Forum bahaya fitnah Ahad ini |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 April: Tiga tokoh agama, Hasyim Yahya (mantan Mufti WP) , Datuk Syeikh Abdul Halim Kader (YDP PUM) dan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin akan bergabung tenaga bagi membincangkan isu bahaya fitnah.
SS Datuk Hashim Yahya - Mantan Mufti WP
SS Datuk Sheikh Abdul Halim Kadir - YDP PUM
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin - Mantan YDP PUM / AJK PAS Pusat
Cikgu Azmi Abdul Hamid - Pengerusi Teras
Majlis yang akan berlangsung 17 April ini akan dipengerusi oleh Cikgu Azmi Hamid (Teras) Forum bertajuk Bicara ulama bahaya fitnah dan implikasi kepada maruah ummah ini akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi manakala sebelum itu akan diadakan solat hajat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2797:forum-bahaya-fitnah-ahad-ini&catid=34:primary&Itemid=56
Qazaf: Syarahan Dr Wahbah Az Zuhaily 14 Mei |
Harakahdaily |
SS Dr Wahhab Azzuhaily - Ulama Syria
SHAH ALAM, 10 Mei: Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sumpah dan Qazaf’ di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini. Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.
Logo PUM
Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Logo ABIM
Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf. Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam. Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah. Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam. Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi. Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3201-qazaf-syarahan-dr-wahbah-az-zuhaily-14-mei
FORUM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2011
TARIKH : 20 MEI 2011
TEMPAT : MASJID BATU 16, DUSUN TUA, HULU LANGAT
Konvensyen Ahli Parlimen Islam Sedunia (IFIP) ke 2 di Langkawi
Tema konvensyen kali ini adalah "Tuntutan Perubahan dan Pemulihan Demokrasi".
Antara peserta yang hadir adalah dari Algeria seramai 40 peserta, Mesir (20), Indonesia (18), Palestin (8), Jordan (6), Sudan (6), Magribi (6), Iraq (7), Bahrain (2), Somalia (2), Kuwait (2), Pakistan (1), Thailand (3), Iran (1), Yemen (2), Tajikistan (1), Republic Chad (1), Ahli Jawatankusa Muntada (6) dan Malaysia (6).
Setibanya peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mereka disambut mesra oleh sekreteriat program untuk dibawa ke Hotel Meritus.
Antara peserta yang hadir adalah dari Algeria seramai 40 peserta, Mesir (20), Indonesia (18), Palestin (8), Jordan (6), Sudan (6), Magribi (6), Iraq (7), Bahrain (2), Somalia (2), Kuwait (2), Pakistan (1), Thailand (3), Iran (1), Yemen (2), Tajikistan (1), Republic Chad (1), Ahli Jawatankusa Muntada (6) dan Malaysia (6).
Setibanya peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mereka disambut mesra oleh sekreteriat program untuk dibawa ke Hotel Meritus.
Hotel Meritus Langkawi
Pada malam tersebut diadakan majlis makan malam bersama Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk meraikan peserta-peserta tersebut.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - MB Kedah
Di majlis tersebut peserta ditayangkan dengan video pencapaian Kerajaan Negeri Kedah yang terkini.
Keesokannya iaitu sehari sebelum Konvensyen bermula, peserta-peserta dibawa ke melawat ke sekitar Pulau Langkawi antaranya di kawasan Kilim Cast Geoforest Park Langkawi, Gua Kelawar, Fish Farm, Eagle Wacthing, menaiki Cabel Car ke Gunung Machincang.
Selepas solat zohor, peserta di bawa ke MARDI Langkawi untuk menikmati buah-buahan tempatan antaranya buah rambutan, durian, nenas, dan kelapa.
Dalam majlis jamuan tersebut jelas kelihatan kemesraan antara Ustaz Azizan dengan peserta-peserta apabila mereka tidak melepaskan peluang tersebut untuk bergambar bersama beliau.
