Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013 |
Ismail Hashim | |||
KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.
Sdr Tarmizi Mohd Jam - Presiden Gerakan Penulis Maya
Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan. Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN. Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan. "Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit. "Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan. "Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.
YB Dato' Dr Mohammed Fadzli Dato' Hassan - Exco Penerangan Kelantan
Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.
Professor Dr Abu Hassan Hasbullah - Pensyarah UM
Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
YB Dato' Kamaruddin Jaafar - AP Tumpat / AJK PAS Pusat
|
BN bayar 200 cyber trooper? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook. Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran. "Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini. Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu. "Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5914--bn-bayar-200-cyber-trooper
PRU13: Cari mekanisme dekati 'generasi siber' |
Nazri Abdullah |
GOMBAK, 29 Okt: Pemuda PAS perlu mencari satu mekanisme terbaik bagi mendampingi golongan muda hari ini yang disebut 'generasi siber', jika mahu menang pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Menurutnya, suatu kerugian jika peluang tersebut tidak digunakan dalam keadaan pakatan rakyat tidak mempunyai kekuatan media seperti media arus perdana yang pro BN. "Pemuda perlu mencari mekanisma terbaik, bagaimana untuk sampai kepada mereka. "Kita perlu belajar bagaimana Barack Obama, orang kulit hitam boleh menjadi orang pertama white House," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar malam tadi. Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulas kajian terbaru yang mendedahkan golongan remaja di negara ini menghabiskan masa purata 4 jam sehari mengadap internet. Ianya termasuk menggunakan laman sosial Facebook, twitter dan blog untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. "Kajian AC Nielsen sangat signifacant yang mengatakan rakyat negara ini sudah tak tonton lagi televisyen, tak baca lagi akhbar tetapi membaca internet. "Inilah masanya kita perlu sampaikan mesej Islam kepada mereka. Inilah tugas anak muda," katanya dihadapan kira-kira 3,000 peserta yang hadir malam tadi. Beliau turut memuji kreativiti dewan pemuda kali ini yang menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta", yang dimuat naik ke Youtube bagi membangkitkan kesedaran anak muda hadir ke ijtimak kali ini. Turut berucap malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan, Pengarah Ijtimak Nik Abduh Nik Aziz dan wakil Hamas Palestin, Syeikh Ahmad Najjar. Ijtimak Tarbawi 2011 yang akan berakhir esok adalah bertemakan "Mantapkan Tarbiah, Menangi Pilihan Raya'. Program kemuncaknya adalah ceramah pentas pemuda dan pidato perdana oleh pimpinan utama PAS malam ini. Antara yang akan berpidato malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, wakil Ikhwanul Muslimin Mesir Dr. Kamal Al Helbawi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusof. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6243-pru-13-cari-mekanisme-dekati-generasi-siber
PRU13: Seriuskah PAS, Pakatan pindah maklumat? |
Hamba Allah, Terengganu. |
Saya sentiasa mengikuti persediaan yang dilakukan oleh parti-parti politik dalam menghadapi PRU13 akan datang. Saya melihat dari ruang lingkup sebagai orang awam yang tidak terlibat dengan politik secara langsung. Apa yang saya perhatikan PAS dan PAKATAN banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman lepas tentang persediaan menarik pengundi dan penyokong. Pendekatan yang dijalankan kini nampaknya bersifat lebih global. Jika dahulu PAS banyak menggunakan pentas-pentas ceramah dalam menarik pengundi di samping memberi penerangan. Ketika ini, nampaknya PAS dan pemikirnya dilihat lebih agresif dengan memperkasakan medium altenatif seperti akhbar sedia ada dan teknologi internet. Langkah memperkasakan unit IT dengan kerjasama blogger dan web master lain bagi membantu PAS menghadapi PRU akan datang merupakan satu langkah yang bijak. Program-program menyantuni pakar-pakar IT ini, akan memberi kelebihan kepada pihak PAS dan PAKATAN. Walaupun PAS saya lihat begitu agresif memperkasa media baru ini, perlu juga kita melihat kepada realiti dan ruang lingkup masa kini. Usaha yang dijalankan memang baik cuma kumpulan sasarannya perlu lebih tepat. Media alternatif seperti internet tentunya menyasarkan golongan yang terdedah kepada media jenis ini berkemungkinan golongan bijak pandai moden. Peratusan golongan luar Bandar yang terdedah dengan media jenis ini adalah terhad, lebih tepat lagi orang-orang kampung di luar Bandar. Jika kita melihat keputusan PRU yang lepas, PAS dan PAKATAN banyak menyapu kerusi-kerusi di kawasan bandar berbanding di luar bandar kecuali di negeri-negeri yang dimenangi PAKATAN. Jika dilihat pada keputusan pilihanraya Sarawak yang lepas juga, banyak kerusi-kerusi DUN di kawasan bandar dimenangi PAKATAN. Manakala kerusi di luar Bandar banyak yang dikuasai Umno-BN. Apakah petunjuk dari keputusan ini, saya berpendapat faktor utama yang mempengaruhi keputusan PAKATAN di luar Bandar adalah disebabkan kekontangan maklumat. Maklumat penting, tidak sampai atau jika sampai pun ia lambat untuk dibuat susulan. Memang tidak dinafikan faktor keluasan mukabumi mempengaruhi situasi ini. Pihak lawan yang mempunyai akses media yang meluas mempunyai kelebihan untuk bercakap tanpa timbal balik dari pihak PAKATAN. Sudah tiba masanya PAS dan PAKATAN menyasarkan kumpulan sasaran celik IT sebagai transit untuk pemindahan maklumat kepada kumpulan di luar Bandar. Kita mungkin tidak membuat penyelidikan yang mendalam mengenai hubungan antara akhbar Harakah dan KeAdilan contohnya yang terjual jika dibandingkan dengan nisbah pendudukan luar bandar. Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pendokong-pendokong parti yang masih tidak memahami kandungan buku jingga contohnya. Adakah kita pasti, kandungan edaran penting ini juga diketahui oleh penduduk di luar Bandar yang mempunyai ekses yang sangat terhad dan dikawal? Dari penelitian saya, banyak isu yang penting boleh ditimbulkan di dalam PRU kali ini. Kita mungkin tidak begitu bimbang dengan kumpulan “Hardcore” parti samada PAKATAN atau BN kerana peratusan perubahan mereka sangat kecil kecuali timbulnya isu-isu besar yang boleh menggugat. Perubahan besar kerap berlaku terhadap kumpulan-kumpulan atas pagar yang kerap melakukan “twist” pada setiap kali pilihanraya. Bagi memperkasakan lagi memindahan maklumat kepada kumpulan-kumpulan “Hardcore” BN yang seakan-akan katak di bawah tempurung ini, perlunya satu mekanisme dirangka oleh pemikir-pemikir parti bagi mencari pendekatan yang sesuai dan segera. Kita telah berjaya sekiranya maklumat yang patut dipindah berjaya sampai kepada kumpulan sasaran ini. Proses perubahan itu kita serah kepada Allah yang Maha Berkuasa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6259-pru13-seriuskah-pas-pakatan-pindah-maklumat
50 penggiat ICT, media baru NS berhimpun |
Harakahdaily |
SEREMBAN, 19 Nov: Seramai 50 orang menyertai Himpunan Penggiat ICT dan Media Baru Negeri Sembilan yang diadakan selama 4 jam mulai jam 2.00 petang di sebuah dewan dekat Senawang pada petang tadi. Himpunan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob. Hadir sama adalah Pengarah IT PAS Negeri Sembilan, Samsul Kamal Idris, Pengarah IT PAS Negeri Pahang Ahmad Samsuri bersama 3 ahli jawatankuasanya. Turut hadir adalah Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan dan Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan. Dr. Rosli menyebut, Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi setelah mempunyai 15 daripada 36 kerusi untuk menguasai kerajaan Negeri Sembilan selepas menerima resolusi yang diputuskan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 yang diadakan sebelum ini dari Pengarah IT Pusat. Beliau berharap penggiat ICT dan Media Baru yang hadir hari ini dapat mengenal pasti sasaran yang tepat supaya dapat menyampaikan mesej yang berkesan kepada pengundi-pengundi sasaran. Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong telah memberikan taklimat khas bertajuk ‘Perlaksanaan ICT dan Media Baru Menghadapi PRU ke-13’ dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman pula menyampaikan ucapan berkaitan dengan tajuk ‘Strategi dan kandungan Media menghadapi PRU ke-13’. Suhaimi dalam taklimatnya berkata, persaingan dalam menguasai ruang siber pada PRU ke-13 nanti adalah kemuncak kepada ‘perang siber’ setelah dimulakan dalam pilihanraya ke-10 dalam tahun 1999 dulu. Manakala Ahmad Lutfi Othman menyebut pilihanraya umum ke-13 ini adalah paling sengit kepada BN kerana pertama kalinya dapat disaingi secara seimbang oleh PR dengan adanya media baru ini. Beliau dalam ucapannya turut mengimbau kembali kenangannya bersama harakah dalam menghadapi pilihanraya sejak Pilihanraya Umum ke-8 pada tahun 1990. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/6596-50-penggiat-ict-media-baru-ns-berhimpun-
Bengkel Ketua IT PAS kawasan, MTD Pahang |
Harakahdaily |
TEMERLOH, 20 Nov: Bengkel Data dan Maklumat Bersepadu Negeri Pahang yang khusus kepada Ketua IT Kawasan dan Majlis Tindakan Dun (MTD) untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 telah dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi. Roslan dalam ucapannya menekan kepada betapa penting Pahang menggunakan sepenuhnya kepakaran tenaga ICT yang ada di pusat dan negeri bagi membantu perkembangan gerakkerja pentadbiran parti. Pencapaian terbaik PAS di Pahang adalah pada pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999, dimana PAS berjaya menang 6 kerusi Dun tetapi dalam Pilihanraya umum ke12 pada tahun 2008, PAS hanya memenangi 2 kerusi Dun sahaja, kata Setiausaha Perhubungan PAS Pahang. Beliau berharap persiapan jentera pilihanraya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa ini begitu penting kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS untuk membolehkan kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti dapat dimenangi. Seramai 45 orang Ketua IT dari 14 kawasan parlimen dan 42 kawasan Dun telah hadir. Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong dibantu oleh Pegawai IT PAS Pusat, Abdullah Atan dan Pengarah IT Dewan Pemuda PAS Pusat, Wan Asrul Effendi. Di akhir program, Pengarah IT PASPusat menyerahkan resolusi Persidangan ICT dan Media Baru yang diadakan baru-baru ini kepada Setiausaha Perhubungan PAS Pahang dengan disaksikan oleh Bendahari PAS Pahang. Turut hadir dalam program itu adalah Pengarah Pilihanraya, Penolong Setiausaha serta Pengarah IT PAS Pahang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/81-negeri-pahang/6605-bengkel-ketua-it-pas-kawasan-mtd-pahang
