AUKU: UKM4 salahkan Umno
Oleh Abdul Rahim Sabri
Empat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang undi generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.
Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham (kanan) juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.
"Kita lihat sudah ada langkah positif yang diambil oleh parti-parti dalam BN seperti MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk tidak merayu keputusan itu).
"Masalahnya sekarang ini adalah, setiap keputusan terpaksa bergantung kepada keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan yang dibuat oleh kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.
Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.
Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut.
Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Hilman kecewa dengan sistem politik negara ini, yang mana setiap keputusan didakwa terpaksa bergantung kepada Umno.
Katanya lagi, perjuangan mahasiswa untuk memansuhkan akta itu "sudah hampir berjaya" dan pelbagai pihak termasuk ahli akademik dan Pakatan Rakyat menyatakan sokongan memansuhkan akta itu.
"Saya yakin, generasi muda akan kecewa dengan Umno dan BN yang dilihat gagal merealisasikan tranformasi politik," katanya.
Hilman bagaimanapun menghormati dan menerima "dengan hati terbuka" keputusan kerajaan untuk merayu kerana ia merupakan hak responden.
- Petikan Malaysiakini
Sumber DD : 5/11/2011
Auku: Dun P.Pinang sokong keputusan Mahkamah |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang semalam meluluskan usul menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Usul di bawah perkara 30 yang dibentangkan Adun Penanti, Datuk Mansor Othman kepada sidang Dun semalam itu antara lain menyatakan perkara berikut: "Menyambut baik ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen (15(5) AUKU adalah tidak berperlembagaan. "Mendesak Kerajaan Persekutuan BN supaya tidak membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. "Menegaskan pendirian untuk menyokong dan berdiri bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswi seluruh negara menuntut AUKU dimansuhkan," ujar beliau di sini. Menurut beliau yang dihubungi Harakahdaily kemudiannya menjelaskan usul tersebut dikemukakan sebagai bukti kerajaan negeri bersetuju bahawa AUKU 1971 adalah bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara. "Empat orang pelajar Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dituduh dibawah AUKU dengan tuduhan seperti berikut: " "membawa dan memiliki CD, risalah berunsur sokongan atau simpati dengan atau bangkangan terhadap parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu" . "Mereka telah turun ke Pilihanraya Kecil Hulu Selangor untuk mempratikkan ilmu sains politik yang dipelajari di universiti," jelasnya. Menurutnya, Seksyen 15 (5) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tambahnya lagi oleh yang demikian keputusan Mahkamah Rayuan tersebut telah mengembalikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘Supreme Law of the Federation’ dan mana-mana peruntukan undang-undang, Akta, atau undang-undang kecil yang bercanggah dengannya harus terbatal ‘Void’ setakat mana yang bercanggah. "Adalah tepat dan bersesuaian dengan Undang-undang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 5 (1) telah secara jelas menyatakan bahawa tidak ada mana orang di dalam Negara ini boleh di ancam nyawanya atau di halang hak-hak kebebesannya ‘personal liberty’," sambungnya lagi. Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I, turut memuji keberanian Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Hakim Linton Albert yang secara majoriti 2-1 telah membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM4). "Kita mengharapkan agar lebih ramai hakim-hakim yang berani seperti mereka demi mengangkat kebebasan institusi kehakiman Malaysia selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law)," beritahu beliau lagi. |
SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.
Cikgu Bard - Presiden SAMM
Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini. Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai. Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan. "Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN. "Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan. Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata. Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang. "Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil. "Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya. Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah. "Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya. Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai. "Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala. Sidan Media Cikgu Bard : http://www.youtube.com/watch?v=2SOjMY-qpbY&feature=player_embedded |
Auku: Indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur |
Afiq M Noor, Lawyers for Liberty |
Belum pun reda dengan kejayaan gerakan mahasiswa menekan Universiti Islam Antarabangsa untuk menarik balik penggantungan Prof. Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila telah mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 bercanggah / ‘ultra-virus’ dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Hakim Dato’ Hishamudin Yunus di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) akan memandulkan daya fikir kritikal dan sihat para mahasiswa. Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis. Mahkamah Rayuan juga secara tidak langsung telah mengiktiraf hak-hak kebebasan asasi sebagai struktur asas dan roh di dalam Perlembagaan Persekutuan. Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Demonstrasi Baling, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya dan Kempen Anti-Tunku adalah antara kenangan manis dalam sejarah gerakan mahasiswa. Bahkan ramai yang memegang tampuk kepimpinan negara hari ini datangnya dari gerakan mahasiswa. Merasakan mahasiswa dan gelombang kebangkitan mereka mampu menggugat dan mencabar kerajaan pemerintah, maka satu undang-undang digubal untuk mengawal dan menyekat pengaruh mahasiswa , dan itulah AUKU yang ada pada hari ini. Universiti yang sepatutnya menjadi pusat pembiakan dan percambahan pemikiran telah terjejas teruk dan telah lari dari matlamat asalnya. Para ahli akademik dibisukan dan dijahit mulut mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka. Kesan AUKU bukan sahaja dirasai oleh para mahasiswa bahkan keseluruhan warga universiti turut sama terjejas. Para ahli akademik dihilangkan taringnya. Mana ‘speakers corner’? Mana demonstrasi mahasiswa? Semuanya hilang ditelan waktu. Para mahasiswa telah menjalani proses indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur oleh pihak universiti dan parti pemerintah untuk satu jangka waktu yang cukup panjang. Pemikiran kritis dan perbincangan tentang idea sudah hilang. Bagi mereka, mahasiswa yang baik dan berjaya ialah apabila dia dapat lulus dengan cemerlang, tidak melawan dasar universiti dan kerajaan dan mendapat pekerjaan yang baik. Mahasiswa yang sentiasa mencabar dasar universiti dan bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan adalah contoh mahasiswa yang gagal atau terlalu terpengaruh dengan pembangkang. Mahasiswa adalah sub-set kepada satu kumpulan besar masyarakat. Setiap isu yang timbul, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dan selaku warga terpelajar, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa gerakan mahasiswa adalah agen semak dan imbang yang cukup berkesan. Teori dan idea yang ditadah di dewan kuliah hanya berguna sekiranya berjaya diterjemahkan dalam tindakan. Bak kata Prof Ungku Aziz: “Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar” Hidup Mahasiswa! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/6312-auku-indoktinisasi-terancang-dan-pembodohan-berstruktur
UKM 4: Najib patut terima keputusan mahkamah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Datuk Seri Najib Razak perlu menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pihak universiti tidak berhak mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar kerana mencabul hak kebebasan bersuara mereka. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah itu yang mengatakan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebagai tidak sah serta melanggar Perlembagaan Persekutuan, tidak perlu dirayu kerana ia menjadi ujian awal kepada Perdana Menteri yang telah mengaku mahu melaksanakan transformasi politik dan pendemokrasian negara, lapor Roketkini. Beliau memuji keberanian Hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus dan Linton Albert yang menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluruhan Perlembagaan. Menurutnya, keputusan bersejarah itu penting dan tepat pada masanyanya apabila demokrasi dan hak asasi di Malaysia telah sekali lagi diserang oleh tokoh-tokoh seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dengan kenyataan-kenyataan bahaya mereka yang berbau konspirasi. “Persoalannya sekarang ialah sama ada Najib dan kabinetnya bersedia untuk melangkah ke depan dengan menyokong keputusan majoriti Mahkamah Rayuan, dengan menunjukkan semangat dan minda pendemokrasian serta transformasi politik,” katanya. Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman pemula yang dikemukakan oleh empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencabar tindakan tata tertib terhadap mereka kerana didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu. Empat pelajar tersebut adalah Hilman Idham, Ismail Aminuddhin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King ChaƬ. Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lalu yang memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) tidak melanggar Perlembagaan. Seksyen 15 (5) AUKU menetapkan bahawa pelajar universiti tidak dibenarkan menyokong atau membangkang mana-mana parti politik atau apa-apa pertubuhan yang ditetapkan oleh Menteri “sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu”. Kit Siang melontarkan penyataan kepada Najib dan kabinetnya sama ada mereka bersetuju dengan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan atau mahu melanggar kata-kata pemimpin kerajaan sendiri yang inginkan perubahan politik yang lebih terbuka dan bebas. Menurutnya, Najib dan kabinetnya perlu menilai keputusan Hakim Hishamudin Yunus yang menyatakan: “universiti perlu menjadi tempat memupuk reformis dan pemikir, dan bukannya institusi yang melahirkan pelajar yang dilatih menjadi robot”. Beliau juga mahu pemimpin kerajaan Barisan Nasional menghayati keputusan Hakim Linton Albert yang menyatakan bahawa Seksyen 15 (5) sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelajar university terpaksa berdepan dengan kemungkinan dipecat dari pengajian semata-mata kerana hadir dalam kempen pilihan raya kecil. – Roketkini.com |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6319-ukm-4-najib-patut-terima-keputusan-mahkamah
Muhyiddin patut bertanggungjawab pada siswazah |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap masalah siswazah yang tidak dibuka peluang pekerjaan untuk mereka, kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. "Semua pihak tahu masalah kekurangan guru masih tidak diatasi dan tindakan Muhyiddin menyuruh siswazah-siswazah yang dilatih dalam bidang perguruan mancari kerja lain mendedahkan Muhyiddin kepada tuduhan tidak bertanggungjawab," kata beliau. Kelmarin, hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain". Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain. "Untuk apa latih mereka dalam bidang perguruan tetapi disuruh cari kerja setelah mereka dilatih dan mendapat ijazah dalam bidang itu? "Adakah tidak ada penyelarasan di antara universiti-universiti dan kementerian di bawah Muhyiddin dan adakah universiti melahirkan graduan yang tidak ada tempat dalam pasaran kerja? "Kalau perkara itu berlaku, ia adalah kelemahan kerajaan dan jangan mangsakan siswazah-siswazah itu," kata Mohamad. Beliau juga meminta Muhyiddin mengambilkira beban dari segi kewangan dan sosial yang dihadapi oleh siswazah-siswazah itu. "Mereka berhutang kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan saya mesti difahamkan hutang mesti dibayar dalam tempoh tidak sampai setahun selepas mereka tamat belajar. "Apa akan jadi jika mereka diburu PTPTN selepas ini?" katanya. Dari segi sosial pula, kata Mohamad, beliau diberitahu tentang pelajar-pelajar yang menghadapi "deraan masyarakat". "Ada yang dituduh belajar tidak lulus kerana masih tidak berkerja atau melakukan pekerjaan tidak sepadan dengan kelulusan seperti berkerja di kedai kain selepas mendapat ijazah kerana peluang hendak berkhidmat sebagai guru ditutup rapat oleh kementerian Muhyiddin," katanya. Ada di antara siswazah yang berdemonstrasi itu mengangkat sepanduk dengan luahan "Kami berhutang, kami nak kerja!!!" Mohamad juga mendesak PTPTN menghentikan tindakan memburu siswazah-siswazah yang belum berkerja untuk menuntut hutang, jika perkara itu berlaku. "Saya difahamkan banyak sekatan ke atas siswazah yang masih belum membayar hutang PTPTN. "Jika mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekatan tersebut mestilah dilonggarkan atau ditarik balik," kata beliau. Kekurangan guru terlatih masih lagi merupakan masalah yang meruncing di negara ini. Sebelum ini dilaporkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengakui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah guru, antara lain disebabkan sesetengah guru memutuskan untuk meninggalkan ibu negara disebabkan kos hidup yang tinggi. Menurut mereka, masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja berlaku di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6365-muhyiddin-patut-bertanggungjawab-pada-siswazah
Penuhi jiwa gapai kemenangan |
Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, UIAM |
Perjuangan meletakkan kalimah Allah sebagai kalimah agung adalah satu perjuangan yang menuntut redha Allah. Perjuangan ini tidak pernah senang dan mudah. Tiada masa untuk berehat kecuali di alam kubur, tiada masa untuk bersenang kecuali di akhirat sana. Darah muda kadang kala membuak. Setiap semangat anak muda berjuang tidak kira apa landasan dan aliran sekali pun, pasti berapi dan bertenaga. Lihat sajalah demonstrasi jalanan, yang hadir paling ramai sudah pasti anak muda yang dahagakan pembaik pulih dengan jiwa berkobar-kobar. Jangan dipandang remeh anak muda. Namun amatlah rugi andai perjuangan hanyalah berkitar perjuangan demokrasi atau pun sosialis. Jangan hanya berjuang kerana mahukan kebebasan yang mutlak kerana sudah pasti Allah telah menyediakan peraturan dan had sempadan di dunia ini. Kita hanya berjuang menuntut kebenaran dan menghapus kezaliman. Kerana hak kebebasan itu milik sejagat. Setiap langkah juang ini bukan sekadar 'mencurahkan air dari bekas hingga habis' tetapi perlu senantiasa ada penambahan isinya. Pengisian inilah yang akan membantu pejuang Islam untuk terus thabat dan istiqamah sepanjang berjuang. Tarbiyah diri wajib dijadikan teras kepada diri. Telah berkata Tuan Guru Muda, Al-Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz: "Dakwah dan jihad di jalan Allah penuh dengan onak dan duri. Ramai yang rebah dan gugur semata-mata kerana gagal melalui dan melawan ujian dan rapuhnya diri dengan sifat sabar. Justeru medan dakwah memerlukan tenaga para amilin yang mesti memasuki madrasah tarbiyah dengan sempurna demi mempersiapkan amalan diri dengan sifat sabar yang terlalu didambakannya" Jangan kosongkan bekas air. Isilah air ke dalam bekas dari semasa ke semasa. Supaya ia tidak dibuang selepas digunakan. Jangan kita abaikan tarbiyah kepada diri pejuang ini, sangat takut andai terlalu awal untuk beruzlah. Sedangkan perjuangan ini hanya berakhir dengan dua kemungkinan iaitu mati di jalan juang atau kemenangan. Ayuh anak muda Islam, pasakkan aqidah pertingkat ibadah perbanyak ilmu di dada. Semoga bekalan ini dibawa berterusan ibarat air sungai yang mengalir tanpa henti. Ngauman singa sudah berbunyi, hanya menanti semboyan ditiup mencapai kemenangan dalam medan peperangan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6384-penuhi-jiwa-gapai-kemenangan
Mahasiswa tidak harus terpisah dengan arus politik |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik saranan dan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang telah memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di Putarajaya, semalam yang berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa digagahi oleh pihak lain. “PKPIM merasakan bahawa sudah tiba masanya mahasiswa di menara gading diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menunjukkan kematangan dan kebolehan mereka berpolitik sesuai dengan realiti dan kehendak semasa,” kata presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin kepada Harakahdaily. Katanya, sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan, mahasiswa tidak harus terpisah dari arus perkembangan politik semasa. PKPIM, ujarnya menganggap politik adalah sebagai satu cabang ilmu bukanlah satu pengetahuan untuk golongan dewasa semata-mata dan harus dipisahkan dari pemikiran mahasiswa. PKPIM, tambahnya melihat senario terkini dalam negara memperlihatkan sikap jumud dan sinis dari kalangan pimpinan negara apabila mengkritik dan membidas dengan keras terhadap mahasiswa yang terlibat dalam kegiatan politik kecuali beberapa kerat pimpinan politik dari Barisan Nasional yang dilihat konsisten dalam isu mahasiswa ini. Beliau berkata, PKPIM ingin mengesyorkan supaya mahasiswa dibenarkan untuk terlibat di dalam kegiatan politik sebagai mengiktiraf kematangan dan kewarasan mahasiswa sebagai kelompok berilmu selain memenuhi hak sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan memeriahkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan. Menurutnya lagi, PKPIM juga percaya bahawa mahasiswa hari ini akan menyahut cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membuktikan bahawa mahasiswa sudah pandai menilai dan tahu membezakan baik dan buruk di dalam sistem politik negara. Katanya, PKPIM juga berpendapat, sekiranya budaya menyekat mahasiswa dari terlibat dengan isu-isu pemikiran politik seolah-olah memperlekehkan sistem pendidikan negara sendiri yang berusaha melahirkan generasi mahasiswa yang rasional, patriotik dan matang. “Mahasiswa seharusnya diberi kebebasan dan budaya takut ini harus dikikis bagi membentuk satu budaya baru dan minat yang tinggi terhadap perkembangan politik kenegaraan di kalangan mahasiswa,” ujarnya. Justeru, katanya PKPIM mengusulkan kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk meminda beberapa peruntukan di dalam Auku khususnya Seksyen 15(5) selaras dengan agenda transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6447-mahasiswa-tidak-harus-terpisah-dengan-arus-politik
Bebaskan universiti dari politik sempit Umno BN |
Tarmizi Mohd Jam |
KUALA LUMPUR, 11 Nov: PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub. Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu. Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan. PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau. "Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil. "Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat - secara langsung atau sebaliknya - dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian. Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri. Salahuddin berkata, dengan itu Umno BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya. Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan. PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka. "Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka. "Mengambil bahagian dalam politik - atas kapasati apa sekalipun - adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan. Beliau berkata, Umno BN perlu akur dengan lanskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971. Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan Perdana Menteri. "Dengan ini PAS menuntut agar Umno BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau. PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6466-bebaskan-universiti-dari-politik-sempit-umno-bn
Pidato politik: Kami minta penjelasan NC UiTM |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) meminta penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang-terangan berunsurkan politik. “Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk ‘tidak perlu pinda Auku’ hanyalah sekadar retorik semata-mata,” kata Presiden Kami, Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam satu kenyataan. Beliau berkata, pihaknya inginkan penjelasan daripada NC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan Sahol dengan apa yang terjadi pada hari ini. “Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik, jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus,” katanya. Tambahnya, tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa. “Sejujurnya Kami tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan,” katanya lagi. Katanya, kenyataan VC UiTM bahawa pindaan Auku akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu dikira sebagai sesuatu yang tidak relevan. Beliau meminta diberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti. Ujarnya lagi, tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir. “Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. “Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6488-pidato-politik-kami-minta-penjelasan-nc-uitm
Jangan pinggir mahasiswa OKU |
Mohd Abdullah Mohamed Yusoff, UKM |
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini. 80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun.Jika 10 peratus seperti yang di laporkan oleh PBB,Malaysia mempunyai penduduk sekitar 28juta, maka jumlah OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Namun begitu, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 280 ribu sahaja. Yakni 10% daripada anggaran penduduk OKU ( 2.8 juta ) di negara kita. Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan golongan kurang upaya di malaysia sehingga diberi pengiktiraf golongan minoriti OKU dalam bentuk jaminan hak yakni akta OKU 2008. Akta tersebut telah dibentangkan oleh Allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Bin Md.Salleh dan di wartakan pada 24 januari 2008. selain daripada wujudnya akta OKU 2008, kerajaan juga dilihat bersungguh dalam membantu golongan minoriti ini, yakni dengan memperkenalkan dasar 1% pengambilan golongan OKU bekerja di bidang kerajaan dan banyak usaha murni terhadap golongan kurang upaya di malaysia. Sebelum ini, kerajaan telah menyatakan bersetuju untuk memberi bantuan tambahan iaitu bantuan yuran pengajian sebanyak 700 untuk satu semester dan wang saku sebanyak RM1800 sebulan bagi semua kategori pelajar OKU di IPT yang mengikuti pengajian peringkat Diploma ke atas secara sepenuh masa di IPT tempatan. Bantuan kewangan yang baru ini meliputi pengajian sepenuh masa dan separuh masa di IPTA dan IPTS tempatan. Perkara ini sungguh menggembirakan kepada semua mahasiswa OKU di semua IPT. Cuma ramai yang tidak tahu bahawa bantuan tersebut adalah bersyarat yakni Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja. Saya berpendapat, syarat tersebut tidak kena kerana kos tanggungan golongan kurang upaya untuk belajar adalah lebih tinggi berbanding mahasiswa lain. Sebagai contoh, seorang pelajar buta. Di kebanyakkan kampus di malaysia tidak banyak rujukan ilmiah di perpustakaan di terjemah kedalam tulisan braille, jadi golongan buta terpaksa mengupah individu untuk membacakan bahan rujukan tersebut. Upah untuk membaca ( professional reader ) bagi sebuah buku adalah sekitar RM200. Dalam satu semester, purata biasanya ada dalam enam subjek maka kos untuk upah membaca sudah sekitar RM1200. Ini tidak termasuk soal peralatan golongan kurang upaya dalam mendapat kemudahan pembelajaran seperti brailler, perakam khas, software khas untuk golongan buta dan lain-lain lagi ( sepanjang pengajian ). Ini golongan buta, bagaimana pula golongan cacat fizikal dan golongan pekak. Sudah pasti mereka ini golongan yang memerlukan bantuan persekitaran dalam proses pembelajaran di kampus Sedangkan perkara ini tidak berlaku kepada mereka yang tipikal dalam proses pembelajaran. Berbalik kepada Akta 2008, yakni akses kepada pendidikan adalah suatu jaminan kepada golongan OKU. Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan mempertimbangkan kembali kerelevanan syarat berkenaan diletakkan, walhal golongan OKU yang di universiti pada setiap tahun sekitar 330 hingga 450 orang setahun seperti yang dinyatakan oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri Pengajian Tinggi malaysia dalam blognya. Dari tahun 2006-2009, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyediakan bantuan kewangan untuk 1205 pelajar dengan purata tajaan baru sebanyak 330 pelajar setahun. Melalui perluasan ini, dijangkakan hampir 450 pelajar OKU yang baru dapat menikmati kemudahan ini pada setiap tahun.(http://khalednordin.com/?p=670 ). Jika sejumlah 1205 yang ada di IPT setiap tahun, kerajaan hanya perlu memperuntukkan sekitar dalam 6.025 juta berbanding peruntukkan sekarang sebanyak RM 4.425 juta. Sudah pasti, jumlah itu bukan satu liabiliti kepada kerajaan. Tidak salah jika ia sebagai khidmat sosial kerajaan kepada golongan tidak tipikal yang jumlahnya kecil. Saya kira jika perkara ini berlaku, sudah pasti ia memberi dorongan positif terhadap kemasukan pelajar OKU ke dalam universiti dan akses yang lebih baik kepada golongan minoriti ini untuk belajar di kampus. Untuk pengetahuan umum juga, soal penyediaan ameniti yang di nyatakan dalam akta OKU 2008 di peringkat kampus masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, saya cukup optimis pihak kerajaan dengan kebijaksanaan KPT dan pentadbiran universiti mampu menambahbaik perkara ini. Sudah pasti dalam penambahbaikkan ini, pentadbiran Universiti memerlukan tempoh masa. Kita tidak mengharapkan semuanya disediakan dalam masa satu hari, cuma kita mengharapkan, dalam ekstensif masa penambahbaikan diberikan, supaya sedikit demi sedikit ditambah baik. Kita khuatir setiap tahun bila dirujuk tentang soal ameniti bagi OKU, pasti persoalan kewangan menjadi alasan yang kukuh untuk memanjangkan tempoh pelaksanaan tersebut. Selain itu, saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil kira golongan OKU ini dalam budget negara. Maksudnya, soal pembangunan berterusan terhadap golongan kurang upaya ini selepas dari tempoh persekolahan. Umum sedia maklum, selepas pelajar berkeperluan khas tamat di sekolah pendidikan khas, kemanakah saluran mereka selepas itu. ini perlu difikirkan. jaminan pendidikan seperti kesepakatan dalam deklarasi salamanca, iaitu pendidikan untuk semua golongan sama ada sindrom down, autisme, selebrum palse, terencat akal, masalah pembelajaran, lembam dan disleksia perlu diberi peluang. setahu saya, di malaysia kita menyediakan pembelajaran untuk golongan itu, tetapi belum meluas kepada peringkat pendidikan lebih tinggi ( universiti ). OKU yang berada di dalam kampus rata-rata dari golongan buta, pekak dan masalah fizikal dan amat jarang oku selain itu. perkasakan kembali soal pendidikan vokasional terhadap golongan tersebut, contohnya seperti yang dilakukan Malaysia Associate For The Blind ( MAB ) tetapi dalam perkara ini, biarlah ia sepenuhnya dibawah seliaan pihak kerajaan bukannya pertubuhan-pertubuhan OKU kerana ia lebih kukuh tentang soal kewangan untuk menampung perjalanan operasi. Soal yang seterusnya ialah kebolehpasaran mahasiswa OKU. Perkara ini juga perlu diambil kira dalam berhadapan dengan perangkap "kepercayaan" majikan terhadap golongan kurang upaya. Rata-rata majikan kurang yakin dengan kebolehan mahasiswa kurang upaya disebabkan halangan yang wujud pada individu OKU tersebut dan atau halangan komunikasi antara majikan dan pekerja OKU. saya cukup yakin, ramai kalangan mahasiswa OKU yang mempunyai estem kendiri yang rendah untuk berhadapan dengan masyarakat. Dalam hal ini, bukan sekadar kerajaan sahaja perlu "menyuap" segala-galanya kepada mahasiswa OKU akan tetapi mahasiswa OKU sendiri juga perlu perkasakan soal nilai tambah dan mempromosikan kebolehan yang ada pada diri supaya golongan mahasiswa OKU juga boleh berada setaraf dengan golongan tipikal lain. Saya mewakili mahasiswa kurang upaya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak terutama kepada kerajaan, pentadbiran universiti dan masyarakat sekeliling TERHADAP perhatian dan membantu memberi sokongan kepada golongan kurang upaya dalam memberi akses kemudahan khususnya yang berada di dalam kampus. Kita bukan golongan yang meminta-minta simpati, tetapi kita mahu bersifat assertif untuk kami hidup berdikari. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6529-jangan-pinggir-mahasiswa-oku
Muhyiddin tak patut hina graduan UPSI |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya menghina para graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mengeluarkaan kenyataan yang mencadangkan mereka mencari pekerjaan lain. Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sewajarnya mengambil usaha membantu menyelesaikan masalah penempatan mengajar kepada mereka. Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI terbabit berjumlah 5,000 orang dan kesemua mereka adalah lulusan ijazah sarjana muda perguruan. Menurut beliau, kesemua mereka sepatutnya sudah ditempat mengajar di sesebuah sekolah, tetapi sehingga kini masih menerima nasib tidak menentu, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima nasib sedemikian. Katanya, bagi mendapatkan perhatian pihak kerajaan, mereka telah mengadakan demonstrasi di UPSI baru-baru ini, tetapi masih belum mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak kerajaan. "Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya. "Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera," katanya. Sementara dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1.Malaysia baru-baru. Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang. "Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya. Beliau turut meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian terhadap masalah keciciran para pelajar dalam pelajaran kerana sehingga kini jumlah mereka yang terbabit agak tinggi. Tambahnya, sejak tahun 2006 hingga 2010, bilangan para pelajar yang tidak meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di seluruh negara berjumah 800,000 orang. Beliau turut kesal kerana jumlah para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sehingga kini masih rendah iaitu hanyalah sebanyak 29.7 peratus. "Jadi saya minta kepada pihak kementerian agar memikirkan bagaimana boleh dipertingkatkan lagi jumlah para pelajar menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6550-muhyiddin-tak-patut-hina-graduan-upsi
Mahasiswa lancar 'Bebas' tuntut bebaskan akademik |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Gabungan beberapa gerakan mahasiswa hari ini melancarkan 'Gerakan menuntut kebebasan akademik' atau Bebas dalam usaha memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dan ahli akademik. Sempena pelancaran gerakan itu, mereka yang terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) serta Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) di pejabag suruhanjaya itu di ibu negara pagi tadi. Turut serta dalam Bebas adalah Pro Mahasiswa Nasional (ProMN), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa (Aksi). Menurut satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, Pengerusinya, Muhammad Safwan Anang Talib berkata, terdapat dua prinsip asas yang diperjuangkan Bebas. Pertama katanya, adalah bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum. "Kedua, institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib," katanya. Sementara itu, dalam memorandum yang turut diserahkan kepada Suhakam pula, mereka menuntut enam perkara pokok yang ditafsirkan sebagai kebebasan kepada mahasiswa dan golongan akademik. Ianya termasuk memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik, membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6640-mahasiswa-lancar-bebas-tuntut-bebaskan-akademik
Saifuddin terkejut UIA batal program |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah terkejut dengan langkah pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana membatalkan program yang melibatkan dirinya malam tadi. Menurut beliau, kejadian tersebut merupakan yang pertama menimpa beliau sepanjang menjadi Timbalan Menteri dan ia menyebabkkan beliau begitu terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh universiti itu. "Saya sebenarnya dijemput untuk menghadiri program itu oleh persatuan pelajar. Saya terkejut apabila dimaklumkan program itu dibatalkan dan ditangguhkan kerana itulah pertama kali saya akan hadir untuk program yang dijemput dan kemudian program itu diarahkan dibatalkan," katanya. Ekoran pembatalan program itu, beliau mengakui telah ditanya oleh pelbagai pihak berhubung perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya. Menjawab pertanyaan pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini, beliau bagaimanapun tetap menghormati keputusan tersebut kerana ia dibuat oleh pihak pentadbiran universiti itu sendiri. Katanya, keputusan pembatalan program itu diketahui oleh beliau menerusi pegawai khas medianya, Fadzmel Fadzil yang berkunjung ke universiti itu malam tadi. UIA dilaporkan telah membatalkan program bicara e-book Saifuddin malam tadi, atas alasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan sekarang. Menurut jadualnya, Saifuddin akan hadir ke UIA bagi menjayakan program itu jam 8.15 malam tadi, tetapi beliau ternyata dilarang berdialog di universiti itu. Saifuddin, yang dilihat sebagai pemimpin berfikiran terbuka dan lantang dalam Umno, dijadualkan membincangkan program buku elektroniknya yang bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa". Dialog anjuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIA itu sepatutnya diadakan di auditorium utama universiti itu di Gombak, Kuala Lumpur. Saifuddin dimaklumkan mengenai pembatalan itu pada saat akhir dan diberitahu ia akan ditangguh ke tarikh yang lain. Menurut Saifuddin, beliau mendapat maklumat daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA bahawa pembatalan itu adalah atas arahan Rektor UIA, Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin. 'Kalau Saya Mahasiswa' adalah buku kelima sya yang diterbitkan pada tahun 2009. Ia boleh dimuat turun dan dibaca di laman ww.saifuddinabdullah.com.my," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh. Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6645-saifuddin-terkejut-uia-batal-program
SMM tuntut penjelasan Mais sekat Aziz Bari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi penjelasan segera berhubung tindakan mengarahkan kertas kerja Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ditarik balik daripada dibentangkan. Pengerusinya, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, tindakan itu merupakan satu lagi tindakan yang bercanggah dengan prinsip kebebasan akademik dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. "Mahasiswa menuntut Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa memberi penjelasan segera dan memohon maaf segera sebagai tanda menghormati konsep kebebasan akademik yang dituntut oleh ramai pihak," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Abdul Aziz sebelum ini menerima jemputan daripada Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) untuk membentangkan satu kertas kerja dalam seminar esok. Bagaimanapun, Aziz pagi tadi menerima notis daripada Kuis yang memaklumkan Mais mengarahkan pihak penganjur membatalkan pembentangan kertas kerja tersebut. Syukri berkata, mahsiswa tidak teragak-agak untuk mengadakan demonstrasi lebih besar daripada yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum ini jika Mais memandang remeh tuntutan mereka. "Mahasiswa juga memberi amaran bahawa sekiranya mais gagal memberi penjelasan segera dalam isu ini, mahasiswa tidak teragak agak untuk bertindak secara lebih drastik seperti yang pernah berlaku di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia," katanya sambil mendakwa Mais mengambil tindakan "menghukum" walaupun kes Abdul Aziz yang didakwa mengkritik Sultan Selangor masih dalam siasatan. Justru, SMM akan menyusun pertemuan dengan pihak Mais bagi mendapatkan penjelasan secara bersemuka dan akan menyerahkan memorandum kebebasan akademik sebagai tuntutan agar pihak Mais menghormati konsep kebebasa alademik. "Pertemuan tersebut juga akan membincangkan permasalahan berkaitan isu mahasiswa Kuis yang sebelum ini dibebankan dengan masalah kadar yuran yang membebankan mahasiswa," katanya. Tambahnya, meskipun Kuis terletak di bawah Mais, Mais sewajarnya bertindak lebih profesional bagi memastikan aktiviti akademik tidak terjejas. "Mais seharusnya lebih profesional dengan tidak menjadikan isu yang berlaku sebagai sentimen seterusnya bersifat prejudis sehingga merugikan institusi akademik. "Mais selaku badan Agama Islam yang utama di Selangor tidak seharusnya mengambil tindakan yang mencemarkan imej badan itu yang selama ini dihormati oleh masyarakat," ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6670-smm-tuntut-penjelasan-mais-sekat-aziz-bari
Adakah parti politik sedia terima mahasiswa? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Nov: “Adakah parti politik bersedia menerima kehadiran mahasiswa dan memberikan tempat yang sewajarnya apabila mereka dibenarkan berpolitik? "Atau mahasiswa hanya diberikan tugas sebagai tukang tampal poster sahaja?" soal Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (MPPUIA), Mohamad Iqbal Ab Wahab.
Sdr Mohamad Iqbal Abd Wahab - Presiden MPPUIAM
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang menghalang mahasiswa menyertai parti politik. Katanya, MPPUIA Sambil menyambut baik cadangan tersebut dan menggesa agar pindaan itu dibuat dengan segera dan serius. Menurutnya, Auku bukan hanya menyentuh kebebasan berpolitik, bahkan ia turut menyentuh kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, juga berkait dengan kematangan mahasiswa dalam meyuarakan pandangan dan pendapat dalam apa jua isu. Tambahnya, ia turut menuntut penglibatan mahasiwa dalam isu-isu negara memangkin kematangan berfikir dan membuat pilihan, antara baik dan buruk, aliran kiri atau kanan, mahasiswa matang untuk menapis pandangan serta melatih untuk tidak taksub dan syok dengan idea mereka sahaja tetapi mendidik untuk menjadi kreatif dan kritikal dalam menerima pandangan yang berbeza dengan mereka. Menurutnya lagi, Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen, harus positif dalam menerima dan mendengar kritikan anak muda sebagaimana mereka sedia untuk dipimpin generasi terdahulu. Selain itu, ujarnya isu universiti kekal sebagai badan independen atau parti politik akan masuk kampus atau mahasiswa akan bebas dan aktif berpolitik di luar, harus difahami dengan jelas. Di samping itu, beliau berkata isu berpolitik akan menyebabkan penguasaan akademik merosot, tidak seharusnya dibangkitkan dan mahasiswa bijak mengurus masa sebagaimana mereka juga digalakkan untuk aktif dalam aktiviti di luar kelas seperti kokurikulum dan kurikulum. Katanya lagi, kerajaan berhak untuk membawa kes UKM4 ke mahkamah persekutuan tetapi kewajaran untuk mengekalkan Seksyen 15 Auku, harus dipertimbangkan. Iqbal berkata, Auku digubal pada tahun 1971 rentetan Peristiwa 13 Mei dan gerakan anti-Tunku oleh gerakan mahasiswa yang pada waktu itu sangat kuat dan berpengaruh. Kemudian, katanya, Auku telah dipinda pada 1975 yang memfokuskan pada Seksyen 15 mengenai keterlibatan mahasiswa dengan parti politik rentetan peristiwa demonstrasi Baling 1974 serta keperluan kerajaan untuk meningkatkan sekatan mahasiswa sebagai ejen check and balance, terutama dalam mengekalkan kestabilan politik untuk mencapai sasaran DEB. Sehubungan itu, Iqbal mempersoalkan apakah akta yang digubal 40 tahun lalu, dengan sebab-sebab tertentu, masih relevan. "Ini bukan soal mahasiswa mahu atau tidak, bersedia atau tidak. Ini menyentuh hak kebebasan untuk berpolitik seperti yang termaktub dalam perlembagaan. "Bahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan lepas jelas menyatakan seksyen 15 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," tambahnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6700-adakah-parti-politik-sedia-terima-mahasiswa
Tenaga akademik teguh pertahan Aziz Bari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) sekali lagi menegaskan keprihatinan terhadap penindasan berterusan dan kemungkinan pendakwaan ke atas Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, oleh pihak berkuasa. “Kami mendesak pihak yang berkepentingan supaya memberhentikan dan menarik balik segala penyiasatan dan prosiding tatatertib yang bertujuan untuk mengugut para pensyarah dan mahasiswa daripada menyuarakan pandangan mereka mengenai isu-isu semasa yang mendesak,” kata pengerusinya, Prof Wan Abdul Manan Wan Muda. Menurutnya, Prof Aziz adalah seorang sarjana yang disanjung tinggi oleh rakan akademik dan masyarakat awam kerana kepakaran beliau dalam bidang perlembagaan Malaysia yang menyentuh undang-undang dan masyarakat. Katanya, walaupun Aziz Bari telah menerbitkan beberapa buku mengenai perlembagaan Malaysia, namun beliau terus dianiaya oleh pelbagai pihak termasuk pasukan polis, ahli politik dan juga universiti beliau sendiri akibat menyuarakan pandangan dan tafsiran berdasarkan kepakaran bidang beliau. Beliau berkata, para advokat perdebatan umum dan tindakan tanpa kekerasan (non-violence) kelihatan cuba dihapus oleh kuasa pemerintah dan aparat mereka. Ujarnya, Prof Aziz kini menjadi simbol penentangan terhadap sejarah panjang penindasan akademik dan pembrangusan keras di Malaysia. Amat mendukacitakan, katanya masalah kebebasan intelektual dan kebebasan bersuara di Malaysia mempunyai rekod yang buruk dan terus merosot. Menurutnya, pada 2011, pihak World Press Freedom Index meletakkan Malaysia pada tahap ke 143 dari senarai sebanyak 196 buah negara, manakala Malaysia berada pada tangga ke 124 semasa pimpinan sekarang mengambil alih kuasa pada tahun 2008. Tambahan lagi, katanya jaminan perlembagaan tentang kebebasam bersuara, kebebasan akhbar dan kebebasan berhimpun disekat menerusi pelbagai peruntukan dan secara amalan sangatlah terhad. “Sebarang pendakwaan terhadap Prof Aziz Bari atas sebab beliau mengamalkan kebebasan bersuara beliau bertentangan dengan kewajipan Malaysia untuk mengiktiraf kebebasan berfikir, suara hati dan beragama; kebebasan bersuara, dan kebebasan berhimpun dan berpersatuan sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru itu, katanya sebarang usaha untuk mengugut dan menakutkan para mahasiswa dan profesor atas sebab mereka menggunakan kebebasan bersuara dan berhimpun mereka sekaligus mencabul undang-undang Malaysia dan antarabangsa. Menurutnya lagi, menghukum mereka yang menyuarakan komentar dan pandangan yang mengkritik status quo adalah pengkhianatan kepada kebebasan akademik yang merupakan sebahagian dari kebebasan bersuara dan memberi pendapat. Justeru, tegasnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia perlu menarik balik serta menghentikan sebarang siasatan dan pendakwaan tatatertib terhadap Aziz Bari. “Kami berpendapat institusi pendidikan tinggi perlu menjunjung tinggi dan mempertahankan kebebasan akademik, dan juga universiti perlu menjadi taman ilmu untuk kebebasan melahirkan idea dan pandangan,” katanya. Ini, tambah beliau bermakna universiti juga perlu menjadi sebuah tempat perlindungan untuk menyuarakan pandangan yang kontroversi. “Kami menyambut baik usaha rakan-rakan akademik tempatan dan antarabangsa yang telah memberi sokongan yang padu dan jelas serta sama-sama mempertahankan kebebasan akademik dan kebebasan bersuara dengan berani dalam isu yang kami bangkitkan ini, dan kami tetap berdiri teguh mempertahankan Profesor Aziz Bari,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6756-tenaga-akademik-teguh-pertahan-aziz-bari
PRU13: Gamis seru siswa, anak muda bersedia |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Mahasiswa mesti bersedia untuk bertindak sebagai third-force dalam meneraju arus gelombang perubahan dan memobilasi gelombang kebangkitan rakyat. “Ini amat penting bagi memastikan kepimpinan negara kita sentiasa dinilai oleh mahasiswa yang juga merupakan kumpulan check and balance kepada negara," kata Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Sdr Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor - Pengerusi MPM/GAMIS
Katanya, dalam penilaian ucapan dasar Presiden Umno yang mengetuai tampuk kepimpinan negara hari ini, menampakkan bahawa seolah-olah pilihan raya umum ke-13 sudah tidak lama lagi. Beliau berkata, dengan kewujudan pelbagai akta baru dan 'undang-undang rimba' yang sangat tidak masuk akal, semakin terbukti bahawa Umno BN sudah bersiap untuk membubarkan parlimen. Justeru, ujarnya Gamis menyeru seluruh mahasiswa khususnya dan anak muda umumnya untuk mempersiapkan diri dalam penyertaan menentukan kepimpinan negara yang lebih baik. Katanya, dua perkara penting yang mesti ditekankan oleh mahasiswa iaitu nama sudah didaftar sebagai pengundi dan pastikan kewujudan nama tersebut kerana tarikh pilihan raya masih belum diketahui. Selain itu, ujarnya mereka mestilah bersedia untuk pulang ke halaman masing-masing dan mengundi calon dan parti yang terbaik supaya perjuangan gelombang kebangkitan rakyat tidak disia-siakan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6829-pru13-gamis-seru-siswa-anak-muda-bersedia
Akta himpunan untuk sekat suara mahasiswa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengecam tindakan pihak Kerajaan dalam memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen baru-baru ini.
Sdr Akram Ikrami Taib Azamudden - Presiden GAMIS
Presiden Gamis, Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden menyatakan dengan tegas bahawa rang undang-undang yang diperkenalkan itu jelas membuktikan kerajaan tidak menjunjung tinggi ruang demokrasi sebagaimana yang dilaungkan selama ini. “Kita melihat bahawa undang-undang ini dengan jelas ingin menyekat ruang rakyat khususnya mahasiswa untuk menyatakan apa jua pendapat dan pandangan mereka kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan. “Adalah tidak releven apabila mereka yang berumur 21 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai himpunan aman, ini seolah-olah sengaja dibuat untuk mematikan gelombang suara mahasiswa,” katanya. Tambahnya lagi, kerajaan perlu ingat bahawa mahasiswa bukanlah mereka yang boleh dicucuk hidung apatah lagi tunduk kepada segala bentuk kezaliman, akan tetapi mahasiswa adalah golongan intelek yang tahu menilai serta menjadi agen semak dan imbang kepada kerajaan. Katanya, tindakan pihak kerajaan mengumumkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti baru-baru ini dilihat hanya omongan kosong apabila kerajaan sendiri cuba mempertahankan akta tersebut di dalam Kes yang melibatkan 4 orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini. Tambahan pula, ujarnya dengan dengan pelaksanaan Akta Perhimpunan Awam yang cuba menyekat ruang mahasiswa, lebih meningkatkan lagi kuasa mahasiswa untuk merubah kerajaan yang sedia ada. Beliau berkata, notis 30 hari yang perlu diserahkan kepada pihak polis sebelum mengajurkan himpunan adalah memalukan negara ini apabila negara-negara lain seperti Myanmar yang hanya memerlukan 5 hari serahan notis. “Kita menyeru, seluruh mahasiswa dan anak muda yang cintakan kebebasan bersuara untuk turun bersama-sama menyatakan bantahan dalam piket hari ini,” katanya. Untuk itu, seluruh mahasiswa diminta turun menyertai piket bantahan Akta Perhimpunan Awam yang diadakan di Dataran Jabatan Perdana Menteri, bermula jam 1 tengah hari ini. Piket tersebut dengan kerjasama pelbagai front mahasiswa akan menyerahkan satu memorandum kepada pihak kerajaan supaya menarik balik akta tersebut. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6901-akta-himpunan-untuk-sekat-suara-mahasiswa
Gangguan HEP semarak api bebalisme mahasiswa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: “Kami di pihak mahasiswa ingin mempersoalkan apakah rasionalisasi bagi gangguan tersebut?” Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khairul Naim. Beliau mengulas program debat mahasiswa di Universiti Malaya (UM) yang diadakan malam tadi yang berkisar tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan autonomi mahasiswa berjalan lancar pada awalnya sehingga beberapa pengawal keselamatan dan special branch di bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menyerbu masuk ke dewan tempat berlangsungnya debat. Baginya, pihak Hal Ehwal Pelajar UM bertindak seolah-olah mahasiswa sedang melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan kampus sedangkan perdebatan sihat itu bersifat ilmiah. Tambahnya, tindakan itu dikira sesuatu yang tidak relevan malah bakal melahirkan lebih ramai graduan yang lemah serta menyemarakkan api ‘bebalisme’ dalam kalangan mahasiswa. Katanya, debat anjuran bersama Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu mendapat respons yang baik daripada mahasiswa sekitar Lembah Klang dengan kehadiran kira-kira 300 orang. Namun begitu, mahasiswa begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik itu diganggu oleh pengawal keselamatan dan special branch ketika debat di antara Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab (mantan aktivis Pro-M) serta Syamsul Salleh (mantan YDP MPPUPM) sedang rancak berjalan pada pusingan kedua. Beberapa pengawal keselamatan dan special branch telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. Ketika itu juga, lampu telah ditutup beberapa kali namun penganjur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua MPMUM, Mohd Syahid untuk keluar berunding. Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada pihak HEP UM. “Mahasiswa lihat bahawa kebebasan akademik dalam negara ini masih berada di tahap paling corot. Apa yang mereka takutkan sebenarnya?” tanya Khairul. Menurutnya, mahasiswa sudah mulai bosan dengan karenah birokrasi pihak HEP yang mengekang program ilmiah yang diadakan oleh mahasiswa. “Mahasiswa bukan pelajar sekolah, lagi disekat lagi memberontak. Jadi, kami kira HEP sudah tidak relevan dan harus dimansuh. “Apakah maknanya memegang gelaran mahasiswa tetapi masih perlu mengikut telunjuk dan menjadi yes man sahaja?” tanya beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6972-gangguan-hep-semarak-api-bebalisme-mahasiswa
Menteri kecewa HEP UM halang debat mahasiswa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) kesal dengan tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang memberhentikan debat pelajar yang berlangsung di Fakuliti Undang-undang kampus itu malam tadi. Menzahirkan rasa kecewa itu melalui laman twitternya, Saifuddin berkata, beliau sedang mendapatkan maklumat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. "Saya dukacita debat AUKU di UM malam tadi terbatal ketika ia sedang diadakan. Saya sedang menyiasatnya," tulisnya ringkas. Dalam kejadian malam tadi, debat anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu diganggu oleh pengurusan UM dan terpaksa dibatalkan ketika sedang memasuki pusingan kedua. Menurut Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Khairul Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan “special branch”. Debat malam tadi mempertemukan Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia. Debat itu berkisar tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Autonomi Mahasiswa. Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan “special branch” telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera. “Ketika itu juga lampu telah ditutup beberapa kali, namun pengajur masih meneruskan debat sehingga memaksa Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Syahid untuk keluar berunding. “Setelah rundingan dilakukan beberapa minit, akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Datuk Rohana Yusof,” kata beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6974-menteri-kecewa-hep-um-halang-debat-mahasiswa
