Pakatan mahu Dun Perak bersidang 5 hari |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Pakatan Rakyat Perak mahu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dan pembentangan Bajet 2012 negeri itu yang bermula esok diadakan sekurang-kurangnya lima hari.
YB Drs Khalil Idham Lim - ADUN Titi Serong
Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata, pembentangan bajet perlu mengambil masa beberapa hari bagi membolehkan ianya dibahaskan semasak-masaknya sebelum diluluskan. "Kita minta sidang kali ini sekurang-kurangnya lima hari untuk kita membahaskan bajet. Jangan bersidang beberapa jam sahaja, terus luluskan bajet," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu juga berkata, semua Adun Pakatan akan hadir esok dan sudah menghantar soalan-soalan yang akan dikemukakan sewaktu persidangan. "Adun Pakatan sudah terima notis dan saya dimaklumkan bahawa semua dapat hadir esok. Kita juga sudah menghantar soalan-soalan dan bersedia untuk berbahas," katanya yang juga pengerusi sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Menyentuh mengenai bajet, beliau berkata, BN harus membuktikan mereka lebih baik daripada Kerajaan Pusat dengan mengelakkan bajet yang defisit. "Kita harap kalau kerajaan BN adalah kerajaan yang mampu membuktikan pentadbiran yang cekap, mereka mesti pastikan defisit yang selama ini berlaku ditiadakan. "Kalau Kerajaan BN ajar Perak defisit selama 14 tahun, sekarang Kerajaan Negeri kena buktikan mereka terbaik daripada Kerajaan Pusat," katanya. BN kena patuh arahan Sementara itu, beliau mengingatkan kerajaan BN agar tidak menimbulkan kekecohan di persidangan sebelum yang berlaku sebelum ini. Katanya, kerajaan BN tidak layak menasihatkan Adun Pakatan agar menjaga sikap kerana mereka dahulu yang memulakan tindakan tidak demokrasi. "Jangan nasihatkan Adun Pakatan supaya tidak menimbulkan kekecohan kerana soal kecoh timbul disebabkan BN yang tidak patuhi peraturan asal dan semuanya berlaku kerana mereka merampas kerajaan negeri. "Saya harap sidang kali ini berjalan lancar dan segala keperluan dalam keadaan baik seperti alat pembesar suara. Sebelum ini alat pembesar suara sebelah Pakatan ditutup dan saya rasa inilah satu-satunya Dun di dunia yang berlaku demikian," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6602-pakatan-mahu-dun-perak-bersidang-5-hari
PRU-13: Himpunan Pemuda PAS Perak 27 Nov |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak akan mengadakan himpunan seluruh anggotanya pada 27 November ini sebagai persiapan terakhir berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijadual bila-bila masa dari sekarang. Himpunan tersebut akan di adakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar.
Sdr Salman Salleh - SU DPPPrk
Menurut setiausahanya Salman Saleh, Himunan Pemuda PAS Perak atau Hempap itu bakal mengumpulkan seluruh petugas jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi menerima amanat dan juga arahan pimpinan PAS. "Kami telah memilih tema Hempap kali ini dengan warna kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning yang telah digerakkan oleh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Ianya sebagai penerus atau pasca BERSIH 2.0 yang telah berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu. "Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS, jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 ini maka BERSIH 3.0 akan digerakkan. Kami mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan pra BERSIH 3.0 di Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Faktor memilih Parit Buntar untuk himpunan kali ini pula jelasnya kerana mahu memastikan parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri di bawahnya akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - AP Parit Buntar
"Dan kami juga merasakan momentum himpunan ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan PAS di utara Perak," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6603-pru-13-himpunan-pemuda-pas-perak-27-nov
Zambry bentang bajet pilihan raya |
Muhammad Faeez |
IPOH, 21 Nov: Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai bajet pilihan raya. Beliau berkata, bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta itu tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri, hanya bersifat pemberian. “Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri,” katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang Dun Perak ditangguhkan, pagi tadi. Tambahnya lagi, Bajet 2012 itu mengalami defisit yang sangat besar yang jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan. “ Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan,” tegasnya lagi. Persidangan hari ini dan disambung esok yang akan berlanjutan hingga Jumaat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/76-negeri-perak/6624-zambry-bentang-bajet-pilihan-raya
Hutang Perak makin besar, defisit membuncit |
Harakahdaily |
IPOH, 24 Nov: Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini. Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar) berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga, lapor Roketkini. “Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja,” katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak, semalam. Menurutnya, sikap suka berhutang telah dimulakan oleh BN sejak sedekad lalu apabila hutang negeri naik mendadak dari hanya RM182 juta pada tahun 2000 kepada RM975 juta tahun ini. “Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus! Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan. “Bak kata pepatah Melayu, jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu. Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan yan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak. Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah. Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,300, iaitu mewakili 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah. “Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu,” tambah beliau. Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN. Beliau memberi contoh di mana semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih ketua kampung di semua 817 kampung Melayu tradisonal di mana sekitar 30 peratus dimenangi oleh warga kampung yang menyokong Umno. Bagaimana pun, setelah rampasan kuasa di Dun Perak, kerajaan Umno BN yang zalim telah memecat semua ketua kampung yang dipilih oleh rakayat dan digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi untuk konco-konco mereka sahaja. “Pemecatan ketua kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandat rakyat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong Umno,” katanya. Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni Umno BN di samping bakal menjadikan anak negeri deritadengan hutang yang semakin meningkat. “Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Namun, rakyat nampak semua ini. “Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, insya Allah,” katanya. – Roketkini.com |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6687-hutang-perak-makin-besar-defisit-membuncit
Pemuda PAS Perak ikrar tumbangkan BN
http://www.youtube.com/watch?v=dzsu4l7_POU
Pemuda PAS ikrar kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat
http://www.youtube.com/watch?v=fXRHTLELzuk&NR=1
Rakyat Perak bakal dapat MB baru? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13. Sebaliknya beberapa nama dikatakan bakal menggantikan Zambry termasuklah Bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri. Menurut sumber, desas-desus itu sangat kuat diperkatakan kakitangan kerajaan negeri malah usaha lobi-melobi juga jelas dapat dilihat blog-blog politik ahli Umno negeri itu. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Perak turut mendapat malumat berhubung pergolakan sedang berlaku itu. Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan hari ini mencabar Umno negeri itu menamakan calon menteri besar yang baru. "Adakah Tan Sri Tajol Rosli akan kembali menerajui Umno BN Perak? Ataupun Timbalan Pengerusi Umno BN Perak kini, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang akan dinamakan bagi menggantikan Datuk Seri Zambry? "Atau juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini? " soalnya Beliau juga mendakwa, Najib sehingga kini belum memuktamadkan siapakan calon yang paling layak untuk kerusi ‘orang nombor satu’ di negeri itu. "Marilah kita tunggu apa jawapan BN Perak dan kami telah pun mengisytiharkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar untuk Pakatan Rakyat (PR) Perak kelak," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6824-rakyat-perak-bakal-dapat-mb-baru
Pemuda PAS santuni penduduk Pulau Pangkor |
Safarizal Salleh |
LUMUT, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang dalam lawatan kerja ke Negeri Perak, baru-baru ini telah menyertai program misi jelajah mesra santun bersama penduduk Pulau Pangkor yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut. Antara pimpinan yang hadir diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Bendahari Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar; Exco Pemuda PAS Perak yang juga Ketua Pemuda PAS Parit, Mohd Hakimi Shah Alani; Ketua Pemuda PAS Lumut, Badrulhisyam Baharuddin dan rombangan Pemuda PAS Lumut. Misi kali ini menyerahkan sumbangan kepada penduduk Pulau Pangkor yang memerlukan sumbangan yang telah memilih Kampung Sungai Pinang Besar dan Kampung Sungai Pinang Kechil untuk diagihkan barangan keperluan dapur. Salah seorang penerima sumbangan di Kampung Sungai Pinang Kechil yang ditemui masih sehinggi kini tidak mendapat bekalan air bersih dan keperluan elektrik dan airnya hanya bergantung dengan sebuah perigi sahaja. Jelajah yang sehari suntuk itu juga turut melawat sekitar pulau dan pantai yang terdapat di Pulau Pangkor, antaranya ialah pembangunan di Teluk Nipah yang dilihat amat berbahaya kerana terlalu hampir dengan landai pantai yang amat berbahaya kepada pengunjung dan juga pelancong yang berada di situ. Gerai-gerai yang turut dibina di situ juga mendapat rungutan kerana terlalu kecil dan tidak selesa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/76-negeri-perak/6857-pemuda-pas-santuni-penduduk-pulau-pangkor
Rakyat Perak masih taruh harapan pada Nizar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Perak mendakwa terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menjelang PRU-13 nanti. Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri. Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. "Pada kami, sebenarnya Barisan Nasional (BN) Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan. "Kami yakin rakyat sedang menunggu untuk menyuarakan ‘undi’ mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang ‘terhenti’ dalam tempoh 11 bulan sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain. Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Datuk Seri Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9 iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali. "Kami mencabar BN Perak agar segera menamakan siapakah calon Menteri Besar jika BN Perak berjaya kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7022-rakyat-perak-masih-taruh-harapan-pada-nizar
Kajian UM di Perak: Video seks Anwar tidak dipercayai |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu. Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik. Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak. Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur. Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini. Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti. Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti. Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan. 45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti. PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu. 54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti. Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak. Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7120-kajian-um-di-perak-video-seks-anwar-tidak-dipercayai
Pakatan Rakyat Perak diperkukuh |
Harakahdaily |
(Pemimpin muda PAS dan PKR Perak bertemu secara rasmi hujung minggu lalu) IPOH, 20 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Angkatan Muda Keadilan PKR Negeri Perak bagi mengukukuhkan hubungan antara kedua parti yang kini dalam Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Rombongan Pemuda PAS Perak diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss bersama 10 orang Ahli Jawatankuasa Kerjanya membuat kunjungan itu hujung minggu baru-baru ini. Angkatan Muda Perak pula diketuai oleh Ketuanya, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak bersama Ahli Jawatankuasa Kerjanya menyambut kedatangan Pemuda PAS Perak. Perbincangan lebih kearah untuk mengukuh peranan anak muda di dalam PR Perak bagi memastikan PR akan kembali memerintah Negeri Perak setelah dirampas dengan cara kotor awal Februari 2009 yang lalu. Perbincangan hampir sejam tersebut banyak membincangkan persiapan jentera pilihanraya kedua-duanya. Pemuda PAS Perak juga akan bertemu selepas ini dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda Sosialis DAP Negeri Perak dalam masa terdekat untuk meneruskan agenda mengukuhkan hubungan dengan parti tersebut menjelangnya persiapan jentera Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti. Futsal Pemuda Perak meriah Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) telah menganjurkan kejohanan Futsal tahun 2011 kali ini. Sebanyak 33 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang datang daripada seluruh Negeri Perak. Pasukan yang telah menyertai kali ini dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi. Manakala kehadiran daripada kepimpinan Pemuda PAS Perak terdiri daripada Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausahanya, Salman Saleh. Kejohanan kali ini diserikan dengan cabutan bertuah yang menarik berikutan hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur menarik minat hadirin untuk tunggu hingga ke saat akhir. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7133--pakatan-rakyat-perak-diperkukuh
PAS Parit sedia rampas semua kerusi |
Harakahdaily |
PARIT, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit mengisytiharkan kesediaan menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihanaraya Umum ke 13 semasa Himpunan Anak Muda Parit (Himpit) hujung minggu lalu. (Presiden PAS menyerahkan bendera PAS dan PKR tanda pemberian mandat untuk memperjuangkan Pakatan dalam pilihan raya nanti) Himpit berjaya mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran mencecah 500 orang di Dewan Darul Mubarak, Kampung Selboh, Parit. Himpit turut dihadiri oleh barisan penceramah anak muda yang bertenaga terdiri daripada Ketua Serikandi Keadilan Malaysia (Cik Siti Aisyah Sheikh Ismail), Ketua Ameerah Malaysia (Cik Fareedah Samad), AJK Cabang Keadilan Parit (En Mahathir Abdullah) dan Ketua Pemuda PAS Parit merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia (Ustaz Hakimi Mohd Nor). Himpit turut menyaksikan penyerahan watikah jentera pilihanraya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Ketua Pemuda PAS Parit dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Parit (Husin Abdullah). Dalam ucapan Ustaz Hakimi, beliau telah mengajak para hadirin untuk sama-sama mengiktiraf Ustaz Ismi Muhammad Taib iaitu YDP PAS Kawasan Parit sebagai Ikon Anak Muda Parit. Pegisytiharan ini telah dibuat dihadapan seluruh tetamu jemputan iaitu Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Perak (Ustaz Abu Bakar Hussain), Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak (Haji Razman Zakaria), Setiausaha PAS Perak (Ustaz Misbahul Munir Masduki) dan Ketua Penerangan PAS Perak (Ustaz Nuri Al Amin Endut). Menurut Ustaz Hakimi yang ditemui selepas Himpit, beliau mengucapkan rasa syukur atas sambutan yang begitu menggalakkan daripada anak muda termasuk dengan kehadiran konvoi bermotor dari seluruh kawasan Parit. Beliau juga menyatakan bahawa Himpit ini adalah petanda awal bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi semua kerusi di Parlimen Parit, Dun Belanja serta Dun Bota dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7260-pas-parit-sedia-rampas-semua-kerusi
PAS Perak ucap takziah buat keluarga Ustaz Hassan |
Hafeez Sabri |
IPOH, 28 Dis: PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Zawawi Hassan atas pemergian ayahnya Al Marhum Imam Hassan ke rahmatullah. Allahyarham Imam Hassan merupakan seorang Imam yang berjiwa pendidik, selain itu beliau memegang amanah sebagai Ketua cawangan PAS Tebuk Pancur dan Ketua UPU Padang Lalang. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Disember 2011 pada jam 1.30 tghri selepas lebih 2 minggu koma di Hospital Ipoh akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Tebok Pancur dan disemadikan di Kg Tebuk Pancur. “Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian. Katanya, PAS Perak melihat walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup di atas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah Allah SWT. “Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/76-negeri-perak/7270-pas-perak-ucap-takziah-buat-keluarga-ustaz-hassan
Mohon maaf atau berdepan saman |
Harakahdaily |
IPOH, 4 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memberikan tempoh tiga hari kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Mohamad Annuar Ariffin untuk menarik balik kenyataan yang menuduh Unit Amal PAS sebagai dalang demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Annuar. "Kami kesal dengan kenyataan tersebut dan mendesak agar Annuar menafikan kenyataan yang dikeluarkannya oleh Sinar Harian (muka surat 7) dengan segara atau berhadapan dengan tindakan Mahkamah," katanya merujuk kepada laporan di akhbar bahasa Melayu itu hari ini. Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Annuar sungguh berat dan melampau kerana cuba mengaitkan perhimpunan Mahasiswa tersebut dengan PAS atau Dewan Pemuda PAS. Sambil kesal dengan tindakan Annuar itu beliau juga mendakwa Pemuda Umno Perak sebenarnya tidak langsung mengambil sikap berbincang di atas meja rundingan malah tidak cakna kepada golongan Mahasiswa. "Jika beliau enggan membuat demikian, kami akan meminta Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kami mengemukakan writ saman kepada Annuar selepas tempoh yang diberikan berakhir," tegasnya. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/separator-berita-utama/world/76-negeri-perak/7402-mohon-maaf-atau-berdepan-saman
Pemuda Umno Perak dituntut bayar RM600 ribu
Harakahdaily, |
IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini membuat serahan notis tuntutan ganti rugi RM600 ribu kepada pemuda Umno negeri ekoran kenyataan mengaitkan Unit Amal PAS dengan demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 1 Januari lalu.
Notis saman itu dibuat ke atas Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Naib Ketuanya, Mohamad Annuar Ariffin.
Mereka yang diwakili Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) membuat serahan itu di pejabat pergerakan itu dan diterima Pegawai Komunikasi Media Pemuda Umno Perak, Syed Afzarizal Syed Salim.
Mengetuai penyerahan itu adalah Peguam dan Pengarah Undang-Undang Pemuda PAS Perak, Mohammed Zamri Ibrahim, manakala turut serta, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, Exco Pemuda PAS Perak, Mohd Hakimi Syah Alani, Zairul Azrun Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Arif Sha'arani.
Dalam satu kenyataan, Safarizal berkata Pemuda PAS Perak akan menunggu tempoh yang telah dinyatakan bagi tujuan tuntutan ganti rugi tersebut dan akan terus mengambil tindakan susulan mengikut lunas undang-undang jika Pemuda Umno Perak dan Annuar masih gagal menjelaskan ganti rugi yang telah dikemukakan.
Sebelum ini, mereka memberi tempoh tiga hari bermula 4 Januari lalu kepada Mohamad Annuar untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.
Bagaimanapun, sehingga tempoh itu tamat, mereka mendakwa tiada sebarang tindakan dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Perak itu.
Sehubungan itu, mereka hari ini menyerahkan notis ganti rugi sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
Sumber HD : 10/01/2012

Tergugat di Perak, 135 wakil rakyat BN berkampung
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan BN yang akan mengadakan pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka selama tiga hari bermula 12 Januari ini di Perak menandakan mereka rasa tidak selamat lagi di negeri itu.
AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sekarang sedar bahawa rakyat Perak masih dengan sentimen membenci BN ekoran cara mereka mengambil alih negeri yang disifatkan tidak demokratik.
"Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan.
"Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.
Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.
Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor.
"Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan.
"Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat," katanya.

PRU13: PAS Perak perkenal Perakite, mesra rakyat
Harakahdaily, | 18 Jan 2012 |
IPOH, 18 Jan: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di dalam merangka gerak kerja Pilihan Raya Umum ke-13 telah memperkenalkan satu pendekatan mesra rakyat di dalam kempennya kelak.
Dalam penjenamaan kempen PAS Perak tersebut, slogan Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat bakal dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 20 Januari ini.
Pelancaran tersebut bakal diadakan di Mosalla Al-Ehsan Paya Purnama, Paya Renggam, Padang Rengas yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien.
Pengarah Program Pelancaran Perakite, Mohd Misbahul Munir Masduki berkata, pembaharuan kempen itu diperkenalkan bagi meneruskan suasana bahang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dan pelbagai program bersama rakyat akan disusun di semua kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi oleh PAS.
Katanya, program mesra rakyat dan kebajikan itu antara pengisian program yang telah dirancang sehingga tarikh PRU13 nanti bahkan tema yang dilancarkan turut dibawa oleh semua jentera parti.
Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=FG5YCD8FTT0
Sumber HD : 18/01/2012
Sumber HD : 25/01/2012

Veteran Umno saman kerajaan negeri Perak
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.
Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
(Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)
Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.
Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.
Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.
Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.
Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.
Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan.
Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.
Tindakan Mahkamah diambil kerana Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan.
Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno.
Sumber HD : 20/01/2012

Kekerapan Najib turun ke Perak timbul tanda tanya
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
IPOH, 25 Jan: Kekerapan Predana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN negeri itu sedang menghadapi masalah besar.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti rakyat Perak akan bersama mereka.
Menurut Salman, umum maklum bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh negara yang berkampung di Perak ketika itu.
Kini, selang dua minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan, tambahnya lagi.
Malah jadual Naib dikhabarkan begitu padat dalam tempoh terdekat untuk turun ke Perak dalam tempoh dua bulan yang akan datang.
"Adakah ianya juga ada kaitan dengan kajian UM tentang prestasi BN Perak yang juga dilaporkan baru-baru ini?
"Malah, kami juga melihat kenyataan terbaru Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang terus menafikan berlaku masalah menentukan kerusi bagi BN Perak turut menyumbang kehadiran Datuk Sri Najib ke negeri Perak sekali lagi," ujarnya.
Keyakinan itu juga jelasnya dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Perak pada 23 Januari yang lalu.
Menurutnya, kehadiran Khairy itu memberikan gambaran jelas bahawa Umno BN Perak berada dalam keadaan terdesak untuk memastikan BN mendapat kembali mandat rakyat Perak di dalam Pilihan Raya Umum ke –13 yang akan datang.

PR Perak terbit filem pendek Aduhai 1Malaysia
Akmal Sani, | 31 Jan 2012 |
IPOH, 31 Jan: Selepas mencapai kejayaan dalam filem pendek yang pertama Orang Kuat Umno (OKU), Semarak Production sekali lagi menerbitkan filem pendeknya yang kedua bertajuk 'Aduhai 1Malaysia’.
Filem tersebut telah dimuat naik di dalam youtube semenjak tiga hari yang lepas dan boleh ditonton melalui pautan
http://www.youtube.com/watch?v=Pv5srEmNVGk.
Ianya antara lain menyentuh isu politik semasa termasuk skandal NFC yang sedang hangat diperkatakan.
Selain itu, filem ini juga menyentuh kisah 'panglima ludah' yang ada kaitan dengan isu mahasiswa yang menurunkan bendera gambar Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno tempoh hari.
Menurut Pengerusi Semarak, Ustaz Mohd Fakruddin Abd Aziz, filem ini adalah kesinambungan daripada filem “orang kuat umno” yang berjaya menarik seramai 100,000 pengunjung dalam masa 3 hari.
"Hasil daripada sambutan filem tersebut, kali ini kami terbitkan satu lagi filem yang dijangka akan mencapai jumlah pengunjung yang lebih tinggi," ujar beliau.
Sementara itu, pengarah filem pendek tersebut iaitu Ustaz Mohd Akmal Kamarudin pula menyifatkan filem ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan filem ini terutamanya pihak Sekterariat Pakatan rakyat Perak dan juga pihak Lujnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
"Tanpa kerjasama dari pihak sekteriat pakatan rakyat perak dan juga lujnah penerangan dakwah ini mungkin filem ini agak sukar dihasilkan," katanya.
Dalam menerbitkan filem ini, pihak Semarak Production telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa selebriti terkenal antaranya bekas penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman dan juga pelakon filem
Hantu kak Limah Balik Rumah iaitu Man Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.
Sumber HD : 31/01/2012
(Nizar naik di atas bumbung sebuah rumah yang terkena puting beliong petang semalam bagi melihat secara menyeluruh kawasan yang menjadi mangsa.)
SRI MANJUNG, 3 Feb: Berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong lewat petang semalam.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang sempat menziarahinya pagi ini melihat sendiri bagaimana bumbung rumah terangkat jauh akibat ribut tersebut.
Beliau yang amat bersimpati dengan keadaan itu berjanji akan mengumumkan pelancaran kutipan derma kilat bagi membantu mangsa di dua buah masjid di Manjung menjelang solat Jumaat hari ini.
"Saya menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk memberikan sumbangan derma kepada mangsa," kata beliau melalui Twitternya.
(Gambar: Nizar melihat dari dekat kemusnahan kira-kira 200 buah rumah akibat ribut.)
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan bantuan segera kepada mangsa.
"Terima kasih tertinggi kepada semua petugas PDRM, bomba, Majlis Keselematan Negara daerah Manjung, pejabat Daerah, OBJ, MPM, JKKP dan lain-lain yang memberi khidmat terbaik membantu mangsa ribut," kata Nizar.
Sumber HD : 3/02/2012

Rumah umpama selepas perang akibat puting beliung
Harakahdaily, | 03 Feb 2012 |

3 tahun tragedi hitam, kembalikan Perak kepada PR
Johari Jaafar, | 06 Feb 2012 |
IPOH, 6 Feb: Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.
Demokrasi yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.
Demikian ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.
Pemimpin PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN tiga tahun yang lalu.
Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN tiga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.
"Di sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak rakyat, bekerja semaksima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.
Pada himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300 belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat.
Sumber HD : 6/02/2012

Melayu terus terpinggir di bawah Umno
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
IPOH, 13 Feb: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) berkata rakyat khususnya orang Melayu akan terus dibelengu kemiskinan selagi Umno BN dibiarkan memerintah negara.
Menurutnya, sudah lebih 50 tahun Umno BN diberi mandat memerintah, namum keadaan ekonomi rakyat kebanyakan, khasnya orang Melayu tetap tidak berubah.
Umno yang mendakawa membela Melayu katanya hanya membela pemimpin Melayu Umno untuk terus mengumpul kekayaan mereka.
“Sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.
“Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu," katanya.
Beliau turut mengambil contoh kenyataan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sendiri bahawa Umno sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal mereka dan menegur sikap Umno yang mengunakan rasuah politik untuk membeli undi.
Umno juga dakwa Abdul Kader sebelum ini, telah gagal menjaga sosio ekonomi Bumiputera termasuk telah memansuhkan kemudahan pinjaman 30% kepada syarikat kecil bumiputera.
“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Menteri Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa beliau sendiri pernah memberi RM200 hingga RM1,000 kepada rakyat dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi”
"Di sini jelas menunjukkan bahawa Umno sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu, semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin Umno yang terus ingin membolot harta rakyat," kata Ustaz Abu Bakar lagi.
Abdul Kader yang juga Timbalan Presiden NGO Amanah sebelum ini turut menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.
"Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan kita (Umno) sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi Bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya," kata bekas menteri Penerangan dan Komunikasi itu.
Sumber HD : 13/02/2012

Sekolah Tamil: Sivakumar mahu jumpa Presiden MIC
V Sivakumar, | 19 Feb 2012 |
Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di Perak menghadapi masalah. Masalah-masalah ini merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan tanah, bangunan, padang, infrastruktur, kekurangan guru dan sebagainya. Terdapat beberapa sekolah yang memerlukan perhatian segera tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan. Ini bermakna kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ini. Walaupun perkara ini telah dibawa kepada perhatian kerajaan tetapi pelbagai alasan atau janji kosong diberikan.
Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa tindakan sekolah-sekolah Tamil di Perak yang dinamakan sebagai Tamilpalli Thirvukkulu beberapa bulan yang lepas. Jawatankuasa ini terdiri daripada mereka yang sayangkan sekolah Tamil dan berkhidmat secara sukarela untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah itu.
Setakat ini Jawatankuasa ini telah membangkitkan masalah 5 buah sekolah di negeri Perak. Ahli-ahli jawatankuasa juga telah membuat lawatan tapak ke semua 5 sekolah tersebut. Sekolah-sekolah yang dilawat dan laporannya adalah seperti berikut:
SJKT Gunung Rapat
Sekolah ini telah memohon satu tapak baru untuk membina bangunan di kawasan Ampang. Tanah seluas 3 ekar telah dijanjikan oleh Datuk Bandar pada 19 Oktober 2011. Kemudian kerajaan telah mungkir janji dan cuba memberikan tanah yang dijanjikan itu kepada PAFA. Jawatankuasa pernah mengadakan dialog dengan ibubapa dan menganjurkan satu perhimpunan aman mengenai masalah sekolah ini pada 2 Oktober 2012. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menjanjikan peruntukan RM2.5 juta untuk membina bangunan baru di tanah yang dijanjikan oleh Datuk Bandar.
SJKT Menglembu
Sekolah ini telah memohon untuk bangunan baru. Padang sekolah itu sering kali tidak dapat digunakan kerana sentiasa ditakung air terutamanya selepas hujan. Masalah ini telah dibangkitkan berpuluh kali tetapi seolah-olah jatuh di telinga pekak. Jawatankuasa juga telah mengadakan forum dengan ibubapa dan menyerahkan memorandum kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Tetapi tidak ada sebarang maklum balas setakat ini.
SJKT Changkat
Sekolah ini tidak mempunyai padang permainan. Permohonan telah dibuat kepada kerajaan negeri untuk memberikan tanah seluas 1.3 ekar dibelakang sekolah itu untuk dijadikan padang permaian. Tetapi, kerajaan menjawab soalan bertulis di Dewan Negeri Perak bahawa tanah itu akan diberikan untuk projek Taska PERMATA, satu projek kerajaan Persekutuan.
SJKT Holyroad
Sekolah ini hanya mempunyai 2 orang murid. Ini adalah kerana penduduk-penduduk estet di kawasan itu telah berpindah ke bandar dan tempat-tempat lain. Jika dibiarkan begitu sahaja sekolah ini akan ditutup bila-bila masa. Kerajaan berjanji untuk tapak ganti dan menggunakan lesen SJKT Holyroad untuk membuka sebuah sekolah baru di Taman Kaya, Taiping. Tetapi, tidak ada sebarang maklum balas mengenai perkara ini daripada mana-mana pihak setelah janji kosong dibuat oleh kerajaan.
SJKT Gopeng
Sekolah ini sedang dimakan anai-anai. Laporan Jabatan Kerja Raja sendiri membuktikan sekolah ini berada dalam keadaan yang buruk. Sebuah bilik darjah telah ditutup. Keadaan sekolah ini membahayakan keselamatan murid-murid. Jawatankuasa ini juga telah berjumpa dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk membincangkan hal ini. Sekolah ini memerlukan satu bangunan baru dua tingkat untuk keperluan masa hadapan, bukan sekadar memperbaiki bahagian yang dimakan anai-anai sahaja.
Berhubung dengan masalah sekolah-sekolah Tamil di atas, satu perjumpaan telah diadakan pada 17 Februari 2012 di Pejabat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh. Mesyuarat itu dihadiri 50 orang yang dijemput khas oleh jawatankuasa Tamilpalli Thiruvukkulu. Para hadirin adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat India yang mencintakan bahasa ibunda.
Dalam mesyuarat tersebut masalah kelima-lima sekolah itu telah diberi penerangan secara terperinci oleh V Sivakumar, Adun Kawasan Tronoh. Selepas penerangan itu, sesi dialog juga dibuka kepada para hadirin untuk memberi pandangan dan komen mereka berhubung dengan masalah sekolah-sekolah Tamil di Perak. Para hadirin telah berkongsi pendapat mereka untuk memberi galakan, sokongan dan dokongan kepada Jawatankuasa Tamilpalii Thiruvukkulu.
Di akhir mesyuarat itu, satu resolusi telah diluluskan secara sebulut suara. Resolusi itu berbunyi seperti berikut:
‘Masalah kelima-lima sekolah itu perlu diberi perhatian segera. Oleh itu, satu memorandum akan diserahkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Palanivellu dalam tempoh terdekat. Beliau telah mengambil alih pucuk pimpinan MIC negeri Perak. Ini adalah cabaran pertama kepada beliau untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diutarakan jika kerajaan benar-benar serius dalam menangani masalah sekolah-sekolah Tamil. Penyelesaian harus dilakukan sebelum PRU13, bukan sekadar janji kosong pilihanraya’
Saya bagi pihak jawatankuasa ini akan menulis surat kepada Presiden MIC untuk mengadakan temujanji dan majlis penyerah memorandum secepat yang mungkin. Saya dan pihak jawatankuasa berharap Datuk Seri Palanivel akan bertemu dengan kami untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Tamil di negeri Perak.
Sumber HD : 19/02/2012

Debat: PAS Perak sifatkan Zambry tiada wawasan
Muhammad Faeez, | 25 Feb 2012 |
IPOH, 25 Feb: Kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Dr Zambry Kadir berhubung debat telah menggambarkan dirinya tidak ada
wawasan.
Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin tentang kenyataan Dr Zambry yang menyarankan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berdebat dengan Adun Behrang yang melompat parti, Jamaluddin Radzi dan bukannya dengan beliau atas alasan Adun bebas itu sudah lama menyatakan kesudian untuk berdebat.
Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan dirinya tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons tentang cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
“Cadangan Pemuda PAS untuk menyatukan kedua-dua pemimpin tersebut bermatlamat untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan idea dalam mempimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada Harakahdaily.
Melihat kenyataan Zambry, beliau berkata, pemimpin utama BN Perak tersebut tangkas mengalih isu dengan mencadangkan Nizar berdebat dengan Adun Bebas yang telah melompat parti.
“Adakah Adun Bebas tersebut sebagai mewakili BN Negeri Perak?
"Adakah juga Adun Bebas tersebut adalah ketua parti komponen BN Perak?” ujarnya.
Menurutnya, debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN Perak dan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
“Adakah rasional Datuk Seri Zambry menyerahkan wawasan mentadbir kerajaan negeri kepada Adun yang telah melompat partinya?” soal beliau.
Jelasnya, PAS Perak menasihatkan agar Zambry berani dalam perkara itu dan hendaklah matang dan profesional dalam memberi alasan untuk mengelak berdebat dengan Nizar.
“Mengalihkan isu dengan memberi cadangan yang tidak masuk akal adalah sangat memalukan kerana isu ‘pokok’ yang dicadangan oleh Pemuda PAS Perak adalah ingin memperlihatkan kedua-dua tokoh ini membicarakan wawasan untuk mentadbir semula kerajaan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 nanti,” jelasnya.
Katanya, itulah yang ingin dilihat oleh rakyat, parti manakah yang mempunyai wawasan atau usaha untuk membangunkan rakyat di Perak.
PAS Perak, katanya sekali lagi melihat dolak-dalik Zambry sebenarnya kerana sedar BN Perak yang telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 dahulu masih mengamalkan penyelewangan dan kronisme.
Tambahnya, Zambry idak perlu bimbang jika BN Perak telah benar-benar bersih dan rajin bekerja dalam membantu rakyat tanpa ada usaha menindas rakyat.
“Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan.
“Dan mungkin sebenarnya rakyat masih ingin meneruskan usaha dan kerja Pakatan Rakyat yang terhenti selama 11 bulan sahaja oleh kerana sikap ketidakperikemanusiaan BN yang merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakat,” jelasnya.
Sumber HD : 25/02/2012

Nizar ziarah keluarga pelajar dirogol, bunuh
Muhammad Faeez, | 26 Feb 2012 |
TAIPING,
26 Feb: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin bersama masyarakat Trong terkejut dengan tragedi yang menyayat hati
apabila seorang pelajar ditemui mati.
Mangsa, Nurul Aien Mohd Saimon,16, disyaki dirogol sebelum dibunuh di kediamannya Kampung Batu 9, Jalan Trong Changkat Jering.
Pelajar SMK Dato' Wan Rasdi itu ditemui mati di dalam bilik air, petang kelmarin.
(Gambar: Nizar meninjau bilik air di mana mangsa disyaki dirogol dan dibunuh.)
Menurut laporan polis, dua suspek telah telah diberkas untuk siasatan lanjut.
Justeru, Nizar bergegas ke rumah mangsa untuk menziarahi jenazah dan keluarganya.
Mantan Menteri Besar itu berkata, kejadian tersebut amat memeranjatkan dan beliau melahirkan rasa dukacita dengan kejadian penuh tragis dan kejam itu.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap dapat bersabar dengan kejadian ini. Saya mendoakan dosa Nurul Ain diampun oleh Allah dan rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.
Nizar telah menyampaikan bantuan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa. (Gambar kiri.)
Media hari ini melaporkan mayat pelajar tingkatan empat itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.
Sumber HD : 26/02/2012

'Impak 13' himpun jentera muslimat seluruh Perak
Muhammad Faeez, | 09 Mac 2012 |
IPOH, 9 Mac: Dewan Muslimat PAS Negeri Perak akan menghimpunkan seluruh jentera mereka sebagai persiapan terakhir menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketuanya, Dr Najihatussaleha Ahmad berkata, program yang diberi nama Himpunan Muslimat PAS Negeri Perak (Impak 13) itu akan diadakan pada 25 Mac ini di Hotel Hillcity, Ipoh.
Menurutnya, program tersebut bertujuan untuk menghimpunkan seluruh tenaga muslimat serta meningkatkan motivasi gerak kerja dalam menghadapai PRU ke-13 nanti.
“Tujuan program ini juga adalah untuk mencipta gelombang muslimat dalam menghadapi PRU13 nanti,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini.
Katanya lagi, program tersebut juga bertujuan mengerat serta merapatkan hubungan sesama jentera muslimat daripada seluruh negeri Perak.
“Di kesempatan itu, Dewan Muslimat juga akan melancarkan Skuad Kebajikan Muslimat PAS Negeri Perak (ERAT) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan program bersama rakyat,” ujarnya.
Justeru, beliau menjemput seluruh muslimat PAS negeri Perak ke program yang julung-julung kali diadakan itu.
Sumber HD : 9/03/2012

PRU13: PAS Perak pastikan ada calon DHPP
Salmiyah Harun, | 12 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS Perak akan berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi untuk calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Menurut Persuruhjaya PAS negeri itu, Ustaz Abu Bakar Husin (gambar), kerusi DHPP itu masih dalam pertimbangan khususnya tempat sama ada Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun Parlimen.
Tambahnya, sebanyak empat calon yang dikemukakan oleh PAS Perak bagaimanapun mereka menyerah kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan calon mana akan dipilih.
"Kita akan lihat kerusi mana yang sesuai dengan calon termasuklah juga tapisan yang akan dilakukan agar calon menepati syarat yang dikehendaki PAS. Mereka mesti melepasi tapisan PAS Pusat," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga berharap DHPP Perak akur dengan apa yang akan diputuskan oleh PAS Pusat nanti.
"Kalau seorang sahaja calon DHPP yang diputuskan, kita harus akur dengan keputusan PAS Pusat itu," katanya yang telah menghantar senarai calon DHPP sebulan yang lalu.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, pihaknya belum bersedia untuk meletakkan calon DHPP dalam PRU13 ini.
Beliau berkata, Negeri Sembilan tidak termasuk dalam sasaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Penasihat DHPP Dr Mujahid Yusof Rawa.
"Kita melihat dari segi keperluan, kerjasama DAP dan PKR amat baik untuk memberi keyakinan kepada bukan Islam di Negeri Sembilan," katanya.
Terdahulu, Mujahid mensasarkan enam kerusi dari DHPP dipertandingkan dalam PRU akan datang termasuk di Sabah dan Sarawak.
Ekoran itu, PAS Johor telah mengemukakan tiga calon DHPP manakala PAS Selangor pula telah memperuntukan kerusi Dun kepada sayap parti PAS itu.
Sumber HD : 12/03/2012

Kilang Vale: Rakyat Perak bakal bangkit
Harakahdaily, | 15 Mac 2012 |
LUMUT, 15 Mac: Pada waktu rakyat Malaysia masih berkempen kuat untuk menutup kilang rare earth milik Lynas Corp dari Australia, satu protes besar bakal berlaku di Perak terhadap sebuah kilang pemprosesan bijih besi milik Vale International dari Brazil.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Gabungan Rakyat Perak Prihatin (CCCP) menuntut projek tersebut dihentikan sementara supaya analisa impak terhadap penduduk setempat, terutamanya di Lumut dapat dilakukan.
Pengerusinya, Zainal Abidin Osman berkata CCCP akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan bermula 21 Mac ini untuk memaksa kerajaan negeri Perak untuk mengkaji semula projek berkenaan dan meletakkan langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya bagi menjamin keselamatan alam sekitar, kehidupan penduduk setempat dan masa depan.
Oleh itu, beliau menggesa penduduk Perak, terutamanya Lumut dan Pangkor untuk menyertai kempen ini.
“Selain itu, kita turut menggesa kerajaan negeri untuk menghalang Valemax, kapal kontainer bijih besi terbesar untuk memasuki Lumut,” kata beliau, sambil menambah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mesti mengambil langkah sewajarnya untuk meredakan kebimbangan penduduk.
Zainal berkata kemasukan kapal besar tersebut bakal membawa kesan kepada alam sekitar, dan negeri China juga telah bertindak menghalang kapal Vale untuk berlabuh di pelabuhannya atas faktor masalah teknikal kapal dan kesan kepada persekitaran.
Satu perhimpunan rakyat akan diadakan, dan butiran lanjutnya akan didedahkan kepada rakyat pada 29 Mac nanti, tambah Zainal.
“Rakyat Perak tidak boleh ditipu untuk menerima projek ini atas nama membawa keuntungan kepada mereka dan negeri. Kesan daripada projek ini adalah besar dan langkah-langkah segera perlu diambil sebelum projek ini dikaji semula sebelum mengakibatkan kemusnahan yang tidak boleh diselamatkan,” tambah Zainal.
Akhir tahun lepas, Harakahdaily telah melaporkan bantahan rakyat Perak terhadap jeti RM676.8 juta yang diletakkan di bawah syarikat asing.
Mereka menyoal sama ada Zambry berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.
Menurut blog say no to Vale International, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai cuai, blog tersebut mendakwa banyak perkara yang tidak diketahui impaknya sekiranya projek tersebut dilaksanakan.
“Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.
“Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.
Kilang Vale yang terletak di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti untuk memproses 60 juta ton bijih besi setiap tahun.
Kilang tersebut mula dibina Julai lepas, dan dijangka akan mula beroperasi pada Jun 2014.
Kerajaan Perak pernah berkata jumlah pelaburan yang bakal diterima daripada Vale adalah antara RM9 bilion ke RM14 bilion.
Sumber HD : 15/02/2012
Di medan perang kuasa
derita bermaharajalela melata lara
menepis simpati diri sembilu bumi
menjentik anak kecil tidak berdosa
tamak sempadan bak Belanda melanda
senjata bukan lagi perlindung diri
tetapi mencari sasaran gegar bergegar
minda dahaga & kemarau ihsan.
Di medan gerbang jalan raya
ego pemandu tanpa erti waspada
menolak tolak ansur bergalur arus
mengejar waktu tanpa ketentuan jitu
lalai engkar dek gagal memintas
panduan bukan lagi aturan jalan
tetapi kemalangan maut taut bertaut
nyawa melayang & tragedi berulang.
Di medan nafsu jiwa raga
noda bertakhta leka menukik usia
mengabai nahi mungkar berbaur balur
mengejar kemewahan tanpa had kepuasan
intim keprihatinan bagai galaksi mainan
pakatan bukan lagi modal insan
tetapi perjarakan wasasan gelut bergelut
impian menghilang & airmata terbuang.
IDANRADZI

