MAT SABU MEMBUKA GELANGGANG KE TANGGA KEDUA DALAM HIERARKI PAS :
Dua tahun lalu Hj Mohamed Sabu telah tewas (261) dalam pemilihan sebagai Timbalan Presiden kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa (481) yang mengekalkan jawatannya masa itu dan Dato' Husam Musa yang mendapat undi kedua terbanyak(281).
Pada sesi ini Sesi 2011/2013 , Hj Mohamed Sabu atau lebih mesra dipanggil sebagai Abang Mat akan mencuba nasib sekali lagi. Walau bagaimanapun sama ada beliau akan meneruskan cabaran itu akan hanya dimaklumkan pada awal bulan April nanti.
Sekarang, 15 Mac 2011 di 179 Kawasan sedang berlangsung Mesyuarat Agong Kawasan-kawasan di seluruh negara hingga 10 Mei 2011. Muktamar Agong PAS bakal diadakan pada 3.4 dan 5 Jun di Markaz PAS Pusat Taman Melewar. Sebelum ini muktamar diadakan di luar Kuala Lumpur. Mungkin parti ingin mengimbau kembali roh perjuangan yang kental di mana perjuangan PAS itu bersemarak. Kini markaz tersebut telah dijadikan sebagai Universiti Islam Zulkifli Muhammad, salah seorang mantan Timbalan Yang Dipertua PAS atau sekarang dipanggil Timbalan Presiden.
Harakahdaily | ||||||||
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden / PJ Pahang TEMERLOH, 24 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini. Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan. “Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden. "Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini. Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti. “PAS perlu bangkit sebagai parti berwibawa dalam persaingan keyakinan rakyat dan masa depan yang hebat,” ujarnya. Abdul Shukor Haron menulis : Harakahdaily.net - 31.03.2011
|
Mat Sabu layak tanding timbalan
Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu kini layak bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Jun ini selepas mendapat tiga pencalonan di peringkat kawasan.
Pencalonan itu diperolehi daripada tiga kawasan – Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.
Peraturan parti menetapkan supaya mana-mana calon yang menawarkan diri untuk bertanding untuk mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan.
Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad (foto) tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.
Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut kali ini, namun keputusan akhir untuk meneruskan pertandingan bergantung kepada sokongan akar umbi.
Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut kali ini, namun keputusan akhir untuk meneruskan pertandingan bergantung kepada sokongan akar umbi.
Beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi membantu presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha memperkasa parti dan memperkukuh kerjasama dalam Pakatan Rakyat serta memantapkan Majlis Syura Ulama.
Mohamad dijangka tidak menghadapi masalah untuk menambah pencalonan daripada beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti kawasan Batu dan Putrajaya.
Kedua-dua kawasan tersebut akan mengadakan pemilihan pada 23 April ini.
Sementara itu, sumber PAS Muar memberitahu Malaysiakini, kawasan tersebut mengekalkan Abdul Hadi dan ketiga-tiga naib presiden – DatukTuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar – bagi pemilihan Jun ini.
Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuart kawasan pada 2 April lalu.
Dipetik dari MK : 13.04.2011
"Saya tidak ada niat bertanding jawatan Presiden Pas," Husam Musa
YB Dato' Husam Musa - Exco Kerajaan Kelantan
KOTA BAHARU - Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak berniat untuk bertanding jawatan Presiden Pas pada muktamar agung parti itu pada Jun depan walaupun menerima pencalonan daripada beberapa cawangan.
Husam juga meminta semua cawangan lain parti itu tidak mencalonkannya lagi untuk jawatan tersebut tetapi akan memikirkan dengan mendalam jika dicalonkan
bagi jawatan lain.
"Kepada semua anggota Pas saya tidak mempunyai cadangan atau niat untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan ingin saya nyatakan akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan akan terus menyokongnya bagi jawatan itu.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden / AP Marang
"Kepada yang telah mencalonkan saya untuk jawatan itu saya mengucapkan terima kasih dan terpaksa menolaknya. Buat masa ini saya mahu bertanding bagi peringkat anggota jawatankuasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
YB Ustaz Nasharudin Mat Isa - Timbalan Presiden / AP Bachok
Sebelum ini Pas Kawasan Bukit Bintang membuat kejutan mencalonkan Husam bagi jawatan itu.
Pada pemilihan pucuk pimpinan sebelum ini Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan tewas bagi jawatan Timbalan Presiden kepada Nasharuddin
Mat Isa. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/11280.asp
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2872:pemilihan-jangan-terikut-paluan-gendang-lawan-&catid=34:primary&Itemid=56
PAS kawasan diminta hantar pencalonan
Ibu pejabat parti PAS meminta semua kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung supaya menghantar senarai pencalonan pemilihan pucuk pimpinan kepada jawatakuasa pemilihan.
Jurucakap ibupejabat tersebut berkata, tarikh tutup untuk kawasan menghantar senarai pencalonan ialah 10 Mei depan.
Beliau berkata, setahunya hanya satu kawasan sahaja yang telah menghantar senarai pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa, merupakan pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat.
Jurucakap itu berkata, kesemua 179 PAS kawasan dijadual selesai mengadakan agung masing-masing pada 10 Mei.
Manakala sidang media untuk mengumumkan nama calon yang layak bertanding akan diadakan selepas tarikh tersebut. Muktamar PAS akan berlangsung 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Taman Melewar, Gombak.
Sementara itu, beberapa kawasan lagi akan bermesyuarat dan mengadakan pemilihan Sabtu ini, antaranya Batu (Wilayah Persekutuan), Putrajaya, Jasin dan Masjid Tanah, kedua-duanya di Melaka.
Pada hari berikutnya pula, beberapa lagi kawasan akan bermesyuarat termasuk Tititwangsa, Wangsa Maju, Seputeh, Bukit Katil dan Alor Gajah.
Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak mempertahankan jawatannya selepas mendapat pencalonan dari beberapa kawasan antaranya Temerloh, Muar dan Parit.
Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang mendapat pencalonan dari Bukit Bintang bagi mencabar Abdul Hadi, bagaimanapun menolaknya.
Sebaliknya, Husam hanya menawarkan diri mempertahankan kedudukannya dalam jawatankuasa PAS pusat.
Bekas naib presiden Mohamad Sabu pula sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau mendapat pencalonan itu setelah mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.
Naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mendapat pencalonan bagi jawatan tersebut, menolaknya dan hanya mahu mempertahankan jawatannya sekarang.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu sudahpun mendapat cukup pencalonan - dari Temerloh dan Muar - untuk mempertahankan jawatan naib presiden.
Dua lagi naib presiden - ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar - turut layak mempertahankan jawatan tersebut.
Kedua-dua pemimpin PAS itu masing-masing mendapat empat pencalonan dari Bukit Bintang, Muar, Temerloh dan Parit. Setiap calon perlu mendapat dua pencalonan minimum untuk layak bertanding.
Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 19 April: Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional. Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka. YB TG Hj Abdul Hadi Awang - Presiden Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air. Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri. Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini. "Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu. "Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya. Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib. "Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau. Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS. Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini. "Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya. Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat. Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv. "Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya. Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju. Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang. "Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap jentera PAS di semua peringkat dengan terus berusaha gigih menyampaikan risalah perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dari semasa ke semasa, seperti juga yang perlu terus dilakukan di Semenanjung," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2872:pemilihan-jangan-terikut-paluan-gendang-lawan-&catid=34:primary&Itemid=56
PAS kawasan diminta hantar pencalonan
Ibu pejabat parti PAS meminta semua kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung supaya menghantar senarai pencalonan pemilihan pucuk pimpinan kepada jawatakuasa pemilihan.
Jurucakap ibupejabat tersebut berkata, tarikh tutup untuk kawasan menghantar senarai pencalonan ialah 10 Mei depan.
Beliau berkata, setahunya hanya satu kawasan sahaja yang telah menghantar senarai pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
YB Dato' Abdul Halim Abdul Rahman - Pengarah SPR PAS / AJK PAS Pusat
Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa, merupakan pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat.
Jurucakap itu berkata, kesemua 179 PAS kawasan dijadual selesai mengadakan agung masing-masing pada 10 Mei.
Manakala sidang media untuk mengumumkan nama calon yang layak bertanding akan diadakan selepas tarikh tersebut. Muktamar PAS akan berlangsung 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Taman Melewar, Gombak.
Sementara itu, beberapa kawasan lagi akan bermesyuarat dan mengadakan pemilihan Sabtu ini, antaranya Batu (Wilayah Persekutuan), Putrajaya, Jasin dan Masjid Tanah, kedua-duanya di Melaka.
Pada hari berikutnya pula, beberapa lagi kawasan akan bermesyuarat termasuk Tititwangsa, Wangsa Maju, Seputeh, Bukit Katil dan Alor Gajah.
YB Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Awang - Presiden
Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak mempertahankan jawatannya selepas mendapat pencalonan dari beberapa kawasan antaranya Temerloh, Muar dan Parit.
YB Dato' Husam Musa - Exco Kanan Kerajaan Kelantan
Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang mendapat pencalonan dari Bukit Bintang bagi mencabar Abdul Hadi, bagaimanapun menolaknya.
Sebaliknya, Husam hanya menawarkan diri mempertahankan kedudukannya dalam jawatankuasa PAS pusat.
Tn Hj Mohammad Sabu - AJK PAS Pusat / Pengerusi Lajnah Demokrasi
Bekas naib presiden Mohamad Sabu pula sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau mendapat pencalonan itu setelah mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden / Pesuruhjaya PAS Pahang
Naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mendapat pencalonan bagi jawatan tersebut, menolaknya dan hanya mahu mempertahankan jawatannya sekarang.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu sudahpun mendapat cukup pencalonan - dari Temerloh dan Muar - untuk mempertahankan jawatan naib presiden.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden / AP Kubang Kerian / Pengerusi BELA
Dua lagi naib presiden - ahli parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar - turut layak mempertahankan jawatan tersebut.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden / AP Pokok Sena / Pengerusi KASE
Kedua-dua pemimpin PAS itu masing-masing mendapat empat pencalonan dari Bukit Bintang, Muar, Temerloh dan Parit. Setiap calon perlu mendapat dua pencalonan minimum untuk layak bertanding.
http://www.malaysiakini.com/news/161930
Jaga adab, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu. Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden / Pengerusi JK Disiplin PAS Pusat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu berkata, biarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain. "Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti. "Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Sehubungan itu tegasnya, calon yang hendak dipilih perlu mempunyai dua syarat penting iaitu layak dan kedua, mempunyai kemampuan untuk menunaikan tanggungjawab. Elak perang melalui media, blog Mengulas trend sesetengah pihak di kalangan PAS yang gemar menggunakan media termasuk blog untuk menghentam mana-mana pimpinan dalam parti, beliau berkata perkara itu sewajarnya dielakkan. "Kita kena berhati-hati dalam soal ini. "Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah. "Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi. Awas manipulasi media YB Dato' Husam Musa - Exco Kelantan / AJK PAS Pusat Ianya termasuk isu pencalonan Datuk Husam Musa bertanding jawatan presiden oleh PAS Bukit Bintang. "Tetapi perbezaan yang ditunjukkan oleh Bukit Bintang itu kita raikan, itu hak kawasan," katanya. Datuk Husam Musa dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang untuk jawatan presiden namun begitu Husam telah menolaknya dengan berkata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi adalah calon yang paling layak untuk jawatan itu. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden / AP Marang / ADUN Rhu Rendang "Beliau adalah antara faktor penyatuan dalam PAS," kata Husam dalam reaksi segeranya kepada Harakahdaily sebelum ini ekoran ke atas pencalonan itu. AlMarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor - Mantan Presiden PAS PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar Gombak, Selangor. Bangunan Kolej KUIZM Dr Shahbudin Ngah - Rektor KUIZM Tahun ini akan diadakan pemilihan untuk semua jawatannya samada di peringkat pusat, kawasan dan juga cawangan-cawangannya di seluruh negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2930:jaga-adab-jangan-perlekeh-dan-burukkan-pihak-lain&catid=36:headline&Itemid=68
Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada. YB Dato' Husam Musa - AJK PAS Pusat / Exco Kanan Kelantan Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden “Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya. Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini. Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13. Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat. Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran. “Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau. Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini. Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2938:fokus-jatuhkan-bn-bukan-pemimpin-pas-husam&catid=36:headline&Itemid=68
Exco Pemuda PAS Perak terajui kawasan |
Harakahdaily |
IPOH, 3 Mei: Dua orang Exco Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al Hiss dan Ustaz Ismi Muhammad Taib dipilih menjadi yang dipertua bagi kawasan masing-masing iaitu Kuala Kangsar dan Parit. Dr Raja Ahmad Al Hiss - YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar Dr Raja Ahmad Al Hiss merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak manakalah Ustaz Ismi adalah Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda Pas Negeri Perak pula menjadi YDP Kawasan Parit pada 3 April 2011. Ustaz Ismi Muhammad Taib - YDP PAS Kawasan Parit Kemampuan mereka menjawat jawatan yang dipertua PAS kawasan dilihat sebagai satu bukti kekuatan Pemuda Perak dalam melahirkan barisan kepimpinan pemuda di semua peringkat. Raja Ahmad Al Hiss yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat mengharapkan amanah yang diterima itu mampu dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada semua pihak seterusnya membuktikan kemampuan anak muda untuk memimpin parti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3079:exco-pemuda-pas-perak-terajui-kawasan&catid=76:negeri-perak&Itemid=59
'Mat Sabu dahului pencalonan no 2 PAS'
Hj Mohamad Sabu - AJK PAS Pusat (60 pencalonan)
Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.