Debat: Anwar terima, mahasiswa tunggu Najib |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Perdebatan dan perbincangan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kini semakin rancak dibahaskan. Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, banyak siri perdebatan berkaitan Auku, Pilihan Raya Umum, demokrasi dan sebagainya mula diketengahkan oleh para pimpinan negara mahupun pimpinan kampus. Ini, katanya suatu fenomena dan petanda baik kepada arena akademik dan sistem demokrasi di Malaysia. Menruutnya, dalam keadaan rakyat dan pemimpin negara ingin terus membuka ruang demokrasi, namun mahasiswa kini kecewa dan terkilan kerana masih ada Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus yang masih belum boleh memberikan peluang dan ruang untuk mahasiswa bebas berakademik mahupun melaksanakan program-program sendiri tanpa gangguan mereka. “Pihak pentadbiran sekarang perlu lebih terbuka dan memberikan kepercayaan kepada mahasiswa dalam mengendalikan sesuatu perkara kerana mahasiswa ialah insan yang intelek dan mampu untuk berfikir sendiri dengan rasional,” ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, rentetan dari insiden debat di Universiti Malaya (UM) yang diganggu oleh pengawal keselamatan atas arahan TNC HEP itu, gerakan kebebasan akademik tetap akan terus untuk melaksanakan debat perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Tambahnya, tajuk yang disepakati di peringkat mahasiswa untuk mereka bahaskan ialah ‘Mahasiswa, Universiti dan Negara’ pada 15 Disember ini di Dewan Himpunan Cina, Kuala Lumpur. Makluman terkini, katanya Anwar telah menerima pelawaan tersebut sebagai pembahas di peringkat Pakatan Rakyat. Namun, ujarnya sehingga kini masih tiada sebarang respons balas dari surat jemputan mahasiswa kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia sekarang mewakili Barisan Nasional. “Selaku Perdana Menteri yang disegani, mahasiswa sentiasa berharap agar pelawaan untuk berdebat berkaitan isu mahasiswa itu diterima. “Sekaligus penerimaan itu akan membuktikan bahawa Datuk Seri seorang yang sentiasa peka dan perihatin terhadap isu-isu mahasiswa,” katanya. Beliau menambah, dalam kondisi pilihanraya umum yang semakin hampir, para pemimpin negara kedua-dua parti perlu lebih mendekati anak muda terutama mahasiswa. Ini, ujarnya kerana jatuh bangun pemimpin yang akan bertanding dalam PRU 13 nanti akan ditentukan oleh para pengundi. Justeru, kata beliau mereka perlu ingat bahawa kuasa pengundian mahasiswa juga besar kesannya kepada kejayaan seseorang pemimpin itu dalam PRU 13 nanti. “Semoga impian rakyat dalam mengimpikan Malaysia yang sejahtera dan universiti yang subur dengan budaya ilmu dan intelektual akan terus direalisasikan oleh para pemimpin negara dengan baik. “Berikan ruang berakademik dengan sebaiknya kepada para pensyarah dan mahasiswa, pasti hasilnya negara kita akan lebih hebat dan makmur di masa depan,” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6987-debat-anwar-terima-mahasiswa-tunggu-najib
Siswa: Anak kecil bermain api, terbakar hatinya |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah kerana merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi. Setiausaha Akhbar Aksi, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham menyatakan demikian sebagai respons terhadap pelbagai reaksi mengenai debat yang mereka anjurkan di Universiti Malaya, kelmarin. Antaranya daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM, Prof Datuk Dr Rohana Yusuf yang meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana penganjur telah melanggar kesalahan universiti di atas sebab tidak meminta kebenaran daripada pihak HEP sendiri. Tambahnya, tindakan itu tidak menunjukkan keprofesionalan beliau dan memalukan profesyen pensyarah serta ahli akademik umumnya. Di atas paksi kebebasan berakademik, kata beliau sewajarnya pihak universiti menyambut baik program yang kami anjurkan kerana ia adalah untuk mematangkan konsep ilmiah dalam minda mahasiswa itu sendiri. “Dan kami berasa hairan mengenai program forum yang dianjurkan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) sendiri pada dua hari sebelum debat ini berjalan, mengapa pihak universiti memberi kebenaran untuk dilaksanakannya? “Adakah pihak universiti takut dengan memberi autoriti kepada panel-panel dalam forum itu?” soalnya. Justeru, katanya Aksi berasa janggal terdapat sebuah universiti yang gah namanya pada suatu ketika dahulu, kini seakannya mahu mengekang mahasiswa dari terus bersuara dan melontarkan idea, malah dimomokkan dengan Auku itu sendiri. Pihaknya, kata beliau mendapat respons mengenai pembatalan tempat di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM selepas Speaker Corner di Masjid Ar-Rahman UM selepas solat Jumaat kira-kira jam 4 petang. Walau bagaimanapun, katanya Aksi tetap meneruskannya di sebelah perpustakaan Fakulti Undang-undang yang kecil ruangnya dan kami begitu teruja dengan kehadiran kira-kira 300 orang mahasiswa serta mahasiswi walaupun program kami disabotaj sebegitu rupa. Lantaran dari provokasi itu, ujarnya Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman twitternya berasa dukacita debat Auku di UM terbatal ketika ia sedang dijalankan dan beliau akan menyiasatnya. “Aksi menyambut baik kenyataan beliau itu kerana kami merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi,” ujarnya lagi. Ini, katanya berbeza dengan TNC HEP UM yang mendidik mahasiswa dengan mengagungkan birokrasi yang rumit daripada konsep ilmiah itu sendiri lalu menghalang mahasiswa dan tidak meminta penjelasan daripada mahasiswa. “Tujuan kami hanya satu iaitu perbincangan ilmiah serta mahukan percambahan idea daripada mahasiswa kepada mahasiswa sendiri dan sebab itulah kami menganjurkan debat kelmarin,” katanya. Oleh sebab itu, ujarnya lagi Aksi seiring dengan pendirian Bebas yang mahukan autonomi sepenuhnya kepada mahasiswa. “Kami mahu mengingatkan tangan-tangan yang tidak sepatutnya agar tidak memandomkan minda mahasiswa sendiri dari terus matang dan mampu menilai serta menjadi agen perubahan sedangkan ‘anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang suci’, begitu jugalah kami di pihak mahasiswa yang menginginkan perubahan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6989-siswa-anak-kecil-bermain-api-terbakar-hatinya
15 mahasiswa ditahan polis |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Dis: Polis bertindak menangkap 15 orang mahasiswa yang mengadakan perhimpunan flashmob menuntut kebebasan akademik di KL Sental dekat ibu negara petang ini. Mereka antara kira-kira 40 orang pelajar yang hadir berkumpul kira-kira jam 4 petang tadi yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang. Difahamkan, belum beberapa minit sempat mereka berkumpul, sekumpulan anggota polis datang menghalang mereka dan mengarahkan bersurai. Enggan berbuat demikian, polis kemudiannya bertindak menangkap 15 daripada mereka dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Travers di sini. Bantahan senyap hari ini diadakan mereka bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan. Mereka membawa sepanduk dan poster yang berbunyi 'Kami bersatu untuk kebebasan akademik' dan 'Berikan autonomi keada universiti' dan juga kertas bersaiz A4 yang tertera perkataan 'bebas'. Bagaimanapun kesemua sepanduk dan poster tersebut dirampas pihak polis ketika pergelutan kecil sewaktu menangkap mereka. Difahamkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan turut hadir ke balai polis bagi memberi sokongan dan menuntut kesemua yang ditangkap segera dibebaskan. Beberapa pemimpin parti politik Pakatan Rakyat juga turut hadir bersama beberapa peguam dan masih berkumpul di perkarangan balai polis. |
15 mahasiswa dibebas, lagi himpunan Sabtu ini |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bertekad akan meneruskan Himpunan Kebebasan Akademik di Dataran Merdeka,17 Disember ini meskipun diberi amaran keras oleh pihak polis. (Gambar semalam, demo di KL Sentral yang diganggu polis) Pengerusinya, Ahmad Safwan Anang berkata, mahasiswa tidak akan tunduk kepada “gertakan” polis sebaliknya akan meneruskan himpunan seperti yang dijadualkan kerana ianya sangat penting untuk menunjukkan protes mereka terhadap kekangan akademik yang semakin parah. “Kami memang sudah diberi amaran keras oleh pihak polis semalam tapi itu tidak menjejaskan hasrat kami untuk berhimpun Sabtu ini,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Petang semalam, Safwan bersama 14 mahasiswa lain ditangkap sewaktu mengadakan perhimpunan flashmob mengenai himpunan Sabtu ini di KL Sentral. Safwan yang mengetuai kira-kira 40 mahasiswa dalam protes senyap mereka dibawa ke Balai Polis Travers untuk disoal siasat. Mengulas mengenai tangkapan itu, Safwan berkata, mereka tidak dilayan dengan baik sewaktu di balai polis termasuk dilemperkan kata-kata tidak sopan oleh pihak polis. Selain terpaksa menunggu lama tanpa berbuat apa-apa di bilik kosong sebelum disoal siasat, peguam mereka juga tidak dibenarkan masuk. “Kami berada di balai polis lebih kurang enam jam, jam 10.30 baru kami dibenarkan keluar. “Kami memang tidak berpuas hati dengan layanan pihak polis. SB (polis cawangan khas) pun ada sewaktu soal siasat berjalan. “Bila tanya kenapa kami ditahan, mereka jawab tidak tahu sedangkan kami memang tak buat apa-apa jenayah, tak bersuara, cuma mengangkat poster sahaja,” ceritanya. Menurutnya, mereka ditahan mengikut seksyen 145 kanun keseksaan dan perlu melapor diri di Balai Polis Petaling Jaya 19 Januari depan. Bantahan senyap semalam diadakan bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan. Ia rentetan kekacauan yang berlaku pada Speakers Corner di Universiti Teknologi Malaysia (UITM) Shah Alam baru-baru ini dan gangguan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya pada Debat AUKU yang diadakan di kempus tersebut minggu lalu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7066-15-mahasiswa-dibebas-lagi-himpunan-sabtu-ini
Pemuda PKR kempen bebas Anwar 901, sokong himpunan siswa |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 16 Dis: Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim (gambar) berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar. "Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu. "Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya. Beliau memberitahu, AMK akan mengadakan dialog bersama mahasiswa di dalam kampus menggunakan lambang parti dan kita harap ia tidak menjadi halangan oleh pihak pentadbiran universiti. "Kalau sebelum ini kita melihat Pemuda Umno diberi kebebasan untuk bertemu dengan mahasiswa malah mereka menggunakan lambang parti apabila mengadakan dialog bersama mahasiswa malah tiada tindakan dari pihak universiti. "Dan kita juga berharap dialog yang akan dilakukan oleh Keadilan mahupun Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai apa-apa halangan, jika kita menerima layanan sebaliknya maka jelas wujud ketidak adilan di dalam pentadbiran universiti malah ia menunjukkan campur tangan pihak lain. "Dialog bersama mahasiswa akan digerakkan secara agresif agar mahasiswa tahu maklumat sebenar senario politik negara, saya berpendapat mahasiswa perlu diberi pendedahan yang meluas tidak kita apa jua warna politik dan mereka sendiri boleh menentukan yang mana mereka ingin pilih," sambung beliau lagi. Beliau berharap kerajaan peka dalam apa yang dikehendaki oleh mahasiswa jika kerajaan benar-benar ingin memulih institusi pendidikan di negara ini. Sebelum itu Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bertekad akan meneruskan Himpunan Kebebasan Akademik di Dataran Merdeka,17 Disember ini meskipun diberi amaran keras oleh pihak polis. Pengerusinya, Ahmad Safwan Anang berkata, mahasiswa tidak akan tunduk kepada “gertakan” polis sebaliknya akan meneruskan himpunan seperti yang dijadualkan kerana ianya sangat penting untuk menunjukkan protes mereka terhadap kekangan akademik yang semakin parah. Kempen Bebas Anwar 901 Dilancar Dalam pada itu Shamsul memberitahu berkaitan dengan keputusan fitnah II Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui pada 9 Januari tahun hadapan beliau secara hari ini melancarkan kempen secara maya di laman 'Twitter' bagi menghimpunkan seramai yang mungkin terhadap kes tersebut. "Saya juga hari ini telah memulakan kempen #BebasAnwar901 yang dilakukan secara maya di laman twitter. "Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi. "Melalui kempen ini saya pasti rakyat akan datang memberi sokongan kepada Anwar pada hari keputusan itu nanti, saya juga menyeru seluruh rakyat tidak kira berada di mana pun tanpa mengira kedudukan mahupun kaum turut dalam kempen tersebut dan hadir memberi sokongan kepada Anwar pada 9 Januari nanti," katanya. Beliau menyatakan rakyat negara ini perlu tahu kejaman yang dilakukan oleh pemerintahan sekarang Barisan Nasional bagaimana cara mereka ingin menyekat kemaraan Anwar dengan hanya menggunakan kuasa mereka mengatur segala perbicaraan mahkamah. Anwar dijangka akan dijatuhkan hukuman 9 Januari ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7086-pemuda-pkr-kempen-bebas-anwar-901-sokong-himpunan-siswa
Kerajaan diminta mansuh, bukan pinda AUKU |
Muhammad Faizal |
(Nurul Izzah mengetuai sidang media PKR di pejabatnya hari ini) PETALING JAYA, 16 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendesak agar kerajaan memansuhkan segera Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) bukannya meminda. Berkata pada satu sidang media di Ibu Pejabat Keadilan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan pihaknya telah dijemput untuk turut serta di dalam Sidang Meja Bulat esok 17 Disember di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. "Bagi pihak Keadilan akan diwakili oleh Pengarah Komunikasi Parti, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa perkara akan kita bentangkan pada persidangan tersebut. "Melihat kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan November yang lalu bahawa AUKU bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah. "Di dalam maklum balasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti, namum di dalam ucapan yang sama Najib tetap mengumumkan politik tetap akan diharamkan daripada kampus," jelasnya. Tambah Nurul Izzah lagi, malangnya cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti kegagalan agenda transformasi Najib selama ini seperti yang dilihat di dalam reformasi ISA dan Akta Perhimpunan Aman. "Pengumuman yang nampak berani pada mulanya tetapi apabila diteliti secara dekat sebenarnya meneruskan dasar-dasar lapuk yang sedia ada. "Kita lihat sahaja kekeliruan maklum balas tersebut terhadap isu ini sendiri oleh anggota kabinet Najib sendiri serta pentadbir-pentadbir university yang berakhir dengan penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan flash mob di KL Sentral bagi membantah AUKU," sambungnya. Beliau memberitahu Seksyen 15 sebenarnya hanya merangkumi kebebasan berpersatuan mahasiswa tetapi seksyen-seksyen lain yang sebenarnya membolehkan pemusatan kuasa pentadbiran universiti di Malaysia termasuk perlantikan naib-naib canselor oleh menteri. "Dalam pada itu mengadakan prosedur displin yang tidak adil bagi kesalahan-kesalahan di bawah AUKU serta menyekat kuasa Majlis Perwakilan Pelajar," jelasnya Nurul Izzah lagi Sementara itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akim, memberitahu kebebasan akademik yang sudah mati selama empat puluh tahun di Malaysia, hanya dengan memansuhkan AUKU budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi. Menurutnya lagi, Perdana Menteri menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan AUKU keseluruhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa. "Pada masa yang sama, kami mahukan negeri-negeri Pakatan yang menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang lebih mendalam kepada kebebasan akademik. "Mahasiswa kritikal di dalam cara Kerajaan Negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan bagaimana Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas AUKU dari segi semangatnya," sambungnya. Shamsul Iskandar memberitahu komitmennya untuk memansuhkan AUKU dan mengembalikan kebebasan akademik sudah wujud sekian lama dan terkandung di dalam Buku Jingga. "Kita harus berbuat sedemikian di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan mendesak perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu ketika dahulu," kata Shamsul lagi. Dalam pada itu Nik Nazmi berkata, beliau akan pastikan persidangan tersebut akan menjadikan perbincangan memansuhkan AUKU dan bukan memindanya, selain itu juga beberapa cadangan akan diutarakan agar ia dapat diterima oleh pihak penganjur. "Kita mahu sesuatu yang baru di dalam AUKU dan saya berharap persidangan tersebut menjadi satu sejarah kepada mahasiswa yang selama ini menuntut hak mereka. "Kita tahu hari ini bagaimana kekangnya mahasiswa ingin bergerak untuk menyatakan apa yang mereka kehendaki. Hak mahasiswa tidak boleh kita halang, kebebasan perlu mereka perolehi terutamanya dalam arena politik tanah air seperti mana yang diberikan kepada pelajar di luar negara yang menyertai Kelab Umno di sana," kata beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7087-kerajaan-diminta-mansuh-bukan-pinda-auku
Mahasiswa bangkit tuntut hak, perjuang kebebasan |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Mahasiswa hari ini bangun mendesak hak kebebasan mereka serta menuntut agar kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta tidak takut ditangkap kerana memperjuangkan kebebasan. Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang mengadakan perhimpunan perarakan dari Masjid Jamek ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan seterusnya ke bangunan Umno menuntut agar kerajaan hari ini peka dengan hak yang dikehendaki oleh pelajar. Pengerusi Sigma Gamis, Rohayu Rusli memjelaskan bahawa hari ini anak muda Malaysia mencipta sejarah telah turun ke jalanan menyatakan pendirian hak bersuara serta prinsip bahawa mahasiswa mahasiswi dan anak muda Malaysia. "Kita tidak akan pernah berhenti menyuarakan kebenaran dan keadilan, menuntut hak yang selama ini dikekang. "Hari ini juga turut memperlihatkan bahawa partisipasi mahasiswi dalam himpunan, turut bersuara, turut hadir membarisi barisan anak muda, sejarah hari ini memberi amaran kepada pemerintah agar tidak bersenang lenang sedangkan rakyat dan mahasiswa dalam keperitan," jelasnya. Sementara itu, Presiden Gamis, Akram Taib Azamudden semasa berucap menberitahu hari ini menyaksikan satu himpunan dan perarakan laungan kebenaran memenuhi Bandaraya Kuala Lumpur. "Ini bukti bahawa mahasiswa cukup muak dan benci terhadap akta zalim yang kita tuntut untuk dimansuhkan. "Gamis mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Bebas, Safwan Anang serta seluruh pimpinan front mahasiswa yang telah menggerakkan kekuatan ahli untuk terjun bersama ke lapangan rakyat menyatakan pendirian kebenaran," katanya. Dalam pada itu beliau agar pihak kerajaan, bebaskan mahasiswa untuk memanfaatkan seluas mungkin daya intelek yg mereka pasak sewaktu di universiti. Katanya lagi, Gamis akan terus mendokong apa sahaja kebenaran khususnya Bebas dengan menggerakkan seluruh jentera dalam memastikan kebenaran itu tertegak selari dengan tuntutan Islam. Suhakam teliti memorandum Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang menerima memorandum dari gabungan mahasiswa itu menjelaskan pihaknya akan meneliti kandungan memorandum tersebut dan ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa. "Saya melihat apa yang mahasiswa hari ini bangkit menuntut hak mereka dalam menyuarakan kebebasan dan bagi saya ia bukan satu jenayah jika mereka berhimpun kerana negara ini adalah sebuah negara demokrasi. "Kita mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab dan apa yang dilakukan oleh mahasiswa hari perlu diambil perhatian oleh kerajaan. "Kerajaan perlu beri perhatian terhadap isu yang dibangkitkan ini, hak kebebasan bersuara tidak salah di negara ini dan kerajaan sepatutnya perlu meneliti Auku adakah ia perlu dipinda ataupun dimansuhkan terus," jelasnya. Ketika ditanya mengenai Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini, beliau memberitahu itu adalah cara terbaik bagi menyelesaikan kemelut Auku sekarang. "Cara perbincangan yang diadakan hari ini adalah satu yang baik, kita perlu mendengar pendapat dari semua pihak sebelum sesuatu perkara itu diputuskan. "Saya pasti setiap pihak yang dijemput berpeluang menyatakan pendapat mereka terhadap perlaksanaan Auku di sebalik kesannya terhadap pelajar serta pendidikan di negara ini, kerajaan perlu menilai sebelum membuat sebarang keputusan," sambungnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7100-mahasiswa-bangkit-tuntut-hak-perjuang-kebebasan
Mahasiswa bukan budak hingusan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: “Saya ucapkan selamat berjuang, sabar dan tabah mendepani ujian buat seluruh mahasiswa yang berani dan benar,” kata Nasrudin Hassan. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata mahasiswa adalah agent of change dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil. “Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah,” ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, mereka mampu bangkit membentuk gelombang third force yang berkesan ke arah membangkitkan ummah dari lena yang panjang lantas mencetus perubahan dan meletakkan negara selamat serta bebas dari anasir yang meruntuhkan peradaban seperti rasuah, pecah amanah, ketidaktelusan dan sebagainya. Katanya, kerajaan sekali-kali tidak wajar mengkesampingkan tuntutan mereka apatah lagi memperkecilkan mereka. “Saya lihat inilah masanya, mahasiswa menyusun kebangkitan lalu memposisikan diri mereka selayaknya, sesuai dengan ilmu dan semangat yang mereka miliki. Usah gentar berkelana di alam buana ini, menggalas cita-cita perjuangan,” ujarnya. Tambahnya, tidak sekadar berjuang untuk membebaskan mahasiswa tetapi juga menggerak kesedaran serta kebangkitan rakyat. Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada thaurah yang mula menampakkan rentak kebangkitan mahasiswa. Kini, ujar beliau mereka mula melepaskan diri dari pasung puaka yang membelenggu leher mereka sejak sekian lama. “Kami pastinya bangga dengan perkembangan ini. “Menuntut ilmu biarlah seiring dengan semangat perjuangan. Jangan abaikan salah satu dari keduanya. Ilmu adalah senjata berkesan bagi perjuangan yang kita dukung,” tegasnya. Beliau menambah, ada senjata tetapi tidak menghunusnya untuk perjuangan suci itu hanya memperlihatkan kita lemah. “Demikian juga berjuang tanpa senjata (ilmu) membuatkan kita salah memilih hala tuju yang benar,” jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7110-mahasiswa-bukan-budak-hingusan
Mahasiswa sudah keluar dari pemikiran Umno |
Mohd Sabri Said |
TASEK GELUGOR, 19 Dis: “Syabas kepada semua mahasiswa kerana anda sudah matang daripada pemikiran pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar). Beliau menyatakan demikian ketika memulakan ucapan di perhimpunan Rapat Rakyat di Padang Awam, Taman Senangan, Butterworth semalam. Beliau menggangap tindakan mahasiswa berkenaan menggambarkan mereka sudah berani ke hadapan memperjuangkan akta yang selama ini mencengkam perkembangan minda pelajar. Katanya, selama ini pelajar tidak bebas bersuara sebaliknya dibekukan daripada memberikan pandangan dan kritikan yang membina kepada kerajaan yang memerintah. Tindakan itu sambungnya, tidak melahirkan mahasiswa yang cerdik, progresif, matang, berdaya saing tetapi lebih menjurus kepada membentuk pelajar sebagai 'pak angguk' atau 'yes men' semata-mata. Tambahnya, Pakatan Rakyat bangga dengan perkembangan terkini kebangkitan mahasiswa itu. "Pakatan Rakyat rasa bangga tentang senario itu tetapi bagi Umno dan BN merupakan," jelasnya yang juga Setiausaha Agung DAP. Kerajaan, ujarnya patut akur dengan memorandum yang dihantar oleh mahasiswa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakama) yang meminta dimansuhkan Auku yang mencengkam pemikiran pelajar. Lim yakin sekiranya mahasiswa diberikan kebebasan bersuara dan memberikan pandangan pasti Umno dan BN akan ketandusan sokongan khususnya daripada anak muda dalam pilihan raya umum nanti. "Mungkin pilihan raya umum ke 13 ini petanda baik untuk Pakatan Rakyat menang besar. Kebangkitan mahasiswa adalah antara penyumbang yang tidak boleh dipandang enteng," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7112-mahasiswa-sudah-keluar-dari-pemikiran-umno-
Najib jangan retorik, hilang undi mahasiswa |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Golongan mahasiswa hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada berhenti beretorik untuk melakukan transformasi atau berdepan hilang undi mahasiswa. Bercakap pada satu sidang media di ibu negara hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka telah muak dengan janji populis Najib selama ini yang dilihat tidak lebih sekadar mempermainkan rakyat. "Kita beri kata dua kepada perdana menteri, jika tidak ada transformasi drastik, kita akan bergerak sama ada melalui undi pilihan raya atau ruang-ruang demokrasi lain yang ada," katanya. Ianya termasuk janji pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun tetap digunakan menangkap 10 orang rakyat Sabah pada November lalu. Selain itu, Najib juga cuba memperlihatkan retorik beliau apabila beliau sendiri mempertahan Bil Perhimpunan Aman 2011 biarpun didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Manakala yang terbaru hasrat untuk meminda sekseyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) namun pada masa sama kerajaan juga memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi merujuk semula keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen 15 Auku bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. "Hari ini kita hanya turunkan bendera (gambar PM), jika tidak ada perubahan drastik, tidak mustahil anak muda akan jatuhkan regim ini untuk diganti dengan kerajaan lebih baik," katanya. Turut serta pada sidang media di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pagi tadi termasuklah mantan Pengerusi SMM, Shazni Munir Mohd Ithnin. Kata dua yang berbaur amaran itu dilontarkan dua hari selepas ratusan mahasiswa berarak di ibu negara menuntut kebebasan akademik Sabtu lalu yang turut menyaksikan bendera gambar Najib di hadapan ibu pejabat Umno diturunkan dan diganti dengan bendera kebebasan akademik selama beberapa minit. Dalam perarakan itu dua memorandum turut diserahkan masing-masing kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7114-najib-jangan-retorik-hilang-undi-mahasiswa
AMK kecam pihak ugut mahasiswa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menegaskan sejarah Indonesia pada Reformasi 98 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim. Tambahnya, tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan 3 orang mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim. Justeru, tegasnya lagi Biro Mahasiswa Angkatan Muda ingin memberi amaran bahawa bangkitan anak muda di Indonesia itu bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno Barisan Nasional mentadbir Negara. “Bebaskan mahasiswa dari segala ugutan dan berikan kebebasan mereka dengan mansuhkan Auku,” ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada Adam Adli Halim, pimpinan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa yang telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki yang menjatuhkan maruah. Katanya, ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada blogger-blogger pro Umno seperti Papagomo, PAS Beruk, Azmy Kelana Jaya, kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa itu. “Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam Umno,” katanya. Menurutnya, Umno cuba mewujudkan politik takut, politic of fear di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membendung mereka terus bangkit. Katanya beliau, mahasiswa yang kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik. Tambahnya lagi, tindakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa Umno tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7126-amk-kecam-pihak-ugut-mahasiswa
Pemerkasaan tarbiah dan taadib di universiti |
Mohamad Iqbal Ab Wahab |
Pendidikan sering diertikan sebagai tarbiyah yakni proses yang berterusan dalam mendidik seorang insan berdasarkan acuan yang ingin dibentuk. Namun, Syed Naquib al-Attas telah mendefinisikan proses pendidikan itu sebagai taadib yang bermaksud penyemaian dan penanaman adab dalam diri seseorang. Syed Hussein Nasr juga mengikuti garis hujah yang sama dengan menekankan bahawa prinsip pendidikan itu bukan sekadar untuk melatih fikiran semata-mata, tetapi juga untuk melatih keseluruhan potensi manusia. Secara prinsipnya, pendidikan dilihat sebagai instrumen penting dalam mempersiapkan manusia untuk memahami tentang tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan sama ada tanggungjawab sebagai seorang manusia yang mempunyai identiti pelbagai dalam konteks manusiawi seperti seorang anak, pelajar, ibu, bapa, warganegara dan ahli dalam masyarakat ataupun memenuhi tanggungjawab dalam konteks profesion dan skill dalam pekerjaan. Sesungguhnya tugas yang paling penting bagi seorang manusia adalah sebagai seorang khalifah yang mampu mentadbir urus dunia sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Baqarah, ayat 30 dan juga seorang hamba-Nya yang menjulang ketaatan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tanpa proses pendidikan yang disertai dengan proses adab, kedua-dua tugas ini tidak akan mampu untuk melahirkan produk-produk insan yang mempunyai perwatakan seorang khalifah tetapi berjiwa seorang hamba.
Prof Syed Naquib al Attas
Hujah Syed Naquib berhubungan dengan konsep taadib melangkaui definisi pendidikan sebagai tarbiyah. Konsep taadib yang menuntut suatu proses yang berterusan di samping pemeliharaan adab sepanjang proses pengajaran dan penerimaan ilmu merupakan suatu definisi yang harus menjadi sarana yang jelas terhadap seluruh masyarakat yang benar-benar menjulang kemuliaan ilmu. Proses taadib itu pula tidak dihadkan terhadap pengajar dan penuntut semata-mata, malahan dikembangkan sehingga mencakupi suasana mahupun pengurusan sesebuah institusi. Inilah perkara yang seringkali dilupakan, lantas, berlakulah penodaan ilmu dalam kalangan masyarakat yang membudayakan semangat keilmuan, seterusnya membawa kepada korupsi pendidikan yang ketara. Perkara yang perlu ditinjau oleh sebuah pengurusan di sebuah taman ilmu adalah mengenai kejujuran dan ketelusan dalam menguruskan proses kewangan serta hak-hak pembudayaan ilmu dalam kalangan para penuntut dan pengajar benar-benar terjamin tanpa sebarang campur tangan yang berkepentingan. Pengurusan inilah yang menjadi akar kepada seluruh pembentukan suasana keilmuan yang didasari dengan adab, semacam satu perumpamaan, andai mahu dilihat rakyat jelatanya, lihatlah pada pimpinannya. Berbalik kepada soal pendidikan sebagai taadib, wahyu Tuhan yang pertama yang mendengungkan kalimah Iqra’ bukanlah semata-mata untuk dibaca berulang-ulang tanpa kesedaran. Namun, itu merupakan suatu petanda daripada Tuhan untuk menggalakkan proses pencarian ilmu itu berterusan dalam usaha untuk membentuk generasi ulul albab, yang mampu untuk menggunakan seluruh inderanya menghayati hakikat penciptaan dan pencipta dan seterusnya bermanfaat kepada alam yang merangkumi hubungan dengan manusia dan alam sekitar. Walaupun begitu, telah dijelaskan juga melalui firman-Nya dalam surah al-Alaq, ayat 6 dan 7 yang bermaksud: “Sekali-kali tidak! Sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas, apabila melihat dirinya serba cukup.” Inilah satu peringatan daripada Tuhan kepada manusia, ilmu itu harus disertasi dengan adab, yang tidak melahirkan golongan manusia yang bongkak dengan ilmu yang dimilikinya, apatah pula sehingga mengagungkan ilmu itu melebihi pemilik ilmu itu sendiri, sehingga merasakan dirinya adalah manusia yang cukup sempurna. Oleh kerana itulah, proses beradab dengan ilmu harus dititikberatkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Seorang pelajar harus mematuhi etika seorang pelajar serta menghormati pensyarah yang mengajar dengan menunjukkan kesungguhan dan komitmen sepanjang proses pembelajaran termasuk dari sudut kehadiran dan penyiapan tugas-tugas. Manakala seorang pensyarah pula, seharusnya beradab terhadap ilmu termasuklah jujur terhadap pengetahuan yang dimiliki serta seringkali mampu untuk mengaitkan segala yang diajari itu dalam konteks sebagai seorang muslim. Perkara inilah yang harus dititikberatkan dalam proses membudayakan pembentukan adab dalam kalangan warga taman ilmu supaya graduasinya mereka daripada taman ini, menjadi manusia yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat melalui pengetahuan dan karakter yang dimiliki. Sebagaimana yang telah dinyatakan pada awalnya, pemerkasaan adab dalam universiti tidak difokuskan kepada satu pihak semata-mata. Permasalahan utama adalah apabila seluruh pihak menunding jari hanya kepada pelajar apabila berlaku permasalahan dari sudut krisis adab sama ada dalam bentuk aplikasi ilmu atau dalam konteks mendalami ilmu, namun, harus diingatkan, pepatah Arab ada menyebut, setiap bekas akan mengeluarkan apa yang berada di dalamnya. Maka, proses taadib itu sendiri adalah suatu proses yang merangkumi semua pihak, bermula daripada pihak atasan universiti, pengajar mahupun penuntut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/7127-pemerkasaan-tarbiah-dan-taadib-di-universiti
Selamat Tinggal Prof Aziz Bari! |
Muhammad Kamil Abdul Munim, UIAM |
Saya terkenang akan peristiwa ketika peghujung semester yang lalu, saya dan rakan-rakan sibuk untuk mendaftar subjek bagi semester ini. Saya dan beberapa rakan beruntung kerana berjaya mendaftar subjek Undang-Undang Perlembagaan atau Constitutional Law bersama Prof Aziz Bari (gambar). Beberapa rakan yang lain tidak berjaya disebabkan oleh timetable clash dan kuota yang sudah penuh. Sosok ini jarang dilihat berlegar di sekitar fakulti. Hanya nama sahaja yang kerap didengari. Menjadi anak didik beliau adalah satu peluang yang dinantikan. Sosok ini sangat cool. Masuk ke kelas lenggang kangkung tetapi tidak kangkung. Hanya sehelai kertas dan marker pen ditangan. Tidak ada attendance list. Apa yang menarik ialah pelajar berbondong bondong hadir ke bilik kuliyah walaupun kuliyah bermula jam 8 pagi. Beliau mampu menarik pelajar untuk ke bilik kuliyah tanpa menjadikan rekod kehadiran sebagai ugutan. Beliau memiliki aura tersendiri. Selepas isu rampasan kuasa di negeri Perak, nama beliau sekali lagi menjadi perbualan masyarakat dalam isu JAIS di Selangor. Peranan sebagai ahli akademik dinafikan kerana memberikan pandangan akademik yang telus dan benar. Dosa kali ini cukup besar. Aziz Bari perlu dikekang. Dosa-dosa ini direka khas untuk kepentingan pihak tertentu yang menganggap diri mereka ma’sum sehingga tidak boleh ditegur. Mujur mereka hidup di akhir zaman. Kalau di zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, keangkuhan dan ketakabburan mereka ini akan dibayar cash oleh yang Maha Takabbur. Kisah Fir’aun, Haman, Namrud, Qarun dipandang enteng ataupun tidak pernah ambil tahu. Kasihan dengan kejahilan mereka. Prof Aziz Bari letak jawatan Kini Prof Aziz Bari hanya menunggu akan berakhirnya semester ini untuk ‘angkat kaki’ dari UIA. Hasrat ini dinyatakan oleh beliau sendiri. Bukan kerana diarah untuk berbuat demikian tetapi atas dasar ‘belas kasihan’ terhadap pihak pengurusan UIA yang saban hari semacam didesak oleh campur tangan luar. Khabar anginnya pihak istana juga datang ‘melawat’ UIA. Beliau dilihat sebagai bebanan ataupun liability kepada pentadbiran UIA. Ada juga ibu bapa yang datang mengadu kepada pihak kuliyah atas alasan anak mereka tidak faham tentang apa yang diajar oleh Prof Aziz Bari ketika dalam kuliyah (selama 22 tahun beliau mengajar ini kali pertama laporan sebegini dibuat). Tindakan ini seakan desakan yang dilakukan secara tidak langsung atau impliedly supaya beliau ‘berambus’ segera dari UIA. Tiada alasan untuk memecat beliau. Justeru modus operandi yang berbeza mesti diguna pakai. Kesan daripada itu, sedikit sebanyak kebebasan beliau sebagai ahli akademik disekat. Oleh itu, meninggalkan UIA mungkin jalan terbaik. Sehingga kini ramai pelajar yang tertanya tanya dimanakah kenyataan beliau yang telah mencalar imej universiti. Persepsi pelajar ialah di sana mungkin ada campur tangan politik. Persepsi pelajar ialah mungin rektor patut berundur. Persepsi pelajar ialah universiti bukan lagi universiti. Pihak pentadbiran dilihat seolah olah bersekongkol dalam usaha untuk mengekang beliau. Kadang kadang dilihat flip flop dan play safe dalam memberi kenyataan. Universiti sebagai wadah atau medan percambahan dan pertempuran ilmu kini seolah-olah telah menjadi medan untuk memuja dan mengampu. Persepsi pelajar ialah kenapa rektor perlu takut? Jika beliau dianiayai oleh tangan ghaib ribuan pelajar UIA akan bersama beliau atas dasar kebenaran. Hasrat untuk memperbaiki kedudukan institusi pengajian tinggi di negara ini dan juga hasrat untuk mencapai status seperti Oxford dan Harvard yang sering dilaungkan itu hanyalah idea bodoh dan retorik semata-mata andai kata sistem dan amalan yang dibudayakan ini masih dikekalkan demi manjaga kepentingan bapak-bapak yang sedang berkuasa. Kesannya, akibat hujah tidak dapat dibalas dengan hujah, Prof Aziz Bari menjadi mangsa. Kehilangan beliau adalah satu kerugian yang amat besar kepada universiti. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Prof Aziz. Saya berbangga menjadi batch terakhir beliau. Sumbangan dan jasa beliau akan terus dikenang. Semangat itu tidak pernah luntur dan akan dibawa bersama. Berjayalah di medan tempur yang lain dengan satu tujuan iaitu untuk merencana perubahan menyeluruh dan bersekutu. In Aziz Bari We Trust! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/7136-selamat-tinggal-prof-aziz-bari
Mahasiswa mahu Najib jawab isu Felda |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Mahasiswa hari ini sekali lagi mendesak kerajaan menjawab beberapa kemusykilan berhubung penyenaraian Felda Global Vanture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia. Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden (gambar) berkata, ini kerana isu tersebut telah menjadi semakin kronik di mata awam apabila Pengarah Besar Felda dan timbalannya diarahkan bercuti dan ditukar keluar daripada Felda. Katanya, Gamis melihat ada perkara 'besar' hendak disembunyikan kerajaan khususnya melalui campur tangan perlantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Kerajaan mesti mendedahkan sebab-sebab Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab diarahkan bercuti dalam tempoh yang lama dan timbalannya juga ditukarkan ke JPA,” ujarnya kepada Harakahdaily. Ini, katanya kerana umum mengetahui khidmat mereka lebih 30 tahun di Felda sangat cemerlang. Malah, ujarnya pengurusan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di bawah mereka berdua juga di tahap yang sangat cemerlang apabila mampu memberikan dividen tahunan sejumlah 10 hingga 16 peratus beberapa tahun kebelakangan ini, satu capaian yang mendahului koperasi lain di dalam negara ini. Keduanya, kata beliau kerajaan mesti mendedahkan apakah sebab tanah Felda Plantation dan lain-lain tanah Felda dipajakkan dalam tempoh yang sangat lama iaitu 99 tahun dan benarkan bayaran pajakan ini hanya sekitar RM500 juta sahaja. “Sedangkan kita mendapat maklumat Felda memperolehi keuntungan tiga hingga empat kali ganda lebih besar daripada nilai pajakan tersebut,” ujarnya. Gamis juga, katanya menuntut kerajaan menjelaskan, apakah benar 'durian runtuh' yang dijanjikan diberi kepada peneroka hendak diambil wangnya daripada simpanan aset tetap Koperasi Permodalan Felda (KPF) milik peneroka dan kakitangan Felda yang berjumlah lebih RM1bilion. Jika benar, ujar beliau ia suatu tragedi malang kepada peneroka dan Felda khususnya apabila mereka bukan sahaja ditipu dengan durian runtuh yang datang daripada wang mereka sendiri, bahkan akan meruntuhkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang berdaya maju sebelum ini. Justeru, tambahnya Gamis mendesak kerajaan khususnya Perdana Menteri memberi penjelasan tanpa selindung terhadap beberapa kemusykilan tersebut. Ini, ujarnya kerana Gamis berpandangan kerajaan cuba untuk 'menyembunyikan' sesuatu daripada mata peneroka di sebalik penyenaraian tersebut. “Jika tiada jawapan daripada Perdana Menteri, kami sedia menggerakkan mahasiswa untuk bersama-sama memperjuangkan perkara ini hingga mendapat penyelesaian terbaik demi membela nasib rakyat. “Ini bukan isu warga peneroka Felda semata-mata, tetapi ini isu kita selaku rakyat Malaysia. Kita bukan buat tuduhan, kita mahu penjelasan,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7144-mahasiswa-mahu-najib-jawab-isu-felda
Umno bukan lagi berjuang untuk rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemuda PAS Selangor berasa lucu dengan tindakan ‘kebudak-budakan’ dan tidak bertamadun puak-puak Umno dan rakan sekutu mereka seperti Perkasa, GPMS, Majlis Belia dan lain-lain yang berterusan mengecam dan mengancam Adam Adli kerana menurunkan bendera bergambar Najib baru-baru ini.
Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan - Ketua Pemuda DPPS
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Umno kini sudah kehilangan arah perjuangan yang sebenar sehingga terlalu memuliakan pemimpin mereka sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya. “Adakah tindakan meminta permohonan maaf Adam Adli lebih diutamakan atau penipuan dan kezaliman Umno terhadap rakyat yang perlu dihentikan? “Apakah tindakan Adam Adli menurunkan gambar Najib terlalu ekstrem sehingga boleh merosakkan aqidah orang-orang Umno?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, pihaknya merasakan Umno kini semakin pelik dan perjuangan parti itu hanya untuk mempertahankan individu tertentu sahaja dan bukan untuk rakyat jelata. Jelaslah, ujarnya Umno dan Barisan Nasional kini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini apabila rakyat di semua peringkat semakin menolak pendekatan politik dan dasar perjuangan mereka. Pemuda PAS negeri, ujar beliau mengucapkan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah bangkit menuntut penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta mempertahankan hak mereka. Pihaknya juga, kata beliau berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap Umno dan rakan sekutu mereka yang terus-terusan memberi tekanan dan ancaman secara terbuka kepada Adam Adli dan para mahasiswa. “Adakah mereka ini ‘kebal’ daripada undang-undang Malaysia sehingga boleh menumbuk dan memberi ancaman kepada orang lain secara terbuka?” soalnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7155-umno-bukan-lagi-berjuang-untuk-rakyat
Pro Aspirasi perlu berani ke meja debat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Pro Mahasiswa Nasional bersedia untuk membuka lapangan debat bersama pimpinan mahasiswa Pro Aspirasi bagi mencari solusi terbaik mengenai konsep kebebasan akademik yang diinginkan oleh mahasiswa. Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, hal itu diusulkan sebagai respons pihaknya terhadap tindakan mahasiswa Pro Aspirasi pimpinan Mohd Shahar Abdullah yang melancarkan demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi semalam bagi membalas himpunan kebebasan akademik yang digerakkan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik pada 17 disember lalu. “Biarpun telah beberapa kali gagal untuk mempertemukan pimpinan mahasiswa Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi di meja debat, namun Pro Mahasiswa Nasional merasakan inilah masanya Pro Aspirasi perlu berani menyahut cabaran untuk berdebat,” ujarnya. Katanya, yang terkini ialah pada 9 Disember yang lalu apabila tidak ada seorang pun pimpinan Pro Aspirasi ingin tampil untuk menyahut jemputan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) untuk berdepan dengan pimpinan Pro Mahasiswa. Namun begitu, ujarnya Pro Mahasiswa mengucapkan tahniah kepada Pro Aspirasi kerana setelah sekian lama akhirnya mahasiswa Pro Aspirasi menerima demonstrasi sebagai saluran yang sah dalam sistem demokrasi Malaysia. Menurutnya, jika sebelum ini Pro Aspirasi sering melabelkan demonstrasi sebagai tindakan tidak bertamadun, namun perkembangan hari ini menunjukkan kumpulan mahasiswa Pro Umno itu sudah semakin matang. Oleh itu, katanya keberanian untuk turun berhimpun di hadapan KPT perlu diterjemahkan secara ilmiah di meja debat. Tambah beliau, Pro Mahasiswa merasakan selaku mahasiswa yang matang, Pro Aspirasi perlu berani tampil ke medan hujah dengan memberi tumpuan kepada isu kebebasan akademik sebagai fokus yang perlu dicanai secara ilmiah. Katanya, Pro Aspirasi tidak seharusnya berdiri atas sentimen simpati kepada Perdana Menteri semata-mata tanpa ada hujah yang mendokong sentimen tersebut. Beliau berkata, bantahan Pro Aspirasi kepada Datuk Saifuddin Abdullah juga rasanya mereka lakukan tanpa pertimbangan yang jelas kerana individu yang dibantah tersebut selama ini banyak memikul beban kegagalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menangani isu autonomi universiti. Jika ingin disenaraikan, ujarnya Tun Mahathir Mohamed, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Khaled Nodin merupakan pihak yang perlu bertanggungjawab dalam krisis autonomi universiti. Namun, katanya individu-individu tersebut selesa berlindung di sebalik keterbukaan Saifuddin Abdullah. Menurutnya lagi, Pro Aspirasi juga perlu faham sekiranya isu autonomi universiti dan kebebasan akademik diselesaikan segera, segala pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak akan terjadi. Oleh itu, ujarnya Pro Aspirasi seharusnya turut memberi fokus kepada isu autonomi universiti bagi mencari penyelesaian yang komprehensif. “Oleh itu, Pro Mahasiswa mengulangi pelawaan untuk menjemput pimpinan Pro Aspirasi khususnya saudara Mohd Shahar Abdullah ke meja debat bagi mencari solusi yang terbaik terhadap konflik autonomi universiti yang sedang berlaku,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7166-pro-aspirasi-perlu-berani-ke-meja-debat
Selamatkan Felda, PM perlu bertanggungjawab |
Eikhwan Ali |
Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan 905,448 hektar, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak supaya YAB Perdana Menteri membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Sdn. Bhd. (FGVH) di Bursa Malaysia. GAMIS berpendirian tindakan tersebut adalah suatu tindakan yang sangat merugikan. Hal ini bakal berlaku melalui perjanjian pajakan 99 tahun antara Felda Holding Berhad (FHB) dan FGVHB kerana FHB telah bersedia untuk memajak tanahnya seluas 360,000 hektar kepada FGVHB sedangkan syarikat itu tiada hak ke atas tanah tersebut dan 500,000 hektar tanah yang dimiliki oleh peneroka. Dalam rekod, FGVH hanya memiliki 42 ribu hektar tanah dan penyenaraian ini akan menyaksikan penyusutan saham Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) dalam anak-anak syarikat FHB susut kepada 30% sahaja dan baki 70% lagi akan didagangkan kepada pelabur luar. Di samping itu, ahli-ahli KPF bakal kehilangan majoriti 55% dalam saham FHB selain pendapatan RM 2 billion FELDA bakal menjunam kepada RM508 juta. GAMIS membantah penyenaraian tersebut kerana : FGVH yang mempunyai rekod prestasi buruk (mengalami kerugian dan menanggung hutang) sudah pasti tidak mampu memberikan pulangan yang lebih baik kepada peneroka. Penyenaraian tersebut yang akan membuka ruang kepada orang luar (bukan bumiputera) menjadi pemegang saham akan menjejaskan kepentingan hak Melayu ke atas Felda. GAMIS juga berpandangan, penyenaraian di Bursa Malaysia yang kononya bertujuan untuk menarik pelabur bagi menambah modal adalah tidak tepat pada keadaan ekonomi sekarang yang berkemungkinan besar akan mengorbankan kepentingan peneroka. ‘Durian runtuh’ yang ditawarkan kepada peneroka adalah keuntungan yang bersifat jangka pendek. Isu jangka panjang yang lebih besar ialah kemampuan FGVH untuk bersaing dengan syarikat gergasi yang lebih senior di peringkat global. Berkenaan dengan isu yang melanda KPF pula, GAMIS menuntut daripada Perdana Menteri atau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri beberapa penjelasan berikut : KENAPA Tan Sri Isa Samad yang bukan peneroka FELDA atau keluarga peneroka atau kakitangan FELDA dan juga belum genap dua (2) tahun menjadi ahli KPF dilantik sebagi Pengerusi KPF sedangkan ia bertentangan dengan Undang-Undang Kecil KPF dan Seksyen 43 Akta Koperasi 1993. KENAPA Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah FELDA untuk membincangkan perlantikan Tan Sri Isa Samad diadakan pada (25 Ogos 2011) ketika ketiadaan Dato’ Zulkifli Abd. Wahab yang sedang menunaikan umrah. KENAPA Dato’ Zulkifli Abd. Wahab disingkirkan sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau dilantik secara sah melalui Mesyuarat Agung KPF 2011. KENAPA Dato’ Zulkifli Abd. Wahab diarah bercuti dalam tempoh 6 hingga 9 bulan bermula 25 November 2011 yang lalu. KENAPA Perdana Menteri campur tangan dalam hal ehwal dalam KPF yang mempunyai undang-undangnya sendiri dan tertakluk kepada Akta Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Persoalan-persoalan di atas memperlihatkan seolah-olah terdapat konspirasi tertentu yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Keadaan ini sekiranya tiada penjelasan dan tidak diselesaikan segera akan menyebabkan keadaan bertambah buruk jika penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia diteruskan. GAMIS menuntut supaya : Mahkamah menghalang Mesyuarat Agong Khas KPF yang dijadualkan akan berlangsung pada 5 Januari 2012 daripada diadakan bagi menyekat pelupusan pegangan saham ahli KPF kepada FGVH dilakukan. YAB Perdana Menteri membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menentukan status sebenar Tan Sri Isa Samad dalam KPF. Sekiranya tiada penjelasan diberikan dan tuntutan tidak dilayan, GAMIS akan menggerakan mahasiswa, khususnya dikalangan anak-anak FELDA, untuk bertindak sebagai third force dengan menterjemahkan bantahan dan kekecewaan mereka terhadap kerajaan melalui kertas undi dalam Piliharaya Umum yang akan datang. Eikhwan Ali Naib Presiden GAMIS Bahagian Koporat dan Antarabangsa |
http://bm.harakah.net.my/index.php/letter/7206-selamatkan-felda-pm-perlu-bertanggungjawab
