Kerajaan tidak boleh lari dari urusan tapis filem |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gesaan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) agar urusan penafisan filem terus dengan kerajaan untuk mengelakkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan. Sehubungan itu, mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan. Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF). Pendirian Muslimat PAS ini dibantah oleh Wanita MCA dengan andaian ia menggambarkan kerajaan di bawah PAS mahu menyekat kebebasan penerbit filem. Namun bagi timbalan ketua Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) , pandangan ini dibuat kerana pihaknya bimbang penerbit dan pengimport mengambil kesempatan untuk sengaja "terlepas menapis" dan menayangkan filem-filem yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan norma masyarakat majmuk di Malaysia. "Kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai “gate keeper” kepada Industri Perfileman kerana sebahagian penerbit dan pengimpot filem tidak mempunyai nilai yang sama dengan majoriti rakyat," katanya. "Sementara menunggu KDN bertindak ke atas penerbit atau pengimpot filem untuk memberi penjelasan sekiranya filem yang ditayangkan tidak menepati syarat-syarat tayangan, pihak-pihak ini sudah pun mengaut keuntungan," kata beliau kepada dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Siti Mariah juga menyifatkan keputusan itu sebagai menidakkan peranan dan tujuan LPF ditubuhkan dan menggambarkan sikap flip flop, ketidaktegasan dan lepas tangan kerajaan BN dalam menangani isu yang amat penting ini. "Ianya bercanggah dengan semua keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Kerajaan sekali lagi menunjukkan sikap yang tidak konsistan apabila berubah kepimpinan utama negara. "Dasar kementerian yang tidak konsistan ini menyebabkan segolongan masyarakat yang berkepentingan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan melupakan kesan jangka panjang kepada masyarakat terutamanya aspek nilai kehidupan murni, moral dan keagamaan rakyat terbanyak," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. Tegas beliau juga, jika LPF sudah tidak menjalankan tanggungjawab menapis filem lagi, pihak-pihak terlibat akan mudah terlepas daripada tindakan undang-undang atas alasan mereka tidak tahu bahawa sesuatu adegan dalam filem mereka dianggap menyalahi peraturan penapisan. "Penghapusan penapisan oleh LPF dilihat sebagai jalan mudah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menghadapi segelintir pengkritik, penggiat seni dan rakyat yang terlalu longgar dan liberal dengan nilai mereka dan menganggap yang rakyat semuanya matang untuk menilai sendiri kesemua perkara," tegasnya. Sehubungan itu ujarnya, DMPP akan menyerahkan memorandum bantahan kepada KDN dalam masa terdekat dan akan melancarkan Kempen Tanda Tangan Protes Rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan langkah terbaru ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7250-kerajaan-tidak-boleh-lari-dari-urusan-tapis-filem
LPF perlu kaji semula tak tapis filem |
Harakahdaily |
Dewasa ini, lambakan filem-filem yang pelbagai genre terutama filem seram semakin menjadi genre pilihan pengarah filem di Negara kita ini. Ini adalah kerana sambutan yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat kita terhadap filem tersebut sehingga mencapai tahap box-office. Saya merasakan bahawa, filem merupakan satu belum informasi berbentuk media yang sangat memberi kesan kepada masyarakat. Penerapan atau nilai yang dimuatkan dalam sesebuah filem seharusnya membentuk masyarakat kea rah yang lebih baik. Penonjolan amalan karut,tahyul serta unsur-unsur yang tidak membawa kepada pendidikan kepada masyarakat perlu dielakkan. Adegan-adegan ranjang, unsur-unsur seks yang berlebihan sepatutnya dielakkan memandangkan masyarakat kita sekarang sudah mengalami krisis moral dan identiti yang sangat tinggi. Adab ketimuran, akhlak-akhlak Islam semakin terhakis dalam masyarakat kita hari demi hari. Pengaruh filem juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini. Media yang merupakan sumber maklumat utama dalam kalangan remaja ini seharusnya menekankan pembinaan sahsiah, penerapan unsur-unsur agama, nilai kemanusia serta akhlak-akhlak mulia perlu menjadi keutamaan. Budaya hedonisme yang melingkar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka terus hanyut. Peranan LPF dalam menapis filem-filem yang lebih baik untuk ditayangkan belum difikirkan semula untuk menjamin filem-filem yang terbaik dan bermanfaat sahaja boleh ditayangkan. Pengarah dan penerbit yang telah diberi kebebasan untuk menapis filem mereka ini mungkin akan kurang berkesan kerana faktor mendapatkan keuntungan dalam sesebuah filem itu yang lebih diutamakan. Perlu ada kementerian khusus yang mengawal selia penayangan filem-filem di Negara kita ini untuk mengelakkan penyebaran budaya-budaya serta unsur-unsur yang boleh memberikan impak negatif kepada masyarakat kita. Justeru, kementerian yang terlibat perlu memikirkan semula keputusan yang telah dibuat seperti yang tertulis dalam akhbar terbabit untuk kebaikan masyarakat kita. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memikirkan kebaikan rakyatnya. Pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap rakyatnya sepertimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah. Moga akan ada tindakan daripada pihak berwajib berkenaan isu ini. Norhabishah Brahan |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7205-lpf-perlu-kaji-semula-tak-tapis-filem
Filem: Muslimat PAS bidas Wanita MCA |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membidas kenyataan Wanita MCA yang menyamakan PAS dengan Taliban kerana membantah keputusan kerajaan untuk menyerahkan urusan penapisan filem kepada penerbit dan pengimport filem. Timbalan ketuanya, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, PAS khususnya DMPP tidak bodoh untuk menyekat siaran televisyen jika memerintah negara, seperti yang didakwa Setiausaha Wanita MCA, Chew Lee Giok semalam. Siti Mariah sebaliknya menyifatkan Wanita MCA tiada isu selain bertindak menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam. "PAS sudah 50 tahun di Malaysia dan Muslimat PAS bukan baru. Kami sudah jadi Ahli Parlimen dam sebagainya, adakah kami kami bertindak macam taliban? "Benda yang baik kami sokong, tapi perkara ini (urusan penafisan filem) adalah perkara yang paling penting," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Menjawab andaian Wanita MCA bahawa PAS akan menyekat semua siaran hiburan di televisyen, Siti mariah berkata, PAS tidak akan melakukan perkara yang tiada dalam manifesto dan Buku Jingga pakatan Rakyat "Semua ini tidak ada dalam Buku Jingga dan manifesto PAS, takkan PAS nak sekat semua stesyen televisyen? "Kita sudah sampai ke satu tahap tak ada sesiapa boleh terima kita nak tutup Astro dan lain-lain, itu adalah tindakan bodoh," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. Semalam, DMPP menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan. Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF). Pada sidang media sama, Siti Mariah turut mempersoal fungsi akta LPF apabila urusan penapisan bukan lagi di bawah tanggungjawab mereka. DMPP juga katanya bimbang keputusan kerajaan itu akan diambil kesempatan oleh penerbit filem untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kesan filem kepada masyarakat. "Apa guna akta LPF yang ada sekarang, yang hanya boleh dikuat kuasa hanya melalui LPF? "Bila serahkan urusan penapisan filem kepada penerbi, siapa yang akan beri kelulusan? Siapa yang akan ambil tindakan jika penerbit membuat kesalahan?" soalnya sambil menganggap isu itu seolah-olah tenggelam di sebalik isu "panas" yang lain. Sehubungan itu, pihaknya akan bertemu dengan KDN minggu hadapan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu. "Selain itu, kempen mendapatkan tandatangan rakyat yang membantah keputusan itu akan digerakkan sesegera mungkin. "Kami yakin rakyat akan menyokong tindakan muslimat ini kerana ibu bapa, guru-guru, sangat bimbang dengan kemunculan drama dan filem yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7275-filem-muslimat-pas-bidas-wanita-mca
Sidang media TKMDMPP: http://www.youtube.com/watch?v=GSDSAPM6VMc&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&index=1&feature=plpp_video
Tapis filem: KDN harap ramai beri pandangan
Hazayani Zakaria, | 19 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), membantah cadangan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam agar tanggungjawab penapisan filem diserahkan kepada penerbit dan pengimport mulai tahun ini.
Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).
Memorandum itu susulan daripada beberapa kenyataan balas DMPP selepas Mahmood mengeluarkan kenyataan tersebut pada Disember lepas.
Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN, Tanasengran Sinnathambi selepas kira-kira sejam pertemuan di pejabat KDN, Putrajaya, tengah hari tadi.
