 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, diminta mengkaji semula tempoh untuk membekukan lesen kepada pengusaha stesyen minyak khasnya di kawasan luar bandar.
Pengarah Buraqoil, Mohd Khilmi Yusof berkata, tindakan itu menyebabkan sebahagian pengusaha yang berhasrat untuk membuka stesyen minyak terbantut ekoran kerajaan membekukan lesen untuk tujuan itu sejak tujuh tahun lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam sempena program Pekan Buku di Kelantan Trade Cantre (KTC), di mana Buraqoil adalah penaja pada program tiga hari itu.
Sambungnya lagi, peningkatan masyarakat yang mempunyai kenderaan sendiri termasuk penempatan yang baru dibuka kerajaan memerlukan stesyen minyak yang baru bagi menangani keperluan masyarakat.
Pada masa yang sama beliau berkata Kelantan dipilih sebagai rangkaian pengedar minyak luar bandar di Pantai Timur oleh Buraqoil, memandangkan negeri itu mempunyai kuasa beli yang tinggi berbanding negeri lain.
Bagi mempastikan hasrat itu berjaya, pembekal minyak bagi stesen-stesyen minyak luar bandar melalui anak syarikatnya IPBT Sdn Bhd kini giat membantu melonjakkan jualan petrol dan diesel di stesen minyak tersebut.
Katanya, sehingga kini pihaknya menyediakan 12 stesen di negeri itu disamping dalam usaha untuk menaik taraf setesen minyak ke arah yang lebih baik.
“Seorang pengusaha stesen minyak kita di Sungai Terah Gua Musang, kini dalam proses untuk membaik pulih stesyen minyak dengan peruntukkan sendiri,”ujarnya.
Khilmi seterusnya memberitahu, Buroqoil hanyalah pembekal minyak pada stesyen-stesyen luar bandar, bagaimanapun bahan itu dibekalkan oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Shell, Petronas dan Esso.
Sumber HD : 14/03/2012
Gerakan pinggir Ku Li di Gua Musang
Hussin Ibrahim, | 14 Mac 2012 |
GUA MUSANG, 14 Mac: Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.
Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.
Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.
“Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar,” katanya ketika ditemui di sini.
Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.
Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.
Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.
Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.
Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.
(ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 14/03/2012
Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa
Salmah Mat Husain, | 15 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.
Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.
Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.
Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.
Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.
“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.

Sumber HD : 15/03/2012
KOTA BHARU, 15 Mac: Mangsa tembakan di selatan Thailand yang melibatkan remaja dan kanak-kanak baru-baru ini turut mendapat simpati kerajaan serta rakyat Kelantan.
Sehubungan itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM19,900 kepada keluarga mangsa terbabit melalui Konsul Thailand di sini, Suraphon Petch-vra.
Sumbangan tersebut dikutip daripada derma orang ramai ketika kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu, baru-baru ini.
Menteri Besar berkata, beliau sentiasa mendoakan supaya wujud suasana aman dan harmoni khususnya di empat wilayah di selatan Thailand.
“Sebagai ketua kerajaan saya berpuashati hubungan baik antara Kelantan dan Thailand dan berharap dapat dipertingkat dari semasa ke semasa,” katanya pada majlis ringkas tersebut.
Hadir sama di majlis berkenaan, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Shargowi Derahman dan pegawai Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu.
Pada Januari lalu media melaporkan tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk warga tua dan remaja di selatan negara itu yang berada dalam sebuah trak pikap.
Mangsa terbabit beragama Islam seorang warga emas berusia 70 tahun dan remaja lelaki berusia 18 tahun antara yang terbunuh, manakala lima lelaki dan kanak-kanak turut cedera.
Sementara itu Suraphon berkata, sumbangan tersebut akan disampaikan kepada pengerusi empat wilayah selatan Thailand untuk disalurkan kepada keluarga mangsa.
Katanya juga kerajaan Thailand telah mewujud jawatankuasa khas dalam usaha menyelesaikan krisis yang berlaku di selatan Thai.
“Seluruh rakyat Thailand sama ada Melayu, Siam atau sebagainga adalah rakyat Thailand dan setiap perkara dilaksanakan secara adil.
“Dasar kerajaan sekarang berkata benar walaupun pahit. Sekiranya kerajaan silap mestilah mengaku kesilapan dan perbetulkannya begitu juga rakyat,” katanya.
Sumber HD : 15/03/2012
Kelantan bantu mangsa tembakan di Thailand
Attif Zayyad, | 15 Mac 2012 |

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia
Muhammad Yusri Amin, | 17 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 17 Mac: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia.
Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.
“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.
“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.
Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.
Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.
Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.
Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,
Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.
“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.
Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.
Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.
“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.
“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan ‘usahasama’ kita," katanya.
Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.
“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.

Sumber HD : 17/03/2012
KOTA BHARU, 18 Mac: Adilkah bagi seorang menteri apabila membandingkan antara bantuan kerajaan persekutuan dan negeri. Sedangkan segala hasil daripada mana-mana negeri dilonggok di Putrajaya.
Cukai langsung atau tidak langsung semuanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Negeri hanya ada bidang kuasa berkaitan tanah, sumber air, hasil hutan dan cukai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Namun bagi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, soal rasionaliti tidak diambil kira, biar pun perbezaan jumlah hasil di antara pusat dan negeri seumpama langit dan bumi.
Maka tidak hairanlah Datuk Seri Mustapa Mohamed menyebut kerajaan pusat membelanjakan sebanyak RM84.5 juta bagi membantu penduduk miskin di Kelantan tahun lepas, disalur melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Lalu dibandingnya pula dengan kerajaan PAS Kelantan hanya memperntukan sebanyak RM7.4 juta bagi tujuan sama.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Abdullah Ya’kub berkata, kenyataan menteri terbabit sebenarnya memperlihatkan pemimpin Umno tidak cuba belajar memahami konsep federalisme.
“Apabila kita membandingkan bantuan yang dihulur kerajaan pusat dan bantuan negeri, seolah-olah kita mahu melihat apa yang disumbang seorang bapa dan seorang anak.
“Seorang bapa yang mempunyai segala kuasa dan kedudukan tidak adil apabila dibanding pula dengan anak berpendapatan rendah dan tiada kedudukan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dilaporkan mendakwa kerajaan Persekutuan menyalur bantuan membantu penduduk miskin hampir 90 peratus berbanding hanya 10 peratus disumbang kerajaan PAS Kelantan.
Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, kalau hendak dibuat perbandingan bajet diperuntukan persekutuan, perlu dilakukan perbandingan dengan negara lain yang mempunyai Keluaran Negara Kasar hampir serupa.
Beri duit ambil
Sementara itu di majlis berasingan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi petua lama bagi menghadapi serangan material kerajaan BN menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai.
“Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih PKR, dan kalau tiada calon PKR kena undi calon DAP,” katanya pada program Pemuda Penggerak Ummah di Kampung Jambu, di sini, baru-baru ini.
Program tersebut diadakan dengan kerjasama Peti Undi PAS Kampung Jambu.
Menjelang PRU-13 kerajaan BN mengumpankan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada isu rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 18/03/2012
Petua hadapi serangan kebendaan Umno, BN
Aslani M, | 18 Mac 2012 |

Bertaruh RM15,000 kalau Brahim dapat laluan BN
http://msomelayu.blogspot.com/, | 18 Mac 2012 |
Ada dua cerita atau maklumat sikit pelik dari Kelantan yang sampai ke telinga saya pagi ini. Satunya mengenai keberanian seorang perniaga gerai makan bertaruh sebanyak RM15,000 sekiranya Inchek Ibrahim Ali mendapat laluan untuk bertanding atas tikit BN berlambangkan dacing. Syarat pertaruhan itu juga sekiranya Ibrahim diberi laluan oleh BN dalam pilihan raya akan datang.
Wang pertaruhan itu katanya sudah diserahkan kepada orang tengah. Peniaga itu begitu yakin bahawa Ibrahim tidak akan mendapat laluan dari BN seperti mana Pas berikan pada tahun ahli parlimen 'kera' itu pada tahun 2008.
Sebelum ini ahli perniagaan peringkat gerai di bandar Pasir Mas itu bertaruh sekadar RM5,000 sahaja. Namun kerana dia yakin Umno Pasir Mas tidak akan memberi laluan menaikkan nilai pertaruhannya.
Berita kedua ialah mengenai nasib ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang juga seperti mengharap pelangi berbuah rambai.
Zawawi yang lebih dikenali cikgu Awi sudah tidak dipedulikan lagi. Semalam sewaktu timbalan menteri pelajaran Puad Zarkasi datang ke Pasir Puteh untuk memenuhi satu undangan parti beliau dikatakan singgah di rumah Kamaruddin Mohd Noor untuk berihat.
Kamaruddin bekas ketua bahagian disebut-sebut akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh di mana kerusi berkenaan sepatutnya tempat cik Awi. Tindakan Puad itu katanya menimbulkan kemarahan para penyokong cikug Awi yang menganggap satu pukulan buat ketua Umno bahagian Pasir Puteh itu.
Pihak lain pula menterjemahkan kunjungan Puad itu menjelaskan bahawa Kamaruddin yang tewas dalam perebutan ketua bahagian di tangan cikgu Awi sudah sahih akan bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.

Tanah Rizab Melayu: Menjawab fitnah Umno
Ahmad Fadhli Shaari, | 20 Mac 2012 |
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan.
Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai.
Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar.
Saya amat hairan bagaimana seorang Setiausaha Politik yang paling kanan kepada Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tanpa menyebut sandaran fakta yang kukuh.
Suka saya memaklumkan bahawa sekiranya Fatmi merujuk kepada Laporan Khas Utusan Malaysia pada 19 Mac 2012 yang meletakkan isu Tanah Rizab Melayu yang tergadai di Kelantan di muka hadapannya, terdapat beberapa kekeliruan yang sengaja ditimbulkan di dalam laporan tersebut.
Ini termasuklah dakwaan bahawa beberapa projek pembangunan seperti Lembah Sireh, bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pusat Membeli Belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat kononnya melibatkan tanah rizab Melayu yang digadaikan.
Saya melihat bahawa kekeliruan ini sengaja ditimbulkan oleh UMNO melalui Utusan Malaysia dalam misi untuk menghakis kepercayaan orang-orang Melayu terhadap kerajaan negeri Kelantan.
Kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).
Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.
Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.
Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menggadaikan tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.
Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari pengkhianatan UMNO terhadap tanah rezab Melayu.
Fakta ini belum lagi mengambil kira pengkhianatan Umno kepada orang Melayu yang telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).
Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.
Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.
Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996, Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.
Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura.
Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.
Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.
Justeru, di atas tajuk Tanah Rizab Melayu : Siapa Pengkhianat? saya mempelawa Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh untuk bersama-sama saya di atas pentas debat pada bila-bila masa sahaja. Saya kira beliau akan mempunyai peluang untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pengkhianatan kerajaan PAS Kelantan terhadap Tanah Rizab Melayu.
Di atas pentas yang sama, pelbagai lagi fakta dan data boleh didedahkan di hadapan khalayak yang akan membuat penilaian yang bebas. Format debat dan aspek teknikal boleh dibincangkan kemudian setelah Fatmi bersetuju dengan pelawaan saya.
Salam hormat.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan
Sumber HD : 20/03//2012
KOTA BHARU, 20 Mac: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjelaskan peranannya hanya mengawal selia perkhidmatan bekalan air serta pembentungan dan bukan mengambil alih pengurusan bekalan air.
Sedangkan sebelum ini sebuah badan bukan kerajaan Umno, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mendesak kerajaan Kelantan menyerah pengurusan air kepada SPAN.
Surat SPAN yang ditandatangani pengerusinya Dato’ Ismail Kasim turut menjelaskan penstrukturan semula pengurusan air terletak di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan bukannya SPAN.
Penjelasan itu tentunya memalukan MTRK yang diketuai adik bekas Ketua Umno Pasir Mas, Azmi Ali. Pada Febuari lalu NGO Umno itu mengadakan demontrasi di Lembah Sireh mendesak kerajaan negeri menyerah pengurusan air kepada SPAN.
Beberapa akhbar pada 20 Febuari lepas melaporkan MTRK mendesak kerajaan PAS Kelantan menyerah pengurusan air kepada SPAN.
Malah Azmi dilaporkan mahu melancar gerakan mengumpul tandatangan sejuta rakyat Kelantan mendesak kerajaan negeri menyerah pengurusan air kepada SPAN.
Surat yang dihantar SPAN kepada MTRK turut diberi salinan kepada AKSB.
SPAN dalam surat tersebut juga menjelaskan PAAB menyediakan sumber pembiayaan untuk kerja pembangunan baru, menaik taraf dan membaik pulih sebagai balasan apabila kerajaan negeri memindah aset Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kepada PAAB secara pegangan pajakan.
SPAN turut menjelaskan mekanisme kawal selia SPAN tidak melibatkan pengambilan alih pengurusan syarikat atau operator air.
Pengurus Besar AKSB Ir Hanapi Mahmood berkata, penjelasan SPAN boleh difahami rakyat kerana ada pihak cuba mempolitik isu bekalan air di Kelantan.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 20/03/2012
PASIR MAS, 20 Mac: Bagi ramai pemerhati politik akhbar Umno yang dianggap lambang perjuangan Melayu telah kehilangan identiti sebenar berbanding ketika diasaskan pada 1939.
Ketika itu hasil pengorbanan sekelompok kecil orang Melayu di Singapura, Utusan Melayu dilahir bagi memperjuangkan nasib orang Melayu dalam aspek sosial, ekonomi, pelajaran dan politik.
“Sebaliknya hari ini akhbar Melayu itu menjadi alat propaganda bagi memburukkan negeri orang Melayu yang bukan diterajui Umno,” kata Bendahari PAS Kelantan, Hanifa Ahmad.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah melahirkan rasa hairan bagaimana akhbar terbabit boleh mendakwa tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai.
“Ini hanya satu propaganda yang bersifat murahan. Ia pasti muncul setiap kali menjelang pilihan raya.
“Agenda mereka cukup jelas bagi mengelirukan rakyat. Namun sekarang perkembangan media baru rakyat boleh mendapat maklumat dengan cepat dan mudah,” katanya di sini.
Akhbar terbabit dalam siri laporan khas hari ini dan semalam mendakwa banyak tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai.
Dalam laporan semalam akhbar itu menyebut status quo tanah rizab Melayu di Kelantan kini menjadi tanda tanya apabila semakin banyak dipajak kepada syarikat bukan bumiputera.
Dan hari ini pula didakwa hampir 60,000 hektar tanah milik Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta sehingga menyebabkan penduduk kampung teraniaya.
Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, tidak ada satu pun tanah yang dibangun agensi kerajaan negeri dengan usahasama pihak swasta diberi milik kepada syarikat.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi menafikan laporan akhbar Umno terbabit dan menjelaskan Ladang Rakyat tidak pernah memajak tanah kepada mana-mana syarikat swasta.
Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.
“Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan dipajak kepada syarikat swasta. Laporan berkenaan tidak berasas,” katanya.
Bekas pegawai kanan kerajaan di Kota Darulnaim pula berkata, laporan khas dibuat Utusan hanya sekadar persepsi dan tanggapan tanpa ada fakta yang menyakinkan.
Menurutnya laporan seperti itu lebih mirip kepada cakap-cakap kedai kopi yang tidak mampu membina minda.

