Senaman poco-poco haram - Mufti Perak |
Harakahdaily |
IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan. Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. "Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
SS Tan Sri Harussani Zakaria - Mufti Perak
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak. Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam. Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas). Ulasan blogger : Barangkali nak mengalihkan perhatian rakyat dari video lucah ke tarian poco-poco pula. Aduhai rakyat Malaysia apalah nak jadi dengan negara ini. Dr Asri: Tarian poco-poco tak wajar diharamOleh G Manimaran : The Malaysian Insider - 31.03.2011
Professor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis / Pensyarah USM
Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. “Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.
SS Tan Sri Datuk Seri Dr Harussani Zakaria - Mufti Perak
Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.” “Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. “Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau. Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. “Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan. “Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya. Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.” “Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. “Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya. Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.” “Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. “Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau. Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu. Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan. Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan. Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. |
Poco-poco, Menurut Dr Mujahid. Satu Perancangan Politik?
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - AP Parit Buntar / AJK PAS Pusat
Parit Buntar 31 Mac 11: Dr Mujahid menjelaskan mengapa isu dan fatwa poco-poco dikeluarkan sekarang..
"Dalam suasana politik yang sedang mengeploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana berdepan dengan pilihan raya, memperkenal dan memperjelaskan Islam kepada bukan Islam, tiba-tiba keluar fatwa Mufti Perak 'menari senaman poco-poco diharamkan'. Mengapa? "
Kata Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, apabila ditanya pandangannya oleh Weblog Ibnu Hasyim mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Dilaporkan, Mufti itu berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
"Apa ini?" Tanya Dr Mujahid, juga Ahli Parlimen Parlimen Parit Buntar yang terpaksa meninggalkan sidang pulang segera melihat kawasannya, kerana berlaku banjir. "Apakah seolah-olah ada yang cuba mengalihkan penjelasan isu fitnah terhadap politik pembangkang kepada isu-isu begini?"
"Sepatutnya Mufti perlu pandai memilih isu-isu yang lebih penting, sesuai dengan keperluan, masa dan suasana. Isu memfitnah zina oleh tokoh-tokoh politik terang-tarang, sepatutnya ditangani oleh Mufti segera sebelum merebak... dan lain-lain isu lagi.
"Sedangkan isu senaman poco-poco, hanya senaman kesihatan. Mengapa perlu dikaitkan dengan kepercayaan dan aqidah yang bukan menjadi realiti kepercayaan pengamal poco-poco itu?"
Kata Dr Mujahid, yang sebelumnya sewaktu melawat kawasan, ditemui oleh seorang Cina yang menunjukkan muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina sambil bertanya, "Betul ke Islam tak bagi menari?"
Kata Dr Mujahid lagi, "Ini suatu gambaran yang salah atas nama Islam. Sedangkan PAS memperjuangkan Islam. Gambaran-gambaran begini akan mengganggu dan membantutkan perjuangan PAS."
Dr Mujahid adalah Pengerusi Jaringan Dailog Antara Agama Bahagian Asia Tenggara yang ditubuhkan pada Januari lalu dalam perhimpunan 'Forum Kerukunan Umat Beragama', di Medan Indonesia.
Dipetik dari Blog Ibn Hasyim : 31.03.2011
Poco-poco: Rakyat makin keliru dan celaru |
Hamba Allah |
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco pada mulanya tidak mengejutkan saya. Bagi saya tarian poco-poco bukan satu tarian yang begitu popular terutamanya untuk golongan bawahan. Selalunya ia menjadi kebiasaan bagi golongan atasan dan pertengahan. Bagi golongan yang majoritinya berada di dalam kategori rakyat biasa, rasanya tidak ada isu untuk diberi perhatian serius. Semenjak media arus perdana menyiarkan pro dan kontra dari pandangan beberapa individu berlatar belakang agama, ia nampak menjadi sedikit panas.
YB Datuk Dr Mashitah Ibrahim - Timbalan Menteri di JPM
Dr Mashitah yang bukan asing dalam menjawab persoalahan agama nampaknya semacam mempertikaikan faktwa negeri Perak berkenaan. Dalam masa yang sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula meminta agar Fatwa berkenaan tidak dipertikaikan.
YB Mejor Jeneral (B) Datuk Hj Jamil Khir Baharom - Menteri di JPM
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula nampak begitu bimbang dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa. Dalam kata lain mungkin apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak tidak betul. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.
Professor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis
Kalau dilihat dan diperhalusi, hanya Datuk Seri Jamil Khir nampak sedikit berlembut dengan Fatwa baru itu. Kalau dilihat kepada kenyataan Bekas Mufti Perlis, mungkin ada beberapa intipati yang sepatutnya digunakan sebagai asas pengharaman tarian poco-poco iaitu pencampuran perbuatan salah dan bukanlah hanya melibatkan kepercayaan agama lain semata-mata. Mungkin ramai ilmuan agama tidak berminat untuk melihat dan menegur dengan tegas isu-isu asas seperti tarian yang bercampur lelaki dan perempuan, diiringi muzik-muzik yang melalaikan dan ramai penari wanitanya tidak bertudung serta mendedahkan rambut dan aurat. Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat tidak nampak atau buat-buat tidak nampak. Orang Islam tentunya semakin keliru dengan kenyataan yang bercelaru ini. Hamba Allah |
Dipetik dari Harakahdaily : 3.04.2011
Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri |
Harakahdaily |
KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden
Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2690:mufti-letak-jawatan-tanda-protes-ada-media-sendiri-&catid=36:headline&Itemid=68
Joget poco poco tak haram..
Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.
"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di Sepang hari ini.
Bagaimanapun katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Harussani Zakaria Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau
sebaliknya.
"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.
"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada
itu," katanya.
Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.
"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.
Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - Bernama
http://greenboc.blogspot.com/2011/04/isu-poco-poco-tidak-haram-majlis-fatwa.html
Selaraskan fatwa agar tidak jadi bahan gurauan |
Harakahdaily |
KUANTAN, 26 April: Sesuatu fatwa yang ingin diputuskan perlu diselaraskan terlebih dahulu untuk mengelakkannya menjadi bahan gurauan dan mainan ketawa orang ramai, nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2990:selaraskan-fatwa-agar-tidak-jadi-bahan-gurauan&catid=36:headline&Itemid=68
Rabu, Mei 04, 2011
Pengkhianat Islam
Pengkhianat Islam - Utusan Meloya
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.
SS Dr Juanda Jaya - Mufti Perlis
Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.
Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.
Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.
Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.
Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.
“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.
Sharpshooter - Mengapa kes liwat 1 dan 2 Anwar dibawa ke mahkamah sivil, sepatutnya kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah, bukankah ini bukti umno pengkianat Islam sebenarnya....
Mengapa bila hero porno Chua Soi Lek secara terang menghina Islam semasa kempen di Tenang, mengapa umno masih menyokong kenyataan Chua Soi Lek, bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....
Mengapa Ustaz Ibrahim Libya dituduh komunis dan pengganas lalu mereka dibunuh beramai-ramai di Memali, bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...
Mengapa bila Obama umumkan Osama mati dibunuh, pemimpin umno menyokong Obama dan menuduh Osama pengganas, apakah tentera Israel dan Amerika yang membunuh jutaan umat Islam dengan begitu kejam dianggap sebagai pengaman dunia? Mengapa pemimpin umno menyokong tindakan tentera Israel dan Amerika? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...
Mengapa umno sanggup habiskan RM70 juta wang rakyat untuk melantik penasihat APCO? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...
Mengapa umno sanggup memecat mufti Selangar Allahyarham Ustaz Ishak Baharom kerana beliau mengambil tindakan ke atas tiga orang ratu cantik yang beragama Islam? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...
Mengapa ada pemimpin umno yang sanggup menghina dan memperlekeh Hukum Hudud dengan mengatakan kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....
Mengapa peruntukan untuk sekolah agama Islam ditarik balik oleh umno? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....
Ini adalah sebahagian dari bukti-bukti yang jelas bahawa umno adalah pengkhianat Islam sebenarnya, banyak lagi bukti-bukti lain.. Mungkinkah masih ada lagi pimpinan Pas yang berminat dengan "Kerajaan Perpaduan" untuk bergabung dengan umno atas dasar Melayu Islam?
Mengapa mufti hanya berani bersuara tentang sesetengah isu yang menyebelahi umno tetapi diam membisu bila isu Islam dihina?

Sumber : Blog Sharp Shooter - 4/05/2011
Mufti cadang JK pemandu gubal negara kebajikan |
Harakahdaily |
SS Dr Juanda Jaya - Mufti Perlis
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Juanda berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS. “Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka. “Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS,” katanya dalam kenyataan SMS kepada laman web The Malaysian Insider mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu. Juanda (gambar) berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - PMM
Kepimpinan Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya sudah pun melaksanakan dasar negara berkebajikan.
YAB Tan Sri Muhyidin Yasin - TPM
Dalam ucapan dasarnya, Abdul Hadi membentangkan dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat untuk mewujudkan asas negara berkebajikan - pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali. Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”, dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial. Abdul Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Oleh itu katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. Abdul Hadi juga memberitahu, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. “Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. “Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan,” kata beliau. Abdul Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. “PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara,” kata beliau lagi. Hadi, yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember lalu. Manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008 juga bertemakan negara kebajikan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3688--mufti-cadang-jk-pemandu-gubal-negara-kebajikan
Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani |
Harakahdaily
|
KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti. Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.
“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya - Ulamak Muda UMNO
Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin.
Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Moderator / Bekas Mufti Perlis
Dalam majlis itu, Mufti Perak itu mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."
"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PMM
Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi. Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja". Anwar didakwa lagi
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan meliwat oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini sedang dalam peringkat membela diri atas tuduhan itu.
