Stop neraka menghampiri syurga |
kemilau publika |
Setiap manusia pasti berharap dan ingin beroleh kebahagiaan hakiki, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah menjanjikan syurga bagi para hamba-Nya yang istiqamah menjalankan ketaatan beribadah dan beramal soleh yang diniatkan semata-mata demi meraih reda-Nya. Maksud firman Allah: “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya.”(At-Taubah: 72) Allah berfirman, maksudnya, “Aku menyiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas dalam benak manusia. Oleh itu, bacalah kalau kamu suka ayat al-Quran: seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu; bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As-Sajadah: 17) Sesungguhnya jalan meraih syurga Allah adalah ditentukan oleh atas keimanan dan niat amalan sepanjang hidup di dunia ini. Manusia yang utuh beriman kepada Allah, banyak beramal soleh semasa hidupnya dan tiada yang dituju ibadah dan amalnya hanya mencari reda Allah, nescaya dadanya dipenuhi dengan rasa tenteram dan bahagia. Sebaliknya, manusia yang kufur dan banyak berbuat jahat (zalim), nescaya dadanya sempit dan dihinggapi kegelisahan tidak berhujung. Jalan menuju syurga Allah sangat banyak. Salah satunya ialah dengan membaca serta menghayati kisah para soleh dan solehah yang dijamin masuk syurga. Kita juga boleh meneladani amal-amal kebaikan yang mereka lakukan agar beroleh barakah agung daripada Allah berupa syurga-Nya. Semoga pertolongan dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita yang dengan itu kita dapat memahami bentuk amal soleh yang menuntun kita kepada syurga Allah serta mengenali muslimin dan muslimah agung yang beroleh jaminan syurga. Buku ini sudah di pasaran. Terbitan Kemilau Publika yang terkini. Lawati www.kemilau.net.my. Selamat membaca! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/seni-budaya/7289-stop-neraka-menghampiri-syurga
Tukar ulat buku ke permata buku
Salmah Mat Husain, | 23 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 23 Mac: Lebih 1,300 orang pelajar cemerlang yang mewakili 15 buah sekolah sekitar Kota Bharu dan Tumpat menghadiri majlis motivasi pelajar bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszapar Shukor (gambar).
Program yang diadakan separuh hari membabitkan pelajar cemerlang sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) itu dianjurkan Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri.
Turut menghadiri program yang penuh bermakna buat mereka pelajar Sekolah Menengah Arab Naimlilbanat, Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, Sekolah Menengah Arab Falahiah Pasir Pekan dan beberapa buah sekolah persendirian.
Pelajar yang terpilih mengikuti program itu begitu bersemangat untuk mendengar penerangan, pengalaman angkasawan negara yang merupakan umat Islam ke-6 berjaya menjejak kaki ke ISS.
Majlis berkenaan dirasmikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasruddin Daud.
Hadir sama Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pengerusi Cakna Palestin Kelantan, Mohd Nazri Deraman dan lain-lain pimpinan Cakna Palestin.
Ulat buku ke permata buku
Nasruddin ketika berucap pada majlis itu mencadangkan ‘ulat buku’ yang sering digelar pada mereka yang gemar membaca buku ditukar pada gelaran lain yang lebih manis.
Katanya, ulat yang ada dalam sebiji buah akan dibuang, jadi amat tidak kena sekiranya digelarkan pada golongan yang gemar membaca buku.
“Sebagai contoh rasanya lebih baik jika digelarkan ‘permata buku’, ‘permata ilmu’ atau sebarang gelaran yang lebih baik berbanding ulat buku,”ujarnya.
Pada majlis itu beliau mengingatkan pelajar supaya memperbanyakkan ilmu kerana ianya bekalan yang paling baik sehingga membuatkan diri menjadi berani berbanding banyak harta semakin banyak akan menjadi takut kerana dibimbangi dirompak.
Muszapar ketika berucap pada majlis itu berkata, pemergiannya ke angkasa lepas bukan hanya untuk berseronok, sebaliknya membuat beberapa kajian menerusi beberapa sel penyakit khususnya barah.
Katanya, selain itu beberapa kajian lain turut dilakukan dalam tempoh 12 hari sepanjang beliau berada di sana.
“Apa yang perlu kita banggakan juga dari 12 orang manusia telah berjaya berlepas ke sana, enam orang daripadanya umat Islam,”ujarnya.
Pendedahannya di angkasa lepas selama 12 hari telah dikongsi bersama pelajar membuatkan peserta begitu terpegun mendengarnya apa lagi ianya turut diselitkan dengan gambar-gambar video sewaktu di sana.
Sumber HD : 23/03/2012

Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib
Muhammad Faizal, | 18 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.
Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.
Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.
Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.
Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.
Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.
Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.
Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.
Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.
Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.
Sumber HD : 18/05/2012

Jualan buku dari but kereta, santai tapi meriah
Hazayani Zakaria, | 21 Mei 2012 |
Berkonsepkan 'jualan but kereta' iaitu aktiviti menjual pelbagai jenis barang baru dan terpakai dari kenderaan masing-masing, Perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), di tepi Dataran Merdeka pagi semalam dipenuhi kereta dengan but terbuka berisi buku-buku baru dan terpakai.
Seawal jam lapan pagi hingga 12.30 tengahari, sebanyak 30 kenderaan memenuhi perkarangan PKL dalam program Pasar Buku Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kota Buku.
Buat julung kalinya Perbadanan Kota Buku menganjurkan program ini bagi menghimpunkan penggemar buku dalam aktiviti yang santai dan sederhana.
Menurut pengurus kanan Perbadanan Kota Buku, Razin Abdul Rahman, jualan but kereta yang hanya menjual buku merupakan acara yang pertama kali diadakan di Malaysia bertujuan menggalakkan penerbit, pembaca, penulis serta penggiat buku untuk menjalankan aktiviti perniagaan dalam suasana yang ringkas tetapi meriah.
"Memang jualan but kereta sudah biasa di Malaysia tapi melibatkan barangan lain. Kalau melibatkan buku, inilah kali pertama di sini.
"Berbanding di luar negara, jualan buku dari but kereta ini memang sangat biasa cuma di Malaysia, ia belum lagi menjadi kebiasaan. Jadi kami mengambil inisiatif mendekatkan masyarakat dengan buku melalui aktiviti ini," kata beliau ketika ditemui di program tersebut, semalam.
Melalui aktiviti ini tambah beliau, pemilik buku khususnya penerbit dan penulis boleh menjual karya-karya terbitan mereka dengan harga yang rendah sekaligus menggalakkan pembaca untuk berkunjung ke aktiviti seperti ini pada masa akan datang.
"Kami cuba mudahkan penerbit dan individu untuk menjual buku mereka sebab hari ini mereka tak perlu sewa tapak, hanya maklumkan kepada kami penyertaan mereka. Mereka dapat sepenuhnya hasil jualan buku tanpa sebarang caj dikenakan," katanya.
Razin juga berkata, Pasar Buku Kuala Lumpur akan dijadikan acara bulanan di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai.
"Kota Buku akan mangadakan aktiviti ini sebanyak dua kali sebulan dan boleh disertai sesiapa sahaja.
"Kita akan pilih tempat yang strategik seperti di Taman Tasik Titiwangsa dan kawasan-kawasan rekreasi yang lain," katanya sambil melahirkan rasa gembira di atas respons positif yang diberikan orang ramai.
Buku penghibur jiwa
Sementara itu, penyair dan juga pengkaji seni budaya warisan Melayu, Prof Dr. Siti Zainon Ismail menyokong penuh usaha sedemikian dan menyatakan komitmennya untuk turut serta dalam aktiviti yang seterusnya.
Beliau yang turut menjual buku-buku tulisannya dan rakan-rakan seniman lain berkata, aktiviti mendidik dan santai begini sesuai untuk semua golongan.
"Buku merupakan sebahagian dari hidup saya dan saya akan terus menyokong aktiviti seperti ini. kalau kita fikirkan, buku-buku ini memang penghibur jiwa dan memberi ketenangan.
"Saya haraplah semua orang tak kira berpangkat dan berjawatan besar ke, orang biasa ke, tua atau muda, kita sama-sama meriahkan aktiviti begini.
"Contoh bagi saya sendiri, saya boleh terus terus berjumpa dengan anak-anak yang mungkin teringin nak jumpa saya, tapi tak tahu nak cari saya di mana," kata beliau yang ramah dan murah dengan senyuman.
Salah seorang penjual buku, Syikh Sazli Sabri pula berkata, beliau ingin berkongsi buku-buku yang dimilikinya dengan orang lain melalui aktiviti sebegini.
"Saya biasa tinggal di Eropah dan biasa mengikuti aktiviti begini. Jadi saya nak hidupkan budaya ini di Malaysia. Bila kita beli buku, kita hanya baca sekali dan tak ulang lagi. Jadi apa salahnya saya jual semula dengan harga yang murah untuk dikongsi oleh orang lain pula," katanya yang banyak menjual buku cerita kanak-kanak dari dalam dan luar negara.
Selain jualan buku, pasar buku tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan gurindam oleh penulis Mohd Sidek Mohd Dollah atau nama penanya Mas Adeki, bacaan puisi oleh Prof Siti Zainon dan lelongan buku yang dikelolakan pengacara televisyen, penyelidik dan perunding kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
Sumber HD : 21/05/2012

