Skandal NFC: Najib wajar sucikan kabinet |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) meminta Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan segera dengan menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat/
Ketua Wanita UMNO
“Bagi DPP Malaysia, kes ini amat berat dan penting kerana ianya melibatkan integriti kerajaan serta pemimpin negara. “Kes ini sudah menjadi perbualan umum dengan pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Ustaz Riduan Mohd Nor - Ketua Penerangan DPPM
Katanya, ia juga amat memberi kesan negatif pada pandangan masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan pemimpin negara. Menruutnya, rakyat akan merasa malu jika imej negara menjadi buruk di peringkat antarabangsa kerana pemimpinnya sarat dengan skandal dan penyelewengan kuasa. Namun demikian, ujarnya DPP Malaysia merasa ragu terhadap kesudahan episod kes itu. DPP Malaysia, tambahnya curiga adakah Datuk Seri Shahrizat akan disiasat dan didakwa, atau terlepas bebas sepertimana kes-kes orang kenamaan sebelum ini. “Dalam usia parlimen yang semakin singkat, dan dalam peperangan pilihan raya umum ke 13 yang dikatakan paling sengit semakin hampir, DPP Malaysia tidak yakin tindakan lanjut akan dibuat terhadap beliau,” ujarnya. Katanya lagi, sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet Perdana Menteri di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Shahrizat adalah insan penting bagi Najib. Tambahan pula, ujarnya Datuk Seri Shahrizat merupakan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, dan seluruh tenaga wanita yang menjadi denyut nadi Umno ada di dalam tangannya. “Beliau juga memegang kunci sokongan pengundi wanita yang saban kali menjadi deposit tetap undi Umno BN,” ujarnya. Ujarnya lagi, dengan sokongan itu melalui kementerian yang dipegangnya itulah, Umno amat bergantung harap pada beliau. Justeru, katanya kepemimpinan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri akan tercabar dan teruji kali ini. Menurutnya, rakyat akan menilai Najib sebagai pemimpin hipokrit jika berterusan membiarkan korupsi berlaku dalam kabinetnya. Tambah beliau, reputasi dan imej Najib sebagai Perdana Menteri pasti akan tercalar teruk. “Pastinya kesan besar adalah dalam PRU ke 13 nanti kerana rakyat akan menjadi muak dengan sikap beliau yang tidak tegas dalam menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran,” katanya. Justeru, tegasnya demi memastikan negara tidak dipimpin oleh golongan yang melakukan penyelewengan, DPP Malaysia berpandangan Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan melainkan melucutkan jawatan Datuk Seri Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluar dan Masyarakat atau menggantung tugasnya sehingga kes itu diselesaikan. “DPP Malaysia benar-benar berharap Datuk Seri Najib menyucikan kabinetnya sebagaimana usaha beliau untuk menyucikan diri setelah selesai menunaikan ibadah haji,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6511-skandal-nfc-najib-wajar-sucikan-kabinet
Skandal NFC: Rafizi cabar Khairy debat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno yang tampil cuba memberi beberapa penerangan mengenai kemelut penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang semakin memualkan rakyat. “Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pimpinan Umno yang paling lantang membela NFC. “Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio di dalam kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan. Malah, beliau berkata, Khairy melantik diri sendiri sebagai pegawai media dan jurucakap rasmi kepada NFC sejak kebelakangan ini. “Kalaulah beliau benar-benar dilantik oleh NFC untuk bercakap bagi pihak mereka, maka NFC telah melantik seorang jurucakap yang memberikan jawapan yang paling dangkal berhubung skandal pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat,” ujarnya.
YB Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO
Ujarnya, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa pembelian tersebut adalah satu strategi pelaburan untuk mendapatkan keuntungan sementara menunggu fasa projek yang seterusnya. Sehubungan itu, beliau ingin mengambil kesempatan hari ini untuk membidas strategi pelaburan yang kurang pintar ini dari dua aspek, iaitu: Prinsip tata kelola yang baik (principles of good corporate governance) di mana sebarang penggunaan dana yang dipinjam (apatah lagi dana rakyat) bagi tujuan selain dari tujuan asal pinjaman dikira bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik. Tambahnya, di dalam sesebuah entiti korporat yang baik, sebarang keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses pemantauan yang ketat mengikut kerangka mengawal risiko (risk mitigation framework). “Bagi tujuan mendapat pulangan dari dana yang belum digunakan, entiti korporat terbesar di dunia selalunya membuat pelaburan jangka pendek di dalam instrumen-instrumen cair (liquid instruments) seperti pasaran mata wang (money market), pasaran ekuiti (ekuiti market) atau disimpan di dalam deposit tetap jangka pendek,” jelasnya. Katanya lagi, bekas majikannya, Petronas mempunyai ratusan bilion ringgit wang simpanan yang menunggu masa untuk digunakan di dalam projek-projek pada satu-satu masa. “Petronas tidak pula menggunakan wang ini untuk melabur di dalam aset hartanah seperti yang disebut oleh Khairy Jamaluddin kerana ia satu tindakan yang tidak bijak dan melanggar prinsip tata kelola yang baik,” jelasnya. Perkara kedua, katanya ialah pasaran hartanah mewah di mana kalau pun NFC benar-benar mahu melabur untuk mendapat pulangan, pelaburan sebanyak RM9.8 juta membeli hartanah kondominium mewah adalah keputusan pelaburan yang salah. “Pasaran hartanah mewah, terutamanya kondominium mewah seperti yang dibeli NFC dijangkakan akan mengalami penurunan harga bermula tahun 2010 hingga beberapa tahun akan datang,” katanya. Menurutnya, atatistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menunjukkan bahawa pada akhir 2010, terdapat sebanyak 66,328 unit kondominium mewah di seluruh Malaysia yang masih belum dijual. Tambahnya lagi, statistik terkini JPPH iaitu Laporan Status Pasaran Harta Tanah: Harta Tanah Siap Dibina Tidak Terjual Q3 2011 menunjukkan bagi suku ketiga 2011 sahaja, 20% dari kondominium mewah berharga lebih dari RM1 juta masih belum terjual walaupun telah siap dibina. Jumlah harga kondominium mewah di Malaysia yang siap dibina tetapi tidak dibeli bagi tempoh 3 bulan di antara Julai hingga September 2011 adalah RM549 juta. “Ini menyokong laporan terbaru oleh pakar hartanah antarabangsa DTZ Research bertarikh 10 November 2011 bahawa ‘risiko harga menurun bagi hartanah mewah akan terus meningkat’ dan ‘lambakan hartanah mewah akan menurunkan kadar sewa bagi pasaran jenis ini’,” katanya. Data-data itu, katanya secara jelas membidas alasan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin. Ujarnya, jika pelaburan NMLC membeli One Menerung adalah untuk mendapat untung kerana kenaikan harga, ia sukar untuk berlaku kerana pasaran hartanah mewah sedang mengalami penurunan akibat lambakan unit-unit tidak terjual. Katanya, jika pelaburan NMLC bertujuan mendapatkan sewa seperti yang didakwa, sewanya tidak padan dengan penyelewengan wang rakyat kerana kadar sewa yang semakin rendah. “Khairy telah banyak membuat kenyataan di Twitter, media baru, akhbar dan Parlimen yang menyerang saya mengenai pendedahan NFC. Setiap kenyataan akhbar atau rencana saya akan dijawab oleh beliau. “Saya langsung tidak terfikir skandal ini menarik minat beliau kerana ia membabitkan Ketua Wanita Umno, bukan Ketua Pemuda Umno,” katanya lagi. Oleh kerana ada pertembungan yang sihat di antara pimpinan muda PKR dan Umno bersabit isu NFC ini, setelah dua minggu berdebat di media beliau berpendapat sudah sampai masanya perbahasan mengenai NFC itu diadakan secara terbuka dan melibatkan orang ramai yang juga mempunyai banyak soalan. “Saya menjemput Khairy Jamaluddin untuk berbahas mengenai isu NFC dengan saya pada bila-bila masa bermula dari hari ini dalam satu majlis terbuka yang melibatkan orang ramai. “Ini jalan terbaik untuk kita merungkai kekusutan skandal NFC dan pada masa yang sama merintis politik baru orang muda,” ujarnya. |
http://bm.myharakah.net/index.php/berita-utama/6502-skandal-nfc-rafizi-cabar-khairy-debat
Noh cuba cuci tangan isu penyelewengan NFC |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan adalah salah. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan mempunyai satu saham khas (golden share) di dalam NFC seperti yang disahkan oleh carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti yang diedarkan minggu lepas. Beliau mengulas kenyataan Noh yang disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 November lepas bahawa NFC tidak kena mengena dengan kerajaan bukan sahaja tidak tepat tetapi bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum itu. “Keadaan ini sama seperti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain yang mempunyai pelbagai struktur pegangan saham, tetapi keputusan masih tertakluk kepada kerajaan melalui pegangan satu saham khas (golden share) tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya lagi, kenyataan menteri adalah satu cubaan untuk mencuci tangan dari pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam NFC yang membuktikan kegagalan dua orang menteri (menteri sekarang dan Timbalan Perdana Menteri) menyelia dan memastikan wang rakyat digunakan dengan sebaiknya. Menurutnya, kenyataan kedua Noh bahawa dana hanya akan disalurkan kepada NFC dari “akaun pinjaman khas” setelah NFC membuat tuntutan perbelanjaan bersabit pengurusan ladang ternakan menimbulkan lebih banyak persoalan. Beliau berkata, jika RM181 juta telah dibayar kepada NFC daripada jumlah pinjaman RM250 juta seperti yang didakwa oleh Menteri, maka tuntutan untuk bayaran kondominium sebanyak RM9.8 juta sudah tentu termasuk di dalam senarai tuntutan yang telah diluluskan oleh kerajaan. “Hanya ada dua kemungkinan yang berlaku – sama ada NFC memalsukan senarai tuntutan perbelanjaan semasa membuat tuntutan pinjaman dari kerajaan kerana ia membuat tuntutan bagi perbelanjaan yang tidak wujud (kerana RM9.8 juta sebaliknya digunakan untuk membeli kondominium); atau tidak ada pun sistem kawalan dan kebenaran pembayaran seperti yang disebut oleh menteri,” katanya. Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menegaskan, pihaknya akan terus mendesak penjelasan bagi perkara-perkara ini terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepincangan yang seterusnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6503-noh-cuba-cuci-tangan-isu-penyelewengan-nfc
Di mana SPRM dalam isu skandal NFC |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) terhadap pembelian Condo mewah di Bangsar oleh kumpulan Jingga 13.
YB Dr Dzulkefly Ahmad - AJK PAS Pusat
”Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?“Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen. Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan. “Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak. “Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian. “Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform ketika dilihat cuba mempertahankan menterinya. Ini berlawanan dengan dakwaannya untuk melakukan reformasi politik. Timbalannya pun turut mempertahankan menteri tersebut lebih awal lagi” Hanya ketika Ketua Pemuda buka mulut barulah kesemua terdedah dengan lebih jelas lagi” tambahnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen juga menyebutkan sambil berseloroh, apa yang dilihat sebagai tindakan mempertahankan Ketua Wanita Umno itu sebenarnya telah menjadi “ubat yang akan membunuh pesakit”. Tindakan Khairy Jamaludin jelasnya telah merumitkan lagi Menteri Kabinet tersebut tentang banyak hal pembelian Kondo di Bangsar itu. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli. Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC. Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009). Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009. Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM. Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6507-di-mana-sprm-dalam-isu-skandal-nfc
Fidlot: Bung gesa Shahrizat letak jawatan |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
YB Datuk Bung Mukhtar - AP Kinabatangan
Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti. Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah. "Kerana seorang individu yang terlibat dalam isu fidlot seluruh Umno susah, saya harap letak jawatan segera dan jangan menyusahkan Umno kerana dia kita yang susah nak menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar," sambungnya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) PKR sebelum ini mendedahkan status dana rakyat sebanyak RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran) telah disalurkan sepenuhnya kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Ini termasuklah pindahan wang ke dalam akaun-akaun deposit tetap milik NFC yang bakinya berjumlah RM119 juta pada 31 Disember 2009, pindahan wang kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sehingga mencecah jumlah RM83 juta pada 31 Disember 2009, perbelanjaan perjalanan luar negara dan keraian berjumlah RM828,000 dalam tahun 2009 dan subsidi kepada restoran Meatworks milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil berjumlah RM3 juta dalam tahun 2009. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6508-fidlot-bung-gesa-shahrizat-letak-jawatan
Anak ada bukti Isa dilantik 'ikut pintu belakang' |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa mempunyai bukti perlantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) lalu dibuat secara tidak sah dan 'ikut pintu belakang'.
YB Tan Sri Isa Abdul Samad - Pengerusi FELDA
Mendedahkan hal itu, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat mendakwa, beliau mempunyai maklumat satu surat melalui setiausaha sulit kanan Perdana Menteri telah dihantar kepada Isa sebagai mengesahkan perlantikan tersebut. "Kita ada bukti melalui satu surat yang dihantar melalui setiausaha sulit kanan perdana menteri yang mengesahkan perlantikan beliau (Isa) sebagai pengerusi koperasi walhal mesyuarat agung KPF melantik dan memilih Datuk Dzulkifli Wahab sebagai pengerusi," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Sdr Mazlan Aliman - Pengerusi ANAK
Menurut Mazlan lagi, Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli koperasi kerana beliau bukanlah seorang peneroka dan bukan kakitangan Felda, apatah lagi untuk menjadi pengerusi KPF. "Kalau sekalipun dia guna seksyen dibawah menteri koperasi bertanggungjawab, sekurang-kurangnya dia perlu menjadi ahli koperasi selama dua tahun baru boleh dilantik sebagai pengerusi KPF," katanya. Turut serta pada sidang media itu, dua Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Pada 25 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat memberitahu, Isa yang juga Pengerusi Felda Holdings Bhd, secara rasminya masih belum dilantik sebagai pengerusi KPF. Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6520-anak-ada-bukti-isa-dilantik-ikut-pintu-belakang
NFC: Mahfuz bidas Muhyiddin masih membisu |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan adakah keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kerana mereka adalah 'orang sendiri'. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga membidas Muhyiddin yang membisu terhadap peranannya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dalam memberikan projek tersebut kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. "Dalam tegurannya kepada (Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk) Bung Moktar (Radin), Muhyiddin menyifatkan tuntutan timbalan pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) itu supaya Shahrizat meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak perlu di kalangan 'orang sendiri'. "Persoalannya, adakah keluarga Ketua Wanita Umno itu dipilih mengendalikan NFC kerana mereka juga adalah 'orang sendiri'?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Mahfuz juga mempersoalkan sikap Muhyiddin yang hanya bersuara apabila Shahrizat dituntut supaya meletak jawatan. "Saya tidak mahu mempersoalkan keghairahan Muhyiddin membela rakannya dalam kabinet dan kepimpinan Umno serta menolak tuntutan Bung Moktar supaya Shahrizat meletak jawatan. "Memang Shahrizat patut meletak jawatan jika beliau mementingkan maruah tetapi yang lebih penting ialah apakah peranan Muhyiddin, Shahrizat sendiri dan bekas Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga keluarga Shahrizat dipilih mengendalikan NFC? "Rakyat berhak mendapat jawapan yang jelas tanpa sebarang keraguan mengenai peranan mereka. Bagaimana syarikat tidak ada pengalaman boleh diluluskan?" katanya sambil menekankan bahawa projek kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarga Shahrizat itu diperolehi mereka ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin hari ini menegaskan Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam NFC dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet dan parti. Dalam kenyataannya, Abdullah pula meminta Shahrizat supaya jangan melayan tuntutan supaya beliau meletakkan jawatan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6526-nfc-mahfuz-bidas-muhyiddin-masih-membisu
Peneroka juga bantah Isa rampas KPF |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mencalunkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) bukan sahaja mendapat bantahan dari kakitangan Felda bahkan juga para peneroka. Kini berita usaha 'rampasan kuasa' itu tersebar luas dan menjadi buah mulut para peneroka Felda. Rata-rata mereka menunggu apa sikap rasmi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan kerana turut serta dalam mesyuarat 'rampasan kuasa' itu adalah pengerusinya, Shamsuddin Othman. Menjelang hari raya Aidil Fitri lepas, Tan Sri Isa Samad telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah KPF dan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru. Cadangan itu berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri yang mencadangkan beliau menjadi Pengerusi KPF. Cadangan itu mendapat sokongan dari Felda Holding, Datuk Sabri Ahmad. Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada. Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanahair pada hari keempat Aidilfitri. Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui. Atas dasar itulah, mereka berpandangan, ini adalah satu rampasan kuasa. Menurut sumber, beberapa ahli mesyuarat itu membantah cadangan itu kerana Isa bukan ahli koperasi dan tidak boleh menjadi ahlinya. "Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Isa hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan. "Jadi dia tidak layak jadi ahli. Bagaimana dia hendak jadi pengerusi kalau jadi ahli pun tidak layak. "Jadi perlantikan ini bertentangan dengan undang-undang kecil koperasi, bagaimana ia hendak disokong," kata seorang kakitangan Felda yang menghubungi Harakahdaily. KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka. Tahun lalu, KPF memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya dan dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011. "Isa ini mempunyai rekod tidak baik sebelum ini. Itu yang kita bimbang tu. Ramai yang menunggu apa yang dia nak cadangkan kepada KPF yang dikatakan nak tranformasikan KPF itu," kata sumber itu. Menurut sumber itu, Isa dikatakan diminta oleh Perdana Menteri untuk mentranformasikan KPF kepada peringkat yang lebih tinggi lagi. "Kita setuju tranformasi tu, takkan nak tahap ni je kan. Tetapi kenapa Isa. Satu lagi apa salahnya dengan Datuk Dzul (Dzulkifli Wahad, Pengerusi KPF sekarang). "Sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu. "Lagipun KPF ini milik peneroka, bukan orang politik, kenapa kacau," kata sumber itu lagi. Bagi beliau, apa yang dibimbangi adalah, ini adalah satu rampasan kuasa dari orang politik untuk menguasai kewangan KPF untuk kepentingan mereka. "Jangan terkejut kalau selepas ini Isa juga akan ambil alih sebagai pengurus Felda United, pasukan bola yang ditubuhkan Felda," kata beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik/5758-peneroka-juga-bantah-isa-rampas-kpf
Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuktikan dakwaannya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah akan dicagar kepada FGVH bermula Januari tahun hadapan. Ahad lalu, Ahmad turut mengakui kemungkinan tindakan itu akan dilakukan. "Saya mencabar beliau (Ahmad Maslan) sebagai menteri yang bertanggungjawab, tolong nafikan sebab kita ada bukti bahawa antara aset yang dikorbankan ialah tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Membidas kenyataan Ahmad bahawa "kerajaan tidak akan menyentuh walau segenggam pun tanah peneroka", Mazlan berkata, jika benar jaminan tersebut, kerajaan tidak perlu mencagarkan tanah Felda Plantation yang dibangunkan menggunakan modal daripada peneroka sendiri. "Kalau kata tidak terjejas, kenapa tanah Felda Plantation ini yang modal pembangunan untuk membangunkan tanah datang daripada peneroka tiba-tiba ingin dipajakkan kepada FGVH? "Bayangkan pendapatan daripada tanah ini tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80 peratus daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini," jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Selain itu, Mazlan turut mempertikai keputusan untuk mencagarkan tanah itu sedangkan beberapa negeri tidak memberikan hak kepada kerajaan Persekutuan. "Bagaimana pula dengan isu membabitkan kerajaan negeri kerana difahamkan FGVH tidak mendapat hak milik (tanah) daripada kerajaan negeri termasuk Terengganu dan beberapa negeri lain," katanya. Keputusan untuk mencagarkan tanah itu juga dibuat dalam mesyuarat tanpa keehadiran Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang mengerjakan umrah ketika itu. Serah bantahan kepada PM Sementara itu, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan menyerahkan bantahan rasmi terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda (KPF) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember depan. Kempen Bantah Isa Samad yang bermula awal Oktober lalu telah mengumpul tandatangan peneroka di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap Isa yang didakwa dilantik sebagai Pengerusi Felda melaui pintu belakang. Isa juga didakwa tidak sah menjadi Pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka atau ahli keluarga peneroka. Sedangkan menurut Undang-Undang Kecil Felda, untuk menjadi Pengerusi KPF, seseorang itu mestilah seorang peneroka, kakitangan Felda atau anak peneroka. "Kita akan serahkan bantahan kepada Perdana Menteri meminta beliau segera menghentikankontrak Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan kita juga minta penyenaraian FFGVH dibatalkan," katanya. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, masing-masing Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Pokok Sena. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6522-penyenaraian-fgvh-360000-hektar-tanah-dikorban
Sidang media : http://www.youtube.com/watch?v=gl1yf4k5_ik
PKFZ: Apa maksud Nazri 'isu lebih besar' |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan pandangan beberapa anggota kabinet berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berdasarkan keterangan Nazri di mahkamah sebagai saksi ke-20 perbicaraan pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik itu. Nazri seperti dilaporkan media kelmarin memberikan keterangan kepada mahkamah bahawa ramai anggota kabinet termasuk beliau sendiri tidak bersetuju dengan projek PKFZ namun terpaksa bersetuju atas kerana 'bimbang menjadi isu besar'. Nazri ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Usahawan. "Saya minta Nazri jelaskan kepada media dan masyarakat, apa butiran pandangan anggota kabinet yang tak berstuju dan apa apa yang dimaksudkan Nazri dengan 'isu yang lebih besar' itu," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempertikai tindakan anggota kabiet ketika itu yang bersetuju dengan cadangan projek PKFZ walaupun tahu ia akan gagal dan membazirkan wag negara. Tambahnya, tindakan itu menunjukkan anggota kabinet BN tidak berperanan sepenuhnya sebaliknya hanya menjadi "pak turut". "Tak sewajarnya bila mereka tak bersetuju tapi akhirnya terpaksa bersetuju sedangkan mereka tahu cara pengendalian projek PKFZ itu akan mendatangkan masalah kepada negara. "Nampak sangat anggota kabinet ini takut dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri dan akhirnya mereka menjadi pak turut, tak berfungsi dalam kabinet, hanya memberikan pandangan untuk tak bersetuju," katanya. Beliau juga bimbang amalan in masih berterusan dalam kabinet BN. "Lemahlah anggota kabinet kalau begini caranya. Mungkin amalan ini masih berterusan dalam kerajaan BN," katanya lagi. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pada sidang media sama berkata perbicaraan skandal PKFZ lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding menemui jawapan. Justeru beliau mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut. "Perbicaraan PKFZ lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menjawab. Nazri sebagai ahli kabinet senior sepatutnya memberi maklumat ini kepada PAC misalnya. "Ia menimbulkan lebih banyak kekeliruan yang patut diselesaikan bukan sahaja di peringkat mahkamah tapi di peringkat Suruhanjaya Diraja kerana melibatkan berbilion wang rakyat," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6544-pkfz-apa-maksud-nazri-isu-lebih-besar
Sidang media : http://www.youtube.com/watch?v=8ADDx9XSBmw
NFC disalah guna untuk keluarga pemimpin Umno |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: PKR hari ini mendedahkan beberapa transaksi yang dilakukan National Feedlot Corporation (NFC) bagi mengukuhkan bukti bahawa syarikat itu disalahguna untuk kepentingan keluarga dan ahli-ahli politik Umno BN. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini menunjukkan senarai empat transaksi yang dilakukan dari tahun 2008 hingga 2009. Pada awal penubuhan NFC 2008, syarikat yang dikaitkan dengan suami dan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu membiayai perbelanjaan Shahrizat sebanyak RM26,400. Ditanya ke mana perbelanjaan itu dilakukan, Saifuddin bagaimanapun mahu Shahrizat sendiri menjawabnya. "Jika benar isu NFC tiada kena mengena dengan Shahrizat, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membiayai perbelanjaan beliau," kata Saifuddin pada sidang medi di lobi Parlimen hari ini. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut berkata, NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada dua pengarah NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh pada 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara. "Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk mambayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab Shahrizat," katanya. Selain itu, NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai menggunakan wang rakyat kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan Adun di Negeri Sembilan, Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93. "Kalau isu yang serupa melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, Datuk Shaziman dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat," katanya lagi. Saifuddin juga mendedahkan, NFC menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti Datuk Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 pada tahun 2008, yang hanya dibiayai pada tahun 2009. "PKR boleh sahaja mendedahkan secara terperinci setiap perbelanjaan yang melibatkan ramai lagi pemimpin Umno dan dana rakyat berjumlah RM250 juta ini," tegasnya. Selain itu kata Saifuddin, sejak menerima pinjaman mudah daripada kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak pernah sekali pun membayar balik kepada kerajaan sama ada pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2 peratus yang dikenakan. "Jika ia benar-benar sebuah pinjaman seperti yang didakwa pimpinan Umno, maka sekurang-kurangnya NFC perlu membayar RM5 juta setahun kepada kerajaan dalam bentuk faedah pinjaman," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6549-nfc-disalah-guna-untuk-keluarga-pemimpin-umno
Projek EMU RM1.89 Bilion meragukan
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mencabar Kementerian Pengangkutan membenarkan beliau sendiri menyemak dokumen pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd (ZELC) dengan kos RM1.9 bilion secara runding terus memandangkan siasatan pihak berkuasa menunjukkan tiada unsur penyelewengan.
Dakwaan sebelum ini menyebut pembelian itu untuk kegunaan KTM Berhad dari syarikat China itu dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga ditawarkan melalui tender sebelumnya.
“Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU, yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku penokoktambahan harga yang tidak munasabah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sidang media :
http://www.youtube.com/watch?v=xALa9i-OMl4
“Saya memohon jasa baik YB Menteri Pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang telah saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU yang telah dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC,” katanya.
Wakil rakyat PAS itu menambah, memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pengangkutan, “saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.”
Katanya, melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, beliau percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EMU enam gerabak terbabit.
Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bertanya “apakah semua pegawai KTMB yang ditemu bual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?”
“Apakah SPRM telah menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China?” katanya lagi yang membangkitkan isu ini di Parlimen pada 29 Jun 2010.
Dzulkefly menambah, beliau difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC yang berpejabat di Hong Kong memandangkan ZELC, yang berpangkalan di Zhuzhou dikawal selia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi melibatkan keluar masuk wang.
“SPRM (juga) dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang dikemukakan oleh ZELC,” katanya lagi.
Katanya, berdasarkan spesifikasi diberi oleh KTMB, semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan set yang mempunyai harga tidak akan mempunyai jurang perbezaan besar.
“Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China termasuk ZELC dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.
“Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ‘elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ‘kickback’ ejen tempatan,” katanya.
Pada Julai 2010, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mendesak SPRM menyiasat urusan pembelian 38 unit EMU terbabit kerana pembeliannya didakwa melebihi harga asal tender.