John Mallot - Bekas Duta US ke Malaysia
Datuk Abdul Razak Baginda - Rakan Najib
“Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik,” kata Mallot dalam tulisannya. "Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus memfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5090--saya-minta-jangan-tuduh-dr-m-tak-dengar-harussani
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7215-kenapa-perlu-salinan-surat-nikah-mohon-mykad-anak
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7283-mana-suara-mufti-zakat-biayai-guaman-menteri
Kenapa perlu 'salinan' surat nikah mohon MyKad anak? |
Dr Juanda Jaya |
1. Saya amat berterimakasih kepada semua pihak terutama media yang mengutip dan melaporkan status berita pada dinding laman Facebook peribadi saya Jumaat 23 Disember 2011 berkaitan isu permohonan Mykad anak gadis saya. Saya terpaksa beralih kepada Facebook setelah saluran rasmi lain yang saya gunakan gagal membantu saya pada masa itu. Zaman informasi terkini menjanjikan tiada masalah boleh disimpan di bawah karpet lagi dan manusia boleh saling berkongsi masalah dan membantu memberikan jalan penyelesaian sesama mereka. 2. Isu utama sebenar yang belum terjawab hingga hari ini ialah; Kenapa pihak JPN perlukan salinan (salinan??? bukan original) surat nikah bagi mengesahkan kewarganegaraan seseorang individu rakyat Malaysia sewaktu memohon Mykad anaknya? Begitu juga dipinta lagi sewaktu memohon untuk membuat Passport Antarabangsa? Apakah tidak cukup dengan Surat Beranak asal pemohon dan MyKad asal Bapa pemohon bagi mengesahkan KEASLIAN KEWARGANEGARAAN pemohon, seperti yang dinyatakan di papan kenyataan JPN sendiri. Bukankah kalaulah pasangan itu telah bercerai, status anak itu dalam Surat Beranak tetap kekal seperti adanya, kecuali dia memohon sebaliknya? Atau rakyat Malaysia tidak diberitahu bahawa kedudukan bapa/ibu warganegara tidak menjamin mereka berhak menjadi warganegara Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan dan diwarwarkan oleh pihak KDN sendiri. SOP sebeginilah yang wajar disemak semula, sebagaimana kenyataan awal YBhg KSU KDN. 3. Padahal sewaktu memohon mendapatkan Surat Beranak yang turut dikeluarkan oleh Jabatan yang sama (bukan Jabatan dan Kementerian lain) salinan dan original surat nikah turut dikemukakan. JPN turut menuntut salinan berkenaan setiap kali pendaftaran anak yang baru, sesuatu yang pada saya wajar dilakukan bagi tujuan pengesahan status anak yang lain, walaupun ia tiada beza dengan sistem Mubarak di Mesir sewaktu saya di sana lebih 20 tahun lampau. 4. Isu lain yang tidak dijelaskan dengan teliti ialah; Kenapa status anak gadis saya selama 12 tahun ini dalam sistem JPN adalah X Warganegara? Bukankah Surat Beranak dia sudah menyatakan status dia adalah warganegara Malaysia? Bukankah Passport Antarabangsa dia juga berwarganegara Malaysia? Juga setiap kali passport dia dibuat, pihak Imigresen (dalam satu Kementerian KDN) akan merujuk kepada pihak JPN status kewarganegaraan dia sebelum passport dikeluarkan. Kalaulah benar status dia sudah dikemaskini pada 12 Jun 2009 (seperti kenyataan rasmi KDN semalam) maka mengapa pada 23 Disember 2011, status itu masih menunjukkan dia bukan warganegara. Saya sendiri melihat data status itu pada skrin komputer JPN seperti yang ditunjukkan kepada saya oleh staf JPN dan didengar sendiri oleh anak gadis saya yang turut bersedih di meja pegawai berkenaan. Staf perhubungan pelanggan, staf di kaunter dan pegawai JPN ini amat membantu saya dan komunikasi mereka amat baik sehingga saya mendapat sedikit maklumat yang saya kemukakan ini, bukan seperti 'fitnah' sesetengah pihak yang menyatakan bahawa mereka tidak terlatih dan tidak cekap. 5. Dua isu sebenar yang saya kemukakan ini belum terjawab walaupun pihak KDN menyatakan bahawa MyKad itu sudah siap dan boleh diambil. Saya ke JPN semalam yang dikatakan tetap beroperasi pada hari Sabtu, namun pihak Rela yang mengawal Bangunan menyatakan Federal Ofis tidak beroperasi pada Sabtu ini. Notis di pintu masuk juga menjelaskan hal demikian. 6. Saya bukan bertujuan untuk mensensasikan isu peribadi sebegini, walaupun saya turut diberi 'ingatan' oleh pihak JPN agar tidak mensensasikan isu sebegini. Ini urusan peribadi saya sebagai rakyat, bukan atas kapasiti lain. Saya amat terluka apabila dinyatakan oleh sistem data komputer JPN yang saya percayai dan yakini menyimpan data keselamatan negara yang sudah pasti akurat, tepat dan amat dipercayai, menyatakan dengan jelas anak saya selama 12 tahun ini, dalam rekod JPN Malaysia adalah bukan warganegara Malaysia, negara yang amat saya cintai! 7. Saya sudah lalui semua kepahitan dan kesulitan birokrasi dan redtapes sebegini dengan pihak Agensi Persekutuan di Sarawak. Saya yakin semua rakyat marhaen di Sarawak turut merasai 'denyut nadi kesulitan' yang sama. Tanyalah kepada mereka yang ikut BARISAN di kaunter-kaunter berkenaan. Apakah mereka bergembira? 