Multaqa Pendakwah PAS pada 12 Nov |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Pendakwah PAS pada 12 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM, Taman Melewar. Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohd Shahir berkata, tujuan program itu diadakan ialah untuk menghimpunkan seramai mungkin para dai'e yang telah berada di medan dakwah bagi menyelaraskan tugas dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat di samping memahami beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara serta mencari kaedah berkesan bagi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Katanya, beberapa amanat penting dalam ucaptama akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal membawa tajuk Pendakwah Sebagai Duta PAS pada sebelah pagi yang akan diikuti oleh pembentangan kertas kerja pertama oleh Dr Dzulkefly Ahmad bertajuk Isu-isu Besar Negara.
YB Dr Dzulkefly Ahmad - AJK PAS Pusat (KK 1)
Kertas Kerja kedua pula akan dibentangkan oleh Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bertajuk Hudud- Satu Keperluan, seterusnya Konsep Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat. YB Dato' Harun Taib - Ketua DUPP (KK 2) Sehubungan itu, katanya jentera penerangan PAS di semua peringkat perlu menarik seramai mungkin para pendakwah di tempat masing-masing untuk menghadiri program itu.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat (KK 3)
“Semoga multaqa ini dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi medan pertemuan para pendakwah tanah air dari pelbagai tempat dan latar belakang,” ujarnya.
Ustaz Misbahul Munir Masduki - SU Penerangan PAS Pusat / TPJPPrk
Untuk maklumat lanjut berkenaan program multaqa itu, bolehlah menghubungi Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat di talian 010-5667528 atau beliau sendiri di talian 019-2153225. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6303-multaqa-pendakwah-pas-pada-12-nov
Bukan Islam terima PAS berbeza 5 tahun lalu |
Aziz Muda |
GOMBAK, 12 Nov: Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka. Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini. Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam. Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam. "Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini. Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya. "Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid. Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam. "Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya. Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul. Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya. Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6474-bukan-islam-terima-pas-berbeza-5-tahun-lalu
Keindahan hudud bergantung kepada pendakwah |
Aziz Muda |
GOMBAK, 12 Nov: Keindahan hukuman hudud pasti akan terserlah jika seseorang pendakwah yang menerangkannya berkemampuan menyampaikannya dengan betul kepada sesuatu pihak, sejajar dengan keistimewaannya yang datangnya dari Allah. Oleh itu, seseorang pendakwah perlu memainkan peranannya dengan baik bagi membolehkan kesemua pihak dapat memahami hukuman itu dengan betul yang terkandung pelbagai hikmah di dalamnya. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, pendekatan terbaik yang perlui digunakan oleh seseorang pendakwah dalam menerangkan hukuman hudud kepada orang ramai dengan mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasuilullah saw. Menurutnya, suatu ketika, Rasulullah saw pernah didatangi seorang pemuda yang meminta kebenaran untuk berzina dan mengecualikannya dari hukuman hudud. Katanya, meskipun tindakan pemuda itu agak keterlaluan, tetapi Rasulullah saw tidak memarahinya, sebaliknya dilayani dengan baik dengan pendekatan yang cukup bijak bagi menyelesaikan masalah itu. "Rasulullah bertanya kepada pemuda itu, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan adik perempuan kamu?" Lelaki itu menjawab, "Langkah mayat aku dulu." "Kemudian Rasulullah bertanya lagi, "Apakah kamu suka jika ada seseorang lelaki ingin berzina dengan kakakmu?" Dan kemudian ditanya, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan ibumu?" Dan kemudian jika dengan saudara-saudara perempuanmu?" katanya. Menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Hudud Satu Keperluan" pada Multaqa Pendakwah PAS di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau berkata, kesemua pertanyaan Rasulullah itu dijawab oleh pemuda tersebut dengan tidak bersetuju. "Malah jika seseorang lelaki itu ingin berbuat demikian terhadap keluarganya, seseorang itu mestilah melangkah mayatnya terlebih dahulu," jelasnya. Pertanyaan Rasulullah itu, tambahnya, segera menyedarkan lelaki tersebut bahawa perzinaan adalah sesuatu yang amat hina dan mengundang pelbagai kemusnahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat dan itulah sebabnya ia diharamkan oleh Allah. Katanya, dengan itu, sebagai orang Islam dan manusia yang bermoral, pemuda itu segera sedar bahawa perbuatan itu juga mestilah dielakkan oleh belliau sendiri. "Tindakan Rasulullah itu penuh dengan hikmah dan ia turut menggambarkan berapa indahnya hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan ke atas orang yang berzina kerana di dalamnya penuh dengan hikmah pengajaran kepada seluruh manusia," katanya. Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hukum hudud penuh dengan kekerasan, tambahnya, jelas tidak berasas dan ia menunjukkan kejahilan individu terbabit mengenainya. "Sebaliknya, hasil perbincangan saya dengan orang-orang bukan Islam dari DAP di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka juga bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana diakui sendiri oleh mereka sebagai satu bentuk hukuman yang cukup baik," katanya yang juga Adun Manir, Terengganu. Beliau merumuskan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud sebagai manusia yang tidak bermoral yang sememangnya hidup bergelumang dengan maksiat walaupun mengaku beragama Islam. "Itulah sebabnya mereka tidak bersetuju dengan hukum hudud kerana jika dilaksanakan ditakuti akan dikenakan ke atas mereka sendiri," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6475-keindahan-hudud-bergantung-kepada-pendakwah
Konvoi Penerangan PAS jelajah seluruh negara
Harakahdaily, | 02 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Lajnah Penerangan PAS akan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya umum ini dengan negeri-negeri Pantai Timur menjadi sasarannya yang pertama.
