PAS akan pertahan walaupun Felda arah tutup Pasti |
Khairil Abdul Rahim |
BERA, 6 April: PAS Kawasan Bera menyifatkan arahan berpindah daripada Pengurus Felda Bukit Mendi kepada kelas Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di tanah rancangan berkenaan kerana dikatakan menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (GSA) hanyalah bermotif politik semata-mata.
Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Shahrul Mohamed berkata, ini disebabkan apabila seseorang peneroka Felda sudah selesai membayar hutang kepada agensi tersebut dan mendapat geran bermakna mereka tidak lagi tertakluk di bawah akta berkenaan
YB Tan Sri Mohd Isa Samad - Pengerusi Felda
Justeru jika terdapat sebarang tindakan pihak Felda bagi menghalang operasi Pasti berkenaan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
“Pasti Bukit Mendi dimulakan tahun ini dan baru-baru ini pihak pengurusan Felda telah menghantar surat peringatan kerana mendakwa penubuhannya tidak mendapat kelulusan mereka serta menyalahi peraturan Akta GSA.
“Pengurus Felda meminta Pasti memindahkan kelas daripada rumah tersebut sehingga mendapat kebenaran dari pihak Felda. Surat itu turut menyatakan sekiranya ingkar atau tidak mengendahkan peringatan itu maka tindakan selanjutnya akan dibuat.
“Bagaimanapun, setelah mengadakan perbincangan, kami mengambil keputusan kelas tersebut tidak akan ditutup malah satu laporan polis telah dibuat baru-baru ini atas nasihat peguam,” katanya.
Menurut Shahrul, kelas Pasti itu ditubuhkan berikutan mendapat permintaan daripada masyarakat setempat dan sehingga kini terdapat 13 kanak-kanak pra-sekolah mengikuti pengajian dan ini menunjukkan Pasti mendapat sokongan ibu bapa dan penjaga di sini.
Pasti tersebut beroperasi di sebuah rumah peneroka dengan kadar sewa sebanyak RM180 sebulan. Bagaimanapun, pihak Pasti dikatakan telah membelanjakan RM14,000 sebagai perbelanjaan kos baik pulih dan ubah suai.
“Kita menubuhkan Pasti bukan atas dasar politik tetapi bertujuan memberi pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Justeru saya berpendapat pendidikan yang berteraskan Islam dan akhlak tidak sepatutnya diheret menjadi mangsa politik
“Bukan saya kata tabika atau pra-sekolah tidak bagus tetapi Pasti mempunyai sukatan mata pelajaran tersendiri yang boleh diterima masyarakat dan sudah terbukti keberhasilannya,” katanya.
Jelasnya, sukatan mata pelajaran yang diajar adalah didikan asas kepada kanak-kanak dan bukannya yang sesuka hati. Malah, gurunya pula lepasan Kursus Asas Pendidikan Pasti, sementara modul pendidikannya diperbaharui atau dikemas kini dalam tempoh tiga atau empat tahun sekali.
Mohd Shahrul berkata, Pasti bukan hanya menghadkan pendaftaran kepada warga PAS sahaja malah di sesetengah tempat bukan Islam juga ada yang menghantar anak mereka ke situ.
Katanya, sememangnya sukatan mata pelajaran adalah berbeza dengan tabika atau pra-sekolah kerana keunikan itulah yang menarik minat ibu bapa untuk menghantar anak mereka.
“Kalau mata pelajaran atau teknik pembelajaran yang diajar sama dengan kelas yang lain, buat apa lagi kami menubuhkan Pasti,” katanya.
