Talam: Kenyataan Muhyiddin malukan BN
Muhammad Faizal, | 18 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Predana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan Selangor dengan isu Talam Corporation Berhad (Talam) 'memalukan' BN.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kemungkinan besar Muhyiddin telah diberi maklumat tidak tepat oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang selama ini keliru tentang 'Pelan Pungutan Hutang Talam' (Talam Debt Recovery Exercise).
"Seluruh rakyat Selangor tahu bahawa (ketika) pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor dulu Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - RM28.2 juta, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) - RM248.7 juta dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) - RM115.1 juta
"Isu hutang Talam adalah sejak dari zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor lagi, kenapa sejak dulu mereka tidak berusaha untuk mendapatkan kembali hutang dari Talam," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau yang juga merupakan jurucakap rasmi Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu hutang Talam itu turut mempersoal kerajaan BN yang gagal memungut hutang-hutang tersebut walaupun RM1 setelah tiga kali mereka mencubanya iaitu pada tahun 2005, 2007 dan 2008.
Dr Dzulkefly memberitahu, melalui perancangan dan pelan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Talam telah melunaskan hutang-hutang mereka dalam bentuk bayaran yang telah ditetapkan.
Malah menurut beliau lagi, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah satu keputusan yang bijak (a sound business decision).
"Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak menbayar walaupun RM1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri," katanya.
Laporan itu menyebut bahawa Talam telah membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di Bukit Beruntung - RM150.28, di Bestari Jaya RM105.3 juta, di Ulu Yam dan 60 peratus ekuti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan nilai RM22.2 juta.
Selain itu tanah di Danau Putra seluas 134 ekar - RM52,1 juta dan 5 unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.
Manakala selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui 'cash assignments' dai EON, RM7.68 juta pula dari kerja 'earthwork' di Universiti Selangor (Unisel).
RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.
Ahli Jawatankerja PAS Pusat itu turut menegaskan Umno-Barisan Nasional mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah tersebut tetapi mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmanatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan persekutuan.
SIDANG MEDIA YB DR DZULKEFLI AHMAD (JURUCAKAP KERAJAAN SELANGOR):
1. http://www.youtube.com/watch?v=CM63X1mdw8E&feature=g-all-u
2. http://www.youtube.com/watch?v=AWen6FuE_R4&feature=context-gfa
Sumber HD : 18/09/2012

Risalah – Apakah fakta sebenar hutang Talam
http://wargamarhaen.blogspot.com, | 19 Sep 2012 |
Sumber HD : 19/09/2012
Talam oh Talam, senjata makan tuan
Dr Dzulkefly Ahmad, | 19 Sep 2012 |
Kenyataan TPM TS Mahyuddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan.Bukan sahajaDato Chua Tee Yong (CTY) dan DS IrMohd Zin keliru tentang ‘Talam Debt Recovery Exercise’ (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.
Dalam kekeliruannya CTY pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Md Zain dengan segala ‘kejahilan’nya mempopularkan istilah “Talam-Gate’. Sekarang Mahyuddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.
Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak diDEDAHkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MC-BN ini.
Pertama
Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporarion) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB DS Khir Toyo sehingga menadapat jolokan panggilan “Super-Crony Selangor’ bawah Khir Toyo.
Pada waktu-waktu ‘kecemasan’nya yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya (syarikat tersenarai (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17), tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki ‘Land Bank’ sejumlah 7000 ekar!
Jadi rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Bukan kami kerajaan Pakatan! Tapi zamanKhir Toyo lagi. Usaha pertama adalah menentukan HUtang-hutang ini (Confirmation of Debt). Berapa banyak dan kepda siapa?
Talam berhutang kepda berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta).Jumlah ialah RM392 juta!
Kedua
Berjaya kah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan KHir Toyo?
TIDAK! Umno GAGAL memungut hutang Talam walaupun RM 1juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka MENCUBA sebanyak TIGA kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat KEGAGALAN ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor!
Rakyat Sealngor mesti persoalkan mereka KENAPA mereka GAGAL! Beban itu seterusnya ditanggong oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil aleh pemerintahan selepas PRU ke-13.
Ketiga
Apa yang Berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali?
Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (Debt Settlement Agreement).
Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh CTY (MCA) dan Ir Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri. Hutang kepada anak-anak kerajaan negeri pun berpindah tangan kepada Menteri Besar Incoroprated (MBI) dengan proses ‘Round-Tripping’ melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB yang kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk mendapat hutang-hutang itu dari 3 anak syarikanya.
Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC. SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya ‘Round-Tripping tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB! Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang CTY, Md Zain dan TPM dakwa diguna?. Jangan sampai rakyat kata mereka ‘Bengap’. Tak manis!
MBI kemudian memulakan proses “Pungutan Hutang” dari Talam.
Keempat
Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut?
Talam membayar dalam 4 bentuk. i. RM340.88 million tanah dan asset: 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million, 400 ekar di Ulu Yam and 60% equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengannilai RM22.2 million, 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 million.
Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai : RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million ‘cash assignments’ dari EON, RM7.68 juta kerja ‘earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.
Kesimpulan
Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah ‘a sound business decision’ – ‘satu keputusan yang bijak’.
Satu ‘bailout’ adalah ditakrif dalam kewangan sebagai ‘bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yangdiberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.
Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM 1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM 392 juta kepada kerajaan negeri.
Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak “Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan! Tiga keeping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Ir Mohd Zin kerana 80% dibawah air, telah selesai dijual dan mendapat pulangan yang diharapkan.
Kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam. Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh di’gadaikan’kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya!
Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses “Pungutan Hutang Talam” dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangir dari Pakatan Rakyat.
Umno-BN lah ‘pengkhianat’sebenar kepada rakyat Selangor yang i. telah memberikan kepada segala ‘pemberian tanah secara MUDAH’, ii. Gagal memungut Hutang pihak pemaju yang merupakan ‘super-kroni MCA’ dan mantan MB Umno itu. iii. mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam.
Sangat Memalukan Tipu Belit Umno-MCA ini!
Inilah resepi yang hendak digunakan oleh TPM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang menyelamatkan Wang Rakyat Selangor!
*Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Peringatan terakhir untuk Belanjawan 2013 Najib
Dr. Dzulkefly Ahmad, | 21 Sep 2012 |
Di ambang pilihanraya umum ke-13 ini, semua perhatian telah beraleh tumpuan kepada pembentangan Belanjawan 2013 yang bakal dibentang Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada 28 September. Hampir semua para analisis mendakwa bahawa inilah ‘sentuhan’ sekaligus ‘senjata’ Najib terakhir.Dakwaan itu telah terbukti tepat kerana Najib memang tidak berani membubar parlimen sebelumnya.
Kini hanya waktu pembubarannya sahaja yang masih dipolimikkan.Dalam perbalahan menentukan tarikh itu, yakinlah yang paling tertekan adalah PM dan isterinya.PRU ke-13 ini adalah ‘hidup-mati’ kerjaya atau ‘career’ politiknya.Amat tinggi ‘risiko pertarungan’ atau ‘stake’nya kali ini. Mungkin sahaja ini Belanjawaan Najib yang terakhir, ditakdirkan beliau kalah dalam PRU ke-13 ini!
Mampukah Najib menyusun sebuah ‘Bajet’ yang mesti berperanan memenangkan beliau dalam pertarungan ‘kalah-mati’ ini? Berupayakah Najib melakukan sekehendak ‘hati dan nafsu’nya yang kini akan ditentang oleh ‘fikiran waras’nya yang tahu akan hakikat ekonomi dan kedudukan kewangan Negara?
Apakah Najib akan terus-terusan mengorbankan kepentingan jangka sederhana dan jauh rakyat dan Negara ini demi memacu ‘nafsu’nya untk terus mencari ‘populariti’ dan ‘sokongan’ bagi terus berkuasa di Putrajaya?
Seandainya ‘nafsunya’ mengatasi dan menundukkan ‘aqalnya’, maka penulisan ringkas ini mengajak Najib merenung jauh memikirkan ‘risiko dan bahana’ berbelanja besar dalam Bajet 2013 ini.
‘Ekonomi Terbuka’ (Open Economy) negara seperti Malaysia, berdepan dengan cabaran global yang masih tidak reda dan tidak menentu. Bukan sahaja krisis zone Eropah dan kewangan Amerika serta kelembapan pasaran kerjanya kekal mengancam permintaan global, pertumbuhan ‘perlahan’ (slowing growth) dua ekononmi besar Asia yakni China dan India telah mula ‘menggigit’ negara seperti Malaysia yang merupakan ekonomi berorientasikan eksport atau ‘export-based economy’.
Pertumbuhan 5.4% dalam suku kedua baru-baru ini dikesani adalah dari sumbangan pelbagai projek mega infrastruktur (MRT dll) dan permintaan domestic atau perbelanjaan isi-rumah yang masih rancak.Namun kedua-dua komponen ini mempunyai risiko besar dalam ‘menjurumuskan’ Negara dalam hakikat hutang.
Perbelanjaan besar kerajaan (Factor ‘G’ dalam KDNK) telah mengakibat tanggungan hutang kerajaan Pusat ke paras maksimum yang dizinkan Akta Pinjaman Tempatan (1959) yakni 55% KDNK dan perbelanjaan isi-rumah (Faktor ‘C’ dalam KDNK) telah melonjakkan hutang isi-rumah ke paras RM653 Bilion hampir 80% KDNK, paling teruk di Asia.
Berpandukan formula Keluaran Dalam Negara Kasar sebagai KDNK = C+ I + G + (X –M) dengan (C- Penggunaan isi-rumah, I – Investment/Pelaburan (FDI + DDI), G – perbelanjaan Kerajaan, (X-M) (yakni Ekspot tolak Impot), maka Najib tahu bahawa dia mesti bertindak ‘pruden’ dan wajar dalam memacu ‘pertumbuhan’ dan tidak rakus (reckless) dalam mengolah Bajetnya!
Untuk peringatan umum factor I (Investment-Pelaburan) juga menerima ‘kejutan’ baru-baru ini, ketika Jabatan Laporan Jabatan Statistik menunjukkan bahawa pengaliran pelaburan keluar (investment outflow) dalam suku pertama mencecah RM16.91bilion.Ini jelasnya adalah dua kali ganda pelaburan masuk (investment inflow) dalam suku pertama tahun ini sebanyak RM7.48 bilion.Ini bermakna dana pelaburan yang keluar (keluar bersih-nett outflow) dari negara pada suku pertama ini sahaja adalah sebanyak RM9.43 bilion, jumlah yang agak besar berbanding jumlah RM10.07 bilion untuk seluruh tahun 2011.
Lebih malang lagi, sektor yang membawa dana pelaburan ini keluar bukanlah ‘pembuatan’ (manufacturing) yang didakwa pihak penguasa kerana mengambil pleuang kos buruh yang murah di Negara-negara jiran.
Hakikatnya ialah syarikat-syarikat yang dikenalpasti melabur di luar adalah kelompok dari 3 sektor utama NKEA yakni sektor minyak dan gas, kewangan dan insuran dan ‘wholesale dan peruncitan’ dan bukan dari sektor pembuatan.
‘Snapshot’ atau senario ringkas yang cubapenulis lakarkan meletakkan semua pihak yang punya pemikiran yang waras tahu bahawa kita berdepan dengan hakikat ‘masa-masa mendatang’ adalah ‘berisiko tinggi’ bagi ekonomi dan rakyat Negara ini.
Hakikat ini mesti didepani kedua-dua pihak Barisan mahu pun Pakatan yang sedang bertarung untuk mendapat mandat rakyat memerintah Negara di peringkat Persekutuan. Dalam persaingan sengit dan getir ini, kedua-dua pihak pastinya akan cuba menandingi seterunya untuk menawarkan kepada rakyat dan pengundi sebuah “Belanjawan” yang popular.
Pun begitu, penulis mengingatkan kedua-dua pihak bahawa wujud satu garisan yang sangat tipis di antara program yang ‘popular’ dan satu yang ‘populist’.
Tegasnya, yang ‘popular’ membawa kesan baik untuk kepentingan rakyat yang berdepan dengan pelbagai kemelut ekonomi dan kewangan, sementara yang ‘populist’ memberi suntikan ‘pelali’ atau ‘penahan sakit’ yang boleh sahaja membawa keadaan lebih parah lagi kerana penyakit sebenar (seumpama kanser) tidak dirawat sehingga sampai ke peringkat ‘terminal’ atau tahap 4 (yakni maut).
Seterusnya penulis lakarkan beberapa perkara kunci penting yang mesti digarap oleh bakal pemerintah di peringkat Pusat:
i. Mengurangkan bebanan hutang kerajaan Pusat dan deficit fiskal yang berlarutan selama 14 tahun. Cabarannya ialah bagaimana mencarinkan Belanjawan yang dapat menjana ‘Effective Spending’ atau ‘Perbelanjaan Berkesan’ dari sudut mencapai ‘Sasaran Belanjawaan’ (Outcome-Based) dan kemudian Melaksanakannya dalam satu ‘Delivery’ yang kompeten, telus, bertanggungjawab dan bebas ketirisan-rasuah. Tentunya matlamat ini memerlukan ketegasan untuk menjana ‘pendapatan baru’ dan/atau meningkatkan ‘revenue’ melalui pungutan cukai berkesan serta ‘prosedur perolehan’(procurement procedures) yang lebih telus dan berkesan.
ii. Meningkat Pendapatan Rakyat Malaysia dengan pelbagai kaedah berkesan untuk mengurangkan ‘kos saraan hidup’ bersabitan ‘gaji minima’, peluang mendapat gaji yang lebih lumayan dengan meningkatkan ‘produktiviti’ dan peningkatan ‘ketrampilan’ (skill) warga kerja di pasaran. Penghapusan monopoli sekaligus mengurangkan kos saran hidup dalam aspek kesihatan, makanan (beras dll), telekomunikasi, tol, tariff (air, tenaga dll). Sekaligus ia mampu meningkatkan ‘pendapatan boleh berbelanja’ –‘disposable income’ rakyat.
iii. Meningkatkan Keberkesanan Pengangkutan Awam dengan memperkenal satu ‘Dasar Pengangkutan Nasional’ yang lebih Mesra-Rakyat, bukan hanya Mesra-Kroni seperti kini yang mengulangi kesilapan Ear Tun dalam pemberian projek bear MRT dll. Menekankan pendekatan ‘Hybrid MRT-Bus’ yang pasti jauh lebih murah dari segi kos pengankutan rakyat dan pelbagai inisiatif baru di segi memperksakan Pihak Berkuasa Tempatan dll.
iv. Menyediakan Iklim Selamat dari Jenayah – Pelbagai Reform PDRM yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pembaikan Polis oleh Tun Dzaiddin dan menambaik ‘deployment’ pelbagai aspek kepolisian yang kini didakwa ‘herot’ dan berlaku ‘mismatch’ di segi Keperluan (Needs) dan Agihan Sumber. Jenayah tidak di cega dan kawal sementara polis sibuk menjaga ‘demonstran aman’.
v. Perumahan Nasional untuk rakyat teramai dengan menangani sekali lagi ‘mismatc’ atau ‘kesongsangan’ keperluan dan bekalan. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mesti mengemudi ‘Dasar Perumahan’ yang menangnai keperluan rakyat teramai (Demand Side) dan bukan kehendak Pemaju dan institusi kewangan yang mahu menjana keuntungan (Supply-Side). Menangani pelbagai manipulasi pasaran yang mengakibat rakyat teramai yang sangat berhajat kepada perumahan menjadi mangsa kepda pihak ‘spekulator’; termasuk pemaju dan pembeli, yang membina-membeli hanya kerana memikirkan keuntungan dan bukan sngat keperluan.
vi. Menjana Ekonomi yang Menggalakkan Persaingan Sihat (Fair-Free Competition) sebagai penjana-pemangkin pertumbuhan. Menggelakkan ‘Kesesakkan’ atau ‘Crowding-Out Effect’akibatsyarikat-syarikat kerajaan sendiri (GLCs) terlibat dalam hampir semua bidang-sektor yang seharusmya disertai bahkan dipacu oleh pihak swasta. Monopoli dan ‘advantage’ seperti ini ‘memuramkan’ dan ‘melembapkan’ persaingan kerana amalan kronisme dan nepotisme yang memberi lebih ‘advantage’ kepada pihak GLCs dan juga syarikat-syarikat swasta yang menjadi ‘super-kroni kepada ‘Penguasa Politik’. Cukup dengan pengalaman “LRT Ampang” dan MFT Sungai-Buloh-Kajang (SBK) untuk memburukkan lagi imej Negara sebagai destinasi yang tidak dalam radar pelabur antarabangsa. Penarikan diri pelbagai pihak pembida internasional dalam MRT dan infrastruktur mega adalah sangat memalukan dan mungkin sahaja ditanggapi sesuai dengan kejatuhan ‘daya-saing’negara senbanyak 4 anak tangga baru-baru ini ke tahap 25 dalam Global Competitive Rating (GCR) oleh World Economic Forum (WEF) dari kedudukan 21 tahun 2011.
Tentunya yang dinantikan rakyat bukanlah perkara-perkara yang ditekankan dalam penulisan di atas.Rakyat umum mahu tahu “Apa untuk aku? Atau “What’s in for me? Itu adalah tabiat lazim bagi rakyat. BN dan saya rasa juga Pakatan akan bersaing untuk ‘memberi’. Najib dikatakan tidak akan melepaskan peluang ‘menghadiah’ semua segmen rakyat dengan pelbagai ‘pemberian’ seperti BRIM Ke-2. Dalam BRIM pertama Najib berbelanja RM2.6 bilion.Najib sudah ‘ketagih’ dengan program ‘runcit-runcit’ untuk mengatasi masalah ekonomi dan bebanan ‘kos saran rakyat’ dengan pelbagai KRIM, KLIM dll.
Sementara cita-cita besar memacu Negara Maju tentunya tidak dapat di gapai oleh projek-projek runcit ini, mahupun yang besar-besar seperti NKRA, NKEA, ETP dan EPPnya ketika ia tidak dilaksanakan dengan ‘delivery yang baik’, seperti yang telah dibahaskan oleh beberapa pihak termasuk REFSA, mampukah advokasi polisi dan penyelesaian Belanjawan Pakatan Rakyat mengangkat Negara ke satu dayas-saing, prestasi dan kompetensi yang sangat dihajati oleh rakyat dan negara?Hanya masa akan menentukan dan Allah tentunya Lebih Mengetahui!
*Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Sumber HD : 21/09/2012