YB Ustaz Nasharudin Mat Isa - Timbalan Presiden (33 pencalonan)
Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.
Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan.
Sumber turut memberitahu tiga lagi pemimpin PAS turut mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden (13 pencalonan)
Mereka adalah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (atas) yang meraih 13 pencalonan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (bawah) yang mendapat tiga pencalonan.
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak -
AJK PAS Pusat / MB Kedah ( 3 pencalonan)
Seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - memperolehi satu pencalonan.
YB Salahudin Ayub - Niab Presiden (1 pencalonan)
PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.
Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk mendapat jumlah pencalonan yang pemimpin PAS yang lain itu masih belum berhasil.
Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden.
Pada pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad sekadar meraih 261 undi.
Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.
Sebelum itu, muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - turut akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan mereka masing-masing dua hari sebelum itu.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/163080 : 3/05/2011
Nasha sahkan pertahan no 2 PAS
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.
“Ya, saya akan pertahankan (jawatan timbalan presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga," katanya ketika dihubungi Bernama.
Nasharudin yang juga anggota parlimen Bachok dipilih menjadi timbalan presiden PAS pada pemilihan parti 2005.
Beliau mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi).
"Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat untuk meneruskan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini.
"Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tambahnya.
Nasharudin dijangka dicabar anggota jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang sama.
“Saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu," katanya.
Dipetik dari MK : 4//05//2011-Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/163247
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3157-persiapan-pru-13-agenda-penting-muktamar
Ketua Pemuda PAS Kedah kekal |
Fakhri Ali |
SUNGEI PETANI, 3 Mei: Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya berjaya mempertahankan jawatan yang disandangnya apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan peringkat negeri yang telah diadakan di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungei Petani kelmarin. Ustaz Ahmad Yahya - Ketua Pemuda PAS Kedah Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Negeri pula, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Mohd Nor telah berjaya mengekalkan jawatan yang diterajuinya sekali lagi setelah Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Mustapha menarik dari dari pertandingan tersebut. Sdr Mohammad Sanusi Mohd Nor - Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah / Setpol MB Kedah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki pula sekali lagi dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Negeri setelah turut menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut. YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki - Naib Ketua Pemuda PAS Kedah / ADUN Bukit Lada Manakala bagi merebut jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Padang Serai, Ustaz Fauzi Tahir berjaya mempertahankan kedudukannya. Timbalan dan Naib Yang Dipertua pula ialaha Abd Razak Salleh dan Alwi Nordin. YB Hjjh Siti Aishah Ghazali - Ketua Muslimat PAS Padang Serai Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali mengekalkan kerusi Ketua Muslimat PAS kawasan Padang Serai manakala Suhaimi Abdul Hamid sebagai Ketua Dewan Pemuda Padang Serai yang baru. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/74-negeri-kedah/3076-ketua-pemuda-pas-kedah-kekal
Muslimat, Pemuda PAS Melaka dapat ketua baru |
Ahmad Danial |
MELAKA, 3 Mei: Dua sayap utama PAS Melaka iaitu Dewan Pemuda dan Muslimat mendapat ketua baru apabila penyandang jawatan pada penggal lalu tidak mempertahankan jawatan masing-masing. Bekas calon PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah dan Kintan Man dipilih mengetuai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri pada muktamar masing-masing Ahad lalu. Sdr Yuhaizad Abdullah - Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad menggantikan Ustaz Kamaruddin Sidek yang melepaskan jawatannya atas faktor umur manakala Kintan menggantikan Dr Khatijah Jumangat yang tidak mempertahankan jawatannya. Kedua-duanya dipilih tanpa bertanding. Hjjh Kintan Man - Ketua Muslimat PAS Melaka Timbalan Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Ustaz Musa Mohamad manakala Naib Ketua diamanahkan kepada Yuzi Azhar Yosof. Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat penggal lalu iaitu Shopiah Ahmad dan Hajah Aziah Saad mempertahankan jawatan masing-masing tanpa bertanding. Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda ialah Shaharuddin Yusof, Juhari Osman, Shahrin Azam Ismaon, Mohd Aizat Baharuddin, Jauhar Md Dawi, Abu Khir Abu Bakar, Ustaz Sobri Abdullah, Ustaz Azizan, Ustaz Helmi Mohd Dahan dan Ustaz Nurkhairi Yusof. Manakala Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat yang dipilih ialah Anida Haron, Hawa Yaakob, Dr Khatijah Jumangat, Ustazah Noraini Sidek, Fadhilah Ismail, Maisarah Abu Bakar, Zarina Khalid, Rozita Md Saad, Mahani Osman dan Khadijah Ibrahim. YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - Ketua Pengarah PR DPPP / AP Jerai (selaku perasmi) Muktamar Dewan Pemuda dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda Pusat, Mohd Firdaus Jaafar semnetara Muktamar Dewan Muslimat pula diadakan Maahad Ar Rahmah Solok Gaong dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Zailah Mohd Yusof. YB Ustazah Zailah Mohd Yusof - Timbalan Ketua DMPP / AP Rantau Panjang (selaku perasmi) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/78-negeri-melaka/3077-muslimat-pemuda-pas-melaka-dapat-ketua-baru
Timbalan: Mat Sabu terus dahului Nasha
Penyokong bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa sekurang-kurang lima negeri memberi sokongan dengan mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden Jun ini.
Lebih separuh kawasan di semua negeri tersebut - Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan - mencalonkan Mohamad bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Sumber mendakwa kawasan PAS di Johor paling banyak menyokongnya dengan 15 daripada 26 kawasan mencalonkan beliau bertanding jawatan tersebut.
Ia diikuti Perak (13 daripada 24 kawasan), Kedah (8 daripada 15), Sabah (5 daripada 8) dan Negeri Sembilan (4 daripada 8) mencalonkan 'Abang Mat'.
"Keputusan (jumlah pencalonan) itu diperolehi selepas membuat semakan beberapa kali (di semua kawasan)," kata sumber yang rapat dengan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu.
Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini kawasan di negeri lain yang turut mencalonkan Mohamad adalah Wilayah Persekutuan dengan (2 kawasan), Pulau Pinang (5), Selangor (4), Perlis (2), Melaka (2), Kelantan (6), Pahang (3) dan Sarawak (1).
Pencalonan Azizan bertambah
Bagaimanapun, sumber turut mendakwa Mohamad tidak mendapat sebarang pencalonan di Terengganu.
PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.
Sehubungan itu, sumber itu, berkata Mohamad menambah 10 lagi pencalonan setakat Sabtu lalu (7 Mei), menjadikan jumlah pencalonannya kepada 70 pencalonan.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Mat Sabu memperolehi 60 pencalonan sehingga minggu lalu.
Sumber itu juga berkata penyandang jawatan berkenaan Nasharudin Mat Isa memperolehi 39 pencalonan- bertambah enam pencalonan berbanding 33 pencalonan sehingga minggu lalu.
Di tempat ketiga ialah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menambah empat pencalonanan, menjadi 17 setakat ini.
Sementara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mendapat lima pencalonan, bertambah dua pencalonan.
Salahudin, Nizar belum layak
Seorang lagi naib presiden Salahudin Ayub masih kekal dengan satu pencalonan manakala bekas menteri Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin turut mendapat satu pencalonan.
Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk merebut jawatan timbalan presiden.
Dalam pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.
Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad meraih 261 undi.
Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.
Muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan masing-masing dua hari sebelum itu.
http://www.malaysiakini.com/news/163619Lebih separuh kawasan di semua negeri tersebut - Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan - mencalonkan Mohamad bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bulan depan.
Sumber mendakwa kawasan PAS di Johor paling banyak menyokongnya dengan 15 daripada 26 kawasan mencalonkan beliau bertanding jawatan tersebut.
Ia diikuti Perak (13 daripada 24 kawasan), Kedah (8 daripada 15), Sabah (5 daripada 8) dan Negeri Sembilan (4 daripada 8) mencalonkan 'Abang Mat'.
"Keputusan (jumlah pencalonan) itu diperolehi selepas membuat semakan beberapa kali (di semua kawasan)," kata sumber yang rapat dengan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu.
Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini kawasan di negeri lain yang turut mencalonkan Mohamad adalah Wilayah Persekutuan dengan (2 kawasan), Pulau Pinang (5), Selangor (4), Perlis (2), Melaka (2), Kelantan (6), Pahang (3) dan Sarawak (1).
Pencalonan Azizan bertambah
Bagaimanapun, sumber turut mendakwa Mohamad tidak mendapat sebarang pencalonan di Terengganu.
PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.
Sehubungan itu, sumber itu, berkata Mohamad menambah 10 lagi pencalonan setakat Sabtu lalu (7 Mei), menjadikan jumlah pencalonannya kepada 70 pencalonan.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Mat Sabu memperolehi 60 pencalonan sehingga minggu lalu.
Sumber itu juga berkata penyandang jawatan berkenaan Nasharudin Mat Isa memperolehi 39 pencalonan- bertambah enam pencalonan berbanding 33 pencalonan sehingga minggu lalu.
Di tempat ketiga ialah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menambah empat pencalonanan, menjadi 17 setakat ini.
Sementara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mendapat lima pencalonan, bertambah dua pencalonan.
Salahudin, Nizar belum layak
Seorang lagi naib presiden Salahudin Ayub masih kekal dengan satu pencalonan manakala bekas menteri Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin turut mendapat satu pencalonan.
Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk merebut jawatan timbalan presiden.
Dalam pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.
Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad meraih 261 undi.
Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.
Muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan masing-masing dua hari sebelum itu.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Mei: PAS akan mengadakan sidang media khas Selasa 17 Mei ini bagi memaklumkan pencalonan untuk pimpinan tertingginya selepas ia ditutup Ahad 15 Mei ini. Tn Hj Mustafa Ali - SUA PAS Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS 2011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media itu bagi memaklumkan pencalonan itu. YB Dao' Abdul Halim Abdul Rahman - Pengerusi JK Pemilihan Sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 11 pagi. PAS akan mengadakan pemilihan untuk pimpinan tertingginya dalam Muktamar yang akan diadakan 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sejak Mac lalu, PAS kawasan-kawasan dan dewan-dewan peringkat negeri mengadakan mesyuarat agung mereka di mana setiap kawasan berhak membuat pencalonan untuk jawatankuasa PAS pusat. Kertas pencalonan yang mereka hantar dimasukkan ke dalam satu kotak khas di Pejabat Agung PAS dan hanya akan dibuka oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011 yang dipimpin Ustaz Halim Ahad ini. Antara jawatan itu adalah pengerusi tetap dan timbalannya, presiden, timbalan presiden, tiga naib-naib presiden, AJK dan juga pemeriksa kira-kira. Kebanyakan kawasan menyerahkan kepada Jawatankuasa baru yang mereka pilih dalam mesyuarat agung kawasan untuk menetap pencalonan peringkat pusat dari kawasan mereka. Ini bermakna terserahlah kepada jawatankuasa itu untuk mencalonkan siapakah pucuk pimpinan PAS yang mereka kehendaki. Menurut peraturan yang ada, setiap calon memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk layak bertanding. Dewan Ulamak, Muslimat dan Pemuda PAS akan mengadakan muktamar mereka pada 1 dan 2 Jun ini. Mesyuarat dewan-dewan di peringkat negeri juga sudah berjalan. Mereka pula berhak membuat pencalonan untuk jawatan ketua, timbalan, naib dan AJK disamping pengerusi tetap, timbalannya serta pemeriksa kira-kira masing-masing di peringkat pusat. Tarikh terakhir mesyuarat kawasan-kawasan adalah 14 Mei ini iaitu sehari sebelum tarikh tutup pencalonan diterima. Antara kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agung pada tarikh itu adalah PAS Kawasan Selayang dijangka panas ekoran pertandingan sengit untuk jawatan utamanya termasuk Yang Dipertua PAS kawasan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3232-pencalonan-ditutup-15-mei-sidang-media-17-mei
Harakahdaily |
SELAYANG, 14 Mei: PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Bukan itu sahaja, PAS cawangan pimpinan beliau ini berjaya menarik hampir 200 ahli Umno untuk menyertai PAS. Turut berjaya ditarik cawangan beliau adalah pengasas kampung Kuang dekat sini yang juga Ketua Cawangan Umno Kundang Jaya, Haji Mohamad Ithnin menyertai PAS. Bermula dengan hanya 52 ahli kini cawangan beliau mempunyai lebih 150 ahli termasuk dari kampung-kampung lain dalam Dun Kuang. Ibu kepada dua anak dan seorang anak angkat ini bukannya memimpin ahli wanita sahaja bahkan kebanyakan ahli cawangan beliau adalah lelaki. "Kebanyakan ahli saya lelaki tetapi mereka mahu saya menjadi ketua...naib ketua cawangan saya lelaki," beritahu Eisah ketika ditemui Harakahdaily dalam mesyuarat agung PAS kawasan Selayang. YB Dr Mohd Hatta Ramli - Bendahari PAS Pusat (Perasmi Mesyuarat Agong Kawasan Selayang) Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli ketika merasmikan mesyuarat agung itu menyentuh fenomena ini. "Ini satu fenomena baru dalam PAS. Oleh kerana orang lelaki sibuk cari nafkah, muslimat jaga cawangan...ambik kau," kata Hatta. Sebelum itu, Eisah dan Mohamad Ithnin diperkenalkan kepada perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS Selayang dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka. "Saya pun tak tahu macamana saya masuk PAS sebab saya Umno sebelum ni. Ia bermula sebelum 2008 bila saya mula mendekati program-program PAS," cerita peniaga ikan segar ini. Apabila usaha dibuat untuk menubuhkan cawangan PAS di Rahmat Jaya, ahli-ahli PAS di situ sepakat memilih Eisah sebagai ketua. Hj Mohamad Abdul Rahman - YDP Kawasan Selayang Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, satu majlis besar-besaran akan dibuat bagi meraikan kemasukan ahli-ahli baru PAS yang sebelum ini memegang jawatan penting dalam Umno. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3282-wanita-jadi-ketua-cawangan-pas-rahmat-jaya
Harakahdaily |
SELAYANG, 14 Mei: Mesyuarat Agung PAS kawasan Selayang hari ini mengubah kepimpinan kawasan itu iaitu Yang Dipertua dan naib YDP tetapi mengekalkan timbalan YDP. Sdr Zaidy Abdul Talib - YDP PAS Kawasan Selayang Zaidy Abdul Talib dipilih menjadi ketua menggantikan Haji Mohamad Abdul Rahman, timbalannya kekal dimenangi Shafie Othman manakala naibnya Saudara Kamaruzaman Mohd Nor menggantikan Mohd Mokhtar Ruzaidi. Ketua Urusan Ulamak juga bertukar tangan kepada Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Husin Al-joofri. Mesyurat agung yang sepatutnya berjalan bulan lalu telah ditukar ke hari ini apabila beberapa pihak tidak berpuashati dengan tatacara pengurusan mesyuarat agung. Tarikh yang lepas juga iaitu 6 April bertembung dengan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Krai. Pemilihan hari ini dikendalikan oleh PAS Negeri Selangor dengan PAS Kawasan Hulu Selangor menjadi pengendali pemilihannya. PAS Selayang adalah antara PAS kawasan yang terakhir mengadakan mesyuarat agung. Esok adalah tarikh akhir pencalonan untuk kepimpinan utama PAS. Selasa ini, PAS akan mengadakan satu sidang media khas mengenai pencalonan PAS ini. Fokus kepada pengurusan masjid Dalam ucapan perasmiannya, Dr Hatta Ramli meminta semua ahli PAS di Selangor memanafaatkan sepenuhnya pengurusan masjid yang diserahkan kepada PAS untuk dikendalikan oleh kerajaan negeri Selangor. "Lima tahun lalu, kita sering berbincang, alangkah baik jika kita menguruskan masjid-masjid di Selangor. Kita akan makmurkan masjid. "Sekarang ia sudah menjadi realiti. Kenapa kita tidak memanafaatkan sepenuhnya masjid-masjid ini," kata Dr Hatta. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, antara perkara awal yang dilakukan adalah pendemokrasian masjid. Melalui agenda ini, semua masjid diminta mengadakan mesyuarat agung dan memilih jawatankuasa masjid secara pengundian secara terbuka. Ekoran itu, hampir kesemua masjid dan surau di Selangor dikendalikan oleh aktivis PAS kerana merekalah yang paling ramai datang ke masjid dan surau. Sejak itu, semua masjid dan surau di Selangor benar-benar diimarahkan dengan pelbagai aktiviti khasnya majlis ilmu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/3288-pas-selayang-bertukar-kepimpinan
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Calon-calon yang layak sebagai Timbalan Presiden :
Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat. Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu: 1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan) 2. Mahfuz Omar (naib presiden) 3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat) 4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) 5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat) 6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat) 7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Peneranagn Dewan Ulamak) 8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat) Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden. Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat: 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz 4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj 5. Abdul Wahid Endut, YB Hj 6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz , 7. Abu Bakar Hussein, Ustaz 8. Adly Zahari, 9. Ahmad Sabki Yusof, 10. Aiman Athirah Al-Jundi 11. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj 13. Asmuni Awi, Hj 14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz, 15. Azman Shapawi, Ustaz 16. Halimah Ali, YB Dr. 17. Hamzah Abdullah, 18. Hamzah Jaafar, Dr. 19. Hanipa Maidin, Hj 20. Hashim Jasin, YB Ustaz 21. Hassan Ali, YB Dato’ Dr. 22. Hayati Othman, YB Dr. 23. Husam Musa, YB Dato’ 24. Idris Ahmad, Ustaz 25. Iskandar Abdul Samad, YB 26. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ 27. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr., 28. Khalid Abd Samad, YB Hj. 29. Khalil Idham Lim, YB 30. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr. 31. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. 32. Mahfuz Omar, YB Dato’ 33. Mazlan Aliman, 34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 35. Mohamad Abdullah, (Sabah) 36. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 37. Mohamad Sabu, Hj. 38. Mohd Anuar Tahir, Hj 39. Mohd Apandi Mohamed, Hj. 40. Mohd Firdaus Jaafar, YB 41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 42. Mohd Nasir Mustafa, 43. Mohd Nasir Zakaria, YB, 44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri 45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 47. Mustafa Ali, Dato’ 48. Najihatusolehah Ahmad, Dr. 49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz 50. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj 51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz 53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 54. Norazli Musa, Ustaz Hj. 55. Normala Sudirman, 56. Nuridah Salleh, Ustazah 57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj 58. Razman Zakaria, 59. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 60. Rosidi Hussin 61. Sa’ari Sungib, YB Hj. 62. Salahudin Ayub, YB, 63. Salleh Man, YB Ustaz 64. Sallehen Mukhyi, Ustaz 65. Shafie Abu Bakar, YB Dr. 66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 67. Siti Zailah Yusoff, YB 68. Suhaizan Kaiyat, 69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. 70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’ 71. Takiyuddin Hassan, YB Dato’ 72. Taufek Ghani, YB 73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’ 74. Wan Hasrina Wan Hassan, 75. Wan Nik Wan Yusof, 76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB 77. Yusof Embong, Ustaz Hj. 78. Zainuddin Yusof, YB Hj 79. Zaki Ibrahim, YB 80. Zuhdi Marzuki, Dr. 81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj 82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor) Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu: 1. Hussin Ismail 2. Ishak Surin 3. Misbahul Munir 4. Nasuruddin Daud, YB 5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato’ Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak. "Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya. Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu. Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula 1 hingga 6 Jun depan. Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=jjDAIYosBgI |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3326-presiden-pas-kekal-6-layak-tanding-timbalan
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Ulamak PAS Pusat menyaksikan tidak banyak perubahan pada pemilihan kali ini apabila jawatan Ketua dan naib ketua kekal dengan penyandang sekarang. Datuk Harun Taib (gambar) kekal sebagai ketua manakala naib ketua terus disandang Datuk Dr. Mahfodz Mohamed. YB Dato' Harun Taib - Ketua DUPP (menang tidak bertanding) Dato' Dr Mahfuz Mohammed - Naib Ketua DUPP (menang tidak bertanding) Bagi jawatan timbalan ketua pula, terdapat dua nama yang dicalonkan iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman. Seramai 26 orang pula layak bertanding ahli jawatankuasa kerja iaitu: 1. Abdullah Abd Razak, Ustaz 2. Abdullah Hussin, Ustaz 3. Abdullah Abu Bakar , Ustaz 4. Abd Ghani Shamsuddin, Ustaz 5. Abu Bakar Abdullah , Ustaz 6. Azhar Yahya , Ustaz 7. Azhar Yaakob , Ustaz Dr. 8. Badrulzaman Yusuf , Ustaz Dr. 9. Hussien Awang, Dato‘ Ustaz 10. Khairul Muntanazir Ismail, Ustaz 11. Khairudin Aman Razali, Ustaz 12. Lutfi Ariffin, Ustaz 13. Mohamad Daud Iraqi, Dato‘ Ustaz 14. Mohd Shuib Din, Ustaz 15. Mohd Zain Abd Rahman, Ustaz 16. Mokhtar Senik, Ustaz 17. Mustafa Abdullah, Ustaz 18. Nik Mohamad Zawawi Salleh, Ustaz 19. Nor Najhan Mohd Salleh, Ustaz 20. Shahabudin Ngah, Ustaz 21. Shuib Din, Ustaz 22. Shuib Mat Amin, Ustaz 23. Zulkarnain Hassan, Ustaz 24. Zulkifli Ismail, Ustaz 25. Wan Abdul Halim Wan Che Ustaz 26. Zainol Asri Romli, Ustaz Perkara tersebut diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Dewan Ulamak berbeza dengan Dewan Pemuda dan Muslimat iaitu hanya satu pencalonan diperlukan untuk melayakkan seseorang itu bertanding dan pencalonannya dibuat oleh negeri, bukan kawasan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3328-harun-taib-kekal-terajui-dewan-ulamak-pas-pusat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mendapat pencalonan yang banyak dan layak bertanding AJK PAS Pusat pada muktamar kali ini tetapi namanya tertinggal dalam senarai yang diedarkan semalam. YB Dr Dzulkefli Ahmad - AJK PAS Pusat / AP Kuala Selangor Menurut pegawai JK Pemilihan PAS Pusat, nama Dr Dzulkefly tertinggal dalam senarai tersebut akibat salah faham. "Nama dia ada, cuma tertinggal dalam senarai yang kita edarkan. Dia dapat banyak pencalonan," kata pegawai berkenaan. Ia berlaku apabila nama beliau bertukar dengan seorang lagi calon yang bernama sama tetapi dieja dengan cara berlainan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3354-dr-dzulkefly-layak-bertanding
Nasruddin kekal ketua pemuda PAS tanpa saingan
Ustaz Nasrudin Hassan At Tantwi
Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan mencabar beliau.
Sdr Suhaizan Kiat - Ketua Penerangan DPPP
Pagi tadi, ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan akhbar juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan berkenaan.
"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," kata Suhaizan.
Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani - Timbalan Ketua DPPP
Sementara itu Harakahdaily melaporkan dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang, Azman Shapawi Abd Rani dan pengarah pilihan raya pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, juga telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan berkenaan.
Azman semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.
Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.
Dengan perkembangan itu, bermakna Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatannya.
Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diumumkan selepas 26 Mei ini.
Semalam, Dewan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.
Mengulas pertemuan malam semalam, Nasruddin dipetik Harkahdaily sebagai berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.
"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.
"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.
"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.
Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.