|
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31717:pas-akan-pertahan-walaupun-felda-arah-tutup-pasti&catid=1:utama&Itemid=50
PAS, penduduk konsisten bantah roboh Pasti |
Ahmad Danial |
BUKIT KATIL, 18 April: PAS dan penduduk Kampung Bukit Katil konsisten membantah cadangan kerajaan untuk merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Jaya Insan, Kampung Bukit Katil. Jumaat lalu, selepas solat kira-kira 300 penduduk setempat mengadakan bantahan aman di hadapan Masjid Bukit Katil dengan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan, Jauhar Dawi. Penduduk membantah rancangan merobohkan Pasti tersebut kerana ia dibina di atas tanah wakaf yang diinfakkan oleh seorang dermawan untuk dibina pusat pendidikan tersebut yang telah dibina lebih dari 15 tahun dahulu. Selain itu bantahan itu juga dilakukan kerana kerajaan mempunyai alternatif lain untuk dibuat jalan dan ianya lebih lurus dan selamat dari jalan yang dibuat di atas tapak Pasti terbabit. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dalam ucapannya pada majlis bantahan itu berkata kerajaan negeri pimpinan Mohd Ali Rustam telah banyak kali melukakan hati umat Islam dengan mengambil tanah wakaf-wakaf dan dijual kepada orang bukan Islam. "Kini mereka cuba pula mengambil tanah wakaf di Bukit Katil untuk tujuan membuat jalan, kita kesal kerana institusi yang dibina untuk mendidik anak bangsa hendak dikorbankan oleh kerajaan BN yang rakus dan jahat ini," tegas Adly yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah. Turut berucap pada majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jauhar Dawi. Sementara itu Jauhar dalam kenyataannya selepas majlis bantahan itu menyatakan Dewan Pemuda dan Badan Bertindak Membantah Cadangan Perobohan Surau dan Pasti Bukit Katil akan berjuang untuk mempertahankan kedua-dua institusi itu sehingga ianya dibatalkan oleh kerajaan BN. "Kami konsisten untuk meneruskan bantahan ini sehingga kerajaan membatalkan niat jahat mereka ini. "Memang ianya suatu yang tidak munasabah kerana terdapat tanah kosong yang tiada bangunan boleh dibuat jalan tidak jauh dari sini malahnya jalan yang dibina di atas tanah tersebut lebih lurus dan selamat," katanya. Jauhar berkata cadangan untuk merobohkan Pasti itu mempunyai niat jahat hanya kerana mereka dengki dengan sambutan rakyat dan program Pasti yang dijalankan di situ. Sehingga ini, pihak berkenaan telah mengadakan bantahan sebanya 5 kali iaitu 4 kali di hadapan Masjid Bukit Katil dan sekali di hadapan Masjid Bukit Baru. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2853:pas-penduduk-konsisten-bantah-roboh-pasti&catid=78:negeri-melaka
Roboh Pasti: Umno jangan berlagak samseng |
Ahmad Danial |
BUKIT KATIL, 25 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mengingatkan Umno supaya tidak berlagak macam 'samseng' meroboh dan merampas bangunan Pasti atas apa juga kelulusan.
Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
"Kita ingatkan Umno supaya jangan bertindak macam hero atau samseng boleh buat apa yang mereka suka di atas dunia ini. Mereka bermaharajalela ingin merobohkan institusi pendidikan yang terbukti berjasa ini. "Jangan kita buat sesuka hati bangunan Pasti ini bukannya dibina dengan duit judi, duit rasuah atau duit penipuan, ia dibina dengan air mata oleh masyarakat marhain, dhuafak, orang miskin dan sebagainya," katanya yang merujuk kepada bangunan Pasti Bukit Katil yang akan dirobohkan. Beliau berkata demikian pada ceramah di perkarangan Pasti Jaya Insan,Bukit Katil malam tadi. "Jangan kamu ingat kamu berkuasa boleh buat sahaja, kami akan terus menentang kezaliman. "Kalau kamu ada duit, tenaga dan sumber untuk menekan rakyat, ingatlah kami ada Allah sebagai tempat kami mengadu," ujarnya dengan tegas. Beliau juga menjelaskan PAS konsisten bahawa video fitnah untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dikeluarkan semata-mata atas tujuan politik. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang / Ketua Umum PKR "Mungkin video ini dikeluarkan atas nasihat APCO yang dibayar oleh kerajaan Malaysia bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar seperti kenaikan harga barang dan kejayaan PR pada pilihan raya Sarawak," jelasnya. Beliau juga mengharapkan penyokong dan petugas PAS supaya meneruskan gerak kerja pilihan raya bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang menurutkan paling lewat akan diadakan pada November 2013. Turut sama berceramah pada program tersebut ialah Pengarah Komunikasi PKR Melaka, Khairi Ismail dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong. |
YB Khoo Poay Tiong - ADUN (DAP) Ayer Keroh
Jamilah dipilih Tokoh Guru Pasti Pulau Pinang |
Mohd Sabri Said |
PERMATANG PAUH, 16 Mei: 'Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu' itulah ibarat yang boleh diberikan kepada tenaga pengajar dari Pasti Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, Jamilah Sharif (kiri) apabila diisytiharkan Tokoh Guru Pasti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011 yang diadakan di Kompleks An Nadhoh, Penanti semalam.
