Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
YB Dr Lo'lo' Datuk Ghazali - AP Titiwangsa
Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya. Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney. Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah".
Hj Yasir Asri Zaid Yazid - Pegawai Khas AP Titiwangsa
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=kdppqW286Fg
Pegawai Khas kepada Dr Lo' Lo', Yasir Asri Zaid Yazid menegaskan, pihaknya amat kesal dengan pemasangan 'banner-banner' itu kerana ia jelas satu fitnah yang tidak berasas terhadap Dr Lo'Lo'. Menurut beliau, pada hal sejak awal kejadian, Dr Lo' Lo' telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan tinjauan yang disusuli dengan beberapa tindakan bagi membantu mangsa yang terlibat dan berusaha mengatasi kejadian itu dengan pelbagai cara. Katanya, Dr Lo' Lo' ternyata tidak berdiam diri dengan apa yang berlaku dan ia bukan sekadar diakui mereka yang menjadi mangsa, tetapi juga seluruh penduduk Kampung Baru yang prihatin dengan kejadian itu. "Antara usaha yang dilakukan oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami, kami bukan sekadar membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan menumpangkan mereka tinggal di Dewan Serba Guna yang terletak di Jalan Hamzah di Kampung Baru ini, tetapi juga membantu menyediakan makanan dan minuman secukupnya kepada mereka. "Selain itu, mereka juga turut dibantu oleh Dr Lo' Lo' atau pihak kami untuk tinggal di rumah PPR Jalan Ayer Panas dekat Setapak sehingga mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah terjamin keselamatannya," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa di Kampung Baru, di sini, hari ini. Di samping itu, Dr Lo' Lo' turut berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak bertanggungjawab bagi mengatasi kejadian itu termasuk dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kini, hasil dari perbincangan itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah pun digerakkan untuk segera mengatasi kejadian itu dengan beberapa langkah wajar termasuk membaikpulih kawasan kejadian dengan menambak kembali tanah yang runtuh, membaiki kembali longkang yang pecah dan mengadakan beberapa langkah keselamatan bagi penduduk di kawasan itu. Katanya, kejadian tersebut membabitkan 58 keluarga termasuk warganegara luar, tetapi daripada jumlah itu hanya 7 keluarga sahaja yang paling teruk terjejas. Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak. Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya. Kejadian tidak diduga itu sememangnya mencemaskan, tetapi hasil usaha Dr Lo' Lo' dengan kerjasama pihak-pihak berwajib, 51 keluarga terbabit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak Ahad lalu setelah rumah-rumah mereka terjamin selamat. Menurut Yasir Asri, 7 keluarga yang terjejas teruk itu pula ditempatkan di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ayer Panas sehingga selesai kerja-kerja menambak dan membaikpulih tempat kejadian. "Keluarga yang ditempatkan di PPR Jalan Ayer Panas itu dijangka akan terus tinggal di sana sehingga kerja-kerja itu selesai yang dijangka sehingga tiga bulan tanpa sebarang bayaran, hasil ketegasan dan kecekapan rundingan Dr Lo' Lo' dengan pihak DBKL," tegasnya. Dengan perkembangan tersebut, beliau yakin segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu terhadap Dr Lo' Lo' pasti akan terpadam dengan sendirinya kerana ia bukan sekadar dapat dinilai sendiri oleh penduduk Kampung Baru, tetapi juga oleh pelbagai pihak di seluruh negara. "Tambahan pula dalam masa yang sama, 'banner-banner' itu bukan sekadar segera diturunkan oleh pihak kami, tetapi kami sendiri juga akan turut mendedahkan kepada pelbagai pihak tentang fitnah mereka itu agar semua pihak dapat menilainya dengan adil," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2912:dr-lo-lo-difitnah-kerana-tanah-jerlus&catid=34:primary&Itemid=56
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3685-apa-pendirian-jamil-khir-terhadap-tugu-negara-patung-pm-pertama
|
Fitnah: Pemimpin Umno tidak takut Allah |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Sikap para pemimpin Umno yang sentiasa berusaha melihat kecacatan orang lain sehingga sanggup mencipta fitnah dan cerita yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, jelas membuktikan mereka tergolong dalam golongan manusia yang tidak takut kepada Allah. Di samping itu, mereka juga turut memiliki beberapa ciri-ciri lain yang semakin memperjelaskan lagi kedudukan mereka sebagai golongan yang tidak takut kepada Allah, berbanding golongan yang benar-benar takut kepada Allah. AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah (gambar) berkata, orang yang tergolong dalam golongan yang takut kepada Allah mempunyai sekurang-kurangnya 4 tanda, manakala mereka yang tergolong dalam golongan yang tidak takut kepada Allah pula mempunyai sekurang-kurangnya 5 tanda. Menurut beliau, tanda-tanda orang yang takut kepada Allah, pertamanya, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi. Katanya, tanda keduanya, jika melakukan dosa, mereka akan segera bertaubat kepada Allah sehingga menyebabkan mereka sentiasa merendah diri dan beradab kepada Allah serta turut beradab sesama manusia. "Tanda