Majlis Peguam harus peka dengan sensitiviti peguam Muslim |
Noorazmir Zakaria |
Saya melihat Bar Council Malaysia acap kali terlepas pandang dengan bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti ribuan ahlinya yang juga terdiri daripada Peguam-peguam yang beragama Islam. Contoh yang terbaru adalah dalam perihal sokongan secara terbuka Bar Council Malaysia dalam kempen "SEKSUALITI MERDEKA". Agama Islam secara terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam. Namun, ia bukan bermakna saya menentang hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, saya sedar agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral masyarakat. Malah, terdapat pendapat di dalam agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Roman Catholic Church, Eastern Orthodox Churches, Methodist Churches dan lain-lain lagi. Justeru, atas faktor apakah Bar Council Malaysia menyokong kempen yang sebegini tatkala banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan? Saya sebagai salah seorang Peguam yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia melihat tindakan Bar Council Malaysia sebegini mencerminkan sikap tidak profesional Bar Council Malaysia yang membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam. Seharusnya Bar Council Malaysia sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada para Peguam yang berada di bawah naungannya. Tatkala keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami sebagai Peguam Muslim umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif dengan agama Islam. Tidakkan Bar Council Malaysia sedar bahawa kami malu berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan Bar Council Malaysia menyokong kempen sebegini? Kesimpulannya, Bar Council Malaysia harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok sendiri” demi kepentingan peribadi. Bar Council Malaysia harus lebih merakyat dengan peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para Peguam secara keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6314-majlis-peguam-harus-peka-dengan-sensitiviti-peguam-muslim
Seksualiti Merdeka: Peranan semua pihak sangat ditagih |
Muhammad Hilmi Mohd Hamdan, UIA |
Di saat ramai sibuk membantah dan membicarakan tentang kedatanagn artis gay Elton John ke Malaysia pada 22 November ini, masyarakat Malaysia hari ini digemparkan dengan kemunculan satu program bernama Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya queer without feer yang mencerminkan tuntutan mereka supaya aktiviti songsang dapat dilakukan tanpa takut. Program gila ini adalah program berkala yang diisi dengan seminar, kempen, pertunjukan poster dan lain-lain. Program ini juga mendapat sokongan dari beberapa NGO termasuklah Amnesty International Malaysia & Bar Council Malaysia Human Rights Committee. Lebih mengejutkan, mereka tanpa segan silu mewar-warkan slogan “ke arah Malaysia yang mesra LGBTIQ”. LGBTIQ ini adalah akronim bagi lesbians, gays, bisexuals, transgenders, intersex dan queer. Perkembangan ini sangat merunsingkan lebih-lebih lagi suasana sosial negara kita sekarang seolah-olah sangat membantu untuk misi mereka ini tercapai. Saya mempunyai beberapa pendapat tentang perkara ini: 1) Berhati-hati dengan golongan yang mengambil peluang dari barisan perjuangan hak asasi dan demokrasi. Kita dan mereka mempunyai misi yang sama iaitu ingin melihat hak asasi rakyat terjamin, tapi skop penilaian kita dan mereka berbeza pada menilai pengisian kepada hak asasi tersebut. Lantas, mereka menggunakan platform hak asasi untuk memperjuangkan agenda busuk itu. Pejuang hak asasi, tolong waspada dengan mereka. Walau bagaimanapun,sangat tidak bijak apabila ada orang yang mempertikaikan “kesucian” perjuangan hak asasi hanya kerana kewujudan golongan ini. Bagaimana mungkin kita hendak membakar sebuah bas, hanya kerana seorang penumpangnya yang membawa bom? 2) Hujjah perlu dilawan hujjah. Kumpulan ini berhujjah bahawa mereka adalah komuniti minoriti yang berbeza dari orang lain atas dasar seksualiti dan jantina. Sebagaimana orang asli dianggap kaum minoriti kerana mereka berbeza berdasarkan susur galur keluarga, maka samalah juga dengan kumpulan LGBTIQ ini. Bukan mereka dipaksa untuk jadi begitu, tetapi mereka kononnya secara semulajadi dicipta mempunyai naluri yang bebrbeza dari naluri masyarakat umum. Hujjah sebegini boleh dilihat agak logik jika dinilai dari aspek hak asasi manusia. Maka, diharapkan para ulama’, pendakwah, cendendekiawan, ahli akademik, mahasiswa dan sebagainya dapat memikirkan hujjah yang sesuai untuk dikemukakan. Zaman sekarang adalah zaman orang menilai berdasarkan hujjah. Sekalipun ada akta yang termaktub dalam perlembagaan, tapi akta itu akan dipertikaikan jika kewujudannnya atas hujjah yang tidak jelas seperti Akta AUKU. 3) Ahli politk perlu bertindak segera. Isu ini tidak harus diambil peluang oleh mana-mana ahli politik untuk menunjukkan mereka adalah jaguh pejuang menentang maksiat. Setakat mengeluarkan kenyataan tanpa tindakan susulan tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Pelajar tadika pun boleh buat kalau setakat menulis blog kemudian membuat sidang akhbar mengecam program seksualiti merdeka. Jika pelawak Bob Lokman pun boleh dikenakan waran tangkap kerana tiada tauliah mengajar, bagaimana pula dengan penganjur Seksualiti Merdeka ini. Tidak adil jika anda menonjolkan sikap ke”jais”an anda hanya pada penceramah agama, tunjukkan juga pada mereka! 4) Masyarakat dan mahasiswa perlu bimbing mereka. Tidak dinafikan, kebanyakan masyarakat memandang jijik kepada golongan ini. Perspektif ini harus diubah segera. Agama mengajar kita membenci pada maksiatnya, bukan kepada pelakunya. Apabila Lorong Haji Taib di Chow Kit dikenali sebagai lorong mak nyah, maka sesiapa yang pergi ke sana akan terus dicop sebagai mak nyak atau pelanggan mak nyah. Itulah doktrinisasi masyarakat kita. Maka semakin bermaharajalelalah mereka di sana. Mereka tak perlu membeli tanah untuk berkuasa di situ, tetapi pandangan masyarakat telah menyumbang “geran tanah” itu untuk mereka. Mereka perlu didekati, bukan dibenci dan dijauhi. 5) Akhirnya, saya mengharapkan semua pihak terutama parti politik baik BN ataupun PR supaya tidak mempolitikkan isu ini. Isu ini adalah isu masyarakat dan agama, bukan isu “pergaduhan politik”. Jangan membunuh sensitiviti masyarakat pada isu ini dengan mempolitikkannya terutama Utusan Malaysia yang cukup terkenal dengan kerja ini. Cukuplah berapa banyak masalah ummat sebelum ini yang telah diabaikan oleh masyarakat gara-gara ahli politik cuba menjuarai untuk agenda politiknya. Mereka berkata, “ini isu politik, kami tak nak ambil tahu dan tak akan ambil tahu!”. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6331-seksualiti-merdeka-peranan-semua-pihak-sangat-ditagih
PAS tentang kempen gay Seksualiti Merdeka
PAS mula menyuarakan tentangan terhadap kempen kebebasan seksual Seksualiti Merdeka, menegaskan lagi tentangan parti itu terhadap gaya hidup gay ketika isu protes konsert penyanyi gay Elton John masih panas.