MAMAHAN USIA
iDANRADZi, | 18 Mac 2012 |

Kota Bharu, Perak.
Sumber HD : 18/03/2012
Sumber HD - 6-4-2013
(Asmuni berucap dalam himpunan jentera pilihan raya PAS Perak)
LENGGONG: PAS Perak berkeyakinan tinggi untuk menang Parlimen Lenggong dalam PRU13 ini berikutan gerak kerjanya yang sangat baik.
Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, keyakinan itu disuarakan setelah melihat gerak kerja jentera kawasan Lenggong yang sangat mantap.
Katanya, walaupun kawasan majoriti Melayu itu diklasifikasi 'underdog', PAS Perak tetap mensasarkan Lenggong antara satu daripada 7 parlimen yang ditandingi akan berjaya ditawan.
Dalam pilihan raya umum ke 12 lalu, calon PAS Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria kalah kepada calon BN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dengan majoriti sebanyak 4,919 undi berbanding dengan majoriti 5,632 dalam PRU 11.
Lenggong mempunyai kira-kira 81 peratus pengundi Melayu, 17 peratus Cina dan 1.7 peratus India.
Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu Kenering dan Kota Tampan yang kedua-duanya dimenangi calon BN dalam pilihan raya lalu.
"Gerak kerja parti pada pilihanraya kali ini telah dijalankan sejak awal lagi dan persediaan ini berbeza dengan pilihanraya sebelum ini," kata Asmuni ketika menyampaikan taklimat dalam program Ijtimak Jentera PRU13 PAS Perak di Kampung Luat, Lenggong.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat yakin usaha gerak kerja PAS Lenggong yang diketuai Yang Dipertuanya, Razman Zakaria (gambar kiri) akan menghasilkan kemenangan dalam PRU13 nanti.
Dalam pada itu, Asmuni menegaskan, semua arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan hendaklah dipatuhi sebaik mungkin.
Kata Asmuni, segala polemik yang timbul antara parti komponen Pakatan Rakyat mahupun jentera itu sendiri hendaklah diselesaikan secara berhemah agar tidak menjejaskan gerak kerja.
Jelasnya lagi, PRU13 adalah pilihanraya paling getir buat Umno-BN untuk mengekalkan kuasanya setelah melihat suasana rakyat yang inginkan perubahan.
"Pakatan Rakyat harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menjatuhkan Umno-BN.
"Kalau Umno-BN kalah kali ini, kita simpan mereka di Muzium Umno dan jika kita kecundang, kita lihat apa yang mereka akan buat kepada rakyat," jelasnya lagi.
Ribuan hadir ke program tersebut terdiri daripada jentera, pimpinan kawasan serta negeri dan bakal-bakal calon PAS.
Pimpinan PAS Pusat yang dijenput menyampaikan amanat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Sumber HD - 6-4-2013
Jamuan bersama rakyat Konvoi Penerangan - Part 1
Ajijoi, | 19 Mac 2012 |
IPOH (17.3.12): Jamuan bersama rakyat, program yang menghimpunkan kesemua pimpinan yang menyertai program Konvoi Jelajah Perak oleh Penerangan Pas Pusat untuk makan tengahari bersama-sama dengan orang ramai.
Diadakan di kawasan padang di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, Lahat dengan Pas Kawasan
Gopeng bertindak selaku tuan rumah.
Ustaz Nuri, Ketua Penerangan Pas Perak yang mengiringi Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semenjak Kuliah Subuh lagi di Selama telah bertindak sebagai pengacara kepada program Jamuan bersama rakyat ini
Pesuruhjaya Pas Perak, AF Ustaz Haji Abu Bakar Husain menyampaikan ucapan alu-aluan beliau
Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Wilayah Persekutuan
Ucapan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ustaz Nuri sedang berbincang sesuatu dengan YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abdul Rahim (tengah) dan Sdr Nan, penyelaras jamuan
DS Nizar sedang berbual dengan Kartunis Zunar yang juga singgah ke program Jamuan bersama Rakyat ini
Khemah untuk muslimat
Dato Tuan Ibrahim memuji Penerangan Pas Perak kerana kejayaan program konvoi kali ini
Dua orang ulama yang berjuang untuk Islam
Ulama pewaris Nabi
Sumber HD : 19/03/2012
Jamuan bersama rakyat Konvoi Penerangan - Part 2
Ajijoi, | 19 Mac 2012 |
IPOH (17.3.12): Cuaca yang panas terik sedikit pun tidak menghalang beribu-ribu orang daripada bersama-sama di dalam program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh.
Kelibat ketibaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja sudah cukup menggembirakan orang ramai yang sedari awal lagi telah menunggu.
Apatah lagi dengan satu persatu pimpinan pusat yang tiba daripada destinasi yang berbeza sekitar negeri Perak. Perancangan yang diatur Penerangan Pas Negeri Perak telah berjaya mengumpulkan kesemua pimpinan tepat pada masa yang ditetapkan, Alhamdulillah.
Daripada congakan penulis, tidak kurang daripada 2000 orang yang berkumpul dibawah khemah-khemah yang disediakan pihak Pas Kawasan Gopeng.
Kehadiran yang ramai, melebihi daripada program konvoi dinegeri-negeri lain sebelum ini, telah menaikkan semangat pimpinan utama.
Perancangan asal untuk pimpinan memberikan ucapan hanya sekitar 5 minit seorang telah berubah apabila masing-masing berucap panjang dihadapan ribuan hadirin.
Namun, itu tidak sedikit pun mengganggu perjalanan program, malah membuatkannya lebih bermakna kepada ribuan yang hadir kerana dapat mendengar ucapan-ucapan bernas dan bermanfaat tatkala hadirnya mereka ke negeri ini.

Tuan Guru Presiden, Haji Abdul Hadi Awang
Ucapan Tuan Guru banyak kepada sejarah Pas itu sendiri
Tuan Guru yang lebih mesra dipanggil Ayah Chik ini menceritakan pengalaman Pas suatu ketika dahulu apabila bersama-sama dengan Umno di dalam sebuah kerajaan
Sdr Radzi Zainon, mantan dan bakal calon Pas di Dun Sg Rapat membacakan doa penutup majlis selesai sahaja Tuan Guru Presiden memberikan ucapan beliau
Orang ramai bersama-sama mengaminkan doa
Tiba masanya untuk menjamu selera
Sebelum makan, Tuan Guru telah diminta untuk mentahnikkan (membelah mulut) seorang bayi
Semoga dengan berkat tahnik daripada seorang ulama, anak kecil ini nanti bakal membesar sebagai seorang mukmin yang sejati
Pimpinan utama disajikan dengan makanan yang disediakan khas oleh Pas Cawangan Rapat Setia
Pimpinan Muslimat juga turut diraikan
Orang ramai menjamu selera dengan Gulai Kawah Kerbau yang disediakan
------------------------------------------------------------
Sumber HD : 19/03/2012
PAS optimis Pakatan kembali tadbir Perak
Harakahdaily, | 19 Mac 2012 |
IPOH, 19 Mac: PAS Negeri Perak optimis Pakatan Rakyat mampu mentadbir semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan dan mood rakyat yang masih bersama Pakatan Rakyat biarpun negeri ini kini di bawah pentadbiran Umno BN.
Menurutnya, rakyat juga masih berasa marah dengan tindakan Umno BN yang mengambil pemerintahan negeri itu secara 'kudeta' dari Pakatan Rakyat pada 2009 lalu.
“Saya yakin insya-Allah Perak akan kembali ditadbir oleh Pakatan Rakyat setelah dirampas dengan cara yang begitu kotor dan jelek oleh Umno BN”
“Sebenarnya rakyat Perak masih bersama Pakatan Rakyat, dulu Perak dirampas bukan kerana pilihan rakyat tetapi oleh perancangan zalim Umno BN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke- 4 Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Medan Istana Bandar Ipoh Raya baru-baru ini.
Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, beliau juga optimis bahawa Umno BN tidak mampu untuk mempertahan kerajaan negeri itu.
Bukan sahaja kerana mood rakyat yang masih marah, tetapi juga sokongan masyarakat Cina dan India yang sebahagian besar sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.
“Umno tidak mampu mempertahankan kerajaan negeri, hal ini kerana dua kelompok rakyat yang selama ini menjadi talian hayat mereka sudah beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat”
“MCA, MIC dan Gerakan sudah lumpuh dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India sudah hilang kepercayaan kepada Umno-BN," tegasnya.
Disamping itu, isu-isu nasional yang memperlihatkan amalan rasuah, salah guna kuasa Umno BN, turut membantu memberi kesedaran kepada rakyat Perak untuk menolak BN dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

PAS Perak bongkar tanah di Lenggong diceroboh
Muhammad Faeez, | 23 Mac 2012 |
IPOH, 23 Mac: PAS Perak hari ini membuat pembongkaran tentang pencerobohan tanah yang berlaku di Lenggong.
Penyewengan tanah itu berlaku di sebuah bukit yang dahulunya menjadi tapak penamaman teh jenama Teh Lenggong yang terkenal pada awal tahun 80-an.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, lawatan dan tinjauan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri serta rombongan baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang Teh Lenggong yang telah usang.
Menurutnya, seluruh kawasan ladang teh kira-kira seluas 700 ekar telah digondolkan dan difahamkan oleh individu yang berada di situ, tanah tersebut telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok ‘eucalyptus’.
“Melalui penyelidikan kami, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
Beliau mempersoalkan, apakah sebab penutupan ladang tersebut dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
“Bagaimana tanah ladang Teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian,” ujarnya.
Tambahnya, tinjauannya juga mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran anggaran lebih 1,000 ekar yang mempunyai hasil balak telah digondolkan.
“Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?” tanya beliau.
Beliau juga hairan bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam di kawasan itu kerana difahamkan ianya boleh mengganggu sistem arkeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong.
“Pencerobohan tanah ini juga penyumbang kepada banjir teruk yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kampung berdekatan bukit tersebut ditenggelami air,” jelasnya.
Oleh yang demikian, beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) memohon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir memberikan penjelasan tentang isu itu.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin.
Sumber HD : 23/03/2012
Sumber HD - 4-4-2013

PAS Perak ucap takziah Raja Ashman Shah mangkat
Harakahdaily, | 30 Mac 2012 |
IPOH, 30 Mac: PAS Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawal 1.30 pagi tadi.
Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussian dalam satu kenyataan, pagi ini.
Berikut kenyataan beliau.
Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawal 1.30 pagi tadi.
Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.
Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah melanjutkan pelajarannya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.
Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.
Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Ameen.
Ustaz Abu Bakar Hussian
(Pesuruhjaya PAS Perak)
Sumber HD : 30/03/2012

Masih ada rakyat merempat di sebalik pembangunan
Anis Nazri, | 02 Apr 2012 |
GERIK, 2 April: Ketika arus pembangunan dikatakan menjadi tumpuan utama, masih ada di kalangan rakyat yang hidup merempat dengan penuh kedaifan dan kesusahan.
(Razman [baju puteh] mengunjungi Abd Rahim yang rumahnya merupakan satu bilik menumpang di belakang rumah orang lain)
Begitu juga ketika kerajaan mengatakan kenaikan harga gula tidak akan membebankan pengguna, ada rakyat yang hidupnya belum tentu dapat menikmati gula dalam minumannya.
Di Kampung Tawai, Gerik, Perak, Abd Rahim Hassan, 41, mendiami sebuah bilik di belakang rumah, bersama isteri dan dua orang anaknya.
Ruang bilik yang sempit menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga di belakang rumah orang tuanya yang tidak mempunyai dinding untuk keselesaan mereka.
Abd Rahim tidak mampu memiliki atau menyewa rumah dan tiada pekerjaan tetap.
Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pembantu peniaga di pasar-pasar malam bagi menyara isteri dan dua orang anak dengan pendapatan yang tidak menentu.
Malangnya, ketika hidupnya serba kekurangan, beban kemiskinan beliau menjadi semakin berat setelah terpaksa berhenti bekerja sejak tiga bulan lalu, kerana menghidapi penyakit injap jantung yang rosak.
Penyakit dialaminya menyebabkan beliau tidak mampu melakukan sebarang kerja dan sering mengalami keletihan, di samping terpaksa berulang-alik tiga kali seminggu untuk berjumpa doktor di Hospital Gerik.
(Inilah rupa rumah yang menjadi tempat Abd Rahim dan keluarganya menumpang)
Disebabkan tidak ada punca pendapatan untuk menanggung sara hidup mereka sekeluarga, isterinya Fadzlina Mat Yusof, 40, kini bekerja sebagai pencuci pejabat secara kontrak.
Gaji yang diterima sebanyak RM250 sebulan masih tidak mencukupi untuk membeli keperluan harian mereka, apatah lagi untuk anak-anak yang masih kecil.
Menurut Abd Rahim, sebelum menghidapi penyakit ini, beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak berputus asa berusaha untuk keluar dari kemiskinan hidup yang ditanggungnya selama ini.
Tetapi segala usahanya menjadi buntu kerana keuzurannya dan kini terpaksa bergantung hidup dengan pendapatan dari gaji isterinya semata-mata.
Kesusahan yang ditanggung beliau mendapat perhatian daripada PAS Kawasan Lenggong yang menziarahinya di rumah, dengan membawa beberapa bantuan berupa bekalan makanan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria ketika memberitahu Harakahdaily berkata, pihaknya dimaklumkan keluarga ini tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak, selain mempunyai ibu bapa yang sudah uzur.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.
Kepada sesiapa yang prihatin dan ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Abd Rahim di talian 012-532 8152 atau menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 0810-0062904-52-2.
Sumber HD : 3/04/2012

Vale: Nizar cabar Zambry dedah semua dokumen
Muhammad Faeez, | 05 Apr 2012 |
IPOH, 5 April: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.
Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.
“Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.
Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.
“Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA),” ujarnya.
Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.
“Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.
“Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong,” tegasnya.
Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.
“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah,” jelasnya.
Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Nizar tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.
Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.
Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.
Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini bersidang untuk hari ketiga dan akan berakhir pada hari Isnin minggu hadapan.
Sumber HD : 5/04/2012
Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.
Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.
Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.
Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.
Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:
• TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
• Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
• Jabatan Perikanan dan Marin
• Pejabat Tanah dan Galian
• Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri.
Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan.
Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.
Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya.
Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.
Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.
Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.
Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.
Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.
Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:
1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE
Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.
Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita. -
http://mediaperak.com/2012/04/07/penjelasan-nizar-tentang-vale/
Sumber HD : 7/04/2012

Penjelasan Nizar tentang Vale
Nizar Jamaludin, | 07 Apr 2012 |

Bila lagi mahu bina sekolah Tamil di Jelapang
Harakahdaily, | 08 Apr 2012 |
BATU GAJAH, 8 April: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) meminta masyarakat India di kawasan Dun Jelapang supaya jangan terpedaya dengan janji-janji pilihan raya BN.
“Budaya BN memperdayakan masyarakat India masih tidak berhenti lagi.
“Walaupun masyarakat India telah memberi satu pengajaran kepada BN dalam PRU12, tetapi mereka masih tidak berubah,” ujarnya yang juga Adun Tronoh.
Katanya, BN tetap memberi janji-janji kosong untuk menipu masyarakat India semata-mata untuk mendapat undi mereka.
“Saya telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai isu sekolah Tamil di Jelapang dua minggu yang lepas,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini.
Setakat ini, ujarnya tidak ada apa-apa maklum balas daripada kerajaan negeri mahupun MIC Negeri Perak mengenai isu yang dibangkitkan.
“Saya difahamkan bahawa ada pemimpin-pemimpin MIC telah menjanjikan pembinaan sebuah sekolah Tamil di Dun Jelapang.
“Adakah ini benar?” soalnya
Beliau juga mempersoalkan, jika kenyataan itu adalah benar, di manakah lokasi tanah yang telah dikenal pasti untuk membina sekolah Tamil itu di Jelapang.
“Adakah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu telah membuat permohonan untuk tanah yang dikenal pasti itu?
“Jika ya, apakah status permohonan tersebut?” tanya beliau lagi.
Setahu beliau tidak ada apa-apa permohonan tanah dibuat oleh mana-mana pihak untuk membina sekolah Tamil di Jelapang.
“Ini adalah satu pembohongan besar yang dibuat oleh pemimpin BN untuk meraih undi masyarakat India di kawasan ini,” katanya.
Menurutnya, sememangnya Dun Jelapang memerlukan sebuah sekolah Tamil di mana Dun Jelapang mempunyai 23% pengundi orang-orang India.
“Peratusan ini membuktikan bahawa terdapat jumlah isi rumah kaum India yang agak ramai di kawasan ini,” katanya.
Menurutnya, kanak-kanak di kawasan itu terpaksa pergi ke jauh lebih kurang 10 km untuk sekolah Tamil yang paling hampir.
“Saya memang bersetuju dengan cadangan membina sebuah sekolah Tamil di Jelapang. Tetapi, apa yang dijanjikan oleh BN adalah sekadar ‘menanam tebu di bibir’,” katanya lagi.
Sumber HD : 8/04/2012
Dalam pada itu, ada pula yang bertanya, daripada peruntukan mana pula Hamidah memberi kali ini?
Sumber HD : 11/04/2012
Sumber HD - 26-3-2013
BAGAN DATOH: PAS kawasan Bagan Datoh berkeyakinan dengan peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu sebanyak 60 hingga 70 peratus akan memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan juga kedua-dua Dun iaitu Hutan Melintang dan Rungkup.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui memberitahu bukan sahaja peningkatan sokongan yang diberikan oleh kaum Cina tetapi sokongan turut diberikan oleh kaum India.
"Sokongan rakyat begitu baik sekali terutamanya pengundi bukan Melayu dari kaum Cina, kalau 2008 kita hanya mendapat sokongan 20 hingga 30 peratus tetapi sekarang telah melonjak sehingga 60 hingga 70 peratus dan ini sangat membanggakan.
"Masyarakat India begitu juga, saya yakin dlm pilihanraya akan datang selain kerusi parlimen kita akan dapat mengambil kedua-dua kerusi yang ada di dalam Perliman Bagan Datoh," kata beliau kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di parlimen tersebut.
Beliau yang juga merupakan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Badan Datoh turut menjelaskan persiapan jentera PAS sudah berada pada tahap yang paling maksima dan hanya menanti pembubaran parlimen sahaja.
Misbah dijangka akan menyertai pilihan raya umum akan datang ini buat kali ke empat di DUN Rungkup. Sehingga kini, Jabatan Pilihan raya PAS Perak mensasarkan Rungkup sebagai salah satu dari 18 DUN yang disasarkan untuk menang dalam pilihan raya kali ini.
Selain DUN, PAS menjangkakan akan menang di empat Parlimen dalam pilihan raya kali ini iaitu tambahan kepada dua Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Dalam pilihan raya ini, PAS menjangka akan bertanding 22 Dun dan dan tujuh Parlimen. PKR akan bertanding 19 Dun dan 10 Parlimen manakala DAP akan bertanding 18 Dun dan tujuh Parlimen di Perak.
"Kita sudah sampai ke peringkat paling kritikal dan bagi PAS kita berada pada persiapan yang paling maksima hanya menanti semboyan pilihanraya," katanya.
Menurutnya lagi, PAS di peringkat kawasan memperkuatkan aktiviti dengan gerakan ziarah rumah ke rumah bagi bertemu pengundi.
Malah katanya lagi, sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina cukup baik.
"Kita jarang buat ceramah di markas-markas kerana kita tahu kalau buat di markas PAS yang hadir hanya ahli dan penyokong PAS sahaja.
"Kali ini kita lebih kepada gerakan ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi, sambutan dengan pengundi cukup baik termasuk masyarakat Cina," jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, bagi masyarakat Cina tidak sukar untuk bersua muka dengan mereka, tetapi bagi kaum India agak sukar kerana mereka bekerja di estet dan tidak mempunyai masa, ada di antara mereka telah diugut, namun mereka tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Walaupun sokongan Melayu meningkat sedikit sahaja tetapi sokongan bukan Melayu naik dengan mendadak.
"Bukan melayu bersedia untuk beri kemenangan kepada kita pada pilihanraya nanti," kata beliau lagi.
Beliau yang turut menyatakan tidak pernah timbul sebarang pergeseran dengan Barisan Nasional di Bagan Datoh dan jika timbul hanya melibatkan isu-isu kecil membabitkan bendera.
Katanya perkara tersebut diselesaikan melalui perbincangan dengan Ketua Kampung supaya menghormati demokrasi.
Sumber HD - 29-3-2013
Sumber HD - 1-4-2013
Di Taiping, Perak sebatang tiang lampu walaupun dipasang teguh bersimen konkrit tapi akhirnya tumbang jua kerana tidak mampu nak pikul bendera UMNO/BN yang disalut disekeling batang tiang lampu tersebut.
Tiang lampu ini tumbang bukan dilanggar pun...Tumbang begitu saja tanpa ribut dan angin.
Dulu ada satu pokok mati, ini kali satu tiang lampu jalan pula runtuh tumbang.
Apakah memberi petanda yang UMNO akan mati dan tumbang pada PRU 13 ini?
Klik untuk baca laporan penuh dalam Blog Omak Kau
Sumber HD - 3-4-2013

Barang Hamidah sedang beredar
http://ajijoi.blogspot.com/, | 11 Apr 2012 |
Sebuah beg kitar semula yang terpampang gambar Hamidah Osman dan berisi dengan tepung, gula, biskut serta teh kini diedarkan ke seluruh kawasan Dun Sg Rapat. Gambar di atas diperolehi daripada penduduk sebuah kampung yang menerima barangan tersebut.
Kepada penduduk yang juga pengundi, apabila barangan sebegini diberikan, ingat pesanan ini, “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, ada pula yang bertanya, daripada peruntukan mana pula Hamidah memberi kali ini?
Sumber HD : 11/04/2012
Nizar, isteri bermotosikal bantu mangsa banjir
Harakahdaily, | 13 Apr 2012 |
KAMPAR,13 April: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam hanya menaiki motosikal melawat mangsa banjir di selatan Lembah Kinta.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat dan anggota Unit Amal PAS selepas mendapat maklumat awal jam 5 pagi semalam.
Dalam kejadian semalam kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.
Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk sebagai banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.
Di antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.
Kejadian tersebut didakwa berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam semalam dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tembok sungai yang pecah.
Dalam pada itu selain membantu mangsa berpindah, Mohammad Nizar juga sempat memasak untuk mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan.
Ketika ditemui, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak mahu kerajaan negeri melalui Majlis Keselamatan Negeri menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.
Beliau juga turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera tebing sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa menjadi penyebab banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.
Beliau selaku timbalan pesuruhjaya PAS negeri juga turut mengarahkan jabatan amal PAS kawasan Kampar dan kawasan berdekatan untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara.
Sumber HD : 13/04/2012
Korang fikirlah sendiri..........
Sumber HD : 14/04/2012
(Hasil kajian yang dibuat oleh UMCEDEL di Perak)
KUALA LUMPUR: PAS Perak mengambil pendekatan positif terhadap hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menyebut BN akan menang di negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussin (gambar) berkata, beliau menghormati kajian yang dibuat oleh UMCEDEL walaupun ia memberi hasil negatif kepada Pakatan Rakyat Perak.
"Banyak kajian yang dibuat baik Merdeka Centre atau UMCEDEL dan sebagainya malah hasil kajian itu ada positif dan negatif terhadap Pakatan Perak.
"Apa yang harus kita buat dalam keadaan genting ini, dari semasa ke semasa kita menyusun strategi untuk mencapai kemenangan," katanya kepada Harakadaily.
Apa yang lebih penting, katanya buat persiapan dalam semua keadaan tanpa dipengaruhi oleh sentimen kajian walaupun dalam masa yang sama kajian juga boleh membantu.
"Saya nasihatkan teruskan bertugas untuk perkasakan jentera parti, turun padang, susun strategi, beri kefahaman kepada rakyat.
"Sekarang ini kita sedang berusaha untuk menangkis semula fitnah Umno yang tidak masuk akal, kalau tidak dijelaskan nanti rakyat percaya," katanya.
Beliau yakin Pakatan rakyat Perak akan memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menterjemahkan Buku Jingga yang yang ditawarkan jika diberi mandat dalam pilihan raya nanti.
UMCEDEL mendapati, BN mendahului PAS dalam perebutan kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam kajian itu, UMCEDEL mendapati, 36 peratus Melayu menyokong BN dan 34 hanya 30 peratus Melayu yang menyokong Pakatan dan 34 peratus lagi tidak pasti.
Untuk orang Cina pula, kajian itu mendapati 35 peratus menyokong BN, Pakatan Rakyat (30 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).
67 peratus India pula menyokong BN, hanya lima peratus menyokong Pakatan dan 28 peratus tidak pasti.
Bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (gambar kiri) kajian itu tidak berpijak dibumi nyata.
Malah katanya, daripada kajian dalaman yang dijalankan Pakatan Rakyat Perak sendiri menunjukkan keputusan yang diperolehi memihak kepada Pakatan Rakyat.
"Saya tidak hirau apa yang dibuat oleh UM, sebab kajian yang kita buat sendiri memihak kepada Pakatan Rakyat, kajian UM ini bagi saya adalah tidak berpijak di bumi yang nyata," katanya.
Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat Perak sentiasa mengambil langkah bersiap sedia dan memperkemaskinikan jentera pilihan raya dengan program yang berlipat kali ganda lebih-lebih lagi waktu ini.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Perak Asmuni Awi (gambar bawah) berpendapat kajian yang dibuat perlu merangkumi pelbagai aspek dari sudut faktor ekonomi, latar belakang responden, lokaliti, dan banyak lagi.
"Faktor-faktor itu memainkan peranan dalam satu-satu kajian barulah boleh buat keputusan,"katanya.
Malah katanya, akhir-akhir ini sokongan bangsa Cina kepada Pakatan Rakyat amat ketara apatah lagi selepas berlakunya Bersih 3.0, tetapi beliau akui kemerosotan sokongan India tetapi tidak ketara.
Bagaimanapun, katanya, minimum 40 peratus sokongan India kepada Pakatan Rakyat Perak sudah memadai untuk mendapat balik kerajaan.
"Begitu juga undi Melayu, 45 peratus sudah cukup memadai untuk kita menang," katanya.
Namun, katanya jentera pilihan raya yang kuat adalah senjata utama bagi sesebuah parti untuk menang dalam pilihan raya.
"Dari semasa ke semasa kita sentiasa memberi semangat dan memperkuatkan jentera pilihan raya kita, agar ia memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya.
Sumber HD : 10/05/2012
[Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.
KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.
"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Sumber HD : 14/05/2012
Sumber HD - 15-3-2013
Sumber HD - 19-3-2013
http://www.youtube.com/watch?v=f5fZhbwD3pw
Sumber TVP - 24-3-2013
(Mujahid berucap dari atas treler)
PARIT BUNTAR: PAS terus berkhidmat dengan cemerlang walaupun tanpa sebarang peruntukan diberikan oleh kerajaan sepanjang lima tahun memerintah.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan turut menjelaskan sokongan yang diberikan oleh pelbagai kaum termasuk bukan Melayu amat membanggakan.
Beliau yang juga turut optimis dan yakin PAS akan terus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lepas.
"PAS untuk semua kaum dan apa yang saya lihat sekarang, kaum-kaum bukan Melayu telah menunjukkan sokongan padu mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS di parlimen ini.
"Walaupun kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya halangan kepada kita untuk berkhidmtan, kita lihat sendiri kecemerlangan PAS menyelesaikan segala masalah yang timbul di kawasan ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.
(Pak Jabit [L Mankadir Samsi] bercakap kepada orang ramai di depan treler)
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun tanpa peruntukan segalanya berjalan lancar apatah lagi jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Putrajaya nanti.
"Selama lima tahun kita mampu berkhidmat tanpa sebarang masalah dan saya pasti jika Putrajaya milik kita, PAS akan berkhidmat lebih baik dari Barisan Nasional.
"Saya yakin penduduk di sini telah menilai kecemerlangan PAS dan mereka akan terus memberi sokongan kepada kita (Pakatan Rakyat) untuk terus mentadbir," sambung beliau lagi.
Dr Mujahid (gambar) yang sebelum itu ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira lima ratus penyokong memberitahu agar rakyat membuat pilihan yang terbaik dalam mengembalikan hak yang telah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurutnya lagi, hak rakyat yang ingin dikembalikan bukannya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tetapi dalam bentuk janji-janji Pakatan Rakyat sepertimana yang terkandung di dalam Buku Jingga dan juga manifesto Pakatan yang bersifat berterusan.
"Kita akan lakukan reformasi besar dalam kerajaan demi kebajikan rakyat dan menyelamat negara ini.
"Hak rakyat bukan hak kami, apabila Pakatan memerintah kami akan kembalikan apa yang dirampas oleh BN kepada rakyat semula," ucap beliau.
Beliau yang menyatakan menukar dasar atau membuat reformasi dalam kerajaan bukan satu tindakan untuk menekan rakyat tetapi memberi kebajikan kepada rakyat keseluruhan.
Sumber HD - 26-3-2013
BAGAN SERAI: Pelakon Abdul Kadir Abdul Manap (Man Kadir) merayu agar anak muda berani membuat perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.
Katanya, rakyat tidak perlu takut dengan ugutan 'terputus rezeki jika tidak mengundi BN' kerana soal rezeki datang dari Allah bukannya dari parti pemerintah.
Man Kadir atau dalam filem 'Hantu Kak Limah' itu turut menegaskan rezeki datang dari Allah bukannya Barisan Nasional (BN).
"Saya yang sudah berumur ini pun mahukan perubahan jadi bukan masalah untuk anak muda membuat perubahan.
"Istilah bila BN tidak memerintah maka susah hendak makan itu tidak betul sama sekali, kita kena ingat rezeki semuanya dari Allah," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang lebih di kenali sebagai Pak Jabit turut merasa kecewa dengan BN yang telah mendidik sesetengah anak muda dengan budaya samseng sehinggakan anak muda hilang perasaan hormat antara satu sama lain.
"BN mendidik anak muda dengan budaya samseng tetapi Pakatan mendidik anak mudah apa itu istilah hormat dan bersabar.
"Kita dapat melihat dengan sendiri perbezaan anak muda didikan BN dan juga Pakatan, banyak sikap samseng dilakukan oleh mereka yang mendapat restu BN," sambung beliau lagi.
Man Kadir yang turut mempersoalkan peranan kerajaan yang sepatutnya membantu dan menjaga rakyat serta mendidik rakyat dengan budaya akhlak yang baik.
Namun, kerajaan sekarang ini dakwanya mengabaikan tanggungjawab sebenar mereka dengan mengutamakan penayangan video lucah mahupun budaya fitnah untuk kepentingan politik mereka.
"Kita mahukan suatu suasana yang terbaik untuk rakyat khususnya golongan muda dengan suasana budaya dan akhlak yang baik.
"Tindakan BN yang lebih mengutamakan fitnah serta penayangan video lucah akan menjadikan peningkatan permasalah gejala sosial di kalangan remaja," katanya lagi.
Beliau berkeyakinan pada pilihanraya nanti anak muda Pakatan Rakyat akan menjadi benteng untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Pak Jabit turut bersama dengan konvoi jelajah Negara Berkebajikan sepanjang program di Perak.

Gambar pemimpin PAS yang bermewah-mewah
http://naimnikmat.blogspot.com, | 14 Apr 2012 |
GAMBAR PEMIMPIN PAS YANG BERMEWAH-MEWAH.
Korang fikirlah sendiri..........
Sumber HD : 14/04/2012
Kajian BN menang di Perak: PAS ambil sikap positif
Salmiyah Harun, | 10 Mei 2012 |

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?
Hazayani Zakaria, | 14 Mei 2012 |
[Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.
KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.
"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Sumber HD : 14/05/2012
Harussani harus kembali kepada peranan asal
Ustaz Ibrahim Zakaria, | 17 Mei 2012 |
Dewan Ulamak Negeri Perak ingin memberikan ulasan mengenai kenyataan Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang disiarkan dalam Berita Harian, Isnin, 14 Mei 2012H / 22 Jamadilakhir 1433H.
Walaupun menyedari bahawa terdapat kemungkinan sebahagian daripada yang disiarkan mungkin tidak sebagaimana yang diucapkan sebagaimana kenyataan-kenyataan beliau yang terdahulu namun bagi pihak PAS Perak amat perlu menjelaskan bebarapa perkara yang mungkin akan mengelirukan Umat Islam yang tidak memahami hakikat yang sebenar.
Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa Perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan Agama Islam demi kuasa dan kerusi politik adalah merupakan tuduhan melulu jika tidak diasaskan kepada kajian dan pembuktian yang lengkap. Adakah beliau benar-benar memahami matlamat asal PAS dan sudut manakah yang sudah diselewengkan? Adakah beliau merasakan PAS melakukan sesuatu sesuka hati sedangkan Pas dikawal oleh Majlis Syura Ulama yang dianggotai oleh para ulamak yang berwibawa dan setaraf dengan barisan para mufti di negara ini?
Saranan agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah merupakan satu saranan yang hanya akan membuktikan Majlis tersebut hanya mengikut telunjuk UMNO. Ini kerana bukan hanya PAS sahaja yang menggunakan nama Islam di negara ini. Apakah badan-badan lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam dan Jabatan Agama Islam wajar menggunakan perkataan Islam sedangkan sebahagian daripada tindakan agensi kerajaan ini juga tidak terlepas daripada kesilapan dan dikritik oleh cendiakawan Islam sehingga menjejaskan nama baik Islam. Kenapa tidak beliau menyarankan agar tindakan ini dimulakan dengan badan seperti Sister In Islam yang dengan jelas dianggap oleh beliau selama ini sebagai memusuhi Islam.
Gesaan beliau “kepada ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras” tidak mencerminkan keadaan yang sebenar.
Apakah salah bagi seseorang individu Muslim fanatik dan taksub kepada perjuangan menegakkan Syariat Islam keran itulah sebenarnya ajaran Islam? Bukankah semua Muslim diperintahkan agar menerima Islam sepenuhnya termasuk perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Islam? Bukankah lebih wajar beliau menggesa ahli dan penyokong UMNO yang berterusan mentaati pemimpin mereka yang berterusan mencari alasan untuk tidak melaksanakan ajaran islam sepenuhnya?
Dewan Ulamak PAS tidak bersetuju dengan dakwaan beliau bahawa perpecahan Umat Islam adalah disebabkan oleh sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Perpecahan Umat Islam sebenarnya adalah disebabkan sebahagian daripada mereka yang mengaku sebagai Islam tetapi tidak mahu patuh sepenuhnya dengan Syariat Islam. Mana mungkin kita mahu mengajak para pejuang Islam meninggalkan Syariat Islam semata-mata untuk menyatukan umat.
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan Himpunan Bersih 3.0, adalah amat jelas dibuat sebelah mata kerana tidak ada seorangpun wakil penganjur yang diambil keterangan mengenainya.
Kerosakan harta benda dan kecederaan orang ramai boleh dielakkan jika pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab mereka bagi mengawal keadaan, bukan menambahkan provokasi sehingga menimbulkan suasana tegang. Apakah beliau yakin terdapat niat di pihak penganjur untuk menjatuhkan kerajaan?
Dalam Islam ulamak juga berselisih pandangan mengenai hukum menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yanmg fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam.
Apakah beliau begitu pasti pemerintah negara ini benar-benar menjaga kebajikan Umat Islam ataupun hanya menjaga kebajikan Umat Islam yang menjadi penyokong tegar mereka semata-mata. Peserta Bersih 3.0 yang hanya datang berbekalkan garam dan tuala kecil amat jauh untuk diistilahkan sebagai “bughah atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekaligus membolehkan pemberontak dihukum bunuh” kerana ulamak mensyaratkan bagi kes Bughah yang boleh di hukum bunuh mestilah pemberontakan tersebut mempunyai kekuatan dan bersenjata.
Oleh yang demikian, Dewan Ulamak PAS Negeri Perak menasihatkan agar Tan Sri Dato’ Seri Haji
Harussani Zakaria kembali kepada fungsi dan peranan beliau yang asal sebagai Mufti yang bertanggungjawab menasihati kerajaan agar tunduk kepada kehendak Allah. Oleh kerana beliau tidak memahami situasi politik semasa yang begitu mencabar, beliau perlu mengurangkan ulasan berkaitan politik yang hanya memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyalahgunakan kenyataan beliau. Jika beliau terus dengan sikap berat sebelah seperti ini maka kepercayaan Umat Islam terhadap beliau akan beransur terhakis dan kegemilangan beliau sebagaimana dahulu yang dihormati sebagai seorang ulamak yang berani dan bijaksana tidak akan dapat dikembalikan buat selama-lamanya.
Ustaz Ibrahim Zakaria ialah Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak.
Sumber HD : 17/05/2012
(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.
Sumber HD : 18/05/2012
IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.
Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.
Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.
Sumber HD : 24/05/2012

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti
Muhammad Faeez, | 18 Mei 2012 |

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis
Muhammad Faeez, | 24 Mei 2012 |
IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.
Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.
Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.
Sumber HD : 24/05/2012
Amukan 'yob pasior' londeh pekung busuk Umno
Mohd Rashidi Hassan, | 26 Mei 2012 |
Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.
Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.
Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.
Zamhuri marah kerana sokongannya kepada Umno selama hampir tiga dekad, tidak memudahkan beliau mendapat projek pasir.
Jadi, untuk melepaskan geram, beliau marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya memarahi Zambry menerusi telefon, walaupun dikhabarkan, akhirnya pecah rahsia, beliau sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun.
Apa pun, Zamhuri layak digelar 'Yob Pasior' oleh rakyat Perak kerana begitu lantang menuntut projek pasir.
Ceritanya, beberapa hari selepas mengamuk memaki hamun partinya, isytihar keluar daripada Umno dan mengisytihar diri menyokong DAP, Zamhuri kembali memohon maaf kepada seluruh kepimpinan Umno di atas tindak tanduk beliau.
Kedua-dua video mengenai amukan dan permohonan maaf Zamhuri, boleh dimuat turun menerusi laman Youtube.
Soal mengapa beliau memohon maaf dan kembali kepada Umno, apa benda yang beliau dapat, hanya beliau yang tahu.
Namun, seperti kebanyakan penyangak-penyangak Umno lain, mereka bergaduh sesama sendiri dalam Umno-BN, Pakatan Rakyat pula yang menjadi 'ulam' , untuk dipersalahkan.
Teman menyentuh mengenai Zamhuri, bukan kerana hendak membalas keceluparannya, bukan juga kerana bencikan beliau.
Tetapi bagi teman, beliau adalah jelmaan manifestasi pelaksana, pendukung dan pemimpin Umno yang hipokrit, hidup mereka hanya mengejar projek, dengan menyandarkan perjuangan atas nama Melayu-Islam. Orang Perak kata spesies 'mangkuk hayun' macam inilah yang harus ditolak rakyat.
Zamhuri adalah bukti, mereka-mereka dalam Umno, bukan pejuang Melayu tulen. Mereka adalah insan haprak yang merebut kuasa untuk kepentingan diri, mengumpul sebanyak mana kekayaan dengan amalan rasuah yang amat jijik.
Zamhuri bukan calang-calang orang di Perak. Selain Naib Ketua Pemuda bahagian, beliau juga Ketua Cawangan dan Bendahari Pilihan Raya Umno Kampar.
Lagi hebat, beliau adalah kakitangan kerajaan dengan Gred N48. Satu lagi persoalan yang timbul, inilah dia kerja Umno, menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain.
Boleh atau tidak kakitangan kerajaan berniaga dan mendapat projek dari kerajaan? Beliau harus disiasat nama syarikat dan dibongkar apa kepentingannya dan dalam konteks ini, boleh disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan.
Jika beliau menyalahgunakan kuasa, Zamhuri boleh dianggap lebih kurang macam perangai Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang terbabit dalam skandal NFC. Caranya sama, amaun saja berbeza.
Jika kita melihat amukannya di laman Youtube Jumaat lalu, Zamhuri dengan loghat pekat Peraknya mengamuk selama lebih tujuh minit. Dengan jelas Zamhuri sendiri yang meminta amukkannya dimasukkan ke dalam Youtube.
Zamhuri ketika itu, mengisytiharkan keluar daripada Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu dan menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.
Zamhuri berkata, tindakan tersebut diambil kerana parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi relevan.
Jelas suaranya, memaki hamun beberapa orang yang cuba memujuknya, termasuk Setiausaha Umno Bahagian Kampar, Zainal Abidin Selamat yang berada di situ.
Termasuk yang menjadi mangsa hamunannya ialah Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Mohd Radzi Manan, yang dikatakan cuba memujuk beliau.
Jelas di laman Youtube apabila telefon bimbitnya berdering (dipercayai dari Dato' Radzi), Zamhuri mengamuk sambil menjawab telefon dengan mengatakan:
"Dato' Radzi telefon aku. Saya tekad hari ni Dato', apa jadi pun hari ni saya tekad..hidup DAP. Dato' kerajaan Umno-BN tak boleh tolong orang Melayu baik masuk parti lain Dato'."
Selepas Zamhuri mencampakkan telefon ke atas meja, sambil dipujuk beberapa orang. Zamhuri tidak mempedulikan mereka.
Disambung amukannnya, "Ha tengok sampai seluruh Perak menelefon. Baru nak menolong. Nak bagi rasuah baru dapat, nak menyembah rupe (serupa) ini..ha tolong aaa (menyembah cara Cina beribadat)," laungnya, dalam loghat Perak yang pekat.
"Ini semua rasuah. Nak kawteem, nak ajak karaoke, nak ajak makan, nak bagi rasuah, nak bagi amoi, aku kabo ke kome (beritahu kamu), nak bawa (amoi) dari Siam baru seronok hati
"Minta cara betul semua tak boleh, nak sogok baru boleh," tibai Zamhuri.
Malah beliau melaungkan takbir seraya berkata, "Allahu akbar! Saya sokong tukar kerajaan, Allahu akbar!
Hahaha..itulah drama pendek pencacai Umno yang berjaya melondehkan imej kotor, jijik dan nista Umno di Perak, dan juga di seluruh negara.
Orang kata morale of the story, kalau nak dapat projek kerajaan Umno, mesti bagi rasuah duit dan betina.
Kepada orang Perak, eloklah deme pikior balik daripada menyokong Umno ni. Teman idak le menuduh ape-ape, yang menuduh Umno jahat, kaki rasuah, kaki betine dan menyundal ni adalah Zamhuri si yob pasior.
Ate..itulah kerojenya deme tu. Gune nama Melayu-Islam, tapi menyundal dari 'atas perut hingga ke bawah perut.' Kongkali kong betul.
Umno Perak, silalah.. ambillah Zamhuri balik, Pakatan Rakyat tak sior (mahu) pun dia, teman tak semawa, dia yang terkinja-kinja. Alahai yob, 'nasi dah jadi bubur.'

