RM100 hanya terselit di celah gigi
Oleh Subky Latif
PERDANA Menteri Najib melalui bajetnya memberi RM500 kepada setiap keluarga miskin dan timbalannya, Muhyiddin Yassin pula memberi RM100 kepada setiap murid sekolah.
Tidak kira apakah ia pemberian bulanan atau tahunan, tetapi pemberian itu adalah bagi meringankan keperluan keluarga miskin dan persekolahan anak-anak kita.
Jika dikatakan untuk meringankan beban kehidupan, akan tepat sasaran itu kiranya ia pemberian bulanan, tetapi kalau untuk tahunan tidak ada apa yang dapat diringankan.
Sebagai pemberian tahunan, setiap murid dapat kurang dari 50 sen bagi setiap hari bersekolah. Bagi keluarga miskin pula dapatlah kira-kira RM 1.50 sen sehari.
Dibandingkan dengan kenaikan harga barang yang melambung beberapa kali setahun dan perbelanjaan hidup yang bertambah mahal, maka pemberian itu jadi makanan yang terselit di celah gigi saja.
Ada pun semua pemberian tetap baik untuk murid mahupun kepada keluarga miskin, tidaklah pernah dibuat selama ini.
Selama ini semasa negara kita belum membangun sehingga ke peringkat sedang membangun, keadaan kemiskinan adalah tinggi, tidak pernah kerajaan beri duit poket kepada murid sekolah dan orang-orang miskin secara terus.
Ada kerajaan menyediakan peruntukan melalui jabatan kebajian untuk orang miskin tegar, ibu-ibu tunggal yang daif, terutama yang kurang upaya.
Ada berupa bantunan bulanan atau untuk beberapa bulan sekali. Semua pemberian itu adalah secara terpilih dan mereka yang meminta saja. Yang tidak minta dan tidak sanggup berlulang ke pejabat kebajikan, nescaya tidak merasa apa-apalah.
Tetapi kerajaan Najib ini bermurah hati pula. Dia sedia beri kepada semua fakir miskin. Tidak secara pilihan lagi. Asal fakir dan miskin berhak dapat. Daftar sajalah kepada institusi tertentu.
Mungkin pemurah Najib itu didorong oleh sikap isterinya tidak lokek dan tidak sayang duit untuk berbelanja, maka antaranya dilimpahkan kepada fakir dam miskin yang memerlukan.
Tetapi yang sanggup diberi pada hari ini ialah kira-kira 50 sehari bagi hari bersekolah kepada setiap murid dan sekada RM1.50 sehari bagi satu keluarga fakir. Itu yang terdaya kerajaan bagi.
Dulu kerajaan tidak rasa wajib memberi kepada setiap fakir. Tetapi untuk tahun 2012 ini kerajaan bersetuju memberinya sekali pun sekadar yang disebut tadi.
Bersyukurlah sekali pun tidak sebanyak mana. Dari tak ada langsung, baiklah ada sekali pun sekadar10 sen sehari.
Kerana apa kerajaan sanggup bagi RM500 kepada fakir dan RM100 kepada murid?
Mungkin kerana kerajaan sekarang terasa lebih senang sedikit dari masa-masa lalu. Dulu kerajaan tidak sanggup dan tidak dapat menimbangkannya, mungkin kerana tidak cukup duit.
Atau mungkin juga kerajaan di masa lalu mengira rakyat masih sanggup menampung keperluan mereka walau sefakir mana sekali pun. Ertinya rakyat masih boleh berikhtiar dan tidak pernah rasa terdesak untuk berjumpa along.
Tetapi dengan tahap negara hampir mencapai taraf negara maju, rakyat sudah tidak terdaya lagi hidup sekali pun terpaksa bergantung kepada sabsidi yang mula dikurangkan dari semasa ke semasa.
Memang kenaikan harga barang yang tidak tertahan itu menyebabkan rakyat berada di atas paras kemiskinan menjadi orang miskin, orang miskin jadi miskin tegar. Kiranya di bawah miskin tegar itu ada pula fakir, maka inflasi dan stagflasi menjadinya fakir.
Selama ini ketika jauh dari tahap negara maju, kerajaan tidak memberi laut kepada yang memerlukan laut, tetapi memberi mereka pancing supaya tahu mencari lauk sendiri.
Tetapi bertambah menghampiri negara maju, kerajaan terpaksa beri pula RM100 setahun kepada setiap murid, dan RM500 pula kepada setiap si miskin. Ertinya kerajaan terpaksa beri lauk pula, tidak lagi memberi pancing.
Selepas 54 tahun merdeka kerajaan bukan saja tidak beri pancing kepada rakyat tetapi terpaksa mengadakan lauk. Adakah teruk sangat rakyat sekalian?
Atau ia satu pemberian untuk menghadapi PRU 13? Tidakkah ia tanda-tanda kerajaan BN dan pemimpinnya sudah miskin dengan idea dan tindakan?
Sumber DD : 22/11/2011
Aziz Bari tidak kebal, boleh ditegur |
Subky Abdul Latif |
SEBAGAIMANA Prof Dr Aziz Bari boleh menegur semua orang, maka dia juga boleh ditegur. Itulah manusia, tiada yang sempurna. Khalifah Umar al-Khatab, sebagai Amirul Mukminin juga pernah ditegur apabila beliau cuba menghadkan mahar bagi pengantin perempuan. Seorang perempuan telah menegurnya, sejak bila khalifah mengambil alih hak yang menjadi hak kepada bakal pengantin perempuan. Khalifah lalu mengaku teguran perempuan itu adalah betul. Maka Dr. Aziz dikatakan telah membuat komen konon akaun Lembaga Zakat Selangor dan Muis tidak diaudit. Adakah benar ia tidak diaudit? Sebagaimana orang ingin tahu segala yang ditegur oleh Ketua Audit Negera, maka orang pun ingin tahu apa yang Dr. Aziz tegur. Kalau teguran Ketua Audit Negara pun dijawab oleh setengah pihak yang kena tegur, maka pihak yang ditegur oleh pakar perlembagaan itu juga boleh dijawab kiranya dia tidak betul. Prof. Aziz membuat teguran yang mudah, iaitu akaun Muis dan LZS tidak diaudit. Jika teguran itu tidak betul, maka LZS dan Muis berhak untuk menjelaskannya. LZS dan Muis boleh membuat kenyataan media atau memanggil sidang media, memberikan bukti bahawa ia diaudit. Tunjukkan apa yang telah diaudit dan apa komen juru audit. Begitulah amalan di seluruh dunia, apabila ada pegawai atau mana-mana individu atau badan-badan berkanun, maka pihak yang ditegur itu akan membuat penjelasan. Dalam pentadbiran moden, diadakan pegawai khas untuk menjelaskan setiap apa yang dibangkitkan. Apa jua disungut dan ditegur, maka pegawai itu akan menyiasat betulkah teguran itu atau tidak. Dia akan mendapatkan butir dan keterangan tentang yang ditanya itu. Kalau PKNS ditegur, maka mana-mana perkara yang boleh dijelaskan oleh PKNS, ialah yang menjawabnya. Kalau yang dibangkit itu tentang gaji CEO terlalu besar, berpuluh ribu sebulan seperti yang dibangkit menjelang sidang bajet DUN Selangor baru-baru ini, tidaklah sesuai bagi pegawai itu sendiri menjelaskannya. Hal seperti itu lebih pantas dijawab oleh Menteri Besar kerana dia yang menentukan gaji itu. Kalau benda-benda yang PKNS sendiri boleh jawab, tidak perlulah ia dibeban kepada MB menjawabnya. Apa yang Dr. Aziz Bari itu perkara mudah yang LZS dan Muis boleh jawab sendiri, tidak perlu ia terpaksa dijelaskan oleh orang bergelar. Biarlah orang bergelar bercakap tentang perkara besar yang pihak lain tidak wajar menyampaikannya. Yang di-Pertuan Agong misalnya bertitah tentang dasar-dasar penting yang Perdana Menteri pun tidak layak menyampaikannya. Pertikaian antara kerajaan dan PKR misalnya tentang tuduhan amalan rasuah oleh kerajaan, orang tidak minta Yang di-Pertuan Agong menjelaskannya. Biarlah Perdana Menteri menyelesaikannya. LZS dan MUIS atau Jais telah minta orang bergelar menjawab teguran Aziz Bari sedang ia boleh mereka jelaskan sendiri. Mengapa perkara yang ia boleh buat, ia minta pihak yang lebih tinggi menjelaskannya. Jika hal yang rendah dicakapkan olah pihak yang tinggi, nanti yang tinggi dicakap oleh pihak yang tinggi akan disangka rendah. Adakan Jais atau Muis tidak yakin penjelasannya kepada Aziz Bari akan diterima umum? Itulah andaian yang boleh dibuat, betapa Jais dan LZS seperti hilang keyakinan untuk membuat penjelasan sendiri. Memang Jais banyak mendapat publisiti. Macam UMNO dan PAS yang fitrahnya berkehendakkan publisiti. Justeru itu Jais terdedah kepada perbualan umum dalam banyak perkara. Lalu ia terdedah kepada berbagai-bagai kritik. Mungkin sukar bagi Mais atau Jais bagi meyakinkan orang tentang dirinya, maka ia terpaksa mendapatkan payung dari pihak yang menaunginya. Aziz Bari tidak kebal. Dia boleh dihujah. Mengapa ia tidak ditangani sendiri sedang dalam isu yang Aziz bangkitkan itu boleh diselesaikannya sendiri? Benda yang budak pejabat boleh buat, tak usahlah tunggu ketua pejabat mengerjakannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6879-aziz-bari-tidak-kebal-boleh-ditegur
Anak Apak: Subky main bola dengan anak Chin Peng |
Harakahdaily |
“Ah Boo dan Ah Tian saja yang menjadi rakan saya bermain bola. Ramai lagi rakan-rakan Cina yang lain. Hubungan saya dengan Ah Boo lebih kurang sama saja dengan yang lain-lain. Ah Boo dan Ah Tian itu mudah saya ingat kerana mereka anak dan adik Chin Peng. Saya berkawan dan berkenalan dengan mereka semasa sama-sama di padang bola semasa menunggu kelas sesi sebelah pagi selesai.” MEMOIR, Politik Kewartawanan, yang diberikan judul ANAK APAK, membentangkan pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di tengah-tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam kesengsaraan musim Jepun melanda Tanah Melayu. ANAK APAK merakamkan perjalanan hidup saya sejak kanak-kanak hingga memasuki alam pekerjaan. Bahagian ini meliputi latar belakang keturunan Apak, anak seorang pendatang Jawa yang tidak diketahui asal usulnya di Tanah Jawa tetapi menjadi pelindung pendatang Jawa di desa kediamannya di Sungai Parit, Sitiawan. Ayahnya tidak merancang persekolahannya tetapi Apak memilih dan menghabiskan masa kanak-kanak dan remajanya mendalami pengajian Islam di sekolah pondok, iaitu di Madrasah Masriyah Bukit Mertajam dan menyambung pengajiannya di luar negeri, iaitu di India dan di Mekah hingga keluar sebagai seorang alim bergelar Tok Guru dalam masyarakatnya di Dinding yang sekarang dikenali sebagai Manjung. Apak mahu mendidik dan menyekolahkan saya sepertinya dan kemudian keluar sebagai ahli ilmu agama mengikut jejaknya menjadi Tok Guru kepada masyarakat dan ummah. Tetapi saya tidak menjadi Tok Guru seperti Apak. Ada sebabnya; kejatuhan ekonomi, sawah tidak menjadi, getah yang menjadi sumber kemakmuran rakyat tiba-tiba tidak berharga lantaran Perang Korea yang berlaku pada awal tahun 50-an. Tidak pernah saya terfikir untuk menjadi seorang wartawan. Keadaan menyebabkan saya tidak menjalani persekolahan seperti Apak. Selepas tamat sekolah, saya diterima menjadi wartawan di Utusan Melayu dan sepanjang hidup saya, sekalipun tidak lagi menjadi orang surat khabar yang aktif sejak tahun 1990-an namun saya tetap dikenali sebagai wartawan dan penulis yang menyumbangkan tulisan di akhbar dari minggu ke minggu untuk tatapan ummah. Saya terdedah dengan alam politik sejak zaman kanakkanak dan boleh memahami politik sejak remaja, tetapi tidak pernah bercadang untuk menjadi orang politik. Pada saya ketika itu, adalah lebih senang hidup sebagai orang yang memahami politik tetapi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik supaya kita disenangi oleh semua dan dapat diterima oleh semua. Akan tetapi kekalahan teruk PAS di Kelantan pada hujung tahun 70-an sesudah berkuasa sejak tahun 1959 menyebabkan saya terasa seolah-olah demokrasi seperti akan berakhir di Malaysia. Demokrasi mesti diteruskan. “Tidak wajar dalam dunia ini ada insan yang berkecuali. Manusia itu mesti memihak kepada kebenaran. Manusia hanya dibenarkan berkecuali ketika tidak mengetahui asal-usul sesuatu isu. Orang berotak tidak wajar kekal dalam keadaan tidak tahu. Dia mesti keluar dari alam tidak tahu. Sesudah mengetahui, dia tidak lagi boleh berkecuali. Dia mesti di pihak yang benar.” Jilid satu MEMOIR tentang ANAK APAK ini berakhir setakat saya mula melangkah ke alam pekerjaan. Anak Apak meliputi hikayat kehidupan dan ingatan alam kehidupan saya pada zaman kanak-kanak, persekolahan dan remaja. Moga-moga saya diberi kekuatan untuk menyiapkan jilid-jilid berikut mengenai alam kewartawanan dan alam politik. Insya-Allah. Semoga Memoir ANAK APAK ini dapat memenuhi maksud sebuah penulisan buku berbentuk memoir dan dapat memberikan perkhidmatan dalam bidang penulisan memoir dalam persuratan Melayu untuk tatapan masyarakat. Tiada apa-apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan Memoir ini. ANAK APAK adalah terbitan Kemilau Publika Sd Bhd yang terbaru. Sila lawati http://www.kemilau.net.my/ atau menelefon 03-6038 8314 untuk pertanyaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/seni-budaya/6999-anak-apak-subky-main-bola-dengan-anak-chin-peng
Subky wajar jadi idola anak muda |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: "Bukan setakat buku ini mencerita kehidupan Subky tetapi cara hidup beliau sekarang yang perlu menjadi idola anak muda," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau menyatakan demikian ketika mengulas buku terbaru Subky Latif, Anak Apak yang dilancar Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hari ini. Buku memoir Subky sejak kecilnya itu dilancarkan di Karnival MPH 2011 di Mid Valley Mega Mall. Mohamad Sabu sepatutnya melancarkan buku itu namun di saat akhir ia telah tidak dibenarkan oleh pihak penganjur. Tidak diketahui sama ada ia adalah arahan pihak tertentu atau daripada penganjur sendiri. Namun atas dasar setia kawan, Mohamad hadir dalam majlis hari ini bersama Pak Samad. "Dalam buku ini saya dapati, Subky rapat dengan semua orang yang hebat-hebat namun dia tidak senang dan kaya juga tetapi kekal sebagai wartawan dan negarawan. "Dia kenal rapat dengan Datuk Harun, Jaffar Albar, Tun Razak, Tun Musa dan lain-lain. "Inilah yang patut dijadikan turutan anak muda kita," kata Mohamad. Subky ketika ditanya selepas penyataan Mohamad Sabu kenapa beliau tidak senang sebagaimana orang lain yang senang selepas kenal pembesar negara, menjawab penuh tersirat: "Sebab saya tidak tahu kira duit". |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7004-subky-wajar-jadi-idola-anak-muda
SAR: Muhyiddin 'tampar' Mahathir |
Subky Latif |
TAHUN akhirnya memimpin UMNO dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir menyekat semua bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), kerana pada persepsinya SAR rata-rata menentang kerajaan Barisan Nasional dan ia menyediakan orang-orang yang akan menjadi PAS. Demi melumpuhkan PAS, kalau boleh dihapuskan PAS, maka Sekolah Agama Rakyat itu perlu dihapuskan dulu. Sikap anti SARnya itu dinyatakannya dalam satu perhimpunan UMNO di PWTC. Sesudah bersara dari Perdana Menteri beliau keluar UMNO kerana kecewa dengan pimpinan Tun Abdullah Badawi. Selepas Pak Lah berundur Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha membawanya semula masuk UMNO. Tidak diketahui dia sudah UMNO semula atau belum. Tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Menteri Pelajaran itu seperti telah menampar muka mantan Perdana Menteri. Apabila secara rasmi mengadakan peruntukan membantu semua Sekolah Agama Rakyat. Hatta semua sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan yang mendapat biaya dari kerajaan Kelantan itu pun turut diberinya bantuan. Dalam kunjungan Muhyiddin ke Kelantan yang terakhir telah menyampaikan sendiri bantuan kepada SAR. Apa yang dibuat oleh TPM itu adalah mencerminkan dasar UMNO terhadap SAR. Kalau pun tidak semua masa UMNO jadi pro SAR seperti yang berlaku di hujung pentadbiran Dr. Mahathir, tetapi Menteri Pelajaran seolah-olah mempersetankan sikap anti SAR Mahathir itu. Dr. Mahathair belum mati, sedikit demi sedikit dasarnya dirongkai oleh pemimpin-pemimpin UMNO selepasnya. Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah mendoakan supaya Dr. Mahatahir dipanjangkan umur, supaya dia dapat menyaksikan kerosakan di muka bumi Malaysia gara-gara dasar dan tindakannya sebagai pemimin kerajaan dan UMNO. Doa Al-Marhum itu seolah-olah terkabul. Dr. Mahathir sudah melihat, tindakannya menghapuskan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, telah memberi kesan besar kepada negara. Pencapaian Bumiputera dalam bidang sains merosot. Wujud pertembungan antara pro dan anti pengajaran sains dan matametik dalam Bahas Melayu. Bercelaru antara ucapan Muhyidin tentang dasar bahasa penghantar dalam subjek itu dengan pelaksanaannya. Mungkin Muhyidin mati dulu sebelum isu itu dipullihkan sepenuhnya. Ketika yang sama anti SAR Mahatahir itu telah tidak dipedulikan oleh Muhyiddin. Anti SAR itu justeru Mahathir terlalu takutkan PAS. Tiada rasa sayangnya kepada pembelajaran Islam disebabkan ketakutannya yang tinggi terhadap PAS. Dia sanggup kuburkan sekolah agama kerana tidak mahu melihat PAS dan menggantikan UMNO sekali pun sekolah pengajian Islam itulah yang menyelamatkan Malaysia menjadi bekas umat Islam. Islam hancur di Filipina selepas kedatangan Sepanyol. Tiada institusi pengajian Islam yang berkesan menyebabkan negara itu menjadi negara Katholik. Islam kuat di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu dan utara Perak berbanding dengan lain-lain negeri di Malaysia ialah disebabkan wujud sistem SAR lama sebelum merdeka. Muhyiddin menyambung semangat Pak Lah membantu semula SAR. Mungkin Pak Lah adalah cucu dan anak pengendali SAR. Muhyiddin pula anak guru yang mendidik Mat Indera. Ayahnya pengendali SAR juga. Sekali pun mereka dijangkiti unsur sekular tetapi jiwa Islam mereka lebih jelas dari Dr. Mahathir. Maka mereka mengambil sikap politik membantu SAR sesuai dengan apa yang datuk nenek mereka buat dulu. Mereka tidak memikirkan apakah PAS dapat manfaat atas sikap mereka membantu SAR, tetapi SAR boleh diselamatkan. Insya Allah, PAS dapat faedah dari SAR yang kuat. Yang Muhyiddin buat itu betul-betul menempelak sikap dan dasar Mahathir. Mahathir tentu sedar dasarnya dibakut sampahkan. Sikap Muhyidin itu adalah sikap UMNO sekarang. Mahahir sedang menyaksikannya betapa dasarnya dibakul sampahkan. UMNO sudah menolak dasar Mahathir pada masa dia masih hidup. Kalau Mahathir rasa dasarnya betul, maka dia tidak boleh berada dalam UMNO lagi. Kalau masih mahu bersama UMNO, ini bererti dia mengaku anti SARnya dulu adalah tidak betul. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/7015-sar-muhyiddin-tampar-mahathir
Siapa Perdana Menteri wanita kita |
Subky Abdul Latif |
DR. MAHATHIR Mohamad ketika diraikan oleh pengikut-pengikutnya termasuk Perdana Menteri Najib dan isteri menyebutkan kemungkinan Malaysia juga akan berperdana-menterikan seorang wanita. Suatu yang tidak mustahil. Kalau Yaman di zaman Nabi Sulaiman a.s. pernah diperintah oleh Ratu Balqis, dunia akhir zaman ini pula sudah ramai wanita jadi Presiden dan Perdana Menteri, maka juga tidak mustahil. Siapakah Perdana Menteri pertama wanita Malaysia itu? Jika ia berlaku sebagai ganti Perdana Menteri Najib, siapakah wanita yang bertuah itu? Tuntulah dia seorang yang kanan dalam parti yang mendapat majoriti. Jika BN berkuasa semula selepas PRU 13, Perdana Menteri Najib ditakdirkan kalah, tiada laki-laki UMNO yang diterima oleh pimpinan UMNO, maka wanita yang paling kanan ialah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Dia adalah ketua Wanita UMNO dan bertaraf sebagai Naib Presiden parti itu. Tetapi dengan skandal lembu dan kondominium termahal dari duit lembu yang melibatkan suami anak beranak, dia tidak menjadi calon yang terbaik. Siapa lagi wanita yang kanan di samping UMNO yang masih dipimpin Najib? Dalam parti tiada yang tertonjol. Tetapi di luar hiraki parti ada, bahkan lebih berkuasa dan lebih berpengaruh dari Perdana Menteri Najib iaitu Wanita Pertama merangkap isteri Najib. Malah dia sudah pun dilihat Perdana Menteri sebenarnya sejak pengunduran Tun Abdullah Badawi. Sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah di bawah pengaruhnya. Bahkan pemimpin dunia mengenalinya dan suka mendekatinya bagi memenangi hati kerajaan Malaysia. Lee Kuan Yew yang terkenal serius dengan protokol mencari peluang bersua dengannya semasa mengadakan kunjungan ke Malaysia. Soal dia tidak ada pimpinan parti boleh diurus. Betullah Muhyiddin Yassin orang kedua dalam UMNO tetapi Muhyiddin telah mengepalai perwakilan Perhimpunan Agung UMNO berikrar setia kepada Najib dan UMNO. Jika Najib merasakan orang yang paling layak menggantikannya sebagai Presiden UMNO, maka tiada pilihan bagi UMNO. Setakat ini Rosmah Mansor bukan saja wanita paling berpengaruh di Putrajaya bahkan orang yang paling berkuasa. Jika masanya telah tiba bagi wanita menjadi Perdana Menteri sebagai ganti Najib, wanita yang paling menonjol ialah Rosmah Mansor. Tetapi kalau BN kalah kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim berada di penjara, maka siapa pula calon Perdana Menteri? Pakatan Rakyat tentu ada calon yang diterima oleh semua tetapi pengundi yang mahukan perubahan juga mungkin ada calonnya bagi mengambil tempat yang sepatutnya disandang oleh Anwar. Sebelum Anwar jadi ketua pembangkang, ia disandang oleh Dr. Wan Azizah. Dia masih Presiden PKR tetapi dia tidak layak bertanding kerana MP yang meletak jawatan tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun. Jika semua diberi sama peluang, maka yang paling kanan mewakili parti masing-masing ialah Tuan Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Azmin Ali. Tetapi mungkin masyarakat, seperti yang diwawaskan oleh Dr. Mahathir berkehendakkan seorang Perdana Menteri wanita, maka siapakah wanita yang paling terserlah di kalangan Pakatan Rakyat selepas Wan Azizah? Yang paling menonjol dalam parti dan dalam Parlimen ialah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang paling kanan. Dr. Mahatahir adalah orang yang paling tidak suka kepada suku sakat Anwar tetapi kalau rintihan hati Dr. Mahathir hendak dikabulkan, antara Shahrizat Jalil, Rosmah Mansor, Nurul Izzahlah yang paling bersih dan paling tidak bermasalah. Masalahnya ialah dia budak. Sebagai budak dia adalah anak Anwar Ibrahim. Kalau tiada pengalaman dan kepintarannya belum menonjol, tetapi kepintaran Anwar boleh dipinjamkan kepadanya. Saya bukan hendak menidakkan kebijaksanaan, kepintaran dan wibawa Ustaz Hadi, Kit Siang dan Azmin tetapi bagi meraikan pandangan Dr. Mahathir yang merasakan wanita juga berpeluang menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Yang Mahathir tidak suka ialah ia boleh mengambilkan harapan Anwar jadi Perdana Menteri. Mahathir boleh terima siapa saja asal jangan Anwar. Kalau Izzah naik, dia adalah sementara menguruskan perbicaraan semula Anwar oleh mahkamah yang berwibawa. Jika Anwar jadi Perdana Menteri, maka Mahathir rela mati? |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/7285-siapa-perdana-menteri-wanita-kita
PAS atau Umno Selangor lebih bergolak |
Subky Latif |
APAKAH ribut sekejap isu Hassan Ali boleh memberi kesan kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti baik secara umum untuk seluruh negara mahu pun secara khusus di Selangor? Sedikit sebanyak gema perang mulut antara bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ada mengelirukan pengundi atas pagar dan pengundi tidak tegar BN yang bercadang untuk mengajar pimpinan UMNO sekarang.
Rata-rata saya berjalan saya ditemui oleh penyokong tegas Pakatan dan penyokong BN khususnya UMNO. Mereka bertanyakan isu itu. Tiada penjelasan tepat dan meyakinkan yang dapat saya beri melainkan cuba mengatakan ia isu sekejap dan sementara yang boleh diredakan sebelum pilihan raya.
Ketika pilihan raya berlangsung, isu itu tidak menjadi isu lagi.
Apa pun pengundi tegas PAS dan pembangkang bimbang ia boleh mengganggu harapan PR untuk menambah kejayaan PRU 2008 dulu, bahkan mungkin tidak dapat mempertahankan keputusan yang lalu. Mereka tidak akan berganjak dari PR sekali Anwar Ibrahim tiada di luar. Tetapi mereka bimbang ialah boleh mempengaruhi orang atas pagar. Mana-mana yang bercadang untuk menyokong PR memikirkannya semula. Kalau ia berlarutan ia boleh mengganggu perayu undi dari rumah ke rumah untuk bersoal jawab apabila ditanya pengundi. Orang UMNO yang tidak senang dengan kerajaan dan pimpinan UMNO yang ada, masih mengharapkan BN berkuasa tetapi mereka mengurangkan pencapaiannya, sekurang-kurangnya seperti keputusan Mac 2008 dulu, supaya ia membuka jalan kepada perubahan pimpinan UMNO. Keputusan buruk BN itulah yang memungkinkan pimpinan Abdullah Badawi digantikan. Tidak cara bagi mereka mengakhiri pimpinan buruk bersama Najib dan Rosmah melainkan ngeri yang sama berlaku kepada PRU 13. Justeru itu bagi mereka pimpinan PR khususnya PAS jangan memberi banyak peluru kepada BN. Saya boleh menerima logik itu. Moga-moga dengan perkembangan terbaru Dato Hassan sudah berjumpa pimpinan PAS – Mursyidul Am dan Presiden – di kediaman Menteri Besar Kelantan, Hassan bukan sekadar mengentikan polemiknya dengan PAS malah minta maaf dan menarik balik tempelaknya terhadap gagasan negara berkebajikan.
Isu itu sudah reda dan seperti betul ialah adalah ribut yang sekejap.
Mungkin kesannya tidak 100 peratus reda, tetapi ia rasanya boleh diimbangi di Selangor dengan keputusan kes mahkamah Dr. Khir Toyo. Kes bekas MB Dr. Khir itu menambah imej rasuah pimpinan kerajaan BN Selangor sejak lebih 30 tahun dulu. Ia menambah gara-gara yang ditinggalkan oleh kes Dato Harun Idris dan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Kedua-duanya berhenti dari MB kerana kes masing-masing. Sekali pun kes Dato Harun menjurus kepada kes politik, tetapi campuran semua masalah itu menjadikan isu Hassan Ali itu tidak apa-apa. Boleh tenggelam isu itu dalam timbunan imej rasuah BN dan UMNO Selangor. Dan kes lembu suami ketua Wanita UMNO yang tidak mungkin diselesaikan pada PRU 13 itu menjadikan isu Hassan sekecil zarrah atau hama melayang. Isu itu mati apabila membatalkan sangkaannya tentang negara berkebajikan. Isu itu sudah bukan lagi suatu perbedaan pendapat di kalangan PAS. Malah isu Hassan Ali itu tidak sampai mencetuskan perpecahan pada PAS Selangor. Tidak ada bantahan ketara atas perubahan pimpinan PAS Selangor. Sekurang-kurang kalau ia dikira satu penyingkiran terhadap pimpinan PAS Selangor, maka apa kurangnya penyingkiran pimpinan UMNO Selangor. Kes rasuah Khir Toyo adalah satu bentuk penyingkiran kepadanya oleh pimpinan bersama Najib dan Noh Omar. Adakah Dr. Khir saja yang rasuah di Selangor?
Mengapa yang lain tidak diseret? Adakah yang lain malaikat belaka?
Lebih teruk penyingkiran Najib ke atas Tan Sri Mohamad Taib. Bekas MB Selangor digugurkan dalam semua kedudukan apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan ketua UMNO Selangor. Mohamad adalah Ketua UMNO Selangor ketika Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Najib angkat ramai senator baru untuk dijadikan menteri, digugur Senator Mohamad Taib dari jawatan menteri.
Mana lebih bergolak antara UMNO Selangor dan PAS Selangor? Sesungguhnya benda yang tidak sepatutnya jadi isu telah dijadikan isu. Untungnya ia sekejap saja. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/7388-pas-atau-umno-selangor-lebih-bergolak
Mempolitikkan mahkamah dan undang-undang
Oleh Haji Subky Abdul Latif
Telah berkembangan sekarang usaha penyokong Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi pada 9 Januari 2012 di persekitaran mahkamah yang akan menentukan hukuman untuknya dan tuntutan supaya dia dibebaskan.
Ia sudah dijadikan isu oleh penentang Anwar kononnya Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Maka banyaklah susulan demonstrasi sekitar 100 orang pra 9 Januari itu oleh pihak anti Anwar
Isunya sekarang ialah Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang. Hujahnya, tidak wajar dan tidak bijak bagi golongan Anwar mempolitikkan mahkamah dan undang-undang.
Umno dan kerajaan adalah berpihak kepada anti Anwar ini.
Majlis Peguam dalam kenyataannya tidak mengira gerakan membebaskan Anwar itu satu penghinaan mahkamah dan tiada gambaran dalam perlembagaan negara mengira ia satu perlanggaran undang-undang.
Memanglah undang-undang dan mahkamah tidak patut dipolitikkan. Tetapi adalah terhadap yang tidak berangkut politik.
Tetapi dunia pula tidaklah bebas dari kes politik. Banyak berlaku dakwaan politik. Adalah sukar memisahkan reaksi politik dari kes politik. Oleh itu politik adalah terbuka dalam kes-kes yang didakwa kerana politik.
Umno sendiri tidak bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah. Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam polemik politik atas isu kes dakwaan Datuk Harun Idris, Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor.
Berpecah Umno dan negara hampir terjerumus kepada ancaman kekacauan oleh isu itu.
Harun dituduh rasuah. Tun Razak bersetuju mendakwanya kerana dia enggan menerima tawaran menjadi Duta ke PBB. Kalau dia menerima tawaran itu dia dipercayai tidak didakwa.
Pendakwaannya itu dikira oleh setengah pemimpin tertinggi Umno sebagai kes politik. Mereka tidak menolak 100 peratus Harun bebas dari rasuah, tetapi pada mereka mana pemimpin dan ahli Umno yang tidak rasuah. Maka mengapa Harun saja yang didakwa?
Tan Sri Jaafar Albar, satu-satu ahli Umno bergelar Singa Umno, ahli Majlis Tertinggi Umno sejak sebelum merdeka adalah tokoh paling lantang menentang Harun didakwa. Dia disokong oleh seluruh Pemuda Umno.
Tunku, Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Sulaiman Palestin adalah mengira ia kes politik dan kes politik tidak wajar dibawa ke mahkamah. Bertahun-tahun kes ini menjadi nanah krisis Umno.
Tun Razak tidak dapat menyelesaikannya hinggalah dia mati. Umno menggesa pula, Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Umno supaya menarik kes itu dari mahkamah dan selesaikan ia secara politik.
Hussein Onn berkeras untuk meneruskan kes itu. Penyokong Harun berkempen ke seluruh negara minta Umno menggugurkan kes itu. Hingga Harun digugur dari MB Selangor dan dijatuhkan hukuman penjara, krisis Umno mengenai Harun tidak selesai.
Pemuda Umno dan Umno Selangor lebih dari sehari mengepung kediaman Harun di Jalan Duta menghalang Harun jangan dibawa ke penjara. Harun dinasihatkan termasuk oleh Tunku supaya menyerah diri kepada penjara.
Kemudian penyokong Harun termasuk Tan Sri Onn Ismail, kemudiannya jadi Speaker DUN Selangor dan Pengerusi Tetap Umno Malaysia bergerak untuk pengampunan Harun. Albar menjadi Ketua Pemuda Umno yang baru berjumpa PM Hussein minta bertindak terhadap pemimpin Umno yang dikatakan terbabit dengan komunis dan minta isu Harun diselelesaikan.
PM Hussein setuju tindakan atas orang dikatakan agen komunis diISAkan tetapi tidak setuju pengampunan Harun.
Apabila Dr Mahathir memangku Perdana Menteri, dia menanda tangani pengampunan Harun. Ia dikatakan punca PM Hussein meletak jawatan.
Maka atas tindakan politik Dr Mahathir, Harun bebas jadi ahli Umno semula hingga dipilih menjadi Naib Presiden Umno.
Adakah Tun Razak yang setuju Harun didakwa bebas dari mempolitikkan undang-undang dan mahkamah?
Adakah Hussein Onn meneruskan tindakan itu bebas dari mempolitikkan mahkamah? Adakah Dr Mahathir yang membebaskan Harun tidak berpolitik?
Yang mendakwa pun mempolitikkan mahkamah dan undang-undang, yang menentangnya berpolitik begitu juga.
Isu Harun benar-benar selesai apabila semuanya mati. Tun Razak mati, Tun Hussein mati, Harun mati. Albar, Senu dan Tunku mati.
Isu politik yang dimahkamahkan, tidak dapat lari dari mahkamah itu dipolitikkan.
Sumber DD : 4/01/2012
Politik pintar DAP tak letak calon Melayu
Subky Latif, | 08 January 2012 |
DAP dikira mengambil langkah pintar menangguhkan cadangan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya yang akan datang.
DAP dalam sejarahnya pernah meletakkan calon Melayu di masa lalu, dua dari mereka pernah menang di DUN Perak iaitu Fadzlan Yahya dan seorang lagi tahun 1974 telah mengalahkan peguam Cina terkemuka di Ipoh iaitu Kong Kok Yat.
Bagi mengelakkan parti itu tidak dilihat sebagai yang disokong oleh Cina saja, maka wajar ada pimpinannya dari orang Melayu setelah ia ada pimpinan dari masyarakat India.
Maka ia pernah bercadang untuk meletakkan beberapa orang Melayu di negeri-negeri yang pengaruhnya sudah ketara seperti Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Harapan bagi calon Melayu itu menang tidak mustahil, bahkan cerah.
Tetapi pada ketika UMNO dan penyokong berkaratnya terlalu benci dan takut pada DAP, maka ia dikira bijak dan pintar jika menangguhkan dulu cadangan meletakkan calon Melayu.
Mungkin pengalaman semasa Lee Kuan Yew menjadi rakyat Malaysia dulu boleh dipelajari. Lee Kuan Yew terlalu cepat menyatakan politiknya untuk menggantikan Perdana Menteri Melayu 20 tahun selepas pembentukan Malaysia.
Kerana kata-katanya untuk memberi peluang kepada orang Melayu terus menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun, telah mencabar ruh perkauman yang tebal ketika menyingkirkan Singapura dari Malaysia.
Maka tidak perlu gopoh bagi DAP untuk menunjukkan partinya benar-benar Malaysian Malaysia pada masa ini, biarkan Najib saja berhempas pulas menjadikan 1Malaysia sebagai Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia itu suatu yang pasti terjelma tanpa digembar gemburkan oleh sesiapa.
Langkah paling bijak bagi DAP sekarang ialah menumpukan perhatian di kawasan yang padat pengundi bukan Melayu dan atas banduan PAS dan PKR ia boleh menarik orang Melayu di kawasan seperti itu.
Di kawasan-kawasan yang padat Cina, dalam apa keadaan UMNO tidak akan bertanding. Ia akan hilang wang pertaruhan di situ. Harapan BN di situ kepada MCA, Gerakan dan MIC. PAS dan PKR akan memastikan pengundi di situ tidak memberi undinya kepada MCA dan Gerakan.
Jika DAP meletakkan calon Melayu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain, maka dijadikan propaganda oleh UMNO bahawa DAP menyedia Menteri Besarnya di situ dan Menteri Besar Melayu DAP itu tetap mereka momokkan sebagai kuda lumba DAP.
Yang penting pada DAP buat masa ini ialah kekal berkuasa di Pulau Pinang, dan menyertai pemerintahan di mana-mana Pakatan Rakyat berkuasa.
DAP telah meletakkan formula yang sangat bijak di Perak tahun 2008. Ia menjadi pembangkang yang paling banyak kerusi. Ia tidak minta jawatan Menteri Menteri Besar bila ia bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan PAS dan PKR. Ia memberikan jawatan itu kepada PAS.
Ia dipercayai mampu mempertahankan kerusinya di Selangor. Sekiranya dalam pilihan raya nanti ia dapat lebih kerusi berbanding PKR dan PAS, ia tidak menuntut kerusi Menteri Besar, bahkan ia diserahkan kepada komponen Pakatan yang lain, maka ia akan dilihat oleh umum sebagai pihak yang memburu kekuasaan, tetapi lebih kepada menyertai pemerintahan.
UMNO tidak ada modal untuk mengatakan DAP mahu menjadi Perdana Menteri kitanya BN kalah dalam pilihan raya nanti kerana UMNO sudah pun mewar-warkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sekali pun Anwar akan dipenjara, tetapi mereka tahu kiranya BN kalah, Pakatan akan mengeluarkan Anwar dari penjara bagi mengepalai pemerintahan.
Tetapi yang UMNO ugut orang Melayu sekarang ialah DAP hendak jadi Menteri Besar Selangor dan lain-lain negeri yang DAP berpengaruh. Dengan DAP tidak meletakkan calon Melayu, maka mati hujah UMNO tentang DAP menyediakan Menteri Besarnya.
Akan tinggal satu modal saja bagi UMNO ialah PAS dan PKR jadi kuda tunggang DAP. Itulah yang dijajanya selama ini.
Apa pun Pakatan Rakyat tetap mengira peranan DAP cukup penting dalam usaha mengubah lanskap politik negara. Tindakannya tidak meletak calon Melayu buat masa ini adalah suatu yang positif.
Sumber HD : 8/01/2012
Ustaz Hadi mahu jadi nelayan semula
Subky Latif, |
SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.
Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.
Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.
Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.
Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.
Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.
Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.
Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.
Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.
Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.
Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.
Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.
Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.
Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.
Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.
Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.
Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.
Sumber HD : 12/01/2012
TIDAK terlewat saya ucap Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat Cina atas sambutan Tahun Baru yang tahun ini adalah Tahun Naga Air satu tahun yang penuh erti mengikut kepercayaan mereka.
Keriangan sambutan tahun baru itu dan tuah yang mereka harap untuk setahun akan datang boleh dijadikan permulaan kebaikan untuk semua yang berpanjangan dalam dan luar negara.
Saya mengikuti sambutan keriangan tahun naga air itu amat meriah bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia di mana-mana saja terdapat masyarakat Tiong Hua, hatta di Indonesia yang 30 tahun dulu penampilan kebudayaan berunsur Cina tidak digemari, tetapi ia disambut meriah tahun ini baik sebagai satu perayaan tahunan mahu pun acara kepercayaan agama.
Saya menonton berita dari stesyen-stesyen TV di negara ini ternyata sebahagian besar dari kandungannya adalah tentang sambutan rumah terbuka yang menghidangkan makanan yang boleh dimakan oleh orang Islam disambut bersama oleh masyarakat bukan Cina.
Sekali pun siaran itu adalah tentang sambutan yang diadakan oleh orang-orang MCA dan Gerakan serta kerabat BN dari komuniti Cina lain, tetapi sambutan sama meriah juga dari parti politik pembangkang yang ramai penyokong Cina.
Di Malaysia sambutan perayaan itu digalakkan sebagai satu kaedah bagi memupuk semangatt setiakawan Bangsa Malaysia sehingga ia tidak dirasakan sebagai perayaan satu etnik penduduk saja. Orang Islam dan orang India bukan menyabutnya di rumah masing-masing sahaja tetapi meraikannya di tengah masyarakat yang terbuka.
Sambutan tahun baru Cina nampaknya telah menjadi satu perayaan penting dunia seperti perayaan Hari Raya Puasa dan perayaan Hari Natal. Hari Raya Cina itu bukan suatu yang baru tetapi gema Gong Xi Fa Chai secara sejagat mulai menyerlah. Justeru ia tidak saja satu perayaan bagi orang Tiong Hua, malah ia dirai sama oleh bangsa Korea dan Vietnam, maka ia tidak asing lagi bagi masyarakat dunia.
Perkembangan ketara ini memberi gambaran peranan dan pengaruh masyarakat Tiong Hua yang penting di dunia terutama ketika tamaddun barat berhadapan dengan krisis ekonomi dan kewangan sekarang.
Saya pernah terbaca satu analisis seorang profesor Turki lebih sepuluh tahun lalu tentang peranan pentingnya pengaruh China di dunia yang dalam proses menggantikan pengaruh Amerika.
Teorinya adalah berdasarkan pengamatan terhadap perkembangan dunia sepanjang lebih 2,000 tahun lalu. Paling awal tamaddun dan pengaruh besar di dunia ketika itu bermula di China. Ia menguasai perairan dan daratan dunia. Semua pelayar dan pengembara bertumpu ke sana. Magelan, Chisthoper Colombus dan lain-lain pelayar keluar dari Eropah adalah mencari benua China yang dipanggil Cathey. Hingga dalam Islam dirakamkan ajaran belajarlah hingga ke negeri China.
Pengaruh kuasa laut, pendidikan dan perdagangan itu beredar ke arah barat iaitu ke Timur Tengah semasa kegemilangan Islam sekitar lebih 600 tahun. Benua China mulai kurang penting. Benua Arab pula menjadi tumpuan dunia.
Selepas 600 tahun pengaruh itu beredar ke barat lagi hingga Eropah pula mengambil giliran menjadi kuasa dunia. Ia menakluki kebanyakan bumi Asia dan Afrika termasuk menjajah benua Amerika. Inggeris berkuasa di Amerika dan Kanada, Sepanyol bertapak di Latin Amerika kecuali Brazil yang dijajah Portugis.
Setelah sekitar 600 tahun Eropah menakluki dunia, pengaruh itu beredar lagi ke barat hingga kuasai dunia sekarang berada di tangan Amerika. Amerikalah yang menentukan iklim daut, darat dan udara dunia di mana-mana saja. Amerika seolah-olah penguasa dunia dan dunia ini bagaikan Amerika yang punya.
Ramalan profesor Turki itu menyebutkan bahawa kuasa itu tidak kekal di Amerika tetapi ia bergerak ke barat lagi dan akhirnya tiba ke Tanah Besar China semula untuk satu tempoh tertentu. Yang bakal menggantikan pengaruh Amerika itu ialah pengaruh ekonomi dan perdagangan China.
Ketika Amerika berusaha untuk mempertahankan pengaruhnya, China terus membangunkan ekonomi dan dagangnya ke seluruh dunia. Ketika Eropah berdepan dengan krisis hutang, dan Amerika berhempas pulas dengan ekonominya yang lembab, China terus mara.
Sukar untuk dibantah bahawa China adalah pengaruh masa depan dunia. Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang meriah di seluruh dunia, terasa ramalan profesor Turki itu seperti menjadi. Hubungan baik Malaysia dengan China adalah persiapan awal menyamput perkembangan baru dunia.
Atas kehadiran masyarakat Cina yang ramai yang menjadi sebahagian dari masyarakat Malaysia dipercayai dapat meraih peluang yang lebih baik bila Tanah Besar China menggantikan pengaruh barat itu nanti.
Sumber HD : 25/01/2012
Mari kita bayar zakat pada Jamil Khir
Atas apa tujuan juga, kerena atas nama jawatan, mereka dinamakan dalam satu tuntutan undang-undang oleh pihak lain.
Sumber DD : 25/01/2012
KURANG dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen.
Ia adalah perkembangan fikiran yang bijak dari seorang pemimpin yang masih mendapat kepercayaan penuh dari parti yang dipimpinnya dan dari penyokong dan pengundinya.
Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Presiden PAS yang kian berperanan. Sekali pun ia dilihat berat untuk menggalas semua kerja oleh seorang sepertinya yang usia kian bertambah dan masalah kesihatan juga ikut mengiring usia yang bertambah itu, tetapi semua tugas dan tanggungjawab tidak terbeban sangat baginya kerana ia dapat diringankan oleh kekuatan parti dan penyokongnya yang berfungsi.
Parti dan penyokongnya bertanggungjawab berada di belakangnya mahu melihatnya berjaya melaksanakan tugasnya dan mereka berperanan memastikan beliau berjaya dengan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti Islam yang penting di rantau ASEAN.
Kekuataannya ialah dia bekerja secara berjamaah dan jamaah bekerja bersamanya. Sebagai pemimpin dan wakil rakyat beliau adalah simbol, dan kerjanya dibuyat oleh semua. Jika beliau kekal dengan dua kerusi itu, tidak banyak menambah beban jamaah dan jika dikosongkannya satu kerusi tidak pula mengurangkan kerja jamaah.
Tetapi dengan mengosongkan satu kerusi, ia adalah satu sikap tidak gila kuasa dan tidak sayang melepaskan kuasa serta tidak mahu memusatkan kuasa kepada satu orang.
Ia adalah tanda Ustaz Hadi percaya ada orang lain juga boleh membuat kerja seperti yang dibuatnya dan percaya ada orang yang boleh membuat apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil rakyat Islam, maka ketika itu beliau dapat membuat kerja lain.
Dengan Ustaz Hadi masih ada di rumahnya dan masih menjadi Presiden PAS, maka mana-mana kerusi yang dikosongkan tidak akan terasa ketiadaannya. Beliau tetap dirasakan berada di tengah mereka, cuma satu daripada kerjanya selama ini dibuat oleh orang lain.
Telah disebutkannya akan ada masa yang lebih baginya menumpukan tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan ada peluang lebih masa untuk ke laut sebelum menjadi nelayan tetap.
Ke laut adalah hobinya. Menangkap ikan bukan sumber pendapatan dan mata pencariannya. Keutamaannya ada berdakwah. Bagi ulama berdakwah bukan satu mata pencarian. Abu Zar diberi pencen tetap sebagai sahabat awal generasi pertama oleh Khalifah Umar al-Khatab.
Tetapi Abu Zar tidak menjadikan pencennya sebagai sumber pencariannya. Saraan hidupnya adalah menganyam bakul. Logiknya Ustaz Hadi mahu beralih semasa masih bertenaga menjadikan hobi ke laut sebagai mata pencarian sambil terus berdawah.
Pilihannya itu adalah setelah memastikan Islam sudah dapat dijalankan oleh orang lain. Setelah lebih 40 tahun dalam dakwah politik tugas itu sudah boleh digalas oleh anggota jamaah yang ramai.
Parti boleh menimbang untuk menerima tawaran itu atau biar dulu. Yang penting Ustaz Hadi telah meringankan jamaah supaya memikirkan gantinya buat apa jawatan jua bila dirasakan perlu. Jamaah tidak lagi terikat bahawa calon adalah beliau juga. Beliau sekarang memberi peluang kepada jamaah, jangan teragak-agak untuk mencalonkan orang lain di salah satu kerusinya itu.
Dengan tawarannya itu tidak semestinya beliau tidak dicalonkan lagi, tetapi jika jamaah merasa wajar permintaannya diterima, maka boleh mencalonkan orang lain. Ia adalah kesempatan kepada jamaah memikirkan ganti Ustaz Hadi dalam semua kedudukan.
Apa yang disebut Ustaz Hadi itu satu permulaan bagi parti berfikir tentang pelapis. Politik di zaman Khalifah tidak bercakap tentang pelapis. Ganti khalifah dibuat apabila tiba masanya. Politik dunia demokrasi yang PAS ada dalam suasana itu, sekali pun politiknya adalah siasah syariyah, soal pelapis sentiasa menjadi perhatian penting.
Ustaz Hadi seperti mengajak semua berfikir ke arah itu. Ia perkembangan yang sihat.
Sumber HD : 30/01/2012
SAYA tidak fikir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ada agenda sendiri apabila beliau mengambil portfolia Agama Islam dan tidak mengambil Dr. Rani sebagai Exco baru sedang Dr. Rani adalah ketua PAS Selangor.
Saya fikir Khalid dan keduanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengenepikan PAS dan ketuanya dalam membuat keputusan itu. Bodohlah Khalid jika dia tidak berbincang dengan Dr. Rani dan PAS sebelum keputusan itu dibuat. Dan saya percaya MB Selangor itu sudah ada maklum balas dari pimpinan PAS apabila keputusan itu dibuat.
Jangan ditanya mengapa Dr. Rani tidak jadi Exco baru. Biarkan ia menjadi rahsia antara Khalid dan Dr. Rani dan antara Anwar dan Ustaz Hadi.
Memandangkan Khalid adalah ahli tadbir yang cekap dan tempoh pilihan raya umum adalah dekat, maka dia tahu banyak tentangan pentadbiran agama yang tidak jelas apa yang telah dibuat sejak tahun 2008 dulu.
Dengan kuasanya sebagai ketua kerajaan dan kecekepannya sebagai pentadbir, dia tuntu dapat imbangan apa yang tidak dapat dibuat dulu dengan apa yang patut dibuat dalam waktu singkat nanti.
Dalam waktu yang singkat ini Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor perlukan penuh masa dan tenaga untuk menggembleng tenaga bagi membangun tenaga dan semangat PAS penghadapi pilihan raya. Dia mesti buat apa yang tidak dibuat dulu.
Tidak sempat dan tidak cukup tenaganya untuk membuat dua kerja penting dalam masa kurang dari setahun atau sekadar beberapa bulan lagi saja bagi meletakkan PAS yang tempat yang terbaik.
PAS mesti capai keputusan lebih baik kali ini. Tetapi Dr. Rani cuma ada waktu yang singkat untuk memenuhinya. Kalau dia tidak dapat buat lebih baik dari tahun 2008, dia mesti jangan kurang dari pencapaian sekarang.
Saya percaya Dr. Rani dan Khalid Ibrahim telah berkongsi pengetahuan bagi memastikan Selangor dapat dipertahankan dengan keputusan yang lebih baik.
Khalid dan Anwar tahu bahawa kemenangan Pakatan di Selangor dan di seluruh negara antaranya adalah atas penyertaan padu dan kekuatan PAS. Jika diketepikan PAS, maka rugi besarlah Pakatan. Tidak sampailah ia ke Putrajaya.
Jangan fikir Anwar dan Khalid begitu lemah untuk memahami suasana politik di negara ini.
Cuma bagi Dr. Yunus yang diberi tanggungjawab atas Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan dalam waktu yang singkat sekarang berdepat dengan cabaran untuk menyuntik cara bekerja dan berfikiran Islam dalam pentadbiran.
Bagaimana adat Melayu itu dapat menjadi adat Islam supaya semua adat itu sesuai dengan kemahuan ibadat? Jangan lagi adat itu terus bersalut dengan kerja tahyul, kurafat dan gejala jahiliyah.
Dr. Yunus diberikan satu corak belia yang diketahui sedang dilanda oleh gejala dan gelombang keruntukan akhlak. Belum lagi dasar belia nasional dapat menangani isu keruntukan akhlak itu. Dr. Yunus diberi satu tanggungjawab besar bagi menyelesaikan masalah di negerinya sedang ia tidak dapat dan belum dapat diselesaikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Dr. Yunus diberi tanggungjawab itu bukan sekadar untuk menyusun dan mengadakan program belia bagi menjadikan belia ssebagai produk dinamik dalam pasaran buruh, tetapi adalah untuk menyuntik watak dan ruh Islam di kalangan belia. Bagaimana belia bukan Islam dapat dijinakkan dengan cara hidup dan berfikiran Islam?
Bagaimana ahli sukan dan belia Budha, Hindu dan Kristian boleh menyesuikan pegangan agamanya dengan cara hidup dan pemikian Islam mereka ada saksiah Malaysia yang tidak sama dengan belia di Vietnam, Thailand dan Myanmar tetapi tetap sebagai ahli sukan dan belia yang dinamik.
Kerja membudayakan Islam dalam alam dan masyarakat belia dan sukan adalah sama penting dengan mendinamikkan pentadbiran Islam di MUIS dan JAIS. Jangan fikir peranan Islam amat kecil di jabatan-jabatan yang dijaga oleh Dr. Yunus dan fungsi di Jabatan Agama.
Pahala seorang Exco yang menjadi berbagai portfolio yang dapat membawa cara bekerja Islam di tempat masing-masing adalah lebih ketara dari orang yang tidak dapat menjalankan kerja Islam di Majlis dan Jabatan Agama Islam. Belum tentu menghalang orang yang tahu agama bercakap di surau kerana tiada tauliah suatu yang berpahala.
Menyekat gejala murtad berpahala tetapi menyekat pendakwah tanpa tauliah belum tentu berpahala. Maka jangan fikir tempat Dr. Yunus sekarang bukan termasuk bidang penting bagi Islam. Yang penting di mana PAS dilempar, dia boleh bawa Islam itu.
Sumber HD : 31/01/2012

Gong Xi Fa Chai bergema seluruh dunia
Subky Latif, | 25 Jan 2012 |

Tidak dipastikan Jeneral Jamil Khir Baharom dan dua lagi orang kuat JAWI telah memastikan, atas jawatan masing-masing mereka termasuk dalam asnab yang layak menerima zakat apabila mereka menggunakan wang zakat bagi menampung guaman yang mereka hadapi.
Atas apa tujuan juga, kerena atas nama jawatan, mereka dinamakan dalam satu tuntutan undang-undang oleh pihak lain.
Maka mereka telah ditanya atas asnab mana yang mereka boleh menggunakan wang zakat itu. Macam-macam jawapan telah diberi bagi membenarkan wang itu mereka guna baik sementara mendapat duait lain atau ia tetap jadi beban zakat itu.
Hanya sesudah beberapa ketika baru Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan bahawa mereka layak menerima zakat kerana termasuk dalam asnab fisabilillah.
Mungkin penjelasan Mufti itu betul, tetapi tidak mungkinkah wang itu telah dikeluarkan dulu baru dicari alasan yang melayakkan wang zakat itu.
Ketiga-tiga abdul itu tidak didakwa atas peribadi mereka, tetapi atas jawatan mereka. Maka tanggungjawab kewangan itu mesti ditanggung oleh kerajaan.
Tidaklah miskin sangat kerajaan untuk menampung keperluan kewangan itu, tetapi mengapa wang zakat yang kerajaan nampak?
Kerana mufti telah mengatakan mereka layak dapat duit zakat, apa kata kita sekalian penduduk Islam Wilayah Persekutuan tahun ini membeyar zakat fitnah kepada Jamil Khir dan dua orang lagi? Beban yang mereka tanggung itu menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menyelesaikannya.
Mufti ada wibawa bagi menjelaskan perkara itu. Mufti tersebutkan bukan penyokong Umno totok bagi membenarkan apa saja yang kerja mahu. Tentulah dia bukan seperti Mufti zaman Tunku Abdul Rahman Purra dulu, apabila kerajaan hendak memanfaatkan wang loteri kebajikan untuk kepentingan kebajikan Islam, maka mufti pun halalkan wang toteri.
Mufti ini asalnya adalah orang ABIM yang berdisiplin ketika ABIM mula ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim dulu. Banyak masanya di rumah Datuk Asri di Kuala Lumpur ketika dia memimpin PAS dulu. Ini tanda dia ada disiplin ilmu dan pegangan yang kuat. Dia diketahui rapat dengan Umno apabila Anwar masuk Umno dan abangnya pula menjadi Menteri Besar Umno.
Justeru itu saya tidak suka mencabar penjelasan yang dibuatnya berdasar dari ilmunya. Dengan itu geng tiga abdul Jamil Khir itu boleh diselamatkan oleh ilmu mufti itu.
Apapun sulit sikit Jamil Khir dari sudut politik. Walau pun dia dengan jawatan dan tanggungjawabnya dalam kerajaan sudah jadi asnab yang sama dengan fakir, miskin, mualaf dan orang yang berhutang, tetapi tidak lepas dari beban moral seorang politik.
Jamil Khir dengan latar belakang pendidikan tinggi agama tentulah ditonjolkan dalam politik Kedah bagi menyangi pimpinan ulama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, lulusan Azhar dan tinggi ilmu Islamnya. Kerana Kedah juga sebuah negeri yang kuat pegangan Islamnya, maka Umno Kedah memerlukan seorang yang tinggi kelulusan agamanya bagi menghadapi Menteri Besar PAS yang berilmu dan masyarakat Kedah yang kuat beragama.
Umno Kedah memerlukan seorang calon Menteri Besar yang tinggi pengetahuan agama dan bersih bagi mencabar bagi mencabar kerajaan Pakatan Rakyat yang dibersih dan Menteri Besarnya pula ulama.
Rekod kewangan kerajaan Kedah pimpinan Azizan dipuji oleh Laporan Audit Negara sebagai bersih. Maka Umno mesti menonjolkan orang yang bersih juga.
Jamil Khir mungkin orang yang Perdana Menteri Najib bawa untuk menyaingi Azizan yang dikenalinya lama sejak sama-sama belajar di England dulu. Najib dan adik beradiknya pernah secara tidak langsung menerima panduan agama dari Azizan semasa belajar di England dulu.
Najib tentu tahu keupayaan dan kecekapan Azizan. Maka mungkin Jamil Khirlah yang diharap untuk memimpin Kedah kiranya Umno dapat merampas Kedah semula.
Tetapi pendedahan Laporan Audit Negara menyebut Jamil Khir telah memanfaatkan wang zakat dan menyeret JAWI dalam kecoh penggunanan wang zakat, amat payah bagi Umno untuk menyelesaikan isu itu untuk menghantar Jamil Khir memimpin Kedah.
Mufti sudah cuba menyelamatkannya, tetapi dari segi politiknya Menteri Hal Ehwal Agama itu tidak dapat dijadi pemimpin agama bagi kerajaan menunggu di Kedah. Nanti orang Kedah pula terpaksa bayar zakat fitrah kepadanya. Jamil Khir dan Umno Kedah juga tidak dapat dibantu oleh Timbalan Menteri Agama,
Puan Mashitah Ibrahim yang berpendidikan tinggi agama kerana pernah membuat kenyataan mewajarkan wanita melacur kerana kesempitan hidup.
Sumber DD : 25/01/2012
Tawaran bijak dari Ustaz Hadi
Subky Latif, | 30 Jan 2012 |
KURANG dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen.
Ia adalah perkembangan fikiran yang bijak dari seorang pemimpin yang masih mendapat kepercayaan penuh dari parti yang dipimpinnya dan dari penyokong dan pengundinya.
Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Presiden PAS yang kian berperanan. Sekali pun ia dilihat berat untuk menggalas semua kerja oleh seorang sepertinya yang usia kian bertambah dan masalah kesihatan juga ikut mengiring usia yang bertambah itu, tetapi semua tugas dan tanggungjawab tidak terbeban sangat baginya kerana ia dapat diringankan oleh kekuatan parti dan penyokongnya yang berfungsi.
Parti dan penyokongnya bertanggungjawab berada di belakangnya mahu melihatnya berjaya melaksanakan tugasnya dan mereka berperanan memastikan beliau berjaya dengan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti Islam yang penting di rantau ASEAN.
Kekuataannya ialah dia bekerja secara berjamaah dan jamaah bekerja bersamanya. Sebagai pemimpin dan wakil rakyat beliau adalah simbol, dan kerjanya dibuyat oleh semua. Jika beliau kekal dengan dua kerusi itu, tidak banyak menambah beban jamaah dan jika dikosongkannya satu kerusi tidak pula mengurangkan kerja jamaah.
Tetapi dengan mengosongkan satu kerusi, ia adalah satu sikap tidak gila kuasa dan tidak sayang melepaskan kuasa serta tidak mahu memusatkan kuasa kepada satu orang.
Ia adalah tanda Ustaz Hadi percaya ada orang lain juga boleh membuat kerja seperti yang dibuatnya dan percaya ada orang yang boleh membuat apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil rakyat Islam, maka ketika itu beliau dapat membuat kerja lain.
Dengan Ustaz Hadi masih ada di rumahnya dan masih menjadi Presiden PAS, maka mana-mana kerusi yang dikosongkan tidak akan terasa ketiadaannya. Beliau tetap dirasakan berada di tengah mereka, cuma satu daripada kerjanya selama ini dibuat oleh orang lain.
Telah disebutkannya akan ada masa yang lebih baginya menumpukan tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan ada peluang lebih masa untuk ke laut sebelum menjadi nelayan tetap.
Ke laut adalah hobinya. Menangkap ikan bukan sumber pendapatan dan mata pencariannya. Keutamaannya ada berdakwah. Bagi ulama berdakwah bukan satu mata pencarian. Abu Zar diberi pencen tetap sebagai sahabat awal generasi pertama oleh Khalifah Umar al-Khatab.
Tetapi Abu Zar tidak menjadikan pencennya sebagai sumber pencariannya. Saraan hidupnya adalah menganyam bakul. Logiknya Ustaz Hadi mahu beralih semasa masih bertenaga menjadikan hobi ke laut sebagai mata pencarian sambil terus berdawah.
Pilihannya itu adalah setelah memastikan Islam sudah dapat dijalankan oleh orang lain. Setelah lebih 40 tahun dalam dakwah politik tugas itu sudah boleh digalas oleh anggota jamaah yang ramai.
Parti boleh menimbang untuk menerima tawaran itu atau biar dulu. Yang penting Ustaz Hadi telah meringankan jamaah supaya memikirkan gantinya buat apa jawatan jua bila dirasakan perlu. Jamaah tidak lagi terikat bahawa calon adalah beliau juga. Beliau sekarang memberi peluang kepada jamaah, jangan teragak-agak untuk mencalonkan orang lain di salah satu kerusinya itu.
Dengan tawarannya itu tidak semestinya beliau tidak dicalonkan lagi, tetapi jika jamaah merasa wajar permintaannya diterima, maka boleh mencalonkan orang lain. Ia adalah kesempatan kepada jamaah memikirkan ganti Ustaz Hadi dalam semua kedudukan.
Apa yang disebut Ustaz Hadi itu satu permulaan bagi parti berfikir tentang pelapis. Politik di zaman Khalifah tidak bercakap tentang pelapis. Ganti khalifah dibuat apabila tiba masanya. Politik dunia demokrasi yang PAS ada dalam suasana itu, sekali pun politiknya adalah siasah syariyah, soal pelapis sentiasa menjadi perhatian penting.
Ustaz Hadi seperti mengajak semua berfikir ke arah itu. Ia perkembangan yang sihat.
Sumber HD : 30/01/2012
PAS jangan terkilan MB jaga Islam
Subky Latif, | 31 Jan 2012 |
SAYA tidak fikir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ada agenda sendiri apabila beliau mengambil portfolia Agama Islam dan tidak mengambil Dr. Rani sebagai Exco baru sedang Dr. Rani adalah ketua PAS Selangor.
Saya fikir Khalid dan keduanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengenepikan PAS dan ketuanya dalam membuat keputusan itu. Bodohlah Khalid jika dia tidak berbincang dengan Dr. Rani dan PAS sebelum keputusan itu dibuat. Dan saya percaya MB Selangor itu sudah ada maklum balas dari pimpinan PAS apabila keputusan itu dibuat.
Jangan ditanya mengapa Dr. Rani tidak jadi Exco baru. Biarkan ia menjadi rahsia antara Khalid dan Dr. Rani dan antara Anwar dan Ustaz Hadi.
Memandangkan Khalid adalah ahli tadbir yang cekap dan tempoh pilihan raya umum adalah dekat, maka dia tahu banyak tentangan pentadbiran agama yang tidak jelas apa yang telah dibuat sejak tahun 2008 dulu.
Dengan kuasanya sebagai ketua kerajaan dan kecekepannya sebagai pentadbir, dia tuntu dapat imbangan apa yang tidak dapat dibuat dulu dengan apa yang patut dibuat dalam waktu singkat nanti.
Dalam waktu yang singkat ini Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor perlukan penuh masa dan tenaga untuk menggembleng tenaga bagi membangun tenaga dan semangat PAS penghadapi pilihan raya. Dia mesti buat apa yang tidak dibuat dulu.
Tidak sempat dan tidak cukup tenaganya untuk membuat dua kerja penting dalam masa kurang dari setahun atau sekadar beberapa bulan lagi saja bagi meletakkan PAS yang tempat yang terbaik.
PAS mesti capai keputusan lebih baik kali ini. Tetapi Dr. Rani cuma ada waktu yang singkat untuk memenuhinya. Kalau dia tidak dapat buat lebih baik dari tahun 2008, dia mesti jangan kurang dari pencapaian sekarang.
Saya percaya Dr. Rani dan Khalid Ibrahim telah berkongsi pengetahuan bagi memastikan Selangor dapat dipertahankan dengan keputusan yang lebih baik.
Khalid dan Anwar tahu bahawa kemenangan Pakatan di Selangor dan di seluruh negara antaranya adalah atas penyertaan padu dan kekuatan PAS. Jika diketepikan PAS, maka rugi besarlah Pakatan. Tidak sampailah ia ke Putrajaya.
Jangan fikir Anwar dan Khalid begitu lemah untuk memahami suasana politik di negara ini.
Cuma bagi Dr. Yunus yang diberi tanggungjawab atas Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan dalam waktu yang singkat sekarang berdepat dengan cabaran untuk menyuntik cara bekerja dan berfikiran Islam dalam pentadbiran.
Bagaimana adat Melayu itu dapat menjadi adat Islam supaya semua adat itu sesuai dengan kemahuan ibadat? Jangan lagi adat itu terus bersalut dengan kerja tahyul, kurafat dan gejala jahiliyah.
Dr. Yunus diberikan satu corak belia yang diketahui sedang dilanda oleh gejala dan gelombang keruntukan akhlak. Belum lagi dasar belia nasional dapat menangani isu keruntukan akhlak itu. Dr. Yunus diberi satu tanggungjawab besar bagi menyelesaikan masalah di negerinya sedang ia tidak dapat dan belum dapat diselesaikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Dr. Yunus diberi tanggungjawab itu bukan sekadar untuk menyusun dan mengadakan program belia bagi menjadikan belia ssebagai produk dinamik dalam pasaran buruh, tetapi adalah untuk menyuntik watak dan ruh Islam di kalangan belia. Bagaimana belia bukan Islam dapat dijinakkan dengan cara hidup dan berfikiran Islam?
Bagaimana ahli sukan dan belia Budha, Hindu dan Kristian boleh menyesuikan pegangan agamanya dengan cara hidup dan pemikian Islam mereka ada saksiah Malaysia yang tidak sama dengan belia di Vietnam, Thailand dan Myanmar tetapi tetap sebagai ahli sukan dan belia yang dinamik.
Kerja membudayakan Islam dalam alam dan masyarakat belia dan sukan adalah sama penting dengan mendinamikkan pentadbiran Islam di MUIS dan JAIS. Jangan fikir peranan Islam amat kecil di jabatan-jabatan yang dijaga oleh Dr. Yunus dan fungsi di Jabatan Agama.
Pahala seorang Exco yang menjadi berbagai portfolio yang dapat membawa cara bekerja Islam di tempat masing-masing adalah lebih ketara dari orang yang tidak dapat menjalankan kerja Islam di Majlis dan Jabatan Agama Islam. Belum tentu menghalang orang yang tahu agama bercakap di surau kerana tiada tauliah suatu yang berpahala.
Menyekat gejala murtad berpahala tetapi menyekat pendakwah tanpa tauliah belum tentu berpahala. Maka jangan fikir tempat Dr. Yunus sekarang bukan termasuk bidang penting bagi Islam. Yang penting di mana PAS dilempar, dia boleh bawa Islam itu.
Sumber HD : 31/01/2012
Syabas Aziz Bari sertai politik
Subky Latif, | 07 Feb 2012 |
SYABAS! Dan dialu-alukan jika benar Prof. Aziz Bari mahu menyertai politik yang aktif setelah dibersarakan oleh UIAM.
Prof. Aziz sebenarnya sudah pun berpolitik secara bebas sebagai seorang akademis cuma tidak terjun ke dalam arena parti politik yang aktif.
Dia tidak teragak-agak menyatakan pandangan menegur perkembangan baik terhadap pembangkang, apa lagilah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.
Banyaknya teguran itu adalah terhadap kerajaan dan UMNO kerana pihak itu memang banyak salah silapnya.
Ada juga beberapa kerat orang akademik berpolitik sepertinya tetapi kebanyakan mengkritik pembangkang. Mereka membisu terhadap UMNO dan kerajaan tetapi tidak kikir untuk membidas pembangkang. Politik mereka boleh dikira mengampu.
Tetapi Aziz tidak mengampu walau pun dia rapat dengan PAS. Semua masih ingat Aziz pernah membuat beberapa teguran kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.
Dia memilih untuk menjadi pemerhati dan pengkritik. Oleh kerana alam kampus tidak diberi pilihan untuk mengkritik kerajaan, maka politik pasif Aziz itu pun diberi tindakan bersara dari jawatannya.
Aziz dikenakan musibah. Diberhentikan. Musibah itu adalah atas izin Allah juga. Tidak berlaku kalau tidak diizin Allah. Allah mengujinya melalui peraturan zalim universitinya. Ia adalah takdir. Setiap takdir terhadap orang beriman mesti dihadapi dengan bersabar.
Kalau Aziz Bari dapat menerima musibah itu dengan berkata Alhamdulillah dan Inna lillah waina illaihi rojiun, nescaya sebuah banglo disediakan Allah di syurga.
Ujian musibah itu bergantung tahap iman Prof. Aziz. Jika tebal iman, teruk ujiannya. Jika nipis, ujiannya ringan atau tidak diuji langsung.
Tiada pilihan buat Aziz melainkan bersyukur atas ujian itu. Bersabar. Menyertai politik itu adalah dalam rangka reaksi sabar itu. Bukan bersabar berdiam diri, menyesali atas kerja baiknya selama ini dan merayu atau minta ampun atas kesalahan yang tidak dilakukan.
Mana parti politik yang akan disertai Aziz? Ketika ulasan ini dibuat, dia belum membuat pilih antara parti Pakatan Rakyat yang dikatakannya melamarnya.
Jika saya ditanya, saya akan kata pilihlah politik yang ada jihad sesuai dengan ujian yang Allah takdirkan terhadapnya.
Itulah pandangan yang saya tidak sempat beri kepada Anwar Ibrahim ketika dia mula dilanda musibah politik dan kemanusiaan paling perit sejak berbelas tahun lalu. Saya hendak beritahu dia, sertai PASlah kerana dalam PAS itu ada jihadnya.
Semua orang beriman yang diuji Allah mestilah menerimanya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Antara politik yang dekat kepada Allah ialah PAS. Kerana disamping matlamat politik Islamiyahnya, ia ada matlamat dakwah.
Inilah baru saya tulis hal ini. Saya sekeluarga ada ke rumah Anwar untuk menyampaikan pandangan ini, tetapi tiada ruang dan peluang.
Kalau Aziz rasa sudah terpanggil untuk terjun dalam politik yang aktif sebagai tanda syukur dan bersabarnya, maka dia mesti terjun dalam politik yang membuat banyak kerja untuk Islam.
Itulah yang Almarhum Necmattin Erbakan, pemimpin ulung parti Islam Turki bagitahu kepada Abdullah Gul yang bekerja dalam syarikat kewangan di Saudi masa itu. Baliklah ke Turki bekerja untuk Islam. Abdullah Gul pun balik berjihad politik bersamanya, dan sekarang Abdullah Gul adalah Presiden Turki.
Dalam politik dan jihad tiada janji indah. Bahkan akan banyak ujian lagi. Mungkin buat Aziz Bari yang terjun ke situ akan menemui ujian lebih berat dari yang dihadapinya di UIAM. Itulah yang dihadapi oleh semua yang menyertai PAS. Ramai yang berjaya tetapi ada juga yang tercicir.
Kedatangan Aziz dalam politik menjelang PRU 13 penuh cabaran ini adalah suatu yang dirasakan untung buat Pakatan. Tetapi percayalah politik paling manis bagi orang Islam ialah politik Islam. Pada Islam politik itu manis. Yang menjadikannya pahit ialah manusia. Dalam politik Islam saja manusia tidak mati katak.
Apa pun Aziz Bari tetap diberi sambutan dalam politik melalui mana-mana parti pilihannya.
Sumber HD : 8/02/2012

Shahrizat senasib dengan Najib
Subky Latif, | 13 Feb 2012 |
MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.
Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.
Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.
Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.
Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.
Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.
Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja.
Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.
Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.
Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.
Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.
Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.
Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.
Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.
Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.
Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.
Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.
Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.
Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.
Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.
Sumber HD : 13/02/2012

Subky Latif, | DATE_FORMAT_LC3 |
SYABAS! Dan dialu-alukan jika benar Prof. Aziz Bari mahu menyertai politik yang aktif setelah dibersarakan oleh UIAM.
Prof. Aziz sebenarnya sudah pun berpolitik secara bebas sebagai seorang akadamis cuma tidak terjun ke dalam arena parti politik yang aktif.
Dia tidak teragak-agak menyatakan pandangan menegur perkembangan baik terhadap pembangkang, apa lagilah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.
Banyaknya teguran itu adalah terhadap kerajaan dan UMNO kerana pihak itu memang banyak salah silapnya.
Ada juga beberapa kerat orang akadamik berpolitik sepertinya tetapi kebanyakan mengkritik pembangkang. Mereka membisu terhadap UMNO dan kerajaan tetapi tidak kikir untuk membidas pembangkang. Politik mereka boleh dikira mengampu.
Tetapi Aziz tidak mengampu walau pun dia rapat dengan PAS. Semua masih ingat Aziz pernah membuat beberapa teguran kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.
Dia memilih untuk menjadi pemerhati dan pengkritik. Oleh kerana alam kampus tidak diberi pilihan untuk mengkritik kerajaan, maka politik pasif Aziz itu pun diberi tindakan bersara dari jawatannya.
Aziz dikenakan musibah. Diberhentikan. Musibah itu adalah atas izin Allah juga. Tidak berlaku kalau tidak diizin Allah. Allah mengujinya melalui peraturan zalim universitinya. Ia adalah takdir. Setiap takdir terhadap orang beriman mesti dihadapi dengan bersabar.
Kalau Aziz Bari dapat menerima musibah itu dengan berkata Alhamulillah dan Inna lilah waina ilaihi rojiun, nescaya sebuah banglo disediakan Allah di syurga.
Ujian musibah itu bergantung tahap iman Prof. Aziz. Jika tebal iman, teruk ujiannya. Jika nifis, ujiannya ringan atau tidak diuji langsung.
Tidak pilihan buat Aziz melainkan bersyukur atas ujian itu. Bersabar. Menyertai politik itu adalah dalam rangka reaksi sabar itu. Bukan bersabar berdiam diri, menyesali atas kerja baiknya selama ini dan merayu atau minta ampun atas kesalahan yang tidak dilakukan.
Mana parti politik yang akan disertai Aziz? Ketika ulasan ini dibuat, dia belum membuat pilih antara parti Pakatan Rakyat yang dikatakannya melamarnya.
Jika saya ditanya, saya akan kata pilihlah politik yang ada jihad sesuai dengan ujian yang Allah takdirkan terhadapnya.
Itulah pandangan yang saya tidak sempat beri kepada Anwar Ibrahim ketika dia mula dilanda musibah politik dan kemanusiaan paling perit sejak berbelas tahun lalu. Saya hendak beritahu dia, sertai PASlah kerana dalam PAS itu ada jihadnya.
Semua orang beriman yang diuji Allah mestilah menerimanya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Antara politik yang dekat kepada Allah ialah PAS. Kerana disamping matlamat politik Islamiyahnya, ia ada matlamat dakwah.
Inilah baru saya tulis hal ini. Saya sekeluarga ada ke rumah Anwar untuk menyampaikan pandangan ini, tetapi tiada ruang dan peluang.
Kalau Aziz rasa sudah terpanggil untuk terjun dalam politik yang aktif sebagai tanda syukur dan bersabarnya, maka dia mesti terjun dalam politik yang membuat banyak kerja untuk Islam.
Itulah yang Almarhum Necmattin Erbakan, pemimpin ulung parti Islam Turki bagitahu kepada Abdullah Gul yang bekerja dalam syarikat kewangan di Saudi masa itu. Baliklah ke Turki bekerja untuk Islam. Abdullah Gul pun balik berjihad politik bersamanya, dan sekarang Abdullah Gul ada Presiden Turki.
Dalam politik dan jihad tiada janji indah. Bahkan akan banyak ujian lagi. Mungkin buat Aziz Bari yang terjun ke situ akan menemui ujian lebih berat dari yang dihadapinya di UIAM. Itulah yang dihadapi oleh semua yang menyertai PAS. Ramai yang berjaya tetapi ada juga yang tercicir.
Kedatangan Aziz dalam politik menjelang PRU 13 penuh cabaran ini adalah suatu yang dirasakan untung buat Pakatan. Tetapi percayalah politik paling manis bagi orang Islam ialah politik Islam. Pada Islam politik itu manis. Yang menjadikannya pahit ialah manusia. Dalam politik Islam saja manusia tidak mati katak.
Apa pun Aziz Bari tetap diberi sambutan dalam politik melalui mana-mana parti pilihannya.
Sumber HD : 14/02/2012
PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikira pemimpin dunia yang cukup kejam. Dia boleh buat apa saja kezaliman terhadap Arab dan Islam Arab, dia, regimnya dan wilayah yang dirampasnya tidak akan dikenakan apa-apa hukuman dan tindakan.
Melalui perisainya, Amerika Syariat, PBB akan melindunginya.
Begitulah kebalnya setiap kekejanam pemimpin Israel.
Tetapi di dalam negeri mereka tidak ada taring. Ramai presiden dan perdana menterinya didakwa di mahkamah dan ada yang dihukum. Amat malang mereka dibandingkan dengan mana-mana Perdana Menteri Malaysia.
Kesian saya pada Benjamin Netanyahu yang sekali lagi menjadi Perdana Menteri sedang dalam siasatan pihak berwajib regimnya kerana dia dan isterinya dikatakan menerima layanan istimewa yang lumayan dalam satu acara rehat.
Difahamkan bukan kejadian itu merupakah kejadian menjolok mata yang biasa baginya dan isterinya. Tiada laporan tentang dia bermewah ke sana sini. Tidak ada cerita isterinya membelanjakan semahu-mahunya kekayaan negara seperti isteri Ben Ali, bekas Presiden Tunisia yang digulingkan dan pula bermewah-mewah seperti Imelda Marcos semasa menjadi Wanita Perdana Filipina beberapa dasawarsa dulu.
Tidak ada cerita semasa Netanyahu menjadi Perdana Menteri, isterinya membuat iklan mahal di Amerika tentang kehadiran dan kegiatannya di negara yang menjadi pelindung Israel itu. Atau tidak ada cerita pasangan suami isteri itu menginap di hotel beribu USA semalam di Paris atau Geneva.
Tidak ada kastam Israel menemui cincin bepuluh juta untuk isterinya dibawa dari luar negeri.
Mungkin dapat diterima bahawa cara berbelanja keluarga Netanyahu tidak seberapa dibandingkan dengan kemudahan yang dinikmati oleh Perdana Menteri Najib dan Wanita Pertamanya.
Tentang Najib berbelanja? Yahoo! Alangkah mewahnya. Manakala isterinya, tiada lagi wanita di Asia yang diceritakan dapat menyamainya. Mungkin ada tetapi tiada dipublisitikan. Maka orang pun tidak tahu. Maka berbelanja boros yang luar biasa itu satu pertandingan di alam ini, maka juranya rasanya tidak lain melainkan isteri Perdana Menteri Najib yang satu itu.
Tidak keterlaluan dan tidak salah membuat andaian itu.
Apa pun Najib tidaklah nampak garang sangat. Mukanya tidak nampak cengis. Malah banyak senyum dari wajah menggerunkan. Dibandingkan wajah Netanyahu, nampak bengisnya pemimpin Yahudi itu. Bahkan semua wajah pemimpin Yahudi dulu dan sekarang menakutkan, apa lagi bagi umat Palestin.
Segerun mana pun muka pemimpin Yahudi itu tidak sedikit pun menakutkan rakyat Israel untuk menyoal dan menyiasatnya apabila ada sedikit perbuatannya yang boleh dikira menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Kita tidak tahu sebesar mana belanja yang dikeluarkan oleh penaja acara rehat pasangan Netanyahu yang menyebabkan mereka disiasat oleh kerajaan? Rehat mereka yang lumayan itu rasanya tidak menggunakan dana kerajaan. Regim tidak berbelanja apa-apa. Ia ditaja oleh pihak lain.
Tetapi pentadbiran haram itu menjaga ketelusan penjawat awamnya. Walaupun pemimpin tidak menggunakan harta negara untuk berehat atau apa-apa jua, tetapi apa sebab orang boleh berbelanja mewah untuk pemimpin berehat? Apa motif orang lain mengeluarkan belanja untuknya?
Orang tidak berbelanja besar jika tiada apa faedah yang boleh didapatinya. Begitulah sensitifnya regim haram dan pemimpin kejam itu terhadap harta dan keselamatannya dan orang-orangnya.
Pemimpin tidak boleh sebarang menggunakan kemudahan negara dan kedudukan untuk kepentingan diri. Setiap sen kerajaan yang digunakan adalah sen rakyat dan rakyat mahu sennya digunakan pada tempat dan perkara yang betul.
Ada pemimpin regim yang tidak bertanggungjawab menyelewengkan harta kerajaan, maka mereka disiasat dan didakwa. Ada presidennya dipenjara dan ada Perdana Menteri yang dilucutkan.
Tidak ada bebas dan keistewaan menjadi pemimpin Israel. Bila-bila saja mereka menghadapi risiko didakwa. Amat malang nasib Netanyahu dibandingkan dengan perdana menteri Malaysia khususnya Najib. Apa pun Najib dan isterinya buat, tiada siapa peduli. Gunalah apa saja dan untuk apa saja. Mereka tidak dilihat garang tetapi nasibnya jauh lebih baik dari nasib Netanyahu.
Sumber HD : 9/03/2012

Netanyahu tidak seuntung Najib
Subky Latif, | 09 Mac 2012 |

Khutbah larang sedekah, derma
Subky Latif, | 12 Mac 2012 |
GARA-gara peminta sedekah yang disendiket memperdagang orang kurang upaya, kanak-kanak dan wanita tua terutama muslimat negara-negara Asia Selatan dan NGO yang kononnya membela orang malang dan tidak bernasib baik, maka JAWI mengeluarkan khutbah Jumaat khusus tentangnya.
Ia mengecam kepincanngan sosial itu dengan segala alasannya. Betapa kejadian yang memalukan itu antaranya adalah dorongan sifat pemurah rakyat jelata yang mudah belas terhadap orang-orang yang tidak bernasib baik seperti miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya, anak yatim dan sebagainya.
Dengan rezeki yang lebih sekalian yang pemurah itu ringan tangan untuk menghulurkan sedekah dan derma kepada orang-orang yang dirasakan memerlukannya.
Sikap dan sifat pemurah itu mulia, tetapi memberi tanpa sebarang curiga boleh dan telah menyuburkan penyakit sosial yang memalukan dan seolah-olah menggalakkan kejadian hina di kalangan manusia.
Adalah keji bagi sendiket yang memperalatkan orang-orang susah dan malang itu untuk mengemiskan dan menyerahkan pungutan mereka kepada sendiket. Pengemis hanya diberi upah mengikut pungutannya tetapi yang mengaut keuntungannya ialah sendiket.
Meski pun ada pengemis bebas yang mendapat pungutan lumayan untuk dirinya, meneruskan perbuatan hina itu disebabkan ia satu cara yang senang mendapat kehidupan mewah, tetapi ada juga orang-orang malang itu dijadikan hamba dengan upah yang ala kadar dan terus kekal sebagai hamba yang diperas selama-lamanya.
Semua tahu bahawa mengemis ada hina dan menipu atas nama golongan susah adalah perbuatan yang terkutuk.
Khutbah Jumaat yang dibaca oleh semua khatib di Wilayah Persekutuan itu dibuat untuk memerangi penyakit sosial itu dengan harapan sekalian umat Islam menjadi pihak di depan dalam jihad membasmi amalan meminta-minta itu.
Kesimpulan dari roh khutbah itu mahu orang Islam berhenti memberi derma dan sedekah. Menanam rasa benci kepada semua bentuk pengemis tidak kira mereka benar-benar susah atau pura-pura susah. Tiada had masa untuk tidak bersedekah dan bersedekah seolah-olah salah dalam keadaan apa pun.
Saya teringat pada pendirian Dr. Mahathir semasa masih Perdana Menteri terhadap tuding pentadbiran Bush kepada keganasan Islam. Mahathir tidak mahu sekadar menyalahkan keganasan Islam itu saja tetapi yang utama hendaklah dikaji punca keganasan.
Jika teori Dr. Mahathir itu dapat dipakai, perang terhadap punca pengemisan itu adalah lebih aula dari perang terhadap pengemis dan sendiketnya. Apa mulanya penyakit sosial itu?
Mengapa di bawah Khaifah Umar Abdul Aziz tiada orang mahu menerima zakat? Zakat adalah hak untuk asnafnya. Asnaf itu seolah-olah sifar di zamannya. Ia adalah disebabkan keadilan sempurna pentabirannya, bukan saja kemiskinan terhapus, bahkan menolak menjadi orang yang meminta. Keadilan yanag wujud menyebabkan pemerintahan dan rakyatnya mendapat barakah. Itulah yang menjadikan ia sifar penerima zakat dan peminta sedekah.
Saidina Umar Abdul Aziz memadamkan lampu kerajaan apabila anaknya mahu bercakap masalah peribadi dengannya. Beliau tidak menggunakan langsung kemudahan kerajaan.
Adakah kerajaan sudah mengkaji punca penyakit sosial itu dan kerajaan tidak langsung menyalah gunakan amanah yang diberi kepadanya? Adakah Raja-Raja, Perdana Menteri, menteri-menteri dan pegawai awam bebas dari menggunakan kedudukan masing-masing untuk diri?
Jika kerajaan belum jadi pihak yang paling minima kesilapannya, maka jangan jadi ayam jantan mengecam pengemisan.
Khutbah boleh mengingatkan supaya umat Islam waspada terhadap kejadian mengemis, tetapi orang Islam tidak boleh mengikis rasa mulia berderma dan bersedekah. Tanda syukur terhadap anugerah Allah ia menjadi bermurah hati kepada yang susah dan yang mememerlukan.
Saya takut semangat khutbah anti sedekah dan derma itu, umat Islam akan lupa mulianya menjadi tangan yang memberi. Bagaimana yang datang minta sedekah itu malaikat?
Orang Islam tidak boleh berhenti memberi kerana orang yang memerlukan itu sentiasa ada walau pun pengemis ada. Bukan tugas orang Islam bertanya pengemis itu jujur atau tidak. Tugas orang Islam yang berada adalah memberi.
Membasmi pengemis adalah tugas khalifah. Khalifah mesti mendidik rakyat jangan mengemis. Jika sesudah diberi pendidikan rakyat mengemis juga, khalifah kena tanya apa lagi kelemahannya dasar memerangi pengemisan itu tidak berjaya.
Kalau Umar Abdul Aziz berjaya, mengapa khalifah di Malaysia tidak berjaya?
Sumber HD : 12/03/2012

