Pertandingan menulis dapat sambutan hangat
Harakahdaily, | 08 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Sejak dilancarkan pada 4 Januari yang lalu, 'Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran' mendapat sambutan memberansangkan dan dijangka berterusan sehingga tarikh akhirnya. Pada hari pertama sahaja, pihak penganjur telah mula menerima penyertaan.
Sambutan ini belagi tawaran hadiah yang begitu lumayan iaitu hadiah utamanya wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000 serta 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.
Peraduan ini meminta peserta menulis artikel berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini; mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran; dan mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran.
Peraduan yang terbuka kepada semua warga Malaysia ini (berdasarkan syarat tertentu) berakhir pada 18 Januari 2013 ini. Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya dengan menghantar artikel mereka ke emel budayaharakahdaily@gmail.com

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Keputusan pertandingan menulis Harakahdaily 3 Feb
Harakahdaily, | 31 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemenang hadiah Peraduan menulis esei berdasarkan ayat Al-Quran yang dianjurkan oleh Harakahdaily akan diumumkan Ahad, 3 Februari ini.
Hari ini, para juri pertandingan telah mengadakan mesyuarat mereka dan telah membuat keputusannya.
Namun keputusannya akan diumumkan Ahad ini di mana hadiahnya akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Penyampaian hadiah ini dibuat di Hotel De Palma, Ampang sempena dengan Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS.
"Kita telah membuat keputusannya, namun pengumuman rasmi akan dibuat Ahad ini," kata Dr Fauzi Zakaria, Ketua Juri peraduan menulis ini.
Hadiah pertama tulisan ini adalah berupa wang tunai RM10,000 di samping cenderahati dari Harakahdaily.
Hadiah kedua wang tunai RM5,000 manakala hadiah ketiga adalah RM3,000.
Sebanyak 17 tulisan terbaik juga akan diberikan hadiah saguhati berupa wang tunai RM100.00 setiap tulisan.
Semua 20 peserta terbaik ini akan diraikan dalam majlis makan tengahari di hotel De Palma yang akan diadakan Ahad ini sempena penyampaian hadiah ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-1-2013
Pelajar menang RM10,000 pertandingan menulis Harakahdaily
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
AMPANG: Bertempat Di Hotel De Palma, Ampang, teka-teki siapakah pemenang RM10,000 bagi Peraduan Menulis Esei Politik Berdasarkan Ayat Al-Quran akhirnya terjawab.
Tempat pertama dimenangi oleh Najah Nadiah binti Amran. Beliau merupakan Pelajar PhD di University of Aberdeen, Scotland, United Kingdom dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Sementara tempat kedua dimenangi oleh Mohd Azmir Maideen dari Meru, Klang. Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000. Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Noraini Ismail yang berasal dari Terengganu.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Yang berikut adalah senarai 17 lagi penulis yang menerima hadiah saguhati RM100.
1. Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad
2. Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malek
3. Abdul Karim Bin Ahmad Fauzi
4. Muhamad Helmi Bin Hashim
5. Zuraidah Bt Othman
6. Shukeri Bin Mohamad
7. Mohamad Aiyad Bin Ramli
8. Hasri Bin Harun
9. Mohammad Suffian Bin Fauzi
10. Ahmad Safuan Bin Zakaria
11.Hanafi Bin Jamil
12. Izzati Farhana Mahadzir
13.Siti Nur Solehah Bt Juma’at
14. Nik Azri Nik Mohamed Arriff
15. Sujaidi Dasuki
16. Abdul Hafiz Mohamed
17. Mohd Nizam Sahad
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Tempat pertama dimenangi oleh Najah Nadiah binti Amran. Beliau merupakan Pelajar PhD di University of Aberdeen, Scotland, United Kingdom dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Sementara tempat kedua dimenangi oleh Mohd Azmir Maideen dari Meru, Klang. Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000. Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Noraini Ismail yang berasal dari Terengganu.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Yang berikut adalah senarai 17 lagi penulis yang menerima hadiah saguhati RM100.
1. Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad
2. Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malek
3. Abdul Karim Bin Ahmad Fauzi
4. Muhamad Helmi Bin Hashim
5. Zuraidah Bt Othman
6. Shukeri Bin Mohamad
7. Mohamad Aiyad Bin Ramli
8. Hasri Bin Harun
9. Mohammad Suffian Bin Fauzi
10. Ahmad Safuan Bin Zakaria
11.Hanafi Bin Jamil
12. Izzati Farhana Mahadzir
13.Siti Nur Solehah Bt Juma’at
14. Nik Azri Nik Mohamed Arriff
15. Sujaidi Dasuki
16. Abdul Hafiz Mohamed
17. Mohd Nizam Sahad
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-2-2013
Yang berikut disiarkan tulisan pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58.
Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”. (Surah an-Nisa, ayat 58)
Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s.
Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW.
Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah.
Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.
Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya: Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya.
Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam.
Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.
Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek ‘kroni’ diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan.
Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin: ‘Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat’.
Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat.
Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…” Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah.
Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis.
Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa.
Permulaan ayat 58 menyebut: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”, merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan.
Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih.
Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua.
Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa’ menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy). “Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah” (Surah al-Qasas, ayat 26).
Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya).
Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil).
Dua perkataan ‘al-Amanah’ dan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik, gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah, ayat 8).
Perkataan ‘al-Nas’ di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu ‘didahulukan’ tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik.
Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa.
Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat.
“Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat”. (Riwayat Abu Daud, sahih).
Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa’ bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.
Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). “Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu”.
Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi ‘khadam’ rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada ‘enjin’ dan ‘pemandu’ sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini. Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. “Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.
Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka.
Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi’iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal.
Penulis berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kini berada di Springvale, Victoria Australia dan sedang menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Aberdeen, Scotland. United Kingdom.
Esei pemenang tempat pertama
Najah Nadiah binti Amran, | 04 Feb 2013 |

Kerajaan adil datangnya daripada pemimpin yang adil
Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad, | 07 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Keadilan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Keadilan merupakan tiang utama yang mengukuhkan sesebuah pemerintahan. Keadilan juga merupakan ikatan yang dapat menautkan rukun dan kasih antara pemerintah dan yang diperintah. Keadilan juga menjadi jaminan utama sesebuah negara itu kekal aman, damai dan harmoni di bawah lembayung rahmat Allah SWT.
Terdapat banyak ayat al-Qur’an yang menegaskan tentang konsep keadilan agar manusia dapat merasakan kepentingannya. Allah menggunakan pelbagai istilah untuk mengungkapkan makna keadilan seperti kalimah ‘al-Adl’, ‘al-Qisth’, ‘al-Wajnu’, ‘al-Wasth’ dan ‘al-Mizan’. Hal ini kerana keadilan yang dituntut oleh al-Quran mempunyai konteks yang lebih luas, bukan hanya dalam proses menetapkan hukuman atau menyelesaikan perselisihan sahaja. Bahkan al-Quran menuntut keadilan terhadap diri sendiri, baik dalam penulisan, pertuturan atau amal perbuatan.
Keadilan tidaklah patut ditafsirkan dengan kesamarataan atau kesaksamaan semata-mata. Keadilan juga tidak bermakna semua individu diberikan kebebasan sepenuhnya. Memahami definisi keadilan secara dangkal dan semberono mengakibatkan kita tenggelam di dalam pola pemikiran yang bersandarkan logik akal dan tenggelam dalam kemahuan hawa nafsu semata-mata.
Dalam merungkaikan definisi keadilan, kita perlulah menjadikan wahyu Allah SWT sebagai rujukan utama untuk memandu kita memahami konsepnya yang sebenar. Firman Allah SWT, maksudnya:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa; Ayat 58)
Berdasarkan ayat tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa definisi yang paling tepat untuk merungkaikan maksud ‘Keadilan’ adalah, proses meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya, serta menyerahkan amanah kepada orang yang berhak menerimanya serta menjatuhkan hukuman dengan adil berpandukan syariat.
Melalui definisi ini, kita perlu memahami bahawa konsep keadilan memerintahkan agar amanah diserahkan kepada yang pihak berhak. Keadilan tidaklah bererti semua rakyat jelata mendapat hak yang setara. Ada perkara-perkara yang perlu sentiasa dipertimbangkan dan diperhalusi. Sebagai contoh; Seorang bapa mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Satu hari, dia mahu menghadiahkan mereka pakaian. Untuk bersifat saksama, dibelikan kedua-dua mereka baju Melayu dan songkok. Adakah tindakan ini adil? Sudah pastilah tidak. Hal ini kerana si bapa menzalimi hak anak perempuan yang sewajarnya memakai baju kurung sebagai lambang kewanitaannya.
Islam amat menitik beratkan soal memilih pemimpin yang adil. Hal ini kerana soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT terhadap kita pada hari kiamat. Di dalam kitab ‘al-Jami’ Li Ahkam al-Quran', Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa, "Bagi umat Islam, dalam memilih pemimpin mestilah daripada golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin".
Di dalam al-Qur’an juga Allah menyuruh kita agar menjauhi pemimpin yang zalim. Sebagaimana dikisahkan tentang Nabi Musa yang lari dari kezaliman Firaun dan pembesarnya:
“Dan datanglah seorang laki-laki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata: Hai Musa, Sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu. Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut dan waspada, dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah Aku dari orang-orang yang zalim itu". (Surah al-Qasas: Ayat 20-21)
Umat Islam juga perlu menjaga keimanan mereka dan melindungi diri mereka daripada kesesatan. Allah menukilkan kisah Ashab al-Kahfi yang gigih mempertahankan akidah dan keimanan mereka dengan melarikan diri daripada kezaliman Maharaja Decius:
“Dan oleh sebab kamu telah mengasingkan diri daripada mereka dan daripada sembahan-sembahan yang disembah mereka selain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di dalam gua nescaya Allah, Tuhan kamu melimpah kurniaan rahmat-Nya ke atas kamu dan menyediakan pertolongan terhadap urusan kamu”. (Surah al-Kahfi ; Ayat 16)
Allah SWT juga menegaskan bahawa urusan kepimpinan itu tidak akan diserahkan kepada orang yang zalim sekalipun mereka daripada keturunan yang mulia. Suatu ketika, Nabi Ibrahim berdoa memohon kepada Allah agar urusan kepimpinan diserahkan kepada zuriat baginda:
“Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia. Ibrahim berdoa: (Dan saya mohon juga) daripada keturunanku. Allah berfirman: (Permohonanmu diterima tetapi) janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah : Ayat 124)
Sejarah Nabi Muhammad SAW yang berhijrah ke Madinah dari Makkah juga mempunyai kaitan yang amat signifikan. Perjalanan baginda sejauh 320 km yang penuh dengan ujian dan cubaan itu merupakan manifestasi kepada kepentingan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama yang dikehendaki Allah SWT :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surahal-Baqarah : Ayat 218)
Cuai memilih pemimpin boleh menyebabkan seseorang itu dimurkai Allah SWT, maka urusan memilih pemimpin bukanlah perkara main-main. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati. Tersalah pilih boleh menyebabkan kita terperangkap di dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak pada hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari)
Untuk membuatkan kita tidak memilih pemimpin yang salah, terlebih dahulu kita perlu memahami apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin yang adil di sisi Islam:
1. Pemimpin yang adil wajib mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Dia seharusnya insaf bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi hamba-Nya serta menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Prinsip ubudiyyah perlu diterapkan di semua peringkat pemerintahan. Firman Allah SWT:
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyat : Ayat 56)
Kepimpinan yang adil wajib bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras utama pentadbiran dan panduan untuk menggubal undang-undang negara. Dia juga hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip masuliyyah di dalam melaksanakan amanah. Hal ini termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan. Hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya." (Riwayat al-Bukhari)
Seseorang pemimpin itu perlulah menjadikan tuntutan Allah lebih diutamakan daripada tuntutan majoriti rakyat. Sebagai contoh, tuntutan golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) supaya hak mengamalkan gaya hidup songsang diperakui atas dasar hak asasi manusia tidak perlu dilayan . Hal ini kerana jika dituruti, akan mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan, mendatangkan kecelaruan pemikiran dan gangguan psikologi, tersebarnya penyakit berjangkit dan yang paling ditakuti, mendatangkan kemurkaan Allah SWT.
2. Kekuatan fizikal, spiritual dan mental yang kuat juga amat penting. Hal ini kerana kekuatan fizikal dapat memastikan kepimpinannya sentiasa teguh dan tidak diganggu gugat oleh sesiapapun. Kekuatan spiritual juga penting untuk menjadikan pemimpin itu kental menghadapi segala fitnah dan cubaan yang melanda terutamanya dalam era teknologi dan maklumat hari ini.
Rakyat juga perlukan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi agar rakyat yakin bahawa mereka sentiasa dipandu dengan wawasan, misi dan visi yang jelas. Pemimpin juga perlu pandai menggunakan segala peluang yang ada, bijak berdiplomasi dalam urusan antarabangsa, membuka ruang perdagangan, perusahaan dan pertanian serta mentadbir hasil mahsul negara dengan efisien.
Ciri-ciri ini ada pada Nabi Yusuf AS seperti diceritakan oleh Allah SWT:
“Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil negara (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirnya. Dan demikianlah caranya Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kepada yang Kami kehendaki, dan kami tidak menghilangkan balasan baik bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Yusuf : Ayat 55-56)
3. Seseorang pemimpin itu mestilah menjadikan kemaslahatan ummah sebagai perkara utama yang perlu difikirkan di dalam setiap tindakan yang diambil. Kemaslahatan ummah pula dapat dipelihara dengan menjadikan Maqasid al-Syariah sebagai landasan utama pentadbiran. Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'al-Mustashfa', terdapat lima perkara penting yang perlu dipelihara dalam Maqasid al-Syariah iaitu agama (akidah), nyawa, akal, nasab keturunan dan harta.
Maqasid al-Syariah ini jika dipelihara akan menyebabkan kebajikan disebarkan kepada rakyat dan mengelakkan kesusahan daripada menimpa mereka. Firman Allah SWT, maksudnya:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang beriman." (Surah at-Taubah : Ayat 128)
4. Perbuatan pilih kasih perlu dijauhi oleh pemimpin yang adil. Para pemerintah dilarang untuk membeza-bezakan rakyatnya berdasarkan pangkat, darjat, keturunan, warna kulit, atau agama, bersesuaian dengan perintah Allah SWT, maksudnya:
“Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Ma’idah : Ayat 8)
Dunia hari ini menyaksikan kepincangan ekonomi yang maha dahsyat akibat pendekatan pilih kasih yang diamalkan kerajaan Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat memastikan kepentingan golongan ultra-kaya dipelihara dengan menubuhkan Federal Reserve pada tahun 1913.
Federal Reserve memastikan agar bank gergasi yang mengamalkan riba sentiasa dilindungi dengan menyediakan kecairan aset sekiranya krisis kewangan berlaku. Kuasa yang ada pada Federal Reserve untuk mencetak wang juga menyebabkan golongan ini begitu berkuasa, terutamanya apabila standard ekonomi berasaskan emas dihapuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971.
Akibatnya, krisis kewangan yang teruk berlaku apabila hanya golongan kaya dibantu dan golongan marhaen dipinggirkan. Inflasi dan deflasi terus menerus menjadi wabak. Abad ke-21 menjadi saksi keruntuhan sistem yang berat sebelah ini. Tahun 2007-2008 menyaksikan Great Recession berlaku di Amerika Syarikat hingga 2 juta orang kehilangan pekerjaan. Krisis itu juga menjadi kesan domino apabila merebak ke Eropah malahan di China juga dilaporkan sebanyak 6.7 juta orang telah kehilangan pekerjaan. Hingga kini, kesannya masih gagal dipulihkan.
5. Segala janji yang diucapkan perlulah ditunaikan. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh kawan dan lawan. Sifat berdusta menyebabkan masyarakat akan hilang kepercayaan kepadanya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sikap jujur dan amanah amat penting dalam pentadbiran. Pemimpin yang menipu rakyatnya tidak layak untuk dihormati. Apatah lagi jika pemimpin itu mempergunakan segala kelebihan yang ada padanya untuk kekal berkuasa. Mengawal media massa agar sentiasa memaparkan kebaikannya dan menutup kelemahannya juga adalah satu bentuk penipuan. Hal itu juga boleh dianggap sebagai suatu proses membodohkan rakyat secara terancang.
