Pulau Pinang tidak bubarkan DUN jika PRU kilat
Oleh Lim Guan Eng
Sementara spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada tanggal bertuah 11 November 2011 , terdapat lima sebab kenapa Pulau Pinang tidak akan mengikutinya jika pilihanraya diadakan pada tahun ini.
Pertama, BN masih belum lagi menyempurnakan janji untuk memansuhkan Akta Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 kepada semua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Pertama, BN masih belum lagi menyempurnakan janji untuk memansuhkan Akta Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 kepada semua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Soalan sedang ditimbulkan sama ada janji pemansuhan ISA ini merupakan wayang semata-mata, kerana pada masa yang sama kita diberitahu bahawa ISA itu akan digantikan dengan dua lagi undang-undang yang serupa. Jika itu berlaku, Malaysia bukan sahaja akan mempunyai satu ISA, tetapi dua.
Bayaran RM100 kepada setiap pelajar yang dilakukan pada tahun ini menimbulkan soalan kesahihan, terutamanya apabila Belanjawan 2012 belum lagi diluluskan oleh Parlimen. Dan jika pembayaran RM100 akan diberi pada tahun ini memandangkan ia tidak diperuntukkan dalam Belanjawan 2011, dari manakah datangnya duit yang ingin dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan ini?
Jangan kita lupa bahawa Malaysia telah mencatatkan defisit belanjawan pada tahun ini, sepertimana defisit telah dicatatkan untuk 15 tahun berturut-turut. Defisit negara bagi tahun 2010 adalah RM43.27 bilion, dan untuk tahun 2011 pula RM45.51 bilion, manakala unjuran defisit untuk 2012 adalah RM43 bilion (atau 4.7% daripada unjuran nominal KDNK RM918 bilion). Di manakah Kerajaan Persekutuan akan mendapat lebihan RM530 juta untuk pemberian RM100 kepada setiap pelajar sekolah tahun ini apabila ia tidak diperuntukkan dalam tahun 2011? Dan bukankah ini akan menambahkan defisit negara?
Kedua, adalah tidak adil untuk menafikan hak mengundi kepada jemaah Haji yang sedang menunaikan ibadah mereka jika pilihanraya umum diadakan sekarang. Kelompok terakhir jemaah Haji hanya dijangka kembali pada 11 Disember. Seramai 30,000 rakyat Malaysia telah ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.
Ketiga, kegagalan dan keengganan Kerajaan BN untuk menjelaskan penyelewengan dana, penyalahgunaan kuasa dan ketidakseimbangan yang nyata seperti yang telah digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Laporan tersebut telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang segala kekurangan dan kesalahan dalam pentadbiran Kerajaan BN. Sepasang binokular marin "visi malam" yang berharga RM1,940 telah dibeli pada harga RM56,350; set TV LCD dan pemain DVD telah dipesan dengan harga kontrak RM16,100 tetapi yang dibekalkan merupakan set jenama bermutu rendah yang berharga RM195; RM770,000 pula telah dibelanjakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada satu rumah.
Laporan Ketua Audit telah menyatakan bahawa sembilan buah kementerian atau jabatan telah terlebih membelanjakan peruntukan dengan jumlah sebanyak RM3.73 bilion. Menteri Shahrizat Abdul Jalil (gambar kiri) pula terlibat dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang bernilai RM73.6 juta, apabila projek itu telah diberikan kepada keluarganya. Suami Shahrizat merupakan Pengerusi Eksekutif manakala anaknya menyandang jawatan Ketua Eksekutif (CEO). Anak-anak lainnya pula berjawatan Pengarah Eksekutif.
Banyak soalan belum dijawab tentang projek Fidlot di Gemas, Negeri Sembilan, seperti pengeluaran lembu yang tidak mencapai sasaran, di mana 3,289 ekor telah dikeluarkan dalam tahun 2010, atau 41.1% daripada 8,000 ekor yang disasarkan. Laporan Ketua Audit Negara juga telah menekankan pengurusan yang tidak cekap sebagai faktor utama untuk prestasi lemah yang dicapai, di samping mengemukakan kegagalan untuk melatih petani yang cukup, tanah 5,000 ekar yang bermensiang dan tidak terjaga serta penyenggaraan yang kurang memuaskan.