Undur Shahrizat separuh tepat
Subky Latif, | 14 Mac 2012 |
SEKALIPUN banyak reaksi mengira pengunduran Shahrizat Abdul Jadil dari kabinet 8 April ini sebagai satu langkah yang tepat, tetapi bagi saya ia hanya separuh tepat.
Dia sekadar berundur dari jawatan kerajaan, tetapi dia masih kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN serta segala yang berkait dengan kedudukan ketua sayap wanita parti pemerintah itu.
Mungkin pada orang-orang yang rapat dengannya bahawa tindakannya itu satu pengorbanan yang sudah cukup berkaitan dengan masalah yang dihadapinya dan keluarganya, tetapi ia belum memadai bagi meringankan beban liabiliti UMNO dan BN.
UMNO dan Wanita UMNO memangnya tidak sebersih mana, tetapi mengekalkan Shahrizat pada kedudukannya dalam parti itu tidak dapat melekangkan imej buruk parti. Parti itu sudah dikira banyak bermasalah, dengan mengekalkannya sebagai ketua Wanita mengesahkan ia yang benar-benar bermasalah.
Selagi Shahrizat menjadi ketua sayap Wanitanya, orang akan mudah menempelak parti itu berketuakan orang yang tidak bersih dan bermasalah. Walaupun mahkamah belum mendapati suaminya bermasalah, tetapi suaminya sudah didakwa pecah amanah dan dikenakan ikat jamin setengah juta.
Shahrizat tidak didakwa, tetapi sebagai ketua Wanita UMNO, dia akan mengadapi tekanan saikologi dan segala beban akibat dakwaan itu. Otaknya separuh terikat dengan gema dakwaan. Hanya separuh otaknya saja yang dapat ditumpukan kepada Wanita UMNO.
Sekali pun suaminya baru didakwa dan orang yang belum didapati bersalah bukanlah orang bersalah, tetapi dengan dakwaan itu dia sudah berada dalam keadaan separuh bersalah. Setelah mahkamah mendapatinya tidak bersalah barulah dia betul-betul tidak bersalah.
Bagi persepsi setengah orang, orang yang didapati mahkamah tidak bersalah, sukar diterima betul-betul tidak bersalah. Itulah dunia.
Shahrizat mesti berkempen menjelajah ke merata-rata untuk menjamin kemenangan partinya dalam PRU yang sudah dekat itu. Dia mesti bercakap bagi menyatakan partinya benar. Tetapi beban yang dihadapinya bagaimana orang hendak yakin kepadanya sedang dia sendiri berdepan dengan masalah kebenaran dan masalah kebersihan.
Orang-orang yang datang mendengar dan berjumpa dengannya akan melihat wajahnya sebagai orang yang tidak bebas.
Mungkin UMNO mahu menyamakan masalahnya dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar Ibraim dan isterinya yang memimpin PKR. Payah hendak menyamakan mereka.
Anwar dan isterinya menubuhkan PKR setelah dia dipenjarakan sementara menunggu keputusan mahkamah. Dia membentuk parti untuk meneruskan perjuangannya dan untuk membela tohmah yang dihadapkan kepadanya.
Shahrizat pula berada dalam parti yang sebelum masalahnya, ia sudah ada banyak masalah.
Dan kalau pun UMNO mengatakan PKR bermasalah kerana masalah Anwar, maka apa untungnya UMNO mahu menyamakan UMNO dengan masalah Sharizat itu? Sepatutnya UMNO jangan ada masalah supaya ia senang berdepan dengan PKR yang dikatakan memikul masalah Anwar.
Kalau PKR dan Anwar hendak dikatakan comot, mengapa perlu dicomotkan juga dengan membiarkan Shahrizat kekal sebagai ketua Wanita?
Saya kira Shahrizat tidak mahu membebaskan UMNO dengan bebannya. Kerana itu dia kekal dengan ketua Wanita. Selagi dia kekal di situ, maka senang bagi pembangkang untuk memburukkan UMNO. Dan sukar bagi Bung Mukhtar dan rakan-rakannya untuk membela UMNO sebagai badan yang bersih.
Tetapi kalau berundur sama dari pimpinan UMNO, maka musuh UMNO hilang satu modal yang ampuh.
Pembangkang akan rugi kalau Shahrizat bersara dari politik. Dan mereka suka kalau UMNO itu terus dipimpin oleh orang yang dilihat tidak bersih.
Sumber HD : 14/03/2012

Najib tinggal dua bulan lagi
Subky Latif, | 15 Mac 2012 |
SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang.
Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, ‘Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.’
Mengapa?
Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.
Bagaimana?
Tidak perlu dicerita lagi. Orang lain dari parti lainlah yang mengambil kuasa di Putrajaya.
Lagi cepat pilihan raya itu diadakan, lagi cepatlah Rosmah Mansor tidak bergelar Wanita Pertama.
Habis, Perdana Menteri macam mana? Siapa pula?
Anwar Ibrahimlah! Siapa lagi?
Kalau begitu Dr. Wan Azizahlah jadi Wanita Pertama?
Tidak. Ia diserahkan semula kepada Raja Permaisuri Agong. Tiada lagi selepas itu orang biasa menjadi
Wanita Pertama. Isteri Najib saja orang biasa pertama dan terakhir jadi Wanita Pertama.
Memulangkannya kepada Raja Permaisuri Agong adalah adab memelihara institusi istana. Tidaklah lagi orang-orang di kayangan mengata institusi istana sudah goyah.
Apakah tempoh Perdana Menteri Najib hendak berakhir?
Apa lagi yang ditunggu?
Memanjangkan tempohnya hingga setahun lagi akan menyegerakan negara jadi macam Greece dan Itali, berada di ambang muflis. Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah berkata, Malasyia boleh bankrap sebelum tahun 2020.
Yang menyebabkan muflis itu bukan lagi kerana meneruskan subsidi tertentu, tetapi berbelanja menteri kewangan seperti hujan lebat mencurah bumi. Jika lepas dua bulan nanti Najib tidak digantikan, tunggulah berlakunya amaran Idris Jala.
Apakah selepas dua bulan ini Najib akan pergi? Jika dia adakan pilihan raya seperti yang dirancangnya itu, maka dia menempah untuk pergi cepat. Kalau ditunggunya hingga tahun depan, bagaimana? Tunggu tahun depanlah pula.
Apa yang tidak sempat dibuat kiranya Najib digantikan dua bulan lagi?
Mungkin rayuan pembebasan Anwar atas kes liwat 2 tidak sempat diselesaikan. Tetapi entahlah kalau ia disegerakan.
Bagaimana kalau rayuan itu lambat selesai?
Sempat Anwar jadi Perdana Menteri dulu.
Apa ajaibnya kalau Najib berakhir dua bulan lagi?
Ia memberi peluang kepada Dr. Mahathir melihat apa yang dia tidak mahu lihat selama ini.
Bukankah ia memakbulkan impian Anwar selama ini?
Itu Anwar dulu. Semasa dia berdua Mahathir. Tetapi sudah dia tidak lagi berdua, keutamaannya Dr. Mahathir tidak mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri.
Kalau Najib tumbang dua bulan lagi, ia bukan kekalahan Najib yang utama, tetapi yang utama itu ialah kegagalan dan kekecewaan Dr. Mahathir. Najib itu sekadar buah catur Mahathir saja.
Yang membuang Abdullah Badawi dulu ialah Mahathir. Tetapi kalau Najib dibuang ia kerana Dr. Mahathir sudah tidak tahu nak apa lagi. Ia adalah kerana orang ramai hendak menyelamatkan negara jadi muflis seperti yang Idris Jala sebut dan mahu mengelakkan Perdana Menteri berbelanja ikut suka hati isteri.
Anwar sudah tidak seperti dulu lagi hendak menjadi Perdana Menteri. Hal itu sudah jadi payah apabila Mahathir buat dia begitu. Tetapi yang mahukan Anwar menggantikan Najib ialah sekalian rakyat dan orang-orang yang kesiankan Malaysia yang tidak lalu lagi tinggal di bawah penyelewengan UMNO, BN dan Najib.
Setakat ini dia yang berupaya untuk mencabar kerakusan UMNO dan Najib.
Tunggulah dua bulan lagi apakah dapat diselamatkan atau pun terpaksa menanggung beban lagi?
Sumber HD : 15/03/2012
KRISIS pimpinan kerajaan yang juga pimpinan PAS Kedah boleh dikira telah selesai setelah campur tangan PAS Pusat.
Semua pro perubahan di seluruh negara merasa lapang apabila dua Exco Dato Phahrolrazi dan Dr. Ismail sedia kembali menjadi Exco dan tindakan ke arah itu sedang diproses.
Sekaliannya pro dan penentang kerajaan Kedah terkejut atas krisis yang berlaku di ambang PRU 13 yang tinggal beberapa minggu saja. Tiada diketahui oleh sesiapa di luar pimpinan kerajaan itu sejak mereka mengangkat sumpah Mac 2008 dulu mereka ada krisis.
Mungkin Ustaz Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar pun tidak tahu mereka ada masalah hinggalah apabila menjelang sumpah tugas Exco itu hendak disambung semua kedua Exco itu enggan menyambung perkhidmatannya.
Menteri Besar menangguhkan acara angkat sumpah semula itu beberapa hari bagi memberi ruang kepada keduanya berfikir semula. Sehingga tempoh baru angkat sumpah diadakan keduanya tidak berganjak dan Menteri Besar atas nasihat penasihatnya tidak mengisi kekosongan Exco itu pada hal dia ada kuasa untuk mengisinya.
Kejadian itu adalah ujian buat sekalian pejuang Islam, boleh dikira getir, berdepan dengan krisis dalaman yang pertama dan menjelang pilihan raya pula.
Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan itu memang berdepan dengan berbagai asakan dari seteru politik parti dan kerajaan bagi melumpuhkannya dengan harapan kerajaan pimpinan PAS itu dapat ditumbang dalam PRU nanti.
Perkembangan itu menjadi perhatian kepada semua baik sekutu dalam Pakatan Rakyat dan setiap komponen BN tentang bagaimana dan keupayaan pejuang Islam hendak menangani krisis itu.
MB Azizan belum pernah diuji sejak memerintah. Jamaah Islamnya di Kedah juga belum pernah diuji. Allah takdirkan krisis itu beberapa minggu sebelum PRU. Mengapa?
Untuk menguji keupayaan Islam menghadapi krisisnya sesuai dengan Islam itu adalah agama yang sempurna lengkap dengan cara dan kaedahnya apabila berdepan dengan masalah dan krisis.
Bagaimana Islam sebagai agama persaudaraan dan perpaduan itu dapat menghadapi masalahnya apabila masalah itu dihadapkan kepada mereka?
Ia jadi pengalaman pertama bagi PAS Kedah yang baru kali pertama dalam memimpin kerajaan. Ia juga ujian kepada PAS seluruhnya yang jarang ditemuinya. PAS pernah diuji oleh krisis semasa memerintah Terengganu hampir 50 tahun lalu. Ia gagal mempertahankan kerajaannya dan tiada lagi orang zaman itu yang boleh bercerita dengan pengalaman itu bagi dijadikan panduan.
Bagi DAP, MCA, PPP dan setengah dari penyokong PKR dan lain-lain hanya mendengar dari ceramah orang Islam tentang kehebatan Islam termasuk caranya menghadapi tanggungjawab dan masalahnya. Cara mana Islam itu menangani krisisnya, mereka tidak tahu.
Maka mereka hendak melihat bagaimana agama dan umat Islam yang dikatakan terbaik itu dapat mengatasi krisis di Kedah itu. Tentulah ada hikmatnya Allah jadikan itu seminggu dua dulu supaya orang bukan Islam dapat mempelajarinya dan mendapat yang terbaik dari keupayaan orang Islam setempat menyelesaikan masalahnya.
Ia juga untuk menjadi perhatian kepada orang Islam yang tidak beramal dengan ajaran agamanya untuk menangani isu politik.
PAS benar-benar diuji apakah mereka menghadapi krisis itu berpandukan ajaran dan pengetahuan Islam dengan semangat Islam atau menghadapinya dengan nafsu?
Azizan itu sendiri seorang yang garang dan mudah meninggikan suara, tetapi dia ada ilmu Islam yang agak baik dan tahu apa yang Islam ajar untuk menghadapi suasana gawat. Maka ilmunya dikehendaki untuk melalui krisis itu. Orang lain di bawahnya yang juga pejuang Islam, inilah masa untuk menggunakan semangat dan pengetahuan Islam ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah.
Bukankah Nabi SAW meninggalkan Al-Quran dan Sunnah setelah wafat. Apabila umat menghadapi masalah kembalilah kepada ajaran itu.
Azizan mengambil semangat ajaran itu menghadapi krisis itu dengan mengekalkan kedua-dua mereka sebagai Exco dan Timbalan Pesuruhjayanya. Dan keduanya juga tahu ajaran itu dan sedia mengamalkannya. Bertemulah kerana Islam dan berpisahlah kerana Islam.
Krisis itu tidak elok, tetapi ada ruang dan peluang dakwah untuk diisi buat semua.
Sumber HD : 20/03/2012

Krisis Kerajaan Kedah ujian buat jamaah Islam
Subky Latif, | 20 Mac 2012 |

Mazlan Nordin juga guru saya
Subky Latif, | 26 Mac 2012 |
SAYA hanya mengetahui Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia sehari selepas dia dikebumikan.
Dia Ketua Pengarang saya yang kedua semasa saya berkhidmat di Utusan Melayu. Yang pertama Tan Sri Melan Abdullah.
Sebagai orang yang pernah berkhidmat bersamanya. Tidak lama saya berkhidmat bersamanya, tetapi ia cukup bagi menjadikannya seorang ketua, kawan dan juga guru. Hubungan kami bermula sebagai kawan semasa dia dikira orang nombor dua di Berita Harian selepas A. Samad Ismail. Kemudian jadi ketua dan ketika itu juga berguru dengannya.
Dia menjadi ketua saya ketika dia sudah jadi wartawan macam dia dan saya sudah jadi wartawan macam saya.
Dia sebagai ketua yang banyak membaca. Mungkin lebih banyak membaca dari menulis. Saya pula amat kurang membaca tetapi lebih banyak menulis.
Ketika dia mula menjadi ketua saya, dia membawa sebeban buku ke biliknya yang dipinjam dari Perpustakaan Awam yang dia menjadi ahli. Tiap-tiap minggu dia meminjam tidak kurang dari lima buku sekali. Lepas dipulangkan, dia pinjam pula yang lain.
Antara buku yang dipinjamnya dipinjamkan pula kepada saya. Buku yang diberinya itu digaris bawahnya beberapa tempat. Saya tahu dia yang menggarisnya. Belum sempat buku yang diberinya itu habis dibaca, dia memberi buku lain pula.
Diambilnya semua buku dari saya untuk dipulangkan dan dia pinjam buku baru, antaranya yang selepas dibacanya diberi kepada saya. Semua buku itu saya tengok sana sikit dan sini sikit. Tiada satu buku pun habis saya baca.
Semua buku yang diberinya itu bagi membantu saya menyediakan rencana pengarang yang baik bagi akhbar. Dibebaskannya saya membuat kerja lain, tumpu saja sebagai penulis rencana pengarang – editorial.
Sebelum itu antara tugas saya menyediakan Pojok: Bajang bagi Utusan Melayu dan Awang Selamat bagi Utusan Malaysia. Sayalah yang memberi nama Awang Selamat dan menjadi penulis tetap sejak mula kecuali saya cuti.
Bila dia jadi ketua, dia pula mengisi setiap pojok Bajang dan Awang Selamat. Ramai yang sedar gaya penulisannya berubah. Ada yang bertanya, mengapa berbeza? Saya kata, ia Awang Selamat baru.
Sekali pun kami kerja setempat, dia dengan kerjanya dan saya dengan kerja saya. Tidak banyak kerja itu yang kami buat sekali.
Cuma kami pernah sekali membuat kerja yang sama semasa kami mengikut Perdana Menteri Tun Razak ke Beijing bagi meteraikan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Semua berita yang saya buat, saya buat sekali saja. Saya hanya semak ejaan salah dan kata-kata tertinggal. Dia akan betul atau buat semula sebelum dihantar ke Kuala Lumpur. Berita saya itu akan dibetulkannya beberapa kali. Tiap-tiap berita yang dia tulis juga dibetulkan semua lebih dari sekali.
Malah sesudah dihantar ke Kuala Lumpur pun, dia telefon pula supaya ubah itu dan ini.
Pendek kata, setiap beritanya akan ditulisnya lebih dari sekali kerana dia mahu mahu semua berita itu adalah yang terbaik.
Masa itu komputer belum ada. Kami menggunakan mesin taip. Banyak kertas yang terpakai dibuang kerana semua berita itu ditulisnya semula.
Itulah sedikit pengalaman saya berguru dengannya dan dia mahu semua berita adalah seringkas yang boleh. Rencananya sendiri pun semuanya pendek. Jarang saya jumpa dia membuat artikel panjang.
Dia bukan orang kaki sembang. Jika kita membincang masalah kerja dengannya, kita bercakap maksud saja dan akan beri keputusan ringkas juga. Tidak ada ruang bercakap panjang dengannya kerana masa bekerjanya dipenuhi dengan melihat semua yang hendak disiarkan dan membaca.
Kalau apa yang dibacanya itu dijadikan bahan dan sumber penulisan tentu banyak yang dapat ditulisnya.
Dia sebenarnya adalah seorang wartawan yang bekerja dan penuh masanya di kilang akhbar yang dia bekerja sesuai dengan bidang yang dia diamanahkan.
Sumber HD : 26/03/2012
SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.
Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.
Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.
Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.
Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.
Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikan simpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.
Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan tetap lagi.
Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.
Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.
Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.
Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia dalam menentukan kerajaannya.
Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.
Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.
Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.
Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.
Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.
Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah, tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.
Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupnya untuk mengekalkan kuasa BN.
Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.
Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta.
Sumber HD : 30/03/2012
Sumber HD - 3-5-2013
DENGAN keputusan PRU13, telah diketahui Pakatan Rakyat tidak sampai ke Putrajaya. Masing-masing terpaksa balik ke pengkalan sendiri untuk memikirkan lain kali pula ke situ.
Sama ada setuju atau tidak setuju dengan keputusan itu tiada apa yang dapat dibuat, kerana sistem pilihanraya demokrasi memperaturkan keputusan itu diterima baik apa jua yang berlaku.
Dengan keputusan itu Putrajaya tidak dapat diambil alih. Kerajaan pusat yang sama dan Perdana Menteri yang sama menyambung tanggungjawabnya.
Dengan ini harga minyak tidak dapat diturunkan dalam masa 24 jam selepas keputusan pillihanraya diketahui. Harga minyak terus seperti biasa. Kerajaan yang ada tidak menjanjikan harganya diturunkan dan tidak pula berjanji ia tidak akan dinaikkan. Rakyat akan menghadapi keadaan yang sama tentang harga minyak dan segala kesannya.
Tiada janji harga barang dapat dikawal.
Negeri yang menghasilkan minyak iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak hilang peluang untuk dapat royalti minyak 20 peratus.
Kelantan yang sedang menuntut haknya atas minyak yang dinafikan sejak sekian lama hilang peluang yang segera untuk menyelesaikan tuntutan itu. Bahkan negeri seperti Terengganu tidak ada jaminan untuk mentadbirkan sendiri royalti lima peratusnya yang dirampas sejak zaman Dr. Mahathir lagi.
Harapan untuk membeli motokar baru yang murah juga hilang. Walaupun BN dalam aku janji manifestonya menjanjikan untuk menurunkan harga motokar yang baru, tetapi ia tidak menjanjikan penghapusan cukai eksais atasnya.
Orang-orang yang menangguh pembelian motokar sejak beberapa bulan dulu kerana menunggu harapan PR sampai ke Putrajaya, terpaksa melupakan harapan itu. Terpaksalah membelinya dengan harga yang biasa.
Orang yang meminjam PTPTN terpaksa melupakan saja harapan ia dimansuhkan dan yang menangguhkan membayarnya dulu beriktiarlah membayarnya.
Ibu bapa yang anak-anaknya yang bakal masuk universiti selepas ini, tak usah memikirkan anak-anaknya akan bebas dari tanggungjawab PTPTN. Rakyat sekarang sudah hilang peluang untuk mendapat pelajaran percuma dari pra sekolah hingga ke universiti.
Ibu bapa yang mahu anak-anaknya masuk ke sekolah agama rakyat dan tahfiz al-Quran terpaksa memikirkan sistem pengajian itu mengikut cara lama iaitu berbelanja sendiri.
Semangat perlembagaan menjanjikan setiap anak yang lahir ada peruntukan pendidikan per kepala. Peruntukan itu akan ikut ke sekolah mana anak itu pergi. Yang memilih belajar di sekolah Tamil dan Cina, ke sekolah itulah duit itu diberi. Tetapi yang pergi ke sekolah agama rakyat seperti pondok dan tahfiz, duit itu tidak mengikut murid itu.
Pakatan Rakyat ada menjanjikan sekolah seperti itu termasuk dalam sistem pelajaran percuma yang dicadangkan.
Harapan untuk bebas tol lebuhraya secara berperingkat-peringkat tidak dinikmati selagi Putrajaya tidak diambil allih oleh Pakatan. Maka sekalian rakyat untuk masa lima tahun akan datang tidak dapat berangan-angan untuk melalui lebuhraya tanpa tol. Tidak diketahui apakah ia akan dikurangkan? Apa pun bersedialah untuk meneruskan mengguna lebuhraya seperti biasa.
Orang-orang yang kena saman ekor, bersedialah untuk membayarnya jika tidak mahu diburu.
Apakah tidak mustahil kerajaan yang menang itu menciplak segala janji manifesto PR? Ia tidak dapat difikirkan kerana ia berkara, melaksanakan janji itu menyebabkan negara bangkrap. Ia tak akan fikirkan hal itu.
Jangan berputus asa. Sebarlah dengan ujian kekalahan itu. Lima tahun lagi akan diteruskan janji itu. Lima tahun tidaklah lama sangat.
Sumber HD - 6-5-2013
TIADALAH orang UMNO Kelantan yang dikira sepintar Dato Ibrahim Ali sepanjang berlawan dengan PAS di negeri itu. Dia boleh hidup dalam semua masa.
Walaupun sejak 40 tahun lalu pemimpin hebat UMNO Kelantan ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi Ibrahim boleh hidup baik bersama Tengku Razaleigh mahupun selepas masa Tengku Razaleigh.
Angkatlah siapa jadi ketua UMNO Kelantan selepas Ku Li, baik Annuar Musa mahupun Mustapa Mohamad atau Dr. Awang Adek, tiada siapa yang dapat menjinakkan Ibrahim Ali. Dia sudah ke depan sebelum nama-nama itu muncul dalam politik.
Besar peranannya menumbangkan kerajaan PAS yang dipimpin oleh Dato Asri dulu. Dia bermula dengan menubuhkan Berjasa bersama Dato Mohamad Nasir. Selepas PAS kalah dan Berjasa tidak bertenaga lagi dia terus dalam UMNO. Tidak lambat baginya mendapat tempat penting dalam UMNO bagi menjadi pemimpin UMNO Pasir Mas.
Sakit PAS Pasir Mas untuk menundukkan Ibrahim. Dalam waktu yang muda dia berjaya mengalahkan PAS untuk jadi anggota Parlimen Pasir Mas. Dia bermula sebagai hulubalang Ku Li. Banyak kerja yang dibuatnya bagi pihak Ku Li. Termasuk menjalankan kerja menentang Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dan sebelumnya membantu Ku Li menentang Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Apabila dia melihat Ku Li hilang bisa, dia terus menjadi hulubalang Dr. Mahathir pula. Dr. Mahathir memang pandai memungut siapa saja yang pernah menentangnya untuk menjadi hulubalangnya.
Tiada mudah bagi PAS menguasai Pasir Mas. PAS tidak sukar menghadapi Annuar Musa tetapi tidak mudah berdepan dengan Ibrahim walaupun dia tidak pernah menjadi orang pertama UMNO di negeri itu.
Berkat pimpinan ulama PAS Kelantan dan pimpinan Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan dan setelah S46 dibubarkan bagi menyertai UMNO, kekuatan Ibrahim mulai tercabar.
Dalam PRU 1999 Ibrahim Ali dapat dikalahkan oleh Ustaz Ismail Noh dari PAS. Pimpinan Annuar Musa dan Mustapa Mohamad tidak stabil. Mereka tidak dapat mengawal kerenah Ibrahim Ali. Kalau pimpinan UMNO negeri itu olehnya.
Bila UMNO diambil alih Abdullah Badawi, cara untuk mematikan politik Ibrahim ialah memecatkan dari UMNO seumur hidup. Dia lawan pimpinan UMNO Pasir Mas yang pernah duduk di bawahnya. Dia cuba buktikan dia lebih pintar dari UMNO Pasir Mas, dia bertanding bebas menentang BN dan PAS dalam PRU 2004. Bukan saja dia kalah, BN pun kalah.
Lepas itu dia berbaik dengan Tok Guru Nik Aziz. Dia bersama PAS menentang UMNO seluruh Kelantan. Tetapi sekali-kali dia tidak mahu menyertai PAS. Dengan kepintarannya dia dapat meyakinkan pimpinan PAS untuk menjadi calon PAS tanpa menyertai PAS. Ustaz Ismail Noh memberi laluan kepadanya menjadi calon PAS Pasir Mas menentang BN. Dia menang PRU 2008 dan jadi MP Pasir Mas semula.
Dia enggan jadi MP PAS tetapi selesa jadi MP Bebas, tidak terikat dengan disiplin parti. Dia tidak teragak-agak menyerang PAS dan kerajaan Kelantan. Bila Najib menggantikan Tun Abdulllah Badawi, dia banyak bercakap selari dengan dasar Najib. Dia berusaha untuk mewakili BN di Pasir Mas dalam pilihanraya tanpa masuk UMNO. Kerana dia dibuang dari UMNO seumur hidup, payah bagi UMNO menerimanya selagi Tun Abdullah hidup.
Tetapi dia berjaya meyakinkan Dr. M dan Najib bahawa dia boleh mengalahkan PAS. Dr. M berjaya mempengaruhi Najib memberinya menjadi calon menentang PAS tanpa jadi UMNO.
Seminggu sebelum Najib mengumumkan calon BN, saya menerima SMS, Ibrahim tidak disenaraikan sebagai calon BN, tetapi calon BN tidak menyerahkan penamaannya bagi membolehkan Ibrahim berlawan satu sama satu dengan PAS. Betul dia saja menentang PAS bagi Parlimen Pasir Mas.
Bagaimana pun dia kalah juga. Dia guna PAS lawan BN, dia menang. Dia guna UMNO dan BN untuk lawan PAS, dia tidak jadi orang bertuah lagi.

Orang Indonesia kuasa penentu PRU13
Subky Latif, | 30 Mac 2012 |

Syukur Suhaila dirawat selamat di Dubai
Subky Latif, | 01 Apr 2012 |
SELURUHNYA bersyukur atas adik Nur Suhaila Tukijan, 15 tahun berjaya menjalani pemedahan atas sakitnya congenital disorder di Hospital Universiti Sharjah, Dubai dan dia sudah selamat pulang.
Doktor sudah berpuas hati dia mulai sembuh dan perlu mendapati rawatan susulan di hospital sama enam bulan lagi.
Syukur kita bukan sekadar dia sembuh dari penyakit yang jarang terjadi tetapi syukur juga atas kejayaan ilmu perubatan yang dicapai oleh manusia dan dari pakar perubatan di negara Islam pula.
Nur Suhaila sebelumnya sudah menjalani rawatan di tanah air tetapi tidak berjaya. Syukur ibunya membuat pencarian melalui internet di merata dunia, maka ditemuinya di Dubai.
Rawatan di Dubai itu kerana ia sudah dapat diiktiarkan lagi di negara ini sedang negara ini selalu juga dikira banyak mendahului kejayaan dan kemajuan negara-negara Islam lain. Malah dikatakan Malaysia adalah mendahului negara-negara Islam lain.
Tetapi dengan kejayaan hospital di Dubai itu, maka Malaysia rupanya sudah ketinggalan dibanding dengan Dubai sekurang-kurang dalam penyakit yang menimpa Nur Suhaila.
Tetapi mungkin dalam bidang perubatan Malaysia tidak menjadi negara Islam yang terdepan.
Beberapa tahun lalu terdapat sepasang kanak-kanak laki-laki kembar siam, jika tidak silap namanya Muhamad dan Ahmad. Kanak-kanak yang belum bersekolah pada masa itu telah selamat dipisahkan oleh doktor tetapi bukan oleh para perubatan di Malaysia.
Doktor dan hospital Arab Saudi yang menawarkan pembedahannya di Arab Saudi sendiri dan kos perubatan itu ditanggung oleh Raja Saudi sekarang iaitu alMalik Abdullah.
Sekarang kedua-dua kanak-kanak sudah bersekolah dan dapat menjalani kegiatan riadhah seperti kanak-kanak lain sesuai dengan keupayaan dan kekurangannya. Ertinya mereka dapat menjalani hidup biasa seperti kanak-kanak lain.
Dan Nur Suhaila juga dilapor jika keadaan kesihatan berjalan normal, maka dia juga boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.
Dengan dua kejadian kanak-kanak Malaysia mendapat rahmat dari bantuan rawatan negara Arab, tidak di negara sendiri, memberi gambaran tidaklah dalam semua bidang Malaysia mendahului lain-lain negara Islam. Ada juga yang Malaysia ketinggalan dibanding dengan negara Islam yang lain.
Dengan ini dapat dianggap rawatan dan perubatan Malaysia sudah ketinggalan dibandingkan dengan Arab Saudi dan Dubai.
Dunia dan manusia itu memang begitu ada kelebihannya dan ada juga kekurangannya. Ada lebihnya dari orang lain dan negara lain, dan ada pula kekurangannya dari orang lain dan negara lain.
Tuhan berkuasa menjadi seseorang lebih dari orang lain dalam segala-galanya, dn boleh juga Tuhan mentakdirkan ada negara dan bangsa lebih dari orang dan bangsa lain dalam segala-galanya. Tetapi Allah tidak jadikan begitu. Dia jadikan ada orang itu lebih dari orang lain dalam perkara tertentu tetapi lemah pula ia dalam perkara tertentu dari orang lain.
Maka dengan ini tidak bolehlah manusia seperti Malaysia hendak mendakwa ia adalah negara Islam yang termaju. Ia boleh jadi negara dan bangsa yang maju tetapi tidaklah pula boleh ia mengira ialah yang termaju dan terpintar.
Dengan pengalaman yang dilalui oleh Nur Suhaila itu ternyata hospital dan doktor belah di Dubai lebih maju dari perkidmatan perubatan di Malaysia. Dan sebelumnya hospital Arab Saudi dapat buat apa yang hospital dan doktor Malaysia tidak dapat buat.
Mungkin ada doktor di Malaysia yang boleh pisahkan kanak-kanak kembar siam seperti yang berjaya dibuat di Arab Saudi. Tetapi yang nyata tiada hospital dan doktor di Malaysia yang menawarkan pembedahan ke atas kanak-kanak kembar Ahmad dan Muhamad tadi. Saudi pula yang membuat tawaran.
Tetanng Nur Suhaila memang ibu dan bapanya sudah dapat buat banyak di Malaysia. Mereka dapat satu tempat dan seorang doktor saya yang boleh menolong Nur Suhaila atas izin Allah dan ia berjaya.
Malaysia nampaknya wajar belajar lagi supaya dapat mencapai seperti kemahiran doktor Dubai. Belajar lebih elok dari hendak mengajar orang lain.
Sumber HD : 1/04/2012

Bukan berpendapatan tinggi tapi berhutang tinggi
Subky Latif, | 04 Apr 2012 |
KETIKA Buku Jingga diluluskan oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas lebih dua tahun lalu, hutang yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia ialah RM466 bilion.
Dalam Himpunan Anak Terengganu di Perantauan di Kajang hujung Mac lalu, Prof. Dr. Anuar Ahmad dari Unisel berkata, hutang rakyat sekarang sudah melebihi RM700 bilion sekarang.
Apa yang Buku Jingga sebut dua tahun lalu tidak pernah dinafikan oleh pentadbiran Najib dan dipercayai kenyataan Dr. Anuar ini juga tidak akan dinafikan.
Dengan demikian ini bererti dalam masa dua tahun di bawah pemerintahan Najib, hutang rakyat sudah bertambah dari RM466 bilion kepada lebih RM700 bilion. Ia adalah kenaikan sebanyak sekitar RM234 bilion.
Dengan jumlah hutang RM700 bilion ini setiap rakyat menanggung hutang sebanyak RM3,000.
Bagi warga emas seperti Dr. Mahathir yang berusia lebih 80-an hutang mungkin ditanggung sehingga mati. Maka matinya dikira mati meninggalkan hutang. Beban dunia itu tidak ditanggungnya lagi sebaik matinya.
Tetapi bagi bayi yang baru dilahirikan, sebaik saja menyedut udara dunia, dia telah dibebankan dengan hutang RM3,000. Belum ada jaminan hutang itu akan susut sehingga dewasanya, dan tiada juga jaminan ia tidak bertambah dalam pentadbiran Najib yang boros itu.
Jika dalam masa dua tahun lalu hutang itu bertambah sekitar RM234 bilion ini bermakna hutang itu bertambah lebih RM100 bilion setahun. Jika pentadbirannya disambung selepas PRU 13 ini, mungkin sebelum tahun 2020 hutang rakyat itu menjadi RM1,000 bilion. Ini bererti hutang setiap rakyat akan bertambah lebih dari RM3,000 seperti yang ada sekarang.
Ketika Najib mula menjadi Perdana Menteri, dia menjanjikan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Tetapi untuk beberapa tahun ini yang terjadi ialah rakyat berhutang tinggi.
Ada pun hutang negara pula di hujung pentadbiran Abdullah Badawi yang ditohmah lemah terutama oleh Dr. Mahathir adalah sekitar lebih dari RM200 bilion. Ia sudah dikira cukup parah.
Tetapi sekarang, selepas tiga tahun Najib mentadbirkan hutang negara sudah mencecah lebih dari RM450 bilion. Ia kira bertambah sekali ganda di bawah Najib.
Dr. Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan dikatakan berkata, negara akan jadi bankrap apabila hutang mencapai RM500 bilion.
Angka RM500 bilion itu sudah dekat. Kalau dalam masa tiga tahun hutang negara boleh melunjak dari sekitar RM200 bilion kepada kira-kira RM450 bilion, maka untuk mencapai hutang RM500 bilion – sekadar RM50 bilion saja lagi – tentulah tidak memakan masa yang lama jika program transformasi gagal masuk ke gear ajaib.
Kita sedang dikelamkabutkan oleh Ireland yang tiba-tiba bankrap. Sekonyong-konyong Greece juga bankrap. Perdana Menterinya terpaksa bertukar. Perdana Menteri Itali juga bertukar atas sebab yang sama. Berita celaka itu juga sudah melanda Sepanyol dan Pertugal.
Pertukaran Perdana Menteri Greece dan Itali belum menjamin negara itu keluar dari alam muflis. Seluruh Menteri Kewangan negara Eropah bersidang beberapa kali bagi menyelesaikan kepapaan Greece dan beberapa negara Eropah itu, belum nampak jalan keluar.
Malaysia sudah dekat ke ambang itu. Tan Sri Idris Jala telah meramalkan Malaysia akan bankrap tahu 2019 jika subsidi kepada rakyat tidak dipotong. Sekarang Dr. Anuar pula seolah-olah mengesahkan apa yang pernah dibimbangkan oleh Idris Jala.
Dalam masa tiga tahun pentadbiran Najib ternyata transformasinya tidak membawa apa-apa keajaiban, bahkan negara bertambah dekat ke alam bankrap.
Katanya, dia tidak membuat janji kosong. Lidah memang tidak bertulang. Dia boleh berkata apa-apa tetapi bagi orang Terengganu janjinya adalah lebong. Lebong itu tidak berisi.
Jika pentadbirannya disambung selepas PRU13, sekalian rakyat akan terjun ke gaung.
Sumber HD : 4/04/2012
Sumber HD - 2-5-2013

Di samping krisis bola Annuar Musa
Subky Latif, | 09 Apr 2012 |
TAN Sri Annuar Musa membayar harga begitu mahal gara-gara krisis bola dengan FAM. Dia terpelanting dari jawatan pimpinan ketiga penting dalam badan induk persekutuan bola negara. Dua tahun setengah terlucut dari sebarang hubungan dengan bola.
Krisis bola Annuar ini tidak sekadar menyangkut tentang pengendalian urusan bola itu saja, tetapi boleh terpalit juga sedikit sebanyak mengenai adabnya dengan keberadaan Presiden FAM sebagai seorang penyandang takhta.
Annuar dalam sejarah politiknya cuba menampilkan diri sebagai seorang membebaskan diri dengan pertautan kepada istana. Agak keterlaluan saya andaikan dia seorang republikan. Zahirnya republikan itu bukan adab orang Melayu sejati yang mesti beraja.
Amat payahlah bagi politik orang Melayu apabila ditohmah bercanggah laku dengan istana dan orang-orang yang dekat dengan istana. Mudah dicap derhaka dan sebagainya. Politik orang Melayu amat mudah mengata orang itu derhaka atau tidak suka raja. Ia jadi mainan murah politik.
Tetapi Annuar ada sejarah tidak mahu terikat sangat dengan bau istana ini.
Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu. Ku Li bukan sekadar ditaati UMNO sebagai pemimpin UMNO yang disegani oleh semua, tetapi sesama pemimpin UMNO itu sendiri silu kepadanya kerana darah rajanya yang pekat dan kedudukannya yang sangat dekat dengan pemegang takhta.
Berbeza pandangan dengannya bukan sekadar bermasalah kesetiaan kepada pemimpin UMNO tetapi boleh menyentuh adab beraja. Begitulah tebalnya pegangan orang Melayu dengan raja seperti resam individu tertentu Selangor sekarang.
Annuar dalam memanjat tangga ke puncak politik UMNO telah berjaya memulakan membebaskan diri dari bertaut sedia dengan putera raja yang amat berkuasa dalam UMNO Kelantan masa itu. Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja.
Sekali pun Ku Li membawanya ke tengah tetapi dia juga tenaga utama ke depan melemahkan bisa dan sengat Ku Li sebagai pimpinan penting UMNO.
Adab Annuar lebih menggemparkan lagi ialah menobatkan Tengku Ibrahim Petra, sepupu Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan sedang Sultan Ismail Petra masih bersemayam di takhta kesultanan Kelantan.
Dengan tindakan Annuar itu dia tidak dimasyhurkan sebagai penderhaka, tetapi dia muncul sebagai seorang yang berpendirian bebas dan longgar dalam hubungannya dengan istana.
Walau pun adabnya dengan raja dan orang berdarah raja itu longgar tetapi dia tidak boleh dikata republikan. Jika dia republikan dia tidak terima anugerah bintang Tan Sri dan dia tidak ada duduk dalam mana-mana badan yang Sultan menjadi ketuanya.
Kerana dia juga orang Melayu yang menerima raja, dia sedia jadi salah seorang pimpinan penting FAM yang dipengerusikan oleh Sultan Pahang. Oleh kerana Sultan Pahang menjadi Presidennya, maka hubungan setiap pemimpin persatuan itu samalah seperti adab mana-mana rakyat dengan rajanya.
Selagi Raja itu rasa mahu berkhidmat lagi, maka tiadalah sesiapa bercadang untuk bersaing dengan baginda untuk menjadi pemimpin alternatif. Sekali pun persatuan bola itu menjunjung semangat dan amalan demokrasi, maka masing-masing memberi kesetiaan kepada demokrasi itu sama seperti kesetiaan kepada Raja.
Jika pemimpin persatuan tidak bercakap di luar tentang masalah dalaman bola disebabkan oleh disiplin pertubuhan, tetapi ia juga begitu disebabkan oleh adab Melayu beraja tadi.
Tetapi Annuar yang mungkin sifat semula jadi tidak dibelenggu oleh adab-adab yang ketat itu, maka dia tidak terikat dengan adab yang dikatakan menjadi darah daging orang Melayu itu.
Ia boleh menimbulkan berbagai andaian lagi mengapa Annuar mengkritik perjalanan dan urusan bola yang secara langsung dan tidak langsung menegur perjalanan pimpinan Sultan Ahmad Shah, tetapi kita juga patut memahami bahawa dia adalah seorang yang longgar dengan adab tertentu Melayu itu.
Apa yang dihadapinya ialah kerana mengamalkan kepercayaan dan amalan demokrasi yang difahaminya dan yang dipercayainya.
Sumber HD : 9/04/2012

Minyak turun dalam masa 24 jam
Subky Latif, | 12 Apr 2012 |
TIDAK termasuk dalam 10 perkara yang Buku Jingga yang Pakatan Rakyat akan laksanakan dalam masa 100 ia berkuasa iaitu untuk menurunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam ia mengambil.
Jika ditambah dengan menurunkan harga minyak ini, maka janji segera Buku Jingga itu menjadi 11 perkara.
Maka menurunkan harga minyak itu yang pertama dan paling senang untuk dilaksanakan.
Anwar Ibrahim sebagai jurucakap Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan baru-baru ini bahawa minyak akan diturunkan dalam masa 24 jam sebaik saja mengambil alih Putrajaya.
Ia bukan penegasan Anwar yang pertama, malah telah ditegaskannya sebelum Buku Jingga itu diterbitkan dua tahun lalu. Ketika harga runcit minyak melambung sebelum Pakatan Rakyat dibentuk banyak tahun dulu Anwar sudah mengumumkannya dia menguasai Putrajaya.
Bahkan ia telah didebatkannya dengan Menteri Penerangan masa itu, Shabery Cheek melalui TV siaran langsung. Cara ia boleh diturunkan telah diterangkannya pada masa itu. Ia tidak dapat dicabar dan minyak turun selepas itu.
Buku Jingga hanya merakamkan tentang pemberian royalti minyak dari 5 peratus saja kepada 20 peratas bagi negeri-negeri yang mengeluarkan minyak. Menaikkan royalti itu adalah nikmat untuk Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak saja. Tetapi menurunkan harga minyak itu adalah nikmat kepada semua.
Tawaran Anwar itu tidak sekadar tawaran politik tetapi itulah tindakan politik yang betul sebagai negara yang menghasilkan minyak.
Negara tidak akan bankrap dengan penurun minyak itu kerana ia pun memang dapat percuma dari dalam laut. Ia selari dengan langkah memberi minyak murah kepada kebanyakan negara mengeluarkan minyak di seluruh dunia. Rakyat Malaysia akan dapat menikmati apa yang rakyat Saudi, Iraq, Libya dan lain-lain dapat. Semua negara itu tidak meleset dengan minyak murahnya.
Negara sebenarnya bertuah dengan harga tinggi minyak di pasaran dunia. Dari tahun 2007 hingga 2010 duit yang diambil dari Petronas ialah 325 bilion ringgit atau 81.25 bilion setahun. Berkali ganda dari perbelanjaan kerajaan datang dari duit Petronas.
Menurunkan harga minyak dan memberi 20 peratus royalti minyak kepada beberapa buah negeri yang bertuah itu tidak akan menghabiskan hasil dan keuntungan Petronas.
Tetapi yang indahnya ialah tindakan menurunkan harganya adalah satu langkah memberi kebajikan kepada rakyat dan ia adalah ibu kepada pembendungan terhadap segala masalah dan kepincnngan rakyat.
Ia menjadikan pendapatan rakyat terangkat disebabkan nilai ringgit bertambah baik. Mereka dapat berbelanja lebih hasil dari penjimatan belanja atas minyak. Harga barang rata-rata dapaat dikawal.
Dengan gaji miniman RM1,500 sebulan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat menjadikan mereka bertambah lega disebabkan minyak yanag murah. Minyak dapat membeli banyak daripada wang yang digunakan atas nilai yang sama.
Tiada ada yang cerdik akan menolak tawaran yang baik. Manusia memang diajar memilih mana yang baik dari dua atau lebih tawaran. Hanya orang bodoh dan orang mabuk saja memilih benda yang sama nilai yang berharga mahal.
Orang yang memilih yang mahal bukan saja bebal dan bodoh, tetapi membazir. Membazir bukan perbuatan yang baik tapi adalah amalan syaitan.
Biasanya pengguna yang memberi sesuatu dengan harga yang mahal sedang ia boleh dibeli mudah akan merasa dirinya tertipu dan menyesal. Maka dia akan berhati-hati tidak tertipu dan tidak memberi dengan harga yang mahal lagi.
Justeru rakyat yang cerdik dan menjaga kepentingannya dan keluarganya tidak menolak tawaran Pakatan Rakyat hendak menurunkan harga minyak, kerana ia boleh dibuat dan patut dibuat.
Sumber HD : 12/04/2012
Sumber HD - 25-4-2013
Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS.
Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.
Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.
Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari PAS kata hodoh tentang partinya. Nyatalah pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang dan budak-budak PAS yang cicir dari PAS itu kebudak-budakan.
Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.
Atas latar belakang itulah dia saja masuk PAS dulu dan logiknya siapa yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.
Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.
Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi. Bagi menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.
Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.
Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.
Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam dan PAS.
Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.
PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang dan bertambah kuat. Ia bukan saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang bukan Islam.
Bertambah ramai orang profesional masuk PAS. Ada yang berpendapat profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama UMNO. Yang bersama UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.
Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.
Syabas! Mat Taib sudah dulu.
Sumber HD - 1-5-2013

Kadir naik pentas PAS di Kupang
Subky Latif, | 16 Apr 2012 |
RENCANA ini ditulis sehari sebelum Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir naik pentas PAS di Kupang, Baling berceramah bersama Presiden PAS Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak.
Ketika ini belum diketahui Kadir, bekas Empi BN Kulim-Bandar Baru lebih dari 20 tahun menyertai PAS. Tetapi yang ketara ialah dia mengkritik pimpinan dan amalan UMNO dan kerajaan di bawah Perdana Menteri Najib. Dan dia masih menjadi Timbalan Pengerusi Amanah, sebuah NGO pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang rata-rata anggotanya adalah veteran pimpinan Barisan Nasional.
40 tahun dulu Dr. Mahathir yang marah kepada UMNO dan pimpinannya kerana memecatnya dari UMNO naik berceramah di pentas PAS Kapar, Selangor dalam satu kempen Pilihan Raya Kecil. Dr. Mahathir berbuat begitu kerana dia dipecat dari UMNO.
Macam-macam keburukan pimpinan UMNO dicercanya.
Berbeza dengan Kadir yang tidak dipecat dari UMNO. Dia dicabar keluar dari UMNO oleh UMNO, dan dia menyahut cabaran itu. Dia belum dibuktikan bersalah kepada UMNO oleh UMNO dan kalau apa kesalahannya dia menegur amalan buruk pimpinan dan penyokong UMNO yang tujuannya untuk membetulkan UMNO dari amalan buruk seperti penyelewengan dan rasuah.
Berbeza dengan orang-orang kanan PAS dan PKR tercicir dari parti itu atas beberapa sebab lalu mencerca parti dan pimpinannya dipercayai mendapat habuan dan banyak janji manis dari UMNO dan kerajaan, Kadir tidak diberi apa-apa dan tidak dijanjikan apa-apa oleh PAS kerana tidak ada apa-apa yang PAS hendak tawarkan.
Mungkin yang boleh diberi kepadanya satu sampul surat berisi RM150 sebagai sagu hati berceramah di pentas PAS seperti yang selalu PAS beri kepada penceramahnya. 100 atau 150 ringgit itu tidak ada apa-apa bagi Kadir dibandingkan dengan apa yang lebih menarik jika kekal bersama UMNO.
Kalau pun ialah ghanimah – rampasan perang – kiranya Pakatan Rakyat dapat meramps Putrajaya selepas PRU13 nanti. Itu pun kalau BN kalah. Tetapi Kadir pun tahu bahawa Pakatan tidaklah akan membagi sesama sendiri baki khazanah negara yang tinggal bila ia berkuasa.
Kalau kepentingan dan kedudukan yang diburunya, dia boleh mengekalkan kedudukan yang bersama kerajaan sekarang tanpa berbelanja sendiri. Tetapi jika yang diburu itu kedudukan dan kebendaan bila Pakatan berkuasa, maka dia terpaksa berbelanja dengan apa yang ada padanya seperti pengorbanan orang-orang Pakatan yang lain.
Tetapi Kadir terjun ke pihak yang hendak menumbangkan kerajaan kerana kesedaran dan keinsafannya. Orang boleh kata macam-macam pada Kadir dan pada PAS dan Pakatan menerima saja pelarian UMNO sedang dia pun dikatakan tidak banyak beza dengan orang-orang UMNO yang lain. Konon bagi PAS orang lari dari UMNO dan BN itu jadi baik dengan tiba-tiba.
Semua sewajarnya berfikir dan bertidak positif. Kadir meninggalkan kumpulan yang berkuasa untuk bersama sementara ini pihak yang tidak berkuasa. Dia meninggalkan tempat senang untuk bersama yang tidak senang. Untung rugi Kadir yang tanggung. Risiko yang Kadir hadapi adalah tinggi. Orang yang sedia menghadapi risiko berdepan dengan dua kemungkinan, sama ada untung besar atau tersungkur.
Orang yang bersedia menghadapi risiko tidak boleh dikira bodoh atau membunuh diri, tetapi dia sedang berkorban. Itulah ciri-ciri perjuangan. Bila dia tinggalkan UMNO untuk menyatakan kelemahan UMNO sekarang, ertinya dia berjuang bersendiri.
Bila dia naik pentas PAS, dia berkongsi dengan pihak yang sedang berjuang dan yang sedang berhabis-habisan dalam perjuangannya. Bagi Pakatan perkembangan di sekitar Kadir adalah keuntungan awal dalam perjuangan. Penyertaan Kadir bersama kumpulan pembangkang baik untuk sementara atau pun kekal lebih banyak menguntungkan sebaliknya bagi UMNO dan Najib ia lebih merugikannya.
PAS tidak ada sebarang kerugian dengan kedatangan Kadir dalam bentuk yang ada. PAS menerima keuntungan saja. Kalau dengan kejadian Kadir itu Pakatan kalah juga dalam pilihan raya, ertinya ia tidak dapat untung banyak. Ia dapat untung kecil saja. Yang rugi besar kalau BN menang juga, mungkin Kadir sendiri.
Tetapi Kadir sudah membuat pilihan dan bersedia menerimanya. Kita mengalu-alukan orang yang berani membuat keputusan. Adat perjuangan ada duka dan ada gembira. Perjuangan tidak senang saja dan tidak pula susah saja. Susah berjuang adalah lebih mulia dari senang orang yang tahu dan tidak mahu berjuang.
Setakat apa yang Hasan Ali buat jauhlah eloknya Kadir.
Ucapan TS Kadir S.Fadzil (15/04/2012 di Kupang) : http://www.youtube.com/watch?v=a0D68xMDmZw&feature=g-logo&context=G2e089bfFOAAAAAAADAA
Sumber HD : 16/04/2012

Jangan perli Korea Utara
Subky Latif, | 19 Apr 2012 |
TIDAK dipedulikannya kecaman semua dunia, Korea Utara melancarkan juga ujian pelancaran roket jarak jauhnya.
Malangnya roketnya meletup berkecai sebelum masuk ke obit angkasa.
Lalu sekalian yang anti Korea Utara bertepuk tangan dan bersorak atas kegagalan ujian itu.
Semuanya mengejek-ngejek dan memperli Korea Utara atas malang menimpa roketnya itu.
Saya tidak seronok adanya dunia yang berlumba-lumba mencipta roket jarak jauh, peluru berpandu dan senjata nuklear. Ia satu malapetaka yang mengancam dunia dan keamanan.
Tetapi kuasa nuklear dan roket jarak jauh berisi nuklear sudah ada di dunia dan semuanya dimiliki oleh negara yang keras kepala dan sombong-sombong belaka.
Hampir 30 tahun dulu sebuah negara sombong itu yaitu Perancis menguji senjata nuklearnya di Lautan Pasifik. Jauh di luar sempadan wilayahnya. Semua dunia bising membantahnya. Negara-negara nuklear yang sombong di barat seperti Amerika tidak sungguh-sungguh membantah.
Ia tidak menjadi juara membantahnya di PBB seperti yang dibuatnya terhadap Korea Utara dan pelan nuklear Iran. Hanya negara-negara kelas dua dan kelas tiga saja yang bising membantahnya. Langsung tidak dipedulikan Perancis.
Ketika Korea Utara hendak melancar ujian roket jarak jauhnya, semua anti Korea Utara bangkit membantah. Berbagai ancaman dihadapkan kepadanya jika ia meneruskan juga. Tetapi tidak dipedulikannya. Ia tembak juga roketnya ke udara.
Untung bagi sekalian musuh Korea Utara roket yang diuji itu meletup sebelum masuk ke obit. Ia gagal.
Semua pengecam dan pengutuk Korea Utara itu seronok. Mereka seronok kerana kegagalan itu menyelesaikan kebuntuan mereka untuk menghadapi isu itu. Amerika, Korea Selatan, Jepun dan lain-lain buntu dan tidak tahu apa nak buat jika ujian itu berjaya dan Korea Utara menggunakan roketnya seperti lain-lain kuasa neuklear menyimpan saja benda haram yang berbahaya itu.
Kalau Israel belum menggunakan roket nuklearnya kepada mana-mana negara Islam, maka belum tentu Korea Utara akan menembaknya ke Korea Selantan dan Jepun. Maka Korea Utara akan jadi seperti lain-lain negara yang ada alat dan senjata itu. Oleh kerana ia tidak mendengar cakap Amerika dan Nato, maka mereka menjadi anti roket dan senjata nuklear Korea Utara.
Korea Utara gagal dalam percubaan dan pelancarannya yang pertama itu. Jangan semuanya bangga dan memperleceh kegagalan Korea Utara itu.
Kegagalannya ialah pelancaran dan ujian itu tidak berjaya. Tetapi Korea Utara sudah mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang roket dan senjata itu. Di bidang itu ia sudah berada di atas Korea Selatan dan Jepun yang belum diketahui ia ada ilmu dan pengetahuan itu.
Korea Utara dengan segala kemiskinan dan ketempangannya, ia ada ahli-ahli sains dan jurutera dalam bidang itu. Mereka capai apa yang ada dengan keupayaan sendiri, tidak diajar dan dibantu oleh sesiapa. Ia belajar sendiri, ia buat sendiri. Ia reka dan tiru dari jauh apa yang orang lain capai.
Sehingga ini ia belum dapat ilmu secukupnya seperti yang ada pada kuasa roket dan nuklear yang lain. Ia sedikit kurang dari Amerika dan Israel. Tetapi ia sudah di atas puluhan negara dan bangsa yang tidak ada ilmu seperti yang ia ada.
Ia tidak berjaya atas usaha dan ilmu yang dicarinya sendiri. Ia kini sedang mencari di mana silap dan kelemahan itu. Kegagalan itu mungkin berbentuk sementara. Ia akan terus mencari kelemahannya dan akan mencubanya lagi. Jangan bersorak atas kejadian itu.
Kalau Jepun yang pakar dalam pengeluaran motokar dan menjadi gergasi pengeluaran motokar pernah setahun lalu menarik ribuan motokarnya dari pasaran dunia kerana ada kegagalan teknikal yang membahayakan, maka ia adalah bukti pakar juga boleh melakukan kesilapan sedang ia sudah menguasai dan amat mahir dalam bidang itu.
Maka Korea Utara yang belum menjadi kuasa dalam bidang roket jarak jauh dan belum punya kapal angkasa, sudah tentu boleh melakukan kesilapan teknik.
Jangan rendahkan keupayaan Korea Utara. Ia akan baiki kesilapannya dan ia adalah negara termaju di bidang itu dibanding dengan lailn-lain negara yang tidak ada ilmu dan kemajuan itu. Mungkin kurang dari sepuluh tahun Korea Utara layak menyertai kelab persenjataan itu.
Sumber HD : 19/04/2012
TIDAK ada sebarang isyarat pada Perdana Menteri Najib dan kerajaan Barisan Nasional bahawa ISA yang zalim yang berusia 52 tahun tidak betul. Padanya dan pada mereka bahawa ISA tetap betul dan dikehendaki.
Ia dimansuhkan dan diganti dengan yang lain bukan kerana ia tidak betul dan bukan kerana zalim tetapi ialah kerana akta itu dibenci oleh umum dan ia sudah bertambah tidak popular.
Selama ini bermati-matian UMNO dan Barisan Nasional mempertahankan sebagai suatu yang baik dan amat diperlukan untuk keamanan dan keselamatan negara. Kerana ada ISA itulah kononnya keamanan dan kestabilan politik terjamin sejak merdeka. Atas hikmat itulah negara maju dan pelaburan serta pelancong datang mencurah-curah.
Oleh kerana ISA itu sudah berjasa kepada negara, kerajaan dan rakyat, ia dikira terlalu penting, maka mengapa pula ia dimansuhkan?
Sebenarnya ISA tidak ada apa-apa hikmah kepada negara dan rakyat. Hikmahnya hanya ia dapat digunakan untuk mempertahankan kuasa UMNO dalam kerajaan.
PRU 1959 UMNO hilang dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Ia adalah amaran mungkin ada lagi negeri yang hilang dalam PRU selepasnya. Tahun 1960 ISA dicipta kononnya untuk membendung komunis. Menjelang PRU 1964 ramai pemimpin pembangkang seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmy, Dato Raja Hanifah, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Aziz Ishak dan lain-lain dikenakan tindakan ISA atas alasan bersubahat dengan konfrontasi Indonesia.
Ketika UMNO piminan Tun Razak dan Hussein Onn berkrisis dengan Pemuda UMNO atas isu UMNO dikatakan disusup komunis, ia tahanan beberapa orang pro kerajaan seperti Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan A. Samad Ismail, tetapi pemimpin pembangkang seperti Kassim Ahmad dan lain-lain juga ditahan.
Ketika Pemuda UMNO di bawah Najib berentap dengan MCA yang menyokong Menteri Lee Kim Sai, mereka tidak ditahan tetapi Operasi Lallang diadakan menahan ramai pemimpin pembangkang termasuk Mat Sabu, Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain. Mereka cekup sama pemimpin Pemuda UMNO iaitu Fahmi Ibrahim, Ibrahim Ali dan Tajuddin Abdul Rahman tetapi mereka ditahan untuk dibebaskan.
Gara-gara Ibrahim Libya terlepas dari cekupan, polis menyerbu Memali menyebabkan 14 orang awam termasuk Ibrahim Libya bersama 4 anggota polis terbunuh. Ramai juga cedera.
Yang bercerai, putus mata pencarian, pelajaran anak-anak tergendala dan lain-lain adalah angkara undang-undang rimba ini.
Apa jua keburukannya UMNO dan kerajaan tetap berbangga kononnya ISA adalah berhikmah. Tetapi kempen anti ISA mahu ia dimansuhkan terus mendapat sokongan. Ada menteri UMNO meletak jawatan dan keluar UMNO kerana tidak setuju dengan dasar ISA. Ia perkembangan baru pada UMNO.
Penyatuan pembangkang sebelum dan selepas PRU Mac 2008 secara berani mengeluarkan Buku Jingga menjanjikan ISA akan dimansuhkan dalam masa 100 hari Putrajaya ditawan.
Janji itu tidak boleh dipandang remeh. Ia membulatkan sokongan bukan Melayu dan peratus Melayu yang bersetuju juga ramai. Gerakan anti ISA ini boleh menjadi malapetaka kepada UMNO.
Bukan kerana Najib dan kerajaan memandang ISA itu buruk, tetapi mempertahan akta yang besar jasanya kepada UMNO selama ini tidak lagi dapat membantunya.
Kemungkinan tumbang oleh hantu ISA itu lebih mudah. Betapa sayang Najib dan UMNO kepada ISA, ia sudah tidak membantu. Ia terpaksa melepaskan apa yang amat disayang kerana ia sudah tidak banyak gunanya. Atas nama transformasi politik dan undang-undang Najib cuba laksanakan janji Buku Jingga sebelum sempat Pakatan Rakyat berkuasa.
Ia curi senjata pembangkang dengan harapan kuasa tidak cicir. Ia cuba beri beberapa keburukan ISA dibandingkan dengan akta gantinya. Tetapi sedikit pun kerajaan BN dan penyokong tidak menyesali kezaliman ISA selama 52 tahun itu.
Ia belum mahu minta maaf. Orang pun tidak mahu memaafkannya.
Sumber HD : 20/04/2012
APA Najib dan UMNO hendak buat dengan Dr. Awang Adek Husein yang disambung menjadi senator pada 8 April lalu?
Yang menariknya dia adalah UMNO paling kanan di Kelantan selepas Dato Seri Mustapa Mohamad. Dia calon Menteri Besar kalau Barisan Nasional menang. Atau menteri kabinet kiranya BN berkuasa lagi jika Dato Pa jadi menteri besar.
Tetapi dia dijadikan senator lagi sedang PRU 13 sudah tinggal kurang dari 100 hari.
Adakah dia tidak bertanding dalam PRU itu, memadai kekal sebagai senator? Jika BN menang lagi bolehlah jadi menteri atau timbalan menteri selama tiga tahun saja. Penggal senatorshipnya yang terakhir. Selepas tiga tahun dia tamat dan hilang kelayakan jadi menteri kecuali dia menang pilihan raya Parlimen di mana-mana.
Kalau dia jadi calon Parlimen dalam PRU ini, dia kena letak jawatan senator. Dia tidak boleh senator lagi selepas itu kerana tempohnya sudah tamat. Seseorang hanya boleh jadi senator dua penggal.
Kalau dia kalah tetapi BN berkuasa lagi di Putrajaya, dia tidak boleh jadi menteri lagi kerana tidak layak lagi jadi senator.
Pengalaman Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah contoh terbaik. Dia jadi Timbalan Menteri sebagai seorang senator. Sebaik senatorshipnya disambung dia meletak jawatan kerana jadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Tiba-tiba dia kalah. Kelayakan jadi senator sudah habis. Maka lucut jawatan timbalan menterinya. Jika dia terus jadi senator, dia boleh kekal jadi timbalan menteri hingga 7 April lalu. Tiada penggal ketiga bagi seorang senator.
Adakah Awang Adek akan letak jawatan senator untuk bertanding PRU 13 ini? Dia boleh jadi calon DUN dan boleh juga jadi calon Parlimen serentak. Bertuah kalau menang kedua-duanya atau menang salah satu. Dan mungkin juga kalah kedua-duanya.
Tiada siapa terfikir PAS akan kalah di Kelantan kecuali dengan kehendak Allah. Kalau PAS berkuasa lagi dan Awang Adek menang DUN, bolehlah dia jadi ketua pembangkang. Tetapi jika kalah lagi di Parlimen Bachok, Putrajaya masih di tangan BN, Awang Adek hilang peluang jadi timbalan menteri atau menteri.
Kiranya dia tidak meletak jawatan sebagai senator, kiranya BN menang lagi Awang Adek boleh kekal sebagai timbalan menteri atau menteri selama tiga tahun lagi.
Jika dia memilih untuk tidak menjadi calon, berpuas hati sebagai senator, maka dia tidak kira anak jantan dalam politik. Semasa PAS tidak meletakkan calon Muslimat dulu, senator itu dikira jawatan untuk orang perempuan saja. Kiranya BN mengekalkan Awang Adek sebagai senator, maka BN mengibaratkan Awang Adek sebagai orang perempuan saja.
Datuk Seri Najib telah mensyaratkan calon BN adalah terdiri dari orang yang boleh menang. Ketua UMNO Bahagian atau Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang dirasakan tidak menjadi calon yang boleh menang, maka dia tidak akan dicalonkan.
Tempat yang sesuai bagi calon yang payah menang itu adalah di Dewan Senat saja. Awang Adek sudah tidak dapat mengulangi kemenangan di Bachok tahun 2008. Dia kalah dengan calon dari luar Kelantan yang bukan orang Kelantan.
Kalau dengan bukan orang Kelantan dari dari luar Kelantan pun dia pernah kalah, maka apakah dia boleh menang kalau berlawan dengan orang Bachok sendiri?
Mungkinkah Najib mengekalkannya sebagai senator kerana dia tidak dianggap calon winnable?
Wan Ahmad Farid telah dikritik kerana menerima tawaran disambung semula kerusi senat sedang kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada masa itu sudah kosong. Kemudian dia meletak jawatan senator yang baru disambung itu untuk menjadi calon. Adakah Awang Adek akan mengulangi politik yang dilalui oleh Wan Farid?
Apa UMNO buat pada Awang Adek dengan menjadikannya senator lagi pada ambang denggi pilihan raya sudah melanda?

ISA: Najib tidak minta maaf
Subky Latif, | 20 Apr 2012 |

Apa jadi dengan Awang Adek?
Subky Latif, | 23 Apr 2012 |

Sumber HD : 23/04/2012
PTPTN mesti mansuh dulu
Subky Latif, | 24 Apr 2012 |
APA pun PTPTN mestilah dimansuhkan dulu serentak dengan pengumuman pelajaran percuma hingga ke universiti.
Beban pertama yang perlu ditangani ialah membebaskan para pelajar dari hutang sejak hari pertama melangkah ke universiti atau kolej.
Dalam sistem sekarang baik kaya dan apa lagilah miskin sebaik melangkah ke menara gading disediakan dengan hutang yang berbunga. Sebaik bekerja dan sejak gaji bulan pertama terpaksa membayar hutang.
Ia mesti dibebaskan dulu.
Tidak berbangkit tiada yang sanggup ke universiti apabila PTPTN mansuh, kerana universiti disediakan secara percuma.
Apabila ia dikatakan percuma tentu semua perkara besar yang melibatkan kewangan akan dikendalikan oleh kerajaan yang mendapat RM80 bilion setahun dari hasil minyak dan gas.
Anwar Ibrahim yang pernah menjadi menteri pelajaran termasuk bertanggungjawab terhadap pelajaran tinggi pada masanya tahu keperluan setiap universiti dan kolej.
Belajar dari pengalaman PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1959, tiada lulusan STP boleh masuk universiti tanpa penaja sekali pun sijilnya cemerlang. Seluruh pelajar dari Kelantan termasuk yang dapat sijil tidak penuh ditaja oleh kerajaan Kelantan.
Antara mereka masuk kampus tak berduit. Berhempas pulaslah Prof. Diraja Ungku Aziz mengikhtiarkan keperluan mereka. Selama 19 tahun PAS memerintah hanya setahun saja pelajar Kelantan tidak jadi pelajar yang teramai dibandingkan dengan setiap negeri.
17 buah sekolah yang terbaik masa itu terdapat di tiga buah kota iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Tidak termasuk sekolah di Kelantan, tetapi siswa yang teramai bukan dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang bahkan dari Kelantan.
Perdana Menteri kata, jika PTPTN dimansuhkan kerajaan terpaksa tanggung RM43 bilion. Anwar yang pernah jadi menteri kewangan kata, RM43 bilion itu bukan peruntukan setahun. Yang disediakan oleh kerajaan sekarang tiga bilion saja setahun. Tetapi PR sedia belanjakan lima bilion setahun dari 80 bilion setahun dari hasil minyak untuk tampung keperluan ganti PTPTN itu.
Bukan Najib saja pernah jadi menteri kewangan dan menteri pelajaran. Anwar pun pernah jadi menteri pendidikan dan menteri kewangan.
Kata Khaled Nordin, menteri pengajian tinggi, tanpa PTPTN tutup semua universiti swasta (IPTS). Khaled Nordin tidak pernah jadi menteri kewangan dan tiada pengalaman jaga kementerian pelajaran. Anwar lebih banyak pengalaman dan dia adalah pengerusi jawatankuasa anti penyelewengan. Dia tahu ke mana tumpah kuah.
Tidaklah 100 bajet universiti swasta datang dari dana kerajaan, tetapi kekurangan peruntukan disebabkan oleh ketiadaan PTPTN tentulah dapat ditampung oleh kerajaan yang menyediakan peruntukan lima bilion tadi.
Pelajaran bagi Pakatan Rakyat adalah termasuk dalam negara berkebajikan. Ia bukan produk yang diswastakan seperti di bawah BN. Konsep swasta adalah mencari sebanyak-banyak untung. Banyak siswa, maka banyaklah pulangannya. Mutu pengajian jadi perkara kedua.
Tetapi di bawah pelajaran percuma, mutu pengajian diutamakan dan ia mesti memenuhi kehendak kebajikan. Sebagaimana graduan Kelantan dengan standard pengajiannya yang bermutu balik membangunkan Kelantan, maka nilai pelajar yang keluar dari semua universiti, tentulah dapat membangunkan negara, bangsa dan agama atau bermoral tinggi.
Kita jangan berbalah dulu tentang ganti PTPTN dan macam nak tangani kampus tanpa PTPTN. Mansuh dulu PTPTN dan laksanakan pelajaran percuma. Setelah itu kita fikirkan bagaimana anak orang kaya dan anak orang miskin.
Persoalan pertamanya jangan jadikan PTPTN sebagai ah long kepada pelajar.
Menuntut ilmu adalah ibadat. Bebaskan pelajar dari gejala riba membatalkan ibadat bahkan jadi maksiat pula. Bebaskan pelajar dari berhutang kerana hutang itu menyebabkan ibadat tidak sampai ke langit dan doa tidak makbul. Kejayaan dalam pelajaran bukan sekadar cerdik dan rajin studi, tetapi dibantu oleh doa.
Kalau siswa berhutang doa untuk lulus cemerlang dan dapat kehidupan baik tidak tercapai kerana halangan hutang.
Jika universiti dan kolej jadi tempat ibadat dan doa dimakbulkan, maka melimpah ruahlah bantuan dari Allah. Ramailah orang kaya memberi zakat kepada kampus sebagai ganti kepada PTPTN. Apabila universiti makmur, maka bukan orang miskin saja dapat kebajikan dari pengajian percuma, anak orang kaya juga boleh dapat pelajaran percuma. Belanja dari orang kaya untuk pengajiannya adalah sedekah.
Islam agama diterima di sisi Allah. Malulah kepada Sweden, Norway dan Finland bukan Islam dapat memberi kebajikan kepada pengajiannya, negara Islam mencari keuntungan dari bidang pelajaran.
Sumber HD : 24/04/2012

PAS masih gagal dekati polis
Subky Latif, | 29 Apr 2012 |
PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat berjaya menyokong kempen NGO menganjurkan Bersih 3.0 – Duduk Bantah.
Bersih 3.0 pada petang 28 April 2012 itu lebih berjaya dari rancangan asalnya iaitu berhimpun duduk di Dataran Merdeka saja dan jalan raya sekeliling dibiarkan lancar.
Tetapi secara tidak langsung ia mendapat bantuan awal dari DBKL dan polis memagar berduri Dataran Merdeka dan menutup semua jalan masuk ke situ kepada kesemua kenderaan empat roda. Ia memberi peluang kepada Bersih 3.0 mengelilingi Dataran Merdeka.
Apabila kenderaan tidak boleh masuk maka semua ruang jalanraya di luar pagar duri Dataran Merdeka itu kosong dan boleh dipenuhi untuk duduk. Berapa puluh ribu saja yang dapat ditampungi oleh Dataran Merdeka yang dipagar itu?
Ruang kosong di setiap jalan berbatu-batu menuju Dataran Merdeka telah menjadi ruang yang lebih lapang boleh diduduki oleh lebih ramai – ratus ribu manusia - dibandingkan dengan Dataran Merdeka. Hajat di hati hendak memenuhi Dataran Merdeka, rupanya dapat mengelilinginya pula. Ia lebih megah dari rancangan asal.
Sambutan semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain duduk bertemu lutut laki-laki, perempuan, tua dan muda luar biasa menjadi Bersih 3.0 itu amat berjaya. Ramai mana? Tidak keterlaluan sampai yang tidak dapat sampai itu boleh dikatakan menjangkau dekat setengah juta.
Seribu kali Perkasa dan suku sakat UMNO mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan negeri Pakatan di sana sini sejak 2008, tidak sampai sepuluh peratus orang yang menyertai Bersih 3.0.
Semuanya berjalan aman sehinggalah menjelang waktu sepatutnya bersurai sebelum Asar. Justeru semua jalan padat yang di sekeliling Dataran Merdeka tidak dapat bergerak selagi yang diekor setiap jalan tidak bersurai. Dari ekor untuk sampai ke pangkal Dataran Merdeka mengambil masa tidak kurang sejam bagi mengosongkan jalanan. Yang lambat kerana semua berjalan kaki. Teksi dan kenderaan tidak boleh masuk kerana jalan ditutup.
Kelambatan beredar itu mengundang kecelakaan. Wujud keadaan entah mengapa polis melepaskan apa yang dapat dilepas. Baik ia berpunca dari polis atau ahli demonstran polis melepaskan peluru air. Ramai yang jadi mangsa segala jenis cecair pancutan polis. Mata-mata berkejar-kejar memburu penunjuk perasaan.
Nampak gambar berbagai stesyen TV dunia tindakan polis bagai menghadapi rusuhan terhadap orang-orang yang tidak bersenjata. Ada gambar demonstran yang muka berdarah diheret polis.
Malam selepas itu saya menonton klip video amatur di satu jalan kosong, beberapa motosikal trafik meluru ke situ, berhenti turun dari motorsikal menyertai beberapa orang polis memukul, menumbuk, menyepak dan menendang seorang demonstran yang mereka pegang. Berbelas-belas polis membalun hamba Allah yang malang itu.
Dari bahasa gambar itu setiap yang melihatnya merasakan polis hilang pertimbangan terhadap mangsa. Mana polis boleh buat begitu. Tiada siapa yang tidak geram atas penjagaan keamaman begitu. Benarlah pertanyaan malaikat terhadap Allah ketika mencipta Adam, betapa manusia itu suka menumpah darah dan berbunuh-bunuhan.
200 lebih demonstran ditahan polis. Menteri Hishamuddin berkata, polis bertindak profesional. Berbelas polis menyepak terajang seorang yang lemah itu profesionalkah. Tahukah menteri apa itu profesional?
Siapa salah perlu dijawab oleh suruhanjaya penyiasat. Tetapi kerajaan amat fobia dengan suruhanjaya siasatan. Profesional BN ialah tiada suruhanjaya penyiasat. Lalu jawapan tidak akan ada. Itulah kerajaan UMNO/BN.
Apa pun ia adalah bukti polis amat anti pada unjuk rasa. Antara yang menyertai Bersih 3.0 dan Bersih 1.0 dan 2.0 sebelumnya dipenuhi PAS.
PAS sudah berjaya mendekati orang bukan Islam. Orang bukan Islam bertambah ramai tidak membantah perjuangan PAS. Walaupun bukan Islam masih bukan Islam tetapi rata-rata tidak anti Islam bagai Quraisy dan salibiyah dulu. Mereka mahu bersama PAS dalam semua kehidupan dunia.
Itulah kejayaan PAS. Bila PAS menyokong Bersih 3.0 itu Cina dan India yang turun amat selesa bersama-sama dengan orang PAS antaranya ramai yang berpurdah. Semua nyonya tua tahu mereka orang PAS, tetapi berkat pendekatan PAS kepada orang bukan Islam mereka tidak anti PAS lagi.
PAS berjaya mengendurkan sikap dan pandangan orang bukan Islam terhadap semua kerja politiknya tetapi PAS gagal untuk mendekati polis. Tidaklah polis itu dikatakan anti PAS, tetapi polis belum dapat menerima kerja-kerja politik PAS seperti demonstrasi menuntut keadilan dan kebebasan.
Selagi Putrajaya tidak diambil begitulah persepsi polis yang sedang berkhidmat terhadap politik PAS. PAS mengambil masa 50 tahun mendekati dan memahamkan bukan Islam terhadap politiknya, tetapi PAS mungkin memerlukan masa 50 tahun lagi bagi menukar persepsi polis terhadapnya. Pendekatan PAS terhadap polis belum berjaya.
Sumber HD : 29/04/2012
SEMUA dugaan mengira PRU13 akan berlangsung dalam masa sebulan setengah ini - antara Mei dan Jun jika dilihat tandanya begitu banyak.
Report antarabangsa menyebut rating Najib untuk memenanginya begitu tinggi dibandingkan dengan masa sebelumnya, lalu bendera Dacing mula dipasang di sana sini.
Tetapi agensi berita antarabangsa mendapati rating Najib jatuh balik berikut dengan reaksi kerajaan dan polis terhadap unjuk rasa Bersih 3.0 Duduk Bantah yang mendapat sokongan rakyat luar biasa pada petang 28 April lalu.
Orang yang membanjiri Kuala Lumpur dari seluruh Semenanjung menggerhanakan kehadirian jelajah Najib ke seluruh negara menjelang Bersih 3.0 itu.
Bagi meningkat rangsangan rakyat terhadap PRU13 Najib berkunjungan ke semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan diikuti dengan lawatan di banyak daerah. Semuanya mendapat sambutan besar. Rating Najib dirasakan naik mendadak.
Tetapi lautan manusia datang sendiri ke Bersih 3.0 Duduk Bantah itu mengatasi jumlah semua sambutan yang terhadap Najib di seluruh negara beberapa bulan itu.
Sekalian yang hadir menyabut Najib itu selain dari diangkut percuma, masing-masing mendapat habuan. Mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Tetapi yang ke Bersih 3.0 datang dengan duit dan kenderaan sendiri.
Perdana Menteri Najib diketahui seorang yang penakut. Melihat sambutan Bersih 3.0 yang luar biasa itu mengecutkan perutnya, menyebabkan dia rasa gerun dan kalah sebelum pilihan raya diadakan.
Komennya terhadap kempen himpunan Duduk Bantah itu, kerajaan tidak menghalang demonstrasi itu, tetapi Dataran Merdeka pasang pagar berduri, semua jalan Dataran Merdeka ditutup. Reaksi DBKL dan polis tidak sama dengan komen lidah Najib tak bertulang.
Dan apabila bantahan aman itu terganggu dengan aksi memancutkan segala senjata cecairnya kepada penunjuk perasaan dan berlaku kejadian kejar dan pukul memukul oleh polis serta ada pula tindak balas sukarelawan demonstran, menyebabkan darah tumpah. Ada polis dan penunjuk rasa yang dihospitalkan.
Sekali gus kebijaksanaan kerajaan dan polis dibicarakan oleh rakyat. Najib menyalah kemalangan itu kepada penganjur tetapi antara yang terpukul itu adalah wartawan. Dia dirawat di hospital kerana paluan polis. Najib dan menteri mengunjungi wadnya bagi menyatakan, ‘Sorry!’
Najib tidak akan berjaya menyalahkan pembangkang atas semua insiden. Tetapi rakyat bebas membicarakan Najib, UMNO dan BN di jalan-jalan dan warung-warung. Semua tempat itu menjadi mahkamah rakyat. Hakimnya adalah sekalian pengundi.
Bantahan itu ada tuntutannya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak dipenuhi sekali Najib menubuhkan jawatankuasa parlimen tentang pilihanraya. Satu apa hasil pun tidak ada. Jawatankuasa itu jadi sia-sia. Bersih 3.0 menuntut tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan. Jika tidak dipenuhi sudah ada rentang menunggu Bersih 4.0.
Semua perkembangan itu menyebabkan Najib menanggung risiko pilihan raya sebulan lagi. Sekencang manapun TV memburukkan pembangkang tetapi buruk untuk Najib dan BN menunggu.
Tambah berat lagi DUN Selangor tidak dibubarkan Mei dan Jun ini sebab daftar pengundi tidak dibersihkan. Pilihan raya Parlimen saja ada di Selangor. Selagi tuntutan kerajaan Selangor tidak dipenuhi DUN hanya menunggu bubar sendiri.
Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang menunggu sama ada membubarkan DUN masing-masing dengan daftar undi yang kotor itu. Menyertai piliharaya yang begitu kotor bererti menyerahkan batang leher untuk disembelih.
Apa pun polis sudah menyusahkan Najib dan DBKL membantu memburukkan Najib dengan tindakannya. DBKL tidak menanggung apa-apa dengan memagar Dataran Merdeka, tetapi Najib terpaksa membayarnya. Polis tidak masuk pilihan raya. Yang masuk UMNO dan Najib.
Kesan 28 April yang ada perbalahan antara demonstaran dan polis menyebabkan belum tentu Parlimen bubar antara Mei dan Jun. Jika ditunda, masa baru ialah September. Bacaan dunia tentang hati Najib ialah pilihan raya ditunda lagi. Ia hanya ada Mei dan Jun ini kerana Najib mahu tunjukkan andaian dunia semua tidak betul.
Sumber HD : 1/05/2012
Sumber HD - 20-3-2013
Sumber HD - 30-3-2013
Gambar itu kira-kira kandid – menarik dan membawa berita.
Yang jadikan ia kandid ialah orang besar solat jauh dari imam di tengah makmum di tengah masjid.
Dunia umumnya menyediakan tempat di depan untuk umarak – baik raja atau pembesar. Tidak kira mereka tiba awal atau lewat. Dijamin tempat umarak itu di saf depan dekat dengan imam kalau pun tidak di belakang imam.
Para sahabat penting Rasulullah SAW bersegera ke masjid bagi mendapat saf depan dan kalau boleh dekat dengan Rasulullah sebelah kanan imam. Kecualilah mereka datang lewat, tiada lagi tempat kosong di hadapan, maka bolehlah mereka mengisi di tempat kosong termasuk jauh dari belakang imam. Seboleh-bolehnya hendak di baris yang dekat dengan imam.
Tidak berbangkit makmum biasa yang sudah di baris depan memberi laluan kepada orang terkenal yang datang lambat. Keutamaan bagi yang datang dulu.
Tetapi bagaimana ada orang besar yang tempatnya disediakan di depan tiba-tiba boleh mengisi tempat jauh dari imam di tengah makmum di tengah masjid?
Adakah kerana orang tidak menyangka dia datang maka tempat di depan dipenuhkan semua? Lalu bila pembesar datang, tiada lagi tempat kosong di depan.
Mungkin! Tidak mustahil! Semuanya boleh berlaku.
Tetapi kalau dia tiba seperti biasa dan dia sengaja mencari tempat di belakang untuk bersama makmum atas apa jua tujuan, maka ia menjadi tanda tanya. Untuk membuktikan dia orang awam dan boleh duduk bersama orang awam termasuk sembahyang bersama orang awam.
Abdul Aziz Ishak dulu, menteri pertanian dari tahun 1955, apabila ke kampung terus dia duduk dengan orang kampung. Jika dia melawat sawah, disingsingnya seluarnya, ditanggalnya kasutnya, dia terus masuk sawah menyemai padi, atau merumput atau mengetam. Orang kata, dia menteri rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen pililhanraya sekarang tidak terus duduk di pentas. Dia duduk bersila dengan orang ramai di bawah pentas, sama-sama mendengar orang di pentas berceramah.
Apabila tiba gilirannya berucap, barulah dia bangun dari celah orang ramai itu mengambil pembesar suara.
Begitulah pemimpin politik yang hendak dikenali pemimpin rakyat mendekat dan bergaul dengan rakyat.
Tetapi apakah dalam solat terutama solat Jumaat, raja yang hendak dikenali sebagai raja berjiwa rakyat, menteri-menteri yang hendak dikenali sebagai menteri rakyat merendah diri, memilih untuk solat jamaah di tengah masjid bersama dengan makmum?
Adakah sesuai dan betul tindakan pemimpin memberi laluan kepada orang awam solat dekat dengan imam dan dia pergi ke belakang di tengah makmum?
Saya pernah tengok seorang menteri di zaman Tunku, masuk masjid bersama Tunku dan Tun Razak pada hari Jumaat. Bila Tunku dan Tun Razak masuk dari pintu depan ke baris depan, dia berpisah menuju ke belakang. Begitulah selalu dia solat di baris belakang.
Pemimpin itu seelok-eloknya jadi imam, tapi kalau tidak tergamak jadi imam eloklah datang awal supaya boleh duduk dekat imam. Lainlah kalau atas sebab tertentu, tiba lewat ke masjid, orang sudah azan, maka isilah mana yang sedekat dengan imam!
Sumber HD - 4-4-2013
Sumber HD - 14-4-2013
Sumber HD - 16-4-2013
VIDEO fitnah Mustafa Ali terbit selepas polemik Setiausaha Dewan Pemuda PAS membangkit kemungkinan jika Rasulullah SAW dibangkitkan masa ini video kotor seperti itu juga dibuat orang.
Demikian gambaran rosaknya akhlak masyarakat Malaysia sekarang.
Fitnah kotor terhadap Nabi bukan suatu yang mustahil jika kita kembali ke zaman Nabi Musa a.s. didalangi Qarun mengupah seorang perempuan mengaku didera seks oleh Nabi yang maksum itu. Gara-gara perbuatan keji Qarun itu, dia dan harta kekayaannya ditelan bumi.
Sebaik saja reda polemik atas andaian pemimpin Pemuda PAS timbullah video memfitnah Dato Mustafa Ali yang pada anggapan orang di luar UMNO adalah amat payah dipercayai. Dengan itu andaian pegawai PAS itu ada relevennya.
Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Fadzil tidak percaya langsung atas tuduhan ke atas Anwar Ibrahim, maka saya sendiri bersikap demikian atas fitnah Cikgu Pa itu.
Bukan saya saja berfikiran begitu, umum memberitahu saya, pandangan umum kebanyakan orang juga begitu.
Sebaik saja fitnah itu tersebar, spontan fikiran orang teringatkan UMNO. Mereka tidak percaya pemimpin PAS boleh jadi begitu. Kepercayaan masing-masing ia adalah angkara gejala UMNO.
Mungkin ada orang PAS yang tidak senonoh buat begitu, tetapi orang tidak percaya. Payah orang hendak percaya. Mungkin fitnah itu bukan gara-gara UMNO, tetapi orang merasakan ia tidak mustahil.
Setiap yang bertanya saya tentang fitnah atas Cikgu Pa itu, saya tanya adakah dia percaya? Semuanya menjawab, mereka tak percaya. Habis mereka percaya angkara siapa? Mereka tergelak kecil. Angkara musuh PAS yang sebelah sanalah.
Adakah awak yakin gejala itu yang buat? Jawab masing-masing, kalau mereka tak buat pun, orang akan percaya mereka yang buat.
Maka dengan demikian fitnah yang dibuat menjelang pilihan raya lebih mencederakan orang sebelah sana. Ia tidak mencederakan sangat PAS.
Dato Ahmad Maslan menafikan ia angkara gejala orang partinya. Katakanlah dia betul, tetapi budaya dan akhlak yang amat rosak itu adalah gara-gara masyarakat yang dibentuk oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak merdeka.
Kerajaannya gagal membentuk masyarakat yang beradab dan santun. Maka beban dan tanggungjawab keburukan itu tertimpa ke atas UMNO juga.
Budaya video sekotor itu telah banyak dialami oleh Anwar Ibrahim. Umum menolak fitnah terhadap Anwar.
Dengan video klip Cikgu Pa itu dikira oleh semua sebagai fitnah, maka semua yang dihadapi Anwar itu bertambah tidak laku lagi.
Cikgu Pa mengambil sikap tutup mulut dan menyerahkah fitnah itu kepada peguam. Tetapi Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO menempelak sikap berdiam diri Cikgu Pa dan sekalian pemimpin PAS.
Dicabarnya mereka supaya jangan berdiam diri tetapi tampil membuat penjelasan kepada umum. Apa yang Mustafa Ali buat itu sama dengan membisu seribu bahasanya Perdana Menteri Najib dalam semua tohmah terhadapnya berkait dengan tragedi menimpa Altantuya dan pembelian kapal selam Perancis yang bertukar menjadi skandal dan perkara itu sudah difailkan di mahkamah Paris.
Apa jua yang dibongkar oleh mendiang penyiasat bebas Balasubramaniam dan Deepak tidak pernah dijelaskannya. Hatta tunggul bercakap, Najib tetap diam.
Mungkin Ahmad Maslan faham, rupanya Mustafa meniru diam Najib.