Kejatuhan rejim yang rakus mengekalkan kuasa haruslah dijadikan iktibar. Nama-nama seperti Raja Louis XVI, Tsar Nikolay Alexandrovich Romanov, Raja Farouk I, Mohammad Reza Shah Pahlavi, Ferdinand Marcos, Jeneral Soeharto, Saddam Hussein, Zine El Abidine Ben Ali, Hosni Mubarak dan ramai lagi adalah contoh bahawa bangkai gajah tidak dapat disembunyikan dengan nyiru dan kemenangan mutlak akan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.
6. Akhlak dan budi pekerti yang baik adalah permata insan. Pemimpin perlu menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya. Seperti yang disebut dalam al-Quran, maksudnya:
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa kan diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah : ayat 44)
Secara logiknya, nasihat seorang pemimpin kepada rakyatnya untuk tidak boros dan berjimat cermat adalah lebih mudah diterima jika pemimpin itu terlebih dahulu mengamalkannya. Slogan “Kepimpinan melalui teladan” ini perlu dijiwai oleh golongan pemerintah, bukan hanya sekadar meniti di tepian bibir. Uswah hasanah ini akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat yang dipimpinnya. Selain daripada itu, tindakannya akan turut membuatkan rakyat kasih kepadanya.
Kesimpulannya, tuntutan membentuk kerajaan yang adil adalah tanggungjawab semua. Kerajaan yang adil akan membuka pintu kepada segala kebaikan dan ketaatan, menegakkan hak dan kebenaran, menghapuskan kebatilan dan kezaliman, memakmurkan semua lapisan masyarakat, menjanjikan sokongan rakyat yang berterusan, menyebabkan pemerintahan Islam dihormati disegenap pelosok alam dan yang paling penting, menyebabkan pemimpin dan yang dipimpin mendapat redha Allah SWT. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA :
"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh.” (Riwayat Imam Ahmad)
Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad berasal dari Kampung Sungai Petai, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

Kerajaan adil, negara stabil
Nik Muhammad Nasri , | 08 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Allah berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58)
Sebab turun ayat
Ayat di atas turun ketika Nabi Muhammad SAW membuka Makkah dalam peristiwa Fath Makkah. Nabi memanggil Uthman bin Talhah yang memegang kunci Kaabah. Nabi bersabda: “Unjukkan aku anak kunci Kaabah.” Uthman membawa anak kunci tersebut. Apabila Nabi membuka tangannya untuk menerima kunci, Al-Abbas bangun lalu berkata: “Aku bersumpah dengan bapa dan emakku. Berikan kunci itu supaya aku himpunkan dengan tugas memberi minum jemaah Haji.” Uthman menahan tangannya. Nabi bersabda: “Berikan kunci itu wahai Uthman!” Uthman berkata: “Nah! Ambillah dengan amanah dari Allah.”
Nabi bangun dan membuka pintu Kaabah. Baginda keluar dari Kaabah lalu bertawaf. Jibril turun kepada Nabi memberitahunya supaya mengembalikan anak kunci tersebut. Nabi memanggil Uthman lalu diberikan kembali anak kunci tersebut. Kemudian Nabi membaca ayat Surah an-Nisa. ayat 58 ini.
Maksud dan huraian ayat
Jelas kepada kita dari sebab turunnya ayat di atas pentingnya sifat amanah dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman dan dalam semua keadaan. Sifat amanah, berhukum dengan adil adalah di antara ciri-ciri istimewa agama Islam. Ia mesti ada kepada mereka yang diberikan amanah dan tanggungjawab menghukum di antara manusia.
Sifat amanah dan adil banyak disebut di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Di antaranya firman Allah, Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami (Allah) kemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang (untuk memikulnya). Semuanya enggan memikul amanah itu dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. Dan manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia itu suka melakukan kezaliman dan sangat jahil.” (Surah al-Ahzab : ayat 72)
Ibn Abbas berkata: ‘Amanah yang dimaksudkan ialah perkara ketaatan dan yang diwajibkan. Dibentangkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang sebelum dikemukakan kepada Adam. Mereka tidak mampu memikulnya.’ Itulah firman Allah: Maksudnya: “Dan manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia itu suka melakukan kezaliman dan sangat jahil.”
Al-Hakim at-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Abbas, katanya: Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Allah berfirman kepada Nabi Adam: “Wahai Adam! Aku kemukakan amanah itu kepada langit dan bumi tetapi mereka tidak mampu memikulnya. Adakah engkau bersedia memikulnya dengan semua perkara yang ada di dalamnya? Adam bertanya: “Wahai Tuhan! Apa yang ada di dalamnya? Allah berfirman: “Jika kamu buat baik, kamu dibalas dengan kebaikan. Jika kamu sia-siakan, kamu akan disiksa.” Adam menerima dan bersedia memikulnya. Adam tidak lama tinggal di dalam syurga melainkan sekadar waktu di antara solat pertama dan waktu Asar sehingga akhirnya syaitan menyebabkan dia terkeluar darinya.
Amanah merangkumi perkara taat kepada Allah dan perkara yang diwajibkan yang ada kaitan dengan pahala dan dosa. Ini termasuk amanah harta seperti simpanan dan amanah yang ada pada tubuh badan sendiri seperti pancaindera. Bahkan dalam setiap ibadat yang dilakukan ada ciri amanah yang mesti disempurnakan.
Dalam konteks sebuah kerajaan moden ia meliputi wang negara, wang rakyat, agensi kerajaan, jabatan, peruntukan, pelbagai tabung dan lain-lain. Mengkhianati amanah awam ini sangat besar dosanya kerana melibatkan banyak wang dan banyak pihak disebabkan sifat tidak amanah seorang dua atau beberapa orang yang fasik. Inilah yang kita dengar dari Laporan Ketua Audit Negara dan pelbagai skandal melibatkan pemimpin besar dalam negara yang berkaitan dengan harta awam ini. Mereka tidak ada sifat amanah dan mereka sebenarnya tidak layak memikul amanah itu.
Firman Allah dalam ayat yang lain, maksudnya:
“Dan orang yang memelihara amanah (yang dipikulnya) dan janji-janjinya.” (Surah al-Mukminun : ayat 8)
Serta firman-Nya, maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfal : ayat 27).
Ayat-ayat al-Quran di atas menekankan kepentingan dan kelebihan sifat amanah, menunaikan janji dan amaran supaya tidak mengkhianati amanah dalam pelbagai aspeknya.
Begitu juga hadis-hadis Nabi SAW yang menyebutkan tentang sifat amanah dan adil. Di antaranya, maksudnya:
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tiada sifat amanah. Tidak sempurna agama bagi mereka yang tidak menunaikan janji.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban daripada Anas bin Malik).
Menunaikan amanah adalah kewajipan. Apabila disia-siakan amanah maka tunggulah saat kehancurannya. Justeru, melantik pemimpin yang memimpin sebuah kerajaan yang penuh amanah adalah satu nikmat yang besar dari Allah. Di situlah turunnya rahmat, datangnya berkat, selesanya hidup rakyat tanpa ada perasaan takut diganggu-gugat.
Selepas sifat amanah ditunaikan datang pula giliran berhukum dengan adil antara manusia. Justeru, sifat amanah dan adil menjadi dua asas penting hukum Islam. Sama ada berkait dengan ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, politik, ekonomi, sosial dan seluruh sistem kehidupan.
Konsep Adil Dalam Islam
Perkataan adil mempunyai makna yang luas dan sangat bererti. Menurut Ibn Atiyyah: ‘Adil ialah melaksanakan setiap perkara fardhu yang terdiri dari akidah, syarak dan hubungan dengan manusia dalam menunaikan segala amanah, meninggalkan kezaliman, prihatin dan memberikan hak. (al-Bahr alMuhit j 5/ms 529)
Menurut Al-Baidhawi: ‘Adil ialah pertengahan dalam urusan aqidah, amalan dan akhlak.’
Adil ialah memberikan hak kepada empunyanya tanpa kurang dan meletakkan sesuatu pada tempat yang layak dengannya. Adil menjadi topik perjuangan para Nabi dan rasul sepanjang zaman. Ia menjadi prinsip utama yang diperjuangkan oleh para pemimpin yang benar. Adil adalah asas kepada sebuah pemerintahan. Ia menjadi ciri penting mengukur sebuah tamadun untuk membangun, maju atau sebaliknya. Apabila keadilan ditegakkan, kehidupan mereka akan sejahtera. Ia membangkitkan nilai positif lain sehingga menjadikan masyarakat itu benar-benar hidup dalam sebuah sistem yang boleh melindungi mereka.
Akal yang waras sentiasa mahukan keadilan ditegakkan. Bagi sebuah masyarakat, keadilan mesti ditegakkan sehingga orang yang lemah dapat mengambil balik haknya. Orang yang kuat tidak akan melampaui batas kepada mereka yang lemah. Keamanan akan tercapai dan sistem akan tersusun dengan baik.
Keadilan adalah prinsip kemanusiaan sejagat. Sebuah bangsa terhormat ingin mencapai nilai keadilan ini, sekalipun agak berbeza dari segi pendekatan dan metodnya bagi mencapai keadilan yang diimpikan itu.
Berdasarkan hakikat pentingnya sifat adil ini, maka perintah supaya berlaku adil sangat banyak di dalam al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Surah an-Nahl : ayat 90)
Menurut Abdullah bin Mas’ud, ayat al-Quran ini merupakan ayat terbaik yang menghimpunkan kebaikan dan kejahatan.
Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Muhammad bin Kaab al-Qurazi, katanya: Umar bin Abdul Aziz memanggilnya lalu berkata: ‘Beritahu saya sifat adil’ Saya (iaitu Muhammad) berkata: ‘Bakhin (iaitu satu perkataan yang menunjukkan besarnya pertanyaan itu). Engkau bertanya mengenai satu perkara yang sangat besar. Jadilah bapa kepada manusia yang kecil, anak kepada manusia yang lebih dewasa, saudara kepada mereka yang sebaya, begitu juga bagi perempuan. Balaslah manusia menurut kadar dosa/kesalahan mereka dan kadar tubuh mereka. Jangan kamu pukul seseorang satu rotan kerana ikutkan emosi, kelak kamu dianggap melampaui batas.’
Ibn al-Arabi membahagikan keadilan kepada tiga bahagian:
1. Adil dengan Allah iaitu mengutamakan hak Allah mengatasi kehendak peribadi, mencari redha Allah daripada menuruti hawa nafsu sendiri, menjauhi larangan dan menjunjung perintah Ilahi.
2. Adil dengan dirinya sendiri iaitu menegah diri daripada melakukan sesuatu yang menyebabkan dirinya binasa, menahan sifat tamak kerana menurut kehendak syarak, membiasakan diri dengan sifat memadai dan mencukupi pada setiap masa dan keadaan.
3. Adil dengan manusia lain iaitu bersedia berkorban, tidak khianat dalam perkara kecil atau besar, merasai denyut nadi kesusahan orang lain, tidak menyakiti orang lain dengan perkataan dan perbuatan, sabar menghadapi ujian disebabkan manusia lain.
Jika dilihat kupasan Ibn al-Arabi mengenai keadilan ini dalam konteks sebuah kerajaan yang adil, maka perlaksanaan sifat adil itu yang mengambilkira ketiga-tiga aspek di atas tentu sekali menjadikan urus tadbir kerajaan tersebut yang merangkumi semua agensi di bawahnya sebagai sesuatu yang tiada tolok banding dari segi kehebatannya.
Al-Quran juga menyebut mengenai keadilan dalam berucap sekalipun terhadap kaum keluarga dan ketika bercerita mengenai harta anak yatim dan melakukan aktiviti ekonomi. Ini terdapat dalam surah Al-An’am ayat ke 152.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencianmu kepada sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (surah al-Maidah : ayat 8).
Prinsip keadilan sejagat sangat jelas dari ayat di atas. Allah mengingatkan orang mukmin yang dilantik menjadi pemerintah agar berlaku adil sekalipun terhadap musuh atau mereka yang tidak sebulu dengan pemerintah. Berlaku adil adalah manifestasi dari takwa dalam diri.
Hadis-hadis Nabi SAW juga banyak mengungkapkan mengenai keadilan ini. Di antaranya hadis yang bermaksud: ‘Umat ini sentiasa berada dalam kebaikan selama mana ia benar dalam percakapan, adil dalam menjatuhkan hukuman, mempunyai sifat belas kasihan apabila diminta supaya belas kasihan.’
Dalam satu riwayat daripada Ali bin Abi Talib, katanya: ‘Menjadi tanggungjawab pemerintah berhukum dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila ia melakukan demikian wajiblah ke atas orang Islam mentaatinya kerana Allah memerintahkan kita supaya menunaikan amanah dan berlaku adil, kemudian memerintahkan supaya mentaatinya.’
Apabila kita bercakap mengenai adil, maka lawannya ialah zalim. Sebagaimana Allah menyanjung sifat adil, maka begitu juga Allah memberi amaran kepada mereka yang zalim dalam firman-Nya, yang bermaksud:
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang yang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) akan terbelalak.” (Surah Ibrahim : ayat 42).
Ayat di atas mengingatkan kepada si zalim, termasuk kerajaan yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya supaya jangan merasa selesa, aman, tenteram dan tidak ada apa-apa balasan dari perbuatan zalim mereka terhadap rakyat kerana Allah tetap akan membalasnya di akhirat nanti.
Di antara bentuk kezaliman yang besar ialah berhukum dengan hukuman yang lain dari apa yang diturunkan oleh Allah dan kezaliman pemerintah itu sendiri. Hal ini kerana kezaliman pemerintah berkait dengan rakyat. Implikasi dari zalim atau adilnya pemerintah akan memberi kesan langsung kepada rakyat itu sendiri.
Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang menerangkan Allah telah mengharamkan kezaliman ke atas zat-Nya Yang Maha Mulia dan mengharamkan kezaliman sesama manusia.
Nabi SAW Tegakkan Keadilan
Rasulullah SAW menegakkan keadilan dalam seluruh aspek hidup, sama ada secara peribadi, dalam keluarga, dalam kalangan sahabat dan dalam pemerintahan. Contohnya, Nabi SAW menyelesaikan pertikaian antara kabilah Arab meletakkan Hajar al-Aswad di dalam peristiwa Kaabah dibina semula selepas runtuh disebabkan banjir dengan cara tersendiri yang memuaskan semua kabilah. Nabi SAW berlaku adil dalam kalangan para isterinya walaupun bilangan mereka ramai. Baginda mengiktiraf Perjanjian Fudhul yang dimeterai ketika zaman jahiliah oleh kabilah Arab bagi memerangi kezaliman. Nabi SAW melaksanakan hukuman qisas iaitu balasan setimpal kepada seorang Yahudi yang melukakan kepala seorang hamba perempuan.
Kesimpulan
Pemerintah yang adil mendapat naungan Arasy Allah di akhirat. Mereka yang berjuang menegakkan kerajaan yang adil mendapat pahala yang besar. Rahmat dan berkat turun kepada pemerintahan yang adil.
Penulis berasal dari Kampung Gong Limau, Cukai, Kemaman, Terengganu dan merupakan penceramah bebas.

Sumber HD - 8-2-2013
Kewajipan membentuk kerajaan yang adil
Abdul Karim bin Ahmad Fauzi, | 13 Feb 2013 |
*Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah An-Nisa’ ayat ke-58 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik – baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Jami’ li-Ahkam al-Quran menjelaskan bahawa ayat ini merupakan salah satu daripada ayat-ayat berkenaan dengan pentadbiran Islam yang merangkumi kesemua aspek agama serta undang-undangnya.
Ayat ini merupakan peringatan kepada pemimpin, penggubal undang-undang, hakim, serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pelaksanakan undang-undang yang termaktub supaya menjalankan amanah dengan adil dan saksama.
