PAS Terengganu sambut 100 tahun Batu Bersurat |
Khairul Azlam Mohamad |
HULU TERENGGANU, 27 Dis: PAS Terengganu akan mengadakan sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’ Dil As-Suluk (Itqan) di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 6 dan 7 Januari 2012. Pengarah Itqan, Muhyidin Abdul Rashid berkata program sambutan “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” bagi memperingati 100 tahun Undang-undang Islam pernah diamalkan di Terengganu. Malah, kata beliau penemuan “Batu Bersurat” yang tercatat pada tahun 1303 bukti awal negeri ini pernah menerima Islam sebagai agamanya. “PAS Terengganu akan mengadakan sambutan 100 tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’ yang diadakan pada 6 dan 7 Januari 2012 di Kuala Berang, tempat penemuan ‘Batu Bersurat’ itu. “Ini (program) berkaitan dengan Undang-undang Islam yang pernah digubal dan diamalkan di Terengganu ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III),” ujarnya kepada Harakah. Menurutnya, program sambutan tersebut terbuka kepada orang ramai yang akan berpeluang melihat serta mendengar pengkisahan mengenai sejarah Isalm di negeri ini sejak tahun 1303. “Saya menyeru dan mengajak orang ramai khususnya kepada penduduk setempat supaya dapat hadir untuk memeriahkan program sambutan 100 tahun Itqan ini. “Semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, kita (PAS) juga menggubal Enakmen Jenayah Syariah Terengganu, diluluskan dan diwartakan sebagai Undang-undang Tubuh Negeri pada tahun 2003,” jelasnya. Katanya, pelbagai mengisian program akan diadakan termasuk bicara forum, pameran, pengkisahan sejarah Islam, jualan expo dan banyak lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/84-negeri-terengganu/7249-pas-terengganu-sambut-100-tahun-batu-bersurat
Presiden PAS rasmi 100 tahun Itqan al-Muluk |
Khairul Azlam Mohamad |
HULU TERENGGANU, 4 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan sambutan 100 tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk (Itqan) di Kuala Berang, Sabtu ini. Pengarah Itqan, Muhyidin Abdul Rashid (gambar) berkata, program sambutan Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk itu bagi memperingati 100 tahun Undang-undang Islam bertulis di Terengganu. Katanya, sambutan bermula sehari sebelum itu lagi iaitu 6 Januari yang diisi dengan forum, pameran, pengkisahan sejarah Islam, jualan ekspo dan banyak lagi di pesisir Sungai Terengganu di Kampung Gaung. Menurutnya, acara pada 7 Januari bermula dengan kuliah dhuha yang akan disampaikan oleh pendakwah yang dikenali umum, Ustaz Azhar Idrus, diikuti dengan pidato khas oleh pakar sejarah tanah air, Prof Datuk Dr. Mohamad Abu Bakar, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan seterusnya perasmian oleh Tuan Guru Abdul Hadi. Beliau menambah, jamuan rakyat diadakan selepas majlis perasmian itu. “Sambutan itu berkaitan dengan undang-undang Islam yang pernah digubal secara bertulis dan diamalkan di Terengganu ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III,” ujarnya. Menurutnya, program sambutan tersebut terbuka kepada orang ramai yang akan berpeluang melihat serta mendengar pengkisahan mengenai sejarah Islam di negeri ini sejak tahun 1303 lagi. “Saya menyeru dan mengajak orang ramai khususnya kepada penduduk setempat supaya dapat hadir untuk memeriahkan program sambutan 100 tahun Itqan ini. “Semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, PAS juga menggubal Enakmen Jenayah Syariah Terengganu, diluluskan dan diwartakan sebagai Undang-undang Tubuh Negeri,” jelasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7249-presiden-pas-rasmi-100-tahun-itqan-al-muluk
Persiapan 100 Tahun Itqan berjalan lancar |
Harakahdaily |
HULU TERENGGANU, 5 Jan: Persiapan Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk (Itqan) yang akan bermula pada petang esok, berjalan lancar. Pengarah Itqan, Muhyiddin Abdul Rashid, 90% persiapan sambutan di Kampung Gaung, Kuala Berang telah terlaksana, lapor Buletinonline. “Alhamdulilah, setakat ini, semua persiapan berjalan lancar, lebih-lebih lagi dengan doa kawan-kawan yang bertungkus lumus (dan) cuaca sejak dua hari ini amat baik,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu selepas menziarahi Makam Syuhada Padang Kachung di Kuala Telemong, dekat sini semalam. Katanya, kerja-kerja semakin rancak, semua jentera persiapan turun ke tapak sambutan. “Saya kira tinggal kerja-kerja yang ‘teknikal’ seperti ‘wiring’ (pendawaian elektrik) dan benda yang kecil-kecil, benda yang besar dari segi persiapan tapak, hampir 90% selesai,” ujarnya ketika ditemui Buletinonline. Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu berharap seluruh penduduk negeri ini khususnya kawasan Hulu Terengganu, tanpa mengira pegangan politik, dapat hadir beramai-ramai ke program tersebut. Menurutnya, itulah peluang untuk seluruh rakyat memahami sejarah dan perjuangan rakyat menegakkan Islam di negeri Terengganu. “Saya berharap seluruh penduduk Hulu Terengganu, sama-sama hadir (bagi kita untuk) memahami sejarah sebenar negeri kita, jatuh bangunnya Islam dan bagaimana orang-orang terdahulu memperjuangkan Islam,” jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7408-persiapan-100-tahun-itqan-berjalan-lancar
Amanah paling besar daulat syariat Allah |
Khairul Azlam Mohamad |
HULU TERENGGANU, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam bahawa amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan syariat-Nya. Katanya, perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk. (Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk karangan Ustaz Abu Bakar Abdullah.) “Kita sedang menyambut 100 tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak, adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911. “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta’ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh nabi-nabi dan rasul,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi. Turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. “Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan. “Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas ‘Batu Bersurat’ dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini,” jelasnya di hadapan hampir 10,000 hadirin. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, ‘hilangnya’ amanah tersebut setelah kedatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam. Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia. “Mereka lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam, pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi,” ujarnya. Sempena majlis tersebut, Presiden PAS turut melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk karangan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7438-amanah-paling-besar-daulat-syariat-allah
Rakyat Terengganu kecewa stadium tak dibaiki
Aziz Muda , | 12 January 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Kekecewaan rakyat Terengganu terhadap kelemahan Kerajaan BN negeri itu sudah tidak dapat disembunyikan lagi, apabila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sejak bulan Jun 2009 lalu masih juga belum dibaiki sehingga kini.
(Gambar: Bangunan Stadium Sultan Mizan yang runtuh...belum dibaik pulih, pihak yang bertanggungjawab lepas bebas)
Kelemahan keterlaluan Kerajaan BN Terengganu itu sebaliknya menjadi tanda tanya lain apabila pihak kerajaan negeri kelihatan lebih berminat menghidupkan stadium lama, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu daripada mengambil tindakan membaiki stadium tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata, pada hal Kerajaan Terengganu sebenarnya tidak mempunyai sebarang alasan untuk melengah-lengahkan usaha membaiki stadium itu.
Menurutnya, jika hendak dikatakan kerana tidak mempunyai wang tentunya tidak munasabah kerana Kerajaan Terengganu sememangnya diketahui umum mempunyai banyak wang.
Katanya, berdasarkan belanjawan yang dibentangkan, Kerajaan BN Terengganu mempunyai wang melebihi RM2 bilion setiap tahun, malah jumlah tersebut belum lagi dimasuk kira peruntukan tambahan pada setiap bulan Ogos.
"Jadi dengan itu, atas alasan apakah Kerajaan Terengganu yang berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said masih juga belum membaiki stadium itu hingga sekarang?
"Sedangkan masuk tahun ini dah tiga tahun stadium itu runtuh. Jadi nak tunggu hingga bila lagi baru nak baiki?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu siap dibina sekitar Mei 2008 dengan kos sebanyak RM228 juta dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri.
Setelah dibina, stadium tersebut pernah digunakan untuk satu program besar, Sukma yang kebetulan tiba giliran Terengganu menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut sebaik pembinaannya siap sepenuhnya.
Bagaimanapun, stadium itu hanya sempat digunakan dalam tempoh setahun sahaja kerana runtuh pada bulan Jun 2009, sehingga hampir keseluruhan bumbungnya tersungkur ke tanah.
"Sejak stadium itu runtuh, saya sendiri telah beberapa kali bertanya mengenai perkara itu pada persidangan DUN Terengganu. Jawapan yang diberi, pihak kerajaan sehingga sekarang masih lagi menunggu laporan daripada perunding di Kuala Lumpur," kata Dr Alias (gambar) yang juga Adun Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Sehingga kini, tambahnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan hanyalah membersihkan stadium tersebut dengan membawa keluar atap-atap yang runtuh yang diserahkan kepada sebuah kontraktor tempatan.
"Jika hanya itu usaha yang dilakukan, apalah maknanya? Sedangkan atap-atap yang dibawa keluar itu diberikan kepada kontraktor terbabit yang juga kroni pemimpin Umno Terengganu," ujarnya.
Beliau berharap agar pentadbiran Ahmad Said mengambil daya usaha yang lebih jauh untuk mengatasi masalah itu agar stadium yang dibina dengan kos yang tinggi dan mampu menampung penonton yang lebih ramai itu tidak menjadi sia-sia.
Sekiranya usaha untuk membaiki stadium itu tidak dilakukan, tetapi stadium lama juga yang hendak digunakan, katanya, ia tentunya satu tindakan kurang cerdik daripada Kerajaan Terengganu.
"Pada hal, stadium lama itu sepatutnya tidak lagi digunakan untuk kegiatan sukan atau bagi pertandingan bola sepak setelah adanya stadium baru yang lebih baik.
"Sebaliknya tapak stadium lama itu sepatutnya digunakan bagi pembangunan negeri, khususnya untuk projek-projek perekonomian demi mempertingkatkan ekonomi rakyat," tegas beliau.
Sumber HD : 12/01/2012