Bersih 3.0: PRU13 mungkin dianjak lagi
Subky Latif, | 01 Mei 2012 |

Bersih 3.0: Najib jangan merepek
Subky Latif, | 07 Mei 2012 |
PERDANA Menteri Najib dalam siri jelajahnya ke Gua Musang menyamakan niat Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka 28 April 2012 lalu dengan unjuk rasa raksasa Dataran Tahrir Mesir yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak.
Biar orang lain menyangka begitu, seperti Dr. Mahathir misalnya atau Obama. Pengamatan orang itu adalah haknya bimbang Najib menghadapi cabaran yang sama jika dia tidak mengambil iktibar dari semua perkembangan itu.
Tetapi jika Najib menyangka begitu, dia telah menyamakan dirinya dan cabarannya sudah sama seperti Hosni Mubarak. Apa yang Mubarak terhadap Mesir dan rakyatnya adalah masalah buruknya. Apa yang terjadi kepadanya adalah bala gara-gara sikap takburnya.
Najib jangan menunggu dan mahu nasib yang serupa menimpa kerjaya politik dan perkhidmatannya kepada negara. Benda yang buruk itu jangan diminta dan jangan ditunggu.
Apa yang Najib patut buat itu mengambil pelajaran dari nasib itu dan berdoa supaya bala yang demikian tidak menimpanya, bukan saja jika berlaku celaka baginya tetapi ia azab bagi penyokongnya dan orang yang tumpang dari makan daripadanya.
Sangkaannya orang hendak menjadikan dia begitu adalah perasannya dan menyamakan apa yang terjadi itu adalah merepek. Najib jangan merepek terhadap perkara yang belum difikirkan oleh penganjur dan penyokong Bersih 3.0.
Tindakan Bersih 3.0 adalah mahu Najib melaksanakan tuntutan lapan perkara Bersih 2.0 dulu. Mahu PRU 13 mengikut sistem pilihanraya yang bersih.
Jika tuntutan itu disempurnakan, maka Bersih 3.0 itu tidak ada. Dataran Merdeka tidak jadi satu agenda penting menjelang PRU 13.
Memang semuanya hendak membuang Najib dari tampuk pemerintahan dan mengakhiri monopoli kuasa UMNO sejak tahun 1955. Ia hendak diganti dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi caranya ialah melalui pilihanraya bersih, bukan pilihanraya tipu dan tidak demokratik.
Najib bukan saja remehkan tuntutan lapan perkara itu tetapi perbodohkan golongan pro demokrasi yang bersih dengan jawatankuasa pilihanraya Parlimen tipu. Najib perbodohkan Parlimen dan sekalian ahli politik seperti dia memperbodoh orang UMNO.
Perumpamaan Melayu mengira memperbodohkan orang seperti menyamakan orang dengan lembu. Dengan contoh skendal lembu kondo suami Shahrizat yang dilindungi Najib, betul Najib telah menjadi sekalian orang seperti lembu dalam semua perkara.
Sekalian yang tidak mahu jadi macam lembu menuntut PRU 13 satu pilihanraya bersih. Ratus ribu orang datang ke Dataran Merdeka atas kehendak sendiri membantah Bersih 2.0 dulu dibakul sampahkan. Semua menuntut ia ditunaikan.
Tentulah ada tindakan susulan jika ia tidak ditunaikan. Apa? Tunggulah!
Tidak sekali-kali setakat 28 April 2012 itu mereka hendak memulakan kerja seperti rakyat Mesir yang turun ke Dataran Tahrir lebih setahun lalu.
Tetapi apa yang berlaku itu adalah satu amaran dan ingatan kepada Najib, jangan dorong rakyat bertindak seperti apa yang dibuat terhadap Hosni Mubarak. Penyokong Bersih 3.0 khususnya Pakatan Rakyat tidak mahu berlaku seperti yang menimpa Mesir itu kerana kuasa demokrasi itu boleh diperolehi melalui PRU 13 yang bersih.
Revolusi rakyat Mesir terjadi kerana mereka tidak boleh dapat apa-apa dari regim Hosni Mubarak. Tiada pililhan selain dari apa yang mereka lakukan.
Tetapi rakyat Malaysia boleh dapat perubahan melalui pilihan raya tetapi pilihanraya itu mesti bersih. Yang menjadi halangan ialah Najib memperkenal transformasi tipu, enggan menjadikan SPR sebagai satu suruhanjaya yang bersih.
Semua orang kata, SPR kotor. Yang kata ia bersih hanya Najib dan lembu-lembunya.
Pembangkang belum memikirkan untuk menyamakan Najib dengan Mubarak, tetapi Bersih 3.0 itu adalah amaran supaya jangan sampai orang menjadikan Dataran Merdeka itu seperti Dataran Thahrir. Jika kebebalan Najib itu nanti dilihat orang sama saja dengan Mubarak, kita tidak dapat tahan orang Malaysia jadi seperti orang Mesir.
Sebelum ada yang menirunya, Najib mesti elakkan kecelakaan itu dengan mendengar apa orang mahu.
Najib jangan minta Dataran Merdeka jadi Dataran Tahrir! Tuhan tidak suruh minta diuji. Jika merepek Najib itu dikira sebagai mencabar supaya ia dilakukan terhadapnya, tunggulah nanti akan Tuhan perkenankan!
Mintalah yang elok dan muluk! Jangan inginkan yang buruk dan yang busuk.
Sumber HD : 7/05/2012
Sumber HD - 15-3-2013
Oleh itu rakyat mesti menghukumnya, jatuhkan kerajaan PAS Kelantan itu!
Yang dikatakan dosa itu tidaklah sekadar dosa politik atau dosa pada orang Melayu. Tetapi dosa yang dipercayai tercatit dalam buku amal seseorang di Mahkamah Rabbul Jalil.
Dosa PAS itu tidak disebut lima atau enam. Tidak dikatakan sepuluh atau sebelas atau seterusnya. Ia dikatakan tujuh. Ia sama dengan jumlah tujuh dosa besar yang disenaraikan oleh Islam.
Apabila ia disebut tujuh dosa, maka dosa PAS itu adalah sama denga dosa besar yang Nabi Muhammad SAW sampaikan kepada umatnya.
Dosa besar yang baginda beritahu itu, bukanlan saja-saja baginda sebut atau ia hasil dari kaji selidik baginda atau pengamalannya. Semua yang baginda sabda, buat dan amalkan adalah dari wahyu Allah. Tidak ada yang bersumber dari baginda itu bukan wahyu.
Dosa besar yang baginda gariskan itu adalah bagi menyatakan hukum sebagai panduan semua orang. Jika buat apa yang termasuk dalam dosa besar itu, maka orang itu melakukan dosa besar. Dan barang siapa mengekalkan dosa kecil, tidak bertaubat, maka ia sama dengan satu lagi dosa besar.
Ada pun orang yang melakukan dosa besar itu, dirasakan berdosa dari apa yang dilihat. Sah atau tidak dia sudah berdosa besar hanya Allah yang menentukan. Orang biasa tidak boleh mengatakan sah dia berdosa di sisi Allah.
Nabi Muhammad SAW boleh memberi tahu penghuni kubur itu berdosa dan yang lain tidak berdosa kerana kesalahannya kerana baginda mendapat wahyu mengenainya.
Ada orang yang berhijrah bersama baginda tidak dapat pahala dan ada yang dapat pahala bergantung kepada niatnya. Yang mana satu yang tidak berpahala kita pun tidak tahu. Umumnya orang yang berhijrah itu dapat pahala, maka kita kira mereka mendapat pahala. Yang tidak dapat pahala itu kita tidak tahu siapa. Allah saja yang tahu.
Kalau kita tuduh kerajaan rasuah dan ada orang terlibat dalam pembunuhan, maka tidak dapat menjatuhkan hukuman sendiri melainkan ia ditentukan oleh mahkamah. Yang boleh kita buat ialah minta ia disiasat dan didakwa atas perbuatannya. Selagi dia tidak didakwa dan tidak disabitkan oleh mahkamah, tidak boleh kita katakan dia sudah bersalah.
Dalam kes mengambil untung sampai RM500 juta dalam pembelian kapal selam Perancis, kita tuntut kerajaan mendakwa orang yang disyaki apakah betul atau tidak. Sah tuduhan atas seseorng itu bila dia didakwa dan dijatuhkan hukum. Apabila dia tidak didakwa, tidak dapat disahkan dia bersalah atau tidak. Cuma kerajaan yang tidak mendakwanya memikul beban dosanya.
Apa keistimewaan Najib untuk menjatuhkan PAS dengan tujuh dosa yang dikatakannya? Dari mana dia tahu sah dosa PAS itu sedang dia tidak ada wahyu seperti para nabi?
Najib adalah orang yang berkuasa. Dia boleh dakwa PAS dengan dosa-dosa yang dikatakannya di mahkamah kalau dosa itu mengenai dunia dalam sebuah negara sekular. Dan kalau yang membabitkan syarak boleh diadukan kepada mahkamah syariah.
Mengapa dia tidak dakwa PAS atas tujuh perkara yang dikatakan berdosa itu? Mana boleh dia sendiri membuat hukuman. Apakah di sisi Allah orang yang melakukan tujuh dosa besar itu sah atau tidak hanya Allah yang tahu. Tetapi mahkamah diberi kuasa menghakimkan pihak yang dituduh.
Najib dengan ini menghukum PAS tanpa dakwaan, dan seolah-olah dia tahu kedudukan PAS itu di sisi Allah seperti yang diwahyukan kepada sekalian nabi. Jangan Najib sampai dilihat begitu.
Sumber HD - 18-3-2013

Ke Putrajaya tanpa kabinet bayangan
Subky Latif, | 07 Mei 2012 |
BOLEHKAH Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya tanpa menamakan kabinet bayangan seperti yang diamalkan oleh negara yang mewujudkan sistem dua parti seperti di Britain dan Australia dan lain-lain?
Itulah yang diejek-ejek oleh pemimpin BN khususnya Perdana Menteri terhadap Pakatan Rakyat yang hingga ini dikatakan gagal untuk menamakan kabinet bayangannya. Kegagalan itu dikira kelemahan pembangkang, maka ia kononnya mencerminkan ketidakupayaan mentadbir negara.
Adalah benar pembangkang Britain yang bergilir-gilir antara Parti Buruh dan Parti Konservatif ada kabinet bayangannya.
Tetapi ada juga negara yang memakai sistem dua parti tiada kabinet bayangan hinggalah ia memenangi pilihanraya seperti Amerika.
Pembangkang Amerika tidak pernah ada kabinet bayangan. Dua tahun sebelum pilihanraya Presiden mereka sebok memilih calon Presidennya dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Setelah ada calon Presiden mereka pulun dulu apa yang hendak dibuat kiranya berkuasa?
Sesudah calon pembangkang itu menang, ia ada masa dua bulan pula memilih anggota kabinetnya. Diumumkan seorang demi seorang. Tiada siapa tahu siapa anggota kabinetnya hinggalah dalam masa sebulan setengah itu dinamakan seorang demi seorang oleh Presiden yang terpilih itu.
Tiada siapa mengatakan pembangkang Amerika itu lemah kerana tiada kabinet bayangannya.
Dibandingkan antara Amerika dan pembangkang Malaysia yang sekarang Pakatan Rakyat tidak perlu berkempen macam pembangkang Amerika tentang siapa calon ketua kerajaan. Sebaik saja Pakatan dibentuk ia sudah ada Perdana Menteri bayangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika Anwar diminta Yang di-Pertuan Agong membentuk kabinet selepas memenangi pilihanraya dia tidak akan mengambil masa berminggu-minggu seperti yang dilakukan oleh bakal Presiden Amerika bagi menamakan kabinetnya.
Kurang dari seminggu dia akan umumkan sekalian anggota kabinetnya serentak. Tanpa bayangan pun boleh membentuk kerajaan, memadai sekadar ada Perdana Menteri bayangan.
Rakyat yang memilih tidak perlu tahu siapa menteri pelajaran tinggi dan siapa menteri industri asas tani. Yang mereka hendak tahu sekarang ialah calon Perdana Menteri.
Yang pembangkang dulu tidak dilihat sempurna kerana pengundi tidak tahu siapa yang akan jadi Perdana Menteri kalau ia menang? Antara yang menguntungkan BN dulu ialah tiada calon Perdana Menteri yang tunggal itu. Sekarang calon itu telah diketahui sebelum Najib jadi Perdana Menteri.
Tiada kabinet bayangan itu bukan satu bukti kelemahan pembangkang. Jepun tidak pernah ada kabinet bayangan. Perdana Menteri bayangan pun tak ada. Ia bertukar Perdana Menteri setiap tahun. Tiada siapa di dunia kata sistem Jepun itu lemah.
Pengundi Malaysia sekarang bukan hendak tahu siapa kabinet bayangannya. Yang mereka hendak tahu apa program pembangkang jika ia menang?
Mereka sudah umumkan dalam Buku Jingga tiga tahun dulu banyak perkara yang akan dibuat dalam masa 100 hari ia berkuasa. Najib pun sudah hafal isi Buku Jingga itu. Ia curi sikit demi sikit.
Pakatan hendak adakan reformasi, Najib pun adakan transformasi. Pakatan hendak mansuhkan ISA, Najib padam kalimah ISA. Ditukar ISA pada nama lain.
Rakyat hendak tahu tentang harga runcit minyak. Ia akan turun sebelum kabinet dibentuk. Perdana Menteri bayangan sudah umumkan dalam masa 2 jam harga minyak akan diturunkan. Dalam masa 2 jam kabinet baru hendak dibentuk.
Tidak perlu dinamakan Lim Kit Siang ada dalam kabinet. Orang tahu dia akan ada kerana dia sudah umumkan akan bentuk Suruhanjaya Bebas tentang kedudukan Zon Bebas Pelabuhan Klang. Tanpa beritahu dia ada dalam kabinet orang pun tahu dengan pengumumannya itu dia ada dalam kabinet.
Orang tidak perlu tanya Ustaz Abdul Hadi ada atau tidak dalam kabinet, tetapi orang mahu tahu rakaman khutbah Jumaat akan disiarkan oleh RTM di waktu yang sesuai selepas solat Jumaat. Tiada sesuai ada siaran langsung kerana laki-laki Islam berada di masjid masing-masing semasa solat.
Tiada kabinet bayangan pun boleh sampai juga ke Putrajaya. Kabinet bayangan itu bukan wajib. Ia sekadar harus.
Sumber HD : 7/05/2012
PENGAJIAN J-Qaf – Jawi, Quran dan Fardu Ain tidak dapat diteruskan di sekolah menengah hingga tahun 2014 disebabkan oleh tiada guru yang terlatih yang mencukupi.
Program J-Qaf dimulakan sebaik Tun Abdullah Badawi menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri bagi mengatasi masalah buta jawi, al-Quran dan Fardu Ain di kalangan lepasan sekolah bagi generasi selepas merdeka.
Sejak ia dimulakan Malaysia sudah punya dua menteri pelajaran iaitu Datuk Hishamuddin Hussein dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tanggungjawab kedua merekalah bagi menentukan program itu berjaya. Sebagai program anak kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, maka bergantung kepada pantauannya bagi menentukan ia berjaya.
Apa Datuk Hishamuddin buat bagi menjayakan rancangan itu supaya lepasan sekolah selepas tahun 2010 tiada lagi belia buta al-Quran, Jawi dan Fardu Ain?
Sumber kementerian pelajaran menyatakan guru J-Qaf untuk sekolah rendah berlebihan. Ia terjadi disebabkan oleh tidak semua sekolah rendah sempat ditembusi oleh prgoram itu.
Jika Menteri Pelajaran itu kompiten dalam masa beberapa tahun saja semua sekolah ada guru yang diperlukan dan dia mesti menyediakan guru terlatih yang secukupnya dan dapat diteruskan ke sekolah menengah bila waktunya tiba.
Penundaannya di peringkat menengah seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri, Fuad Zarkasi adalah satu kegagalan Menteri Pelajaran Hishammuddin dulu, kerana tidak mengadakan perancangan latihan guru yang teratur.
Program itu tidak diadakan serentak untuk semua pelajar di sekolah rendah. Tetapi sekalian murid darjah satu tahun pertama ia dilaksanakan mesti mengikuti mata pelajaran itu dan pada ketika yang sama ia mesti mengadakan latihan guru yang secukupnya dari tahun ke tahun.
Diakui bahawa pada tahun pertama ia diperkenalkan ia berhadapan dengan percubaan dan kelemahan kerana ia program baru. Tetapi rancangan mendapatkan calon guru yang secukup mesti dibuat.
Bakal guru adalah lepasan sekolah agama. Semua sekolah agama rakyat mesti digalak dan dibantu bagi mengeluarkan seramai-ramai calon latihan guru. Bilangan yang melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan, Afrika Selatan, Sudan dan lain-lain mesti dilipat gandakan.
Jakim, kementerian pelajaran jangan sibuk mensyarakatkan lulusan STAM saja layak menyambung pelajaran ke Azhar Mesir. Mana-mana pelajar yang memenuhi kehendak Azhar disokong supaya dapat memenuhi pasaran guru tersebut.
Kementerian boleh bekerjasama dengan negara-negara yang ada calon guru itu dengan menghantar pakar pendidikan guru bagi mengenalkan mereka dengan method latihan guru di Malaysia. Seramai-ramai lepasan istitusi pengajikan tinggi Islam luar negeri itu sepulang terus menjalani latihan guru secara intensif.
Kita ada universiti yang menyediakan pengajian perguruan seperti UPSI Tanjung Malim. Beribu-ribu graduan perguruan menganggur sekarang. Ini bererti universiti menyediakan bakal guru yang berlebihan tetapi tidak dirancang bahawa antara yang mendapat latihan di situ adalah untuk memenuhi keperluan J-Qaf rendah dan menengah.
Seorang menteri yang kompiten mesti ada perancangan bagaimana semua yang diperlukan oleh negara dapat dipenuhi dan bekalkan.
Kita belum kaji tecara terperinci apa kejayaan J-Qaf di sekolah rendah setakat ini. Tetapi kenyataan timbalan menteri, program itu tidak dapat diteruskan di sekolah menengah hinggalah tahun 2014 justeru tidak guru yang cukup.
Ia bukti Hishammuddin sebagai menteri pelajaran tidak membuat persiapan jangka panjang. Yang menghantuinya lepasan graduan agama yang banyak, dengan roh agama yang ada pada mereka, ia bakal mengancam pengaruh UMNO. Maka yang hendak ke Mesir mesti ada STAM saja. Pelajar yang berfikiran kritis disekat bantuan dan disekat di mana yang boleh.
Tiada perancangan yang jelas dan tiada sikap berlapang dada terhadap pengajian agama, menjadikan program itu tertunda di peringkat sekolah menengah hingga tahun 2014. Ramai mana pelajar yang rugi gara-gara kelemahan menteri yang tiada wawasan. Rakyat boleh menyuarakan supaya Hishammuddin dipertanggnungjawabkan. Jika di Jepun dituntut dia berhenti.
Apabila Muhyiddin Yassin mengambil kementerian pelajaran tiga tahun lalu, tidak pula dia melihat kekosongan wawasan Hishamuddin itu bagi diatasi segera.
Masa tiga tahun Muhyiddin boleh membuat tindakan program segera bagi menyediakan guru untuk keperluan sekolah menengah. Kerana terlalu menumpukan serangan Pakatan Rakyat yang kuat untuk mengambil Putrajaya, dia tidak sedar tiada persediaan latihan guru J-Qaf untuk sekolah menengah. Macam mana Muhyiddin hendak menggantikan Najib yang serba lemah itu?
Yang rugi oleh kelemahan mereka ialah pelajar kita.
Sumber HD : 16/05/2012
Sumber HD - 12-3-2013

Tiada guru J-Qaf menengah ditunda
Subky Latif, | 16 Mei 2012 |

Tiada PRU selagi kes Bersih 3.0 tergantung
Subky Latif, | 17 Mei 2012 |
SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu.
Bila lagi?
Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.
Cuepacs pula sedang meneliti siapa anggotanya yang turun padang untuk dikenakan tindakan. Guru-guru pula sedang diperhatikan siapa yang keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga sedang diperhatikan.
Macam-macam tidakan dicadangkan untuk dikenakan. Jika betullah pro kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan, maka ia memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.
Dalam keadaan yang ada kerajaan tidak sekadar menggertak, tetapi sungguh-sungguh hendak bertindak.
Tidak dapat hendak diramalkan apa bentuk suasana jika semua tindakan itu dikenakan.
Adalah faedah politik yang dicari dari semua tindakan itu.
Jika semua tindakan itu hendak dikenakan, maka pilihan raya tidak dapat diadakan selagi semua kes tidak selesai. Najib tidak akan membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan pilihanraya. BN dan Najib tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya diadakan sedang semua kes itu tidak selesai.
Jika pilihan raya diadakan dalam keadaan demikian, maka apa jadi kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?
Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan semua arahan buru orang yang belum tertangkap. Semua yang sudah ditangkap dilepas dan tiada tindakan akan diambil.
Semua kes yang sudah didakwa digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara dan pendakwa raya patut buat dengannya.
Presiden Ceupacs pun tentang tidak berkata apa-apa lagi kepada anak buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang daripadanya. Akan ada pandangan bagi dari pembesar Ceupacs.
Saya tidak tahu siapa jadi Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu tukar Ketua Polis Negara dan Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu. Tun Hanif Omar akan jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa penyiasat yang diketuainya?
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?
Tentulah suasana akan berubah.
Perdana Menteri Najib macam mana? Dia akan jadi macam Dato Onn bin Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri Malaya selepas 27 Julai 1955.
Suasana itu antara yang sedang pun difikirkan oleh Najib.
Sebelum keadaan seperti itu berlaku Najib berfikir lagi tentang tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan adakan selagi semua yang polis cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari mereka akan didakwa, tetapi dia mahu supaya semua kes itu diselesaikan dulu.
Dia tidak mahu semua kes itu tergantung ketika pilihan raya diadakan. Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa kesannya? Masa itulah yang menentukan kesannya.
Maka selepas semuanya selesai barulah tarikh pilihanraya diumumkan. Sebelum puasa atau selepas musim haji? Bergantung secepat mana semua kes itu dapat diselesaikan.
Sumber HD : 18/05/2012

Rata-rata penyokong Bersih 3.0 pelanggan Mydin
Subky Latif, | 20 Mei 2012 |
SEBAHAGIAN besar dari sekitar 300,000 orang yang turun ke jalan menyokong Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 Arpil 2012 lalu ada pelanggan pasaraya Mydin di semua gedungnya di seluruh negara.
Yang tidak turun yang jumlahnya adalah ramai adalah penyokong perniagaan Mydin itu. Selian dari ia dapat membekalkan kebanyakan yang diperlukan oleh pelanggan, mereka menyokongnya kerana ia adalah gedung perniagaan rakyat negara.
Oleh kerana Mydin itu orang Islam, maka ada hukumnya dalam Islam bahawa orang Islam mesti menyokong perniagaan orang Islam. Jika ia untung ia akan berzakat dan cerita lain yang manfaatnya melempang kepada Islam dan manusia seluruhnya.
Pejuang keadilan tidak bercadang untuk menyusah dan mengganggu perniagaannya apa lagi untuk mendatangkan kerugian kepadanya, tetapi mereka akan tersinggung apabila perniagaan Mydin menyesali tindakan mereka menuntut sistem pilihanraya adil dan bersih telah merugikan perniagaannya lebih sejuta pada hari tunjuk perasaaan itu.
Saya terlihat di TV saudagar perniagaan itu menyebut betapa tindakan rakyat itu telah menyusahkan orang ramai dan mengganggu perniagaan hingga menyebabkan beberapa gedungnya di kawasaan tumpuan tunjuk perasaan itu tidak berniaga.
Pada hal hujung bulan orang baru dapat gaji, di hujung minggu orang perpusu-pusu membeli belah. Kerana gangguan tunjuk perasaan itu banyak gedung perniagaan dan gerai tidak beroperasi. Perniagaannya sendiri ditaksirkan kerugian sejuta lebih hari itu.
Dia pertikai Bersih 3.0 menggunakan tempat strategik untuk kegiatan itu.
Dari nada cakap dia menyesali tindakan Bersih 3.0 itu malah ia juga menanggung rugi kerana Bersih 2.0.
Kita terima hakikat mana-mana peniaga yang membuka perniagaannya sehari atau beberapa hari atas apa-apa sebab jua, ia mengalami kerugian. Seperti cuti umum, ia akan rugi.
Banyak mana peniagaan di sekitar Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah rugi kerana tidak berniaga di waktu solat?
Tetapi ramai mana pula peniaga di berbagai bidang mengaut keuntungan dari kehadiran ratus ribu orang itu. Peniaga air botol saja untung banyak mana.
Restoran yang cerdik menjalankan perniagaannya. Hanya penyokong kerajaan yang rasuah dan menindas rakyat yang menutup perniagaan.
Jika perniagaan menghadapi risiko, adakah kerana kehadiran tunjuk perasaan itu atau reaksi polis yang berlebihan menyebabkan ada risiko itu?
Mydin jangan fikir kerugian sejuta hari itu. Pelanggannya yang perlukan sesuatu tidak turun hari itu saja. Esoknya mereka dan membeli apa yang tidak diberi hari itu. Atau mereka sudah memberi satu dua hari ssebelumnya kerana mereka tahu tentang kesesakan unjuk rasa itu. Apa pun kerugian satu hari itu dapaat ditampung sama satu dua hari selepasnya atau sebelumnya.
Cepat atau lewat pelanggannya akan datang juga.
Dia patut berfikir begitu. Jangan menyesali pelanggannya menunjuk perasaan bersama hari itu sedang hari lain mereka ke gedungnya. Ribuan orang yang disesali Mydin itu adalah orang yang menyebabkan dia kaya raya.
Patut dan bijakkah dia menyesali tindakan mereka?
Mydin mesti sedar tuntutan mereka ada untuk mendapatkan perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Dengan pilihanraya bersih itu mungkin kerajaan yang bersih dapat diwujudkan. Ratus ribu orang turun itu mahukan perubahan, mahu menolak kerajaan dan pemimpin yang rasuah dan menindas.
Pemerintah yang rasuah dan tidak kompiten boleh menghuru-harakan negara seperti Mesir, Syria dan lain-lain. Ia juga menyebabkan negara muflis seperti Greece, Itali dan Sepanyol.
Jika bank di negara-negara itu boleh tumbang, maka gedung peniagaan seperti Mydin itu tidak boleh bertahan. Kalau rakyat sudah tidak berduit dan tiada pekerjaan, gedung Mydin boleh tutup.
Jika kerajaan yang ada dapat ditukar dengan lebih baik, maka rakyat dan negara ada jaminan masa depan yang lebih baik. Jika kesan unjuk rasa itu menyebabkan kerajaan membetulkan kepincangannya dan pulih seperti sepatutnya atau ia diganti dengan kerajaan yang lebih baik, gedung perniagaan seperti Mydin yang tetap meraih untung.
Sepatutnya ia berdiam diri dan jangan menyakiti hati orang yang menuntut keadilan sedang mereka adalah pelanggannya juga. Jangan Mydin jadi pihak yang tidak berbuat apa-apa bagi mewujudkan pemerintahan yang adil. Jangan fikirkan keuntungan saja, belaslah sama terhadap orang yang tertindas.
Sumber HD : 20/05/2012

Jangan main-main sertai DAP
Subky Latif, | 26 Mei 2012 |
SAYA tidak anti DAP dan saya berkawan dengan orang DAP sejak ia bernama PAP sebelum Singapura disuruh keluar dari Malaysia.
Lim Kit Siang yang menjadi pembantu Devan Nair selalu datang ke Utusan Melayu dan saya kenal Lee Lam Thye yang baru jadi ADUN Selangor tahun 1969.
Tapi saya takjub mengapa ada orang Melayu menyertai DAP? Begitu banyak parti politik Melayu maka ada juga orang Melayu yang menyertai DAP. Sejak DAP ditubuhkan ia diberi cap oleh UMNO dan orang Melayu yang tidak tahu politik bahawa ia parti anti Melayu. Sehingga hari ini DAP berhempas pulas untuk keluar dari cap itu.
Saya tidak menghalang orang Melayu menyertai DAP, tetapi menyertai DAP bagi orang Melayu meletak diri dalam keadaan fitnah. Orang Melayu melihatnya lain macam. Hampir sama keadaannya bagi orang Melayu melihat orang Melayu yang menyertai komunis.
Kerana itu saya takjub apabila Tunku Abdul Aziz, seorang yang benci rasuah dan menyintai ketelusan menyertai DAP. Mengapa dia yang mahu menyambung perjuangan bagi memerangi rasuah dan perkauman menyertai DAP sedang dia adalah orang Melayu yang berfikiran kelas dunia?
Saya hormati hak dan kebebasannya memilih apa yang terbaik baginya bila dia menyertai DAP. Kalau saya tidak menyertai DAP, maka saya boleh halang orang Melayu yang hendak menyertai DAP.
Moga-moga ada baiknya rakyat dan negara bila mereka menyertai DAP dan ia juga diharap dapat memberi kebaikan kepada DAP dan mungkin boleh membantu DAP keluar dari fitnah anti Melayu yang menyelubunginya sepanjang ini.
Amat besar jasa dan kejayaannya kepada Malaysia dari segi politik kiranya dia atau mereka dapat menjadikan DAP yang anti rasuah dan pro kerajaan yang baik dan bersih sebagai parti berbilang kaum yang dapat diterima oleh orang Melayu dan dalam masa yang terdekat dalam menukar DAP tidak lagi dilihat sebagai parti orang Cina bahkan menjadi parti untuk semua kaum.
Daripada menjadi UMNO parti Melayu/Islam yang di dalamnya bersarang rasuah, kroni dan perkauman sempit, maka eloklah Melayu berada dalam DAP bersih rasuah dan memperjuangkan keadilan dan mahu menegakkan kerajaan yang baik untuk rakyat.
Biar dengan sumbangan mereka orang Melayu berbangga menjadi orang DAP dan sekadar berada dalam DAP sebagai pengikut dan penyokong tetapi menjadi pemimpin yang berwibawa dan disegani. Biar dia menjadi pemimpin DAP bukan kerana dia orang Melayu dan orang Islam, tetapi dia layak jadi pemimpin dan orang Cina dan India suka jadi penyokongnya sebagaimana mereka seronok berada di bawah Anwar Ibrahim yang memimpin PKR.
Banyak baiknya jika DAP itu dapat diletak di arus perdana yang popular.
Jika hendak menyertai DAP sertailah dengan hati yang terbuka dan berfikiran serius, tegas dan istiqamah. Jangan jadi orang menyesal menyertai DAP. Anda boleh berbeza pandangan dengan pemimpin-pemimpin DAP yang lain atau ada pandangan anda ditolak oleh DAP.
Tetapi anda tidak boleh selepas berbeza pandangan dalam perkara tertentu lalu keluar dan menyokong pula Perdana Menteri Najib yang imejnya amat ajaib dalam dan luar negeri. Hendak memberi peluang pula konon kepadanya melaksanakan program transformasinya.
Masa Tunku Aziz menyertai DAP, dia sudah tahu siapa Najib. Najib jadi begitu bukan saja kerana pembawaannya sendiri tetapi dipupuk sama oleh budaya cacamarba UMNO. Kerana dia tahu UMNO begitu, Najib begitu dan pemimpin serta penyokong UMNO sekaliannya begitu, maka dia memilih DAP. Dia tidak pilih PKR dan tidak pilih PAS.
Tentu dia juga tahu DAP dan pemimpinnya macam mana sejak DAP wujud. Kit Siang dari muda hingga ke tua menyertai tunjuk perasaan atas berbagai sebab. DAP ikut menjadi Bersih yang pertama. Ia menjayakan Bersih 2.0 hingga lahir tuntutan lapan perkara bagi mewujudkan sistem pilihanraya adil dan bersih.
Dalam mana-mana tunjuk perasaan biasalah benda-benda yang normal itu terlanggar dan dilanggar dengan tujuan baik.Tunku Aziz tentu tahu DAP itu sejak belum disertainya. Dia diam terhadap Bersih sebelum Bersih 3.0. Bukan DAP saja yang menyokong Bersih 3.0. Ia disokong oleh Tok Guru Nik Aziz dan sekalian ulama dalam PAS. Malah ia disokong oleh Tengku Razaleigh.
Maka ganjillah bagi pemimpin DAP berstatus senator menentangnya. Ia jadi seperti ugly duckling.
Sekurang-kurangnya jadilah seperti Tan Sri Lee Lam Thye apabila keluar dari DAP, dia belum memuji UMNO dan BN. Dia belum memuji Dr. Mahathir dan Najib.
Jangan jadi punca menyebabkan orang bukan Melayu tidak percaya kepada orang Melayu yang menyertai DAP.
Sumber HD : 27/05/2012
KONONNYA jamaah haji dari Malaysia justeru unjukrasa Bersih 3.0 antaranya ada sama di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Arab Saudi dikatakan oleh kerajaan Najib amat sensitif dengan tunjuk perasaan itu, maka ia menimbang untuk mengurangkan jamaah haji dari negara kita.
Maka menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia mengguna isu Bresih 3.0 kerana reaksi kerajaan Mekah itu.
Kalau betul kerajaan Saudi marahkan orang yang berbaju kuning di dua kota suci itu apa kecekapan diplomasi Wisma Putra dapat lakukan bagi menenangkan gangguan yang ada dalam kepala pemerintah Arab Saudi?
Jika justeru itu jamaah haji kita dikurangkan, maka jangan salah tunjuk perasaan, tetapi ia tanda diplomasi Wisma Putra lemah. Bolehlah disalahkan Bersih 3.0 itu, tetapi Wisma Putra mesti menunjukkan kebijaksanaan supaya kes sesenang itu dapat melenyapkan gangguan politik Arab Saudi.
Brigadier Jamil Khir jangan perendah keupayaan Wisma Putra dalam kes seremeh itu.
Saya tidak fikir Raja Saudi tidak dapat tidur kerana beberapa puluh orang pelajar kita ikut berbaju kuning hari itu.
Kalau Raja Saudi sensitif terhadap gelombang tunjukrasa yang melanda banyak negara Arab, ia mesti berbuat sesuatu yang boleh mengelakkan rakyat Saudi menyintai kerajaannya lahir dan batin.
Jika Raja Saudi tidak dapat tidur, bukan diganggu oleh Bersih 3.0 tetapi mereka terganggu dengan Arab spring yang berlaku di sekeliling negaranya.
Ada unjukrasa yang seratus kali lebih besar berlaku di Yaman yang berkongsi sempadan dengannya, di Bahrain yang berkongsi budaya dengannya, Mesir yang hanya dipisahkan oleh Laut Khalzum, Libya yang sama-sama kaya minyak dan yang belum reda di Syria yang masih dalam berberang sekarang.
Apa yang berlaku di semua negara Arab itu mengetuk pintu hati ke semua rakyat Saudi. Yang menarik atas kejadian itu lebih ramai dari tidak tertarik.
Jangan kata apa yang berlaku di setiap negara itu tidak ada rakyatnya di Arab Saudi. Kalau rakyat Malaysia yang belajar di Mekah dan Madinah ada reaksi atas Bersih 3.0, apakah rakyat Mesir, Yaman, Libya, Syria dan Bahrain yang berada di Saudi tidak tertarik dengan perkembangan dalam negara masing-masing?
Pergolakan di semua negara Arab itu sudah berlaku sebelum musim haji yang lalu. Jamaah haji dari semua negara itu tentu membincangkan perkara itu dengan rakyat negara masing-maing yang berada di Mekah dan Madinah dan mereka juga bercakap mengenaikan dengan lain-lain jamaah Arab termasuk rakyat Saudi sendiri.
Adakah Mekah mengurangkan jamaah haji dari setiap negara yang bergolak itu dalam musim haji yang lalu?
Sekarang ada hasil yang baik di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman. Malah Maghribi dan Jordan menyesuaikan keadaannya dengan dunia Aran. Apakah hasil pergolakan di semua negara itu tidak menarik perhatian watan Saudi?
Apakah jamaah mereka yang naik haji nanti tidak membincangkan keseronokan mereka atas suassana baru di negara masaing-masing?
Maka kalau Saudi hendak mengurangkan jamaah haji dari Malaysia kerana ada orang berbaju kuning di dua kota tempoh hari, maka mereka perlu fikirkan untuk mengurangkan jamaah haji dari semua negara Arab yang baru lepas dari pemerintahan totalitarian itu.
Lagi pun Arab Saudi ada pengalaman menghadapi tunjukperasaan jamaah Iran beberapa musim haji selepas Shah Iran tumbang. Semangat anti Raja Saudi itu bukan sekadar dinyatakan di Iran tetapi dinyatakan dalam tunjukperasaan besar-besaran di Mekah. Kerajaan Saudi dapat menanganinya.
Berpuluh ribu orang menunjukrasa di sekeliling Masjidil Haram. Bukan sekadar kurang dari 100 berbaju kuning di luar musim haji.
Ada cadangan Saudi untuk mengurangkan jamaah Iran masa itu. Tetapi Ayahtullah Khomeini mengugut untuk tidak menghantar jamaah kiranya ada langkah mengurangkannya.
Jamaah Iran tetap dapat naik haji mengikut qotanya.
Kerajaan Saudi tentu memahami perkembangan dunia. Tentu dia memberi reaksii yang berlebihan dalam semua perkembangan.
Lagi pun mereka tahu PRU 13 belum menjamin BN terus berkuasa. Kiranya PRU berlaku sebelum haji, maka yang mengetuai jamaah haji Malaysia ada orang sama dalam Bersih 3.0. Tentulah Bersih 3.0 tidak lagi jadi isu bagi kerajaan Saudi. Tidak berbangkit lagi mengurangkan jamaah dari Malaysia.
Sumber HD : 30/05/2012
Pemuda UMNO masa itu dipimpin oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman. Saya mengenali Senu dari dekat. Dia seorang yang baik dan berfikiran maju tetapi bukan seorang yang samseng.
Tetapi orang di bawah beliau ada yang ultra dan samseng. Maka dia hilang kawalan terhadap anak buahnya.
Pemuda UMNO zaman itu mungkin ramai dan kuat, tetapi tidak dihormati. Mereka digeruni dan ditakuti. Dalam mana-mana politik duniawi adalah orang keras dan pelampau iaitu ektrimis. Tetapi Pemuda UMNO tahan lasak pelampau, sebaliknya samseng yakni gangsterisma. Mereka kaki pukul, kaki gaduh dan kaki kacau.
Pembangkang penting dan utama era itu adalah PAS. PAS banyak pengalaman menjadi mangsa politik ranggi itu. Ia adalah era paling hitam bagi Pemuda UMNO.
Sejak Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara dan Tun Musa Hitam menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato Harun Idris, sifat samseng Pemuda tahan lasak itu mula dibendung dan orang lupa kepada samsengnya.
Tetapi ia mulai kembali ke zaman huduh itu apabila ceramah pembangkang mulai diganggu. Penunggang motosikal bukan sekadar menggamatkan dentum bunyi motorsikal masing-masing bah meronda seperti mat sempit berdekatan majlis ceramah pembangkang. Ia amat mencabar kesabaran pembangkang.
Mulai semula budaya UMNO mengadakan ceramah kilat beberapa rantai dari ceramah PAS. Sejak dulu dan sekarang ceramah UMNO tidak berorang. Maka ia tidak banyak mengadakan ceramah. Yang rajin mengadakan ceramah ialah pembangkang terutama PAS. Ceramah selalunya ada sambutan. UMNO pun suka mendengar ceramah pembangkang di celah-celah gelap malam.
Tetapi selalunya bila ada ceramah pembangkang biasalah UMNO mengadakan ceramah segera kadang-kadang berhadapan dan bersebelah dengan ceramah pembangkang. Bukan ramai yang mendengar mereka, tetapi cukup mengacau, menghalang orang pergi ke ceramah pembangkang dan mengganggu yang hadir ke ceramah mendengar ceramah itu.
Gangguan itu mudah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku dalam ceramah PKR di Lembah Pantai itu.
Percayakah orang bahawa yang mengganggu itu bukan UMNO? Sama ada ia dilakukan oleh UMNO atau oleh sesiapa saja selain UMNO, tetapi persepsi orang ia adalah UMNO.
Boleh jadi bukan oleh UMNO. Tetapi sasaran ceramah itu selain dari menerangkan dasar dan perjuangan partinya, ia juga bagi menegur kelemahan kerajaan dan di mana tidak kenanya UMNO dalam berbagai perkara. Payah bagi pihak yang tidak berkenaan untuk memberi reaksi atas sasaran ceramah pembangkang.
Mungkin ia angkara orang lain, tetapi orang tetap kata ia khianat UMNO. Maka UMNO mesti menjaga kesabarannya sebagai pengamal demokrasi yang matang menjauhkan diri tohmah dikatakan samseng.
Orang yang tidak serorok dengan ceramah Anwar adalah UMNO totok saja. Orang lain sanggup pergi ke mana-mana untuk mendengarnya. Termasuk orang UMNO. Mana ada penceramah politik dalam dunia yang tidak membidas dan mengecam lawan politik. Bukan UMNO kalau dia tidak kata PAS, PKR dan DAP tidak baik. Kalau pembangkang boleh sabar apa UMNO kata kepada mereka termasuk mengata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir, maka UMNO yang berpolitik lebih 60 tahun sanggup belajar dari perkara itu.
Jika Anwar tidak diterima orang sebagai pemimpin dan tiada orang hendak mendengarnya lagi, maka mengapa ceramahnya diganggu. Kalau orang sudah tidak bersamanya, nescaya tiada lagi yang mendengarnya. Bila yang mendengarnya, dia pun tidak berceramah lagi. Jika UMNO tidak suka ceramahnya, UMNO boleh arah orang UMNO dan penyokongnya mendengar ceramahnya. UMNO jangan pergi mendengarnya.
Masalahnya UMNO pun ramai yang hendak mendengarnya. Kerana UMNO tidak terdaya menangkis serangannya dan tidak dapat menafikan kebaikan yang kerajaan pembangkang buat, maka cara mudahnya, ia balik ke alam samseng.
Najib mahu UMNO dan rakyat berfikir dan bertindak mengikut kelas dunia pertama, ketika semua orang sudah masuk ke kelas dunia pertama, UMNO masih berada di kelas dunia ketiga. UMNO tahan lasak lebih terkebelakang dari kelas dunia ketiga.
Sumber HD : 5/06/2012
Sumber HD - 5-3-2013
Sumber HD - 8-3-2013

Demonstrasi, Mekah Kurangkan Jamaah?
Subky Latif, | 30 Mei 2012 |

Kembali ke era pemuda Umno tahan lasak
Subky Latif, | 05 Jun 2012 |
KEKECOHAN dan gangguan terhadap ceramah PKR yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim di Lembah Pantai malam Khamis 24 Mei 2012 adalah rentetan UMNO kembali ke era Pemuda UMNO tahan lasak pra 13 Mei, 1969.

Berkenaan nombor plat WWW1
Subky Latif, | 06 Jun 2012 |
DULU plat motokar nombor MCA1 dibida hingga RM300,000. Untuk plat nombor WWW1 ia dibida setinggi RM520,000.
Siapa yang berjaya membidanya tidak penting, tetapi ia menggambarkan bahawa negara dan bangsa kita sudah masuk ke alam seperti itu dan ada orang yang sedia membida setinggi itu malah mungkin lebih tinggi dari itu hanya untuk satu nombor motokar.
Ia terjadi begitu ialah sistem yang terpakai di negara ini oleh orang-orang yang membenarkan sistem itu begitu.
Ia halal dan dibenarkan oleh undang-undang. Tetapi adakah ia benda yang betul dan bijaksana?
Sistem menjual nombor plat yang elok dengan harga yang setinggi itu tentulah disebabkan JPJ merasa sukar untuk memberi nombor yang elok-elok oleh disebabkan ramai orang yang mahukannya.
Kalau yang mahukan nombor yang elok itu adalah orang awam biasa, maka mudah kepada pemberi nombor memberi kepada siapa yang dia suka. Kalau yang memohon itu orang bernama, maka payah bagi memberinya, apa lagi kalau ia adalah raja-raja.
Kalau seorang raja yang memohon maka ia mudah diperkenankan, tetapi kalau serentak sekalian Sultan memohonnya, maka kepada raja yang hendak diberi.
Maka diadakan sistem membida. Siapa yang boleh memberi tender yang tertinggi, maka orang lain tidak boleh takwil. Jika ia diberi percuma, maka ditakuti ada orang dalam bermain kayu tiga secara gelap atau pintu belakang, mengambil harga untuk diri sendiri. Siapa yang boleh menyogok sekian banyak, maka dia boleh dapat nombor itu.
Bagi mengelakkan berlaku bentuk rasuah yang demikian, maka ia tawarkan kepada semua di pasaran terbuka untuk membida. Gara-garanya ada bida sampai setengah juta.
Orang seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan, Tony Farnandez, Vincent Tan dan Syed Mokhtar tak terasa apa sekali pun membida pada harga sejuta atau lebih. Duit mereka tidak luak.
Tetapi adakah bijak dan waras membida setinggi itu sedang dalam masyarakat kita penuh dengan serba ketempangan. Orang yang memerlukan duit, makanan, pakaian dan lain-lain begitu ramai sedang duit yang banyak digunakan untuk membeli satu nombor motokar.
Dari mana duit itu diperolehi tidak penting. Adakah dari duit loteri, menang judi, atau keuntungan perniagaan dan sebagainya, tetapi apakah ia satu amalan yang wajar?
Jika dengan setengah juta digunakan untuk menghantar orang yang belum pernah haji menunaikan haji, besar mana ganjaran pahala yang diperolehi. Seorang haji perlu RM10 ribu, dengan bida itu boleh hantar 50 jamaah. Segala ibadat dan pahala wajib haji setiap orang itu akan diperolehi oleh orang yang menghantarnya.
Setiap hamba Allah akan ditanya dari mana hartanya diperolehi dan bagaimana ia digunakan. Seorang kaya yang soleh setengah hari lewat masuk syurga dibandingkan dengan orang miskin yang soleh. Sebab Allah tanya cara dia berbelanja atas hartanya.
Nabi Sulaiman a.s. adalah maksum, kerana baginda adalah orang terkaya di dunia, baginda ditanya setiap kekayaannya digunakan, maka baginda menunggu 40 tahun masuk syurga selepas nabi-nabi lain.
Bagaimana sekalian membida nombor itu berbelas dan berpuluh ribu hendak menjawab apakah masing-masing telah menggunakan wang secara betul?
Kerajaan dan JPJ yang membenarkan amalan itu telah menyebabkan begitu ramai orang yang terlibat dalam perkembangan yang tidak sihat itu.
Kalau raja-raja terlibat membida, maka yang pertama dipersoal bukan raja-raja, tetapi ialah pihak yang menyediakan sistem hingga kejadian yang tidak sederhana berlaku. Islam yang sederhana tetapi yang melampaui tahap kesederhanaan.
Kita telah tercebur dalam amal kapitalisme yang parah.
Sumber HD : 6/06/2012

DAP, MCA saja berani berdebat
Subky Latif, | 12 Jun 2012 |
PADA 8 Jun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek berdebat sekali lagi dalam bahasa Inggeris pula.
Mereka sudah berdebat sekali sebelum ini dalam bahasa Mandarin. Perdebatan itu tidak tersebar luas kerana ia dapat diikuti oleh masyarakat Cina saja. Orang Melayu dan diplomat asing hanya dapat mengikuti dari petikan berita dan terjemahan yang tidak menyeluruh.
Kali ini penduduk Malaysia seluruhnya dan masyarakat Asia Tenggara akan dapat mengikuti perbahasan penting oleh dua tokoh yang mewakili pertubuhan politik yang mewakili masyarakat Cina Malaysia itu.
Debat politik adalah perkembangan penting dalam politik sekarang. Setiap ketua parti utama di kebanyakan negara demokrasi di dunia wajib menyertai siri debat terutama menjelang pilihan raya.
Dan orang-orang yang hendak menjadi Presiden atau Perdana Menteri mesti berani berdebat di kalayak umum atas apa jua isu yang berbangkit. Tidak lagi ada calon ketua kerajaan atau ketua kerajaan mengelak dari berdebat di depan umum.
Sama ada bersedia atau tidak bersedia calon Perdana Menteri mesti berani berdebat. Tidak ada lagi dalam politik moden Perdana Menteri atau calon Perdana Menteri takut berdebat.
Bagi yang takut berdebat tidak dikira sebagai calon yang layak jadi Perdana Menteri.
Dalam politik di Malaysia sekarang orang menunggu bila Perdana Menteri dan Perdana Menteri menunggu sedia berdebat. Anwar Ibrahim yang sudah diumumkan sebagai Perdana Menteri menunggu sudah lama menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri Najib.
Hanya Najib tidak pernah berani untuk menyahut seruan semasa. Najib dikira tidak bernasib baik seperti Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Badawi yang tidak pernah dicabar oleh mana-mana tokoh pembangkang untuk berdebat. Tetapi musim Najib sudah tidak sama lagi. Masa ini calon PM mesti berani berdebat.
Kita hanya dapat melihat debat oleh tokoh muda seperti Rafizi Ramli dari PKR dan Khairy Jamaluddin yang berani berdebat, tetapi masa mereka untuk jadi Perdana Menteri lewat lagi.
Bagaimana pun yang berani berdebat bila-bila masa ialah pemimpin-pemimpin Cina yang mewakili DAP dan MCA.
Semua tahu bahawa MCA adalah parti Cina zaman lalu, ia dirasakan sudah tidak ada kekuatan dan kedudukannya dalam Barisan Nasional tidak lagi seperti di zaman Tan Cheng Lock dan Tan Siew Sin, tetapi Dr. Chua Soi Lek dengan serba kelemahan yang ada padanya dia berani untuk berdebat dengan seteru politik yang lebih gagah iaitu Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Walaupun Guan Eng tahu kelemahan MCA dan ia seperti tinggal nyawa-nyawa ikan, seolah-olah tidak cukup handal untuk berdebat dengan parti Cina yang terkuat sekarang, tetapi dia bersedia kerana debat itu dapat memberi pelajaran dan pengetahuan kepada kaumnya.
Walaupun mereka mahu mencari keuntungan politik peribadi, tetapi depat tetap ada risiko baginya. Apa pun yang penting orang ramai akan dapat mengambil bahan dan pengetahuan yang terbaik dari isi debat itu.
Dalam hal masyarakat Cina akan beruntung kerana kedua-dua berani berdebat atas isu kepentingan kaum Cina atau kepentingan rakyat secara umum.
Sekarang yang berani berdebat adalah pemimpin dari kaum Cina. Pemimpin Melayu tidak berani. Rakyat melihat yang berani ialah Cina.
Perdana Menteri Melayu tidak berani. Macam mana Perdana Menteri Melayu dapat penghormatan dan pengiktirafan dari sekalian rakyat khususnya bukan Melayu kalau orang Melayu tidak berani berdebat.
Calon Perdana Menteri dan Perdana Menteri, bukan saja terdiri dari orang yang berani tetapi adalah orang yang serba boleh dan mampu menghadapi apa jua masalah yang timbul. Maka tiada juang bagi Perdana Menteri dan calon Perdana Menteri yang tidak berani untuk menjadi Perdana Menteri.
Pada masa orang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri, maka bakal Perdana Menteri itu mesti berani ke depan.
Jika orang lihat yang berani pemimin DAP dan MCA saja yang berani, maka bagaimana orang Melayu hendak mempertahankan kedudukan itu sebagai sifatnya orang Melayu saja. Jangan jadi Perdana Menteri semata-mata kerana tok nenek orang Melayu, tetapi jadilah orang Melayu yang berani dan pintar.
Dunia demokrasi yang terbuka orang mahu melihat Melayu yang berani. Maka orang Melayu mestilah tunjukkan mereka juga berani seperti pemimpin Cina yang ditunjukkan oleh Guan Eng dan Soi Lek.
Sumber HD : 12/06/2012

Tunda haji kerana pilihan raya
Subky Latif, | 13 Jun 2012 |
PRU 13 diduga tidak diadakan sebelum puasa bermula 21 Julai ini. Mungkin sebelum haji atau selepas haji.
Kiranya ia diadakan selepas haji maka penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR terutama yang terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya wajar memikirkan menunda keputusan naik haji.
Utamakan menghadapi pilihan raya dari menunaikan kewajipan Rukun Islam kelima itu. Haji boleh ditangguh ke musim yang kemudiannya yang tidak ada pilihan raya padanya. Pilihan raya lima tahun sekali itu menentukan kerajaan yang elok atau tidak elok. Maka menghadapi persiapan pilihan raya itu adalah lebih penting.
Tahun 1986 saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan oleh akhbar betapa penyokong PAS wajar menunda pemergian haji jika ia jatuh dalam musim pilihan raya. Peluang haji ke Mekah ada setiap tahun tetapi peluang membentuk kerajaan yang adil tanpa rasuah hanya ada lima tahun sekali, apa lagi kalau kerajaan yang hendak ditegakkan itu bagi memartabatkan Islam.
Pada mula penyokong PAS pun ada yang tidak gemar dengan pandangan saya kerana menunda haji bagi orang yang memenuhi syarat adalah satu kesilapan besar. Tetapi pandangan saya telah disambut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; belum menjadi Mursyidul Am dan belum menjadi Menteri Besar Kelantan.
Ustaz UMNO yang mempertikai pandangan saya itu pun menyambung kritikannya berikut sokongan Ustaz Nik Aziz itu.
Jika UMNO tidak setuju dengan pandangan saya, biarkan pengundi UMNO saja ke Mekah, tetapi pengundi PAS tinggal dalam negeri bagi menghadapi persiapan dan mengundi.
Saya membuat kenyataan itu kerana sebelumnya pernah pilihan raya umum diadakan dalam musim haji. Beribu jamaah haji dari Malaysia antaranya adalah pengundi PAS hilang peluang mengundi dalam pilihan raya itu.
PRU 1986 itu sendiri diadakan menjelang ibadat haji. Calon PAS bagi satu DUN Parlimen Padang Rengas berangkat ke Mekah sebaik membuang undi. Dia mendengar berita kekalahannya sebaik tiba di Mekah. Paling malang dan menggegarkan ialah Ketua Wanita Pulau Pinang yang sudah berada di Mekah dipanggil balik untuk menjadi calon. Dilarang jamaah haji yang sudah berada di Mekah meninggalkan tanah suci sebelum menunaikan haji.
Seruan saya itu dibuat atas kepentingan umat Islam dalam negeri. Tidak pula saya teringat rupanya betapa Ayatullah Khomeini sebelumnya memerintahkan umat Islam Iran tidak menunaikan haji kerana perbalahan antara kerajaan Saudi dan Iran.
Tindakan Imam Khomeini itu adalah mengikut ijtihadnya dan ia adalah berlandaskan syiasah syariyah. Saudi kemudian berunding dengan Iran. Mereka menyambung ibadat haji tahun berikutnya.
Pandangan saya dulu bukan semata-mata bagi menyatakan betapa pilihan raya adalah satu ibadat yang penting bagi Islam, menegakkan pemerintahan Islam atau pro Islam itu adalah serius, tetapi ia adalah juga satu kritikan buat pimpinan BN yang mengganggu tumpuan jamaah kita melakukan ibadat haji.
Lepas itu tiada lagi gangguan pilihan raya bagi mereka yang hendak menunaikan haji. Tetapi di bawah pentadbiran Najib ini orang yang hendak menunaikan haji diganggu lagi dengan teka teki pilihan raya.
Gangguan itu sudah bermula sebelum musim haji tahun lalu dan haji akan datang ini diganggu lagi. Besar cabaran bagi jamaah kita untuk mendapatkan haji mabrur.
Maka pada saya, pada musim PRU 13 yang paling penting dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, harapan terbaik bagi kerajaan menunggu membentuk kerajaan yang adil, berkebajikan, baik dan tanpa rasuah, adalah wajar penyokongnya menangguh rancangan naik haji itu ke tahun kemudiannya.
Menumpukan usaha menguasai Putrajaya khususnya bagi jentera pilihan raya adalah penting, tetapi ia tidak pula kurang pentingnya bagi pengundi dan penyokong biasa. Sekalipun ia diadakan selepas sekalian jamaah pulang, pilihan raya itu bukanlah acara hari pilihan raya itu saja, persiapan pilihan raya itu ada masanya lebih penting dari hari pilihan raya itu sendiri.
Sumber HD : 13/06/2012

Bukan PTPTN saja yang gila
Subky Latif, | 18 Jun 2012 |
PTPTN seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi Khaled Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN membekukan bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis.
Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya.
UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang.
Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu.
Sebagai menteri dan pegawai sekali lagi mereka dilihat macam orang gila apabila membatalkannya. Sebagai pegawai awam mereka seperti bermain wang awam dan kuasa seperti main duit sendiri. Mentadbirkan jabatan dan wangnya ikut kehendak sendiri tanpa peraturan. Itu cara zaman batu dulu, bukan zaman pentadbiran canggih sekarang.
Apa pun alasan yang menteri beri ternyata mereka dilihat sebagai pihak yang kalah. Ia memalukan kerajaan dan memalukan UMNO di ambang PRU yang bila-bila masa itu. Ternyata mereka pentadbir yang tiada kelas dan sebagai orang politik yang tidak kelas.
Mereka hendak menguji dan memerangkap PKR dan kerajaan Selangor tetapi yang dilihat politik Rafizi Ramli dengan janji pilihan raya Pakatan telah memerangkap mereka.
Kerja gila itu bukan yang oleh kerjaan BN. Beberapa bulan dulu Perdana Menteri Najib seperti orang gila menaikkan taraf dan gaji beberapa puluh tinggi PTD sampai puluh ribu. Ada yang sudah menerima ratus ribu atau dikatakan hampir sejuta. Ia boleh mengambil orang luar PTD untuk jawatan itu.
Setelah ramai yang bising dan merasakan ia kerja gila, tiba-tiba dibatalkan. Bagaimana hendak mengambil balik gaji yang sudah diterima oleh setengah pegawai? Menaikkan gaji secara mendadak dikira satu kerja gila dan membatalkannya pula macam kerja gila juga. Jadi dua kali gila.
Tidak cukup dengan itu PM Najib umumkan penggabungan MAS dan AirAsia. Angkat Tan Sri Tony Fernandes jadi lembaga MAS. Ia satu lagi kerja gila kerana orang terasa Fernandes dan Air Asia akan telan MAS sebagaimana di zaman Mahathir dulu sebuah bank komersial yang kecil bergabung dengan Bank Bumiputera yang besar menyebabkan Bank Bumiputera ditelan oleh bank yang kecil itu. Macam sawa ditelan ular lidi. Memang ia dilihat gila.
Sejurus kemudian penggabungan MAS dan Air Asia itu dibatalkan pula. Tak gilakah namanya. Tidak diketahui apakah pembatalan itu melibatkan pampasan kepad Tan Sri Tony dan AirAsia?
Apakah yang Khaled Nordin lakukan ke atas dua kampus di Selangor itu kerana diperintah oleh Najib atau ia ideanya sendiri. Kalau tindakan bodohnya itu dilakukan atas suruhan Najib, maka nasib Khaled samalah dengan nasib Pengerusi PTPTN yang terpaksa ikut suruhan menterinya.
Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya. Tetapi kalau tindakan itu adalah dari akal Khaled Nordin sendiri, nyatalah dia sudah memalukan Perdana Menteri. Bila orang kata menteri bodoh, maka ia seperti mengata Perdana Menteri bodohlah.
Semuanya adalah bagi memberi peluang kepada pembangkang memperleceh keupayaan menteri BN menjelang PRU. Tindakan itu satu kerugan besar buat.
Sumber HD : 18/06/2012

Indon cabut bendera Umno
Subky Latif, | 20 Jun 2012 |
SEORANG penduduk DUN Pasir Panjang yang diwakali Dato Seri Nizar Jamaluddin memberitahu saya tentang kejadian di Sungai Tiram, satu lokaliti di Dun itu yang mulai ramai didiami pendatang Indonesia.
Kampung itu ialah sekitar kewasan kelahiran isteri Dato Seri Zambry, Menteri Besar Perak. Ramai kerabatnya di situ.
Dalam haba pilihan raya yang entah bila itu jalan di Sungai Tiram itu penuh dipacak dengan bendera UMNO. Agaknya bendera Dacing. Penduduknya bercampur antara pengundi BN dan penyokong Pakatan Rakyat.
Ada satu kenduri kahwin di kampng itu baru-baru ini. Habis bendera UMNO berdekatan dengan tempat kenduri itu dicabut oleh Indon.
Jawab mereka, ‘Takut orang tak datang kenduri kahwin’ itu.
Tidak pula saya tanya orang yang kenduri itu penyokong mana-mana parti. Tetapi tidak pula mereka cabut semua bendera di sepanjang jalan kampung itu. Bendera yang berdekatan dengan tempat kenduri saja yang diturunkan.
Setengah pendatang di situ sudah biasa dengan penduduk sekitarnya.
Pemberitahu saya itu percaya ia adalah keprihatinan kaum pendatang itu sendiri. Berani pula mereka mencampuri urusan politik negara ini.
Mungkin pendatang yang bertambah di situ adalah orang-orang yang sudah atau baru didaftarkan sebagai pengundi. Menteri Besar tentulah mengenali penduduk kampung mertuanya itu dan dalam kepercayaan umum ramai pendatang yang diberi Mykad bagi melayakkan jadi pengundi, tidak mustahil suka kejadian seperti sebagai satu cara merampas negeri itu dari pengaruh pembangkang.
Yang menariknya ialah pendatang Indon itu cabut bendera UMNO supaya kenduri kahwin itu dihadiri oleh semua orang.
Ertinya pendatang-pendatang itu ada kesedaran politik.
Ada yang percaya warga pendatang Indon begitu berhati-hati dengan perkembangan politik di negara ini menjelang PRU 13 ini. Mereka seperti orang yang berjalan di jalan yang penuh duri. Berhati-hati supaya tidak terkena duri seperti sikap orang taqwa yang pernah disifatkan oleh Saidina Umar al-Khatab.
Antara orang Indonesia yang sudah dijadikan pengundi di Malaysia, mengikut pengamatan seorang penulis tetap Cina di Harakah menyebut antara mereka tidak tertarik untuk mengundi BN.
Sebabnya kerajaan BN tidak mampu memendung kenaikan barang dan keadaan ini akan bertambah parah apabila BN menang lagi. Perbelanjaan hidup yang sudah tinggi sekarang adalah pertahan - tidak turun dan tidak naik – sementara sampai hari mengundi.
Keadaan itu bertahan kerana menghadapi pilihan raya supaya tidak menyokong pembangkang. Tetapi apabila ia menang kembali, maka keadaan itu tidak dapat dikawal lagi.
Kebanyakan pendatang baik dari Indonesia mahu pun Bangladesh pendapatannya tidak banyak bertambah. Kerajaan BN sekarang mulai mengalih ke negara lain untuk mendapatkan pembantu rumah setelah Indonesia membekukan pengiriman tenaga pembantu rumah sehinggalah majikan bersetuju memberi RM700 sebulan.
Kerajaan UMNO mahu mencari tenaga kerja yang lebih murah.
Perbelanjaan sekarang tidak lagi dirasakan oleh pendatang betapa Malaysia lagi jadi syurga seperti dulu. Berbelas-belas tahun lalu ketika kos hidup belum tinggi, pendapatan setiap Indon dapat menghantar pulang perbelanjaan yang secukupkan kepada keluarga masing-masing.
Dengan perbelanjaan yang tinggi sekarang, buruh bangunan dan ladang sudah tidak dapat memberi sebanyak dulu kepada keluarga di desa mereka. Dan jika kenaikan yang diduga akan terjadi selepas pilihan raya nanti, maka jumlah yang dapat dikirim pulang bertambah susut sedang perbelanjaan mereka sendiri pun tidak mencukupi.
Tetapi Pakatan Rakyat menawarkan janji bagi menurunkan harga minyak dan gas yang menjadi punca kepada naik turunnya perbelanjaan hidup. Minyak turun akan diikuti dengan kawalan lain-lain harga barang.
Pakatan menjanjikan untuk memerangi rasuah. Rasuah inilah yang menyakitkan kehidupan mereka di Indonesia. Ialah yang menghalang kestabilan dalam semua perkara. Rasuiah inilah yang mulai merosakkan kehidupan di Malaysia. BN tidak mampu membendungnya.
Jika janji Pakatan itu dapat dilaksanakan, maka pendatang akan mereka mereka lebih terbela. Maka mengapa mereka tidak boleh mengundi Pakatan. Soal mereka dibayar untuk jadi pengundi dan mengundi adalah rezeki yang datang menggolek. Dengan undi rahsia itu tidak dijamin pengundi Indon akan memilih kehidupan yang lebih payah.
Sumber HD : 20/06/2012

Apa eloknya perjuangan asal Umno?
Subky Latif, | 21 Jun 2012 |
SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal.
Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya?
UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan Malayan Union dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.
Perjuangan utama UMNO yang asal itu ialah Hidup Melayu. Dan yang tersirat atas pembentukan UMNO itu ialah untuk mencabar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan lain-lain.
Perjuangan yang mereka pelopori itu mendapat sambutan orang awam yang bekerja sendiri atau yang tidak makan gaji dengan penjajahan British. Jumlah orang awam yang bekerja sendiri itu jauh lebih ramai dari rakyat yang makan gaji dengan kerajaan penjajah.
Antara pegawai tinggi Melayu yang makan gaji itu ialah Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamil dan lain-lain. Mereka tidak menyengutukan diri dengan pejuangan kemerdekaan itu. Lalu mereka pun menubuhkan UMNO dengan slogan Hidup Melayu.
Ketika itu tidak salah menyuarakan Hidup Melayu kerana rakyat terbanyak masa itu adalah Melayu. Tiada berbangkit Hidup Melayu itu sebagai satu semangat perkauman.
Hidup Melayu tidak membawa erti kemerdekaan. Melayu boleh hidup di zaman Peringgi. Ia hidup zaman Belanda dan ia hidup juga zaman Inggeris. Hidup Melayu boleh hidup bersama penjajah dan merdeka pun boleh. Tidak merdeka tak apa, merdeka pun tak apa.
Maka penjajah tidak curiga dengan penubuhan UMNO. Bila British bertindak mengharamkan PKMM dan lain-lain parti yang menyokong tuntutan kemerdekaan, Mat Saleh membenarkan UMNO terus dan mengangkat pemimpin-pemimpin UMNO menjadi menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan dan Menteri-Menteri Besar.
Yang elok dalam perjuangan Hidup Melayu itu satu saja iaitu menyelamatkan takhta raja-raja Melayu. Ia tidak dibantah oleh majoriti orang Melayu. Tetapi Bahasa Melayu, kebudayaan orang Melayu, agama orang Melayu iaitu Islam tidak mereka pedulikan.
Kalau disuruh UMNO balik kepada perjuangan asalnya iaitu Hidup Melayu saja adalah sesuai dengan kemajuan masyarakat majmuk sekarang? Perjuangan itu pada masa ini sudah jadi perkauman. UMNO kini sudah sinonim dengan perkauman. Jika ia kembali kepada perjuangan asalnya, Hidup Melayu, maka menyuruh ia bertambah perkauman.
Bila Dato Onn, Dato Gantang dll keluar meninggalkan UMNO, barulah UMNO memadamkan slogan Hidup Melayunya menggantikannya dengan UMNO. Bila Tunku dan Tun Razak beralih memperjuangkan kemerdekaan, barulah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu beralih menyokong UMNO. Tetapi ia menekankan kedaulatan raja dan kemerdekaan saja. Bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan agama orang Melayu tidak diberatkan.
Selepas 54 tahun merdeka, Melayu pun tak berapa hidup, merdeka pun tak berapa merdeka, demokrasi pun tak demokrasi. Semuanya hanyut. Yang ada dalam UMNO ialah orang cari makan dan mencari kekayaan sesama pemimpinnya dan kroni masing-masing.
Kata Tengku Razaleigh dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, UMNO sekarang sudah tidak lagi macam zaman Tunku dan Tun Razak. UMNO sekarang adalah parti politik yang rosak.
Bila Khalid suruh UMNO balik seperti dulu, nak balik ke mana? Ke zaman Dato Onn, Hidup Melayunya sekadar mendaulatkan raja-raja. Merdeka tidak ada, dan jauh sekali dengan cabang perjuangan kebangsaan Melayu yang lain. Kedaulatan Raja-Raja sudah terjamin. Tidak ada rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain mahu derhaka macam Hang Jebat. UMNO tidak kembali ke zaman dulu pun tak mengapa.
Kalau ikut kemahuan Hidup Melayu, zaman ini ia seperti menghidupkan lagi perkauman.
Kalau ke zaman Tunku dan Tun Razak, merdekanya cacamarba. Perjuangan bahasa dan kebudayaannya seperti tidak ada.
UMNO sekarang sudah tidak dapat diikut. Kalau ia kembali ke zaman dulu termasuk zaman Tunku, tidak juga banyak yang elok yang dapat diikut. Sekarang ia tidak dapat dibanggakan. Dulu pun tidak banyak yang hendak dibanggakan.
Sumber HD : 21/06/2012

MB Pahang patut pindah ke Gebeng
Subky Latif, | 26 Jun 2012 |
PARLIMEN memperakukan laporan jawatankuasa kajian atas bahan radio aktif nadir bumi dalam projek Lynas di Gebeng adalah rendah dan tidak mengancam keselamatan rakyat.
Justeru projek Lynas boleh diteruskan.
Saya pernah menyentuh hal keselamatan ini dalam Facebook betapa semua pihak mesti cemburu tentang bahasa nadir bumi itu sekali pun ancaman terhadap keselamatan penduduk ada rendah.
Saya setuju dengan pandangan Khalid Samad di Parlimen bahawa keselamatan penduduk mesti diutamakan sebelum projek yang ada unsur radio aktif hendak diteruskan. Bukan kerana semuanya anti pembangunan tetapi semua pembangunan mestilah yang tidak risiko.
Apa pun pembesar UMNO/BN termasuk Dr. Mahathir tidak menentang projek itu kerana rendahnya risiko ancaman keselamatan itu.
Jika ia tiada apa-apa maka Dr. Mahathir, Perdana Menteri Najib dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mestilah tampil meyakinkan rakyat bahawa nadir bumi di Gebeng itu adalah selamat.
Caranya ialah masing-masing membina rumah di Gebeng dan pindah ke situ. Mungkin Datuk Najib tidak dapat pindah ke situ kerana kediaman Perdana Menteri adalah di Putrajaya.
Tetapi ikhtiarkan keluarga terdekat Datuk Najib atau keluarga isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tinggal di situ sementara dia bersara. Lepas itu boleh ajak bondanya Tun Rahah pindah ke Gebeng.
Datuk Seri Adnan boleh pindah ke Gebeng sekarang. Mungkin Kuantan lebih dekat dengan pejabat Menteri Besar, tetapi demi meyakinkan rakyat bahawa keselamatan tidak terancam, maka mereka patut pindah ke Gebeng yang tidaklah jauh sangat dengan pejabat MB.
Dr. Mahathir pula patut jadikan Gebeng rumah kedua. Jika sekarang dia berulang alik ke Langkawi, maka sekarang jadikan Gebeng rumah ketiga yang kehadirannya ke situ dari semasa ke semasa. Dalam sebulan dia patut sekurang-kurangnya tinggal seminggu di kediaman Gebeng.
Tunjukkan kepada rakyat kalau Lynas itu projek membunuh manusia, maka biar mereka mati dulu. Jika mereka dapat menunjukkan contoh, maka barulah orang ramai boleh bebas dari kebimbangan.
Kita boleh mengambil contoh dari persetujuan Rasulullah SAW dalam perjanjian Hudaibiyah dengan kafir Quraisy. Perjanjian itu dirasakan oleh para sahabat sebagai berat sebelah.
Sebelum rombongan umrah baginda berangkat pulang ke Madinah setelah menangguh umrah kali itu baginda memerintahkan sekaliannya bercukur atau memotong rambut. Ia syarat bagi mengakhiri ibadat itu sekali pun ia ditunda.
Sekalian anggota rombongan enggan melaksanakan perintah Nabi SAW itu. Baginda yang terharu atas reaksi jamaah lalu masuk ke khemah dengan penuh pilu. Isteri baginda bertanya tentang kepiluan itu. Baginda menjelaskannya.
Isterinya mencadangkan supaya baginda keluar khemah dan bercukur di depan orang ramai. Nescaya sekalian tidak seronok itu akan ikut apa yang baginda lakukan. Maka baginda pun melakukannya. Ia diikut oleh semua.
Jika Dr. Mahathir, Najib dan Datuk Adnan dan kalau boleh Sultan Pahang pun ikut sama pindah, maka orang pun akan hilang kebimbangan.
Bukan sekadar mereka saja pindah ke situ. Malah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berpakat menjadikan Gebeng pusat bandar baru dengan semua kemudahan sehingga ia didiami oleh ratus ribu manusia dan jadi pusat komersial yang penting di sebelah menyebelah dengan kilang Lynas, maka akan hilang segala syak dan waham orang yang anti Lynas.
Jika boleh tawarkan kepada diplomat asing masing-masing ada rumah rihat di situ.
Demikian ikhtiar bagi menghilang cemburu orang atas tahan keselamatan itu.
Nampaknya orang kita terutama orang Melayu tidak tinggi rasa cemburu atas bahan berbahaya itu. Asal ada jaminan ia tidak apa-apa maka mereka pun tidak apa-apa. Tidak setinggi rasa cemburu orang-orang barat.
Semua negara barat cemburu atas projek nuklear Iran. Sekalipun Iran mengaku dan bersumpah bahawa ia tidak akan membina senjata nuklear dan memberi hujah bahawa Islam mengharamkan pembinaan senjata pemusnah seperti itu, mereka tetap cemburu Iran akan sekadar menggunakan loji nuklear itu untuk keperluan tenaga saja.
Kita tidak gembira atas buruk sangka barat itu tetapi itu kuatnya rasa cemburu mereka atas apa yang mereka bimbang.
Sumber HD : 26/06/2012

PAS tiada calon PM, Umno ramai?
Subky Latif, | 01 Jul 2012 |
MEDIA mulai mencari siapakah orang PAS yang layak jadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU13 nanti?
Media menjawab sendiri, ‘Tidak ada. Sekadar jadi menteri adalah!’
Tetapi dalam UMNO ramai. Nasib saja menentukan merasa atau tidak. Tun Dr.Ismail tidak merasa. Ghafar Baba juga sama. Musa Hitam dipercayai tidak merasa. Anwar dihalang.
Kalau tiada Najib, ada Muhyiddin. Kemudian Wak Zahid Hamidi, Syafie Apdal, Awang Adek, Abd. Ghani Othman, Noh Omar, Isa Samad, semuanya boleh.
Tetapi dari PAS, siapa?
Orang PAS yang layak itu tetapi media tidak nampak. Perdana Menteri itu bukan keutamaan bagi PAS pada masa ini walaupun pengundi hendak mengetahui calonnya supaya mereka untuk membuat pilihan.
Keutamaan PAS pada masa ini ialah menggantikan kerajaan yang rasuah dengan kerajaan yang adil dan telus. Menggantikan UMNO dengan PAS adalah lebih aula.
Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi pendakwah dulu jika ada orang lain yang boleh menjalankan tugas Perdana Menteri itu dengan baik.
Apakah beliau tidak layak? Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mahu jadi calon Menteri Besar 25 tahun dulu.
Berilah kepada orang kalau Kelantan dapat dikuasai semula.
Semua orang kata beliau tidak layak. Bila beliau jadi Menteri Besar, semuanya menyangka beliau paling lama tahan tiga bulan saja. Tetapi beliau sudah berada di situ lebih 20 tahun.
Tiada lagi yang kata, dia tidak layak. Bahkan ramai orang Cina dan India terasa, kalau beliau jadi Perdana Menteri, dia jadi lebih baik dari Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir itu nampaknya pintar, tetapi amanah jauhlah Tok Guru Nik Aziz lebih baik. Syarat jadi Perdana Menteri itu bukan sekadar pintar, tetapi benar dan amanah adalah lebih penting.
Islam menentukan sifat terbaik untuk menjadi pemimpin ialah yang dimiliki oleh para nabi iaitu benar (siddiq), amanah, tabligh iaitu menyampaikan dan terakhirnya fatanah iaitu kelulusan atau kebijaksanaan.
Pintar tetapi penyangak, tentunya tidak amanah. Dia rasuah, utamakan kroni, mengutamakan keluarga dan diri sendiri. Kebanyakan yang dikatakan layak jadi PM dalam UMNO itu adalah yang seperti ini.
Kalau Mahathir dan Najib itu pintar, jangan sangka Tok Guru Nik Aziz tidak pintar. Mahathir pernah jadi bapa angkat UMNO Gua Musang. Dia tidak dapat ambil Kelantan, bahkan pengaruh Ku Li di Gua Musang itu pun tidak dapat rampas.
Bahkan ada yang melihat wajar dan watak Menteri Besar Kelantan menyamai wajah dan kehebatan Ho Chin Minh, Presiden pertama dan bapa kemerdekaan Vietnam. Kalau sudah sama dengan Uncle Ho, sudah bertaraf dunialah.
Jangan rendahkan kepintaran Ustaz Azizan Razak yang memimpin Kedah, negeri terbangsat di Malaysia kerana tiada hasil mahsul. Laporan Ketua Audit Negara memuji pentadbiran dan kawalan kewangannya. Dia tidak menambah hutang negeri, bahkan mengurangkan hutang.
Dari laporan audit itu kewalan kewangan pusat jauh leceh dibandingkan dengan Kelantan dan Kedah. Kalau Tok Guru dan Ustaz Azizan telah membuktikan keuyaannya, apa pula kurangnya Ustaz Hadi dan lain-lain pemimpin PAS.
Kalau Saifuddin Abdullah dirasakan boleh jadi Perdana Menteri yang baik masa depan, tetapi dia kira tidak sehebat Salahuddin Ayub dalam debat baru-baru ini. Kalau Saifuddin dikira layak, masakan Salahuddin tidak layak.
Mustafa Ali, Khalid Samad dan Dr. Mujahid Yusof belum disenaraikan lagi. Belum tentu Mustapa Mohamad, Hishammuddin Husein dan Ismail Sabri lebih handal dari mereka.
Profesional yang bersama PAS sekarang mungkin lebih ramai dari yang bersama UMNO. Jika PAS dapat menggantikan UMNO nescaya ramailah muncul orang yang layak dicalonkan sebagai PM.
Keutamaan pada masa ini ialah PAS tidak mahu berbalah tentang siapa hendak jadi Perdana Menteri. Kalau berbalah tentang siapa jadi PM, nanti BN tidak dapat ditumbangkan dan UMNO tidak dapat digantikan.
Kalahkan UMNO dulu. Lepas itu barulah bincang tentang Perdana Menteri. Jika pimpinan Tok Guru sebagai Menteri Besar diiktiraf semua, yang lebih baik dari Abdullah Badawi dan Muhyiddin Yassin pun ramai. Jika PAS menang, yang cerdik dalam UMNO itu pun habis menyokong PAS.
Sumber HD : 2/07/2012

Mahathir seperti disindir anaknya
Subky Latif, | 04 Jul 2012 |
APA sikap Marina, puteri sulung Dr. Mahathir terhadap kerajaan sekarang tidak diketahui, tetapi dia dan anaknya ikut sama dalam unjuk rasa Bersih 2.0. Memang ada komennya tidak selesa dengan reaksi polis dan kerajaan semasa terhadap demonstrasi itu. Saya tidak mengikuti perkembangannya dalam Bersih 3.0.
Hingga ini tidak siapa dapat mengandaikan Marina termasuk dalam kumpulan orang tidak senang dengan kerajaan yang ada dan tidak diduga akan menyertai gerakan untuk menukar pentadbiran Putrajaya.
Apa pun kehadiran Marina dalam Bersih 2.0 dulu boleh dikira menyindir bapanya yang mempertahankan kerajaan yang ada sekarang.
Walaupun Dr. Mahathir tidak 100 peratus setuju dengan pentadbiran Najib, tetapi umumnya dia mempertahannya baik buruk mahu pun sebaliknya. Dia menentang semua siri demonstrasi Bersih dan tidak memberi muka kepada usaha Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya.
Siri demonstrasi Bersih ditujukan terhadap ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional dan ia tuntutan untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih.
Apabila Marina dan anaknya menyertainya, atas apa alasan jua, dia boleh dikira menyokong tuntutan itu. Dia tahu bapanya tidak setuju dengan kegiatan Bersih itu tetapi dia hadir pada kegiatan yang bapanya tidak suka.
Sekali pun Marina tidak mengkritik bapanya atau membuat pandangan yang berbeza dengan bapanya, kehadirannya dalam Bersih 2.0 boleh dikira menyindir bapanya sendiri.
Mungkin dia tidak berniat begitu. Dia mungkin menggunakan kebebasan sekadar bersama dengan orang yang tidak senonok dengan pentadbiran Najib. tetapi keberadaannya itu dikira satu menyindir kerajaan dan menyindir bapanya.
Dr. Mahathir berhak menyatakan tidak senang dengan penyertaan anaknya. Orang luar tidak tahu apakah keduanya anak beranak itu ada membincangkannya secara keluarga tentang pro dan kontra siri tunjuk perasaan Bersih itu, tetapi orang sudah menyaksikan Mahathir menegur penyertaan anaknya dalam Bersih 2.0 dulu.
Sebagai negarawan dia dipercayai tidak mengongkong kebebasan berfikir anak-anaknya, tetapi dia tidak seronok dengan kehadiran anak dan cucunya itu.
Mungkin dia sudah menyatakan kepada anaknya apa buruk unjuk rasa itu dan mengapa ia tidak wajar disokong secara anak beranak. Tetapi sebagai bapa dia telah membuat teguran terbuka kepada anak.
Baiknya Marina tidak pula membuat komen atas teguran bapanya. Tidak diketahui dia terima teguran itu atau dia mengira apa yang dibuatnya betul.
Sebagai anak Marina mengambil sikap yang betul apabila berdiam diri. Tidak elok anak dilihat berbalah dengan ayah dalam media. Apa lagi kalau anak itu memalukan bapa.
Apa pun umum boleh membuat andaian bahawa anak Dr. Mahathir juga tidak semestinya setuju dengan dasar dan politiknya. Kalau anaknya ada pandangan berbeza dengan bapa tentang satu-satu perkara atau banyak perkara, maka Dr. Mahathir tidak boleh paksa semua orang mesti menerima pandangannya.
Apa pun Dr. Mahathir tidak menyatakan apa buruknya kepada kerajaan, rakyat dan negara bila Marina menyertai Bersih 2.0. Yang dibantahnya sekadar ia boleh menjejaskan peluang adiknya, Mukhriz dalam politik.
Jika itu saja, tidaklah bantahan itu dibuat atas kepentingan nasional, sedang penyertaan Marina dalam Bersih 2.0 itu ada kaitnya dengan kepentingan nasional, demokrasi, keadilan dan kebenaran.
Sumber HD : 4/07/2012

Hudud bukan tuntutan Umno
Subky Latif, | 05 Jul 2012 |
ADUN BN Kemelah, Dato Ayub Rahmat telah membuat saranan yang baik apabila dia mencadangkan supaya hudud dikuatkuasakan.
Kira-kira apa yang dinyatakannya di DUN Johor itu diterima Allah sebagai ibadat dan mendapat pahala. Dia sudah ada niat yang baik. Setiap orang Islam yang berniat baik telah dapat satu pahala. Jika niat itu dilaksanakan dia dapat satu pahala lagi. Jika niat itu tidak dilaksanakannya, pahala niat tadi kekal.
Saranan Dato Ayub itu tidak memberi apa-apa makna apabila ia disampaikan disalurkan melalui UMNO kerana hudud bukan satu tuntutan bagi UMNO.
Sejak UMNO ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar dulu sudah meminggirkan semua tuntutan Islam, dan itulah sebabnya sekumpulan ulama UMNO masa itu keluar menubuhkan PAS.
Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu meluluskan enakman jenayah syariah yang didalamnya ada hudud, kerajaan pusat pimpinan UMNO tidak memberi laluan bagi dilaksanakan.
UMNO menolak enakman itu atas dalih ia bukan hudud yang al-Quran anjurkan tetapi ia adalah hudud PAS.
UMNO mendakwa ia tidak menentang hudud yang Allah tuntut supaya dilaksanakan. Kononnya UMNO juga beriman dengan hudud. Tetapi ia tidak pernah mengambil apa-apa langkah untuk mendaulatkan undang-undang itu.
Iman UMNO terhadap hudud sekadar menyatakan ia menerima ketentuan Allah itu tetapi tidak percadang untuk melaksanakannya. Imannya itu samalah seperti seorang Islam yang mengaku solat dan puasa itu wajib tetapi tidak pernah solat dan puasa.
Iman seperti inilah yang digambarkan apabila ditanya Allah di akhirat nanti, adakah kamu beriman? Jawabnya, ya. Dia beriman. Allah kata, ‘Kamu bohong. Sebenarnya kamu tidak beriman.’
Dato Ayub telah menyampaikan saranan yang betul supaya Malaysia melaksasnakan hudud. Kalau Malaysia belum berhajat, ia boleh dimulakan di Johor.
Adapun hudud yang dicadangkannya itu bukanlah seperti hudud yang PAS luluskan di Kelantan dan Terengganu itu kerana enakman yang diluluskan untuk dilaksanakan terhadap orang Islam saja. Yang Dato Ayub cadangkan itu adalah meliputi rakyat semua kaum dan agama.
Justeru tidak meliputi semua penduduk itulah maka diloyar buruk UMNO ia adalah hudud PAS.
Tidak waham lagi Dato Ayub ikhlas dan suci hatinya mahu hukum itu didaulatkan. Tetapi ia dicadangkannya melalui kerajaan UMNO yang tidak ada niat untuk menunaikannya. Bahkan UMNO bukanlah parti politik yang mahu memperjuangkannya.
Yang memperjuangkannya adalah PAS. Setiapa juga yang mahu ia didaulatkan, maka ia mesti bersama PAS. Penyertaan beramai bersama PAS, menambah kekuatan PAS untuk terus memperjuangkannya.
Apa yang Dato Ayub buat itu seperti mencurah air ke daun keladi. Air tidak lekat di daun. Ia jatuh ke pasir. Hilang kering begitu saja. Tetapi jika salurkan melalui PAS, ia ibarat mencurah air ke baldi. Mungkin ia belum cukup, tetapi ia menambah air yang sudah di baldi itu. Cukup masanya nanti ia akan penuh.
Tidak pasti adakah Dato Ayub sudah membuat cadangan itu melalui UMNO sebelum disuarakannya di DUN Johor? Apa dia telah buat dalam UMNO untuk menggerakkan UMNO mendaulatkannya?
Adakah dia sudah ajak ahli-ahli UMNO di cawangannya dan di bahagiannya untuk tindakan? Jika ia belum dibuat, dia kena buat di peringkat itu dulu. UMNO yang lebih tinggi tiada peduli tuntutan itu.
Jika Dato Ayub suarakan itu kepada ahli UMNO kampong dan di cawangannya mereka akan kata dia sudah mamai. Mereka akan kata kepadanya, ‘Kalau laksana hudud, YB mesti masuk PAS.’ Hal itu tidak ada dalam UMNO. Ia ada pada PAS saja.
Tun Musa Hitam semasa jadi Timbalan Presiden UMNO ketika merasmi Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim berkata kira-kira, UMNO bukan parti yang memperjuangkan tauhid.
Dato Ayub telah menyertai parti yang silap dan ia tidak mampu berbuat apa-apa untuk melaksanakan saranannya melalui UMNO. Dato Ayub tidaklah sepintar Anwar untuk mengubah UMNO dari dalam. Ubahlah dari luar!
Sumber HD : 5/07/2012