8. Kita berada pada zaman online, bukan zaman manual. Zaman paperless, bukan zaman suka suruh rakyat buat salinan fotostat. Zaman data setempat, bukannya zaman 'menitahkan' rakyat 'menghadap' pelbagai agensi untuk mengesahkan status mereka dan memaksa rakyat mengisi pelbagai 'songeh borang' yang perlu diupah pelbagai khidmat di keliling Bangunan Persekutuan Sarawak yang akan meningkatkan kos rakyat marhaen (terutama yang buta huruf) di Sarawak bila berurusan dengan Agensi Kerajaan Persekutuan. 9. Isu ini saya ketengahkan sebagai rakyat marhaen di Sarawak adalah dalam rangka membantu memperkukuhkan slogan YAB Perdana Menteri "RAKYAT DIDAHULUKAN" demi Malaysia yang akan terus makmur dan Sarawak Maju Dalam Malaysia. 10. Akhirnya saya ingin berterimakasih kepada YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikhabarkan segera turun tangan membantu saya, begitu juga respons serta merta beberapa rakan media, politikus, birokrat dan teknokrat yang lain. Terimakasih juga kepada YBhg KSU KDN yang turut segera memberikan respons positif dan jaminan isu ini diselesaikan serta merta -menurut kenyataan beliau melalui media-. Namun agak malang, beliau turut mendedahkan beberapa fakta privasi diri dan keluarga saya kepada media. Saya tidak pasti apakah beberapa bahagian privasi hidup seseorang individu yang berada dalam simpanan KDN boleh didedahkan kepada media dalam menangani isu sebegini. Sekian. Kuching, 25 Disember 2011. Dr Juanda bin Jaya Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP) Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU) ex-Visiting Fellow at Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) University of Oxford |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7215-kenapa-perlu-salinan-surat-nikah-mohon-mykad-anak
Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut. Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin. "Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya. "Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan. Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. "DPPWP mengharapkan agar para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan menyatakan pandangan mereka. "Sekiranya tindakan ini salah dan melanggari syariat Islam, teguran secara terbuka perlu dibuat terhadap Datuk Seri Jamil Khir dengan ingatan dan amaran keras," ujarnya lagi. Tambahnya lagi, kemungkaran yang dilakukan perlu dicegah terutama melibatkan pemimpin besar negara kerana mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Selain itu, Datuk Seri Jamil Khir juga jelasnya perlu memohon maaf atas tindakan beliau dan menyerahkan kepada pihak polis atau yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut. "Beliau perlu bersedia menghadapi sebarang tindakan dan hukuman jika terbukti jelas telah melakukan kesalahan," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7283-mana-suara-mufti-zakat-biayai-guaman-menteri
Najib ‘gadai akidah’ hadir Thaipusam - Harussani
Syed Mu’az Syed Putra, TMI, | 10 Feb 2012 |
Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Sumber HD : 10/02/2012
Najib Tak Peduli Mufti
Sumber HD : 11/02/2012
Najib Tak Peduli Mufti
http://msomelayu.blogspot.com, | 11 Feb 2012 |
Ada orang bertanya kepada saya - memusykilkan, kenapa Hasan Ali alias Hasan Akidah tidak menegur kehadiran Haji Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor ke Batu Cave untuk menyambut perayaan keagamaan Thaipusam.
Saya tidak menjawab atau memberi andaian di atas apa yang berlaku itu, cuma berkata; "Hasan tidak membuat apa-apa teguran kerana Ngo yang dibentuk untuk memperjuangkan akidah ummah bernama Jati selepas beliau dipecat Pas masih belum dilancarkan lagi. Menurut Hasan Ngo akan dilancarkan pada 21 Februari ini.
Kata saya kepada si penanya itu sambil berseloroh mungkin selepas 21 Februari ini baru Hasan Akidah akan memberi komen dan fatwanya terhadap tindakan Najib itu. Mungkin menjadi kesalahan atau tidak valid kalau dia menegur sebelum Ngo itu dilancarkan.
Orang itu berkata kepada saya secara bercanda juga, apakah setelah dirasmi baru boleh tegur Najib, atau memang Hasan Akidah penakut dan membuat kritikan memilih bulu? Sepatutnya sebagai ulamak tersohor memiliki Phd beliau harus menegur sesiapa saja. Saya tidak memberi jawaban kerana persoalan itu saja-saja dilepaskan. Sedangkan orang itu saya kira dia sudah tahu kenapa Hasan tidak bingkas dan 'melembu' untuk mengkritik Najib seperti dia membedal Pas.
Kenapa saya berfikir begitu, pertama saya kira dia merasa ilmu Hasan tidak cukup, kedua kerana orang yang hendak ditegur itu perdana menteri yang kini sudah menjadi idolanya selepas Najib mengambil pendekatan Islam Wasatiyyah. Cuba kalau pergi ke batu Cave itu Abdul Hadi Awang atau Anwar Ibrahim berkebut dikritiknya.
Kalau begitu kata orang itu lagi macam mana dia (Hasan Akidah) mendabit dada sebagai pejuang akidah. Apakah soal akidah itu terkena ke atas Pas dan Anwar sahaja dan Najib tidak? Saya malas juga untuk menjawabnya dan saya biarkan kepadanya. Saya dah jelas seperti di atas tadi.
