Soal calon hanya diputus Majlis Syura |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ianya masih belum diputuskan. Menurutnya, keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS. YB Dato' Paduka Dr Hassan Mohd Ali - Exco Kerajaan Negeri Selangor Termasuk dalam isu kedudukan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ujarnya, Majlis Syura belum membuat sebarang keputusan kerana belum menerima pencalonan dari PAS negeri Selangor. “Sekali pun nama berliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kredibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon.," katanya dipetik Sinar Harian. Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima 60 peratus sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu. Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut. “Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri. “Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti," lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi. Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah. “Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli,” katanya. Dalam pada itu Hasan yang juga Exco Selangor pada sidang medianya semalam menyatakan pendirian akan tetap bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR), selagi parti itu mempertahankan prinsip Agama Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja. Menurutnya, persoalan sama ada dicalon ataupun sebaliknya, hanya perkara kecil jika dibanding perjuangan beliau menegakkan Agama Islam. “Saya sudah lama dalam PAS, tidak mudah meninggalkannya begitu saja," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7021-soal-calon-hanya-diputus-majlis-syura
Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran supaya tidak mendahului parti berhubung soal pencalonan dalam parti.
Amaran itu diberikan dalam satu pertemuan dengan beliau semalam.
Saari (gambar) telah dipanggil untuk bertemu dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ia ekoran kenyataan beliau berhubung soal percalonan bekas ahli PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang dianggap mendahului parti.
“Beliau juga diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada parti pada masa akan datang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, Saari dipetik sebagai berkata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali kemungkinan tidak akan dicalonkan untuk pilihan raya umum ke-13 nanti kerana nama Hasan berada di bawah tiga individu lain yang dicadangkan oleh kawasan di mana kerusi yang disandang kini iaitu Gombak Setia.
Perkara tersebut kemudian dibesarkan media, dan mempergunakan kenyataan daripada Hasan untuk merosakkan imej PAS.
Sebelum ini, Mustafa menegaskan bahawa walaupun pemilihan PAS berdasarkan pendekatan demokratik di mana PAS mendengar suara akar umbi bagi memilih calon.
Namun pemilihan calon PAS ditentukan secara muktamad oleh PAS Pusat akhirnya.
“Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu bagi setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang ditandingi paling kurang tiga orang.
"Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan," katanya.
Proses itu bermula dari bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat PAS Pusat, jelas Mustafa.
"Ada berlaku keadaan di mana seseorang itu bukan memegang jawatan di cawangan tersebut,
tetapi PAS Pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili PAS bukan sahaja kerana pencalonan tetapi ada faktor lain,” terang beliau dalam interbiu bersama Harakah bulan lalu.
Tambahnya lagi, setelah PAS Pusat terima seluruh senarai dan ia akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk pastikan calon ini layak menjadi calon PAS.
“Selesai Majlis Syura buat tapisan, majlis ini akan hantar kepada PAS Pusat dan PAS Pusat akan meletakkan keputusan siapa calon dan di mana calon itu layak bertanding.”
Mustafa menambah, sebagai orang lama dalam parti, Hasan sepatutnya faham akan perkara ini.
Sumber HD : 9/01/2012
(Tengku Hassan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina di Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 28 Jan: Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas yang tersohor masa kini, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sekadar spekulasi.
Bahkan, ianya tidak menggugat penyandangnya Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada pilihan raya 2008, lalu.
Katanya, siapa yang berhak sebagai calon PAS bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti.
Menurutnya, bukan hak sesiapa yang boleh mendahului keputusan kepimpinan parti termasuklah menamakan mana-mana calon.
“Soal calon itu terserah kepada pucuk kepimpinan parti dan biar mereka (pimpinan) yang tentukan siapa calon-calon yang layak bertanding pada PRU13.
“Saya tidak rasa tergugat atau tercabar kerana hal calon bukan kita yang tentukan tetapi pucuk kepimpinan parti (PAS),” ujarnya ketika menghadiri rumah terbuka Dewan Himpunan Cina di Kampung Cina, dekat sini, 27 Januari lalu.
(Tengku Hassan menyambut salam Pengerusi Parti Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping pada majlis rumah terbuka Dewan Himpunan Cina Terengganu.)
Hadir sama mengiringi Tengku Hassan ke majlis rumah terbuka tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
Beliau yang Timbalan yang Dipertua PAS Kuala Terengganu menyifatkan desas-desus mengenai calon PAS di Dun Ladang itu sekadar spekulasi di kedai kopi sahaja.
Katanya, sebagai Adun Ladang yang dipilih oleh rakyat masih menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat sehingga kini.
“Itu (desas-desus) sebagai calon mungkin spekulasi di kedai kopi yang melihat aura populariti dia (Ustaz Azhar) masa kini yang diminati ramai.
“Saya masih seperti biasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat di Dun Ladang dan sekitarnya,” jelas Tengku Hassan.
Pada pilihan raya tahun 2008, PAS berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Dun Ladang apabila calon PAS, Tengku Hassan Tengku Omar menang dengan majoriti 31 undi.
Beliau memperolehi sebanyak 6,723 undi dengan menewaskan penyandangnya calon BN, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh yang mendapat 6,692 undi pada PRU12 lalu.
Sumber HD : 28/01/2012

Calon PRU13 ditentukan pimpinan - Tengku Hasan
Khairul Azlam Mohamad, | 28 Jan 2012 |

No comments:
Post a Comment