PRU13: PAS Terengganu kemuka 5 manifesto tambahan
Harakahdaily, | 12 January 2012 |
HULU TERENGGANU, 12 Jan: PAS Terengganu menawarkan lima manifesto tambahan dalam usaha menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar), lima perkara yang ditawarkan itu adalah tambahan kepada manifesto lima perkara yang diumumkan pada 15 Oktober tahun lepas.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Harian PAS negeri di Pejabat PAS Hulu Terengganu di Kuala Berang, hari ini, beliau berkata, lima tawaran itu termasuk meneruskan perjuangan mengembalikan royalti petroleum, pengambilan balik tanah yang terlibat dengan pembangunan rumah kediaman oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan tapak gantian baru atau rumah penempatan gantian kepada pemilik terlibat.
Katanya, PAS juga menawarkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik rumah yang bermeter individu setiap bulan, menambah sekolah menengah agama rakyat dan memberikan geran tahunan kepada sekolah berkenaan dan pusat-pusat pengajian pondok.
Di samping itu, katanya diwujudkan semula institusi pengajian Islam milik kerajaan negeri seperti Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) dengan mengutamakan anak-anak negeri.
Abdul Wahid ketika berucap pada ceramah perdana sempena Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kuala Berang, 7 Januari lalu, telah menyentuh lima manifesto tambahan itu.
Mengenai sekolah menengah agama, katanya PAS negeri melihat kekurangannya menyebabkan kerugian kepada rakyat.
Sebanyak 14 buah sekolah menengah agama termasuk Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang telah berusia lebih seratus tahun, telah diserah kepada kerajaan pusat oleh kerajaan Umno BN negeri.
Katanya, atas permintaan rakyat untuk menghantar anak-anak ke sekolah menengah agama yang meningkat setiap tahun, PAS berjanji akan mewujudkan sekolah menengah agama rakyat di setiap daerah sekiranya diberi mandat memerintah negeri pada PRU 13 nanti.
“Kita nak tambah sekolah menengah agama negeri di setiap daerah serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok, sekolah agama di bawah kerajaan negeri tak, ada 14 (buah) dia (Umno BN) serah ke (kerajaan) pusat,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Sementara itu, pelancaran lima tawaran di dalam manifesto PAS negeri telah disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti Umno ke-3 di Pantai Pandak, Cendering pada 15 Oktober tahun lepas.
Lima perkara awal antara yang akan dilaksanakan PAS jika diberi amanah memerintah, antaranya:
- Melaksanakan pengecualian cukai kediaman
- Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN
- Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami
- Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan
- Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.
Sumber HD : 13/01/2012

Menara kembar: PAS bidas cara fikir kerajaan Terengganu
Zulkifli Sulong, | 13 Januari 2012 |
KUALA TERENGGANU, 13 Jan: PAS membidas cara pemikiran kerajaan negeri Terengganu yang terus berfikir untuk membuat projek mega ketika rakyat sangat memerlukan kemudahan asas di negeri ini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, cadangan membina menara berkembar di muara Sungai Terengganu sebagaimana yang dicadangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sangat tidak wajar.
"Kita bukan perlukan projek mega atau mercu tanda baru...Yang kita perlu urus tadbir yang baik.
"Kalau kita bina bangunan tinggi tanpa urus tadbir yang baik, nanti roboh, sebagaimana runtuhnya stadium tu, apa akan berlaku?" kata beliau kepada Harakahdaily.
Wahid yang juga anggota Parlimen Kuala Terengganu mengulas pengumuman Ahmad Said yang memberitahu, Terengganu akan mempunyai bangunan berkembar 30 tingkat di muara Sungai Terengganu dalam masa dua tahun dari sekarang.
Jun tahun lalu, kerajaan negeri Terengganu pada dasarnya bersetuju untuk membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di kawasan zon strategik seluas 16.2 hektar di bandar raya ini.
Menara berkembar itu bakal menempatkan Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di bawah satu bumbung.
Namun semalam Ahmad mengumumkan, bangunan itu adalah untuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan satu lagi untuk apartment.
Sebelum ini, Terengganu mempunyai stadium yang serba hebat iaitu Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, namun ia telah runtuh pada tahun 2009 selepas setahun ia digunakan.
Sehingga kini ia masih belum boleh digunakan semula dan pihak yang bertanggungjawab terhadap runtuhan itu belum dihukum.
(Gambar: Stadium yang runtuh kerana urus tadbir yang tidak baik)
Selain stadium runtuh, beberapa bumbung masjid dan sekolah juga runtuh di Terengganu.
"Hatta hentian bas (Kuala Berang) pun runtuh di negeri ini," kata beliau.
Sehingga kini lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Jabur di Kuantan dengan Kuala Terengganu juga belum berjaya disiapkan kononnya kerana kenaikan kos yang mendadak.
"Bagi saya apa yang salah kepada kerajaan negeri yang ada adalah mereka tidak fokus tentang apa yang diperlukan oleh rakyat sebenarnya.
"Mereka hanya bersenang lenang dengan wang Dana Khas melalui hasil minyak yang dikeluarkan dari bumi Terengganu," kata Wahid.
Wahid juga berkata, PAS telah mengenalpasti apa yang rakyat sangat perlukan dari kerajaan negeri iaitu sekolah agama dan kembalikan kolej agama untuk negeri.
"Kedua-duanya telah kita masukkan dalam manifesto kita untuk pilihan raya akan datang," katanya.
Dana Khas
Menurut beliau juga, kerajaan negeri Terengganu yang ada terlalu bergantung dengan wang Dana Khas dan tidak berusaha pun untuk mencari sumber yang lain.
"92 peratus dari bajet tahunan kerajaan negeri bergantung kepada Dana Khas. Hanya lapan peratus sahaja dari hasil lain. Ini sangat membimbangkan," kata Wahid.
Menurut beliau, semasa kerajaan negeri di bawah PAS (1999 - 2004) apabila royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri berjaya terus hidup dengan pendapatan yang ada.
"Walaupun kita tidak mampu membuat projek yang besar namun kita berjaya memberikan sesuatu kepada rakyat dengan jelas.
"Cukai pintu kita tidak ambil dari rakyat, kita tidak ada duit tetapi kita mampu bagi tanah kepada rakyat yang memerlukan.
"Untuk menampung kos perbelanjaan kerajaan negeri, kita naikkan cukai pembalakan yang sudah tentu bukan rakyat biasa yang susah kerananya," kata Wahid.
Sekarang ini, kata Wahid, jika Dana Khas tidak ada, kerajaan negeri yang ada tidak mampu untuk membayar gaji kakitangannya.
Ini kerana, 12 peratus dari bajet kerajaan negeri adalah untuk membayar gaji kakitangan, beritahu beliau.