Nik Aziz lancar buku 'Bertemu Janji Allah'
Harakahdaily, | 12 Jul 2012 |
SHAH ALAM: Buku kompilasi kuliah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘Bertemu janji Allah’ selamat dilancarkan oleh beliau sendiri baru-baru ini.
Buku yang dianggap segar sepanjang zaman ini adalah himpunan kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan sempena Pesta Buku Selangor yang berlangsung di SACC Mall 8 Julai lepas.
Turut hadir pada majlis tersebut, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.
Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd dan boleh didapati di semua kedai buku seluruh negara.
Ia boleh juga dipesan secara online melalui www.kemilau.net.my.
Buku berkulit keras ini adalah buku pertama terbitan syarikat ini yang dicetak di Indonesia. Ia dijual dengan harga RM39.00.
Sumber HD : 12/07/2012
Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri.
Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit.
Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.
Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran.
Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.
Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir.
Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.
Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.
Sumber HD : 29/07/2012
Di saat kehamilan, seorang ibu akan mengalami perubahan-perubahan psikologi. Kegelisahan dan kecelaruan biasanya menghampiri. Apatah lagi, ibu itu mengandung anak sulung.
Faktor tekanan jiwa atau stress yang mungkin menjadi masalah tersendiri baginya.
Tapi usah bimbang, jangan khuatir, sebagai seorang muslimah kita mempunyai tips tersendiri untuk mengatasi semua itu.
Antara caranya adalah dengan membanyakkan zikir kepada Allah dengan zikir yang sunnahkan.
Dengan cara begitu hari-hari ketika mengandung akan terasa lebih bermakna.
Buku ini juga dilengkapi dengan pengetahuan soal pahala yang akan diberikan oleh Allah kepada ibu mengandung.
Ini sangat menarik untuk dikaji dan didalami, kerana setiap hembusan nafas ibu yang mengandung dapat memberatkan amalnya di akhirat kelak.
Semoga kita semua diberikan Allah keberkatan dalam setiap usaha kita menjadi insan yang bertaqwa.
Lawati www.kemilau.net.my
Judul: Zikir Ibu Mengandung
oleh Muhammad Mahmud
ISBN 978-967-361-052-5
Tarikh Terbit: Ogos 2012
Jumlah Muka Surat: 192
Harga: RM15.00/RM18.00
BUKU SEBELUM INI
Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
Sumber HD : 5/08/2012

