'Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 17 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit. Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas. “Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya. Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam. “Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS.. Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.
YB Dato' Nik Amar Abdullah - Exco Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.
YB Dato' Anuar Tan Abdullah - Exco Pembangunan Usahawan, Pedagangan dan Perpaduan Masyarakat
Majlis merupakan ‘projek perintis’ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum. Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini. Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam. Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi. “Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan. “Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina, mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga,” katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam ‘berada di tampuk pemerintahan’. “Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6552-angkat-keris-hidup-melayu-perjuangan-sempit
Gerhana: Najib ugut minda rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMNPUR, 6 Dis: Negara terus dilanda ‘gerhana’ dan rakyat akan berada dalam kegelapan seperti sekarang jika masih terus memilih BN dalam PRU ke-13 nanti. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melahirkan kekesalan di atas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke 13. “Bagi DPP Malaysia, kenyataan ini berunsur ugutan terhadap rakyat Malaysia agar jangan mengundi selain Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Hasrakahdaily. Katanya, DPP Malaysia beranggapan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi amaran terhadap rakyat Malaysia. Tambahnya, Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda. Bagi DPP Malaysia, ujarnya mungkin PM telah terlupa bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan pernah mentadbir Perak. Katanya lagi, tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami ‘gerhana’ seperti yang didakwa beliau. Malah, jelasnya prestasi kerajaan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional. Menurutnya, dalam masa yang singkat kerajaan Selangor berjaya buktikan kemampuan mereka dengan mendapat keuntungan RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun, manakala Pulau Pinang berjaya menempatkan diri sebagai negeri terbaik dari sudut pengurusan kewangan. Kedah pula, ujarnya berjaya mengurangkan defisit hutang yang ditanggung bertahun-tahun lamanya dan kini sedang pesat membangun di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak manakala Kelantan pula berjaya mengekalkan prestasi sebagai negeri yang bebas dari rasuah meskipun telah memerintah selama 20 tahun disamping terus cemerlang dengan kejayaan-kejayaan yang diraih. Sebaliknya, kata beliau era kepimpinan Najib merupakan zaman paling hitam dalam sejarah negara. “Indeks Presepsi Rasuah mencatat kemerosotan untuk tiga tahun berturut-turut, berlakunya ketirisan serta penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, serta pelbagai skandal pemimpin besar negara seperti Projek Feedlot dan kondominium mewah, pemborosan projek besar negara dan lain-lain lagi,” katanya. Beliau menambah, DPP Malaysia turut kesal kerana PM mempersoalkan adakah maruah Islam dan orang Melayu terbela jika Pakatan Rakyat memerintah. Justeru, ujar Riduan PM sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri dan melihat kepada kepemimpinannya, adakah beliau sendiri membela orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Sedangkan, ujarnya nasib Kampung Baru yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu turut tergadai di bawah kepimpinannya, hukum Islam tidak dilaksanakan malah menjadi bahan cemuhan seperti yang berlaku dalam forum terbaru anjuran MCA,mengapa pula Najib tidak perlu menaruh prasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6892-gerhana-najib-ugut-minda-rakyat-
Undang-Undang Hubungan Kaum tidak perlu |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kanan) menyifatkan Rang Undang-Undang Hubungan Kaum tidak diperlukan di negara ini jika kerajaan Umno Barisan Nasional memahami hak setiap kaum. Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini menjelaskan situasi negara sekarang tidak memerlukan undang-undang tersebut malah apa yang perlu dilakukan adalah menghentikan sikap perkauman sesetengah pihak. "Bagi saya kita tidak memerlukan undang-undang baru terutamanya dalam hubungan kaum jika sesetengah pihak boleh hentikan sikap perkauman mereka. "Hubungan kaum boleh terjadi tanpa ada sebarang undang-undang jika masyarakat itu menghormati antara satu sama lain tanpa ada sikap berkepentingan diri sendiri," jelasnya. Tambahnya lagi, masalah yang wujud sekarang adalah menghormati antara satu kaum malah masih ada pihak yang terlalu ekstrim dengan kaumnya sehinggakan sanggup melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan. "Kalau menyebut tentang Islam, sesetengah orang Islam itu sendiri tidak faham dengan tuntutan Islam yang telah meletakkan asas yang betul dalam hubungan antara kaum. “Inilah yang menjadi masalah sebenar, kerajaan perlu peka dalam permasalah sekarang yang dimainkan oleh sesetengah pihak dan kalau perlu hentikan terus kegiatan mereka yang terlalu ekstrim dalam soal perkauman," sambung beliau lagi. Dalam masa yang sama, beliau juga menekankan agar Umno yang perlu memahami apa makna sebenar hubungan antara kaum di dalam negara ini. "Jika Umno itu sendiri betul-betul faham apa ertinya yang sebenarnya, maka mereka sendiri akan merasakan bahawa undang-undang tersebut tidak diperlukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (kiri) berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan lebih awal dengan mengambil pandangan setiap lapisan masyarakat dan kaum di negara ini sebelum ia dibentangkan di Parlimen. "Kita mahukan sesuatu yang terbaik bukannya undang-undang dilakukan mengikut kepentingan parti politik. "Perkara ini perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan mengambil pandangan setiap kaum di negara ini, setelah itu mewujudkan satu laporan lengkap dengan meletakkan segala sudut pandangan sebelum ia dibentangkan di Parlimen," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menyatakan dalam keadaan negara sekarang ini, perlaksanaan undang-undang itu bukan satu keperluan yang penting. "Negara aman dan bagi saya tidak nampak langsung keperluan kepentingan undang-undang ini perlu dilaksanakan segera, apa yang perlu adalah perbincangan dan menghormati hak sesama kaum," sambung beliau lagi Mengikut laporan media bahawa kerajaan telah mencadangkan undang-undang itu, yang akan dibentangkan pada Mac nanti. Ia merupakan undang-undang yang dilihat mencerminkan komitmen pentadbiran Najib terhadap kepelbagaian budaya dan toleransi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7290-undang-undang-hubungan-kaum-tidak-perlu
Keadilan Islam atasi perkauman sempit
Ahmad Danial, | 18 Feb 2012 |
BUKIT KATIL, 18 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata keadilan Islam berjaya mengatasi masalah semangat perkauman sempit dalam sesebuah negara.
"Islam mengajar konsep keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan bangsa di mana Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.
"Islam adalah agama yang sesuai untuk semua kaum, agama dan bangsa dan Islam tidak pernah menafikan keujudan pelbagai bangsa dan agama di dunia ini, semuanya dilayan dengan adil," ujarnya.
Beliau berkata Rasulullah yang menegakkan pemerintahan Islam di Madinah mengadakan tahalluf dengan semua penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi, malah membenarkan orang munafik untuk terus menjadi rakyat negara Islam Madinah.
"Negara Islam Madinah menjadi Negara Madani negara bertamadun yang berjaya menyatukan semua bangsa dan agama.
"Hati manusia tidak boleh disatukan dengan duit tetapi dengan keadilan Islam yang mentadbir negara dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana pihak," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Presiden PAS itu berkata demikian semasa berucap pada program taklimat penerangan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka pagi tadi.
Beliau berada di Melaka dalam lawatan sehari menyertai Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat turun ke seluruh negara.
Tuan Guru juga berkata Melaka adalah sebuah pusat pendagangan Islam dan pemerintahan Islam semasa zaman kegemilangannya sebelum ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.
"Semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis para paderi di Vatican City berpesta kegembiraan menyambutnya.
"Penjajah datang ke Melaka bukannya untuk berdagang tetapi bertujuan untuk menakluk dunia Islam yang berkembang pesat di dunia sebelah timur ini,"tambah beliau.
Beliau berkata, penjajah menggunakan cara pecah dan perintah dalam pentadbirannya untuk kekal menakluk Melaka dan memunggah segala kekayaan yang ada di sini.
"Menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula negeri Melaka kepada Islam yang pernah didaulatkan di negeri ini.
"Seluruh ahli PAS mesti bekerja kuat untuk memenangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dari pemerintahan kerajaan BN yang sudah memerintah lebih dari 50 tahun," tambah beliau.
Turur berucap dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.
Sumber HD : 18/02/2012

Pemimpin Najib sebut ada dalam PAS, bukan Umno
Harakahdaily, | 20 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta supaya umat Islam di negara ini memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam.