Jawapan SPAN ‘malukan’ adik Ibrahim Ali
Mohd Nor Yahya, | 20 Mac 2012 |

Isu gadai tanah seperti cerita kedai kopi
M Faqih , | 20 Mac 2012 |

Gadai tanah: Mustapha didesak kemuka bukti
Harakahdaily, | 21 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.
(Tajuk sensasi Utusan Malaysia hari ini tetapi tanpa fakta dan retorik sahaja)
"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.
Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).
Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.
Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pula berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat.
Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.
“Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta,” katanya.
Menurut Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, kenyataan Mustapha kali ini merupakan kali berikutnya Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan data.
Padahal, katanya, Datuk Seri Najib Razaklah sendiri yang mencadangkan agar undang-undang tanah dipinda bagi membolehkan tanah rezab Melayu dpinda untuk membolehkan ianya dimajukan.
"Barangkali beliau lupa bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah yang telah meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu dipajak kepada bukan Melayu untuk dimajukan.
"Sedarkah Mustapha bahawa inilah yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2004 setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60? Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Ogos 2004 di dalam bahagian Ekonomi," kata Fadhli (gambar) dalam kenyataannya.
Utusan hari ini menyiarkan kenyataan fitnah dan sensasi dari Mustapha kononnya rakyat Kelantan dianiaya.
Sebelum ini, kata Fadli, rakyat Kelantan masih ingat pada awal Februari lepas, individu inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa RM600 juta telah diberikan secara PERCUMA kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air.
"Hakikatnya, ia adalah pinjaman yang perlu dibayar," kata Fadhli.
Menurut Fadhli, tindakan terkini yang dilakukan Umno dalam isu ini adalah kenyataan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 15 Mac 2012 yang lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan.
Ini boleh dibaca dalam berita bertajuk Perlis Kaji Kemungkinan Pajak Tanah Rizab Melayu.
Fadhli juga meminta Mustapha tidak lupa dengan tindakan kerajaan Malaysia pada hari ini yang sedang berusaha memajak tanah Felda melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Logiknya, apabila ia disenaraikan, ia bebas untuk dibeli oleh sesiapa sahaja dan yang dipertaruhkan ialah aset peneroka! Tidakkah ini yang sebenarnya mengancam kepentingan rakyat?" kata beliau.
Fadhli secara sini berkata, "Bersedia menjadi seorang Menteri Besar Kelantan ialah bersedia untuk dilantik secara rasmi dan beribu pejabat di Kota Darulnaim dan bukannya hanya sekdar bersedia untuk melayakkan diri ditabal di atas Gunung Reng, Jeli."
LAPORAN BERKAITAN
Sumber HD : 21/03/2012
KOTA BHARU, 21 Mac: Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah.
(Riduan Abdullah bersama anaknya Ummu Habibah)
Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini.
Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.
Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37.
Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan.
Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.
Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.
Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.
Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya.
Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009.
Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran, manakala dua lagi bersama bekas isterinya.
Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau RM60,000.
Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000.
Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman.
Oleh itu orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250.
Sumber HD : 21/03/2012
(Laporan Utusan hari ini yang membawa tindakan saman ke atas akhbar itu)
KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli Hassan (gambar bawah), Exco kerajaan negeri Kelantan.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.
(Tiga Exco Kelantan dalam sidang media mereka hari ini)
Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.
Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.
Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.
"Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.
Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.

Tiada rizab Melayu tergadai di KelantanSumber HD : 21/03/2012
Mualaf rayu bantuan pertahan akidah anak

Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan
Rizal Tahir, | 21 Mac 2012 |
(Laporan Utusan hari ini yang membawa tindakan saman ke atas akhbar itu)
KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli Hassan (gambar bawah), Exco kerajaan negeri Kelantan.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.
(Tiga Exco Kelantan dalam sidang media mereka hari ini)
Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.
Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.
Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.
"Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.
Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.
Sumber HD : 21/03/2012
Utusan gagal hodohkan Ladang Rakyat
Salmah Mat Husain, | 21 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 21 Mac: Keghairahan laporan khas mengenai Ladang Rakyat yang disiarkan sebuah akhbar Umno tiga hari berturut-turut sejak kelmarin seperti mencipta benda yang tidak wujud.
Laporan yang mendakwa ada penduduk di Kampung Lepar Jaya dan Kuala Ketil, Gua Musang dianiaya projek Ladang Rakyat ternyata tidak berasas sama sekali.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tidak ada projek Ladang Rakyat di kedua-dua lokasi berkenaan.
“Kononnya berlaku penderitaan yang ditanggung bebeberapa keluarga yang langsung tiada kaitan dengan projek Ladang Rakyat,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang penduduk, Mohd Donia Hanafi, 62 mendakwa akibat kerajaan negeri memajak tanah di Lepar Jaya menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke Kampung Kuala Betis.
Dakwa beliau rumahnya di Lepar Jaya dimusnahkan syarikat yang ada kaitan dengan Ladang Rakyat.
Penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin juga menjelaskan tidak ada projek Ladang Rakyat di kawasan seperti didakwa dalam laporan Utusan hari ini.
Katanya, projek Ladang Rakyat hanya terdapat di Kuala Betis, Limau Kasturi, Paloh 4, Renok Baru dan beberapa lokasi lain.
“Saya juga tidak pernah mendengar cerita ada penduduk dihalau kerana projek Ladang Rakyat. Malah tidak pernah kedengaran ada penduduk ditahan di lokap kerana mempertahankan kebun mereka,” katanya dihubungi di Gua Musang.
Timbalan Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri menafikan sama sekali laporan akhbar berkenaan, termasuk dakwaan 60,000 hektar tanah Ladang Rakyat dipajak kepada syarikat swasta.
“Ini kerana keluasan tanah Ladang rakyat hanya 25,666 hektar dan bukannya 60,000 seperti dilaporkan. Lagi pun konsep pemajuan tanah bukan secara pajakan.
“Hak milik tanah Ladang Rakyat kekal sama ada tanah kerajaan atau didaftar di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat tanpa dipajak kepada syarikat swasta,” ujarnya.
Miskin tegar
Ahmad juga berkata, dakwaan hanya 5 peratus peserta Ladang Rakyat bebas daripada kemiskinan tegar juga tidak tepat.
Katanya, akhbar terbabit menggambarkan seolah-olah daripada 4,834 peserta hanya 5 peratus atau 240 orang sahaja yang bebas miskin tegar dalam masa enam tahun projek dilaksanakan.
“Sedangkan fakta sebenar ialah 5 peratus bebas miskin tegar dalam masa setahun. Dan ini bermakna angkanya 240 orang setahun atau pun 1,440 orang enam tahun,” katanya.
Menurutnya juga dakwaan peserta menerima sijil tetapi tidak menerima apa-apa dividen sebenarnya mereka merupakan peserta bagi penempatan berkelompok.
Katanya, peserta yang menerima dividen RM200 sebulan bukan di kalangan peserta penempatan berkelompok yang akan diwujudkan di Paloh 4 dan Limau Kasturi.
Beliau berkata, peserta penempatan berkelompok tersebut akan diberi tapak rumah yang dibina peserta melalui pembiayaan sewa beli tanpa faedah diurus Ladang Rakyat.
“Peserta dijangka akan dapat memasuki tapak rumah dalam masa sebulan dua lagi. Peserta akan menerima gaji bulanan dengan mengusahakan ladang seluas 10 ekar setiap seorang.
“Mereka juga akan diberi insentif sebanyak RM15 bagi setiap tan hasil kelapa sawit daripada hasil buah sawit di kawasan diusahakan,” ujarnya.
Saman
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, sekiranya akhbar terbabit tidak menyiarkan penafian dibuat kerajaan, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Sumber HD : 21/03/2012
KOTA BHARU, 21 Mac: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) dan Maahad Muhammadi Lelalki berjaya mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan hari ini.
Seramai 24 pelajar MMP mendapat semua A berbanding 18 orang pada tahun 2010. Manakala calon mendapat 12A seramai tiga orang.
Pelajar terbabit iaitu Aisyah Nazurah Ubaidah (10A+, 2A), Nazihah Mohd Daud (7A+, 5A) dan Nur Mardia Mazri (7A+, 5A).
Manakala pelajar yang mendapat 10A+ iaitu Izzah Hameeda Zamani (10A+, 1A) dan Aisyah Nazurah berbanding tiga orang pada 2010, manakala calon mendapat 9A+ seramai 4 orang berbanding 2 orang pada 2010.
Pengetua MMP, Ustaz Mohd Mansor Daud berkata, seramai 23 pelajar mendapat 11A berbanding 14 pelajar (2010), manakala 15 pelajar mendapat 10 A meningkat berbanding 11 pelajar pada 2010.
“Calon mendapat 9A pula seramai 18 orang. Jumlah calon mendapat 9 A dan ke atas seramai 57 orang berbanding 54 pelajar pada 2010,” katanya ketika mengisytiharkan keputusan peperiksaan tersebut.
Menurutnya pencapaian tersebut merupakan yang terbaik dan tertinggi setakat ini. Seramai 391 pelajar MMP menduduki peperiksaan SPM tahun lepas.
Manakala seramai enam pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mendapat 11 A. Pelajar terbabit iaitu Afif Akram Jusoh dan Abdul Muhaimin Hamzah masing-masing mendapat 10A+1A.
Turut mendapat keputusan 11 A, Ameer Firdaus Zulkifli, Muhammad Aiman Abdullah, Nik Mohammad Nasir Nik Mohd Manan dan Mohd Ikhwan Zulkifli.
Sekolah terbabit turut mengekalkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan tersebut. Seramai 248 calon menduduki peperiksaan berkenaan.
Keputusan peperiksaan itu diumumkan mudirnya, Ustaz Che Kamarudin Kamil Mohamed.
Ekoran kejayaan itu enam pelajar berkenaan mendapat cenderahati khas dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah berkenaan sebanyak RM100 seorang.
Kamaruddin berkata, sekolah berkenaan mencapai peningkatan sebanyak 41.12 peratus berbanding sebelumnya 31.1 peratus.

SPM: 3 pelajar Maahad Perempuan dapat 12A
Salmah Mat Husain & Yusri Amin, | 21 Mac 2012 |

Ku Li bertanding tiket PAS...belum bincang
Nazri Abdullah, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: PAS Kelantan belum berbincang kedudukan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang sedia bertanding sebagai calon bebas jika tidak dicalonkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Wan Nik Wan Yusoff berkata, setakat ini pihaknya hanya mengambil maklum perkara itu dan sedang melihat perkembangan berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.
"Kita belum bincang perkara itu walaupun pandangan di peringkat pimpinan secara peribadi sudah ada. Tapi merumuskan pandangan-pandangan itu belum ada.
"Setakat ini kita ambil maklum segala perkembangan beliau (Ku Li) dan kita akan lihat dari masa ke masa," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan perkembangan setakat ini berhubung Ku Li berikutan desas desus yang mengatakan kemungkinan bekas Menteri Kewangan itu akan bertanding di Gua Musang atas tiket PAS atau bebas pada PRU nanti.
Ini berikutan tindakan Umno yang mula membayangkan penentangan mereka jika pucuk pimpinan parti itu mahu mengekalkan Ku Li di Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini juga Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ada menyatakan bahawa PAS Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Ku Li bertanding atas tiket PAS atau tidak.
Ianya ekoran pendirian Ku Li yang dilihat konsisten khususnya menyokong tindakan Kerajan Negeri Kelantan menuntut bayaran royalti.
Dalam pilihan raya umum 2008, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS dan menang dalam pilihan raya itu.
Namun sikap Ibrahim sekarang yang sentiasa menyerang PAS menyebabkan peluang untuk orang lain bertanding sekali lagi atas tiket PAS agak terganggu.
Calon luar
Berhubung senarai akhir calon yang bertanding pula, Wan Nik berkata kesemua nama-nama calon telah diserahkan kepada PAS Pusat untuk dinilai dan diputuskan.
Calon-calon itu menurutnya adalah yang dikemukakan oleh PAS peringkat kawasan masing-masing berdasarkan cadangan dari cawangan masing-masing.
"Calon luar atau tidak, tidak berbangkit kerana bergantung kepada kawasan.
"Kalau kawasan setuju dengan calon itu, maka calon itulah yang dikemukakan kepada kita untuk dibawa ke pusat," katanya.
Dalam pilihan raya 2008, PAS meletakkan tiga calon luar Kelantan bertanding di negeri itu dan kesemua mereka menang.
Mereka adalah Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahudin Ayub (Kubang Kerian) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).
Sehingga kini, Salahudin Ayub dikatakan akan bertanding di negeri asalnya, Johor dalam pilihan raya umum akan datang.
Sumber HD : 22/03/2012
(Tuan Guru Nik Aziz melawat tapak pembinaan jambatan pagi tadi)
PENGKALAN CHEPA, 22 Mac: Walaupun Kelantan dituduh sebagai sebuah negeri miskin, namun sebuah lagi jambatan baru Lapan Pari yang bernilai RM2.788 juta bakal siap sepenuhnya pada 20 April ini.
Seramai 3,000 penduduk dari Tok Sadang, Pengkalan Chepa dan sekitarnya bakal mendapat manfaatnya apabila jambatan yang mula dibena tahun lalu siap sepenuhnya.
Hari ini, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan jambatan berkenaan.
Turut hadir pada lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, Jurutera JKR Kota Bharu, Alias Adam dan Pengarah JKR, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah.
Tuan Guru tiba di tapak pembinaan jambatan itu kira-kira 8.15 pagi tadi untuk melakukan lawatan serta mendengar taklimat kira-kira setengah jam.
Anizam ketika ditemui selepas itu berharap jambatan berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
“Dengan siapnya jambatan ini, insyaallah ianya akan menyelesaikan kesulitan yang berlaku sewaktu jambatan dalam pembinaan sebelum ini,”ujarnya.