Barang kali mungkin Hasan Akidah fikir tidak menjadi masalah sebab Najib orang Umno. Orang Umno yang menganut faham sekular merasakan tidak menjadi kesalahan untuk hadir ke tempat-tempat begitu. Bagi Hasan mereka yang berfahaman asabiyyah dibenarkan untuk memasuki rumah ibadat agama lain dan turut meraikan perayaan keagamaan itu. Tidak pelik bagi Umno tetapi pelik kepada Pas.
Dan hari ini bila mana Mufti Perak Harussani Zakaria menegur perbuatan Najib itu jelas pegangan dan keyakinan agam syariat agama Hasan Akidah tidak sejauh mana atau mazhab Hasan Akidah menghalalkan perbuatan Najib itu. Atau pun beliau tidak jujur dalam membuat teguran dan memilih bulu. Asalkan Pas tidak boleh asalkan Anwar tidak boleh, kalau Umno orang yang ingin dikawaninya boleh?
Harussani tanpa kompromi menyatakan terkilan atas perbuatan Najib itu yang diibaratkan sebagai menggadai akidah dan perbuatan itu sebagai syirik. Sebelum ini Harussani sudah pun memberi nasihat tetapi nampaknya Najib masih mengulangi perkara yang sama. Apakah yang boleh dihukum kepada manusia yang degil dan terus bergelumang dengan kekufuran?
Harussani berkata majlis-majlis keagmaan seperti Thaipusam itu bukan patut dihadiri tetapi perlu dihindari kerana ia kurafat kerana ia majlis keagamaan dan budaya.
Dalam pada itu Harussani juga hairan kenapa Menteri Agama tidak menasihati Najib? Sepatutnya Jamil Khir Bahrum memberi pandangan dari segi agama dan tidak begitu mementingkan soal politik. Benar agama tidak boleh dipisahkan dari politik, tetapi agama itu ialah Islam bukan dengan agama-agama lain.
Sebenarnya Harussani tidak merasa hairan kalau Jamil Khir tidak berkata apa-apa kepada Najib. Kalau wang zakat beliau boleh benarkan untuk disalah gunakan apalah sangat dengan kunjungan Najib yang lengkap dengan memakai Kurta baju raya Thaipusam itu mengujungi batu Cave.
Mungkin Jamil berfikir anak tangga untuk naik ke batu Cave tidak akan berubah dengan kunjungan Najib itu?

Teras gesa keluar fatwa Najib hadiri Thaipusam
Harakahdaily, | 11 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal untuk kesekian kalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.
“Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
“Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?” tanya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Teras, katanya mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini Najib sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak.
Menurutnya, pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves.
“Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.
“Teras menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.
Padahal, ujarnya Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.
“Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat,” katanya lagi.

Penganut Hindu pun rasa tersinggung...
http://blog.marhaen.info, | 11 Feb 2012 |
Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.
Jangan merendah-rendahkan Thaipusam
Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?
Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?
Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupakan tujuan utama Thaipusam?
Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekali gus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?
Tiada rasa malu dan sensitif
Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?
Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.
Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?
Oleh J. D. Lovrenclear - pembaca Malaysia Chronicle
KOTA BHARU: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.
“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.
Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”. Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.
Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.
Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.
Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.
Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.
Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.
“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.
“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.
Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.
Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.
Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan.
Sumber HD : 5/05/2012
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.
Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-olah pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah. (pautan di akhir artikel ini) ~~
Perayaan Thaipusam, sejak tiga tahun yang lalu telah diambil-alih oleh seorang pemimpin yang seronok membiarkan dirinya dilayan dan dijadikan seumpama dewa. Malah, lebih hebat daripada dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu sendiri. Kita ikuti tulisan J. D. Lovrenclear yang menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.
Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan di mana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.
Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.
Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?
Jangan merendah-rendahkan Thaipusam
Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?
Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?
Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupakan tujuan utama Thaipusam?
Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekali gus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?
Tiada rasa malu dan sensitif
Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?
Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.
Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?
Oleh J. D. Lovrenclear - pembaca Malaysia Chronicle
Petikan:
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. (bacaan seterusnya melalui pautan tajuk di bawah)
Sumber HD : 11/02/2012
PM sertai Thaipusam: Mana suara
Menteri Agama
Abdul Aziz Mustafa, | 12 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.
"Apa guna Jamil Khir menjawat jawatan menteri mengenai urusan agama apabila beliau gagal menasihat dan menegah penyertaan Perdana Menteri dalam upacara Thaipusam sehingga mufti sendiri menyifatkan perbuatan Perdana Menteri itu menggadai agama," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.
Beliau juga mempersoal di mana peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dalam menasihati Najib dalam urusan agama.
"Atau adakah Najib hanya mahu menerima nasihat dan petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide sahaja?
"Kalau begitu, lebih baik Jamil Khir meletak jawatan dengan segera," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga hairan, adakah Jamil Khir tidak tahu bahawa selain dari menghadiri upacara Thaipusam, banyak lagi tindakan dan perkara yang haram dalam Islam dihalalkan oleh Umno.