Oleh itu, rakyat Malaysia berasa bimbang dengan penggunaan wang rakyat, yang juga sekarang membabitkan pinjaman RM250 juta untuk membiayai "bisnes keluarga" ini, apatah lagi apabila projek ini nampaknya akan menjadi satu kegagalan yang besar. Tambahan pula, Shahrizat belum lagi menafikan laporan bahawa dana itu telah digunakan untuk tujuan lain seperti yang didakwa oleh PKR bahawa hampir RM10 juta telah digunakan untuk pembelian sebuah unit kondo mewah.
Keempat, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya masih belum lagi selesai dengan pendengaran awamnya untuk melakukan perubahan demi menzahirkan pilihanraya yang bebas, bersih dan adil. Kegagalan untuk melaksanakan perubahan ini akan membolehkan pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah dengan pengundi hantu dan juga pengundi asing yang diberi kerakyatan secara pantas dan ajaib. Adakah nasib dan takdir Malaysia akan ditentukan oleh rakyat kita sendiri ataupun pengundi hantu dan pengundi asing?
Kelima, agenda kebangsaan menjelang akhir tahun ini patut ditumpukan kepada tindakan mitigasi dan pencegahan banjir. Malaysia harus belajar daripada kengerian banjir di Thailand yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis dan kerugian kewangan yang besar. Jika pilihanraya umum diadakan semasa musim tengkujuh, ia bukan sahaja akan menafikan hak demokratik mangsa-mangsa banjir tetapi juga bersifat tidak berperikemanusiaan.
Jika Najib berkeras untuk mengadakan pilihanraya kilat pada akhir tahun ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menganjurkan sebuah konvensyen khas di mana cadangan akan disyorkan supaya pilihanraya negeri tidak akan diadakan bersama dengan pilihanraya umum.
Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sumber DD : 12//11/2011
Karpal: P'raya umum Januari ini demi 'survival Najib'
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival politiknya.
Katanya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa cubaan menikam Najib seperti penerbitan sebuah buku yang membidas pentadbirannya dilakukan oleh ahli-ahli dalaman Umno sendiri.
Turut memburukkan lagi keadaan, kata Karpal beberapa pemimpin kanan BN menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana mendakwa tiada ruang bersuara dalam Umno.
"Tidak syak lagi, bahawa pilihan raya umum semakin dekat... saya jangkakan sekitar Januari.
"Ini kerana tekanan yang dikenakan ke atas PM semakin mendesak, sebagai contoh dari kumpulan Amanah dan juga dari dalam partinya sendiri. Mereka kata, dia tidak layak untuk jadi PM.
"(Justeru), dia (Najib) tidak mempunyai pilihan tetapi membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan. Ini bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk survival diri sendiri," kata Karpal pada satu sidang akhbar semalam.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Najib akan membubarkan parlimen pada suku pertama tahun depan walaupun jangka hayat pentadbirannya tidak akan berakhir sehingga 2013.
Awal bulan ini, sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Najib selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.
Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
[Baca berita penuh]

Sumber MK : 14//11/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6568-selangor-tak-bubar-dun-jika-pru-kurang-6-bulan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6663-kelantan-bubar-dun-ikut-pusat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6674-praya-berasingan-sarawak-boleh-kenapa-selangor-tidak
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7150-najib-sokong-skim-cepat-kaya-200-ribu-kini-mangsa
KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya “saudara” pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang “dipercayai”.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya.
Manakala Seksyen 26 (1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya pula menetapkan jarak 50 meter semasa hari pengundian telah dipinda kepada jarak 100 meter boleh membuka ruang berlakunya kecurangan dalam proses pilihan raya.
“Apatah lagi sekarang ketelusan SPR dalam mengendalikan proses pilihan raya diragui serta dipertikai rakyat. Menjadi pertanyaan rakyat mengenai asas-asas atau alasan pindaan itu dibuat,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.
