Speaker Kedah akan cabar keputusan Mahkamah Rayuan |
Mohd Shubihi Muhamad Zain
ALOR SETAR, 20 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail (gambar) menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menyerahkan kembali kerusi Kota Siputeh yang dikosongkan sejak tiga tahun lalu kepada penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif kelmarin.
|
YB Dr Isa Ismail - Speaker DUN Kedah
Walaubagaimanapun, Dr Isa yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan menimbangkan kemungkinan akan mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat ini. "Peguam saya sedang menguruskan untuk mencabar keputusan tersebut, insya Allah dalam masa yang terdekat selepas kita menerima dan menyemak hujah-hujah penghakiman berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya.
Dr Isa berkata, dalam keghairahan anggota parlimen Jerlun itu memberikan kenyataan kepada media secara tidak sedar beliau telah menonjolkan suatu pemikiran yang tidak sihat.
YA Hakim Datuk Alizatul Khair Osman - Hakim Mahkamah Tinggi KL
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5020-speaker-kedah-akan-cabar-keputusan-mahkamah-rayuan
Institusi kehakiman penegak keadilan sebenar
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Antaranya menetapkan pemisahan kuasa kehakiman daripada dipengaruhi oleh badan yang lain. Syarat hakim, saksi, keterangan dan adab mahkamah dan hakim mestilah dengan cara yang jelas dan wajib.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5291-utusan-diberi-tempoh-akhir-24-jam
Pertemuan Najib-Hakim Dibimbangi Pengaruhi Kes Anwar
Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.
“Dari segi prinsip ketelusan undang-undang, ia dilihat satu perkara yang bercanggah dengan pemisahan dalam sistem pentadbiran negara (Eksekutif dan kehakiman).
“Ia memeranjatkan apabila ketua hakim negara telah melanggar kepada prinsip asas itu. Sangat meragukan apabila seorang hakim dilihat membuat kunjungan hormat dalam keadaan PM bakal menjadi saksi dalam kes Fitnah terhadap Anwar yang sedang berjalan,” kata Shamsul.
Shamsul berkata, jika perkara itu berterusan, integriti badan kehakiman akan menjadi semakin teruk dan parah.
“Saya juga menganggap ini merupakan satu indikasi bahawa Najib mungkin akan diselamatkan oleh hakim agar tidak perlu menghadiri sebagai saksi sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM Tun Mahathir di mana alasan yang diberikan tidak relevan.
“Apa relevan tindakan hakim berjumpa dengan Najib,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Ketua Hakim Negara yang bakal bersara, Tun Zaki Azmi hari ini dilapor berkata, pertemuan tersebut bukan perkara baru kerana ia pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.
Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman- yang dulunya dikenali sebagai Istana Keadilan- pada petang ini.
Tun Azmi juga menyatakan pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman ke mahkamah lebih tinggi pada masa ini lebih telus kerana ia dilakukan menerusi undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.
Sumber KD : 8/09/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5611-palsu-bukti-gani-dicabar-saman-pihak-kaitkan-beliau
Sidang media YB Dato' Mahfuz Omar (Naib Presiden) :
http://www.youtube.com/watch?v=MCYNatEFMi4
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5711-utusan-bersalah-fitnah-khalid-samad
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5983-utusan-diarah-bayar-khalid-samad-rm60000
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6415-artikel-harakah-mahkamah-tolak-permohonan-syabas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7009-kes-bukit-kepong-peguam-akan-failkan-rayuan
Sumber HD : 9//01/2012

INSTITUSI kehakiman adalah perkara penting bagi menegakkan keadilan sebenar dalam masyarakat secara praktikal. Undang-undang yang adil sekalipun, kadang-kadang menjadi tidak adil dengan sebab pelaksanaannya pincang.
Hukum Islam yang dinyatakan oleh Allah Yang Maha Adil, dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasul yang bersifat adil perlu dilaksanakan dengan adil juga.Islam menetapkan cara yang menjamin dan mengukuhkan tegaknya keadilan dalam aspek kehakiman.
Antaranya menetapkan pemisahan kuasa kehakiman daripada dipengaruhi oleh badan yang lain. Syarat hakim, saksi, keterangan dan adab mahkamah dan hakim mestilah dengan cara yang jelas dan wajib.
Mereka yang terlibat dalam bidang ini mestilah seseorang yang sanggup bertanggungjawab dengan Allah da sesama manusia.
Badan kehakiman adalah satu kewajipan yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan ijma’. Ia termasuk dalam urusan ibadah, pemerintahan dan memikul amanah besar dalam Islam, walaupun ianya fardu kifayah. Banyak ayat al-Quran yang mewajibkan pelaksanaan hukum Allah dengan adil, disertakan dengan amalan Nabi Muhammad dan para sahabat.
Hukum yang berkait dengannya dan adab-adabnya, menjadi fardu ain kepada orang yang ditugaskan menjadi hakim.
Badan kehakiman diberi hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak yang lain.
Nabi Muhammad sebagai rasul pilihan Allah SWT menjadi contoh yang ulung dan unggul, tidak menyalahgunakan haknya menjadi ketua negara apabila berlaku pertelingkahan antara manusia dan dalam banyak perkara.
Baginda s.a.w. berjaya memisahkan kedudukannya sebagai ketua negara dan tidak mempengaruhi kehakiman dengan melantik orang lain menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan peribadinya tanpa apa-apa gangguan.
Keadaan ini menyebabkan orang Yahudi dan Musyrikin yang paling bermusuh dengan Islam berubah menjadi penganut dan sahabat yang setia. Mereka melihat keadilan Islam secara langsung terhadap diri mereka sendiri dan perkara ini tidak berlaku di kalangan mereka sebelum kedatangan Islam.
Sebelum wafat, ketika dalam keadaan uzur, Nabi Muhammad s.a.w. datang ke masjid. Setelah menunaikan sembahyang, baginda menyampaikan pidatonya yang berbunyi; “Sesiapa yang aku pernah jatuhkan maruahnya sila tampil untuk beritahu, supaya aku dihukum kerana menzalimi maruahnya. Sesiapa yang pernah aku zalimi hartanya, sila nyatakan, supaya aku boleh membayar gantinya. Sesiapa yang aku pernah pukul belakangnya, ini dia belakangku silalah balas ke atas belakangku ini.”
Para Khalifah Rasyidin selepasnya, menerima tarbiyah yang menanamkan iman, melahirkan takwa dan menjadikan mereka pemimpin yang paling berwibawa yang pernah dilahirkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
dan yang bertindak dengan adil serta memantau badan kehakiman di semua peringkat.
Khalifah Umar bin al-Khattab bertelingkah dengan seorang Arab Badwi selepas membeli kudanya.
Beliau menyedari kuda itu cacat sewaktu menunggangnya dan ingin membatalkan pembelian.
Khalifah Umar memulangkan kuda itu kepada tuannya dan meminta kembali harga yang dibayar, tetapi si Badwi itu menolak. Khalifah Umar tidak memaksanya tetapi meyelesaikan perkara ini di hadapan Hakim Syuraih yang dilantiknya. Oleh kerana kecacatan berlaku di luar tempoh membatalkan jualan, Hakim Syuraih memutuskan jualan itu tidak boleh dibatalkan.
Menurut satu peristiwa, baju rantai besi kepunyaan Khalifah Ali hilang, tiba-tiba dijumpai berada di tangan seorang Yahudi kafir yang paling bermusuh dengan umat Islam.
Khalifah Ali tidak merampasnya secara paksa, tetapi dibawa ke mahkamah. Apabila Khalifah Ali tidak dapat mengemukakan saksi, hakim tidak membenarkan baju rantai besi itu dirampas, sebaliknya diserahkan kepada Yahudi itu.
Setelah keluar dari mahkamah, lelaki Yahudi itu menghadap Khalifah Ali. Dia mengaku baju rantai besi itu sebenarnya kepunyaan Khalifah Ali, lalu menyerahkannya kepada khalifah dan berikrar masuk Islam kerana melihat keadilannya.
Kesemua cerita ini dan banyak lagi cerita sepertinya menunjukkan kerajaan Islam adalah kerajaan yang paling awal melaksanakan sistem pemisahan kuasa badan kehakiman daripada badan yang lain dalam kerajaan. Tujuannya bagi menegakkan keadilan dalam aspek perundangan. Ini menunjukkan bahawa keadilan Islam dalam aspek kehakiman adalah menyeluruh terhadap semua makhluk tanpa mengira anutan agama, pangkat dan kedudukan seseorang.
Dinukil daipada buku Islam Adil Untuk Semua oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, muka surat 58 – 60, terbitan PTS
Utusan diberi tempoh akhir 24 jam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberikan tempoh 24 jam sebagai tempoh terakhir kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf atau berdepan saman. Ianya berhubung laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu yang bertajuk "Mat Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong" yang didakwa fitnah terhadap dirinya dan PAS. Gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, beliau akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman terhadap akhbar itu minggu depan. "Tulisan muka depan itu telah menimbulkan fitnah, kemarahan orang ramai kepada saya di atas rekaan berita yang dibuat Utusan terhadap saya. "Kerana itu juga telah berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman begitu berat yang saya lalui," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini sebentar tadi. Turut serta pada sidang media itu peguamnya, Hanipa Maidin. Menurutnya lagi, notis guaman juga telah dihantar kepada ketua pengarang akhbar itu secara rasmi hari ini. Dalam laporannya itu, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5291-utusan-diberi-tempoh-akhir-24-jam
Pertemuan Najib-Hakim Dibimbangi Pengaruhi Kes Anwar
Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ketua Pemuda AMK
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.
“Dari segi prinsip ketelusan undang-undang, ia dilihat satu perkara yang bercanggah dengan pemisahan dalam sistem pentadbiran negara (Eksekutif dan kehakiman).
“Ia memeranjatkan apabila ketua hakim negara telah melanggar kepada prinsip asas itu. Sangat meragukan apabila seorang hakim dilihat membuat kunjungan hormat dalam keadaan PM bakal menjadi saksi dalam kes Fitnah terhadap Anwar yang sedang berjalan,” kata Shamsul.
Shamsul berkata, jika perkara itu berterusan, integriti badan kehakiman akan menjadi semakin teruk dan parah.
“Saya juga menganggap ini merupakan satu indikasi bahawa Najib mungkin akan diselamatkan oleh hakim agar tidak perlu menghadiri sebagai saksi sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM Tun Mahathir di mana alasan yang diberikan tidak relevan.
“Apa relevan tindakan hakim berjumpa dengan Najib,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Ketua Hakim Negara yang bakal bersara, Tun Zaki Azmi hari ini dilapor berkata, pertemuan tersebut bukan perkara baru kerana ia pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.
Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman- yang dulunya dikenali sebagai Istana Keadilan- pada petang ini.
Tun Azmi juga menyatakan pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman ke mahkamah lebih tinggi pada masa ini lebih telus kerana ia dilakukan menerusi undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.
Sumber KD : 8/09/2011
Palsu bukti: Gani dicabar saman pihak kaitkan beliau |
Majdan Dagang |
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dicabar menyaman pihak yang mengaitkan beliau dengan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tindakan ini penting bagi membersihkan nama baik institusi kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PAS di sini, petang ini. Gesaan itu dibuat apabila baru-baru ini bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan terbabit pemalsuan bukti tersebut. Sebelum surat terbuka daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu, telah wujud dakwaan-dakwaan tentang salah laku dan peranan Peguam Negara dalam kes Anwar oleh para blogger, namun isu itu didiamkan sahaja. Mahfuz juga menggesa supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Gani kerana dakwaan itu menggugat kredibiliti institusi kehakiman dan penyiasatan negara ini. “Selain itu, turut terdapat dakwaan daripada blogger tentang penglibatan Gani Patail dalam kes rasuah dan peranannya dalam kes pembunuhan Altantuya. Kegagalan Gani Patail menangani isu ini menyebabkan timbul pelbagai tafsiran yang mencemarkan Jabatan Kehakiman,” ujar Mahfuz. Menurut Mahfuz lagi, jika Gani terus mendiamkan diri, beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena akan menggerakkan usaha menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar suatu Suruhanjaya Diraja dibentuk. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5611-palsu-bukti-gani-dicabar-saman-pihak-kaitkan-beliau
Sidang media YB Dato' Mahfuz Omar (Naib Presiden) :
http://www.youtube.com/watch?v=MCYNatEFMi4
Utusan bersalah fitnah Khalid Samad |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini memutuskan akhbar Utusan Malaysia telah memfitnah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkaitan berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'. Berita itu antara lain melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam..' Di dalam samannya yang menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut. Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam. Hakim bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal. Hakim juga menetapkan 11 Oktober ini untuk mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi. Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5711-utusan-bersalah-fitnah-khalid-samad
Utusan diarah bayar Khalid Samad RM60,000 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu. Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'. Peguam Mohamed Hanipa Maidin (kanan), yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan. "Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah. "Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan. Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.' Di dalam samannya sebelum ini Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut. Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman itu. Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam. Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal. Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi. Khalid Samad (kiri) yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5983-utusan-diarah-bayar-khalid-samad-rm60000
Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah. Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah. Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah. Hakim tersebut memutuskan artikel Harakah tersebut adalah menyentuh kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media. Beliau juga mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Ahmad Lutfi dan RM20,000 kepada Fahdah. Ketika menolak rayuan pihak Syabas, hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa mereka tidak nampak wujudnya kesilapan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut. Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah. Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar atas) manakala Fahdah pula diwakili peguam Tommy Thomas. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6415-artikel-harakah-mahkamah-tolak-permohonan-syabas
Kes Bukit Kepong: Peguam akan failkan rayuan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Mohamad Hanipa Maiden berkata, beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan ekoran penolakan saman Mohamad Sabu ke atas akhbar Umno, Utusan Malaysia. Ini kerana, penolakan saman oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini adalah isu teknikal yang sebelum ini tidak menjadi kesalahan kepada kes yang lain. "Apa yang berlaku adalah mahkamah menyalahkan permohonan saman itu kerana saya tidak masukkan sebab penuh saman itu dalam saman tetapi memasukkannya dalam afidavit yang dikepilkan sekali. "Semasa saya failkan kes Khalid Samad terhadap Utusan, saya menang kes itu walaupun cara yang saya buat sama sahaja. "Jadi ia soal tafsiran yang saya rasa saya betul dan tidak menjejaskan permohonan Mohamad dan tidak menjejaskan hak pihak defendan kerananya. (Hanipa bercakap dengan A Samad selepas pelancaran buku Subky, Anak Apak di Mid Valley Megamall) "Oleh itu, saya akan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap penolakan ini," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Hanipa ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Megamall hari ini. Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Disember lepas menolak Mohamad terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong. Hakim Datuk John Louis O’Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu. Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah. Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7009-kes-bukit-kepong-peguam-akan-failkan-rayuan
Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful
Hazayani Zakaria, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Syariah digesa meneruskan pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertuduhan qazaf itu harus diteruskan memandangkan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat Saiful.
"Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan tidak berlaku dakwaan liwat.
"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah dan hari ini mahkamah membuktikan tidak berlaku liwat," kata beliau ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.
Menurut Ahmad Zamri, dengan keputusan tersebut, Saiful berhak didakwa di bawah kesalahan qazaf kerana memfitnah Anwar meliwat tanpa membawa saksi.
"Ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan saiful boleh dituduh di bawah akta kesalahan jenayah Wilayah Persekutuan," katanya.
Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Anwar memfailkan tuntutan qazaf tersebut pada 8 Julai 2008 namun ditolak.