Sumber HD : 26/05/2012
'Itu pandangan saya sebagai rakyat biasa' - Nizar
Muhammad Faeez, | 30 Mei 2012 |
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa.
Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.
Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor.
“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, “ jelasnya.
Sementara itu, Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan.
Sumber HD : 30/05/2012
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan.
Menurutnya, akhbar Kosmo juga ada menyiarkan karikatur tentang isu bidaan tersebut namun pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun pihak akhbar perdana itu tidak memohon maaf.
Dalam akhbar Kosmo bertarikh 28 dan 30 Mei jelas membicarakan tentang isu plat WWW 1 dalam ruangan karikatur yang jelas memberikan maksud yang sama seperti Nizar maksudkan.
“Kami tertanya-tanya adakan pihak Polis terlalu advance dan terlampau hebat kerana hanya membaca laman media baru twitter tetapi tidak membaca akhbar-akhbar tempatan,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat Laporan Polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Ipoh hari ini.
Sumber HD : 4/06/2012
Sumber HD : 6/06/2012

WWW 1: Pemuda PAS Perak kesal sikap polis
Muhammad Faeez, | 04 Jun 2012 |

WWW 1: Nizar serah kepada polis untuk siasat
Muhammad Faeez, | 06 Jun 2012 |
IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Utara berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu bersama 7 peguamnya yang diketuai oleh Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Asmuni Awi telah memberi keterangan kepada Ketua Siasatan Jenayah IPD Johor Bharu DSP Sanawi Muhamad bersama-sama DSP Sukiman Arshad.
Dua Pegawai Polis tersebut tiba di Pejabat PAS Perak, Ipoh kira-kira jam 2.05 petang dan mengambil masa hampir sejam untuk merakamkan keterangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.
Nizar ketika membuat sidang media selepas itu berkata sebanyak 28 soalan telah dikemukakan dan menjawab kesemuanya.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan saya serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan,” katanya kepada Harakahdaily.
Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 dengan kos RM520,000.
Sehubungan dengan itu, sebanyak 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar.
Beliau disiasat mengikut Akta Hasutan.

WWW 1: Pemuda PAS persoal apa agenda Kosmo
Muhammad Faeez, | 07 Jun 2012 |
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini.
“Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak media perdana, Kosmo sahaja yang terlalu teruja memainkan isu ini.
“Umum mengetahui Kosmo adalah merupakan anak syarikat Utusan dan kami melihat seolah-olah ada seseorang di belakangnya yang cuba bermain api,” katanya ketika sidang media selepas Mohammad Nizar selesai memberikan keterangan kepada polis di Pejabat PAS Perak, semalam.
Dalam Kosmo bertarikh 8 April, akhbar itu telah mula menimbulkan isu ini dengan menggambarkan akan berlaku catatan rekod bidaan tertinggi.
Seterusnya pada 25 Mei Kosmo telah mendedahkan bahawa Sultan Johor telah memenangi bidaan plat kenderaan WWW 1 dan dalam keluaran itu juga Kosmo secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan tersebut.
Pada 28 Mei pula, Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat tersebut dan turut memainkan isu ini pada 30 Mei di mana Dewan Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung keluaran itu.
Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.
“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.
Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad Iskandar turut mempersoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak membuat sebarang tindakan dan kenyataan kepada Kosmo yang terang menjurus kepada Sultan Johor.
“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini.
“Pemuda PAS kesal dengan situasi yang berlaku dan kami sangat kesal dengan sikap pihak Polis yang terbukti tidak adil dan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Turut bersama-sama dalam sidang media itu ialah Mohammad Nizar bersama-sama peguam dan pimpinan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat Perak.
Sumber HD : 7/06/2012
IPOH: Pemuda Umno dan media Umno perlu jangan pilih kasih dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.
(Himpunan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor)
Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat www 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya di bawah ini.
Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya melalui berita di bawah.
Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya.
Berikut adalah kartun yang disiarkan Kosmo dan Tweet yang dibuat oleh Nizar.
Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana kartun di bawah.
Nizar juga membuat satu tweet berkaitan dengannya.
Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo?
Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan kambing hitam oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor.
Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggangkan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana.
Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan.
Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS.
Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang.
Sumber HD : 11/06/2012

Akhbar Umno bebas, Nizar jadi kambing hitam?
Harakahdaily, | 11 Jun 2012 |

Sudah 14 kali Umno ganggu ceramah PAS di Gopeng
Harakahdaily, | 11 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: "Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja.
"Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke," demikian tulis Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki di dalam blognya hari ini.
Berikut ialah tulisan beliau.
Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke.
Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang.
PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita.
Ceramah PAS, ratusan yang hadir tanpa disediakan pengangkutan dan duit.
Ceramah UMNO, bas disediakan untuk mengangkut orang ramai dari luar, namun bawah khemah tetap kosong.

Apa agenda Kosmo mainkan isu WWW1?
Salmiyah Harun, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak tidak menolak ada agenda pihak tertentu yang cuba mengaibkan Sultan Johor melalui laporan dan sindiran berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang disiarkan dalam akhbar Kosmo.
Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, isu bidaan mula disensasikan oleh akhbar terbabit sejak 8 April lalu.
Akhbar itu menyiarkan laporan yang bertajuk 'sanggupkah anda bayar RM500 ribu untuk plat ini?'
Tambahnya akhbar berkenaan sudah mensensasikan isu itu sebelum dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada 25 Mei Kosmo telah melaporkan nombor kenderaan berkenaan telah dibida dan keluaran itu juga akhbar itu secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan sebanyak RM520,000 dengan membuat pelbagai bandingan.
Seterusnya, pada 28 Mei pula Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat kenderaan berkenaan.
Namun, katanya pada hari yang sama kira-kira jam 4.07 petang dimana Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin memberi pandangan berhubung bidaan itu melalui 'tweeter'nya.
Nizar di dalam 'tweeternya' berkata, "RM520k boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah pprt".
29 Mei sekali lagi akhbar Kosmo mengesahkan Sultan Johor pemilik WWW 1 dan meletakkan gambar sebuah kereta mewah di muka depan akhbar itu.
Bagaimanapun, jelas Raja Ahmad, satu kekeliruan berlaku apabila pada 30 Mei Sultan Johor mempertahankan bidaannya itu tetapi dalam akhbar Kosmo keluaran yang sama sekali lagi menyiarkan karikatur berbentuk sindiran.
Namun, Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.
Jelas Raja Iskandar, ekoran itu Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung laporan akhbar pada 4 Jun lalu malangnya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap akhbar terbabit.
"Saya lihat ada tindakan pilih kasih. Dan saya tidak menolak ada agenda tertentu oleh akhbar terbabit yang mempertikaikan isu bidaan," katanya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.
“Kenapa pada tahun 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.
Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.
“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini. Sebenarnya Pemuda Umno berbohong kepada rakyat Johor dan Sultan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Justeru, beliau sedia menyerahkan bukti-bukti laporan akhbar berkenaan yang jelas mempertikaikan bidaan nombor itu.
Sumber HD : 12/06/2012

Nizar tidak perlu layan isu plat kereta
Mohd Sayuti Omar, | 15 Jun 2012 |
Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.
Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.
Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.
Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjualan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.
Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat.
Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani. Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.
Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.
Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yuang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.
Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.
Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-ngada hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.
Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana. -
http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 15/06/2012

WWW 1: Polis rampas komputer, telefon Nizar
Harakahdaily, | 19 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) memberitahu tiga barang miliknya telah diambil pihak Polis Johor semalam.
Ianya sebuah komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan.
Komputer pejabat diambil sewaktu polis menggeledah di Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang semalam.
Komputer riba pula dihantar oleh anaknya semalam selepas polis menggeledah kediamannya di Sungai Rokam, manakala telefon bimbit dirampas malam tadi ketika beliau berada di sebuah hotel di ibu negara sempena menghadiri sidang parlimen.
"Malam tadi kira-kira jam 9 malam, enam orang polis datang dengan waran mahkamah majistret untuk menggeledah di hotel tempat saya menginap.
"Mereka juga mengambil telefon bimbit Nokia yang saya guna," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui Harakahdaily.
Menurut Nizar, operasi menggeledah dihotel tersebut malam tadi tamat kira-kira jam 11 malam dan beliau memberi kerjasama penuh kepada polis tersebut.
Semalam polis Johor menggeledah tiga pejabat operasi Nizar masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang.
Difahamkan Operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.
Tindakan sama turut dibuat ke atas kediaman beliau di Sungai Rokam.
Bagaimanapun ketika operasi penggeledahan, Nizar tiada di kesemua tempat itu kerana masih berada di ibu negara bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Beliau hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.
Tindakan geledah itu dipercayai ada kaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
"Untuk sekarang ini saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam-peguam PAS sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.
Sumber HD : 19/06/2012
(Gambar fail: Sidang media Nizar tentang isu WWW 1)
KUALA LUMPUR: Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun.
"Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.
Menurut Mohamad, kenyataan Nizar yang menyebabkan polis bertindak itu adalah kenyataan umum dan terbuka yang tersiar dalam laman Twitternya.
"Kenyataan itu tersiar dalam laman sosial yang boleh dilihat oleh semua orang.
"Nizar bukan buat ucapan dalam video conferencing sulit atau perhimpunan bawah tanah di alam maya, dia buat teguran terbuka. Apa yang polis hendak korek lagi dalam telefon dan komputernya?" kata Mohamad sambil menyifatkan tindakan polis itu tidak munasabah.
Nizar sebelum itu memberitahu bahawa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabat dan rumahnya semalam.
"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," kata bekas Menteri Besar Perak itu di Twitter.
Sambil menyifatkan tindakan itu seperti tindakan gestapo, Mohamad yakin apa yang berlaku itu akan memarakkan lagi api kemarahan rakyat.
"Saya yakin rakyat semakin marah. Mereka akan balas dendam terhadap Umno," katanya.
Mohamad berkata, pihaknya boleh menerima jika teguran Nizar itu dikecam atau dimarahi oleh pihak yang merasa marah.
"Ini negara demokrasi. Boleh balas teguran Nizar terhadap plat kereta Sultan Johor itu tidak kiralah melalui kecaman, kemarahan atau demontrasi sekalipun walaupun kita sangat yakin semua itu menyebabkan rakyat semakin meluat dan berdendam.
"Tetapi, kalau sampai ke peringkat rampas telefon dan komputer, itu sudah melampau," katanya.
Tambalan pula, kata Mohamad lagi, Nizar sudah memohon maaf jika tegurannya itu tidak disenangi.

Siasat Nizar: Polis tidak perlu keterlaluan
Abdul Aziz Mustafa, | 19 Jun 2012 |

Ali Hamsa tidak layak jadi KSN - Bekas Speaker
Harakahdaily, | 24 Jun 2012 |
IPOH: Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan.
Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (gambar kiri) dalam kenyataannya.
Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.
Sebagai seorang penjawat awam tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.
Tetapi, beliau telah membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan etika penjawat awam.
Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan tanggungjawab beliau kepada rakyat.
"Oleh itu, saya menyeru beliau supaya membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu," kata beliau dalam kenyataannya.
“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner. This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies.
"The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day.
This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”
Dalam kenyataannya, Ali (gambar) telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.
"Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik," kata Sivakumar.
Beliau tidak boleh membuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional.
Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional.
Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna,"
Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara, katanya.
"Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya.
Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya.
Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak, tambahnya.
Bagi Sivakumar, seorang Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional.
"Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala," katanya.
Kenyataan beliau juga, kata Sivakumar, adalah bertentangan dengan amalan demokrasi.
Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain.
“Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat,” tambahnya.
Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan.
Beliau juga ada menyebut ‘Janji Kosong pembangkang’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya.
"Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.
“Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya,” katanya.
Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media yang ‘kurang arif’ itu.
Kata Sivakumar, beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka.
Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan melalui mandat yang diberi oleh rakyat.
Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak layak memegang jawatan itu lagi.
"Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya," katanya.
Sumber HD : 24/06/2012

WWW 1: Nizar lapor polis terhadap Utusan, TV3
Anis Nazri, | 27 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.
Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.
Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.
"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1. Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.
Dalam pada itu, kata beliau peguamnya turut menghantar notis kepada TV3 dan Utusan Malaysia untuk menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berkaitan penyiaran berita tersebut.
Sekiranya, TV3 dan Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, tambah Nizar pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap kedua-dua media tersebut.
Ditanya tentang tempoh yang diberi pihaknya kepada TV3 dan Utusan Malaysia itu, Nizar berkata pihaknya memberi tempoh sehingga tujuh hari bermula hari ini untuk berbuat demikian (tarik balik dan mohon maaf).
Nizar, sebelum ini dalam twitnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran yang dimenangi Sultan Ibrahim itu dengan bayaran RM520,000 dengan kesusahan rakyat Johor.
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai reaksi positif dan negatif dibangkitkan, dan turut disiasat di bawah Akta Hasutan, malah pejabatnya turut digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.
Nizar bagaimanapun bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Ibrahim beberapa hari selepas itu.

Sumber HD : 27/06/2012
Umno Perak gadai 511.43 ekar tanah Melayu
Muhammad Faeez, | 04 Jul 2012 |
IPOH: PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai dengan sebuah syarikat bukan bumiputera Melayu.
Jurucakapnya, Salman Saleh (gambar) berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.
“PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.
“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” ujarnya.
Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri.
Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.
“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.
Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato’ Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.
“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.
“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.
Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.
Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

Sumber HD : 4/07/2012
PAS Perak arah semua ahli sertai himpunan Oren

Harakahdaily, | 09 Jul 2012 |
IPOH: PAS Perak secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai ini.
Arahan rasmi itu dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian dalam satu kenyataannya hari ini.
Beliau menyatakan bahawa program itu merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
"Semua pimpinan dan ahli PAS Perak di semua peringkat diarahkan hadir ke himpunan tersebut," katanya.
Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang.
Semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.
Sumber HD : 9/07/2012
(Tragedi amukan di Putrajaya semalam)
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain tidak dapat membayangkan apa fitnah yang akan terkena PAS jika amukan di Putrajaya semalam berlaku di zaman tanpa media baru.
Bagi beliau, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Kita berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini melalui media baru," kata Ustaz Abu Bakar (gambar).
Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu.
Hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.
“Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya. Jika Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali.
Katanya, PAS tahu apa strategi jahat pimpinan Umno dengan perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.
"Umno guna RTM tiap-tiap malam untuk memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Namun kini, beliau yakin rakyat tidak mudah ditipu oleh Umno lagi, meskipun Umno gunakan media televisyen dan radio untuk malksanakan propaganda jahatnya kerana rakyat telah mendapat berita awal berkenaan pembohongan mereka di media baru, kata Ustaz Abu Bakar.
Katanya, facebook, twitter, blog, website dan segala jenis media baru telah banyak menyedarkan rakyat tentang pembohongan yang sering dilakukan Umno selama ini.
“InsyaAllah jika segala propaganda umno di media berjaya kita tangkis dari awal, saya yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan memperolehi kemenangan yang besar dalam PRU – 13 ini,” tegas beliau.
Sumber HD : 11/07/2012
Baca sepenuhnya di MediaPerak.com

Bayangkan tragedi amuk Putrajaya tanpa media baru?
Harakahdaily, | 11 Jul 2012 |

Umno BN cuma akan menang 2 kerusi parlimen di Perak PRU13?
http://cenangau.blogspot.com, | 02 Ogs 2012 |
Sungguh! Aku pun tak percaya ramalan tu yang aku jumpa di MediaPerak.com.
Takkan kut cuma 2 kerusi Umno BN boleh menang kerusi parlimen di Perak. Dari 24 Kerusi takkan Umno BN boleh menang 2 kerusi ja.
Kalau tanya pendapat Prof UUM yang buat 'kajian ilmiah' pasai PRU13 hari tu pasai ramalan ni, tentu bersemangat depa belasah.
Kalau tengok keputusan PRU12 dulu memang Umno BN cuma menang 13 kerusi, dan banyak kerusi yang Umno BN menang dengan majoriti agak tipis.

Tapi takkan dari 13 kerusi akan tinggal cuma 2 kerusi, memang la tak mustahil tapi nampak macam tak berapa nak logik.
Apa sebab dan faktor kiraan ramalan tu hangpa boleh baca sendiri di MediaPerak.com yang kopipes tulisan blogger Sakmongkol. Cumanya Sakmongkol tulis dalam English dan aku malas nak tolong translate pasai English aku pun cuma n'cukup makan' ja.
Umno BN cuma diramalkan menang di parlimen Grik dan Lenggong sahaja. Tapi kalau betul ramalan Sakmongkol ni, memang sah Umno BN akan berkubur selepas PRU13.

PARLIAMENTARY SEAT | 2008 SUPPORT FOR PAKATAN(%) | GE13 PROJECTED SUPPORT FOR PAKATAN (%) | EXPECTED WINNER | |
1 | GERIK | 34 | 41 | BN |
2 | LENGGONG | 35 | 42 | BN |
3 | LARUT | 46 | 53 | PR |
4 | PARIT BUNTAR | 60 | 67 | PR |
5 | BAGAN SERAI | 53 | 60 | PR |
6 | BUKIT GANTANG | 50 | 56 | PR |
7 | TAIPING | 60 | 65 | PR |
8 | PADANG RENGAS | 44 | 52 | PR |
9 | SUNGAI SIPUT | 50 | 55 | PR |
10 | TAMBUN | 44 | 52 | PR |
11 | IPOH TIMUR | 69 | 75 | PR |
12 | IPOH BARAT | 65 | 72 | PR |
13 | BATU GAJAH | 71 | 75 | PR |
14 | KUALA KANGSAR | 45 | 51 | PR |
15 | BERUAS | 52 | 59 | PR |
16 | PARIT | 42 | 49 | PR |
17 | KAMPAR | 45 | 52 | PR |
18 | GOPENG | 56 | 62 | PR |
19 | TAPAH | 42 | 49 | PR |
20 | PASIR SALAK | 44 | 51 | PR |
21 | LUMUT | 45 | 53 | PR |
22 | BAGAN DATOK | 43 | 51 | PR |
23 | TELOK INTAN | 50 | 55 | PR |
24 | TANJUNG MALIM | 41 | 48 | PR |
Baca sepenuhnya di MediaPerak.com
Sumber HD : 2/08/2012
Yayasan Bina Upaya: Zambry sengaja buat tak faham
Faeez Azahar, | 10 Ogs 2012 |
IPOH: PAS Perak menyifatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir sengaja buat-buat tidak faham saranan agar kewangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) diperlihatkan kepada seluruh rakyat.
Koordinator Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, ianya penting demi ketelusan pengurusan sekaligus dapat membendung salahguna peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Perak kepada YBUDR selama ini.
Menurutnya, jika kepimpinan Dr Zambry bersih dan telus, mengapa takut untuk memastikan ketelusan kewangan YBUDR dipaparkan setidak-tidaknya di dalam laman web rasmi sepertimana dilakukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) kini.
Menurutnya, sebelum daripada Datuk Zainal Abidin Omar memegang jawatan Ketua Eksekutif YBUDR, telah ada desakan agar Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang menyandangnya ketika itu agar digantikan.
Dan dalam masa yang sama katanya, Khairul Azwan masih sebagai Timbalan Ketua Eksekutif YBUDR dan juga sebagai nakhoda kepada anak syarikat YBDUR iaitu YBU Holding Sdn. Bhd. dan ini amat mencurigakan.
“Atas beberapa faktor inilah kami lihat ketelusan kewangan YBUDR perlu dilihat telus malah mesti dilihat lebih telus kerana jutaan ringgit disalurkan oleh kerajaan negeri kepada YBUDR sebagai salah satu institusi milik kerajaan negeri yang paling banyak diberikan peruntukan saban tahun.
“Kami sifatkan Datuk Seri Zambry tiada ketelusan dan integriti jika masih lagi menyembunyikan kebenaran kerana tiada apa yang perlu ditakuti jika tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut, Salman berkata, Dr Zambry juga pernah dicabar agar mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Selangor supaya semua EXCO Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta dan dipamerkan di dalam laman web rasmi kerajaan negeri namun hanya memberikan pelbagai alasan sahaja tetapi tidak mahu melaksanakannya.
“Bagi kami, jika sesuatu perkara itu baik dan menunjukkan ketelusan wajarlah Dr Zambry sebagai ketua sebuah kerajaan melakukannya demi kepentingan rakyat,” ujarnya.
Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Dr Zambry menyifatkan PAS Perak bersifat iri hati dengan kejayaan yayasan tersebut.
Menurutnya Adun Pangkor itu, YBU telah selesaikan banyak masalah kemiskinan rakyat di Perak melalui mikro kredit, bantuan rumah dan sebagainya.
Sumber HD : 10/08/2012

Pemuda PAS Perak diperkenan berbuka di Istana
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak semalam diperkenan hadir ke Majlis santapan berbuka Ramadhan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Hassan bersama 10 yang lain dibarisi oleh pimpinan Pemuda dan barisan Exco.
Turut bersama ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat dan warga media, jemputan khas dan pimpinan Kerajaan Negeri.
Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan Majlis Berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh.
Sumber HD : 14/08/2012

Rakyat, pelancong bimbang laporan jenayah di Perak
Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak amat bimbang dengan laporan media yang memuatkan berita daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan dengan kes-kes kemalangan, kematian dan juga kecurian kecil ataupun besar yang sering berlaku di negeri itu.
“Perkembangan ini amat mencemaskan bukan hanya rakyat, tetapi juga pelancong luar yang datang melawat negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 pada kali ini,” kata Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri al-Amin.
Sebagai contoh, ujarnya satu akhbar hari ini telah memuatkan satu muka surat berita laporan polis tentang kes-kes yang berlaku di Perak sudah tentu akan memberikan persepsi tidak sihat dalam isu berkaitan keselamatan.
Katanya, rakyat negeri itu khasnya dan pelancong luar yang berkunjung ke Perak sudah tentu mengikuti perkembangan itu dan tidak merasa selesa dan selamat untuk berada di negeri itu.
Menurutnya, insiden yang berlaku di musim perayaan ini akan memberi gambaran yang tidak elok terhadap suasana sambutan hari-hari kebesaran yang dibimbangi akan menjejaskan sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos ini jika tidak ditangani dengan sebaiknya, sama ada dari pihak media atau polis.
“Justeru, kami mengharapkan agar pengamal media dapat membantu pihak polis dalam usaha untuk mencegah kejadian jenayah yang sering berlaku agar proses pencegahan awal dapat mendidik rakyat khasnya,“ ujarnya.
Beliau berkata, usaha bagi memberikan teguran awal melalui media dapat memberikan didikan kepada semua lapisan masyarakat bagi menangani isu ini secara berkesan.
“Kami akan sentiasa menyokong usaha bagi memberikan informasi pendidikan kepada masyarakat agar isu keselamatan dapat dibendung lebih awal lagi,” katanya.
Pihak polis juga, tambah beliau disarankan agar memberikan tumpuan yang serius terhadap isu jenayah yang semakin meruncing di Perak demi untuk menyumbang ke arah negeri yang lebih selamat kepada semua.
Sumber HD : 29/08/2012
Sumber HD : 2/09/2012

Manifesto Perak garap pengalaman 11 bulan memerintah
Muhammad Faizal, | 02 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS Perak berkeyakinan rakyat Perak akan membuat perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, sokongan rakyat negeri itu terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.
Malah katanya, rata-rata rakyat yang ditemui menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk mengundi demi mengembalikan semula pentadbiran kerajaan Perak kepada Pakatan Rakyat.
"Sokongan pengundi bukan Melayu nampaknya memihak kepada kita dan sekarang ini kita memberikan tumpuan yang khusus kepada pengundi Melayu dan juga mereka yang berada di atas pagar.
"Namun undi Melayu hanya melibatkan di kawasan pedalaman sahaja, manakala di kawasan lain mereka telah menunjukkan perubahan ketara," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, Pakatan Rakyat Perak akan memperkasakan manifesto 2008 dengan menerapkan pengalaman selama 11 bulan memerintah negeri itu sebelum ini.
"Kita mencari dasar khusus untuk kebaikan rakyat negeri ini.
"Setelah semua perkara diambil kira, satu manifesto khusus dapat kita hidangkan kepada seluruh rakyat dan pasti ia yang terbaik," sambungnya lagi.
Dalam pada itu beliau juga turut meletakkan keyakinan terhadap kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu memandangkan calon-calon yang diketengahkan kali ini 80 peratus adalah golongan muda.
"Kedudukan kerusi adalah status quo dan untuk kali ini kita tampilkan muka-muka baru serta dari golongan muda.
"Mengenai kedudukan kerusi dan calon kita telah hampir keperingkat kesempurnaan termasuk juga rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.
Beliau pasti pilihanraya kali ini menjanjikan satu peluang terbaik kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil balik Perak kerana pengalaman yang dialami sebelum ini telah diperbaiki sepenuhnya.

Wi-fi percuma Perak 'indah khabar dari rupa'
Muhammad Faeez Azahar, | 05 Sep 2012 |
IPOH: PAS Negeri Perak mendesak agar bekas Menteri Besar Negeri Perak, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali menjelaskan kelancaran projek Wi-fi Percuma di seluruh bandar di Negeri Perak yang sepatutnya dinikmati sepenuhnya rakyat Perak menjelang tahun 2007.
Jurucakap Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh (gambar) berkata, ini berikutan projek tersebut masih tidak dinikmati rakyat atas perancangan yang sepatutnya sehingga kini.
Menurutnya, berita tersebut disensasikan semenjak tahun 2006 ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Negeri Perak namun ianya indah khabar dari rupa.
“Persoalan kami, dimanakah kelemahan pengurusan projek berimpak besar ini?
“Siapakah yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas kelemahan ini sama ada Tan Sri Tajol Rosli atau Datuk Seri Zambry ketika itu?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily.
Beliau berkata, oleh kerana pelbagai persoalan timbul, PAS Perak menggesa Tan Sri Tajol Rosli selaku menteri besar ketika itu membuat penjelasan pada Sidang DUN akan datang bagi merungkai sama ada wujud ketirisan wang rakyat selama ini.
“Kami mencabar juga Datuk Seri Zambry untuk menjelaskan faktor kegagalan di atas projek yang menelan kos yang agak besar tersebut,” tegasnya lagi.
Setiausaha Pemuda PAS Negeri itu menjelaskan, kelemahan ini menunjukkan ketidakmampuan sebenar Datuk Seri Zambry yang dipertanggungjawabkan ketika itu dan secara jelas juga menunjukkan kelemahan kepimpinan Tan Sri Tajol Rosli.

Sumber HD : 5/09/2012
(Gambar Program Umno yang didakwa menghina TG Nik Abdul Aziz Nik Mat)
IPOH: Pemuda PAS Kawasan Tambun hari ini membuat laporan polis berhubung tersebarnya gambar di laman sosial menunjukkan satu program BN yang didakwa memaparkan penghinaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam gambar itu kelihatan wajah Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi penerangan dalam majlis yang tertulis 'Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tambun.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat seperti sedang merujuk kepada paparan slide di sudut pentas di program tersebut.
Difahamkan program tersebut berlangsung di Hotel Syuen, Ipoh pada 2 September lalu.
Dalam slide itu secara jelas tertera wajah Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan tajuk disebelahnya 'Extrem Islam' dan perincian seperti 'Fanatik', 'kasar dan kesat', 'mewajibkan yang tidak wajib, 'berprasangka buruk' dan 'mengkafirkan orang Islam'.
Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin mendakwa tuduhan yang dibuat dalam program anjuran Umno itu biadap dan sangat keterlaluan.
“Fitnah yang dilemparkan kepada Tok Guru sangat berat terutamanya menuduh Tok Guru mengkafirkan orang Islam,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis di IPD Sungai Senam Ipoh, hari ini.
Zairul menegaskan, Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh ahli parlimen kawasannya itu dan menyifatkan ianya satu tuduhan melampau.
“Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap gambar tersebut seterusnya mengenakan tindakan kepada Menteri Kewangan itu,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Zairul berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak terhadap gambar tersebut.
Hadir sama ialah peguam Pemuda PAS Perak, Fitri Asmuni; Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tambun.
Sumber HD : 6/09/2012
Fitnah TG Nik Aziz, pemuda PAS lapor polis
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Sep 2012 |

Zambry dicabar bentang audit YBUDR di sidang Dun
Harakahdaily, | 11 Sep 2012 |
IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mendesak agar Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membentangkan laporan audit kewangan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Perak, Salman Saleh berkata, pembentangan itu penting bagi membuktikan ketelusan pentadbiran menteri besar itu selama ini.
"Kami merasakan perkara ini penting kerana ianya melibatkan wang rakyat yang besar disalurkan setiap tahun kepada YBUDR," katanya.
Menurut Salman, pihaknya menerima banyak rungutan daripada rakyat yang menerima bantuan dari yayasan ini yang tidak menepati seperti yang sepatutnya.
Sebagai contoh katanya, skim baikpulih rumah yang ibarat ‘melepaskan batuk ditanggga’ sahaja di mana rumah yang dibaikpulih masih tidak sempurna walaupun peruntukan sudah habis digunakan.
"Malah polisi peruntukan baikpulih rumah yang sepatutnya tidak melebihi RM15,000 sebuah rumah tetapi kami menerima laporan ada yang mendapat dua kali peruntukan yang mencecah pembinaan rumah baru iaitu sebanyak RM30,000 sebuah rumah. Adakah ini benar," soalnya.
Justeru, pihaknya akan terus mendesak agar menteri besar membuktikan ketelusannya sehingga kewangan YBUDR diaudit dan dinilai setiap rakyat dalam pelbagai kaedah.
Selain mendesak ianya dibentang pada persidangan Dun akan datang, mereka juga mencadangkan ianya dipaparkan di dalam laman web rasmi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) dan dibukukan bagi penilaian rakyat terhadap kewangan yayasan itu.
"Kami sekali lagi mencabar ketelusan dan integriti kepimpinan Datuk Seri Zambry dalam keikhlasannya membantu rakyat selama ini," katanya.

Sumber HD : 11/09/2012
Kerusi PRU: MIC akur desakan Umno?
Muhammad Faeez Azahar, | 12 Sep 2012 |
IPOH: PAS Perak sudah menjangkakan kehangatan akan berlaku tentang pembahagian kerusi antara parti komponen BN di Perak yang masih belum selesai.
Ketua Penerangannya, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin berkata, beberapa kerusi yang diidamkan Umno untuk diambil termasuklah Parlimen Sungai Siput dan terbaru kerusi Dun Behrang yang kedua-duanya ditandingi MIC sebelum ini.
Menurutnya, PAS ingin melihat adakah MIC mempunyai kekuatan untuk mempertahankan kerusi yang ditandingi mereka atau akur dengan kehendak Umno yang ingin bertanding lebih banyak kerusi pada PRU13 ini.
“Adakah MIC terpaksa menyerahkan semua enam kerusinya sepertimana yang pernah disaran oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz?,” katanya kepada Harakahdaily di Pejabat PAS Perak hari ini.
Ujarnya, sehingga kini hanya kedudukan kerusi Parlimen Tapah dan terbaru Parlimen Sungai Siput yang agak selamat ditangan MIC.
Namun katanya, kedudukan empat lagi kerusi termasuk Dun Behrang masih dalam pemerhatian Umno.
“Kita maklum empat kerusi Dun yang ditandingi MIC telah tewas pada PRU12 lalu iaitu Dun Behrang, Dun Pasir Panjang, Dun Sungkai dan Dun Hutan Melintang.
“Umno tidak yakin MIC boleh memenangi kerusi itu pada PRU12 jika mereka kekal bertanding kerana mereka sangat mahukan majoriti untuk membentuk kerajaan,” jelas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Nuri menjelaskan, Umno sangat idamkan kerusi Dun Pasir Panjang dan Dun Behrang yang majoritinya Melayu.
“Adakah MIC perlu tunduk kepada desakan Umno dengan memberikan kedua-dua kerusi tersebut yang sangat diidamkan Umno ini.
“Mungkinkah MIC hanya akan bertanding di atas dua kerusi Dun sahaja pada PRU 13 pada kali ini dan adakah Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Perak, Dato’ Palanivel mampu menunjukkan kekuatan untuk mempertahankan kerusi yang ditandinginya?,”soal Ahmad Nuri.
Sumber HD : 12/09/2012
Sumber HD : 24/09/2012

PAS tinjau kolam udang jejas kelip-kelip
Muhammad Faeez Azahar, | 24 Sep 2012 |
BUKIT GANTANG: PAS yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meninjau projek kolam udang berhampiran Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew, Bukit Gantang, kelmarin.
Rombongan terpaksa menaiki bot (kiri) ke kawasan tersebut kira-kira 15 kilometer daripada jeti melalui sungai.
Rombongan tersebut turut disertai oleh badan bukan kerajaan termasuklah Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang sudah lama memperjuangkan isu ini.
Projek seluas 8 ekar tersebut diusahakan di tanah milik sebuah koperasi yang dikaitkan dengan Umno sejak sekian lama namun ianya belum diambil tindakan oleh pihak berwajib walaupun pelbagai desakan dibuat.
Pembinaan kolam tersebut hanya beberapa meter daripada sungai.
Kolam itu telah menyebabkan bilangan kelip-kelip semakin berkurangan dan ini sangat membimbangkan penduduk tempatan kerana ianya telah menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Menurut seorang wakil penduduk di sini, permasalahan ini telah diajukan kepada pihak berwajib termasuk Exco Pelancongan Negeri, Datuk Hamidah Osman namun tiada tindakan yang diambil.
Nizar berkata, suasana itu sangat membimbangkan kerana ianya melibatkan alam sekitar dan ekosistem.
Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan kepada pengusaha haram itu kerana projek tersebut ternyata merosakkan alam sekitar terutamanya kelip-kelip yang semakin pupus.
Dalam perkembangan berkaitan, mantan Menteri Besar Perak itu menjelaskan, pelbagai aduan telah diajukan oleh penduduk termasuklah mendesak kolam udang itu ditutup.
Jelasnya, penduduk juga menggesa kerajaan menggazetkan rizab kelip-kelip dengan jarak 50 meter hingga 200 meter mengikut air pasang penuh demi memelihara pembiakan kelip-kelip yang menjadi kawasan perlancongan popular di sini.
Ujar Adun Pasir Panjang itu, penduduk mendesak mengembalikan tanah yang diberikan kepada kroni Umno itu kepada penduduk yang telah memohon lebih awal sebelum ini.

Selepas 6 bulan, Adun Perak bersidang sehari!
Harakahdaily, | 25 Sep 2012 |
IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.
"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.
Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.
"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.
Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.
Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?"
Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.
"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009.
"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.
Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan.
"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.

Sumber HD : 25/09/2012
Jurucakapnya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, akibat berlakunya kepincangan itu, status sijil graduan dan transkrip kolej tersebut dikatakan diragui dan dipertikaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Dikatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertikaikan status sijil ini kerana berlakunya satu pengurusan yang telah melanggar Warta Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurutnya, punca utama permasalahan ini ialah kegelojohan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang tergesa-gesa membuat pindaan ke atas enakmen asal bermula pada tahun 2009 melalui 3 persidangan Dun Perak ketika krisis peralihan kuasa berlaku.
Namun katanya, pindaan tersebut tidak pernah mendapat persetujuan dua pertiga majoriti daripada perwakilan sehinggalah ke hari ini dan dikatakan masih tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak.
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, dengan adanya beberapa enakmen iaitu Enakmen asal 2002, Enakmen Pindaan 2009 dan Enakmen Pembubaran 2011 kepada enakmen asal Kisdar memperlihatkan kegagalan dan konflik telah berlaku di Kisdar.
“Ianya menjadi satu rungutan, keresahan, kesangsian dan menjadi satu tanda tanya kepada pelajar-pelajar kolej itu dan para ibu bapa mereka, apabila sijil-sijil kolej itu sekarang ini sudah diragui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Mengikut enakmen asal, setiap sijil perlu ditandatangani oleh Rektor dan Ketua Pendaftar namun sejak peralihan kerajaan oleh BN pada tahun 2009, penandatangan yang kedua iaitu Ketua Pendaftar telah ditukar kepada Setiausaha Senat.
“Ini telah berlanggaran dengan enakmen asal sebagaimana yang tertulis didalamnya bahawa perlu ditandatangani oleh Pendaftar Kolej,” ujar beliau lagi.
Raja Ahmad menjelaskan, apabila Enakmen Pindaan 2009 dan Enakmen Pembubaran yang masing-masing belum lagi disahkan dan diwartakan, maka ini bermaksud segala peraturan perlulah berasaskan kepada enakmen yang asal iaitu enakmen 2000.
Ujar beliau, semua item-item sijil dan kewangan dan juga perjalanan gerak kerja kolej mestilah mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh Ketua Pendaftar serta Rektor.
“Tetapi sekarang ini dilihat semua sijil-sijil dan cek-cek ditandangani oleh Setiausaha Senat yang juga merupakan Timbalan Rektor, Pentadbiran dan Kewangan.
“Ini bermakna pentadbiran Kisdar ini telah bertentangan dengan enakmen asal dan secara umumnya melanggari perlembagaan negeri dimana Sultan Perak sebagai Ketua Negeri,” tegas beliau.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu berkata, dari segi undang-undang yang ada, semua aktiviti yang dijalankan sejak 2009 hingga kini adalah dianggap tidak sah.
Ini kerana katanya, Enakmen Pembubaran bagi memansuhkan kewujudan Kisdar dan ditukarkan kepada kewujudan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah yang masih belum disahkan lagi namun ianya telah bergerak atas nama tersebut.
“Sekiranya perkara ini benar, ianya amat memalukan kerana iIni merupakan satu kesalahan yang sangat besar dan memalukan kerana sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Perak, tidak mematuhi peraturan enakmen kerajaan sendiri,” jelasnya lagi.
Sumber HD : 29/09/2012
Sumber HD : 16/10/2012
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak melihat krisis calon Barisan Nasional (BN) negeri semakin jelas dengan kedengaran suara-suara sumbang di kalangan pimpinan mereka.
Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Katanya, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.
Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu.
“Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?
“Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.
Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.
Sumber HD - 23-10-2012
IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.
Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.
Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.
Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.
“Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata, jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.
MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.
Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.
“Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka,” jelas beliau.
Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Sumber HD - 24-10-2012
Sumber HD - 18-12-2012
Sumber HD - 21-12-2012
PAS Perak dakwa wujud kepincangan Kisdar
Muhammad Faeez Azahar, | 29 Sep 2012 |
IPOH: PAS Perak menerusi Jawatankuasa Strategik dan Isu mendedahkan kepincangan yang kritikal mengenai pengurusan Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar).