Pada hari kedua pula, konvensyen dimulakan dengan ucaptama oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Persiapan Konvensyen, Ustaz Nasruddin Mat Isa, diikuti dengan ucapan Ustaz Azizan Abdul Razak dan Presiden IFIP, Dr Abdul Majid Munasoroh.
Konvensyen pada hari tersebut membincangkan tajuk Masa Depan Isu Palestin Berdasarkan Perspektif Reformasi Perubahan.
Di sebelah malam pula, diadakan majlis makan malam ditepi pantai dan majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan syair daripada peserta dan urusetia program.
Manakala pada hari ketiga pula, program diteruskan untuk membincangkan pelbagai tajuk antaranya adalah Menghadapi Bahaya Proses ‘Mengyahudikan’ Al-Quds dan Membantu Ahli-Ahli Parlimen Al-Quds.
Disebelah malam diadakan majlis penutup serta perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.
Jawatankuasa baru IFIP 2011 adalah Husain Mohamad Ibrahim dari Mesir dilantik sebagai Presiden, Nasir Assoni’ dari Kuwait dilantik sebagai Timbalan Presiden 1, Abdul Qodir A’maroh dari Moroco sebagai Timbalan Presiden 2 dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dari Malaysia dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa yang baru.
Para peserta melahirkan rasa gembira dengan layanan serta perkhidmatan yang diberikan dan mereka turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama urusetia program.
Sumber Utaraonline.net : 144/07/2011
Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad | | Print | |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 27 Sept: Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi pada wacana 'Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula' anjuran Sinar Harian hari ini bakal di manupulasikan oleh media arus perdana. Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara. Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya. "Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini. "Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin. Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat. "Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya. "Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir. "Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi. Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap. "Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut. "Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak. "Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah. Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5637-media-perdana-bakal-manipulasi-kenyataan-puad
Wacana Sinar Harian : You tube (1) - http://www.youtube.com/watch?v=GbtwqmD4T8I
Wacana Sinar Harian : You tube (2) - http://www.youtube.com/watch?v=uHOsYHMwRBo
Wacana Sinar Harian : You tube (3) - http://www.youtube.com/watch?v=snsyEks_yWE
|
Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya
YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah - Exco Kelantan
SS Mohd Isa Abdul Ralip - Presiden PPSM
Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah - Pensyarah UPM
Dr Maszlee Malik - Pensyarah UIAM
Bahagian I : http://www.youtube.com/watch?v=RK9X5zSA8ms
Bahagian II : http://www.youtube.com/watch?v=xD8hldF-PXQ
Bahagian III : http://www.youtube.com/watch?v=2Q3mnT1Bftk
Presiden PAS di forum bicara asia barat esok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan program "Bicara Asia Barat" yang kan berlangsung di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam malam esok esok. Dengan tajuk "Lakaran Masa Depan", forum tersebut bakal menampilkan empat orang panel iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir Dr Mehdi Akif, wakil kerajaan Hamas Palestin Ahmad Al Najjar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan. Program tersebut akan bermula jam 8.30 malam dan semua orang ramai dijemput hadir. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/6279-presiden-pas-di-forum-bicara-asia-barat-esok
Wacana Pilihanraya: Husam lawan Nazri |
Aslani M |