Stadium: Jawapan kerajaan T'ganu amat mendukacitakan
Aziz Muda, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Rakyat Terengganu kini semakin hairan dengan pentadbiran kerajaan negeri itu kerana masih gagal membiaki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sejak tiga tahun lalu.
Dengan masa selama itu dan disertai pula dengan penggunaan wang rakyat yang terlalu banyak untuk membaiki stadium tersebut, segala alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan berhubung perkara itu semakin tidak boleh diterima oleh orang ramai.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, beliau sendiri seperti juga keseluruhan rakyat Terengganu turut hairan dengan cara bertindak kerajaan negeri berhubung perkara itu.
Menurutnya, untuk mengetahui perkembangan perancangan yang dibuat, beliau sudah beberapa kali bertanya kepada pihak kerajaan negeri mengenai perkara itu pada persidangan Dun Terengganu.
"Tetapi jawapan yang diberikan memang amat mendukacitakan iaitu kerajaan negeri masih lagi menunggu laporan dari pihak perunding yang dilantik.
"Soalnya, sampai bila nak tunggu laporan dari perunding? Sedangkan masa yang diambil dah terlalu lama sehingga masuk tahun ini dah tiga tahun. Jadi nak tunggu sampai bila lagi?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong Ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.
Terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu dan boleh memuatkan 50,000 penonton, stadium pelbagai guna yang menelan belanja RM228 juta itu merupakan yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun, pada 2 Jun 2009 lalu, kejadian yang amat mengaibkan telah berlaku apabila bumbung utama stadium itu telah runtuh yang menyebabkan kerosakan teruk sehingga 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Menurut Abdul Wahid, sejak kejadian itu berlaku, seluruh rakyat Terengganu ternanti-nanti tindakan sewajarnya dari kerajaan negeri bagi membaiki stadium itu.
"Untuk itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat perunding dengan memperuntukkan RM2.2 juta bagi urusan kajiannya sahaja.
"Hingga sekarang masih tak ada apa-apa juga lagi. Malah bumbung yang masih berbaki pada stadium itu juga masih belum dibuang. Sedangkan wang rakyat yang telah dibazirkan dah terlalu banyak," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Lebih menghairankan, menurut beliau, apabila kerajaan Terengganu kini turut merancang untuk membuat projek mega dengan cadangan membina menara berkembar pula di muara Sungai Terengganu seperti yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Projek tersebut pada dasarnya telah dipersetujui oleh kerajaan negeri pada Jun tahun lalu dengan cadangan untuk membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di kawasan zon strategik seluas 16.2 hektar di bandar raya itu.
"Stadium yang dibina dah runtuh. Puncanya kerana dikatakan strukturnya tidak kuat oleh sesetengah pihak. Hingga sekarang tak pun dibaiki lagi stadium itu, tetapi nak buat menara berkembar setinggi 30 tingkat pula. Nanti menara itu pula yang runtuh.
"Pada hal semua itu tak pun memberikan manfaat dari segi kewangan kepada rakyat. Semua itu ternyata hanyalah membazirkan wang rakyat semata-mata," ujar beliau kesal.
Sumber HD : 17/01/2012

Tangguh sementara projek udang di Permaisuri
Khairul Azlam Mohamad, | 25 Jan 2012 |
KUALA TERENGGANU, 25 Jan: Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat mendesak kerajaan Terengganu menangguhkan sementara projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) di Setiu.
(Gambar: Zulkefly melawat tapak projek udang di Permaisuri yang menimbulkan masalah kepada alam sekitar)
Penangguhan itu bertujuan bagi memberi tumpuan kepada keselamatan alam sekitar yang dikatakan menjejaskan kawasan berhampiran akibat pelaksanaan projek tersebut.
Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar mendakwa projek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM300 juta itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian menyeluruh.
Malah, katanya projek kolam udang berskala besar itu memberi kesan terhadap kawasan penempatan penduduk termasuk banjir yang dikatakan lebih buruk berbanding
tahun sebelumnya.
“Sebelum pelaksanaan projek i-SHARP sepenuhnya, syarikat yang bertanggungjawab memajukan
ka wasan itu perlu menyediakan kemudahan yang baik untuk memastikan kawasan selamat dengan menambah baik sistem pembuangan sisa dari kolamdan sistem perairan.
“Apabila menternak udang di kawasan itu, sisa daripada ternakan udang akan disalurkan kepada
sungai dan akibatnya, sungai akan tercemar dengan bahan toksik,” ujarnya kepada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu baru-baru ini.
Selain itu, katanya air sungai yang tercemar dengan sisa buangan kolam udang akan menjadi toksik
dan tercemar.
Menurutnya, projek tersebut turut memberi kesan kepada kemusnahan kawasan pembiakan hidupan laut, sangkar penternakan ikan penduduk tempatan terjejas, hakisan tanah serta masalah sosial akibat pengambilan buruh yang mungkin menggunakan khidmat buruh asing.
Beliau menjelaskan, projek i-SHARP tersebut dimajukan oleh Syarikat Blue Archipelago Berhad iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.
Projek terbabit, katanya melibatkan keluasan 1,000 hektar atau 2,400 ekar tanah yang meliputi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampung Banggol di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permaisuri.
Zulkefly mendakwa selain hutan paya gelam kawasan tersebut turut melibatkan pengambilan tanah
rakyat di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi yang disediakan semasa kerajaan PAS Terengganu.
”Kita (PAS) tahu, walaupun projek itu mendapat sokongan Laporan Kesan Terperinci Alam Sekitar (DEIA) tetapi ia tidak mengambil kira kajian menyeluruh oleh DEIA dan tidak mengambil pandangan semua pihak termasuk rakyat.
“Orang kampung bukan meneroka tanah kerajaan secara haram tetapi diusaha kan dengan lesen
menduduki sementara (TOL) yang diberikan semasa kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) dahulu.
“Apabila bertukar kerajaan, lesen (TOL) tidak disambung semula tetapi orang kampung terus mengusahakan tanah dari tahun 2000 hingga 2009,” jelasnya.
Menurutnya, rakyat kehilangan tanah RTB dan sumber mata pencarian apabila kerajaan mengambil
tanah di kawasan tersebut serta diserahkan kepada pemaju dengan taraf pajakan selama 30 tahun.
Beliau berkata, pihaknya bukan mengetepikan pem bangunan tetapi menegaskan sebarang bentuk
kemajuan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil berat kesan terhadap alam sekitar termasuk segala perkara berkaitan kelangsungan hidup rakyat.
LAPORAN BERKAITAN
Sumber HD : 25/01/2012
YB Pesuruhjaya PAS Terengganu / AP Kuala Terengganu / ADUN Wakaf Mempelam betapa susahnya rakyat Terengganu :
http://www.youtube.com/watch?v=je--gP4HksU