Sayap pemuda parti itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan penolakan terhadap gaya hidup itu dan menggesa agar isu itu tidak diperjuangkan di negara ini.
Menurut ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, amalan itu bertentangan bukan sahaja dengan agama Islam malah juga agama lain dan norma masyarakat tempatan.
"Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.
"Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan. Sebaliknya manusia mesti hidup berteraskan peraturan-peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan," kata Nasrudin dalam kenyataan itu.
Kenyataan tegas ini dilihat sebagai usaha PAS menangani implikasi yang tercetus ekoran penglibatan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreneevasan dalam program itu. Beliau dijadual merasmikan program tahunan komuniti gay itu yang berlangsung sehingga pertengahan bulan ini dan diikuti tidak lama selepas itu oleh konsert Elton John.
Sejak semalam, penentang PAS menjadikan isu penglibatan aktivis hak asasi Ambiga dalam program itu untuk mengecam PAS yang didakwa terkait sama dan mendiamkan diri dalam hal ini kerana menyentuh sekutunya.
Isu ini dijangka akan terus mendapat perhatian musuh politik PAS dan parti-parti pembangkang. Blog-blog pro-Umno dan kumpulan propemerintah dijangka menjadikan isu ini untuk meningkatkan kempen negatif terhadap PAS.
Ahli Parlimen bebas Zulkifli Noordin dalam tulisan di blognya semalam mengecam keras pembangkang dan turut mengaitkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kecenderungan seksual itu.
PAS menjadi penyokong utama himpunan Bersih kedua diketuai Ambiga di ibu negara Julai lalu tetapi menolak menyertai Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam akhir bulan lalu, mencetuskan dakwaan PAS mengutamakan kepentingan politik berbanding hal lain yang menyentuh kepentingan agama.
Sebelum ini, naib presiden parti itu Salahuddin Ayub dilapor mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa melarang penganjuran Seksualiti Merdeka, tindakan yang dilihat cuba mengalihkan tumpuan kepada pihak berkuasa agama.
Salahuddin juga dilapor berkata gaya hidup itu bertentangan dengan semua agama dan memberitahu PAS akan mengadakan perbincangan dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu itu.
Isu kelompok ini, melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender, menjadi salah satu isu hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh liberal di negara ini yang semakin berpengaruh dan lantang.
Sumber SD : 2/11/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6344-demo-bantah-seksualiti-merdeka-esok
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6341-seksualiti-merdeka-bertentangan-norma-agama
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6348-seksualiti-merdeka-ingin-laksana-revolusi-gila-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6349-mengapa-kerajaan-izin-seksualiti-merdeka
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6354-polis-haramkan-penganjuran-seksualiti-merdeka
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6355-seksualiti-merdeka-pemuda-pas-batal-demo
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6358-kenapa-sekarang-baru-haramkan-seksualiti-merdeka
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6353-pas-sokong-tuntutan-bersih-bukan-ambiga
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6363-kalau-tiada-bantahan-bn-biarkan-seksualiti-merdeka
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6412-adakah-marina-juga-dajal-di-sisi-perkasa
Tiada merdeka dalam Seksualiti Merdeka

|
Seksualiti Merdeka bertentangan norma agama |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menentang keras program Seksualiti Merdeka 2011 kerana bertentangan dengan cara hidup semua agama khususnya Islam. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak menafikan hak berhimpun seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara namun dalam isu ini, ianya tidak harus disokong kerana mencemarkan budaya timur. "Muslimat tak sokong penganjuran program ini dan menentang keras kerana ia jelas melanggar norma kehidupan manusia. "Memang hak berhimpun dijamin dalam Perlembagaan namun dalam konteks ini, ia jelas merupakan cara hidup Barat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, pihak yang menganjurkan program tersebut juga harus menghormati agama Islam yang merupakan agama rasmi negara. "Bagaimana hak berhimpun seumpama ini harus disokong dalam keadaan agama Islam merupakan agama rasmi negara. "Islam secara jelas menghalang segala bentuk hubungan sejenis jadi sebarang bentuk himpunan yang menjurus ke arah itu tidak boleh disokong," katanya. Seksualiti Merdeka 2011 dengan tema Queer Without Fear berlangsung di The Annaxe Gallery bermula 1 hingga 13 November. Program itu difahamkan berteraskan perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Mengulas isu yang sama, Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Muis) melahirkan kegusaran dan kebimbangan akan menularnya fahaman liberal dan songsang dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang bertopengkan ‘hak asasi manusia’. Pengerusinya, Dr Aznan Hasan berkata, Muis berpendirian, hak asasi manusia adalah sesuatu yang diiktiraf oleh Islam. Namun begitu, katanya penerimaan hak asasi ini mestilah diterima di dalam ruang lingkup yang tidak menyanggahi prinsip-prinsip agama dan nilai-nilai moral, budaya, etika, dan adab sopan. “Sebarang aktiviti songsang sebegini bukan sahaja menyentuh sensiviti umat Islam malah boleh dianggap satu usaha ke arah mencabar kedaulatan negara yang berpaksikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” katanya. Sehubungan itu, Muis menegaskan bahawa Islam adalah agama fitrah yang memberi keadilan dan meratakan