Adam Adli tekad perjuang kebebasan mahasiswa |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 24 Dis: Walaupun ditekan hebat termasuk menerima ancaman ugutan bunuh, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini. Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini. Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini. "Kini para mahasiswa sudah tidak lagi boleh bersabar dengan kongkongan kerajaan terhadap kami. Kerajaan yang memerintah tidak selamanya boleh bertindak sesuka hati terhadap mahasiswa dan menzalimi rakyatnya," katanya. Bercakap kepada Harakahdaily pada satu pertemuan eksklusif sekitar 10 minit selepas memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, semalam, (gambar) beliau mengakui tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh kesedaran dan mempunyai mesej jelas mengenai perkara itu. "Saya tidak bermaksud untuk menghina. Tetapi itulah mesej kami. Sebab itulah bendera itu pun hanya saya turunkan sekejap sahaja, tak sampai pun lima minit dan kemudian saya naikkan kembali dengan baik," jelasnya. Semua pihak, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sewajarnya memutarbelitkan kenyataan serta membuat fitnah kepada beliau dan rakan-rakannya yang lain. "Kalau saya dan rakan-rakan saya tak naikkan kembali bendera Perdana Menteri yang kami turunkan itu, lainlah pula ceritanya," ujarnya. Namun, dengan hanya menurunkan bendera tersebut dalam tempoh kurang lima minit, beliau berharap agar mesej protes mahasiswa berhubung perkara itu dapat dibaca dengan baik oleh pihak kerajaan. Beliau bagaimanapun amat kesal kerana tindakan mereka itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga mengaitkannya dengan jenayah, walaupun ia jelas bukan jenayah. Malah tindakan tersebut selaras dengan amalan demokrasi di negara ini yang memberikan kebebasan berhimpun secara aman dan bersuara kepada rakyat, termasuk di kalangan mahasiswa, seperti yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Di mana-mana negara sekalipun yang mengamalkan demokrasi di dunia ini, terutama di negara-negara maju, suara mahasiswa tidak akan disekat. Katanya, malah suara mahasiswa diakui mempunyai kuasa tersendiri dan perlu didengari serta dihormati kerana para mahasiswa juga mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya bagi kepentingan agama dan tanah air. "Malaysia yang berada di bawah pemerintahan BN dan sedang menuju ke arah negara maju, bagaimanapun menafikan suara dan hak mahasiswa. Inilah yang amat dikesali oleh kami," ujarnya. Beliau berharap agar siri-siri protes yang dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya yang bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan lain-lain badan akan mengubah dasar kerajaan terhadap mahasiswa. "Pada kami, Auku bukan perlu dipinda, tetapi dimansuhkan. Jika kerajaan tetap enggan mendengar desakan kami, kami tidak akan berdiam diri, malah terus berjuang dan mengadakan pelbagai kempen mengenainya, selaras dengan hak kami dan rakyat negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya. Para mahasiswa yang berada dalam kumpulan Pro Mahasiswa, tambahnya, berbeza dengan mereka yang berada dalam kumpulan Pro Aspirasi, malah mereka tidak akan berganjak dari matlamat perjuangan mereka walaupun akan digula-gulakan oleh para pemimpin Umno atau BN. Beliau bersyukur kepada Allah kerana tidak berkeseorangan dalam perjuangan itu, malah disokong penuh oleh rakan-rakan pelajarnya yang lain serta lain-lain pihak yang sedar dengan hak masing-masing di tanah air sendiri. "Kita rakyat Malaysia atau warganegara Malaysia mempunyai hak ke atas negara ini dan berhak bersuara demi kepentingan agama dan negara. Janganlah lagi hak kami itu dinafikan oleh kerajaan yang memerintah sekarang," tegas beliau. Sebelum itu, beliau dengan ditemani rakan-rakannya dalam SMM telah memberikan keterangan selama sejam bermula jam 11.00 pagi kepada pihak polis, berhubung laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Tun H.S Lee, Isnin lalu membabitkan kes ugutan bunuh terhadapnya. Sebaik selesai memberikan keterangan kepada ASP Anan, beliau terus diserbu oleh pihak media termasuk dari dalam dan luar negara, bagi mengetahui perkembangan terkini mengenainya untuk dikongsi bersama segenap anggota masyarakat terutama di negara ini. Walaupun banyak syarikat penerbitan yang ingin mengadakan temubual eksklusif dengannya terutama pada hari itu, tidak kesemuanya dapat dipenuhi kerana kesuntukan masa, lebih-lebih lagi setelah azan dari masjid-masjid hampir berkemundang bagi memanggil umat Islam menunaikan solat Jumaat. "Masa dah terlalu suntuk untuk solat Jumaat. Kalau Harakahdaily ingin mengadakan juga temubual eksklusif hari ini, hanya sempat sekitar 10 minit sahaja," jelasnya sambil menyeka peluh yang memercik di dahi kerana cuaca panas dan kesibukannya melayani pelbagai pertanyaan para wartawan yang telah menunggunya hampir dua jam di IPD Polis Dang Wangi semalam. |
Antara Adam Adli dan 'panglima ludah' |
Syad Adzman |
Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik. Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya: Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada SUHAKAM dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal. Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah. Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya. Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini. Teguran buat Adam Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka. Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat. Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri. Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan ‘rumah’ UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada. Teguran buat penyokong kerajaan Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa. Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian! Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai ‘panglima’? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati? Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional. Tetapi sayang, golongan ‘panglima‘ ini lebih berminat menggunakan ‘ludah’ berbanding teguran yang membina dan bermanfaat. Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan menbakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja? Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Disember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan, petunjuk dan rahmat Allah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7212-antara-adam-adli-dan-panglima-ludah
Reezal Merican dituntut mohon maaf 24 jam |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa. Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu. Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas). Katanya, realiti sebenarnya, bendera Perdana Menteri hanya diturunkan dalam tempoh masa kurang lima minit dan kemudian dinaikkan semula dalam keadaan baik. "SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno terlalu dangkal kerana hanya bersifat sentimen sokongan terhadap Perdana Menteri. "Kenyataan mereka itu tanpa mengulas langsung mengenai kebebasan akademik yang diutarakan oleh mahasiswa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini. Sementara itu, tegasnya, SMM mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mengancam dan mengugut Adam Adli berikutan protes yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri. SMM melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan menyalahi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, SMM menghormati hak setiap pihak untuk mengkritik dan bersuara namun perbuatan mengugut sehingga ancaman bunuh bukanlah perkara yang wajar dan hanya mengeruhkan keadaan. "SMM khususnya Adam Adli tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri walaupun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terus memberi ugutan dan ancaman. "Hal ini kerana tindakan menurunkan bendera PM pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh sedar dan didasari dengan mesej yang jelas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya. SMM, tambahnya, menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pihak yang mengugut Adam dengan ancaman bunuh bagi memelihara suasana demokrasi negara agar sentiasa dipagari kedaulatan undang-undang. Sidang media itu diadakan selepas beliau menemani Adam memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selama sejam. Turut menemani Adam, peguam Fadiah Nadwa dan pemimpin Bebas. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7193-reezal-merican-dituntut-mohon-maaf-24-jam
Sidang Media 1 :
http://www.youtube.com/watch?v=7-7fDYOrFPw&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&index=2&feature=plcp
Sidang media 2 :
http://www.youtube.com/watch?v=eykBf4qfZ4s&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&index=1&feature=plcp
Mahasiswi turut kecam kebiadaban tentera Mesir |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) dalam satu kenyataan hari ini turut menyatakan kecaman terhadap tindakan tentera Mesir yang bertindak kejam terhadap wanita yang menyertai bantahan di negara itu baru-baru ini. Melihat ianya sebagai tidak berperikemanusiaan, biadap dan menghina wanita, pengerusinya Rohayu Rusli berkata tindakan tentera itu juga telah 'melukakan' revolusi rakyat di negara itu. "Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. "Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkan larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya," katanya. Dalam siri bantahan minggu lalu, satu insiden berlaku membabitkan sekumpulan askar yang menarik rambut para pembantah wanita, memijak-mijak mereka dan menanggalkan pakaian salah seorang daripada mereka. Insiden itu mencetuskan kemarahan wanita bukan sahaja di negara itu malah seluruh wanita di negara Islam lain. Ekoran itu juga lebih 10,000 wanita Mesir turun ke jalanan sebagai membantah tindakan biadap dan kejam tentera itu sejak beberapa hari lalu. Mereka berarak ke kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang memerintah Mesir supaya meletak jawatan. Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Mengulas lanjut insiden itu, Rohayu mahu semua wanita bangkit menyatakan bantahan terhadap kebiadaban tentera Mesir itu. "Sigma menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. "Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita. "Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya," katanya |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7222-mahasiswi-turut-kecam-kebiadaban-tentera-mesir
Menilai tindakan ke atas Adam Adli |
Syad Adzman |
Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik. Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya: Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada Suhakam dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal. Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah. Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya. Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini. Teguran buat Adam Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka. Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat. Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri. Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan ‘rumah’ UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada. Teguran buat penyokong kerajaan Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa. Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian ! Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai ‘panglima’? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati? Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional. Tetapi sayang, golongan ‘panglima ‘ ini lebih berminat menggunakan ‘ludah’ berbanding teguran yang membina dan bermanfaat. Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan membakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja? Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Disember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan , petunjuk dan rahmat Allah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/7261-menilai-tindakan-ke-atas-adam-adli
Pemimpin kanan PAS alu-alukan Aziz Bari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Para pimpinan kanan PAS mengalu-alukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) jika beliau berhasrat menyertai dan aktif dalam PAS. Dua Naib Presiden PAS yang dihubungi, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS mengalu-alukan Aziz Bari dan menganggap beliau bakal menjadi satu nilai tambah untuk PAS. Pemuda PAS dalam kenyataannya sebelum ini mempelawa Dr Aziz menyertai PAS selepas menamatkan kerjayanya di kampus itu hujung bulan ini. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Hiss, melalui PAS, Abdul Aziz boleh mempraktikkan ilmunya sebagai Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Negara di dalam membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat mengikut permahaman yang sebenar. "Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini. "Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar," katanya. Malah ujarnya, ilmu dan kepakaran Abdul Aziz amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acap kali menjadi satu pertikaian. "Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh beliau akan terus terpelihara kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggumbal perundangan itu sendiri. "Kami yakin dengan pilihan beliau di dalam memilih pentas politiknya selepas tidak lagi berkhidmat sebagai pensyarah ketika ini. Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," katanya. PAS ujarnya menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak malah sangat menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini. Mahfuz Omar berkata, pintu untuk sesiapa menyertai PAS sentiasa terbuka, apatah lagi untuk orang seperti Aziz Bari untuk terlibat secara langsung ke arah membantu membangnkan negara bersama PAS. "Kalau itu menjadi hasrat beliau, saya sangat-sangat mengalu-alukan beliau bersama PAS," kata Mahfuz. Salahuddin Ayub pula berkata, beliau yakin Aziz Bari seorang tokoh yang boleh menilai sendiri parti mana yang beliau nak. "Kalau dia menyertai PAS, itu suatu nilai tambah yang sangat besar kepada PAS," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7278-pemimpin-kanan-pas-alu-alukan-aziz-bari-
Tekanan kepada mahasiswa atas kehendak Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa. Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak. “Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual. “Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono. Katanya, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus. “Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7286-tekanan-kepada-mahasiswa-atas-kehendak-umno
Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diajak berjuang untuk menghapuskan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku). Demikian gesaan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor yang melihat Aspirasi akhir-akhir ini semakin lantang bersuara dengan mempamerkan diri sebagai kumpulan penyokong Umno. Baginya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin terdesak yang mana kekuatan kepada jentera Pemuda Umno sudah terhakis dengan adegan-adegan kurang matang ahli Umno. Beliau berkata, politik ludah dan politik lucah hanya semata-mata peluru mereka, ketajaman para pemuda dalam Umno sudah tumpul, mereka tidak lagi menjadi harapan Umno. Maka, katanya Aspirasi penjuru terakhir untuk menarik golongan anak muda. "Saya kira Aspirasi seolah-olah 'lembu ditarik hidungnya', sangat jelik apabila mereka menganjurkan demonstrasi untuk membantah demonstrasi. “Jika benar kalian perjuangkan keamanan dan keadilan, ayuh bersama-sama kita berjuang mansuhkan Auku, hapuskan akta-akta 'rimba', jangan jadi orang suruhan," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau juga mencabar pengerusi Aspirasi untuk mengemukakan hujah bernas berteraskan ilmu, apakah kesalahan Adam Adli kerana mereka mengecam pula himpunan membebaskan mahasiswa UPSI itu. Justeru, katanya jangan memberi hujah 'atas angin' kerana tiada dalam mana-mana peraturan mengatakan bahawa menurunkan bendera (gambar PM) dengan sengaja adalah bersalah. “Jika mahu bercakap soal adab dan akhlak, saya minta anda semua turun ke medan lapangan mahasiswa dan anak muda. Di sana masih ramai dahagakan adab dan akhlak daripada anda. “Paling penting, lihat ahli anda dahulu, apakah mereka sudah cukup beradab dan berakhlak dalam agama. “Mahasiswa bawahan sangat perlukan tunjuk ajar untuk mendayung sampan di laut, bukan doktrin Umno anda!" katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru Aspirasi supaya berubah. "Ayuh Aspirasi, sudah tiba anda berubah. Jika benarlah perjuangan anda adalah menuntut keadilan dan keamanan, bukan kerana Umno. “Saya menyeru kalian semua untuk bersama-sama Gamis, PKPIM, Kami, Dema, LMP dan sebagainya dalam satu solidariti yang kukuh, bebas daripada mana-mana anasir parti. Turun bersama menyokong kebebasan Adam Adli, bukan mengampu pihak atasan," ujarnya. Tegasnya lagi, sudah sampai masanya untuk anak muda berada dalam satu kumpulan yang kukuh, memahami tuntutan mereka terhadap negara dan menjadi golongan third force dalam menyemak dan imbang pentadbiran negara Malaysia, bukan menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tertentu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7316-ayuh-aspirasi-bergabung-jangan-jadi-orang-suruhan
2012: Sigma edar 2,012 bunga ros kepada wanita |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Menjelang tahun baru 2012, Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) hadir dengan harapan baru buat wanita Malaysia dengan tema ‘Keunggulan Buat Wanita’ dan‘Selamatkan Wanita’. Pengerusinya, Rohayu Rusli berkata, Sigma bersama seluruh pengerusi Hal Ehwal Wanita dan mahasiswi setiap kampus akan turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 1 Januari 2012 untuk mengedarkan 2,012 kuntum bunga ros berwarna putih dan pink kepada seluruh wanita yang ada di situ. Katanya, edaran bunga ros itu adalah simbolik kepada harapan besar daripada Sigma kepada seluruh wanita Malaysia. Tambah beliau, ia merupakan simbolik kepada kebangkitan wanita di Malaysia khususnya wanita muda Malaysia. Katanya, ia juga membawa satu mesej yang jelas bahawa rakyat negara ini menginginkan wanita Malaysia ini unggul dilihat sebagai seorang wanita yang punyai jati diri dan prinsip yang utuh. “Kita juga mengharapkan tahun 2012 yang bakal tiba ini memberi sinar baru buat wanita yang jauh daripada sebarang eksploitasi yang merendahkan martabat wanita” “Jom bersama Sigma, turun ke Dataran Merdeka jam 10.00 pagi Ahad ini dengan tema “Keunggulan buat Wanita” dan jangan lupa berpakaian tema putih dan pink,” jelasnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7321-2012-sigma-edar-2012-bunga-ros-kepada-wanita
Protes Auku: 17 ditangkap, 2 parah |
Harakahdaily |
TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka. Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU. Beliau kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River. Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke Balai Polis Tanjung Malim. Dalam satu respons segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi. "Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengah hari ini agar semua tahanan itu dibebaskan. "Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden Gamis yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily. Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut. "Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. "Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya. Harakahdaily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7328-protes-auku-17-ditangkap-2-parah
PMUKM bantah polis belasah mahasiswa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memandang serius tindakan Federal Reserve Unit (FRU) dalam menangani isu yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi tadi. PMUKM dalam satu kenyataan pagi ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan FRU membelasah mahasiswa dalam menyuraikan perhimpunan di UPSI. Pengerusi Bebas, Safwan Anang dilaporkan kritikal dan beberapa mahasiswa lain yang turut tercedera dengan tindakan zalim pihak polis. “Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat,” tambah kenyataan itu kepada Harakahdaily. Sekalipun himpunan itu dilihat sebagai satu perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan dalam menangani himpunan itu kerana mereka hanya berdepan dengan mahasiswa dan bukannya penjenayah bersenjata. Tambahnya, tindakan yang diambil pada waktu kejadian seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak seolah-olah tiada jalan lain dalam menangani himpunan tersebut. Ini sama sekali tidak sesuai dilakukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Menurut PMUKM lagi, sikap double standard polis juga terlihat apabila sebelah pihak yang menyokong kerajaan membuat demostrasi di Putrajaya pada 21 Disember baru-baru ini tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya kekerasaan diperlakukan kepada mahasiswa yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan,” ujar kenyataan.
Oleh itu, PMUKM mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Rabusupaya bertanggungjawab atas tindakan kejam pihak polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di UPSI pada awal tahun baru 2012.
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7329-pmukm-bantah-polis-belasah-mahasiswa
PKR tuntut Hisham, KPN beri penjelasan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PKR mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara ganas pada awal pagi ini.
Pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli.
Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik. Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai. Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River. Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.
Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..
Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis.
“Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik,” katanya kepada Harakahdaily. Justeru, beliau berharap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan. “Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan agenda transformasinya tidak membawa sebarang makna,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7330-pkr-tuntut-hisham-kpn-beri-penjelasan
Apapun berlaku, perjuangan mansuh Auku diteruskan |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden menyelar tindakan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia yang telah bertindak ganas sewaktu Himpunan Menuntut Kebebasan Berakademik (Bebas) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di awal sambutan tahun baru. Presiden Gamis yang dihubungi pagi ini menjelaskan tindakan pihak polis jelas membuktikan suara mahasiswa ingin dikuburkan oleh rejim kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tambah beliau lagi, sepatutnya pihak berkuasa khususnya polis harus bertindak dengan lebih profesional, bukannya menggunakan kekerasan melampau apatah lagi himpun tersebut berlangsung dengan aman.
"Gamis akan bersama seluruh mahasiswa sama sekali tidak akan berundur bahkan akan terus mara memperjuangkan mansuhnya Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan akta seumpamanya.
"Himpunan dijalankan secara aman, malah kerjasama baik diberikan oleh mahasiswa tanpa ada provokasi liar, tetapi pihak polis menggunakan kuasa mereka untuk bertindak melebihi dari sifat keperimanusiaan. "Kita mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan serta menuntut pembebasan segera ke atas semua mahasiswa yang ditahan dan mesti bertanggungjawab ke atas mangsa kekejaman tersebut," jelasnya.
Sebelum itu, Pengerusi Bebas, Safwan Anang dimasukkan ke hospital kerana dipijak oleh polis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala dah dijahit.
Dilaporkan lebih 20 orang mahasiswa lain di tahan di Balai Polis Tanjung Malim termasuk aktivis Mahasiswa, Adam Adli. Dimaklumkan lebih kurang 100 orang anggota polis dan FRU berada di UPSI bagi menghalang himpunan tersebut. Dalam pada itu, mahasiswa telah mula berhimpun di Stesen Komuter Tanjung Malim sejak awal pagi tadi bagi mendesak agar mereka yang ditahan di bebaskan segera. Akram Ikrami menjelaskan walau apa jua tindakan dikenakan terhadap Bebas, desakan agar memansuhkan Auku tetap diteruskan, malah apa yang berlaku sekarang adalah sebagai cabaran kepada mahasiswa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7334-apapun-berlaku-perjuangan-mansuh-auku-diteruskan
Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini. 17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River. Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF). Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan. Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi. Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7344-insiden-upsi-kesemua-mahasiswa-dibebaskan
Insiden UPSI: Safwan akan ambil tindakan mahkamah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya. Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat, lapor The Malaysian Insider. “Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri. “Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.
Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.
“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7366-insiden-upsi-safwan-akan-ambil-tindakan-mahkamah
Ameerah kecewa polis 'lempar batu sembunyi tangan' |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Ameerah Malaysia mengecam kesal cara pihak polis dalam menangani kumpulan mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) semalam. Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, tragedi berdarah 1 Januari 2012 itu dianggap detik paling hitam kepada seluruh dunia akademik dan sistem demokrasi di negara ini. Katanya, apapun alasan yang diberi oleh pihak polis, sebetulnya hanya sekadar helah bagi menutupi apa yang telah mereka lakukan terhadap golongan anak muda yang sekadar hadir untuk menuntut kebebasan akademik tanpa membawa apa-apa senjata jauh sekali untuk dilabel sebagai penjenayah. “Tindakan pihak polis menahan 17 orang mahasiswa termasuk seorang pelajar perempuan melebihi 12 jam juga melambangkan sikap ‘double-standard’ yang diamalkan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Sedangkan, katanya sedari awal perhimpunan aman itu, beberapa orang mahasiswa telah mengisytiharkan bahawa mereka bukan mahu bermusuh dengan pihak polis malah telah berterima kasih atas kawalan yang dibuat ke atas mereka. Katanya, kenyataan pihak polis yang mengatakan kecederaan yang dialami oleh dua orang siswa dalam peristiwa itu akibat ‘rempuhan sendiri’ ke klinik berhampiran, langsung tidak masuk akal dan jelas menunjukkan pihak polis tidak mahu bertanggungjawab dan mengambil sikap ‘lempar batu sembunyi tangan’. Menurutnya, hasil maklumat yang diterima secara jelas menunjukkan pihak polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan melakukan kekerasan terhadap golongan anak muda mahasiswa. Justeru, katanya Ameerah Malaysia menuntut satu siasatan menyeluruh dilakukan oleh terhadap pihak polis yang terlibat juga meminta Kementerian Dalam Negeri bertangungjawab sepenuhnya dalam peristiwa berdarah itu. “Ameerah juga melahirkan rasa kekecewaan yang teramat terhadap pihak polis dan peristiwa itu juga sememangnya telah menghakis kepercayaan anak muda terhadap Polis DiRaja Malaysia,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7365-ameerah-kecewa-polis-lempar-batu-sembunyi-tangan
Mahasiswa dakwa dikata 'bodoh macam lembu' |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: 17 orang mahasiswa yang ditahan pada Himpunan Kebebasan Akademik (Bebas) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam kelmarin, amat kesal dengan layanan pihak polis terhadap mereka sehingga mereka dikatakan 'bodoh macam lembu'. Selain itu, mereka juga dimaki hamun oleh pihak polis dengan berbagai-bagai kata-kata lain yang amat menyakitkan hati antaranya termasuk "mahasiswa bodoh", "tak ada otak" dan "balaci". Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, kata-kata seperti itu bukan sekali dilontarkan oleh pihak polis terhadap mereka, malah berkali-kali sepanjang berada dalam tahanan, terutama ketika proses soal siasat. Menurutnya, sebelum itu mereka telah pun berhadapan dengan tindakan kekasaran pihak polis ketika menangani perhimpunan itu sehingga menyebabkan beberapa orang rakannya mengalami kecederaan. Katanya, ketika tangkapan dilakukan pula, mereka dilayan seperti penjenayah dan turut digari serta dimasukkan ke dalam kenderaan polis dengan kasar. "Patutkah polis memperlakukan kami seperti itu? Patutkah kami dimaki hamun seperti itu, digari dan dilayan seperti penjenayah, sedangkan kami bukan penjenayah," katanya yang juga salah seorang pelajar yang ditahan ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Sambutan ketibaan tahun baru 2012 malam kelmarin dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka pada perhimpunan aman di hadapan UPSI. Dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah. Beliau dilaporkan patah tulang rusuk, patah gigi geraham terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Slim River. Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul. Selain itu, 17 mahasiswa lain ditahan dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River. Antara mereka yang ditahan sekitar jam 4 pagi itu termasuk Ahmad Syukri Abd Razab; pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden SMM, Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath. Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 4.00 petang semalam dengan dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF). Menurut Ahmad Syukri, tindakan kekasaran pihak polis terhadap mereka itu jelas menunjukkan sikap sebenar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein yang langsung tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman dan hak mahasiswa untuk menyatakan pandangan. "Tindakan sedemikian ke atas kami tidak akan berlaku jika tidak dengan persetujuan Datuk Hishammuddin yang bertanggungjawab terhadap polis sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri," tegasnya. Beliau juga amat kesal dengan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana terus gagal melakukan perubahan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi kebebasan mahasiswa dan pemansuhan Auku, sehingga memaksa mahasiswa mengadakan perhimpunan seperti itu bagi menyatakan pandangan mereka. "Saya juga amat kesal dengan tindakan Datuk Hishamuddin, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, pihak polis dan kerajaan yang jelas bersikap double standard ke atas kami, apabila pihak Umno dan Perkasa yang telah melakukan perhimpunan di hadapan UPSI sebelum ini tidak pula dilayan seperti kami. "Malah perhimpunan daripada pihak Umno dan Perkasa itu ditangani dengan cukup lunak dan diberikan kerjasama yang cukup baik oleh pihak polis," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7357-mahasiswa-dakwa-dikata-bodoh-macam-lembu
Insiden UPSI: Umno BN mesti berundur |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN mesti berundur. Demikian ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal pagi semalam.
“Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat.
“Kami akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. Umno BN mesti berundur, mereka sudah tidak layak lagi mentadbir Malaysia dengan prestasi yang sangat buruk,” ujarnya kepada Harakahdaily. Mengenai insiden yang berlaku itu, beliau berkata, Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan mesti bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku itu. Justeru, katanya mahasiswa desak agar Ketua Polis Perak itu membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota beliau yang memukul dan menerajang peserta demonstrasi. Katanya, Shukri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan nafi berhubung dengan kejadian yang berlaku, yang menjelaskan lagi sifat tidak profesional pihak PDRM bekerja. Menurutnya, mahasiswa bukan golongan penjenayah, mahasiswa hadir hanya berbekalkan suara dan kain rentang, pihak polis tidak wajar membuat kekerasan sedemikian Selain itu juga, ujarnya mahasiswa mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas khususnya dan juga seluruh mahasiswa Malaysia umumnya atas kekasaran anggota polis itu. “ Amaran keras kepada pentadbiran Malaysia, bahawa kecaman dan kekerasan yang dibuat oleh pihak polis tidak lagi menjadi halangan bagi seluruh mahasiswa bahkan ia menambahkan lagi semangat kami untuk terus bersatu dalam membebaskan mahasiswa daripada belenggu kezaliman,” tegasnya. Beliau menambah, perjuangan mahasiswa menuntut kebebasan akademik juga akan terus membara di seluruh pelosok negara dan tidak sekali-kali akan terhenti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7358-insiden-upsi-umno-bn-mesti-berundur
Jangan jadi seperti orang suruhan Umno |
Aslani M |
KOTA BHARU, 2 Jan: Apakah menyampaikan maklumat berkenaan isu semasa kepada rakyat dianggap salah, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Rusdi Mohd Zain. Sedangkan kata beliau Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai pelbagai media termasuk dibiayai dana rakyat bagi menyampaikan propaganda mereka kepada rakyat. ”Tidak masuk akal kalau difikir secara matang apabila anggota AMK mengedar risalah isu semasa termasuk berkaitan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat mengikut Seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak. ”Bagaimana penyebaran video lucah oleh blogger Papagomo. Mengapa tidak diambil apa-apa tindakan, sedangkan kami sekadar membawa risalah terus ditahan,” katanya di sini. Sabtu lalu Ketua AMK negeri, Mohd Azihan Che Seman ditahan bersama tiga lagi di sekatan jalan raya di Kuala Krai kerana memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan liwat II. Mereka ditahan ketika menyertai konvoi penerangan AMK yang bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dalam perjalanan menuju ke Gua Musang. Satu kumpulan lagi dikepalai Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh pula ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar. Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pengedaran risalah terbabit. Rusdi berkata, AMK kecewa tindakan polis menahan anggota KeADIlan Kelantan yang menyertai program jelajah bagi menjelaskan isu semasa kepada rakyat. “Adakah usaha itu merupakan satu kesalahan. Penahanan Ketua AMK dan anggota PKR semasa perjalanan ke Gua Musang tidak manasabah. ”Apakah membawa risalah Datuk Seri Anwar menjadi satu kesalahan serius. Kami minta pihak berkuasa keselamatan jangan menjadi seperti orang suruhan Umno,” ujarnya. Oleh itu menurutnya biar pun cuba dihalang AMK tetap meneruskan perjuangan menuntut keadilan untuk rakyat. |
Papisma mohon polis bersikap profesional |
Dr Awisul Islah Ghazali, Presiden Papisma |
Sekali lagi negara dikejutkan dengan tindakan kekasaran yang tidak seharusnya dilakukan oleh pihak polis ke atas seorang pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) apatah lagi ianya berlaku di permulaan tahun baru masehi ketika seluruh rakyat Malaysia menanam azam dan cita-cita ke arah kebaikan dan kejayaan untuk diri dan keluarga.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) merakamkan rasa dukacita, kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang Talib yang dilaporkan patah tulang rusuk akibat tindakan pihak polis, manakakala beberapa orang lagi cedera hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang disertai tidak sampai 100 orang di hadapan UPSI yang tidak langsung berunsurkan jenayah atau menimbulkan apa-apa bahaya kepada orang awam. Saat di mana beribu-ribu rakyat seluruh negara dibiarkan bermaksiat sepanjang malam menyambut pesta hedonism tahun baru, mengotori setiap ceruk negara bukan sahaja dengan sampah sarap bahkan akhlak hina, pihak bkuasa rela utk menafikan hak sekumpulan lagi rakyat Malaysia yg ingin berhimpun aman, tanpa apa sekelumit nilaian maksiat di bumi UPSI. Adakah ini definisi kebebasan bersuara di negara kita? Hak maksiat diraikan, hak bersuara dibisukan?
Apa yang dilakukan oleh pihak polis ini telah melanggar kebebasan hak asasi sebagai rakyat malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Perkara 10 Fasal (1) a dan b.
Pada pandangan kami ianya memalukan badan profesional dan penjawat awam di negara kita Malaysia.
Ia memberi gambaran seolah-olah para penjawat awam ini tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk melakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan adakalanya boleh bertindak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka.
Tambahan lagi orang yang dikasari adalah rakyat Malaysia sendiri yang sedang menuntut ilmu di menara gading pula, iaitu kelompok yang lebih banyak menggunakan minda daripada menggunakan kekuatan tulang empat kerat. Sebagai NGO Profesional, kami menyeru pihak polis agar lebih bersikap profesional dengan mengaku bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan segera memohon maaf kepada pihak mangsa, ibu bapa mangsa dan seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan mereka telah mencemarkan nama Malaysia di mata dunia apatah lagi setelah Perdana Menteri melaungkan transformasi ke arah kebebasan berhimpun serta slogan keramat yang didendangkan setiap hari, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7360-papisma-mohon-polis-bersikap-profesional
Pembina gesa hentikan keganasan |
Aizuddin Khalid |
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merasa kesal dengan tragedi buruk yang berlaku antara polis dan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tg. Malim pada awal pagi 1 Januari 2012.
Difahamkan sekumpulan 60 mahasiswa telah berkumpul untuk membantah dan menyeru pemindaan AUKU serta menuntut pengguguran hukuman UPSI ke atas Adam Adli. Setelah diberi ruang untuk berucap, mahasiswa yang enggan bersurai dilaporkan telah berdepan dengan penahanan dan tindakan bersurai secara kasar oleh pihak polis. Akibat insiden tersebut, 2 orang dilaporkan cedera termasuk Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang, penganjur perhimpunan tersebut, manakala 17 lagi siswa ditahan di lokap dan kemudiannya dibebaskan petang tadi. PEMBINA berpendirian bahawa sebarang bentuk kekasaran atau reaksi melampau dari mana-mana pihak adalah tidak perlu dalam apa jua keadaan. Sebarang bentuk provokasi juga adalah tindakan yang tidak berhemah dalam keadaan demonstrasi yang cukup tegang. Dalam hal ini, UPSI sepatutnya mampu untuk berperanan lebih sebagai institusi pengajian tinggi yang matang, dimana pihak UPSI sepatutnya berinteraksi dan berunding dengan pelajar-pelajar ini dan tidak semata-mata berlepas tangan dengan menyerahkan urusan mereka kepada polis dan anggota keselamatan. Amat mengejutkan juga bahawa polis tergamak mengambil tindakan kasar ke atas mahasiswa yang akhirnya menyebabkan keadaan bertambah buruk. Tindakbalas ini bertentangan dengan peranan polis sebagai badan penjaga keamanan negara. Polis sepatutnya menggunakan kebijaksanaan dalam mengawal mahupun menghadapi kemarahan mahasiswa yang sedang berdemonstrasi, bukan bertindak ganas dan menghilangkan rasa hormat mahasiswa terhadap pihak berkuasa. Di samping itu, mahasiswa perlu sentiasa menjaga etika ketika melaungkan isu dan berdemonstrasi dan tidak sengaja menimbulkan provokasi terhadap polis yang boleh mengundang padah. Mahasiswa juga perlu menunjukkan kematangan dan bekerjasama untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Dalam kes ini, PEMBINA bersimpati dengan nasib mahasiswa yang terpaksa mengharungi peristiwa buruk ini lebih-lebih lagi pada malam tahun baru dan musim peperiksaan institusi pengajian tinggi. Selain itu, golongan politik diingatkan supaya tidak menjadi batu api dan mengambil kesempatan dalam kesucian perjuangan isu mahasiswa. Mahasiswa juga mesti bersikap bijak bagi mengatasi politik sentimen dan partisan agar tidak mudah diperkuda mana-mana pihak. Mahasiswa perlu membuktikan kematangan dan kesediaan mereka untuk berjuang dalam keterbukaan berpolitik sekiranya AUKU dipinda dengan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya provokatif dan sandiwara politik.PEMBINA juga ingin menzahirkan kerisauan ke atas peritiwa ini yang menunjukkan tanda-tanda mahasiswa mula mengadaptasi budaya "anti-establishment". Jika benar ini berlaku, ia adalah berita buruk, yang mana tidak kira siapa memerintah negara, jalanan akan dipenuhi dengan protes dan apa sahaja sistem yang dibuat akan sentiasa disanggah. Akibat paling buruk adalah umat Islam di Malaysia akan terus bertelagah. Tidak akan ada rahmat dalam tuntutan dan pergelutan akan menjadi norma. Oleh yang demikian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib menyiasat dan memperhalusi punca peristiwa berdarah ini. Mahasiswa perlu diberikan hak untuk menyatakan hujah mereka mengambil tindakan berdemonstrasi manakala pihak berkuasa juga perlu diberikan peluang untuk mempertahankan tindakan yang diambil terhadap kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi tersebut. Sekiranya terbukti mana-mana pihak bersalah dalam hal ini, tindakan perlu diambil mengikut peruntukan undang-undang. Rakyat Malaysia menuntut penjelasan di atas kejadian ganas ini, lebih-lebih lagi dalam semangat tahun baru dimana setiap warganegara mengharapkan negara yang lebih aman dan tenteram. Oleh itu, PEMBINA menyeru agar perkara ini tidak diperpanjangkan dan diselesaikan dengan cara yang baik, waras dan bertamadun. PEMBINA berpegang bahawa jalan yang aman perlu sentiasa diutamakan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sesama Muslim. Sentiasalah membuka pintu perbincangan kerana bersama musyawarah itu akan hadir rahmat Allah SWT yang mampu menyejukkan api kemarahan. Cabaran yang perlu dihadapi dalam memperjuangan bangsa, agama dan negara masih jauh dan panjang, dan sudah tentu golongan mahasiswa merupakan aset penting dalam melakar masa depan. Kita meyakini bahawa akhirnya Islam adalah penyelesaian yang terbaik, jauh lebih baik dari segala bentuk acuan perubahan yang disebarkan oleh Barat. "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [49:10] Penulis adalah Naib Presiden I Ketua Penerangan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7362-pembina-gesa-hentikan-keganasan
Pemuda PAS persoal siswa cedera buat sendiri |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini mengutus surat kepada Ketua Polis Negara sebagai menyatakan kekesalan terhadap insiden di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam ambang tahun baru lalu. Dalam surat kepada Tan Sri Ismail Omar itu, Naib Ketua DPPP, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mendakwa kecederaan beberapa Mahasiswa adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri. "Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri? "Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri dan mustahil juga seorang Mahasiswa pecah mulutnya dengan perbuatan sendiri," soalnya sambil menambah sepatutnya Ketua Polis Perak mengemukakan bukti atas tuduhan tersebut. Dalam insiden awal pagi 1 Januari lalu, dua mahasiswa dilaporkan cedera teruk ketika pihak polis cuba meleraikan Himpunan Kebebasan Akademik (Bebas) yang disertai kira-kira 70 mahasiswa si hadapan pintu masuk UPSI. Mereka adalah Muhammad Safuwan Anang dan seorang lagi Amar Rasyidi. Selain itu, 17 daripada mereka juga ditahan polis dan dibebaskan pada petang hari yang sama selepas diambil keterangan. Bagaiamanapun, ketua polis Perak pada satu sidang media menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan apatah lagi mencederakan mahasiswa tersebut. Menurutnya, kecederaan yang menimpa mahasiswa tersebut adalah akibat perbuatan mahasiswa itu sendiri. Mengulas lanjut, Raja Ahmad juga menasihatkan pihak polis agar jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan dirinya sendiri dalam insiden 'mata lebam' dan akhirnya terbongkar ianya dialkukan pihak lain. "Kami berharap tiada unsur ‘menipu’ di dalam insiden ini dan Polis perlu jujur di dalam menjalakan tanggungjawab yang diberikan. "Kami mendesak agar satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan di atas kenyataan penafian Ketua Polis Perak tersebut," katanya yang juga mahu Suruhanjaya Asasi Manusia (Suhakam) turut dilibatkan di dalam suruhanjaya itu. Himpunan ambang tahun baru itu adalah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7375-pemuda-pas-persoal-siswa-cedera-buat-sendiri
Tatatertib: Adam Adli bincang dengan peguam |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim belum memutuskan sama ada akan hadir atau tidak ke sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadapnya, 9 Januari ini. Adam sebaliknya berkata, beliau akan berbincang dengan pihak peguam sebelum membuat sebarang keputusan. "Saya akan bincang dengan peguam dahulu, belum ada keputusan rasmi setakat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) itu menerima notis tindakan tatatertib oleh UPSI berhubung tindakannya menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno, 17 Disember lalu. Adam menurunkan bendera muka Najib beberapa minit dengan menggantikannya dengan bendera Kebebasan Akademik selepas menyerahkan memorandum menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Ditanya pendiriannya berhubung notis tindakan tatatertib tersebut, Adam berkata, beliau bersedia "berlawan" dengan pihak pentadbiran UPSI kerana yakin tindakannya itu bukan satu jenayah. "Prinsip saya, saya akan terus lawan walau apa pun yang terjadi. Sama ada berdepan dengan HEP atau tidak, saya akan terus lawan," tegasnya yang turut ditahan polis bersama 16 yang lain selepas terlibat dengan demonstrasi di hadapan UPSI Sabtu lalu. Demonstrasi itu bagi mendesak Adam dibebaskan daripada sebarang tindakan tatatertib dan menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, notis tindakan tatatertib kepada Adam akibat penyertaannya dalam demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7376-tatatertib-adam-adli-bincang-dengan-peguam
Insiden UPSI: Bebas buat laporan polis |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak polis ketika menyuraikan himpunan kebebasan akademik di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Sabtu lalu. Laporan itu dibuat oleh Jurucakap Bebas, Haziq Abdullah Abdul Aziz di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang tadi. Dalam laporan berkenaan, Bebas mendakwa pihak polis melakukan provokasi dan memukul mahasiswa agar mereka bersurai, meskipun berkali-kali mereka memberi jaminan himpunan akan berlangsung aman. "Kami menyaksikan Safwan Anang mengadu kesakitan akibat ditumbuk dan dipukul sehingga cedera," kata Haziq dalam memetik laporan tersebut. Bercakap pada sidang media selepas laporan dibuat, Haziq berkata, Bebas menggesa soal siasat dan tindakan diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam insiden itu. "Kami mendesak tindakan diambil terhadap anggota polis berkenaan kerana kalau dibiarkan, kejadian sebegini akan terus berulang," kata beliau yang ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fitri. Sementara itu, Fadiah berkata, tindakan polis itu jelas berunsur jenayah kerana mahasiswa yang berhimpun tidak membawa sebarang senjata yang membahayakan. "Dari segi undang-undang, tindakan polis ini berunsur jenayah kerana mahasiswa dikasari, diterajang, ditumbuk sehingga cedera," katanya. Safwan yang terpaksa dirawat di hospital beberapa hari turut hadir memberikan sokongan bersama isterinya, Masturah Abu Bakar dan kira-kira 20 wakil daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Tuntut polis mohon maaf Sementara itu, Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) pada sidang media berlainan selepas itu mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak bertanggungjawab terhadap insiden yang disifatkan sebagai pencemaran imej polis. Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamuddin berkata, Gamis sekali lagi mendesak pihak polis membuat permohon maaf terbuka memandangkan tempoh 24 jam yang diberikan kepada mereka untuk berbuat demikiian telah berlalu. "Sebelum ini Gamis menuntut pihak polis membuat permohonan maaf segera tapi sampai sekarang belum dibuat. "Jadi sekali lagi kami tuntut mereka mohon maaf dan kami pandang serius perkara ini kerana melibatkan timbalan presiden Gamis sendiri, Safwan Anang," katanya. Pengerusi SMM, Ahmad Shukri Razab pula mengecam tindakan polis membuat penafian awal sedangkan siasatan belum pun dilakukan. "Polis awal-awal lagi nafi tiada kekasaran walaupun belum buat soal siasat lagi. "Kami juga kesal polis mengambil keterangan Safwan secara terburu-buru walaupun beliau masih belum pulih dan dipaksa mengaku cedera kerana terjatuh," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7384-insiden-upsi-bebas-buat-laporan-polis
Safwan buat laporan, dakwa dikasari polis |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang hari ini menafikan dakwaan pihak polis semalam kecederaan yang dihadapi beliau akibat dirinya sendiri. Safwan berkata, dakwaan polis itu ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam demonstrasi Bebas di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sabtu lalu itu. "Saya tegaskan, saya memang dikasari oleh polis pada malam itu. Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi dengan diiringi peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia. Dalam laporan itu beliau mendakwa dirinya ditumbuk dengan kuat di sebelah kiri mulutnya dan menyebabkan bibirnya berdarah. Beliau juga mendakwa dihentak dengan lutut dibahagian rusuknya. laporan polis tersebut dibuat bagi menuntut siasatan dijalankan ke atas insiden kekasaran tersebut khususnya anggota polis yang terlibat pada malam itu. "Saya percaya tindakan polis tersebut adalah merupakan satu kesalahan jenayah terhadap orang awam dan boleh disabitkan salah di bawah kanun keseksaan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Menurutnya lagi, akibat kekasaran itu beliau mengalami kecederaan di bibir dan mulut sakit di bahagian rusuk kanan sehingga terpaksa dirawat di hospital beberapa hari. Ada bukti rakaman Sementara itu, Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pihaknya mempunyai rakaman yang menunjukkan Safwan dikasari. Beliau juga mendakwa rakaman versi polis yang didedahkan hanya sebahagian sahaja. "Kita juga ada bukti rakaman menunjukkan Safwan dipukul dan Juham akan beri kerjasama kepada polis dalam sisatan nanti," katanya. Beliau juga berkata, soal Safwan lambat membuat laporan polis tidak timbul kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.. Turut bersama, peguam Mohd Khairudin Othman. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7419-safwan-buat-laporan-dakwa-dikasari-polis
Turun bendera PM: Adam adli beri keterangan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abdul Halim hari ini hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi susulan insiden beliau menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 18 Disember lalu. Adam yang merupakan penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemani peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri. Menurut Fadiah, polis memberitahu Adam Adli dipanggil kerana terdapat laporan polis yang telah difailkan terhadapnya. Bagaimanapun menurutnya, pegawai polis berkenaan tidak menyatakan asas mengapa Adam dipanggil dan enggan membenarkan beliau melihat laporan tersebut. “Apabila ditanya atas alasan apa anak guam saya dipanggil, pegawai ini berkata, Adam dipanggil di bawah Seksyen 504 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa menimbulkan sesuatu yang memecah belahkan keamanan dengan risikonya hukuman penjara dua tahun,” katanya kepada pemberita sebaik sahaja Adam selesai memberikan keterangan. Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan memorandum mengandungi bukti keganasan polis terhadap mahasiswa di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini. Keganasan itu didakwa dilakukan polis pada demonstrasi aman di hadapan UPSI, 31 Disember lalu, menuntut Adam tidak dikenakan tindakan tatatertib berhubung tindakan menurunkan bendera gambar Najib. Demonstrasi itu turut mendesak Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan. Polis didakwa mencederakan Pengerusi Bebas, Safwan Anang sehingga terpaksa dirawat di hospital. Seramai 17 mahasiswa ditahan pada malam tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7432-turun-bendera-pm-adam-adli-beri-keterangan
Komen dan Ulasan Prof Dr Abdul Aziz Bari tentang masa depannya :
http://www.malaysiakini.tv/video/22879/aziz-bari-masih-timbang-peluang-sertai-politik.html
Adam Adli digantung 3 semester
Harakahdaily, |
TANJUNG MALIM, 9 Jan: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.
"UPSI ada tiga pilihan, memberikan amaran, menggantung pengajian atau memecat Adam dari UPSI...nampaknya UPSI memilih hukuman pertengahan iaitu menggantung beliau tiga semester," kata sumber kepada Harakahdaily.
Pertuduhan tersebut berkait tindakan Adam Adli menurunkan bendera bergambar muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di bangunan PWTC, 18 Oktober lalu dan keterlibatannya dalam demonstrasi di hadapan UPSI, 31 Disember lalu.
Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.
Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.
Adam Adli, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) merupakan pelajar semester kelima dan berbaki satu semester pengajian.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan memfailkan kes penggantungan Adam Adli di Mahkamah Tinggi.

