Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. "Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi. "Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan. "Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu. "Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu. Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM". "Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6269-audit-pas-kemuka-petisyen-kepada-agong
Audit: Melaka River Cruise pernah guna bot tak daftar
Pihak pengurusan Melaka River Cruise (MRC) didapati telah membayar syarikat pembekal aksesori untuk dua botnya sebanyak dua kali, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.
"Semakan semula audit ke atas baucar bayaran penyelenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati bahawa pembekal aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah menerima bayaran berganda berjumlah RM12,312 pada tahun 2009," petik laporan itu.
Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mencadangkan supaya siasatan dilakukan ke atas Perbadanan Pemabngunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur-unsur "kecuaian atau penyelewengan dalam hal pembayaran dua kali".
MRC mula beroperasi pada Februari 2006 dan menjelang Disember 2010, ia telah memiliki 40 buah bot pada kos sebanyak RM3.87 juta.
Menurut laporan audit itu, pengurusan MRC pada keseluruhannya adalah kurang daripada memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti bot-bot yang tidak berdaftar dan tidak berlesen serta bayaran berganda untuk penyelenggaraan bot.
Laporan itu juga menyatakan bahawa PPSPM sedar pertindihan bayaran dan telah menghantar notis kepada pembekal pada 16 April, 2010.
Pembekal telah mengakui kesilapan berkenaan dan mengurangkan jumlah yuran penyelenggaraan pada invois seterusnya. Walau bagaimanapun, juruaudit tidak dapat mengesahkan pengurangan jumlah bayaran itu kerana tiada dokumen sokongan yang disediakan.
Semakan audit juga mendapati bahawa sembilan bot yang dibeli sepanjang Mei 2009 hingga September 2009 masih belum berdaftar dan berlesen.
"Bot-bot telah beroperasi tanpa lesen untuk tempoh 13 hingga 17 bulan," petik laporan itu.
Namun PPSPM kemudian memperbetulkan keadaan dan menjelang 1 November, 2010 semua sembilan bot telah didaftarkan dan mempunyai lesen yang sah.
Selain itu, semakan audit juga mendapati bahawa PPSPM telah memperbaharui insurans bagi bot yang dinamakan Tun Teja, bagi tempoh 8 Julai, 2009 hingga 29 Julai, 2011 pada premium sebanyak RM3,464 sedangkan bot berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan sejak awal 2009.
[Baca berita penuh]
"Semakan semula audit ke atas baucar bayaran penyelenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati bahawa pembekal aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah menerima bayaran berganda berjumlah RM12,312 pada tahun 2009," petik laporan itu.
Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mencadangkan supaya siasatan dilakukan ke atas Perbadanan Pemabngunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur-unsur "kecuaian atau penyelewengan dalam hal pembayaran dua kali".
MRC mula beroperasi pada Februari 2006 dan menjelang Disember 2010, ia telah memiliki 40 buah bot pada kos sebanyak RM3.87 juta.
Menurut laporan audit itu, pengurusan MRC pada keseluruhannya adalah kurang daripada memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti bot-bot yang tidak berdaftar dan tidak berlesen serta bayaran berganda untuk penyelenggaraan bot.
Laporan itu juga menyatakan bahawa PPSPM sedar pertindihan bayaran dan telah menghantar notis kepada pembekal pada 16 April, 2010.
Pembekal telah mengakui kesilapan berkenaan dan mengurangkan jumlah yuran penyelenggaraan pada invois seterusnya. Walau bagaimanapun, juruaudit tidak dapat mengesahkan pengurangan jumlah bayaran itu kerana tiada dokumen sokongan yang disediakan.
Semakan audit juga mendapati bahawa sembilan bot yang dibeli sepanjang Mei 2009 hingga September 2009 masih belum berdaftar dan berlesen.
"Bot-bot telah beroperasi tanpa lesen untuk tempoh 13 hingga 17 bulan," petik laporan itu.
Namun PPSPM kemudian memperbetulkan keadaan dan menjelang 1 November, 2010 semua sembilan bot telah didaftarkan dan mempunyai lesen yang sah.
Selain itu, semakan audit juga mendapati bahawa PPSPM telah memperbaharui insurans bagi bot yang dinamakan Tun Teja, bagi tempoh 8 Julai, 2009 hingga 29 Julai, 2011 pada premium sebanyak RM3,464 sedangkan bot berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan sejak awal 2009.
[Baca berita penuh]
Sumber MK : 1/11/2011
Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.