Cikgu Jamilah Shariff - Tokoh Guru PASTI Pulau Pinang 2011
Berbagai acara menarik diisi untuk meraikan 200 orang guru Pasti Pulau Pinang antaranya persembahan nasyid dari kumpulan 'Qatrunada' dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) serta deklamasi sajak oleh Ahli Jawatankuasa Pasti Negeri, Shukri Tauzin dengan tajuk 'Terima Kasih Wahai Guru' dengan penuh penghayatan. Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Jabatan Pendidikan Pasti Malaysia, Rosli Suhaime turun menyampaikan anugerah guru paling lama berkhidmat dengan Pasti iaitu 20 tahun kepada Puan Misrojah Bakar yang mula bertugas di Pasti Lahar Minyak, Kepala Batas pada tahun 1989 serta beberapa orang guru cemerlang di peringkat kawasan antaranya ialah Aishah Othman, Azizah Haji Mat Nayan, Maheran Abu Bakar, Zafurah Hasan, Naemah Fadhil, Noranisah Zawawi, Siti Fatimah Kasim dan Siti Aishah Ishak. Bagi ketogari pentadbiran terbaik Pasti pula kali ini jatuh kepada Pasti Kawasan Permatang Pauh ekoran cemerlang dalam usaha menjagai kebajikan guru, kursus perguruan, pendekatan pendidikan dan paling penting adalah perhubungan yang akrab antara guru dan pengurusan semata-mata memastikan pendidikan pelajar diutamakan. Sambutan bertemakan 'Guru Wahana Kemenangan Ummah' walaupun sederhana tetapi meriah penuh dengan ikatan talisiratul rahim sesuai dengan pendekatan yang terjalin selama ini. Walaupun Guru Pasti bukan tinggi pendapatanya tetapi mempunyai semangat pengorbanan yang besar untuk melihat anak didik berjaya pada masa depan.
Ustaz Yusni Mat Piah - Ketua DPPPP
Guru umpama lilin yang membiarkan dirinya terbakar demi menerangkan orang lain bukan lagi kata-kata hikmah sebaliknya satu tafsiran yang jelas kepada mereka yang memahami hati seorang guru. Turut hadir meraikan guru Pasti Pulau Pinang ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah dan bekas Pengarah Pasti Negeri, Abdul Jalil Salleh. |
50 guru Pasti Selayang diraikan |
Mohd Farhan Madzlan |
SELAYANG, 18 Mei: Seramai 50 orang guru pasti di seluruh Kawasan Selayang diraikan di sini baru-baru ini. Program yang bertujuan mengenang jasa guru-guru di seluruh tanah air ini juga berjaya disantun oleh pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzan Madzlan sebagai memberikan rangsangan positif kepada guru-guru dalam membentuk peribadi anak-anak kecil di kawasan ini.