Sumber HD : 9/01/2012

Jingga 13 selar UPSI gantung Adam Adli
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Jingga 13 menyelar tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertindak menggantung Adam Adli selama lapan belas (18) bulan tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.
Jingga 13 dalam satu kenyataan hari ini merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka.
“Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas di sebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit,” kata Jingga 13 kepada Harakahdaily.
Adam Adli Abdul Halim penuntut Sarjana Muda Pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu dan mula menjadi perbualan hangat apabila menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menaikkan bendera Kebebasan Akademik.
Jingga 13 turut menyatakan sokongan padu kepada Adam Adli dan berharap tempoh penggantungan itu digunakan sebaiknya oleh beliau dalam mencapai cita-citanya untuk berkempen tentang kebabasan akademik.
“Proses ini adalah satu tempoh matang buat Adam Adli yang akan membuka jalan kepada kebebasan akademik yang lebih sempuna pada waktu-waktu mendatang. Syabas Adam Adli Abdul Halim,” tambah kenyataan itu.
Sumber HD : 10/01/2012

Tindakan UPSI rendahkan maruahnya
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan jawatankuasa disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebenarnya telah merendahkan maruah dan nama baiknya apabila menggantung Adam Adli Abdul Halim (gambar) selama 18 bulan.
Sehubungan itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, jika benarpun pelajar itu membuat salah, tindakan seharusnya mendidik bukannya menakutkan pelajar.
Beliau yang juga naib presiden PKR mengulas tindakan UPSI yang menggantung Adam Adli semalam ekoran tindakan pelajar itu menurunkan bendera gambar Presiden Umno yang dinaikkan di depan bangunan UMNO, PWTC itu.
"Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda," kata beliau dalam kenyataannya.
Bagi beliau, UPSI mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.
Oleh itu bagi beliau, tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.
Bagi beliau, sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.
"Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti? Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam lah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan demi Malaysia yang lebih baik.

Gantung kerana kebebasan akademik mulia dari rasuah
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: "Setahun setengah kena gantung sebab pejuang Academic Freedom lebih mulia dari setahun dipenjara makan rasuah," kata Adam Adli Abdul Halim.
Inilah penyataan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), itu selepas beliau dijatuhkan hukuman gantung pelajaran selama 18 bulan.
Penyataan ini dibuat beliau melalui Twitternya semalam sebaik sahaja jawatankuasa itu memutuskan beliau bersalah.
Adam digantung oleh jawatankuasa tatatertib UPSI selepas didapati bersalah kerana menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di depan bangunannya selama lima minit.
Tindakan itu dibuat Adam ketika menyertai rombongan untuk menyerahkan memo kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah bagi memansuhkan AUKU.
Beliau juga didakwa terlibat dalam demo di depan kampusnya atas tujuan untuk memperjuangkan kebebasan akademik di negara ini dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dalam Twitternya juga Adam berkata, jawatankuasa tatatertib yang membicarakan beliau mendakwa, 242,000 jumlah carian Adam Adli dalam Google membuktikan anda mencemar nama baik universiti.
"Aku gelak besar dalam court!" tulis Adam lagi.
Bagi peguam yang juga Naib Presiden PKR, N Surendran, tekanan dari Umno yang menyebabkan pelajar ini digantung pelajarannya.
Penyataan Adam juga didokong oleh rakan-rakannya dalam Twitter.
Rakannya, Benazirjb berkata, "digantung 3 sem sebab turunkan bendera. Okay lah tu. Lagi mulia dari kena gantung sebab buat video seks."
Penyataan Adam juga didokong oleh rakan-rakannya dalam Twitter.
Rakannya, Benazirjb berkata, "digantung 3 sem sebab turunkan bendera. Okay lah tu. Lagi mulia dari kena gantung sebab buat video seks."
Dalam Twitternya juga, Adam menerima komen dari seorang yang bergelar Ustaz bisik yang berkata: "Imam 4 mazhab dulu pun kena penjara dan sebagainya sebab pertahankan kemurnian ilmu."
Adam Adli menjawab, "He he..Saya bukan imam."
Sumber HD : 10/01//2012

Video ‘Kau Nie’: UPSI gantung siswa, buang kolej
Harakahdaily, | 13 Januari 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Dua mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diberi notis pembuangan kolej dengan alasan yang sangat tidak munasabah.
Menurut pimpinan Mahasiswa Pendidik UPSI, mereka berdua adalah antara pelakon yang menjayakan video pendek 'Kau Nie' yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda.
Video tersebut turut memaparkan beberapa perbualan tentang isu semasa yang berlaku kepada mahasiswa.
Antara yang hangat diperbincangkan dalam video tersebut adalah tentang isu Adam Adli dan beberapa siri himpunan mahasiswa.
Video tersebut dipaparkan bertujuan untuk memberi pendidikan politik kepada mahasiswa di Malaysia.
Mengulas perkembangan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berasa kesal dengan pentadbiran UPSI yang dilihat semakin keterlaluan kebelakangan ini.
Menurut Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor, universiti bukan tempat menghukum mahasiswa tetapi sebagai training ground bagi mahasiswa sebelum keluar ke medan yang lebih mencabar.
"Apa salahnya mahasiswa ingin berkongsi ilmu dan idea dalam bentuk video, itu adalah satu perkembangan ilmu yang terbaik dalam era globalisasi hari ini.
“Saya bimbang jika pada satu hari nanti, mahasiswa yang menulis 'status' di Facebook juga akan menjadi mangsa," ujarnya.
Beliau juga turut mengecam beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini khususnya himpunan 1 Januari yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Katanya, kehadiran polis pada malam tersebut sangat tidak rasional kerana ia hanyalah himpunan bukan pemberontakan.
Justeru, ujarnya UPSI mesti lebih matang dan bersifat terbuka lebih-lebih lagi memegang status sebagai kampus pendidikan di Malaysia.
Hafizuddin turut menyeru kepada Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Datuk Junaidi Abu Bakar supaya lebih bersikap profesional dan rasional dalam membuat sebarang respons terhadap gerakan mahasiswa.
Beliau turut mengecam tindakan menggantung Adam Adli selama 3 semester kerana sangat melampau, hanya kerana bendera.
"Saya berharap Datuk Junaidi dan Datuk Khaled Nordin selaku Menteri KPT tidak menjaga periuk nasi mereka semata-mata, bahkan mereka mesti menghormati pendirian dan pergerakan mahasiswa selaku anak muda intelektual," ujarnya.
Sumber HD : 13/01/2012

Gantung pelajar sekat hak asasi, kata Suhakam
Harakahdaily, | 21 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) memandang berat akan keputusan sesetengah universiti baru-baru ini yang menggantung pelajar-pelajar yang telah menyuarakan pendapat dan mendakwa bahawa mereka telah memburukkan nama instituti tersebut dan mengganggu ketenteraman awam.
Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya hari ini.
Hasmy berkata, adalah dikesalkan bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar malah ia juga bertentangan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Pindaan itu, katanya, membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan kebebasan berpersatuan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (the Universal Declaration of Human Rights).
Kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti.
Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara, katanya.
"Suruhanjaya mengalu-alukan rundingan awal yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama Suruhanjaya, wakil-wakil pelajar dan pihak berkepentingan yang lain mengenai peruntukan yang kontroversi di dalam AUKU," kata beliau dalam kenyataannya itu.
Suhakam juga, katanya, berharap agar rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan agar ianya akan membolehkan pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak dan kebebasan.
Sumber HD : 21/01/2012

Mahasiswa tawar diri jadi penganjur debat Anwar-Najib
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) hari ini menyatakan kesediaan menjadi penganjur debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Majlis Politik Nasional gabungan itu, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, debat antara kedua-dua pemimpin itu sangat dinanti oleh rakyat apatah lagi golongan mahasiswa.
"Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau.
"Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kajian yang dikendalikan Merdeka Center terhadap Profesional Melayu yang mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan.
Menurut Hafizuddin, selain kaedah terbaik meraikan perbezaan, debat juga ujarnya boleh menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara kelak.
Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa yang dijalankan mereka, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing.
Dalam pada itu beliau berharap debat tersebut jika berjaya diadakan, hanya fokus kepada isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, dan bukan perdebatan berkenaan isu peribadi.
"Justeru, pihak Gamis mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (Najib dan Anwar) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik.
"Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia," katanya.
Sumber HD : 26/01/2012

Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.
Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."
Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.
"Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.
"Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.
Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya.
Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.
"Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.
Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat.
Sumber HD : 27/01/2012

Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin
Aziz Muda, | 29 Jan 2012 |
GOMBAK, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.
Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.
"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.
"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.
Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.
Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.
"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.
"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.
Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.
Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.
"Jadi di sebalik kejadian itu, terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau.
Sumber HD : 30/01/2012

Penggunaan nama SMM sekarang sudah dikhianati
Mohd Yusof Hadhari Saidon, | 03 Feb 2012 |
Kebelakangan ini, setelah berlalu beberapa demonstrasi, dan cara pergerakan mahasiswa, ramai pihak mula menganalisis berkenaan corak pergerakan mahasiswa ini. Sehingga ramai pihak, rakyat mahupun mahasiswa sendiri menjadi muak dan memandang buruk serta sebahagian yang lain menanti-nanti bagaimana corak dan perjuangan mahasiswa seterusnya.
Kita imbas kembali sejarah penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kini dianggap gerakan yang mula mendapat kritikan langsung dari rakyat dan aktivis mahasiswa sendiri. Pada hujung era 90-an, Gamis melihat bahawasanya perlu kepada mahasiswa ini bergerak untuk memastikan bukan hanya isu-isu Islam tetapi bergerak juga dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan hak asasi secara universal.
Pada tahun 2001 dengan isu ISA, Gamis bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) kemudian pada tahun 2002 apabila Amerika menyerang Afghanistan, Gamis sekali lagi bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Anti Perang (Gempar). Tetapi gerakan-gerakan ini ianya hanya bersifat isu dan hanya sementara ataupun bergabung atas sebab isu-isu tertentu sahaja.
Pada akhir tahun 2002, Gamis mencari kesimpulan yang lebih baik, bagaimana hendak memastikan gerakan bukan hanya terhenti dengan isu tetapi pergi kepada suatu benda yang lebih besar iaitu satu solidariti di antara gerakan-gerakan mahasiswa ini baik mahasiswa Islam mahupun bukan Islam.
Pimpinan Gamis berbincang untuk mewujudkan satu pakatan dan Gamis bersama dengan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Persatuan untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan banyak lagi. Bahkan pada waktu itu ada 14 front mahasiswa dan anak muda termasuk Food Not Bomb (FNB), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan lainya. Hasil daripada perhimpunan gerakan-gerakan mahasiswa ini, diakhiri dengan satu kesimpulan untuk tubuhkan satu solidariti yang namanya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Itu secara ringkas sejarahnya.
SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri dan bagi saya sepatutnya presiden Gamis merupakan pengerusi SMM ataupun bersepakat antara front-front ini bagi memutuskan mana-mana presiden lain sama ada presiden Dema, presiden Kami atau presiden PKPIM. Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini.
Saya melihat penggunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpulan tertentu. Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju. Sebagai contoh, jika Dema setuju dengan hak kebebasan beragama tetapi front gabungan lainnya tidak bersetuju lalu itu atas nama Dema sahaja. SMM ianya tidak mengikat. Saya bagi contoh, Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan sebarang keputusan Anwar Ibrahim kecuali permuafakatan bersama dan keterikatan itu bukan bersifat mutlak. PR berjanji ingin mansuhkan Auku jika berjaya memerintah Malaysia pada masa akan datang, atas permuafakatan bersama PAS, PR dan DAP mesti melaksanakannya.
SMM dalam satu-satu keputusan dan gerakan yang ingin dibuat, mesti disepakati oleh semua front gabungan. Jika satu sahaja front tidak bersetuju, kita tidak boleh namakan statement kita, gerakan kita atas nama SMM, tetapi hanya nama individu. Saya berpandangan, keadaan ini perlu dipandang serius oleh semua aktivis dan gerakan mahasiswa. Saya cadangkan setiap kenyataan media yang dibuat SMM, memorandum dan sebagainya, mesti lampirkan persetujuan bersama Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM. Jika tidak dilampirkan atau salah satu nama front tidak ada, jangan sesuka hati menggunakan nama SMM. Bagi saya, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu bertegas soal ini, kerana mahasiswa dan rakyat melihat setiap tindakan SMM atas kebersamaan front-front yang ada dalam gabungannya.
Saya berharap, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu nyatakan pendirian tegas, supaya gerakan yang dibuat tidak disalah tafsir oleh rakyat mahupun mahasiswa. Akhirnya, semoga gerakan mahasiswa dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gerakan mahasiswa dan terus menjadi ikon masyarakat dan pandangan mahasiswa terus dihormati.
Penulis adalah aktivis mahasiswa dan mantan Ketua Penerangan Gamis 2010/2011
Sumber HD : 3/02/2012

PAS dakwa isu 'KUIN 5' akan selesai aman damai
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang digantung pengajian mereka berada pada tahap akhir dan meminta pihak yang bertelagah menyelesaikannya secara damai.
"Saya telah berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan peguam pelajar Hanipa Maidin (yang juga ahli majlis pusat PAS), saya minta semua pihak menyelesaikan secara damai.
"Saya telah berjumpa, dan semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini, secara damai... Penyelesaian sudah sampai ke peringkat penghujung,"kata Abdul Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Presiden PAS itu berkata beliau bertemu dengan Azizan Sabtu lalu. Bagaimanapun Azizan tidak hadir pada mesyuarat hari ini.
Bercakap pada sidang media di Taman Melewar, Abdul Hadi berkata menteri besar, kolej dan pelajar yang terbabit juga akan membuat pengumuman berhubung isu tersebut.
"Keputusannya positif," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.
Kelima-lima pelajar KUIN itu digantung pengajian kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan kolej Kediaman Ar-Razi April tahun lalu.
Berikutan itu beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), NGO, ahli akademik dan juga beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang jelas tidak senang dengan tindakan Azizan menuntut supaya penggantungan yang menggunakan AUKU atau akta yang mirip dengannya ditarik balik.
Menurut mereka, tindakan Azizan yang juga pengerusi KUIN jelas bercanggah dengan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu untuk menghapuskan AUKU jika mereka berkuasa kelak.
Menjawab soalan wartawan, Abdul Hadi berkata kes KUIN itu akan selesai "dalam tempoh terdekat".
Sebelum ini, beberapa pertubuhan pelajar memberi amaran akan mengadakan protes di hadapan Wisma Darul Aman pada 19 Februari ini jika keputusan tidak memihak kepada mereka.
Ditanya bila pengumuman berhubung penyelesaian itu akan dibuat, Abdul Hadi berkata terpulang kepada menteri besar, KUIN dan pelajar berkenaan.
Diminta mengesahkan bahawa isu ini tidak akan berlarutan sehingga ke prosiding mahkamah memandangkan pelajar berkenaan memfail tuntutan mencabar penggantungan mereka, Abdul Hadi berkata:
"Insya-Allah kita akan usahakan begitu".
Lima pelajar yang digantung pengajian itu adalah Muhamad Aiman Ab Razab, Zuki Latif, Ahmad Remy Mohd Arof dan Mohd Azlan Mat Zin, dan Mohd Faiz Mohd Arsyad.
Mohd Faiz digantung pengajian selama dua semester yang berakhir April ini, manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telahpun berakhir dan telah mengikuti semula pengajian mereka di KUIN.
Empat mahasiswa tersebut adalah masing-masing digantung satu semester dan hukuman mereka telahpun berakhir.

