Himpunan Oren: Orang ramai mula masuk ke ibu kota
Harakahdaily, 14 Jul 2012 |
(Mazlan Aliman bersama Salahudin dan Tamrin di gerai makan selepas ceramah malam tadi di Taman Melewar)
KUALA LUMPUR: Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.
Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.
Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.
Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.
Perundingan GSF dengan pihak polis di Balai Polis Kepong
Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.
"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.
Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.
Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.
Sumber HD : 14/07/2012
(Antara sepanduk yang dinaikkan sempena Himpunan Oren)
KUALA LUMPUR: “Kerajaan mesti mendengar tuntutan rakyat berhubung Felda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau menyatakan demikian pada perarakan sempena Himpunan Oren, petang ini yang berhenti di Jalan Dutamas 1 kerana polis menutup jalan di situ.
Mengenai himpunan itu, beliau berkata rakyat sudah membuktikan mereka melakukan perhimpunan secara aman.
(Mazlan menunjukkan memo yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung)
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya berkata suara rakyat suara keramat.
"Suara ini sudah ditindas sejak sekian lama. Isa Samad mesti dengar suara rakyat hari ini," ujarnya.
Perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan itu kira-kira jam 2.15 petang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sumber HD : 14/07/2012
Felda: Kerajaan mesti dengar tuntutan rakyat
Hazayani Zakaria, | 14 Jul 2012 |

(Sebahagian dari puluhan ribu yang menyertai perhimpunan Oren)
Sumber HD : 14/07/2012
Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana
Salmiyah Harun, | 14 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.
(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.
Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.
(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)
Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.
Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.
Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.
Sumber HD : 14/07/2012
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.
Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.
"Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.
"Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi.
Terima kasih polis
Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
"Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka.
"GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya.
Tunggu campurtangan Agong
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera.
"Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.
"Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya.
Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang.
Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana.
Ucapan Presiden ANAK :
1. http://www.youtube.com/watch?v=2uFGNiXDbHQ&feature=g-high-u
2. http://www.youtube.com/watch?v=ZMVrcMXsgoE&feature=g-high-u
3. http://www.youtube.com/watch?v=IWer0NluulA&NR=1&feature=endscreen

(Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka)
Sumber HD : 14/07/2012
GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum

Polis akui Himpunan Oren berlangsung aman
Salmiyah Harun, | 14 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Pihak polis mengakui Himpunan Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berlangsung dalam suasana aman.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pihak polis akan memastikan hajat dan matlamat mana-mana pihak ditunaikan kerana itu adalah hak mereka.
Ketika ditanya mengapa anggota FRU tidak ditugaskan mengawal dalam Himpunan Oren hari ini, beliau berkata keadaan tidak memaksa mereka berbuat demikian.
"Kita buat penilaian sendiri, kalau keadaan tidak mamaksa...dan sebagainya, kita bukan suka mencari...cuma jangan mencetuskan perkara yang melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui media di hadapan Pintu 3 Istana Negara sebaik sahaja rombongan GSF beredar selepas mengadap Agong.
Bagaimanapun, Wan Abdul Bari enggan memberitahu jumlah anggota keselamatan yang bertugas dalam himpunan ini walaupun berkali-kali ditanya pihak wartawan.
"Tak pelah itu soal keselamatan, anggota hari ini mencukupi untuk menghadapi apa-apa kemungkinan tidak perlu saya bagitahu jumlah anggota polis yang bertugas hari ini," katanya.
Beliau turut menjelaskan dua orang wakil dari GSF yang tidak dibenarkan masuk ke istana kerana nama mereka tidak ada di dalam senarai asal yang difakskan ke pihak istana sebelum ini.
"Nama-nama yang terdapat dalam faks dihantar pada Istana kita benarkan, setelah kita sahkan nama betul mereka kita benarkan mereka masuk. Yang mana saya boleh sahkan, pihak istana bersedia terima memorandum GSF," katanya.
Justeru katanya, keadaan di hadapan istana dalam keadaan yang baik dan tidak ada perkara yang tidak diingini dan memudaratkan berlaku.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Peguam Mohd Harris Abdullah yang menggantikan tempat Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dan Wakil NGO Raja Abd Rahman, tidak dibenarkan masuk ke istana kerana pertukaran itu dimaklumkan pada saat-saat akhir.
Sumber HD : 15/07/2012

Oren buktikan perhimpunan aman tanpa provokasi
Hazayani Zakaria, | 14 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.
"Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Istana Negara petang tadi.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan perhimpunan dan perarakan dengan baik sehingga memorandum berjaya diserahkan kepada pihak istana.
Perhimpunan bermula dengan solat Zuhur di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berarak sehingga Jalan Dutamas 1.
Polis hanya membenarkan peserta yang berjumlah kira-kira 5,000 berkumpul di situ dan menutup laluan.
Mereka berkumpul sambil mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, wakil-wakil NGO sementara enam wakil ke diiringi kereta polis ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
"Walaupun peringkat awalnya kita cadang nak berarak sampai istana tapi hasil perbincangan dengan pihak polis mereka hanya membenarkan kita berhenti di sini (Jalan Dutamas 1) dan pihak polis iring kita untuk hantar memorandum, pada keseluruhannya berjalan dengan baik," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Sumber HD : 15/07/2012
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/gambar-terbaik-himpunan-oren.html#ixzz20bxvZUXn

Gambar terbaik himpunan OREN!
http://amenoworld.blogspot.com, | 14 Jul 2012 |
Gambar dirakamkan oleh abah anas.
Nak tahu tak apa yang terbaik kat gambar neh? Gambar neh time Mat Sabu sedang baca doa tak silap aku. Semua orang pakat2 tadah tangan ketika itu. Dan... dalam sedar tak sedar rupanya ada anggota polis yang turut tadah tangan ketika doa sedang dibacakan.
kah kah kah
Sayang PDRM. Macam tue lah.. kalau PDRM nak kembali gah dan mendapat kepercayaan rakyat seperti dulu2 kan, PDRM kena buat perangai macam neh okey. Teruskan. Hari neh korang memang terbaik sepanjang di perhimpunan OREN.
Tahniah PDRM. Pandai pun jadi baik dan neutral kali neh.
Terbaikkkk.....!!!
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/gambar-terbaik-himpunan-oren.html#ixzz20bxvZUXn
Sumber HD : 15/07/2012
Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat
Harakahdaily, | 15 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.
Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.
Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.
“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.

Khasiat Buah Oren & Himpunan Oren
http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com, | 15 Jul 2012 |
Oren ialah hibrid asal tanaman purba, kemungkinan antara limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata).
Antara khasiat buah oren:
"Beberapa penelitian menunjukkan suplemen yang mengandungi vitamin C dan asid amino dapat membantu meningkatkan KUALITI sperma. Hal ini dibuktikan dalam sebuah penyelidikan yang dilakukan terhadap 47 lelaki yang mempunyai sperma kurang kualiti. Mereka diberikan 3g vitamin C dan asid amino sehari. Ternyata, suplemen tersebut mampu meningkatkan jumlah sperma." ~Majalah Rapi~
Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan Memorandum 8 tuntutan kepada Yang DiPertuan Agong supaya campurtangan bagi membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diselaras oleh Mazlan Aliman ini turut disertai beberapa pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat serta badan bukan kerajaan (NGO) lain.
8 tuntutan dalam Memorandum itu ialah:
1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda
==================================================
Sebelum membuat apa jua kesimpulan, mari kita lihat dan nilai beberapa perkara berikut:
A : Antara rentetan peristiwa yg membawa kepada Himpunan Oren
B : Analisa dan Amati Struktur Ini
C : Peneroka dapat "Durian Runtuh"?

1. Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011.
Matlamat asal penubuhan FELDA untuk membasmi kemiskinan rakyat telah pun tercapai pada 50 tahun pertama pembangunan FELDA dan kini telah pun masuk kepada fasa kedua 50 tahun. Tanah-tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka telah pun dibangunkan dengan jayanya. Daripada tanah seluas 853,313 hektar yang dimiliki FELDA, seluas 521,938 hektar atau 61 peratus (%) merupakan kawasan berpeneroka dan selebihnya merupakan ladang FELDA.
2. KUALA LUMPUR 27 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, tanah kebun dan tanah rumah milik peneroka tidak akan terlibat dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
3. Memorandum Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd (ANGKASA) - 11 Januari 2012
Prof. Dr Hj Ali Baharom,
Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF.
Tiga permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) ialah:
1. Satu injunksi interim melarang defendan (KPF) samaada secara sendiri atau perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings Berhad dan sepuluh anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.
2. Satu injunksi interim melarang defenden samaada secara sendiri atau melalui perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk menguatkuasakan sebarang keputuan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.
3. Satu injunksi interim melarang defendan samaada secara sendiri atau melalu perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holdings kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Beliau menyifatkan berita gembira itu sebagai kejayaan awal peneroka menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
"EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu.
"Keputusan yang sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.
"Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH.
"Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil. Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah," katanya yang juga ahli jawatankuasa Anak.
5 . Laporan Polis
6. 25 April 2012 KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Isa berkata, FELDA memutuskan untuk mengeluarkan KPF berikutan kesuntukan masa untuk penyenaraian FGVH yang dijangkakan akhir Mei atau awal Jun ini.
7. Memorandum pada Suruhanjaya Sekuriti - 10 Mei 2012
Dr Rosli bersama Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman petang tadi menyerahkan aduan membantah penyenaraian Felda kepada Suruhanjaya Sekuriti.
Menurut Mazlan, ANAK menyerahkan bantahan 154 peneroka dari gugusan Bera, Pahang dan Raja Alias, Johor yang dakwanya ditipu untuk menandatangani borang pinjaman bagi membeli saham FGVH.
8. Memorandum kepada Bank Negara
23 Mei '12 Kuala Lumpur : Dua bank terlibat menawarkan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Berhad (FGVH) kepada peneroka bersetuju untuk menarik balik borang yang diedarkan dan ditandatangani peneroka. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, dua bank tersebut iaitu CIMB dan Am Bank akan berbuat demikian ekoran permohonan injunksi yang dibuat 125 peneroka gugusan Bera dan Raja Alias, Seremban berhubung perkara itu. "CIMB telah hantar surat kepada peguam kita untuk tarik balik borang tersebut dan AM Bank juga akan berbuat demikian," kata beliau ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berhubung pelanggaran etika perbankan di bank Negara. Mazlan juga berkata, tindakan dua bank tersebut membuktikan bantahan yang dibuat peneroka berhubung borang pinjaman tersebut sebelum ini adalah relevan.
Sebelum itu, Mazlan atas nama Gerakan Selamatkan Felda (GSF) ditemani penasihat ekonomi, Dr. Rosli Yaakop menyerahkan memorandum kepada Bank Negara mendesak badan itu mengambil tindakan ke atas tujuh bank yang didakwa melanggar etika perbankan. Tujuh bank tersebut ialah Maybank Berhad, CIMB Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Muamalat Berhad, Affin Bank Berhad, Am bank Berhad dan OCBC Bank Berhad.
Serahan memorandum ini rentetan aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 10 Mei lalu. Mazlan menyatakan terdapat lima pelangaran etika yang dilakukan oleh bank terbabit antaranya dokumen perjanjian dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris, kecuali Maybank yang tidak difahami peneroka. Majoriti peneroka juga kata Mazlan, menandatangani dokumen tanpa memahami isi kandungannya. Selain itu, pegawai bank didakwa tidak hadir semasa peneroka menandatangani dokumen perjanjian dan terdapat manipulasi, pujukan dan paksaan secara halus supaya peneroka menurunkan tandatangan.
"GSF mengesyaki pengurusan Felda dan bank-bank terbabit sepakat mengelirukan peneroka. "Mereka tidka menjelaskan kepada peneroka syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam dokumen dan risiko-risiko yang bakal dihadapi," katanya.
Sementara itu, Dr. Rosli berkata, adalah menjadi kesalahan bagi bank mengeluarkan pinjaman kepada peminjam yang berumur 65 tahun ke atas. "Kebanyakan yang menandatangani borang tersebut berumur 65 tahun ke atas. Itu satu kesalahan bagi bank," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara. Hasil pertemuan, pihak Jabatan Informasi dan Pelanggan Bank Negara berjanji akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Peremuan hari ini positif dan Bank Negara menganggap perkara ini sebagai serius apabila mereka meminta banyak maklumat dariapada kami, kata Mazlan.
Menurut Mazlan juga, pihaknya menyediakan khidmat guaman kepada peneroka yang ingin membuat aduan berhubung dokumen yang ditandatangani. "Ramai di kalangan peneroka yang sedar mengenai perkara ini dan ingin menarik balik tandatangan mereka. "Oleh itu, kita sediakan peguam dan mereka boleh bertemu peguam untuk membuat aduan. "Kita akan menggerakkan kempen besar-besaran," katanya.
Lebih 80 peratus peneroka di seluruh negara menandatangani borang tersebut dan khuatir berdepan dengan risiko bankrap sekiranya gagal membayar pinjaman sekiranya berlaku kejatuhan saham FGVH.
9. 1 Jun 2012 Penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) adalah idea unik yang diperkenalkan Perdana Menteri agar rakyat jelata dapat berkongsi kemakmuran yang sebelum ini dinikmati secara eksklusif oleh warga peneroka dan kakitangan Felda sahaja.
10: Struktur organisasi Felda sebelum penyenaraian Fgvhb
11: Penyenaraian Fgvhb
Saya telah menekankan tujuan himpunan setelah segala saluran diplomasi langsung tidak diendahkan oleh Kerajaan. Selama lapan bulan, ANAK bersama Gerakan Selamatkan Felda dan Biro Felda PKR telah berbuat berbagai cara menghalang keghairahan Kerajaan utk menyenaraikan FGVH di Bursa Msia.
Laporan Polis, SPRM, Suhakam, Suruhanjaya Koperasi Msia, Angkasa, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Msia dan saluran Mahkamah telah digunakan. Namun, dukacita di pihak kerajaan. Memorandum kpd PM pun tidak ada sebarang respon. Apa salahnya bagi PM mendengar pandangan alternatif rakyat kalau slogan ' rakyat didahulukan ' benar2 dihayati.
GSF berkeyakinan jika isu PPSMI, GMI, LYNAS dan BERSIH berakhir dgn demo dan 'bahasa' demo sj baru difahami oleh Kjaan; maka GSF tiada pilihan lain. Inilah antara medan terbaik menghantar isyarat kepada PM yg angkuh dan sombong!
Kenapa pilih Istana Negara?
GSF yakin memorandum yg akan disampaikan kpd Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agung akan dipertimbangkan seadil2nya.
Alhamdulillah, rundingan berlangsung dlm suasana tenang dan matang. Akhirnya dipersetujui:-
1. Peserta berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta utk solat Zohor dan Solat Hajat,
2. Bermula jam 2 ptg, peserta berarak dan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jln Duta.
3. Sesi ucapan oleh pemimpin politik, ngo dan wakil peneroka akan berlangsung hingga jam 2.45 petang.
4. Perarakkan akan diteruskan melalui Jln Segambut hingga berakhir dlm lingkungan 600 meter ke Istana Negara
5. 8 orang wakil yg telah dipersetujui bersama dengan pihak Istana; akan menyerahkan memorandum kpd Yang DiPertuan Agong jam 3.30 petang.
6. Sidang Media akan dibuat selepas penyerahan memo di pintu utama Istana Negara,
7. Ucapan penutup dan doa akan di sampaikan kepada peserta demo
8. Jangkaan bersurai jam 4.15 petang
9. Kenderaan peserta boleh di parking dekat kawasan MATRADE yang boleh menempatkan bas dll
10.Polis Trafik dengan kerjasama Unit Amal akan memantau pergerakan perarakan,
11.Tindakan tegas kepada pihak2 yg cuba melakukan provokasi,
Semoga Himpunan Oren Selamatkan Felda bermula 2 petang esok akan berjln lancar. Ramai pimpinan Pakatan Rakyat seperti Hj Mohd Sabu, DS NIzar Jamaludin, Samsul Iskandar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin, Dato Tamrin Ghafar, Dato A. Samad Said, Suhaimi Said, Cikgu Azmi Hamid, dan ramai lagi bersama2 mengiringi 20,000 rakyat ke Istana Negara.
B : Analisa dan Amati Struktur Ini
1 . Struktur Sebelum Penyenaraian
2 . Struktur Semasa Cadangan Penyenaraian
3 . Struktur Selepas Penyenaraian
C : Peneroka dapat "Durian Runtuh"?
1. Banyaknya dapat saham walau takde tanah kat Felda
2. Pulangan Di sebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :
(Himpunan Oren yang dikatakan hanya disertai 1,000 oleh pemimpin Umno)
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan himpunan Oren 14 Jun lalu berjaya mencapai matlamatnya.
Katanya, sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorendum kepada kepada Yang DiPertuan Agong dan hasrat itu telah diberjaya dilakukan.
Beliau menolak tanggapan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan himpunan Oren gagal mencapai sasaran 20,000 orang dan berniat jahat.
“Pihak Umno ni tidak akan bergembira dengan apa yang PAS buat, jika sasaran 20,000 orang berjaya dikumpulkan mereka tetap mengatakan gagal.
“Ini dibuktikan oleh laporan media pro Umno yang tetap mengecilkan jumlah peserta himpunan itu kepada hanya 1,000 orang walhal nya jauh lebih ramai daripada itu,” kata Tuan Ibrahim (gambar).
Ahmad Maslan berkata, perhimpunan membuktikan majoriti peneroka menyokong penyenaraian Felda Global Vantures Holding (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Menurut Tuan Ibrahim peserta himpunan Oren itu lebih ramai daripada himpunan tajaan Umno yang dibuat diseluruh Felda yang menghimpunkan dua tiga puluh orang sahaja.
“Himpunan itu dibuat disemua rancangan Felda di seluruh negara dan pihak media menyiarkannya didalam akhbar harian supaya kelihatan ramai.
“Namun benarkah peneroka yang menyokong penyenaraian FGV itu bersetuju dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada mereka berbanding dengan jumlah saham yang diterima oleh pembesar Felda itu,” soal beliau.
Difahamkan pembesar-pembesar Felda diberi saham sehingga 180,000 unit berbanding 800 unit kepada peneroka.
Hanya pemimpin Umno seperti Ahmad Maslan saja yang gembira dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada peneroka dengan mengatakan jumlah itu terlalu besar dan akan membawa keuntungan kepada peneroka.
Sumber HD : 16/07/2012
Antara khasiat buah oren:
"Beberapa penelitian menunjukkan suplemen yang mengandungi vitamin C dan asid amino dapat membantu meningkatkan KUALITI sperma. Hal ini dibuktikan dalam sebuah penyelidikan yang dilakukan terhadap 47 lelaki yang mempunyai sperma kurang kualiti. Mereka diberikan 3g vitamin C dan asid amino sehari. Ternyata, suplemen tersebut mampu meningkatkan jumlah sperma." ~Majalah Rapi~
Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan Memorandum 8 tuntutan kepada Yang DiPertuan Agong supaya campurtangan bagi membatalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diselaras oleh Mazlan Aliman ini turut disertai beberapa pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat serta badan bukan kerajaan (NGO) lain.
8 tuntutan dalam Memorandum itu ialah:
1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda
==================================================
Sebelum membuat apa jua kesimpulan, mari kita lihat dan nilai beberapa perkara berikut:
A : Antara rentetan peristiwa yg membawa kepada Himpunan Oren
B : Analisa dan Amati Struktur Ini
C : Peneroka dapat "Durian Runtuh"?
A : Antara rentetan peristiwa yg membawa kepada Himpunan Oren
1. Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011.
Matlamat asal penubuhan FELDA untuk membasmi kemiskinan rakyat telah pun tercapai pada 50 tahun pertama pembangunan FELDA dan kini telah pun masuk kepada fasa kedua 50 tahun. Tanah-tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka telah pun dibangunkan dengan jayanya. Daripada tanah seluas 853,313 hektar yang dimiliki FELDA, seluas 521,938 hektar atau 61 peratus (%) merupakan kawasan berpeneroka dan selebihnya merupakan ladang FELDA.
Pengambilan peneroka dilakukan secara besar-besaran oleh FELDA mulai tahun 1956 hinggalah akhir tahun 1989. Tiada lagi pengambilan peneroka dilakukan selepas tarikh itu berikutan keputusan Kerajaan tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Januari 1990. Baki tanah yang ada telah dijadikan sebagai ladang komersial dan diuruskan oleh FELDA Plantation Sdn. Bhd. selaku agen yang dilantik FELDA untuk menguruskan ladang bagi memastikan FELDA berdikari tanpa bantuan bajet tahunan dari Kerajaan. Dalam fasa 50 tahun kedua, melalui transformasi yang dibawa oleh Kerajaan dan pimpinan Negara, FELDA telah mengorak langkah dengan mempelbagaikan lagi perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada komoditi utama iaitu sawit dan getah.
Mengenai penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan menjadikannya ‘blue chips’ perladangan terbesar di dunia berasaskan pertanian yang bersepadu yang akhirnya akan memberi keuntungan kepada negara. Dengan mengekalkan teras FELDA sebagai peneraju perladangan, penyenaraian ini akan membantu pertumbuhan ekonomi negara dengan penglibatan pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa di sektor yang berkaitan dengan pertanian seterusnya mewujudkan persaingan yang sihat antara para pelaku industri tersebut.
Penyenaraian ini juga merupakan ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang syer utama dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Melalui model bisnes baru, KPF akan menjadi pelabur utama dalam FGVH yang mana ahlinya terdiri daripada peneroka, generasinya dan petugas Kumpulan FELDA. Melalui penstrukturan ini, keuntungan yang akan diperolehi akan dinikmati dalam bentuk dividen yang menguntungkan ahli-ahli KPF seramai 224,000 orang. Melalui penyenaraian juga, sebahagian keuntungan FGVH melalui lonjakan nilai pelaburan KPF akan diagihkan kepada peneroka melalui ganjaran khas.
Penyenaraian ini juga memberi jaminan bahawa ia sama sekali tidak akan menjejaskan hak peneroka dan petugas FELDA secara keseluruhannya kerana ia hanya melibatkan tanah milik FELDA yang dipajakkan kepada FGVH. Ini bermaksud, tanah kebun dan tapak rumah peneroka tidak akan terlibat dan akan kekal milik peneroka. Manakala segala keistimewaan yang merupakan peruntukan-peruntukan khas yang diberi kepada peneroka dan generasinya akan diteruskan seperti bonus produktiviti, bantuan hari raya, bantuan persekolahan, tuisyen, pinjaman IPTA, khairat kematian, program kemasyarakatan dan program kemahiran generasi FELDA akan terus dinikmati oleh warga FELDA.
Untuk makluman, pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi yang berkaitan dengan FELDA adalah berdasarkan kepada Tatacara dan Urustadbir Syarikat (Memorandum & Articles Association). Sehubungan dengan itu, pelantikan beliau sebagai Pengerusi di dalam beberapa syarikat berkaitan FELDA dan KPF tidak menimbulkan konflik kepentingan kerana semua syarikat tersebut adalah di bawah Kumpulan FELDA dan setiap pertubuhan atau syarikat tersebut diuruskan mengikut akta-akta yang berkaitan dengan entiti berkenaan.