Dengan diketuai sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Konvoi Penerangan ini akan bermula di Kelantan pada 4 Februari ini.
Ia diikuti dengan Terengganu 5 Februari dan Pahang pada keesokannya iaitu pada 6 Februari.
Program utama pada setiap negeri adalah taklimat kepada jentera penerangan di negeri berkenaan. Melalui program ini semua jentera penerangan PAS negeri berkenaan akan dikumpulkan.
Taklimat ini akan dibuat sendiri oleh Tuan Ibrahim. Ia dipercayai akan menyelaraskan aktiviti penerangan di seluruh negara.
Selian itu, semua anggota konvoi yang turut disertai oleh keluarga masing-masing ini juga akan menyertai pelbagai program yang diatur di negeri berkenaan.
Antaranya kuliah subuh, sessi minum pagi dengan penduduk, program hi-tea, kuliah maghrib di samping ceramah di negeri berkenaan.
Semasa di Kelantan, program akan bermula seawal waktu Subuh dengan program Solat Subuh di Gua Musang.
Ia akan diberikan oleh dua pemimpin kanan lajnah ini iaitu Tuan Ibrahim dan Drs Khalil Idham Lim.
Kemuncak program di Kelantan adalah taklimat khas tertutup isu semasa oleh Tuan Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli.
Ia akan diadakan waktu tengahari di Madu, Machang.
Sebelum ini, Konvoi Penerangan menjelajah Sabah dan Sarawak di mana mereka telah menghabiskan selama lima hari di kedua-dua negeri berkenaan.
Sumber HD : 2/02/2012

Pimpinan PAS ke Perlis selepas T'ganu dan Pahang
Bashir Ishak, | 10 Apr 2012 |
KANGAR, 10 April: Selepas selesai melawat Terengganu dan Pahang hujung minggu lalu, pimpinan PAS yang diketuai Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan ke Perlis pula hujung minggu ini.
Beliau akan berada di Perlis pada hari Sabtu, 14 April ini.
Program jelajah negara ini dibuat untuk membolehkan pucuk pimpinan PAS mempersiapkan PAS bagi setiap negeri dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.
Sebelum ini, Lajnah Penerangan PAS menjelajah seluruh negara melalui program 'konvoi penerangan' yang diketuai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut serta dalam program di Perlis termasuk Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof.
Sepanjang berada di negeri ini, beliau akan bertemu pimpinan PAS serta orang ramai dalam beberapa program yang telah disusun.
Bermula jam 12.00 tengahari, Abdul Hadi akan disambut dengan konvoi bermotosikal untuk dibawa ke program bersama rakyat yang diadakan di ketiga-tiga parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau.
Beliau kemudiannya akan bertemu pimpinan PAS Perlis dalam majlis yang akan diadakan di Kompleks PAS Perlis dan kemudiannya akan mengadakan majlis dialog dengan masyarakat Cina.
Pada sebelah malamnya, presiden dan pimpinan lain akan sekali lagi menemui masyarakat dan majlis ceramah yang akan diadakan di Kompleks PAS Perlis.
Sumber HD : 10/04/2012

No comments:
Post a Comment