Belanjawan Pakatan 2013 dapat menangi hati rakyat
Muhammad Faizal, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentang semalam dilihat satu belanjawan yang dapat memenangi hati rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berpendapat belanjawan tersebut bukan sahaja dapat memenangi hati budi rakyat malah ia dapat mengatasi permasalahan ekonomi negara.
"Ia adalah gandingan antara kebertanggungjawaban sebuah kerajaan tetapi sekali gus dapat mengatasi permasalah ekonomi negara.
"Saya berkeyakinan belanjawan yang dibentangkan ini dapat memenangi hati budi rakyat di seluruh negara," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Tambah beliau lagi, apa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sejajar dengan apa yang mampu diberikan tanpa membebankan hutang kepada kerajaan.
"Kita telah mengambil langkah-langkah yang kukuh untuk merungkaikan segala kepincangan dan kekangan dalam ekonomi khususnya monopoli.
"Serta cara-cara memberikan kelebihan kepada golongan tertentu yang berakhir dengan perbezaan atau kesenjangan kekayaan itu semakin melebar dalam negara kita," jelasnya.
Beliau yakin jika rakyat melihat setiap satu yang diberikan, mereka akan tahu Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang mahu merakyatkan ekonomi negara di dalam sebuah Negara Berkebajikan.
Sumber HD : 27/09/2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan BN jelas tidak ikhlas dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), malah kelihatan seperti menggunakan tipu helah untuk mengaburkan pelaksanaan ini dalam Bajet 2013 yang dibentang minggu lalu.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan jelas ingin meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan persekutuan mampu untuk meneruskan pentadbiran biarpun dipenuhi ketirisan dan budaya rasuah serta kronisme.
"Perenggan 80-83 dalam Ucapan Bajet Menteri Kewangan mengandungi kod-kod yang berkata kepada sektor kewangan bahawa pelaksanaan GST amat hampir," katanya dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Antaranya, perenggan kod 80 berbunyi, selain daripada peralihan sistem subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kajian semula sistem percukaian kebangsaan akan diteruskan bagi memastikan sistem cukai negara akan lebih menggambarkan kedudukan kewangan setiap isi rumah.
Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama akhirnya memanfaatkan semua rakyat Malaysia.
Manakala kod 81 pula berbunyi, langkah ini tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa mahupun semberono tetapi selepas kajian teliti dan pelaksanaan penuh tertib dibuat.Ia tidak akan mengesankan rakyat terbanyak khususnya golongan berpendapatan rendah serta sederhana kerana perkara-perkara asas sama ada makanan, perumahan mahupun pengangkutan awam akan terus dilindungi.
Jelas Dzulkifli, Perenggan 145 pula menunjukkan pemotongan satu peratus cukai adalah berkaitan dengan pelaksanaan GST, yang secara asasnya bermaksud penjimatan yang dinikmati dari pemotongan ini akan akhirnya dibayar balik melalui GST.
"Dalam proses peralihan daripada sistem cukai sedia ada yang berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih adil dan saksama, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 ringgit sehingga RM50,000," katanya.
Bagi Dzulkifli, Ucapan Perdana Menteri ini jelas bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan kabinet beliau.
"April lalu, apabila ditanya di Parlimen mengenai kaitan antara GST dan TUKAR (Program Transformasi Kedai Runcit) Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengatakan bahawa "TUKAR tiada kaitan dengan GST,"tegasnya.
Laman web Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa objektif TUKAR, sebagai salah satu EPP yang bertujuan memodenkan kedai runcit di bawah NKEA termasuk, program membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis 'mom and pop', peningkatan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan usaha-usaha menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).
Justeru katanya, kenyataan yang bercanggah sebegini adalah percubaan untuk menipu parlimen, wakil rakyat, dan rakyat Malaysia amnya.
Katanya, Pakatan Rakyat menentang pelaksanaan GST hinggalah perkara-perkara tertentu dilaksanakan termasuklah reformasi ke atas sistem yang dipenuhi rasuah dan budaya kronisme.
Selain itu katanya, kerajaan pasca PRU-13 nanti perlu mengambil langkah agar tidak menzalimi golongan menengah dan golongan miskin, tetapi membantu mereka meningkatkan pendapatan dan pendapatan boleh guna demi memastikan kualiti hidup ditingkatkan, serta mereka mempunyai lebih banyak wang agar boleh membantu memacu ekonomi dalam negeri.
Kerajaan BN, katanya harus ingat bahawa 60 peratus isi rumah mempunyai pendapatan bulanan kurang RM3,000, yang membolehkan mereka menyertai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Dengan terlaksananya cukai GST, kumpulan ini terpaksa membayar cukai yang lebih dari apa yang mereka dapat dari BR1M," katanya.
Beliau juga menolak tanggapan bahawa beratus jenis barangan yang dinikmati golongan miskin tidak dikenakan cukai GST kerana pelaksanaan BR1M.
"Kerajaan wajib ikhlas dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat mengenai dasar-dasar ekonomi, lebih-lebih lagi apabila berkaitan isu cukai.
"Untuk berselindung disebalik kod-kod dan kenyataan yang samar adalah satu tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab,"katanya.
Oleh itu, katanya, BN patut mengangkat isu GST dan membawanya ke PRU yang akan datang dan tanyakan sendiri kepada rakyat Malaysia sama ada mereka akan memilih sebuah Malaysia yang kotor dengan GST, ataupun yang disarankan Pakatan Rakyat iaitu sebuah Malaysia yang bersih tanpa GST.
Sumber HD : 3/10/2012
· Keputusan Kabinet semalam untuk menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dan menamatkan kuota AP penjualan CPO tanpa cukai sebanyak 5 juta metrik tan, pastinya mengizinkan pelbagai pihak, khasnya pengilang penapis kelapa sawit (Refiners) menarik nafas lega.
· Perkara ini adalah sebahagian isu yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan Belanjawaan saya pada hari khamis lalu, yan mendesak kerajaan suapaya segera mengambil tindakan segera atas isu ini.
· Saya telah tegaskan dalam perbahasan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya syarikat penapisan minyak sawit Malaysia boleh berdaya saing dengan Indonesia. Malaysia sebelum ini mengenakan duti ekspot 23% yang tidak fleksible atas CPOnya, berbanding Indonesia yang bukan sahaja serendah 13.5% tetapi mempunyai regim duti ekspot yang fleksible mengikut pergerakan harga CPO dunia.
· Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Menjadi lebih parah lagi apabila dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP Minyak Sawit sebanyak 2 juta metrik tan lagi.
· Peningkatan AP Minyak Sawit ini bukan merupakan satu langkah yang bijak, tetapi telah memburukan lagi situasi yang sudah teruk. Ini disebabkan kebanyakkan kuota diberi kepada syarikat syarikat yang memang tak berupaya untuk menjual CPO. Penambahan 2 juta metrik tan CPO kepada pasaran yang sudah lembap nyata gagal menarik minat pembeli-pembeli baru. Menteri Tan Sri Benard Dompok minggu lalu mengakui dalam penerangangnya kepada media bahawa masih ada 2.5 juta metrik tan AP yang tak terjual.
· Malah penambahan AP ini telah menyebabkan satu situasi dimana CPO tidak dapat di hantar kepada pembeli kerana tangki-tangki minyak sawit di loji-loji penapisan dan pelabuhan-pelabuhan sudah sesak penuh dengan minyak kelapa sawit yang telah diproses, tetapi tak terjual.
· Kesesakan logisitik ini mencetuskan satu ‘backlog’ yang bukan sahaja ‘mencekik’ industri hilir tetapi telah merebak ke industry huluan serentak menyebabkan rantaian bekalan lumpuh (choked the supply chain). Ramai pengusaha sawit termasuk Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) dan pengusaha kilang sawit bahawa tangki-tangki di kilang sawit (oil mill) kini sudah pun dekat penuh, dan pengeluar dan peneroka FFB (Fresh Fruit Bunch) dipaksa untuk menjual buah-buahan mereka kepada pengilang dengan harga murah dan dengan diskaun.
· Ramai pemerhati industri sawit juga percaya bahawa dasar penambahan 2 juta AP tanpa duti ekspot ini adalah faktor utama yang menyebabkan kejatuhan harga CPO yang mendadak baru-baru ini.
· Dalam perbahasan Belanjawaan saya yang menekankan betapa kerajaan Umno-BN terus-terusan enggan dan tidak bersedia merungkaikan system monopoli, sistem rentier atau kronisme yang sebenarnya beperanan mengherot pasaran yang seharusnya mesti diiznkan berfungsi secara efisien dan berkesan. Sistem menopoli secara jelasnya adalah petualang besar yang merosakkan pasaran sekaligus, menjejaskan pendapatan rakyat dan meningkatkan kos saran hidup. Monopoli dan memberi keutamaan kepda kroni dalam pelbagai urus-tadbir perniagaan termasuk beras, gula, telekomunikasi, akhbar, penerbangan, media satelit seperti Astro, lessen teksi dll, secara langsung menjejaskan kos saran hidup rakyat dan mengurangkan pendapatan boleh berbelanja mereka (disposable income).
· Atas nama ketelusan dan kebertangungjawaban saya juga mendesak Kementerian mendedahkan nama-nama penerima AP yang telah mendapat menfaatkan dari sistem pemberian hak menjual tanpa duti ekspot disamping yang merupakan the big-boys KLK, IOI, Kwantas, Felda, United Plantation) yang telah diberikan AP dahulu untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kompetitif kerana mempunyai kilang penapis di luar Negara.
· Persoalannya siapakah pihak penerima AP penjualan CPO yang lain, yang ada yang mendakwa, seperti AP kereta juga, yang tidak ada apa-apa pengopersian kilang mahupun ‘network’ marketing global, tetapi diberikan AP hampir 600 ribu tan setahun dan membuat keuntungan ratusan jutaan atas perniagaan seperti ini. Berapa jutakah diberikan kembali kepada penguasa politik pemerintah dalam urus-tadbir yang mengherot pasaran ini?
· Persoalan kedua, meskipun bersifat teknikal, adalah mengapakah perlu tunggu sehingga awal tahun depan untuk merungkaikan sistem AP yang jelas telah mencekik industry dan rakyat dinegara ini? Dua bulan lebih adalah masa yang panjang yang akan memburukkan lagi keadaan backlog yang telah ‘stroke’kan seluruh ‘supply-chain’ komoditi ini.
· Jelasnya ketika berlaku pertentangan kepentingan, Umno-BN lebih mementingkan kroninya dari membela rakyat, peneroka, pengusaha dan membantu membangunkan industri-indusrti di Negara ini.
· Masa untuk merobah dan menamatkan kesemua kebejatan dan kebobrokan urus-tadbir kewangan dan pembangunan yang mengorbankan rakyat dan membela kroni telah sampai!
*Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Sumber HD : 13/10/2012
Setiap ucapan punya konteks dan latar-belakangnya tersendiri termasuklah apa yang diucapkan oleh Datuk Husam dalam perbahasannya dalam penggulungan Belanjawaan Kelantan baru-baru ini.
Ketika menyebutkan tentang DAP lebih baik dari Umno, konteksnya adalah tindakan Umno yang menggunakan peruntukan Akta Kuasa Darurat Kelantan, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tun Hussein Onn di Dewan Rakyat pada 19 Oktober 1977 untuk 'memagerankan' Kelantan.
Saya difahamkan masa itu Akta itu masih dalam yang pada masa itu masih lagi dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan.
Usul yang dibawa oleh TPM itu disokong MCA.
Akibatnya sistem pemerintahan demokrasi digantung dan Kelantan ditadbir secara 'de facto’ oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.
MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan UMNO menang di Kelantan pada PRU Mac 1978 berikutnya.
Datuk Husam seterusnya mengingatkan Dewan bahawa ketika itu yang menentang penggunaan akta itu ialah Lim Kit Siang. "Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.
Jelasnya apa yang dimaksudkan oleh ADUN Salor ini yang juga Naib Presiden PAS adalah kritikan terhadap Umno tentang hal amalan 'demokrasi' dan kalau dibawa lebih luas lagi dalam konteks hari ini adalah perkara yang bersabitan "Tabdir-Urus' atau "Governance".
Dan perkara "Governance" menyangkut perkara "Keadilan, Keamanahan, Pertanggungjawaban, Ketelusan, 'Rule of Law' (Kedaulatan Undang-undang) dan integriti atau bebas rasuah dan salah guna kuasa.
Tajuknya dan pertikaiannya tidak menyangkut hal aqidah dan keimanan atau siapa Islam atau bukan Islam. Sebaliknya, tajuk utamanya bersangkutan dan tadbir-Urus yang seharusnya bagi orang Islam adalah hasil natijah iman dan komitmen kepada prinsip-prinsip penting dalam akhlak dan muamalat Islam.
Di sini, perbezaan dan ukuran yang dimaksudkan oleh beliau tentang DAP nyata lebih baik dari Umno disegi amalan demokrasi dan tadbir-urus yang baik atau 'good governance'.
Sehubungan perkara ini saya suka mengungkapkan apa yang disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyymah: (InnalLaha yansuru daulatun ‘Adilah, walau kaanat Kafirah, wa inkaanat Kafirah, wa La yansuru daulatun Zolimah, wa lau kanat Mukminah) “Allah membantu negara Adil, walaupun Kafir, dan Allah tidak membantu negara zalim walaupun mukmin”.
Mafhum kalam Ibn Taimiyyah ini cukup jelas tentang persoalan pemerintahan dan tadbir-urus yang mendukungi keadilan dan keamanahan yang diberi Allah bantuan dan pertolongan dengan sifat Ar-RahmanNya ke atas semua mahklukNya.
Dalam sebuah hadith Qudsi "RahmahKu mengatasi KemarahanKu".
Saya kira Datuk Husam tidak perlu apologetik tentang apa yang beliau sebutkan dalam DUN Kelantan itu serta takut dengan ugutan oleh seorang Adun BN bahawa kenyataan ini mahu disebarkan seluas-luasnya.
Biar sahaja ia diberikan liputan luas, kelak rakyat seluruhnya akan Faham maksud sebenarnya!
Kalau kita panjangkan lagi segala kezaliman dan kebobrokan Umno khasnya dekad-dekad mutakhir ini maka akan lebih menyerlah bagaimana parti politik Melayu yang tidak komited untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam akan akhirnya 'menjulang ketuanan bangsa-parti'nya dan sanggup berlaku zalim kepada pihak lain.
Ambil sahaja bagaimana Umno menafi dan merampas hak rakyat Kelantan dalam hal royalti minyak Kelantan. Bagaimana Umno menafikan peruntukan per kapita hak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sebenarnya termaktub dalam peruntukan PerlembagaanPersekutuan.
Senarainya terlalu panjang samada yang bersangkutan dengan hal urusan ekonomi dan pembangunan termasuklah 'penswastaan' dan 'monopoli' untuk kroni dan mengorbankan kemaslahatan awam dan rakyat.
Tidak kurang zalimnya adalah dalam 'mencekik' dan ‘menjerut’ sistem kehakiman dan badan-badan penguatkuasa seperti SPR, SPRM, Suhakam dll sekaligus menghilangkan unsur 'Semak-Imbang' sebenarnya yang diperlukan untuk menjaga kewibawaan dan kebebasan semua institusi-institusi penting dalam negara.
Tidak termasuk hal yang menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat amnya termasuklah dalam isu Lynas di Gebeng dan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan mengutamakan kepentingan komersial dan elit bisnes-kroni.
Ini konteksnya yang dimaksudkan beliau bahawa DAP lebih baik dari Umno. Testimoni dan prestasi pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang hari ini di bawah DAP lebih menyerlah lagi di segi prinsip Kompetensi, Pertanggungjawaban dan Ketelusan (CAT) untuk membangunkan 'Good Governance'. Ketirisan berbilion RM dalam Laporan Ketua Audit 2011 cukup sebagai bukti dan testimoni.
Sayugia saya sebutkan, pada akhirnya bahawa aqidah dan Keimanan yang kuat dan mantap akan melahirkan pentadbiran yang bertanggungjawab dan amanah kepada Allah.
Ketika pentadbiran itu sarat dengan rasuah, salah guna kuasa serta membolot kekayaan Negara, saya berani menegaskan, berdasarkan pelbagai ayat-ayat Allah khasnya mesej dari Surah Mutaffifin, bahawa aqidah dan keimanan penguasa politik itu adalah sangat dipertikaian bahkan sangat rapuh justeru kerana tidak takut kepada Allah SWT dan Amanah Allah pastinya akan menuntut pertanggungjawaban di mahkamah Rabbul Jalil di Yaumul Hisab - Hari Pembalasan!
------------------------------------------
Penulis adalah AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 19-10-2012