Mahkamah batal rayuan Berita Harian ke atas Mahfuz
Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
PUTRAJAYA, 10 Feb: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan Berita Harian ke atas Datuk Mahfuz Omar tanpa kos setelah peguamcara Berita Harian memaklumkan kepada Mahkamah anakguam mereka menarik balik rayuan tersebut.
Panel Mahkamah Rayuan yang terdiri dari Yang Arif Hakim Datuk Jeffery Tan, Datuk Clement Skiner dan Datuk Aziah Ali membenarkan permohonan Berita Harian untuk menarik balik rayuan tersebut apabila peguamcara Datuk Mahfuz, Mohamed Hanipa Maidin tidak membantah permohonan peguam Berita Harian tersebut.
Beita Harian pada 23 September 2009 memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan atas keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Haji Mohd Yazid bin Mustafa yang membenarkan tuntutan gantirugi Mahfuz ke atas Berita Harian sebanyak RM150,000-00.
Tuntutan itu dibuat di atas laporan berita yang disiarkan di akhbar tersebut bertarikh 9/11/2000 di muka hadapan akhbar bertajuk “ Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk”.
Atas berita yang bersifat fitnah tersebut, Mahfuz telah melalui peguamnya memfailkan writ saman ke atas Berita Harian dengan menamakan Ketua Pengarang akhbar tersebut pada masa itu Datuk Ahmad Rejal Arbee dan penerbit dan pencetak akhbar tersebut The News Straits Times Press (Malaysia) Berhad.
Di dalam artikel bertajuk 'Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk' akhbar tersebut antara lain telah memfitnah kononnya Mahfuz telah mencabar Datuk Shaziman Abu Bakar bertumbuk di luar Dewan Rakyat semasa perbahasan usul membantah tindakan ganas polis kepada peserta perhimpuna di Klang pada tahun 2000.
Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan berita tersebut adalah fitnah ke atas Mahfuz kerana menurut hakim laporan akhbar berkenaan bercanggah dengan laporan Hansard Parlimen yang menunjukkan bahawa cabaran bertumbuk sebenarnya datang dari Datuk Shaziman Abu Bakar dan bukannya Mahfuz.
Mahfuz sebelum ini telah memfailkan permohonan Notis Usul untuk membatalkan rayuan tersebut kerana terdapat kecacatan serius dalam proses rayuan tersebut yang menjejaskan keesahan rayuan tersebut.
Akibat dari tindakan Berita Harian menarik balik rayuannya, peguamcara Mahfuz juga menarik balik Notis Usul tersebut tanpa perintah terhadap kos.
Sebelum ini Mahfuz juga telah berjaya di dalam samannya ke atas Utusan Malaysia apabila mahkamah mengarahkan Utusan membayar gantirugi RM120,000-00 dan kos ke atas Mahfuz kerana memfitnah beliau kononnya ingin mengguling kerajaan dengan kekerasan.
Berita Harian diwakili oleh Tetuan Shearn Delamore & Co manakala Mahfuz pula diwakili Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Sumber HD : 10/02/2012

Karpal akan mohon semakan hukuman imam
Peguam veteran, Karpal Singh akan memfailkan permohonan bagi Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusannya menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas imam Hoslan Hussain ekoran insiden melempar selipar.
Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".
Karpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan rayuan kerana hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri.
"Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999.
"Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah
ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut.
Pada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya.
Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut.
Insiden melempar selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.

Sumber MK : 10/03/2012
Siasat peguam: Majlis Peguam bantah SPRM
Harakahdaily, | 23 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Majlis Peguam Malaysia membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak mengarahkan agar kenyataan diambil dari peguam yang memberikan khidmat kepada anak guam mereka.
"Tindakan SPRM adalah satu tindakan membuli peguam, dan boleh menganggu kebebasan peguam untuk bertindak bagi pihak anakguamnya tanpa takut dan gentar," kata Lim Chee Wee Presiden Majlis Peguam dalam satu kenyataanya hari ini.
Peguam Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar yang bertindak sebagai peguam kepada Datuk Shamsubahrain Ismail dan mengiringinya semasa disoalsiasat oleh SPRM telah turut diarahkan disoal siasat oleh SPRM.
Bagi Majlis Peguam, kehadiran peguam semasa sesaorang individu disoalsiasat akan melahirkan akaunterbiliti kerana peguam bertindak sebagai pengawal kepada hak orang yang disiasat.
Dia juga boleh bertindak sebagai check-and-balance (semak dan imbang) di tempat kejadian dari sebarang salahlaku, katanya.
Bagi Majlis Peguam, sudah menjadi amalan dan pengesahan di peringkat antarabangsa, para peguam dibenarkan bertindak bagi anakguamnya untuk mendapat keadilan.
Sehubungan itu, Majlis Peguam meminta SPRM menarik balik notisnya untuk menyoalsiasat para peguam itu dan membenarkan para peguam menjalankan tugasnya secara profesional tanpa gangguan.
Sumber HD : 23/03/2012
Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Sokong Syariah (Gesa) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut supaya Parlimen menyemak semula Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak - 1988). Akta ini yang terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia membantutkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Malah ia bertaraf jauh lebih rendah dari undang-undang sivil.
Mengikut bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang sedia ada, di bawah undang-undang negeri, undang-undang tersebut hanya terpakai ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam.
Akan tetapi ia terikat dengan syarat tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau, denda melebihi lima ribu ringgit atau, sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Bukan sahaja status ini menempatkan Mahkamah Syariah masih berada di tahap lebih rendah dari Mahkamah Sivil, malah akta yang wujud itu sendiri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana menurut Senarai 11 dalam jadual sembilan Perlembagaan Persekutuan, kuasa agama adalah terletak dalam bidang kuasa negeri. Jadi bagaimana sebuah akta diujudkan yang boleh menjejaskan kuasa negeri.
Jika Malaysia hendak memajukan status syariah di negara ini maka ia tidak boleh membiarkan undang-undang syariah terikat dan statik seperti yang berlaku sekarang.
Sesungguhnya perkembangan zaman dan keadaan semasa menuntut supaya Akta yang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah diubah.
Secara bandingan, soal binatang sahaja terdapat 6 buah akta. Kadar denda di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) bagi kesalahan mendera haiwan telah diperketatkan.
Ternyata ada inisiatif untuk menaikkan hukuman kepada pendera binatang kepada cadangan denda yang lebih tinggi menunjukkan betapa rendahnya undang-undang syariah di negara ini bila undang-undang syariah hanya boleh mendenda maksima RM5,000 sahaja.
Gesa dan Mapim tidak boleh menerima samasekali kedudukan ini sedangkan Mahkamah Syariah sudah melalui pelbagai penambahbaikan dari segi prasaran dan pengurusan.
Persepsi dan hormat masyarakat terhadap undang-undang syariah ternyata sangat rendah kerana keadaan tersebut. Apatah lagi untuk menjadikan undang-undang syariah dihormati dalam masyarakat, ia jelas tidak akan mampu menjadi undang-undang yang mengekang (deterant) selagi kuasa menghukum oleh Mahkamah Syariah sangat terbatas.
Tidak mengejutkan jika pelbagai jenayah yang serius pada pandangan Islam seperti khalwat, kesalahan zina, bersekedudukan, musahaqah (lesbian), liwat, murtad, perbuatan membuang bayi, hamil luar nikah dan masalah tukar agama merupakan gejala sosial masa kini yang berleluasa.
Undang-undang syariah yang sepatutnya mempunyai keupayaan menyekat jenayah-jenayah tersebut dengan jauh lebih berkesan dari undang-undang sivil ternyata tidak mampu memberi bekas sewajarnya jika statusnya berada dalam keadaan yang sedia ada.
Gesa dan Mapim mendapati pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang terakhir dilakukan pada tahun 1988 iaitu 24 tahun yang lalu. Ini sudah tentu tidak sesuai dengan perkembangan semasa.
Malah jika syariah ingin dijadikan sistem yang unggul dan boleh menawarkan penyelesaian yang terbaik kepada kemelut sosio-ekonomi dan politik umat masakini, Gesa menuntut supaya Akta Mahkamah Syariah dimansuhkan.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Pengerusi Gesa dan Setiausaha Agung Mapim.
Sumber HD : 28/03/2012

Semak semula Akta Mahkamah Syariah
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 28 Mac 2012 |

Mahkamah ketepi sapina terhadap Anwar
Harakahdaily, | 06 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR 6 April: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan sapina terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hadir ke mahkamah dalam satu kes melibatkan pinjaman bersindiket RM445 juta.
Menurut laporan KeadilanDaily, sapina itu diketepikan selepas Hong Leong Finance Berhad (HLFB) memenangi permohonan mengenepikan Anwar dan Pengerusi HLFB, Tan Sri Quek Leng Chan yang dikemukakan seorang ahli perniagaan yang mendakwa beliau merupakan wakil kepada Anwar dalam urusniaga itu, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.
Anwar sebelum ini diminta hadir sebagai saksi pembela dalam satu prosiding sivil melibatkan kemudahan pinjaman bersindiket RM445 juta sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.
Defendan dalam kes itu adalah seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe. Pada tahun 1998, Low dikenakan perintah undang-undang oleh HLFB untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM28 juta.
Low bagaimana pun mendakwa beliau diminta bertindak sebagai penama untuk urusniaga pinjaman bersindiket itu oleh dua orang, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah.
Low berkata Mohd Faiz Abdullah pada masa pinjaman itu dibuat mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Anwar selaku Menteri Kewangan
Sumber HD : 6/04/2012