Ramai ulama berpendapat bahawa ayat ini bersama-sama dengan ayat-ayat lain dalam surah yang sama merupakan dalil yang kukuh bahawa perlunya mewujudkan satu badan kuasa untuk memimpin orang-orang awam dengan menggunakan undang-undang Allah yang berkait dengan hal-hal duniawi dan juga hal-hal ukhrawi. Terdapat beberapa perkara yang tersirat di dalam ayat ini;
Perkara yang pertama, Allah memerintahkan supaya segala amanah diberi hanya kepada pihak yang layak dan mampu untuk menerimanya sahaja. Amanah merupakan satu nilai yang boleh dipertimbang melalui perbuatan. Seseorang yang betul-betul amanah tidak akan mengkhianati tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Rasulullah SAW telah bersabda,
"Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tiada amanah pada dirinya dan tiada agama bagi orang yang tidak dipercayai janjinya". (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tabrani)
Tidak ada seorangpun di atas muka bumi ini yang terlepas daripada memikul amanah, baik kecil mahupun besar. Amanah seorang pemimpin ialah untuk menegakkan hukum dan berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang mereka, membelanjakan perbendaharaan negara dengan cermat yang membawa manfaat kepada orang ramai, serta menunaikan kepada rakyat apa yang menjadi hak mereka.
Rasulullah SAW telah bersabda,
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Riwayat at-Tarmizi)
Sesungguhnya amanah ini bukanlah satu permainan, bahkan alam pun enggan memikul amanah Allah. Allah SWT telah berfirman, maksudnya
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan". (Surah al-Ahzab : ayat 72)
Ramai pemimpin menolak kefahaman Islam dan hasilnya mereka jahil di dalam memahami peranan mereka sebagai pemimpin serta tanggungjawab yang Allah amanahkan kepada mereka. Mereka dengan sewenangnya meminta amanah, dan setelah diberi amanah mereka memecahnya. Perbendaharaan negara dikaut untuk kepentingan sendiri, masyarakat dibebankan dan dijahilkan, yang menjadi hak orang ramai dicabuli, dan sesiapa yang menentang mereka akan ditangkap, ditahan, bahkan dibunuh.
Khalifah Umar Abdul Aziz ketika menjadi pemimpin telah berjaya memakmurkan negaranya dalam masa dua tahun. Pada zaman pemerintahannya, negara menjadi makmur dan tidak ada sesiapapun yang mahu menerima zakat. Ketika melihat anaknya mengulum sebiji tamar yang diambil dari Baitul-Mal, beliau memaksa keluar buah tamar itu dan membelikan tamar yang lain untuk anaknya kerana mengenangkan bahawa tamar itu bukan miliknya. Sewaktu anaknya datang hendak berjumpa berkenaan dengan hal peribadi, beliau mematikan lampu pelita kerana minyaknya adalah kepunyaan kerajaan untuk tugas-tugas kerajaan.
Kisah ini menjadi bukti apabila seorang pemimpin kerajaan itu menjaga amanahnya, ia akan membawa kebaikan dan manfaat kepada negaranya pada masa hadapan.
Perkara yang kedua, Allah memerintahkan pemimpin supaya berlaku adil apabila menjalankan hukum sesama manusia. Mereka wajib mempertimbangkan hal-hal rakyat dengan penuh keadilan dan sama rata apabila mereka memegang kuasa dan di mana-mana sahaja mereka memegang kuasa.
Perkataan al-‘adl di dalam ayat ke-58 Surah An-Nisa’ itu memberi maksud bahawa sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah mestilah bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah, dan bukannya berasaskan kepada logik akal manusia, kerana logik akal manusia itu ditemani nafsu dan sebarang hukuman yang bertemankan nafsu akan mengandungi unsur-unsur ketidakadilan, ketidaksamarataan, serta kekurangan kadar hukum.
Apabila pemerintah membuat keputusan berasaskan logik akal, secara jelas kita dapat melihat betapa pekatnya ketidakadilan yang melanda. Orang-orang yang dilabel sebagai ancaman keselamatan awam dikurung tanpa mendapat ruang untuk membela diri, sedangkan Allah sudah mengingatkan;
"Tunjukkanlah keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar". (al-Baqarah : ayat 111)
Selain itu, segala bentuk kemudahan, kebajikan, dan perlindungan diagihkan dan diberikan atas dasar pilih bulu dengan mengambil kira latar belakang individu serta pendirian mereka, sedangkan Allah sudah mengingatkan:
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.” (al-Maidah : ayat 8)
Pada zaman Nabi Ibrahim a.s., Raja Namrud ketika mengagihkan bekalan makanan kepada rakyatnya bertanya,
“Siapakah yang paling berkuasa?”
Jika rakyatnya memperakui bahawa Namrud adalah yang paling berkuasa, maka bekalan makanan akan diberi. Namun jika mereka menjawab sebaliknya, mereka tidak akan mendapat bekalan makanan.
Pada peringkat awal dan pertengahan kurun ke-20, dunia telah menyaksikan peristiwa Apartheid di Afrika Selatan, penyisihan suku Aborigine di Australia, penyisihan suku Eskimo di Kanada, dan penyisihan masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat. Kita menyaksikan sendiri bagaimana mereka dinafikan hak asasi mereka; dihadkan kepada kawasan-kawasan tertentu, tidak diberi pekerjaan dan pendidikan yang sewajarnya, tidak dibenarkan menggunakan kemudahan awam kecuali pada waktu-waktu tertentu, bahkan di dalam bas wajib memberi tempat duduk kepada orang kulit putih.
Di Australia pada waktu itu, menembak mati orang Aborigine tidak dianggap bersalah, bahkan dianggap riadah. Sir Winston Churchill sendiri pun pernah mengatakan;
“Saya tidak mengaku misalnya, bahawa terdapat apa-apa kesalahan besar yang telah dilakukan terhadap orang Red Indian Amerika ataupun orang hitam Australia. Saya tidak mengakui bahawa terdapat apa-apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap orang-orang ini oleh hakikat bahawa satu bangsa yang kuat, bangsa yang lebih tinggi grednya, satu bangsa yang lebih bijak tentang hal duniawi telah datang dan mengambil tempat mereka.” (Ucapan kepada Suruhanjaya Peel, 1937)
Semua perbuatan ini jelas bercanggah dengan tuntutan berlaku adil. Di dalam mempertahankan warna kulit serta memuliakan bangsa, mereka lupa bahawa mereka semuanya datang dari satu sumber yang sama; Adam dan Hawa. Allah SWT sendiri telah mengingatkan kita;
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” (al-Hujuraat : ayat 13)
Sewaktu Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah, terdapat seorang pemimpin kerajaan Uthmaniyyah yang telah bertindak mencedera seorang penganut Kristian sehingga ke tahap boleh dikenakan hukuman Qisas. Meskipun yang melakukan jenayah tersebut merupakan orang besar kerajaan, hakim tetap menjatuhkan hukuman Qisas ke atasnya.
Ketika Ali bin Abi Talib menjadi khalifah, beliau pernah menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya. Hal ini dibawa ke mahkamah dan Ali didapati bersalah menuduh si Yahudi tersebut tanpa hujah yang kukuh, bahkan hakim tidak merujuk kepadanya sebagai Khalifah, hanya sekadar Ali.
Hal ini menunjukkan bahawa di dalam sesebuah kerajaan Islam, undang-undang dan keadilan itu merangkumi semua pihak. Tidak ada sesiapapun yang terkecuali sungguhpun dia seorang yang kaya, berkuasa, ataupun berpengaruh.
Perkara yang ketiga, sungguhpun perintah ini ditujukan kepada sekalian umat Islam, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan sepenuhnya melainkan jika seorang ketua dilantik untuk memegang amanah serta melaksanakan keadilan.
Pun begitu, bukan sebarang orang yang boleh dilantik menjadi ketua. Allah SWT telah berfirman;
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 59)
Dalam ayat di atas, Allah menyebut ulil-amri min-kum. Perkataan ‘kum’ (kamu) itu kalau mengikut ilmu lughah merujuk kepada alladziina aamanuu (orang-orang yang beriman), bermakna di antara pemimpin yang diiktiraf oleh Allah ialah dari kalangan orang yang beriman. Dan antara sifat orang yang beriman ialah:
“...orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Surah al-Mu’minun : ayat 8)
Pemimpin yang beriman akan sentiasa menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukannya di dalam apa hal sekalipun. Dia ada ilmu dan kesedaran mengenai suruhan dan larangan Allah, halal dan haram, dan persoalan Allah terhadap amanahnya kelak.
Pemimpin yang tidak beriman tidak mungkin akan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduannya. Dia akan lebih mengutamakan akal logik manusia dan cenderung kepada kepentingan sendiri, yakni hasilnya akan membawa kepada pecah amanah dan ketidakadilan seperti yang telah disebutkan.
Dalam dunia hari ini kita telah menyaksikan pemimpin-pemimpin negara yang rosak. Kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, kerajaan Zin El-Abidine di Tunisia, kerajaan Suharto di Indonesia, kerajaan Muammar Gaddafi di Libya; semuanya telah mengaut kekayaan negara untuk diri mereka dan sekutu mereka meninggalkan rakyat di dalam keadaan daif, tidak terurus, serta penindasan yang berterusan. Mereka turut menyeksa dan menggunakan kekasaran terhadap sesiapa yang menentang mereka. Akhirnya mereka dijatuhkan oleh rakyat sendiri kerana tidak menunaikan amanah mereka.
Rasulullah SAW telah bersabda;
“Hak-hak akan diberikan kembali kepada orang-orang yang sepatutnya, bahkan biri-biri yang tidak bertanduk akan menuntut bela terhadap biri-biri yang bertanduk.” (Sahih Muslim)
Sejarah telah mengajar dan menunjuk kita tentang kerajaan-kerajaan terdahulu yang mentadbir negara dengan penuh amanah dan adil. Pada masa sama sejarah juga telah memperlihatkan kita kerajaan-kerajaan yang rosak dan menghancurkan negara, bahkan kerajaan seperti ini masih lagi wujud di serata dunia.
Kita telah diberi pengetahuan tentang kerajaan Saidina Ali, Umar Abdul Aziz, dan Muhammad Al-Fateh. Dan sepanjang perjalanan hidup kita, kita telah menyaksikan kerajaan Mubarak, Gaddafi, Suharto, dan banyak lagi kerajaan lain, baik kerajaan negara orang Islam ataupun sebaliknya.
Atas kefahaman inilah, maka menjadi tuntutan ke atas kita untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam untuk mentadbir dan menguruskan negara. Kerajaan Islam di dalam sejarahnya sendiri telah terbukti adil dan saksama terhadap semua serta memakmurkan negara. Hanya kerajaan yang berlandaskan kepada Islam dan ajarannya diiktiraf oleh Allah, dan segala yang diiktiraf oleh Allah akan dipelihara-Nya. Yakinlah bahawa sebuah kerajaan yang amanah dan adil akan membawa kepada kemakmuran dan keamanan sesebuah negara.
Penulis berasal dari Subang Jaya, Selangor dan bertugas sebagai jurutera.
Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE

Tuntutan membentuk kerajaan yang adil
Abdul Karim bin Ahmad Fauzi

Sumber HD - 13-2-2013
Berilah amanah kepada yang layak
Berilah amanah kepada yang layak
Muhamad Helmi bin Hashim, | 14 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Firman allah SWT didalam surah an-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil, sesungguhnya Allah dengan (suruhanya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.”
Ayat ini merupakan tunjang bagi kebanyakan hukum kerana mengandungi sebahagian besar agama dan syariat Islam. Para ulama berselisih pendapat mengenai ayat ini, adakah ditujukan kepada pemerintah ataupun ditujukan untuk tujuan umum, termasuk sekalian manusia. Pendapat yang lebih jelas ayat ini ditujukan kepada umum. Pendapat ini berdasarkan kaedah agama iaitu sesuatu pekara itu diambil kira berdasarkan umum lafaz, bukanlah diambil berdasarkan pengkhususan sebab mengapa diucapkan.
Sabda nabi di dalam sebuah hadis yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinanya. Imam (ketua negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinanya. Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinanya. Wanita (isteri) pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinya. Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan di tanya mengenai kepimpinanya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu daud, Termizi)
Apabila kita berbicara mengenai ayat ke-58, surah an-Nisa’ ini, ia merupakan rangkaian ayat-ayat yang singkat, tetapi memberi makna yang besar dalam pemikiran politik Islam, iaitu politik ini membabitkan urusan kehidupan manusia yang bertujuan untuk menegakan kemaslahatan.
Politik berubah dari satu zaman ke satu zaman, bermula pada zaman nabi sehingalah ke zaman kita sekarang. Cara pelantikan zaman dahulu mungkin berbeza dengan zaman sekarang. Oleh hal yang demikian, agama meletakkan asas-asas umum bagaimana seseorang muslim itu mengendalikan politik mereka. Antaranya Allah menyatakan di dalam ayat 58, surah an-Nisa’ iaitu Allah memerintahkan supaya menyerahkan amanah kepada orang yang berkelayakan.
Untuk menentukan amanah kepada individu yang berkelayakan, adalah sesuatu yang sangat umum. Mencari orang yang layak menguruskan politik Malaysia mungkin tidak sama dengan mencari orang yang layak untuk menguruskan politik Indonesia. Walaupun sukar, Allah memerintahkan kita supaya memberi amanah kepada yang berkelayakan. Layak di medan kewangan tidak sama dengan berkelayakan di dalam medan ketenteraan, tetapi al-Quran hanya menyebut asas umum iaitu supaya kita memilih yang layak iaitu orang yang berkemampuan.
Berkata imam Ahmad, maksudnya:
“Fitnah (berleluasa) apabila tiada pemimpin yang mengendalikan urusan manusia”. Masalah umat dan masyarakat tidak akan sempurna dan tersusun melainkan dengan adanya kerjasama antara pemerintah dan orang yang diperintah, antara pemimpin dan rakyat, dan mereka menjalankan kewajipan masing-masing dan menyempurnakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul atas mereka.
Sesungguhnya pemimpin bukanlah tuhan kepada rakyatnya sehingga dia tidak memerlukan kepada mereka. Dia juga bukannya pesuruh Allah kepada rakyatnya sehingga dia menjadi perantaraan antara mereka dengan agama tuhan. Akan tetapi pemimpin dan rakyat adalah mereka yang bekerjasama, tolong-menolong demi kebaikan agama dan dunia. Dia juga mestilah membantu mereka dan mereka juga mestilah membantunya. Ibarat seorang ketua rombongan yang memimpin perjalanan, jika dia membawa mereka melalui jalan yang betul, mereka akan mengikutinya. Sebaliknya jika dia tersalah jalan mereka akan menegurnya dan memberi pertunjuk. Jika mereka diserang oleh sesuatu, dia mestilah bersama-sama dengan mereka membantu menghalangnya.
Berdasarkan perkara tersebut, maka setiap daripada pemimpin dan orang yang dipimpin, pemerintah dan rakyat mempunyai hak-hak serta ciri-ciri yang mesti dipelihara.
Kewajipan melantik pemimpin merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat insan yang mengungkap dua kalimah syahadah. Hal ini kerana pemimpin merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi Allah ini. Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.
Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada pemerintah rabbani ini, antaranya:
1. Adil. Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam ekoran peri pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Adil adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah ataupun tidak didalam sesebuah negara. Sebagaimana untuk diterimanya penyaksian didalam hukum jenayah memerlukan seorang yang adil, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam.
Termasuk dalam keadilan juga, seorang pemerintah itu mestilah menegakkan syariat serta melaksanakan hukum-hukum Islam, mengajak masyarakat ke arah
kebaikan dan menghalang mereka daripada melakukan kemungkaran. Hal ini adalah satu keistimewaan pemimpin yang menjaga urusan rakyat. Bukan sahaja urusan dunia bahkan dia membawa masyarakat kearah akhirat. Bukanlah menjadi pemimpin yang hanya mementingkan dunia melebihi akhirat.