Sdr Mad Shah Mior Mat Kosim - Timbalan Pengarah PASTI Selangor / Ketua DPPHL
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Mad Shah Mior bin Mat Kosim, yang juga Timbalan Pengarah Pasti Negeri Selangor. Institusi Pasti adalah merupakan sistem pendidikan pra sekolah yang di bawah kelolaan dewan pemuda pas telah banyak menaikkan taraf pendidikan dan akhlak islam anak-anak kecil di malaysia. Ia juga dilihat sebagai suatu icon kepada penubuhan pra sekolah-pra sekolah lain kerana sistemnya yang mantap dan pengurusannya yang tersusun, ditambah dengan cawangannya yang banyak hampir di seluruh kampung di seluruh negara. Di samping itu juga, turut diberikan perhatian pada majlis ini adalah penyerahan kunci kepada Tuan Haji Majid Hasan, Pengurus Pasti Al-Munirah sebagai simbolik waqaf sebuah van bagi kegunaan Pasti Al-Munirah, Kuang daripada Tuan Haji Mohamed Saad Ramichan. "Inilah usaha kita bersama untuk memartabatkan pendidikan islam di malaysia ini dan moga-moga ia akan dinilai oleh allah taala sebagai salah satu dari amalan kita," ujar Saad. Turut diwaqafkan juga pada majlis ini adalah sebidang tanah yang menjadi tapak Pasti tersebut sekarang ini oleh tuan punya tanah, Tuan Haji Zainal Morharan Bin Shamsudin. Kedua-kedua penyampaian itu diiringi oleh Kedua Dewan Pemuda PAS Selayang sebagai saksi termeterainya aqad waqaf tersebut. Majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian anugerah guru Pasti cemerlang peringkat kawasan yang telah berjaya disandang oleh Ustazah Fatimah Misnadi. Beliau dipilih pada kali ini adalah kerana kegigihan beliau mendidik anak-anak kecil dengan kefahaman dan akhlak islam di Pasti An-nur, Sri Kundang sehingga mampu menarik ramai ibubapa membawa anak-anak mereka untuk belajar di pasti tersebut. "Kita kena didik anak-anak ini dengan kefahaman islam yang sebenar dan terapan nilaian dan akhlak islamiah semungkin yang boleh. Kita boleh dapat ilmu dengan mudah jika ia bersungguh-sungguh, tapi akhlak tidak seperti itu, ia perlu dididik dan diolah kepada anak-anak agar ia akan menjadi seorang yang berilmu serta berakhlak," kata Fatimah. Anugerah Pasti Cemerlang 2011 Kawasan Selayang pada kali ini disandang oleh Pasti At-tawheed atas kotmitmen dalam setiap perancangan tahunan Pasti dan pengurusan yang mantap serta tersusun. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan petunjukkan nasyid dari Kumpulan Shoutul Fiqrah yang dijemput khas dari Sekolah Rendah Agama Sungai Tua Baru. |
PAS selar cubaan tutup Pasti Sabah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno Sabah melalui Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang didakwa mengeluarkan arahan agar menutup Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) di Sandakan baru-baru ini.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden
Menurutnya, tindakan itu seperti tidak bertamadun memandangkan Pasti milik PAS yang didaftarkan di bawah penyeliaan Dewan Pemuda PAS Pusat telah memberi sumbangan besar kepada pembinaan modal insan masyarakat Islam di negara ini. "Kenapa perlu sampai menghancurkan masa depan generasi kita. "Tindakan ini tidak bertamadun," katanya. Pada 23 Mei lalu, satu notis MPS bertajuk “Notis menghentikan operasi taska Pasti” mengarahkan pusat-pusat pendidikan Pasti menghentikan operasinya dengan segera.
MPS
Pasti telah ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2). Sejak penubuhannya, ianya didakwa mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka. Sehubungan itu, Mahfuz mahu rakyat Sabah menilai sendiri sikap Umno yang sanggup menggadai masa depan anak bangsa demi kepentingan politik mereka.
'Kotobian tadau tagazo do kaamatan' sempena dengan perayaan budaya Kaamatan
"Saya ucapkan 'kotobian tadau tagazo do kaamatan' sempena dengan perayaan budaya Kaamatan bagi negeri Sabah. "Ambillah semangat perayaan ini untuk melakukan perubahan," katanya lagi.
Sdr Hishamudin Sulaiman (Kiri) - Ketua Lajnah Penerangan Sabah
Dalam sambutan bersama rakyat di Kampung Batu Lugiyan Sook Sabah, tiada lagi makanan dan minuman memabukkan disediakan dan juga tiada lagi sebarang bentuk pemujaan dilakukan. |
621 guru Pasti terima tunggakan |
Rizal Tahir |
PENGKALAN CHEPA, 21 Ogos: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 621 guru Pasti apabila menerima tunggakan elaun dan duit raya baru-baru ini. Setiap mereka menerima antara RM550 sehingga RM640 melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM331,440.
