Ustaz Yahya: Insan suci istiqamah dalam perjuangan
http://msomelayu.blogspot.com, | 15 Jun 2012 |
Ustaz Yahya Baiknya Tidak Ternilai
Insan Suci Yang Istiqamah Dalam Perjuangan
Sebaik mendapat khabar dukacita menyatakan Ustaz Yahya Othman, 73 telah kembali ke Rahmatullah menjelang Maghrib semalam (14 Jun 2012), ingatan dan fikiran saya berbusa-busa dan menerawang menjamah wajah dan perwatakan sosok ulamak dan siasah ini. Seluruh ingatan dan kenangan pada detik-detik bersama dengannya juga diperah sehabisnya untuk mengenang segala tentangnya. Saya mahu mengingati seluruh kenangan dan memeluk semua nostalgia bersamanya yang saya mulai kenali pada tahun 1978.
Bentuk tubuhnya yang kecil molek, warna kulit yang putih mengapas, bersih dan suci menjelma ke dalam dua buah kolam mata saya. Begitu juga patah-patah perbualan dan percakapannya yang lemah lembut, teratur dan penuh takmaninah menusuk ke dalam telinga dan melabuh di sanubari.
Sambil mengingat dan mengamati wajah suci bersihnya, kesedihan memutar tangkai hati. Ah, ustaz yang kukenali dan berhemah sudah tidak ada lagi. Air mata bagaikan manik terputus dari karangan, berjeruk jatuh teburai menimpa meja tulis usang di bilik hotel di Banda Aceh. Sebuah puisi yang terlahir secara spontan tidak dapat disiapkan kerana terlalu emosi dengan segala bayangan dan kenangan itu.
Hati menjadi walang sedih dan terkilan kerana tidak dapat untuk saya menatap wajahnya buat terakhir kali. Juga tidak sempat untuk mengiringi perjalanan jasadnya ke pusara rumah abadi seorang hamba. Tidak mungkin? Semua ini kerana saya berada jauh dari Kelantan, di negeri Aceh Darussalam. Perasaan terasa menggelepar untuk segera pulang tetapi tidak mungkin. Penerbangan dari Banda Aceh ke Kuala Lumpur hanya ada esok pagi saja, sedang esok pagi adalah hari pengembumiannya. Esok pagi jasad comel dan suci itu akan tersimpan dalam lahad kematian dan tidak akan bangkit lagi sehinggalah nafiri mengerakkannya.
Menyedari hakikat itu diri jadi makin terkilan dan terkedu. Sedih meratah diri. Sendu berdetak mengikut pukulan detik jam yang sesekali dirasakan terlalu cepat bergerak dan sesekali terlalu lemah memusing diri mengikut putaran fitrah. Berjuru-jurus jadinya.
Dari kejauhan ini apa yang dapat dilakukan hanya membayangkan apa yang berlaku di rumah Allahyarham di Labok Machang, Kelantan. Rumahnya sudah tentu akan dikunjungi segenap lapisan orang dari dekat dan jauh. Kawan dan lawan sudah pun berada di laman untuk menzahirkan simpati dan keinsafan. Saudara maranya dari dekat dan juga juga sudah mulai sampai dan berhimpun.
Ribuan anak muridnya juga dan rakyat yang mengetahui akan budi dan kebaikannya, yang menerima dan mengecapi ajaran dan amanah agamanya... sudah datang untuk mensedekahkan bacaan al Fatihah dan Yassin. Dicela-cela bacaan itu tentu ada yang menangis dan berlinangan air mata tidak tertahan rasa sebak dan dukacita. Bukan membenci takdir Tuhan tetapi merasa sayu atas pemergian lebih awal sedang dunia dan harakah juangnya masih memerlukannya.
Entah Banda Aceh disaat itu juga tiba-tiba menjadi sepi. Mentari senja yang tadi menyula ke dalam kamar tiba-tiba ghaib entah ke mana membawa diri sebaik berita itu diterima. Bumi yang pernah ditimpa tsunami dahsyat ini juga seakan terasa dengan pemergian sang murabbi itu.
Di sini apa yang dapat dilakukan hanya membaca al Fatihah sebagai mengiringi roh Allahyarham untuk menemui Tuhannya. Sahabat saya Rushdan Mustafa juga yang kebetulan menjadi rutinya malam Jumaat membaca Yassin turut membaca Yassin khususi untuk roh Allahyarham. Ada nada sedih, sayu dan rindu dalam bacaan Rushdan. Saya tampak matanya turut digenangi air jernih.