Dewan Audotorium MBSA - tempat Muktamar DPPP 2011 diadakan
Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/164603
Hazayani Zakaria |
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS / AP Pokok Sena KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini. Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan. Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin. "Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Beliau bagaimanapun enggan menganggap keputusan itu sebagai mempertahankan jawatan kerana menurutnya jawatan bukan milik individu, tapi milik parti. Sebaliknya tegas Mahfuz, beliau akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja parti,terutama untuk menumbangkan Umno BN. "Saya tak suka guna istilah mempertahankan jawatan kerana jawatan bukan milik individu tapi milik parti. "Kalau saya menumpukan soal pemilihan, saya akan hilang fokus sebenar. Jadi saya serahkan kepada kawasan untuk membuat penilaian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Mahfuz turut menekankan '5K' yang menjadi prinsipnya dalam memastikan PAS terus diterima masyarakat dan mampu bersama-sama Pakatan Rakyat memerangi politik perkauman yang kembali dimainkan Umno BN untuk mewujudkan rasa tidak senang antara kaum. '5 K' tersebut ialah kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan, dan keprihatinan/kebajikan. "5K ini yang saya nak bawa. Jadi menjadi tanggungjawab besar bagi saya, untuk menerima pencalonan untuk bawa PAS ke dalam 'green politic' di Malaysia," katanya. Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding. Ini katanya menunjukkan ahli memberikan sepenuh kepercayaan kepada Abdul Hadi untuk terus meneraju PAS bersama Pakatan Rakyat. "Kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai presiden parti akan melicinkan lagi perjalanan PAS bersama Pakatan Rakyat. "Ahli ternyata memberi penghargaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau," katanya. Sebanyak 152 kawasan menghantar pencalonan untuk jawtan tertinggi parti namun hanya 146 diterima selepas enam borang yang dihantar tidak lengkap. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3403-mahfuz-sah-pertahan-jawatan-naib-presiden-pas
Harakahdaily |
TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik." Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden / Pesuruhjaya PAS Pahang Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, "calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama." Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Berikut ialah kenyataan penuh beliau: Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan. Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar. Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan. Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama. Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS Pusat 24 Mei 2011 |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3439-timb-presiden-tuan-ibrahim-sertai-pertandingan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3443-dr-mariah-dr-asiah-tolak-calon-ketua-muslimat-
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden apabila membayangkan beliau akan bertanding jawatan itu hari ini. YB Dr Mohd Hatta Ramli - Bendahari PAS Pusat "Setakat ini tanding, tapi belum bagi jawapan rasmi lagi. Sedang meneliti perkembangan terkini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily jam 6.32 petang tadi. Keputusan Dr Hatta ini menjadikan enam tokoh menawarkan diri untuk jawatan ini sehingga kini iaitu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, AJK Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak. Dua lagi iaitu Datuk Nik Mohd Amar, Exco Kelantan dan Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah masih belum diketahui sikap mereka. Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak. Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya. Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden. Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini. Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun. Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding. Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam. Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini. “Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden. “Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja. Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan. Sehingga kini, sudah empat termasuk Husam mengesahkan bertanding naib presiden. Yang lain adalah Ustaz Idris Ahmad yang paling awal membuat pengesahan, kemudian Salahudin Ayub, lepas itu Datuk Mahfuz Omar. Datuk Seri Nizar Jamaludin juga difahamkan akan bertanding jawatan ini namun hingga kini Harakahdaily belum mendapat pengsahan dari beliau. Dengan kelima-lima calon ini, sudah pasti pemilihan naib presiden PAS kali ini amat meriah. Yang belum membuat pengesahan adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Mohd Hatta Md Ramli. Dr Mujahid Yusof dan Mazlan Aliman mengumumkan akan bertanding AJK sahaja. Tarikh tutup pengesahan untuk jawatan ini adalah 26 Mei ini manakala calon yang akan bertanding akan diumumkan 27 Mei. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3456-husam-tanding-naib-presiden-pas
Nazri Abdullah |
Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani - Penyandang |
YB Ustaz Firdaus Jaafar - Pengarah PR DPPP
Sdr Suhaizan Kaiat - Ketua Penerangan DPPP
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3486-sah-tiga-tanding-timbalan-ketua-pemuda-pas
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 26 Mei: Anggota Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) hari ini mengesahkan menyertai persaingan merebut jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar awal Jun ini. Katanya, beliau tidak mahu mengecewakan keputusan dibuat beberapa kawasan yang mencalon namanya untuk bertanding jawatan ketiga tersebut dalam hierarki PAS. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah - Exco Kelantan “Lagi pun jawatan itu ada kekosongan yang boleh ditandingi mana-mana pemimpin apabila cukup syarat,” katanya di sini. Pada 24 Mei lalu Mohd Amar memberi gambaran awal bakal menyertai pertandingan merebut jawatan Naib Presiden. Bagaimanapun hari ini beliau memberitahu kepastiannya untuk bersama calon-calon lain bertanding jawatan tersebut pada muktamar yang akan diadakan di Taman Melewar bermula 3 Jun ini. Setakat ini bermakna empat calon mengesahkan kesediaan merebut jawatan tersebut termasuk penyandang Datuk Mahfuz Omar, yang lain ialah Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3487-nik-amar-sah-tanding-naib-presiden-pas
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan Naib Presiden PAS namun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli hanya bertanding AJK sahaja. YB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin - AJK PAS Pusat Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja. Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Harakahdaily, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja. Langkah ini diambil beliau selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini. "Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau. Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih. Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja. Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan. Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar. Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini. Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini. Nizar berbicara soal 'Perak dalam pilihan raya umum ke 13'. Semalam, Mohamad Hata Wahiri, Presiden NUJ membuat rakaman untuk rancangan 'Persepsi' terbitan TVPAS untuk Harakdaily. Hata, wartawan Utusan Malaysia yang baru sahaja dipecat berbicara soal Utusan Malaysia dan Umno dalam siaran kali. Rancangan ini juga akan disiarkan mulai petang Jumaat ini di Harakahdaily. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3491-nizar-tanding-naib-presiden-dr-hatta-ajk-saja
Nazri Abdullah |
KOTA BHARU, 26 Mei: Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz lewat hari ini memaklumkan menukar keputusannya di saat akhir untuk turut bersaing merebut jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS. Usataz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Exco DPPP Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam Harakahdaily menyiarkan keputusannya awal pagi tadi bahawa beliau menolak untuk bertanding jawatan nombor dua dewan itu dan hanya mahu bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja. Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani - Penyandang Bagaimanapun petang ini beliau merubah pendirian itu dan memaklumkan akan turut bertanding bersama tiga calon lain iaitu penyandangnya Azman Shapawi, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihanraya Mohd Firdaus Jaafar. Suhaizan Kaiat - Ketua Penerangan YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - Ketua Pengarah PR DPPP "Selepas mendapat pandangan dari rakan-rakan, saya sedia untuk bertanding Timbalan Ketua Pemuda. "Saya juga telah maklumkan perubahan keputusan saya itu kepada Jawatankuasa Pemilihan," katanya ketika dihubungi 4.30 petang tadi. Dengan keputusannya terbaru itu bermakna perebutan jawatan Timbalan Ketua Pemuda kini menjadi empat penjuru. Dalam laporan sebelum ini juga, Harakahdaily melaporkan Riduan Mohd Nor dan Mohd Nor Hamzah juga masing-masing menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu. Riduan juga turut membuat keputusan sama, bertanding AJK PAS Pusat dengan satu lagi untuk jawatan AJK Dewan Pemuda bersama Mohd Nor. Tiga lagi calon yang layak bertanding jawatan itu iaitu Nasruddin Hassan, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Ahmad Sabki lebih awal mengumumkan pendirian mereka. Nasruddin yang sebelum ini mengumumkan akan mempertahan jawatan Ketua Pemuda sekaligus menolak bertanding jawatan Timbalan Ketua. Raja Ahmad Al-Hiss juga menolak untuk jawatan nombor dua itu dan mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda manakala Ahmad Sabki untuk jawatan AJK PAS Pusat. Dewan Pemuda PAS Pusat akan bermuktamar penuh dan memilih kepimpinan baru pada 2 Jun ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Untuk rekod, tiada had umur tertentu ditetapkan untuk jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda, manakala untuk jawatan naib dan AJK dewan pemuda, dihadkan tidak melebihi umur 40 tahun. Bagaimanapun keputusan rasmi pertandingan untuk semua jawatan hanya akan diumum Jawatankuasa Pemilihan PAS esok, selepas tarikh terakhir penyerahan surat jawapan ditutup jam 5 petang ini. Berikut ialah senarai calon versi kemaskini Harakhadaily yang akan bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: Ketua 1. Nasaruddin Hassan Timbalan Ketua 1. Azman Shapawi 2. Firdaus Jaafar 3. Suhaizan Kaiat 4. Nik Abduh Nik Mat Naib Ketua 1. Kamaruzaman Mohamad 2. Khairi Faizi Kamil 3. Mohd Nor Hamzah 4. Mohd Sany Hamzan 5. Nasir Zakaria 6. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3496-nik-abduh-ubah-fikiran-tanding-timbalan-ketua
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan. Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu. Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding. Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013: PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj 2. Nasharudin Mat Isa, YB 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ NAIB PRESIDEN 1. Husam Musa , YB Dato’ 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz 3. Mahfuz Omar, YB Dato’ 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri 6. Salahuddin Ayub, YB AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz , 5. Ahmad Sabki Yusof, 6. Aiman Athirah Al-Jundi 7. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 8. Apandi Mohamad, Hj 9. Asmuni Awi, Hj 10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz, 11. Azman Shapawi, Ustaz 12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 13. Halimah Ali, YB Dr. 14. Hamzah Abdullah, 15. Hamzah Jaafar, Dr. 16. Hanipa Maidin, Hj 17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr. 18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 19. Iskandar Abdul Samad, YB 20. Kamal Ashaari, Ustaz 21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ 22. Khalid Abd Samad, YB Hj. 23. Khalil Idham Lim, YB 24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr. 25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. 26. Mazlan Aliman, 27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 28. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 31. Mohd Anuar Tahir, Hj 32. Mohd Firdaus Jaafar, YB 33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 34. Mohd Nasir Mustafa, 35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz 36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji 37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr 38. Muhammad Husin, YB 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 43. Norazli Musa, Ustaz Hj. 44. Normala Sudirman, 45. Nuridah Salleh, Ustazah 46. Razman Zakaria, 47. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 48. Rosidi Hussin 49. Sa’ari Sungib, YB Hj. 50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 51. Suhaizan Kaiat, 52. Wan Hasrina Wan Hassan, 53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3509-timbalan-presiden-3-penjuru-6-naib
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu. Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan. Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan. Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian. Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013. KETUA 1. Nuridah Salleh, 2. Siti Zailah Mohd Yusof, YB TIMBALAN KETUA 1. Siti Mariah Mahmud, Dr 2. Wan Hasrina Wan Hassan NAIB KETUA 1. Mastura Mohamad 2. Mumtaz Mohd Nawi, YB 3. Najhatussolehah Ahmad, Dr. 4. Normala Sudirman AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa 2. Aiman Athirah Al-Jundi 3. Asiah Ali, Dr. 4. Azizah Khatib Mat 5. Azlina Che Haron 6. Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin 7. Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan 8. Fazilah Abu Samah 9. Halimah Ali, Dr. YB 10. Kartini Ahmad 11. Khadijah Mahmud 12. Kintan Man 13. Mariam Abdul Rashid 14. Mastura Mohamad 15. Mumtaz Mohd Nawiv 16. Najihatussolehan Ahmad, Dr 17. Norazliza Abd Latif 18. Normala Sudirman 19. Norhayati Bachok 20. Norwani Ahmat 21. Rohani Ibrahim, YB 22. Rohaya Yaacob, Dr. 23. Rosni Adam, Dr. 24. Rosiah Salleh 25. Salbiah Wahab 26. Siti Aisyah Ghazali, YB 27. Siti Mariam Othman 28. Wan Obaidah Wan Omar, YB |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3511-ketua-muslimat-nuridah-dicabar-zailah
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013. Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz. Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob. Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan. Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: KETUA 1. Nasrudin Hassan Thantawi TIMBALAN KETUA 1. Azman Shafawi 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Nik Abduh Nik Aziz 4. Suhaizan Kaiat NAIB KETUA 1. Nasir Zakaria, YB 2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdullah Abdul Karim 2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB 3. Ahmad Fadhli Shaari 4. Firdaus Masod 5. Kamaruzuman Abdullah 6. Kamaruzzman Mohamad 7. Khairil Nizam, Ir. Hj 8. Khairul Faizi Ahmad Kamil 9. Khalil Abd Hadi 10. Lahirul Latigu 11. Mohd Suhaimi A. Aziz 12. Mohd Adram Musa 13. Mohd Akmal Kamaruddin 14. Mohd Fadli Ghani 15. Mohd Nasaie Ismail 16. Mohd Nazri Chik 17. Mohd Nor Hamzah, YB 18. Mohd Sany Hamzan 19. Mohd Yusni Mat Piah 20. Muhammad Hafiz Musa 21. Muhammad Sanusi Md Nor 22. Ridhuan Mohamad Nor 23. Rosly Allany 24. Safarizal Salleh 25. Salman Salleh 26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre 27. Azharuddin Muhammad 28. Zaidy Abdul Taib 29. Zamakhshari Muhamad 30. Zawawi Abu Hasan |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3510-dewan-pemuda-timbalan-ketua-4-penjuru-2-naib
Ucapan Ketua DPPP Pada Muktamar Pemuda Ke-52 :
Memimpin Kebangkitan Anak Muda
Oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Menjunjung kasih dan syukur setinggi – tingginya kehadhrat Rabbul Izzati justeru rahmat agongNya meliputi sekelian makhluk tanpa sempadan, lantas memilih manusia sebagai duta untuk mengimarah bumi ini dan terlebih istemewa apabila kita adalah pemuda terpilih sebagai pejuang untuk memimpin ummah melandasi syariatNya.
Selawat dan salam ke atas Rasulul Ummah al Musthafa saw. Pemimpin yang telah mengemudi kebangkitan ke arah membebaskan ummah dari kebejatan sistem politik dan sosial yang berteraskan syahwat dan bisikan syaithan.
3. Sejambak penghargaan buat kegigihan yang telah dipamerkan oleh as saabiquunal awwalun [generasi terdahulu] yang menjadi mata rantai perjuangan Islam demi mendaulatkannya di atas muka bumi ini.
Yang berbahagia Saudara Pengerusi Majlis
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani Timbalan Ketua DPPM
Al Fadhil al Akh Sabky bin Yusuf Naib Ketua DPPM
Al Fadhil Al Akh Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Setiausaha DPPM
[merangkap Pengarah Panitia Muktamar DPPM kali ke 52] Yang dikasihi anggota Jawatan Kuasa Harian DPPM
Yang dihormati sahabat – sahabat EXCO DPPM,
[merangkap Pengarah Panitia Muktamar DPPM kali ke 52] Yang dikasihi anggota Jawatan Kuasa Harian DPPM
Yang dihormati sahabat – sahabat EXCO DPPM,
Yang berbahagia Pengarah Jabatan dan Ketua DPP negeri.
Yang Berbahagia Pengerusi & Timb. Pengerusi Tetap DPPM
Yang dimuliakan dhif kehormat yang terdiri daripada rakan – rakan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat [AMK dan DAPsy] serta NGO jua tokoh akademik dan masyarakat.
Akhirnya, tidak saya lupakan ialah para perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah swt sekelian. Teristemewa pula penghargaan muktamar DPPM kali ke 52 yang berlangsung hari ini buat pemerhati rasmi dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Muqaddimah.