ketiga, mereka akan sentiasa melaksanakan kebajikan dan mencegah keburukan. Manakala tanda keempat, mereka akan sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara kebaikan," katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Orang yang tidak takut kepada Allah pula, menurut beliau, secara automatik merupakan golongan yang hanya takut kepada manusia sehingga sanggup melakukan sebarang perbuatan yang diarahkan oleh ketuanya, walaupun tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. Katanya, selain itu, mereka tidak melaksanakan kerja-kerja jihad dan tidak melaksanakan amar makrif nahi mungkar dalam hidupnya, sebaliknya akan sentiasa berusaha mencari kecacatan orang lain. "Ini samalah seperti sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa berusaha melihat atau mencari kecacatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya turut mencipta cerita yang bukan-bukan terhadap Anwar termasuk isu video seks," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Dalam masa yang sama, menurutnya, para pemimpin Umno sememangnya turut mempunyai tanda-tanda lain sebagai orang yang tidak takut kepada Allah tetapi hanya takut kepada manusia, apabila mereka tidak bersedia melakukan kerja-kerja kebaikan bersama golongan yang berusaha melakukan kebajikan dalam hidup ini.
"Pemimpin Umno jelas tidak pernah bersama-sama dengan PAS untuk melakukan kebajikan. Malah mereka menentang keras usaha PAS untuk memerintah secara Islam dan menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air," katanya yang juga Adun Bukit Payong, Terengganu.Selain itu, tegasnya, pemimpin-pemimpin Umno turut mempunyai tanda kelima sebagai orang yang tidak takut kepada Allah tetapi hanya takut kepada manusia, apabila mereka juga sanggup bermujamalah sehingga melakukan rasuah dalam hidup ini. Sebagai orang Islam, beliau turut menyeru kesemua golongan agar bersama-sama merenungi diri supaya tidak terus berada dalam golongan manusia yang hanya takut kepada Allah, tetapi berusaha memperbaiki diri agar benar-benar menjadi manusia yang benar-benar takut kepada Allah dalam erti kata sebenarnya. Beliau turut menyenaraikan lima punca yang menyebabkan manusia tidak takut kepada Allah, tetapi hanya takut kepada manusia iaitu terlalu banyak kezaliman yang berlaku dalam masyarakat, kurang undang-undang yang menjaga nilai-nilai kemanusiaan, bimbang terhadap kemiskinan serta tidak yakin dengan apa yang ada di sisi Allah. Selain itu, manusia juga akan menjadi takut kepada manusia sehingga tidak takut kepada Allah apabila diselubungi pemimpin-pemimpin yang sombong yang merasakan dirinya tidak akan jatuh ekoran kekuatan yang dirasakan ada padanya dan ancaman pemerintah yang amat dahsyat. |
Subky Latif bela Azmil Mustafa |
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa (gambar) bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja. "Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky. Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan. Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik." Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah. Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja. Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu. Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam. Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih. Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah.
Hj Subky Latiff - Veteran PAS
Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu.
Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5086-subky-latif-bela-azmil-mustafa
Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab. Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - al Mursyidul Am PAS
YB Ir Khalid Samad - TPJ3 PAS Selangor
Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.
"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan. Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak. Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam. Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut. "Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya. Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu. "Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah. |
Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Sept: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat / Ketua Jabatan Tarbiyah
“Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.
“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. “Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi. Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009. “Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu. “Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya. Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis. Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis. Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.
Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM / Presiden UMNO
Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.
Justeru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.
|
http://bm.myharakah.net/index.php/berita-utama/5202-mengapa-umno-adakan-mou-dengan-komunis-china
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5792-pas-lapor-polis-kain-rentang-provokasi
PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.
Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).
“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.
“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.
BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.
Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.
“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.
Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.
Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.
“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.
"Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.
Sumber MK : 17/01/2012
Adalah satu slogan yang aku fikir tepat kerana kalau dikira semasa BN kuat dengan kuasa di tangan majority 2/3 adakah kita akan dapat menikmati pelbagai jenis bantuan durian runtuh dari kerajaan yang diterajui BN ini?
Di saat dimana kuasa Umno/Bn tergugat baru mereka terfikir dengan perlbagai bantuan , Satu soalan yang nak saya lontarkan adakah jika pembangkang lemah kita dapat bantuan seperti ini?
Bermakna dengan adanya kekuatan pembangkang dalam Parlimen banyak memberi manafaat kepada rakyat,maka dengan ini kita lihat trend kerajaan BN menabur segala wang ringgit adalah semata mata untuk menarik balik kepercayaan dan persepsi rakyat agar kembali kepada Kerajaan BN.
Maka makcik, pakcik ,adik ,abang, tuan ,dato dan datin sekalian gunakan kuasa kita yang cuma satu saja yang memang di tagih dan memang cukup berharga oleh semua parti politik, maka gunalah peluang ini dengan bijaksana semasa mengundi nanti.
Sumber HD : 20/03/2012
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1txrndMcZ
Sumber HD : 5/05/2012
PAS lapor polis kain rentang provokasi | | Print | |
Muhammad Faeez |
BATU GAJAH, 5 Okt: Kain rentang yang tertera ‘DAP ganti PAS’ didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu. Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, semalam kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum. Ketika ditemui selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS. “Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini,” katanya. Pihak PAS mendapat maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi itu dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan. Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5792-pas-lapor-polis-kain-rentang-provokasi
'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'
PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.
Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).
“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.
“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.
BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.
Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.
“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.
Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.
Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.
“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.
"Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.
Sumber MK : 17/01/2012
aHA..!! tengok banner menarik ini
http://batuvskayu.blogspot.com, | 20 Mac 2012 |
PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG
BARISAN NASIONAL KUAT RAKYAT AKAN MEREMPAT..
Di saat dimana kuasa Umno/Bn tergugat baru mereka terfikir dengan perlbagai bantuan , Satu soalan yang nak saya lontarkan adakah jika pembangkang lemah kita dapat bantuan seperti ini?
Bermakna dengan adanya kekuatan pembangkang dalam Parlimen banyak memberi manafaat kepada rakyat,maka dengan ini kita lihat trend kerajaan BN menabur segala wang ringgit adalah semata mata untuk menarik balik kepercayaan dan persepsi rakyat agar kembali kepada Kerajaan BN.
Maka makcik, pakcik ,adik ,abang, tuan ,dato dan datin sekalian gunakan kuasa kita yang cuma satu saja yang memang di tagih dan memang cukup berharga oleh semua parti politik, maka gunalah peluang ini dengan bijaksana semasa mengundi nanti.
Sumber HD : 20/03/2012
Media Malaysia Tidak Bebas, Monggolia, Papua New Guinea dan Bangladesh Lebih Baik
http://kafesantai.blogspot.com/, | 05 Mei 2012 |
Sumber: Freedomhouse.org
Rangking Kebebesan Media 2012 oleh FREEDOM HOUSE yang baru dikeluarkan menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Apa alasan Kerajaan umno BN untuk menafikan perkara ini? Adakah umno mengiktiraf rangking kebebasan Media 2012 ini? Kalau tidak, mengapa? atau Kerajaan umno BN yang hendak membuat rangkingnya sendiri? Kah kah kah...
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1txrndMcZ
Sumber HD : 5/05/2012
Himpunan Belia: Pemimpin turut terkinja-kinja
Salmiyah Harun, | 31 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Himpunan Jutaan Belia yang berakhir pada Ahad lepas 27 Mei menyaksikan berbagai-bagai suka, duka, gelagat dan aksi belia-belia negara sepanjang program itu berlangsung di Putrajaya.
Himpunan yang diadakan saban tahun, dan untuk kali ini sambutan itu agak luar biasa dengan pelbagai program yang disajikan kepada anak muda selama lima hari berturut-turut bermula 23 Mei.