Baru-baru ini kerajaan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Vui Keong mengemukakan bacaan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 untuk kali pertama.
Mohd Abd Rashid berkata, Seksyen 26A(2) Akta yang sama sebelum ini membenarkan calon bertanding melantik tidak lebih empat pemerhati barung yang diselenggara SPR, namun dipinda dengan menghapuskan peruntukan tersebut.
Katanya ia bermaksud tiada lagi pemerhati barung yang dilantik calon bertanding.
“Jadi siapakah yang akan memastikan bagi pihak calon urusan di barung SPR tersebut adalah telus dan mengikut lunas undang-undang.
“Pindaan tersebut jelas menunjukkan ketidakadilan SPR dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya,” katanya.
Seksyen 24B(3) Akta yang sama juga sebelum ini membenarkan sebarang ceramah atau mesyuarat diadakan di mana-mana tempat awam, namun dipinta dan hanya membenarkan calon berbuat demikian di pejabat parti sahaja.
Kata beliau apakah rasional seksyen itu dipinda kerana pejabat parti yang bertanding kebiasaannya hanya terdapat sebuah sahaja di kawasan parlimen.
Katanya, pindaan baru tersebut menyebabkan calon Pakatan Rakyat sukar untuk berkempen bagi menyampaikan maklumat kepada penyokong dan orang ramai.
“Sebaliknya ia memberikan kelebihan kepada BN kerana mempunyai pelbagai saluran kempen termasuk tv, radio dan akhbar. Jelas sekali berlaku ketidakseimbangan serta ketidakadilan,” tambahnya.
Manakala Seksyen 11(1)(c) akta serupa sebelum ini mewajibkan setiap bahan bercetak parti dicatatkan nama, alamat pencetak dan penerbitnya, namun telah dipinda yang mana ia bukan lagi sesuatu mandatori.
Seksyen 14 (1A) Akta Kesalahan Pilihan Raya sebelum ini menetapkan agen tempat mengundi atau agen mengira undi hendaklah bertugas sekurang-kurangnya dua jam tidak boleh diganti orang lain sebelum tamatnya tempoh tersebut.
Namun seksyen tersebut dipinda dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR menentukan tempoh masa minimum seseorang agen tempat mengundi atau agen mengira undi bertugas.
Sumber HD : 22/04/2012
Selangor tak bubar Dun jika PRU kurang 6 bulan |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 17 Nov: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan jika Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) dilaksanakan kurang dari enam bulan dari tarikh hari ini. Beliau yang menjelaskan pendirian kerajaan negeri itu dengan hasrat segala apa yang dijanjikan pada Belanjawan 2012 Negeri Selangor dapat di laksanakan sepenuhnya serta memenuhi apa yang telah dijanjikan kepada rakyat. "Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya Negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu. "Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan. "Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," jelasnya sewaktu penutup Sidang Dewan Undang Negeri Selangor hari ini. Khalid memberitahu, setiap pihak jangan memikirkan sebaliknya kerana niat kerajaan yang tidak mahu menyertai pilihan raya itu. "Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," sambungnya lagi. Dalam masa yang sama Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat. Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6568-selangor-tak-bubar-dun-jika-pru-kurang-6-bulan
Kelantan bubar Dun ikut Pusat |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun. “Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan. “Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya. Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali. Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan. |
P’raya berasingan: Sarawak boleh, kenapa Selangor tidak? |
Pengundi Kota Anggerik |
Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012. Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. Umno yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihan raya seluruh Malaysia. Sering kali parti-parti yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini. Pertama kali dalam sejarah, Umno dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Datuk Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini. Namun alasan-alasan yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan. Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah? Sudahkah Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihan raya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu. Saya menyeru mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan ini supaya memikirkan semula pendirian mereka. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6674-praya-berasingan-sarawak-boleh-kenapa-selangor-tidak