Tidak ada penambah baikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari? Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan.Tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa Menteri boleh tidur lena.
Sumber DD : 1/11/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6321-audit-wujud-fac-kaji-ketirisan-berulang
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6369-kewangan-tiris-kerana-pemimpin-tidak-amanah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6383-pakatan-tidak-bincang-kurangkan-kakitangan-awam
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7416-zakat-jingga-13-minta-penjelasan-ketua-audit
Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Setiap kali laporan Ketua Audit negara di keluarkan masalah yang berlaku tetap sama. Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih. Ini adalah skima yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi.
Tidak ada penambah baikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari? Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan.Tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa Menteri boleh tidur lena.
Musibah yang menimpa kepada Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad dalam kes tuduhan pecah amanah wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), patut diambil iktibar. Beliau terpaksa turun naik ke mahkamah, sedangkan menteri tidak diapa-apakan, hanya kereta menteri sahaja yang dirampas.
Patutlah Laporan Audit 2010 diberi lewat kepada Ahli Parlimen, sehingga selepas didesak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Laoran Audit Negara telah tenggelam bajet gula-gula pilihanraya.
Jika laporan audit 2010 mengekalkan rekod yang sama, apalah yang hendak diharapkan dengan belanjawan 2012.
Pemimpin BN cuba hendak bermain silap mata, dengan kenyataan yang keras supaya diambil tindakan terhadap penyelewingan. Inilah juga kenyataan yang dikeluarkan setiap tahun selepas laporan audit dikeluarkan untuk meredakan kemarahan rakyat.
Tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran. Jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer. Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.
Kerajaan menghabis wang rakyat untuk membayar set pen yang berharga RM1146.00 sedangkan harga pasaran RM60.00, lebihan RM986.00. Begitu juga jet kereta harga pasaran RM50, tetapi kerajaan membayar sebanyak RM1664.00, lebihan RM1614.00.
Begitu juga Laporan Audit untuk kerajaan negeri Pahang pada tahun 2009. Minyak kereta kerajaan ada yang diisi RM100 untuk satu liter?. Macam mana Proton Perdana kapisiti tangki hanya untuk 64 liter tapi kereta Perdana kerajaan Pahang boleh diisi 130 liter, apakah tangki kereta jenis stokin yang boleh kembang? Laporan juga ada menyebut kereta yang sudah lupus tetapi kad untuk isi minyak masih digunakan. Ini hanya contoh-contoh kelakar laporan Audit Negara.
Persoalaannya kenapa masih tidak ada penambah baikan, apakah ini transformasi Datuk Seri Najib? Sebab apa berlaku demikian, jawapannya Ikan busuk di kepala.
Sumber DD : 1/11/2011
Audit: Wujud FAC kaji ketirisan berulang |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Pakatan Rakyat (PR) menggesa agar sebuah Suruhanjaya Kebertanggungjawaban Kewangan (FAC) diwujudkan segera bagi meneliti semula Laporan Ketua Audit Negara atas perkara ketirisan yang sentiasa berulang setiap tahun.
YB Dr Dzulkefly Ahmad - AJK PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui di parlimen menjelaskan penubuhan FAC adalah amat perlu disegerakan memandangkan laporan audit tersebut banyak kepincangan berlaku pada setiap kementerian. "Setiap kali keluar laporan audit kita melihat perkara yang sama berlaku perbelanjaan di luar jangka, pembelian tanpa kelulusan mahupun ketirisan tender-tender kerajaan serta pemilihan kontraktor yang tidak layak. "Sebagai contoh pembelian kuda tetapi tidak digunakan kerana tidak dapat bersaing serta satu lagi isu pinjaman RM55 bilion oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dibuat kepada tiga belas penerima dan akhirnya kita dapati ia adalah kerajaan sendiri. "RM55 bilion itu bukannya satu nilai yang kecil dan perlu penilai semula terhadap laporan audit," jelasnya.
Tambah Dr Dzulkifly lagi penubuhan FAC perlu terdiri dari mereka yang bebas dari ikatan kerajaan seperti juruaudit luar yang mahir dalam bidang perakaunan serta mereka yang mempunyai pakar dalam peringkat undang-undang.