Media baru, pengundi muda ancaman Umno BN |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Nov: “Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada Umno BN dalam PRU 13 akan datang,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin. “Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN,” ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau berkata, Najib sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda kerana mereka menganggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja. Sepatutnya, kata beliau Najib tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat. Tegasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka kerana orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran. “Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog,” katanya lagi. Menurutnya, walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi. Ini, katanya kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru. Ini, ujarnya dapat dilihat diruang komen di dalam portal berita Malaysiakini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN. “Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6642-media-baru-pengundi-muda-ancaman-umno-bn
Blogger Umno dipelawa bantu PR Pahang |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 7 Jan: Blogger Umno yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar) dipelawa dan dialu-alukan berganding dengan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini untuk menumbangkan kerajaan BN Pahang. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, sebagai seorang pakar ekonomi, Ariff atau nama blogernya Sakmongkol AK47, sudah tentu dapat menilai kelemahan aspek ekonomi yang dihadapi kerajaan Pahang pada masa ini. “Sebagai seorang lulusan ekonomi dan banyak menganalisis perkembangan ekonomi semasa, kita rasakan Ariff amat memahami prestasi ekonomi Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob yang setiap tahun menerima teguran Ketua Audit Negara. “Jadi dengan kelulusan, pengalaman dan akses yang banyak tentang ekonomi Pahang dan mahir dengan prestasi anak syarikat kerajaan negeri kita pelawa beliau berganding dengan PR demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya. Ariff merupakan Adun sepenggal iaitu dari tahun 2004-2008 juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di bawah ketua bahagiannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Baru-baru ini, beliau bersama seorang lagi blogger Umno Aspan Alias, telah menghadiri seminar blogger-blogger PR di Pulau Pinang. Mengikut laporan media, Ariff telah menjelaskan kecenderungan beliau dan Aspan menyokong DAP kerana merasakan pegangan dan kepercayaan mereka terhadap Umno sudah tidak lagi konsisten seperti dahulu. “PAS Pahang akan mencari masa yang sesuai untuk berbincang pelbagai isu semasa dengan Datuk Ariff dalam masa terdekat ini,” tambah Suhaimi. Jelasnya lagi, sudah tentu ada yang luar biasa bagaimana seorang tokoh yang betul-betul berada di bawah Presiden Umno mahu meninggalkan parti itu. Sementara itu posting terakhir dalam blognya, Ariff menyifatkan Umno sebagai pemusnah Melayu dan parti itu sebenarnya terhutang budi kepada orang Melayu. Sebelum ini, Ariff begitu lantang mempertikaikan keputusan kerajaan mahu menyenaraikan Felda di bursa saham dan menganggap tindakan itu hanya sebagai ‘menggali kubur untuk peneroka’. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7444-blogger-umno-dipelawa-bantu-pr-pahang
Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR
Harakahdaily, | 26 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 26 Mac: Blogger Abdul Rahman Talib (gambar) mendakwa, beliau mendapat maklumat Umno menyediakan peruntukan yang besar bagi membeli agen pengundian dan pengiraan undi dari PKR.
Ia akan dilakukan sewaktu pilihan raya umum akan datang, dakwa blogger yang juga dikenali sebagai Tulang Besi itu.
"Maklumat yang Tulang Besi baru dapat adalah sewaktu PRU nanti, sebuah dana telah disediakan khas bagi tujuan ini.
"Diberitakan kepada Tulang Besi bahawa sebanyak RM30k-RM50k telah disediakan untuk membeli PACA(Polling Agent dan Counting Agent) dari PKR seluruh Selangor," tulis beliau dalam blognya hari ini.
Yang akan dibeli oleh Umno adalah plling agent dan counting agen PKR di Selangor.
"Polling Agent" adalah wakil parti yang duduk di dalam bilik-bilik darjah bagi mengawasi perjalanan pengundian.
"Counting Agent" pula adalah wakil parti yang mengawasi perjalanan pengiraan undi selepas pengundian berakhir.
"Counting Agent" pula akan menandatangani borang E yang menandakan keputusan rasmi bagi pusat pengundian tersebut.
"Diberitakan kepada Tulang Besi juga, sejumlah RM3juta hingga RM5 juta disediakan bagi membeli calon2 PKR untuk menarik diri serta memberikan kemenangan percuma kepada parti itu," dakwa beliau lagi.
Bagi Abdul Rahman, tindakan ini dibuat untuk mengulangi apa yang berlaku dalam DUN Sementa sewaktu Pilihanraya 2008 yang lepas di mana Rahman Palil (calon BN) telah menang percuma kerana calon PKR yang melawan beliau hilang entah ke mana.
"Inilah agaknya yang menyebabkan Najib begitu gembira dan yakin mereka akan menangi Selangor dalam PRU yang depan," tulis Rahman lagi.

Sumber HD : 26/03/2012
Sumber HD : 3/04/2012
Budak-budak seronok dapat percuma baju ini
Selain baju percuma, mereka dapat RM10/-
Sah! Umno/BN memperalatkan anak-anak sekolah
Makan percuma pun dapat...tak sabo dah budak-budak tu...