kebebasan kepada semua pihak tanpa mengira gender, namun begitu, kebebasan dan keadilan tersebut mestilah bersendikan neraca dan prinsip agama. Jelas beliau, perhitungannya bukan berasaskan logik akal semata-mata tetapi haruslah dipandukan oleh wahyu. “Oleh kerana itu, sesuatu kebebasan itu bukanlah bersifat mutlak, tetapi mestilah berteraskan keadilan sejagat yang bermatlamatkan memberi maslahah kepada kemanusiaan dan menolak sebarang kerosakan kepada kehidupan mereka (jalb al-masalih wa dar’ al-mafasid),” ujarnya lagi. Selain itu, katanya penafsiran kesaksamaan gender haruslah dirujuk berasaskan nilai agama dan budaya ketimuran yang amat menekankan adab sopan dan tata susila. Tambahnya, budaya gay, lesbian dan perhubungan bebas antara jantina merupakan budaya hidup songsang ciptaan Barat yang cuba menyelinap masuk ke dalam masyarakat Malaysia. “Budaya ini amat bertentangan dengan kehidupan beragama dan menyalahi norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia secara umumnya dan masyarakat Muslim secara khususnya,” katanya. Selain itu, ujarnya penghuraian hadith dan tafsiran ayat-ayat al-Quran hendaklah dirujuk kepada kitab-kitab muktabar dan orang yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkenaan. Katanya lagi, sebarang nukilan secara terpisah merupakan dakyah dan senjata yang sengaja digunakan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan menyongsangkan kefahaman umat Islam. Justeru, ujarnya Muis menyarankan pihak kerajaan selaku agen penguatkuasa hendaklah menghalang aktiviti seperti ini dan sentiasa peka terhadap aktiviti-aktviti songsang yang menyelinap masuk ke dalam masyarakat umat Islam dan bertujuan melenyapkan identiti dan jati diri anak bangsa dan negara. Justeru, kata beliau seluruh umat Islam perlu berganding bahu memikul tugas membangunkan umat dan menyuburkan akhlak terpuji selaras dengan mesej perutusan baginda s.a.w. “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang unggul”. “Seluruh umat Islam wajib berganding bahu memikul tanggungjawab membangunkan umat, menyuburkan akhlak terpuji dan memandu masyarakat ke arah menghayati ajaran Islam yang sebenar. “Muis berpandangan penglibatan umat Islam di dalam festival ini adalah haram hukumnya dan sewajibnya dielakkan,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6341-seksualiti-merdeka-bertentangan-norma-agama
Seksualiti Merdeka: Ingin laksana 'revolusi gila' |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Slogan Queer Without Fear program Seksualiti Merdeka 2011 menunjukkan golongan berkenaan terlalu menginginkan revolusi gila mereka itu terlaksana. Justeru, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) berpendapat program itu amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. “Baik agama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang mereka perjuangkan,” kata jurucakapnya, Ciffi Faizal Zahinor. Katanya, golongan yang menubuhkan kumpulan ‘seksualiti merdeka’ itu bukanlah terdiri dari golongan yang biasa-biasa sahaja tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta golongan elit yang berorientasikan pemikiran liberal. Golongan itu, ujarnya bijak memilih perkataan ‘merdeka’ seumpama mereka dijajah, didikriminasikan oleh kerajaan dan ‘golongan agama’. “Namun realitinya, golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini,” ujarnya lagi. Menurutnya, slogan queer without fear atau ‘ganjil tanpa rasa takut’ jelas mengajak mereka yang sefahaman dengan golongan itu tampil ke hadapan untuk meninggalkan adab susila budaya Timur. Beliau menambah, jika dilihat pada tentatif program, ternyata penganjuran program kali ini amat tersusun jika hendak dibandingkan tahun 2008 dahulu yang hanya menjalankan persembahan pentas dan beberapa ceramah bebas. Namun, katanya berlainan pula pada tahun ini di mana mereka telah berjaya mengumpulkan aktiviti berbentuk forum dan ceramah yang berfokus kepada ke arah menjadikan Malaysia negara yang menerima seksualiti songsang sebagai satu gaya hidup. Selain itu, ujarnya golongan itu juga giat berusaha agar satu polisi bagi melindungi hak-hak mereka terlaksana. “Program ini harus disekat daripada terus diadakan kerana ia amat bertentangan dengan akidah dan sudah tentu terang-terangan melanggar fitrah kejadian manusia,” tegasnya. Selain itu, tambah beliau impak kepada program itu adalah ia akan lebih banyak menyebabkan dan menggalakkan penyakit jangkitan seksual seperti HIV/Aids dan penyakit kelamin. Menurutnya, melalui program itu juga, dikhuatiri fahaman liberalisma semakin tersebar dan akhirnya akan menyebabkan kerancuan kepada masyarakat. Beliau berkata, dari satu sudut yang lain pula, penganjuran program seperti itu sebenarnya amat bercanggah dengan norma budaya masyarakat Asia sendiri yang terkenal dengan kesopanannya dan amat berpegang teguh kepada agama dan adat warisan. “Unggas amat khuatir sekiranya berlaku kepincangan rumahtangga jika pihak-pihak berwajib mengambil langkah untuk ‘menghalalkan’ program-program sebegini seperti yang sedang berlaku di negara barat,” ujarnya. Katanya, kerosakan dan kepincangan masyarakat memang tidak akan dirasai dalam masa yang singkat tetapi akan tetap berlaku jika semua pihak menganggap program-program seperti itu sebagai suatu perkara yang remeh. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6348-seksualiti-merdeka-ingin-laksana-revolusi-gila-