Najib sokong skim cepat kaya, 200 ribu kini mangsa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan satu program cepat kaya sehingga lebih 200,000 orang tertipu kerananya. Kini ketika semua pihak tertanya-tanya ke mana pergi pemimpin skim cepat kaya itu menghilangkan diri, pihak polis pula meminta ianya jangan diganggu dan serahkan kepada proses penyiasatan pihak polis. (Laporan akhbar Harian Metro) Namun bangkai gajah ini kini meletup dan tidak boleh ditutup lagi apabila sebahagian mangsa mengesyaki ia ada kaitan dengan pengumpulan dana untuk Umno menjelang pilihan raya umum akan datang ini. Pada 26 April 2008 lalu, Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu meluluskan satu permohonan untuk melaksanakan satu skim yang dinamakan Sistem Ekonomi Berkonsep Parlimen. Surat itu mencadangkan agar kawasan Pekan dijadikan pilot projek ini. Persetujuan Najib jelas berdasarkan tandatangan Najib pada kertas permohonan itu dan ia telah digunakan oleh penganjur skim ini dalam kempen mereka mengumpulkan sokongan. (Gambar kanan, tandatangan kelulusan dan sokongan Najib terhadap permohonan skim ini) Dua hari kemudian, 28 April, Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat sokongan rasmi kepada projek itu. Berbekalkan surat dan tandatangan Najib ini kempen dibuat oleh pengajurnya ke seluruh negara untuk mengumpul wang orang ramai. Ia dikaitkan dengan usaha untuk kepentingan Islam dan menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu. Pemimpinnya pula adalah bergelar seorang ustaz yang kini dikatakan sedang diburu polis dan dikatakan orang yang paling dikehendaki Bank Negara Malaysia. Melalui projek ini, setiap peserta boleh melabur antara RM1,000 - RM1 juta dan bayaran 10 kali ganda akan diberikan kepada peserta itu dalam masa satu tahun. "Selepas empat bulan, kami bayar 30%, empat bulan lagi 30% dan selepas cukup setahun, lagi 40% akan dibayar dengan keuntungan 10 kali ganda itu "Saya sendiri secara pribadi menerima wang dan membayar untuk enam bulan pertama duit itu kepada peserta di bawah saya, namun selepas itu tidak ada lagi bayaran dibuat hingga sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Semua urusan pembayaran ini dibuat secara tunai. Baru-baru ini, akhbar Harian Metro meletupkan kes ini melalui laporan muka depan mereka dengan tajuk "Lebai RM200J". Namun bagi sumber Harakahdaily, Ustaz ini kini menyimpan hampir satu bilion ringgit wang peserta program ini yang lebih 200,000 orang itu. Ustaz ini dikatakan mempunyai helikopter dan jet peribadi dan tinggal di kawasan perumahan mewah di Shah Alam. "Yang membingungkan saya adalah ke mana Ustaz ini pergi. Saya bimbang kalau ia ada konspirasi dan saya minta Datuk Seri Najib menjelaskan perkara. "Ini kerana, melalui surat Datuk Seri Najib lah ramai yang terpengaruh dengan projek ini dan menyertainya dengan melaburkan wang mereka," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7150-najib-sokong-skim-cepat-kaya-200-ribu-kini-mangsa
Pindaan RUU Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN?
Aslani M, | 22 Apr 2012 |
KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya “saudara” pengundi yang uzur boleh mengungi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang “dipercayai”.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya.
Manakala Seksyen 26 (1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya pula menetapkan jarak 50 meter semasa hari pengundian telah dipinda kepada jarak 100 meter boleh membuka ruang berlakunya kecurangan dalam proses pilihan raya.
“Apatah lagi sekarang ketelusan SPR dalam mengendalikan proses pilihan raya diragui serta dipertikai rakyat. Menjadi pertanyaan rakyat mengenai asas-asas atau alasan pindaan itu dibuat,” katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.
Baru-baru ini kerajaan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Vui Keong mengemukakan bacaan Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 untuk kali pertama.
Mohd Abd Rashid berkata, Seksyen 26A(2) Akta yang sama sebelum ini membenarkan calon bertanding melantik tidak lebih empat pemerhati barung yang diselenggara SPR, namun dipinda dengan menghapuskan peruntukan tersebut.
Katanya ia bermaksud tiada lagi pemerhati barung yang dilantik calon bertanding.