Kesihan, mereka makan diatas lantai sahaja
Ada yang terpaksa berjemur kat tempat panas begini
Kenapa tidak disediakan kerusi dan meja utk remaja ini?
Tengoklah, mana dia kempen 'Tak nak rokok' BN ?
Tentu ikut Najib yang pakai rantai tu!
Ini tentu projek Ketua Pemuda Umno Perak,
Khairul Azuan.Umno/BN gunakan
kanak-kanak sekolah!
Puluhan bas sekolah dikerahkan utk
mengangkut budak sekolah
Tak cukup bas sekolah,bas persiaran digunakan
Bas Kilang pun turut digunakan
Terdapat tidak kurang 80 bas kesemuanya
Ayuh tukar segera pemandu yang mabuk itu
http://alhusseyn51.blogspot.com/, | 03 Apr 2012 |
Memandu dalam keadaan mabuk adalah merbahaya dan merupakan satu kesalahan undang-undang jalan raya. Jangan tanya saya seksyen mana. Saya bukan pakar undang-undang. Tapi begitulah sekolah memandu bagi tau kita orang dulu.
Ada dua jenis mabuk yang sangat merbahaya bila memandu. Satu mabuk alkohol dan satu lagi mabuk kuasa dijalan raya.
Mabuk kuasa di jalan raya merupakan pemandu yang berlagak samseng. Apa pun dia tidak kira!
Asyik mahu memotong kenderaan di hadapannya walau pun di selekoh maupun di double line.Lampu merah pun tidak diendahkannya – polis trafik takut nak saman kerana sikap sombong dan samsengnya!
Pemandu jenis ini akan marah kalau kereta lain mahu memotongnya!
Jangan bahayakan diri kita dengan jenis pemandu yang mabuk alkoholik atau mabuk kuasa macam ini!
"Bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan 'pemandu' yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat." Demikian kata Perdan3/04/2012a Menteri Najib di sini
Oleh itu, janganlah kita biarkan pemandu yang mabuk memandu kenderaan. Bagi memastikan kita selamat, kita perlu tukar pemandu yang mabuk itu serta merta!
Sumber HD : 3/04/2012
Budak-budak sekolah disalahgunakan oleh Umno/BN
http://alhusseyn51.blogspot.com/, | 14 Apr 2012 |
Selepas saya dedahkan arahan PPD Kinta keatas 58 guru sekolah menengah yang dipaksa datang ke majlis Umno/BN di kediaman Menteri Besor tu. Rupa-rupanya terdapat 80 buah bas mengangkut murid-murid sekolah ke majlis yang sama.
Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!
Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya.Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.
Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!
Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya.Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.
Budak-budak seronok dapat percuma baju ini
Selain baju percuma, mereka dapat RM10/-
Sah! Umno/BN memperalatkan anak-anak sekolah
Makan percuma pun dapat...tak sabo dah budak-budak tu...
Kesihan, mereka makan diatas lantai sahaja
Ada yang terpaksa berjemur kat tempat panas begini
Kenapa tidak disediakan kerusi dan meja utk remaja ini?
Tengoklah, mana dia kempen 'Tak nak rokok' BN ?
Tentu ikut Najib yang pakai rantai tu!
Ini tentu projek Ketua Pemuda Umno Perak,
Khairul Azuan.Umno/BN gunakan
kanak-kanak sekolah!
Puluhan bas sekolah dikerahkan utk
mengangkut budak sekolah
Tak cukup bas sekolah,bas persiaran digunakan
Bas Kilang pun turut digunakan
Terdapat tidak kurang 80 bas kesemuanya
Banyak pakai duit tu...budak-budak yang diangkut dengan 80 bas sahaja sudah 3200 orang.Itu pun kalau ikut muatan biasa - mungkin juga mereka duduk bertiga-tiga dalam bas!
Jom kita congak-congak setail akauntan kampung - ambil sajalah jumlah kasar 3200 orang budak saja.
Kalau bayar RM10/- sorang dah berapa? Bayar makcik katering untuk makan minum mereka? paling koman Rm15/- satu kepala. Bayar sewa 80 buah bas tu entah berapalah pula.
Jangan lupa kos baju percuma itu .Kurang-kurang RM20/-. Ha! ha! itu semua belum lagi harga yang dimark-up. Biasalah projek Umno/BN - beli laptop harga biasa RM3,845, tapi depa tutoh sampai RM11,845! Semua projek songlap duit rakyat.
Itu belum lagi dikira yang datang sendiri dengan motor atau kereta.Maklumlah budak bandar. baru bersekolah pun sudah ada yang gi sekolah dengan kereta sendiri.
Jom kita congak-congak setail akauntan kampung - ambil sajalah jumlah kasar 3200 orang budak saja.
Kalau bayar RM10/- sorang dah berapa? Bayar makcik katering untuk makan minum mereka? paling koman Rm15/- satu kepala. Bayar sewa 80 buah bas tu entah berapalah pula.
Jangan lupa kos baju percuma itu .Kurang-kurang RM20/-. Ha! ha! itu semua belum lagi harga yang dimark-up. Biasalah projek Umno/BN - beli laptop harga biasa RM3,845, tapi depa tutoh sampai RM11,845! Semua projek songlap duit rakyat.
Sumber HD : 14/04/2012
KUALA LUMPUR, 14 April: Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep ‘1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.
Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang.
Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.
“Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan ‘1Malaysia’ di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
“Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit,” tulis beliau.
Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.
Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli.
“Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.
“Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?” soalnya.
Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.
Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit.
Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai ‘pengundi tetap’ Najib di Parlimen Pekan.
Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.
“Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.
Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu.
Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak.
Sumber HD : 14/04/2012
Perkuburan 1Malaysia’ ada di kawasan Najib?
Harakahdaily, | 14 Apr 2012 |

Nazri Aziz sudah bau UBN akan kalah
http://www.msomelayu.blogspot.com/, | 15 Apr 2012 |
Itu menteri suka cakap lepas dan menggunakan bahasa pasar yang kesat, Nazri Aziz berkata dia sudah lama berkhidmat. Sudah jadi menteri selama 13 tahun, timbalan selama lima tahun. Dia kini juga sudah berusia kurang dua tahun untuk jadi 60 tahun. Katanya dia sudah lama mahu lepas jawatan tetapi dihalang oleh pimpinan bahagiannya. Iya ke?
Dalam perkiraan Murai bukan payah sangat kalau nak lepas jawatan atau tidak nak pegang jawatan. Lepas sahaja, berlambak orang yang sedang menanti untuk memegang jawatan. Orang sanggup bertumbuk dan bertampar lagi kerana jawatan. Rasuah tak payah ceritalah, kalau dalam Umno rasuah kerana nak jawatan macam mat rempit naik motor laju, berlambak-lambak. Berlana kok na.
He...yang Murai musykilkan seakan kata-kata Nazri kali ini serius sikit. Semacam ada sesuatu yang sedang mengejar Nazri. Apakah dia juga dapat menghidu akan nasib Umno dan BN pada pilihan raya akan datang. Nazri adalah menteri JPM, dia tahu banyak cerita.
Macam pengesan tsunamilah, si Nazri ini. Nampak riak atau terbunyi gegaran dia sudah dapat mengecam apakah tsunami akan berlaku atau tidak. Mungkin dia juga sudah dapat signal bahawa UBN akan kalah dalam pilihan raya akan datang. BN akan hilang kuasa.
Jadi sebelum ditolak ombak tsunami elok kalau dia melarikan diri awal-awal. Ambil sikap mengundur diri tidak bertanding. Kalau tidak bertanding dia akan terlepas dibaham ombak tsunami yang sudah pasti akan memedihkan mata dan hati.
Begitulah agak-agak Murai. Walaupun kata-kata Nazri itu sebagai test market untuk menilai sejauh mana dirinya di Padang Rengas tetapi dia semacam kegerunan sahaja. Sebagai bangsawan politik di Padang Rengas Nazri tidak akan bimbang dia akan dilawan, orang Padang Rengas tetap sayang kepadanya. Tetapi tentang nasib UBN yang entah entah kini yang membimbangkannya.
Nazri seorang yang bisa. Apa yang berlaku ke atas anaknya yang dikatakan membelasah jaga kondo tidak pun menjadi kudis gatal kepadanya. Nazri menghadapi tragedi lebih besar dari itu berhubung anaknya. Semuanya ok, semuanya lepas. Semuanya boleh dikaunting.
Tetapi bak kedudukan UBN semakin menipis dan menirus macam ekor tikus mondok ini mengganggu kepala Nazri, sebab itu dia membayangkan mahu berundur sebelum partinya kalah.
Murai: Arif dengan signal kalau gout nak datang. He he..
Sumber HD : 15/04/2012

Terima kasih, Hamidah - bagi kami ambil, pangkah tetap bulan!
http://alhusseyn51.blogspot.com/, | 15 Apr 2012 |
Karikatur rasis yang sedang diedarkan ke rumah-rumah
orang Melayu oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman
Ibu dan anak pun cerita, ada orang bagi melalui jiran sebelah. "Abah tidak ada di rumah ke tadi?" tanya anak dara saya tu kehairanan sebab barangan itu dititipkan kepada jiran sebelah tu.
Saya juga kehairanan. Saya sentiasa berada depan komputer.Kalau ada orang datang dan beri salam, sudah tentu saya boleh perasan.Tetapi memang tidak ada.
Kemudian itu, seorang kawan menalipon saya memberitahu, puteri Umno sedang nganto barangan Hamidah, rumah ke rumah di Sungai Rokam.Tapi dia orang tak singgah ke rumahnya.
Mungkin sebab mereka terpandangkan gambar 'Nizar yang terpampang kat depan rumahnya itu.
"Kamu tak dapatlah barang Hamidah?" tanya saya ketawa."Tak adalah Cikgu, depa tak singgah pun!"
"Ha! ha! ha!", kami ketawa. Saya terperasan yang ketawa saya lebih besar darinya sebab saya dapat barangan dari Hamidah.
Konsep kami mudah sepertimana TGNA ajarkan kami sejak lama dulu. Bagi ambik, pangkah tetap bulan!

Apabila isteri dan anak saya masuk rumah sekembalinya dari kelas jahitan mereka, anak saya beritahu , "Hamidah kirim salam kat abah," sambil tersengeh-sengeh manja.
Saya buat tak tahu sahaja pada mulanya.Dia nak main-mainkan saya. "Betul bah!" dan dia mengulangi semula ayat tadi, "Hamidah kirim salam kat Abah!"