Sebagun pagi tadi fikiran saya masih membayangi apa yang berlaku di Labok di rumah dan masjid atau Darul Quran milik Ustaz Yahya yang terletak segalah jaraknya dengan rumahnya. Sudah tentu persiapan sudah diatur untuk upacara pengembumian. Berita dari Wan Abdul Halim Wan Ismail tengah malam semalam memberitahu jenazah nya akan dikebumikan jam 9:30 pagi menyebabkan hati makin terkilan kerana sekejap lagi jasad yang comel itu pun akan ghaib dari pandangan dan dikebumikan.
Dari kejauhan ini saya membayangkan satu persatu lagak dan aksi di situ. Ternampak ada orang menangis menyesali akan pemergian itu. Ada yang merasa terkilan dan seakan mahu menahan agar Allahyarham tidak pergi lagi. Dalam saat perjuangan masih memerlukan orang-orang suci, orang ikhlas, lurus dan tawaduk sepertinya pemergian itu menjadi cabaran besar buat pendokongnya.
Barang kali lebih penting dan terasa lagi Tok Guru sudah kekurangan rakan yang boleh diajak bertelaah kitab atau pun membuat ijtihadi siasah.
Satu waktu Tok Guru pernah melepaskan ucapan kepada saya, yang suatu hari nanti orang berilmu tinggi, berakhlak dan istiqamah seperti Ustaz Yahya akan menjadi penggantinya. Tok Guru tidak menyebut nama Ustaz Yahya tetapi dapat saya fahamkan bahawa Ustaz Yahya pernah bertandang di dalam mindanya untuk menjadi penggantinya suatu hari kelak.
Walaupun harapan itu tidak sampai ke realitinya kerana Ustaz Yahya lebih awal "pensiun" dari politik.. tetapi Tok Guru tentu memerlukan penyokong syariat dan siasah seperti Ustaz Yahya. Ustaz Yahya tetap penting dan menjadi tempat rujukan mana-mana mantik agama dan politik yang tidak difahaminya, sebab Ustaz Yahya adalah salah satu karung ilmu buatnya dan juga Pas. Maka itu saya merasakan Tok Guru sedih dan berdukacita atas pemergian itu. Saya dapat merasai ini dari makrifah saya tentang Tok Guru dan Ustaz Yahya.
Tetapi kehendak Allah siapa boleh melawan dan menahan. Kehendaknya tidak termampu dicegah sesiapa. Apa-apa keputusannya tidak dapat dilewatkan sesaat begitu juga dicepat. Kerja Tuhan tidak ada penangguhan. Maka kita semua dan Tok Guru meredhai dengan penuh keinsafan atas apa yang berlaku. Apa yang diharap nanti selepas semua kita terbang kembali dapatlah berhimpun di satu bongok di padang Mahsyar nanti. Hendaknya Ustaz Yahya sedia untuk menanti kita di sana... [wm.kl.6:45 pm 15/06/12]
Insan Suci Yang Istiqamah Dalam Perjuangan
Sebaik mendapat khabar dukacita menyatakan Ustaz Yahya Othman, 73 telah kembali ke Rahmatullah menjelang Maghrib semalam (14 Jun 2012), ingatan dan fikiran saya berbusa-busa dan menerawang menjamah wajah dan perwatakan sosok ulamak dan siasah ini. Seluruh ingatan dan kenangan pada detik-detik bersama dengannya juga diperah sehabisnya untuk mengenang segala tentangnya. Saya mahu mengingati seluruh kenangan dan memeluk semua nostalgia bersamanya yang saya mulai kenali pada tahun 1978.
Allahyarham dan Anwar Ibrahim - pertemuan terakhir. |
Sambil mengingat dan mengamati wajah suci bersihnya, kesedihan memutar tangkai hati. Ah, ustaz yang kukenali dan berhemah sudah tidak ada lagi. Air mata bagaikan manik terputus dari karangan, berjeruk jatuh teburai menimpa meja tulis usang di bilik hotel di Banda Aceh. Sebuah puisi yang terlahir secara spontan tidak dapat disiapkan kerana terlalu emosi dengan segala bayangan dan kenangan itu.