“Pemimpin yang dinyatakan tersebut hanyalah boleh didapati di dalam PAS dan bukan daripada kalangan pemimpin Umno,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Najib yang menyebut demikian sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaaan di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, Pemuda PAS Selangor merasakan bahawa pimpinan PAS adalah pemimpin yang selayaknya diberikan amanah untuk menjaga kesucian agama Islam dan memartabatkan hukum Islam di dalam negara ini.
Menurutnya, rakyat telah melihat selama 50 tahun lebih Umno diberikan kuasa pemerintahan di dalam negara ini agama Islam telah menjadi semakin terpinggir dan menjadi cacian oleh segelintir orang Islam dan bukan Islam.
Tambahnya, undang-undang dan hukum Islam jangan haraplah akan dilaksanakan oleh pemimpin Umno kerana merekalah penentang kuat terhadap undang-undang sebegini.
Pimpinan PAS, ujarnya telah menunjukkan contoh teladan pentadbiran yang berlandaskan tuntutan agama Islam di negeri Kelantan Darul Naim selama lebih kurang 20 tahun lebih sejak tahun 1990 an.
“Pentadbiran negeri Kelantan yang ditadbir oleh pemimpin PAS telah diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai urustadbir yang baik, telus, berhemah dan tidak rasuah oleh Lembaga Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain jabatan kerajaan pusat lagi.
“Kini jejak negeri Kelantan diikuti oleh negeri Kedah Darul Aman yang juga dipimpin oleh pimpinan PAS,” ujarnya.
Oleh itu, katanya Pemuda PAS Selangor menggesa rakyat sekalian untuk memberikan sepenuh kepercayaan dan undi di dalam pilihan raya umum akan datang kepada pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah terbukti dapat menjaga agama Islam dan kebajikan rakyat seperti yang telah ditunjukkan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Sumber HD : 20/02/2012

Abim alu-alukan polis sedia berubah
Harakahdaily, | 27 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengubah persepsi masyarakat terhadap institusi kepolisan dengan memantapkan kualiti perkhidmatan institusi tersebut kepada masyarakat, selaras dengan tanggungjawabnya untuk melindungi keselamatan rakyat di negara ini.
Naib Presiden (Kebangsaan) Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, walaupun tidak menafikan peningkatan KPI PDRM seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini, namun pengamatan pihaknya mendapati masyarakat rata-rata di peringkat akar umbi masih diselubungi sindrom ketakutan terhadap jenayah.
“Terkini negara telah digemparkan dengan tragedi tragis ke atas Dirang (Nuradirah) di samping kisah-kisah penculikan ke atas gadis-gadis serta kanak-kanak seperti yang diimbau di lapangan-lapangan media,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, jelasnya Abim menilai keadaan-keadaan tersebut sedang mencetuskan sindrom ketakutan di kalangan rakyat terhadap persekitaran dan keselamatan mereka.
Ini, tambah beliau pastinya memberi kesan terhadap perjalanan struktur sosioekonomi negara, yang jika tidak ditangani dengan sebaiknya akan menjejaskan kestabilan serta keselamatan di dalam negara.
“Dalam hal ini, Abim serta seluruh warga Malaysia menyokong sebarang tindakan tegas yang digerakkan oleh PDRM untuk membendung jenayah daripada berleluasa serta sentiasa bersedia untuk membantu pihak PDRM dalam apa jua kapasiti yang diluangkan dalam perundangan negara,” katanya lagi.
Meskipun begitu, ujar beliau usaha membanteras jenayah seharusnya menjunjung tinggi prinsip-prinsip keadilan, hak asasi manusia serta kemanusiaan.
Selaras dengan hasrat rakyat yang ingin PDRM meningkatkan mutu perkhidmatan serta memelihara kesejahteraan rakyat dengan berkesan, beliau berkata adalah menjadi harapan agar PDRM dapat melunaskan sebarang persepsi negatif yang sering dikaitkan dengan institusi tersebut termasuklah dalam isu-isu hak asasi manusia termasuklah mematuhi semua prosedur perundangan dan tatacara jenayah dalam menerima laporan, membuat siasatan, melakukan tangkapan, reman, tahanan, ikat jamin dan sebagainya selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang negara.
“Adalah menjadi harapan agar kesemua 125 cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PICC) akan dijadikan sebagai terma rujukan utama PDRM dalam menyahut saranan Ketua Polis Negara tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata, imej PDRM yang positif, telus, adil dan amanah serta mesra pelanggan akan secara langsung meningkatkan keyakinan rakyat terhadap wibawa serta integriti institusi tersebut.