Permaisuri menangis kerana projek udang
PAS tinjau kolam udang prihatin aduan rakyat
Sumber HD : 25/01/2012
YB Pesuruhjaya PAS Terengganu / AP Kuala Terengganu / ADUN Wakaf Mempelam betapa susahnya rakyat Terengganu :
http://www.youtube.com/watch?v=je--gP4HksU
Demo bantah JKKK rampas tanah SRIDB esok
Buletinonline, | 11 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 11 Feb: Orang ramai dijemput hadir ke satu himpunan bagi membantah tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), esok.
Menurut Penasihat Ahli Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘demo’ tersebut akan diadakan di tanah lapang berhadapan sekolah tersebut, di Jalan Santong, Paka, Dungun pada jam 1 petang, hari Ahad 12 Februari.
“Hari Ahad ini, dimaklumkan akan dibuat satu demonstrasi bantahan, saya ambil kesempatan ini pihak media boleh hadir sendiri, boleh dapatkan maklumat (untuk) membawa suara hati rakyat,” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Malam Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan di sini kelmarin.
Menurutnya, PAS merasa kesal dengan tindakan kerajaan Umno Terengganu merampas tanah tersebut dari kegunaan awam sebagai sebuah sekolah dan diagih-agihkan kepada individu yang membabitkan lima orang JKKK.
Sumber HD : 11/02/2012
PASIR PUTIH, 12 Feb: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut cukup yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ini bakal berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Katanya, berdasarkan senario semasa politik negara hari ini, Terengganu juga akan dimenangi oleh PAS pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, kerajaan PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada pilihan raya pertama tahun 1959 dan PRU10 tahun 1999.
“Kita (PAS) di Terengganu pernah menang dua kali. Kita menang Pilihan Raya Pertama tahun 1959 dan menang kali kedua tahun 1999 dan Insya’Allah, kita (PAS) hendak menang kali ketiga (PRU13) ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum PAS Kawasan Besut.
Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sweet Beach Resort, Semerak Pasir Putih, Kelantan, semalam.
Namun kata Abdul Wahid, kemenangan tersebut perlu diperolehi bukan kerana kelemahan Umno dan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri.
Menurutnya, seluruh jentera parti hari ini sedang bekerja ke arah mencapai kemenangan tersebut.
“Kita (PAS) hendak menang bukan atas kelemahan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri. Kita (PAS) sedang bekerja ke arah untuk mencapai kemenangan pada PRU13, Insya’Allah,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa PAS negeri telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya (PRU13) sejak bulan November 2011.
Katanya, Umno-BN tidak berani untuk mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini kerana parti itu hilang sokongan rakyat.
Menurutnya, seluruh rakyat terutama di kalangan pengundi Tionghua (Cina) dan India sepakat menolak Umno dan kerajaan BN.
“Umno-BN tidak berani hendak buat pilihan raya dalam masa terdekat ini. Kita (PAS) telah siap sedia sejak bulan November 2011 lagi.
“Kita (PAS) juga bersiap untuk pilihan raya jika bulan Mac 2012 ini. Mereka (BN) telah kehilangan sokongan rakyat secara umum terutama orang (pengundi) Cina dan India,” jelasnya.
Katanya, banyak faktor yang menyebabkan Umno-BN tidak berani mengadakan pilihan raya tersebut seperti kes Dato’ Seri Anwar, Laporan Audit Negara, projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan banyak lagi.
Antara pimpinan PAS yang hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Raja Endut Raja Abdul Rahman dan Adun Limbungan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat.
Sumber : 12/02/2012
YB BN lari ke Resident?
Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah. Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.
Menurut Penasihat Ahli Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘demo’ tersebut akan diadakan di tanah lapang berhadapan sekolah tersebut, di Jalan Santong, Paka, Dungun pada jam 1 petang, hari Ahad 12 Februari.
“Hari Ahad ini, dimaklumkan akan dibuat satu demonstrasi bantahan, saya ambil kesempatan ini pihak media boleh hadir sendiri, boleh dapatkan maklumat (untuk) membawa suara hati rakyat,” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Malam Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan di sini kelmarin.
Menurutnya, PAS merasa kesal dengan tindakan kerajaan Umno Terengganu merampas tanah tersebut dari kegunaan awam sebagai sebuah sekolah dan diagih-agihkan kepada individu yang membabitkan lima orang JKKK.
Sumber HD : 11/02/2012
PAS Terengganu yakin menang PRU13
Khairul Azlam Mohamad, | 12 Feb 2012 |
PASIR PUTIH, 12 Feb: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut cukup yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ini bakal berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Katanya, berdasarkan senario semasa politik negara hari ini, Terengganu juga akan dimenangi oleh PAS pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, kerajaan PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada pilihan raya pertama tahun 1959 dan PRU10 tahun 1999.
“Kita (PAS) di Terengganu pernah menang dua kali. Kita menang Pilihan Raya Pertama tahun 1959 dan menang kali kedua tahun 1999 dan Insya’Allah, kita (PAS) hendak menang kali ketiga (PRU13) ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum PAS Kawasan Besut.
Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sweet Beach Resort, Semerak Pasir Putih, Kelantan, semalam.
Namun kata Abdul Wahid, kemenangan tersebut perlu diperolehi bukan kerana kelemahan Umno dan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri.
Menurutnya, seluruh jentera parti hari ini sedang bekerja ke arah mencapai kemenangan tersebut.
“Kita (PAS) hendak menang bukan atas kelemahan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri. Kita (PAS) sedang bekerja ke arah untuk mencapai kemenangan pada PRU13, Insya’Allah,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa PAS negeri telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya (PRU13) sejak bulan November 2011.
Katanya, Umno-BN tidak berani untuk mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini kerana parti itu hilang sokongan rakyat.
Menurutnya, seluruh rakyat terutama di kalangan pengundi Tionghua (Cina) dan India sepakat menolak Umno dan kerajaan BN.
“Umno-BN tidak berani hendak buat pilihan raya dalam masa terdekat ini. Kita (PAS) telah siap sedia sejak bulan November 2011 lagi.
“Kita (PAS) juga bersiap untuk pilihan raya jika bulan Mac 2012 ini. Mereka (BN) telah kehilangan sokongan rakyat secara umum terutama orang (pengundi) Cina dan India,” jelasnya.
Katanya, banyak faktor yang menyebabkan Umno-BN tidak berani mengadakan pilihan raya tersebut seperti kes Dato’ Seri Anwar, Laporan Audit Negara, projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan banyak lagi.
Antara pimpinan PAS yang hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Raja Endut Raja Abdul Rahman dan Adun Limbungan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat.
Sumber : 12/02/2012
YB BN lari ke Resident?
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/, | 13 Feb 2012 |