Kesimpulannya, penyenaraian FGVH yang merupakan perubahan positif besar yang dibawa oleh Kerajaan ini diyakini akan memberi faedah dan nikmat bukan sahaja kepada warga peneroka dan FELDA tetapi juga rahmat yang turut dikongsi bersama rakyat dan Negara keseluruhannya. Rahmat perkongsian kemakmuran ini adalah manifestasi kejayaan wawasan pintar suatu keajaiban sebuah mutiara gemilang yang bernama FELDA.-21/12/2011
Tulisan ini berasal dari jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Negara pada 21 Disember 2011.
Sebaliknya beliau berkata, tanah terlibat adalah tanah milik Felda sepenuhnya yang telah dipajakkan kepada FGVH selama 99 tahun.
"Tanah ini milik Felda dan tanah peneroka tidak terlibat walaupun segenggam. Segala keistimewaan peneroka selama ini akan diteruskan. Bajet Felda berjumlah RM1.5 bilion itu juga tidak akan terjejas,'' ujar Maslan dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan tiada tanah milik peneroka yang akan terlibat dalam projek FGVH kerana apa-apa projek oleh FGVH akan hanya melibatkan tanah-tanah milik Felda di seluruh negara.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kesilapan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut Felda mempunyai strategi mantap bagi penyenaraian FGVH yang dikatakan turut melibatkan pajakan tanah peneroka.
Sumber : Utusan Online
3. Memorandum Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd (ANGKASA) - 11 Januari 2012
Prof. Dr Hj Ali Baharom,
Yang DiPertua Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA)
PERTAHANKAN HAK DAN KEPENTINGAN KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
MUQADDIMAH
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 di bawah Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007). Sehingga tahun 2010 mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion. 87.81 peratus keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Mengikut Undang-Undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi ini terbuka kepada:-
a. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
b. Koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
c. Kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
d. Koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta.
Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan dalam Bajet 2012 pada 7hb Oktober 2011 bahawa Felda Global Ventures Holding(FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia selewat-lewatnya Jun 2012; bermula suatu episod hitam yang mengganggu ketenteraman Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
KRONOLOGI
1. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPF pada 22 hb Jun 2011 telah meluluskan permohonan keahlian Tan Sri Isa Samad untuk menjadi anggota KPF. Mengikut Undang-Undang Kecil KPF beliau tidak layak memperolehi status demikian. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda secara kontrak sahaja.
2. Mesyuarat Agung KPF pada 23 hb Jun 2011 memilih Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusi KPF.
3. Ketua Setiausaha Sulit Kanan YAB Perdana Menteri telah menghantar surat bertarikh 15 hb Ogos 2011 kepada Tan Sri Isa Samad bahawa beliau telah dilantik sebagai Pengerusi KPF.
4. Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Felda bertarikh 25 hb Ogos 2011 telah bersetuju melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang baru. Semasa perbincangan perlantikan Tan Sri Isa Samad; beliau yang merupakan orang yang berkepentingan dan menjadi subjek perbincangan telah tidak keluar meninggalkan mesyuarat; bahkan terus mempengerusikan mesyuarat dalam keadaan mesyuarat itu membincangkan kedudukan peribadinya.
5. Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Felda tersebut di atas dibuat tanpa kehadiran Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang juga Pengerusi KPF. Beliau sedang mengerjakan umrah pada tarikh tersebut.
6. Pada bulan September 2011, Ketua Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) menjalankan siasatan audit ke atas Koperasi-koperasi termasuklah KPF. Di dalam hasil siasatannya, audit SKM mendapati KPF telah melanggar peruntukan-peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil KPF kerana menerima keahlian beberapa individu yang hanya berjawatan kontrak di dalam Felda. Antaranya Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Yusof Nor, Dato’ Bakkie Salleh dan Dato’ Sabri Ahmad.
7. Pada 18 hb Oktober 2011; En Abd Rahman Ramli, peneroka Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan telah membuat aduan ke SKM berhubung pertikaian status Tan Sri Isa Samad sebagai anggota dan Pengerusi KPF.
8. Pada 28 hb Oktober 2011, mesyuarat Lembaga Pengarah KPF telah membincangkan laporan audit SKM tersebut dan telah membuat keputusan untuk membatalkan kelulusan keahlian mereka yang dimaksudkan di atas.
9. Tuan Hj Mat Deris Jusoh, Ketua Sektor Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui surat bertarikh 10 hb November 2011 kepada En Abd Rahman Ramli; menjelaskan bahawa Tan Sri Isa Samad belum dilantik sebagai Pengerusi KPF.
10. Pada 16 hb November 2011, Tan Sri Isa Samad melalui peguam Dato’ Hafarizam Harun telah membuat aduan dan bantahan bertulis kepada SKM bagi membantah keputusan Lembaga Pengarah KPF menggugurkan keahlian beliau.
11. Pada 23 hb November 2011, dalam tempoh seminggu sahaja selepas aduan dibuat oleh Tan Sri Isa Samad; SKM telah memanggil beberapa orang ahli Lembaga Pengarah KPF untuk hadir ke perbicaraan rujukan pertikaian pada 24 hb November 2011. Surat panggilan perbicaraan hanya diberikan kepada KPF pada petang 23 hb November 2011 tanpa memberikan sebarang butiran lengkap tentang bantahan yang dibangkitkan Tan Sri Isa Samad.
12. Perbicaraan pertikaian status Tan Sri Isa Samad telah diadakan di SKM pada pagi 24 November 2011. Hanya beberapa jam kemudian SKM telah membuat keputusan bahawa tindakan Lembaga Pengarah KPF membatalkan keahlian Tan Sri Isa Samad adalah tidak sah dan KPF hendaklah menerima semula Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF.
13. Pada 8 hb Disember 2011, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) telah mengeluarkan notis Mesyuarat Agung Khas kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Anggota Perwakilan Individu dan Perwakilan Koperasi Anggota menurut subseksyen 40(1) Akta dan Undang-Undang Kecil 29 Fasal(1) bertarikh 5 hb Januari 2012 bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.
14. Agenda mesyuarat Agung tersebut adalah seperti berikut;-
a. Cadangan pelupusan ekuiti milik KPF di dalam Felda Holding Bhd dan 10 anak Syarikat milik Felda Holding Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings;
b. Cadangan pelaburan KPF di dalam Felda Global Ventures semasa peringkat Pra-Penyenaraian
c. Cadangan melupuskan sebahagian Ekuiti KPF dalam Felda Global Ventures pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian Felda Global Ventures dan penjualan ekuiti kepada pelabur;
d. Hal-hal lain.
15. Pada 23 hb Disember 2011, empat orang pemegang saham dalam KPF telah memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Temerloh terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holding. Saman tersebut dikemukakan untuk menghalang Mesyuarat Agung Khas KPF pada 5 hb Januari 2012.
16. Pada 28 hb Disember 2011, aduan kali kedua telah dibuat oleh En Abd Rahman Ramli, peneroka Felda Raja Alias 4 mengenai status Tan Sri Isa Samad.
17. Setiausaha KPF, Abidin bin Abd Rahman telah mengeluarkan surat bertarikh 30 hb Disember 2011 kepada perwakilan Mesyuarat Agung Khas KPF, membatalkan mesyuarat agung tersebut tanpa dinyatakan sebarang sebab.
18. Pada 4 hb Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato’ Mariana Yahya; telah memperakukan pembatalan Mesyuarat Agung Khas KPF dihadapan peguam Peneroka(pemegang saham-plaintif) dan peguam KPF serta Felda Global Ventures(defendan).
ADUAN
1. Mengapa mesyuarat Ahli Lembaga KPF pada 22 hb Jun 2011 meluluskan permohonan keahlian Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF?
Tidakkah ianya bertentangan dengan Undang-Undang Kecil KPF fasal 2 dan fasal 11; di mana hanya peneroka, isteri dan anak peneroka, kakitangan tetap Felda serta Koperasi gabungan KPF sahaja yang layak sebagai ahli KPF?
2. Apa tujuan YAB Perdana Menteri menulis surat bertarikh 15 hb Ogos 2011 kepada Tan Sri Isa Samad memaklumkan perlantikan beliau sebagai Pengerusi KPF?
3. Apa kuasa Perdana Menteri untuk mencampuri hal ehwal dalaman sebuah koperasi yang mempunyai undang-undangnya sendiri dan tertakluk kepada Akta Koperasi dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia?
Kenapa undang-undang dilanggar dengan tidak mempedulikan suara lebih 200,000 ahli-ahli KPF untuk menentukan kepimpinan KPF yang mereka anggotai?
4. Mengikut peruntukan di dalam seksyen 43 Akta Koperasi 1993 dan juga Undang-undang Kecil KPF sendiri di mana disyaratkan mana-mana ahli sesebuah koperasi yang hendak dilantik atau dipilih sebagai anggota Lembaga sesebuah koperasi itu hendaklah telah genap dua tahun menjadi ahli bagi koperasi itu.
Macamana Tan Sri Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau baru dua bulan menjadi ahli KPF?
5. Bagaimana Perdana Menteri boleh memberi persetujuan terhadap perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang baru dengan mengenepikan begitu sahaja Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang baru beberapa bulan disahkan perlantikannya sebagai Pengerusi KPF di dalam Mesyuarat Agung KPF 23 hb Jun 2011?
6. Meskipun kuasa Menteri yang berkaitan halehwal Koperasi boleh mengecualikan penggunaan seksyen 87 Akta Koperasi 1993 mengenai syarat keahlian dua tahun untuk membolehkan seseorang itu dilantik Ahli Lembaga Koperasi(contohnya Tan Sri Isa); namun, adakah kuasa itu mutlak untuk berbuat demikian?
Menteri atau pihak yang berkuasa mengenainya mesti memberikan alasan kukuh kenapa bertindak memberi pengecualian tersebut.
7. Kenapa hanya selepas seminggu sahaja Tan Sri Isa Samad membuat aduan dan bantahan di SKM, pihak SKM terus sahaja memanggil perbicaraan sedangkan aduan pemegang saham KPF lambat di jawab?
Itupun jawaban kepada pemegang saham begitu kabur.
8. Mengapa SKM membuat keputusan memaksa KPF menerima keahlian Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF sedangkan laporan Ketua Audit SKM sendiri menyatakan keahlian Tan Sri Isa Samad dalam KPF adalah tidak sah?
9. Adakah SKM selaku sebuah Suruhanjaya yang sepatutnya tertakluk kepada undang-undang dan mengamalkan tahap profesionalisme serta intergriti yang tinggi telah menjadi pekakas yang tunduk kepada kepentingan politik pihak tertentu?
10. Apakah ada ugutan dan tekanan dikenakan keatas Pengerusi Eksekutif SKM untuk membuat keputusan yang menyebelahi Tan Sri Isa Samad?
Sebagai sebuah badan induk yang ditubuhkan pada 12 hb Mei 1971, objektif penubuhan ANGKASA dalam menyatukan 3840 buah koperasi di Malaysia tidak dapat disangkal keberkesanannya.
Justeru kemelut yang melanda KPF ketika ini sesungguhnya menguji kewibawaan ANGKASA dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan koperasi-koperasi seluruh Negara.
Pihak ANGKASA tentu maklum tentang kejayaan KPF sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010(kategori Kluster Besar) yang merekodkan perolehan sebanyak RM15 bilion pada tahun 2010. Daripada tahun 1997-2010 purata dividen yang dibayar kepada pemegang saham adalah dalam lingkungan 10-16 peratus. Ini menggambarkan kejayaan besar KPF.
Namun, kebimbangan yang teramat sangat pemegang saham KPF ekoran usaha-usaha berikut yang boleh menjejaskan kepentingan KPF di masa hadapan. Antaranya:-
1. Cadangan Pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 Anak Syarikat milik Felda Holdings Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad. Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.
2. Cadangan Pelaburan KPF di dalam Felda Global Ventures Holdings semasa peringkat Pra-Penyenaraian. Felda Global Ventures adalah Syarikat pelaburan Felda yang baru wujud beberapa tahun dan sangat diragui keupayaannya. Pelaburannya di luar Negara seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia mencatat kerugian RM500 juta sehingga tahun 2010.
3. Memperjudikan masadepan KPF kepada Felda Global Ventures yang latar belakangnya begitu buruk sangat berisiko tinggi. Bagaimana mungkin KPF boleh menyandarkan harapan kepada Felda Global Ventures?
Semasa penyenaraian, Felda Global Ventures menerbitkan saham baru sebanyak 20-25 peratus dan ini menyebabkan kepentingan KPF menguncup sehingga 40 peratus. KPF akan menjual 6 peratus daripada pegangan saham yang dimiliki dan pendapatan yang diperolehi dari jualan saham ini diagihkan kepada peneroka sebagai ‘ durian runtuh ‘. Pegangan KPF berkurangan lagi ke paras 35 peratus. Adakah ini percaturan yang betul?
4. Cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam Felda Global Ventures pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian Felda Global Ventures dan penjualan ekuiti kepada pelabur.
Adakah bijak untuk dipindahkan ekuiti bernilai RM3.13 bilion daripada 10 anak syarikat yang mempunyai entiti berbeza dan di longgokkannya dalam satu entiti dan saham-saham diapungkan di pasaran terbuka?
Kepentingan KPF dalam Felda Global selepas di senaraikan di Bursa Malaysia hanya tinggal sekitar 35 peratus sahaja dan milikan Bumiputera semakin terhakis.
5. Sehingga kini, Lembaga Pengarah KPF belum menerima kertas lengkap mengenai cadangan Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia daripada pihak pengurusan Felda Global Ventures.
Apakah implikasi kewangan keatas KPF dan Felda belum dibincangkan secara konkrit. Persoalan berkaitan struktur ekuiti selepas penyenaraian mengenai pegangan ekuiti peneroka dan kakitangan Felda melalui KPF adakah dapat di kekalkan pun belum dimuktamadkan. Semuanya masih terlalu kabur dan penuh tanda tanya.
6. Sangat mengejutkan, pegangan saham KPF di dalam Felda Global Ventures sebanyak 35 peratus selepas penyenaraian dipindahkan ke dalam sebuah syarikat pegangan pelaburan baru ( Fund Co) yang ditubuhkan oleh Felda melalui pegangan Saham Keutamaan Boleh Tebus(Redeemable Preference Share). Felda memiliki 100 peratus pegangan saham biasa tertangguh(deffered ordinary shares) di mana semua dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co akan disalurkan terus kepada KPF. Felda hanya mempunyai hak mengundi tetapi tidak mempunyai hak ekonomi ke atas dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co.
Mengapa Fund Co harus ditubuhkan, siapa yang bakal terlibat dalam syarikat tersebut dan tujuan sebenar organisasi itu di wujudkan dalam konteks proses penyenaraian Felda Global Ventures?
PENUTUP
Memorandum ini di sediakan sebagai suatu ikhtiar yang menuntut komitmen ANGKASA selaku payung kepada koperasi-koperasi seluruh Negara. Felda adalah institusi pembangunan tanah yang terbesar di dunia. KPF adalah sebahagian keluarga besar Felda yang menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Felda. Pertanggungjawaban ANGKASA dalam mempertahankan situasi ini sangat diperlukan.
Sepertimana SKM, Angkasa juga jangan tunduk kepada kemahuan pihak berkepentingan yang di terajui Tan Sri Isa Samad. Mesti di junjung prinsip ketelusan dan bertindak berani mempertahankan yang hak.
Masa kian suntuk. Meskipun Mesyuarat Agung Khas KPF telah dibatalkan pada 5 hb Januari 2012 yang lalu; ada usaha untuk membawa YAB Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung Khas KPF pada tanggal 8 hb Februari 2012.
Agendanya sama. Kempen kotor dan jijik sedang digerakkan. Adalah dipercayai sogokan dan imbuhan istimewa sedang ditawarkan kepada perwakilan. Ini tidak mustahil. ANGKASA mesti bertindak dan memantau perkembangan ini.
Semoga konspirasi jahat yang mahu memfaraidkan aset warga Felda sesama ‘penyamun’ di gagalkan dengan pertolongan Allah SWT, Amin.
MAZLAN ALIMAN
Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)

4. KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim untuk melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF.
Tiga permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) ialah:
1. Satu injunksi interim melarang defendan (KPF) samaada secara sendiri atau perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings Berhad dan sepuluh anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.
2. Satu injunksi interim melarang defenden samaada secara sendiri atau melalui perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk menguatkuasakan sebarang keputuan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holdings dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.
3. Satu injunksi interim melarang defendan samaada secara sendiri atau melalu perkhidmat defendan atau melalui sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak defendan untuk melupuskan samaada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holdings kepada Felda Global Ventures Holding Berhad.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh diadakan tetapi tidak boleh membincangkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Beliau menyifatkan berita gembira itu sebagai kejayaan awal peneroka menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
"EGM 22 Februari ini boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu.
"Keputusan yang sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.
"Kami tak halang mereka buat EGM tapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH.
"Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh dakwa mereka hina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil. Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah," katanya yang juga ahli jawatankuasa Anak.
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat laporan polis di seluruh negara pada 3 Mac ini berhubung 'surat pekeliling durian runtuh' yang diedarkan Felda kepada peneroka bermula minggu lalu.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, surat pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan semua dokumen seperti salinan kad pengenalan, geran ladang dan rumah, status senarai hitam bank dan pewaris bagi mendapat 'durian runtuh' berupa wang tunai setelah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.
Ekoran itu, beliau menerima banyak aduan dariapda peneroka yang bimbang semua dokumen itu dimanipulasi untuk tujuan tertentu.
Lebih menimbulkan keraguan ujar Mazlan, perkara itu tidak diketahui Lembaga Pengarah Felda.
"Kita akan sediakan format laporan polis bermula 3 Mac di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang dan di seluruh negara serentak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, semalam.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu juga berkata, semua laporan polis tersebut akan dikumpul dan diserahkan bersama memorandum bantahan penyenaraian FGVH kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 12 Mac ini.
"Kita minta Perdana Menteri tolong hentikan sebarang cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa malaysia.
"Sejak cadangan ini ditimbulkan, keharmonian dalam Felda mula hilang.
"Saya terima maklumat, setiap kali perhimpunan bulanan Felda, Tan Sri Isa akan memberi amaran kepada kakitangan agar tidak memberikan sebarang maklumat kepada pihak luar berkaitan usaha penyenaraian FGVH," katanya.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, ada peneroka dijanjikan 'durian runtuh sejumlah RM10, 000, RM20,000 dan RM30, 000.
Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.
"Seperti yang saya tegaskan, janji durian runtuh satu pembohongan sebab mesyuarat agung dibatalkan, jadi KPF tiada kaitan dengan penyenaraian," katanya.
Ekoran itu, beliau menerima banyak aduan dariapda peneroka yang bimbang semua dokumen itu dimanipulasi untuk tujuan tertentu.
Lebih menimbulkan keraguan ujar Mazlan, perkara itu tidak diketahui Lembaga Pengarah Felda.
"Kita akan sediakan format laporan polis bermula 3 Mac di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang dan di seluruh negara serentak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, semalam.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu juga berkata, semua laporan polis tersebut akan dikumpul dan diserahkan bersama memorandum bantahan penyenaraian FGVH kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 12 Mac ini.
"Kita minta Perdana Menteri tolong hentikan sebarang cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa malaysia.
"Sejak cadangan ini ditimbulkan, keharmonian dalam Felda mula hilang.
"Saya terima maklumat, setiap kali perhimpunan bulanan Felda, Tan Sri Isa akan memberi amaran kepada kakitangan agar tidak memberikan sebarang maklumat kepada pihak luar berkaitan usaha penyenaraian FGVH," katanya.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, ada peneroka dijanjikan 'durian runtuh sejumlah RM10, 000, RM20,000 dan RM30, 000.
Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.
"Seperti yang saya tegaskan, janji durian runtuh satu pembohongan sebab mesyuarat agung dibatalkan, jadi KPF tiada kaitan dengan penyenaraian," katanya.
6. 25 April 2012 KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Isa berkata, FELDA memutuskan untuk mengeluarkan KPF berikutan kesuntukan masa untuk penyenaraian FGVH yang dijangkakan akhir Mei atau awal Jun ini.
KUALA LUMPUR: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia akan diteruskan tanpa penglibatan Koperasi Peneroka Felda (KPF).
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, KPF perlukan masa untuk menyemak semula terma yang ditetapkan ahlinya sedangkan penyenaraian itu akan berjalan dalam masa terdekat, berkemungkinan antara Mei dan Jun.
“Kita perlukan masa perbincangan yang agak lama namun masa itu sudah terhad,” katanya dalam sidang media di Balai Felda di sini hari ini.
Walaupun KPF mendapat persetujuan majoriti 88 peratus, namun ahlinya dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) 19 April lalu menetapkan tiga syarat utama jika mahu disenaraikan dalam Bursa Saham.
Antaranya Ahli Lembaga Pengarah KPF perlu diberi mandat meneliti, berunding, memperhalusi dan menerima apa-apa terma yang tertakluk dalam Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Kelewatan itu juga berlaku disebabkan injunksi yang difailkan lapan ahli koperasi di Mahkamah Tinggi Kuantan 17 Februari lalu bagi menghalang KPF membuat sebarang keputusan pada EGM.
Akibatnya, EGM yang pada awalnya dijadualkan pada 22 Februari lalu tertangguh selama dua bulan.
“Kalau masa itu tak terbuang saya percaya perbincangan dengan KPF dapat diselesaikan…kalau lagi lewat (penyenaraian) kita perlu bermula daripada A.
“Akhirnya pihak kami berpendapat kita tak boleh lewat lagi kerana ini masa yang paling baik bagi kita teruskan penyenaraian FGVH.
“Tak dapat jangka bila KPF boleh terlibat, kalau tak dapat tahun ni mungkin tahun depan,” katanya yang menjamin kepentingan peneroka tidak akan terjejas walaupun KPF tidak tersenarai buat masa ini.
Pelan alternatif
Sehubungan itu, Isa berkata pihaknya akan menyediakan pelan alternatif iaitu menubuhkan satu entiti khas dalam FGVH bagi menjaga kepentingan peneroka semasa penyenaraian itu nanti.
Entiti khas yang berfungsi sebagai badan amanah ini akan ditubuhkan oleh Jabatan Perdana Menteri yang menjaga kepentingan Felda dan akan diumumkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam masa terdekat.
Katanya, melalui badan amanah ini peneroka akan mendapat keuntungan dua dividen sekaligus termasuk daripada saham koperasi sendiri.
“Seramai 112,635 peneroka KPF akan dapat keuntungan seumur hidup kerana dividen peratusan yang ditetapkan setiap tahun tanpa perlu mengeluarkan wang,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan matlamat KPF sebagai pemegang saham tunggal besar dalam FGVH akan kekal, iaitu sebanyak 51 peratus.
FGVH dimiliki 100 peratus oleh Felda dengan 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings dan KPF menjadi pemegang terbesar dalam Felda Holdings dengan 51 peratus saham.
7. Memorandum pada Suruhanjaya Sekuriti - 10 Mei 2012
Dr Rosli bersama Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman petang tadi menyerahkan aduan membantah penyenaraian Felda kepada Suruhanjaya Sekuriti.
Menurut Mazlan, ANAK menyerahkan bantahan 154 peneroka dari gugusan Bera, Pahang dan Raja Alias, Johor yang dakwanya ditipu untuk menandatangani borang pinjaman bagi membeli saham FGVH.
Menurutnya, peneroka tersebut diperdaya pengurus Felda menandatangani borang itu dalam bahasa Inggeris secara tergesa-gesa dan mereka juga tidak dibenarkan membawanya pulang ke rumah.
Malah, dakwanya lagi, borang tersebut juga tidak tercatat jumlah pinjaman yang dipohon dan tiada jadual pembayaran semula.
"Mereka dipaksa menandatangani borang pinjaman walaupun prospektus masih lagi dipamerkan," katanya.
Satu permohonan mahkamah juga difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam bagi menghentikan perjanjian yang ditandatangani peneroka itu daripada dikuatkuasakan, kata Mazlan.
Dalam pertemuan ringkas dengan Pengurus Besar Suruhanjaya Sekuriti, Musa Mahmud yang menerima aduan itu, Mazlan turut menyerahkan memorandum membantah penyenaraian Felda.
Malah, dakwanya lagi, borang tersebut juga tidak tercatat jumlah pinjaman yang dipohon dan tiada jadual pembayaran semula.
"Mereka dipaksa menandatangani borang pinjaman walaupun prospektus masih lagi dipamerkan," katanya.
Satu permohonan mahkamah juga difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam bagi menghentikan perjanjian yang ditandatangani peneroka itu daripada dikuatkuasakan, kata Mazlan.
Dalam pertemuan ringkas dengan Pengurus Besar Suruhanjaya Sekuriti, Musa Mahmud yang menerima aduan itu, Mazlan turut menyerahkan memorandum membantah penyenaraian Felda.
8. Memorandum kepada Bank Negara
23 Mei '12 Kuala Lumpur : Dua bank terlibat menawarkan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Berhad (FGVH) kepada peneroka bersetuju untuk menarik balik borang yang diedarkan dan ditandatangani peneroka. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, dua bank tersebut iaitu CIMB dan Am Bank akan berbuat demikian ekoran permohonan injunksi yang dibuat 125 peneroka gugusan Bera dan Raja Alias, Seremban berhubung perkara itu. "CIMB telah hantar surat kepada peguam kita untuk tarik balik borang tersebut dan AM Bank juga akan berbuat demikian," kata beliau ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berhubung pelanggaran etika perbankan di bank Negara. Mazlan juga berkata, tindakan dua bank tersebut membuktikan bantahan yang dibuat peneroka berhubung borang pinjaman tersebut sebelum ini adalah relevan.
Sebelum itu, Mazlan atas nama Gerakan Selamatkan Felda (GSF) ditemani penasihat ekonomi, Dr. Rosli Yaakop menyerahkan memorandum kepada Bank Negara mendesak badan itu mengambil tindakan ke atas tujuh bank yang didakwa melanggar etika perbankan. Tujuh bank tersebut ialah Maybank Berhad, CIMB Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Muamalat Berhad, Affin Bank Berhad, Am bank Berhad dan OCBC Bank Berhad.
Serahan memorandum ini rentetan aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 10 Mei lalu. Mazlan menyatakan terdapat lima pelangaran etika yang dilakukan oleh bank terbabit antaranya dokumen perjanjian dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris, kecuali Maybank yang tidak difahami peneroka. Majoriti peneroka juga kata Mazlan, menandatangani dokumen tanpa memahami isi kandungannya. Selain itu, pegawai bank didakwa tidak hadir semasa peneroka menandatangani dokumen perjanjian dan terdapat manipulasi, pujukan dan paksaan secara halus supaya peneroka menurunkan tandatangan.
"GSF mengesyaki pengurusan Felda dan bank-bank terbabit sepakat mengelirukan peneroka. "Mereka tidka menjelaskan kepada peneroka syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam dokumen dan risiko-risiko yang bakal dihadapi," katanya.
Sementara itu, Dr. Rosli berkata, adalah menjadi kesalahan bagi bank mengeluarkan pinjaman kepada peminjam yang berumur 65 tahun ke atas. "Kebanyakan yang menandatangani borang tersebut berumur 65 tahun ke atas. Itu satu kesalahan bagi bank," katanya yang juga bekas pegawai Bank Negara. Hasil pertemuan, pihak Jabatan Informasi dan Pelanggan Bank Negara berjanji akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Peremuan hari ini positif dan Bank Negara menganggap perkara ini sebagai serius apabila mereka meminta banyak maklumat dariapada kami, kata Mazlan.
Menurut Mazlan juga, pihaknya menyediakan khidmat guaman kepada peneroka yang ingin membuat aduan berhubung dokumen yang ditandatangani. "Ramai di kalangan peneroka yang sedar mengenai perkara ini dan ingin menarik balik tandatangan mereka. "Oleh itu, kita sediakan peguam dan mereka boleh bertemu peguam untuk membuat aduan. "Kita akan menggerakkan kempen besar-besaran," katanya.
Lebih 80 peratus peneroka di seluruh negara menandatangani borang tersebut dan khuatir berdepan dengan risiko bankrap sekiranya gagal membayar pinjaman sekiranya berlaku kejatuhan saham FGVH.
9. 1 Jun 2012 Penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) adalah idea unik yang diperkenalkan Perdana Menteri agar rakyat jelata dapat berkongsi kemakmuran yang sebelum ini dinikmati secara eksklusif oleh warga peneroka dan kakitangan Felda sahaja.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata melalui penyenaraian itu, tanah ladang seluas 350,000 hektar akan disewa kepada FGVH mengikut formula jangka panjang.
“Tanah Felda ini tidak akan hilang sebaliknya hanya disewakan kepada FGVH bagi menghasilkan keuntungan yang dijangka mencecah berbelas bilion.
“Jika sebelum ini kemakmuran Felda hanya dinikmati oleh warga peneroka, generasi kedua serta pekerja Felda, kini kerajaan mahu seluruh rakyat di luar sana turut berkongsi kemakmuran ini dengan menyenaraikan FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur.
“Penyenaraian ini merupakan yang terbesar di Asia tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Terdahulu, Ahmad menyampaikan ceramah berkaitan Gagasan 1Malaysia di Institut Tadbiran Islam Malaysia (INTIM) yang dihadiri kira-kira 200 peserta dari seluruh negeri Perak.
Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, FELDA daripada organisasi domestik kini beralih kepada pelaku global yang berjaya.
“Penyenaraian ini mencatatkan dua detik bersejarah kepada negara dan FELDA iaitu ia adalah yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook untuk tahun ini,” katanya.
Berdasarkan petunjuk harga IPO FGVH dengan unjuran RM10.5 bilion, ia adalah terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia, tahun ini.
FGVH yang akan disenaraikan pada 28 Jun depan dijangka menjana pasaran modal berjumlah RM18 bilion.
Berdasarkan prospektus IPO FGVH, ia menawarkan 2.19 bilion saham yang mana 1.92 bilion saham ditawarkan untuk langganan pelabur institusi dan pelabur institusi Bumiputera, manakala 273.61 juta saham ditawarkan kepada pelabur awam, pengarah yang layak dan kakitangan FGVH.
10: Struktur organisasi Felda sebelum penyenaraian Fgvhb
11: Penyenaraian Fgvhb
Come June 28, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) will be listed on the Bursa Malaysia (Malaysia Stock Exchange) with a market capitalization of RM16.599 billion based on IPO indicator price of RM4.55 a share. There would be a mind-boggling 3,648 million shares floating in the market. Actually FGVH is another animal and should perform differently compares to Facebook considering it is the third largest (by landbank) listed palm oil operator globally, if not for the fact that the company is tainted with truckloads of political elements attached to it.