Hakim mesti bebas, dilihat bebas
Subky Latif, | 12 Jul 2012 |
SAYUGIA masyarakat seluruhnya menyokong dan memberi kepercayaan kepada Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di Kota Bharu tentang mahkamah kita adalah bebas dari campur tangan eksekutif, renggang dari orang-orang politik dan golongan peniaga.
Kira-kira seperti yang dikatakannya, itulah sikap dan telah diamalkannya sejak menjadi hakim tertinggi sejak September lalu.
Apa yang beliau kata itu adalah betul dan itulah sifat yang patut ada pada mahkamah kita. Mahkamah dan hakim bukan saja mesti bebas, tetapi ia mesti dilihat bebas dan berusaha menjadi bebas dan meningkatkan taraf kebebasan itu setiap masa, dari semasa ke semasa.
Apa yang mendorong Tun Ariffin membuat penegasan yang terpuji itu tidak perlu dipersoal. Apa yang dikehendaki ialah mahkamah kita adalah tidak sekadar bebas dan ia juga mesti adil.
Betapa keadilan itu sesungguhnya mulia dapat dilihat dari beberapa contoh dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, kiranya puterinya mencuri, nescaya baginda akan potong tangannya.
Saidina Umar al-Khatab menjatuhkan hukuman rejam terhadap anaknya atas kesalahan zina. Dan beliau juga membebaskan orang lapar yang miskin yang diadukan mencuri makanan si pengadu kaya yang berjiran dengannya, sebaliknya beliau memberi amaran kepada pengadu, jika berulang aduan yang serupa, bukan tangan pencuri lapar itu yang dipotong, tetapi tangan pengadu itu yang dipotong.
Seorang hakim telah menolak tuntutan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib tentang baju besinya yang dicuri oleh seorang Yahudi. Ia ditolak kerana Amirul Mukminin itu gagal membuktikan baju besi itu miliknya.
Melihat betapa bebasnya hakim brhadapan dengan aduan ketua negara dan betapa adilnya undang-undang Islam, maka Yahudi itu mengaku bahawa baju besi yang dituntut oleh Saidina Ali adalah dicurinya dari beliau dan dia menerima Islam justeru keadilannya.
Sekalipun Ketua Hakim Tun Ariffin menjamin kebebasan yang dibayangkannya belum terjejas dan berazam supaya terus tidak terjejas di bawahnya, maka beliau dipercayai berdepan dengan cabaran yang besar tentang keyakinan masyarakat telah alam kejaksaan negara sekurang-kurangnya tiga dasawarsa yang terakhir.
Selain daripada peristewa hitam sekumpulan hakim didahului Ketua Hakim Negara (KHN) ketika itu, Tun Salleh Abbas yang ditribunal dan dipecat, banyak kejadian yang menyebabkan orang ramai sangsi akan sistem kebebasan mahkamah kita.
Terlalu banyak cerita mempersoal dan melibatkan imej beberapa KHN selepas itu, dikuti pula oleh cara mahkamah mengendalikan antara Speaker beberapa DUN dengan SPR menyebabkan orang tertanya-tanya tentang sejauh mana indahnya sistem kehakiman kita.
Kejaksaan negara gagal menyelesaikan isu penyiasat bebas mengenai Altantuya yang hilang setelah memfailkan saman bersumpah dan sehari kemudian membatalkannya. Hingga ini dia tidak ditemui. Adakah misteri itu dia tidak dicari atau tidak selesainya kes itu elok pada kejaksaan dan negara?
Mungkin kesangsian orang ramai itu justeru persepsi silap masing-masing terhadap hakim dan mahkamahnya, tetapi tidaklah bijak bagi mana-mana pihak khususnya jabatan kejaksaan tidak sensitif terhadap persepsi umum itu.
Institusi kehakiman wajar meremehkan para penegurnya di kalangan rakyat adalah gara-gara kerakusan sang politkus dan golongan desperado.
Kiranya kesangsian kepada sistem kehakiman itu gara-gara persepsi salah orang-orang yang tidak tahu cara hakim dan mahkamah bekerja, ia tidak cukup bagi dijadikan hujah bahawa rakyat salah beranggap serong terhadap kehakiman.
Mahkamahlah yang perlu mengambil langkah dan tindakan bagi meyakinkan wibawa hakim dan mahkamah kita. Orang luar tidak jamin dan bela imej guru itu elok kiranya guru-guru tidak mengambil langkah bagaimana guru harus berterusan dihormati.
Suara Tun Ariffin di Kota Bharu itu adalah mencerminkan rintihannya tentang apa orang kata tentang badan kehakiman, dan beliau seperti menyampaikan mesej kepada pemegang institusi itu betapa para hakimlah yang dapat menentukan ia bebas, tidak diganggu gugat oleh pihak luar jika ia mahu dihormati.
Cabaran Tun Ariffin adalah besar dan berat. Selepas Tun Salleh Abbas belum ada hakim yang sebebasnya. Tun Ariffin perlu diberi sokongan bagi mengembalikan zaman kebebasan gemilang alam kehakiman. Tun boleh pulihkan imej itu tanpa kerajaan digantikan.
Sumber HD : 12/07/2012
Sumber HD : 12/10/2012
Sumber HD - 28-10-2012
Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.
Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua.
Kerana itulah kalau Anwar memberi kuasa kepada saya untuk menyusun kabinet bayangannya saya akan namakan Khalid sebagai calon menteri kewangan seperti yang saya tulis dalam Harakah dua minggu lalu.
Selepas saya namakan dia calon menteri kewangan, Anwar pula kata dia Menteri Besar Selangor yang terbaik. Maka sebagai Menteri Besar yang terbaik, boleh ditimbangkan dia untuk menjadi calon terbaik bagi menjadi menteri kewangan.
Selepas Perdana Menteri Mahathir ada tiga orang menteri kewangan – Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim – Barisan Nasional sudah tidak jumpa orang untuk menjadi menteri kewangan lalu semua Perdana Menteri menjadi menteri kewangan. Sejak tahun 1999 hingga PRU13 kita tidak ada menteri kewangan khusus dan penuh masa. Malaysia ada menteri kewangan sambilan saja.
Malaysia kini adalah sebuah negara yang kucar kacir politiknya, ekonomi, kewangan dan pentadbirannya. Maka Perdana Menteri menunggu memerlukan seorang menteri kewangan yang lebih hebat dari Tun Tan Siew Sin.
Siew Sin jadi menteri kewangan pada masa negara baru merdeka yang masalahnya darurat dan ancaman komunis bersenjta saja. Rasuah tak ada, orang melarikan wang negera tiada selain dari penjajah kaut. Kewangan yang British tinggal tiada banyak masalah. Cuma ekonomi saja belum dibangunkan. Siew Sin tidak banyak masalah menyambung tugas yang Inggeris tinggalkan.
Tetapi negara yang Pakatan Rakyat hendak ambil ialah sebuah negara yang penuh dengan beban hutang, mata wang yang tidak kukuh, inflasi, rasuah, penyelewengan dll, maka tugas menteri kewangan adalah berat bagi menghadapi sistem pemerintahan yang porak peranda itu.
Negara memerlukan seorang menteri kewangan berwatak kuat macam Al-Marhum Tun Dr. Ismail yang tidak suka bermuka-muka. Orang yang tidak banyak politiking yang ada pengalaman boleh mengawal pentadbiran, kewangan dan sebagainya.
Tentu Selangor juga merasa perlu wibawa sepertinya bagi menentukan reformasi pentadbiran dapat diteruskan. Apabila Selangor beroleh Menteri Besar terbaik tentulah ia berhadapan masalah mendapatkan ganti sebaiknya.
Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim. Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.
Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.
Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.
Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya.
PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.
Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya.
Sumber HD - 28-2-2013
Media telah membangkitkan semula peranan bomoh menjelang PRU13 betapa masing-masing cuba mendapatkan khidmat nasihat bomoh bagi menjadi calon. Kononnya bomoh telah membantu ramai orang untuk berjaya dalam politik.
Mengapa Perdana Menteri Najib terlalu payah untuk mengadakan PRU13 kononnya tidak mendapat lampu hijau dari para bomoh. Adakah betul?
Tiada yang mustahil kerana kerana hubungan UMNO dengan pemimpin dan ahli-ahlinya dengan dukun dan bomoh adalah rapat, malah masing-masng ada bomoh khas jadi penasihat.
Persaingan untuk menjadi calon di kalangan ahli adalah hebat. Politik wang untuk menjadi ketua cawangan dan ketua bahagian tidak memadai. Orang yang mampu memperniagakan orang memang ramai. Duit banyak. Jawatan pula tidak sebanyak orang yang hendak bertanding. Maka bomohlah penasihat penentu.
Era Najib mengutarakan transformasi calon boleh menang, pemegang jawatan dalam parti pun belum tentu boleh jadi calon. Siapa yang boleh bertanya Najib mengapa seseorang dikatakan calon boleh menang atau tak boleh menang. Maka khidmat bomoh jadi rujukan terakhir supaya masing-masing disukai oleh Najib dan isterinya.
Najib sendiri tidak cukup kalau isterinya tidak tertarik. Maka nasihat bomoh amat penting supaya isteri Najib perkenan.
Malah sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra lagi bomoh sudah berperanan. Bila tarikh pilihanraya, kononnya Tunku tanya bomoh. Memang Tunku mendapatkan nasihat Mufti Pulau Pinang, datuk Tun Abdullah Badawi iaitu Haji Abdullah Fahim untuk menentukan tarikh kemerdekaan. 31 Ogos 1957 diberi oleh mufti itu.
Malah pada malam setiap pilihanraya, Tunku dikatakan memakai baju khas yang sama. Adakah ia juga nasihat bomoh.
Kata Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya orang UMNO jumpa bomoh untuk jadi calon, exco malah jadi menteri. Seolah-olah bomoh itu besar sangat pengaruhnya.
Jika bomoh dapat membantu orang untuk menjadi calon, jadi wakil rakyat, exco dan menteri apakah dukun itu sendiri tidak terfikir supaya mereka saja jadi calon?
Mengapa bomoh tidak berpakat sama sendiri mereka saja jadi calon di tempat masing-masing? Daripada memberi peluang kepada orang, apa salahnya mereka sendiri merebut peluang itu. Biar semua MP terdiri dari bomoh dan semua ADUN bomoh belaka.
Bomoh boleh buat parti sendiri atau bomoh juga boleh menggunakan UMNO yang ada. Mereka tidak perlu guna politik wang dan tidak perlu lobi sesiapa. Mereka gunakan saja ilmu bomoh masing-masing untuk menjadi ketua cawangan dan ketua bahagian.
Biarkan orang UMNO bersusah payah buat kerja mencari penyokong dan bila mereka datang jumpa bomoh, bomoh jampi supaya mereka tidak terpilih sebaliknya bomoh gunakan ilmu itu untuk menaikkan dirinya.
Bagi memastikan kuasa orang Melalyu tidak terhakis, bomoh boleh gunakan kepakarannya bertanding di kerusi ramai Cina. Biar calon DAP dan MCA kalah supaya kawasan itu berwakil rakyat bomoh Melayu.
Sekarang orang UMNO amat susah hati dengan DAP. Kali ini bomoh Melayu Pulau Pinang bertanding dengan Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Bomoh Ipoh pula lawan Lim Kit Siang.
Dari bomoh diperalatkan oleh orang UMNO, baiklah bomoh sendiri rebut peluang itu. Biar bomoh jadi Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Awang Adek perlu bersih nama
Subky Latif, | 16 Jul 2012 |
MULA-mula akhbar mendedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin dikatakan ada peranan memungkin seorang saudagar diberi hak mencetak dua juta keping not kertas dua ringgi semasa dia menjadi orang besar di Bank Negara.
Dia dikatakan terus mendapat banyak faedah dari saudagar itu sekalipun dia sudah lama keluar dari Bank Negara.
Kali kedua saya terbaca Cikgu Bard, orang kuat PKR berasal dari Rembau mengulangi dakwaan terhadap Dr. Awang Adek seperti yang didedahkan oleh akhbar tadi dan mencabar timbalan menteri itu supaya segera membuat penjelasan apakah dakwaan itu betul atau sebaliknya.
Cikgu Bard memilih Bachok, pangkalan politik Awang Adek sendiri untuk membuat cabaran itu di hadapan sekitar 8,000 pendengar, dipercayai ramai ahli UMNO mendengar dakwaan terbuka itu.
Cikgu Bard biasanya ada bukti kukuh bila dia membuat kenyataan. Dialah orang mendedahkan penemuan cincin bernilai RM24 juta di KLIA dihantar kepada isteri Perdana Menteri dari sebuah syarikat di New York. Nyonya Rosmah dan suaminya tidak membuat penjelasan atas dakwaan itu.
Kini Cikgu Bard orang kepercayaan Perdana Menteri pula untuk membersihkan namanya dari tohmah semasa berkhidmat di Bank Negara dulu.
Awang Adek telah ditolak oleh pengundi dalam PRU 2008 dulu. Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak mengambil orang kalah pilihanraya untuk menjadi menteri. Apabila Najib jadi Perdana Menteri, dia jadikan Awang Adek sebagai senator diamanahkan menjadi Timbalan Menteri Kewangan yang menteri kewangannya ialah Najib juga.
Kementerian Kewangan adalah yang besar dan penting. Ia ditadbirkan oleh dua orang penting yang amanahnya dipersoal. Menteri kewangannya dipertikai amanahnya dalam banyak perkara dan dilihat boros membelanjakan wang Negara. Dia mengambil Awang Adek yang disangsikan juga amanahnya untuk jadi timbalan menterinya.
Menterinya Najib terkenal sebagai orang yang tidak peduli terhadap saksiah dan amanahnya yang dipersoal. Seolah-olah kiamat dunia jika dia membuat penjelasan. Apa jadi pada integriti Kementerian Kewangan dan kedudukan kewangan negara apabila kementerian itu diletakkan di bawah dua orang diragui integritinya?
Dr. Awang baru ditohmah. Seorang yang didakwa tidak lagi bersalah selagi tidak diputuskan bersalah oleh mahkamah. Dr. Awang belum boleh dikira orang salah. Dia baru ditohmah dan orang yang ditohmah sentiasa diragui untuk memikul amanah besar.
Dengan tohmah itu dia sudah jadi timbalan menteri yang diragui. Apabila Kementerian Kewangan diterajuai oleh lebih dari seorang yang dpersoal integriti dan amanahnya, maka dunia hilang keyakinan terhadap pentadbiran kewangan kita.
Untuk itu Awang Adek perlu tampil kemuka untuk membuat penjelasan bagi membersihkan nama baiknya.
Kita mahu Awang Adek membersihkan namanya supaya dalam PRU 13 nanti kiranya dia menjadi calon nanti, dia tidak diragui pengundi dan jika dia terpilih sebagai orang yang bersih, pengundi Bachok tidak malu beroleh wakil rakyat yang ada kelas dan maruah.
Jika dia tidak membersihkan namanya, ia menambah sakit peluang menang bagi BN. Jika dia menjadi Menteri Besar bayangan, maka dengan nama tidak bersih itu tdak diduga memberi peluang untuk mengambil Kelantan.
Jika dia tidak mengambil apa-apa langkah membela diri, maka orang mulai menyangka akan sebab dia meninggalkan Bank Negara sedang dia berkedudukan tinggi dan menyertai UMNO sedang UMNO Kelantan tidak menjamin peluang yang cerah.
Dan orang juga boleh menyangka, menyertai UMNO itu bukan kerana hendak berjuang demi dakyat dan negara, tetapi untuk mencari perlindungan. UMNO biasa memberi kekebalan kepada sesiapa yang dipercayai salah laku dalam sesuatu perkara.
Awang Adek belum dikira bersalah tetapi belum dikira bersih.
Sumber HD : 16/07/2012

Khutbah Jumaat di dua negeri
Subky Latif, | 18 Jul 2012 |
DUA Jumaat lalu berturut saya mengembara. Maka saya solat Jumaat di negeri yang saya kunjungi itu.
Di Jumaat yang pertama sebagai biasa saya mengangkat tangan mengaminkan doa khutbah terhadap Raja negeri itu. Saya dapati orang di kiri kanan dan di depan tidak mengangkat tangan seperti saya.
Apabila khatib membaca doa untuk perkara lain baru mereka menadah tangan serentak suara amin dari semua.
Minggu kedua saya mengembara pula di sebuah negeri lain. Saya dapati sekalian jemaah mengaminkan doa khatib terhadap Raja, bahkan didoakan juga terhadap waris takhta dan pasangannya serta putera puteri Sultan serta cucu-cucu baginda.
Sebelum itu saya pernah mendengar ada pengembara yang singgah Jumaat di negeri yang pertama itu menyebut dia saja yang menadah tangan mengaminkan doa khatib terhadap Raja. Apabila lihat orang lain tidak mengangkat tangan, dia pun perlahan-lahan menjatuhkan tangannya.
Saya tanyakan hal itu dari orang negeri itu, jawabnya masjid jemaah tidak menadah tangan. Berani dia menyebutkan sebab orang berbuat demikian. Saya berhajat mendengarnya lebih lanjut.
Mendoakan ulil amri dalam khutbah adalah sunat. Tetapi telah menjadi ibadat semua penganut mazhab Syafie menngaminkan doa khatib teradap Raja, malah dianggap beradab kiranya khatib tidak mendoakan Raja atas apa sebab sekali pun.
Telah berlaku satu kejadian imam utama di masjid tempat saya selalu solat Jumaat diadukan tidak mendoakan Raja dalam khutbahnya.
Saya tidak sedar kejadian itu. Setahu saya imam itu adalah seorang rakyat yang setia kepada Raja dan kerajaan. Tidak pernah dia tidak mendoakan Raja.
Ada orang menegurnya selepas solat bahawa dia tidak mendoakan Raja. Jawabnya atas teguran itu ialah, ‘Tak mengapa tertinggal doakan raja, ia sunat saja.’
Yang menegur itu tidak memaafkannya, sekalipun sunat tetapi ia tidak boleh ditinggalkan. Lalu dia melaporkan kepada Majlis Agama. Kemudiannya imam itu meletak jawatan.
Pada saya pelik juga kejadian makmum secara sepakat tidak mengaminkan doa terhadap Raja sedang baginda adalah ketua agama negeri. Setahu saya sekalian rakyat di mana-mana saja di Malaysia tidak membantah mendoakan Raja. Hanya di negeri itu saja ada makmum tidak mengaminkan doa itu.
Jika betul hal serupa berlaku di lain-lain masjid, saya kira ia satu unjuk rasa. Tentu ada sebabnya. Apa sebabnya?
Apa pun kejadian itu tidak menjadi isu. Tidak ada yang peduli. Tetapi saya kira ia tidak elok dan tidak harmoni. Sekali pun ia sunat, tetapi ia ibadat juga. Ada pahala jika ibadat itu diterima.
Adapun jika pemerintah itu seperti Hosni Mubarak dan Bashar Assad di Syria, memang patut makmum tidak menadah tangan dan tidak mengaminkannya. Mereka tidak menguntungkan agama, rakyat dan negara.
Mengapa tiada yang menyelidik mengapa kejadian itu berlaku? Supaya keganjilan itu dapat dibetulkan? Makmum rasanya adalah jelas. Mereka tidak membantah doa itu ada dalam khutbah.
Cuma mereka tidak mengaminkan saja. Dan mereka tentulah tidak terus begitu kiranya ia boleh dibetulkan.
Raja patut mengambil tahu dan mengambil langkah supaya bantahan dalam diam itu tidak diteruskan, sebaliknya harmoni tambah makmur.
Ada pun di negeri yang satu lagi tadi keadaan di sebaliknya pula. Makmum bukan sekadar mengaminkan dia itu secara nyaring, malah mereka istiqamah mengaminkan keharmonin untuk sekalian kerabat istana yang disebut oleh khatib.
Harmoni mereka itu tidak sekadar pada khutbah itu saja. Doa itu diulang semula oleh imam selepas solat dan makmum terus mengaminkan.
Sumber HD : 18/07/2012

Najib buli PAS
Subky Latif, | 20 Jul 2012 |
SIKAP Perdana Menteri Najib yang terus berteka teki tentang PRU13 dikira ikut membuli PAS.
Bukan PAS saja yang dibuli, pengikut UMNO dan seluruh rakyat juga ikut jadi mangsa bulinya.
Sejak lebih setahun lalu masing-masing tidak dapat merancang sesuatu secara aman disebabkan bimbang akan berdepan dengan pilihan raya yang disangka akan berlangsung bila-bila.
PAS biasanya mengadakan muktamar setiap cuti tengah tahun persekolahan sekitar Mei atau Jun.
Muktamar tahun 2012 ini terpaksa ditunda hingga ke hujung tahun iaitu sekitar November.
Sekali pun muktamar itu berlangsung sekitar empat hari tetapi persiapannya mengambil masa yang lama juga dan kakitangan pejabat agung terpaksa menumpukan banyak masa bagi muktamar itu.
Apa lagilah bagi menghadapi pilihan raya. Jika ada Pilihan Raya Umum, maka PAS semua peringkat di seluruh negara terpaksa meninggalkan semua kerja termasuk kerja peribadi dan keluarga kerana menghadapi urusan pilihan raya.
Seluruh jentera dan tenaga PAS tidak wajar membuat dua kerja besar iaitu muktamar dan Pilihan Raya Umum pada satu masa.
Walaupun muktamar itu tetapi pilihanraya lebih penting.
Bagi menjamin urusan pilihanraya tidak terganggu, maka PAS memberi keutamaan kepada pilihan raya.
PRU13 tidak jadi diadakan tahun 2011. Maka ia dikira akan diadakan dalam tahun 2012 juga. Setelah ia tidak diadakan dalam bulan Februari dan Mac 2012, maka semua ramalan mengira masa itu akan berlangsung dalam bulan Mei.
Bahkan telah ada isyarat dari SPR betapa ia bersiap untuk mengadakannya pertengahan tahun ini.
Waktu yang terbaik tahun ini ialah bulan Mei.
Maka PAS dan sekutunya membuat semua persiapan bagi menghadapi kedatangan bulan Mei itu.
PAS tidak bersedia membuat kerja lain termasuk menangguhkan muktamar ke satu tarikh yang lain. Ia ditunda ke hujung tahun.
Setelah tiba bulan Mei tidak juga Parlimen dibubarkan. Sampai masuk bulan Jun sah tiada pilihan raya. Sementara menunggu pengumuman pembubaran Parlimen dalam bulan Mei itu ada maklumat dari orang-orang sekolah menyebut notis kerajaan untuk menggunakan sekolah, dipercayai untuk dijadikan tempat mengundi, bunyinya tidak jadi digunakan. Ia adalah isyarat PRU itu tidak ditunda.
Mengapa? Entahlah.
Ia tidak jadi diadakan sebelum Mei, mungkin termakan gertak Menteri Besar Selangor yang tidak sedia mengadakan pilihan raya serentak kiranya ia diadakan sebelum penggalnya genap empat tahun. Idah yang diberi oleh Selangor itu telah berlalu dalam bulan Mei lalu. Tetapi ternyata Perdana Menteri belum dapat isyarat.
Walaupun PAS cukup bersedia pada bulan Mei itu tetapi ia bukan satu masa yang baik memandangkan SPR belum memenuhi tuntutan lapan perkara oleh dikemukakan oleh Bersih 2.0 Selagi tuntutan itu tidak dipenuhi, PAS tidak sedap hati untuk menghadapi pilihan raya.
Sekalipun PAS menunda muktamarnya, tetapi ia mengambil peluang menyokong unjukrasa Bersih 3.0 yang diketuai bersama oleh Dato’ Ambiga dan Dato’ Samad Said pada 28 April lalu.
Banyak juga kerja untuk menjayakan Bersih 3.0 itu tetapi ia tidak sesulit mengadakan muktamar. Kalaupun Parlimen dibubarkan menjelang demonstrasi, tidak payah sangat untuk membatalkannya dan tidak jadi masalah jika hendak diteruskan.
Kalau PAS tahu PRU tidak jadi diadakan bulan Mei, tentu ia tidak menunda muktamarnya. Apa yang PAS dapat buat bagi menggantikan muktamar itu ialah menganjurkan perhimpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar yang dihadiri lebih 100,000.
Muktamar bulan Mei ditunda ke bulan November. Pilihan raya yang tidak diadakan bulan Mei itu dianjak lagi ke depan. Bagaimana kalau diandaikan dalam bulan November? Ternyatakan ia satu masa yang tidak disenangi oleh PAS kerana PAS bercadang untuk mengadakan muktamar sebelum tahun berakhir.
Adakah PAS akan menunda lagi muktamarnya kerana PRU itu mungkin diadakan masa itu?
Secara tidak sedar PAS telah dibuli lagi oleh Najib. Walaupun Najib tidak berniat untuk membuli sesiapa, tetapi dengan kelakuannya yang misteri itu dia telah membuli semua orang. Orang politik tidak dapat merancang tindakan ke hadapan kerana bimbang ada pilihan raya.
Orang politik yang hendak menikahkan anak pun payah merancang, takut hari kahwin itu serentak dengan pilihan raya.
Semua orang susah dengan keadaan Najib itu. Adakah dia seronok melihat semua orang jadi mangsa bulinya?
Saya teringat akan Maharaja Nero dari empayar Rome purba. Dia digelar Maharaja Gila. Dibakarnya kota Rome. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Rome terbakar.
Sumber HD : 20/07/2012

Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab
Subky Latif, | 24 Jul 2012 |
TAMRIN Tun Ghafar Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi Bersih 3.0 hujung April lalu menulis surat panjang kepada Perdana Menteri Najib membantah apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu. Semua yang disebutnya adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.
Dia memberi tempoh dua minggu kepada Najib, jika tiada respons dia akan mengedarkan surat itu kepada umum. Kerana tidak menerima maklum balas, dia naik pentas pembangkang dan kelihatan dalam tunjuk perasaan rakyat yang tujuannya untuk menyampaikan sikap dan salah laku pimpinan UMNO yang diketuai Najib kepada orang ramai.
Awal Julai ini dia menerima surat tunjuk sebab dari Setiausaha Agung UMNO, mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan disiplin parti.
Seperti Najib tidak menjawab suratnya, Tamrin juga tidak menjawab surat tunjuk sebab itu. Tetapi saya dapati Tamrin muncul dalam TV secara on-line menyebut bukan dia mesti diberi surat tunjuk sebab, sebaliknya Najib dan sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mesti menunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan UMNO.
Dia mnunjukkan antara petikan perlembagaan UMNO tentang tujuan dan tanggungjawab sekalian ahli UMNO dari setinggi hingga serendahnya di peringkat akar umbi mestilah peduli dan prihatin terhadap masalah rakyat. Tetapi UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi dengan masalah rakyat.
Dia juga menyebut tentang semangat perlembagaan UMNO yang mahu parti itu dan kerajaan yang dipimpinnya menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.
Dia membangkitkan tentang apa yang dikiranya keselamatan negara sudah digadaikan apabila berpuluh ribu orang asing telah diberi kerakyatan segara dan didaftarkan menjadi pengundi untuk PRU 13 ini.
UMNO telah membenarkan pegawai dan jabatan kerajaan membawa orang luar bagi dijadikan pengundi. Tidakkah ia satu kerja pengkhianatan kepada keselamatan negara?
Hingga katanya, dalam kawasan pilihan raya Parlimen Pekan yang diwakili Najib terdapat satu kawasan pengundi yang dinamakana Kampung Kampuchea. Pengundinya terdiri dari pelarian dari Kampuchea.
Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan orang-orang UMNO sekarang bukan lagi apa yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpiin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dulu seperti bapanya Tun Ghafar Baba dan bapa Najib, Tun Razak.
Tamrin ditanya mengapa semua salah laku UMNO dan pemimpinnya itu tidak disampaikan kepada parti melalui saluran yang sewajarnya tetapi sebaliknya dia membuat teguran terbuka dan menggunakan pentas pembangkang?
Jawab Tamrin, UMNO tidak mahu dengar teguran kita dan tidak akan layan bantahan rakyat. Dia sudah menghantar surat kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia tidak jawab. Tiada jawapan sejak hujung April hingga Julai sekarang.
Jika babanya Tun Ghafar Baba tidak dilayan oleh UMNO sedang dia adalah bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka siapa dalam UMNO hendak layan ahlinya yang tidak ada kedudukan dalam parti.
Katanya, bapanya minta berjumpa dengan seorang Menteri Besar, Menteri itu kerana terlalu sibuk memberinya enam bulan untuk menemuinya. Sehari sebelum temu janji itu pegawai Menteri Besar itu memaklumkan pertemuan itu dibatalkan.
Inilah layanan Menteri Besar terhadap orang disebutkan sebagai negarawan. Tetapi kata Tamrin bapanya minta bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru itu juga seorang yang sibuk, banyak memberi kuliah agama, dia pun bukanlah sihat sangat, tetapi dalam masa tiga hari saja bapanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan.
Tok Guru terima bapanya sebagai tetamu negeri, sediakan motokar untuk ke mana saja. Apa yang mengharukannya Tok Guru katakan kepada Tun Ghafar bahawa Tun Ghafar boleh berapa hari dia suka, kalau mahu tinggal di Kelantan, kerajaan akan sediakan rumah untuknya.
Mengapa Tamrin naik pentas pembangkang dan tidak mengadakan pentas partinya? Jawabnya, UMNO akan adakan ceramah untuknya dan kalau pun UMNO adalah majlis ceramah, tiada siapa dalam UMNO itu hendak mendengarnya.
Maka pilihannya ialah menyertai ceramah pembangkang supaya pendedahannya tentang kepalsuan UMNO sekarang dapat disampaikan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO.
Katanya, dia sayangkan UMNO dan masih ahli UMNO. Teguran yang dibuatnya di merata-rata itu ialah kerana sayangkan UMNO dan mahu pemimpin-pemimpin UMNO membetulkan semula perjuangannya.
Sumber HD : 24/07/2012
ISLAM - orang Islam dan negara Islam – bukan saja wajah bahkan mustahak menyertai Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali itu.
Banyak manfaat dunianya yang boleh didapati daripadanya kerana ia menghimpunkan manusia dari semua bangsa dari seluruh dunia dari berbagai agama dan berbagai ideologi dan kepercayaan.
Boleh dijalin hubungan diplomatik, dagang, politik, kebudayaan dan lain-lain. Sebagai haji mengumpulkan semua umat dari berbagai latarbelakanag hidup dan benua bagi mendekatkan diri kepada Allah, Olimpik membawa ahli dan peminat sukan, di samping bertanding juga bertukar-tukar pengalaman.
Dari sudut apa Olimpik itu boleh mendatangkan pahala dan dapat mendekat diri kepada Allah tidak dapat hendak dibayangkan, tetapi penyertaan orang Islam dikira wajar dan munasabah. Faedahnya antaranya Islam tidak terpencil dalam himpunan masyarakat dunia, dan tidak akan difitnahkan agama yang tiada sukan dan riadah.
Oleh kerana Negara Islam patut hadir, walau pun syiar Islamnya tidak nampak, tetapi wajarlah umat Islam peka ia tidak diadakan dalam bulan Ramadhan, ketika mana umat Islam wajib berpuasa dan puasa itu tidak sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah puasa perut dan tekak serta puasa nafsu.
Takwim Olimpik telah disusun awal. Telah lama duta-duta Islam tahun Sukan Olimpik London 2012 diadakan dalam bulan Ramadhan.
Dan sepatutnya umat Islam mengingatkan kepada Majlis Olimpik Dunia itu tidak mengadakannya dalam bulan puasa. Jika sebuah atau dua buah negara menyampaikan mesej itu mungkin ia tidak diperhatikan, tetapi semua badan Islam dan OIC minta ia diinjak kepada masa yang lain supaya ia tidak mengganggu ibadat orang Islam.
Jika OIC membuat keputusan tidak menghantar wakil dalam sukan itu dalam bulan Ramadhan, kalau pun Majlis Olimpik tidak melayannya, tetapi tuan rumah berfikir dua kali.
Britain berbelanja besar untuk menjadi tuan rumah, kiranya semua anggota OIC tidak menghantar wakil, Britain tidak akan dapat semaksima faedah dari temasya itu.
Temasya itu member peluang pelancongan buat negeri itu. Yang datang serentak itu bukan para atlit dan pegawainya saja, tetapi peminat sukan di kalangan orang Islam juga ramai dan jumlah mereka lebih ramai dari orang-orang terlibat.
Orang Islam tidak peduli jika ia hendak diadakan dalam musim haji. Mekah dan Madinah tidak akan jadi kota sunyi jika sukan itu diadakan musim itu.
Tetapi banyak eloknya jika Olimpik itu dibuat luar musim haji.
Tidak akan timbul di kalangan masyarakat dunia betapa Islam hendak mencampur adukkan agama dengan sukan yang membebaskan semua dari sentiment agama masing-masing. Mungkin orang Eropah dan Amerika akan memperleceh ingatan orang Islam itu. Tetapi suatu hakikat penganut Kristian mereka tidak mahu diganggu dalam musim menambut hari Natal.
Apa jua kegiatan besar baik dalam negeri mahu pun antarabangsa, masyarakat barat yang rata-rata penganut Kristian, tidak mahu ia diadakan dalam musim perayaan Natal itu.
Malaysia ada pengalaman institusi pengajian tingginya hendak mengadakan peperiksaan di hujung tahun. Kerana ramai juga tenaga di kampus-kampus terdiri dari orang Kristian, masing-masing telah membuat persiapan awal untuk balik cuti Krismas ke negara masing-masaing dalam bulan perayaan itu.
Sekali pun tenaga itu bukan majoriti, tetapi urusan yang diperlukan terganggu kerana ketiadaan mereka.
Kalau masyarakat dunia telah ada ketetapan musim perayaan Natal tidak boleh diganggu, maka adalah pandangan yang wajar dan amat rasional bagi umat Islam menyampaikan pandangaan, eloklah temasya olimpik tidak diadakan bulan Ramadhan.
Mungkin ada ulama yang memberi fatwa demi negara dan bangsa dan bla bla bla tidak mengapa orang Islam berolimpik bulan puasa. Apa pun payah bagi kita menerima hal-hal seperti itu boleh difatwa.
Kerana ia diadakan di bulan barakah itu, bukan orang ke London saja tidak mampu menumpukan urusan ibadatnya, orang tidak pergi tidak dapat menumpu ibadatnya. Masa untuk berzikir telah dicuri oleh program TV mengenai Olimpik.
Malangnya semua orang Islam diam. Ia tanda mereka belum jaga.
Sumber HD : 2/08/2012

Kenapa Islam diam Olimpik bulan puasa?
Subky Latif, | 02 Ogs 2012 |

Mana KSN yang baru?
Subky Abdul Latif, | 07 Ogs 2012 |
MANA dia Ketua Setiausaha Negara yang baru?
Sebaik saja dia menjadi KSN yang baru dia membuat kenyataan sulung mengingatkan semua kakitangan awam menyokong Barisan Nasional dan memastikan Barisan Nasional menang semula dalam PRU-13 nanti.
Gara-gara ucapannya yang tidak profesional itu dia dikutuk oleh sekalian orang berkecuali dalam politik dan tidak kira lagilah pembangkang yang kerjanya memang hendak menjatuhkan Barisan Nasional.
Selepas itu, saya tidak dengar lagi dia bercakap dan tidak kenal yang mana satu gambarnya. Selalunya, Ketua Setiausaha Negara selalunya ada beritanya dan ada gambarnya.
Sudah beberapa bulan selepas dia kena kecam, saya tidak sempat hendak mengenalinya. Sekadar sekali itu namanya disebut dan saya tidak ingat namanya. Memang saya sudah mula payah ingat nama orang. Tetapi orang selalu namanya keluar dalam akhbar dan TV mudah namanya diingat.
Seperti Altantuya Sharibu, bukan satu nama biasa tetapi kerana selalu disebut mudah diingat dan kita tahu gambar cantik atau tidak. Kira orang siar gambar orang lain tetapi dikatakan dia Altantuya, maka kita tahu gambar itu salah.
KSN yang baru itu orang Melayu, kerana sekali saja nama keluar semasa memperkenal sikapnya sebagai anti pembangkang, maka orang tidak kenal dia. Kalau dia pergi ke pasar Ramadan, orang tak tahu siapa dia.
Eloklah KSN dan pegawai-pegawai tidak banyak bercakap. Banyakkan kerja daripada bercakap. Jangan suka sangat bercakap tetapi tidak banyak kerja. Bercakaplah pada masa yang sesuai dan atas perkara yang menasabah.
Macam al-Marhum Tun Dr Ismail dulu. Dia mati sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebagai seorang ahli politik dan menteri pula, memang berhak bercakap sebanyak-banyaknya hingga payah hendak mendengar cakap orang lain. Tetapi Dr Ismail tidak suka bercakap banyak. Dia banyak bekerja.
Keluar pejabat pun dia kurang. Banyak masanya bekerja di pejabat daripada bekerja di luar pejabat. Menteri lain, buka pondok polis mesti dia merasmikannya. Kerja macam itu biarlah dibuat oleh ketua polis daerah atau mana-mana sarjan mejar di bawahnya.
Tetapi, yang menjadi tanda tanya tentang KSN yang kedengar sekali itu saja dan lepas itu tidak didengar lagi ialah apa sudah jadi dengannya?
Adakah malu dan terkejut dengan kutuk semua orang? Orang UMNO tentunya suka orang yang setia padanya seperti itu, tetapi janganlah tunjuk sangat dia lebih UMNO daripada UMNO yang menentang pembangkang di akar umbi.
UMNO yang di akar umbi itu jawatannya JKKK. Antara kerjanya ialah melaporkan asal ada kakitangan kerajaan, imam surau atau bilal singgah rumah ahli pembangkang, hingga semua orang takut pada parti pembangkang. Apa-apa yang pembangkang buat dia kacau. Mana permohonan rakyat yang memerlukan pengesahan JKKK, jangan rasa penyokong pembangkang akan dapat tanda tangannya.
JKKK buat begitu kerana mereka itu tidak tinggi sekolahnya.
KSN tinggi sekolahnya, tetapi seelok jadi KSN dia tunjuk diri sama seperti JKKK yang tidak tinggi sekolahnya.
KSN baru ini ialah yang pertama dilantik setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Apabila Najib jadi Perdana Menteri, dia muncul dengar dasar transformasinya – transformasi politik, ekonomi, social, cara hidup dan sebagainya.
Ertinya dia hendak meninggalkan segala yang leceh, jumud, pemikiran lapuk dan sebagainya yang terdapat dalam kerajaan, masyarakat dan kita pada masa sebelumnya.
Logiknya perkenannya menamakan KSN baru yang pertama semasa dia menjadi Perdana Menteri ialah seorang yang dapat membaca dasar transformasinya untuk pentadbiran Negara dan sikap kakitangan kerajaan di bawahnya. Tidaklah orang paling baik bagi menterjemahkan dasar transformasinya itu selain dari KSN.
Transformasi dalam UMNO, BN dan politik adalah kerja Najib. KSN adalah pembantu dan penasihat pertama Najib dalam pentadbiran Negara dan sikap seta pemikiran kakitangan awam. Antara gajinya yang tinggi itu adalah membuat tranformasi yang digahkan itu.
Tetapi itukah transformasi yang Najib mahu seperti ucapan sulung yang tidak senonoh oleh KSN itu? Orang sudah tengok transformasi Najib dalam berbelanja, berumah tangga dan lain-lain. Dengan otak KSN itu tidak melambang transformasinya suatu yang baik.
Ia adalah KSN yang memalukan Perdana Menteri dan memburukkan lagi imej Perdana Menteri yang malang itu.

Sumber HD : 7/08/2012
Jawatankuasa Khas minyak satu olok-olok
Subky Latif, | 09 Ogs 2012 |
TAK usahlah pejuang royalti minyak Kelantan dan lain negeri Pantai Timur Semenanjung ghairah dan terpesona dengan penubuhan Jawankuasa Khas mengenai manfaat minyak seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib sebagai mengatasi kemelut tuntutan royalti yang dipertikai itu.
Tidak lain ia adalah satu taktik bagi mengelakkan kerajaan pusat dari menunaikan tanggungjawab akta Petronas dan ia juga satu modal kempen yang murah bagi BN menjelang PRU 13.
Bukan baru ini Perdana Menteri menubukan Jawatankuasa Khas atas beberapa perkara. Semua jawatankuasa khas itu kosong dan tipu daya semata-mata bagi menyedapat pihak yang menuntut.
Perdana Menteri Najib sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen tentang pembaikan pilihanraya. Berbulan-bulan badan itu bersidang. Apa hasilnya? SPR dan peraturan pilihanraya tetap di takuk lama.
Orang bising tentang undang-undang kejam ISA dan AUKU. Tidak janji untuk buat transformasi mengenainya. Ditubuh badan membuat kajian. ISA tukar nama, kezaliman undang-undang tidak berubah. Apa yang baru denan akta universiti dan kolej? Ia seolah-olah olok-olok saja.
Orang menuntut jawatankuasa kajian kekejaman polis atas Bersih 3.0. Dia tubuhkan jawatankuasa Hanif Omar. Bekas Ketua Polis Negara itu telah dijadikan mangsa untuk diperkuda. Tetapi tiada apa yang adil dari jawatankuasa Hanif Omar itu sebalik menjadikan anggota badan itu jatuh nilai di sisi umum.
Sekarang Najib mahu memperalatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid yang namanya dililhat tinggi kerana penghakinannya atas kes Anwar Ibrahim. Saya kesian Tun Hamid akan jadi kuda tunggangan yang baru bagi melindungi jenayah kerajaan BN sejak zaman Mahathir hingga sekarang atas penyelewengan royalti minyak.
Saya kenal Tun Hamid rakan semasa belajar dan kami pernah duduk serumah sewa. Sebagai rakan, saya nasihatkan Tun Hamid jangan biarkan diri jadi mangsa baru Najib dan kerajaannya yang amat rapuh sekarang.
Jika jawatankuasa khas itu untuk mengkaji janji akta Petronas supaya ia tidak dilangsaikan kepada negeri-negeri yang berhak, ia sama seperti tindakan ulama-ulama Yahudi mengkaji Taurat bagaimana perintah kitab suci itu tidak dilaksanakan.
Yahudi telah pinda Taurat. Jangan Tun Hamid pula digunakan bagi menggelapkan pelaksanaan akta Petronas. Jika Tun Hamid bertindak jujur bagi memperakukan janji akta itu kepada negeri-negeri, maka percayalah laporan jawatankuasa khas itu nanti akan ditawakuf dari pengetahuan umum.
Mengapa jawatankuasa Tun Hamid itu untuk kajian ngeri-negeri pantai timur Semenanjung saja? Mengapa tidak merangkumi negeri minyak yang lain iaitu Sabah dan Sarawak? Bagaimana kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Pakatan, maka pembayaran faedahnya akan jadi seperti di Kelantan dan Terengganu?
Jawatankuasa ini adalah bagi mengelakkan Najib tidak disoal dalam kempen PRU 13 dan dia tidak perlu menjadi tuntutan Tengku Razaleigh yang mahu royalti buat Kelantan itu diselesaikan sebelum PRU13.
Kerajaan Kelantan dan pejuang royalti minyak tidak perlu peduli dengan penubuhan Jawatankuasa khas itu. Boleh hantar wakil untuk dengar apa yang dibincang, tepi tidak perlu campur perbincangan.
Memadai kerajaan Kelantan berpegang dengan janji Buku Jingga bahawa hasil minyak itu akan dipulangkan kepada negeri yang berhak. Ia tidak sekadar royalty lima peratus sebagai yang dijanjikan oleh akta, bahkan ia akan dinaikkan keapda 20 peratus.
Jika Pakatan Rakyat menguasaai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menunggu laporan Jawaatankuasa Tun Hamid seslepas kerajaan baru dibentuk.
Sesudah menyaksikan banyak jawakuasa yang Najib tubuh jadi seperti cerita sidang sang tikus untuk memasang loceng di leher kucing supaya tikus tahu ada kucing bila bunyi loceng. Ia cerita dongeng.
Jawatankuasa khas itu juga satu dongeng. Pimpinan Pakatan jangan masuk perangkap Najib lagi bagi mengelak tangan yang sama dipatuk ular sama dari lubang yang sama.
Sumber HD : 9/08/2012

1Malaysia tak menyatukan negara
Subky Abdul Latif, | 10 Ogs 2012 |
AMAT malang bagi Malaysia di ambang persiapannya untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 ia bertempur dengan isu tema yang dipertikai dan tidak diterima oleh semua pihak.
Tema 55 Tahun Merdeka ‘Janji Ditepati’ tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, PUlau Pinang dan Selangor.
Justeru kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib tidak sedia menukar tema itu, maka kerajaan Pakatan Rakyat bersetuju menggunakan tema lain seperti yang setuju setakat ini iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa.
Bukan Pakatan sekadar mahu berlainan dengan yang ditetapkan kerajaan pusat, tetapi Janji Ditepati didapat mengandungi niat politik bagi dimanfaatkan oleh BN dalam PRU yang sudah diambang itu.
Bukan kerana dekatnya pilihan raya maka tema itu tidak disetujui, tetapi tema itu tidak membawa samagat perpaduan dan patriotik. Ia tidak lebih dari satu slogan politik pilihan raya.
Najib muncul sebagai Perdana Menteri lebih tiga tahun lalu menyedari betapa Negara yang sudah lebih 50 tahun mereka itu berpecah dalam serba serbi – berpecah antara kaum, berpecah sesama kaum dan sesama agama.
Maka dia memperkenalkan satu formula penyatuan Negara melalui transformasi 1Malaysia. Di bawah 1Malaysia itu ada berbagai-bagai transformasi.
Maka 1Malaysia itu dikira diterima oleh semua. Sesudah kerajaan di bawah lima Perdana Menteri sebelumnya, inilah satu pendekatan dan percubaan yang paling berupaya bagi meredakan perbedaan.
Jika ia tidak diterima, maka sampai bila Malaysia ini terus berada dalam alam perkauman dan perpecahan. Ia satu percubaan yang baik. Maka peluang perlu diberi kepadanya.
Pada ketika penyatuan belum benar-benar dapat dipatri, perkauman dan kebencian belum dapat diredakan, Najib keluar dengan tema hari kemerdekaan yang tidak menyatukan semua pihak.
Bukan Pakatan sengaja hendak memalu dan menyulitkan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri sendiri menempah malang memecahkan kebulatan muafakat melalui kemerdekaan dengan mengadakan tema yang tiada falsafah penyatuan.
Sambutan kemerdekaan yang ke-55 ini bukan kali pertama yang Pakatan dan BN akan lalui bersama. Kali ini yang kelima-lima kerajaan negeri myambutnya. Ia tidak mengadakan tema yang berlainan. Ia terima apa yang kerajaan pusat sediakan untuk empat kali sambutan yang lalu.
Malah tidak pernah sejak 55 tahun lalu ada sesiapa yang mengkritik tema yang disediakan oleh kerajaan. Lagu tema yang digunakan diterima semua.
Soal dulu pembangkang lemah atau kuat tidak berbangkit. Mungkin benar pembangkang mempertikai apa jua yang kerajaan buat dari dulu hingga sekarang. Tentangan sesetengah rakyat terhadap parti yang memerintah bukan baru sekarang saja. Sejak Perikatan dulu sudah ditentang. Tetapi tema sambutan kemerdekaan tidak pernah diusik.
Bukan kerana Pakatan terasa ia sudah hampir tiba ke Putrajaya, maka ia mahu adakan tema yang berlainan, tetapi Najib dan penasihatnya menempah tapak supaya dia dipertikai.
Memang pimpinannya dikira yang terlemah dari sekalian yang sebelumnya. Dulu orang merasakan pimpinan Tun Abdullah Badawi yang teruzur, rupanya Najib lebih uzur. Dalam serba keuzurannya dia menempah tema Janji Ditepati untuk dimanfaatkan sama bagi PRU13.
Dengan penggunaan itu, janji transformasi 1Malaysia tidak ditepati. Malaysia tidak sekadar berpecah menjelang pilihan raya dan semasa pilihan raya, tetapi kali pertama berpecah menyambut hari kemerdekaan. Yang malangnya perpecahan disebabkan oleh kelemahan penncipta 1Malaysia. Dia sendiri gagal menghayati semangat 1Malaysia. 1Malaysia tidak membawa satu penyatuan tetapi ia berakhir dengan pemecahan.

Sumber HD : 10/08/2012
PAS diam saja apa Nasharudin kata
Subky Abdul Latif, | 22 Ogs 2012 |
Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.
PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.
Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Kerana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.
Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.
Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.
Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.
Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepek, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.
Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.
Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja fathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.
Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.
Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.
Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.
Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.
Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang diambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.
Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya.

Sumber HD : 22/08/2012
Ust. Fadzil kata tak bulo’ pada Dr M
Subky Latif, | 27 Ogs 2012 |
PAS ada pengalaman menyertai BN pada zaman Tun Razak. Apabila Tun Razak mati, siapa dalam Umno yang menghormati persetujuan dan janji Tun Razak itu?
Tuntutan melaksanakan syariah telah ada ketika PAS menyertai BN. Mengapa Umno tidak mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan syariah? Sebaliknya Dr Mahathir menjuarai menyingkirkan PAS?
Mengapa lebih 30 tahun kemudian baru Mahathair menyarankan semula kiranya PAS masuk maka hudud akan dilaksnakan? Adakah sudah dia dekat nak mati baru dia teringat?
Dan jika Umno hendak melaksanakan hudud, apa perlu ia menunggu PAS masuk Umno? Mengapa tidak ia buat saja?
Seperti Perdana Menteri, Najib war-warkan sekarang ia hendak transformasikan Umno dengan wasatiah dan hendak laksanakan maqasid syariyah. Buatlah hudud sama dalam apa yang dijajanya itu.
Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz selalu sebut, jika Umno laksanakan Islam, beliau akan bubarkan PAS. Walaupun saya tidak setuju dengan Tok Guru Nik Aziz, pada saya PAS mesti dikekalkan bagi memastikan dari luar Umno benar-benar melaksanakannya, tetapi Tok Guru sudah membayang beliau tiada halangan untuk bersama Umno.
Paling tidak, Tok Guru Nik Aziz akan masuk Umno. Kalau beliau masuk Umno kerana syariyah termasuk hudud, maka apa lagi yang tinggal dengan PAS?
Masalahnya ialah, bolehkah Dr Mahathir dan Umno dipercayai? Kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Dr Mahathir pernah tipu Tengku Razaleigh hidup-hidup. Ku Li bubarkan S46 dan masuk Umno, dia kepung Ku Li dan ikat kaki dan tangannya.
Bila dia buang Tun Ghafar dari TPM dan Timbalan Presiden Umno, dia tidak cuba Ku Li menjadi ganti. Bila dia buang Anwar Ibrahim dia tidak peduli langsung Ku Li.
Tak usah Dr Mahatahir tipulah PAS. PAS 'tak bulo’. Jika Dr Mahathir sudah sukakan hudud, apa salahnya dia masuk PAS dan ajak Umno masuk PAS?

Sumber HD : 27/08/2012
Apabila khatib tumbang
Subky Abdul Latif, | 29 Ogs 2012 |
Telah berlaku di masjid saya solat sunat Idilfitri khatib ketika hendak memulakan khutbah tumbang, nasib baik beliau berpaut di dinding depan mimbar dan tidak jatuh tangga sebelah kanan mimbar.
Jemaah baris depan nampak khatib terhuyung hayang sebelum berpaut pada dinding mimbar meluru ke tangga mimbar memapahnya. Bantuan spontan menyelamatkan khatib daripada jatuh tangga.
Beberapa orang jemaah bangun memapahkan membawa turun dari mimbar, merawat apa yang patut di bilik imam.
Masalahlnya ialah bagaimana dengan khutbah kedua?
Tidak ada seorang imam pun di saf pertama dan saf kedua boleh berkhutbah secara spontan yang dapat memberikan khutbah secara professional tanpa teks atau dengan teks seperti biasa.
Nasib baik seorang jemaah yang ada pengetahuan tetapi tidak dipastikan apakah dia ada pengalaman berkhutbah.
Dia mencari teks khutbah kedua di sekitar kerusi itu. Teks itu tadinya di tangan khatib yang pitam itu. Tidak pasti teks itu dibawanya turun ke bilik atau terselit di mana-mana ketika khatib itu tumbang.
Khatib gantian itu tidak sempat membacakan doa untuk Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri. Dan teringat untuk mendoakannya, jika tidak biasa, tidak mudah untuk mengingat gelaran raja yang panjang dan nama Permaisuri Agong.
Walau pun mendoakan raja itu sunat tetapi ada khatib dan imam dipecat kerana dikatakan tertinggal mendoakan kesejahteraan raja.
Apapun hari itu adalah darurat.
Khatib itu sekadar pitam disebabkan salah makan sebelum solat sunat raya. Untuk solat raya Idilfitri jemaah elok makan dulu. Untuk solat Idiladha elok solat dulu, lepas itu baru sarapan.
Masalahnya mengapa tiada imam pengganti apabila berlaku kejadian itu? Masjid itu ada beberapa orang imam silih berganti. Apabila hari raya, habis semua balik kampung. Tinggallah seorang imam itu.
Nasib baik khutbah itu untuk solat sunat Idilfitri. Bagaimana kalau kejadian malang itu berlaku pada solat fardu Jumaat? Sudah itu ia jadi masalah yang boleh mencacatkan solat sekalian jemaah.
Oleh sebab semua imam membantu itu bukan imam rasmi atau yang menjadi kaki tangan majlis agama, maka payah hendak menghalang masing-masing beraya di kampung bersama keluarga. Apalagi mereka tidak meninggalkan masjid tanpa imam. Tidak siapa menyangka khatib boleh pitam.
Apapun masalah itu boleh diatasi dengan orang ramai mengambil tanggungjawab terhadap masalah bersama.
Nazir masjid boleh mengumum dan menyeru orang-orang yang berkelayakan untuk menjadi imam dan berkhutbah hendaklah berada di saf pertama atau saf kedua. Jika berlaku sesuatu hal, khatib yang sedang berkhutbah boleh menunjuk kepadanya untuk naik ke mimbar menggantikannya.
Atau dalam keadaan khatib tidak kenal atau tidak tahu siapa yang berkelayakan jika berlaku kejadian seperti itu, kerana dia duduk dekat dengan mimbar, maka dia secara spontan menggantikan kewajiban itu.
Sesetengahnya, kerana tawaduk atau kerana masalah masjid, hanya yang disukakan saja boleh jadi imam atau khatib atau bilal. Orang berpandangan lain tidak boleh. Mungkin ini menyebabkan mereka memilih duduk jauh dan tidak menunjukkan diri tentang keupayaannya.
Masalahnya jika kejadian itu berlaku ketika khutbah Jumaat, tiada yang hendak tampil, maka apa akan jadi?
Oleh sebab hal ini tanggungjawab bersama, tidak usah takwil sangat tentang seorang itu bukan mazhab Syafie atau tidak bermazhab. Yang tahu, wajar duduk dekat mimbar supaya boleh menyelamatkan solat apabila berlaku kejadian seperti itu.

Sumber HD : 29/08/2012
Sesiapa boleh nyata bendera yang dimahunya
Subky Latif, | 04 Sep 2012 |
ENTAH siapa telah tampil di Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam menjelang hari kemerdekaan ke 55 dengan membawa bendera yang hendak digantikan dengan bendera Jalur Gemilang.
Ia jadi satu polemik panas oleh penyokong tegar kerajaan dan BN dengan individu-individu yang tidak ketahui entah mewakili siapa. Penganjur himpunan menolak ia adalah angkaranya.
Bendera yang ditonjolkan itu adalah menyamai Sang Saka Merah Putih, bendera Indonesia dengan bulan sabit berbelas bucu seperti yang ada pada Jalur Gemilang di bahagian warna merah bendera dengan warna kuning.
Ia sama dengan bentuk bendera rasmi tiga parti politik terpenting di Malaysia iaitu PAS, UMNO dan Partai Rakyat. Bezanya cuma lambangnya. Bendera PAS asal di atas tapak merah ada bulan hijau yang tertulis kalimah Allah dan Muhammad. Setelah diharamkan oleh kerajaan BN, ia tinggal bulan hijau yang kosong.
Bendera UMNO pula di tempat yang sama memakai bulan yang di tengahnya keris telanjang. Manakala Partai Rakyat menggunakan bulatan yang ada kepala lembu.
Apa rahsianya? Mungkin ia semangat kesepakatan umat nusantara. Tetapi kalau dibuang lambang bulan sabit dan bintang berbagai bucu pada bendera yang kontrovasi itu digantikan dengan lambang keris, maka jadilah ia bendera UMNO.
Banyak yang mengutuk orang yang mengenengahkan bendera itu dengan berbagai kutukan dan nista.
Adakah kita patut kecoh dan berperang kerana isu bendera itu?
Adalah benar bendera itu lambang kebanggaan dan ada unsur marwah dan patriotnya dan kesepakatan kumpulan atau bangsa tertentu.
Sebagai bendera Negara yang sudah diterima oleh kerajaan dan rakyat ia wajar dihormati. Tetapi hormat itu tidak sampai seperti beriman kepada Allah dan Rasulnya serta rukun dalam Rukun Iman yang lain.
Allah, NabiNya dan Rukun Iman tidak boleh dipertikai dan tidak boleh ditukar. Sekalipun kita sayang dan hormati bendera, tidak sampai kita beriman kepadanya seperti beriman kepada Rukun Iman.
Setiap rakyat boleh menyatakan apa bendera yang dia kehendaki. Bendera boleh ditukar. Iran menukar benderanya bila Shah dihapuskan. Sekiranya ada rakyat yang tidak sukakan bendera Negara, dia boleh nyatakan. Tidak ia menjadi jenayah dan tidak pula mudah bagi sesiapa boleh mengatakan dia tidak patriotik dan tidak cintakan negara.
Tiada salahnya bagi sesiapa mahu mencadangkan supaya bendera ditukar. Apakah cadangannya akan diterima atau tidak adalah hal yang lain. Jika sesiapa bercadang hendak menukar bendera, hendaklah dia berusaha mengambil alih pemerintahan dengan cara yang sah iaitu dengan memenangi pilihan raya.
Dia kena dapatkan kelulusan Parlimen. Kalau Parlimen tolak dan hendak kekalkan bendera lama tidak dapatlah benderanya menggantikan bendera yang ada.
Biarkan saja orang-orang yang mahu menukar bendera itu menyatakan pandangannya. Selagi dia tidak boleh sokongan majoriti dalam pilihan raya, tidak ada yang dapat dibuatnya. Sekiranya tiada yang menyokongnya, bila dia mati nanti, tamatlah ceritanya.
Orang yang tidak setuju dengan bendera yang ada tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jauh jahatnya orang yang sukakan bendera yang ada tetapi melakukan rasuah, menual tanah rizab Melayu, menggelapkan wang negara, menabur wang negara kepada orang ramai seperti mencurah air hujan.
Memang bendera yang ada ditegur oleh pejuang kemerdekaan yang asli seperti Dr. Buharnuddin dan Pak Sako dulu. Ia menyamai bendera Amerika. Banyak orang luar merasakan Malaysia ini sebuah Amerika kecil atau cawangan Amerika.
Apa seronoknya mereka dengan bendera seperti Amerika itu tiada siapa yang tahu.
Saya terbuka. Jika tukar tak apa, tak tukar pun tak mengapa. Saya tidak mahu jadi macam masa budak-budak dulu. Ada budak yang ketiga mencampakkan kertas ke tanah menyifatkan ia kepada bapa saya. Satu kertas lagi dikatakan kepala bapa seorang lagi. Kalau berani pijak kertas yang dikatakan kepala orang kedua itu.
Saya pun pijak kertas yang dikatakan kepala bapa orang kedua. Orang kedua pijak pula kertas yang dikatakan kepala bapa saya. Kami pun bertumbuk hingga bengkak muka. Mungkin menyinggung maruah saya dan bapa saya, tetapi itulah dinamakan budak-budak. Jangan berkelahi macam budak-budak kerana bendera, nanti orang kata yang tua pun macam budak-budak juga.
Orang sepak hudud dan agama kita taka pa-apa. Orang tegur bendera serta merta naik darah tinggi. Nasib baik tidak kena angin ahmar.
Sumber HD : 4/09/2012

Perihal Abby Abadi dan ulama muda
Subky Latif, | 05 Sep 2012 |
Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.
Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.
Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.
Kita tidak tahu di mana dia mengaji dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.
Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pemimpinnya.
Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.
Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.
Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai pemimpinnya.
Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.
Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.
Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.
Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang dulu gayanya itu adalah lebai.
Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.
Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.
Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terdidik dalam suasana Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.
Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai parti nasionalis.
Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.
Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.
Itulah kebesaran Allah.

Sumber HD : 5/09/2012
Perkasa tidak mengaku ia angkaranya dan menggesa ia disiasat dan buktikan ia angkaranya.
Orang Alor Setar kenal suku sakat Perkasa di situ dan di antara orang kuat Perkasa itu adalah orang UMNO. Dengan kejadian samseng di masjid itu, penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi masjid itu tidak payah untuk mengecam anasir-anasir Perkasa yang ada di tengah mereka. Penyokong Ketua Pembangkang – PKR dan PAS – yang ada di masjid tidak teragak-agak menuduh ia gara-gara angkara Perkasa.
Perkasa ditubuhkan oleh Ibrahim Ali, MP Pasir Mas yang memang dikenali samseng sejak di zaman pelajarnya lagi. Ditubuhkannya Perkasa adalah membela UMNO yang tidak dapat mendakwa sebagai pembela Melayu kerana parti itu adalah penjual bangsa Melayu. Apa yang UMNO dan pemimpinnya cakap tentang Melayu tidak dipercayai orang.
Perkasa muncul bagi menggantikan UMNO untuk bercakap tentang orang Melayu. Ia mengaku NGO sebenarnya bekerja untuk UMNO dan kerajaan pimpinan Najib.
Bahasa orang politik pendekatannya adalah radikal. Pada orang Melayu radikal itu adalah samseng.
Anwar dalam jelajah Merdeka Rakyatnya singgah bertazkirah di sebuah masjid di Kedah. Lalu samseng tadi mensabotaj lampu dan pembesar suara hingga bergelap dan suara tazkirah tadi tidak didengar. Antara yang menjolok mata, anasir itu melempar kasuk yang disasarkan kepada Anwar tetapi mengenai orang lain.
Tidaklah banyak kejinya antara melempar kasut di masjid dengan memijak dan menungging punggung pada gambar Najib di Dataran Merdeka yang heboh sekarang.
Orang melondeh seluar dan memijak gambar PM itu sudah dikenal pasti kerana polis memang memerhatikan semua yang berlaku dalam Himpnan Janji Merdeka itu.
Walaupun Anwar itu Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri menunggu, polis tidak terasa ia ada tanggungjawab melindungi majlis yang dihadirinya dari diganggu samseng. Tidak seperti polis di negara-negara yang mengiktiraf sisstem ketua pembangkang, menjaga keselamtan Ketua Pembangkang sama dengan menjadi keselamatan Perdana Menteri.
Bukan Perkasa saja pertubuhan samseng di dunia. Biasanya pertubuhan samseng itu membuat kacau terhadap seterunya di mana-mana saja. Kadang-kadang mereka meletupkan bom dan menembak orang.
Dalam setiap kejadian mereka nantinya mengaku bahawa kejadian itu mereka yang melakukannya. Mereka tidak sekadar tembak curi atau pukul lari. Mereka kemudian menghantar mesej kepada polis atau kepada media mengaku mereka yang punya angkara.
Semseng itu ada keberanian dan seoleh-oleh ada benda yang diperjuangkannya. Ia dibuat begitu kerana mereka mahu orang tahu akan kewujudannya dan kegiatannya. Tentulah pengakutan itu ada risiko tindakan ke atasnya.
Mereka sanggup menghadapi risiko itu.
Akan tetapi Perkasa tidak ada keberanian itu. Orang ramai di tempat kejadian tahu anasir Perkasa ada di situ dan mereka amat yakin ia angkara Perkasa. Sama ada dakwaan orang itu betul atau tidak, orang luar yang mengikuti kegiatan Perkasa percaya Perkasa boleh melakukannya.
Mungkin Perkasa tidak terlibat. Tetapi memandangkan Perkasa itu memang samseng, orang boleh percaya ia yang buat.
Sangkaan orang itu adalah satu pengiktirafan kepada Perkasa. Perkasa patutnya seronok dan berbangga bila orang akui ia garang, berani dan samseng.
Tetapi apabila Perkasa dituduh melempar kasut ia seorang tergamam. Tidak berkata beberapa ketika. Lama kemudian baru ia bersuara tidak mengaku dan menyuruh supaya disiasat.
Tidakkah itu cemas namanya?
Sumber HD : 10/09/2012
Perkasa cemas gara-gara lempar kasut
Subky Latif, | 10 Sep 2012 |
BAGAIMANA Perkasa, sebuah NGO politik yang berimej samseng boleh cemas dengan dakwaan ia yang melempar kasut dalam masjid di Kedah yang disasarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihan raya Selangor mungkin berasingan juga
Subky Latif, | 21 Sep 2012 |
Ketika PM Najib hendak mengadakan PRU segera dulu, Selangor memutuskan ia tidak akan mengadakan pilihan raya serentak selagi tidak masuk ke tahun terakhir buat penggal lima tahun yang bermula 2008.
Sekarang Najib telah melewatkannya dan bersedia untuk mengadakannya bila-bila masa tetapi Selangor pula tidak mahu membubarkan DUN jika PRU diadakan tahun ini sekalipun ia sudah berada ditahun yang terakhir. Mungkin ia akan mengadakannya pada bulan terakhir penggal itu.
Alasannya ialah SPR tetap dilihat tidak bersih dan tidak adil. Panitia Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 masih melihat bergelumang dengan kekotoran. Selangor yang ada kuasa untuk menentukan bila DUNnya akan dibubarkan tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam suasana tidak sihat itu.
Walaupun pilihan rayanya pada bulan terakhirnya nanti tidak menjamin ia diadakan dalam suasana yang dimahunya, tetapi ia mahu mendenda SPR yang sentiasa senget itu untuk membuat kerja dua kali.
Kalau pilihan raya itu serentak SPR buat kerja sekali saja. Kerja SPR tidak selesai kerana Selangor belum pilihan raya. SPR tidak dapat tutup buku. Pengerusi dan timbalannya serta sekian ramai petugasnya tidak dapat mengambil cuti kerana kerja masing-masing belum selesai.
Gara-gara SPR yang dilihat tidak telus, tidak adil dan tidak bersih itu menyebabkan negara terpaksa menanggung beban belanja yang sekali ganda.
Tiada siapa yang untung apabila kerajaan dan negara terpaksa menanggung beban kewangan yang lebih besar dan membazir tetapi ia adalah satu denda negara kerana membenarkan kecurangan berlaku.
Kerajaan dan pemimpin jadi curang kerana ia direlai beberapa aparat negara seperti SPR, polis, jabatan peguam negara, jabatan kehakiman dan lain-lain. Semua aparat yang sepatutnya bebas dan merdeka telah setuju dilacurkan oleh pemimpin kerajaan yang curang itu.
Dengan denda yang dilakukan oleh kerajaan Selangor itu, semua individu yang merelakan aparat di bawah tanggungjawabnya dilacurkan terpaksa menanggung beban kerugian negara itu. Keluarga dan anak cucu mereka ikut menanggung beban itu.
Selama ini orang sangka parti pembangkang dan rakyat saja yang menjadi mangsa dan hamba kerajaan dan pemimpinnya yang kejam dan zalim, jika sekalian hakim, pemimpin polis, pemuka SPR dan pembesar jabatan peguam negara terdiri orang yang merdeka dan bebas, mereka sepatutnya sedar bahawa bukan saja rakyat dan pembangkang terpaksa menjadi mangsa, tetapi mereka dan anak cucu mereka juga jadi mangsa kepada sistem negara yang menyeleweng itu.
Apabila ada antara anak cucu mereka yang sedar nanti, mereka akan mengutuk dan maki hamun datuk nenek mereka yang membenarkan institusi bebas itu dilacur.
Parti yang memerintah Selangor tetap tidak mendapat layanan yang adil oleh SPR yang sama sekalipun pilihan raya diadakan berasingan. Tetapi siapa tahu kalau PRU13 yang diadakan dulu itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat?
Jika fathul (pembebasan) Putrajaya dapat dilakukan, maka terbuka peluang bagi membersihkan SPR. Mungkin Ambiga dan pujangga A. Samad Said boleh dijadikan pengerusi bersama SPR bagi membersihkan segala yang comot.
Maka masa itu Selangor tidak ragu lagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Dalam suasana yang bebas itu terserah kepada pengundi untuk menjadi Noh Omar atau Tan Sri Razali Ismail, bos Syabas untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru atau mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB.
Jika selepas itu mati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, nescaya pejam mata masing-masing.

Razali Ismail mahu senator saja?
Subky Latif, | 11 Sep 2012 |
Orang tanya saya, siapa agaknya calon Menteri Besar Selangor, kiranya Barisan Nasional dapat merampas negeri itu?
Pada saya, calon itu mesti sehebat nama korporat Tan Sri Khalid Ibrahim juga. Setakat Umno akar umbi saja tidak mampu menyaingi kehebatan yang ada pada Tan Sri Khalid.
Orang Umno Selangor yang ternama, kaya dan korporat ialah Tan Sri Razali Ismail, bos Syabas yang bergaji RM400 ribu sebulan itu.
Tetapi, Tan Sri Razali dikatakan tidak sedia bertanding. Dia dikatakan sedia menerima jawatan sebagai senator saja.
Pertama, pengalaman bertanding itu tidak ada padanya. Dengan kedudukan sebagai orang kaya sekarang, berapalah elaun Menteri Besar yang diharapkan berbanding dengan pendapatan bulanannya.
Kedua, sekalipun BN rasa Selangor dapat ditawan semula, tetapi harapan itu tidak boleh dipercayai sangat. Pengundi di Selangor itu tidak dapat hendak diagak. Tentulah Razali Ismail tidak sedia berdepan dengan suasana 50 – 50.
Kalau ditakdirkan BN kalah dan Razali Ismail menang, adakah dia hendak jadi ketua pembangkang. Sebagai pembangkang di DUN nanti tentulah dia lutu orang kerajaan Pakatan secara berdepan tentang pembolotan harta Qarun yang ada padanya sekarang.
Lalinlah kalau diangkat menjadi senator. Dia tidak perlu jaga kawasan dan sebagai senator dia boleh dilantik jadi menteri seperti menteri air atau macam-macam kemudahan lain.
Tiada yang mustahil.
Tetapi bergantung kalau BN dapat mengekalkan kuasa. Tiada masalah bagi Najib untuk melantikkannya jadi senator.
Kalau Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, maka peluang bagi Razali jadi senator tertutup. Senator bagi mewakili negeri Selangor ditentukan oleh Pakatan jika Selangor tidak dapat ditawan kembali, dan senator melalui perkenan Yang Dipertuan Agong akan dinasihatkan pula oleh Perdana Menteri baru.
Najib dan BN tidak dapat menentukan lagi.
Jika Tan Sri Razali mahukan jawatan itu, dia mesti dapatkan sekarang sementara Najib masih ada kuasa untuk menentukan senator baru.
Dalam masa beberapa bulan ini didapati sentiasa ada senator baru mengangkat sumpah kerana ia musim senator tamat tempoh. Jika Umno mengira Razali hendak diberi jawatan itu maka ia mesti diberi sekarang.
Kalau ditakdirkan BN kalah dalam PRU 13 ini, kalau Razali sudah jadi ssenator, maka dia boleh terus jadi senator selama tiga tahun. Jawatan itu tidak lucut dengan kekalahan BN.
Selepas tiga tahun barulah senatorshipnya tamat. Kalau tidak dilantik sekarang, peluang jadi senator itu amat berisko.

Sumber HD : 11/09/2012
Anwar bagai dikejar Abu Lahab
Subky Latif, | 19 Sep 2012 |
TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah.
Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu.
Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.
D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar.
Apalah nasibnya?
Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.
Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.
Baginda dihardik dengan kalimah ‘celaka’ oleh Abu Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.
Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.
Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda.
Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.
Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih.
Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakup semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.
Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di ssebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya.
Keika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi.
Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.
Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat.

Sumber HD : 19/09/2012
Pembunuhan duta tak ubah bantah umat Islam
Subky Latif, | 19 Sep 2012 |
Mahu tidak mahu Amerika mesti memikul tanggungjawab atas jenayah bedebah rakyat menerbitkan filem anti-Islam Innocence of Muslims yang mencerca Nabi SAW dan menghina Islam.
Amerika mesti menghantar wakil khas ke setiap Negara Islam, minta maaf secara terbuka atas penghinaan itu dan bertindak terhadap si keparat itu. Filem terkutuk itu mesti dimusnahkan.
Sekadar polis menahan dan mengurung pembuat filem tidak memadai. Malah umat Islam ragu Amerika dapat mengenakan hukuman yang seadilnya kepada bedebah itu.
Yang dijamin dapat mengenakan hukuman yang adil kepadanya ialah perundangan dan mahkamah Islam sendiri. Justeru, umat Islam boleh mengemukakan tuntutan supaya dia dibicara dan dihukum oleh sistem keadilan di mana-mana wilayah umat Islam.
Tentu Amerika tidak akan setuju. Maka umat Islam mesti mengenakan tekanan kepada Amerika supaya menyerahkannya kepada keadilan Islam.
Jika Amerika boleh menuntut mana-mana yang disyaki anasir alqaeda di Negara-negara Islam diserahkan kepada Amerika, dan Amerika mengira ia adil dan menasabah, maka apa tidak logiknya dan masalahnya bagi umat Islam menuntut Ameerika menyerahkan rakyatnya durjana itu kepada masyarakat Islam.
Pernah berlaku seorang muslimat yang beribu batu jauhnya dari pusat pentadbran Khalifah ar-Rasyidin dihina oleh peniaga Yahudi di tengah pasar hingga pakaian menutup auratnya terbuka lalu terdedah auratnya.
Muslimat itu berteriak agar Khalifah datang membela aibnya. Suara muslimat didengar oleh Khalifah. Khalifah datang dari beribu batu untuk menebus maruah seorang rakyatnya yang dihina dan dimalukan.
Jika Islam telah bertindak membela maruah seorang rakyatnya, seorang wanita biasa, maka apa Islam tidak sedia membela maruah Nabi dan Islam yang dihina bagi meleltakkan Islam itu pada kedudukan maruah yang mulia dan dipandang tinggi?
Tidak cukup umat Islam sekadar bangkit berdemonstrasi beratus juta di seluruh dunia dan padan dengan terbunuhnya seorang duta Amerika di Libya. Semua kuasa Islam d bawah induk OIC mesti bangun meminta Amerika menyerahkan rakyatnya jahat itu.
Islam akan memberi jaminan keadilan yang seadilnya kepadanya. Islam tidak akan menzaliminya seperti yang Amerika lakukan terhadap tahanan di Teluk Guantanamo dan di kem tahanan Amerika yang kejam di Baghdad terhadap tawanan Islamnya.
Belum tentu dia akan dibunuh walaupun hukum mati termasuk antara hukumnya. Tidak semudah itu Islam mnjatuhkan hukuman bunuh kepada petuduh dan orang yang telah disabitkan dakwaan terhadapnya.
Prinsip mahkamah Islam yang utama ialah bukan hendak menghukum orang yang didakwa. Langkah awalnya ialah mencari jalan bagaimana yang dituduh dapat dibebaskan?
Malah seorang perempuan yang mengaku berzina, pengakuannya sah hingga dia melahirkan anak, Rasulullah SAW tidak terburu-buru menghukumnya. Baginda tangguhkan pelaksanaan hukuman ke atasnya. Dan apabila telah dipastikan wanita itu telah taubat, maka hukuman terhadapnya dibebaskan.
Seburuk manapun jahat dan hasad pembuat filem itu, dia tidak akan dizalimi sebaik diserahkan kepada mahkamah Islam. Jika dia disabitkan dengan hukuman mati dan hukuman itu tidak dapat dielakkan, ia adalah keadilan memaksanya jadi begitu.
Tetapi orang sabit salahnya wajar diberi peluang kedua, mana tahu dia insaf dan menyesal atas kebodohannya, dia taubat dan menerima keadilan Islam sebagai paling unggul, mungkin dia dapat dibebaskan.
Ramai mana orang Yahudi dan musyrikin Makkah menerima Islam kerana mendapat layanan yang adil daripada mahkamah Islam.
Amerika mesti melihat kebangkitan umat Islam secara terbuka. Ia bukan dibuat kerana anti-Amerika. Tetapi untuk berdakwah kepada Amerika melalui keadilan mahkamah Islam.
Amerika jangan alihkan kematian dutanya di Libya gaga-gara kebangkitan Islam hingga melihat demonstrasi besar-besaran itu bagi menjustifikasi Islam itu sebenarnya ganas. Amerka tidak boleh tutup kejahatan pembuat filem itu dengan kematian dutanya. Pembunuhan itu tetap dikecam tetapi kebangkitan menyeluruh itu adalah demi keadilan.
Amerika mesti menghantar wakil khas ke setiap Negara Islam, minta maaf secara terbuka atas penghinaan itu dan bertindak terhadap si keparat itu. Filem terkutuk itu mesti dimusnahkan.
Sekadar polis menahan dan mengurung pembuat filem tidak memadai. Malah umat Islam ragu Amerika dapat mengenakan hukuman yang seadilnya kepada bedebah itu.
Yang dijamin dapat mengenakan hukuman yang adil kepadanya ialah perundangan dan mahkamah Islam sendiri. Justeru, umat Islam boleh mengemukakan tuntutan supaya dia dibicara dan dihukum oleh sistem keadilan di mana-mana wilayah umat Islam.
Tentu Amerika tidak akan setuju. Maka umat Islam mesti mengenakan tekanan kepada Amerika supaya menyerahkannya kepada keadilan Islam.
Jika Amerika boleh menuntut mana-mana yang disyaki anasir alqaeda di Negara-negara Islam diserahkan kepada Amerika, dan Amerika mengira ia adil dan menasabah, maka apa tidak logiknya dan masalahnya bagi umat Islam menuntut Ameerika menyerahkan rakyatnya durjana itu kepada masyarakat Islam.
Pernah berlaku seorang muslimat yang beribu batu jauhnya dari pusat pentadbran Khalifah ar-Rasyidin dihina oleh peniaga Yahudi di tengah pasar hingga pakaian menutup auratnya terbuka lalu terdedah auratnya.
Muslimat itu berteriak agar Khalifah datang membela aibnya. Suara muslimat didengar oleh Khalifah. Khalifah datang dari beribu batu untuk menebus maruah seorang rakyatnya yang dihina dan dimalukan.
Jika Islam telah bertindak membela maruah seorang rakyatnya, seorang wanita biasa, maka apa Islam tidak sedia membela maruah Nabi dan Islam yang dihina bagi meleltakkan Islam itu pada kedudukan maruah yang mulia dan dipandang tinggi?
Tidak cukup umat Islam sekadar bangkit berdemonstrasi beratus juta di seluruh dunia dan padan dengan terbunuhnya seorang duta Amerika di Libya. Semua kuasa Islam d bawah induk OIC mesti bangun meminta Amerika menyerahkan rakyatnya jahat itu.
Islam akan memberi jaminan keadilan yang seadilnya kepadanya. Islam tidak akan menzaliminya seperti yang Amerika lakukan terhadap tahanan di Teluk Guantanamo dan di kem tahanan Amerika yang kejam di Baghdad terhadap tawanan Islamnya.
Belum tentu dia akan dibunuh walaupun hukum mati termasuk antara hukumnya. Tidak semudah itu Islam mnjatuhkan hukuman bunuh kepada petuduh dan orang yang telah disabitkan dakwaan terhadapnya.
Prinsip mahkamah Islam yang utama ialah bukan hendak menghukum orang yang didakwa. Langkah awalnya ialah mencari jalan bagaimana yang dituduh dapat dibebaskan?
Malah seorang perempuan yang mengaku berzina, pengakuannya sah hingga dia melahirkan anak, Rasulullah SAW tidak terburu-buru menghukumnya. Baginda tangguhkan pelaksanaan hukuman ke atasnya. Dan apabila telah dipastikan wanita itu telah taubat, maka hukuman terhadapnya dibebaskan.
Seburuk manapun jahat dan hasad pembuat filem itu, dia tidak akan dizalimi sebaik diserahkan kepada mahkamah Islam. Jika dia disabitkan dengan hukuman mati dan hukuman itu tidak dapat dielakkan, ia adalah keadilan memaksanya jadi begitu.
Tetapi orang sabit salahnya wajar diberi peluang kedua, mana tahu dia insaf dan menyesal atas kebodohannya, dia taubat dan menerima keadilan Islam sebagai paling unggul, mungkin dia dapat dibebaskan.
Ramai mana orang Yahudi dan musyrikin Makkah menerima Islam kerana mendapat layanan yang adil daripada mahkamah Islam.
Amerika mesti melihat kebangkitan umat Islam secara terbuka. Ia bukan dibuat kerana anti-Amerika. Tetapi untuk berdakwah kepada Amerika melalui keadilan mahkamah Islam.
Amerika jangan alihkan kematian dutanya di Libya gaga-gara kebangkitan Islam hingga melihat demonstrasi besar-besaran itu bagi menjustifikasi Islam itu sebenarnya ganas. Amerka tidak boleh tutup kejahatan pembuat filem itu dengan kematian dutanya. Pembunuhan itu tetap dikecam tetapi kebangkitan menyeluruh itu adalah demi keadilan.
Sumber HD : 19/09/2012
Pilihan raya Selangor mungkin berasingan juga
Subky Latif, | 21 Sep 2012 |
Ketika PM Najib hendak mengadakan PRU segera dulu, Selangor memutuskan ia tidak akan mengadakan pilihan raya serentak selagi tidak masuk ke tahun terakhir buat penggal lima tahun yang bermula 2008.
Sekarang Najib telah melewatkannya dan bersedia untuk mengadakannya bila-bila masa tetapi Selangor pula tidak mahu membubarkan DUN jika PRU diadakan tahun ini sekalipun ia sudah berada ditahun yang terakhir. Mungkin ia akan mengadakannya pada bulan terakhir penggal itu.
Alasannya ialah SPR tetap dilihat tidak bersih dan tidak adil. Panitia Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 masih melihat bergelumang dengan kekotoran. Selangor yang ada kuasa untuk menentukan bila DUNnya akan dibubarkan tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam suasana tidak sihat itu.
Walaupun pilihan rayanya pada bulan terakhirnya nanti tidak menjamin ia diadakan dalam suasana yang dimahunya, tetapi ia mahu mendenda SPR yang sentiasa senget itu untuk membuat kerja dua kali.
Kalau pilihan raya itu serentak SPR buat kerja sekali saja. Kerja SPR tidak selesai kerana Selangor belum pilihan raya. SPR tidak dapat tutup buku. Pengerusi dan timbalannya serta sekian ramai petugasnya tidak dapat mengambil cuti kerana kerja masing-masing belum selesai.
Gara-gara SPR yang dilihat tidak telus, tidak adil dan tidak bersih itu menyebabkan negara terpaksa menanggung beban belanja yang sekali ganda.
Tiada siapa yang untung apabila kerajaan dan negara terpaksa menanggung beban kewangan yang lebih besar dan membazir tetapi ia adalah satu denda negara kerana membenarkan kecurangan berlaku.
Kerajaan dan pemimpin jadi curang kerana ia direlai beberapa aparat negara seperti SPR, polis, jabatan peguam negara, jabatan kehakiman dan lain-lain. Semua aparat yang sepatutnya bebas dan merdeka telah setuju dilacurkan oleh pemimpin kerajaan yang curang itu.
Dengan denda yang dilakukan oleh kerajaan Selangor itu, semua individu yang merelakan aparat di bawah tanggungjawabnya dilacurkan terpaksa menanggung beban kerugian negara itu. Keluarga dan anak cucu mereka ikut menanggung beban itu.
Selama ini orang sangka parti pembangkang dan rakyat saja yang menjadi mangsa dan hamba kerajaan dan pemimpinnya yang kejam dan zalim, jika sekalian hakim, pemimpin polis, pemuka SPR dan pembesar jabatan peguam negara terdiri orang yang merdeka dan bebas, mereka sepatutnya sedar bahawa bukan saja rakyat dan pembangkang terpaksa menjadi mangsa, tetapi mereka dan anak cucu mereka juga jadi mangsa kepada sistem negara yang menyeleweng itu.
Apabila ada antara anak cucu mereka yang sedar nanti, mereka akan mengutuk dan maki hamun datuk nenek mereka yang membenarkan institusi bebas itu dilacur.
Parti yang memerintah Selangor tetap tidak mendapat layanan yang adil oleh SPR yang sama sekalipun pilihan raya diadakan berasingan. Tetapi siapa tahu kalau PRU13 yang diadakan dulu itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat?
Jika fathul (pembebasan) Putrajaya dapat dilakukan, maka terbuka peluang bagi membersihkan SPR. Mungkin Ambiga dan pujangga A. Samad Said boleh dijadikan pengerusi bersama SPR bagi membersihkan segala yang comot.
Maka masa itu Selangor tidak ragu lagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Dalam suasana yang bebas itu terserah kepada pengundi untuk menjadi Noh Omar atau Tan Sri Razali Ismail, bos Syabas untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru atau mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB.
Jika selepas itu mati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, nescaya pejam mata masing-masing.
Sekarang Najib telah melewatkannya dan bersedia untuk mengadakannya bila-bila masa tetapi Selangor pula tidak mahu membubarkan DUN jika PRU diadakan tahun ini sekalipun ia sudah berada ditahun yang terakhir. Mungkin ia akan mengadakannya pada bulan terakhir penggal itu.
Alasannya ialah SPR tetap dilihat tidak bersih dan tidak adil. Panitia Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 masih melihat bergelumang dengan kekotoran. Selangor yang ada kuasa untuk menentukan bila DUNnya akan dibubarkan tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam suasana tidak sihat itu.
Walaupun pilihan rayanya pada bulan terakhirnya nanti tidak menjamin ia diadakan dalam suasana yang dimahunya, tetapi ia mahu mendenda SPR yang sentiasa senget itu untuk membuat kerja dua kali.
Kalau pilihan raya itu serentak SPR buat kerja sekali saja. Kerja SPR tidak selesai kerana Selangor belum pilihan raya. SPR tidak dapat tutup buku. Pengerusi dan timbalannya serta sekian ramai petugasnya tidak dapat mengambil cuti kerana kerja masing-masing belum selesai.
Gara-gara SPR yang dilihat tidak telus, tidak adil dan tidak bersih itu menyebabkan negara terpaksa menanggung beban belanja yang sekali ganda.
Tiada siapa yang untung apabila kerajaan dan negara terpaksa menanggung beban kewangan yang lebih besar dan membazir tetapi ia adalah satu denda negara kerana membenarkan kecurangan berlaku.
Kerajaan dan pemimpin jadi curang kerana ia direlai beberapa aparat negara seperti SPR, polis, jabatan peguam negara, jabatan kehakiman dan lain-lain. Semua aparat yang sepatutnya bebas dan merdeka telah setuju dilacurkan oleh pemimpin kerajaan yang curang itu.
Dengan denda yang dilakukan oleh kerajaan Selangor itu, semua individu yang merelakan aparat di bawah tanggungjawabnya dilacurkan terpaksa menanggung beban kerugian negara itu. Keluarga dan anak cucu mereka ikut menanggung beban itu.
Selama ini orang sangka parti pembangkang dan rakyat saja yang menjadi mangsa dan hamba kerajaan dan pemimpinnya yang kejam dan zalim, jika sekalian hakim, pemimpin polis, pemuka SPR dan pembesar jabatan peguam negara terdiri orang yang merdeka dan bebas, mereka sepatutnya sedar bahawa bukan saja rakyat dan pembangkang terpaksa menjadi mangsa, tetapi mereka dan anak cucu mereka juga jadi mangsa kepada sistem negara yang menyeleweng itu.
Apabila ada antara anak cucu mereka yang sedar nanti, mereka akan mengutuk dan maki hamun datuk nenek mereka yang membenarkan institusi bebas itu dilacur.
Parti yang memerintah Selangor tetap tidak mendapat layanan yang adil oleh SPR yang sama sekalipun pilihan raya diadakan berasingan. Tetapi siapa tahu kalau PRU13 yang diadakan dulu itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat?
Jika fathul (pembebasan) Putrajaya dapat dilakukan, maka terbuka peluang bagi membersihkan SPR. Mungkin Ambiga dan pujangga A. Samad Said boleh dijadikan pengerusi bersama SPR bagi membersihkan segala yang comot.
Maka masa itu Selangor tidak ragu lagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Dalam suasana yang bebas itu terserah kepada pengundi untuk menjadi Noh Omar atau Tan Sri Razali Ismail, bos Syabas untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru atau mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB.
Jika selepas itu mati Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, nescaya pejam mata masing-masing.
Sumber HD : 21/09/2012
KATA Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, kuasa asing – mana-mana saja – mahukan perubahan kuasa di Malaysia supaya Perdana Menterinya seorang yang mereka suka.
Apa yang dikatakan kemahuan kuasa asing itu kira-kira sama saja dengan kemahuan Dr. Mahathir kerana beliau juga mahukan seorang Perdana Menteri yang dia suka. Dia dapati dia tidak suka Tun Abdullah Badawi, dia berusahakan gantikan Perdana Menteri dulu itu dengan Perdana Menteri sekarang.
Mulai ada pandangan sekarang, beliau mulai tidak suka dengan Perdana Menteri Najib, maka dia katakan mahukan Tan Sri Muhuyiddin Yassin menggantikan Najib supaya jadi Perdana Menteri yang disukainya.
Apapun di dalam negeri pembangkang mulai disokong oleh rakyat supaya perubahan regim berlaku. Pembangkang juga mahukan seorang Perdana Menteri yang ia suka.
Mengapa Dr. Mahathir tidak sukakan perubahan baik kerana ia dimahukan pembangkang mahupun ia dimahukan oleh kuasa asing, ialah kerana Perdana Menteri baru itu nanti ialah yang tidak disukainya.
Dr. Mahathir sebanarnya tidak membuat kenyataan yang pelik atau luar biasa. Semua kuasa asing di dunia mahukan Presiden atau Perdana Menteri sesebuah negara itu adalah dari orang yang mereka suka.
Dr. Mahathir sendiri semasa berkuasa dulu atas sebab tertentu tidak sukakan Presiden Clinton. Dia juga tidak mahu Clinton digantikan oleh Naib Presiden Amerka ketika itu Al-Gore kerana dia tidak sukakan Al-Gore. Dr. Mahathir mahukan Presiden baru Amerika seorang yang dia suka.
Malaysia, termasuk Dr. Mahathir dulu tidak suka Lee Kuan Yew jadi Perdana Menteri Singapura. Kita mahukan seorang Perdana Menteri yang kita suka. Bodohlah kita kalau kita mahukan Perdana Menteri Singapura itu seorang yang kita tidak suka.
Kalau kuasa-kuasa asing merasakan Najib seorang Perdana Menteri yang mereka tidak suka, maka bodohlah mereka kalau mereka tidak mahukan perubahan.
Ia adalah soal biasa bagi mana-mana kuasa asing mahukan Perdana Menteri yang tidak mereka sukai digantikan.
Misalnya Amerika tidak mahu Putin jadi Presiden Rusia semula. Ia mahukan Presiden yang ia sukai. Tetapi tiada apa yang dapat Amerika kata apabila Rusia memillih semula Putin.
Bagi rakyat Malaysia mahukan perubahan kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh patah hati kerana ia sama dengan kemahuan kuasa asing. Apakah kerajaan baru dan Perdana Menteri baru disukai oleh kuasa asing atau tidak, ia adalah masalah mereka.
Jika bakal Perdana Menteri baru nanti disukai atau tidak oleh kuasa asing, ia adalah masalah mereka.
Kemahuan kita tidak boleh dihalang oleh kemahuan mereka. Kita buat perubahan bukan kerana kuasa asing suka atau tidak suka, tetapi ketika buat perubahan kerana kepentingan kita.
Bodohlah mereka kalau mereka tidak mahu sokongan kita. Mereka mesti mahukan seorang yang mereka suka. Kita pula tidaklah bodoh apabila kita menang kita mesti tunduk kepada mereka. Kita boleh bersama mereka atas perkara yang kita sama-sama suka dan kita boleh tidak bersama mereka atas perakara kita tidak suka.
Mungkin yang tidak sukakan Najib itu Soros. Itu adalah masalahnya. Kita boleh bersama Soros atas perkara yang boleh menguntungkan negara kita. Kita juga tidak akan bersamanya jika ada yang kita tidak setuju dengannya.
Seperti Dr. Mahathir sendiri. Dia pernah berbalah dengan Soros semasa beliau jadi Perdana Menteri. Tetapi selepas dia bersara, Soros ada berjumpanya di pejabatnya. Soros itu memang banyak duit, bodohlah Mahathir kalau semua masa berbalah dengan Soros. Kalau Soros boleh beri dia 30 atau 40 juta, dia pun gelap mata juga.
Sumber HD : 25/09/2012
Amaran MB Pahang itu dikira satu ugutan kepada kerajaan Selangor. Kiranya Selangor berkeras dengan sikapnya dalam isu air ini, maka kerajaan Pahang akan membatalkan persetujuannya untuk membekalkan air ke negeri jirannya itu.
Semua tertawa lucu dengan amaran itu.
Adakah Adnan merasakan kerajaan hendak sangat air dari Pahang itu yang menyebabkan ia akan membayar kira-kira 80 juta setahun kepada Pahang.
Kerajaan Selangor seronok sangat kalau Adnan membuat keputusan itu. Kurang tapak tangan, akan ditadah nyiru oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jika benar Adnan anak jantan, dia umumkan pembatalan itu sekarang! Nescaya pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor selesai kiranya kerajaan Pahang bertindak demikian.
Tidak berbangkit lagi isu pembinaan Langat-2 yang menurut Timbalan Perdana Menteri ia akan diteruskan tidak kira Selangor setuju atau tidak setuju dengan rancangan kerajaan pusat atas isu itu. Malah kerajaan pusat memang bernafsu untuk membuka tender pembinaan Langat-2 itu.
Memang kita nampak siapa yang hendak membida tender Langat-2 itu dalam keadaan kerajaan Selangor tidak member laluan. Selangor tidak sedia membenarkan buminya digunakan untuk projek itu.
Jika Langat-2 ditender juga, maka yang masing-masing nampak ruang yang kerajaan pusat boleh gunakan ialah ruang udara dari Pahang ke loji Langat-2 itu di mana-mana tanah milik kerajaan pusat di Langat.
Kerajaan pusat terpaksa menggunakan teknologi yang tidak menggunakan tiang buat projek itu sepanjang dari sempadan Pahang-Selangor hingga ke tapak Langat-2 itu. Sebagaimana langit dibina tanpa tiang, maka demikian juga Langat-2.
Selangor telah menyatakan ia tidak membenarkan tanah di negeri itu digunakan untuk projek itu. Tentulah ia tidak akan membenarkan tiang-tiang projek itu menggunakan tanahnya bagi tapak tiang–tiang yang diperlukan.
Dengan dasar Selangor yang demikian siapakah yang sedia untuk membida projek itu?
Pihak yang paling keciwa jika Adnan Yaakob membatalkan pembekalan air itu ialah keraaan pusat yang membuat propaganda untuk membina juga projek itu sama ada Selangor setuju atau tidak.
Untuk apa lagi Langat-2 itu jika Pahang membatalkan pembekalan airnya?
Selangor pada masa ini tidak memerlu bekalan air dari luar baik yang sudah dirawat mahupun tidak. Negeri Selangor cukup air untuk keperluan penduduknya jika sumber air yang banyak itu dirawat.
Kebarangkalian Selangor putus bekalan air bukan kerana negeri yang setiap hari hujan itu tidak cukup air tetapi ialah pihak yang diberi tanggungjawab tidak merawat air yang banyak itu.
Pertikaian isu air ini berlaku pada ketika adanya kemajuan teknologi merawat air laut dan sungai yang amat canggih.
Singapura dan Israel sudahpun memanfaat teknologi yang canggih itu bagi menggunakan air laut untuk keperluan penduduknya. Jepun dan lain-lain negara maju tentu sudah mengirim orang ke Selangor bagaimana air pantai Selat Melaka di Selangor itu boleh menjadi alternatif kepada air Pahang atau kiranya berlaku kemarau.
Jika benar Adnan hendak bertindak, tiadalah yang lebih gembira selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerajaan Selangor rasanya dengan senang hati mempersilakan Adnan Yaakob buat apa saja yang patut.
Rakyat, kuasa asing mahu perubahan
Subky Latif, | 25 Sep 2012 |