Kedua-dua Muktamar Tahunan PAS (MTP) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru sahaja selesai dianjurkan. PAU yang baru semalam melabuhkan tirainya tentunya mempunyai ‘advantage tertentu’ berbanding MTP yang diadakan dua minggu lebih awal.
Pelbagai analisis telah mula terbit dalam segenap media cetak, elektronik serta media sosial, dari sisi-sisi pandang yang serba rencam dan menarik.
Tentunya setiap pandangan dan analisis mewakili sesuatu anutan dan kepercayaan politik meskipun yang melontarkan ide-ide tersebut adalah orang akademik atau pihak ‘think-tank’ yang lazim mendakwa mereka bebas dan tidak partisan atau berpihak.
Penulisan ini tidak mendakwa analisis ini bebas kepentingan politik. Tentunya tidak. Namun penulis berharap bacaan sehingga ke hujung nanti jelas mempamerkan cita-citanya memupuk pencerahan minda tanpa ‘fear atau favour’ dengan izin, atau rasa takut dan gentar kepada cemuhan dan kritik dari mana pun datangnya.
Justeru kerana had dan ruang yang terbatas pilihan tajuk adalah diakui ‘selektif’. Tidak semua yang akan dapat disebut dan tentunya ada yang berasa tidak puas.
Dari hal Muktamar (MTP) da Perhimpunan (PAU)
Kedua-dua MTP dan PAU didahului oleh Pemuda dan Wanitanya. Bezanya, sementara PAS mempunyai Dewan Ulama’ yang turut bermuktamar, Umno memiliki Puteri yang juga bersidang sebagai dewan. PAS belum lagi mengangkat ‘Amirah’nya untuk bersidang sebagai dewan lagi seperti ‘Puteri’.
Meskipun banyak perkara menarik yang harus dirakamkan, ada baiknya ia tidak mendahului analisis Ucapan Dasar kedua-dua Presiden PAS dan Umno.
Dari hal Ucapan Dasar kedua-dua Presiden
Tidak wajar bagi penulis menyatakan bahawa di segi Ucapan Dasar; Presiden PAS boleh diberi markah yang lebih baik dari Presiden Umno. Anda boleh sahaja memilikki penilaian yang berbeza, namun hati kecil anda tetap akan mengakui bahawa Presiden PAS, yang diakui umum kehebatan berpidatonya, tidak perlu meninggikan suaranya dan berteriak lebih dari yang diperlukan.
Emosinya lebih terkawal meskipun membuat ucapan muktamar terakhir sebelum ‘perang besar’ bertempur lawan. Sukar bagi penulis untuk memberikan komentar yang sama kepada Presiden Umno yang tampaknya sangat tertekan dan desperate sekali untuk ‘tenteranya’ faham benar-benar ucapannya. Semacam itu penentu segala kalah menang, hidup-mati partinya. Namu peliknya, ‘ancaman’ akhirnya tidak bersabit seteru atau lawan tapi dari hal ‘tentera’nya sendiri yang beliau kata ‘lebih saya takuti’.
Maka, sementara Presiden PAS menerangkan ‘road-map’nya ke Putrajaya dan bagaimana untuk berjaya ke situ, Presiden Umno membelasah lawannya cukup-cukup pada awalnya tetapi berakhir dengan memberi ‘kata-dua’ serta mengancam yang bakal belot kerana ‘tidak dipilih bertanding’. Beliau tegaskan bukan sahaja mahu menang tapi menang dengan 2/3 majoriti di parlimen. Mengapa dan juga bagaimana untuk menggapai cita-citanya, tidak sangat dihuraikan. Dua ucapan yang sangat berbeza dari sudut gaya, isi dan penekanan.
Ucapan Dasar Presiden PAS disambut baik oleh pelbagai pihak. Mantap, menyeluruh dan jelas, kata mereka. Penulis kesempatan menerima ucapan tahniah buat Tuan Guru Presiden dari kawan-kawan merentasi kaum dan agama, pihak awam, swasta, usahawan dan golongan korporat bahkan sms dan tweets dari dekat dan jauh.
Ucapan Presiden Umno juga menarik dianalisis dengan lebih mendalam. Anda berhak memberi penilaian secara jujur dan terbuka. Menyebutkan bahawa “Umno lebih tertib dari PAS, lebih demokratik dari PKR dan lebih inklusif dari DAP” merupakan dakwaan yang begitu berani oleh Presiden Umno. Ramai yang mungkin kurang senang dengan cubaannya itu.
Amat mengejutkan apabila beliau mendakwa dirinya penyelamat negara dari kemelut ekonomi global, berjaya mengeluar negara dari ‘perangkap pendapatan sederhana’ dan kini ke arah pacuan ekonomi berprestasi tinggi. Lebih mengejutkan apabila beliau mendakwa lebih baik dari seteru ketatnya sebagai seorang Menteri Kewangan yakni Ketua Pembangkang itu. Umum juga mahu tahu kalau-kalau statistik di segi i. defisit fiskal negara, ii. hutang kerajaan Pusat dan iii. kadar pertumbuhan, boleh beliau utarakan bersama. Malang, statistik membuktikan sebaliknya!
Presiden Umno itu tidak melepaskan peluang menghubungkan perjuangan parti itu dengan Islam bahkan mendakwa ‘Umno lebih Islamik dari PAS’. Cubaannya amat ganjil dan tidak enak didegar kerana umum sukar mendamaikan tuntutan Islam dengan perbuatan dan tabiat penguasa dan elit tertingginya parti itu. Tentunya sukar.
Sukar juga memahami kalau Islamlah yang dijadikan dasar dan ikutan Umno yang dipimpinnya, maka apakah Islam juga yang patut dipersalahkan umum dengan saratnya rasuah dan salah guna kuasa oleh partinya – ‘penagihan-addiction’ kronik yang telah menjadi sinonim dengan gelagat dan tabiat elit pemimpin parti Melayu itu di seluruh peringkat sampai ke pemimpin bahagaian dan cawangan parti.
Dalam suasana serba ‘desperate’ itu, mahu saja Presiden Umno ini memadam hakikat bahawa dasar partinya ‘Ketuanan Melayu’ (Malay Supremacy) dan slogannya ‘Hidup Melayu’ dan ideologinya Nasionalisme Melayu. Tidak dinafikan Umno cuba berubah, mentelahan berhadapan dengan satu pilihanraya yang mengancam kesinambungan kuasa dan kerajaannya. Tetapi itukan satu cita-cita, lebih tepat lagi omongan dalam situasi terdesak seperti hari ini, yang belum lagi berupa realiti.
Permohonan maafnya dalam bahasa kiasannya tentang ‘bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak..’ diharapkan beliau akan menimbulkan ihsan-belas rakyat kepadanya dan pemimpin partinya untuk mereka di’ampuni’ oleh rakyat. Apakah ‘dosa-dosa’ dan ‘jenayah’ mereka tidak pula disebut oleh Presiden Umno itu. Keputusan PRU nanti akan menentukan apakah semudah itu untuk rakyat memaafkan penguasa politik yang kini hanya bergantung harap kepada sokongan orang Melayu.
Paling tidak sopan apabila Presidennya tidak melepaskan peluang mengancam rakyat, khasnya orang Melayu supaya tidak menjalankan ‘uji-kaji’ atau ‘mencuba-cuba’ dengan pertukaran kerajaan. 5 tahun masa yang lama tegas beliau. Ancaman sama dibuat oleh Timbalan dan Ketua Wanitanya terlebih dahulu.
Ketua Wanita langsung menyebutkan tentang 13 Mei sebagai ‘hantu’ atau ‘bogey’ menakutkan rakyat supaya ‘tidak berubah’ dan kekal dengan Umno-BN. Apakah slogan ‘Katakan Tidak kepada Pakatan’ bakal menerima nasib yang sama kepada katakan ‘Tidak’ kepada kempen anti-rokok? Kalau rokok yang buruk itu pun gagal, apatah lagi Pakatan yang rakyat ‘kecapi nikmat’nya di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Aduhai Presiden Umno….
Dari hal perbahasan Perhimpunan dan Muktamar
Penulis juga akan berterus terang tentang hal muktamar dan perhimpunan. Tidak ada baiknya kalau penulis sekadar ‘bermanis mulut’ atau cuba untuk ‘spin’ satu yang tidak benar. Demi perjuangan dan pencerahan minda rakyat, penulis akan menyatakan ‘qaulan sadida’ – ‘perkataan yang benar’ tentunya dari sisi pandangnya yang sifatnya ‘nisby atau relatif’ dan ‘tidak absolute’. Jangan melenting..relaks dan terima sebagai ‘input luar’ yang tidak menuntut bayaran ‘intellectual property’ ini.
Perbandingan perbahasan MTP dan PAU menyerlahkan perbezaan ketara. Sementara perwakilan PAS dalam MTP bebas menyuarakan apa jua yang dirasakan dekat dihati pengucap dari negeri-negeri dan dewan-dewan, termasuk dari Dewan Perhimpunan PAS Pusat (DHPP) yang mewakili mereka, ternyata pada kali ini, Umno telah ‘stage-managed’ atau ‘menyusun-atur’ ucapan perwakilan2nya dalam PAU itu.
Jelas PAU mempunyai ‘advantage’ di segi, ini kerana dapat mengambil iktibar dari pengalaman MTP yang berlangsung lebih awal. Umno kelihatan ‘mengawal’ isi serta fokus pengucapnya. Tidak seperti lazim, contohnya seperti PAU lalu, perwakilan bebas mengangkat isu NFC dan rasuah pelbagai pihak. Tidak pelik kalau tidak ada sesiapa pun yang berani menyinggung isu-isu kepincangan tadbir-urus kerajaan BN dan hal-hal dalaman parti tersebut.
Keseluruhan perbahasan baik di peringkat Dewan Pemuda, Wanita atau Puteri adalah menjuruskan serangan kepada seteru dan musuh sekaligus mengalih pandangan umum terhadap ‘kepincangan’ lawan politiknya. Umno sangat licik menggunakan kaedah itu sehingga dilihat mereka semacam ‘berpadu dan bersatu hati’.
Nyawa Umno di hujug tanduk
Amat luar biasa emosi dan tenaga mereka seolah-olah keesokan itu akan terus berperang. Teriakan Hidup Umno!,Hidup Malaysia!, kini ditambah dengan slogan Hidup Rakyat dan Allahu Akbar! Terasa akan janggalnya tetapi itulah perubahan Umno pada saat-saat nyawa dan kuasa sudah di hujung halkum.
Umno kelihatan sangat berkehendak untuk menang justeru tidak mempedulikan isu-isu yang minta diselesaikan oleh rakyat. Tampak PWTC itu agak ‘terpisah’ (aloof-divorced) dari denyut-nadi rakyat teramai. Tidak hairan kalau Presiden menggunakan kalimat ‘sudah sampai masanya kita kembali kepada rakyat’ dalam awal ucapan beliau. Penulis ini spontan mengicaukan tweetya ‘Oops..selama ini di mana ya?’.
Sukar untuk menghubung ucapan perbahasan dengan realiti kecuali kalau yang dikatakan adalah apa yang hendak dibuat pemimpin itu dan bukan kerja yang telah dibuat. Kalau mahu diukur ‘kerja buat’ Umno, sangat sukar untuk dipadankan dengan ucapan perwakilan.
Kewujudan jurang kaya-miskin yang terus melebar khasnya dalam etnik Melayu, pembolotan kekayaan secara rakus oleh segelintir manusia kaya-superkaya (rich-super rich) di kalangan elit bisnes-politik, kelompok besar yang layak terima BRIM serta masih ramai pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, mendahulukan kepentingan bisnes dari keselamatan-kesihatan rakyat seperti projek Lynas, penularan rasuah-salah guna kuasa dan pelbagai kebejatan tadbir-urus kewangan negara khasnya hutang kritikal kerajaan Pusat, hutang isi-rumah dan korporat-GLCs, merompak hak rakyat seperti royalti Kelantan, adalah lambang kepincangan tadbir-urus kewangan dan pembangunan Umno-BN (UBN) untuk kesekian lamanya.
Justeru, perbahasan dalam PAU, kerana telah ‘disusun-atur’ tidak langsung diizikan menyebut kelemahan pentadbiran UBN. Ia gagal menyuntik keyakinan bahawa Umno ada perancangan serta agenda bertindak untuk menangani gejala dan kepincangan ini. Ini yang ditunggu-tunggu orang Melayu-Islam bukan retorika dan lagu lama bahawa Melayu akan terancam apabila Pakatan mengambil alih kuasa.
Perbahasan MTP lain pula halnya. Benar bagai dek kata. Demokrasi hidup subur dalam PAS dan muktamarnya membuktik hakikat tersebut. Syabas! Namun MTP jelas membuktikan bahawa tidak semua perwakilan ‘berjaya’ mengangkat agenda perubahan yang dihajati Presiden parti itu. Ucapan yang menyeluruh dan terperinci di segi ‘pengarahan’ dan ‘strategi umum’ bagi menghadapi PRU ke-13 tidak disambut dengan perbahasan yang menjurus ke arah memfokus ‘pertarungan’ PRU ke-13. Sebaliknya sebahagian besar perbahasan MTP bersifat ‘dalaman’ yang tidak ‘konstruktif-produktif’ untuk PRU ke-13, kerana sentiasa mencari kelompok ‘yang bersalah’ (witch-hunting). Penjelasan fenomena ini akan dihuraikan nanti.
Penulis perhatikan bahawa perwakilan ‘kurang berjaya’ mencerap dan menggarap mesej utama Presiden bahawa PAS berada di kedudukan paling baik dalam jatuh-bangun perjuanganya di persada politik nasional. Tawaran “Negara Berkebajikan - Teras Perpaduan” tidak digarap dan terus dimaknakan oleh perbahasan perwakilan dalam pengalaman pemeritahan atau ‘tajribah siasah’ ketika mengecapi sedikit kuasa dalam parlimen ke-12 dalam mentadbir 4 buah negeri Pakatan, khasnya dengan Kelantan yang sudah melepasi dua dekad.
Ternyata, sesungguhnya bahawa perwakilan ‘terperangkap’ dengan serangan musuh-musuh politik luaran dan ‘dalaman’ yang kerap merobek kepercayaan ahli bahkan mungkin juga segelintir kepimpinan bahawa kononya PAS telah menyeleweng dengan Negara Berkebajikan dan meninggalkan Negara Islam. Serangan bahawa PAS telah luntur, tergelincir dan ‘tidak dominan’ sebenar mengesani psikologi perwakilan dan parti.
Bahkan di perhatikan bahawa Majlis Syura Ulama sendiri terpaksa menjawab serangan konco-konco jahat Umno dengan pernyataan “PAS masih di atas landasan asal perjuangannya”. Pemerhatian penulis juga disokongan sesetengah pengamat politik; ‘Mengapa sampai begini tertekannya PAS?’.
Pasca Muktamar, PAS wajar meninggalkan polemik ini kerana penulis dapati sehingga keluaran mutakhir Harakah, masih melayan serangan UBN ini. Ini sangat merugikan masa dan sumber parti kerana bentuk penerangan yang PAS wajar dayakan seterusnya adalah mengertikan dan memaknakan Negara Berkebajikan - Baldatun Taiyyibah - dalam bentuk polisi dan progam kerajaan yang kita sedang pimpin dan bakal terus ditadbir.
PAS-Pakatan Alternatif Viable dan Lebih Baik
PAS tidak perlu mengulang-ulang bahawa ‘PAS komited kepada Tahaaluf Siyasi’ kerana tiada siapa yang sangsi kecuali kalau-kalau ada di kalangan ahli dan kepimpinan yang masih curiga dan tidak puas diterangkan oleh kepimpinan tertinggi parti sendiri.
Di ambang PRU ke-13 MTP sepatutnya terus meyakinkan bahawa PAS dan Pakatan adalah alternatif lebih baik dan mampu membawa Negara keluar dari pelbagai kebejatan moral, ekonomi dan kewangan akibat dari tadbir-urus yang bobrok oleh segelintir kepimpinan UBN yang rakus dan tamak.
Namun perwakilan tetap PAS berjaya menonjolkan kepimpinan Umno sebagai tidak mempedulikan perhitungan pahala-dosa, syurga-neraka dan baik-buruk ke atas rakyat seluruhnya. Cukup untuk menyerlahkan lambang kebobrokan Umno dengan NFC dan kebobrokan perpaduan BN merompak Negara dengan PKFZ.
Bagi membuktikan PAS tetap dominan dan ‘bukan melukut tepi gantang’ terdapat perwakilan yang secara tidak menghitung kesan baik-buruk politik pilihanraya, dengan tidak dibawa melalui usul, spontan mengesyorkan sesuatu yang ditanggapi umum sebagai ‘menembak di kaki sendiri’. Peringatan sopan dan penuh berhemah Presiden PAS wajar diulangi acapkali.
Penulis memerhatikan kesemua ini sebagai usaha menjawab-balas serangan musuh dan seteru politik PAS yang menceburui kedudukan PAS yang memposisi perjuangan Islam yang di tengah-tengah persada politik nasional. Sesungguhya, ‘Slogan PAS for All’ dan kini ‘Islam for All’ adalah sangat digeruni seteru politik PAS yakni Umno dan konco-konconya. PAS terus menempah pelebaran sokongan hasil penerangan yang menampilkan ISLAM sebagai “Rahmah ke atas Semua” (Islam – A Mercy unto All Mankind and the Universe).
Sokongan Melayu-Islam ‘pertengahan’, sebagai tambahan penting kepada segmen Melayu-Islam tegar di ‘Malay belt’, sokongan kaum Cina-India, khasnya terbukti dengan keterlibatan DHPP, adalah antara perkembangan ‘Political Islam” paling menarik dalam pengalaman Gerakan Islam Kontemporari dalam dekad mutakhir ini. Barat dan medianya juga sangat waspada akan perkembangan ini.
Kekuatan PAS ini harus segera difahami dan dihayati oleh kesemua pimpinan dan ahli serta pendokong PAS, lantas terus mengukuhkan posisi dan pelebaran sokongan parti Islam itu. Melakukan kesilapan berulangkali bakal mencetuskan kesangsian bahkan ketakutan di kalangan pelbagai segmen pengundi yang baru berjinak dengan PAS termasuk DHPP itu sendiri.
MTP dan PAU telah berlalu dan membawa pengalaman dan naratifnya tersendiri. Hanya kelompok yang terus memperbaikki dirinya akan bersedia dan mampu memerintah. Adapun kelompok yang hidup dalam alam khayalannya akan mendapati dirinya diperintah. PAS dan Pakatan kini bersedia memunggah segala sumber dan kekuatan hingga ke garis penamat.
Benar, kemenangan bukan segala-galanya, tetapi segala cita-cita menegakkan Keadilan-Kebenaran serta merakyatkan kemakmuran negara berteraskan ‘UbudiyyatilLah’ akan hanya mampu diusahakan setelah kemenangan dan sedikit kuasa dianugerahkan Allah disyukuri dan dizahirkan….Ingat doa Nabi Yusuf di dalam Al-Quran….Rabbi, qad aataitani minal mulki…..Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah augerahkanku sedikit dari Kuasa KerajaanMu….
PAS dan rakan-rakan Pakatannya bersedia untuk menunaikan Amanah besar ini dengan izin Allah jua!
Takbir! Allahu Akbar!
Dr Dzulkefly Ahmad ialah AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.