Mahkamah tolak saman Umno atas Ustaz Hadi, Mohd Sabu
Harakahdaily, | 13 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 13 April: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan timbalannya, Haji Mohd Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.
Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.
Artikel Harakah tersebut telah diterbitkan pada edisinya bertarikh 19 Ogos 2011 yang lalu.
Ustaz Hadi dan Mat Sabu kemudiannya telah memfailkan Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi membatalkan saman Umno Selangor tersebut.
Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.
Di dalam hujah lisannya Hanipa berhujah perkataan 'any office bearer (mana -mana pemegang jawatan) di dalam seksyen 9 (c) akta tersebut bermaksud hanya seorang pemegang jawatan di dalam PAS yang boleh di saman maka tindakan Umno Selangor yang menamakan lebih dari seorang pemegang jawatan PAS tersebut adalah secara jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ia melanggar seksyen 9(c) Akta tersebut.
Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Sumber HD : 13/04/2012
Kes Husam saman Kickdeffela dipindah ke Kuantan
Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Ekoran itu Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes itu masih di peringkat untuk mendengar permohonan Syed Azidi mahu memindahkan kes ke Kuala Lumpur.
“Selain itu permohonan injunksi Husam ke atas Syed Azidi daripada menulis apa apa mengenai dirinya,” katanya dihubungi di sini.
Pada 19 September lalu Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
Rencana tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ diterbit pada 27 Januari 2011, kedua, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ (3 Februari 2011) dan artikel ‘Husam itu pembohong’ (3 Julai 2011).
Pada writ saman juga Husam menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat, memadam rencana terbabit dalam laman blog defendan dan mengiklankan permohonan maaf dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Bagaimanapun pada 9 Oktober lalu Syed Azidi memohon Mahkamah Tinggi memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam afidavitnya itu beliau mendakwa aspek keselamatan diambil kira dalam permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Disebut juga beliau kini berada di bawah jagaan pihak polis.
Pada prosiding 18 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes saman fitnah tersebut.
Keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira beliau mengenali kakak Syed Azidi dan juga kenal Husam ketika menuntut di Universiti Malaya.
Hisham berkata, kedua-dua hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Pada pendengaran kes hari ini Husam turut diwakili peguam Zainal Abidin Mustapha dan Rusilawati Zakaria, manakala Kickdefella diwakili Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Nurnatasya Amelia Yean.
Hakim kemudian menetapkan 25 Mei hadapan bagi klarifikasi kes berkenaan.
Sumber HD : 17/04/2012
SHAH ALAM, 18 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diminta hadir ke Mahkamah Syariah Klang pada 26 April nanti berhubung dakwaan beliau mengajar tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor tahun lepas.
Bercakap kepada sidang media di pejabatnya hari ini, beliau memberitahu telah menerima surat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Bahagian Penguatkuasaan pada 22 Disember tahun lepas agar hadir ke mahkamah.
"Saya menerima surat dari JAIS pada 22 Disember tahun lepas di bawah Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor yang minta saya hadir ke mahkamah 26 April jam 9 pagi.
"Mereka akan membuat pendakwaan ke atas saya secara sah terhadap tuduhan saya memberi kuliah di masjid," kata beliau sambil mengesahkan akan hadir.
Mengulas tindakan terhadapnya itu, beliau menyifatkan ianya satu perkara pelik kerana diambil tindakan undang-undang atas sebab mendekati umat Islam untuk kebaikan.
"Pada satu ketika mereka mengkritik kita (PAS) telah bersubahat menganjurkan maksiat tetapi apabila kita datang memberi penerangan tentang Islam di masjid-masjid tindakan pula dikenakan.
"Ini merupakan satu perkara yang amat pelik dan aneh," jelasnya.
Menurutnya ketika kejadian pada bulan Ramadhan tahun lepas beliau tidak memberi sebarang kuliah tetapi hanya berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Gaza serta menyatakan hasrat rakyat Palestin.
"Saya bukannya menyampai kuliah tapi hanya berkongsi pengalaman sahaja tetapi tuduhan disebaliknya," sambung beliau.
Jais pada 6 September lalu memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber HD : 18/04/2012
Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.
Artikel Harakah tersebut telah diterbitkan pada edisinya bertarikh 19 Ogos 2011 yang lalu.
Ustaz Hadi dan Mat Sabu kemudiannya telah memfailkan Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi membatalkan saman Umno Selangor tersebut.
Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.
Di dalam hujah lisannya Hanipa berhujah perkataan 'any office bearer (mana -mana pemegang jawatan) di dalam seksyen 9 (c) akta tersebut bermaksud hanya seorang pemegang jawatan di dalam PAS yang boleh di saman maka tindakan Umno Selangor yang menamakan lebih dari seorang pemegang jawatan PAS tersebut adalah secara jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ia melanggar seksyen 9(c) Akta tersebut.
Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Sumber HD : 13/04/2012
Kes Husam saman Kickdeffela dipindah ke Kuantan
KUANTAN, 17 April: Kes saman fitnah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) kini dikendalikan di Mahkamah Tinggi Kuantan.
Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Ekoran itu Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes itu masih di peringkat untuk mendengar permohonan Syed Azidi mahu memindahkan kes ke Kuala Lumpur.
“Selain itu permohonan injunksi Husam ke atas Syed Azidi daripada menulis apa apa mengenai dirinya,” katanya dihubungi di sini.
Pada 19 September lalu Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.
Rencana tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat’ diterbit pada 27 Januari 2011, kedua, ‘Sebelum kita lupa Normala Sudirman’ (3 Februari 2011) dan artikel ‘Husam itu pembohong’ (3 Julai 2011).
Pada writ saman juga Husam menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat, memadam rencana terbabit dalam laman blog defendan dan mengiklankan permohonan maaf dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.
Bagaimanapun pada 9 Oktober lalu Syed Azidi memohon Mahkamah Tinggi memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam afidavitnya itu beliau mendakwa aspek keselamatan diambil kira dalam permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Disebut juga beliau kini berada di bawah jagaan pihak polis.
Pada prosiding 18 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes saman fitnah tersebut.
Keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira beliau mengenali kakak Syed Azidi dan juga kenal Husam ketika menuntut di Universiti Malaya.
Hisham berkata, kedua-dua hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Pada pendengaran kes hari ini Husam turut diwakili peguam Zainal Abidin Mustapha dan Rusilawati Zakaria, manakala Kickdefella diwakili Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Nurnatasya Amelia Yean.
Hakim kemudian menetapkan 25 Mei hadapan bagi klarifikasi kes berkenaan.
Sumber HD : 17/04/2012
Tauliah: Khalid diminta hadir ke mahkamah 26 April
Muhammad Faizal, | 18 Apr 2012 |
Bercakap kepada sidang media di pejabatnya hari ini, beliau memberitahu telah menerima surat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Bahagian Penguatkuasaan pada 22 Disember tahun lepas agar hadir ke mahkamah.
"Saya menerima surat dari JAIS pada 22 Disember tahun lepas di bawah Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor yang minta saya hadir ke mahkamah 26 April jam 9 pagi.
"Mereka akan membuat pendakwaan ke atas saya secara sah terhadap tuduhan saya memberi kuliah di masjid," kata beliau sambil mengesahkan akan hadir.
Mengulas tindakan terhadapnya itu, beliau menyifatkan ianya satu perkara pelik kerana diambil tindakan undang-undang atas sebab mendekati umat Islam untuk kebaikan.
"Pada satu ketika mereka mengkritik kita (PAS) telah bersubahat menganjurkan maksiat tetapi apabila kita datang memberi penerangan tentang Islam di masjid-masjid tindakan pula dikenakan.
"Ini merupakan satu perkara yang amat pelik dan aneh," jelasnya.
Menurutnya ketika kejadian pada bulan Ramadhan tahun lepas beliau tidak memberi sebarang kuliah tetapi hanya berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Gaza serta menyatakan hasrat rakyat Palestin.
"Saya bukannya menyampai kuliah tapi hanya berkongsi pengalaman sahaja tetapi tuduhan disebaliknya," sambung beliau.
Jais pada 6 September lalu memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber HD : 18/04/2012
Wartawan Harakah dipanggil jadi saksi
Muhammad Faizal, | 10 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad hari ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikel beliau di dalam akhbar Harakah.
Beliau yang juga merupakan defenden telah hadir bagi memberi keterangan berhubung dengan sidang media yang diadakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di Terengganu berhubung dengan isu serbuan gereja DUMC di Selangor.
Mahkamah yang berlangsung pagi tadi dan bersambung semula jam 2.30 petang turut memanggil wartawan sambilan RTM, Khalid Abdullah dan juga bekas exco Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Manakala pada petang ini, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akan hadir memberi keterangan.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.
Umno Selangor telah melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah yang bertarikh 19 Ogos 2011 memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.
Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Sumber HD : 10/05/2012

Harakah tidak sebut Umno Selangor
Muhammad Faizal, | 10 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Mahkamah diberitahu, berita yang dilaporkan Harakah berhubung siasatan Jais ke atas gereja DUMC bukan dinyatakan Umno Selangor.
Namun begitu persoalan timbul kenapa Umno Selangor terasa berita itu ditujukan kepada mereka sehingga menyebabkan Umno Selangor menyaman pemimpin PAS dan Harakah.
Perkara ini dibangkitkan oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin ketika menyoalbalas saksi pihak plaintif iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Umno Selangor menyaman Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Harakah ekoran laporan yang mendakwa Umno di belakang siasatan Jais ke atas gereja itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim.
Mahkamah Tinggi yang bersambung semula perbicaraan pada jam 3.45 petang tadi mendengar keterangan plantif, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Ketika sesi soal jawab, peguam Mohamed Hanipa Maidin memulakan pertanyaan dengan menyoal Mohd Zin bahawa di dalam artikel yang dikeluarkan Harakah itu tidak menyebut langsung perkataan Umno Selangor.
Mohd Zin yang bersetuju dengan apa yang ditanyakan itu namun tetap berkeras untuk menerangkan maksud perkataan 'Umno' di dalam artikel tersebut merujuk kepada Umno Selangor.
Tambah Hanipa lagi, dalam artikel tersebut secara jelas hanya menyebut Umno sahaja tanpa melibatkan perkataan Umno Selangor, beliau sendiri tidak pasti atas dasar apakah plantif merujuk perkataan tersebut ditujukan kepada Umno Selangor.
Dalam pertanyaan yang lain, Hanipa turut menimbulkan persoalan bagaimana plantif, Mohd Zin boleh mengemukakan saman tersebut sedangkan pada masa pendaftaran pertubuhan Umno dibuat telah diletakkan nama seorang individu yang merupakan kakitangan awam yang boleh menyaman.
Jelasnya, sepatutnya saman itu dikemukakan oleh individu tersebut.
Selain pertanyaan tersebut, beberapa perkara dibangkitkan termasuk juga dengan pertubuhan Umno yang pernah diharamkan sebelum ini.
Hakim menetapkan perbicaraan kes saman RM10juta yang difailkan oleh Umno Selangor terhadap beberapa pemimpin tertinggi dan Harakah disambung esok 11 Mei jam 10 pagi.
Mahkamah akan menampilkan beberapa saksi dari pihak plantif termasuk dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pagi tadi, wartawan Harakah dari Terengganu, Khairul Azlam Mohamad dipanggil sebagai saksi.

(Mustafa bersama para peguam yang mewakili PAS dan Harakah di Mahkamah Tinggi Shah Alam)
SHAH ALAM: Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara memberitahu mahkamah, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja yang berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.
Nor Hanis Mazlan, 27, Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia berkata demikian kerika memberikan keterangan sebagai saksi defendan dalam kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS dan Harakah.
Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Mereka menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Nor Hanis ketika menjawab pertanyaan Peguam Asmuni Awi berhubung dengan Datuk Abdul Rauf Jusof yang dilantik sebagai Penjawat Awam Umno pada Pendaftar Pertubuhan.
Mengikut peraturan, kata Nur Hanis, sepatutnya Abdul Rauf sahaja berhak mengemukakan saman.
Nor Hanis bersetuju bahawa hanya Abdul Rauf sahaja berhak untuk membuat saman atau pendakwaan atau didakwa di mahkamah, malah Abdul Rauf juga bertindak mewakili Umno di seluruh negara.
Perkara tersebut telah ditetapkan di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.
Nor Hanis bertugas sebagai pegawai yang menjaga Umno di Jabatan Pendaftaran Malaysia, malah beliau juga mempunyai kuasa untuk akses kesemua dokumen berkaitan dengan Umno dalam Pendaftar Pertubuhan.
Ketika ditanya, adakah nama Umno Selangor didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, beliau menjelaskan tidak pasti, namun nama yang didaftarkan adalah Cawangan Badan Perhubungan Negeri Selangor.
Perbicaraan kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS, Harakah dan juga pencetakan ditunda pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.
Hakim, Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan tiga orang saksi.
Mahkamah yang bersambung pada jam 3.15 petang tadi memanggil semula plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bagi menyambung semula keterangan yang beliau berikan semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman juga turut dipanggil memberi keterangan berkaitan artikel tersebut.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga turut hadir pada perbicaraan petang tadi.
Sumber HD : 11/05/2012
Hanya Abdul Raof yang berhak menyaman
Muhammad Faizal, | 11 Mei 2012 |

Pengarah Jais mengaku ahli Umno
Muhammad Faizal, | 12 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin adalah ahli Umno.
Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.
Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.
Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.
Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.
Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.
Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.
Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.
Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.
Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.