Jual aset: PAS Perak tuntut penjelasan Zambry
Muhammad Faeez Azahar, | 01 Okt 2012 |
IPOH: PAS Negeri Perak terkejut dikhabarkan bahawa beberapa aset penting negeri seperti Rumah Perak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah dijual.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, PAS ingin mendapatkan kepastian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang perkara tersebut.
“Adakah benar rumah tersebut telah dijual kepada ‘orang’ Datuk Seri Zambry?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
Menurutnya, persoalan juga timbul jika ianya benar, kenapa Kerajaan Negeri menjual aset Perak itu dan apakah rasionalnya.
“Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut?
“Mungkinkah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat? ,” soal beliau.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menyoal, adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah yang baru bagi menggantikan rumah yang telah dijual itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan segera dari Zambry kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kepimpinan kerajaan negeri.
Katanya, PAS Perak juga mahu penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Zambry jika ianya telah dijual.
“Mengapakah tindakan untuk menjual Rumah Perak tersebut diambil dan apakah faktor sehingga memaksa penjualan rumah tersebut yang boleh dianggap amat bernilai dan berstrategik di Pulau Pinang," katanya.

Sumber HD : 1/10/2012
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, oleh kerana berkemungkinan besar calon PR berlatarbelakangkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah tentu mampu mendapat undi daripada separuh pengundi Dun itu.
Ini, katanya kerana hampir 70 peratus pengundinya adalah anggota TLDM di pangkalan TLDM, Lumut.
Katanya dalam satu kenyataan, dengan keyakinan tersebut akan merancakkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
“Kami berharap rakyat memberikan sokongan kepada bekas pegawai tinggi TLDM yang akan dipertaruhkan jika semua kompenan PR Perak telah bersetuju kelak,” ujarnya.
Katanya, kekerapan Zambry memasuki pangkalan TLDM beberapa kali menunjukkan kebimbangan beliau.
Malah, ujarnya Zambry turut melaksanakan program yang jarang dapat dilihat di pangkalan-pangkalan tentera lain oleh orang politik.
“Tetapi di pangkalan TLDM pelbagai program ‘politik’ telah dilakukan oleh Datuk Seri Zambry. Jelas Zambry cuba mempolitikkan pasukan keselamatan demi survival politiknya,” ujarnya lagi.
Pemuda PAS Perak yakin Zambry boleh dikalahkan
Harakahdaily, | 02 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin calon daripada Pakatan Rakyat (PR) yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pangkor mampu mengalahkan penyandangnya yang juga menteri besar,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, oleh kerana berkemungkinan besar calon PR berlatarbelakangkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah tentu mampu mendapat undi daripada separuh pengundi Dun itu.
Ini, katanya kerana hampir 70 peratus pengundinya adalah anggota TLDM di pangkalan TLDM, Lumut.
Katanya dalam satu kenyataan, dengan keyakinan tersebut akan merancakkan lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
“Kami berharap rakyat memberikan sokongan kepada bekas pegawai tinggi TLDM yang akan dipertaruhkan jika semua kompenan PR Perak telah bersetuju kelak,” ujarnya.
Katanya, kekerapan Zambry memasuki pangkalan TLDM beberapa kali menunjukkan kebimbangan beliau.
Malah, ujarnya Zambry turut melaksanakan program yang jarang dapat dilihat di pangkalan-pangkalan tentera lain oleh orang politik.
“Tetapi di pangkalan TLDM pelbagai program ‘politik’ telah dilakukan oleh Datuk Seri Zambry. Jelas Zambry cuba mempolitikkan pasukan keselamatan demi survival politiknya,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 2/10/2012
Sukan, dakwah hiburan dekati golongan muda
Muhammad Faeez Azahar, | 08 Okt 2012 |
IPOH: Pemuda PAS Perak kektika ini sudah membuat persediaan pilihanraya seolah-olah parlimen sudah dibubarkan.
Pengarah Pilihanrayanya, Nazri Din (gambar) berkata, persediaan Pemuda PAS di tahap yang begitu tinggi dan bersedia menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.
Menurutnya, Pemuda PAS Perak telah bersedia sejak insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009 lagi.
“Sebenarnya kalau kita tengok kepada situasi negeri Perak, ada peristiwa politik tersendiri bermula daripada tahun 2008.
“Ketika kita mendapat menubuhkan kerajaan dalam majoriti mudah, dalam situasi itu kita pun sudah bersedia kerana apa sahaja boleh terjadi, jadi apabila berlaku krisis rampasan kuasa, kita telah kemaskan dan perkuatkan jentera bagi menghadapi pilihanraya negeri,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pemuda PAS Perak, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Larut menjelaskan, di setiap parlimen dan Dun yang ditandingi PAS, Pemuda sudah pun membuka bilik gerakan untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya.
Ujar beliau, Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri akan turun memantau jentera Pemuda PAS di setiap kawasan untuk melihat gerak kerja serta strategi yang dibuat dan mengenalpasti masalah yang dihadapi.
Ketika ditanya apakah program yang dilakukan, Nazri berkata, Pemuda PAS mendekatkan diri dengan pelbagai kaedah termasuklah sukan dan hiburan berbentuk dakwah.
“Orang muda ini mempunyai pelbagai sifat seperti bersifat radikal dan menghiburkan, mereka hendakkan satu jawapan yang pasti tentang masa depan serta kualiti hidup mereka,” ujar beliau.
Sumber HD : 8/10/2012
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, merujuk muka surat depan akhbar Sinar Harian pada 13 Oktober yang lalu, Zahir jelas mempelawa mana-mana pihak untuk bersemuka bagi mendapatkan penjelasan di atas beberapa persoalan yang hangat diperkatakan.
“Kami bersedia untuk mengutarakan persoalan-persoalan dan mendapatkan maklum balas serta kepastian timbulnya masalah tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, PAS Perak menyambut ruang untuk mendapat penjelasan terus daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sendiri.
“Kami inginkan penjelasan berikutan timbul isu yang diperkatakan dan kami sememangnya menunggu penjelasan yang ingin diberikan.
“Kami menyerahkan kepada pihak kerajaan negeri sama ada melalui Datuk Seri Zambry ataupun Datuk Zahir bagi menetapkan tarikh yang sesuai bagi maksud memberikan penjelasan tersebut,” jelas beliau.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, PAS Perak berharap Kerajaan Negeri benar-benar serius dan ikhlas untuk memberikan penjelasan dan bukannya mempolitikkan isu pendidikan semata-mata.

Kisdar: PAS Perak sedia bertemu kerajaan negeri
Muhammad Faeez Azahar, | 16 Okt 2012 |
IPOH: PAS Perak mengalu-alukan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Khalid untuk memberikan penjelasan berhubung pertikaian pengiktirafan program pengajian dan kesahihan penandatangan pada sijil graduan dan transkrip Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) melalui media massa baru-baru ini.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, merujuk muka surat depan akhbar Sinar Harian pada 13 Oktober yang lalu, Zahir jelas mempelawa mana-mana pihak untuk bersemuka bagi mendapatkan penjelasan di atas beberapa persoalan yang hangat diperkatakan.
“Kami bersedia untuk mengutarakan persoalan-persoalan dan mendapatkan maklum balas serta kepastian timbulnya masalah tersebut,” katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, PAS Perak menyambut ruang untuk mendapat penjelasan terus daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sendiri.
“Kami inginkan penjelasan berikutan timbul isu yang diperkatakan dan kami sememangnya menunggu penjelasan yang ingin diberikan.
“Kami menyerahkan kepada pihak kerajaan negeri sama ada melalui Datuk Seri Zambry ataupun Datuk Zahir bagi menetapkan tarikh yang sesuai bagi maksud memberikan penjelasan tersebut,” jelas beliau.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, PAS Perak berharap Kerajaan Negeri benar-benar serius dan ikhlas untuk memberikan penjelasan dan bukannya mempolitikkan isu pendidikan semata-mata.
Sumber HD : 16/10/2012
PRU13: Krisis calon BN Perak makin jelas
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak melihat krisis calon Barisan Nasional (BN) negeri semakin jelas dengan kedengaran suara-suara sumbang di kalangan pimpinan mereka.
Ketua Penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, antara yang nyata ialah kenyataan Datuk Hamidah Osman dan maklum balas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN negeri berhubung kelewatan mengumumkan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Katanya, desakan Hamidah agar calon-calon BN Perak diumumkan lebih awal itu dapat diertikan sebagai satu bentuk tekanan yang ditujukan kepada ketuanya sendiri.
Malah, ujarnya desakan itu juga secara langsung berhubung kait dengan kedudukan kerusi panas Dun Sungai Rapat yang telah dimenangi Hamidah yang juga Exco kerajaan negeri pada PRU12 lalu.
“Banyak persoalan yang menarik timbul dari desakan ini. Adakah Datuk Hamidah agak tergugat dan tidak selamat lagi di Dun Sungai Rapat?
“Beranikah Datuk Seri Zambry menolak Datuk Hamidah bagi mengekalkan kerusi Dun Sungai Rapat?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi PAS negeri, kata beliau krisis itu jelas menjadi ujian kepada Zambry yang pertama kali mengetuai BN Perak.
Katanya, jika sebelum ini bekas Pengerusi BN Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Ghazali pernah menangis berikutan 'menggadai' kerusi Parlimen Grik pada PRU12 yang ditandingi Gerakan, apakah Zambry bakal menerima tekanan yang lebih hebat lagi di ambang PRU13 ini.
Sumber HD - 23-10-2012
PR Perak rujuk isu Soi Lek kepada Sultan, Mufti
Muhammad Faeez Azahar, | 24 Okt 2012 |
IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.
Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.
Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.
Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.
Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.
“Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata, jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.
MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.
Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.
“Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka,” jelas beliau.
Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Sumber HD - 24-10-2012
PAS gesa siasat blogger dedah dokumen 'rahsia'
Muhammad Faeez Azahar, | 30 Okt 2012 |
IPOH: PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog ‘PerakCyberTrooper.com’ dan ‘Bicara Perjuangan’ telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun.
Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa.
“Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut.
“PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya.
Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu.
“Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi.
“Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri,” tegas beliau.
Hadir sama membuat laporan polis ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh; Peguam Pemuda PAS Negeri, Mohd Fitri Asmuni; dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri, Muhammad Basyir.
Sumber HD - 30-10-2012

PAS Perak anjur kembara jelajah seluruh Felda
Muhammad Faeez Azahar, | 01 Nov 2012 |
IPOH: Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi menyedarkan serta memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.
Pengerusinya, Razman Zakaria berkata, program Kembara Oren Selamatkan Felda itu akan berlangsung pada Sabtu ini.
Menurutnya, program dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu akan disertai oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.
Katanya, program kembara tersebut bertujuan memberi penerangan tentang beberapa isu hangat termasuklah berkenaan tanah Felda Plantation yang diserah kepada Felda Global Ventures Holdings (FGV) dimana pemiliknya bukan lagi hak Melayu dan peneroka scara total.
“Peneroka juga perlu tahu tentang Penipuan dalam jumlah pemberian dan pembelian saham unit peneroka sebanyak 800 unit pada harga tawaran (IPO) RM4.55 bernilai sekitar RM3640 sedangkan pinjaman peneroka unit jumlah itu RM5000,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya akan memberi penjelasan tentang harga saham peneroka semakin turun dan akan memberi kesan langsung yang sepatutnya kerajaan tidak membawa peneroka ke dalam kancah perniagaan berisiko.
“Peneroka dikelirukan dengan durian runtuh sebanyak RM15000 dan peruntukan RM5000 daripada jumlah itu untuk anak peneroka dijangka akan diberi menjelang PRU13 nanti yang bertujuan untuk memancing serta mengaburi mata peneroka.
“Kami akan mengemukakan tawaran Pakatan Rakyat kepada peneroka yang ternyata lebih berbaloi daripada pemberian durian runtuh daripada kerajaan,” jelas beliau.
Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) itu juga berkata, kembara tersebut bermula di Felda Lasah, Sungai Siput jam 8.00 pagi sebelum bergerak ke Felda Ijok, Larut dan akan sampai kira-kira 12.00 tengahari.
Ujarnya, Program tersebut akan diteruskan ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut disebelah petang sebelum program kemuncak iaitu ceramah Umumnya pada malam tersebut.
“Saya menyeru seluruh rakyat Perak khususnya peneroka untuk bersama-sama menyertai kembara ini bagi merealisasikan matlamat kami untuk memberi kesedaran kepada peneroka,” tegasnya.

Sumber HD - 1-11-2012
Pemuda PAS Parit demo, solidariti buat Rohingya
Harakahdaily, | 02 Nov 2012 |
PARIT: Dewan Pemuda PAS kawasan Parit dengan kerjasama Parit Care (NGO) telah mengadakan himpunan aman Solidariti Muslim Rohingya bersama masyarakat Islam Parit di Masjid Radhiatul Mardhiah di sini hari ini.
Himpunan yang diadakan sejurus solat jumaat itu dubuat bagi memberikan maklumat yang sebenar mengenai situasi yang melanda umat Islam di bumi Arakan.
Ketua Pemuda Pas Kawasan Parit, Hakimi Mohd Noor dalam ucapannya menyebut bahawa umat Islam hendaklah mengambil berat terhadap isu ini dengan mencari maklumat sebenar situasi yang berlaku di sana.
Himpunan itu juga dibuat bagi mendapatkan sumbangan dari orang ramai bagi membantu masyarakat islam yang dilanda konflik di sana.
“Sokongan dan doa daripada kita, masyarakat Islam di Malaysia, khususnya di Parit amatlah diperlukan, mudah-mudahan ianya dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh masyarakat Muslim Rohingya,” kata Hakimi.
Mereka turut mengedarkan risalah penerangan kepada jemaah yang hadir menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut.

Sumber HD - 2-11-2012
Pemuda Umno Perak dicabar isytihar harta
Harakahdaily, | 22 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Negeri Perak mencabar Pemuda Umno Negeri itu mengisytiharkan harta jika benar-benar tidak ada kepentingan sekiranya Umno BN kekal memerintah Perak.
Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, terdapat di kalangan pemimpin Pemuda Umno Perak menjadi ‘kaya’ walaupun sebelum itu tidak dilihat mewah.
"Atau sememangnya mereka benar-benar kaya hasil peniagaan mereka selama ini? Kami dimaklumkan, ada dikalangan mereka memegang jawatan sebagai pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat kepada hampir berpuluh syarikat atas nama mereka yang digunakan selain sebagai pemegang saham syarikat.
"Adakah benar dakwaan tersebut? Dimaklumkan juga ianya didaftarkan selepas ‘rampasan kuasa’ pemerintahan Pakatan Rakyat Perak tahun 2009 dahulu. Siapakah pemimpin-pemimpin muda tersebut? Apakah hubungannya dengan Datuk Dr Haji Zambry Abdul Kadir?" soal beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau turut menegaskan, Pemuda PAS akan tampil mengisytiharkan harta termasuk pimpinannya bagi membuktikan mereka benar-benar bersih daripada harta yang ‘tiba-tiba timbul’ setelah memerintah kelak.
"Kami yakin semua pimpinan PAS tidak akan disabitkan dengan salahguna kuasa bagi mencari ‘kekayaan luar biasa’ seperti mana pimpinan Pemuda Umno tersebut. Bagi kami, ‘siapa yang makan cili, dia akan merasa pedas’ dengan timbulnya persoalan daripada kami ini," katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS.
Minggu lalu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan di muktamr dewan itu mengumumkan jumlah harta yang dimilikinya.

Sumber HD - 22-11-2012
Pakatan Rakyat Perak umum belanjawan seimbang
Johari Jaafar, | 15 Dis 2012 |
IPOH: Buat pertama kalinya Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan belanjawan seimbang untuk bajet alternatif 2013 untuk negeri ini dengan anggaran hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1,262,326,905 serta terimaan pembangunan sebanyak RM48,000,000, manakala jumlah perbelanjaan pula dianggarkan RM1,262,321,848 iaitu lebihan RM5,057.
Kutipan hasil cukai untuk tahun 2013 dianggarkan sebanyak RM596,016,580, hasil bukan cukai pula RM258,821,631, manakala terimaan sebanyak RM359,488,694.
Demikian diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam sidang media bajet Pakatan Rakyat Perak 2013 di pejabat PAS negeri di sini, semalam.
Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata, bajet tersebut menjuruskan kepada bajet yamg seimbang dengan memberikan tumpuan kepada empat tunggak utama iaitu pendemokrasian ekonomi, mengupayakan masyarakat dan memperkasakan golongan masyarakat.
Jelasnya, dalam konteks pendemokrasian ekonomi termsuklah langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan termasuk industri hiliran produk daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tunggak kedua iaitu memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya menjadikan Perak sebagai negeri pengerluar produk ikan air tawar, ikan hiasan, daging itik serta udang menerusi skim yang memberi pulangan memuaskan kepada para pengusaha dengan anggaran perbelanjaan RM5,000,000.
Beliau menambah, bagi memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya memperuntukan sejumlah RM15 juta untuk kegunaan pendidikan di semua sekolah melibatkan sekolah agama, sekolah kerajaan serta sekolah sekolah mubaligh lain di seluruh negeri yang dianggarkan perbelanjaan berjumlah RM30,000 bagi setiap sekolah selama lima tahun.
Menurut beliau lagi, bajet alternatif tersebut adalah untuk membentuk bajet yang seimbang berdasarkan pengalaman memerintah negeri Perk selama sebelas bulan.
Turut hadir sama dalam sidang media pembentangan bajet Pakatan Rakyat itu, Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Ko Ham, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Adun Semanggol, Ramli Tusin.
Sumber HD - 15-12-2012
IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan bahawa Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir adalah belanjawan defisit.
Menurutnya, bajet tersebut hanya menjelaskan jumlah hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM1 bilion.
Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, ada beberapa perkara yang cuba disembunyikan khususnya dalam empat tahun pertadbiran kerajaan BN selepas merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009.
“BN cuba menyembunyikan banyak perkara khususnya bagaimana negeri memperoleh pendapatan negari dan beberapa kelulusan kepada bidang-bidang tertentu,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.
Mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Rakyat Perak itu menyifatkan belanjawan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat lebih relevan dan menepati kehendak rakyat.
Kata Mohammad Nizar, belanjawan Pakatan Rakyat memperuntukkan RM250,000 kepada setiap Adun secara adil tanpa mengira parti bagi memudahkan mereka membantu rakyat.
Belanjawan Pakatan Rakyat juga memperuntukkan sejumlah RM40 juta untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini yang disifatnya masih belum berjaya dibasmikan.
“Rakyat percaya rakyat boleh membezakan belanjawan mana yang terbaik, seimbang dan menepati kehendak rakyat,” jelas beliau.
Sementara itu, Adun Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, bajet pada kali ini hanya untuk menyelesaikan hutang.
Melihat kepada perbentangan bajet ini, bekas Exco Kerajaan Negeri itu menyifatkan, BN ternyata tidak memahami apakah definisi bajet yang sebenarnya.
“Bajet sebenarnya adalah bagaimana untuk kita perkasakan ekonomi sedia ada serta kaedah untuk mewujudkan kekayaan hasil negeri bagi mengupayakan masyarakat di negeri ini,” tegas beliau.
Kutipan hasil cukai untuk tahun 2013 dianggarkan sebanyak RM596,016,580, hasil bukan cukai pula RM258,821,631, manakala terimaan sebanyak RM359,488,694.
Demikian diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam sidang media bajet Pakatan Rakyat Perak 2013 di pejabat PAS negeri di sini, semalam.
Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata, bajet tersebut menjuruskan kepada bajet yamg seimbang dengan memberikan tumpuan kepada empat tunggak utama iaitu pendemokrasian ekonomi, mengupayakan masyarakat dan memperkasakan golongan masyarakat.
Jelasnya, dalam konteks pendemokrasian ekonomi termsuklah langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan termasuk industri hiliran produk daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tunggak kedua iaitu memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya menjadikan Perak sebagai negeri pengerluar produk ikan air tawar, ikan hiasan, daging itik serta udang menerusi skim yang memberi pulangan memuaskan kepada para pengusaha dengan anggaran perbelanjaan RM5,000,000.
Beliau menambah, bagi memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya memperuntukan sejumlah RM15 juta untuk kegunaan pendidikan di semua sekolah melibatkan sekolah agama, sekolah kerajaan serta sekolah sekolah mubaligh lain di seluruh negeri yang dianggarkan perbelanjaan berjumlah RM30,000 bagi setiap sekolah selama lima tahun.
Menurut beliau lagi, bajet alternatif tersebut adalah untuk membentuk bajet yang seimbang berdasarkan pengalaman memerintah negeri Perk selama sebelas bulan.
Turut hadir sama dalam sidang media pembentangan bajet Pakatan Rakyat itu, Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Ko Ham, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Adun Semanggol, Ramli Tusin.
Sumber HD - 15-12-2012
Ada perkara disembunyi dalam Belanjawan Perak
Muhammad Faeez Azahar, | 18 Dis 2012 |
Menurutnya, bajet tersebut hanya menjelaskan jumlah hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM1 bilion.
Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, ada beberapa perkara yang cuba disembunyikan khususnya dalam empat tahun pertadbiran kerajaan BN selepas merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009.
“BN cuba menyembunyikan banyak perkara khususnya bagaimana negeri memperoleh pendapatan negari dan beberapa kelulusan kepada bidang-bidang tertentu,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.
Mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Rakyat Perak itu menyifatkan belanjawan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat lebih relevan dan menepati kehendak rakyat.
Kata Mohammad Nizar, belanjawan Pakatan Rakyat memperuntukkan RM250,000 kepada setiap Adun secara adil tanpa mengira parti bagi memudahkan mereka membantu rakyat.
Belanjawan Pakatan Rakyat juga memperuntukkan sejumlah RM40 juta untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini yang disifatnya masih belum berjaya dibasmikan.
“Rakyat percaya rakyat boleh membezakan belanjawan mana yang terbaik, seimbang dan menepati kehendak rakyat,” jelas beliau.
Sementara itu, Adun Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, bajet pada kali ini hanya untuk menyelesaikan hutang.
Melihat kepada perbentangan bajet ini, bekas Exco Kerajaan Negeri itu menyifatkan, BN ternyata tidak memahami apakah definisi bajet yang sebenarnya.
“Bajet sebenarnya adalah bagaimana untuk kita perkasakan ekonomi sedia ada serta kaedah untuk mewujudkan kekayaan hasil negeri bagi mengupayakan masyarakat di negeri ini,” tegas beliau.
Sumber HD - 18-12-2012
Zambry diminta jelaskan pilih syarikat kroni
Muhammad Faeez Azahar, | 18 Dis 2012 |
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir perlu menjelaskan mengenai satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd.
Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.
Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.
Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak.
Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif.
“Kenapakan syarikat tersebut dipilih walaupun tidak aktif dan mengapa tidak diberikan tender terbuka?
“Apakah istimewanya syarikat ini sehingga dipilih untuk menguruskan projek tersebut?” soalnya dan menggesa Zambry menjelaskannya.
Sebelum ini, PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu mendedahkan perjanjian Rumah Perak yang melibatkan kroni Zambry.
Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti pendedahan tersebut ada akan mengumpul maklumat sebelum membuat tindakan selanjutnya.
Persidangan Dun Perak berlangsung hari kedua hari ini dan semua Adun diberi peluang berucap termasuklah daripada Pakatan Rakyat.
Sumber HD - 18-12-2012
Sumber HD - 19-12-2012
Sidang Media NKDPPP :
http://www.youtube.com/watch?v=8Uhudxp7DoI&feature=youtu.be

Derhaka: Tajol Rosli lupa sejarah bapanya Ghazali Jawi
http://sisibukit.blogspot.com, | 19 Dis 2012 |
Posted by Cikgu Din on Tuesday, December 18, 2012 0 comments
IPOH: PAS Perak menyifatkan mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali lupa sejarah apabila menuduh Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato’ Ngeh Koo Ham sebagai menderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategiknya, Salman Saleh berkata, Adun Pengkalan Hulu dalam ucapan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari kedua hari ini menganggap kedua-dua pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak mengenang budi dengan pemberian anugerah serta gelaran Datuk daripada Sultan Perak.
Katanya, jika diimbau kembali sejarah pada tahun 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi iaitu bapanya telah menderhaka pada Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah yang tidak perkenan dengan perlantikan Tan Sri Ghazali untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua.
“Kami juga boleh sifatkan Tan Sri Ghazali pada ketika itu juga tidak mengenang budi di atas penganugerahan tersebut.
“Kami sedih isu penganugerahan kebesaran oleh Seri Paduka Sultan Perak telah menjadi pertikaian oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah tidak menghormati penganugerahan yang telah diberikan,” katanya.
Menurut Salman, PAS Perak lebih melihat, BN khususnya Umno terdesak membawa isu derhaka ini bagi memancing ‘undi’ orang Melayu pada PRU13 nanti.
“Ternyata Umno sudah tidak yakin dengan sokongan Melayu terhadap mereka menyebabkan mereka membuat pelbagai persepsi dan dakwaan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat khususnya PAS,” jelas beliau.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 19-12-2012
Bajet 2013 Perak tiada usaha tambah
pendapatan
Muhammad Faeez Azahar, | 19 Dis 2012 |
IPOH: Zainuddin Mohd Yusof (PAS-Lubok Merbau) menjelaskan bahawa kerajaan berhutang dengan tujuan untuk memperluas sumber adalah satu kebaikan.
Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya berhutang untuk menyelesaikan serta membiayai kos operasi dan pembangunan negeri.
Bercakap ketika membahaskan Bajet 2013 Kerajaan Negeri Perak, mantan Exco kerajaan negeri itu menjelaskan, bajet pada kali ini hanya membelanjakan untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada tanpa memikirkan kaedah menambah pendapatan negeri.
“Bajet sebenarnya adalah bagaimana untuk kita perkasakan ekonomi sedia ada serta kaedah untuk mewujudkan kekayaan hasil negeri bagi mengupayakan masyarakat di negeri ini,” jelasnya.
Zainuddin menambah, nisbah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan hutang negeri tidak boleh lebih 55 peratus.
“Dakwaan hutang itu salah sesekali tidak betul jika tujuan berhutang adalah untuk proses melipat gandakan kekayaan dan sumber negeri,” tegasnya.
Dewan Undangan Negeri Perak (Dun) hari ini bersidang untuk hari kedua dan Adun Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk membahas bajet serta membawa suara rakyat di kawasan-kawasan mereka.
Sumber HD - 19-12-2012
PAS Perak lapor SPRM pegawai MB dapat
projek
Muhammad Faeez Azahar, | 19 Dis 2012 |
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.
Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun semalam tentang satu perjanjian di antara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang dan syarikat yang dimiliki pegawai khas Zambry.
Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, perjanjian tersebut berdasarkan BOT (build-operate-transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.
“Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di pejabat SPRM Perak, di sini.
Hadir sama ialah jawatankuasanya, Salman Saleh serta Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Fahmi Ismail dan Safarizal Saleh.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terbukti syarikat tersebut tidak aktif.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu berkata, pihaknya mengharapkan SPRM membuat siasatan segera bagi membantu rakyat Perak membasmi unsur-unsur salah guna kuasa yang sering berlaku dalam pentadbiran Umno BN.
http://www.youtube.com/watch?v=8Uhudxp7DoI&feature=youtu.be
Sumber HD - 19-12-2012
"Saya hendak tanya kenapa diberikan kepada satu orang, walaupun satu syarikat 202 hektar tapi (ketiga-tiga) syarikat itu beralamat yang sama dan mempunyai satu pengarah yang sama," katanya ketika berbahas dalam persidangan Dun Perak.
Adun Pasir Panjang itu mempersoalkan kenapa diberikan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh seorang individu itu.
"Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu.
"Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ.
Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu.
Sumber HD - 21-12-2012
Tanah 606 ekar: Nizar tuntut penjelasan
Zambry
Muhammad Faeez Azahar, | 21 Dis 2012 |
IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memohon penjelasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 ekar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik.
"Saya hendak tanya kenapa diberikan kepada satu orang, walaupun satu syarikat 202 hektar tapi (ketiga-tiga) syarikat itu beralamat yang sama dan mempunyai satu pengarah yang sama," katanya ketika berbahas dalam persidangan Dun Perak.
Adun Pasir Panjang itu mempersoalkan kenapa diberikan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh seorang individu itu.
"Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu.
"Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ.
Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu.
Sumber HD - 21-12-2012
Tanah 606 ekar: PAS Perak gesa SPRM
siasat
Muhammad Faeez Azahar, | 21 Dis 2012 |
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu.
Laporan ini berikutan pendedahan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun baru-baru ini.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, lokasi tanah tersebut adalah di Mukim Belukar Semang Daerah Hutan Hulu Perak dan kelulusan dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012.
“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa dan berharap ianya berjalan dengan adil.
“Kami juga akan dedahkan berkaitan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas hutan simpan bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan," katanya ketika di sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di sini.
Sementara itu, Salman turut ditanya tentang maklum balas Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir semalam yang berang dengan tindakan PAS Perak membuat laporan SPRM berhubung Isu Rumah Perak kelmarin sehinggakan beliau berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
Beliau menjelaskan, Dr Zambry cuba mengalih isu dan tidak menjawab persoalan sebenar tentang pemberian projek hotel yang akan dimajukan di tapak Rumah Perak itu kepada pegawai khasnya.
“Kami menggesa agar Dr Zambry menumpukan isu sebenar iaitu pemberian projek kepada pegawai khasnya.
“Kami hairan kenapa beliau tidak menafikan dakwaan tersebut dan kami serahkan kepada SPRM membersihkan nama menteri besar itu,” tegasnya lagi.

PAS Perak cabar Zambry dedah PR salah guna kuasa
Harakahdaily, | 23 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Negeri Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuktikan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) negeri ketika memerintah Kerajaan selama sebelas bulan sebelum rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN).
Zambry mendakwa terdapat bukti itu ketika memberikan ucapan penggulungan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.
“Kami merasakan, sepanjang persidangan Dun Perak selepas rampasan kuasa sehingga sekarang, Datuk Seri Zambry sering memberikan ugutan akan membongkarkan salah guna kuasa terutamanya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Oleh yang demikian, kami mencabar agar Datuk Seri Zambry mendedahkan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar).
Sebenarnya, kata beliau Zambry terlalu bimbang pendedahan yang telah dibuat terhadapnya berkaitan salahguna kuasa yang telah dilaporkan kepada SPRM kerana ianya telah mengejutkan ramai pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Selama ini, ujarnya Zambry melemparkan pelbagai tuduhan salah guna kuasa kepada Nizar bagi memburukkan imej dan ianya kini terpalit kepadanya sendiri setelah dibuktikan.
“Bagi kami, adakah tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry benar-benar 'bersih'.
“Adakah Datuk Seri Zambry tidak mengamalkan sikap kronisme? Adakah juga Datuk Seri Zambry memelihara semua aset rakyat dengan betul?” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi PAS Perak, jelas beliau sebenarnya Zambry bimbang tentang projek Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang yang telah diberikan kepada pegawai khasnya.
Sumber HD - 23-12-2012