For a start, the whole exercise of FGVH listing was rushed in as if a plague would be wiping out human civilization post-June listing date. When Isa Abdul, a person who was found guilty of money politic (a flowerish word for corruption) by its own party, UMNO, was made Felda Chairman, even though he wasn’t a KPF (Koperasi Permodalan Felda) member hence his membership was found to be “illegal” by the Malaysian Cooperative Societies Commission (MCCC), you can smell troubles miles away. It was simply an exercise to cash out from Felda by milking the ignorant 112,000 settlers’ tits to dry, before the coming general election.
Based on 1,208.9 million shares from shareholders and 980 million new shares offered to the public, the IPO will raise a combination of RM10 billion (based on retail offer price of RM4.55 a share). That’s a lot of money and anyone would not think twice about cashing out, not to mention such amount of money can buy hundreds of thousands of votes. However there’s something fishy about the IPO exercise when KPF, which owns 51% of Felda Holdings Berhad currently had been left out in the exercise. It was a valid argument from opposition as to the reason of setting up a “mysterious trust fund” to channel 20% of dividend from the IPO. The fact that the trust fund wasn’t mentioned in the IPO prospectus could spook investors further.
Maybe that was the reason why some state governments was made to provideirrevokable undertakings to subscribe to FGVH’s IPO shares, should there be no takers. It’s both strange and weird that a 51% shareholder (KPF) which represent the 112,000 settlers are not represented in FGVH post-listing. Heck, technically, KPF does not even own anything in crown jewel Felda Holdings Berhad as the biggest shareholder would then be FGVH with its 40% stake. It seems the IPO was designed to sell off KPF’s 51% stake and park the RM10 billion under FGVH which includes the mysterious trust fund.
12 : Oleh Mazlan Maslan:
PERTEMUAN terpenting antara Gerakan Selamatkan Felda(GSF) dengan Pegawai2 Kanan Polis diketuai OCPD Sentul, Zakaria Pagan dan OCPD Brickfield Wan Bari bermula 3.30 petang hingga 5.10 petang ini di Balai Polis Kepong.
Walaupun pada mulanya polis tidak membenarkan perarakan, namun hasil perbincangan dan rundingan; kata sepakat telah dicapai.Saya telah menekankan tujuan himpunan setelah segala saluran diplomasi langsung tidak diendahkan oleh Kerajaan. Selama lapan bulan, ANAK bersama Gerakan Selamatkan Felda dan Biro Felda PKR telah berbuat berbagai cara menghalang keghairahan Kerajaan utk menyenaraikan FGVH di Bursa Msia.
Laporan Polis, SPRM, Suhakam, Suruhanjaya Koperasi Msia, Angkasa, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Msia dan saluran Mahkamah telah digunakan. Namun, dukacita di pihak kerajaan. Memorandum kpd PM pun tidak ada sebarang respon. Apa salahnya bagi PM mendengar pandangan alternatif rakyat kalau slogan ' rakyat didahulukan ' benar2 dihayati.
GSF berkeyakinan jika isu PPSMI, GMI, LYNAS dan BERSIH berakhir dgn demo dan 'bahasa' demo sj baru difahami oleh Kjaan; maka GSF tiada pilihan lain. Inilah antara medan terbaik menghantar isyarat kepada PM yg angkuh dan sombong!
Kenapa pilih Istana Negara?
GSF yakin memorandum yg akan disampaikan kpd Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agung akan dipertimbangkan seadil2nya.
Alhamdulillah, rundingan berlangsung dlm suasana tenang dan matang. Akhirnya dipersetujui:-
1. Peserta berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta utk solat Zohor dan Solat Hajat,
2. Bermula jam 2 ptg, peserta berarak dan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jln Duta.
3. Sesi ucapan oleh pemimpin politik, ngo dan wakil peneroka akan berlangsung hingga jam 2.45 petang.
4. Perarakkan akan diteruskan melalui Jln Segambut hingga berakhir dlm lingkungan 600 meter ke Istana Negara
5. 8 orang wakil yg telah dipersetujui bersama dengan pihak Istana; akan menyerahkan memorandum kpd Yang DiPertuan Agong jam 3.30 petang.
6. Sidang Media akan dibuat selepas penyerahan memo di pintu utama Istana Negara,
7. Ucapan penutup dan doa akan di sampaikan kepada peserta demo
8. Jangkaan bersurai jam 4.15 petang
9. Kenderaan peserta boleh di parking dekat kawasan MATRADE yang boleh menempatkan bas dll
10.Polis Trafik dengan kerjasama Unit Amal akan memantau pergerakan perarakan,
11.Tindakan tegas kepada pihak2 yg cuba melakukan provokasi,
Semoga Himpunan Oren Selamatkan Felda bermula 2 petang esok akan berjln lancar. Ramai pimpinan Pakatan Rakyat seperti Hj Mohd Sabu, DS NIzar Jamaludin, Samsul Iskandar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin, Dato Tamrin Ghafar, Dato A. Samad Said, Suhaimi Said, Cikgu Azmi Hamid, dan ramai lagi bersama2 mengiringi 20,000 rakyat ke Istana Negara.
1 . Struktur Sebelum Penyenaraian
2 . Struktur Semasa Cadangan Penyenaraian
3 . Struktur Selepas Penyenaraian
C : Peneroka dapat "Durian Runtuh"?
1. Banyaknya dapat saham walau takde tanah kat Felda
Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting di sebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unit saham Felda FGVH walaupun, walaupun……beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
- Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
- Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
- Dr Omar Salim – 150,000 unit saham
- Dr. Emir – 150,000 unit saham
- Ini yang ada atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?
2. Pulangan Di sebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :
3. Siapa sebenarnya yang dapat "Durian Runtuh"?
- Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
- Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
- Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
- Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
4. Peneroka dapat apa?
Hakikatnya, berdasarkan semakan terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham), iaitu sama banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andaikata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?
Sumber HD : 15/07/2012RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?
Himpunan Oren berjaya capai sasaran
Basiron Abd Wahab, | 16 Jul 2012 |
(Himpunan Oren yang dikatakan hanya disertai 1,000 oleh pemimpin Umno)
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan himpunan Oren 14 Jun lalu berjaya mencapai matlamatnya.
Katanya, sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorendum kepada kepada Yang DiPertuan Agong dan hasrat itu telah diberjaya dilakukan.
Beliau menolak tanggapan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan himpunan Oren gagal mencapai sasaran 20,000 orang dan berniat jahat.
“Pihak Umno ni tidak akan bergembira dengan apa yang PAS buat, jika sasaran 20,000 orang berjaya dikumpulkan mereka tetap mengatakan gagal.
“Ini dibuktikan oleh laporan media pro Umno yang tetap mengecilkan jumlah peserta himpunan itu kepada hanya 1,000 orang walhal nya jauh lebih ramai daripada itu,” kata Tuan Ibrahim (gambar).
Ahmad Maslan berkata, perhimpunan membuktikan majoriti peneroka menyokong penyenaraian Felda Global Vantures Holding (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Menurut Tuan Ibrahim peserta himpunan Oren itu lebih ramai daripada himpunan tajaan Umno yang dibuat diseluruh Felda yang menghimpunkan dua tiga puluh orang sahaja.
“Himpunan itu dibuat disemua rancangan Felda di seluruh negara dan pihak media menyiarkannya didalam akhbar harian supaya kelihatan ramai.
“Namun benarkah peneroka yang menyokong penyenaraian FGV itu bersetuju dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada mereka berbanding dengan jumlah saham yang diterima oleh pembesar Felda itu,” soal beliau.
Difahamkan pembesar-pembesar Felda diberi saham sehingga 180,000 unit berbanding 800 unit kepada peneroka.
Hanya pemimpin Umno seperti Ahmad Maslan saja yang gembira dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada peneroka dengan mengatakan jumlah itu terlalu besar dan akan membawa keuntungan kepada peneroka.
Sumber HD : 16/07/2012
FGVH: Fahami tawaran Pakatan, bukan andaian
Khairil Abdul Rahim, | 27 Jul 2012 |
Wartawan yang mahu menulis tentang isu-isu berkaitan Felda termasuk penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding FGVH) diminta memahami isu tersebut betul-betul, bukan sekadar merujuknya daripada sumber sebelah pihak bagi tulisan yang ‘mengampu’.
Ini penting kerana jika isu yang dibicarakan sekadar ‘menggula-gulakan’ pembaca, persoalan sebenarnya yang melingkari peneroka dan perlukan penyelesaian tidak akan terungkai.
Semalam (Khamis) sebuah rencana dalam akhbar Berita Harian bertajuk ‘Isu FGV: Waspada gula-gula pembangkang’ yang ditulis sendiri oleh Ketua Biro Negeri Pahang akhbar berkenaan, menunjukkan beliau sendiri tidak faham dengan isu yang dibangkit oleh Pakatan Rakyat dan Gerakan Selamatkan Felda (GSF).
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Jusoh Darus berkata, ketika Timbalan Menteri Hal Ehwal Felda Datuk Ahmad Maslan berhujah di parlimen satu ketika dulu berhubung penyenaraian saham FGVH, beliau memberitahu bahawa tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup peneroka.
Atas alasan tersebut, peneroka sepatutnya diberikan keutamaan dalam agihan saham. Namun apa yang terjadi selepas penyenaraian tersebut 28 Jun lalu ialah seramai 112,635 warga peneroka hanya mendapat 5% saham iaitu masing-masing 800 unit. Itupun dengan hutang melalui beberapa buah bank. Bakinya dijual kepada bukan peneroka dan pelabur-pelabur luar negeri.
Jadi setelah ‘bagaikan langit nak runtuh’ dengan pelbagai janji yang muluk-muluk kononnya peneroka akan mengalami tranformasi besar dalam kehidupan baru mereka apabila saham kedua terbesar selepas Facebook itu disenaraikan, rupa-rupanya hanya itulah yang mereka dapat.
Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan beberapa kroni lain yang bukan dari komuniti peneroka dapat berapa? 180,000 unit! Jadi berbalik kepada ucapan Ahmad Maslan di parlimen tadi, inikah maksud beliau peneroka akan dapat manfaat besar?
Sudahlah peneroka yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas itu dipaksa berhutang, apa pula yang mereka tahu tentang bermain saham? Malah hasil pinjaman peneroka bukannya mereka yang untung tetapi bank, peguam dan broker.
“Inilah yang Pakatan dan GSF perjuangkan sekarang,” kata Jusoh.
Takdirnya saham terus menjunam dan peneroka tidak mampu membayar balik hutang bank, apa yang akan terjadi? Oleh itu jangan diperkecilkan jika peneroka berasa bimbang dengan tergadainya tanah ladang 10 ekar dan tapak rumah kerana jumlah hutang bank tidak pernah dinyatakan.
“Jadi apabila penulis artikel tersebut mengatakan Pakatan menimbulkan keraguan mengenai niat murni kerajaan, itu tak betul sedangkan apa yang kita beritahu tidak mahu komuniti peneroka menjadi ibarat ayam terlepas tangan bau tahi”.
Apa yang tidak disebut dalam artikel berkenaan ialah untuk mengapungkan saham FGVH itu, kerajaan-kerajaan negeri terpaksa mencagarkan Tanah Rizab Melayu seluas 36,000 ekar. Bagaimana sekiranya takdirnya pemilikan saham bertukar tangan kepada pelabur asing?
Kenapa ini tidak diulas langsung oleh penulis artikel berkenaan?
“Satu lagi, Felda sudah jauh tersasar daripada matlamat asal penubuhannya. Semasa penubuhannya dulu ialah fungsinya ialah ‘land for the landless’ iaitu penduduk kampung yang tidak memiliki tanah diberi peluang menjadi warga Felda.
“Tetapi bermula pada era Tun Dr Mahathir iaitu melalui dasar penswastaan matlamat Felda telah berubah menjadi korporat sehingga tanah yang sepatutnya menjadi ‘land for the landless’ telah diubah kepada Felda Plantation.
“Sebab itu apa yang Pakatan Rakyat tawarkan jika diberi peluang memerintah ialah membuka lebih besar ladang Felda kepada warga negara Malaysia dan tidak statik kepada jumlah 112,635 peneroka sahaja,” katanya.
Dasar Pakatan mengisi peneroka Felda ini juga sebenarnya menguntungkan orang Melayu sendiri dari segi jangka panjang kerana pertambahan peneroka Felda di penempatan-penempatan baru sekali gus akan menambahkan pula parlimen dan Dun Melayu.
Artikel tersebut juga jelas memetik daripada sumber yang salah apabila mengatakan “Selain itu, pelbagai taktik digunakan pembangkang untuk mendorong generasi kedua FELDA memihak kepada mereka seperti isu pemberian tanah seluas 2.02 hektar (lima ekar) secara percuma kepada golongan itu seandainya berjaya memenangi pilihan raya umum nanti.”
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, berkata barangkali penulis tersebut tidak penahpun menatap Buku Jingga yang mengandungi tawaran Pakatan Rakyat, jika dinilai daripada tulisannya.
Sebenarnya tawaran tanah Felda Plantation ialah kepada golongan iaitu buruh atau peserta Felda Plantation, generasi kedua dan ketiga Felda yang berkelamin dan memenuhi kriteria seperti tiada tanah, bekas anggota tentera yang dijanjikan tanah oleh Kerajaan (janji yang tidak dilunaskan), kakitangan Am Rendah Felda dan anak tempatan yang mendiami kawasan berhampiran Felda Plantation.
Jadi tekaan penulis bahawa jika janji memberi tanah ini kepada generasi kedua Felda dilunaskan Pakatan terpaksa menyediakan tanah seluas 1,139,544 juta hektar tanah bersamaan 11,395.56 kilometer persegi (kerana lojik beliau setiap 112,635 peneroka mempunyai lima orang anak, bermakna terdapat 563,175 generasi kedua iaitu 5 x 112,645) itu langsung tersasar kerana berdasarkan lojik penulis semata-mata.
Tanah hanya diberikan kepada yang betul-betul memerlukan. Adakah anak peneroka yang sudah berjaya seperti Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Syabas) Tan Sri Rozali Ismail (anak peneroka Felda Gedangsa, Hulu Selangor) dan selebriti terkenal Che Wan (anak peneroka Sungai Koyan, Raub) masih perlukan tanah Felda Plantation?
Sebab itu kita katakan penulis hanya menulis berdasarkan lojik dan andaiannya sendiri semata-mata tanpa merujuk kepada sumber sebenar.
“Dengan demikian Anak Pahang bersedia pada bila-bila masa memberikan penerangan terperinci sekiranya penulis berkenaan benar-benar mahu faham tentang isu-isu peneroka. Atau jika merasakan diri sudah begitu pandai, masuklah politik!
“Lagi satu, tidak wajar melabelkan tawaran dan manifesto Pakatan sebagai ‘jarum’ dan ‘gula-gula’ seperti disebutkan dalam artikel berkenaan kerana ia merupakan janji dan komitmen Pakatan apabila berjaya Ke Putrajaya”, katanya.
Sumber HD : 27/07/2012
KUALA LUMPUR: Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan mereka.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan.
“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.
Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
Keadaan itu kemudian menjadi makin tegang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian.
“Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang,” tambahnya.
Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang.
Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis.
Mereka kemudian keluar dari tempat tersebut kira-kira jam 11 pagi.
"Saya yakin sebahagian besar mereka ini adalah orang luar dan diupah pihak tertentu untuk menghalang kami," kata Mazlan lagi.
Kembara Oren Selamatkan Felda adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak yang di pengerusikan Razman Zakaria dengan kerjasama NGO Anak.
Kembara tersebut akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.
Selain bertemu warga Felda, kembara ini juga turut membawa risalah penerangan berhubung isu-isu berkaitan Felda untuk disebarkan kepada warga peneroka.
Mengulas lanjut Mazlan berkata, pasukan kembara itu kini meneruskan kembara ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Ijok, Larut sebelum ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut.
"Kami tak tahu apa lagi di hadapan kami. Ada kedengaran kami juga akan di halang lagi selepas ini.
"Saya tetap yakin ini adalah provokasi pihak luar yang dirancang," katanya.
Sumber HD - 3-11-2012