Kelantan bina jambatan baru RM2.788 juta
Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir, | 22 Mac 2012 |

Sukan lasak jadi tumpuan pelancong ke Kelantan
Rizal Tahir, | 24 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan akan menjadikan sukan lasak (ekstrem) sebagai salah satu aktiviti Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata antaranya abseiling, berkayuh basikal lasak dan lain-lain lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Abseiling 46 K PKINK yang diadakan di Menara Perbadanan PKINK, anjuran Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan PKINK.
Ianya dianjurkan sempena ulang tahun PKINK yang ke-46.
Walaupun 46 orang peserta diperlukan sebagai simbolik sambutan ke-46 PKINK, namun seramai 76 orang peserta menyertai program pada ketinggian 166 kaki dan ianya dianggap abseling yg tertinggi di Pantai Timur.
Turut mengambil bahagian Pegawai Khas Datuk Takiyuddin, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaiddin.
Takiyuddin bagaimanapun, mencadangkan mana-mana penganjur yang ingin menganjur sukan lasak itu supaya mencari tempat yang lebih tinggi.
Katanya, ianya penting bukan sahaja untuk menguji tahap kemampuan peserta, sebaliknya untuk mencipta rekod baru
“Kelantan mungkin akan akan menjadi tuan rumah jambori volskwegan Malaysia sempena Tahun Melawat Kelantan,”ujarnya lagi.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Tuan Zainal Abdul Rahim dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad.
Pengerusi Jawatankuasa Biro persatuan itu, Mohd Rozi Mohd Nor, berkata simbolik pada penganjuran program ini untuk menterjemahkan kepada umum betapa PKINK kini semakin hebat menghadapi cabaran walaupun sudah berusia 46 tahun.
Beliau yang juga pengarah program, peserta yang sebahagiannya terdiri dari kakitangan PKINK, turut menggambarkan mereka juga mampu menghadapi cabaran lasak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Alhamdulillah kita bersyukur, program yang pertama kali dianjurkan diperingkat kerajaan negeri ini mendapat sambutan pelbagai pihak,”ujarnya lagi.
Antara yang mengambil bahagian, pelajar dari Politeknik Kota Bharu, Kolej Politeknik Mara, Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan, Urusetia Sukarelawan TMK dan peserta individu.

Sumber HD : 24/03/2012
Kerajaan Kelantan sudah sedia jumpa Umno di mahkamah
Muhammad Yusri Amin, | 24 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu ‘Tanah Rizab Melayu Kelantan’ yang didakwa tergadai.
Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.
“Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.
Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, “Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah.”
Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.
Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata dakwaan itu menunjukkan Umno ‘seolah-olah tidak faham’ tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.
“Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham, bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.
Mengikut undang-undang , Tanah Rizab Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan “tidak rizab Melayu”, melainkan beberapa tempat saja.
“Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.
“Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.
Mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa).
Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).
Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.
“Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.
“Yang tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).
“Kesimpulannya, di Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu beliau.
Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.
“Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah ‘unique’, berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat tidak ‘menindas’ Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan sumbangan kewangan yang ‘sepatutnya’ diberikan kepada Kerajaan Kelantan.
Namun dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat ‘setengah-setengah’ Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur di negeri ini adalah dialu-alukan.
Mengikut dasar negeri, syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.
“Kita syaratkan bahawa pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri, manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.
“Dan tanah berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan undang-undang.
“Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi ‘taraf Tanah Rizab Melayu’, tidak berubah,"terang beliau.
Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.
Beliau mendakwa Umno bukan saja tidak ‘memberi tanah’ kepada bukan Bumiputra, bahkan kepada Bumiputra pun Umno ‘memilih bulu’ sama ada berkaitan dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu berlaku sesama Umno.
Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan cuba memutar belit fakta.
Kelantan negeri paling banyak mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.
Media mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh pajakan mencecah 99 tahun.
Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.
Menurut dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.
Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.
Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap ‘Kerajaan Pas Kelantan’ mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.
Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KTC tawar pakej mengorat isteri
Salmah Mat Husain, | 25 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 25 Mac: Bagi melahirkan rasa cinta yang tidak pernah padam disamping menyemarakkan rasa kasih dalam rumahtangga pasangan suami isteri di negara ini, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) melancarkan ‘Pekej Mengorat Isteri Sendiri’.
Program berkenaan mula dilancarkan hari ini dan berkuat-kuasa serta merta.
Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa dalam kenyataannya hari ini berkata menerusi PMIS, pasangan suami isteri boleh menginap di mana-mana jenis bilik penginapan yang disediakan dengan potongan harga istimewa.
“Pelanggan juga turut mendapat sarapan pagi dan sajian set makanan malam di kamar masing-masing sewaktu penginapan,”ujarnya.
Aziz seterusnya berkata, bagi pasangan kelamin yang sudah mempunyai zuriat turut dialu-alukan dengan membawa anak masing-masing.
Katanya, walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi sebelum ini, namun pasangan suami isteri yang juga seorang guru di negeri ini telah menempah bilik untuk menyertai majlis ini malam tadi.
“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan pekej yang ditawarkan sambil menyifatkan ianya sesuatu yang unik,”ujarnya.
Pada waktu yang sama, KTC turut mengalu-alukan anggota polis dan keluarga masing-msing menyertai pekej berkenaan bersesuaian dengan ulangtahun Polis Diraja Malaysia ke-205 menerusi pekej Terima kasih Polis dengan harga RM205.
Aziz seterusnya memberitahu, dengan pelbagai masaalah rumahtangga yang berlaku kini, pihaknya berasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab bersama dengan program santai untuk mereka.

Sumber HD : 25/03/2012
KOTA BHARU, 25 Mac: Penggemar sukan dinasihat melakukan rawatan kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan sebelum menyertai mana-mana bidang sukan yang diminati.
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata mendapat khidmat nasihat pegawai kesihatan penting bagi mengenal pasti tahap kesihatan bagi mengelak sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Badminton, Sepak Takraw Berpasukan & Antara Regu Veteran Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) 2012, di Dewan Teratai, di sini tengah hari tadi.
Sebanyak 16 pasukan Maksak termasuk beberapa jabatan di peringkat negeri menyertai pertandingan kejohanan berkenaan bermula 22 hingga 25 Mac, di mana Kelantan sebagai tuan rumah.
Menurutnya, telah berlaku kematian atau pengsan sewaktu bersukan dan ianya boleh menyerang sesiapa sahaja sekiranya tidak berhati-hati.
“Saya berharap MAKSAK lebih berhati-hati dalam perkara ini bagi mengelakkan kejadian buruk tidak menimpa para ahli,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Agung Maksak, Ahmad Faedzal Md Ramli dan lain-lain jemputan.
Pada masa yang sama beliau berharap kakitangan awam meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing.
Sambungnya, antara tujuan program sukan diwujudkan di peringkat kakitangan awam untuk meningkatkan budaya kerja yang lebih positif.
Sumber HD : 25/05/2012
Periksa tahap kesihatan sebelum bersukan
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 25 Mac 2012 |

Hakim ada pertalian, rayuan Kelantan ditangguh 26 April
Salmiyah Harun, | 26 Mac 2012 |
PUTRAJAYA, 26 Mac: Pendengaran rayuan Kerajaan Kelantan berkenaan penzahiran dokumen (discovery) royalti petroleum dengan Petronas ditangguhkan pada 26 April depan.
Penangguhan itu disebabkan salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang bersidang hari ini mempunyai pertalian keluarga dengan defenden.
Menurut salah seorang peguam bagi pihak Kerajaan Kelantan, Cik Shikin, Alizatul merupakan adik kepada salah seorang defendan yang memfailkan afidavit itu.
"Jadi kita tidak boleh dengar kes itu hari ini sebab nanti akan berlaku 'conflict of interest', kerana ada pertalian keluarga jadi kita minta tarikh lain," katanya ketika ditemui.
Sebelum ini, penzahiran dokumen itu dibuat di Mahkamah Tinggi di mana Hakim Zabariah Mohd Yusof memutuskan tidak perlu dedahkan dokumen itu kepada Kelantan, bagaimanapun Kerajaan Kelantan melalui peguamnya Thomy Thomas tetap mahukan dokumen itu.
Dalam writ saman yang difailkan pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri Kelantan menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.
Kerajaan negeri itu mendakwa telah menandatangani Perjanjian Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir dengan bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Turut mengikuti kes itu di mahkamah ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Pasir Puteh, Siti Zailah Mohd Yusof dan Muhammad Husain serta wakil Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan.
Sumber HD : 26/03/2012

PMBK sumbang RM55,800 kepada kakitangannya yang meninggal
Rizal Tahir, | 26 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 26 Mac: PMBK Sawit, anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, menyerahkan dua sumbangan kepada dua penerima masing-masing berjumlah RM70,000 dan RM55,800.
(Husam menyampaikan cek kepada ayah Farah Matvi Dallah sebagai wakil sambil diperhatikan oleh Farah.)
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili PMBK Sawit menyerahkan sumbangan kepada Pondok Moden sebagai pembayaran zakat tahun 2010.
Manakala Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pula menyerahkan sumbangan kepada Farahwaheeda Matvi, isteri allahyarham Kamalruzaman Abdullah.
Kamaruzaman, kakitangan PMBK yang juga Pegawai Khas Datuk Husam Musa terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari menyertai tuntutan royalty kerajaan Kelantan di Kuala Lumpur 11 November tahun lalu (11.11.11).
Sumbangan kepada Farahwaheeda sebagai bayaran faedah kematian kepada isteri kakitangan PMBK mengikut skim pengiraan perkhidmatan syarikat Artikel 54.
Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pengarah Yik (Bahagian Pelaburan), Ustaz Abdul Kader Othman, Penolong Pengarah Yik (Halehwal Murid), Ustaz Muslim Che Yusof dan lain-lain kakitangan PMBK Sawit.
Hadir sama, Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan timbalannya, Rosli Abdullah.
Husam berkata, sumbangan berkenaan diberikan semoga pihak yang memerlukan dapat memanfaatkan sumbangan itu dengan baik.
“Sumbangan ini turut diberikan kepada Pondok Moden dengan harapan ianya dapat membantu 289 pelajar di sana termasuk isteri allahyarham Kamal,”ujarnya.