Sumber MK : 12/02/2012
Demo KUIN tuntut rektor dipecat
Seperti dijanjikan, sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan depan bangunan setiausaha kerajaan negeri Kedah di Alor Setar apabila menteri besar gagal memberikan respons terhadap permohonan maaf yang dituntut mereka.
Dalam perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, kira-kira 50 mahasiswa berkumpul sambil memegang kain rentang menuntut Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Jamil Osman dipecat.
Dalam terik matahari, mereka turut membawa potrait Jamil yang dikalungkan jambangan bunga - seperti dalam upacara kematian penganut bukan Islam.
Mereka menyalahkan Jamil ekoran penggantungan lima pelajar KUIN yang membantah pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Azizan yang juga pengerusi kolej milik kerajaan negeri itu dilaporkan mempertahankan tindakan universiti mengenakan tindakan disiplin bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 yang mirip AUKU.
Sumber MK : 19/02/2012

Tangguh PRK: UM bunuh demokrasi kampus?
Dema, | 18 Mac 2012 |
Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia Malaysia (DEMA) mendesak pihak pentadbiran Universiti Malaya memberi penjelasan atas penangguhan pilihan raya kampus (PRK) ke semester hadapan, iaitu semester pertama, sesi 2012/2013.
DEMA berasa kecewa terhadap penangguhan pilihanraya kampus ke semester 1, Sesi 2012/2013. Menurut laman rasmi facebook Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya pada 16 Mac 2012, pihak pentadbiran UM telah mengadakan pelantikan ‘Executive Caretaker’ dengan alasan mengganti Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) untuk menguruskan hal ehwal berkaitan kebajikan pelajar. Hal ini berikutan dengan tempoh perkhidmatan Majlis Perwakilan Pelajar UM yang telah tamat pada 21 Februari 2012.
MPP dan Parlimen adalah sama, ia perlu dibubarkan apabila tamatnya tempoh perkhidmatan untuk memilih wakil mahasiswa/i untuk sidang depan.
Pihak pentadbiran universiti tidak memberikan penjelasan yang kukuh atas kelewatan pilihan raya kampus yang sepatutnya diadakan pada semester ini, iaitu semester kedua sesi 2011/2012.
Selain daripada Universiti Malaya, universiti tempatan yang lain, seperti UUM, UPM, USM dan lain-lain sekarang masih tidak memberi pengumuman tarikh pilihan raya kampus. Maka, DEMA menyokong pemansuhan Auku dengan menggantikan akta yang melindungi demokrasi kampus, termasuklah golongan mahasiswa berhak memutuskan tarikh pilihan raya kampus serta dalam urusan pilihan raya kampus.
Kedua, pihak pentadbiran UM telah membunuh demokrasi kampus. MPP adalah dipilih melalui undian majoriti pelajar tetapi pihak pentadbiran UM melantik Executive Caretaker atas pilihan sendiri.
Situasi ini telah membuktikan HEP menolak kebebasan suara mahasiswa kerana caretaker tersebut dipilih tanpa perbincangan dengan pelajar dan ahli MPPUM.
Pemilihan caretaker ini tidak menunjukkan ketelusan dan kami juga mengesyaki pihak pentadbiran UM hanya melantik pelajar Pro-Aspirasi sebagai Executive Caretaker yang menggantikan MPPUM.
Oleh itu, kami berharap pihak pentadbiran UM dapat mengumumkan kaedah pemilihan dan kelayakan caretaker.
Ketiga, pihak pentadbiran universiti telah memberi situasi yang mengelirukan kepada pelajar semester 4 yang ingin bertanding dalam pilihan raya kampus ini.
Tempoh perkhidmatan MPP adalah 1 tahun, jika pelajar semester 5 menjadi MPP, pelajar tersebut akan tamat pengajiannya sebelum tamat tempoh perkhidmatan MPP.
Jadi, adakah pelajar semester 5 sesi 2012/2013 dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kampus? Masalah ini tidak akan berlaku jika pilihan raya kampus tidak ditangguhkan.
Pihak pentadbiran perlu memberi penjelasan dan memastikan hak pelajar semester 5 sesi 2012/2013 untuk bertanding dalam pilihanraya kampus. DEMA berharap pilihanraya kampus tidak patut ditangguhkan kerana situasi ini bukan shaja mengelirukan tetapi juga mencabul suara mahasiswa.
Akhir kata, DEMA berharap pihak pentadbiran universiti mengadakan perbincangan dengan mahasiswa sebelum membuat segala keputusan yang berkaitan dengan isu mahasiswa supaya suara mereka dapat didengar serta dihormati.
Jadi, kami mendesak pihak pentadbiran universiti memberi sebab yang kukuh atas penangguhan pilihanraya kampus dan membuat perbincangan dengan mahasiswa secepat mungkin.
Sumber HD : 18/03/2012

Dema gesa tarik balik rayuan UKM4
Harakahdaily, |
Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (Dema) menggesa pihak kerajaan dan universiti menarik balik rayuan kes UKM4 ke Mahkamah Persekutuan.
Peristiwa UKM4 sekali lagi telah menarik perhatian rakyat di mana Mahkamah Persekutuan membenarkan pihak UKM, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan membuat rayuan berhubung dengan perintah mahkamah rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 sebagai seksyen yang tidak sah di sisi undang-undang dan mencanggah perlembagaan.
Pada awalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat pindaan terhadap Seksyen 15(5)(a) Auku dan membenarkan mahasiswa bergiat dalam politik.
Namun tindakan kerajaan yang mencabar keputusan ini telah menunjukkan sikap hipokrit kerajaan yang tidak menunjukkan keikhlasan dalam memberi kebebasan kepada mahasiswa.
Hal ini juga membuktikan parti pemerintah Barisan Nasional(BN) takut atas kesedaran mahasiswa dalam bidang politik kerana kebangkitan mahasiswa akan memberi pengaruh yang besar kepada piliharaya umum yang ke-13 dan seterusnya mengugat hegemoni kerajaan Barisan Nasional dalam kampus dan negara selama 50 tahun.
Dema menegaskan bahawa Auku perlu dimansuh segera untuk memulangkan kuasa autonomi, demokrasi kampus dan kebebasan akademik.
Kebanyakan mahasiswa sudah berumur 21 tahun dan mereka mempunyai kematangan dalam menguruskan segala hal ehwal kebajikan mahasiswa dalam universiti.
Mereka lebih memahami situasi dan masalah dalam kalangan mahasiswa berbanding dengan staff-staff universiti.
Ini akan memberi kemajuan terhadap mahasiswa dalam pengukuhan pemikiran kritikal mereka. Universiti merupakan tempat yang melahirkan ideologi baru terhadap masyarakat pada masa depan, maka Auku hendaklah dimansuhkan serta merta demi kemajuan negara.
Jadi, Dema menyeru pertubuhana mahasiswa yang lain memainkan peranan dalam mempertahankan hak-hak mereka.
Para mahasiswa harus bekerjasama untuk mendesak kerajaan menarik balik rayuan kes UKM4 dan mansuhkan Auku yang telah menzalimi mahasiswa selama 41 tahun.
Tanpa Auku, kesan Xenophobia dalam kampus akan dihapus dengan sepenuhnya dan hak mahasiswa boleh dikembalikan.
Keadaan ini barulah menunjukkan satu sistem demokrasi yang adil dan diingini oleh mahasiswa.
Sumber HD : 22/03/2012
Kami membantah keputusan UM untuk menangguhkan pilihanraya kampus ke bulan September. Tindakan pihak UM ini ialah tindakan yang menghapus demokrasi kampus. Masalah ini seterusnya akan berlaku juga di kampus-kampus lain sebentar lagi.
Pihak UM telah bertindak secara kuku besi atas isu pilihan raya kampus dengan melantik Executive Caretaker secara terus tanpa berunding dengan para mahasiswa, satu tindakan yang menunjukkan bahawa pihak UM tidak menghormati suara mahasiswa. Kini, kuasa MPP bukan sahaja dirampas oleh AUKU, yang telah lama wujud, tetapi juga dirampas oleh pihak universiti.
Universiti yang lain termasuk USM dijangka akan mengikut jejak UM. Iaitu pilihanraya kampus akan ditangguh sehingga bulan September, semester depan. USM yang belum mengumumkan perkara ini menyebabkan mahasiswa berada dalam situasi kekeliruan. Hak mahasiswa untuk mendapatkan maklumat tidak diambil berat. Hal ini merupakan kegagalan besar dalam pendidikan demokrasi, menunjukkan satu contoh demokrasi yang negatif kepada para mahasiswa.
Jika anak muda telah membiasakan diri dengan sistem yang tidak demokrasi, maka mereka tidak terdedah dengan prinsip berdemokrasi yang sebenar,dan akhirnya tidak berupaya mengambil bahagian dalam pembentukan negara yang demokrasi.
Selain itu, pilihanraya kampus yang akan ditangguh satu semester akan mengakibatkan seluruh mahasiswa kehilangan hak mengundi untuk satu tahun.Bagi mahasiswa/i yang berada dalam tahun terakhir di kampus, pilihanraya kampus pada semester hadapan bermaksud mereka tidak dapat mengundi lagi kerana telah tamat pengajian.
Penangguhan pilihanraya kampus bukan sesuatu yang baru di negara kita, dan kali ini ialah kali kedua penangguhan. Kali pertama adalah selepas tsunami politik 308; manakala kali ini juga sangat dekat dengan pilihanraya umum. Kerajaan persekutuan sedang menghadapi krisis dalam kedudukan politiknya, akibat daripada gerakan STOP LYNAS yang meluas, serta tuntuan rakyat terhadap pilihanraya yang bersih dan adil. Kuasa rakyat telah bangkit dan semakin matang. Kerajaan persekutuan risau akan situasi kampus dan negara akan saling mempengaruhi, yang mungkin mencetuskan tsunami politik sekali lagi yang mampu menjejaskan kedudukan politik mereka.
Mahasiswa tiada autonomi di dalam kampus, maka hak berdemokrasi akan dirampas sama sekali. Perkara ini disebabkan oleh AUKU yang memberi kuasa pentadbiran mutlak kepada universiti dan hal-ehwal mahasiswa. Akta zalim ini tidak patut wujud. USM, sebagai sebagai universiti APEX, kami merasakan keperluan baginya untuk memulangkan kuasa autonomi mahasiswa supaya USM menjadi teladan kepada kampus lain, yang turut bersama-sama menolak AUKU.
Kami berhak untuk menikmati pilihanraya kampus yang bebas, berhak untuk meluahkan pandangan kami di peringkat kampus, dan juga di peringkat negara, dengan undi kami. Student Progressive Front menyeru seluruh mahasiswa untuk memberikan solidariti kepada tuntutan Pro-Mahasiswa Nasional, mendesak supaya demokrasi diutamakan, pilihanraya kampus diadakan dengan segera!
Yong Kin Yin ialah Kordinator USM Student Progressive Front (USM SPF)
Sumber HD : 25/03/2012
Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam di dalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka.
Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.
Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.
Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa.Kewujudanlaman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.
Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang.
Salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa yang boleh saya jadikan contoh di sini adalah‘OccupyDataran’ yang berakar-umbikan ideologi liberal, telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa. Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi daripada protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks yang lebih luas. Seruan yang dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.
Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punya pemimpin dan ahli, tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.
Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq. Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syuro” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syura” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya. Kesemua ini adalah LIBERAL!!
Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan Islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat Islam akan membiarkan sahaja perkara begini? Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja.
Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam? Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? Bahkan, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA.
Melihat kepada perspektif-perspektif inilah membuatkan saya berasa bimbang dan gusar, keadaan menjadi lebih parah apabila semakin ramai mahasiswa cuba membawa idea yang sama, bebas dari sebarang sekatan seolah-olah dunia ini tidak mempunyai undang-undang yang jelas mengenai batas-batas manusiawi dan setiap orang mempunyai nilai yang sama,sedangkan Islam mengajar bahawa Islam itulah yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Kefahaman liberal yang mendasari gerakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca dari pandangan hidup barat dan ketamadunan mereka yang mendominasi segenap aspek kehidupan dewasa ini.
Kecelaruan dalam membezakan Islam dan bukan Islam, antara haq dan batil, antara wahyu dan nafsu, putih dan hitam menyebabkan segelintir mahasiswa tergelincir dari memahami erti Islam yang sebenar. Aqidah Islam yang tulen telah mengajar konsep bahawa dosa pahala tidak boleh bercampur, ibarat minyak dan air, tetapi tidak lagi diamalkan dengan baik. Hakikatnya kesemua gerakan sedang bercampur-baur dengan kepelbagaian ideologi yang nyata menyisihkan Islam.
Jika ditanya apakah jalan penyelesian kepada kemelut ini, maka tiada jawapan lain yang dapat saya unjurkan melainkan dengan memahami ungkapan ‘Al-Islam huwa al-hal’ (Islamlah satu-satunya penyelesaian).
Mahasiswa bebas berbuat apa saja namun, kebebasan itu terangkum didalam ruang lingkup yang dibataskan syarak. Sesungguhnya mahasiswa di negara ini adalah harapan ummah pada zaman kini. Kealpaan kita dalam membentuk mahasiswa mengikut acuan yang digariskan Al-Quran dan sunnah bermakna kita telah memasang bom jangka yang akan merosakan Islam pada masa depan. Lantaran itu, kepada siapakah harapan ummah ini hendak disandarkan?
Penulis adalah AJK Kajian dan Informasi PEMBINA.
Sumber HD : 4/04/2012
Sumber HD - 18-5-2013
Dari rakyat biasa sehinggalah pemimpin masyarakat yang bergelar ahli parlimen turut hadir memberi sokongan kepada para hadirin. Tembok perkauman berjaya diruntuhkan oleh Adam Adli. Melayu,Cina dan India bersama-sama mengadakan demonstrasi aman bagi membebaskan Adam Adli.
Dalam ucapannya, Ambiga menegaskan bahawa barisan peguam sedang berusaha untuk membebaskan Adam Adli.
Pastinya Adam seorang pelajar yang matang dan tahu akan setiap perkataan yang dituturkannya. Entah di mana silapnya sehingga dia didakwa menghasut dalam satu ceramahnya tentang peristiwa 13 Mei. Video ceramah beliau yang didakwa mengandungi hasutan ada di sini.
Peristiwa UKM4 sekali lagi telah menarik perhatian rakyat di mana Mahkamah Persekutuan membenarkan pihak UKM, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan membuat rayuan berhubung dengan perintah mahkamah rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 sebagai seksyen yang tidak sah di sisi undang-undang dan mencanggah perlembagaan.
Pada awalnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat pindaan terhadap Seksyen 15(5)(a) Auku dan membenarkan mahasiswa bergiat dalam politik.
Namun tindakan kerajaan yang mencabar keputusan ini telah menunjukkan sikap hipokrit kerajaan yang tidak menunjukkan keikhlasan dalam memberi kebebasan kepada mahasiswa.
Hal ini juga membuktikan parti pemerintah Barisan Nasional(BN) takut atas kesedaran mahasiswa dalam bidang politik kerana kebangkitan mahasiswa akan memberi pengaruh yang besar kepada piliharaya umum yang ke-13 dan seterusnya mengugat hegemoni kerajaan Barisan Nasional dalam kampus dan negara selama 50 tahun.
Dema menegaskan bahawa Auku perlu dimansuh segera untuk memulangkan kuasa autonomi, demokrasi kampus dan kebebasan akademik.
Kebanyakan mahasiswa sudah berumur 21 tahun dan mereka mempunyai kematangan dalam menguruskan segala hal ehwal kebajikan mahasiswa dalam universiti.
Mereka lebih memahami situasi dan masalah dalam kalangan mahasiswa berbanding dengan staff-staff universiti.
Ini akan memberi kemajuan terhadap mahasiswa dalam pengukuhan pemikiran kritikal mereka. Universiti merupakan tempat yang melahirkan ideologi baru terhadap masyarakat pada masa depan, maka Auku hendaklah dimansuhkan serta merta demi kemajuan negara.
Jadi, Dema menyeru pertubuhana mahasiswa yang lain memainkan peranan dalam mempertahankan hak-hak mereka.
Para mahasiswa harus bekerjasama untuk mendesak kerajaan menarik balik rayuan kes UKM4 dan mansuhkan Auku yang telah menzalimi mahasiswa selama 41 tahun.
Tanpa Auku, kesan Xenophobia dalam kampus akan dihapus dengan sepenuhnya dan hak mahasiswa boleh dikembalikan.
Keadaan ini barulah menunjukkan satu sistem demokrasi yang adil dan diingini oleh mahasiswa.
Sumber HD : 22/03/2012
USMSPF desak pilihan raya kampus diadakan segera
Yong Kin Yin, |
Kami membantah keputusan UM untuk menangguhkan pilihanraya kampus ke bulan September. Tindakan pihak UM ini ialah tindakan yang menghapus demokrasi kampus. Masalah ini seterusnya akan berlaku juga di kampus-kampus lain sebentar lagi.
Pihak UM telah bertindak secara kuku besi atas isu pilihan raya kampus dengan melantik Executive Caretaker secara terus tanpa berunding dengan para mahasiswa, satu tindakan yang menunjukkan bahawa pihak UM tidak menghormati suara mahasiswa. Kini, kuasa MPP bukan sahaja dirampas oleh AUKU, yang telah lama wujud, tetapi juga dirampas oleh pihak universiti.
Universiti yang lain termasuk USM dijangka akan mengikut jejak UM. Iaitu pilihanraya kampus akan ditangguh sehingga bulan September, semester depan. USM yang belum mengumumkan perkara ini menyebabkan mahasiswa berada dalam situasi kekeliruan. Hak mahasiswa untuk mendapatkan maklumat tidak diambil berat. Hal ini merupakan kegagalan besar dalam pendidikan demokrasi, menunjukkan satu contoh demokrasi yang negatif kepada para mahasiswa.
Jika anak muda telah membiasakan diri dengan sistem yang tidak demokrasi, maka mereka tidak terdedah dengan prinsip berdemokrasi yang sebenar,dan akhirnya tidak berupaya mengambil bahagian dalam pembentukan negara yang demokrasi.
Selain itu, pilihanraya kampus yang akan ditangguh satu semester akan mengakibatkan seluruh mahasiswa kehilangan hak mengundi untuk satu tahun.Bagi mahasiswa/i yang berada dalam tahun terakhir di kampus, pilihanraya kampus pada semester hadapan bermaksud mereka tidak dapat mengundi lagi kerana telah tamat pengajian.
Penangguhan pilihanraya kampus bukan sesuatu yang baru di negara kita, dan kali ini ialah kali kedua penangguhan. Kali pertama adalah selepas tsunami politik 308; manakala kali ini juga sangat dekat dengan pilihanraya umum. Kerajaan persekutuan sedang menghadapi krisis dalam kedudukan politiknya, akibat daripada gerakan STOP LYNAS yang meluas, serta tuntuan rakyat terhadap pilihanraya yang bersih dan adil. Kuasa rakyat telah bangkit dan semakin matang. Kerajaan persekutuan risau akan situasi kampus dan negara akan saling mempengaruhi, yang mungkin mencetuskan tsunami politik sekali lagi yang mampu menjejaskan kedudukan politik mereka.
Mahasiswa tiada autonomi di dalam kampus, maka hak berdemokrasi akan dirampas sama sekali. Perkara ini disebabkan oleh AUKU yang memberi kuasa pentadbiran mutlak kepada universiti dan hal-ehwal mahasiswa. Akta zalim ini tidak patut wujud. USM, sebagai sebagai universiti APEX, kami merasakan keperluan baginya untuk memulangkan kuasa autonomi mahasiswa supaya USM menjadi teladan kepada kampus lain, yang turut bersama-sama menolak AUKU.
Kami berhak untuk menikmati pilihanraya kampus yang bebas, berhak untuk meluahkan pandangan kami di peringkat kampus, dan juga di peringkat negara, dengan undi kami. Student Progressive Front menyeru seluruh mahasiswa untuk memberikan solidariti kepada tuntutan Pro-Mahasiswa Nasional, mendesak supaya demokrasi diutamakan, pilihanraya kampus diadakan dengan segera!
Yong Kin Yin ialah Kordinator USM Student Progressive Front (USM SPF)
Sumber HD : 25/03/2012
Bahaya gerakan mahasiswa liberal
Luqman Abd Hamid, |
Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam di dalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka.
Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.
Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.
Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa.Kewujudanlaman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.
Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang.
Salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa yang boleh saya jadikan contoh di sini adalah‘OccupyDataran’ yang berakar-umbikan ideologi liberal, telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa. Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi daripada protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks yang lebih luas. Seruan yang dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.
Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punya pemimpin dan ahli, tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.
Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq. Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syuro” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syura” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya. Kesemua ini adalah LIBERAL!!
Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan Islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat Islam akan membiarkan sahaja perkara begini? Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja.
Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam? Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? Bahkan, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA.
Melihat kepada perspektif-perspektif inilah membuatkan saya berasa bimbang dan gusar, keadaan menjadi lebih parah apabila semakin ramai mahasiswa cuba membawa idea yang sama, bebas dari sebarang sekatan seolah-olah dunia ini tidak mempunyai undang-undang yang jelas mengenai batas-batas manusiawi dan setiap orang mempunyai nilai yang sama,sedangkan Islam mengajar bahawa Islam itulah yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Kefahaman liberal yang mendasari gerakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca dari pandangan hidup barat dan ketamadunan mereka yang mendominasi segenap aspek kehidupan dewasa ini.
Kecelaruan dalam membezakan Islam dan bukan Islam, antara haq dan batil, antara wahyu dan nafsu, putih dan hitam menyebabkan segelintir mahasiswa tergelincir dari memahami erti Islam yang sebenar. Aqidah Islam yang tulen telah mengajar konsep bahawa dosa pahala tidak boleh bercampur, ibarat minyak dan air, tetapi tidak lagi diamalkan dengan baik. Hakikatnya kesemua gerakan sedang bercampur-baur dengan kepelbagaian ideologi yang nyata menyisihkan Islam.
Jika ditanya apakah jalan penyelesian kepada kemelut ini, maka tiada jawapan lain yang dapat saya unjurkan melainkan dengan memahami ungkapan ‘Al-Islam huwa al-hal’ (Islamlah satu-satunya penyelesaian).
Mahasiswa bebas berbuat apa saja namun, kebebasan itu terangkum didalam ruang lingkup yang dibataskan syarak. Sesungguhnya mahasiswa di negara ini adalah harapan ummah pada zaman kini. Kealpaan kita dalam membentuk mahasiswa mengikut acuan yang digariskan Al-Quran dan sunnah bermakna kita telah memasang bom jangka yang akan merosakan Islam pada masa depan. Lantaran itu, kepada siapakah harapan ummah ini hendak disandarkan?
Penulis adalah AJK Kajian dan Informasi PEMBINA.
Sumber HD : 4/04/2012
Jangan petik buah putik, jangan tunggu buah buruk
Ekhwan Ali, | 10 Apr 2012 |
Setelah tiga tahun dilancarkan, Government Transformation Programme (GTP) yang diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mula dibentangkan hasilnya kepada rakyat. Semasa program ‘Jelajah Janji Ditepati’ di Johor baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pencapaian GTP berdasarkan 6 National Key Result Area (NKRA) telah melebihi target yang disasarkan dalam tempoh yang singkat.
Antara yang dibentangkan di dalam laporan itu ialah Malaysia diisytiharkan sebagai negara paling aman di asia tenggara dan juga negara paling selamat antara 19 buah negara. Sudah pasti prestasi sebegini menyerlahkan kemajuan cemerlang yang dicapai di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah. Turut dicatatkan, berlaku pengurangan sebanyak 39.7% Jenayah Jalanan dan 11.1% Jenayah Indeks.
Namun begitu, sehingga ke saat mayat Dirang yang ditemui rentung dalam sebuah lubang berhampiran kediamannya pada 8 Mac lalu, angka-angka ini ternyata tidak mampu melegakan hati rakyat. Saban hari, kes rompakan, rasuah, ragut, lari dari rumah, pembunuhan, rogol dan buang bayi berselang-seli menjadi tajuk utama di dada akhbar dan siaran berita di televisyen.
Keadaan ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya dan rasa sangsi rakyat terhadap laporan yang telah diuar-uarkan. Lebih membimbangkan adalah, adakah kami semua selamat untuk menjalani kehidupan seharian? Ataupun pasti sekali kami juga akan menjadi mangsa, cuma ‘tunggu’ giliran?
Tidak dapat dinafikan bahawa masalah jenayah ini ada hubungkaitnya dengan keadaan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya. Antaranya berpunca daripada tekanan hidup akibat peningkatan kos sara diri dan bebanan hutang. Secara tidak langsung, ia menjadi punca kepada individu-individu tertentu untuk melakukan sesuatu tindakan luar jangka yang membahayakan orang lain.
Lebih parah lagi apabila rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa jenayah-jenayah yang sering dibawa kepada muka pengadilan hakikatnya lebih tertumpu kepada rakyat bawahan. Apabila melibatkan orang kenamaan atau berjawatan, semacam ia selesai dalam diam.
Ini membuktikan kegagalan sistem kehakiman dan undang-undang dalam menangani masalah ini dan barangkali juga ia adalah cara golongan atasan untuk mengalih perhatian umum terhadap penindasan yang berlaku.
Program atau rancangan hiburan yang tidak dikawal dan melampau juga telah menyumbang kepada berkembangnya budaya hidup yang merosakkan seterusnya kemungkinan berlakunya pelbagai jenayah.
Sebagai contoh, penganjuran konsert artis antarabangsa, Girls Generation dari Korea Selatan baru-baru ini yang terkenal dengan penampilan yang menjolok mata dan tarian mengghairahkan. Hal ini pasti sekali memberi pengaruh negatif kepada anak-anak muda khususnya dalam cara pemakaian dan pergaulan mereka.
Di sisi yang lain pula, berlaku gejala sosial meruncing yang akhirnya menjerumuskan mereka sehingga ke tahap melakukan penzinaan dan pembuangan serta pembunuhan bayi. Hiburan yang diketengahkan sepatutnya mestilah dalam kerangka untuk membina perpaduan dikalangan masyarakat serta sebagai medium pendidikan dan lebih penting daripada itu mestilah mematuhi norma masyarakat setempat dan batasan agama.
Tentang keselamatan di jalan raya juga seharusnya diberi perhatian. Soal infrastruktur atau sikap pengguna, kedua-duanya perlu diselesaikan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Saman umpama tidak lagi berkesan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kerajaan perlu segera mengambil langkah proaktif dalam hal ini.
Menyedari hakikat ini, kerajaan perlu menilai kembali usaha yang dijalankan agar hasilnya selepas ini bukan sahaja sekadar mampu membentangkan angka-angka yang sedap mata memandang dan telinga mendengar, tetapi mestilah sehingga hilang rasa ragu dan sangsi serta lahir perasaan percaya dan yakin rakyat Malaysia bahawa Malaysia benar-benar sebuah negara yang aman dan selamat.
Apa yang lebih menarik, mutakhir ini menunjukkan bagaimana respon anak muda terhadap ceramah-ceramah agama di Youtube khususnya oleh Ustaz Azhar Idrus, mendapat sambutan yang cukup menghangatkan.
Ini membuktikan bahawa anak-anak muda hari ini sudahpun menunjukkan isyarat dan menyatakan kesediaan mereka untuk menerima Islam sepenuhnya sebagai cara hidup mereka, termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam.
Tinggal lagi, bagaimana usaha kerajaan untuk memanfaatkan peluang ini bagi menyediakan suasana yang lebih kondusif pada masa hadapan ke arah pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam yang pasti dapat menjamin keselamatan negara dan rakyat Malaysia untuk hidup bahagia di dunia dan selamat di akhirat.
Jangan Petik Buah Putik, Jangan Tunggu Buah Buruk.
Wallahua’lam.
Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gamis
Sumber HD : 9/04/2012

Gantung Izuwan: Mansuh AUKU hanya komestik
Harakahdaily, | 24 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Pengantungan Mohd Izuwan Zaini, 25, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Perlis (Unimap) selama 66 hari kerana terlibat dalam program kesedaran kepentingan untuk mengundi adalah petanda pemansuhan AUKU hanyalah komestik semata-mata.
Selain digantung, Izuwan yang didakwa menganjurkan program tersebut dengan kumpulan yang didakwa pro- pembangkang turut didenda RM100 pada 13 Januari di sebuah restoran di Kangar yang melibatkan gabungan 14 kumpulan mahasiswa daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Gabungan tersebut diberi nama Watch 13 ditubuhkan untuk membangkitkan kesedaran berhubung kepentingan keluar mengundi dalam pilihan raya.
Unimap telah mengecam tindakan Izuwan yang dikatakan mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada kampus berkenaan.
Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Izuwan berkata beliau hanya menghadiri program tersebut sebagai pemerhati dan bukannya penganjur.
“Beliau turut mengadu bahawa beliau tidak dibenarkan membawa mana-mana saksi dan mempersoalkan saksi ‘pendakwaraya’ semasa kes disiplin beliau dibicarakan,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Pembicaraan tersebut, kata Pua (gambar) berlaku pada 21 April, dua hari selepas Akta Universiti Kolej Universiti 1972 dipinda untuk memberikan lebih ruang kebebasan kepada pelajar, membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak ikhlas dalam program transformasinya.
“Ini juga mendedahkan bagaimana pindaan tersebut telah gagal untuk memberikan ruang yang secukupnya untuk pelajar Malaysia untuk berhujah,” tegas Pua.
Walaupun pindaan ke atas Seksyen 15 AUKU yang membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik adalah satu langkah yang baik kata Pua.
Namun, kata beliau undang-undang yang baru itu turut memberikan kuasa sepenuhnya kepada pihak universiti dan kolej untuk menentukan aktiviti dan organisasi mana yang sesuai untuk pelajar yang mudah disalahgunakan untuk menyekat pelajar.
Tindakan pada Izuwan oleh Unimap, kata Pua telah membuktikan bahawa AUKU terbaru telah gagal untuk memberikan kebebasan akademik dan politik kepada pelajar seperti yang dijanjikan.
Pua turut menggesa Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin untuk mengambil tindakan terhadap Unimap dan membatalkan penggantungan Izuwan dengan serta-merta sekiranya beliau ikhlas untuk menjadikan universti tempatan sebagai tempat kecemerlangan untuk pembelajaran.
Sumber HD : 24/04/2012
Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5 orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.
Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pula.
Perkara ini sangat mendukacitakan kerana sebelum diputuskan kemenangan mahasiswa tersebut, kerajaan juga telah membuat pengumuman penting bahawa mahasiswa akan dibenarkan terlibat dengan politik setelah AUKU dipinda. Mahasiswa masih ragu dengan perubahan yang bakal dilaksana oleh kerajaan melihat kepada senario yang melanda dalam kes 4 mahasiswa UKM ini.
Apa yang mahu saya tegaskan di sini, memandangkan kes 5 orang mahasiswa daripada KUIN ini adalah berbeza daripada apa yang berlaku di kampus-kampus IPT lain adalah berkenaan pentadbiran KUIN dibawah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah seharusnya menolak penggunaan sebarang undang-undang zalim seperti AUKU yang mencengkam kebebasan suara mahasiswa. Terbaru juga mengenai AUKU apabila saya dan 2 orang mahasiswa Universiti Malaya juga telah digantung pengajian dek kerana demonstrasi pemansuhan PTPTN. Inilah undang-undang yang membuatkan ramai kalangan mahasiswa tidak berani kehadapan sedangkan mereka adalah jurubicara rakyat!
Menjelang pilihanraya umum ke – 13 ini, amat besarlah hasrat mahasiswa untuk melihat perubahan dalam negara menuju Malaysia yang lebih sejahtera. Perubahan yang bakal terlaksana dalam negara terutama kami di peringkat mahasiswa mahu AUKU dimansuhkan dan bukan sekadar dipinda bagi kepentingan mana-mana parti politik sekalipun.
Universiti perlu dibebaskan sama sekali daripada pengaruh politik dan mahasiswa perlu diberikan kuasa autonomi seperti mana yang telah dituntut dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik sebelum ini iaitu memansuhkan AUKU dan AKTA 174, membebaskan ilmuan berakademik, membebaskan mahasiswa bersuara, memberi hak mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, membebaskan mahasiswa mengurus persatuan dan aktiviti dan memberi hak kepada mahasiswa berpartisipasi dalam politik sepenuhnya.
Kami merasakan pemansuhan AUKU ini akan memberikan banyak perubahan kepada mahasiswa di menara gading. Salah satu perkara yang ingin saya tegaskan juga kepada mahasiswa di luar sana, janganlah berfikiran tertutup dengan agenda pemansuhan AUKU ini. Kami sering dikaitkan dengan agenda pembangkang sekiranya tidak selari dengan kerajaan sedangkan agenda pemansuhan AUKU ini tiada kaitan langsung dalam memberi kepentingan kepada pembangkang mahupun kerajaan. Ianya adalah tuntutan hak mahasiswa dan ahli akademik supaya tidak dicengkam undang-undang zalim.
Kita tahu bahawa semua pihak ingin melihat mahasiswa maju tampil kehadapan dan bukan sekadar belajar di bilik kuliah tanpa mempedulikan keadaan sekeliling serta menyelesaikan permasalahan yang kian meruncing dalam negara termasuklah gejala-gejala negatif, membanteras rasuah, menolak politik tidak matang dan memimpin negara akan datang. Ayuh, bebaskan mahasiswa!
Muhammad Safwan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sesi 2012/2013
Sumber HD : 14/05/2012
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpindirian tegas dengan prinsip, universiti adalah tempat yang perlu bebas daripada mana-mana pengaruh politik kepartian.
Universiti adalah tempat menajamkan nilai intelektual mahasiswa dan golongan ahli akademik. Ini bukanlah bermaksud menghalang perbincangan mengenai aspek politik di kampus secara total sama sekali.
Proses pembelajaran mengenai politik amatlah dialu-alukan demi mematangkan politik di kampus dan di peringkat nasional sekalipun, cuma apabila peringkat pentadbiran universiti mula dikawal oleh orang-orang politik itu adalah satu bahana kepada mahasiswa yang akan turut terheret dalam kancah permainan politik mana-mana pihak berkepentingan nanti. Akhirnya, mahasiswa juga yang jadi mangsa.
Kita tidak pernah menafikan sumbangan ahli-ahli politik dalam negara, bahkan banyak sumbangan mereka mengubah arus perdana dari sudut pembangunan intelektual mahasiswa.
Sebagai contoh, kita sangat mengalu-alukan konsep debat politik antara pihak kerajaan dan juga pembangkang di kampus yang telah dianjurkan sejak dahulu lagi namun ianya mula terhalang apabila pihak yang berkepentingan mula memegang jawatan-jawatan penting di universiti.
Nilai-nilai intelektual mahasiswa mula tergugat dan makin hilang diakibatkan mereka tidak lagi didedahkan oleh budaya seperti debat politik tadi sehingga menumpulkan daya bacaan politik bahkan lebih teruk mereka telah jadi buta politik secara tidak langsung.
Mana tidak, yang tinggal sekarang hanyalah budaya doktrinisasi sebelah pihak yang berkepentingan supaya menerima apa yang mereka taburkan secara bulat-bulat. Ianya tidak boleh dipertikai dan tidak lagi boleh diperbincangkan.
Kita di peringkat SMM masih lagi tertunggu-tunggu juga, bilakah Perdana Menteri akan menyahut cabaran debat oleh ketua pembangkang.
SMM berpendirian inilah doktrinisasi yang telah berjaya diterapkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 54 tahun mereka memerintah, iaitu debat hanyalah perkara yang membuang masa.
Sehingga sekarang juga, kita di peringkat SMM masih tertunggu-tunggu beberapa jawapan daripada Perdana Menteri sendiri apakah jawapan bagi persoalan cadangan pemansuhan PTPTN demi menyediakan pendidikan percuma dan keterlibatan Perdana Menteri serta kakitangan kerajaan sendiri dalam mengaturkan keputusan-keputusan penting di universiti seperti pendedahan oleh Pro Mahasiswa mengenai OPS 2020 sehingga pilihanraya kampus ditangguhkan demi survival parti politik mereka.
SMM berpendirian tegas bahawa, universiti adalah tempat yang mempunyai kebebasan mutlak dan tidak wajar sekiranya mana-mana pihak berkepentingan dari parti politik mula mengusai pentadbiran sesebuah universiti.
Biarlah mereka yang lebih bersifat non-partisan dari kalangan ahli-ahli akademik yang menerajui sesebuah universiti supaya mereka tidak dilihat berkepentingan kepada mana-mana parti politik.
Penulis ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Sumber HD : 4/07/2012
Beberapa hari lepas, dunia kampus digemparkan dengan isu penubuhan Kelab Penyokong UMNO di setiap IPTA yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Sebelum itu juga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memulakannya dengan melacarkan Kelab Mahasiswa Keadilan yang sama konsepnya iaitu sebagai cawangan parti masing-masing di kampus-kampus Malaysia. Ini bukanlah perkara baru dalam dunia mahasiswa, lihat sahaja kelab-kelab UMNO yang ditubuhkan untuk mahasiswa di kebanyakan negara luar.
Sampai bilakah parti-parti politik ini mahu memancing undi mahasiswa dengan strategi-strategi yang lupus dek zaman ini? Sewajarnya, berdepan dengan generasi facebook, twitter dan teknologi moden ini pastinya satu metode dan pendekatan yang lebih memberi nilai kepada mahasiswa hari ini. Parti-parti politik mestilah memahami kehendak dan mengetahui keadaan semasa mahasiswa dengan membuat kajian-kajian secara ilmiah, bukan bertindak secara 'syok sendiri'.
Mahasiswa ada dunia sendiri, ada fikiran tersendiri, dan yang penting ada pilihan masing-masing untuk menentukan siapa yang terbaik bukan berdasarkan batang tubuh seseorang pemimpin dalam parti semata-mata bahkan tindakan, kenyataan dan tawaran-tawaran yang dibuat kepada masyarakat.
Mungkin ada pihak menyambut baik kewujudan kelab-kelab tersebut, ada juga yang membangkang.
Penubuhan kelab ini ada baik dan buruknya, inilah yang saya katakan sebagai penilaian mahasiswa. Apa yang penting, parti-parti politik mesti menghormati dunia mahasiswa dan gaya mahasiswa berfikir. Jika mahu memancing ikan gunalah cacing sebagai umpan, jika mahu memburu harimau cacing bukan lagi menjadi umpan.
Mahasiswa asasnya 3 kriteria utama yang membolehkan institusi mahasiswa ini bergerak lebih terkehadapan iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme.
1. Idealisme yang diterjemahkan kepada daya fikir atau kekuatan mental yang menjadi titik mula kepada seorang pemimpin yang berjaya, mahasiswa mesti terdidik atas landasan pemikiran tersendiri dengan kombinasi kepercayaan dan pendirian yang tegas, jelas dan berlandaskan kecintaan kepada nilai murni dan pada masa yang sama kebencian kepada perkara yang negatif.
2. Idealisme hanyalah berkonsep teori dan masih belum terbukti kecuali dengan adanya aktivisme dalam diri seorang pimpinan mahasiswa, kesanggupan berkorban dan kesungguhan yang jitu demi merealisasikan idea dan fikiran yang tercetus
3. Seorang mahasiswa tidak layak digelar mahaiswa sehingga budaya keilmuan dihidupkan di dalam dirinya melalui pembacaan, diskusi, debat, pendengaran atau apa sahaja yang mampu melahirkan sifat intelektual di dalam diri seorang mahasiswa
Mahasiswa dalam kancah politik tidak dapat dipisahkan dengan tema 'mahasiswa agen perubahan'. Tidak mengira siapa kerajaan dan siapa pembangkang, mahasiswa hanya mahu mencetuskan perubahan. Dan perubahan tersebut pastinya perubahan daripada tidak baik kepada baik dan daripada yang baik kepada lebih baik. Setiap kerajaan tidak pernah sempurna, kerana itu mahasiswa bertindak sebagai kelompok check and balance.
Inilah realiti mahasiswa yang parti-parti politik samada daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) mesti hadapi. Hormati dunia mahasiswa dengan tawaran-tawaran yang lebih merakyat dan berfaedah, bukan helah politik yang hanya akhirnya menjadi gula-gula kepada rakyat.
Penulis ialah Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sumber HD : 29/08/2012
Sumber HD - 17-4-2013
Sumber HD - 18-4-2013
Sumber HD - 18-4-2013
Pelajar berani Adam Adli hari ini ditahan polis di bawah seksyen 124 Akta Hasutan. Adam Adli ditahan di Bangsar Utama dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Adam Adli ditahan, namun begitu doa dan kata-kata ayahnya boleh menjadi peransang untuk Adam Adli menjadi lebih tabah. Kata-kata semangat dari seorang ayah yang dipetik dari FB Halim Hamid.

Kemenangan kedua mahasiswa lawan Auku!
Muhammad Safwan Anang @ Talib, |

Bebaskan universiti dari pengaruh politik berkepentingan
Safwan Anang, |

Hormati dunia mahasiswa
Hafizuddin An-Nuri, |

Remaja tunjuk punggung selepas senaman punggung
Hazayani Zakaria, | 07 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Insiden pelajar menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri mencerminkan generasi muda belajar daripada orang tua, kata Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, tidak hairan apabila ada remaja berani berbuat demikian kerana tiada tindakan diambil ke atas sekumpulan bekas tentera yang mengadakan "senaman punggung" di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Gabungan Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Mei lalu.
"Saya yakin insiden palajar tunjuk punggung itu mencerminkan bagaimana anak-anak muda telah belajar dari orang tua-tua.
"Bukankah sekumpulan bekas askar telah mengadakan pertunjukan TUNJUK PUNGGUNG di rumah Ambiga? dan tiada tindakan diambil di atas perbuatan tersebut?" soalnya dalam satu kenyataan di laman sosial facebooknya.
Justeru Maszlee yang juga pendakwah bebas berkata, kerajaan seharusnya juga mengambil tindakan terhadap orang yang lebih tua sebelum mengambil tindakan terhadap orang muda atas perbuatan sama.
"Jika mahu ambil tindakan pada yang muda, ambil tindakan kepada yang tua dahulu... Rule of Law !" katanya.
Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditahan polis dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas bertindak menunjuk punggu ke atas gambar Datuk Seri Najib Razak ketika sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, sekumpulan tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang melakukan "senaman punggung" dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga langsung tidak diambil tindakan.
Sumber HD : 7/09/2012

NGO mahasiswa gesa kolej tarik balik pecat pelajar
Salmiyah Harun, | 07 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar (Dema) menyeru Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics menarik balik keputusan memberhentikan pelajarnya yang terlibat dalam insiden pada malam ambang merdeka tempoh hari.
Menurut Dema tingkah laku pelajar terbabit merupakan tindakan individu untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya malah tindakan itu bukan kes jenayah atau apa-apa kesalahan akademik.
"Walaupun tindakan ini kurang sopan, ia hanya melibatkan tatatertib inidividu dan tidak begitu serius sehingga dibuang kolej. Pihak kolej boleh tidak setuju terhadap perlakuan pelajar, tetapi tidak boleh menghalang pengajiannya. Tindakan kolej telah menafikan hak pengetahuan pelajar," katanya dalam satu kenyataan.
Malah tegas Dema insiden tersebut berlaku di luar kolej dan bukan di kawasan kolej tetapi pelajar terbabit telah dianggap bersalah dan diambil tindakan oleh pihak kolej sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Tambahnya, pengurusan kolej telah menghina mahkamah apabila mendahului mahkamah dalam membuat keputusan.
"Jadi, siapa yang melanggar undang-undang ? Kalau kes jenayah pun, biar mahkamah dan polis memutuskan kesalahannya dulu, kolej tiada kuasa menjalankan hukuman bagi kes jenayah.
"Kami juga meragui keputusan kolej tersebut di mana Pengerusinya Dr Alimuddin Mohd Dom iaitu bekas pegarah Kementerian Pendidikan . Kami berharap keputusan ini tidak dibuat oleh mereka untuk tujuan menghantui pemikiran pelajar," katanya.
Bagi Dema, selaku Pengurus Kolej mereka perlu memikirkan motif perbuatan tersebut serta memahami sebab-sebab pelajar tidak menghormati pemimpin dan bukan membuang kolej kerana cara ini tidak dapat menyelesaikan masalah.
Jika ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan bertatasusila , pihak Kolej perlu menerima pandangan dengan sikap terbuka, kata Dema.
Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.