Dr Dzulkefly juga memberitahu penubuhan FAC mesti berbeza dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mana PAC terdiri daripada ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional, yang bertindak sebagai audit dalaman, manakala FAC perlu terdiri dari badan yang bebas. "FAC perlu bebas untuk melakukan pemeriksaan semula setiap kementerian mengikut laporan audit itu dan bila dikenal pasti wujud kesilapan mahupun penyelewengan dalam perbelanjaan peruntukan maka tindakan perlu diambil. "Setiap tindakan yang akan diambil bukan hanya tertumpu kepada kakitangan kerajaan tetapi is perlu melibatkan menteri dan timbalan menteri," sambungnya lagi. Katanya, kerajaan perlu dengan segera mewujudkan FAC sebagai bukti bahawa ada ketelusan dalam pentadbiran Perdana Menteri dalam menangani soal ketirisan perbelanjaan pada setiap kementerian. "Jika Perdana Menteri mengatakan beliau telus dalam pentadbiran untuk mengatasi ketirisan perbelanjaan maka FAC perlu diwujudkan segera," ulasnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6321-audit-wujud-fac-kaji-ketirisan-berulang
Kewangan tiris kerana pemimpin tidak amanah | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengambil perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini terutamanya yang menyentuh soal amanah. Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani Ikram, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, pemimpin seharusnya memelihara amanah atau kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Katanya, Laporan Ketua Audit Negara merupakan semakan kepada amanah yang diserahkan kepada pemerintah, penjawat awam dan mereka yang berurusan dengan mereka. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda supaya laporan tersebut dapat dibentangkan di Parlimen. Katanya, Ikram begitu prihatin terhadap dapatan-dapatan yang dilaporkan berhubung kelemahan pengurusan kewangan kementerian/jabatan, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berkenaan seperti berlakunya pembaziran dalam perbelanjaan, pembelian harga barangan dan perkhidmatan yang berganda-ganda lebih tinggi daripada harga pasaran dan lain-lain bentuk ketirisan kewangan yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. “Ikram berpandangan punca utama ketirisan kewangan ialah kurangnya penghayatan terhadap sifat amanah yang dituntut untuk dilaksanakan sepenuhnya,” ujarnya kepada Harkahdaily. Begitu juga, katanya kelemahan-kelemahan yang sama dilaporkan masih berlaku seolah-olah tiada kesedaran dan tindakan proaktif yang bersungguh-sungguh di pihak yang berkenaan bagi mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan agar lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif. Salah satu persoalan yang ditimbulkan, ujarnya ialah pembelian 257 buah kereta perisai oleh Kementerian Pertahanan yang didakwa harganya 6 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran di mana Kementerian Pertahanan membayar sebanyak RM7.55 bilion atau RM29.4 juta sebuah sedangkan nilai pasaran yang sepatutnya hanyalah RM1.15 bilion atau RM4.5 juta sebuah sahaja. Ini, ujarnya adalah sebagaimana soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang Ahli Parlimen kepada Menteri Pertahanan di sidang Parlimen baru-baru ini. “Namun agak menghairankan apabila Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang hal ini sedangkan beliau sendiri hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari 2011 lalu,” katanya. Sehubungan itu, katanya Ikram mencadangkan penambahbaikan dan peningkatan kawalan dalaman terhadap urustadbir dan pengurusan kewangan negara ke arah yang lebih baik seperti berikut: 1. Menghayati dan mengamalkan sifat amanah dalam setiap urusan kewangan negara dan kerajaan 2. Mengamalkan sikap telus dan bertanggungjawab dengan menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan secara tertutup sebaliknya mengamalkan sistem pembelian dan pemerolehan secara terbuka 3. Menghapuskan sistem pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan melalui agen atau orang tengah sebaliknya membuat urusan secara terus dengan pembekal atau pengilang 4. Mengambilkira pandangan pakar dalam proses pembelian dan pemerolehan barangan dan perkhidmatan yang khusus seperti peralatan kejuruteraan tinggi (high precision engineering), peralatan perubatan, robotik dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran melalui pembelian yang tidak perlu 5. Mengambil tindakan untuk melaporkan atau merujuk kes-kes penyelewengan kuasa dan kelemahan-kelemahan yang ketara dalam urustadbir dan pengurusan kewangan yang melibatkan kerugian kewangan seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak polis untuk membolehkan siasatan dijalankan 6. Memperkasakan SPRM sebagai satu badan yang bebas dengan memperuntukkan kuasa pendakwaan turut diberikan kepada mereka dan bukan hanya kepada Pejabat Peguam Negara 7. Mempertingkatkan kemampuan anggota penyiasatan yakni SPRM dan pihak polis di dalam menjalankan siasatan berhubung salah laku pengurusan kewangan dengan menguasai teknik-teknik terbaru seperti forensic auditing atau forensic accounting. 8. Memperkenalkan polisi whistle-blowing dan menggalakkan samada anggota pekerja sektor awam atau swasta maju ke hadapan melaporkan kepincangan dan penyelewengan dalam urusan kewangan yang berlaku kepada pihak berkuasa di mana mereka ini dilindungi oleh satu undang-undang khas serta diberikan ganjaran yang setimpal hasil daripada maklumat yang diberikan. Beliau berkata, Ikram percaya dengan sifat amanah yang diterapkan dan langkah-langkah penambahbaikan yang dicadangkan di atas diharapkan kelemahan-kelemahan yang sama yang saban tahun dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di dalam laporan tahunannya akan dapat diminimumkan seterusnya menyumbang ke arah urustadbir kewangan negara yang lebih berakauntabiliti, efisien dan efektif. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6369-kewangan-tiris-kerana-pemimpin-tidak-amanah