Banyak program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, di mana kebanyakannya memenuhi citarasa anak muda hari ini apatah lagi program berbentuk hiburan dan sukan.
Tinjauan Harakahdaily pada Sabtu lepas, kehadiran anak muda belasan tahun cukup mengagumkan dengan bermacam-macam aksi dan gelagat mereka. Terkinja-kinja, terjerit-jerit pendek kata semua gelagat ada di sana.
Di tambah pula suasana hingar-bingar dengan tiupan terompet mini (gambar) hampir kesemua orang ramai yang hadir. Terompet yang dibeli dengan harga RM5 setiap satu, ada warna merah, biru dan kuning.
Terdapat sekumpulan anak muda mengenakan 't-shirt' putih dan merah yang tertera '1 love PM', tidak kurang hebat juga anak muda Belia 4B yang rata-rata wujud di segenap ruang di himpunan itu.
Belia 4B pula menawarkan orang ramai menaiki beca berhias dengan dikenakan caj RM10 untuk dua orang, difahamkan mereka mencari dana tambahan.
Tidak kurang hebatnya, anak gadis yang mengenakan pakaian menjolok mata, berseluar pendek hingga ke pangkal paha dengan betis putih melepak bagaikan bunting padi menarik perhatian belia lelaki.
Apa yang menarik perhatian wakil Harakahdaily, seorang anak muda tanpa rasa bersalah 'mengambil' basikal yang disewanya daripada pihak penganjur himpunan.
Ketika terserempak, anak muda itu sedang menunggu sekumpulan kawannya yang turut sama membawa balik basikal yang disewa RM5 untuk dua jam.
"Ambil je, basikal ini. Hari ini hari belia, sayakan belia jadi basikal ini untuk belia. Tak salah kan? Ramai lagi kawan-kawan saya yang ambil bawa balik rumah," katanya sebaik sahaja wakil Harakahdaily mempersoalkan perbuatannya itu.
Malah anak muda itu, pula mengajak wakil Harakahdaily untuk sama-sama 'kebas' basikal yang dianggarkan berharga tidak kurang RM500.
"Banyak lagi basikal yang disediakan. Ambil je...ramai yang buat macam itu," katanya yang meminta diri berlalu dengan sekumpulan kawannya.
Banyak 'booth' dibuka untuk orang ramai daripada kementerian-kementerian sehinggalah 'booth' jualan syarikat telekomunikasi sehinggalah 'booth' usahawan tempatan.
Dalam tinjauan itu, Harakahdaily tertarik dengan 'booth' Umno Pembela Rakyat. Kelihatan beberapa wanita yang berada di gerai itu tidak menang tangan melayan orang ramai mengisi borang keahlian Umno.
Harakahdaily cuba mendekati, orang ramai memenuhi 'booth' sedang mengisi borang keahlian, mereka yang siap mengisi akan diberi cenderahati 'keychain' dan 'button' Umno.
Selain itu, di 'booth' yang sama kelihatan tiga orang wanita Umno sedang giat mengedarkan buku 'Bersih 3.0 yang kotor' kepada pengunjung himpunan.
Lebih menarik perhatian, Umno turut menghidangkan kuiz kepada orang ramai dengan soalan-soalan yang berkaitan pertubuhan itu, mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan dihadiahkan hamper. Soalan diajukan oleh seorang pelawak Osman Kering yang cukup menarik perhatian pengunjung.
Lebih mengujakan dan dinanti-nanti belia sudah tentu hiburan, dengan konsert artis luar negara yang sedang digilai anak muda 'K-pop' di tambah pula tidak kurang hebatnya konsert rock dari artis tempatan.
Bukan sahaja, anak muda yang teruja. Pimpinan negara pun turut sama dengan barisan belia 'meraikan' artis K-pop dan menjerit-jerit menyantuni artis tempatan.
Justeru, apa yang disusun atur oleh Kementerian Belia Sukan dalam Himpunan Sejuta Belia tempoh hari, itulah yang disukai malah dicari-cari oleh belia pada hari ini. Belia dengan hiburan sukar untuk dipisahkan.
Sumber HD : 31/05/2012

Tun Mahathir tak perlu risau kalau tak buat salah
Basiron Abd Wahab, | 29 Jun 2012 |
JENGKA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mohathir Mohamad tidak perlu bimbang beliau akan dipenjarakan jika Pakatan Rakyat memerintah, kata Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu.