Umno jangan bangga dengan wangnya menjelang PRU
Muhammad Yusri Amin, | 26 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 26 Mac: Umno Barisan Nasional diingatkan jangan terlalu bermegah dengan kewangan yang ada dalam menjalankan kempen mereka kepada rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13).
(Salah sesorang peserta Hafazan menerima hadiah dari Nik Aziz.)
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, selagi Umno mentadbir negara dengan menggunakan wang dan tidak berpandukan Al-Quran, lambat laun mereka akan jatuh.
“Kalau tidak jatuh di dunia, jatuh di akhirat kelak," kata beliau.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Rahim Jusoh.
“Gerakan Islam walau pun (dianggap) tidak ada duit, namun mereka ada ‘kebenaran’.
"Gerakan Islam ada ‘as-siratal mustaqim’, yang dilalui (ditunjuk) oleh Nabi Muhammad saw, dan inilah kelebihan gerakan Islam," katanya.
Oleh itu Menteri Besar mendakwa kepimpinan yang ada memimpin negara tanpa berpandukan Al-Quran (menolak Islam), lambat laun akan jatuh jua.
Beliau mengingatkan Umno supaya mengambil iktibar kejadian di Timur Tengah dengan naiknya golongan Ikhwanul Muslimin dalam menentang 'golongan kaya’ dalam peristiwa kejatuhan mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
“Hosni Mubarak itu, mengikut ucapan Dr Yusoff Al-Qardhawi, beliau membawa lari (bersamanya) harta kekayaannya sebanyak 19 buah kapal terbang.
“Mantan Presiden Mesir itu memang orang kaya, yang disokong Amerika, Peranchis, German dan Blok Barat sendiri, bahkan China dan Russia. Semua itu blok kaya.
"Namun Ikhwanul Muslimin akhirnya mencapai kemenangan di Mesir.
“Kerana apa, adalah kerana kebenaran dan fitrah manusia itu sendiri yang mahukan kebenaran, tidak mahukan kezaliman.
“Justeru Umno selalu menyebut masalah projek, masalah pembangunan, namun pejuang Islam menyedari bukan itu keutamaan.
“Bahkan Rasulullah saw sendiri diutuskan Allah swt dari kalangan orang miskin," katanya.
Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata Al-Quran diturunkan untuk kegunaan manusia, bukan kegunaan makhluk lain termasuk Malaikat.
Kini, kata Menteri Besar, pelbagai masalah berlaku dalam negara berpunca daripada ruhani yang mati lantaran sikap manusia menolak Al-Quran.
Pada hari Kiamat, menurut aduan Rasulullah saw kepada Allah SWT bahawa manusia mengambil Al-Quran hanya untuk dibaca tetapi tidak dilaksanakan termasuk untuk panduan dalam perlembagaan pemerintahan.
“Kini gejala sosial berlaku membabitkan semua golongan, bahkan jenayah semakin menjadi-jadi.
“Pembunuhan kejam bukan saja membabitkan mangsa dari golongan dewasa bahkan kanak-kanak pun tidak lagi terselamat.
“Rogol, bunuh dan bakar menjadi satu gaya jenayah baru dalam masyarakat.
“Ini membuktikan undang-undang yang ada gagal mengawal kebuasan nafsu manusia walau pun undang-undang itu diperketatkan namun dalam masa sama jenayah semakin menjadi-jadi.
“Saya penuh yakin bahawa semua itu berpunca daripada manusia menolak Al-Quran sebagai asas peraturan hidup," katanya.
Justeru, kata Menteri Besar, Kerajaan Negeri mengambil langkah menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran.
Ia bertujuan menghidupkan penghayatan Al-Quran di kalangan rakyat selain mengangkat matlamat ‘satu rumah satu hafiz’ akan tercapai, insya Allah.
Kerajaan Negeri mengamalkan banyak dasar selari dengan Al-Quran. Antaranya mengangkat dasar Membangun Bersama Islam sebagai asas pentadbiran negeri.
Memperkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, mengalihkan (simpanan ) wang Kerajaan Negeri di dalam bank riba ke dalam Bank Islam, mengawal penjualan minuman keras dan melarang sebarang bentuk aktiviti perjudian.
“Saya yakin puak-puak yang galak menyerang dasar Kerajaan negeri itu, mereka sekadar mahu menarik perhatian umum (supaya menyokong mereka).
“Ini kerana dasar-dasar negeri, sejak lebih dua puluh tahun lalu, diterima semua pihak di negeri ini termasuk non-muslim,” ujarnya.
Sumber HD : 26/03/2012
TANAH MERAH, 26 Mac: Penampilan beberapa ustaz yang menjadi tenaga penceramah Umno bukan sahaja gagal menarik perhatian ramai, sebaliknya menimbul tidak puas hati anak-anak muda.
Baru-baru ini ceramah Ustaz Abdullah Abu Samah dari Pondok Geting, Tumpat di Kampung Bendang Nyiur dekat sini yang dianggap mencerca Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat reaksi spontan beberapa anak muda.
Seorang anak muda bangkit dan menyangah tomahan Abdullah sehingga berlaku perdebatan di antaranya dengan penceramah di atas pentas.
Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani berkata, beberapa kali pemuda itu bangkit menjawab apa yang dilontar penceramah Umno terbabit.
“Sehingga satu peringkat penceramah itu menyebut dia hendak berceramah macam mana apabila ada pihak yang menjawab di bawah pentas,” kata Amran di sini.
Ceramah itu diadakan pada 11 Mac lalu tidak jauh daripada rumah keluarga pemuda terbabit.
Kata Amran ekoran aksiden tersebut seorang pemuda Umno dari Kampung Bendang Ngok bangkit menumbuk pemuda terbabit, namun tersasar dan terkena seorang pemimpin Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur.
Menurutnya ekoran kejadian itu Pemuda Umno terbabit tidak puas hati di atas tindakan pemuda yang menumbuknya sehingga berlaku eksiden lain beberapa hari kemudian.
“Ekoran itu pemuda Umno Bendang Ngok membuat laporan polis. Polis kemudian menangkap seorang pemuda yang disyaki terbabit dengan kejadian gaduh di pasar malam.
“Saya difahamkan pemuda itu ditahan di bawah Seksyen 148 atas kesalahan bergaduh. Namun selepas dibebaskan dengan jaminan polis dia ditahan pula di bawah Seksyen 147.
“Manakala hari ini pula abang kepada pemuda terbabit seorang mekanik ditahan atas kesalahan menceroboh tempat ceramah Umno pada malam 11 Mac lalu,” katanya.
Difahamkan juga pemuda terbabit juga cuba dikaitkan dengan kejadian membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini.
Amran yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan melahirkan rasa hairan banyak aduan ‘samseng’ yang menganggu ceramah Pakatan Rakyat di Johor, Kuantan dan Melaka seperti dibiarkan.
“Sedangkan laporan polis yang dibuat Umno seperti berlaku di Tanah Merah, anehnya polis bertindak segera sehingga pemuda terbabit ditahan banyak hari di lokap,” ujarnya.
Sumber HD : 26/03/2012
KOTA BHARU, 27 Mac: Angkatan Muda PKR (AMK) Kelantan akan melancarkan program Gerakan Tawan Anak Kelantan (GerTAK) sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Ketuanya, Azihan Che Seman (gambar) berkata, program GerTAK lebih tertumpu kepada anak-anak Kelantan yang berada di perantauan terutamanya di Lembah Klang.
Katanya, program awal membabitkan anak perantau akan diadakan pada 31 Mac ini bertempat di perkarangan Pejabat Parlimen Gombak, di Pusat Bandar Taman Melawati. Ia bermula jam 1 tengahari hingga 5 petang.
“Program itu diadakan dengan kerjasama Biro Strategi PKR Kelantan bertujuan bertemu mata dengan pengundi luar khususnya anak muda.
“Selain itu bagi mewujudkan hubungan dengan pengundi luar dan membina sistem maklumat pengundi secara lebih teratur,” katanya di sini.
Menurutnya program dikenali sebagai Bekwah Anak Kelantan Lembah Klang disasarkan kehadiran lebih 1,000 anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang.
Katanya juga kehadiran pengundi luar menjadi faktor utama kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak 1990 dan ia perlu dipertahankan.
Program itu bertema Sihat Ko, Ore Kampong Kito. Aktiviti lain yang akan diadakan termasuk jamuan makan, persembahan dikir barat Kelab Pantai Timur, pertandingan mewarna bintang kecil, dialog isu-isu semasa dan kaunter daftar pemilih.
Azihan berkata, program itu dijangka dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan pimpinan Kelantan.
Sementara itu Pakatan Rakyat Kelantan akan mengadakan solat hajat dan ceramah perdana pada malam 30 Mac ini bertempat di Padang Perdana Kota Bharu.
Program tersebut bermula dengan solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti solat hajat.
Penceramah handalan yang bakal ditampilkan iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penasihat PKR, Penasihat DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Program berkenaan bertema Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia. Manakala pada sebelah petang hari sama diadakan jamuan teh bagi memungut derma serta persembahan kebudayaan.
Sumber HD : 27/03/2012

Debat anak muda dengan ustaz ‘upahan’ Umno
Aslani M, | 26 Mac 2012 |

AMK lancar Gerakan Tawan Anak Kelantan
Aslani M, | 27 Mac 2012 |

Tidak perlu JK pemandu selesai air Kelantan
Hazayani Zakaria, | 27 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: PAS mendakwa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tidak memahami peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan sesebuah parti.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, masalah bekalan air bersih di Kelantan tidak memerlukan penubuhan jawatankuasa pemandu sebaliknya boleh diselesaikan oleh kerajaan negeri.
Beliau menjelaskan, peranan jawatankuasa pemandu hanya membincangkan perkara-perkara yang mungkin melibatkan pimpinan-pimpinan parti yang diberi amanah mentadbir negeri Pakatan Rakyat hari ini.
"Dalam isu air Kelantan, jawatankuasa pemandu tidak boleh berperanan kerana tidak ada legal ground.
"Dr Puad Zarkashi tak faham peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan parti dengan peranan urus tadbir negeri yang memang melibatkan hubungan yang rapat antara kerajaan negeri dan pusat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, isu bekalan air bersih di Kelantan adalah isu yang melibatkan hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Tambahan pula, masih terdapat perkara-perkara teknikal di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih belum selesai.
"Ini adalah isu yang masih lagi di peringkat penyelesaian. Secara adilnya saya melihat dalam konteks yang besar, perbahasan di Parlimen ini juga membicarakan tentang isu SPAN yang masih lagi tidak selesai dari segi menyelesaikan isu teknikal antara kerajaan negeri dan pusat.
"Secara adilnya juga, isu air tidak terawat ini bukan hanya melanda Kelantan tapi juga di negeri lain seperti di Johor dan Selangor yang airnya dalam keadaan tidak selamat untuk diminum begitu sahaja," katanya.
Pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, Dr Puad mencadangkan PAS menubuhkan jawatankuasa pemandu kerana mendakwa PAS Kelantan gagal menyelesaikan isu air bersih di negeri itu.

Kenyataan Media YB Salahudin Ayub : http://www.youtube.com/watch?v=3V4Bvyw5TDs
Sumber HD : 27/03/2012
RANTAU PANJANG, 28 Mac: Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat parti itu semakin hilang pengaruh biar pun media tajaan mereka memberi gambaran sebaliknya.
Ini dapat dibuktikan apabila Umno terpaksa menggunakan pentas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pengagihan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mengerah orang ramai hadir.
Di Kota Bharu ceramah Ketua Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh terpaksa diadakan jamuan bagi menarik orang ramai datang. Malah pada poster ceramah turut dipaparkan gambar Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Terbaru di Kampung Paya Senang malam Isnin lalu disediakan jamuan nasi. Bagaimanapun kehadiran penduduk boleh dibilang dengan jari.
Timbalan Exco kerajaan negeri, Mohamad Awang (gambar) berkata, pemimpin Umno perlu mengakui hakikat yang berlaku sekarang kerana masa kehebatan mereka semakin berlalu.
“Malah kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang membayangkan Umno dan BN hanya mampu mempertahankan Pahang, Johor dan Melaka sahaja pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 amat mencabar sekali.
“Kenyataan bekas bendahari Umno itu sangat jelas dan boleh diterima oleh sesiapa sahaja. Keterbatasan keupayaan Umno kelihatan makin jelas sekarang. Ini membuat mereka semakin kecut perut.
“Kejatuhan empat negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dan mengekalkan Kelantan pada PRU-12 merupakan permulaan episod yang menakutkan kerajaan BN,” katanya yang juga Adun Gual Periuk di sini.
Menurutnya, bayangan dibuat Tun Daim tidak mampu ditolak begitu sahaja kerana beliau mengetahui selok-belok yang berlaku dalam Umno dan BN sejak dahulu sehingga sekarang.
Baru-baru ini ketika interview dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Daim dilaporkan memberitahu usaha Umno-BN mempertahankan Perak menjadi satu cabaran. Begitu juga mahu mengekalkan Terengganu dan Sabah Umno perlu bersatu.
Malah menurutnya BN hanya berupaya mengekalkan tiga negeri sahaja iaitu Johor, Pahang dan Melaka.
Sumber HD : 28/03/2012
KOTA BHARU, 29 Mac: Nur Baiti Mohd Farid, 18, bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian tertinggi SPM tahun lalu dengan keputusan 9A, sebaliknya telah berjaya memecah rekod baru sekolah tempatnya belajar.
Sekolah Menengan Agama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, Pengkalan Chepa juga turut menempa sejarah baru apabila buat julung kalinya mencapat keputusan 100 peratus SPM.
(Gambar: Nur Baiti menerima sumbangan daripada Wan Ubaidah sambil disaksikan ibu bapanya.)
Namun latar belakang Nur Baiti yang begitu menarik, beliau bukan sahaja dari keluarga yang sederhana, ayahnya kerja buruh biasa, sebaliknya kedua ibu bapanya cacat pendengaran (bisu).
Kerana keistimewaan Nur Baiti ini, menarik minat anggota exco kerajaan negeri Wan Ubaidah Omar untuk menziarahi keluarga istimewa ini, semalam.
Turut menziarahi Baiti dan keluarganya, Mudir MTM, Ustaz Tajuddin Mamat, tenaga-tenaga pengajar sekolah berkenaan, Nisa’ Pengkalan Chepa serta lain-lain pimpinan.
Dengan menggunakan bahasa isyarat, ibu Baiti, Suria Abdul Rahman, 41, memberitahu beliau sering mendoakan semua anak-anaknya termasuk Baiti agar cemerlang dalam pelajaran.
Menurutnya, kejayaan yang dicapai Baiti begitu membanggakannya dan suami, Mohd Farid Abdul Rahman, 55.
Ubaidah ketika ditemui melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai Baiti.
“Dengan latarbelakang keluarga yang sederhana, mak dan ayah tidak mampu mendengar dan bercakap, ianya cukup mengujakan.
“Kita berharap ianya menjadi contoh pada pelajar lain terutama dari keluarga yang senang, mempunyai keluarga yang baik atau seumpamanya,” ujarnya.
Sumber HD : 29/03/2012
KOTA BHARU, 29 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihati masyarakat di negara ini supaya memohon lesen terlebih dahulu untuk memiliki senjata api.
Katanya, memiliki senjata api tanpa lesen salah di sisi undang-undang negara, memandangkan alat berkenaan sama ada senapang atau pistol begitu bahaya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas acara latihan menembak anjuran Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) di Lapang Sasar, Padang Tembak, petang semalam. (Gambar)
Turut melakukan aktiviti itu timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Mat Nawi.
Menurutnya, orang Melayu di zaman dahulu menggunakan lembing, keris, kini telah bertukar kepada menembak kerana arus peredaran masa.
Tuan Guru seterusnya berkata, zaman Rasullullah s.a.w. dahulu aktivitinya memanah, bagaimanapun bersesuaian dengan zaman moden ini.
“Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya khususnya anak lelaki, berenang, memanah dan menunggang kuda, jadi tidak salah aktiviti ini diteruskan, bagaimanapun jangan menggunakan pada jalan yang salah,” ujarnya.
Beliau memberitahu meminati menembak sejak zaman muda, terutama senapang.
“Dengan adanya senapang kita bukan hanya dapat melepaskan minat kita sahaja, sebaliknya dapat membantu masyarakat menembak tupai,” ujarnya.
Sumber HD : 29/03/2012
Sumber HD : 1/04/2012
Sumber HD : 3/04/2012
Sumber HD : 5/04/2012
Firasat Tun Daim buat Umno kecut perut
Yaakub Dasan, | 28 Mac 2012 |