Sumber HD : 12/05/2012
Kes Mahfuz, Salahudin saman kerajaan ditangguh 7 Jun
Muhammad Faizal, | 22 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) Kuala Lumpur menetapkan pada 7 Jun depan bagi mendengar semula kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub terhadap polis dan kerajaan Malaysia berhubung salah tangkap terhadap mereka pada perhimpunan Bersih 2.0, Julai tahun lalu.
Hakim, Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan dari kedua-dua Naib Presiden PAS itu.
Ketika menjawab pertanyaan pihak peguam bela mengenai tujuan mereka berdua hadir ke KL Sentral, Mahfuz dan juga Salahudin memberitahu kehadiran mereka adalah ingin mengikuti satu sidang media yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di sebuah hotel berdekatan bukannya untuk mengikuti perhimpunan serta perarakan di ibu negara.
Mahfuz ketika ditanya siapakah pemimpin yang berada di hotel yang menjadi tempat sidang media tersebut, beliau menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui siapa yang ada kerana tangkapan itu dilakukan sebelum beliau mengikuti sidang media tersebut.
Malah menurut mereka, tangkapan dilakukan sewaktu mereka berada di luar KL Sentral iaitu selepas menaiki tangga dari tingkat bawah sebelum di bawah ke Balai Polis Jinjang.
Pada 8 Ogos tahun lalu kedua-dua mereka memfailkan saman malu terhadap empat pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis Inspektor Mohd Zaid Madzizat.
Ianya ekoran dakwaan penangkapan salah terhadap mereka di KL Sentral pada 9 Julai lalu sempena himpunan Bersih 2.0 di ibu negara.
Saman tersebut difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.
Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.
Kedua-dua mereka sebelum ini mendakwa, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.
Sepanjang dalam tahanan juga, pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan daripada mereka.
Mereka juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.
Mereka juga tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.
Sumber HD : 22/05/2012
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.
Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.
Antara lain artikel tersebut menulis:
'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya.'
Mahkamah memutuskan perkataan “Pak Janggut” di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.
Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.
Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma’ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut.
Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.
Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.
Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.
Sumber HD : 24/05/2012

Saman Khalid Samad: Utusan kalah lagi
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |

Mahkamah tolak saman bekas NC Unisel
Harakahdaily, | 24 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi menolak saman fitnah yang difailkan oleh mantan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono (gambar) dan dua orang yang lain ke atas empat orang kakitangan Unisel.
Mereka yang disaman adalah Profesor Dr Anuar bin Ahmad, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah binti Hassan.
Selain daripada Datuk Dr Rosti Saruwono, keempat-keempat kakitangan Unisel tersebut juga disaman oleh dua orang bekas kakitangan yang lain iaitu Dr Khalifah Othman dan Encik Halid bin Hasbullah.
Mereka masing-masing adalah mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan mantan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.
Dr Anuar adalah Naib Canselor Unisel sekarang manakala Dr Rosti telah meletakkan jawatannya.
Saman Datuk Dr Rosti dan dua yang lain tersebut adalah berkaitan dengan satu Laporan yang dikenali sebagai 'Laporan Permasalahan yang kini dihadapi oleh Unisel' bertarikh 16 Mei 2011 yang disediakan oleh keempat –empat kakitangan tersebut dan juga berkaitan dengan beberapa laporan akhbar.
Laporan tersebut telah disediakan oleh keempat-empat kakitangan tersebut untuk memaklumkan Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Unisel.
Jawatankuasa Siasatan tersebut telah dipengerusikan oleh mantan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan anggota-anggota lain Jawatankuasa tersebut adalah Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liew.
Antara lain laporan tersebut melaporkan:
'Datuk Rosti menghadiri temuduga bagi jawatan Naib Canselor di UITM setelah menerima jawatan Naib Canselor Unisel pada tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa hati Datuk Rosti dari awal lagi tidak bersama Unisel.'
'Datuk Rosti tidak membenarkan persatuan pelajar menjemput YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk memberi ceramah kepada pelajar, untuk menjaga hati mantan Canselor, Unisel.'
'Datuk Rosti menerima dengan mesra sekali kehadiran YAB Datuk Noh Omar ke Universiti, pada hal Datuk Noh Omar selalu mengkritik Unisel dan Kerajaan Selangor.'
Pada masa disaman Prof Dr Anuar Ahmad adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Akademik) manakala Prof. Madya Zainal Abidin Kidam pula memegang jawatan Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Ir Dr. Mohamed bin Daud adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah binti Hassan pula mantan Naib Presiden (Perkhidmatan Pengurusan) Unisel.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar kes tersebut di dalam penghakiman lisannya ketika menolak saman Dr Rosti dan dua yang lain tersebut antara lain menyatakan bahawa defendan-defendan adalah dilindungi di bawah pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) ketika mereka menyediakan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Siasatan.
Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan defendan-defendan tersebut mempunyai niat jahat ketika menerbitkan laporan tersebut.
Hakim juga memutuskan plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan di dalam beberapa laporan akhbar yang mengaitkan mereka telah dibuat oleh defendan-defendan.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan pihak-pihak menanggung kos masing-masing.
Keeempat-empat defendan tersebut diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Datuk Dr Rosti dan dua yang lain diwakili oleh Encik Abdul Rahman Azubir.

Saman Khalid: Mahkamah tolak permohonan Hamidah
Harakahdaily, | 01 Jun 2012 |
SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zainal Azman Abd Aziz hari ini menolak dengan kos permohonan Datuk Hamidah Othman bagi membatalkan writ saman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar).
Pada sekitar bulan Januari 2010 Hamidah telah melalui blognya http://hamidahosman.blogspot.com di bawah artikel bertajuk 'umat islam perlu bersatu' telah antara lain menulis tentang Khalid Samad dan menyiarkan gambar superimpose yang menunjukkan Khalid Samad berpakaian seperti seorang bishop Kristian.
Khalid telah memfailkan writ saman pada 22 Disember 2011 ke atas Hamidah kerana mendakwa artikel tersebut telah memfitnah beliau.
Pada 20 Februari 2012 Hamidah telah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah artikel 121 ( 1A ) Perlembagaan Persekutuan namun mahkamah telah menolak alasan Hamidah dan memerintahkan kes tersebut di mahkamah sivil.
Hakim juga mengarahkan Hamidah membayar kos RM4,000 kepada Khalid Samad.
Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh Datuk Hafarizam.
Sumber HD : 1/06/2012

Keputusan tragedi berdarah kes Batu Burok esok
Harakahdaily, | 03 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menetapkan esok, 4 Jun sebagai tarikh memberi keputusan terhadap dua tertuduh kes Batu Burok pada 2007 lalu.
Kedua-duanya Muhammad Azman Abd. Aziz, 21, dan Suwandi Ab. Ghani, 38, sebelum ini dituduh menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok 8 September 2007.
Mereka juga ditembak oleh polis tersebut sehingga salah seorang daripada mereka iaitu Suwandi terpaksa dibedah untuk mengeluarkan peluru yang berada seinci daripada jantung beliau.
Mereka diwakili peguam pembela peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan menyeru seluruh umat Islam amnya dan ahli PAS khasnya mengadakan solat hajat disemua peringkat bagi mohon keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Sumber HD : 3/06/2012
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.
Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.
Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.
"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.
"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.
Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.
Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.
Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.
Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.
Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.
[Berita penuh dalam Harakah edisi Jumaat ini]
Sumber HD : 4/06/2012
(Perhimpunan Bersih 2.0 yang isytihar haram oleh Kerajaan BN diputuskan halal oleh mahkamah)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.
Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.
“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.
Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
Sumber HD : 13/10/2012
Sumber HD - 6-1-2013
Sumber HD - 27-2-2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan 12 yang lain daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih pada November 2007.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, hari ini.
Namun, ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan disabitkan kesalahan tersebut kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Dalam penghujahannya, hakim Jagjit berkata pihaknya berpuas hati dengan pengakuan bersumpah Mohamad yang mengatakan polis telah membenarkan beliau mengiringi bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tidak dihalang polis ketika berjalan kaki atas tujuan tersebut ke Istana Negara.
Perkara sama turut diputuskan bagi Tian Chua, yang mana mengatakan tiada sebarang halangan untuk beliau berjalan bagi menyerahkan memorandum tersebut.
Mohamad, yang ditemui selepas penghakiman tersebut, merakamkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas pembebasan itu.
Bagaimanapun, beliau turut bersimpati dengan dua rakannya yang disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.
"Apa yang saya ingin katakan, sebarang himpunan aman, yang tidak bersenjata, eloklah untuk Peguam Negara (AG) menarik semula kes-kes membabitkan himpunan, sama ada kes yang dahulu hingga sekarang kerana pendakwaan ke atas kes sedemikian sudah dianggap tidak popular sekarang," tegas beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Tian Chua dalam responsnya berkata biarpun beliau dan rakan-rakan dibebaskan perjuangan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil masih perlu diteruskan.
"Perjuangan Bersih yang kita mulakan sejak lima tahun lalu, masih perlu diteruskan bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil tercapai kerana ia tonggak demokrasi," tegas beliau.
Mereka dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November 2007.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.
Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Mengikut Seksyen 145, hukuman yang boleh dikenakan ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 27(5)(a) pula memperuntuk hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan.
Pada 19 November 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan 16 perayu pada akhir kes pendakwaaan, tanpa memerintah mereka membela diri, tetapi berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan itu dan memerintah mereka membela diri.
Batu Burok: Azman dan Suwandi tak bersalah
Khairul Azlam Mohamad, | 04 Jun 2012 |

Pemuda PAS syukur Suwandi, Azman bebas
Harakahdaily, | 04 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: “Hari ini, Allah telah memenangkan keadilan buat Saudara Suwandi dan Saudara Azman di atas kebatilan tuduhan yang dibuat ke atas diri mereka,” tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya melahirkan rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah di atas pembebasan Suwandi Ab Ghani dan Azman Abdul Aziz dalam tuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
Suwandi dan Azman merupakan antara mangsa keganasan polis yang berlaku di Batu Burok pada 8 September 2007 yang lalu.
Tragedi berdarah di Batu Burok ini adalah berikutan tembakan peluru hidup daripada pihak polis untuk meleraikan perhimpunan orang awam.
Suwandi dan Azman adalah di antara mangsa yang terkena tembakan peluru hidup oleh pihak polis.
Daripada mendapat keadilan untuk dirinya, kedua-dua mereka telah dituduh oleh pandakwaraya menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok pada 8 September 2007.
“Isu keganasan polis ke atas peserta himpunan orang awam bukanlah sesuatu yang baru bahkan mangsanya dibicarakan dan dikenakan tuduhan seolah-olah mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara,” ujar Nasrudin dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah buat kedua-dua mereka.
“Semoga kedua pejuang ini akan terus istiqamah di dalam memperjuangkan Islam di bumi Malaysia,” ujarnya.

Keputusan kes Mahfuz, Salahudin 3 September
Harakahdaily, | 08 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) Kuala Lumpur semalam menetapkan tarikh 3 September ini bagi keputusan kes dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub menyaman kerajaan.
Keputusan itu dibuat hakim Prasad Sandosham Abraham selepas mendengar keterangan lima saksi bagi pihak defenden semalam.
Mereka adalah Inspektor Mohd Zaidi Mad Zizat, Supritenden Aida Abdul Hamid, ASP R.Muthusamy, ASP Zulkifli Osman dan Jurugambar Polis Ganeson.
Sementara itu, ketika memberi keterangan semalam, Zaidi mengaku telah menangkap dua pemimpin PAS pada hari perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistret.
Beliau juga mengaku kedua-duanya bukan ditangkap ketika menyertai perhimpunan itu.
Pengakuan itu direkodkan ketika menjawab pertanyaan peguam plaintif, Abdul Aziz Hamzah.
Pada 8 Ogos tahun lalu kedua-dua mereka memfailkan saman malu terhadap empat pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan Zaidi.
Ianya ekoran dakwaan penangkapan salah terhadap mereka di KL Sentral pada 9 Julai lalu sempena himpunan Bersih 2.0 di ibu negara.
Saman tersebut difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.
Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sumber HD : 8/06/2012

Pendakwaan Tan Hong Kai 'mala fide' - Suaram
Salmiyah Harun, | 05 Jun 2012 |
PUTRAJAYA: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Peguam Negara mengugurkan dakwaan terhadap aktivisnya Tan Hong Kai yang disifatkan 'mala fide' hanya kerana menampal poster di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM).
Menurut Suaram, pendakwaan yang dilakukan seolah-olah lebih kepada keinginan untuk menindas aktivis muda, dan juga gerakan Bersih, yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.
Suaram dalam memorandumnya kepada Peguam Negara turut mendesak agar menghentikan segala penindasan dan intimidasi ke atas aktivis sosial serta berfungsi sebagai satu badan yang adil tanpa campur tangan politik.
Memorandum itu disampaikan oleh Penyelaras Suaram Nalini Elumalai bersama-sama wakil Bersih Datuk A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Pegawai Perhubungan Awam pejabat Peguam Negara, Nasrudin kira-kira jam 11 pagi tadi.
Memorandum tersebut turut disokong oleh 50 badan bukan kerajaan antaranya Tenaganita, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS), Gabungan Mahasiswa Maju (GMM) Universiti Putra Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Centre for Independent Journalism (CIJ).
Menurut Nalini, Tan Hong Kai hadir di kawasan kampus pada hari tersebut adalah atas jemputan kawan-kawannya, dimana langsung tiada sebarang unsur- unsur pencerobohan.
“Perbuatan yang dilakukannya juga tidak menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak. Maka, ‘jenayah’ yang dimaksudkan dalam tuduhan ini tidak wujud. Adakah menghadiri dan berjumpa dengan kawan di kampus boleh dikatakan pencerobohan jenayah? Ini adalah satu dakwaan yang tidak mempunyai asas yang kukuh dan tidak rasional,” katanya.
Suaram berpendapat, pendakwaan terhadap Tan Hong Kai ialah pendakwaan berpilih, tindakan seperti ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan orang awam terhadap ketelusan sistem kehakiman negara ini.
Justeru katanya, kebebasan berhimpun dan bersuara telah dinafikan dalam penangkapan Tan Hong Kai, malah sistem kehakiman telah disalahgunakan untuk mendiamkan aktivis dan rakyat Malaysia daripada mempraktikan hak-hak manusia dan sivil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
20 April lalu, Tan Hong Kai ditahan ketika memasang poster Bersih 3.0 di dalam kawasan USM, bagaimanapun beliau disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Sumber HD : 5/06/2012