Sidang muktamirin yang dirahmati Allah sekelian,
4. Alhamdulillah sejarah dicipta lagi, apabila DPP Malaysia hari ini melangsungkan muktamarnya bagi kali ke 52. Seusia itu, DPP telah berperanan untuk mendukung dasar perjuangan PAS di samping melakukan tajdid [pembaharuan] dalam gerakkerja siasah dan dakwah.
5. Sementara, dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia, DPP bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan bersama golongan muda dengan membangkitkan rasa kebertanggungjawaban mereka terhadap Islam dan masyarakat.
6. Kita optimis bahawa generasi anak muda akan terus menjadi tunjang peradaban Malaysia, apabila mereka tetap berpegang kepada prinsip Islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat. Sebagaimana ungkapan sebuah syair Arab:
انَّ فى يدى الشُبّان امرَ الامة وفى اقدامها حياتَها
Sesungguhnya ditangan (kekuasaan) pemudalah urusan ummah, dan pada langkah (jatidiri) pemudalah kelangsungan hidup ummah tersebut.
Pemuda Ansoorullah yang dirahmati Allah sekelian.
7. Muktamar kita yang lalu, saya telah menggariskan gagasan perjuangan DPP dalam menempuh separuh abad yang mendatang, iaitu melakar wajah Malaysia baru yang sejahtera, adil, saksama dan mendapat
keampunan dari Allah swt.
8. Saya juga telah menokhtahkan peraturan dan arahan yang menuntut kita mempersiapkan diri dengan memurnikan perjuangan supaya selari dengan tuntutan al-Qur`an dan al-Sunnah, jua sebagai persediaan untuk memaknakan kemenangan yang sedang dan bakal kita terajui bersama insyaallah.
9. Justeru itu, muktamar DPP Malaysia kali ke 52 ini pula, menjadi medan untuk saya mengajak para pemuda sekelian agar kita memulakan langkah melaksana gagasan perjuangan tersebut dengan memimpin anak muda melakukan kebangkitan ke arah wajah baru Malaysia.
10. Frasa “Memimpin Kebangkitan Anak Muda” bermaksud, DPP akan berganding bahu dengan seluruh anak muda Malaysia, menggerakkan perubahan ke arah wajah Malaysia baru dengan berkongsi gagasan dan pengalaman perjuangan kami sebagai pedoman dalam melakukan kebangkitan.
11. Pemuda yang saya kasihi sekelian, Insyaallah kita akan bergerak di atas semangat petunjuk Allah swt :
dan Kami telah taut kukuhkan hati - hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), tatkala mereka bangkit lantas berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
Surah Al Kahfi : 14
12. Saya yakin dan percaya bahawa anak muda Malaysia hari ini, jua dikenali sebagai generasi millennium [Generasi Y] bukanlah golongan yang buta maklumat, naïf kesedaran dan daif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.
13. Namun, sebagai rakan dalam perjuangan dan gandingan dalam kebangkitan, DPP terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membina generasi muda agar mempunyai kekuatan dan mampu berperanan demi agama, negara dan bangsa.
14. Generasi Y lazimnya merujuk kepada anak muda yang lahir antara tahun 1978 hingga 2000. Generasi ini disifatkan sebagai golongan yang tidak terikat dengan sesuatu pegangan politik, sosial dan falsafah tetapi sedia bangkit melakukan perubahan.
15. Generasi ini merupakan generasi digital yang bukan sekadar celik maklumat tetapi senantiasa peka dengan perkembangan semasa. Karakter yang dimiliki oleh anak muda seperti ini sebenarnya berupaya menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sesebuah masyarakat dan negara.
16. Seluruh anggota DPP sayugianya menyedari kehadhiran anak muda yang sedang berada dalam iklim sosial dan politik negara hari ini. Mereka menepati ciri-ciri yang ada pada Generasi Y. Ia turut membawa pengertian bahawa peluang dan ruang untuk DPP bergandingan dengan mereka ke arah melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini adalah lebih terbuka.
17. Kita perlu mendekati anak muda ini secara bersemuka termasuklah di gentian maya melalui media baru. Mereka perlu dibekalkan ilmu, maklumat tepat mengenai realiti sosial, ekonomi dan politik semasa untuk menggambarkan betapa perlunya mereka bangkit membuat perubahan. Telah berkata Saidina Ali
Karramallahuwajhah.
مَن أرادَ الدنيا فعليه بالعلم و مَن اراد الآخرة فعليه بالعلم و مَن ارادَ هما فعليه بالعلم .
Maksudnya : barangsiapa yang mahu menguasai dunia maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai akhirat maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai kedua – duanya maka mestilah ia memiliki ilmu.
18. Kemunculan generasi ini menandakan zaman masyarakat berfikir dan bertindak secara dogmatik semakin berlalu. Generasi muda hari ini adalah generasi yang sentiasa bersedia melakukan perubahan terutama apabila mereka menyaksikan wujudnya elemen yang mendorong, seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan, ketidakadilan dan perlecehan syariat.
19. Mereka adalah generasi celik maklumat yang berpendirian dan bertindak berdasarkan argumen, lantaran tiada tempat lagi di hati dan minda mereka, berita bertaraf jalanan seperti yang sering terpampang di akhbar aliran perdana.
20. Justeru itu, peranan yang wajib dilaksanakan oleh DPP ialah terus berdamping dengan anak muda dan membekalkan mereka dengan ilmu yang benar dan maklumat yang tepat, kelak kita akan menyaksikan kebangkitan mereka mengorak perubahan yang tidak dijangka.
Kebangkitan Generasi Muda Masa Kini
21. Naluri anak muda yang berdaya juang dan berdaya tahan telah meletakkan mereka sebagai unsur utama mencetus gelombang kebangkitan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Malah anak muda jualah menunjangi gerakkerja dakwah para Rasul as. menggalas misi pengislahan ummah.
Senario Politik Timur Tengah
22. Kelansungan faktor inilah, anak muda sekali lagi menggegarkan dunia apabila mencetus gelombang besar, bangkit menuntut perubahan politik dan ekonomi di dunia Arab. Gelombang yang digelar para wartawan sebagai “Tunisami” itu bermula dari Tunisia kemudiannya merebak ke negara Arab yang lain termasuk Mesir.
23. Kebangkitan ini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi justeru ia terlebih dahulu dibayar dengan pengorbanan darah dan nyawa anak muda disepanjang zaman, menentang penguasaan regim diktator.
24. Kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini, mengesahkan ketetapan Tuhan Maalikul Mulk . Firman Allah swt ;
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah Ali Imran : 26
Politik Anak Muda di Singapura.
25. Contoh terbaru ‘kuasa anak muda’ dapat dilihat dalam pilihanraya umum Singapura baru-baru ini apabila parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalami penyusutan undi popular yang ketara (iaitu sebanyak 60.14% daripada 66.6% pada 2006) kesan daripada protes dan aktiviti kepembangkangan secara berkesan di kalangan anak muda Singapura terutamanya melalui medan maya selepas media perdana dilihat hanya melaporkan yang ‘molek-molek sahaja’ tentang PAP.
26. Bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo yang dianggap calon ‘heavyweight’ PAP turut tersungkur dek kebangkitan baru anak muda Singapura. Seperkara lagi yang menarik perhatian adalah jumlah calon-calon pilihanraya di kalangan anak muda sama ada yang ditampilkan oleh parti pemerintah mahupun pihak oposisi, termasuk calon yang paling muda yang berusia 24 tahun yang telah menyuntik elemen ‘wow’ dalam kempen politik semasa pilihanraya umum baru-baru ini selain memperlihatkan kematangan dan keupayaan generasi muda republik tersebut.
Kebangkitan Anak Muda di Malaysia.
27. Justeru itu, saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini.
28. DPP memberi amaran kepada BN supaya membuka selebarnya pintu demokrasi, juga sekali – kali jangan menipu dan menyeleweng serta menyalahguna kuasa semata – mata untuk meraih kemenangan di dalam pilihanraya. Kedegilan, keangkuhan dan sikap keras kepala BN, membawa mereka sekali lagi berdepan dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung, bersama operasi BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 akan datang insyaallah.
29. Sementara buat kerajaan Pakatan Rakyat pula, DPP menegaskan supaya mereka menunaikan manifesto Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, dengan penuh tanggungjawab dan amanah khususnya berkait dengan Negara Berkebajikan.
30. Lebih khusus, DPP dengan penuh insaf dan prihatin merujuk kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan dan Kedah sedang PAS dominan di situ, supaya mereka segera mengatasi kelemahan yang ada, senantiasa peka terhadap tuntutan rakyat, memperkukuh saff kepimpinan dan memperkasa jentera pentadbiran kerajaan.
31. Semoga peristiwa kalah teruk pada tahun 2004 tidak berulang lagi dan suka saya peringatkan kita semua bahawa Pilihanraya Umum ke 13 kelak, jumlah pengundi dari kalangan Generasi Y akan mencapai lebih 7 juta orang, iaitu menepati 50% dari keseluruhan pengundi berdaftar.
Saudara sidang muktamirin sekelian.
32. Komposisi pengundi muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan satu perkiraan yang kosong, sebaliknya ia benar – benar berpotensi untuk meletus.
33. Sejarah negara menjadi saksi dan bukti berfakta, bahawa anak muda sebelum generasi Milenium telah pun menjana beberapa kebangkitan sepertimana kebangkitan Mahasiswa di era 70an, ledakan kesedaran Islam dari kalangan anak muda di era 80an dan gelombang reformasi diakhir dekad 90an.
34. Kebangkitan anak muda pada babak – babak ini telah memberi dampak besar kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Saya yakin dan percaya, tsunami politik tahun 2008, merupakan episod kebangkitan baru anak muda yang mula disertai oleh Generasi Milenium.
Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan. 35.
Kalangan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.
36. Pada kesempatan ini, DPP terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada mahasiswa di beberapa buah university tempatan, kerana berani membuat perubahan dan mencetus kebangkitan semula sehingga membawa kemenangan kepada pro mahasiswa.
37. “Students power” dan peranan strategik mahasiswa selaku ‘the third force’ dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama. Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.
38. Mahasiswa dilayan seumpama ‘rakyat kelas kedua’ apabila aktivisme mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir “Napoleon Kecil” yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.
39. Natijah dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia.
40. DPP selamanya bertegas, bahawa soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.
41. Kami komited membuat tuntutan supaya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mahasiswa untuk menyatakan suara dan pandangan mereka terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
42. Meskipun beberapa pindaan telah dilaksanakan ke atas AUKU dengan sedikit sebanyak penambahbaikan telah dilakukan, namun kami berpendirian bahawa pindaan tersebut masih belum mencukupi kerana para mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan parti politik.
43. Kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dengan persatuan atau NGO di luar kampus juga hanya sekadar kosmetik semata-mata, kerana Menteri Pengajian Tinggi masih berkuasa mutlak untuk melarang mahasiswa dari terlibat dengan persatuan atau NGO jika menurut pandangan Menteri sebagai “tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti” sebagaimna yang disebut pada Seksyen 15 (1)(c) AUKU (pindaan 2009).
44. Pindaan kononnya untuk memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka, nampaknya tidak lebih dari sekadar perlecehan terhadap daya intelektual mahasiswa semata-mata. Mahasiswa diizin untuk menyatakan pandangan secara terbuka, namun pandangan tersebut dihadkan hanya kepada topik yang berkaitan dengan bidang pengajian mahasiswa terbabit seperti yang termaktub dalam Seksyen 15(6)(a) AUKU (pindaan 2009).
45. Bukankah ini bermakna, mahasiswa yang mengambil bidang matematik hanya boleh bercakap hal ehwal yang berkaitan dengan matematik semata-mata?
46. DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.
46. DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.
47. Saya mengajak seluruh mahasiswa di negara ini turut berganding bahu supaya gelaran “pewaris kepimpinan negara” yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan memartabat gerakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.
Kenapa Anak Muda Perlu Bangkit ?
Saudara Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian.
48. DPP ingin menarik perhatian Generasi Milenium hari ini, bahawa kerajaan yang diterajui oleh BN sekarang begitu lemah sehingga tidak berkeupayaan lagi menguruskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
49. Slogan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka. Pencapaian yang disasarkan melalui pelbagai program seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA], Program Transformasi Ekonomi [ETP] dan lainnya, secara realiti tidak dirasai oleh rakyat terbanyak.
50. Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”.
Kebejatan Sosial
51. Sebagai renungan kepada para pendukung DPP, yang merupakan ‘duta penyelamat dan kasih sayang’, saya kemukakan beberapa data yang dikemukakan secara rasmi dalam media massa di negara kita.
Bunuh diri
52. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lepas (2010), jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya, setiap hari dua orang rakyat Malaysia mencabut nyawa sendiri. Petunjuk ini begitu mengejutkan kerana jumlah ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat. DPP mempersoalkan di mana kesungguhan kerajaan untuk menangani kebejatan ini? Buang Bayi
53. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu 16,100 orang pada 2007, 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 orang pada 2009.