Pelbagai andaian yang dikemukakan dalam kalangan mahasiswa yang mana penangguhaan itu berkait rapat dengan demam PRU13 yang kini semakin cemas mencapai kemuncaknya.
Walaupun pihak Barisan Nasional (BN) masih berkira-kira untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses pilihan raya umum dilaksanakan. Aspek pengundi muda sering diberi perhatian sepenuhnya oleh pemerintan BN ketika ini, dan hal ini tidak terkecuali dalam menguasai kampus-kampus utama seluruh negara.
Hal ini disebab, BN sedar bahawa sebilangan besar pengundi muda adalah dalam kalangan mahasiswa universiti yang mana dikatakan cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Ops 2020 yang dikatakan perancangan rahsia BN dalam menguasai kampus telah terbongkar yang mana objektif ops 2020 ini adalah sebagai langkah terdesak BN dalam menguasai 20 IPTA di selurah negara.
Mengapa idea ops 2020 ini dicetuskan?
Hal ini disebabkan, terdapatnya rasa kebimbangan apabila pilihan raya kampus dijalankan sedia kala ditakuti golongan mahasiswa yang dikatakan cenderung menyokong pembangkang menguasai kampus-kampus utama ini salah satunya ialah Universiti Malaya. Jika hal ini menjadi kenyataan, besar kemungkinan momentum ini kemenangan akan mempengaruhi iklim pilihan raya umum ke-13 yang datang.
Oleh yang demikian, idea ini dicetus, setidak-tidaknya ia boleh menyekat iklim PRU 13 yang kini kembali segar dan hangat dibincangkan dalam kalangan mahasisiwa.
Hal ini disebabkan, Universiti Malaya boleh diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.
Tarikh keramat 25 september 2012 telah pun diumumkan sebagai tarikh perbuangan undi bagi pilihan raya kampus di seluruh negara. Pilihan raya kampus atau nama singkatannya PRK sering mendapat perhatian umum kerana pertandingan perebutan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar ini bukan hanya semata-mata pertandingan biasa tetapi ia berkai rapat dengan hala tuju, masa depan sesebuah negara. Bakal pemimpin yang dipilih ini bukan hanya setakat memimpin rakan-rakan di unuversiti dan menjaga kebajikan mereka tetapi lebih daripada itu.
Perebutan kerusi MPP antara Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi/Penggerak Mahasiswa sering mendapat perhatian masyarakat. Hal ini lebih-lebih lagi melibatkan kampus Universiti Malaya.
Perkara ini disebabkan, universiti tertua itu menjadi tonggak atau kayu ukur kepada langskap politik negara. Mengapa penulis berhujah demikian? Hal ini disebabkan, Universiti Malaya boleh diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.
Mampukan mahasiswa pendokong Pro Mahasiswa mengekalkan kemenangan pada sesi PRK kali ini? Persoalan pokok yang dikirakan amat sukar untuk diberi jawapan secara keseluruhan.
Hal ini disebabkan, perubahan sistem pemilihan MPP kali ini dengan memperkenalkan sistem zon dan pengurangan pointer dalam kalangan calon yang bertanding telah memberi cabaran tersendiri kapada calon-calon Pro Mahasiswa.
Namun, penulis yakin Pro Mahasiswa, terutama di Universiti Malaya mampu mempertahankan status kerajaan di universiti terulung berkenaan. Hal ini disandarkan, kepada rekod urus tadbir yang baik MPP sesi lepas dan pelbagai perubahan-perubahn yang dilakukan menjadi fokus utama mahasiswa dalam memilih bakal kepimpinan kali ini.
Semoga mahasiswa terutama di Universiti Malaya bijak memilih bakal pemimpin mereka demi kelangsungan agenda kebajikan dan perubahan pada masa hadapan.
Sumber HD : 18/09/2012
PRK: Pro Mahasiswa mampu kekal di UM
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, | 18 Sep 2012 |
Demam pilihan raya kampus kini kian terasa hangatnya. Kampus-kampus utama seperti Universiti Malaya sering mendapat perhatian khalayak masyakarat mahupun pemimpin negara. Seperti mana yang kita maklum pilihan raya kampus (PRK) yang sepatutnya diadakan pada sesi lepas telah pun ditangguhkan sekian lama oleh pihak pentadbiran universiti masing-masing.
Pelbagai andaian yang dikemukakan dalam kalangan mahasiswa yang mana penangguhaan itu berkait rapat dengan demam PRU13 yang kini semakin cemas mencapai kemuncaknya.
Walaupun pihak Barisan Nasional (BN) masih berkira-kira untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses pilihan raya umum dilaksanakan. Aspek pengundi muda sering diberi perhatian sepenuhnya oleh pemerintan BN ketika ini, dan hal ini tidak terkecuali dalam menguasai kampus-kampus utama seluruh negara.
Hal ini disebab, BN sedar bahawa sebilangan besar pengundi muda adalah dalam kalangan mahasiswa universiti yang mana dikatakan cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Ops 2020 yang dikatakan perancangan rahsia BN dalam menguasai kampus telah terbongkar yang mana objektif ops 2020 ini adalah sebagai langkah terdesak BN dalam menguasai 20 IPTA di selurah negara.
Mengapa idea ops 2020 ini dicetuskan?
Hal ini disebabkan, terdapatnya rasa kebimbangan apabila pilihan raya kampus dijalankan sedia kala ditakuti golongan mahasiswa yang dikatakan cenderung menyokong pembangkang menguasai kampus-kampus utama ini salah satunya ialah Universiti Malaya. Jika hal ini menjadi kenyataan, besar kemungkinan momentum ini kemenangan akan mempengaruhi iklim pilihan raya umum ke-13 yang datang.
Oleh yang demikian, idea ini dicetus, setidak-tidaknya ia boleh menyekat iklim PRU 13 yang kini kembali segar dan hangat dibincangkan dalam kalangan mahasisiwa.
Hal ini disebabkan, Universiti Malaya boleh diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.
Tarikh keramat 25 september 2012 telah pun diumumkan sebagai tarikh perbuangan undi bagi pilihan raya kampus di seluruh negara. Pilihan raya kampus atau nama singkatannya PRK sering mendapat perhatian umum kerana pertandingan perebutan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar ini bukan hanya semata-mata pertandingan biasa tetapi ia berkai rapat dengan hala tuju, masa depan sesebuah negara. Bakal pemimpin yang dipilih ini bukan hanya setakat memimpin rakan-rakan di unuversiti dan menjaga kebajikan mereka tetapi lebih daripada itu.
Perebutan kerusi MPP antara Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi/Penggerak Mahasiswa sering mendapat perhatian masyarakat. Hal ini lebih-lebih lagi melibatkan kampus Universiti Malaya.
Perkara ini disebabkan, universiti tertua itu menjadi tonggak atau kayu ukur kepada langskap politik negara. Mengapa penulis berhujah demikian? Hal ini disebabkan, Universiti Malaya boleh diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.
Mampukan mahasiswa pendokong Pro Mahasiswa mengekalkan kemenangan pada sesi PRK kali ini? Persoalan pokok yang dikirakan amat sukar untuk diberi jawapan secara keseluruhan.
Hal ini disebabkan, perubahan sistem pemilihan MPP kali ini dengan memperkenalkan sistem zon dan pengurangan pointer dalam kalangan calon yang bertanding telah memberi cabaran tersendiri kapada calon-calon Pro Mahasiswa.
Namun, penulis yakin Pro Mahasiswa, terutama di Universiti Malaya mampu mempertahankan status kerajaan di universiti terulung berkenaan. Hal ini disandarkan, kepada rekod urus tadbir yang baik MPP sesi lepas dan pelbagai perubahan-perubahn yang dilakukan menjadi fokus utama mahasiswa dalam memilih bakal kepimpinan kali ini.
Semoga mahasiswa terutama di Universiti Malaya bijak memilih bakal pemimpin mereka demi kelangsungan agenda kebajikan dan perubahan pada masa hadapan.
Sumber HD : 18/09/2012
Batal calon: Mahasiswa Pendidik Upsi lapor polis
Salmiyah Harun, | 22 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahasiswa Pendidik (MP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis berhubung isu pembatalan enam calon mahasiswa dari menyertai pilihan raya kampus kali ini.
Laporan tersebut dibuat apabila enam mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan.
Menurut sumber dari Upsikini, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan MPP pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan.
Salah seorang daripada calon yang dinafikan pencalonan, Mohd Shukri berkata, setelah pihaknya meneliti dari sudut perundangan dan pengurusan, beliau yakin dan percaya penolakan enam calon untuk tidak dibenarkan bertanding mempunyai unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan sabotaj dari pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada pihak mereka.
Sementara itu, menurut mantan Exco MPP UPSI sesi lepas, Herwana Herman, pada pilihan raya kampus yang lalu tiada calon dibatalkan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang.
"Berbeza pada sesi pemilihan kali ini, enam mahasiswa dinafikan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut tidak termasuk dalam syarat pemilihan calon bertanding," katanya sebagaimana dipetik dari laman Mahasiswakini.
Semalam, kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga membuat laporan polis di Ibu Pejapat Polis (IPD) di Balai Polis Pantai ekoran penyalahgunaan kuasa di dalam pilihan raya kampus sesi kali ini.
Di mana, keputusan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Kampus UM mengekalkan 6 'calon tua' Penggerak Mahasiswa yang didakwa telah melanggar tatacara dan peraturan di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM.
Mereka di bantah kerana dikatakan telah melebihi had semester yang telah ditetapkan iaitu dua semester atau satu tahun daripada tempoh minimum pengajian.
Calon tersebut adalah Cher Ruey Huat daripada fakulti Undang-undang, Lock Li Ping daripada fakulti Kejuteraan, Zulaikha Zulkifli dan Malik Sham daripada fakulti Pendidikan serta Ahmad Syahmi Naim daripada fakulti Kebudayaan.
Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa UM, saudara Edikop, pihak mereka tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah untuk menangguhkan pilihan raya kampus kali ini disebabkan masalah tersebut.
"Tindakan penangguhan ini hendak dilakukan supaya PRK yang bakal dilaksanakan lebih telus dan adil," katanya dalam sidang media.

Sumber HD : 22/09/2012
PRK adalah merupakan suatu wahana kemasyarakatan dalam konteks alam kampus yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dengan menunaikan amanah melantik kepimpinan melalui proses demokrasi.
Justeru, kami menolak segala bentuk perancangan, tindakan dan percubaan oleh sama ada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahupun pihak universiti dalam usaha memenangkan calon pilihan universiti atau ‘Pro-Universiti’.
Perbuatan ini seumpama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bersikap adil dalam mengendalikan pilihanraya dan memberi kebebasan hak kepada pengundi untuk menentukan pilihan mereka, TETAPI mereka telah merancang suatu usaha untuk memenangkan calon tertentu.
Sekiranya pihak berkenaan telah merancang untuk memenangkan calon tajaan pilihan pihak-pihak tertentu dengan pelbagai bantuan dan pendanaan (sponsorship), maka apalah ertinya dan perlunya sebuah pilihanraya diadakan? Campurtangan seperti ini adalah merupakan suatu perbuatan yang biadap dan terkutuk.
Segala tindakan songsang yang mencabuli prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK adalah pencabulan terhadap hak mahasiswa dan penghinaan terhadap universiti.
Malah, kami berpendapat, 'pencabul' itu juga merupakan penderhaka terhadap negara dan bangsa yang kita cintai dan adalah wajar mereka segera bertaubat dan berundur daripada terus memegang posisi penting dalam kementerian atau universiti.
Oleh yang demikian, kami menyeru kepada para mahasiswa untuk memilih calon-calon yang berkelayakan untuk dijadikan pemimpin di kampus masing-masing. Pemimpin mahasiswa adalah individu-individu yang mampu berdikari, berpegang kepada prinsip, jujur, amanah dan berpekerti mulia. Calon-calon yang mesti dipilih adalah calon-calon yang bukan sahaja mempunyai kemampuan untuk menunaikan manifesto yang diumumkan, tetapi juga mestilah yang mampu menjadi uswah dan qudwah kepada warga universiti.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah atau akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang mengkhianati prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK kali ini.
Kami juga tidak bersubahat dengan sebarang perbuatan fitnah, kata-kata kesat, adu domba, ugut atau memangsakan lawan politik mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian hidup berkomuniti dalam kampus.
Justeru, kami menyeru dan menyarankan supaya kesedaran tentang kepentingan berlaku jujur dan berprinsip terus disuburkan dalam arena politik. Pendidikan dan pembudayaan politik yang sihat adalah sangat penting demi memastikan para mahasiswa lebih matang dan dapat memimpin negara pada masa hadapan secara berprinsip dan berintegriti.
Sekian. Terima kasih.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Ma’ruf Club UIAM (MC)
We Unite For Islam (WUFI)
Sumber HD : 24/09/2012
Calon daripada pro-mahasiswa itu dipercayai diugut oleh pihak yang tidak dikenali dengan menghubungi keluarga calon terbabit di kampung.
Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.
Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.
Afif juga berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan tersebut, satu di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.
"Kami melihat ia satu perkara serius yang perlu mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Kita bimbang dengan keselamatan calon-calon ini," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen, petang tadi.
Selain ugutan tersebut, Afif turut berkata beberapa kain rentang yang mewakili calon-calon daripada Chinese Community Council (CCC) dan GMUKM disabotaj dengan menggunakan cat merah.
Dakwanya lagi, jika dilihat modus operandi tersebut, ia mirip modus operandi yang dilakukan Umno dalam siri simbahan cat ke atas bas merdeka rakyat.
Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan sabotaj tersebut.
Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, tujuh kerusi telah dimenangi calon pro-mahasiswa tanpa bertanding, yang memerlukan hanya lapan kerusi untuk dimenangi pro-mahasiswa bagi memperolehi majoriti bagi menguasai PRK yang akan bermula esok.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, berkata ugutan bunuh dan culik yang berlaku ini adalah satu kejadian pertama kali dalam sejarah PRK.
"Ugutan ini satu perkara biasa bagi calon pro-mahasiswa ini. Namun, tidak pernah ada dalam sejarah ugutan bunuh dan culik. Ini kali pertama dan kita harap pihak polis segera melakukan siasatan," tegas beliau pada sidang media yang sama.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden Ikatan Study Islam UKM, Mohd Azan Safar dan beberapa aktivis pelajar yang lain.
Sumber HD : 24/09/2012
Sumber HD : 26/09/2012
Sumber HD - 9-4-2013
Tolak pencabulan demokrasi kampus
Harakahdaily, | 24 Sep 2012 |
Kami dengan ini menyatakan sokongan terhadap pendirian dan tindakan para mahasiswa di seluruh Malaysia yang menuntut proses pemilihan perwakilan pelajar atau Pilihan Raya Kampus (PRK) yang telus dan bersih sempena PRK yang bakal berlangsung di kebanyakan universiti di seluruh Malaysia pada 25 September ini.
PRK adalah merupakan suatu wahana kemasyarakatan dalam konteks alam kampus yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dengan menunaikan amanah melantik kepimpinan melalui proses demokrasi.
Justeru, kami menolak segala bentuk perancangan, tindakan dan percubaan oleh sama ada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahupun pihak universiti dalam usaha memenangkan calon pilihan universiti atau ‘Pro-Universiti’.
Perbuatan ini seumpama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bersikap adil dalam mengendalikan pilihanraya dan memberi kebebasan hak kepada pengundi untuk menentukan pilihan mereka, TETAPI mereka telah merancang suatu usaha untuk memenangkan calon tertentu.
Sekiranya pihak berkenaan telah merancang untuk memenangkan calon tajaan pilihan pihak-pihak tertentu dengan pelbagai bantuan dan pendanaan (sponsorship), maka apalah ertinya dan perlunya sebuah pilihanraya diadakan? Campurtangan seperti ini adalah merupakan suatu perbuatan yang biadap dan terkutuk.
Segala tindakan songsang yang mencabuli prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK adalah pencabulan terhadap hak mahasiswa dan penghinaan terhadap universiti.
Malah, kami berpendapat, 'pencabul' itu juga merupakan penderhaka terhadap negara dan bangsa yang kita cintai dan adalah wajar mereka segera bertaubat dan berundur daripada terus memegang posisi penting dalam kementerian atau universiti.
Oleh yang demikian, kami menyeru kepada para mahasiswa untuk memilih calon-calon yang berkelayakan untuk dijadikan pemimpin di kampus masing-masing. Pemimpin mahasiswa adalah individu-individu yang mampu berdikari, berpegang kepada prinsip, jujur, amanah dan berpekerti mulia. Calon-calon yang mesti dipilih adalah calon-calon yang bukan sahaja mempunyai kemampuan untuk menunaikan manifesto yang diumumkan, tetapi juga mestilah yang mampu menjadi uswah dan qudwah kepada warga universiti.
Kami juga ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah atau akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang mengkhianati prinsip-prinsip asas demokrasi dalam PRK kali ini.
Kami juga tidak bersubahat dengan sebarang perbuatan fitnah, kata-kata kesat, adu domba, ugut atau memangsakan lawan politik mana-mana pihak yang boleh menjejaskan keharmonian hidup berkomuniti dalam kampus.
Justeru, kami menyeru dan menyarankan supaya kesedaran tentang kepentingan berlaku jujur dan berprinsip terus disuburkan dalam arena politik. Pendidikan dan pembudayaan politik yang sihat adalah sangat penting demi memastikan para mahasiswa lebih matang dan dapat memimpin negara pada masa hadapan secara berprinsip dan berintegriti.
Sekian. Terima kasih.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Ma’ruf Club UIAM (MC)
We Unite For Islam (WUFI)
Sumber HD : 24/09/2012
PRK: Calon pro-mahasiswa diugut bunuh
Anis Nazri, | 24 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mendakwa enam calon yang menyertai pilihan raya kampus (PRK) telah menerima ugutan bunuh dan culik.
Calon daripada pro-mahasiswa itu dipercayai diugut oleh pihak yang tidak dikenali dengan menghubungi keluarga calon terbabit di kampung.
Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.
Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.
Afif juga berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan tersebut, satu di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.
"Kami melihat ia satu perkara serius yang perlu mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Kita bimbang dengan keselamatan calon-calon ini," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen, petang tadi.
Selain ugutan tersebut, Afif turut berkata beberapa kain rentang yang mewakili calon-calon daripada Chinese Community Council (CCC) dan GMUKM disabotaj dengan menggunakan cat merah.
Dakwanya lagi, jika dilihat modus operandi tersebut, ia mirip modus operandi yang dilakukan Umno dalam siri simbahan cat ke atas bas merdeka rakyat.
Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan sabotaj tersebut.
Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, tujuh kerusi telah dimenangi calon pro-mahasiswa tanpa bertanding, yang memerlukan hanya lapan kerusi untuk dimenangi pro-mahasiswa bagi memperolehi majoriti bagi menguasai PRK yang akan bermula esok.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, berkata ugutan bunuh dan culik yang berlaku ini adalah satu kejadian pertama kali dalam sejarah PRK.
"Ugutan ini satu perkara biasa bagi calon pro-mahasiswa ini. Namun, tidak pernah ada dalam sejarah ugutan bunuh dan culik. Ini kali pertama dan kita harap pihak polis segera melakukan siasatan," tegas beliau pada sidang media yang sama.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden Ikatan Study Islam UKM, Mohd Azan Safar dan beberapa aktivis pelajar yang lain.
Sumber HD : 24/09/2012
PRK: Pengerusi Pro-M dibelasah samseng
Harakahdaily, | 25 Sep 2012 |
PETALING JAYA: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar) didakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.
Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 4 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.
Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.
Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.
Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.
Serangan itu menyebabkan beliau luka dan lebam di bahagian muka.
Menurut rakan serumahnya, Syis Abdul Kadir yang juga Presiden PMIUM, mereka hanya mengetahui kejadian itu apabila menyedari Edikoup terbaring dipintu rumah awal pagi tadi.
"Dia tak cerita apa-apa dan kami nampak dia terbaring di hadapan pintu rumah. Dia kata rasa sakit di muka dan badan. Dan baru pagi ini dia sedar dan menceritakan kepada kami apa yang yang telah berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Edikoup di Balai Polis Seksyen 17, Petaling Jaya berkenaan serangan tersebut.
Edikoup kini juga berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan.
Menurut Syis lagi, Edikoup ada menceritakan bahawa dia ada menerima beberapa kali ugutan oleh samseng sebelum dia diserang
"Kali pertama semalam dua samseng datang ke rumah dan menguugut dengan berkata "kau ingat apa yang kau dah buat" dan mengugut akan melanggar beliau.
"Kali kedua ketika di Jalan Mahameru juga dua orang samseng datang ugut benda sama kira-kira jam 12 malam tadi," katanya.
Menurut Syis lagi, Edikoup kini masih dalam keadaan trauma dan beliau masih belum mahu berjumpa dengan sesiapa.
Sumber HD : 25/09/2012

Keputusan PRK UM tangguh, Pro-M mendahului
Harakahdaily, | 25 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Keputusan rasmi Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Malaya ditangguh ekoran dua kerusi iaitu di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Pendidikan mendapat undi sama banyak.
Difahamkan, undian semula di kedua-dua fakulti itu akan dibuat esok bagi menentukan keputusan rasmi.
Bagaimanapun, keputusan stakat ini menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) kampus itu mendahului dengan kemenangan di 20 kerusi.
Ianya diikuti rapat dengan kumpulan Pro-Aspirasi yang dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, yang menang 19 kerusi manakala bebas menang di dua kerusi.
Keseluruhan kerusi yang dipertandingkan bagi kampus UM adalah 43 kerusi iaitu sembilan kerusi umum dan 34 kerusi di peringkat fakulti.
Dengan keadaan yang berlaku itu, keputusan penuh bagi PRK UM tergantung dan hanya akan diketahui esok.
Pada PRK tahun lalu, Pro-M UM berjaya memenangi 23 kerusi dari keseluruhan yang dipertandingkan sekaligus berjaya membentuk Majlis Perwakilan Pelajar.
Bagaimanapun keputusan hari ini meyaksikan Pro-M kurang tiga kerusi berbanding tahun lalu.
Keputusan PRK di kampus UM sering menjadi perhatian ekoran legasi UM sebagai universiti tertua di Malaysia dan sering dilihat sebagai nadi gerakan mahasiswa di negara ini.
UM juga sering diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.

'Lembu-lembu tua' dalam pilihan raya kampus
Ahmad Tajdid, | 25 Sep 2012 |
SAYA masih teringat kisah lucu ketika belajar di sebuah IPTA di utara Semenanjung. Kisah ini diceritakan seorang senior ketika kempen pilihan raya kampus sedang rancak berjalan. Ceritanya berkisar tentang seorang siswa yang digelar pelajar lain sebagai "Number One" (#1).
Siswa ini memang dikenali oleh penghuni kampus kerana sifat uniknya. Selain perawakannya yang 'simple' dia juga berpacaran. Pacarnya rakan sekuliah atau sekursus dengannya.
Ketika musim pilihan raya kampus tiba, #1 juga sibuk mengambil borang untuk menjadi calon. Dengan syarat minimum memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.5, beliau pun dipilih untuk bertanding mewakili kursus (sekarang ini fakulti).
Memang calon-calon dibenarkan berkempen, tetapi pada masa itu pilihan raya kampus tidaklah sesengit sekarang. Sekarang ini dimaklumkan, 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti hinggalah di kementerian turut berebut-rebut mahu campur tangan dalam hal ehwal budak-budak (siswa).
Setelah berhari-hari berkempen dan para siswa selesai membuang undi, maka tiba masanya saat pengiraan undi. Pada waktu itu, undi yang diperolehi semua calon yang bertanding akan ditulis di papan putih (whiteboard). Setelah semua kertas undi dikira, alangkah terkejutnya petugas pengiraan undi kerana #1 hanya mendapat satu undi!
Maka kisah #1 mendapat hanya satu undi itu pun menjadi bahan lawak kampus selama berbulan-bulan. Apa tidaknya, jika #1 pada logiknya memberikan satu undi kepada dirinya sendiri, itu bermaksud, pacar (teman wanitanya) juga tidak mengundi #1. Bermula daripada peristiwa itulah siswa tersebut mendapat gelaran #1.
Tidaklah diketahui ke mana perginya #1 sekarang. Mungkin bertugas di Biro Tatanegara (BTN) agaknya.
Semasa mendengar siaran Radio24 (radio Bernama) ketika berkereta ke pejabat, pembaca berita radio memaklumkan pilihan raya kampus yang sedang berlangsung di 15 universiti. Menurutnya, 5 IPTA telahpun mengadakan pilihan raya dan keputusannya memihak kepada pelajar 'proaspirasi' (baca pro-BN).
Diberitakan juga bahawa keputusan pilihan raya kampus kali ini penting kerana ia menunjukkan pola mengundi generasi muda menjelang pilihan raya umum ke-13. Dalam erti kata lain, jika kesemua pilihan raya IPTA dimenangi kumpulan 'proaspirasi', ia menunjukkan sokongan generasi muda kepada BN!
Mendengar laporan berita itu, tidak hairanlah jika kita mendengar kisah bagaimana 'lembu-lembu tua' di peringkat fakulti, universiti juga di kementerian semacam berkomplot untuk memastikan semua kampus IPTA dimenangi calon-calon yang dicucuk hidung. Dan pelbagai bentuk tektik kotor, ugutan, penipuan dan sebagainya dikenakan kepada siswa yang dilabel promahasiswa (baca pro-pembangkang) bagi memastikan calon 'proaspirasi' menang mudah atau 'menang tanpa bertanding'.
Tapi benarkah keputusan pilihan raya kampus benar-benar menggambarkan sokongan generasi muda kepada BN mahupun Pakatan Rakyat?
Jawapannya tidak sama sekali!
Bukti paling kukuh adalah ketika kampus-kampus universiti utama dikuasai oleh kelompok mahasiswa yang pro-Islam (baca pro-PAS) pada dekad 80-an dan 90-an, PAS tidak pernah menang selesa dalam setiap PRU yang ditandinginya malah kalah teruk pada 1986 dan 1995. Sokongan generasi muda terhadap PAS juga tidaklah ketara walaupun kampus-kampus utama IPTA dikuasai kelompok pro-Islam.
Kini di saat wujudnya media baru yang mencabar dominasi media konvensional, usaha mempengaruhi siswa untuk menyokong sesuatu kelompok oleh 'lembu-lembu tua' tidak akan berkesan sepenuhnya kerana mereka (siswa) lebih terdedah kepada maklumat dan perkembangan semasa.
Sokongan yang diberikan siswa mungkin bersifat 'artificial' apatah lagi jika ia bercirikan ugutan dan paksaan. Apalah signifikannya untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan idealisme mahasiswa bagi kelompok majoriti pelajar jika hidup di kampus hanya sekadar 3 atau 4 tahun sahaja?
Oleh itu kesungguhan 'lembu-lembu tua' bagi memastikan kemenangan kumpulan proaspirasi di kampus-kampus IPTA tidak banyak menyumbang kepada kejayaan BN dalam PRU mahupun mengukur sokongan generasi muda kepada BN. Ia hanya sekadar 'window dressing' atau mewujudkan 'feel good factor' kepada BN.
Malah jika elemen 'feel good factor' ini mahu dijadikan tangkal azimat untuk BN menghadapi pilihan raya, ia seperti menggali kubur sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman di dada...

P'raya Kampus: Pro-M kekal kuasai UKM
Harakahdaily, | 26 Sep 2012 |
KAJANG: Keputusan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyaksikan kumpulan pro-M yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM) kekal menguasai kampus itu.
GMUKM menang di 19 kerusi berbanding kumpulan pro-Aspirasi yang hanya menang lapan kerusi.
Calon bebas turut memenangi satu kerusi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
GMUKM meletakkan calon mereka di 28 kerusi iaitu sembilan kerusi umum manakala 19 lagi di fakulti.
Kemenangan majoriti itu sekaligus mengekalkan penguasaan Pro-M di kampus itu.
Pada pilihan raya kampus tahun lalu, GMUKM menang 23 kerusi.

PRK: UIA gantung keputusan, mengundi semula
Harakahdaily, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kampus bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diadakan sekali lagi berikutan masalah teknikal dalam sistem pengundian secara elektronik (e-undi) yang dihadapi mereka semalam.
Difahamkan pengiraan undi semalam mendapati jumlah undi yang direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.
Ekoran masalah itu, UIAM bakal menjadi kampus pertama membuat pengundian dua kali.
Difahamkan juga, pengundian semula akan diadakan secara manual dalam tempoh seminggu untuk mengelak kejadian serupa berulang.
Perkara itu turut disahkan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, untuk mendapatkan keputusan pengundian yang adil dan telus, pihaknya akan mencadangkan kepada senat supaya mengadakan satu lagi pilihan raya kampus secara manual.
Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.
Ianya adalah 18 kerusi bagi kampus Gombak dan 13 kerusi bagi kampus Kuantan.
Tahun lalu kumpulan Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.

Pilihan raya kampus bukan penanda aras PRU13
Muhammad Hasbullah Md Najib, |
Setiap tahun warga kampus akan melaksanakan rutin tahunan mereka bagi memilih kepimpinan mahasiswa yang akan menjadi suara mahasiswa kepada pihak pentadbiran universiti.
Namun pilihanraya kampus tahun ini menjadi tumpuan umum kerana inilah pilihanraya kampus terakhir sebelum pilihanraya umum yang ke 13 yang bakal menjelang bila-bila masa dari sekarang.
Ianya kerana sebahagian masyarakat beranggapan bahawa pilihanraya kampus merupakan penanda aras ataupun keputusan jangkaan tentang apa yang bakal berlaku dalam pilihanraya umum yang akan datang. Keputusan di kampus menandakan sokongan golongan anak muda di kampus sama ada memihak kepada kerajaan mahupun Pakatan Rakyat.
Saya selaku mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar ingin menyatakan bahawa teori dan pandangan tersebut adalah tidak tepat untuk masa kini kerana situasi dua perkara ini (Pilihanraya Kampus dan PRU) adalah berbeza sama sekali.
Pertandingan d iantara Pro Aspirasi yang dikatakan menyokong kerajaan dan Pro Mahasiswa yang dikatakan menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya tidak berlaku di semua IPTA di dalam negara ini.
Ini kerana tidak semua kampus mengamalkan konsep calon mewakili "Parti" ini dalam bertanding. Sebahagian kampus sebagai contoh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa IPTA lain tidak membenarkan calonnya secara rasmi mengumumkan diri mereka mewakili pihak mana.
Mahasiswa akan mengundi calon itu berdasarkan kapasiti individu itu sendiri dan bukannya dari parti mana. Dalam kes ini juga, apabila calon itu menang maka secara tiba-tiba Aspirasi akan mengaku bahawa mereka menang di kampus tersebut. Saya sendiri pada awalnya dikatakan Aspirasi dan menerima jemputan untuk menghadiri program Aspirasi sedangkan saya tiada kaitan langsung dengan Aspirasi!
Aspirasi juga realitinya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya telah berkubur lama di sebahagian IPTA. Sewaktu pilihanraya kampus tahun lepas, saya sendiri menjadi "contact person" oleh pimpinan Aspirasi Malaysia bagi menanyakan status terkini perjalanan pilihanraya di kampus kami kerana Aspirasi telah lama berkubur dari persada kampus kami dan mereka tidak mempunyai orang mereka sendiri untuk memberi maklumat kepada mereka.
Antara lain mengapa saya katakan pilihanraya kampus tidak boleh menjadi penanda aras kepada pilihanraya umum adalah kerana, menguasai proksi MPP disemua kampus bukanlah hasrat utama Pro Mahasiswa.
Di kampus-kampus utama terutama di lembah Klang ya! Tetapi tidak di kampus lain. Di sebahagian kampus, Pro Mahasiswa tidak menghantar calon yang penuh dan ada kampus tidak menghantar calon langsung kerana misi siyasah Pro Mahasiswa itu berbeza di setiap kampus bergantung kepada keperluan dan "waqi'" kampus tersendiri. Sebahagian kampus cukup untuk mereka sekadar menguasai perwakilan kolej kediaman dan persatuan sahaja untuk mereka menguasai siyasah kampus.
Keprihatinan mahasiswa dalam arena politik kampus juga jauh berbeza dengan arena politik negara. Mahasiswa lebih terdedah dan peka dengan politik negara yang hangat setiap hari berbanding dengan politik kampus yang hanya hangat setahun sekali seperti menyambut Aidilfitri.
Ini menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak mengambil peduli langsung tentang pilihanraya kampus yang berlaku hinggakan sebahagian kampus terpaksa memberi merit kokurikulum dan merit kolej penginapan kepada sesiapa yang datang mengundi untuk memastikan peratusan mahasiswa yang turun mengundi tinggi.
Inilah mengapa saya katakan bahawa keputusan pilihanraya kampus tidak boleh dijadikan penanda aras kepada keputusan pilihanraya umum yang akan berlaku kerana realitinya amatlah berbeza dari tanggapan masyarakat umum. Apa yang saya telah nyatakan di atas hanyalah sebahagian dari pengalaman saya sebagai Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar dan tidak termasuk lagi kes-kes kepincangan perjalanan pilihanraya kampus dan keputusan yang meragukan yang berlaku di sebahagian kampus di negara ini.
Penulis ialah Pengerusi Alumni Unimas Zon Selatan Malaysia dan mantan Yang Dipertua MPP Unimas.

Mahkamah batal keputusan Unimap gantung pelajar
Harakahdaily, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tindakan Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang menjatuhkan hukuman gantung pengajian 66 hari, denda RM100 dan amaran keras terhadap seorang mahasiswanya, Mohd Izuwan Zaini adalah tidak sah dan terbatal.
Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar-pelajar) Unimap 2009 adalah ultra vires Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).
Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) juga memutuskan kos diberikan kepada pelajar itu sebanyak RM5,000.00
Pemohon iaitu Mohd Izuwan Zaini telah menamakan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Unimap sebagai responden pertama dan Unimap sebagai responden kedua.
Pemohon telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012 di mana pemohon telah diwakili oleh peguam Mohd Fikah dan Nasar Khan dari Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners manakala responden-responden diwakili oleh Peguam Khairul Azam Aziz.
Ketika mengulas lanjut perkara ini, Ahmad Zamri Bin Asa’ad Khuzaimi menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) menyambut baik keputusan mahkamah ini dan berikrar akan terus komited untuk memperjuangkan nasib mahasiswa yang ditindas di kampus-kampus di seluruh negara.
Menurutnya lagi, keputusan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh mahasiswa oleh kerana mereka seringkali menjadi mangsa Jawatankuasa Tatatertib Universiti dalam banyak perkara terutama yang melibatkan politik.
Justeru beliau menyeru agar mahasiswa tidak bimbang untuk berpartisipasi selagi mana mematuhi batas-batas tertentu.
Terdahulu, pemohon telah dituduh dan disabitkan atas kesalahan menganjurkan satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai institusi awam dan swasta atas nama Gabungan Mahasiswa ”Watch 13” pada 13 Februari 2012.
Ia bertujuan memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan pilihanraya selain menyeru masyarakat untuk turun mengundi dalam pilihanraya umum ke 13.
Tindakan pemohon tersebut telah dianggap sebagai mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada universiti atau yang memudaratkan kepentingan universiti oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti berkenaan.
Dengan keputusan ini bermakna tindakan Unimap tersebut adalah tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti itu sendiri.
Keputusan ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa mahasiswa tidak patut dikongkong kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan untuk berpersatuan kerana hak-hak tersebut adalah dijamin sepenuhnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Watch 13: Tindakan Unimap gantung pelajar tidak sah
Harakahdaily, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tindakan Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang menjatuhkan hukuman gantung pengajian 66 hari, denda RM100 dan amaran keras terhadap seorang mahasiswa UNIMAP iaitu Mohd Izuwan Zaini adalah tidak sah dan terbatal.
Selain itu, mahkamah juga memutuskan bahawa Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar-pelajar) UNIMAP 2009 adalah ultra vires Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) selain membayar kos sebanyak RM 5,000.00.
Kes ini telah diputuskan oleh Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 25 September 2012.
Pemohon iaitu Mohd Izuwan Zaini telah menamakan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UNIMAP sebagai Responden Pertama dan UNIMAP sebagai Responden Kedua.
Pemohon telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Mei 2012 di mana pemohon telah diwakili oleh peguam Encik Mohd Fikah dan Encik Nasar Khan dari Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners manakala responden-responden diwakili oleh Peguam Khairul Azam Aziz.
Ketika mengulas lanjut perkara ini, Saudara Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi menegaskan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) menyambut baik keputusan mahkamah ini dan berikrar akan terus komited untuk memperjuangkan nasib mahasiswa yang ditindas di kampus-kampus di seluruh negara.
Menurutnya lagi, keputusan ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh mahasiswa oleh kerana mereka seringkali menjadi mangsa Jawatankuasa Tatatertib Universiti dalam banyak perkara terutama yang melibatkan politik. Justeru beliau menyeru agar mahasiswa/i tidak bimbang untuk berpartisipasi selagi mana mematuhi batas-batas tertentu.
Terdahulu, pemohon telah dituduh dan disabitkan atas kesalahan menganjurkan satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai Institusi Awam dan Swasta atas nama Gabungan Mahasiswa ”Watch 13” pada 13 Februari 2012 bagi tujuan memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan pilihanraya selain menyeru masyarakat untuk turun mengundi dalam pilihanraya umum ke 13.
Selain itu, tindakan pemohon tersebut juga telah dianggap sebagai mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti berkenaan.
Dengan keputusan ini bermakna tindakan UNIMAP tersebut adalah tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti itu sendiri.
Keputusan ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa mahasiswa/I tidak patut dikongkong kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan untuk berpersatuan kerana hak-hak tersebut adalah dijamin sepenuhnya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi Negara.
Sidang Media Mohd Izuwan Zaini : http://www.youtube.com/watch?v=1NHaXLDTa00&feature=g-all-u
Sumber HD : 26/09/2012
Proses pembuangan undi bagi PRK UIAM telah berlangsung pada 25 September 2012 (Selasa) bermula jam 9.10 pagi dan berakhir pada jam 5.10 petang. Proses pembuangan undi dijalankan oleh jawatankuasa pilihanraya kampus yang diketuai oleh Datuk Dr. Mizan Bin Hitam yang juga merupakan Timbalan Rektor UIAM dengan kekuatan jawatankuasa seramai lebih kurang 300 orang staf.
Pengumuman keputusan PRK yang sepatutnya berlangsung pada pukul 6.00 petang ditangguhkan ke pukul 8.00 malam. Kira-kira jam 8.20 malam, Datuk Dr. Mizan tiba ke tempat pengumuman keputusan iaitu di Dewan Eksperimental (Experimental Hall) untuk mengumumkan keputusan.
Malangnya, Datuk Dr. Mizan sekali lagi bertindak melambat-lambatkan pengumuman keputusan PRK dengan menganjurkan para mahasiswa untuk berselawat. Beliau kemudiaannya membacakan kenyataan media yang telah pihak beliau keluarkan kepada media yang dilakukan sebelum pengumuman keputusan dibuat di hadapan para calon yang bertanding dan pelajar yang mengundi.
Dalam kenyatan media yang beliau bacakan, beliau menyatakan masalah ‘failure data encryption’ berlaku dalam sistem e-voting. Beliau memberikan beberapa contoh ketidak-selarian yang berlaku antara peratusan pengundi dengan jumlah undian.
Justeru, beliau mengumumkan, pihak jawatankuasa pilihanraya kampus mencadangkan untuk menangguhkan keputusan PRK dengan mengadakan pilihanraya semula secara manual disebabkan masalah teknikal seperti yang disebutkan tadi.
Sesi dialog diadakan selepas selesai pembacaan kenyataan media oleh Datuk Dr Mizan. Polemik berterusan dan pelbagai persoalan dan cadangan dikemukan oleh para mahasiswa UIAM dari kampus Gombak dan Kuantan atas kemusykilan dan rasa tidak senang dengan pengumuman yang dilakukan.
Berhubung kejadiaan ini, mewakili kelompok mahasiswa yang sedar dan prihatin, kami mengenalpasti empat permasalahan dan kemusykilan utama yang perlu dijawab oleh pihak yang berwajib:
1. Pihak jawatankuasa PRK di bawah kepimpinan Datuk Mizan telah secara pasti mengetahui masalah teknikal yang berlaku berkaitan polling system sejak jam 6.00 petang iaitu pada waktu yang sepatutnya pemngumuman keputusan PRK dibuat. Justeru, mengapa pihak berwajib bertindak menzalimi para mahasiswa yang terpaksa menunggu lama menanti pengumuman keputusan PRK tanpa sebarang notis segera penangguhan masa pengumuman? Hanya setelah kira-kira jam 7.05 malam, barulah dimaklumkan tentang sesi pengumuman ditangguh ke pukul 8.00 malam.
2. Mengapa pengumuman penangguhan keputusan PRK dimaklumkan kepada pihak media terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada para calon dan pengundi? Tindakan seperti ini menggambarkan sikap tidak profesional oleh pihak berwajib kerana tidak mampu membuat pertimbangan awlawiyat (keutamaan) kepada pihak mana harus dimaklumkan terlebih dahulu. Kami berpandangan calon dan pengundi harus diutamakan kerana mereka terlibat sebagai pemegang-taruh (stake holders) dalam PRK.Tindakan ini menggambarkan seolah-olah pihak pengurusan PRK atau pihak pentadbir tidak menghormati calon dan para pengundi.
3. Kami juga berasa hairan bagaimana media seperti NTV7 dan TV9 boleh mengumumkan keputusan palsu di stesen masing-masing dalam slot berita sedangkan menurut pihak pentadbir UIAM, kenyataan media yang dikeluarkan secara rasmi oleh UIAM adalah sepertimana yang dibacakan. Menurut staf UIAM yang menjaga jaringan media, wartawan NTV7 yang menerbitkan berita palsu berkenaan PRK di UIAM diambil dari internet. Lihat, bagaimana pihak media mencemar etika kewartawanan dan integriti dalam menyiarkan informasi kepada rakyat.
4. Kami juga ingin menyatakan keraguan kami terhadap ketelusan proses pilihanraya dijalankan.
Penangguhan pengumuman keputusan dan sikap melewat-lewatkan pengumuman yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa PRK membangkitkan kemusykilan apakah pihak yang terbabit mampu mengurus-tadbir perjalanan PRK. Beberapa aduan diterima tentang kekeliruan dan kesamaran yang berlaku dalam proses pembuangan undi. Malah, terdapat beberapa informasi yang salah daripada staf yang terbabit dengan proses pilihanraya yang menunujukkan ketidak-sediaan pihak jawatankuasa PRK dalam menguruskan PRK di UIAM.
Oleh yang demikian, kami menyatakan beberapa tuntutan:
1. PRK yang bakal dijalankan semula mestilah telus dan profesional.
3. Atas nama pilihanraya yang telus dan adil, kami mendesak pihak jawatankuasa PRK UIAM untuk mengeluarkan data-data pengundian yang dikatakan bermasalah dengan secepat mungkin. Ini mampu membangkitakan semula rasa yakin kami terhadap keboleh-upayaan pihak jawatankuasa PRK.
4. Menafikan berita palsu berhubung keputusan yang disebarkan melalui media massa seperti NTV7 dan TV9 dan UIAM perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak media yang terbabit untuk membersihkan nama universiti yang dicemar dengan berita-berita palsu.
5. Kami menuntut agar hari pembuangan undi diisytiharkan sebagai hari cuti bagi memudahkan semua mahasiswa dapat menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Kelab Maaruf UIAM (MC)

Sikap mahasiswa dalam isu pilihan raya kampus UIA
Harakahdaily, | 26 Sep 2012 |
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam proses pengurusan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM oleh pihak berwajib.