Sebaliknya katanya, mereka yang melakukan kesalahan sahaja yang perlu bimbang kerana bakal diambil tindakan sewajarnya.
“Pakatan Rakyat bukanlah parti berasaskan dendam dan ingin membalas dendam kepada sesiapa,” katanya.
Mohamad Sabu berkata demikian ketika berucap kepada penduduk sekitar Jengka dalam majlis ceramah dan perasmian Ibu Pejabat PAS Kawasan Kuala Krau di Nadi Kota dekat sini.
Pakatan Rakyat ujarnya akan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum warna kulit dan agama.
Kata beliau kebimbangan Dr Mahathir akan dipenjara itu membayangkan bekas perdana menteri itu mulai gerun BN akan kalah dalam dalam pilihan umum ke-13 akan datang.
Sebelum ini, kata Mohamad belum pernah Dr Mahathir melahirkan kebimbangan sebegitu rupa.
Menurutnya lagi, jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah beberapa isu besar yang menjadi tanda tanya dan persoal kepada rakyat seperti isu wanita Monggolia yang dibunuh dan di letupkan, Altantunya Saribu akan terjawab.
Isu berkenaan sehingga kini belum terjawab dan masih menjadi persoalan kepada masyarakat dunia kerana kematianya dikatakan mempunyai kaitan dengan pemimpin ahli perniagaan dan politik Malaysia.

Sumber HD : 29/06/2012
Blogger pro-Umno terus serang NST
Harakahdaily, | 03 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Selepas menyerang Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Jalil Hamid ekoran berita dalam Berita Harian yang menyiarkan berita simpati kepada bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, blogger pro Umno tidak berpuas hati nampaknya.
(Gambar yang disiarkan blog pro-Umno ketika menyerang NST)
Hari ini, blog Unspinner itu menyerang Jalil lagi dengan berkata, serangan mereka kepadanya adalah serius, bukan main-main.
"Ia bukan sebarangan dan hanya teguran saja seperti di lembutkan Rocky Bru," tulis posting Unspinner hari ini.
Semalam, blogger ini menyiarkan berita yang menyerang Jalil ekoran laporan Berita Hairan yang menyiarkan kenyataan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang mendakwa beliau dipecat.
Jalil dituduh mensabotaj Perdana Menteri, Datuk Seri Najib apabila menyiarkan berita itu.
Serangan blogger Umno hari ini bukan terhenti terhadap Jalil sahaja bahkan ia dikaitkan dengan beberapa editor kanan dan wartawan NST yang dianggap mereka tidak wajar dikekalkan.
Antara sebab lama adalah sama seperti bekas Ketua Kumpulan Pengarang Datuk Zainul Ariffin masih mengekalkan orang-orang Kalimullah dan seolah-olah mengekalkan pemikiran Neo-Liberal atau Melayu Liberal dalam NST dan BH, tulis Unspinner.
Menurut sumber NST, serangan terhadap Lee Siew Lan yang merupakan isteri kepada Leslie Lau, salah seorang penggerak utama The Malaysian Insiders (TMI), adalah wartawan Business Desk di NST tidak berapa kena.
Ini kerana, Lee Siew Lan yang didakwa pembocor rahsia tegar NST ke TMI itu sudah tidak ada lagi di NST.
Turut diserang adalah Zubaidah Abu Bakar yang dianggap "Wartawan yang jelas-jelas pro PAS dan pembangkang."
"Syed Nazri pula apa perlu dikekalkan lagi? Dia hanya mengambil gaji buta dan tidak buat apa-apa? Bukankah lagi elok diangkat dan dinaikkan pangkat wartawan dari dalam.
"Dia pun adalah pembodek Kalimullah dahulu," tulis blogger itu yang turut menjadikan Syed Nazri sebagai sasaran.
Bertambah teruk lagi, kata blog itu, adalah Jalil Hamid membawa balik seorang kuat Kalimullah yang telah berhijrah ke Astro awani sebagai Editor-in-chief, Azizi Othman untuk jawatan Executive Editor Special Project.
"Special project apa itu? Project sabo PM ke?" soal blogger itu.
Menurut blog itu juga, Datuk Jamaludin Jarjis (JJ) yang kini dikatakan pengarah 'War Room' Najib, juga marah kepada Jalil Hamid.