7 soalan yang perlu dijawab :-
(1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?
Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.
Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.
(2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?
Pohon semak dokumen
Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?
Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.
Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.
(3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.
Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.
Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.
Kawal ketat kerajaan China
(4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?
(5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.
Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.
SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
dikemukakan oleh ZELC.
(6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.
Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.
Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan.
(7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.
Sumber Blog Sharpshooter : 16/11/2011
Kalau Shahrizat letak jawatan, Muhyiddin pun sama |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan mengundang rasa kasihan Mohamad Sabu. "Kasihan sungguh pada Muhyiddin apabila membaca jawapannya itu. Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan. "Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS itu. Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan. "Sebab itu nampak bingkas sungguh Muhyiddin memberikan jawapan sedangkan sebelum ini beliau membisu mengenai isu NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu," kata beliau. Mohamad tidak percaya Bung Moktar berani melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan seluruh kepimpinan tertinggi Umno. Tindakan seperti itu boleh membunuh kerjaya politiknya, kata beliau lagi. "Kalau tidak ada restu, saya tidak percaya dia berani tunjuk hero minta Shahrizat berundur. "Bukan Shahrizat sahaja yang terasa sakitnya. Muhyiddin lebih terasa lagi," kata Mohamad. Isnin lalu, ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu menuntut Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan penglibatan keluarganya dalam NFC. Ketika menjawab tuntutan itu, Muhyiddin berkata, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam projek penuh kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarganya itu. "Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (sesama Umno) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat. "Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya. Sebelum ini, beberapa blog dan laman sosial ahli-ahli Umno menuduh Muhyiddin mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin pernah menuduh Timbalan Presiden Umno itu membuka jalan kepada kemenangan pembangkang. Selepas itu, katanya, "Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yang pernah dia lakukan kepada (Tun) Abdullah Hj Ahmad (Badawi)". Zaharin, yang menuduh Muhyiddin sebagai "anak paria", "penyamun besar" dan "perosak Umno", mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Najib. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6551-kalau-shahrizat-letak-jawatan-muhyiddin-pun-sama
|
Mahal: Salahuddin mahu SPRM siasat Giat Mara |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Giat Mara membeli beberapa peralatan tanpa prosedur yang betul. Mendakwa ia satu penyelewengan, Salahuddin mahu SPRM menyiasat perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas beliau membangkitkannya di Dewan Rakyat minggu lalu. "Suatu siasatan mesti diadakan dan SPRM mesti bertangungjawab menyiasat dan saya sebagai salah seorang panel khas SPRM di bawah Parlimen akan serah laporan ini kepada SPRM Isnin depan," kata beliau pada sidang media di lobi Prlimen hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, selain tidak meminta sebut harga daripada pihak pembekal sebelum membuat tempahan, peralatan juga dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar. Laporan tersebut juga langsung tidak menafikan perkara itu. Apa yang dikesalkan, selepas ditegur Ketua Audit Negara, pihak Giat Mara hanya bertindak menghantar surat kepada pihak pembekal meminta wang lebihan dikembalikan. Antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100. Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60. "Jawapan yang saya terima daripada pegawai kementerian, saya anggap tidak munasabah. "Mereka sudah bayar duit kepada pembekal tapi bila audit tegur baru minta syarikat bayar balik harga lebihan. "Betapa tidak telusnya dan tidak cermatnya agensi dalam membeli barang-barang sehingga ditegur audit," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6560-mahal-salahuddin-mahu-sprm-siasat-giat-mara
Tak mustahil Felda juga beli kondo mewah |
Abd Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan Felda juga akan membeli kondominium sebagai pelaburan yang menguntungkan.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
"Felda kini berada di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). "(Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang sebelum ini membela projek lembu di bawah NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) tentu kagum dan tertarik dengan kaedah perniagaan NFC yang membeli kondominium untuk pelaburan. "Sebab itulah tidak boleh ditolak kemungkinan Felda juga akan membeli banyak kondominium sebagai pelaburan," katanya. Mahfuz percaya, jika Najib tidak kagum dan tidak tertarik dengan kaedah perniagaan NFC, tentulah beliau tidak akan membela projek penuh kontroversi itu dan membuat kenyataan bercanggah dengan laporan Ketua Audit Negara. Ketika membela NFC, Perdana Menteri menafikan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta untuk projek lembu itu. Ia bertentangan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menggambarkan projek penuh kontroversi itu berada dalam keadaan "kacau-bilau". Projek tersebut dianugerahkan kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, tindakan NFC membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta, dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan pelaburan. "Selepas ini mudahlah bagi semua perbadanan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah kerajaan Najib. Beli kondominium banyak-banyak untuk mendapatkan pulangan pelaburan. "Felda, Bernas (Padiberas Nasional Berhad), Fama ( Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), apa sahaja perbadanan dan GLC boleh mencontohi kebijaksanaan perniagaan NFC yang nampaknya dikagumi Perdana Menteri. "Suami Shahrizat boleh kata 'tiru macam saya', beli kondominium banyak-banyak untuk mendapatkan pulangan pelaburan," sindir Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Selepas ini, kata Mahfuz lagi, semua agensi, perbadanan dan GLC di bawah kerajaan Najib mungkin terpaksa berebut-rebut mendaftarkan nama untuk menimba ilmu pelaburan dari keluarga Shahrizat. "Keluarga Shahrizat juga boleh buat duit banyak-banyak lagi selepas ini dengan bisnes baru iaitu memberikan kursus pelaburan kepada semua agensi, perbadanan dan GLC di bawah kerajaan Najib di seluruh negara. "Kursus beli kondominium mewah untuk mendapatkan pulangan pelaburan," sindir beliau lagi. Dalam perkembangan berkaitan, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan NFC membeli kondominium berharga hampir RM10 juta seunit adalah perbelanjaan tidak berhemah khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan. "Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang. "Ini satu keputusan yang gila. Saya tidak mempunyai kata-kata (untuk menghuraikannya) - jarang dibuat, tidak pernah didengari, malah pelik untuk melabur dalam kondominium mewah sebagai pelaburan jangka pendek terutamanya ketika pasaran yang lembab," kata beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6561-tak-mustahil-felda-juga-beli-kondo-mewah
RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan ‘Pertanian Satu Perniagaan’, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security. “Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar. Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010. Katanya, sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain. “Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh. “Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya lagi, rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah menjual saham Bernas kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong. Beliau menambah, jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing, ini semua bahana kerana penyakit ‘kroni diutamakan, kepentingan rakyat dikemudiankan. Buktinya, kata beliau projek NFC, anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka itulah akibatnya. Katanya, peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dengan target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8,000 ekor. “Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini. “Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu, sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka,” ujarnya. Sebaliknya, kata beliau diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian. Menurutnya lagi, berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan. “Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam?” soalnya. Tambah beliau, pemimpin BN tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi. Sepatutnya, kata beliau lagi masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil. Menurutnya, wang sebanyak itu boleh membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor. “Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan,” ujarnya. Tetapi, katanya apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6570-rm250-juta-boleh-bantu-62500-keluarga-umno
Fidlot: Rafizi hantar surat ajak Khairy debat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengutus surat jemputan kepada Ktua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd. Dalam surat yang salinannya dihantar kepada Harakahdaily hari ini, beliau menyatakan tarikh cadangan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini. "Mengambil kira kekangan jadual kerja seperti yang saudara suarakan di dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin 12 Disember 2011," kandungan surat itu dipetik. Beliau melalui surat tersebut juga mencadangkan supaya perkara-perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamadkan "Saya percaya saudara seorang pemimpin Umno yang berjiwa besar dan memiliki kekuatan intelek yang mengkagumkan. "Kesudian saudara untuk membahaskan isu-isu rakyat seperti penyelewengan wang rakyat melalui NFC akan dikenang orang muda selama-lamanya," ujar Rafizi. Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu memaklumkan beliau bersedia untuk bertemu Rafizi dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta oleh NFC iaitu syarikat milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.” “Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini. Sebelum ini, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada “Budak Tingkat Empat” — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah. Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006. Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut. Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6583-fidlot-rafizi-hantar-surat-ajak-khairy-debat
NFC: AMK sambut baik debat Rafizi-Khairy |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik usaha Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjemput Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat dalam isu Projek Feedlot Kebangsaan (NFC). Timbalan Ketua Penerangan AMK, Najwan Halimi memberitahu ia adalah inisiatif terbaik dilakukan oleh Rafizi kerana mengemukakan jemputan debat kepada Khairy. "Kami berharap debat ini akan dapat dilakukan dalam suasana penuh berhemat dan secara intelektual berdasarkan hujah dan fakta-fakta yang kukuh dan kita tidak mahu ia berlangsung dengan cara emosional individu begitu juga mereka yang hadir. "Dalam pada itu kita melihat tidak ada alasan untuk Khairy menolak jemputan ini memandangkan beliau sendiri telah menyatakan kesediaan utk berdebat dengan sesiapa saja dan tempoh notis selama satu bulan seperti dinyatakan oleh Rafizi sewajarnya dapat digunakan oleh Khairy dalam mengatur jadual aktiviti beliau," jelasnya. Tambahnya lagi, penjelasan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail berkaitan isu itu adalah tidak meyakinkan dan sebaliknya menimbulkan lebih banyak persoalan akan kemungkinan wujudnya elemen penyelewengan dalam pengurusan kewangan NFC. "Justeru itu, pada masa sama AMK juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil serius akan dakwaan penyelewengan projek NFC serta menjalankan siasatan menyeluruh memandangkan ianya melibatkan dana awam dan laporan berkaitan isu ini juga telah pun dibuat di pejabat SPRM oleh sebuah NGO pada minggu lalu," sambungnya lagi. Semalam, Rafizi telah mengutus surat jemputan kepada Khairy Jamaluddin yang juga ahli parlimen Rembau untuk berdebat berhubung isu skandal NFC. Dalam surat itu, beliau menyatakan tarikh cadangan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini bagi memberi ruang kepada Khairy menyusun semua jadual kerjanya. Khairy Jamaluddin beberapa hari lalu memaklumkan beliau bersedia untuk bertemu Rafizi dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta oleh NFC iaitu syarikat milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6592-nfc-amk-sambut-baik-debat-rafizi-khairy
Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak. "Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula. "Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya. Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu. Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan. "Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau. Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat. Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak. Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan. Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan. Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6578-tidak-tepat-tarik-balik-laporan-ketua-audit
Fidlot: KMPP pula cabar Shahrizat letak jawatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) iaitu syarikat milik suaminya. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan. "Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini. "Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya. Menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar. "Perkara berbangkit disini yang menjadi 'Crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian sebuah Kondominium yang bernilai RM9.8 Juta bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi. "Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," tambah Rahmad lagi. Menurutnya lagi, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan sama sekali bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC, begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan. "Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita. "Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," jelasnya. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'. Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh anggota parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan). Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri berkaitan Fidlot itu telah menyusahkan Umno Barisan Nasional. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6598-fidlot-kmpp-pula-cabar-shahrizat-letak-jawatan
PAS mahu akaun NFC dibeku segera |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mahu segala aktiviti perbelanjaan dan akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd. milik suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dibekukan dan digantung segera. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu perlu dibuat kerajaan dengan segera sehingga satu badan audit bebas melakukan 'forensic auditing' terhadap akaun dan aktiviti syarikat tersebut. "Kita mintak akaun dan segala kegiatannya digantung (moratorium) segera dan kerajaan perlu mengarahkan pihak ketiga membuat forensic auditing. "Sejak isu ini dibangkitkan, kita tidak nampak apa-apa tindakan diambil kerajaan khususnya Perdana Menteri, sedangkan tuduhan itu serius," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor kepada Harakahdaily. Selain itu beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adakah dana awam berjumlah RM250 juta itu deberikan kepada NFC secara penganugerahan (grant) atau pinjaman mudah dengan interest dua peratus. "Umum masih bertanya, adakah pemberian dana awam itu diberikan secara grant atau pinjaman. "Andai kata pinjaman dua peratus, mesti ada terma dan syarat pinjaman, dedahkan apa dia terma dan syarat itu," katanya. Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendedahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya projek berjumlah RM250 juta itu didakwa diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan ‘kucar-kacir’. Malah lebih dari itu, PKR juga mendakwa wang itu digunakan untuk kepentingan keluarga ketua wanita Umno itu termasuk membeli kondominium mewah di ibu negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6618-pas-mahu-akaun-nfc-dibeku-segera
TVS sedia siar debat Rafizi-Khairy |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR 21 Nov: TV Selangor (TVS) akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya sekiranya program debat yang membabitkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjadi kenyataan. Ketua Pengarang TVS, Sheridan Mahavera dipetik berkata, TVS tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiarkan siaran secara langsung memandangkan kebanyakan saluran tv milik kerajaan tidak berminat untuk mengadakannya, lapor KeadilanDaily. “TVS mempunyai krew dan peralatan yang lengkap untuk menyiarkan siaran secara langsung dan selama ini pun banyak siaran secara langsung berhubung pelbagai ‘event’ termasuk ceramah dan konvensyen telah dilakukan dengan jayanya,” jelas Sheridan lapor TVS. TVS dapat dilayari melalui www:tvsnews.net. Pada 18 November lalu, PKR menghantar surat undangan rasmi kepada Khairy untuk berdebat berhubung dakwaan skandal projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd. Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. Khairy ada memaklumkan kesediaan bertemu Rafizi tetapi memberi alasan tidak mempunyai masa berikutan terikat dengan acara Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini. Sebelum ini, PKR mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominum mewah bernilai RM9.8 juta. NFC membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan cawangan Tun Dr Ismail kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka 2 Disember 2009. Rafizi dalam surat undangan tersebut mencadangkan debat itu diadakan pada 12 Disember ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6628-tvs-sedia-siar-debat-rafizi-khairy
PKR dakwa NFC biayai umrah keluarga Shahrizat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Nov: PKR mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir ini. “Walau bagaimana pun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau yang juga ahli Parlimen Machang berkata, dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya. Justeru, beliau menyeru supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera membuat kenyataan mengenai skandal itu, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek itu tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya, kata beliau projek berjumlah RM250 juta itu khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. “PKR pada hari ini boleh mendedahkan bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini,” ujarnya pada sidang media di lobi Parlimen. Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli. Saifuddin memberi contoh, dalam tahun 2010 NFC membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh. Tegasnya, PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri. Menurutnya lagi, selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai dana awam seperti itu, lebih membimbangkan adalah pelbagai urusniaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Justeru, katanya PKR menggesa supaya PAC dan PDRM menyiasat segala urusniaga di antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura. Beliau memberitahu, Global Biofuture Pte Ltd (200822772H) – carian syarikat disertakan bersama Meatworks Singapore Pte Ltd (200923276Z) – carian syarikat disertakan bersama Global Biofuture Pte Ltd terlibat di dalam urusniaga makanan dan bahan api. Katanya lagi, semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasaraya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC. Tambah beliau, semakan PKR menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture Sdn Bhd berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495. Menurutnya lagi, PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture Pte Ltd di Singapura. Jelasnya, Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Beliau menambah, semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore Pte Ltd berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815. “Bukti-bukti awal ini sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat untuk menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagaisyarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan. “Skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta,” ujarnya. Sebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar bernilai RM13.8 juta. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6620-pkr-dakwa-nfc-biayai-umrah-keluarga-shahrizat
EMU: Sampai bila mahu begini? |
Dr Dzulkefly Ahmad |
Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd (ZELC) dari China dengan harga RM1.89 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan Surat Tawaran (Letter of Acceptance – LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010. Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos Maintenance, Repair & Overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan. Walau pun pembelian EMU dari ZHUZHOU ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian dengan ZHUZHOU pada 23 Julai 2010. Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan iaitu 2 bulan 4 hari. Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara? Susulan desakan saya, PAC telah memutuskan pada 27 Julai 2010 bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU ini di siasat dengan lebih terperinci. PAC telah mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan. Pada 1 April 2011, saya telah menerima jawapan bertulis dari Y.B Dato’ Seri Nazri bin Abdul Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri bahawa siasatan kes ini masih dijalankan oleh SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan. Bagaimana pun, pada 14 November 2011, Y.B. Timbalan Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur irregularity dalam pembelian EMU dari ZHUZHOU. Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari Menteri Pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut: a. Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas? Saya percaya pemilihan ZELC adalah berdasarkan ZELC menawarkan EMU yang mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu iaitu Tender Membekal Lapan (8) set EMU tiga gerabak. Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010. b. Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak? Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut? Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC. Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta. c. Sehubungan itu, saya memohon jasa baik Y.B Menteri Pengangkutan untuk saya dan juru perunding yang telah saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU yang telah dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC. Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh Y.B Menteri Pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya. Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC. d. Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah? e. Apakah SPRM telah menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China. Saya telah difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh Kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu. f. SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi anti-rasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang dikemukakan oleh ZELC. Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh KTMB, semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar. Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga (3) pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga (3) gerabak sebelum ini. Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan. Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku penokoktambahan harga yang tidak munasabah. Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia Kuala Selangor merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/dr-dzulkefly-ahmad/6621-emu-sampai-bila-mahu-begini
Dedah penyewa kondo RM70 ribu sebulan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mendesak National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan penyewa kondominium One Menerung di Bangsar yang didakwa membayar sewa bulanan RM70 ribu sebulan. Fariz menggesa Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mendedahkan penyewa terbabit sekiranya benar kondominium itu dibeli untuk tujuan pelaburan, lapor KeadilanDaily. “Kami pertikaikan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyatakan sewa kondominium itu adalah RM70 ribu sebulan. “Kami gesa Datuk Mohamad Salleh dedahkan siapakah yang menyewa kondominium itu,” kata Fariz. Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fariz mendesak perkara itu sebelum membuat laporan polis terhadap NFC di Balai Polis Dang Wangi, tengah hari tadi. Menurut Fariz, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC membeli bukan satu tetapi dua kondominium kononnya sebagai instrumen pelaburan adalah satu bukti nyata aktiviti pecah amanah. Jingga 13, satu NGO yang memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan masayarakat telah membuat laporan pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya minggu lalu. SPRM kemudian menghubungi Fariz dan memaklumkan yang laporan itu kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia dan disiasat di bawah Akta 613, Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersabit aktiviti jenayah pecah amanah. Laporan pertama Jingga 13 itu memetik harga kondominium dibeli NFC sebanyak RM9.8 juta. Namun, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC, sebuah syarikat penternakan lembu yang dibiayai kerajaan- sebenarnya membeli dua unit kondominium mewah berharga RM13.8 juta mendorong Jingga 13 untuk membuat laporan baru pagi tadi. Semalam, PKR mendakwa NFC membelanjakan RM32,000 wang rakyat bagi membiayai pakej umrah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6641-dedah-penyewa-kondo-rm70-ribu-sebulan
NFC: PAC dapati banyak kelemahan |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan. PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil. "Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan. "Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya. Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. "Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009. "Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat. "Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya. Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya. "PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan. "Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi. Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan. "Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi. |
http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/6664-nfc-pac-dapati-banyak-kelemahan
Sidang Media (YB Datuk Seri Mohd Azmi Khalid) : http://www.youtube.com/watch?v=O_pbkpFlEHQ
Berundur paling 'terhormat' buat Shahrizat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, meletak jawatan adalah cara paling terhormat bagi menyelamatkan maruah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan kontroversi projek lembu fidlot. "Saya merasakan tindakan terhormat yang perlu diambil Shahrizat ialah dengan berundur dan meletak jawatan dari kerajaan secara serta-merta. "Hanya tindakan berundur diri yang boleh menyelamatkan maruah beliau dan ahli-ahli Wanita Umno yang turut terpalit dengan skandal NFC ini," katanya. Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Kongres Wanita PKR Ke-8 Di Johor hari ini, Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Shahrizat yang kononnya secara terus menyerang dan membidasnya selepas beliau beberapa kali mendesak ketua wanita Umno itu meletak jawatan. Katanya, selaku wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas beliau membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan dan hak rakyat dapat dikembalikan segera. "Ingin saya ingatkan, isu pokok yang perlu diberi perhatian adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik keluarga beliau, kerana prestasinya tidak menepati sasaran. Ianya menyentuh nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana oleh kerajaan berbanding syarikat keluarga beliau. "Ini juga menunjukkan kedangkalan Shahrizat apabila melihat isu ini sebagai suatu serangan peribadi keatas beliau dan keluarga," katanya lagi. Sehubungan itu juga beliau berharap Shahrizat kembali kepada amanah yang beliau pikul sebagai pemimpin wanita utama negara dan mennjelaskan peranan beliau sepenuhnya terhadap pendedahan-pendedahan yang dibuat. "Mengambil iktibar dari insiden ini saya ingin mengingatkan para perwakilan dan diri saya agar bersikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. InsyAllah ada ganjarannya di akhirat kelak. "Semoga Allah lindungi kita semua dari hasutan syaitan dan jauhkan dari tamak dan haloba," ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6708-berundur-paling-terhormat-buat-shahrizat
Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad |
Nazri Abdullah |
AMPANG, 28 Nov: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) menyokong penuh tindakan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) Felda untuk memfailkan saman ke atas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mazlan berkata, tindakan tersebut wajar memandangkan Isa telah menghina para peneroka yang selama ini memerah keringat kepada Felda. "Kita sangat dukacita dengan penghinaan Isa Samad terhadap peneroka Felda. "Bagi anak ucapannya itu menghina seluruh warga Felda dan kita mintak dia tarik balik," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Beliau mengulas pendirian JKPP dalam satu sidang media hari ini yang mahu menyaman Isa Samad jika pengerusi Felda itu tidak mahu memohon maaf secara terbuka dalam masa 14 hari. Ianya ekoran kata-kata penghinaannya terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman. Penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini. Dalam ucapan itu Isa didakwa mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk kepala) dia". Kenyataan itu didakwa dutujukan kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam". Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka. "Kehadiran Isa Samad bermasalah seperti mahu berperang dengan warga Felda," kata Mazlan lagi. Sementara itu, beliau memaklumkan, satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa Samad pada Selasa ini di balai polis Central Johor Bahru berhubung perkara sama. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6751-anak-sokong-jkpp-felda-saman-isa-samad
Penghinaan Isa memalukan seluruh warga Felda |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kes terbaru yang melibatkan penghinaan terhadap Ketua Peneroka Felda oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai kemuncak kemarahan warga Felda terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “DPP Malaysia membayangkan kenyataan beramaran oleh Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka, Shamsuddin Othman menunjukkan warga Felda kini lebih berani, matang, terbuka serta mempunyai prinsip yang teguh dan perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk Perdana Menteri,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily. Bagi DPP Malaysia, katanya warga Felda telah lama menyimpan perasaan marah dan kecil hati ekoran pelantikan Isa yang dikatakan tidak kena pada tempatnya kerana dilantik tanpa rundingan dengan ahli jawatankuasa Felda. “Dalam hal ini, Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya kuasa beliau dengan mengenepikan segala pandangan rakyat apabila meletakkan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda,” katanya. Menurutnya, insiden penghinaan Isa terhadap Ketua Peneroka Felda dalam satu majlis taklimat di Kuala Pilah menunjukkan tahap kesombongan beliau yang melampau. Beliau berkata, tidak sepatutnya Pengerusi Felda itu menghina Pengerusi JKPP dalam majlis tersebut memandangkan beliau sendiri tidak sampai setahun memegang jawatan tertinggi di Felda, sedangkan Pengerusi JKPP itu telah berjasa besar terhadap Felda. Baginya, penghinaan itu amat memalukan bukan sahaja kepada Pengerusi JKPP, bahkan kepada warga Felda keseluruhannya. Katanya, Isa perlu mengenang segala jasa dan pengorbanan setiap individu yang terlibat dalam membangunkan Felda. “Merekalah yang selama ini hidup dan mati bersama Felda dan hasil keringat merekalah Felda kini mendapat kuntungan berjuta ringgit,” ujarnya lagi. Justeru, tambahnya DPP Malaysia mengingatkan, jika warga Felda sendiri melahirkan kemarahan terhadap Isa Samad dan pentadbiran Datuk Seri Najib, ini menunjukkan tiada jalan selamat untuk BN menang mudah dalam PRU ke-13 nanti. Tambahnya, tiada lagi istilah fixed deposit jika PM terus berdegil mengekalkan Isa di jawatan tersebut. Oleh itu, ujarnya DPP Malaysia mendesak agar Tan Sri Isa Samad memohon maaf secara terbuka kepada Shamsuddin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) di atas penghinaannya terhadap beliau dan meletak jawatan serta merta. “Bagi DPP Malaysia, ini sebagai mesej jelas kepada PM agar mendengar rintihan hati rakyat dan jangan membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan dengan pelbagai pihak. “Ia juga sebagai peringatan agar pemimpin jangan berlagak sombong dengan menghina orang lain di bawahnya!” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6772-penghinaan-isa-memalukan-seluruh-warga-felda
Integriti hangus, tekan Shahrizat hingga letak jawatan |
Tarmizi Mohd Jam |
SUDAH tiba masanya, Ketua Wanita Umno Malaysia mesti meletakan jawatan. Isu penyelewengan dana awam yang melibatkan syarikat anak-beranaknya, kian sukar ditepis. Integriti Umno cedera teruk akibat "pecah amanah" dalam syarikat lembu. Selain Pakatan Rakyat dan Timbalan Pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan BN) Dato' Bung Mohtar Radin, tekanan NGO dilihat makin mara untuk menghentak Dato' Seri Shahrizat Jalil ke dinding. Kongres Melayu Pulau Pinang mencabar Shahrizat melepas jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail. Kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain berhenti dan undur, jika merasakan dirinya ada maruah lagi. PAS pula mahu semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta meletakkan jawatan. Skandal ini membabitkan penyelewengan dana awam, kes yang teruk dan menghaguskan integriti pentadbiran negara. Semua menteri yang terbabit, mesti letak jawatan. Malangnya, Shahrizat dipertahankan oleh Perdana Menteri, Timbalannya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pertanian, Noh Omar. Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut. Adakan ini bermakna mereka setuju dana awam diselewengkan? Bung ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 menyelar Shahrizat kerana penglibatannya bersama keluarga dalam isu itu menyebabkan seluruh Umno menjadi susah. Pendirian Ahli Parlimen Kinabatangan itu cukup jelas, "macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab". Beliau menyindir Shahrizat, jika dia berada pada kedudukan itu, pasti akan melatakkan jawatan kerana terbukti ianya menyusahkan Umno. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. Rakyat sepatutnya berhelah tegas dengan pelbagai cara untuk mengasak Shahrizat agar meletakan semua jawatannya. Isu ini bakal memberi kesan buruk terhadap integriti Umno-BN. Skandal ini boleh disifatkan sebagai satu lagi episod malang melanda negara, dan Perdana Menteri sepatutnya menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas terhadap Shahrizat. Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi. Perlu diingat modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah. Walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan. Langkah Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelbagai urusniaga melibatkan NFC dan Projek Fidlot Kebangsaan, patut dipuji walaupun diragui. Isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Umno-BN yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung. Dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya. Di mana Najib? Lebih-lebih lagi apabila Noh Omar mengejutkan negara dengan mengesahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya, projek berjumlah RM250 juta ini khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri ketika itu. Isunya, apakah yang merunsingkan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Shahrizat? Sedangkan jelas, penyelewengan dana awam berlaku dan Ketua Wanita Umnonya terbabit. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/6778-integriti-hangus-tekan-shahrizat-hingga-letak-jawatan
Dana NFC beli Mercedes, tanah dan cuti mewah? |
Harakahdaily | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC. Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622. Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. “Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan. Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ ) Dakwanya lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini, jarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan. “Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?” soalnya.
Menurutnya, pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. “Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. “Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?” tanya beliau. Justeru, katanya Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan itu di Perhimpunan Agung Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau. Rafizi menambah, pihaknya akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6797-dana-nfc-beli-mercedes-tanah-dan-cuti-mewah
Anak sokong Pak Sam saman Isa Samad |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Ketua Peneroka, Shamsuddin Othman untuk menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, sekiranya enggan memenuhi tuntutan warga Felda. Menerusi perbincangan yang diadakan, Shamsuddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda tetap bersama-sama dengan warga Felda lain di seluruh negara mendesak Isa tidak menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd. Pengerusi Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Shamsuddin yang telah mengetuai peneroka sejak 15 tahun lalu dan berada dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu telah memberi masa sehingga 15 hari kepada ISA untuk tunduk kepada desakan itu. Menurutnya, namun Isa dalam ucapannya enggan tunduk dengan desakan itu dan ini pasti memaksa Shamsuddin mengambil tindakan saman di mahkamah terhadap pengerusi Felda yang penuh kontroversi itu. Katanya, Shamsuddin yang mesra dengan panggilan Pak Sam ternyata telah mengambil tindakan yang tepat untuk kepentingan warga Felda dan Anak telah mengambil tindakan menyokong penuh dengan sebarang tindakannya untuk mendesak Isa tidak menandantangi atau membatalkan perjanjian itu. "Sekiranya Isa tetap enggan tunduk dengan desakan itu, Anak turut menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Shamsuddin untuk menyaman Isa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Menurut beliau, sekiranya Isa terus berdegil dan enggan tunduk pada desakan itu, Anak turut merancang langkah tersendiri untuk mendedahkan perkara itu dan mendesak Isa, Perdana Menteri dan kerajaan-kerajaan negeri membatalkan perjanjian tersebut, termasuk dengan mengadakan road show di seluruh negara bermula 8 Disember ini di Pahang. "Pada keesokan harinya pula, 9 Disember, Anak turut merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacub bagi mendesak Kerajaan Pahang membatalkan perjanjian tersebut," katanya. Sekiranya tuntutan itu juga tidak diberikan perhatian oleh Perdana Menteri, tegasnya, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember ini di Putrajaya. Menurut beliau, tindakan Isa untuk menandatangani perjanjian dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd berhubung perkara itu jelas satu pengkhianatan terhadap Felda dan warga Felda di seluruh negara. Langkah tersebut, tambahnya, tidak ubah seperti menguburkan masa depan Felda serta para peneroka dan jelas mempunyai motif kepentingan peribadi dari pihak Isa dan kroni-kroni pemimpin Umno BN. Katanya, menerusi perjanjian pajakan yang awalnya hanya 60 tahun dan kemudiannya bertambah kepada 99 tahun itu, tanah-tanah Felda ternyata akan semakin berkurangan kerana akan diambil alih dan dikuasai sepenuhnya secara beransur-ansur oleh FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd. "Tanah-tanah Felda yang terhakis itu sekitar 30 hingga 3,000 hektar bagi setiap kawasan Felda di seluruh negara. Sekiranya perjanjian pajakan itu dimetrai, jumlah tanah Felda Plantations yang terkorban berjumlah 360,000 ekar semuanya," jelasnya. Kerugian-kerugian yang akan ditanggung oleh Felda sekiranya perjanjian itu dimetrai, menurut beliau, berupa kadar bayaran pajakan yang terlalu rendah hanya RM251 juta setahun, manakala bayaran itu pula adalah secara tetap atau bukan mengikut kadar semasa. Katanya, dengan kadar bayaran serendah itu, Felda akan mengalami defisit RM1.3 juta sekiranya perjanjian itu dimetrai dan ia ternyata akan menjejaskan masa depan warga Felda yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara. "Keperluan tahunan Felda tidak boleh kurang RM1,500 juta setahun, tetapi berdasarkan perkiraan yang dibuat dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan tahunan Felda pada tahun 2010, didapati Felda akan mengalami defisit sedemikian tinggi sekiranya perjanjian itu dimetrai," tegasnya. Motif sebenarnya Isa menandatangai perjanjian itu, untuk membolehkan Felda disenaraikan di dalam Bursa Saham Malaysia menerusi Felda Global Vantures dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pasti akan mendatangkan keuntungan amat besar kepada beliau dan kroni-kroni pemimpin Umno BN. "Untuk kepentingan peribadi, Isa dan koncu-koncunya ternyata sanggup mengorbankan kepentingan Felda dan seluruh warga peneroka. Inilah sikap para pemimpin Umno BN terhadap rakyat sekarang dan selama ini. "Sikap buruk mereka itu ternyata masih mampu disembunyikan kepada sebahagian rakyat. Anak pasti akan mendedahkan semua itu menerusi road show kami nanti untuk membolehkan orang ramai tahu kejahatan pemimpin-pemimpin Umno BN terhadap rakyat selama ini, khususnya mengenai Felda yang kini menjadi semakin parah sejak berada di bawah Isa," ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Presiden Anak Kebangsaan, Aris Fezul Ismail dan bekas Naib Presiden Felcra, Datuk Ramli Buyung. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6831-anak-sokong-pak-sam-saman-isa-samad
Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
"(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar - Timbalan Ketua Polis Negara
"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.
YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil - Menteri Pembangunan Wnita, Keluarga dan Masyarakat
"Tetapi ia tidak mungkin menyelamatkan Umno dari menghadapi huru hara yang lebih besar lagi selepas ini," katanya. Menurut Mahfuz, masalah terbesar yang dihadapi bukannya ketegasan ahli-ahli Umno kepada prinsip menentang kronisme, penyalahgunaan kuasa atau amalan yang tidak bersih dalam pemberian mana-mana projek. "Semua itu mereka tidak peduli dan tidak pernah ambil peduli. Huru hara akan berlaku kerana semakin ramai ahli Umno yang akan mempersoalkan mengapa pemimpin tertinggi atau keluarga mereka mendapat habuan yang banyak sedangkan mereka hanya mendapat tulang-tulang sahaja. "Tak mungkin boleh berpuas hati dengan sedikit suapan yang dihulurkan ketika pemilihan parti itu. "Tentu mereka juga mahu habuan besar seperti keluarga Shahrizat kerana bagi mereka, mereka dan keluarga mereka juga berkerja keras dan berhak mendapat apa yang dinikmati oleh keluarga Shahrizat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Begitu juga dengan ahli-ahli Umno yang mendapat upah lima enam puluh ringgit memasang poster ketika pilihan raya, mereka juga teringin hendak mendapat habuan besar seperti dinikmati keluarga Ketua Wanita Umno, kata Mahfuz. "Ahli-ahli Umno juga tentu boleh berfikir, itu habuan untuk keluarga Sharizat, bagaimana pula dengan pemimpin Umno lain dan keluarga mereka? "Sebab itulah huru hara yang ditumbulkan oleh lembu fidlot itu besar kemungkinan akan berpanjangan dan semakin buruk. "Bila keluarga Sharizat dapat habuan besar, tidak ada jaminan para penyokong (Tan Sri) Rafidah (Aziz) yang ditewaskan oleh Shahrizat dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno sebelum ini akan berdiam diri," katanya lagi. Beliau juga mempersoalkan dakwaan Khalid kononnya tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC. "Khalid dan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri berkata siasatan terhadap projek NFC masih diteruskan. "Kalau masih disiasat bagaimana pula boleh mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC?" kata Mahfuz sambil menyatakan beliau merasa sangat kasihan melihat Khalid berusaha sungguh-sunguh memberi penjelasan dalam kes yang melibatkan para pemimpin Umno itu. "Khalid tentu mahu menjadi Ketua Polis Negara," katanya lagi sambil tersenyum. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6837-fidlot-kenyataan-polis-tak-mampu-selamatkan-umno
Seleweng RM250 juta jumlah kecil bagi Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, Dis 3: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN). Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene, lapor KeadilanDaily. “Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum PKR ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam. Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene. Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia. Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno. “Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan. Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6839-seleweng-rm250-juta-jumlah-kecil-bagi-umno
NFC: Selangor tawar dana bawa penyiasat luar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri itu bersedia memperuntukkan dana bagi membiayai kos penyiasatan oleh pakar luar negara berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
Katanya, kaedah menggunakan pihak ketiga iaitu penyiasat dari luar merupakan pendekatan yang sering digunapakai oleh kebanyakan negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.
Sdr Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
"Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis." "Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia," katanya dipetik TV Selangor. Kenyataan terbaru Khalid itu dibuat ekoran sehingga kini belum ada apa-apa tindakan oleh kerajaan persekutuan terhadap isu yang dibangkitkan oleh PKR itu. PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana rakyat telah diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami kepada Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk projek penternakan lembu. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna untuk tujuan lain sehingga projek tersebut didakwa 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. PKR mendedahkan wang tersebut diguna oleh keluarga Shahrizat untuk membeli dua buah kondominium 'One Menerong' di Bangsar bernilai RM13.8 juta serta membiayai Umrah atas nama suami dan anak sebanyak RM31,580. Selain itu, mereka juga turut mendedahkan sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri yang juga ketua wanita Umno itu. Selain PKR, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mendapati berlaku salah urus dalam isu tersebur apabila dana tersebut diberikan kerajaan pada 2008 namun projeknya hanya bermula penghujung 2010. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6845-nfc-selangor-tawar-dana-bawa-penyiasat-luar
Felda tempah maut masuk pasaran saham? |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut. Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan para pemimpin Umno BN sebaliknya perlu mengambil iktibar dengan nasib malang yang menimpa skim-skim amanah yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah kerajaan negeri di negara ini. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, antara yang boleh dipelajari termasuk skim amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu, Amanah Saham Darul Iman (Asdi), skim amanah kerajaan Johor dan beberapa skim amanah lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit sebelum ini. Menurut beliau, kesemua skim itu pada mulanya diyakini akan memberikan pulangan besar kepada para pelabur, tetapi akhirnya kesemuanya menjadi di sebaliknya sehingga para pelabur sendiri yang menanggung akibatnya. Katanya, sekiranya skim-skim yang diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit boleh menerima nasib malang itu, amanah saham yang melibatkan Felda Global Vantures diyakini akan menerima nasib jauh lebih malang daripada itu. "Jika amanah itu diperkenalkan, di hadapan dan belakangnya tentunya Isa Samad, sedangkan rekod buruk Isa Samad telah terbukti sejak beliau mula menjadi Pengerusi Felda, malah sebelum itu lagi," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini. Kini, demi kepentingan peribadinya, menurut beliau, Isa sanggup menggadaikan kepentingan Felda sehingga boleh menggelapkan masa depan seluruh warga peneroka di seluruh negara dengan pelbagai tindakannya yang tidak masuk akal. Katanya, antara langkah jelas Isa ke arah itu boleh dibuktikan dengan kesanggupannya memetrai perjanjian pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Vantures. "Sekiranya sistem pajakan sehingga 99 tahun itu berjaya dilaksanakan, Felda Global Vantures dengan kerjasama Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mengatur langkah lebih jauh untuk memasuki pasaran saham dengan penyenaraian ke dalam Bursa Saham Malaysia nanti," tegasnya. Sekiranya skim amanah saham itu mendatangkan keuntungan, tambahnya, pihak yang menikmati keuntungan itu bukannya warga peneroka, tetapi Isa dan koncu-koncunya serta kroni-kroni Umno BN. "Itu kalau untung, tetapi kami di pihak Anak tak nampak pun saham itu akan mencatatkan keuntungan. Malah, nasibnya nanti samalah juga dengan Asdi dan amanah-amanah saham lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri sebelum ini," katanya. Kalau saham yang melibatkan Felda Global Vantures itu rugi pula, tegasnya, Isa dan koncu-koncunya tidak akan menanggung sebarang kerugian, tetapi para peneroka di seluruh negara juga yang akan menanggung akibatnya kerana langkah yang dibuat itu bukannya untuk kepentingan para peneroka, tetapi untuk kepentingan mereka sendiri. Katanya, langkah jahat Isa itu sememangnya sudah dapat dikesan sejak awal oleh para peneroka yang faham dan dapat membaca mesej yang tersirat, sehingga menyebab Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman menentangnya habis-habisan. Shamsuddin, tambahnya, yang telah 15 tahun menjadi ketua peneroka yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu, sememangnya sudah cukup faham perkara itu dan tidak mungkin dapat ditipu oleh Isa dan koncu-koncunya. "Anak sememangnya akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada beliau dan kepada para peneroka. Kami telah sama-sama berusaha menyedarkan para peneroka mengenai perkara itu sehingga kebanyakan peneroka telah pun memahaminya," ujarnya. Jika sebelum ini Umno BN telah berjaya mendapat undi yang cukup banyak daripada para peneroka sehingga berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu, tegasnya, dalam pilihanraya akan datang, para pemimpin Umno BN janganlah lagi menaruh harapan daripada undi para peneroka. "Para peneroka di seluruh negara telah pun sedar dengan penipuan para pemimpin Umno BN terhadap mereka selama ini. Mereka telah pun bangun untuk mempertahankan hak dan maruah mereka. Tahulah nanti para pemimpin Umno BN diajar oleh para peneroka sendiri," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6844-felda-tempah-maut-masuk-pasaran-saham
Desakan Umno supaya Sharizat letak jawatan disokong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri. "Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily. Sebelum ini, Bung Mokhtar mencadangkan agar Shahrizat melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal yang melibatkan suaminya, Mohamad Salleh Ismail. Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk projek itu. Turut membuat desakan terbuka kepada Sharizat adalah Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali. Media mendedahkannya manakala pihak kerajaan pula mengesahkannya namun Shahrizat berkata apa yang dibuat oleh suaminya tidak ada kaitan dengan beliau walaupun beliau seorang anggota kabinet. Latar belakang NFC NFC telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9. Ia disasarkan sebagai projek berimpak besar dengan sasarannya adalah membekalkan 40 peratus keperluan daging negara menjelang 2010. Pada tahun 2007, kerajaan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC. Pada Oktober 2011, Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salahguna wang berlaku dalam NFC melalui laporan yang lambat terbit itu. Antara laporannya adalah pembelian kondominium mewah dan kereta mercedes. Pengerusi NFC adalah suami Shahrizat, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail, Pengarah Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun), Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) dan Pengarah NFC Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun). Gaji bulanan pengerusinya adalah RM100,000, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, CEO RM35,000 sebulan dan pengarahnya adalah RM35,000 sebulan. PKR pula mendedahkan lebih terperinci iaitu pelbagai pembelian yang dibuat oleh NFC yang tidak ada kaitan langsung dengan penubuhan dan peranannya. Antara pembelian yang dibuat oleh NFC adalah kondominium mewah di Bangsar di One Menerung bernilai RM9,758.140, tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363.507 dan kereta Mercedes CLS 350 CGI bernilai RM534,622. Namun semasa berucap di persidangan Umno baru-baru ini, Shahrizat meminta semua ahli Umno bertenang dan mendengar penjelasan dari pemimpinnya. Shahrizat bersingsing lengan ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan wanita Umno ini dan menjadi topik serangan para penceramah agama di masjid dan surau kerana lengan adalah sebahagian dari aurat wanita. Namun Bung Mokhtar berkata, beliau tidak pasti apakah penjelasan itu telah diterima oleh orang ramai atau tidak. "Saya setuju dengan pandangan Bung Mokhtar dan Syed Ali; Shahrizat Jalil mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatan beliau sebagai menteri," kata Shamsul Iskandar dalam Twitternya yang menambahkan lagi panas Shahrizat di perhimpunan agung Umno itu. Skandal itu juga telah menjadi topik perbualan yang paling hangat di kalangan ahli Umno sepanjang perhimpunan itu dengan kebanyakan mereka menganggap Shahrizat boleh menjadi bala kepada Umno dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung. Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, rakyat sudah muak dengan penyelewengan yang sentiasa berlaku dalam kerajaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6858--desakan-umno-supaya-sharizat-letak-jawatan-disokong
SKM didakwa campur tangan Isa terajui KPF |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa terdapat campur tangan serius kerajaan bagi memastikan Tan Sri Isa Samad sah menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan mempengerusikan mesyuarat agung luar biasanya, 5 Januari tahun hadapan. Presiden Anak, Mazlan Aliman mendakwa usaha itu termasuk menggunakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar Isa Samad dapat mempengaruhi seluruh wakil KPF di seluruh negara supaya bersetuju dengan cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia. "Nampaknya kerajaan bersungguh-sungguh benar dan memperalatkan semua yang terbabit termasuk SKM untuk memastikan Isa Samad bukan sahaja menjadi ahli KPF, tetapi juga menjadi Pengerusi KPF bagi membolehkan usaha membawa FGVH ke Bursa Malaysia menjadi kenyataan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mazlan juga berkata, pihaknya mendapat maklumat, SKM sedang giat berusaha agar mesyuarat tersebut dapat dijalankan. Justeru, Anak sedang berbincang dengan pihak peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah agar menghalang mesyuarat itu diadakan. "Kita menunggu notis memanggil mesyuarat agung ini, kalau notis kita dapat, kita akan bincang dengan peguam agar mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang mesyuarat ini diadakan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Jelasnya, tindakan itu ingin diambil kerana Anak tidak berpuas hati dengan tindakan SKM menerima semula Isa sebagai ahli KPF sedangkan sebelum ini SKM pernah mengarahkan KPF menarik keahlian Isa kerana didapati tidak layak menjadi ahli KPF. "Anak dapat maklumat, SKM sebelum ini mengarahkan KPF melucutkan keahlian Isa sebagai ahli KPF bersama tiga lagi yang lain yang ada kaitan dengan Felda iaitu Datuk Sabri Ahmad, Datuk Yusof Nor dan Datuk Bakke Salleh," katanya. 18 Oktober lalu, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) membuat aduan kepada SKM mengenai pelantikan Isa Samad sebagai Pengerusi KPF. Selepas sesi pendengaran yang dilakukan terhadap Isa, difahamkan selepas Isa dan peguamnya bertemu SKM, SKM mengarahkan KPF menerima semula Isa ke dalam KPF. "Kita lihat dalam isu ini bagaimana permainan licik yang dibuat oleh Isa Samad dan timbul kehairanan bagaimana SKM telah campur tangan dalam apa yang sebelum ini SKM sendiri perintahkan KPF gugurkan Isa Samad dari KPF, tapi keputusannya berpusing 360 darjah," katanya. Selain itu, menurut Mazlan lagi, status Isa sebagai Pengerusi Felda semakin diragui apabila SKM melalui suratnya tiga hari lepas kepada Pengerusi Bangkit, Abdul Rahman Ramli memberitahu Isa belum disahkan menjadi Pengerusi Felda seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Menetri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Sebaliknya dalam surat yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, menggambarkan Isa telah sah menjadi Pengerusi Felda. "Kita minta penjelasan mengenai status Isa ini kerana terdapat jawapan yang berbeza, tak tahu yang mana satu betul," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6876-skm-didakwa-campur-tangan-isa-terajui-kpf
Peneroka Umno gugusan Chini 3 saman Felda |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Selepas berhadapan kontroversi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula menerima surat saman daripada peneroka. Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said, tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG), lapor KeadilanDaily. “Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG. “Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan. Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli Umno yang sedar akan hak mereka. “Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda. Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli Umno. “Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi jawapan kepada Umno dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain mahu memfailkan saman terhadap Felda,” kata beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6873-peneroka-umno-gugusan-chini-3-saman-felda
NFC: Gaji suami Shahrizat RM100,000 sebulan? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail. Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan. “AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya. “Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini. Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan. Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan. Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan. Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6911-nfc-gaji-suami-shahrizat-rm100000-sebulan
Selamatkan baki wang rakyat dalam NFC |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan wang rakyat dengan mengambil alih semua aset National Feedlod Corporation (NFC) yang masih tertinggal. Langkah ini perlu dibuat untuk menyelamatkan sebanyak mungkin wang yang telah diberi pinjam kepada NFC tetapi telah dibelanjakan bukan untuk 'core busines'nya. Demikian cadang Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga Exco Ekonomi kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini. "Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu. "Aset-aset yang telah diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada Kerajaan. "Kondominium dan tanah di Putra Jaya, jika diserahkan kepada Kerajaan sekurang-kurangnya membolehkan Kerajaan mendapat semula sebahagain wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan," kata Husam (gambar) dalam kenyataannya. Beliau juga mencadangkan agar Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Senator Shahrizat Jalil juga melepaskan jawatan sebagai sikap pertanggungjawaban dengan apa yang berlaku dengan melindungi kepentingan kerajaan dalam situasi sebegini. Bagi Husam, neliau seharusnya menunjukkan beliau berada di sebelah Kerajaan dan rakyat jika dakwaan beliau bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan suaminya adalah benar. "Sehingga kini, tidak nampak peranan beliau sebagai Menteri Kabinet benar-benar berkecuali dari NFC yang diuruskan oleh suami beliau. "Paling tidak, jika kredibiliti beliau mahu dijaga, beliau sendiri mencadangkan satu dua diligence atau odit bebas dilakukan dan laporannya dibentangkan kepada umum. "Pendirian seperti itu boleh membuktikan beliau benar-benar tidak melindungi sebarang kemungkinan salahguna wang atau pecah amanah suami atau keluarga beliau. "Sebaliknya, jika beliau terlibat dengan percutian keluarga atas wang NFC yang juga adalah wang rakyat, langkah terhormat adalah meletakkan jawatan menteri serta merta dan menasihatkan suami beliau serta anggota keluarga yang lain menyerahkan semua aset-aset bukan perniagaan berkaitan serta merta," kata Husam. Husam juga kesal dengan sikap apathy yang ditunjukkan Perdana Menteri dalam isu ini. "Sikap berdiam diri Perdana Menteri seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau dan tidak ujud 'sense of urgency' melindungi negara dari salah guna dan penyelewengan bila mana ia melibatkan kerabat dekat UMNO/BN. "Program Transformasi yang dilaungkan adalah gimmik semata-mata dan pentadbiran beliau, sama dengan pentadbiran lain sebelumnya, tidak mampu keluar dari amalan penyalahgunaan dan penyelewengan berskala besar seperti ini. "Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk beliau bertindak terhadap semua pihak terlibat. "Odit lanjutan boleh dilakukan sebagai menghargai apa yang telah dibangkitkan oleh Ketua Odit dan berdiam diri hanya memberi makna sikapnya tidak accountable, bersih dan telus. Beliau sanggup membiarkan rakyat terus kecewa dengan amalan-amalan yang merugikan ini," tambah Husam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6936--selamatkan-baki-wang-rakyat-dalam-nfc
Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius pendedahan pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu di akhbar The Star semalam berhubung tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyerahkan dana RM2 juta kepada penyelaras BN bagi setiap kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat. “Ini adalah satu penyelewengan yang nyata oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana dana berkenaan seharusnya diserahkan oleh pegawai kerajaan dari kementeriannya terus kepada rakyat bukan melalui penyelaras BN,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily. Katanya, Barisan Nasional telah kalah 9 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas, dan mereka sewajarnya akur dengan keputusan rakyat. Tegasnya, sesiapa pun yang memerintah di peringkat Persekutuan wajib menghormati pilihan rakyat itu. Shahrizat, ujarnya antara pemimpin BN yang kalah dalam pilihanraya lalu tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil wang rakyat untuk kegunaan BN, apalagi jika tujuannya adalah atas kepentingan politik. Sepatutnya, tambah beliau dana itu diberikan kepada ahli parlimen yang menang untuk diagihkan kepada rakyat, bukan kepada orang-orang yang sudah kalah dan ditolak rakyat. “Jika dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas Shahrizat mengatakan isu National Feedlot Centre (NFC) tiada kaitan dengannya, kali ini MIC Batu mengesahkan isu terbaru ini memang ada kaitan dengan beliau,” katanya. Justeru, tegasnya DPPWP mahu Shahrizat menjawab, bagaimana penyelaras BN Parlimen Batu, Yahaya Mat Ghani mendapat kuasa untuk menguruskan dana RM2 juta bagi parlimen itu. Beliau mempersoalkan adakah Yahaya kakitangan kementerian dan ke mana dana RM2 juta itu dibelanjakan. “Diharap Shahrizat boleh kemukakan segala resit dan bukti agihan yang dibuat atas nama kementeriannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Pakatan Rakyat,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6962-kenapa-shahrizat-agih-rm2-juta-melalui-bn
Rakyat mahu pemimpin bersih, tolak terpalit skandal |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyokong gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur kerana terpalit dengan kes rasuah yang dikaitkan dengan beliau dan keluarganya. “Bagi DPP Malaysia, elok benar jika Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur waktu ini sebelum beliau ‘dihalau’ keluar oleh partinya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Beliau di dalam satu kenyataan berkata, DPP Malaysia berpendapat hayat politik Shahrizat sudah tamat dengan siri pendedahan yang dilakukan yang sukar untuk dinafikan. Bahkan, ujarnya isu menteri itu kini sudah menjadi bebanan pula kepada Umno BN dan sukar untuk mereka menjawab setiap persoalan yang ditanyakan oleh rakyat. Justeru, ujarnya DPP Malaysia melihat pertarungan politik baru bagi menghadapi PRU ke-13 perlu dijalankan dalam dimensi baru. “Rakyat sekarang sudah mula menilai pemimpin atau calon yang bertanding dari mana-mana parti politik dan kriteria utama yang mereka letakkan untuk mengangkat pemimpin yang akan dinobatkan dalam PRU ke 13 nanti adalah bersih, berakhlak mulia, berjiwa rakyat, mempunyai wibawa, membela isu rakyat, serta mempunyai iltizam yang tinggi untuk membangunkan negara,” ujarnya. Beliau menambah, rakyat sudah jemu dan menolak pemimpin yang dipalitkan dengan rasuah, skandal, korup serta tidak berwibawa. Selain itu, katanya parti-parti politik perlu menjaga imej negara di pentas antarabangsa. Menurutnya lagi, rakyat negara ini tidak rela reputasi negara ini jatuh di mata masyarakat dunia angkara pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah. “Untuk membina imej yang baik ini, pemimpin di mana-mana peringkat perlu bersih malah dilihat bersih oleh rakyat. “Pemimpin tidak boleh terkait dengan apa juga skandal yang menjadi masalah kepada beliau di kemudian hari,” katanya lagi. Beliau menambah, pemimpin mesti menjadi contoh yang baik kepada masyarakat untuk diikuti agar mudah arahan mereka dipatuhi oleh rakyat. Justeru itu, ujarnya DPP Malaysia melihat saranan Mahathir perlu ditujukan juga kepada semua pemimpin parti politik tidak kira mereka dari Umno BN mahupun pembangkang. “DPP Malaysia menasihatkan mana-mana pemimpin yang pernah dikaitkan dengan apa juga kes sama ada rasuah, korupsi, penyelewengan kuasa, mengamalkan kronisme, terlibat dengan skandal seks, jenayah, dan lain-lain lagi perlu berundur dengan terhormat dengan memberikan laluan kepada pemimpin lain untuk mengemudi bahtera perjuangan parti politik masing-masing,” katanya. Katanya, lanskap politik baru Malaysia mesti dicoretkan di atas kanvas yang putih bersih diwarnai oleh pemimpin yang murni dan bersih dari sebarang skandal. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6971-rakyat-mahu-pemimpin-bersih-tolak-terpalit-skandal