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.
Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad (12 Februari - pengarang) hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.
Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK
Memorandum yang nak diserahkan tetapi YB lari ke Residen Resort berhampiran
Pelajar muslimat juga turut serta
Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!
Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!
Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu “Datuk” Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.
Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?
Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???
Sumber HD : 13/02/2012
Sesat: Kenyataan Ahmad Said pecah belah rakyat
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) memandang serius kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS sebuah 'parti ajaran sesat'.
Setiausahanya, Suhaimi Embong berkata, ini kerana ia seolah-olah menyamakan PAS yang diiktiraf sebagai satu-satunya parti politik Islam di negara ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan serta majlis-majlis fatwa negeri.
Katanya, kenyataan itu adalah sangat keterlaluan dan bakal mengundang perpecahan yang lebih ketara di kalangan umat Islam khususnya di Terengganu ekoran Ahmad menyifatkan bahawa PAS sebagai "parti ajaran sesat"ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada 8 Februari lepas.
“Sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri, menteri besar wajar berhati-hati membuat kenyataan yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan merujuk kepada pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum menghukum sesuatu pihak sebagai sesat dan menyeru Ahmad Said segera menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS yang telah dilabelkannya sebagai sesat,” katanya kepada Harakahdaily.
Mengenai kenyataan cabar mencabar atau debat antara Ahmad dengan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berhubung tuduhan sesat itu yang dibalas pula Adun Bukit Payong itu dengan UMNO sebagai United Musyrik National Organization, kata Suhaimi tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada rakyat Terengganu.
Beliau seterusnya menyarankan kepada pemimpin Umno dan PAS Terengganu segera menghentikan politik caci mencaci atau kata mengata antara satu sama lain, sebaliknya terus bekerja membangun dan memajukan rakyat negeri Terengganu yang jauh ketinggalan berbanding dengan jirannya Kelantan yang diperintah PAS dan Pahang yang diperintah Umno.
“Rakyat Terengganu tidak suka pemimpin politik yang keterlaluan dan mereka akan menentukan sikapnya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Tuduh sesat: PAS akan lapor ke pejabat agama pula
Aziz Muda , | 15 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 15 Feb: PAS akan membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menuduh PAS sebagai 'Parti Ajaran Sesat'.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, laporan itu akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi, bagi mendesak tindakan diambil ke atas Ahmad.
Semalam beliau juga telah membuat satu laporan polis ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menarik balik keyataannya yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat’.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, dengan ditemani beberapa orang kepimpinan PAS Terengganu.
Menurutnya, pada Khamis, 9 Februari lalu, dalam ucapannya di Majlis Mesra Media anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah meminta Ahmad menarik balik kenyataannya yang ‘menghina’ PAS itu dalam masa tiga hari.
Katanya, setelah tempoh yang diberikan berlalu, Ahmad bukan sahaja tidak mahu menarik balik kenyataannya, malah pada hari Isnin, 13 Februari lalu, beliau membuat kenyataan dengan berkata bersedia diambil sebarang tindakan.
"Jadi, semalam, 14 Februari, saya telah membuat satu laporan kepada pihak polis supaya polis menyiasat Ahmad Said di bawah akta hasutan.
"Saya berharap agar pihak polis menyiasat Ahmad Said dengan segera," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Ahmad Said baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan kotor dan berniat jahat untuk memburukkan PAS dengan menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.
Kenyataan Menteri Besar Terengganu itu sebelum ini telah dibidas teruk oleh beberapa orang pemimpin PAS termasuk dari kalangan pemimpin PAS negeri itu kerana jelas bertentangan dengan realiti sebenar parti itu.
"Setelah langkah pertama itu dilakukan, saya akan membuat laporan ke Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pula selepas ini supaya tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas Datuk Seri Ahmad Said," katanya.
Menurut Abu Bakar, setelah mengambil kenyataan daripadanya, polis Kuala Terengganu telah memberitahu kepada beliau bahawa laporannya itu akan diserahkan kepada polis Kemaman untuk sisatan lanjut kerana kenyataan jahat Ahmad itu dibuat di Kemaman.
Beliau yang juga anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata, tuduhan Ahmad itu tidak boleh didiamkan oleh PAS kerana ia merupakan tuduhan yang amat berat bagi seseorang Islam.
"Itulah sebabnya saya meminta pihak polis menyiasat beliau di bawah akta hasutan kerana tuduhan beliau itu jelas bertujuan untuk memburukkan PAS dan menghasut orang ramai supaya membenci PAS," tegasnya.
Menurutnya, termasuk dalam akta hasutan itu adalah hasutan dari sudut agama, perkauman dan raja-raja, manakala tuduhan Ahmad itu adalah satu ‘hasutan agama’ yang akan menimbulkan keresahan dan kebencian di kalangan orang ramai terhadap orang-orang PAS.
Bagaimana boleh dikatakan PAS sesat, tambahnya, sedangkan PAS tidak termasuk dalam ajaran sesat yang telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, PAS adalah satu parti politik yang sah, berperlembagaan, ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mendokong dasar Islam yang bermatlamat untuk menegakkan pemerintahan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
“Seruannya ialah Allahu Akbar dan usaha-usahanya adalah usaha yang diharuskan menurut perlembagaan Malaysia. Malah, pada setiap kali perlembagaan PAS dipinda, ia mendapat kelulusan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Malaysia," ujarnya.
Sebelum ini, Pemuda PAS Terengganu telah mencabar Ahmad berdebat mengenai tuduhannya itu, tetapi cabaran itu tidak pula disambut oleh beliau.
"Saya sendiri pula sememangnya bersedia untuk berbahas dengan Ahmad Said pada bila-bila masa sama ada berbahas atau berdebat secara terbuka atau tertutup," tegasnya.
Beliau amat berharap agar Ahmad sedar dengan tuduhan beratnya itu terhadap PAS dengan segera merujuk balik kenyataannya dan seterusnya menarik balik kenyataan tersebut.

Sumber HD : 15/02/2012
(Mohd Nor, Dr Syed Azman dan Dr Alias dalam sidang media selepas membuat laporan kepada SPRM sekali lagi ekoran keruntuhan Stadium Sultan Mizan)
KUALA TERENGGANU, 17 Feb: Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh dan kecurian peralatan stadium tersebut yang bernilai RM50 juta adalah tragedi yang sangat-sangat memalukan rakyat negeri Terengganu.
Oleh itu, tiga orang wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong telah memperbaharui laporan berkaitan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran ‘tragedi’ itu.
“Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu?
“Adakah seluruh struktur stadium selamat digunakan? Dan siapakah yang ‘dalang’ yang bertanggungjawab terhadap kecuarian peralatan stadium itu?”soalnya.
Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.
Sehubungan itu, Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu pula berkata tragedi itu menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)
“Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadiu itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,
“Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.
Beliau juga menempelak tindakan ‘pendakwaan terpilih’ yang hanya dibuat ke atas seorang juruteknik kerana menurutnya begitu banyak kesalahan yang berlaku dalam pembinaan stadium tersebut sebagaimana dilaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.
Justeru, Dr Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS hairan, bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.
Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia.
“Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kitatidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? ke hantu yang curi?
“peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,”katanya.
Ketiga-tiga ADUN PAS tersebut berkata demikian dalam sidang media, selepas memperbaharui laporan ‘tragedi’ SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada Khamis 16 Februari.
Tujuan laporan tersebut adalah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.
Dr Syed Azman menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang meilbatkan pinjaman RM250 juta.
“Memalukan….sangat-sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu!,”tambahnya
Sumber HD : 17/02/2012
Stadium runtuh: PAS perbaharui laporan kepada SPRM
Buletinonline, | 17 Feb 2012 |

Fitnah: Laporan polis terhadap Ahmad Said esok
Harakahdaily, | 19 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan polis terhadap satu kenyataan fitnah jahat yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dalam suratkhabar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Februari lalu, di ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan dengan tajuk besar bahawa PAS 'parti ajaran sesat’.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan bersama barisan pimpinan DPPM,” kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, ia akan dibuat pada 20 Februari (esok) pada pukul 10 pagi.
Menurutnya, laporan polis di peringat negeri akan dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah Persekutuan dan akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri/Wilayah pada tarikh dan masa yang sama.
Justeru, ujarnya bagi mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri/Wilayah yang berkenaan.
Sumber HD : 19/02/2012