Muhyiddin mungkir janji bina sekolah Tamil
Harakahdaily, | 23 Dis 2012 |
IPOH: Sehingga hari ini wang yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat masih belum sampai lagi.
“Adakah beliau membuat janji kosong semata-mata untuk meraih sokongan dan undi masyarakat India?” tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau berkata, Muhyiddin telah menjanjikan RM2.5juta untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat pada November 2011 sewaktu berucap di Progaram Pesta Deepavali di Little India, Jalan Lahat, Ipoh.
Katanya, ucapan itu dibuat di hadapan ribuan orang India yang datang ke pesta itu.
Ekoran itu, beliau yang juga Adun Tronoh telah membawa isu itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, baru-baru ini.
“Saya memberitahu dewan yang mulia bahawa tapak baru diluluskan oleh kerajaan negeri di Ampang pada bulan Mei 2012.
“Datuk Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat dan Datuk Veerasingam, Penasihat kepada Menteri Besar Perak telah menyerahkan dokumen geran tanah itu kepada pihak sekolah dan PIBG,” jelasnya.
Menurutnya, dalam majlis penyerahan kelulusan tanah itu, Hamidah menjanjikan bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 3 bulan dan bangunan baru itu akan siap bina selepas 1 tahun.
Tetapi, ujarnya sekarang sudah 7 bulan tetapi tidak ada apa-apa perkembangan tentang bangunan baru untuk sekolah tersebut.
Beliau menambah, Barisan Nasional telah menipu masyarakat India selama lebih 50 tahun dan masih meneruskan usaha-usaha itu dengan mempermainkan perasaan hati mereka.
“Saya terpaksa bertikam lidah dengan Datuk Hamidah Osman dalam persidangan Dewan negeri kali ini. Beliau mendakwa bahawa beliaulah yang telah berusaha untuk mendapatkan tanah untuk SJKT Gunung Rapat.
“Saya menegaskan dalam dewan yang mulia bahawa SJKT Gunung Rapat mendapat tanah di Ampang atas usaha dan perjuangan Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Sumber HD - 23-12-2012
IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.
Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.
Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.
"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.
"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.
Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.
Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong, YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin dan Exco AMK Pusat Sandrea Ng.
Turut bersama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian.
Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan.
"Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.
"Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional," kata mereka lagi.
Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu.
Sumber HD - 26-12-2012
KUALA LUMPUR: Dalam perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3, Pengarang Urusan Kumpulan Editor Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah mengakui bahawa TV3 tidak membuat sebarang usaha untuk pengesahan daripada sumber asalnya.
Ketika diajukan soalan oleh Peguam mewakili Nizar, Mohd Fitri Asmuni, defendan (Ashraf) bersetuju ianya perlu dibuat sedemikian mengikut etika dan amalan media.
Ashraf yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang tersebut turut bersetuju isu yang dilaporkan oleh TV3 menerusi Buletin Utama 30 Mei tahun lalu berkenaan Twitter plaintif (Mohammad Nizar) adalah isu besar dan serius.
Ini kerana ianya melibatkan Plaintif sebagai tokoh politik dan Istitusi Di Raja iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Defenden turut bersetuju bahawa dalam kes-kes yang dianggap serius sebegini, sekiranya defendan-defendan gagal mendapatkan pengesahan sebelum sesuatu berita itu diterbitkan, ianya akan menjejaskan salah satu pihak.
Sementara itu, Mohammad Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak mendakwa, TV3 telah memutar belitkan kenyataannya di laman sosial tersebut yang langsung tidak menyebut Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1.
Jelas beliau, TV3 perlu menyemak tentang kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan kepada umum.
Katanya, ianya mungkin bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik, ahli parlimen dan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Jelas beliau, penyiaran berita yang diputarbelitkan itu berniat jahat untuk memberi gambaran negatif terhadapnya berkaitan dengan istitusi Di Raja.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman media tersebut sebanyak RM50 juta selepas memfitnah beliau mengatakan Nizar menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu.
Perbicaraan tersebut berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur ditangguhkan dan akan bersambung Jumaat ini.
Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dan Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Safarizal Saleh.
Sumber HD - 3-1-2013
KUALA LUMPUR:Timbalan Pengarang Berita Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah bersetuju bahawa pihaknya perlu membuat rujukan daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi memastikan berita yang dilaporkan tidak lari daripada maksud sebenar sesuai dengan prinsip adil dan tepat.
Katanya, pihaknya mengakui tidak membuat rujukan serta tidak mendapatkan kenyataan daripada Nizar (plaintif) tentang kesahihan berita tersebut sebelum menyiarkannya di Buletin Utama.
Bagaimanapun beliau tidak bersetuju bahawa TV3 bersikap tidak adil dan tepat dalam mengeluarkan berita dalam Buletin Utama berhubung isu WWW1 pada 30 mei tahun lalu itu.
Bercakap dalam perbicaraan kes saman itu semalam, Ashraf sebagai defendan bagaimanapun berkata, TV3 menepati prinsip adil dan dalam memaparkan berita tersebut.
Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni turut mempersoalkan kenapa pihak defendan tidak memaparkan Twitter asal Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam berita tersebut.
Ashraf yang lebih 30 tahun dalam bidang tersebut menjawab ianya tiada keperluan untuk dipaparkan sebaliknya katanya kenyataan Nizar itu telah diolah menjadi menjadi berita.
Peguam Nizar mengatakan kepada defendan adakah tindakan tidak memaparkan twitter asal plaintif adalah bertujuan untuk meyakinkan penonton tentang berita TV3 namun ianya tidak dipersetujui oleh defendan.
Mohammad Nizar sebelum ini telah mengambil keputusan menyaman media tersebut setelah memfitnahnya dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat kenderaan WWW1.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur itu akan bersambung 11 Januari depan jam 10 pagi.
Sumber HD - 5-1-2012
Sumber HD - 6-1-2013
Sumber HD - 6-1-2013
Bapak segala Himpunan, Bapak Segala Bantahan!
Sumber HD - 8-1-2013
Sumber HD - 9-1-2013
KUALA LUMPUR: Harakahdaily tidak pernah membuat berita bahawa Kedutaan Jepun mengesahkan penyerahan wang pampasan bernilai RM207 bilion.
Yang dilaporkan oleh Harakahdaily adalah kedutaan Jepun mengesahkan membuat bayaran "sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia."
Ini kerana, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, tidak pernah menyebut angka itu.
Beliau hanya berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.
Yang menimbulkan masalah adalah portal-portal lain menokok tambah dalam berita mereka kononnya "wang RM207 bilion itu yang diserahkan."
Suegami dalam kenyataannya sebahagaimana yang disiarkan Malaysiakini berkata, pampasan bagi negara bekas tanah jajahan British sepanjang perang itu telah dibayar sepenuhnya di bawah Perjanjian San Francisco yang berkuatkuasa pada 1952.
Jelasnya, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk mempromosi kerjasama ekonomi pada 21 September 1967, di mana Jepun bersetuju untuk membekalkan geran produk dan perkhidmatan kepada Malaysia bernilai RM25 juta.
Berikut adalah berita asal Harakahdaily yang dipetik oleh pelbagai portal selepas itu.
(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,
"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."
Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.
Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.
Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.
Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.
Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.
(Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan)
Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.
Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.
"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.
"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.
Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".
Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.
"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".
Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.
Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.
"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.
Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
sumber HD - 9-1-2013
Sumber HD - 9-1-2013
Sumber HD - 9-1-2013
Negara digemparkan dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tentang wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946. Wartawan Harakah, MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR menemuramah Pak Hashim Yaakob, 112, iaitu bekas buruh paksa pada tahun 1942 hingga 1946 di kediamannya baru-baru ini.
Sejak bila pakcik jadi buruh paksa?
Pakcik mula jadi buruh pada tahun 1942. (Pada ketika itu) pakcik baru berumur 20an. pakcik pulang ke Malaysia pada tahun 1946 diambil oleh wakil negara ketika itu.
Semasa menjadi buruh paksa, berapakah upah atau gaji yang diberikan oleh pihak Jepun?
Sehari pakcik diberi gaji RM3 saja untuk sehari, setiap bulan mereka akan bagi (kepada) kami.
Bagaimana teruk dan deritanya menjadi buruh paksa Jepun?
Mula-mula jadi buruh paksa, pakcik bersama kumpulan kira-kira 32 orang terpaksa berjalan kaki selama 16 hari daripada Padang Besar ke Timunta. Pakcik pergi (ketika itu) di peringkat ketiga bermakna ada orang sudah dahulu menjadi buruh paksa.
Kami dipukul oleh pihak Jepun jika tidak mendengar perintah dan arahan daripada mereka. Namun Jepun tidak mengasari kami jika patuh dengan arahan yang diberikan. Sepanjang pakcik menjadi buruh paksa, Jepun tak pernah pukul pakcik.
Macam-macam kerja yang kami kena buat, bukan sahaja landasan kereta api.
Bagaimana dengan aspek makanan dan kesihatan buruh paksa?
Jepun sediakan makanan untuk kami 5 kali sehari disetiap di tempat-tempat tertentu di sepanjang perjalanan. Ada pekerja yang menyediakan makanan. Mereka juga ada sediakan perubatan dan doktor untuk merawat kami.
Pakcik pulang dengan selamat, bagaimana pula buruh paksa yang lain?
Pakcik diambil pulang oleh pihak Malaysia bersama dua orang lagi, yang lain semua mati di sana. Ramai yang mati disepanjang perjalanan untuk menyiapkan landasan itu. Kalau ada buruh yang sakit atau mati, Jepun akan tinggalkan mereka (begitu sahaja) dan teruskan perjalanan.
Apabila balik ke Malaysia, ada apa-apa janji dan bantuan daripada kerajaan?
Selepas pulang daripada Siam sehingga sekarang tak ada langsung pembelaan atau janji daripada kerajaan. Tak ada sapa yang jumpa pakcik dan maklumkan apa-apa kepada pakcik. Satu sen pun pakcik tak dapat daripada kerajaan.
Pakcik tahu tak Jepun sudah membayar pampasan RM207 billion kepada kerajaan untuk diberikan kepada buruh-buruh paksa?
Pakcik langsung tidak tahu, sampailah Datuk (Seri) Nizar datang melawat saya dan maklumkan tentang pampasan. Pakcik sangat terkejut kerana tidak tahu menahu.
Apa perasaan pakcik apabila mendapat tahu Jepun sudah beri pampasan sedangkan pakcik tak dapat apa-apa?
Rasa terkilan kerana langsung tidak diberi tahu sedangkan Datuk Nizar kata kerajaan Jepun sudah beri pampasan itu pada tahun 2004, sekarang dah 2012.
Pakcik rasa duit pampasan itu hak pakcik?
Ya, sudah tentu. Bukan hak pakcik saja, itu hak semua bekas-bekas buruh paksa. Kami sudah menderita bertahun-tahun dizalimi Jepun.
Apa pesanan pakcik kepada kerajaan?
Saya harap kerajaan bagi tau kepada rakyat Malaysia (tentang pampasan itu) dan memberi secepat mungkin kepada buruh-buruh atau warisnya. Saya secara peribadi tidak halal dunia akhirat kalau kerajaan tak bagi duit itu kerana itu hak saya. Itu bukan hak mereka, itu hak kami!
Pakcik sokong tindakan PAS untuk membantu memperjuangkan hak buruh paksa ini?
Pakcik sangat sokong. Syukur alhamdulillah kerana PAS telah memperjuangkan hak pakcik dan buruh paksa lain. Kalau tidak, sampai bila pakcik tak tahu kerajaan Jepun ada bagi pampasan.
Sumber HD - 9-1-2013
Nizar menunjukkan dokumen yang diedarkan kepada wartawan pada sidang media.
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun.
(Surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan)
Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu.
Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011.
Pendedahan ini dibuat Nizar dalam sidang media khasnya hari ini.
Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu.
(Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan)
Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia."
Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran.
Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. Kertas Kabinet sedang disediakan untuk tindakan seterusnya."
Surat ini ditandatangani oleh Hasin bin Razak, Deputy Director of Management Division, Attorney General Chambers.
Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya.
Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. Beliau akan merujuk balik kepada Tokyo mengenainya.
Wakil Kedutaan kemudiannya menafikan wang RM207 bilion itu yang dirujuk.
Sumber HD - 9-1-2013
Sumber HD - 9-1-2013
Sumber HD - 11-1-2013
“Adakah beliau membuat janji kosong semata-mata untuk meraih sokongan dan undi masyarakat India?” tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau berkata, Muhyiddin telah menjanjikan RM2.5juta untuk pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat pada November 2011 sewaktu berucap di Progaram Pesta Deepavali di Little India, Jalan Lahat, Ipoh.
Katanya, ucapan itu dibuat di hadapan ribuan orang India yang datang ke pesta itu.
Ekoran itu, beliau yang juga Adun Tronoh telah membawa isu itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, baru-baru ini.
“Saya memberitahu dewan yang mulia bahawa tapak baru diluluskan oleh kerajaan negeri di Ampang pada bulan Mei 2012.
“Datuk Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat dan Datuk Veerasingam, Penasihat kepada Menteri Besar Perak telah menyerahkan dokumen geran tanah itu kepada pihak sekolah dan PIBG,” jelasnya.
Menurutnya, dalam majlis penyerahan kelulusan tanah itu, Hamidah menjanjikan bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 3 bulan dan bangunan baru itu akan siap bina selepas 1 tahun.
Tetapi, ujarnya sekarang sudah 7 bulan tetapi tidak ada apa-apa perkembangan tentang bangunan baru untuk sekolah tersebut.
Beliau menambah, Barisan Nasional telah menipu masyarakat India selama lebih 50 tahun dan masih meneruskan usaha-usaha itu dengan mempermainkan perasaan hati mereka.
“Saya terpaksa bertikam lidah dengan Datuk Hamidah Osman dalam persidangan Dewan negeri kali ini. Beliau mendakwa bahawa beliaulah yang telah berusaha untuk mendapatkan tanah untuk SJKT Gunung Rapat.
“Saya menegaskan dalam dewan yang mulia bahawa SJKT Gunung Rapat mendapat tanah di Ampang atas usaha dan perjuangan Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Sumber HD - 23-12-2012
Program khas 'ajar' Orang Asal pangkah BN?
Harakahdaily, | 26 Dis 2012 |
IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.
Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.
Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.
"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.
"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.
Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.
Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong, YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin dan Exco AMK Pusat Sandrea Ng.
Turut bersama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian.
Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan.
"Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.
"Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional," kata mereka lagi.
Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu.
Sumber HD - 26-12-2012
WWW1: TV3 akui tak buat pengesahan twitter Nizar
Muhammad Faeez Azahar, | 03 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dalam perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3, Pengarang Urusan Kumpulan Editor Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah mengakui bahawa TV3 tidak membuat sebarang usaha untuk pengesahan daripada sumber asalnya.
Ketika diajukan soalan oleh Peguam mewakili Nizar, Mohd Fitri Asmuni, defendan (Ashraf) bersetuju ianya perlu dibuat sedemikian mengikut etika dan amalan media.
Ashraf yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang tersebut turut bersetuju isu yang dilaporkan oleh TV3 menerusi Buletin Utama 30 Mei tahun lalu berkenaan Twitter plaintif (Mohammad Nizar) adalah isu besar dan serius.
Ini kerana ianya melibatkan Plaintif sebagai tokoh politik dan Istitusi Di Raja iaitu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.
Defenden turut bersetuju bahawa dalam kes-kes yang dianggap serius sebegini, sekiranya defendan-defendan gagal mendapatkan pengesahan sebelum sesuatu berita itu diterbitkan, ianya akan menjejaskan salah satu pihak.
Sementara itu, Mohammad Nizar yang juga Mantan Menteri Besar Perak mendakwa, TV3 telah memutar belitkan kenyataannya di laman sosial tersebut yang langsung tidak menyebut Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1.
Jelas beliau, TV3 perlu menyemak tentang kesahihan berita tersebut sebelum disiarkan kepada umum.
Katanya, ianya mungkin bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ahli politik, ahli parlimen dan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Jelas beliau, penyiaran berita yang diputarbelitkan itu berniat jahat untuk memberi gambaran negatif terhadapnya berkaitan dengan istitusi Di Raja.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman media tersebut sebanyak RM50 juta selepas memfitnah beliau mengatakan Nizar menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu.
Perbicaraan tersebut berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur ditangguhkan dan akan bersambung Jumaat ini.
Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dan Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Safarizal Saleh.
Sumber HD - 3-1-2013
WWW1:TV3 setuju perlu buat rujukan dari Nizar
Muhammad Faeez Azahar, | 05 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:Timbalan Pengarang Berita Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Mohd Ashraf Abdullah bersetuju bahawa pihaknya perlu membuat rujukan daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi memastikan berita yang dilaporkan tidak lari daripada maksud sebenar sesuai dengan prinsip adil dan tepat.
Katanya, pihaknya mengakui tidak membuat rujukan serta tidak mendapatkan kenyataan daripada Nizar (plaintif) tentang kesahihan berita tersebut sebelum menyiarkannya di Buletin Utama.
Bagaimanapun beliau tidak bersetuju bahawa TV3 bersikap tidak adil dan tepat dalam mengeluarkan berita dalam Buletin Utama berhubung isu WWW1 pada 30 mei tahun lalu itu.
Bercakap dalam perbicaraan kes saman itu semalam, Ashraf sebagai defendan bagaimanapun berkata, TV3 menepati prinsip adil dan dalam memaparkan berita tersebut.
Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni turut mempersoalkan kenapa pihak defendan tidak memaparkan Twitter asal Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam berita tersebut.
Ashraf yang lebih 30 tahun dalam bidang tersebut menjawab ianya tiada keperluan untuk dipaparkan sebaliknya katanya kenyataan Nizar itu telah diolah menjadi menjadi berita.
Peguam Nizar mengatakan kepada defendan adakah tindakan tidak memaparkan twitter asal plaintif adalah bertujuan untuk meyakinkan penonton tentang berita TV3 namun ianya tidak dipersetujui oleh defendan.
Mohammad Nizar sebelum ini telah mengambil keputusan menyaman media tersebut setelah memfitnahnya dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat kenderaan WWW1.
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur itu akan bersambung 11 Januari depan jam 10 pagi.
Sumber HD - 5-1-2012
PRU13: PAS Perak bertemu pengundi di Lembah Klang
Harakahdaily, | 06 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.
Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
“Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan seterusnya mengundi PR kelak,” kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri, Salman Saleh (gambar).
Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang akan hadir nanti.
“Kami yakin usaha-usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar buat PR Perak terutamanya dan PR di peringkat nasional amnya,” ujarnya.
Justeru, beliau menyeru dan mengharapkan semua pengundi-pengundi yang berdaftar di Perak yang tinggal di sekitar Lembah Klang terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir beramai-ramai kelak.
Pihaknya juga akan membuka kaunter mengikut Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi tujuan kemaskini dan semakan daftar pemilih pengundi di Perak.
“Kami berkeyakinan pengundi-pengundi berdaftar di Perak yang berada di Lembah Klang akan hadir memberikan sokongan kepada PR Perak bagi menghadapi PRU13 nanti,” katanya.
Jom yeop & yong datang jumpa teman di sana yer!

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini dan adalah milik peribadi akaun pemilik laman sosial ini. Dengan itu, segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Kampung Banjir yang sentiasa dilanda banjir
Insan Prihatin, |
Assalamualaikum W.B.T,
Kepada pihak editor Harakah,
Saya insan prihatin dari Kuala Kangsar, Perak dan juga mewakili penduduk Kampung Banjir ingin meyuarakan ketidakpuasan hati kami.
Untuk pengetahuan pihak tuan kampung kami bernama Kampung Banjir kerana kerap banjir yang berlaku di kampung kami.
Dah terlalu lama kami menahan perit di mana setiap kali hujan kampung kami akan dinaiki air malah turut memasuki rumah penghuni kampung.
Prosedur biasa lepas banjir puak puak Umno akan datang untuk ambil nama dan bagi bantuan RM200.
Untuk pengetahuan pihak tuan RM200 tak cukup pun, barang yang rosak mencecah RM1000.
Bila saya renung kembali kenapa boleh terjadi macam ini, sebabnya sistem perparitan kg kami sangat tidak dijaga (disertakan gambar utk pihak tuan sebagai bukti).
Terdapat lapan kawasan di mana airnya mengalir masuk melalui sistem perparitan kami antaranya Taman Kuala Kangsar, Perindustrian Perak Tex, Taman Anggerik, Stesen keretapi Kuala Kangsar dan beberapa tempat lain.
Kami dah buat aduan malah puak puak Umno ini dah cakap dah submit kepada pihak bertanggungjawab untuk pembersihan tapi dah lima bulan tak da tindakan.
Maka saya mengambil langkah ini agar kampung kami diberi perhatian yang serius.
Di sini juga saya sertakan beberapa nama penduduk kampung yang boleh dirujuk oleh pihak tuan:
Encik Yusuf - 05 7769804
Encik Rizalwan - 0175768604
Encik Nazrin -017 5296086
alamat penuh JALAN RAJA PEREMPUAN TAAYAH,33000,KAMPUNG BANJIR,KUALA KANGSAR, PERAK.
Beberapa keping gambar bukti banjir dan parit di kampung kami yang tidak diselenggara.
MOHON JASA BAIK PIHAK EDITOR MEMBANTU KAMI..
sekian terima kasih,
Insan Prihatin

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat
http://milosuam.blogspot.com, | 08 Jan 2013 |
AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.
Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.
Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.
Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan syarikat perkapalan negara.
Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan empayarnya.
Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.
Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.
ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... "
Peringatan Penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)
Bekas buruh paksa akan turut hadir bersama sejuta rakyat Malaysia!
Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.
Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.
Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan syarikat perkapalan negara.
Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan empayarnya.
Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.
Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.
ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... "
Peringatan Penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)
Bekas buruh paksa akan turut hadir bersama sejuta rakyat Malaysia!
Bapak segala Himpunan, Bapak Segala Bantahan!
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Kampung tiada jambatan dapat perhatian PAS
Harakahdaily, | 09 Jan 2013 |
LARUT: PAS Kawasan Larut yang diketuai Ketua Penerangannya,Ustaz Akmal Kamaruddin dan mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang juga calon PAS di Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari meneruskan misi menyantuni masyarakat di sekitar Kampung Ulu Damak yang terletak dalam Dun Selama baru-baru ini.
Akmal menjelaskan, dalam program tersebut pihaknya telah mengunjungi 20 buah rumah penduduk di kampung tersebut dan kesempatan itu digunakan untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang kurang berkemampuan.
Di awal kunjungan ke kampung itu, Akmal berkata pihaknya mendapati kampung tersebut yang terletak di seberang sungai tidak mempunyai jambatan sebagai laluan penghubung menyebabkan beliau dan rombongan terpaksa meranduk air sungai untuk ke seberang. (Gambar)
Kegagalan kerajaan menyediakan prasarana yang lengkap seperti jambatan sebagai laluan kemudahan kepada penduduk-penduduk di situ mengundang kekesalan pihaknya.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dalam tempoh 55 tahun negara kita merdeka, kenapa masih ada rakyat yang ketinggalan daripada menikmati arus pembangunan?” soal Akmal.
Seterusnya, rombongan PAS kawasan yang diketuai Akmal dan Fauzi turut berkunjung ke Kampung Bukit Torak untuk sesi beramah mesra dan santai bersama pemuda-pemuda PAS di cawangan itu sebelum melakukan kunjungan ke atas Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Mad Shuhor di kediamannya.
Akmal menjelaskan, dalam program tersebut pihaknya telah mengunjungi 20 buah rumah penduduk di kampung tersebut dan kesempatan itu digunakan untuk menghulurkan sumbangan kepada beberapa orang penduduk yang kurang berkemampuan.
Di awal kunjungan ke kampung itu, Akmal berkata pihaknya mendapati kampung tersebut yang terletak di seberang sungai tidak mempunyai jambatan sebagai laluan penghubung menyebabkan beliau dan rombongan terpaksa meranduk air sungai untuk ke seberang. (Gambar)
Kegagalan kerajaan menyediakan prasarana yang lengkap seperti jambatan sebagai laluan kemudahan kepada penduduk-penduduk di situ mengundang kekesalan pihaknya.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dalam tempoh 55 tahun negara kita merdeka, kenapa masih ada rakyat yang ketinggalan daripada menikmati arus pembangunan?” soal Akmal.
Seterusnya, rombongan PAS kawasan yang diketuai Akmal dan Fauzi turut berkunjung ke Kampung Bukit Torak untuk sesi beramah mesra dan santai bersama pemuda-pemuda PAS di cawangan itu sebelum melakukan kunjungan ke atas Ketua PAS Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Mad Shuhor di kediamannya.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Wang pampasan: Penjelasan Harakahdaily
Harakahdaily, | 09 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Harakahdaily tidak pernah membuat berita bahawa Kedutaan Jepun mengesahkan penyerahan wang pampasan bernilai RM207 bilion.
Yang dilaporkan oleh Harakahdaily adalah kedutaan Jepun mengesahkan membuat bayaran "sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia."
Ini kerana, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, tidak pernah menyebut angka itu.
Beliau hanya berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.
Yang menimbulkan masalah adalah portal-portal lain menokok tambah dalam berita mereka kononnya "wang RM207 bilion itu yang diserahkan."
Suegami dalam kenyataannya sebahagaimana yang disiarkan Malaysiakini berkata, pampasan bagi negara bekas tanah jajahan British sepanjang perang itu telah dibayar sepenuhnya di bawah Perjanjian San Francisco yang berkuatkuasa pada 1952.
Jelasnya, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk mempromosi kerjasama ekonomi pada 21 September 1967, di mana Jepun bersetuju untuk membekalkan geran produk dan perkhidmatan kepada Malaysia bernilai RM25 juta.
Berikut adalah berita asal Harakahdaily yang dipetik oleh pelbagai portal selepas itu.
Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan
Salmiyah Harun, | 03 Jan 2013 |
(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,
"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.
Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."
Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.
Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.
Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.
Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.
Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.
(Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan)
Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.
Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.
"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.
"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.
Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".
Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.
"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".
Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.
Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.
"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.
Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Kisdar: Tahniah 'jika' dekan telah dibenar berpolitik
Harakahdaily, | 09 Jan 2013 |
IPOH: PAS Perak merakam tahniah kepada Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) kerana dilihat membenarkan kakitangannya giat terlibat dalam politik kepartian.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Salman Salleh berkata, seorang dekan kampus itu, dilihat aktif berceramah di pentas Umno dan terbaru anjuran Umno Cawangan Sungai Air Tawar pada 19 Disember 2012 yang lalu di Dewan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
Meurut Salman, ianya menunjukkan sikap positif daripada pengurusan Kisdar kerana memberikan laluan dan keizinan kepada kakitangannya untuk bergiat aktif di dalam politik kepartian.
Malah katanya, Kisdar menyahut seruan perlembagaan negara yang mengamalkam demokrasi berparlimen dan akan turut mengizinkan pensyarah pensyarah tetap dan kontrak untuk aktif dalam mana mana pertubuhan politik yang sihat.
"Kami berharap dengan penglibatan secara terus kepada politik kepartian ini tidak akan membantutkan usaha menaik taraf Kisdar kepada Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (Kuisas).
"Malah kami melihat keberanian beberapa pimpinan Umno Bahagian yang telah menyertai Kisdar dalam tempoh beberapa tahun ini dan masih lagi aktif dalam politik sebagai contoh terbaik," katanya sinis.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa pengurusan Kisdar mampu menyahut inspirasi Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar kampus setaraf dengan universiti lain di dalam negara ini setelah di naik tarafkan menjadi Kuisas kelak.
"Malah kami amat bersetuju ruang ini turut diberikan kepada semua kakitangan Kisdar tanpa mengira fahaman parti politik mana yang dipilih bagi menunjukkan kematangan dan keterbukaan Kisdar sekarang ini," katanya.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak Salman Salleh berkata, seorang dekan kampus itu, dilihat aktif berceramah di pentas Umno dan terbaru anjuran Umno Cawangan Sungai Air Tawar pada 19 Disember 2012 yang lalu di Dewan DUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.
Meurut Salman, ianya menunjukkan sikap positif daripada pengurusan Kisdar kerana memberikan laluan dan keizinan kepada kakitangannya untuk bergiat aktif di dalam politik kepartian.
Malah katanya, Kisdar menyahut seruan perlembagaan negara yang mengamalkam demokrasi berparlimen dan akan turut mengizinkan pensyarah pensyarah tetap dan kontrak untuk aktif dalam mana mana pertubuhan politik yang sihat.
"Kami berharap dengan penglibatan secara terus kepada politik kepartian ini tidak akan membantutkan usaha menaik taraf Kisdar kepada Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (Kuisas).
"Malah kami melihat keberanian beberapa pimpinan Umno Bahagian yang telah menyertai Kisdar dalam tempoh beberapa tahun ini dan masih lagi aktif dalam politik sebagai contoh terbaik," katanya sinis.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa pengurusan Kisdar mampu menyahut inspirasi Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar kampus setaraf dengan universiti lain di dalam negara ini setelah di naik tarafkan menjadi Kuisas kelak.
"Malah kami amat bersetuju ruang ini turut diberikan kepada semua kakitangan Kisdar tanpa mengira fahaman parti politik mana yang dipilih bagi menunjukkan kematangan dan keterbukaan Kisdar sekarang ini," katanya.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Pampasan Jepun: Nizar buat PC khas hari ini
Harakahdaily, | 09 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan mengadakan satu sidang media (PC) khas hari ini ekoran skandal wang pampasan pembinaan landasan keretapi maut Jepun.
Beliau dijangka akan mendedahkan beberapa dokumen penting berkaitan dengan isu ini ekoran kecelaruan selepas kenyataan pegawai Kedutaan Jepun semalam.
Sidang media ini akan diadakan jam 2 petang nanti di Pejabat Agung PAS.
Semalam Pegawai Kedutaan Jepun menafikan dakwaan kononnya beliau mengesahkan penyerahan wang RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia.
Apa yang berlaku adalah salah petik dari beberapa media terhadap laporan Harakahdaily.
Harakahdaily melapor kedutaan Jepun mengesahkan penyerahan sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia namun tidak dinyatakan jumlahnya kerana pegawai itu akan menyemak dahulu dengan Tokyo mengenainya.
Namun beberapa media memetik berita Harakahdaily itu dengan menokot tambah wang berjumlah RM207 juta itu.
Akhbar The Star milik MCA juga melaporkan perkara itu dengan memberikan imej buruk kepada Nizar.
The Star melaporkan, Kedutaan Jepun menafikan pembayaran RM207 bilion itu.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun, Takaharu Suegami menyatakan perkara ini bagi menjawab laporan media yang mendakwa Nizar sebagai berkata begitu.
Takaharu berkata, dakwaan itu diluar pengetahuan dan campurtangan kerajaan negeri Jepun.
Sebelum ini Harakahdaily melaporkan, Nizar mendakwa kerajaan negeri Jepun telah membayar wang sebanyak RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa pembinaan keretapi maut itu.
Namun sehingga kini mangsa atau waris mereka belum menerima sebarang wang pampasan itu.
Dakwaan itu dibuat Nizar dalam sidang Parlimen sessi lepas.
Sementara itu, Utusan pada 11 Mei 2007 pernah melaporkan, kes tuntutan buruh paksa Landasan Kereta Api Maut Jepun dianggap selesai oleh kerajaan Malaysia sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek.
Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.
Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).
Ini yang menyebabkan mangsa ini tidak berpuashati kerana wang pampasan itu sepatutnya diperolehi oleh mereka.
LAPORAN BERKAITAN

‘Japan did not pay RM207bil’
Wang pampasan: Penjelasan Harakahdaily
Tubuh s'jaya bebas siasat pampasan ‘landasan maut’
Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan
Kes tuntutan buruh paksa selesai
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Pampasan RM207b: 'Saya tak halal dunia akhirat'
Mohamad Faeez Azahar, | 09 Jan 2013 |
Negara digemparkan dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tentang wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946. Wartawan Harakah, MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR menemuramah Pak Hashim Yaakob, 112, iaitu bekas buruh paksa pada tahun 1942 hingga 1946 di kediamannya baru-baru ini.
Sejak bila pakcik jadi buruh paksa?
Pakcik mula jadi buruh pada tahun 1942. (Pada ketika itu) pakcik baru berumur 20an. pakcik pulang ke Malaysia pada tahun 1946 diambil oleh wakil negara ketika itu.
Semasa menjadi buruh paksa, berapakah upah atau gaji yang diberikan oleh pihak Jepun?
Sehari pakcik diberi gaji RM3 saja untuk sehari, setiap bulan mereka akan bagi (kepada) kami.
Bagaimana teruk dan deritanya menjadi buruh paksa Jepun?
Mula-mula jadi buruh paksa, pakcik bersama kumpulan kira-kira 32 orang terpaksa berjalan kaki selama 16 hari daripada Padang Besar ke Timunta. Pakcik pergi (ketika itu) di peringkat ketiga bermakna ada orang sudah dahulu menjadi buruh paksa.
Kami dipukul oleh pihak Jepun jika tidak mendengar perintah dan arahan daripada mereka. Namun Jepun tidak mengasari kami jika patuh dengan arahan yang diberikan. Sepanjang pakcik menjadi buruh paksa, Jepun tak pernah pukul pakcik.
Macam-macam kerja yang kami kena buat, bukan sahaja landasan kereta api.
Bagaimana dengan aspek makanan dan kesihatan buruh paksa?
Jepun sediakan makanan untuk kami 5 kali sehari disetiap di tempat-tempat tertentu di sepanjang perjalanan. Ada pekerja yang menyediakan makanan. Mereka juga ada sediakan perubatan dan doktor untuk merawat kami.
Pakcik pulang dengan selamat, bagaimana pula buruh paksa yang lain?
Pakcik diambil pulang oleh pihak Malaysia bersama dua orang lagi, yang lain semua mati di sana. Ramai yang mati disepanjang perjalanan untuk menyiapkan landasan itu. Kalau ada buruh yang sakit atau mati, Jepun akan tinggalkan mereka (begitu sahaja) dan teruskan perjalanan.
Apabila balik ke Malaysia, ada apa-apa janji dan bantuan daripada kerajaan?
Selepas pulang daripada Siam sehingga sekarang tak ada langsung pembelaan atau janji daripada kerajaan. Tak ada sapa yang jumpa pakcik dan maklumkan apa-apa kepada pakcik. Satu sen pun pakcik tak dapat daripada kerajaan.
Pakcik tahu tak Jepun sudah membayar pampasan RM207 billion kepada kerajaan untuk diberikan kepada buruh-buruh paksa?
Pakcik langsung tidak tahu, sampailah Datuk (Seri) Nizar datang melawat saya dan maklumkan tentang pampasan. Pakcik sangat terkejut kerana tidak tahu menahu.
Apa perasaan pakcik apabila mendapat tahu Jepun sudah beri pampasan sedangkan pakcik tak dapat apa-apa?
Rasa terkilan kerana langsung tidak diberi tahu sedangkan Datuk Nizar kata kerajaan Jepun sudah beri pampasan itu pada tahun 2004, sekarang dah 2012.
Pakcik rasa duit pampasan itu hak pakcik?
Ya, sudah tentu. Bukan hak pakcik saja, itu hak semua bekas-bekas buruh paksa. Kami sudah menderita bertahun-tahun dizalimi Jepun.
Apa pesanan pakcik kepada kerajaan?
Saya harap kerajaan bagi tau kepada rakyat Malaysia (tentang pampasan itu) dan memberi secepat mungkin kepada buruh-buruh atau warisnya. Saya secara peribadi tidak halal dunia akhirat kalau kerajaan tak bagi duit itu kerana itu hak saya. Itu bukan hak mereka, itu hak kami!
Pakcik sokong tindakan PAS untuk membantu memperjuangkan hak buruh paksa ini?
Pakcik sangat sokong. Syukur alhamdulillah kerana PAS telah memperjuangkan hak pakcik dan buruh paksa lain. Kalau tidak, sampai bila pakcik tak tahu kerajaan Jepun ada bagi pampasan.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Nizar dedah dokumen RM207 bilion
Harakahdaily, | 09 Jan 2013 |
Nizar menunjukkan dokumen yang diedarkan kepada wartawan pada sidang media.
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun.
(Surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan)
Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu.
Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011.
Pendedahan ini dibuat Nizar dalam sidang media khasnya hari ini.
Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu.
(Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan)
Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia."
Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran.
Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. Kertas Kabinet sedang disediakan untuk tindakan seterusnya."
Surat ini ditandatangani oleh Hasin bin Razak, Deputy Director of Management Division, Attorney General Chambers.
Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya.
Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. Beliau akan merujuk balik kepada Tokyo mengenainya.
Wakil Kedutaan kemudiannya menafikan wang RM207 bilion itu yang dirujuk.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Jangan khianati wang pampasan 'landasan maut'
Anis Nazri, | 09 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Wang pampasan buruh paksa Landasan Kereta Api Maut Jepun yang digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) merupakan satu tindakan yang tidak wajar.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa ataupun waris mereka.
"Sewajarnya wang itu untuk mangsa. Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina, tidak kurang juga mati ketika itu.
"Bagaimana kerajaan boleh menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Tambah beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.
Shabery, ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.
Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.
Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.
Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.
Beliau ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia, namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut.
YB Ir MNJ : http://www.youtube.com/watch?v=TxFWrqxL61U
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata wang tersebut sepatutnya diserahkan kepada mangsa buruh paksa ataupun waris mereka.
"Sewajarnya wang itu untuk mangsa. Bayangkan ada di kalangan mereka yang hilang kerana dipaksa membina, tidak kurang juga mati ketika itu.
"Bagaimana kerajaan boleh menggunakan wang darah tersebut untuk membina MISC?" soal beliau pada satu sidang media khas, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Tambah beliau, tindakan itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak mempunyai sikap kemanusiaan dan peka terhadap mangsa buruh paksa tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang pernah dilaporkan Utusan Malaysia, bertarikh 11 Mei 2007 yang menyatakan wang tersebut digunakan untuk penubuhan MISC.
Shabery, ketika itu yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, dilaporkan berkata kes itu dianggap selesai.
Menurut beliau, ini berikutan satu perjanjian berkaitan bekas buruh paksa Jepun yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun pada 21 September 1967.
Mengikut perjanjian tersebut, katanya, kerajaan Jepun bersetuju membayar wang darah kepada Malaysia dan wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan MISC.
Sebelum ini, isu berkaitan pampasan ini pernah dibangkitkan Nizar ketika perbahasan belanjawan 2013, hujung tahun lalu.
Beliau ketika itu meminta Menteri Kewangan menjelaskan status kedudukan wang tersebut yang dikatakan sudah dibayar kerajaan Jepun kepada Malaysia, namun mangsa ataupun waris masih tidak menerima wang tersebut.
YB Ir MNJ : http://www.youtube.com/watch?v=TxFWrqxL61U
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
2 video: Kereta JPJ dibakar selepas terlibat kemalangan
http://aiyangdisayang.blogspot.com, | 11 Jan 2013 |
Wah ini betul-betul kecoh ni.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Fitnah Pisau.net untuk tutup skandal Zambry
Salmiyah Harun, | 17 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Tindakan blogger Umno menarik balik tuduhan terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng berhubung pemberian tanah membuktikan cubaan Umno BN untuk memburukkan-burukan Pakatan Rakyat.
Berminggu-minggu akhbar Umno Utusan Malaysia memainkan isu ini untuk memfitnah Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk menutup skandal yang membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin percaya Umno sengaja membuat fitnah itu untuk mengalih pandangan masyarakat dari skandal melibatkan pemberian projek kepada pegawai khas Zambry.
Sebelum ini, Nizar pernah mendedahkan di sidang Dun Perak berhubung satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd di mana ianya mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.
Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.
Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak.
Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif.
Dalam pada itu, Nizar turut mendedahkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.
"Skandal inilah yang saya timbulkan, untuk elakkan isu ini mendapat pandangan masyarakat akhbar Umno sengaja memfitnah isu pemberian tanah di Kelantan pula.
"Akhirnya bloger Umno semudah itu menarik balik tuduhannya dan mengaku ada kesilapan fakta, takut dengan saman mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Nizar, blogger Pisau.net adalah blogger upahan Zambry untuk membuat fitnah itu.
Pada 13 Januari baru-baru ini, blog Pisau.net membuat pembetulan terhadap kenyataanya berhubung pertukaran tanah dan jawatan Menteri Besar Perak dan menarik balik fitnahnya dengan mengatakan tidak berlaku pemberian tanah secara percuma.
"Pisau mendapati berlaku percanggahan fakta yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber sebelum ini dan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan demi kebenaran," demikian sebagaimana dipetik dari blog terbabit.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-1-2013
(Raja Iskandar membacakan kenyataannya kepada media selepas penyerahan memorandum)
IPOH: Ekoran dakwaan media Umno perlantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak kerana rasuah dari Menteri Besar Kelantan, PAS Perak menyerahkan memorandum kepada Istana Perak hari ini.
Penyerahan itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Iskandar Alhiss dan AJK Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria.
Blogger Pisau.net sebelum ini mendakwa Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberikan tanah kepada DAP Perak untuk membolehkan Nizar dilantik sebagai MB.
Laporan itu kemudiannya dipetik berminggu-minggu oleh media Umno khasnya Utusan dengan menyerang Tuan Guru Nik Aziz.
Beberapa hari lalu, blogger Pisau.net memasukkan 'ralat' dalam blognya bertajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan"
Dalam ralat itu, Pisau.net memasukkan fakta bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu".
Dakwaan lantik Nizar kerana rasuah diadu ke Istana Perak
Harakahdaily, | 17 Jan 2013 |

“Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci,” tulis Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013, Muhammad Hanif Abdullah di dalam blog http://kpipm64.blogspot.com.
Katanya, setelah gagal mendapat respons yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.
Menurutnya lagi, setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.
Maklumat lanjut http://kpipm64.blogspot.com/2013/01/kalam-ydp-pegawai-pukul-pelajar.html
Debat: PR Perak masih tunggu respons Zambry
Muhammad Faeez Azahar, | 21 Jan 2013 |
IPOH: Pakatan Rakyat Perak masih menunggu respons daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang jemputan debat yang dianjurkan.
Jurucakap Jawatankuasa Teknikal Debat Darul Ridzuan, Safarizal Saleh berkata, sehingga hari Pengerusi BN negeri itu belum memberi maklum balas rasmi.
Menurutnya, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada Zambry di Pejabat Umno Perak minggu lalu.
Safarizal menjelaskan, pihaknya kesal apabila Zambry hanya membuat kenyataan keengganan berdebat di Utusan Malaysia hari ini.
“Zambry tidak professional kerana hanya memberi respons di akhbar Utusan, sepatutnya membalas surat rasmi yang telah dihantar kepada beliau,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Penerangan PAS Perak menjelaskan, pihaknya masih mengalu-alukan kesanggupan Zambry hadir ke program tersebut walaupun sudah membuat kenyataan ketidakhadirannya di akhbar Utusan.
Jelasnya, Zambry sebagai menteri besar sepatutnya bersifat terbuka dan menyahut pelawaan itu kerana ia memberi peluang kedua-dua belah pihak untuk menjelaskan segala isu-isu yang dibangkitkan khususnya di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.
Katanya, debat secara sihat ini akan menjernihkan segala persoalan yang belum dijawab termasuklah pemberian projek perhotelan Rumah Perak di Batu Feringgi dan pemberian kawasan balak kepada 6 syarikat milik seorang individu berumur 28 tahun.
Debat ini juga katanya akan menjawab segala dakwaan yang dilontarkan Adun Umno di sidang Dun yang mengatakan Kerajaan Kelantan memberi tanah kepada Adun DAP Perak untuk melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi menteri besar.
“Zambry sepatutnya berani bersemuka menjawab segala tuduhan ini dan saya pasti rakyat di negeri ini sangat berharap kehadiran beliau bagi menjawab segala persoalan,” tegasnya.
Safarizal berkata, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah menyatakaan kesediaan untuk berdebat.
Jurucakap Jawatankuasa Teknikal Debat Darul Ridzuan, Safarizal Saleh berkata, sehingga hari Pengerusi BN negeri itu belum memberi maklum balas rasmi.
Menurutnya, pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada Zambry di Pejabat Umno Perak minggu lalu.
Safarizal menjelaskan, pihaknya kesal apabila Zambry hanya membuat kenyataan keengganan berdebat di Utusan Malaysia hari ini.
“Zambry tidak professional kerana hanya memberi respons di akhbar Utusan, sepatutnya membalas surat rasmi yang telah dihantar kepada beliau,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Penerangan PAS Perak menjelaskan, pihaknya masih mengalu-alukan kesanggupan Zambry hadir ke program tersebut walaupun sudah membuat kenyataan ketidakhadirannya di akhbar Utusan.
Jelasnya, Zambry sebagai menteri besar sepatutnya bersifat terbuka dan menyahut pelawaan itu kerana ia memberi peluang kedua-dua belah pihak untuk menjelaskan segala isu-isu yang dibangkitkan khususnya di persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.
Katanya, debat secara sihat ini akan menjernihkan segala persoalan yang belum dijawab termasuklah pemberian projek perhotelan Rumah Perak di Batu Feringgi dan pemberian kawasan balak kepada 6 syarikat milik seorang individu berumur 28 tahun.
Debat ini juga katanya akan menjawab segala dakwaan yang dilontarkan Adun Umno di sidang Dun yang mengatakan Kerajaan Kelantan memberi tanah kepada Adun DAP Perak untuk melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi menteri besar.
“Zambry sepatutnya berani bersemuka menjawab segala tuduhan ini dan saya pasti rakyat di negeri ini sangat berharap kehadiran beliau bagi menjawab segala persoalan,” tegasnya.
Safarizal berkata, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah menyatakaan kesediaan untuk berdebat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-1-2013
Kronologi Pegawai HEP pukul pelajar Perak Mesir
Harakahdaily, | 25 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Pada 19 Januari lalu, para pelajar Perak di Mesir dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di negara itu yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.
“Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci,” tulis Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013, Muhammad Hanif Abdullah di dalam blog http://kpipm64.blogspot.com.
Katanya, setelah gagal mendapat respons yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.
Menurutnya lagi, setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut.
Maklumat lanjut http://kpipm64.blogspot.com/2013/01/kalam-ydp-pegawai-pukul-pelajar.html
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-1-2013
Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar.
“Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?” tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan.
Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar.
“Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi ‘membersihkan’ nama menteri besar,” ujarnya.
Tapisan calon: PAS Perak persoal MB mana terlibat
Harakahdaily, | 25 Jan 2013 |
IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat prihatin dalam menunggu keputusan Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melaporkan kegagalan beberapa pimpinan bertaraf menteri di dalam ujian tapisan yang dilakukannya.
Laporan berita SPRM menyebut beberapa orang menteri mempunyai masalah dengan undang-undang juga melibatkan seorang menteri besar.
“Persoalan awal kami, adakah ia melibatkan Menteri Besar Negeri Perak?” tanya Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam satu kenyataan.
Katanya, ini ekoran beberapa laporan SPRM yang telah PAS negeri buat termasuk isu projek perhotelan di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang di samping beberapa pendedahan lain di dalam persidangan Dun oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin baru-baru ini yang melibatkan pegawai khas menteri besar.
“Kami konsisten daripada awal laporan SPRM ini dibuat meminta agar disegerakan siasatan terhadap isu ini bagi ‘membersihkan’ nama menteri besar,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-1-2013
IPOH: Dua NGO anak muda hari ini menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir berhubung insiden seorang pelajar dari negeri itu di Mesir yang didakwa dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak.
Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan memorandum tersebut ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman.
Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar pegawai HEP tersebut dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.
Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah mendapat pelbagai aduan tentang pegawai HEP terbabit dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.
“Beliau (pegawai HEP terbabit) dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan.
“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.
Selain itu, Hafez mendedahkan, pihaknya juga sering menerima aduan tentang sikap pegawai tersebut yang tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan bersikap sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.
“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, Hafez menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama pegawai terbabit dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.
Katanya, bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang pegawai itu yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda Umno di Mesir sudah diperolehinya.
Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.
Laporan berkaitan:
1- http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16324-kronologi-pegawai-hep-pukul-pelajar-perak-mesir
2. http://www.youtube.com/watch?v=Ez0UOFBan9E&feature=youtu.be
Dipukul HEP: NGO serah memo kepada MB Perak
Muhammad Faeez Azahar, | 25 Jan 2013 |