Hati menjadi walang sedih dan terkilan kerana tidak dapat untuk saya menatap wajahnya buat terakhir kali. Juga tidak sempat untuk mengiringi perjalanan jasadnya ke pusara rumah abadi seorang hamba. Tidak mungkin? Semua ini kerana saya berada jauh dari Kelantan, di negeri Aceh Darussalam. Perasaan terasa menggelepar untuk segera pulang tetapi tidak mungkin. Penerbangan dari Banda Aceh ke Kuala Lumpur hanya ada esok pagi saja, sedang esok pagi adalah hari pengembumiannya. Esok pagi jasad comel dan suci itu akan tersimpan dalam lahad kematian dan tidak akan bangkit lagi sehinggalah nafiri mengerakkannya.
Menyedari hakikat itu diri jadi makin terkilan dan terkedu. Sedih meratah diri. Sendu berdetak mengikut pukulan detik jam yang sesekali dirasakan terlalu cepat bergerak dan sesekali terlalu lemah memusing diri mengikut putaran fitrah. Berjuru-jurus jadinya.
Dari kejauhan ini apa yang dapat dilakukan hanya membayangkan apa yang berlaku di rumah Allahyarham di Labok Machang, Kelantan. Rumahnya sudah tentu akan dikunjungi segenap lapisan orang dari dekat dan jauh. Kawan dan lawan sudah pun berada di laman untuk menzahirkan simpati dan keinsafan. Saudara maranya dari dekat dan juga juga sudah mulai sampai dan berhimpun.
Ribuan anak muridnya juga dan rakyat yang mengetahui akan budi dan kebaikannya, yang menerima dan mengecapi ajaran dan amanah agamanya... sudah datang untuk mensedekahkan bacaan al Fatihah dan Yassin. Dicela-cela bacaan itu tentu ada yang menangis dan berlinangan air mata tidak tertahan rasa sebak dan dukacita. Bukan membenci takdir Tuhan tetapi merasa sayu atas pemergian lebih awal sedang dunia dan harakah juangnya masih memerlukannya.
Entah Banda Aceh disaat itu juga tiba-tiba menjadi sepi. Mentari senja yang tadi menyula ke dalam kamar tiba-tiba ghaib entah ke mana membawa diri sebaik berita itu diterima. Bumi yang pernah ditimpa tsunami dahsyat ini juga seakan terasa dengan pemergian sang murabbi itu.
Di sini apa yang dapat dilakukan hanya membaca al Fatihah sebagai mengiringi roh Allahyarham untuk menemui Tuhannya. Sahabat saya Rushdan Mustafa juga yang kebetulan menjadi rutinya malam Jumaat membaca Yassin turut membaca Yassin khususi untuk roh Allahyarham. Ada nada sedih, sayu dan rindu dalam bacaan Rushdan. Saya tampak matanya turut digenangi air jernih.
Sebagun pagi tadi fikiran saya masih membayangi apa yang berlaku di Labok di rumah dan masjid atau Darul Quran milik Ustaz Yahya yang terletak segalah jaraknya dengan rumahnya. Sudah tentu persiapan sudah diatur untuk upacara pengembumian. Berita dari Wan Abdul Halim Wan Ismail tengah malam semalam memberitahu jenazah nya akan dikebumikan jam 9:30 pagi menyebabkan hati makin terkilan kerana sekejap lagi jasad yang comel itu pun akan ghaib dari pandangan dan dikebumikan.
Dari kejauhan ini saya membayangkan satu persatu lagak dan aksi di situ. Ternampak ada orang menangis menyesali akan pemergian itu. Ada yang merasa terkilan dan seakan mahu menahan agar Allahyarham tidak pergi lagi. Dalam saat perjuangan masih memerlukan orang-orang suci, orang ikhlas, lurus dan tawaduk sepertinya pemergian itu menjadi cabaran besar buat pendokongnya.
Allahyarham ketika menghadiri muktamar Pas di Kota Bharu. |
Dalam kewalangan itu terlintas pula fikiran dan rasa simpati dan kesian belas keada Tok Guru Nik Aziz. Dapat dirasakan betapa Tok Guru sedih dan terkilan atas pemergian Ustaz Yahya. Betapa tidak Ustaz Yahya dianggap sebagai pendokong dan pengeras semangat yang berada di sisi kanannya. Menjadi pedang simpanan untuk Tok Guru di kala 'menunggang kuda' di medan perjuangan. Dengan keilmuan, kesucian jiwa dan fizikal almarum... Tok Guru sangat memerlukan orang seperti Ustaz Yahya. Paling terasa lagi apabila orang suci seperti Ustaz Yahya tidak begitu ramai. Ustaz Yahya sepanjang haya mempir bersama Tok Guru memberi kebahagiaan dan bukannya mendatangkan masalah.