Sesat: PAS gesa siasat Ahmad di bawah takzir
Khairul Azlam Mohamad, | 19 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 19 Feb: PAS Terengganu membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuduh PAS sebuah ‘parti ajaran sesat’.
Laporan tersebut diserah oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kepada Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh di pejabatnya di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.
Mengikut laporan yang diserahkan kepada JHEAT itu, Ahmad boleh disiasat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) dan Seksyen 51.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) tersebut menjelaskan, mana-mana orang yang mengatakan atau menomohkan dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan isyarat atau gambaran tampak atau dengan apa-apa perbuatan aktiviti atau perlakuan atau dengan menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apa-apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau perihalan orang menganut agama Islam.
“Pertama, adalah kafir. Kedua, tidak lagi menganut agama Islam. Ketiga, tidak sepatutnya diterima atau tidak boleh diterima sebagai menganut agama Islam atau Keempatnya, tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam.
“Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” jelas Abu Bakar pada sidang medianya selepas menyerahkan laporan tersebut .
Katanya lagi, menurut Seksyen 51 Enakmen yang sama pula mana-mana orang yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan Hukum Syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat mendakwa Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan dengan niat jahat dan sengaja.
Justeru, katanya kenyataan tersebut telah menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan umat Islam di Malaysia.
Menurutnya, kenyataan tersebut boleh difahami secara tersurat dan tersirat bahawa pimpinan, ahli dan penyokong PAS adalah golongan yang terlibat dengan ajaran sesat.
Justeru, beliau memohon supaya JHEAT menyiasat kenyataan itu di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Abdullah Ali yakin PAS dapat Terengganu balik
Harakahdaily, | 24 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Bekas lagenda bola sepak
negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri
Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini.
(Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)
"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.
Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.
Pasukan Malaysia yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas Afghanistan.
Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.
Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi".
Dalam rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004.
"Insya Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu PAS di Terengganu.
"Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah.
Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri.
"Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta.
"Begitu juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin. Rakyat di sini sangat miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat.
"Ini cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.
You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=fZOu3mhp5hQ
Sumber HD : 24/02/2012
KUALA TERENGGANU, 13 Mac: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendedahkan sebenarnya penganjuran Piala Monsun sejak tujuh tahun lalu gagal meraih pulangan memberi tamparan kepada pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Ahmad Shabery dilaporkan berkata kerajaan membelanjakan RM20 juta setiap tahun bagi penganjuran Piala Monsun dan jumlah itu adalah perbelanjaan terbesar dalam penganjuran bagi satu acara sukan.
“Kita mahu berbincang dengan semua pihak sama ada Piala Monsun akan diteruskan dengan format sedia atau menggunakan kaedah lain memandangkan tujuh tahun penganjuran, sebahagian perbelanjaan datangnya daripada kerajaan berjumlah RM20 juta.
“Jumlah ini besar berbanding pengendalian acara sukan lain di negara ini,” katanya mengulas isu khabar angin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ingin mengambil alih penganjuran Piala Monsun daripada T-Best Events Sdn Bhd yang masih belum disambung kontrak penganjuran tahun depan.
Sekaligus, kenyataan terbuka Shabery menolak dakwaan kerajaan Umno/BN Terengganu bahawa Piala Monsun tidak membazir.
Pada tahun 2007, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan Negeri ketika itu, Datuk Mohamed Awang Tera dipetik berkata, kejohanan itu ternyata telah mampu meletakkan nama Pulau Duyong dan Terengganu khasnya di peta dunia sejak penganjuran sukan tersebut.
"Memang biasalah orang suka memburuk-burukkan kerajaan, lebih-lebih lagi dekat pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Bio Global Tech Sdn Bhd dan Luher Management Berhad.
Beliau berkata, kononnya, kejohanan kapal layar itu ditonton oleh hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia dan sekaligus telah memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti di Kuala Terengganu yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.
Mohamed berkata dakwaan itu tidak tepat kerana acara Piala Monsun adalah satu acara yang dilihat mampu meningkatkan kehadiran pelancong setiap tahun ke negeri ini terutama di waktu musim tengkujuh.
"Piala Monsun salah satu acara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong yang datang ke Terengganu dan juga peningkatan pengunaan bilik hotel," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mendapat banyak manfaat daripada projek Teluk Warisan dan juga acara Piala Monsun manakala penduduk Pulau Duyong sendiri ditawarkan membeli kondominium rakyat dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran semasa.
Melalui marina yang dibina pula, beliau berkata ia telah berjaya menarik kapal-kapal masuk ke Sungai Terengganu.
Sebaliknya Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafez Affyulzaifuzan Mohamad mendakwa ia adalah bohong semata-mata.
Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, apa yang berlaku sebenarnya, penganjuran Piala Monsun tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Pulau Duyung.
Beliau yang merupakan anak jati Pulau Duyung berkata, kondominium atau pangsapuri yang dibina oleh kerajaan Umno/BN bukanlah dijual kepada penduduk kampung.
Begitu juga Marina yang dibina, tidak ada kapal-kapal yang masuk berlabuh dan kini terbiar begitu sahaja.
Sumber HD : 13/03/2012

Piala Monsun gagal, tamparan buat Umno Terengganu
Buletinonline, | 13 Mac 2012 |

Mudahnya Adun, MP BN Terengganu 'baham' tanah
Khairul Azlam Mohamad, | 19 Mac 2012 |
KUALA TERENGGANU, 19 Mac: PAS Terengganu mendedahkan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikurniakan tanah di negeri ini.
(Abdul Wahid menunjukkan gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa sangsi serta dukacita apabila wakil rakyat Umno BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang.
Menurutnya, tindakan wakil rakyat Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.
Ini kerana, katanya Umno mengutamakan pemimpin-pemimpin BN sedangkan tanah rakyat ‘dirampas’ serta tidak diselesaikan dengan baik.
“Kita ada bukti, kelulusan telah dibuat dan kerajaan tahu apa yang berlaku. Saya cukup kesal dalam keadaan rakyat cukup derita dengan mengambilan tanah yang tidak dibayar seberapa, juga dengan isu tanah yang berlarutan.
“Tiba-tiba ini (tanah) dikurniakan kepada Adun-Adun dan Ahli Parlimen BN. Kita persoalkan mengapa saat-saat waktu begitu, menjelang pilihan raya pemberian dan kelulusan tanah kepada Ahli Parlimen dan Adun-adun Barisan Nasional (BN) Terengganu.
“Ini memang tidak selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Bagi kami (PAS) jika macam ini, kami hendak beritahu kepada rakyat ia hanya slogan kosong semata-mata,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, semalam.
Menurutnya, bagi mengukuhkan hujah Umno mengutamakan pemimpin BN apabila sanggup merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) dan diberikan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbong, Paka, Dungun.
Abdul Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa setiap seorang Adun atau Ahli Parlimen BN dikurniakan tanah yang strategik di tepi pantai masing-masing sebanyak satu hektar.
“Apa yang berlaku sekarang ini, tanah itu diberi satu hektar atau dua setengah ekar seorang. Tanah ini diberi atas nama lot pertanian. Tanah cukup strategi, tepi pantai. Kita (PAS) ada bukti dengan gambar-gambar lokasi tanah yang diambil itu,” jelasnya.
Katanya, rakyat biasa hanya diberikan satu lot seorang dengan kiraan satu ekar dibahagikan kepada lapan bahagian lot.
Maknanya, kata Abdul Wahid setiap di kalangan pemimpin Umno berkenaan telah menafikan hak rakyat seramai 20 orang bagi satu hektar tanah tersebut.
Sumber HD : 19/03/2012