Mengapa kerajaan izin Seksualiti Merdeka? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempersoalkan kenapa pihak kerajaan telah membenarkan program Seksualiti Merdeka sejak 2008 lagi. Justeru, Mapim mendesak Perdana Menteri tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal Barat hanya kerana mahu mendapat sokongan mereka. “Ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan,” kata setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, Mapim tidak menolak pihak berkuasa menggunakan pendekatan yang bijak untuk mencegah kemungkaran seks bebas, tetapi ia tidak boleh sama sekali bermaksud menerima perlanggaran undang-undang Islam sebagai hak . Azmi menegaskan pihaknya membantah keras penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011. Katanya, ini jelas dinyatakan oleh salah seorang pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik bahawa festival itu bertujuan untuk menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT). Katanya, walaupun Khee Teik menyatakan acara tersebut bukan untuk mempromosi homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi. Ujarnya, mereka mendakwa negara ini mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut. Tegasnya, Mapim menolak dengan tegas alasan Majlis Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi. Katanya, mengutip kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah negara yang ‘progresif dan liberal’ tidak boleh dijadi alasan untuk perlakuan yang melanggari akhlak yang ditetapkan oleh Islam dibolehkan. “Kami ingin menegaskan sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan Perlembagaan. Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup Barat,” katanya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras). Katanya, sikap liberal dan membiar budaya yang bertentangan dengan nilai dan adat resam rakyat Malaysia telah mengakibat kumpulan sekular-liberal Barat tidak henti-henti meneruskan kempen mereka supaya Malaysia turut memasukkan ke dalam polisi awam dan undang-undang negara mengenai hak kumpulan LGBT berkenaan. Beliau berkata, Mapim menegaskan bahawa tuntutan golongan itu seperti yang terbayang dalam beberapa acara yang terkandung dalam festival tersebut adalah bertentangan dengan adab dan nilai akhlaq yang ditekankan oleh Islam. Mapim juga, ujarnya kesal dengan Majlis Peguam yang turut terlibat dengan penganjuran program tersebut. “Apa urusan Majlis Peguam untuk terlibat melaksnakan kempen supaya Malaysia merombak polisi awam dan undang-undang Malaysia termasuk undang-undang Islam atas nama hak asasi manusia?” soalnya. Katanya, peguam Muslim dalam Majlis Peguam perlu bersuara supaya hal yang menyentuh persoalan dan kedudukan undang-undang Islam serta kebebasan mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan budaya hidup Islam yang didokong oleh Majlis Peguam hendaklah dibantah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6349-mengapa-kerajaan-izin-seksualiti-merdeka
Polis haramkan penganjuran Seksualiti Merdeka |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Ekoran pelbagai aduan diterima, pihak Polis hari ini mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka'. Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini. Sehubungan itu Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 November. Tindakan itu menurut Khalid dibuat atas tanggungjawab pihak keselamatan untuk mengekalkan ketenteraman awam. rogram yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear akan berlangsung sehingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Banyak pihak berpandangan, ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ianya juga adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. "Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya. Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. "Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6354-polis-haramkan-penganjuran-seksualiti-merdeka
Seksualiti Merdeka: Pemuda PAS batal demo |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Ekoran pengharaman program Seksualiti Merdeka oleh pihak polis, Dewan Pemuda PAS membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi di seluruh negara esok. Perkara itu dimaklumkan Ketuanya Nasruddin Hassan ketika menghubungi Harakahdaily malam ini. "Ekoran pengisytiharan haram oleh pihak keselamatan itu, kita membatalkan hasrat membuat laporan polis dan mengadakan himpunan di seluruh negeri selepas solat Jumaat esok. "Kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah mengambil tindakan sedemikian," katanya. Pada satu sidang media petang tadi, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadual akan diadakan pada 9 hingga 13 November. Menurutnya, tindakan itu dibuat atas faktor menjaga ketenteraman awam ekoran bayak aduan yang telah diterima pihak mereka. Sehubungan itu juga, Nasruddin menasihatkan penganjur program tersebut agar mematuhi arahan pihak polis tersebut. Beliau juga mengingatkan, Dewan Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk terus mengadakan bantahan jika penganjur masih bertegas mahu melaksanakan program itu. "Kita harap penganjur akur arahan tersebut. "Jika mereka berdegil, dewan pemuda akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS merancang akan membuat laporan polis serentak jam 10 pagi esok dan himpunan aman selepas solat Jumaat di seluruh masjid negeri. Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear akan berlangsung sehingga di The Annaxe Gallery. Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Banyak pihak berpandangan, ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ianya juga adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6355-seksualiti-merdeka-pemuda-pas-batal-demo
Kenapa sekarang baru haramkan Seksualiti Merdeka? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi. Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Aiman Athirah al Jundi - Ketua Penerangan DMPP
"Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini? Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka? "Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu. Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November. "Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya.