"Saya dapat maklumat orang Umno dalam Jais ada agenda"
Muhammad Faizal, | 14 Jun 2012 |
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan esok (15 Jun) sebagai mendengar hujahan terhadap kes saman Umno terhadap Harakah berhubung artikel yang mengaitkan serbuan ke atas gereja tahun lepas.
Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan dari semua saksi defenden dan juga plantif.
Mahkamah yang bersambung hari ini mendengar keterangan dari Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang merupakan individu yang memberi kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Mustafa dalam laporannya sebelum ini mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.
Beliau yang menjawab pertanyaan peguam Asmuni Awi berhubung dengan dakwaannya itu menyatakan melalui maklumat yang diterima yang mengatakan di dalam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempunyai orang Umno serta ada agenda tertentu.
Malah jelasnya, individu yang memberi maklumat itu merupakan kakitangan Jais.
"Saya mendapat maklumat melalui telefon yang mengatakan ada orang Umno di dalam Jais dan mereka mempunyai agenda tertentu.
"Pemberi maklumat tersebut juga merupakan kakitangan Jais namun identiti mereka tidak didedahkan," jelasnya.
Tambahnya, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali ketika menjadi exco bukan sahaja memberi penjelasan malah turut memberi taklimat kepada Jawatankuasa PAS Pusat bagi menerangkan apa yang telah berlaku semasa serbuan ke gereja tersebut.
Selain Setiausaha Agung PAS, turut dipanggil A. Zarin A. Kudus yang bertindak sebagai pihak pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Jelasnya ketika pertanyaan peguamnya, Zulhazmi Shariff, pihaknya tidak berhak untuk mengubah atau menelefon sesiapa yang nama mereka terkandung di dalam aktikel yang dikeluarkan.
Malah pihaknya hanya memproses cetakkan mengikut apa jua maklumat yang dihantar.
Beliau juga turut bersetuju bahawa akhbar Harakah itu diterbitkan hanya untuk ahli PAS sahaja.
Sebelum itu, Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Sumber HD : 14/06/2012

DUMC: Keputusan Umno Selangor saman 20 Julai
Hazayani Zakaria, | 15 Jun 2012 |
SHAH ALAM, 15 Jun: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan tarikh 20 Julai untuk membuat keputusan kes saman RM10 juta Umno Selangor terhadap pemimpin PAS berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela pada semalam dan hari ini.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa dalam hujahannya hari ini menegaskan Mustafa tidak menyebut Umno Selangor dalam artikel mengenai dakwaan wujudnya elemen dan peranan Umno dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lepas.
Sebaliknya beliau menyebutnya secara umum berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehi daripada Jais.
Semalam, Mustafa sewaktu disoal peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno tidak bersetuju bahawa kenyataannya yang dibuat pada 15 Ogos 2011 itu bertujuan untuk memfitnah Umno.
Turut membuat hujahan hari ini ialah peguam yang mewakili empat lagi defendan iaitu Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman.
Sumber HD : 15/06/2012

Fitnah PKINK: Mahkamah tolak rayuan Adun Umno
Harakahdaily, | 18 Jun 2012 |
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Adun Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainudin terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu berhubung kes saman fitnah.
Pada 30 Oktober tahun lepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan tuntutan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ke atas Raja Ahmad Zainudin berhubung fitnah disiarkan Mingguan Watan.
Dalam artikel disiarkan akhbar itu pada 21-27 Disember 2008 pemimpin Umno terbabit yang bertindak sebagai Penasihat Sidang Editor memfitnah PKINK dengan menerbit berita bertajuk “Siasat pemimpin-pemimpin PAS Kelantan seleweng ekuiti PKINK”.
Raja Ahmad Zainudin disaman atas kapasitinya sebagai anggota Sidang Editor, beliau juga salah seorang kolumnis akhbar tersebut.
Ekoran itu pemimpin terbabit memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Rayuannya didengar di hadapan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Low Hop Beng, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datin Paduka Zaleha Zahari.
Dalam keputusan ringkas yang dibacakan Hakim Low, mahkamah memutuskan ketiga-tiga panel hakim sebulat suara bersetuju menolak rayuan Raja Ahmad Zainudin.
Alasannya Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang betul berdasarkan fakta dan keterangan kes tersebut.
Mahkamah juga bersetuju hujah peguamcara PKINK terdapat keterangan sidang editor akhbar tersebut enggan meminta maaf kerana berpendirian artikel yang memfitnah PKINK tersebut benar dan tepat.
Peguam PKINK, Hisham Fauzi, Mohamed Hanipa Maidin dan Rosilawati Zakaria berhujah kewujudan perkataan sidang editor enggan meminta maaf menunjukkan keputusan sidang editor dibuat secara kolektif.
Mahkamah juga mengarahkan Raja Ahmad Zainudin membayar kos rayuan sebanyak RM10,000 kepada PKINK.
Raja Ahmad Zainudin diwakili peguam Dato’ Hafarizam Harun, Badrul Hishah dan Hasnal.
Sumber HD : 18/06/2012

Mahkamah benar cabar Isa sebagai pengerusi KPF
Harakahdaily, | 19 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peneroka Felda bagi mencabar Tan Sri Isa Samad dari menjadi pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi itu.
Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati kes itu mempunyai merit dan menolak semua bantahan awal dari peguam Isa, kata Peguam Mohamed Hanipa Maidan.
Oleh itu, Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya untuk membenarkan judicial review dan membenarkan sekatan sementara ke atas Isa sebagai ahli KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.
"Oleh itu, Mohd Isa tidak boleh menyertai mesyuarat esok," kata Hanipa kepada wartawan.
Laporan lanjut menyusul.
Sumber HD : 19/06/2012

Mahkamah gantung sementara keahlian Isa Samad
Harakahdaily, | 19 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang untuk mencabar keputusan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang memutuskan mengekalkan keanggotaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad ( KPF ) meskipun Panel tersebut juga memutuskan keanggotaan Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.
Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim juga membenarkan permohonan lima peneroka tersebut bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara ( interim stay ) bagi menggantung status keahlian dan juga pemilihan Isa Samad sebagai anggota Lembaga KPF atau Pengerusi KPF bagi tujuan pengesahan Mesyuarat Agong perwakilan KPF yang akan diadakan esok .
Mahkamah juga menggantung pelantikan Isa Samad sebagai ahli atau Pengerusi Lembaga KPF sehingga Mahkamah memutuskan kes semakan kehakiman lima peneroka tersebut.
Lima orang peneroka dari Felda Jengka yang juga ahli berdaftar KPF telah melalui firma peguam Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan semakan kehakiman bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa keputusan Panel tersebut yang diberikan pada 23 Mei 2012 yang memutuskan keanggotaan Isa Samad sebagai ahli KPF adalah kekal meskipun beliau tidak layak menjadi ahli KPF adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal. Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan tersebut dan perintah mandamus bagi mengarahkan KPF membatalkan keahlian Isa Samad di dalam KPF.
Pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman didengar petang tadi di mana pihak Peguam Negara melalui peguam kanan persekutuan, Encik Shamsul Bol Hasan telah membantah permohonan lima peneroka tersebut . Di dalam bantahannya peguam negara antara lain berhujah bahawa lima orang peneroka tersebut tiada locus standi bagi mencabar keputusan Panel tersebut dan kes ini , menurut Shamsul, bukanlah kes yang melibatkan undang-undang awam (public law).
Peguam lima peneroka tersebut iaitu Encik Mohamed Hanipa Maidin berhujah kelima-lima peneroka tersebut adalah pihak yang terjejas dengan keputusan Panel kerana mereka adalah antara peneroka yang membawa kes ini untuk diputuskan oleh Panel maka sudah tentu mereka mereka mempunyai locus standi.
Hanipa juga berhujah jika Mahkmah tidak campurtangan di dalam kes ini maka keputusan Panel yang membenarkan orang yang tidak layak menjadi ahli KPF memegang jawatan di dalam KPF akan memberikan impak besar kepada KPF dan sekaligus kepentingan ahli ahli KPF seperti lima peneroka tersebut juga akan terjejas .
Dalam hujahnya Hanipa juga menyatakan keputusan Panel tersebut adalah tidak munasabah dan juga tidak logik kerana meskipun Panel bersetuju Isa Samad tidak layak jadi ahli KPF namun keahliannya dikekalkan.
Hanipa memberi analogi keputusan Panel tersebut samalah seperti hakim mengatakan perkahwinan seorang lelaki dan perempuan adalah tidak sah dan terbatal tapi dalam masa yang sama hakim menyatakan status mereka sebagai suami dan isteri adalah kekal.
Dengan keputusan hari ini dipercayai percubaan Isa Samad untuk hadir Mesyuarat Agung KPF esok dan dilantik sebagai ahli Lembaga atau Pengerusi KPF tidak akan berjaya.

Surirumah dipenjara kerana bunuh perogol?
Harakahdaily, | 05 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Kisah seorang surirumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.
(S. Kalaichelvi diiringi polis selepas dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya)
Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuashati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.
Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.
Di Ipoh Isnin lepas, seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian.
Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah.
Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu.
Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.
Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.
Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.
Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut.
Seorang pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu.
Tidak sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini.
Cerita ini juga menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit.
Hampir semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya ini.
Appu Brothers menulis:
"Kes ini perlu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara serta human right's masalah ini perlu ditangani.
"Kita semua adalah manusia tak perlu fikir tentang agama, kasta atau taraf perkara ini perlu ditegas serta merta.
"Jom jom kita sebarkan masalah ini serta merta dan berjuang dapatkan keadilan."
Namun ada juga yang mempertahankan keputusan hakim ini kerana perogol itu telah ditetak dengan banyak kali berdasarkan kesan luka pada kepala lelaki itu.
Sumber HD : 5/07/2012

Nizar fail saman Utusan dan TV3 esok
Harakahdaily, | 09 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Berikutan fitnah Utusan dan TV3 terhadapnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin akan memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok.
(Nizar tunjukkan surat peguam kepada Utusan dan TV3 sebelum ini)
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau dijangka akan memfailkan kes jam 11 pagi esok.
"Sidang media akan diberikan selepas menfailkan saman yang akan diketuai oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak itu.
Sebelum ini, Nizar beberapa kali mendakwa Utusan dan TV3 memfitnah beliau berikutan kenyataannya mengenai plat kereta WWW 1.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan Sultan Johor telah mendapat plat nombor itu apabila menang bidaan dengan harga tertinggi iaitu RM520,000.
Ekoran itu pelbagai pihak mempertikaikannya termasuk Nizar.
Nizar telah membuat laporan polis (gambar) terhadap TV3 yang menuduh beliau mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520 ribu.
"Ia adalah tidak benar kerana saya tidak pernah sama sekali membuat komen di Twitter saya bahawa 'Sultan Johor, Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendaftaran WWW 1," kata Nizar, bekas MB Perak itu dalam laporan polisnya.
Sumber HD : 9/07/2012

WWW 1: Nizar saman Utusan, TV3 RM100 juta
Muhammad Faeez, | 10 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.
"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.
Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. (Gambar)
Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.
Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama.
"Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.
Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar.
Sumber HD : 10/07/2012

Aslani M, | 18 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) akan membawa kes samannya terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad ke Mahkamah Rayuan.
Peguamnya, Hisham Fauzi berkata, beliau sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan kes tersebut di Mahkamah Rayuan.
“Datuk Husam sekarang berada di luar negara, pengurusan kes tersebut di mahkamah lebih tinggi akan dibuat sekembalinya dari luar negara nanti,” katanya di sini.
Semalam Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah difailkan Husam terhadap blogger terbabit yang dikaitkan dengan blog ruangbicarafaisal (rbf).
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak dengan kos kerana plaintif gagal membuktikan Mohd Faisal merupakan pemilik blog ruangbicarafaisal.blogspot.com. Peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal.
Blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana yang didakwa berunsur fitnah terhadap Husam bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”
Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.
Ekoran itu plaintif mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi sebanyak RM500,000.
Sumber HD : 18/07/2012

Aslani M, | 19 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya.
Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan.
Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan.
Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif.
Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan.
Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana.
Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail.
“Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan,” kata Hisham.
Sumber HD : 19/07/2012