PM arah Pengarah Besar Felda bercuti? |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Datuk Zulkifli Wahab - Pengarah Besar Felda
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.
Sdr Mazlan Aliman - Presiden ANAK / AJK PAS Pusat
Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam. Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian. Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan. "Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah. "Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak. "Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya. Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang. "Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul. "Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul. "Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya. Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut. "Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang. "Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6979-pm-arah-pengarah-besar-felda-bercuti
Felda dalam proses kehancuran - Aspan Alias |
Aspan Alias |
FELDA sedang dalam proses kehancuran, tunggu sahaja Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai. Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang ber[pecah pada tahun 1988 dahulu. Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu. UMNO sebenarnya tidak boleh langsung enyalahkan mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’ yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu. D imana sahaj UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta ‘corporatization’ ciptaan Dr Mahathir dahulu. Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini. Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbedanan ini telah di pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemipin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang. Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple’ menople dalam badan yang sangat kaya itu. Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku. Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini. Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini. Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja. Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya. Buat setekat ini, peneroka hanya hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain. ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’. ----------------------------------------------------------- Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/felda-sedang-dalam-proses-kehancuran.html |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/7000--felda-dalam-proses-kehancuran-aspan-alias
Sudah 3 pemimpin BN desak Shahrizat letak jawatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Sejak pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mengaitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sekurang-kurangnya tiga pemimpin besar BN secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan parti dan kerajaan. Terbaru, desakan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Ghapur berkata isu yang membabitkan Shahrizat itu cukup memalukan dan telah menjejaskan BN dan Umno secara keseluruhan. Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga turut memberi isyarat agar Shahrizat melepaskan jawatan demi survival perti politik itu. Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat ‘untuk kebaikan parti’ telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti. Seorang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC yang membabitkan Shahrizat itu sudah menjadi liabiliti bagi Umno. Skandal NFC membaitkan sejumlah RM250 juta dana awam yang telah diberikan kepada syarikat milik suami Shahrizat bagi tujuan menjalankan projek penternakan lembu pada tahun 2008. Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek tersebut berdada dalam keadaan kucar kacir. Ekoran itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa telah berlaku penyelewengan terhadap dana tersebut. Dalam pendedahan mereka, dana RM250 juta itu antara lain telah digunakan untuk tujuan berikut: - Membeli dua buah Kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta) - Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580) - Perbelanjaan peribadi (RM26,400) - Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622) - Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta) - Percutian mewah (RM455,423) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7002-sudah-3-pemimpin-bn-desak-shahrizat-letak-jawatan
NFC: Muhyiddin juga harus bertanggungjawab |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil memberi penjelasan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diluluskan pada zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian. "Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian. "Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri. "Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet? "Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara. "Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu. "Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7005-nfc-muhyiddin-juga-harus-bertanggungjawab
Isa sendiri mahu Dzulkifli cuti 9 bulan? |
Khairil Abdul Rahim |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Seorang ‘orang dalam' Felda mendakwa, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sendiri yang mahukan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab bercuti selama sembilan bulan. Menurut surat bertarikh 21 November yang diemel kepada Harakahdaily, Isa mahukan Dzulkifli diberi cuti sambil belajar selama 6 hingga 9 bulan bagi mengikuti Kursus Pengurusan lanjutan kononnya bagi meningkatkan lagi prestasi beliau. Surat Isa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menyebut ia sebagai program Transformasi Felda. Cadangan Isa itu diluluskan oleh Najib pada 26 November. Menurut maklumat itu lagi, hari ini barang-barang di pejabat Dzulkifli sudah dikemaskan tetapi sebelum ini beliau sudah tidak dibenarkan memasuki pejabatnya. Sebelum ini Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda semakin kritikal apabila Dzulkifli menerima surat arahan bercuti daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri. Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian. Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan. Sebelum ini juga terdapat beberapa desakan daripada pemimpin Umno supaya menyingkirkan pemimpin tertentu dalam Felda yang didakwa menjadi ‘duri dalam daging’ sejak Isa menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan hasrat membawa Felda ke bursa saham melalui Felda Global Ventures (FGV). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7006-isa-sendiri-mahu-dzulkifli-cuti-9-bulan
Peneroka tuntut kekalkan Datuk Dzulkifli, Isa undur |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini. Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda. Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November. Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu. Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu. Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya. Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas. Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa". Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya. "Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul. "Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian," jelas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7031-peneroka-tuntut-kekalkan-datuk-dzulkifli-isa-undur
Sidang Media Presiden ANAK : http://www.youtube.com/watch?v=mJHfHTplePs
Fidlot: NGO lapor SPRM, desak 3 menteri disiasat |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 14 Dis: NGO Jingga 13 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga menteri yang didakwa mempunyai kaitan dalam skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC). Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar. Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil. "Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu. Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu. "SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang. "Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman. Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan. Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008. Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7049-fidlot-ngo-lapor-sprm-desak-3-menteri-disiasat
PKR lancar 'kempen skandal lembu' |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 15 Dis: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menjelaskan satu kempen pendedahan skandal penyelewengan projek lembu kerajaan 1Malaysia akan dilancarkan diseluruh negara. Pelancaran kempen itu akan dibuat jam 3 petang pada 17 Disember secara serentak seluruh negara dengan mensasarkan tempat-tempat umum. "Kita akan melancarkan kempen skandal lembu ini di seluruh Malaysia yang mana ia dilakukan secara serentak dan lokasi di Kuala Lumpur adalah di Pusat membeli belah Sogo dan juga Stesen LRT Masjid Jamek," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Tindakan itu katanya bagi memberi lebih pendedahan kepada rakyat berhubung isu tersebut yang kini seolah-olah mahu disenyapkan media arus perdana. "Melihat segala apa yang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil perolehi maka jelas membuktikan konsep 1Malaysia gagal direalisasikan, ia sesuai ditukar kepada "Shahrizat didahulukan, NFC diutamakan"," sambungnya lagi. Lancar 'Marah' Sementara itu, NGO Jingga 13 hari ini turut melancarkan 'Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah Dan Pecah Amanah (Marah)' sebagai kempen menentang segala salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Marah bakal membongkar segala isu berkaitan gejala rasuah serta penyalahgunaan wang rakyat oleh BN selama ini. "Ini satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta dilindungi dari sebarang tindakan mahkamah," kata ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7074-pkr-lancar-kempen-skandal-lembu
Jangan sokong penyenaraian FGVH membuta tuli - Anak |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyokong secara membuta tuli penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL). Presidennya, Mazlan Aliman sebaliknya berkata, semua pihak harus berhujah secara berilmu dan mengkaji baik buruk penyenaraian FGVH terhadap peneroka Felda. Beliau berkata demikian sebagai mengulas memorandum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Felda semalam yang menyokong penyenaraian FGVH. Memorandum tersebut juga dilaporkan mengutuk campur tangan Anak yang didakwa telah "menghasut" golongan peneroka untuk "menolak usaha murni kerajaan." "Anak tak ada masalah, kita terima semua respons daripada pelbagai pihak (mengenai penyenaraian FGVH) cuma kita bukan nak beradu kekuatan. "Isu yang paling penting ialah penyenaraian yang akan menyebabkan tanah peneroka dicagar. Sebab itu saya nasihatkan semua pihak berhujah atas ilmu, bukan atas sebab sentimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Mazlan juga menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai "sokongan terhadap individu" iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, tanpa memahami duduk perkara sebenar. "Sekali pun mereka nak sokong Isa Samad, biarlah bersandarkan hujah. "Mereka kena faham kesan terhadap peneroka apabila penyenaraian ini berlaku. Jangan sampai sokong membawa rebah," kata beliau sambil menegaskan, Anak bukan orang luar yang cuba campur tangan urusan dalaman Felda seperti yang didakwa Perkasa. Ini kerana, beliau sendiri adalah anak peneroka tetapi Datuk Abdul Rahman Bakar pemimpin Perkasa itu bukan ada apa-apa kaitan dengan peneroka pun. Mazlan juga menyelar tindakan Perkasa yang menyifatkan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai "duri dalam daging". Sebaliknya beliau berkata, Dzukifli telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang berada dalam Felda sehinggalah kehadiran Isa yang mencetuskan huru hara termasuk mencadangkan Dzulkifli bercuti dan mengambil kursus pengurusan. "Itu satu tuduhan yang jahat kepada Datuk Dzul dan menidakkan pengorbananannya selama 30 tahun. "Mereka buat sokongan membuta tuli terhadap Isa Samad sedangkan Isa datang tak sampai setahun ke Felda. Isa sebenarnya merupakan liabiliti kepada Felda," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Menurut laporan, KPF yang dipimpin Datuk Dzulkifli sebelum ia diambil secara paksa oleh Isa berjaya memberikan dividen 15 peratus kepada semua ahli yang jarang-jarang dibuat oleh pemimpin sebelum ini. |
NFC: Tun M perlu desak Najib arah Muhyiddin undur |
Muhamad Faizal |
KUALA LUMPUR, 18 Dis: PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang terpalit dengan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tun M yang juga bekas perdana menteri diyakini sangat tahu tentang kerakusan pemimpin di dalam Umno yang mengambil wang rakyat untuk untuk kepentingan peribadi termasuk dalam isu NFC. "Mahathir perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta barisan kabinetnya agar mengarahkan Muhyiddin dan Shahrizat meletak jawatan. "Jika beliau ingin Najib lakukan tranformasi, maka skandal tersebut perlu disiasat secara telus tanpa ada sebarang perlindungan," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal projek NFC bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat suami Shahrizat yang sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan. Selain Shahrizat, ianya juga didakwa membabitkan Muhyiddin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan. Sementara itu, Dzulkefly juga turut membidas kenyataan Tun yang mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999. Katanya, cabaran Tun itu tidak lebih dari cuba mengalihkan isu skandal NFC dari diperkatakan oleh rakyat khususnya berdepan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi. "Saya tidak pasti tujuan sebenar dan mungkin ia ingin mengalihkan perhatian rakyat dari isu lembu kepada desakan tersebut. "Ini adalah cara Umno sebenar bila terdesak mereka akan mengalihkan isu, bagi saya isu tersebut sudah lama," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7103-nfc-tun-m-perlu-desak-najib-arah-muhyiddin-undur
NFC: Najib perlu desak Muhyiddin letak jawatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berani dan drastik dalam menangani skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya. Ketua Penerangan DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pihaknya berpandangan, isu dakwaan penyelewengan dana NFC merupakan isu besar negara yang memberi kesan buruk bukan sekadar rakyat di negara ini, malah ia juga di peringkat antarabangsa. Beliau dalam satu kenyataan menambah, rakyat yang melihat segala penyelewengan dalam negara ini merasa muak kerana pemimpin negara bersikap tidak jujur kepada rakyat. “Persepsi rakyat menyatakan bahawa pemimpin negara yang berkuasa pada hari ini mementingkan diri mereka sendiri dan bukan berkhidmat untuk kepentingan rakyat. “Isu ini pastinya mengikis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan yang mereka pilih dalam pilihanraya,” katanya. Dalam keadaan demikian, ujarnya sudah timbul pelbagai desakan supaya Shahrizat meletak jawatan. Desakan kuat itu, tambah beliau bukan setakat datang dari rakyat dan pemimpin Pakatan rakyat, malah pemimpin Umno sendiri menyuarakan rasa tidak senang dengan isu itu kerana merasakan Shahrizat sudah menjadi liabiliti kepada Umno. Bagi DPP Malaysia, tegasnya tidak adil jika hanya Shahrizat sahaja yang disalahkan ekoran dakwaan penyelewengan sebanyak RM 250 juta dalam projek tersebut sebaliknya menteri berkaitan juga perlu dipertanggungjawabkan kerana terlibat meluluskan projek tersebut. Selain Shahrizat, katanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri juga perlu dipertanggungjawabkan atas isu itu. Ini, katanya kerana Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani ketika projek tersebut diluluskan dan beliau mempunyai kuasa untuk meluluskan atau membatalkan projek tersebut ketika itu. Tambahnya, slogan transformasi yang dilaungkan dalam kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Menurutnya lagi, Najib perlu segera membersihkan kabinet beliau dari sebarang kes yang memalukan dan antara langkah yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap beliau adalah dengan mendesak Muhyiddin supaya meletak jawatan sebagaimana desakan terhadap Shahrizat. “Tindakan ini sebagai pengajaran supaya setiap pemimpin negara menjaga amanah kepemimpinan mereka yang telah diberi oleh rakyat,” katanya. DPP Malaysia, katanya mengingatkan PM supaya bertegas membersihkan kabinetnya dari sebarang isu yang boleh menjejaskan kredibiliti negara. Katanya lagi, pemimpin negara bukan setakat perlu bersih dari rasuah, malah dilihat oleh rakyat bersih dari rasuah atau penyelewengan. Beliau berkata, penyakit rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah dosa besar yang boleh menghancurkan negara dan umat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7109-nfc-najib-perlu-desak-muhyiddin-letak-jawatan
JK Parlimen atau saya terus dedahkan - Tony Pua |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kerajaan dicadangkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menilai pembelian kerajaan terutamanya untuk pertahanan negara agar ia tidak lagi dibincang secara umum. (Salah sebuah kapal LCS milik Amerika sekarang...Amerika hanya ada dua, Malaysia mahu membeli enam buah kapal jenis ini) Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mendedahkan kepincangan dalam pembelian kerajaan selagi ia berlaku walaupun dituduh 'membahayakan keselamatan negara'. "Jika begitu, kerajaan kena tubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen untuk membincangkannya, jika tidak kita kena bincang di depan publik," kata Tony daalm sessi dialog khas di majlis 'Dr Dzul Inperson: Night to remember' malam tadi. Harga naik 50% dalam setahun Di majlis itu, Tony Pua sekali lagi mendedahkan kepincangan dalam perbelanjaan kerajaan untuk membeli kelengkapan pertahanan negara. Pada 6 Februari tahun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid mengumumkan kerajaan meluluskan RM6 bilion kepada Tentera Laut Diraja Malaysia untuk membeli enam unit second generation patrol vessels yang akan dibina oleh Boustead Naval Shipyards. Ketika mempertahankan harganya yang mahal, Zahid berkata, kapal ini bukan jenis yang biasa tetapi sangat advance dan dikenali dengan nama "littoral combatant ships" (LCS). Pada bulan Mac lalu, Zahid berkata, kapal ini besar dan cepat dan dilengkapi dengan senjata 'tiga dimensi' iaitu boleh menembak kapal terbang musuh di udara, kapal di laut dan kapal selam di dalam air. Amerika ada 2, kita mahu 6 Menurut Tony Pua (gambar) , hanya Amerika sahaja mempunyai kapal jenis ini. "Amerika hanya ada dua buah sahaja iaitu USS Independence dan USS Freedom, sedangkan kita mahu membeli enam buah," kata Tony. Yang memeranjatkan lagi, katanya, harga kapal ini tidak muktamad lagi pada bulan February ketika kontrak ini ditandatangani. "Namun ia memeranjatkan apabila Boustead memaklumkan kepada Busra Malaysia bahawa mereka telah menandatangani satu kontrak minggu lalu bernilai RM9 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi dari yang diluluskan oleh kerejaan awal tahun ini," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta Zahid khasnya menjelaskan kenapa harga setiap kapal ini meningkat RM500 juta setiap satu atau RM3 bilion keseluruhannya. Beliau juga mempertikaikan apa pengalaman yang ada pada syarikat ini untuk membina kapal secanggih itu. Boustead Naval Shipyard, sebelum ini yang dikenali dengan nama PSC Naval Dockyards pernah membuat enam naval patrol vessels dengan harga RM6.75 billion atau 26.2% lebih tinggi harganya berbanding dengan kontrak asal yang berharga RM5.35 billion. Kapal itu juga diserahkan dua tahun lebih lewat dari masa yang dijadualkan di samping ratusan kelemahan padanya, tambah beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7119-jk-parlimen-atau-saya-terus-dedahkan-tony-pua
NFC membarah: Kondo RM10 juta di Singapura pula |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 20 Dis: Umno perlu membuat keputusan segera untuk bertindak kepada pihak yang bertanggungjawab dalam skandal NFC atau terus dimalukan. Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semakin membarah apabila PKR hari ini mendedahkan NFC membeli sebuah kondominium bernilai hampir RM10 juta di Singapura. (Kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura. Disinilah NFC membeli unitnya bernilai kira-kira RM10 juta) Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Pendedahan kali ini dibuat oleh tiga pemimpin kanan PKR dalam sidang media mereka hari ini. Ketiga-tiga mereka adalah Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik). Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno menekan agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Turut memberikan tekanan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ini kerana, NFC dikendalikan oleh suami dan anak-anak beliau. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu beranggapan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika pinjaman itu diluluskan, Tan Sri Muhyidin Yassin mesti bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini kerana projek ini terletak di bawah penyeliaan kementerian yang beliau jaga. Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka. "Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh," kata kenyataan mereka bertiga. Pendedahan dibuat ekoran Umno dan Shahrizat belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat. "KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan," kata mereka. Menurut kenyataan itu, mereka ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010. Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka. Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC. Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan. Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura. Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura, kata mereka. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts. "Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu. "Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin," kata kenyataan itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7134-nfc-membarah-kondo-rm10-juta-di-singapura-pula
Apa Khabar Awang Adek, Sihat Ke? |
Mohd Sayuti Omar |
Apa hal pula dengan bakal MB Kelantan yang tidak jadi, Awang Adek Hussein? Khabarnya Awang Adek ada terlibat dengan satu siasatan SPRM? Saya mendengar ceritanya malam tadi dari orang kuat Umno bahagian Bachok. Hairan juga kenapa orang Umno bercerita begitu hal Awang Adek Hussein. Apakah Awang Adek ada masalah dengan Umno Bachok?
Barang kali cerita itulah ada kena mengena dengan penjelasan Awang Adek hari ini yang mengakui dia memang ada menerima wang tunai menerusi akaun peribadinya. Katanya sumbangan itu untuk program parti. Betullah sumbangan untuk program parti. Kata Awang Adek sumbangan itu menerusi tiga akaun peribadinya. Wang itu diuruskan oleh seorang pegawai peribadinya dan dia tahu dari mana dan untuk apa. Beliau juga ada pegang transaksi wang berkenaan. Jadi halallah wang itu? Baguslah begitu kalau semuanya ada bukti yang jelas. Cuma yang mungkin menjadi persoalan kenapa segala bukti itu hendak ditunjukkan kepada SPRM. Tidak bolehkan kalau Awang Adek tunjukkan kepada umum menjawab persoalan yang sedang rancak diperkatakan kini. Selagi Awang tidak tunjuk orang boleh membuat berbagai tanggapan buruk kepadanya. Kalau benar wang sumbangan bentangkan kertas putih. Pada saya elok kalau Awnag Adek senaraikan syarikat atau individu yang memberi sumbangan kepadanya. Dengan penjelasan orang akan tahu apakah wang itu ada 'berjibuh" dengan apa-apa kelulusan projek oleh kementeriannya ataupun wang suka hati atau wang hasil pajakan kebun durian di Bachok? Berapa banyak kebun Awang Adek di Bachok dan Tok Bali? Dari apa yang Awang Adek jeaskan itu dapatlah difahamkan kenapa kebanyakan pemimpin Umno bermewah membelanjakan wang rakyat. Rupanya bukan wang mereka sendiri tetapi wang yang dikutip dari pelbagai sumbangan. Yang menjadi soal pula kenapa orang yang menyumbang itu baik sangat. Saya rasa mereka tidak menjadi semurah itu kalau tidak ada apa-apa imbuhan dan balasannya. Lumrahnya ada ada ubi kerana ada batas. Sumbangan itu tentulah tidak seperti mana kita menghulurkan derma kepada peminta sedekah di kedai-kedai mamak atau di tepi jalan. Kalau menerusi akaun itu pasti banyak jumlahnya. Bagi saya juga berani Awang Adek memberi nombor akauannya untuk dimasukkan wang. Lain lain terimalah dalam bentuk cash kerana pemberian secara tunai tidak ada dokumen tranksasi. Atau pun bagi nombor akaun orang lain, atau pun transitkan wang itu ke beberapa akaun lagi baru akhirnya dicashkan untuk program parti. Masakan Awang Adek tidak belajar dengan mereka yang licit dan bijak melarikan wang menerusi tranksasi bank? Kalau Awang Adek nak tahu salah seorang mereka saya boleh tunjukkan. Lagi pun orang itu pernah mengaku dia mendapat biaya (projek) pilihan raya daripada Awang Adek. Nak tahu, tanyalah saya? Bila ada transksi menyebabkan mudah untuk pihak berkuasa seperti SPRM, polis dan sebagainya membuat semakan. Apa yang menimpa Awang Adek ini menyerabutkan dirinya. Pasti malam tidak dapat tidur atau pun tersintak kalau telefon berbunyi takut-takut panggilan dari pegawai SPRM minta datang memberi kenyataan. Didoakan hendaknya tidak akan berlaku sesuatu yang buruk kepada bekas bakal MB itu. Dalam saat pilihan raya umum ke-13 kini berganjak mendekati rakyat, janganlah Awang Adek berbelit dengan masalah-masalah siasatan SPRM, buruk sangat jadinya. [wm.kl.1:09 pm 21/12/11] Source: http://msomelayu.blogspot.com/2011/12/susupan-tengahari_21.html |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/7153-apa-khabar-awang-adek-sihat-ke
Anak saman KPF, FGVH esok |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding. “Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka. “Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti. “Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri,” katanya. Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion. “Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda. “Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung. Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya. “Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa. “Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama,” katanya |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7173-anak-saman-kpf-fgvh-esok
NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008. Selain Muhyiddin ujarnya, SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet. "SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM. "Kita tidak mahu ianya hanya sekadar menyiasat ke mana dana RM250 juta itu dibelanjakan oleh syarikat NFC," katanya kepada Harakahdaily. Semalam SPRM mengumumkan akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat aduan berhubung NFC. Pasukan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu SPRM menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang disalurkan sepenuhnya pada 2008 hingga 2009 namun perjanjian hanya dibuat penghujung 2010. "Nampaknya setakat ini SPRM tidak bersedia meluaskan siasatan kepada anggota kabinet yang terlibat. "Seperti ada yang cuba sempitkan siasatan hanya kepada NFC dan Shahrizat," katanya Mahfuz lagi. Aduan ke SPRM itu dibuat beberapa pihak termasuk kelmarin oleh PKR yang membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Shah Alam. Laporan tersebut menjurus kepada kerugian dialami syarikat NFC yang dimiliki suami Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyelewengan dana RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ianya termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan pembiayaan percutian keluarga Shahrizat ke luar negara. Selain itu, NFC juga sebelum ini didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya. Terbaru, keluarga Shahrizat turut didakwa membeli kondominium mewah berharga RM9.9 juta di Singapura, yang turut disyaki menggunakan wang NFC. "Jika amalan ini (tidak menyiasat anggota kabinet terlibat) berterusan, ia adalah berbuatan curang," kata Mahfuz. |
Ahli saman KPF, FGVH mohon injunksi |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 23 Dis: Empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Menurut peguam mereka Mohd Harris Abdullah, beliau meminta disegerakan pengurusan kes tersebut sebelum 5 Januari ini bagi memohon ditangguhkan mesyuarat agung luar biasa itu ke satu tarikh selepas perbicaraan saman ini. Dalam sidang medianya Harris berkata, defendan kedua (FGVH) tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk membolehkan penyenaraian ke Bursa Malaysia oleh yang demikian Felda Holding Berhad (FHB) akan memberi pajakan selama 99 tahun ke atas tanah seluas 360,067 hektar iaitu Felda Plantations. “Walau bagaimanapun tanah-tanah tersebut telah dimajukan dengan menggunakan wang peneroka. FGVH juga bercadang untuk mengambil alih keseluruhan ekuiti milik KPF dan 10 anak syarikat yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.13 bilion. “Bagi tujuan melupuskan ekuiti 10 anak syarikat KPF satu Mesyuarat Agung Perwakilan Khas akan diadakan pada 5 Januari depan. Mesyuarat yang dijadualkan itu tidak mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF sebab itu empat ahli KPF selaku plaintif hari ini memohon injunksi,” katanya. Turut memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong serta kira-kira 300 peneroka Felda. Sementara itu Mazlan yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, isu paling penting ialah kenapa penyenaraian ke Bursa Malaysia itu menggunakan harta Felda Plantations yang hasrat asal Allahyarham Tun Razak dibuka kepada peneroka. “Perolehan daripada ladang Plantations pada masa ini sekitar RM2 bilion setahun bagaimana pula mahu dipajak sehingga 99 tahun dan sedangkan prestasi FGVH sendiri sangat buruk dan dalam keadaan kami kenal orang nombor satunya. “Oleh itu bagi pihak Anak kami tidak akan berdiam diri dan selepas ini akan membuat bantahan sekali lagi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF sedang beliau tidak layak. “Demi menyelamatkan harta institusi Melayu dan peneroka ini kami juga sanggup mengumpul rakyat untuk turun menghadap Yang di-Pertuan Agong mohon penyelesaian,” katanya. Mazlan mahu semua pihak mengenang semula apa jadinya nasib peneroka-peneroka di Felda Sungai Buaya, Sendayan dan Labu Johnson yang kehilangan tanah apabila terlalu ghairah untuk kaya dengan segera. “Peneroka juga sepatutnya sedar apa yang terjadi kepada syarikat Beras Nasional (Bernas) dan Bank Bumiputera yang lenyap dalam sekelip mata hasil daripada permainan pemimpin politik negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7196-ahli-saman-kpf-fgvh-mohon-injunksi
Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa. Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini. Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah. "Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno. "Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia. Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal. "Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah. "Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi. Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN. "Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut. "Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7216-shahrizat-dedah-ramai-pemimpin-umno-bermasalah
Tarikh bicara saman KPF, FGVH diketahui esok |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Tarikh perbicaraan bagi saman pemula yang difailkan terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) oleh empat ahli KPF akan diketahui esok. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya berharap Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh akan menetapkan tarikh perbicaraan sebelum 5 Januari kerana tujuan saman itu difailkan adalah untuk memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada tarikh tersebut. "Kami sangat-sangat berharap kes ini dapat dibicarakan segera sebelum 5 Januari bagi menghalang mesyuarat itu kerana kedudukan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF sangat diragui," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Selain menghalang mesyuarat agung KPF diadakan, saman pemula yang difailkan Jumaat lalu turut memhon injuksi bagi menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia (BSKL) dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Ia difailkan oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Pahang. Menurut Mazlan juga, Anak akan membuat bantahan kedua kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rabu ini berhubung status Isa sebagai Pengerusi Felda. Ini kerana katanya, timbul kekeliruan apabila SKM melalui suratnya selepas bantahan pertama Oktober lalu menyatakan bahawa Isa belum sah sebagai Pengerusi Felda. Namun Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri dalam suratnya menyatakan sebaliknya. "Timbul kekeliruan dan kecelaruan dalam perkara ini. Apa status Isa sebenaranya? "Sebab itu jugalah kita nak halang mesyuarat KPF diadakan kerana ia akan dipengerusikan oleh Isa sedangkan statusnya masih ragu-ragu," jelas Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Anak bergabung dengan 11 NGO Sementara itu, Mazlan berkata, Anak bersama 11 badan bukan kerajaan (NGO) bersepakat untuk bergabung bagi menangani isu penyenaraian FGVH ke Bursa Saham. "Selepas mengadakan mesyuarat dengan 11 NGO, kami membuat ketetapan isu penyenaraian ini perlu ditangani melalui kombinasi badan-badan bukan kerajaan seperti isu juga isu PPSMI, Bersih dan lain-lain. "Kita memerlukan pendekatan yang serupa bagi mengukuhkan gerakan melalui NGO dan dalam masa terdekat kita akan adakan sidang media bersama ketua-ketua NGO dan kita yakin dalam tempoh sebulan boleh gabungkan 30 NGO," katanya. Tegasnya juga, gabungan ini tidak teragak-agak menjadikan demonstrasi sebagai langkah terakhir sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertegas mahu melakukan penyenaraian FGVH. "Sekiranya pm masih bertegas untuk penyenaraian kita terpaksa guna cara jalanan iaitu menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong memohon campur tangan dan kita jangka demonstrasi pada bulan Februari," katanya lagi. Selain itu ujar Mazlan, beliau akan bertemu dengan veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan perkara ini. "Saya mendapat maklum balas beberapa tokoh antaranya Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang terlibat bersama Tun Abdul Razak mengasaskan Felda. "Beliau antara orang yang terasa apabila Felda ingin disenaraikan ke BSKL kerana menurutnya ialah institusi perkhidmatan kepada rakyat yang harus ditangani mengiikut kaedah berbeza daripada syarikat korporat yang lain," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7225-tarikh-bicara-saman-kpf-fgvh-diketahui-esok
Laporan polis, SPRM terhadap Awang Adek |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek. Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com/. Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang. Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut. Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi. Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat. Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7228-laporan-polis-sprm-terhadap-awang-adek
Zakat: PKR harap Jamil Khir tidak menyorok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu wang zakat. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat meliabtkan menteri berkenaan. Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan. “Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang ‘menyalahgunakan’ proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah,” ujarnya dalam satu kenyataan. Pada Jun 2011 juga, katanya Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu. Malangnya, kata beliau Yamin tidak menyebut tentang ‘pendahuluan’ RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011. “Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka. “Saya berharap Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini,” ujarnya. Menurutnya, pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salah guna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar. Sekurang-kurangnya, kata beliau apabila isu itu mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan. “Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau?” tanya beliau yang juga Adun Seri Setia Yang nyatanya, kata beliau lagi Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010. Soalnya lagi, mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini. Katanya, umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7292-zakat-pkr-harap-jamil-khir-tidak-menyorok
11 NGO halang penyenaraian FGVH |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Dis: 11 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF). Dikepalai Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebaangsaan (Anak) yang bergerak sendirian sebelum ini, matlamat utama GSF ditubuhkan untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL). Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, GSF di peringkat awal mendesak kerajaan membatalkan usaha penyenaraian yang bakal menjejaskan aset 112,635 peneroka. "Gabungan ini akan bergerak ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan membatalkan hasrat penyenaraian ke bursa saham," kata beliau pada sidang media di kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, dekat sini, hari ini. GSF hari ini juga akan bertemu dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang untuk membincangkan penyenaraian tersebut dan mengajak beliau turut serta dalam siri jelajah ke seluruh negara. Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu kata Mazlan pernah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Anak bagi berbincang tentang perkara tersebut. "Sebelum ini saya pernah bertemu dengan Tengku Razaleigh dan beliau ada menyatakan hajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masa beliau menyatakan pendirian berhubung isu Felda kerana beliau salah seorang yang terlibat sewaktu Felda diasaskan," katanya. GSF juga akan bertemu dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yakin kerajaan "mengidamkan" saham KPF yang merupakan koperasi yang mempunyai perolehan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak RM13 bilion. "Sebab itulah penyamun-penyamun ini mengintai saham KPF untuk senaraikan ke BSKL. "Kami akan bawa perkara ini ke pengetahuan Angkasa dan minta pandangan mereka," katanya. FGVH dijangka akan disenaraikan ke BSKL pada April 2012 setelah dibentangkan dalam belanjaan 2100 oktober lalu. Kini, "orang kuat" Najib, Tan Sri Isa Samad yang dilantik sebagai Pengerusi Felda melalui "pintu belakang" sangat bersungguh-sungguh memastikan penyenaraian itu berlaku. Selain Anak, GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertiindak Peneroka Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa). Turut bersama, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Sementara itu, Pengerusi Teras, Azmi Abdul Hamid menyifatkan penyenaraian itu yang akan melibatkan pajakan 360,067 hektar kepada FGVH sebagai penggadaian kedaulatan negara. "Aset yang akan digadai itu bukan aset biasa, tapi aset paling asas. Tanah ini menentukan kedaulatan sesebuah negara. Kalau bagi tanah pada orang luar, hilanglah kedaulatan sesebuah negara," tegasnya. Setiausaha Agung Paksi Hasni Abas pula menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai 'Tanggang yang menderhaka kepada bapanya'. Ini kerana katanya, tindakan Najib seringkali bercanggah dengan tindakan bapanya, Tun Abdul Razak. "Tun Abdul Razak nak bagi tanah kepada orang Melayu tapi Najib nak masukkan pelabur asing. Dulu kes PPSMI, Najib yang benarkan kolej swasta mengajar dalam bahasa Inggeris sedangkan bapanya tak benarkan begitu," katanya yang pernah menjadi setiausaha Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Mazlan juga berkata, kemuncak kepada gerakan ini ialah demonstrasi jalanan sekiranya najib tidak mengambil kira pandangan dan bantahan mereka. "Sebelum in ikita membuatr bantahan secara beretika, penuh kompromi. Kita tulis surat, hantar memorandum, tapi kalau tidak dilayan, kita terpaksa turun ke jalan raya seperti gerakan-gerakan sebelum ini," katanya. |
NFC: Muslimat PAS ulangi gesaan dakwa Muhyiddin |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengulangi kenyataan beberapa pemimpin parti itu bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, tidak adil jika hanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja digesa meletakkan jawatan tetapi Muhyiddin terus terlepas tanpa sebarang siasatan. Beliau berkata, Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada 2007 bertanggungjawab memberi penjelasan kenapa beliau memberikan dana RM250 juta kepada keluarga Shahrizat untuk menguruskan projek tersebut. Pengerusi Eksekutif NFC ialah suami Shahrizat sendiri, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail. "PAS bersependapat kerana itu adalah isu penyalahguanaan dana rakyat dan merupakan isu nasional. "Daripada proses awal memberi dana itu pun sudah tak betul dan kita patut berhentikan amalan kronisme. "Sepatutnya media pergi juga tanya suami dia, pergi tanya Muhyidin, tanya kepada kerajaan. Kenapa projek ini diluluskan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan raja Laut, dekat sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pendirian DMPP dalam isu NFC yang mula timbul selepas dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Oktober lalu. Sejak kes itu timbul, hanya Shahrizat dan keluarganya yang "diserang" sedangkan Muhyiddin dan beberapa pimpinan Umno BN yang turut terlibat terlepas. Bagaimanapun Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, amat pelik jika Shahrizat sebagai seorang isteri tidak tahu menahu mengenai projek yang diuruskan suaminya sendiri. "Saya tak bersetujulah kalau dia (Shahrizat) kata dia tak tahu. Suami mana yang tak cerita kepada isteri yang syarikat dia dapat RM250 juta," katanya berseloroh. Beliau berkata, DMPP tetap menentang Sharizat atas dasar prinsip. "Walaupun kita hormat dia tapi kita bangkang atas dasar prinsip. "Kalau orang Pakatan dapat projek begitu, saya pun akan bangkang kalau saya tahu," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7301-nfc-muslimat-pas-ulangi-gesaan-dakwa-muhyiddin
Akhbar khas hasut peneroka sokong penyenaraian? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mempersoal penerbitan akhbar '1SUARA' yang diedar percuma kepada warga peneroka sejak November lalu. Beliau mempersoal, dari mana sumber kewangan diperolehi bagi menerbitkan akhbar yang mempunyai 32 muka surat dengan warnah penuh tersebut yang dipercayai menelan kos yang sangat tinggi. "Kita nak tahu siapa yang taja, ambil duit dari mana, berapa ribu kos habis," katanya kepada Harakahdaily. Akhbar khas '1SUARA' diterbitkan pihak tertentu dipercayai sebagai usaha 'menghasut' warga peneroka menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL). Dengan penerbitan dua kali sebulan, akhbar 1SUARA tersebut kini dipercayai sudah menerbitkan bilangan ketiga mereka. Pada edisi pertamanya untuk tarikh 15 Nov hingga 30 Nov, akhbar itu menggunakan tajuk "Peneroka tertipu?" sebagai tajuk utama di muka depan akhbar itu bersama petikan 'penjelasan' oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. Selain itu, muka depan akhbar itu juga meletakkan gambar artis wanita Neelofa dengan tajuknya "Neelofa bercakap tentang lelaki!" dipercayai untuk menarik pembaca mendapatkan naskhah akbar tersebut. Edisi pertama itu juga turut memuatkan temubual tiga muka surat bersama Isa. Selain menceritakan 'kebaikan' penyenaraian dan 'faedah' yang bakal dinikmati peneroka, akhbar sama juga tidak ketinggalan memburukkan pihak yang menghalang agenda penyenaraian itu. Ianya termasuklah Presiden Anak sendiri, Mazlan Aliman yang dilihat menjadi 'musuh nombor satu' akhbar itu dipercayai kerana gerakan beliau meyakinkan penoroka bagi membantah penyenaraian tersebut. "Saya tidak kisah mereka nak hentam saya guna akhbar ini. Saya dapat maklumat terbitan terbaru akan datang sarat dengan kecaman terhadap Anak dan saya. "Bagi saya, lagi mereka hentam lagi banyak yang saya akan dedahkan," kata Mazlan mengulas perkara itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7309-akhbar-khas-hasut-peneroka-sokong-penyenaraian
Datuk didakwa menipu Pengerusi NFC RM1.76 juta |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang ahli perniagaan berumur 45 tahun, Datuk Shamsubahrin Ismail didakwa di mahkamah tinggi hari ini. (Datuk Shamsubahrin tersenyum riang ketika dibawa ke mahkamah) Beliau yang cuba menyogok pegawai polis dari bahagian jenayah perdagangan berkaitan dengan penyiasatan Pusat Fidlot National (NFC) didakwa kerana menipu. Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran konsultan. Dia didakwa dibawah Seksyen 420 Penal Kod. Shamsubahrin didakwa melakukan jenayah itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November ke 6 Disember 2011 di Solaris Mount Kiara dekat sini. Jika bersalah, Shamsubahrin boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, rotan dan denda. Dia tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan meminta dibicarakan. Isu NFC meletup apabila Ketua Audit Negara dalam laporannya berkata berlaku salah laku dalam urusan NFC yang mendapat pinjaman mudah kerajaan RM250 juta itu. Ekoran itu, pelbagai maklumat meletup di media kerana ia melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Suaminya, Datuk Mohd Salleh yang didakwa ditipu oleh Datuk Shamsubahrin hari ini adalah pengerusi eksekutif NFC, manakala tiga anak-anak mereka adalah pengarah-pengarah syarikat ini. NFC didakwa gagal mengeluarkan daging sebagaimana dikehendaki negara tetapi didakwa membeli kondo mewah di Malaysia dan Singapura serta membeli kereta mewah. Dakwaan hari ini tidak diketahui apa kaitannya kerana yang menjadi sasaran adalah pihak menyeleweng wang tetapi yang didakwa pihak yang didakwa menipu pengerusi NFC. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7315-datuk-didakwa-menipu-pengerusi-nfc-rm176-juta-
Penjelasan Jamil Khir tak jawab soalan pokok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman. AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam. "Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris. Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’. Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut. Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat. "Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga. "Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, " katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini. Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Kenyataan yang dirujuk itu antaranya: - Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen. - Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7342-penjelasan-jamil-khir-tak-jawab-soalan-pokok
Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz. Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai. "Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja. "Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Di sisi yang lain pula, Mahfuz mempersoalkan, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat. "Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya. Kerajaan yang cerdik, kata Mahfuz , tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan. "Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC. "Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu. "Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau. Mengambilkira bencana yang akan menimpa mereka dengan tindakan sebodoh itu, Mahfuz menyeru rakyat segera merebut apa sahaja peluang yang ada untuk menghentikan penganiayaan ke atas mereka dengan perbelanjaan bodoh harta mereka itu. Jumaat lalu, seorang tauke teksi Datuk Shamsubahrain Ismail yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika siasatan ke atas NFC dijalankan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu. Shamsubahrain dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran kononnya untuk mendapatkan khidmat penasihat. Mohamad Salleh ialah suami Shahrizat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7371-henti-punggah-harta-negara-untuk-kenduri-kroni
Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF |
Harakahdaily |
KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok. Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu. Injunsi itu difailkan di Mahkamah Temerloh pada 23 Disember oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong untuk menyekat mesyuarat agung itu. Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah. Berita lanjut menyusul. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7392-mahkamah-benar-sekat-mesyuarat-agung-kpf
PKR desak SPRM dakwa Pengerusi NFC |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Jan: PKR mendesak SPRM segera memulakan siasatan ke atas Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan pengurusan NFC atas cubaan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM bagi tujuan mempengaruhi siasatan ke atas skandal NFC. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) menyatakan demikian dengan merujuk kepada tindakan pihak berkuasa mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail pada 30 Disember lalu atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sejumlah RM1.755 juta. Beliau mendakwa PKR boleh mengesahkan melalui maklumat yang diperolehi setakat ini bahawa wang RM1.755 juta itu dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM untuk mempengaruhi siasatan ke atas NFC. “Wang tersebut dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh,” ujarnya dalam satu kenyataan. Rafizi juga mendakwa, tugasan Shamsubahrin adalah menjadi orang tengah yang menyampaikan wang tersebut kepada pegawai-pegawai penyiasat SPRM dan PDRM. Beliau merujuk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Bahagian IV Perkara 16 dan 17, kesalahan rasuah berlaku apabila: “Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain: (a) Secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau (b) Secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain; apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi; atau selainnya oleh sebab: (A) Mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi; sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau (B) Mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi; sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat”. Dakwanya lagi, undang-undang SPRM secara jelas menunjukkan dalam kes itu, Salleh melalui Shamsubahrin Ismail telah cuba merasuah pegawai penyiasat SPRM dan PDRM di dalam kes NFC. Ini, dakwanya berdasarkan Mohamad Salleh yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta. Beliau juga mendakwa, Mohamad Salleh bersetuju dengan cadangan Shamsubahrin untuk memujuk pegawai-pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan. “Saya merasa kesal kerana pihak berkuasa masih terus mahu melindungi Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarga menteri kanan walaupun secara jelas beliau terbabit dalam cubaan rasuah untuk menutup penyelewengan yang lebih besar di dalam NFC,” katanya lagi. Sebaliknya, kata beliau pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Shamsubahrin atas tuduhan cuba menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM. Tambahnya, tindakan Mohamad Salleh mengambil jalan cuba merasuah pegawai-pegawai SPRM dan PDRM juga menggambarkan bahawa prinsip tatakelola dan urus tadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar. “Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cuba membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan yang ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7396-pkr-desak-sprm-dakwa-pengerusi-nfc
68 bekas peneroka Felcra tuntut pampasan |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Jan: 68 orang bekas peneroka Felcra di kawasan Kota Tinggi, Johor, hari ini memfailkan saman pemula terhadap badan itu bagi menuntut pampasan akibat kerugian yang dialami oleh mereka sejak 20 tahun lalu. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada jam 9.30 pagi tadi, dengan ditemani tiga orang peguam yang diketuai Sir Banded dari syarikat guamannya, Sir Banded & Co. Pengerusi Koperasi Perladangan Sungai Ara Berhad, Daud Hassan, 58, memberitahu, saman yang difailkan oleh mereka itu membabitkan tuntutan 9 perkara, dengan tuntutan utamanya melibatkan ganti rugi yang dialami oleh mereka akibat tindakan tidak bertanggungjawab badan tersebut terhadap para peneroka terbabit. Menurutnya, kesemua mereka menyertai Felcra di kawasan itu sejak 18 Januari 1975 lalu dengan bilangan keseluruhannya seramai 386 orang. Katanya, kumpulan mereka kemudiannya telah mengambil keputusan keluar dari Felcra beberapa tahun lalu akibat tidak tertahan dengan tindakan badan tersebut terhadap mereka dengan jumlah awalnya seramai 287 orang. "Daripada jumlah itu, yang terus kekal dengan kumpulan ini pada awalnya 77 orang, kemudian tinggal 71 orang, tetapi kini tiga daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih ada hanyalah 68 orang sahaja," katanya yang juga selaku ketua kepada kumpulan terbabit ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Sepanjang menjadi peneroka Felcra, menurutnya, beliau dan rakan-rakannya itu hanyalah menerima pendapatan bulanan tidak lebih RM300 sebulan. Selain itu, berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak Felcra kepada mereka, setiap peneroka terbabit akan diberikan hak milik tanah seluas 10 ekar seorang untuk diterokai bagi penanaman kelapa sawit. "Pihak Felcra ternyata telah mendapat keuntungan yang lumayan, tetapi sepanjang menjadi peneroka, kami hidup penuh sengsara kerana hanya mempunyai pendapatan tidak lebih RM300 sebulan. "Dengan pendapatan sebanyak itu, masakan cukup untuk kami menampung kehidupan? Tambahan pula dalam masa yang sama, kami juga terpaksa membayar hutang kepada pihak Felcra. "Malah untuk hidup dan membayar hutang, ada di antara kami yang terpaksa mencari katak dan ular untuk dijual, selain menjual lembu dan kambing peliharaan masing-masing," jelasnya. Disebabkan tekanan itulah, mereka mengambil keputusan keluar dari Felcra dan menuntut keadilan dari mahkamah bagi membolehkan badan tersebut membayar pampasan kepada mereka dengan kadar RM1,000 sebulan sejak 20 tahun lalu. Selain itu, mereka juga turut menuntut badan tersebut membayar ganti rugi terhadap lebihan tanah yang diusahakan oleh mereka sebanyak 834 ekar kesemua. Manakala tuntutan ketiga berupa tuntutan terhadap potongan cukai, apabila mereka dipaksa membayar cukai tanah walaupun tanah-tanah tersebut belum diberikan hak milik sepenuhnya kepada mereka. "Kami turut menuntut Felcra membayar sebanyak RM10,000 seorang kepada setiap ahli dalam kumpulan kami di atas kesengsaraan hidup yang kami alami sejak 20 tahun lalu," ujarnya. Sementara tuntutan-tuntutan lain pula, tambah beliau, lebih bersifat umum termasuk mendesak kesemua menteri dan pemimpin-pemimpin Umno BN terbabit agar mengambil tanggungjawab di atas segala penderitaan yang telah mereka alami sejak 20 tahun lalu. "Sebelum kami mengambil tindakan undang-undang pada hari ini, kami telah pun merayu kepada beberapa pihak agar membantu menyelesaikan masalah kami ini. "Antaranya dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010 yang diterima oleh setiausahanya, menghantar surat kepada Timbalan Pengarah Felcra dan Pengurus Besar Felcra yang juga pada tahun 2010 lalu. "Tetapi kesemua usaha kami itu hanya sia-sia dan kami amat kesal dengan apa yang berlaku itu. Sepatutnya kami tidaklah diperlakukan seperti ini, tetapi inilah yang telah kami alami sejak 20 tahun lalu dengan tiada siapa yang peduli," ujarnya kesal. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7400-68-bekas-peneroka-felcra-tuntut-pampasan-
Kecuaian Muhyidin punca skandal NFC - PKR |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Pihak berkuasa diminta menyiasat kecuaian Tan Sri Muhyidin Yassin dan Datuk Seri Najib Razak sehingga berlakunya skandal NFC. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat yang mereka perolehi, skandal ini tidak akan berlaku jika kedua-duanya tidak cuai dalam menjalankan tugas mereka. "Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan "Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang," kata Rafizi dalam kenyataannya. Rafizi berkata, beliau telah hadir dan memberikan keterangan di Bukit Aman pada jam 3 petang semalam. Menurut Rafizi, sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC. Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada PKR, katanya. "Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali. "Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC. "Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri," katanya. Siasatan lain pula, katanya, dijalankan sendiri oleh PKR berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu. "Oleh yang demikian,PKR yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman kami sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan," kata Rafizi. PKR, katanya, juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk meneliti dokumen ini dan menjalankan siasatan sendiri kerana siasatan PKR setakat ini hanyalah menyentuh 10% dari seluruh urusniaga yang tersenarai. "Saya yakin rakyat yang cintakan amanah dan benci rasuah akan membongkar lebih banyak penyelewengan berdasarkan maklumat ini," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7406-kecuaian-muhyidin-punca-skandal-nfc-pkr
Syed Azman buat laporan SPRM terhadap MB |
Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU, 5 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Laporan itu dibuat berhubung Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah di pejabat SPRM, di sini hari ini. Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendedahkan banyak kelemahan program bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu. “Laporan ini dibuat supaya suatu siasatan segera dapat dilaksanakan oleh pihak SPRM dan saya juga memohon tindakan saya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. “Asas kepada laporan ini dibuat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang secara tidak langsung turut melibatkan penyelewengan di bawah bidang kuasa Menteri Besar Terengganu,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan tersebut. Beliau yang menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusuff Mohd Zin ditemani oleh peguamnya dari Tetuan Fariz Halim & Co pada jam 11.00 pagi. Dr Syed Azman telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM selama dua jam. Hadir sama mengiringi beliau adalah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing serta 20 penyokongnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7420-syed-azman-buat-laporan-sprm-terhadap-mb
Status Isa: Anak pohon perisytiharan mahkamah |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan permohonan mahkamah agar mengisytiharkan status Tan Sri Isa Samad sebagai ahli dan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) selewat-lewatnya hujung bulan ini. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguam berhubung tindakan mehkamah yang akan diambil itu. Beliau berkata, keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah dibuat kerana terdapat kekeliruan berkaitan status Isa sebagai ahli dan pengerusi KPF yang dianggap bercanggah dengan Undang-Undang Kecil KPF Seksyen 43 Akta Koperasi 1993. Undang-undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak atau kakitangan Felda yang berstatus tetap, sedangkan Isa hanya berjawatan kontrak. "Kalau mahkamah isytihar Isa Samad sah sebagai pengerusi KPF, kita akan bantah kerana seperti yang kita maklumkan beberapa kali sebelum ini, ianya bercanggah dengan Undang-undang Kecil KPF kerana Isa Samad belum dua tahun pun menjadi ahli KPF," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Selain itu, Anak juga akan mengatur pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menuntut pendengaran awam dilakukan melibatkan peneroka, pengurusan Felda dan menteri yang bertanggungjawab berhubung isu penindasan ke atas peneroka. "Memang sebelum ini Anak sudah beberapa kali membuat aduan kepada Suhakam tapi Suhakam hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja dan memberi jawapan melalui surat. "Kali ini Anak akan mengumpul peneroka secara besar-besaran dan akan menuntut Suhakam mengadakan pendengaran awam. Kami akan senaraikan semua salahguna kuasa dan pencabulan hak peneroka yang merupakan majoriti oleh pihak minoriti," katanya sambil berkata golongan minoriti iaitu Isa Samad dan "orang-orangnya" mendapat pembelaan daripada kerajaan. Mengulas mengenai mesyuarat agung KPF yang dibatalkan harakah, Mazlan (gambar) yakin ianya kesan daripada desakan Anak dan ahli-ahli koperasi yang mempertikaikan kedudukan Isa. Dalam pada itu, Mazlan turut menyatakan rasa kesal dengan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendengar aduan dan pandangan peneroka berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH). "Kita sudah hantar surat kepada perdana menteri dan berharap perdana menteri sendiri yang akan bertemu dengan peneroka. Beliau tidak boleh hanya menyerahkan kepada pegawai isu besar begini," katanya. Dalam perkembangan lain, Anak sedang mengukuhkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang dianggotai badan-badan bukan kerajaan (NGO). 11 Januari ini, GSF akan mengadakan pertemuan dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) bagi membincangkan tentang penyenaraian FGVH. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7410-status-isa-anak-pohon-perisytiharan-mahkamah
NFC diambil tindakan menjelang pilihan raya |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 7 Jan: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Md Ramli yakin, tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dengan skandal NFC menjelang pilihan raya nanti. (Gambar: Dr Hatta dalam sesi pendengaran awam berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dianjurkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya (PSC) di Kota Darulnaim) Namun, oleh kerana kepimpinan negara yang ada belum dapat mempastikan bila mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13), justeru maka tindakan belum diambil ke atas mereka yang terbabit dengan skandal NFC atau National Feedlot Centre. “Namun saya berkeyakinan, menjelang pilihan raya umum dalam masa terdekat, orang-orang yang terbabit itu akan diambil tindakan sama ada digugurkan atau menjadi kes-kes polis. “Ini dilakukan bagi menunjukkan bahwa adanya tindakan dilakukan pihak berkuasa," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi pendengaran awam berhubung penambahbaikan proses pilihan raya dianjurkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya (PSC) di Kota Darulnaim di sini tengahari tadi. Jawatankuasa PSC ditubuhkan Dewan Rakyat 3 Oktober 2011 itu dipengerusikan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu. Dr Hatta adalah salah seorang anggota jawatankuasa itu bagi mewakili PAS. Ahli Parlimen Kuala Krai itu mendakwa kenapa kes (NFC) yang hampir begitu jelas bagi semua orang, dan yakin Kerajaan BN menganggapnya sebagai satu kes yang besar dan cemas, tidak boleh diselindung lagi untuk menutup kes itu kerana ‘baunya telah keluar’. Justeru beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat melahirkan perasan kurang pasti kenapa Datuk Seri Najib tidak mengeluarkan sedikit pun ‘kenyataan’ berhubung kes tersebut. Beliau mendakwa adalah amat tidak munasabah kalau BN dengan kes yang begini terang, masih tetap mengekalkan orang-orang yang terbabit dalam kes NFC itu sebagai calon (untuk pilihan raya umum akan datang, misalnya). “Jadi saya yakin dalam masa terdekat tindakan akan diambil. "Dan langkah itu juga akan dijadikan bahan untuk menunjukkan bahawa mereka serius untuk membersihkan kerajaan yang ada," katanya. Sambil mendakwa dalam kes NFC ramai yang terbabit, maka kemungkinan itulah tolak ansurnya dipendam atau cuba dipendam atau diperlambat-lambatkan tindakannya, namun beliau yakin rakyat tidak boleh membiarkan kes itu hanya terlepas begitu saja. “Demikianlah maksudnya maka pihak berkenaan memberi bayangan bahawa kalau tindakan diambil ke atasnya, ramai lagi yang terkait, bukan hanya dengan NFC, bahkan dengan bermacam skandal yang lain,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7443-nfc-diambil-tindakan-menjelang-pilihan-raya
Angkasa diminta pertahan KPF dari disalah guna
Hazayani Zakaria, |
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) campur tangan untuk mempertahankan Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada disalah guna pihak berkepentingan.
Tuntutan tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan Presiden Anak, Mazlan Aliman kepada pegawai yang mewakili Yang Dipertua Angkasa, Prof. Dr. Ali Baharom di pejabatnya di Kelana Jaya, hari ini.
Memorandum tersebut ekoran pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi KPF yang didakwa bercanggah dengan Undang-Undang Kecil KPF kerana Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda secara kontrak sahaja.
Mengikut Undang-undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi terbuka kepada peneroka Felda, isteri dan anak-anak, kakitangan Felda, isteri dan anak-anak, koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah, serta koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah akta.
Keadaan bertambah rumit apabila KPF akan mengadakan mesyuarat agung pada 8 Februari depan, sedangkan status Isa masih dipertikai.
Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya sangat berharap Angkasa memberikan komitmen dalam usaha menyelesaikan kemelut ini.
"Angkasa jangan tunduk kepada kemahuan pihak berkepentingan yang diterajui Tan Sri Isa Samad. Angkasa mesti menjunjung prinsip ketelusan dan bertindak berani mempertahankan yang hak," kata beliau.
Menurut Mazlan, meskipun mesyuarat agung KPF dibatalkan 5 Januari lalu, namun usaha untuk membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi merasmikan mesyuarat agung pada 8 Februari ini sedang berjalan.
Apa yang membimbangkan peneroka, mesyuarat itu diadakan bagi mendapatkan persetujuan ahli KPF berhubung cadangan pelaburan KPF dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Saham Malaysia (BSKL) April depan.
"Kempen kotor dan jijik sedang digerakkan. Adalah dipercayai sogokan dan imbuhan istimewa sedang ditawarkan kepada perwakilan agar bersetuju dengan penyenaraian. Angkasa mesti bertindak dan memantau perkembangan ini," katanya.
Antara usaha-usaha yang akan dilakukan KPF yang dibimbangi menjejaskan masa depannya ialah cadangan pelupusan ekuiti milik KPF dalam FGVH dan 10 anak syarikat milik Felda Holdings kepada FGVH.
Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekutan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.
Mengikut maklumat, pegangan saham KPF dalam FGVH sebanyak 35 peratus selepas penyenaraian akan dipindahkan ke dalam sebuah syarikat pegangan pelaburan baru (Fund Co) yang ditubuhkan oleh Felda melalui pegangan Saham Keutamaan Boleh Tebus (Redeemable Preference Share).
Felda memiliki 100 peratus pegangan saham biasa tertangguh (defferedordinary shares) dan semua dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co akan disalurkan terus kepada KPF.
Felda hanya mempunyai hak mengundi tetapi tidak mempunyai hak ekonomi ke atas diviiden yang diisytiharkan oleh Fund Co.
"Mengapa Fund Co harus ditubuhkan, siapa yang bakal terlibat dalam syarikat tersebut dan tujuan sebenar organisasi itu diwujudkan dalam konteks proses penyenaraian FGVH?
"Kita minta Angkasa memantau perkara ini agar KPF kekal sebagai koperasi terbaik di Malaysia," kata Mazlan.
Sumber HD : 11/01/2012