- Kami menuntut supaya mahasiswa juga menganggotai jawatankuasa PRK.
- PRK punya aturan yang jelas, telus dan tidak terdedah kepada sebarang kemungkinan manipulasi.
- Melibatkan wakil calon sebagai pemerhati sepanjang proses pembuangan undi dijalankan sehinggalah kepada proses pengiraan undi.
- Menukar pengerusi jawatankuasa PRK kampus UIAM, Datuk Dr. Mizan Bin Hitam
3. Atas nama pilihanraya yang telus dan adil, kami mendesak pihak jawatankuasa PRK UIAM untuk mengeluarkan data-data pengundian yang dikatakan bermasalah dengan secepat mungkin. Ini mampu membangkitakan semula rasa yakin kami terhadap keboleh-upayaan pihak jawatankuasa PRK.
4. Menafikan berita palsu berhubung keputusan yang disebarkan melalui media massa seperti NTV7 dan TV9 dan UIAM perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak media yang terbabit untuk membersihkan nama universiti yang dicemar dengan berita-berita palsu.
5. Kami menuntut agar hari pembuangan undi diisytiharkan sebagai hari cuti bagi memudahkan semua mahasiswa dapat menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Kelab Maaruf UIAM (MC)
Sumber HD : 26/09/2012
PRK: Pro-M UM kesal laporan Berita Harian
Salmiyah Harun, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pro Mahasiwa Universiti Malaya (UM) kesal dengan laporan sebuah akhbar arus perdana yang telah membuat beberapa kesalahan fakta dalam membuat liputan berhubung pilihan raya kampus yang berlangsung 25 Sept.
Akhbar Berita Harian semalam di muka surat 12 yang bertajuk ‘Kumpulan Pro-M tumbang di UM’ melaporkan "berlaku kejutan di UM semalam apabila calon Pro-A buat pertama kali menang lebih banyak kerusi di universiti itu sejak sekian lama dikuasai Pro-M. Pro-A menang 21 kerusi berbanding Pro-M 20 kerusi".
Sedangkan menurut Pemangku Pengerusi Pro Mahasiswa UM Syis Abdul Kadir, berdasarkan fakta yang sebenarnya adalah Pro Mahasiswa menang 20 kerusi, Pro Aspirasi menang 19 kerusi, bebas memenagi dua kerusi dan dua lagi adalah seri.
Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada keputusan muktamad diumumkan dan Pro Mahasiswa masih mendahului jumlah kerusi yang dimenangi.
Katanya, Pro Mahasiswa melihat perkara ini sangat serius dan boleh mencalar imej dan maruah mereka, justeru mereka menggesa Berita Harian memohon maaf secara terbuka dengan segera dan menyiarkan kenyataan maaf tersebut.
Beliau mengingatkan agar pihak akhbar lebih berhati-hati dan adil dalam membuat liputan dan mengambil rujukan yang berautoriti.
Oleh itu katanya, Pro Mahasiswa menggesa pihak Berita Harian bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan dan pihaknya bersedia untuk mengambil tindakan lanjut kerana kesalah fakta ini adalah satu fitnah buat Pro Mahasiswa UM.
Hari ini, Berita Harian muka surat 13 dalam liputan yang bertajuk "Proaspirasi rampas UM". Kesilapan fakta pada pernyataan "Kumpulan Proaspirasi (Pro-A) buat pertama kali menguasai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) apabila calonnya menang 21 kerusi dalam pemilihan semalam berbanding Promahasiswa (Pro-M) yang menang 20 kerusi."
Manakala halaman yang sama dalam liputan jadual keseluruhan keputusan pilihanraya kampus yang bertajuk "Info: Keputusan semasa PRK" di mana kesilapan fakta di jadual tersebut apabila menyatakan Pro-A menang 21, Pro-M menang 20 dan bebas tidak memenangi sebarang kerusi.
Sumber HD : 27/09/2012
Sumber HD : 27/09/2012
KUALA LUMPUR: Pengundian semula bagi dua fakulti yang mempunyai kiraan undi sama banyak bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya akan diadakan esok.
Pemberitahuan tentang perkara itu juga telah dimaklumkan pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Sesi 2012/2013 hari ini yang turut dimuatkan dlam laman Fecebook UM dan dalam web http://prkum.um.edu.my kendalian Hal Ehwal Pelajar kampus itu.
Menurut pemakluman jawatankuasa itu, Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon telah bersetuju agar pengundian semula bagi dua kerusi kawasan fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat diadakan semula esok.
Tempoh pengundian ditetapkan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di pusat pengundian di fakulti masing-masing.
"Untuk makluman sebarang aktiviti kempen dilarang sama sekali dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh naib canselor menerusi laman web UM pada jam 5.00 petang hari yang sama," notis makluman itu dipetik.
Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Nor dan Malik Syam Mohammed Latif, manakala calon di fakulti Sains komputer dan teknologi maklumat ialah Muhamad Alif Jamaluddin dan Neo Yew Boon.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jentera Pro-M UM, Sofwahtul Aufa Bakri ketika dihubungi berkata, aktiviti hari ini tertumpu kepada kempen diperingkat jentera termasuk di fakulti, Facebook dan Twitter.
Biarpun terdapat notis larangan berkempen oleh pihak jawatankuasa pemiliahan, namun perkara itu telah diperincikan dalam pertemuan dengan pihak Naib Canselor semalam.
"Calon memang tidak dibenar berkempen. Semalam kita sudah bertemu dengan pihak Naib Chanselor, dan jentera dan wakil calon dibenar berkempen.
Kedudukan semasa bagi pilihan raya kampus UM menyaksikan Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) berkelebihan 1 kerusi apabila menang 20 kerusi berbanding Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) yang mendapat 19 kerusi.
Sementara itu calon Bebas juga turut meraih 2 kerusi.
Keputusan di dua fakulti yang seri yang akan diketahui esok iru bakal menentukan keputusan rasmi kumpulan mana yang bakal mengusai Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini.
Sumber HD : 27/09/2012
Keputusan pilihanraya kampus (PRK) Universiti Malaya yang diumumkan tempoh hari menyaksikan pertembungan yang sengit di antara Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Namun sayangnya empat orang calon yang tidak menepati syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Pro-Mahasiswa tegas dan nekad membantah "calon tua" dari Penggerak Mahasiswa dan mendesak kemenangan mereka dibatalkan.
Justifikasi dan Pendirian
Pendirian tegas kami ini bersandarkan beberapa justifikasi yang berasaskan lunas-lunas peraturan yang jelas;
1- Menurut Perlembagaan Universiti Malaya (P.U. (A) 107/97) seksyen 52(4) menyatakan bahawa;
The members of the Undergraduates’ Reptesentatives Council and its office bearers shall be elected for one year.
Peruntukan ini mewajibkan calon-calon yang terpilih sebagai ahli MPMUM menjawat jawatan tersebut selama setahun. Calon-calon yang kini dalam tahap akhir pengajian bagi kursus masing-masing adalah tidak layak untuk bertanding dalam pilihanraya MPMUM sesi 2012/13. Ini adalah kerana mereka akan menamatkan pengajian sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir semester II sesi 2012/13 yang akan berlangsung pada Jun 2013. Ini secara langsung memberikan implikasi bahawa mereka tidak dapat memenuhi tempoh wajib perkhidmatan dalam MPMUM selama setahun.
2- Berdasarkan perlembagaan Universiti Malaya, seorang pemegang jawatan dalam MPMUM mestilah merupakan pelajar berdaftar Universiti Malaya. Ini disokong oleh seksyen 52(1) yang menyatakan bahawa;
The registered students of University, other than external students, shall together constitute a body to be known as the Undergraduates union of the University of Malaya ("the Union")
Selanjutnya kami ingin menarik perhatian pihak tuan kepada peruntukan dengan jelasnya definisi 'Pelajar Berdaftar' iaitu. Merujuk kepada seksyen 52(18) yang menyebut;
For the of this section, "registered student" means a student who is following a course of study in the University for a degree or a diploma, not being a post-graduate diploma and includes a student who is a holder of s diploma and is following a course of study of a degree:
Provided that a student shall cease to be a registered student within the meaning of this subsection-
(a) upon the publication of the result of the final examination for such course of study, if he passes such examination;
Oleh yang demikian,seseorang pelajar akan terhenti menjadi pelajar berdaftar secara automatik sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir disiarkan.Sekiranya pelajar tahap akhir yang dibenarkan bertanding itu menang daam pilihanraya, ini akan menimbulkan situasi yang mana terdapat ahli MPMUM yang statusnya bukan lagi pelajar berdaftar tetapi memegang jawatan dalam MPMUM. Keadaan ini bercanggah dengan dengan peranan MPMUM yang bertanggungjawab mewakili para mahasiswa Universiti Malaya kerana pelajar yang tidak berdaftar tidak lagi mempunyai kapasiti sebagai seorang ahli MPMUM. Oleh yang demikian,secara jelasnya seseorang yang bukan lagi pelajar berdaftar tidak mungkin layak mewakili para pelajar Universiti Malaya.
3- Selain itu,bantahan ini juga ingin dikemukakan berdasarkan peruntukan Peraturan dan Panduan Pemilihan Majlis Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2012/2013 dalam peraturan 13 (1)(d) yang menyatakan bahawa;
Pelajar berdaftar yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun atau dua semester berdasarkan tempoh pengajian minimum bagi program pengajian yang diikuti;
Maksud ‘’baki’’ dalam peruntukan ini semestinya adalah tertakluk kepada tempoh pengajian yang dinyatakan dalam surat tawaran universiti, setiap peruntukan mestilah mempunyai kepastian (certainty).Hanya melalui tafsiran sebegini,kepastian undang–undang tersebut akan tercapai.
Segala kenyataan yang telah dihujahkan adalah berdasarkan hierarki undang –undang yang dinyatakan dalam seksyen 35 Perlembagaan Universiti Malaya seperti berikut:-
In the event of –
a) Any Statute being inconsistent with the provisions of this constitution
b) Any rules being inconsistent with the provisions of this constitution or any statute or
c) Any regulations being inconsistent with the provisons of this constitution or any statute or rules
Then the provisions of this constitution.statute or rules asa the case maybe,shall prevail in that order or priority,and such statute rules or regulations, as the case may be, shall to the extent of the inconsistency be void.
Senarai calon yang tidak menepati syarat;
Tuntutan dan Penegasan:
1- Menggesa pihak Tan Sri Naib Canselor menarik balik kemenangan calon yang tidak cukup syarat dan melanggar peraturan yang sedia ada.
2- Mengisytiharkan pengguguran kemenangan calon-calon tersebut semasa pengumuman keputusan rasmi pilihanraya kampus 2012/13 jam 5 petang esok (28 september 2012).
3- Menuntut semua ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Uni. Malaya (MPMUM) untuk bersidang dengan segera dan menyatakan pendirian terhadap isu ini.
4- Pro-Mahasiswa bersedia untuk mengheret kes ini ke mahkamah sekiranya tidak mendapat respon yang positif dari pihak tertinggi universiti.
Penulis ialah Pemangku Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya.
Sumber HD : 28/09/2012
KUALA LUMPUR: Gabungan 13 kumpulan mahasiswa menubuhkan Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM13) dengan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa yang memberikan fokus sepenuh masa bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
13 kumpulan tersebut terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).
Menurut Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, GM13 akan memberi fokus kepada isu-isu universiti dan mahasiswa serta bersedia dengan polisi pengajian tinggi negara yang baru sebagai solusi kepada kepincangan pengajian tinggi negara.
"Perjuangan mahasiswa dekad ini menyaksikan gerakan mahasiswa konsisten melawan undang-undang rimba Auku yang membelenggu idealisme dan aktivisme mahasiswa lebih 40 tahun.
"Begitu juga gerakan mahasiswa cakna dan prihatin terhadap nasib mahasiswa yang diikat dengan hutang pengajian PTPTN sehingga gerakan mahasiswa menuntut pendidikan percuma buat penuntut institusi pengajian tinggi," kata beliau dalam sidang media di Dataran Merdeka, dekat sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, GM13 menganjurkan forum khas bagi menerangkan agenda mahasiswa yang lebih terperinci.
"Forum ini akan melibatkan panel dari ahli akademik, ahli politik dan wakil mahasiswa dan akan diadakan pada 5 Januari 2013, sabtu di sekitar Lembah Klang," katanya.
10,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat
Sementara itu, Syis berkata, GM13 akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini bagi menyatakan agenda mereka.
"Mahasiswa akan berpatisipasi dalam himpunan raksaksa tersebut dengan agenda dan identiti sendiri, dengan tema putih," katanya.
Selain itu juga katanya, GM13 menyediakan 'Lori Mahasiswa' bagi jelajah ke kampus-kampus utama sekitar Lembah Klang.
'Jelajah Mahasiswa Untuk Malaysia' akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 Januari ini merangkumi 13
buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Ini bertujuan untuk memasarkan agenda mahasiswa kepada kampus-kampus seluruh Malaysia secara menyeluruh.
"Selain itu, GM13 turut mengambil peluang untuk membuka pentas pidato di kawasan-kawasan strategik untuk menceritakan kepada masyarakat secara langsung tentang segala penindasan dan
kezaliman yang dilakukan penguasa terhadap mahasiswa.
"Demi menyahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi tempoh hari, GM13 tidak teragak-agak untukbertindak lebih berani dan serius dalam mendepani PRU13. Ini adalah signal bahawa GM13 benar-benar serius dengan agenda yang ingin dibawa," tegasnya.
Sumber HD - 3-1-2013
KUALA LUMPUR: Kisah seorang pelajar yang dimalukan dalam satu forum Mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila beliau membela Datuk Ambiga Srevanasan dan Datuk A Samad Said kini menjadi video popular khasnya di kalangan pelajar.
Ia menjadi popular kerana sikap moderator yang memalukan pelajar berkenaan hanya menyuarakan pandangan bahawa Bersih adalah himpunan yang legal.
Pelajar berkenaan juga menuntut pendidikan percuma untuk pelajar dengan membandingkan dengan beberapa negara jiran khasnya Filipina.
Klik untuk menonton listen,,listen... listen.. ini.
Sumber HD - 5-3-2013
Sumber HD - 5-3-2013
Sumber HD - 1-4-2013
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi menunut cuti tambahan kepada mahasiswa, ahli akademik dan kakitangan universiti sempena pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ia ekoran pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan kemungkinan besar hari pengundiaan akan diadakan pada hari berkerja.
Serahan memorandum dibuat Presiden Gamis Muhamad Azan Safar kepada Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Syahmi Amri, di pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Antara tuntutan dalam memorandum itu termasuklah meminta cuti dua hari sebelum dan dua hari selepas hari mengundi untuk memberikan ruang keselesaan balik mengundi nanti.
"Kita juga menuntut dibatalkan segala kursus, program mahupun aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan warga universiti pada PRU13 nanti," katanya.
Selain itu mereka juga menuntut agar KPT mengarahkan seluruh IPT dibawah KPT untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan ini tanpa sebarang kerenah birokrasi.
"Usaha ini juga tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik rakyat secara umumnya tentang kepentingan merayakan pesta demokrasi terbesar dalam negara kita, ini bukan usaha main-main," katanya lagi.
Turut menyertai penyerahan tersebut Maaruf Club dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dan beberapa lagi persatuan mahasiswa lain.

Buktikan Pro-M dapat dana pembangkang
Anis Nazri, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mencabar pihak yang berkenaan mengemukakan bukti kukuh yang mengaitkan kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) sebagai penyokong pembangkang.
Pesidennya, Akram Ikrami Taib Azzamudden, berkata pihak terbabit perlu mengemukakan bukti sama ada kumpulan tersebut menerima dana daripada mana-mana parti pembangkang.
"Kami cabar pihak terbabit beri bukti sepertimana yang kami peroleh tentang dana yang diterima kumpulan pro-Aspirasi, selain bukti-bukti yang menunjukkan campur tangan BN dalam usaha memenangkan calon pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus," tegas beliau pada sidang media di parlimen, hari ini.
Pada sidang media itu juga, Akram mendedahkan penglibatan BN dalam pilihan raya kampus (PRK) melalui beberapa minit mesyuarat yang diterima beliau berhubung pertemuan Majlis Perwakilan Pelajar dengan pegawai khas daripada Kementerian Pengajian Tinggi, yang bertarikh 25 Januari 2011.
Akram berkata pada perkara 2.6.3 minit mesyuarat tersebut secara jelas mengatakan perlu ditubuhkan bilik gerakan di universiti bagi memastikan kemenangan aspirasi.
Selain itu, perkara 2.6.5 pula menyebut tentanb tarikh pilihan raya kampus dilewatkan untuk memastikan perancangan bagi memenangkan calon aspirasi dapat dirancang dengan rapi.
Sehubungan iu, beliau berkata penglibatan BN dalam kempen PRK itu menunjukkan persaingan di antara mahasiswa berada di atas padang yang tidak sama rata.
"Ia seolah-olah seorang mahasiswa menentang BN dan seluruh jenteranya, sedangkan ia merupakan pilihan raya di peringkat kampus," kecam beliau.
Dalam pada itu, beliau turut mengecam penggunaan e-voting yang jelas menimbulkan masalah hingga mengakibatkan pilihan raya kampus di UIA terpaksa diadakan semula.
Soalnya, mengapa kekeliruan dan masalah teknikal yang dikatakan punca pemilihan perlu dilakukan semula tidak didedahkan.
Sebagaimana tuntutan mereka sebelum ini, sistem e-voting yang digunakan sejak lapan tahun lalu dilihat tidak adil kerana semua data-data di dalam sistem itu dikawal sepenuhnya pihak pentadbiran universiti.
Sementara itu, ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata pilihan raya kampus yang akan diadakan semula itu memerlukan satu jawatankuasa pilihan raya yang lain berikutan kelemahan pengerusinya, Datuk Dr. Mizan Hitam.
"Bagaimana boleh pilihan raya semula ini dikendalikan oleh orang yang sama, sedangkan terbukti kelemahannya ketika mengendalikan pilihan raya sebelumnya?" soal beliau.
Dalam pada itu, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan bagi menyiasat sistem e-voting.

Pengundian semula di 2 fakulti seri UM esok
Harakahdaily, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pengundian semula bagi dua fakulti yang mempunyai kiraan undi sama banyak bagi Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya akan diadakan esok.
Pemberitahuan tentang perkara itu juga telah dimaklumkan pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Sesi 2012/2013 hari ini yang turut dimuatkan dlam laman Fecebook UM dan dalam web http://prkum.um.edu.my kendalian Hal Ehwal Pelajar kampus itu.
Menurut pemakluman jawatankuasa itu, Naib Canselor Tan Sri Ghauth Jasmon telah bersetuju agar pengundian semula bagi dua kerusi kawasan fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat diadakan semula esok.
Tempoh pengundian ditetapkan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di pusat pengundian di fakulti masing-masing.
"Untuk makluman sebarang aktiviti kempen dilarang sama sekali dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh naib canselor menerusi laman web UM pada jam 5.00 petang hari yang sama," notis makluman itu dipetik.
Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan ialah Maiyamin Md Nor dan Malik Syam Mohammed Latif, manakala calon di fakulti Sains komputer dan teknologi maklumat ialah Muhamad Alif Jamaluddin dan Neo Yew Boon.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jentera Pro-M UM, Sofwahtul Aufa Bakri ketika dihubungi berkata, aktiviti hari ini tertumpu kepada kempen diperingkat jentera termasuk di fakulti, Facebook dan Twitter.
Biarpun terdapat notis larangan berkempen oleh pihak jawatankuasa pemiliahan, namun perkara itu telah diperincikan dalam pertemuan dengan pihak Naib Canselor semalam.
"Calon memang tidak dibenar berkempen. Semalam kita sudah bertemu dengan pihak Naib Chanselor, dan jentera dan wakil calon dibenar berkempen.
Kedudukan semasa bagi pilihan raya kampus UM menyaksikan Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) berkelebihan 1 kerusi apabila menang 20 kerusi berbanding Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi) yang mendapat 19 kerusi.
Sementara itu calon Bebas juga turut meraih 2 kerusi.
Keputusan di dua fakulti yang seri yang akan diketahui esok iru bakal menentukan keputusan rasmi kumpulan mana yang bakal mengusai Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini.
Sumber HD : 27/09/2012
NC didesak batalkan kemenangan ‘calon tua’
Syis Abdul Kadir, | 28 Sep 2012 |
Pendahuluan
Keputusan pilihanraya kampus (PRK) Universiti Malaya yang diumumkan tempoh hari menyaksikan pertembungan yang sengit di antara Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa. Namun sayangnya empat orang calon yang tidak menepati syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Pro-Mahasiswa tegas dan nekad membantah "calon tua" dari Penggerak Mahasiswa dan mendesak kemenangan mereka dibatalkan.
Justifikasi dan Pendirian
Pendirian tegas kami ini bersandarkan beberapa justifikasi yang berasaskan lunas-lunas peraturan yang jelas;
1- Menurut Perlembagaan Universiti Malaya (P.U. (A) 107/97) seksyen 52(4) menyatakan bahawa;
The members of the Undergraduates’ Reptesentatives Council and its office bearers shall be elected for one year.
Peruntukan ini mewajibkan calon-calon yang terpilih sebagai ahli MPMUM menjawat jawatan tersebut selama setahun. Calon-calon yang kini dalam tahap akhir pengajian bagi kursus masing-masing adalah tidak layak untuk bertanding dalam pilihanraya MPMUM sesi 2012/13. Ini adalah kerana mereka akan menamatkan pengajian sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir semester II sesi 2012/13 yang akan berlangsung pada Jun 2013. Ini secara langsung memberikan implikasi bahawa mereka tidak dapat memenuhi tempoh wajib perkhidmatan dalam MPMUM selama setahun.
2- Berdasarkan perlembagaan Universiti Malaya, seorang pemegang jawatan dalam MPMUM mestilah merupakan pelajar berdaftar Universiti Malaya. Ini disokong oleh seksyen 52(1) yang menyatakan bahawa;
The registered students of University, other than external students, shall together constitute a body to be known as the Undergraduates union of the University of Malaya ("the Union")
Selanjutnya kami ingin menarik perhatian pihak tuan kepada peruntukan dengan jelasnya definisi 'Pelajar Berdaftar' iaitu. Merujuk kepada seksyen 52(18) yang menyebut;
For the of this section, "registered student" means a student who is following a course of study in the University for a degree or a diploma, not being a post-graduate diploma and includes a student who is a holder of s diploma and is following a course of study of a degree:
Provided that a student shall cease to be a registered student within the meaning of this subsection-
(a) upon the publication of the result of the final examination for such course of study, if he passes such examination;
Oleh yang demikian,seseorang pelajar akan terhenti menjadi pelajar berdaftar secara automatik sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir disiarkan.Sekiranya pelajar tahap akhir yang dibenarkan bertanding itu menang daam pilihanraya, ini akan menimbulkan situasi yang mana terdapat ahli MPMUM yang statusnya bukan lagi pelajar berdaftar tetapi memegang jawatan dalam MPMUM. Keadaan ini bercanggah dengan dengan peranan MPMUM yang bertanggungjawab mewakili para mahasiswa Universiti Malaya kerana pelajar yang tidak berdaftar tidak lagi mempunyai kapasiti sebagai seorang ahli MPMUM. Oleh yang demikian,secara jelasnya seseorang yang bukan lagi pelajar berdaftar tidak mungkin layak mewakili para pelajar Universiti Malaya.
3- Selain itu,bantahan ini juga ingin dikemukakan berdasarkan peruntukan Peraturan dan Panduan Pemilihan Majlis Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2012/2013 dalam peraturan 13 (1)(d) yang menyatakan bahawa;
Pelajar berdaftar yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun atau dua semester berdasarkan tempoh pengajian minimum bagi program pengajian yang diikuti;
Maksud ‘’baki’’ dalam peruntukan ini semestinya adalah tertakluk kepada tempoh pengajian yang dinyatakan dalam surat tawaran universiti, setiap peruntukan mestilah mempunyai kepastian (certainty).Hanya melalui tafsiran sebegini,kepastian undang–undang tersebut akan tercapai.
Segala kenyataan yang telah dihujahkan adalah berdasarkan hierarki undang –undang yang dinyatakan dalam seksyen 35 Perlembagaan Universiti Malaya seperti berikut:-
In the event of –
a) Any Statute being inconsistent with the provisions of this constitution
b) Any rules being inconsistent with the provisions of this constitution or any statute or
c) Any regulations being inconsistent with the provisons of this constitution or any statute or rules
Then the provisions of this constitution.statute or rules asa the case maybe,shall prevail in that order or priority,and such statute rules or regulations, as the case may be, shall to the extent of the inconsistency be void.
Senarai calon yang tidak menepati syarat;
BIL | KAWASAN | NAMA | NO MATRIK |
1 | Umum | Yock II Yang | LEB090103 |
2 | Kejuruteraan | Cher Rey Huat | KEM09007 |
3 | Kejuruteraan | Lock Li Ping | KES090009 |
4 | Pendidikan | Malik Syam Mohamed | PET090015 |
5 | Pendidikan | Zulaikha Bin Zulkifli | PET090035 |
Tuntutan dan Penegasan:
1- Menggesa pihak Tan Sri Naib Canselor menarik balik kemenangan calon yang tidak cukup syarat dan melanggar peraturan yang sedia ada.
2- Mengisytiharkan pengguguran kemenangan calon-calon tersebut semasa pengumuman keputusan rasmi pilihanraya kampus 2012/13 jam 5 petang esok (28 september 2012).
3- Menuntut semua ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Uni. Malaya (MPMUM) untuk bersidang dengan segera dan menyatakan pendirian terhadap isu ini.
4- Pro-Mahasiswa bersedia untuk mengheret kes ini ke mahkamah sekiranya tidak mendapat respon yang positif dari pihak tertinggi universiti.
Penulis ialah Pemangku Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya.
Sumber HD : 28/09/2012
Mahasiswa tubuh GM13 hadapi PRU
Hazayani Zakaria, | 03 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan 13 kumpulan mahasiswa menubuhkan Gerakan Mahasiswa PRU ke-13 (GM13) dengan menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa yang memberikan fokus sepenuh masa bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
13 kumpulan tersebut terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Uni. Putra Malaysia (PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch 13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).
Menurut Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, GM13 akan memberi fokus kepada isu-isu universiti dan mahasiswa serta bersedia dengan polisi pengajian tinggi negara yang baru sebagai solusi kepada kepincangan pengajian tinggi negara.
"Perjuangan mahasiswa dekad ini menyaksikan gerakan mahasiswa konsisten melawan undang-undang rimba Auku yang membelenggu idealisme dan aktivisme mahasiswa lebih 40 tahun.
"Begitu juga gerakan mahasiswa cakna dan prihatin terhadap nasib mahasiswa yang diikat dengan hutang pengajian PTPTN sehingga gerakan mahasiswa menuntut pendidikan percuma buat penuntut institusi pengajian tinggi," kata beliau dalam sidang media di Dataran Merdeka, dekat sini hari ini.
Sehubungan itu katanya, GM13 menganjurkan forum khas bagi menerangkan agenda mahasiswa yang lebih terperinci.
"Forum ini akan melibatkan panel dari ahli akademik, ahli politik dan wakil mahasiswa dan akan diadakan pada 5 Januari 2013, sabtu di sekitar Lembah Klang," katanya.
10,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat
Sementara itu, Syis berkata, GM13 akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini bagi menyatakan agenda mereka.
"Mahasiswa akan berpatisipasi dalam himpunan raksaksa tersebut dengan agenda dan identiti sendiri, dengan tema putih," katanya.
Selain itu juga katanya, GM13 menyediakan 'Lori Mahasiswa' bagi jelajah ke kampus-kampus utama sekitar Lembah Klang.
'Jelajah Mahasiswa Untuk Malaysia' akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 Januari ini merangkumi 13
buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Ini bertujuan untuk memasarkan agenda mahasiswa kepada kampus-kampus seluruh Malaysia secara menyeluruh.
"Selain itu, GM13 turut mengambil peluang untuk membuka pentas pidato di kawasan-kawasan strategik untuk menceritakan kepada masyarakat secara langsung tentang segala penindasan dan
kezaliman yang dilakukan penguasa terhadap mahasiswa.
"Demi menyahut cabaran Menteri Pengajian Tinggi tempoh hari, GM13 tidak teragak-agak untukbertindak lebih berani dan serius dalam mendepani PRU13. Ini adalah signal bahawa GM13 benar-benar serius dengan agenda yang ingin dibawa," tegasnya.
Sumber HD - 3-1-2013
Video panas yang perlu anda tonton
Harakahdaily, | 14 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Kisah seorang pelajar yang dimalukan dalam satu forum Mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila beliau membela Datuk Ambiga Srevanasan dan Datuk A Samad Said kini menjadi video popular khasnya di kalangan pelajar.
Ia menjadi popular kerana sikap moderator yang memalukan pelajar berkenaan hanya menyuarakan pandangan bahawa Bersih adalah himpunan yang legal.
Pelajar berkenaan juga menuntut pendidikan percuma untuk pelajar dengan membandingkan dengan beberapa negara jiran khasnya Filipina.
Klik untuk menonton listen,,listen... listen.. ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini dan adalah milik peribadi akaun pemilik laman sosial ini. Dengan itu, segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-1-2013
Bagi Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) itu, mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan.
Justeru, ujarnya jika Khairy Jamaludin (gambar) sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (Kibar) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri.
“Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Kerajaan UMNO sekarang ini sangat terdesak untuk meraih simpati dan undi termasuklah dari mahasiswa. Pindaan AUKU dan terbaru pengumuman kelab IPTA BN merupakan sekadar kosmetik supaya kerajaan UMNO/BN ini dilihat mesra mahasiswa serta ingin membawa perubahan dalam universiti.
Jika kerajaan benar-benar ingin menghargai suara mahasiswa mansuhkan AUKU. Itulah kunci yang menyekat pemikiran dan nilai aktivis mahasiswa. Kalau serius kerajaan ingin membawa agenda perubahan kepada universiti perlu disemak kembali polisi pengajian tinggi negara.
Pernyataan saya ini berdasarkan apa yang berlaku dalam penggal ini. Boleh dikatakan 4 tahun kebelakangan ini sekurang-kurangnya 20 orang mahasiswa dijatuhkan hukuman berdasarkan akta rimba AUKU.
Bahkan menurut laporan dari SUARAM aktivis mahasiswa yang paling ramai ditangkap oleh pihak berkuasa berbanding dengan aktivis masyarakat dan politik bagi tahun 2011.
Apa maknanya pindaan terhadap AUKU jika dalam masa yang sama masih ada sekatan-sekatan terhadap mahasiswa di peringkat universiti. Contohnya berkenaan AUKU pindaan 2012 yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus. Tetapi tetap ada sekatan buat mahasiswa diperingkat universiti dengan peraturan yang dinamakan Kod Tatakelakuan yang tidak membenarkan mahasiswa untuk terlibat aktiviti-aktiviti politik luar. Jadi pindaan ini sekadar gula-gula untuk kerajaan ini dilihat mesra mahasiswa dan membawa agenda perubahan. Mahasiswa tidak bodoh!
Pada saya mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan. Jika Khairy Jamaludin sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (BN) (KIBAR) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 pada saya ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri. Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong? Jika sekadar kelab semestinya tiada suara untuk berperanan sebagai decision maker di dalam parti. Tidak lain hanya untuk meraih simpati dan sokongan mahasiswa. Ini tindakan terdesak untuk menghadapi PRU 13. Sehingga kini tidak diumumkan organisasi tertinggi dan agenda kelab penyokong ini. Yang dilihat bersungguh-sungguh dalam penubuhan kelab ini hanya Khairy sendiri. Kesian!
Penubuhan kelab ini bukannya ruang untuk meraikan suara mahasiswa tetapi untuk memastikan mahasiswa tunduk dan ikut telunjuk UMNO/BN. ini adalah projek pembodohan!
Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional.
Kelab IPT BN: Pesan saya, Khairy letak jawatan
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: “Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional,” kata Syis Abdul Kadir.
Bagi Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) itu, mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan.
Justeru, ujarnya jika Khairy Jamaludin (gambar) sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (Kibar) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri.
“Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Kerajaan UMNO sekarang ini sangat terdesak untuk meraih simpati dan undi termasuklah dari mahasiswa. Pindaan AUKU dan terbaru pengumuman kelab IPTA BN merupakan sekadar kosmetik supaya kerajaan UMNO/BN ini dilihat mesra mahasiswa serta ingin membawa perubahan dalam universiti.
Jika kerajaan benar-benar ingin menghargai suara mahasiswa mansuhkan AUKU. Itulah kunci yang menyekat pemikiran dan nilai aktivis mahasiswa. Kalau serius kerajaan ingin membawa agenda perubahan kepada universiti perlu disemak kembali polisi pengajian tinggi negara.
Pernyataan saya ini berdasarkan apa yang berlaku dalam penggal ini. Boleh dikatakan 4 tahun kebelakangan ini sekurang-kurangnya 20 orang mahasiswa dijatuhkan hukuman berdasarkan akta rimba AUKU.
Bahkan menurut laporan dari SUARAM aktivis mahasiswa yang paling ramai ditangkap oleh pihak berkuasa berbanding dengan aktivis masyarakat dan politik bagi tahun 2011.
Apa maknanya pindaan terhadap AUKU jika dalam masa yang sama masih ada sekatan-sekatan terhadap mahasiswa di peringkat universiti. Contohnya berkenaan AUKU pindaan 2012 yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus. Tetapi tetap ada sekatan buat mahasiswa diperingkat universiti dengan peraturan yang dinamakan Kod Tatakelakuan yang tidak membenarkan mahasiswa untuk terlibat aktiviti-aktiviti politik luar. Jadi pindaan ini sekadar gula-gula untuk kerajaan ini dilihat mesra mahasiswa dan membawa agenda perubahan. Mahasiswa tidak bodoh!
Pada saya mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan. Jika Khairy Jamaludin sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (BN) (KIBAR) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 pada saya ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri. Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong? Jika sekadar kelab semestinya tiada suara untuk berperanan sebagai decision maker di dalam parti. Tidak lain hanya untuk meraih simpati dan sokongan mahasiswa. Ini tindakan terdesak untuk menghadapi PRU 13. Sehingga kini tidak diumumkan organisasi tertinggi dan agenda kelab penyokong ini. Yang dilihat bersungguh-sungguh dalam penubuhan kelab ini hanya Khairy sendiri. Kesian!
Penubuhan kelab ini bukannya ruang untuk meraikan suara mahasiswa tetapi untuk memastikan mahasiswa tunduk dan ikut telunjuk UMNO/BN. ini adalah projek pembodohan!
Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-2-2013
Sumber HD - 27-2-2013
KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihan Raya Umum ke-13 (GM13) melancarkan manifestonya, malam tadi dalam usaha ke arah mewujudkan universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi.
Manifesto yang didokumenkan sebagai Polisi Baharu Pengajian Tinggi Negara itu (PBPTN) menggarapkan lapan teras, merangkumi modal insan, kepatuhan kepada perlembagaan, kebebasan akademik, merakyatkan demokrasi, autonomi penuh institut tertiari, autonomi kemahasiswaan, pendidikan percuma dan hak kesamarataan.
Ketika membentangkan manifesto tersebut, di Dewan Himpunan Cina, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPN), Mohd Bukhairy Sofian berkata terdapat empat faktor krisis institut pengajian tinggi yang mendesak reformasi itu dilakukan.
"Universiti hari ini mempunyai krisis yang mendesak untuk direformasikan, iaitu dasar kerajaan yang mencampuri urusan IPT, urus tadbir IPT yang demokratik, keperluan akademik yang berkiblatkan keperluan industri hingga meminggirkan nilai keinsanan, dan kemahasiswaan yang disekat dan tidak dibenarkan terlibat dalam urus tadbir kemahasiswaan sendiri," tegas beliau.
Beliau menambah, dengan lapan teras yang digarapkan itu, akan membawa sebuah universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi dengan berpegang kepada beberapa prinsip, antaranya universiti bermatlmatkan keinsanan, melaksanakan pendidikan percuma, patuh kebebasan akademik, dan universiti berautonomi penuh.
Sementara itu, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, berkata dokumen tersebut akan menjadi lebih realistik dan idealistik jika diperhalusi oleh mana-mana parti sekalipun.
Tegasnya, manifesto ini juga dirangka bagi memberi ruang kepada mana-mana parti politik untuk menilai kesungguhan mahasiswa dalam menuntut perubahan di IPT.
Sebelum ini, GM13 mengumumkan untuk menyertai PRU13 dan memutuskan meletakkan calon di kerusi Parlimen Pekan bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut serta pada majlis pelancaran itu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, dan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi.
Pengerusi MPN : http://www.youtube.com/watch?v=WTOXbyrK_8I
Politik mahasiswa sudah mula hilang arah
Suhaimi. A, |
Kebiasaannya, saya memulakan rutin harian dengan minum kopi dan menelaah beberapa laman portal berita. Sesuatu yang mengejutkan apabila saya membaca kenyataan media daripada Gerakan Mahasiswa PRU13 bertarikh 7 Februari 2013 yang saya anggap sebagai “hilang akal” dan “poyo”.
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan niat mahasiswa yang ingin menghantar calon untuk bertanding melawan Perdana Menteri DS Najib Razak di kawasan P84, Pekan, Pahang. Mahasiswa juga menegaskan bahawa ini adalah simbolik protes anak muda dan mahasiswa terhadap kerajaan Umno BN dan khasnya buat Presiden Umno sendiri.
Sejak kebangkitan baru mahasiswa sekitar isu Kebebasan Akademik di bahawa BEBAS, mahasiswa yang sebelum ini dianggap entiti asing selepas matinya roh mereka di bawah AUKU ciptaan Dr. Mahathir Mohamad telah dipandang dan diangkat semula. Roh mereka yang bebas daripada sebarang pengaruh begitu dikagumi justeru percikan semangat meletus seluruh negara dengan tertubuhnya berbagai-bagai front an persatuan mahasiswa dan anak muda sama ada berdaftar dan tidak berdaftar lebih-lebih lagi selepas peristiwa penurunan bendera oleh Adam Adli dan penghinaan “Mat Ludah”.
Namun begitu, pada hari ini tindakan mahasiswa memperlihatkan kemelesetan gaya pemikiran, strategi, dan idealisme mereka sendiri. Walaupun kronologi perjuangan mereka sebelum ini menunjukkan bahawa ada ura-ura menyatakan kehendak untuk menghantar calon, tetapi keputusan masih tidak jelas. Niat untuk bertanding juga pernah disuarakan sebelum ini oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sendiri, Muhammad Safwan Anang@Talib.
Semangat mahasiswa ingin meraikan demokrasi itu murni. Tetapi, ia haruslah bertepatan dengan kehendak semasa dan bersifat realistik. Seorang pemimpin haruslah berfikirkan matang dan mengenalpasti kesan setiap tindakan dan langkah yang akan dilaksanakan. Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa sekiranya tindakan ini dilaksanakan, Umno BN akan bergelak – tawa apabila terpecahnya undi kepada tiga penjuru.
Dalam kenyataan media, jelas matlamat mahasiswa ingin menghantar calon adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno BN yang zalim serta korup, tetapi adakah tindakan mereka itu benar-benar memberikan impak? Saya percaya di pihak Najib Razak sendiri sedang bergelak-tawa mengenangkan tindakan mahasiswa yang tergesa-gesa dan tidak berfikir jauh.
Selain itu, andai kata ingin bertanding sekalipun, adakah calon mahasiswa sudah bersedia mental dan fizikal termasuk kewangan? Berdasarkan pemerhatian saya sendiri keadaan masih belum stabil dan mahasiswa masih lagi mencari identiti lebih-lebih lagi selepas pindaan seksyen 15 AUKU oleh Kerajaan Malaysia.
Harus diingat bahawa pendakian politik di Malaysia masih jauh berbanding di negara luar. Di negara seperti UK, mahasiswa sudah lama berpartisipasi dalam politik dan kebanyakannya sudah berkecimpung dalam parti dan mempunyai pengalaman yang luas. Tetapi, pendakian kita masih jauh dan lebih elok sekiranya pada PRU13 ini mahasiswa kekalkan identiti sebagai kuasa ketiga atau “3rd force” dalam berusaha untuk menumbangkan kerajaan Umno BN seperti yang pernah dilaungkan oleh mahasiswa Malaysia suatu masa dahulu.
Sejarah juga membuktikan pada PRU tahun 1969, mahasiswa telah berkempen seluruh Malaysia bagi memastikan undi rakyat kepada pihak yang tepat. Kempen mahasiswa ini telah membawa kepada kekalahan Umno BN buat kali pertama serta menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei dan pengenalan kepada AUKU oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad.
Kesimpulannya, saya menyeru supaya mahasiswa berfikir semula tentang impak kepada tindakan ini kerana perjuangan mahasiswa bukanlah untuk mengejar pangkat, darjat dan kewangan. Renung dan muhasabah semula asbab kalian berjuang dan bersorak pada hari ini. Perjuangan mahasiswa itu tulus. Maka, janganlah dikotori idealisme itu. Umno BN mampu tumbang dengan “Kuasa Ketiga”, percayalah!
Kuala Lumpur.