Pertemuan diketuai Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmood ditemani naib ketua, Mumtaz Mad Nawi, ketua penerangan, Aiman Athirah Al-Jundi dan beberapa anggota DMPP yang lain.
Dalam memorandum tersebut, Dr. Siti Mariah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai industri perfileman negara ini yang terlalu liberal berbanding negara barat.
"Penghapusan penapisan oleh LPF dilihat sebagai jalan mudah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menghadapi segelintir pengkritik, penggiat seni dan rakyat yang terlalu longgar dan liberal dengan nilai mereka dan menganggap yang rakyat semuanya matang untuk menilai sendiri kesemua perkara," katanya.
Selepas pertemuan tersebut, DMPP berpeluang bertemu dengan Mahmood sendiri yang kebetulan baru selesai menghadiri satu mesyuarat bersama menteri.
Perkara yang sama disuarakan kepada Mahmood.
Mahmood dalam responsnya berkata, pihaknya menyambut baik segala maklum balas yang diterima mengenai cadangan tersebut dan berharap lebih ramai pihak tampil memberikan pandangan.
Sumber HD : 19/01/2012
Kerajaan hanya memperolokkan undang-undang - CAP
Harakahdaily, | 26 Jan 2012 |
PULAU PINANG, 26 Jan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.
Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.
Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.
"Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini," kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP.
Tragedi terbaru berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 26 tahun maut dalam nahas letupan bunga api.
Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian melihat dengan ngeri mangsa terjatuh ke tanah dan tidak bermaya selepas bunga api yang dipasangnya tidak menyala dan tiba-tiba meletup lalu terkena pada mukanya apabila beliau cuba memeriksanya.
Bunga api dan mercun yang berleluasa di pasaran jelas menunjukkan kelemahan pihak Jabatan Kastam melakukan pemeriksaan teliti di pintu masuk, katanya.
Bagi beliau, jika Jabatan Kastam lebih berhati-hati sewaktu menjalankan tugas, dagangan yang merbahaya ini tidak akan beredar di pasaran.
"Pada masa ini hanya mercun diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan. Namun begitu, peraturan ini masih belum mencukupi. Bunga api juga mengandungi bahan letupan; oleh itu ia turut mendedahkan bahaya kepada penggunanya," katanya.
Selanjutnya, kata Mohamed Idris, pengharaman sepenuhnya ke atas kedua-dua mercun dan bunga api akan memudahkan tugas penguatkuasaannya kerana tidak ada benda yang terselindung.
Pada ketika ini, pegawa-pegawai penguatkuasa berasa sukar hendak menjalankan tugas jika mercun disembunyikan di sebalik timbunan bunga api, katanya.
Bagi beliau, pengharaman mercun dan bunga api bukan saja memudahkan tugas penguatkuasaan lebih mudah, malah orang ramai lebih mudah mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Sejak bertahun-tahun, katanya, CAP telah menggesa ke arah penguatkuasaan mercun dan bunga api.
Malangnya, gesaan itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa.
Pihak polis dan Jabatan Kastam pula gagal memeriksa apa yang dianggap sebagai perilaku yang memperolokkan undang-undang.
"CAP berasa dukacita kerana pihak berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tidak bertindak tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang," kata S M Mohamed Idris (gambar).
Setiap tahun ramai kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera dan mengalami kecacatan apabila bermain bunga api.
"Jika kita benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan mereka, kita sepatutnya mengharamkan semua permainan mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan lagi. Hanya dengan cara ini saja anak-anak kita akan terselamat daripada tragedi yang berlaku setiap tahun ini," tegasnya.
"Kita memahami bahawa permainan bunga api dan mercun memeriahkan lagi sambutan sesuatu perayaan. Namun akibat dan kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.
"Memandangkan pihak berkuasa seolah-olah tidak berupaya menguatkuasakan undang-undang yang ada, adalah lebih baik sekiranya pengharaman ke atas mercun ditarik balik, daripada memberikan jaminan palsu bahawa keadaannya selamat.
"Sudah terlalu lama Akta Bahan Letupan menjadi bahan sendaan," tegas beliau.
Sumber HD : 26/01/2012

Kenyataan paling 'hamlau' dari seorang PM
Mohd Sayuti Omar, | 25 Mac 2012 |
Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.
Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.
Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwaan itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?
Dakwaan atau tuduhan mestilah sesuatu yang bersifat tidak sahih. Makanya ia perlu disiasat untuk mengetahui akan kesahihan itu. Bengong? Kalau ianya sudah sah tidak perlu kepada penubuhan tribunal dan penyiasatan lagi.
Saya rasa inilah kenyataan seorang perdana menteri yang paling bengong dan hamprak di dunia ini dan tidak masuk akal. Kalau Najib tidak mahu ditubuhkan tribunal itu carilah alasan yang lebih cerdik sikit seperti negara ketiadaan wang atau pun isteri saya tidak membenarkannya.
Tujuan tribul itu ditubuhkan ialah untuk menyiasat dakwaan itu. Bukankah sudah ada beberapa saksi untuk memberi keterangan terhadap dakwaan itu? Tidak cukup lagikah dengan saksi itu? Najib nampaknya telah menjatuhi hukum sebelum dibicarakan.
Najib nampaknya hendak melindungi gajah di sebalik kuman. Dia mungkin bimbang kalau tribunal itu ditubuhkan dan siasatan berjalan lebih banyak lagi angkara buruk akan terdedah. Apakah ada yang membabitkan dengan dirinya juga? Mungkin...
Elok rasanya kuasa menubuh tribunal khas ini harus diletak kuasa penubuhan kepada Yang Dipertuan Agong. Wajar kalau perlembagaan negera untuk memberi kuasa penubuhan tribunal itu kepada Agong agar ia bebas. Kalau terus berada ditangan perdana menteri, membolehkan perdana menteri bebas melindungi sesiapa saja yang dia sukai menerusi kuasa agar tribunal tidak ditubuhkan.
Kalau siasatan dalam tribunal itu nanti tidak terbabit dengan Najib, apa lagi kalau terbabit dengan pihak pembangkang, saya kira Najib akan cepat bersetuju. Rakyat memahami keadaan ini dan helah ini. Hamlau... mana transformasi yang dilaung-laungkan?
Sumber HD : 25/03/2012

Peminjam PTPTN disenarai hitam banyak sekatan
Salmiyah Harun, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraihitamkan bukan sahaja tidak dibenarkan keluar negara bahkan mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana bank.
Seorang peguam, Abdul Malik Abdul Hakim berkata, peminjam tidak boleh membuat pinjaman peribadi, kad kredit, rumah atau kenderaan sekiranya disenaraihitamkan.
"Tiga bulan tidak bayar hutang PTPTN, tiga bulan hutang tertunggak yang dianggarkan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sudah di'blacklist' terus," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily.
Malah beliau menyifatkan PTPTN lebih 'teruk' berbanding bank-bank yang ada di negara ini.
Malik berkata, PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia atau di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.
"Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang baik rumah, atau kereta paling tidak mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun," katanya.
Beliau yang mewakili Mandeep Singh, pelajar Unisel yang pertama menyaman PTPTN berkata, anak guamnya ditahan di LCCT pada 6 Julai tahun lalu meskipun telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN sebelum itu.
Ekoran kejadian tersebut, perjalanan Mandeep ke China terpaksa ditangguhkan.
8 Jun 2011, Mandeep telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.
"Di sini pihak PTPTN tidak mengeluarkan nama anak guam saya di dalam senarai hitam walaupun hutang tunggakan sudah dilangsaikan.
"Dan bagi anak guam saya, yang paling penting adalah soal keadilan kepada peminjam sepertinya yang baru merasai kehidupan selepas tamat pengajian," katanya.
Tambahnya, kira-kira 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun, akan merasai keperitan membayar balik hutang mereka.
Beliau juga mendapat maklumat sekurang-kurangnya purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa ketika mahu keluar negara.
Beliau mengingatkan mahasiswa supaya meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN atau serius mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani.
Sebelum wujudnya PTPTN, katanya, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank atau lazimnya ditanggung ibu bapa.
"Anak muda pada usia sebaik sahaja berjaya memasuki pusat pengajian tinggi mereka tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN, ditambah hanya tabung itu sahaja memberikan tawaran," katanya.
Sumber HD : 28/03/2012

Halang atau galakkan niaga depan rumah Ambiga?