54. Tahun 2011, keadaan dilihat semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes pembuangan bayi berlaku. Jenayah Juvana
55. Sekiranya kita merujuk kepada kes jenayah juvana pula, ianya semakin membimbangkan. Jenayah ini meliputi kes penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pengambilan pil khayal, peras ugut, terlibat dengan kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan lain yang berhubung kait dengan jenayah.
56. Menurut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah di seluruh negara, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes kecurian. Perangkaan ini sebenarnya belum termasuk kes jenayah juvana yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.
Kemalangan Jalanraya
57. Antara statistik yang membimbangkan adalah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dipetik berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan. Golongan yang paling ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dalam lingkungan 25-30 tahun iaitu sebanyak 50%.
58. Lingkungan umur ini adalah merangkumi usia pimpinan dan ahli Pemuda! Bayangkan berapa ramai bakal doktor, jurutera, guru, peguam, usahawan tani, hatta ulama terbilang maut di jalan raya!
59. Menyorot dari sudut ekonomi, kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran. Jumlah kerugian ini hampir menyamai jumlah perbelanjaan beberapa kerajaan negeri dalam tempoh setahun!
60. Kegagalan menangani permasalahan yang meruncing ini akan melumpuhkan upaya dan bakat yang dimiliki oleh generasi muda negara sekaligus memperjudikan masa depan negara dan ummah. Sedang para hukamak telah mengungkapkan .
انْ أردْتَ أنْ تسْتشرفَ مستقبل الأمة فترقب حركة شبابها
Maksudnya: Jika engkau mahu menuntut kemuliaan pada masa depan ummah, maka hendaklah engkau awasi pergerakan generasi mudanya.
61. Saya ingin bertanya para pendukung DPP dan seluruh Generasi Milenium di Malaysia, apakah beberapa kes kebejatan sosial seperti yang didedahkan ini tidak membimbangkan? Andai kebimbangan mula dirasai, maka “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”.
Ekonomi Harimau Kertas
62. Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu “Wawasan 2020” menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
63. Kerajaan negeri yang diterajui oleh BN pula menjanjikan pencapaian sebagai negeri maju lebih awal seperti Melaka pada tahun 2010 dan Perak pada tahun 2015. Hari ini semakin tersingkap bahawa semua slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.
64. Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.
65. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
66. Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.
67. Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa “memecah tabung rakyat” bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.
68. Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.
69. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?
Saudara Sidang Muktamirin yang dihormati sekelian.
70. Konvensyen Profesional Muda 2011 anjuran DPP baru-baru ini telah dibentang beberapa gejala sosial berkaitan ekonomi, iaitu seperti berikut:
Pertama : Jurang antara Kaya dan Miskin yang Semakin Melebar
71. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Pembangunan Manusia (UNHDP) pada tahun 2004, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin adalah yang terburuk di Asia Tenggara dan antara yang terburuk di Asia.
Kedua: Jurang Pembangunan antara Wilayah yang Tidak Seimbang
72. Semasa era pemerintahan Perdana Menteri kedua, usaha telah diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ini dengan program Pembangunan Wilayah, Perbandaran Luar Bandar dan lain-lain. Bagaimanapun, selepas era itu tidak kelihatan usaha yang jelas untuk mengurangkan jurang ini. Bandar utama seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru dan Georgetown terus mengalami proses urbanisasi yang begitu pesat sedangkan kawasan luar Bandar terus tertinggal.
Ketiga: Daya Ketahanan Ekonomi yang Rapuh
73. Masyarakat Malaysia sentiasa terdedah dengan turun naik harga barangan makanan dunia disebabkan kebergantungan kepada negara lain. Dari segi pengeluaran beras, sehingga hari ini Malaysia belum pun mencapai sasaran 70% pengeluaran beras tempatan, manakala komoditi makanan yang lain seperti perikanan dan penternakan peratus kebergantungan kepada import masih begitu tinggi.
Keempat: Ketirisan Perbelanjaan Awam
74. Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara penyakit ekonomi yang begitu parah di negara ini. Menurut Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir Mohammad.
75. Baru-baru ini negara dikejutkan lagi dengan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 hingga 2008. Ketirisan seperti ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga mengurangkan daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan.
Kelima: Peningkatan Berterusan Kos Hidup
76. Menurut laporan majalah International Living tahun 2010 kos hidup di Malaysia berada pada kedudukan ke 21 paling tinggi di dunia, lebih baik daripada kedudukan pada tahun 2009 di kedudukan ke 13. Kenaikan mendadak barang keperluan termasuk harga rumah, akan menjadikan kos hidup rakyat semakin tinggi sedang pertambahan pendapatan agak perlahan. Dilaporkan, buat masa ini 50% hingga 60% pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membeli makanan dan peratusan ini boleh mencapai 80% dengan kenaikan barangan yang berterusan.
77. Situasi ini menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan dihabiskan untuk menampung kehidupan dan simpanan isi rumah di Malaysia sangat terbatas.
Sidang Muktamirin yang dirahmati Allah,
78. Saya ingin membawa perhatian para muktamirin semua untuk melihat hasil kajian yang dilakukan oleh Pemuda BN sendiri yang boleh menggambarkan betapa kerapuhan ekonomi negara menjanjikan mimpi ngeri kepada anak-anak muda di Malaysia.
79. Menurut kajian yang mereka lakukan, hampir 40% anak muda bimbang terhadap masa depan negara. 48% anak muda berpendirian, kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin, iaitu 39% berpendapat kehidupan di Malaysia adalah sukar dan hanya cukup untuk keperluan sahaja, manakala 9% yang lain berpendapat sangat sukar dan tidak cukup untuk keperluan.
80. Dilaporkan juga, 81% anak muda di Malaysia pernah kehabisan wang sebelum mendapat gaji bulan berikutnya, dengan 10% dari anak muda kerap menghadapi situasi tersebut. Apalagi yang dapat saya simpulkan daripada petunjuk-petunjuk di atas, melainkan “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”.
PTPTN Melahirkan Anak Muda Berjiwa Hamba
Saudara Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekelian.
81. DPP amat empati dan simpati dengan nasib yang menimpa para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbeban apabila terpaksa membayar balik pinjaman mereka pada kadar yang lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam. Beban hutang PTPTN ini laksana satu perangkap yang telah menjerut leher anak muda yang bukan sahaja memberikan kesan terhadap ekonomi, bahkan juga dari segi psikologi, sosial dan politik.
82. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jerat PTPTN ini pada jangka masa panjang akan melahirkan anak muda yang rendah diri, tidak mampu berdikari dan tidak berani untuk mengungkapkan kebenaran apalagi menjadi agen perubah dalam menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan. Zahir daripada mereka hanyalah jiwa hamba yang takut untuk bersuara dan sentiasa mengiyakan kefasadan yang berlaku.
83. Sebenarnya kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.
84. Kerajaan juga gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik. Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.
85. Para graduan di Malaysia juga turut berdepan dengan masalah kurangnya peluang pekerjaan dan persaingan mendapatkan pekerjaan yang sengit, bahkan jika mereka mendapat pekerjaan sekalipun, gaji permulaan yang ditawarkan adalah begitu rendah jika dibandingkan dengan negara lain.
86. Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah. Berdasarkan statistik terkini, purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010, adalah hanya di sekitar 2.6%, dan ini adalah jelas lebih rendah berbanding dengan 3.2% purata kenaikan gaji dunia, termasuklah di negara dunia ketiga.
87. Terkepung dalam kesempitan inilah, para graduan terpaksa berhempas pulas untuk menjelaskan hutang PTPTN mereka. Para peminjam PTPTN bukan sahaja berhadapan dengan tindakan mahkamah, bahkan sebelum ini juga mereka turut berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan termasuklah dilarang untuk keluar negara.
88. Lihatlah wahai anak muda, kerajaan BN terbukti gagal memperbaiki taraf ekonomi negara yang boleh menjamin generasi muda berpendidikan tinggi mendapat taraf hidup yang sewajarnya. Kalaulah graduan pun turut terhimpit dengan kegawatan ekonomi ini, diyakini 80% lagi anak muda yang berpendidikan SPM ke bawah turut sesak terhimpit dengan nasib yang sama.
89. Justeru, atas dasar kepedulian terhadap para graduan dari kalangan para peminjam PTPTN, DPP menuntut agar perkara-perkara berikut dilaksanakan:
90. Pertama: Kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dikuatkuasakan HANYA selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan mereka, dan bukannya enam bulan selepas dari menamatkan pengajian sebagaimana yang diamalkan sekarang
91. Kedua: Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang membolehkan pihak PTPTN menghantar nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai hitamkan bagi maksud menghalang peminjam ini dari keluar negara meskipun atas tugasan rasmi, hendaklah dipinda atau dimansuhkan sama sekali.
92. Ketiga: Bentuk pinjaman baru yang tidak mengenakan langsung sebarang faedah atau kos perkhidmatan hendaklah diperkenalkan bagi menggantikan sistem pinjaman yang sedia ada. v 93. Keempat: Memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Kebobrokan Politik
94. Hari ini, politik Malaysia semakin mundur ke belakang dengan elemen perkauman yang semakin menebal, pengamalan budaya politik jijik, maki hamun dan lucah serta penutupan ruang demokrasi kian berleluasa.
Politik Perkauman Semakin Menebal
95. Pasca tsunami politik 2008, UMNO dan BN begitu terdesak mempertahankan survival kuasa politik mereka. Melalui agenda politik yang terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan politik pimpinan UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka.
96. Umno juga mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang sememangnya kuat berbau perkauman, juga menghasut para peserta supaya memandang serong terhadap kaum bukan Melayu. BTN yang telah diberi peruntukan besar, sebagai contoh pada tahun 2009 sebanyak RM 72 juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu, tetapi juga menabur fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
97. Kesan dari propaganda tersebut, rata-rata pimpinan UMNO dari peringkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan bahawa kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua.
98. UMNO juga dilihat merestui tindakan media seperti Utusan Malaysia yang sering menyalakan api perkauman. Hasutan perkauman oleh Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO ini dilihat telah mempengaruhi segelintir masyarakat kita hari ini.
99. Tidak cukup dengan menyalakan api perkauman, proksi UMNO itu juga menyemarakkan sentimen keagamaan yang jelas bertentangan dengan pendirian Islam yang sebenar. Sebagai contoh, pada awal bulan Januari 2010 beberapa gereja telah dibakar ekoran dari kenyataan organisasi ini yang bersifat hasutan berkait isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.
100. Kejadian ini merupakan satu sejarah hitam kepada negara Malaysia sekaligus membuktikan kerajaan BN gagal untuk membawa Malaysia ke arah perpaduan nasional. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya anak muda sekelian, adakah wajar kita menyokong BN ? jika jawapannya tidak , maka “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”
100. Kejadian ini merupakan satu sejarah hitam kepada negara Malaysia sekaligus membuktikan kerajaan BN gagal untuk membawa Malaysia ke arah perpaduan nasional. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya anak muda sekelian, adakah wajar kita menyokong BN ? jika jawapannya tidak , maka “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”
Pengamalan Budaya Politik Jijik
Sidang Muktamirin Sekelian.
101. Belum puas dengan politik perkauman dan politik persengketaan agama yang semakin menebal, BN menaja pula budaya politik jijik lagi lucah dalam negara ini. Sedang menurut Islam, berpolitik adalah tanggungjawab dan kegiatan yang murni, untuk memikul amanah Allah swt. menguruskan bumi dan menegakkan keadilan kepada para penghuninya. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Surah an-Nuur: 55
102. Justeru tanggungjawab politik itu merupakan suatu yang murni, Rasulullah saw. sendiri bertindak menjadi pemimpin politik sebagaimana juga Rasul terdahulu. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah rhu. :
إنّ بني إسرائيل كانتْ تسُوْسُهُم الأنبياء
Maksudnya: Sesungguhnya adalah Bani Israil itu, pemimpin-pemimpin politik mereka ialah para nabi.
Riwayat Ahmad 103.
Kali ini budaya politik lucah bukan hanya melibatkan surat layang, buku picisan dan media massa arus perdana, tetapi turut melibatkan institusi agama Islam dan masjid. Sehingga kini pihak berwajib agama Islam tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada untuk menyekat budaya politik jijik ini daripada menular.
104. DPP mempersoalkan, ke mana perginya semua organ kerajaan yang sering didakwa sebagai agensi terbaik di dunia untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dengan budaya politik seumpama ini. Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger dan penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan seks tersebut?
105. Mengapa tiada sekatan dikuatkuasakan terhadap media massa yang menyebarkan fitnah dan hasutan seperti ini? Lebih malang lagi, mengapa tiada pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina atau liwat terhadap individu tertentu seperti yang terpampang di dada akhbar, laman sesawang dan pentas ceramah. Kenapa mereka diam membisu sejuta bahasa ? Lupakah peringatan Nabi saw.
السَّاكتُ عن الحق ّ الشيطانُ أخرس
Diam dari menyatakan kebenaran adalah syaithan bisu.