GST berselindung disebalik Bajet 2013?
Salmiyah Harun, | 03 Okt 2012 |

Umno terdesak tamatkan sistem kroni AP CPO?
Nazri Abdullah, | 13 Okt 2012 |

Memang DAP lebih baik dari Umno
-, | 19 Okt 2012 |

Meninjau kembali – ‘Revisiting’ - MTP dan PAU
Dr Dzulkefly Ahmad, | 06 Dis 2012 |

Sumber HD - 6-12-2012
Jakim jangan melatah lah!
Dr Dzulkefly Ahmad, | 31 Dis 2012 |
1. Amat mengejutkan mengapa tiba-tiba Jakim saja bangkitkan hal 'Amanat Haji Hadi'. Mengigau ke Jakim ni?
2. Tak perlu orang macam saya pulak kena peringat orang dalam Jakim termasuk menteri agamanya..bahawa "Al-Ijtihad La Yanqudhu bi al-Ijtihad"..Sesuatu Ijtihad tidak boleh terbatal atau dipadam dengan ijtihad yang lain. Sifat ijtihad ialah 'Maudhu'iy' dan 'Waqi'iy'.. dihasilkan di dalam sesuatu realiti sosio-politik dan kehendak-tuntutan zaman (masa) dan makan (tempat).
3. Lantas menyuruh sesuatu itu ditarik balik adalah menafikan wujud sesuatu realiti dan kehendak yang menuntut 'amanat' itu diterbitkan sedemikian sifat tiga dekad yang lalu!
4. Samalah seperti tidak menyelami perhitungan mengapa wujudnya perbezaan Qaul Qadim (Ijtihad Lama) dan Qaul Jadid (Baru) Imam As Syafi'e di zaman Baghdad dan Mesir atas qadhiah atau maudhu (subjek-kes) yang sama.
5. Wajar bagi Jakim menumpu tugas-salahiyat utamanya mengurus penayaan Islam sekaligus nendepani kebejatan agama-moral ummat akibat pegangan agama secara longgar dan sesetengahnya emosi-jahil-ekstreme-melulu tanpa memahami Maqasid serta Tujuan di sebalik Syariat Islam.
6. Jakim mesti mengekalkan sifatnya yang tidak berpihak dan tidak jugak gelojoh menjatuhkan hukuman terhadap sesuatu atas desakan penguasa politik kalau tidak mahu terus kehilangan wibawa dan integriti.
7. Sebaiknya Jakim mewujudkan wacana ilmiah dan menghimpunkan seluruh tenaga ilmuan agama pelbagai bidang bagi memahami dan mendamaikan qadhiyyah atau isu secara tuntas dan bertanggungjawab. Jakim tidak wajar menjadi alat penguasa politik dalam memudaratkan kemurnian fahaman Islam dan hubungan baik antara agama.
8. Tuan Guru Haji Hadi tentunya mesti diundang sama membentang mengapa beliau terpanggil untuk menerbitkan 'Amanat' setegas dan sekeras itu bagi nenangani waqi' dan realiti ummat yang dilingkungi pemikiran penguasa politik dengan kebejatan fahaman sekularisme 'politik suku agama suku' dan pengkesampingan Islam dalam tadbir-urus serta pemerintahan negara.
9. Meskipun merujuk kepada sebuah parti Melayu yang dibincangkan ketika itu, namun Tuan Guru Haji Hadi tidak sebut pun nama parti itu dalam apa yang dikatakan amanatnya itu.
Sumber HD - 31-12-2012

Ratusan juta wang rakyat selamatkan saham FGVH?
Harakahdaily, | 05 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketika hampir semua syarikat besar minyak sawit mengalami kejatuhan harga saham mereka, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dapat mengekalkan harganya mutakhir ini.
Menurut AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), ini sekaligus mencetuskan dakwaan bahawa harga sahamnya dipertahankan atau inflated oleh pelabur-pelabur instituti kerajaan seperti KWSP, KWAP, LTH dan lain-lain yang dikerah.
“Kalau benar bagai didakwa maka ia adalah kerja sia-sia yang bakal mengorbankan ratusan juta ringgit dana awam dan wang rakyat,” tulis beliau di dalam kolumnya di Harakahdaily, hari ini.
Justeru, kata beliau persoalan lebih besar adalah mampukah FGVH terus dipertahakan secara begini.
“Apakah FGVH mempunyai ‘fundamentals’ atau ‘asas-asas’ yang kukuh untuk terus kekal dalam persaingan global yang semakin sengit dengan cabaran-cabaran baru dalam industri ini?” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor
Baca http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/dr-dzulkefly-ahmad/15702-mampukah-saham-fgvh-terus-dipertahankan
Sumber HD - 5-1-2013
1. Pada ketika semua syarikat-syarikat besar dalam komoditi minyak sawit dunia bergelut dengan ‘stockpile’ yang tinggi serta harga minyak sawit yang rendah, aneh bagaimana FGVH terus dapat bertahan dengan harga sahamnya.
2. Untuk peringatan umum, saham FGVH mengalami kemuncaknya pada 5 Julai 2012 yakni RM5.55/saham. Adalah didakwa bahawa pelabur asing kemudiannya menjual saham mereka ketika saham FGVH mula menurun bagi mengurangkan kerugian atau ‘cutting loses’ ketika harga menjunam melepasi ‘psychological level’nya pada paras RM5.00/saham pada Rabu, 20 Disember dan tutup dengan harga RM4.85 pada hari tersebut.
3. Saham FGVH terus menurun 4 hari berturut-turut dan tutup dengan harga RM4.69/saham. Pada hari akhir perniagaan sebelum cuti Krismas yakni 24 Dis harga terus jatuh ke aras RM4.61/saham. Ini bermakna perbezaan RM0.90/saham berbanding pada harganya yang tertinggi yakni RM5.55/saham.
4. Ketika hampir kesemua syarikat-syarikat besar minyak sawit mengalami kejatuhan harga saham mereka, FGVH dapat mengekalkan harganya mutakhir ini sekaligus mencetuskan dakwaan bahawa harga sahamnya dipertahankan atau ‘inflated’ oleh pelabur-pelabur instituti kerajaan seperti KWSP, KWAP, LTH dan lain-lain yang dikerah. Kalau benar bagai didakwa maka ia adalah kerja sia-sia yang bakal mengorbankan ratusan juta ringgit dana awam dan wang rakyat.
5. Persoalan lebih besar adalah mampukah FGVH terus dipertahakan secara begini? Apakah FGVH mempunyai ‘fundamentals’ atau ‘asas-asas’ yang kukuh untuk terus kekal dalam persaingan global yang semakin sengit dengan cabaran-cabaran baru dalam industri ini?
6. Menjawab persoalan terakhir dahulu, cabaran paling terkini kepada kesemua pengusaha minyak sawit adalah peraturan baru dari negara China yang menuntut bahawa specifikasi kualiti minyak makan (edible oils) yang diimpot dari negara asing, bermula 1 Januari 2013, mesti mencapai tahap kualiti ketika sampai dipelabuhan mereka atau ‘landed quality’ yang berbeza dengan amalan dahulu yang cukup dengan pemeriksaan semasa dinaikkan ke dalam kapal.
7. Kaedah ‘ Chinese Inspection ad Quarantine’ atau CIQ, mengikut Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Penapis Kelapa Sawit (Poram) akan mengurangkan (neutralise) segala kebaikan (advantage) yang telah didapati dari penurunan struktur cukai ekspot felksible (0-8%) dan penghapusan kuota AP percuma bermula 1 Januari baru-baru ini yang dilakukan oleh Kerajaan BN. Tindakan lambat dan lembab ini bukan sahaja boleh dipintas dayasaing kita oleh pesaing utamanya yakni Indonesia dengan mereka menghapuskan sama sekali cukai ekspot, tetapi kini dihambat oleh cabaran CIQ.
8. China adalah pengimpot terbesar kelapa sawit Malaysia sebanyak 5.7 juta sehingga 6 juta to setiap tahun. 70% sehingga 75% pengimpotan adalah dalam bentuk RBD atau ‘refined bleached and deodarised’ yang mesti mencapai tahap spesifikasi kualiti ketika sampai di Negara China atau pada ‘landed quality’. Produk-produk yang tidak menepati penguatkuasaan CIQ tidak akan diizinkan masuk dan akan dihantar pulang.
9. Tuntutan CIQ ini amat dikhuatiri akan diikuti oleh negara negara lain. CIQ juga dikenakan kepada minyak soya dan minyak rapeseed. Tetapi kedua-dua minyak tersebut boleh sahaja dikilang (crushed) dan ditapis (refined) di Negara China berbeza dengan buah kelapa sawit (free fruit brunch, FFB) yang mesti dikilang dan tapis segera berhampiran dengan tempat tanaman-penuaian.
10. Secara lebih khusus, cabaran paling besar dan kritikal bagi FGVH dalam masa terdekat bagi mengekalkan kebolehuntungannya adalah asas-fundamentanya. Namun inilah yang paling mencabar bagi FGVH. Isu ‘Palm Age Profile’ atau ‘Profil Usia Sawit’ adalah sangat memeranjatkan pelabur sekaligus merupakan paling kritikal dalam unjuran serta perhitungan kewangannya.
11. Mengambil perbandingan dengan pesaing-pesaing utamanya (IOI, Sime Darby KLK) adalah menasabah bagi memperlihatkan kelemahan FGVH. KIta ambil perbandingan dengan Golden Agri. Pakar-pakar indusrti minyak sawit mengakui bahawa ‘Profil Usia Sawit’ yang sihat adalah mereka yang memilikki pokok sawit yang hanya 7% dari seluruhnya berumur lebih dari 20 tahun.
Sementara Golden Agri memenuhi asas ini, FGVH didapati memilikki 53% dari pokok yang berusia lebih dari 20 tahun.
12. Tambahan lagi, sementara Golden Agri mempunyai 78% yang sedang ‘prime’ atau ‘sarat berbuah’, FGVH hanya memilikki 16% sahaja kategori tersebut. Menambah parah, FGVH mengalami kekurangan yield atau ‘hasil’ sebanyak RM500 juta setahun, Golde Agri menokok sebanyak RM3 bilion setahun.
13. Profil ini akan menjadikan FGVH terperangkap dalam jajaran hasil malap ini sekurang-kurangnya 10-12 tahun lagi sebelum pokok-pokok sawit menjadi ‘prime’ serta mampu bersaing. Mengambil dari sisi itu sahaja maka sangat menasabah bagi Macquarie Securities menetapkan saham FGVH hanya layak pada harga RM3.24 sesaham pada pensenaraian atau IPO dahulu.
14. Menggunakan 50% dari dana yang dijana dari pensenaraian untuk pelaburan di negara seperti Afrika dan Asia Tenggara lain adalah satu langkah yang mengecewakan ketika ladangnya sendiri memerlukan 53% pokok tua yang mesti ditanam semula.
15. Tentunya ‘profitability’ atau unjuran keuntungannya sudah boleh diramalkan oleh pelabur dengan hanya menghitung persoalan asas pertama ini sahaja, sekaligus memamparkan tahap keupayaan pihak pengurusan di segi memantaukan ‘profil usia sawit’ selama kini. Saham FGVH tidak mempunyai atau sangat sikit unjuran pertumbuhan/keuntungan (‘growth/profit’) untuk 12 tahun akan datang dan dengan hanya keupayaan 4.4% dari ‘cash reserve’ setahun untuk penanaman semula atau ‘replanting’ dalam 4 tahun kedepan ini.
16. Amat dikesali adalah tadbir-urus koporat yang telah memaksa pensenaraian FGVH yang meskipun diketahui berdepan dengan pelbagai kepincangan pengurusan. Nyata bahawa kelompok yang menanggung kerugian besar ialah peneroka dan juga pelabur-pelabur institusi (berjumlah 46% saham yang diterbitkan) yang dipaksa membeli saham Felda semasa IPO dan kini di’arah’ mempertahannya dari kejatuhan harga sahamnya - ‘freefall’.
17. Kerajaan BN wajar memikirkan penyelesaian jangka panjang bagi mempastikan industri terus mencari sentuhannya untuk kekal berdaya saing. Pengkhianatan semasa IPO hampur sudah menjadi satu trajedi yang tidak boleh ditangisi lagi meskipun masih ada ‘reformasi’ konkrit yang boleh dilakukan kalau Pakatan mengambil aleh kerajaan Persekutuan.
18. Pun begitu, tidak cukup dengan regim cukai baru ekspot dan penghapusan AP percuma jualan CPO sahaja. Sebagai contoh, isu penanaman semula secara ‘accelerated’ atau ‘pantas’ dan program biodesel B10 adalah diperlukan bagi mengangkat kepenggunaan CPO tempatan.
19. B10 bakal menggunakan 1 million metric ton ketika dapat di ‘roll out’ pada pertengahan 2014 sebagai satu tahap penambahbaikan dari biodesel B5. B10 adalah campuran 10% ester metil dan 90% minyak diesel.
20. Benar, bahawa kesan keseluruhan ini (cukai, hapus AP dan B10) akan bakal mengurangkan harga CPO tempatan, tetapi sekaligus menjadikan ia lebih kompetitif dan merancakkan kegiatan-kegiatan hiliran (downstream) dan mampu bersaing di pasaran global. Tidak dapat dinafikan bahawa pemilik sector huluan (upstream) termasuk pekebun kecil juga akan mengalami penurunan harga jualan FFB mereka (tandan buah segar).
21. Seperti disebut tadi, adalah wajar bagi penulis meramalkan bahawa pesaing utama kita yakni Indonesia tidak akan duduk diam. Mereka boleh sahaja bertindak menghapuskan samasekali cukai ekspot CPO mereka bagi menandingi pengurangan cukai ekspot Malaysia. Tidak ada kesudahanya persaingan ‘zero-sum’ atau ‘kalah-mati’ ini. Adalah amat menasabah bagi kerajaan Pakatan Rakyat nanti mewujudkan kerjasama strategik bagi mengawal kepentingan kedua-dua Negara sebagai pengeluar CPO paling terbesar di dunia.
22. Dengan kerjasama strategik ini, adalah amat diharapkan bahawa serangan negara pesaing yang mengeluarkan minyak soya dan rapeseed akan dapat ditagani bersama. Terkini Perancis telah mengenakan cukai impot sebanyak 300% terhadap minyak sawit.
23. Dalam kemelut industri dan sector minyak sawit ini yang sangat mencabar ini, wajar di beri amaran kepada FGVH, bahawa hanya syarikat-syarikat yang mempunyai ‘asas-asas’ dan fundamental yang kukuh dan diurus dengan mapan (sustainable) akan bakal berjaya. Ada pun yang ditadbir urus secara pincang dan tempang serta diperkudakan oleh penguasa politik akan bakal nazak akibat perilaku kepimpinan syarikat yang mengkesampingkan kepentingan sebenar pemiliknya yakni peneroka khasnya dan rakyat-dana awam umumnya!
Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Mampukah saham FGVH terus dipertahankan?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 05 Jan 2013 |