"Tindakan tersebut termasuk rasuah, fitnah, mencuri duit rakyat dan diberikan kepada kroni seperti kes lembu fidlot, mengaibkan sesama manusia, menipu dalam pilihan raya, pengundi hantu, pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak menerimanya dan banyak perkara lain yang diharamkan oleh Islam.
"Tetapi dalam Umno semuanya halal asalkan dapat undi, dapat untung dan dapat wang. Itulah fahaman Umno dan itulah yang dilakukan oleh Umno. Adakah Jamil Khir tidak tahu atau beliau juga merestui perbuatan-perbuatan itu?" katanya.
Sebelum ini, dalam tegura terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya “menggadai akidah” itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
Sumber HD : 12/02/2012
‘Akidah Najib’ di Thaipusam terhangat minggu ini
Harakahdaily, | 12 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Feb: Tingkahlaku dan kritikan terhadap akidah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves mengungguli tiga daripada lima tangga teratas 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu keenam.
Di tangga pertama ialah sepucuk surat tulisan yang mengisahkan bagaimana penganut Hindu pun terasa tersinggung terhadap Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mengambil kesempatan untuk mencari 'mileage' politik ketika perayaan Thaipusam.
Kritikan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria terhadap Najib yang disifatkannya menggadai akidah menghadiri Thaipusam menakluki tempat kedua carta terhangat Harakahdaily, manakala tulisan blogger Mohd Sayuti Omar mengulas bagaimana Najib tidak peduli nasihat mufti menduduki tangga kelima.
Di tempat ketiga, ialah tulisan kolumnis popular Subky Abdul Latif mengulas penyertaan bekas pensyarah UIA Dr Aziz Bari ke dunia politik.
Perampasan telefon Blackberry ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad oleh pihak polis pula menduduki tangga keempat.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu keenam, 5 Februari hingga 11 Februari, 2012.
Sumber HD : 12/02/2012
Aqidah: Tahniah, Najib tak perlu bayar
RM80 juta
Abdul Aziz Mustafa, | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak perlu berbelanja sehingga RM80 juta untuk memastikan kenyataan yang menyifatkan beliau menggadai aqidah ditarik balik.
"Sebelum ini, Tan Sri Harussani (Zakaria) kata Najib menggadai 'aqidah kerana menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
"Semalam, kita yakin tanpa sebarang bayaran, Mufti Perak itu juga yang menyatakan kehadiran Perdana Menteri pada sambutan Thaipusam itu tidak menyalahi hukum syarak pula.
"Perdana Menteri tidak perlu bayar RM80 juta untuk bersihkan imejnya di mata orang-orang yang mudah diperdayakan bahawa imej beliau telah dibersihkan," kata Mahfuz sinis sambil merujuk jumlah yang RM80 juta yang dibayar dengan wang rakyat kepada FBC Media Ltd yang ditugaskan untuk membersihkan imej buruk kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, Najib mengakui di Parlimen bahawa kerajaan telah membayar 19.6 juta euro (RM80 juta) kepada FBC Media antara 2007 dan 2010 kononnya untuk meningkatkan imej Malaysia di mata dunia antarabangsa.
Mahfuz menyifatkan perbelanjaan itu sebagai lanjutan penyelewengan kepada penyelewengan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sebelum itu oleh kerajaan Umno BN.
"Untuk menutup penyelewengan kerajaan Umno BN, buat satu lagi penyelewengan dengan menggasak RM80 juta duit rakyat untuk mengupah FBC buat dokumentari untuk cuba membersihkan imej buruk kerajaan Umno dan BN walaupun realiti yang berlaku tidak memungkinkan perkara itu terjadi.
"Buat lapan program dokumentari dengan harga RM80 juta dan selepas itu membazir begitu sahaja apabila kesilapan BBC (Perbadanan Penyiaran British) menyiarkan program tersebut memberikan imej yang sangat buruk dan hasilnya kosong kerana tidak mungkin sesiapa pun yang berakal boleh mempercayai program tajaan.
"Upah orang sampai RM80 juta supaya kata awak baik, siapa yang waras yang mahu percaya kata-kata orang upahan?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
BBC baru-baru ini telah memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa yang ditaja, termasuk lapan yang memaparkan Malaysia kerana tindakan itu melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorialnya.
Sambil menuntut Najib serta Umno dan BN yang diketuainya membayar balik RM80 juta itu kepada rakyat, Mahfuz bersyukur kerana perbuatan Najib yang sebelum ini disifatkan menggadai 'aqidah oleh Harussani dibersihkan oleh Mufti Perak itu sendiri secara percuma.
"Nasib baik Mufti Perak yang sebelum ini menyifatkan Najib menggadai 'aqidah tidak bertindak seperti FBC yang menggasak hingga RM80 juta duit rakyat negara ini, walaupun sikap beliau yang dituduh flip flop itu menggadaikan nama dan penghormatan kepada kedudukan beliau sebagai mufti," kata Mahfuz.
Dalam tegurannya terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya “menggadai akidah” itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya

Sumber HD : 16/02/2012
MAIWP: Mengapa mohon RM1 juta, dapat RM4 juta?
Anis Nazri, | 09 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini mendedahkan sejumlah RM4 juta wang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diberikan kepada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, berbanding RM1 juta yang dipohon yayasan tersebut.