Keputusan Umno Selangor saman RM10 juta ditangguh
Muhammad Faizal, | 20 Jul 2012 |
SHAH ALAM: Keputusan kes Umno Selangor saman RM10 juta terhadap pemimpin PAS berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu telah ditangguh kepada tarikh lain.
Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sebelum ini menetapkan hari ini (20 Julai) sebagai keputusan setelah Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin mendengar hujah pihak pendakwa dan pembela pada 15 Jun yang lalu.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar atas), pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Sementara itu, peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi memberitahu bahawa tarikh bagi mendengar keputusan tersebut belum ditetapkan lagi.
"Keputusan bagi kes saman Umno terhadap PAS yang dijadualkan hari ini telah ditunda.
"Namun pada itu pihak kami belum mendapat maklum balas dari mahkamah berhubung tarikh terbaru bagi mendengar keputusan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.
Pada sesi mendengar hujahan yang lepas, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa dalam hujahannya menegaskan Mustafa tidak menyebut Umno Selangor dalam artikel mengenai dakwaan wujudnya elemen dan peranan Umno dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lepas.
Turut membuat hujahan pada sesi tersebut ialah peguam yang mewakili defendan-defendan lain iaitu peguam Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman
Manakala plantif pula diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Sumber HD : 20/07/2012

Mahkamah batal saman kerajaan negeri Terengganu
Harakahdaily, | 23 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Yeoh Wee Siam membatalkan saman Kerajaan Negeri Trengganu ke atas Dr Syed Azman Syed Ahmad dan 3 yang lain selepas Hakim tersebut menerima bantahan awal peguam Dr Syed Azman.
Kerajaan Negeri Trengganu adalah Plaintif pertama dalam saman tersebut selain tiga Plaintif yang lain iaitu Datuk Seri Haji Ahmad bin Said (MB Trengganu) dan Mek Hawa binti Abdul Rahman dan Hamie Azreen bin Ami Nordin yang berniaga atas nama Hamie Enterprise.
Selain Dr Syed Azman yang dijadikan Defendan Pertama dalam saman itu defendan-defendan lain adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Haji Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.
Dalam keputusannya yang dibaca di dalam kamar hakim, hakim tersebut memutuskan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menyaman seseorang atas kes fitnah.
Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam defendan bahawa writ saman yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Trengganu ke atas defendan-defendan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Hakim juga menyatakan di dalam alasan penghakimannya bahawa Kerajaan negeri adalah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya maka ia harus terbuka kepada kritikan yang tidak terhad (uninhibited criticism).
Jika kerajaan negeri dibenarkan memfailkan saman fitnah ia akan menyekat hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Hakim juga menyatakan kerajaan negeri tidak boleh disamakan dengan Felda (sebelum ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan Felda sebagai badan statutory boleh menyaman kes fitnah) kerana Felda tidak dibentuk melalui proses pemilihan dalam pilihanraya.
Hakim juga menerima pakai keputusan mahkamah di England iaitu keputusan House of Lords di dalam kes Derbyshire County Council vs Times Newspapers Ltd and Others [1993] 1 All ER 1011.
Dalam kes itu mahkamah memutuskan kerajaan tempatam (local government) tidak boleh menyaman atas kes fitnah kerana jika dibenarkan ia akan mendatangkan kesan yang menakutkan (chilling effect) ke atas prinsip kebebasan bersuara.
Berikutan dengan keputusan tersebut, saman Kerajaan Terenggan ke atas kesemua defendan adalah ditolak.
Mahkamah juga meminta pihak-pihak membuat hujah sama ada Menteri Besar Terengganu juga boleh menyaman defendan-defendan dengan mengambil kira keputusan beliau hari ini.
Pihak-pihak diminta mengemukakan penghujahan bertulis sebelum hari isnin hadapan dan keputusan mengenai isu tersebut akan diputuskan pada 28 Ogos 2012.
Dr Syed Azman dan tiga defendan yang lain diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Azhana Mohd Khairuddin manakala Kerajaaan Negeri Trengganu dan tiga plaintif yang lain diwakili oleh Encik Abu Bakar Jais, Abdullah Omar dan Edynoor Hifnee Razali.
Sumber HD : 23/07/2012

Bersih tidak haram: PM didesak pohon maaf
Harakahdaily, | 24 Jul 2012 |
(Perhimpunan Bersih 2.0 yang isytihar haram oleh Kerajaan BN diputuskan halal oleh mahkamah)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dituntut memohon maaf kepada semua peserta perhimpunan Bersih 2.0 ekoran pengisytiharan mahkamah Bersih 2.0 tidak haram.
Desakan ini dibuat pelbagai pihak ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.
“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.
Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
Sumber HD : 24/07/2012
Keputusan Utusan batal saman blogger 14 Ogos
Khairil Abdul Rahim, | 25 Jul 2012 |
KUANTAN: Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya hari ini menetapkan tarikh 14 Ogos depan bagi keputusan permohonan akhbar Utusan Malaysia untuk membatalkan saman malu RM30 juta oleh seorang blogger.
Peguam Harris Abdullah yang mewakili bloger berkenaan Mohd Shukri Ramli berkata, jika permohonan akhbar milik Umno itu gagal prosiding akan diteruskan pada 27 Ogos 2012 dan jika Utusan berjaya pihaknya akan memfailkan saman baru.
Mohd Shukri yang terkenal dengan nama bloger Cucu Mat Kilau dari blog Pahangdaily memfailkan saman terhadap akhbar berkenaan setelah menyiarkan artikel berunsur fitnah pada 27 November 2010 bertajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR: Dulu Pernah Cium Anwar Kini Tidak Sanggup Lagi menipu Diri Sendiri".
Harris berkata, akibat daripada berita palsu yang disiarkan oleh Utusan dan telah diulangi secara meluas oleh bloger-bloger Umno melalui blog masing-masing, anak guamnya digelar "kaki ampu" yang sanggup berbuat apa saja termasuk mencium Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhalayak ramai untuk mengejar cita-cita politiknya.
“Susulan daripada itu juga rakan-rakannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat mula menjauhkan diri sehingga beliau tiada pilihan lain selain mengundur diri dari persada politik kepartian. Angkara artikel itu juga, kini Mohd Shukri tidak diterima menyertai mana-mana parti politik di negara ini.
“Malah, beliau yang juga bekas calon PKR yang bertanding di Dun Kemayan (Bera) pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu kini tidak ada peluang untuk bertanding menggunakan platform parti politik pada PRU-13 ini. Masa depan politiknya kabur lantaran fitnah yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia itu", katanya.
Justeru katanya, anak guamnya itu menuntut Utusan dan penulis artikel Tarmizi Abd Rahim untuk membayar ganti rugi secara berasingan yang kesemuanya berjumlah RM30 juta.
Tuntutan tersebut ialah ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi teladan RM5 juta dan ganti rugi teruk RM5 juta. Tuntutan juga dibuat terhadap faedah ketiga-tiganya atas kadar yang dibenarkan bermula 27 November 2010 sehingga penyelesaian penuh.
Sementara itu bagi perbicaraan hari ini Harris berkata, peguam mewakili Utusan mohon membatalkan saman kerana mendakwa kesalahan teknikal dalam writ saman berkenaan.
"Mereka mahu membatalkan tuntutan saman atas teknikal sedangkan tidak menafikan kesalahan laporan akhbar dan segala bukti berkaitan telah jelas menunjukkan adanya prima facie terhadap kes ini", katanya lagi.
Utusan diwakili peguam Izral dan Shamir daripada firma guaman Tetuan Izral Partership.
Dalam pada itu, Shukri pula berkata, Utusan Malaysia yang dibaca oleh ratusan ribu rakyat Malaysia sememangnya perlu diberi pengajaran atas artikel yang mereka siarkan bagi memelihara etika dan profesionalisme kewartawanan.
“Kenapa ada wartawan di akhbar terbabit yang begitu mudah mengeluarkan artikel hanya berpandukan blog-blog tertentu tanpa melihat kepada fakta sebenar. Semoga Utusan akan lebih berdisiplin dalam melaporkan sesuatu berita hendaknya selepas ini. Janganlah akhbar harian itu disamakan macam tabloid mingguan yang lainnya di pasaran,” tegasnya.
Sumber HD : 25/07/2012

NFC: Kes Shahrizat saman Zuraida, Rafizi 6 Ogos
Muhammad Faizal, | 27 Jul 2012 |
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 6 Ogos ini bagi mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Kes saman RM100 juta itu dikemukakan oleh Shahrizat berhubung dakwaan penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin PKR itu.
Zuraida yang ditemui Harakahdaily memberitahu, beliau dan Rafizi sudah bertemu dan berbincang dengan barisan peguamnya bagaimana untuk mengendalikan kes saman tersebut pada 6 Ogos nanti.
"Saya dan Rafizi telah berbincang dengan barisan peguam dan banyak perkara perlu kita persiapkan bagi mengendalikan kes saman ini.
"Saya yakin kita boleh menang dalam kes ini, bagi saya tindakan saman dari Shahrizat itu adalah satu langkah yang silap," jelasnya.
Tambahnya lagi, secara umumnya seluruh rakyat telah mengetahui penyelewengan dan ketidak telusan yang berlaku dalam projek NFC.
"Mahkamah adalah langkah terbaik untuk kita membuat pendedahan dan saya pasti segala apa yang kita bongkarkan selama ini akan kita dedahkan.
"Shahrizat perlu menjawab setiap apa yang kita persoalankan selama ini," sambungnya lagi.
Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.
Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.
Jelas Rafizi sebelum ini, langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat National Feedlot Corporation yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah.
Saman balas itu diambil kerana khuatir pihak plantif mungkin mengambil keputusan melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan.
Sumber HD : 27/07/2012
Ulasan GB
Baca http://greenboc.blogspot.com/2012/07/gobala-didenda-rm5000-boleh-gugur.html

Gobala didenda RM5,000 boleh gugur jawatan MP jika rayuan ditolak
http://greenboc.blogspot.com, | 27 Jul 2012 |
Ulasan GB
Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.
Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jawatan seseorang sebagai Ahli Parlimen akan terlucut sekiranya mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman itu.
Baca http://greenboc.blogspot.com/2012/07/gobala-didenda-rm5000-boleh-gugur.html
Sumber HD : 27/07/2012
Mahkamah tolak saman Umno Selangor terhadap Harakah
Muhammad Faizal, | 13 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman yang dibuat oleh Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.
Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.
"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.
"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.
Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.
Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.
Sumber HD : 13/08/2012
Sumber HD : 30/08/2012
Suka untuk saya memberikan respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamil ini yang turut mendapat liputan meluas di dalam media massa yang lain. Antaranya ialah:
1. Fakta bahawa terdapat 24,000 kes tertangguh di negeri Kelantan tersebut ialah satu fakta yang tidak benar sama sekali. Menurut sumber daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan di dalam satu surat kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 10 September 2012, hanya terdapat 5339 kes yang tertunggak daripada tahun 2002 sehingga tahun 2010. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kes Mal dan Jenayah yang didaftarkan iaitu sebanyak 77101 kes di mana 68576 kes daripadanya telah berjaya diselesaikan. Manakala kes-kes yang didaftarkan pada tahun 2011 dan 2012 tidak boleh diistilahkan sebagai kes tertunggak kerana ia masih di dalam prosiding mahkamah. Secara terperinci, ia boleh dilihat melalui jadual berikut:
Kes-kes yang telah didaftarkan dan jumlah tertunggak di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dari tahun 2002 sehingga 2010
Berasaskan kepada jadual di atas, saya menyifatkan angka yang disebutkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharoom tersebut sangat tidak munasabah dan tidak berpijak di bumi nyata. Dari mana sebenarnya Jamil memperolehi angka ini?
2. Jika Jamil menganggap bahawa kes di peringkat perbicaraan sebagai kes tertangguh, suka saya merujuk kepada jawapan beliau sendiri di Dewan Negara pada 3 Mei 2012 yang lepas sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Senator Dato Dr Johari bin Mat berhubung isu kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah. Di dalam jawapan Jamil, beliau menyenaraikan jumlah kes yang masih di peringkat perbicaraan di mana Johor mencatat jumlah kes 8,306, Selangor (8,259) dan Sabah (5,721). Adakah angka-angka yang disebut sendiri oleh Jamil ini merupakan angka yang rendah? Untuk rujukan, soalan yang diajukan oleh YB Senator Dato Dr Johari bin Mat merupakan soalan lisan bernombor 41 (PN-1251-L14730).
Amatlah tidak tepat sebenarnya jika Jamil mengaitkan jumlah kes-kes dalam perbicaraan sebagai tanda kegagalan kerajaan negeri Kelantan dan menjadikan ia sebagai satu justifikasi untuk menghalang hudud. Perlu diingatkan bahawa Kelantan bukan sahaja antara negeri yang mencatatkan bilangan kes syariah yang tertinggi tetapi juga antara negeri yang mencatatkan jumlah pernikahan dan poligami yang tertinggi. Secara logiknya, bukan suatu perkara yang menghairakan apabila kes pernikahan dan poligami tinggi, kes perceraian dan perbicaraan di mahkamah juga tinggi.
Walau apapun, saya mempertikaikan fakta yang dibawa Jamil. Pada saya, adalah satu angka yang mengarut dan barangkali disebut kerana terlampau terkejut melihat pimpinan UMNO Bahagian Ketereh di hadapannya pada hari itu berjubah dan berserban! Harapan saya agar beliau selaku seorang Menteri lebih berhati-hati di dalam menyatakan fakta dan angka di masa-masa akan datang.
Sekian, wassalam.
Bertarikh: 11 September 2012
Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Kelantan.
Sumber HD : 11/09/2012
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengatakan, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.
Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Abdul Rauf Jusof, Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membuat pendakwaan.
Hakim juga turut memutuskan kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Mustafa yang ditemui di lobi mahkamah menyatakan kes saman telah selesai dan ia berlangsung dalam masa yang singkat.
"Terima kasih kepada barisan peguam yang mengendalikan kes ini dan apa yang kita ketahui tadi ia telah selesai dengan baik.
"Hakim telah menolak permohonan dari Umno terhadap tindakan saman itu, syukur segalanya telah selesai," jelasnya.
Peguam yang mewakil defendan adalah Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman manakala plantif pula diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Turut hadir di mahkamah hari ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Dalam saman itu, Mohd Zin menuntut semua defendan membayar ganti rugi RM10 juta termasuk ganti rugi keterlaluan atau teladan untuk libel dan faedah empat peratus setahun.
Saman tersebut dibuat berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, pada 3 Ogos lalu.
Sumber HD : 13/08/2012
Utusan diperintah bayar gantirugi lagi
Muhammad Faizal, | 30 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).
Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.
Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.
"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.
Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.
"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.
Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.
Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.
(Nizar bersama peguamnya, Zamri [kiri] dan Fitri)
Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.
Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.
Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.
Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.
Nizar Syukur
Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.
"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.
"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.
"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.
Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.
RM50 juta
Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.
"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.
Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan.