Saman lagi jika teruskan mesyuarat agung KPF
Hazayani Zakaria, | 12 January 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) akan memfailkan saman pemula sekali lagi jika mesyuarat agung khas KPF yang dijadualkan pada 8 Februari depan diteruskan.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) memberitahu, sekiranya notis memanggil mesyuarat diterima ahli KPF, mereka akan terus memfailkan saman pemula.
"Mesyuarat agung KPF, 5 Januari lalu dibatalkan, tapi difahamkan mereka akan memanggil mesyuarat pada 8 Februari depan.
"Kita sedang menunggu notis memanggil mesyuarat. Jika kita terima notis, kita akan terus failkan saman pemula," kata Mazlan selepas menyerahkan memorandum aduan berhubung KPF kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), di pejabatnya di Kelana Jaya semalam.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung KPF yang dijadualkan pada 5 Januari.
Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli KPF, Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Menurut Mazlan, difahamkan mesyuarat agung khas yang ingin diadakan itu mempunyai tiga agenda penting.
Tiga agenda tersebut adalah cadangan pelupusan ekuiti milik KPF di dalam Felda Holding Bhd dan sepuluh anak syarikat milik Felda Holding Bhd kepada FGVH, cadangan pelaburan KPF di dalam FGVH semasa peringkat pra-penyenaraian dan cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam FGVH pada tahun ini melalui proses penyenaraian FGVH dan penjualan ekuiti kepada pelabur.
Agenda ini ujarnya menimbulkan kebimbangan kepada pemegang saham KPF kerana ianya bakal menjejaskan kepentingan KPF pada masa akan datang.
"FGVH adalah syarikat pelaburan Felda yang baru wujud beberapa tahun dan sangat diragui keupayaannya. Pelaburannya di luar negara mencatat kerugian RM500 juta sehingga 2010.
"Memperjudikan masa depan KPF kepada FGVH yang latar belakangnya begitu buruk sangat berisiko tinggi," katanya.
Tambah Mazlan lagi, semasa penyenaraian FGVH menerbitkan saham baru sebanyak 20 hingga 25 peratus dan ini menyebabkan kepentingan KPF menguncup sehingga 40 peratus.
"KPF akan menjual 6 peratus daripada pegangan saham yang dimiliki dan pendapatan yang diperoleh dari jualan saham ini diagihkan kepada peneroka sebagai 'durian runtuh'. Pegangan KPF berkurangan ke paras 35 peratus. Adakah ini percaturan yang betul?" soalnya.
Sumber HD : 12/01/2012

NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.
Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.
Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.
Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."
BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.
"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.
"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.
Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.
Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.
"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sumber HD : 1701/2012

Pemuda PAS Wilayah buat laporan polis isu zakat
Hazayani Zakaria, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Laporan atas nama Ketua PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad itu dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010 bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Bercakap kepada pemberita selepas laporan dibuat, Kamaruzaman mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap MAIWP, Jamil dan Che Mat.
"Bukti mengenai salahguna wang zakat oleh menteri dan pengarah Jawi ini sangat besar dan perlu disiasat segera kerana melibatkan wang rakyat.
"Di Wilayah Persekutuan ini ramai lagi golongan yang memerlukan sukar untuk menerima zakat, tiba-tiba menteri menggunakan wang ini untuk kepentingan peribadi," kata beliau.
Kamaruzaman merujuk kepada bukti yang didedahkan PKR minggu lalu mengenai perkara tersebut.
Ianya merupakan set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucar bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.
Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.
Selain itu bukti itu merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.
Mengulas mengenai kenyataan Jamir bahawa wang itu digunakan untuk menjaga kepentingan Islam, Kamaruzaman berkata ianya adalaha alasan yang tidak logik.
"Datuk Seri Jamil kata boleh guna wang zakat untuk mendaulatkan Islam.
"Dalam kes ini Datuk seri Anwar yang fail kes qazaf dan memohon untuk kesnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekarang siapa yang mendaulatkan Islam?" soalnya.
Sementara itu, Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz memberitahu, Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di pejabat MAIWP, Khamis ini jam dua petang.
Sumber HD : 17/01/2012
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Jingga 13 mencabar dan mendesak seluruh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil agar keseluruhan penyata penggunaan kad kredit Maybank dan CIMB Bank didedahkan kepada umum.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, ini kerana ianya adalah merupakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan dan untuk apa sejumlah RM593,500 dibelanjakan serta bagi mengesahkan adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Pengarah Eksukutif NFC bahawa ianya digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berfoya-foya.
Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis terhadap wujud penyelewengan dan pecah amanah jenayah sepertimana Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.
Ini, dakwanya melibatkan pembayaran menggunakan wang NFC sejumlah RM593,500 bagi membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat dengan menggunakan kad kredit Maybank dan CIMB Bank melibatkan Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.
Tambahnya, Jingga 13 mempersoalkan bagaimana wang rakyat yang seharusnya digunakan dalam Projek Lembu Fidlot Kebangsaan boleh digunakan bagi tujuan membiayai kad kredit ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terkandung dalam buku tunai NFC dalam akaun CIMB Bank Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 2009 sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
“Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC,” ujarnya.
Beliau mengambil contoh pada 22 Januari 2009, pembayaran sejumlah RM104,104.42 didakwa telah dibuat terhadap penggunaan kad kredit sepertimana di bawah:
Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:
Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.
“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Keluarga Shahrizat perlu dedah penyata kad kredit
Harakahdaily, | 17 Jan 2012 |

Tarikh | Memo | Credit |
22/1/2009 | Maybankard Center – Coporate Card Izzana Salleh | RM 49,431.02 |
22/1/2009 | Maybankard Center – Izmir Salleh | RM 47,763.06 |
22/1/2009 | Maybankard Center – Coporate Card Datuk Salleh Ismail | RM 6,910.34 |
JUMLAH | RM 104,104.42 |
Beliau mendakwa, keseluruhan pembayaran oleh NFC sejumlah RM593,500 telah digunakan oleh seluruh ahli keluarga Shahrizat pada tahun 2009 bagi tujuan membayar kad kredit atas nama peribadi sepertimana berikut:
NAMA | KAD KREDIT | JUMLAH SETAHUN (2009) |
Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail | Maybank dan CIMB Bank | RM182,525 |
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh | Maybank dan CIMB Bank | RM160,673 |
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh | Maybank | RM127,900 |
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh | Maybank | RM122,402 |
JUMLAH | RM593,500 |
Beliau menambah, Jingga benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap double standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat.
“Rakyat Malaysia yang membenci segala penyelewengan dan aktiviti pecah amanah jenayah sudah pasti tertunggu-tunggu hasil siasatan pihak berkuasa agar para penjenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan hukuman yang setimpal di atas tindakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara,” katanya.
Sumber HD : 17/01/2012
Felda Cahaya Baru: Kamu terimalah akibatnya
Aziz Muda , | 17 Jan 2012 |
ALOR SETAR, 17 Jan: "Sudah tidak boleh buat apa-apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Kamu semua yang menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat itu untuk dimajukan, jadi sekarang kamu sendirilah yang mesti menerima akibatnya."
Begitulah kata-kata pemimpin-pemimpin Umno apabila 377 peneroka Felda Cahaya Baru di Masai, Johor Bahru, Johor mengadu kepada pemimpin-pemimpin pati itu, setelah menyedari mereka menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tanah-tanah milik mereka tergadai.
Pada hal, kejadian itu berlaku setelah mereka dipengaruhi oleh para pemimpin Umno sendiri agar menyerahkan tanah-tanah milik mereka itu kepada pihak pemaju terbabit dengan janji dan harapan akan menjadi jutawan segera.
Wakil peneroka, Siti Khalijah Mohamad (gambar) berkata, namun apabila tibanya musim pilihanraya, pelbagai janji manis akan ditabur oleh para pemimpin Umno kepada para peneroka terbabit, termasuk akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, agar mereka memberikan undi kepada Umno BN.
Menurutnya, para peneroka terbabit berada dalam keadaan amat tertekan sejak 17 tahun lalu dan kini ternyata tiada apa lagi yang mampu diharapkan oleh mereka kepada para pemimpin Umno BN.
Tidak percaya Umno lagi
"Terus terang saya katakan, kini para peneroka sudah tidak mempercayai lagi kepada pemimpin-pemimpin Umno BN. Jadi kepada para peneroka lain di seluruh negara, tukarkanlah sokongan anda daripada Umno BN kepada Pakatan Rakyat bagi membela nasib kita sendiri," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
377 peneroka Felda Cahaya Baru kini sedang berhadapan dengan masalah rumit sehingga kemungkinan hilang hak milik ke atas tanah mereka kerana tanah-tanah itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.
Kejadian tersebut berlaku apabila 1,495 daripada 3,135 hektar tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh 377 peneroka terbabit telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Bari Development Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian).
CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1 September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada kalangan peneroka.
Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.
Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru.
Daripada jumlah itu, RM75 juta telah dibayar kepada CBDB, manakala peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima RM140,000 tiap-tiap seorang sebagai pembayaran peringkat pertama.
Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri telah bersetuju pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.
Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu, manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.
Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu.
Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abdul Ghani Othman, bagaimanapun tidak pula membantu peneroka-peneroka terbabit yang kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri daripada pimpinan Umno dan juga janji-janji kosong sokongan awal Kerajaan Negeri Johor terdahulu.
Pada 14 Januari lalu, Khalijah turut menyuarakan perkara yang sama ketika berucap pada acara Ucapan Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika berucap bagi mewakili warga Felda pada acara yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul itu, beliau menegaskan, pihak pengurusan CBDB masih lagi belum menyelesaikan baki pampasan tanah-tanah tersebut kepada peneroka-peneroka terbabit sehingga sekarang.
Katanya, tujuh peneroka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah CBDB itu pula tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada bank, sedangkan 377 peneroka lain sudah berbuat demikian dan ini menjadikan tanah-tanah milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB itu tidak digadai.
"Maklumat berhubung pembangunan semula tanah-tanah peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka kepada CBDB.
"Beberapa ahli lembaga pengarah CBDB itu ternyata mempunyai kepentingan sendiri yang cuba dilindungi ketika memujuk peneroka-peneroka menandatangani surat serah kuasa," katanya.
Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan, tambahnya, tuntutan utama para peneroka itu kini adalah untuk mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas tanah-tanah mereka yang telah tergadai itu.
"Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang telah mereka tandatangani itu. Namun, sikap Kerajaan Negeri Johor yang mahu lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab itu amatlah dikesali, sehingga menyebabkan para peneroka terbabit terus berada dalam keadaan amat tersepit sehingga sekarang," tegas beliau.
Ucapan beliau mendapat perhatian khusus para pemimpin Pakatan Rakyat kerana apa yang dicakapkan beliau adalah suara hati peneroka sendiri.

PAS ragu penjelasan NFC kontrak RM250 juta
Hazayani Zakaria, | 18 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Jan: PAS meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007.
NFC turut mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, penjelasan itu menimbulkan persoalan kerana PAC dalam mesyuaratnya sebelum ini telah memanggil semua pihak untuk memberikan maklumat.
"PAC telah memanggil semua pihak untuk memberi maklumat dalam sidang PAC jadi sepatutnya maklumat ini (NFC) ada dan dibentangkan.
"Kenapa baru sekarang NFC sebut perkara ini dan kenapa kerajaaan dan Unit Perancang Ekonomi tidak maklumkan kepada PAC?" soal beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini.
November lalu, Pengerusi PAC, Tan Sri Azmi Khalid berkata bahawa selepas menyoal siasat beberapa pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pihaknya mendapati bahawa pinjaman dikeluarkan pada 2009 sedangkan kontrak itu dimeterai setahun kemudian iaitu pada tahun 2010.
Kamarudin yang juga ahli jawatankuasa PAC turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terus menulis surat kepada PAC agar jawatankuasa itu boleh terus berperanan menyiasat perbelanjaan yang diluluskan kerajaan.
"Kita menyeru kepada pihak yang mempunyai maklumat terus tulis surat kepada PAC," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, laporan PAC tidak wajar dipertikai kerana jawatankuasa itu dilantik oleh Parlimen dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"PAC tidak boleh dipertikaikan kerana ia telah dibentang di Parlimen dan telah diterima pakai termasuk menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sumber HD : 18/01/2012
GUA MUSANG, 18 Jan: Peneroka di Felda Perasu dekat sini terkejut apabila melihat ramai anggota polis bantuan Felda dikerah berkawal di rancangan kemajuan tanah (RKT) terbabit.
Mereka mendakwa sejak kelmarin anggota polis bantuan terbabit dilihat berada di kawasan tersebut.
Malah kata peneroka ramai anggota polis bantuan berkenaan didatangkan khas dari Felda Kechau di Pahang bagi membantu anggota sedia ada di kawasan itu.
“Saya melihat ada lima kenderaan jenis pacuan empat roda dinaiki anggota polis bantuan terbabit termasuk yang mempunyai anjing pengesan.
“Seolah-olah rusuhan akan berlaku di sini,” kata sekumpulan peneroka ketika ditemui di sebuah kedai kopi di Felda Perasu petang semalam.
Rupa-rupanya tambahan anggota polis bantuan Felda didatangkan khas ke Felda Perasu bagi menghalang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengadakan pertemuan dengan peneroka di kawasan itu.
Dua laluan utama ke Felda Perasu dikawal ketat oleh anggota polis bantuan Felda. Setiap kenderaan yang memasuki kawasan itu disekat dan menanyakan apa tujuan kedatangan mereka.
Lebih aneh lagi program Anak bersama peneroka Perasu sudah mendapat kelulusan polis melalui permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.
Bagaimanapun hasil rundingan Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah Kesedar (Waris), Hamdan Jusoh dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin serta peneroka hanya beberapa kenderaan termasuk dinaiki Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dibenarkan masuk.
Sekatan tersebut menyebabkan perjumpaan dengan peneroka dan jamuan laksa yang sepatutnya diadakan jam 3 petang terlewat.
“Saya tidak pasti apa sebenarnya laporan dihantar pihak pengurusan Felda Perasu kepada pihak atasan sehingga dikerah begitu ramai anggota polis bantuan ke sini.
“Tidak pernah berlaku lagi kawalan yang begitu ketat dibuat, seolah-olah akan berlaku rusuhan di sini,” kata seorang peneroka yang enggan mendedahkan identitinya.
Mazlan berkata, beliau bersama rombongan Anak dan Waris datang sekadar untuk bertemu mata dengan peneroka bagi menyelami masalah dihadapi mereka.
Lagi pun kata beliau, perjumpaan itu mendapat kebenaran pihak polis melalui permit yang dikeluarkan, namun Felda pula cuba menghalangnya.
“Saya datang ke sini dijemput peneroka tempatan bagi berbincang dengan mereka. Ia tidak lebih daripada itu,” ujarnya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan pasukan khas (task force) yang diseliakan anggota Exco berkaitan Felda dan Kesedar.
Menurutnya pasukan khas seperti itu sudah diwujudkan di Selangor dipengerusikan seorang anggota Exco berperanan menangani masalah yang dihadapi peneroka Felda.
Kedatangan Mazlan dan rombongan Anak juga dikecam melalui beberapa sepanduk yang digantung di kawasan Felda terbabit dipercayai didalangi pihak tertentu.
Sumber HD : 19/01/2012

Felda guna polis bantuan halang Anak ke Perasu
M Faqih | Foto Rizal Tahir, | 18 Jan 2012 |

Tubuh JK Parlimen Komiti semak beli alat tentera
Aziz Muda, | 19 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan agar ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen Komiti bagi melaksanakan peranan semak dan imbang terhadap pembelian peralatan ketenteraan di negara ini.
Cadangan tersebut disuarakan oleh tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi di pejabatnya di Kementerian Petahanan, di sini.
Ketiga-tiga ahli Parlimen terbabit terdiri daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat bagi pihak PAS, Ahli Parlimen Machang yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dari DAP.
Pertemuan tersebut bermula jam 3.00 petang dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad, Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara.
Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut pada dasarnya telah dipersetujui oleh Zahid, Ketua Setiausaha kementerian dan ketiga-tiga panglima terbabit sekiranya ia diluluskan oleh Parlimen.
"Ini merupakan satu perkembangan yang baik. Ini akan membolehkan rakyat mendapat manfaat lebih besar apabila pemimpin yang juga ahli-ahli Parlimen pembangkang turut berpeluang memainkan peranan penting bagi melaksanakan tugas semak dan imbang terhadap perbelanjaan kerajaan khususnya berhubung pembelian peralatan ketenteraan di negara ini," katanya.
Bercakap pada sidang media bersamanya dengan Saifuddin dan Tony di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan selepas pertemuan itu, beliau berkata, pertemuan tersebut diadakan bagi mendapatkan penjelasan daripada Zahid mengenai beberapa isu.
"Antara isu utama yang dibincangkan adalah mengenai kos sebenar pembelian kapal patrol yang telah berubah harga sebanyak RM3 bilion selepas setahun iaitu dari RM6 bilion kepada RM9 bilion," jelasnya.
Menerusi pertemuan itu, ketiga-tiga mereka telah dijelaskan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu bahawa perbezaan tersebut berlaku kerana perkara sebenar mengenainya tidak dijelaskan oleh Zahid pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Berdasarkan penjelasan Ketua Setiausaha kementerian itu didapati kos sebenar pembelian kapal tersebut sememangnya RM9 bilion, tetapi daripada jumlah itu hanya RM6 bilion sahaja yang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), manakala RM3 bilion lagi dimasukkan dalam RMK-11.
Pada sidang media yang sama, Saifuddin menjelaskan, penjelasan tersebut akan dikaji oleh pihak Pakatan Rakyat dan mereka akan memberikan respon mengenainya kemudian nanti.
"Buat masa ini, kami memang menerima dulu segala penjelasan yang diberi, tetapi kami akan kaji pula selepas ini sama ada penjelasan itu boleh diterima oleh pihak Pakatan Rakyat atau tidak," katanya.
Manakala Tony pula berkata, langkah Kementerian Pertahanan yang bersetuju mengadakan pertemuan dengan pihak pembangkang pada hari ini pasti akan memberikan kesan yang cukup baik bagi kepentingan negara.
Beliau berharap agar langkah seperti itu akan turut diadakan oleh kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Pertanian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Tidak rugi jika pihak kerajaan bersetuju mengadakan pertemuan seperti ini kerana ia akan membolehkan pihak pembangkang melakukan semak dan imbang terhadap segala tindakan dan perbelanjaan kerajaan bagi kepentingan rakyat dan negara," ujarnya.
Sidang Media YB Datuk SUA PKR : http://www.youtube.com/watch?v=NBXspu-ynhc

Saman dari Shahrizat memang ditunggu - Rafizi
Harakahdaily, | 19 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pengarah Starategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) berkata, saman daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya berhubung pendedahan isu NFC sememangnya ditunggu-tunggu.
Katanya, ia kerana mereka mahu menggunakan peluang mahkamah untuk terus mendedahkan secara lanjut dakwaan penyelewengan dalam projek NFC tersebut.
"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya
penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.
"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya.
Beliau mengulas saman RM100 juta terhadapnya dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin oleh Shahrizat yang difailkan di mahkamah hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.
Sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.
"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus
membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi.
Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah
tentu beliau mampu membayarnya.
"Jika pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katanya.

Negeri diminta tidak serah tanah kepada FGVH
Hazayani Zakaria, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyeru kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan disenaraikan ke Bursa Malaysia April ini.
Melalui perjanjian itu, tanah Felda seluas 360,067 hektar di bawah kuasa kerajaan negeri akan dipajak selama 99 tahun kerana FGVH kekurangan aset bagi membolehkan penyenaraiannya.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, kerajaan negeri yang mempunyai Felda sudah menerima surat perjanjian tersebut untuk ditandatangi.
"Kita dimaklumkan, ketika ini surat telah dihantar kepada kerajaan negeri dan terserah kepada negeri untuk menandatanginya.
"Pajakan tanah ini akan menjejaskan aset peneroka sedangkan Felda terus mendapat keuntungan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Semua negeri kecuali Pulau Pinang mempunyai tanah Felda dan Pahang mempunyai tanah Felda paling luas iaitu sebanyak 143,584 hektar.
Sehubungan itu Mazlan berkata, Gerakan Selamatkan Felda (GSF) akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri bagi memberikan penerangan mengenai perjanjian tersebut.
Hujung bulan ini, Anak dan GSF akan mendedahkan semua isi kandungan perjanjian tersebut kepada peneroka supaya mereka menyedari bahaya yang menanti jika perjanjian itu diteruskan.
"Bayaran pajakan hanya pada kadar RM251 juta sahaja setahun sedangkan perolehan (Felda) ketika ini sekitar RM2 bilion dan tiada jaminan nilai pajakan boleh dipertahankan jika berlaku kejatuhan harga komoditi," kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu.
Selain turun menemui peneroka, Anak juga akan bertemu dengan menteri besar dan ketua menteri sendiri bagi membincangkan mengenai perjanjian tersebut sebelum ia ditandatangani.
Mengadap Sultan Pahang
Mengulas gesaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar peneroka menyokong penyenaraian FGVH yang dikatakan bertujuan memperluaskan aktiviti perniagaan Felda, Mazlan menyifatkan ia sebagai agenda tersembunyi.
"Kita yakin kerajaan mempunyai agenda tersembunyi di sebalik penyenaraian ini dan peneroka akan menjadi mangsa.
"FGVH sudah banyak gagal dalam pelaburannya di luar negara, tapi masih diberi kepercayaan," katanya.
Beliau berkata, perbincangan sudah dibuat dengan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengadap Sultan Pahang berhubung isu ini.
"Kita akan mengadap Sultan Pahang supaya perjanjian ini sampai ke pengetahuan Tuanku dan langkah pencegahan boleh diambil," katanya.
Sumber HD : 20/01/2012

NFC: Soi Lek pun bidas Shahrizat
Harakahdaily, | 21 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) berkata, dengan pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sewajarnya tahu tindakan yang harus diambil.
Tidak menyebut secara jelas sama ada tindakan tersebut adalah 'meletakkan jawatan', namun Soi Lek berkata Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang melaporkan porojek itu bermasalah.
Apatah lagi katanya selepas pendedahan itu, beberapa pihak termasuk dari BN sendiri mendesak beliau meletakkan jawatan.
“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.
“Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Sambil menegaskan untuk menangkap lembu mestilah menggunakan tanduknya, Dr Chua juga menyifatkan tindakan BN terhadap Shahrizat bagi menangani isu itu juga 'sangat lemah' sehingga ianya dilihat 'sangat teruk' kepada masyarakat.
“Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.
“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.
Sebelum ini sudah ramai di kalangan Umno sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara berlapik mengisyaratkan kepada Sharizat agar Ketua Wanita Umno itu meletakkan jawatan ekoran terpalit skandal 'lembu gate' tersebut.
Selain Tun, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh turut membuat desakan sama.
Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Shahrizat untuk projek penternakan lembu disalah guna.
Ianya termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.
Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.
Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.
Sumber HD : 21/01/2012

Ketua audit kesal NFCorp persoal integriti jabatannya
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal dengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya menjalankan tugas.
Beliau berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.
"Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.
"Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah
dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail menegaskan bahawa entiti perniagaan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tiada kaitan dengan NFCorp.
Sebaliknya, tegas Mohamed Salleh, ia adalah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan oleh Kementerian kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).
Mohamed Salleh dilaporkan berkata, berlaku kekeliruan antara NFCorp iaitu sarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan MoA.
Sementara itu, Perkasa pada Ahad lalu mencabar NFCorp mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.
Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.
Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk projek penternakan lembu disalah guna.
Ianya termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.
Pakatan Rakyat turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno itu dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.