Harakahdaily, | 29 Jul 2012 |

Zikir Ibu Mengandung
Harakahdaily, | 05 Ogs 2012 |

Pada zaman ini
Rajiee Hadi, | 12 Sep 2012 |
Pada zaman ini adalah terlalu sukar
mencari buku-buku A.Samad Said
mahupun Shahnon Ahmad atau, Keris Mas
ataupun Tongkat Warrant, jauh sekali Kemala atau
Zurinah Hassan penyair wanita doktor falsafah
di toko-toko buku di gedung berjenama
dan pedih sekali di toko kota terpencil desa
Pada zaman ini adalah terlalu sukar
ilmu kemanusiaan mahu diurusniagakan
apatah buku-buku sastera dan majalah
telah lama terpinggir di gubuk pustaka tua
di sekolah dan pusat dokumentasi universiti
sementara aku terus menerima buku puisi
kiriman penyair setia dengan cetakan sendiri
Pada zaman ini rakyat senegara
dan dikatakan sebangsa sejiwa
amat mengejar teknologi benda
dan menghitung sains harta dengan
status mempamerkan gelar dan pangkat
dengan segala buku dan majalah import serba
erotika dan picisan susuk menggoda
Pada zaman ini tidak kurang juga
buku-buku agama dan majalah kerohanian
yang kian banyak ditulis para bijaksana agama
ada yang mengaku ustaz serba-serbi
dan buku motivasi karya yang pakar tumbuh melata
tatkala manusia juga kian runtuh
akhlak dan maruah diri!
20-7-2012
Shah Alam,SDE.