Bangkit anak muda bantah MB T’ganu, tumbang BN
Dr Raja Ahmad al-Hiss, | 19 Mac 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi Bersih 2.0 di Mesir.
Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat Auku di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi ‘pak turut’ beliau sahaja.
Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.
Ternyata sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah. Beliau mendakwa himpunan pelajar tersebut adalah bermotifkan politik sedangkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti dan suci dan bersih dari segala kekotoran rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Ahmad Said supaya jangan hanya pandai menjadi kerajaan yang hanya tahu meminta itu dan ini daripada mahasiswa tetapi tidak pula pandai menjadi pendengar kepada nasihat dan cadangan mereka. Jangan hanya tahu menyuruh mereka pulang berkhidmat tetapi apabila mereka lontarkan pandangan, pandangan tersebut dibakul sampahkan tanpa dinilai baik dan buruknya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah tindakan Datuk Seri Ahmad Said ke atas 6 mahasiswa ini. Tindakan kuno yang bersifat autokrasi yang menggunakan kuasa supaya mereka patuh dan buat apa sahaja yang diinginkan ini perlu dibanteras. Cara-cara seperti ini tidak lagi akan menghalang kebangkitan anak muda untuk membubar kerajaan korup Umno BN.
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) DPPM sedia menawarkan khidmat guaman kepada 6 mahasiswa yang dianiyai oleh Menteri Besar mereka.
Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, inilah salah satu bukti yang menyatakan bahawa kerajaan Umno BN gentar dan takut menghadapi suara kebenaran anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sekalian anak muda agar terus bangkit dan mendesak sehingga kerajaan korup Umno BN ini dapat ditumbangkan dalam PRU13.
Dr Raja Ahmad al-Hiss ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 19/03/2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Ikatan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) memandang serius tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demonstrasi di Mesir baru-baru ini.
Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demonstrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.
Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong berkata, tindakan membatalkan penajaan pendidikan kepada keenam-enam pelajar tersebut adalah tindakan yang sangat keterlaluan kerana terlibat dengan perhimpunan aman bukanlah suatu jenayah.
Katanya, tindakan menghukum pelajar-pelajar tersebut dengan menarik penajaan pendidikan adalah sabotaj terhadap masa depan anak-anak Terengganu itu sendiri.
Ia juga, ujarnya bercanggah dengan objektif penubuhan Yayasan Terengganu iaitu "Mempastikan anak Terengganu dapat melanjutkan pelajaran tanpa masalah kewangan dan menyediakan prasarana serta kemudahan untuk semua peringkat pendidikan".
Sehubungan itu, Suhaimi menggesa Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dapat menggunakan kebijaksanaan sebagai pemimpin utama kerajaan negeri dengan menarik balik hukuman itu bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Menurutnya, Ahmad sepatutnya bertindak membantu anak-anak Terengganu dalam mendapatkan pendidikan terbaik dan bukannya berusaha menggagalkan mereka.
“Jika perkara ini tidak diselesaikan segera oleh Menteri Besar, Perantau akan membincangkan tindakan susulan dalam Himpunan Anak Terengganu Di Perantauan pada 25 Mac nanti,” ujarnya.
Sumber HD : 20/03/2012
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan membantu enam pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang dibatalkan biasiswa oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain bantuan dari sudut mengumpul dana, mereka juga menawarkan bantuan guaman kepada pelajar terlibat.
"Bersih 2.0 ingin memberi jaminan kepada pelajar bahawa mereka tidak bersendirian.
"Kami terus terang menawarkan bantuan kami dalam mendapatkan bantuan undang-undang dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah untuk mengumpul dana untuk membantu pelajar yang terbaik kita boleh," kenyataan mereka dipetik.
18 Mac lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan penarikan balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Julai tahun lalu.
Dalam pada itu, Bersih turut mengutuk sekeras-kerasnya langkah Kerajaan Negeri Terengganu itu lebih-lebih lagi pembatalan tersebut dibuat ketika mereka sedang berada di tengah-tengah pengajian.
Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Terengganu itu ujar mereka, bukan sahaja menindas, malah melanggar hak-hak pelajar untuk berhimpun secara aman, seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri Terengganu juga kata mereka telah menafikan hak pelajar untuk pendidikan, seperti yang termaktub dalam Perkara 12.
Lebih penting lagi, ianya juga turut bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa kerajaan telah meliberalisasikan pendirian berhubung dengan perhimpunan aman.
"Bersih 2.0 menyeru kerajaan negeri yang lain untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar dan keluarga mereka.
"Tindakan kerajaan negeri Terengganu bukan sahaja menghukum pelajar, malah keluarga mereka juga," kata mereka.
Sumber HD : 21/03/2012
Sumber HD : 23/03/2012
Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.
AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.
PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.
AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.
AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.
Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.
Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad ialah Presiden AIC.
Sumber HD : 23/03/2012
(Wahid bersalam dengan orang ramai di Jabi)
SETIU, 24 Mac: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut akan mendedahkan nama-nama ADUN dan Ahli Parlimen Umno Terengganu yang mendapat tanah seluas satu hektar seorang pada satu sidang media di Pejabat PAS hari ini.
“rakyat susah nak dapat tanah, ADUN dia (Umno) dapat tanah, ahli parlimen dia dapat, jadi Mad said (MB Terengganu) suruh saya dedah, lusa (24 Mac Mac) saya akan dedah lah,”tegasnya dua hari lepas sebagaimana yang dilaporkan Buletinonline.net.
Pada minggu lalu, Wahid telah mendedahkan bahawa Umno dan Barisan Nasional Terengganu tekah mengagih-agihkan tanah kepada wakil-wakil rakyat termasuk ahli parlimen sedang pada masa yang sama tanah-tanah rakyat termasuk tanah sekolah agama dirampas.
Selain itu, rakyat yang bernasib baik mandapat tanah daripada kerajaan negeri hanya menerima 1 lot tapak rumah berbanding 1 hektar tanah yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang boleh diecahkan kepada 20 lot tanah yang sama dengan saiz tanah yang diterima rakyat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu bersama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan Terengganu mengadakan lawatan kerja ke DUN Jabi, yang merupakan salah satu DUN sasaran PAS untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain program Minum Petang, mereka mendengar taklimat dari bilik gerakan DUN Jabi dan bertemu dengan semua jentera DU dalam Majlis Taklimat serta Penerangan pada sebelah malamnya.
Puji Pengerusi PAC
Abdul Wahid juga memuji sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira dan Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang bertegas mahu Jawatankuasa Parlimen itu menyiasat Dana Awam yang digunakan oleh Syarikat Lembu dan Daging Negara (National Fidlot Corporation – NFC).
Beliau yang merupakan anggota Parlimen Kuala Terengganu memaklumkan bahawa beliau sendiri berjumpa Ahli Parlimen Padang Besar itu di Parlimen beberapa hari lalu.
“Dia (Azmi Khalid) kata nak terus juga siasat, ia (PAC) dalam bidang kuasa parlimen pasal (NFC) melibatkan harta kerajaan,
“jadi apa juga yang dilapor tentang penyelewengan dia (PAC) kena siasat,”ujarnya ketika ditemui dalam program Minum Petang Santai Bersama Rakyat Jabi disini pada Khamis 22 Mac.
Menurut Wahid, Yang DiPertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghalang siasatan itu kerana kata Pandikar Amin kes NFC telah berada di mahkamah.
Justeru, Speaker berkata oleh kerana itu, ia tidak boleh disiasat oleh PAC.
Namun begitu kata Wahid, Azmi bertegas mahu meneruskan siasatan walaupun kes NFC beada di mahkamah kerana PAC tidak menganggu kerja-kera mahkamah.
“Dia (Azmi Khalid) kata, (kes NFC) di mahkamah itu kerja mahkamah lah, PAC tidak ganggu, mahkamah buat kera mahkamah dan PAC buat kerja PC,”jelasnya.
Sumber HD : 24/03/2012
KUALA TERENGGANU 25 Mac: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.
(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)
Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.
Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.
Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.
“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.
“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.
“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.
Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.
Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.
(Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah)
“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam isu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang.
“Kita (PAS) dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan.
Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut.
Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.
“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.
“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,” ujarnya
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.
Sumber HD : 25/03/2012