MB Pahang ugut Selangor, lucu!
Subky Latif, | 01 Okt 2012 |
TIADA yang lebih lucu dalam politik kerajaan Barisan Nasional selain dari amaran Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob untuk membatalkan membekalkan air ke Selangor kiranya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak rancangan kerajaan pusat.
Amaran MB Pahang itu dikira satu ugutan kepada kerajaan Selangor. Kiranya Selangor berkeras dengan sikapnya dalam isu air ini, maka kerajaan Pahang akan membatalkan persetujuannya untuk membekalkan air ke negeri jirannya itu.
Semua tertawa lucu dengan amaran itu.
Adakah Adnan merasakan kerajaan hendak sangat air dari Pahang itu yang menyebabkan ia akan membayar kira-kira 80 juta setahun kepada Pahang.
Kerajaan Selangor seronok sangat kalau Adnan membuat keputusan itu. Kurang tapak tangan, akan ditadah nyiru oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jika benar Adnan anak jantan, dia umumkan pembatalan itu sekarang! Nescaya pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor selesai kiranya kerajaan Pahang bertindak demikian.
Tidak berbangkit lagi isu pembinaan Langat-2 yang menurut Timbalan Perdana Menteri ia akan diteruskan tidak kira Selangor setuju atau tidak setuju dengan rancangan kerajaan pusat atas isu itu. Malah kerajaan pusat memang bernafsu untuk membuka tender pembinaan Langat-2 itu.
Memang kita nampak siapa yang hendak membida tender Langat-2 itu dalam keadaan kerajaan Selangor tidak member laluan. Selangor tidak sedia membenarkan buminya digunakan untuk projek itu.
Jika Langat-2 ditender juga, maka yang masing-masing nampak ruang yang kerajaan pusat boleh gunakan ialah ruang udara dari Pahang ke loji Langat-2 itu di mana-mana tanah milik kerajaan pusat di Langat.
Kerajaan pusat terpaksa menggunakan teknologi yang tidak menggunakan tiang buat projek itu sepanjang dari sempadan Pahang-Selangor hingga ke tapak Langat-2 itu. Sebagaimana langit dibina tanpa tiang, maka demikian juga Langat-2.
Selangor telah menyatakan ia tidak membenarkan tanah di negeri itu digunakan untuk projek itu. Tentulah ia tidak akan membenarkan tiang-tiang projek itu menggunakan tanahnya bagi tapak tiang–tiang yang diperlukan.
Dengan dasar Selangor yang demikian siapakah yang sedia untuk membida projek itu?
Pihak yang paling keciwa jika Adnan Yaakob membatalkan pembekalan air itu ialah keraaan pusat yang membuat propaganda untuk membina juga projek itu sama ada Selangor setuju atau tidak.
Untuk apa lagi Langat-2 itu jika Pahang membatalkan pembekalan airnya?
Selangor pada masa ini tidak memerlu bekalan air dari luar baik yang sudah dirawat mahupun tidak. Negeri Selangor cukup air untuk keperluan penduduknya jika sumber air yang banyak itu dirawat.
Kebarangkalian Selangor putus bekalan air bukan kerana negeri yang setiap hari hujan itu tidak cukup air tetapi ialah pihak yang diberi tanggungjawab tidak merawat air yang banyak itu.
Pertikaian isu air ini berlaku pada ketika adanya kemajuan teknologi merawat air laut dan sungai yang amat canggih.
Singapura dan Israel sudahpun memanfaat teknologi yang canggih itu bagi menggunakan air laut untuk keperluan penduduknya. Jepun dan lain-lain negara maju tentu sudah mengirim orang ke Selangor bagaimana air pantai Selat Melaka di Selangor itu boleh menjadi alternatif kepada air Pahang atau kiranya berlaku kemarau.
Jika benar Adnan hendak bertindak, tiadalah yang lebih gembira selain dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerajaan Selangor rasanya dengan senang hati mempersilakan Adnan Yaakob buat apa saja yang patut.
Sumber HD : 1/10/2012
Manakala bagi yang membayar tetap bulanan dalam tempoh yang sama akan mendapat potongan 10 peratus.
Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.
Ia adalah satu pilihan kepada pemegangan PTPTN, sama ada mahu merebut tawaran itu atau tunggu dulu keputusan PRU13.
Walaupun ia satu tawaran yang baik tetapi tawaran Pakatan Rakyat adalah lebih baik iaitu mahu memansuhkannya.
Datuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana Pakatan Rakyat, jika terpilih, mempu menyelenggarakan perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.
Telah mereka terangkan bagaimana negara tidak akan muflis apabila skim PTPTN itu dimansuhkan.
Tawaran yang Pakatan Rakyat itu adalah lebih menarik dari tawaran yang buat oleh bajet itu.
Soalan lain yang pernah dibangkitkan oleh BN ialah nasib pelajar IPTS akan dapat manfaat dari dasar PR itu. Mereka bimbang dasar itu melibatkan pelajar IPTA saja.
Jaminan Pakatan setakat yang difahami ialah memastikan tiada lagi IPTS cabuk. IPTS yang wujud selepas ini ialah yang tidak cabuk bagi membolehkan pelajarnya mendapat kemudahan dari kerajaan.
Yang menjadi tanda tanya pemegang PTPTN sekarang ialah apakah hutang yang mereka tanggung sekarang termasuk dalam skim pemansuhan itu?
PR mesti membuat penegasan bahawa pemegang PTPTN yang belum menjelaskan hutangnya termasuk dalam tawaran pemansuhan itu.
Masalah mereka yang telah menyelesaikannya tentulah tidak menjadi masalah lagi kerana mereka telah menjadi sejarah. Apapun dasar Pakatan Rakyat itu suatu yang baik bagi masa yang akan datang.
Maka pemegang skim PTPTN yang bercadang untuk menyambut tawaran bajet itu iaitu mereka yang hendak menyelesaikannya sekali gus boleh menunggu PRU 13 nanti. Jika BN terus memerintah, mereka terpaksa jelaskan semua hutang. Bolehlah mereka rebut peluang itu selepas PRU itu kerana tawaran itu berakhir Oktober tahun 2013.
Tetapi bagi yang hendak membayar bulanan tetap terpaksa memulakannya dari sekarang. Jika tidak potongan 10 itu tidak dapat.
Apapun keadaan akan berubah apabila yang menang nanti Pakatan Rakyat. Yang sah pelajar yang akan datang tidak menanggung beban PTPTN itu lagi. Dan bagi yang berhutang boleh mengemukakan cadangan bagaimana hutang itu termasuk dalam tawaran yang baik itu.
Pakatan dipercayai ada dasar yang baik untuk mereka. Nasib pemegang hutang itu adalah diwarisi oleh kerajaan yang akan datang. Tentulah ia tidak berlepas tangan terhadap beban yang dipaksakan oleh BN terhadap mereka.
Ada peluang beban hutang itu selesai jika PR yang memenangi pilihan raya tetapi jika BN juga yang menang, m.aka tidak ada cara lain bagi semua melainkan menerima dasar ditentukan sekarang.
Sumber HD : 3/10/2012
PTPTN: Tawaran Pakatan Rakyat lebih menarik
Subky Latif, | 03 Okt 2012 |
BAJET Najib 2013 membuat tawaran yang baik kepada peminjam PTPTN. Ia menawarkan potongan 20 peratus bagi mereka yang menyelesaikan sekali gus dalam tempoh setahun antara Oktober 2012 dan Oktober 2013.
Manakala bagi yang membayar tetap bulanan dalam tempoh yang sama akan mendapat potongan 10 peratus.
Mungkin ia satu tawaran yang baik. Tetapi jika BN terus memerintah selepas PRU 13 ini.
Ia adalah satu pilihan kepada pemegangan PTPTN, sama ada mahu merebut tawaran itu atau tunggu dulu keputusan PRU13.
Walaupun ia satu tawaran yang baik tetapi tawaran Pakatan Rakyat adalah lebih baik iaitu mahu memansuhkannya.
Datuk Seri Anwar dan Rafizi Ramli telah menjelaskan bagaimana Pakatan Rakyat, jika terpilih, mempu menyelenggarakan perbelanjaan kerajaan tanpa menjejaskan bajet dan kewangan negara.
Telah mereka terangkan bagaimana negara tidak akan muflis apabila skim PTPTN itu dimansuhkan.
Tawaran yang Pakatan Rakyat itu adalah lebih menarik dari tawaran yang buat oleh bajet itu.
Soalan lain yang pernah dibangkitkan oleh BN ialah nasib pelajar IPTS akan dapat manfaat dari dasar PR itu. Mereka bimbang dasar itu melibatkan pelajar IPTA saja.
Jaminan Pakatan setakat yang difahami ialah memastikan tiada lagi IPTS cabuk. IPTS yang wujud selepas ini ialah yang tidak cabuk bagi membolehkan pelajarnya mendapat kemudahan dari kerajaan.
Yang menjadi tanda tanya pemegang PTPTN sekarang ialah apakah hutang yang mereka tanggung sekarang termasuk dalam skim pemansuhan itu?
PR mesti membuat penegasan bahawa pemegang PTPTN yang belum menjelaskan hutangnya termasuk dalam tawaran pemansuhan itu.
Masalah mereka yang telah menyelesaikannya tentulah tidak menjadi masalah lagi kerana mereka telah menjadi sejarah. Apapun dasar Pakatan Rakyat itu suatu yang baik bagi masa yang akan datang.
Maka pemegang skim PTPTN yang bercadang untuk menyambut tawaran bajet itu iaitu mereka yang hendak menyelesaikannya sekali gus boleh menunggu PRU 13 nanti. Jika BN terus memerintah, mereka terpaksa jelaskan semua hutang. Bolehlah mereka rebut peluang itu selepas PRU itu kerana tawaran itu berakhir Oktober tahun 2013.
Tetapi bagi yang hendak membayar bulanan tetap terpaksa memulakannya dari sekarang. Jika tidak potongan 10 itu tidak dapat.
Apapun keadaan akan berubah apabila yang menang nanti Pakatan Rakyat. Yang sah pelajar yang akan datang tidak menanggung beban PTPTN itu lagi. Dan bagi yang berhutang boleh mengemukakan cadangan bagaimana hutang itu termasuk dalam tawaran yang baik itu.
Pakatan dipercayai ada dasar yang baik untuk mereka. Nasib pemegang hutang itu adalah diwarisi oleh kerajaan yang akan datang. Tentulah ia tidak berlepas tangan terhadap beban yang dipaksakan oleh BN terhadap mereka.
Ada peluang beban hutang itu selesai jika PR yang memenangi pilihan raya tetapi jika BN juga yang menang, m.aka tidak ada cara lain bagi semua melainkan menerima dasar ditentukan sekarang.
Sumber HD : 3/10/2012
Saya telefon akhbar sebelum ia disaman
Subky Latif, | 04 Okt 2012 |
Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang telah menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Masitah Ibrahim dan akhbar yang menyiarkan tulisannya setelah kedua-duanya enggan minta maaf.
Saya pernah menelefon penasihat sidang pengarang akhbar berhubung dengan kengerian saya membaca rencana timbalan menteri itu. Saya tidak perincikan teguran saya terhadap tulisannya.
Cuma saya tidak seronok orang berpendidikan agama boleh didakwa menghina ulama dan pemimpin Islam yang dihormati kawan dan lawan politiknya.
Saya suruh dia tengok sikit tulisannya supaya tidak terlajak sangat. Dia memberi jawapan positif. Tegur-menegur sesama pengamal media itu memang baik.
Tiba-tiba saya terbaca pemimpin PAS itu menyaman Timbalan Menteri itu dan akhbar yang menyiarkan tulisan itu. Yang bimbang semasa menelefon pengamal media itu rupanya sudah dirasakan negatifnya Ustaz Hadi dan penasihat-penasihatnya.
Reaksi pemimpin PAS itu sekadar mengadu perkara itu kepada mahkamah bagi mengadili perkara yang dirasakan tidak patut dilakukan terhadapnya.
PAS dan penyokong-penyokongnya tidak mengharapkan belas dan simpati daripada seteru politiknya. Bagaimanapun, memadai mereka mendapat penghormatan daripada Puan Abby Abadi, Biduan Aishah, Dayangku Intan dan lain-lain.
Tetapi masyarakat umum mengharapkan keadilan akhbar-akhbar yang baru muncul tidak mengikut media arus perdana yang memutuskan untuk memusuhi gerakan massa dalam masyarakat yang terbuka sekarang. Semua media tua itu sudah begitu adanya. Tiada apa yang PAS dapat harapkan samalah tiada yang dapat diharapkan pada menteri-menteri.
Sebaliknya akhbar yang lahir kebelakangan ini tentu memahami dilema yang membelenggu pengamal media selama ini. Sekurang-kurangnya mengambil jalan tengah, tidak jadi media pak turut.
Saya tidak suka PAS mengambil langkah tidak peduli pada agensi media itu sama seperti tidak pedulinya pada media yang memusuhinya selama ini.
Jangan remehkan sambutan penyokong PAS yang membaca akhbar itu. Mungkin tidak menjadi kumpulan pembaca yang majoriti tetapi ia ikut menyumbang kepada kemajuannya. Sokongan mereka mungkin tidak mengharapkan supaya mereka disokong tetapi penuh harapan supaya mereka tidak dimusuhi.
Kiranya media mengira ia lebih selesa untuk menjadi anti-kumpulannya, saya amat bimbang kalau mereka mengambil sikap tidak lagi berlanggan. Jika PAS mengambil sikap peduli kepadanya, ia dengan sendiri mendorong akhbar masuk kelab media yang sedia ada.
Sama-sama tidak untung.

Sumber HD : 4/10/2012
Teguran Dr Maza, haram kritik pemimpin kerajaan?
Subky Latif, | 05 Okt 2012 |
Teguran Dr Maza terhadap fatwa orang-orang agama Umno secara literalis betapa mengkitik pimpinan politik kerajaan adalah haram, amat menarik perhatian.
Khususnya saya sendiri, kira-kira lebih 40 tahun tidak putus-putus mengkritik siapa saja, banyaknya adalah pemimpin politik dalam kerajaan.
Pertama sebagai wartawan, saya diajar bahawa kritik itu adalah satu dari empat fungsi media selain daripada menyampaikan maklumat, menyampaikan pendidikan atau tarbiyah dan menyalurkan hiburan. Dan kritik itu adalah rempah ratus yang menyuburkan demokrasi yang menjadi pegangan Negara kita.
Malah seluruh ulama haraki ini termasuk Ikhwanul Muslimin, menerima pakai demokrasi sesuai dengan situasi semasa.
Hujah Dr Maza, jika menegur pemimpin itu haram, maka apa jadi pada fungsi Parlimen yang dikira satu institusi kenegaraan yang sihat.
Hidupnya mana-mana Parlimen di dunia ialah dibenarkan secara terbuka dan sihat menegur semua yang pincang dan lemah baik pihak kerajaan mahu pun pihak pembangkang.
Malah dalam masa setahun setengah ini, dunia menyaksikan umat Islam di beberapa wilayah Islam bangun mengubah system parliman dan pemerintahan rubber stamp yang dikira menzalimi dan membelenggu rakyatnya.
Jika fatwa orang agama itu dipakai, ertinya rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Libya, Syria sekarang dan lain-lain telah terlibat dalam kegiatan haram. Sedang dunia ulama seluruhnya mengira, yang dipanggil Arab spring itu adalah satu tindakan positif.
Oleh sebab fatwa ahli agama Umno itu melibatkan hukum agama, maka tidak boleh ditolak begitu saja dan tidak wajar diterima begitu saja kerana masing-masing membawa nas.
Jika betul haram, katakan haram. Jika tidak katakan tidak.
Dalam mengukuhkan hujahnya, Dr Maza membangkitkan kritik terbuka Dr Mahathir terhadap pimpinan kerajaan selepasnya, malah tidak berselindung Dr Mahathir menyeru supaya pemimpin kerajaan itu digulingkan.
Mahathir tidak sekadar mengkritik pemimpin selepasnya saja. Tonggang langgang hujung pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra adalah gara-gara serangan politiknya.
Apapun tindak tanduk politik Dr Mahathir tidaklah dapat dijadikan ukuran sesuatu itu tidak haram. Haram halal dan dosa pahala tidak termasuk dalam kamus politiknya.
Tidak wajar fatwa haram itu dibuat bagi ditujukan kepada pembangkang saja. Maka fatwa itu mestilah meliputi sepak terajang politikus Umno juga.
Jika haram, yang pemimpin Umno buat terhadap pemimpin kerajaan pun haram juga.
Bukan Dr Mahaathir saja pemimpin Umno yang mengkritik pimpinan kerajaan sebelum dan selepasnya.
Apa yang Tunku Abdul Rahman Putra sebagai pemimpin Umno tidak kata terhadap Dato Onn Jaafar yang menjadi salah seorang pemimpin kerajaan yang penting sebelum merdeka dulu. Mungkin tidak haram mengkritik Dato Onn kerana dia duduk dalam kerajaan penjajah.
Tetapi Tunku setiap minggu terus-menerus mengkritik Perdana Menteri Tun Razak, Perdana Menteri Tun Hussein dan Perdana Menteri Dr Mahathir. Tulisannya dalam The Sunday Star menegur secara terbuka semua perkara yang dirasanya tidak betul oleh tiga Perdana Menteri selepasnya.
Tidakkah secara politiknya, selepas tidak menjadi Perdana Menteri, Tunku bergelumang dengan amalan haram?
Maka teguran Dr Maza mesti diberi perhatian ketika kerajaan Najib hendak menguatkuasakan maqasid syariyah.

Sumber HD : 5/10/2012
Laporan Ketua Audit Negara lewat lagi
Subky Latif, | 08 Okt 2012 |
Mulai tahun lalu Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan serentak dengan pembentangan Bajet.
Tahun ini pun lewat juga. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz memahamkan laporan tersebut akan diedarkan selepas Bajet dibahaskan.
Perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini. Menjadi amalan Negara-negara demokrasi yang maju dan kurang maju mengedar Laporan Ketua Audit Negara kalau tidak awal adalah serentak dengan pembentangan Bajet.
Semua setuju – termasuk Umno – bahawa Tun Abdullah Badawi adalah selemah-lemah Perdana Menteri Malaysia, tetapi Laporan Ketua Audit Negara keluar pada masanya.
Inilah bezanya pentadbiran Perdana Menteri Najib dengan yang lain-lain. Apakah tindakan itu elok atau tidak elok, masyarakatlah mengadilinya.
Najib datang dengan semboyan transformasi. Sebaik saja dia mengambil alih kuasa, maka yang diwarwarkan ialah transformasi; transformasi politik, transformasi ekonomi, kewangan, pengadbiran, itu dan ini.
Sampai hari ini, itulah produk yang dijajanya. Apa-apa saja yang dibuat dan yang dicakap adalah transformasinya. Hingga tercungap-cungap macam roh sudah sampai ke halkum transformasilah yang didengar.
Lalu sekalian kecil dan besar, tua dan muda menyebut-nyebut transformasi di mana-mana, baik mereka faham mahupun yang tidak tahu.
Tetapi apakah yang dibuat tentangnya dan apakah yang didapati daripadanya? Entahlah!
Bagaimanapun sang penganalisis boleh bercakap berjam-jam dan bermalam-malam tentang transformai itu dan ini.
Tetapi mana produk itu? Apa bendanya?
Pertama, transformasi itu mestilah didulukan dengan Umno yang diambil alihnya daripada Abdulllah Badawi. Logiknya Umno yang ada hari ini adalah Umno transformasi. Tetapi Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno berwasiat kepada ahli-ahli Umno jangan sabotaj calon yang boleh menang!
Sudah berlakukah transformasi pada Umno? Dan kalau sudah jadi Umno transformasi, maka wasiat jangan sabotaj calon itu adakah jadi prasyaratnya?
Jika Umno belum jadi Umno transformasi, maka payahlah hendak menyempurnakan transformasi itu di tempat dan sektor lain.
Apakah dengan membahagikan duit kepada orang ramai yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan dan memperuntukan sekian billion sebagai bonus kepada penjawat awam itu, pelaksanaan pada transformasi ekonomi?
Atau, juga transformasi politik yang menjuruskan detransformasi atau transformasi ke belakang?
Entahlah! Apa hendak dikata?
Dalam deru dan menderunya angin transformasi kita dapati dua tahun berturut-turut daripada lebih sikit tiga tahun pentadbiran Najib, Laporan Ketua Audit Negara dilambatkan daripada pembentangan bajet.
Jika transformasi itu adalah perubahan ke arah pembaharuan, maka dalam transformasi pentadbiran Najib ialah melewatkan pengedaran Laporan Ketua Audit Negara.
Apakah hal itu transformasinya dalam pentadbiran?
Apa tujuan dan mengapa dilambatkan boleh ditanya. Ada muslihatkah atau tiada apa-apa muslihat. Transformasi itu kadang-kadang payah dilihat dan payah difahami. Adakala jayanya lambat.
Begitulah transformasi tentang laporan audit itu.
Transformasi itu datang selepas Islam Hadhari. Atau ganti Islam Hadhari. Kerana Islam Hadhari itu payah difahami, maka digantikanlah dengan transformasi. Yang senang dilihat tentang transformasi itu ialah mendahulukan bajet beberapa minggu, lepas itu baru Laporan Audit dikemukakan.
Atau karyawan yang melahirkan transformasi itu perlu ditransformasi dulu!

Sumber HD : 8/10/2012
Bajet pakatan, ekonomi rakyat – negara berkat
Subky Latif, | 10 Okt 2012 |
Pakatan Rakyat adalah kerajaan menunggu. Apabila membentangkan versi bajetnya, tiadalah yang dapat dikuatkuasakannya selagi jadi kerajaan menunggu.
Lalu diperli BNlah, berangan-anganlah.
Tetapi ia adalah persediaan apabila Putrajaya dapat dibebaskan selepas PRU13 kurang daripada enam bulan dari sekarang. Apabila bertukar saja ia dari status kerajaan menunnggu kepada kerajaan betul, maka bajetnya itu akan diisinyalah.
Semua yang digaris dalam bajet itu adalah menjuruskan kepada keperluan ekonomi tuan punya Negara ini iaitu rakyat. Apabila ia diisi dengan keperluan rakyat, maka moga-moga negara pun berkat.
Ia menuju kepada sebuah negara yang berkat. Kerajaannya adalah kerajaan dunia, tetapi menyediakan segala yang diperlukan oleh orang yang hendak ke akhirat.
Doa dalam tema bajet itu ialah mencari sebuah negara yang berkat. Berkat itu adalah kata-kata menuju akhirat. Iaitu mencari kesenangan di dunia dan kesenangan di akhirat.
Itulah matlamat hidup Islam. Bagi orang Islam ia dapat semua – kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ia juga dengan sendirinya menjadi dunia yang disenangi oleh orang bukan Islam, baik mereka rakyat dan yang bukan rakyat yang bertandang ke sini.
Itulah tema dan persedia untuk menjadi sebuah negara berkebajikan. Pengisian terperincinya, bacalah keterangan pembentangan Ketua Pembangkang atas bajet itu.
Ia memberi tempoh kurang daripada enam bulan dari sekarang kepada penguasa yang ada sekarang untuk berbuat apa-apa yang suka sebelum Putrajaya terlepas daripada tangan.
Inilah masa untuk melarikan apa-apa yang ada di Petronas dan apa-apa yang boleh dicapai sebelum kerajaan menunggu mengambil alih kerajaan.
Lepas itu, Petronas tidak boleh buat apa-apa yang ia suka lagi. Ia akan ikut apa yang aktanya mahu dan apa-apa yang ia suruh buat.
Negeri yang berminyak iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sedang menunggu akan ada syarikat minyak dan gasnya sendiri yang dinaungi oleh pentadbiran baru Petronas.
Berkata mereka itu, apalah untungnya Petronas selepas ini? Negeri yang ada minyak akan ambil panggunya dulu. Royalti terjamin dan untang syarikat pula melapangkan lagi. Yang Petronas dapat, tidak lagi akan dibolot klik Qarun seperti yang bersarang dalam Pertamina di seberang Selat Melaka dulu.
Pada peringkat mula ini, sekalian lintah darat yang gerun hilang harta Qarun yang disedutnya selama ini menakutkan orang-orang awam tentang banyaknya tawaran percuma yang hendak diberi kerajaan menunggu.
Tiada lagi pinjaman PTPTN. Boleh mengaji percuma, boleh lalu lebuhraya tanpa tol, motokar sudah murah kerana tidak banyak cukai lagi.
Cukup duitkah kerajaan? Royalti minyak naik sampai 20 peratus. Dulu semua duit masuk pada Petronas, lepas ini sebahagiannya diniagakan oleh syarikat negeri berminyak itu. Cukupkah duit?
Memang banyak yang kerajaan terpaksa tanggung bagi menampung segala pampasan konsesi lebluhraya dan lain-lain. Tetapi ketirisan dan duit yang disapu oleh lintah darat dan segala tumbuk rusuk lebih banyak lagi. Dengan segala beban yang kerajaan tanggung itu jadi sikit dibandingkan dengan yang lintah darat hisap.
Adapun kerajaan menunggu itu tiadalah memfaraidkan duit kerajaan dan duit rakyat. Segala-galanya akan dicurahkan balik kepada rakyat. Apabila rakyat tak payah bayar tol, belajar percuma, motokar murah dan minyak murah. Banyak duit mereka lebih.
Yang takut dengan bajet Pakatan itu ialah lintah darah dan klik Qarun. Rezeki sempit. Tetapi rakyat awam Insya-Allah akan dilimpahi barakah.

Sumber HD : 10/10/2012
100,000 tetamu nikah anak Ali Rustam
Subky Latif, | 12 Okt 2012 |
Bukan 100,000 hadir kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. Bahkan lebih. Ada yang istimet hingga 130,000.
Satu kenduri kahwin yang meriah. Bahasa sekarang, kahwin mega.
Anak Raja England pun tidak kenduri sehebat itu. Tetapi tidak mustahil bagi nikah anak Muammar Gadaffi. Anak Raja England tidak terdaya menghadapi audit jika nikah seramai itu. Tidak ada masalah bagi nikah anak Gadaffi kerana ia tidak perlu audit.
Yang kenduri itu Ketua Menteri Melaka. Mewahnya membayangkan apa yang diceritakan dalam kisah meminang Puteri Gunung Ledang. Hantaran dan emas kahwin yang Puteri itu tuntut daripada Sultan Melaka lebih besar daripada peruntukan yang dijangka bagi bertunang puteri Perdana Menteri Najib dengan putera isteri Presiden Asia Tenggah.
Raja Melaka naik takhta tidak atas undi rakyat, menolak tuntutan yang menggunung yang lebih diperlukan oleh rakyat berpendapatan rendah. Ali Rustam yang naik atas undi rakyat miskin, dalam suasana Ketua Audit Negara tidak teragak-agak mendedahkan laporannya, dia terdaya mengadakan sambuntan nikah yang Sultan Melaka pun tak tergamak melakukannya.
Tiada larangan fikah mana-mana mazhab bagi kenduri sebesar itu kiranya yang kahwin itu anak Qarun. Sekalipun cateringnya RM200 sekepala, pendapatan seharinya lebih daripada itu.
Tetapi yang menjadi persoalan, tetamu yang hadir itu semuanya makan. Jika yang hadir itu sekadar bersalam, lepas itu balik, tiada masalah. Yang hadir semua makan. Maka ia mendatangkan fitnah.
Jika satu kepala RM20, untuk 100,000 kepala jadi dua juta ringgit. Belum termasuk semua perbelanjaan. Mungkin tidak banyak bagi Ali Rustam, tetapi ia tetap ditakwil. Dari duit mana? Adakah dari baitul mal atau mana-mana sumber negeri?
Titah Almarhum Sultan Idris Shah, Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Shah, malu orang Melayu menggunakan orang atau kerajaan untuk menikahkan anak. Maka sanggup bergadai golok menikahkan anak.
Maka kita cuba percaya Ali Rustam menggunakan duit sendiri. Apapun, tetamu yang seramai itu adalah luar biasa. Patutkah kenduri nikah seluar-biasa begitu?
Belum tentu ia elok. Berbeza dengan orang mati. Jika jenazah seorang mukmin/mukminah diziarahi ratus ribu manusia, ia suatu yang baik. Ia tanda kebahagian. Lebih ramai lebih bahagia.
Apa lagi yang datang itu bersolat jenazah dan mengiringkannya ke kubur. Tambah bahagialah si mukmin itu.
Tetapi bagi perkahwinan mega, banyak tetapinya. Ibu bapa pengantin memerlukan satu rasa rendah diri yang tidak terperi. Yang dilakukannya adalah untuk mendapat kerdhaan Allah. Tetamu yang berduyun-duyun datang bagi merestui perkahwinan, moga-moga doa sekalian memberkati perkahwinan itu.
Jika perkahwinan itu oleh wali-wali yang ikhlas dan merendah diri, matlamat kenndurinya diliputi barakah. Persiapan kahwin itu dari duit dan rezeki yang berkat. Jamuan yang barakah adalah serba sederhana, tetapi justeru barakahnya ia boleh dimakan oleh ratus ribu tetamu.
Nasi dan lauk hanya beberapa kawah, tetapi ia cukup untuk seramai mana saja yang hadir. Biasa kenduri wali seperti ini tidak menjemput tetamu yang ramai, memadai diumumkan di masjid saja supaya datanglah beramai-ramai. Kadang-kadang yang dilihat ramai itu ialah malaikat.
Yang makan hanya manusia. Malaikat nampak meramaikan itu tidak makan. Kalau kenduri rumah Ali Rustam itu kenduri wali yang diberkati, maka yang dilihat beribu-ribu itu antaranya malaikat.
Oleh sebab wali tidak ada dalam masyarakat sekular, yang ramai di rumah Ali Rustam itu adalah manusia. Maka bagi memuaskan supaya hati tidak berkata-kata, Ali mesti diaudit, duit apa yang digunakananya. Kerana dia Ketua Menteri, dia kena akauntabiliti.

Berita buruk buat pembina Langat 2
Subky Latif, | 16 Okt 2012 |
APA pun calon pembida Langat-2 mempunyai sebab untuk berasa seronok kerana kabinet bertegas untuk meneruskan projek itu kendati pun kerajaan tidak memberi luluan atas tanah yang dikuasainya.
Jabatan Peguam Negara dirojok tentang masalah undang-undang atas isu Langat-2 itu.
Tetapi Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membawa berita buruk buat calon pembina apabila Selangor telah menemui pakar perunding Kanada yang boleh membantu Selangor membekalkan air yang diperlukan oleh penduduk Lembah Kelang seawal tahun 2014 jika krisis air itu berlaku sebagaimana yang diwar-warkan oleh pro Langat-2.
Teknologi Kanada itu boleh membekalkan air sebanyak yang Langat-2 boleh bekalkan dengan kos yang lebih murah. Kos Loji Lanat-2 akan bermula dari RM2 ke 3 bilion dan mungkin lebih. Tetapi memanfaatkan teknologi Kanada kosnya sekitar RM800 juta dan paling tinggi satu bilion.
Ertinya Selangor akan dapat menyelamatkan duitnya antara satu hingga dua bilion.
Khalid tidak menjelaskan sumber air yang hendak dirawat oleh teknologi Kanada itu dan mungkin juga ia dapat menyelamatkan harga sekitar 60 juta yang terpaksa dibayar kepada Pahang atas input yang disalurkan melalui Langat-2 itu.
Lepas hari raya Idilfitri lalu saya dihubungi oleh kawan yang hendak memperkenalkan teknologi rawatan air dari Jepun. Seorang profesor pakar air dari universiti dari Jepun berada di Malaysia, jika dia dapat bertemu dengan Menteri Besar Selangor, dia mahu mengemukakan bagaimana air sungai dan air laut di sepanjang pantai Selangor dapat dimanfaatkan untuk keperlulan seluruh negeri Selangor.
Ia bukan sekadar dapat memenuhi keperluan air Selangor saja, malah boleh membantu Selangor mengeluarkan garam. Saya tidak dapat menyampaikan maklumat itu kepada Tan Sri Khalid sebelum pakar itu pulang.
Teknologi Jepun itu juga tidak memerlukan projek Langat-2.
Berita teknologi Kanada itu adalah satu berita buruk buat pembida Langat-2 dan pihak yang memberi bidaan itu. Ia mengurangkan harapan untuk mengaut untung yang banyak dari pelaburan di Selangor itu.
Sama ada Langat-2 akan diteruskan kita tunggulah PRU13 kurang dari enam bulan lagi. Jika fathul Putrajaya berlaku sahlah Langat-2 akan ditangguhkan sekalipun kabinet akan meluluskan sebelum bubar Parlimen. Jika mandat diberi lagi kepada BN, tiada masalah bagi Langat-2 diteruskan.
Jika kuasa diberi lagi kepada BN harapan rakyat Selangor mendapat bekalan air yang murah berkecai. Kos bidaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan air akan memaksa tarif air dinaikkan.
Belenggu yang Selangor dan rakyatnya tanggung ialah pembida akan mengaut untung yang banyak dari kos membila logi yang tinggi. Dari satu hingga dua bilion duit rakyat pada kerajaan Selangor tidak dapat diselamatkan.
Kerajaan pula tidak dapat lagi menyekat tuntutan kenaikan harga air kerana ia berbelanja besar bagi membina Langat-2. Rakyat terpaksa menanggung harga air yang tinggi.
Tetapi kiranya Putrajaya dibebaskan, banyak duit negeri diselamatkan dan air percuma dan murah menjadi kenyataan.
Selailn dari pembida, pihak yang amat takut dengan berita teknologi Kanada itu ialah kerajaan BN Pahang. Ia boleh hilang sumber keuntungan besar dari menjual air yang mahal kepada Selangor. Langat-2 adalah satu muslihat Najib untuk mengalirkan duit Selangor ke Pahang.
Sumber HD : 17/10/2012
Laporan itu lucu tetapi ia tidak boleh dikira karut. Sepatutnya ia karut tetapi suasana pimpinan Perdana Menteri Najib dilihat keliru dan was-was, maka yang dirasakan lucu itu nampaknya bukan perkara karut.
Hampir dua tahun pimpinan Najib dan Muhyiddin hendak mengadakan PRU supaya dapat keluar dari bagi mandat Abdullah Badawi yang mereka rasa amat malang, tetapi tempoh penggal ltu hampir luput, mereka belum jumpa tarikh keramat bagi mengadakannya. Semua tarikh sepanjang dua tahun itu seolah-olah tidak keramat belaka.
Telah banyak persepsi merasakan Najib dan Muhyiddin bukan sekadar tidak berdaya menjadi pimpinan kerajaan yang baik, malah mereka tidak ada wibawa untuk memimpin UMNO bagi menghadapi PRU13.
Laporan akhbar betapa UMNO bergantung pada bantuan Dr. Mahathir bagi menyelamatkan UMNO dan kerajaannya adalah satu pemberitahuan betapa Najib dan Muhyidin adalah pimpinan yang tidak berwibawa hingga tidak ada lagi orang-orang yang lebih muda Dr. Mahathir yang dapat memimpin UMNO.
Laporan adalah satu cara bagi menyatakan Najib tidak berguna dan Muhyidin sendiri dapat membantu Najib bagi menjadi pemimpin parti dan Perdana Menteri yang berguna. Kedua-duanya tidak berguna dan tidak orang lain yang layak memimpin UMNO melainkan Dr. Mahathir yang pimpinannya dulu penuh kontroversi.
Ia adalah satu gambaran betapa UMNO sudah bankrap pimpinan. Tiada lagi orang yang layak memimpinnya hingga terpaksa mengambil orang lama juga terus menerus dipertikai oleh orang ramai termasuk UMNO.
Gaya pimpinannya dulu lebih kurang saja dengan pemimpin-pemimpin yang sudah dibuang dan sedang hendak dibuang oleh gelombang Arab Spring. Demi mengekalkan kuasanya dia cantas semua pencabarnya seperti Musa Hitam, Ghafar Baba, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim. Sekalian yang dipancungnya itu adalah watak yang membina diri masing-masing untuk menjadi pemimpin.
Kemudian dia sendiri gagal menyediakan pimpinan UMNO. Disediakannya Abdullah Badawi, diratahnya. Disediakannya Najib, lalu Najib jadi macam yang semua lihat sekarang terus hidup di bawah bayangan Dr. Mahathir dan Rosmah Mansor. Muhyidin pula tidak mencapai wibawa yang ada pada Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Mungkin tidak mampu mencapai oleh pimpinan Abdullah Badawi dan Najib yang lemah itu.
Pentadbiran Mahathir sendiri meruntuhkan apa yang dirancang dan ditinggal oleh Tunku dan Tun Razak. MAS runtuh, Bank Bumputera hapus, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah hancur. Dasar dan projek yang ditinggalkan olehnya pula membebankan rakyat dan negara seperti penswastaan, lebuh raya bertol, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Dalam zamannya pun Maahthir bukanlah pimpinan yang baik, dan zaman ini pula bukanlah zaman yang sesuai bagi orang setuanya dan berulang alik ke hospital saja. Sekarang UMNO dan kerajaan memerlukan orang yang lebih muda bagi menghadapi masa depan yang mencabar, bukan lagi zaman orang bergantung pada kehebatan Hang Tuah dan Dr. Mahathir.
Menggunakan Dr. Mahahir seperti memakai barang terpakai. UMNO tidak memerlukan pimpinan recond. Apabila Najib. Muhyiddin sudah tidak berguna tidak banyak bijaknya menggunakan barang-barang lama.
Apabila UMNO sudah ada orang baru untuk memimpin, maka itu tandanya UMNO juga tidak layak lagi memimpin rakyat dan negara. Tali hayatnya tidak boleh disambung. Itulah ertinya berita UMNO dan Najib bergantung pada Dr. Mahathir.
Sumber HD - 22-10-2012

Umno, kerajaan bergantung kepada Mahathir?
Subky Latif, | 22 Okt 2012 |
SATU laporan muka depan akhbar menyebut betapa UMNO dan pemimpin kerajaan bergantung kepada bimbingan Dr. Mahathir bagi menghadapi dan memenangi PRU13 yang terpaksa diadakan sebelum April akan datang.

Mengapa Perancis bersungguh dengan skandal kapal selam?
Subky Latif, | 23 Okt 2012 |
Jika Suaram bersungguh-sungguh memanjangkan kes skandal pembelian dua kapal selam dari Perancis dapat difahami mereka tidak rela rakyat dan Malaysia diperlekeh oleh penyangak berbaju pemimpin.
Sebagai pembayar cukai, mereka tidak mahu duit mereka dirompak dan mereka mahu negara dan duit negara yang juga duit mereka diurus dengan baik. Binasa negara dan rakyat termasuk mereka jika negara ditadbir oleh orang yang mereka percaya sang penyangak.
Itu hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan.
Tetapi puak-puak Perancis, terutama pengamal undang-undang seperti peguam dan pengendali mahkamah, mengapa pula beria-ia memproses aduan yang dikemukakan oleh Suaram?
Dalam apa yang dirasakan skandal ini jika benar-benar berlaku, yang tertipu dan yang kena perdaya ialah orang Malaysia dan negaranya. Ia hendak lingkupkah dan hendak mampuskah, ia masalah orang Malaysia.
Kalau orang-orang Malaysia bodoh hingga ditipu oleh pemimpinnya dan negaranya ditipu serta dipelekuh oleh penyangak dunia adalah masalah Malaysia. Kalau orang Malaysia dan para pemimpin Malaysia semuanya bodoh, bodohlah kalau penyangak dunia kalau tidak tipu mereka.
Bukan Perancis itu bangsa penjajah yang pernah menindas, memperbodoh, menipu anak-anak tanah jajahannya. Mana mereka belas kasihan kepada orang yang dijajahnya. Dan peguam dan pengamal undang-undang Perancis itu adalah keturunan puak-puak penindas belaka.
Jika betul Malaysia dan kerajaannya menjadi mangsa tipu syarikat pembuat kapal selam, maka kena tipu itu bukan Perancis dan bukan syarikat Perancis yang kena tipu. Lantaknyalah.
Dari apa yang saya faham, pihak bodoh dan kena tipu dalam skandal ini ialah Malaysia. Sama ada syarikat Perancis menipu, disengaja atau tidak sengaja, Perancis belum tentu jadi penipu. Yang mungkin menipu itu ialah pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri yang dipillih oleh rakyatnya.
Tiada apa rugi Perancis dan jelas yang bodoh bukan Perancis.
Oleh sebab yang besarnya adalah masalah Malaysia, maka Perancis dipercayai tidak gatal untuk bersusah payah melibatkan diri dalam suasana orang-orang bodoh itu. Jika tidak melibatkan kepentingan Perancis, maka tiada sebab Perancis gatal mencampuri skandal itu.
Jika demikian mengapa mereka bersusah payah?
Mereka bersusah payah bukan masalah yang menimpa Malaysia. Kalau Malaysia hendak mampus, mampuslah. Tetapi mereka tampil ke depan kerana menjaga kepentingan Perancis. Mereka mahu memastikan Perancis tidak jadi tukang karut dalam skandal kapal selam itu. Mereka mahu menjaga nama baik, prestasi dan imej syarikat Perancis sentiasa baik.
Bukan saja mereka tidak mahu syarikat Perancis tipu bangsa mereka sendiri, mereka juga tidak mahu ada orang luar ditipu oleh syarikat Perancis. Jika penyangak Perancis tipu orang luar, mungkin payah sikit hendak mencegahnya. Tetapi syarikat besar Perancis terlibat dalam penipuan, maka Perancis akan malu besar. Mereka tidak mahu ada syarikat Perancis melakukan penipuan baik terhadap rakyatnya mahu pun orang.
Dalam sekandal ini, syarikat pengeluar kapal selam itu sudah disebut. Apakah betul ia skandal? Adakah syarikat Perancis itu berpakat dengan pemimpin Malaysia menipu rakyat dan kerajaannya?
Perancis tampil dalam kes ini adalah untuk memastikan ada unsur jenayah oleh syarikat Perancis itu. Soal berdepan dengan kerajaan dan pemimpin Malaysia adalah perkara kedua. Yang pertamanya ia hendak memastikan syarikat Perancis itu jahat atau tidak.
Ada pun usahanya untuk membabitkan Perdana Menteri Najib dan pegawai-pegawai ialah untuk mendapatkan bukti tentang pembuat kapal selam itu curang atau tidak.
Pemimpin Malaysia dalam masalah ini tidak sangat sebagai pihak yang dituduh tetapi lebih sebagai saksi.

Sumber HD - 23-10-2012
Jika mereka percaya dan menerima hudud, hampir dekat mereka dengan Islam dan mereka pun Islam.
Cuma yang peling menarik ialah kenyataan media Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Selepas perhimpunan agung Pemuda MCA itu dia memberitahu media betapa gerakannya menolak hudud ala PAS.
Jika yang ditolaknya itu hudud ala PAS, ia boleh diertikan ada hudud yang dia terima. Tidaklah sama dia dengan lain-lain pemimpin MCA yanga umumnya menolak apa saja yang dinamakan hudud.
Apa yang dilafazkan oleh ketua Pemuda MCA itu samalah yang Dr. Mahathir dan sekalian UMNO kata. Temasuk yang ADUN BN Johor kata ketika dia menyeru kerajaan Johor melaksanakan hudud yang bukan hudud PAS.
Hudud itu tidak ada hudud PAS atau hudud UMNO. Hudud yang ada dalam Islam itulah hudud yang disebut dalam Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kemudian disebut juga dalam Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Hudud itu sama seperti solat dan lain-lain ibadat disebut dasarnya saja. Macam solat dilaksanakan dijelaskan oleh Nabi SAW dengan kata-kata dan perbuatannya. Demikian jugalah hudud. Ulama fekahlah masing-masing mazhab pula yang memperincikan panduannya. PAS pula menggubal undang-undang iaitu enakmen bagaimana kerajaan hendak melaksanakannya.
Jika ada kelemahan, maka bolehlah ia dikemaskan.
UMNO mengaku ia beriman pada hudud, tetapi ia tak buat apa-apa. Sidang mufti dan Majlis Fatwa tidak pernah kata enakmen yang Kelantan dan Terengganu itu hudud PAS. Jika UMNO anak jantan ia boleh minta Majlis Fatwa kata ia hudud PAS dan minta semua hakim syariyah buat dikatakan hudud Islam.
Apa yang Ketua Pemuda MCA kata itu ialah sebiji macam yang UMNO kata. Ketua Pemuda MCA itu seperti UMNO logiknya percaya ada hudud yang betul bukan yang PAS buat.
Seronokkah UMNO dengan kata-kata Pemuda MCA itu? Seolah-olah UMNO berjaya yakinkan Pemuda MCA yang tak betul hudud PAS. Yang betul ia tidak dapat tunjukkan.
Katakanlah Pemuda MCA mahu menerima hudud yang Islam peraturkan itu tetapi mereka tidak tahu yang mana satu. Jika dapat ditunjukkan, maka mungkin mereka terima. Yang ada hanya hudud yang PAS gubal. Jika yang PAS gubal itu adalah hudud, mungkin Pemuda MCA boleh terima.
UMNO kata yang PAS buat bukan hudud. Pemuda MCA terima apa UMNO kata.
Isunya sekarang Pemuda MCA tidak tahu yang mana satu yang dikatakan hudud. Mungkin mereka mahu tahu. Tetapi dengan mengata yang PAS buat itu Hudud PAS, MCA tidak akan jumpa hudud lain.
Mungkin Pemuda MCA hendak mencari kebenaran, tetapi dengan apa yang UMNO jelaskan kepada mereka, tidak akan dapat menunjukkan kebenaran tetapi ia menyesatkan lagi orang yang tidak tahu itu.
Sepatutnya UMNO jelaskan apa yang benar kepada Pemuda MCA. Tetapi sekarang mereka disesatkan lagi.
Apabila UMNO kata ia hudud PAS, maka tidaklah mudah kita kata UMNO itu sesat. Tetapi apabila UMNO kata begitu pada Pemuda MCA, maka UMNO menyesatkan lagi MCA. Seronokkah UMNO kalau MCA terus sesat.
Semua yang terjadi itu adalah disebabkan YADIM, JAKIM, IKIM dan semua majlis agama tidak berfungsi. Tidakkah boleh dikatakan bahawa Penasihat Agama Perdana Menteri makan elaun buta?
Umno berjaya sesatkan MCA
Subky Latif, | 28 Okt 2012 |
APA Presiden MCA dan lain-lain pemimpin MCA tentang hudud telah diketahui semua. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang tidak menganut Islam sedang hudud itu adalah salah satu dari hukum Islam.

Khalid Menteri Besar terbaik
Subky Latif, | 30 Okt 2012 |
PERDANA Menteri menunggu Datuk Seri Anwar menobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik dengan segala hujahnya.
Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.
Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua.
Kerana itulah kalau Anwar memberi kuasa kepada saya untuk menyusun kabinet bayangannya saya akan namakan Khalid sebagai calon menteri kewangan seperti yang saya tulis dalam Harakah dua minggu lalu.
Selepas saya namakan dia calon menteri kewangan, Anwar pula kata dia Menteri Besar Selangor yang terbaik. Maka sebagai Menteri Besar yang terbaik, boleh ditimbangkan dia untuk menjadi calon terbaik bagi menjadi menteri kewangan.
Selepas Perdana Menteri Mahathir ada tiga orang menteri kewangan – Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim – Barisan Nasional sudah tidak jumpa orang untuk menjadi menteri kewangan lalu semua Perdana Menteri menjadi menteri kewangan. Sejak tahun 1999 hingga PRU13 kita tidak ada menteri kewangan khusus dan penuh masa. Malaysia ada menteri kewangan sambilan saja.
Malaysia kini adalah sebuah negara yang kucar kacir politiknya, ekonomi, kewangan dan pentadbirannya. Maka Perdana Menteri menunggu memerlukan seorang menteri kewangan yang lebih hebat dari Tun Tan Siew Sin.
Siew Sin jadi menteri kewangan pada masa negara baru merdeka yang masalahnya darurat dan ancaman komunis bersenjta saja. Rasuah tak ada, orang melarikan wang negera tiada selain dari penjajah kaut. Kewangan yang British tinggal tiada banyak masalah. Cuma ekonomi saja belum dibangunkan. Siew Sin tidak banyak masalah menyambung tugas yang Inggeris tinggalkan.
Tetapi negara yang Pakatan Rakyat hendak ambil ialah sebuah negara yang penuh dengan beban hutang, mata wang yang tidak kukuh, inflasi, rasuah, penyelewengan dll, maka tugas menteri kewangan adalah berat bagi menghadapi sistem pemerintahan yang porak peranda itu.
Negara memerlukan seorang menteri kewangan berwatak kuat macam Al-Marhum Tun Dr. Ismail yang tidak suka bermuka-muka. Orang yang tidak banyak politiking yang ada pengalaman boleh mengawal pentadbiran, kewangan dan sebagainya.
Tentu Selangor juga merasa perlu wibawa sepertinya bagi menentukan reformasi pentadbiran dapat diteruskan. Apabila Selangor beroleh Menteri Besar terbaik tentulah ia berhadapan masalah mendapatkan ganti sebaiknya.
Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim. Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.
Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.
Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.
Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya.
PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.
Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya.
Sumber HD - 30-10-2012
Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak wajar membisu apabila agamanya dicerca.
Tetapi amat menakjubkan apabila rakan-rakan Cina yang tampil menyifatkan Soi Lek dan MCA menghina Islam seperti yang disuarakan oleh Anthony Loke, MP DAP Rasah, kolumnis SIANG MALAM di Harakah, Lim Hong Siang dan seorang penulis lagi Sarena Tay.
Pada mereka apa yang cakap oleh Soi Lek dan semua pemimpin MCA dalam perhimpunannya dua hari pada 20 Oktober lalu adalah menghina Islam, hudud dan PAS.
Mereka bukan orang Isalam, bukan beriman dengan hudud dan bukan pejuang PAS. Mereka adalah pembawa berita sebenar dan pembuka mata, sesuai dengan ajaran ilmu kewartawanan iaitu berita adalah maklumat berunsur kejutan seperti anjing digigit orang. Bukanlah berita lagi kalau orang digigit anjing.
Hujah biasa jika yang membela Islam itu orang, kerana adalah tanggungjawab orang beriman membela dan menegakkan Islam dan hukum-hukumnya. Tetapi ia adalah pembuka mata ada wibawa apabila orang yang tiada kepentingan dengan Islam dan hudud mengira Islam dan hudud telah dicemuh.
Mereka tidak bercadang untuk mendaulatkan Islam seperti yang PAS perjuangkan dan jaga mahu hudud menjadi perundangan seperti yang dituntut oleh Islam, tetapi mereka tidak melihat bijak dan rasional apabila Islam dan hudud dihina begitu rupa.
Kewajaran mereka berbuat demikian bukan untuk melihat Islam itu didaulatkan tetapi tindakan MCA itu menggamit keserahan di kalangan rakyat dan negara. DAP belajar dari keterlanjuran pemimpinnya Karpal Singh pernah berkata langah mayatnya jika Islam diperundangkan. Ia pernah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam dan ia menyukarkan DAP untuk menembusi pasaran pengaruh politik.
Kesilapan itu telah dibaiki, Karpal dan DAP tidak lagi dilihat oleh umat Islam di luar UMNO sebagai pencetus ketegangan.
Ketiga Cina itu termasuk ketua pemuda DAP, Anthony Loke mahu mewujudkan suasana negara yang aman, adil dan harmoni, menolak provokasi dan penghinaan terhadap Islam yang lakukan oleh MCA itu.
Lebih menjolok mata Perdana Menteri Najib telah diperalatkan oleh MCA dalam politiknya untuk menyerang Islam dan hudud itu. Soi Lek menjemput Najib merasmikan perhimpunannya dan lepas itu menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang hudud dan PAS. Dengan sendirinya ia menyerang dan menghina Islam.
Syukur orang Islam dapat mengawal sabar dan pendirian tidak bangun menyerbu pejabat MCA dan premis kepunyaan Cina. Tetapi ia telah mengguris perasaan orang Islam. Siapa yang dapat menghalang kalau ada orang Islam yang bangkit bertindak kasar kepada masyarakat Cina.
Walaupun ketiga anak Cina memunyai rasa setiakawan yang tinggi terhadap PAS yang ada pakatan dengan DAP, tetapi tindakan spontan mereka atas kecetekan Soi Lek dan MCAnya adalah untuk mengelakkan ketegangan berlanjutan antara kaum di negara ini.
Bagi membendung api perkauman yang belum benar-benar padam, Sarena Tay menyeru orang Melayu beramai-ramai menyokong PAS. Jika orang Melayu tidak lagi dalam UMNO, maka perkauman boleh diredakan. Tidak lagi orang yang hendak menyokong MCA. Jika MCA dapat dilumpuhkan, kuranglah puak yang berani mencerca Islam.
Malaysia beruntung ada tiga Cina seperti itu dan orng seperti mereka dipercayai ramai.
Sumber HD - 2-11-2012
Yang membela Islam tiga orang Cina
Subky Latif, | 02 Nov 2012 |
HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam.

Antara Obama dan Dr Mursi
Subky Latif, | 05 Nov 2012 |
Dalam masa 100 hari Dr Mohammad Mursi menjadi Presiden Mesir, banyak cabaran dihadapkan kepadanya baik oleh orang dalam negeri dan oleh pemerhati luar.
Antaranya, tiada perubahan mendadak atas kehidupan rakyat dan tiada janji pilihan raya yang ketara dapat dilakukannya.
Jika masuk tahun ke lima, Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan berbagai-bagai kecemerlangan dalam pentadbiran dan pembangunan di Selangor, masih banyak yang mendakwa dia tidak dapat berbuat apa-apa, maka tidak banyak yang dipelikkan kiranya anti-Ikhwanul Muslimin dalam dan luar negara mendakwa Dr Mursi tidak dapat melaksanakan janjinya dalam pilihan raya.
Apapun, sebagai seorang yang terdidik dalam tarbiyah Islam yang tinggi, Dr Mursi tentu dapat meningkatkan kesabaran atas segala apa yang orang rasa bagi pentadbirannya yang tiga bulan itu dan menjadikan segalanya sebagai motivasi mencabarnya untuk bekerja dan bertindak bijak dan berterusan.
Saya tidak bercadang untuk menyentuh beberapa tindakan yang sudah diambilnya tetapi saya suka membandingkan pemerintahannya yang sesuku tahun jagung – belum setahun jagung – dengan pencapaian sepenggal empat tahun Presiden Barack Obama di Amerika.
Dengan segala perancangan dan persiapannya untuk ke Rumah Putih dulu, dengan ratusan penasihat, Obama telah memberikan sepenuh masa dan tenaga bagi mengisi janji pilihan rayanya, tetapi dia masih berhempas pulas untuk mengatasi segala keburukan yang ditinggalkan oleh Presiden George W Bush selama dua penggal sebelumnya.
Bush mewarisi pentadbiran yang agak selesa dan pekembangan ekonomi yang baik daripada pentadbiran Bill Clinton. Penggal kedua Clinton berjaya membaiki prestasinya yang kurang menyerlah bagi penggal pertama dan ketika dia keluar dari Rumah Putih, Amerika berada dalam keadaan yang selesa dalam dan luar negeri.
Tetapi semua itu telah dihancurkan oleh pentadbiran Bush. Dia membawa Amerika berperang di dua negara – Iraq dan Afghanistan. Selain kerosakan imej dalam dunia diplomasi, terlalu banyak bajet yang digunakan untuk menghadapi perang itu hingga menjejaskan tumpuan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.
Obama datang dengan janji untuk mengeluarkan Amerika daripada gambaran comot itu. Bermacam-macam dia buat tetapi dia belum dapat memulihkan kerosakan yang ditinggalkan Bush. Yang ketara, dia tidak dapat menutup kem tahanan Guatanamo Bay yang menempatkan tahanan al-Qaeda dan pejuang Taliban yang dijanjikannya. Macam-macam percubaan dibuatnya tetapi ia boleh boleh ditutup.
Penggal pertama sudah habis, tenteranya belum dapat dikeluarkan dari Afghanistan.
Krisis ekonomi dan kewangan yang ditinggal oleh Bush bukan saja belum dapat diatasi tetapi tidak dapat disekat untuk jadi lebih buruk dan tidak menentu.
Pencabarnya dari Republikan, Mitt Romney melihatnya Obama, seorang Presiden yang gagal dan Obama berhempas pulas untuk menangkisnya dan belum berjaya meyakinkan sebahagian pengun atas pagar.
Kalau Obama yang punya segala kemudahan dan dikelilingi oleh penasihat pakar dalam semua bidang masih belum dapat membaiki Amerika yang lapan tahun saja ditadbir Bush, maka Dr Mursi dengan segala masalah yang ditinggalkan selama 30 tahun lebih pentadbiran rasuah diktator Hosni Mubarak dan peninggalan Presiden sebelumnya, tidaklah mudah untuk diatasi dalam masa suku tahun.
Revolusi Perancis mengambil masa 100 untuk memulihkan kehidupan rakyat, Jerman Barat mengambil masa 30 tahun untuk memulihkan Jerman daripada kemusnahan perang Nazi Hitler, maka Mesir dan dunia mesti memberi waktu yang secukupnya kepada Dr Mursi untuk memenuhi tuntutan revolusi rakyat.
Dia tidak membawa tongkat mukjizat seperti Nabi Musa a.s. dan tidak juga Lampu Aladin, tetapi dia membawa program mengembalikan kehidupan Islam. Dipercayai Ikhwanul Muslimin tidak menunggu 100 tahun atau 30 tahun untuk membawa kestabilan di bumi Mesir.

Sumber HD - 5-11-2012
Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah.
Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim.
Tetapi jangan terhenti setakat mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud.
Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal.
Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya.
Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek.
Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya.
Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi jurucakap Soi Lek bukanlah kerja ulama.
Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama.
Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan ‘hudud PAS.’
Atau apa yang ketua MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya.
Selepas pertemuan Soi Lek itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS.
Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja?
Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran.
Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal.
Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal.
Sebagai jurucakap Soi Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya.
Sumber HD - 8-11-2012
Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek
Subky Latif, | 08 Nov 2012 |
SEKUMPULAN ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr. Chua Soi Lek bagi menyampaikan dakwah khsusnya mengenai hudud.

Pahang mahu ihsan atau royalti 20 peratus?
Subky Latif, | 10 Nov 2012 |
Sekarang Pahang pula dipilih Allah dianugerah minyak dan gas. Rakyat Pahang wajar bersyukur dan rakyat Malaysia seluruhnya juga ikut syukur kerana rahmat yang datang ke Pahang itu akan dapat juga limpahannya kepada negara.
Perdana Menteri sudah membayangkan wang ihsan yang bakal Pahang peroleh dalam masa yang tidak lama. Logiknya Pahang boleh jadi Kuwait baru di Malaysia selepas Terengganu.
Pakatan Rakyat menggesa supaya Pahang jangan ditindas kerajaan BN seperti Terengganu dan Kelantan - sekadar memberinya wang ihsan. Ia patut diberi royalti seperti yang diperuntukkan oleh akta Petronas.
Apa pun, nikmat Pahang itu tidak akan diterima sebelum PRU13 yang paling lewat bulan Mac 2013.
Lantaklah apa yang BN akan bagi baik wang ihsan atau royalti lima peratus. Sekalipun ia setuju Pahang diberi loyalti tetapi masih satu penindasan dibandingkan janji Pakatan Rakyat untuk memberi royalti 20 peratus kepada semua negeri yang berminyak.
Pakatan tidak perlu bising supaya Pahang diberi royalti. Pakatan boleh bagi tahu kepada rakyat Pahang betapa mereka tidak perlu menuntut wang ihsan itu dijadikan royalti. Pakatan akan bagi tanpa dituntut royalti 20 peratus sama dengan Indonesia setuju beri kepada Aceh seperti peruntukan perjanjian damai Aceh dan Indonesia.
Sebaik saja keputusan PRU13 nanti memihak kepada Pakatan, maka Pahang tidak sekadar dapat duit kesian seperti yang BN buat ke atas Terengganu dan Kelantan.
Secara automatik Pahang akan dapat royalti 20 peratus. Kelantan akan dapat royaltinya dan Terengganu pula akan dipulangkan semula royaltinya. Sementera Sabah dan Sarawak royaltinya akan dinaikkan dari lima peratus kepada 20 peratus.
Saya nasihatkan, tidak perlu lagi bising menuntut royalti. Bagitahu saja rakyat Kelantan supaya jangan bimbang royalti akan dapat atau tidak semasa pemerintahan BN sekarang? Sebaik saja Putrajaya tumbang, Kelantan akan dapat royalti, bukan sekadar lima peratus tetapi 20 peratus.
Tugas pengundi sekarang terutama di Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak ialah pada hari pilihan raya umum nanti mengundi Pakatan Rakyat, tidak kira calon itu dari PAS, PKR, DAP atau sekutunya yang lain dari Sabah dan Sarawak.
Mengundi BN bererti menindas Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tetapi mengundi Pakatan Rakyat adalah untuk memberi hak dan keadilan kepada negeri itu.
Sebelum Perdana Menteri Najib mengumumkan Pahang ada minyak dan akan didapat wang ihsan, semua terasa sukar juga untuk meraih sokongan dari Pahang kerana ia adalah negeri Perdana Menteri. Tetapi apabila Najib mengumumkan ia ada minyak, maka Pakatan Pahang berasa lapang, kerana pengumuman itu adalah satu bantuan besar kepada Pakatan menghadapi PRU itu.
Tanpa Najib memberitahu dia membantu Pakatan, apa yang diumumkannya itu adalah membantu Pakatan dan memudahkan lagi Putrajaya dirampas.
Memberi royalti 20 peratus bukan satu janji melampau yang tidak masuk akal. Ia sudah jadi hak semasa bagi negeri pengeluar minyak. Kalau Indonesia boleh bersetuju memberi Aceh royalti minyak 20 peratus, maka mengapa Malaysia yang pentadbiran dan ekonominya lebih baik tidak boleh beri.
Kalau Malaysia tidak sedia memberi royalti 20 peratus, nanti dibimbangi rakyat di lima negeri mengira lebih baik negeri itu menjadi provensi Indonesia daripada menjadi negeri di Malaysia. Jangan sampai ada rakyat yang berkata begitu.
Apakah Pakatan berpolitik dengan royalti yang menarik itu? Tidak dinafikan ada politiknya, tetapi yang jelas ialah negeri patut dan berhak mendapat apa yang Petronas boleh bagi.
Jadilah pengundi yang cerdik dan merdeka, memillih yang baik. Jangan jadi pengundi hamba, terima saja apa yang tuan beri.

Sumber HD - 10-11-2012
Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.
Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah.
Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.
Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.
Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.
Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.
Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan Nabi Musa.
Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.
Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.
Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.
Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul.
Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang salah cakap dari seseorang.
Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.
Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.
Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.
Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.
Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta.
Sumber HD - 13-11-2012
Maka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju lagi.
Di negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan di Felda-Felda Pahang tiada boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan dicabut balik.
Mengapa orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan pemandu supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan?
Semua setuju supaya pemandu jangan laju ikut suka hati. Semua setuju supaya diadakan peraturan. Tetapi yang orang tidak setuju ialah peraturan itu diadakan untuk mencari duit dan antara denda yang dikenakan nanti bukan masuk kepada kerajaan semuanya, ia disapu sama oleh saudagar.
Seperti undang-undang tali pinggang keledar mula-mula dulu. Keselamatan jalan raya jadi tujuan kedua. Yang utamanya ialah syarikat tali pinggang keledar yang melobi kerajaan mengadakan peraturan itu.
Sistem yang hendak diadakan sekarang ini akan melibatkan kerajaan mengambil duit dari rakyat. Di mana-mana negara juga di dunia sejak dulu lagi, rakyat rata-rata sensitif dengan cukai. Walau pun cukai itu telah diterima sebagai satu kaedah bagi kerajaan menambah hasil, tetapi rakyat menentang cukai yang tinggi dan apa jua yang memaksa rakyat membayar kepada kerajaan.
Cukai yang tinggi dan apa jua yang rakyat terpaksa bayar pada kerjaan, mudah menjadi satu penindasan.
Denda AES nanti adalah satu tambahan lagi bagi kerajaan untuk mengambil duit rakyat. Tujuan utama kerajaan ialah bagaimana mahu membantu rakyat menjana pendapatan yang sebanyak-banyaknya, bukan mengambil duit sebanyak-banyak dari rakyat.
AES samalah seperti sikap anak-anak raja purba yang tidak cukup duit akan menyekat jalan bagi ssesiapa yang lalu. Jika mereka mahu lalu mesti memberi sebanyak yang ditentukan oleh anak-anak raja itu. Maka itulah timbul banyak perumpaan menahan jerat di tempat genting atau menahan lokah di temat genting. Semua perumpaan itu adalah menyatakan penindasan terhadap orang bawah.
Bukan rakyat tidak boleh didenda, tetapi denda adalah yang terakhir. Amerika adalah sebuah negara bapa kapitalis. Mereka diketahui sebaga penindas.
Dalam mengurangkan had laju kenderaan ini, pernah mereka memperkenalkan satu alat yang dipanggil detektor yang boleh mengesan sekatan polis sejarak 2 kilometer. Apabila alat itu berbunyi, maka pemandu pun memperlahankan motokarnya. Ia dihalalkan.
Alat itu digunakan supaya pemandu tidak memandu laju. Dengan alat ini kerajaan tidak dapat memungut banyak duit rakyat. Tetapi tiada kenderaan laju setiap ada sekatan polis. Cuba alat itu dicipta setiap ada kamera AES, maka kuranglah kereta langgar peraturan dan orang tidak ramai yang didenda. Pemandu tidak keberatan membeli alat itu sekitar RM300 satu dari membayar denda setiap kali dirakam.
Kerajaan fikirkan banyak cara mendisiplinkan rakyat dengan tidak mengambil duit dari rakyat kerana mengambil duit itu dikira menindas.
Katakanlah pesalah AES itu dikenakan lokap mandatori tiga hari bagi setiap kesalahan tanpa merekodkannya sebagai jenayah, maka dipercayai oleh boleh terima berbandingkan dengan banyak RM300 setiap kali tidak kira dia wakil rakyat atau tok penghulu, maka percayalah orang tidak merungut dan kamera pun tidak banyak merakamkan kenderaan laju.
Apabla denda mandatori RM300, orang terasa ia ada penindasan untuk mengkayakan beberapa orang. Ia akan jadi satu lintah darat yang dikeji.
Sumber HD - 16-11-2012
Pandangan dua orang bekas Ketua Polis Negara, para cendekiawan dan penganalisis politik telah ditinjau, kesemuanya sekata bahawa gejala keganasan dan membenci satu puak dengan yang lain menjadi-jadi sekarang hingga polis sendiri gerun melihat perkembangan yang mulai payah dikawal.
Bekas KPN yang diketahui ganas dan khidmatnya telah ditamatkan kerana tindakan ganasnya mengaku apa yang dikatakan gejala politik ganas sekarang menyebabkan ‘polis tersepit’ untuk bertindak. Buat salah, tak buat lagi salah.
Antara gejala keganasan yang harian itu bangkitkan ialah melempar cat pada bas yang membawa orang politik, mengoyak dan memusnahkan poster parti lawan, membali batu dalam majlis ceramah, membuat bising pada majlis ceramah yang tujuannya adalah mengganggu dan macam-macam lagi.
Semua itu adalah mengundang ancaman keselamatan. Maka yang dapat disarankan bagi membendung gejala itu ialah pemimpin politik setiap parti mendisiplinkan penyokong masing-masing supaya menjauhkan semua gangguan itu.
Tidak susah bagi pemimpin mendisiplinkan penyokongnya dan memang parti-parti yang bertanggungjawab khususnya parti pembangkang memang menjaga tata kegiatannya supaya parti dan pemimpinnya difitnah dan tidak jadi agen kekecauan.
Tetapi adakah semua parti terutama parti yang berkuasa merasa perlu ia sendiri didisiplinkan?
Semua contoh yang dibangkitkan oleh harian tabloid itu adalah digejalakan oleh penyokong kerajaan sendiri. Bas yang disimbah cat yang digunakan oleh orang politik dan membawa pemimpin politik adalah dipunya atau disewa oleh PKR. Belum pernah ada kempen dengan bas sebegitu sebelumnya. Yang menyimbah catnya siapa? Adalah penyokong parti yang memerintah.
Baling telur busuk dalam majlis ceramah pernah berlaku dulu. Selepas 13 Mei, 1969 ia tidak didengar lagi. Hanya menjelang PRU13 kempen Anwar dihalang termasuk kejadian membaling batu. Angkara siapa? Apa kekecohan berlaku dalam majlis yang Anwar hadir, tentu yang mengacaunya penyokong kerajaan.
Dulu bolehlah yang menimbulkan kelam kambut itu disalahkan komunis. Apa saja masalah semua gara-gara komunis. Sekarang komunis sudah lenyap. Maka yang menentang Anwar dan pembangkang ialah penyokong UMNO.
Semua yang disebut oleh tabloid itu adalah kegiatan yang dilakukan oleh golongan anti Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan Anwar. Ertinya yang perlu didisiplinkan ialah penyokong parti kerajaan dan parti-parti BN itu sendiri. Pemimpin politik pembangkang tidak perlu disuruh mendisiplinkan pengikutnya kerana mereka tidak buat apa yang berlaku itu.
Kiranya ada angkara penyokong pembangkang, ia adalah kejadian yang terpencil. Tetapi yang menjolok mata mengganggu kempen politik sekarang rata-rata angkara UMNO dan penyokongnya.
Terbaru kejadian di Kemaman. Anwar menjelajar dengan basnya ke situ. Berbelas NGO membantah, membuat laporan polis dan memasang poster mengecam kedatangan Anwar. Apa pelik sangat?
Siapa dalam NGO itu? Mestilah tentera upahan UMNO.
Bekas KPN yang ikut mengeluh tentang perkembangan itu adalah orang yang dipelihara kerajaan UMNO dan mereka buat apa yang kerajaan arah semasa bertugas dulu. Sekarang mereka juga bersungut. Perkembangan pelik itu sudah menjadi polis tersepit. Hendak salahkan siapa?
Segala-galannya adalah gara-gara UMNO sendiri tidak berdisiplin. Sekarang UMNO sudah terdesak. Ia tidak dapat kawal penyokongnya. Yang mengganas itu adalah penyokong UMNO yang tidak lalu menghadapi perkembangan secara rasional dan beradab. Dengan harapan cara tidak beradab itu tuannya dapat dikekalkan.
Sumber HD - 18-11-2012
Sumber HD - 23-2-2013Nurul Izzah teraniaya
Subky Latif, | 13 Nov 2012 |
NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.

Ngapa orang marah AES?
Subky Latif, | 16 Nov 2012 |
AKHIR sekali Selangor pun bersikap seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain melarang kamera AES dipacak di tanah yang dikuasainya hinggalah ada keputusan yang lain dari Pakatan.
Maka di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju lagi.
Di negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan di Felda-Felda Pahang tiada boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan dicabut balik.
Mengapa orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan pemandu supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan?
Semua setuju supaya pemandu jangan laju ikut suka hati. Semua setuju supaya diadakan peraturan. Tetapi yang orang tidak setuju ialah peraturan itu diadakan untuk mencari duit dan antara denda yang dikenakan nanti bukan masuk kepada kerajaan semuanya, ia disapu sama oleh saudagar.
Seperti undang-undang tali pinggang keledar mula-mula dulu. Keselamatan jalan raya jadi tujuan kedua. Yang utamanya ialah syarikat tali pinggang keledar yang melobi kerajaan mengadakan peraturan itu.
Sistem yang hendak diadakan sekarang ini akan melibatkan kerajaan mengambil duit dari rakyat. Di mana-mana negara juga di dunia sejak dulu lagi, rakyat rata-rata sensitif dengan cukai. Walau pun cukai itu telah diterima sebagai satu kaedah bagi kerajaan menambah hasil, tetapi rakyat menentang cukai yang tinggi dan apa jua yang memaksa rakyat membayar kepada kerajaan.
Cukai yang tinggi dan apa jua yang rakyat terpaksa bayar pada kerjaan, mudah menjadi satu penindasan.
Denda AES nanti adalah satu tambahan lagi bagi kerajaan untuk mengambil duit rakyat. Tujuan utama kerajaan ialah bagaimana mahu membantu rakyat menjana pendapatan yang sebanyak-banyaknya, bukan mengambil duit sebanyak-banyak dari rakyat.
AES samalah seperti sikap anak-anak raja purba yang tidak cukup duit akan menyekat jalan bagi ssesiapa yang lalu. Jika mereka mahu lalu mesti memberi sebanyak yang ditentukan oleh anak-anak raja itu. Maka itulah timbul banyak perumpaan menahan jerat di tempat genting atau menahan lokah di temat genting. Semua perumpaan itu adalah menyatakan penindasan terhadap orang bawah.
Bukan rakyat tidak boleh didenda, tetapi denda adalah yang terakhir. Amerika adalah sebuah negara bapa kapitalis. Mereka diketahui sebaga penindas.
Dalam mengurangkan had laju kenderaan ini, pernah mereka memperkenalkan satu alat yang dipanggil detektor yang boleh mengesan sekatan polis sejarak 2 kilometer. Apabila alat itu berbunyi, maka pemandu pun memperlahankan motokarnya. Ia dihalalkan.
Alat itu digunakan supaya pemandu tidak memandu laju. Dengan alat ini kerajaan tidak dapat memungut banyak duit rakyat. Tetapi tiada kenderaan laju setiap ada sekatan polis. Cuba alat itu dicipta setiap ada kamera AES, maka kuranglah kereta langgar peraturan dan orang tidak ramai yang didenda. Pemandu tidak keberatan membeli alat itu sekitar RM300 satu dari membayar denda setiap kali dirakam.
Kerajaan fikirkan banyak cara mendisiplinkan rakyat dengan tidak mengambil duit dari rakyat kerana mengambil duit itu dikira menindas.
Katakanlah pesalah AES itu dikenakan lokap mandatori tiga hari bagi setiap kesalahan tanpa merekodkannya sebagai jenayah, maka dipercayai oleh boleh terima berbandingkan dengan banyak RM300 setiap kali tidak kira dia wakil rakyat atau tok penghulu, maka percayalah orang tidak merungut dan kamera pun tidak banyak merakamkan kenderaan laju.
Apabla denda mandatori RM300, orang terasa ia ada penindasan untuk mengkayakan beberapa orang. Ia akan jadi satu lintah darat yang dikeji.
Sumber HD - 16-11-2012
Pemimpin wajar disiplin penyokong
Subky Latif, | 18 Nov 2012 |
HARIAN tabloid Melayu dalam pengamatannya tentang gejala memarakkan kebencian di kalangan parti-parti politik menyarankan supaya pemimpin setiap parti mendisiplinkan penyokongnya.
Pandangan dua orang bekas Ketua Polis Negara, para cendekiawan dan penganalisis politik telah ditinjau, kesemuanya sekata bahawa gejala keganasan dan membenci satu puak dengan yang lain menjadi-jadi sekarang hingga polis sendiri gerun melihat perkembangan yang mulai payah dikawal.
Bekas KPN yang diketahui ganas dan khidmatnya telah ditamatkan kerana tindakan ganasnya mengaku apa yang dikatakan gejala politik ganas sekarang menyebabkan ‘polis tersepit’ untuk bertindak. Buat salah, tak buat lagi salah.
Antara gejala keganasan yang harian itu bangkitkan ialah melempar cat pada bas yang membawa orang politik, mengoyak dan memusnahkan poster parti lawan, membali batu dalam majlis ceramah, membuat bising pada majlis ceramah yang tujuannya adalah mengganggu dan macam-macam lagi.
Semua itu adalah mengundang ancaman keselamatan. Maka yang dapat disarankan bagi membendung gejala itu ialah pemimpin politik setiap parti mendisiplinkan penyokong masing-masing supaya menjauhkan semua gangguan itu.
Tidak susah bagi pemimpin mendisiplinkan penyokongnya dan memang parti-parti yang bertanggungjawab khususnya parti pembangkang memang menjaga tata kegiatannya supaya parti dan pemimpinnya difitnah dan tidak jadi agen kekecauan.
Tetapi adakah semua parti terutama parti yang berkuasa merasa perlu ia sendiri didisiplinkan?
Semua contoh yang dibangkitkan oleh harian tabloid itu adalah digejalakan oleh penyokong kerajaan sendiri. Bas yang disimbah cat yang digunakan oleh orang politik dan membawa pemimpin politik adalah dipunya atau disewa oleh PKR. Belum pernah ada kempen dengan bas sebegitu sebelumnya. Yang menyimbah catnya siapa? Adalah penyokong parti yang memerintah.
Baling telur busuk dalam majlis ceramah pernah berlaku dulu. Selepas 13 Mei, 1969 ia tidak didengar lagi. Hanya menjelang PRU13 kempen Anwar dihalang termasuk kejadian membaling batu. Angkara siapa? Apa kekecohan berlaku dalam majlis yang Anwar hadir, tentu yang mengacaunya penyokong kerajaan.
Dulu bolehlah yang menimbulkan kelam kambut itu disalahkan komunis. Apa saja masalah semua gara-gara komunis. Sekarang komunis sudah lenyap. Maka yang menentang Anwar dan pembangkang ialah penyokong UMNO.
Semua yang disebut oleh tabloid itu adalah kegiatan yang dilakukan oleh golongan anti Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan Anwar. Ertinya yang perlu didisiplinkan ialah penyokong parti kerajaan dan parti-parti BN itu sendiri. Pemimpin politik pembangkang tidak perlu disuruh mendisiplinkan pengikutnya kerana mereka tidak buat apa yang berlaku itu.
Kiranya ada angkara penyokong pembangkang, ia adalah kejadian yang terpencil. Tetapi yang menjolok mata mengganggu kempen politik sekarang rata-rata angkara UMNO dan penyokongnya.
Terbaru kejadian di Kemaman. Anwar menjelajar dengan basnya ke situ. Berbelas NGO membantah, membuat laporan polis dan memasang poster mengecam kedatangan Anwar. Apa pelik sangat?
Siapa dalam NGO itu? Mestilah tentera upahan UMNO.
Bekas KPN yang ikut mengeluh tentang perkembangan itu adalah orang yang dipelihara kerajaan UMNO dan mereka buat apa yang kerajaan arah semasa bertugas dulu. Sekarang mereka juga bersungut. Perkembangan pelik itu sudah menjadi polis tersepit. Hendak salahkan siapa?
Segala-galannya adalah gara-gara UMNO sendiri tidak berdisiplin. Sekarang UMNO sudah terdesak. Ia tidak dapat kawal penyokongnya. Yang mengganas itu adalah penyokong UMNO yang tidak lalu menghadapi perkembangan secara rasional dan beradab. Dengan harapan cara tidak beradab itu tuannya dapat dikekalkan.
Sumber HD - 18-11-2012
Subky sangkal kritikan Pemuda PAS WP
Mohamad Yahya, | 21 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Harakah, Haji Subky Latif (Gambar), telah menolak pandangan Dewan Pemuda PAS supaya lidah parti termasuk Harakahdaily diletakkan di bawah satu jawatankuasa bagi tujuan memantau dan menyemak kandungan mereka.
"Tidak ada keperluan untuk jawatankuasa penyelia kerana sudah ada lembaga pengarah yang diketuai oleh pengerusi. Apakah tugas lembaga dan adakah mereka sentiasa berbincang dengan editor Harakah dari semasa ke semasa? " tanya Subky Latif, yang diberi penghargaan secara meluas kerana mengasaskan lidah parti yang popular itu.
Subky bagaimanapun mencadangkan bahawa penasihat yang bilangannya "tidak lebih daripada tiga orang" boleh dilantik untuk membimbing akhbar tersebut.
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini membawa satu usul pada Muktamar Dewan Pemuda PAS yang menyerang Harakah dan laman berita dalam talian, Harakahdaily, kedua-duanya dikendalikan oleh PAS, berkata mereka telah tersasar daripada dasar parti.
Perwakilan menegaskan bahawa akhbar tersebut terlalu memberi ruang kepada Pakatan Rakyat berbanding PAS, manakala seorang wakil mengeluh bahawa lidah parti tersebut mempunyai kecenderungan melaporkan pandangan Syiah, berkemungkinan merujuk kepada liputan konflik antara Iran dan Barat.
Tetapi Subky (gambar) tidak bersetuju, berkata isu-isu tertentu yang melibatkan Iran mesti diberitahu kepada orang ramai.
"Isu-isu tertentu yang berkaitan dengan Iran mesti dipertahankan. Berita tentang Syiah juga perlu diterbitkan, tetapi tidak sesuai yang promosikan Syiah. Begitu juga, sentimen Wahabi tidak harus dipromosikan, " ujar Subky.
Subky, 72 tahun, yang pernah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, juga menekankan keperluan untuk Harakah dan Harakahdaily dalam memberi liputan kepada Pakatan Rakyat, berkata ia adalah sangat penting dalam perjuangan menentang Barisan Nasional.
"BN tidak boleh diganti jika orang hanya tahu tentang PAS tetapi kabur tentang Pakatan Rakyat dan kebaikannya," katanya, sambil menambah bahawa liputan itu mestilah selaras dengan perspektif PAS.
Mengenai dakwaan bahawa Harakah telah tersasar daripada dasar parti, Subky bertanya apa yang dimaksudkan dengan dasar.
"Adakah semua orang tahu apakah dasar dan adakah lembaga pengarah tahu dasar sidang editorial? Sila jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'tersasar', "katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi lidah parti tersebut.
"Setakat ini, saya berpuas hati dengan Harakah dan Harakahdaily," katanya. "Kita mesti faham bahawa Harakah berada di persimpangan, (ia adalah) untuk ahli-ahli parti dan pada masa yang sama ia perlu mencapai orang ramai. Inilah dilema mereka."