Sumber HD : 27/03/2012
Hakikatnya, yang merosakkan ummat Islam bukan semestinya orang bukan Islam. Kebiasaannya, ianya adalah bermula dari para pemimpin yang beragama Islam tetapi ingin ummat Islam menjauhi ajaran Islam, khususnya dalam soal berpolitik. Mereka lakukan ini kerana mereka ingin memanfaatkan kekuasaan mereka tanpa dibataskan oleh syara’. Rasuah, penyelewengan, maksiat dan kerosakan menjadi amalan biasa disambil Masjid-masjid besar dibina disetiap pelusuk. Projek pembinaan Masjid-masjid indah mendatangkan ‘komisyen’ dan pada masa yang sama rakyat serta ummat Islam boleh ditipu dengan projek keagamaan seperti ini. Sambil itu, kekayaan Negara terus dirompak.
Semoga ummat Islam di Malaysia dapat memahami hakikat yang sebenar dan menyedari penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Semoga dengan itu akan Malaysia dibebaskan dari kongkongan jahat para pemimpin yang beragama Islam tetapi menghalang penghayatannya.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

MCA, DAP dan Islam
Khalid Samad, | 03 Apr 2012 |
Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.
Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Namun dari sudut yang lain ianya mendedahkan sikap ingin tahu dan keterbukaan DAP yang sering diselar oleh BN sebagai musuh Islam. Saya diberitahu bahawa ada dari kalangan penceramah UMNO yang melampau sehingga sanggup mengisytiharkan DAP sebagai ‘kafir harbi’! Pengistiharan ini sudah pasti dilakukan oleh seorang yang jahil tentang implikasi dari pengisytiharan yang sebegitu!
Apabila saya mendengar Dr. Mashitah mendedahkan bahawa DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan berhubung Islam, secara spontan saya bertanya, tetapi malangnya tanpa microphone, MCA tidak berhubung untuk tujuan yang sama ke? Soalan saya hanya sempat dijawab oleh Ahli Parlimen PR bahawa MCA tidak minat dan Dr. Mashitah terus duduk, mungkin merasa sedikit kesal bahawa maklumat tersebut telah didedahkan.
Apa pun kita semua memahami bahawa sikap MCA terhadap Islam adalah lebih keras berbanding DAP. Perkara ini semakin ketara hari demi hari. MCA menganggap mereka tidak perlu mempelajari Islam, mereka sudah pakar! Ini terbukti apabila MCA telah menganjurkan Seminar Hudud yang dihadiri ahli UMNO. MCA yang menjelaskan tentang betapa undang-undang hudud tidak boleh digunapakai di Malaysia dan ahli UMNO yang merupakan penasihat agama kepada MB Terengganu mengiayakannya dengan menyatakan bahawa undang-undang hudud yang digembar-gemburkan adalah sebenarnya hudud PAS dan bukan sebahagian dari undang-undang Islam.
Begitu juga baru-baru ini apabila telah diadakan debat di antara CSL dan LGE. Di antara serangan CSL terhadap LGE ialah kononnya bagaimana DAP dikudakan PAS. Dalam ucapan CSL beliau telah menyatakan bagaimana MCA telah berjaya memastikan UMNO tidak membawa isu perundangan Islam dan hudud! Beliau seterusnya mencabar LGE samada DAP sanggup membuat perkara yang sama terhadap PAS! Sekiranya tidak, maka kononnya ianya bukti bahawa DAP tunduk pada PAS.
LGE menjawab bahawa DAP tidak akan mengganggu ummat Islam dan amalan agama mereka sepertimana PAS juga tidak mengganggu orang bukan Islam dan amalan agama mereka.
Sikap menghormati Islam dan ummat Islam telah kerap dizahirkan oleh DAP kebelakangan ini. Ini termasuklah dasar-dasar yang dilaksana di Pulau Pinang di mana bajet untuk pentadbiran agama Islam telah dilonjakkan hampir 5 kali ganda dan bantuan terhadap sekolah agama Islam dan Maahad Tahfiz jauh melebihi apa yang pernah diberikan oleh BN sebelum ini. Fakta sebegini tidak ditonjolkan media perdana yang dikuasai UMNO/BN. Media UMNO/BN ingin terus membohongi rakyat, khususnya orang Islam.