Kes syariah tertangguh: Angka Jamil dipertikai
Ahmad Fadhli Shaari, | 11 Sep 2012 |
Saya merujuk kepada kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Ahad 9 September 2012. Isunya ialah mengenai kes syariah yang masih tertangguh di mana Jamil mendakwa bahawa sebanyak 24,000 kes di mahkamah syariah di negeri Kelantan masih tertangguh. Menurut Jamil, kerajaan Kelantan sewajarnya menyelesaikan kes ini sebelum sibuk membicarakan soal hukum hudud.
Suka untuk saya memberikan respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamil ini yang turut mendapat liputan meluas di dalam media massa yang lain. Antaranya ialah:
1. Fakta bahawa terdapat 24,000 kes tertangguh di negeri Kelantan tersebut ialah satu fakta yang tidak benar sama sekali. Menurut sumber daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan di dalam satu surat kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 10 September 2012, hanya terdapat 5339 kes yang tertunggak daripada tahun 2002 sehingga tahun 2010. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kes Mal dan Jenayah yang didaftarkan iaitu sebanyak 77101 kes di mana 68576 kes daripadanya telah berjaya diselesaikan. Manakala kes-kes yang didaftarkan pada tahun 2011 dan 2012 tidak boleh diistilahkan sebagai kes tertunggak kerana ia masih di dalam prosiding mahkamah. Secara terperinci, ia boleh dilihat melalui jadual berikut:
Kes-kes yang telah didaftarkan dan jumlah tertunggak di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dari tahun 2002 sehingga 2010
Bil
|
Mahkamah
|
Kes Didaftarkan
|
Selesai
|
Kes Tertunggak
|
1
|
Mahkamah Tinggi Syariah
|
21761
|
20131
|
1630
|
2
|
Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Kota Bharu
|
17307
|
15582
|
1725
|
3
|
MRS Pasir Mas
|
5487
|
4843
|
644
|
4
|
MRS Pasir Puteh
|
4967
|
4656
|
311
|
5
|
MRS Tanah Merah
|
3836
|
3628
|
208
|
6
|
MRS Kuala Krai
|
4843
|
4580
|
263
|
7
|
MRS Machang
|
3800
|
3603
|
197
|
8
|
MRS Bachok
|
4989
|
4974
|
15
|
9
|
MRS Jeli
|
1355
|
1266
|
89
|
10
|
MRS Tumpat
|
5570
|
5313
|
257
|
11
|
MRS Gua Musang
|
3186
|
0
|
0
|
JUM
|
LAH KESELURUHAN
|
77101
|
68576
|
5339
|
2. Jika Jamil menganggap bahawa kes di peringkat perbicaraan sebagai kes tertangguh, suka saya merujuk kepada jawapan beliau sendiri di Dewan Negara pada 3 Mei 2012 yang lepas sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Senator Dato Dr Johari bin Mat berhubung isu kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah. Di dalam jawapan Jamil, beliau menyenaraikan jumlah kes yang masih di peringkat perbicaraan di mana Johor mencatat jumlah kes 8,306, Selangor (8,259) dan Sabah (5,721). Adakah angka-angka yang disebut sendiri oleh Jamil ini merupakan angka yang rendah? Untuk rujukan, soalan yang diajukan oleh YB Senator Dato Dr Johari bin Mat merupakan soalan lisan bernombor 41 (PN-1251-L14730).
Amatlah tidak tepat sebenarnya jika Jamil mengaitkan jumlah kes-kes dalam perbicaraan sebagai tanda kegagalan kerajaan negeri Kelantan dan menjadikan ia sebagai satu justifikasi untuk menghalang hudud. Perlu diingatkan bahawa Kelantan bukan sahaja antara negeri yang mencatatkan bilangan kes syariah yang tertinggi tetapi juga antara negeri yang mencatatkan jumlah pernikahan dan poligami yang tertinggi. Secara logiknya, bukan suatu perkara yang menghairakan apabila kes pernikahan dan poligami tinggi, kes perceraian dan perbicaraan di mahkamah juga tinggi.
Walau apapun, saya mempertikaikan fakta yang dibawa Jamil. Pada saya, adalah satu angka yang mengarut dan barangkali disebut kerana terlampau terkejut melihat pimpinan UMNO Bahagian Ketereh di hadapannya pada hari itu berjubah dan berserban! Harapan saya agar beliau selaku seorang Menteri lebih berhati-hati di dalam menyatakan fakta dan angka di masa-masa akan datang.
Sekian, wassalam.
Bertarikh: 11 September 2012
Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Kelantan.
Sumber HD : 11/09/2012
Kes syariah: Dari mana Jamil Khir dapat maklumat
Salmah Mat Husain, | 12 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diminta menyatakan dari mana maklumat yang beliau perolehi berhubung dakwaannya yang mendakwa 24,000 kes syariah di Kelantan yang masih tertangguh di mahkamah syariah.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan, juga turut mempersoalkan adakah menteri berkenaan mendapat sumber yang tepat daripada pihak yang sepatutnya.
“Sedangkan apa yang dinyatakan itu jauh tersasar dari perkara sebenar berbanding maklumat dari sumber Jabatan Kehakiman Negeri Kelantan sendiri,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jamil yang meminta kerajaan Kelantan selesaikan dahulu kes di mahkamah syariah yang tertangguh sebelum sibuk melaksanakan hukum hudud.
Katanya, sejak tahun 2002 hingga 2010, sebanyak 71,792 kes telah berjaya diselesaikan dari jumlah keseluruhan 77,101 kes.
“Ini bermakna hanya 5,339 kes sahaja yang belum diselesaikan.
“Jadi saya minta Datuk Seri Jamil nyatakan dari mana sumber yang diambil sedangkan maklumat yang diberikan jauh tersasar,” ujarnya.
Jamil berkata demikian kepada media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh, kelmarin.
Beliau turut mendakwa kes terbengkalai di Mahkamah Syariah Kelantan 24,000 kes berbanding di negeri lain hanya purata 3,000 kes sahaja.
Sumber HD : 12/09/2012
Lihat http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/datuk-seri-ngo-mesra-umno-dituduh.html
Sumber HD : 22/09/2012
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua-dua kes tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.
Beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah itu yang dihadapi oleh 67 pengawal keselamatan yang membuat aduan berhubung masalah tunggakan gaji, penafian perlaksanaan pelarasan gaji, majikan tidak melaksanakan gaji minima diluluskan kerajaan serta tidak mencarum di dalam Perkeso dan KWSP.
“Masalah ini dihadapi mereka sejak 2011 yang mana bekerja di bawah Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya menjaga sekolah-sekolah dengan mengatakan tidak mendapat banyak hak mereka yang mana semuanya 13 kes.
“Dengan kumpulan bertindak ditubuhkan kita failkan tuntutan di Mahkamah Buruh pada 2011.
“Akhirnya pada 3 Januari lepas Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM120,000 kepada mereka bagi tuntutan pertama dan RM90,000 untuk tuntutan kedua,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Rodziah berkata, dengan keputusan itu pihaknya akan meneruskan usaha bagi mendapat keadilan dalam kes lain demi kebajikan kumpulan pekerja berkenaan.
“Selepas kejayaan mereka, ramai pengawal keselamatan kini ingin mengabungkan diri dalam usaha membela kepentingan mereka tetapi dicadangkan mereka menubuhkan kumpulan mereka sendiri dan mereka ini ada yang dari luar Selangor seperti dari Perak dan Negeri Sembilan.
“Apa yang kita perjuangkan ini bukan sekadar mendapatkan hak kepada pekerja tetapi saya ingin nyatakan penyatuan yang kita telah usahakan yang mana berjaya dalam kontek melawan kezaliman yang ada,” katanya.

Datuk Seri NGO mesra Umno dituduh membunuh
http://wargamarhaen.blogspot.com, | 22 Sep 2012 |
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.
Lihat http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/datuk-seri-ngo-mesra-umno-dituduh.html
Sumber HD : 22/09/2012
Pengawal keselamatan menang tuntut gaji minima
Hafizan Taib Selangorku, | 13 Okt 2012 |
SHAH ALAM: Perjuangan sekumpulan pengawal keselamatan mendapatkan bayaran penyelarasan gaji minima dan kerja lebih masa berjaya apabila Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM210,000 kepada pekerja terbabit.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan dalam kedua-dua kes tersebut diharap akan membuka mata pihak majikan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja mereka.
Beliau berkata, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani masalah itu yang dihadapi oleh 67 pengawal keselamatan yang membuat aduan berhubung masalah tunggakan gaji, penafian perlaksanaan pelarasan gaji, majikan tidak melaksanakan gaji minima diluluskan kerajaan serta tidak mencarum di dalam Perkeso dan KWSP.
“Masalah ini dihadapi mereka sejak 2011 yang mana bekerja di bawah Kementerian Pendidikan yang kebanyakannya menjaga sekolah-sekolah dengan mengatakan tidak mendapat banyak hak mereka yang mana semuanya 13 kes.
“Dengan kumpulan bertindak ditubuhkan kita failkan tuntutan di Mahkamah Buruh pada 2011.
“Akhirnya pada 3 Januari lepas Mahkamah Buruh mengarahkan majikan membayar RM120,000 kepada mereka bagi tuntutan pertama dan RM90,000 untuk tuntutan kedua,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Rodziah berkata, dengan keputusan itu pihaknya akan meneruskan usaha bagi mendapat keadilan dalam kes lain demi kebajikan kumpulan pekerja berkenaan.
“Selepas kejayaan mereka, ramai pengawal keselamatan kini ingin mengabungkan diri dalam usaha membela kepentingan mereka tetapi dicadangkan mereka menubuhkan kumpulan mereka sendiri dan mereka ini ada yang dari luar Selangor seperti dari Perak dan Negeri Sembilan.
“Apa yang kita perjuangkan ini bukan sekadar mendapatkan hak kepada pekerja tetapi saya ingin nyatakan penyatuan yang kita telah usahakan yang mana berjaya dalam kontek melawan kezaliman yang ada,” katanya.
Sumber HD : 13/10/2012
Khir Toyo mohon maaf pada Ronnie Liu di mahkamah
Harakahdaily, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Akhirnya, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) memohon maaf kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kenyataan beliau yang mendakwa Liu menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat maksiat di Puchong.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad pagi ini.
Menurut Malaysiakini, Khir membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.
Khir berkata beliau meminta maaf kepada ADUN Pandamaran dan exco kerajaan negeri Selangor itu berikutan artikel bertajuk "Khir membongkarkan laporan polis Liu Tian Khiew pernah campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran."
Artikel itu yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008.