Sumber HD - 21-11-2012
Ia mendapat reaksi yang berbagai khususnya dari pemimpin dan penyokong UMNO. Macam-macam mereka burukkan tindakan PAS itu.
Apa yang PAS buat itu adalah haknya. Ia tidak dilarang oleh perlembagaan dan tidak menyalahi peraturan dan undang-undang pertubuhan. Ia juga tidak menyalahi amalan demokrasi.
PAS itu dipimpin oleh para ulama. Tiadalah organisasi ulama yang paling besar dan paling berwibawa di negara ini selain dari PAS. Muafakat para mufti dan majlis fatwa hanya dianggotai oleh tidak lebih 30 orang. Ulama yang menyertai UMNO pula mungkin paling ramai 300 orang.
Tetapi yang bersama PAS ada di mana-mana. Bagi mereka berdoa minta UMNO dibinasakan tidak melanggar syarak. Jika ada di kalangan ulama yang mengatakan tindakan PAS itu tidak betuk pada syarakatnya, ia adalah kejadian yang terpinggir. Tetapi yang bersama PAS itu boleh dikira ijmak.
Apapun yang PAS buat itu ialah antaranya dengan Allah. Ia mengadu tentang nasibnya yang lemah untuk menghadapi UMNO itu kepada Allah. Orang PAS tidak boleh tipu Allah. Orang-orang PAS itu merasa yakin mereka ditindas oleh UMNO dan kerajaan.
Dan doa yang paling makbul ialah doa orang yang tertindas. Allah membuka perkenanNya jika hambaNya tertindas mengadulah kepadaNya, nescaya diperkenanNya doa itu.
Kalau UMNO tidak pernah tindas dan tipu mereka, tidaklah bodoh hendak perkenankan doa PAS itu. Masakan PAS boleh tipu Allah.
Dan jika UMNO rasa bahawa tindakan PAS itu tidak betul kerana mereka tidak buat apa-apa pada PAS selama ini, maka UMNO pun mengadu pula kepada Allah, solat hajat, baca Yasin, puasa dan sebagainya minta Allah jangan kabulkan doa PAS itu.
Bahkan UMNO juga berhak berdoa kepada Allah supaya binasakan pula PAS.
PAS yang berdoa itu kerana mereka percaya bahawa doa itu senjata orang beriman. Berdoalah apa saja asal jangan mendoakan keburukan kepada agama Allah dan orang-orang yang beriman. Jika UMNO percaya doa itu senjata orang beriman dan ia percaya bahawa PAS adalah kaki pecah belah dan tidak betul-betul Islam, bolehlah ia pula mendoakan kebinasaan PAS.
Sebagaimana UMNO pernah mencadangkan supaya nama Islam itu dipotong dari PAS, maka ia boleh doakan setiap lepas solat moga-moga Allah cabut kalimah Islam itu dari nama PAS.
Apa yang PAS buat itu sebenarnya tidak mengganggu UMNO dan tidak memaksa rakyat supaya mengaminkannya. Jika orang UMNO terperangkap dalam majlis PAS dan PAS berdoa minta UMNO dibinasakan, kalau UMNO merasa takut orang kata apa kalau dia tidak angkat tangan, maka dia boleh angkat tangan tetapi jangan aminkan doanya.
Oleh kerana itu tidak ada apa-apa sebab bagi UMNO, kiranya ia adalah pertubuhan yang betul-betul membela orang Melayu dan Islam untuk bersusah payah mengutuk PAS yang berdoa itu. Masakan Allah akan memihak kepada orang yang salah.
Jika cara PAS tidak rasional, tiada integriti, terdesak, politik bodoh dan lain-lain biarkan ia dengan kebodohannya. Biarkanlah PAS jadi macam Luncai dan Pandir.
Yang peliknya UMNO kelam kabut dengan doa itu.
Sumber HD - 22-11-2012
Sumber HD - 28-12-2012
Dan pemimpin DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham pula ada hujah mengapa dia menerima gelaran Dato itu dari Sultan Perak semasa dia menjadi Exco dulu.
Dato Ngeh mendakwa ia telah dimaklumkan kepada pemimpin utama atau pemimpin mentor DAP, Lim Kit Siang. Justeru DAP adalah sekutu kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang terkuat di Perak, maka dia merasa perlu untuk menjaga hubungan baik dengan Istana, supaya penolakannya akan menjadi fitnah.
Dato Ngeh dipercayai tidaklah memburu gelaran itu seperti yang direbut oleh setengah saudagar dan orang-orang MCA.
Anugerah itu boleh ditolak dan penolakan itu tidaklah dikira anti raja atau menderhaka. Profesor Diraja Ungku Aziz tidak menerima sebarang gelaran yang ditawarkan. Dia lebih senang menerima anugerah Profesor Diraja dari gelaran Dato dan Tan Sri. Kalau profesor kangkung pun diberi Dato, masakan Ungku Aziz tidak ditawarkan. Tetapi tiada siapa boleh kata Ungku Aziz anti istana dan sebagainya.
Al-Marhum Dato Fadzil Noor semasa menjadi Adun PAS di Kedah pernah dua kali tidak menerima tawaran kepadanya. Apabila Sultan Kedah membuat tawaran yang ketiga, beliau kira gelaran itu benar-benar layak buatnya, maka beliau menerika anugerah Sultan itu.
Abdul Ghafar Baba dan Khir Johari masing-masing berpuluh tahun jadi menteri, mereka menolak sebarang anugerah. Lama selepas tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri baru Ghafar Baba setuju menerima gelaran Tun. Khir Johari pula selepas lama bersara bersetuju dijadikan Tan Sri.
Maka mutu anugerah terhadap Ustaz Fadzil, Tun Ghafar dan Tan Sri Khir Johari itu dilihat benar-benar layak dan punya nilai tinggi.
Mungkin yang mendorong Karpal tidak menggalakkan rakannya menerima gelaran disebabkan adalah kalanya gelaran itu jadi murah. 20 tahun dulu semasa saya ke pasar, penjaja memanggil saya Dato. Saya beritahu dia, saya bukan Dato.
Jawabnya, sekarang semua orang sudah jadi Dato. Kalau mereka tidak panggil Dato nanti mereka marah.
Memang apabila Dato sudah bersepah-sepah, maka nilai pasarannya jatuh, dan dengan segala macam yang didengar tentang anugerah Dato pun menyebabkan Dato itu jadi barang biasa.
Banyak diperkatakan ramai saudagar membeli Dato. Itulah antara yang orang kata. Saudagar yang sedia memberi sekian banyak boleh diberi Dato. Baru minggu sudah saya diberitahu tentang seorang jutawan ditawarkan gelaran Dato tetapi dalam tawaran itu disebutkan supaya menderma sekian banyak. Jutawan itu pun menolak tawaran itu dan dia senang dipanggil encik saja.
Banyak berita tentang broker Dato berkelian boleh raja itu dan raja ini memberi Dato melalui orang tengah dengan nilai tertentu.
Tokoh nasionalis terkemuka Dato Ahmad Boestamam. Dia terkenal anti feudal. Dia menerima gelaran Dato dari Sarawak. Di hari tuanya dia tidak pendapatan yang stabil. Kerana dia Dato dia tidak dilihat manis naik bas dan minum kopi di gerai-gerakan. Darjah dari negeri yang memberinya Dato dilihat rendah kalau dia buat demikian.
Lalu dia bercadang untuk memulang bintang itu. Ia satu beban baginya, tidak boleh pekerjaan sebarangan bagi menyelesaikan hutang rumah dan lain. Maka datang orang menyelesaikan masalah kewangannya.
Maka dalam banyak cerita Dato jatuh harga, ia agaknya antara yang mendorong Karpal supaya anggota-anggota DAP tidak termasuk dalam orang-orang yang berlumba memberi Dato dan mungkin tidak mahu menjadi sebahagian dari Dato yang murah.
Tentu dia tidak menolak anugerah seperti yang diberi kepada Ustaz Fadzil, Khir dan Ghafar. Dato Ngeh pula ada hujah, perlunya dia menjaga hubungan baik dengan masyarakat kerana politik banyak ditentukan oleh persepsi.
Jika dia seorang negarawan yang tidak partisan, ia adalah pesan yang baik yang perlu dihormati oleh siapa saja yang kalah. Tetapi ada tanda-tanda ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat gara-gara kecenderungannya mengadakan beberapa kebangkitan raksasa satu dua tahun akhir-akhir ini.
Seolah-olah ditafsirkannya, dengan momentum itu, Pakatan Rakyat tidak akan bersabar kiranya ialah gagal merebut Putrajaya.
Pakatan Rakyat adalah parti pembangkang yang dipercayai dapat mengekalkan tradisi bersabarnya kerajaan berparlimen diperkanalkan. Ia adalah parti yang amat berpengalaman menghadapi kekalahan. Justeru itu ia tidak merosakkan rekod sabarnya. Justeru itu tidak luar biasa baginya menghormati pesan Dr. Mahathir.
Tetapi yang belum dapat dipastikan bersedia untuk menghormatan pesan itu ialah pihak tidak pernah kalah dan tiada pengalaman kalah. Adakah mereka boleh bersabar dan dapat belajar menjadi orang sabar.
Dr. Mahathir sendiri yang partinya tidak pengalaman kalah, apabila dia sendiri kalah dalam PRU 1969 di Kota Setar Selatan, sabarnya hilang. Berlaku pembocoran surat-surat peribadi antaranya dengan Tunku Abdul Rahman hingga dia dipecat dari UMNO.
Mengapa? Segala-galanya dipercayai tidak belajar menerima kekalahan.
Saya bimbang kesabaran ini tidak ada pada UMNO dan penyokong. Ajaran demokrasi itu tidak benar-benar ditetapkan ke akar umbi UMNO.
Dalam jelajah bas Anwar Ibrahim ke serata tempat menjelang PRU13 banyak bertembung dengan simbahan cat di basnya dan kejadian tegang balik objek keras serta ganguan fisikal terhadap perhimpunan pembangkang. Hingga ada kecederaan.
Jika kembali ke era Pemuda UMNO tahan lasak sebelum tahun 1969, ia ada sejarah samseng dan seolah-olah itulah yang cuba dikembalikan oleh petualang yang mengganggu bas dan ceramah pembangkang sekarang.
Malah kejadian 13 Mei, 69 mulai tersebar khabar ia angkara orang penting UMNO menimbulkan huru-hara untuk merebut kuasa dan bagi memastikan Perikatan yang hilang majoriti di Perak dan Selangor untuk terus berkuasa. Kata Tamrin Ghafar yang baru menyertai PAS, rombongan Pemuda UMNO pimpinan Anwar Ibrahim mengunjungi Tun Ghazali Shafie mendengar dari padanya bahawa 13 itu adalah satu mini kudeta.
Semua keterangan ini mengingatkan kita, yang mudah tidak dapat menerima kekalahan bukan angkara pembangkang, tetapi orang lain.
Banyak contoh orang yang tidak pernah kalah merampas kemenangan pembangkang dalam pilihanraya. Semasa BN Sabah kalah pilihanraya pada PBS, kerajaan yang kalah bersekutu mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri. Nasib baik Pemangku Perdana Menteri masa itu Tun Musa Hitam menolak rampasan kemenangan itu.
Regim Algeria yang tidak pernah kalah sejak merdeka yang kalah pada parti Islam, FIS pimpinan ulama Abbasi Madani merampas kemenangan FIS dalam pilihan raya demokrasi yang bebas.
Mana-mana parti kerajaan yang menang semula melalui pilihan raya bersih tidak pernah dicabar oleh pembangkang yang kalah. Kebangkitan orang ramai membantah keputusan pilihan raya apablia jelas dan terbongkar penipuannya.
Mereka yang menolak kemenangan semula kerajaan bukan kerana kalahnya, tetapi menentang penipuan pilihan raya itu. Inilah yang berlaku di beberapa negara Afrika termasuk Zimbabwe.
Dr. Mahathir akan dikira orang berjiwa besar kiranya dia mengingatkan anak buahnya, kiranya kalah nanti jangan menggunakan tukang silat dan tukang tomoi untuk membuat kekacauan bagi menghalang parti lain yang menang membentuk kerajaan.
Sumber HD - 14-1-2013
Mengikut surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas Buruh Paksa itu yang ditanda tangani oleh Dato Hajah Zalekha Hassan pada 29 Mac, 2011 bahawa tuntutan persatuan itu telah diangkat untuk tindakan kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada Peguam Negara dan Kementerian Sumber Manusia.
Jumlah pampasan itu dikatakan RM207 bilion, dikatakan sudah dijelaskan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
Surat kementerian itu tidak menafikan wujudnya jumlah pampasan RM207 bilion dan tidak juga menafikan ia telah dijelaskan oleh kerajaan Jepun.
Persoalannya khazanah untuk 72,000 hamba Jepun itu tidak diketahui apa telah jadi. Waris hamba itu tidak mendapat apa-apa dari duit yang banyak itu. Duit itu jika ditunaikan dalam not kertas RM10 digantung di tali macam poster pilihanraya, digantung bersambung dari Malaysia ke Jepun dan disambung lagi dari Jepun ke arah timur nescaya sampai semula ke Malaysia masih belum habis lagi. Ia boleh disambung berbelit-belit entah berapa kali sekeliling globe. Demikianlah banyaknya duit RM207 bilion itu. Atau lebih dari separuh hutang Malaysia sekarang.
Duit itu boleh dijadikan modal yayasan hamba Jepun yang pemegang sahamnya adalah waris hamba itu. Setiap bulan mereka boleh dapat dividen tetap yang beribu jumlahnya. Cucu cicit mereka boleh menikmati pencen tetapi sehingga hari kiamat.
Yayasan itu boleh melabur di seluruh dunia dan boleh menjadi perbadanan terbesar dan terkaya di Malaysia.
Tetapi mereka sekarang dengar saja dan tidak mencium sedikit pun nikmatnya.
Siapa yang menikmat dan membolot pampasan itu?
Kerajaan BN telah mendiamkannya selama ini. Apabila perkara ini dibangkitkan Parlimen oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin, ia didiamkan juga. Tiada sebarang penjelasan dari kerajaan.
Mengapa? Dipercaya ia sudah dirompak oleh ketua kerajaan semasa pampasan itu dibuat. Kalau ia dijadikan duit kerajaan secara zalim pun boleh tahan juga kerana ia dijadikan duit kerajaan dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Kalau pun ia zalim kepada waris hamba Jepun itu tetapi kerajaan dapat duit.
Yang dibimbangkan ialah ia dirompak oleh ketua kerajaan. Ketua kerajaan itu siapa? Perdana Menterilah yang juga Presiden UMNO. Jika ia tidak dirompak tentu kerajaan jelaskan apa jadi dengan pampasan itu.
Perdana Menteri yang mana melakukan rompakan itu? Bagaimana pun Perdana Menteri selepasnya mesti bertanggungjawab menjelaskannya. Jika tidak mereka mewarisi najis rompakan itu.
Apakah Melaysia dipimpin oleh perompak? Apa yang hendak kita katakan kepada kerajaan yang pecah amanah itu jika tidak dipanggil perompak? UMNO dan penyokong membuta tuli pemimpin dan kerajaan seperti ini bersubahat menzalimi hamba binaan keretapi itu.
Jepun sudah menebus kezalimannya. Tetapi kezaliman itu diambil pula oleh kerajaan BN.
Seorang dari mangsa itu adalah orang kampung saya Sungai Parit, Pasir Panjang Laut yang ADUNnya sekarang ialah Dato Seri Nizar . Jika tidak silap namanya Mansor bin Ayub. Ayahnya dikenali orang masa itu dengan Yob Petok. Dia bujang ketika diambil Jepun. Tiada dengar kabar sejak itu. Dia sebaya dengan Tun Abdullah Ayob.
Dan bukan pula tidak mungkin akan adanya anti-Arab Bingkas bagi menangkis Putrajaya diambil. Semuanya termasuk dalam teori kemungkinan. Teori kemungkinan itu ada selain dari sifat kemalat Allah Taala saja.
Pada Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim adalah individu paling berpotensi mengimport Arab Spring itu berdasarkan apa yang dibuatnya semasa menjadi ketua pelajar awal 70-an dulu, Baling Spring, gerakan RE-FOR-MA-SI dan siri unjukrasa Bersih serta kebangkitan rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka.
Saya tidak tidak kata Anwar tidak ada lintasan pemikiran itu, tetapi siapakah yang benar-benar bersih dari keinginan seperti itu?
Apakah Dr Mahathir sendiri budak yang sangat baik seperti Puteri Lilin, tak keluar rumah dan tak boleh terdedah kepada panas matahari?
Siapakah kalau bukan Dr. Mahathir yang minta jasa baik Anwar membenarkan pelajar-pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan anti-Tunku Abdul Rahman Putra semasa Mageran tahun 1970 dulu?
Anwar bukan orang yang mencetuskan demo anti-Tunku itu. Dia sekadar memberi ruang kepada Dr. Mahathir bertemu dengan pelajar. Bukan Mahathirkah yang mengajak pelajar ke padang dan ke jalanan bagi memalukan Tunku dan Perikatan yang dipimpinannya?
Ia tidak jadi macam Arab Spring kerana rakyat semua kaum baru saja dikejutkan oleh peristiwa berdarah 13 Mei dan masing-masing masih trauma dengan kekacauan itu. Gara-gara tragedi itu orang ramai tidak bingkas menyertai tunjuk perasaan anti-Tunku anjuran Dr. Mahathir itu.
Jangan lupa tunjuk perasaan anti-kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu atau anti-Asri beberapa ketika sebelum Kelantan di Magerankan oleh kerajaan pusat. Semua kata Timbalan Perdana Menteri Mahathirlah di belakang tunjuk perasaan itu.
Cetusan dari situ kerajaan pusat mengambil alih kerajaan Kelantan dan ia membuka jalan kepada BN mengalahkan PAS di Kelantan.
Tidaklah sampai seperti Arab Spring. Tetapi apa yang Mahathir pernah tunjukkan itu adalah A, B, C kepada Arab Spring. Jangan kata otak Dr. Mahathir tidak ada lintasan Arab Spring.
Apakah kejadian celaka 13 Mei, 1969 itu bukankan bunga-bunga kepada masalah dunia Arab sekarang? Mulai ada laporan perisik yang keluar di London mengira kejadian 13 Mei itu bukan satu kebangkitan spontan orang Melayu tetapi ia adalah pintasan dari atas. Tan Sri Jaafar Albar pernah menyebut kepada rakan-rakan terdekatnya dan Puan Marina Yusuf pernah menyebut dalam satu ceramah betapa Tun Razak tidaklah benar-benar bebas dari kejadian itu.
Apa yang boleh diambil dari semua desas desus itu betapa cetusan Arab Spring itu ada dalam kepala pemimpin-pemimpin UMNO yang menyebabkan Tunku hilang kuasa.
Mungkin orang melihat Perdana Menteri Najib orang yang lembut. Tetapi adakah orang pernah membuat kajian tentang kematian/pembunuhan Othman Talib, petugas PAS di desa Lubuk Merbau dalam Pillihan Raya Kecil Parlimen Padang Terap tahun 80an. Sebelum kejadian itu Najib ada kempen di situ.
Apa dibuatnya dan apa yang dicakapkannya adakah disiasat? Mungkin dia kempen biasa. Tetapi tidak boleh ditanyakah tentang kehadirannya ke Lubuk Merbau sebelum pembunuhan itu?
Kejadian pada Othman Talib itu adalah hal di luar demokrasi.
Jika semua yang Anwar dan Mohamad Sabu buat sebelum ini diandaikan memikirkan Arab Spring, maka otak siapa yang betul-betul lembik atau beku?
Hak PAS doa Umno hancur
Subky Latif, | 22 Nov 2012 |
SATU dari acara menyemarakkan Mukktamar PAS ke-58 di Kota Bharu minggu lalu ia solat hajat raksasa dan berdoa moga-moga Allah musnahkan UMNO/Barisan Nasional.

Obama gagal jadi kawan Islam
Subky Latif, | 26 Nov 2012 |
KETIKA memenangi penggal pertama sebagai Presiden Amerika empat tahun lalu, Barack Obama bertekad untuk menjadi kawan dunia Islam. Antara programnya ialah mengeluarkan tenteranya dari peperangan di dua negara Islam – Iraq dan Afghanistan.
Dia bercadang untuk mendarat di sebuah negara Islam antara kunjungan awalnya ke luar negara. Lalu dia pun memilih Mesir. Dia pun memberi lucapan persahabatan untuknya dengan negara dan umat Islam dan untuk negaranya Amerika dengan dunia dan umat Islam.
Ia dikira satu ubat bagi menyembuhkan rasa sakit hati umat Islam gara-gara tempelak anti-Islam George W Bush yang melihat Islam sebagai agama pengganas.
Sekalipun tidak banyak yang dapat dibuatnya bagi merapatkan pentadbirannya dengan dunia Islam dan penyelesaian isu Palestin terus jadi harapan saja, tetapi kebencian terhadap Amerika reda. Tidak banyak harapan kepada penyelesaian Israel-Palestin selain daripada Obama.
Tetapi apabila dia menang selesa untuk penggal Presiden kedua, kurang dua minggu saja dia tiba-tiba menjadi seteru utama dunia Islam apabila dia menyokong serangan kejam Israel terhadap Gaza dan mengira serangan tidak beradab itu adalah langkah Israel mempertahankan diri.
Semasa kempennya menentang calon Republikan, Mitt Romney, dunia Islam mengharapkan dia menang dengan jangkaan dasar Romney yang amat memihak kepada Yahudi. Tidak dapat dibayangkan apa akan jadi kiranya Romney menang?
Terbakar dan berdarahlah bumi Palestin.
Tetapi tanpa Romney menang pun, Gaza terbakar dan berdarah juga. Dunia seluruhnya minta Obama menekan Israel supaya menghentikan serangan darat dan udara terhadap Gaza. Jawab Obama, dia menyokong kebiadapan Israel, bukan menyuruh Israel berhenti menyerang.
Polisi yang dirong-rong awal kemenangan pertamanya dulu telah dirosakkan oleh kemenangan yang kedua ini.
Sepatutnya dia mengurangkan pembunuhan Israel terhadap umat Palestin kalau pun tidak menghentikannya sama sekali. Tetapi yang berlaku, bukan sekadar dia gagal untuk berkawan dengan dunia dan umat Islam tetapi dia menjadikan berlumur darah umat Islam Gaza.
Sebagai cucu orang Islam dari Kenya, muka Obama sama saja hodohnya dengan semua Presiden Amerika yang terdahulu. Dan dia sama kejam dengan semua Perdana Menteri Israel. Dia gagal untuk menjadi kawan dunia Islam tetapi dia juga adalah seteru besar Islam.
Dia mesti dikutuk seperti umat Islam diwajibkan mengutuk Yahudi dalam solatnya. Tiada solat tanpa al-Fatihah. Hujung surat al-Fatihah disebutkan kutukan kepada orang dimurkai Allah Ghairil maghdhu bi’alaihim iaitu puak Yahudi.
Tidak diterima solat orang Islam tanpa melafazkan ghairil maghdhu. Demikianlah murkanya Allah kepada orang Yahudi. Orang Islam bukan sekadar melafazkan kebencian itu tetapi mesti membuktikan kebencian itu dalam semua perkara.
Atas dasar itu Islam tidak dapat menerima kelahiran negara Yahudi Israel itu. Mana-mana orang Islam yang redha dengan negara itu dia telah tidak ikhlas dengan solatnya.
Obama sekarang menjadi pembela terhadap pembunuhan Israel atas umat Islam Gaza. Dia pun sama saja dengan Yahudi Zionis itu, maka dia sudah layak termasuk dalam kumpulan orang yang dikutuk yang dilafazkan dalam solat itu.
Dia tidak lagi menjadi kawan. Dia sama saja dengan Yahudi yang banyak mambunuh Nabi dan Rasul, dan dia juga sama kejam dengan Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang sudah 10 tahun jadi mayat bernyawa sekarang.

Sumber HD - 26-11-2012
Ia membuka jalan kepada musuh memperleceh muafakat Pakatan Rakyat dalam kempen perubahan itu. Susah bagi pemimpin Pakatan untuk menjawab serangan musuh sedang masa sudah bertambah singkat untuk persiapan akhir menghadapi pilihanraya.
Komen sekalian penganalisis betapa membangkitkan perkara itu adalah suatu yang kurang bijak patut didengar.
Isu Perdana Menteri itu adalah antara strategi penting PR menghadapi PRU13. Antara yang pengundi mahu tahu ialah siapa Perdana Menteri?
Pada fahaman saya yang berada di luar dari pimpinan PAS, isu Perdana Menteri itu sudah selesai sejak tercapainya muafakat untuk bersama mara membebaskan Putrajaya. Apa yang dibangkitkan itu wajar dianggap tidak berlaku, kerana calon Perdana Menteri itu telah selesai kecuali dia tewas dalam pilihanraya.
Apapun kelemahan yang timbul gara-gara isu itu calon Perdana Menteri Pakatan adalah jauh lebih berwibawa dari Perdana Menteri yang ada. Bukan saja Perdana Menteri tidak dapat menyelesaikan beban yang ditinggalkan oleh para pimpinan yang terdahulu, dia menambah masalah.
Hutang negara bertambah berganda sudah melepasi RM500 bilion. Rasuah dilihat tidak berubah bahkan kian berkembang, keyakinan terhadap mahkamah, jabatan peguam negara, keberkecualian polis dan profesionalisma pegawai awam masih di takuk lama. Cara kementenrian kewangan dikendalikan bukan lagi tiris tetapi bocor di sana sini. Kemungkinan muflis seperti di Greece adalah tidak mustahil.
Betapa lemahnya Perdana Menteri yang ada dapat dicerminkan dari tinjauan Prof. Datuk Shamsul Amri tentang pencapaian BN sehingga bulan September lalu. Kiranya pilihanraya diadakan masa itu BN mampu merasih 120 kerusi berbanding dengan 140 kerusi yang diperolehinya dalam PRU 2008.
Walaupun BN diramal menang tipis tetapi prestasinya diagak lebih buruk dari yang dicapai oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu. Semua warga BN mengira Tun Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri BN paling lemah. Kerana itu dia dipaksa berundur.
Tetapi tinjauan Prof. Dato Shamsul mendapati Perdana Menteri Najib belum berjaya mengatasi mengatasi pencapaian Tun Abdullah dalam PRU12. Begitu banyak wang yang ditabur, hari-hari menemui rakyat di merata-rata dia baru dapat 120 kerusi, 20 kerusi kurang dari yang Pak Lah dapat. Jika dia dapat satu 24 lagi kerusi yang kelabu baru dia dapat melebihi prestasi Abdullah. Itupun baru 144 kerusi, empat kerusi saja lebih dari tsunami dulu.
Jika dia sekadar dapat 144 saja, tidak padan dengan gegak gempira petir transformasi berbagai bidang yang dirongrongkan. Seolah-olah bukan lagi petir, tetapi guruh yang kurang kedengaran.
Jika keburukan Perdana Menteri dalam berbagai perkara tidak terbongkar ialah kerana kuasa yang ada pada Perdana Menteri tidak memungkinkannya. Adalah biasa bagi semua warga UMNO dan BN hanya mengira seseorang Perdana Menteri itu buruk selepas dia tidak menjadi Perdana Menteri. Tiada siapa berani kata Dr. Mahathir buruk ialah kerana dua Perdana Menteri selepasnya lemah belaka.
Dengan suasana yang menyelubungi orang-orang yang berkuasa itu masih dilihat masih tidak berwibawa dibandingkan dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat walaupun ia dilanda badai dan gelombang yang bermacam-macam. Calon Perdana Menteri itu masih dihormati di peringkat antarabangsa.
Dengan ini isu Perdana Menteri Pakatan itu bukanlah suatu malapetaka kepada muafakatnya.
Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai
Subky Latif, | 28 Nov 2012 |
SEBAGAIMANA yang saya duga membangkitkan isu bakal Perdana Menteri kiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 seperti yang disuarakan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS boleh mengganggu kelancaran kempen membebaskan Putrajaya dari pemerintahan rasuah BN.

Sumber HD - 28-11-2012
SAYA ke Pulau Pinang seminggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Rakan-rakan di sana menyebut tentang Datuk Abdul Rahman Maidin yang pernah menjadi orang kanan korporat di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi dulu sudah tidak lagi ngam dengan UMNO.
Kata mereka, banyak yang dia sudah tidak suka tentang UMNO.
Tanya saya, tidakkah dia juga mahu bersama Pakatan Rakyat kalaupun tidak menyertai PAS? Yang baiknya biarlah dia menyertai PAS, jika dia tidak dapat bersama PAS memadailah dia menjadi kerabat Pakatan Rakyat.
Mereka tidak dapat hendak mengagak adakah dia hendak terjun ke dalam perjuangan menuntut perubahan, menegakkan keadilan dan kebebasan.
Bagi mereka, setakat dia sudah tidak minat kepada UMNO sudah dikira baik untuk kita.
Takjub juga saya tentang seorang yang pernah mendapat kedudukan dan layanan baik dari kerajaan sebelum dipimpin Perdana Menteri Najib boleh tawar hati kepada UMNO dan kerajaannya.
Sebaik saja selesai Perhimpunan Agung UMNO yang mengikut Najib, dengan semangat dalam perhimpunan itu adalah tanda UMNO sudah pulih malah lebih berpengaruh dari masa-masa sebelumnya, maka meletup satu bom yang mengganggu kegembiraan UMNO itu.
Akhbar melaporkan Datuk Abdul Rahman menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presidennya di Batu Pahat.
Setahu saya dia orang Pulau Pinang. Mengapa pula dia boleh ke Batu Pahat bagi menyerahkan borang menyertai PAS?
Terharu rasanya, apa yang dikatakan oleh rakan-rakan di Pulau Pinang itu mengesahkan Datuk Abdul Rahman sudah meninggalkan UMNO dan apa yang saya harapkan dia menyertai PAS telah bersama PAS dengan izin Allah.
Apa yang mengharukan lagi ialah ketika hasil Muktamar PAS dicincang oleh pemimin UMNO dan selepas Perhimpunan Agung UMNO mendengar sekalian pemimpin UMNO membotak PAS, Datuk Abdul Rahman nekad masuk PAS.
Layaknya selepas PAS dicincang selumat-lumat, tiada lagi orang mahu bersama PAS. Tetapi sebaliknya, bukan Datuk Abdul Rahman Maidin saja terjun ke medan PAS, tiga lagi orang yang rapat dengan kerajaan ikut menyerahkan borang PAS bersamanya.
Yang menariknya seorang bekas pegawai kanan Felda Mohamad Sais Jonid antara yang baru menyerah borang. Pada ketika Felda dicanang Najib mencapai kejayaan gemilang, disenaraikan di bursa saham, dikatakan orang Felda amat bertuah dan macam-macam insentif lagi diumumkan bagi menggandakan kemajuan Felda, bekas Pegawai Felda pun tak mahu lagi kepada UMNO.
Yang berlaku itu seperti UMNO dibomlah. Ia reaksi pertama selepas semua bom diletupkan UMNO dalam perhimpunannya, ia kena letup. Tak sempat setengah perwakilan sampai ke rumah untuk menyenangi hasil perhimpunan, ia kena bom di Batu Pahat.
Dengan menghempapkan semua keburukan kepada PAS, sepatutnya orang PAS lari daripadanya dan tiada lagi orang hendak menyertai PAS. Orang PAS bencikan PAS seperti Hasan Ali dan kawannya tidak masuk UMNO, orang-orang di bawah dagu UMNO pula masuk PAS.
Mereka tidak termakan dengan tohmah kononnya doa PAS mahu UMNO KO adalah tidak Islamik.
Datuk Abdul Rahman itu orang Pulau Pinang. Jika didengar ceritanya, orang Melayu Pulau Pinang amat benci kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan amat meluat dengan kerana menjadi kuda tunggangan PAS.
Tapi orang Melayu Pulau Pinang bergelar Datuk pula menyertai PAS. UMNO kata Johor bukan bumi subur untuk PAS, tapi Datuk Rahman bersama tiga lagi pergi ke Johor untuk mengumumkan mereka masuk PAS.
PAS wajar menginsafinya dan mensyukurinya. Semuanya dengan izin Allah.
Karib Pak Lah pula sertai PAS
Subky Latif, | 06 Dis 2012 |

Sumber HD - 6-12-2012
Apa yang Musa Hasan sebut itu seperti mengesahkan persepsi pembangkang sejak sekian lama betapa profesional itu dipersoal.
Banyak yang boleh dibukti betapa polis tidak bebas menjalankan tugas terutama yang melibatkan perkara politik. Banyak ceramah PAS yang sudah mendapat permit polis di seluruh negara dibatalkan di saat terakkhir disebabkan bantahan JKKK dan ketua cawangan UMNO.
Ketua cawangan UMNO boleh memaksa Ketua Polis Daerah bertindak membatalkan keputusannya. Maka orang pun bertanya siapa lebih berkuasa antara Ketua Polis Daerah dan anggota JKKK dalam pengeluaran permit?
JKKK dan ketua cawangan UMNO itu bukanlah besar sangat, tetapi dia boleh mengadukan kepada wakil rakyat atau Menteri Besar atau menteri-menteri tentang ketua polis itu. Nescaya payahlah buntut ketua polis itu.
Dakwaan Musa Hasan tentang seorang timbalan menteri yang mencampuri urusan polis yang dibantahnya, tidak perlu dibukti siapa timbalan menteri itu dan apa campur tangan yang dikatakan itu. Semua orang percaya apa yang Musa katakan itu.
Betapa teruknya persepsi orang terhadap campur tangan politk itu, mungkin Musa Hasan mereka-rekanya, tetapi kalau dia reka pun orang percaya. Apa lagi orang tidak fikir Musa Hasan sengaja mengada-ngada dalam apa yang dibangkitkannya itu.
Apa tujuan Musa berbuat begitu?
Mungkin juga mahu membersihkan namanya tentang persepsi orang terhadap perkhidmatannya dan bagaimana dia boleh jadi Ketua Polis Negara. Persepsi belum tentu betul, tetapi ada persepsi buruk orang terhadapnya. Mungkin mahu persepsi tentangnya itu dibetulkan.
Tetapi dia pun sedar, dengan persepsi buruk pada perkhidmatan polis sejak sekian lama, adalah sukar untuk membetulkannya. Seperti yang dijelaskannya, dia membuat teguran itu buat membaiki nama baik polis yang profesionalismanya begitu teruk dan sukar untuk dibaiki.
Tujuan utamanya membuat teguran hanya satu supaya imej polis tidak dianggap kuda tunggangan kepada orang politik. Niatnya itu baik. Jika dia ikhlas, ada nilai jihad dalam penampilannya.
Pada saya kita tidak usah persoal sangat mengapa Musa berkali-kali selepas bersara ini membangkitkan dakwaannya itu. Dia benar mahu membebaskan perkhidmatan polis itu dari belenggu diperkuda oleh orang politik yang tidak profesional dan tidak bermaruah. Tidak usah fikir sangat apa yang dia hendak dapat untuk dirinya dari dakwaannya itu.
Tidak usah ditanya mengapa dulu semasa berkhidmat, orang tak tahu apa yang dia buat untuk membebaskan polis dari belenggu itu. Sesudah dia bersara baru dia berkata-kata. Jangan persoal sangat akan kelemahannya dulu. Tetapi perhatikan tentang kebaikan dari pendedahannya itu.
Beberapa orang pegawai polis yang bersara akhir-akhir menyertai PAS dan menceritakan tentang belenggu polis terpaksa menghadapi tekanan orang politik adalah keterangan yang dapat menyokong sungutan Musa itu.
Apa yang Musa kata sekarang orang dapat terima. Betullah polis kita dibelenggu oleh orang politik sejak sekian lama, sebabnya sistem politik terlalu lama dalam kekuasaan sudah menyamai sistem feudal beraja seperti zaman silam.
Bukan polis saja terbelenggu begitu. Jabatan Peguam Negara, jabatan kehakiman dan kaki tangan awam yang tinggi pun menikus pada ketua cawangan UMNO.
Musa dilihat lebih elok dari ketua-ketua polis yang terdahulu.
Sumber HD - 11-12-2012
TELAH kecoh di Kelantan di kalangan masyarakat Cina tentang larangan laki-laki bergunting rambut dengan perempuan yang bukan isterinya dan bukan juga anaknya.
Ada tukang gunting yang mengadu kerana dia dalam jangka waktu tertentu disaman berbelas kali kerana tukang gunting amoi menggunting laki-laki yang bukan ayahnya dan bukan juga suaminya.
Ia menarik perhatian pejuang-pejuang MCA, malah ia mengganggu setengah penyokong DAP yang dipercayai sedang mendapat sokongan pengundi Cina dalam PRU13 nanti. Nasihat kerajaan negeri Kelantan supaya tukang gunting laki-laki tidak mengurus pelanggan wanita dan tukang gunting perempuan tidak menggunting rambut laki-laki telah ditafsir oleh setengah orang politik bukan Islam sebagai mencabul kebebasan orang bukan Islam.
Nasihat kerajaan Kelantan itu telah terpakai lama sejak PAS mengambil semula Kelantan dalam tahun 1990. Pernah orang-orang lelaki yang sukai kepala dan mukanya dibelai oleh wanita muda bersungut tentang nasihat itu mula-mula dulu tetapi ia tidak menjadi isu.
Malah MCA Kelantan pernah mencabar kerajaan PAS yang melarang berlanggan arak di khalayak umum dengan menganjurkan pesta minum arak sebaik saja Kelantan dikuasai semula PAS dulu. Cabaran MCA itu disokong oleh MCA pusat. Seolah-olah pesta tidak mungkin dibatal lagi.
Bertanya orang akan reaksi Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz. Katanya, lantaklah MCA minumnya hingga pecah perut. Tiba-tiba MCA membatalkannya.
Menjelang PRU yang menentukan hayat MCA ini, ia bangkitkan pula nasihat supaya salun melayan pelanggan perempuan saja, dikira mengganggu kebebasan orang bukan Islam seolah-olah kerajaan PAS itu mengganggu hak-hak orang bukan Islam.
Kita biarkah kerajaan PAS menangani hal itu.
Cuma kita mungkin perlu meninjau pandangan sekalian nyonya, aci-aci dan wanita Sikh serta lain-lain wanita sukakan mereka suami masing-masing bergunting dan mendapatkan khidmat wanita-wanita muda di salun-salun?
Apa perasaan nyonya apabila kepala suaminya dipegang dan mukanya digosok oleh pelayan-pelayan salun yang ayu dan manja pula? Sukakah mereka suaminya pergi ke salun dua kali sebelun atau lebih kerap?
Dan gadis-gadisnya yang sedang berpacaran, relakah mereka melihat teman lelakinya menerima belaian manja dari tukang gunting wanita lain?
Apa kata ibu bapa Cina sekalian kalau tunang anak gadis mereka berterang-terangan mendapat khidmat dari wanita-wanita salun?
Tanya Dr. Chua Soi Lek sendiri, seronokkah dia kalau kepala dan muka isterinya dibelek-belek dan dipicit oleh tukang gunting laki-laki? Dia mungkin kata, tak mengapa. Tetapi tidakkah hati berdetak dan berdetik?
Tidak mustahil pejuang-pejuang hak asasi manusia dan kebebasan gender yang maju di barat seperti Amerika dan England tidak suka sangat kalau suami ke kedai gunting perempuan dan isteri ke kedai gunting laki-laki.
Pernah seorang pemuda menguji Rasulullah SAW supaya membenarkannya berzina. Baginda dengan tenang bertanya, sukakah kamu kalau emak kamu dizina, isteri kamu dizina, kakak kamu dan adik kamu dizina?
Kepada semua pertanya itu dijawabnya, ‘Tidak.’
Bagaimana kalau Merdeka Center atau mana-mana universiti mengada tinjaun pendapat, dapat responden nyonya-nyonya, gadis-gadis Cina, gadis India dan Sikh yang sedang berpacaran serta gadis yang sedang bertunang, apa pandangan mereka? Seronokkah atau tak usahlah!
Mungkin juga perlu pungutan suara diadakan di kalangan wanita bukan Islam saja. Kita nak tengok sikap mereka.
Sumber HD - 18-12-2012
Jangan layan sangat sakatan UMNO mengenainya yang tujuannya adalah demi mengelirukan orang ramai dan memerangkap PAS.
Hudud adalah program PAS bagi mengabdikan diri kepada Allah dan agamanya. Ia tidak mungkin dilaksanakan selagi PAS tidak berada dalam kerajaan baik ia memerintah sendiri atau kerajaan yang disekutuinya.
Sudah cukup setakat ini dengan pendiriannya yang sudah diketahui umum. Bahawa hudud itu sebahagian dari cita-cita politik.
PAS sudah nyatakan cita-citanya dan sebagai tanda kesungguhannya dengan cita-cita itu ia sudah meluluskan enakmen mengenainya di Kelantan dan Terengganu.
Kedudukannya sekarang ialah seperti kenderaan yang berada di simpang lampu trafik. Ia berhenti kerana isyarat lampu merah. Ingin kenderaan tidak dihenti. Ia menunggu lampu hijau. Bila datang lampu hijau, ia boleh berjalan.
Oleh itu jika ada orang menyakat PAS tentang hudud itu, kerana kononnya PAS munafik dengannya dan sudah melupakannya, maka tidak perlu dilayan dan dijawab. Politik menuju ke Putrajaya boleh celaru dan keliru sama sendiri apabila ia dipolemikkan.
Cita-cita PAS itu sudah diketahui oleh semua sama ada ia diulang atau didiamkan. Tidak perlu dinyatakan lagi. Semuanya tahu jika PAS bersama memerintah negara, ia akan berusaha sedaya mungkin untuk menyempurnakannya.
Tidak ada makhluk yang percaya PAS melupakannya. Kalau dasar PAS berketul dapat dilihat dengan mata, kiranya perut iblis dapat dibelah, nescaya kita dapat lihat ketul itu ada dalam hatinya.
Ia tahu PAS tidak melupakannya hinggalah ia dapat menjadikan PAS sama seperti lawannya iaitu UMNO.
Selama 66 tahun usia UMNO, sudah 55 tahun ia memacu negara merdeka, jika dibelah perut, ketul hudud tidak ada dalam hatinya. Yang ada dalam hatinya hudud PAS.
Akan iblis tadi, kurus kering ia kerana dalam hatinya ada ketul hudud yang tersimpan rapi dalam cita-cita politik PAS. Baik PAS bercakap tentangnya atau PAS berdiam saja, ia lihat dan ia rasa ketul itu ada. Ia seperti kanser baginya. Lalu ia berusaha untuk memadamkannya, menghasut PAS supaya melupakananya. Kesnernya itu akan sembuh apabila dapat menjadikan PAS sama dengan seteru politiknya.
Walaupun UMNO sudah menyakat PAS, dikatakannya cita-cita hudud PAS itu sudah jadi cacamarba apabila ia bersekongkol dengan DAP dan PKR, dan DAP terang-terang menyatakan ia menolak hudud, tetapi tetap MCA, Yahudi, Amerika dan lain-lain, jika perut masing-masing dibelah, ada dilihat ketul cita-cita PAS dalam hati mereka.
Dan katakanlah ketika menunggu 100 haru PRU13 ini tiba-tiba PAS membuat pengumuman betapa ia tidak lagi menyimpan cita-cita politiknya, tidak lagi ia mahu meneruskan ibadatnya itu, ia tidak bercadang untuk meneruskan hudud, tiada ahli MCA yang percaya, tiada seekor Yahudi dan Amerika yang percaya.
Jika selepas ia mengumumkan mahu melupakan hudud, dibelah perut MCA dan perut Yahudi, tetap ketul hudud itu dijumpa dalam hati mereka. Mereka tidak akan percaya PAS sudah melupakannya sekalipun PAS betul-betul melupakannya.
Begitu juga iblis. Ia pun tak percaya PAS melupakannya. Sekalipun PAS betul-betul melupakannya, ia tetap curiga bahawa PAS mungkin taubat dan kembali kepada cita-citanya. Selagi PAS tidak mati, ia tidak percaya PAS benar-benar melupakannya.
Atas kedudukan itu PAS tidak perlu lagi melenting atas isu hudud itu. Buat saja kerja yang patut hingga sampai ke Putrajaya.
Sumber HD - 21-12-2012
BAIK Perdana Menteri mahupun para pimpinan SPRM dipercayai berbangga apabila mereka mewar-warkan CPI rasuah negara turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia dibandingkan dengan tangga ke 60 tahun sebelumnya.
Perdana Menteri Najib dan timbalannya menunjukkan rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.
Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.
Tetapi adakah Perdana Menteri dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada di tangga 54 saja?
Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?
Dengan segala gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.
Mengapa kita masih di tangga ke 54?
Ia adalah tanda perang terhadap rasuah masih belum berkesan.
Yang Malaysia dikatakan bertambah elok kerana kita sekadar turun enam tangga dibandingkan dengan tahun lalu di seluruh dunia. Tetapi rakyat tidak diberi tahu keadaan dalam negeri itu lebih buruk atau jauh kurang dari tahun-tahun sebelumnya?
Boleh jadi kita turun ke tangga 54 kerana kemungkinan enam negara di bawah kita dulu bertambah teruk rasuahnya tahun ini. Kiranya mereka bertambah teruk dalam masa setahun atau beberapa tahun kebelakangan ini, maka CPI kita jadi elok sikit.
Tetapi mungkin juga kita bertambah teruk. Jika disebabkan orang lain bertambah teruk, maka dilihat kurang teruk, sesungguhnya boleh dikelirukan orang suasana seperti itu.
Pastikan kita bertambah disebabkan oleh kita betul-betul baik, jangan kita tertipu oleh faktor orang lain bertambah buruk, lalu kita terasa kita kurang buruk.
Jika ia diibaratkan sebagai pencapaian anak kita di sekolah. Dia dapat nombor 20 ke atas dalam darjahnya. Berbagai usaha kita lakukan dia dapat kedudukan yang ke 15. Adakah dia sudah bertambah baik? Atau beberapa orang kawan sederjahnya merosot? Jika ia disebabkan oleh kawan-kawan merosot, belum tentu anak kita itu bertambah baik.
Apa pun kita tetap tidak seronok anak kita di tangga ke 15.
Jika tahun depan CPI rasuah kita turun ke tangga 50 pula, elok dia diam saja dan buat lebih banyak kerja supaya betul-betul tidak ada. Jangan nyatakan kepada umum kita sudah bertambah, sedang rumah kita masih jadi sarang anai-anai. Anai-anai wala pun sikit tetap ia dikira rumah beranai-anai.
Dalam hal ini kita bukan mahu menyalahkan SPRM, tetapi yang mesti bertanggungjawab adalah parti yang memerintah. SPRM sebaik mana pun tidak boleh buat apa, kalau pemimpin-pemimpin kerajaan dan negara menjadi ikan yang busuk kepala.
Kepala ikan sudah busuk, tiada daya badan ikan bertahan segar.
Kerajaan yang ra suah tidak mampu membersihkan negaranya dari rasuah. Ada 1001 cara bagi pemimpin yang rasuah untuk mengatakan dia tidak rasuah. Antaranya menjalankan kempen perubahan membasmi rasuah.
Musa Hasan mahu baiki polis
Subky Latif, | 12 Dis 2012 |
TAN Sri Musa Hasan, bekas Ketua Polis Negara sudah beberapa kali tampil dalam akhbar secara terbuka mendakwa adanya campur tangan orang politik termasuk seorang timbalan menteri dalam tugas polis.

Sukakah nyonya suaminya digunting wanita lain?
Subky Latif, | 18 Dis 2012 |

Diam saja tentang hudud
Subky Latif, | 21 Dis 2012 |
Eloknya PAS dan pemimpinnya diamkan saja tentang hudud dan ada lebih baik tumpukan dalam lain-lain isu yang perlu masyarakat ketahui.
Jangan layan sangat sakatan UMNO mengenainya yang tujuannya adalah demi mengelirukan orang ramai dan memerangkap PAS.
Hudud adalah program PAS bagi mengabdikan diri kepada Allah dan agamanya. Ia tidak mungkin dilaksanakan selagi PAS tidak berada dalam kerajaan baik ia memerintah sendiri atau kerajaan yang disekutuinya.
Sudah cukup setakat ini dengan pendiriannya yang sudah diketahui umum. Bahawa hudud itu sebahagian dari cita-cita politik.
PAS sudah nyatakan cita-citanya dan sebagai tanda kesungguhannya dengan cita-cita itu ia sudah meluluskan enakmen mengenainya di Kelantan dan Terengganu.
Kedudukannya sekarang ialah seperti kenderaan yang berada di simpang lampu trafik. Ia berhenti kerana isyarat lampu merah. Ingin kenderaan tidak dihenti. Ia menunggu lampu hijau. Bila datang lampu hijau, ia boleh berjalan.
Oleh itu jika ada orang menyakat PAS tentang hudud itu, kerana kononnya PAS munafik dengannya dan sudah melupakannya, maka tidak perlu dilayan dan dijawab. Politik menuju ke Putrajaya boleh celaru dan keliru sama sendiri apabila ia dipolemikkan.
Cita-cita PAS itu sudah diketahui oleh semua sama ada ia diulang atau didiamkan. Tidak perlu dinyatakan lagi. Semuanya tahu jika PAS bersama memerintah negara, ia akan berusaha sedaya mungkin untuk menyempurnakannya.
Tidak ada makhluk yang percaya PAS melupakannya. Kalau dasar PAS berketul dapat dilihat dengan mata, kiranya perut iblis dapat dibelah, nescaya kita dapat lihat ketul itu ada dalam hatinya.
Ia tahu PAS tidak melupakannya hinggalah ia dapat menjadikan PAS sama seperti lawannya iaitu UMNO.
Selama 66 tahun usia UMNO, sudah 55 tahun ia memacu negara merdeka, jika dibelah perut, ketul hudud tidak ada dalam hatinya. Yang ada dalam hatinya hudud PAS.
Akan iblis tadi, kurus kering ia kerana dalam hatinya ada ketul hudud yang tersimpan rapi dalam cita-cita politik PAS. Baik PAS bercakap tentangnya atau PAS berdiam saja, ia lihat dan ia rasa ketul itu ada. Ia seperti kanser baginya. Lalu ia berusaha untuk memadamkannya, menghasut PAS supaya melupakananya. Kesnernya itu akan sembuh apabila dapat menjadikan PAS sama dengan seteru politiknya.
Walaupun UMNO sudah menyakat PAS, dikatakannya cita-cita hudud PAS itu sudah jadi cacamarba apabila ia bersekongkol dengan DAP dan PKR, dan DAP terang-terang menyatakan ia menolak hudud, tetapi tetap MCA, Yahudi, Amerika dan lain-lain, jika perut masing-masing dibelah, ada dilihat ketul cita-cita PAS dalam hati mereka.
Dan katakanlah ketika menunggu 100 haru PRU13 ini tiba-tiba PAS membuat pengumuman betapa ia tidak lagi menyimpan cita-cita politiknya, tidak lagi ia mahu meneruskan ibadatnya itu, ia tidak bercadang untuk meneruskan hudud, tiada ahli MCA yang percaya, tiada seekor Yahudi dan Amerika yang percaya.
Jika selepas ia mengumumkan mahu melupakan hudud, dibelah perut MCA dan perut Yahudi, tetap ketul hudud itu dijumpa dalam hati mereka. Mereka tidak akan percaya PAS sudah melupakannya sekalipun PAS betul-betul melupakannya.
Begitu juga iblis. Ia pun tak percaya PAS melupakannya. Sekalipun PAS betul-betul melupakannya, ia tetap curiga bahawa PAS mungkin taubat dan kembali kepada cita-citanya. Selagi PAS tidak mati, ia tidak percaya PAS benar-benar melupakannya.
Atas kedudukan itu PAS tidak perlu lagi melenting atas isu hudud itu. Buat saja kerja yang patut hingga sampai ke Putrajaya.
Sumber HD - 21-12-2012
Malaysia masih negara rasuah
Subky Latif, | 28 Dis 2012 |
BAIK Perdana Menteri mahupun para pimpinan SPRM dipercayai berbangga apabila mereka mewar-warkan CPI rasuah negara turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia dibandingkan dengan tangga ke 60 tahun sebelumnya.
Perdana Menteri Najib dan timbalannya menunjukkan rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.
Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.
Tetapi adakah Perdana Menteri dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada di tangga 54 saja?
Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?
Dengan segala gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.
Mengapa kita masih di tangga ke 54?
Ia adalah tanda perang terhadap rasuah masih belum berkesan.
Yang Malaysia dikatakan bertambah elok kerana kita sekadar turun enam tangga dibandingkan dengan tahun lalu di seluruh dunia. Tetapi rakyat tidak diberi tahu keadaan dalam negeri itu lebih buruk atau jauh kurang dari tahun-tahun sebelumnya?
Boleh jadi kita turun ke tangga 54 kerana kemungkinan enam negara di bawah kita dulu bertambah teruk rasuahnya tahun ini. Kiranya mereka bertambah teruk dalam masa setahun atau beberapa tahun kebelakangan ini, maka CPI kita jadi elok sikit.
Tetapi mungkin juga kita bertambah teruk. Jika disebabkan orang lain bertambah teruk, maka dilihat kurang teruk, sesungguhnya boleh dikelirukan orang suasana seperti itu.
Pastikan kita bertambah disebabkan oleh kita betul-betul baik, jangan kita tertipu oleh faktor orang lain bertambah buruk, lalu kita terasa kita kurang buruk.
Jika ia diibaratkan sebagai pencapaian anak kita di sekolah. Dia dapat nombor 20 ke atas dalam darjahnya. Berbagai usaha kita lakukan dia dapat kedudukan yang ke 15. Adakah dia sudah bertambah baik? Atau beberapa orang kawan sederjahnya merosot? Jika ia disebabkan oleh kawan-kawan merosot, belum tentu anak kita itu bertambah baik.
Apa pun kita tetap tidak seronok anak kita di tangga ke 15.
Jika tahun depan CPI rasuah kita turun ke tangga 50 pula, elok dia diam saja dan buat lebih banyak kerja supaya betul-betul tidak ada. Jangan nyatakan kepada umum kita sudah bertambah, sedang rumah kita masih jadi sarang anai-anai. Anai-anai wala pun sikit tetap ia dikira rumah beranai-anai.
Dalam hal ini kita bukan mahu menyalahkan SPRM, tetapi yang mesti bertanggungjawab adalah parti yang memerintah. SPRM sebaik mana pun tidak boleh buat apa, kalau pemimpin-pemimpin kerajaan dan negara menjadi ikan yang busuk kepala.
Kepala ikan sudah busuk, tiada daya badan ikan bertahan segar.
Kerajaan yang ra suah tidak mampu membersihkan negaranya dari rasuah. Ada 1001 cara bagi pemimpin yang rasuah untuk mengatakan dia tidak rasuah. Antaranya menjalankan kempen perubahan membasmi rasuah.
Sumber HD - 28-12-2012
Krisis menerima Dato buat DAP
Subky Latif, | 02 Jan 2013 |
KARPAL Singh tentu ada hujah mengapa dia tidak menggalakkan pemimpin-pemimpin DAP menerima gelaran seperti Dato, Tan Sri, Tun dan sebagainya.
Dan pemimpin DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham pula ada hujah mengapa dia menerima gelaran Dato itu dari Sultan Perak semasa dia menjadi Exco dulu.
Dato Ngeh mendakwa ia telah dimaklumkan kepada pemimpin utama atau pemimpin mentor DAP, Lim Kit Siang. Justeru DAP adalah sekutu kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang terkuat di Perak, maka dia merasa perlu untuk menjaga hubungan baik dengan Istana, supaya penolakannya akan menjadi fitnah.
Dato Ngeh dipercayai tidaklah memburu gelaran itu seperti yang direbut oleh setengah saudagar dan orang-orang MCA.
Anugerah itu boleh ditolak dan penolakan itu tidaklah dikira anti raja atau menderhaka. Profesor Diraja Ungku Aziz tidak menerima sebarang gelaran yang ditawarkan. Dia lebih senang menerima anugerah Profesor Diraja dari gelaran Dato dan Tan Sri. Kalau profesor kangkung pun diberi Dato, masakan Ungku Aziz tidak ditawarkan. Tetapi tiada siapa boleh kata Ungku Aziz anti istana dan sebagainya.
Al-Marhum Dato Fadzil Noor semasa menjadi Adun PAS di Kedah pernah dua kali tidak menerima tawaran kepadanya. Apabila Sultan Kedah membuat tawaran yang ketiga, beliau kira gelaran itu benar-benar layak buatnya, maka beliau menerika anugerah Sultan itu.
Abdul Ghafar Baba dan Khir Johari masing-masing berpuluh tahun jadi menteri, mereka menolak sebarang anugerah. Lama selepas tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri baru Ghafar Baba setuju menerima gelaran Tun. Khir Johari pula selepas lama bersara bersetuju dijadikan Tan Sri.
Maka mutu anugerah terhadap Ustaz Fadzil, Tun Ghafar dan Tan Sri Khir Johari itu dilihat benar-benar layak dan punya nilai tinggi.
Mungkin yang mendorong Karpal tidak menggalakkan rakannya menerima gelaran disebabkan adalah kalanya gelaran itu jadi murah. 20 tahun dulu semasa saya ke pasar, penjaja memanggil saya Dato. Saya beritahu dia, saya bukan Dato.
Jawabnya, sekarang semua orang sudah jadi Dato. Kalau mereka tidak panggil Dato nanti mereka marah.
Memang apabila Dato sudah bersepah-sepah, maka nilai pasarannya jatuh, dan dengan segala macam yang didengar tentang anugerah Dato pun menyebabkan Dato itu jadi barang biasa.
Banyak diperkatakan ramai saudagar membeli Dato. Itulah antara yang orang kata. Saudagar yang sedia memberi sekian banyak boleh diberi Dato. Baru minggu sudah saya diberitahu tentang seorang jutawan ditawarkan gelaran Dato tetapi dalam tawaran itu disebutkan supaya menderma sekian banyak. Jutawan itu pun menolak tawaran itu dan dia senang dipanggil encik saja.
Banyak berita tentang broker Dato berkelian boleh raja itu dan raja ini memberi Dato melalui orang tengah dengan nilai tertentu.
Tokoh nasionalis terkemuka Dato Ahmad Boestamam. Dia terkenal anti feudal. Dia menerima gelaran Dato dari Sarawak. Di hari tuanya dia tidak pendapatan yang stabil. Kerana dia Dato dia tidak dilihat manis naik bas dan minum kopi di gerai-gerakan. Darjah dari negeri yang memberinya Dato dilihat rendah kalau dia buat demikian.
Lalu dia bercadang untuk memulang bintang itu. Ia satu beban baginya, tidak boleh pekerjaan sebarangan bagi menyelesaikan hutang rumah dan lain. Maka datang orang menyelesaikan masalah kewangannya.
Maka dalam banyak cerita Dato jatuh harga, ia agaknya antara yang mendorong Karpal supaya anggota-anggota DAP tidak termasuk dalam orang-orang yang berlumba memberi Dato dan mungkin tidak mahu menjadi sebahagian dari Dato yang murah.
Tentu dia tidak menolak anugerah seperti yang diberi kepada Ustaz Fadzil, Khir dan Ghafar. Dato Ngeh pula ada hujah, perlunya dia menjaga hubungan baik dengan masyarakat kerana politik banyak ditentukan oleh persepsi.
Sumber HD - 2-1-2013
MAHA Suci dan Maha Mengetahui Allah bila kiamat akan berlaku. Maka ramalan manusia yang banyak dibincangkan di seluruh dunia terutama di barat kiamat itu akan berlaku pada 21 Disember lalu telah tidak berlaku.
Masih sempat dunia kita masuk ke tahun 2013. Renncana ini saya tulis pada pagi terakhir tahun 2012, sepuluh hari selepas tarikh yang dikatakan berlaku kiamat. Esok kita berada di tahun baru 2013 dan wajar bersyukur kerana dunia belum lagi dikiamatkan.
Betapa kiamat itu tidak berlaku pada 21 Disember lalu bukan sekadar suatu tanda tidak mengetahuinya sekalian makhluk hari yang dirahsiakan Allah bila ia berlaku tetapi adalah tanda kebesaran Allah bahawa Dia saja yang tahu bila akan berlaku.
Nabi Muhammad SAW, sebagai kekasih Allah yang amat mulia hanya dapat memberikan tanda-tanda hari kiamat itu sudah dekat, tetapi tetap mengatakan bahawa Allah saja yang tahu ketika yang sebenarnya.
Jibril sebagai penghulu sekalian malaikat yang setiap masa berhubung dengan Allah pun tidak diberitahu Allah tarikh itu. Bahkan malaikat Israfil yang diwujudkan untuk meniup angin sangka kala bagi memulakan program kiamat itu juga tidak tahu. Ia hanya bersedia dan menunggu sejak diwujudkan untuk melakukan tugas menamatkan alam dunia ini. Ia hanya mengetahui pada saat terakhir.
Jika hamba Allah yang paling mulia itu sendiri tidak mengetahuinya, maka apa lagi manusia biasa amat jauh dia dari mengetahui akan kiamat yang sudah terlalu dekat itu.
Baginda SAW hanya dapat memberitahu waktu itu sudah dekat, tandanya adalah dengan kelahiran baginda sendiri. Sekalipun sudah dekat, entah esok, entah lusa tetapi ia tidaklah sedekat yang kita sangka dan tidak pula selama yang kita sangka. Sesudah 15 abad baginda dilahirkan belum lagi dunia ini kiamat, tetapi kita pula boleh mengagaknya dunia akan sempat bertahan 15 abad lagi.
Mungkin tidak sampai selama itu dan mungkin juga melalui tempoh itu. Kita tahu akan tanda-tanda yang Rasulullah SAW bagitahu betapa ia sudah tidak terlalu jauh dan supaya kita beriman ia tetap akan berlaku dan supaya kita sentiasa bersedia dengan bekalan yang secukupnya bagi menghadapi permulaan kiamat itu.
Apabila ada manusia hendak mengambil tempat Allah bahawa dia tahu dunia ini akan kiamat pada 21 Disember lalu, bukan sekadar ia karut, tetapi ialah Allah hendak membuktikan bahawa manusia itu tidak mengetahui sedikitkan pun tentang waktu yang sebenarnya.
Bila ia dikatakan akan berlaku pada 21 Disember 2012, maka pada 21 Disember lalu tidak ada apa-apa yang berlaku. Kita sempat melihat dunia hingga masuk ke tahun 2013. Dengan sendirinya Allah hendak memberitahu manusia seluruhnya betapa orang yang membuat ramalan itu tidak tahu apa-apa bukan saja tentang tarikh kiamat tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya selepas dia membuat ramalan dan dia menyaksikan ramalannya tidak betul.
Dengan kejadian itu, pada saat kepesatan penyebaran maklumat melalui alam maya, Allah hendak mengingatkan lagi betapa yang tahu tentang masa depan segala sesuatu hanya Allah dan pengetahuan manusia itu adalah sangat sedikit.
Ketika manusia leka dan lupa tentang hari kiamat, malah ramai yang tidak percaya kiamat akan berlaku, ada pula antara yang tidak beriman itu meramalkan kiamat akan terjadi pada 21 Disember itu. Maka itu menyebabkan manusia ingat semula tentang kiamat termasuk yang tidak percaya ikut membincangkan hal itu.
Bagi orang yang beriman, dengan ramalan itu dapat mengingatkan lagi mereka tentang kiamat yang sudah dekat tetapi mereka tetap tidak percaya ada manusia yang tahu bila. Ilmu itu tidak Allah beritahu kepada manusia, malaikat dan jin. Hanya Allah mengetahui bila.
Sumber HD - 2-1-2013
SELAMAT Tahun Baru untuk semua, khususnya kepada pembaca, moga-moga sekalian kita mendapat limpahan rahmatNya.
Setiap datang tahun baru – baik mengikut taqwim hijrah mahupun masihi, maka bertambah dekat kita pada yang ditunggu dan yang dituju.
Umpamanya, PRU13. Ketika menyambut tahun baru 2012 dulu ia dirasakan sudah dekat, kira-kira dalam setahun dua bulan lebih sikit saja lagi. Tetapi dengan datangnya tahun baru kali ini, ia sudah bertambah dekat. Tidak sampai seratus hari saja lagi.
Bagi sebahagian dari menteri dan wakil rakyat, masa berkhidmat dan menikmati rahmat kedudukan itu, jika tidak mati, sudah tidak sampai 100 hari saja lagi. Bagi yang bernasib baik terpillih lagi menjadi calon, ada lagi harapan untuk menjadi wakil rakyat, dan yang bernasib baik akan menang.
Entah siapa, sebahagiannya tadi sudah tinggal kurang dari 100 hari.
Maka ucap selamat tahun baru bagi mereka ialah selamat bersara.
Jika menjadi Yang Berhormat itu satu kebahagiaan, maka kedatangan tahun baru itu bagi setengahnya memendekkan lagi tempoh kebahagiaan itu.
Bagi manusia sebagai makhluk bernyawa, kedatangan tahun baru telah menambah tempoh usia yang sudah pergi. Kalau anda berusia 50 tahun sekarang, maka 50 tahun dari usia itu sudah habis. Yang tinggal sekarang adalah bagi hidup itu.
Baki hidup anda sudah bertambah pendek. Kalau itu 100 tahun, maka baki usia anda tinggal 50 tahun saja lagi. Ini bererti kedatangan tahun baru akan memendekkan lagi baki usia anda.
Bagi berpuluh ribu yang menghadiri Dataran Merdeka menyambut tahun baru 2013 bersama Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan menteri Rais Yatim, tidak salah jika dikatakan bahawa mereka menyambut waktu mati masing-masing yang bertambah dekat.
Seskaliannya tidak tahu panjang mana umur masing-masing. Tidak tahu berapa lama lagi baki usia itu. Jika anda akan mati pada usia 40 tahun. Pada tahun ini usia anda sudah 35 tahun, maka dengan kedatangan tahun baru itu hidup anda tinggal lima tahun saja lagi.
Pada detik tibanya tahun baru beberapa hari lalu, anda telah bergembira menyambutnya. Gembira yang bersungguh-sungguh. Adakah anda bergembira kerana usia anda sudah bertambah pendek? Atau bergembirakah anda kerana anda sudah dekat dengan mati?
Malaikat sendiri pucat lesi apabila bertemu dengan Malaikat Maut. Sebabnya, mereka pun takut!
Anda tidak tahu ada boleh hidup 10 tahun lagi atau 20 tahun lagi. Ada juga mungkin mati esok atau lusa. Kedatangan tahun baru itu telah mengurangkan baki hidup anda dan waktu mati anda sudah dekat.
Oleh kerana berbilion manusia di seluruh dunia yang menyambut kedatangan tahun baru itu tidak terfikir ia telah memendekkan setahun lagi usianya dan tidak teringat matinya kian dekat, maka sekaliannya bergembira seolah-olah semuanya tidak akan mati-mati.
Jika anda ibaratkan tahun baru itu seperti menunggu PRU13 yang kurang dari 100 hari lagi, sedang anda tahu anda tidak terpilih lagi menjadi calon atau anda tahu akan kalah sekalipun menjadi calon, maka tentu anda runsing juga. Bukan manusialah anda kira tidak runsing dan tidak tahu runsing.
Detik tahun baru itu sebenarnya dunia telah banyak meninggalkan kita, akhirat pula kian dekat. Dunia akan meninggalkan kita, akhirat akan datang kepada kita.
Kedatangan tahun baru itu juga mendekatkan kita kepada kiamat. Ramalan kiamat pada 21 Disember lalu tidak jadi. Dengan tahun baru itu ia bertambah dekat. Cuma kita tidak tahu bila?
Sumber HD - 6-1-2013
Sumber HD - 8-1-2012
Apabila amanat terpendam itu dibangkitkan Tok Guru lebih selesa berdiam diri. Dibiarkannya semuanya menyalak.
Bukan dia yang gatal mulut minta membuat penjelasan. Yang gatal ialah UMNO dan sekalian kompeninya. Menteri Rais Yatimlah yang galak sangat.
Kerana kompeni-kompeni itu hendak sangat penjelasannya, mahu tak mahu beliau memberikan syarat; beri peluang sejam kepadanya bersiaran secara langsung di TV.
Syarat Ustaz Hadi itu meletup dan mungkin bagi sekalian kompeni lebih bingit dari ledakan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki hampir 70 tahun lalu.
Yang mahu sangat penjelasannya itu ialah sang kompeni. Orang-orang di sekeliling Ustaz Hadi merendah diri, tidak usahlah khazanah terpendam itu dirong-rongkan. Hadapilah PRU13 nanti dengan isu-isu yang sedia ada.
Undang-undang dan demokrasi memberi pilihan kepadanya untuk tidak menjawab. Ia adalah haknya.
Sekarang tuan badan sudah bersedia memenuhi tuntutan kompeni. Beri satu jam kepadanya muncul di kaca TV. Tidak kurang seminit dan tidak lebih seminit.
Maka kelam kabut UMNO, kerajaan, TV dan pacal-pacal kompeni mencari dalih menolaknya.
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO membuat penolakan awal. Tidak dipastikan adakah dia termasuk orang yang hendak sangat penjelasan dari pemilik amanah itu?
Tetapi kalau diizinkan Tok Guru bercakap di TV semuanya keliru. Sebenarnya sekarangpun ramai yang keliru. Yang membangkitkan isu itu keliru, yang minta penjelasan memang keliru, habis mufti pun keliru.
Jika semua orang keliru termasuk yang sudah keliru sekarang, mungkin ia baik pada UMNO. Mereka tidak dapat memahami yang Ustaz Hadi cuba sampaikan. Selagi mereka keliru dan tidak memahami, maka mereka selama-lamanya akan Tok Guru itu orang curang dan mereka terus membencinya. Eloklah untuk UMNO jika mereka terus kegelapan.
Khairy dipercayai bimbang Ustaz Hadi dapat memusingkan kekeliruan mereka hingga menjadi orang yang faham. Bila mereka faham, maka mereka menyukai amanah itu. Mereka akan keluar beramai dari kegelapan kepada kebenaran.
Bagi satu jam kepadanya, nescaya ramai yang jelas dengan apa sebenarnya amanah itu. Jika diberi dua jam, bertukar semuanya dari penentang menjadi peminat.
Mereka hendak memerangkap pemimpin PAS itu. Tetapi beliau mempertahankannya tanpa tampil membuat penjelasan. Sekarang beliau sudah bersedia tetapi melalui siaran langsung sejam di TV. Syaratnya itu memerangkap sekalian yang mintanya membuat penjelasan.
Saya teringat kisah Abu Jahal cuba memerangkap Nabi SAW. Dia menggali lubang di hadapan rumahnya. Dimuatkannya barang-barang tajam dan menutup permukaan lubang itu. Diapun mengaku sakit dan minta orang memanggil baginda untuk mengubati penyakitnya, dengan harapan jika baginda datang nescaya terjatuh di lubang dan cedera.
Baginda pun datang. Sebelum baginda mendapat wahyu tentang perangkap yang dipasang untuknya. Baginda berpatah balik. Abu Jahalpun menyinga lalu tak tentu arah. Semasa dia hendak keluar rumah, dia lupa perangkapnya. Dia terperangkap. Dia tidak dapat dikeluarkan dari perangkapnya hingga baginda datang menyelamatkannya.
UMNO yang gatal mahu memerangkap Ustaz Hadi. Ustaz Hadi tidak masuk perangkap tetapi mereka yang terperangkp.
Sumber HD - 12-1-2013
Allah saja tahu bila kiamat

Selamat tahun baru, dekatnya mati
Subky Latif, | 06 Jan 2013 |

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Demo takse Tok Guru dicalon lagi
Subky Latif, | 08 Jan 2013 |
Ketika semua pihak bertanya, mengapa Perdana Menteri Najib tidak membubarkan Parlimen, puak-puak desprado umno khususnya di Kelantan sibuk berdemo menuntut Tok Guru Nik Aziz jangan bertanding lagi dalam pilihan raya, cukuplah jadi Menteri Besar Kelantan 22+ tahun!
Bukanlah urusan Umno dan orang-orang di luar PAS untuk menentukan apakah Mursyidul Am PAS itu patut bertanding dalam pilihan raya atau tidak. Biarlah ia ditentukan oleh PAS – pemimpin dan ahli-ahlinya.
Tiada cerdiknya politik Umno mendesak PAS mencalonkan orang lain pula menjadi Menteri Besar. Suka hati PASlah sama ada hendak mengekalkan Tok Guru terus memimpin Kelantan lagi dalam PRU13 ini atau ia menggantikannya dengan orang lain.
Logik Umno mahu Tok Guru digantikan oleh orang itu seolah-olah tiada harapan cerah bagi mengambil alih Kelantan, memadai bertukar Menteri Besar jadilah buat kali ini.
Umno jangan sibuk tentang Tok Guru jadi Menteri Besar lagi atau tidak. Ia mesti berusaha meletakkan orang yang boleh menjadi memimpin Kelantan jika dapat mengalahkan PAS. Ia pernah menonjolkan Anuar Musa beberapa kali. Tukar pula dengan Mustapa Mohamad tak menjadi juga. Dalam PRU 2008, ia pasang dua orang, Mustapa Mohamad dan Dr Awang Adek.
Secara tradisi Umno di Semenanjung tidak pernah mencalonkan seseorang untuk Parlimen dan DUN. Ia pecah tradisi itu di Kelantan mencalonkan Mustapa Mohamad untuk DUN dan Parlimen. Mengapa? Biar Umno saja menjawabnya.
Dari membincangkan Tok Guru patut bersara atau tidak, baik Umno fikirkan patutkah Najib dikekalkan lagi atau digantikan dengan orang lain. Terlalu banyak hal yang Umno terpaksa tanggung dengan pimpinan Najib baik untuk Umno mahupun bagi kerajaan.
Dibandingkan antara Tok Guru dengan Najib, masalah Tok Guru hanya terlalu lama jadi Menteri Besar dan acap masuk hospital. Soal itu samalah dengan Dr Mahathir dulu. Terlalu lama juga jadi Perdana Menteri dan dijaga doktor 24 jam. Dia berhenti bukan kerana lama dan sakit tetapi kerana banyak juga orang Umno sakit hati kerananya dan kepadanya.
Ada pun Najib pula apa yang orang ramai dan orang Umno tak kata padanya? Dia suami-isteri menjadi beban kepada Umno dan negara. Beban apa? Tanyalah SB, tanyalah semua cabang perisikan dalam dan luar negeri. Tak perlulah lagi didedahkan benda yang sudah terdedah di sana sini.
Akan tetapi, apa pula masalah Tok Guru dengan partinya dan dengan Kelantan? Adakah dia gunakan duit kerajaan sesuka hati? Adakah dia boros? Adakah hutang Kelantan pada pusat bertambah atau kurang?
Adakah Kelantan tidak membangun? Saya baru balik dari Kelantan. Orang Kelantan kata pada saya, Kota Bharu ada 14 pasar raya berbanding Terengganu ada dua tiga saja.
Adakah faktor tua, uzur dan lama jadi Menteri Besar menyebabkan gangguan kepada pentadbiran kerajaan? Walaupun dana negeri terhad, tidak pernah gaji dan elaun pegawai kerajaan sangkut.
Walaupun selalu masuk hospital, tetapi beliaulah Menteri Besar yang banyak memberi ceramah di seluruh negara. Akan Menteri Besar lain terbatas kegiatan dalam negerinya saja. Akan buah fikirannya pula bukan sekadar segar tetapi menyengat.
Jika sistem TV kita bebas, nescaya lebih banyak kenyataannya tersiar daripada kenyataan Najib dan Muhyidin. Jika Najib juga banyak kenyataan, dia dibantu oleh 100 penasihat, tetapi siapa penasihat Tok Guru yang membantu membuat kenyataan-kenyataan yang besar?
Adalah lebih baik bagi Umno menumpukan kerja bagi mengambil alih kerajaan Kelantan daripada menghalang Tok Guru bertanding lagi.