"Satu lagi sebab ada berkaitan dengan kisah pembocoran kononnya pertemuan Datuk Dr Jamaluddin Jarjis dengan pasukan NST bahawa seolah-olah 5 perkara utama BN adalah Felda, NFC, AirAsia-MAS, gaji kakitangan kerajaan dan NFC.
"Difahamkan Jalil Hamid adalah orang yang membocor dan membuat cerita sedemikian hingga JJ menjadi marah," tulis blog itu lagi.
Itu sebab NST kini tidak membantu langsung peranan penerangan kerajaan dan komukasi politik Umno dan BN.
"Mereka hanya pelapor saja dan tidak dipercayai untuk menjalankan apa saja gerak gempur," tulis blog itu.
Sumber HD : 3/07/2012
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata tindakan Pemuda Umno Kelantan dan NGOnya yang mengkritik kelewatan pembangunan Lembah Sireh juga dilihat sebagai menutup kelemahan diri sendiri.
“Antaranya kelewatan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua, ketirisan projek, terbengkalai dan berbagai lagi kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.
“Kerana nak menutup kelemahan diri, mereka menyerang kerajaan negeri terutama masaalah air, pembangunan Lembah Sireh dan berbagai lagi walaupun ianya bukan suatu isu dan tidak berlaku masaalah,”ujarnya.
Zailah berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas tindakan Pemuda Umno Kelantan dan NGO Ombak projek pembangunan Lembah Sireh lambat siap dan SPRM perlu melakukan siasatan.
Beliau turut menempelak tindakan Umno itu seumpama ‘mengangkat dulang paku serpih, mengata negeri orang negeri dia yang lebih cacamerbanya.
Sambungnya, parti itu perlu menyemak di setiap negeri lain sebelum mengkritik Kelantan dalam semua hal sama ada masalah air, projek pembangunan yang banyak tertangguh sehingga terpaksa disuntik berulang kali untuk mendapatkan dana baru.
“Sebelum menekan Kelantan dalam masaalah air, cuba kaji dulu di negeri Pahang, Sabah dan Sarawak, bagaimana keadaan air di negeri yang diperintah Umno dan BN,”ujarnya.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebelum ini ketika mengulas perkara itu memberitahu pemimpin parti itu telah bertukar antara orang gemuk dan sembab, malah berdiam diri soal kelewatan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua.
Sumber HD - 2-11-2012

Umno, NGO perlu baiki rumah sendiri dahulu
Salmah Mat Husain|Foto Zam Zamani, | 03 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Umno dan NGO pro parti itu diminta memperbaiki kedudukan rumah tangga sendiri terlebih dahulu sebelum mencari kesilapan pihak lain, kerana kesannya begitu buruk apabila terkena diri sendiri.
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata tindakan Pemuda Umno Kelantan dan NGOnya yang mengkritik kelewatan pembangunan Lembah Sireh juga dilihat sebagai menutup kelemahan diri sendiri.
“Antaranya kelewatan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua, ketirisan projek, terbengkalai dan berbagai lagi kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.
“Kerana nak menutup kelemahan diri, mereka menyerang kerajaan negeri terutama masaalah air, pembangunan Lembah Sireh dan berbagai lagi walaupun ianya bukan suatu isu dan tidak berlaku masaalah,”ujarnya.
Zailah berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas tindakan Pemuda Umno Kelantan dan NGO Ombak projek pembangunan Lembah Sireh lambat siap dan SPRM perlu melakukan siasatan.
Beliau turut menempelak tindakan Umno itu seumpama ‘mengangkat dulang paku serpih, mengata negeri orang negeri dia yang lebih cacamerbanya.
Sambungnya, parti itu perlu menyemak di setiap negeri lain sebelum mengkritik Kelantan dalam semua hal sama ada masalah air, projek pembangunan yang banyak tertangguh sehingga terpaksa disuntik berulang kali untuk mendapatkan dana baru.
“Sebelum menekan Kelantan dalam masaalah air, cuba kaji dulu di negeri Pahang, Sabah dan Sarawak, bagaimana keadaan air di negeri yang diperintah Umno dan BN,”ujarnya.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebelum ini ketika mengulas perkara itu memberitahu pemimpin parti itu telah bertukar antara orang gemuk dan sembab, malah berdiam diri soal kelewatan pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua.
Sumber HD - 2-11-2012
No comments:
Post a Comment