Saya memandang ke arahnya. Saya lihat dia sedang membawa sebondot barang dalam beg yang pernah saya lihat sebelum ini...
"Ni hah! Hamidah bagi! " katanya sambil ketawa. "Betul ni..." dia bersungguh-sungguh hendak menyakinkan saya.
Isteri saya pun tergelak.Saya juga turut tergelak. Kami semua pun gelak satu rumah. Macam tidak percaya.
Saya ambil barangan tersebut dan bentangkan atas meja kopi di ruang tamu , lalu memanggil anak lelaki saya untuk mengambil gambar saya dengan barangan tersebut. Saya pun posing macam kat bawah ni:
Dapat biskut mayat,gula dan tepung sekampit, boh-tea
kecil dan beberapa risalah Umno/BN

KAMI anjur konvensyen akses media PRU-13
Hazayani Zakaria, | 02 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) akan mengadakan Konvensyen Mengenai Akses Media Dalam PRU ke-13 pada 12 Mei ini di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan.
Ketua Sekretariat KAMI, Hayatul Kamil Termudi berkata, konvensyen tersebut bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.
Ia juga sebagai langkah awal untuk menghimpun pengamal media independen atau yang bekerja dengan badan-badan media cetak atau siaran.
Bertemakan memartabat Malaysia menjadi negara mesra media, adil dan bebas, konvensyen tersebut bertujuan menghimpun pengamal media independan dan profesional bagi mengumpul cadangan dan pandangan mereka.
Selain itu ia juga bagi mendengar pandangan dan pengalaman pakar, pengamal media dan tokoh masyarakat makna sebenar media adil dan bebas.
"KAMI mengharapkan media adil dan bebas yang boleh diakses oleh semua pihak dalam PRU 13 adalah peluang untuk membuktikan malaysia adalah sebuah negara demokratik," kata beliau pada sidang media di jalan Pahang, dekat sini hari ini.
Antara ahli panel yang dijangka akan menyampaikan buah fikiran ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifududdin Abdullah dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Resolusi konvensyen tersebut akan dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab khususnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi.
Konvensyen tersebut juga sebagai tanda bantahan terhadap tindkan polis yang menghalang petugas media menjalankan tugas dengan bebas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
Kecam pukul wartawan
Tegasnya, KAMI mengecam kekasaran polis terhadap petugas media yang membuat liputan pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
"KAMI membantah keras tindakan keras polis terhadap pengamal media yang menjalankan tugas mereka walaupun perhimpunan tersebut pada mulanya aman," kata beliau pada sidang media di pejabat Harakah, dekat sini hari ini.
Beliau berkata, KAMI sangat kesal terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa merampas bahan atau rakaman pengamal media terdapat dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) polis.
Namun jawapan tersebut tidak selari dengan jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
"Jawapan menteri sangat dikesali. Adakah kerana tak ada jawapan lain maka dia memberi jawapan itu?
"Nampak sangat KDN celaru dalam memberi jawapan sedangkan ketua polis negara ia tidak ada dalam SOP polis. Nampak sangat mereka tidak mempunyai SOP yang teratur," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, KAMI akan turut serta dalam demonstrasi membantah kekasaran polis terhadap pentugas media di hadapan pejabat Malaysiakini esok.
"KAMI akan turun memberi sokongan kepada pengamal media esok," katanya.
Sumber HD : 2/05/2012
(Kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A)
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.
Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan 'pop up' kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini.
Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini.
Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok.
Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini.
Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.
Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.
Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap “Hari Internet Blackout”.
"Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.
Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.
Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.
"Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.
"Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut," sambungnya lagi.
Sumber HD : 14/08/2012
Sumber HD - 1-5-2013
Sumber HD - 2-5-2013

Pengamal media berkumpul dengan hitam, kuning
Hazayani Zakaria, | 03 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Kira-kira 100 pengamal media berpakaian hitam dan riben kuning berkumpul di hadapan pejabat Malaysiakini, Bangsar hari ini bagi membantah kekasaran polis terhadap mereka sewaktu bertugas pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
Perhimpunan hampir sejam itu juga bersempena hari Kebebasan Media Sedunia yang diiktiraf Unesco dan disambut serentak di seluruh negara.
Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dalam ucapannya berkata, meskipun hari ini merupakan hari kebebasan media, namun ia merupakan hari yang hitam untuk kebebasan akhbar di Malaysia kerana serangan terhadap wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 tidak berlaku sebelum ini.
"Ramai wartawan, jurugambar dan jurukamera diserang, ditahan dan ditakut-takutkan oleh pihak polis, sesetengah penunjuk perasaan turut menyerang wartawan.
"Kita perlu menghentikan piawaian kebebasan akhabar di Malaysia daripada jatuh ke paras yang lebih rendah," katanya.
Perhimpunan itu juga menggesa orang ramai dan pihak berkuasa menghormati hak wartawan terutama apabula mereka menjalankan tugas.
"Kami percaya dalam kebebasan akhbar dan peranan dalam mempromosikan demokrasi, hak asasi manusia, ketelusan dan tadbir urus yang baik.
Justeru mereka menuntut semua pesalah dibawa ke perbicaraan mahkamah terbuka selepas sebuah panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0.
Mereka juga menggesa semua pihak mengembalikan bahan (gambar dan footage video) akhbar yang disita - tanpa sebarang perubahan - kepada wartawan yang berkenaan datau kepada organisasi dan membayar ganti rugi untuk sebarang kecederaan dan kerosakan.