Sumber HD - 23-10-2012
Sumber HD - 26-11-2012
Mahkamah tolak rayuan bekas NC Unisel
Harakahdaily, | 26 Nov 2012 |
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan bekas Naib Canselor (NC) Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti bin Saruwono dan dua yang lain ke atas empat orang kakitangan Unisel.
Mereka adalah Prof Dr Anuar bin Ahmad, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam, Prof.Ir Dr. Mohamed bin Daud dan Datuk Latifah binti Hassan.
Panel tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Ramly bin Haji Ali bersama Hakim Datuk Zaharah binti Ibrahim dan Hakim Datuk K. Anantham Kasinather sebulat suara menolak rayuan perayu-perayu ke atas responden-responden atas alasan keputusan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini adalah betul di sisi undang-undang.
Sebelum menolak rayuan Datuk Dr Rosti, Mahkamah Rayuan juga sebulat suara menolak Notis Usul Dr Rosti bagi mendapat kebenaran mengemukakan keterangan baru.
Untuk rekod, pada 24 Mei yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ahmad Zaki Husin menolak saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Dr Rosti Saruwono dan dua individu tersebut.
Dr Khalifah Othman dan Encik Halid bin Hasbullah yang turut serta menyaman tersebut adalah masing-masing mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan mantan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.
Saman Datuk Dr Rosti dan dua yang lain tersebut adalah berkaitan dengan satu Laporan yang dikenali sebagai 'Laporan Permasalahan yang kini dihadapi oleh Unisel' bertarikh 16 Mei 2011 yang disediakan oleh keempat –empat kakitangan tersebut dan juga berkaitan dengan beberapa laporan akhbar.
Laporan tersebut telah disediakan oleh keempat-empat kakitangan tersebut bagi memaklumkan Jawatankuasa Siasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Unisel.
Jawatankuasa Siasatan tersebut telah dipengerusikan oleh mantan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan anggota-anggota lain Jawatankuasa tersebut adalah Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liew.
Antara lain laporan tersebut melaporkan “Datuk Rosti menghadiri temuduga bagi jawatan Naib Canselor di UITM setelah menerima jawatan Naib Canselor Unisel pada tahun 2009. Ini menunjukkan bahawa hati Datuk Rosti dari awal lagi tidak bersama Unisel.”
“Datuk Rosti tidak membenarkan persatuan pelajar menjemput YAB Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk memberi ceramah kepada pelajar, untuk menjaga hati mantan Canselor, Unisel”
“Datuk Rosti menerima dengan mesra sekali kehadiran YAB Datuk Noh Omar ke Universiti, pada hal YAB Datuk Noh Omar selalu mengkritik Unisel dan Kerajaan Selangor.”
Pada masa disaman Prof Dr Anuar Ahmad adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Akademik) manakala Prof. Madya Zainal Abidin Kidam pula memegang jawatan Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Hal Ehwal Pelajar), Prof.Ir Dr. Mohamed bin Daud adalah Timbalan Naib Canselor /Naib Presiden (Perancangan Strategik dan Pembangunan) dan Datuk Latifah binti Hassan pula mantan Naib Presiden (Perkhidmatan Pengurusan) Unisel.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin yang mendengar perbicaraan kes tersebut di dalam penghakiman lisannya sebelum ini ketika menolak saman Dr Rosti dan dua yang lain tersebut antara lain menyatakan bahawa defendan-defendan adalah dilindungi di bawah pembelaan perlindungan bersyarat (qualified privilege) ketika mana mereka menyediakan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Siasatan.
Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan defendan-defendan tersebut mempunyai niat jahat ketika menerbitkan laporan tersebut.
Hakim juga memutuskan plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan di dalam beberapa laporan akhbar yang mengaitkan mereka telah dibuat oleh Defendan-Defendan.
Dalam rayuan pagi tadi Prof Dr Anuar Ahmad dan tiga Responden yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Cik Azhana bin Mohd Khairudin manakala Datuk Dr Rosti dan dua perayu yang lain diwakili oleh Encik Abdul Rahman Azubir.

Sambung bicara kes 44 aktivis Protes esok
Harakahdaily, | 26 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes 44 aktivis yang ditangkap di KLCC ketika terlibat dengan protes membantah kenaikan harga minyak pada 26 Januari 2008 akan disambung esok dan lusa.
Kebanyakan mereka yang ditahan dan didakwa adalah dari PSM, JERIT dan PAS.
Antara yang ditahan dan didakwa adalah Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Dr Dzulkefly (Ahli Parlimen, Kuala Selangor), Badrul Amin dan ramai lagi aktivis.
Turut ditangkap ialah Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM, ADUN Kota Damansara), Timbalan Pengerusi PSM M.Saraswathy, Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan,.
Perbicaraan kes ini telah bermula pada 7 September 2009 dihadapan Hakim Haji Mohamad Sekeri bin Mamat dan berterusan sehingga kini.
Mengikut jadualnya, ia akan berlangsung esok 27 November hingga hari Rabu, 28 November.
Ia akan berlangsung di Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Tingkat 3, Sayap Kanan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Sumber HD - 26-11-2012
Sumber HD - 4-1-2013
KOTA BHARU: Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.
Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.
Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.
“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.
Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.
Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.
Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.
Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.
Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk “Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll” yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.
Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.
Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk “Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”
Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.
Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.
Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.
Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.
Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.
Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.
Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.

Mahkamah benar rayuan Surau Al-Rafiq ke atas Jais
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dengan kos Surau al-Rafiq di Damansara ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan dua yang lain berhubung pencerobohan dan penggeledahan yang dilakukan oleh anggota-anggota penguatkuasa Jais dan pihak polis pada 30 September 2007.
Rayuan tersebut didengar petang semalam di hadapan tiga panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Alizatul Khair Khairudin dan hakim Datuk Aziah Ali di mana ketiga-tiga panel hakim tersebut sebulat suara bersetuju dengan hujah peguam perayu sekaligus membenarkan rayuan perayu iaitu Surau Al-Rafiq.
Surau Al-Rafiq telah pada tahun 2007 memfailkan Saman Pemula melalui 11 ahli jawatankuasa surau tersebut ke atas pihak Jais, Mais dan Kerajaan Selangor yang pada masa itu di bawah pemerintahan Umno BN bagi mendapatkan perintah deklarasi bahawa tindakan Jais menceroboh dan menggeledah Surau Al-Rafiq di Damansara pada 30 September 2007 adalah tindakan yang tidak sah dan bercanggah dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.
Pada 30 September 2007 pihak surau telah menganjurkan kuliah agama di surau tersebut pada pukul 10 pagi di mana kuliah tersebut dikendalikan oleh Ustaz Nasir Zakaria (sekarang Ahli Parlimen Padanbg Terap).
Ustaz Nasir adalah penceramah agama yang mempunyai tauliah mengajar yang diberikan oleh pihak Jais sendiri. Meskipun program kuliah berjalan dengan aman anggota anggota penguatkuasa Jais dibantu oleh pihak polis telah menceroboh. Dan melakukan penggeledahan ke atas surau tersebut selepas tamatnya kuliah.
Malahan anggota penguatkuasa Jais telah berada di surau tersebut sejak subuh hari yang sama. Penggeledahan telah dilakukan tanpa sebarang waran geledah.
Sebelum saman tersebut difailkan pihak Jais telah beberapa kali cuba mengganggu aktiviti agama di surau tersebut atas dakwaan surau tersebut telah menjemput penceramah politik dari PAS seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Dalam saman pemula yang difailkan melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pihak surau telah mencabar pencerobohan dan penggeledahan tersebut atas alasan ianya tidak sah kerana ketiadaan waran geledah dan juga ianya juga bercanggah dengan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Aktiviti kuliah agama adalah menurut saman tersebut adalah termasuk dalam kebebasan mengamalkan dan menyebarkan agama dan ianya adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Saman tersebut telah didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaleha Yusuf yang memutuskan pada 24 November 2011 menolak saman tersebut. Pihak surau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah memfailkan rayuan ke atas keputusan tersebut.
Ketika membenarkan rayuan tersebut semalam, Mahkamah Rayuan berpuas hati dengan hujah peguam perayu bahawa pihak Jais tidak boleh menceroboh dan menggeledah surau tersebut tanpa waran geledah. Memandangkan pihak Jais gagal mendapatkan waran sebelum penggeledahan dibuat maka penggeledahan tersebut adalah tidak sah dan terbatal.
Pihak Surau Al-Rafiq diwakili oleh Azhana Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala pihak Jais. dan Kerajaan Selangor diwakili Azhari Mohd Hanit dan pihak Mais pula diwakili oleh Khairulnisa Sairah dari Tetuan Rashid Asari & Co.

Permohonan Papagomo pinda pembelaan ditolak
Aslani M, | 06 Jan 2013 |
KOTA BHARU: Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.
Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.
Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.
“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.
Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.
Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.
Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.
Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.
Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk “Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll” yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.
Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.
Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk “Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”
Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.
Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.
Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.
Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.
Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.
Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.
Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-1-2013
Bersih: Mohamad Sabu, 13 yang lain dibebas
Anis Nazri, | 27 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Syeksyen hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai himpunan Bersih pada tahun 2007.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh hari ini.
(Lanjut menyusul)

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan
Sumber HD - 27-2-2013
Bersih: Mohamad Sabu, Tian Chua dibebas
Anis Nazri, | 27 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan 12 yang lain daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih pada November 2007.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, hari ini.
Namun, ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan disabitkan kesalahan tersebut kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Dalam penghujahannya, hakim Jagjit berkata pihaknya berpuas hati dengan pengakuan bersumpah Mohamad yang mengatakan polis telah membenarkan beliau mengiringi bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, tidak dihalang polis ketika berjalan kaki atas tujuan tersebut ke Istana Negara.
Perkara sama turut diputuskan bagi Tian Chua, yang mana mengatakan tiada sebarang halangan untuk beliau berjalan bagi menyerahkan memorandum tersebut.
Mohamad, yang ditemui selepas penghakiman tersebut, merakamkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas pembebasan itu.
Bagaimanapun, beliau turut bersimpati dengan dua rakannya yang disabitkan bersalah atas pertuduhan tersebut.
"Apa yang saya ingin katakan, sebarang himpunan aman, yang tidak bersenjata, eloklah untuk Peguam Negara (AG) menarik semula kes-kes membabitkan himpunan, sama ada kes yang dahulu hingga sekarang kerana pendakwaan ke atas kes sedemikian sudah dianggap tidak popular sekarang," tegas beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Tian Chua dalam responsnya berkata biarpun beliau dan rakan-rakan dibebaskan perjuangan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil masih perlu diteruskan.
"Perjuangan Bersih yang kita mulakan sejak lima tahun lalu, masih perlu diteruskan bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil tercapai kerana ia tonggak demokrasi," tegas beliau.
Mereka dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November 2007.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967.
Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Mengikut Seksyen 145, hukuman yang boleh dikenakan ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 27(5)(a) pula memperuntuk hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan.
Pada 19 November 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan 16 perayu pada akhir kes pendakwaaan, tanpa memerintah mereka membela diri, tetapi berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan itu dan memerintah mereka membela diri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-2-2013
Sumber HD - 6-3-2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya tiga tahun lalu.
(Gambar: Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut bekas suami Sosilawati, Bukhairi Mohamed (kiri) ketika menziarahi keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak tiga tahun lalu)
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 julai 2011.
Katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian online, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.
Pada 12 Sept 2010 polis mengesahkan jutawan kosmetik itu dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Sumber HD - 23-5-2013
Bayaran fail suratcara di mahkamah naik 100%
Anis Nazri, | 06 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah kenaikan pelbagai jenis kos, sama ada kos sara hidup, insurans kereta dan sebagainya, kini kos melibatkan urusan mahkamah turut dinaikkan.
Harakahdaily difahamkan, bermula 1 Mac lalu, bayaran pemfailan suratcara mahkamah sudah dinaikkan sebanyak 100 peratus.
Menurut sumber, mana-mana pihak yang mengemukakan notis rayuan contohnya, ke Mahkamah Rayuan dikenakan sebanyak RM600, yang sebelumnya RM300.
Selain itu, notis rayuan (selepas perbicaraan) juga dikenakan kos sebanyak RM600, berbanding RM300 sebelum ini, begitu juga dengan notis rayuan (selain keputusan yang dibuat).
Manakala, bagi notis bayaran pengeluaran geran (kod 31 dan 32) telah dinaikkan kepada RM440, berbanding RM220, writ saman sebanyak RM400 (RM200), bon jaminan sebanyak RM16 (RM8) serta lain-lain urusan.
Dengan peningkatan kos bayaran itu, ramai pihak yang terkejut apabila diberitahu mengenainya ketika berurusan di mahkamah.
Harakahdaily dimaklumkan, biarpun terdapat beberapa kos bayaran pemfailan yang masih rendah nilainya, namun peningkatan sebanyak 100 peratus itu dilihat begitu tinggi.
Harakahdaily difahamkan, bermula 1 Mac lalu, bayaran pemfailan suratcara mahkamah sudah dinaikkan sebanyak 100 peratus.
Menurut sumber, mana-mana pihak yang mengemukakan notis rayuan contohnya, ke Mahkamah Rayuan dikenakan sebanyak RM600, yang sebelumnya RM300.
Selain itu, notis rayuan (selepas perbicaraan) juga dikenakan kos sebanyak RM600, berbanding RM300 sebelum ini, begitu juga dengan notis rayuan (selain keputusan yang dibuat).
Manakala, bagi notis bayaran pengeluaran geran (kod 31 dan 32) telah dinaikkan kepada RM440, berbanding RM220, writ saman sebanyak RM400 (RM200), bon jaminan sebanyak RM16 (RM8) serta lain-lain urusan.
Dengan peningkatan kos bayaran itu, ramai pihak yang terkejut apabila diberitahu mengenainya ketika berurusan di mahkamah.
Harakahdaily dimaklumkan, biarpun terdapat beberapa kos bayaran pemfailan yang masih rendah nilainya, namun peningkatan sebanyak 100 peratus itu dilihat begitu tinggi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-3-2013
Kes Sosilawati: 4 tertuduh dihukum mati
Harakahdaily, | 23 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya tiga tahun lalu.
(Gambar: Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut bekas suami Sosilawati, Bukhairi Mohamed (kiri) ketika menziarahi keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak tiga tahun lalu)
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 julai 2011.
Katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian online, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.
Pada 12 Sept 2010 polis mengesahkan jutawan kosmetik itu dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-5-2013
No comments:
Post a Comment