Cabaran getir PAS Selangor pertahan kerajaan
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2884:cabaran-getir-pas-selangor-pertahan-kerajaan&catid=34:primary&Itemid=56
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3151-rampas-selangor-untuk-baham-khazanah-negeri
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR / Ketua Pembangkang / AP Permatang Pauh
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3148-najib-jangan-cabar-kami--pkr-selangor
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3154-penasihat-ekonomi-pemuda-pas-mahu-anwar-teruskan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3193-40-rmm-untuk-pembeli-35-tahun-ke-bawah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3203-pkr-dakwa-kdn-bantu-umno-rampas-selangor
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3291-amk-selangor-bersiap-tawan-20-dun-bn
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3292-pakatan-rakyat-tidak-mengkayakan-pemimpin
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3325-banyak-lagi-taktik-kotor-umno-rampas-selangor
UMNO/BN Selangor tiada keupayaan untuk ambil semula Selangor!
Oleh Shuhaimi Haji Shafiei
UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.
Sumber DD (12//06/2011) : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=14340
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/6564-iklan-haram-selangor-bertindak-tegas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6604-noh-jangan-berpolitik-dalam-isu-rakyat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6634-pembangunan-selangor-sedia-kerjasama-dengan-pusat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6678-umno-selangor-bawa-36-isu-lapuk
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6843-pr-jawab-tuduhan-umno-dalam-rapat-malam-ini
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6893-selangor-lantik-perunding-antarabangsa-kaji-pencemaran-sungai
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6910-selangor-agih-rm156-juta-bantuan-fasa-2-srjkc
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6917-syabas-tarik-balik-saman-terhadap-mb-selangor
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6918-selangor-alu-alukan-pandangan-rakyat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6996-gugur-hasan-ali-hanya-fitnah-utusan
PAS nafi laporan Utusan : http://www.youtube.com/watch?v=4qEJDAUujeE&feature=channel_video_title
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7093-video-klip-hina-hudud-noh-mesti-bertindak
PAS Selangor perjelas isu Hasan Ali : http://www.youtube.com/watch?v=51fixpCVYTQ
PR tiada rancanagan tukar MB Selangor : http://www.youtube.com/watch?v=Tp4VNtYrJXM
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7298-pakatan-bagi-kek-khir-bagi-penyapu
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7305-rakyat-selangor-selesa-tiada-sebab-tukar-kerajaan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7314-cat-flat-samudera-pakatan-belanja-rm360-ribu-sahaja
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7339-80000-sertai-countdown-2012-kerajaan-selangor
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7367-kontraktor-kutipan-sampah-selangor-diugut
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7372-sayangi-selangor-tolak-umno-bn
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/tamu-a-wawancara/7383-sepetang-bersama-khalid-ibrahim
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7401-noh-diminta-hentikan-sabotaj-kutipan-sampah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7422-kajian-pas-diyakini-mampu-jaga-kepentingan-melayu
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7450-pembohongan-najib-grand-design-kotor-umno
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 20 April: PAS Selangor bersedia menghadapi cabaran berhadapan dengan hasrat semua pihak untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan negeri paling maju di Malaysia ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan pilihan raya depan sebagai sangat getir dengan segala cubaan musuh untuk berkuasa semula. Dr Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata demikian ketika berucap melancarkan Skim Waqaf Bangunan PAS tiga tingkat bernilai RM1.3 juta, di sini malam tadi. Menurutnya, bangunan yang bakal menjadi pemangkin utama pusat gerak kerja seluruh petugas semua peringkat itu amat perlu disegerakan. "Harapan besar kita agar segala impian ini akan dapat menjadi realiti dalam masa terdekat. "Syukur kerana bayaran 10 peratus daripada bayaran itu telah disumbangkan oleh sahabat kita, Datuk Kapten (B) Abu Zahar Hashim. "Moga sumbangan permulaan sangat hebat ini menjadi perangsang kepada semua pihak untuk tingkatkan usaha mencari sumber kewangan berkaitan," tegasnya. Untuk rekod, Abu Zahar adalah bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter, menyertai PAS pada 24 Disember 2008. Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian itu kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak (ketika itu) menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Manakala bangunan PAS pula terletak di Alam-I berhampiran Kompleks Perniagaan World Wide, dekat sini. Menerusi sesi bidaan pertama yang dijalankan oleh Dr Hasan sendiri bagi mencari pembeli paling mahal untuk tanah seluas satu perenam yang asalnya berharga RM50 akhir berjaya mencapai RM10 ribu. Pembida yang bernasib baik itu adalah Haji Shafie dari kawasan Serdang. Sementara itu, kehadiran pimpinan semua PAS kawasan seluruh negeri termasuk Ahli Parlimen, Adun-adun termasuk kalangan korporat serta semua individu prihatin membangkitkan semangat penganjur. Pengerusi Jawatankuasa Bangunan PAS negeri, Ir Iskandar Abdul Samad merangkap Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor kelihatan ceria dan bersalaman dengan hadirin walau kakinya sedang sakit. Turut kelihatan adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor era 1980-an, Haji Mohsinon Tahir, bekas Ketua Dewan Ulamak negeri sezaman, Ustaz Omar Hashim, Exco, Dr Hajah Halimah Ali dan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mewakili kaum Cina dan India. Ketika hadirin enak menikmati hidangan makan malam, mereka dihiburkan dengan hiburan mendidik jiwa dari Kumpulan Nasyid Wildan yang turut dendangkan lagu Tamil yang bakal dilancarkan di Chennai, India. Dalam pada itu, Hasan berkata, meskipun bayaran bulanan sebanyak RM37 ribu atau RM1,200 sehari namun akan berusaha untuk segera selesaikan. "Kita tidak mahu terikat dengan isu bayar lama ini kerana banyak lagi usaha dan program yang perlu dilakukan," jelasnya. Kerjasama semua pihak mencari sumber kewangan bakal menyelesaikan hal berkaitan, tegasnya. Di akhir majlis, Iskandar menyampaikan sijil dan buku resit kepada dewan-dewan dan semua wakil PAS kawasan untuk mereka sampaikan hasrat besar ini ke seluruh peringkat. Beliau juga memaklumkan satu lagi majlis makan malam besar-besaran akan diadakan dalam masa terdekat bakal dihadiri oleh Presiden dan Mursyidul Am PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2884:cabaran-getir-pas-selangor-pertahan-kerajaan&catid=34:primary&Itemid=56
Rampas Selangor untuk baham khazanah negeri |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Pakatan Rakyat wajib mempertahankan Selangor dan Negeri Pakatan Rakyat yang dimenangi pada 8 Mac 2008, malahan mesti berusaha untuk memerintah peringkat kerajaan pusat. Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
“PAS hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma? “Apakah amalan zalim warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?” soalnya dalam satu kenyataan. Beliau juga mempersoalkan apakah amalan zalim setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100, apabila berumur 18 tahun wang terkumpul sebanyak RM1,500. Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Najib supaya bercakaplah terus terang kepada rakyat Selangor bahawa memberi kembali Umno BN mandat untuk memerintah Selangor supaya pemimpin Umno dapat membaham khazanah negeri. Ini, ujarnya kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek. “Beri tahu kepada rakyat Selangor jika Umno perintah Selangor, kami (pemimpin Umno) akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3151-rampas-selangor-untuk-baham-khazanah-negeri
Najib jangan cabar kami – PKR Selangor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Mei: “Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami, Keadilan dan Pakatan Rakyat Selangor. “Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun,” tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar).
YB Zuraida Kamarudin - Ketua Wanita Keadilan / AP Ampang
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam malam semalam. “Saya ingin mengingatkan Najib agar jangan pernah berani cabar kami. Jangan jadi penderhaka kepada rakyat Selangor,” katanya yang juga Ketua Wanita PKR. Tambahnya, melalui ucapan itu, jelas membuktikan bahawa Najib kini sudah terlalu desperado (terdesak) dan sudah gila kepingin mahu memerintah Selangor. Malah, katanya secara terang-terangan telah menunjukkan bahawa beliau akan bermain cara kotor demi merampas Selangor. “Saya yakin beliau akan menggunakan cara yang lebih teruk berbanding di Perak. “Saya mahu mengingatkan Najib, Kerajaan Selangor yang dipilih adalah berdasarkan atas mandat pilihanraya yang adil dan bersih,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang. Maka, katanya niat Najib mahu merampas dengan cara kotor adalah suatu penghinaan dan penderhakaan kepada autonomi rakyat Selangor. “Jika benar-benar Najib, yang juga selaku Perdana Menteri mahu merampas Selangor, dan seorang pemimpin yang berani berhadapan dengan rakyat, saya mencabar beliau untuk bersedia berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen saya, yakni di Ampang dan saya sendiri sedia menjadi penganjur utamanya,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3148-najib-jangan-cabar-kami--pkr-selangor
Penasihat Ekonomi: Pemuda PAS mahu Anwar teruskan |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 7 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tetap mahukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri.
Sdr Mohd Sany Hamzan - Timbalan Ketua DPPNS
Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana telah terbukti kecemerlangan ekonomi Selangor ditunjukkan selepas pelantikan Anwar memegang jawatan tersebut melalui peningkatan jumlah pendapatan negeri dari tahun ke tahun. Katanya, kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan pencapaian baik dari sudut ekonomi dibuktikan melalui lebihan pendapatan sebanyak RM124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010. Tambahnya, manakala hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus. “Ekonomi yang melonjak ini ditunjukkan melalui pengurusan kewangan yang telus dan baik, di samping dasar ekonomi negeri yang menjurus kepada mesra pelaburan dan ekonomi mesra rakyat negeri ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini. Ini, ujarnya termasuk dasar program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan negeri ini antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini. Ini juga, katanya disokong oleh pelbagai lagi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Pendidikan. Justeru, tegasnya DPPNS menolak sebarang bentuk perbuatan politik lucah di negara ini dan kita menuntut politik hujah. Menurutnya, apa yang berlaku kepada Anwar adalah permainan jahat pihak-pihak tertentu yang kini melihat Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3154-penasihat-ekonomi-pemuda-pas-mahu-anwar-teruskan
40% RMM untuk pembeli 35 tahun ke bawah |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Ketika Umno BN sedang rancak menyusun pelbagai fitnah termasuk mengatakan kerajaan Selangor menzalimi rakyat dalam rangka menawan kembali negeri itu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus menyusun pelbagai program untuk membantu dan membela rakyatnya. Terbaru, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan 40 peratus rumah mampu milik (RMM) yang diperkenalkannya akan dikhaskan untuk pembeli berumur 35 tahun ke bawah.
YB Ir Iskandar Samad - Exco Perumahn,Pengurusan Bangunan dan Setinggan /
ADUN Chempaka
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan, rumah mampu milik yang telah diperkenalkan itu berkeluasan antara 750 hingga 850 kaki persegi dan berharga antara RM69,000 hingga RM100,000 seunit. Menurut beliau, rumah-rumah tersebut dalam bentuk pangsapuri akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju-pemaju swasta yang bersetuju menyertai program itu. Katanya, lebih 2,000 unit rumah akan dibina di pelbagai lokasi di Selangor dengan fasa pertama akan dilancarkan di Bangi pada 31 Mei depan. "PKNS juga telah mengenal pasti 6 tapak untuk membina rumah-rumah mampu milik itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini. Rumah-rumah mampu milik itu, menurut beliau, adalah untuk mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan. "Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengawal jualan rumah mampu milik itu agar hanya mereka yang layak dapat membelinya," katanya.
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Sehubungan itu, jelas beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menganjurkan Seminar Rumah Mampu Milik pada 5 Julai ini di SACC Convec, Shah Alam. "LPHS dan PKNS akan mengendalikan seminar ini dan akan membentangkan rekabentuk-rekabentuk rumah mampu milik yang telah dihasilkan oleh PKNS," katanya. Beliau yang juga Adun Chempaka memberitahu, tujuan seminar itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap rekabentuk-rekabentuk yang telah dihasilkan itu. "Para pemaju, para profesional, ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput ke seminar tersebut," jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3193-40-rmm-untuk-pembeli-35-tahun-ke-bawah
PKR dakwa KDN bantu Umno rampas Selangor |
Harakahdaily |
YB Pn Zuraida Kamarudin - Ketua Wanita PKR /
Timbalan Pengerusi PKR Selangor
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jelas, katanya taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
“Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Malah, beliau juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan Najib. Katanya, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi. Tambahnya, taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal. “Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Datuk Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini,” ujarnya yang juga ahli parlimen Ampang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3203-pkr-dakwa-kdn-bantu-umno-rampas-selangor
AMK Selangor bersiap tawan 20 Dun BN |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Barisan kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dan cabang-cabang di negeri itu bersiap siaga menawan 20 kawasan Dun yang telah dikenal pasti.
Sdr Mohd Saifullah Moh Zulkifli - Ketua Penerangan AMK Selangor
Ketua Penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, ini berdasarkan strategi dan perkiraan kekuatan kelemahan bagi menawan 20 kawasan Dun yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pasca PRU-12 pada 2008 yang lalu. Katanya, daripada 20 kawasan Dun itu, pihak jawatankuasa pilihan raya dan penerangan AMK Selangor telah mengenal pasti 17 kawasan Dun BN yang mempunyai peluang cerah untuk menangi oleh Pakatan Rakyat. Menurutnya, jentera Angkatan Muda Keadilan cabang-cabang di Selangor pasca pemilihan 2010 telah memberi nafas baru AMK dengan mengangkat gandingan tokoh-tokoh muka baru dan lama. “Selain daripada itu, latihan dan persediaan jentera AMK yang giat dijalankan memberikan keyakinan cerah kepada parti dan rakyat di dalam 20 Dun ini berhadapan dengan pilihanraya akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, selain daripada struktur dalam Angkatan Muda Keadilan yang semakin kukuh, isu-isu penyelewengan dan politik fitnah Umno membuatkan pengundi terutama pengundi melayu di luar bandar muak kepada BN dan simpati kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Lebih malang lagi, katanya salah urustadbir ekonomi dengan kenaikan harga barang dan minyak menekan kos sara hidup rakyat terbanyak yang secara senyap bangun menuntut perubahan. Katanya, kumpulan sasaran yang paling terkesan kerana ketamakan Umno BN itu adalah sekitar 700,000 pengundi muda bawah 39 tahun. Beliau menambah, pihaknya lebih yakin dapat menawan 20 kawasan Dun itu kerana prestasi buruk Datuk Seri Noh Omar dan kelembapan Pemuda Umno Selangor yang sehingga hari ini bertelagah dan berpecah sesama sendiri. “Angkatan Muda Keadilan Selangor dengan ini, beriltizam dan bertekad merampas 20 Dun Barisan Nasional dan pertahankan 36 Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam berhadapan PRU-13 yang semakin hampir dengan strategi menawan hati rakyat,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3291-amk-selangor-bersiap-tawan-20-dun-bn
Pakatan Rakyat tidak mengkayakan pemimpin |
Fakhri Ali |
TASEK GELUGOR, 15 Mei: Pakatan Rakyat (PR) bukannya parti untuk mengkayakan pemimpin sebaliknya memberi pembelaan dan kesejahteraan kepada rakyat. "Apabila melihat Barisan Nasional (BN) tidak mampu untuk memberi keselesaan dan menjaga kebajikan majoriti rakyat, maka PR menawarkan diri untuk menjadi pengganti,” kata ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ketika menyampaikan ceramah di pentas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Pekan Darat, Teluk Air Tawar, malam tadi.
YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - Pengarah PR DPPP / AP Jerai
Ini, katanya ditambah dengan pelbagai keburukan, kejelekan, kejahatan dan ketidakwajaran BN untuk mentadbir dengan baik, maka kini sudah sampai masanya untuk rakyat memberi kepercayaan kepada PR untuk menggalas amanah itu. Tambahnya lagi, sejak tiga tahun yang lalu, pentadbiran semua negeri-negeri yang diterajui kepimpinannya oleh PR telah terbukti mengatasi sistem dan dasar pemerintahan yang dibawa oleh BN selama lebih 53 tahun. Justeru itu, katanya reformasi yang akan datang adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan bagi menyahkan kepimpinan yang tidak menepati kehendak rakyat dan juga tuntutan agama Islam yang sebenar. Menurutnya lagi, dengan demikian sama ada ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), semua pemimpin PR akan menjadi hamba untuk membela nasib rakyat. Katanya, wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) bukan saja menjadikan rakyat sebagai tuan, tetapi memberi kelainan dalam sistem pemerintahan sekiranya berjaya untuk merealisasikan aspirasi untuk menerajui tampuk pemerintahan Pusat nanti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3292-pakatan-rakyat-tidak-mengkayakan-pemimpin
Banyak lagi taktik kotor Umno rampas Selangor |
Harakahdaily |
AMPANG, 17 Mei: PKR Selangor telah bersedia untuk mendedahkan satu persatu penyelewengan dan taktik kotor Umno untuk merampas Selangor pada bila-bila masa. “Maka, saya peringatkan kepada Noh Omar, mahupun pimpinan Umno lain jangan pernah cabar kami,” tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar).
YB Puan Zuraidah Kamarudin - Timbalan Ketua Perhubungan PKR Selangor
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia Online semalam, 16 Mei mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) terdesak hingga sanggup melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas bagi memberi gambaran buruk kepada Umno berikutan pendedahan terbarunya mengenai pemberian 2,000 status kerakyatan haram buat PATI dan warga asing.
YB Datuk Noh Omar - Timbalan BPUS
Baginya, kenyatan itu adalah suatu bukti bahawa Noh Omar seorang pemimpin ‘Melayu mudah lupa’ yang Tun Mahathir pernah ungkapkan dahulu. “Noh Omar Melayu mudah lupa apabila lupa hakikat bahawa Umno Hulu Selangor kini dalam mood kecewa kerana sebelum PRK Hulu Selangor lalu, bukankah wakil dari pemimpin Umno yang sepatutnya bertanding, tetapi Perdana Menteri ‘mengkhianati janji’ dan akhirnya telah memberikan kerusi terbabit kepada MIC,” ujarnya yang juga Ketua Wanita PKR dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Tambahnya, Noh adalah Melayu mudah lupa apabila lupa hakikat bahawa BN hanya menang tipis pada PRK lalu dengan majoriti hanya 1,725 undi. Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, jika pertambahan 2,000 undi haram dari PATI dan warga asing yang disenaraikan, pastinya kedudukan BN akan lebih kukuh.
YB P. Kamalanathan - AP Hulu Selangor
Noh, ujarnya mudah lupa apabila lupa hakikat bahawa Umno dan MIC Hulu Selangor kini sedang berentakan, sehingga Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan sendiri tidak mendapat kerjasama dari Umno Hulu Selangor dalam sebarang program anjuran ahli Parlimen terbabit. “Noh Omar seharusnya sedar bahawa kini Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan penuh rakyat, termasuk kakitangan awam yang berani memberikan maklumat mengenai segala kepincangan yang sedang mereka lakukan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3325-banyak-lagi-taktik-kotor-umno-rampas-selangor
UMNO/BN Selangor tiada keupayaan untuk ambil semula Selangor!
Oleh Shuhaimi Haji Shafiei
UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang.
UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.
Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam!
KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata.
Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu.
Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang.
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (gambar kiri) benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini.
YB Sdr Azmin Ali - Pengerusi MPPN
KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan.
Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya.
Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri.
Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi.
Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda.
Sumber DD (12//06/2011) : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=14340
PKR Selangor hargai Dr Hasan, tahniah Dr Rani |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Jun: PKR Selangor senantiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini.
YB Shuhaimi Shafie - Ketua Penerangan PKR Selangor
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati. PKR Selangor sendiri, katanya sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca 2008 dan akan terus berubah demi rakyat.
YB Dr Abdul Rani Osman - Pesuruhjaya PAS Selangor
Sehubungan itu, ujarnya PKR Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Abd Rani Osman kerana telah dilantik memikul amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang telah banyak menabur jasa kepada Pakatan Rakyat terutama semasa menghadapi PRU 12 yang lepas.
YB Dato' Dr Hassan Ali - Mantan Pesuruhjaya
“Kecekapan Dr Hasan Ali menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar. “Kepadanya PKR Selangor kalungkan penghargaan atas khidmat cemerlang dan jasa yang telah ditaburkan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, PKR Selangor percaya perlantikan Dr Abd Rani bakal memberikan satu 'mimpi ngeri berpanjangan' kepada seteru politik bersama iaitu, Umno Selangor. “Sudah pasti mimpi ngeri ini berulangan hampir setiap malam kepada kepimpinan Umno hingga ke PRU 13 akan datang,” katanya yang juga Adun Sri Muda. Tambahnya, perlantikan itu juga memberi impak yang sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin PKR Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor. Katanya, komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen 'JELAS- Tawan Malaysia!' anjuran PKR Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini. Menurutnya, rombakan kepimpinan baru di dalam PAS Pusat mahupun PAS negeri merupakan kehendak akar umbi dan pembaharuan itu merupakan satu 'berita buruk' untuk Umno Selangor yang satu ketika 'gila talak' menghulur tangan 'perpaduan' yang keikhlasan sebenar mereka sudah dimaklumi rakyat. “Perubahan ini bererti nothah penamat sudah dimeterai,” katanya. Beliau menambah, PKR Selangor akan sentiasa menjaga amanah, hubungan perpaduan dan sokongan tidak berbelah bagi pada kepimpinan baru PAS Selangor agar hasrat bersama membenamkan Umno Selangor tercapai. “Pada PKR Selangor, siapa juga yang di pilih, mereka adalah pemimpin yang sangat komited dalam agenda memertabatkan hak rakyat. “Ia sama sekali tidak akan mengubah 'rasa' dalam Pakatan Rakyat, bahawa UmnoBN adalah seteru politik yang mesti dihapuskan, ditanam dan dikuburkan segera kerana 'bau yang ada sudah tidak tertahan!” katanya. |
Jom Shopping: BN minat tiru Selangor |
Aziz Muda |
SHAH ALAM, 3 Ogos: Langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperkenalkan skim Jom Shoping yang dikhaskan kepada warga emas di seluruh Selangor turut diminati pihak BN sehingga bertindak menirunya.
Menerusi skim Jom Shoping, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan sumbangan RM100 seorang kepada setiap warga emas rakyat Selangor untuk membantu mereka dari segi kewangan, khususnya untuk membeli belah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) menjelaskan, skim tersebut sememangnya suatu skim yang baik kepada rakyat dan kerajaan dan sejak diperkenalkan sudah banyak warga emas di Selangor yang menerimanya. Menurut beliau, tujuan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperkenalkan skim itu adalah untuk membantu rakyat, manakala untuk melaksanakannya, kerajaan mendapatkan dana khas dengan cara tersendiri. Katanya, begitu juga dengan skim-skim lain yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor yang juga dilaksanakan dengan dana yang diperolehi dengan cara tersendiri tanpa membabitkan wang rakyat. "Sekarang Jom Shoping untuk warga emas yang kita perkenalkan itu dah pun ditiru oleh kerajaan BN. Tak apalah kalau kerajaan BN nak tiru perkara baik yang kita buat itu. "Tapi dalam hal ini, kita nak ingatkan kepada kerajaan BN, janganlah pula guna dana pembayar cukai. Kalau nak tiru kita, buatlah seperti yang kita buat juga dengan tidak menggunakan dana pembayar cukai (dana rakyat)," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), di sini, semalam. Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.
Sidang media Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor sempena perbincangan dan persiapan bajet PR 2011
Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini. Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Khalid menjelaskan, belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan tahun ini dan tahun-tahun lalu tidak terdapat defisit kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sendiri sememangnya berusaha mengelakkan dari belanjawan yang mempunyai defisit.
Katanya, kalau defisit, kerajaan Selangor terpaksalah membuat pinjaman dengan Kerajaan Pusat, sedangkan kerajaan Selangor tidak boleh membuat pinjaman dengan Kerajaan Pusat.
"Untuk itu, kita tak perlu pinjam. Apa yang dapat, kita belanja. Begitu juga dengan lebihan RM200 juta dalam belanjawan kita yang lalu, kita akan belanja untuk kepentingan rakyat. "Hasil-hasil yang kita terima dah kita gunakan. Sekiranya kita memerlukan dana untuk membantu rakyat, kita akan gunakan syarikat-syarikat kita. "Syarikat yang kendalikan pasir baru-baru ini dah dapat untung RM20 hingga RM40 juta. Kita minta dari syarikat kita ini sedikit sumbangan untuk dana bagi membantu rakyat, termasuk untuk skim Jom Shoping bagi warga emas," katanya.
Tindakan seperti itu, jelas beliau, terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengelakkan belanjawan kerajaan negeri mengalami defisit, memandangkan belanjawan tersebut sudah tinggi.
|
Umno BN guna taktik kotor rampas Selangor |
Aziz Muda
|
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Sepuluh kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor telah dimenangi oleh BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, berdasarkan daftar pemilih kotor yang disediakan oleh SPR dengan kerjasama JPN.
Malah lebih jauh dari itu, berdasarkan daftar pemilih kotor yang membabitkan pengundi klon atau pengundian bertindih, BN juga sudah mampu menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada PRU Ke-13 akan datang.
Sdr Mohd Adram Musa - Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi DPPP
"Dari data yang kami miliki itu, didapati jumlahnya memang amat besar, malah suduh cukup untuk membolehkan BN menumbangkan Selangor dengan mudah dalam pilihanraya akan datang," katanya kepada Harakahdaily. Kewujudan daftar pemilih kotor itu, menurutnya, jelas membuktikan permainan politik kotor Umno BN di negara ini bagi mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya. Katanya, permainan kotor itu dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara tersusun dan terancang.
YB Datuk Seri Hishamudin Tun Husein - Menteri KDN
Dalam konteks Selangor pula, ia sealiran dengan arahan Perdana Menteri agar Umno BN melakukan apa sahaja bagi membolehkan parti itu merampas balik Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang. Untuk mengetahui kewujudan pengundi klon itu, Pemuda PAS berjaya mengesaninya setelah mengakses beberapa data pemilih menerusi laman web SPR dan JPN. Sebahagian hasilnya turut didedahkan menerusi media untuk pengetahuan orang ramai yang sekali gus untuk memberikan peluang kepada SPR dan kerajaan BN membetuli kesilapannya. Namun setelah permainan kotor itu berjaya dikesan, beliau menjelaskan, server JPN kini amat sukar diakses untuk mengesani pengundi-pengundi klon dan ia diyakini mempunyai muslihat tertentu berhubung dengannya. "Inilah yang menimbulkan persoalannya. Jika sebelum ini server JPN tidak mempunyai masalah, kenapa pula sekarang 'down' pula sehingga sukar untuk diakses oleh orang ramai?" ujarnya. Sehubungan itu, pihaknya memberikan masa selama 14 hari kepada SPR dan JPN untuk membetuli kesilapan itu dan sekiranya tidak, pendedahan demi pendedahan yang melibatkan permainan politik kotor Umno BN, SPR dan JPN akan terus dilakukan oleh pihaknya secara berterusan. |
K'tangan 'keras kepala' jejas pentadbiran S'gor
Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala” berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.
Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.
Kakitangan berkenaan, menurut laporan yang memetik Jayakumar sebagai berkata, "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri”.
Kabel nota diplomatik yang dihantar oleh kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kepada Jabatan Negara di Washington DC itu didedahkan oleh portal pembocor maklumat Wikileaks. Menurut laporan itu, Jayakumar juga mengadu pada September 2008 bahawa penjawat awam mempunyai "kesetiaan yang mendalam" terhadap bekas kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno.
Jayakumar juga dilaporkan memberitahu bahawa pegawai kanan kerajaan negeri juga mengingkari arahan kerajaan Pakatan supaya tidak merobohkan mana-mana tempat ibadat atau membenarkan papan iklan baru didirikan, kerana terdapat banyak aduan bahawa wang daripada papan iklan tersebut disalurkan ke dalam akaun persendirian.
ADUN Seri Andalas itu dalam pertemuannya dengan duta Amerika ke Malaysia pada 11 September tahun berkenaan berkata "kebanyakan kakitangan awam peringkat negeri "dibayar dan ditadbir oleh kerajaan persekutuan". Tindakan itu mengehadkan kuasa kerajaan negeri terhadap mereka