Sumber HD : 12/09/2012
Penampilan buku ‘Travelog Budak Mentah’ di pasaran boleh disifatkan sebagai satu persembahan yang cukup santai dipersembahkan kepada anak-anak muda yang sezaman dengan penulis, yang mungkin berbeza pengalaman dengan remaja sekarang.
Penulis yang baru menjangkau umur dua puluh tahun kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Kerana pada remaja kini, budaya internet, telefon bimbit, facebook, whatsApp dan lain-lain istilah yang sangat melalaikan tetapi ianya dimanfaatkan oleh penulis seperti Hafizul. Mungkin remaja lain tidak ada daya kreativiti sedemikian.
Ramai yang kagum dengan kemampuan persembahan Hafizul yang teliti dalam menceritakan perjalanan dan mungkin juga pengalaman hidup yang dilaluimya.
Beliau begitu yakin dengan mengemukakan beberapa elemen berteraskan agama, maka hidup seseorang itu akan dinaungi rahmat Allah yang menjurus kepada kebahagiaan sejati.
Paling penting adalah nilai hikmah yang disampaikan oleh penulis sangat menyentuh. Kerana setiap kejadian itu semestinya ada hikmah yang terlindung.
Terdapat remaja pada usia penulis, kadang-kadang hala tuju hidupnya terbabas dengan faktor yang tidak sihat hingga hilang kawalan jati diri sekali gus terjebak pada perkara yang dibenci Allah, Rasul-Nya, ibu bapa, anggota masyarakat dan mungkin juga adik beradik sendiri.
Mudah-mudahan permulaan ini menghasilkan lebih banyak lagi penulisan dan catatan berguna, bukan sahaja manfaatnya dirasakan buat diri sendiri, malah boleh dikongsi maklumatnya oleh masyarakat, sahabat handai dan mereka yang mencari kebenaran, Insya Allah.
Buku ini sudah berada di pasaran, dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku berhampiran atau sila lawati www.kemilau.net.my.
BUKU-BUKU SEBELUM INI
Kolum Subky Latif dibukukan
Agar Haji Tidak Sia-Sia
Zikir Ibu Mengandung
Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
Sumber HD : 17/10/2012
PADA 29 September hingga 6 Oktober lalu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Teater Malaysia 2012 (FTM 2012) di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut.
FTM berasal dari Pesta Tarian dan Drama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada awal 70-an hingga 80-an dalam bentuk pertandingan yang disertai kumpulan teater Melayu ketika itu (amatur).
Pesta tersebut melahirkan beberapa penggiat teater seperti Prof Madya Dr Samad Salleh, Supiat Mukri, Megat Saiful Bahari, Dato’ Johan Jaafar, Zakaria Ariffin, Prof Mohd Taib Osman, Kalam Hamidi, Hashim Yassin, dan Dinsman.
Selepas dihentikan seketika pada 80-an, ia di sambung semula dalam format baharu. Dipanggil Pekan Teater kerana menumpukan pada teater, anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Masih dalam bentuk pertandingan dan dibuka kepada kumpulan teater yang berdaftar atau tidak, medium penyampaiannya dalam bahasa Melayu.
Mulai 2002, Pekan Teater diberi nama Festival Teater Malaysia (FTM) pula. Dari johan peringkat negeri, beberapa kumpulan dipilih ke peringkat kebangsaan. Buat pertama kalinya, pengisian FTM diperluaskan meliputi persembahan Monolog dan Fragmen Seni.
(Ikuti tulisan penuh dalam Harakah Ahad ini)
Sumber HD - 19-10-2012
Alhamdulillah, sudah terbit. Karya terbaharu Pak Subky Abdul Latif. Buku yang berjudul ‘Fadzil Noor; Dia Guru, Dia Kawan’ adalah satu catatan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor.
Buku ini bagus untuk pengkaji dan peminat Ustaz Fadzil Noor dan PAS. Di dalam buku terakam khazanah yang besar nilainya. Anda juga akan dapat mengenali Ustaz Fadzil Noor serta orang-orang yang hidup sezaman dengannya.
Menerusi buku ini, generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Noor.
Sila lawati www.kemilau.net.my atau di talian 03-6038 8314/15 untuk maklumat lanjut.
Sumber HD - 6-12-2012
PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.
Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar.
Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.
Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah.
Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca
Oleh Subky Abdul Latif
Harga: RM39.00/RM42.00
ISBN: 978-967-361-067-9
Tarikh Terbit: Januari 2013
Jumlah Muka Surat: 641
Sumber HD - 2-1-2013
Dulu PAS nak buat negara Islam
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan
BN kata PAS dah lupa Negara Islam.
Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP
BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.
Dulu pas hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung.
Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama..
Dulu Pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
BN kata negara dan industri kerta akan bengkrap
Sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN...
Dulu DAP bantah hudud
BN kata kita perangi DAP yang anti Islam
Sekarang CHUA Sui LEK bantah hudud
BN kata itu hanya kata2 individu
Dulu BN jadi kerajaan Pahang,Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai
Sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan ..kerajaan akan selesaikan masaalah air di kedua2 negeri...apalah punya fikiran...
Fenin le macam ni
* Posting yang kini sangat popular di Facebook tetapi siapa penulis asal tidak dikenalpasti
Memahami remaja melalui ‘Travelog Budak Mentah’