Datuk S. Ambiga - Pengerusi Bersih 2.0
Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh. "Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya. Tambah beliau, semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - ”good governance”, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6358-kenapa-sekarang-baru-haramkan-seksualiti-merdeka
PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga | | Print | |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya. Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini. Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air. "Dalam hubungan ini, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya. Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan kontroversi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas), Zulkifli Noordin mengenai sokongan PAS ke atas Ambiga, sedangkan Ambiga jelas menyokong Pesta Seksualiti Merdeka atas alasan hak asasi manusia. Menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zulkifli ketika mencelah ucapannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sejak dulu sokongan PAS terhadap seseorang bergantung kepada isu, bukan ke atas batang tubuh seseorang dan ia tidak terkecuali dengan Ambiga. Menurutnya, sokongan PAS dalam isu Bersih yang dibawa oleh Ambiga sesuai dengan tuntutannya yang selaras dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu seksualiti yang membawa sokongan Ambiga terhadap Pesta Seksualiti Merdeka berbeza sama sekali. "Dalam isu Pesta Seksualiti Merdeka, PAS tidak menyokong Ambiga kerana isu tersebut ternyata bertentangan dengan perjuangan PAS," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat. Sebelum itu, beliau menjelaskan, dalam perkara perjuangan hak asasi manusia oleh pihak-pihak terbabit, ada perkara yang diterima oleh PAS dan ada pula yang ditolak oleh parti itu. Katanya, penolakan PAS terhadap sesuatu perkara melibatkan hak asasi manusia itu berdasarkan sebab-sebab tertentu selaras dengan dasar perjuangannya dan parti itu tetap mempunyai hujah mengenai perkara itu. Begitu juga, tegasnya, dengan penolakan PAS terhadap aktiviti seks luar tabie dan perzinaan tetap mempunyai hujahnya kerana ia diharamkan dalam Islam dan amalan itu bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan serta mengundang kemusnahan individu terbabit, keluarga dan masyarakat Sungguhpun begitu, beliau menyarankan agar pihak-pihak terbabit mengambil langkah lunak terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti haram itu untuk menyedarkan mereka supaya kembali menjalani hidup dengan cara normal. "Tapi kalau kita guna undang-undang sahaja ke atas mereka, takut nanti mereka akan menjalani aktiviti bawah tanah. Ini pasti lebih merumitkan untuk diatasi," katanya. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan kerajaan agar turut menggubal undang-undang khusus bagi membolehkan zina dikategorikan sebagai jenayah, setelah liwat diletakkan sebagai jenayah di bawah Seksyen 377. Beliau juga mendesak kerajaan agar mengambil pendirian tegas mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh pihak pemerintah Syria terhadap rakyatnya sehingga menyebabkan kematian ratusan ribu orang awam di negara itu. Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (kiri) menegaskan bahawa dewan itu sama sekali tidak akan menyokong apa sahaja langkah yang bertentangan dengan nilai fitrah manusia. Penganjuran program itu dilaporkan oleh akhbar perdana kelmarin dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini. “Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia” kata beliau yang juga Adun Manir, Terengganu. “Namun Dewan Ulamak PAS menyeru supaya golongan seperti ini diubati sehingga dapat hidup bersama masyarakat secara fitrah dan bukannya memberikan pengiktirafan yang tidak akan menyelesaikan masalah, Dewan Ulamak melihat dari sudut penyelesaian masalah iaitu golongan ini mesti diubati dan bukannya meneruskan masalah,” ujar beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6353-pas-sokong-tuntutan-bersih-bukan-ambiga
Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka? |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak. "Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini. "Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan. Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik. "Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik. "Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu. "Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu. "Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz. Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu. "Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka? "Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya. Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu. Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral. "Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan? "Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6363-kalau-tiada-bantahan-bn-biarkan-seksualiti-merdeka
Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa? |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini? Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam". "Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini? "Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini. "Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka. "Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau. Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. "Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. "Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau. Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam. "Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka. "Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi. Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6412-adakah-marina-juga-dajal-di-sisi-perkasa
Tiada merdeka dalam Seksualiti Merdeka
Oleh Mujahid Yusof Rawa
Sensasi.. Sensasi.. itulah suasana negara kita, kita dipersembahkan satu persatu isu-isu panas yang mendapat perhatian di dada-dada akhbar khususnya Utusan Malaysia. Di Malaysia amat mudah sesuatu isu menjadi panas, anda hanya perlu menekan salah satu dari tiga butang bertandakan R, jika anda mahukan panas ke tahap maksima tekan sahaja ketiga-tiga butang R sekaligus, pasti meletup!
Tahukah anda apa tiga R itu? Race (perkauman), Religion (agama), dan Royal (raja). Sehingga kini kawalan butang itu berada dalam penguasaan golongan sempit, jadi anda boleh bayangkan kesannya.
Seksualiti Merdeka adalah sensasi terkini yang menimbulkan pelbagai persoalan apabila dibuat penilaiannya dari sudut agama dan norma-norma budaya setempat. Mana-mana agama akan menolak untuk mewajarkan satu bentuk kebebasan seksualiti. Bagi mana-mana agama pun seksualiti tidak terbatas kepada hubungan biseksual atau sejenis, hubungan terlarang dalam mana-mana agama ialah apabila pasangan itu tidak diikat dengan ikatan suci yang termeterai dari rasa tanggungjawab kepada Tuhan dan pasangan masing-masing. Membataskan seksualiti kepada hanya satu bentuk atau kategori tertentu adalah satu penganiyaan kepada pendefinisian masalah seksualiti.
Sensasinya cerita di sebalik perhimpunan seksualiti baru-baru ini ialah apabila ianya dikaitkan dengan kemerdekaan. Sudah tentu maksud tersirat di sebalik pilihan perkataan kemerdekaan itu ialah isu tersebut menuntut semacam satu bentuk pengiktirafan dari masyarakat dan negara. Agak mengelirukan apabila isu seksualiti ini menuntut satu kebebasan kepada pengamalnya lalu menganggap ia sebagai satu hak yang perlu dihormati. Saya kurang jelas apakah seksualiti merdeka menuntut amalan biseksual dan hubungan sejenis diwajarkan melalui ikatan suci atau mereka mahukan satu bentuk undang-undang yang boleh mengizinkan perkahwinan sejenis berlaku?