Termasuk dalam menegakkan syariat dan menjalankan hukum-hakam ialah memungut zakat, membahagikan harta kekayaan negara secara saksama serta
menjadikan manusia menghormati dan tidak melanggar batas sempadan hukum-hakam yang ditetapkan Allah, taat terhadap segala perintahnya dan mendorong manusia kearah tersebut. Ciri-ciri inilah yang dirakamkan didalam al-Quran yang bermaksud:
“(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.” (Surah al-Haj : ayat 41).
Pemerintah mempunyai hak untuk berijtihad (memutuskan sesuatu keputusan) akan tetapi perlulah memutuskanya secara adil agar keadilan itu dirasai oleh semua pihak. Jika seseorang pemimpin itu menggunakan sejuta nas atau dalil atas nama Allah dan Rasul-Nya tetapi apa yang dilaksanakan itu jelas tidak adil maka bukanlah agama.
Hal ini disebutkan oleh ibnu Qayyim, yang dimaksudkan dengan syariat itu ialah keadilan dan kebijaksanaan secara menyeluruh. Apa-apa sahaja yang keluar daripada keadilan kepada kezaliman daripada hikmah kepada kebodohan - bukanlah syariat islam, sekalipun ada ulama atau tokoh ugama memberikan nas dan dalil untuk membela perkara tersebut. Hal ini kerana Allah SWT memerintah supaya berlaku adil.
Keadilan yang paling besar adalah melaksanakan syariat Allah, menjalankan hukum-hakamnya dan memberikan hak-hak kepada yang berhak. Manakala kezaliman yang paling besar adalah mengabaikan syariat Allah dan menjauhkannya daripada urusan kehidupan.
Seseorang pemimpin itu mestilah membawa kebaikan kepada masyarakat dan
menolak segala jenis keburukan. Seperti yang di ungkapkan oleh Sultan Ulama Imam Izzudin Assalam di dalam Kitab Khowaid Ahkam fimaso’lih al-Anam. Maka tidak hairanlah Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para pemerintah yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari.
Sabda Rasulullah didalam sebuah hadis yang bermaksud: “Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika pada hari tersebut tiada naungan melainkan naungannya, antaranya ialah pemimpin yang adil.” (Hadis riwayat Bukhari).
2. Jujur. Kejujuran adalah modal yang paling mendasar dalam sebuah kepimpinan. Tanpa kejujuran, kepimpinan ibarat bangunan tanpa tiang. Dari luar nampak megah namun di dalamnya rapuh dan tidak mampu bertahan lama. Begitu pula dengan kepimpinan, apabila tidak didasarkan atas kejujuran orang-orang yang terlibat didalamnya, maka jangan harap kepimpinan itu akan
berjalan dengan baik.
Namun, kejujuran di sini tidak harus dipandang dari seorang individu. Akan tetapi semua komponen yang terlibat di dalamnya, sama ada pemimpinnya, pembantunya, hingga struktur yang paling bawah di dalam kepimpinan itu. Seorang pemimpin harus memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Teladan ini tentunya perlu diwujudkan dalam bentuk sikapnya yang jujur, tidak menipu rakyat serta amanah dalam menguruskan aset negara. Pemimpin yang jujur pasti berfikir seribu kali untuk melakukan tindakan tidak terpuji, atau memutuskan kebajikan yang tidak berpihak kepada rakyat. Oleh sebab itu Allah SWT dengan tegas memerintah kita untuk bersama-sama atau mengikuti orang-orang yang jujur.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” (surah at-Taubah : ayat 119).
Ciri-ciri lain yang dapat kita ambil ialah berdasarkan kisah di dalam al-Quran -mengisahkan ungkapan gadis yang ditemui oleh Nabi Musa di Madyan, iaitu “sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bertugas iaitu yang kuat (berkemampuan) serta beramanah. Sebahagian ulama menyatakan gadis tersebut merupakan anak kepada Nabi Syuaib.
Dua sifat ini merupakan asas penting dalam pengambilan atau perlantikan sesebuah jawatan di dalam Islam. Dengan kata lain, seorang pemimpin itu mampu menguruskan negara dengan baik serta amanah dalam pengurusan negara. Jika seseorang itu berkemampuan tetapi tidak amanah nescaya negara tidak dapat membangun dengan baik, demikian juga sekiranya seseorang itu amanah akan tetapi tidak berkemampuan negara tidak dapat ditadbir dengan bagus.
Oleh sebab itu, Rasulullah menolak permintaan seorang sahabat yang bernama Abu Zar apabila beliau meminta jawatan daripada nabi, lalu baginda berkata, “Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini amanah dan pada hari kiamat kelak satu kerugian dan penyesalan.”
Maka fahamlah kita bahawa seseorang pemimpian negara itu mestilah orang yang berkemampuan ditambah pula dengan sifat amanahnya. Hal ini kerana sifat amanah itu merupakan modal utama untuk menjadi pemimpin. Peribadi yang amanah ini lebih mudah diterima masyarakat kerana masyarakat lebih senang dan tenang apabila dipimpin oleh orang yang amanah. Mereka tidak khuatir aset hasil jerih payah rakyat akan diselewengkan untuk kepentingan peribadi.
Akhir kata, saya bawakan secebis kata-kata jawapan yang dinyatakan oleh Imam Hasan al-Basri kepada Amirul mukminin Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam, katanya:
“Sesungguhnya Allah telah menjadikan para pemimpin yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengarkan ayat Allah dan memperdengarkan kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaanya dan memperlihatkan kepada mereka, berjalan di atas agama Allah mengajak manusia bersamanya. Dia juga umpama seorang hamba kepada para rakyatnya, menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat takabbur dalam menindas golongan yang lemah, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepadaorang-orang miskin dan mendidik anak-anak bangsa kearah kesejahteraan.”
Beginilah keperibadian seorang pemimpin yang adil didalam pemerintahanya. Marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Tiada guna nikmat akal sihat yang dikurniakan oleh Allah jika hanya kita menggunakanya ke arah yang dunia semata-mata. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab. Fikir dan nilailah supaya kita memberi amanah kepada orang yang selayaknya, dan mampu mentadbir negara dengan adil. Mudah-mudahan kita dapat merasai keadilan yang sewajarnya. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri.
Muhamad Helmi bin Hashim berasal dari Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Kodiang, Kedah Darul Aman. Muhamad Helmi masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sumber HD - 14-2-2013
Kerajaan amanah dan adil, ummah sejahtera
Zuraidah bt Othman, | 15 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’ ayat 58, yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
Daripada Abu Ibn Abbas RA berkata: Selepas Rasulullah SAW membuka Kota Makkah, Baginda memanggil Uthman bin Talhah lalu Baginda bersabda “Tunjukkan kepadaku kunci Kaabah”. Apabila Uthman membuka tangannya, lalu menunjukkan kunci tersebut kepada Rasulullah SAW, Abbas berdiri dan berkata: “Wahai Rasulullah, demi ayahku dan ibuku, serahkanlah urusan penyediaaan minuman itu kepadaku”. Uthman terus menggenggam tangannya kembali. Lalu Rasulullah bersabda: “Bawa ke mari kunci itu wahai Uthman”. Kemudian, Rasulullah bersabda lagi: “Peganglah amanah Allah SWT”. Lalu Abbas pun berdiri dan terus membuka pintu Kaabah. Kemudian keluar lagi lalu melakukan tawaf di Kaabah. Selepas itu turunlah Jibril AS menyuruh Baginda mengembalikan kunci itu kepada Uthman. Lalu Rasulullah SAW memanggil Uthman bin Talhah dan menyerahkan kunci tersebut kepadanya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu menunaikan amanah hingga ke akhir hayat”.
Amanah bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diserahkan kepadanya. Amanah terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:
1. Amanah hamba terhadap Tuhannya, iaitu menunaikan segala titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.
2. Amanah sesama hamba, iaitu menunaikan hak orang lain, tidak menipu, tidak menindas, tidak menzalimi, tidak memfitnah dan sebagainya. Termasuk juga dalam hal ini ialah sikap pemerintah yang adil terhadap rakyatnya, ulama terhadap orang awam dengan memberi bimbingan dan menyampaikan kebenaran, sikap suami terhadap isteri dalam hal-hal kehidupan suami isteri dan sebagainya.
3. Amanah hamba terhadap dirinya sendiri, iaitu kewajipan seseorang untuk memilih sesuatu yang berguna dan bermanafaat untuk dirinya, agama dan urusan keduniaannya. Seseorang hamba yang amanah terhadap dirinya sudah tentu tidak melakukan segala perkara yang merugikan dunia dan akhiratnya serta menjauhkan diri dari segala perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepadanya.
Menurut Sayyid Qutb, bahagian-bahagian amanah tersebut merupakan tugas sebenar seseorang manusia amnya dan kaum Muslimin khususnya. Sekaligus merupakan cerminan akhlak sebenar seseorang Muslim. Sifat amanah bermula daripada amanah yang paling agung iaitu amanah Allah SWT kepada fitrah insan. Amanah ini enggan diterima dan dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang, namun manusia sanggup memikulnya. Amanah tersebut ialah amanah hidayah, makrifah dan beriman kepada Allah SWT. Sedangkan makhluk lain beriman dan tunduk kepada sunnatullah secara paksa. Manakala bagi manusia diserahkan kepada fitrah, akal, makrifah, kemahuan dan daya usahanya untuk sampai kepada Allah dengan izin dan pertolongan-Nya. Amanah wajib ditunaikan dan sesiapa yang tidak menunaikannya di dunia, maka amanah ini akan dituntut di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), namun mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan segala persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah al-Ahzab : ayat 72)
Peranan manusia sebagai khalifah ialah memberikan daya kepimpinan dan pengurusan yang baik. Manusia dikurniakan wahyu sebagai sumber ilmu dan pedoman yang teragung, menjadikan model Qurani iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai qudwah dan sumber teladan terbaik bagi membolehkan mereka mempunyai sumber contoh dan ikutan, maka amanah ini perlu disempurnakan dengan sebaik-baiknya.
Amanah daripada Allah SWT ini jika diuruskan dengan penuh keimanan, keinsafan dan kesyukuran, tidak hanya sebagai satu tanggungjawab tetapi juga menghubungkannya sebagai sumber ibadat atau sumber amal. Allah tidak mengurniakan segala nikmat di atas dunia ini dengan sia-sia, tetapi dituntut manusia menggunakannya dengan bijaksana, adil dan penuh tanggungjawab agar kesannya dapat memberikan manafaat yang terbaik tidak hanya kepada mereka sendiri bahkan juga kepada seluruh manusia.
Amanah mengendalikan urusan negara merupakan amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Seseorang pemimpin yang menunaikan amanah dalam kepimpinannya akan mendapat pahala yang sangat besar, manakala pemimpin yang mengkhianati amanah seperti melakukan kezaliman, menyalahgunakan kuasa, rasuah, mengutamakan kepentingan diri, keluarga atau kroni, mengaut harta negara menjadi miliknya dan sebagainya, maka tunggulah pembalasannya daripada Allah SWT di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)......” (surah al-Anfal : ayat 27)
Akibat daripada sifat tidak amanah, menjadikan seseorang itu tidak lagi takut kepada Allah SWT dan gentar dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah. Apabila hubungan dengan Allah menjadi longgar, maka amanah pengurusan dan kepimpinan turut berada dalam kepincangan. Hal ini menyebabkan berlaku krisis demi krisis seperti munculnya sifat tamak haloba, dengki mendengki, fitnah memfitnah, sombong dan takbur kerana kuasa dan pangkat. Semua ini adalah akibat tidak menginsafi diri sebagai hamba Allah.
Allah SWT juga menyuruh umat Islam berlaku adil kepada seluruh umat manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”. (Surah al-Nahl : ayat 90)
Adil bermaksud memberi hak kepada yang berhak mengikut kadar masing-masing. Adil juga bermaksud tidak zalim atau berat sebelah apabila menetapkan hukum kepada rakyat, tidak kira penyokong atau bukan penyokong. Pemerintah yang membeza-bezakan layanan kepada penyokong dan bukan penyokong ialah prinsip kerajaan komunis yang jelas ditolak oleh Islam. Pelaksanaan keadilan tidak melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa, pangkat dan kedudukan, status sosial atau perbezaan agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah : ayat 8)
Allah menjadikan pemerintahan sebagai ujian kepada manusia. Ada pemerintah yang adil dan ada pemerintah yang zalim. Dan semuanya tidak kekal selama-lamanya, ada had umur masing-masing. Contohnya Kerajaan Nabi Sulaiman AS, Kerajaan Nabi Daud AS, begitu juga Kerajaan Nabi Muhammad SAW tidak berkuasa selama-lamanya. Telusuri juga Kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz yang hanya sempat memerintah hanya dua tahun sahaja, Kerajaan Firaun, kerajaan kuasa-kuasa besar dunia seperti Hitler, Empayar British dan sebagainya, semuanya tidak berkuasa selama-lamanya. Allah jadikan hal ini untuk menguji manusia keseluruhannya, menguji pemimpin dan juga menguji rakyat. Allah menguji pemimpin yang menunaikan amanah dan menguji rakyat yang memberikan amanah kepada pemimpin. Justeru itu, pemerintahan yang zalim bukan sahaja dibebankan kepada pemimpin-pemimpinnya bahkan juga kepada rakyat dan para penyokongnya.
Memerintah negara dengan adil merupakan Amar Makruf. Manakala, memerintah negara secara zalim adalah mungkar yang sangat besar. Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
“Tujuh jenis manusia yang dijanjikan oleh Allah mendapat payung naungannya di Padang Mahsyar pada hari Kiamat.........”.
Dalam hadis di atas, yang pertama sekali disebut ialah pemerintah yang adil. Selepas itu barulah pergi ke masjid, berzikir dan lain-lain. Hal ini menunjukkan bagaimana pemerintahan negara yang adil adalah perkara makruf yang besar fadilatnya kerana cabarannya juga besar. Cabaran pangkat besar, kuasa besar, tempat eksklusif, wang bertimbun, keistimewaan banyak, cabaran hawa nafsu dan seribu macam cabaran. Tanpa iman, sudah tentu situasi ini membuatkan seseorang itu menjadi kelabu mata, jadi keliru dan akhirnya tewas dengan cabaran-cabaran tersebut. Oleh sebab itulah, sekiranya pemerintahan negara dilaksanakan dengan adil, amanah dan penuh keimanan kepada Allah, maka pahalanya sangat besar. Lagi pun Allah telah meletakkan amanah memerintah negara ini sebagai amanah yang terbesar, yang tidak mampu dipikul oleh langit, bumi, gunung-ganang dan seluruh makhluk lain selain manusia dengan segala persediaan yang dibekalkan oleh Allah SWT.
Tanggungjawab memilih pemimpin yang adil dan layak untuk memegang amanah merupakan satu tuntutan dalam Islam. Apabila dua tanggungjawab utama itu dilaksanakan, barulah datang tanggungjawab ketaatan. Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebut petikan ucapan yang disandarkan kepada Ali bin Abi Talib:
“Tanggungjawab pemerintah ialah berhukum dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia melakukan yang demikian, wajib ke atas muslimin untuk mentaatinya kerana Allah memerintahkan kita menunaikan amanah dan adil, kemudian memerintah agar mentaati pemerintah”. (Al-Qurtubi, Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/359. Beirut : Dar al-Fikr)
Amanah dan keadilan merupakan dua asas terpenting dalam pemerintahan Islam. Di Malaysia, agama Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara. Justeru, hak yang adil kepada penganut pelbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan dan saling mengerti dalam perkara yang berbeza perlu diberi keutamaan. Islam wajib diperkasakan dengan pendekatan yang bijak, amalan yang istiqamah dan melakukan keadilan terhadap semua. Islam hendaklah dilihat sebagai agama rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan.
Melalui akal, pedoman, ilmu dan pengalaman, membolehkan seseorang pemimpin berlaku adil terhadap semua. Berpegang kepada pertimbangan agama serta akal yang berpedomankan wahyu membolehkan seseorang pemimpin sentiasa merasakan bahawa rahmat dan nikmat dalam bentuk kesenangan seperti kekayaan, harta dan pangkat adalah sesuatu yang tidak kekal dan bersifat sementara. Segalanya adalah pinjaman dan apabila tiba masanya, semuanya akan menghadap Allah Azzawajalla dan segala yang berada di dunia akan ditinggalkan. Yang dibawa hanyalah amal yang bersumberkan nikmat dan rahmat Allah yang diperoleh dengan cara yang sah dan benar serta pengurusan yang dilaksanakan dengan betul.