106. DPP menyeru kepada semua pencinta Islam khususnya ahli-ahli PAS dan seluruh generasi muda supaya tidak terlibat dengan budaya politik jijik ini. Jauhkan daripada melakukan pembunuhan karakter termasuklah terhadap lawan politik di luar PAS seperti UMNO dan BN. Kita menentang UMNO bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam UMNO, tetapi kerana keengganan UMNO untuk menyempurnakan amanah Allah swt dan kegagalan mereka memerintah dengan adil dan saksama. Jadilah anak muda yang tinggi akhlak dan mooralnya. Sabda Rasulullah saw :
ان ّ اللّه لَيُعْجَبُ مِن الشَّبابِ الَّذِي لَيْسَتْ له صَبْوَة
Sesungguhnya Allah mengkagumi anak muda yang tiada kerosakan akhlak pada dirinya. Riwayat Imam Ahmad
107. Sudah sampai masanya anak muda menganjak budaya berpolitik kita kepada budaya politik bermoral dan berteraskan ilmu. Kita mahu politik yang jujur dan telus. Politik fakta dan hujjah. Politik yang bersulamkan akhlak. Hasrat kita ini hanya dapat diterjemah dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada Generasi Milenium sekelian, Apakah masih ada sokongan saudara buat UMNO dan BN ? jika tiada, maka “SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN”
Penutupan Ruang-ruang Demokrasi.
108. DPP berpandangan seluruh kebejatan dan kebobrokan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia termasuklah dalam aspek sosial dan ekonomi seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara punca utama ialah pupusnya sistem semak dan imbang dalam system politik negara.
109. Sebagai sebuah negara demokrasi, salah satu kuasa semak dan imbang yang terpenting ialah ketelusan perjalanan pilihanraya. Malangnya sejak akhir - akhir ini ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia sama ada yang melibatkan Pilihanraya Kecil (PRK) atau PRU semakin merosot. Kini telah timbul tuduhan di luar sana bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditunggangi oleh BN sehingga mereka dituduh bersekongkol untuk memenangkan parti tersebut pada PRU akan datang.
110. Saya ingin memperingatkan SPR supaya mereka bukan sahaja bersih, tetapi juga mesti dilihat bersih dari ditunggangi oleh BN. Jika tidak, anak muda akan bangkit memBERSIHkan mereka buat kedua kalinya kelak.
111. DPP mengingatkan bahawa tindakan menghumban pemimpin negara seperti yang berlaku kepada Hosni Mubarak dan Zine Abidine Ben Ali tidak mustahil boleh berlaku kepada pemimpin negara ini jika ruang demokrasi terus disempitkan dan mereka pula terus angkuh di persada kuasa.
112. Demikian juga dengan satu lagi kuasa semak dan imbang yang penting iaitu media massa. Berdasarkan Laporan Kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara.
113. Hampir keseluruhan media perdana sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3 dan lain-lain dimiliki oleh BN atau proksinya. Saya yakin PR ataupun proksinya juga mempunyai kemampuan untuk mewujudkan media seumpama media yang di miliki oleh BN sama ada media cetak atau media elektronik.
113. Hampir keseluruhan media perdana sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3 dan lain-lain dimiliki oleh BN atau proksinya. Saya yakin PR ataupun proksinya juga mempunyai kemampuan untuk mewujudkan media seumpama media yang di miliki oleh BN sama ada media cetak atau media elektronik.
114. Justeru itu, demi kepentingan mewujudkan kuasa semak dan imbang dalam negara, saya mendesak kerajaan yang diterajui oleh BN khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari, menerbitkan akhbar harian “Utusan Rakyat” dan juga permohonan permit akhbar harian “Purnama’ yang telah dimohon sejak sedekad yang lalu.
115. Sekali lagi DPP memperingatkan, jangan sangka Generasi Milenium ini buta dengan perkara tersebut, sebaliknya mereka begitu peka dan sedang menunggu apakah tindakan selanjutnya kerajaan yang diterajui oleh BN untuk mengembalikan semula sistem semak dan imbang itu.
116. Maka, sebelum terlambat, saya menyeru kepada seluruh anak-anak muda supaya bangkit untuk menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa NEGARA KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA.
117. Perubahan untuk masa depan negara bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia sudah menjadi kewajipan yang mesti diperjuangkan oleh semua anak muda negara. Pemuda PAS di setiap peringkat mesti memacu perubahan ini dan memimpinnya sehingga berjaya merubah kuasa pentadbiran yang telah gagal, kepada satu harapan baru untuk masa depan negara yang lebih baik.
Konsep Kebangkitan Baru
118. Sebagai teras kepada kebangkitan baru ini, keperibadian anak muda seharusnya cemerlang dengan pengertian mereka adalah golongan yang beriman dan beramal. Keperibadian yang kukuh, akan melonjakkan diri anak muda menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan untuk menjulang obor kebangkitan baru di Malaysia.
119. Dengan wujudnya peribadi yang cemerlang, generasi muda pasti bersedia pada bila-bila masa untuk terlibat dalam hal ehwal pentadbiran negara dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan.
120. Malangnya, hari ini peranan anak muda hanyalah sebagai penonton kepada pembangunan negara dan kadang-kadang menjadi ‘bidak catur’ kepada keputusan pra-matang para pemimpin. Lihat sahaja dalam MEB, peranan anak muda yang sepatutnya dimartabatkan sebagai “penggerak utama ekonomi negara” langsung tidak diberi perhatian secara serius, sebaliknya kepercayaan mutlak diberikan kepada pemodal atau golongan koperat.
121. Generasi muda juga terus menjadi bahan eksperimen keputusan pra-matang kerajaan yang diterajui BN atas nama Program Rakan Muda dan yang terkini Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program-program yang sepatutnya menatijahkan peribadi anak muda yang hebat, sehingga hari ini kurang dilihat keberhasilannya. Oleh sebab itu, kebangkitan generasi muda kali ini adalah untuk menuntut peranan kita dalam menentukan halatuju pembangunan negara yang telah sekian lama dipinggirkan.
122. Demi mencapai hasrat tersebut, anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi ‘tukang angguk’ atau ‘yes man’ kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.
123. Di dalam sistem politik Islam, hak seperti ini telah sedia diamalkan sebagaimana yang diucapkan oleh
Khalifah Abu Bakar as Siddiq:
أيُّها الناسُ فإني قدْ ولِّيْتُ عليكم ولَسْتُ بخيرِكُم، فإنْ أحْسَنْتُ فأعِيْنوني، وإنْ أَسَأْتُ فقَوِّمُوني، الصِدْقُ أمانةٌ، والكَذِبُ خيانةٌ، والضَعيفُ فيكُم قَوِيٌ عندي حتّى أَرِيْحَ عليه حَقَّهُ إنْ شاءَ اللّه، والقَوِىُّ فيكُمْ ضَعِيْفٌ حتَّى آخُذَ اْلحَقَّ مِنْهُ إن شاءَ اللّه، لَا يَدْعُ قومٌ اْلجهادَ في سبيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمُ اللّهُ بالذُّلِّ، ولاَ تَشِيْعُ الْفاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطْ إلّا عَمَّهُم اللّه بالبلاء، أطيعوني ما أطعْتُ اللّه ورسولَه، فإذا عَصَيْتُ اللّه ورسولَه فلا
طاعةَ لي عليك
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.
124. Namun sebagai matlamat yang terhampir, kami ingin mengemukakan beberapa tugasan segera yang perlu dimainkan oleh anak muda:
125. Pertama: Anak muda mestilah menjadi agen penyebar maklumat yang aktif khususnya melalui media baru untuk menyedarkan rakyat seluruhnya tentang hakikat sebenar masa depan negara.
126. Kedua: Anak muda mestilah menzahirkan penentangan mereka terhadap segala agenda yang boleh merosakkan negara secara kreatif seperti melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak muda yang telah membangkitkan penentangan terhadap pembinaan “Menara Warisan” 100 tingkat dalam Facebook yang telah mendapat sokongan yang begitu menggalakkan.
127. Ketiga: Anak muda mestilah menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif bagi menentukan halatuju negara di masa akan datang melalui wacana dan forum yang menghasilkan manifesto atau agenda mereka untuk kesejahteraan negara.
128. Keempat: Anak muda mestilah membentuk ikatan (coalition) dan jaringan yang interaktif (network) supaya suara mereka akan didengari dan pendirian mereka akan dihormati.
129. Kelima: Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama “undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan”.
130. Demi menjayakan tugasan tersebut, DPP sekali lagi memberikan komitmen untuk menjadi rakan gandingan Generasi Milenium, iaitu sebagai :
• rakan maklumat yang aktif,
• rakan penentangan yang kreatif,
• rakan inspirasi yang kolektif,
• rakan jaringan yang interaktif dan
• rakan pengundian yang assertif.
Gagasan DPP Memimpin Kebangkitan
131. DPP sendiri mestilah mempersiapkan prasarana untuk berganding dengan anak muda hari ini ke arah menggagaskan kebangkitan baru demi menyelamatkan negara. Bergandingan dengan anak muda ini, para pendukung DPP perlu terlibat bersama program anjuran NGO yang didominasikan oleh anak muda.
132. Meskipun kemungkinan program itu menjuruskan kepada aktiviti kesukanan, seni, aktiviti santai dan lain-lain aktiviti kebeliaan, kita tidak boleh mengabaikannya dengan menganggap aktiviti tersebut tidak mempunyai kepentingan dakwah dan siasah. Lebih daripada itu, sudah sampai masanya DPP di peringkat cawangan dan kawasan menubuhkan proksi baru berkait bidang kebeliaan sebagai prasarana penghubung dengan generasi anak muda.
133. Sementara itu, sudah menjadi keperluan kepada para pendukung DPP untuk menguasai media baru bermula daripada yang paling mudah seperti jaringan SMS sehinggalah kepada penggunaan twitter, blog, facebook, youtube dan lain-lain.
134. Kewujudan media baru ini telah membuka ruang yang besar kepada kita semua untuk berinteraksi dengan anak muda, sekaligus memungkinkan wujudnya satu gandingan ke arah merealisasikan kebangkitan anak muda.
135. Tanpa menafikan kepentingan media baru, interaksi secara bersemuka seperti yang telah dilakukan sebelum ini bukan hanya harus diteruskan, malah perlu digandakan. DPP perlu turun ke lapangan anak muda bertemu dan bersemuka dengan mereka,
• menyedarkan tentang hak dan kuasa mereka,
.mengajak mereka untuk membuat perubahan,
.mengajak mereka untuk membuat perubahan,
• mewujudkan jaringan anak muda yang lebih luas,
• mendaftar sebagai pengundi dan akhirnya
• mengundi untuk perubahan.
136. Kita perlu mengenalpasti tempat tumpuan anak-anak muda yang lazimnya di luar rumah, lalu turun sebagai agen perubah masyarakat. Saya optimis dengan interaksi bersemuka ini akan menjadikan anak muda lebih rapat dan mengenali hasrat murni kita.
Persiapan DPP Memimpin Kebangkitan
137. Dewan Pemuda PAS di semua peringkat perlu memposisi diri di khalayak anak muda dan perlu tampil dilihat mewakili generasi muda negara. Pemimpin dan anggota DPP tidak boleh ekslusif beraksi dalam gelanggang organisasi parti semata-mata.
138. Dewan Pemuda PAS perlu memahami suara hati anak muda dan mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuang idealism mereka.
139. Dewan Pemuda PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk anak muda berasimilisasi dengan DPP samada dalam struktur formal DPP atau penglibatan dengan proksi organisasi DPP seperti MyPro, DACS dan sebagainya.
140. Dewan Pemuda PAS perlu bercakap dengan bahasa anak muda yang ada rasa tanggungjawab tentang masa depan masyarakat dan negara, mampu membentang penyelesaian dan wawasan untuk masa depan negara.
141. Dewan Pemuda PAS mesti focus pemikirannya kepada kebajikan masyarakat dan rancangan pembangunan negara. Kuasai ilmu untuk keupayaan merancang pembangunan negara terutamanya persoalan ekonomi, kajian sosial dan pembangunan manusia.
142. Dewan Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan daya pemikiran kreatif untuk mampu tampil di tengah-tengah kumpulan anak muda dan memimpin mereka menuntut perubahan.
Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.
143. Antara persiapan asas yang mesti dimiliki oleh anggota DPP disemua peringkat sebagai sentuhan berkesan untuk memimpin kebangkitan ialah pemuda mesti bergerak seiring dengan 6 elemen kebangkitan.
Pertama: Kebangkitan ilmu dan pemikiran
صحوة العلم و الفكرة
144. Kebangkitan tidak boleh digerakkan dengan sentimen dan kejahilan. Sebaliknya ia mesti dibina di atas kemantapan ilmu dan pemikiran yang jelas untuk membaca road map sesebuah kebangkita. Kata Saidina
Umar al Khattab:
تفقهوا قبل أن تسودوا Kuasai ilmu terlebih dahulu sebelum kamu memimpin.
Kedua: Kebangkitan hati, jiwa dan perasaan صحوة القلب و المشاعر
145. Kebangkitan juga tidak boleh bertolak dari hati dan jiwa yang kosong, lebih – lebih lagi hati dan jiwa yang kotor. Jiwa pejuang kebangkitan mesti kental berdiri di atas keikhlasan dan keyakinan yang tinggi terhadap cita – cita perjuangan disamping memiliki hati yang benci terhadap kezaliman dan penyelewengan.
