Jangan pandang remeh rakyat alami masalah mental |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangka mengalami masalah mental atau gila dalam jangka 5 tahun lagi disebabkan pelbagai faktor. Kajian tersebut dibuat oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan yang turut disiarkan di dalam blog kementerian terbabit dan beberapa blog media tempatan. Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kajian bahagian itu menunjukkan mereka yang berpotensi menjadi gila dalam jangka masa itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak yang dianggarkan 20 peratus termasuk lelaki dan perempuan. Menurut beliau, manakala selebihnya terdiri daripada golongan dewasa yang dianggarkan sebanyak 11.2 peratus iaitu 3.3 juta orang termasuk lelaki dan wanita. Katanya, kajian tersebut dikeluarkan pada 14 November lalu dan berdasarkan kajian itu jelas menunjukkan Malaysia sedang menuju keadaan yang tidak rasional menjelang tahun 2020. "Tetapi kita amat kesal kerana pihak Kerajaan BN sehingga kini masih memandang sebelah mata perkara itu dengan tidak melakukan langkah-langkah yang komprehensif dan konkrit bagi mengatasinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, menurut beliau, bilangan rakyat Malaysia yang telah menjadi gila sehingga akhir tahun 2010 berjumlah 2,220 orang. Katanya, jumlah tersebut sepatutnya semakin berkurangan, tetapi anggaran kajian itu menjelang tahun 2020 ternyata semakin meningkat dengan angka yang amat membimbangkan. "Menyedari perkara itulah saya telah membangkitkan persoalan mengenainya pada persidangan Dewan Rakyat pada 15 November lalu, tetapi jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan ternyata jauh menyimpang," katanya. Pada persidangan Dewan Rakyat 15 November lalu, pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh beliau meminta Menteri Kesihatan menyatakan penyelesaian pihak kementerian bagi menangani gejala pembunuhan secara kejam yang berlaku dalam negara. "Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah ia mempunyai kaitan dengan kesihatan mental (mental health) anggota masyarakat. Jadi apakah kementerian mempunyai rancangan mental untuk diperkenalkan kepada anggota masyarakat yang telah dikenalpasti berisiko tinggi?" katanya. Timbalan Menteri Kesihatan, jelasnya, tidak pun menjawab pertanyaan beliau itu, sebaliknya mengatakan mereka yang menjadi gila disebabkan pengambilan alkohol, manakala orang gila terbabit dengan pembunuhan dikatakan amat kecil disebabkan berjaya dikawal dengan rawatan dan perubatan, berbanding penagih alkohol. Menurutnya, berdasar jawapan itu jelas menunjukkan pihak Kerajaan BN atau Kementerian Kesihatan tidak mempunyai perancangan yang komprehensif atau menyeluruh dan konkrit atau kemas bagi mengatasai masalah itu. "Sedangkan menurut kajian pelbagai pihak, seseorang yang berisiko menjadi gila itu bukan sahaja kerana faktor keturunan, tetapi juga stress yang berpunca dari pelbagai faktor termasuk kegagalan dalam peperiksaan, rumah tangga dan dalam hidup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Untuk mengatasi masalah itu, pihak Kementerian Kesihatan, tambahnya, sepatutnya mengambil langkah-langkah yang komprehensif dan secara bersepadu dengan turut melibatkan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Kementerian Wanita, Masyarakat dan Keluarga. Katanya, selain itu, pihak Kerajaan BN juga sepatutnya turut menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencegah dan merawat mereka yang berisiko menjadi gila, termasuk menerusi kaedah-kaedah lebih berkesan terutama melibatkan aspek agama. "Namun kesemua itu ternyata tidak dilakukan bagi mengatasinya. Malah setelah dikenalpasti berpunca dari alkohol, tidak pula dilakukan langkah yang sepatutnya bagi mengatasinya," tegasnya. Beliau juga kesal kerana pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi memberikan khidmat kaunseling kepada mereka yang berisiko menjadi gila sehingga kini tidak ditambah dan hanya berjumlah 0.08 peratus atau 228 orang sahaja. "Dengan langkah-langkah pencegahannya yang tidak komprehensif dan tidak konkrit, apakah yang mampu diharapkan oleh rakyat negara ini kepada pihak Kerajaan BN bagi mengatasi masalah itu," ujar beliau kesal. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6593-jangan-pandang-remeh-rakyat-alami-masalah-mental