Ketua DPPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad (gambar), mendedahkan pada 17 Sept 2010, pihak Yayasan Taqwa telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi menampung sebahagian kos operasi dan aktiviti yayasan terbabit.
"Permohonan sejumlah wang itu bagi menampung sebahagian kos operasi dan program yayasan tersebut dari bulan September sehingga Disember 2010, bagaimanapun pada 13 Okt 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal telah meluluskan sebanyak RM4 juta," dedah beliau ketika sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Kamaruzaman yang juga Pengerusi Task Force Zakat DPPP mempersoalkan mengapa wang yang diperuntukkan jumlahnya lebih besar berbanding yang dipohon yayasan tersebut.
"Kenapa yang dipohon RM1 juta, tetapi diberikan RM4 juta? Ke mana wang itu dibelanjakan? Kita mahu Yayasan Taqwa segera mendedahkan audit dalaman yayasan tersebut berhubung pendedahan ini," tegas beliau.
Tambah beliau, bagi menjaga kepentingan pembayar zakat dan kemaslahatan masyarakat, persoalan yang dibangkit DMPP ini perlu dijawab segera pihak terbabit iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom sendiri.
Katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya pihak yang terlibat tidak memberikan penjelasan yang memuaskan.
"Kita memberi tempoh seminggu bermula hari ini untuk mereka jawab. Jika tidak, kita akan membuat laporan polis dan ke SPRM," tegas beliau yang mengakui mempunyai beberapa bukti lain mengenai penyelewengan MAIWP.
Dalam pada itu, Kamaruzzaman turut menuntut agar yayasan itu ditutup bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran kos yang tinggi, dan dalam masa sama menyerap kakitangan yayasan tersebut ke MAIWP bagi menjamin kebajikan mereka.
"Pandangan kami, tidak perlu Yayasan Taqwa diwujudkan kerana peranannya sama dengan Baitulmal. Kenapa perlu ditubuhkan dua badan yang berbeza untuk satu tugas yang sama? Adalah lebih baik kos pengurusan yang tinggi dapat diberikan kepada asnaf yang lebih memerlukan," tegas beliau lagi.

Sumber HD : 9/03/2012
Mufti Pahang: Tak bayar PTPTN hukumnya haram
Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat Bentong, hari ini.
Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
- Bernama / MK : 20/04/2012
Tuduh orang zina kena 80 sebatan – Mufti
Aslani M, | 05 Mei 2012 |
“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.
Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”. Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.
Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.
Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.
Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.
Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.
Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.
“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.
“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.
Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.
Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.
Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan.
Sumber HD : 5/05/2012
Majlis Fatwa: Jangan berjalan sebelah kaki
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 07 Mei 2012 |
Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.
Saya setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak. Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi penghormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini.
Tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihanraya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya. Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk? Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihanraya yang implikasinya lebih besar kepada negara? Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar pro kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan. Justeru, soalan saya ialah fatwa kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?
Huru-hara tercetus jika ia dihalang. Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara. Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?
Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah.

Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan.
Dengan hormat,
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Sumber HD : 7/05/2012
Mufti jangan hanya jaga periuk nasi sahaja
Muhamad Yusri Amin, | 16 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Sepatutnya Mufti Perak mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membincang isu kerajaan Pakatan Rakyat dirampas menggunakan cara kudeta dan bukan melalui saluran demokrasi.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Abdullah Abdul Razak (gambar) berkata, mufti sebagai seorang yang disegani dalam masyarakat tidak sepatutnya membisu kerana ia melibatkan imej sesebuah negeri.
“Ini benda besar dan bukannya mengulang tayang isu lama mahu mendesak kerajaan menghapuskan perkataan Islam yang ada pada PAS.
“Kerajaan Perak yang ada hari ini lahir melalui rampasan kuasa. Kita hendak tahu apakah tindakan itu halal atau haram di sisi Islam,” katanya di sini.
Baru-baru ini mufti itu mendakwa perjuangan PAS kini menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.
Abdullah berkata, Mufti Perak nampaknya selesa memilih isu-isu tertentu bagi memenangkan Umno dan bukan memikirkan isu lebih serius.
“Bagaimana dengan isu memberikan kerakyatan kepada pendatang asing yang dilihat ramai sebagai tindakan kerajaan mengkhianati rakyat sendiri.
“Adakah menyokong tindakan yang merampas hak peribumi itu halal atau haram. Mufti janganlah nampak sangat kecederungan sehingga memperlihatkan tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku,” ujarnya.
Paling dibimbangi kata beliau rakyat nampak mufti yang ada di negara ini hanya hendak jaga periuk nasi sahaja dan bukan berjuang mendaulatkan Islam.
Sumber HD : 16/05/2012

Apa fatwa tinggal puasa rai Sukan Olimpik
Salmiyah Harun, | 07 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa terhadap atlet beragama Islam yang akan menyertai sukan Olimpik pada bulan Ramadan bermula 27 Julai ini.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpandangan walaupun Malaysia mempunyai peserta bukan Islam tetapi bagaimana dengan peserta Islam yang bertanding bagi acara yang tidak sesuai untuk berpuasa sama ada etika berpakaian yang tidak sesuai dengan Islam.