Tanpa nilai-nilai yang baik dan pedoman agama, mustahil sesuatu perkara dapat diuruskan dengan amanah, adil dan berhemah. Sebaliknya sesuatu yang bersifat material akan cenderung dijadikan matlamat dalam setiap urusan. Hal ini sudah tentu mengukuhkan lagi sistem ‘siapa kuat, dia akan berkuasa’, maka akan terhakislah amanah yang perlu diuruskan secara bijaksana dan adil. Mereka akan cenderung melakukan perkara yang ditegah. Yang penting ialah situasi duniawi. Oleh itu, perbuatan salah guna kuasa, rasuah, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain dilihat sebagai perkara ‘sepak terajang’ untuk menguasai sesuatu yang berunsur material, kerana tanpanya, kekayaan tidak akan diperoleh dan dengannya juga segala perkara dapat diperoleh dengan mudah.
Perintah menunaikan amanah dan menghukum dengan adil merupakan peringatan bahawa apa yang dijelaskan oleh Allah SWT dan termaktub dalam al-Quran, merupakan suatu pengajaran dan bimbingan daripada Allah SWT. Dan ia adalah sebaik-baik pengajaran dan bimbingan. Perkara yang ditegaskan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia adalah untuk kebaikan, kebahagiaan dan keberuntungan manusia di dunia dan di akhirat. Konsep amanah dan adil untuk semua dapat menyelesaikan banyak masalah ummah. Bak kata pujangga : ‘Kalau boleh, pemimpin kita biarlah jika karam di laut jadi pelampung, panas di darat jadi penaung, basah di hilir jadi penudung, patah di hulu jadi penyambung’. Biar semua rakyatnya selamat.
Zuraidah bt Othman berasal dari Gombak, Selangor dan bertugas sebagai pendidik.

Sumber HD - 15-2-2013
Pemimpin adil dan amanah disukai Allah dan manusia
Mohammad Suffian Fauzi , | 21 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Firman ALLAH bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58).
Pengenalan surah
Menurut Ibnu Kathir, beliau telah menjelaskan bahawa selepas pembukaan kota Makkah pada tahun 8 Hijrah, Rasulullah SAW telah meminta kunci Kaabah daripada Usman bin Thalhah. Baginda membuka serta memasuki Kaabah. Setelah keluar daripadanya, Rasulullah SAW membaca ayat daripada petikan surah an-Nisa ini yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikannya”.
Baginda memanggil Usman bin Thalhah dan menyerahkan kunci Kaabah kepada beliau sambil bersabda yang bermaksud, “Ambillah kunci ini wahai Bani Thalhah dan akan kekal selama-lamanya di tangan kamu, tidak ada orang yang mengambilnya daripada kamu kecuali orang zalim”.
Menurut Ibnu Kathir, ramai ulama tafsir mengatakan bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Usman bin Thalhah. Disebabkan itu, Rasulullah SAW menyerahkan kunci tersebut kepadanya.
Selepas kewafatan Usman pada pada tahun 42 Hijrah, beliau tidak mempunyai anak lalu kunci Kaabah telah diberikan kepada sepupunya iaitu Syaibah bin Usman bin Abi Thalhah. Kemudian anak-anak Syaibah mewarisi kunci itu secara turun-temurun sehingga hari ini dan sampailah pada Hari Kiamat. Malah, mereka dikenali sebagai dengan nama ‘As-Syaibiyyin’.
Sebagaimana yang tersebut dalam hadis, “Kekal selama-lamanya di tangan kamu” menunjukkan bahawa keturunan Abu Thalhah akan kekal sehingga Hari Kiamat dan penjagaan Kaabah berada dalam tangan mereka. Hal ini merupakan salah satu daripada mukjizat Rasulullah SAW.
Pengajaran daripada cerita di sebalik turunnya ayat ini adalah sifat amanah dalam keluarga dan keturunan Abu Thalhah yang menjaga kunci Kaabah yang panjangnya 40 sentimeter itu secara turun-temurun dan kekal ke hari ini. Maka inilah sifat amanah yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya kerana menjaga amanah merupakan sifat yang tergolong dalam sifat mahmudah dan barangsiapa yang tidak menjaga amanah, maka tunggulah pembalasan Allah yang setimpal sebagaimana sabda Nabi yang bermaksud:
“Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal permakanan (halal dan haram).”
Tafsir surah An-Nisa Ayat ke-58
Ayat yang ke-58 daripada petikan surah An-Nisa ini menerangkan konsep amanah. Amanah adalah perkataan yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab “Al-Amanah” dan diambil daripada kata dasar “Alif di atasnya hamzah, mim, nun” disebut “Amina”. Selanjutnya, daripada perkataan ini terbitlah perkataan “amaanun” yang juga diserap ke dalam Bahasa Melayu, membawa erti aman, dan daripada perkataan ini jugalah, terbit pula perkataan “Al-amiin”. Perkataan ini memberi dua maksud yang berbeza iaitu satu daripadanya ialah yang bermaksud orang yang sangat jujur dan amanah dan satu gelaran pergi kepada gelaran masyarakat Arab Jahiliyyah Quraisy kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda diutus menjadi Rasul.
Manakala, perkataan yang menjadi lawan kepada perkataan amanah ini ialah “Khianat” yang juga berasal daripada perkataan “Al-Khianah” yang sering kita dengar diberi makna sebagai “pecah amanah” atau “tidak jujur” atau “curang” dalam Bahasa Melayu. Orang yang memegang amanah biasanya dinilai oleh pemberinya agar dapat memelihara dengan baik apa yang diberikannya itu. Sebagai contoh, seseorang yang bakal memimpin sekelompok masyarakat dalam kawasan itu akan dinilai akhlaknya terlebih dahulu oleh masyarakat sebelum orang itu diangkat menjadi seorang pemimpin rakyat kerana kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman. Tambahan lagi, ayat daripada petikan surah ini berbentuk jamak daripada perkataan amanat. Hal ini sudah pasti jelas menunjukkan, amanat bukan sekadar bersifat kebendaan, bahkan juga bersifat bukan kebendaan.
Ketika Allah memerintahkan dan menetapkan hukum dengan adil, ayat ini dimulai dengan mengatakan, “Apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia”. Tetapi sebelum itu, kita dihidangkan dengan maksud ayat yang memerintahkan untuk menunaikan amanat. Hal ini menjelaskan akan syariat bahawa setiap manusia telahpun menerima amanah secara potensial sebelum kelahirannya dan apabila dia mencapai tahap umur akil baligh. Menetapkan sesuatu hukum tidak semudah yang kita sangkakan. Terdapat syarat-syarat yang seharusnya kita ikut dalam melaksanakan amanah. Tamsilnya, kita seharusnya penuh dengan ilmu pengetahuan tentang hukum-hakam dan tata cara menetapkannya serta masalah yang harus dihadapinya ketika melaksanakan amanah. Bagi memenuhi syarat-syarat inilah, maka diturunkan petikan ayat daripada surah an-Nisa ini dan ditujukan perintah dengan kamu harus menetapkan untuk berlaku adil.
Ayat daripada petikan ini juga memerintahkan kepada kita semua untuk menunaikan amanat, ditekankan bahawa amanat tersebut harus ditunaikan kepada ahlinya yakni pemiliknya, dan ketika memerintahkan menetapkan hukum dengan adil, dinyatakan pula apabila menetapkan hukum kepada manusia. Hal ini bermaksud bahawa perintah berlaku adil itu ditujukan terhadap manusia secara menyeluruh. Dengan itu, sama ada amanat mahupun keadilan harus ditunaikan dan ditegakkan tanpa membezakan keturunan dan ras. Hal inilah yang menyebabkan keadilan dikatakan sebagai timbangan kebenaran.
Kategori Pembahagian Amanah
Berpandukan kepada firman Allah dalam surah An-Nisa ayat ke-58 ini, kita dapat mengklasifikasikan bahawa amanah yang melibatkan diri manusia terbahagi kepada tiga bentuk. Pertamanya adalah hubungan amanah antara manusia dengan Allah. Hal ini memberi erti kepada memelihara hukum Allah dengan berusaha untuk menjadi seorang khalifah yang baik di bumi Allah ini melalui pelaksanaan amanah yang berkaitan dengan hak Allah meliputi kewajipan mematuhi perintah yang diperintahkan kepada kita dan menghindari larangan-larangan-Nya.
Keduanya adalah amanah manusia dengan manusia. Seseorang yang diberikan amanah harus mengembalikannya kepada sang pemilik tanpa ditambah dan dikurangi. Hal ini meliputi perkara-perkara seperti memberikan hak kepada orang yang berhak, menepati janji, bersifat adil dan saksama, bercakap benar, dan melakukan ihsan kepada masyarakat sekeliling. Hiduplah kita seperti lilin yang menerangi orang lain dan janganlah kita hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
Ketiga, amanah yang ada pada diri manusia itu sendiri seperti usia, kekuasaan, kemampuan jasmani dan mental. Jika dipandang dari sudut agama, semua itu adalah amanah Tuhan yang ada dalam tangan kita. Hal ini menjelaskan kepada kita tentang kewajipan menggunakan tubuh badan dan segala kurniaan Tuhan kepada kita demi menghampirkan diri (taqarrub) kepada-Nya. Pelaksanaan amanah yang berkaitan dengan diri peribadi meliputi kewajipan menunaikan hak diri menepati pesan Nabawi, “Sesungguhnya bagi dirimu ada hak yang wajib kamu tunaikan”. Oleh itu, seorang Muslim sejati yang amanah tidak melakukan sesuatu selain yang bermanfaat dari segi agama dan kehidupan dunia-akhiratnya. Tambahan lagi, kita dituntut untuk tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan dirinya sama ada di dalam dunia mahupun akhirat, dan tidak mendedahkan dirinya kepada serangan penyakit dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Pemimpin kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab
Pemimpin sering dikaitkan dengan amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin. Adapun, kerajaan merupakan suatu badan atau organisasi yang sah dalam suatu kawasan tertentu yang mempunyai bidang kuasa tunggal bagi memegang jawatan dan kuasa tertentu. Kuasa yang diberikan rakyat kepada para pemimpin kerajaan haruslah digunakan sebaik mungkin bagi menegakkan dan melaksanakan hukum Allah serta sentiasa berlaku adil dalam memimpin negara.
Manakala, perkataan tanggungjawab membawa maksud suatu beban atau tugas yang perlu dipikul, atau bebanan tugas yang dipikulkan kepada seseorang untuk dilaksanakan dengan penuh perhatian, prihatin serta ketelitian sehingga sesuatu kerja itu dapat disempurnakan tanpa cacat celanya dengan berdasarkan prinsip “minima masa, maksima usaha”. Terdapat banyak nas daripada ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis yang memperkatakan tentang sifat amanah yang membuktikan betapa sifat ini merupakan sifat yang paling mulia dan wajib dimiliki oleh manusia sejagat, khasnya mereka yang mengaku beriman kepada Allah SWT, Rasul-Nya SAW dan hari akhirat.
Malah, berpandukan mafhum daripada Surah an-Nisa ayat ke-58 tadi, ayat ini pada zahirnya memfokuskan kepada golongan pemerintah kerana mereka banyak terlibat dengan menjatuhkan sesuatu keputusan yang berkaitan dengan kebajikan rakyat marhaen. Keadilan dalam konteks ini bermaksud bahawa para pemerintah mestilah menjalankan segala tanggungjawab yang mereka pikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab sekali gus keadilan mestilah sampai kepada setiap rakyat jelata tanpa mengira kedudukan mereka. Janganlah kita berlaku tidak adil terhadap rakyat kerana sekiranya itu terjadi, maka hilanglah kepercayaan dan kehormatan rakyat kepada kerajaan yang boleh membawa 1001 keburukan kepada perlembagaan negara.
Aplikasi surah An-Nisa ayat 58
Melalui petikan surah ini, kerajaan mestilah mengambil semua iktibar daripada apa tuntutan yang Allah tegaskan terhadap pemimpin dalam membentuk kerajaan yang adil dan saksama. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Kepemimpinan itu satu amanah yang berat yang pada hari kiamat nanti, ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Riwayat Abu Hanifah).
Justeru, kuasa kepemimpinan bukanlah sesuatu yang boleh dibeli atau seumpama barangan mainan yang boleh bertukar tangan. Sebaliknya, kuasa itu wajib diberikan kepada orang yang benar-benar berkelayakan dan berkarisma dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Oleh itu, seorang pemimpin yang adil tidak akan mengamalkan dasar kronisme, rasuah atau politik wang, pilih kasih dan penyelewengan lain dalam pemerintahannya. Sebaliknya, pemimpin haruslah sentiasa berfikir ke hadapan dalam memikirkan masalah rakyatnya, di samping merencana pelan strategi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakatnya. Pemimpin tidak seharusnya menggadaikan prinsip dan amalan dalam membina kerajaan yang adil dan berkebajikan seperti pemimpin kerajaan yang membolot hasil perbendaharaan negara (duit rakyat) demi kepentingan diri yang mengiurkan itu sahaja. Maslahat negaranya mengatasi kepentingan dirinya dan keluarganya. Kerajaan haruslah peka dengan kehendak rakyat yang mahukan keadilan demi kehidupan rakyat yang aman dan selesa bak kata peribahasa pujangga Arab berbunyi, “Janganlah kita abaikan permintaan orang (rakyat), kalau tidak mahu permintaan kamu (kerajaan) diabaikan orang”.
Tambahan lagi, dari segi kepimpinan dalam kerajaan pula, kerajaan yang adil meletakkan kedudukan hukum Islam dalam sistem perundangan pada tahap tertinggi sekali dan tidak ada sesiapa yang mampu melepasinya. Meletakkan hukum Islam di tempat yang paling tinggi ini tidak ubah seperti peribahasa Latin yang berbunyi, “Biarpun langit runtuh, hukum harus tetap ditegakkan”. Keadilan kerajaan terjelma ketika memberikan kesaksamaan ruang dan peluang dalam segenap bidang meliputi sosial, perekonomian dan politik kepada seluruh rakyatnya. Menurut Khalifah Abdul Malik bin Marwan, katanya “Semulia-mulia manusia (pemimpin kerajaan) ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya, membalas dan bersikap adil ketika kuat”.
Kebajikan kerajaan yang tercerna dalam sikap tegas dasar yang digubal bagi memastikan peluang pekerjaan yang mencukupi, sumber makanan yang meluas dan murah serta kemudahan penginapan yang mampu dimiliki. Mengikut fakta cerdik pandai ekonomi, rakyat yang berada dalam kepimpinan kerajaan yang berteraskan negara berkebajikan sentiasa berada dalam keadaan yang tenteram, damai dan aman kerana keyakinan terhadap kemurahan dan sikap berkepedulian kerajaan yang menaunginya. Hal ini yang menjadi antara ciri-ciri kerajaan yang memperjuangkan keadilan tanpa mengira dan melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama kerana seandainya kerajaan tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada rakyat,maka berusahalah supaya pihak kerajaan untuk tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada rakyat jelata.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat ke-58 ini berhujung dengan peringatan bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Segala yang terjadi, terbuka atau tertutup, terdedah atau tersembunyi, termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan amanah dan penegakkan keadilan tidak akan ada yang terlepas daripada pendengaran dan penglihatan Allah yang bersifat sami‘ an basiran. Segalanya akan dihisab dan seterusnya diberikan balasan berasaskan Keadilan Illahi yang Maha Mutlak.
Berdasarkan kepada keterangan maksud penghujung ayat dari surah An-Nisa ayat ke-58 ini, jelaslah sesiapa yang melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil akan disoal oleh Allah di akhirat kelak tentang apa yang mereka telah lakukan. Hal ini kerana, prinsip keadilan dalam Islam menjamin kesemua yang berhak mendapat haknya, tidak ada orang yang lemah yang tertindas, dan tidak ada orang yang kuat yang memeras. Kerajaan haruslah berlaku adil dalam setiap aspek walaupun berlaku adil itu merupakan tugas yang amat berat dan memerlukan pengorbanan komitmen yang tinggi.