Beranikah Najib buktikan Deepak tak kredible?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 18 Jan 2013 |
1.Akhirnya PM Najib memecah kesunyiannya tentang satu isu yang buat beberapa minggu ini telah menjadi kebingungan rakyat. Akhbar BN media-arusperdana menggelapkan samasekali isu ini. Hanya sebuah majalah kewangan berwibawa ‘The Edge’ (31 Dis 2012) ada membuat sedikit liputan dalam bentuk komentar ringkas. Itu pun bersabit urus-tadbir kontroversi yang sangat diralatkan olih plebagai pihak ‘analysts’ dalam bidang kewangan korporat. Ketelusan dan pertanggungjawaban korporat nyata di langgar dalam urusniaga ini.
2. Najib semalam tiba-tiba memecah ‘gag-order’ atau ‘tutup mulut’nya sendiri dengan secara tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dakwaan Deepak tidak kredibiliti. Reaksi seperti itu biasa bagi orang yang didakwa. Apa kata kalau Deepak suruh Najib buktikan bahawa dirinya kredible? Parah! Najib silap menjawab tuduhan Deepak sebegini.
3. Setelah banyak kali penafian yang dibuat dek PM ini dalam pelbagai isu termasuk paling mutakhir dalam kes pemberian kontrak LRT Ampang dan George Kent, maka untuk kesekian kalinya dan sebesar isu ini, penafian beliau ditanggapi umum sebagai agak tidak mencukupi dan agak kelewatan..’too little too late’.. untuk merelaikan kegusaran dan memuaskan umum.
3. Setelah seorang yang bernama Deepak Jaikishin, peniaga permaidani yang kini membuat pelbagai dakwaan serta tuduhan salah laku terhadap diri, isteri dan adiknya, maka bersediakah PM Najib, yang kini menuduh Deepak tidak kredible, untuk membuat beberapa penafian secara terbuka seperti berikut:
A. Beranikah Najib membuat penafian bahawa beliau tidak kenal atau tidak tahu menahu tentang Deepak?
B. Beranikah Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan membuat penafian tidak tahu menahu tentang urus-niaga antara Deepak dan Raja Roopiah tentang pembinaan Puspahanas, yang berakhir dengan Deepak ditipu oleh Ketua Wanita Umno Selangor itu yang menjual tanah yang sama yang dijual ke Deepak kepada pihak ketiga?
C. Bersediakah Najib membuat pengakuan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan arahan LTAT melalui anak syarikatnya Boustead Holding Berhad, Bakti Wira, membeli 80% saham Asta Canggih?
D. Mampukah Najib manafikan bahawa beliau tidak ada pengetahuan tentang bayaran yang dibuat adiknya, Nazim Razak kepada PI Balasubramaiam bagi mendapatkan beliau untuk megeluarkan Akuan Bersumpah 2, SD2, yang menyatakan beliau dipaksa untuk membuat SD1 yang mensabitkan keterlibatan Najib dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia?
E. Dapatkah Najib mengesahkan bahawa segala kerjasama Deepak adalah urusan dengan isterinya dan bukan dengan beliau secara langsung? Dengan kata lain dapat Najib menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa menafaat dari usaha Deepak?
F. Akhir sekali beranikah Najib menyaman Deepak atas segala tuduhannya yang sangat menjatuhkan maruah dan kredibiliti-integriti dirinya, isterinya dan adiknya?
Buat ingatan umum secara ringkas diturun kesimpulan episode yang menekan Deepak utuk membuat expose’ yang mungkin sahaja boleh merobek akan apa jua kepercayaan yang masih berbaki.
4.Tuduhan adalah bersabitan hal untuk mendapat seorang penyiasat persendirian (personal investigator - PI) P Balasubramaniam untuk menukar akuan bersumpah pertamanya (Statutory Declaration – SD) bahawa PM dan isterinya terlibat dalam pembunuhan seorang wanita mongolia Altantuya Shaaribu.
5. Bagi melaksanakan langkah tersebut Deepak mendakwa bahawa beliau telah berperanan untuk mendapat Balasubramaniam menukar SD1 ke SD2 yang menarik balik segala pertuduhan tentang keterlibatan PM dan isterinya. Bagi melaksanakan itu Deepak mendakwa bahawa adik PM Najib Razak, Nazim Razak telah membayar PI Bala itu sejumlah wang.
5. Deepak telah melancarkan serangan ke atas PM dan isterinya, apabila beliau tidak dibantu olih isteri PM setelah ditipu dalam satu urusan perniagaan beliau dengan seorang wanita Dato Raja Roopiah, yang juga Ketua Wanita Umno Selangor bersabitan projek pembinaan Pusat Penyelidikan Pertahanan Nasional (Puspahanas).
6. Bagi tujuan pembinaan Puspahanas, yang berharga RM100 juta, LTAT telah menganugerahkan syarikat Raja Roopiah, Awan Megah Sdn Bhd melalui kaedah ‘runding langsung’. LTAT akan membayar Awan Megah RM27 juta tunai dan selebih kos pembinaan akan dibayar denga cara memberikan Awan Megah sekeping tanah 223 ekar di Kota Raja yang bernilai RM 72.5 juta.
7. Apabila Raja Roopiah gagal menerbitkan bon untuk membiayai pembinaan projek tersebut, Deepak telah diminta untuk membantu. Deepak telah membayar deposit RM13 juta kepada Raja Roopiah untuk menerbitkan bon tersebut (RM72.5 juta). Deepak akan membayar RM27 juta tunai kepada Raja Roopiah sebagai sebahagian bayaran untuk tanah 200 ekar dan selebihnya melalui bon yang diterbitkan.
8. Bagi cubaan untuk menutup mulut Deepak, Boustead Holding, sebuah badan pelaburan LTAT, telah mengarah anak syarikatnya, Bakti Wira, membayar Deepak RM30 juta sekaligus membeli 80% saham syarikat Deepak AstaCanggih Sdn Bhd. LTAT, anehnya pula membayar RM130 juta untuk mendapat 200 ekar tanahnya kembali yang diberikan kepada Awan Megah. 23 ekar selebihnya adalah kini kepunyaan Awan Megah. Menghairankan umum adalah mengapa LTAT perlu membayar RM130 juta untuk tanahnya sendiri (200 ekar) yang dijual pada harga hanya RM72.5 juta dan kini pulak berkurangan 23 ekar.
Tegasnya pelbagai pihak melihat tadbir-urus projek ini melanggari pelbagai amalan baik atau ‘best practice’.
Mengapa tanah kementerian Pertahanan diberikan kepada pihak yang tidak punya pegalaman secara runding langsung, termasuk tidak punya kekuatan kewangan dan pada akhirnya rugi dalam pembelian kembali tanah milik mereka sendiri asalnya dengan perbezaaan harga sebanyak RM57.5 juta?
Sementara Najib spontan menghukum Deepak tidak kredible, sebenarnya umum cenderung untuk memikirkan sebaliknya.
Bagaimana Najib mahu meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa beliau telah berubah dan atas dasar itu layak diberi peluang sekali lagi kalau pelbagai dakwaan Deepak gagal ditangkis secara tuntas dan muktamad?