Apabila ditanya oleh pemberita akhbar Cina mengapa LGE memberi sumbangan yang begitu banyak kepada pendidikan agama Islam di Pulau Pinang, termasuk sumbangan wang kepada golongan murid yang berjaya menghafal Al-Quran, LGE menjawab, “Apabila ummat Islam berpegang kepada ajaran agama Islam, mereka tidak akan terlibat dalam rasuah”.
Sikap ingin ummat Islam menghayati Islam dengan sepenuhnya sehingga mencorakkan tindak-tanduk mereka dalam semua urusan, termasuk politik, jauh berbeza dengan sikap yang ditunjukkan seorang MP UMNO baru-baru ini. MP UMNO ini menyatakan bahawa janji Syurga adalah rasuah politik yang terbesar! Kenyataan sebegini mungkin adalah hasil dari UMNO berguru dengan MCA dalam soal agama sehingga ganjaran dan hadiah yang Allah sediakan bagi orang-orang yang beriman yang patuh dan taat pada perintahNya boleh disifatkannya sebagai rasuah terbesar! Maka adakah ini dengan sendirinya bermakna bahawa Allah adalah perasuah terbesar dan Rasulullah (SAW) adalah agen perasuah terbesar!? Astaghfirullah Al-‘Azeem!!
Bagi PAS, orang Islam perlu diingatkan akan janji Allah dan dididik sehingga menerima janji ini sebagai perkara yang terpenting dalam hidup mereka. Semua amalan mereka adalah bertujuan untuk mencapai kereDhaan Allah, samada ianya ‘amalan dunia’ ataupun ‘amalan akhirat’. Pada hakikatnya semua akan mempunyai kesan kepada kedudukan kita di akhirat kelak.
Sedih apabila difikirkan, aneh tetapi benar. MP UMNO yang tidak mahu Syurga (ataupun kereDhaan Allah) dijadikan sebagai matlamat amalan ummat Islam dalam berpolitik sehingga digelar ‘janji syurga’ sebagai rasuah sambil UMNO dianggap parti yang memperjuangkan kepentingan Islam. DAP yang ingin ummat Islam berpegang kepada Islam sehingga memberikan galakan dan sokongan tetapi DAP pula digelar musuh Islam!

Sumber HD : 3/04/2012
Bohong puak hina Islam kata pelihara Islam
Abdul Aziz Mustafa, | 13 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mei: Pembohong besar jika pemimpin yang menghina Islam mendakwa pihaknya yang memelihara kesucian Islam, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) cuba memberikan gambaran bahawa Umno yang diketuainyalah yang memelihara kesucian Islam dan apabila Islam diasak beliau mendakwa pula kononnya Umnolah yang pertahankan.
"Dakwaan itu adalah antara dakyah dan bohong terbesar Presiden Umno itu," kata beliau.
Najib, katanya, mungkin sudah lupa penghinaannya terhadap Allah, Islam dan umatnya tetapi umat Islam yang mematuhi Allah tidak lupa penghinaannya itu.
Salahuddin berkata, sukar untuk dilupakan kenyataan Najib yang mendakwa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
Najib menyatakan demikian kepada wartawan pada 20 April 1983.
"Kenyataan itu bukan sahaja menghina undang-undang Islam malah menghina Islam dan Allah s.w.t. yang mencipta undang-undang Islam," tegas Salahuddin.
Pada 20 April 1992, Najib juga menyatakan, "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".
Kepada Salahuddin, kenyataan Najib itu sekaligus memperlihatkan sikap permusuhannya terhadap undang-undang Islam.
"Memusuhi undang-undang Islam samalah seperti memusuhi Islam dan Allah yang hanya mengiktiraf Islam sebagai satu-satunya cara hidup di sisi-Nya," tegas beliau.
Sumber HD : 13/05/2012
KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.
(Datuk Fauzi - gambar Malaysiakini)
Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.
"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.
"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.
"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya dalam wawancara yang disiarkan Malaysiakini hari ini.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.
"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.
Sumber HD : 10/08/2012

Hubungan PAS-DAP stabilkan Malaysia - Fauzi
Harakahdaily, | 10 Ogs 2012 |

No comments:
Post a Comment