Sumber MK : 30/08/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5250-jais-dakwa-khalid-samad-kerana-tazkirah-tanpa-tauliah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5547-sambut-240-adun-bn-dengan-masihkah-kau-ingat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5917-pakatan-sokong-khalid-sebagai-mb-selangor
Kenyataan Akhbar TP/PKR : http://www.youtube.com/watch?v=soF0QmQMcM0
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5948-singkir-mb-selangor-cerita-karut
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/5966-penduduk-rayu-mb-selamatkan-qgreen-lungq
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6149-kuburkan-hasrat-bn-mahu-rampas-selangor
Ulasan GB
Kenyataan di atas sekaligus menjawab tuduhan UMNO/BN terhadap kerajaan negeri Selangor sedangkan sekalian banyak kelemahan-kelemahan dan penyelewengan-penyelwengan jabatan & kementerian kerajaan pusat mereka tidak ambil peduli.
Mereka sudah kehabisan modal.
Sumber Blog GB : 27/10/2011
Jais dakwa Khalid Samad kerana tazkirah tanpa tauliah |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 6 Sept: Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah. (Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais) Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. "Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya. Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam. Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais. PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu. Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian. Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah. Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini. "Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang. "Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya. "Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya. "Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu. "Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri. "Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan," cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5250-jais-dakwa-khalid-samad-kerana-tazkirah-tanpa-tauliah
Sambut 240 Adun BN dengan ‘Masihkah Kau Ingat’ |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: “Sila sambut delegasi 240 Adun BN yang berkampung di seluruh Dun Selangor dengan kain rentang ‘Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selangor’,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Sebenarnya, kata beliau itulah yang layak untuk menyambut rombongan Adun BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan negeri itu. Katanya, apabila hilang kuasa barulah mereka teringat kepada rakyat. “Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat,” katanya kepada Harakahdaily. Soal beliau, apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah. “Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?” tanya beliau lagi. Rakyat, ujarnya tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanjakan wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa lapan hari sahaja. Tambahnya, belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo sebanyak RM110,000 sedangkan rakyat ke Makkah selama 40 hari baru berbelanja RM10,000. Rakyat, katanya tentu masih ingat ketika Umno berkuasa menghalau penduduk Kampung Berembang, Ampang macam binatang pada hal penduduk itu penyokong tegar Umno, tetapi pemimpin Umno tidak mempedulikan kerana mereka berada di puncak kuasa. Tambahnya, rakyat juga tentu masih ingat di zaman Umno memerintah di mana kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri. Ini, katanya kerana ahli jawatankuasa masjid yang dilantik bukan ahli masjid supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama kerana Umno sedar jika rakyat celik agama bererti selamat tinggallah parti itu. “Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik,” katanya lagi. Beliau berkata, rakyat juga tentu masih ingat di mana ustaz-ustaz diburu macam penjenayah bila mana Datuk Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharom hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah. Sekarang, ujarnya baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat. Baginya, mereka akan menanam janji manis, tetapi apabila mendapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat. “Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan Adun BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka ‘Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Berkuasa’,” katanya. Paling cantik sekali, tambah beliau ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN memerintah. “Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2,500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru Kafa mendapat gaji RM1,300 sebulan? “Sudah tentu jika soalan ini dikemukakan Adun BN lari lintang pukang,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5547-sambut-240-adun-bn-dengan-masihkah-kau-ingat
Pakatan sokong Khalid sebagai MB Selangor |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan Pakatan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor menyokong penuh Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) sebagai Menteri Besar. Beliau menjelaskan isu yang dimainkan oleh media milik Umno itu hanyalah sebagai propaganda politik serta sebagai usaha memecah belah pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor. "Ini adalah isu yang telah lama, selama ini pun telah berlaku di mana terdapat desakan Khalid agar meletak jawatan dan bagi saya perkara seperti tidak perlu ditimbulkan kembali. "Kita menyokong seratus peratus dan tidak pernah ada pertikaian pentadbiran Khalid sebagai Menteri Besar, bagi saya ini semua kerja media Umno apatah lagi apabila hampirnya pilihanraya,"jelasnya. Tambahnya lagi, pentabdiran Khalid telah menaikkan martabat ekonomi negeri dan segala pungutan hasil negeri semakin bertambah begitu juga dengan program-program merakyatkan ekonomi negeri. "Pentadbiran yang dilakukan oleh beliau amat baik dari sudut ekonomi pendapatan selangor semakin bertambah malah kita lihat program merakyatkan ekonomi negeri semuanya berjalan lancar jadi tiada sebab untuk kita mendesak beliau letak jawatan. Kita sokong sepenuhnya. "Berkenaan dengan memorandum yang mengatakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Khalid letak jawatan itu tidak benar dan saya sendiri tidak mengetahui perkara tersebut dan semua ini hanyalah propaganda," kata beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa. Dalam pada itu beliau menjelaskan pada mesyuarat exco yang dijadualkan esok tidak akan membincangkan perkara tersebut. "Kita tidak akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat exco esok dan bagi kita itu hanyalah permainan kotor Umno dalam usaha menjatuhkan serta memburuk imej Kerajaan Negeri terutama Menteri Besar," sambungnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5917-pakatan-sokong-khalid-sebagai-mb-selangor
Kenyataan Akhbar TP/PKR : http://www.youtube.com/watch?v=soF0QmQMcM0
Singkir MB Selangor cerita karut |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5948-singkir-mb-selangor-cerita-karut
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/5966-penduduk-rayu-mb-selamatkan-qgreen-lungq
Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan ‘dikuburkan’ di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. “Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai ‘mimpi ngeri’ Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah,” katanya. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik ‘kotor dan jahat’. Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini. Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu. Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama. Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor. “Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6149-kuburkan-hasrat-bn-mahu-rampas-selangor
S'ngor Jawab Tohmahan: Air Percuma Untuk Kembalikan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat
Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat.
Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES).
Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.
"Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat," kata satu kenyataan dari Pejabat Menteri Besar.
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).
Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.
Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih kepada 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.
"Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada Kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.
"Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma," kata kenyataan itu lagi.
Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai suatu yang tidak sepatutnya timbul.
"Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan," tambahnya.
Justeru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.
"Sekirannya mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan.
"Jika Dato' Menteri (Noh Omar) berani, Kerajaan Negeri akan bersama beliau membuka akaun untuk dihalusi oleh SELCAT," katanya. -tvsnews

GAPS mahu Khalid akui kelemahan
SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kelemahan pentadbirannya apabila banyak syarikat milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian sejak ditadbir Pakatan Rakyat.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, pendedahan terbaru laporan audit bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengalami kerugian RM122.25 juta sebelum cukai bagi 2009, berbanding keuntungan sebelum cukai RM34.45 juta pada 2008 membuktikan kegagalan Abdul Khalid dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-hm
Sumber Blog GB : 27/10/2011
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 28 Okt: Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya. Pengerusi Jawatankuasa Petap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong (gambar) berkata kegagalan Syabas menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air itu gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi. “Jika Syabas tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna,” ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syabas masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus. Katanya, walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020. Tambahnya, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan. “Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan,” katanya. Ini, ujarnya menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna. Justeru, katanya tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji itu dinaik taraf. Menurutnya lagi, menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno. Beliau menambah, Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna. Katanya, isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul. Beliau berkata, pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya. “Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun,” ujarnya yang juga Adun Bukit Lanjan. Katanya, kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan Syabas dalam menyelenggara paip-paip ini. Tambahnya, ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW. “Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2. “Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6221-selangor-urus-air-lebih-terjamin
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6374-nafi-peranan-selangor-menteri-berlagak-hero
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6451-umno-selangor-ibarat-kata-dulang-paku-serpih
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6538-selangor-tawar-3-kali-ambil-alih-konsesi-air
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6543-selangor-tetapkan-dasar-pembangunan-tanah
Nafi peranan Selangor, menteri berlagak hero |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS). Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS. "DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru. "Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya. Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951. Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini. Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965. "Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama. "Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri. "Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas. Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan. Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut. "Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS."Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi. |
Umno Selangor ibarat ‘kata dulang paku serpih’ |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar sikap hipokrit pemimpin Umno BN negeri apabila setelah menjadi pembangkang cuba untuk menjadi wira dan juara rakyat dengan melaporkan perkara-perkara yang tidak berasas dan berfakta. Justeru, timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan merasakan kenyataan Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang mempersoalkan kewajaran langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meletakkan anggota majlis dari kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai orang yang ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’. Menurutnya, rakyat Selangor sedia maklum bagaimana semasa zaman pemerintahan Umno BN, jawatan ahli majlis diberikan kepada orang-orang yang mempunyai jawatan di dalam parti dan sentiasa mendapat keuntungan daripada mesyuarat jawatankuasa tender. Katanya, ada pihak yang menyebut bahawa pada zaman tersebut ahli majlis Umno BN tidak perlu kepada elaun bulanan dan elaun mesyuarat kerana telah menyapu semua projek dan tender yang ada di PBT. Ujarnya, berbanding keadaan semasa di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat, ahli majlis berada di dalam jawatankuasa tender adalah sebagai pemantau perjalanan tender tersebut berjalan dengan telus dan adil tanpa ada kepentingan peribadi. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa cukup kasihan kepada pemimpin-pemimpin Umno BN yang apabila kehilangan kuasa pemerintahan disebabkan keangkuhan dan kerakusan diri mereka sendiri telah menjadi seperti kapal yang tidak mempunyai nakhoda, teroleng-oleng di tengah lautan, cuba menyelamatkan diri dengan berpaut kepada apa sahaja benda yang ada di hadapan mata walaupun ianya sekadar fatamorgana,” ujarnya kepada Harakahdaily. Oleh itu, tambah beliau pihaknya menyifatkan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan oleh pihak Umno BN selaku pembangkang di Selangor terhadap pengurusan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan berhasil. Ini, ujarnya kerana ianya akan mencerminkan kebobrokan dan penyelewengan kuasa semasa zaman Umno BN memerintah dan rakyat Selangor sendiri telah boleh menilai segala keburukan pengurusan kerajaan semasa zaman mereka berbanding zaman sekarang di bawah Pakatan Rakyat. “Jadi tidak perlulah Umno BN cuba berlagak mulia dan alim sedangkan rupa sebenarnya adalah musang berbulu ayam,” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6451-umno-selangor-ibarat-kata-dulang-paku-serpih
Selangor tawar 3 kali ambil alih konsesi air |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 16 Nov: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menjelaskan bahawa sebanyak tiga kali tawaran telah dibuat bagi mengambil alih syarikat konsesi air di mana tawaran terakhir dibuat pada 6 Januari lalu dengan nilaian RM9.227 bilion. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) memberitahu sebelum ini kerajaan negeri telah membuat tawaran pada kali pertama pada 13 Februari 2009 dengan nilaian RM5.709 bilion dan tawaran kedua pada 25 Jun 2009 dengan kos sebanyak RM9.218 bilion. "Rundingan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor telah dibuat sejak tahun 2008 lagi. "Tawaran terakhir telah kita lakukan kepada Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) iaitu RM402 juta, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) RM2.772 bilion, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) RM2.040 bilion dan Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak RM4.013 bilion. "Sebagai keutamaan di dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menitik beratkan fajtor kepentingan pengguna dan nilai 'fair market value' yang akan ditawarkan kepada Syarikat Konsesi Air supaya hasil dari penstrukturan itu kelak tidak membebankan pengguna dan tidak merugikan mana-mana pihak," jelas Khalid pada persidangan dewan negeri, hari ini. Tambahnya lagi, Syarikat Konsesi Air telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri atas alasan bahawa nilai yang ditawarkan itu adalah rendah dan tidak cukup untuk menampung obligasi hutang Pemegang Konsesi. "Pengeluar Nota Hutang SYABAS mempunyai Jenis Nota Hutang sebanyak RM3.0 bilion dari Bai Bitahaman Ajil Commercial Paper (BBA CP) dan Bai Bitahaman Ajil Medium Term Note (BBA MTN) , hutang PNSB pula ialah sebanyak RM1.02 bilion dari Bai Bitahaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS) RM546.88 juta dari Junior Notes A (A Notes) serta RM435.0 juta pinjaman dari Redeemable Unsecured Bonds (RUB). "Manakala SPLASH berhutang dari Murabahab Medium Term Note (MMTN) sebanyak RM385.0 juta dan RM50 juta pula dipinjamkan dari Murabahad Commercial Paper (MCP). Titisan Modal Sdn Bhd (TMSB) pula berhutang sebanyak RM738 juta dari Fixed Rate Serial Bonds (FRSB)," sambungnya lagi. Khalid memberitahu, pada 11 April yang lepas Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) iaitu satu intitusi penarafan kredit domestik yang ditubuhkan pada tahun 1995 telah membuat pengumuman menurunkan taraf nota hutang yang dikeluarkan oleh kesemua Syarikat Konsesi Air Selangor. "Lanjutan dari penolakan oleh Pemegang Konsesi terhadap nilai yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan masalah pembayaran balik hutang-hutang air kepada Pemegang Bon. "Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah melaksanakan pengambil alihan bon-bon dari Pemegang Bon bagi mengatasi masalah kekangan kewangan yang dihadapi oleg Syarikat Konsesi Air sebagai penyelesaian jangka pendek," katanya yang juga Adun Ijok. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6538-selangor-tawar-3-kali-ambil-alih-konsesi-air
Selangor tetapkan dasar pembangunan tanah |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 16 Nov: Bagi membantu rakyat memiliki rumah, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan dasar khusus bagi pembangunan tanah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar) memberitahu bagi pembangunan tanah yang melebihi sepuluh ekar dalam kawasan Lembah Klang dikenakan syarat pembinaan dua puluh peratus rumah kos rendah dan sederhana rendah manakala sepuluh peratus pula kepada kos sederhana. "Bagi kawasan di luar Lembah Klang pula dikenakan syarat pembinaan iaitu dua puluh peratus rumah kos rendah dan sepuluh peratus kepada rumah sederhana rendah dan juga sederhana. "Manakala bagi pembangunan yang kurang daripada sepuluh ekar iaitu antara dua hingga kurang sepuluh ekar, syarat penyediaan iaitu tiga puluh peratus rumah kos sederhana dikenakan bagi kawasan dalam Lembah Klang," jelasnya. Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan tersebut, harga jualan maksimum terhadap rumah mamnpu milik turut ditetapkan. katanya, dalam kawasan Majlis Perbandaran (Lembah Klang) RM42 ribu ditetapkan kepada rumah kos rendah, RM72 ribu kepada kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana pula ditetapkan kepada RM100 ribu. Untuk kawasan majlis daerah pula, katanya RM35 ribu ditetapkan kepada rumah kos rendah, RM60 ribu kepada rumah kos sederhana rendah dan RM85 ribu kepada kos sederhana. Manakala luar kawasan Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran pula bagi rumah kos rendah telah ditetapkan sebanyak RM30 ribu, RM50 ribu untuk rumah kos sederhana rendah dan RM70 ribu bagi rumah kos sederhana. Bagi lain-lain jenia bangunan tidak ditetapkan harga untuk semua kawasan yang dibangunkan. "Disamping dasar sedia ada, kerajaan negeri juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor konsep baru yang boleh memberi lebih pilihan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah yang lebih selesa dan berkualiti. "Secara keseluruhannya dari tahun 2005 hingga 2010, Negeri Selangor telah diunjurkan memerlukan kira-kira 432,775 unit rumah bagi menampung kira-kira 7,369,030 orang penduduk pada ketika itu," ujarnya sewaktu menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi Dr Shafie Abu Bakar sewaktu sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau memberitahu berdasarkan rekod dan angka yang diperolehi, keperluan pembinaan rumah di Negeri Selangor akan dirancang dan dilaksanakan untuk disesuaikan dengan keperluan setempat. "Satu kajian sedang dilakukan sekarang terhadap perumahan di Selangor masakini. Kajian ini dilakukan oleh Unit Perunding Universiti Malaya yang akan siap pada 31 Disember 2011. "Sesuatu kelulusan pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan kepada cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh pemaju. "Kebiasaannya pemaju pula akan membina sesuatu projek perumahan setelah mengambilkira segala keperluan sesuatu kawasan berdasarkan kepada kajian fisibiliti yang dijalankan," katanya lagi. Katanya, walau bagaimanapun untuk Skim Perumahan Mampu Milik Konsep Baru, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mensasarkan untuk membina sejumlah sepuluh ribu Rumah Mampu Milik. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6543-selangor-tetapkan-dasar-pembangunan-tanah
Iklan haram: Selangor bertindak tegas |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 17 Nov: Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT memaklumkan pihaknya sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap pengiklan haram di seluruh Negeri Selangor terutamanya melibatkan iklan pinjaman wang tidak berlesen ataupun Ah Long. Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tan Khiew menjelaskan kerajaan negeri sering berusaha dan memikirkan penyelesaian terbaik di dalam membanteras kegiatan pinjaman wang tidak berlesen terutamanya Ah Long. "Kerajaan negeri menyokong penuh tindakan Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang melaksanakan tindakan pembatalan talian telefon yang dipaparkan pada iklan haram dengan menyerahkan nombor-nombor tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan pembatalan talian telefon. "Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri sering mengingatkan setiap PBT untuk bertindak segera dengan menanggalkan iklan-iklan haram yang ditampal ditempat awam tanpa menunggu arahan dari pihak atasan," jelasnya. Selain daripada itu pihak PBT juga mengambil tindakan pemantauan secara berkala dan menjalankan aktiviti menanggalkan iklan-iklan haram yang ditampal. "Dalam pada masa itu juga PBT akan menyerahkan nombor-nombor yang dipaparkan pada iklan haram kepada SKMM untuk tindakan pemotongan talian telefon. "Terdapat juga sesetengah PBT yang melaksanakan penggunaan sejenis cecair 'anti sticker' di kawasan pembangunan baru dan kemudahan utiliti bagi menghalang penampalan iklan-iklan baru," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pagi tadi. Ronnie Liu yang menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Kota Alam Shah M.Manoharan berhubung dengan tindakan kerajaan negeri terhadap kegiatan pinjaman wang tidak berlesen ataupun Ah Long. Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) adalah satu usaha untuk mengatasi masalah rakyat Selangor membuat pinjaman dari Ah Long. Fungsi utama program MiMBAR ini adalah membantu golongan golongan usahawan kecil di kawasan bandar bagi memajukan perniagaan serta menambah pendapatan mereka. Usaha kerajaan ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan kecil mendapat pinjama serta dalam masa yang sama ia dapat mengelakkan peniaga-peniaga kecil dari membuat pinjaman dari Ah Long selain daripada pemantauan yang dilakukan oleh PBT-PBT terhadap penghapusan iklan-iklan haram. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/6564-iklan-haram-selangor-bertindak-tegas
Noh jangan berpolitik dalam isu rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Nampaknya pengumuman Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya selepas bulan Jun pada tahun 2012 yakni setelah empat tahun memerintah, menggusarkan Umno BN. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) berkata, ramai yang melenting dan berbagai tuduhan pula dilemparkan. Katanya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013. “Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan Adun Umno BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan. Perkara itu, ujarnya didedahkan Menteri Besar di dalam sidang Dun baru-baru ini dan tidak seorangpun Adun BN yang mampu menjawabnya. Menurutnya, Menteri Besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang. Seperti dijangka, kata beliau Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut mahu mengambil bahagian di dalam isu itu dengan mempertikai keputusan tersebut dan menuduh Menteri Besar menunjuk dan gila kuasa; takut menghadapi pilihan raya. Baginya, sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Katanya, jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri. Tambahnya lagi, Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor itu. “Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya. “Isu lembu NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium,” katanya lagi. Selain gagal, ujarnya Noh juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Beliau menambah, Noh nampaknya begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal. Menurutnya, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan Pusat, berpolitik dalam isu pertanian. Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6604-noh-jangan-berpolitik-dalam-isu-rakyat
Pembangunan: Selangor sedia kerjasama dengan Pusat |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 22 Nov: Kerajaan Negeri Selangor tiada masalah untuk bekerja sama dengan Kerajaan Pusat dalam memastikan projek-projek pembangunan berjalan lancar, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketika berucap kepada pelabur Jepun yang menghadiri The 30th Jameca – Majeca Joint Conference di Tokyo, semalam, Menteri Besar menegaskan, walaupun berbeza pandangan politik dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Selangor tiada halangan bersikap professional dalam pengurusan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat. “Kerajaan Negeri telah menunjukkan bahawa kita boleh bekerjasama. Saya adalah sebahagian dari Jawatankuasa Bersama antara Negeri dan Pusat untuk projek Greater Kuala Lumpur and Klang Valley dan saya telah bekerjasama dalam menyediakan tanah untuk pembangunan yang dirancang,” kata beliau yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar, di sini. Beliau menambah, kerja sama itu membolehkan Kerajaan Negeri memastikan projek The Greater Kuala Lumpur and Klang Valley diuruskan dengan telus dan memberi nilai maksima kepada rakyat. “Sebagai contoh saya mendapat tahu RM5 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan sistem pembentungan. Saya harap pemilihan syarikat dibuat secara tender terbuka kepada syarikat tempatan dan juga antarabangsa termasuklah dari Jepun. “Ini jelas menunjukkan perbezaan politik bukan masalah bagi saya. Sebab itu saya berada di sini untuk memantau jika pelabur Jepun ada masalah supaya kita dapat mencari penyelesaian bersama,” katanya yang menghadiri persidangan sehari itu sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Jepun. Pada persidangan tersebut, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Mohd Atan telah membentangkan kertas kerja bertajuk Smart City Development. Sementara itu, Presiden Majeca, Tan Sri Azman Hashim berterima kasih kepada Kerajaan Selangor dan peserta daripada Malaysia yang lain termasuk Khazanah Nasional dan Iskandar Investment Berhad yang menghadiri persidangan bertujuan mengeratkan lagi hubungan perdagangan kedua-dua negara. Azman berharap Jepun akan terus melabur di Malaysia dan mengembangkan pelaburan bukan saja dalam sektor perindustrian bahkan sektor perkhidmatan terutama perbankan dan kewangan Islam. Hari ini, Menteri Besar menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia dan melawat kilang Sony di Konan Minato-Ku di Tokyo dan dijangka kembali ke Malaysia pagi esok (Rabu). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6634-pembangunan-selangor-sedia-kerjasama-dengan-pusat
Umno Selangor bawa 36 isu lapuk |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) menyifatkan tindakan Umno mensasarkan 36 isu utama bagi merampas balik Selangor sebagai lapuk. "Bagi kita itu bukan isu baru tetapi merupakan isu lapuk dan juga fitnah yang diulang tayang oleh Umno yang sudah ketandusan idealisme perjuangan dan juga nilai moral. "Bagi Keadilan, kita akan maju ke hadapan dengan asas yang kukuh melalui penguasaan ekonomi demi mengangkat martabat rakyat Malaysia," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa. Mengenai Kongres Nasional PKR ke-8, katanya ia bukan sekadar acara tahunan tetapi cukup penting untuk melihat persiapan anggota parti di semua peringkat bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 nanti. "Kongres kali ini merupakan satu signifikan kerana kita adakan di Johor yang mana merupakan kubu kuat Umno sebelum ini. "Ia juga merupakan isyarat kepada Umno bahawa kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum terutamanya menembusi kubu kuat Umno di Johor," jelasnya. Tambahnya lagi, perbahasan perwakilan pada kali ini lebih tertumpu kepada persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya. Ini, katanya berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang telah pun siap dan dilancarkan termasuk dasar bersama Pakatan Rakyat yang disusuli Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum ini. "Kesemua dokumen-dokumen itu bagi kita cukup untuk membuktikan bahawa Keadilan terutamanya Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menerajui Putrajaya. "Ini dapat diperkukuhkan lagi dengan prestasi pengurusan ekonomi di kesemua negeri Pakatan Rakyat yang disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara pada tahun ini," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6678-umno-selangor-bawa-36-isu-lapuk
PR jawab tuduhan Umno dalam Rapat malam ini |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am PAS
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
YB Sdr Lim Kit Siang - Penasihat DAP
Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam. Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan Umno itu juga seolah-olah menjadikan Anwar sasaran utama 'balas dendam' parti itu sepanjang persidangan. Najib sendiri dalam ucapan penggulungannya semalam menuduh Anwar sebagai hanya pandai 'berkokok' dan 'bohong sana sini' khususnya rancangan 16 September. Selain menghentam peribadi Anwar, turut dikecam adalah ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP. Selain Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin juga serupa menuduh PAS sebagai diperkuda DAP dan tidak lagi memperjuangkan Islam. Malah salah seorang perwakilan mereka juga turut mendesak Tuan Guru Nik Aziz berundur ekoran usianya yang sudah lanjut. DAP pula dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang sedang menggugat kuasa orang Melayu di negara ini, manakala PKR dilabel sebagai parti anak-beranak yang lemah yang hanya berjuang untuk kepentingan ketua mereka. Segala tuduhan itu dijangka akan dijawab oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat malam ini. Sementara itu, program Rapat Umum adalah siri pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dan memberi penjelasan kepada rakyat. Selain di Shah Alam malam ini, ianya juga akan diadakan di Perak pada 10 Disember ini bertempat di Perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill, Beruas dan di Pulau Pinang pada 18 Disember. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6843-pr-jawab-tuduhan-umno-dalam-rapat-malam-ini
Selangor lantik perunding antarabangsa kaji pencemaran sungai |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 6 Dis: Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tentang kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air di lapan wilayah Syabas di seluruh negeri dan Kuala Lumpur akibat kandungan kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor. Empat loji yang terlibat air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang sehingga mengakibatkan pengurangan pengeluaran air bersih kepada pengguna. Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) telah mengarahkan pengawal selia air negeri serta juruaudit operasi dari perunding antarabangsa Halcrow untuk memeriksa empat loji rawatan bersama pegawai operasi Syabas bagi menyiasat punca pencemaran yang menyebabkan kekeruhan berlaku di empat loji berkenaan. Satu laporan juga akan disediakan untuk dibentangkan pada mesyuarat majlis kerajaan negeri (MMKN), Rabu ini. Lembaga Urusan Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan penuh tentang kejadian ini serta mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang. "Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuai sehingga menyebabkan pencemaran ini berlaku," kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat MB Selangor itu. Kerajaan Negeri menyeru agar Syabas membuat persediaan yang secukupnya sekiranya berlakunya gangguan bekalan air dan menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat menggunakan air. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6893-selangor-lantik-perunding-antarabangsa-kaji-pencemaran-sungai
Selangor agih RM1.56 juta bantuan fasa 2 SRJKC | | Print | |
Khaulah Azwar |
SHAH ALAM, 7 Dis: Kerajaan Negeri Selangor mengagihkan sejumlah RM1.56 juta sebagai Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, (SRJKC) Fasa 2 Tahun 2011. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, ianya merupakan tambahan kepada peruntukan 2011 yang berjumlah RM6 juta yang telah diagihkan sepanjang tahun ini. Peruntukan itu, katanya bagi meningkatkan mutu pendidikan di sekolah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat. "Pada Fasa Pertama, sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta. "Pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara 'direct grant' daripada kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek bantuan tersebut di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam di sini semalam. Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras-penyelaras Dun . Sementara itu, beliau turut memaklumkan permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan akan ditutup pada 3 Februari 2012. Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman web Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6910-selangor-agih-rm156-juta-bantuan-fasa-2-srjkc
Syabas tarik balik saman terhadap MB Selangor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) yang mempertikaikan Tabung Budi, yang kononnya skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin membayar tunggakan bil air. Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman ini pada Isnin lalu, selepas perbicaraan berjalan selama dua hari (25 November 2011 dan 5 Disember 2011) yang telah menyaksikan empat saksi Syabas telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini. "Saya menyeru kepada Syabas supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika,” kata Menteri Besar ketika mengulas keputusan itu. Tan Sri Abdul Khalid telah diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co. Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada Syabas. Syabas menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air. Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja Syabas atau PEKA. Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Roslan Hassan. Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan Syabas tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010. Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi. Bagaimanapun, mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6917-syabas-tarik-balik-saman-terhadap-mb-selangor
Selangor alu-alukan pandangan rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjunjung konsep kerajaan yang telus dan terbuka serta menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan rakyat. “Bertolak dari semangat itu, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat penduduk di Kampung Pandan dan di kawasan-kawasan sekitar untuk membantah pemasangan papan iklan unipole di tapak kosong di sebelah Kompleks IKS Kampung Pandan iaitu di sebelah Jalan Lingkaran Tengah 2 atau MRR2,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad.
YB Ir Iskandar Abdul Samad - Exco Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri
Beliau yang juga Adun Chempaka difahamkan penduduk akan mengadakan satu sidang akhbar di tapak tersebut pada 8 Disember (esok) pada jam 10.30 pagi. “Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut, saya sentiasa akan menitikberatkan kepentingan penduduk. “Oleh itu, saya bersedia memberi sokongan kepada bantahan penduduk sekiranya ianya wajar,” jelasnya dalam satu kenyataan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6918-selangor-alu-alukan-pandangan-rakyat
Gugur Hasan Ali hanya fitnah Utusan |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti. Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding. "Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi. "Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini. Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum. Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan. Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu. "Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon. "Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6996-gugur-hasan-ali-hanya-fitnah-utusan
PAS nafi laporan Utusan : http://www.youtube.com/watch?v=4qEJDAUujeE&feature=channel_video_title
Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh. "Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah. "Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas "memelihara akidah" rakyat Selangor," kata Idris dalam kenyataannya. Beliau mengulas kenyataan Noh Omar yang menafikan beliau terlibat dengan pembikinan video klip dalam Sembang Rakyat itu. Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video Sembang Rakyat dengan Noh Omar. Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh. Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews. Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini. Idris memberikan ingatan, agar Noh Omar jangan lupa pula bahawa mereka yang menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja. Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229, kata Idris (gambar). Di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah, beritahu Idris. Bagi beliau, Noh perlu menunjukkan sikap tegas dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh. Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut, katanya. Idris memberikan ingatan azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat. "Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah," katanya lagi. Sekarang, kata Idris, terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA. LAPORAN BERKAITAN Noh nafi ada kaitan video hina Hudud Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7093-video-klip-hina-hudud-noh-mesti-bertindak
PAS Selangor perjelas isu Hasan Ali : http://www.youtube.com/watch?v=51fixpCVYTQ
PR tiada rancanagan tukar MB Selangor : http://www.youtube.com/watch?v=Tp4VNtYrJXM
Pakatan bagi kek, Khir bagi penyapu |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 29 Dis: Pelbagai pihak mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya membuat perbezaan yang besar berbanding kerajaan negeri di bawah BN dahulu. Ia semakin jelas lagi apabila terbukti apa yang dikatakan terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor itu disahkan oleh mahkamah. Khir dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Beliau bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak itu ditangguh sehingga rayuan selesai didengar dan diputuskan. Selain itu, Khir juga terkenal menjelang kejatuhannya dengan simbul pemberian penyapunya kepada pihak berkuasa tempatan yang kurang menunjukkan kemampuan. Khalid dikenali dengan projek MES atau Merakyatkan Ekonomi Selangor. Melalui MES, kerajaan negeri Selangor membuat palbagai program untuk membahagikan kek besar ekonomi Selangor kepada seluruh rakyat. Yang paling ketara dan dirasai oleh semua pihak adalah pemberian air percuma untuk 20 m padu pertama yang bernilai kira-kira RM11. Ini bermakna, semua rakyat Selangor akan mendapat air percuma sehingga RM11 dari kerajaan negeri Selangor pada setiap bulan. Setiap anak Selangor yang mendapat tempat di universiti mendapat sumbangan RM1,000, program tuisyen rakyat percuma, pusat dialisis rakyat, skim mesra warga emas dan sebagainya. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga mendapat pelbagai sumbangan dari kerajaan negeri berbanding penyapu yang diberikan Khir sebelum ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7298-pakatan-bagi-kek-khir-bagi-penyapu
Rakyat Selangor selesa, tiada sebab tukar kerajaan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.
YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden UMNO
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat
“Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN?” ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2,500, guru Kafa mendapat elaun RM1,500, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) RM100, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5,000 bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan berjaya melunaskan hutang negeri RM173 juta daripada RM800 juta. Beliau berkata, sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno. Ini, katanya kerana impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian. “Hajat untuk membina rumah mewah yang berharga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya,” ujarnya lagi Tambahnya, perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah ‘khurafat’ yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat. “Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7305-rakyat-selangor-selesa-tiada-sebab-tukar-kerajaan
Cat flat Samudera: Pakatan belanja RM360 ribu sahaja |
Khaulah Azwar |
(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak) GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama. Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra. Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini. Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta. "Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal. Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat. Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya. "Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya. PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera. “Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin. PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula. Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7314-cat-flat-samudera-pakatan-belanja-rm360-ribu-sahaja
80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi. Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program. Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri. Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy. Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain. Ini membuktikan rakyat malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya". Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Khalid Samad. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7339-80000-sertai-countdown-2012-kerajaan-selangor
Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan. (Laporan polis yang dibuat oleh Ramli) Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu. Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu. Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah) bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora. Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut. "Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia. Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu. "Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu. Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11. Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu. (Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam) "Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9. "Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli. Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora. Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7367-kontraktor-kutipan-sampah-selangor-diugut
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7372-sayangi-selangor-tolak-umno-bn
Sepetang bersama Khalid Ibrahim |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/tamu-a-wawancara/7383-sepetang-bersama-khalid-ibrahim
Noh diminta hentikan sabotaj kutipan sampah |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor. Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini. Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor. "Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi. Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini. Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya. Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi. Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan. Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu. (Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli) Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini. Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama. Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9. Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ. "Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya. Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7401-noh-diminta-hentikan-sabotaj-kutipan-sampah
Kajian: PAS diyakini mampu jaga kepentingan Melayu | | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya terhadap negeri Selangor, daripada 795 orang responden berbilang kaum, 32 peratus dari mereka yakin PAS boleh menjadi alternatif kepada Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu. 27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti. Kajian terhadap etnik melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding Umno. Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti. Kajian berkenaan dijalankan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di Selangor. Kajian dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam. Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7422-kajian-pas-diyakini-mampu-jaga-kepentingan-melayu
Pembohongan Najib ‘grand design’ kotor Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kesal dan kecewa terhadap tuduhan dan pembohongan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan tidak memberikan kerjasama dan kelulusan terhadap projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) beranggapan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas serta berniat jahat untuk memburukkan kerajaan negeri.
Najib semasa lawatan ke Hulu Selangor baru-baru ini telah membohongi rakyat di Felda Gedangsa apabila menyatakan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu untuk membina rumah peneroka Felda generasi kedua adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama pihak kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan tiada sebarang permohonan yang telah dibuat sama ada oleh pihak kerajaan pusat ataupun Felda untuk sebarang projek perumahan di kawasan Felda terbabit sehingga kini.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembohongan demi pembohongan yang sengaja dicipta adalah antara ‘grand design’ kotor Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat,” kata Hasbullah kepada Harakahdaily.
Menurutnya, Umno berasa cukup gusar kerana rakyat Selangor telah melihat kebaikan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup prihatin terhadap rakyat.
Beliau berkata, agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik mereka.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Najib dan Umno Selangor supaya menghentikan segala pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana ianya akan menjadi cacian dan makian rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional semula akhirnya,” katanya.
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7450-pembohongan-najib-grand-design-kotor-umno
Kesal pihak sabotaj kutip sampah di Selangor
Sebagai penduduk Shah Alam, saya merasa kesal wujudnya sabotaj oleh pihak-pihak tertentu terhadap pemungutan sampah.
Saya mempunyai teman yang tinggal di Subang Jaya yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya. Walaupun, setelah khidmat Alam Flora diberhentikan, mereka tiada masaalah dengan pungutan sampah sama sekali.
Ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat dikesali.
Diharapkan pihak MBSA dan Kerajaan Negeri akan berupaya mengatasi tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab ini.
Jelas mereka yang mensabotaj ini tidak berhati perut. Hanya kerana propaganda politik mereka sanggup membahayakan kesihatan penduduk Shah Alam.
Tidakkah mereka sedar, pemberhentian kihdmat Alam Flora telah menyelamatkan wang rakyat sekurang-kurangnya RM20 juta setahun.
Alam Flora ini juga boleh dikategori seperti SYABAS yang mana mereka adalah syarikat untung atas angin.
Adalah lebih baik sekiranya kapasiti yang ada dalam Majlis-Majlis Tempatan dimaksimakan untuk kebaikan rakyat dari membazir membayar komisyen kepada syarikat-syarikat untung atas angin seperti Alam Flora.
PENGUNDI KOTA ANGGERIK
Sumber HD : 10/01/2012

