Kalau ikutkan, saya dah 3 kali mati" |
Aziz Muda |
GOMBAK, 7 Dis: Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Ismail Kamus dikatakan telah meninggal dunia, malah sehingga kini sudah tiga kali mati jika berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini. Khabar angin seperti itu bertiup kencang di tengah masyarakat, malah diakui turut didengar sendiri oleh tokoh tersebut tetapi hanya disambutnya dengan senyum. Menurut Datuk Ustaz Ismail Kamus (gambar), kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 12 tahun lalu, manakala yang kedua sekitar 5 tahun lalu. Katanya, sesudah itu, beliau menyangkakan fitnah seperti itu tidak akan berlaku lagi ke atasnya, tetapi sangkaannya itu ternyata meleset apabila ia kembali berulang untuk kali ketiga terutama ketika beliau berada di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji tahun lalu. "Saya hairan macam mana mereka boleh sebarkan fitnah seperti itu ke atas saya, sedangkan saya sebenarnya masih hidup," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pusat perubatannya, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, di sini, hari ini. Fitnah tersebut, menurut beliau, agak sukar untuk diterjemahkan mesejnya kerana ia mungkin berpunca dari keinginan pihak terbabit supaya beliau segera meninggal dunia atau sebaliknya. "Saya sebenarnya tak pun berasa sedih dengan fitnah itu. Lagipun kalau mereka tak kata saya dah meninggal dunia pun, saya pasti akan mati juga apabila tiba masanya nanti," ujarnya. Beliau bagaimanapun berharap agar pihak-pihak terbabit tidak lagi menyebarkan fitnah seperti itu terhadap beliau selepas ini bagi mengelakkan salah faham di dalam masyarakat, di samping mengelakkan dosa kerana menyebarkan fitnah. Tokoh agama yang disegani itu bagaimanapun mengakui beliau kurang sihat sejak 6 bulan lalu kerana mengalami sakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Ekoran masalah kesihatannya itu, aktiviti beliau dalam kemasyarakatan dan agama turut terbatas sejak hampir setahun lalu, tetapi kini mulai aktif kembali setelah kesihatannya bertambah baik. Sejajar dengan sumbangannya yang besar dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 Hijrah Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 26 November lalu. (gambar kanan: Beliau bersama pembantunya, Ustaz Zaki Zulkifli) Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, midal Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej menunaikan umrah yang disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Sebelum anugerah itu disampaikan, saya sudah dengar 'angin' mengenainya, tetapi saya memang terkejut juga dengan pemilihan ke atas saya sebagai Tokoh Maal Hijrah itu. "Selain itu, saya juga berasa gembira, bersyukur dan terharu dengan anugerah tersebut yang jelas merupakan satu penghargaan daripada kerajaan negeri dan pihak-pihak berkenaan ke atas saya," katanya. Ekoran kesihatannya yang kurang baik, beliau kini mengambil keputusan untuk tidak bergiat aktif dalam politik bersama-sama para pemimpin PAS, melainkan memberikan sumbangan sekadarnya untuk parti setakat yang terdaya. "Tetapi saya tetap mengikuti perkembangan yang berlaku. Bagi saya, PAS sememangnya mempunyai harapan yang cerah untuk menang dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 nanti. "Saya berharap agar para penyokong PAS terutama generasi muda mengambil manfaat yang sebaiknya dari perkembangan baik yang dialami oleh PAS sekarang bersama-sama para pemimpin PAS di semua peringkat, bagi membolehkan PAS mencapai kejayaan besar bukan sahaja di negeri-negeri tetapi juga di peringkat nasional," tambahnya. Sebagai tokoh agama dan aktivis masyarakat, kini beliau banyak menghabiskan masanya dengan memberikan sumbangan kepada orang ramai di pusat perubatannya bersama para pembantunya. "Jika ada jemputan daripada orang ramai untuk berubat di rumah mereka, khususnya bagi kes-kes kronik, saya dan rakan-rakan yang juga pembantu saya akan turut pergi ke rumah mereka bagi membantu sekadar terdaya," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6914-qkalau-ikutkan-saya-dah-3-kali-matiq
Pemergian Dr Muhammad kehilangan besar buat PAS |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 24 Dis: PAS menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (gambar) ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar buat parti. Namun, pemergian Allahyarham ke rahmatullah malam tadi sememangnya telah diatur oleh Allah, walaupun ketika ummah masih memerlukan beliau untuk berkhidmat kepada agama dan rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagi pihak PAS, beliau amat terasa dengan pemergian Allahyarham dan mengucapkan takziah di atas pemergiannya. Menurutnya, PAS sangat menghargai pengorbanan Allahyarham dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya di Kelantan sepanjang berada dalam bahtera parti dan berkhidmat sebagai Adun. Katanya, beliau serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti berdoa semoga Allah membalas jasa beliau dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang soleh yang istiqamah memperjuangkan agama Allah. "Saya juga mendoakan semoga ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan Islam di Malaysia diberi kesabaran dan kekuatan berhadapan dengan pemergian beliau," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Pemergian Allahyarham, menurut Nasaie, sememangnya amat mengejutkan Abdul Hadi, tetapi ia mesti diterima dengan reda kerana segalanya telah ditentukan oleh Allah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berharap semoga seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang masih hidup dapat meneruskan usaha Allahyarham yang terbukti istiqamah sehingga ke akhir hayatnya. Allahyarham Dr Muhammad Md Daud, 64, telah pulang ke rahmatullah jam 12.55 malam tadi kerana dipercayai mendapat serangan jantung. Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di suraunya di Kampung Perakap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, tidak jauh dari rumahnya yang terletak di Lorong Haji Daud di kampung tersebut. Solat jenazah diketuai Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diikuti pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Turut hadir menyembahyangkan jenazah beliau bersama Tuan Guru Nik Aziz, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam yang terletak tidak jauh dari surau tersebut selepas solat Zohor hari ini. Pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas bagi mengambil bekalan banjir untuk diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini. Dun Tendong merupakan satu Dun di bawah Parlimen Pasir Mas, selain Dun Chetok dan Pengkalan Pasir yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7208-pemergian-dr-muhammad-kehilangan-besar-buat-pas-
Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia
Hazayani Zakaria, | 28 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.
Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.
"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.
"Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.
Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.
Banyak program melalaikan
Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.
"Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.
"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.
Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak.
"Kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.
Sumber HD : 28/05/2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada pagi tadi.
DPPWP dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Hasiah@Halijah Ahmad telah meninggal dunia selepas Subuh tadi akibat sakit tua, kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
DPPWP mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan para solihin.
"Semoga Datuk Seri Jamil Khir tabah sentiasa di atas kehilangan seorang ibu yang amat disayangi," kata Kamaruzaman.
Ibu Jamil Khir, Hasiah@Halijah Ahmad, 71, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara, pagi ini.
Setiausaha akhbar Jamil Khir, Mejar Suleiman Moideen, berkata jenazah Hasiah yang meninggal dunia selepas Subuh tadi kini ditempatkan di rumah Jamil Khir di No 8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.
Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kg Batu Muda, kata Suleiman ketika dihubungi hari ini.
Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak. Jamil Khir adalah anak sulung beliau.
Sumber HD : 12/06/2012

Takziah buat Jamil Khir di atas kematian ibu
Harakahdaily, | 12 Jun 2012 |

No comments:
Post a Comment