Teater: Yang terbaik tetap tersisih
Oleh RAYUSA, | 19 Okt 2012 |

Fadzil Noor: Dia Guru, Dia Kawan
Kemilau Publika, | 06 Dis 2012 |
Alhamdulillah, sudah terbit. Karya terbaharu Pak Subky Abdul Latif. Buku yang berjudul ‘Fadzil Noor; Dia Guru, Dia Kawan’ adalah satu catatan ringkas, satu pandangan peribadi dan satu ingatan semula mengenai Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor.
Buku ini bagus untuk pengkaji dan peminat Ustaz Fadzil Noor dan PAS. Di dalam buku terakam khazanah yang besar nilainya. Anda juga akan dapat mengenali Ustaz Fadzil Noor serta orang-orang yang hidup sezaman dengannya.
Menerusi buku ini, generasi terkemudian akan mengetahui kehadiran seorang putera besar di dunia yang bernama Fadzil Noor.
Sila lawati www.kemilau.net.my atau di talian 03-6038 8314/15 untuk maklumat lanjut.
Sumber HD - 6-12-2012
Propagandis Zaman, buku terbaharu Hj Subky
Kemilau Publika, | 02 Jan 2013 |
PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.
Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar.
Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.
Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah.
Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca
Oleh Subky Abdul Latif
Harga: RM39.00/RM42.00
ISBN: 978-967-361-067-9
Tarikh Terbit: Januari 2013
Jumlah Muka Surat: 641
Sumber HD - 2-1-2013
Dulu dan kini...fenin aku
Harakahdaily, | 10 Apr 2013 |
Dulu PAS nak buat negara Islam
BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan
BN kata PAS dah lupa Negara Islam.
Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP
BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.
Dulu pas hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung.
Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama..
Dulu Pakatan buat janji nak turunkan harga kereta
BN kata negara dan industri kerta akan bengkrap
Sekarang BN pula tiru manisfeto nak turunkan harga kereta
semua pencacai kata itu yang terbaik dari BN...
Dulu DAP bantah hudud
BN kata kita perangi DAP yang anti Islam
Sekarang CHUA Sui LEK bantah hudud
BN kata itu hanya kata2 individu
Dulu BN jadi kerajaan Pahang,Johor dan Melaka sampai sekarang masalah air masih tak selesai
Sekarang bila berkempen sebut bagi BN menang di Selangor dan Kelantan ..kerajaan akan selesaikan masaalah air di kedua2 negeri...apalah punya fikiran...
Fenin le macam ni
* Posting yang kini sangat popular di Facebook tetapi siapa penulis asal tidak dikenalpasti
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-4-2013
Aku Melayu di Kota Inggeris
oleh Muhaimin Sulam
Harga: RM22.00/RM25.00
ISBN: 978-967-361-074-4
Tarikh Terbit: Mac 2013
Jumlah Muka Surat: 292
___Sinopsis_________________________________________________
‘Aku Melayu di Kota Inggeris’ merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.
Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.
Semoga buku bermanfaat untuk pembaca semua, amin.
Info lanjut sila layari www.kemilau.net.my
Aku Melayu di Kota Inggeris
Kemilau Publika, | 10 Apr 2013 |

Pencuri Pilih Anjing
oleh Ahmad Lutfi Othman
Harga: RM28.00/RM31.00
ISBN: 978-967-361-079-2
Tarikh Terbit: Mac 2013
Jumlah Muka Surat: 409

Ramai yang berani menulis namun tidak ramai yang berani mencabar secara berhadapan dengan karenah, birokrasi dan kebiadapan KDN. Ironinya "peperangan" Lutfi dengan KDN secara tidak langsung menarik saya ikut bersamanya ke gelanggang pertarungan antara David dan Goliath tersebut. Apabila kegilaaan rejim penguasa menyekat kebebasan bersuara dengan bertindak menggeledah, merampas , mengugut dan menangkap para pengedar akhbar-akhbar yang diterbitkan Lutfi, saya diberi penghormatan mewakili kepentingan beliau di mahkamah berlawan dengan pihak penguasa. Ironinya, semakin ganas KDN bertindak semakin hebat pula Lufti meneruskan penerbitan akhbar "tidak berkala" dan semakin akrab pula hubungan kami.
Saya sering teringat kata-kata Lutfi bahawa ancaman KDN tidak pernah melumpuhkan semangat dan kekentalan beliau, namun kegagalan ejen-ejen pengedaran bahan penerbitannya menjelaskan jutaan ringgit kutipan sedikit sebanyak berjaya melumpuhkan ketahanan beliau. Saya percaya Lutfi bukan menulis kerana wang namun ketiadaan wang mampu menjejaskan kekentalan penulis, hatta kepada penulis berjiwa waja seperti beliau. Sudah tentu kita bukan bercakap tentang pengumpulan harta daripada dunia penulisan sebaliknya berkaitan isu survival penulis seperti beliau, yang bertindak sebagai wartawan, editor sekali gus penerbit. - Hanipa Maidin, Peguam