Umno BN kecewa Selangor tak juga bankrap
Aziz Muda, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Para pemimpin Umno BN terus kecewa, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dijangka akan bankrap kerana memberikan air percuma kepada rakyat, tidak juga bankrap walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.
Malah dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh pula mengumpulkan wang dengan jumlah amat besar sehingga melebihi RM1,000 juta atau melebihi RM1 bilion tahun lalu untuk diagihkan dan dipergunakan bagi kepentingan rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu memberikan tamparan amat hebat kepada para pemimpin Umno BN kerana ia berlaku di luar dugaan mereka.
Menurutnya, pada jangkaan mereka, setelah memberikan air percuma kepada rakyat sebaik sahaja memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pasti akan bankrap.
Katanya, tetapi setelah menunggu tahun demi tahun sehingga tahun ini, kejadian itu tidak juga berlaku, sebaliknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semakin kaya, malah dapat mengutip hutang-hutang yang ditinggalkan oleh mereka dengan jayanya.
"Para pemimpin Umno BN ternyata amat kecewa dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mentadbir negeri dengan baik. Ini juga membuktikan jika kita mentadbir negeri dengan baik, kita tak akan rugi, malah semakin berjaya," katanya pada satu majlis bersama orang ramai, di sini.
Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumpulkan kekayaan untuk negeri sehingga sebanyak itu, menurut beliau, bukan sekadar membuatkan para pemimpin Umno BN sudah tidak berani lagi membuat andaian seperti itu, malah turut meniru langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Katanya, sehingga tahun 2011, kutipan yang sebelum itu sebanyak RM400 juta meningkat kepada RM500 juta dan kemudian meningkat lagi sehingga melebihi RM1,000 juta.
"Mereka terdiam kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak juga bankrap. Air yang diberikan percuma kepada rakyat tak bocor dan mereka juga tahu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat tak bocor," tegasnya.
Kejayaan kerajaan negeri mengumpulkan wang sehingga sejumlah itu, tambah beliau, pasti akan memberikan pelbagai faedah kepada rakyat kerana wang tersebut akan diagihkan kepada rakyat meliputi semua peringkat menerusi pelbagai program yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.
"Semua itu kita terjemahkan menerusi belanjawan yang kita bentangkan. Daripada belanjawan kita itu pula, rakyat sendiri tahu dan pemimpin Umno BN juga tahu, belanjawan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah belanjawan berimbang.
"Ertinya, hasil yang kita dapat, kita gunakan untuk kepentingan rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak berhutang dan ini menunjukkan seluruh rakyat Selangor tidak menanggung sebarang hutang," jelas beliau.
Pengajaran yang boleh diterima oleh para pemimpin Umno BN dari kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu, katanya, sekiranya para pemimpin mentadbir negeri dengan baik, dengan telus, ia tidak akan merugikan, malah akan mendapat hasil yang jauh lebih baik dari yang dijangkakan.

1-800-88-2824 talian bebas tol masalah sampah Selangor
Muhammad Faizal, |
SHAH ALAM, 11 Jan: Mesyuarat exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah memutuskan penyediaan satu talian bebas tol bagi menguruskan setiap aduan berkaitan isu sampah di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata talian ini bagi memudahkan orang ramai mengadu setiap apa kesulitan yang timbul terutamanya berkaitan dengan masalah sampah di kawasan mereka.
"Kita hari ini memutuskan satu talian bebas tol yang bernombor 1-800-88-2824 akan digunakan secara rasmi pada 17 Januari nanti bagi menerima aduan orang ramai berhubung maslah sampah ditempat mereka.
"Talian ini akan beroperasi 24 jam, yang mana pada jam 8 pagi hingga 6 petang akan diuruskan oleh pegawai manakala selepas jam 6 petang sebarang aduan akan di rekodlkan pada mesin aduan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sejurus selesai mesyuarat exco hari ini.
Katanya, bagi mempermudahkan urusan pengangkutan sampai setiap pengadu perlu memberikan segala maklumat dengan lengkap mengenai lokasi masalah itu berlaku.
"Pengadu perlu tinggalkan maklumat lengkap setiap kali membuat aduan termasuk nombor telefon mereka dan ini adalah bagi memudahkan urusan kerajaan negeri untuk bertindak," sambungnya lagi.
Tambahnya lagi pihak berkuasa akan bertindak segera setiap kali aduan diterima jika ia dilaporkan pada waktu pejabat, manakala jika laporan itu dibuat pada sebelah malam maka tindakkan akan diambil pada keesokkannya.
Sebelum ini, beberapa laporan polis sudah dibuat ekoran dakwaan berlaku tindakan sabotaj pungutan sampah oleh pihak tertentu khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sumber HD : 11/01/2012

Pecat Hasan: PAS maklum kepada Kerajaan Selangor
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR,11 Jan: PAS telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli PAS.
Pemakluman itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor jam 2.00 petang tadi.
Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.
Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.
Hasan Ali telah dipecat sebagai ahli PAS melalui satu mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat pada 8 Januari lepas.
Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS dalam tempoh 30 hari bermula pada tarikh keputusan pemecatan.

Bersatu tawan Putrajaya, bukan jatuhkan Pakatan
Harakahdaily, | 13 Januari 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Rakyat Selangor perlu bersatu hati untuk menawan Putrajaya supaya melicinkan agenda untuk rakyat di negara ini, bukannya menaikkan kembali Umno BN di negeri itu yang terbukti parti yang mengkhianati amanah rakyat.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, banyak gangguan yang dihadapi oleh negeri Pakatan Rakyat selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat.
“BN yang tidak menghormati konsep fedaralisme yang berjalan di negara ini.
Banyak hak negeri dinafikan, sedangkan hak pusat seperti bayaran pasport, stem, cukai kastam, saman kesalahan lalu lintas, hasil minyak semua dibolot oleh kerajaan pusat,” katanya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, ujarnya cadangan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed hari ini yang menyeru rakyat negeri itu bersatu hati untuk menawan Selangor di dalam pilihanraya akan datang supaya seiring dengan Putrajaya adalah cadangan daripada orang yang kecewa.
Beliau berkata, Mohd Zain mengatakan kerajaan PR gagal mengatasi masalah sampah, air dan peniaga bumiputera tetapi sebenarnya rakyat tidak menghadapi masalah.
“Yang sakit dan tidak bernafas sekarang ialah kroni Umno yang tidak dapat projek,” katanya.
Sekarang, katanya syarikat kroni Umno telah dihinggapi histeria kerana syarikat pungutan sampah telah diambil alih oleh kerajaan tempatan.
“Sebab itu berbagai sabotaj dilakukan terhadap kerajaan negeri,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 13/01/2012

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”
Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.
Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.
Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.
“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).
"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.
Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.
Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.
“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau.
Sumber HD : 20/01/2012

Exco agama: Yang pentingnya amanah, kata Mohd Sabu
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.
Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).
Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.
Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.
Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.
"Nasib yang melanda (Datuk Seri) Jamil Khir dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin memberitahu kita, yang penting ialah amanah dan takut pada Allah, bukannya siapa yg menduduki satu jawatan,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Kedua-dua menteri Umno yang disebut Mohamad itu kini terlibat dalam skandal dakwaan salahguna kuasa dan wang.
Jamil terpalit dengan skandal menggunakan wang zakat untuk membayar kos guamannya, manakala Muhyiddin pula tertekan sebagai menteri yang meluluskan projek RM250 untuk Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil.
(Dr Shafei Abu Bakar...Pembantu Exco Hal Ehwal Agama yang kini dipegang MB Selangor.)
Awal pagi ini, Tuan Ibrahim menegaskan amanah merupakan benda terpenting dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun.
“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).
"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.
Menyambung hujah Tuan Ibrahim, Mohamad berkata tiada gunanya sekiranya seorang ustaz diletakkan di sesuatu jawatan “kalau dana zakat yang terang-terang salah boleh dihujahkan sebagai betul.”
“Buat apa? Tapi untuk Umno, lainlah, mereka parti yang suka tegakkan benang basah. Laporan ketua Audit Negara dah kata NFC bermasalah, masih nak buat audit baru untuk confirm audit ketua negara,” sindir beliau.
Muhyiddin yang turut terpalit dengan isu skandal NFC telah secara ironisnya mengumumkan hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Cadangan tersebut dibantah oleh Jingga 13 dengan alasan Muhyiddin sebagai menteri yang terlibat dalam skandal tersebut sudah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia.

MB wajar halang Ibrahim Ali jejak Selangor
Harakahdaily, | 23 Jan 2012 |
SHAH ALAM, 23 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicadang menimbang untuk mengambil tindakan termasuk menghalang Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menjejakkan kaki ke negeri itu ekoran keceluparannya mengkritik keputusan Sultan memperkenan Khalid memegang portfolio agama negeri.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.
"Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.
"YAB Dato’ Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Selain mempertikai portfolio agama yang dipegang Khalid, Ibrahim juga didakwa menuduh pelantikan Menteri Besar sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.
Menyifatkan tuduhan itu keterlaluan, Faekah berkata tindakan Ibrahim itu tidak lebih untuk menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair.
"Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.
"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan," jelasnya lagi.
Menurut Faekah lagi, Ibrahim sewajarnya sedar diri kerana rakyat tidak pernah lupa bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.
Dan hari ini pula katanya, Ibrahim terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.
"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," tegasnya.
Selaku umat Islam, Ibrahim ujarnya lagi seharusnya mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt.
"Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah.
"Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," tegasnya.
Sumber HD : 23/01/2012

Pemuda PAS Selangor kecam pasang kain rentang
Harakahdaily, | 24 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba untuk melaga-lagakan Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor apabila didapati beberapa kain rentang telah dipasang di Selangor yang menunjukkan sikap tidak puas hati Pemuda PAS Selangor.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan menegaskan pihaknya menafikan segala kenyataan yang tertera di kain rentang tersebut dan menganggap tindakan itu hanyalah tindakan pihak yang ‘nakal’ yang cuba untuk mengeruhkan hubungan baik Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan pemuda-pemuda di setiap kawasan untuk menurunkan kain-kain rentang ini dan membuat laporan polis di tempat masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sumber HD : 24/01/2012

Perlantikan Exco jadi berita paling popular minggu lalu
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Isu perlantikan Exco baru Selangor mendominasi takhta berita paling hangat dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu.
Ia tambah menarik apabila Umno mempertikaikan kenapa portfolio hal ehwal agama tidak lagi diberikan kepada Exco dari PAS tetapi dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Di samping isu itu, tuduhan media Umno kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong undang-undang homoseksual juga menjadi tajuk berita pilihan pelayar Harakahdaily.
Berikut adalah 10 berita paling top dalam Harakahdaily sepanjang minggu lalu 16 - 22 Januri 2012.
1) Portfolio agama: Zaid beri amaran kepada anak buahnya
2) Pasai apa pulak bukan Dr. Rani yang jadi Exco?
3) Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz
4) Permaisuri menangis kerana projek udang
5) Saman dari Shahrizat memang ditunggu - Rafizi
6) Terima kasih Kadir dedah rasuah ‘bom’ Umno
7) Hasan: Antara parasit dengan pelesit..
8) Veteran Umno saman kerajaan negeri Perak
9) Felda Cahaya Baru: Kamu terimalah akibatnya
10) Pejabat Peguam Negara fail rayuan kes liwat
Sumber HD : 25/01/2012
Sidang media YB Dr Shafie Abu Bakar : http://www.youtube.com/watch?v=ulzrlBlTMXA

Saya tak sangka dilantik Exco - Dr Ahmad Yunus
Nazri Abdullah, | 28 Jan 2012 |
SHAH ALAM, 28 Jan: Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar) menjelaskan, beliau sehingga kini masih terkejut kerana tidak menjangkakan dirinya akan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Dalam satu temubual dengan Harakahdaily di pejabatnya semalam, beliau bagaimanapun berkata, perlantikan baru itu diterimanya sebagai amanah besar untuk dilaksanakannya.
"Saya memang tak jangka akan dilantik sebagai exco menggantikan Datuk Hasan Ali. Di peringkat PAS negeri pun asalnya letak nama (Pesuruhjaya) Dr. Rani (yang juga Adun Meru).
"Lewat petang 17 Januari baru saya diberitahu bahawa saya dipilih dan esok kena angkat sumpah Exco," katanya menceritakan suasana sehari sebelum tarikh angkat sumpah.
Dr Ahmad Yunus menduduki pejabat Exco kerajaan negeri di tingkat 2 bangunan SUK Selangor yang diduduki oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebelum ini.
Beliau yang baru memasuki pejabat itu sedang menyusun kakitangannya.
Sebagai Exco, beliau diperuntukkan beberapa kakitangan termasuk pegawai dasar, setiausaha di samping pegawai tadbir.
Dr Ahmad selaku profesional dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya kelihatan kemas dengan tubuh yang tegap sangat mesra melayan tetamu.
Percakapannya lancar dan kemas memperlihatkan beliau berpotensi besar menjadi pemimpin kanan PAS selepas ini.
Dengan memegang portfolio Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus bakal berhubung selalu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Yang menariknya, kedua-dua mereka adalah dalam satu batch di Universiti Malaya.
Menurut Dr Yunus yang sebelum ini bertugas sebagai Pembantu Exco Belia dan Sukan di bawah Menteri Besar, beliau pada mulanya juga tidak diberitahu apa portfolio yang akan dipegang selepas dilantik menjadi Exco.
Sehinggalah ujarnya pada satu sidang media selepas mesyuarat Exco pada hari angkat sumpah tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau diamanahkan memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu.
Khalid pada sidang media tersebut juga, turut mengumumkan portfolio Infrastruktur dan Hal Ehwal Agama Islam yang dipegang Hasan Ali sebelum ini dipegangnya sendiri.
Ditanya apa perasaan beliau setelah menyedari tidak diberi tanggungjawab memegang portfolio agama, Dr Yunus yakin ianya keputusan terbaik yang dibuat atas kebijaksanaan Menteri Besar.
"Kita tak pernah pun untuk merebut jawatan. Saya tak rasa langsung sama ada cemburu atau sebagainya kerana bagi saya apapun yang dipertanggungjawabkan adalah satu amanah.
"Saya tahu sudah tentu Menteri Besar ada strategi dan kebaikan tertentu," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Dr Yunus berkata, kapasiti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar juga diyakini mampu memberi kesan lebih baik dalam urusan agama di negeri itu ekoran hubungannya dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta pihak istana.
Biarpun portfolio agama tidak dipegang oleh PAS secara langsung, namun kata Dr Yunus, peranan PAS dalam portfolio itu masih besar ekoran perlantikan Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar sebagai Pembantu Exco Agama yang dipegang Menteri Besar itu.
"Walaupun exco agama tidak dipegang oleh PAS, tapi kita masih boleh beri input kepada Menteri Besar.
"Menteri Besar sendiri pun kata, apa-apa isu berkaitan agama, beliau sendiri akan rujuk kepada PAS," katanya.
Sumber HD : 28/01/2012
Kenyataan Media YB Dr Ahmad Yunus Hairi : http://www.youtube.com/watch?v=iStFL6-HB8Q

Portfolio agama: Umno sengaja cetus provokasi
Nazri Abdullah, | 30 Jan 2012 |
SHAH ALAM, 30 Jan: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Dr Ahmad Yunus Hairi berpendapat tindakan mempersoal kononnya PAS dipinggir ekoran tidak diberi portfolio agama di Selangor hanya permainan politik Umno.
Menyifatkan tuduhan itu liar dan tidak berasas, Dr Yunus yang memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu berkata, tindakan Umno itu juga sebagai cubaan melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Beliau menjelaskan, keputusan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memegang sendiri portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang bekas exco Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah keputusan terbaik untuk negeri itu khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.
"Ini antara strategi, dalam masa singkat untuk menghadapi pilihan raya sudah tentu Menteri Besar mempunyai pandangannya sendiri.
"Kalau kita lihat di beberapa negeri lain, seperti saya dapat maklumat di Johor dan Pahang pun potfolio agama ini secara automatik di bawah Menteri Besar. Jadi ini bukan sesuatu yang terlalu ada kelainannya," ujarnya dalam satu temubual dengan Harakahdaily di pejabatnya baru-baru ini.
Dr Yunus yang juga Adun Sijangkang dilantik menjadi exco Selangor pada 18 Januari lalu menggantikan Dr Hasan yang dipecat keahliannya dari PAS.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai pembantu Exco Belia dan Sukan yang dipegang oleh Tan Sri Khalid.
Bagaimanapun selepas perlantikannya sebagai exco, kerajaan Selangor membuat rombakan kecil portfilio exconya.
Melalui rombakan itu, portfolio Infrastruktur dan Hal Ehwal Agama Islam yang dipegang Dr Hasan sebelum ini dipegang olehnya sendiri manakala portfolio Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu diberi kepada Dr Yunus.
"Saya lihat (pertikaian) ini hanya (datang) dari parti lawan khususnya Umno. Selepas saya dilantik exco, ada pemimpin Umno call, SMS kata kenapa PAS dipinggir..., padahal PAS berlapang dada dan menyambut baik keputusan Menteri Besar itu.
"Saya ada dipanggil oleh setiausaha kepada Presiden PAS yang memaklumkan bahawa perlantikan saya ini mendapat restu daripada PAS Pusat, dan beberapa pimpinan PAS juga mengirimkan SMS mengucapkan tahniah," katanya lagi.
Sementara itu beliau turut membidas cubaan pihak tertentu yang mengantung kain rentang dibeberapa kawasan di negeri itu kononnya Dewan Pemuda PAS Selangor membantah tindakan yang tidak memberikan portfolio agama itu kepada PAS.
Sedangkan, Dewan Pemuda PAS negeri sendiri telah menafikan kaitan mereka dengan kain rentang itu dan menyatakan sokongan penuh kepadanya.
"Saya lihat ini dibuat oleh golongan yang sengaja nak cetus provokasi.
"Saya yakin tohmahan-tohmahan ini hanya akan berlalu begitu sahaja," jelasnya.
Sumber HD : 30/01/2012

Selangor berusaha perbanyak sekolah agama
Afeeqa Afeera, TVSnews, | 30 Jan 2012 |
KUALA LANGAT, 29 Jan: Kerajaan Selangor memerlukan sokongan dari ibu bapa bagi mengujudkan lebih banyak sekolah aliran agama dalam usaha menyeimbangkan tuntutan keperluan fizikal dan spiritual dikalangan generasi pelapis akan datang.
(Dr Yunus menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, bimbingan ibu bapa dan tunjuk ajar para guru sememangnya diperlukan bagi mrealisasikan generasi berhemah serta bertanggungjawab di masa depan.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu rakyat tidak kira golongan mana sekalipun. Kita akan membina lebih banyak sekolah agama khusus buat anak-anak di Selangor supaya mereka boleh menerima pembelajaran terbaik di negeri ini.
"Ini kerana, sekolah integrasi tahfiz dan sekolah agama seringkali menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Saya juga berharap wujudnya komitmen dan kerjasama daripada ibu bapa sendiri untuk mendirikan sekolah agama swasta bagi pendidikan anak-anak," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang.
Dr Yunus berkata demikian selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat Dun Sijangkang di Dewan Batu 7, Kampung Sijangkang di sini pagi tadi.
Hadir sama, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan kira-kira 200 penduduk Kampung Sijangkang.
Dalam majlis sama, Dr Ahmad Yunus turut menyerahkan pengiktirafan dan saguhati kepada kira-kira 135 pelajar daripada beberapa buah sekolah terpilih di Dun Sijangkang berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2011.
Pelajar-pelajar cemerlang ini adalah antara para peserta yang telah menyertai program Mumtaz Milikku yang dianjurkan di sekolah untuk membimbing mereka sebagai persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.
Tambah beliau, program berbentuk ilmiah ini akan dilakukan secara berterusan di sekolah-sekolah terpilih supaya lebih ramai pelajar cemerlang dapat dihasilkan.
"Apabila program ini mula diperkenalkan, kita berkaya menghasilkan leboh 60 pelajar mumtaz (cemerlang) dan bertambah sehingga 106 orang pada tahun berikutnya, manakala untuk tahun ini sahaja seramai 135 pelajar cemerlang berjaya kita hasilkan.
Walaupun program ini menumpukan kepada pelajar yang baik-baik, namun pelajar yang lemah tidak dilupakan sebaliknya mereka berterusan menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada para guru di sekolah," jelasnya.
Program Mesra Rakyat yang berlangsung selama dua hari itu turut melibatkan beberapa aktiviti lain seperti forum "Mumtaz Dunia, Mumtaz Akhirat : Agenda Negara Berkebajikan", gotong-royong, bicara ilmuan bersama Profesor Dr Aziz Bari, program Jom Shopping, Jogaton Pulau Carey , pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya

Rumah baru penduduk Berembang siap April ini
Khaulah Azwar, | 31 Jan 2012 |
AMPANG, 31 Jan: Projek perumahan baru untuk penduduk Kampung Berembang yang tertangguh sejak empat tahun lalu dijangka siap menjelang April tahun ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad ketika meninjau tapak projek itu berkata, beliau telah diberi jaminan tersebut oleh kontraktor yang bertanggungjawab.
"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh, dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya.
Menurutnya, selepas beberapa kali tertangguh, pihak Kerajaan Negeri Selangor memantau secara serius perkembangan projek tersebut.
Ia kerana, penduduk di situ sudah menunggu lama janji pihak kontaraktor yang gagal menyiapkan projek tersebut seperti jadual asal.
"Setiap dua minggu saya mendapat laporan projek perumahan daripada kontraktor dan telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.
"Malah, pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, kita telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan," katanya.
Projek perumahan tersebut berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta termasuk 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.
Ianya diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International.
Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk asal.
Sebelum PRU 2008, ketika Selangor masih dibawah penguasan BN, penduduk Kg Berembang
telah mengadakan bantahan ekoran kerajaan pada ketika itu mahu merobohkan kediaman mereka bagi melaksanakan program setinggan sifar.
Sebahagaian besar penduduk pada masa itu membantah dan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri yang pada waktu itu dipimpin Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.
"Saya di fahamkan, siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambil alih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu kerana ianya bersifat menindas rakyat".
"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," kata Iskandar.
Sementara itu, Ketua Kampung Berembang, Noralizan Ali, 59 pula berkata, beliau gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.
"Saya benar puas hati degan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Sealangor dalam menyelesai masalah rakyat. Bersyukurlah kepada Allah SWT.
"Kita sudah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Kami dah tinggal di bawah kabel rasanya empat hingga lima tahun," katanya

Sumber HD : 31/01/2012
Keputusan MB pegang Exco Agama molek - Presiden PAS
Nazri Abdullah, | 31 Jan 2012 |
GOMBAK, 31 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri potfolio agama Islam di negeri itu sebagai sangat molek.
Menurutnya, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ianya akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.
"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama.
"Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang exco agama)," katanya dalam pertemuan dengan Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya PAS dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu.
Isu tersebut timbul selepas Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Bagaimanapun, portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini di bawah Hasan kemudiannya diletakkan dibawah menteri besar sendiri manakala Dr Yunus dilantik memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Melayu.
Peluang itu sekaligus digunakan Umno dengan mendakwa PAS hilang potfolio agama.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas exco itu.
Sebab itu katanya, PAS masih berperanan besar apabila Menteri Besar melantik Adun Bangi Dr. Shafie Abu daripada PAS sebagai Pembantu Exco Agama.
"Cumanya kita lantik siapa bawah Tan Sri Khalid, ini yang penting. Setengah orang kita ni tak nampak (siapa) yang kena buat kerja, nak tengok siapa (ketua).
"Lagipun pilihan raya umum dekat dah," katanya sambil menyifatkan keputusan itu juga sebagai strategi pilihan raya.
Sumber HD : 31/01/2012
Sumber HD : 1/02/2012

Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
SELAYANG, 1 Feb: PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, pagi ini ekoran satu kepala babi ditemui di pintu masuk masjid itu, pagi semalam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad mengetuai lawatan itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak masjid yang disertai nazir masjid, Ilham Akhbar Harun. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib turut serta dalam pertemuan itu.
Selepas mengadakan perbincangan, mereka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi mendapat maklumat berhubung kejadian pagi semalam itu.
Khalid meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan keji itu serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.
Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.
Mereka kemudiannya telah meninggalkan masjid itu setelah mengambil bahan bukti serta menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, manakala kes itu pula akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.
Dalam pada itu, nazir masjid telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

Pihak berkepentingan letak kepala babi di masjid
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
SELAYANG, 1 Feb: PAS yakin pihak yang terlibat dalam kejadian meletakkan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman, Rawang pagi semalam adalah pihak yang berkepentingan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, hanya pihak berkepentingan saja yang akan membuat kerja seperti itu.
Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu. (Gambar bawah)
Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.
Khalid meminta pihak polis siasat terperinci kes ini kerana selama ini kawasan Rawang ini aman dan tenang.
Permintaan itu dikemukakan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam kepada Timbalan OCPD Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan dan pegawai penyiasat kes itu dalam pertemuan mereka di IPD Gombak, pagi ini.
"Pakatan Rakyat tak untung apa-apa dengan kes sebegini bahkan akan rugi...jadi kita harap ia diselesaikan dengan segera," beritahu Khalid kepada wartawan selepas pertemuan itu.
Khalid berkata, pihak polis sehingga ini masih belum mendapat apa-apa klu pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini.
Ini kerana tiada sebarang bantuan teknikal yang diperolehi bagi membantu polis mengenalpasti siapa bertanggungjawab kerana tiada cctv dan seumpamanya di sini.
"Namun polis percaya ia bukan dicampak tetapi diletakkan dengan baik di atas tempat alas kaki plastik masjid itu," beritahu Khalid kepada media selepas pertemuan itu.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zaidy Talib (YDP PAS Selayang), Fauzan Mazlan (Ketua Pemuda PAS Selayang) dan beberapa pimpinan PAS tempatan lagi.
Dalam pertemuan itu, Zaidy melahirkan kebimbangan kalau-kalau pihak berkepentingan cuba melaga-lagakan penduduk tempatan yang berada dalam harmoni sekarang.
Fauzan Mazlan pula bimbang kalau-kalau kejadian di Kampung Medan, Petaling Jaya sebelum ini berulang di sini.
"Sampai sekarang Kampung Medan masih belum reda dan kita bimbang ia merebak ke sini," kata Fauzan.

DAP kecam hebat letak babi di masjid
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Feb: DAP mengecam hebat pihak yang terbabit dalam meletakkan kepala babi di sebuah Masjid Nurul Iman, Rawang semalam.
Bagi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, tindakan ini satu tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.
"DAP mengecam hebat insiden ini dan berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini yang bertentangan dengan sifat masyarakat kita yang aman dan berbilang budaya," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.
Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.
(Gambar: Polis membawa keluar kepala babi yang diletak atas alas kaki masjid Nurul Iman, Rawang)
Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.
Pihak polis sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk untuk mengenalpasti siapa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.
Timbalan Ketua Polis Gombak, Superitendan Rosly Hassan ketika bertemu dengan pemimpin PAS Selangor berkata, tiada sebarang bantuan teknikal mereka perolehi untuk membantu mengenalpasti siapa bertanggungjawab di sebalik tindakan ini.
DAP menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat.
Namun demikian, mereka tidak akan mencapai objektif jahat mereka kerana rakyat Malaysia bukan sahaja sudah biasa hidup bersama malah suka meraikan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini, katanya.
"Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau," katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak Kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Majlis Noh serah kunci diselubungi persoalan
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Iskandar A. Samad (gambar) mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Noh Omar untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang tetapi ianya mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor itu berkata, walau bagaimana pun terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.
“Pertama, laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, pada lazim penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF diperolehi.
“Bagi pembangunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan Bomba memerlukan masa untuk diperolehi,” ujarnya lagi.
Tambahnya, tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.
“Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat,” katanya yang juga Adun Cempaka.
Tambahnya, telah terbukti di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kemajuan pembinaan projek-projek terbengkalai di Ukay Bistari adalah lebih banyak dari di bawah Barisan Nasional.

Kepala babi: Selangor prihatin tawar RM10,000
Harakahdaily, | 02 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menjejaki dalang kepada insiden meletakkan kepala babi di hadapan pintu utama Masjid Nurul Iman di Rawang.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan mengharapkan semoga dengan sumbangan berbentuk wang tunai itu akan dapat menyelesaikan isu terbabit dengan kadar segera dan seterusnya akan mententeramkan kembali perasaan masyarakat setempat.
“Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam insiden tersebut dan menyifatkan tindakan ini adalah tindakan orang yang ‘singkat akal’ dan tidak bertamadun,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tawaran Kerajaan Selangor mengenai ganjaran wang tunai RM10,000 kepada individu yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pihak yang melakukan tindakan keji itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail ketika memberitahu media selepas mesyuarat mingguan Exco semalam berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi menerusi pusat khidmat pelanggan di talian 1800-888-2824 bagi menyalurkan maklumat.
Hasbullah berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga seluruh rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi itu.
Justeru, beliau meminta rakyat untuk terus bermunajat dan berdoa semoga tindakan provokasi itu akan dapat dihentikan dan pesalah-pesalah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Sumber HD : 2//02/2012

Kepala babi: Abim khuatir cetus ketegangan agama
Harakahdaily, | 02 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius insiden terbaru penemuan kepala babi di Masjid Sentul seperti mana yang dilaporkan di media massa hari ini.
“Dalam hal ini, Abim mengecam keras perbuatan yang sama sekali tidak menghiraukan sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam,” kata setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Katanya, provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu amat dikesali serta sama sekali tidak boleh dimaafkan.
Sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan serta merta, ujarnya Abim khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas, sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.
“Dalam hal ini, Abim memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani,” ujarnya.
Tegasnya, perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima serta dijustifikasikan dalam keadaan atau atas apa nama sekalipun.
Apa yang pasti, katanya umat Islam seluruh negara berasa amat terguris terhadap insiden yang berlaku ke atas rumah Allah.
Tambahnya, Abim ingin menjelaskan bahawa masjid dan surau merupakan tempat yang amat suci dan mulia di sisi umat Islam dan tidak sama sekali akan berdiam diri sekiranya rumah ibadat mereka terus diperlakukan sedemikian.
Justeru, ujarnya lagi tindakan tegas daripada agensi-agensi pihak berkuasa terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah digesa untuk mengelakkan tindakan berniat jahat sebegini daripada berulang sekali lagi, serta merebak menjadi epidemik politik, agama dan perkauman yang tidak dapat dikawal lagi.
“Berdasarkan kepada kenyataan ini, Abim menggesa agar pihak PDRM serta pihak yang berkenaan agar melaksanakan siasatan segera serta mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya lagi.
Beliau berkata, Abim pada masa yang sama memohon agar seluruh umat Islam di negara ini agar bertenang serta memberi kerjasama yang sewajarnya untuk menangani polemik itu serta mengelakkan diri dari mengamalkan pendekatan witch hunt.
“Dalam hal ini, Abim mengharapkan agar umat Islam tidak bertindak melangkaui batasan yang ditetapkan dalam ajaran Islam serta menzahirkan bantahan mereka berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan dalam kerangka perundangan negara,” ujarnya.
Katanya, Abim juga menyeru agar jawatankuasa masjid di seluruh negara dapat mengambil inisiatif untuk mengadakan solat hajat pada hari ini dan selepas solat Jumaat esok memohon agar kesucian masjid dan surau di seluruh negara terpelihara serta pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.
Sumber HD : 2/02/2012

Najib, Muhyiddin hanya tahu jaga Selangor sahaja
Harakahdaily, | 07 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas negeri itu walaupun Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu kerap sekali turun ke Selangor.
Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tindakan Najib dan Muhyiddin itu seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga.
“Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor,” katanya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah-olah anak pungutan.
Katanya, pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.
“Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Tambahnya, andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan.
Menurutnya, anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik.
Mereka, katanya akan pastikan ibu bapa mereka tidak dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.
Katanya lagi, banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru Kafa kepada RM1,500, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.
Di samping itu, ujarnya kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai.
Justeru, kata beliau Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno.
Oleh itu, tambahnya akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka rakyat akan buta agama.
“Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula dirasai oleh semua lapisan rakyat, tidak seperti zaman Umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi,” ujarnya lagi.
Katanya, kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173 juta daripada RM800 juta yang mana BN berhutang, PR tolong bayar.
Menurutnya, untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah, maka diperuntukkan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.
“Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insya Allah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR,” katanya.
Sumber HD : 8/02/2012
Bazar Jelantek ditutup kerana gagal tarik pengunjung
Harakahdaily, | 09 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Bazar Larut Jalan Jelatek Ampang ditutup serta merta kerana gagal menarik pengunjung.
Penganjur bazar itu pula, Persatuan Wanita Ampang diarah membayar wang deposit berjumlah RM16,160 kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Kerajaan Negeri juga mengarahkan MPAJ mengutip semua hutang tertunggak daripada Persatuan Wanita Ampang yang diketuai Puan Salmah Ismail, walaupun terpaksa menggunakan saluran undang-undang.
Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 21 Disember 2011 selepas mendapati Bazar Larut Malam itu gagal mencapat matlamat asal.
“MPAJ juga diberi amaran keras agar tidak lagi membenarkan mana-mana persatuan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) menganjur projek serupa sebelum mengenalpasti kemampuan pemohon/penganjur.
“Keputusan tegas ahli MTES antara lain mengingatkan semua PBT untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayaai mana-mana persatuan atau NGO untuk mengendali projek tanpa menyelidik kebolehan persatuan tersebut,” kata Faekah.
Beliau mengulas surat pembaca yang ditulis oleh Hakim Joe yang disiarkan di laman portal berita Malaysia Today yang bertajuk Power vs Authority yang disiarkan semalam. Hakim Joe mendakwa wujudnya pengaruh politik dalam pemberian konsesi pengendalian pasar malam atau bazar tersebut dan terdapat pengaruh parti politik dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika membendung salah guna kuasa yang dikatakan telah berlaku.
“Penjelasan ini membuktikan tiada salah guna kuasa yang dikatakan cuba ditutup oleh kerajaan negeri, tiada panggilan dan penyelesaian belakang yang dilakukan oleh Presiden mahupun Ketua Umum Parti Keadilan dalam menentukan keputusan seperti yang dikatakan penulis. Kalau tidak, masakan keputusan tegas boleh diambil melalui mesyuarat terbuka MTES,” kata Faekah.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai jika terdapat salah guna kuasa untuk memastikan negeri ini ditadbir dengan telus dan bertanggungjawab tetapi perlu disertakan dengan fakta-fakta tepat untuk mengelak fitnah.
“Menuduh Menteri Besar tunduk dengan arahan pimpinan parti yang mahu menutup amalan rasuah adalah tuduhan yang sangat berat dan tidak adil. Kerajaan Selangor sedang dengan segala daya melaksanakan prinsip pengasingan kuasa antara pentadbiran negeri dan parti yang mana kita lihat telah gagal dilaksanakan pemerintahan BN sehingga membawa kepada kejatuhannya di beberapa negeri termasuk Selangor,” katanya.
Faekah secara terbuka mengakui sukar melakukan reformasi dalam pentadbiran apabila terlalu banyak kepincangan sepanjang 52 tahun pemerintahan Barisan Nasional tetapi yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya dengan usaha beterusan dan sokongan rakyat.
Sumber HD : 9/02/2012

Polis rampas Blackberry Khalid Samad
Harakahdaily, | 09 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 9 Feb: Anggota Parlimen Shah Alam umpama patah tangan apabila terpaksa melepaskan telefon bimbit Blackberry beliau untuk tujuan siasatan.
Petang ini, seorang pegawai polis menemui beliau dan 'merampas' telefon itu untuk tujuan siasatan.
"Ia berkaitan dengan kes Teoh Beng Hock yang saya tweet setahun lalu melalui telefon itu," kata Khalid kepada Harakahdaily.
"Saya x boleh tweet lagi hingga BB dpulangkn. Istilah rampas adalah istilah yang diguna polis. Jam 2.30 Chief Inspector akan datang. WasSalaam.
"Sekadar nak maklum nombor baru. Akan dpulang bila selesai siasat," tulis Khalid dalam twitternya hari ini.
Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, beliau sendiri tidak ingat bilakah beliau membuat tweet berkaitan kes Teoh Beng Hock itu.
"Sudah beberapa kali polis datang nak ambil telefon tu tetapi saya berjaya tangguhkan. Hari ini tidak boleh lagi, kena serah," katanya.

Babi boleh disamak, zina wajib hudud
Harakahdaily, | 09 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 9 Feb: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari (gambar) berkata, “babi boleh disamak, hukuman kepada penzina, wajib hudud!,” tegas beliau.
Ini merujuk kepada keresahan umat Islam terhadap penemuan kepala babi di dua masjid berasingan dalam tempoh kurang seminggu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan bahawa para ilmuan zaman silam telah berjaya memberi kefahaman kepada umat Islam tentang status pengharaman anjing dan babi kerana ia melibatkan najis berat, iaitu najis ‘mughallazah’ – kaedah pembersihan dengan membasuh tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah.
Sementara itu, beliau menjelaskan, “babi kalau dalam darurat, masih boleh dimakan sekadar untuk hidup. Tapi, mereka yang syirik kepada Allah, menolak ayat Al-Quran, melakukan zina dan membuat fitnah wajib dikenakan hukuman,” ujar beliau dalam memberi respon terhadap isu lain yang cuba diselindungkan dalam realiti masyarakat.
Sambil menyifatkan ia tindakan pengecut sesetengah pihak menggunakan kepala babi sebagai bahan provokatif sekaligus cuba mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi contoh-contoh lain yang memberi kesan langsung dalam masyarakat.
Perbuatan zina misalnya, boleh meruntuhkan institusi masyarakat bilamana anak tidak sah taraf ini dipinggirkan dan dibuang.
Jelas ia bertentangan dengan tujuan sebenar untuk berzuriat sebagaimana yang termaktub dalam maqasid syariah yang mengangkat kedudukan penjagaan keturunan dalam Islam.
Namun, lebih dari itu, mengapa program-program yang mendekatkan anak remaja kepada zina dan sebaran-sebaran fitnah menerusi media massa masih dibiarkan berleluasa mengambil tempat dalam masyarakat?
Fitnah terhadap individu atau kumpulan boleh memecah-belahkan masyarakat sepertimana yang dirakamkan dalam sejarah bilamana Tun Mutahir menyambut baik kehadiran Portugis ke Melaka atas tujuan perdagangan. Hal ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar.
Beliau telah berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka. Lantas, Sultan Mahmud mengutuskan Tun Sura untuk membunuh Tun Mutahir.
Selain itu, Dr. Yaakob turut mengingatkan tentang Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam pada itu, amalan rasuah juga semakin membarah dalam masyarakat, perlu diingat, budaya ini pastinya akan menjejaskan integriti pentadbiran sekaligus merosakkan ekonomi negara.
Gejala ini mampu menjatuhkkan mana-mana pemimpin walau banyak manapun sumbangan mereka. Tumbangnya bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon dalam kes ‘scandal watergate’ juga kerana rasuah.
“Umat Islam cukup takut dengan babi ni, haram kata mereka. Tapi mengapa amalan mengambil rasuah, berzina, dan buat fitnah dianggap biasa dalam masyarakat? Sedangkan itu juga haram,” tegas beliau sambil mengingatkan masyarakat agar perkara pokok lain yang lebih berat (syirik, rasuah, zina, fitnah) juga perlu diambil kira dan diberi penekanan yang serius.

KSSB nafi Double Dignity terlibat dalam industri pasir
Harakahdaily, | 09 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 9 Feb: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Negeri Selangor.
Menurut kenyataan KSSB, syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.
Sejak KSSB ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan mempelopori industri pasir dan batuan di Negeri Selangor, KSSB ini tidak pernah menerima permohonan dari syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktiviti melibatkan industri pasir di negeri ini.
"KSSB sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak berkuasa lain dalam apa jua siasatan yang melibatkan KSSB," kata kenyataan itu.
Double Dignity adalah nama syarikat yang didakwa oleh blogger Raja Petra Kamarudin terlibat dalam kerja-kerja mengorek pasir di Selangor.