“Jadi siapakah yang akan memastikan bagi pihak calon urusan di barung SPR tersebut adalah telus dan mengikut lunas undang-undang.
“Pindaan tersebut jelas menunjukkan ketidakadilan SPR dalam mengendalikan perjalanan pilihan raya,” katanya.
Seksyen 24B(3) Akta yang sama juga sebelum ini membenarkan sebarang ceramah atau mesyuarat diadakan di mana-mana tempat awam, namun dipinta dan hanya membenarkan calon berbuat demikian di pejabat parti sahaja.
Kata beliau apakah rasional seksyen itu dipinda kerana pejabat parti yang bertanding kebiasaannya hanya terdapat sebuah sahaja di kawasan parlimen.
Katanya, pindaan baru tersebut menyebabkan calon Pakatan Rakyat sukar untuk berkempen bagi menyampaikan maklumat kepada penyokong dan orang ramai.
“Sebaliknya ia memberikan kelebihan kepada BN kerana mempunyai pelbagai saluran kempen termasuk tv, radio dan akhbar. Jelas sekali berlaku ketidakseimbangan serta ketidakadilan,” tambahnya.
Manakala Seksyen 11(1)(c) akta serupa sebelum ini mewajibkan setiap bahan bercetak parti dicatatkan nama, alamat pencetak dan penerbitnya, namun telah dipinda yang mana ia bukan lagi sesuatu mandatori.
Seksyen 14 (1A) Akta Kesalahan Pilihan Raya sebelum ini menetapkan agen tempat mengundi atau agen mengira undi hendaklah bertugas sekurang-kurangnya dua jam tidak boleh diganti orang lain sebelum tamatnya tempoh tersebut.
Namun seksyen tersebut dipinda dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR menentukan tempoh masa minimum seseorang agen tempat mengundi atau agen mengira undi bertugas.
Sumber HD : 22/04/2012
Jangan 'nafi' hak rakyat balik mengundi
Muhammad Faizal, | 25 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan peratusan undi akan rendah jika pilihanraya umum (PRU) ke -13 diadakan selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana pengundi tentunya sukar dan berfikir panjang untuk pulang kali kedua selepas pulang bercuti Aidilfitri.
"Jika benar ia diadakan pada bulan September maka peratusan mengundi akan merosot kerana majoriti pengundi baru sahaja balik dari bercuti selain faktor utama adalah dari segi kewangan mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, jika perkara itu benar-benar berlaku, ianya juga seolah-olah cuba untuk menafikan hak rakyat khususnya pengundi luar untuk pulang mengundi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus banyak pihak bahawa kemungkinan PRU-13 akan diadakan selepas cuti Aidilfitri atau lebih spesifik pada September ini.
"Kita dapat lihat pihak yang menyokong Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)mendesak agar pilihanraya diadakan pada tahun ini, namun bagi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pengikutnya berpendapat agar ia diadakah pada tahun hadapan.
"Tetapi melihat kepada senario yang berlaku sekarang yang mana bajet tambahan sudah diluluskan maka saya pasti ia akan diadakan pada tahun ini," sambungnya lagi.
Gerakkan kempen balik mengundi
Sementara itu beliau memberitahu, PAS akan melancarkan kempen besar-besaran menyeru rakyat keluar mengundi pada pilihan raya itu nanti.
Pihaknya juga jelas Tuan Ibrahim, akan mengerakkan seluruh jentera agar menemui serta memberi penerangan kepada ahli dan juga pengundi-pengundi yang berada diluar agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
"Jadi atas sebab itulah kita akan melancarkan kempen balik kampung agar setiap ahli PAS dan pengundi dapat menggunakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi menentukan siapa pemerintah pada masa yang akan datang," jelasnya.
Katanya lagi, isu yang paling besar jika pilihanraya diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bebanan kepada rakyat yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sedangkan mereka terpaksa menanggung bebanan yang lain lagi.
"Kalau fenomena ini berlaku maka Umno-Barisan Nasional akan menggunakan wang sebagai umpan mereka agar pengundi dapat balik mengundi," katanya.

Sumber HD : 25/07/2012
No comments:
Post a Comment