Ibu bapa bisu tapi anak cemerlang
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 29 Mac 2012 |

Mohon lesen dahulu untuk miliki senjata api
Rizal Tahir, | 29 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 29 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihati masyarakat di negara ini supaya memohon lesen terlebih dahulu untuk memiliki senjata api.
Katanya, memiliki senjata api tanpa lesen salah di sisi undang-undang negara, memandangkan alat berkenaan sama ada senapang atau pistol begitu bahaya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas acara latihan menembak anjuran Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) di Lapang Sasar, Padang Tembak, petang semalam. (Gambar)
Turut melakukan aktiviti itu timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Mat Nawi.
Menurutnya, orang Melayu di zaman dahulu menggunakan lembing, keris, kini telah bertukar kepada menembak kerana arus peredaran masa.
Tuan Guru seterusnya berkata, zaman Rasullullah s.a.w. dahulu aktivitinya memanah, bagaimanapun bersesuaian dengan zaman moden ini.
“Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya khususnya anak lelaki, berenang, memanah dan menunggang kuda, jadi tidak salah aktiviti ini diteruskan, bagaimanapun jangan menggunakan pada jalan yang salah,” ujarnya.
Beliau memberitahu meminati menembak sejak zaman muda, terutama senapang.
“Dengan adanya senapang kita bukan hanya dapat melepaskan minat kita sahaja, sebaliknya dapat membantu masyarakat menembak tupai,” ujarnya.
Sumber HD : 29/03/2012
Kubu Umno di Bachok retak menanti belah
Attif Idris, | 29 Mac 2012 |
BACHOK, 29 Mac: Biar pun Ketua Umno bahagian ini, Datuk Dr Awang Adek Hussin melakukan pelbagai usaha bagi menarik simpati rakyat, namun pengundi Bachok seperti tidak berganjak.
Penduduk memberitahu ada ketikanya Timbalan Kewangan itu dilihat mengayuh basikal menemui penduduk di kampung-kampung.
Seorang penduduk dari Tawang pula mendakwa orang kanan ketua Umno Bachok dilihat kerap menemui penduduk terutamanya golongan atas pagar dan penyokong PAS bagi menawarkan sesuatu.
Malangnya segala usaha yang dilakukan Awang Adek bukan sahaja gagal sebaliknya menerima tamparan hebat apabila kubu tradisi Umno di Kampung Pengkalan Cina sudah retak menunggu belah.
Ketua Cawangan Umno kampung terbabit Shaari Ali yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mengisytiharkan keluar Umno baru-baru ini.
Biar pun belum menyertai mana-mana parti lain, namun beliau sudah tampil ke pentas PAS mendedahkan masalah yang berlaku dalam Umno di Bachok sekarang.
Shaari berkata, beliau mengetuai cawangan Umno di kampung tersebut sejak 32 tahun lalu, dan pernah menjadi penghulu di zaman kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kelantan.
Menurutnya selepas kerjaaan BN tumbang pada 1990, beliau dilantik pula sebagai Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) sebelum ditukar kepada JKKKP selepas pilihan raya umum 2008.
“Umno sekarang sangat bercelaru, bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi malah sudah berjangkit ke peringkat kampung.
“Saya tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti yang banyak masalah. Saya telah menceraikan Umno dengan talak tiga.
“Kecelaruan tersebut akan memberi kesan kepada penyokong Umno di peringkat bawahan yang selama ini bermatian menyokong parti tersebut,” katanya pada ucapan ringkas di majlis ceramah isu semasa di kampung terbabit.
Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan timbalannya, Ustaz Hassan Mahmood.
Shaari juga bekas Pengerusi Persatuan Penanam, Pengawit Individu Tembakau Malaysia dan Pengerusi Ban Tembakau Bachok.
Beliau juga memberitahu sedang mengumpul rakan-rakan dan penyokong Umno di kampung tersebut dan sekitarnya untuk menyertai PAS secara beramai-ramai dalam masa terdekat ini.
Sumber HD : 29/03/2012
KOTA BHARU, 29 Mac: Setiap kakitangan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dikehendaki menandatangani kedatangan pada program bersama menteri di sini, pagi tadi.
Program itu dikenali Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri diadakan di Tanjung Chat dekat sini. Turut hadir Pengerusi Kada, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.
Ketika dialog diadakan tiba-tiba Datuk Seri Noh Omar diajukan soalan antara lain berbunyi “adakah dasar kementerian akan berubah sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrjaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.”
Bagaimanapun menurut beberapa pegawai yang hadir, menteri tidak menjawab soalan tersebut, sebaliknya menjelaskan tidak mungkin Barisan Nasional (BN) tumbang di Putrajaya.
Sebaliknya sepanjang program berlangsung Noh menggunakan kesempatan memburukkan kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Dakwa mereka menteri terbabit lebih banyak mengapi-api isu perkauman dengan mengulangi kenyataan lama, PAS menjadi alat kepada DAP.
“Menteri juga memberitahu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada kakitangan di bawah agensi pertanian persekutuan mensabotaj kerajaan BN pada pilihan raya umum nanti,” kata mereka.
Pada sebelah petang Noh merasmikan program MoA Bersama Rakyat di padang awam Taman Guru di Pintu Geng. Ekspo pertanian itu berlangsung sehingga 31 Mac ini.
Sementara itu sumber lain pula mendakwa Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) yang baru beroperasi di Tunjung bakal ditukar nama kepada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Wakaf Che Yeh.
TEMAN diwujud hasil cetusan idea Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri dan majlis pecah tanah dilakukan sebelum pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun TEMAN yang kini diurus di bawah FAMA disebut-sebut bakal dikendalikan pula di bawah Kementerian Luar Bandar bagi menyelaras gagasan Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia.
Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan RTC di Kota Bharu pada 4 Mei depan.

Soalan PR kuasai Putrajaya di majlis dialog Noh Omar
Aslani M, | 29 Mac 2012 |

Tok Bali bakal jadi pelabuhan terkemuka
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 30 Mac 2012 |
PASIR PUTEH, 30 Mac: Setelah menanti hampir 21 tahun, akhirnya hasrat kerajaan Kelantan untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan terkemuka bakal menjadi kenyataan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pada 19 Ogos 1991, beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memohon bagi menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan baru di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pelabuhan Tok Bali dekat sini petang semalam.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan projek yang diusahakan Eastcoast Terminal Sdn Bhd, yang bernilai RM3.2 billion itu. (Gambar atas)
Tuan Guru optimis Pelabuhan Tok Bali akan laris sebagaimana aktifnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang kini muncul antara landasan yang tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
(Kiri: Tuan Guru melihat pelan pembangunan Tok Bali.)
Dari peruntukan bagi membina bandar baru Tok Bali di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang melibatkan RM230 juta daripada kerajaan pusat dan RM3 billion pihak swasta.
Katanya, dengan adanya Pelabuhan Tok Bali, ianya akan menjadikan negeri ini bertambah maju.
“Dengan sifat rakyat Kelantan yang rajin, kreatif dan sebagainya, saya yakin pelabuhan ini akan bertambah maju,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bandar yang berasaskan sumber laut tersebut akan menjadi sebuah satu penjana ekonomi kepada rakyat di sini.
"Setakat ini sebanyak RM100 juta sudah dibelanjakan bagi membina pusat pendaratan dan pengumpulan ikan, manakala RM71 juta lagi untuk membina Taman Perikanan Bersepadu.
"Bukan itu sahaja, antara projek-projek besar lain ialah pembinaan sebuah Universiti Maritim dan pembinaan kapa akan dibina melibatkan peruntukkan bernilai RM41 juta dan RM10 juta bagi infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur dan RM3 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di sini," katanya semasa menyampaikan ucapan.
Menurutnya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kesemua projek-projek berkenaan jika berjalan mengikut perancangan akan menjadikan bandar baru nelayan Tok Bali sebagai sebuah bandar termaju menjelang tahun 2020.
Beliau berkata, pembinaan pelabuhan tersebut bertepatan dengan pembangunan pesat ekonomi di negara-negara timur jauh seperti China, Kemboja, Jepun, Korea, dan Vietnam.
Tambahnya, semoga dengan adanya pelabuhan itu iakan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut China Selatan untuk mempergiatkan lagi aktiviti import dan eksport bukan sahaja ke Malaysia bahkan ke seluruh dunia," katanya.
Sumber HD : 30/03/2012
RANTAU PANJANG, 30 Mac: Sudah sampai masanya debat terbuka di antara pemimpin utama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diadakan bagi membolehkan rakyat menilai ketokohan peneraju negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Lagi pun semalam Tun Dr Mahathir Mohamad secara berterus terang memberitahu sukar meramalkan keputusan PRU ke-13 disebabkan banyak analisis yang dibuat mengambarkan pelbagai pandangan.
Kata bekas perdana menteri itu ada pihak menyebut prestasi BN meningkat, namun ada pihak lain mengambarkan keadaan sebaliknya.
Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, hanya melalui perdebatan terbuka seperti yang diamalkan di banyak negara maju membolehkan rakyat membuat penilaian secara lebih adil dan saksama.
“Lagi pun sebelum ini sudah ada pihak yang sedia menganjurkan perdebatan antara Dato’ Seri Najib Razak, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin.
“Perdana Menteri perlu membuat keputusan secepat mungkin bagi membolehkan perkara itu berjalan dengan teratur dan bukannya membuat pelbagai alasan bagi mengelakkan debat diadakan,” katanya di sini.
Baru-baru ini pengasas Wikileaks, Julian Assange sedia menganjurkan debat tersebut.
Bagaimanapun media pro Umno memberi gambaran sebaliknya dengan mendakwa Anwar enggan berdebat dengan Raja Petra.
Sedangkan pada 22 Mac lalu Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyatakan persetujuan berdebat dengan Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri serta telah memberi jawapan melalui Twitter kepada Assange.
Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, sekarang orang ramai tertunggu-tunggu untuk mengikuti debat tersebut dan ia sudah menjadi topik paling hangat di kedai-kedai kopi di merata tempat.

Cari pemenang PRU-13 melalui debat Anwar-Najib
Yaakub Dasan, | 30 Mac 2012 |

PM penakut umum awal tarikh pilihan raya
Muhammad Yusri Amin, | 31 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 31 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) ‘penakut’ lantaran tidak berani mengisytiharkan lebih awal tarikh pilihan raya.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa sehingga kini tidak ada seorang pun daripada mantan PM itu yang memberitahu tarikh pilihan raya di Malaysia lebih awal.
Katanya, bukan Najib sahaja, bahkan semua PM Malaysia penakut untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya lebih awal walau pun sampai ‘bab pilihan raya’.
“Maknanya, semua PM BN penakut belaka, sebab itu tidak berani memberitahu awal,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kecemerlangan Maahad Muhammadi (MM) dan Pelancaran Buku Khas Biodata 100 Tokoh Guru MM di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini, petang semalam. (Gambar atas)
Majlis tersebut diadakan sempena Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi.
Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan serta tokoh guru dan mantan guru yang sejarahnya dimuatkan dalam buku khas itu.
Mandat BN menerajui Kerajaan Pusat berakhir pada April 2013.
Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 yang lalu, Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.
Najib mendakwa beliau perlu meneliti beberapa faktor sebelum mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam waktu terdekat.
Selepas Pilihanraya Umum kedua belas (PRU-12) pada Mac 2008, terdapat spekulasi bahawa Najib mungkin membubarkan Parlimen tahun ini walaupun tempohnya hanya berakhir 2013.
Apakah benar kajian mendakwa bahawa keadaan menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India menyebabkan beliau lambat mengumumkan tarikh PRU13?
Sumber HD : 31/03/2012
KOTA BHARU, 31 Mac: Datuk Seri Najib Razak usah risau Pakatan Rakyat tidak akan mendera atau membalas dendam terhadapnya sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Kita tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan-rakan sekarang.
“Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad biar pun menyebabkan saya dipenjarakan, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya kita akan tanya Najib dengan berhemah dan bersopan tidak kasar biar pun sekarang mereka melakukan pelbagai perbuatan agresif dan kebudakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Kata beliau semasa berceramah di Johor keretanya dilontar dan ditendang kumpulan yang disyaki diupah Umno, begitu juga ketika Nurul Izah berceramah di tempat lain hampir terkena tumbukan samseng.
“Malah ketika saya datang ke sini tadi ada kumpulan budak-budak samseng diupah melontar batu terhadap kereta saya. Di Kelantan pun mereka berani buat begitu. Ini kerja-kerja orang bodoh yang tidak tahu duit mereka dirompak pemimpin Umno.
“Kamu ingat saya takut ke.. Ingat biar pun saya dipenjara sekali pun saya tetap lawan. Lawan tetap lawan,” katanya memulakan ucapan membakar emosi puluhan ribu rakyat Kelantan yang berhimpun di Padang Perdana malam tadi.
Ribuan anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang menyahut cabaran sehingga ada yang menyebut kita akan lanyak mereka.
Difahamkan rombongan Anwar ketika melalui simpang tiga menghala ke Jalan Mahmood didatangi kumpulan pemuda samseng yang dipercayai diupah melontar batu terhdap kenderaannya.
Sebelum itu beliau berceramah di Pengkalan Kubur dan pada sebelah siang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Paloh, Gua Musang dan Guchil Kuala Krai.
Program ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Kemudian diikuti kuliah Maghrib oleh Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Selepas solat Isya’ diadakan solat hajat.
Doa solat hajat yang dibaca Ustaz Mohamad begitu syahdu sehingga ramai yang sebak di dada.
Malah orang ramai yang hadir ke pesta buku di Dewan Jubli Perak yang terletak bersebelah turut menadah tangan berdoa. Ruang padang tempat ceramah begitu padat sehingga melimpah ke jalan raya.
Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS berkata, Kelantan menjadi pangkalan kepada kebangkitan rakyat di negara ini bagi menjejaki usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya rakyat Kelantan membuktikan sejak 1959 mereka sudah berani memilih parti yang berlambang bulan bintang dan menolak parti kapal layar (Perikatan) hanya selepas dua tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Najib tidak didera selepas BN kecundang di Putrajaya
M Faqih, | 31 Mac 2012 |