Sumber HD - 11-2-2013
“Sudut pidato ini mesti dinaik taraf baik dari aspek tempat dan juga sistem perlaksanaannya,” ujar Setiausaha Agungnya, Muhamad Razif Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian berikutan Wacana Sinar Harian Siri ke-17 yang mengupas tajuk Kuasa Politik Mahasiswa, semalam.
Katanya, ISIUKM berpandangan adalah penting untuk pihak pentadbiran UKM mengambil perhatian secara serius berkaitan kritikan salah seorang panelis yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) merangkap Presiden Ikatan Studi Islam UKM, Muhamad Azan Safar terhadap sudut pidato UKM yang tidak bermaya dan lesu.
Muhamad Azan Safar di dalam petikan akhbar sinar harian hari ini menyebut:
‘Inilah masalah yang berlaku. Diwujudkan ‘Speaker’s Corner’ kononnya untuk melatih mahasiswa bersuara, tetapi sudahlah tempatnya jauh di belakang daripada tumpuan, kini ada yang langsung sudah tidak hidup lagi seperti di UKM yang digunakan oleh peniaga kedai makan’.
“Sudut pidato ini merupakan lambang kesuburan budaya demokrasi di kampus.
“Di sinilah tempat untuk mahasiswa melontarkan idea pandang mereka walaupun berbeza ideologi dan pandangan, tetapi inilah yang dikatakan sebagai idealisme mahasiswa yang sarat dengan idea dan kritikan,” ujar Muhamad Razif lagi.
Katanya, sudut pidato mesti diletakkan di tempat perkumpulan dan tumpuan pelajar serta berikan kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk memanfaatkannya tanpa perbanyakkan kerenah birokrasi seperi perlu meminta izin HEP untuk mendapatkan keizinan menggunakannya.
Apa yang mengecewakan, katanya sudut pidato UKM yang berada di kawasan tidak strategik bahkan hari ini sudah menjadi tempat diletakkan meja-meja makan bagi gerai-gerai makanan berdekatan.
Beliau berkata, betapa penghinaan yang besar terhadap demokrasi kampus dan Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajardan Alumni UKM, Prof Datuk Ir. Othman A. Karim mesti bertanggung jawab di dalam hal ini.
Hal ini juga, kata beliau adalah selari dengan semangat pelancaran semula sudut pidato oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2009 yang lalu berikutan Auku yang telah dipinda pada bulan Februari tahun tersebut.
“Namun hari ini semangat itu telah dicabul oleh sikap tidak bertanggungjawab pentadbir universiti hari ini,” ujarnya lagi.
Kembalikan nilai sudut pidato di UKM
Harakahdaily, | 27 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) berpendirian bahawa pentadbiran UKM bertanggungjawab terhadap kematian sudut pidato di universiti itu.

PRU13: Manifesto mahasiswa garap 8 teras
Anis Nazri, | 05 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihan Raya Umum ke-13 (GM13) melancarkan manifestonya, malam tadi dalam usaha ke arah mewujudkan universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi.
Manifesto yang didokumenkan sebagai Polisi Baharu Pengajian Tinggi Negara itu (PBPTN) menggarapkan lapan teras, merangkumi modal insan, kepatuhan kepada perlembagaan, kebebasan akademik, merakyatkan demokrasi, autonomi penuh institut tertiari, autonomi kemahasiswaan, pendidikan percuma dan hak kesamarataan.
Ketika membentangkan manifesto tersebut, di Dewan Himpunan Cina, Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPN), Mohd Bukhairy Sofian berkata terdapat empat faktor krisis institut pengajian tinggi yang mendesak reformasi itu dilakukan.
"Universiti hari ini mempunyai krisis yang mendesak untuk direformasikan, iaitu dasar kerajaan yang mencampuri urusan IPT, urus tadbir IPT yang demokratik, keperluan akademik yang berkiblatkan keperluan industri hingga meminggirkan nilai keinsanan, dan kemahasiswaan yang disekat dan tidak dibenarkan terlibat dalam urus tadbir kemahasiswaan sendiri," tegas beliau.
Beliau menambah, dengan lapan teras yang digarapkan itu, akan membawa sebuah universiti yang mandiri, demokratik dan berautonomi dengan berpegang kepada beberapa prinsip, antaranya universiti bermatlmatkan keinsanan, melaksanakan pendidikan percuma, patuh kebebasan akademik, dan universiti berautonomi penuh.
Sementara itu, Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir, berkata dokumen tersebut akan menjadi lebih realistik dan idealistik jika diperhalusi oleh mana-mana parti sekalipun.
Tegasnya, manifesto ini juga dirangka bagi memberi ruang kepada mana-mana parti politik untuk menilai kesungguhan mahasiswa dalam menuntut perubahan di IPT.
Sebelum ini, GM13 mengumumkan untuk menyertai PRU13 dan memutuskan meletakkan calon di kerusi Parlimen Pekan bagi menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut serta pada majlis pelancaran itu Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, dan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi.
Pengerusi MPN : http://www.youtube.com/watch?v=WTOXbyrK_8I
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-3-2013
Dukacita UIAM batal Forum PRU13: Harapan Rakyat
Muhammad Ali Rajaie Jamaludin, |
IPrisma melahirkan rasa terkilan dengan pembatalan forum bertajuk "PRU13: Harapan Rakyat" oleh pihak pentadbiran UIAM yang sepatutnya diadakan pada 4 Mac lepas.
Tindakan meluluh dan gelojoh ini tentunya sekali lagi menimbulkan tanda tanya di kalangan golongan akademik dan mahasiswa kerana sebelum ini UIAM juga pernah membatalkan penganjuran Seminar K-Fiqh di saat-saat akhir.
Tindakan membatalkan program walaupun setelah diluluskan dilihat sebagai satu langkah terdesak seolah-olah ada 'tangan-tangan ghaib' yang mengawal kebebasan akademik di kampus yang terkenal dengan panggilan 'Taman Ilmu dan Budi' ini.
IPrisma menganggap bahawa tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan pihak penganjur dan tetamu yang dijemput, tetapi ia telah menghampakan golongan mahasiswa yang dahagakan diskusi secara terbuka seperti itu.
Dikhabarkan pihak penganjur terpaksa menukar ke tarikh baru iaitu 10 Mac depan dan terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan tempat yang baru yang sesuai dengan keadaan program forum tersebut.
Sampai bila pentadbiran universiti dalam negara kita perlu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu dalam menentukan budaya dan persekitaran akademik di universiti masing-masing.
Adakah program-program seperti ini tidak mempunyai elemen pembinaan idealisme dan jatidiri mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara hari ini?
Atau ia amat ditakuti kerana dapat mencabar status quo pihak yang berkepentingan.
Tambahan lagi, tindakan yang dilakukan ini telah menjatuhkan professionalisma pihak Universiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai institusi yang melahirkan pemimpin masa hadapan.
IPrisma mengucapkan tahniah kepada Student Representative Council (SRC) di atas usaha penganjuran forum berkenaan walaupun ia telah dibatalkan disaat akhir.
Namun, harapan kami yang rata-ratanya sebagai graduan UIAM supaya mahasiswa diberikan kebebasan untuk memilih corak pendirian dan watak pemikiran masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
Penulis ialah Presiden IPrisma, graduan UIAM.
Tindakan meluluh dan gelojoh ini tentunya sekali lagi menimbulkan tanda tanya di kalangan golongan akademik dan mahasiswa kerana sebelum ini UIAM juga pernah membatalkan penganjuran Seminar K-Fiqh di saat-saat akhir.
Tindakan membatalkan program walaupun setelah diluluskan dilihat sebagai satu langkah terdesak seolah-olah ada 'tangan-tangan ghaib' yang mengawal kebebasan akademik di kampus yang terkenal dengan panggilan 'Taman Ilmu dan Budi' ini.
IPrisma menganggap bahawa tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan pihak penganjur dan tetamu yang dijemput, tetapi ia telah menghampakan golongan mahasiswa yang dahagakan diskusi secara terbuka seperti itu.
Dikhabarkan pihak penganjur terpaksa menukar ke tarikh baru iaitu 10 Mac depan dan terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan tempat yang baru yang sesuai dengan keadaan program forum tersebut.
Sampai bila pentadbiran universiti dalam negara kita perlu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu dalam menentukan budaya dan persekitaran akademik di universiti masing-masing.
Adakah program-program seperti ini tidak mempunyai elemen pembinaan idealisme dan jatidiri mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara hari ini?
Atau ia amat ditakuti kerana dapat mencabar status quo pihak yang berkepentingan.
Tambahan lagi, tindakan yang dilakukan ini telah menjatuhkan professionalisma pihak Universiti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai institusi yang melahirkan pemimpin masa hadapan.
IPrisma mengucapkan tahniah kepada Student Representative Council (SRC) di atas usaha penganjuran forum berkenaan walaupun ia telah dibatalkan disaat akhir.
Namun, harapan kami yang rata-ratanya sebagai graduan UIAM supaya mahasiswa diberikan kebebasan untuk memilih corak pendirian dan watak pemikiran masing-masing selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
Penulis ialah Presiden IPrisma, graduan UIAM.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-3-2013
Suara hati: Mahasiswa tidak wajar ditangkap
Harakahdaily, | 01 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS memandang serius dan kesal terhadap siri tindakan keras dan melampau yang telah diambil oleh pihak berkuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional terhadap para mahasiswa yang juga menjadi rakyat dalam negara ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan demikian sebagai mengulas tangkapan dan ugutan yang dikenakan terhadap kalangan mahasiswa yang ingin menyuarakan rasa hati dan pandangan mereka berhubung cadangan penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri.
Antara tangkapan membabitkan mereka ialah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan ketika mengadakan Speakers Corner dan edaran risalah sekitar Labuan; dan semalam lima mahasiswa ditahan di Putrajaya kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak).
“Siri-siri tindakan yang tidak setara dengan luahan perasaan para mahasiswa ini, di samping tindakan tekanan berasaskan politik kepada kalangan ahli akademik, pelantikan ke jawatan utama universiti yang tidak berasaskan kepada keupayaan kesarjanaan, pelantikan ahli lembaga pengarah universiti awam yang dipertikaikan kelulusannya, semuanya ini cukup untuk menggambarkan kecelaruan pihak kerajaan pimpinan Umno BN yang terus gagal membawa dunia menara gading ke mercunya yang selayaknya,” ujarnya.
Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, generasi mahasiswa juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka pada masa kini dan akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan demikian sebagai mengulas tangkapan dan ugutan yang dikenakan terhadap kalangan mahasiswa yang ingin menyuarakan rasa hati dan pandangan mereka berhubung cadangan penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri.
Antara tangkapan membabitkan mereka ialah mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan ketika mengadakan Speakers Corner dan edaran risalah sekitar Labuan; dan semalam lima mahasiswa ditahan di Putrajaya kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak).
“Siri-siri tindakan yang tidak setara dengan luahan perasaan para mahasiswa ini, di samping tindakan tekanan berasaskan politik kepada kalangan ahli akademik, pelantikan ke jawatan utama universiti yang tidak berasaskan kepada keupayaan kesarjanaan, pelantikan ahli lembaga pengarah universiti awam yang dipertikaikan kelulusannya, semuanya ini cukup untuk menggambarkan kecelaruan pihak kerajaan pimpinan Umno BN yang terus gagal membawa dunia menara gading ke mercunya yang selayaknya,” ujarnya.
Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, generasi mahasiswa juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka pada masa kini dan akan datang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-4-2013
PRU13: Cuti tambahan pelajar, staf universiti
Harakahdaily, | 09 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi menunut cuti tambahan kepada mahasiswa, ahli akademik dan kakitangan universiti sempena pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ia ekoran pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan kemungkinan besar hari pengundiaan akan diadakan pada hari berkerja.
Serahan memorandum dibuat Presiden Gamis Muhamad Azan Safar kepada Pegawai Khas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Syahmi Amri, di pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Antara tuntutan dalam memorandum itu termasuklah meminta cuti dua hari sebelum dan dua hari selepas hari mengundi untuk memberikan ruang keselesaan balik mengundi nanti.
"Kita juga menuntut dibatalkan segala kursus, program mahupun aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan warga universiti pada PRU13 nanti," katanya.
Selain itu mereka juga menuntut agar KPT mengarahkan seluruh IPT dibawah KPT untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan ini tanpa sebarang kerenah birokrasi.
"Usaha ini juga tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendidik rakyat secara umumnya tentang kepentingan merayakan pesta demokrasi terbesar dalam negara kita, ini bukan usaha main-main," katanya lagi.
Turut menyertai penyerahan tersebut Maaruf Club dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Persatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dan beberapa lagi persatuan mahasiswa lain.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-4-2013
UiTM batal kelas, paksa pelajar tonton Tanda Putera
Harakahdaily, | 17 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Badan pemikir Kajian Perubahan untuk Politik (KPRU) menggesa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor memberi penjelasan kenapa kelas dibatalkan untuk memberi laluan kepada tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada pelajar universiti tersebut.
Dalam langkah yang berbaur mencemari pendidikan dengan politik kotor, sebuah memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” telah diedarkan kepada para pensyarah untuk meluluskan pengecualian kuliah bagi memaksa para pelajar menghadiri tayangan filem kontroversi tersebut.
Bagi KPRU, langkah UiTM Johor ini bukan sahaja mempolitikkan pendidikan, malah menggunakan peluang ini untuk meluaskan jurang antara kaum dengan indoktrinasi perkauman ke dalam minda para mahasiswa.
Pada masa yang sama, Barisan Nasional (BN) sekali lagi gagal dalam menghormati Ikrar Integriti Pilihan Raya di mana salah satu prinsip ikrar tersebut adalah mematuhi prinsip benar dan tatalaku beretika.
Bukan sahaja para pelajar dipaksa untuk menonton filem penuh kontroversi ini, ianya adalah penayangan terpilih dan para pelajar dipaksa menangguhkan pembentangan, kuiz dan ujian semata-mata untuk diindoktrinasi dalam permainan politik kotor BN.
Ini adalah bertentangan dengan tahun 2011, di mana BN sendiri yang menegaskan para pelajar seharusnya tidak diganggu dengan aktiviti politik dan kampus merupakan tempat untuk belajar.
"Adakah memaksa meninggalkan kelas, pembentangan, kuiz dan ujian semata-mata untuk menonton sebuah filem politik kontroversi yang digunakan sebagai alat politik yang dimaksudkan oleh BN sebagai pendidikan?" soal KPRU dalam kenyataannya.
Bagi KPRU, BN seperti tidak mengenal erti permainan politik secara bersih dan adil.
Melibatkan para pelajar universiti ke dalam politik kotor dan murahan adalah sebuah tindakan yang menunjukkan BN sebagai sebuah parti politik yang tedesak, kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, KPRU menggesa penjelasan daripada pihak UiTM Johor serta BN untuk menghentikan tayangan filem kontroversi dalam perjalanan ke Pilihan Raya Umum (PRU13) serta memberhentikan permainan politik kotor ke dalam universiti-universiti.
Dalam langkah yang berbaur mencemari pendidikan dengan politik kotor, sebuah memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” telah diedarkan kepada para pensyarah untuk meluluskan pengecualian kuliah bagi memaksa para pelajar menghadiri tayangan filem kontroversi tersebut.
Bagi KPRU, langkah UiTM Johor ini bukan sahaja mempolitikkan pendidikan, malah menggunakan peluang ini untuk meluaskan jurang antara kaum dengan indoktrinasi perkauman ke dalam minda para mahasiswa.
Pada masa yang sama, Barisan Nasional (BN) sekali lagi gagal dalam menghormati Ikrar Integriti Pilihan Raya di mana salah satu prinsip ikrar tersebut adalah mematuhi prinsip benar dan tatalaku beretika.
Bukan sahaja para pelajar dipaksa untuk menonton filem penuh kontroversi ini, ianya adalah penayangan terpilih dan para pelajar dipaksa menangguhkan pembentangan, kuiz dan ujian semata-mata untuk diindoktrinasi dalam permainan politik kotor BN.
Ini adalah bertentangan dengan tahun 2011, di mana BN sendiri yang menegaskan para pelajar seharusnya tidak diganggu dengan aktiviti politik dan kampus merupakan tempat untuk belajar.
"Adakah memaksa meninggalkan kelas, pembentangan, kuiz dan ujian semata-mata untuk menonton sebuah filem politik kontroversi yang digunakan sebagai alat politik yang dimaksudkan oleh BN sebagai pendidikan?" soal KPRU dalam kenyataannya.
Bagi KPRU, BN seperti tidak mengenal erti permainan politik secara bersih dan adil.
Melibatkan para pelajar universiti ke dalam politik kotor dan murahan adalah sebuah tindakan yang menunjukkan BN sebagai sebuah parti politik yang tedesak, kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, KPRU menggesa penjelasan daripada pihak UiTM Johor serta BN untuk menghentikan tayangan filem kontroversi dalam perjalanan ke Pilihan Raya Umum (PRU13) serta memberhentikan permainan politik kotor ke dalam universiti-universiti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-4-2013
PRU kali ini milik mahasiswa
Ahmad Shukran bin Shaharudin, |
Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba. Tanggal 3 April 2013 sudah tentu menjadi tarikh yang akan terus dikenang dalam lipatan sejarah. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan rasminya telah mengumumkan pembubaran Parlimen. Maka, pembubaran ini menandakan Pesta Demokrasi buat seluruh rakyat Malaysia. Rakyat sekali lagi berpeluang untuk turun beramai-ramai ke lapangan demokrasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memilih dan menentukan kepimpinan negara yang dicintai ini.
Kita dikejutkan dengan Tsunami Politik pada PRU12. Iklim politik hari ini bakal menjanjikan sesuatu yang menarik dan berbeza bagi PRU13 kali ini bahkan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami Politik PRU12. Analisis berkenaan dengan keputusan PRU13 telah dibuat oleh beberapa pihak. Antaranya ialah berkenaan dengan penglibatan “first time voter”, 30% daripada jumlah pengundi keseluruhannya. Mereka ini dilihat sebagai penentu kepada kalah menang parti politik yang bertanding. Lebih menarik lagi, hampir kesemua golongan “first time voter” merupakan kumpulan anak muda termasuklah mahasiswa.
Mahasiswa sangat sinonim sebagai suara ketiga, “semak dan imbang” bagi pihak pemerintah. Kelantangan mahasiswa dalam menyatakan pandangan dan pendapat terhadap polisi-polisi kerajaan merupakan antara sebab diwujudkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU). Lalu, apabila AUKU dipinda pada tahun lepas, terutamanya pindaan pada perkara 15 berkenaan penglibatan mahasiswa dalam politik, gerakan-gerakan mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi Pesta Demokrasi Malaysia. Muncul gerakan seperti Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Kelab Penyokong BN IPTA, Siswa4U, Gelombang Anak Muda Tolak UMNO BN (Tolak).
Harapan saya buat seluruh mahasiswa, terutamanya yang sudah layak mengundi, laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, buktikan pada masyarakat Malaysia yang mahasiswa hari ini sangat ambil berat soal urus tadbir negara dan pembangunan rakyat dalam segenap aspek. Gunakan peluang yang ada untuk terlibat secara langsung dalam pilihan raya kali ini, hatta sebagai calon seandainya layak dan mampu. Penglibatan kita ini, sebenarnya merupakan pendedahan yang terbaik buat generasi anak muda untuk terjun ke lapangan demokrasi seterusnya membentuk negara impian anak muda.
Akhir sekali, impian saya untuk melihat universiti menjadi institut yang terbuka dalam memberi pendidikan politik kepada mahasiswa dan masyarakat umumnya. Bezakan antara doktrinisasi ideologi politik dan pendidikan politik. Pendidikan politik yang sebenarnya ialah pendidikan yang dapat memberi kesedaran buat mahasiswa akan pentingnya untuk terlibat secara langsung dalam urus tadbir negara. Mahasiswa harus berperanan dalam membentuk negara yang mereka idamkan, negara yang berintegriti, bebas daripada politik wang. Inilah peranan universiti yang sebenarnya, institut pendidikan yang berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan kebenaran.
Ahmad Shukran bin Shaharudin
Presiden
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
Kita dikejutkan dengan Tsunami Politik pada PRU12. Iklim politik hari ini bakal menjanjikan sesuatu yang menarik dan berbeza bagi PRU13 kali ini bahkan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami Politik PRU12. Analisis berkenaan dengan keputusan PRU13 telah dibuat oleh beberapa pihak. Antaranya ialah berkenaan dengan penglibatan “first time voter”, 30% daripada jumlah pengundi keseluruhannya. Mereka ini dilihat sebagai penentu kepada kalah menang parti politik yang bertanding. Lebih menarik lagi, hampir kesemua golongan “first time voter” merupakan kumpulan anak muda termasuklah mahasiswa.
Mahasiswa sangat sinonim sebagai suara ketiga, “semak dan imbang” bagi pihak pemerintah. Kelantangan mahasiswa dalam menyatakan pandangan dan pendapat terhadap polisi-polisi kerajaan merupakan antara sebab diwujudkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU). Lalu, apabila AUKU dipinda pada tahun lepas, terutamanya pindaan pada perkara 15 berkenaan penglibatan mahasiswa dalam politik, gerakan-gerakan mahasiswa tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi Pesta Demokrasi Malaysia. Muncul gerakan seperti Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Kelab Penyokong BN IPTA, Siswa4U, Gelombang Anak Muda Tolak UMNO BN (Tolak).
Harapan saya buat seluruh mahasiswa, terutamanya yang sudah layak mengundi, laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, buktikan pada masyarakat Malaysia yang mahasiswa hari ini sangat ambil berat soal urus tadbir negara dan pembangunan rakyat dalam segenap aspek. Gunakan peluang yang ada untuk terlibat secara langsung dalam pilihan raya kali ini, hatta sebagai calon seandainya layak dan mampu. Penglibatan kita ini, sebenarnya merupakan pendedahan yang terbaik buat generasi anak muda untuk terjun ke lapangan demokrasi seterusnya membentuk negara impian anak muda.
Akhir sekali, impian saya untuk melihat universiti menjadi institut yang terbuka dalam memberi pendidikan politik kepada mahasiswa dan masyarakat umumnya. Bezakan antara doktrinisasi ideologi politik dan pendidikan politik. Pendidikan politik yang sebenarnya ialah pendidikan yang dapat memberi kesedaran buat mahasiswa akan pentingnya untuk terlibat secara langsung dalam urus tadbir negara. Mahasiswa harus berperanan dalam membentuk negara yang mereka idamkan, negara yang berintegriti, bebas daripada politik wang. Inilah peranan universiti yang sebenarnya, institut pendidikan yang berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan kebenaran.
Ahmad Shukran bin Shaharudin
Presiden
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-4-2013
Musma bantah paksa pelajar tengok Tanda Putera
Harakahdaily, | 18 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia (Musma) mempersoal kewajaran pihak pengurusan kampus UiTM Johor yang sanggup membatalkan kuliah pengajian dan mewajibkan pelajarnya menonton filem kontroversi Tanda Putera.
Pengerusinya Mohd Huzaifah Mokhtar berkata, seharusnya beberapa pertimbangan perlu dibuat pihak pengurusan universiti sebelum mengambil tindakan sedemikian kerana ia dilihat seperti satu langkah yang sangat terdesak.
"Seperti kita maklum, filem ini telah digantung penayangannya atas faktor perjalanan ceritanya yang boleh membangkitkan sentimen perkauman antara kaum yang ada di Malaysia ini.
"Bagaimana filem yang digantung penayangannya seluruh negara, tetapi terlepas dan ditayangkan di universiti? Ia menjadi persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkenaan malah perlu ada tindakan sewajarnya atas perkara ini," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, mahasiswa sepatutnya dihidangkan dengan perbincangan politik yang lebih matang dan bukan dengan filem bersifat perkauman yang cuba merendah-rendahkan tahap pemikiran mereka.
"Kami tidak menolak politik untuk masuk ke kampus. Tetapi apa yang kami mahukan adalah politik yang matang, seimbang, bermaklumat dan adil.
"Hidangkanlah kami dengan perbincangan-perbincangan bernas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik kerana mahasiswa sudah cukup matang untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk demi negara ini," jelasnya.
Pengerusinya Mohd Huzaifah Mokhtar berkata, seharusnya beberapa pertimbangan perlu dibuat pihak pengurusan universiti sebelum mengambil tindakan sedemikian kerana ia dilihat seperti satu langkah yang sangat terdesak.
"Seperti kita maklum, filem ini telah digantung penayangannya atas faktor perjalanan ceritanya yang boleh membangkitkan sentimen perkauman antara kaum yang ada di Malaysia ini.
"Bagaimana filem yang digantung penayangannya seluruh negara, tetapi terlepas dan ditayangkan di universiti? Ia menjadi persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkenaan malah perlu ada tindakan sewajarnya atas perkara ini," katnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, mahasiswa sepatutnya dihidangkan dengan perbincangan politik yang lebih matang dan bukan dengan filem bersifat perkauman yang cuba merendah-rendahkan tahap pemikiran mereka.
"Kami tidak menolak politik untuk masuk ke kampus. Tetapi apa yang kami mahukan adalah politik yang matang, seimbang, bermaklumat dan adil.
"Hidangkanlah kami dengan perbincangan-perbincangan bernas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik kerana mahasiswa sudah cukup matang untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk demi negara ini," jelasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-4-2013
Adam Adli ditahan, ini kata ayahnya…
http://www.ekeleh.com, | 18 Mei 2013 |
Pelajar berani Adam Adli hari ini ditahan polis di bawah seksyen 124 Akta Hasutan. Adam Adli ditahan di Bangsar Utama dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Adam Adli ditahan, namun begitu doa dan kata-kata ayahnya boleh menjadi peransang untuk Adam Adli menjadi lebih tabah. Kata-kata semangat dari seorang ayah yang dipetik dari FB Halim Hamid.
as’salam ..!…!..
Terima kasih semua, ruang untuk ayah balas komen2, kata semangat dan ucap selamat dari kalian tak semua dapat ayah balas .. ruang terhad ..
Doakan Adam Adli makin kuat dan tabah atas ujian ini ..
Doakan juga Rakan-Rakan Seperjuangan Beliau yang sedang dihadapan Balai Polis Jinjang sekarang ini tabah dan kuat .. Mereka sedang minta Adam dibebaskan ..
saat ini ayah masih belum kebah dari demam sejak dua hari lalu .. tapi dgn doa kalian buat ayah & Mama tambah kuat dan bersemangat ..
Insaallah .. jika ada sisa kekuatan dan izin Yang Maha Kuasa, esuk jumpa ayah di KL .. ayah sedang usaha kesana … wallahhualam ..!…!..Perjuangan Adam Adli memdapat sokongan penuh ayah dan keluarganya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-5-2013
Adam Adli cetus perpaduan kaum tahap tertinggi
http://wasukalu.blogspot.com, | 21 Mei 2013 |
Adam Adli cetus perpaduan kaum tahap tertinggi - berita bergambar
Ada apa dengan nama Adam Adli...sehingga beribu-ribu rakyat Malaysia membantah penahanannya oleh Polis DiRaja Malaysia. Berbagai kaum dari segenap lapisan masyarakat sedang berhimpun bagi menuntut supaya Adam Adli dibebaskan daripada tuduhan menghasut.Dari rakyat biasa sehinggalah pemimpin masyarakat yang bergelar ahli parlimen turut hadir memberi sokongan kepada para hadirin. Tembok perkauman berjaya diruntuhkan oleh Adam Adli. Melayu,Cina dan India bersama-sama mengadakan demonstrasi aman bagi membebaskan Adam Adli.
Dalam ucapannya, Ambiga menegaskan bahawa barisan peguam sedang berusaha untuk membebaskan Adam Adli.
Pastinya Adam seorang pelajar yang matang dan tahu akan setiap perkataan yang dituturkannya. Entah di mana silapnya sehingga dia didakwa menghasut dalam satu ceramahnya tentang peristiwa 13 Mei. Video ceramah beliau yang didakwa mengandungi hasutan ada di sini.
Cik Murnie Hidayah Anuar |
Nurul Izzah Anwar |
Ambiga dan Halim Hamid (ayah Adam Adli) |
Zunar |
Aunti Bersih |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-5-2013
Kumpulan pro Adam Adli dihentak topi keledar
Hazayani Zakaria, | 21 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang didakwa terlibat dalam serangan ke atas kumpulan pro Adam Adli di Sungai Dua, Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Rozaimin Elias, dia dapat mengecam wajah Norman kerana dia tidak memakai topi keledar seperti rakan-rakannya yang lain.
Rozaimin merupakan salah seorang yang dikasari ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan Adam di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.
Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju berlogo 1Malaysia datang ke tempat mereka berhimpun dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Rozaimin berkata dia diserang dan dihentak dengan topi keledar.
"Mereka datang buat kacau dan jerit-jerit suruh kami pulang. Mereka kata himpunan itu menimbulkan suasana tidak tenteram padahal kami bukan ganggu lalu lintas pun.
"Salah seorang itu, memang saya cam, bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Rozaimin berkata, kumpulan tersebut hanya beredar selepas mereka bersurai.
Ekoran kejadian itu, Rozaimin membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pagi tadi.
"Tak ada sebarang kecederaan tapi sakit-sakit badanlah sebab bergelut dan kena hentak dengan topi keledar. Setengah jam lepas kami bersurai baru polis datang ronda dengan motosikal," ujarnya.
Selain Rozaimin, seorang lagi pembantu Zairil, Akmal Zakaria turut dikasari bersama beberapa mahasiswa USM dan aktivis Suaram Pulau Pinang serta dua wartawan.
Menurut Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Rozaimin Elias, dia dapat mengecam wajah Norman kerana dia tidak memakai topi keledar seperti rakan-rakannya yang lain.
Rozaimin merupakan salah seorang yang dikasari ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan Adam di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.
Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju berlogo 1Malaysia datang ke tempat mereka berhimpun dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Rozaimin berkata dia diserang dan dihentak dengan topi keledar.
"Mereka datang buat kacau dan jerit-jerit suruh kami pulang. Mereka kata himpunan itu menimbulkan suasana tidak tenteram padahal kami bukan ganggu lalu lintas pun.
"Salah seorang itu, memang saya cam, bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Rozaimin berkata, kumpulan tersebut hanya beredar selepas mereka bersurai.
Ekoran kejadian itu, Rozaimin membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pagi tadi.
"Tak ada sebarang kecederaan tapi sakit-sakit badanlah sebab bergelut dan kena hentak dengan topi keledar. Setengah jam lepas kami bersurai baru polis datang ronda dengan motosikal," ujarnya.
Selain Rozaimin, seorang lagi pembantu Zairil, Akmal Zakaria turut dikasari bersama beberapa mahasiswa USM dan aktivis Suaram Pulau Pinang serta dua wartawan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-5-2013
NGO desak Zahid bebaskan Adam Adli
Harakahdaily, | 22 Mei 2013 |
PUTRAJAYA: Gabungan NGO dan parti politik mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghentikan segera penahanan terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim.
Kumpulan mereka yang terdiri daripada 31 NGO termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dewan Pemuda Pas Pusat, Suara Anak Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia turut menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil KDN, Shamril Faizalis di pintu masuk kebagunan pejabat kementerian itu petang ini.
Dalam memorandum itu mereka menuntut tiga perkara.
Ianya termasuk Adam Adli dibebaskan dengan serta-merta dan semua tuduhan ke atas beliau digugurkan, hormati hak rakyat berhimpun dan meluahkan perasaan seperti hak yang dijamin dalam Perlembagaan Negara serta hentikan sebarang penahanan bermotifkan politik.
Adam Adli ditahan reman selama lima hari di Pusat tahanan Jinjang, Kuala Lumpur bermula 19 Mei lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ianya kerana Adam Adli didakwa berucap mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini.
Kumpulan mereka yang terdiri daripada 31 NGO termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dewan Pemuda Pas Pusat, Suara Anak Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia turut menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil KDN, Shamril Faizalis di pintu masuk kebagunan pejabat kementerian itu petang ini.
Dalam memorandum itu mereka menuntut tiga perkara.
Ianya termasuk Adam Adli dibebaskan dengan serta-merta dan semua tuduhan ke atas beliau digugurkan, hormati hak rakyat berhimpun dan meluahkan perasaan seperti hak yang dijamin dalam Perlembagaan Negara serta hentikan sebarang penahanan bermotifkan politik.
Adam Adli ditahan reman selama lima hari di Pusat tahanan Jinjang, Kuala Lumpur bermula 19 Mei lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ianya kerana Adam Adli didakwa berucap mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-5-2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap Adam Adli Abdul Halim dengan seorang penjamin.
Hakim Norsharidah Awang memutuskan demikian setelah aktivis mahasiswa itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui ucapannya pada 13 Mei lalu.
Mahkamah juga membuat keputusan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Julai depan.
Adam, 24, dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Beliau diwakili peguam S Ambiga.
Pagi tadi, lebih 50 orang penyokong aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini bagi memberi sokongan kepada Adam yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu berhubung ucapan beliau pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor 13 Mei lalu.
Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.
Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid.
Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pihak polis tidak membenarkan penyokong Adam Adli memasuki pekarangan lobi mahkamah.
Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis.
Peguam & AA : http://www.youtube.com/watch?v=Mf5Ls7T24Xc&feature=youtu.be
NKPPM : http://www.youtube.com/watch?v=y-elDPBDykQ&feature=youtu.be
Kes Adam disebut semula 2 Julai, ikat jamin RM5,000
Muhammad Faizal, | 23 Mei 2013 |

Sumber HD - 23-5-2013
Safwan Anang setuju diikat jamin hari ini
Harakahdaily, | 31 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Aktivis mahasiswa Muhammad Safwan Anang akhirnya bersetuju untuk diikat jamin selepas 3 hari berada di penjara Sungai Buloh sejak 29 Mei lalu.
Safwan yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dibebaskan hari ini selepas diikat jamin RM5,000 oleh ahli kelurganya jam 10 pagi tadi.
Beliau sebelum ini antara empat yang dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.
Selain beliau turut dituduh adalah Naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Mahkamah pada 29 Mei lalu bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setiap orang.
Safwan ketika itu memilih untuk dipenjara dan tidak mahu dirinya diikat jamin.
Semalam Harakahdaily difahamkan, isteri Safwan, Mastura Abu Bakar bertemu dengan beliau untuk menasihatkan agar bersetuju untuk diikat jamin.
Mastura yang dipetik Malaysiakini hari ini pula berkata, suaminya pada asalnya, enggan diikat jamin selepas dituduh di bawah akta tersebut.
Bagaimanapun, Mastura berkata, Safwan menukar fikirannya selepas mempertimbang peranan yang boleh dilakukannya di luar penjara sebagai aktivis mahasiswa.
Safwan yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dibebaskan hari ini selepas diikat jamin RM5,000 oleh ahli kelurganya jam 10 pagi tadi.
Beliau sebelum ini antara empat yang dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan.
Selain beliau turut dituduh adalah Naib presiden PKR Tian Chua, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Mahkamah pada 29 Mei lalu bagaimanapun membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setiap orang.
Safwan ketika itu memilih untuk dipenjara dan tidak mahu dirinya diikat jamin.
Semalam Harakahdaily difahamkan, isteri Safwan, Mastura Abu Bakar bertemu dengan beliau untuk menasihatkan agar bersetuju untuk diikat jamin.
Mastura yang dipetik Malaysiakini hari ini pula berkata, suaminya pada asalnya, enggan diikat jamin selepas dituduh di bawah akta tersebut.
Bagaimanapun, Mastura berkata, Safwan menukar fikirannya selepas mempertimbang peranan yang boleh dilakukannya di luar penjara sebagai aktivis mahasiswa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-5-2013
No comments:
Post a Comment