Bapa pelajar dipukul di Mesir akan ambil tindakan
Muhammad Faeez Azahar, | 29 Jan 2013 |
IPOH: Bapa kepada mahasiswa yang ditampar oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak (HEP) Mesir tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang atas kejadian tesebut.
Ahmad Po’aad berkata, insiden tersebut sangat serius kerana ianya melibatkan soal maruah keluarga beliau.
Menurutnya, keluarga beliau sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional oleh pegawai tersebut dan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap isu itu, kemungkinan tindakan selanjutnya akan di ambil.
“Saya mendesak agar Datuk Seri Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang bertanggungjawab ke atas isu ini segera mengambil tindakan yang tegas hasil siasatan yang dilakukan pihak beliau.
“Saya tidak mahu isu ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan terhadap Pegawai HEP tersebut,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas perbincangan dengan Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) di Ipoh, hari ini. (Gambar)
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya telah menghubungi peguam bagi membincangkan tindakan selanjutnya yang akan diambil kepada pegawai tersebut.
Kata beliau, tindakan tersebut sangat berat dan bukannya perkara biasa kerana ianya turut membabitkan soal keselamatan anaknya yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.
“ Ini adalah soal maruah keluarga saya, pegawai HEP tersebut tidak ada hak untuk menampar anak saya sedangkan anak saya berada di pihak yang benar ketika itu.
“Sebagai seorang pegawai beliau perlu mempunyai etika yang tinggi dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa disana,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, pihaknya akan terus mendapatkan maklumat tentang kejadian itu demi mempertahankan nasib mahasiswa yang dizalimi itu.
Pada 19 Januari lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di Mesir dikatakan telah memukul seorang pelajar tanpa alasan dan sebab yang munasabah dan beberapa NGO telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar mendesak menyiasat perkara itu secara terperinci.
Kenyataan media 1 : http://www.youtube.com/watch?v=55nfAGVPWEc
Kenyataan Media 2 : https://www.youtube.com/watch?v=oGL1a2XQA3g&feature=youtu.be
Ahmad Po’aad berkata, insiden tersebut sangat serius kerana ianya melibatkan soal maruah keluarga beliau.
Menurutnya, keluarga beliau sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional oleh pegawai tersebut dan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap isu itu, kemungkinan tindakan selanjutnya akan di ambil.
“Saya mendesak agar Datuk Seri Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang bertanggungjawab ke atas isu ini segera mengambil tindakan yang tegas hasil siasatan yang dilakukan pihak beliau.
“Saya tidak mahu isu ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan terhadap Pegawai HEP tersebut,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas perbincangan dengan Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) di Ipoh, hari ini. (Gambar)
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya telah menghubungi peguam bagi membincangkan tindakan selanjutnya yang akan diambil kepada pegawai tersebut.
Kata beliau, tindakan tersebut sangat berat dan bukannya perkara biasa kerana ianya turut membabitkan soal keselamatan anaknya yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.
“ Ini adalah soal maruah keluarga saya, pegawai HEP tersebut tidak ada hak untuk menampar anak saya sedangkan anak saya berada di pihak yang benar ketika itu.
“Sebagai seorang pegawai beliau perlu mempunyai etika yang tinggi dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa disana,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, pihaknya akan terus mendapatkan maklumat tentang kejadian itu demi mempertahankan nasib mahasiswa yang dizalimi itu.
Pada 19 Januari lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di Mesir dikatakan telah memukul seorang pelajar tanpa alasan dan sebab yang munasabah dan beberapa NGO telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar mendesak menyiasat perkara itu secara terperinci.
Kenyataan media 1 : http://www.youtube.com/watch?v=55nfAGVPWEc
Kenyataan Media 2 : https://www.youtube.com/watch?v=oGL1a2XQA3g&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-1-2013
IPOH: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa kesal berhubung kejadian pencemaran yang berlaku di Papan, Perak baru-baru ini walau pun tapak pelupusan sampah di tempat itu memulakan operasinya tidak sampai setahun.
(Belum setahun beroperasi, baunya memualkan penduduk sekitar)
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris dalam kenyataannya berpendapat, masalah ini tidak akan berlaku jika perancangan awal projek berkenaan dibuat secara teliti dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perkara tersebut dilaksanakan dengan tegas.
CAP menegaskan adalah penting bagi kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat kajian tentang kesan ke atas alam sekitar dan maklum balas dari penduduk tempatan terlebih dulu sebelum projek ini dilaksanakan.
Selain penduduk Papan, penduduk-penduduk di enam buah buah kampung berhampiran turut diancam masalah itu. Kampung-kampung tersebut ialah Lahat, Siputih,Pusing,Bemban, Bukit Merah dan Menglembu.
Kerana tidak tahan ancaman bau busuk yang di alami dan masalah kesihatan yang mungkin berlaku lebih kurang 500 orang mewakili 2,000 penduduk yang terlibat telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pencemaran ini.
Jika masalah tersebut berlarutan kesan buruk yang lebih serius akan berlaku ke atas alam sekitar, kesihatan dan kehidupan penduduk-penduduk di kawasan berkenaan pada masa akan datang.
"CAP beranggapan nasib penduduk-penduduk di sini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana mereka sebelum ini pernah hidup menderita kerana diancam pencemaran bau kimia dari kilang memproses nadir bumi di kawasan itu," kata Presiden CAP itu.
Sehubungan itu CAP menggesa kerajaan Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya.
Tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang ada perlu diambil ke atas pihak yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak berulang, katanya.
Belum setahun beroperasi, baunya menusuk hidung
Harakahdaily, | 31 Jan 2013 |

Sumber HD - 31-1-2013
Menurutnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru oleh Pakatan Rakyat ini adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.
Kata beliau, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat tidak akan larut serta termakan dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh BN khususnya Umno menjelang pilihanraya.
Abu Bakar menjelaskan, idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.
"PAS Perak akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan Umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Ujar beliau, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat Perak adalah ramuan utama bagi mencapai kemenangan di Perak dalam PRU13 ini.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi calon-calon PAS, Abu Bakar berkata, secara dasarnya semuanya telah selesai tanpa sebarang permasalahan.
Semua calon katanya sudah digerakkan bersama dengan setiap segmen masyarakat dan membuat kerja kebajikan yang melibatkan kepentingan masyarakat.
"Calon-calon yang akan bertanding mewakili PAS di Perak pada kali ini terdiri dari gabungan kekuatan ulama, pemuda, dan muslimat.
“Alhamdulillah, kesemuanya dibahagikan dengan seimbang dan saya yakin ramuan ini akan memberi kekuatan kepada PAS," jelas beliau.
Jadi secara keseluruhannya, beliau berkata, calon dan jentera pilihanraya PAS Perak sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa.
Dalam perkembangan lain, Abu Bakar menegaskan, rakyat Perak masih bersama dan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat walaupun kerajaan yang tertubuh atas sokongan rakyat pada PRU12 lalu telah dirampas oleh BN.
"Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak bukan kerana pilihan rakyat tetapi oleh perancangan zalim Umno BN bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Saya yakin BN tidak mampu mempertahankan kerajaan sekarang kerana ianya bukan ditubuh atas kapasiti suara rakyat tetapi atas dasar kezaliman dan tidak menghormati hak rakyat.
"Kelompok rakyat yang selama ini menjadi talian hayat mereka juga sudah beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat," jelasnya lagi.
BN juga katanya tidak lagi ada kekuatan dan hanya mengharapkan saki baki kekuatan Umno yang mendominasi pengundi di kampung-kampung namun ianya tidak mampu untuk memenangkan BN dalam PRU13 nanti.
"MCA, MIC dan Gerakan di Perak sudah lumpuh dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India sudah hilang kepercayaan kepada BN.
"Umno sudah hilang tonggak kekuatan mereka menyebabkan terpaksa menggunakan sentimen perkauman bagi meraih undi simpati orang Melayu dan ianya menyebabkan pengundi bukan Islam semakin benci kepada BN," jelas Abu Bakar.
PAS Perak ada ramuan untuk menang PRU13
Muhamamd Faeez Azahar, | 04 Feb 2013 |
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa PAS akan sentiasa komited dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia khususnya di Perak.

Sumber HD - 4-2-2013
IPOH: PAS Perak hari ini telah mengadakan kunjungan mesra ke pejabat- pejabat akhbar Cina sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien itu telah mengunjungi enam pejabat syarikat akhbar iaitu Sin Chew Daily, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, The China Press, Kwong Wah Yit Poh dan Oriental Daily.
Kunjungan tidak rasmi itu disambut dengan penuh mesra oleh wartawan serta kakitangan pejabat dan PAS telah memberi buah limau tanda simbolik.
Ustaz Abu Bakar berkata, program yang diadakan setiap tahun itu bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan baik antara PAS dengan pihak media.
Kunjungan tersebut, katanya membuktikan PAS sangat menghargai jasa pihak media kepada parti itu dalam menyiarkan segala berita yang telus dan tepat.
Menurutnya, PAS Perak sangat berpuas hati dengan aspek pemberitaan akhbar Cina yang dilihat bersifat adil dengan memberi ruang kepada semua pihak.
“Kehadiran kami telah disambut dengan penuh mesra dan ini memberi gambaran bahawa semua media termasuk dari kalangan Cina begitu selesa dengan PAS,” katanya kepada Harakahdaily yang turut bersama dalam kunjungan tersebut.
Turut serta ialah Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Nuri Al-Amin, Setiausaha Pemuda PAS negeri dan penolongnya, Salman Saleh dan Safarizal Saleh.
Tahun Baru Cina: PAS Perak kunjungi media Cina
Muhammad Faeez Azahar, | 07 Feb 2013 |

Sumber HD - 7-2-2013
“Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak,” ujarnya yang juga Adun Tronoh dalam satu kenyataan.
Tetapi, katanya Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada.
Ujarnya lagi, Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui ‘Pintu Belakang’ yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.
“Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar,” katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuat perhitungan yang terkeluar dari landasan apabila membuat andaian ‘rakyat Malaysia mudah lupa’.
Beliau berkata, peristiwa rampasan kuasa itu telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat perak yang menghormati demokrasi, undang-undang dan keadilan.
Tegasnya, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk mengalih perhatian rakyat Perak daripada isu itu, tetapi segala usaha itu terbukti gagal.
Rakyat, ujarnya sedar bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang.
“Rakyat Perak tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya.
Justeru, katanya lagi masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perak sudah semakin hampir yang mana dalam sebulan dua ini Parlimen dan Dun Perak akan dibubarkan, maka Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan turun ke gelanggang pilihanraya.
Kali ini, ujar beliau Barisan Nasional pasti akan tumbang di Negeri Perak kerana kewibawaannya telah terhakis di bawah rejim Barisan Nasional yang tidak sah.
Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan Pakatan rakyat selama 11 bulan dan pemerintahan Barisan Nasional selama 4 tahun selepas rampasan kuasa.
“Barisan Nasional tidak berjaya membawa apa-apa berubahan yang nyata di Perak. Banyak slogan-slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ adalah omong-omong kosong sahaja. Rakyat tidak boleh ditipu lagi dengan janji-janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujarnya lagi.
Tambahan pula, ujarnya rakyat Perak juga sedar bahawa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini lebih daripada 68,000 ekar tanah di seluruh Perak telah diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional dengan harga premium tanah yang terlalu murah.
Oleh yang demikian, katanya jelas bahawa rampasan kuasa pada tahun 2009 dilakukan adalah semata-mata untuk membolot kekayaan negeri dan memewahkan lagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroninya.
Menurutnya, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber didapati bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.
“Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk menjamin kesejahteraan dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.
“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.
PRU13: Pakatan Perak akan kuasai 40 kerusi Dun
Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) berkata, Barisan Nasional negeri itu telah melakukan satu kesilapan besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009.

Sumber HD - 10-2-2013
PRU13: PAS Perak gesa ahli naikkan bendera
Harakahdaily, | 14 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Perak menggesa ahli seluruh negeri menaikkan bendera PAS di setiap rumah bagi menunjukkan kesediaan PAS negeri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, PAS Perak yakin semua bilik gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo parti.
Katanya, kehangatan bahang PRU13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 222 kawasan parlimen seluruh negara sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia.
“Situasi ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU13 dengan pelbagai program yang menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih undi rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, PAS Perak yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU12 lalu mampu diulangi kembali kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas ‘rampasan kuasa’ bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah.
“Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU13 ini bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam PRU13,” katanya.
Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) berkata, PAS Perak yakin semua bilik gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo parti.
Katanya, kehangatan bahang PRU13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 222 kawasan parlimen seluruh negara sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia.
“Situasi ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU13 dengan pelbagai program yang menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih undi rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, PAS Perak yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU12 lalu mampu diulangi kembali kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas ‘rampasan kuasa’ bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah.
“Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU13 ini bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam PRU13,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-2-2013
Sivakumar (baju kuning) bersama masyarakat India mengadakan bantahan mengenai tanah tersebut di Ipoh hari ini.
IPOH: Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar itu dengan serta merta apabila menjadi kerajaan selepas PRU13.
“Kami juga memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Barisan Nasional Perak untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar ini,” ujar Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau yang juga Adun Tronoh menegaskan, jika pihak kerajaan gagal menyelesaikan masalah itu, PR terpaksa membuat satu himpunan aman di hadapan pejabat SUK Perak untuk menuntut hak sekolah-sekolah Tamil di negeri ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Barisan Nasional Perak telah menipu masyarakat India sekali lagi. Apa sudah jadi dengan janji kerajaan Perak untuk memberikan 2,000 ekar tanah kepada Sekolah-sekolah Tamil di Perak?
Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji untuk memberi tanah 2000 ekar itu pada tahun 2009 setelah mereka merampas kuasa di negeri Perak. Mereka menuduh kerajaan Pakatan Rakyat tidak prihatin terhadap sekolah-sekolah Tamil.
MIC Perak dengan bangganya telah membuat pengumunan bahawa kerajaan Barisan Nasional Perak telah memberikan 2,000 ekar tanah kepada sekolah-sekolah Tamil di Perak.
Adakah benar kerajaan Perak telah memberikan tanah seluas 2,000 ekar itu kepada sekolah-sekolah Tamil?
Kalau benar, saya memohon kepada MIC negeri Perak untuk membukti perkara itu dengan menunjukkan geran tanah untuk 2,000 ekar tanah tersebut dengan serta-merta.
Sebenarnya tanah itu tidak pernah diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil di Perak. Tanah itu diberikan di atas nama Yayasan Perak.
Saya tidak tahu apa hubungan Yayasan Perak dengan sekolah-sekolah Tamil. Ini merupakan saya muslihat untuk mengkaburi mata masyarakat India.
MIC membuat lakonan seolah-olah masalah tanah untuk sekolah-sekolah Tamil itu telah diselesaikan apabila kerajaan memberikan tanah itu kepada Yayasan Perak.
Saya pernah membangkitkan isu tanah 2000 ekar itu beberapa kali dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Tetapi, saya hanya diberi jawapan yang lumrah iaitu masalah akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Isu tanah ini tidak dipandang serius oleh kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin MIC juga tidak mahu isu ini sering ditimbulkan. Mereka mungkin mempunyai agenda sendiri untuk ‘sapu’ tanah tersebut.
Saya difahamkan ada pemimpin-pemimpin politik yang bercadang untuk mendapatkan tanah itu daripada Yayasan Perak dengan cara menubuhkan syarikat swasta untuk mengurus tadbirnya.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Tapah Datuk Saravanan juga telah membuat saranan kepada kerajaan Perak supaya menyerahkan tanah itu kepada MIC untuk membantu sekolah-sekolah Tamil. Ini adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima.
Rakyat negara ini khususnya masyarakat India tidak lupa kepada skandal-skandal besar yang pernah dilakukan oleh MIC seperti isu saham Telekom dan Maika Holdings. Memberi 2,000 ekar tanah ini kepada MIC adalah seolah-olah menjemput buaya ke tepi sungai dan memberikan seekor kambing untuk dimakan.
Tambahan pula, dalam suasana politik sekarang Barisan Nasional tidak mungkin dapat menjadi kerajaan lagi di negeri Perak selepas PRU13. Oleh yang demikian, memberi tanah itu kepada MIC adalah satu tindakan yang langsung tidak bermakna.
Saya telah membangkit isu ini dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak pada 15 Februari 2013. Pakatan Rakyat Perak menjanjikan untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar itu dengan serta merta apabila menjadi kerajaan selepas PRU13.
Kami juga memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Barisan Nasional Perak untuk menyelesaikan masalah tanah 2,000 ekar ini. Jika pihak kerajaan gagal menyelesaikan masalah ini, kami terpaksa membuat satu himpunan aman di hadapan SUK Perak untuk menuntut hak sekolah-sekolah Tamil di Perak.
PR Perak akan selesai tanah untuk sekolah Tamil
Harakahdaily, | 17 Feb 2013 |

Sumber HD - 17-2-2013
Kami menghargai segala titah nasihat Raja Dr Nazrin Shah dan merasakan ianya perlu diambilkira dan direalisasikan secara serius jika diberikan kuasa mentadbir Kerajaan Negeri Perak kelak nanti, Insya Allah.
Amalan pentadbiran bersih dan adil tanpa sebarang unsur salahguna kuasa dan rasuah sentiasa menjadi inspirasi serta kehendak rakyat ini sangat seiring dan bertepatan dengan titah yang telah disampaikan oleh Raja Dr Nazrin Shah. Ianya sangat bertepatan dengan Islam yang mementingkan prinsip taqwa, adil dan amanah di dalam mentadbir sesebuah kerajaan.
Malah semasa 11 bulan pemeritahan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Menteri Besar PAS, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, kami telah mengetengahkan prinsip tersebut dalam membangunkan umat Islam di dalam pelbagai program peringkat negeri seperti kempen solat dan memakmurkan masjid.
Kami yakin dan prihatin terhadap prinsip tersebut dan akan berusaha sedaya upaya kami bagi memastikan setiap anggota dan penyokong kami seiring dengan matlamat sebuah kerajaan yang bukan hanya bersih dan adil, malah memberikan keutamaan kepada rakyat atas semangat Negara Berkebajikan terutama kepada golongan yang amat memerlukan.
Atas perkara tersebut juga, kami serlahkan keperibadian PAS yang nyata berbeza dari cara Umno mentadbir pentadbiran kerajaan kini. Mesej tersebut telah sampai kepada semua pihak bahawa Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN) walaupun telah diberikan peluang kedua hasil 'rampasan kuasa' untuk memerintah negeri ini, namun masih juga tidak serik dan meneruskan amalan kronisma pastinya akan ditolak sekali lagi oleh rakyat.
Faktor tersebut mendorong kami untuk terus berusaha bagi menyelamatkan pentadbiran kerajaan negeri terutamanya daripada terus dinodai oleh suasana yang berunsur kronisma dan penyalahgunaan kuasa. Ayuh, rakyat Perak kita kembalikan imej Perak di atas prinsip keadilan dan keamanan sebenar!
*Dr Ahmad Nuri Al-Amin adalah Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) berhubung kelulusan pemilikan tanah kerajaan negeri di Bandar Seri Iskandar.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, tanah seluas kira-kira 14.164 hektar (35 ekar) diberikan pajakan negeri kepada Syarikat Proaktif Upaya Sdn. Bhd milik Setiausaha Pemuda BN Perak yang juga Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat sekitar bulan April 2012 yang lalu.
Menurutnya, pihaknya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri mengikut perjumpaan majlis mesyuarat meluluskan pajakan tersebut kepada Ketua Pemuda Umno itu.
“Ini menimbulkan persoalan bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan kepada kroni mereka,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai membuat laporan di SPRM Perak, Meru, Ipoh dekat sini hari ini. (Gambar atas)
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.
Katanya, hasil daripada semakan pihaknya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu terbukti dikategorikan tidak aktif.
Ini, katanya menjadi satu tanda tanya kepada rakyat khususnya di negeri Perak bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pemilikan tanah ini kepada syarikat pemimpin mereka yang dibuktikan tidak aktif.
Mengulas lanjut, katanya tanah tersebut diberikan pajakan negeri selama 99 tahun dengan kos keseluruhan hampir RM45,000.
“Kami hari ini tampil mengemukakan laporan agar pihak SPRM membuka kertas siasatan kerana berlaku penyalahgunaan kuasa di atas kelulusan tersebut.
“PAS mendesak agar pihak SPRM menjalankan siasatan dengan beberapa dokumen sokongan seperti peta dan juga akaun terima bayaran bagi bukti siasatan,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.
Jelas Raja Iskandar, kelulusan tersebut ternyata menjadi persoalan adakah pemberian tersebut mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa kerana ianya melibatkan pemimpin parti politik.
“Kami juga mengharapkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir menjawab isu ini kerana ianya melibatkan integriti kerajaan yang dipimpin beliau.
“Kami harap satu lagi pendedahan ini dapat dijelaskan kepada umum dan kami tidak teragak-agak untuk meneruskan pembongkaran penyelewengan BN Perak,” tegasnya.
Integriti: Hayati titah Raja Nazrin
Ahmad Nuri Al-Amin, | 20 Feb 2013 |
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akur dan merafak sembah di atas titah ucapan Pemangku Paduka Seri Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membangkitkan persoalan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti antara PAS dan Umno yang menunggu mandat rakyat dalam sistem demokrasi Negara kita.
Kami menghargai segala titah nasihat Raja Dr Nazrin Shah dan merasakan ianya perlu diambilkira dan direalisasikan secara serius jika diberikan kuasa mentadbir Kerajaan Negeri Perak kelak nanti, Insya Allah.
Amalan pentadbiran bersih dan adil tanpa sebarang unsur salahguna kuasa dan rasuah sentiasa menjadi inspirasi serta kehendak rakyat ini sangat seiring dan bertepatan dengan titah yang telah disampaikan oleh Raja Dr Nazrin Shah. Ianya sangat bertepatan dengan Islam yang mementingkan prinsip taqwa, adil dan amanah di dalam mentadbir sesebuah kerajaan.
Malah semasa 11 bulan pemeritahan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Menteri Besar PAS, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, kami telah mengetengahkan prinsip tersebut dalam membangunkan umat Islam di dalam pelbagai program peringkat negeri seperti kempen solat dan memakmurkan masjid.
Kami yakin dan prihatin terhadap prinsip tersebut dan akan berusaha sedaya upaya kami bagi memastikan setiap anggota dan penyokong kami seiring dengan matlamat sebuah kerajaan yang bukan hanya bersih dan adil, malah memberikan keutamaan kepada rakyat atas semangat Negara Berkebajikan terutama kepada golongan yang amat memerlukan.
Atas perkara tersebut juga, kami serlahkan keperibadian PAS yang nyata berbeza dari cara Umno mentadbir pentadbiran kerajaan kini. Mesej tersebut telah sampai kepada semua pihak bahawa Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN) walaupun telah diberikan peluang kedua hasil 'rampasan kuasa' untuk memerintah negeri ini, namun masih juga tidak serik dan meneruskan amalan kronisma pastinya akan ditolak sekali lagi oleh rakyat.
Faktor tersebut mendorong kami untuk terus berusaha bagi menyelamatkan pentadbiran kerajaan negeri terutamanya daripada terus dinodai oleh suasana yang berunsur kronisma dan penyalahgunaan kuasa. Ayuh, rakyat Perak kita kembalikan imej Perak di atas prinsip keadilan dan keamanan sebenar!
*Dr Ahmad Nuri Al-Amin adalah Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-2-2013
PAS desak SPRM siasat kroni miliki tanah kerajaan
Muhammad Faeez Azahar, | 21 Feb 2013 |
IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) berhubung kelulusan pemilikan tanah kerajaan negeri di Bandar Seri Iskandar.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss berkata, tanah seluas kira-kira 14.164 hektar (35 ekar) diberikan pajakan negeri kepada Syarikat Proaktif Upaya Sdn. Bhd milik Setiausaha Pemuda BN Perak yang juga Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat sekitar bulan April 2012 yang lalu.
Menurutnya, pihaknya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri mengikut perjumpaan majlis mesyuarat meluluskan pajakan tersebut kepada Ketua Pemuda Umno itu.
“Ini menimbulkan persoalan bagaimana tanah tersebut boleh diluluskan kepada kroni mereka,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai membuat laporan di SPRM Perak, Meru, Ipoh dekat sini hari ini. (Gambar atas)
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.
Katanya, hasil daripada semakan pihaknya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat itu terbukti dikategorikan tidak aktif.
Ini, katanya menjadi satu tanda tanya kepada rakyat khususnya di negeri Perak bagaimana kerajaan negeri boleh memberi pemilikan tanah ini kepada syarikat pemimpin mereka yang dibuktikan tidak aktif.
Mengulas lanjut, katanya tanah tersebut diberikan pajakan negeri selama 99 tahun dengan kos keseluruhan hampir RM45,000.
“Kami hari ini tampil mengemukakan laporan agar pihak SPRM membuka kertas siasatan kerana berlaku penyalahgunaan kuasa di atas kelulusan tersebut.
“PAS mendesak agar pihak SPRM menjalankan siasatan dengan beberapa dokumen sokongan seperti peta dan juga akaun terima bayaran bagi bukti siasatan,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.
Jelas Raja Iskandar, kelulusan tersebut ternyata menjadi persoalan adakah pemberian tersebut mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa kerana ianya melibatkan pemimpin parti politik.
“Kami juga mengharapkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir menjawab isu ini kerana ianya melibatkan integriti kerajaan yang dipimpin beliau.
“Kami harap satu lagi pendedahan ini dapat dijelaskan kepada umum dan kami tidak teragak-agak untuk meneruskan pembongkaran penyelewengan BN Perak,” tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-2-2013
(Dua Pakistan yang mempunyai IC biru dan pengesahan tempat mengundi)
IPOH: Selain Selangor, Perak juga nampaknya menjadi sasaran limpahan pengundi 'lain-lain kaum' di negara ini.
Menurut laporan, lima penjual aiskrim berbangsa Pakistan yang tinggal dalam sebuah rumah dikesan sebagai pengundi di Bagan Datok.
Seorang Pakistan yang ada kad pengenalan dan berdaftar sebagai pengundi yang sah juga di kesan di Taman Hutan Melintang, dalam kawasan Parlimen Bagan Datok.
Mungkin inilah kesan limpahan Projek IC yang bermula di Sabah. Mereka kini sudah bersepah ke seluruh negara.
Banyak kawasan parlimen di Perak dilaporkan mencatatkan pertambahan mendadak pengundi 'lain-lain kaum' ini.
Bekas ISA
Mungkinkah pengundi 'lain-lain kaum' ini sebenarnya adalah warga-warga ekspres yang dibuat khas untuk mengundi BN?
Dalam sidang media di Pejabat PKR baru-baru ini bekas ahli Umno Siti Aminah Mahmud, 63, (gambar) berkata beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.
“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat PKR 28 Februari lepas.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.
Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.
“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.
Perak juga dilimpahi pengundi 'lain2 kaum'
Harakahdaily, | 02 Mac 2013 |

Sumber HD - 2-3-2013
IPOH: Bagi menyatakan sokongan dan berkongsi rasa kehilangan wira negara, PAS Perak hari ini mengunjungi balu dan anak-anak Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud yang terkorban dalam misi mempertahankan negara dari penceroboh di Lahad Datu.
Kunjungan ke kediaman keluarga Allahyarham di kem Kem Polis Komando Ulu Kinta di sini petang tadi itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan isteri, Ahli Parlimen Bukit Gantang Mohamad Nizar Jamaluddin serta wakil Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat negeri.
Kehadiran mereka disambut balu Allahyarham, Nurunnisa Abu Bakar dan ahli keluarga yang lain.
Dalam kunjungan itu, Ustaz Abu Bakar mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan kehilangan Sabaruddin sebagai kehilangan besar kepada negara.
Menurut beliau, sumbangan anggota keselamatan sama ada dari PDRM atau ATM amat besar ertinya buat seluruh rakyat Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara.
"Mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan pastinya segala pengorbanan mereka akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Sementera itu Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak pula menyatakan beliau sangat menyanjungi segala pengorbanan yang diberikan oleh setiap anggota keselamatan Negara.
Beliau juga turut mewakili kepimpinan Pakatan Rakyat Perak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga pahlawan negara yang telah terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu juga, PAS Perak turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung ahli keluarga Allahyarham.
Sementara itu, Nurunnisa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Perak dan semua rakyat Malaysia atas keperihatinan dan sokongan yang diberikan.
Sabarudin, 46, adalah antara dua anggota komando polis VAT 69 yang terkorban dalam kejadian itu pada 1 Mac lalu apabila pasukan keselamatan bertembung dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkenaan.
Turut terkorban ialah Asisten Superitenden Polis (ASP) Zulkifli Mamat, 29.
PAS ziarah keluarga Allahyarham Sarjan Sabaruddin
Harakahdaily, | 10 Mac 2013 |