Pengajaran surah An-Nisa ayat 58
Daripada ayat petikan surah An-Nisa ayat ke-58 ini, kita dapat mengutip beberapa pengajaran yang berguna untuk pedoman diri sebagai seorang pemimpin dalam membentuk kerajaan yang adil yang menjadi tuntutan utama dalam petikan ayat ini.
Antara pengajarannya ialah setiap amanah memiliki pemiliknya yang harus diserahkan kepada yang berhak. Penyerahan amanah sosial seperti pemerintahan dan pengadilan kepada orang-orang yang bukan ahlinya adalah bertentangan dengan tuntutan iman. Sebagai tambahannya pula, amanah harus diserahkan kepada pemiliknya sama ada pemiliknya itu kafir atau musyrik sekalipun. Dalam menunaikan amanah kemukminan ini, si pemilik tidak disyariatkan.
Tambahan lagi, sebagai khalifah di bumi Allah ini, manusia tidak terlepas daripada memerlukan nasihat dalam kehidupan mereka sendiri dan nasihat yang terbaik datang daripada Allah (Al-Quran) dan Rasulullah (Al-Sunnah).
Jelas terbukti bahawa akidah yang suci mampu membina sifat amanah yang mulia. Orang yang amanah dikasihi Allah SWT dan disukai oleh manusia.
*Mohammad Suffian bin Fauzi berasal dari Kampung Che Lijah, Dungun, Terengganu dan masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa

Sumber HD - 21-2-2013
Kepentingan kerajaan yang beramanah dan adil
Ahmad Safuan Bin Zakaria, | 22 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58)
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umatnya agar melakukan amanah dalam setiap perkara. Selain itu, ayat ini juga menekankan tentang betapa pentingnya berlaku adil. Secara keseluruhannya ia berkaitan dengan sistem pemerintahan yang mengikut syariat Allah SWT. Dalam pembentukan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam, kedua-dua eleman ini cukup-cukup penting dalam memastikan keharmonian dan kedamaian dapat dicapai. Penulisan saya akan berkisarkan tentang dua perkara ini iaitu mengenai Amanah dan Adil.
Kepentingan amanah dalam pemerintahan sebuah negara
Apakah yang dimaksudkan dengan Amanah? Maksud amanah dari segi perkataan ialah tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manakala dari segi istilah pula ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melakukan tanggungjawab yang diberikan berdasarkan kepercayaan yang dipikul dibahunya. Secara tuntasnya dapatlah disimpulkan bahawa amanah ialah satu sistem kepercayaan yang diberikan kepada seseorang yang dipercayai dan diyakini bahawa ia dapat melaksanakan segala tuntutan sebagaimana yang dituntut. Terdapat tiga jenis amanah iaitu:
1. Amanah kepada Allah dan Rasul
2. Amanah kepada diri sendiri.
3. Amanah kepada masyarakat dan perkhidmatan.
Dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, perlu ada pemimpin yang memenuhi ketiga-tiga jenis amanah ini. Hal ini kerana ketiga-tiga jenis amanah ini dapat menjadikan seseorang individu yang tawaduk serta taat terhadap segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Dalam sebuah hadis, Nabi ada meriwayatkan tentang sifat amanah ini iaitu:
“Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Amanah kepada Allah dan Rasul
Sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini, manusia perlu melakukan segala perintah-Nya. Sebagai hamba, tanggungjawab yang wajib dilaksanakan ialah untuk patuh ,taat dan tunduk kepada-Nya. Segala perintah-Nya wajib dilaksanakan dan segala larangan-Nya wajib juga untuk dihindari. Jika ia dapat dilaksanakan, maka lengkaplah tanggungjawab kita selaku hamba-Nya. Manakala sebagai khalifah pula, kita bertanggungjawab untuk membangunkan dan mentadbir muka bumi ini berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sehubungan dengan itu, amanah manusia terhadap Allah SWT ini perlulah untuk dilaksanakan terlebih dahulu bagi setiap insan amnya dan khususnya para pemimpin.
Manakala amanah kepada Rasul pula ialah melaksanakan segala tanggungjawab berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW perlulah dicontohi dan dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan.
2. Amanah kepada diri sendiri.
Amanah kepada diri sendiri merangkumi amanah terhadap setiap anggota tubuh badan yang dimiliki. Segala anggota tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini merupakan amanah yang wajib bagi kita setiap hamba untuk jaganya dengan penuh amanah.
Mulut yang dikurniakan perlulah dijaganya dengan tujuan yang baik dan tidak menggunakannya untuk mengumpat atau memfitnah orang lain. Mata juga perlulah dijaga daripada melihat benda-benda yang diharamkannya. Begitu juga dengan tangan, kaki dan anggota badan yang lain. Kesemua amanah ini wajib bagi kita untuk menjaganya.

Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah bermasyarakat. Apabila bermasyarakat, maka manusia berkehendakkan kepada saling bergantung di antara satu sama lain. Seorang pesakit bergantung kepada doktor untuk merawat dan mengubati penyakit yang dihadapi, seorang murid bergantung kepada guru untuk mendidik dan menyampaikan ilmu kepada dirinya dan seorang rakyat bergantung kepada pemimpinnya untuk mentadbir sebuah negara agar kebajikan rakyat dapat dibela dengan seadil-adilnya.
Apabila pergantungan itu dikaitkan dengan perkhidmatan, setiap orang diwajibkan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua orang. Perkhidmatan yang baik adalah yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang pujian atau ganjaran. Apabila perkhidmatan yang diberikan adalah beramanah, maka sebarang perbuatan khianat mahupun penyelewengan dapat dihindarkan.
Kesimpulannya, dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, sifat amanah ini perlulah ditanam dalam diri semua orang terutamanya para pemimpin kerana merekalah yang akan mentadbir negara. Jika sifat amanah ini tiada dalam diri para pemimpin, maka negara akan menjadi tidak terurus dan rasuah akan mudah berlaku.
Mari kita renung bersama dan menyorot kembali kisah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat beramanah ketika memerintah negara. Pada suatu malam ketika beliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.
"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?"
Khalifah Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga."
Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:
“Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda”.
Kepentingan berlaku adil dalam pemerintahan sebuah negara
Apakah itu adil? Adil dari segi bahasa ialah sama rata di antara dua perkara. Manakala menurut istilah ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Ia bermakna segala apa yang kita lakukan sama ada terhadap orang mahupun barangan atau sesuatu perkara jika diletakkan pada tempat yang betul, maka ia adalah adil.
Seperti contoh pihak kerajaan mahu memberi bantuan kepada dua buah keluarga. Keluarga pertama hanya mempunyai seorang anak, manakala keluarga yang kedua mempunyai empat orang anak. Jika kerajaan atau pemerintah mahu memberi bantuan kewangan, jumlah yang diberikan perlulah sesuai dengan jumlah ahli dalam sesebuah keluarga itu. Jika pihak kerajaan memberikan RM300 pada keluarga pertama, maka keluarga kedua perlulah mendapat bantuan yang lebih banyak daripada RM300 tersebut. Hal ini kerana tanggungan yang perlu ditanggung oleh keluarga kedua adalah lebih besar berbanding dengan keluarga pertama. Jika kedua-dua keluarga mendapat jumlah yang sama, maka ketidakadilan telah berlaku.
Terdapat banyak perintah yang telah Allah SWT turunkan melalui ayat al-Quran mengenai kepentingan berlaku adil ini, antaranya ialah di dalam surah An-Nisaa’ ayat ke 58 di atas.
Selain itu, Allah SWT berfirman, bermaksud:
“Maka jika salah satu keduanya teraniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (golongan) yang aniaya, hingga kembali kepada perintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanya dengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil.” (Surah Al-Hujurat : ayat 9)
Melalui kedua-dua firman Allah SWT ini dapatlah kita fahami bahawa kepentingan berlaku adil sama ada dalam pemerintahan mahupun dalam kehidupan seharian amatlah ditekankan oleh Islam. Hal ini membuktikan bahawa setiap manusia wajib untuk berlaku adil terutamanya para pemimpin dalam sesebuah negara. Selain itu,Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.”
Tambahan pula, kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah diletakkan di tempat yang tinggi. Pertama, sifat adil adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang wajib diusahakan dan diperjuangkan agar setiap orang memilikinya. Seterusnya, sifat adil ini juga adalah salah satu akhlak yang mulia yang bersifat sejagat iaitu semua manusia berkehendak kepada keadilan atau suasana yang adil. Sifat adil itu juga lebih hampir kepada sifat takwa seperti yang difirmankan oleh Allah SWT, bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah : ayat 8)
Jelas disini bahawa sifat adil itu sangatlah penting bagi setiap manusia. Namun, sifat adil ini lebih diberatkan kepada pemimpin. Hal ini kerana merekalah yang akan memimpin, mentadbir dan mengurus manusia, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Bagaimana jika pemimpin yang dilantik tidak berlaku adil? Sudah tentu negara akan menjadi huru hara dan berbagai masalah akan timbul. Sebaliknya juga akan berlaku sekiranya pemimpin yang dipilih adalah adil. Sudah tentu negara akan menjadi lebih maju, aman, damai serta bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran negara.
Jika pemimpin sesebuah negara itu mengamalkan sifat adil ini, maka rakyat serta negara akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT. Hal ini kerana pemimpin yang adil telah digolongkan dalam kalangan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Ada tujuh golongan yang Allah memberi perlindungan-Nya pada hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah pun kerana-Nya dan lelaki yang digoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, `Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam` dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah sewaktu sunyi, lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Bukhari)
Kesemua dalil serta hujah ini membuktikan kepada kita bahawa konsep keadilan itu sangat dituntut dalm Islam. Jika pemimpin itu adil, maka kesejahteraan sesebuah negara itu dapat diwujudkan. Hal ini kerana jika pemimpin itu adil,maka sudah tentu dirinya tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti rasuah, pecah amanah dan khianat.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, berdasarkan ayat 58 dalam surah An-Nisaa’ ini dapatlah kita simpulkan bahawa sifat amanah serta adil sangat dititikberatkan dalam pembentukan sesebuah negara Islam. Jika kedua-dua sifat ini dapat diamalkan, Insya-Allah negara tersebut akan bertambah maju, makmur serta mendapat berkat serta rahmat daripada-Nya. Sesungguhnya kerahmatan yang diberikan oleh Allah SWT amat diperlukan oleh seluruh umat manusia bagi mendapat bekalan untuk dibawa ke dunia akhirat yang kekal abadi.
*Ahmad Safuan bin Zakaria, berasal dari Kampung Tengah, Parit, Perak Darul Ridzuan dan masih menuntut.

Sumber HD - 22-2-2013
Kerajaan yang adil berdasar al-Quran
Hanafi Bin Jamil, | 23 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w yang dikasihi.
Tuntutan membentuk kerajaan yang adil yang mengikut landasan al-Quran dan Sunnah adalah tuntutan yang wajib bagi setiap muslim di negara ini. Hal ini kerana membentuk kerajaan pada zaman ini adalah melalui kaedah undi pilihan raya. Jadi, melalui peti undi seseorang diangkat menjadi pemimpin dan pemimpin atasan partinya diangkat menjadi pemerintah.
Ada dua jenis amanah dalam konteks kerajaan dan rakyat
Amanah pada kita sebagai rakyat adalah memilih dengan mengundi pemimpin yang berhak memerintah dengan adil dan mengundi semula pemimpin tersebut jika tiba masa pilihan raya untuk mengembalikan amanah kepada yang berhak.
Manakala amanah bagi pemimpin kerajaan pula ialah mentadbir dan menyerahkan kembali hak rakyat demi kesejahteraan hidup bermasyarakat bersesuaian dengan undi yang telah diberi oleh rakyat kepadanya dan amanah pemimpin kepada Allah SWT ialah bertanggungjawab menjalankan hukum Allah mengatasi hukum manusia.
Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang pernah berkata dalam artikel “Media & Pilihan raya” bertarikh 10 Januari 2012;
“Sistem Demokrasi Moden melantik rakyat menjadi hakim bagi menentukan pemimpin atau parti yang memerintah negara. Mengikut ajaran Islam pula, urusan politik memilih pemimpin adalah amanah yang sangat besar. Maka pilihan raya adalah mahkamah rakyat dalam menunaikan amanah besar ini.”
Allah SWT menyuruh kita menyerahkan amanah kepada ahlinya. Menyuruh ini bermaksud perintah. Perintah ini adalah wajib bagi rakyat dan pemimpin kerana dari Allah SWT. Rakyat dewasa ini diberi amanah untuk mengundi. Apabila kita tidak mengundi pemimpin yang adil kelak kita hanya menzalimi diri sendiri kerana memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.
Panduan memilih Pemimpin
Siapakah pemimpin yang berhak menerima amanah kepimpinan? Adakah amanah ini kita boleh berikan kepada sesiapa sahaja yang kita suka? Memilih pemimpin yang amanah adalah sangat penting dalam tuntutan membentuk kerajaan yang adil, telus dan saksama. Umpamanya kita memilih calon menantu untuk anak perempuan kita. Adakah ingin kita serahkan nasib anak kesayangan kita kepada seorang penagih dadah, pejudi, penipu dan peminum arak?
Dengan ini kita harus merujuk kepada al Quran:
“Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah SWT, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” (Surah al-Maidah : ayat 55)
Maka di sini kita dapat tahu bahawa Allah SWT telah berfirman, pemimpin kita selepas Allah dan Rasul-Nya adalah orang orang yang beriman. Orang yang beriman ini pula Allah telah mencirikan kepada tiga sahaja. Orang itu solat, tunai zakat dan rukuk iaitu tunduk menjunjung perintah Allah SWT.
Tetapi adakah dengan melihat luaran sahaja sudah cukup bagi kita dalam menentukan pemimpin yang beriman. Adakah kelihatan dalam gambar dan televisyen dia solat sudah cukup bagi kita untuk mengangkatnya menjadi pemimpin. Sudah tentu tidak.
Orang yang beriman ialah orang yang apabila disebut nama Allah ia akan gentar, apabila dibaca ayat al-Quran akan bertambah iman. Percaya kepada Allah SWT dan Rasulnya tanpa ragu-ragu serta berjuang dengan harta dan jiwa.
Solat
Maka daripada iman yang sebenarnya akan lahir solat yang khusyuk yang dapat membentuk keluarga seterusnya masyarakat yang mencegah perbuatan mungkar.
“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut : ayat 45)
Justeru dilihat pemimpin kepada peribadinya, keluarganya dan orang yang dipimpinnya dan keadaan masyarakat yang dipimpinnya. Adakah dia sendiri dan ahli keluarganya tidak mengerjakan perbuatan fasik dan mungkar. Adakah perkataan yang keluar dari mulutnya tidak mengandungi penipuan, celaan pada muslim yang tidak sependapat dan fitnah? Adakah orang dibawahnya dan anak-anaknya tidak kelihatan minum arak, berfoya-foya dengan perempuan atau berjudi. Seterusnya dalam bermasyarakat adakah lesen arak dan judi masih ada, ditambah atau dikurangkan? Kerana arak dan judi ini perkara mungkar.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.” (Surah al-Maidah : ayat 90)
Zakat
Manakala mengeluarkan zakat pula akan mengajar pemimpin itu berbelas kasihan kepada golongan miskin dan kurang upaya. Mengingatkannya harta kerajaan adalah harta rakyat maka tidak mencurinya dan tidak pula berlaku boros dengan membeli kereta mewah dengan duit kerajaan yang sebenarnya duit rakyat.
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah : ayat 188)
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’a : ayat 27)
Orang yang beriman tidak akan membelanjakan harta rakyat untuk perkara perkara mungkar seperti hiburan yang melampau seperti konsert K-POP, konsert tahun baru dan pelbagai lagi aktiviti hiburan yang melalaikan dan membuang masa dan duit rakyat.
“Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan.” (Surah Luqman : ayat 6)
Maka kesejahteraan dan kesenangan akan kembali kepada rakyat jika pemimpinnya orang yang beriman dan memahami hikmah menunaikan zakat. Ditatkala masih ada rakyat yang miskin, pemimpin bermewah-mewah dengan kenderaan besar, mahligai besar, pakaian dan perhiasan barang kemas mewah , majlis-majlis perkahwinan yang mewah dan sebagainya. Adakah ini pemimpin yang menepati ciri pemimpin orang beriman?
Rukuk
Manakala rukuk adalah perbuatan pengagungan Allah SWT. Tiadalah yang lebih besar dan agung dari Allah SWT. Maka segala perintahnya kita junjung tanpa ragu-ragu sedikitpun. Apabila Allah SWT suruh menjalankan hukum hudud maka jalankanlah.
“(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan Rasul-Nya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan Rasul-Nya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).” (Surah an-Nur : ayat 50)
Dan janganlah berkata hukum Allah tidak adil, apabila ada jenayah komplot orang Islam dengan orang kafir, orang kafir tidak dikenakan hukuman. Ada yang mengatakan ini tidak adil! Maka bacalah ayat ini.
“Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).” (Surah al-Imran : ayat 178)
Dan semua kesimpulan ciri pemimpin yang beriman diatas telah diterangkan Allah dalam satu ayat yang maksudnya;
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah SWT jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj : ayat 41)
Rasulullah SAW sebagai contoh teladan pimpinan yang terbaik
Seluruh pimpinan orang-orang yang beriman setelah diangkat menjadi pemimpin dan penjaga amanah rakyat seharusnya menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan yang terbaik untuk diterapkan dalam urusan kepimpinan dan pentadbiran negara. Rasulullah terkenal dengan sifat jujur dan amanah sebelum diangkat menjadi rasul lagi. Peribadi dan Nur Rasulullah s.a.w ini kekal menjadi contoh dan ikutan hingga sekarang. Contohilah Rasulullah s.a.w dalam setiap perkara tidak hanya perkara ibadat. Oleh itu mereka yang ingin memimpin masyarakat juga harus mendalami sifat-sifat Rasulullah s.a.w seperti yang digambarkan dalam surah berikut.
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (Surah at-Taubah : ayat 128)
Jadi apabila pemimpin ini mencontohi Rasulullah SAW mereka tidak akan sanggup berlebihan daripada rakyat sendiri. Biarlah rakyat senang terlebih dahulu barulah kita. Ini tidak, pemimpin senang dahulu daripada rakyat, sedangkan rakyat masih ada yang susah yang hidupnya.
Hukuman yang adil
Keduanya setelah mengetahui sifat orang beriman yang perlu kita pilih dan amanahkan kita akan membahaskan pula sebahagian ayat 58 An Nisa di atas.
Ayat di bawah sudah cukup untuk menjelaskan perintah Allah SWT kepada kita dan pemimpin untuk menegakkan keadilan lagi menerangkan kebenaran dan juga berlaku adil sekalipun kita benci kepada sesetengah puak.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah SWT, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (Surah al- Maidah : ayat 8)
Lawan adil adalah zalim. Adakah kita berlaku adil bila kita menyisihkan hak sesetengah pihak kerana pihak tersebut tidak menyokong kita. Adakah kita “menerangkan kebenaran” seperti dalam ayat di atas apabila kita dapati hak tersebut sepatutnya hak orang negeri itu tetapi kita tidak bercakap yang benar hanya kerana kebencian kita dan disorokkan kebenaran serta menyisihkan hak sekaligus tidak amanah dan berlaku zalim.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Anfal : ayat 27)
Balasan pengikut pemimpin yang zalim (tidak adil)
Maka lawan bagi sifat-sifat pemimpin yang beriman adalah munafik. Kerana orang munafik mengaku beriman tetapi hatinya tidak, solat tidak khusyuk, di dalam hatinya ragu-ragu dengan perintah Allah dan Rasulnya.Tidak menepati janji dan apabila diberi amanah, dia khianat sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.
Adakah kita ingin mengangkat pemimpin yang munafik yang tidak amanah sekaligus mengheret kita sekali ke neraka? Adakah kita akan terlepas? Sesekali kita tidak, sebab kitalah yang memberi undi melantik mereka ke tampuk kekuasaan.
Dengan mengundi mereka bermakna kita menyokong mereka dan mengizinkan segala perbuatan mungkar yang dilakukan mereka.
“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.” (Surah al-Qasas : ayat 41)
“Kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?” (Surah Ibrahim : ayat 21)
Mari kita renungkan nasib mereka yang telah mematuhi kehendak pemimpin mereka (yang tidak amanah) supaya diundi semula bagi mengekalkan kuasa.
Mereka ini dibelenggu dengan rantai disalai dengan api neraka yang sangat panas. Minum air yang menggelegak yang membocorkan perut yang tidak pernah menghilangkan haus, makan buah pohon zaqum yang pahit lagi berduri tersangkut pula dikerongkong dilanda kelaparan yang dasyat. Kulit kepala dan badan hancur lebur dimamah api.
“Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” (Surah al-Ahzab : ayat 67)
Ambillah iktibar daripada ayat di ata.s Bukannya mudah untuk kita hidup walaupun sesaat di neraka inikan pula beribu tahun. Maka ikutlah, pilihlah dan angkatlah pemimpin yang beriman dan adil sekaligus membentuk kerajaan yang adil berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Inilah amanah dan tuntutan Allah kepada kita.
Bagi para pemimpin pula renungkan ayat ini yang bermaksud
“(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka .Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu).” (Surah ad-Dukhan ayat 47 hingga 49).
*Hanafi bin Jamil berasal dari Pasir Panjang Port Dickson. Beliau bekerja sendiri sebagai pereka laman web.

Sumber HD - 23-2-2013
Pemimpin adil, umat sejahtera
Siti Nur Solehah Binti Juma’at, | 26 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:
“Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera,” (Riwayat Ahmad).
Hadis ini akhirnya direalisasikan selepas hampir 800 tahun berlalunya peristiwa Rasulullah menggali parit dalam Perang Khandak. Sebaik-baik raja yang dimaksudkan adalah Sultan Muhammad al-Fatih; anak kepada Sultan Murad II yang merupakan pemerintah Islam yang hebat dan tegas dalam mempertahankan hukum syariat.
Pemimpin dan kerajaan yang baik sememangnya adalah impian dan harapan sekalian manusia di dunia. Namun, hal yang sedemikian bukanlah mudah untuk dicapai. Antara dua komponen yang penting dalam pendakian ke puncak negara yang sejahtera dalam segenap aspek sama ada politik, ekonomi mahupun sosial adalah rakyat yang baik dan pemimpin yang adil. Rasulullah adalah contoh pemimpin terbaik yang pernah menjadi ketua kerajaan Madinah selama 10 tahun. Selepas Islam bertapak kukuh di Madinah al-Munawwarah, Islam telah dimartabatkan sebagai asas yang mendasari segala aspek kehidupan umat.
Bermula dari itu, para sahabat RA, para tabiin dan generasi seterusnya telah mengembangkan Islam ke seluruh pelosok dunia sehingga mampu menewaskan dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu empayar Rom dan Parsi. Mereka dikurniakan oleh Allah dengan jawatan sebagai pemegang tampuk pemerintahan dunia suatu masa dahulu. Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar setelah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah an-Nur : ayat 55)
Mutakhir ini, kita melihat kebangkitan rakyat berlaku di negara-negara yang dikuasai oleh pemerintah yang tidak adil. Mereka menuntut perubahan politik ke arah yang lebih demokratik dan keadilan sosial yang lebih menyeluruh. Mereka hanya menuntut hak-hak asas sebagai seorang insan iaitu keadilan dan kebebasan dan mereka berhak ke atas tuntutan tersebut. Kekejaman pemimpin di negara tersebut dapat dilihat apabila umat Islam di negara tersebut ditindas sebagaimana pergolakan yang berlaku di Tunisia, Syria dan Mesir. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah : ayat 154)
Demikianlah yang berlaku, apabila suatu amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya dan yang tidak adil dalam memerintah. Penindasan demi penindasan terus berlaku. Maka, pemimpin tidak akan diredhai rakyat meskipun pada zahirnya negara nampak aman. Rakyat akan mula menuntut hak mereka dan pada saat itu kekuasaan, kemewahan dan kekuatan yang ada pada pemimpin tidak ada apa pun yang dapat dibanggakan kerana mereka perlu sedar bahawa rakyat sebenarnya memerlukan seorang pemimpin yang adil, amanah, berintegriti, berkarisma, mengutamakan kepentingan rakyat dan yang paling utama adalah yang beriman dan bertakwa kepada Allah, justeru menegakkan hukum Allah di muka bumi ini.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa’ : ayat 58)
Dalam suatu riwayat, ada dinyatakan bahawa penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan Uthman bin Thalhah. Pada ketika itu, Rasulullah mengambil kunci Kaabah daripadanya pada Pembukaan Makkah. Dengan kunci itu, Rasulullah masuk ke dalam Kaabah. Pada waktu keluar dari Kaabah, Baginda membaca ayat ini dan kemudian memanggil Uthman untuk menyerahkan kembali kunci tersebut. Menurut Umar bin Khattab, ayat ini turun di dalam Kaabah kerana pada waktu itu Rasulullah keluar dari Kaabah dan membaca ayat ini, dan Umar bersumpah bahawa dia belum pernah mendengar ayat ini sebelum itu (Diriwayatkan oleh Syu’bah di dalam tafsirnya dari Hajaj dari Ibnu Juraij).
Rakyat Yang Baik
Seorang anak membesar seiring dengan amalan yang dibiasakan oleh ibu bapanya. Antara faktor yang menjadikan individu itu lahir sebagai rakyat yang baik adalah didikan dan asuhan yang baik mengikut acuan Islam sejak kecil lagi dan persekitaran yang positif. Didikan cara Islam bukan sahaja melahirkan rakyat yang baik, bahkan mereka sanggup berjihad dan bercita-cita untuk mati syahid pada jalan Allah. Hal ini dapat ditonjolkan melalui kisah Sultan Muhammad al-Fatih yang mana rakyat semasa pemerintahannya juga terdidik memiliki peribadi dan akhlak yang baik persis sultannya.
Selain itu, rakyat yang baik adalah yang taat kepada pemimpin. Kepatuhan kepada pemimpin adalah wajib selagi mana perintah tersebut tidak melanggar hukum syarak. Ada dinyatakan dalam Firman Allah SWT, bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil-Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (sunahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surah an-Nisa’ : ayat 59)
Ulama menafsirkan bahawa ayat ini menunjukkan adanya batasan dalam mentaati pemimpin yang mana perkara yang wajib ditaati adalah dalam perkara makruf (kebaikan) dan apabila manusia saling berbantah-bantahan, hendaklah kembali kepada Allah dan rasul-Nya.
Pemimpin Yang Adil
Abu Hurairah meriwayatkan Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka pada hari yang mana tiada naungan melainkan naungan yang diberikan oleh Allah.” Pemimpin yang adil terletak pada posisi yang pertama dalam carta tujuh golongan tersebut.
Golongan ini disenaraikan sebagai yang pertama kerana golongan ini menjadi pencetus kepada lahirnya ramai lagi insan bagi menduduki senarai enam golongan yang seterusnya. Dalam kandungan catatan wasiat oleh Sultan Muhammad al-Fatih terhadap puteranya semasa beliau terlantar nazak, turut terdapat nasihat supaya puteranya menjadi seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kepimpinan yang adil dalam suatu tampok pemerintahan.
Kelak, golongan ini diketuai oleh Rasulullah, disusuli oleh Khulafa’ al-Rashidin dan seterusnya para pemimpin yang berusaha meneladani mereka dalam mencorak kepimpinannya. Dalam Kitab Dalil al-Falihin ada menyatakan maksud adil sebagai mentaati segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin yang adil akan melahirkan umat yang sejahtera. Antara elemen asas yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin yang adil adalah keimanan dan ketakwaan terhadap Allah, berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab.
Keimanan dan ketakwaan terhadap Allah
Keimanan dan ketakwaan yang mantap dan jitu terhadap Allah mampu melahirkan pemimpin yang adil dan seterusnya membawa kepada umat yang sejahtera. Ketika Sayidina Umar bertanya kepada Ka’ab bin Malik tentang takwa, Ka’ab menjawab: “Orang bertakwa sangat berhati-hati dengan hukum Allah seperti orang yang sedang berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri.”
Firman Allah yang bermaksud:
“...Allah menjadi pelindung kepada orang yang bertakwa.” (Surah al-Jathiyah : ayat 19)
Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj: 32).
Contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz, dengan iman yang mantap beliau mampu memimpin kerajaan Umayyah sehingga menjadi sebuah kerajaan yang gemilang semasa zaman pemerintahannya. Amat malang bagi sebuah kerajaan yang mempunyai pemimpin yang berpaling daripada al-Qu’ran dan as-sunah dan tidak mahu mendasari keputusan hukum dengan keduanya, bahkan berpendirian bahawa keduanya sudah tidak relevan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada siapa pun yang boleh menolak hukum-Nya!” (Surah Ar-Ra’ad : ayat 41)
Berilmu pengetahuan
Ilmu merupakan asas kepada ketokohan kepimpinan seseorang kerana tanpa ilmu manusia tidak akan sesekali dapat memimpin. Ilmu yang tertinggi pastinya ilmu mengenal Allah. Pemimpin yang mengenal Allah pasti akan mengajak rakyatnya untuk mengenal Allah dan pemimpin yang mencintai ilmu Allah pasti akan menegakkan hukum Allah. Begitulah kaitannya, sifat pemimpin dengan masyarakat yang dipimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.” (Surah Fatir : ayat 28)
Sedangkan saintis Barat pun ada yang mendasarkan kajian mereka kepada al-Quran, apatah lagi seharusnya seorang pemimpin itu perlu memimpin dengan ilmu al-Quran. Itulah sebenarnya sumber kejayaan bagi suatu umat. Kesilapan doktor dalam mempraktikan ilmunya hanya akan mengakibatkan seorang pesakit tetapi kejahilan seorang pemimpin akan merosakkan satu generasi. Namun, pemimpin Islam hari ini kebanyakannya takut untuk berpegang kepada hukum Allah. Sedangkan Allah telah berfirman, maksudnya:
“Allah (sentiasa) hendak meringankan beban (hukumnya) daripada kamu kerana manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Baqarah : ayat 185)
Lalu, pantaskah kita merasakan hukuman selain yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran adalah yang terbaik?
Kesan daripada kejahilan pemimpin terhadap agama, mereka menganggap isi kandungan al-Quran dan as-sunnah tidak membantu dalam membangunkan umat. Malahan, mereka secara terang-terangan menyatakan pendapat mereka yang lemah itu bahawa Islam itu tidak adil, kolot dan sebagainya. Hal ini berpunca daripada pengaruh Barat yang menjadi kuasa besar pada masa kini.
Padahal, bumi menjadi saksi tentang sejarah kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu. Hakikatnya, Islam tidak perlu menjadikan Barat sebagai contoh dalam membangunkan umatnya kerana Islam mempunyai asas ketamadunannya yang tersendiri. Kemunduran umat Islam adalah kerana umat Islam yang meninggalkan Islam. Cara hidup Islam yang sebenar tampak kian asing.
Bertanggungjawab
Pemimpin yang bertanggungjawab adalah mereka yang menggunakan akal mereka untuk memikirkan tentang kemaslahatan dan pembangunan umat. Sebaliknya kesan daripada pemimpin yang tidak bertanggungjawab, umat Islam kian mundur. Masalah kemiskinan, ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kadar buta huruf juga tidak dapat diatasi, bahkan semakin teruk. Golongan yang kaya bertambah kaya dan sebaliknya golongan yang miskin terus miskin. Para pemerintah hidup secara bermewah-mewahan sehingga membawa kepada pembaziran. Rasuah dan riba pula semakin membarah. Semua gambaran yang negatif dari para pemerintah ini akan diperhitungkan atas diri mereka kelak. Firman Allah yang bermaksud:
“Kami (Allah) menangguhkan bagi mereka supaya mereka bertambah dosa!” (Surah ali-Imran : ayat 178)
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas pimpinannya.” Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya sifat tanggungjawab yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Seorang pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan sanggup melihat rakyatnya menderita kesusahan. Bukannya salah apabila mereka memiliki kemewahan, tetapi yang salahnya apabila mereka tidak bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat yang susah.