BN tak wajar lepas tangan ubat tak cukup |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dengan Kerajaan Umno BN yang lepas tangan dalam menjamin kesihatan rakyat. Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Star, 7 Disember lepas yang menyebut terdapat beberapa hospital di Malaysia tidak cukup ubat seperti yang berlaku di Hospital Melaka. “Hal yang sedemikian tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Umno BN bersungguh‐sungguh menjamin kesihatan rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, usaha Malaysia mengejar taraf negara maju pun akan terbantut jika kesihatan rakyat diambil ringan oleh kerajaan Umno BN. Beliau berkata, kerajaan perlu menjadikan kebajikan rakyat dari sudut kesihatan sebagai agenda penting dalam pentadbirannya. “Apa yang berlaku perlu disiasat dan kerajaan perlu menjawabnya dengan segera,” katanya. Apa yang dikesalkan, ujarnya ialah dalam bajet kerajaan, peruntukan untuk kesihatan hanyalah 4.6% daripada jumlah GDP (Gross Domestic Product), sedangkan saranan WHO dan purata peruntukan negara‐negara di dunia adalah sebanyak 8.0%. “Apa yang lebih dikesalkan ialah, pada masa yang sama penyalahgunaan dana awam dan kecuaian dalam tadbir urus kewangan telah berlaku dan sering kali diberitakan di dalam akhbar‐akhbar sedangkan dana tersebut boleh disalurkan untuk ubat‐ubatan bagi kegunaan rakyat,” katanya lagi. Namun, ujarnya kerajaan Umno BN yang rakus lebih mementingkan kepentingan kroni dan peribadi daripada kepentingan rakyat Malaysia. Tambahnya, lihat saja projek lembu NFC yang mendapat pinjaman mudah kerajaan sehingga RM250 juta, projek jejantas pejalan kaki di Kuala Lumpur dan lain‐lain projek yang penuh tanda tanya dan mengecewakan. Itu, tambah beliau belum lagi ketirisan kewangan sebanyak RM52 bilion setahun yang sentiasa berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno BN. “Siapakah yang terjejas di dalam hal ini? “Adakah para kroni Umno BN, para menteri dan pegawai tinggi kerajaan?” soalnya. Beliau menambah, rakyat yang miskin dan berpendapatan sederhanalah yang terjejas kerana mereka bergantung kepada perkhidmatan kesihatan awam. Menurutnya lagi, meskipun kononnya kerajaan menitikberatkan tentang kesihatan rakyat dengan membina Klinik 1M, namun klinik itu tidak menyelesaikan masalah apatah lagi terdengar banyak rungutan bahawa semua jenis penyakit hanya dibekalkan dengan Panadol yang boleh dibeli dengan harga RM2 di kedai runcit. Malah, ujarnya ianya seolah‐olah tidak berbaloi dengan kos pembinaan/pengubahsuaian serta kos pengurusannya yang menelan berpuluh ribu setahun. “Perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Ia bukan suatu perkara yang boleh dilayan seperti gula‐gula politik dan hanya dijadikan sebagai perhiasan untuk digembar‐gemburkan menjelang pilihan raya,” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6976-bn-tak-wajar-lepas-tangan-ubat-tak-cukup
Kes adik Fifi: Polis diharap tingkat kawalan keselamatan
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Ekoran kejadian culik dan tawan selama enam jam terhadap adik Fifi Ramadhani Safruddin di Kampung Baru Isnin lalu, polis diharap dapat meningkatkan kawalan mereka di kawasan terbabit.
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu mengakibatkan penduduk Kampung Baru mula bimbang dengan keselamatan anggota keluarga mereka.
"Kawasan kediaman seperti Kampung Baru amat terdedah dengan bahaya jenayah memandangkan ianya terletak di pusat bandar Kuala Lumpur dan orang awam mudah akses dengan kawasan tersebut sebagai laluan penting di bandaraya ini.