Mazlan, konvoi Kembara Oren dihalang di Sg. Siput
Harakahdaily, | 03 Nov 2012 |

Halang: Anak batal program di Felda Lasah
Muhammad Faizal, | 03 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membatalkan program Konvoi Oren Selamatkan Felda Lasah, Sungai Siput bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman yang ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu beliau dan rombongan telah membatalkan program di Felda Lasah apabila melihat suasana yang sudah tidak terkawal.
"Sekarang konvoi telah keluar dari Felda Lasah dan sebentar tadi lebih sejam kita dihalang oleh sekumpulan pemuda yang bertindak samseng serta bersikap agresif terhadap konvoi Oren.
"Mereka telah menghalang konvoi Oren dari memasuki Felda Lasah dan dianggarkan lebih kurang 100 orang pemuda," jelasnya.
Menurut beliau lagi yang sekarang dalam perjalanan ke Felda Ijok memberitahu satu laporan polis akan dibuat setelah selesai segala program konvoi Oren Selamatkan Felda.
"Saya akan membuat laporan polis setelah selesai program yang telah dirancangkan ini, dan kita mahu pihak polis bertindak tegas atas tindakan samseng sekumpulan pemuda itu.
"Apa yang saya ketahui tedapat kamera milik peserta konvoi telah dimusnahkan dan dicuri, namun tiada kecederaan berlaku," sambungnya.
Beliau yang menjangkakan provokasi dan tindakan agresif itu dilakukan oleh Umno apabila melihat kepada pakaian dan bendera Barisan Nasional yang dibawa oleh sekumpulan pemuda tersebut.
Tambahnya lagi, beliau juga turut mendapat maklumat bahawa perseta konvoi ini akan turut dihalang memasuk Felda Ijok dan Felda Sungai Tengi.
"Maklumat telah kita perolehi dan dimaklumkan anggota Rela digunakan bagi menghalang kami memasuki Felda Sungai Tengi dan juga Ijok.
"Konvoi ini aman bukan untuk membuat kacau, kami hadir untuk memberi penerangan terhadap peneroka Felda dan kenapa perlu bertindak samseng," tegas beliau.
Sebelum itu, Anak bersama 20 buah kenderaan melalui program konvoi Oren selamatkan Felda telah tiba di Felda Lasah namun dihalang oleh sekumpulan pemuda di pintu masuk Felda tersebut.
Mazlan yang menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama-sama dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria telah ditarik keluar dari kenderaan tersebut dan ditolak dengan kasar oleh pemuda-pemuda yang menghalang mereka.
Selain itu juga terdapat banner dan kain rentang dengan tulisan mencaci Mazlan secara peribadi selain makin hamun.
Terdapat 10 orang anggota polis berada di tempat kejadian yang cuba mengawal keadaan namun gagal meredakan keadaan.
Kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan (UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yang dilakukan sekumpulan pemuda yang dipercayai penyokong Umno.

Kembara Oren: PAS cadang ambil tindakan
Muhammad Faeez Azahar, | 12 Nov 2012 |
IPOH: PAS Perak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat provokasi dan halangan terhadap Kembara Oren Selamatkan Felcra baru-baru ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu-individu yang telah menghalang, mengepung, dan membuat kekerasan terhadap peserta kembara.
Menurutnya, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut namun sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat perkembangan.
Bercakap dalam sidang media di Pejabat PAS, hari ini, Razman yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) sangat kesal kerana pihak polis yang berada tempat kejadian tidak membuat apa-apa tindakan sebaliknya bersama-sama berkumpul bersama pihak yang membuat provokasi.
Sementara itu, peguam PAS, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan daripada pihak polis berkenaan laporan yang telah dibuat itu.
Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pegawai penyiasat kes itu apakah tindakan yang sudah dilakukan setelah menerima laporan polis.
Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) itu menjelaskan, pihaknya kesal kerana pihak polis yang berada di tempat kejadian tidak menjalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.
“Sepatutnya orang yang membuat provokasi diminta bersurai sebelum pihak polis membuat tindakan lain seperti yang dilakukan kepada peserta Bersih,” katanya.
Kata beliau, jika pihak polis membuat keputusan tiada pertuduhan ke atas pihak yang membuat provokasi itu, pihaknya akan melihat daripada ruang tindakan sivil.
“Kita mendapat asas yang kukuh untuk mendakwa mereka antaranya elemen kekerasan, serangan dan kesalahan merosakkan harta benda.
“Jika polis membuat keputusan tiada kesalahan jenayah kami akan saman dari aspek sivil,” jelas beliau.
Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan barisan peguam.
Sumber HD - 12-11-2012
KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.
Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.
Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.
Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.
Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.
Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.
"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.
"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan proses dagang dengan Israel," katanya.
Mazlan pula berkata, tindakan Felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajaan Malaysia tidak pernah serius membela nasib umat Islam di Palestin.
"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.
"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di Gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.
"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.
"Kita bercakap membebaskan Palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.
Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.
Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.
Felda tolak memorandum
Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.
Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.
"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika Felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.
Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang.
Sumber HD - 23-11-2012
Shalahuddin Jaafar (kanan) dan Noraza Muda menunjukkan poster Kembara Oren Selamatkan Felda pada sidang media hari ini.
KUALA TERENGGANU: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menganjurkan konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Negeri Terengganu pada 7 hingga 8 Disember ini.
Pengerusi Anak Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda akan bermula di Kemaman dan berakhir di Besut.
Menurutnya, peserta konvoi sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda 4x4 akan berkumpul di Dataran Ketengah Jaya bersama lebih 200 warga Felda Kertih 5, 6, 4 dan 1.
“Kami (Anak) mempelawa kepada anak-anak peneroka Felda yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda 4x4 untuk menyertai program Kembara Oren Selamatkan Felda dari Kemaman hingga ke Besut.
“(Kembara Oren) Ini akan diketuai oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dengan mengadakan program gempur dan mengedar risalah untuk selamatkan warga Felda,” ujarnya pada satu sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.
Katanya, rombongan konvoi akan bergabung pula dengan para peserta di Felda Kertih 2 dan 3 sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun.
Selepas itu, kata beliau sejumlah 60 buah kenderaan pacuan empat roda yang diiringi 20 buah motosikal cup akan tiba di Felda Jerangau, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Dungun.
Menurutnya, peserta konvoi Kembara Oren menjadi lebih besar apabila tiba di Felda Bukit Bading, di Dun Ajil Hulu Terengganu berjumlah 90 buah kenderaan 4x4 tersebut.
Kemuncaknya, kata Shalahuddin, jumlah peserta konvoi tersebut semakin besar dengan penyertaan lebih 110 buah kenderaan pacuan empat roda tiba di Masjid Felda Selasih, Setiu.
“Kami (Anak) dijangka sampai di Masjid Felda Selasih untuk solat asar dengan jumlah peserta lebih 110 buah kenderaan 4x4 sebelum bertolak lagi ke Felda Tenang di Hulu Besut.
“Pada malamnya, diadakan Ceramah Kembara Oren Selamatkan Felda di Felda Tenang, Hulu Besut untuk memberi pendedahan kepada warga masyarakat Felda di negeri ini,” ujarnya.
Harakah dimaklumkan, antara pemidato ceramah tersebut iaitu Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Haji Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.
Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda berkata Anak Terengganu perlu membuat sesuatu tindakan bagi menyedarkan warga Felda mengenai bahaya FGVH.
Katanya, para peneroka perlu mengetahui kedudukan Felda berisiko jika saham Felda (FGVH) terus merudum jatuh.
“Kita (Anak) rasakan perlu buat sesuatu untuk menyedarkan masyarakat di Felda seluruh negeri Terengganu ini. Felda dalam bahaya jika saham FGVH terus rendah dan jatuh merudum.
“Mereka (peneroka) perlu tahu risiko dari kejatuhan saham FGVH yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia hari ini,” jelasnya.
Menurut beliau, di Terengganu terdapat sejumlah 21 buah tanah rancangan Felda yang mempunyai penerokanya.
Manakala, katanya Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Terengganu mempunyai tujuh cawangan di negeri ini dengan keahlian lebih 700 orang.
Tambahnya lagi, antara cawangan Anak di Terengganu iaitu di Felda Kertih 5 & 6, Felda Kertih 1 & 2, Felda Kertih 4, Felda Jerangau, Felda Bukit Bading, Felda Chalok, Felda Tenang.
Sumber HD - 4-12-2012

Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel
Muhamad Faizal, | 23 Nov 2012 |

Kembara Oren Selamatkan Felda di T’ganu 7-8 Dis
Khairul Azlam Mohamad, | 04 Dis 2012 |

Himpunan kemuncak selamatkan Felda 28 Dis
Hazayani Zakaria, | 05 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) sekali lagi akan merancang himpunan besar-besaran di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak 28 Dis ini bagi menyerahkan memorandum membantah kegagalan Felda menguruskan aset dengan baik.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, ia termasuk perkembangan terbaru kejatuhan saham Felda ke paras terendah, pemilikan saham Syarikat Genting Berhad dan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan nasib pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad mesti bertanggungjawab ke atas kemerosotan Felda.
"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Himpunan tersebut akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.
Mazlan menegaskan, mereka akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Isa sendiri dan tidak akan berganjak selagi Isa tidak menerima memorandum tersebut.
"Kita akan tunggu sehingga Tan Sri Isa terima memorandum dan kalau beliau tidakmahu terima, kita akan berkhemah, memasak di situ. Kalau seminggu, seminggulah kita akan duduk di situ.
"Kita juga akan melonggokkan setengah tan buah kelapa sawit betul-betul di hadapan pintu masuk pejabat Felda bagi menunjukkan protes," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Bertemu pemegang saham KPF
Sebelum itu katanya, Anak menubuhkan jawatankuasa selamatkan KPF kerana yakin pemegang saham KPF bimbang dengan kedudukan saham mereka apabila KPF disenaraikan ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH).
Dalam mesyuarat agung tahunan Felda yang akan diadakan pada 27 Disember ini, antara usul yang akan dikemukakan adalah cadangan pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 Anak Syarikat milik Felda Holdings Bhd kepada FGVH.
Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.
"Bila pegangan berkurangan, segala ekuiti akan diambil alih oleh Felda dan sebagai pertukaran maka KPF akan diberikan saham 10 peratus dalam Felda.
"Apa yang berlaku, kekuatan KPF yang selama ini telus akan ditentukan oleh FGVH dan secara automatik apa yang mereka nak supaya KPF disenaraikan ke dalam FGVH.
"Mereka boleh melonjakkan saham FGV yang jatuh sebab itu akan digunakan untuk memancing undi dalam PRU akan datang," jelasnya.
Pertemuan itu akan diadakan di kelab Sultan Sulaiman pada 21 Disember ini.
Presiden ANAK : https://www.youtube.com/watch?v=6l42LUmlAzw&feature=g-high