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-1-2013
Hadiah Najib kepada Syabas: Jangan ingat rakyat Selangor bodoh! |
Oleh DR DZULKEFLY AHMAD 1. Tindakan PM Najib ‘menghadiahkan’ Syabas pinjaman RM120 juta tidak dapat ditanggapi umum kecuali ssebagai satu usaha menyelamatkan syarikat tersebut. Syabas, pemegang konsesi edaran air dan Puncak Niaga, pemegang konsesi rawatan air di Selangor, adalah sebagai milik majoriti Tan Sri Rozali Ismail. Tuduhan ‘bailout’ atau ‘tindakan menyelamat’ sebuah syarikat kroni adalah wajar dan tidak kerlaluan bahkan amat menasabah, mentelahan Tan Sri Rozali adalah juga mantan bendahari Umno Selangor. 2. 'Keberanian' Najib memberi pinjaman kepada Syabas adalah sangat mengejutkan ramai. Najib mungkin berpandangan bahawa rakyat tak faham selok-belok dan sebab-musabab isu krisis air Selangor. Kejahilannya tentang tahap pengetahuan dan pencerahan minda rakyat masakini menggalakkan Najib cuba membohongi rakyat sekali lagi bahawa pinjaman untuk Syabas adalah kerana kegagalan tadbir-urus kerajaan negeri. Sangat dangkal bahkan bangsat sekali alasan Najib ini. 3. Untuk ingatan Najib, rakyat tahu bahawa kerajaannya memberi pinjaman mudah (softloan) kepada Syabas pada Disember 2009, sebanyak RM320 juta berbentuk pinjaman tanpa faedah (interest-free), tanpa cagaran (non-collatarised) dan boleh dibayar 20 tahun kemdudian (back-loaded). Pernahkah mana-mana pihak mendapat pemberian hadiah seperti itu termasuk peminjam golongan dhaif seperti dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). 4. Mungkin Najib juga lupa bahawa rakyat sekali lagi tahu bahawa kerajaan telah memberi satu lagi pinjaman bayaran balik 20 tahun sebanyak RM110 juta pada Oktober 2011. Senang-senang sahaja. 5. Seoalah-olah rakyat buta dan tuli, Najib pada bulan berikutnya yakni November 2011, telah membayar pinjaman bon Syabas yang telah matang (facing payment) sebanyak RM2.9 bilion. Nah itu sahaja telah menelan sebanyak ‘bailout’ RM3.41 bilion, dengan tidak mengambil pelbagai pemberian geran dan pinjaman terdahulunya sejak penswastaan. 6. Mengapakah Najib-Umno terus-terusan melakukan tadbir-urus yang jelek dan buruk seumpama ini? Mengapakah Najib sanggup ‘berkorban’ habis-habisan seperti ini untuk Tan Sri Rozali? Najib wajar insaf bahawa soalan ini bukan lagi menjadi tanda-tanya rakyat untuk beliau. Najib tidak perlu lagi berselindung dengan jawapan yang terus mengaibkan dan menghilangkan saki-baki kepercayaan yang masih ada untuknya. 7. Najib tidak perlu diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara telah secara tajam dan kritis mengingatkan tadbir-urus korporat Syabas yang sangat dipertikaikan termasuk membuat iklan, pembelian asset-aset yang tidak punya hubungkait dengan urusan mengurangkan air-tak berfaedah atau Non-Revenue Water (NRW). 8. Segala dakwaan tentang kelemahan kerajaan negeri dan halangan-halangan yang kononnya dicetuskan oleh kerajaan negeri adalah meleset kalau persoalan NRW yang merupakan tugas besar Syabas untuk turun (capai sasaran KPI yakni 20% (2011) berbanding tahap kini kekal pada 32%) tidak dicapai dan tertunai. Syabas, mengikut perjanjian mesti berbelanja kapital (Capex) untuk tambahbaik paip dan sebaginya bagi tujuan tersebut bagi menurukan NRW. 9. Amaran pihak kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas dalam 14 hari bukan sahaja terdapat dalam peruntukan perjanjian konsesi penswastaan, bahkan ditanggapi beberapa pihak sebagai sangat wajar dan menasabah. Kegagalan Syabas dalam membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah dan Putrajaya sudah tidak dapat lagi dijamin khasnya di ambang pilihanraya. Kekhuatiran berdepan dengan krisis akibat sabotaj seperti yang berlaku baru-baru ini akibat faktor penyelenggaran pam adalah sangat serius. 10. Pelbagai pihak termasuk beberapa operator konsesi loji rawatan air bahawa pengambilan Syabas oleh kerajaan negeri adalah baik bagi mereka. Sebabnya mudah. Syabas adalah ‘bad paymaster’ dan puratanya hanya membayar 40% - 45% menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengeluarkan lebih dari kapasiti biasa. Penulis mendapat faham bahawa kapasiti loji rawatan air ini, seandainya diperlukan, masih punya ‘reserve capacity’ untuk dipertingkatkan bekalan air terawat, sekaligus mampu menghindarkan krisis kekurangan air. 11. Dalam suasana bayaran Syabas pada tahap ini, mereka tidak berminat untuk mempertingkatkan kapasiti kerana akan mencetuskan masalah ‘aliran-tunai’ atau ‘Cashflow’ yang lebih parah. Pengambilan oleh kerajaan negeri akan merubah imej status ’bad-paymaster’ kepada ‘good-paymaster’. 12. Pengambilalihan Syabas oleh kerajaan negeri juga akan dapat menangani dakwaan amalan kronisme dan nepotisme yang lazim diamalkan oleh pihak Syabas terhadap kontraktor-kontraktornya yang membekalkan paip, bahan kimai, barang-barang elektrik, pam dsbnya. Ramai yang ingin bertanya apakah kaitan Tan Sri Rozali dalam syarikat seperti Mewah Kota SB,Damini SB, Semarak Niaga SB dan beberapa syarikat lain. 13. Di samping pemberian kerja penyelenggaraan dan perolehan kepada vendor-vendor akan menjadi lebih adil dan saksama, tindakan kerajaan negeri utuk mengambil alih Syabas akan menyuntik tahap kayakinan rakyat kepada Syabas. 14. Sudah sampai waktunya, Najib dan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, mengakui bahawa pengurusan air di Selangor tidak lagi mampu diberikan kepada kroninya Tan Sri Rozali Ismail. Tegasnya, Penswastaan Air oleh Tun Mahathir telah gagal dalam gelombang pertama. Dengan penstrukturan semula air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) dan pembelian aset2 air oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), maka perlu diberi amaran kepada Najib supaya jangan ulangi pengkhianatan kepada rakyat dan pengguna dalam gelombang kedua ini. 15. Najib mesti memberi laluan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Syabas. Lebih baik lagi, Najib juga mesti bertindak rasional untuk merawat hati rakyat dengan memberikan pengurusan air kepada kerajaan negeri dan tidak kepada Tan Sri Rozali Ismail. Kalau tidak rakyat akan menghukumnya dengan lebih berat dan dahsyat lagi dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Ingat! Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif PusatPenyelidikan PAS. Sumber DD - 5-2-2013 Air Selangor- Najib bakal dihukum jika terus khianati rakyat
1. Tindakan PM Najib ‘menghadiahkan’ Syabas pinjaman RM120 juta tidak dapat ditanggapi umum kecuali sebagai satu usaha menyelamatkan syarikat tersebut. Syabas, pemegang konsesi edaran air dan Puncak Niaga, pemegang konsesi rawatan air di Selangor, adalah sebagai milik majoriti Tan Sri Rozali Ismail. Tuduhan ‘bailout’ atau ‘tindakan menyelamat’ sebuah syarikat kroni adalah wajar dan tidak kerlaluan bahkan amat menasabah, mentelahan Tan Sri Rozali adalah juga mantan bendahari Umno Selangor.
2. 'Keberanian' Najib memberi pinjaman kepada Syabas adalah sangat mengejutkan ramai. Najib mungkin berpandangan bahawa rakyat tak faham selok-belok dan sebab-musabab isu krisis air Selangor. Kejahilannya tentang tahap pengetahuan dan pencerahan minda rakyat masa kini menggalakkan Najib cuba membohongi rakyat sekali lagi bahawa pinjaman untuk Syabas adalah kerana kegagalan tadbir-urus kerajaan negeri. Sangat dangkal bahkan bangsat sekali alasan Najib ini. 3. Untuk ingatan Najib, rakyat tahu bahawa kerajaannya memberi pinjaman mudah (softloan) kepada Syabas pada Disember 2009, sebanyak RM320 juta berbentuk pinjaman tanpa faedah (interest-free), tanpa cagaran (non-collatarised) dan boleh dibayar 20 tahun kemudian (back-loaded). Pernahkah mana-mana pihak mendapat pemberian hadiah seperti itu termasuk peminjam golongan dhaif seperti dalam program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). 4. Mungkin Najib juga lupa bahawa rakyat sekali lagi tahu bahawa kerajaan telah memberi satu lagi pinjaman bayaran balik 20 tahun sebanyak RM110 juta pada Oktober 2011. Senang-senang sahaja. 5. Seoalah-olah rakyat buta dan tuli, Najib pada bulan berikutnya yakni November 2011, telah membayar pinjaman bon Syabas yang telah matang (facing payment) sebanyak RM2.9 bilion. Nah itu sahaja telah menelan sebanyak ‘bailout’ RM3.41 bilion, dengan tidak mengambil pelbagai pemberian geran dan pinjaman terdahulunya sejak penswastaan. 6. Mengapakah Najib-Umno terus-terusan melakukan tadbir-urus yang jelek dan buruk seumpama ini? Mengapakah Najib sanggup ‘berkorban’ habis-habisan seperti ini untuk Tan Sri Rozali? Najib wajar insaf bahawa soalan ini bukan lagi menjadi tanda-tanya rakyat untuk beliau. Najib tidak perlu lagi berselindung dengan jawapan yang terus mengaibkan dan menghilangkan saki-baki kepercayaan yang masih ada untuknya. 7. Najib tidak perlu diingat bahawa Laporan Ketua Audit Negara telah secara tajam dan kritis mengingatkan tadbir-urus korporat Syabas yang sangat dipertikaikan termasuk membuat iklan, pembelian aset-aset yang tidak punya hubungkait dengan urusan mengurangkan air-tak berfaedah atau Non-Revenue Water (NRW). 8. Segala dakwaan tentang kelemahan kerajaan negeri dan halangan yang kononnya dicetuskan oleh kerajaan negeri adalah meleset kalau persoalan NRW yang merupakan tugas besar Syabas untuk turun (capai sasaran KPI yakni 20 peratus (2011) berbanding tahap kini kekal pada 32 peratus) tidak dicapai dan tertunai. Syabas, mengikut perjanjian mesti berbelanja kapital (Capex) untuk tambah baik paip dan sebaginya bagi tujuan tersebut bagi menurukan NRW. 9. Amaran pihak kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas dalam 14 hari bukan sahaja terdapat dalam peruntukan perjanjian konsesi penswastaan, bahkan ditanggapi beberapa pihak sebagai sangat wajar dan menasabah. Kegagalan Syabas dalam membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah dan Putrajaya sudah tidak dapat lagi dijamin khasnya di ambang pilihan raya. Kekhuatiran berdepan dengan krisis akibat sabotaj seperti yang berlaku baru-baru ini akibat faktor penyelenggaran pam adalah sangat serius. 10. Pelbagai pihak termasuk beberapa operator konsesi loji rawatan air bahawa pengambilan Syabas oleh kerajaan negeri adalah baik bagi mereka. Sebabnya mudah. Syabas adalah ‘bad paymaster’ dan puratanya hanya membayar 40 peratus – 45 peratus menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengeluarkan lebih daripada kapasiti biasa. Penulis mendapat faham bahawa kapasiti loji rawatan air ini, seandainya diperlukan, masih punya ‘reserve capacity’ untuk dipertingkatkan bekalan air terawat, sekaligus mampu menghindarkan krisis kekurangan air. 11. Dalam suasana bayaran Syabas pada tahap ini, mereka tidak berminat untuk mempertingkatkan kapasiti kerana akan mencetuskan masalah ‘aliran-tunai’ atau ‘Cashflow’ yang lebih parah. Pengambilan oleh kerajaan negeri akan merubah imej status ’bad-paymaster’ kepada ‘good-paymaster’. 12. Pengambilalihan Syabas oleh kerajaan negeri juga akan dapat menangani dakwaan amalan kronisme dan nepotisme yang lazim diamalkan oleh pihak Syabas terhadap kontraktornya yang membekalkan paip, bahan kimia, barang-barang elektrik, pam dan sebagainya. Ramai yang ingin bertanya apakah kaitan Tan Sri Rozali dalam syarikat seperti Mewah Kota SB, Damini SB, Semarak Niaga SB dan beberapa syarikat lain. 13. Di samping pemberian kerja penyelenggaraan dan perolehan kepada vendor akan menjadi lebih adil dan saksama, tindakan kerajaan negeri utuk mengambil alih Syabas akan menyuntik tahap kayakinan rakyat kepada Syabas. 14. Sudah sampai waktunya, Najib dan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, mengakui bahawa pengurusan air di Selangor tidak lagi mampu diberikan kepada kroninya Tan Sri Rozali Ismail. Tegasnya, Penswastaan Air oleh Tun Mahathir telah gagal dalam gelombang pertama. Dengan penstrukturan semula air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) dan pembelian aset-aset air oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), maka perlu diberi amaran kepada Najib supaya jangan ulangi pengkhianatan kepada rakyat dan pengguna dalam gelombang kedua ini. 15. Najib mesti memberi laluan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Syabas. Lebih baik lagi, Najib juga mesti bertindak rasional untuk merawat hati rakyat dengan memberikan pengurusan air kepada kerajaan negeri dan tidak kepada Tan Sri Rozali Ismail. Kalau tidak rakyat akan menghukumnya dengan lebih berat dan dahsyat lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Ingat! Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif PusatPenyelidikan PAS.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-2-2013
|
Manifesto Pakatan: Pakatan Harapan Rakyat yang sebenar
Dr Dzulkefly Ahmad, | 13 Mac 2013 |
Cabaran menanti kerajaan baru di Putrajaya, bagi merealisasikan sebuah transformasi menyeluruh kehendak rakyat, bukanlah satu yang kepalang.
Khuatir bercampur bosan dikecewakan dengan kegagalan pada silih bergantinya pucuk pimpinan tertiggi yang mengemudi Negara, meletakkan ramai yang sinis dan tidak lagi ghairah dengan datangnya musim pilihanraya yang sepatutnya menyuntik pengharapan baru.
Ketepuan serta kehilangan semangat ini sahaja sudah cukup bagi mengendalakan proses perubahan. Paling parah lagi kalau wujud satu tanggapan serta kehilangan kepercayaan bahawa walau apa pun polisi-polisi penambahbaikan kerajaan sedia ada ini, dan betapa banyak pun sumber serta dana diperuntukkan bagi menjayakan sesuatu agenda perubahan itu, semua akan berakhir dengan kegagalan.
Persepsinya ialah sesiapa pun yang akan bakal mengemudi negara selama dalam kelompok serta gelagat dan tabiat yang sama, rakyat teramai yang berdepan dengan kesukaran hidup dan majoriti yang dihimpit dengan bebanan survival kehidupan akan kekal dengan pola kesangsaraan hidup yang tidak berkesudahan.
Atas sebab tunggal itu sahaja sudah cukup menasabah bagi rakyat di Negara menimbang secara serius bagi melakukan perubahan pemerintahan, paling tidaknya untuk satu penggal. Kerehatan dari tertakluk kepada sebuah regim yang telah terlalu lama mentadbir sehingga kehilangan kepekaan dan keprihatinan terhadap rakyatnya yang merupakan ‘boss sebenar’ yang melanjutkan jawatan khidmat mereka itu adalah sangat wajar. Mentelahan di segi tadbir-urus yang telah sarat dengan kebejatan dan kebobrokan itu sudah tidak lagi mampu dimaafkan ‘tuan dan boss’nya lagi.
Di persimpangan kritikal penentuan kepimpinan politik negara yang merupakan pilihanraya paling getir dalam kelangsungan survival negara-bangsa ini, Pakatan Rakyat, sebuah muafakat politik berusia hampir 5 tahun, telah tampil membuat tawaran kepada seluruh rakyat sebagai pencabar Barisan Nasionaldi peringkat Perusekutuan, dengan mengangkat sebuah manifesto yang diberi jodol “Pakatan Harapan Rakyat”.
Hampir seminggu manifesto dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 pada 25 September di SACC, Shah Alam. Nyata Pakatan Rakyat sangat berani mengemukakan tawaran sulungnya bagi merampas kuasa dari seteru politiknya, sekaligus menawan Putrajaya.Keberanian itu juga bermaksud kesediaannya untuk seluruh tawaran manifestonya ditelek dan dikritik oleh pelbagai pihak.Perkara tersebut adalah lazim dan semestinya telah dijangka.
Mengelakkan dirinya dari dikesani gugup dan tercabar, pimpinan UBN spontan menjawab balas bahawa manifesto BN hanya akan diterbitkan setelah parlimen di bubar. Satu tindakan yang sangat menyiksa jiwa orang nombor satu Umno-BN (UBN) itu beserta isterinya.
Pun begitu, BN hanya sekadar mampu melontarkan kritik dan kecaman. Pelbagai cemohan yang sangat rencam.Nyata mereka tidak mendengar –membaca jauh lagi memahami falsafah disebalik semua yang ditawarkan.Tegasnya dan mudahnya kalau manifesto Pakatan Rakyat dilaksanakan negara pastinya akan muflis atau bankrap. Itu sahaja wirid UBN yang mampu diucapkan, baik pimpinan tertinggi mahupun pengerusi JKKP, sepanjang waktu yang dikitar tidak bernokhtah di media perdana kawalan UBN.
Namun apa itu manifesto? Dan apa pula berbezaan manifesto Pakatan Rakyat kali ini? Umum wajar tahu bagi membuat keputusan nanti.
Dari the Free Encyclopedia, Wikipedia, mentakrif bahawa sebuah manifesto adalah satu bahan yang diterbitkan oleh seorang individu, kumpulan, sebuah badan politik mahupun sebuah kerajaan bagi menjelaskan visi dan misi tawaran mereka khasnya di dalam sebuah pilihanraya. Takrif itu adalah sangat bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Penulisan ini adalah bagi menonjolkan pemikiran dan falsafah di sebalik tawaran Pakatan Rakyat. Perincian tawaran-tawaran manifesto Pakatan Rakyat mungkin sudah sedia dimaklumi. Mengetahui pemikiran disebalik pelbagai tawaran manifesto yang mengangkat tema “Pakatan Harapan Rakyat” adalah penting.
Menganalisis pelbagai reaksi dan tanggapan terhadap manifesto ini, umum bahkan ada juga penganalis profesional yang gagal mengesan pemikiran disebalik manifesto Pakatan Rakyat. Justeru adalah yang membuat hukuman bahawa manifesto Pakatan Rakyat tidak lebih dari memancing undi dengan pelbagai tawaran kepada semua segmen pengundi. Ada juga yang menyebutkan bahawa manifesto Pakatan tidakboleh disifatkan ‘reformis’ hanya ‘populist’.
Sesuai dengan takrif yang diberikan Wikipedia, manifesto ialah kenyataan tawaran visi dan misi sebuah badan politik khasnya dalam sebuah pilihanraya. Penulis tidak wajib menjelaskan sumber dana serta darimana puncanya kerana pembentangan manifesto bukanlah satu pembentangan belanjawan negara.
Pun begitu penulis akan terangkan bagi meredakan golongan yang sangat khuatir bahawa andainya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya, negara ini akan bankrap dalam usia tahun pertamanya.
Pakatan Rakyat menampilkan tema “Pakatan Harapan Rakyat” dengan tujuan menegaskan bahawa cita-cita membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan Negara yang makmur di mana seluruh rakyat yang mengecapi kesejahteraan telah gagal. Kini masanya untuk kembali merealisasikan cita-cita tertangguh ini telah sampai dan manifesto inilah anak tombak yang menerpa ke arah cita-cita murni itu, maka wajar slogan “Pakatan Harapan Rakyat” dijadikan cogan-kata atau ‘battle-cry’nya.
Rakyat selaku tuan dan boss kepada Negara ini sudah bersedia untuk melakukan transformasi tertangguh ini dan Pakatan Rakyat bersedia menjadi wahana dan wadah perubahan besar ini.
Perubahan mesti datang bersekali dengan pengukuhan kembalisemua institusi-institusi kritikal Negara agar ia bebas dan berintegriti lantas dapat menjalankan tugasan menyemak-imbang pihak Eksekutif.
Bersendikan empat tonggak utama yakni Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat, manifesto “Pakatan Harapan Rakyat” membina sebuah visi dan misi untuk mengangkat dayasaing Negara sebagai Negara yang bermaruah dan ulung.
Manifesto Pakatan Harapan Rakyat adalah cita-cita untuk menempah sebuah pembangunan sosial yang adil yang berteraskan dan mendepankan rakyat.
Ia adalah satu paradigma pembangunan yang jelas kontra dan bertembungan dengan paradigma pembangunan UBN yang mendahulukan kroni serta suku-sakat sehingga membarah jurang perbezaan kaya-miskin dan kesenjangan pendapatan dan kekayaan yang terlalu ketara dan kronik.
Pakatan Harapan Rakyat akan terus menjadikan Malaysia sebuah Negara yang ditadbir secara adil dan berkeamanahan di mana rakyatnya hidup makmur dan bermaruah, tidak pula kekal dalam kepompongan kemiskinan mereka namun disuntik pelbagai pelali KRIM, KLIM dan BRIM bagi meredakan sebentar kemelut bebanan serta kemarahan dan kesengsaraan hidup.
Pakatan Harapan Rakyat meletakkan masyarakat bermaruah adalah sebuah negara-bangsa yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama an nilai-nilai sejagat, yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling menghormati dan mempercayai hati-budi yang lain dan tidak pula tebal dengan prajudis dan kesangsian.
Pakatan Harapan Rakyat adalah komited untuk meneruskan pemerintahan dan tata-kelola serta tadbir-urus yang yang bebas rasuah dan berintegriti, berkeamanahan di mana keuntungan dari pentadbiran yang bersih dan telus dipulangkan kepada rakyat untuk menjana kemakmuran rakyat.
Manifesto ini menegaskan peri-pentingnya meghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penghayatan kedudukan Islam sekaligus berperanan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dan bukan sebaliknya menjadi sumber pertentangan dan permusuhan akibat dari pegangan Islam secara jahil, sempit dan melampau.
Tunggak budaya yang berteraskan nilai sejagat, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa serta menggalak pemuliharaan pelbagai cabang seni. Ini akan serentak mengangkat jati diri bangsa, membina harmoni serentak menjadi teras positif hidup bermasayarakat rakyat Malaysia.
Manifesto Pakatan Harapan Rakyat dalam menentukan ‘Kesejahteraan Rakyat’ punya kelainan yang ketara sekaligus merupakan model ‘Ekonomi Rakyat’ agi sebuah Malaysia Baru yang lebih adil dan makmur.
Kewujudan jurang dan kesenjangan kaya-miskin adalah natijah buruk dari urus- tadbir pembangunan yang mendahulukan segelintir kroni sehingga mengepong kelancaran dan efisiensi pasaran dengan pelbagai amalan monopoli dan oligopoly dan perjanjian konsesi utilti yang memperkayakan krooni dan membebankan rakyatdengankos saraan hidup.
Berbeza degan cara UBN, Kesejahteraan Rakyat dalam misi Manifesto Pakatan adalah untuk meningkatkan ‘pendapatan dan pendapatan boleh berbelanja' dengan mengurangkan bebanan kos saraan hidup dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) serta mengurangkan perbelanjaan rakyat di segi tanggungan kesihatan, pendidikan dan perumahan.
Pendekatan berteraskan Pendekatan ‘Income-Based’ jelas berbeza dengan fokas Ekuiti atau pegangan Saham (Equity-Based) yang menjadi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Nyata dalam pacuan 30% ekuiti bumiputera yang telah memasukki dekad ke-3, bukan sahaja ia gagal dicapai tetapi telah memburukkan kesejanngan pendapatan dan kekayaan (Income and Wealth disparity)hatta dalam etnik Melayu-Bumiputera itu sendiri. Nyata DEB bukan sahaja telah gagal tetapi telah dipesalahgunakan unutk memperkayakan segelintir kroni Melayu atas nama etnik Melayu teramai.
Pendekatan Kesejahteraan Rakyat dalam Manifesto Pakatan bakal menyaksikan bagaimana keseluruhan tawaran penurunan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, degan kaedah penstrukturan semula ekonomi termasuk pencukaian dan mendayakan subsidi ‘progresif’ yang bertepatan dengan sasaran rakyat teramai. Serentak manifesto mewawarkanpenamatan subsidi ‘regresif’ yang bersifat ‘borong’ atau ‘blanket’ yang tidak menguntungkan sasaran rakyat golongan berpendapatan rendah khasnya golongan nelayan, petani, golongan kelainan upaya dan golongan terpinggir seperti etnik India di estet-estet.
Keseluruhan tawaran manifesto Pakatan kerap diserang seteru dan medianya, bakal memufliskan Negara. Wajar ditegaskan bahawa keseluruhan tawaran-tawaran manifesto telah dihitung dan dijumlah dengananggaran aliran tunai atau ‘cashflownya’. Ini berbeza dengan tadbir urus UBN yang menggurus pembangunan secara tidak telus dan cara runding-langsung kahsnya pemberian kontrak mega dan penswastaan. Kos pembangunan semua menggelembong (bloated) termasuk dengan tanggungan ‘cost-overruns’. Terkini kos Keretapi Laju (HSR) yang pertama-tama disebut dengan RM8 bilion kini telah melambong kepada RM80 bilion.
Kerajaan Pakatan Rakyat telah buktikan bahawa kita telah membuat penjimatan sebanyak 20-25 % berbanding UBN apabila dikelolakan dengan pegurusan yang baik.OLeh kerana itu meskipun seluruh tawaran Manifesto Pakatan berjumlah besarRM45.75 bilion, kami yakin untuk menjana RM49.5 bilion dalam 3 kakedah utama yakni 1.Penjimatan melalui tadbir-urus yang berkesan dan bebas rasuah- ketirisan 2.Menyusukan kembali keutamaan bagi mengelak perbelanjaan mengakayak krooni dan 3.hasil dari penjanaan pertumbuhan hasil galakan perbelanjaan oleh rakyat (domestik) dan kerancakan sector swasta yang tidak terkepong dengan pelbagai kekangan yang mengherotkan pasaran dan persaingan.
Sasaran RM4,000 bagi seisi rumah akan tetap menjadi cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat bagi membuktikan bahawa mendayakan rakyat bukanlah satu utopia seperti dituduh. Pendekatan kami mengurangkan kos saran hidup dan megizinkan pendapatan meningkat adalah jauh lebih ‘superior’ dan berekasan daripada menyuntik ‘candu’ yang bermusim dengan pemberian BRIM yang dilakukan dengan kerajaan berhutang dan bukan atas hasil penjimatan.
Andainya kami berhasil mencapai 50% dalam penggal pertama parlimen setelah kami mengambil alih Putrajaya maka ia satu prestasi yang baik. Andainya kami Berjaya mencapai 75% pencapaian maka ia satu yang cemerlang. 30% ekuiti bumiputera telah memasukki dekad ke-3 dan RM52 bilion pegangan saham Melayu-Bumiputera telah hangus dan kembali kepada paras RM2 bilion. Persoalannya ialah Melayu-Bumiputera mana yang memegang ekuiti ini bagi pihak Melayu-Bumiputera teramai?
Sayugia diingatkan bahawa pendekatan penstrukturan ekonomi, termasuk percukaian dan subsidi adalah dasar fiskal yang penting dan impak kepada pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. Namun suka juga dingatkan kepada pengkritik kami bahawa kehilangan pendapatan cukai contohnya RM3.5b (kalau 50% penurunan cukai eksasi), kini akan beralih kepada rakyat yang sekaligus meningkatkan ‘pendapatan boleh berbelanja’ mereka.
Perbelanjaan isirumah (domestic)akan meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan faktor Perbelanjaan (Consumption) dalam KDNK. Begitu juga seterusnya apa jua pengurangan kos kepada rakyat (tariff air, elektrik, kesihatan, pendidikan) meningkatkan keupayaan pendapatan serta kuasa berbelanja-membeli mereka. Rakyat yang hidup bermaruah tidak lagi mengemis BRIM UBN yang dibuat melalui perbelanjaan defisit atau berhutang!
Pakatan Harapan Rakyat adalah tawaran Pakatan Rakyat bagi menamatkan pelbagai kebejatan pengurusan tempang dan khianat UBN. Manifesto ini bercita-cita bukan sahaja menambaik baik Negara ini bahkan menampilkan satu formula satu impian bagi membina sebuah Malaysia Baru yang lebih adil, berdaya-saing dan berkebjikan untuk semua rakyat.
Dr Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Parlimen Kuala selangor dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Sumber HD - 13-3-2013
(Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang medianya hari ini)
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan manifesto yang dibentangkan Barisan Nasional (BN) bersifat jangka pendek.
Beliau yang turut memberitahu, manifesto tersebut juga ternyata tidak menangani masalah-masalah pokok ekonomi dan tidak langsung mahu melakukan penstrukturan semula ekonomi bagi menangani isu monopoli dan pengherotan pasaran.
Malah beliau menjelaskan manifesto BN hanya bertujuan untuk memancing pengundi sahaja.
"Manifesto BN tidak mampu menandingi tawaran Pakatan Rakyat yang ternyata gagal menangani lebuhraya bertol bahkan sebaliknya meletakkan tawaran-tawaran yang samar dan sengaja tidak dijelaskan perincian angka dan tempoh.
"Pentadbiran BN sememangnya sudah sebati dengan sistem memperkayakan kroni terutamanya ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan kerajaan, sebab itulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan penghapusan monopoli seperti penguasaan dalam perniagaan gula, beras mahupun sistem tv berbayar," jelasnya pada sidang media di Pusat Media PAS hari ini.
Tambahnya lagi, tindakan monopoli ini merupakan kemungkaran ekonomi dan tatakelola yang membebankan rakyat di bawah sebaliknya hanya memberi kepentingan kepada kroni.
Dr Dzulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menjelaskan manifesto BN itu juga turut gagal menciplak penghapusan bayaran tol dengan cara kerajaan mengambil kembali lebuhraya seperti yang dicadangkan dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat.
Kata beliau, sebaliknya Najib hanya mengulangi pengumuman tidak menaikkan tol sehingga 2016.
"Kita persoalkan kenapa sehingga 2016 sahaja, selepas 2016 kadar tol akan terus meningkat pada kadar lima peratus setiap tiga tahun sehingga 2037.
"Ternyata Najib tidak mempunyai komitmen untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat," sambung beliau lagi.
Jelasnya, lebih malang lagi apabila Najib ingin meneruskan agenda penswastaan lebuhraya sebagai kaedah pembinaan lebuhraya dan merangsangkan sektor pembinaan.
"BN dengan bangga meletakkan lebuhraya Pantai Barat dalam manifesto mereka yang pastinya akan dikenakan tol.
"Rakyat mungkin tidak sedar apabila terdapat beberapa projek lebuhraya bertol yang diberikan kepada kroni sedang dilaksanakan dan pasti akan membebani rakyat apabila ia siap kelak," tambah beliau lagi.
Dr Dzulkefly menekankan manifesto Pakatan Rakyat bersesuaian dengan kehidupan rakyat dalam usaha menurunkan kos sara hidup apabila berjanji akan menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal berbanding dengan BN yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat.
Antara lebuhraya yang hampir muktamad perjanjian konsesi adalah Damansara-Shah Alam (DASH) dan South Ulu Kelang Expressway (SUKE) kedua-duanya dimiliki Prolintas yang seratus peratus Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Dr Dzulkefli : http://www.youtube.com/watch?v=6NoQ_ToII-c&feature=youtu.be
Moneyfesto BN jangka pendek - Dr Dzulkefly
Muhammad Faizal, | 11 Apr 2013 |