Ketiga: Kebangkitan sifat kesungguhan dan berdisiplin
صحوة الجدية و الانضباط
146. Mengurus kebangkitan dan memimpinnya memerlukan satu tahap kegigihan yang maksima. Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh akan mencacatkan gelombang sebuah kebangkitan.
Keempat: Kebangkitan rasa tanggungjawab dan ringankan bebanan
صحوة المسؤولية و تخفيف الضرار
147. Sebuah kebangkitan pastinya akan berdepan dengan risiko. Bermula dari kelemahan sendiri dan ianya bertali dengan tekanan dari pihak musuh. Setiap keadaan mesti dihadapi dan didepani dengan penuh tanggungjawab tanpa membuka ruang kepada sikap lepas tangan apatah lagi pengkhianatan.
Kelima: Kebangkitan persaudaraan dan kesatuan teguh
صحوة الأخوة و الإثار
148. Kebangkitan adalah sebahagian dari episod perjuangan dan ia tidak boleh diurus secara “one man show”. Sementara organisasi juga rapuh andai tidak diikat kukuh dengan ukhuwwah fillah dari kalangan pencetus dan pengeraknya.
Keenam: Kebangkitan Islam dan pemerintahan sejagat
صحوة الإسلامية و الخلافة الراشدة
149. Kebangkitan akan sempurna apabila ia dipasak di atas tapak yang kukuh dan starategik. Tentunya tapak itu ialah wahyu Allah, Tuhan yang telah mencipta langit, bumi dan seluruh ummat manusia.
Penutup
Pemuda yang dirahmati Allah sekelian.
150. Kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 tidak lama lagi dengan jangkaan hampir 40% dari 11,811,452 orang pengundi berdaftar adalah dari kalangan generasi muda yang berumur 40 tahun kebawah. Dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar tersebut, lebih kurang dua juta pengundi ialah mereka yang kali pertama akan mengundi di dalam pilihanraya kali ini.
151. Jumlah itu belum lagi dicampur dengan hampir 3.9 juta warganegara Malaysia yang telahpun mencapai umur 21 tahun, tapi masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Para pengundi muda yang akan mengundi dalam PRU ke 13, seperti yang telah disebutkan sebelum ini terdiri daripada Generasi Milenium yang memperlihatkan kecenderungan berpolitik secara non-partisan.
152. Senario politik sedemikian menggambarkan betapa pentingnya kepada PAS untuk tampil sebagai sebuah parti politik yang memahami kehendak generasi muda dan sentiasa mesra mendekati mereka. Harus juga diperingatkan bahawa kegagalan memenangi hati anak-muda akan memberi kesan buruk terhadap pencapaian PAS di dalam Pilihanraya akan datang.
153. DPP berpandangan PAS perlu lebih serius untuk memupuk dan menerima penglibatan lebih ramai golongan muda di dalam hirarki kepimpinan PAS di semua peringkat dalam usaha memperbaharui kesegaran dan dinamisme PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang unggul di rantau ini.
154. Penonjolan pimpinan muda ini amatlah perlu bagi mengambarkan kita tidak ketandusan pelapis kepimpinan bukan sahaja untuk memimpin parti, tetapi pada masa yang sama untuk diketengahkan sebagai calon di dalam pilihanraya akan datang.
155. Kami sama sekali tidak bertujuan untuk menidakkan kemampuan kepimpinan yang sedia ada, tapi apa yang kami maksudkan ialah sudah sampai masanya PAS menyediakan lebih banyak ruang untuk mengenengahkan pimpinan muda yang berkaliber dan berkebolehan dengan mengurangkan pertindihan bebanan tanggungjawab pemimpin yang sedia ada.
156. Sama ada disedari atau tidak, pertindihan beban tanggungjawab di kalangan pimpinan PAS merupakan satu isu yang besar dalam parti. Oleh sebab itu, adalah menjadi hasrat DPP menawarkan pemimpin muda kepada parti untuk diberikan peranan yang lebih besar bermula di peringkat kawasan, negeri sehinggalah di peringkat pusat.
157. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kawasan yang telah memberi kepercayaan kepada pimpinan dan bekas pimpinan DPP untuk memimpin PAS kawasan.
158. Dalam masa yang sama PAS juga mesti berani meletakkan calon – calon baru dan muda di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menuntut supaya PAS membariskan 40 % daripada calon pilihanraya adalah dari kalangan calon – calon muda terutama yang berusia 45 tahun ke bawah.
159. Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan PAS yang diterajui oleh Alim Rabbani Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti kerana memberi kepercayaan kepada tokoh – tokoh muda menggalas amanah mewakili parti dalam siri Pilihanraya Kecil baru – baru ini seperti DUN Tenang di Johor, Kerdau di Pahang, Merlimau di Melaka dan terkini pilihanraya umum edisi Sarawak di Sadong Jaya dan Beting Maro.
Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.
160. Saya akhiri dengan 5 Nota Pemuda PAS, penting untuk perhatian dan renungan setiap anggota Dewan Pemuda PAS.
Nota Pertama :
161. Biar apa pun zaman dan di mana jua berada , Pemuda tetap menjadi skuad kebanggaan Nabi saw. dan sandaran Baginda untuk menyambung risalah perjuangannya ke arah mendaulatkan syariat Allah swt. di atas muka bumi ini . Justeru itu, janganlah kalian semua menghampakan harapan Baginda Rasul saw. dan lebih malang menjatuhkan "air muka" Baginda saw. dengan kegagalan pemuda beraksi selayaknya mendokong dan memacu perjuangan ini.
Nota Kedua:
162. Pemuda PAS mestilah mempersiapkan diri dari segenap aspek bermula dari 10 noktah :
• Spiritual yang mantap dengan taqarrub diri kepada Allah swt.
• Fikrah yang jelas melalui pembacaan yang komited terhadap surah [al kitab] & khibrah [pengalaman].
• Aqidah yang tulen tanpa dipengaruhi oleh elemen syirik dan khurafat.
• Karisma kepimpinan yang taqwa , thiqah dan berpengaruh.
Syakhsiyyah yang soleh, ikraamul al akh [mesra anggota] dan turun ke medan.
Syakhsiyyah yang soleh, ikraamul al akh [mesra anggota] dan turun ke medan.
• Ilmu yang menguasai tuntutan dan keperluan perjuangan secara individu atau kolektif .
• Fizikal yang kuat memikul amanah perjuangan dan menyerap tekanan .
• Kebijakan aqal dalam mengatur strategi mendepani cabaran.
• Ketenangan jiwa semasa mengurus karenah ahli dan mengurai kekusutan dalaman.
• Kolektif yang berpakat tanpa retak biar sejalur cuma.
Nota Ketiga :
163. Aktif menggerakkan jentera perjuangan tanpa siapa dikalangan pemuda berpeluk tubuh. Lebih mengaibkan jika ada yang berat papan punggungnya untuk bangun melaksanakan amanah yang terpikul di atas pundaknya sebagai pimpinan di manapun peringkat ia terpilih dan terlantik.
164. Pemuda PAS bukan pondan yang sering lemah dilanda fitnah, resah dihempap musibah dan longlai dipukul badai sebaliknya hebat di medan debat, perkasa menabur jasa dan gagah menentang musuh bedebah.
165. Pemuda PAS mestilah menjuarai isu dan senantiasa dekat di mata dan hati rakyat sebagai madu'u [pengundi dalam bahasa pilihanrayanya]. Senantiasa ada bila rakyat berduka dan senantiasa muncul bila rakyat sugul.
166. Pemuda PAS tidak boleh diperalat oleh siapa jua untuk mencapai tujuan politik individu apalagi untuk menjual agama dan menolak perjuangan suci ini. Bahkan pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berkata : Ya ! Kami Ansorullah [pejuang agama Allah]. Berfungsi di sayap utama mengembeling kekuatan dalaman dan mobilisasi kesedaran rakyat bagi menjana kemenangan dan mempertingkatkan prestasi juang serta mempertahankan kemenangan yang telah sedia tercapai.
Sumber DD : 1//06/2011
You Tube Perasmian Oleh YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa :
Aziz Muda |
KUALA LIMPUR, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 mencatat sejarah apabila kesemua jawatan dalam dewan itu diumumkan menang tanpa bertanding. Jawatan-jawatan yang diisytiharkan menang tanpa bertanding meliputi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha 1,2 dan 3, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira bagi sessi 2011-2013. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama, Ustaz Hamdan Mohamad sekitar jam 9.00 pagi ini. Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan Ke-50 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar di sini, hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ucap utama disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi mewakilo Ketuanya, Datuk Harun Taib yang turut hadir mengikutinya. Pada sessi perbahasan ucap utama bermula jam 11.30 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad, seramai 7 peserta telah mengambil bahagian. Peserta terbabit terdiri daripada perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah, Kedah (Mohd Lutfi Ariffin), Perlis (Idris Yaakub), Johor (Ustaz Arif Salim Osman), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ustaz Mohd Nazmi Kamaruddin), Perak (Muhammad Nuri Al-Amin Endut) dan Pahang (Ahmad Nazri). Perbahasan ucap utama akan disambung jam 2.30 petang dengan dimulaikan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor setelah muktmar berehat jam 1.00 tengahari. |
Muslimat memimpin perubahan meneraju kebangkitan |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat ke 51 sedang berjalan sekarang ini dengan Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh menyampaikan ucapan dasarnya dengan tema Muslimat: Memimpin Perubahan Meneraju Kebangkitan. YAB Dato' Bentara Setia al Mursyidul Am PAS You Tube Perasmian oleh YAB AMA : http://www.youtube.com/watch?v=BmMtAEx0lmY Upacara perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut kelihatan adalah pimpinan PAS Pusat termasuk pimpinan dari wanita rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, wakil-wakil rakyat Pakatan dan suami-suami AJK dewan muslimat. Dalam ucapannya, Nuridah mempertegaskan peranan Muslimat, huraikan fenomena mutakhir mengenai kebangkitan rakyat Timur Tengah, bencana alam dan tsunami di Jepun, lebih lima dekad dominasi Umno BN, kehancuran jiwa umat. Beliau juga menekankan tentang kini adalah masa untuk bekerja tanpa henti, mara bersama ke medan jihad, tabiyah dari Allah adalah syarat-syarat kejayaan antaranya seperti keintiman dengan Allah, jentera yang tersusun rapi dan bergerak mengikut peraturan dan sikap realistik. Semua perwakilan berpakaian seragam berwarna hijau muda pucuk pisang menceriakan suasana Dewan Jubli Perak berhampiran Bangunan SUK, dekat sini Malam tadi, Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyampaikan ucapan dasar dengan tema Memimpin Kebangkitan Anak Muda, acara perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. YB Ustaz Nasharudin Mat Isa - Timbalan Presiden PAS Ketika ini, Dewan Ulamak PAS Pusat juga sedang berjalan di Taman Melewar manakala Muktamar PAS ke 57 akan berlangsung bermula esok 3 hingga 5 Jun di tempat sama. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3585-muslimat-memimpin-perubahan-meneraju-kebangkitan
Nik Abduh Timbalan Ketua Pemuda PAS |
Harakahdaily |
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Timbalan Ketua DPPP (Sesi 2011 - 2013) SHAH ALAM, 2 Jun: Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih menjadi timbalan ketua Dewan Pemuda PAS selepas beliau mengalahkan tiga lagi calon untuk jawatan itu. Dr Raja Ahmad al Hiss Raja Yaakob - Naib Ketua DPPP (Sesi 2011/2013) Naib ketua pula dimenangi oleh Raja Al Hiss Raja Yaakob, iaitu bekas Setiausaha Politik Datuk Mahfuz Omar ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. Yang menarik juga, 13 dari 17 pemimpin Pemuda PAS yang terpilih sessi ini adalah berpendidikan agama. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013: Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob Ahli Jawatankuasa: 1) Ustaz Riduan Mohd Noor 2) Khairul Faizi Ahmad Kamil 3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah 4) Adram Musa 5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad 6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari 7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi 8) Ustaz Nazri Chik 9) Ustaz Yusni Mat Piah 10) Mohd Sany Hamzan 11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri 12) Ustaz Mohd Noor Hamzah |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3604-nik-abduh-timbalan-ketua-pemuda-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3605-siti-zailah-dinobat-ketua-muslimat
Siti Zailah dinobat Ketua Muslimat |
Hazayani Zakaria |
SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh. Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi. Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan. Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013: Pengerusi Tetap Nor Hashimah Deraman Timbalan Pengerusi Tetap Fatimah Ismail KETUA Siti Zailah Mohd Yusof, YB TIMBALAN KETUA Siti Mariah Mahmud, YB Dr NAIB KETUA JAWATANKUASA KERJA 1. Aiman Athirah Al-Jundi 2. Halimah Ali, Dr. YB 3. Asiah Ali, Dr. 4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa 5. Wan Ubaidah Omar, YB 6. Kartini Ahmad 7. Mastura Mohamad 8. Normala Sudirman 9. Azizah Khatib Mat 10. Rosni Adam 11. Najihatussolehan Ahmad, Dr. 12. Siti Aisyah Ghazali, YB Pemeriksa kira-kira 1. Basmatul 'Uyun Yusof 2. Normilan Mamat |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3605-siti-zailah-dinobat-ketua-muslimat
No comments:
Post a Comment