Selangor bantu baik pulih bumbung dipukul ribut
Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Kerajaan Negeri Selangor akan membantu penduduk pangsapuri-pangsapuri Bukit Subang membaikpulih bumbung kediaman mereka yang rosak akibat ribut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri, Iskandar A. Samad berkata, kerja tersebut akan dilaksanakan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria.
Katanya, di bawah skim perkongsian kos Ceria, kerajaan negeri akan menanggung 80 peratus kos baikpulih dan penduduk 20 peratus bagi rumah kos rendah.
“Sementara untuk rumah kos sederhana, kerajaan negeri akan menanggung 60 peratus dan penduduk 40 peratus, bahagian penduduk pula boleh dibayar secara ansuran,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, anggaran awal kos baikpulih iaitu sebanyak RM480,000 telah disiapkan oleh Pejabat Daerah Petaling.
Katanya lagi, kos dan skop kerja terperinci pula akan disiapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar kontraktor-kontraktor untuk kerja baik pulih tersebut dapat dilantik.
“Tetapi buat masa ini MBSA sedang melakukan pemeriksaan untuk menentukan sama ada pangsapuri yang terlibat selamat untuk didiami,” ujarnya yang juga Adun Cempaka.
Katanya, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh MBSA dan Bomba untuk memastikan pangsapuri-pangsapuri itu selamat.
“Adalah diharapkan penduduk di tingkat 1 hingga 4 dapat berpindah balik ke kediaman mereka dan tidak perlu lagi tinggal di dalam dewan,” ujarnya.
Sementara itu, jelasnya MBSA akan mendapatkan rumah sewa sementara untuk penduduk di tingkat 5 sehingga kerja membaikpulih siap.
Pada kejadian kira-kira jam 3.30 petang Selasa lepas, ribut menerbangkan bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang.
Sembilan unit rumah di blok satu dan dua mengalami rosak teruk ketika kejadian manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Sumber HD : 10/02/2012
(Istana Zakaria yang terletak di Kampung Idaman, Pandamaran)
KLANG, 10 Feb: Ingatkah anda Istana Zakaria Idrus yang terletak di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang yang dibina dengan kos kira-kira RM5 juta itu?
Isu Istana milik Adun BN/Umno Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros ini, masih meniti di bibir orang-ramai hingga kini walaupun Umno tidak lagi berkuasa di Selangor.
Mungkin inilah juga sebabnya Umno begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan kembali negeri itu walau dengan apa cara sekalipun.
(Pancutan air di Istana Zakaria)
Kesungguhan ini bukan disebut oleh para pimpinan Umno tempatan sahaja yang banyak kehilangan sumber pendapatan sekarang tetapi juga Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Razak.
Yang menariknya, ketika isu ini memuncak, Sultan Selangor permah memanggil beliau mengadap namun beliau tidak datang dengan alasan tidak sihat.
Media pernah melaporkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini berkata Zakaria, yang juga anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK), telah melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana membina bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan tindakan maksimum denda akan dikenakan terhadap beliau.
Seorang penduduk tempatan pula, Nizam Razali dilaporkan pernah berkata rumah sedemikian lebih layak dibina di kawasan elit seperti di Seksyen 7 Shah Alam.
(Kawasan meletak kereta di Istana Zakaria)
"Istana tidak sesuai duduk di tengah-tengah kampung. Kalau hendak dibandingkan istana itu dengan rumah-rumah kos rendah dekat sini, besarnya 10 atau 12 kali ganda. Eloklah buat tempat lain," katanya.
Zakaria sudah pergi dan tidak kembali lagi pada 11 Mac 2008 iaitu sebaik sahaja selesai pilihan raya umum 2008 lalu namun legasi Istana Zakaria terus menghantui penduduk Klang.
(Salah satu ruang tamu Istana Zakaria)
(Tangga di dalam Istana Zakaria)
Sumber HD : 10/02/2012
YB Sdr Khasim Abdul Aziz : http://www.youtube.com/watch?v=SK8XGSAZSRE&context=C46795c9ADvjVQa1PpcFPSCmkCZkyWbopSxyBmwvc3APz4b6DROtY=
Ucapan Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=1q_h9DGBVQ4
Ucapan DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=hbj36RsFkn0
Ucapan DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=4usqGO_uxRE
Ucapan Mat Sabu : http://www.youtube.com/watch?v=5HB_Bc4rXIs
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri, Iskandar A. Samad berkata, kerja tersebut akan dilaksanakan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria.
Katanya, di bawah skim perkongsian kos Ceria, kerajaan negeri akan menanggung 80 peratus kos baikpulih dan penduduk 20 peratus bagi rumah kos rendah.
“Sementara untuk rumah kos sederhana, kerajaan negeri akan menanggung 60 peratus dan penduduk 40 peratus, bahagian penduduk pula boleh dibayar secara ansuran,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, anggaran awal kos baikpulih iaitu sebanyak RM480,000 telah disiapkan oleh Pejabat Daerah Petaling.
Katanya lagi, kos dan skop kerja terperinci pula akan disiapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) agar kontraktor-kontraktor untuk kerja baik pulih tersebut dapat dilantik.
“Tetapi buat masa ini MBSA sedang melakukan pemeriksaan untuk menentukan sama ada pangsapuri yang terlibat selamat untuk didiami,” ujarnya yang juga Adun Cempaka.
Katanya, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan oleh MBSA dan Bomba untuk memastikan pangsapuri-pangsapuri itu selamat.
“Adalah diharapkan penduduk di tingkat 1 hingga 4 dapat berpindah balik ke kediaman mereka dan tidak perlu lagi tinggal di dalam dewan,” ujarnya.
Sementara itu, jelasnya MBSA akan mendapatkan rumah sewa sementara untuk penduduk di tingkat 5 sehingga kerja membaikpulih siap.
Pada kejadian kira-kira jam 3.30 petang Selasa lepas, ribut menerbangkan bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang.
Sembilan unit rumah di blok satu dan dua mengalami rosak teruk ketika kejadian manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Sumber HD : 10/02/2012
Istana Zakaria terus di ingatan penduduk Klang
Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
(Istana Zakaria yang terletak di Kampung Idaman, Pandamaran)
KLANG, 10 Feb: Ingatkah anda Istana Zakaria Idrus yang terletak di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang yang dibina dengan kos kira-kira RM5 juta itu?
Isu Istana milik Adun BN/Umno Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros ini, masih meniti di bibir orang-ramai hingga kini walaupun Umno tidak lagi berkuasa di Selangor.
Mungkin inilah juga sebabnya Umno begitu bersungguh-sungguh mahu mendapatkan kembali negeri itu walau dengan apa cara sekalipun.
(Pancutan air di Istana Zakaria)
Kesungguhan ini bukan disebut oleh para pimpinan Umno tempatan sahaja yang banyak kehilangan sumber pendapatan sekarang tetapi juga Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Razak.
Yang menariknya, ketika isu ini memuncak, Sultan Selangor permah memanggil beliau mengadap namun beliau tidak datang dengan alasan tidak sihat.
Media pernah melaporkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebelum ini berkata Zakaria, yang juga anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK), telah melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana membina bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan tindakan maksimum denda akan dikenakan terhadap beliau.
Seorang penduduk tempatan pula, Nizam Razali dilaporkan pernah berkata rumah sedemikian lebih layak dibina di kawasan elit seperti di Seksyen 7 Shah Alam.
(Kawasan meletak kereta di Istana Zakaria)
"Istana tidak sesuai duduk di tengah-tengah kampung. Kalau hendak dibandingkan istana itu dengan rumah-rumah kos rendah dekat sini, besarnya 10 atau 12 kali ganda. Eloklah buat tempat lain," katanya.
Zakaria sudah pergi dan tidak kembali lagi pada 11 Mac 2008 iaitu sebaik sahaja selesai pilihan raya umum 2008 lalu namun legasi Istana Zakaria terus menghantui penduduk Klang.
(Salah satu ruang tamu Istana Zakaria)
(Tangga di dalam Istana Zakaria)
Sumber HD : 10/02/2012
Amirudin dan Shuhaimi jawab Raja Petra
Shuhaimi Idris dan Amiruddin Shari, | 10 Feb 2012 |
TUDUHAN UMNO MELALUI RAJA PETRA:
TIDAK ADA SALAHGUNA KUASA, PENYELEWENGAN MELAINKAN CUBAAN BARISAN NASIONAL MENAWAN SELANGOR
TIDAK ADA SALAHGUNA KUASA, PENYELEWENGAN MELAINKAN CUBAAN BARISAN NASIONAL MENAWAN SELANGOR
Saya merujuk kepada penulisan Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" di dalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahat dengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan sdr Amiruddin terbabit dengan salahlaku rasuah.
Artikel beliau itu ditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut:
1.
Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari menubuhkan sebuah syarikat; atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah;
2.
Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah ahli politik yang makan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd; dan
3.
Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah dalang aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu.
Penjelasan saya mengenai Double Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddin hanya menggunakan beberapa insiden biasadengan menyembunyikan perkara sebenar bertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN dan memfitnah saya serta YB Amiruddin Shari.
LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
•
Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) Sdn Bhd melalui seorang kenalan. Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untuk memperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009.
•
En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah.
•
Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidak punya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor.
•
En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktiviti perladangannya di Sabah.
•
Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa En Adnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarang pertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat.
LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
•
Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untuk menjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. Beliau menyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan.
•
Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai saya dan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikan bahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkan perangkap seperti yang berlaku di Perak.
•
Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa En Adnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang Wakil Rakyat dari UMNO.
•
Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasar profesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009. Saya telah menyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikan tersebut dalam bulan Jun 2009.
•
Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawa perlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatan dengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin.
•
Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat, kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal.
•
Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatan ahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yang bersesuaian.
•
Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kali perbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•
Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikan YB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulan September 2009.
TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAK PEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
•
Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009.
•
Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawa pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonan tersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin.
•
Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakan dengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari.
•
Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa:
1.
Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan);
2.
Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd; dan
3.
Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerja pembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn BHd.
•
Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk dan memberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikat terbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor.
•
Oleh yang demikian;
1.
Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd membuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan
2.
Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telah dibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd juga satu pembohongan.
3.
Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka sauk seperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnya ditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannya Kumpulan Semesta.
•
Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagai tarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YB Amiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupun butiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu.
•
Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individu dari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari – bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami.
•
Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupa untuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankan dengan tarikh 18 Januari 2010 itu.
SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONAN DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
•
Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB Amiruddin Shari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir.
•
YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapi dengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yang ditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itu supaya mematuhi semua peraturan.
•
Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan.
•
Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orang ramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabila bertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan (melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunya surat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan.
•
Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan Barisan Nasionalialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidak menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhi keputusan.
•
Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidak pernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarang salahguna kuasa mahupun penyelewengan.
•
Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawa tindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikan sama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini.
BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
•
Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memeras ugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•
Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah.
•
Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnya adalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•
Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petra seperti berikut:
TARIKH
|
JUMLAH (RM)
|
TUJUAN PEMBAYARAN
|
15 Ogos 2009
|
3,000
|
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009
|
25 Ogos 2009
|
2,000
|
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009
|
9 September 2009
|
10,000
|
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai danOgos 2009. Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata.
Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata
|
16 dan 17 September 2009
|
5,000
|
Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan.
Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat.
Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal. En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan Septemberdibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung
|
30 September 2009
|
10,000
|
Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan.Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama.
Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya
|
5 Januari 2010
|
50,000
|
Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya.
Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliaupada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang ubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu.
Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS.
Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En Adnan yang bersetuju memberikan pinjamantersebut.
Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd.
Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan. Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkankegunaannya.
Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut:
RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bank kepada kontraktor
RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah
Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak sayayang kemudiannya disampaikan kepada A.
Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain.
Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan.
Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputarbelitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam 'permainan' ini
|
•
Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari raya berjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepada saya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•
Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalam Double Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitu bagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitu bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009.
•
Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagi tujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan saya seperti yang dituduh Raja Petra.
PERBUALAN TELEFON DAN CUBAAN MENGAITKAN YB AZMIN ALI
•
Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra. Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrak oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidak wujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselang seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam
•
Saya juga mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkan fitnah ini dengan YB Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit di dalam perkara ini.
•
Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah ini terkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya.
Kesimpulannya, Raja Petra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaran buruk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali.
Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan perhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat
Saya juga ingin menyebut bahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasa saya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa.
Ini bukanlah kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petra mengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidup dan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turut dijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.
Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskanbagi kepentingan peribadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yang dilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa.
Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
SHUHAIMI BIN HAJI SHAFIEI
ADUN SRI MUDA
ADUN SRI MUDA
AMIRUDDIN SHARI
ADUN BATU CAVES
ADUN BATU CAVES
10 FEBRUARI 2012
Nota: Kesemua nama yang disebut diatas sudahpun memberi keterangan kepada SPRM pada Julai 2010.
Sumber HD : 10/02/2012
MB: KSSB dipantau SPRM, TI sejak awal
Harakahdaily, | 11 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Bagi memastikan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menjalankan operasi pasir diuruskan secara telus dan bertanggungjawab, kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat terlebih dahulu telah mengambil langkah perlu seawal memegang pemerintahan negeri.
Antara inisiatif itu kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim termasuklah memberi kebenaran kepada pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.
“Ketika KSSB dikritik pada 2009, saya telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sultan dan menawarkan mereka untuk menempatkan pegawai-pegawai di pejabat KSSB.
“SPRM menerima menerima tawaran ini dan sejak itu pegawai dan kakitangan SPRM bebas keluar masuk ke pejabat KSSB,” katanya semalam ketika mengulas dakwaan rasuah melibatkan operasi pasir di Selangor yang disiarkan di sebuah laman blog.
Dipantau Transparency International
Menurut Khalid lagi, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International (TI) dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.
“Kita meminta Transparency International mencalonkan dua nama untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB kerana kita berpendapat, sekiranya lantikan dibuat oleh kerajaan negeri, individu berkenaan mungkin tidak berlaku bebas.
“Transparency International telah melantik Chong Seng Gee dan Sabtu Md Ali untuk menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu,” katanya sambil menambah, KSSB juga diaudit setiap suku tahun oleh juruaudit bebas.
Menteri Besar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat.
“Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu Kerajaan Negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah-langkah tertentu sejak beberapa tahun lalu.
Sumber HD : 11/02/2012
Rumah mampu milik pertama Selangor siap Sept
Harakahdaily, | 14 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 14 Feb: Rakyat negeri Selangor boleh menarik nafas lega apabila sejumlah 136 unit Rumah Mampu Milik (RMM) pertama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat negeri itu dijangka siap September ini.
Projek yang terdiri daripada dua blok pangsapuri lima tingkat itu terletak di Sg. Long, Kajang.
Keluasan setiap satu unit pula adalah di antara 830 hingga 870 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM89,000 setiap satu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, projek itu bertetapatan dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan pemaju swasta membina RMM bagi menggantikan Rumah Kos Rendah (RKR) di kawasan-kawasan di mana tiada permintaan untuk RKR atau tidak sesuai untuk RKR.
"Polisi ini adalah bagi memberi peluang membeli rumah kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya yang melawat tapak projek berkenaan 10 Februari lalu, kemajuan projek yang dibangunkan sejak Jun tahun lalu oleh syarikat pemaju swasta itu sudah 55 peratus siap dan dijadual siap sepenuhnya September ini.
Tambahnya lagi, keputusan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemaju swasta adalah tepat kerana permintaan RMM di Selangor adalah terlalu tinggi dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan dapat menyiapkan jumlah RMM yang secukupnya untuk menepati sasaran yang ditetapkan.
"Contohnya RMM oleh PKNS di Bandar Bangi Bangi yang mula dibina pada bulan Jun lepas telah hanya siap kerja-kerja cerucuk (piling).
"Tetapi kerja membina dinding batu-bata (bricklaying) telah hampir siap bagi projek pemaju swasta di Sg. Long yang dimulakan juga pada bulan Jun tahun lepas," katanya lagi.
Selain di Sg. Long, pemaju-pemaju swasta juga ujarnya telah diberikan kebenaran membina RMM di beberapa kawasan lain seperti di Seksyen U10, Shah Alam di mana 536 unit akan dibina.
"Adalah diharapkan gandingan di antara PKNS dan pemaju-pemaju swasta akan dapat menyediakan jumlah RMM yang secukupnya di Selangor," katanya
Sumber HD : 14/02/2012
Selepas 30 tahun masalah Kg Perepat selesai
Harakahdaily, | 15 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 15 Feb: Lebih 300 peneroka asal Kampung Perepat, Kapar yang mengusahakan tanah untuk pertanian di bawah Skim Rancangan Tanah Revolusi Hijau yang dimulakan pada 1981 akhirnya mendapat kepastian tentang pemilikan hak milik tanah.
Penyelesaian ini dicapai hasil usaha Task Force yang ditubuhkan khas oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah meneliti masalah yang melibatkan lebih 400 lot tanah di kampung berkenaan.
Akhirnya lebih 300 lot tanah telah mendapat kepastian tentang hak milik dan kini hanya tinggal tidak lebih 40 lot tanah yang belum diselesaikan kerana beberapa masalah termasuk pertindihan pemilik, tidak tetap pemilikan dan tanah disewakan kepada orang lain.
Perkara ini diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Khalid berkata, majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menerima cadangan Task Force bagi pihak yang terlibat menyelesaikan masalah secara rundingan bersama pejabat tanah dan daerah.
Jika tiada persetujui dicapai, rundingan ini akan dibawa ke Arbitrasi (timbangtara) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri dan dianggotai pakar-pakar hal ehwal tanah, katanya.
"Pejabat Tanah dan Daerah Klang akan menghubungi 40 pemilik lot tanah ini untuk penyelesaian dan sekiranya gagal, kita akan menggunakan saluran undang-undang menerusi Arbitrasi," beritahu Khalid.
Katanya, kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Task Force ini yang dipengerusikan Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Haji Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli-ahli panel lain, Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir, Dato’ Mat Lazim, bekas Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Abdul Ghani Zainuddin dan Setiausaha Task Force, Puan Hajjah Latipah Suliman serta mereka yang terlibat kerana berjaya menolong Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini yang lama tertangguh.
"Masalah Kampung Perepat ini jelas menunjukkan bahawa sistem pemilikan tanah yang tidak telus dan adil akhirnya akan mendatangkan banyak masalah kepada Kerajaan Negeri.
"Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan setiap pemberimilikan tanah dilakukan dengan penyiasatan dan semakan bagi menghalang dari berlaku salah guna kuasa, pertindihan dan pemberian kepada mereka yang tidak layak," tegas beliau.
Sumber HD : 15/02/2012
Geran Selangorku RM300 juta mula dibelanja Mac
Harakahdaily, | 19 Feb 2012 |
SHAH ALAM, 19 Feb: Geran Selangorku yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang (value for money) pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, geran tersebut yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.
"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 billion," katanya yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan retreat Exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.
Ketika retreat tersebut, Menteri Besar diberi taklimat oleh Bendahari Negeri yang memaklumkan bahawa simpanan Kerajaan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 25 peratus.
"Dari segi angka dan data menunjukkan prestasi kewangan adalah melebihi tahap biasa. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri dan bukan sahaja mengawal perbelanjaan dengan baik tetapi juga menjaga sumber negeri," katanya.
Sumber HD : 19/02/2012
Selangor bukti PR mampu tadbir lebih baik
Zaili Muhammad, | 21 Feb 2012 |
MELAKA, 21 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan lebih baik daripada Umno/BN melalui pencapaian hasil negeri yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.
(Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di majlis makan malam di Sebatu, Melaka.)
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pencapaian kerajaan Selangor melalui penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011 lebih baik daripada 40 tahun lalu di bawah pemerintahan Umno/BN.
"Penyata kewangan Selangor lebih baik daripada 30 tahun atau 40 tahun lalu di bawah Umno/BN, kalau dulu 2005 rezab Selangor RM400 juta manakala pelaburan RM300 juta dan jumlah keseluruhan hasil RM700 juta.
"Tapi penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2011 merekodkan rezab Selangor kini sebanyak RM1 bilion dan jumlah keseluruhan hasil RM1.9 bilion.
"Walaupun kita beri kebajikan kepada rakyat hasil negeri lagi meningkat maknanya lagi kita beri kebajikan, rakyat doa lagi kaya negeri kita," kata Khalid.
Beliau menjelaskan pemberian air percuma merupakan salah satu kebajikan kepada rakyat bukannya rasuah seperti yang dimomokkan oleh Umno/BN.
Tan Sri Khalid berkata bahawa Negara Berkebajikan tidak akan bangkrap sekiranya ditadbir dengan baik, telus, adil dan tiadanya penyelewengan.
"Skim warga emas kalau meninggal kita beri kepada warisnya RM2,500 dan Tabung Warisan Anak Selangor di mana kita belanja RM700 juta setiap tahun malah ada lebih RM1.9 bilion lagi.
"Dulu sebelum PRU 2008 ianya adalah cerita harapan kita tapi sekarang ianya sudah menjadi kisah benar bukan harapan lagi dan rakyat telah merasai pelbagai kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.
Sumber HD : 21/02/2012
Selangor minta Syabas selesai 12, bukan 24 jam
Muhammad Faizal, | 07 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 7 Mac: Kerajaan Selangor
menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertindak secara profesional
dengan menyegerakan kerja-kerja penyelenggaraan secepat mungkin di Loji Rawatan
Air Sungai Selangor Fasa satu.
Exco kerajaan negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, Syabas perlu memastikan
segalanya akan berlaku dengan cekap bagi mengelak kesukaran kepada penduduk
ekoran bekalan air akan terganggu di Kuala Lumpur dan Selangor pada 14 dan 15
Mac ini.
"Kerajaan negeri meminta Syabas agar kerja-kerja tersebut dapat dijalankan
dalam tempoh 12 jam dan bukannya mengambil masa lebih 24 jam, ini bagi
memastikan warga Kuala Lumpur dan Selangor tidak terjejas dalam tempoh yang
lama.
"Kita menjangkakan tekanan air akan pulih seperti biasa selepas itu,"
jelasnya di sini.
Menurutnya lagi, dalam masa yang sama kerajaan negeri telah mengenal pasti
beberapa tempat strategik bagi membolehkan penduduk setempat mendapat bekalan
air.
"Sekiranya keadaan menjadi kritikal, penduduk boleh menelefon talian hotline
iaitu 1-800-cuci-3939, di mana semua panggilan akan disalurkan kepada Syabas,"
sambungnya lagi.
Dr Xavier berharap segala kesulitan itu dapat diselesaikan seberapa segera
dan Syabas perlu bertanggungjawab sepenuhnya agar kesulitan lain pula tidak akan
timbul.
Sumber HD : 7//03/2012
Selangor akan dedah tender runding terus
Harakahdaily, | 07 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 7 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim akan membentangkan dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian
tender secara rundingan dari tahun 2006 hingga 2010 agar rakyat tahu keadaan
sebenar.
Beliau
berkata, dokumen-dokumen ini akan dibentangkan dan dibincangkan pada persidangan
Dewan Negeri Selangor untuk mendapatkan kelulusan sebelum disiarkan kepada umum.
Persidangan tersebut akan bermula 19 Mac sehingga 23 Mac ini dan akan
dirasmikan Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah.
Proses
pembentangkan tersebut katanya perlu mengikut prosedur kerana dokumen berkenaan
tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memerlukan kelulusan dewan
negeri sebelum disiarkan kepada umum.
“Kita mengutamakan ketelusan dalam
pentadbiran dan kerana itulah kita akan bentangkan dokumen-dokumen tender supaya
rakyat tahu dan membuat penilaian terhadap keputusan-keputusan yang kita buat, ”
katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri, hari ini.
Menurutnya, pemberian tender secara rundingan bukanlah
sesuatu yang baharu dan telah diamalkan oleh Barisan Nasional sekian lama dan
adalah amat pelik mengapa pembangkang di Negeri Selangor sekarang berubah
pendirian.
Adakalanya juga terdapat kes tertentu yang memerlukan kerajaan
negeri memberi projek atau tugasan secara terus dalam keadaan kecemasan,
jelasnya.
“Sebagai contoh apabila kejadian tanah runtuh, kita perlu
melantik juru perunding seperti IKRAM untuk menyiasat tahap keselamatan dengan
segera.
"Dalam keadaan sebegini, kita tidak perlu meminta sebut harga.
Tindakan ini tidak bercanggah dengan prosedur SPRM kerana telah mendapat
kelulusan Exco dan Pegawai Kewangan Negeri,” katanya.
Sumber HD : 7/03/2012
Pemuda PAS Selangor bersih rumah mangsa banjir
Harakahdaily, | 09 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa sedih di atas musibah banjir yang berlaku secara mengejut di Selangor baru-baru ini dan merakamkan ucapan takziah kepada penduduk dan mangsa banjir kilat di Kampung Lembah Jaya Utara dan Daerah Hulu Langat sehingga ada yang kehilangan nyawa.
Seramai 500 keluarga telah terjejas dengan musibah itu dan banyak keperluan-keperluan asas yang yang telah rosak teruk.
Banjir yang berlaku pada kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan-kawasan tersebut.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak mangsa bersabar di atas ujian ini dan redha di atas ketentuan Ilahi,” ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.
Katanya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya yang tidak diketahui oleh manusia biasa.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada para petugas dan sukarelawan daripada pelbagai pihak dan agensi yang telah turun ke kawasan musibah untuk membantu mangsa-mangsa berpindah daripada rumah-rumah mereka ke tempat-tempat yang lebih selamat selain melakukan operasi pembersihan terhadap lumpur dan sisa-sisa banjir.
Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan dan mengerahkan seluruh ahli pemuda PAS dari kawasan-kawasan berhampiran bersama dengan Unit Amal Pemuda PAS untuk turut sama membantu petugas-petugas sukarelawan menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan di kawasan-kawasan terbabit.
Pemuda PAS Selangor juga, ujarnya merayu kepada seluruh rakyat yang prihatin dapat menghulurkan sumbangan berupa kewangan, makanan, pakaian dan lain-lain lagi kepada mangsa-mangsa banjir terbabit.
“Semoga sumbangan para dermawan akan meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir tersebut,” katanya.
Sumber HD : 9/03/2012
Bazar Espalanade di Pelabuhan Klang
Harakahdaily, | 13 Mac 2012 |
KLANG, 13 Mac: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan Bazar Espalanade di Tanjung Harapan Pelabuhan Klang sebagai pembuka perancangan pembangunan pada masa hadapan untuk kawasan tersebut.
Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri (gambar) berkata, kewujudan bazar itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan lokasi di situ sebagai salah satu tarikan istimewa pelancongan khususnya di negeri itu.
Menurutnya, selain membeli belah, pengunjung juga boleh beriadah dan menikmati pemandangan indah di situ di mana ia dikenali sebagai lokasi pelancongan tepi pantai yang sentiasa mendapat perhatian penduduk setempat.
"Sebanyak 60 gerai disediakan untuk kunjungan orang ramai di mana mereka berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik dengan harga berpatutan dan istimewa bagi seisi keluarga.
"Selain daripada itu, bazar ini juga salah satu usaha MPK untuk membangunkan kawasan yang berpotensi besar seperti Tanjung Harapan untuk dijadikan lokasi pilihan tidak kira pelancong dari dalam atau luar negeri,”katanya.
Ehsan berkata, bazar itu akan bermula 16 Mac 2012 dan diadakan pada setiap hujung minggu hari Jumaat, Sabtu serta Ahad dan bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 24 Mac 2012, jam 1.00 petang.
Menurutnya, orang ramai dijemput untuk menghadiri program berkenaan kerana pelbagai acara disediakan di samping aneka barangan yang dapat dibawa pulang bersama dengan harga berpatutan ditawarkan kepada pengunjung.
Sampah
Sementara itu, orang ramai diminta untuk menyalurkan terus sebarang maklumat berkaitan isu sampah berikutan sebahagian kontraktor baru yang dilantik sedang memulakan tugasan penyesuaian kerja-kerja mereka di sini.
Ehsan Mukri berkata, pihaknya sedia maklum dengan beberapa kelemahan dan kerumitan yang timbul kerana mereka masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan kekerapan kutipan yang dirancang untuk sesuatu kawasan.
Menurutnya, proses pengambilalihan kontraktor baru itu adalah antara penambahbaikan majlis kerja-kerja kutipan sampah terutama di lokasi yang sering menimbulkan masalah kepada penduduk setempat.
”Majlis mengakui terdapat beberapa kelewatan berlaku disebabkan proses penukaran kontraktor menyebabkan berlaku beberapa kes `backlog’ akibat pertukaran berkenaan disamping faktor cuaca yang tidak menentu kini.
”Perkara seperti ini akan melengahkan kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan dan majlis sedang berusaha untuk memastikan isu berkaitan sampah dapat ditangani secara teliti”katanya.
Ehsan berkata,selain perkara itu,majlis juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam proses peralihan dan penukaran itu di mana aduan-aduan tidak tepat dan palsu diterima serta bantahan lantikan kontraktor baru.
Menurutnya, MPK tegas dalam perkara itu dan memastikan syarat kepada kontraktor baru yang dilantik perlu mempunyai `compactor’ bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan sempurna.
”Orang awam boleh terus menghubungi Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK di talian aduan sampah di Klang Utara, 016-2720406 (Kamachy) dan di Klang Selatan 016-2506796(Razif).
Manakala bagi pembersihan pula, orang awam boleh menghubungi 019-2245381 (Klang Utara) dan 016-3824471 (Klang Selatan) atau pejabat 03-33726781 untuk aduan berkaitan isu sampah,” katanya.
Sumber HD : 13/03/2012
Kenapa GAPS tak sertai Selcat?
Rakyat Selangor Prihatin, |
Hari ini, kenyataan Hadmizun Khairuddin yang mewakili sebuah NGO bernama Gagasan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS menyatakan kekecewaan mereka kononnya berlaku banyak penyelewengan di Selangor.
Antara contoh-contoh yang diberikan oleh Hamidzun adalah dalam isu pasir, isu Yayasan Selangor, PKPS dan isu PKNS.
Yang menghairankan saya sebagai rakyat Selangor adalah mengapakah Hamidzun dan GAPS tidak turut serta dalam prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang baru sahaja selesai minggu lepas.
Antara isu yang telah diperbincangkan adalah isu PKPS, isu Yayasan Selangor dan isu pentadbiran hasil pasir di Selangor.
Malahan, pada waktu itu sesiapa sahaja yang mempunyai bukti boleh memberi keterangan di dalam prosiding itu.
Malangnya, sepanjang prosiding tersebut, kelibat Hamdizun Khairuddin yang kononnya jaguh di dalam menentang penyelewengan di Selangor, tidak langsung kelihatan.
Namun beliau hanya berani membuat kenyataan di luar sahaja. Bila ada peluang untuk membuat kenyataan dalam prosiding Selcat beliau hilang entah ke mana.
Kerajaan negeri Selangor yang beliau nista dan fitnah pula bersikap berani menjual. Malangnya, Hamidzun pula bersikap tidak berani membeli.
Bagi saya, Hamidzun Khairuddin seperti “kaduk naik junjung”. Berperasan dirinya mulia tetapi hakikatnya dirinya cukup hina.
Hairan juga mengapa GAPS beliau ini diam seribu bahawa apabila skandal2 melibatkan pimpinan Umno terdedah. Di manakah GAPS apabila MB Selangor mendedahkan sumber kekayaan Ketua Pembangkang Selangor, YB Satim Diman, yang menjual tanah Melayu demi menjadi kaya, misalnya?
Sikap hipokrit Hamdizun dan GAPS ini boleh menjadikan mereka seperti “masuk tak genap, keluar tak ganjil” kepada rakyat Selangor. Ada atau tiada mereka ini tidak menguntungkan atau merugikan rakyat Selangor.
Kewujudan mereka hanyalah untuk memenangkan proganda murahan Umno dan Barisan Nasional semata-mata. Kewujudan mereka bukanlah untuk keuntungan rakyat Selangor mahupun menentang penyelewengan.
Hanya politik murahan Umno semata-mata menjadi asas perjuangan GAPS dan Hamidzun Khairuddin.
Sumber HD : 13/02/2012
Tanah YBK: Tujuan Najib kelirukan rakyat Selangor
Harakahdaily, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa usaha transformasi gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) amat tidak bertanggungjawab yang bertujuan menggelirukan rakyat Selangor khususnya.
“Perdana Menteri sedia maklum tindakan ini adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil kerajaan negeri selepas banyak peluang diberikan kepada pengurusan YBK kerana tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat-syarat tanah yang ditetapkan,” kata Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar).
Katanya, kerajaan negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak hatta melibatkan anak syarikat milikan penuh atau agensi di bawah kerajaan negeri.
Jelasnya, YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah dan menggunakan tanah-tanah yang diberikan itu untuk program kebajikan bukan membangunkan dengan projek pembangunan untuk keuntungan kroni-kroni.
“Inilah sikap jijik pemimpin Umno yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana tindak tanduk YBK yang merugikan harta rakyat.
Kerajaan negeri, katanya telah mendedahkan senarai syarikat yang mendapat manfaat daripada projek pembangunan tanah yang diberikan kepada YBK dan akibatnya, kerajaan negeri telah disaman tetapi kemudian ditarik balik oleh YBK.
“Jika dakwaan ini salah, sudah tentu YBK tiada alasan menarik semula saman ini,” ujarnya lagi.
Ujarnya, Perdana Menteri sepatutnya menjadi seorang yang jujur seperti mana yang dituntut dalam Islam.
“Beliau tidak boleh berterusan menggunakan taktik menipu rakyat semata-mata untuk menang pilihan raya,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri telah membantu banyak badan bukan kerajaan (NGO) dengan mendermakan dana atau bantuan lain dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni mereka.
“Banyak NGO ini yang berjaya membantu golongan memerlukan dan mempunyai aset jutaan ringgit walaupun tidak mendapat bantuan kerajaan negeri,” katanya.
Ini, jelasnya amat berbeza sekali dengan YBK yang mendapat banyak bantuan termasuk pemberian tanah percuma tetapi tiada impak besar kepada golongan sasar sebaliknya golongan kaya yang mendapat faedah.
“Inilah natijahnya apabila badan kebajikan diuruskan orang politik yang berselindung di sebalik kerja-kerja kebajikan,” katanya lagi.
Sumber HD : 14/03/2012
Mesin judi gergasi curi perhatian pengunjung
Harakahdaily, | 15 Mac 2012 |
KLANG, 15 Mac: Sebuah mesin judi gergasi antara barang yang disita dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sekitar Klang Utara di sini, baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, tiga premis diserbu dan 54 komputer disita termasuk sebuah mesin judi gergasi yang mencuri perhatian pengunjung di situ.
Menurutnya, tiga lokasi berkenaan ialah di Klang Utara, Bandar Baru Klang dan Kampung Jawa serta pada masa yang sama pihaknya juga mengadakan pemeriksaan ke atas premis-premis yang lain.
“Kesemua barangan ini disita mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pusat Siber 2007 kerana beroperasi tanpa lesen dan kesemua pengunjung yang ada juga telah diambil keterangan diri untuk direkodkan.
“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan dan membanteras aktiviti perjudian haram seperti ini,” katanya.
Shahrul berkata, operasi yang diadakan itu adalalah hasil risikan dan maklumat orang ramai yang peka dengan keadaan persekitaran tempat tinggal mereka terutama gejala yang boleh merosakkan generasi muda itu.
Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan pusat perjudian haram dan mereka bolehlah menghubungi 1800 88 23826,03-33714404 atau pesanan khidmat ringkas (SMS) ke 012 2303781 untuk membolehkan pihaknya membuat siasatan, risikan seterusnya mengambil tindakan ke atas premis-premis berkenaan.
Sumber HD : 15/03/2012
Siapa sabotaj Khalid agar tidak jadi MB?
Harakahdaily, | 16 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.
Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.
Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.
Namun, dengan fakta yang ada, kelihatan sabotaj dalaman yang dimaksudkan Razlan adalah "untuk menghalang Khalid menjadi MB Selangor."
Dengan pengakuan SPR bahawa Khalid berubah kawasan ke Lembah Pantai akibat 'pembetulan sempadan pilihanraya', jelas yang mensabotaj Khalid adalah melalui SPR sendiri.
SPR sebelum ini menjelaskan bahawa Khalid kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.
Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.
Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.
"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.
Kes yang sama di Hulu Selangor.
Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di Selayang.
Sumber HD : 16/03/2012
Air: Selangor perkenal program 'Lapor dan Dapat'
Harakahdaily, | 16 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 16 Mac: Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) mereka bilangan kediaman yang berpenghuni di pembangunan mereka untuk mendapat air percuma.
Demikian kata, Iskandar bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor dalam kenyataannya.
Apabila mendapat laporan itu, katanya, kerajaan negeri kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada SYABAS yang akan membuat potongan pada bil meter pukal.
"Oleh itu MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut," kata beliau dalam kenyataan itu.
Iskandar membuat kenyataan itu bagi menjelaskan tindakan kerajaan negeri untuk memberikan air percuma kepada penghuni flat yang tidak mendapat kemudahan itu ekoran berkongsi meter (meter pukal).
Melalui pendekatan ini, penghuni flat juga akan menikmati kemudahan 20 meter padu air percuma dari kerajaan negeri Selangor ini.
Program "LAPOR DAN DAPAT" akan berupaya memperlipat ganda bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma.
Menurut Iskandar (gambar bawah), potongan yang diberikan oleh SYABAS adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman yang berpenghuni.
Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk, katanya.
Bukti potongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB, tambah beliau.
COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan.
Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program "LAPOR DAN DAPAT" akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.
Program ini akan bermula pada 1 April 2012.
Ekoran itu, penduduk pangsapuri rumah kos rendah digesa untuk mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB supaya mereka mendapat air percuma.
Sistem kupon turut dilaksanakan sebelum ini di dalam usaha untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia juga amat rumit.
Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh SYABAS tidak dapat dilakukan secepat yang dihasrat.