Sumber HD - 11-4-2013
KUALA SELANGOR: Bukan sahaja Parlimen Kuala Selangor dapat dipertahankan malah Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram juga akan dapat dirampas oleh Pakatan Rakyat pada 5 Mei nanti.
Namun kerja kuat perlu dilakukan terutamanya tumpuan terhadap pengundi-pengundi Melayu yang masih lagi teragak-agak untuk membuat perubahan.
(Dr Dzulkefly Ahmad, calon PAS di Kuala Selangor....sokongan penuh pengundi Melayu untuk pastikan menang besar)
Tinjauan Harakahdaily di Kuala Selangor mendapati suasana lanskap politik di Kuala Selangor bergerak sealiran dengan di tempat-tempat lain yang tidak mahu ketinggalan dalam arus perubahan.
Tetapi jika ia hanya meliputi kaum Cina dan India serta sedikit kelompok dari kaum Melayu sudah pasti sukar untuk Kuala Selangor membuat perubahan secara keseluruhan.
India dan Cina melahirkan semangat perubahan mereka dan berani menyatakan secara terbuka tanpa takut dengan keadaan sekeliling, tapi itu tidak berapa ketara pada kelompok Melayu.
Mereka masih lagi bersifat 50-50 sama ada ingin membuat perubahan ataupun tidak, bertemu dengan mereka sambutan diberikan dan sedia mendengar tapi sekadar berkata "memilih calon yang benar-benar layak".
Calon Pakatan Rakyat perlu memberi tumpuan yang khusus kepada penempatan masyarakat Melayu, mereka bukannya tidak mahu berubah cuma sikap was-was dalam diri mereka, pasti jika pendekatan lebih dekat dengan penerangan yang jelas sokongan turut diperolehi dari mereka.
Berbaki 10 hari tempoh berkempen, peluang perlu diambil setiap calon bagi memastikan agenda yang dibawa Pakatan Rakyat dapat diterima semua lapisan rakyat.
Berbaki 10 hari ini jugalah perlu mencari satu formula yang terbaik untuk menawan hati pengundi Melayu, secara jujur dikatakan kalau hanya mengharapkan undi dari pengundi bukan Melayu, apabila sedikit kesilapan pasti mendatangkan kerugian kepada calon dan parti yang bertanding.
Walaupun terdapat kesukaran mendapat undi Melayu keseluruhan, tetapi calon Pakatan Rakyat tetap mempunyai kelebihan apabila masyarakat Kuala Selangor telah merasai dan melihat kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Menikmati air percuma dan pelbagai skim yang dilaksanakan, pengundi Melayu yang berada dalam kelompok pertengahan akan membuat pilihan kepada calon Pakatan Rakyat.
Harakahdaily yang memasuki setiap pelusuk kampung di sini, yakin Pakatan Rakyat mampu mempertahankan Parlimen Kuala Selangor dan juga Dun di bawahnya.
Namun untuk mendapat kemenangan yang lebih selesa dar jumlah majoriti yang besar, usaha keras perlu digerakkan terutamanya masyarakat Melayu.
Istilah tidak ada Barisan Nasional maka kita tidak makan perlu dibuang dari pemikiran masyarakat Melayu terutamanya di kawasan kampung.
K. Selangor perlu sokongan penuh Melayu untuk menang besar
Tinjauan Muhammad Faizal, | 25 Apr 2013 |

Sumber HD - 25-4-2013
Najib bertambah seksa selepas menang
Harakahdaily, | 14 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.
Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.
"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.
Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.
Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.
"Sebaliknya PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.
Kata beliau, Najib (gambar kanan) kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.
Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.
Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.
BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.
Kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation), sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.
Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.
"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.
Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.
Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.
"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.
"Kita redha takdir tetapi tidak samasekali boleh menerima penipuan....sampai bila mahu begini?" katanya tegas.

Sumber HD - 14-5-2013
GPMS sepatutnya ketengah masalah PRU13
Harakahdaily, | 15 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Gesaan lucut kewarganegaraan terhadap rakyat Malaysia yang membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) adalah tindakan reaktif berasaskan emosi.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia juga tidak mengendahkan masalah-masalah yang mencacatkan proses pengundian pada hari itu.
Dr Dzulkefly berkata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), selaku gabungan terpelajar yang besar, sewajarnya lebih proaktif untuk mengangkat isu tersebut untuk diselesaikan.
Sebuah akhbar melaporkan Setiausaha Agung GPMS, Zambri Mohd Isa mahu kewarganegaraan 21 rakyat Malaysia yang menunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan PRU13 di Singapura, Rabu lalu dilucutkan.
Zambri berkata perbuatan mereka itu menjatuhkan imej negara.
“GPMS macam tidak memahami perkara latar seperti tidak mahu dan enggan menerima akan hakikat bahawa pilihanraya itu yang sarat dengan perkara yang dipertikaikan,” kata Dzulkefly dipetik Selangorku.
Beliau menambah rakyat yang membantah keputusan PRU13 lalu itu terbit dari keprihatinan yang serius akan sistem demokrasi Malaysia.
“Penggesaan untuk melucutkan warganegara ini adalah diambil dengan cara sangat emosi.
“Bantahan seperti ini adalah masih lagi sifatnya demokratik, tambahan bukti-bukti itu makin nyata dan semakin meluas,” katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia juga tidak mengendahkan masalah-masalah yang mencacatkan proses pengundian pada hari itu.
Dr Dzulkefly berkata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), selaku gabungan terpelajar yang besar, sewajarnya lebih proaktif untuk mengangkat isu tersebut untuk diselesaikan.
Sebuah akhbar melaporkan Setiausaha Agung GPMS, Zambri Mohd Isa mahu kewarganegaraan 21 rakyat Malaysia yang menunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan PRU13 di Singapura, Rabu lalu dilucutkan.
Zambri berkata perbuatan mereka itu menjatuhkan imej negara.
“GPMS macam tidak memahami perkara latar seperti tidak mahu dan enggan menerima akan hakikat bahawa pilihanraya itu yang sarat dengan perkara yang dipertikaikan,” kata Dzulkefly dipetik Selangorku.
Beliau menambah rakyat yang membantah keputusan PRU13 lalu itu terbit dari keprihatinan yang serius akan sistem demokrasi Malaysia.
“Penggesaan untuk melucutkan warganegara ini adalah diambil dengan cara sangat emosi.
“Bantahan seperti ini adalah masih lagi sifatnya demokratik, tambahan bukti-bukti itu makin nyata dan semakin meluas,” katanya yang juga AJK PAS Pusat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-5-2013
GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang mereka
Harakahdaily, | 21 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka.
"Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau.
Ikuti tulisan beliau sepenuhnya di bawah ini.
GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!
Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk ‘berpantang’ menahan nafsu amarah mereka untuk ‘menggasak’ rakyat negara ini.
2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.
3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya ‘agenda tertangguhnya’.
4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!
5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori ‘sifar cukai’ atau ‘zero-rated’, bermaksud GST tetap dikenakan.
6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah ‘janji Najib yang tidak ditepati’ kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri.
7. Ataukah Najib mahu sahaja ‘mendera’ rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia?
8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST.
9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun.
10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau ‘consumption tax’ tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah atau ‘a dignified life’.
11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu.
12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau ‘bottleneck’ peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan ‘Gaji Minima’ ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau ‘spineless’ dalam banyak hal.
13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan.
14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan ‘pendapatan boleh berbelanja’ (disposable income).
15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana.
16. Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.
17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau ‘Value-Added Tax’ ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul.
18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan ‘pengelakan cukai’ (tax evasion), namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah.
19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani.
20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya!
Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Sumber HD - 21-5-2013
1. Salah satu hakikat yang terserlah dalam PRU ke-13 lalu ialah Umno-BN (UBN) semakin jelas telah menjadi ‘Parti Kampong’. Penulisan ringkas ini bercadang untuk menguatkan hujjah kepada tesis dan penemuan ini.
2. Penulisan saya dengan tajuk ‘Najib semakin seksa selepas menang’ ingin dipanjangkan di sini. Sesungguhnya tajuk ini boleh sahaja dijadikan antara buku yang boleh diterbitkan pasca PRU ke-13 ini oleh penulis-penulis tempatan.
3. Setelak debu peperangan mendap dan euporia ‘kemenangan’ mula pudar, Najib terpaksa berdepan dengan beberapa hakikat yang sangat mengugah dan menyeksa jiwanya.
4. Persetankan ‘kata-kata nista’ pembangkang tentang Kabinet XXL yang baru dilantiknya. Pelbagai kritikan termasuk kelompok pengamal serta pensyarah-profesor undang-undang yang mempertikaikan kesahihan kaedah melantik menteri dari kelompok senator yang belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.
5. Persetankan apa jua cemohan rakyat tentang ‘tsunami Cina’ ciptaan Najib sekaligus menampakkan dendam kesumatnya terhadap etnik ini serentak menajamkan lagi garis perkauman. Persetankan gagasan ‘Blackout 505’ yang cuba diketengahkan bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang pilihanraya sarat penipuan.
6. Persetankan ‘Tribunal Rakyat’ cadangan Bersih dan masyarakat sivil. Persetankan panggilan ‘Kerajaan Minoriti’ walaupun jelas dengan ukuran ‘undi popular’ di semenanjung dan seluruh negara.
7. Namun seperkara yang tidak boleh dipersetankan Najib dan pimpinan UBN ialah hakikat bahawa parti dan barisan yang dipimpinnya sedang mengalami hari-hari kepupusannya (demise) dalam persaingan sengit ‘Politik Baru’. Najib UBN bukan sahaja masih hidup dalam penafian bahkan cuba menongkah arus menentang kemaraan ‘Politik Baru’ ini.
8. Justeru fakta-fakta keputusan PRU ke-13 mula menyelak dan memaparkan hakikat sebenarnya bahawa Najib dan UBN telah menang kerana diselamatkan oleh undi-undi Borneo yang tidak sempat di’jangkiti’ ‘tsunami semenanjung’.
9. Itu pun tak boleh selesa sangat sebab Sarawak catat peningkatan undi buat pembangkang sebanyak 8.9%, kedua tertinggi selepas negeri Johor. UBN juga mengalami kemorosotan undi di 18 kerusi parlimen dari 31 kerusi parlimen di negeri itu. Dalam 8 kerusi etnik Dayak, BN mengalami 10 % kemorosotan undi dan Pakatan hampir merampas 2 kerusi Dayak yakni P205 Saratok and P220 Baram.
10. Pun begitu halnya di Sabah. BN mengalami kemorosotan undi di 19 dari 26 kerusi parlimen Sabah. Dalam 7 kerusi majoriti bumiputera yang dimenangi BN, kesemua mengalami kemorosotan undi sebanyak 10%. Sangat menyeksa.
11. Kembali kepada tesis bahawa Umno-BN telah menjadi ‘parti kampong’ atau parti yang hanya kuat di kampong-kampong tradisi Melayu, fakta-fakta berikut adalah sangat memalukan dan mengaibkan Najib.
12. Pakatan terus mengungguli dominasinya di Wilayah Persekutuan dengan memenangi 9 daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. Pertandingan di Lambah Pantai menyerlahkan segala-gala naratif dan pengkisahan tentang percubaan UBN untuk menawan Kuala Lumpur!
13. Kesemua ibu negeri kecuali Kangar dan Johor Bahru, terus dikuasai Pakatan Rakyat. Ini termasuk Alor Star, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tanjong, Ipoh, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
14. Bagi kerusi Parlimen Selangor, Pakatan Rakyat Berjaya mengekalkan dominasi kawasan bandar dan pinggir bandar seperti Petaling Jaya, Ampang, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.
15. BN, sejajar dengan tesis yang dimajukan, hanya mampu menguasai ‘anjung utara’ yang merupakan ‘Malay Belt’ – Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan kali ini berjaya merampas kembali kerusi Kuala Selangor yang telah berubah demografi pengundi menjadi 65%-35% (Melayu-65%, 23%-India, 12%-Cina) berbanding 60-40 pada 2008 dengan N12 Jeram mencapai 80%20%: Melayu-Bukan Melayu.
16. Di Negeri Sembilan juga turut menyerlahkan fenomena ini, di mana UBN unggul di kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sementara Pakatan kekal di kawasan Seremban dan Rasah.
17. Penulis cenderung untuk meringkaskan dan memudahkan fenomena PRU ke-13 ini sebagai menyerlahkan trend atau pola rakyat-pengundi yang terbelah kepada dua kelompok besar;
i. pengundi kawasan luar bandar yang tidak dapat capaian internet dan masih tegar dengan keperluan ‘pembangunan’ dan
ii. Pengundi bandar dan pinggir bandar yang sangat terdedah kepada media baru-alternatif berbanding sogokan media UBN dan cenderung untuk menyokong agenda ‘penambahbaik demokrasi dan kesejahteraan rakyat’.
18. Menyonsong masa depan dalam laluan pembangunan politik negara, ternyata bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk mengisi harapan pengundi dalam kelompok kedua yakni pengundi yang mahukan penambahbaikan Negara dalam apa yang disebutkan kini sebagai penghayatan dan dinamika ‘Politik Baru’.
19. Amat nyata pula, penulis mendapati bahawa UBN amat meminati kelompok pertama golongan luar Bandar dan juga begitu sebaliknya mereka ‘diminati’ golongan luar Bandar ini yang telah di’bela’ dengan ‘sogokan pembangunan’ yang sebenar-benarnya ‘tidak membangunkan minda dan jiwa mereka’ bahkan tidak juga bangunkan pendapatan sebenar (real wage) mereka.
20. Generasi muda yang telah meninggalkan kampong sebenarnya telah meninggalkan legasi Politik Lama yang sarat dengan Politik Menakut-nakutkan Rakyat dan Politik ‘Patronage’ yakni ketua-ketua yang mesti ‘disantuni’ untuk mendapat tandatangan anak-anak kampong untuk mendapat biasiswa kerajaan UBN dsbnya.
21. Tegasnya Umno-BN akan cuba kekal dominasi luar bandanya sekaligus menjadi ‘parti kampong’ untuk kekal berkuasa sementara Pakatan mesti menorobos kampong dan luarbandar untuk berjaya menawan Putrajaya dalamPRU ke-14.
22. Peralihan demografi kearah dominasi generasi muda dalam tahun-tahun mendatang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat sementara mendayakan ‘Politik Baru’ dan ‘Politik Pencerahan’ adalah formula kemenangan yang tepat dan wajar.
23. UBN tampaknya mungkin sahaja mahu kekal ‘parti kampong’ yang meneruskan amalan dan legasi Politik Lama yang sarat dengan amalan politik perkauman, politik agama yang sempit dan konfrantasi, politik ‘Paronage-Perlindungan’penguasa politik dan orang-orang besar yang berpengaruh bermula dari JKKP sehingga keperingkat tertinggi parti. Malang!
* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat.
Umno semakin jadi 'parti kampong'?
-, | 22 Mei 2013 |