KOTA BHARU, 1 Dis: Selepas program Debat Perdana yang disiarkan TV1 berkubur, orang ramai kini tidak lagi dapat menyaksikan wacana yang mengupas pelbagai isu politik. Program yang disiarkan secara langsung itu hanya muncul seketika semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara. Ini sesuai dengan sikapnya lebih terbuka. Begitu juga program Hujjah yang diterbit TV9, berjaya menarik minat orang ramai. Namun Hujjah yang dihidupkan kembali dengan versi baru sekarang kelihatan tidak bermaya. Pentas diskusi, wacana dan debat seperti itu hanya sekali sekala diadakan di dewan tertutup dan tiada lagi siaran langsung kecuali melalui internet. Kumpulan Karangkraf dan beberapa pihak lain termasuk kerajaan Kelantan masih mempertahankan debat terbuka mengupas isu semasa yang berlaku. Ruang untuk rakyat mendapat maklumat secara telus melalui media elektronik kini semakin sempit di bawah kepimpinan negara sekarang. Kalau ada wacana sekali sekala pun di TV1 dan TV9, panelis jemputan hanya dari kelompok yang sama. Tiada lagi diskusi terbuka yang lebih matang dan mendebarkan. Maka mengambil kira kepincangan itu kerajaan Kelantan sejak tiga tahun lalu menganjur wacana perdana dengan mengupas isu kritikal membabit panelis daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan NGO. Dan pada 8 Disember ini sekali lagi wacana ’panas’ akan diadakan bakal mengupas isu bertajuk ”Pilihan Raya Bersih dan Adil : Realiti Atau Ilusi?” Pengarah program Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota Exco, Datuk Husam Musa dijemput sebagai ahli panel wacana berkenaan. Manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Program itu dijangka bermula jam 9 malam akan diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, merupakan siri kelapan. Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, turut mendapat kerjasama Harakah, Malaysiakini dan KTV sebagai media rasmi. Selain itu Rekabentuk Grafik dan Muslim Life. Ahmad Baihaki berkata, wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui mykelantan.tv. ”Sebanyak tujuh siri wacana yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga melimpah ke luar dewan. ”Ini menggambarkan orang ramai amat mengharap program seumpama itu bagi mendengar kupasan isu semasa yang berlaku secara matang dan sihat,” ujarnya. Antara panelis dari Umno yang pernah diundang termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pegawai JASA, Lokman Nor Adam. Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affandi Yusof dan bekas Pengerusi Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad. |
Dapat hak media tradisi dengan buat bising
Salmiyah Harun, | 12 Mei 2012 |
(Penal forum anjuran Kami...Lutfi, A Kadir Jasin, Fathi Atis, Ambalagan dan Hanipa - foto Mohd Nasir Sudin)
KUALA LUMPUR: Media alternatif boleh 'membuat bising' untuk menuntut hak mereka agar diberi ruang dalam media rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penerangan Malaysia.
Demikian tegas mantan Ketua Pengarang News Street Times (NST) Datuk A.Kadir Jasin dalam Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami).
Jelasnya, media alternatif termasuk media yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat dan pembangkang adalah pembayar cukai.
"Media rasmi seperti RTM dan Jabatan Penerangan boleh dipaksa beri ruang kepada semua pihak kerana mereka bayar cukai," katanya di hadapan kira-kira 100 orang pengamal media.
Bagaimanapun, beliau tidak menyangka akhbar arus perdana dan media rasmi kerajaan akan memberi layanan adil dan sama rata untuk parti lain.
Terdahulu, Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) V. Ambalagan turut menyuarakan pandangan yang sama, pembayar cukai mesti diberi akses dalam media rasmi.
"Media swasta cetak dan elektronik seperti Astro, TV3 dan radio sudah tentu tidak boleh akses, tapi media rasmi seperti RTM mereka boleh tuntut," katanya.
Sementara itu, Kadir percaya media tradisional tidak akan berlaku adil sebaliknya akan terus mewar-war BN dan memberi negatif kepada Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, katanya Pakatan Rakyat tidak akan terjejas dalam PRU nanti walaupun media tradisional tidak memberi ruang kepada mereka.
"Dalam PRU 2008, media baru menjadi media utama kepada Pakatan Rakyat akhirnya berlaku tsunami politik," katanya.
Ekoran itu, tambahnya BN mengakui dan mengiktiraf pentingnya media baru sehingga memastikan calon-calon pilihan raya nanti mahir dalam media baru itu.
Pengaruh media tradisional merosot dengan teruk pada PRU 2008 oleh kerana laporan yang tidak adil menyebabkan rakyat menumpu kepada media online.
Sumber HD : 12/05/2012
No comments:
Post a Comment