Ataukah perhimpunan ini menuntut supaya perasaan mereka didengari dengan hati yang terbuka dan cuba memahami mereka sebagai anggota masyarakat yang normal dan mahu hidup dengan orang lain tanpa perlu berasa salah? Mereka tidak mahu dilihat sebagai golongan tersisih maka satu pertemuan diadakan bagi melontarkan kepada masyarakat tentang hasrat mereka yang terpendam. Isu ini diambil oleh Persatuan Peguam atas jalur hak dan sudah tentu memerlukan satu pencerahan undang-undang.
Saya menimbulkan persoalan-persoalan ini kerana mahu memahami dan memberikan keadilan kepada semacam satu bentuk bantaian terhadap perhimpunan ini oleh pemetik-pemetik butang R. Biarlah saya jelaskan di sini bahawa hak untuk berhimpun adalah sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan kita. Golongan ini tidak terkecuali, dan apa sahaja tuntutan mereka atau rumusan mereka, itu adalah hak mereka dan terpulanglah pula pada anggota masyarakat untuk menerima tuntutan mereka atau tidak.
Kepada mereka yang merasakan dunia ini adalah tentang membuat pilihan salah satu dari warna hitam atau putih, mereka silap kerana dunia hari ini mempunyai pelbagai warna antara putih dan hitam, kita hanya perlu mengenal pasti dengan terperinci dan mendalam bukan sekadar di luaran semata-mata. Telah saya tegaskan di awal penulisan ini lagi bahawa soal seksualiti samada biseksual atau sejenis adalah dilarang oleh agama. Apa-apa isu kebebasan atau hak mesti dinilai dari sudut tersebut, entahlah kalau golongan ini mahu mengenepikan agama dan tidak meletakkan penilaian kepada sikap agama seperti sebahagian daripada perjuangan seksualiti di Barat. Mereka sebenarnya bukan menuntut hak tetapi mereka menolak hidup keagamaan. Sebab itu kita harus jelas antara persoalan menuntut hak tertentu atau persoalan yang lebih mendasar dari itu.
Sebagai negara yang meletakkan Islam agama rasmi persekutuan persoalan moral mesti meletakkan agama sebagai kayu pengukurnya jika tidak kita mempersendakan perlembagaan kita sendiri. Erti kebebasan yang diperuntukkan dalam perlembagaan pula tidaklah mutlak, malah perkataan mutlak itu sendiri bukanlah mutlak-semutlaknya. Perkiraan yang wajar adalah sesuatu tindak balas yang tabiee kepada apa pun persoalan hidup, apatah lagi dalam isu seksualiti.
Tetapi saya tidak pula bersetuju dengan sekelompok manusia yang tidak dapat membezakan antara perlakuan seksualiti dan pelaku seksualiti. Islam jelas dalam permasalahan ini apabila umat Islam dituntut untuk membezakan antara pelaku mungkar dan perlakuan mungkar. Perlakuan mungkar adalah ditentang manakala pelaku mungkar perlu mendapat perhatian supaya dijelaskan keadaan mereka yang boleh merosakkan diri mereka sendiri. Sementara kita menentang perlakuan seksualiti biseksual dan sejenis, kita tidak boleh membiarkan golongan yang terlibat tanpa usaha menempatkan mereka dijalur fitrah dan penjelasan. Kita juga perlu jelaskan bahawa isunya bukan kebebasan seksualiti tetapi hubungan yang bertentangan dengan fitrah dan hubungan yang tidak diikat dengan ikatan suci adalah bertentangan dengan naluri manusia yang dijadikan oleh Allah kerana di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah ia menciptakan kamu berpasangan (lelaki dan wanita) dan untuk pasangan ini disatukan islam mensyariatkan perkahwinan.
Saya tidak ada masalah untuk bertemu dengan golongan seksualiti ini untuk memperjelaskan mereka sikap Islam dan gama lain dalam hal ini, namun untuk saya memperjuangkan hak mereka untuk melanggar fitrah yang Allah jadikan pastinya saya akan menolaknya. Sehingga harapan saya menjadi kenyataan pemetik butang R akan terus dengan gembiranya memetik butang untuk kepentingan sempit mereka.

Baca: Seksualiti Merdeka dan pengaruh homofobia Melayu
Baca: Seksualiti Merdeka: Nasrudin persoal mengapa tidak diperjuangkan hak penagih dadah?
Baca: Seksualiti Merdeka: Nasrudin persoal mengapa tidak diperjuangkan hak penagih dadah?
*Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) adalah ahli parlimen Malaysia, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.
Sumber DD : 17/11/2011
Homoseks: Jangan terpengaruh fitnah jahat media Umno
Harakahdaily, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).
Demikian ditegaskan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim dalam satu kenyataan.
Walaubagaimanapun, katanya Anwar berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.
Beliau berkata, undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.
“Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Justeru, beliau menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah itu kononnya atas nama perjuangan Islam.
Jelasnya, perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.
Menurutnya, seusai pembebasan Anwar dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Beberapa hari kebelakangan ini, ujarnya Anwar dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.
Katanya, fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation).
Ahmad berkata, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.
Beliau nukilkan petikan jawapan Anwar tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714
“We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.
“But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”
“Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan,” jelasnya.
Sumber HD : 17/01/2012

Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta
Harakahdaily, | 18 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.
Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."
"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."
Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."
Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.
Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”
Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.
Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.
Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.