Sumber HD - 22-5-2013
Petroliam Nasional atau Petronas adalah syarikat minyak negara yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA, 1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (State Owned Enterprise) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran.
Petronas adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti huluan atau upstream serta perlantikan Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan ahli Lembaga Pengarahnya.
Petronas merupakan penyumbang terbesar hasil kewangan kerajaan. Ketidakcekapan dan kepicangan tadbir-urusnya boleh menimbulkan risiko krisis kewangan kerajaan. Sejak tahun 2008, Petronas telah menyumbang secara konsisten sebanyak RM 70 bilion setahun, di mana RM 30 bilion dalam bentuk dividen tetap (fixed dividend), dan bakinya dalam bentuk cukai hasil, cukai petroleum, duti, royalti dan sebagainya.
Revenue Watch Institute (RWI), sebuah institut kajian dasar yang mempromosikan tata-kelola dan pengurusan minyak, gas dan mineral secara berhemah dan bertanggung jawab dalam terbitan terbaru Resource Governance Index (RGI) (http://www.revenuewatch.org/rgi ) bagi tahun 2013 telah meletakkan Malaysia di tempat ke 34 daripada 58 negara, dengan jumlah markah sebanyak 46% dalam pengurusan hasil minyak dan gas negara. Petronas gagal dalam kriteria-kriteria penting dalam tata-kelola (governance) khususnya ketidaktelusan dan ketiadaan pemantauan (oversight) dari pihak legislatif (parlimen).
Kedudukan ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara tetangga kita seperti Timor Leste (no 13), Filipina (no 23) dan Indonesia (no 14). Malah, Mongolia berada di kedudukan yang lebih tinggi di tempat ke 26. Pada tahun 2010, Malaysia telah memperolehi markah sebanyak 48.4% dalam kajian yang sama oleh RWI dan Transparecy International (TI).
Tatakelola serta pengurusan sumber minyak dan gas di Malaysia dikategorikan oleh RWI sebagai lemah dan kurang telus. Petronas beroperasi dalam suasana yang penuh dengan kerahsiaan.
Maklumat berkenaan bajet tahunan Petronas, sama ada di sektor huluan ataupun hiliran sukar diperolehi serta tidak jelas. Anggaran kasar menunjukkan bahawa Petronas membelanjakan kira-kira RM 35-40 billion setiap tahun untuk projek-projeknya. Angka ini jauh lebih besar daripada kementerian-kementerian penting dalam kerajaan seperti Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. Malangnya rakyat serta wakil-wakil mereka di Parlimen tidak pernah diberi peluang untuk meneliti sama ada dana yang sebesar itu telah dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Maklumat tentang kriteria-kriteria yang digunapakai ketika membuat penilaian tender untuk penganugerahan kontrak-kontrak juga tidak jelas. Sistem perlesenan dan pendaftaran vendor dan kontraktor yang tidak telus dan seolah-olah sengaja dipersulitkan jelas memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat yang menjadi kroni-kroni pemerintah BN dan pengurusan tertinggi Petronas untuk membolot kontrak-kontrak yang lumayan ini. Sistem perlesenan ini juga telah gagal menyediakan tapak dan peluang, malah menjadi penghalang bagi kontraktor-kontraktor baru dan kecil tempatan untuk berkembang dalam industri minyak dan gas.
Yang sering kedengaran, kontrak-kontrak Petronas sering berlegar di kalangan syarikat-syarikat kroni seperti SapuraKencana, Dialog, Petra dan Scomi, sekadar menyebut beberapa contoh. Di kalangan syarikat-syarikat antarabangsa pula, kontrak-kontrak sering dibolot oleh syarikat-syarikat seperti Schlumberger, Halliburton, Technip, Petrofac dan TransOcean; kesemuanya diketahui rapat dengan pengurusan tertinggi Petronas, sehinggakan dalam banyak keadaan menyekat peluang kontraktor-kontraktor tempatan, sama ada milik bumiputera atau bukan bumiputera. Dato’ Seri Najib seolah-olah berlepas tangan, malah merestui amalan-amalan yang tidak telus ini.
Mutakhir ini, Petronas telah memperkenalkan suatu konsep baru dalam menganugerahkan kontrak bagi membangunkan medan-medan minyak bersaiz kecil (marginal field) yang dipanggil Risk Service Contract (RSC). Sekali lagi pemenang-pemenang kontrak-kontrak RSC ini terdiri daripada syarikat-syarikat yang sama – SapuraKencana, Dialog , Petra dan sebagainya. Kontrak-kontrak dalam pusingan-pusingan awal RSC sememangnya diadakan secara tender terbuka tetapi kriteria-kriteria untuk menetapkan pemenang-pemenangnya kurang jelas.
PAS difahamkan tidak lama lagi satu lagi kontrak RSC akan diumumkan untuk membangunkan medan minyak Bubu di perairan Terengganu, dan bakal pemenangnya adalah salah satu daripada syarikat-syarikat kroni yang dinamakan di atas. Apa yang lebih mendukacitakan, untuk pusingan ini, tiada tender terbuka dibuat. Kontrak bakal diberi secara runding-terus.
Petronas sekarang tidak mempunyai halatuju yang jelas terutamanya dalam industri huluan (upstream) yang menjadi nadi penting ekonomi negara.
Namun, Petronas sedang mengalami simptom-simptom yang sama seperti yang pernah dialami oleh syarikat minyak nasional Indonesia, Pertamina, di zaman Suharto. Di zaman Suharto, Pertamina telah disalahgunakan semahu-mahunya oleh diktator berkenaan serta kroni-kroninya hinggakan syarikat tersebut hampir lumpuh.
Ironinya kita memandang sinis Pertamina hingga sekarang, tetapi hakikatnya syarikat minyak kita sendiri sedang berhadapan dengan liku-liku rumit yang pernah ditempuhi Pertamina 15-20 tahun yang lalu. Akibat campur tangan politik peringkat tertinggi serta ketiadaan pengurusan tertinggi yang berwibawa, Petronas kini seolah-olah kehilangan arah, dan menuju ke situasi yang pernah ditempuhi oleh Pertamina dahulu.
PAS dengan ini mencadangkan agar disegerakan suatu audit menyeluruh terhadap prestasi kewangan dan ketelusan urus-tadbir. Satu kajian semula dengan objektif untuk meminimakan birokrasi dan proses dalaman Petronas juga perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera untuk meningkatkan semula daya-saing Petronas serta kepercayaan rakyat kepada syarikat minyak negara ini.
Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu dipinda dan kuasa mutlak yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk menentukan halatuju dan urus tadbir Petronas perlu dipindahkan kepada Badan Legislatif. Biar Parlimen yang menentukan perjalanan Petronas secara kolektif dan konsensus.
Kerajaan BN pimpinan Dato’Seri Najib dingatkan minyak dan gas anugerah Allah SWT kepada bumi Malaysia dan setiap rakyat negara ini mempunyai hak untuk mendapat maklumat penting tentang tatakelola dan pengurusan sumber berharga negara ini.
* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.
Petronas: Jangan tunggu kemarahan rakyat
-, | 30 Mei 2013 |

Sumber HD - 30-5-2013
PILIHANRAYA bukanlah segala-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.
Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU). Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di'pilih’ tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status ‘tak sah taraf’ macam anak luar nikah juga.
Malangnya, PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!
Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.
Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.
Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ‘Constitutional Guardian’ atau ‘Penjaga Amanah berperlembagaan’ kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjalanan sesebuah pilihanraya.
Terkini bukan sahaja pelbagai petisyen dimajukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat, bahkan lebih dari 50 petisyen katanya akan dihadapkan ke mahkamah dalam pelbagai dakwaan salahlaku oleh pihak Barisan Nasional sendiri. Petisyen terbanyak dalam sejarah negara. Amat malang!
Apakah Najib benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pasukan SPR kali ini? PM Najib tampaknya tidak punya pilihan kalau mahu selamatkan kerajaan ‘minoriti’nya yang sangat mahukan ‘Reconciliation’ atau ‘Genjatan bagi menumpukan kebangunan semula negara’.
Pihak Pakatan Rakyat pastinya akan tolak ‘agenda’ Najib ini, andainya syarat utama yakni penambahbaikan sistem pilihanraya tidak dijamin Najib terlebih dahulu. Bagaimana untuk disusun-atur dalam satu ‘construct’ baru SPR boleh difikirkan bersama secara ‘bi-partisan’ dalam perbahasan di parlimen.
Yang pentingnya Pengerusi dan Timbalannya mesti di'pecat' dan disingkirkan dahulu! Sebabnya?
Mereka telah ternyata GAGAL melaksanakan dan menjaminkan sebuah PRU yang ADIL, BEBAS dan BERSIH. Tanpa membazir wang pembayar cukai untuk mengadili mereka atau ditribunalkan, cukup dengan rakyat dan pengundi mempertikaikan satu persoalan sahaja di sini yakni tuntutan ‘Capaian media secara ‘adil’.
Sebuah pilihanraya yang ‘adil’, antara yang erpentingnya, memerlukan parti-parti yang bertanding mendapat ‘capaian atau akses kepada media’ yakni media arus-perdana yang dibiayai oleh pembayar cukai. Pilihanraya adalah proses rakyat selaku pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat. SPR wajar mempastikan maklumat tidak dikekang dan dikongkong.
Ini ditegaskan dalam tuntutan Bersih 2.0. Paling mutakhir sebelum pembubaran parlimen Pengerusi SPR telah menjamin bahawa beliau telah pun berbincang dan meminta Menteri Penerangan memberi laluan ‘air-time’ yang ‘adil’ (tidak minta sama pun) kepada parti-parti bertanding dan laporan yang ‘balanced’ atau berimbang (3 Mac, 2013, The Edge).
Pengerusi SPR mesti dipertanggungjawabkan tentang kegagalan ini. Kepincangan dalam memberi parti-parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya dikategorikan sebagai amalan sebuah demokrasi ‘pilihanraya autokrasi-kukubesi’ atau ‘electoral authoritarianism’ oleh disiplin ilmu Sains Politik contohnya oleh Professor Andreas Schedler. Sifat-sifat negara itu adalah seperti berikut:
“..privileged ruling parties oppress the opposition, elections are unfair, the judiciary is biased and citizens lack freedom of assembly, speech and access to the press”. Malang Malaysia masih digolong dalam kelompok ini seperti juga Singapura, Kemboja, Vietnam dan Myannmar. Indonesia tidak lagi tersenarai dalam ketegori ini.
Satu laporan kajian kerjasama (21 April, 2013) yang dibuat oleh University Nottingham dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam projek “Watching the Watchdog” tentang hal trend media dan pola pelaporan seluruh media di antara pembubaran parlimen dan hari penamaan calon, merumuskan perkara berikut. “Rakyat Malaysia (pengundi) adalah ternafi dari mendapat maklumat tentang parti-parti yang bertanding secara adil dan objektif dalam media perdana. Sementara media on-line portals membuat liputan hampir sama untuk kedua-dua koalisi kerajaan (BN) dan pembagkang (PR)”.
Cukup ciri ini sahaja untuk melayakkan pentadbir SPR digantung untuk disingkirkan dalam waktu sesegera mungkin bagi memberi laluan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Baru sesuai dengan semangat Rekonsialiasi Najib.
Tentunya ramai masih lagi tidak berpuas hati selagi tidak dihukum Pengerusi dan Timbalan SPR atas pelbagai kepincangan penjalanan pilihanraya. Isu dakwat kekal yang tidak kekal, dakwaan tentang pemberi kerakyatan kepada warga asing yang belum layak tetapi menjadi pengundi, daftar pemilih yang belum BERSIH termasuk nama pengundi-pengundi akibat Projek IC Sabah yang sedang dalam siatan RCI, kaedah berkempen yang paling kotor mengheret pertentangan kaum dan agama serta penggunaan keganasan sekaligus tidak memenuhi kriteria pilihanraya yang BEBAS- dari intimidasi termasuk takut-takutkan pengundi dengan rusuhan ala 13 Mei dan Negara kristian dan pelbagai yang lain.
Yang jelas dan muktamadnya, Pengerusi dan Timbalan SPR mesti meletakkan jawatan segera kalau tidak mahu dipecat oleh PM Najib ataukah mahu sahaja disingkir melalui sebuah Referendum atau Tribunal Rakyat!
* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.
Mengapa Pengerusi, timbalan SPR mesti singkir?
-, | 04 Jun 2013 |

Sumber HD - 4-6-2013
PAS persoal kenapa syarikat sama dapat kontrak Petronas
Muhammad Faizal, | 09 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mendesak agar Petronas mendedahkan perjanjian dan kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja di dalam Petronas.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendesak perkara tersebut apabila melihat hanya syarikat kroni serta syarikat yang sama sahaja mendapat kerja-kerja yang ditawarkan oleh Petronas.
"Kita mahu Petronas mendedahkan apa perjanjian dan kriteria yang digunakan dalam pemilihan kontraktor terhadap kerja-kerja yang mereka tawarkan.
"Ini adalah satu yang mendukacitakan apabila kita mendapati syarikat yang sama sahaja mendapat kerja-kerja tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Menurutnya lagi, pendedahan kriteria pemilihan kontraktor adalah amat wajar bagi memastikan mana-mana kontraktor yang gagal mendapat tawaran kerja dapat memperbaiki kemampuan mereka.
Katanya lagi, tindakan ini dapat membantu kontraktor tempatan untuk terus bersaing dalam industri petroleum serta menamatkan budaya kroni di dalam Petronas.
Dzulkifly (gambar) juga mempersoal tindakan Petronas yang mengagihkan kontrak kepada syarikat kroni sahaja seperti SapuraKencana, Dialog, Petra dan Scomi.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang turut meminta agar Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit luar melakukan siasatan di dalam Petronas terutamanya dalam soal tender sehingga Petronas terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.
"Kita menyarankan audit dilakukan terhadap prestasi kewangan dan ketelusan urus tadbir Petronas yang dilihat semakin tidak jelas hala tujunya.
“Anggaran kasar menunjukkan bahawa Petrnas membelanjakan kira-kira RM35 hingga 40 billion setiap tahun untuk projek-projeknya," sambung beliau.
Beliau yang mengharapkan Jabatan Audit Negara segera membuat siasatan dan laporan tersebut dibentangkan di parlimen untuk dibahaskan oleh setiap Ahli Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian agar Petronas dapat diselamatkan.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendesak perkara tersebut apabila melihat hanya syarikat kroni serta syarikat yang sama sahaja mendapat kerja-kerja yang ditawarkan oleh Petronas.
"Kita mahu Petronas mendedahkan apa perjanjian dan kriteria yang digunakan dalam pemilihan kontraktor terhadap kerja-kerja yang mereka tawarkan.
"Ini adalah satu yang mendukacitakan apabila kita mendapati syarikat yang sama sahaja mendapat kerja-kerja tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Menurutnya lagi, pendedahan kriteria pemilihan kontraktor adalah amat wajar bagi memastikan mana-mana kontraktor yang gagal mendapat tawaran kerja dapat memperbaiki kemampuan mereka.
Katanya lagi, tindakan ini dapat membantu kontraktor tempatan untuk terus bersaing dalam industri petroleum serta menamatkan budaya kroni di dalam Petronas.
Dzulkifly (gambar) juga mempersoal tindakan Petronas yang mengagihkan kontrak kepada syarikat kroni sahaja seperti SapuraKencana, Dialog, Petra dan Scomi.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly yang turut meminta agar Jabatan Audit Negara dan Jabatan Audit luar melakukan siasatan di dalam Petronas terutamanya dalam soal tender sehingga Petronas terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.
"Kita menyarankan audit dilakukan terhadap prestasi kewangan dan ketelusan urus tadbir Petronas yang dilihat semakin tidak jelas hala tujunya.
“Anggaran kasar menunjukkan bahawa Petrnas membelanjakan kira-kira RM35 hingga 40 billion setiap tahun untuk projek-projeknya," sambung beliau.
Beliau yang mengharapkan Jabatan Audit Negara segera membuat siasatan dan laporan tersebut dibentangkan di parlimen untuk dibahaskan oleh setiap Ahli Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian agar Petronas dapat diselamatkan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-6-2013
Postmortem PAS akan umpama Siasatan Di Raja
Muhammad Faizal, | 09 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menyifatkan Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) umpama Siasatan Di Raja (RCI).
Beliau yang ditemui sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung PAS pagi ini menjelaskan jawatankuasa tersebut akan menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU13 dalam isu penipuan dan juga pertindihan kerusi.
"Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi.
"Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS.
Menurut beliau lagi, PAS mempunyai masa selama tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan postmortem sebelum perbentangan.
"Bagi memastikan siasatan berjalan lancar mungkin kita akan menubuhkan jawatankuasa kecil agar tumpuan akan boleh dilakukan secara khusus," tambah beliau lagi.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sempat ditemui memberitahu keputusan postmortem akan diketahui pada bulan Oktober nanti
Beliau yang juga menyatakan Jawatankuasa Postmortem PRU13 sudah pun memulakan siasatan dua minggu lepas yang di pengerusikan oleh Salahuddin Ayub bersama 13 ahli jawatankuasa yang telah dipilih.
Beliau yang ditemui sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung PAS pagi ini menjelaskan jawatankuasa tersebut akan menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU13 dalam isu penipuan dan juga pertindihan kerusi.
"Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi.
"Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS.
Menurut beliau lagi, PAS mempunyai masa selama tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan postmortem sebelum perbentangan.
"Bagi memastikan siasatan berjalan lancar mungkin kita akan menubuhkan jawatankuasa kecil agar tumpuan akan boleh dilakukan secara khusus," tambah beliau lagi.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sempat ditemui memberitahu keputusan postmortem akan diketahui pada bulan Oktober nanti
Beliau yang juga menyatakan Jawatankuasa Postmortem PRU13 sudah pun memulakan siasatan dua minggu lepas yang di pengerusikan oleh Salahuddin Ayub bersama 13 ahli jawatankuasa yang telah dipilih.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-6-2013
No comments:
Post a Comment