Sumber HD : 25/01/2012
Mazlan dedah kandungan perjanjian Felda-FGVH
Hazayani Zakaria, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) yang disifatkan sebagai berat sebelah dan menindas peneroka.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya berbuat demikian kerana peneroka langsung tidak mengetahui perjanjian di antara kedua-dua pihak itu dalam usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsinya sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.
"Felda tidak punya apa-apa peranan, jadi seperti patung yang tidak punya kekuatan.
"Segala urus niaga akan diurus oleh FGVH dan FGVH mendapat kenikmatan aman sentosa," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat itu turut berkata, pihaknya akan membuat pendedahan secara bersiri dan ini merupakan pendedahan yang pertama.
Ini kerana segala pandangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut tidak diterima kerajaan.
"Anak sudah bagi masa yang cukup kepada kerajaan khususnya perdana menteri untuk membuat pertimbangan terhadap penyenaraian ini.
"Sudah tiba masanya kami membuat pendedahan demi pendedahan kerana peneroka tidak tahu isi kandungan dan terma perjanjian sebaliknya peneroka terpengaruh dengan dakyah kerajaan bahawa penyenaraian itu memberi kesenangan kepada peneroka," katanya.
Kandungan perjanjian itu antaranya juga menyebut tanah Felda seluas 360, 067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH.
Selain itu, perjanjian tersebuty menyatakan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.
"Kalau polisi itu dibuat, ia akan merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yng dimiliki peneroka akan terjejas.
"Memanglah Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka," kata Mazlan lagi.
Perjanjian tersebut turut diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipersetujui.
Setakat ini, semua negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada Felda untuk dipajak kepada FGVH.
"Negeri-negeri PR tidak akan serah tanah Felda untuk dipajak tapi kita akan tetap buat roadshow dan bertemu dengan menteri-menteri besar dan wakil-wakil peneroka bagi jelas isu penyenaraian ini," katanya.
Felda defisit RM1.5 bilion
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Anak, Dr. Rosli Yaakob yang juga pakar ekonomi melahirkan kebimbangan terhadap jangkaan defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion yang akan dialami Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.
Menurut Perjanjian Pajakan Tanah tersebut, Felda hanya menerima bayaran RM251 juta sahaja setahun setelah Felda menjual semua saham di dalam FGVH.
Ini akan membolehkan Felda mendapat wang lebih kurang RM5.9 bilion berdasarkan penilaian FGVH dan berdasarkan 15 peratus keuntungan Operasi Pertanian atau perkongsian keuntungan tahunan yang bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.
"Pendapatan Felda daripada sekitar RM2 hingga 2.3 bilion setahun akan tinggal 508 juta sahaja. Itu pun jika harga komoditi berada di paras stabil seperti sekarang.
"Manakala perbelanjaan Felda tahun 2010 sahaja mencecah RM1, 980 juta. Felda akan mengalami defisit tahunan sekitar RM1.5 bilion. Siapa yang akan menampung kekurangan pendapatan Felda ini?" soalnya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Sidang Media Presiden ANAK : http://www.youtube.com/watch?v=GbWkxEM0Igo
Sumber HD : 26/01/2012

Pastikan keselamatan Datuk Shamsubahrin - PKR
Muhammad Faizal, | 27 Jan 2012 |
KLANG, 27 Jan: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa atas tuduhan menipu baru-baru ini berada dalam keadaan tidak selamat dan perlukan perlindungan sepenuhnya.
(Zuraidah dan Surendran ketika bercakap kepada wartawan)
Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dalam sidang media hari ini mendakwa, Samsubahrin yang merupakan saksi utama dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan didakwa atas dua pertuduhan menipu dilihat menjadi "kambing hitam" kepada skandal tersebut bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
"Apa yang kita lihat sekarang Samsubahrin telah dianiayai oleh pihak tertentu bagi menutup kepincangan yang berlaku di dalam NFC, malah beliau juga telah dijadikan 'kambing hitam' bagi menanggung kesalahan yang dilakukan oleh orang lain," jelasnya.
Baru-baru ini, Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.
Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.
Baru-baru ini, Pengerusi NFC mendakwa, bekas kakitangannya adalah antara pihak yang terlibat membocorkan rahsia NFC.
Dalam sidang media hari ini, Zuraida memberitahu, sewaktu Samsubahrin diminta untuk menghuraikan segala kucar kacir di dalam akaun NFC, pihak NFC berharap beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya tetapi Samsubahrin tidak bertindak seperti apa yang mereka kehendaki.
"Melihat kepada tindakan Samsubahrin yang tidak mahu mengikut seperti apa yang dikehendaki, mereka mula memerangkap beliau dengan tuduhan-tuduhan menipu.
"Kami beranggap Samsubahrin adalah saksi yang penting dan kita mengharapkan keselamatan beliau dapat dijaga serta diberi perlindungan sepenuhnya.
"Sebab itulah kita akan membuat pendedahan seterusnya agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dan saya pasti pihak berkepentingan akan melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak ketahui," sambungnya lagi.
Sengaja diperangkap
Sementara itu, Peguam N. Surendran yang mewakili Samsubahrin memberitahu beliau mempunyai banyak maklumat berkaitan NFC dan pihak tertentu telah bertindak dengan tuduhan menipu dengan harapan Samsubahrin dapat berdiam diri dari membuat sebarang pendedahan.
(Gambar: Zuraidah ketika bertemu dengan Samsulbahrin di katil hospital.. semangatnya kental)
"Apa yang kita lihat hari ini adalah suatu yang pelik telah berlaku di mana dalam tempoh ini terdapat dua pertuduhan dikenakan terhadap anak guam saya, Samsubahrin, iaitu yang pertama dari Mahkamah Klang dan yang kedua pula dari Mahkamah Majistret Shah Alam.
"Beliau tidak mengaku salah keatas kedua-dua tuduhan tersebut dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM9 ribu dan RM2 ribu dan sebutan akan dilakukan pada 27 Februari di Mahkamah Klang manakala pada 1 Mac di Shah Alam," jelasnya.
Tambahnya lagi, melihat kepada apa yang berlaku sekarang ini, ia adalah bermotifkan politik bagi melindungi seseorang.
"Samsubahrin akan membuat laporan polis untuk kali pertama kerana sebelum ini beliau tidak mengetahui apa yang berlaku dan atas alasan tersebut kita telah meminta hakim membenarkan beliau membuat laporan polis terhadap apa yang sebenarnya belaku.
"Hakim dari Mahkamah Klang telah membenarkan beliau membuat laporan dan sekarang pihak polis sedang mengambil laporan darinya, setelah laporan tersebut siap kita (PKR) akan membuat pendedahan mengenai apa yang terkandung dalam laporan tersebut," katanya.
N.Surendren berkata, melihat kepada pertuduhan tersebut ia hanyalah melibatkan kes sivil sahaja dan tidak ada langsung unsur jenayah.
"Ini adalah kes fitnah kerana ia dilihat sebagai cubaan mengganggu tertuduh (Samsubahrin) dan berharap tertuduh berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Saya mahukan jawapan dari Peguam Negara mengapa kuasa pendakwaan disalahguna seperti ini untuk bertindak menyerang Samsubahrin, adakah kerana beliau mengetahui segala rahsia yang berlaku di dalam NFC," sambung beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau percaya ini adalah penganiayaan yang amat serius berlaku terhadap Samsubahrin dan ada pihak yang ingin menutup kes tersebut maka serangan demi serangan dilakukan terhadapnya.
Sebelum itu, beliau yang sepatutnya berada di Penjara Sungai Buloh tetapi dimasukan ke hospital bagi mendapat rawatan untuk penyakit kencing manis dan jantung.
Latheefa Koya juga turut bertindak mewakili Samsubahrin dalam kes tersebut.

Sumber HD : 27/01/2012
NFC: Najib perlahan, tidak telus dan tidak berani
Muhammad Yusri Amin, | 28 Jan 2012 |
TUMPAT, 28 Jan: PAS menyifatkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat perlahan, tidak telus dan tidak berani dalam menyelesaikan isu penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
(Selamat Tahun Baru Cina...Kamarudin meraikan orang Cina di Tumpat)
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ekoran itu, rakyat dapat menilai sama ada Najib benar-benar ikhlas untuk menghapuskan rasuah di negara ini.
Beliau mendakwa dalam kes membabitkan Menteri Kabinetnya (yang dikaitkan dengan skandal NFC), Najib dilihat tidak berani mengambil tindakan berkesan khususnya untuk menghapuskan rasuah.
“Kes NFC itu didakwa melibatkan menteri Kabinet beliau sendiri, makin menunjukkan bahawa PM tidak berani mengambil tindakan yang ada kaitan dengan rasuah dalam negara ini," katanya.
Sehubungan itu, Kamurudin yang juga Anggota Parlimen Tumpat berharap rakyat akan dapat menilai dengan jelas sama ada Najib benar-benar ikhlas untuk menghapuskan rasuah Di Malaysia.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis pemimpin bersama masyarakat Tiong Hwa sempena sambutan Tahun Baru Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan dekat sini petang semalam.
Turut Hadir Timbalan Menteri Besar yang juga Adun Pasir Pekan Datuk Ahmad Yaacob dan anggota Exco yang juga Adun Kota Lama, Datuk Anuar Tan.
Hadir sama pemimpin masyarakat pelbagai kaum, aktivis parti dan penduduk tempatan.
(Gambar: Kamarudin, Ahmad dan Anuar memberikan ang pau sempena Tahun Baru Cina)
Kamarudin melahirkan rasa gembira dan bersyukur lantaran masyarakat Tiong Hwa termasuk kaum Thai di Parlimen Tumpat dan di kawasan lain di Kelantan, memberi kerjasama erat kepada program dianjurkan kerajaan.
“Ini saya yakin adalah ‘reaksi balas’ masyarakat itu kerana mereka dapat melihat sendiri bahawa kerajaan PAS telah berpuluh tahun dengan amalan ikhlas memberi perhatian berat kepada kebajikan, menjaga kebudayaan, menghormati amalan serta memberi perlindungan kepada rumah-rumah ibadat mereka,” katanya.
Tidak telus
Kamarudin mendakwa, kerajaan Persekutuan sememangnya perlahan dan tidak telus dalam menyelesaikan kes membabitkan NFC itu.
Beliau mendakwa, isu itu kini amat membimbangkannya, dan dalam masa yang sama, ada percubaan untuk mengkritik Jabatan Audit Negara walau pun Ketua Audit Negara telah muncul sekali lagi mempertahankan laporan mereka (termasuk mengenai penggunaan dana RM250 juta oleh NFC).
“Pihak Audit sekali lagi mengatakan bahawa mereka tidak tersilap dalam membuat kesimpulan mereka bahawa ada masalah dari segi penggunaan wang negara yang bernilai RM250 juta itu.
“Ketua Audit Negara pun memberi bayangan bahwa tindakan seterusnya mesti diambil oleh jabatan dan agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
Sumber HD : 28/01/2012

Felda diunjur defisit selepas penyenaraian FGVH?
Dr. Rosli Yaakop, | 28 Jan 2012 |
Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa (Malaysiakini, 27 Januari 2012) angka-angka yang didedahkan oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan saya pada sidang akhbar pada 26 Januari 2012 tidak betul. Saya ingin memberitahu bahawa maklumat yang kami perolehi adalah berwibawa. Tentang angka-angka yang kami sebut, saya mahu menegaskan di sini bahawa saya tidak mereka-reka angka. Saya memetik angka-angka itu dari sumber yang diyakini berstatus “boleh dipercayai” (reliable). Saya tidak memetik angka dari sumber yang saya yakini “tidak boleh dipercayai” jauh sekali untuk mengada-adakan angka sendiri.
Di antaranya, sumber yang boleh dipercayai itu memberitahu bahawa Felda menanggung perbelanjaan sebesar RM1.745 bilion dalam tahun 2007. Dalam tahun 2010 pula, ia menanggung perbelanjaan sebesar RM1.981 bilion. Butiran-butiran utama perbelanjaan ini ialah perbelanjaan peneroka (35-37%), perbelanjaan pengurusan (25-27%), perbelanjaan tanam semula peneroka (23-25%) dan pinjaman kepada peneroka.
Felda membiayai perbelanjaan ini melalui pelbagai sumber, iaitu, pendapatan dari ladang, dividen, geran infrasturktur yang diterima dan lain-lain dan hakikatnya, pendapatan dari ladanglah yang utama merupakan 60-70% daripada jumlah pendapatan. Dalam tahun 2007, pendapatan Felda berjumlah RM2.134 bilion yang mana RM1.349 bilion adalah pendapatan ladang. Dalam tahun 2010, Felda menjana pendapatan berjumlah RM2.387 bilion yang mana pendapatan dari ladang berjumlah RM1.43 bilion.
Dalam struktur organisasi yang ada sekarang, Felda menikmati lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan. Dalam tahun 2007, lebihan pendapatan berjumlah RM389 juta (RM2.134 bilion – RM1.745 bilion). Dalam tahun 2010 pula, lebihan pendapatan berjumalah RM406 juta (RM2.387 bilion – RM1.981 bilion).
Berdasarkan cadangan penyenaraian FGVB, senario ini akan berubah seperti berikut: Felda akan memajakkan kesemua tanah yang ia miliki (bukan tanah milik langsung peneroka) kepada FGVHB selama 99 tahun merangkumi “tanah semasa” (tanah yang mempunyai geran hak milik), “tanah semasa tambahan” (tanah belum ada lagi geran hak milik) dan “tanah masa hadapan” (sebarang tanah yang akan diberi miliki atau diambil alih oleh Felda di masa hadapan). Sebagai balasan kepada memajakkan tanah kepada FGVB, Felda akan dibayar seperti berikut: RM251 juta setahun bagi sewa tanah (Datuk Maslan: RM1.5 bilion setahun sebagai “pendapatan bersama” Felda dan FGVHB) dan RM508 juta (anggaran) yang merupakan 15% dari keuntungan operasi pertanian yang dijangka diperolehi FGVHB selepas penyenaraian kelak. Oleh itu, jumlah pendapatan Felda selepas penyenaraian ialah RM759 juta. Jelas, jumlah ini memang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan Felda di anggarkan berjumlah antara RM1.7-2.0 bilion setahun (2007-2010).
Dalam tempoh 2007-2010 (4 tahun), purata pendapatan ladang ialah RM1.357 bilion setahun. Selepas disenaraikan nanti, Felda akan hanya menerima RM508 juta atau 15% dari jumlah keuntungan tahunan (anggaran), bermakna akibat penyenaraian FGVB, Felda akan kehilangan pendapatan ladang sebesar RM849 juta setiap tahun, kurang atau lebih, bergantung kepada pendapatan sebenar.
Untuk menampong kekurangan ini ada tiga syor yang diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai itu, iaitu, pertama, kadar pajakan tahunan dibayar mengikut kadar pajakan semasa (bermakna kadar pajakan dalam cadangan sekarang adalah rendah). Kedua, kadar perkongsian keuntungan tahunan dinaikkan dari 15% kepada 30%. Ketiga, FGVHB menyediakan wang tahunan berjumlah tidak kurang dari RM1.5 bilion kepada Felda. Namun, setakat ini, syor ini tidak ada dalam deraf perjanjian pajakan, mungkin alasannya ialah ia akan memberi kesan negatif kepada prestasi kewangan FGVHB sekaligus menghadkan nilai saham di pasaran. Atas fakta inilah dikatakan Felda akan dalam defisit selepas penyenaraian. Kalau tidak, syor-syor yang demikian tidak mungkin timbul.
Saya juga mendapat tahu bahawa, pertama, kadar pajakkan itu tidak berubah selama 10 tahun, bermakna selama 10 tahun bermula dari perjanjian pajakan dimeterai, sewa tahunan yang diterima oleh Felda kekal pada RM251 juta setahun. Juga, kadar sewa tanah berbeda-beda dari negeri ke negeri. Tanah Felda di negeri Pahang sewanya paling tinggi, iaitu, melebihi RM1,000 se hektar setahun dan yang paling rendah Perlis, iaitu, di bawah RM90 se hektar setahun. Di negeri selebihnya, kadar sewa tanah berubah-ubah di antara setinggi-tingginya sekitar RM900 se hektar setahun dan serendah-rendahnya RM100 se hektar setahun.
Kedua, keuntungan sebanyak 15% yang akan diberi kepada Felda setiap tahun hanyalah “keuntungan dari operasi pertanian,” bermakna pendapatan daripada aktiviti pemprosesan dan pengewangan sisa (monetisation of by-products) diambil semuanya oleh FGVHB. Keuntungan ini adalah keuntungan”amat” bersih, iaitu, semua kos telah ditolak termasuk kos membina infrastruktur dan kos pengurusan estet.
Saya sedia diperbetulkan.

Noh gagal jelaskan isu sebenar NFC
zulsulung, | 28 Jan 2012 |
SHAH ALAM, 28 Jan: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar didakwa gagal menjelaskan bagaimana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan wang RM250 juta milik rakyat.
"Hujah yang beliau bangkitkan gagal menjawab isu pokok iaitu salah guna dana dan pertanggungjawaban dalam menggunakan dana RM250 juta menggunakan wang rakyat untuk projek ini," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Faekah dalam kenyataannya berkata, Noh gagal menggunakan publisiti meluas untuknya menggilap diri sebagai bakal MB Selangor.
Menurut Faekah, Noh Omar sejak akhir-akhir ini berjaya mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik dan dikatakan berkait rapat dengan impian beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas semula pentadbiran Negeri Selangor.
Semalam, sekali lagi beliau mendapat liputan hebat dengan memberi penjelasan tehadap skandal salah guna wang rakyat dalam projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana RM250 juta.
"Namun agak mengecewakan apabila Noh Omar gagal memanfaatkan peluang ini untuk mempamerkan kredibiliti dan integriti beliau sebagai pemimpin yang baik," kata Faekah.
Sebaliknya, publisiti itu telah membongkar betapa dangkalnya pemahaman beliau selaku menteri yang dipertanggungjawabkan terhadap isu mega tersebut.
Menurut Faekah, Noh menggunakan alasan-alasan teknikal untuk mengatakan projek RM250juta NFC ini tidak gagal – meskipun begitu beliau tidak berani pula untuk mengatakan ianya berjaya, memadai dengan “tidak gagal”.
"Sebagai Menteri, mustahil beliau tidak memahami isu sebenar NFC," dakwa Faekah.
Katanya, kalau pakcik-pakcik tua di kedai-kedai kopi pun faham isu pengkhianatan wang rakyat ini masakan Noh Omar selaku menteri tega buat-buat bodoh dengan menyimpang dari isu sebenar.
(Faekah [kanan] dan Noh Omar)
Hujah yang beliau bangkitkan gagal menjawab isu pokok iaitu salah guna dana dan pertanggungjawaban dalam menggunakan dana RM250 juta menggunakan wang rakyat untuk projek ini, katanya.
Tiada kredibiliti
Bagi beliau, rakyat jelas melihat Noh sebagai seorang menteri yang tiada kredibiliti dan integriti.
Seperti mana yang digariskan oleh Institut Integriti Negara –institusi yang diwujudkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sendiri – sesungguhnya integriti seorang pemimpin akan terjejas jika beliau “cakap tak serupa bikin”, kurang berteladan dan lemah iltizam.
Katanya, Noh mendabik dada kononnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tetapi membiarkan pembaziran dan salah guna kuasa yang berlaku di bawah portfolio pertaniannya - cakap tak serupa bikin.
Noh, kata Faekah, seolah-olah menghalalkan perkara jahat ini berlaku - kurang berteladan.
Beliau tidak mempunyai kekuatan diri untuk secara berani membicarakan isu rasuah dan salah guna kuasa dan seterusnya mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasinya - lemah iltizam, katanya.
"Dengan tiga kelemahan ketara tersebut, saya cadangkan Noh Omar kembali meminta nasihat daripada Institut Integriti Negara apakah elemen yang perlu ada untuk menyelenggara dana amanah rakyat.
"Lebih elok lagi jika beliau mengambil kursus perjawatan mahupun peperiksaan integriti kelolaan institut tersebut agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan matlamat institut tersebut ditubuhkan.
"Jika tidak, lupakan saja cita-cita mahu menjadi jaguh di Selangor ataupun terpilih semula di dalam PRU13 nanti kerana bimbang negara ini menjadi kucar-kacir seperti yang berlaku terhadap NFC," katanya tegas.

FGVH: Strategi dapat RM1.5b hanya janji lisan
Hazayani Zakaria, | 29 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa strategi yang digariskan Felda untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), hanyalah janji lisan dan tidak memberi apa-apa jaminan.
Sebaliknya, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad perlu mengemukakan jaminan bertulis mengenai langkah-langkah yang akan diambil Felda sebagai jaminan aset peneroka tidak akan terjejas.
"Ahmad Maslan kata ada strategi untuk dapatkan RM1.5 bilion itu. Tapi itu hanya cakap mulut, tak ada hitam putih.
"Sebab itu saya cabar kerajaan kemuka jaminan bertulis, bukti dan fakta supaya kedudukan Felda sebagai institusi tanah terbesar ini diyakini," kata beliau kepada Harakahdaily.
Kelmarin, Ahmad menafikan Felda akan mengalami defisit 1.2 hingga 1.5 bilion seperti yang didakwa Anak.
Beliau berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.
Ahmad turut menyifatkan Anak mendakwa demikian kerana tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai pengapungan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Mengulas mengenainya, Mazlan berkata, Anak mendakwa demikian berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh darpada perjanjian pajakan tanah di antara Felda dan FGVH.
Sehubungan itu, beliau mengulangi pelawaan berdebat dengan Ahmad supaya kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan fakta mengenai perbelanjaan Felda.
"Mereka kata kita buat tuduhan melulu, hasut peneroka, sedangkan kita kemukakan apa yang terkandung dalam perjanjian dan apa yang diperoleh daripada pihak pengurusan Felda sendiri.
"Sebab itu saya ulang cabaran debat supaya masing-masing boleh kemuka bukti," katanya.
Tambahnya, penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia dengan mendapat segala kenikmatan daripada Felda hanya akan membuatkan Felda hilang kuasa untuk berdikari seperti sebelum ini.
"Saya nampak strategi yang dikatakan Ahmad itu menyebabkan kuasa terletak di tangan FGVH dan Felda yang sebelum ini menjana pendapatan sendiri, hilang sifat berdikari.
"Dulu Felda dibantu kerajaan, selepas itu menjalankan pengurusan sendiri tapi kini terpaksa bergantung kepada FGVH yang belum tentu berjaya," katanya.
Sumber HD : 29/01/2012
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menggunakan populariti yang didakwa dimilikinya untuk bertegas menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Najib didakwa sangat popular dan Umno pula tidak popular seperti Najib. Dalam keadaan Umno dilihat sangat bergantung kepadanya, sepatutnya beliau berani bertindak supaya wang rakyat sebanyak RM250 juta yang semua orang tertanya-tanya apa terjadi dapat dikesan ke mana perginya.
"Tetapi Najib tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah itu," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, adakah apa yang dilihat sebagai ketakutan Najib menubuhkan suruhanjaya tersebut disebabkan kenyataan Shahrizat sebelum ini.
Dalam kenyataan yang dilihat umum sebagai ugutan, Sin Chew baru-baru ini memetik Shahrizat berkata,"beritahu saya pemimpin Umno yang mana tiada masalah".
Mahfuz juga menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai NFC.
"Setiap kali Muhyiddin membuat kenyataan, makin besar keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.
Muhyiddin hari ini dilaporkan berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan.
"Kenapa takut sangat dengan suruhanjaya diraja menyiasat projek NFC? Apa yang nak disembunyikan sangat dari pengetahuan rakyat?
"Dan lebih penting untuk diketahui rakyat, adakah Muhyiddin tidak terlibat sama sekali dengan pemberian dana RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) memandangkan ketika dana tersebut diberikan, Muhyiddin adalah Menteri Pertanian dan Asas Tani," kata Mahfuz.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui NFC dan NFCorp terikat antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.
Beliau berkata, NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.
Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFC
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Jan 2012 |

Najib didakwa sangat popular dan Umno pula tidak popular seperti Najib. Dalam keadaan Umno dilihat sangat bergantung kepadanya, sepatutnya beliau berani bertindak supaya wang rakyat sebanyak RM250 juta yang semua orang tertanya-tanya apa terjadi dapat dikesan ke mana perginya.
"Tetapi Najib tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah itu," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, adakah apa yang dilihat sebagai ketakutan Najib menubuhkan suruhanjaya tersebut disebabkan kenyataan Shahrizat sebelum ini.
"Tetapi Najib tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah itu," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, adakah apa yang dilihat sebagai ketakutan Najib menubuhkan suruhanjaya tersebut disebabkan kenyataan Shahrizat sebelum ini.
Sumber HD : 29/01/2012
Andai saya TPM, bagaimana selesai NFC?
Harakahdaily, | 31 Jan 2012 |
Kesatuan Fikrah
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, daripada yang veteran hingga pemuda dalam isu-isu hangat yang membelenggu negara kini.
Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mewakili suara ulama ialah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com
Soalan minggu ini:
Apakah pandangan anda tentang sikap perdana menteri dalam isu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)? Jika anda ialah Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, apakah cara terbaik untuk anda menyelesaikan kemelut NFC?
Mohamad Sabu:
Perdana Menteri hanya bermain sentimen propaganda anti rasuah, akan tetapi, di sebalik dan benda yang sebenar, Perdana Menteri kita adalah ketua kepada pelindung rasuah. Maklumlah, beliau juga amat takut untuk bertindak kerana beliau sendiri diselubungi kes kapal selam dan Altantuya. Inilah yang orang kata, burung gagak sama hitam.
Sekiranya saya ialah TPM, pertama sekali, saya akan menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menyiasat NFC.
Hasil siasatan saya akan cadangkan diumumkan kepada rakyat… sekiranya ada kes rasuah dan penyelewengan, saya akan mendesak jabatan peguam negara mendakwa segera ke mahkamah.
Tuan Ibrahim:
Perdana menteri tidak boleh bersikap lepas tangan dengan sekadar mengumumkan pembekuan dana NFC, dan menyuruh menteri-menteri yang terlibat dalam skandal ini (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar) untuk menyelesaikan perkara ini.
Bagi membersihkan imej kabinet dan menteri-menteri yang terlibat, sepatutnya Perdana Menteri menubuhkan satu badan bebas untuk membuat siasatan terperinci dan mengemukakan cadangan tindakan seterusnya. Ini tidak, Muhyiddin, orang yang meluluskan projek ini kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mengumumkan tidak perlunya Suruhanjaya Diraja diadakan untuk menyiasat skandal NFC. Nak kata Perdana Menteri tak faham apa itu conflict of interest susah nak terima, ataupun perkara itu disengajakan supaya Muhyiddin tenggelam bersama NFC?
Isu NFC adalah isu pemberian projek bukan kepada yang berhak mendapatnya pada awal-awal lagi. Maka, sepatutnya projek yang tentu gagal ini tidak diberi sejak awal lagi kerana kerajaan mempunyai pelbagai agensi yang boleh dimanfaatkan bagi menjayakan program membekalkan daging untuk negara. Kerajaan sepatutnya menyalurkan dana yang ada kepada jabaran haiwan atau agensi lain yang sedia ada.
Penyaluran dana sepatutnya dibuat berperingkat bergantung kepada progres projek, bukan diberi secara sekaligus, bagi megelak dana awam dari diselewengkan. Jika saya ialah TPM, memandangkan keadaan sudah menjadi bubur, saya mesti bertanggungjawab penuh ke atas projek ini kerana saya yang meluluskan projek tersebut. Saya akan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perkara ini.
Desakan agar disiasat dan melepaskan jawatan bukan sahaja terhad kepada Shahrizat, tetapi juga saya, supaya tidak mengganggu siasatan kepada penyalahgunaan dana awam ini demi mengembalikan keyakinan awam kepada saya sebagai TPM.
Nasrudin Tantawi:
Isu NFC berkait dengan kepentingan negara dan rakyat. Ia juga satu isu yang mencabar nilai integriti kepimpinan kerajaan yang diberi mandat atau amanah mentadbir dan memimpin negara jika tidak ditangani dengan baik dan bijak.
Jika saya adalah Timbalan Perdana Menteri negara tercinta ini, langkah pertama yang saya ambil ialah memberi komitmen kepada rakyat dan menggesa kerajaan untuk menubuhkan satu Suruhajaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes ini tanpa bias sungguhpun ia didakwa melibatkan seorang yang bertaraf menteri.
Langkah ini untuk menenangkan keresahan rakyat dan serentak itu, memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan komited menangani atau membenteras penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan.
Memudahkan siasatan dilakukan, menteri terlibat akan dinasihatkan agar meletakkan jawatan atau mengambil cuti rehat yang panjang sehingga proses siasatan selesai dan laporan hasil siasatan mestilah dibentang kepada parlimen.
Menyerahkan kepada polis dan hanya membuat dakwaan ke mahkamah tanpa laporan lengkap hasil siasatan ke parlimen dilihat tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat kerana kes ini melibatkan individu dalam kategori high profile.
Andai menteri tersebut didapati jelas bersalah maka tindakan tegas mesti diambil dengan beliau tidak lagi boleh menganggotai kabinet dan jika beliau di dapati tidak bersalah, maka keadilan sewajarnya mestilah diberikan.
Sumber HD : 31/01/2012

NFC: SPRM digesa siasat polis elak rasuah
Muhammad Faizal, | 31 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Jan: PKR hari ini menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan institusi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bebas dari unsur rasuah bagi menjamin ketelusan siasatan terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Jelas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada sidang media di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pihaknya menerima salinan laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Samsubahrin Ismail pada 27 Januari yang lepas terhadap Pengerusi NFC Datuk Seri Dr. Salleh Ismail.
"Kita telah menerima salinan laporan polis tersebut dan kita dapati bahawa dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.
"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu," jelasnya yangmemetik kandungan sms itu.
Zuraida juga memberitahu melihat kepada apa yang dilaporkan itu jelas wujud arahan rasuah yang dilakukan oleh Salleh bagi memastikan skandal tersebut dapat dilindungi serta tiada tindakkan diambil.
"Kita mahu siasatan dilakukan oleh SPRM berhubung dengan laporan tersebut dan saya pasti pihak SPRM di Putrajaya juga mengetahui kandungan SMS itu kerana salah satu telefon milik Samsubahrin telah disimpan di sana sebagai bahan bukti.
"Apa yang kita kesalkan mereka yang mengarahkan rasuah masih lagi terlepas manakala yang Samsubahrin pula diambil tindakan segera malah juga telah didakwa," sambungnya.
Tambahnya yang juga Ketua Wanita PKR, SPRM perlu bertindak keatas Ismail yang jelas mengarah agar membayar (rasuah) kepada pihak polis bagi menutup kes skandal NFC.
Sementara itu, R Sivarasa memberitahu perkara itu amat serius malah ia merupakan satu jenayah rasuah yang perlu diambil tindakan segera oleh SPRM.
"Saya tegaskan kepada pegawai SPRM tadi bahawa tuduhan tersebut amat serius iaitu ada arahan dilakukan oleh Salleh kepada Samsubahrin yang mengarah agar merasuah pihak polis, dalam selain SMS dari Salleh terdapat juga SMS yang dihantar oleh pegawai NFC mengarahkan Samsubahrin merasuah pihak polis.
"Kita tidak nyata ini satu fitnah kerana beliau berani serta cakap mempunyai bukti dan sanggup hadapi tuduhan tersebut, SPRM perlu segera siasat Salleh yang bertindak mengarah beliau (Samsubahrin) merasuah pihak polis," katanya.
Ahli Parlimen Subang itu juga menyatakan kekesalan bagaimana Salleh sehingga sekarang tidak dikenakan apa-apa tindakan tetapi tindakan sebaliknya pula berlaku.
"Mereka yang mengarah terlepas tepati yang tidak pula sebaliknya, keadaan ini seolah-olah SPRM mahu memberi perlindungan kepada NFC.
"Kita mahukan Salleh ditahan serta dibawa ke mahkamah dengan segera bukannya lepas begitu sahaja, jika SPRM tidak bertindak dalam masa dua minggu, kita akan mendesak agar Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh," jelasnya lagi.
Dalam masa yang sama, Zuraida dan juga Sivarasa berharap jika kes itu disiasat di bawah SPRM soal keselamatan Samsubahrin perlu diperketatkan agar apa yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock dan juga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad tidak akan berulang.
Sebelum ini, dalam laporan polis Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.
Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.
Pegawai SPRM yang menerima laporan daripada Zuraida dan Sivarasa ialah Penolong Kanan Penguasa, Norshimah Abd Ghani dan juga Ketua Unit Siasatan, Maznah Che Muda.