Selain itu, pemimpin yang bertanggungjawab juga akan menjadikan ulama yang telus sebagai rujukan utama dalam membuat sesuatu keputusan hukum, bukan ulama yang hanya tahu mengampu pemerintah. Keputusan yang terbaik pastinya yang berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Selagi hukum Islam tidak tertegak di muka bumi ini, selagi itulah umat akan menanggung akibat dan kerugian. Hidup sentiasa rasa tidak selamat kerana para penjenayah banyaknya yang terlepas dari hukuman.
Cuba kita renungkan hikmahnya pelaksanaan hukum Allah. Amat menguntungkan kita juga. Pencuri yang pernah mencuri sudah tidak berani mencuri kerana tidak mahu lagi tangannya dipotong. Orang bujang takut untuk berzina kerana nantinya akan disebat. Oh, alangkah indahnya Islam. Tidaklah sampai tangannya terpotong, boleh membawa maut. Namun, itu hanya sekadar peringatan kepada dirinya dan orang lain supaya tidak mengulanginya. Sesungguhnya Allah itu tidak zalim, tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Bolehkah keadilan ditegakkan?
Sesungguhnya, kejayaan yang pernah dicapai oleh umat Islam terdahulu adalah iktibar yang tidak mustahil untuk kita teladani. Percayalah, bertitik tolak daripada lahirnya rakyat yang baik akan lahirlah pemimpin yang adil, seterusnya pemimpin yang adil akan melahirkan umat yang sejahtera. Pokok pangkalnya, keimanan dan ketakwaan adalah kunci kepada segalanya. Dengan keimanan dan ketakwaan yang tinggi terhadap Allah, maka pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya. Kepimpinan haruslah berlandaskan garis panduan Islam yang telah ditetapkan oleh Allah dan dipandu oleh Rasulullah. Inilah langkah yang boleh kita mulakan untuk sampai kepada destinasi sebuah negara yang sejahtera umatnya.
Ayuh, mari kita bersama-sama menghayati al-Quran dan menelusuri kisah-kisah sejarah bagaimana Islam dahulunya pernah melahirkan para pemimpin dan umat yang hebat. Islam sudah cukup indah dan lengkap. Kita tidak perlu melihat kepada contoh-contoh yang ditampilkan oleh negara Barat. Pada zahirnya, mereka memang nampak hebat tetapi moral pada diri rakyatnya sudah hilang. Malu sudah tidak ada lagi. Dengki dan permusuhan dalam kalangan rakyat mereka terus subur. Jenayah dan maksiat berleluasa sehingga rakyat sendiri berasa tidak selamat dengan persekitarannya. Jadi, apa lagi yang kita ingin contohi daripada mereka? Cukuplah al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup kita. Akhir kata, memetik satu ayat daripada kalamullah, yang bermaksud:
“Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut : ayat 64).
* Siti Nur Solehah Binti Juma’at berasal dari Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor Baru, Johor. Siti Nur Solehah masih menuntut di IPTA.

Sumber HD - 26-2-2013
Dunia kini hangat membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan keamanan, keagamaan, politik dan pembangunan negara termasuklah di negara Malaysia sendiri yang banyak mempersoalkan dan mempermudahkan serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama islam.
Gambar hiasan: Pilihan raya merupakan salah satu kaedah untuk rakyat memilih pemimpin yang adil
Hal ini dapat dilihat dalam situasi sekarang apabila sesuatu amanat yang dikemukakan oleh alim ulama dan pemimpin Islam telah dijadikan isu untuk kepentingan poilitik mereka yang mana secara tidak langsung telah memutar belitkan fikiran masyarakat kini. Tetapi ia sebenarnya tidak boleh dikaitkan dengan hal-hal politik kerana amanah adalah sebahagian daripada suruhan islam dalam melaksanakan pemerintahan negara sekaligus dapat merealisasikan hak-hak masyarakat dengan adil dan amanah. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 58 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan (menyerahkan) segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerima dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia (Allah menyuruh kamu) menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu member pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ”.
Berkata Ibn Abbas,“Ayat ini umum, untuk orang yang memerintah. Memang ayat ini wajib dipegang oleh penguasa, memberi amanah hendaklah kepada ahlinya. Orang yang akan diberi tanggungjawab dalam sesuatu tugas, hendaklah yang sanggup dan boleh dipercayai ia beramanah memegang tugasnya itu (kerana mengikut perintah Allah). Rasulullah SAW bersabda, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban).
Amanah adalah kata yang sering dikaitkan dengan kekuasaan dan materi. Namun sesungguhnya kata amanah tidak hanya terkait dengan urusan-urusan seperti itu sahaja. Secara syar’ie, amanah bermakna menunaikan apa-apa yang dititipkan atau dipercayakan. Dalam konteks ayat yang dikemukakan di atas, adalah dimaksudkan kepada individu yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah organisasi. Amanah ini hendaklah diserah kepada seseorang yang berhak dan berkelayakan.
Maju mundur sesebuah organisasi bermula dengan mutu kepimpinan yang dilantik. Kegagalan dalam proses perlantikan kepada yang layak akan memberi kesan yang malap kepada organisasi. Justeru itu terdapat beberapa kaedah dari sudut sistem untuk memilih seseorang untuk menerajui sesebuah organisasi. Di antaranya ialah melalui jawatankuasa hal pemilih. Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh ahli-ahli yang berakhlak dan berkelayakan. Jika tidak ia nampak cantik dari segi proses tetapi gagal memenuhi semangat dan tujuan jawatankuasa diwujudkan.
Sifat amanah dalam melaksanakan urusan pemerintahan juga sebagai salah satu tuntutan yang perlu diberi perhatian. Tugas memerintah ini tidak akan diberikan kepada seseorang itu melainkan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya. Pemimpin yang dipilih seharusnya menganggap peluang untuk memimpin sesebuah pemerintahan itu sebagai satu amanah untuk diterajuinya supaya mencapai ke tahap yang paling cemerlang.
Justeru itu pemimpin harus memiliki wawasan yang jauh, bersikap dinamik dan sentiasa berusaha memajukan proses kepimpinannya. Kejujuran dan keikhlasan pemimpin terhadap amanah tersebut adalah asas penting. Pemimpin yang jujur akan mengorbankan tenaganya untuk memperbaiki prestasi kepimpinannya secara berterusan. Kegagalan sesebuah pemerintahan berprestasi dengan cemerlang, kebanyakan disebabkan oleh pemimpin yang tidak jujur, yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan rakyatnya. Sikap negatif yang demikian banyak menimbulkan gejala kepada prestasi kepimpinan. Masyarakat tidak boleh berkompromi pemimpin yang bermasalah. Bahkan usaha mempertahankan pemimpin yang tidak beramanah adalah kesilapan yang besar menurut Islam.
Berdasarkan ayat tersebut juga, telah dijelaskan bahawa Allah telah memerintahkan kamu yang membawa maksud bahawa mengatur pemerintahan yang baik dan memilih orang yang cekap dalam kepimpinan adalah satu kewajiban yang mana telah ditetapkan dalam hukum Usul Fiqh, barang siapa yang mengamalkannya akan mendapat pahala manakala barang siapa yang meremeh-temehkannya akan mendapat dosa. Di sini dapat difahamkan bahawa seseorang pemimpin yang memegang urusan kenegaraan adalah pemegang amanat Allah kerana urusan Negara tidak boleh dipisahkan dari agama. Dalam ayat ini juga telah memerintahkan supaya kamu menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya. Perkataan ‘kamu’ di sini memberi makna masyarakat ataupun umat, maka umat itulah yang memilih pimpinan.
Pada zaman Rasul beliau sendiri yang memegang pimpinan itu. Baginda dilantik oleh Allah sebagai Rasul-Nya dan baginda juga diakui umat sebagai pemimpinnya. Dengan ucapan syahadat: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah,” bererti orang menyerahkan pimpinan kepada Baginda dalam urusan agama dan urusan kehidupan dunia atau negara. Dalam pemerintahan baginda, baginda melantik seseorang yang dipercayai amanah mengikut ijtihadnya.
Sebagaimana Rasulullah SAW telah menyerahkan amanah kepada Uthman bin Talhah iaitu memegang kunci kaabah dan baginda terus membaca ayat tersebut. Setelah baginda wafat, sebelum jenazahnya dikebumikan lagi, sahabat-sahabatnya ketika itu bermesyuarat untuk memilih pengganti baginda sebagai khalifah dan akhirnya Abu Bakar As-Siddiq dipilih menjadi khalifah. Ketika itu, umatlah yang menyerahkan amanat kepada khalifah dan ahlinya. Hal ini membuktikan bahawa umat (masyarakat) itu berdaulat. Setelah Abu Bakar As-Siddiq diberi kuasa memerintah, menjadi imam bagi kaum muslim, beliau jugalah yang menunaikan amanat kepada ahlinya masing-masing sama ada, dalam bidang pemerintahan, bidang peperangan, dan juga bidang ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan bidang-bidang lain mengikut acuan syariat Allah.
Rasullah SAW pernah berpesan kepada Abu Dzarr al-Ghiffari supaya jangan sesekali inginkan kekuasaan dalam pemerintahan walaupun Abu Dzarr al-Ghiffari seorang yang baik, terkenal dengan sifat kejujurannya, dan hidup dalam keadaan bersederhana. Sebab itulah ada beberapa hadis Nabi mengingatkan kita supaya tidak memberi kekuasaan dalam pemerintahan kepada orang yang meminta untuk berkuasa. Maka orang yang meminta untuk berkuasa dalam pemerintahan adalah dianggap sebagai pengkhianat. Dengan dasar tersebut, menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melantik pemimpin yang dipercayai amanah yang sesuai dengan kemampuan dan keupayaan mereka untuk melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan. Maka amanlah agama , bangsa dan negara jika mereka yang memegang amanat itu dengan betul dan saksama.
Tetapi sebaliknya jika mereka menerima amanat untuk kepentingan dirinya adalah satu penipuan dan ia adalah salah satu amalan orang munafik. Hal ini kerana perkataan amanah berkait rapat dengan Iman yang mana Iman memberi makna kepercayaan manakala amanah beerti cara untuk melaksanakan Iman tersebut yang menunjukkan amanah ialah amanah dari Allah kepada insan supaya menuruti kebenaran yang dibawa oleh Rasul-rasul-Nya. Oleh hal yang demikian, tugas menunaikan amanah itu adalah wajib, lebih-lebih lagi ketika amanah itu dituntut oleh tuannya. Maka barangsiapa yang tidak menyempurnakan amanah di dunia, nescaya akan dituntut amanah itu di akhirat kelak.
Berdasarkan potongan ayat yang bermaksud, “Dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil” memberi makna bahawa menjadi satu kewajiban kepada suatu pemerintah untuk menegakkan keadilan dalam pemerintahannya iaitu hukum yang adil dan bukan yang zalim serta menegakkan sumber hukum yang asli iaitu hukum Allah. Seperti mana Nabi Muhammad SAW sendiri pernah mengatakan bahawa jika anaknya, Fatimah binti Muhammad yang mencuri, baginda sendiri yang akan memotong tangan anaknya itu. Allah SWT telah memerintahkan manusia supaya berlaku adil dalam semua keadaan, sama ada kepada orang yang dikasihi mahupun yang dibenci. Pemerintah diingatkan supaya menjalankan dasar perlaksanaan keadilan politik yang mutlak, sekalipun terhadap yang bukan Islam.
Namun demikian, keadaan ini amat berbeza dengan keadilan politik yang dipraktikkan masa sekarang termasuklah di Malaysia. Dunia kini telah menyaksikan ketidakadilan politik merata-rata. Fahaman politik perkauman, sentimen agama yang melulu dan politik kepartian telah menyebabkan manusia tidak lagi berlaku adil. Mereka yang berkedudukan tinggi, berkuasa, dan kuat mendapat jaminan keadilan. Sementara mereka yang lemah terus menjadi mangsa. Golongan yang menyokong pihak yang berkepentingan akan diberi perlindungan dan keistimewaan. Perkara inilah yang akan menyebabkan juga timbulnya hukum-hakam manusia yang tidak adil dan secara tidak langsung mempersenda-senda dan menolak hukum yang telah disyariatkan dalam Islam iaitu hukum syariah.
Dalam hal ini, umat Islam yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum Allah atau merasa keberatan untuk menganggapkan hukum itu sebagai hukum-hukum Allah yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum tersebut atau mempersenda-sendakannya atau mensifatkannya sebagai undang-undang tidak adil, kejam dan tidak berperikemanusiaan, maka bermakna mereka tidak sanggup melaksanakan hukum Allah dan secara terbuka menentang al-Quran dan sunnah Rasulullah secara langsung tergolong dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.
Kewajipan mempertahankan hukum Allah bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam atau alim ulama seperti yang dianggapkan selama ini, tapi ia menjadi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam, yang terdiri daripada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat dalam pelaksanaan dan pengendalian undang-undang negara. Sikap menerima dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diambil dari Barat adalah bertentangan dengan akidah Islamiah yang mereka anuti.
Gambaran asas tentang hukum Allah yang dipertikai itu amatlah perlu khususnya kepada pucuk pimpinan negara Malaysia supaya dapat difahami dengan penjelasan yang betul, mudah dan terlepas dari sentimen politik dan semangat perkauman yang buta, agar isu yang besar ini difikir dan diteliti dengan penuh tanggungjawab oleh setiap pihak yang berminat mencampuri dalam isu ini terutama umat Islam yang menerima Allah sebagai Tuhan mereka dan menerima Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka yang terulung di sepanjang zaman.
Kesimpulannya, masyarakat atau rakyat yang beriman hendaklah memilih pemimpin dari kalangan orang-orang yang adil dan amanah. Telah ditegaskan bahawa, pilihlah pemimpin yang beriman dan bertakwa yang akan membuktikan bahawa akidah yang suci (bertakwa) mampu membina sifat amanah yang mulia. Setelah syarak menggariskan ketetapan terhadap kewajipan menunaikan amanah disusuli pula dengan tuntutan berikutnya iaitu melaksanakan hukuman yang adil terhadap sesama manusia. Sebagaimana yang kita maklum, bersikap amanah itu merupakan asas utama kepada hukum Islam manakala keadilan itu merupakan asasnya yang kedua. Justeru kedua-kedua ini juga menjadi kesepakatan bagi sekalian umat sebagai natijah kepada sesuatu nilai hukum yang berintegriti.
Ketahuilah jua bahawa keadilan itu merupakan asas kepada sesebuah pemerintahan. Pemerintahan yang adil menjadi faktor penyumbang kepada ketamadunan, kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. Setiap manusia berbilang agama dan bangsa mengakui bahawa keadilan itu satu elemen yang wajib diterapkan terhadap sesebuah pemerintahan dan pentadbiran. Produktiviti pemerintahan yang lahir daripada elemen tersebut menjadikan masyarakat di semua saluran mendapat manfaat menerusi peruntukan yang selayaknya tanpa wujud unsur pertikaian dan penindasan. Golongan yang lemah layak menerima bahagiannya tanpa diskriminasi dan birokrasi daripada pemerintah di samping tiada ruang bagi golongan yang berkeupayaan untuk menindas golongan yang lemah.
Apabila wujudnya situasi seperti ini di dalam sesebuah masyarakat hasil keadilan yang dipersembahkan oleh pemerintah maka tiada sebab keamanan dan kestabilan negara tidak boleh dikekalkan.
*Abdul Hafiz bin Mohamed, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Kini menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
*Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Amanah dan adil kunci kestabilan negara
Abdul Hafiz bin Mohamed, | 28 Feb 2013 |

Sumber HD - 28-2-2013
No comments:
Post a Comment