Sumber HD : 18/01/2012
Pendahuluan
Bagi menjamin sebuah negara yang punyai jatidiri, teguh dan disegani kawan dan lawan, sudah tentu salah satu kriteria yang menjadi parameternya adalah cara hidup masyarakat yang bertunjang kepada prinsip keagamaan yang kukuh juga memegang prinsip tatasusila dan kesopan sebaiknya selaraskan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Seperti mana yang dimaklumi, Malaysia yang terleatak di benua Asia, sangat terkenal dengan budaya sopan, hormat menghormati dan masyarakat yang patuh pada agama, seeloknya ciri-ciri ini dikekalkan walaupun percaturan globalisasi serangan hedonisme barat terus melanda media-media massa pada hari ini.
Hari ini, salah satu serangan pemikiran dan cara hidup yang perlu ditangkis secukupnya adalah isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual (LGBT) yang sehingga kini masih lagi diperkatakan. Ini ekoran adanya sebuah kumpulan yang tanpa segan silu memperjuangkan hak golongan berorientasikan LGBT ini. Golongan ini dengan berani tampil dengan acara-acara tertentu bagi menuntut pihak kerajaan mengiktiraf cara hidup itu selain mengalihkan stigma masyarakat supaya LGBT ini menjadi norma masyarakat dan tidak lagi dianggap jijik. Hakikatnya LGBT adalah satu cara hidup yang sememangnya tidak diterima oleh mana-mana agama, tidak juga oleh manusia yang berakal sihat.
Kumpulan NGO-NGO Islam arusperdana bangkit mempertahankan keharmonian bermasyarakat berasaskan prinsip undang-undang dan sakhsiah Islam. Mereka bergabung dengan kekuatan Wahdah al-Fikr (kesatuan idea) dan Wahdah al-Amal (kesatuan tindakan) bagi mempertahankan institusi kesopanan dalam masyarakat kekal tanpa gangguan anasir kotor dan jelek. Gagasan NGO Islam arusperdana yang dikenali sebagai PEMBELA membuat pelbagai usaha proaktif menangani isu ini mengikut saluran undang-undang dan dengan hikmah. Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) juga bernaung di bawah PEMBELA.
Karekter Pondan dalam siaran Radio dan Televisyen
Pembela secara sebulat suara menentang LGBT
PPMM melihat satu cubaan untuk menjadikan norma hidup di media-media Malaysia hari ini ialah watak lelaki lembut bersuara wanita yang dibuat-buat. Watak sebegini sering ditonjolkan di kaca-kaca televisyen dan radio, Watak ini juga dalam pemerhatian PPMM sering diselitkan antaranya dalam siaran televisyen yang bergenre komedi dan ditonjolkan di corong-corong radio. Kini, apa yang dilihat, ia sedang berlaku di salah sebuah stesen radio terkenal apabila watak lelaki lembut, menjadi salah seorang penyampai utama di stesen radio terkenal tersebut.
Watak tersebut mungkin dari mata kasar hanya sekadar watak komedi namun secara tersiratnya, ia menggambarkan bahawa masyarakat sedang menerima 3 gender dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia iaitu, Lelaki, Perempuan dan Pondan/Transgender.
Lebih merbahaya adalah apabila adanya dialog-dialog yang mempunyai double meaning (dua maksud) yang digunakan oleh penyampai-penyampai radio juga pelakon-pelakon yang menunjukkan kecenderongan kehendak seksual si lelaki berwatak perempuan itu tadi. Dialog-dialog tersebut bukan sahaja tidak sopan untuk didengari, akan tetapi, ia akan lebih terkesan kepada masyarakat muda mudi kita, Kesannya kelak, kita akan dapat lihat, klausa-klausa dialog tersebut meniti di bibir-bibir belia remaja kita. Walaupun biasanya, dialog-dialog kurang sopan tersebut lebih kepada ingin menjadikan apa yang dibawa bersifat komedi, tetapi hakikatnya, ia memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang kepada pendengar juga penonton.
PPMM melihat, walaupun tiada sokongan secara zahir kepada kumpulan penyokong LGBT dibuat oleh media-media elektronik arus perdana di Malaysia, akan tetapi secara tersiratnya, dengan adanya watak-watak pondan, lelaki lembut dan lain-lain, ia seolah-olah membantu kumpulan tersebut mempromosi cara hidup sedemikian. Pendekatan seperti ini hanya akan memperlihatkan kepada masyarakat sikap tidak ikhlas dan bermuka-muka pihak media dalam menangani isu serius ini.
Teguran Terbuka Kepada Media-Media Arus Perdana
PPMM meminta agar bukan sahaja stesen radio terkenal tersebut cuba memperbaiki modul siaran, begitu juga kepada penyiar-penyiar rakan media yang lain terutama media televisyen dan media cetak. Pastikan siaran tersebut menepati norma-norma hidup bermasyarakat yang tinggi dengan budaya dan adat ketimuran berdasarkan neraca al-Quran dan al-Sunnah.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith:
“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.”(Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir)
Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah r.a.
Berdasarkan dua hadith Nabi s.a.w. di atas, ulamak berpendapat bahawa lelaki dan wanita yang berusaha untuk menyerupai jantina yang berbeza dengannya adalah salah satu perbuatan haram lagi dibenci. Menyerupai di sini tidaklah hanya tingkah laku, akan tapi, cara hidup, penampilan, pakaian dan lain-lain lagi.
Dalam hal ini, kanak-kanak yang belum baligh juga tidak tertinggal dari hukum tersebut. Haram bagi ibu bapa kanak-kanak termasuk penjaga yang berusaha mengenakan pakaian perempuan kepada anak lelaki mereka, begitu juga sebaliknya, mengenakan pakaian lelaki kepada kanak-kanak perempuan.