"Kami menggesa semua pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa dan kumpulan masyarakat sivil tidka mengulangi serangan terhadap wartawan," katanya.
Selain pengamal media daripada pelbagai organisasi, kenderaan yang lalu lalang di Jalan Kemuja itu turut menyatakan sokongan dengan membunyikan hon dan melambaikan tangan ke arah mereka yang berhimpun.
Mereka melaungkan 'bebas media'. 'hidup media', 'hidup wartawan' sambil memegang kad dan kain rentang antaranya bertulis 'Hands Off Journalist at Work' (jangan ganggu, wartawan sedang bertugas), 'Stop Violence Against Journalist' (hentikan keganasan terhadap polis) , 'You Have Guns, We Have Cameras' (kamu ada pistol, kami ada kamera).
Berapa anggota polis beruniform juga dilihat berkawal di sepanjang jalan sepanjang perhimpunan berlangsung.

Sumber HD : 3/05/2012
Media: Pembodohkan, pembaca akan lari
Salmiyah Harun, | 19 Mei 2012 |
KAJANG: Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali (gambar) berkata, biarlah pembaca yang menentukan sama ada mahu kekal dengan akhbar arus perdana atau pun beralih kepada akhbar lain.
Katanya, para pengamal media tidak perlu memeningkan kepala dengan istilah akhbar arus perdana kerana para pembaca hari ini dilihat semakin bijak mendapatkan maklumat.
"Soal akhbar arus perdana, tak payah peningkan kepala. Kalau akhbar itu memperbodohkan, pembaca akan beralih kepada akhbar lain. Banyak pilihan," katanya.
Yang penting katanya, perjuangan para pengamal media adalah menjadikan media berkredibiliti dan tidak perlu bimbang dengan media arus perdana ini.
Beliau juga bersetuju, kewujudan media baru menjadi sumber kepada pembaca sekali gus dapat membantu pembaca untuk menilai dan membandingkan laporan media arus perdana.
"Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Memperbodohkan masyarakat, kita bersedia menolak semua yang bodoh, kita akan terselamat dan keluar dari kebodohan," katanya dihadapan kira-kira 100 hadirin yang hadir di Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan anjuran Abim.
Terdahulu, dalam sesi pembentangan, Jalil Ali tidak menolak kecenderungan pembaca memilih suratkhbar bertambah kurang kerana kewujudan media sosial yang dilihat lebih cepat.
Beliau yang mempunyai pengalaman luas menguruskan akhbar arus perdana juga mengakui etika kewartawanan yang diperjuangkan selama ini tidak diterima editor akhbar arus perdana.
"Malah mereka lari dari etika semata-mata mahu selamat. Kadang-kadang saya dapati editor takut untuk menyiarkan sesuatu. Silap-silap kena dipanggil," katanya.
Akhirnya, kata beliau pembaca yang membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh media lain sama ada 'Facebook', 'twitter' atau blog-blog.

Sumber HD : 19/05/2012
Akhbar Umno tidak layak cakap soal etika - Abim
Salmiyah Harun, | 19 Mei 2012 |
KAJANG: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia atau Kosmo tidak layak untuk bercakap soal etika kewartawanan.
Ini kerana, menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan akhbar berkenaan dengan jelas telah mencabul etika kewartawanan berdasarkan laporan yang bukan sahaja tidak adil bahkan memperbodohkan pembaca.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab asakan wartawan yang mempersoalkan mengapa Abim selaku penganjur Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan tidak menjemput wakil akhbar arus perdana seperti Utusan atau Kosmo.
"Kita tidak jemput Utusan atau Kosmo sebab mereka dengan jelas cabul etika kewartawanan. Kita panggil mereka (akhbar) yang beretika sahaja," katanya dalam sidang media.
Malah katanya, etika kewartawanan telah dimusnahkan oleh akhbar berkenaan kerana tiga perkara iaitu pemilikan media, 'political master' dan iklan yang disiarkan.
Seminar yang diadakan di Kompleks Dar Al-Hikmah Sungai Ramal membariskan tiga orang panel iaitu, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali, Ketua Editor Malaysiakini Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.
"Kalau kita hendak berhujah dalam hal ini, orang yang kita panggil adalah jelas etikanya. Kita beri keadilan kepada mereka untuk bercakap soal etika," tegasnya.
Tambahnya, seminar ini adalah satu peluang yang adil untuk mendidik masyarakat apakah etika kewartawanan yang sebenar.
"Contohnya, kita jumput di kalangan mereka adalah perompak dan bercakap dalam soal rompakan," tegas beliau yang mempertahankan tindakannya, tidak menjemput akhbar arus perdana dalam seminar itu.
Justeru, Abim dan beberapa Ngo yang lain menyatakan pendirian tentang etika kewartawanan pada masa depan dengan menolak segala laporan berbentuk lucah, mengaibkan seseorang di ruang awam, 'Character assassination' dengan menginjak-injak maruah, memalukan seseorang secara sewenang-wenangnya bukan sahaja tidak beretika tetapi mencabul hukum agama.
Abim juga menyeru pihak pemerintah dah oposisi mengambil kira akan prinsip asas media dan kewartawanan wajib berdasarkan fakta, kebenaran dan sumber yang sah.
Dan, Abim menyeru masyarakat untuk menolak dan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap laporan dan pemberitaan yang melanggar nilai dan etika kewartawanan.