Barang kali lebih penting dan terasa lagi Tok Guru sudah kekurangan rakan yang boleh diajak bertelaah kitab atau pun membuat ijtihadi siasah.
Satu waktu Tok Guru pernah melepaskan ucapan kepada saya, yang suatu hari nanti orang berilmu tinggi, berakhlak dan istiqamah seperti Ustaz Yahya akan menjadi penggantinya. Tok Guru tidak menyebut nama Ustaz Yahya tetapi dapat saya fahamkan bahawa Ustaz Yahya pernah bertandang di dalam mindanya untuk menjadi penggantinya suatu hari kelak.
Walaupun harapan itu tidak sampai ke realitinya kerana Ustaz Yahya lebih awal "pensiun" dari politik.. tetapi Tok Guru tentu memerlukan penyokong syariat dan siasah seperti Ustaz Yahya. Ustaz Yahya tetap penting dan menjadi tempat rujukan mana-mana mantik agama dan politik yang tidak difahaminya, sebab Ustaz Yahya adalah salah satu karung ilmu buatnya dan juga Pas. Maka itu saya merasakan Tok Guru sedih dan berdukacita atas pemergian itu. Saya dapat merasai ini dari makrifah saya tentang Tok Guru dan Ustaz Yahya.
Tetapi kehendak Allah siapa boleh melawan dan menahan. Kehendaknya tidak termampu dicegah sesiapa. Apa-apa keputusannya tidak dapat dilewatkan sesaat begitu juga dicepat. Kerja Tuhan tidak ada penangguhan. Maka kita semua dan Tok Guru meredhai dengan penuh keinsafan atas apa yang berlaku. Apa yang diharap nanti selepas semua kita terbang kembali dapatlah berhimpun di satu bongok di padang Mahsyar nanti. Hendaknya Ustaz Yahya sedia untuk menanti kita di sana... [wm.kl.6:45 pm 15/06/12]
Bersambung....saya ada tiga peristiwa penting dengan Allahyarham.
Sumber HD : 15/06/2012
(Penulis bersama Saiful Islam)
KAHERAH: Putera sulung Syahid Hassan A-Banna, Ustaz Saiful Islam menitiskan air mata tidak dapat menahan kesedihan apabila saya menyampaikan berita sedih perginya seorang pendakwah tersohor dan guru tarbiyyah bagi setiap pendokong gerakan Islam, Ustaz Yahya Othman.
Perkhabaran berita sedih ini di sampaikan penulis kepada Ustaz Saiful Islam sewaktu menziarahi beliau yang agak uzur di tengah-tengah kota Kaherah.
Menurut Ustaz Saiful Islam, beliau telah mengenal rapat Al-Marhum Ustaz Yahya sejak dari awal tahun 70’an lagi sewaktu sama-sama menggerakkan pertubuhan WAMY dan IFSSO di serata dunia.
Ustaz Saiful Islam menyatakan bahawa; ”Kami sering bertemu di muktamar antarabangsa dan selalu bertukar pandangan. Beliau amat berlemah lembut ketika berhujah dan memberi pandangan.
"Saya amat sedih di atas pemergiaan sahabat baik saya ini. Pemergian beliau di tangisi bukan sahaja umat Islam Mayaysia tetapi juga diseluruh pelusuk dunia. Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita”.
Menurut Ustaz Saiful Islam, Ustaz Yahya adalah seorang pendakwah yang gigih dan merupakan penggerak tarbiyyah bagi gerakan Islam melalui program anjuran WAMY dan IFSSO di serata dunia.
Beliau amat dihormati di peringkat antarabangsa serta menjadi 'penghubung' kepada pimpinan gerakan Islam di seluruh dunia dengan PAS di Malaysia.
Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.
Inilah contoh Sheikul Tarbiyyah yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Airmata kesedihan membasahi semuapimpinan gerakan Islam yang mengenali beliau.
Pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. Seluruh kepimpinan Ikhwan Musimin Mesirmenyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau.
Selamat tinggal Mujahid Agong Ustaz Yahya Othman...
Sumber HD : 17/06/2012
Ustaz Yahya: Pimpinan Ikhwan titiskan air mata
Dr. Syed Azman Syed Ahmad, | 17 Jun 2012 |

No comments:
Post a Comment