Cukup alamat di negeri berkenaan
Harakahdaily, | 16 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Semakan Harakahdaily dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumakan, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap boleh bertanding di Selangor jika alamat kad pengenalannya di Selangor.
"Dia tidak semestinya menjadi pengundi berdaftar di Selangor, cukup kalau alamat dalam kad pengenalannya di Selangor," kata pegawai SPR berkenaan.
Harakahdaily sebelum ini melaporkan, sesaorang yang hendak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dalam sesuatu negeri hendaklah berdaftar di negeri berkenaan.
Kesilapan adalah dikesali.

PAKATAN RAKYAT SELANGOR DAN PRU 13 :
http://www.youtube.com/watch?v=JPpmTt8IfFE
YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR.
Air: Rundingan buntu, Selangor ke antarabangsa
Harakahdaily, | 18 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Kerajaan Selangor mendapatkan nasihat dari firma perundangan antarabangsa di London berhubung kebuntuan yang sedang dihadapi dalam usaha mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan rundingan yang akan memberi manfaat kepada jutaan rakyat Selangor.
“Kami amat serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang digubal kerajaan Pusat Barisan Nasional. Akta ini membenarkan perjanjian konsesi ditamatkan sekali gus membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.
“Kami kesal dengan keengganan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk melaksanakan akta yang mereka sendiri gubal. Sikap yang ditunjukkan Kerajaan Pusat ini berbaur kronisme dan lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding kebajikan rakyat.
“Sebagai firma perundangan yang dihormati, kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman undang-undang untuk menguruskan situasi seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, hari ini.
Beliau juga berbincang mengenai cabaran menghadapi industri perkhidmatan air di Selangor bersama sekumpulan sarjana di Pusat Pengajian Islam Oxford.
Pada majlis makan tengahari yang dihoskan fellow Datuk Dr Muhammad Afifi al-Akiti, Menteri Besar telah menerangkan kegagalan penswastaan air di Selangor.
“Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi penyebab kepada kegagalan ini. Kontrak konsesi sepatutnya diberikan secara tender terbuka- satu istilah mudah tetapi sukar dilaksanakan jika tiada yang serius membanteras gejala rasuah.
“Di Selangor, syarikat konsesi dipilih bukan kerana kepakaran dalam industri air mahupun kerana kewangan kukuh. Tidak hairanlah jika mereka gagal teruk.
“Kerajaan Pusat cuba memperbetulkan keadaan ini menerusi WSIA tetapi selepas berlaku perubahan kerajaan negeri pada 2008, Kerajaan Pusat sengaja menangguhkan dan mensabotaj pelaksanaan akta ini.
“Ini bukti nyata kebajikan jutaan rakyat menjadi korban demi kepentingan politik,” katanya.
Menteri Besar juga bercakap mengenai isu itu ketika berjumpa dengan pelajar Malaysia di London anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC).
Dialog “Dari kaca mata Kerajaan Negeri Selangor’ telah diadakan di London School of Economics, Jumaat lalu.
“Rakyat Selangor terpaksa menanggung beban kewangan ekoran kegagalan penswastaan air.
“Selain memaksimumkan sumber kerajaan negeri yang menjadi hak rakyat, syarikat konsesi juga berkompromi dengan kualiti dan penyaluran air di samping kerap mendesak kenaikan tarif air walaupun perkhidmatan yang diberikan teruk, “ kata Menteri Besar.
Pada 2007, tarif air dinaikkan dan syarikat konsesi mahu menaikkan lagi apabila kerajaan negeri baharu mengambilalih Negeri Selangor.
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan eksploitasi secara terbuka terhadap rakyat yang merupakan satu lagi kes di mana syarikat swasta mendapat keuntungan tetapi rakyat menanggung kerugian.
“Soalan asas yang perlu dijawab, adakah ini penswastaan (privatisation) atau lanun (piratisation)?” tanya beliau.
Khalid juga membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha Komanwel di London.
Beliau berbincang dengan Pengarah Sekretariat pejabat berkenaan mengenai pembangunan politik dan cabaran menghadapi sistem pilihan raya Malaysia.
Sumber HD : 18/03/2012
Sultan syukur Selangor kekal negeri maju
Muhammad Faizal, | 19 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 19 Mac: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bersyukur apabila Selangor berjaya mengekalkan status negeri maju di negara ini.
Menurut baginda lagi, kejayaan ini merupakan berkat usaha gigih kerajaan dan rakyat, dalam pada itu kerajaan negeri perlu berusaha dan tindakan untuk mengagih hasil pembangunan dan limpah rezeki kepada rakyat hendaklah dilakukan secara adil.
Sultan Selangor turut menyatakan bahawa ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar.
"Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) negeri masih berjaya dicatak pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi.
"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan," titah baginda merasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Selangor kali Ke dua belas, hari ini.
Baginda turut bertitah, sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran 22 peratus, Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri.
Tambah baginda lagi, jumlah pelaburan tahun 2011 dicatatkan sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih 15 ribu rakyat Selangor untuk bekerja di pelbagai sektor pekerjaan.
"Pencapaian ini mesti diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa demi meningkatkan hasil negeri untuk keerjahteraan dan keharmonian rakyat Selangor.
"Semua pihak (Ahli Dewan Undangan Negeri) perlu memberi kerjasama yang lebih erat dan bekerja sama dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai penghalang untuk menjayakan usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi kebajikan seluruh rakyat Selangor," titah baginda lagi.
Selangor sebagai kerajaan pintar atau smart goverment
Untuk menghadapi cabaran mendatang, pentadbiran kerajaan mesti mempu mengurusakan perubahan dengan cekap, Kerajaan Negeri Selangor perlu menjadi sebuah kerajaan pintar atau smart goverment yang mampu memenuhi amanah dan mandat rakyat denmgan sebaik-baiknya, jelas Sultan Selangor melalui titahnya.
"Cara kerja kerajaan perlu mengambil manfaat daripada teknologi, inovasi dan penemuan-penemuan terkini yang releven dari seluruh negara.
"Kerajaan perlu membuka ruang agar aktiviti ekonomi digerakkan oleh individu dan syarikat tanpa campur tangan berlebihan, kerajaan sekadar bertanggungjawab memberi galakan dan juga merupakan benteng pelindung kepada rakyat melalui penggubalan dan kuatkuasa peraturan-peraturan yang perlu," titah baginda lagi.
Menteri Besar mampu memartabatkan Agama Islam dan umat Islam di Selangor
Sultan Selangor turut percaya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri mampu memartabatkan lagi Agama Islam dan umat Islam di Selangor.
"Cara kerja yang profesional dapat menangkis segala fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam.
"Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam ini tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat negeri ini," titah baginda.
Sebagai Ketua Agama Negeri, Sultan Selangor turut mahu pentadbiran kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kauliti hidup umat Islam, malah bagi memajukan umat bidang pendidikan dan ekonomi mesti menjadi keutamaan.
Kekuatan dalam dua bidang ini adalah benteng sebenar mempertahankan akidah dan maruah umat Islam.
Pertahankan tanah rizab melayu
Melalui titah tersebut, Sultan Selangor turut menitah agar tanah rizab melayu mesti dipatuhi mengikut peruntukan Perlembagaan, baginda tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab melayu kepada individu atau syarikat bukan melayu.
"Kerajaan Negeri Selangor dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah perlu sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status.
"Demi kebajikan negeri dan rakyat, kerajaan negeri perlu mengutip hasil yang secukupnya dan menyimpan rizab yang sewajarnya untuk kegunaan semasa kecemasan," titahnya lagi.
Baginda turut difahamkan pentadbiran negeri telah dapat meningkatkan simpanan rezab negeri kepada RM1.9 bilion pada tahun 2011.
Pendapatan hasil pasir tahun 2011 RM16 juta
Sultan Selangor turut memaklumkan sistem mengutip hasil pasir memberikan pendapatan yang berganda kepada negeri, hasil yang berjaya dikutip dilihat bertambah setiap tahun secara konsisten.
Peningkatan mendadak pada tahun 2011 sebanyak RM16 juta jika dibandingkan pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM10.3 juta, tahun 2009 RM5.4 juta, tahun 2008 sebanyak RM6.3 juta, manakala tahun 2007 hanya RM2.9 juta dan 2006 serta 2005 hanya RM4.37 juta dan RM3.54 juta.
Malah baginda turut kebenaran yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam memantau pengoperasian pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan dapat meningkatkan kecekapan dan pembasmian gejala rasuah di seluruh negeri ini.
Sumber HD : 19/03/2012
Banjir: Selangor tanggung baiki rumah rosak
Harakahdaily, | 19 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 19 Mac: Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti 11 buah rumah yang rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar pembaikan dianggarkan sebanyak RM105,000.
Rumah-rumah itu dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.
Sekretariat Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini memberitahu kesemua rumah itu dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa.
“Setiap pemilik rumah ini akan menerima bantuan antara RM1,500 sehingga RM30,000 bergantung kepada tahap kerosakan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan kerajaan negeri bercadang menggantikan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin.
Kebanyakan rumah-rumah itu mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka.
Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung.
Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai.
Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) yang diketuai Exco negeri, Rodziah Ismail juga mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini.
Anggota sukarelawan Pantas seramai 80 orang membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan.
Sumber HD : 19/03/2012
Berjuang: PAS sambut baik titah Sultan Selangor
Muhammad Faizal, | 19 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 19 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman (gambar) menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu perasmian pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Kedua belas pagi tadi yang menekankan tentang pentingnya berjuang.
"Saya melihat Sultan Selangor mahukan kita berjuang merentasi agama, bangsa dan kaum, inilah yang kita mahu tekankan.
"Islam tidak pernah pergi kepada satu kaum sahaja," jelasnya.
Tambah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor itu lagi, dalam masa yang sama baginda juga tidak mahu fitnah menjadi satu budaya malah turut meminta agar wakil-wakil yang dipilih saling hormat menghormati antara satu sama dengan yang lain.
"Bila kita mendengar titah ucapan baginda yang menyeru semua pihak saling menghormati antara satu sama lain serta ketepikan budaya fitnah, ia satu yang perlu dipatuhi.
"Sebab itulah kita meminta mereka dari Umno Barisan Nasional dapat menerima pelawaan debat serta kemukakan bukti jika benar apa yang didakwa bukannya hanya sekadar mengeluarkan kenyataan melalui akhbar milik mereka sahaja," sambung beliau lagi.
Dr Rani berpendapat pemimpin Umno Barisan Nasional perlu tampil mengemukakan bukti apa yang telah dikatakan oleh mereka selaras dengan kehendak Sultan Selangor agar budaya fitnah dapat dihindar.
Mengulas mengenai Menteri Besar Selangor yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, beliau memberitahu seperti mana dalam titah Sultan Selangor perkara itu tidak perlu timbul lagi.
"Kalau orang mengatakan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mempunyai latar belakang agama itu tidak timbul malah baginda Sultan pun turut mempercayai kewibawaan pimpinan Khalid dalam memegang jawatan tersebut.
"Kita tengok di mana-mana negeri, Menteri Besar memegang jawatan tersebut dan jika mereka tidak faham dalam soal agama maka mereka akan dinasihati oleh Mufti dan juga ulama-ulama yang dilantik, jadi tidak timbul lagi soal kemampuan mereka dalam bab agama," katanya.
Sewaktu merasmikan pembukaan persidangan Dun, Sultan Selangor supaya perpaduan yang terjalin di antara seluruh rakyat di negeri ini hendaklah terus dikekalkan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Malah baginda juga mahukan dewan yang mulia itu menjadi medan terbaik untuk menyelesaikan pelbagai perkara dan isu yang melibatkan rakyat Selangor.

Sumber HD : 19/03//2012
Kerajaan negeri tingkat ekonomi di Hulu Selangor
Muhammad Faizal, | 20 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 20 Mac: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menjelaskan akan memberi tumpuan kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan projek berskala besar di daerah Hulu Selangor.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim, Lingkaran Pembangunan Hulu Selangor yang melibatkan kawasan Tanjung Malim dan Slim River telah dikenal pasti sebagai zon pembangunan campuran dan industri.
Ianya melibatkan pembangunan di Kalumpang, Batang Kali, Ulu Yam Baru, Kerling dan Sungai Choh.
"Pembangunan ini menyebabkan berlaku tranformasi pembangunan guna tanah yang beralih daripada pertanian kepada perbandaran.
"Wujud beberapa pusat pertumbuhan baru seperti Bandar Baru Bukit Beruntung-Bukit Sentosa, Bandar Baru Lembah Beringin dan Bandar Baru Sungai Buaya," jelasnya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negeri Selangor.
Tambahnya lagi, Bandar Kuala Kubu Bharu yang terletak di Koridor Serendah Batang Kali-Kuala Kubu Bharu-Tanjung Malim menjadi pusat daerah, manakala Batang Kali dan Ulu Yam Baru menjadi pusat perkhidmatan utama.
"Kawasan Serendah, Hulu Selangor telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai Selangor Automotive Belt. Kebanyakan syarikat-syarikat pembuatan barangan peralatan kenderaan beroperasi di Serendah dan sekitar Hulu Selangor yang merupakan vendor kepada Perodua, Nissan dan Proton.
"Kerajaan negeri melalui SSIC (Selangor State Investment Centre ) Berhad sedang giat mempromosikan kawasan-kawasan industri yang masih ada di kawasan tersebut kepada pelabur-pelabur yang berpotensi," jelas Teresa Kok.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mengenai cadangan kerajaan bagi kawasan fokus supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012.
Selain itu, kerajaan negeri juga turut meluluskan pemberimilikan tanah secara pajakan kepada syarikat Tan Chong Motor untuk mereka membuat penambahan pelaburan dan pembesaran kilang mereka dan menjadikan kilang di Serendah sebagai kilang utama bagi pemasangan kenderaan jenis Nissan.
"Bagi menggalakkan pertumbuhan sektor perindustrian, infrastruktur kawasan-kawasan industri sentiasa dipertingkatkan agar pelabur berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan," jelas beliau lagi.

Sumber HD: 20/03/2012
Faekah: Kenapa Noh saman kalau nak rampas Selangor
Muhammad Faizal, | 22 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 22 Mac: Kerajaan Negeri Selangor sedia berhadapan dang saman RM10 juta oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung artikel dalam akhbar rasmi Selangor Kini yang didakwa memfitnah dirinya.
Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, dengan saman itu juga kerajaan negeri akan membuat pendedahan lanjut di mahkamah.
"Saya melihat ini tindakan yang tepat kerana ia dibawa ke mahkamah dan kita akan terus membuat pendedahan selebihnya di mahkamah nanti," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima notis saman itu di sini hari ini.
Dalam saman itu, Noh menamakan Mohd Ezli Mashut sebagai defenden pertama, Arfa'eza Abdul Aziz kedua, Najib Hashim ketiga, Risudah Salim keempat dan Faekah Husin sebagai defenden kelima.
Manakala Angkatan Edaran Enterprise dan Kerajaan Negeri Selangor masing-masing dinamakan sebagai defenden keenam dan ketujuh.
Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan’, ‘Noh Omar khianat petani’ dan ‘Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani’ yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.
Saman tesebut telah difailkan melalui Tetuan Hafarizan Wan & Aisha Mubarak.
Mengulas lanjut, Faekah berkata, tindakan Noh menamakan Kerajaan Selangor sebagai salah satu defenden dalam saman itu, bercanggah dengan hasrat BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merampas negeri itu.
Ini kerana, jika Noh mahu menawan Selangor bermakna beliau sedang menyaman kerajaan negeri dia mahu kuasai nanti.
"Jika saya ingin merampas balik Selangor sudah pasti saya tidak akan menyaman kerajaan negeri, tetapi tidak kepada Noh kerana beliau meletakkan kerajaan negeri sebagai defenden ketujuh dalam saman tersebut.
"Saman ini akan kita telitikan dan dalam masa yang sama kita akan memutuskan siapa peguam yang bertindak mewakili kerajaan negeri nanti," katanya.
Sumber HD : 22/03/2012
Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu
Muhammad Faizal, | 23 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 23 Mac: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.
Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.
"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.
"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.
Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.
"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.
"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya
Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.

Sumber HD : 23/03/2012
PBT Selangor yang terbaik - Sistem Star Rating
Harakahdaily, | 24 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 24 Mac: Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain di Malaysia apabila dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan pada 2010/2011.
Majlis bandaraya dan majlis perbandaran di Negeri Selangor yang mendapat empat bintang ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor.
Ia juga membuktikan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.
Sehingga kini difahamkan Kementerian yang berkenaan tidak mahu mengisytiharkan keputusan ini ekoran kejayaan utama negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat khasnya Selangor.
Kejayaan dicapai Selangor ini berlaku ketika media BN terus-terusan memburuk-burukkan kerajaan negeri Selangor dalam media mereka.
"Saya mengucapkan tahniah kepada semua Dato’ Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar).
Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan 4 bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.
Sistem ini – yang bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada penduduk (70%), peniaga (20%) dan NGO (10%).
Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2010/2011 ini, tiada satu pun pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang berjaya mendapat taraf 5 bintang.

Sumber HD : 24/03/2012
Sah Dr Hasan paling tinggi, Dr Halimah tiada ubahsuai
Harakahdaily, | 28 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 28 Mac: Pejabat Exco Dr Halimah Ali tidak membuat sebarang ubahsuai dan hanya menggunakan pejabat pihak lain sebelum ini tanpa sebarang perubahan.
"Kalau adapun kita tambah perabut sedikit yang tidak sampai RM1,000 pun," kata Setiausaha Dr Halimah, Cik Nur Kamarina.
Kamarina memberitahu perkara ini kepada Harakahdaily ekoran teka teki yang wujud selepas pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.
Khalid dalam jawapannya di Dewan Undangan Negeri semalam memaklumkan semua perbelanjaan pengubahsuaian pejabat Exco kerajaan negeri Selangor.
Namun, Khalid tidak memberikan sebarang maklumat terhadap berapa jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Dr Halimah (gambar atas) , Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia untuk mengubahsuai pejabatnya.
Namun Khalid berkata, semua exco telah mengikuti semua prosedur perbelanjaan ubahsuai pejabat yang ditetapkan kerajaan negeri.
Oleh itu, perkara itu tidaklah perlu menjadi isu.
Pengumuman ini dibuat oleh Khalid ekoran tuduhan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang mendakwa pejabat Dr Halimah paling banyak membuat ubahsuai.
Hasan Ali berkata demikian ketika menjawab tuduhan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang mendakwa Hasan paling banyak berbelanja untuk membuat ubahsuai pejabatnya semasa beliau menjadi Exco iaitu lebih RM300,000.
Khalid dalam jawapannya semalam memberitahu, Hasan telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.
"Berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain," katanya.
Belanja ubahsuai pejabat exco yang lain adalah Ean Yong Hian Wah (RM146,000), Rodziah Ismail (RM119,000), Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).
Dalam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat.
Halimah ketika menjawab tuduhan Hasan Ali itu menjemput semua wartawan dan jurugambar untuk datang ke pejabatnya bagi melihat ubahsuai yang didakwa Hasan Ali itu.
“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.
“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor.
Sumber HD : 28/03/2012

Rakyat diseru terus sokong Pakatan Rakyat
Harakahdaily, | 25 Mac 2012 |
KUALA SELANGOR, 25 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat negeri ini untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan kemampuan memerintah negeri dengan lebih baik.
Menurut beliau, selama empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008, pendapatan negeri itu meningkat mendadak dan hasilnya dapat dinikmati rakyat yang disalurkan melalui program-program merakyatkan ekonomi Selangor.
"Hasil negeri melonjak lebih baik dari sebelum 2008 dan ini bukan harapan lagi. Angka-angka ini adalah telah dibuktikan, telah nyata dan tidak boleh dipertikaikan dan kalau tidak dijaga dengan baik, akan terjerumus.
"Oleh itu marilah kita bersama bekerja sebagai satu keluarga, Selangorku untuk semua rakyat Selangor, pecahkanlah benteng perbezaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini petang ini.
Program hari ini antara lain sempena empat tahun negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat.
Hadir sama pada program itu seluruh pimpinan kerajaan negeri termasuk Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat serta Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat pada 2008, Abdul Khalid juga memberi komitmen bahawa pasukannya akan meneruskan banyak lagi program kebajikan kepada rakyat jika masih dipilih pada PRU-13 nanti.
"Orang kata bagi air percuma kita akan bankrap, tapi sudah empat tahun, bukan kita bankrap tapi kita makin kaya dan rakyat mendoakan kita menjadi lebih maju.
"Kita akan perkenalkan beberapa program lagi yang akan memberi manfaat kepada suri rumah tangga, anak-anak dan belia," katanya lagi.
Amalan pentadbiran yang bersih dan cekap oleh Pakatan Rakyat ujar Khalid, telah menjadikan Selangor jauh lebih baik dari sebelumnya.
Hasil itu juga katanya, hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri diagihkan kepada rakyat.
"Rizab kewangan negeri Selangor 2005 (zaman BN) adalah sekitar RM800 juta, tapi selepas empat tahun Pakatan Rakyat perintah, rizab kita sekarang RM1.9 bilion.
"Rakyat tidak disia-siakan. Selangorku dan merakyatkan ekonomi tak akan meninggalkan sesiapa.
"Selangor kaya, kekayaan inilah kita akan salurkan kepada rakyat," katanya sambil menyeru rakyat Kuala Selangor untuk sekali lagi bersama Pakatan Rakyat untuk meningkatkan lagi ekonomi rakyat negeri ini.
Sumber HD : 25/03/2012
Tiada sebab tidak sokong Pakatan Rakyat
Nazri Abdullah, | 26 Mac 2012 |
KUALA SELANGOR, 26 Mac: Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tiada sebab untuk rakyat di negara ini untuk tidak memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ini kerana katanya, rakyat boleh melihat sendiri kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir beberapa negeri dengan lebih baik berbanding BN.
Ianya termasuk rekod pentadbiran di lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan pernah di Perak yang banyak melaksanakan program-prograk kebajikan untuk rakyat.
Selain itu rekod juga membuktikan tiada seorangpun pemimpin Pakatan Rakyat didakwa atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
"Sepatutnya rakyat peka dan melihat sekurang-kurangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menegakkan negeri secara bersih.
"Tiada sesiapapun terlibat dengan rasuah dan salah laku, kerana semua yang rasuah dan salah laku sudah masuk BN, tinggal yang baik-baik sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Rapat Rakyat sempena program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.
Menurut beliau lagi, pendekatan politik Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP meletakkan semangat persaudaraan yang tinggi antara kaum dan agama dan ia sangat berbeza dengan BN.
Komponen BN khususnya Umno, MCA dan MIC pula katanya masih meneruskan amalan penjajah dengan menanam sikap perkauman dikalangan kaum masing-masing sehingga mewujudkan permusuhan dan jurang antara kaum.
"Kesilapan besar BN adalah parti-partinya menganut kebangsaan masing-masing. Tak salah cintakan bangsa, tetapi jangan dijadikan akidah sehingga mencetuskan permusuhan antara satu sama lain, saling tidak percaya antara satu sama lain.
"Orang Cina asal dari tanah besar yabg bertamadun, orang India dari negara besar yang bertamadun, orang Melayu yang menganut Islam yang pernah membina tamadun Islam, jika pelbagai kaum ini diadunkan semangat tamadunnya, kita boleh membina satu negara yang hebat, dan inilah pendekatan Pakatan Rakyat," katanya lagi.
Sehubungan itu kata Abdul Hadi, rakyat perlu bersama Pakatan Rakyat untuk terus melakukan perubahan ke arah lebih baik untuk masa hadapan negara dan rakyat.
"2008 kita telah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN.
"Kita perlu dapat sokongan rakyat lebih besar untuk berkuasa di pusat untuk kuasai Putrajaya," tambahnya.
Dianggarkan lebih 30,000 rakyat memenuhi padang stadium itu malam tadi yang hadir bagi mendengar ceramah pimpinan Pakatan Rakyat.
Selain Abdul Hadi, turut berucap adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Hadi yang tidak berapa sihat bagaimanapun malam tadi terpaksa mengambil giliran paling awal berucap sebelum yang lain.
Sebelum mengakhiri ceramah, beliau sempat menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini berkata tidak mahu mengumumkan tarikh pilihan raya walaupun tarikhnya sudah ada.
Katanya, kita sekarang sedang berhadapan dengan demokrasi orang gila iaitu gila kuasa dan takut untuk umum tarikh pilihan raya.
"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.
"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," katanya menyindir dan disambut laungan takbir hadirin.
Sumber HD : 26/03/2012
70,000 banjiri Terima Kasih Rakyat Selangor
Harakahdaily, | 26 Mac 2012 |
KUALA SELANGOR, 26 Mac: Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.
Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.
Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.
Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.
Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.
Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.
Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.
"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.
"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana.
Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang memberitahu akan membawa 'mood perang' sepanjang ceramahnya akan datang sebagai berdepan pilihan raya.
Memegang mikrofon weireless tanpa rosterum ala kempen parti AK di Turki, beliau menggunakan ruang pentas sepenuhnya untuk menarik perhatian para hadirin.
"Kita kena berada di nada ini. Ini mood kita berdepan Umno BN pada pilihan raya ini," katanya menjustifikasikan gaya ucapannya malam tadi.
Sepeti biasa juga, tidak sah kalau ceramah Anwar tidak diselitkan dengan nyanyian spontan beliau.
Malah malam tadi beliau turut menyeru seluruh rakyat mempopularkan rangkap lagu 80-an Indonesia iaitu Madu & Racun.
"Madu ditangan kananmu (Pakatan), Racun ditangan kiri mu (BN).
"Aku dah tahu yang mana akan menjadi pilihan ku," katanya bernyanyi sambil diikuti para hadirin.
Selain itu beliau turut menyentuh beberapa janji Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih Putrajaya termasuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Selain PTPTN, beliau turut mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik.
Terdahulu, karnival dua hari anjuran Kerajaan negeri itu adalah sempena meraikan Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor.
Antara lain, program tersebut turut menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.
Ucapan DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=hbj36RsFkn0
Sumber HD : 26/03/2012
Kerajaan Pakatan Selangor dalam keadaan genting
Tulang Besi, | 27 Mac 2012 |
Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.
Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.
Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.
DEngan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor
Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21
Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.
UMNO dan BArisan Nasional sekarang ini bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti 2/3 di DUN Selangor.
Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan UMNO/BN ini.
Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja.
Usaha mereka untuk mendapat wang dari sumber2 yang rasmi pun sering menemui jalan buntu.
PAS Selangor terpaksa berpekin2 menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi.
Sekiranya rakyat Selangor masih mahu terus menikmati pemerintahan yang adil, sayang rakyat, bersih dan menjaga kebajikan maka terletak di bahu rakyat Selangor sekelian untuk menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.
Tulang Besi tidak nampak siapa lagi yang mampu menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.
Langkah pertama adalah memeriksa nama masing2 di sini. Pastikan nama2 saudara/ri tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka.
Jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT demi mengagalkan penipuan dan pembohongan mereka itu. Inshaalah, dengan bantuan Allah SWT penipuan mereka akan gagal.
Lakukan yang terbaik dan termampu. Inshaalah, bantuan Allah SWT akan turun.
Tulang Besi
Sumber HD : 27/03/2012
Najib: Telunjuk lurus kelingking berkait
Harakahdaily, | 27 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 27 Mac: Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.
"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah Husin (gambar) , Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Bagi beliau, Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.
Program transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran, tambahnya.
"Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan," dakwa Faekah dalam kenyataannya.
Rakyat di Negara ini, katanya, terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.
Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.
Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.
Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur.
Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.
Bagi Faekah, sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta.
Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.
Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga.
Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera, tegas beliau.
Katanya, rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat.
Justeru, katanya, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.
Sumber HD : 27/03/2012
Ekonomi: Pengalaman Anwar lebihi Pak Lah, Najib
Muhammad Faizal, | 27 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 27 Mac: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) memberitahu pengalaman dalam ekonomi yang dimiliki oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang lima tahun memegang jawatan Menteri Kewangan lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh tersebut ekonomi Malaysia telah menunjukkan angka yang positif serta tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa termasuk pemimpin Barisan Nasional.
"Sewaktu Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah kadar positif dan jelas angka-angka ini tidak boleh dipertikaikan.
"Malah apa yang dilakukan oleh Anwar lebih baik dari sewaktu Abdullah dan Najib memegang jawatan Menteri Kewangan," jelasnya sewaktu sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Khalid menjawab persoalan itu yang ditimbulkan oleh Adun Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman sebelum ini berhubung perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
"Sebab itu bila Adun Seri Serdang mempersoalkan tentang bagaimana kriteria yang digunakan oleh kerajaan dalam lantikan tersebut, kita tekankan terhadap pengalaman yang Saudara Anwar miliki.
"Jika Adun Seri Serdang mempunyai pengalaman seperti Anwar yang dapat menunjukkan pencapaian ekonomi negara secara positif selama lima tahun secara konsisten sudah pasti saya akan memilih beliau sebagai penasihat ekonomi," sambungnya lagi.
Tambah beliau lagi, untuk dipilih sebagai penasihat ekonomi, kerajaan negeri meneliti kepada pengalaman yang dimiliki oleh individu terbabit bukannya dipilih mengikut budi bicara.
"Anwar dipilih berdasarkan kepada pengalamannya dalam soal ekonomi serta kecermelangannya dan beliau telah berusaha bersama-sama memastikan pengurusan negeri Selangor ini dari segi ekonomi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.
"Dan memberi kita contoh kepada rakyat bahawa Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah dapat mengurus negeri dengan penuh cemerlang, malah rancangannya bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk masa depan," jelasnya.
Khalid berkata, walaupun dalam masa yang singkat Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor tetapi dari segi ekonomi, dalam masa yang singkat dapat membuktikan bahawa negeri ini lebih baik daripada apa yang dibuat oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini.
"Ini menunjukkan bagaimana kita urus tadbir ekonomi negeri dengan pemilihan penasihat ekonomi berasaskan pengalamannya, Selangor menjadi yang terbaik dari segi pentadbiran dan ekonomi serta kebajikan untuk rakyat," beritahu beliau lagi.