Polis mesti siasat dakwaan Shamsubahrin
Abdul Aziz Mustafa, | 31 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Polis bertanggungjawab menjelaskan adakah siasatan dibuat terhadap dakwaan bahawa pengerusi eksekutif Fidlot Nasional Corp (NFCorp) Datuk Mohamed Salleh Ismail cuba merasuah pihaknya, kata Datuk Mahfuz Omar.
(Shamsubahrin semasa dibawa ke mahkamah untuk didakwa)
Semalam, ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu Salleh, mendakwa bahawa suami Ketua Wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.
"Setakat ini, Shamsubahrin hanya didakwa menipu Salleh dan tidak ada pun sebarang dakwaan mengenai percubaan merasuah polis," kata Mahfuz.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan Shamsubahrin sahaja yang mendakwa sedemikian, malah Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga mendedahkan perkara yang sama melalui perkongsian emel bekas pelajar-pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).
Dalam emel berkenaan Megat Najmuddin menyatakan beliau bertemu dengan seorang peguam mewakili Salleh, ketika satu makan malam, 22 Disember lalu. Peguam berkenaan, kata Megat, memberitahu tentang perihal Salleh sebagai ‘kaki penipu’, ‘bermulut manis’ dan memberikan wang supaya Shamsubahrin, mempengaruhi polis dalam siasatan.
Megat Najmuddin kemudiannya mengesahkan memang beliau yang menulis emel tersebut.
Mahfuz juga mempersoalkan mengapa polis mengambil masa yang luar biasa lama untuk menyiasat percubaan untuk merasuah pihaknya "sedangkan yang hendak dirasuah itu adalah polis sendiri".
"Adakah terlalu sukar dan memakan masa, tenaga dan belanja yang banyak untuk menemui Shamsubahrin dan Megat Najmuddin mengenai perkara itu?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.
Beliau berharap polis bertindak segera terhadap tuduhan itu untuk memastikan pihak polis tidak dituduh cuba menyembunyikan sesuatu dan cuba melindungi keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
"Sebelum ini, rakyat sudah merasa sangat curiga apabila Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) mendahului keputusan siasatan lengkap dan mendakwa tiada unsur pecah amanah dalam syarikat milik keluarga (Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu," kata Mahfuz.
Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat adakah dana RM250 juta yang diberikan kepada NFCorp diberikan mengikut peraturan kewangan kerajaan.
"Mengapa pihak kerajaan diam membisu mengenai perkara itu sedangkan sudah berkali-kali dipersoalkan adakah peraturan kewangan kerajaan dipatuhi ketika RM250 juta itu diberikan kepada syarikat keluarga Shahrizat," katanya.
Begitu juga, kata Mahfuz, tidak pernah kedengaran perkembangan siasatan polis atau mana-mana pihak menyiasat pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.
"Adakah disiasat dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.
"Tidak pernah juga kita dengar perkembangan siasatan ke atas dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009", kata Mahfuz lagi.

Mesyuarat agung khas halang penyenaraian FGVH
Hazayani Zakaria, | 01 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.
Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.
"Kita telah mendapat penjelasan oleh KPF tentang peruntukan fasal 29 ini dan mereka kata boleh buat EGM berasingan atas tuntutan yang berbeza.
"Maksudnya satu pihak nak buat EGM untuk luluskan penyenaraian (FGVH ke Bursa Saham), kita pula boleh buat satu lagi EGM untuk menentang penyenaraian dan kita dah bincang dengan peguam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Mazlan berkata, pihaknya mendapat maklumat, Mesyuarat Agung KPF akan diadakan pada 22 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, Mazlan berkata, Anak akan bekerjasama dengan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk mendapatkan sokongan perwakilan mengadakan mesyuarat agung menntang penyenaraian sebaik sahaja menerima notis panggilan mesyuarat agung KPF.
"Kita tidak menolak kemungkinan, kita akan gerakkan satu kekuatan untuk mendapatkan senarai daripada pemegang-pemegang saham terutama bagi mereka yang menentang usaha penyenaraian FGVH ini," katanya.
Beliau juga yakin kumpulan yang menentang penyenaraian FGVH lebih besar daripada kumpulan yang meyokong usaha itu.
"Saya berkeyakinan kumpulan yang menentang (penyenaraian) lebih besar daripada kumpulan yang menyokong penyenaraian.
"Tidak mudah untuk kerajaan melakukan penyenaraian ini," tegasnya.
Sumber HD : 1/02/2012

NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah'
Muhammad Faizal, | 02 Feb 2012 |
PUTRAJAYA, 2 Feb: Jingga 13 hari ini mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan dengan segera berhubung perkembangan laporan isu e-mel yang dihantar oleh Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas.
Kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sewaktu menyerahkan memorandum kepada SPRM, laporan telah dibuat pada 12 Januari lepas berkaitan bukti e-mel bertarikh 31 Disember tahun lepas yang bertajuk "sekarang NFC adalah mangsa penipuan" sehingga sekarang tidak ada sebarang perkembangan.
Memorandum tersebut telah diterima oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM, Azlin Mohd Ali pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM di sini.
"Sehingga sekarang kami tidak mendapat apa-apa perkembangan dari laporan yang telah dibuat. Apa yang pasti jelas e-mel yang ditulis oleh Megat Najmuddin menunjukkan wujudnya unsur rasuah yang melibatkan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
"Arahan rasuah itu jelas apabila Mohamad Salleh mengarahkan Datuk Samsulbahrin sebagai orang tengah bagi merasuah pihak polis sebanyak RM1.755 juta agar perkara itu ditutup," dakwa Fariz.
Tambahnya lagi, SPRM masih bersikap diam diri serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi laporan tersebut dan ia seolah-olah wujud sikap pilih kasih dalam kes yang dikendalikan oleh SPRM.
"Kita melihat Samsulbahrin ditangkap dan sekarang berada di Penjara Sungai Buloh tetapi malangnya pelaku rasuah Mohamad Salleh masih bebas serta tidak didakwa langsung," dakwanya lagi.
Katanya, email yang dihantar oleh Megat Najmuddin perlu dipandang serius.
Ini, ujarnya memandangkan Najmuddin merupakan Ahli Lembaga Penasihat SPRM serta selari dengan laporan polis oleh Samsulbahrin pada 27 Januari lalu.
"Beliau mengaku bahawa terdapat arahan dari Mohamad Salleh agar beliau (Samsulbahrin) membayar pihak polis bagi menutup siasatan skandal NFC," katanya lagi di hadapan bangunan SPRM.
Fariz juga menyebut laporan SPRM juga telah dibuat oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada 31 Januari yang lepas mengenai perkara itu.
"Jingga 13 meneruskan tekad untuk terus menjadi pendesak dalam isu NFC yang tampak begitu bersungguh-sungguh cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu.
"Justeru, Jingga 13 ingin mendapatkan kepastian tentang status siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM. Rakyat perlu tahu apakah perkembangannya kerana sudah diketahui umum ini semua adalah melibatkan wang rakyat.
"Jika Ketua Persuruhjaya SPRM tidak mampu dan tiada kredibiliti adalah lebih baik meletakkan jawatan agar dapat dilantik pengganti yang baru yang lebih tegas serta telus dalam melakukan siasatan tanpa takut tekanan pihak lain" sambungnya lagi.
Sumber HD : 2/02/2012
PUTRAJAYA, 3 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan rasa kecewa kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, biarpun terdapat bukti kiriman pesanan ringkas (SMS) menunjukkan Salleh mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah anggota polis yang menyiasat skandal berkenaan, namun belum ada sebarang tindakan diambil SPRM.
Sebaliknya, kata Sivarasa, pihak berkuasa pula menahan Shamsuhbahrin selepas beliau membuat laporan polis.
"Apa yang dilakukan oleh Dr Mohamad Salleh itu amat serius yang mana melalui laporan polis oleh Samsulbahrin wujud satu arahan agar beliau (Shamsubahrin) merasuahkan pihak polis bagi menutup siasatan kes NFC.
"SPRM perlu bertindak segera apatah lagi arahan itu dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan telefon yang mempunyai SMS tersebut juga berada di dalam simpanan SPRM Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berhubung kes itu ke SPRM di Putrajaya semalam.
Pada 31 Januari lalu, laporan serupa telah dibuat di SPRM Kuala Lumpur namun pihak mereka mengatakan kes NFC ini dibawah siasatan SPRM Putrajaya dan perlu dirujuk kepada mereka.
“Dia bukan saja sebut malah tambah bukti di dalam bukti berbentuk SMS yang dia terima dari Datuk Salleh dan kita difahamkan oleh Samsubahrin bahawa ia sudah ada dalam tangan SPRM selepas tangkapan beliau pada 22hb Disember .
“Kenapa sudah sebulan lebih tidak ada apa-apa tindakan,” kata Sivarasa lagi sambil mendesak SPRM mempercepatkan siasatan.
Sehubungan itubeliau memberi tempoh dua minggu kepada SPRM untuk bertindak termasuk membuat pendakwaan.
"Tempoh dua minggu ini sudah cukup untuk SPRM bertindak dan kita lihat bagaimana cekapnya mereka bertindak ke atas Samsulbahrin sepatutnya begitulah mereka perlu bertindak ke atas Dr Mohamad Salleh.
"Kita mahukan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja diwujudkan bagi mengambil alih semua siasatan yang gagal dilakukan oleh Pihak Polis dan juga SPRM," kata Sivarasa.
Turut serta membuat laporan itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida pada sidang media sama turut meluahkan kekecewaannya kerana tidak dapat berjumpa dengan Pegawai yang terlibat untuk menguruskan kes tersebut.
“Kita nak berjumpa dengan IO (Pegawai penyiasat) tapi dia tiada. Dan terus dibawa kepada Tuan Rahman Bachok, Ketua IO.
“Pegawai tidak mahu berikan maklumat dan kita minta dengan laporan untuk bertindak secepat mungkin,” tegas beliau.
Sumber HD : 3/02/2012

NFC: SPRM perlu bertindak terhadap bukti SMS
Muhammad Faizal, | 03 Feb 2012 |

Stadium RM292 juta tidak boleh digunakan lagi
Zulkifli Sulong, | 04 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 4 Feb: Stadium Sultan Mizan yang terletak di Gong Badak sudah tidak boleh digunakan lagi dan bakal diruntuhkan begitu saja.
Perkara ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut di sini.
"Stadium tu tak boleh guna dah, kena peruntuh dan buat yang lain," kata Abdul Wahid ketika berucap merasmikan forum kepenggunaan Terengganu di Kuala Ibai hari ini.
Stadium itu siap dibina pada tahun 2008 dengan kos RM292 juta dan gunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2009.
Sebahagian bumbungnya runtuh selepas itu dan dibiarkan tanpa digunakan sehingga kini.
Media melaporkan baru-baru ini sebanyak RM50 juta harta stadium itu hilang akibat kecurian selepas ia runtuh.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengakui kes kecurian itu namun menafikan jumlah kerugian sehingga RM50 juta itu.
Menurut Abdul Wahid, kerajaan negeri Terengganu membayar RM2.2 juta untuk mengkajinya dan RM6 juta lagi dibelanjakan untuk meruntuhkan bumbung yang belum runtuh.
"Namun saya mendapat maklumat, stadium itu sudah tidak selamat lagi untuk digunakan.
"Samalah macam bangunan pasaraya dekat stesen bas tu, siap tetapi tidak boleh digunakan," kata Wahid yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau dipercayai merujuk kepada bangunan sebuah pusat membeli belah yang mula dibina sejak tahun 1990an tetapi hanya siap sejak beberapa tahun lalu.
Namun begitu, hanya sebuah restoran makanan segera yang beroperasi di bahagian tepinya namun bangunan itu dikatakan tidak selamat untuk digunakan keseluruhannya akibat dari struktornya yang sudah terlalu lama.
Sumber HD : 4/02/2012

NFC: Mengapa Najib takut dedah kepada rakyat?
Abdul Aziz Mustafa, | 08 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sekiranya kerajaan Umno bertanggungjawab, kandungan perjanjian berkaitan dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mestilah didedahkan kepada pengetahuan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Jika benar seperti yang digambarkan bahawa keluarga (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abul Jalil) adalah pihak yang bertanggungjawab dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan lain dari projek lembu di bawah NFC dan kerajaan Umno tidak bersalah sedikit pun, mengapa tidak didedahkan kandungan perjanjian tersebut?
"Apa yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat?" beliau mempersoalkan.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulangi desakan supaya dinyatakan adakah dana tersebut diluluskan mengikut peraturan kewangan.
"Hari ini kita didedahkan lagi tentang perbuatan menyalahgunakan dana untuk projek lembu itu bagi membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay.
"Semua itu tidak pelik jika benar dana dikeluarkan sejak 2008 lagi tetapi perjanjian khabarnya hanya dibuat pada bulan Mac 2010.
"Tetapi persoalan terbesarnya, adakah perjanjian tersebut tidak menghalang keluarga Shahrizat yang menerajui projek lembu NFC itu dari menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain termasuk membeli kondominium?" tanya Mahfuz.
Persoalan tersebut, tegas beliau, mesti dijawab oleh kerajaan Najib memandangkan pembelian kondominium itu dilaporkan dibuat pada bulan Mei 2010 manakala perjanjian mengenai dana tersebut dikatakan dibuat pada bulan Mac 2010.
"Penting untuk kerajaan Najib menjawab dari akaun mana wang untuk membeli kondominium itu diperolehi?
"Jika wang dikeluarkan dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan untuk mengeluarkan wang membeli kondominium itu?
"Jika bukan dari akaun operasi, dari mana pula wang RM34.6 juta itu? Jika wang lain yang digunakan untuk membeli kondominium demi kondominium, itu tentu lebih menarik lagi," kata Mahfuz.
Beliau mengulangi penekanan, apa pun yang berbangkit dan apa jua perbelanjaan yang dibuat dari wang yang diluluskan bagi tujuan operasi NFC itu, persoalan penting yang mesti dijawab segera oleh kerajaan Najib ialah adakah wang RM250 juta itu diluluskan mengikut peraturan.
"Rakyat sudah mendengar cerita pelik bahawa dana diberikan dahulu dan perjanjian dibuat dua tahun kemudian, perjanjian tidak ada jadual pembayaran, hanya syarikat sahaja yang menjadi penjamin kepada perolehan dana tersebut malah terlalu banyak perkara pelik yang dilaporkan berlaku.
"Amat tidak bertanggungjawab kerajaan Najib terus membisu ketika pendedahan demi pendedahan dibuat," kata Mahfuz.
Hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.
Beliau mendakwa, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Corporation dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi.
Sumber HD : 8/02/2012

Himpunan bantah penyenaraian FGVH 30 Mac
Muhammad Faizal, | 09 Feb 2012 |
PETALING JAYA, 9 Feb: Satu himpunan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVHB) akan diadakan pada 30 Mac depan di Masjid Putrajaya sebelum penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said berkata, himpunan itu adalah sebagai rasa tanggungjawab menjaga khazanah negara dan juga masa depan peneroka agar tidak diperjudikan oleh kerajaan di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.
Katanya lagi, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas penyenaraian yang mana merujuk kepada jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi amat diragui.
"Ini adalah kerana pada masa ini kos operasi Felda adalah sebanyak RM1.9 bilion setahun, bermakna Felda akan menanggung kerugian atau defisit sebanyak RM0.9 bilion setiap tahun.
"Dengan keadaan ini pastinya akan merencatkan pelbagai aktiviti termasuklah urusan pentadbiran, kebajikan dan pembangunan sosio-ekonomi warga Felda, tambahan pula sehingga kini tidak ada jaminan bertulis yang dibuat mengenai perkara perjanjian pajakan tanah antara Felda dan FGVHB," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Tambah Suhaimi lagi, bagi tujuan penyenaraian dan pampasan RM1 bilion tersebut Felda dikatakan akan memajak seluas 830 ribu ekar tanah melalui Felda Plantation dan tambahan 20 ribu ekar tanah-tanah yang tidak mempunyai geran kepada FGVHB yang mana ia bertentang dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.
"Keputusan penyenaraian ini tidak mempunyai tujuan yang jelas, dan melihat kepada apa yang dikatakan oleh Najib pada lawatan beliau di Felda Gedangsa 6 Januari tempoh hari, kenyataan beliau terlalu umum dan menunjukkan bahawa Perdana Menteri sendiri tidak bersedia untuk melakukan penyenaraian.
"Dalam pada itu pihak FGVHB sendiri tidak pernah membentangkan apa-apa kertas cadangan projek penyenaraian yang menunjukkan perancangan perolehan.
"Sebagaimana kita maklum bahawa penyenaraian adalah bertujuan untuk mendapatkan modal dengan menjual unit-unit saham dan melepaskan kepentingan kepada orang luar," sambungnya lagi.
Beliau juga menekankan agar rakyat perlu tahu apakah tujuan sebenar penyenaraian FGVHB sehingga sanggup memperjudikan masa depan warga Felda.
Kempen bantahan penyenaraian itu juga turut mengumpul 100 ribu tandatangan rakyat Malaysia bagi menyatakan bantahan hasrat penyenarai tersebut.
Kempen yang bermula hari ini akan digerakkan ke seluruh negara selain hasrat mengumpul seramai mungkin rakyat yang akan berhimpun di perkarangan Masjid Putra di Putrajaya pada 30 Mac, jam 2.30 petang sebelum berarak ke Pejabat Perdana Menteri bagi menyerah memorandum dan tandatangan bantahan penyenaraian.
Kempen itu merupakan kerjasama antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan juga Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Sumber HD : 9/02/2012
manis bagi Felda
NFC: CEO NFC atau pegawai MoF bohong?

http://kadirjasin.blogspot.com, | 10 Feb 2012 |
RAMAI pembahas meminta saya mengulas mengenai cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjual saham anak syarikatnya, Felda Global Ventures Berhad (FGV), di pasaran terbuka dan menyenaraikannya di Bursa Malaysia.
Saya masih tidak bercadang membincangkannya, selain membuat kenyataan fakta berikut:
1. Felda wajib menjual sekurang-kurangnya 25 peratus saham FGV kepada umum melalui tawaran awam permulaan atau initial public offering (IPO) sebelum boleh menyenaraikannya di Bursa Malaysia;
2. Tetapi Felda boleh menjual lebih daripada peratusan itu dan menyenaraikannya di lebih daripada sebuah pasaran melalui “secondary listing”;
3. Dengan baki 75 peratus, Felda masih menguasai FGV kerana pegangan saham minimum yang diperlukan oleh Felda untuk menguasai dan menguruskan FGV adalah 33.3 peratus;
4. Dengan melakukan IPO, Felda boleh mengumpul modal baru. Modal itu boleh digunakan sendiri oleh Felda atau “dipinjamkan” kepada FGV untuk dilaburkan dalam projek-projek baru;
5. Dalam proses IPO, banyak pihak berpeluang mendapat pendapatan/keuntungan dalam bentuk keuntungan modal (capital gain), komisen dan yuran perundingan; dan
6. Sesiapa yang berkedudukan baik atau bernasib baik dan dapat borang merah jambu (pink form), walaupun tidak ada modal, masih boleh “gadai” dan dapat habuan up-front.
Pembelian MSM Daripada Kuok
Yang membimbangkan ialah kemungkinan dasar, strategi dan pelaksanaan kegiatan komersial Felda melalui FGV tidaklah secekap yang didakwa dan diharapkan.
Saya telah mengulas di sini dan di ruangan-ruangan lain mengenai pembelian perniagaan gula Robert Kuok di Malaysia oleh FGV pada tahun 2009 dengan harga RM1.5 bilion, pada saat-saat perjanjian pembelian gula mentah pada harga murah daripada Australia akan berakhir. Malaysia mengimport 90 peratus keperluan gulanya dan Australia adalah antara pembekal utama.
FGV membeli Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan ladang gula Chuping di Perlis daripada Kuok. Tahun lalu, FGV menjual sebahagian sahamnya dalam MSM melalui IPO dan menyenaraikan semula MSM di Bursa Malaysia. Besar kemungkinan FGV telah membuat keuntungan modal daripada penjualan itu.
Dua tahun kemudian, pada tahun 2011, Kuok, melalui syarikat perladangannya, Wilmar yang berpangkalan di Singapura, membeli syarikat pengeluar gula mentah terbesar Australia, CSR, dengan harga A$1.75 bilion (kira-kira RM5.25 bilion).
Kalau dulu Kuok memonopoli perniagaan gula di Malaysia, kini beliau mengusai salah satu punca bekalan gula terbesar di dunia. Beliau kini dianggarkan menguasai 10 peratus perdagangan gula dunia.
Kalau MSM terus membeli gula dari Australia, kemungkinan besar ia membelinya daripada Kuok. Begitulah liciknya “Raja Gula” kelahiran Malaysia, tetapi berpangkalan di Hong Kong itu.
Kekhuatiran mengenai pembelian MSM oleh FGV terbukti apabila harga gula mula naik dan Kerajaan terpaksa memikirkan semula dasarnya untuk mengurangkan subsidi.
Beberapa hari lalu, CIMB Research, cawangan penyelidikan CIMB Bank, meramalkan kesan negatif kenaikan harga gula terhadap MSM, walaupun Kerajaan bersetuju menaikkan kadar subsidi.
Ia mengulas yang kenaikan kadar subsidi (sebanyak 20 sen sekilo kepada 54 sen mulai awal bulan ini) tidak dapat menampung kenaikan harga yang ditanggung oleh MSM.
Ini adalah beban berganda. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi mengekalkan harga pengguna, namun kesannya kepada MSM masih negatif.
Keadaan adalah rumit. Kalau kadar subsidi tidak ditambah, harga runcit gula akan naik dan nama Felda akan busuk. Kalau nama Felda busuk, nama Perdana Menteri pun busuk juga kerana beliau adalah “mentor’ Felda.
Walaupun perniagaan gula adalah monopoli, tetapi sejak awal lagi saya berasa pembelian SMS oleh FGV kurang strategik kerana masalah bekalan gula dunia semakin meruncing dan pengguna tempatan pula sangat sensitif terhadap kenaikan harga.
Juga, sebarang masalah dengan FGV juga boleh menjejaskan kebajikan peneroka dan kakitangan Felda kerana mereka memiliki 51 saham FGV melalui Koperasi Permodalan Felda. Bagi saham FGV dimiliki oleh Felda sendiri.
Sejak dulu lagi saya berasa lebih tepat kalau perniagaan gula dikendalikan oleh sektor swasta. Setidak-tidaknya Kerajaan boleh mengalihkan beban kenaikan harga kepada mereka.
Di pihak lain, ada kebaikan kepada kenaikan harga gula kerana pengguna Malaysia berlebihan menggunakan bahan itu. Selain itu, Kerajaan wajar memikirkan semula dasar subsidi bahan itu kerana, kalau tidak silap saya, pengguna industri dan perdagangan pun menikmati subsidi gula.
Saya cadangkan, cuba minum kopi atau teh tanpa gula atau kurangkan kemanisannya. Bagi saya, rasanya lebih sedap. Saya sudah berdekad-dekad tidak makan gula dan susu pekat manis atas pilihan, bukan kerana penyakit. Di Malaysia, ramai orang berkata mereka kopi atau teh. Tetapi sebenarnya mereka minum air sirap (air gula) berperasa kopi atau teh.
Wallahualam.

Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Kenyataan CEO National Feedlot Corporation (NFC) bahawa pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah bercanggah dengan maklumat yang diterima Jawatankuasa Kira Kira Awam (PAC).
Jika kenyataan ketua pegawai eksekutif (CEO) NFC Wan Shahinur Izmir Salleh itu benar bermakna, kenyataan pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF) kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) palsu.
Selepas mendapat tekanan hebat termasuk pendedahan pembelian dua lagi kondo mewah di Singapura, CEO NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh semalam berhujah bahawa pembelian itu tidak salah.
Ini kerana perjanjian pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada NFC tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu.
Mempertahankan pembelian kondo-kondo mewah di bawah nama bapanya Datuk Seri Mohamad Salleh, yang juga pengerusi NFC, Izmir, yang juga anak kepada Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata tindakan syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.
Malah, katanya perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan.
Namun, menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, kenyataan Izmir bercanggah dengan dengan maklumat yang diterima PAC pada mesyuarat 23 November tahun lepas.
“Pegawai senior Kementerian Kewangan (MoF) telah secara spesifik menyatakan bahawa pinjaman (kepada NFC) tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, dan ia sememangnya tiada peruntukan untuk pinjaman tersebut dilaburkan dalam bidang hartanah.
"Pegawai itu turut menyatakan bahawa tujuan pengeluaran setiap kali pinjaman mesti dinyatakan dengan jelas. Disoal lanjut, pegawai itu mengesahkan bahawa MoF yang mengeluarkan RM250 juta itu tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membeli hartanah,” kata Pua dalam satu kenyataannya hari ini.
Oleh itu, Pua berkata sekiranya pegawai itu bercakap benar, maka Izmir telah terbukti berbohong mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan lagi.
Dalam mesyuarat itu juga, Pua berkata PAC telah meminta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan skandal NFC termasuk perjanjian pinjaman, jadual bayaran, syarat-syarat yang dikenakan MoF pada pinjaman tersebut kepada komitee tersebut untuk semakan dan pengesahan.
Namun begitu, kata Pua mesyuarat PAC yang sepatutnya berlangsung bulan Januari lepas untuk membincangkan isu NFC dan juga projek berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad masih tidak dipanggil.
“Kita berharap benda ini tidak lagi ditangguh kerana rakyat berhak mengetahui kebenaran secepat mungkin terutamanya apabila projek ini telah menjadi skandal seluruh negara,” tegas beliau.
NFC mula mendapat perhatian apabila Ketua Audit Negara melaporkan bahawa projek tersebut hanya menghasilkan 3,289 ekor lembu, atau 41.1 peratus daripada sasaran yang ditetapkan untuk 2010.
Pada tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC dilaporkan mengalami kerugian RM7 juta dan RM11 juta.
Perkara itu kemudian disusuli dengan pendedahan panas oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memaparkan bagaimana pinjaman RM250 juta itu, yang diluluskan secara kontroversi pada zaman timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi Menteri Pertanian, telah digunakan untuk percutian, pembelian kondo mewah, Mercedez Benz dan tanah di Putrajaya.
Terbaru, Rafizi mendedahkan RM34 juta wang NFC telah digunakan untuk membeli dua lagi kondo mewah di Marina Bay, Singapura.
Sumber HD : 10/02/2012

NFC bebas guna pinjaman RM250 juta?
Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana wang tersebut boleh digunakan meletakkan kabinet Malaysia dalam serbasalah.
Ini kerana, pengakuan Wan Shahinur Izmir Salleh ini membangkitkan banyak persoalan seolah-olah kerajaan meluluskan pinjaman sebanyak RM250 juta untuk dibelanjakan sesukahati oleh NFC.
Demikian dibangkitkan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.
Bagi Rafizi, NFC menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.
Pengakuan ini, katanya, menimbulkan seribu satu persoalan baru:
1. Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka?
2. Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini boleh menjamin projek negara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan berkesan?
3. Berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seperti ini yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan?
4. Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?
"Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar," kata Rafizi.
Pendedahan ini juga, katanya, mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara.