Sumber HD - 5-12-2012
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meskipun pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis; namun Umno dipercayai telah memperalatkan penduduk yang 90 peratus adalah remaja berusia sekitar 13 hingga 16 tahun.
Berikut ialah coretan beliau yang dipetik daripada blog Gaya Peneroka http://gayapeneroka.blogspot.com.
Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.
Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....alahai kesiannya!
Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah...
Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk.
Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang.
Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara.
Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno....
Sumber HD - 8-12-2012
KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.
Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.
“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.
“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen-agen Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.
Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen-agen Barisan Nasional.
Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.
“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen-agen BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.
“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.
“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.
Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata-kata provokasi.
Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.
Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.
Sumber HD - 8-12-2012
Kembara Oren Selamatkan Felda di Besut dihalang
Harakahdaily, | 08 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda dihalang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi, Besut Terengganu, semalam.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meskipun pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis; namun Umno dipercayai telah memperalatkan penduduk yang 90 peratus adalah remaja berusia sekitar 13 hingga 16 tahun.
Berikut ialah coretan beliau yang dipetik daripada blog Gaya Peneroka http://gayapeneroka.blogspot.com.
Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.
Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....alahai kesiannya!
Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah...
Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk.
Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang.
Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara.
Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno....
Sumber HD - 8-12-2012
Kembara Oren lepasi jerat provokasi Umno
Khairul Azlam Mohamad, | 09 Dis 2012 |
KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.
Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.
“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.
“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen-agen Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.
Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen-agen Barisan Nasional.
Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.
“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen-agen BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.
“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.
“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.
Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata-kata provokasi.
Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.
Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.
Sumber HD - 8-12-2012
'Tak ganjak selagi Isa Samad tak terima memo'
Hazayani Zakaria, | 21 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) memberi amaran tidak akan berganjak daripada Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak pada 28 Disember ini jika Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sendiri tidak menerima memorandum yang akan diserahkan mereka.
Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada Isa mengandungi empat tuntutan peneroka.
GSF menuntut Isa dipecat sebagai Pengerusi Felda dengan serta merta kerana didakwa banyak menghuru-harakan Felda sejak dilantik.
GSF juga menuntut Felda menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat Israel.
Selain itu, GSF juga menuntut kerajaan menghentikan campur tangan politik dalam Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) serta mengembalikan tanah Felda Felda Plantation kepada peneroka.
"Kita minta Isa Samad sendiri yang terima dan jawab tuntutan yang kita kemukakan.
"Kalau Isa Samad tidak boleh beri komitmen kita akan berhimpun di depan pejabat hingga perhimpunan 12 Januari," kata beliau dalam sidang media di Pejabat agung PAs, jalan Raja Laut hari ini.
Perhimpunan akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.
Mengulas mengenai Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan, Mazlan berkata pihaknya akan mengerahkan paling kurang 20,000 anggota ke perhimpunan tersebut dengan berpakaian oren.
"Himpunan 28 Disember ini merupakan pra perhimpunan 12 Januari. Kita sudah isytihar perang dengan Felda selepas segala bantahan kita tidak diterima selama ini," katanya.
Sidang Media Pengerusi ANAK : https://www.youtube.com/watch?v=IhfXbqIFqa4
Sumber HD - 21-12-2012
Lihat: http://milosuam.blogspot.com/2012/12/video-samseng-upahan-umno-menyerang.html#ixzz2Fv3yuACN

Video Kembara Oren Negeri Sembilan diserang samseng
http://milosuam.blogspot.com/, | 24 Dis 2012 |
Video samseng upahan Umno menyerang rombongan Kembara Oren Negeri Sembilan
UMNO memang terkenal dengan samseng-samseng upahannya yang sering kali mengganas di dalam program-program mahupun ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sebelum ini, berpuluh kali samseng Umno dilaporkan mengganas.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 24-12-2012
Sumber HD - 24-12-2012
(Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara)
JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.
"Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya.
“Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali.
"Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh.
"Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman.
Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol, berkata memandangkan situasi amat tegang dan panas, Kembara Oren memang telah membuat keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
"Bukan Felda Bukit Rokan Utara sahaja malah di Felda Bukit Rokan Barat pun kami tidak masuk walaupun di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat keadaan tidaklah tegang macam di Felda Bukit Rokan Utara.
"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.
“Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.
"Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
"Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.
"Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman.
Sumber HD - 24-12-2012
“DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, DPPM percaya tindakan provokasi tersebut telah terlebih dahulu dirancang bagi mewujudkan insiden keganasan yang tjuannya adalah untuk mengugut rakyat agar tidak berani bangkit menyatakan kebenaran.
Beliau berkata, ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.
Soalnya, kata beliau mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia.
“Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya dihalang masuk tanpa apa-apa insiden ganas?” katanya dalam satu kenyataan.
Soalnya lagi, apakah hak mereka untuk menghalang rombongan tersebut melalui jalan utama di kawasan tersebut.
Tambahnya, aksi penduduk yang bertindak ganas terhadap peserta Jelajah Oren dengan membawa bendera BN dengan sendirinya telah menjatuhkan imej BN di mata rakyat.
Menurutnya, mereka yang membawa bendera BN dalam insiden tersebut sebenarnya lupa bahawa mereka telah mempromosikan BN sebagai parti bermasalah, ganas, samseng dan hilang akal.
“Realitinya, insiden ini telah menambah kebencian rakyat terhadap BN. Ternyata BN gagal memimpin negara sebagai sebuah negara demokrasi yang adil, bersih dan tulen apabila enggan menghormati hak rakyat,” ujarnya.
Akhirnya, ujar beliau DPPM mendesak pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak tegas menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mencederakan dan merosakkan kenderaan Jelajah Oren itu.
DPPM juga, tegasnya mendesak supaya pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang Pilihan raya Umum ke-13 daripada sebarang insiden keganasan yang tidak diingini.
“DPPM tidak mahu insiden yang sama berulang terhadap rakyat sama seperti yang dialami oleh peserta rombongan Jelajah Oren ini atau dalam ceramah umum di Gombak beberapa minggu yang lalu,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 24-12-2012
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.
"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.
Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.
"Tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman tuntutan-tuntutan kita kepada Kerajaan Malaysia dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda (yang mengandungi empat tuntutan itu)," katanya menerusi sepucuk surat rasmi parti bertarikh 14 Disember lalu.
PAS tegasnya, mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatannya dengan segera.
Desakan tersebut, ujarnya, salah satu daripada empat tuntutan PAS kepada Kerajaan Malaysia yang juga merupakan tujuan utama himpunan itu diadakan.
Manakala tiga tuntutan utama lain, mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat.
Sumber HD - 25-12-2012
Lihat: http://milosuam.blogspot.com/2012/12/rakaman-samseng-umno-serang-dan-tampar.html#ixzz2G7sZkMe3
Seorang pengsan dipukul, Kembara Oren N9 henti serta merta
Hazayani Zakaria, | 24 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Kembara Oren terpaksa dihentikan serta merta di Negeri Sembilan apabila seorang pesertanya dipukul dengan kayu sehingga pengsan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda (gambar) cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul menggunakan sebatang kayu yang tajam.
Konvoi Kembara Oren dihalang di jalan utama sebelum masuk ke kawasan Felda menyebabkan berlaku pertengkaran dan Naraza dipukul sehingga pitam.
Selain itu, kenderaan Storm milik Anak juga diserang dengan kayu sehingga cerminnya pecah
Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol.
Kejadian tersebut juga menyebabkan Kembara Oren dihentikan serta merta kerana mendapat maklumat sekumpulan samseng sudah menunggu mereka dengan besi dan kayu tajam.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan serangan Kembara Oren Selamatkan Felda di Negeri Sembilan sebagai paling teruk sepanjang siri kembara ke beberapa buah negeri sebelum ini.
Timbalan Presiden Anak, Aris Fezol berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian peserta Kembara Oren dipukul oleh sekumpulan samseng di Felda Bukit Rokan Utara, semalam.
"Sebelum ini Kembara Oren memang disekat dan dihalang masuk tapi di Negeri Sembilan keadaan paling teruk kerana menyebabkan kecederaan peserta kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut, Aris tidak menafikan serangan tersebut dilakukan kerana Negeri Sembilan merupakan negeri Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad.
"Pihak Felda sudah hilang pertimbangan kerana terlalu banyak pendedahan buruk mengenai mereka dibuat oleh Anak.
"Mereka tidak ada cara lain selain menggunakan keganasan," katanya.
Tegas beliau juga, kejadian sedemikian tidak akan berlaku jika pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan yang menyerang.
"Mereka berani buat sebab polis tak ambil apa-apa tindakan, hanya sekadar menjadi pemerhati.
"Selepas laporan polis dibuat di Perak semasa Kembara Oren diserang, tak ada apa-apa tindakan diambil dan ini menggalakkan pihak tertentu terus melakukan serangan," katanya.

Oren nafi berkeras masuk Felda Bt Rokan Utara
Faiz Abdullah, | 24 Dis 2012 |
(Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara)
JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.
"Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya.
“Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali.
"Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh.
"Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman.
Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol, berkata memandangkan situasi amat tegang dan panas, Kembara Oren memang telah membuat keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
"Bukan Felda Bukit Rokan Utara sahaja malah di Felda Bukit Rokan Barat pun kami tidak masuk walaupun di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat keadaan tidaklah tegang macam di Felda Bukit Rokan Utara.
"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.
“Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.
"Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
"Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.
"Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman.
Sumber HD - 24-12-2012
Malaysia aman, mengapa Jelajah Oren diserang
Harakahdaily, | 24 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam pihak yang menghalang konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ sehingga mencederakan dua peserta konvoi tersebut serta memecahkan cermin kereta sebuah pacuan empat roda.
“DPPM menganggap tindakan seperti ini adalah suatu tindakan tidak bertamadun oleh golongan yang tidak mahu menerima kebenaran serta menghargai ruang demokrasi yang ada dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Beliau berkata, ia mungkin juga bagi menutup segala kepincangan yang berlaku supaya rakyat tidak tahu isu sebenar yang berlaku di dalam Felda.
Soalnya, kata beliau mengapa mesti tindakan ala samseng seperti ini berlaku dalam negara aman seperti Malaysia.
“Jika sekalipun rombongan Jelajah Oren tidak dibenarkan masuk ke Felda Bukit Rokan Utara oleh penduduk kampung, tidak bolehkah rombongan tersebut hanya dihalang masuk tanpa apa-apa insiden ganas?” katanya dalam satu kenyataan.
Soalnya lagi, apakah hak mereka untuk menghalang rombongan tersebut melalui jalan utama di kawasan tersebut.
Tambahnya, aksi penduduk yang bertindak ganas terhadap peserta Jelajah Oren dengan membawa bendera BN dengan sendirinya telah menjatuhkan imej BN di mata rakyat.
Menurutnya, mereka yang membawa bendera BN dalam insiden tersebut sebenarnya lupa bahawa mereka telah mempromosikan BN sebagai parti bermasalah, ganas, samseng dan hilang akal.
“Realitinya, insiden ini telah menambah kebencian rakyat terhadap BN. Ternyata BN gagal memimpin negara sebagai sebuah negara demokrasi yang adil, bersih dan tulen apabila enggan menghormati hak rakyat,” ujarnya.
Akhirnya, ujar beliau DPPM mendesak pihak keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak tegas menangkap individu atau kumpulan yang bertanggungjawab mencederakan dan merosakkan kenderaan Jelajah Oren itu.
DPPM juga, tegasnya mendesak supaya pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan terutama menjelang Pilihan raya Umum ke-13 daripada sebarang insiden keganasan yang tidak diingini.
“DPPM tidak mahu insiden yang sama berulang terhadap rakyat sama seperti yang dialami oleh peserta rombongan Jelajah Oren ini atau dalam ceramah umum di Gombak beberapa minggu yang lalu,” ujarnya lagi.
Sumber HD - 24-12-2012
Pemimpin, ahli PAS diseru ke Himpunan Oren 28 Dis
Harakahdaily, | 25 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua pemimpin dan ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 yang akan diadakan pada Jumaat, 28 Disember, jam 2.00 petang.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, semua peserta digalakkan memakai pakaian berwarna oren sebagai tanda kebersamaan dalam isu Felda dan mereka dikehendaki berkumpul di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
"Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan tergendalanya perjalanan program ini.
"Kerjasama semua pihak bagi memastikan kejayaan program didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira," tegas beliau.
Jelas beliau, Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat pada 9 Disember lalu telah memutuskan untuk mengadakan Himpunan Oren 2.0 Selamatkan Felda sebagai langkah kemuncak rakyat untuk selamatkan organisasi itu.
"Tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman tuntutan-tuntutan kita kepada Kerajaan Malaysia dan menyerahkan memorandum kepada pengurusan Felda (yang mengandungi empat tuntutan itu)," katanya menerusi sepucuk surat rasmi parti bertarikh 14 Disember lalu.
PAS tegasnya, mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatannya dengan segera.
Desakan tersebut, ujarnya, salah satu daripada empat tuntutan PAS kepada Kerajaan Malaysia yang juga merupakan tujuan utama himpunan itu diadakan.
Manakala tiga tuntutan utama lain, mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat.
Sumber HD - 25-12-2012
Rakaman samseng Umno serang dan tampar orang tua
http://milosuam.blogspot.com/, | 26 Dis 2012 |
LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren - Selamatkan FELDA tempoh hari rujuk sini juga ~ Samseng Upahan Umno.
Lihat: http://milosuam.blogspot.com/2012/12/rakaman-samseng-umno-serang-dan-tampar.html#ixzz2G7sZkMe3
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 26-12-2012
TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) berikutan konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda disekat masuk oleh pengacau-pengacau upahan Umno di Jengka 23 dan Jengka 21 Sabtu lalu.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata serentak dengan itu PAS juga akan mohon menemui Ketua Polis Pahang bagi menyatakan kekesalan di atas kegagalan anggota polis dalam peristiwa berkenaan.
Dalam sidang medianya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang juga merakamkan kekesalan dengan gangguan agen Umno itu dan kegagalan polis melaksanakan tugas penguatkuasaan.
“Pada hari tersebut jelas agen Umno telah melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak dan kebebasan bersuara iaitu masuk ke Felda Jengka 23 dan berceramah di Jengka 11 yang telah dibenarkan Ketua Polis Daerah Maran.
“Pihak polis yang bertugas di situ pula gagal menguatkuasakan undang-undang iaitu seolah-olah membiarkan budaya samseng terus berlaku dan tugasan polis pula diambil oleh pihak lain.
“Walau bagaimanapun, pihak kita tidak berburuk sangka kerana kemungkinan anggota polis yang hadir itu tidak cukup tenaga sehingga tidak mampu menguatkuasakan undang-undang. Dan isu inilah yang akan kita bawa kepada KPN dan Ketua Polis Pahang,” ujarnya.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hasan, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Setiausaha DAP Choong Siew Onn.
Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau (Jengka 23 dan Jengka 11 berada dalam parlimen berkenaan), menganggap tragedi samseng dan ‘merampas tugas polis’ itu merupakan titik hitam dalam sejarah politik Pahang kerana pertama kali berlaku di situ.
Sabtu lalu, konvoi 50 buah kereta dan 50 buah motosikal Kembara Oren bertujuan menerangkan isu-isu Felda, dihalang masuk ke Felda Jengka 23 apabila penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) di atas jalan masuk.
Tidak cukup dengan itu, kira-kira 100 orang penyokong Umno yang menghalang itu bertindak memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.
Suasana panas kemudiannya dapat ditenangkan dengan campur tangan Ketua Polis Maran dengan perundingan kedua-dua belah pihak.
Konvoi Jelajah Oren sekali lagi disekat daripada berceramah di Jengka 11 apabila kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno bertindak menghadang jalan dengan sekatan sehingga ceramah gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.
Akibat budaya samseng itu, telah berlaku pergaduhan kecil di situ.
Sumber HD - 26-12-2012
(Petugas BN 'menunggang kenderaan Felda untuk menyekat kembara Oren)
TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.
"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .
"Demi mempertahankan politik sempit, dahlah terpekik mengeluarkan kata-kata kesat, sanggup pula memijak kenderaan Felda.
"Demi BN, pegawai Felda pula hanya membiarkan tindakan tersebut. Dimana maruah Felda dan pegawai Felda itu sendiri.
"Sebagai peneroka Felda Rokan, saya mendapati ramai yang membuat kekecohan di Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara ini bukanlah peneroka Felda sebaliknya orang luar yang saya kira sudah tentu orang Umno dari luar Felda," kata Zakaria (gambar).
Zakaria yang juga merupakan peneroka Felda Bukit Rokan turut berkata bahawa majoriti yang membuat kekecohan menghalang konvoi adalah budak luar.
"Saya orang sini dan saya kenal kebanyakkan mereka. Ramai daripada mereka merupakan remaja termasuk remaja bawah umur.
"Kita boleh melihat bagaimana ada diantara remaja dibawah umur ini turut memegang kayu.
"Kita ada bukti bergambar remaja memegang kayu dalam kekecohan itu dan seorang lelaki berdiri (memijak) bumbung kenderaan Felda," ujar Zakaria.
Sumber HD - 26-12-2012
Sekat Kembara Oren: PAS serah bantahan kepada KPN
Khairil Abdul Rahim , | 26 Dis 2012 |