Setiausaha Agung, Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid juga berkata, adalah tidak sesuai untuk umat Islam menggadaikan kesucian Ramadan hanya kerana hendak mengejar medal Olimpik.
"Itu adalah sesuatu yang tidak wajar, peserta umat Islam perlu utamakan penghormatan bulan Ramadan dan etika bersukan di peringkat antarabangsa. Pendirian Majlis Fatwa dapat menjelaskan perkara ini," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau melahirkan kebimbangan terhadap senario ini, apabila kewajaran Olimpik memulakan 'precedent' pada bulan Ramadan tambahan pula umat Islam seluruh dunia tidak ambil kisah maka tidak mustahil ia boleh dilakukan lagi selepas ini.
"Bila acara dunia seperti ini memulakan pada bulan Ramadan pun kita tidak kisah, maka sudah menjadi alasan mereka tidak ambil kisah tentang sensitiviti agama selepas ini," katanya.
Jelasanya, senario ini menunjukkan barat tidak ambil kisah tentang agama walaupun mereka sering kata menghormati agama Islam di peringkat dunia.
Bagi Mapim, penentu atur cara Olimpik sepatutnya dari awal memastikan tidak berlaku pada bulan Ramadan sebagai menghormati penyertaan peserta-peserta dari negara Islam.
Dan, Mapim tidak menolak penganjuran ini wujudnya unsur-unsur tidak menghormati budaya dan agama di peringkat global.
"Apabila teruskan jadual itu maka negara-negara Islam harus bersepakat untuk menentukan sikap sama ada sesuai atau tidak peserta Islam menyertai sukan itu. Sudah tentu ianya adalah suatu hak negara untuk tentukan sama ada mahu menyertai atau tidak kerana alasan agama," katanya.
Mapim melahirkan kekecewaan malah membantah sikap penganjur sukan Olimpik yang tidak bersikap toleransi dengan budaya dan agama tidak diambil kira, dalam acara itu memperjelaskan lagi bahawa agenda global sudah menguasai sampai mengenepikan unsur-unsur agama.
Sementara itu, Angkata Belia Islam Malaysia (Abim) turut mempunyai pandangan yang sama di mana Majlis Fatwa Kebangsaan juga wajar menasihati pimpinan negara bagi mengatasi masalah ini.
Ini kerana menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan ada yang berpendapat dibenarkan meninggalkan puasa Ramadan kerana bersukan dan perkara ini perlu diperjelaskan sebaiknya.
"Kalau kita diniatkan untuk bermusafir di Olimpik nanti untuk dibenarkan tidak berpuasa, kita harus ingat musafir ada tempoh tempoh tertentu. Malah ada ramai juga mengatakan kalau kita turun tengok bola, itupun dalam negara kita tidak boleh dikira musafir," katanya.
Bagaimanapun beliau akan berbangga sebagai orang Islam dan warga negara Malaysia jika melihat atlet negara yang sanggup tarik diri kerana pentingkan syariat.
"Tinggal puasa semata-mata untuk raikan Sukan Olimpik perkara ini perlu diperhalusi kerana ia menjadi contoh kepada masyarakat, kerana dibimbangi alasan ini akan dipakai selepas ini.
Perlu tengok luas-luas perkara ini," katanya.
Sukan Olimpik 2012 dijadualkan berlangsung di London bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos, sebanyak 204 buah negara menyertai sukan ini termasuklah negara Islam. Kira-kira 10, 250 atlet akan bertanding dalam 300 acara dan 26 sukan.
Terdahulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain.
Sumber HD : 7/06/2012

Kerajaan bermaruah tidak biar gelaran
'kafir harbi' - Mufti
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (gambar) berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".
Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".
Demikian kata beliau dalam wawancara dengan Malaysiakini.
Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu.
Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan.
"Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan.
"Ini pandangan orang yang ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan. Barangkali pandangan ekstrem sebegini muncul akibat sikap ekstrem pihak lain yang melingkari keadaan masing masing.
"Namun jika ada pihak yang mahu meraikan dan memberikan ruang kepada pandangan ekstrem dan anti demokrasi serta sukakan perbalahan dan pergaduhan di dalam sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia ini, maka ia adalah suatu sikap yang amat mendukacitakan," kata Juanda.
Sumber HD : 14/08/2012
Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama Islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.

Alamat besar pembubaran parlimen sudah
muncul!
http://batuvskayu.blogspot.com, | 17 Dis 2012 |
Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama Islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.
Hari ini saya terkejut bila tiba-tiba dua mufti membuka balik cerita lapuk di mana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba-tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC pun menjadi tanda tanya dan misteri? seperti ada sesuatu agenda yang tersembunyi.
Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya yakin semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti seolah-olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba dibangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua-dua mufti.
Terus terang dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca satu di dalam satu akhbar[gambar] konon beliau tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.
Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini duduk semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan menyerang Haji Hadi atau Pas.
"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.
Sebagai seorang yang berilmu adakah dia lupa tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua yang bergama Islam kena tau apakah perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.
Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).
Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.
Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.
Maka isunya di sini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.
Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah dilontar oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 17-12-2012
No comments:
Post a Comment