Ustaz Hadi tidak minta buat penjelasan
Subky Latif, | 11 Jan 2013 |
YANG gatal minta TG Haji Abdul Hadi Awang membuat penjelasan tentang Amanat Haji Hadi ialah UMNO dan sekalian kompeninya.
Apabila amanat terpendam itu dibangkitkan Tok Guru lebih selesa berdiam diri. Dibiarkannya semuanya menyalak.
Bukan dia yang gatal mulut minta membuat penjelasan. Yang gatal ialah UMNO dan sekalian kompeninya. Menteri Rais Yatimlah yang galak sangat.
Kerana kompeni-kompeni itu hendak sangat penjelasannya, mahu tak mahu beliau memberikan syarat; beri peluang sejam kepadanya bersiaran secara langsung di TV.
Syarat Ustaz Hadi itu meletup dan mungkin bagi sekalian kompeni lebih bingit dari ledakan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki hampir 70 tahun lalu.
Yang mahu sangat penjelasannya itu ialah sang kompeni. Orang-orang di sekeliling Ustaz Hadi merendah diri, tidak usahlah khazanah terpendam itu dirong-rongkan. Hadapilah PRU13 nanti dengan isu-isu yang sedia ada.
Undang-undang dan demokrasi memberi pilihan kepadanya untuk tidak menjawab. Ia adalah haknya.
Sekarang tuan badan sudah bersedia memenuhi tuntutan kompeni. Beri satu jam kepadanya muncul di kaca TV. Tidak kurang seminit dan tidak lebih seminit.
Maka kelam kabut UMNO, kerajaan, TV dan pacal-pacal kompeni mencari dalih menolaknya.
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO membuat penolakan awal. Tidak dipastikan adakah dia termasuk orang yang hendak sangat penjelasan dari pemilik amanah itu?
Tetapi kalau diizinkan Tok Guru bercakap di TV semuanya keliru. Sebenarnya sekarangpun ramai yang keliru. Yang membangkitkan isu itu keliru, yang minta penjelasan memang keliru, habis mufti pun keliru.
Jika semua orang keliru termasuk yang sudah keliru sekarang, mungkin ia baik pada UMNO. Mereka tidak dapat memahami yang Ustaz Hadi cuba sampaikan. Selagi mereka keliru dan tidak memahami, maka mereka selama-lamanya akan Tok Guru itu orang curang dan mereka terus membencinya. Eloklah untuk UMNO jika mereka terus kegelapan.
Khairy dipercayai bimbang Ustaz Hadi dapat memusingkan kekeliruan mereka hingga menjadi orang yang faham. Bila mereka faham, maka mereka menyukai amanah itu. Mereka akan keluar beramai dari kegelapan kepada kebenaran.
Bagi satu jam kepadanya, nescaya ramai yang jelas dengan apa sebenarnya amanah itu. Jika diberi dua jam, bertukar semuanya dari penentang menjadi peminat.
Mereka hendak memerangkap pemimpin PAS itu. Tetapi beliau mempertahankannya tanpa tampil membuat penjelasan. Sekarang beliau sudah bersedia tetapi melalui siaran langsung sejam di TV. Syaratnya itu memerangkap sekalian yang mintanya membuat penjelasan.
Saya teringat kisah Abu Jahal cuba memerangkap Nabi SAW. Dia menggali lubang di hadapan rumahnya. Dimuatkannya barang-barang tajam dan menutup permukaan lubang itu. Diapun mengaku sakit dan minta orang memanggil baginda untuk mengubati penyakitnya, dengan harapan jika baginda datang nescaya terjatuh di lubang dan cedera.
Baginda pun datang. Sebelum baginda mendapat wahyu tentang perangkap yang dipasang untuknya. Baginda berpatah balik. Abu Jahalpun menyinga lalu tak tentu arah. Semasa dia hendak keluar rumah, dia lupa perangkapnya. Dia terperangkap. Dia tidak dapat dikeluarkan dari perangkapnya hingga baginda datang menyelamatkannya.
UMNO yang gatal mahu memerangkap Ustaz Hadi. Ustaz Hadi tidak masuk perangkap tetapi mereka yang terperangkp.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-1-2013
Yang kalah PRU13 terimalah keputusan!
Subky Latif, | 14 Jan 2013 |
TUN Dr. Mahathir beberapa bulan lalu mengingatkan supaya parti yang kalah dalam PRU13 nanti menerima keputusan rakyat itu.
Jika dia seorang negarawan yang tidak partisan, ia adalah pesan yang baik yang perlu dihormati oleh siapa saja yang kalah. Tetapi ada tanda-tanda ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat gara-gara kecenderungannya mengadakan beberapa kebangkitan raksasa satu dua tahun akhir-akhir ini.
Seolah-olah ditafsirkannya, dengan momentum itu, Pakatan Rakyat tidak akan bersabar kiranya ialah gagal merebut Putrajaya.
Pakatan Rakyat adalah parti pembangkang yang dipercayai dapat mengekalkan tradisi bersabarnya kerajaan berparlimen diperkanalkan. Ia adalah parti yang amat berpengalaman menghadapi kekalahan. Justeru itu ia tidak merosakkan rekod sabarnya. Justeru itu tidak luar biasa baginya menghormati pesan Dr. Mahathir.
Tetapi yang belum dapat dipastikan bersedia untuk menghormatan pesan itu ialah pihak tidak pernah kalah dan tiada pengalaman kalah. Adakah mereka boleh bersabar dan dapat belajar menjadi orang sabar.
Dr. Mahathir sendiri yang partinya tidak pengalaman kalah, apabila dia sendiri kalah dalam PRU 1969 di Kota Setar Selatan, sabarnya hilang. Berlaku pembocoran surat-surat peribadi antaranya dengan Tunku Abdul Rahman hingga dia dipecat dari UMNO.
Mengapa? Segala-galanya dipercayai tidak belajar menerima kekalahan.
Saya bimbang kesabaran ini tidak ada pada UMNO dan penyokong. Ajaran demokrasi itu tidak benar-benar ditetapkan ke akar umbi UMNO.
Dalam jelajah bas Anwar Ibrahim ke serata tempat menjelang PRU13 banyak bertembung dengan simbahan cat di basnya dan kejadian tegang balik objek keras serta ganguan fisikal terhadap perhimpunan pembangkang. Hingga ada kecederaan.
Jika kembali ke era Pemuda UMNO tahan lasak sebelum tahun 1969, ia ada sejarah samseng dan seolah-olah itulah yang cuba dikembalikan oleh petualang yang mengganggu bas dan ceramah pembangkang sekarang.
Malah kejadian 13 Mei, 69 mulai tersebar khabar ia angkara orang penting UMNO menimbulkan huru-hara untuk merebut kuasa dan bagi memastikan Perikatan yang hilang majoriti di Perak dan Selangor untuk terus berkuasa. Kata Tamrin Ghafar yang baru menyertai PAS, rombongan Pemuda UMNO pimpinan Anwar Ibrahim mengunjungi Tun Ghazali Shafie mendengar dari padanya bahawa 13 itu adalah satu mini kudeta.
Semua keterangan ini mengingatkan kita, yang mudah tidak dapat menerima kekalahan bukan angkara pembangkang, tetapi orang lain.
Banyak contoh orang yang tidak pernah kalah merampas kemenangan pembangkang dalam pilihanraya. Semasa BN Sabah kalah pilihanraya pada PBS, kerajaan yang kalah bersekutu mengangkat sumpah jadi Ketua Menteri. Nasib baik Pemangku Perdana Menteri masa itu Tun Musa Hitam menolak rampasan kemenangan itu.
Regim Algeria yang tidak pernah kalah sejak merdeka yang kalah pada parti Islam, FIS pimpinan ulama Abbasi Madani merampas kemenangan FIS dalam pilihan raya demokrasi yang bebas.
Mana-mana parti kerajaan yang menang semula melalui pilihan raya bersih tidak pernah dicabar oleh pembangkang yang kalah. Kebangkitan orang ramai membantah keputusan pilihan raya apablia jelas dan terbongkar penipuannya.
Mereka yang menolak kemenangan semula kerajaan bukan kerana kalahnya, tetapi menentang penipuan pilihan raya itu. Inilah yang berlaku di beberapa negara Afrika termasuk Zimbabwe.
Dr. Mahathir akan dikira orang berjiwa besar kiranya dia mengingatkan anak buahnya, kiranya kalah nanti jangan menggunakan tukang silat dan tukang tomoi untuk membuat kekacauan bagi menghalang parti lain yang menang membentuk kerajaan.
Sumber HD - 14-1-2013
Kerajaan BN rompak pampasan Jepun?
Subky Latif, | 17 Jan 2013 |
KERAJAAN BN pimpinan Najib tidak menjawab kes pampasan Jepun terhadap mangsa buruh paksa maut keretapi Siam-Burma dari Tanah Melayu musim Jepun dulu.
Mengikut surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan Bekas Buruh Paksa itu yang ditanda tangani oleh Dato Hajah Zalekha Hassan pada 29 Mac, 2011 bahawa tuntutan persatuan itu telah diangkat untuk tindakan kerajaan dan prosesnya dimaklumkan kepada Peguam Negara dan Kementerian Sumber Manusia.
Jumlah pampasan itu dikatakan RM207 bilion, dikatakan sudah dijelaskan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
Surat kementerian itu tidak menafikan wujudnya jumlah pampasan RM207 bilion dan tidak juga menafikan ia telah dijelaskan oleh kerajaan Jepun.
Persoalannya khazanah untuk 72,000 hamba Jepun itu tidak diketahui apa telah jadi. Waris hamba itu tidak mendapat apa-apa dari duit yang banyak itu. Duit itu jika ditunaikan dalam not kertas RM10 digantung di tali macam poster pilihanraya, digantung bersambung dari Malaysia ke Jepun dan disambung lagi dari Jepun ke arah timur nescaya sampai semula ke Malaysia masih belum habis lagi. Ia boleh disambung berbelit-belit entah berapa kali sekeliling globe. Demikianlah banyaknya duit RM207 bilion itu. Atau lebih dari separuh hutang Malaysia sekarang.
Duit itu boleh dijadikan modal yayasan hamba Jepun yang pemegang sahamnya adalah waris hamba itu. Setiap bulan mereka boleh dapat dividen tetap yang beribu jumlahnya. Cucu cicit mereka boleh menikmati pencen tetapi sehingga hari kiamat.
Yayasan itu boleh melabur di seluruh dunia dan boleh menjadi perbadanan terbesar dan terkaya di Malaysia.
Tetapi mereka sekarang dengar saja dan tidak mencium sedikit pun nikmatnya.
Siapa yang menikmat dan membolot pampasan itu?
Kerajaan BN telah mendiamkannya selama ini. Apabila perkara ini dibangkitkan Parlimen oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin, ia didiamkan juga. Tiada sebarang penjelasan dari kerajaan.
Mengapa? Dipercaya ia sudah dirompak oleh ketua kerajaan semasa pampasan itu dibuat. Kalau ia dijadikan duit kerajaan secara zalim pun boleh tahan juga kerana ia dijadikan duit kerajaan dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Kalau pun ia zalim kepada waris hamba Jepun itu tetapi kerajaan dapat duit.
Yang dibimbangkan ialah ia dirompak oleh ketua kerajaan. Ketua kerajaan itu siapa? Perdana Menterilah yang juga Presiden UMNO. Jika ia tidak dirompak tentu kerajaan jelaskan apa jadi dengan pampasan itu.
Perdana Menteri yang mana melakukan rompakan itu? Bagaimana pun Perdana Menteri selepasnya mesti bertanggungjawab menjelaskannya. Jika tidak mereka mewarisi najis rompakan itu.
Apakah Melaysia dipimpin oleh perompak? Apa yang hendak kita katakan kepada kerajaan yang pecah amanah itu jika tidak dipanggil perompak? UMNO dan penyokong membuta tuli pemimpin dan kerajaan seperti ini bersubahat menzalimi hamba binaan keretapi itu.
Jepun sudah menebus kezalimannya. Tetapi kezaliman itu diambil pula oleh kerajaan BN.
Seorang dari mangsa itu adalah orang kampung saya Sungai Parit, Pasir Panjang Laut yang ADUNnya sekarang ialah Dato Seri Nizar . Jika tidak silap namanya Mansor bin Ayub. Ayahnya dikenali orang masa itu dengan Yob Petok. Dia bujang ketika diambil Jepun. Tiada dengar kabar sejak itu. Dia sebaya dengan Tun Abdullah Ayob.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-1-2013
TIDAK sama Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS dengan Tun Dr. Mahathir untuk meninggalkan parti atas apa sebab jua.
Telah timbul fitnah Ustaz Harun dikatakan telah keluar PAS atas sebab kenyataannya tentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu sebelum Ustaz Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mengenainya dikira tidak sama.
Bagi Ustaz Harun ia tidak wajar. Bagi Presiden PAS itu pula ia boleh dengan syarat-syarat tertentu. Kiranya mereka berbeda pendapat atas isu itu atau mana-mana isu, maka biasalah ulama berpandangan atas perkara tertentu. Perbedaan pandangan atas sesuatu perkara bagi ulama tidak semestinya satu keburukan, bahkan ia ada kebaikannya selagi ia dibuat berdasarkan ilmu.
Jika perbezaan itu ada, tidak terfikir sesiapa Ustaz Harun dan Dato Dr. Haron Din akan keluar parti, malah isu kalimah itu telah dimantabkan oleh keputusan Majlis Syura Ulama yang sama-sama dianggotai oleh Ustaz Hadi, Ustaz Harun dan Dr. Haron.
Tidak sampai Ustaz Harun bertindak seperti Dr. Mahathir hendak berbalah dengan parti apabila tidak setuju dengan parti.
Apabila Dr. Mahathir kalah dalam PRU 1969, dia tidak dapat menerima kekalahan itu lalu dia berbalah dengan Tunku Abdul Rahman hingga kedua-duanya berbalas surat dan semua surat itu bocor. Akhirnya dia dipecat dari UMNO.
Apabila dia tidak setuju dengan kepimpinan Tun Abdullah Badawi tentang parti dan kerajaan, dia bertindak keluar UMNO dan menyerang pemimpin UMNO dan Perdana Menteri yang menggantikannya. Sekarang tidak dipastikan dia sudah kembali atau tidak dalam UMNO.
Ustaz Harun belum jadi sepertinya. Ustaz Harun adalah seorang menerima tarbiyah sebagai ahli parti dan aktivis gerakan Islam sebelum beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS. Dan beliau pula adalah pemberi tarbiyah tetap kepada kader dan ahli parti.
Pernah berlaku krisis kepimpinan PAS selepas ia ditendang dari Barisan Nasional hujung tahun 70-an. Pimpinan muda PAS masa itu seperti al-Marhum Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Hadi dan Ustaz Harun tidak meninggalkan parti bagi membentuk jamaah yang lain, tetapi bekerja membangunkan parti dari dalam hingga orang-orang yang bermasalah meninggalkan parti.
Dr. Mahathir kalah untuk menjadi perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan UMNO antara sebab meninggalkan parti. Ustaz Harun kalah kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menjadi Timbalan Presiden PAS, tetapi tidak meninggalkan PAS, sebaliknya menerima perlantikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai anggota tambahan dan kekal sebagai ahli Majlis Syura Ulama.
Ustaz Harun mengajar anak buahnya, apa nilai seseorang yang meninggalkan jamaah Islam? Amat rendah dan rosak maruah orang yang berbuat demikian. Maka tidak terfikir kita setakat ini tok guru boleh melanggar ajarannya.
Bukanlah mustahil Allah mengubah hati manusia. Ada juga tok-tok guru di permulaan pembentukan PAS dulu meninggalkan parti, tetapi tidak ada yang terfikir setakat ini ia akan dilakukan oleh Ustaz Harun.
Ada pun timbul spekulasi dia keluar parti, adalah taktik dan strategi musuh untuk menggelabahkan parti yang selalu digunakan pada saat perang seperti menghadapi pilihanraya sekarang.
Bila orang tanya saya hal itu, saya tergelak. Reaksi saya Ustaz Harun bukan macam Dr. Mahathir.
Harun Taib bukan Dr Mahathir
Subky Latif, | 23 Jan 2013 |

Sumber HD - 23-1-2013
Ubahlah Selangor tetapi jangan ubah Putrajaya! Itulah kira-kira seruannya.
Dia minta pengundi memberi pertimbangan itu berdasarkan rekod kerajaan BN sejak merdeka.
Apapun Najib mengaku UMNO dan BN ada melakukan kesilapan. Jika tildak masakan dia minta maaf. Bolehkah maaf itu diberi sedang dia dan UMNO sendiri tidak memaafkan Tun Abdullah Badawi kerana kegagalan BN mempertahankan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam PRU12 dan tidak dapat majoriti dua pertiga di Parlimen.
Tun Abdullah tentu ada rekod yang baik dalam perkhidmatannya di beberapa kementerian dan sebagai Perdana Menteri. Jika ada kesilapannya yang ketara dalam dua perkara yang Mahathir payah lupa ialah menghalang Dr. Mahathir untuk menjadi salah seorang perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO.
Kedua ialah membatalkan projek jambatan bengkok.
Kerana itu Dr. Mahathir tidak dapat memaafkannya hingga Mahathir keluar UMNO. Sampai hari ini Mahathir tidak memaafkannya.
Justeru kemuncak kemarahan rakyat kepada UMNO, maka BN tidak mencapai kemenangan yang gemilang dalam PRU12. Kelemahan BN dan UMNO itu bukanlah kelemahan diri Tun Abdullah seorang tetapi ia kelemahan UMNO pada keseluruhannya yang diwarisinya dari kepimpinan Dr. Mahathir.
Mengapa Najib dan UMNO tidak memaafkannya. Tun Abdullah sudah sedia berundur dan memberi tarih, tetapi UMNO mahu disegerakan. Tiada ampun. Berundurlah dia, terhina dan dimalukan.
Bahkan dalam rekod BN di Selangor. Ia tidak memaafkan Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar dan Ketua Pergerakan UMMNO Malaysia. Dia ada rekod baik di Selangor. Sebelum dia dimahkamahkan, dia digulingkan sebagai Menteri Besar.
Tan Sri Mohamad Mohd. Taib adalah menteri dan Ketua Penerangan UMNO di bawah pimpinan Tun Abdullah. Dia jadi calon Timbalan Presiden UMNO yang dikalahkan oleh Muhyiddin Yasin. Dia adalah pemimpin UMNO Selangor. Mengapa dia tidak dibagi apa-apa oleh Najib? Ia bukti Najib dan UMNO tidak memaafkannya.
Kalau Najib dan UMNO tidak sedia memaafkan pemimpinnya, maka bagaimana rakyat Selangor dan lain-lain boleh memaafkan Najib, UMNO dan BN?
Berdasarkan rekod BN selama ini dan berdasar rekod rekod Najib sendiri, wajarkah ia dan dia dimaafkan?
Apa rekodnya? Tidak usah kita ugkit rekod Dr. Khir Toyo yang sudah dihukum mahkamah. Rekod Najib sebagai Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Memberangsangkankah?
Rekodnya dalam kes Altantuya belum diselesaikan. Rekod pembelian kapal selam Perancis baik rekodnya di Malaysia dan di Perancis sendiri belum selesai. Berbelanja besar-besaran tentang pertunangan anaknya dan bilnya dihantar ke Jabatan Perdana Menteri belum dijelaskan.
Rekod rasuah dan dilihat rasuah sepanjang pentadbiran BN sejak merdeka di pusat dan di negeri-negeri adalah rekod yang wajar diingat oleh sekalian rakyat.
Kita belum bincang tentang Tunku digulingkan oleh Tun Razak dan Tun Hussein Onn digulingkan oleh Dr. Mahathir. Kita belum tengok kisah berbilion duit Bank Negara hilang atas kertas. MB BN Selangor ditangkap membawa kerkilo-kilo duit di lapangan terbang Australia, Ketua Polis Negara pukul bekas Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati dalam penjara.
Bagaimana dengan rekod suami Shahrizat Jalil diberi pinjam RM250 juta untuk gembala lembu dan dibicarakan sekarang? Bagaimana dengan pembongkaran saudagar Deepak yang menerbitkan buku berjodol Black Rose yang membabitkan Najib dan isteri yang baru tersebar?
Apakah semua ini tidak termasuk dalam rekod BN yang permohonan maaf Najib itu tidak wajar diterima dan peluang tidak boleh diberi lagi kepadanya di Putrajaya dan tidak boleh diberi semula di Selangor?
Tiada maaf Najib, BN di Selangor
Subky Latif, | 25 Jan 2013 |
SEKALI lagi Perdana Menteri Najib ke Selangor minta maaf dari rakyat – pengundi – atas kesilapan UMNO dan BN di Selangor dan berilah pelung sekali lagi kepadanya memerintah semula Selangor.

Sumber HD - 25-1-2013
SETELAH banyak juga janji masih belum ditepati, Perdana Menteri Najib mengumpan pengundi Kelantan akan mendirikan sebuah masjid besar di negeri itu kiranya Barisan Nasional berjaya mengambil Kelantan dalam PRU13 ini.
Apabila BN berjaya mengambil semula Terengganu dalam PRU 2004, ia membina Masjid Kristal di negeri yang sudah banyak masjid itu. Adakah sebuah Masjid Kristal lagi dibina pula di Kelantan?
Kelantan masa ini tidak terdesak sangat untuk sebuah masjid besar dan baru tetapi yang rakyat mahukan ialah royalti minyak yang dinapikan sejak beberapa tahun ia dilombong Patronas.
Ini tuntutan rakyat Kelantan. Tidak diberi masjid besar dan beberapa lagi tawaran Najib selain dari masjid itu pun tidak mengapa, asal royalti itu dibayar kepada Kerajaan Kelantan, seperti yang lunaskan kepada Sabah dan Sarawak.
Jika royalti itu diserah kepada Kelantan, maka Kelantan tahu apa yang ia hendak buat. Ia boleh bina masjid besar, bukan sekadar sebuah. Tiga buah pun ia boleh bina. Ia boleh bina lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai kiranya kerajaan pusat tidak sedia menunaikan tanggungjawab federalisma yang wajib baginya.
Itu sekadar 5% seperti yang diperuntukan oleh Akta Petronas sekarang. Kalau royalti itu 20% seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat jika ia sampai ke Putrajaya, maka banyak lagi kebajikan yang ia boleh sumbangkan. Bukan sekadar sebuah masjid besar boleh dibina, kalau rakyat mahu sangat masjid besar, ia boleh bina masjid sebesar yang Najib katakan itu di setiap jajahan.
Sekadar tujuh tawaran yang Najib buat itu tidak sama dengan 20 peratus royalti minyak seperti yang Pakatan Rakyat janjikan.
Tawaran Najib ke semuanya jadi kecil dengan apa yang rakyat Kelantan boleh dapat jika mereka menyokong Pakatan Rakyat. Jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, bukan sekadar royalti minyak 20% saja ia dapat, malah ia boleh dapat semua tanggungjawab federalisma yang diperlukan.
Jika Kelantan memilih BN, jika betul janjinya ditepati ia sekadar dapat tujuh tawaran itu saja, tetapi royalti minyak jika disetujuinya masih dalam bentuk wang ihsan, diberi mengikut yang diminta dan yang diperlukan. Yang lima peratus itu pun tidak diberi sepenuhnya. Samalah seperti yang dialami oleh Terengganu sekarang.
Dari segi kebendaan saja, tawaran Najib yang dibuat secara lisan saja itu, terlalu kecil dengan apa yang Kelantan boleh dapat kiranya Pakatan Rakyat yang menang.
Adakah Najib mengira rakyat Kelantan bodoh menerima tawaran yang sedikit menolak tawaran yang lebih lumayan atau Najib sendiri yang bodoh kerana merasa tawaran sudah terlalu besar dibandingkan dengan tawaran yang Pakatan beri?
Ternyata Najib tidak dapat mengimbangi janji Buku Jingga dan Negara Berkebajikan yang sudah tiga tahun dijanjikan Pakatan. Seolah-olah Najib tidak sedar apa yang Pakatan hendak laksanakan sedang rakyat kampung lebih tahu tentang tawaran itu.
Maka tawaran mana yang lebih baik sekarang? Tentulah bukan tawaran Najib yang menarik.
Bagi orang UMNO yang biasa rasuah dan membolot duit negara, tawaran Najib jadi amat kecil.
Jika mereka mahukan rezeki haram yang lebih banyak, mereka sokong Pakatan kali ini. Bila sudah dapat royalti 20% maka PRU14 nanti, mereka undi semula BN. Pada masa itu royalti sudah besar dan tidak akan dijadikan 5% semula. Lebih banyak yang kroni UMNO dapat bolot.
Najib dicadangkan pergi ke Kelantan sekali lagi, buat tawaran baru yang boleh menenggelamkan Buku Jingga dan negeri berkebajikan.
Kelantan mahu royalti, bukan masjid
Subky Latif, | 31 Jan 2013 |

Sumber HD - 30-1-2013
Kalau Najib juga mengikut jejak Abdullah Badawi, maka pelepah wasatiah tidak boleh ketawa apa pelepah Islam Hadhari di bawahnya gugur. Ia pun akan gugur sama.
Mahathir adalah orang yang terlalu banyak slogan retorik. Semuanya sudah jadi pelepah bawah kecuali satu iaitu Wawasan 2020. Lepas tahun 2020 nanti ia pun mampus seperti Menteri Idris Jala pernah kata Malaysia mungkin muflis setahun sebelum tahun 2020 jika subsidi diteruskan.
Wasatiah kini menjadi tema bermacam perkara termasuk sambutan Maulud Rasul sekarang.
Ia adalah ajaran Islam yang terbaik kerana maksud kesederhanaannya itu adalah apa yang Allah tuntut dan apa yang Nabi SAW ajar dan laksanakan.
Tetapi ia bukan Perdana Menteri Najib dan UMNO yang hendak melaksanakannya kerana sejak merdeka hingga sekarang, kerajaan yang bertulang belakangkan UMNO itu tidak tahu bersederhana dan bukan sekadar tiris di sana sini bahkan bocor di mana-mana.
Sejak zaman Tun Razak sampailah ke masa Dr. Mahathir, semua projek kerajaan main juta-juta hatta terhadap benda-benda yang kecil. Sejak zaman Abdulah Badawi, ia sudah tidak main-main juta-juta lagi. Bilion sana bilion sini.
Untuk semua masa, baik zaman juta mahu pun zaman bilion, tiadalah ia mencerminkan kesederhanaan, bahkan berlelbihan, boros dan membazir. Tetapi masa itu mereka tidak ada kesedaran wasatiah disebabkan tiada Jamil Khir, Masitah Ibrahim dan Abdullah Zain.
Maka sekarang mereka telah tiapkan kesederhanaan atau wastiah itu hingga Najib menjadikan ia termasuk dalam program transformasinya.
Agak payah UMNO yang sentiasa boros itu hendak diwasatiah justeru boros itu sudah menjadi darah daging orang UMNO. Tetapi bukanlah mustahil ia programkan sebagai transformasi yang Najib bawa itu.
Tetapi adakah Najib itu sendiri lahir dari generasi dan keluarga yang sederhana? Dia tiada pengalaman susah, bahkan tidak ada kehidupan sederana. Dia lahir, bersekolah dan besar dalam suasana serba mewah dan dapat semua yang dia mahu. Amat payah latar belakang semua ada itu hendak menyesuaikan diri dengan sesuatu baru baru yang dinamakan wasatiah.
Hanya pengalaman yang terpaksa dihadapi oleh anak Saddam, anak Mubarak dan anak Ghadafi, bukan saja mengajar mereka jadi wasatiah, bahkan di bawah paras wasatiah.
Adakah Najib sesuah dengan kehidupan wasatiah yang dianjurkannya? Belum dan tiada kemungkinan.
Pada ketika Najib bercakap tentang kesederhanaan, isterinya menerima hantaran cincin RM24 juta sebentuk. Ketika yang sama dia ratusan ribu untuk majlis pertunangannya. Dari mana belanja itu datang tidak penting, tetapi bil yang diterima tidak langsung ada wastiahnya.
Kita tidak mahu kata apa tentang untung syarakat membeli kapal selam Perancis sejumlah setengah bilion. Orang wasatiah tidak meluluskan untung sebesar itu. Qarun yang terkaya sepanjang sejarah manusia pun cuak dengan untung setengah bilion itu.
Bil bulanan kediaman Perdana Menteri dan cara berbalanja isterinya tidak langsung mencerminkan suasana wasatiah. Setiap bajet yng dibentangnya, dan sambutan menyampaikan wang BR1M hampir sama besar dengan jumlah BR1M setempat. Belum lagi disebut juta-juta yang dikatakan diberi kepada MP dan ADUN Pakatan yang melompat.
Wasatiah itu bukan untuk Najib. Tetapi boleh diisi oleh Pakatan Rakyat yang sedang menuju Putrajaya sekarang. Ia boleh menyambung dan mengisi konsep wasatiah itu.
Wasatiah bukan untuk Najib dan BN
Subky Latif, | 01 Feb 2013 |
WASATIAH yang Najib perkenalkan sekarang adalah ganti Islam Hadhari yang sudah lenyap bersama perginya Tun Abdullah Badawi. Adakah wasatiah juga akan menerima nasib seperti Islam Hadhari?

Sumber HD - 1-2-2013
Ada pula Bible Jawi? |
Mahathir dihantui Arab Spring
Subky Latif, | 12 Feb 2013 |
SEOLAH-olah ada dalam pemikiran Dr. Mahathir, Arab Spring atau Arab Bingkas mungkin sampai ke Malaysia kiranya Putrajaya tidak dapat dicapai melalui peti undi. Ada orang yang setuju akan kebarangkalian itu.
Dan bukan pula tidak mungkin akan adanya anti-Arab Bingkas bagi menangkis Putrajaya diambil. Semuanya termasuk dalam teori kemungkinan. Teori kemungkinan itu ada selain dari sifat kemalat Allah Taala saja.
Pada Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim adalah individu paling berpotensi mengimport Arab Spring itu berdasarkan apa yang dibuatnya semasa menjadi ketua pelajar awal 70-an dulu, Baling Spring, gerakan RE-FOR-MA-SI dan siri unjukrasa Bersih serta kebangkitan rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka.
Saya tidak tidak kata Anwar tidak ada lintasan pemikiran itu, tetapi siapakah yang benar-benar bersih dari keinginan seperti itu?
Apakah Dr Mahathir sendiri budak yang sangat baik seperti Puteri Lilin, tak keluar rumah dan tak boleh terdedah kepada panas matahari?
Siapakah kalau bukan Dr. Mahathir yang minta jasa baik Anwar membenarkan pelajar-pelajar universiti mengadakan tunjuk perasaan anti-Tunku Abdul Rahman Putra semasa Mageran tahun 1970 dulu?
Anwar bukan orang yang mencetuskan demo anti-Tunku itu. Dia sekadar memberi ruang kepada Dr. Mahathir bertemu dengan pelajar. Bukan Mahathirkah yang mengajak pelajar ke padang dan ke jalanan bagi memalukan Tunku dan Perikatan yang dipimpinannya?
Ia tidak jadi macam Arab Spring kerana rakyat semua kaum baru saja dikejutkan oleh peristiwa berdarah 13 Mei dan masing-masing masih trauma dengan kekacauan itu. Gara-gara tragedi itu orang ramai tidak bingkas menyertai tunjuk perasaan anti-Tunku anjuran Dr. Mahathir itu.
Jangan lupa tunjuk perasaan anti-kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu atau anti-Asri beberapa ketika sebelum Kelantan di Magerankan oleh kerajaan pusat. Semua kata Timbalan Perdana Menteri Mahathirlah di belakang tunjuk perasaan itu.
Cetusan dari situ kerajaan pusat mengambil alih kerajaan Kelantan dan ia membuka jalan kepada BN mengalahkan PAS di Kelantan.
Tidaklah sampai seperti Arab Spring. Tetapi apa yang Mahathir pernah tunjukkan itu adalah A, B, C kepada Arab Spring. Jangan kata otak Dr. Mahathir tidak ada lintasan Arab Spring.
Apakah kejadian celaka 13 Mei, 1969 itu bukankan bunga-bunga kepada masalah dunia Arab sekarang? Mulai ada laporan perisik yang keluar di London mengira kejadian 13 Mei itu bukan satu kebangkitan spontan orang Melayu tetapi ia adalah pintasan dari atas. Tan Sri Jaafar Albar pernah menyebut kepada rakan-rakan terdekatnya dan Puan Marina Yusuf pernah menyebut dalam satu ceramah betapa Tun Razak tidaklah benar-benar bebas dari kejadian itu.
Apa yang boleh diambil dari semua desas desus itu betapa cetusan Arab Spring itu ada dalam kepala pemimpin-pemimpin UMNO yang menyebabkan Tunku hilang kuasa.
Mungkin orang melihat Perdana Menteri Najib orang yang lembut. Tetapi adakah orang pernah membuat kajian tentang kematian/pembunuhan Othman Talib, petugas PAS di desa Lubuk Merbau dalam Pillihan Raya Kecil Parlimen Padang Terap tahun 80an. Sebelum kejadian itu Najib ada kempen di situ.
Apa dibuatnya dan apa yang dicakapkannya adakah disiasat? Mungkin dia kempen biasa. Tetapi tidak boleh ditanyakah tentang kehadirannya ke Lubuk Merbau sebelum pembunuhan itu?
Kejadian pada Othman Talib itu adalah hal di luar demokrasi.
Jika semua yang Anwar dan Mohamad Sabu buat sebelum ini diandaikan memikirkan Arab Spring, maka otak siapa yang betul-betul lembik atau beku?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-2-2013
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berasaskan prinsip-prinsip di atas.
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu/Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha pengupayaan Melayu.
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkilatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah.
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain.
7. PAS tetap akan memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam.
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melalyu yang bebas rasuah dan penyelewangan di semua peringkat kepimpinan bermula daripada kepimpinannegara hingga kepimpinan komuniti.
9. PAS tetap akan mempertahankan Tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan rakyat yang mempunyai kpentingan Melayu/Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu.
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi tidak bertentangan dengan syarak,sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang.
11. PAS tetap akan mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elimen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan.
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jati diri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.
Yang disenaraikan di atas adalah antara contoh pelan, program dan otak pembangkang bagi membangunkan bangsa dan negara.
Ia baru mengenai memperkasakan Melayu. Belum lagi pelan dan program ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain yang diperlukan oleh sebuah pembangunan negara.
Adakah Tan Sri Musa Hassan sudah membaca, mengkaji dan mendengarnya? Kalau beliau rajin sedikit membuat penyelidikan, maka dia akan jumpa banyak kualiti dan keupayaan pembangkang untuk mentadbir negara jika diberi peluang.
Sudahkah Musa Hasan jumpa kepintaran pembangkang?
Subky Abdul Latif, | 14 Feb 2013 |
Saya sengaja hendak menyalin semula 12 perkara jaminan PAS upayakan Melayu dan Islam apabila bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya membebaskan Putrajaya seperti yang disenaraikan dalam keluaran Harakah 8 – 10 Februari lalu.
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berasaskan prinsip-prinsip di atas.
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu/Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha pengupayaan Melayu.
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkilatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah.
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera.
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain.
7. PAS tetap akan memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam.
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melalyu yang bebas rasuah dan penyelewangan di semua peringkat kepimpinan bermula daripada kepimpinannegara hingga kepimpinan komuniti.
9. PAS tetap akan mempertahankan Tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan rakyat yang mempunyai kpentingan Melayu/Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu.
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi tidak bertentangan dengan syarak,sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang.
11. PAS tetap akan mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elimen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan.
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jati diri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.
Yang disenaraikan di atas adalah antara contoh pelan, program dan otak pembangkang bagi membangunkan bangsa dan negara.
Ia baru mengenai memperkasakan Melayu. Belum lagi pelan dan program ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain yang diperlukan oleh sebuah pembangunan negara.
Adakah Tan Sri Musa Hassan sudah membaca, mengkaji dan mendengarnya? Kalau beliau rajin sedikit membuat penyelidikan, maka dia akan jumpa banyak kualiti dan keupayaan pembangkang untuk mentadbir negara jika diberi peluang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-2-2013
Adakah kata-kata Hitler itu dipercaya orang apabila dia berkata, PAS tersingkir dari BN ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri, bukan kerana ditendang UMNO tetapi gara-gara perpecahan dalam PAS sendiri.
Semua tahu segala kerja dan keputusan untuk menendang PAS itu dibuat oleh Dr. Mahathir sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika Perdana Menteri Hussein Onn tiada dalam negeri.
Orang tua itu (Hussein) yang tidak tahu apa, menerima saja keputusan pimpinan UMNO, bersetuju menentang PAS dengan merancang membentangkan di Parlimen usul meMAGERANkan Kelantan dan meletakkan kerajaan Kelantan di bawah tadbir kerajaan Persekutuan.
Apa yang dikatakan perpecahan PAS itu adalah gara-gara campur tangan UMNO dalam urusan PAS. PAS memutuskan Menteri Besar dalam kerajaan BN Kelantan ia Wan Ismail Ibrahim. Memang ada pandangan kedua dari kalangan PAS terhadap calon itu, tetapi PAS telah telah ada keputusannya.
UMNO mengambil kesempatan dari keadaan itu mendapatkan perkenan istana memperkenan Dato Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar. Tiada keupayaan PAS untuk bercanggah dengan istana.
Tetapi Dato Nasir lebih dilihat sebagai MB UMNO dari MB PAS. Dia pun terasa bahawa pemilihannya sebagai Menteri Besar bukan dibuat oleh PAS tetapi oleh UMNO. Maka ia melebarkan pergolakan dalam PAS dan meletakkan PAS rasa tertekan dalam kerajaan BN itu sejak dari mula. Tetapi PAS menerima dalam bersabar kerana perpaduan dan penyatuan Islam dan Melayu bukan suatu yang mudah dicapai.
Demi memelihara percubaan penyatuan umat Islam dan Melayu, PAS meneruskan muafakat itu walaupun perancang utamanya Tun Razak sudah meninggal.
PAS sebagai parti yang bermaruah cuba memastikan program dan dasar PAS berjalan di Kelantan, maka ia memutuskan Menteri Besar diganti dengan orang lain.
Maka dijadikan alasan yang baik bagi UMNO untuk menamatkan kerjasama yang sukar dicapai itu. Ia tidak melakukan sesuatu yang boleh mengekalkan penyatuan, tetapi merancang memecahkannya dengan memutuskan untuk membentang usul di Parlimen, mengambil alih pentadbiran Kelantan, mengekalkan Menteri Besar tanpa kuasa, pentadbiran negeri diletakkan di bawah pegawai kerajaan pusat.
Mana-mana komponen BN yang tidak menerima usul itu dengan sendirinya gugur dari kenggotaan BN.
Siapa saja berada di tempat PAS, sebagai pihak yang bermaruah, menolak usul itu dalam Majlis BN sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Tiada pilihan bagi PAS setelah BN membuat keputusan demikian melainkan keluar dari komponen itu.
Nampaklah seolah-olah PAS yang keluar dari BN dari segi tekniknya tetapi teknik itu dirancang oleh UMNO bagi mengeluarkan PAS.
Di situlah letaknya kiraan PAS ditendang dari BN.
Masalah dalam rumah tangga PAS tidak wajar dari satu alasan bagi BN menendang kerabatnya. MCA berkali-kali berdepan dengan krisis pimpinan. Dr. Lim Keng Yik menentang Tun Tan Siew Sin, San Choon dicabar Michel Chen, Neo Yee Pan ditentang Tan Koon Swan, Ling Leong Sik dikritik secara terbuka oleh Lee Kim Sai dan kemudiannya oleh Chua Jui Meng, dan terakhir Dr. Chua Soi Lek menentang Ong Tee Kiat.
Tetapi tidak pula UMNO mengambil langkah mengeluarkan MCA dari BN. Sekalipun MCA seolah sudah jadi biawak hidup bagi UMNO tetap ia dikekalkan dalam BN.
Apa yang Mahathir kata tentang BN tidak tendang PAS tetapi masalah dalaman PAS yang menyebabkan ia terkeluar adalah seperti membaling batu sembunyi tangan.
Tun Det baling batu sembunyi tangan
Subky Latif, | 19 Feb 2013 |
KATA Hitler, bohong kalau diulang-ulang, tidak lagi dipercayai sebagai bohong.

Sumber HD - 19-2-2013
Barisan ada lambang dan ada organisasi didaftarkan di pejabat pendaftaran pertubuhan, tetapi Pakatan tiada lambang bersama dan ia wujud tetapi tiada failnya dalam pejabat pendaftaran.
Maka BN dapat berbangga betapa ia lebih sempurna. Maka padanya ialah yang terbaik yang wajar jadi pilihan rakyat.
Dakwaan itu tidak lebih dari pegangan mazhab yang berbeza. Penganut Syafie rata-rata menerima ia lebih praktikal dari mazhab yang lain dan yang lain mengira mazhabnyalah senang dari mazhab Syafie.
Apapun secara ijmak semua mengiktiraf ke empat-empat mazhab Suni yang terbesar itu adalah releven dan masing-masing fikah yang diterima pakai oleh pengikutnya. Kesemuanya bersandar kepada Al-Quran dan Sunnah. Mazhab yang ditegakkan oleh ulama masng-masing inilah yang jadi pemudah memandu umat terutama orang awam untuk beribadat.
Maka Pakatan Rakyat jadi satu mazhab juga bagi orang politik demokrasi di Malaysia untuk jadi pilihan kepada rakyat. Ia jadi pelengkap kepada mazhab BN yang sedia ada yang 50 lebih tua daripadanya.
Selama hari ini Malaysia ada satu mazhab saja. Ia jadi pilihan kepada parti-parti yang terkemudian yang tidak berupaya membentuk mazhab sendiri. Parti-parti yang bersendiri tidak berdaya bersaing dengan mazhab BN dan tidak pula dapat membentuk mazhab sendiri. Masa depannya tidak cerah atau tutup kedai.
Bagi menjamin kewujudannya parti-parti itu masuk mazhab tunggal yang ada dan mereka ditentukan oleh fikah mazhab itu.
Tetapi PAS, PKR dan DAP yang punya kekuatan sendiri tidak dapat menerima mazhab yang ada itu kerana demokrasi tidak menggalakkan wujud satu mazhab saja dalam satu wilayah. Sebagai mana Islam membenarkan wujudnya berbilang mazhab, maka demokrasi tidak mengira sihat politik itu ada satu mazhab saja.
Mazhab politik tunggal adalah menurus kepada pengkebumian demokrasi. Itulah yang terjadi pada pemerintahan Firaun, Hosni Mubarak, Ghadafi dan lain-lain.
Bagi mengelakkan Malaysia diperintah secara Firaun dan Mubarak, maka perlu ada mazhab lain. PAS, DAP dan PKR tidak menyertai mazhab BN kerana tidak akan menyuburkan kehidupan berdemokrasi dan ia melihat BN tidak menjadi padang yang sama rata buat kerabatnya.
Lalu Pakatan menjadi mazhab baru. Sebagai mazhab itu tidak semestinya serupa serba serbi dengan mazhab yang sedia ada. Yang penting ialah demokrasi membekalkan lebih dari mazhab. Ia boleh tidak mengadakan lambang yang satu, ia boleh tidak menjadi parti tunggal, ia tidak menjadi medan bagi parti besar mewajibkan parti kecil tundak kepada kehendaknya.
Pada Pakatan keanggotaannya sama rata dan masing-masing dapat bermain di padang yang sama rata. Walaupun ia tidak ada satu ketua yang besar kepada semua, tetapi ia tahu bagaimana mahu hidup dalam bahtera yang ada beberapa orang nakhoda.
BN memberi kuasa besar kepada pemimpin UMNO. Tiada orang boleh jadi nakhoda selain dari ketua UMNO. Buruk baik, bapak rasuah, penuh dengan skandal, tetapi dia jadi ketua yang ada kuasa veto kepada ketua kerabat yang lain.
Pakatan tidak mensyaratkan PAS atau PKR jadi ketua atau DAP jadi ketua. Semuanya ketua tetapi ketua yang tidak membuat keputusan seandiri, tetapi sama-sama membuat keputusan. Sekalipun ia tiada ketua, ia tahu bagaimana hendak menjadikan salah seorang jadi Perdana Menteri.
BN mensyaratkan ketua UMNO jadi Perdana Menteri. PR tidak begitu. Semua rakyat boleh jadi Perdana Menteri. Habis apa jaminan Perdana Menteri itu Melayu? DAP tahu waqi’ politik di Malaysia. Ia tahu siapa dari semua yang layak boleh jadi Perdana Menteri. Bukan semua yang layak itu boleh dan dapat menjadi Perdana Menteri.
Yang penting Pakatan yang tidak sama dengan BN dalam serba serbi tetapi kelainnya dapat memenuhi ciri mazhab yang dikehendaki oleh politik demokrasi di Malaysia dan boleh menjadi saingan yang lebih releven dari BN. Ia tahu apa yang ia patut buat dan apa yang tidak patut dibuat.
Berbeza mazhab Pakatan dan Barisan
Subky Latif, | 22 Feb 2013 |
SUATU yang banyak dijaja oleh pemuka-pemuka UMNO betapa muafakat Pakatan Rakyat dikatakan tidak seindah perkongsian politik Barisan Nasional.

Sumber HD - 22-2-2013
Dibimbang jadi pendakwah sekular
Subky Latif, | 23 Feb 2013 |
Seorang pemikir muda Islam yang menyerlah Dr Ibni Dasuki, dalam tulisannya menyeru supaya para dai jangan terlibat dalam politik.
Adalah dipercayai seruan dibuat bagi mengelakkan para dakwah memihak kumpulan politik yang bersaing untuk merebut pengaruh menegakkan kerajaan. Persaingan itu adalah kaedah yang dibenarkan oleh demokrasi dan demokrasi itu adalah yang terbaik selepas Islam.
Orang dakwah yang memihak sekalipun tepat dari kacamana Islam, sentiasa dianggap buruk oleh masyarakat yang tidak terbuka. Bagi orang pemikiran tidak terbuka berkecuali adalah yang terbaik.
Yang dibimbangkan dengan dai yang menjauhkan politik atau tidak terlibat dalam politik, boleh tergelincir dari kehendak Islam.
Tujuan manusia dicipta adalah untuk menjadi khalifah, satu tugas yang tidak diberi kepada jin. Jin untuk beribadat saja. Manusia untuk beribadat dan menjadi khalifah. Sebagai khalifah dalam solatnya ia berikrar, ‘Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah.’
Hidup itu meliputi semua gerak dan kegiatan selepas lahir hinggalah mati. Ibadat, solat, belajar, makan, kahwin dan lain-lain adalah kegiatan orang hidup. Antara yang terpenting dalam hidup itu ialah mentadbir kehidupan. Inilah politik.
Dan Islam sebagai addin pula hanya sempurna apabila ia meliputi politik. Jika politik dipisahkan daripada Islam, tidak lagi ia jadi addin. Jadilah Islam itu sebagai lain-lain agama yang memisahkan agama dengan politik. Itulah yang dinamakan sekular.
Sempurna Madinah sebagai model negara dan pemerintahan Islam kerana politiknya ditangan umat, Yahudi dan Nasrani tertakluk dengan peraturan politik pentadbiran Rasulullah SAW. Yahudi dan Nasrani tidak tertakluk kepada solat, ibadat dan dakwah Islam tetapi mereka tunduk kepada peraturan politik.
Agama dipisahkan daripada politik di Tanah Melayu setelah dijajah barat yang agamanya memisahkan politik dengan agama. Di situlah bermula ajaran sekular membelenggu umat Islam.
Bukan orang politik saja terbelenggu oleh fahaman sekularisma. Setengah jamaah Islam juga terbelenggu apabila berpendapat tiada politik dalam Islam dan bencinya pada politik itu kerana sifatnya yang kotor.
Politik itu asalnya bersih dan suci sama seperti sucinya Islam yang dibawa sejak Adam AS hingga Rasulullah SAW. Tetapi ada Anak Adam yang mengotorinya hingga wujud ajaran sesat dalam Islam. Demikianlah politik itu kotor kerana kotori oleh orang politik termasuk orang Islam yang berpolitik tidak berpolitik seperti yang dianjur Islam.
Pendakwah yang mengira tiada politik dalam Islam itu telah memisahkan politik daripada Islam. Apa lagi kalau ia bukan sekular.
Dalam pertembungan politik sesama Islam antara yang menjadikan Islam sebagai garis politik dengan yang tidak menganut politik Islam, cerdik pandai Islam tidak suka politik termasuk politik menyarankan agar pendakwah berkecuali daripada isu politik. Kata Ayatullah Khomeini, ulama dan dai yang tidak berpolitik ini adalah ulama dan dai haid dan nifas.
Orang Islam dibenarkan berkecuali jika dia tidak dan keliru atas satu-satu isu. Kewajipan orang Islam ialah mengkaji dan menyelidik apa-apa yang dia tidak tahu supaya dia tahu dan yang keliru keluar dari kekeliruan. Sesudah dia tahu dan tidak keliru lagi, tidak boleh lagi dia berkekcuali. Dia mesti memihak kepada yanag benar.
Allah kutuk orang yang menyembunyikan kebenaran. Mengapa Yahudi dan ulamanya dilaknat ialah menyembunyikan kebenaran.
Orang Islam tidak boleh lari dari ciri tugas khalifah atau menjauhkan diri daripada politik Islam. Jika dia tidak mahu jadi aktivis politik, dia mesti tunduk dan bersama dengan politik Islam.
Kebimbangan kita ialah penyeru kepada dai tidak terlibat dalam politik terperangkap dalam propaganda kaum sekularis.

Binatangkan rakyat satu Malaysia
Subky Latif, | 28 Feb 2013 |
SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya.
Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.
Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.
Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin UMNO yang menyampaikannya.
Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.
Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.
Orang yang diberi dan menerimanya itu bukan binatang. Masing-masing adalah orang. Tetapi cara memberinya itu seolah-olah menjadikannya seperti haiwan dan begitulah haiwan diperlakukan.
Pepatah Inggeris kata, orang yang perlukan lauk jangan dibagi ikan tetapi bagilah kail. Yang memberi BRIM itu masing-masing keluaran sekolah Inggeris dan PM sendiri belajar di England. Tetapi tidak mengambil ajaran pepatah Inggeris itu.
Kata Tok Guru, belajar dari didikan Rasulullah SAW, tidak beri benda kepada jahiliyah di Makkah dan Madinah tetapi beri ilmu.
Beri benda sampai bila? Tapi beri ilmu, orang yang dapat ilmu boleh cari hidup dan rezeki sendiri.
Memberi BRIM itu diibaratkannya seperti memberi hampas, melukut atau sekam kepada haiwan. Tiap-tiap kali tiba waktu makannya taburlah hampas atau sekam atau padi. Kata Mahfuz Omar dalam ceramah, orang yang hendak menyembeli ayam, teriakkan, ‘Kuuuurrrrr!’ Meluruhlah ayam datang. Sebelah tangan orang melaung ‘kuuuurrrr’ itu ada pisau untuk menyembellihnya.
Kerana PRU13 ditunda, penerima BRIM 1.0 itu mula tidak ingat pemberian itu dulu, maka diadakan pula BRIM 2.0 dan disampaikan dalam masa demam pilihan raya sudah mulai rancak.
Maka nyatalah tiada lain BRIM itu adalah demi menyembelih penerimanya menjelang pilihan raya itu. Umno tidak bising dan tidak menamakannya rasuah politik kerana ia dibuat untuk memastikan BN kembali berkuasa.
Tetapi kalau calon Majlis Tertinggi menabur apa-apa saja yang boleh meraih sokongan perwakilan, maka ia bising kerana ia adalah rasuah politik, membeli perwakilan. Dr Mahathir keluar umno kerana perwakilan mesyuarat Umno Kubang Pasu mendapat habuan supaya tidak menjadikan Dr Mahathir seorang daripada perwakilan ke Perhimpunan Agung.
UMNO mentribunal pemimpinnya yang terbabit dan Tan Sri Isa Samad disabitkan, digugurkan jawatan Naib Presiden yang dimenangi dan digantung keahliannya.
Dulu-dulu pengundi diumpan dengan kain batik dan kain pelekat. Zaman 1Malaysia di bawah Najib ini tidak perlu tunggu hari mengundi bersembunyi-sembunyi. Berterang-terang disiarkan di TV memberi BRIM yang boleh dikira binatang rakyat 1Malaysia.
Orang kata Tok Guru menghina rakyat tetapi Tok Guru kata, pemberian benda yang begitu rupa menyamakan manusia yang mula dengan haiwan.
Ia satu kata-kata mantik yang kuat.

Mengapa bomoh tak jadi calon?
Subky Latif, | 05 Mac 2013 |
BETAPA bomoh berperanan dalam politik di Malaysia seolah-olah asam garam bagi UMNO dan kerajaan.
Media telah membangkitkan semula peranan bomoh menjelang PRU13 betapa masing-masing cuba mendapatkan khidmat nasihat bomoh bagi menjadi calon. Kononnya bomoh telah membantu ramai orang untuk berjaya dalam politik.
Mengapa Perdana Menteri Najib terlalu payah untuk mengadakan PRU13 kononnya tidak mendapat lampu hijau dari para bomoh. Adakah betul?
Tiada yang mustahil kerana kerana hubungan UMNO dengan pemimpin dan ahli-ahlinya dengan dukun dan bomoh adalah rapat, malah masing-masng ada bomoh khas jadi penasihat.
Persaingan untuk menjadi calon di kalangan ahli adalah hebat. Politik wang untuk menjadi ketua cawangan dan ketua bahagian tidak memadai. Orang yang mampu memperniagakan orang memang ramai. Duit banyak. Jawatan pula tidak sebanyak orang yang hendak bertanding. Maka bomohlah penasihat penentu.
Era Najib mengutarakan transformasi calon boleh menang, pemegang jawatan dalam parti pun belum tentu boleh jadi calon. Siapa yang boleh bertanya Najib mengapa seseorang dikatakan calon boleh menang atau tak boleh menang. Maka khidmat bomoh jadi rujukan terakhir supaya masing-masing disukai oleh Najib dan isterinya.
Najib sendiri tidak cukup kalau isterinya tidak tertarik. Maka nasihat bomoh amat penting supaya isteri Najib perkenan.
Malah sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra lagi bomoh sudah berperanan. Bila tarikh pilihanraya, kononnya Tunku tanya bomoh. Memang Tunku mendapatkan nasihat Mufti Pulau Pinang, datuk Tun Abdullah Badawi iaitu Haji Abdullah Fahim untuk menentukan tarikh kemerdekaan. 31 Ogos 1957 diberi oleh mufti itu.
Malah pada malam setiap pilihanraya, Tunku dikatakan memakai baju khas yang sama. Adakah ia juga nasihat bomoh.
Kata Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya orang UMNO jumpa bomoh untuk jadi calon, exco malah jadi menteri. Seolah-olah bomoh itu besar sangat pengaruhnya.
Jika bomoh dapat membantu orang untuk menjadi calon, jadi wakil rakyat, exco dan menteri apakah dukun itu sendiri tidak terfikir supaya mereka saja jadi calon?
Mengapa bomoh tidak berpakat sama sendiri mereka saja jadi calon di tempat masing-masing? Daripada memberi peluang kepada orang, apa salahnya mereka sendiri merebut peluang itu. Biar semua MP terdiri dari bomoh dan semua ADUN bomoh belaka.
Bomoh boleh buat parti sendiri atau bomoh juga boleh menggunakan UMNO yang ada. Mereka tidak perlu guna politik wang dan tidak perlu lobi sesiapa. Mereka gunakan saja ilmu bomoh masing-masing untuk menjadi ketua cawangan dan ketua bahagian.
Biarkan orang UMNO bersusah payah buat kerja mencari penyokong dan bila mereka datang jumpa bomoh, bomoh jampi supaya mereka tidak terpilih sebaliknya bomoh gunakan ilmu itu untuk menaikkan dirinya.
Bagi memastikan kuasa orang Melalyu tidak terhakis, bomoh boleh gunakan kepakarannya bertanding di kerusi ramai Cina. Biar calon DAP dan MCA kalah supaya kawasan itu berwakil rakyat bomoh Melayu.
Sekarang orang UMNO amat susah hati dengan DAP. Kali ini bomoh Melayu Pulau Pinang bertanding dengan Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Bomoh Ipoh pula lawan Lim Kit Siang.
Dari bomoh diperalatkan oleh orang UMNO, baiklah bomoh sendiri rebut peluang itu. Biar bomoh jadi Perdana Menteri dan Menteri Besar.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-3-2013
Deepak bertindak terhadap perdana menteri
Subky Latif, | 08 Mac 2013 |
Justeru Perdana Menteri Najib dan isteri tidak bertindak terhadap Deepak Jaikishan atas buku The Black Rose yang mendedahkan penglibatan pasangan itu dalam skendal peletupan mayat wanita Mongolia, Altantuya, maka Deepak pula sebaliknya bertindak menyaman Perdana Menteri Najib.
Kata pepatah Melayu, kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad datang kepada gunung.
Buku The Black Rose atau Mawar Hitam mendakwa pasangan ketua kerajaan itu ada peranan dalam skandal pembunuhan wanita itu dan meletup hancurkan mayatnya, dan keduanya juga ada peranan atas pemalsuan akaun bersumpah kedua Balasubramaniam bagi membatalkan akaun sumpah pertamanya.
Kedua-dua dakwaan itu adalah membabitkan jenayah besar yang jika disabitkan oleh mahkamah akan ada hukum tertentu ke atas mereka dan sekali gus tidak melayaknya Perdana Menteri menjadi calon dan meneruskan jawatan Perdana Menteri.
SPRM sekarang ada unit menapis kelayan bakal calon pilihan raya. Nama bakal calon akan ditentukan layak atau tidak menjadi calon. Justeru Perdana Menteri tidak membersihkan namanya daripada dakwaan Deepak, sekalipun dia belum disabitkan oleh mahkamah, tetapi dia adalah seorang yang diragui.
Maka wibawa SPRM dicabar lagi apakah ia ada integriti untuk membuat keputusan atas bakal calon Parlimen Pekan itu?
Kita tidak pernah mendengar sebelum ini SPRM diberi tugas penapisan calon itu. Bila mula diperkenalkan maka ia ujian keupayaan membuat keputusan bebas.
Adakan saman Deepak itu sempat didengar sebelum PRU13? Masa terlalu suntuk bagi mahkamah membicarakannya sebelum PRU dan tempoh hayat penggal Parlimen yang ada hampir luput. Apakah sistem kerajaan yang ada memungkin dakwaan ke atas Perdana Menteri atau tidak menjadi tanda tanya.
Sama ada mahkamah sempat bersidang atau tidak atas isu itu, Najib dipercayai menyertai PRU sebagai calon yang diragui bersihnya.
Imej Perdana Menteri memang sudah dilihat buruk atas banyak hal yang ketaranya adalah skendal pembelian kapal selam dari Perancis dan peletupan mayat Altantuya. Dengan pendedahan dan saman Deepak ke atasnya menjadikan imej dan wibawa Perdana Menteri bertambah hodoh.
Semuanya jadi sulit sekarang. SPRM sulit bagi menentukan kelayakannya jadi calon, Pendakwa Raya dan polis sulit untuk siasatan dan pendakwaan, mahkamah sulit untuk memperoses saman itu, Umno juga sulit untuk mencalonkannya lagi.
Beban buat Umno ialah terpaksa memikul imejnya yang dipertikai itu. Umno terpaksa berketuakan watak sedemikian dan mencalonkannya untuk menjadi Perdana Menteri lagi. Dengan imej itu bagaimana orang hendak mempercayai slogan Janji Ditepati untuk tema BN bagi PRU13.
Apabila dakwaan Deepak tidak dilayan dan tidak diselesaikan segera, ia menjadi Umno memasuki PRU13 dengan imej yang buruk. Ia mengemukakan kepada rakyat calon Perdana Menteri yang didakwa berjenayah besar. Apakah rakyat hendak Umno sogokkan lagi dengan Perdana Menter begitu?
Apa ertinya imej Umno dengan ketua dan calon Perdana Menterinya yang begitu? Ada integritikah parti seperti itu?
Kemunculan Deepak sebagai topik baru dalam politik menjelang pilihan raya telah mnjadikan politik Umno, kerajaan dan Perdana Menteri cemar dan pekung. Jelaslah, semua sudah tidak tahu nak buat apa.
Kata pepatah Melayu, kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad datang kepada gunung.
Buku The Black Rose atau Mawar Hitam mendakwa pasangan ketua kerajaan itu ada peranan dalam skandal pembunuhan wanita itu dan meletup hancurkan mayatnya, dan keduanya juga ada peranan atas pemalsuan akaun bersumpah kedua Balasubramaniam bagi membatalkan akaun sumpah pertamanya.
Kedua-dua dakwaan itu adalah membabitkan jenayah besar yang jika disabitkan oleh mahkamah akan ada hukum tertentu ke atas mereka dan sekali gus tidak melayaknya Perdana Menteri menjadi calon dan meneruskan jawatan Perdana Menteri.
SPRM sekarang ada unit menapis kelayan bakal calon pilihan raya. Nama bakal calon akan ditentukan layak atau tidak menjadi calon. Justeru Perdana Menteri tidak membersihkan namanya daripada dakwaan Deepak, sekalipun dia belum disabitkan oleh mahkamah, tetapi dia adalah seorang yang diragui.
Maka wibawa SPRM dicabar lagi apakah ia ada integriti untuk membuat keputusan atas bakal calon Parlimen Pekan itu?
Kita tidak pernah mendengar sebelum ini SPRM diberi tugas penapisan calon itu. Bila mula diperkenalkan maka ia ujian keupayaan membuat keputusan bebas.
Adakan saman Deepak itu sempat didengar sebelum PRU13? Masa terlalu suntuk bagi mahkamah membicarakannya sebelum PRU dan tempoh hayat penggal Parlimen yang ada hampir luput. Apakah sistem kerajaan yang ada memungkin dakwaan ke atas Perdana Menteri atau tidak menjadi tanda tanya.
Sama ada mahkamah sempat bersidang atau tidak atas isu itu, Najib dipercayai menyertai PRU sebagai calon yang diragui bersihnya.
Imej Perdana Menteri memang sudah dilihat buruk atas banyak hal yang ketaranya adalah skendal pembelian kapal selam dari Perancis dan peletupan mayat Altantuya. Dengan pendedahan dan saman Deepak ke atasnya menjadikan imej dan wibawa Perdana Menteri bertambah hodoh.
Semuanya jadi sulit sekarang. SPRM sulit bagi menentukan kelayakannya jadi calon, Pendakwa Raya dan polis sulit untuk siasatan dan pendakwaan, mahkamah sulit untuk memperoses saman itu, Umno juga sulit untuk mencalonkannya lagi.
Beban buat Umno ialah terpaksa memikul imejnya yang dipertikai itu. Umno terpaksa berketuakan watak sedemikian dan mencalonkannya untuk menjadi Perdana Menteri lagi. Dengan imej itu bagaimana orang hendak mempercayai slogan Janji Ditepati untuk tema BN bagi PRU13.
Apabila dakwaan Deepak tidak dilayan dan tidak diselesaikan segera, ia menjadi Umno memasuki PRU13 dengan imej yang buruk. Ia mengemukakan kepada rakyat calon Perdana Menteri yang didakwa berjenayah besar. Apakah rakyat hendak Umno sogokkan lagi dengan Perdana Menter begitu?
Apa ertinya imej Umno dengan ketua dan calon Perdana Menterinya yang begitu? Ada integritikah parti seperti itu?
Kemunculan Deepak sebagai topik baru dalam politik menjelang pilihan raya telah mnjadikan politik Umno, kerajaan dan Perdana Menteri cemar dan pekung. Jelaslah, semua sudah tidak tahu nak buat apa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-3-2013
Tuduhan kepada Anwar terungkai satu-satu
Subky Latif, | 12 Mac 2013 |
Dengan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan memihak kepada Anwar Ibrahim, ia tambah meringankan beban yang dihadapi oleh ketua pembangkang berhubung dakwaan liwat olehnya.
Dalam kemunculannya di khalayak umum tidak yakin anaknya tidak diapa-apakan oleh Anwar. Dalam kemunculan pertamanya dia minta maaf kepada Anwar dan menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat. Dalam kemunculan keduanya, dia menyertai PKR.
Dia bukan seorang saksi dalam kes melibatkan anaknya, maka tindakannya tidak mengganggu kes yang sedang dirayu itu. Tetapi beban Anwar dapat diringankan sementara menunggu keputusan rayuan itu.
Walau apa pun beban yang dihadapi Anwar, mengikut pegangan undang-undang di negara kita, Anwar sebagai seorang yang dituduh tidak dikira bersalah selagi mahkamah tidak membuktikannya bersalah.
Adalah benar Anwar telah dipenjara selama enam tahun, tetapi dalam kedua-dua tuduhan liwatnya dia dibebaskan oleh mahkamah. Yang orang fikir tentang Anwar tentulah bermacam-macam tetapi dalam kes liwatnya yang pertama, dia dibebaskan. Ini bererti telah terungkai bebannya itu. Dari sudut undang-undang dia orang yang merdeka.
Dalam liwat kedua, apabila dia dibebaskan oleh mahkamah, ertinya orang yang mahkamah belum buktikan bersalah. Ertinya dia orang belum bersalah. Yang sangkut dalam perkara ini ialah keputusan itu sedang dirayu. Apakah dia bersalah atau tidak, tunggulah keputusan rayuan itu. Selagi rayuan itu tidak membuktikan dia bersalah, dia adalah orang merdeka.
Lain-lain beban seperti video klip yang diketengahkan oleh kumpulan tiga Dato T, selain daripada imej ketiga-tiganya tidak dillihat bersih oleh umum, maka ia tidak dimahkamahkan. Walaupun ia tidak benar-benar mati, tetapi ia tidak pula betul-betul hidup.
Kembalinya penyiasat bersendirian Balasubramaniam ke dalam negeri, membuat pengakuan kepada umum betapa kenyataan bersumpahnya adalah betul dan yang kedua adalah tidak betul, telah menambah segarkan semangat Anwar walaupun ia tiada kait dengan masalah dirinya. Demikian juga kemunculan Deepak.
Kedua-dua Balasubramaniam dan Deepak tidak bersangkut dengan Anwar, tetapi dalam suasana tertekan oleh satu kuasa atau pengaruh yang membelenggunya, apa juga yang boleh mengganggu kuasa itu akan meringan beban yang menimpa Anwar.
Deepak dan Bala adalah beban buat Perdana Menteri Najib. Najib adalah belenggu yang dihadapi Anwar. Apa-apa jua yang membebankan Najib, maka ia meringankan masalah Anwar.
Paling akhir adalah kemunculan Azlan, bapa Saiful Bukhari. Secara langsung ia menambahberatkan belenggu yang dihadapi Najib. Bukan saja Azlan menerima kesan semangat daripada tindakan Azlan yang ditujukan langsung kepadanya, Azlan pula tampil menyokong Anwar.
Nampaknya satu demi satu beban yang menimpa Anwar terungkai. Selama sekitar 15 tahun Anwar dilanda yang bukan saja menghinanya, bahkan mengaibkannya. Jika ia satu ujian, terlalu besar ujian yang terpaksa ditanggungnya.
Dia dipercayai bersabar menghadapinya.

Moga-moga wira kita dapat syahid
Subky Latif, | 14 Mac 2013 |
Sudah bertambah wira kita gugur mempertahankan Lahad Datu daripada penceroboh. Bukan sekadar lapan. Sudah lebih yang terakhir dua dari Kelantan
Doa kita semua, moga-moga yang gugur itu syahid. Amin!
Syahid itu dilihat mati tetapi mereka hakikatnya tidak mati. Mereka hidup di satu alam lain dan ada rezekinya.
Kita boleh bersedih kerana mereka gugur. Seperti Rasulullah SAW juga sedih atas syahidnya bapa saudaranya Saidina Hamzah. Tetapi di sebalik kesedihan itu baginda tentunya gembira kerana bapa saudaranya menjadi penghulu kepada para syuhada.
Wajarlah sekaliannya sedih atas keguguran itu terutama keluarga terdekat. Sekaliannya simpati atas kejadian itu, tetapi seluruhnya mesti bersabar dan boleh berbangga kerana ada dalam kalangan kita telah syahid kerana mempertahankan negara.
Kita tidak mendoakan dan tidak mengalu-alukan pencerohan itu berlaku, tetapi kerana adanya pencerobohan itu ada saudara-saudara kita dapat syahid. Sedang mati pada jalan Allah itu amat mulia dan menjadi cita-cita orang yang beriman.
Wira yang syahid itu mengikut iman yang kita diajar, mohon supaya Allah hidup dan kembalikan semula ke dunia supaya dapat pergi lagi ke Lahad Datu untuk dapat syahid berkali-kali lagi.
Untuk mendapat syahid ada syaratnya. Melangkah ke medan tempur itu mesti dengan niat jihad. Perdana Menteri mengarahkan mereka ke medan itu dengan niat dan arahan jihad. Ketua Polis Negara dan penglima tentera yang menerima arahan itu menerimanya sebagai jihad. Tentera yang pergi itu mesti diberitahu bahawa mereka pergi ke medan jihad. Orang yang pergi ke medan jihad menaruh niat untuk mendapat syahid.
Sama seperti hijrah yang dibuat untuk dapat perempuan. Dia dapat perempuan tetapi tidak dapat manis hijrah.
Bagi yang syahid itu mengikut kebiasaannya diberi penghormatan dengan memanggilnya as-Syahid fulan bin fulan. Maka wajarlah semuanya terutama Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan mula memanggilnya as-syahid.
Biasanya as-syahid itu tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Mereka dikebumikan dengan pakaian yang dipakainya, dengan darah berlumuran di tempat mereka gugur. Tiada lagi tahlil.
Apa pun semua setuju mendoakan moga-moga mereka syahid tetapi belum pula mereka dilayan sebagai sepatut buat orang syahid.
Sesudah kita setuju bahawa mereka syahid, maka selepas ini perlu dijadikan dasar bahawa tentera dan polis kita yang dihantar ke mana-mana medan adalah jihad dan bagi yang gugur mendapat syahid. Dengan demikian setiap tentera dan polis menyediakan diri masing-masing sebagai mujahidin.
Bagaimana kalau polis turun untuk menghadapi tunjuk perasaan? Syahidkah jika dia gugur di tengah tunjuk perasaan itu? Maka ia perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa dulu.

Najib kata PAS buat tujuh dosa
Subky Latif, | 19 Mac 2013 |
DALAM usahanya untuk melucutkan kerajaan PAS Kelantan selama 22 tahun itu, Perdana Menteri Najib menyebut bahawa PAS telah melakukan tujuh dosa.
Oleh itu rakyat mesti menghukumnya, jatuhkan kerajaan PAS Kelantan itu!
Yang dikatakan dosa itu tidaklah sekadar dosa politik atau dosa pada orang Melayu. Tetapi dosa yang dipercayai tercatit dalam buku amal seseorang di Mahkamah Rabbul Jalil.
Dosa PAS itu tidak disebut lima atau enam. Tidak dikatakan sepuluh atau sebelas atau seterusnya. Ia dikatakan tujuh. Ia sama dengan jumlah tujuh dosa besar yang disenaraikan oleh Islam.
Apabila ia disebut tujuh dosa, maka dosa PAS itu adalah sama denga dosa besar yang Nabi Muhammad SAW sampaikan kepada umatnya.
Dosa besar yang baginda beritahu itu, bukanlan saja-saja baginda sebut atau ia hasil dari kaji selidik baginda atau pengamalannya. Semua yang baginda sabda, buat dan amalkan adalah dari wahyu Allah. Tidak ada yang bersumber dari baginda itu bukan wahyu.
Dosa besar yang baginda gariskan itu adalah bagi menyatakan hukum sebagai panduan semua orang. Jika buat apa yang termasuk dalam dosa besar itu, maka orang itu melakukan dosa besar. Dan barang siapa mengekalkan dosa kecil, tidak bertaubat, maka ia sama dengan satu lagi dosa besar.
Ada pun orang yang melakukan dosa besar itu, dirasakan berdosa dari apa yang dilihat. Sah atau tidak dia sudah berdosa besar hanya Allah yang menentukan. Orang biasa tidak boleh mengatakan sah dia berdosa di sisi Allah.
Nabi Muhammad SAW boleh memberi tahu penghuni kubur itu berdosa dan yang lain tidak berdosa kerana kesalahannya kerana baginda mendapat wahyu mengenainya.
Ada orang yang berhijrah bersama baginda tidak dapat pahala dan ada yang dapat pahala bergantung kepada niatnya. Yang mana satu yang tidak berpahala kita pun tidak tahu. Umumnya orang yang berhijrah itu dapat pahala, maka kita kira mereka mendapat pahala. Yang tidak dapat pahala itu kita tidak tahu siapa. Allah saja yang tahu.
Kalau kita tuduh kerajaan rasuah dan ada orang terlibat dalam pembunuhan, maka tidak dapat menjatuhkan hukuman sendiri melainkan ia ditentukan oleh mahkamah. Yang boleh kita buat ialah minta ia disiasat dan didakwa atas perbuatannya. Selagi dia tidak didakwa dan tidak disabitkan oleh mahkamah, tidak boleh kita katakan dia sudah bersalah.
Dalam kes mengambil untung sampai RM500 juta dalam pembelian kapal selam Perancis, kita tuntut kerajaan mendakwa orang yang disyaki apakah betul atau tidak. Sah tuduhan atas seseorng itu bila dia didakwa dan dijatuhkan hukum. Apabila dia tidak didakwa, tidak dapat disahkan dia bersalah atau tidak. Cuma kerajaan yang tidak mendakwanya memikul beban dosanya.
Apa keistimewaan Najib untuk menjatuhkan PAS dengan tujuh dosa yang dikatakannya? Dari mana dia tahu sah dosa PAS itu sedang dia tidak ada wahyu seperti para nabi?
Najib adalah orang yang berkuasa. Dia boleh dakwa PAS dengan dosa-dosa yang dikatakannya di mahkamah kalau dosa itu mengenai dunia dalam sebuah negara sekular. Dan kalau yang membabitkan syarak boleh diadukan kepada mahkamah syariah.
Mengapa dia tidak dakwa PAS atas tujuh perkara yang dikatakan berdosa itu? Mana boleh dia sendiri membuat hukuman. Apakah di sisi Allah orang yang melakukan tujuh dosa besar itu sah atau tidak hanya Allah yang tahu. Tetapi mahkamah diberi kuasa menghakimkan pihak yang dituduh.
Najib dengan ini menghukum PAS tanpa dakwaan, dan seolah-olah dia tahu kedudukan PAS itu di sisi Allah seperti yang diwahyukan kepada sekalian nabi. Jangan Najib sampai dilihat begitu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-3-2013
Negara tak bankrap oleh Manifesto PR – Musa
Subky Latif, | 20 Mac 2013 |
HABIS semua yang mengatakan manifesto Pakatan Rakyat boleh memufliskan negara mati kutu dengan sepatah komen Tun Musa Hitam, Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia dan bekas Timbalan Perdana Menteri.
Yang mengata negara akan bankrap jika menifesto Pakatan dilaksanakan siapa? Perdana Menteri Najib, mantornya Tun Dr. Mahathir dan beberapa kerat profesor yang tidak diketahui kepakarannya dalam bidang ekonomi.
Akan Najib, Dr. Mahathir dan Muhyiddin itu adalah orang politik yang mengira semua yang dari pembangkang adalah hampas. Mereka tempelak kononnya pada pembangkang, apa saja dari UMNO dan kerajaan semua tak betul. Habis apa bezanya bila mereka menghampaskan segala yang datang dari pembangkang?
Dari logik itu kedua pihak adalah seri.
Habis yang sang-sang profesor tumpang semangkuk itu mengapa? Sekadar hendak mengesahkan betullah mereka profesor kangkung, bukan profesor halia yang jika airnya diminum boleh memanaskan badan, menendang angin dan mendatangkan tenaga.
Yang dikatakan boleh bankrap itu bagaimana? Justeru menurunkan harga minyak, memberi 20 peratus royalti minyak kepada negeri yang berhak, memansuhkan PTPTN, pelajaran percuma di semua peringkat, memansuhkan tol secara berjadual dan lain-lain.
Orang Melayu korporat seperti Tan Sri Ali Hashim yang banyak membangun ekonomi Johor dan Syed Ali Alatas, pemimpin Dewan Dewan Perniagaan Melayu tidak memperleceh sangat manifesto itu dan bagi sekalian kaum tidak mengira negatif apa yang kerajaan menunggu cuba utarakan itu.
Mengapa? Dipercayai ia bukanlah satu unjuran yang karut. Tetapi sebagai golongan yang menjaga kepentingan perniagaan dan peluang yang boleh diraih dari suasana yang ada, mereka menjaga hati orang-orang yang berkuasa kerana ditakuti mereka tak jatuh dalam politik yang bergolak itu.
Tetapi apabila ditanya seorang yang realis dan berfikiran polisitif seperti Tun Musa Hitam, maka dia tidak teragak-agak untuk menyangkal dakwaan buruk terhadap semangat manifesto itu. Padanya, tidak mungkin negara akan muflis dengan pelan yang dikemukakan itu.
Padanya pihak yang hendak melaksanakan manfesto itu ada unjuran, langkah dan pelan pelaksanaannya bagi menghadapi semua perkembangan.
Bagi bercakap positif tentang kemajuan masa depan lebih bijak dari bercakap tentang hal-hal yang negatif bagi menjamin keyakinan para pelabur dunia.
Tun Musa adalah seorang ahli UMNO yang tidak pernah tidak setia kepada partinya. Apabila dia berbeza pandangan dengan orang yang berkuasa, dia tidak mahu bersama dengan kekuasaan yang ada tetapi tidak menjadi orang yang desprado menderhaka kekuasaan.
Dia tahu apa orang kata pada kerajaan dan semua Perdana Menteri, dia tidak balun mereka seperti yang Dr. Mahatahir pelupuh terhadap pimpinan Tun Abdullah Badawi. Tetapi apabila orang tanya tentang sesuatu isu dan perkembangan, dia menyatakan apa yang dipercayai tanpa segan silu.
Dia ditanya kerana orang keliru dengan keadaan yang ada. Tentang manifesto dan tentang kejadian di Lahad Datu. Orang mahukan petunjuk darinya tentang apa yang betul dalam perkembangan itu. Dia mesti memberikan jawapan yang boleh menghilangkan keraguan dan kebuntuan orang tentangnya.
Kepentingannya ialah supaya orang tahu dan jelas tentang sesuatu.
Berbeza dengan PM Najib dan timbalannya. Mereka ada kepentingan politik. Jika mereka bercakap jujur tentang manifesto dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, nescaya mereka jadi pembangkang selepas ini.
Mahathir tidak berani kata positif tentang manifesto itu kerana benci kepada Anwar lebih dari semua, dan Anwar menang dia akan malu besar. Jika dia kata positif tentang manifesto itu, sah BN akan tersungkur. Bukan kerajaan akan berubah, sejarahnya akan berubah sama.
Tetapi kalau Najib dan BN menang semula, dia buat sesuatu kepada Najib seperti yang dia sudah buat pada Tun Abdullah.

Jika Lahad Datu di Jepun
Subky Latif, | 30 Mac 2013 |
APA yang dapat kita bayangkan kalau pencerohonan di Lahad Datu itu berlaku di Jepun atau di India atau di Perancis?
Nescaya kejadian itu tidak sekadar polis dan tentera mengambil tindakan sewajar mengepung, menawan dan menumpaskan penceroboh dan penyusup, tetapi rakyat akan bangkit meminta pertangggungjawapan kerajaan.
Rakyat tidak akan biar Perdana Menteri dan kerajaan bersenang lenang membuat kenyataan itu dan ini bagi menyalahkan penceroboh saja, tetapi akan diminta beri tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan.
Jepun atau Korea Selatan tidak senang melihat Perdana Menterinya bercakap politik atas kejadian itu tetapi dia akan ditanya bagaimana boleh di bawah pentadbirannya nagara boleh dimasuki orang-orang bersenjata menuntut wilayah sebahagian dari wilayah kita secara kekerasan atau apa cara jua?
Kalau tsunami yang melanda Jepun lebih setahun lalu bukanlah disebabkan oleh kecuaian manusia, tetapi kerana kepayahannya menangani segala kesan tsunami itu termasuk logi nuklearnya, maka bukan sekadar Perdana Menteri dikenakan tindakan politik, bahkan kerajaan dan parti yang memerintah dihukum dengan menggantikannya dan kerajaan lailn dan Perdana Menteri lain.
Jika Lahad Datu itu berada di Jepun Perdana Menteri akan disalahkan kerana gagal menjaga keselamatan hingga wilayah boleh dimasuki militan asing. Kedua sesudah wilayah diceroboh mengapa mengambil masa berminggu-minggu untuk bertindak? Ketiga mengapa keselamatan seperti tidak diserah kepada tentera tetapi diserahkan kepada polis sebaik saja kejadian berlaku?
Perdana Menteri nescaya tidak boleh lebih lama duduk di kerusinya. Orang akan minta dia meletakkan jawatan dan beri kerusi itu kepada orang lain. Kalau dalam hal-hal yang tidak sesulit itu Perdana Menteri Jepun, Presiden atau menteri-mentenri Korea Selatan, Perancis dan India dituntut meletak jawatan, maka apa lagilah dalam hal yang melibatkan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Atau paling kurang Perdana Menteri mungkin boleh diselamatkan tetapi Perdana Menteri mesti bertanya menteri dalam negeri mengapa boleh pantai dan sempadan negara ini boleh dimasui bersenjata dari luar, bukan seorang dua tetapi mencapai angka ratus?
Sama ada menteri berkenaan buat kerja atau tidak buat kerja, sama dia lemah atau sebaliknya, dia mesti ditanya dan mesti menjawab dulu. Sama ada dia disuruh berhenti atau dia minta berhenti, dia akan disalahkan dulu dalam kecuaian seperti itu.
Itulah sebabnya kita selalu saksikan menteri di negara-negara tersebut meletak jawatan bukan tunggu dia salah dan cuai, tetapi dia mesti memikul tanggungjawab dan akauntabiliti.
Menteri itu mungkin seorang yang cekap, baik dan bertanggungjawab, tetapi dia ada maruah dan rasa malu, amanah telah diberi kepadanya, tiba-tiba amanah itu tidak dapat disempurnakan. Semua menteri yang bermaruah dalam dunia akan mengambil tanggungjawab atas kelemahan dan kepincangan jabatan di bawahnya dengan meletakkan jawatan.
Menteri Pertahanan juga akan tanya mengapa tidak mengambil tanggungjawab dari mula-mula lagi apabila ia berlaku dengan menyatakan kepada Perdana Menteri bahawa dalam hal seperti itu ia mesti diserahkan kepada tentera, bukan dibiarkan kepada menteri dalam negeri yang lembik.
Menteri Pertahanan tentu dengan nasihat para panglima beritahu Perdana Menteri dan kabinet hal itu mesti ditangani oleh tentera.
Apa pun mana-mana Perdana Menteri yang ada maruah dan tanggungjawab, tidak sekadar membiarkan orang memperleceh menteri-menterinya, dia dulu meletak jawatan. Dia mesti mengambil tanggungjawab menjaga maruah orang-orang di bawahnya.
Kerana Lahad Datu ini berada di Malaysia kerajaan tidak langsung menyalahkan dirinya atau bermuhasabah, tetapi mencari orang lain di luar kerajaan untuk jadi kambing berbagai bulu.

Solat Jumaat di tengah masjid
Subky Latif, | 04 Apr 2013 |
SAYA terlihat gambar orang besar duduk di tengah makmum solat Jumaat.
Gambar itu kira-kira kandid – menarik dan membawa berita.
Yang jadikan ia kandid ialah orang besar solat jauh dari imam di tengah makmum di tengah masjid.
Dunia umumnya menyediakan tempat di depan untuk umarak – baik raja atau pembesar. Tidak kira mereka tiba awal atau lewat. Dijamin tempat umarak itu di saf depan dekat dengan imam kalau pun tidak di belakang imam.
Para sahabat penting Rasulullah SAW bersegera ke masjid bagi mendapat saf depan dan kalau boleh dekat dengan Rasulullah sebelah kanan imam. Kecualilah mereka datang lewat, tiada lagi tempat kosong di hadapan, maka bolehlah mereka mengisi di tempat kosong termasuk jauh dari belakang imam. Seboleh-bolehnya hendak di baris yang dekat dengan imam.
Tidak berbangkit makmum biasa yang sudah di baris depan memberi laluan kepada orang terkenal yang datang lambat. Keutamaan bagi yang datang dulu.
Tetapi bagaimana ada orang besar yang tempatnya disediakan di depan tiba-tiba boleh mengisi tempat jauh dari imam di tengah makmum di tengah masjid?
Adakah kerana orang tidak menyangka dia datang maka tempat di depan dipenuhkan semua? Lalu bila pembesar datang, tiada lagi tempat kosong di depan.
Mungkin! Tidak mustahil! Semuanya boleh berlaku.
Tetapi kalau dia tiba seperti biasa dan dia sengaja mencari tempat di belakang untuk bersama makmum atas apa jua tujuan, maka ia menjadi tanda tanya. Untuk membuktikan dia orang awam dan boleh duduk bersama orang awam termasuk sembahyang bersama orang awam.
Abdul Aziz Ishak dulu, menteri pertanian dari tahun 1955, apabila ke kampung terus dia duduk dengan orang kampung. Jika dia melawat sawah, disingsingnya seluarnya, ditanggalnya kasutnya, dia terus masuk sawah menyemai padi, atau merumput atau mengetam. Orang kata, dia menteri rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempen pililhanraya sekarang tidak terus duduk di pentas. Dia duduk bersila dengan orang ramai di bawah pentas, sama-sama mendengar orang di pentas berceramah.
Apabila tiba gilirannya berucap, barulah dia bangun dari celah orang ramai itu mengambil pembesar suara.
Begitulah pemimpin politik yang hendak dikenali pemimpin rakyat mendekat dan bergaul dengan rakyat.
Tetapi apakah dalam solat terutama solat Jumaat, raja yang hendak dikenali sebagai raja berjiwa rakyat, menteri-menteri yang hendak dikenali sebagai menteri rakyat merendah diri, memilih untuk solat jamaah di tengah masjid bersama dengan makmum?
Adakah sesuai dan betul tindakan pemimpin memberi laluan kepada orang awam solat dekat dengan imam dan dia pergi ke belakang di tengah makmum?
Saya pernah tengok seorang menteri di zaman Tunku, masuk masjid bersama Tunku dan Tun Razak pada hari Jumaat. Bila Tunku dan Tun Razak masuk dari pintu depan ke baris depan, dia berpisah menuju ke belakang. Begitulah selalu dia solat di baris belakang.
Pemimpin itu seelok-eloknya jadi imam, tapi kalau tidak tergamak jadi imam eloklah datang awal supaya boleh duduk dekat imam. Lainlah kalau atas sebab tertentu, tiba lewat ke masjid, orang sudah azan, maka isilah mana yang sedekat dengan imam!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-4-2013
Zaid Ibrahim sudah betul semula
Subky Latif, | 08 Apr 2013 |
PEGUAM Zaid Ibrahim yang pernah menggempar politik negara sekarang seolah-olah membuat kejutan lagi apabila dalam laman webnya dia menyeru pengundi Melayu/Islam memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.
Padanya, Pakatan Rakyat diberi peluang dulu bagi membuktikan mereka boleh membuat perubahan atau tidak. Jangan mudah kata, negara akan muflis di bawah Pakatan Rakyat sebelum ia diberi peluang.
Lalu disebutnya tentang PAS yang tidak pernah diberi peluang mentadbir selain dari Kelantan, maka tiada bukti PAS tidak boleh memerintah negara dengan baik.
Pandangan terbaru Zaid itu adalah sikap yang betul. Seruannya kepada pengundi Melayu/Islam supaya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat baik calon parti mana saja perlulah diberi perhatian oleh semua pihak.
Dalam kenyataannya itu tidak pula dia mengecualikan sokongan kepada calon PKR walaupun dia telah keluar PKR dan bergiat dalam parti lain. Ertinya termasuk yang disuruhnya sokong ialah PKR.
Maka sikap terbarunya itu wajar disokong. Dalam saat semua pihak mahukan perubahan, maka dengan semuanya menyokong Pakatan Rakyat, barulah perubahan itu dapat dicapai.
Saya menduga Zaid mahu berada dalam landasan politik yang betul semula. Apakah Zaid mahu mencari peluang untuk kembali semula ke tengah arena politik yang popular? Politik yang paling popular pada masa ini ialah berada bersama Pakatan Rakyat. Kalau tidak mudah untuk bersama PKR semula, Zaid boleh memberi semua kerjasama dengan PAS dan DAP tanpa mengganggu jalinan baik antara parti kerabat PR.
Sebarang tindakannya mendekati Pakatan semula jauh lebih mulia dari tindakan beberapa orang yang selama ini mengecam Dr. Mahathir dan entah kerana apa lalu mengadapnya sambil minta ampun maaf daripadanya, menyesali mencercanya selama ini.
Ada baiknya komen baru Zaid itu dihargai. Walaupun kita kira dia kurang sabar semasa meninggalkan PKR dulu, tetapi dia sudah memberi pandangan baik kepada Pakatan yang sedang berhempas pulas menghadapi BN itu.
Apapun Zaid menggemparkan politik negara apabila diberi peluang menjadi menteri, beliau telah memulih rekod perkhidmatan hakim-hakim yang ditribunal oleh Dr. Mlahathir dulu dan dia telah mendapatkan imbuhan kewangan ganti rugi kerana disingkirkan dulu. Tiada orang UMNO yang menilai jasa hakim-hakim itu tetapi Zaid membuat kerja yang mulia.
Kemudian dia menggemparkan negara apabila kerajaan Pak Lah yang menjadikannya menteri menahan tiga orang di bawah ISA termasuk Teresa Koh. Zaid membantah, meletak jawatan menteri dan keluar UMNO. Walaupun kurang dari seminggu selepas penahanan, kerajaan membebaskan tahanan ISA itu tetapi Zaid tidak menarik balik perletakan jawatannya.
Semua kata, dia silap keluar PKR. Dia juga dikira silap menyertai parti politik yang ada nyawa ikan saja. Sangkaan silap terbukti apabila dia bermasalah pula dengan politik barunya.
Sekarang membuat kenyataan betul. Moga-moga dia membuat banyak kenyataan betul lagi sehinggalah PRU berakhir.
Saya rasa Zaid boleh jadi orang yang boleh diterima masyarakat semula. Mungkin PAS adalah parti yang wajar didekatinya. Tidak perlu dia memohon jadi anggota PAS. Tetapi dia boleh meneruskan kerjasama dengan PAS Kota Bharu seperti yang dibuatnya sebelum ini. Dia memberi kemudahan kepada PAS memberi bangunannya yang mulanya bangunan itu dibina sebagai pejabat UMNO.
Dia boleh membantu PAS dalam PRU ini dalam berbagai cara. Tak perlu mengisi barang PAS. Selepas pilihanraya ini Zaid boleh menghadiri tiap-tiap minggu kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz. Tunjukkan sikap seperti yang orang PAS tunjukkan. Biar orang lihat Zaid adalah orang PAS yang tidak menjadi ahli. Lima tahun selepas itu pemimpin PAS akan isikan borang PAS untuk Zaid tanpa Zaid mohon menjadi ahli. Masa itu orang lihat Zaid seperti Khalid ibn Walid. Cerita Zaid pernah saman Kelantan tentang hudud lenyap dari ingatan.