YB Ustaz Abdul Latif Ibrahim - Ketua DPPK
Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan elaun guru-guru Pasti di negeri ini dibayar setiap bulan. “Pasti negeri mahu elaun guru-guru Pasti dibayar setiap bulan tanpa ada tunggakan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela,” katanya di majlis penyampaian elaun tersebut di Putik. Oleh itu beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan mengingatkan guru-guru Pasti hendaklah mengekalkan penampilan kerana mereka menjadi ikutan pelajar-pelajar Pasti. Katanya juga pendidik merupakan golongan yang dimuliakan dalam Islam kerana memberi ilmu dan mendidik manusia menjadi hamba Allah yang taat. Sementara itu dalam perkembangan lain qari kanak-kanak dari Iran, Reza Goldshahi, 13 tiba di Kelantan Khamis lalu bagi memeriahkan program tadarus al-Quran sempena Ramadan ini. Sejurus tiba di sini beliau dibawa menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan turut memperdengar bacaan al-Quran di pejabatnya di Kota Darulnaim. Reza ditemani seorang warga Iran, Ali Memariani akan berada hampir seminggu di Kelantan. Kehadirannya ditaja Tabung Amanah Tok Kenali, agensi kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan. Beliau akan memperdengarkan bacaan al-Quran pada 24 Ogos ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan jam 4 petang bersama qari cilik tempatan. |
MAKAN MALAM PASTI TERENGGANU: YOU TUBE
1. YB DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG - PRESIDEN PAS:
2. USTAZ AZHAR IDRUS : mms://webtv.terengganukini.net/ceramah/2011/111026/111026b.wmv
3. YB TUAN MOHD ABDUL WAHID ENDUT - PESURUHJAYA PAS TERENGGANU:
Guru Pasti P.Pinang dapat RM600 seorang |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 3 Jan: Seramai 214 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pulau Pinang tersenyum lebar apabila pengurusan Pasti Negeri Pulau Pinang bersama Dewan Pemuda PAS Negeri bertindak menyalurkan bantuan kewangan RM600 seorang sebagai hadiah tahun baru 2012. Pemberian itu diserahkan pada satu majlis khas yang diadakan di sini semalam. Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Pasti Negeri Nazarudin Awang Hamat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri, Hafiz Kasim dan Setiausaha Kerja Pasti Negeri, Shukri Mohd Tauzin. Bagi Guru Pasti Sembilang, Permatang Pauh, Zurida Ismail, (gambar kanan) pemberian itu sekaligus menyemarakan semangat mereka untuk terus menyambung perjuangan mendidik anak bangsa mengenali agama Islam. "Sebagai guru Pasti rasa syukur dengan keprihatinan yang ditunjukan oleh Pasti dan Dewan Pemuda PAS Negeri terhadap jasa dan pengorbanan guru yang selama ini mengajar tanpa rasa jemu," jelasnya. Cikgu Jamilah Sharif dari Pasti Tasek Mutiara, Nibung Tebal pula menyifatkan pemberian tersebut sebagai 'ole-ole tahun baru' untuk memupuk semangat guru agar lebih menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada proses pendidikan pelajar. "Kerelaan guru Pasti samada yang masih menabur bakti atau bekas guru amat disanjung oleh semua pihak kerana dari sinilah kanak-kanak diajari dengan pengenalan Islam sebagai bekalan bila besar nanti, " katanya yang sudah 10 tahun bersama Pasti. Noralyn Jamiri dari Pasti At Taqwa, Butterworth menambah, memang tidak dinafikan kanak kanak bukan sahaja memerlukan belaian kasih sayang dari ibubapa tetapi juga memerlukan makanan rohani daripada seorang guru. Tanpa guru yang membimbing sambungnya, para pelajar yang membesar terutamanya di kawasan bandar mudah terpengaruh perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh agama. |
5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia
Harakahdaily, | 15 Januari 2012 |
GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.
Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Honda Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.
Jenazah Zainon dan rakannya difahamkan kemudiannya dibawa ke Hospital Kluang.
Difahamkan juga, kesemua mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Usrah Perdana Pasti Negeri Johor di Parit Raja tengah hari tadi.