Gagal tadbir Kelantan: Muslimat ajak Rosnah debat
Hazayani Zakaria, | 01 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 April: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berdebat berhubung dakwaan Rosnah bahawa PAS gagal mentadbir negeri Kelantan.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, sebelum Rosnah meminta Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta maaf kepada rakyat negeri itu di atas kegagalannya, beliau perlu membuktikan dakwaannya melalui debat.
"DMPP mendesak Rosnah buktikan Tuan Guru Nik Aziz gagal tadbir Kelantan, dan saya dengan rasminya akan hantar surat jemputan debat dengan Rosnah di Kelantan.
"Kita akan minta urusetia perhubungan negeri Kelantan menguruskannya, sama ada saya sendiri atau Senator Mumtaz Md nawi menawarkan diri untuk berbedat dengan beliau," kata Aiman kepada Harakahdaily hari ini.
Aiman juga berkata, Rosnah sebagai Timbalan Menteri Kesihatan seharusnya membuat semakan sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa Kelantan gagal menyediakan bekalan air bersih.
Hal ini kerana jelasnya, laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 30 Oktober 2011 menunjukkan air di Perlis paling tinggi kandungan E Coli diikuti Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak, Kelantan dan Johor.
"Sebelum Rosnah menempelak negeri Kelantan, dia kena tengok negeri lain dulu. Kelantan berada di tempat yang kelima, bukan di tempat yang pertama," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai permintaan Puteri Umno agar Tuan Guru Nik Aziz memohon maaf kerana dikatakan mengeluarkan perkatan "beruk" kepada mereka, Aiman berkata istilah tersebut terlebih dahulu dipopularkan oleh pemimpin Umno sendiri.
"Kita tidak pasti betul atau tidak Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan perkataan itu, mungkin beliau maksudkan perbuatan yang menyerupai beruk.
"Tetapi, sebelum minta tok guru minta maaf, Rosnah perlu menasihati pemimpin Umno terutamanya Khairy Jamaluddin yang berkata rakyat yang keluar berdemonstrasi ialah beruk-beruk di jalanan.
"Begitu juga blogger Umno yang menggunakan istilah ini terhadap pendemonstran termasuk muslimat yang turun pada 901 dahulu. Dia kena ingat, istilah ini disensasikan oleh Umno sendiri," tegasnya.

Tengku Razaleigh tetap disayangi di Gua Musang
Mohd Sayuti Omar, | 01 Apr 2012 |
Desakan beberapa orang budak Umno Gua Musang supaya Tengku Razaleigh Hamzah berundur atau tidak dipilih menjadi calon tidak memberi bekas apa-apa kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu. Bahkan beliau tidak pun mahu komen bila ditanya mengenai hal itu.
Beliau sendiri sudah mengtehui ada 'semut-semut gatal' di Gua Musang yang mahu mengigit kakinya. Semut-semut itu tanpa disembor racun atau pun dihalau, ia akan lari dengan sendiri kerana kehebatan dan pengaruh peribadinya di Gua Musang. Budak-budak itu tidak pun berani untuk berhadapan dengan Tengku Razaleigh.
Terbukti desakan itu tidak memberi bekas. Setiap kali pulang ke Gua Musang beliau disambut seperti biasa oleh rakyat Gua Musang. Kewujudan beliau begitu lama di Gua Musang tidak memungkinkan untuk beliau akan diundur atau pun mengundurkan diri. Sebabnya mudah.. beliau berada di Gua Musang bukan untuk dirinya tetapi untuk rakyat jelata. Kenapa beliau memilih Gua Musang bukan Kota Bharu menjelaskan akan pengorbanan dan keprihatinan beliau kepada rakyat.
Semasa bersembahyang Jumaat di masjid Razaleigh (masjid yang dinamakan dengan namanya) di bandar Gua Musang saya dapat merasai akan kasih dan sayang rakyat kepada beliau. Kerendahan diri beliau dalam berhadapan dan melayani kerenah rakyat menyebabkan rakyat merasakan kewujudannya di mana-mana di bumi Gua Musang.
Paling merujakan bagaimana Tengku merendah diri dan tidak merasai yang beliau seorang anak raja atau pun wakil rakyat yang perlu dilayani dengan istimewa. Beliau boleh duduk bersela bersama rakyat di mana-mana saja seperti orang lain juga untuk berbincang dan menyelesaikan apa-apa masalah baik masalah umum atau masalah peribadi.
Pintu rumahnya juga senantiasa terbuka dan menjadi sebagai pejabat kebajikan. Sesiapa pun boleh datang menemuinya dan mengadu sebarang masalah.
Di masjid Gua Musang Jumaat itu saya tengok sendiri bagaimana pembawaan beliau yang tidak hipokrit dan rengkas. Tengku Razaleigh duduk bersela untuk mengadakan mesyuarat mini dengan para jawatankuasa masjid Razaleigh dan juga jemaah membincang cadangannya untuk membesar dan membaiki masjid berkenaan yang sudah berumur lebih 50 tahun.
Saya percaya beliau boleh membuat keputusan sendiri kalau pun tanpa merujuk kepada rakyat. Tetapi beliau membelakngkan kuasa itu sebaliknya mahu kata putus dari jawatankuasa dan jemaah.
"Amba ada cadangan hendak besarkan masjis ini dan memperbaiki memandangkan keadaanya sudah agak uzur dan selalu dilanda banjir. Jadi ambo hendak tanya tuan-tuan apakah yang sebaiknya untuk dilakukan.
"Apakah kita hendak perbaiki masjid ini atau pun kita bina yang baru. Untuk membina masjid baru tapaknya di tengah bandar dan tidak jauh dari sini," begitu kira-kira Tengku mengemukakan cadangannya.
Menurutnya wang untuk tujuan pembinaan itu sudah pun ada. Tidak pula dijelaskan dari mana sumbernya, namun ramai mengira wang itu adalah wangnya sendiri. Sudah menjadi rasmi dan amalannya beliau berbuat kebajikan secara senyap dan tidak menguar-uarkan kalau dia bertelor emas sekali pun.
Beliau duduk selimpuh bersama ahli jawatankuasa masjid dan mendengar pandangan balas. Beliau tidak pun membantah dan menyerah seratus peratus atas pilihan dan kehendak rakyat. Akhirnya qirah masjid bersetuju agar dibina masjid baru sambil mengekalkan masjid sedia ada untuk digunakan oleh qariah berdekatan.
Kehadiran beliau ke masjid itu petang itu tidak diketahui oleh kebanyakan ahli jawatankuasa. Pengumuman atau pun cadangan itu mengejutkan ahli qariah masjid.
Saya sempat bertanya beberapa orang tua yang menjadi jemaah di masjid berkenaan. Semuanya terkejut dan merasa syukur. "Begitulah perangai Tengku Razaleigh sejak dulu hingga sekarang Tengku tidak suka menunjuk-nunjuk apa yang diberikan kepada rakyat," kata salah seorangnya.
Saya bertanya kepada salah seorang yang lain mengenai tindakan budak-budak Umno yang tidak mahu kepada Tengku Razaleigh... jawabnya, biarlah budak-budak itu masuk ke dalam Gua Musang dulu dan tilik muka mereka di dinding gua. Lepas berbuat begitu dia akan kenal dan tahu siapa dia Tengku Razaleigh berbanding dengan dirinya. Saya rasa budak-budak jenis budak cabuk yang makan cacing," katanya.
Saya tak faham apa maksud makan cacing itu.
Tidak diumum berapa peruntukan membina masjid baru itu tetapi ia dipercayai kalau tidak menandingi masjid Kesedar tetapi tentu ia sama taraf dengan masjid berkenaan. Pembinaan katanya akan dimulakan secepat mungkin. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Kunjungan saya ke Kota Baru, Kelantan pada 11-14 Mac 2012 memberi peluang untuk mendapatkan maklumat, gambaran dan fakta sebenar berhubung pelbagai perkara.
Hal ini amat penting kerana orang ramai selalu disuapkan dengan maklumat yang tidak benar dan berniat jahat mengenai apa-apa perkara yang berlaku di Kelantan.
Atas dasar itulah juga sebenarnya saya ke sana; iaitu untuk melihat sendiri keadaan di Kota Baru dan menulis beberapa artikel berdasarkan apa yang saya lihat, baca, dengar dan alami sendiri.
(Peluang bertemu rakan-rakan penulis di Kelantan Trade Centre.)
Sebaik bas ekspres yang saya naiki masuk ke sempadan Kelantan menerusi Gua Musang, saya asyik memandang keluar tingkap bas untuk melihat apakah benar negeri itu “mundur” dan “miskin” sebagaimana dilaung-laungkan pihak tertentu.
Anehnya, sepanjang perjalanan dari Gua Musang ke Kota Baru, kehijauan, kemajuan, pembangunan serta persekitaran yang saya perhatikan sama sahaja seperti yang biasa saya lihat di Ipoh, Taiping, Shah Alam, Klang, Seremban, Johor Baru dan mana-mana tempat lain.
Gambaran yang selalu dimomokkan adalah bahawa Kelantan bukan sebuah negeri yang sesuai bagi penduduk pelbagai kaum, adat, budaya dan agama. Kononnya pentadbiran berteraskan Islam yang menjadi amalan Kerajaan Negeri “menindas” penduduk kaum dan agama lain. Saya pernah ke Kota Baru pada 1995 dan kini kali kedua saya ke sana. Saya pernah bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1995 bersama-sama sekumpulan penulis dan kini kali kedua saya berpeluang bertemu tokoh itu.
Ada pelbagai perkara menarik yang saya perhatikan dan alami di Kota Baru. Misalnya, saya tidak sendirian dalam perjalanan mengelilingi bandar ini. Rohani Deraman dari Johor Baru, Zainab Ngah dari Terengganu, Roshidayu Che Mat dan suaminya dari Shah Alam, serta Nur Hidayah dan Abdul Mutalib Awang dari Kota Baru sentiasa bersama-sama saya dalam mengunjungi pelbagai tempat.
(Mengunjungi Amy Suzani, mangsa royalti teks Komsas.)
Begitu juga, apabila sekumpulan penulis di Kelantan mendapat tahu — menerusi Facebook — mengenai kedatangan kami, mereka turut mengatur pertemuan-pertemuan kecil untuk berkongsi pengalaman dan cerita.
Saya akan menceritakan secara lebih khusus mengenai pelbagai perkara di Kelantan dalam artikel akan datang. Bahagian pertama ini pula semacam pengenalan umum berdasarkan pengalaman saya di Kota Baru selama empat hari.
Kalau ada sesiapa mengatakan bahawa penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di Kelantan tidak diberi layanan baik, kata-kata itu adalah dusta. Hasil pengalaman saya di sini — serta pertemuan dengan orang ramai — kepelbagaian kaum, adat, budaya dan agama sebenarnya “diraikan” di Kelantan.
Selepas Sarawak dan Sabah, konsep sebenar perpaduan, persefahaman dan hormat-menghormati antara kaum/agama jelas kelihatan di Kelantan. Hakikat ini pasti sahaja jauh berbeza dengan gambaran buruk yang selalu diberikan pihak tertentu mengenai suasana di Kelantan.
Nasihat saya amat mudah: jangan percaya kata orang, sebaliknya pergi sendiri ke Kelantan untuk mengetahui perkara sebenar. Malah, itulah juga nasihat yang diberikan rakan-rakan di Facebook apabila saya melahirkan keinginan untuk mengunjungi Kota Bharu pada akhir Februari lalu.
(Sempat juga ke Kuil Siva Subramaniyar di Jalan Hamzah.)
Walaupun saya pergi tanpa sebarang perancangan dan jadual aktiviti, ternyata jadual saya menjadi amat padat sebaik tiba di Kota Baru. Pertemuan bersama golongan penulis yang dikenali serta baru dikenali, peluang berbual bersama pihak berkuasa tempatan dan ahli politik, perkongsian maklumat bersama pegawai kerajaan negeri, berkongsi cerita bersama pemandu pelancong ...
Agak menarik juga bahawa beberapa penulis di Kelantan secara khusus meminta saya menjelaskan isu sebenar berhubung kontroversi novel “Interlok Edisi Murid”. Saya sangka isu itu selesai berikutan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan novel itu dengan novel “Konserto Terakhir”.
Namun, siap sangka bahawa ada pihak yang cuba memutar-belit kisah sebenar dengan memberi gambaran bahawa saya dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mahu novel “Interlok” (edisi asal) diharamkan.
Pada masa sama, saya tidak terkejut kerana memang ada puak tertentu yang sedang bergerak secara “underground” di Lembah Klang dengan menyebarkan fitnah bahawa saya dan Kavyan adalah golongan “pelampau” dan “anti-Melayu” serta kami dan karya kami perlu dipulaukan.
Maka, kunjungan saya ke Kota Baru juga membuka ruang dan peluang secara tidak dirancang untuk memberikan maklumat tepat mengenai keseluruhan isu berkaitan novel “Interlok Edisi Murid” serta fitnah yang disebarkan puak tertentu.
(Tentu sahaja Tokoh Lidah Bercabang, Encik Limau, Raja Serigala Bahasa, Penerima Anugerah Laut, Timah Wangi dan rakan-rakan mereka tidak menyangka saya akan ke Kelantan serta berpeluang mendedahkan perkara sebenar berhubung perkara tersebut.)
(Terpegum melihat Tokong Mek di Kampung Cina.)
Dari segi makanan, saya tidak menghadapi sebarang masalah. Malah, nampaknya penduduk Kelantan lebih sensitif mengenai apa yang tidak boleh dimakan oleh orang lain.
Kalau di Kuala Lumpur, sering kali ada pihak yang menghidangkan daging lembu dan memberi alasan bahawa mereka tidak tahu kaum India beragama Hindu tidak makan daging itu. Sebaliknya, selama empat hari saya di Kota Baru, saya tidak berhadapan dengan sikap seperti itu.
Kunjungan ke Kota Baru juga membuka ruang pertemuan bersama Rohani Deraman dan Amy Suzani Mohd Ainuddin yang menjadi mangsa royalti teks Komsas. Kami sempat juga berkongsi maklumat dan pandangan bersama-sama peguambela dan peguamcara, Mohammad Faizal Che Yusof.
Agak menarik juga untuk diperhatikan bahawa perancangan kunjungan ini serta perjalanan saya selama empat hari di Kota Baru membuktikan semangat perpaduan sebenar dalam kalangan semua individu yang terlibat. Sesungguhnya, kami meraikan kepelbagaian yang wujud.
Ternyata saya amat beruntung kerana berpeluang berkunjung ke Kota Baru untuk merasai sendiri suasana sebenar di sana. Banyak pengalaman yang ditimba dan banyak juga sesi perkongsian maklumat.
Semuanya akan saya gunakan untuk menulis beberapa artikel agar orang ramai mampu mendapatkan gambaran sebenar mengenai Kelantan amnya dan Kota Baru khasnya. Sekurang-kurangnya kita tidak akan terus “tertipu” dengan dakyah palsu yang disebarkan pihak tertentu.---The Malaysian Insider.
----------------------------------------------------------------
Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.
Sumber HD : 2/04/2012
(Para peserta tekun menulis khat di Kota Bharu)
KOTA BHARU, 2 April: Karnival Khat berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book of Rekords apabila seramai 604 Huffaz telah berjaya menulis 604 muka surat al-Quran melalui tulisan khat terpantas selama sejam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, mewakili pihak berkenaan menyampaikan sijil tersebut kepada Yang Dipertua Alumni Maahad Muhammadi, Ustaz Muhammad Yunan.
Seramai 604 orang peserta yang terdiri dari pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Perempuan dan sekolah-sekolah tahfiz di Kelantan mengikuti program berkenaan yang bermula kira-kira 11.00 pagi.
(Datuk Takiyudin menulis khat sebagai gimik perasmian)
Karnival itu diadakan sempena sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi dan Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012).
Datuk Takiyuddin telah merasmikan program yang diadakan di Maahad Muhammadi Perempuan itu.
Sebagai tanda majlis perasmian, beliau menulis ‘bismillahirrahmanirrahim’ juga teknik tulisan khat.
Takiyuddin ketika berucap merasmikan Seminar Seni Khat Kebangsaan (Seminar Haji Wan Solleh Fathi) berkata, seni khat warisan bangsa yang semakin pupus perlu digilap sentiasa agar ianya tidak hilang lenyap dek masa.
Menurutnya, kerajaan Kelantan akan mempertahankan seni khat ini melalui latihan, seminar dan kursus kepada pelajar di sekolah masing-masing.
“Hasil tulisan khat ini akan ditempatkan di Muzium Islam, berhampiran Masjid Muhammadi,”ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri juga mengutamakan tulisan jawi.
Tambahnya, kerana itu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mempunyai unit tulisan jawi sendiri bagi memperbetulkan ejaan iklan yang dipohon melalui perlesenan.
Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Mohd Yusof Abu Bakar.
Seminar berkenaan diambil bersempena Haji Wan Solleh merupakan guru pertama seni khat Maahad Muhammadi (1940-1949).
Sementara itu, peserta dari Selangor Abdul Baki Abu Bakar memenangi hadiah RM3,000 setelah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis tulisan khat.
Tempat kedua RM2,000 disandang Mohd Fadhil juga dari Selangor, ketiga Mohd Zulfitri Mohd Sabri juga dari Selangor untuk kategori dewasa.
Manakala kategori remaja tempat pertama Mohd Yaziz Shamsuddin dari Terengganu mendapat wang tunai RM1,500, kedua, RM1,000 Mohd Nazri Mohd Rashid dari Selangor dan tempat ketiga RM500 dimenangi Mohd Afifuddin Sabri, RM500.
Tiga hadiah saguhati kategori dewasa mendapat RM400, manakala remaja RM200.
Sumber HD : 2/04/2012
KOTA BHARU, 2 Apr: Pada 1960 negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Enakmen Tanah Rizab Melayu bertujuan menyekat orang Melayu menjual tanah mereka sewenang-wenangnya kepada bangsa lain.
Sedangkan di Kelantan Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujud pada 4 November 1930 semasa di bawah pentadbiran Inggeris.
Sejak tempoh itu tanah rizab Melayu di Kelantan kekal seperti mula diwujudkan iaitu seluas 1,309,153.38 hektar atau 85 peratus, manakala bukan rizab Melayu seluas 195,197 hektar (15 peratus).
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, di Kota Bharu ada kawasan digazet sebagai tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu sejak 1930.
“Tanah di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar ini termasuk dibangunkan hotel adalah bukan tanah rizab Melayu,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di Kota Bharu, kelmarin.
Program tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Kelantan Trade Centre. Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Prof Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof turut membentang kertas kerja.
Baru-baru ini akhbar milik Umno mendakwa Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada bukan Bumiputera sehingga melibatkan ribuan hektar asalnya berstatus tanah pertanian.
Malah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan mendakwa kerajaan Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada sebuah syarikat bukan Melayu di Mengkebang.
Bagaimanapun Husam menjelaskan tanah di daerah Mengkebang yang dimaksudkan pemimpin terbabit bukan tanah rizab Melayu yang digazet sejak 1930.
Sedangkan kata beliau tanah-tanah rizab Melayu di negeri-negeri lain semakin berkurangan kerana kerajaan BN tidak berminat menjaga kepentingan orang Melayu.
“Walhal menurut Enakmen Tanah Rizah Melayu secara jelas menyebut mana-mana tanah yang diambil hendaklah diganti di tempat lain menurut nilai harga tanah yang diambil,” katanya.
Sementara itu Dr Nik Mohd Zain berkata, beberapa negeri di bawah BN tidak berminat mengganti kawasan tanah rizab Melayu yang diambil untuk projek awam.
Sumber HD : 2/04/2012
Meraikan kepelbagaian di Kota Baru
Uthaya Sankar SB, TMI, | 02 Apr 2012 |