Dr. Jamil bin Habib al-Luwaihiq menjelaskan: “Apa-apa yang berlaku untuk orang lelaki dan wanita dalam bab ini, berlaku pula untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Maka tidak boleh mengenakan kepada kanak-kanak lelaki pakaian kanak-kanak perempuan atau mengenakan kepada kanak-kanak perempuan pakaian untuk kanak-kanak lelaki.” [al-Tasyabbuh al-Manhy ‘Anhu fi al-Fiqh al-Islami (edisi terjemahan oleh Asmuni dengan judul Tasyabbuh Yang Dilarang Dalam Fikih Islam; Darul Falah, Jakarta, 2007), ms. 138, Hafiz Firdaus Abdullah, Islam, Jantina dan Seks]
Melalui hadith-hadith tersebut, juga pandangan salah seorang ulama’ berkenaan isu LGBT ini, menunjukkan bahawa Islam benar-benar serius menangani dan mencegah perkara berhubung isu ini dari menular dalam urat masyarakat kita.
Jika kita tidak bersatu berganding bahu dalam mengubati, menangani dan mencegah gejala ini, PPMM berpendapat, Umat Islam akan melalui satu jalan sukar dan getir di masa hadapan kelak. Ini kerana apa yang PPMM lihat menjadi faktor semakin meningkatnya gejala LGBT ini adalah dari watak-watak yang ditonjolkan di dalam media seolah menyokong karekter yang dibawa pengamal LGBT ini.
Apapun, ini bukanlah satu-satunya kes yang memalukan, banyak lagi rancangan yang sengaja menonjolkan watak-watak pondan, gay, tomboy, pengkid dan lain-lain dalam media arus perdana kita.
Sekali lagi, PPMM berharap agar adanya gesaan dari pihak NGO lain dan pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian terbabit untuk memantau gejala ini agar ia tidak terus menular dan dipandang biasa suatu hari nanti oleh seluruh masyarakat Malaysia.
PPMM juga meminta agar stesen-stesen radio dan televisyen menghentikan serta merta rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut dan lain-lain yang bercanggah dengan norma-norma masyarakat beragama serta menukar segmen siaran tersebut kepada yang lebih berobjektif menghidupkan sakhsiah masyarakat pendengar. Gesaan ini tidaklah terhenti kepada satu-satu stesen radio tertentu sahaja malah ia turut melibatkan seluruh pengamal media tempatan.

Mempromosi secara tidak langsung LGBT
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, |

Penulis ialah Presiden Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Sumber HD : 4/04/2012
Mapim: Najib layak digelar bapa liberal Malaysia
Harakahdaily, | 31 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
"Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadiran beliau.
"Jika ada pihak yang mengangkat isu wujudnya gerakan liberal di negara ini, maka kami berpendapat Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau adalah ketua kepada budaya dan pemikiran liberal di Malaysia," kata setiausahanya Mohd Azmi Abdul Hamid.
Mapim katanya, kesal dan mengutuk budaya liberal yang diterjemahkan dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq yang disahkan oleh perdana menteri bersama penari separuh bogel dalam perhimpunan tersebut.
Menurut Azmi, dengan membenarkan wanita berpakaian tidak senonoh mengadakan pementasan yang direstu oleh Perdana Menteri dan Menteri yang berkenaan, manakala Menteri Agama di JPM serta para Mufti tidak pula bersuara, mengesahkan aliran liberalisme dan pluralisme sebagai budaya dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh konsep wassatiyah yang ditaja oleh PM.
"Asalkan dapat dihimpunkan belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak menghormati kebudayaan kebangsaan, PM sanggup mengadai akhlak generasi muda hanya untuk berpropaganda untuk PRU 13," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa progran itu sebenarnya memperalatkan belia dengan memancing mereka berhimpun dengan acara hiburan liar dan cara itu sudah lama diguna oleh pihak kerajaan.
"Di satu hal budaya politik samseng dibiarkan berleluasa , ditambah lagi hiburan liar juga diguna untuk melekakan belia dari berfikir mengenai pelbagai isu Negara yang akan menentukan nasib dan masa depan agama dan bangsa.
"Mapim tidak dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak senonoh," katanya.
Sehubungan itu, mapim menuntut Kementerian Belia dan Sukan mendedahkan berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.
Sumber HD : 31/05/2012

Abim bantah konsert Elton John
Harakahdaily, | 30 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Khuatir generasi muda terus dibanjiri idola tanpa teladan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penganjuran Konsert Elton John, serta Konsert Jennifer Lopez.
Ini memandangkan konsert tersebut dianjurkan taktala negara masih bergelut untuk merungkaikan pelbagai kemelut sosial yang melanda negara ini.
Persembahan Elton dibuat melalui Elton John & Band: 40th Anniversary of the Rocket Man pada 29 November 2012 manakala Jenifer pula melalui Jennifer Lopez live in Malaysia pada 2 Disember ini.
Abim juga menilai penganjuran konsert seakan-akan menggambarkan sikap acuh tidak acuh pihak tertentu terhadap pelbagai bantahan yang dikemukakan terhadap penganjuran konsert-konsert serta program hiburan melampau membabitkan artis-artis dari luar Negara.
Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif.
Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda ini untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata.
Tambahan pula, salah seorang artis tersebut secara terbuka mengamalkan hubungan sejenis (gay) yang boleh memberikan ekspresi keteladanan yang salah di kalangan golongan muda.
"Seharusnya ancaman LGBT serta beberapa gejala songsang yang lain membuatkan pihak-pihak yang berwajib lebih berwaspada serta berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan serta penganjuran hiburan membabitkan artis-artis luar negara," kata Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Abdul Rahim.
Penganjuran kedua-dua konsert tersebut, katanya, merupakan titik hitam di sebalik kemilau kebangkitan hiburan Islamik serta selebriti dakwah di negara ini.
Ketegasan serta keprihatinan dari pihak berwajib serta masyarakat adalah perlu untuk mengelakkan golongan muda dari terus dibanjiri “idola” tanpa sebarang rujukan keteladanan yang positif, tegasnya.

Sumber HD - 30-11-2012
No comments:
Post a Comment