Kemilau Publika, | 12 Apr 2013 |

Sumber HD - 12-4-2013
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah mohon izinkan,
PR budak baru belajar,
Rasuah salah jangan amalkan.
Jika ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Jika ada rakyat yang datang,
Boleh ringankan beban sara diri.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan janji dilupakan.
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong, tak layak jadi menteri.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang negara perlu dibayar,
Kelak cucu yang akan warisi.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga BR1M dijanji,
Mana nak sama cincinku yang hilang.
Sudah gaharu cendana pula,
Apa ditunggu ubah segera!
5 Mei, Jom Mencorak Masa Depan!
PRU13: Seloka Ekonomi Rakyat
MS Fateh, | 28 Apr 2013 |

Sumber HD - 28-4-2013
Melabur auta
Hana al-Amin, | 03 Mei 2013 |
Geli hati melihat dunia bercengkerama
tiba musimnya berebut bersela di beranda
sukar membeza harum sang bunga
buta matahati berlegasi laba dunia
mereka di kitar pelobi yang tegar
melabur janji auta tanpa tersedar
emas dan dinar mengaburi mata
lemas dan pinar merabuni minda
Berelung tanah diteroka zaman berzaman
peluh keringat membasahi ladang idaman
tak pernah berjanji akan diberi milikan
kita dikelopongkan sebagai elit usahawan
tapi hasilnya dikikis oleh elit bangsawan
tiada sekelumit pusaka boleh diwarisi
untuk cucu cicit di era global generasi
Pelimbongan kelompok juak yang lahap
yang suka disua - kemaruk disuap
semua ini mainan semata
menabur umpan segenap ceruk desa
persetankan maruah dan luhur integriti
musim balaci galak membeli undi
rosak bangsa dan agama dilena ulik
kelak anak bangsa tua muda diperkotak katik.
Hana Al –Amin
Pasir Mas, 23 April 2013.

Sumber HD - 3-5-2013
telah kukatakan sejak permulaan itu
kau bagaikan mahu menggantung hayatmu
di hujung usia meninggalkan tanahmu, sungai mati
warga emas serom yang setia menanti kepulanganmu
hampa, hari demi hari menghitung neraca waktu
apakah kau melupai kesetiaan orang di sini
beriktikaf di masjid melihat pusara muhasabah diri
kerana asyik melihat tanah emas di hujung negeri
yang kau mahu bangunkan atas nama kemajuan santeri
masih terngiang-ngiang getar suara cikgu othman kechik
berbisik padaku pada tahun 1980-an dahulu
ketikaku seorang guru muda tidak dikenali
agar aku turut membantu menyokongmu
menyebarluaskan dirimu mencanang ke serata kampung
agar bintangmu terus mengerdip di langit zaman
kini setiap tiga aidilfitri mendatang
pekan sungai mati terus berwajah kusam
tiada lagi perantau yang menanti baryani lebaran
deretan mobil sepanjang jalan akan lengang
sana sini tiada melayu cina india datang berlenggang
pulau penarik akan sepi tidak dikenali di peta hati
kerana segala-galanya yang hidup di sini telah mati
hari ini sahabatku chong hai tidak kehilangan apa
begitu juga letchumi ketua jabatan tempat isteriku bekerja
terus menanti laba pangkat tanpa perih derita
ganalingam terus menulis dengan dana yang berselera
sementara aku terus menanti honorarium yang tidak seberapa
kadangkala hilang dalam tipu daya sengsara
kerana gelangku patah dalam musnah belantara!
DR RAJIEE HADI
Bandar Baru Nilai,
5 Mei 2013,
Abdul Ghani Othman: Nokhtah sebuah impian
Dr Rajiee Hadi, | 06 Mei 2013 |