Pakatan tidak bincang kurangkan kakitangan awam |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 7 Nov: Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kalau ada-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PR," tegas beliau lagi. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini. "Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak. "Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya. Mahfuz berkata, banyak yang boleh dipelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada. "Setakat ini, kita tidak pernah mendengar sebarang berita tentang tenaga kerja yang ada diagih-agihkan secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan tenaga kerja untuk mengoptimumkan pulangan. "Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya. Semua itu, kata Mahfuz, bukan salah kakitangan awam tetapi salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap dan tidak bijak. Lebih penting dari itu, tegas beliau, ialah memastikan ditamatkan segera campur tangan politik dalam urusan kakitangan awam. "Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya. Beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran sehingga menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun. "Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa," kata beliau. Mahfuz berharap rakyat bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi perkara itu. "Amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa Ketua Setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah. "Kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa Ketua Setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat," katanya. Dalam perkembangan lain, Mahfuz mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada para jemaah haji dan selamat menunaikan ibadan korban sempena Eidul Adha. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6383-pakatan-tidak-bincang-kurangkan-kakitangan-awam
Zakat: Jingga 13 minta penjelasan Ketua Audit |
Harakahdaily |
PUTRAJAYA, 5 Jan: Ketua Audit Negara diminta menjelaskan kepada umum percanggahan fakta yang telah dibuat Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyangkal penggunaan wang zakat olehnya dan dua yang lain. Sehubungan itu, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di sini, petang ini. Menurut Fariz, surat itu berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap Jamil Khir, Pengarah MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain. “Ketibaan kami untuk penyerahan surat itu disambut oleh Pegawai Khas Ketua Audit Negara, Jamilah Jais yang menerima surat bagi pihak Ambrin yang sedang bermesyuarat,” ujarnya. Menurutnya, Ambrian perlu membuat penjelasan segera bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih besar kerana jelas wujud percanggahan laporan. Beliau di dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Jamil Khir selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh Bernama bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat”. Baginya, ia ternyata menyimpang dan cuba memutarbelitkannya malah ternyata memperlekehkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Audit Negara. Katanya, pada 21 Jun 2011 , Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Mashitah Ibrahim telah mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Machang dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen. Menrutnya, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bertarikh 21 November 2011 , di mana pemeriksaan audit telah dijalankan di MAIWP terhadap pembelanjaan bagi kos guaman RM63,650 bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata telah mengesahkan bahawa wujud penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap wang zakat selama hampir sebelas (11) bulan ( Februari – Disember ) tetapi telah dinafikan oleh Jamil Khir. Beliau mendakwa Jamil Khir juga secara nyata dan jelas telah memperlekeh integriti dan kredebiliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan memutarbelit fakta dqan berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia. Sepertimana yang dimaklumkan, ujarnya bahawa isu pembayaran balik wang zakat oleh MAIWP adalah tidak timbul dengan menggunakan geran kerajaan, tetapi sewaktu pembayaran dibuat terhadap kos guaman sejumlah RM63,650 selama hampir sebelas (11) bulan adalah menggunakan wang zakat. “Justeru, Jingga 13 hari ini menyampai surat kepadaTan Sri Ketua Audit Negara memohon agar satu penjelasan dan respons segera dibuat kerana kredebiliti dan integriti Jabatan Audit Negara telah diperlekeh dan dinafikan oleh Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7416-zakat-jingga-13-minta-penjelasan-ketua-audit
No comments:
Post a Comment