Sumber HD - 8-4-2013
BERSIH 2.0 menuntut tempoh berkempen bagi PRU13 selama 21 hari, tapi SPR memberinya sekadar 16 hari – dari hari penamaan calon pada 20 April hingga hari mengundi 5 Mei, 2013.
Ini bererti satu lagi tuntutan demokrasi Bersih 2.0 tidak dipenuhi.
Bagaimana pun ia elok dari zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi yang memberi sekadar 8 hari bagi PRU 2004 dan dinaikkan sikit kepada 13 hari dalam PRU12.
Dibandingkan dengan tempoh kempen zaman Tun itu, tempoh 16 hari di bawah Najib ini tak dapat calon pergi ke lebih banyak dan menemui lebih ramai pengundi. Tak sempat calon hendak menemui pengundi dan tak sempat pengundi hendak mengenali calon.
21 hari yang Bersih tuntut itu tidak juga begitu cukup bagi calon berjumpa dan menjelaskan peranan yang hendak dimainkannya untuk kawasan, pengundi dan negara. Tetapi ia jauh lebih baik dari yang diberi dari zaman Tun Razak hingga ke zaman anaknya.
Zaman Dr. Mahathir langsung tidak dapat buat apa 10 hari, malah PRU terkhirnya tahun 1999 hanya 9 hari.
Itulah masa calon hendak memperkenalkan dirinya. Sepanjang saya bertanding dari 1979 hingga 1999 saya cuma bercakap antara lima dan lapan minit saja di setiap perjumpaan. Saya terpaksa pergi pula ke perjumpaan lain. Kira-kira selama sepuluh hari itu saya sempat berjumpa tidak sampai 40 peratus pengundi dan dapat mengunjungi sampai dari separuh kampung dalam kawasan pilihanraya itu.
Kesimpulannya calon tak kenal pengundinya dan pengundi tak kenal calonnya. Peluang semua pengundi hendak melihat calonnya dari dekat dalam masa kempen itulah. Setelah dia menang belum tentu dia dapat pergi ke semua kampung di kawasannya.
Apa pun kita boleh berbangga dengan masa yang cukup untuk kempen pada zaman Tunku menjadi Perdana Menteri. Dari PRU 1959 hingga PRU 1969 diberinya 35 hari. Walaupun sepanjang itu calon tidak juga tiba ke semua lokaliti, tetapi mereka sempat pergi ke merata tempat. Lebih banyak tempat dikunjungi dan lebih ramai pengundi ditemui.
Yang mula singkat kempen ini ialah apabila Tun Razak mengambil alih pentadbiran. Sekali saja PRU di zamannya tahun 1974. Diberinya 16 hari sama dengan yang diberi oleh anaknya.
Mengapa disingkatkannya? Mungkin dia mengira kempen 35 hari berekor dengan kecelakaan 13 Mei, 1969. Agak nak mengelakkan ketegangan dalam kempen, maka disingkatkan saja. Agaknya.
Tetapi Tun Razak dipercayai meniru demokrasi Lee Kuan Yew di Singapura. Lee memulakan kempen tak sampai 10 hari. Singapura kawasan pilihanrayanya kecil. Calon boleh pergi ke tiap-tiap lorong tiap-tiap hari. Mereka boleh pusing kawasannya tiga empat kali sehai. Tapi bagi kawasan seluas Kuala Lipis dan Gua Musang, 35 hari pun tak cukup, apa lagi 10 hari pada zaman Mahathir.
Pada zaman Tunku itu dipercayai calon dan sekalian pekerja parti terlalu penat. Bagi yang tidak berduit seperi pembangkang tempoh sepanjang itu menyebabkan duit habis. Tetapi tidak mengapa kerana calon dapat berjumpa dengan seramai-ramai orang dan dapat menyampaikan penjelasan tentang apa yang pengundi hendak tahu.
Kalau pengundi tidak menyokongnya kerana mereka tidak setuju dengannya, mereka sekurang-kurang puas hati kerana mereka telah jumpa semua pengundi. Mereka telah bekerja. Tetapi dengan 9 dan 10 hari, maka banyak terbuang, belanja besar, tak dapat jumpa pengundi. Tidakkah ia malang namanya.
Mungkin Dr. Mahathirlah orang paling takut rakyat dapat dengar banyak hujah pembangkang. Jika banyak mereka dengar, banyak mereka tahu tentang kelemahan kerajaan dan BN. Dia takut mereka tidak menyokong partinya.
SPR beri 16 hari
Subky Latif, | 14 Apr 2013 |

Bolehkah Perdana Menteri Najib disaman?
Subky Latif, | 16 Apr 2013 |
SEORANG datang bertanya saya apa patut dibuat kepada Perdana Menteri Najib yang menyebabkan kenduri kahwin anaknya tak dapat diadakan kerana ia bertembung dengan PRU13 pada 5 Mei ini?
Sambutan itu dijadualkan pada 4 Mei itu dan pagi esoknya mengundi.
Oleh kerana semua keperluan sudah ditempah, jemputan sudah separuh diedarkan, ada cadangan supaya ia diteruskan walaupun keluarga dari jauh seperti Perak, Johor dan Terengganu tidak semua boleh hadir kerana mahu mengundi esoknya. Mereka yang dari jauh itu boleh pulang malam itu atau subuh itu kerana mereka sempat mengundi sebelah petang di tempat masing-masing.
Tetapi dewan orang ramai di bawah kerajaan tempat kenduri itu dibatalkan kerana ia jadi tempat mengundi. Persiapan mengundi diuruskan dua tiga hari sebelum mengundi.
Tiada kemudahan yang berdekatan sebagai pilihan. Jika ditunda, dewan itu tidak pula dapat digunakan kerana setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan sudah ditempah orang. Pertengahan bulan Jun baru kosong. Masa itu hampir dua bulan selepas kenduri di rumah pengantin perempuan.
Alternatifnya kena cari tempat lain yang juga belum tentu kosong dan sewanya pula tinggi.
Kenduri itu sepatutnya telah diadakan lama dulu, hujung tahun lalu, tetapi bimbangkan musim pilihanraya lalu ditangguh dua tiga kali. Kalau pilihanraya itu diadakan selepas puasa dulu, maka boleh ia diadakan hujung hari terbuka.
Kalau ia diadakan bulan Disember, bolehlah kenduri diadakan awal tahun.
Tetapi tidak juga piliihanraya diadakan. Akhirnya ditetapkan 4 Mei mengambil kira bahawa Parlimen mesti dibubarkan sebelum 8 Mac, 2013 tempoh matang Parlimen bila genap lima tahun PRU dulu.
Sekalian keluarga yang jauh dimaklumkan awal supaya cukup masa untuk mereka datang bersama. Dia mengagak mestilah pilihanraya itu selesai dalam bulan Mac itu.
Tetapi yang dinamakan Najib itu tidak pernah agaknya memikirkan kepayahan orang lain. Memang sejak lebih dua tahun lalu semua orang sudah berteka teki dengan pilihanraya itu. Memang sejak itu orang hendak mengadakan kenduri kawin anak teragak-agak, hendak umrah dan haji teragak-agak. Yang hendak melancong ke luar negara pun payah membuat keputusan.
Akhirnya orang yang malang itu mengubah jadual kenduri di hari lain dan di tempat lain. Terburu-buru menempah kad jemputan lain. Menghubungi orang yang sudah dapat kad itu tentang perubahan itu. Ia boleh dibuat tetapi leceh.
Apa salahnya Najib beritahu masa itu dari awal supaya tidaklah semua orang huruhara untuk membuat program.
Dia mengharapkan harga barang tidak banyak berubuah dari dia mula menempah makanan dulu.
Jadual cuti kedua pengantin terpaksa dipinda. Demikian juga urusan lain bersangkutan dengannya.
Tidakkah semua ini menyebabkan banyak kerja.
Dia minta fikiran saya, ‘Apa patut dibuat?’ Memang dia marah dengan dolak dalik Perdana Menteri itu. Macam mana jadi pemimpin, dalam perkara yang semudah itu dia sudah menyusahkan orang.
Apa yang saya hendak nasihat bagi menenangkan dan menyelesaikan masalahnya?
Saya nasihatkan cuba saman Perdana Menteri, tuntutan ganti rugi teladan dan segala kepayahan yang dialami semasa menghadapi perkara itu. Mungkin ia tidak banyak tambahan perbelanjaan apabila ditangguh dan perubahan tempat itu.
Tetapi hendak mengajar seorang pemimpin supaya apabila berkuasa, jangan dia menyusah dan menyebabkan rakyat jelata jadi kelam kabut.
Bolehkah dia disaman? Kita minta nasihat peguam. Tanya Hanipa Maidin, bolehkah Najib disaman? Atau patutkah hal sebesar itu disaman Perdana Menteri? Mungkin ia menggelikan tetapi yang penting jangan ada Perdana Menteri lain dalam dunia buat kerja leceh seperti itu.
Dr. Abdul Aziz Bari dan Hanipa Maidin cuba beri nasihat, berapa juta boleh dituntut? Kalau dia tidak jadi Perdana Menteri lagi, adakah saman iu boleh diteruskan kepadanya sebagai orang biasa?

Sebut video lucah, orang teringat Umno
Subky Latif, | 17 Apr 2013 |
VIDEO fitnah Mustafa Ali terbit selepas polemik Setiausaha Dewan Pemuda PAS membangkit kemungkinan jika Rasulullah SAW dibangkitkan masa ini video kotor seperti itu juga dibuat orang.
Demikian gambaran rosaknya akhlak masyarakat Malaysia sekarang.
Fitnah kotor terhadap Nabi bukan suatu yang mustahil jika kita kembali ke zaman Nabi Musa a.s. didalangi Qarun mengupah seorang perempuan mengaku didera seks oleh Nabi yang maksum itu. Gara-gara perbuatan keji Qarun itu, dia dan harta kekayaannya ditelan bumi.
Sebaik saja reda polemik atas andaian pemimpin Pemuda PAS timbullah video memfitnah Dato Mustafa Ali yang pada anggapan orang di luar UMNO adalah amat payah dipercayai. Dengan itu andaian pegawai PAS itu ada relevennya.
Sebagaimana Al-Marhum Ustaz Fadzil tidak percaya langsung atas tuduhan ke atas Anwar Ibrahim, maka saya sendiri bersikap demikian atas fitnah Cikgu Pa itu.
Bukan saya saja berfikiran begitu, umum memberitahu saya, pandangan umum kebanyakan orang juga begitu.
Sebaik saja fitnah itu tersebar, spontan fikiran orang teringatkan UMNO. Mereka tidak percaya pemimpin PAS boleh jadi begitu. Kepercayaan masing-masing ia adalah angkara gejala UMNO.
Mungkin ada orang PAS yang tidak senonoh buat begitu, tetapi orang tidak percaya. Payah orang hendak percaya. Mungkin fitnah itu bukan gara-gara UMNO, tetapi orang merasakan ia tidak mustahil.
Setiap yang bertanya saya tentang fitnah atas Cikgu Pa itu, saya tanya adakah dia percaya? Semuanya menjawab, mereka tak percaya. Habis mereka percaya angkara siapa? Mereka tergelak kecil. Angkara musuh PAS yang sebelah sanalah.
Adakah awak yakin gejala itu yang buat? Jawab masing-masing, kalau mereka tak buat pun, orang akan percaya mereka yang buat.
Maka dengan demikian fitnah yang dibuat menjelang pilihan raya lebih mencederakan orang sebelah sana. Ia tidak mencederakan sangat PAS.
Dato Ahmad Maslan menafikan ia angkara gejala orang partinya. Katakanlah dia betul, tetapi budaya dan akhlak yang amat rosak itu adalah gara-gara masyarakat yang dibentuk oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak merdeka.
Kerajaannya gagal membentuk masyarakat yang beradab dan santun. Maka beban dan tanggungjawab keburukan itu tertimpa ke atas UMNO juga.
Budaya video sekotor itu telah banyak dialami oleh Anwar Ibrahim. Umum menolak fitnah terhadap Anwar.
Dengan video klip Cikgu Pa itu dikira oleh semua sebagai fitnah, maka semua yang dihadapi Anwar itu bertambah tidak laku lagi.
Cikgu Pa mengambil sikap tutup mulut dan menyerahkah fitnah itu kepada peguam. Tetapi Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO menempelak sikap berdiam diri Cikgu Pa dan sekalian pemimpin PAS.
Dicabarnya mereka supaya jangan berdiam diri tetapi tampil membuat penjelasan kepada umum. Apa yang Mustafa Ali buat itu sama dengan membisu seribu bahasanya Perdana Menteri Najib dalam semua tohmah terhadapnya berkait dengan tragedi menimpa Altantuya dan pembelian kapal selam Perancis yang bertukar menjadi skandal dan perkara itu sudah difailkan di mahkamah Paris.
Apa jua yang dibongkar oleh mendiang penyiasat bebas Balasubramaniam dan Deepak tidak pernah dijelaskannya. Hatta tunggul bercakap, Najib tetap diam.
Mungkin Ahmad Maslan faham, rupanya Mustafa meniru diam Najib.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-4-2013
Maka semua bertanya, siapa?
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Idris Jusoh dari Terengganukah? Tun Khalil Yaakob yang jadi Gabenor Melakakah? Shahidan Kassim dan Tan Sr Hamid Pak Wan Tehkah?
Sekarang telah terjawab. Sehari selepas penamaan calon Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai jamuan rakyat anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh yang dihadiri oleh calon dan penyokong Pakatan Rakyat. Esoknya dia mengumumkan di Pejabat Agung PAS menyertai PAS.
Dia boleh mengumumkan tindakannya itu beberapa minggu dulu, tetapi dia tidak mahu dilihat menyertai PAS kerana hendak bertanding. Biar selesai penamaan calon, baru ia diumumkan.
Kemasukannya tidak sama dengan kemasukan 100 orang ahli UMNO cawangan yang berlaku di sana sini. Tetapi kemasukan orang sepertinya, calon Timbalan Presiden yang tidak terpilih, selain dari bekas Menteri Besar sekian lama adalah Naib Presiden UMNO dalam team wawasan untuk beberapa penggal bersama dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib. Dari tiga itu dia seorang yang tidak jadi Perdana Menteri.
Kemasukannya amat besar ertinya.
Mungkin tidak sama dengan kemasukan Umar al-Khatab dan Khalid Ibni Walid ke dalam Islam, tetapi gemanya dekat seperti itulah.
Dipercayai banyak untungnya bagi PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebulan sudah anak saya memberitahu, Tan Sri Muhammad ada perubahan besar. Dia ada menyumbangkan sesuatu kepada sebuah sekolah tahfiz Paya Jaras. Dia bercakap kepada guru-guru dan murid sekolah itu.
Dia bercakap tentang pentingnya kembali kepada kehidupan Islam sebenar dan dia memuji PAS sebagai wadah pejuangan Islam yang istiqamah.
Kata anak saya, cakapnya positif dan nampak sebagai sikap baru seseorang Islam.
Saya tidak menyangka dalam masa sebulan kemudian dia berada di Pejabat Agung PAS mengumumkan dirinya menyertai PAS.
PAS adalah sebuah parti yang bukan sekadar untuk semua orang Islam tetapi dalam penamplan barunya ia adalah Islam Untuk Semua. Jika pada PAS kemasukan seorang penganggur atau seorang buruh biasa dianggap suatu yang penting besar ertinya, maka apa lagilah seorang yang pernah memegang sebuah kerajaan di negeri yang termaju iaitu Selangor, tentulah amat besar kesan tempiasnya.
Kemasukkan bukan sekadar memberi untung besar kepada PAS tetapi ia men guntungkan diri bekas menteri besar itu sendiri dan keluarganya serta orang-orang yang bersamanya. Kita tidak tahu apa kuntungan untuknya, tetapi tahulah Allah untuk memberi sesuatu kepada orang yang bekerja untuk Islam dan memberikan baki hidupkan kepada Islam.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhinya untuk menyertai PAS. Dia telah berada dalam UMNO di bawah sikit daripada kadudukan Dr. Mahathir dan setara dengan Tun Abdullah dan Najib. Dia tahu apa yang dibuat dan tiada orang boleh mencelah fikirannya.
Jika dia menang bertanding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO, maka dia adalah Timbalan Perdana Menteri selepas itu.
Dari seorang yang begitu tinggi dalam UMNO dulu, kini dia menjadi ahli PAS biasa. PAS yang belum berkuasa tidak menjanjikan apa-apa untuknya. Dan dia pun tidak mengharapkan apa-apa. Dia datang untuk bersama-masa berkongsi pahit maung perjuangan PAS tidak berduit dan tidak berkuasa. Yang ada pada PAS yang dipilih oleh Muhammad Muhd Taib ialah nama dan satu wadah yang suci untuk umat dan rakyat.
Sumber HD - 22-4-2013
DAP telah mendapat nikmat pertama dari dasar Negara Berkebajikan PAS apabila dapat ditenangkan pada saat hampir tidak boleh menggunakan lambang Roketnya kurang dari 30 jam sebelum waktu penamaan calon dibuka.
DAP jangan risau, calon-calonnya pasti boleh bertanding tanpa lambangnya atau sekalipun parti itu disembelih oleh ROS. DAP boleh memanfaatkan lambang PAS Bulan Penuh Purnama.
Menenangkan sekutunya itu satu tindakan mulia dan besar pahalanya. Sekali pun DAP parti sekular dan 99 peratus ahlinya bukan Islam tetapi mereka juga mahkhluk Allah yang perlu diselamat pada waktu ia terancam atau berdepan dengan maut.
Bukankah ada kisah seorang perempuan lacur mendapat ganjaran syurga kerana memberi air kepada seekor anjing yang nazak? Anjing adalah binatang najis yang apa saja disentuhnya terpaksa disamak sebelum boleh digunakan. Wanita itu pula ahli maksiat yang tempat layaknya adalah di neraka.
Menyelamatkan binatang najis dari mati dahaga berpahala besar dan pelacur keji itu telah diberi hidayat untuk menjadi ahli syurga.
Tidakkah PAS mendapat pahala besar dari tindakannya menenang dan menyenangkan hati saudara angkatnya, DAP yang cemas dan hampir lemas oleh tindakan nakal – buli - ROS menjelang hari penamaan calon? Tidakkah sikap PAS itu adalah tafsiran awal dasar Negara Berkebajikannya yang penuh Islamik? Dan DAP adalah pihak pertama menikmati dasar Islamik PAS itu.
DAP tidak diharamkan, tetapi yang tidak disahkan ialah Jawatankuasa Pusatnya. Ini bererti parti tiada pimpinan yang sah. Lim Guan Eng tidak sah sebagai Setiausaha Agung. Bagaimana tanda tangannya pada watikah calonnya boleh disahkan?
SPR secepat kilat bertindak, indakan ROS itu tidak menjejaskan kesahihan watikahnya. Bagaimana pun DAP tidak bulat meyakini jaminan SPR itu, kerana wibawa dan integritinya diragukan.
Dalam masa 24 jam itu PAS memproses watikah semua calon DAP di Semenanjung, manakala PKR memberi watikahnya buat calon di Sabah dan Sarawak.
Seluruh penyokong PAS menerima positif atas persetujuan PAS-DAP itu. Tiada yang menyoal kebijaksanaan PAS memberi kemudahan. Semua simpati atas kepiluan DAP itu dan tiada yang mengira ia melepas ekor anjing tesepit. Semuanya marahkan UMNO walaupun ia mungkin sikap bermuka ROS.
Semuanya mengira ia tindakan mulia PAS. Tok Guru Nik Aziz dikatakan berkata, Roket telah tiba ke Bulan.
Semua berharapkan malam 5 Mei nanti PAS menang di Kepong, Bukit Bintang, Batu Kawan, Ipoh Timur dan apa lagi di Gelang Patah. Dan yang paling ditunggu ialah wakil rakyat baru PAS, Lim Guan Eng akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri PAS di Pulau Pinang. Tiada mimpi PAS boleh membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Tiada yang mustahil jika itu yang Allah kehendaki.
Apa reaksi penyokong DAP? Tentu ia marah pada UMNO dan ROS. Tetapi mereka senang hati dengan murah hati PAS. Kurang sejam selepas DAP bersetuju menggunakan lambang alternatif itu pimpinan wanitanya yang berpengaruh, Teresa Koh berkata kepada umum, DAP sudah masuk PAS dengan bertanding atas nama PAS.
‘Saya boleh dipanggil Ustazah,” katanya. Ia kenyataan spontan, terbuka dan bermakna.
Dengan rahmat Negara Berkebajikan dari PAS tadi DAP sudah berasa lapang bahawa mereka tidak akan jadi calon bebas yang bercelaru simbolnya. Hanya mereka belum yakin dengan janji manis SPR.
Apa pun mereka tidak tolak 100 peratus janji SPR itu. Maka menjelang penamaan calon itu sepanjang malam pemimpin-pemimpin DAP mengagihkan watikah PAS kepada semua calon DAP di Semenanjung.
Pesan Guan Eng kepada semua calon, bawa dua surat tawliah itu ke dewan penamaan calon. Hulur dulu watikah DAP. Jika ditolak, unjukkan watikah PAS. UMNO pun tidak mahu ditempelak. SPR terima watikah Roket.
Watikah PAS boleh disimpan oleh setiap calon. Simpan dalam fail atau letak pada frem. Akan sejarah penting 100 tahun akan datang.
Sumber HD - 24-4-2013
TIDAK diketahui gerangan Perdana Menteri Najib tidak menyenaraikan Dato Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO dalam senarai calon BN.
Dia ada alasan untuk mengenepikan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita itu kerana orang tak tercium bau lembu yang menyelubungi keluarganya berikut skandal gembala suami dan anak-anaknya.
Menggugurkannya ada hubungan dengan formula calon plihan Najib semuanya calon boleh menang. Tidak mencalonkannya tepat dengan formula itu. Jika dia dicalonkan juga, maka matilah Najib dan BN ditubi pembangkang dalam kempen.
Tetapi orang tidak tahu mengapa Kamilia tidak tersenarai? Adakah kerana dia amat lantang mahu ketuanya Shahrizat meletak jawatan dari Ketua Wanita dan menteri sebaik saja skandal gembala lembu suaminya terbongkar. Wanita UMNO baginya tak terpikul dan tercium pekung lembu itu.
Dan adakah juga tidak disenangi oleh Tan Sri Rafidah Aziz kerana dalam klik tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita itu dulu. Rafidah tidak gembira Kamalia menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua sedang Rafidah sendiri dicabar Shahrizat.
Atau pemimpin wanita dari Kuala Kangsar itu tidak menepati piawaian calon yang dikehendaki oleh badan penapis SPRM. Lama sebelum Parlimen dibubarkan BN menekankan betapi calonnya perlu diluluskan oleh SPRM dulu.
Walaupun ada kayu-kayu buruk UMNO dicalonkan semula, mungkin mereka melepasi tapisan SPRM. Apakah pemimpin wanita itu sangkut di situ?
Apapun Kamilia ketika ketuanya yang dulu tidak berpakaian kemas dan ketika ketuanya yang sekarang belum berpakaian kemas, beliau sudah tampil berpakaian mengikut piawaian Islam.
Dari luar dia dilihat sebagai wanita yang sopan, elok sangat bagi sahsiah sayap gerakan wanita beragama Islam.
Dengan kedudukannya dan sebagai seorang profesional, dia ada kelayakan menjadi calon BN. Belum tentu calon-calon yang dikemukan lebih elok dari dia.
Katakanlah sebagai loyar, boleh jadi dia loyar buruk, tetapi ramai orang loyar buruk menjadi ahli politik yang baik dan berjaya. Kamilia dipercayai tidak termasuk dalam golongan itu sebagai orang politik mahupun sebagai pengamal undang-undang.
Apa jua kelemahannya dia adalah Naib Ketua Wanita, orang nombor dua penting dalam gerakan wanita itu. Jika berpuluh-puluh wanita di bawahnya dijadikan calon, mengapa Najib dan Muhiyddin terlepas pandang dengannya dan adakah Shahrizat sendiri tidak menyokongnya?
Sesudah Shahrizat digugurkan adalah menjolok mata apabila orang nombor dua diketepikan.
Mungkin dia ada kelemahan, tetapi apabila dicalonkan, maka maruahnya mulai ditanya, apa sebab dia diketepikan. Berbagai andaian dan fitnah boleh timbul.
Dia ada maruah, tetapi dia tidak dinilai oleh pemimin UMNO. Dia boleh mengambil tindakan bagi membuktikan orang yang bermaruah. Jika UMNO tidak menilai perjuangan dan perkhidmatannya kepada parti itu, bumi ini luas buatnya. Dia boleh teruskan di tempat lain.
Apa yang terjadi kepadanya, kira-kira satu yang malang bagi Wanita UMNO. Sebaik BN dilanda tsunami politik PRU 2008 dulu, Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak memasukkan wakil Wanita UMNO dalam barisan kabinetnya. Satu-satunya menteri wanita yang selamat dari tsunami itu ialah Rafidah Aziz, ketuanya.
Justeru lama sangat dalam kabinet, mungkin masanya untuk digugurkan telah tiba, maka dia digugurkan.
Dengan menggugurkannya, langsung Wanita UMNO tiada dalam kabinet pertama kali sejak zaman Tunku.
Bising Wanita UMNO dan Tun Abdullah tiada jawapan. Bila Najib mengambil alih diangkatnya Shahrizat yang kalah menjadi senator. Maka ada semula Wanita UMNO jadi menteri.
Wanita UMNO tiada menteri lagi bila Shahrizat tidak disambung keahlian senatnya. Jika Kamilia dicalonkan dan menang, dan BN menang lagi, tentulah Kamilia boleh mengisi kerusi yang dikosongkan Shahrizat itu.
Setelah bertahun-tahun dia sabar, peluang terbaiknya ialah ini kalilah. Tetapi Najib ketepikan dia. Cerdikkah Najib buat begitu? Mungkin UMNO bukan wadah yang elok bagi Kamilia. Bumi ini luas. Tempatnya mungkin tidak di situ.
Muhammad Taib orang baru dalam PAS
Subky Latif, | 22 Apr 2013 |
SEMINGGU sudah Dato Seri Nizar Jamaluddin menyebut adanya bekas Menteri Besar UMNO akan menyertai PAS.

DAP bawa watikah PAS ke dewan pencalonan
Subky Latif, | 24 Apr 2013 |

Najib tak cerdik ketepi Naib Ketua Wanita Umno
Subky Latif, | 25 Apr 2013 |
KETIKA rencana ini ditulis Kamilia masih Naib Ketua Wanita UMNO. Ketika rencana ini disiarkan dia adalah calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar dan sudah dipecat dari UMNO. Berikut adalah rencana itu:
TIDAK diketahui gerangan Perdana Menteri Najib tidak menyenaraikan Dato Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO dalam senarai calon BN.
Dia ada alasan untuk mengenepikan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita itu kerana orang tak tercium bau lembu yang menyelubungi keluarganya berikut skandal gembala suami dan anak-anaknya.
Menggugurkannya ada hubungan dengan formula calon plihan Najib semuanya calon boleh menang. Tidak mencalonkannya tepat dengan formula itu. Jika dia dicalonkan juga, maka matilah Najib dan BN ditubi pembangkang dalam kempen.
Tetapi orang tidak tahu mengapa Kamilia tidak tersenarai? Adakah kerana dia amat lantang mahu ketuanya Shahrizat meletak jawatan dari Ketua Wanita dan menteri sebaik saja skandal gembala lembu suaminya terbongkar. Wanita UMNO baginya tak terpikul dan tercium pekung lembu itu.
Dan adakah juga tidak disenangi oleh Tan Sri Rafidah Aziz kerana dalam klik tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita itu dulu. Rafidah tidak gembira Kamalia menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua sedang Rafidah sendiri dicabar Shahrizat.
Atau pemimpin wanita dari Kuala Kangsar itu tidak menepati piawaian calon yang dikehendaki oleh badan penapis SPRM. Lama sebelum Parlimen dibubarkan BN menekankan betapi calonnya perlu diluluskan oleh SPRM dulu.
Walaupun ada kayu-kayu buruk UMNO dicalonkan semula, mungkin mereka melepasi tapisan SPRM. Apakah pemimpin wanita itu sangkut di situ?
Apapun Kamilia ketika ketuanya yang dulu tidak berpakaian kemas dan ketika ketuanya yang sekarang belum berpakaian kemas, beliau sudah tampil berpakaian mengikut piawaian Islam.
Dari luar dia dilihat sebagai wanita yang sopan, elok sangat bagi sahsiah sayap gerakan wanita beragama Islam.
Dengan kedudukannya dan sebagai seorang profesional, dia ada kelayakan menjadi calon BN. Belum tentu calon-calon yang dikemukan lebih elok dari dia.
Katakanlah sebagai loyar, boleh jadi dia loyar buruk, tetapi ramai orang loyar buruk menjadi ahli politik yang baik dan berjaya. Kamilia dipercayai tidak termasuk dalam golongan itu sebagai orang politik mahupun sebagai pengamal undang-undang.
Apa jua kelemahannya dia adalah Naib Ketua Wanita, orang nombor dua penting dalam gerakan wanita itu. Jika berpuluh-puluh wanita di bawahnya dijadikan calon, mengapa Najib dan Muhiyddin terlepas pandang dengannya dan adakah Shahrizat sendiri tidak menyokongnya?
Sesudah Shahrizat digugurkan adalah menjolok mata apabila orang nombor dua diketepikan.
Mungkin dia ada kelemahan, tetapi apabila dicalonkan, maka maruahnya mulai ditanya, apa sebab dia diketepikan. Berbagai andaian dan fitnah boleh timbul.
Dia ada maruah, tetapi dia tidak dinilai oleh pemimin UMNO. Dia boleh mengambil tindakan bagi membuktikan orang yang bermaruah. Jika UMNO tidak menilai perjuangan dan perkhidmatannya kepada parti itu, bumi ini luas buatnya. Dia boleh teruskan di tempat lain.
Apa yang terjadi kepadanya, kira-kira satu yang malang bagi Wanita UMNO. Sebaik BN dilanda tsunami politik PRU 2008 dulu, Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak memasukkan wakil Wanita UMNO dalam barisan kabinetnya. Satu-satunya menteri wanita yang selamat dari tsunami itu ialah Rafidah Aziz, ketuanya.
Justeru lama sangat dalam kabinet, mungkin masanya untuk digugurkan telah tiba, maka dia digugurkan.
Dengan menggugurkannya, langsung Wanita UMNO tiada dalam kabinet pertama kali sejak zaman Tunku.
Bising Wanita UMNO dan Tun Abdullah tiada jawapan. Bila Najib mengambil alih diangkatnya Shahrizat yang kalah menjadi senator. Maka ada semula Wanita UMNO jadi menteri.
Wanita UMNO tiada menteri lagi bila Shahrizat tidak disambung keahlian senatnya. Jika Kamilia dicalonkan dan menang, dan BN menang lagi, tentulah Kamilia boleh mengisi kerusi yang dikosongkan Shahrizat itu.
Setelah bertahun-tahun dia sabar, peluang terbaiknya ialah ini kalilah. Tetapi Najib ketepikan dia. Cerdikkah Najib buat begitu? Mungkin UMNO bukan wadah yang elok bagi Kamilia. Bumi ini luas. Tempatnya mungkin tidak di situ.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-4-2013
Mat Taib masuk PAS sebelum Umno kalah
Subky Latif, | 01 Mei 2013 |
TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor tidak memberitahu dia membawa bersamanya ramai orang UMNO menyertai PAS.
Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS.
Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.
Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.
Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari PAS kata hodoh tentang partinya. Nyatalah pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang dan budak-budak PAS yang cicir dari PAS itu kebudak-budakan.
Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.
Atas latar belakang itulah dia saja masuk PAS dulu dan logiknya siapa yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.
Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.
Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi. Bagi menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.
Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.
Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.
Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam dan PAS.
Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.
PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang dan bertambah kuat. Ia bukan saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang bukan Islam.
Bertambah ramai orang profesional masuk PAS. Ada yang berpendapat profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama UMNO. Yang bersama UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.
Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.
Syabas! Mat Taib sudah dulu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-5-2013
Komen Karpal atas Mat Taib
Subky Latif, | 02 Mei 2013 |
Bagi Karpal Singh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohd. Taib tidak layak diterima menjadi ahli PAS. Sebagai ahli PAS tentulah dia menjadi kerabat Pakatan Rakyat yang parti Karpal adalah tuan punya bersama PAS.
Pandangannya adalah kerana rekod lamanya dalam Umno dulu. Bagaimanapun komen Karpal itu ada atas kapasiti pribadinya, bukan sikap partinya.
Karpal berhak menyatakan pandangan seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan kebebasan bersuara dalam demokrasi. Latar belakang undang-undangnya menyebabkan dia terpaksa sampaikan begitu.
Bagaimanapun PAS tidaklah perlu apolojetik apabila menerima Tan Sri Mohamad sebagai ahli. Ajaran Islam yang menjadi landasan perjuangan PAS membuka ruang kepada semua orang untuk bersamanya tanpa mempersoal sangat pengalaman lama seseorang.
Firaun misalnya adalah sekejam-kejam pemerintah dalam sejarah manusia. Tetapi Nabi Musa AS datang mengajaknya kepada kebaikan. Tanpa mengira latar belakang Firaun, kiranya dia bersetuju menyertai Nabi Musa, maka segala kekejaman lampau Firaun itu dilupakan. Dia akan dikira sebagai orang baru.
Pada hari dia mahu bersama Nabi Musa, bererti dia meninggalkan dunia lamanya. Dia berubah dari kezaliman kepada kehidupan yang adil dan hak.
Islam itu adalah agama pengampunan. Ia menerima sesiapa saja yang hendak berbuat baik dan mengampunkan segala kelemahan orang yang mula berbuat baik itu.
Firaun itu lebih ranggi daripada iblis. Iblis tidak mengaku dirinya tuhan. Tetapi Firaun mengaku dirinya tuhan. Pada Allah tidak ada kesalahan lebih besar daripada mengaku tuhan. Makhluk yang seteruk itu jika menerima seruan Nabi Musa, serta merta jadi orang sebersih bayi yang baru lahir, habis dosanya. Tetapi lazimnya orang sejahat Firaun itu Allah tidak bagi hidayat untuk masuk kumpulan orang baik.
Dan yang menjayakan kenabian Rasulullah SAW itu ialah penyertaan sekalian orang jahat jahiliyah Quraisy. Jika Nabi Muhamad SAW menolak penyertaan orang-orang jahiliyah itu, maka baginda seorang sajalah yang Islam. Islam yang dibawa oleh baginda itu adalah tempat semua orang untuk berbuat baik.
Atas ajaran itu PAS sebagai parti yang berasaskan Islam menerima siapa saja daripada Umno, bahkan orang jahat yang bukan Umno juga diterima. Jika Dr Mahathir yang dikira seteruk-teruk Umno, jika dia mohon masuk PAS, maka PAS terima.
Jika selepas masuk, dia tidak berubah, meneruskan juga sistem Umno itu, masih seronok juga dengan kisah-kisah lamanya , maka dia boleh dipecat. Tetapi tidak boleh dipertikai niat dia mengapa dia masuk PAS.
Dan PAS yang bergerak siang malam selama ini adalah untuk menarik orang Umno menyertainya. Tidak menang PAS kiranya orang Umno tidak menyertai PAS beramai-ramai. Siapa lagi hendak meramaikan PAS kiranya tidak orang Umno yang ramai itu.
Memang ramai juga dalam PAS sekarang, asalnya orang Umno. Malah peranan mereka bagi menentang Umno lebih agresif daripada setengah orang PAS.
Pak Yazid Jaafar, pernah menjadi pendakwah bebas di Kuala Lumpur, asalnya adalah aktivis Pemuda Umno zaman Pemuda tahan lasak yang berdengung anti-PASnya. Apabila dia menyertai PAS dia seorang Islam dan PAS yang komited dan disukai ramai.
Yang berjaya menjadikan dia daripada seorang Umno yang bengis kepada seorang yang diundang berdakwah di merata-rata ialah PAS. PAS itu bukan sekadar sebuah parti politik tetapi ia juga adalah kilang menukar Umno yang nakal kepada orang PAS yang baik dan beradab. Kiranya kita tolak penyertaannya, maka kekallah dia sebagai orang yang tidak berubah.

Ulama kelindan dan ulama imam
Subky Latif, | 03 Mei 2013 |
Umno boleh ditempelak lagi kerana ia juga menambilkan ramai calon ulama dalam PRU13 ini yang diyakini oleh pemimpinnya Datuk Seri Najib sebagai calon boleh menang.
Maka bukan saja PAS yang ramai calon ulama, Umno juga ada ulamanya.
Bukanlah ini kali saja Umno mengemukakan calon ulama, bahkan sejak sebelum merdeka lagi ada calon ulamanya. Contohnya, Haji Ahmad Badawi sudah jadi calon Perikatan sejak awal. Datuk Haji Hassan Yunus, lulusan Azhar, Mesir jadi Menteri Besar Johor pertama selepas merdeka.
Dalam semua masa ada calon ulama di sana satu, di sini satu.
Tetapi dalam era Islam Hadhari dan Wasatiyah, Umno dilihat seolah-olah kalah dalam menampilkan ulamanya. Kebanyakan ulama yang diketengahkannya tidak angkat muka berdepan dengan PAS sehingga orang ramai terasa ulama ada dalam PAS saja. Dalam Umno kalau pun ada, dirasakan seperti tak ada.
Bagi mengatasi rasa rendah itu dalam PRU13 ini ramai ulama muda jadi calon Umno, maka media pun kata tak boleh lagi PAS mendakwa, ia saja yang penuh dengan ulama.
Tidak berbangkit Umno tidak ada ulama. Ada ulamanya. Apakah mereka lantang seperti ulama PAS mahukan pentadbiran Islam, itu adalah masalah mereka. Kehadiran mereka dalam Umno sejak dari mula tidak pernah mencerminkan Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebabgai addin dan mahu menjadikan Islm sebagai teras perundangannya.
Hingga orang berkata kalau memperjuangkan Islam dan tauhid sertailah PAS, Kalau mahukan Islam sebagai falsafah pentadbiran negara, tempatnya bukan Umno.
Umno bermai-mati mendakwa ia adalah pejuang Islam tulin di negara ini. PAS tidak lebih dari sebuah parti politik yang hendakkan kekuasaan saja.
Bagi membukti Umno tak kalah, ia menambah calon ulamanya, moga-moga mulut PAS dan penyokongnya dapat ditutup.
Sekarang ia sudah ramai calon ulama. PAS hndak kata apa lagi?
Maka PAS boleh kata, bahawa ulama dalam PAS itu adalah pemimpin dan memimpin. Dia bukan dipimpin. Dalam PAS ulamanya adalah imam.
Dalam Umno ulama bukan pemimpin, mereka adalah kelindan. Kelindan itu dikira baik dan penting. Yang ramainya ia sebagai penumpang. Mereka cium tangan Najib.

Apabila Pakatan tak sampai ke Putrajaya
-, | 06 Mei 2013 |
DENGAN keputusan PRU13, telah diketahui Pakatan Rakyat tidak sampai ke Putrajaya. Masing-masing terpaksa balik ke pengkalan sendiri untuk memikirkan lain kali pula ke situ.
Sama ada setuju atau tidak setuju dengan keputusan itu tiada apa yang dapat dibuat, kerana sistem pilihanraya demokrasi memperaturkan keputusan itu diterima baik apa jua yang berlaku.
Dengan keputusan itu Putrajaya tidak dapat diambil alih. Kerajaan pusat yang sama dan Perdana Menteri yang sama menyambung tanggungjawabnya.
Dengan ini harga minyak tidak dapat diturunkan dalam masa 24 jam selepas keputusan pillihanraya diketahui. Harga minyak terus seperti biasa. Kerajaan yang ada tidak menjanjikan harganya diturunkan dan tidak pula berjanji ia tidak akan dinaikkan. Rakyat akan menghadapi keadaan yang sama tentang harga minyak dan segala kesannya.
Tiada janji harga barang dapat dikawal.
Negeri yang menghasilkan minyak iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak hilang peluang untuk dapat royalti minyak 20 peratus.
Kelantan yang sedang menuntut haknya atas minyak yang dinafikan sejak sekian lama hilang peluang yang segera untuk menyelesaikan tuntutan itu. Bahkan negeri seperti Terengganu tidak ada jaminan untuk mentadbirkan sendiri royalti lima peratusnya yang dirampas sejak zaman Dr. Mahathir lagi.
Harapan untuk membeli motokar baru yang murah juga hilang. Walaupun BN dalam aku janji manifestonya menjanjikan untuk menurunkan harga motokar yang baru, tetapi ia tidak menjanjikan penghapusan cukai eksais atasnya.
Orang-orang yang menangguh pembelian motokar sejak beberapa bulan dulu kerana menunggu harapan PR sampai ke Putrajaya, terpaksa melupakan harapan itu. Terpaksalah membelinya dengan harga yang biasa.
Orang yang meminjam PTPTN terpaksa melupakan saja harapan ia dimansuhkan dan yang menangguhkan membayarnya dulu beriktiarlah membayarnya.
Ibu bapa yang anak-anaknya yang bakal masuk universiti selepas ini, tak usah memikirkan anak-anaknya akan bebas dari tanggungjawab PTPTN. Rakyat sekarang sudah hilang peluang untuk mendapat pelajaran percuma dari pra sekolah hingga ke universiti.
Ibu bapa yang mahu anak-anaknya masuk ke sekolah agama rakyat dan tahfiz al-Quran terpaksa memikirkan sistem pengajian itu mengikut cara lama iaitu berbelanja sendiri.
Semangat perlembagaan menjanjikan setiap anak yang lahir ada peruntukan pendidikan per kepala. Peruntukan itu akan ikut ke sekolah mana anak itu pergi. Yang memilih belajar di sekolah Tamil dan Cina, ke sekolah itulah duit itu diberi. Tetapi yang pergi ke sekolah agama rakyat seperti pondok dan tahfiz, duit itu tidak mengikut murid itu.
Pakatan Rakyat ada menjanjikan sekolah seperti itu termasuk dalam sistem pelajaran percuma yang dicadangkan.
Harapan untuk bebas tol lebuhraya secara berperingkat-peringkat tidak dinikmati selagi Putrajaya tidak diambil allih oleh Pakatan. Maka sekalian rakyat untuk masa lima tahun akan datang tidak dapat berangan-angan untuk melalui lebuhraya tanpa tol. Tidak diketahui apakah ia akan dikurangkan? Apa pun bersedialah untuk meneruskan mengguna lebuhraya seperti biasa.
Orang-orang yang kena saman ekor, bersedialah untuk membayarnya jika tidak mahu diburu.
Apakah tidak mustahil kerajaan yang menang itu menciplak segala janji manifesto PR? Ia tidak dapat difikirkan kerana ia berkara, melaksanakan janji itu menyebabkan negara bangkrap. Ia tak akan fikirkan hal itu.
Jangan berputus asa. Sebarlah dengan ujian kekalahan itu. Lima tahun lagi akan diteruskan janji itu. Lima tahun tidaklah lama sangat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-5-2013
Tiada tuah lagi Ibrahim lawan PAS
Subky Latif, | 07 Mei 2013 |
TIADALAH orang UMNO Kelantan yang dikira sepintar Dato Ibrahim Ali sepanjang berlawan dengan PAS di negeri itu. Dia boleh hidup dalam semua masa.
Walaupun sejak 40 tahun lalu pemimpin hebat UMNO Kelantan ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi Ibrahim boleh hidup baik bersama Tengku Razaleigh mahupun selepas masa Tengku Razaleigh.
Angkatlah siapa jadi ketua UMNO Kelantan selepas Ku Li, baik Annuar Musa mahupun Mustapa Mohamad atau Dr. Awang Adek, tiada siapa yang dapat menjinakkan Ibrahim Ali. Dia sudah ke depan sebelum nama-nama itu muncul dalam politik.
Besar peranannya menumbangkan kerajaan PAS yang dipimpin oleh Dato Asri dulu. Dia bermula dengan menubuhkan Berjasa bersama Dato Mohamad Nasir. Selepas PAS kalah dan Berjasa tidak bertenaga lagi dia terus dalam UMNO. Tidak lambat baginya mendapat tempat penting dalam UMNO bagi menjadi pemimpin UMNO Pasir Mas.
Sakit PAS Pasir Mas untuk menundukkan Ibrahim. Dalam waktu yang muda dia berjaya mengalahkan PAS untuk jadi anggota Parlimen Pasir Mas. Dia bermula sebagai hulubalang Ku Li. Banyak kerja yang dibuatnya bagi pihak Ku Li. Termasuk menjalankan kerja menentang Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dan sebelumnya membantu Ku Li menentang Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Apabila dia melihat Ku Li hilang bisa, dia terus menjadi hulubalang Dr. Mahathir pula. Dr. Mahathir memang pandai memungut siapa saja yang pernah menentangnya untuk menjadi hulubalangnya.
Tiada mudah bagi PAS menguasai Pasir Mas. PAS tidak sukar menghadapi Annuar Musa tetapi tidak mudah berdepan dengan Ibrahim walaupun dia tidak pernah menjadi orang pertama UMNO di negeri itu.
Berkat pimpinan ulama PAS Kelantan dan pimpinan Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan dan setelah S46 dibubarkan bagi menyertai UMNO, kekuatan Ibrahim mulai tercabar.
Dalam PRU 1999 Ibrahim Ali dapat dikalahkan oleh Ustaz Ismail Noh dari PAS. Pimpinan Annuar Musa dan Mustapa Mohamad tidak stabil. Mereka tidak dapat mengawal kerenah Ibrahim Ali. Kalau pimpinan UMNO negeri itu olehnya.
Bila UMNO diambil alih Abdullah Badawi, cara untuk mematikan politik Ibrahim ialah memecatkan dari UMNO seumur hidup. Dia lawan pimpinan UMNO Pasir Mas yang pernah duduk di bawahnya. Dia cuba buktikan dia lebih pintar dari UMNO Pasir Mas, dia bertanding bebas menentang BN dan PAS dalam PRU 2004. Bukan saja dia kalah, BN pun kalah.
Lepas itu dia berbaik dengan Tok Guru Nik Aziz. Dia bersama PAS menentang UMNO seluruh Kelantan. Tetapi sekali-kali dia tidak mahu menyertai PAS. Dengan kepintarannya dia dapat meyakinkan pimpinan PAS untuk menjadi calon PAS tanpa menyertai PAS. Ustaz Ismail Noh memberi laluan kepadanya menjadi calon PAS Pasir Mas menentang BN. Dia menang PRU 2008 dan jadi MP Pasir Mas semula.
Dia enggan jadi MP PAS tetapi selesa jadi MP Bebas, tidak terikat dengan disiplin parti. Dia tidak teragak-agak menyerang PAS dan kerajaan Kelantan. Bila Najib menggantikan Tun Abdulllah Badawi, dia banyak bercakap selari dengan dasar Najib. Dia berusaha untuk mewakili BN di Pasir Mas dalam pilihanraya tanpa masuk UMNO. Kerana dia dibuang dari UMNO seumur hidup, payah bagi UMNO menerimanya selagi Tun Abdullah hidup.
Tetapi dia berjaya meyakinkan Dr. M dan Najib bahawa dia boleh mengalahkan PAS. Dr. M berjaya mempengaruhi Najib memberinya menjadi calon menentang PAS tanpa jadi UMNO.
Seminggu sebelum Najib mengumumkan calon BN, saya menerima SMS, Ibrahim tidak disenaraikan sebagai calon BN, tetapi calon BN tidak menyerahkan penamaannya bagi membolehkan Ibrahim berlawan satu sama satu dengan PAS. Betul dia saja menentang PAS bagi Parlimen Pasir Mas.
Bagaimana pun dia kalah juga. Dia guna PAS lawan BN, dia menang. Dia guna UMNO dan BN untuk lawan PAS, dia tidak jadi orang bertuah lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-5-2013
Sumber HD - 15-5-2013
Sumber HD - 21-5-2013
Sistem pilihan raya yang terpakai di negara kita, adalah mengikut model demokrasi Westmenster Abbey di Britian iaitu yang berkuasa ialah yang mendapat kerusi terbanyak di dewan permesyuaratan, bukan yang mendapat undi terbanyak pada keseluruhannya.
Lainlah seperti sistem di Amerika dan lain-lain negara Eropah, undi popular itu membantu mendapat kuasa sekalipun kerusinya sikit.
Sistem kita tidak boleh diubah selagi perlembagaan tidak dipinda dan pindaan perlembagaan pula memerlukan undi dua pertiga. Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat majoriti mudah, tetapi tidak dapat majoriti dua pertiga, sistem itu tidak dapat diubah.
Keputusan PRU13 yang diakui oleh SPR jelas undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika dicampur undi yang diberi kepada calon yang menentang BN kecuali undi kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas, maka undi popular bagi pembangkang itu bertambah.
Bukan pertama kali dalam sejarah pilihanraya di negara kita pembangkang memenangi undi popular. Dalam PRU 1969 untuk Dun Terengganu, PAS memenangi undi popular tetapi Perikatan mendapat majoriti kerusi. Yang menjadi Menteri Besar ialah Tan Sri Ibrahim Fikri dari Perikatan.
Sekarang BN berdalih Pakatan yang beroleh undi popular itu di lima negeri termasuk di Wilayah Persekutuan, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tetapi di lain-lain negeri BN memenangi kerusi dan undi popular. Ia cuma memerintah Perak tanpa undi popular.
Walaupun BN dapat undi popular di lapan negeri serta kerusi majoriti iaitu Perlis Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, tetapi ia kalah undi popular di peringkat Parlimen.
Walaupun BN pada umumnya kalah undi popular tetapi ia memerintah kerana dapat banyak kerusi. Walaupun ia memerintah tetapi ia tetap memalukan kerana ia tidak dapat undi popular. Akan sentiasa lekat di otaknya bagi semua orang ia adalah pemerintahan yang tidak popular.
Pakatan boleh dan akan sentiasa bercakap lantang, hanya nasib baik saja BN memerintah kerana ia dapat banyak kerusi, tetapi ia juga kalah kerana gagal mendapatkan undi popular.
Sebenarnya ia tidak boleh berbangga sangat kerana bilangan kepala yang menolak BN dan pimpinan Najib lebih ramai. BN sudah tidak boleh berbangga seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menang kedua-dua – kerusi dan undi popular.
BN dan UMNO sekarang sudah tidak jadi BN di zaman Tunku, Tun Razak, Husein Onn dan Dr. Mahathir lagi. Masa itu ia dapat kerusi majoriti dan menang undi popular.
Jika Malaysia ini berada di negara-negara yang kemenangan itu ditentukan oleh undi popular, maka BN sudah terguling 6 Mei lalu dan Putrajaya terlucut daripadanya.
Kerana nasibnya baik undi popular yang tidak diperolehinya tetap membantunya mengekalkan kekuasaan. Ertinya ia menang secara teknikal saja.
Kalau wilayah Malaysia seperti sebuah kawasan pilihanraya, kemenangan adalah oleh pihak yang mendapat undi terbanyak, tak kira yang menang itu undi sikit di lokaliti tertentu, tetapi di lokaliti yang lain ia dapat undi banyak, maka jumlah undi yang banyak itulah yang menang.
Semangat dari undi popular inilah yang menguatkan semangat dan iltizam Pakatan untuk menguatkan meneruskan politiknya mara ke Putrajaya lagi.
Nasib Pakatan kurang baik, nasib BN baik ia menang dengan teknikal kerana perlembagaan menentukan begitu. Kegembiraan BN itu sama seperti kegembiraan Presiden Kristian di Lubnan dan Maharaja Hindu di Kashmir.
Perlembagaan masing-masing memperuntukan Presiden Lubnan mesti Kristian dan Maharaja Kashmir adalah Hindu walaupun majoriti rakyatnya rata-rata Islam. Politik yang macam itu menjadikan wilayah itu terus menerus bergolak.
Sumber HD - 22-5-2013
Permit penerbitan mesti dimansuh
Subky Latif, | 09 Mei 2013 |
Pakatan Rakyat wajar memasyhurkan supaya permit penerbitan oleh kementenerian dalam negeri ke atas penerbitan berkala seperti akhbar dan majalah wajar dimansuhkan.
Antara kekangan rakyat mendapatkan maklumat yang benar di negara ini sejak merdeka ialah setiap akhbar dan majalah dan apa-apa jua penerbitan berkala mesti mendapatkan permit daripada kerajaan.
Sejak sekian lama negara-negara maju dan demokrasi tidak mensyarakatkan akhbar dan majalah yang berkala mendapatkan permit.
Bahkan sebelum merdeka, pentadbiran jajahan British tidak mensaratkan permit penerbitan untuk menerbitkan akhbar.
Siapa saja yang berminat untuk menerbitkan akhbar, maka ia berhak menerbitkannya asal dia ada modal yang secukupnya. Akbar dan majalah boleh terbit asal ada modal dan ia tutup apabila ia rugi dan habis modal.
Bahkan antara piagam kebebasan bersuara ialah tiada lesen bagi penerbitan alat-alat penerangan. Akhbar dan majalah terbut bukan kerana ia dapat lesen dari kerajaan, tetapi kerana ia ada modal secukupnya dan hak untuk semua mendapat apa jua pandangan dan maklumat.
Dan setiap akhbar tutup bukan kerana permit penerbitannya dibatal oleh kerajaan tetapi penerbit tidak cukup modal untuk meneruskan penerbitan.
Pada zaman penjajah dulu pejuang-pejuang kemerdekaan boleh menerbitkan akhbar bila-bila masa dan kerajaan penjajah tidak berhak mencegahnya. Wartawan-wartawan seperti Dato Onn Jaafar, Pak Sako, Ahmad Boestamam boleh menerbitkan lidah rasmi parti masing-masing dan dipasarkan kepada masyarakat umum.
Mereka boleh tulis apa saja tentang keburukan penjajahan British. Sekalipun tulisan itu boleh menggembeling fikiran pembaca untuk menentang penjajah, tetapi kerajaan penjajah tidak mengharamkan penerbitan itu.
Penjajah boleh menghantar polis bertindak menahan pekerja akhbar, tetapi tidak menghalang akhbar daripada terus terbit. Jika ada berita dan rencana yang penjajah tidak senang atau bercanggah dan dasar kerjaan, wartawan dipanggil dan tindakan paling keras ialah menyuruh pengarang menyiarkan minta maaf kepada kerajaan.
Pengarang masa itu menyiarkan siaran minta maaf, lalu kerajaan penjajah tutup fail atas isu itu. Tetapi esoknya akhbar mengecam pula penjajah atas isu lain.
Apabila negara merdeka kerajaan Perikatan mula mensyaratkan permit penerbitan dan ia mesti dibaharui apabila tempohnya tamat.
Sehingga dalam tahun 1970-an ada gesaan supaya permit itu dihapuskan kerana ia menyekat kebasan bersuara. Ia adalah satu tindakan melesen akhbar sedang dasar popuar dunia tiada apa yanag dikatakan akhbar berlesen.
Jabatan penerangan menjelaskan bahawa permit itu bukan hendak menyekat kebebasan tetapi kerajaan hendak tahu bilangan akbar dan majalah yang masih beroperasi. Dengan permit itu kerajaan tahu akhbar dan majalah itu masih terbit atau tidak.
Tetapi apa yang berlaku ialah tidak boleh terbit selagi tiada izin kerajaan dan kerajaan boleh tidak sambung permit atau batalkan mana yang ia suka.
Undang-undang sudah cukup bagi mengawal penerbitan daripada melakukan sebarang jenayah. Jika ia melanggar undang-undang ia boleh didakwa dan jika ia menyebarkan fitnah ia boleh dikenakan saman malu dan tuntutan ganti rugi.
Sistem yang terpakai menafikan hak parti politik menerbitkan organ rasmi. Dan jika organ dipermitkan ia dihadkan penerbitan dalaman, tidak boleh diedarkan kepada publik.
Penerbitan dan percetakan adalah satu Industri yang merangsang kemajuan. Ia adalah pembangunan dan pelaburan. Ia adalah alat demokrasi dan kebebasan bagi kedaulatan bangsa dan negara. Penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan rakyat tersekat mendapat maklumat yang benar dan ia mematikan ilmu dan minda.
Pakatan mesti memperjuangkan hak penerbitan tanpa lesen.

Sumber HD - 9-5-2013
Tidak dipastikan Perdana Menteri Najib tergamak bertanya begitu. Dia tanya menyifatkannya sebagai tsunami Cina. Bermacam-macam boleh ditafsirkan termasuklah maksud apa lagi yang Cina mahu?
Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang gagal dalam percubaannya untuk ke Parlimen ternyata kecewa kemenangan DAP lalu dia meluahkan persepsinya tidak senangnya kepada kecenderungan mengundi orang Cina.
Demikian juga Noh Omar sekalipun menang di Tanjung Karang tetapi gagal merampas semula Selangor.
Mereka berdua bersama media dikuasai pemimpin UMNO dan lain-lain membebel terhadap persepsinya terhadap pengundi Cina yang mereka sifatkan tidak mengenang budi setalah dikatakan banyak yang diberi dan apa lagi yangCina mahu?
Semuanya baik tsunami Cina, tidak mengenang budi dan apa lagi yang Cina mahu, adalah meraban orang yang tidak pernah merasa kalah. Bukan sekadar jadi calon yang tidak pernah kalah, bahkan partinya sendiri amat jarang kalah.
Paling terkedu ialah calon yang tidak pernah kalah seperti Ali Rustam dan Ghani Othman. Apa rasanya mengalami kekalahan setelah berkali-kali tidak pernah kalah? Orang petama kali kalah seperti Kamilia Ibrahim, Bebas Kuala Kangsar tidak kecewa sangat kerana dia sendiri tidak pernah merasa menang. Bagi yang berbelas tahun menang, tiba-tiba kalah, maka dunia ini dirasakan sentiasa gelap.
Orang yang tidak pernah kalah dan partinya pun jarang kalah, apabila ia berdepan dengan pengalaman hampir kalah dan partinya sendiri kalah di banyak tempat seperi Najib dan Noh, pengalaman itu sendiri cukup melemahkan pertimbangan.
Bagi PAS yang sentiasa kalah, sudah lali dengan kekalahan, bila mereka kalah mereka bersabar. Maka segala berkata Cina begitu dan begini adalah gara-gara kekalahan orang yang tidak pernah kalah.
Segala latah baik Najib, Ali dan Noh tidaklah mencerminkan kebijaksanaan dan ketenangan sebagai pemimpin berwibawa.
Tetapi dengan bermacam-macam yang diberi selama ini, adakah semua sudah diberi dan semua dapat apa yang diberi? Mungkin Robert Kuok, Vincent Tan, Tan Koon Swan, Ling Liong Sik telah diberi semua tetapi adakah semua Cina sudah diberi semua?
Sabda Nabi SAW kepada bapa saudarnya Abu Talib yang menyampaikan bermacam tawaran manis musyrikin Quraisy bermaksud kira-kira, sekalipun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, tidak sekali-kali aku meninggalkan dakwah.......
Apa jua yang kita beri pada anak-anak dan isteri kita, tidak bererti kita telah memberi segala-galanya. Kita beri apa yang terdaya dan tidak dapat beri apa yang tidak terdaya.
Adakah anak Mahathir merasa cukup apa yang telah diberi? Mereka pun mahu banyak lagi. Sudah banyak yang Najib beri pada isterinya, tetapi banyak lagi yang dia mahu.
Adalah benar sudah banyak lesen dan peluang perniagaan diberi kepada saudagar-saudagar Cina, mungkin sama dengan memberi matahari dan bulan, tetapi yang belum diberi yang dituntut oleh Cina bersama Melayu, India dll ialah sebuah pentadbiran yang bersih, adil, tidak rasuah, pemimpin yang tidak melari kekayaan negara, keadilan sosial, negara dan masyarakat berkebajikan.
Adakah semua itu sudah diberi? Kalau orang UMNO dan orang Melayu kampung tidak mahu apa yang orang Cina mahu itu, itu adalah kebodohan mereka sendiri. Tetapi Ali Rustam tidak boleh marah Cina yang minta apa yang UMNO dan BN tidak boleh beri. Semua yang Cina mahu lagi itu adalah yang Pakatan Rakyat sedia beri, bukan saja untuk mereka tetapi untuk kita semua.
‘Apa lagi yang Cina mahu?’
Subky Latif, | 14 Mei 2013 |
GARA-gara kejayaan besar DAP dan kecundang teruk MCA dalam PRU13 bertanyalah orang-orang yang desprado di kalangan UMNO, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’

Sumber HD - 14-5-2013
PAGI itu saya menerima beberapa panggilan bertanyakan, ‘Benarkah Ustaz Azizan (Abdul Razak) sudah mati?’
Saya tiada maklumat. Dari anak saya yang bercakap dengan anak Ustaz Azizan, dia koma tetapi menurut doktor adalah stabil.
Saya bergegas ke Pulau Pinang berada di sisinya sebelah malam, empat jam selepas rombongan Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Pulau Pinang menziarahinya.
Dia sudah begitu sejak sebelum Subuh tadi. Saya pinjam kata-kata Tun Abdullah Badawi semasa menziarahi Ustaz Fadzil Noor di HUKM Bandar Tun Razak dulu, ‘Dia dilihat tidur.’
Kedua kakinya dilihat hitam. Kuman kencing manis di luka kuku kakinya sudah naik ke lutut. Nasihat doktor ia mesti dipotong bagi menyelamatkannya. Wasiatnya kepada warisnya dan setiausaha politiknya, ‘Jangan potong kaki (nya)!’
Kawanku itu menghadapi dua ujian besar. Pertama kerajaan Kedah pimpinannya kalah kepada BN ketika dia sudah berada di hospital setelah memberikan penuh masa dan tenaga sepanjang kempen, tanpa pedulikan yang dia adalah uzur.
Kurang dari 24 jam setelah hilang kerajaan negeri, dia diuji supaya dua kakinya akan hilang.
Meskipun kerajaannya kalah semangat dan kesabarannya tetap tinggi menghadapi ujian itu. Dia sempat berpesan kepada Datuk Mukhriz, penggantinya dengan riang dan bergurau.
Semangatnya tetap tinggi menghadapi penyakit jantung dan kencing manisnya pada tahap kritikal. Semua tahu badannya cukup uzur tetapi otaknya tetap berjalan laju. Sepanjang musim kempen dia memberikan tenaga yang semaksimanya.
Semasa kempen itu dia sudah demam, tetapi tidak dihiraukannya penyakitnya. Diutamakannya perjuangan dari bahaya penyakitnya.
Semangatnya jatuh apabila doktor memberitahu, kedua kakinya mesti dipotong. Ditambah penat perjalanan ambulans dari Alor Setar ke Pulau Pinang menjadi musibab dia pana.
Doktor tidak dapat menunggu lama untuk menyelamatkannya sebelum kuman naik ke lain bahagian. Ustaz Abdul Hadi Awang menziarahinya sehari kemudian.
Saya diberitahu, Ustaz Hadi menasihatkan keluarganya supaya akur atas nasihat doktor. Menyelamatkan kakinya seperti tidak menyelamatkan usianya.
Pejuang memberi jiwa raga demi perjuangan. Ustaz Azizan sudah mengorbankan kedua kakinya untuk perjuangan. 48 jam sebelum kakinya dipotong dia masih di pentas perjuangan bersama rakyat.
Ketika dia masih berkhidmat di UKM kerajaan Dr. Mahathir membentuk MAPEN – Majlis Perundingan Ekonomi Negara. PAS diperuntukkan lima orang. Saya ditugaskan menyampaikan nama-nama itu kepada urusetia Mapen. Kami telah tetapkan seorang daripadanya adalah pakar ekonomi Islam dari UKM. Tetapi tiada maklumat daripadanya. Saya tanya Ustaz Fadzil apakah boleh tempat itu diganti dengan Ustaz Azizan. Jawapan Ustaz Fadzil, ‘Ia pilihan yang baik.’
Mulai dari saat itu dia mencebur penuh masa dengan PAS dan akhirnya Ustaz Fadzil memillihnya untuk menggantikan dirinya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
Banyak yang diwarisinya dari Ustaz Fadzil termasuklah penyakitnya – jantung dan kencing manis.
Kawanku Azizan Razak
-, | 14 Mei 2013 |

Subky Latif, | 15 Mei 2013 |
GARA-gara kejayaan besar DAP dan kecundang teruk MCA dalam PRU13 bertanyalah orang-orang yang desprado dalam kalangan Umno, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’
Tidak dipastikan Perdana Menteri Najib tergamak bertanya begitu. Dia hanya menyifatkannya sebagai tsunami Cina. Bermacam-macam boleh ditafsirkan termasuklah maksud apa lagi yang Cina mahu?
Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang gagal dalam percubaannya untuk ke Parlimen ternayata kecewa kemenangan DAP lalu dia meluahkan persepsinya tidak senangnya kepada kecenderungan mengundi orang Cina. Demikian juga Noh Omar sekalipun menang di Tanjung Karang tetapi gagal merampas semlua Selangor.
Mereka berdua bersama-sama media dikuasai pemimpin Umno dan lain-lain membebel terhadap persepsinya terhadap pengundi Cina yang mereka sifatkan tidak mengenang budi setalah dikatakan banyak yang diberi dan apa lagi yangCina mahu?
Semuanya baik tsunami Cina, tidak mengenang budi dan apa lagi yang Cina mahu, adalah meraban orang yang tidak pernah merasa kalah. Bukan sekadar jadi calon yang tidak pernah kalah, bahkan partinya sendiri amat jarang kalah.
Paling terkedu ialah calon yang tidak pernah kalah seperti Ali Rustam dan Ghani Othman. Apa rasanya mengalami kekalahan setelah berkali-kali tidak pernah kalah? Orang petama kali kalah seperti Kamilia Ibrahim, calon bebas Kuala Kangsar tidak kecewa sangat kerana dia sendiri tidak pernah merasa menang. Bagi yang berbelas tahun menang, tiba-tiba kalah, maka dunia ini dirasakan sentaisa gelap.
Orang yang tidak pernah kalah dan partinya pun jarang kalah, apabila ia berdepan dengan pengalaman hampir kalah dan partinya seandiri kalah dibanyak tempat seperi Najib dan Noh, pengalaman itu sendiri cukup melemahkan pertimbangan.
Bagi PAS yang sentiasa kalah, sudah lali dengan kekalahan, apabila mereka kalah mereka bersabar. Maka segala berkata Cina begitu dan begini adalah gara-gara kekalahan orang yang tidak pernah kalah.
Segala latah baik Najib, Ali dan Noh tidaklah mencerminkan kebijaksanan dan ketenangan sebagai pemimpin berwibawa.
Tetapi dengan bermacam-macam yang diberi selama ini, adakah semua sudah diberi dan semua dapat apa yang diberi? Mungkin Robert Kok, Vincent Tan, Tan Koon Swan, Ling Liong Sik telah diberi semua tetapi adakah semua Cina sudah diberi semua?
Sabda Nabi SAW kepada bapa saudarnya Abu Talib yang menyampaikan bermacam tawaran manis musyrikin Quraisy bermaksud kira-kira, sekalipun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, tidak sekali-kali aku meninggalkan dakwah.......
Apa-apa jua yang kita beri pada anak-anak dan isteri kita, tidak bererti kita telah memberi segala-galanya. Kita beri apa yang terdaya dan tidak dapat beri apa yang tidak terdaya.
Adakah anak Mahathir merasa cukup apa yang telah diberi? Mereka pun mahu banyak lagi. Sudah banyak yang Najib beri pada isterinya, tetapi banyak lagi yang dia mahu.
Adalah benar sudah banyak lesen dan peluang perniagaan diberi kepada saudagar-saudagar Cina, mungkin sama dengan memberi matahari dan bulan, tetapi yang belum diberi yang dituntut oleh Cina bersama Melayu, India dan lain-lain ialah sebuah pentadbiran yang bersih, adil, tidak rasuah, pemimpin yang tidak melarikan kekayaan negara, keadilan sosial, negara dan masyarakat berkebajikan.
Adakah semua itu sudah diberi? Kalau orang Umno dan orang Melayu kampung tidak mahu apa yang orang Cina mahu itu, itu adalah kebodohan mereka sendiri. Tetapi Ali Rustam tidak boleh marah Cina yang minta apa yang Umno dan BN tidak boleh beri. Semua yang Cina mahu lagi itu adalah yang Pakatan Rakyat sedia beri, bukan saja untuk mereka tetapi untuk kita semua.

Kamilia lbrahim sepatutnya menyertai PAS
Subky Latif, | 16 Mei 2013 |
Maka sekaliannya simpati kepada Dato’ Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno apabila tidak disenaraikan dalam calon BN yang boleh menang.
Adakah adil bagi PM Najib dan Umno tidak memuatkannya dalam senarai calon Parlimen BN buat PRU13 itu? Memang tidak patut dan tidak adil.
Sekalipun Najib mendakwa, dia sudah ditawarkan untuk DUN tetapi ditolaknya. Tawaran itu pun tidak adil juga. Dato’ Kamilia yang adalah orang nombor dua dalam Wanita Umno. Orang pertama sudah tidak dapat dicalonkan di Parlimen, maka orang nombor dua patut dicalonkan. Bagi DUN dan Exco buat apa kerana dia patut ke Parlimen.
Adalah betul dia sudah dimalukan.
Lalu pilihannya ialah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Kita tidak boleh takwil atas pilihannya.
Tetapi kalau saya ditanya pada masa itu, saya akan nasihatkan supaya dia membuat pilihan lain. Dia sudah meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Ertinya dia sudah sedia menentang Umno. Pilihan betulnya ialah mengistihar diri menyertai PAS, bukan bertanding sebagai calon Bebas.
Kecederungan banyak pihak masa itu adalah untuk menggantikan Umno dan BN sebagai kerajaan dan menggantikan Najib ssebagai Perdana Menteri. Mana-mana tenaga yang tidak lagi mahu bersama Umno dan tidak puas hati dengan Najib sepatutnya mari beramai-ramai bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebarang penyertaan orang Umno dalam PAS sekalipun seorang akan ada kesannya pada PAS dan kesan sebaliknya kepada Umno. Penyertaan Tamrin Ghafar dalam PAS memang mengelirukan setengah orang Umno khususnya keluarga Tun Ghafar. Penyertaan pemimpin polis dan pemimpin tentera memberi sedkit sekanyak sokong moral kepada PAS.
Jangan perkecil kesan kemasukan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Penjelajahannya ke semua daerah di Selangor jangan sangka tidak membantu kemenangan besar semula Pakatan di Selangor.
Jika Kamalia, Dato Seri Sharif Omar dalam saat yang demikian mengumumkan menyertai PAS dan mengambil langkah menyokong calon PAS di mana-mana saja sudah tentu ia boleh mencemaskan Umno dan ia membuka minat pula ssetengah penyokong Umno untuk bersama mereka.
Kita pula memperkecil pilihan menjadi calon Bebas. Ia juga unjuk rasa membantah dan tidak setuju dengan Umno dan pemimpinnya. Sebarang perkembangan mencabar Umno adalah baik untuk perubahan.
Tetapi politik di Malaysia buat sekarang tidak memberi ruang besar kepada calon Bebas. Memang ada calon Bebas menang sebelum ini. Dato Shahrir Samad pernah menang sebagai calon Bebas di Johor Bahru. Tetapi itu dalam keadaan tertentu saja. Kiranya dia bertanding Bebas sekali lagi di Johor Bahru, dia tidak mungkin mengulangi sejarahnya dulu.
Ibrahim Ali bukan calang tokoh. Anggota Perkasanya kononnya sudah 400,000. Betulkah? Mungkin. Dia pun sudah dikenali sebagai MP Bebas di Parlimen. Dikenal semua orang. Dia sendiri tidak pernah menang sebagai calon Bebas. Dia pernah jadi calon Bebas di kubunya di Pasir Mas. Dia hilang deposit. Dia jadi MP Bebas kerana menang sebagai calon PAS.
Bila dia jadi calon Bebas semula selepas memperdaya calon BN, dia tumpas tang, tang, tang!
Justeru suasana yang ada calon Bebas tidak banyak menggerhanakan Umno dan Najib.
Memang dalam keadaan cemas satu dua hari sebelum penamaan calon, jadi calon Bebas adalah pilihan yang mudah. Dalam keadaan semua sudah disusun, payah seorang terkenal seperti Kamilia dan Sharif Omar boleh menjadi calon PAS. Sudah merombak suatu yang terjalin.
Jika ia disabarkan sejenak, Kamilia dan Sharif mengumumkan jadi ahli PAS dan menyokong calon PAS, maka akan kelamkabut Umno seketika. Macam-macam kesannya. Ramai orangnya mungkin bersamanya untuk bersama dengan jamaah PAS yang sememangnya ramai dan mariah.
Bagaimanapun kalau sekarang Kamalia dan Sharif masuk PAS pun masih belum terlambat. Kamilia akan lihat kesannya lima tahun lagi.

Sumber HD - 16-5-2013
KUMPULAN yang paling bertuah dengan barisan kabinet transformasi Datuk Seri Najib yang terbaru ialah peranakan India bukan Melayu dalam BN.
Saya tidak pasti adakah Melayu peranakan India dalam kabinet itu. Saya tidak tahu tentang Khairy Jamaluddin yang jadi Menteri Belia dan Sukan.
Dibandingkan dengan lain-lain kumpulan, jika pemilihan menteri dan timbalan menteri itu dibuat bagi mewakili kaum dan menjaga kepentingan kaum masing-masing, maka kumpulan itu dililhat ke depan dari segi nisbah kaumnya.
Sokongan masyarakat India yang menyokong BN dikatakan telah pulih dibandingkan dengan PU 2008 dulu, maka perhatian Najib kepada wakil kaum India mestilah istimewa.
Peranakan India mengikut banci 2010 seramai 1,969,343 orang dari jumlah penduduk seluruhnya 26,784,965 atau 0.735 peratus. Ia dapat lapan orang dalam barisan menteri itu.
Ia dapat dua menteri penuh, pertama kali selepas kabinet Tunku sebelum 13 Mei, 1969 dulu dan beroleh enam timbalan menteri.
Zaman Tunku dulu yang mewakili peranakan India ialah MIC saja. Tidak kumpulan lain yang diterima oleh Perikatan (BN dulu) untuk bercakap bagi kepentingan masyarakat India. Sejak zaman Tun Razak hingga ke era Tun Abdullah Badawi, India dapat menteri tunggal saja. Walaupun Dr. Mahathir juga asalnya adalah peranakan India juga, tetapi dia mengekalkan keadaan tunggal itu. Mungkin keperluannya memadai dengan seorang itu.
Tetapi peranakan India mulai tidak puas hati dengan MIC dan BN. Lalu mereka menjadi sebahagian dari anasir tsunami dalam PRU 2008. Najib berhempa pulas memulihkan sokongan rakyat kepada BN.
Ketua gejala tsunami itu Melayu. Tidak pasti jumlahnya membesar atau menirus. Bagi peranakan Cina darah tsunami itu bertambah pekat. Adapun peranakan India dikatakan sudah cair. Maka atas kepercayaan ia sudah cair dan bagi memastikan ia terus cair, peranakan India khususnya MIC mahu layanan yang lebih diberi kepadanya.
Maka Najib termakan dengan adanya pembaharuan dalam MIC maka MIC beroleh dua menteri penuh iaitu ketuanya G. Palanivel jadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dr. Subramanium jadi Menteri Kesihatan. Ia dapat dua Timbalan Menteri, P. Kamalanatan (Pelajaran dan Pelajaran Tinggi. M.Saravanan (Belia dan Sukan).
Adakah darah tsunami itu cair oleh perkembangan MIC atau ia cair oleh politik tidak berparti Hindraf?
Ada Hindraf yang dapat didekati Najib dan ada Hindraf yang tidak dapat didekatinya.
Tanda-tanda MIC tidak lagi menunjangi kepentingan peranakan India ialah calonnya masih bergantung kepada pengundi Melayu. Jika ia bertanding di kawasan majoriti Melayu, calonnya terjamin tetapi di kawasan bukan majoriti Melayu.
Jika darah tsunami di kalangan pengundi India cair, bukanlah kerana MIC sudah pulih tetapi ialah kerana adanya politik mendekati Hindraf oleh Najib. Tidak nampak MIC ada mengemukakan pelan yang boleh menarik peranakan India. Tetapi Waytha Moorthy dari Hindraf yang dijadikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada kertas cadangan yang boleh menarik pelaburan dari India.
Rasa tidak dapat bergantung pada MIC itu juga mendorong seorang bukan MIC, Dato L0ga Bala Mohan dijadikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Jika peranakan India bertuah beroleh ramai menteri, bukan kerana MIC sudah berwibawa semula, tetapi ia bergantung kepada peranan politik Hindraf. MIC kira-kira menumpang tuah Hindraf. Jika Hindraf tidak ada, BN akan menanggung MIC sama seperti itu menanggung MCA dan Gerakan. MIC dapat nikmat besar dari kabinet Najib kerana menjadi jambatan kepada Najib dan Hindraf.
Adakah Najib mesti menanggung MIC yang berniaga atas angin, sedang yang memberi sesuatu untuk masyarakat India ialah Hindraf?
India BN paling bertuah
Subky Latif, | 21 Mei 2013 |

Semua tahu undi popular tak ubah apa-apa
Subky Latif, | 22 Mei 2013 |
SEMUA tahu bahawa undi popular yang menjadi isu panas tidak akan memberi apa-apa makna selagi pihak yang dapat undi popular itu gagal memperolehi majoriti di Parlimen dan di Dun.
Sistem pilihan raya yang terpakai di negara kita, adalah mengikut model demokrasi Westmenster Abbey di Britian iaitu yang berkuasa ialah yang mendapat kerusi terbanyak di dewan permesyuaratan, bukan yang mendapat undi terbanyak pada keseluruhannya.
Lainlah seperti sistem di Amerika dan lain-lain negara Eropah, undi popular itu membantu mendapat kuasa sekalipun kerusinya sikit.
Sistem kita tidak boleh diubah selagi perlembagaan tidak dipinda dan pindaan perlembagaan pula memerlukan undi dua pertiga. Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat majoriti mudah, tetapi tidak dapat majoriti dua pertiga, sistem itu tidak dapat diubah.
Keputusan PRU13 yang diakui oleh SPR jelas undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika dicampur undi yang diberi kepada calon yang menentang BN kecuali undi kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas, maka undi popular bagi pembangkang itu bertambah.
Bukan pertama kali dalam sejarah pilihanraya di negara kita pembangkang memenangi undi popular. Dalam PRU 1969 untuk Dun Terengganu, PAS memenangi undi popular tetapi Perikatan mendapat majoriti kerusi. Yang menjadi Menteri Besar ialah Tan Sri Ibrahim Fikri dari Perikatan.
Sekarang BN berdalih Pakatan yang beroleh undi popular itu di lima negeri termasuk di Wilayah Persekutuan, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tetapi di lain-lain negeri BN memenangi kerusi dan undi popular. Ia cuma memerintah Perak tanpa undi popular.
Walaupun BN dapat undi popular di lapan negeri serta kerusi majoriti iaitu Perlis Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, tetapi ia kalah undi popular di peringkat Parlimen.
Walaupun BN pada umumnya kalah undi popular tetapi ia memerintah kerana dapat banyak kerusi. Walaupun ia memerintah tetapi ia tetap memalukan kerana ia tidak dapat undi popular. Akan sentiasa lekat di otaknya bagi semua orang ia adalah pemerintahan yang tidak popular.
Pakatan boleh dan akan sentiasa bercakap lantang, hanya nasib baik saja BN memerintah kerana ia dapat banyak kerusi, tetapi ia juga kalah kerana gagal mendapatkan undi popular.
Sebenarnya ia tidak boleh berbangga sangat kerana bilangan kepala yang menolak BN dan pimpinan Najib lebih ramai. BN sudah tidak boleh berbangga seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menang kedua-dua – kerusi dan undi popular.
BN dan UMNO sekarang sudah tidak jadi BN di zaman Tunku, Tun Razak, Husein Onn dan Dr. Mahathir lagi. Masa itu ia dapat kerusi majoriti dan menang undi popular.
Jika Malaysia ini berada di negara-negara yang kemenangan itu ditentukan oleh undi popular, maka BN sudah terguling 6 Mei lalu dan Putrajaya terlucut daripadanya.
Kerana nasibnya baik undi popular yang tidak diperolehinya tetap membantunya mengekalkan kekuasaan. Ertinya ia menang secara teknikal saja.
Kalau wilayah Malaysia seperti sebuah kawasan pilihanraya, kemenangan adalah oleh pihak yang mendapat undi terbanyak, tak kira yang menang itu undi sikit di lokaliti tertentu, tetapi di lokaliti yang lain ia dapat undi banyak, maka jumlah undi yang banyak itulah yang menang.
Semangat dari undi popular inilah yang menguatkan semangat dan iltizam Pakatan untuk menguatkan meneruskan politiknya mara ke Putrajaya lagi.
Nasib Pakatan kurang baik, nasib BN baik ia menang dengan teknikal kerana perlembagaan menentukan begitu. Kegembiraan BN itu sama seperti kegembiraan Presiden Kristian di Lubnan dan Maharaja Hindu di Kashmir.
Perlembagaan masing-masing memperuntukan Presiden Lubnan mesti Kristian dan Maharaja Kashmir adalah Hindu walaupun majoriti rakyatnya rata-rata Islam. Politik yang macam itu menjadikan wilayah itu terus menerus bergolak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-5-2013
Mendengar guruh di langit, bunga tak disiram
Subky Latif, | 27 Mei 2013 |
Kira-kira dua minggu, sejak lepas pilihan raya 5 Mei, Kuala Lumpur hari-hari panas terik. Rumput naik kuning. Tetapi sebelah petang, biasanya lepas Asar cuaca mendung, berguruh lalu kadang-kadang hujan lebat.
Sudah hampir seminggu, petang mendung dan berguruh, tetapi di tempat saya tidak hujan.
Sepanjang tengah hari, air paip bukan lagi suam, lebih dari suam. Siapa mandi macam mandi air panas. Berapa lama panas itu? Bergantung panjang mana paip di permukaan bumi. Kalau panjang paip, lama juga panasnya. Kalau pendek, kira setengah minit panasnya.
Sepanjang minggu ini, bila melihat cuaca redup dan mendengar pula guruh di langit, bunga pun tidak disiram dengan andaian hujan akan turun. Jika bunga disiram juga, apa kata hujan tak jadi? Tidakkah membazir air paip itu sekali pun di Selangor air percuma.
Dulu orang kata, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Ia satu perumpamaan. Harapkan berita baik yang nak datang, atau dengar janji pilihan raya yang menarik, maka yang ada tidak dipeduli lagi.
Seperti kejadian berlaku pada bapa saya. Ada orang memberi beberapa biji buah durian. Cadangnya lepas Asar kami akan makan durian itu. Tiba-tiba datang pengembara menyampaikan salam dari seorang anggota keluarga dari jauh dan kata pengembara itu pengirim salam itu mengirim durian. Durian itu ada dalam lori yang ditinggalkan di bandar.
Bapa saya pun kata kepada kami, ’Makanlah durian yang ada itu.’ Bapa nanti ada ganti duiran yang banyak. Rupanya durian itu tidak ada. Pengembara itu sendiri hilang. Perumpamaan yang terjadi pada bapa itu adalah ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Tetapi asasnya ada. Setiap rumah dulu ada tempayan untuk menakung air. Di dapur ada tempayan untuk air memasak dan membasuh pinggan. Di tepi tangga ada tempayan buat tetamu yang tak berkasut membasuh kaki sebelum naik ke rumah.
Saya masih ingat ramai anggota masyarakat tak berkasut. Biasa bagi penghuni rumah turun ke tanah tak pakai kasut. Bila hendak naik ke rumah semula, mereka basuh kaki dengan air di tempayan yang selalu berisi.
Tetapi sekarang sesudah setiap rumah ada bekalan air bersih, tempayan sudah tidak ada lagi. Orang pun tidak peka hendak menakung air lagi. Apabila bekalan air terganggu, air untuk basuh kencing pun tak ada.
Mungkin genarasi baru ada yang tidak tahu lagi apa bendanya tempayan. Sudah tiada lagi rumah yang menyimpan tempayan. Pembuat tempayan sudah beralih membuat pasu bunga. Ada pasu bunga yang sebesar tempayan untuk menemam pokok hiasan yang besar.
Orang sekarang semuanya berkasut. Kanak-kanak pun tak tahu berkaki ayam bermain di luar rumah. Maka budaya basuh kaki sebelum masuk rumah sudah berakhir. Maka tempayan tidak diperlukan lagi.
Maka masing-masing tidak lagi sibok mengosongkan tempayan bila mendengar guruh dan apabila cuaca mendung. Mereka mengosongkan tempayan bagi menggantikan air yang lama yang tidak lagi bersih bagi diganti dengan air yang lebih bersih.
Orang yang hendak keluar ketika cuaca mendung, mungkin perlu membawa payung.
Biasanya orang Kuala Lumpur setiap pagi dan petang menyiram bunga di luar rumah. Ia kegiatan mesra alam dan mencari peluh lepas balik pejabat.
Saya pun sama. Petang saja, saya pun menyiram bunga. Apabila melihat cuaca mendung, dan mendengar pula guruh berbunyi, saya pun tidak menyiram bunga. Hujan tak jadi turun. Petang esok pula baru hendak menyiram bunga. Apa yang terjadi? Layu semua pokok bunga.
Dulu orang mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Di zaman yang sudah berubah ini, mendengar guruh di langit, bunga tidak disiram.

Sumber HD - 27-5-2013
BN ganti Umno, cantik tapi mustahil
Subky Latif, | 30 Mei 2013 |
Tidak bijak bagi pembesar-pembesar Umno menolak berterangan terhadap lontaran mentransformasikan parti-parti dalam gabungan Barisan Nasional sebagai sebuah parti besar bagi menggantikan semua anak-anak partinya.
Umno adalah anak parti utama yang perlu ditanya kesediaannya dibubarkan bagi menjadi sebahagian dari parti besar Barisan Nasional itu. Atas persetujuannya barulah lain-lain parti seperti MCA, MIC, SUPP dan lain-lain mengambil langkah yang sama.
Apabila ditanya, tokoh Umno seperti Tan Sri Muhyidin Yassin dan Shahidan Kassim mesti menggunakan bahasa diplomasi, sedia menimbangkan dan mengkajinya.
Menolak mentah-mentah lontaran adalah sama dengan mempersenda transformasi politik dan menjadikan slogan 1Malaysia satu semboyan yang tidak berharga. Transformasi politik dan 1Malaysia adalah gagasan yang perlu berjalan selari bagi mengikis saki-daki-dan-baki perkauman yang tidak dapat dilenyapkan oleh pemerintahan BN daripada kehidupan Malaysia sejak lebih separuh kurun berkuasa.
Segala daki dan baki perkauman itu menjadi zat dan roh semua parti yang bergabung dalam BN. Maka semua tidak hidup tanpa roh. Roh seperti itulah yang menghidupkan BN serta anak-anak partinya seperti Umno, Gerakan, MIC dan MCA dan lain-lain.
Dalam pelaksanaan transformasi di luar kotak BN dan anak-anak partinya, semua parti seperti PAS, PKR dan DAP yang menjiwai zat dan roh bebas rasis bagi Pakatan Rakyat, sudah dillihat keluar daripada kepompong perkauman hingga mencetuskan tsunami politik dalam dua PRU sebelum ini – PRU12 dan PRU13.
Roh bebas perkauman yang dijelmakan dalam dua PRU itu sudahpun menjadikan MCA dan Gerakan serta SUPP tinggal nyawa ikan atau nazak. Ini menjadi isyarat kepada parti lain seperti Umno bila-bila masa boleh diserang angin ahmar.
Pencegahan yang dapat difikirkan pada ancaman angin ahmar pollitik itu ialah semua komponan parti perkauman dalam BN keluar segera daripada alam bahaya itu menggantikan BN sebagai parti tunggal untuk semua, meninggalkan alam rasis yang bahaya itu.
Tidak menunjukkan bijaksana jika Najib dan Muhyiddin menolak berterangan idea menjadikan BN parti tunggal untuk semua kaum, sama seperti PAS untuk semua.
Ia satu cetusan fikiran yang indah, tetapi ia adalah suatu yang mustahil untuk diterima oleh Umno. Umno boleh menukar namanya kepada apa-apa nama jua seperti Tun Razak tidak kisah menukar nama Perikatan kepada Barisan Nasional. Tetapi nama baru Umno itu BN atau S46 atau Perkasa, tetapi ia tetap mahu jadi parti orang Melayu yang presiden dan timbalan presidennya mesti Melayu.
Tidak sempurna transformasi politik BN ssebagai parti tunggal jika ahlinya ada kelas. Jika Cina, Kadazan dan India ditutup peluang untuk menjadi Presiden, maka ini menjadikan mereka anggota BN kelas dua.
Tidak berbangkit BN baru itu dipimpin oleh orang bukan Melayu selagi generasi Najib mengisi ruang pimpinan. Tetapi sesudah generasi selepas Muhyidin, Zahid dan Khairy Jamaluddin nanti tentu ada Cina dan India merasa mereka juga boleh jadi presiden.
Pemimpin Umno tidak mahu transformasi dan wasatiyah seperti itu. Ia membuka laluan bagi ahlinya mengisi PAS. Seindah-indah BN baginya tidak sama dengan Umno sekali pun ia tidak lagi relevan perubahan dan pembaharuan generasi baru Malaysia separuh abad setelah merdeka. Mustahil BN boleh menggantikan Umno.

Sumber HD - 30-5-2013
No comments:
Post a Comment