Keluarga Sharizat belanja atasi 523 sekolah Tamil?
Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan BN telah membelanjakan RM200 juta untuk sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009.
“Adakah jumlah ini cukup besar untuk dibanggakan?” tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tronoh mendakwa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menganak tirikan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Katanya, perbelanjaan RM200 juta itu tidak memadai untuk menaik taraf semua sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada.
Menurutnya, banyak sekolah Tamil di negara kita berada dalam keadaan yang usang dan perlu dinaik taraf dan diperbaiki dengan segera tetapi kerajaan tidak mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah sekolah-sekolah itu.
Menurutnya, pemberian wang untuk beberapa sekolah Tamil baru-baru ini adalah satu gimik politik untuk mendapat sokongan orang-orang India untuk memenangi PRU13.
Katanya lagi, jumlah RM200 juta bagi sekolah-sekolah Tamil yang telah dibelanjakan untuk beberapa tahun bukanlah satu jumlah yang besar dan boleh dibanggakan.
Baginya, sedangkan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah membelanjakan wang sebanyak RM250 juta di bawah NFC secara sewenang-wenangnya yang mana wang rakyat didakwa telah disalahgunakan untuk ‘membela lembu di kondo’.
Katanya, kerajaan BN sanggup mengalami kerugian RM250 juta yang didakwa telah disalahgunakan oleh Ketua Wanita Umno tetapi tidak berminat untuk membantu sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang buruk.
Menurutnya lagi, sekolah-sekolah Tamil hanya diberi peruntukan RM200 juta untuk beberapa tahun sejak tahun 2009.
“Saya mencabar Menteri Pelajaran untuk memberitahu kepada rakyat jumlah peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 secara berasingan,” ujarnya.
Beliau berkata, RM200 juta yang diberikan untuk 523 sekolah Tamil yang mempunyai murid-murid lebih kurang 100,000 orang bukanlah satu jumlah yang besar, jika dibandingkan dengan skandal keluarga Sharizat yang didakwa menyalahgunakan RM250 juta untuk kepentingan sendiri.
Sumber HD : 10/02/2012
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau perjalanan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas (EGM) Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), 22 Februari ini.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya khuatir wujud penyelewengan dan sogokan dalam EGM itu berdasarkan maklumat yang diterima bahawa kos EGM tersebut mencecah RM1 juta.
Katanya, Anak menerima maklumat perwakilan akan diberi habuan agar menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Anak meminta SPRM membuat pemantauan sebelum dan semasa EGM ini berlangsung kerana kosnya begitu besar.
"Kita tak pasti kos apa yang begitu besar sebab itu wujud kebimbangan akan ada sogokan kepada perwakilan," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Sementara itu, Anak melalui peguamnya, Mohd Harris Abdullah akan sekali lagi memfailkan saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang EGM itu diadakan.
Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, 17 Februari ini.
Menurut Harris, beliau akan berbuat demikian setelah diminta oleh ahli KPF yang tidak menyokong EGM tersebut, selepas menerima notis panggilan mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat Felda, Jalan Maktab, dekat sini.
Notis bertarikh 31 Januari di bawah Fasal 30 (1) Undang-undang Kecil KPF itu antaranya menyatakan agenda EGM untuk membincangkan perkara berkenaan usul-usul Lembaga KPF dan/atau Rekuisisii tersebut mengenai cadangan penjualan pegangan KPF sebanyak 51% dalam Felda Holdings Berhad melibatkan 10 anak syarikat Felda.
Ia berhubung penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
"Ahli KPF sudah menerima notis panggilan mesyuarat yang akan fokus kepada penyenaraian FGVH.
"Seperti sebelum ini, saya akan failkan injunksi agar mahkamah menghalang EGM ini," katanya.
Mesyuarat agung khas halang penyenaraian
Bercakap pada sidang media yang sama, Mazlan berkata, pihaknya akan akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham KPF bagi menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Anak akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.
Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.
Sehubungan itu, Anak akan menyerahkan notis tersebut kepada setiausaha KPF di Ibu Pejabat Felda Khamis ini.
Menurut Harris, mesyuarat itu meminta KPF tidak dikaitkan dengan menyenarai FGVH dalam apa cara sekali pun.
"KPF dilarang sama sekali untuk lupuskan ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepuluh anak syarikat milik Felda kepada FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda atau FGVH," katanya.
Selain itu, mereka juga menuntut agar KPF melarang sebarabg jenis campur tangan dalam urusan harian KPF atau mengusik atau menyentuh atau melupuskan apa-apa ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepeuluh anak syarikat Felda oleh mana-mana pihak termasuk Felda atau FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda.
"Kita akan ke Ibu Pejabat Felda jam 11 pagi Khamis ini bagi bertemu dengan lembaga pengarah," katanya.
Sumber HD : 11/02/2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Syarikat berkaitan kerajaan, Sime Darby dan Felda diminta memberikan penjelasan apakah benar mereka menjual minyak sawit mereka ke Israel.
Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.
Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.
Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.
Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.
"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.
Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.
Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.
Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.
Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.
Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.
Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.
Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.
Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.
"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.
"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.
Sumber HD : 13/02/2012

Khuatir disogok, SPRM digesa pantau EGM KPF
Hazayani Zakaria, | 11 Feb 2012 |

Benarkah Felda dan Sime Darby jual sawit ke Israel?
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |

Bayar balik untuk tutup skandal NFC
Muhammad Faizal, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan National Feedlot Corporation (NFC).
"Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.
"Sebagai seorang menteri yang menjaga undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," tegasnya.
Mahfuz menyatakan pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.
"Nazri perlu peka dan jangan jadikan perkara tersebut satu benda yang remeh kerana penyelewengan dalam NFC melibatkan jumlah yang besar, apatah lagi kelemahan telah berlaku dari peringkat jawatankuasa itu lagi.
"Malah tindakan Nazri itu adalah umpama ingin melindungi seseorang, yang mana pada waktu ini kita hanya ketahui Shahrizat sahaja yang terlibat dan saya yakin masih ramai lagi yang terlibat, perkara tersebut kita perlu dedahkan," sambungnya lagi.
Dalam kenyataannya, Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang diberikan kepada syarikat keluarganya bagi menjalankan projek ternakan lembu itu.
Bercakap kepada wartawan di kawasan parlimennya di Padang Rengas, Nazri berkata tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” Sinar Harian memetik Nazri berkata.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak agar minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan NFC bertarikh 23 November 2011 diserahkan kepada Ahli Parlimen sebelum sesi parlimen tahun ini ataupun didedahkan kepada umum.
Ini, katanya kerana di dalam minit mesyuarat tersebut terdapat laporan daripada kementerian terbabit berhubung NFC.
"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap Ahli Parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.
"Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini.
Jelasnya lagi, pendedahan laporan tersebut amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui walaupun melibatkan seorang menteri.
Malah beliau turut memberitahu, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.
"Saya ingin beritahu untuk perlaksanaan projek NFC ini terdapat empat jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Pertanian (MOA), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kerajaan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan NFC.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memantau setiap perjalanan projek tersebut malah peruntukan sebanyak RM250 juta itu juga perlu disalurkan mengikut peringkat projek bukannya secara terus iaitu RM250 juta.
"Tetapi sebaliknya berlaku yang mana peruntuk dibayar sepenuhnya dan apa peranan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut kalau ia ditubuhkan untuk memantau perjalanan projek bagi tujuan menyalurkan peruntukan," kata Naib Presiden PAS itu lagi.
Mahfuz turut menyatakan isu NFC akan menjadi tajuk perbahasan pasa sesi parlimen kali ini dan desakan akan terus dilakukan sehinggalah kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan skandal NFC.

Shahrizat wanita Bani Makhzum versi Umno
14 Feb 2012 |
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Bahawa orang-orang Quraisy digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?"
Kemudian baginda berdiri dan berpidato:
"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu adalah apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya." (hadis riwayat Muslim)
Ketika berkunjung ke pejabatnya pada suatu hari di tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) pernah menceritakan kisah seorang polis trafik berpangkat sarjan yang dibuang kerja tiga bulan sebelum bersara.
Kesalahannya kerana menerima wang rasuah bernilai RM50 daripada seorang pemandu lori.
Kita juga pernah mendengar kes pecah amanah membabitkan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya melibatkan wang berjumlah RM95,500. Tindakannya itu didorong oleh desakan kewangan bagi membiayai belanja perubatan beliau yang menghidap penyakit barah rahim.
Banyak lagi cerita-cerita rakyat marhain yang dihukum mahkamah kerana kesalahan rasuah dan pecah amanah. Bila rasuah makin membarah, tentunya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.
Buku Jingga yang menggariskan dasar dan program Pakatan Rakyat turut memaparkan krisis yang dihadapi negara ekoran budaya rasuah dan penyelewengan ini. Walaupun dibakulsampahkan seorang Timbalan Menteri Kerajaan BN dalam program penerangan membabitkan wakil-wakil rancangan Felda seluruh negara baru-baru ini, fakta-fakta berhubung gejala rasuah yang dimuatkan dalam buku itu gagal dinafikan kerajaan BN yang menguasai Putrajaya.
Sebagai contoh, Malaysia jatub 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh Forum Ekonomi Dunia dari tahun 2007 ke 2009.
Sejumlah RM28 bilion kerugian ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa; tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.
Persepsi rakyat tentang rasuah negara juga teruk. Sejumlah 46% rakyat yang ditinjau Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.
Paling akhir adalah skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) membabitkan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada syarikat anak beranak Menteri Pembangunan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno.
Skandal ini mula menarik perhatian umum apabila kegagalan NFC didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Maklumat dalaman yang diterima KeADILan menunjukkan bagaimana di sebalik kegagalan itu, NFC didapati berbelanja mewah menggunakan dana diperolehi dari kerajaan.
Ini termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarga Shahrizat, tidak terkecuali belanja untuk melakukan ibadah umrah!
Walaupun dikecam hebat oleh pihak luar dan dalam parti, Shahrizat masih bertegas mengatakan dirinya tidak bersalah. Dengan menyingsing lengan, beliau mencabar dua pemimpin KeADILan yang mendedahkan skandal lembu fidlot itu sambil menerima sorakan sokongan para perwakilan Wanita Umno, November tahun lalu.
Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu dan terbang ke Makkah untuk menunaikan umrah; satu lagi amalan biasa ahli politik Umno yang ditimpa masalah.
Sekembalinya daripada bercuti, Shahrizat dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disoalsiasat selama dua jam di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Namun dia terus berpendirian bahawa NFC adalah urusan suami dan anak-anaknya dan tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Bagaimanapun silat pencak Shahrizat mengelak diri daripada skandal penyelewengan NFC itu dipayahkan lagi oleh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.
Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kerajaan jika tidak mahu isu ini berlarutan.
Tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya dipetik akhbar Sinar Harian, 13 Fabruari lalu.
Nampaknya dengan syarat mengembalikan wang RM250 juta kepada kerajaan, Shahrizat dan keluarganya diberi jaminan oleh menteri yang menjaga SPRM akan bebas daripada segala dakwaan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa.
Maksudnya, yang penting bagi Nazri adalah duit dan bukannya intergriti, kredibiliti, sikap amanah dan kejujuran menteri terbabit dan ahli keluarganya.
Sifir Nazri ini juga mungkin boleh digunakan kepada sarjan polis dan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos yang dinyatakan di atas.
Tapi adakah pelawaan Nazri itu turut terpakai kepada para penerima rasuah berskala kecil yang berita pendakwaan mereka menghiasi dada-dada akhbar saban hari dan saban minggu.
Atau ia hanya terpakai kepada Shahrizat kerana statusnya umpama wanita Bani Makhzum yang dinyatakan dalam hadis riwayat Muslim di atas. Jika Nazri boleh diibaratkan wakil Bani Quraisy untuk bertemu Rasulullah s.a.w. bagi meminta hukuman hudud tidak dilaksanakan, masih adakah pemimpin Umno yang akan bangun mencontohi sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud; "Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya."

Sumber HD : 14/02/2012
Penyenaraian FGVH: Sahih, KPF bakal hilang kuasa
Dr. Rosli bin Yaakop, | 14 Feb 2012 |
Akhbar media baru, http://www.malaysiakini.com (Isnin, 13 Feberuari 2012) melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat pengurusan harta, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bakal memiliki 37% kepentingan dalam FGVHB bagi pihak Koperasi Pelaburan Felda (KPF). Kalaulah ini benar, maka KPF akan kehilangan kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri. Bagaimana?
Ahli lembaga pengarah FAHC – tidak dinyatakan bilangannya – bakal terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVHB dan KPF. Jelas, ini bertujuan menurunkan wakil KPF di dalam lembaga pengarah FAHC kepada suara miniroti, sekaligus melemahkan kuasa KPF di dalam proses pembuatan keputusan dan penguasaan di dalam FAHC. Juga, dilaporkan lembaga pengarah FAHC akan bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri.
Ini satu lagi tindakan yang menjurus kepada melemahkan kuasa KPF di dalam FAHC. Bukankah kesan dari mekanisma ini menyebabkan KPF kehilangan kuasa pembuatan keputusan dan pengawalan ke atas hartanya sendiri?
Penubuhan FAHC didakwa akan menjamin 37% saham FGVHB yang dimiliki KPF itu “tidak dijual sewenang-wenangnya.” Ini memberi gambaran bahawa jika saham itu dipegang terus oleh KPF, maka dikhuwatiri ahli lembaga pengarah KPF akan menjual saham-saham itu sesuka hati.
Walau bagaimana pun, penulis berfirasat bahawa penubuhan FAHC berniat serong bertujuan mengenepikan kuasa pengawalan dan penguasaan oleh KPF ke atas FGVHB sekaligus memberi jaminan kepada pelabur-pelabur di bursa saham Malaysia khasnya pelabur-pelabur asing bahawa syarikat tersenarai FGVHB bukan dikuasai dan dikawal oleh sebuah koperasi.
Harus diingat bahawa FAHC adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah akta syarikat yang bakal memiliki pengurusan sendiri yang bebas daripada kawalan lembaga pengarah KPF. Akhirnya, KPF yang dimiliki oleh 207,913 ahlinya terdiri daripada peneroka, ahli keluarga peneroka dan kakitangan Felda akan dinafikan kuasa untuk mengurus dan mengawal harta mereka sendiri.
Antara lain, perwakilan ahli KPF yang akan menghadiri mesyuarat agong khas pada 22 Februari 2012 ini akan diminta meluluskan usul yang membenarkan FAHC memegang 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF dan menyerahkan secara mutlak pengurusan dan pengawalan harta ini kepada FAHC.
Penyahan kuasa KPF ke atas pengurusan dan pengawalan FGVHB selepas penyenaraian ini bertujuan memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pelabur-pelabur asing khasnya rakan pelabur strategik asing yang akan diberikan milikan 20% saham di dalam FGVHB. Dikatakan badan koperasi tertakluk kepada dan dikekang oleh undang-undang koperasi, termasuk undang-undang kecilnya sendiri, yang ketat yang bakal menyukarkan proses pembuatan keputusan di dalam FGVHB khasnya dalam hal urusan penstrukturan dana. Rakan strategik pelabur asing itu tidak mahu FGVHB yang disenaraikan didominasi oleh KPF. Penubuhan FAHC yang memiliki 37% saham dalam FGVHB bagi pihak KPF adalah “pemanis” yang ditawarkan Felda kepada pelabur-pelabur asing.
Disamping menyuntikkan tanah perladangan seluas 360,067 hetkar di bawah Felda Plantation Sdn. Bhd. Ke dalam FGVHB, proses penyenaraian FGVHB di bursa Malaysia seterusnya melibatkan FGVHB mengambilalih 51% saham milik KPF di dalam Felda Holding Berhad beserta 10 buah anak syarikat FHB. Sumber yang dipercayai memberitahu bahawa anak-anak syarikat yang terlibat ialah Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (FPI), Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FAS), Felda Vegetable Oil Sdn. Bhd. (FVOP), Felda Marketing Sdn. Bhd. (Felma), Felda Rubber Industries Sdn. Bhd., Felda Transport Services Sdn. Bhd., Felda Kernel Production Sdn. Bhd., Felda Prodata Sdn. Bhd., Felda Engineering Sdn bhd. dan Felda Security Services Sdn. Bhd. Kebanyakan anak-anak syarikat ini adalah syarikat teras yang menjana keuntungan bagi Felda. Dengan suntikan ini, FGVHB akan menjadi “gemok dan bernilai tinggi” bila disenaraikan.
Sebagai balasan, FGVHB akan menerbitkan saham baru sebanyak 2.421 bilion unit pada harga tara (par value) RM1.00 se unit (bermakna nilainya RM2.421 bilion) dan diberikan kepada KPF. Ini bermakna, KPF akan dibayar dalam bentuk saham, bukan dalam bentuk tunai. Kalau hendakkan tunai, KPF juallah saham itu.
Pada masa ini (merujuk kepada kedudukan kewangan tahun 2010), saham FGVHB berjumlah 1.768 bilion pada harga tara RM1.00. Dengan terbitan baru, jumlah saham FGVHB menjadi 4.189 bilion unit bernilai RM4.189 bilion (pada harga tara RM1.00). Ini bermakna, dengan menyerahkan miliki 51% dalam FHB dan 10 buah anak syarikat di bawah FHB, KPF akan mendapat 2.421 bilion unit saham di dalam FGVHB bernilai RM2.421 bilion pada harga tara RM1.00 se saham atau 57.8% saham dalam FGVHB.
Sebelum suntikan-suntikan aset dilaksanakan FGVHB mempunyai nilai NTA sebesar RM2.283 bilion (berasaskan kedudukan kewangan tahun 2010). Selepas penyuntikan, nilai NTAnya naik kepada RM5.414 bilion.
Pada asas aset tangibel bersih (NTA), keseluruhan saham yang bakal dimiliki KPF bernilai RM3.13 bilion (NTA tahun 2010). Dengan kata mudah, andainya KPF mahu menjual kesemua 57.8% saham ini sekarang, ia akan mendapat wang tunai sebanyak RM3.13 bilion (jualan pada nilai NTA). Saham selebihnya di dalam FGVHB, iaitu, 42.2% dimiliki oleh Felda bernilai (NTA) RM2.28 bilion.
Juga didedahkan di dalam laporan Malaysiakini.com pada 13 Februari 2012 itu ialah bila FGVHB disenaraikan nanti, nisbah milikan saham oleh KPF di dalam FGVHB akan berkurangan kepada 37% dengan nilai “market capitalisation” mencecah RM21 bilion, iaitu, 6.7 kali ganda nilai NTA sebelum penyenaraian.
Seandainya pada ketika itu KPF menjaul kesemua sahamnya dalam FGVHB, ia akan memperolehi wang tunai sebanyak RM21 bilion, melonjakkan ia kepada sebuah koperasi yang paling kaya tunai di Malaysia. Bila wang ini diagihkan kepada 207,913 ahlinya, maka setiap ahli akan mendapat, secara puratanya, RM101,004 seorang. Hakikatnya, semakin tinggi saham yang dimiliki di dalam KPF, semakin tinggilah bahagian yang diperolehi. Inilah dia durian runtuh yang dijanjikan, agaknya.
Persoalannya: Apakah ahli-ahli koperasi yang 87.81% terdiri dari peneroka dan ahli keluarga, redha dan rela untuk hilang kuasa pengurusan dan pengawalan ke atas harta mereka sendiri? Apakah mereka bersedia untuk meletakkan tanah hak mereka di dalam rancangan Felda kepada risiko dipindah milik kepada pelabur-pelabur yang bukan peneroka yang tidak pernah mencurahkan keringat walau setitik pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah perladangan yang luas terbentang itu?
Arwah Tun Abd. Razak memberi tanah kepada orang kampong tiada bertanah untuk mengeluarkan mereka dari cengkaman kemiskinan. Seandainya beliau hanya mengambil pertimbangan untuk memajukan ekonomi. Malaysia dengan cepat, maka lebih baik beliau menjual tanah-tanah di negara ini kepada kapitalis-kapitalis yang sedia ada di dalam negara dan dari luar negara untuk dibangunkan. Beliau tidak perlu memeningkan kepala. Itu bukan hasrat beliau.
*Penulis adalah Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara dan AJK Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

Siapa sedia perjanjian NFC dengan Kem. Kewangan
Abdul Aziz Mustafa, | 14 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Perdana Menteri bertanggungjawab menyatakan kepada rakyat benarkah perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) juga meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kepada rakyat pihak manakah yang menyediakan perjanjian tersebut jika ia tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.
"Juga, jika benar perjanjian tersebut tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara, Perdana Menteri juga perlu menyatakan mengapakah pejabat Peguam Negara tidak dilibatkan untuk membuat perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu.
"Jika benar pejabat Peguam Negara tidak terlibat menyediakan perjanjian berkaitan pinjaman mudah itu, perjanjian manakah yang tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara itu?
"Adakah perjanjian pada 6 Disember 2007 atau perjanjian pada 8 Mac 2010?" soal Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Najib juga, kata beliau, mesti menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid sebelum ini yang menyatakan dana disalurkan terlebih dahulu kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu sebelum kontrak ditandatangani.
"Malah, banyak lagi persoalan berbangkit yang belum dijawab oleh Perdana Menteri mengenai pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno itu," katanya.
Mahfuz mengulangi gesaan supaya Najib juga menjawab kepada rakyat benarkan perjanjian pinjaman mudah kepada NFcorp itu tidak ada jaminan peribadi seperti yang dibangkitkan oleh sumber PAC sebelum ini.
"Bukan setakat itu sahaja, benarkan tidak ada jadual pembayaran?" soal beliau lagi.
Mahfuz juga mengulangi tuntutan supaya Najib menyatakan dari akaun manakah wang membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura diambil oleh NFCorp?
"Jika wang diambil dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan seperti yang disyaratkan?" soal beliau.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini mengakui terdapat kelemahan dalam projek lembu fidlot di bawah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

(Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang)
KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.
Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.
Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.
Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.
Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.
Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.
Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.
Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.
Menteri dan artis nafi
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.
Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.
Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.
Sumber HD : 25/04/2012
(Keratan laporan The Daily Chilli, akhbar dalam talian dalam akhbar milik MCA, The Star)
KUALA LUMPUR: Ruangan hiburan media milik MCA, The Star, iaitu The Daily Chilli mendakwa, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan artis Zahida Rafik secara senyap-senyap.
Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.
Memetik sumber dari pemimpin kanan BN Sabah, akhbar itu melaporkan, "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."
"Bekas pemandunya bertindak sebagai orang tengah untuk menutup jejak mereka," kata sumber itu sebagaimana dilaporkan The Daily Chilli.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mendakwa, seorang menteri telah membayar seorang artis RM1.5 juta menerusi akaunnya.
Beliau mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang artis dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.
Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida Rafik menafikan beliau mempunyai hubungan dengan mana-mana menteri.
Shafei juga menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Zahida.
Berikut adalah kenyataan penuh Shafei:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
Sumber HD : 2/05/2012
Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri
Harakahdaily, | 25 Apr 2012 |

Media MCA dakwa Zahida isteri kedua Shafei
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |

Saksi: Jika enggan Interpol boleh tangkap
Harakahdaily, | 22 Mei 2012 |
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
(Apakah Najib dan Zahid boleh tersenyum lagi di mahkamah Perancis nanti)
Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.
Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.
Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.
“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.
“Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia Today.
Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.
Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.
"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.
Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.
Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.
Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.
"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.
Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi.
"Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.00 lagi," kata Cheong Seng Keong.
Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."
Sumber HD : 22/05/2012
Suaram telah menyaman firma pertahanan DCNS di Perancis atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam yang ada unsur rasuah sebanyak RM540 juta.
Peguam yang mewakili Suaram dari badan guaman Sherpa di Paris yang berkhidmat tanpa bayaran bercadang untuk datang ke negara ini seminggu dua lagi bagi menjelaskan kedudukan dan perkembangan isu itu kepada Suaram, demikian menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi untuk disoal oleh peguam berkenaan berhubung kes rasuah itu. Mereka termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Zahid nampaknya sudah menggunakan berbagai helah untuk menenangkan dirinya kerana takut dipanggil ke Perancis. Antara lain katanya kerajaan Perancis tidak berhak untuk memanggilnya ke sana.
Keyakinan ini berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, peguam Bourdon yang pernah datang ke negara ini dan berucap di satu majlis makan malam di Pulau Pinang telah dihalau keluar kerana dianggap melakukan perbuatan menyalahi syarat-syarat lawatan ke negara ini. Penghalauan peguam Suaram itu menandakan kerajaan takut dengan apa yang sedang berlaku.
Makanya saya tidak fikir kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak akan berani memberi visa kerja kepada mereka kerana apa yang akan dilakukan nanti sedikit sebanyak ada kaitan dengan perdana menteri itu. Membenarkan peguam itu masuk ke negara ini dan menjelaskan isu itu ia seolah-olah Najib meletakkan pisau di tengkuk Rosmah.
Bagaimana pun tindakan tidak telus kerajaan dan cuba menghalang peguam itu menunjukkan pihak kerajaan termasuk Najib sendiri ada akses di dalam dakwaan berkenaan? [wm.kl.5:11 pm 22/05/12]
Sumber HD : 22/05/2012
Sumber HD : 2/10/2012

Beranikah Najib letak pisau di leher Rosmah?
Mohd Sayuti Omar, | 22 Mei 2012 |
Pada hemat saya tidak mungkin Imigresen negara ini akan mengeluarkan visa kerja untuk mana-mana peguam yang mewakili Suaram untuk datang ke negara ini bagi menjelaskan perkembangan saman berhubung pembelian kapal selam dikatakan membabitkan pegawai tinggi kerajaan Malaysia yang melibatkan perbelanjaan RM7.3 billion pada tahun 2002.
Suaram telah menyaman firma pertahanan DCNS di Perancis atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam yang ada unsur rasuah sebanyak RM540 juta.
Peguam yang mewakili Suaram dari badan guaman Sherpa di Paris yang berkhidmat tanpa bayaran bercadang untuk datang ke negara ini seminggu dua lagi bagi menjelaskan kedudukan dan perkembangan isu itu kepada Suaram, demikian menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
Mahkamah Perancis telah menerima senarai saksi untuk disoal oleh peguam berkenaan berhubung kes rasuah itu. Mereka termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Zahid nampaknya sudah menggunakan berbagai helah untuk menenangkan dirinya kerana takut dipanggil ke Perancis. Antara lain katanya kerajaan Perancis tidak berhak untuk memanggilnya ke sana.
Keyakinan ini berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini, peguam Bourdon yang pernah datang ke negara ini dan berucap di satu majlis makan malam di Pulau Pinang telah dihalau keluar kerana dianggap melakukan perbuatan menyalahi syarat-syarat lawatan ke negara ini. Penghalauan peguam Suaram itu menandakan kerajaan takut dengan apa yang sedang berlaku.
Makanya saya tidak fikir kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak akan berani memberi visa kerja kepada mereka kerana apa yang akan dilakukan nanti sedikit sebanyak ada kaitan dengan perdana menteri itu. Membenarkan peguam itu masuk ke negara ini dan menjelaskan isu itu ia seolah-olah Najib meletakkan pisau di tengkuk Rosmah.
Bagaimana pun tindakan tidak telus kerajaan dan cuba menghalang peguam itu menunjukkan pihak kerajaan termasuk Najib sendiri ada akses di dalam dakwaan berkenaan? [wm.kl.5:11 pm 22/05/12]
Sumber HD : 22/05/2012
Emel 1Malaysia: Mengapa beri kepada Tricubes?
Salmiyah Harun, | 05 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Tricubes Bhd yang mendapat projek emel 1Malaysia daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2011 ternyata bersandarkan kepada kronisme sebagaimana didakwa sebelum ini.
Malah di awal pemberian projek yang bernilai RM 50 juta kepada syarikat terbabit sudah mendapat kritikan hebat kerana dikatakan mempunyai masalah kewangan.
Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) meminta kerajaan memandang berat akan reaksi yang jelas diberikan sebelum ini.
"Mengapa perlu memberi projek kepada syarikat yang terang-terangan bermasalah, malah di awal lagi perkara ini sudah dikritik akan ketidakupayaan syarikat berkenaan," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi.
Malah Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad juga menegaskan syarikat tersebut tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain mempunyai permasalahan hutang yang perlu distrukturkan pembayarannya.
Sebelum ini pernah dilaporkan, Tricubes adalah syarikat yang sedang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan telah diberikan amaran akan dikeluarkan dari penyenaraian Bursa Malaysia jika tidak menyelesaikan masalahnya.
Hari ini, nampaknya dakwaan itu ada benar, apabila Bursa menolak cadangan Tricubes dengan menyatakan yang sekuriti syarikat akan digantung mulai 11 Julai setelah syarikat tidak dapat menunjukkan ia boleh kembali menguntungkan dan juga daya maju segmen perniagaan baru.
Ekoran itu, Tricubes Bhd akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Bursa Malaysia yang menolak cadangan rancangan penstrukturan semulanya secepat mungkin.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Tricubes berkata penolakan oleh Bursa hanya akan menjejaskan status penyenaraian bukan mempengaruhi kemampuan syarikat untuk menjalankan perniagaannya seperti biasa.
Tricubes Bhd adalah syarikat dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan projek emel 1Malaysia pada April 2011.
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Sumber HD : 5/07/2012
Seminggu untuk Awang Adek jelas isu cek
Hazayani Zakaria, | 31 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun beliau.
Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Awang Adek tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.
"Kita beri Dr Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.
"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010.
Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).
DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun.
Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek.
"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.
"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya Nurul Islam.
Sidang Media DPP : http://www.youtube.com/watch?v=pMYmxKZx8A4&feature=youtu.be
Sumber HD : 31/07/2012

Pemuda PAS mahu SPRM siasat Awang Adek
Hazayani Zakaria, | 07 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung dakwaan rasuah membabitkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.
Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) berkata, selepas tempoh seminggu diberikan kepada Awang Adek untuk membuat penjelasan berhubung dua keping cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau, Awang Adek hanya mendiamkan diri.
"Seseorang pimpinan utama rakyat mestilah menepati kualiti dan kriteria seorang pimpinan. Skandal yang melibatkan Senator Datuk Dr Awang Adek adalah satu isu yang berkaitan dengan integriti seseorang pimpinan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, DPPP akan ke SPRM di Putrajaya jam 10 pagi esok untuk membuat laporan agar SPRM menjalankan siasatan segera ke atas Awang Adek.
"DPPP berharap agar pihak SPRM dapat membuat siasatan sebaik mungkin mengenai isu yang melibatkan integriti seseorang pimpinan ini," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Pada 12 Julai 2012, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan 2 keping cek yang berjumlah RM80,000 secara keseluruhannya atas nama Datuk Awang Adek dan didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Datuk Awang Adek diminta untuk menjelaskan apakah terdapat skandal rasuah daripada transaksi wang yang sebegitu besar ke dalam akaun beliau pada ketika beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia oleh sebuah syarikat yang berkepentingan.
Pada 31 Julai 2012 yang lalu, DPPM sekali lagi tampil membuat pendedahan yang lebih terperinci beserta beberapa dokumen penting.
Dokumen yang berada di pihak DPPP menguatkan lagi dakwaan bahawa Awang Adek terlibat dalam skandal rasuah kerana kedua cek yang bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).
Sumber HD : 7/08/2012
(Mee udang banjir di Tanjung Karang hasil dari kolam udang Noh?)
Jika dahulu, mee udang banjir begitu popular di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. Teringat ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang, rata-rata yang menyertai kempen di sana tidak akan melepaskan peluang untuk singgah menjamu mee udang banjir.
Pada waktu itu juga, peniaga-peniaga di sekitar Bukit Gantang sudah tidak cukup kaki dan tangan melayani kehendak pelanggan yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Namun kini, warung-warung mee udang banjir sudah mula terbina bagaikan cendawan tumbuh di Kuala Selangor, Tanjong Karang menghala Sungai Besar, berbagai warung mee udang kelihatan yang menanti kunjungan pelanggan.
Tatkala melihat warung-warung tersebut, terus terimbas di fikiran, adakah warung mee udang yang mula rancak di sekitar Tanjung Karang ini mempunyai kaitan dengan wakil rakyatnya?
Biarpun kedengaran agak lucu, namun ianya tidak ditolak mentah-mentah bagi sesiapa yang mengetahui kaitan kolam udang dengan wakil rakyatnya, Datuk Seri Noh Omar.
Sekadar untuk bercerita santai berkenaan politik semasa di Tanjung Karang, sudah tentu kaitan kolam udang dengan warung mee udang banjir yang tumbuh melata tidak boleh dipandang sepi.
Berkesempatan menemui Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman (gambar), kaitan warung mee udang dengan kolam udang milik Noh Omar itu, katanya sudah pasti menjadi bualan.
"Memang lucu, tapi kalau difikir-fikirkan, mungkin juga ada kaitannya. Mudah dapat udang agaknya," kata beliau, turut ketawa kecil ketika menyuap mee udang yang dipesan.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dikatakan memiliki tanah seluas 30 ekar yang disewakan kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn. Bhd. pada tahun 1995.
Tanah itu, yang pada mulanya dikatakan berstatus tanah komersial, dan kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian pada 2011 bagi tujuan projek penternakan udang.
Dalam siri pendedahan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkenaan kolam udang tersebut, secara jelasnya membuktikan wujud 'conflict of interest' memandangkan Noh sendiri merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan pertanian.
Lebih-lebih lagi, apabila pejabat tanah sendiri memaklumkan bahawa kelulusan tanah itu dikeluarkan pada 13 Jun 1995, iaitu dua bulan selepas beliau menjadi ahli parlimen kawasan terbabit.
Menurut Misran, isu kolam udang dan Noh ini merupakan satu isu yang benar-benar menyinggung hati penduduk di sekitar kawasan tersebut.
"Kawasan itu tidak boleh diterokai kerana ia tanah simpanan hutan kayu bakau yang dijadikan sebagai penampan dari berlakunya hakisan pantai.
“Sebelum ini apabila penduduk kampung membuat penerokaan hutan akan ditangkap oleh Jabatan Hutan. Dalam jarak 100 meter daripada pantai tidak boleh dilakukan aktiviti pertanian dan ini menyalahi akta alam sekitar,” tegas beliau.
Sayangnya, kata beliau di saat rakyat diminta menghentikan aktiviti mereka, ada pihak lain yang secara senyap-senyap memohon tanah terbabit dan diluluskan.
Noh dikatakan membeli tanah itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu.
Di sebalik siri-siri pendedahan yang dilakukan Ng dan Misran, kedua-duanya menerima notis saman daripada Noh, meminta agar menarik semula kenyataan yang mengaitkan menteri itu dengan kolam udang tersebut.
Namun, bagi Misran, Noh tidak berani berhadapan dengan isu tersebut memandangkan satu persatu bukti berupa dokumen rasmi telah dibongkarkan.
"Jika dia (Noh) ingin membawa isu ini ke mahkamah, kita tidak bimbang. Kita ada bukti yang cukup kukuh untuk mendedahkan lebih banyak mengenai isu ini di mahkamah," sahut Misran menutup perbualan petang itu di warung mee udang banjir.

Noh, mee udang dan Tanjung Karang
Anis Nazri, | 02 Okt 2012 |

No comments:
Post a Comment