Guru berdedikasi
Allahyarhamuha Zainon adalah seorang anak peneroka Felda Pasir Raja yang mengajar di Pasti Siswa 2 di Gelang Patah dan telah berkhidmat di sana lebih empat tahun.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman ketika menghubungi Harakahdaily merakamkan takziah buat keluarga allahyarhamuha.
Katanya, pemergian allahyarhamuha bagi PAS Johor disifatkan sebagai satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang sangat berdedikasi.
"Saya mewakili PAS negeri dan kawasan merakamkan takziah kepada keluarga beliau.
"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Tenggara.
Jenazah Allahyarhamuha menurut Mazlan akan dikebumikan pagi esok.
Sumber HD : 16/01/2012
(Gambar Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan)
BUKIT KATIL, Melaka, 15 April: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.
Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.
"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali.
"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.
Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam.
"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.
Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003.
Sumber HD : 15/04/2012
Sumber HD : 9/06/2012
PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.
Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.
Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.
“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.
“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.
Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.
“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.
Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.
Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.
Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.
Sumber HD : 18/09/2012
Pelajar yang menerima anugerah bergambar bersama Husam dan pimpinan Pasti negeri.
KOTA BHARU: Sebanyak RM195,000 dibelanjakan oleh Pasti Kelantan untuk elaun bulanan kepada tenaga pengajarnya seramai 650 orang seluruh negeri dalam tempoh dua bulan tahun ini.
Jumlah itu termasuk kenaikan elaun guru-guru Pasti bermula bulan ini (November-Disember) di samping bonus yang baru diperkenalkan tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan pada majlis Hari Anugerah Kualiti Pasti Negeri Kelantan dan Penyampaian Elaun Guru Pasti 2012 yang dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di Putik semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Pasti negeri, Abdul Latif Abdul Rahman serta setiausahanya, Hafiz Musa.
Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, walaupun kerajaan Pusat menafikan hak prasekolah, namun demi Islam PAS berjaya memajukan Pasti dengan sumber kewangan yang terhad.
Katanya, mengikut perlembagaan negara, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengeluarkan dana kepada mana-mana pihak yang membuka prasekolah atau sekolah aliran agama yang lain.
“Namun apa yang berlaku dalam negara kita, perdana menteri serta timbalannya bukan sahaja tidak membantu, sebaliknya ingin menghapuskannya termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR),” ujarnya.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan Kelantan seterusnya berkata kerana nawaitu yang baik demi untuk pendidikan Islam, akhirnya Pasti muncul sebagai sebuah pra pendidikan yang terkenal dan terhebat di negara ini.
Sambungnya, kerana kehebatannya itu juga ia menarik minat masyarakat bukan beragama Islam untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti.
Sumber HD - 28-11-2012
KEUNIKAN SUKAN PASTI GOMBAK:
http://www.youtube.com/watch?v=4_wDA_7r3Kw
Sumber TVP - 18-3-2013

Mereka hanya boleh robohkan bangunan ini
Harakahdaily, | 15 Apr 2012 |

Pemuda PAS perkenal Kaffah, kurikulum baru PASTI
Hazayani Zakaria, | 09 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meningkatkan lagi kualiti pengajian PASTI dengan memperkenalkan kelas fardhu ain dan fardhu kifayah (Kaffah).
Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan.
"PASTI merupakan projek DPPM yang dikenali di seluruh negara, jadi kami memperkasakan lagi PASTI dengan melancarkan Kaffah sebagai usaha berterusan ke arah perkembangan potensi anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Nasrudin berkata, matlamat penubuhan Kaffah adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta mencintai al-Quran.
Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah selain melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang baik.
"Kaffah juga akan melahirkan pelajar yang memiliki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memasyarakatkan Islam dalam lingkungan persekitarannya," katanya.
Waktu pembelajaran Kaffah pula, bagi sekolah satu sessi dan separuh sessi, ia mengikut kesesuaian dan keperluan pihak pengurusan sekolah, dimasukkan dalam jadual asal yang sedia ada.
Manakala kelas hujung minggu boleh dibuat dalam bentuk tuisyen selama tiga jam 30 minit untuk sehari iaitu pada Sabtu dan Ahad.
Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru PASTI sendiri atau tenaga pengajar luar secara separuh masa.
Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kaffah boleh berurusan di Sektor Kaffah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia di setiap negeri.

Pasti kini jadi pilihan masyarakat
Rizal Tahir, | 18 Sep 2012 |
PENGKALAN CHEPA: Permintaan masyarakat bukan Islam terhadap pendidikan pra sekolah Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti), begitu membanggakan kerana penekanan pendidikan akhlaknya.
Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Hassan Abdullah, berkata, pelbagai kaum di negara ini sama ada India, China malah yang beragama kristian juga turut berminat menghantar anak-anak mereka di Pasti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2012, di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini semalam.
Menurutnya, lebih membanggakan beberapa orang masyarakat bukan Islam khususnya di Perak memohon Pasti khas dibuka untuk mereka.
“Mereka memerlukan pendidikan akhlak, mereka yakin pendidikan akhlak yang kita didik telah mempengaruhi kanak-kanak khususnya bila memasuki tahun satu.
“Inilah kejayaan kita, kerana itu mereka meminta kelas Pasti khas untuk mereka, tanpa mengajar hafazan sebaliknya menekan akhlak dan adab-adab sopan yang lain,”ujarnya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau memberitahu pelbagai pembaharuan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjayakan hasrat pendidikan Pasti menjadi pilihan nombor satu masyarakat Malaysia.
Katanya, antara lain penubuhan Nurul Quran tahun hadapan sebagai kaedah terbaru belajar al-Quran selain qiraati atau iqra’.
“Buku ini telah dicetak untuk digunakan tahun hadapan,”ujarnya.
Kelantan tahun ini diberi peluang menjadi tuan rumah Alam Ria Pasti peringkat Malaysia.
Sementara itu, Pasti Negeri Selangor muncul johan keseluruhan sempena alam ria itu.
Selangor dipilih sebagai juara memandangkan beberapa acara pertandingan lain telah menduduki tempat kedua dan ketiga selain johan dalam pertandingan deklamasi puisi pelajar perempuan.
Sumber HD : 18/09/2012
RM195,000 elaun 2 bulan guru Pasti Kelantan
Rizal Tahir, | 28 Nov 2012 |
Pelajar yang menerima anugerah bergambar bersama Husam dan pimpinan Pasti negeri.
KOTA BHARU: Sebanyak RM195,000 dibelanjakan oleh Pasti Kelantan untuk elaun bulanan kepada tenaga pengajarnya seramai 650 orang seluruh negeri dalam tempoh dua bulan tahun ini.
Jumlah itu termasuk kenaikan elaun guru-guru Pasti bermula bulan ini (November-Disember) di samping bonus yang baru diperkenalkan tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan pada majlis Hari Anugerah Kualiti Pasti Negeri Kelantan dan Penyampaian Elaun Guru Pasti 2012 yang dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di Putik semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Pasti negeri, Abdul Latif Abdul Rahman serta setiausahanya, Hafiz Musa.
Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, walaupun kerajaan Pusat menafikan hak prasekolah, namun demi Islam PAS berjaya memajukan Pasti dengan sumber kewangan yang terhad.
Katanya, mengikut perlembagaan negara, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengeluarkan dana kepada mana-mana pihak yang membuka prasekolah atau sekolah aliran agama yang lain.
“Namun apa yang berlaku dalam negara kita, perdana menteri serta timbalannya bukan sahaja tidak membantu, sebaliknya ingin menghapuskannya termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR),” ujarnya.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan Kelantan seterusnya berkata kerana nawaitu yang baik demi untuk pendidikan Islam, akhirnya Pasti muncul sebagai sebuah pra pendidikan yang terkenal dan terhebat di negara ini.
Sambungnya, kerana kehebatannya itu juga ia menarik minat masyarakat bukan beragama Islam untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti.
Sumber HD - 28-11-2012
KEUNIKAN SUKAN PASTI GOMBAK:
http://www.youtube.com/watch?v=4_wDA_7r3Kw
Sumber TVP - 18-3-2013
No comments:
Post a Comment