Anis Naziri, | 22 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa menangani isu sekumpulan peniaga yang merancang berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga menimbulkan persoalan.
Khususnya, kenyataan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, yang tidak menghalang kumpulan berhimpun, dalam masa sama menghalang mereka membuka perniagaan.
"Tindakan atau respons pihak berkuasa, sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau polis menimbulkan persoalan. Adakah mereka ini menghalang? Adakah juga menggalakkan? Saya tidak faham," tegas salah seorang Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah (gambar), hari ini.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas dalam menangani isu ini, memandangkan perbuatan kumpulan itu bukan sahaja terhadap Ambiga, tetapi membabitkan kejiranan bekas Presiden Majlis Peguam itu.
Walaupun hari ini, polis dan DBKL bertindak menghantar beberapa anggotanya di laluan utama memasuki kawasan perumahan Ambiga, Maria beranggapan ia sudah 'terlambat'.
"Kita alu-alukan kawalan mereka, tetapi agak terlambat kerana sebelum ini sudah ada beberapa kumpulan yang bertindak dengan mendirikan gerai burger dan senaman punggung, tanpa sebarang tindakan," tegas beliau.
Sekumpulan 60 peniaga, diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini, sehingga tuntutan mereka dipenuhi.
Mengulas lanjut tindakan mereka itu yang dikatakan untuk 'mencuci' Bersih 1, 2, dan 3, Maria berkata golongan terbabit tidak memahami isu yang dijunjung Bersih.
"Ia bukan soal Bersih 1,2, atau 3. Tetapi ia soal isu menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. Sayangnya, mereka tidak faham isu tetapi bertindak di luar budaya Malaysia," tegas beliau.
Tanpa menafikan hak mereka untuk berhimpun, Maria bagaimanapun berkata cara mereka berhimpun di hadapan kediaman individu tertentu tidak boleh diterima.
Sehubungan itu, beliau meminta kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka untuk membuka perniagaan di kediaman peguam tersebut, Khamis dan Jumaat akan datang.
Sumber HD : 22/05/2012

Petani diusir pemaju, mengadu ke Suhakam
Anis Nazri, | 11 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan petani Kampung Sungai Buloh, Sungai Siput (U), Perak yang terlibat dengan pengusiran oleh pihak pemaju, hari ini memohon campur tangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membantu masalah mereka.
Mereka yang diwakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) Perak, meminta agar badan hak asasi itu dapat membuat lawatan ke kawasan mereka bagi melihat sendiri masalah mereka, di samping berbincang dengan pihak berkuasa.
Menurut jurucakap mereka, Khaw Seng Hean, kebanyakan mereka merupakan petani yang sudah mengusahakan tanah tersebut sejak 20 tahun lalu.
Kata Khaw, selama ini petani tersebut bercucuk-tanam dan menternak tanpa sebarang gangguan, namun mula terganggu sejak Jun lalu.
"Lebih malang lagi, apabila tiada sebarang perbincangan dan rundingan dibuat di antara pihak pemaju dengan para petani. Lapan daripada mereka hanya menerima notis untuk keluar dari tanah tersebut sebelum 15 Sept ini," tegas beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen, di pejabat Suhakam.
Sementara itu, Detta dalam responsnya berkata pihaknya akan segera membawa perkara tersebut ke Jawatankuasa Aduan bagi tindakan susulan.
Bagaimanapun, beliau mengakui berlaku pelanggaran hak asasi apabila tiada sebarang rundingan dilakukan sebelum tanah tersebut diambil.
Ahli parlimen Sungai Siput, Dr. S. Jeyakumar, berkata kerajaan negeri boleh membuat keputusan yang lebih baik memandangkan tanah tersebut dimiliki pihak kerajaan negeri.
Namun, sehingga hari ini, tiada sebarang respons dari kerajaan negeri biarpun mengetahui permasalahan petani terbabit.
Seluas 121 ekar tanah telah diberikan milik kepada Harta Perak Corporation Sdn Bhd (kemudian ditukar kepada Maju Perak Holding Bhd).
Para petani dan penduduk memohon untuk berbincang dan mendapatkan tanah gantian, namun tidak dipertimbangkan sehingga hari ini.
Sumber HD : 11/09/2012

No comments:
Post a Comment