Resolusi
Seminar yang berlangsung setengah hari itu turut menggariskan empat resolusi iaitu:
Etika kewartawanan yang berasaskan cita-cita bagi menegakkan kebenaran, ketelusan dan keadilan dalam masyarakat dan negara hendaklah menjadi falsafah dan dasar utama industri media negara.
Seluruh saluran media terutama media arus perdana digesa lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan dan menyebarkan berita dan maklumat kepada masyarakat.
Pengamal media dituntut untuk sentiasa berpegang teguh kepada etika kewartawanan yang mementingkan nilai-nilai moral dan akhlak dalam usaha menyampaikan berita dan mendidik masyarakat.
Ini memastikan industri media menjadi ejen pencerdasan dan pembudayaan pemikiran dan nilai hidup bertamadun dan bukan sebagai organ yang dilihat cuba untuk merendahkan kualiti hidup dan pemikiran masyarakat menerusi sumber maklumat yang tidak tepat, berbahasa kesat, berunsur lucah menjadi punca perbalahan sesama rakyat.
Media hendaklah meningkatkan tahap integriti sebagai organ yang berdikari dan berwibawa dan memastikan tidak terjebak sebagai penyebar ghibah dan fitnah dengan sengaja menerusi pemberitaan yang mengaibkan dan memalukan dan mencemarkan nama baik serta mencabul kesucian maruah manusia.
Pengamal media hendaklah menghormati hak rakyat untuk memperoleh berita yang benar dan beretika.
Oleh itu, media perlu bersikap sensitif dan memberikan perhatian serius terhadap kegelisahan dan penolakan masyarakat terbanyak terhadap budaya arus perdana hari ini dengan jelas melakukan pelanggaran berterusan terhadap etika dan niali-nilai murni yang dipaparkan kepada masyarakat.

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad.
Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” pada 8 November 2011.
Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.
Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.
Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.
Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.
Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.
Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.
Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Sumber HD : 4/06/2012
YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta
M Faqih, | 04 Jun 2012 |

Sokong kempen Internet Blackout
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
(Kempen internet blackout bagi membantah Seksyen 114A)
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.
Ketika Harakahdaily mengambil pendekatan menyiarkan iklan 'pop up' kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini.
Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini.
Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok.
Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini.
Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.
Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.
Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap “Hari Internet Blackout”.
"Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.
Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.
Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.
"Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.
"Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut," sambungnya lagi.
Sumber HD : 14/08/2012
Bloger Milo Suam ditahan polis
Harakahdaily, | 02 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Bloger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini.
Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.
Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.
"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.
Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-5-2013
Milo Suam disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi
Harakahdaily, | 02 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Bloger Milo Suam yang ditahan malam tadi akan direman oleh pihak polis selama dua hari bermula hari ini.
Peguamnya New Sin Yew ketika dihubungi Harakahdaily berkata, Milo Suam atau nama sebenrnya Yusuf Al Siddique Suratman ditahan untuk disiasat berhubung penyiaran dua artikel di blognya yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Artikel tersebut merupakan satu dokumen rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, yang disiarkan di dalam blog berkenaan baru-baru ini.
"Hari ini pihak polis telah membawa beliau ke hadapan majestret dan telah dibenarkan untuk menahan beliau selama dua hari bagi tujuan siasatan.
"Kita akan tunggu sehingga esok sama-ada polis akan membuat permohonan untuk lanjutkan tempoh tahanan atau tidak," katanya.
Polis katanya menyiasat anak guamnya itu dibawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Sementara itu beliau memberitahu, anak guamnya itu masih berada dalam keadaan sihat dan pihak polis masih belum mengambil sebarang kenyataan dari beliau.
Milo Suam, 29, ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam, Klang, pada pukul 8 malam tadi.
Peguamnya New Sin Yew ketika dihubungi Harakahdaily berkata, Milo Suam atau nama sebenrnya Yusuf Al Siddique Suratman ditahan untuk disiasat berhubung penyiaran dua artikel di blognya yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Artikel tersebut merupakan satu dokumen rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, yang disiarkan di dalam blog berkenaan baru-baru ini.
"Hari ini pihak polis telah membawa beliau ke hadapan majestret dan telah dibenarkan untuk menahan beliau selama dua hari bagi tujuan siasatan.
"Kita akan tunggu sehingga esok sama-ada polis akan membuat permohonan untuk lanjutkan tempoh tahanan atau tidak," katanya.
Polis katanya menyiasat anak guamnya itu dibawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Sementara itu beliau memberitahu, anak guamnya itu masih berada dalam keadaan sihat dan pihak polis masih belum mengambil sebarang kenyataan dari beliau.
Milo Suam, 29, ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam, Klang, pada pukul 8 malam tadi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-5-2013
Cybertrooper Umno taubat, mohon maaf pada Harakahdaily
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.
Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –
“Assalamualaikum.
Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.
Saya tahu saya banyak berdosa.
Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.
Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.
Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.
Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.
Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.”
Gambar ialah snapshot komen beliau. Facebook beliau boleh dilayari di sini: https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat
Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.
Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –
“Assalamualaikum.
Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.
Saya tahu saya banyak berdosa.
Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.
Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.
Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.
Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.
Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.”
Gambar ialah snapshot komen beliau. Facebook beliau boleh dilayari di sini: https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat
Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-5-2013
No comments:
Post a Comment