604 huffaz cipta rekod khat terpantas
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 02 Apr 2012 |

Tanah rizab Melayu di Kelantan kekal sejak 1930
Rossem, | 02 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 2 Apr: Pada 1960 negeri-negeri di Semenanjung mewujudkan Enakmen Tanah Rizab Melayu bertujuan menyekat orang Melayu menjual tanah mereka sewenang-wenangnya kepada bangsa lain.
Sedangkan di Kelantan Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujud pada 4 November 1930 semasa di bawah pentadbiran Inggeris.
Sejak tempoh itu tanah rizab Melayu di Kelantan kekal seperti mula diwujudkan iaitu seluas 1,309,153.38 hektar atau 85 peratus, manakala bukan rizab Melayu seluas 195,197 hektar (15 peratus).
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, di Kota Bharu ada kawasan digazet sebagai tanah rizab Melayu dan bukan rizab Melayu sejak 1930.
“Tanah di kawasan tebing Sungai Kelantan di bandar ini termasuk dibangunkan hotel adalah bukan tanah rizab Melayu,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Masa Depan Tanah Rezab Melayu di Kota Bharu, kelmarin.
Program tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Kelantan Trade Centre. Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Prof Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof turut membentang kertas kerja.
Baru-baru ini akhbar milik Umno mendakwa Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada bukan Bumiputera sehingga melibatkan ribuan hektar asalnya berstatus tanah pertanian.
Malah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan mendakwa kerajaan Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada sebuah syarikat bukan Melayu di Mengkebang.
Bagaimanapun Husam menjelaskan tanah di daerah Mengkebang yang dimaksudkan pemimpin terbabit bukan tanah rizab Melayu yang digazet sejak 1930.
Sedangkan kata beliau tanah-tanah rizab Melayu di negeri-negeri lain semakin berkurangan kerana kerajaan BN tidak berminat menjaga kepentingan orang Melayu.
“Walhal menurut Enakmen Tanah Rizah Melayu secara jelas menyebut mana-mana tanah yang diambil hendaklah diganti di tempat lain menurut nilai harga tanah yang diambil,” katanya.
Sementara itu Dr Nik Mohd Zain berkata, beberapa negeri di bawah BN tidak berminat mengganti kawasan tanah rizab Melayu yang diambil untuk projek awam.
Sumber HD : 2/04/2012
Langkah ke Putrajaya bermula di Kota Bharu
Mohd Sayuti Omar, | 02 Apr 2012 |
Kelantan memang unik dalam serba serbi. Keunikan ini disebabkan kesedaran dan komitmen tinggi mereka dalam semua aspek. Orang Kelantan mendahului orang di negeri lain. Dalam dunia politik hanya orang Kelantan yang berani membuat tindakan dan tidak mudah terpesona dengan segala janji molok dan pujuk rayu mendayu politik. Orang Kelantan dikenali mempunyai sifat dan pembawaan yang kontras dan sukar diurus.
Satu ketika orang Kelantan dikenali sebagai samseng atau 'gedebe'. Dalam masa sama juga orang Kelantan dikenali sebagai warak atau kuat beragama. Orang Kelantan bengkeng, tetapi ia juga baik serta pemurah dan ramah tamah.
Begitu dalam dunia politik, orang Kelantan boleh menerima Umno dan menolak Pas. Dan boleh menolak Umno untuk menerima Pas. Tidak mustahil juga orang Kelantan boleh menolak kedua-duanya kalau ianya sudah tidak berlaga angin dengan budaya dan sosialnya.
Dalam Umno menawarkan wang, pembangunan kebendaan orang Kelantan mengingininya, tetapi tidak sedih dan kecewa kalau tidak dipenuhinya. Orang Kelantan bukan bangsa pelahap dan mengemis. Mereka tidak sedih dan merasa kekurangan tanpa pembangunan dan kemudahan asas lain. Orang Kelantan boleh hidup mendiri tanpa bantuan luar. Sikap dan sifat ini perlu dipelajari dan dikenali oleh orang negeri lain. Menteri Besar mereka, Nik Aziz menekan agar orang Kelantan bersikap qanaah dan sedarhana.
Mengenai politik sebagai wadah perjuangan mereka ia tidak ada tolak banding. Orang Kelantan jaguh dalam politik dan bijak menggunakan instrument politik untuk menentukan nasib dan masa depan mereka. Orang Kelantan tidak 'berbaih' dengan satu parti, Pas atau Umno... tetapi semua parti. Neraca penilaian orang Kelantan senantiasa adil dan seimbang.
Sebab itulah bila diadakan program politik mereka akan datang beramai-ramai. Tanpa diupah dan dibayar minyak kereta mereka datang sendiri. Bagi mereka politik adalah hiburan, adalah perjuangan dan adalah ruang untuk mereka memajukan diri. Kalau pun diupah mereka ambil tetapi tidak sedia mengikut apa yang dikehendaki oleh si pengupah. Inilah kebebasan dan keterbukaan serta keberanian demokrasi orang Kelantan. Orang Kelantan bukan pemakan rasuah!
Hakikat ini diketahui oleh sesiapa juga. Maka itu Anwar Ibrahim mengakui dia datang ke Kelantan bukan apa, melainkan untuk cas beteri politiknya - menambah semangat dan keberanian yang ada kepada orang Kelantan. Datang ke Kelantan untuk menumpang kekuatan perjuangannya. Betapa tidak puluhan ribu akan menyambut dan mendengar ucapannya. Jumlah itu agak sukar untuk beliau perolehi hatta di kawasan dan negerinya sendiri. Kelantan tidak semena-mena menjadi kubu dan penyokong kuat kepada dirinya.
"Saya datang sini untuk mengecaskan diri saya," begitulah kata Anwar jujur dan terharu di hadapan lebih 35,000 di Padang Perdana Kota Bharu malam Sabtu lalu. Siapa tidak teruja kalau dihadapan kita ada puluhan ribu pendengar dan penyokong yang datang bertepuk dan bersorak memberi gambaran menyokong kita?
Keberanian dan sikap terbuka orang Kelantan tidak dapat disembunyikan. Orang Kelantan juga jauh lebih ke depan dalam menilai dan mentasir politik serta membuat tindakan. Kenapa saya kata begitu, kerana apa yang orang tidak katakan dan lumurkan kepada diri Anwar; peliwat, agen Amerika, Israel dan berbagai-bagai lagi tetapi orang Kelantan tetap menyokongnya. Tetap datang mendengar pandangan dan kupasan politiknya. Orang Kelantan seolah-olah tidak mempercayai apa sahaja dilemparkan kepada Anwar. Buktinya kalau mereka terpengaruh dengan tuduhan dan fitnah mereka akan kosong Padang Perdana.
Malam itu ada dua tiga ekor budak-budak liar - mungkin cicit kepada pemuda tahan lasak Umno yang mengganas di Kelantan tahun 1959 dulu cuba membuat kacau dan menghalang orang ramai. Beberapa buah kereta dikhianti dengan menyembur cat. Kereta Anwar sendiri 'ditagur' - dilontar dengan batu dan kayu. Kereta Anwar turut kemek. Gejala budak jahat dan liar Sembrong turut berlaku di Kelantan. Siapa yang bertanggungjawab mengimport budak liar Sembrong? Inchek Ibrahim Ali ke?
Namun itu sikit pun tidak melemahkan semangat orang Kelantan. Bagi mereka itu hanya cabaran kecil saja. Perbuatan khiant itu akan menjadi baja untuk menyemarakkan lagi kebencian dan kemarahan kepada Umno. Kejahatan itu adalah pembuka semangat dan dendam untuk menghebatkan lagi majlis. Mengenai kejahatan itu elok kalau ketua Umno Bahagia Kota Bharu Fatmi Che Salleh memantau perkara ini untuk tidak memberi kesan buruk kepada dirinya. Kota Bharu adalah kawasan Fatmi.
Beliau tidak boleh melindungi muka dari menerima tanggungjawab atas perbuatan itu.
Kejadian sembur kereta dengan cat kalau tidak silap kali kedua berlaku di Kota Bharu. Tidak berlaku di Machang atau Tanah Merah. Apabila ia berlaku di Kota Bharu tentulah ketua penjahat itu ada di situ. Fatmi tidak boleh lari kerana ia dilakukan dalam kawasan Kota Bharu. Dibimbingi kalau gejala liar dan 'beruk-beruk' ini tidak dibendung ia akan merebak kepada kejadian lebih besar dan buruk lagi. Selagi orang yang hadir ke ceramah Anwar dan Pas boleh sabar ia boleh dielakkan tetapi kalau tahap kesabaran sudah hilang, padah jadinya.
Mengesalkan juga malam itu tidak ada banyak kelibat polis beruniform yang mematau keadaan. Di luar Padang Perdana tidak ada kelihatan polis trafik yang bertugas melicinkan lalu lintas. Apakah kerana majlis itu tidak mendapat permit polis maka ia tidak perlu dikawal? Atau pun polis menyangka perbuatan jahat begitu tidak akan berlaku di Kelantan. Atau tidak sangka budak-budak jahat itu diimport dari Sembrong?
Hendaknya di masa akan datang Polis Kota Bharu mengambil berat keadaan ini, mengawal apa-apa juga majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Api menjadi kawan atau teman gurauan waktu kecil tetapi bila sudah besar ia boleh membakar hangus bukan saja orang Pas dan Umno tetapi topi anggota polis juga akan turut terbakar.
Saya bersetuju ulasan Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir. Perbuatan jahat melontar kereta Anwar dan menyembur cat memalukan rakyat Kelantan. Orang Kelantan yang cukup sporting dalam politik tidak boleh menerima perbuatan itu. Ia memalukan rakyat Kelantan seluruhnya. Katanya sudah lama kerja-kerja jahat tiada di Kelantan dan kini kembali semula.
Sebab itu saya katakan tidak mungkin orang Kelantan melakukan itu. Kalau mereka benar anak Kelantan yang bengkeng tetapi berbudi bahasa tidak akan tergamak untuk melumur najis ke muka sendiri kerana perbuatan itu seperti lumur muka sendiri dengan tahi. Melainkan orang Kelantan yang gila, tidak bersekolah atau pun 'dedel' sahaja sanggup melumur najis ke muka sendiri. Orang jahat sudah lupus deria bau dari hidungnya.
Perbuatan jahat dan khinat ini sudah lama berlalu di Kelantan. Tetapi bila ia muncul kembali adalah sesuatu yang sungguh menyesalkan. Boleh jadi yang buat jahat itu adalah benih pemuda tahan lasak Umno yang sebelum ini terjatuh dalam jambtan tahi dan diberikan Allah peluang untuk tumbuh bagi memperbaiki diri. Boleh jadi.
Umno tidak payah merestui perbuatan seperti itu kerana kejahatannya akan terpulang juga kepada mereka. Tindakan sebegitu akan menguatkan lagi semangat orang ramai untuk memberi sokongan kepada Pas. Zaman politik gua dan bersenjatakan keris sudah pun berlalu. Zaman ini zaman politik akal. Apakah kerana Umno merasakan kedudukkan mereka semakin terhimpit maka kerja-kerja jahat terpaksa dilakukan. Mereka perlu kembali ke zaman edan semula?
Usaha untuk menjatuhkan dan menakut Anwar tidak akan berjaya dengan cara sebegitu. Anwar tidak akan gentar. Beliau sendiri telah teruji dengan segala macam kejahatan ke atas dirinya. Yang melakukan bukan budak-budak makan cacing tetapi perdana menteri dan ketua polis negara sendiri. Yang belum dirasai Anwar ialah tembakan saja lagi. Kalau setakat 'tagur' kereta, sembur cat kepada kereta orang yang hadir ia tidak memberi apa-apa kesan sedikit pun.
Malahan perbuatan itu tidak bermanfaat dan menguntungkan orang Cina yang dibenci oleh Umno. Bila kereta rosak dan cat rosak yang dapat untung ialah orang Cina. Kerana bengkel dan juga kerja mengecat kereta semuanya dimiliki orang Cina. Kan bodoh? Bodoh....
Mengenai himpunan di Padanag Perdana malam itu, ia memberi petunjuk makin jelas bahawa Kelantan sukar ditawan oleh Umno. Pemberian wang BR1M juga tidak membawa apa-apa hasil. Saya berani mengatakan lebih separuh dari lebih 35,000 yang hadir menerima wang rakyat BR1M RM500 ringgit itu. Dan saya juga berani mengatakan hampir separuh wang derma yang dikutip malam itu adalah wang BR1M. Kehadiran orang ramai pada majlis Pakatan Rakyat mendadak ke belakangan ini selepas menerima bantuan wang rakyat RM500.
Untuk memastikan Umno akan tertumus di Kelantan berdasarkan sambutan kepada majlis ceramah Pas, Pakatan Rakyat perlu mengadakan himpunan seperti itu di peringkat kawasan Parlimen dan tidak tertumpu ke Kota Bharu sahaja. Setakat ini himpunan di Tanah Merah, Machang dan Kota Bharu sudah menyakinkan. Untuk masa akan datang Pas perlu membawa himpunan persis itu ke Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat. Sekiranya jumlah kehadiran dalam himpunan mengikut jajahan itu mencecah 20,000 sudah pasti Umno Kelantan akan bungkus.
Kekalahan Umno kali ini akan membawa kehancuran kepada parti itu. Dan sekiranya kerajaan UBN tumbang maka hayat Umno akan berakhir setakat tahun 2012 sahaja. Selepas ini Umno tidak akan tertinggal apa-apa lagi hatta kubur dan batu nisan pun tidak akan sanggup dicacak oleh rakyat kerana takut terkena 'kuong' (badi) jahat dan berbau busuk Umno.
Untuk waktu terdekat ini elok kalau Pakatan Rakyat menganjurkan ceramah perdana di Bachok atau Pasir Puteh. Kita mahu tengok Awang Adek Hussein yang kini sedang menggeletar biar jatuh pangsan dan tergolek di pasir pantai Melawi.
Manakala sebaik parlimen dibubarkan satu himpunan mega perlu diadakan di stadium Sultan Mohamad Ke IV. Dalam himpunan ini rakyat teringin untuk melihat tiga orang tokoh dan negarawan Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh Hamzah ini duduk di atas satu pentas. Kita mahu tengok macam mana gabungan tiga pengaruh peribadi tokho-tokoh ini menyedapi stadium Sultan Mohamad Ke IV.
Saya rasa kalau ini berlaku tidak cukup stadium Sultan Mohamad Ke IV itu dan memerlukan dua buah stadium lagi. Jika ini menjadi kenyataan ia akan mencatat sejarah dalam politik Kelantan khasnya. Kehebatan sambutan itu nanti juga boleh menjadi pembuka semangat kepada negeri-negeri lain untuk menghukum Umno.
Saya bersetuju dengan tagline Takiyuddin Hassan bahawa Kelantan akan menjadi detik permulaan atau langkah pertama untuk menuju ke Putrajaya. Bukan saja kerana ketokohan tiga juara agama dan bangsa itu tetapi kerana keterkenalan rakyat Kelantan yang berani membawa perubahan. Di Semananjung ini hanya rakyat Kelantan sahaja berani mencipta sejarah menukar kerjaan dan parti politik. Selepas itu baru ia diikuti oleh negeri-negeri lain.
Duhai negeri-negeri yang belum berani melakukan perubahan dan masih taksub dan berjiwa abdi dengan Umno; Johor, N Sembilan, Melaka dan Pahang serta Perlis, nah bangkit dan bangunlah melakarkan muril sejarah baru di negeri masing-masing. Tinggallah Umno... kita mahu merayakan kejayaan bersama secara serentak. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