Selangor tidak biarkan rakyat tanpa rumah
Iskandar Abdul Samad , | 27 Mac 2012 |
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan dan teguran daripada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Insya Allah ianya amat bernilai di dalam meneruskan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat di negeri ini.
PEMBINAAN RUMAH KOS RENDAH
Walau bagaimanapun saya ingin menafikan dakwaan daripada Yang Berhormat Sg. Pelek bahawa di bawah Pakatan Rakyat tidak lagi dibina Rumah Kos Rendah (RKR) di Selangor.
Sepertimana jawapan saya kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Permatang pada sidang ini bahawa RKR masih dibina di Selangor (Pertanyaan No. 48).
Perkara ini telah juga saya laporkan pada Sidang Dewan yang lepas ketika menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Lembah Jaya Pada 17 November 2011 (Pertanyaan No. 47).
Jawapan saya ketika itu adalah 3,317 unit RKR sedang dibina. Sejumlah 10,338 unit dalam proses pemulihan. Sementara 8,579 unit RKR telah mendapat kelulusan untuk dibina. Jumlah unit RKR yang akan memasuki pasaran adalah 22,234 unit apabila kesemua projek-projek ini siap dibina.
RUMAH MAMPU MILIK (RMM)
Kerajaan Negeri apabila menggalakkan pembinaaan Rumah Mampu Milik (RMM) tidak akan menghapuskan peraturan yang mewajibkan pemaju membina RKR bagi tapak-tapak melebihi 10 ekar.
Kerajaan Negeri hanya membenarkan pemaju menggantikan RKR dengan RMM sekiranya kawasan tersebut tidak sesuai untuk dibina RKR. Contohnya bagi kawasan yang dijangka tidak ada permintaan bagi RKR seperti yang tidak ada pengangkutan awam.
Oleh itu bukan semua permohonan akan diluluskan.
RMM dibina untuk rakyat berpendapatan RM2,500.00 hingga RM5,000.00. RKR disediakan untuk pembeli yang berpendapatan kurang dari RM2,500.00.
Kedua-dua kelompok masyarakat ini mesti diberi perhatian.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) DAN RUMAH MAMPU MILIK
Terima kasih kepada Bukit Antarabangsa yang telah membangkitkan kebimbangan PKNS yang kemungkinan akan kerugian besar jika menjual RMM dengan harga di bawah RM100,000.00.
Sebenarnya inilah sebabnya kenapa Kerajaan Negeri melibatkan pemaju-pemaju swasta di dalam program RMM di Selangor.
Sekarang ini terdapat pemaju swasta yang sedang membina 136 unit RMM di Sg. Long yang berkeluasan 850 kaki persegi dan yang akan dijual dengan harga kurang dari RM80,000 sebuah.
Pemaju yang sama telah mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri membina 520 unit RMM di Shah Alam dengan keluasan 850 kaki persegi dan yang akan dijual dengan harga RM89,000.00 sebuah.
Kerajaan Negeri berharap PKNS akan dapat mempelajari dari pengalaman pemaju-pemaju seperti itu. Pihak PKNS telah mengadakan lawatan tapak ke projek RMM di Sg. Long itu.
HARGA RMM KURANG DARI RM100,000
Kerajaan Negeri tidak boleh menaikkan semua RMM melebihi RM100,000.00 kerana Kerajaan Negeri mahu program ini melibatkan lebih ramai rakyat.
Contohnya jika harga rumah RM150,000.00 maka setelah ditolak bayaran deposit 10 peratus iaitu RM15,000.00 maka ini bermakna pinjaman yang perlu dipohon adalah RM135,000.00.
Jika bayaran balik pinjaman ini adalah selama 20 tahun maka ini bermakna bayaran bulanan secara kasar adalah RM1,015.00 sebulan.
Oleh itu, gaji minima pemohon mestilah sekurang-kurangnya RM3,045.00 sebulan.
Maka ini bermakna, mereka yang mempunyai gaji kurang dari RM3,045.00 tidak akan dapat membeli RMM jika dijual dengan harga lebih dari RM100,000.00.
Kita mesti memikirkan tentang mereka yang berpendapatan kurang dari itu.
Malah "Kajian Rumah Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah Di Kawasan Lembah Klang" yang dilakukan oleh Unit Perundingan Universiti Malaya untuk Kerajaan Negeri tahun lepas menunjukkan harga RMM perlu dipelbagaikan.
Perlu ada RMM yang berharga RM70,000, RM90,000, RM100,000, RM120,000 dan RM150,000.
Walau bagaimanapun RMM Negeri Selangor tidak sepatutnya berharga sehingga RM300,000.00 sepertimana RMM Kerajaan Persekutuan yang dijenamakan sebagai PRISMA.
KEMAMPUAN RAKYAT MEMBELI RMM
Saya juga ingin menjawab soalan Yang Berhormat Sg. Pelek yang bertanya berapakah gaji mereka yang boleh membeli RMM itu.
Bagi RMM yang berharga RMM89,000.00 maka bayaran ansuran sebulan adalah sekitar RM602.00 dan gaji minima untuk mendapat pinjaman ini adalah RM1,806.00.
KOS MEMBINA TEMPAT LETAK DI RMM
Yang Berhormat Bukit Antarabangsa telah membangkitkan kos menyediakan tempat letak kereta yang tinggi.
Kerajaan Negeri tidak akan kembali kepada peraturan lama yang menetapkan satu unit tempat letak kereta dibina untuk 2 unit kediaman RKR.
Yang Berhormat Taman Medan juga telah membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat akibat dari tempat letak kereta yang tidak mencukupi.
Peraturan sekarang adalah 1 unit tempat letak kereta untuk 1 unit kediaman RKR.
Untuk Rumah Kos Sederhana Rendah (RM72,000.00) dan Rumah Kos Sederhana (RM100,000.00) pula adalah 2 tempat letak kereta bagi 1 unit kediaman. Peraturan ini digunapakai untuk RMM.
Walau bagaimanapun terdapat cadangan baru memandangkan kos pembinaan infrastuktur dan kos tanah yang tinggi.
Cadangan itu adalah bagi RMM, untuk tempat letak kereta pertama adalah termasuk di dalam harga rumah. Walau bagaimanapun untuk tempat letak kereta kedua, pemilik rumah perlu membelinya dari pemaju.
Perkara ini akan dikaji oleh Kerajaan Negeri dengan lebih terperinci.
CROSS-SUBSIDY
Penyediaan kediaman untuk mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah berdasarkan "cross-subsidised" atau "saling- sumbang".
Ianya selari dengan konsep Islam di mana di dalam harta orang kaya ada hak orang miskin. Inilah konsep zakat.
Jika kita lihat di negara-negara lain, perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bukanlah tempat mendapat keuntungan.
Saya ingin mengambil contoh Singapura di mana Housing Development Board (Lembaga Pembangunan Perumahan) atau HDB mengalami defisit setiap tahun dan memerlukan geran dari pemerintah republik itu.
Contoh defisit-defisitnya adalah seperti berikut:
Tahun 2004 - S$931 juta
Tahun 2005 - S$850 juta
Tahun 2006 - S$1,406 juta
Tahun 2007 - S$743 juta
TAMAN MURNI 1, SEPANG
Saya ingin menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sg Pelek yang membangkitkan tentang pemberimilikan tanah di Taman Murni 1, Sepang.
Lembaga Peumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah berjaya membuat kutipan untuk bayaran premium dan bayaran upah sukat bagi 314 dari 448 pemohon yang bernilai RM155,900.00.
Tetapi masih terdapat baki bayaran untuk memproses pengeluaran hakmilik yang perlu dijelaskan oleh setiap pemohon adalah di antara RM216.00 hingga RM610.00.
Setakat 26 Mac lepas, seramai 173 orang telah menjelaskan keseluruhan bayaran mereka. Sementara 141 orang masih belum lagi menjelaskannya.
Pentadbir Tanah Dan Daerah Sepang sedang dalam proses mendaftarkan hakmilik bagi 173 pemohon yang telah menjelaskan bayaran penuh mereka.
Hakmilik-hakmilik akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan dari tarikh bayaran penuh tersebut.
Adalah diharapkan dengan pengeluaran hakmilik-hakmilik ini akan mendorong lebih ramai pemohon membuat bayaran dan seterusnya mendapat hakmilik.
BANTUAN KEPADA PENDUDUK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KOTA DAMAMSARA DAN LEMBAH SUBANG
Projek CERIA atau Caring Government For Residents Improvement Aid telah terbukti memberi manafaat kepada rakyat.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan hampir RM10 juta untuk membaikpulih rumah-rumah bertingkat dan diakui telah memberi sinar yang baru kepada rakyat yang tinggal di situ.
Di sini saya ingin menyentuh bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PPR Kota Damansara dan Lembah Subang.
Susulan lawatan Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor dan saya ke PPR Kota Damansara dan PPR Putra Damai, Lembah Subang pada 23 Oktober 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan bagi membiayai:
a. Kerja-kerja pembaikan lif
b. Penggantian pam air yang telah rosak sejak sekian lama.
Untuk pembaikan lif, kontrak-kontrak berikut telah diberikan:
a. PPR Kota Damansara - RM973,393.00 untuk 12 lif.
- Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
b. PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM1,936,257.00 untuk 17 lif.
- Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 7 Januari 2012 dan 8 April 2012.
JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN LIF - RM2,909,650.00
Sementara untuk pembaikan pam air pula, kontrak-kontrak berikut telah diberikan :
a. PPR Kota Damansara - RM197,600.00 untuk 8 pam (semua pam baru)
- Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
b. PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM87,500.00 untuk 16 pam (termasuk 1 pam baru)
- Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN PAM AIR – RM285,100.00
KOS KESELURUHAN – RM3,194,750.00
Status kerja-kerja pembaikan lif adalah seperti berikut:
a. PPR Kota Damansara
i. Blok A, B dan D - Kerja-kerja pemasangan peralatan mekanikal dan elektronik masih berjalan walaupun telah berlaku kecurian kabel di Bilik-Bilik Riser.
ii. Blok C - Kerja-kerja pembaikan hampir siap dijalankan.
b. PPR Putra Damai, Lembah Subang.
i. Blok A, B dan C - Kerja-kerja utama telah siap dijalankan dan tinggal hanya kerja-kerja akhir sahaja.
ii. Blok D, E, F dan G - Menunggu beberapa peralatan yang ditempah tiba dari kilang.
Status kerja-kerja pembaikan pam air adalah seperti berikut:
a. PPR Kota Damansara
i. Blok A, B, C dan D - Kerja-kerja pemasangan pam baru sedang berjalan.
b. PPR Putra Damai, Lembah Subang
i. Blok A, B, C, G dan H - Kerja-kerja telah disiapkan.
ii. Blok D, E dan F - Kerja-kerja telah disiapkan walaupun telah beberapa kali kabel dicuri di Blok F.
Kerajaan Negeri akan memastikan kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan secepat mungkin.
Kerajaan Negeri telah membuktikan komitmennya dengan memberi bantuan kewangan untuk membiayai pembaikan-pembaikan ini, maka sudah tentu Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan rakyat tanpa pembelaan.
PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Di bawah Pakatan Rakyat sebanyak 13,066 dari 43,768 unit kediaman atau perniagaan projek terbengkalai atau 30 peratus telah ada jalan penyelesaian.
Dari jumlah itu sebanyak 9,179 atau 21 peratus telah siap sepenuhnya.
DESA SEROJA, KAJANG
Yang Berhormat Bangi telah membangkitkan permohonan tanah daripada penduduk Desa Seroja, Kajang. Permohonan ini telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan telah ditangguhkan untuk semakan saya.
Semakan akan dibuat untuk menentukan bilangan lot yang termasuk di dalam rizab sungai dan bilangan lot yang disewa. Setelah semakan dibuat, saya akan melaporkan semula kepada MMKN untuk keputusan.
PENYELESAIAN PENEROKA BANDAR (SETINGGAN)
Kes Desa Seroja ini merupakan salah satu contoh penyelesaian masalah peneroka bandar melalui pemberimilikan tanah.
Sepanjang empat tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, rekod penyelesaian penempatan peneroka-peneroka bandar adalah seperti berikut :
1.) Selesai - 659 keluarga.
2.) Dalam proses penyelesaian - 1,126 keluarga.
3.) Belum ada lagi kaedah penyelesaian - 1,771 keluarga.
Oleh itu, jumlah yang telah selesai dan telah ada penyelesaian adalah 1,785 keluarga.
10 PERATUS RUMAH MAMPU MILIK (RMM) NEGERI SELANGOR UNTUK IBU BAPA PESERTA TAWAS (TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR)
10 peratus RMM akan diperuntukkan untuk ibu bapa peserta-peserta TAWAS.
Penjualan RMM adalah dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
Pemaju-pemaju yang membina RMM tidak boleh menjual RMM kepada sesiapa sahaja tetapi nama-nama pembeli mestilah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Peraturan yang sama digunapakai bagi penjualan Rumah Kos Rendah (RKR).
Tujuan peraturan ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak dapat membeli RMM ini.
Sasaran utama program RMM adalah mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000 dan tidak memiliki rumah sendiri.
Dengan peruntukan khas 10 peratus kepada ibu bapa peserta Tawas, maka ini bermakna golongan muda terutamanya ibu bapa muda akan mendapat peluang yang lebih untuk memiliki rumah mampu milik.
Ini bermakna jika pada satu projek itu terdapat 500 unit RKR maka 50 diperuntukkan untuk ibu bapa peserta TAWAS.
Peruntukan ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memberi nilai tambah kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.
Artikel di atas ialah ucapan penggulungan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad pada persidangan Dewan Negeri Selangor, 27 Mac.
Sumber HD : 27/03/2012
Tiada isu berat sebelah Speaker Selangor
Harakahdaily, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembangkang di negeri itu cuba meraih populariti murahan dengan cubaan untuk mensensasikan berita keluar dewan.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, ini kerana mereka ingin menutup kelemahan dan salah laku semasa memerintah negeri Selangor seperti mana yang telah didedahkan di dalam sidang Dun Selangor.
Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS negeri menyelar tindakan tidak matang dan kebudak-budakan Adun pembangkang dari Barisan Nasional yang bertindak keluar dewan hanya disebabkan membantah tindakan Speaker Dewan Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang telah menghantar SMS kepada Exco Kerajaan Selangor supaya dapat mengambil kesempatan pada sesi penggulungan perbahasan untuk menonjolkan kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tidak ada isu berat sebelah sebenarnya permintaan Datuk Speaker tentang perkara ini kerana ianya permintaan supaya memperkatakan kejayaan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dan bukannya meminta untuk melakukan pembohongan dan fitnah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya pihak pembangkang tidak berpuas hati maka bolehlah berhujah balas dengan fakta yang lebih jelas dan bukannya mengambil tindakan ‘tidak cerdik’ untuk meninggalkan dewan.
Sumber HD : 28/03/2012
Pusat didakwa sekat usaha atasi banjir di Selangor
Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 2 April: Tuduhan Datuk Seri Noh Omar yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kejadian banjir kilat di Klang menunjukkan mentaliti pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang sentiasa mempolitikkan isu.
Tetapi, mereka tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah.
Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun.
Justeru, masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu (gambar atas).
Di Selangor, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir.
Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari Kerajaan Pusat, tambah beliau.
Menurut beliau, peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini.
"Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir," dakwanya.
Walaubagaimanapun, kata Exco kerajaan tempatan itu, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.
Ini berbeza dengan amalan pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun.
Kerajaan negeri terdahulu juga tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur.
"Justeru, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka," dakwa Ronnie.
Menurut beliau, kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.
Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh Kerajaan Pusat malah permohonan ini dikategorikan tahap ketiga.
Lebih malang lagi, tambahnya, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh Omar tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 billion diturunkan ke Negeri Selangor.
Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan malah beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS, katanya.
"Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik jika Kerajaan Pusat menyekat peruntukan ini dan Noh Omar pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang?" soal beliau.
Bagi Ronnie, memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir.
Malangnya, tambahnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini, pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.
Bagi Ronnie, Noh Omar tidak jauh beza dengan mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ketika itu.
Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini.
"Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak Kerajaan Pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera," katanya.
Sumber HD : 2/04/2012
PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih
Hazayani Zakaria, | 08 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 8 April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.
Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.
"Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.
"Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.
"Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.
Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.
"Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.
Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih.
"Datuk A. Samad Said yang menyambut hari lahirnya yang ke-77 hari ini mengajak orang ramai duduk bantah menuntut pilihan raya bersih.
"Kalau anak muda umur 23 tahun tak turun, malulah," katanya.
Seruan sama turut dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.
"Sampai bila kita mahu ditipu dalam sistem pilihan raya? Maka, kena ada kekuatan raksasa rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.
Beliau turut mengingatkan jentera Pakatan Rakyat Selangor tidak leka kerana Umno BN mampu menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kembali negeri itu.
"Di Selangor, kita jangan ambil mudah. Kalau 2008 Pakatan Rakyat ambil Selangor, tahun 2012 tanggungjawab kita untuk pertahankan Selangor," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Pesuruhjaya Selangor, Dr Rani Osman dan Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad.
Ucapan Mat Sabu : http://www.youtube.com/watch?v=5HB_Bc4rXIs
Sumber HD : 8/04/2012
Pemuda PAS kecam Umno serang nazir masjid
Harakahdaily, | 10 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan serangan ke atas Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Dr Abd Basir Alias yang dikenalpasti didalangi oleh pemimpin Umno setempat.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa di atas tindakan liar pemimpin Umno yang sanggup menyerang seorang pemimpin masyarakat hanya kerana perasaan tidak puas hati dan dengki terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar).
Beliau menyifatkan tindakan pemimpin Umno tersebut sebagai tindakan orang yang tidak bertamadun dan dan cubaan untuk menyemai budaya samseng yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.
Kejadian tersebut berlaku semasa nazir masjid baru memulakan Mesyuarat Agong Tahunan Pemilihan Jawatankuasa Masjis tersebut apabila beliau didatangi oleh pemimpin Umno setempat.
Seterusnya salah seorang penyokong Umno telah enghantukkan kepala kepada Abdul Basir sehingga mengakibatkan mata beliau lebam dan bengkak.
Hasbullah berkata, pihaknya berasa cukup kesal kerana pemimpin Umno sanggup bersikap biadab dan mengambil tindakan untuk tidak menghormati proses demokrasi di dalam sesuatu pemilihan dan menyerang seorang pemimpin masyarakat hanya kerana perasaan dendam dan iri hati yang tidak berkesudahan.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menerima maklumat bahawa ada ahli jawatankuasa beberapa buah masjid di dalam negeri Selangor turut mendapat ancaman untuk dicederakan oleh pemimpin Umno setempat,” ujarnya lagi.
Setakat ini, ujarnya ahli jawatankuasa yang diancam telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis.
Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat melakukan siasatan dan pemantauan terhadap laporan tersebut dengan lebih serius.
Menurutnya lagi, pihaknya merasakan Umno dan Barisan Nasional kini sudah terdesak disebabkan semakin kehilangan kuasa dan sokongan sehingga sanggup mengambil tindakan kekerasan terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat.
“Berkemungkinan inilah hasrat Perdana Menteri Malaysia apabila menyatakan bahawa Umno dan Barisan Nasional akan mengambil apa jua cara dan tindakan bagi mempastikan kemenangan berpihak kepada mereka di dalam pilihanraya yang akan datangm,” ujarnya.
Justeru, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga masyarakat menyedari tindakan ganas yang dilakukan oleh Umno itulah yang menyebabkan keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat Selangor kini semakin terjejas.
Sumber HD : 10/04/2012

150 projek infra lulus bawah Geran Selangorku
Harakahdaily, | 14 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 14 April: Sebanyak 150 projek infrastruktur di seluruh negeri telah diluluskan menggunakan peruntukan di bawah Geran Selangorku yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa satu hingga empat.
Kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar yang dikeluarkan hari ini menyatakan bagi fasa satu sebanyak 19 projek infrastruktur diluluskan dan akan dimulakan dalam waktu terdekat selepas proses pemilihan kontraktor selesai.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, fasa dua pula sebanyak 17 projek diluluskan, fasa tiga 37 projek dan fasa empat 77 projek.
(Gambar: Khalid merasmikan Gelanggang Futsal Sungai Ayer Tawar.)
"Bagi fasa satu dan dua, peruntukan yang diluluskan untuk kesemua projek ini sebanyak RM5.4 juta manakala fasa tiga dan empat masih di peringkat perbincangan.
"Projek- projek yang diluluskan ini melibatkan kerja membaiki, membina dan menurap semula jalan, memasang lampu jalan, membina longkang, menaik taraf masjid, pembinaan inftrastuktur sukan seperti gelanggang futsal," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penerangan Geran Selangorku kepada penduduk di Sungai Ayer Tawar di Sabak Bernam sempena Program Khas Mesra Rakyat fasa tiga peringkat Daerah Sabak Bernam, semalam.
Geran Selangorku memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk projek inftrastruktur. Peruntukan itu hasil kejayaan kerajaan negeri mengutip semula hutang TALAM yang kemudian disalurkan semula kepada rakyat.
Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai pegawai kanan kerajaan negeri menentukan kelulusan projek berkenaan termasuk pemilihan kontraktor manakala proses sebut harga dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah.
Daripada 150 projek itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 29 projek diikuti Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebanyak 27 projek, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) masing-masing 15 projek.
Mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, Sri Muda menerima kelulusan terbanyak dengan 31 projek, Meru (20), Telok Datok (13), Morib (14) dan Selat Klang (7).
Sementara itu, Program Khas Mesra Rakyat dimulakan dengan Menteri Besar menghadiri perhimpunan di Dewan Seri Bernam bersama pemimpin masyarakat diikuti sesi aduan rakyat yang memberi peluang orang ramai mengadu masalah secara terus kepada Exco, pejabat daerah dan tanah.
Menteri Besar selaku Exco Pembangunan Tanah juga meluangkan masa hampir sejam untuk menyelesaikan beberapa masalah tanah yang diadu kepada beliau.
Pada sebelah petang, Menteri Besar meramah mesra dengan golongan belia dan menyaksikan perlawanan futsal antara pasukan pilihan Menteri Besar dan pasukan pilihan belia tempatan sekali gus merasmikan Gelanggang Futsal Sungai Ayer Tawar.
Pada malam pula diadakan ramah mesra dan jamuan rakyat di Stadium Mini Sabak Bernam.
Sumber HD : 14/04/2012