Malunya Felda dipijak oleh orang BN
Faiz Abdullah, | 26 Dis 2012 |
(Petugas BN 'menunggang kenderaan Felda untuk menyekat kembara Oren)
TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.
"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .
"Demi mempertahankan politik sempit, dahlah terpekik mengeluarkan kata-kata kesat, sanggup pula memijak kenderaan Felda.
"Demi BN, pegawai Felda pula hanya membiarkan tindakan tersebut. Dimana maruah Felda dan pegawai Felda itu sendiri.
"Sebagai peneroka Felda Rokan, saya mendapati ramai yang membuat kekecohan di Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara ini bukanlah peneroka Felda sebaliknya orang luar yang saya kira sudah tentu orang Umno dari luar Felda," kata Zakaria (gambar).
Zakaria yang juga merupakan peneroka Felda Bukit Rokan turut berkata bahawa majoriti yang membuat kekecohan menghalang konvoi adalah budak luar.
"Saya orang sini dan saya kenal kebanyakkan mereka. Ramai daripada mereka merupakan remaja termasuk remaja bawah umur.
"Kita boleh melihat bagaimana ada diantara remaja dibawah umur ini turut memegang kayu.
"Kita ada bukti bergambar remaja memegang kayu dalam kekecohan itu dan seorang lelaki berdiri (memijak) bumbung kenderaan Felda," ujar Zakaria.
Sumber HD - 26-12-2012
Penganjur jamin Himpunan Selamatkan Felda esok aman
Harakahdaily, | 27 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0, Gerakan Selamatkan Felda (GSF) memberi jaminan himpunan yang akan diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak esok adalah aman.
Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata tujuan himpunan esok hanya mahu menyatakan bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad dan mahu menyerahkan memorandum tuntutan kepada Pengerusi Felda itu sendiri.
Menurut beliau lagi, pihak penganjur juga telah meminta bantuan Unit Amal Dewan Pemuda PAS untuk membuat kawalan keselamatan.
"Kita memberi jaminan bahawa himpunan ini adalah aman dan jangan ada pihak buat provokasi. Jika ada provokasi, itu bukan daripada kita.
"Kita akan menempatkan seramai 300 unit amal untuk membuat kawalan keselamatan," katanya kepada Harakahdaily.
Bagi memudahkan keadaan esok katanya, Isa diharap dapat memberi kerjasama untuk menerima sendiri memorandum itu nanti.
Mazlan berkata, beliau mendapat maklumat ada kumpulan lain yang juga berpakaian sama seperti mereka akan mengadakan perhimunan serupa esok.
Bagaimanapun menurutnya, maklumat itu masih bersifat 'khabar angin' dan pihaknya sedang mendapatkan maklumat terperinci.
Mazlan yang juga AJK PAS Pusat memberitahu, pihaknya kini dalam proses persiapan terakhir menjelang himpunan itu esok.
"Kita sudah sudah menerima pengesahan dari semua parti-parti politik Pakatan Rakyat dan juga NGO yang akan bersama kita esok.
"Kita jangka esok adalah himpunan paling ramai dan beberapa pimpinan tertinggi politik dan NGO akan hadir bersama kita," katanya lagi.
PAS sebelum ini telah mengeluarkan surat kerahan rasmi kepada semua pemimpin dan ahli di seluruh negara agar hadir ke himpunan itu esok.
Himpunan esok antara lain mahu mendesak Isa meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Felda dengan segera.
Selain itu, ianya juga bagi mendesak Kerajaan Malaysia menghentikan urus niaga dengan Israel, menghentikan campur tangan politik dalam KPF dan Felda dan mengembalikan tanah Felda Plantation kepada rakyat.
Sumber HD - 27-12-2012
KUALA LUMPUR: 2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.
Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.
Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.
2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.
(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)
Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.
2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.
Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.
Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.
2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.
"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.
"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.
Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap
"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.
"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.
2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.
Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.
Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman
Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.
[Lanjut menyusul]
Sumber HD - 28-12-2012
KUALA LUMPUR: 3.20 pm- Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.
"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.
Mazlan juga turut sekali lagi menyampaikan ucapan.
"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.
"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.
Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.
3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.
(Gambar: Beberapa pemimpin himpunan dibenar masuk menyerahan memorandum)
Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.
Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.
Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.
2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Dr Hatta dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.
"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.
"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.
"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.

Kira-kira 100 orang penyokong yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.
Kedua-dua himpunan GSF dan penyokong Umno itu dipisahkan dengan sekatan pihak polis ditengah-tengah di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

1) https://www.youtube.com/watch?v=J_fKxkUateY
2) https://www.youtube.com/watch?v=wb4v0S4R0U0
Sumber HD - 28-12-2012
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.
“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

2000 sudah berhimpun di Wisma Felda
Muhammad Faizal, | 28 Dis 2012 |

GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo

Pelajar diupah RM20 maki peserta Himpunan Oren
KeadilanDaily, | 28 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini.
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.
Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.
“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.
Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.
“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.
Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.
Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.
Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.
Sumber HD - 28-12-2012
Akta GSA tidak halang sesiapa masuk Felda
Analisa Khairil Abdul Rahim, | 01 Jan 2013 |
Cerita konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disekat oleh kumpulan proUmno di pintu masuk di Jengka 23 dan Jengka 11, masih lagi menjadi bualan hangat di Pahang.
Kes ini tidak dapat dielakkan daripada menjadi perhatian umum, kerana ia merupakan fenomena dan perkembangan baru dalam negara ini. Tragedi ini belum pernah terjadi si sini. Kepada mereka, apakah Felda sudah menganggap ia sebagai ‘wilayah baru’ sehingga tidak boleh lagi sewenang-wenangnya dimasuki?
Sebenarnya tidak ada sebarang hujah konkrit kenapa mereka tergamak menghalang Kembara Oren yang berhasrat menjelaskan isu-isu mutakhir Felda. Sehinggalah baru-baru ini tersiar di sebuah akhbar, Pengerusi JKKR Jengka 23, Sulaiman Bakar mendakwa sebagai tuan rumah mereka berhak menghalang Kembara Oren dari memasuki penempatan Felda mereka.
Sulaiman yang juga Pengerusi Gabungan JKKR Felda Wilayah Jengka mendakwa, pengurus Felda berkuasa penuh ke atas sesebuah tanah rancangan termasuk menyekat apa yang mereka mahu berdasarkan Seksyen 34, Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.
Apabila diajukan persoalan itu kepada peguam Ahmad Nizam Hamid dari Tetuan Sazali & Lim, beliau menafikan sama sekali seksyen dan akta tersebut berhak melarang seseorang memasuki kawasan Felda.
Habis, siapa yang mengajar ‘orang tua’ itu berhujah menghalalkan tindakan menyekat Kembara Oren dengan Seksyen 34 itu?
“Kita simpati kepada kepada Osman Bakar, mana dia tahu tentang Seksyen 34 akta tersebut. Saya percaya dia sendiri tak faham, akta tersebut dalam bahasa Inggeris. Jadi sudah tentulah ada orang memberitahu dia tentang perkara yang tidak wujud itu,” kata Nizam.
Kata Nizam seksyen tersebut berbunyi “The State Authority may permit the Development Authority to develop any State land as a group settlement area; and for that purpose the State Authority may make an agreement with the Development Authority relating to the following matters”.
Maksudnya, Seksyen 34 ini memberi kuasa kepada pihak berkuasa negeri untuk membenarkan mana-mana agensi bagi memajukan tanah untuk bagi dimasukkan ke dalam penempatan berkelompok.
“Jadi tidak ada langsung disebutkan tentang kuasa pengurus berhak menghalang mana-mana kumpulan daripada memasuki tanah rancangan itu. Malah saya sudah semak, keseluruhan Seksyen 34 yang mengandungi empat fasa itu tidak langsung menyebutkan hal berkenaan.
“Malah, tindakan tersebut bercanggah sama sekali dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada warganegara ini bebas ke mana-mana tanpa sekatan,” ujarnya.
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi yang dipakai di negara ini. Dalam Artikel 9 disebutkan setiap rakyat diberi hak dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan dan dilindungi perlembagaan.
“Setiap rakyat diberi hak bergerak ke mana sahaja termasuk Oren. Artikel ini membolehkan warganegara pergi ke mana saja kecuali tempat larangan atau ketika berlaku darurat atau perintah berkurung, buang daerah atau kawasan larangan contohnya kem tentera,” kata Nizam (gambar).
Tambahnya, penempatan Felda tidak pernah diwartakan sebagai kawasan larangan. Justeru tindakan menyekat amat bercanggah sama sekali.
Terdapat juga desas desus mengatakan bahawa pihak tertentu dalam Felda telah mengeluarkan arahan khas supaya individu atau kelompok tertentu hendaklah dihalang daripada memasuki kawasan Felda.
Sebelum ini ramai peneroka yang mengadu apabila pihak pengurusan Felda setempat mahu membatalkan ceramah atau program Pakatan Rakyat, lazimnya mereka akan berselindung di sebalik Akta GSA Seksyen 34.
Mengenai laporan polis yang dibuat oleh pihak proUmno dan Felda bagi menghalang Kembara Oren, Nizam berkata ia juga tidak terpakai.
(Tragedi Felda Bukit Rokan apabila peserta kembara di pukul)
Katanya, yang boleh menyekat ialah jika terdapat arahan mahkamah. Itupun jika terdapat bukti-bukti bahawa kemasukan Kembara Oren mahu melakukan jenayah.
Beliau memberi contoh, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pernah mendapat waran mahkamah supaya tidak dibenarkan menjejakan kaki ke Kuala Lumpur semasa Bersih 2.0 tetapi akhirnya kedua-duanya memenangi kes berkenaan baru-baru ini.
Manakala tindakan pasukan Rela sendiri yang bersekongkol dengan kumpulan yang menyekat dan bertindak melakukan provokasi di Felda Jnegka 23 dan Jengka 11, Nizam menganggap ia melanggar undang-undang.
“Rela sebagai pihak penguatkuasa yang memelihara ketenteraman tidak sepatutnya melakukan tindakan menyokong sesebuah parti politik begitu. Sepatutnya berkecuali dan tidak boleh melepasi undang-undang negara,” tegasnya.
Nizam berkata, tragedi yang berlaku di Felda Felda Bukit Rokan Utara lebih malang lagi kerana peristiwa berdarah itu sepatutnya tidak terjadi.
“Saya difahamkan pihak polis ada tetapi tidak menghalang perbuatan kumpulan proUmno yang membuat sekatan di jalan besar (federal road). Itu bukan langsung hak mereka untuk menghalang mana-mana warganegara memasuki mana-mana kawasan.
“Polis tak ambil tindakan itu salah sebenarnya. Jika polis gagal menghalang seperti ini ia memberi isyarat yang silap kepada rakyat. Kesan dan akibat buruk selepas ini ialah sesiapa yang tidak suka kepada seseorang atau sesuatu kumpulan, mereka boleh sekat sesorang di tengah jalan,” tegasnya.
Nizam berkata, sekatan terhadap Kembara Oren baginya tindakan yang sangat bertamadun dan satu lagi episod malang kepada demokrasi Malaysia kerana merampak hak rakyat yang fundemental.
“Seruan saya kepada mana saja kelompok terutamanya Oren Selamatkan Felda, teruskanlah perjuangan merebut kembali hak asasi kita. Kami barisan peguam bersedia turun mempertahankan hak kita bersama yang dibenarkan di sisi undang-undang,” katanya.
Sumber HD - 1-1-2012

No comments:
Post a Comment