Sumber 6-5-2013
Pesanan sheikh pengarang kitab tua itu
contohilah akhlak para sahabat Rasulullah
mereka berjiwa besar dan bermuhasabah
ramai yang menolak dilantik khalifah
kerana tanggung jawabnya terlalu berat
takut amanah tidak mampu dimanfaat
pilhlah yang lebih baik diantara mereka
‘biarlah aku dikecualikan’
itu ucapan amat tulus dan ikhlas
kerana perjuangan menegak syiar agama Allah
tidak semestinya berjawatan khalifah
betapa murni hati nurani
lebih takut Allah dari kuasa duniawi
Tetapi ramai antara kita berjiwa kecil
bila tak terpilih merasa dipencil
seolah curahan jasa perjuangan diminggir
tidak menginsafi diri yang kerdil
Subhanallah.....!!!!
Semuga diampunkan dosa kami
yang bundar dan samar pada maknawi
kepada fikrah kita kembali
agar dunia dan akhirat sentiasa dirahmati
kebesaran dunia terlalu kerdil
tiada perbandingan diisisi Tuhan mutakhabir
walau sebesar gunung intan tidak menyamai
kekayaan Tuhan yang menjadikan langit dan bumi
dan segala isi didalamnya
kita akan kembali kepada PenciptaNya
bila tiba hayat dihujung nyawa.
Allahuakhbar..... Allahukhbar..... Alahuakhbar...!!!!!.
Kota Bharu, 7 Mei 2013.
MUTIARA KATA
Hana Al – Amin, | 07 Mei 2013 |

Sumber HD - 7-5-2013
Saya paksa hati biar reda
Saya pujuk akal agar menerima
Sudah bertalu madah ingin menyejukkan
Sudah berkali bait suci ditatapkan
Agar salju bahang jiwa di relungan
Namun, susah nian...
Lebih sekali, atap mata berair kaca
Lebih sekali, lantai nafas beralir esak
Masih detik ini payah melumatkan
Epilog 5 Mei berdialog dusta
Ku selak kulit hari dulu
Ku imbau huluranku
Ku sergah khilafku
Kerana mungkin, aku yang berdosa
Meninggalkan kamu, menggapai seorang
Kata kamu, biar ia berlalu
Mungkin tunas masih silu
Mungkin benih belum bertemu wahyu
Mungkin juga, baru menukar layu
Mereka sudah tahu yang benar
Di sini bersih, di situ onar
Namun tempang adab
Mereka enggan
Benar katamu
Akal ditawani fakta
Hati dipikat kata
Sedihlah, namun usah berhenti...
Az-Zagazig
6 Mei 2013
9.26 Malam
Dalam Bilik.
Biarkan aku bersedih
Budak Skema, | 07 Mei 2013 |

Rumah Bicara
Hana al-Amin, | 08 Mei 2013 |
Pohon berbicaralah rumah bicara itu
masanya terlalu singkat kita menunggu
pencerahan lampu mu menerangi gelap celaru
ramai yang sedang menunggu cahaya mu
kesihani lah pada mereka yang teraba-raba
terkial mencari sebutir manik cahaya ......
Berbicaralah dengan tulus celik mata hati
bukan juling lakun mulus pelik sangsi
mereka bukan hamba sahaya dibumi tercinta
tetapi ketuanan tanah pusaka mengerti sandiwara
Hentikan omong dan sepakat suap balaci
pekertikan lorong sekat berong singgung keji
laungan takbir meroboh tembok ketakutan
gandingan minggir rempuh angkuh kesombongan
beristigfar panjang sambil menadah tangan
dunia telah beransur dimamah onar zaman
sekam iri mengapi keji tak kesudahan
bilakah lagi sinar cahaya menerangi kegelapan
menutur lagi si mualim tanpa jemu mengingati
kita akan kembali kepada Tuhan Rabbulizzati.
Astagfirrullah.....!!!
Hana al-Amin
Sungai Tua, 8 Mei 2013

Sumber HD - 8-5-2013
No comments:
Post a Comment