Sumber HD - 10-3-2013
Sumber HD - 13-3-2013
Raja Iskandar memakaikan baju simbolik Zulkifli sertai PAS.
LARUT: Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.
Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.
Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.
Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.
Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.
“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.
“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah ,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.
Ramai Ketua Umno Perak tiada tempat dalam PRU-13
Muhammad Faeez Azahar, | 13 Mac 2013 |
IPOH: Malang sungguh buat para pemimpin Umno apabila sebahagian besar dari mereka tidak akan menjadi calon untuk pilihan raya umum akan datang ini hanya dengan alasan mereka bukannya calon 'winnable'.
Mereka bakal diketepikan dan orang-orang kepercayaan dan rapat dengan pemimpin Umno negeri dan Pusat yang bakal mengambil tempat mereka dengan menjadi calon 'parachut'.
Calon parachut pula semakin popular dengan peristiwa Lahad Datu kerana dengan cara itulah bagi mereka cara Umno diselamatkan.
Ia diakui oleh pimpinan PAS sendiri setelah mereka diberikan maklumat dan menerima sungutan dari para pemimpin Umno yang tidak berpuashati ini.
Menurut maklumat, dikatakan separuh iaitu 12 orang Ketua Umno Bahagian di Perak tidak akan dicalonkan dalam PRU13 nanti.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) mengesahkan hal ini.
Beliau berkata, terdapat banyak kerusi diberikan kepada kalangan bukan ahli parti dan pimpinan Umno bahagian.
“Perkara ini dilihat sama seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang memberikan kerusi-kerusi penting di dalam kerajaan negeri serta agensinya untuk lantikan politik kepada ‘orang-orang kepercayaannya’ sahaja.
“Usaha untuk ‘mengantikan’ orang Tan Sri Tajol Rosli Ghazali juga turut dilakukan kerana selepas PRU13 nanti akan Pemilihan Agung Tahunan Umno di seluruh Negara,” jelasnya kepada Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, ini adalah peluang Zambry untuk memastikan kedudukannya supaya ‘pesaing-pesaing politiknya’ akan diketepikan nanti semasa pemilihan tersebut.
“Zambry yang satu ketika dahulu sebagai Ketua Pemuda Umno Lumut dalam masa yang sama pernah juga berlawan merebut kerusi Ketua Umno Bahagian Lumut yang disandang oleh Datuk Mohamad Wajdi Ishak.
“Disebabkan itu, Zambry bimbang akan dua belas Ketua Umno Bahagian yang masih menjadi tanda tanya banyak pihak yang dikatakan tidak sealiran dengannya,” jelasnya.
Mereka bakal diketepikan dan orang-orang kepercayaan dan rapat dengan pemimpin Umno negeri dan Pusat yang bakal mengambil tempat mereka dengan menjadi calon 'parachut'.
Calon parachut pula semakin popular dengan peristiwa Lahad Datu kerana dengan cara itulah bagi mereka cara Umno diselamatkan.
Ia diakui oleh pimpinan PAS sendiri setelah mereka diberikan maklumat dan menerima sungutan dari para pemimpin Umno yang tidak berpuashati ini.
Menurut maklumat, dikatakan separuh iaitu 12 orang Ketua Umno Bahagian di Perak tidak akan dicalonkan dalam PRU13 nanti.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) mengesahkan hal ini.
Beliau berkata, terdapat banyak kerusi diberikan kepada kalangan bukan ahli parti dan pimpinan Umno bahagian.
“Perkara ini dilihat sama seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang memberikan kerusi-kerusi penting di dalam kerajaan negeri serta agensinya untuk lantikan politik kepada ‘orang-orang kepercayaannya’ sahaja.
“Usaha untuk ‘mengantikan’ orang Tan Sri Tajol Rosli Ghazali juga turut dilakukan kerana selepas PRU13 nanti akan Pemilihan Agung Tahunan Umno di seluruh Negara,” jelasnya kepada Harakahdaily hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, ini adalah peluang Zambry untuk memastikan kedudukannya supaya ‘pesaing-pesaing politiknya’ akan diketepikan nanti semasa pemilihan tersebut.
“Zambry yang satu ketika dahulu sebagai Ketua Pemuda Umno Lumut dalam masa yang sama pernah juga berlawan merebut kerusi Ketua Umno Bahagian Lumut yang disandang oleh Datuk Mohamad Wajdi Ishak.
“Disebabkan itu, Zambry bimbang akan dua belas Ketua Umno Bahagian yang masih menjadi tanda tanya banyak pihak yang dikatakan tidak sealiran dengannya,” jelasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
Exco Pemuda Umno Larut, 39 ahli sertai PAS
Muhamamd Faeez Azahar, | 15 Mac 2013 |
Raja Iskandar memakaikan baju simbolik Zulkifli sertai PAS.
LARUT: Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.
Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.
Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.
Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.
Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.
“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.
“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah ,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-3-2013
Puluhan ribu risalah fitnah sedia diedar di Perak
Faeez Azahar, Foto Jannatul Firdaus, | 19 Mac 2013 |
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan agenda jahat pihak tertentu dalam menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pihaknya mendapat banyak maklumat tentang kontena diseluruh negeri Perak yang membawa risalah berbaur fitnah.
Menurutnya, puluhan ribu risalah fitnah itu sudah siap dicetak dan dipercayai akan diedarkan kepada masyarakat pada pilihanraya nanti setelah mendapat arahan.
Katanya, risalah fitnah dalam bentuk buku kecil bertajuk “Drama Pecah Panggung; Box Office” itu ternyata merbahaya kerana ianya terkandung pelbagai fitnah yang bersifat perkauman dan penipuan.
Jelas Salman, risalah tersebut dianggap haram kerana tidak mempunyai terbitan daripada mana-mana pihak.
“Kami mengesyaki risalah tersebut dikeluarkan oleh pihak pro Umno-BN kerana ianya diedarkan bersama satu risalah berbentuk buku bertajuk ‘Mengorak Negara Ke Hadapan” yang tertera dibelakang buku itu cetakan oleh Ibu Pejabat Barisan Nasional,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak mendesak Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis merampas risalah haram itu kerana ianya bercanggah dengan undang-undang negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga katanya turut harus mengambil tindakan sewajarnya agar risalah tersebut tidak diedarkan dalam pilihanraya nanti.
“Kami desak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya kerana cara kotor serta jijik ini menyalahi undang-undang dan akan memecah belahkan masyarakat di Negara ini,” tegasnya lagi.
KONTENA RISALAH FITNAH SIAP SEDIA DI PERAK :
http://www.youtube.com/watch?v=4qz7FMomZfQ&feature=youtu.be
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pihaknya mendapat banyak maklumat tentang kontena diseluruh negeri Perak yang membawa risalah berbaur fitnah.
Menurutnya, puluhan ribu risalah fitnah itu sudah siap dicetak dan dipercayai akan diedarkan kepada masyarakat pada pilihanraya nanti setelah mendapat arahan.
Katanya, risalah fitnah dalam bentuk buku kecil bertajuk “Drama Pecah Panggung; Box Office” itu ternyata merbahaya kerana ianya terkandung pelbagai fitnah yang bersifat perkauman dan penipuan.
Jelas Salman, risalah tersebut dianggap haram kerana tidak mempunyai terbitan daripada mana-mana pihak.
“Kami mengesyaki risalah tersebut dikeluarkan oleh pihak pro Umno-BN kerana ianya diedarkan bersama satu risalah berbentuk buku bertajuk ‘Mengorak Negara Ke Hadapan” yang tertera dibelakang buku itu cetakan oleh Ibu Pejabat Barisan Nasional,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Hafez Sabri dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak mendesak Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis merampas risalah haram itu kerana ianya bercanggah dengan undang-undang negara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga katanya turut harus mengambil tindakan sewajarnya agar risalah tersebut tidak diedarkan dalam pilihanraya nanti.
“Kami desak pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya kerana cara kotor serta jijik ini menyalahi undang-undang dan akan memecah belahkan masyarakat di Negara ini,” tegasnya lagi.
KONTENA RISALAH FITNAH SIAP SEDIA DI PERAK :
http://www.youtube.com/watch?v=4qz7FMomZfQ&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-3-2013
http://www.youtube.com/watch?v=f5fZhbwD3pw
Sumber TVP - 24-3-2013
Tanpa peruntukan namun 5 tahun dilepasi dengan jaya
Muhammad Faizal, | 26 Mac 2013 |
(Mujahid berucap dari atas treler)
PARIT BUNTAR: PAS terus berkhidmat dengan cemerlang walaupun tanpa sebarang peruntukan diberikan oleh kerajaan sepanjang lima tahun memerintah.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pada program jelajah Negara Berkebajikan turut menjelaskan sokongan yang diberikan oleh pelbagai kaum termasuk bukan Melayu amat membanggakan.
Beliau yang juga turut optimis dan yakin PAS akan terus mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lepas.
"PAS untuk semua kaum dan apa yang saya lihat sekarang, kaum-kaum bukan Melayu telah menunjukkan sokongan padu mereka kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS di parlimen ini.
"Walaupun kita tidak diberikan peruntukan khusus oleh kerajaan tetapi itu semua bukannya halangan kepada kita untuk berkhidmtan, kita lihat sendiri kecemerlangan PAS menyelesaikan segala masalah yang timbul di kawasan ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.
(Pak Jabit [L Mankadir Samsi] bercakap kepada orang ramai di depan treler)
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun tanpa peruntukan segalanya berjalan lancar apatah lagi jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Putrajaya nanti.
"Selama lima tahun kita mampu berkhidmat tanpa sebarang masalah dan saya pasti jika Putrajaya milik kita, PAS akan berkhidmat lebih baik dari Barisan Nasional.
"Saya yakin penduduk di sini telah menilai kecemerlangan PAS dan mereka akan terus memberi sokongan kepada kita (Pakatan Rakyat) untuk terus mentadbir," sambung beliau lagi.
Dr Mujahid (gambar) yang sebelum itu ketika memberi ucapan di hadapan kira-kira lima ratus penyokong memberitahu agar rakyat membuat pilihan yang terbaik dalam mengembalikan hak yang telah dirampas oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menurutnya lagi, hak rakyat yang ingin dikembalikan bukannya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tetapi dalam bentuk janji-janji Pakatan Rakyat sepertimana yang terkandung di dalam Buku Jingga dan juga manifesto Pakatan yang bersifat berterusan.
"Kita akan lakukan reformasi besar dalam kerajaan demi kebajikan rakyat dan menyelamat negara ini.
"Hak rakyat bukan hak kami, apabila Pakatan memerintah kami akan kembalikan apa yang dirampas oleh BN kepada rakyat semula," ucap beliau.
Beliau yang menyatakan menukar dasar atau membuat reformasi dalam kerajaan bukan satu tindakan untuk menekan rakyat tetapi memberi kebajikan kepada rakyat keseluruhan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Anak muda jangan takut undi Pakatan - Pak Jabit
Muhammad Faizal, | 26 Mac 2013 |
BAGAN SERAI: Pelakon Abdul Kadir Abdul Manap (Man Kadir) merayu agar anak muda berani membuat perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.
Katanya, rakyat tidak perlu takut dengan ugutan 'terputus rezeki jika tidak mengundi BN' kerana soal rezeki datang dari Allah bukannya dari parti pemerintah.
Man Kadir atau dalam filem 'Hantu Kak Limah' itu turut menegaskan rezeki datang dari Allah bukannya Barisan Nasional (BN).
"Saya yang sudah berumur ini pun mahukan perubahan jadi bukan masalah untuk anak muda membuat perubahan.
"Istilah bila BN tidak memerintah maka susah hendak makan itu tidak betul sama sekali, kita kena ingat rezeki semuanya dari Allah," kata beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang lebih di kenali sebagai Pak Jabit turut merasa kecewa dengan BN yang telah mendidik sesetengah anak muda dengan budaya samseng sehinggakan anak muda hilang perasaan hormat antara satu sama lain.
"BN mendidik anak muda dengan budaya samseng tetapi Pakatan mendidik anak mudah apa itu istilah hormat dan bersabar.
"Kita dapat melihat dengan sendiri perbezaan anak muda didikan BN dan juga Pakatan, banyak sikap samseng dilakukan oleh mereka yang mendapat restu BN," sambung beliau lagi.
Man Kadir yang turut mempersoalkan peranan kerajaan yang sepatutnya membantu dan menjaga rakyat serta mendidik rakyat dengan budaya akhlak yang baik.
Namun, kerajaan sekarang ini dakwanya mengabaikan tanggungjawab sebenar mereka dengan mengutamakan penayangan video lucah mahupun budaya fitnah untuk kepentingan politik mereka.
"Kita mahukan suatu suasana yang terbaik untuk rakyat khususnya golongan muda dengan suasana budaya dan akhlak yang baik.
"Tindakan BN yang lebih mengutamakan fitnah serta penayangan video lucah akan menjadikan peningkatan permasalah gejala sosial di kalangan remaja," katanya lagi.
Beliau berkeyakinan pada pilihanraya nanti anak muda Pakatan Rakyat akan menjadi benteng untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Pak Jabit turut bersama dengan konvoi jelajah Negara Berkebajikan sepanjang program di Perak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-3-2013
Bagan Datoh: Sokongan Cina dari 30 ke 70 peratus
Muhammad Faizal, | 29 Mac 2013 |
BAGAN DATOH: PAS kawasan Bagan Datoh berkeyakinan dengan peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu sebanyak 60 hingga 70 peratus akan memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan juga kedua-dua Dun iaitu Hutan Melintang dan Rungkup.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui memberitahu bukan sahaja peningkatan sokongan yang diberikan oleh kaum Cina tetapi sokongan turut diberikan oleh kaum India.
"Sokongan rakyat begitu baik sekali terutamanya pengundi bukan Melayu dari kaum Cina, kalau 2008 kita hanya mendapat sokongan 20 hingga 30 peratus tetapi sekarang telah melonjak sehingga 60 hingga 70 peratus dan ini sangat membanggakan.
"Masyarakat India begitu juga, saya yakin dlm pilihanraya akan datang selain kerusi parlimen kita akan dapat mengambil kedua-dua kerusi yang ada di dalam Perliman Bagan Datoh," kata beliau kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di parlimen tersebut.
Beliau yang juga merupakan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Badan Datoh turut menjelaskan persiapan jentera PAS sudah berada pada tahap yang paling maksima dan hanya menanti pembubaran parlimen sahaja.
Misbah dijangka akan menyertai pilihan raya umum akan datang ini buat kali ke empat di DUN Rungkup. Sehingga kini, Jabatan Pilihan raya PAS Perak mensasarkan Rungkup sebagai salah satu dari 18 DUN yang disasarkan untuk menang dalam pilihan raya kali ini.
Selain DUN, PAS menjangkakan akan menang di empat Parlimen dalam pilihan raya kali ini iaitu tambahan kepada dua Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Dalam pilihan raya ini, PAS menjangka akan bertanding 22 Dun dan dan tujuh Parlimen. PKR akan bertanding 19 Dun dan 10 Parlimen manakala DAP akan bertanding 18 Dun dan tujuh Parlimen di Perak.
"Kita sudah sampai ke peringkat paling kritikal dan bagi PAS kita berada pada persiapan yang paling maksima hanya menanti semboyan pilihanraya," katanya.
Menurutnya lagi, PAS di peringkat kawasan memperkuatkan aktiviti dengan gerakan ziarah rumah ke rumah bagi bertemu pengundi.
Malah katanya lagi, sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina cukup baik.
"Kita jarang buat ceramah di markas-markas kerana kita tahu kalau buat di markas PAS yang hadir hanya ahli dan penyokong PAS sahaja.
"Kali ini kita lebih kepada gerakan ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi, sambutan dengan pengundi cukup baik termasuk masyarakat Cina," jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, bagi masyarakat Cina tidak sukar untuk bersua muka dengan mereka, tetapi bagi kaum India agak sukar kerana mereka bekerja di estet dan tidak mempunyai masa, ada di antara mereka telah diugut, namun mereka tetap memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
"Walaupun sokongan Melayu meningkat sedikit sahaja tetapi sokongan bukan Melayu naik dengan mendadak.
"Bukan melayu bersedia untuk beri kemenangan kepada kita pada pilihanraya nanti," kata beliau lagi.
Beliau yang turut menyatakan tidak pernah timbul sebarang pergeseran dengan Barisan Nasional di Bagan Datoh dan jika timbul hanya melibatkan isu-isu kecil membabitkan bendera.
Katanya perkara tersebut diselesaikan melalui perbincangan dengan Ketua Kampung supaya menghormati demokrasi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-3-2013
Tata etika SPR: Lapor BN salah guna premis awam
Harakahdaily, | 01 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Perak telah mengeluarkan arahan kepada semua Unit Peti Undi (UPU) PAS agar melaporkan penyalahgunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau bilik gerakan yang menempatkan di antara 7,531 bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) yang telah dibuka oleh Barisan Nasional (BN).
“Arahan ini dibuat kerana ianya bertentangan dengan kod Tataetika Pilihan Raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),” kata Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
UPU juga, katanya diminta memantau pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung yang menjadikan premis mereka untuk kegunaan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.
Beliau berkata, semua UPU perlu mendapatkan bukti bergambar di semua dewan orang ramai, balai raya, pejabat penghulu atau pejabat ketua kampung yang secara jelas menjadikan premis mereka sebagai Bilik Gerakan BN dengan menaikkan papan tanda dan logo BN.
“Semua gambar tersebut perlu diberikan kepada Bilik Gerakan PAS bagi tujuan membuktikan penyalahgunaan premis awam oleh BN,” ujarnya lagi.
Mneurutnya, walaupun jelas SPR telah mengeluarkan kod tataetikanya, namun BN dilihat sewenang-wenangnya melanggar agar semua premis awam dibebaskan daripada kegunaan mana-mana parti politik pada PRU13 nanti.
“Kami akan terus membantah penyalahgunaan tersebut dan mendesak agar SPR mengambil tindakan segera melarang dan melaporkan kepada pihak Polis kerana BN telah melakukan satu kesalahan yang jelas bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara.
“Ianya juga dilihat kedegilan BN dan kegagalan SPR bagi memastikan sistem pilihan raya berjalan secara adil dan bebas sepertimana yang diperjuangan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) selama ini,” katanya.
Katanya, kegagalan SPR untuk bertindak terhadap BN juga memperlihatkan ketidakmampuan mereka bagi menjalankan tugas dengan seadilnya dalam menghadapi PRU13 nanti.
“Arahan ini dibuat kerana ianya bertentangan dengan kod Tataetika Pilihan Raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),” kata Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
UPU juga, katanya diminta memantau pejabat penghulu dan pejabat ketua kampung yang menjadikan premis mereka untuk kegunaan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.
Beliau berkata, semua UPU perlu mendapatkan bukti bergambar di semua dewan orang ramai, balai raya, pejabat penghulu atau pejabat ketua kampung yang secara jelas menjadikan premis mereka sebagai Bilik Gerakan BN dengan menaikkan papan tanda dan logo BN.
“Semua gambar tersebut perlu diberikan kepada Bilik Gerakan PAS bagi tujuan membuktikan penyalahgunaan premis awam oleh BN,” ujarnya lagi.
Mneurutnya, walaupun jelas SPR telah mengeluarkan kod tataetikanya, namun BN dilihat sewenang-wenangnya melanggar agar semua premis awam dibebaskan daripada kegunaan mana-mana parti politik pada PRU13 nanti.
“Kami akan terus membantah penyalahgunaan tersebut dan mendesak agar SPR mengambil tindakan segera melarang dan melaporkan kepada pihak Polis kerana BN telah melakukan satu kesalahan yang jelas bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara.
“Ianya juga dilihat kedegilan BN dan kegagalan SPR bagi memastikan sistem pilihan raya berjalan secara adil dan bebas sepertimana yang diperjuangan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) selama ini,” katanya.
Katanya, kegagalan SPR untuk bertindak terhadap BN juga memperlihatkan ketidakmampuan mereka bagi menjalankan tugas dengan seadilnya dalam menghadapi PRU13 nanti.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Tiang lampu tumbang tidak tahan pikul bendera Umno/BN
Omak kau, | 03 Apr 2013 |
Di Taiping, Perak sebatang tiang lampu walaupun dipasang teguh bersimen konkrit tapi akhirnya tumbang jua kerana tidak mampu nak pikul bendera UMNO/BN yang disalut disekeling batang tiang lampu tersebut.
Tiang lampu ini tumbang bukan dilanggar pun...Tumbang begitu saja tanpa ribut dan angin.
Dulu ada satu pokok mati, ini kali satu tiang lampu jalan pula runtuh tumbang.
Apakah memberi petanda yang UMNO akan mati dan tumbang pada PRU 13 ini?
Klik untuk baca laporan penuh dalam Blog Omak Kau
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-4-2013
PRU13: Adakah Samy Vellu bertanding semula?
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
IPOH: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat Datuk Seri S. Samy Vellu memberikan signal bahawa beliau bersedia dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi lamanya iaitu Parlimen Sungai Siput.
Koordinatornya, Salman Saleh (gambar) berkata demikian melihat kepada kenyataan bekas Presiden MIC semalam yang menyatakan secara terbuka bahawa beliau adalah calon ‘boleh menang’.
Justeru, beliau bertanya adakah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi BN negeri telah menyenaraikan Samy Vellu sebagai calon pada PRU13 nanti.
“Adakah Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Negeri Perak telah bersetuju menetapkan kerusi untuk bekas Presidennya bertanding pada PRU13 kali ini?” tanya beliau dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, walaupun Samy Vellu tidak merujuk kebenaran untuk bertanding semula daripada BN Perak, ia secara tidak langsung menunjukkan Zambry tidak mampu menyekat bekas Presiden MIC itu jika Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN memberikan keizinan kepadanya untuk bertanding kelak.
Katanya, jika Samy Vellu tidak dibenarkan untuk bertanding, ini menunjukkan BN tidak lagi memerlukan beliau dan secara tidak langsung tidak mengiktiraf peranannya selama ini untuk pembangunan kaum India.
“Nampaknya pergolakan dalaman dalam BN Perak semakin bergelora dan ianya akan lebih bergelora lagi bila hampir masa penamaan calon pilihanraya kelak,” katanya.
Samy Vellu: Saya calon boleh menang
Koordinatornya, Salman Saleh (gambar) berkata demikian melihat kepada kenyataan bekas Presiden MIC semalam yang menyatakan secara terbuka bahawa beliau adalah calon ‘boleh menang’.
Justeru, beliau bertanya adakah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi BN negeri telah menyenaraikan Samy Vellu sebagai calon pada PRU13 nanti.
“Adakah Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Negeri Perak telah bersetuju menetapkan kerusi untuk bekas Presidennya bertanding pada PRU13 kali ini?” tanya beliau dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, walaupun Samy Vellu tidak merujuk kebenaran untuk bertanding semula daripada BN Perak, ia secara tidak langsung menunjukkan Zambry tidak mampu menyekat bekas Presiden MIC itu jika Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN memberikan keizinan kepadanya untuk bertanding kelak.
Katanya, jika Samy Vellu tidak dibenarkan untuk bertanding, ini menunjukkan BN tidak lagi memerlukan beliau dan secara tidak langsung tidak mengiktiraf peranannya selama ini untuk pembangunan kaum India.
“Nampaknya pergolakan dalaman dalam BN Perak semakin bergelora dan ianya akan lebih bergelora lagi bila hampir masa penamaan calon pilihanraya kelak,” katanya.
Samy Vellu: Saya calon boleh menang
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-4-2013
PAS Perak sasarkan 18 Dun dan 4 Parlimen
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak mensasarkan 18 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.
"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.
(Asmuni di depan salah satu Markas Pilihan raya di kawasan DUN Manjoi)
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.
Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau.
Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.
Namun kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu hanya bertahan 11 bulan sahaja apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan parti masing-masing menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Berdasarkan ranking di bilik gerakan PAS, DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh Nizar menduduki tempat pertama.
Ia telah dimenangi oleh Nizar dengan majoriti 4,447 mengalahkan calon BN dari MIC, Vasan Sinnadurai.
Namun dalam pilihan raya akan datang ini Nizar disebut-sebut akan bertanding di Changkat Jering, salah satu DUN di bawah Bukit Gantang yang beliau menang dalam pilihan raya kecil lalu.
Tempat beliau di Pasir Panjang katanya akan ditandingi oleh seorang tokoh Muslimat kawasan Lumut.
Asmuni sendiri dikatakan akan bertanding di DUN Manjoi iaitu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah beliau sehingga sekarang.
Dalam pilihan raya kali ini, PAS dijangka akan bertanding 22 DUN manakala PKR19 dan DAP 18.
DAP mempunyai peluang cerah untuk memenangi kesemua DUN yang ditandingi itu.
Untuk kerusi Parlimen pula, PAS dijangka akan bertanding tujuh kerusi, PKR 10 dan DAP tujuh.

PRU13: PAS Perak isytihar calon 9 April
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak akan mengsiytiharkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti pada 9 April ini.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pengisytiharan tersebut akan dibuat dalam satu majlis di Pasir Panjang, Manjung.
Katanya, setakat ini proses pemilihan calon sudah selesai 100 peratus dan tidak ada sebarang masalah yang timbul.
“Pemilihan calon selesai tanpa sebarang masalah dan jika tidak ada aral yang melintang PAS Perak akan mengisytiharkan pada 9 April ini di Pasir Panjang, Lumut,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menggesa semua ahli serta penyokong PAS dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihanraya.
Katanya, dalam masa yang ada ini, semua pihak berperanan besar untuk membantu menarik sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Semua ahli juga, katanya hendaklah sentiasa bersama-sama rakyat dan berusaha memberi kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di Negara ini.
Ujarnya, manifesto yang ditawarkan hendaklah disebar luaskan kepada semua masyarakat pelbagai khususnya golongan atas pagar dan orang Umno.
“Yang diberi amanah hendaklah bekerja lebih kuat manakala yang tidak berjawatan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat,” jelasnya lagi.
Dalam suasana pilihanraya ini, beliau meminta supaya semua ahli dan pendokong mendekatkan diri kepada Allah dengan mengadakan munajat dan solat hajat kepada Allah agar memberi perlindungan kepada semua jentera.
“Semua ahli PAS juga diseru mengadakan qunut nazilah dan solat hajat supaya Allah jauhkan diri kita daripada sebarang ancaman, kezaliman dan pihak yang berusaha untuk melakukan huru-hara dan penganiayaan,” jelasnya.

Peluang cerah untuk PAS menang parlimen Lenggong
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Apr 2013 |
(Asmuni berucap dalam himpunan jentera pilihan raya PAS Perak)
LENGGONG: PAS Perak berkeyakinan tinggi untuk menang Parlimen Lenggong dalam PRU13 ini berikutan gerak kerjanya yang sangat baik.
Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, keyakinan itu disuarakan setelah melihat gerak kerja jentera kawasan Lenggong yang sangat mantap.
Katanya, walaupun kawasan majoriti Melayu itu diklasifikasi 'underdog', PAS Perak tetap mensasarkan Lenggong antara satu daripada 7 parlimen yang ditandingi akan berjaya ditawan.
Dalam pilihan raya umum ke 12 lalu, calon PAS Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria kalah kepada calon BN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dengan majoriti sebanyak 4,919 undi berbanding dengan majoriti 5,632 dalam PRU 11.
Lenggong mempunyai kira-kira 81 peratus pengundi Melayu, 17 peratus Cina dan 1.7 peratus India.
Parlimen ini mempunyai dua DUN iaitu Kenering dan Kota Tampan yang kedua-duanya dimenangi calon BN dalam pilihan raya lalu.
"Gerak kerja parti pada pilihanraya kali ini telah dijalankan sejak awal lagi dan persediaan ini berbeza dengan pilihanraya sebelum ini," kata Asmuni ketika menyampaikan taklimat dalam program Ijtimak Jentera PRU13 PAS Perak di Kampung Luat, Lenggong.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat yakin usaha gerak kerja PAS Lenggong yang diketuai Yang Dipertuanya, Razman Zakaria (gambar kiri) akan menghasilkan kemenangan dalam PRU13 nanti.
Dalam pada itu, Asmuni menegaskan, semua arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan hendaklah dipatuhi sebaik mungkin.
Kata Asmuni, segala polemik yang timbul antara parti komponen Pakatan Rakyat mahupun jentera itu sendiri hendaklah diselesaikan secara berhemah agar tidak menjejaskan gerak kerja.
Jelasnya lagi, PRU13 adalah pilihanraya paling getir buat Umno-BN untuk mengekalkan kuasanya setelah melihat suasana rakyat yang inginkan perubahan.
"Pakatan Rakyat harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menjatuhkan Umno-BN.
"Kalau Umno-BN kalah kali ini, kita simpan mereka di Muzium Umno dan jika kita kecundang, kita lihat apa yang mereka akan buat kepada rakyat," jelasnya lagi.
Ribuan hadir ke program tersebut terdiri daripada jentera, pimpinan kawasan serta negeri dan bakal-bakal calon PAS.
Pimpinan PAS Pusat yang dijenput menyampaikan amanat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-4-2013
Bekas pegawai risik PDRM sertai PAS
Muhammad Faeez Azahar, | 08 Apr 2013 |
BATU GAJAH: PAS mendapat satu lagi ahli daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, kali ini Bekas Pegawai Risik PDRM Pulau Pinang, Syed Hassan Syed Ali menyertai yang PAS semalam.
Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini.
Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.
Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.
“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.
Dalam pada itu, Nizar dalam ucapannya berkata, kemasukan Syed Hassan ke dalam PAS membuktikan perjuangan PAS ketika ini diterima baik oleh masyarakat.
Kata beliau, sejak akhir-akhir ini PAS telah menerima kemasukan daripada pelbagai golongan termasuklah dari kalangan artis dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.
“Saya harap masyarakat dapat buat perubahan besar besaran kali ini kerana ini adalah peluang yang Allah beri kepada kita.
“Kalau bekas pegawai risik pun sertai PAS, takkan JKKK masuk nak duduk dalam Umno lagi,” kata beliau.
Turut bersama menyerahkan borang keahlian PAS ialah 36 pemuda yang yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu membela nasib rakyat yang masih ramai lagi terpinggir khususnya di kawasan itu.
Hadir sama ialah Timbalan Pegerusi DAP Perak, V Sivakumar; Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh; dan Bekas Setiausaha Umno Pekan, Abdul Kadir Saleh.
Borang keahliannya diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludddin dalam satu majlis Minum Petang di Markas PAS Batu 1, Batu Gajah, dekat sini.
Beliau yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM adalah tokoh yang disanjungi oleh masyarakat kawasan “kubu kuat Umno” itu dan kemasukannya ke dalam PAS sekaligus akan memberi kesan kepada Umno di situ.
Katanya, kemasukannya ke dalam PAS adalah atas kesedaran sendiri setelah melihat dasar perjuangannya.
“Hari ini 7 April genap umur saya 57 tahun dan secara rasminya saya mengisytiharkan menyertai perjuangan PAS,” katanya dalam ucapan ringkasnya dan disambut dengan laungan takbir para hadirin.
Dalam pada itu, Nizar dalam ucapannya berkata, kemasukan Syed Hassan ke dalam PAS membuktikan perjuangan PAS ketika ini diterima baik oleh masyarakat.
Kata beliau, sejak akhir-akhir ini PAS telah menerima kemasukan daripada pelbagai golongan termasuklah dari kalangan artis dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan.
“Saya harap masyarakat dapat buat perubahan besar besaran kali ini kerana ini adalah peluang yang Allah beri kepada kita.
“Kalau bekas pegawai risik pun sertai PAS, takkan JKKK masuk nak duduk dalam Umno lagi,” kata beliau.
Turut bersama menyerahkan borang keahlian PAS ialah 36 pemuda yang yakin PAS dan Pakatan Rakyat mampu membela nasib rakyat yang masih ramai lagi terpinggir khususnya di kawasan itu.
Hadir sama ialah Timbalan Pegerusi DAP Perak, V Sivakumar; Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh; dan Bekas Setiausaha Umno Pekan, Abdul Kadir Saleh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-4-2013
IPOH: PAS Perak mendapat maklumat bahawa Umno sedang berusaha untuk ‘menghalalkan’ penyalahgunaan premis awam seperti dewan orang ramai yang dilakukan mereka ketika ini di seluruh negeri.
Pengarah Pilihan raya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pelbagai cara dan helah sedang dilakukan termasuklah cuba memberi tawaran sewa kepada Umno.
Katanya, tindakan tersebut adalah salah kerana bercanggah dengan sistem demokrasi dan konsep keadilan.
“Langkah untuk memanipulasi keadaan itu adalah langkah yang tidak betul.
“Kalau pun ada cubaan menawarkan sewa, tawaran tersebut hendaklah dikeluarkan kepada umum termasuklah kepada pihak PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss serta Safarizal Saleh.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, pihak yang bertanggungjawab terutama Setiausaha Kerajaan Negeri haruslah berani mengambil tindakan kerana ketika ini kedudukan semua parti politik adalah sama rata selepas sahaja pembubaran parlimen.
Katanya, ketika ini negeri ini di bawah kerajaan sementara dan segala perkara terletak di bawah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tegas Asmuni, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendesak pihak tersebut mengambil tindakan dan mengarahkan semua premis milik masyarakat itu dikosongkan.
“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika tidak mengosongkan premis tersebut dalam tempoh yang ditetapkan kerana ianya jelas melanggar undang-undang,”katanya yang juga seorang peguam.
Kata Asmuni, lebih daripada 817 dewan orang ramai telah disalah gunakan, itu tidak termasuk pejabat penghulu, perpustakaan dan surau.
Tegas beliau, BN haruslah berani menggunakan premis sendiri untuk beroperasi seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tindakan tersebut turut bertentangan dengan kod Tataetika Pilihan Raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Beliau turut menunjukkan satu contoh tentang salah guna premis iaitu Rumah Orang-Orang Tua Islam Seri Payung di Kampung Ara Payung, Batu Gajah.
Katanya, sepanduk ‘Undilah Barisan Nasional’ telah dinaikkan dan menutup papan tanda rumah orang-orang tua itu dan dijadikan bilik gerakan BN.
“Rumah tersebut adalah hak Jabatan Kebajikan Masyarakat namun ia disalahgunakan oleh Umno untuk dijadikan bilik gerakan BN.
“Kami kesal dengan tindakan tersebut dan berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya,” jelasnya.
Sidang Media Dr Nuri al Amin : http://www.youtube.com/watch?v=xcX2KrcJ0Rk&feature=youtube
Sidang Media Tn Asmuni Awi :
http://www.youtube.com/watch?v=gWuzLqpTv8A&feature=player_detailpage
Sumber HD - 8-4-2013
IPOH: Markas Operasi PRU13 PAS Cawangan Felcra Nasaruddin Belia dibakar dipercayai angkara perbuatan khianat pihak-pihak yang tertentu.
Ketua Cawangannya, Yusof Mat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira awal 5 pagi semalam dan perkara tersebut disedari oleh penyokong PAS ketika melalui markas tersebut untuk solat Subuh di masjid.
Beliau berkata, ekoran kejadian tersebut menyebabkan bebarapa barangan termasuk kerusi, meja serta khemah markas operasi pilihanraya itu hangus terbakar.
“Saya segera ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dan saya sempat memadamkan kebakaran daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya tidak menjangkakan kejadian itu berlaku kerana pihak PAS sentiasa berhubungan baik dengan semua pihak termasuk Umno-BN.
Insiden tersebut katanya pertama kali berlaku dan ianya dianggap tidak patut berlaku di Negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” jelasnya lagi.
Akibat kejadian itu, pihaknya telah membuat laporan polis dan berharap pihak keselamatan dapat menjalankan siasatan dengan segera.
Beliau juga berharap pihak polis dapat membuat rondaan sekerap mungkin dalam musim pilihanraya ini agar insiden tersebut tidak berulang lagi.
Sumber HD - 16-4-2013
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan calon BN di Dun Manjoi yang diisytiharkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir semalam adalah ahli PAS.
(Raja Ahmad dalam sidang media hari ini)
Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, calon tersebut, Muhammad Ziad Zainal Abidin, 38, telah menyertai PAS pada tahun 1997.
Katanya, sehingga hari ini, menantu kepada Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali itu tidak pernah mengumumkan dirinya keluar daripada parti.
Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat ahli serta penyokong Umno di Manjoi tidak mengetahui tentang identiti Ziad termasuklah dirinya pernah menyertai parti lawan.
Zaid katanya dikatakan baru aktif di bahagian Tambun dan baru sahaja dilantik sebagai bendahari bahagian tersebut.
“Persoalan timbul, adakah beliau sudah keluar daripada PAS?,” soal beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor, Safarizal Saleh dan Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, pencalonan Ziad seolah-olah BN Perak ketandusan calon yang ‘winnable candidate’ dari kalangan ahli serta pimpinannya.
Jelasnya, pihaknya turut mempersoal adakah BN Perak khasnya telah menyemak latar belakang calon-calonnya sebelum mereka diberikan tanggungjawab sebagai calon.
Ketika ditanya penglibatan Ziad di dalam PAS, Raja Iskandar berkata, beliau tidak memegang mana-mana jawatan tetapi beliau banyak membantu gerak kerja parti termasuklah ketika pilihanraya 2008 yang lalu.
Ujarnya, Ziad telah mendaftar keahliannya pada 5 Oktober 1997 dengan kaedah daftar terus bernombor 0441563.
“PAS Perak mengalu-alukan pencalonan Ziad sebagai calon dan kami mengucapkan maju jaya kepada beliau dalam pilihanraya ini,” jelasnya lagi.
Umno cuba ‘halalkan’ salah guna premis

Khianat: Markas PAS Felcra Nasarudin dibakar
Muhammad Faeez Azahar, | 16 Apr 2013 |

Calon BN Manjoi ahli PAS
Perak Kite, | 17 Apr 2013 |

Sumber HD - 17-4-2013
(Berdera PAS bertaburan selepas dirosakkan oleh samseng)
TELUK INTAN: Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mencabut dan merosakkan bendera dan poster parti-parti yang bertanding dalam PRU13 ini dan tidak hanya bertindak kepada para penyokong Pakatan Rakyat.
Dalam satu kejadian baru-baru ini, bendera-bendera PAS yang dipasang di Kampung Bahagia dekat sini telah dicabut dan dipatahkan sekumpulan remaja penyokong BN.
Menurut Setiausaha PAS Cawangan Kampung Bahagia, Zaidi Basiran, kejadian tersebut telah disedari pada pagi hari setelah para petugas pilihan raya PAS memacakkan bendera-bendera tersebut di persimpangan Kampung Bahagia pada malam sebelumnya.
Laporan penuh dalam Harakah Isnin ini.
(Calon-calon PAS di Perak....seragam puteh lambang kesepakatan)
IPOH: Daripada 22 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tujuh kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PAS Perak, 41 peratus calonnya adalah muka baru dan 59 peratus muka lama.
Antara muka baru yang bertanding di kerusi DUN antaranya Mohd Akmal Kamaruddin, Ketua Penerangan PAS Larut bertanding di DUN Selama, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan yang bertanding di Kerusi Gunung Semanggol, Dr Khairuddin Datok Abdul Malik (DUN Pengkalan Bharu).
Ishak saari (DUN Kampung Gajah), Rohawati Abidin (DUN Pasir Panjang), Aminuddin Zulkipli (DUN Slim) dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi di DUN Manjoi dan Jamil Dzulkarnain (Manong).
Manakala calon baru bagi kerusi Parlimen, Datuk Fauzi Shaari (Larut), Norhayati Kasim (Gerik), Razman Zakaria (Lenggong) dan Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang)
Muka lama yang dikekalkan termasuk Pesuruhjaya PAS Perak , Ustaz Abu Bakar Hussin (DUN Titi Serong), pada pilihanraya umum ke beliau beliau bertanding di kerusi DUN Pengkalan Bharu, Mohd Misbahul Masduki (DUN Rungkup) Mohd Nazri Din (Kubu Gajah) Ustaz Nor Azli Musa (Trong)
Anuar Sudin (Changkat Jong), Mohd Zainuddin Mohd Yusof (DUN Lubuk Merbau), Husin Din (Selinsing) Datok Seri Mohamad Nizar Jamaluidin yang kini bertukar ke DUN Changkat Jering, Khalil Idham Lim yang dahulunya di DUN Titi Serong, kini bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Datuk Dr Mujahid Rawa yang kekal bertanding di Parlimen Parit Buntar.
Calon lain yang bertanding, Mohammad Azalan Mohammad (DUN Chenderoh), Ahmasd Mazlan Othman (Lintang), Najihatossolehah Ahmad (Belanja), Radzi Zainon (Sungai Rapat), Ahmad Razi Othman (Air Kuning) dan Ustaz Muhammad Isme Mat Tain (Parlimen Parit) .
Ustaz Abu Bakar mengumumkan barisan calon PAS Perak yang bertanding pada pilihanraya umum kali ini semasa mengumumkannya pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat Perak malam tadi di perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Perak di Medan Istana.
Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty dan Pengerusi DAP Perak, Datok Nge Ko Ham turut mengumumkan senarai calon dari parti masing masing.
Dalam pilihanraya umum kali ini PAS bertanding di 22 kerusi DUN dan tujuh Parlimen, DAP 18 kerusi DUN dan tujuh Parlimen, manakala PKR 19 DUN dan sembilan kerusi Parlimen.
gambar: Majlis Pengumuman calon PR Perak malam tadi
Samseng Umno rosakkan bendera PAS
Harakah, | 19 Apr 2013 |

Sumber HD - 19-4-2013
41 peratus calon PAS Perak muka baru
Johari Jaffar, | 19 Apr 2013 |

Polis diminta dedah individu yang akan buat kecoh
Muhammad Faeez Azahar, | 19 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak hari ini menggesa pihak polis agar mendedahkan maklumat individu di Perak yang disyaki akan menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Perkara tersebut merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akhbar Berita Harian 11 April lalu.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh (gambar) berkata, pihaknya sangat kesal dengan kenyataan ini kerana ianya telah menimbulkan ketakutan kepada rakyat.
Menurutnya, pihak polis seharusnya membuat tindakan pencegahan segera dan bukannya membuat kenyataan sedemikian yang memberikan gambaran seolah-olah terdapat masalah serta krisis keselamatan semasa proses pilihanraya ini.
“Polis perlu mendedahkan maklumat identiti yang dikatakan akan menimbulkan kekecohan dan bukannya hanya menimbulkan keraguan kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Jelas beliau, kenyataan sedemikian sudah tentu membimbangkan masyarakat yang sangat mengharapkan tiada sebarang kekecohan berlaku.
Mengulas lanjut, Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menegaskan, PAS akan memastikan proses pilihanraya kali ini akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan.
Namun katanya, pihaknya dalam keadaan berjaga-jaga serta bersedia untuk menangani segala usaha daripada pihak-pihak tertentu yang ingin melakukan kekecohan.
“Pihak keselamatan PAS iaitu Jabatan Amal Malaysia akan sentiasa menjaga keselamatan agar pilihanraya kali berlangsung dengan aman dan harmoni.
Kami berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan baik agar tiada kekecohan yang berlaku,” jelasnya lagi
Khalid dalam kenyataannya turut menyenaraikan beberapa kawasan panas di negeri Perak iaitu Taiping, Sungai Siput, Ipoh Barat dan Batu Gajah.
Perkara tersebut merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akhbar Berita Harian 11 April lalu.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh (gambar) berkata, pihaknya sangat kesal dengan kenyataan ini kerana ianya telah menimbulkan ketakutan kepada rakyat.
Menurutnya, pihak polis seharusnya membuat tindakan pencegahan segera dan bukannya membuat kenyataan sedemikian yang memberikan gambaran seolah-olah terdapat masalah serta krisis keselamatan semasa proses pilihanraya ini.
“Polis perlu mendedahkan maklumat identiti yang dikatakan akan menimbulkan kekecohan dan bukannya hanya menimbulkan keraguan kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Jelas beliau, kenyataan sedemikian sudah tentu membimbangkan masyarakat yang sangat mengharapkan tiada sebarang kekecohan berlaku.
Mengulas lanjut, Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menegaskan, PAS akan memastikan proses pilihanraya kali ini akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan.
Namun katanya, pihaknya dalam keadaan berjaga-jaga serta bersedia untuk menangani segala usaha daripada pihak-pihak tertentu yang ingin melakukan kekecohan.
“Pihak keselamatan PAS iaitu Jabatan Amal Malaysia akan sentiasa menjaga keselamatan agar pilihanraya kali berlangsung dengan aman dan harmoni.
Kami berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan baik agar tiada kekecohan yang berlaku,” jelasnya lagi
Khalid dalam kenyataannya turut menyenaraikan beberapa kawasan panas di negeri Perak iaitu Taiping, Sungai Siput, Ipoh Barat dan Batu Gajah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-4-2013
IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak mengakui manifesto yang didedahkan oleh PAS minggu lalu adalah benar, jelas Dr Ahmad Nuri Al-Amin.
Katanya, perkara tersebut disahkan melalui kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam akhbar Berita Harian hari ini.
Ketua Penerangan PAS Perak itu berkata, tindakan untuk menangguhkan pelancaran manifesto tersebut dengan alasan ianya telah didedahkan oleh PAS menggambarkan tawaran BN mempunyai kepincangan.
“Kalaulah ianya tiada masalah dan tawaran tersebut relevan serta terbaik untuk rakyat, BN tidak perlu tangguhkan pelancarannya,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini. (Gambar)
Hadir sama Ahli Jawatankausa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, keputusan BN untuk menangguhkan pelancaran manifestonya terbukti apa yang didedahkan PAS sebelum ini adalah benar.
Jelasnya, sepatutnya BN berterima kasih kepada PAS kerana telah mendedahkan manifesto tersebut kepada umum.
Dengan pendedahan tersebut, Ustaz Nuri berkata, kepimpinan BN yang diketuai oleh Zambry itu sendiri dapat menilai respons masyarakat terhadap tawaran BN dan diubah suai sebelum ia dilancarkan.
“Isu PAS Perak tidak ‘gentleman’ seperti yang didakwa Zambry bukanlah perkara utama yang harus dibincangkan kerana PAS hanya mendedahkan perkara yang betul.
“Kami hanya dedahkan perkara-perkara yang benar iaitu janji yang belum ditepati yang dijanjikan semula kerana ini satu tindakan yang tidak wajar,” jelas Ustaz Nuri lagi.
Mengulas lanjut, BN perlu melihat dari aspek positif tentang pendedahan tersebut dan muhasabah kembali dengan meneliti semula.
“Gunakan respons yang membina daripada PAS itu untuk BN kemukakan tawaran kongkrit yang terbaik untuk rakyat.
“Selepas berpuas hati, barulah kita bersemuka atas satu pentas debat bagi membincangkan perbandingan manifesto Pakatan Rakyat dan BN,” tegasnya.
Beliau turut mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan tidak mustahil Manifesto Pakatan Rakyat Perak diciplak daripada manifesto BN.
Sambil ketawa sinis, Ustaz Nuri berkata, kenyataan tersebut ternyata melucukan kerana pendedahan manifesto BN itu dibuat selepas pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak.
Pada 16 April lalu, PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isunya telah mendedahkan draf manifesto BN Perak yang diberi oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam 11 janji utama BN, terdapat banyak tawaran yang dianggap basi kerana ianya adalah janji lama yang masih belum dilaksanakan sehingga hari ini.
Dalam kenyataan di akhbar Berita Harian hari ini, Zambry mengumumkan BN Perak terpaksa menangguhkan pengumuman manifestonya kerana ia telah dibocorkan pihak tertentu.
Tangguh bukti manifesto BN Perak ada kepincangan
Muhammad Faeez Azahar, | 21 Apr 2013 |

Sumber HD - 21-4-2013
PAS: Kamilia saingan utama di Kuala Kangsar
Muhammad Faeez Azahar, | 21 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak menyifatkan saingan utama di parlimen Kuala Kangsar adalah diantara calon PAS dengan Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak berkata, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar bawah) berkata, PAS tidak melihat calon BN, Dato’ Wan Mohd Khairil sebagai saingan utama dengan kehadiran Kamilia yang akan bertanding atas tiket bebas di parlimen itu.
Menurutnya, Datuk Kamilia mempunyai pengaruh besar di Kuala Kangsar memandangkan beliau adalah Naib Ketua Umno Pusat serta Ketua Wanita Umno Bahagian itu sebelum mengambil keputusan meletak jawatan.
“Saingan PAS di Kuala Kangsar ketika ini adalah dengan Datuk Kamilia, bukan dengan calon BN,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
Turut hadir ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh serta Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar menggesa calon BN menarik diri daripada bertanding untuk memberi ruang kepada Datuk Kamilia bagi menghormati suara akar umbi terutama golongan wanita di seluruh negara.
Jelasnya, jika dilihat pada proses penamaan calon semalam, ternyata penyokong BN dari kalangan wanita sangat kurang dan ianya kemungkinan disebabkan Datuk Kamilia tidak disenaraikan untuk menjadi calon.
“Calon BN harus berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Datuk Kamilia yang lebih layak bertanding di parlimen itu.
“Datuk Wan Khairil harus mengambil pengajaran dan contoh yang dilalukan oleh calon BN parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang menarik diri bagi memberi laluan kepadaDatuk Ibrahim Ali yang dianggap seperti ayahnya,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.
PAS katanya mengakui rasa terkejut dengan tindakan Datuk Kamilia itu namun bangga dengan keberaniannya demi mempertahankan prinsip dan maruah golongan wanita.
“PAS ucapkan tahniah kepada beliau yang sanggup berkorban demi mempertahankan hak serta maruah golongan wanita di Negara ini,” jelasnya lagi.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak berkata, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar bawah) berkata, PAS tidak melihat calon BN, Dato’ Wan Mohd Khairil sebagai saingan utama dengan kehadiran Kamilia yang akan bertanding atas tiket bebas di parlimen itu.
Menurutnya, Datuk Kamilia mempunyai pengaruh besar di Kuala Kangsar memandangkan beliau adalah Naib Ketua Umno Pusat serta Ketua Wanita Umno Bahagian itu sebelum mengambil keputusan meletak jawatan.
“Saingan PAS di Kuala Kangsar ketika ini adalah dengan Datuk Kamilia, bukan dengan calon BN,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.
Turut hadir ialah ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh serta Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar menggesa calon BN menarik diri daripada bertanding untuk memberi ruang kepada Datuk Kamilia bagi menghormati suara akar umbi terutama golongan wanita di seluruh negara.
Jelasnya, jika dilihat pada proses penamaan calon semalam, ternyata penyokong BN dari kalangan wanita sangat kurang dan ianya kemungkinan disebabkan Datuk Kamilia tidak disenaraikan untuk menjadi calon.
“Calon BN harus berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Datuk Kamilia yang lebih layak bertanding di parlimen itu.
“Datuk Wan Khairil harus mengambil pengajaran dan contoh yang dilalukan oleh calon BN parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang menarik diri bagi memberi laluan kepadaDatuk Ibrahim Ali yang dianggap seperti ayahnya,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.
PAS katanya mengakui rasa terkejut dengan tindakan Datuk Kamilia itu namun bangga dengan keberaniannya demi mempertahankan prinsip dan maruah golongan wanita.
“PAS ucapkan tahniah kepada beliau yang sanggup berkorban demi mempertahankan hak serta maruah golongan wanita di Negara ini,” jelasnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-4-2013
BN gagal selesai isu tanah di Lenggong
Johari Jaafar, | 22 Apr 2013 |
LENGGONG: Para pengundi di kawasan Parlimen Lenggong termasuk Dun Kota Tampan dan Kenering diperingatkan agar tidak tertipu lagi dengan `janji janji manis' BN pada pilihanraya umum kali ini.
Calon PAS bagi Parlimen Lenggong Razman Zakaria berkata, antara janji yang gagal ditepati BN termasuk menyelesai masalah tanah yang dihadapi penduduk.
Antaranya Tanah Bagan Ragut di kampung Cherakoh yang dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk Kampung Raban, Kampung Kuak dan Changkat Berangan tetapi akhirnya tanah tersebut diambil untuk tapak membina kolej.
"Apa yang menyedihkan lagi tanah yang selebihnya dipecah menjadi tanah lot banglo dan dijual kepada golongan kaya, hingga kini tidak diganti", katanya lagi.
Begitu juga Tanah Warisan Desa penempatan orang melayu kampung tradisional tidak mempunyai status hak milik sehingga kini masih tidak diselesaikan.
Ladang teh Lenggong yang diperuntukan hasil dana Perbadanan Kemajuan Negeri Perak telah mengalami kerugian sehingga kilang terpaksa ditutup,
Malah lebih malang lagi tanah ladang teh itu juga tidak dapat memberi manfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan, sebaliknya, beratus ekar ladang terlepas kepada syarikat yang didalangi oleh pihak berkepentingan.
Pembalakan Hutan simpan banjaran Korbu merentasi kampung Bukit Sapi, Chepor, Luat dan kampung Beng telah menyebabkan ganguan kepada bekalan air bukit kepada empat buah kampung pada setiap kali hujan.
Tanah hutan simpan banjaran Korbu sudah mula diteroka, bermula di air Karah sehingga ke hutan Lasah di sungai Siput, kononnya untuk mewujudkan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM.) tetapi Sayangnya manfaat untuk rakyat tidak berlaku.
"Apa yang berlaku keatas ladang teh suatu masa dulu akan berulang kembali ke atas tanah hutan simpan banjaran Korbu ini" ujar beliau.
Menurut beliau lagi tiada sebarang agenda atau rangka penyelesaian dilakukan oleh wakil rakyat BN untuk menjamin masa depan golongan anak kampung termasuk golongan anak muda yang mahu tinggal di kampung halaman sendiri.
Jesteru itu beliau mengingatkan sekali lagi rakyat tidak seharusnya terpesona dan termakan janji janji manis BN, sedangkan mereka akan terus menjadi mangsa BN buat selama lamanya.
Calon PAS bagi Parlimen Lenggong Razman Zakaria berkata, antara janji yang gagal ditepati BN termasuk menyelesai masalah tanah yang dihadapi penduduk.
Antaranya Tanah Bagan Ragut di kampung Cherakoh yang dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk Kampung Raban, Kampung Kuak dan Changkat Berangan tetapi akhirnya tanah tersebut diambil untuk tapak membina kolej.
"Apa yang menyedihkan lagi tanah yang selebihnya dipecah menjadi tanah lot banglo dan dijual kepada golongan kaya, hingga kini tidak diganti", katanya lagi.
Begitu juga Tanah Warisan Desa penempatan orang melayu kampung tradisional tidak mempunyai status hak milik sehingga kini masih tidak diselesaikan.
Ladang teh Lenggong yang diperuntukan hasil dana Perbadanan Kemajuan Negeri Perak telah mengalami kerugian sehingga kilang terpaksa ditutup,
Malah lebih malang lagi tanah ladang teh itu juga tidak dapat memberi manfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan, sebaliknya, beratus ekar ladang terlepas kepada syarikat yang didalangi oleh pihak berkepentingan.
Pembalakan Hutan simpan banjaran Korbu merentasi kampung Bukit Sapi, Chepor, Luat dan kampung Beng telah menyebabkan ganguan kepada bekalan air bukit kepada empat buah kampung pada setiap kali hujan.
Tanah hutan simpan banjaran Korbu sudah mula diteroka, bermula di air Karah sehingga ke hutan Lasah di sungai Siput, kononnya untuk mewujudkan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM.) tetapi Sayangnya manfaat untuk rakyat tidak berlaku.
"Apa yang berlaku keatas ladang teh suatu masa dulu akan berulang kembali ke atas tanah hutan simpan banjaran Korbu ini" ujar beliau.
Menurut beliau lagi tiada sebarang agenda atau rangka penyelesaian dilakukan oleh wakil rakyat BN untuk menjamin masa depan golongan anak kampung termasuk golongan anak muda yang mahu tinggal di kampung halaman sendiri.
Jesteru itu beliau mengingatkan sekali lagi rakyat tidak seharusnya terpesona dan termakan janji janji manis BN, sedangkan mereka akan terus menjadi mangsa BN buat selama lamanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-4-2013
(Raja Iskandar mendedahkan keratan akhbar yang mendedahkan siasatan SPRM ke atas calon BN)
IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang dicalonkan sekali lagi.
Menurutnya, calon berkenaan disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu.
“Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni.
Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adik calon berkenaan turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.
Pejabatnya di Bangunan Kerajan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.
“Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM,” jelasnya lagi.
Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Datuk Sri Najib Tun Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.
Katanya, adakah Najib melihat adalah calon ini ‘winnable candidate’ walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.
“Masyarakat umum khususnya di Dun Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah lakunya yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi ianya masih terpilih untuk menjadi calon.
“Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada PRU13 ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah,”jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.
PAS dedah Calon BN disiasat SPRM
Muhammad Faeez Azahar, | 22 Apr 2013 |

Calon parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah
Muhammad Faeez Azahar, | 22 Apr 2013 |
IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam.
Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN.
Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu.
“Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya.
“Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya,” jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini.
Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng, Abdul Rahim Ariff.
Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya.
Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu.
Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.
Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu.
Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita.
“Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini.
“Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini,” jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu.