Dapat geran kediaman selepas 14 tahun
Harakahdaily, | 16 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 16 April: Penduduk Pangsapuri Kayangan kini mampu menarik nafas lega apabila penantian selama 14 tahun untuk memperolehi geran kediaman mereka akan berakhir tidak berapa lama lagi.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad kejayaan tersebut adalah kejayaan penduduk Pangsapuri Kayangan, lapor Media Selangorku.
"Saya nak ucapkan tahniah kepada penduduk kerana kerja ini adalah satu kerja yang rumit sebenarnya.
"Tetapi dengan usaha penduduk, JMB (Badan Pengurusan Bersama) Pangsapuri Kayangan, kerajaan negeri dan Pejabat Tanah dan Galian telah membuahkan hasil hari ini," ujar beliau.
Iskandar turut memberitahu, mana-mana pemaju di negeri Selangor yang engkar atau sengaja melengah-lengahkan permohonan geran kepada pembeli rumah akan dikenakan tindakan saman.
"Dalam negara ini, hanya dua negeri yang telah mengambil tindakan kepada pemaju yang gagal menyerahkan geran kepada pembeli rumah dan dua kerajaan negeri tersebut adalah Selangor dan Pulau Pinang.
"Dalam negara ini, hanya dua negeri yang telah mengambil tindakan kepada pemaju yang gagal menyerahkan geran kepada pembeli rumah dan dua kerajaan negeri tersebut adalah Selangor dan Pulau Pinang.
"Pakatan Rakyat tidak memandang ringan terhadap isu ini, tindakan tegas akan diambil," ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyerahan Strata Roll Kepada Pemaju di Pangsapuri Kayangan, Taman Sri Subang.
Menyentuh isu yang sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh pula memaklumkan penyerahan geran hakmilik kini telah sampai di peringkat akhir sebelum di serahkan kepada pemilik kediaman Pangsapuri.
Menurutnya kejayaan ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada hari ini telah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang ditinggalkan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula menyifatkan majlis hari ini merupakan satu program yang bersejarah kerana ianya merupakan langkah akhir sebelum penduduk boleh memiliki geran strata kediaman yang mereka beli.
Penasihat JMB Pangsapuri Kayangan, Micheal Lim Giat Eng pula memberitahu, pihak pemaju telah sengaja menambah keluasan sebenar kawasan pangsapuri tersebut yang membolehkan pemaju terbabit memperolehi keuntungan atas kutipan cukai tanah dari pemilik hartanah.
Micheal turut memberitahu dua laporan polis telah dibuat ke atas pemaju yang tidak disebutkan namanya.
Sementara itu, penduduk pangsapuri terbabit, Sue Ann, 50 tahun menyatakan rasa gembira apabila geran strata akan diperolehi dalam jangkamasa terdekat.
"Gembira, rasa tak boleh cakap sebab memang dah lama kita tunggu. Saya beli rumah di sini masa mula-mula buka dulu tetapi sudah tunggu sangat lama baru sekarang boleh dapat geran," katanya.
Terdahulu dalam majlis yang sama, wakil dari Pejabat Tanah dan Galian telah menyerahkan Master Starata Roll kepada Iskandar.
Dalam upacara yang sama, Iskandar turut menyerahkan Master Strata Roll tersebut kepada tiga wakil penduduk Pangsapuri Kayangan.
Selain Iskandar, Gwo-Burne Loh dan Nik Nazmi turut hadir dalam upacara tersebut adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kelana Jaya, Syed Shahir Syed Mohamud.
Sumber HD : 16/04/2012
Dr Anuar berjaya tingkatkan pelajar ke Unisel
Anis Nazri, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April: Isu 'kelewatan' kerajaan negeri Selangor mengesahkan jawatan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), hanya satu percubaan untuk menimbulkan rasa tidak selesa rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Sedangkan, isu jawatan Naib Canselor itu tidak perlu dipolemikkan, malah tidak wajar dipolitikkan, lebih-lebih lagi ia membabitkan soal pendidikan di kalangan generasi akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali berkata soal pengesahan lantikan Profesor Dr. Anuar Ahmad (gambar atas) itu hanya membabitkan prosedur tertentu yang belum diputuskan Lembaga Ahli Pengarah.
"Sebenarnya tidak ada apa pun (isu) di sebalik kelewatan lantikan tersebut. Cuma, kita belum bawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang akan diadakan Jun atau Julai akan datang. Itu sahaja," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Menafikan dakwaan kononnya kelewatan pelantikan tersebut disebabkan kerajaan negeri tidak bersetuju dengan Dr. Anuar, Dr. Halimah menegaskan sejak Dr. Anuar memangku jawatan itu, kemasukan pelajar ke Unisel melonjak dengan begitu baik sekali.
Berbanding sebelum Dr. Anuar memangku jawatan NC, tegas Dr. Halimah (gambar kiri), kemasukan pelajar ke universiti milik kerajaan negeri itu begitu merosot.
"Tiada sebab untuk kerajaan negeri tidak bersetuju dengan Dr. Anuar. Sejak beliau memangku jawatan tersebut, lonjakan kemasukan pelajar begitu ketara. Kita hanya mahukan yang terbaik. Cuma kita belum bawa ke mesyuarat lembaga. Itu proses yang belum kita lakukan," kata beliau lagi.
Tanda tanya tentang pelantikan Dr. Anuar ke jawatan yang dipangkunya sejak 2 Ogos 2011 timbul apabila masih belum disahkan kerajaan negeri.
Terdahulu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menjelaskan, kerajaan negeri mempunyai prosedur tertentu bagi menetapkan setiap lantikan jawatan tertinggi dalam Unisel yang perlu mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah.
“Pelantikan Naib Canselor akan dibincangkan dan ditentukan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Unisel kerana universiti milik penuh Kerajaan Negeri ini dikendalikan syarikat tidak seperti universiti lain," tegasnya.
Prof Dr. Anuar yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden Unisel kini memegang kerusi naib canselor universiti itu selepas Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan berkuat kuasa 2 Ogos 2011.
Sumber HD : 17/04/2012
(Izham [dua dari kiri] dalam sidang media di pejabat ahli Parlimen Shah Alam)
SHAH ALAM, 18 April: Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini meminta pihak yang mendakwa Shah Alam jadi bandaraya maksiat selepas diambilaih Pakatan Rakyat mengemukakan bukti mereka.
"Sila tampil kemukakan bukti, jika tidak lebih baik tutup mulut," kata Izham Hashim ahli MBSA yang bercakap bagi pihak ahli majlis yang lain.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa Bandaraya Shah Alam kini menjadi 'Sin City' sejak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.
Jelas Izham, tuduhan sering kali dilakukan oleh Umno dalam ceramah dan kenyataan akhbar bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat dan MBSA sangat longgar dalam memberi lesen judi, minuman keras, rumah-rumah urut mahu pun hotel bajet di seluruh Shah Alam.
"Untuk makluman, MBSA tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen premis baru perjudian sejak Mac 2008.
"Manakala lesen premis baru minuman keras hanya dibenarkan untuk pemborong sahaja dan peruncit di kawasan majoriti orang bukan Islam," jelasnya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam.
Tambahnya lagi, lesen rumah-rumah urut telah lama dibekukan kecuali yang betul-betul menjalankan khidmat urut kaki (refleksologi) dan spa wanita.
Hotel-hotel bajet pula dilesenkan mengikut keperluan dan dengan peraturan serta pemantauan yang rapi.
Katanya lagi, MBSA mengakui kewujudan pelbagai premis 'maksiat' di atas yang tidak sah dari segi undang-undang, namum langkah pencegahan dan penguatkuasaan telah diambil dari masa ke semasa.
"Kita telah turut serta bersama-sama pegawai penguatkuasaan MBSA dalam setiap serbuan dan lawatan mengejut ke premis yang berlesen mahupun tidak bagi tujuan penguatkuasaan sejak tahun 2008.
"Hasilnya banyak tempat-tempat maksiat telah ditutup dan barangan mereka telah dirampas, malah ada juga kes yang kita ambil tindakan undang-undang ke atas pemilik," sambungnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu wujud kekangan dalam setiap serbuan yang MBSA lakukan apabila tidak ada kerjasama dengan pihak berkuasa mahupun agensi kerajaan yang lain.
"Kekangan kita bila meminta agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pemotongan elektrik di premis yang di serbu mahupun disita mereka meminta surat dari pihak polis.
"Tetapi bila kita meminta tolong dari pihak polis perkara yang mendukacita berlaku, ini adalah kekangan yang besar apatah lagi jika ada pendatang asing maka pihak Imigresen diperlukan," jelasnya lagi.
Sumber HD : 18/04/2012

Kemukakan bukti Shah Alam 'sin city'
Muhammad Faizal, | 18 Apr 2012 |

Pakatan audit kenaikan mendadak pengundi S'gor
Muhammad Faizal, | 18 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 18 April: PAS Selangor akan bekerjasama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi melaksanakan gerak kerja membersihkan senarai pemilih di setiap Dun bagi mengatasi kebanjiran pengundi tambahan.
Berkata pada sidang media di Shah Alam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ab Rani Osman (gambar) turut mengatakan PAS Selangor juga turut mengumpulkan bukti terdapat satu jumlah yang amat besar pengundi-pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor yang memiliki nombor kad pengenalan bernombor Sabah dan Sarawak.
"PAS akan berkerjasama dengan PKR dan juga DAP bagi melaksanakan gerak kerja audit membersihkan senarai pemilih di setiap Dun dan Parlimen.
"Malah apa yang diketahui penambahan nama pemilih di setiap Dun dan kawasan Parlimen adalah amat luar biasa," jelasnya.
Dalam pada itu juga, beliau turut berterima kasih atas pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang memberitahu wujud sebuah 'task-force' yang diketuaioleh pegawai khas kepada Perdana Menteri yang bertindak memberi kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang akan datang.
"Senarai nama-nama yang terlibat dalam 'task-force' tersebut membuktikan lagi kesahihan wujudnya konspirasi dan curang tajaan BN.
"Malah Mimos Berhad turut melaporkan bahawa terdapat lebih 200 ribu pengundi yang diragui dalam daftar pemilih SPR," katanya lagi.
Adun Meru itu juga turut menyatakan, PAS melalui Sekretariat Pakatan Rakyat akan membantu menjayakan Program Pendemokrasian Rakyat anjuran kerajaan negeri.
"PAS akan bersama-sama mendukung aspirasi rakyat bagi mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus," tambah beliau lagi.
Ketika ditanya adakah PAS akan terus bertanding walaupun daftar pemilih SPR tidak bersih.
"PAS akan tetap bertanding dalam pilihanraya yang akan datang walaupun kita tahu daftar pemilih itu tidak bersih seperti yang kita kehendaki.
"Tetapi PAS akan pastikan setiap ahli akan bekerja keras dalam mengenalpasti bahawa mereka yang benar-benar sah sahaja dibenarkan mengundi, jika ada nama yang mengelirukan kita akan terus membantah," sambung beliau lagi.

Rumah Kg Berembang dan Alam Perdana dapat kunci
Harakahdaily, | 18 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 18 April: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan majlis penyerahan kunci kepada seramai 1,116 pemilik rumah teres dan 2,500 pemilik rumah kos rendah di Alam Perdana pada 28 April ini.
Perkara ini diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.
Rumah-rumah teres ini ini telah berjaya dipulihkan oleh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI) setelah terbengkalai sejak 2004.
MBI membelanjakan lebih RM187 juta untuk menyiapkan rumah teres ini termasuk kos pengambilan tanah untuk pembinaan tangki air, laluan bagi tangki air dan laluan utama ke taman perumahan.
MBI telah melaksanakan usaha-usaha pemulihan terhadap projek perumahan terbengkalai ini termasuk pecah sempadan, tukar syarat tanah dan pengeluaran hakmilik individu dan seterusnya memastikan pembeli terlibat memperolehi rumah tersebut sehingga Sijil Layak Menduduki dikeluarkan.
Rumah kos rendah berjumlah 2,500 unit telah disiapkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). SPNB memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu.
Pada majlis ini juga, kerajaan negeri akan menerangkan kepada 203 pembeli rumah teres dua tingkat jenis Arcadia di mana rumah-rumah ini terpaksa diroboh kerana tidak selamat diduduki. Pembinaan semula rumah-rumah ini akan dilakukan anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Pada 21 Mei pula akan diadakan penyerahan kunci kepada 694 pembeli pangsapuri Kampung Berembang di Ampang yang tiga tahun lewat disiapkan oleh pemaju.
Kerajaan Negeri mengambil alih projek ini dengan melantik pemaju baharu dengan kos pembinaan RM29 juta.
Usaha-usaha ini dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi memastikan nasib rakyat Selangor terbela dan tidak dibebani hutang sehingga ada antara mereka telah diistihar muflis disebabkan kegagalan pemaju menyiapkan rumah.

Selangor laksana hampir semua janji manifesto 2008
Salmiyah Harun, | 20 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Selama empat tahun memerintah Selangor, dengan tema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan hampir semua janji dalam Manifesto Pilihan raya Umum (PRU) 2008.
Sebuah kerajaan yang baik pula ialah kerajaan yang berjaya mengutip cukai dengan efisien dan menggunakan cukai tersebut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk meningkatkan tahap ekonomi negeri agar pembangunan dapat dilakukan.
Begitulah yang ditekankan Pakatan Rakyat apabila menerajui negeri Selangor pada 2008, demikian tegas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar).
Memandangkan Selangor adalah nadi pembangunan dan pemacu utama ekonomi Negara atau lebih tepat lagi penyumbang 23% kepada KDNKnegara, katanya, maka rakyat Selangor berhak mendapat bahagian yang besar dari kemajuan negeri dan Negara.
Bukan itu sahaja, jelas Khalid, tahun 2010 Selangor turut mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam negara selepas Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 22.56 peratus.
Malah, tambahnya dalam tempoh empat tahun memerintah Kerajaan Selangor telah menerima jumlah pelaburan melebihi RM36 billion dansepanjang tempoh itu juga kerajaan berjaya membuka sebanyak 95,013 peluang pekerjaan.
"Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakar pembangunan negeri melalui program yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sepanjang melaksanakan program MES sehingga 2011 katanya, kerajaan Selangor telah membelanjakan hampir RM600 juta yang mana program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu Pertama antaranya program yang menelan berlanja yang besar kerana melibatkan hampir seluruhrakyat negeri ini iaitu kira-kira RM477 juta.
Sehubungan itu katanya, Program MES telah dilebarkan menerusi program-program Hasil Negeri Untuk Rakyat kerana menyedari bahawa sekian lamanya hasil negeri terkaya ini dikutip namun pengagihannya tidak menitikberatkan kebajikan rakyat marhaen.
Program MES antaranya, Jom shopping bagi warga emas, pembiayaan pendidikan kepada warga kerja Selangor yang mahu melanjutkan pelajaran, Tuisyen Rakyat, Skim Perumahan Pekerja Ladang, Bantuan pengurusan bangunan, lif dan pusat komuniti dan Bonus Selangorku- Jom Shopping anak YAWAS yang berusia empat tahun (lahir 2008).
Katanya, selama 50 tahun pentadbiran terdahulu tanpa adanya proses semak dan imbang yang berkesan, pastinya terlalu banyak kepincangan dan ketirisan yang berlaku.
"Ini terbukti apabila banyak lubang ketirisan berjaya dibendung. Hutang lapuk syarikat kroni yang mencecah hampir RM400 juta dan berusia sedekad lamanya telah berjaya dikesan dan dikutip.
"Sejumlah wang yang mengikut kelaziman pemerintah terdahulu akan masuk ke dalam poket pemimpin, kini berjaya disalurkan semula kepada rakyat melalui Geran Selangorku. Satu dana besar berupa bonus kepada rakyat Selangor," katanya.
Katanya, terdapat 17 program yang telah dirancang dan sebahagian besarnya program tersebut menyentuh setiap segmen rakyat di Selangor; golongan pekerja, belia, wanita, warga emas, anak kecil, OKU, di bandar mahupun di desa.
Katanya, bonus RM300 juta merupakan julung-julung kali diterima rakyat negeri ini melalui program seperti Pengenalan Gaji Minima, Program Pembasmian Rasuah & Penyelewengan, Pemerkasaan Wanita, Daripada Kebajikan Kepada Bekerja, Program Keusahawan Muda, Program Sokongan Pendidikan, Program Pejabat ke Rakyat dan banyak lagi.
"Umpamanya program Pemerkasaan Wanita berjumlah RM30 juta bakal menyediakan prasarana dan peluang yang jauh lebih cerah kepada golongan wanita dan suri rumah," katanya.
Tambahnya, begitu juga dengan Program Daripada Pejabat Kepada Rakyat dengan peruntukan sejumlah RM20 juta di bawah Geran Selangorku, adalah satu projek penyediaan data digital geran-geran tanah di seluruh Selangor dengan tujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bagi jangka panjang.
"Rakyat tidak perlu lagi mengunjungi pejabat tanah untuk berurusan kerana semua urusan boleh dilakukan melalui teknologi internet. Secara langsung program ini dapat mengurangi kos yang ditanggung rakyat. Projek ini merupakan projek pertama yang pernah diadakan di Asia," katanya.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat tidak menoleh ke belakang dengan menonjolkan perlakuan Umno BN sejak 50 tahun lalu, sebaliknya melaksanakan pentadbiran maju ke hadapan dengan melakukan perubahan dan reformasi pada setiap segmen pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.
Pakatan Rakyat yakin dengan semua program kebajikan di atas, rakyat Selangor akan terus memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri ini.
"Konsep “Value For Money” yang diperkenalkan oleh pentadbiran PR kini benar-benar mendapat tempat di negeri termaju dan terkaya di Malaysia ini. Selangor adalah model terbaik jika Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Putrajaya," katanya.

Sumber HD : 20/04/2012
Pemuda PAS setuju Selangor tidak bubar DUN serentak
Harakahdaily, | 23 Apr 2012 |
SHAH ALAM: Dewan pemuda PAS Selangor menasihatkan supaya Datuk Seri Noh Omar supaya mempastikan suasana pilihanraya di peringkat nasional berada di dalam keadaan yang cukup bebas dan adil sebelum menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor takut untuk mengadakan pilihanraya secara serentak.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbulah Mohd Ridwan (gambar) berkata, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mempunyai hak untuk mendapat pilihanraya yang bebas dan telus serta tidak perlu mengikut telunjuk Umno dan Barisan Nasional.
Antara perkara yang dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat sehingga kini adalah berkenaan daftar pemilih yang masih ‘kotor dan belum dibersihkan’ terutamanya di negeri Selangor.
Selangor telah menerima pertambahan seramai hampir setengah juta pengundi baru sehingga Disember 2011.
Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin sekiranya pilihanraya umum yang akan datang boleh diadakan secara telus dan adil, sudah pasti Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan turut sama melaksanakan pilihanraya serentak dengan peringkat nasional.
Tetapi dengan situasi terkini yang masih tidak mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan persekutuan dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia “membersihkan” proses sistem pilihanraya di dalam Negara ini menyebabkan Pemuda PAS Selangor bersetuju dengan tindakan pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk mengadakan pilihanraya secara berasingan dengan kerajaan persekutuan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga turut menyokong penuh tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk membantu SPR di dalam membersihkan senarai daftar pemilih baru.
Ini kerana ia diragui dan disangsikan keabsahan status pemastautin mereka melalui kempen Selangorku Bersih, kata beliau.
Bagi beliau, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk mempastikan pilihanraya yang akan datang berlaku dalam suasana yang telus.
"Ianya perlu dicontohi oleh kerajaan persekutuan dengan ‘membebaskan’ SPR untuk melaksanakan tugas mereka secara lebih ‘bebas’ tanpa ada campurtangan politik," tegasnya.
Pemuda PAS Selangor juga mempertegaskan keyakinan untuk terus mempertahankan kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berdasarkan sokongan rakyat terbanyak di dalam pilihanraya yang akan datang.
Ia akan dibuat walaupun momokan Umno dan Barisan Nasional di dalam media arus perdana menyatakan sebaliknya.
Umno dan Barisan Nasional kini sedang berada di ambang penolakan rakyat secara ‘total’ sehingga terpaksa menggunakan seluruhnya jentera media arus perdana untuk ‘mempersolekkan diri mereka untuk menjadi cantik’ di mata rakyat.
Ia dibuat walaupun hakikat sebenarnya mereka kini semakin jelek dan hodoh, kata beliau.
Sumber HD : 23/04/2012
KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan segera dengan membersihkan kawasan longgokan sampah haram yang menyebabkan gangguan khususnya penduduk sekitar Sungai Pinang, di sini.
Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, majlis telah menggunakan sebuah jengkaut, tiga lori dan sebuah tong besar untuk tujuan itu dan dijangkakan kawasan sekitar dapat dibersihkan dalam masa dua minggu lagi.
Menurutnya, longgokan sampah haram itu seberat 60 tan akan diangkut dan dihantar ke pusat pelupusan sampah di Jeram, Kuala Selangor serta pada masa yang sama pihaknya juga akan memantau lokasi berkenaan untuk memastikan isu itu tidak berulang lagi.
“Kita prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk dan kerjasama semua pihak telah memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan efektif dan ia akan berterusan (kerja-kerja pembersihan) di sini.
“Selain daripada itu, masalah ini juga perlu disegerakan kerana ia akan menyebabkan penduduk menanggung pelbagai risiko termasuk ancaman denggi,” katanya.
Ehsan berkata, selain daripada penglibatan pelbagai jabatan MPK, pihaknya juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Tanah Dan Daerah Klang yang turut komited membantu majlis menyelesaikan aduan yang dikemukakan penduduk sejak enam bulan lalu itu.
Menurutnya, majlis telah menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuang sampah di situ dan MPK telah mengenalpasti kumpulan berkenaan untuk dikenakan tindakan bagi mengelak kejadian itu berulang lagi kelak.
Sumber HD : 25/04/2012

MPK bertindak segera bersih sampah haram
Harakahdaily, | 25 Apr 2012 |

Yakin rampas Selangor guna warga asing?
Anis Nazri, | 27 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkeyakinan merampas Selangor pada pilihan raya umum ke-13 mungkin berdasarkan usaha memanipulasi daftar pemilih di negeri itu.
Jika tiada usaha tersebut, sudah tentu Tengku Adnan tidak berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, lebih-lebih lagi ketika rakyat Selangor selesa dengan suasana harmoni di negeri itu, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin.
Beliau mendakwa manipulasi daftar pemilih oleh pihak BN dalam usaha menawan Selangor itu boleh dilihat berdasarkan pertambahan pengundi yang lebih 90 peratus berkemungkinan bukan pemastautin di negeri itu.
"Keyakinan Tengku Adnan itu berdasarkan bagaimana mereka memanipulasikan daftar pemilih sepanjang 2010 hingga 2011 dengan pertambahan pengundi yang bukan pemastautin di Selangor, yang menyebabkan pertambahan begitu besar," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Dakwa beliau, sekiranya di kawasan PAS atau Pakatan Rakyat yang menang dengan jumlah majoriti sebanyak 2000, maka BN akan membawa masuk sebanyak 4000 pengundi baru, yang dapat dibuktikan mereka bukan pemastautin di kawasan tersebut.
Ketika ditanya, adakah pertambahan pengundi tersebut membabitkan warganegara asing, Jaafar yang juga Pengerusi Audit Daftar Pemilih Negeri Selangor itu tidak menolak kemungkinan tersebut.
"Memang itu di antara beberapa nama yang menunjukkan beberapa kepelikan. Nampak ganjil, yang jelas menunjukkan bukan orang Malaysia. Kita sudah ada bukti dan dokumen-
dokumen yang menyokong dakwaan tersebut," kata beliau.
Sebelum ini, Tengku Adnan menyatakan keyakinan bahawa parti Melayu terbesar itu mampu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Sumber HD : 27/04/2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pembeli-pembeli Rumah Kos Rendah Projek Sungai Sering, Hulu Kelang yang belum lagi mendapat sebarang pinjaman bank adalah diminta hadir di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama di Pandan Indah pada hari Ahad, 13 Mei di antara jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan MPAJ telah mendapat persetujuan beberapa buah bank bagi pembeli-pembeli tersebut membuat permohonan pinjaman bank.
Katanya, pembeli-pembeli yang telah ditolak permohonan mereka sebelum ini juga diminta hadir agar satu penyelesaian dapat dikenalpasti.
“Pembeli-pembeli yang telah menerima notis pembatalan tawaran membeli rumah kos rendah dari pemaju juga perlu hadir,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, program hari tersebut adalah tarikh akhir bagi mereka yang mempunyai masalah dengan bank atau sebarang masalah-masalah lain untuk mengemukakannya kepada Kerajaan Negeri dan pemaju.
“Mereka yang masih belum mendapat pinjaman bank dan tidak hadir pada hari tersebut berkemungkinan besar akan kehilangan hak membeli rumah di projek tersebut,” ujarnya yang juga Adun Chempaka.
Sumber HD : 3/05/2012

Pembeli rumah Sg Sering ditawar pinjaman
Harakahdaily, | 03 Mei 2012 |

Lupakan hasrat tawan Selangor - Liong Sik
Abdul Aziz Mustafa, | 14 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan menang pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan bulan hadapan, kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik (gambar).
Beliau juga mengisyaratkan kepada BN supaya melupakan hasrat untuk merampas Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Ling berkata, BN tidak bersedia lagi kerana banyak isu melibatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang belum dapat diselesaikan.
"Waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ialah perdebatan tanpa jawapan. Bila hendak diadakan pilihan raya umum?
"Apabila anda fikir ia adalah masa yang terbaik, dari segi realiti ia menjadi sebaliknya, oleh itu peluang untuk melihat pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan Jun tidaklah begitu besar.
"Lebih tepat lagi, BN tidak pasti sama ada ia boleh menang pilihan raya umum.
"Saya fikir (BN) tidak bersedia lagi. Ada yang kata bulan Jun, tetapi saya tidak tahu adakah mereka berani (mengadakan pilihan raya), terdapat banyak krisis yang tidak diselesaikan," bekas Menteri Pengangkutan itu memberitahu akhbar Sin Chew.
Imej bersih PR
Mengenai Selangor, beliau menjangkakan BN tidak akan dapat merampas negeri itu dari PR dalam pilihan raya akan datang kerana imej bersih para pemimpin PR.
Menurut Ling, pemimpin utama kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang mempunyai imej yang baik.
Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan rekod sedemikian membantu membina imej yang baik bagi mereka.
"Pada umumnya, orang-orang Cina tidak cenderung kepada BN, tetapi di Perak tidak ada pilihan lain.
"Di Johor, (BN) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan tetapi tidaklah sehingga ke peringkat ia terlepas (kerajaan negeri itu)," kata beliau.
Ling menyifatkan pilihan raya kali ini adalah yang paling sukar kepada BN.
"Pilihan raya kali ini adalah paling sukar kepada BN. Saya fikir BN masih lagi boleh menang kerana kerajaan begitu banyak menghabiskan wang di bawah pelbagai nama.
"Perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Sumber HD : 14/05/2012
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.
Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian (gambar bawah) berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.
“Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.
“Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.
“Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki,” kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.
“Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.
Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.
“Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.
“Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain,” ujar Ibrahim lagi.
Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.
Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program “Selangorku Bersih” hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.
Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.
Sumber HD : 18/05/2012

Selangor ada kelebihan jika pilihan raya berasingan
Nazli Ibrahim, Selangorku, | 18 Mei 2012 |

'Banjir kalau lepas rizab air Selangor' - MB
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menjemput pemimpin Umno BN termasuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk melawat sendiri rizab simpanan air di empangan di negeri itu.
Ianya berikutan dakwaan kononnya rizab bekalan air di empangan Selangor pada tahap 2.4 peratus iaitu lebih rendah dari tahap optimum iaitu 10 ke 15 peratus dan Selangor boleh mengalami krisis air menjelang 2014.
Mengikut data yang dikeluarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada Mei 2012 simpanan air mentah di tujuh empangan di negeri ini melebihi seratus peratus simpanan iaitu sebanyak 522.655 juta meter padu.
“Sejak Febuari 2012, semua tujuh empangan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu untuk membekalkan sumber air kepada semua loji pembersihan air Selangor.
“Melalui rekod pemantauan tahunan LUAS, semua empangan mampu membekalkan sumber air dan belum pernah mencecah tahap kritikal yang ditetapkan dalam lengkuk operasi empangan (dam rule curve),” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media di sini semalam.
Ianya sebagai menyangkal segala dakwaan yang dimainkan pembangkang negeri dan kerajaan pusat kononnya bekalan air mentah di Selangor kritikal.
Menurutnya, jumlah itu bukan sahaja mencukupi malah berada di tahap berlebihan sehingga mampu menyebabkan kejadian banjir di beberapa tempat di negeri ini.
“Ini jelas menunjukkan bahawa kenyataan bahawa kadar rizab air di Selangor hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus, adalah salah,” tegas Abdul Khalid.
Sumber HD : 24/05/2012

S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.
Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.
Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) skim itu akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.
"Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, isentif terbaru itu adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan pendidikan sepeti yang telah diperkenal sebelum ini termasuk program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) , hadiah RM1000 masuk universiti, serta program pembangunan insan SPIES.
Menurutnya lagi, skim tersebut akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan beliau sendiri.

No comments:
Post a Comment