"Justeru, PAS WP mengharapkan PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan terbabit dan kawasan sekitar supaya kejadian yang sama tidak berulang," kata ketua penerangannya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Beliau mengulas insiden Isnin lalu di mana seorang lelaki bogel yang menerjah masuk ke rumahnya sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan dileher adik Fifi dan ditawan selama enam jam.
Sambil melahirkan simpati kepada keluarga adik Fifi, Suhaimi berkata, apa yang membimbangkan kini apabila para penjenayah seolah-olah sudah hilang rasa takut terhadap pelaksanaan undang-undang sedia ada.
"Kadar jenayah bukan semakin menurun, malah semakin bertambah dari tahun ke tahun, dan ianya berlaku secara amat tragis dan di luar perikemanusiaan. Jenayah pembunuhan, rogol, samun, pecah rumah, culik, ragut dan sebagainya sudah menjadi berita lumrah kepada masyarakat," katanya lagi.
Sehubungan itu beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berhati-hati termasuk mengadakan kawalan keselamatan di rumah mereka dan di kawasan kediaman mereka.
Sumber HD : 26/01/2012
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Sistem Kesihatan di Malaysia memang tidak dinafikan telah memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.
Namun begitu, kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah disebabkan tekanan perbelanjaan kesihatan yang makin meningkat, kurang pengawalan terhadap caj di fasiliti kesihatan swasta dan isu kualiti kesihatan sememangnya memerlukan satu perancangan yang tersusun agar sistem itu dapat diperbaiki lagi.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah lama menjalankan kajian terhadap isu-isu itu namun tidak pernah kedengaran sebelum ini.
Kini, ujarnya desas-desus perlaksanaan 1Care, iaitu perancangan transformasi sistem kesihatan, telah menimbulkan riak ketidakpuasan hati di kalangan rakyat jelata.
“Ini bukan kerana namanya 1Care atau seumpamanya tetapi ini dilakukan seolah-olah dalam keadaan yang disembunyikan, dan hanya menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat umum,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, masyarakat umum di Malaysia pernah berkali-kali dikejutkan dengan perubahan yang mendadak, seperti kenaikan harga minyak 30 sen awal tahun 2006.
Justeru, katanya perkara yang sama perlu dielak daripada berulang di dalam isu itu.
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS yakin bahawa pelan penambahbaikan sistem kesihatan negara yang telah dan sedang dirancang oleh pakar-pakar kesihatan negara mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Namun, jelasnya disebabkan sejarah pentadbiran oleh Kerajaan Umno BN yang mempunyai rekod buruk telah menyebabkan rakyat tidak mempercayai sebarang agenda baru pihak kerajaan.
Sebagai contoh, katanya perlaksanaan polisi PPSMI, SBPA dan pelbagai lagi telah menunjukkan kegagalannya.
“Ianya diburukkan lagi dengan beberapa skandal yang memalukan negara seperti NFC dan PKFZ telah menggambarkan Umno BN gagal dalam melangsaikan amanah yang telah diberi,” ujarnya lagi.
Selain itu, tambahnya pihak kerajaan juga telah turut menyumbang kepada ketidakpercayaan rakyat memandangkan perkhidmatan kesihatan yang telah diswastakan telah dimonopoli oleh syarikat seperti Pantai Medicare, Faber, Radicare, Pharmaniaga dan lain-lain.
“Apakah perkara yang sama akan turut tercalit dalam konsep 1Care?” soalnya.
Oleh itu, katanya polisi 1Care perlu mendapat suntikan Konsep Negara Kebajikan yang dipelopori oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, elemen-elemen mengutamakan kebajikan rakyat perlu dikedepankan bukan setakat slogan tetapi telus dalam perlaksanaannya.
PAS, ujarnya telah bersiap sedia dengan kertas perlaksanaan polisi yang telah dirancang demi menjamin penjagaan kesihatan optima seluruh rakyat Malaysia.
Sumber HD : 26/02/2012

Rakyat tidak puas hati bukan kerana nama 1Care
Harakahdaily, | 26 Feb 2012 |

No comments:
Post a Comment