Menurutnya, Zambry ternyata berbohong tentang kenyataan itu kerana pemberian air percuma itu telah wujud dalam tawaran Barisan Alternatif Perak pada pilihanraya umum 2008 lalu.
Katanya, selepas berjaya membentuk kerajaan, Pakatan Rakyat telah merealisasikan janji tersebut seawal Ogos 2008.
“Saya hairan kenapa Zambry boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas tersebut kerana janji itu telah pun dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak selama 11 bulan dahulu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini hari ini. (Gambar)
Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.
Jelas beliau, kenyataan Zambry itu jelas menggambarkan BN dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat.
Nuri menjelaskan, Zambry harus mengemukakan fakta dan hujah sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Zambry itu yang jelas menipu dan tidak berfakta.
“Sepatutnya Zambry yang berkelulusan PhD harus menunjukkan ketokohannya dalam mengeluarkan kenyataan,” katanya dalam nada sinis.
Zambry dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian hari ini mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN dalam pemberian air percuma.
Beliau menyatakan perkara itu ketika majlis pelancaran Manifesto BN Perak di Padang Rengas, semalam.
Air percuma: Zambry bohongi rakyat Perak
Muhammad Faeez, | 23 Apr 2013 |
IPOH: Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin menempelak kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN tentang pemberian air percuma.
Menurutnya, Zambry ternyata berbohong tentang kenyataan itu kerana pemberian air percuma itu telah wujud dalam tawaran Barisan Alternatif Perak pada pilihanraya umum 2008 lalu.
Katanya, selepas berjaya membentuk kerajaan, Pakatan Rakyat telah merealisasikan janji tersebut seawal Ogos 2008.
“Saya hairan kenapa Zambry boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas tersebut kerana janji itu telah pun dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak selama 11 bulan dahulu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini hari ini. (Gambar)
Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.
Jelas beliau, kenyataan Zambry itu jelas menggambarkan BN dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat.
Nuri menjelaskan, Zambry harus mengemukakan fakta dan hujah sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Zambry itu yang jelas menipu dan tidak berfakta.
“Sepatutnya Zambry yang berkelulusan PhD harus menunjukkan ketokohannya dalam mengeluarkan kenyataan,” katanya dalam nada sinis.
Zambry dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian hari ini mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN dalam pemberian air percuma.
Beliau menyatakan perkara itu ketika majlis pelancaran Manifesto BN Perak di Padang Rengas, semalam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-4-2013
IPOH: Calon PAS bagi Dun Cangkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tuduhan Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang mengatakan Pakatan Rakyat meniru manifesto BN adalah tidak masuk akal.
Menurutnya, tuduhan tersebut ternyata tidak benar kerana Pakatan Rakyat telah awal lagi melancarkan manifesto sedangkan BN baru sahaja melancarkan manifesto kelmarin iaitu dua hari selepas penamaan calon.
“Kami sudah lancar seminggu lebih awal daripada mereka, adakah masuk akal dakwaan BN yang menuduh kami meniru manifesto mereka?,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekreteriat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik, Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye, Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam dan Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah lama menyiapkan draf manifesto selepas rampasan kuasa berlaku pada 2009 lalu.
Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat ketika itu memang sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya kecil negeri akan berlaku disebabkan tragedi rampasan kuasa oleh BN itu.
Katanya, antara kenyataan Zambry yang disifatnya lucu ialah mendakwa Pakatan Rakyat meniru tentang pemberian air percuma.
Jelas beliau, Pakatan Rakyat sudah memberikan air percuma sejak awal lagi ketika mendapat mandat memerintah pada tahun 2009 lalu.
“Macam mana dia boleh cakap kita tiru BN sedangkan kita sudah laksakan janji tersebut ketika diberi mandat selepas PRU12 lalu.
Adakah beliau sedar ketika mengeluarkan kenyataan, saya harap Dr Lee boleh ‘chek’ dia,” katanya dalam nada sinis.
Mohammad Nizar menjelaskan, pada hakikatnya, BN sebenarnya yang menciplak manifesto Pakatan Rakyat.
Katanya, banyak janji yang dikemukakan dalam manifesto BN adalah tawaran yang ada di dalam manifesto Pakatan Rakyat yang sudah awal lagi dilancarkan.
“Dia (Zambry) tuduh kita tiru tapi pada hakikatnya BN yang banyak tiru manifesto Pakatan Rakyat yang sudah dilancarkan seminggu lebih awal daripada mereka,” ujar beliau lagi.
Kenyataan Zambry tidak masuk akal - Nizar
Muhammad Faeez Azahar, | 24 Apr 2013 |

Sumber HD - 24-4-2013
Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.
Foto terbaik: Nizar lawat Bilik Gerakan BN
http://idahsalam.blogspot.com, | 25 Apr 2013 |
Foto Terbaik: DS Nizar Melawat Bilik Gerakan BN
Khamis, 25 April 2013
Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat Jering
Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.
Dengan selamba beliau menberanikan diri berkempen di kubu kuat BN Dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan.
Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.
Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin. Gaya berkempen Dato Seri Nizar memang menarik dan santai.
Sebelum ini beliau penah menggemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak diundang.
Bravo Nizar...
SUMBER
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-4-2013
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri (gambar) berkata, sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak.
Katanya, di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan.
“PAS Perak hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain,” katanya kepada Harakahdaily.
Ustaz Nuri menjelaskan, ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini.
PAS, katanya merasakan pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN.
Ini bermakna katanya, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara.
“Kami mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.
“Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?” soal beliau lagi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
“Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini.
“PAS sangat kesal dengan tindakan ini namun kami yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini,” tegasnya lagi.
Pengundi Pakistan, IC Sabah, mengundi di Perak
Muhammad Faeez Azahar, | 25 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak telah mengesan banyak pengundi yang diragui berada di negeri ini.

(Salman menunjukkan akhbar fitnah yang disebar dalam IPT di Perak)
IPOH: PAS Perak kesal tindakan pihak-pihak tertentu yang berkempen secara kotor dengan mengedar akhbar yang penuh dengan fitnah di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Perak.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, akhbar keluaran khas oleh Berita Harian dan Utusan itu penuh dengan cerita fitnah, perkauman yang dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat terutama PAS.
Jelasnya, PAS Perak telah menerima aduan daripada pensyarah dan pelajar-pelajar serta kakitangan IPT yang rasa tidak senang kehadiran serta penyebaran akhbar tersebut.
“Akhbar khas sempena pilihanraya ini tidak dijual kepada awam dan ianya disebar luas ke IPT dengan tujuan untuk meracuni pemikiran kakitangan serta pelajar demi kepentingan pihak-pihak tertentu.
“PAS hairan bagaimana akhbar yang tidak bertanggungjawab ini dapat masuk dan disebar luar ke semua IPT,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini semalam.
Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.
Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menjelaskan, akhbar tersebut sangat bahaya kerana mempunyai unsur-unsur hasutan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.
Tegasnya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang setelah peguam menilai semua berita tersebut.
PAS katanya mengutuk sekeras-kerasnya pengedaran ini kerana ianya terbukti akhbar yang dipenuhi cerita fitnah dan perkauman.
“PAS berharap semua parti dapat berkempen secara sihat seperti memperkenalkan calon, misi dan visi, serta manifesto untk rakyat, bukannya menyebar fitnah keji.
“Jadilah sebuah parti yang ‘gentleman’ mengikut undang-undang dan sistem demokrasi,” tegasnya lagi.
Pensyarah dan pelajar marah, akhbar fitnah disebar dalam IPT
Muhammad Faeez Azahar, | 26 Apr 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Sumber HD - 26-4-2013
Balingan bom: PAS Perak sedia beri kerjasama
Muhammad Faeez Azahar, | 26 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba melakukan provokasi dengan melempar dua bom petrol atau 'molotov cocktail' terhadap Bilik Gerakan BN Buntong, dekat sini kelmarin.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang di Negara ini.
Menurutnya, PAS kesal dengan tindakan yang tidak bertamadun itu yang dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu yang cuba membuat huru-hara dalam tempoh berkempen ini.
“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini secepat mungkin bagi mengetahui individu tersebut serta dalang sebenar,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama jawatankuasanya, Salman Saleh dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya tindakan provokasi itu dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat.
Katanya, PAS sentiasa berpegang teguh dengan prinsip demokrasi serta undang-undang di negara ini.
PAS katanya percaya kejadian tersebut bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat khususnya untuk melakukan sabotaj bagi menjayakan agenda tertentu.
Jelas Fakhrulrazi, PAS Perak sedia memberi kerjasama bagi menyalurkan maklumat tentang kejadian itu bagi membantu polis mencari identiti suspek yang cuba mencemarkan tempoh berkempen pilihanraya ini.
“Kami sedia beri kerjasama untuk membantu pihak polis menyiasat perkara ini dan kami menaruh keyakinan tinggi kepada polis untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
“PAS minta ahli parti bertenang dengan suasana ini dan berharap dapat menjaga emosi serta mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan,” jelasnya lagi.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan undang-undang di Negara ini.
Menurutnya, PAS kesal dengan tindakan yang tidak bertamadun itu yang dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu yang cuba membuat huru-hara dalam tempoh berkempen ini.
“Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini secepat mungkin bagi mengetahui individu tersebut serta dalang sebenar,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama jawatankuasanya, Salman Saleh dan Safarizal Saleh.
Mengulas lanjut, PAS Perak menafikan sekeras-kerasnya tindakan provokasi itu dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat.
Katanya, PAS sentiasa berpegang teguh dengan prinsip demokrasi serta undang-undang di negara ini.
PAS katanya percaya kejadian tersebut bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat khususnya untuk melakukan sabotaj bagi menjayakan agenda tertentu.
Jelas Fakhrulrazi, PAS Perak sedia memberi kerjasama bagi menyalurkan maklumat tentang kejadian itu bagi membantu polis mencari identiti suspek yang cuba mencemarkan tempoh berkempen pilihanraya ini.
“Kami sedia beri kerjasama untuk membantu pihak polis menyiasat perkara ini dan kami menaruh keyakinan tinggi kepada polis untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
“PAS minta ahli parti bertenang dengan suasana ini dan berharap dapat menjaga emosi serta mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan,” jelasnya lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-4-2013
(Zamri ketika bercakap kepada media semalam)
IPOH:"Semua pihak termasuk SPR digesa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan.”
Demikian tegas Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak, Zamri Ibrahim mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalalkan tindakan Umno menyalahgunakan dewan orang ramai serta premis awam untuk dijadikan Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Katanya, walaupun pihak SPR menyatakan bahawa Umno telah mendapat kebenaran daripada pemilik dewan untuk menggunakannya bagi tujuan kempen pilihanraya, namun dokumentasi penyewaan serta surat kebenaran kegunaannya tidak dikemukakan.
“PAS Perak menggesa pasukan penguatkuasa pilihanraya yang ditubuhkan di bawah seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihanraya1954 bertindak berdasarkan perkara 8 Tataetika Pilihanraya oleh SPR.
“SPR perlu membuat lawatan ke premis-premis yang berkenaan dan meminta pihak BN menunjukkan dan seterusnya memberikan salinan dokumentasi penyewaan atau surat kebenaran menggunakan dewan orang ramai tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam.
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Salman Saleh.
Peguam muda itu menjelaskan, ianya bagi meleraikan kekeliruan serta rasa sangsi dan tidak puas hati orang ramai yang masih mempersoalkan penggunaan orang ramai oleh BN khususnya Umno.
Menyentuh berkenaan pasukan penguatkuasa, beliau berkata, PAS Perak menggesa peranan dan tugas anggota pasukan penguatkuasa dihormati oleh SPR itu sendiri.
Katanya, berdasarkan seksyen 27C Akta Kesalahan Pilihanraya1954, anggota pasukan terdiri masing-masing seorang daripada pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh SPR, wakil daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil parti politik yang dilantik oleh calon atau ejen pilihanrayanya.
Berdasarkan peruntukan tersebut, Zamri berkata, Pegawai Pengurus Pilihanraya tidak termasuk dalam anggota pasukan penguatkuasa.
“PAS mendapat maklumat yang diperolehi, ada Pegawai Pengurus Pilihanraya yang membuat arahan kepada pasukan ini.
“Terdapat juga maklumat wakil parti tidak dijemput dalam perbincangan untuk membuat keputusan berhubung bahan kempen," katanya.
Tegas Zamri, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan seksyen 27G Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
Salahguna dewan: PAS Perak gesa undang-undang dipatuhi
Muhammad Faeez Azahar, | 28 Apr 2013 |

Sumber HD - 28-4-2013
Sokongan meningkat, PR Perak optimis menang 38 Dun
Johari Jaafar, | 28 Apr 2013 |
TAIPING: Pakatan Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini, melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu.
Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.
Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu.
"Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau.
Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.
Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.
Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.
Mantan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Dengan kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.
Nizar yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang selesa berbanding 2008 lalu.
"Kali ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan melompat parti," ujar beliau.
Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.
Beliau tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.
Selain itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-4-2013
BN resah, peluang PAS cerah di Kuala Kangsar
Johari Jaafar, | 28 Apr 2013 |
KUALA KANGSAR: Kerja kuat daripada seluruh petugas parti dan ahli PAS di seluruh kawasan serta pertolongan daripada Allah, pada 5 Mei nanti PAS mampu melakar sejarah untuk menawan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Demikian dinyatakan oleh calon PAS bagi Parlimen P.067 Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim yang ditemui di sini semalam.
Pada pilihan raya umum kali ini, Khalil Idham Lim ditentang oleh calon BN, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas)
Menurut beliau walaupun berlaku perpecahan dalam Umno Kuala Kangsar berikutan Datuk Kamalia bertanding atas tiket Bebas, PAS perlu kepada kekuatan tersendiri untuk menang, bukannya kemenangan itu atas dasar lemahnya BN.
"Sedikit sebanyak penyertaaan Datuk Kamalia ada memberi sedikit kesan kepada BN, kerana itulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak datang berkempen di sini, sebelum itu Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Shahrizad Abdul Jalil datang, ini menunjukkan BN cukup bimbang dan cemas di kawasan ini," ujar beliau.
Pada pilihanraya umum kali ini beliau mengutarakjan lima tawaran kepada para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, pertamanya berhubung pembinaan Jambatan Manong ke Seberang Manong yang sehingga kini sudah tiga kali diadakan majlis pecah tanah, jambatan tidak juga siap.
"Saya berjanji dalam masa setahun, saya akan tahu jawapannya bagi meneruskan pembinaan jambatan tersebut," katanya.
Kedua, ujarnya berhubung pengangkutan awam yang digunakan untuk orang ramai dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang sekarang ini begitu daif dan uzur akan digantikan dengan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.
"Kita akan usahakan bas yang lebih baru dan selesa kepada rakyat bagi laluan Kuala Kangsar ke Simpang Tiga Beruas," ujar beliau.
Menurutnya dengan bantuan dari kementerian dan agensi yang berkaitan beliau akan usahakan bas yang lebih selesa kepada masyarakat di kalangan pelajar, ibu tunggal dan berbagai lapisan masyarakat yang menggunakan bas itu.
Sebelum ini beliau pernah mendedahkan bagaimana daifnya bas yang digunakan di kawasan itu dan beliau sendiri telah menaiki bas syarikat tersebut yang disifatkan terlalu uzur dan merbahayakan penumpang terutama pelajar sekolah.
"Bas tersebut sudah berusia 50 tahun dan selayaknya sudah berada di muzium," katanya.
Beliau turut menyentuh penempatan di dua kampung iaitu Kampung Baru Jerlun dan Kampung Tersusun Senggang yang sehingga kini penghuninya tidak mendapat hak milik kekal.
Dalam manifesto Pakatan Rakyat telah dinyatakan untuk memberikan geran tanah kekal untuk Kampung Tersusun dan Kampung Baru, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menunaikan janjinya, kata beliau.
Menurut beliau Kampung Baru Jerlun didiami kaum Cina, manakala di Kampung Tersusun Senggang dihuni oleh orang Melayu.
"Terdapat 112 lot tanah yang didiami oleh orang Melayu di Kampung Tersusun Senggang yang hingga kini tidak apa apa status tanah, bila berlaku kematian, menjadi masalah kepada pewaris kerana tanah itu tidak ada apa apa status tanah.
“Begitu juga terdapatnya penempatan kecil orang Melayu, Cina dan India yang tinggal di rezab sungai dan jalanraya, kita akan menyelesaikan massalah ini nanti bila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih negeri ini," katanya lagi.
Tawaran keempat yang ditengahkan kepada pengundi di sini, mahu menyelesaiakan masalah perparitan yang serius di Kampung Bendang Kering.
Pada tahun 2007 lalu, jelasnya kerajaan telah membina longkang bagi menyelesaikan masalah perparitan di kampung tersebut, tetapi longkang tersebut tidak cukup besar dan panjang, sekarang ini longkang tersebut ada yang sudah pecah dan runtuh.
"Sistem perparitan di sini akan kita perbetulkaan balik bila Pakatan Rakyat berkuasa nanti," ujar beliau.
Tawaran terakhir berhubung industri Labu Sayung yang ada sekarang akan ditingkatkan lagi menjadi lebih baik sejajar dengan perkembangan semasa demi mempertingkatkan industri tersebut, katanya.
Pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu calon BN, Datuk Seri Rafidah Aziz berjaya mengalahkan calon PAS, Dr Khairudin Datuk Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi.
Khalil Idham Lim mampu menarik para pengundi Cina di kawasan itu memandangkan beliau keturunan Cina dan boleh berinteraksi dengan mereka, ini satu kelebihan kepada beliau.
Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Kuala Kangsar ialah 33,607 orang yang pengundi Melayu berjumlah 67.96 peratus, Cina (23.94%), India (6.96%) dan lain-lain (1.14%).

Nor Ghani menggulung bendera BN sebagai simbolik menyertai PAS.
IPOH: Kejutan besar berlaku di Dun Selama apabila abang kepada calon BN yang bertanding di Dun itu, Datuk Mohd Daud Mohd Yusof mengambil keputusan menyertai PAS.
Nor Ghani Mohd Yusof, 57, menyerahkan borang keahliannya kepada calon PAS Dun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin serta calon PAS Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari dalam satu majlis di Sungai Bayor, Selama, kelmarin.
Beliau melakukan simbolik menggulung bendera Umno dan BN di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sebelum menyerahkan borang keahlian.
Nor Ghani berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS.
Katanya, beliau telah memikirkan perkara itu agak lama sebelum mengambil keputusan itu ditambah lagi adiknya adalah calon BN di situ.
“Ini bukan satu keputusan yang mudah, namun kerana Islam, saya buat keputusan ini.
“Saya ambil masa agak lama (untuk menyertai PAS) dan sekarang baru saya ambil keputusan menyertai PAS secara sah,” katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan akan membantu sedaya upaya jentera berkempen menarik masyarakat demi merealiasasikan kemenangan sulung PAS disitu.
Jelasnya, beliau menyokong penuh calon PAS, Ustaz Akmal yang melawan dengan adiknya dalam pilihanraya ini dan beliau menyifatkan anak muda itu sangat berwibawa.
“Walaupun dia (Akmal) berlawan dengan adik saya sendiri, tapi saya yakin kemenangan akan memihak kepada PAS, kerana rakyat ketika ini sangat mahukan perubahan,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Akmal ketika diminta mengulas kemasukan Nor Ghani berkata, beliau menyambut baik tindakan itu dan disifatnya satu anugerah daripada Allah.
Katanya, keputusan itu sudah memberi kesan besar kepada BN khususnya calon BN.
“Saya mengalu-alukan kemasukan beliau (Nor Ghani) dan berharap ianya akan menyuntik semangat ahli dan jentera untuk terus berkempen serta berjuang sehingga hari mengundi,” jelas Akmal lagi.
Abang calon BN Dun Selama sertai PAS
Muhammad Faeez Azahar, | 29 Apr 2013 |

Sumber HD - 29-4-2013
Hamidah yang samseng: Sudah 3 laporan polis dibuat
Muhammad Faeez Azahar, | 03 Mei 2013 |
IPOH: Sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat ke atas bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman. Yang terbaru kerana merampas peralatan pemasangan banner dari petugas PAS.
Seorang petugas PAS di Batu Gajah membuat laporan polis setelah peralatan yang digunakannya untuk menaikkan bahan kempen telah dirampas oleh Calon BN Dun Sungai Rapat itu.
Razelah Ahmad Bistamam, 30, berkata, kejadian berlaku di Kg Tersusun, Tasek Idaman, Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi ketika beliau bersama 20 orang petugas PAS menaikkan billboard dan bendera.
Katanya, Hamidah ketika itu bersama petugasnya yang turut menaikkan bahan kempen secara tiba-tiba merampas dua batang pengorek lubang (pencebak).
“Dia (Hamidah) tiba-tiba ambil dua batang pencebak ketika kami sedang melakukan kerja menaikkan bahan kempen PAS.
“Kami memohon pihak polis yang berada di situ membantu meminta kembali kepada pihak Hamidah tetapi gagal dan pihak polis menasihatkan agar membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, awal pagi tadi.
Jelas beliau, Hamidah turut memberi teguran kepada beliau dan beberapa rakannya supaya tidak melakukan kerja di pihak PAS.
Dalam perkembangan sama, Naib Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Rosdy Abdullah yang ditemui berkata, PAS kesal dengan tindakan tidak profesional bekas Exco Kerajaan Negeri itu,
Jelas beliau, PAS tidak terkejut dengan tindakan Hamidah itu kerana calon BN itu pernah menimbulkan provokasi sebelum ini apabila mencekak kolar calon PKR Parlimen Gopeng beberapa hari lalu.
“Kami kesal dengan tindakan ala samseng Hamidah itu dan ini adalah kali ketiga kami membuat laporan terhadap Hamidah dalam masa berkempen ini.
“Hamidah seolah-olah terdesak apabila sanggup merampas pencebak milik petugas kami, ini dianggap lucu tetapi ianya benar-benar berlaku melibatkan seorang tokoh veteran Umno ini,” jelasnya lagi.
Ujar beliau, Hamidah sebelum itu telah melemparkan kata-kata kesat kepada seorang imam di kampung itu yang berada di situ kerana sering kali mengadakan program PAS di kediamannya.
Rosdy menggesa pihak polis dapat melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan terhadap Hamidah yang dilihat semakin melampau ini.
Seorang petugas PAS di Batu Gajah membuat laporan polis setelah peralatan yang digunakannya untuk menaikkan bahan kempen telah dirampas oleh Calon BN Dun Sungai Rapat itu.
Razelah Ahmad Bistamam, 30, berkata, kejadian berlaku di Kg Tersusun, Tasek Idaman, Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi ketika beliau bersama 20 orang petugas PAS menaikkan billboard dan bendera.
Katanya, Hamidah ketika itu bersama petugasnya yang turut menaikkan bahan kempen secara tiba-tiba merampas dua batang pengorek lubang (pencebak).
“Dia (Hamidah) tiba-tiba ambil dua batang pencebak ketika kami sedang melakukan kerja menaikkan bahan kempen PAS.
“Kami memohon pihak polis yang berada di situ membantu meminta kembali kepada pihak Hamidah tetapi gagal dan pihak polis menasihatkan agar membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, awal pagi tadi.
Jelas beliau, Hamidah turut memberi teguran kepada beliau dan beberapa rakannya supaya tidak melakukan kerja di pihak PAS.
Dalam perkembangan sama, Naib Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Rosdy Abdullah yang ditemui berkata, PAS kesal dengan tindakan tidak profesional bekas Exco Kerajaan Negeri itu,
Jelas beliau, PAS tidak terkejut dengan tindakan Hamidah itu kerana calon BN itu pernah menimbulkan provokasi sebelum ini apabila mencekak kolar calon PKR Parlimen Gopeng beberapa hari lalu.
“Kami kesal dengan tindakan ala samseng Hamidah itu dan ini adalah kali ketiga kami membuat laporan terhadap Hamidah dalam masa berkempen ini.
“Hamidah seolah-olah terdesak apabila sanggup merampas pencebak milik petugas kami, ini dianggap lucu tetapi ianya benar-benar berlaku melibatkan seorang tokoh veteran Umno ini,” jelasnya lagi.
Ujar beliau, Hamidah sebelum itu telah melemparkan kata-kata kesat kepada seorang imam di kampung itu yang berada di situ kerana sering kali mengadakan program PAS di kediamannya.
Rosdy menggesa pihak polis dapat melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan terhadap Hamidah yang dilihat semakin melampau ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-5-2013
TAPAH: Akibat rasa tidak puas hati terhadap penyelewangan yang berlaku dalam parti, 15 orang ahli Umno kawasan Air Kuning di sini bertindak keluar parti dan menyertai PAS.
Mereka yang diketuai Baharudin Yaakop telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada calon PAS Dun Air Kuning Dr Ahmad Razi Othman pada satu majlis ceramah di Kampung Tersusun Seri Dermawan, Tapah Road kelmarin.
Ketika ditanya wartawan, kenapa punca mereka meninggalkan parti itu, Baharudin berkata sebab utama adalah kerana tidak mahu bersekongkol dengan penyelewengan yang berlaku dalam Umno BN.
Dalam masa yang sama, Ahmad Razi ketika menerima borang keahlian mereka itu menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana kemasukan ahli baru ke dalam PAS.
Kecewa dengan penyelewengan, 15 ahli Umno sertai PAS
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |

Kami sedia jadi khadam rakyat - Ustaz Abu Bakar
Muhammad Faeez Azahar, | 03 Mei 2013 |
IPOH: Kami sudah bersedia jadi khadam rakyat,” demikian tegas Pesuruhjaya PAS Perak dalam sidang media di Pejabat PAS Perak dekat sini, hari ini.
Hadir sama ialah Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.
Jelasnya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kepentingan peribadi seperti pimpinan BN khususnya Umno yang mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk mengkayakan kroni dan anak-beranak.
Ustaz Abu Bakar menjelaskan, Pakatan Rakyat komited untuk merealisasikan janji yang ditawarkan kepada rakyat.
“Kami optimis akan dapat laksanakan semua janji kami dalam manifesto peringkat negeri Perak termasuklah tawaran di peringkat persekutuan jika diberikan mandat,” katanya lagi.
Calon PAS Dun Titi Serong itu berkata, PAS yakin rakyat akan mengembalikan mandat yang dirampas oleh BN pada 2009 lalu selepas hanya sempat memerintah selama 11 bulan sahaja.
Tegasnya, Pakatan Rakyat akan membuktikan kepada rakyat negeri Perak bahawa gabungan tiga parti itu lebih berintegriti berbanding BN.
“Kami tekad merealisasikan tema TAKWA iaitu telus, amanah, kebajikan, wawasan, dan adil yang disepakati semua parti gabungan iaitu PAS, PKR dan DAP selaras dengan keperluan negeri ini yang jauh tertinggal walaupun Perak sebuah negeri yang kaya dengan sumber dan hasil.
“Walaupun pada dulu kita sempat memerintah 11 bulan, tapi banyak yang telah kami berikan kepada rakyat dan kami yakin rakyat dapat menilai semua itu,” jelasnya lagi.
Justeru itu, pihaknya menyeru agar anak-anak Perak di perantauan dapat balik mengundi Pakatan Rakyat pada 5 Mei ini.
Hadir sama ialah Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.
Jelasnya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kepentingan peribadi seperti pimpinan BN khususnya Umno yang mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk mengkayakan kroni dan anak-beranak.
Ustaz Abu Bakar menjelaskan, Pakatan Rakyat komited untuk merealisasikan janji yang ditawarkan kepada rakyat.
“Kami optimis akan dapat laksanakan semua janji kami dalam manifesto peringkat negeri Perak termasuklah tawaran di peringkat persekutuan jika diberikan mandat,” katanya lagi.
Calon PAS Dun Titi Serong itu berkata, PAS yakin rakyat akan mengembalikan mandat yang dirampas oleh BN pada 2009 lalu selepas hanya sempat memerintah selama 11 bulan sahaja.
Tegasnya, Pakatan Rakyat akan membuktikan kepada rakyat negeri Perak bahawa gabungan tiga parti itu lebih berintegriti berbanding BN.
“Kami tekad merealisasikan tema TAKWA iaitu telus, amanah, kebajikan, wawasan, dan adil yang disepakati semua parti gabungan iaitu PAS, PKR dan DAP selaras dengan keperluan negeri ini yang jauh tertinggal walaupun Perak sebuah negeri yang kaya dengan sumber dan hasil.
“Walaupun pada dulu kita sempat memerintah 11 bulan, tapi banyak yang telah kami berikan kepada rakyat dan kami yakin rakyat dapat menilai semua itu,” jelasnya lagi.
Justeru itu, pihaknya menyeru agar anak-anak Perak di perantauan dapat balik mengundi Pakatan Rakyat pada 5 Mei ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-5-2013
Majoriti rakyat Perak masih bersama Pakatan
Harakahdaily, | 08 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Perak mendakwa majoriti rakyat negeri itu masih bersama Pakatan Rakyat biarpun gagal menawan semula negeri itu Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ketua penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata pada PRU13 lalu, dari jumlah 1,160,292 pengundi Perak, Pakatan Rakyat meraih 54 peratus undi popular berbanding 44 peratus diperolehi BN.
"Malah PAS Perak masih dapat mengekalkan sokongan undi popular sebanyak 46% yang diperolehinya dalam PRU 12 walaupun dengan peningkatan jumlah undi baru sebanyak 33% di kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PAS.
"Angka ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN pada hakikatnya bukanlah merupakan kemenangan mutlak dan rakyat pada keseluruhannya masih menyandarkan harapan kepada PR untuk melakukan perubahan," katanya.
Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi DUN berbanding BN 31 kerusi sekaligus gagal menawan semula pentadbiran Perak yang pernah dikuasai 11 bulan pada 2008 lalu sebelum berlaku rampasan kuasa pada 2009.
Bagaimanapun, keputusan yang memihak BN kali ini dilihat masih meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil untuk memerintah negeri.
Mengulas keputusan PRU kali ini PAS Perak bagaimanapun katanya mampu menerima kekalahan tersebut mengikut sistem yang terpakai.
"Atas arahan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Serong yang baharu, Haji Abu Bakar Hussien meminta agar seluruh pendokong PAS dan PR Perak khasnya agar bertenang dengan keputusan PRU 13 kali ini.
"Diminta semua pendokong PAS dan PR agar menerima arahan daripada pimpinan dari masa kesemasa dengan suasana yang ada sekarang dan jangan bertindak di luar arahan pimpinan. Kita sebenarnya sudah menunjukkan kematangan kita berhadapan dengan keputusan yang telah dibuat pada PRU 13 kali ini," katanya.
Jesteru, katanya PAS Perak berharap agar semua meneruskan kerja-kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS dan PR di Perak khasnya.
Ketua penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata pada PRU13 lalu, dari jumlah 1,160,292 pengundi Perak, Pakatan Rakyat meraih 54 peratus undi popular berbanding 44 peratus diperolehi BN.
"Malah PAS Perak masih dapat mengekalkan sokongan undi popular sebanyak 46% yang diperolehinya dalam PRU 12 walaupun dengan peningkatan jumlah undi baru sebanyak 33% di kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PAS.
"Angka ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN pada hakikatnya bukanlah merupakan kemenangan mutlak dan rakyat pada keseluruhannya masih menyandarkan harapan kepada PR untuk melakukan perubahan," katanya.
Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi DUN berbanding BN 31 kerusi sekaligus gagal menawan semula pentadbiran Perak yang pernah dikuasai 11 bulan pada 2008 lalu sebelum berlaku rampasan kuasa pada 2009.
Bagaimanapun, keputusan yang memihak BN kali ini dilihat masih meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil untuk memerintah negeri.
Mengulas keputusan PRU kali ini PAS Perak bagaimanapun katanya mampu menerima kekalahan tersebut mengikut sistem yang terpakai.
"Atas arahan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Serong yang baharu, Haji Abu Bakar Hussien meminta agar seluruh pendokong PAS dan PR Perak khasnya agar bertenang dengan keputusan PRU 13 kali ini.
"Diminta semua pendokong PAS dan PR agar menerima arahan daripada pimpinan dari masa kesemasa dengan suasana yang ada sekarang dan jangan bertindak di luar arahan pimpinan. Kita sebenarnya sudah menunjukkan kematangan kita berhadapan dengan keputusan yang telah dibuat pada PRU 13 kali ini," katanya.
Jesteru, katanya PAS Perak berharap agar semua meneruskan kerja-kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS dan PR di Perak khasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-5-2013
Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan
Harakahdaily, | 10 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.
Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.
Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.
Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.
Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.
Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.
Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-5-2013
PAS Perak optimakan peranan Adun
Muhammad Faeez Azahar, | 20 Mei 2013 |
IPOH: PAS Perak telah menubuhkan sekretariat Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam usaha mengoptimakan peranan Adun PAS yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Sekretariat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki (gambar) bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri sebagai timbalannya.
Ustaz Misbahul berkata, sekretariat tersebut akan memantau segala gerak kerja Adun di kawasan masing-masing di samping memberi idea-idea kepada mereka supaya dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.
“Kami akan menyelaraskan pelbagai program seperti agensi kerajaan dan swasta, menyelaras program turun padang, mengatur sidang akhbar dan sebagainya.
“Kami akan mengoptimakan peranan Adun PAS sebagai wakil rakyat yang berkesan kepada seluruh rakyat Perak,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Katanya, semua Adun akan dipersiapkan untuk menghadapi sidang Dun agar lebih berperanan seterusnya suara di rakyat di kawasan masing-masing berjaya disuarakan.
Sekretariat itu katanya akan membantu dan menyelaraskan penyediaan soalan-soalan lisan dan bertulis serta teks perbahasan Adun.
“Kami akan memastikan semua Adun berperanan besar serta mampu mengulas pelbagai isu terutama dari dalam negeri,” kata beliau.
Misbahul menjelaskan, pihaknya juga akan memantau dan membimbing pusat khidmat di kawasan masing-masing agar semuanya berfungsi dengan baik untuk rakyat menyampaikan permasalahan serta bertemu dengan Adun mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan turut memastikan pusat khidmat di kawasan yang tidak dimenangi PAS turut berperanan untuk membantu masyarakat.
“Pesediaan seperti ini sangat penting agar semua Adun PAS dilihat berintegriti dan mempunyai kualiti sebagai pemimpin,” tegasnya lagi.
PAS mempunyai 5 Adun di Perak iaitu Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Ustaz Radzi Zainon (Sungai Rapat), Ustaz Zawawi Hassan (Gunong Semanggol), dan Husin Din (Selinsing).
Sekretariat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki (gambar) bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri sebagai timbalannya.
Ustaz Misbahul berkata, sekretariat tersebut akan memantau segala gerak kerja Adun di kawasan masing-masing di samping memberi idea-idea kepada mereka supaya dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.
“Kami akan menyelaraskan pelbagai program seperti agensi kerajaan dan swasta, menyelaras program turun padang, mengatur sidang akhbar dan sebagainya.
“Kami akan mengoptimakan peranan Adun PAS sebagai wakil rakyat yang berkesan kepada seluruh rakyat Perak,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Katanya, semua Adun akan dipersiapkan untuk menghadapi sidang Dun agar lebih berperanan seterusnya suara di rakyat di kawasan masing-masing berjaya disuarakan.
Sekretariat itu katanya akan membantu dan menyelaraskan penyediaan soalan-soalan lisan dan bertulis serta teks perbahasan Adun.
“Kami akan memastikan semua Adun berperanan besar serta mampu mengulas pelbagai isu terutama dari dalam negeri,” kata beliau.
Misbahul menjelaskan, pihaknya juga akan memantau dan membimbing pusat khidmat di kawasan masing-masing agar semuanya berfungsi dengan baik untuk rakyat menyampaikan permasalahan serta bertemu dengan Adun mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan turut memastikan pusat khidmat di kawasan yang tidak dimenangi PAS turut berperanan untuk membantu masyarakat.
“Pesediaan seperti ini sangat penting agar semua Adun PAS dilihat berintegriti dan mempunyai kualiti sebagai pemimpin,” tegasnya lagi.
PAS mempunyai 5 Adun di Perak iaitu Ustaz Abu Bakar Hussien (Titi Serong), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Ustaz Radzi Zainon (Sungai Rapat), Ustaz Zawawi Hassan (Gunong Semanggol), dan Husin Din (Selinsing).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-5-2013
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.