3 tender lebuhraya KB - K Krai dibawa ke exco
Rizal Tahir, | 03 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 3 April: Tiga dari tujuh tender syarikat yang memohon tander untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, akan dibawa ke mesyuarat exco pertengahan April ini.
Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, berkata tiga syarikat berkenaan telah memenuhi syarat yang dikehendaki antaranya bayaran pendahuluan RM100,000.
“Keputusan untuk memilih mana-mana syarikat yang berwibawa untuk membina jalanraya berkenaan akan ditentukan dalam mesyuarat exco pertengahan April ini,”ujar beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis forum sempena majlis Makan Malam Dana Piliharaya PAS Kawasan Kota Bharu yang bertajuk ‘Puterajaya Bermula di sini’.
Dua anggota panel yang dijemput menjayakan program itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bertindak sebagai moderator.
(Tiga penal dan moderator dalam forum 'Putrajaya bermula di sini' semalam)
Majlis makan malam itu diurus sebahagian besarnya oleh Timbalan YDP Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurutnya yang juga Naib Presiden PAS, pembatalan pembinaan lebuhraya berkenaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaksa kerajaan negeri mencari inisiatif sendiri.
“Cadangan membina lebuhraya berkenaan dibuat sejak awal tahun 1990-an sewaktu Tun Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri.
“Kemudian, sewaktu Pak Lah jadi Perdana Menteri, usaha itu akan diteruskan, bagaimanapun tidak berkesempatan apabila Najib pula menjadi perdana menteri dan terus membatalkan cadangan sejak RMK-5 lagi,”ujarnya.
Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh pelbagai masyarakat termasuk India, Cina dan Siam, termasuk pemimpin NGO, masyarakat Cina Kelantan dan Kuala Lumpur.

Pecah tanah stadium akhir April
Rizal Tahir, | 03 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 3 April: Majlis pecah tanah untuk projek pembangunan rumah mampu milik dan Kompleks Sukan di Merbau Pasir Putih akan diadakan akhir April ini.
(Husam berucap dalam forum 'Putrajaya bermula di sini')
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata Kompleks Sukan dan 250 buah rumah mampu milik di Bandar Baru Bukit Merbau itu bakal menelan kos lebih RM159 juta.
Menurutnya, kompleks dan rumah mampu milik ini bakal dibina dibina di atas tanah seluas 250 ekar.
“Majlis pecah tanah itu akan dilakukan sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,”ujarnya.
Beliau menambah, sebanyak tujuh syarikat juga memohon untuk mengambil bahagian dalam tander terbuka ini.
Bagaimanapun tambahnya, hanya dua yang memenuhi syarat kerajaan dari tiga buah syarikat yang berjaya di bawa ke mesyuarat penilaian terakhir.
Husam yang juga Naib Presiden PAS seterusnya berkata, mereka bukan sahaja perlu membayar pendahuluan sebagai tanda persetujuan untuk mengambil tander ini, sebaliknya mempunyai dana yang besar dalam akaun mereka.
“Alhamdulillah, syarat yang kerajaan negeri tetapkan dapat dipenuhi oleh dua syarikat ini, bagaimanapun mesyuarat exco pertengahan April ini akan tentukan siapa yang layak,”ujarnya.
Projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini akan turut menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk.
Kompleks yang berharga lebih RM159 juta ini akan dibina di atas tanah milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh.
Rekabentuk stadium dikatakan akan menggabungkan ciri stadium dan masjid, yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di setiap aras bangunan.

Pelajar cemerlang Kelantan dapat RM500
Salmah Mat Husain, | 04 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan Kelantan akan meneruskan sumbangan kepada semua pelajar cemerlang negeri ini bagi kali keempat sebanyak RM500.
Keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat exco hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangun Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata semua pelajar cemerlang dalam tiga peperiksaan SPM, STPM dan STAM yang mengambil peperiksaan di negeri itu layak menerima.
“Selain itu, anak Kelantan yang belajar di luar Kelantan juga layak menerima sumbangan kerajaan negeri,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco.
Sambungnya, mana-mana pelajar yang layak menerima mesti mendapat 9A ke atas dalam peperiksaan SPM, STAM (mumtaz) dan STPM (4P) ke atas.
Jelasnya, mana-mana pelajar yang layak mesti mendapatkan borang khas yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan (Yik) minggu hadapan yang dilantik sebagai urusetia dalam program itu.
“Saya minta rakan-rakan pelajar sekolah termasuk sekolah kementerian atau ibu bapa sendiri memaklumkan perkara ini pada kawan atau anak masing-masing.
“Kita tidak mahu ada yang tercicir macam sebelum ini, dah lepas lama majlis siap baru ada yang datang memohon,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar cemerlang yang terlibat menghubungi Yik bermula minggu hadapan.
Sumber HD : 4/04/2012
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang digantung selama dua tahun enam bulan dari terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
Beliau dikenakan tindakan demikian setelah Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati beliau bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat.
DPPNK secara dasarnya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk tertinggi sukan bola sepak Malaysia itu namun di dalam masa yang sama melihat bahawa keputusan ini merupakan satu kerugian kepada sukan bola sepak negara.
Ini kerana beliau dilihat sebagai seorang individu yang berpotensi untuk memajukan sukan bolasepak tanah air sebagaimana yang dilakukan oleh beliau di Kelantan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Rakyat tentunya amat kecewa sekiranya ada unsur politicking di dalam keputusan ini. DPPNK sejak dulu lagi menentang sebarang unsur mempolitikkan sukan khususnya bola sepak yang diminati ramai dalam apa jua bentuk sekalipun.
Justeru, DPPNK satu ketika dulu mengecam tindakan mengarak Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Kelantan pada tahun 2010 ke kawasan pilihanraya kecil DUN Galas untuk kepentingan politik pihak tertentu.
DPPNK amat berharap agar kemelut pergantungan yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa ini dapat dijernihkan. Sesungguhnya, pergantungan beliau merupakan satu kerugian yang besar kepada bola sepak negara khususnya negeri Kelantan.
Kepada Tan Sri Annuar Musa, DPPNK ucapkan semoga bersabar dan menempuhi saat-saat ini dengan tenang dan tabah.
Ahmad Najib Deris,
Pengerusi Bahagian Sukan, Seni dan Budaya (DACS)
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

FAM: Pemuda PAS simpati Annuar Musa digantung
Ahmad Najib Deris, | 05 Apr 2012 |

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.