Ahmad Said jangan sabotaj masa depan pelajar
Harakahdaily, | 20 Mac 2012 |

Bersih bantu pelajar mangsa k'jaan Terengganu
Harakahdaily, | 21 Mac 2012 |

Bagaimana kalau terjadi pada keluarga Ahmad Said
Anis Nazri, | 21 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Tindakan Yayasan Terengganu menarik balik pinjaman enam pelajar di Mesir menunjukkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak menyokong budaya ilmu.
Sebagai ketua kerajaan sebuah negeri, Ahmad sepatutnya menyokong pelajar-pelajar terbabit bagi melahirkan lebih ramai ilmuan bagi perkembangan budaya ilmu di negeri itu.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, berkata yayasan tersebut tidak mempunyai hak untuk menarik balik pinjaman pelajar-pelajar terbabit hanya kerana dikatakan menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0, Julai tahun lalu.
"Bagaimana seorang menteri besar boleh bertindak demikian tanpa memikirkan keperluan pelajar-pelajar tersebut yang kemungkinan akan 'melarat' di Mesir? Bagaimana sekiranya keadaan yang sama terjadi kepada anaknya atau ahli keluarganya?" soal Azan yang juga merupakan Ketua PKR Terengganu.
Beliau mempersoalkan perkara tersebut pada sidang media, di Dewan Rakyat, hari ini.
Sehubungan itu, beliau mendesak Ahmad agar menarik semula sekatan pinjaman tersebut, di samping membayar ganti rugi kepada keenam-enam pelajar terbabit.
Akhbar tempatan minggu lalu menyiarkan keputusan Yayasan Terengganu untuk menarik balik pinjaman enam pelajar negeri terbabit yang dipercayai menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhamad Affandi Abd. Malik, memohon campur tangan
Kementerian Pengajian Tinggi berhubung isu tersebut.
Selain menyifatkan tindakan yayasan tersebut bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia, Affandi berkata tindakan itu juga seolah-olah tidak menghormati semangat keterbukaan yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum itu, beliau menyerahkan surat kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang disampaikan melalui Azan untuk mendesak campur tangan menteri berkenaan.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Ketua AMK Terengganu, Al-Faisal Amjad.
Sumber HD :: 21/03/2012

Pinjaman: AIC seru bantu pelajar, kecam T’ganu
Harakahdaily, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Anwar Ibrahim Club (AIC) Malaysia menyeru yayasan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk membantu para pelajar yang terlibat dalam penarikan balik pinjaman Kerajaan Terengganu.
Timbalan Presiden AIC, Al-Azadi Aljohari berkata, ini agar mereka diberi pinjaman semula untuk menyambung pelajaran di universiti masing-masing.
“Gesaan ini atas rasa simpati kami juga mengenangkan kerugian yang akan ditanggung dari penarikan itu kerana setiap mahasiswa negara yang ada merupakan aset penting kepada negara secara sedar atau tidak.
“Sekatan ini akan membantutkan perkembangan minda sihat yang teratur serta dapat dijadikan suatu dasar dalam generasi mereka kelak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya, AIC terpanggil untuk menilai isu penarikan balik pinjaman oleh Kerajaan Terengganu terhadap mahasiswa tajaan mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Katanya, kredibiliti pihak kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut dikecam kerana berpaksi kepada sekatan pemikiran anak muda khususnya, mahasiswa yang berpeluang menjadi aset penting negara pada masa akan datang.
Menurutnya, skop pendidikan tidak boleh hanya ditumpu kepada konteks bilik darjah semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pemacuan pemikiran dan daya keberanian hak bersuara yang perlu dianjurkan.
Beliau berkata, keterlibatan Mahasiswa itu dalam Perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan untuk menuntut perubahan dasar sistem undian harus dilihat dari sudut perspektif anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara satu masa kelak.
“Dalam erti kata lain, daya cetusan intelek mereka untuk melihat satu penambahbaikan perlu ada dalam sistem undian negara untuk menjamin demokrasi negara tidak runtuh harus diambil kira.
“Sekatan pemikiran ini dilihat oleh AIC Malaysia sebagai satu cara pengekalan sistem yang jumud yang takut akan berlakunya revolusi ketamadunan pemikiran baru yang lebih tertumpu kepada daya definasi tindakan kritis untuk kemajuan sejagat,” katanya lagi.
Tambahnya, sistem pemerintahan sekarang lebih tumpu kepada keagungan tampuk kuasa satu suara yang tidak memberi akses kepada kemajuan komunikasi dua hala yang dapat menjamin keseimbangan pembangunan ekonomi serta sosial.
Beliau menekankan bahawa keadilan dalam melaksanakan apa yang dipanggil dasar atau undang-undang juga wajar telus, maka seharusnya Kelab Umno luar negara yang beroperasi mesti segera dibubarkan bagi memberi ruangan sama rata agar bagi mana-mana ideologi politik tidak disumbat dalam pemikiran Mahasiswa yang sedang menuntut di luar negara.
“AIC Malaysia menyeru setiap negeri di Malaysia baik dari negeri pemerintahan BN atau PR untuk tidak menyekat kemaraan mahasiswa daripada menyuarakan ketidakpuashatian dan ideologi mereka kerana ia merupakan hak bersuara individu dalam menterjemah apa yang mereka tafsirkan dari pengamatan mereka sendiri,” katanya lagi.
Sumber HD : 22/03/2012
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ikatan Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menjemput semua anak negeri itu ke Majlis Himpunan Anak Terengganu pada hari Ahad, 25 Mac ini.
Setiausahanya, Suhaimi Embong berkata, majlis itu bermula jam 9.00 pagi hingga 1 tengahari diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Katanya, majlis itu perlu dijadikan gelanggang oleh anak-anak Terengganu untuk menilai agar PAS diberikan peluang sekali lagi dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk membuktikan pemerintahan Islam yang adil dan saksama kepada rakyat Terengganu.
Tambahnya, PAS juga wajar diberikan peluang sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 untuk mereka meneruskan agenda pemerintahan berlandaskan Islam yang belum diselesaikan dengan mendapatkan perkembangan terkini dan berdialog serta mendapatkan penjelasan dari 10 tawaran manifesto awal PAS.
Menurutnya, Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mohd Abdul Wahid Endut dijangka akan turut serta pada majlis itu.
Katanya, Diskusi Manifesto PAS Terengganu juga diadakan yang membariskan Prof Datuk Dr Muhammad Abu Bakar, Prof Dr Anuar Ahmad dan Prof Madya Zainal Abidin Kidam.
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi beliau di talian 019-2183070 atau Zulhimi Abd Rahman (012-9283560).

Perantau anjur Himpunan Anak Terengganu 25 Mac
Harakahdaily, | 23 Mac 2012 |

Batal PTPTN langkah pembebasan anak muda
Saifuddin Shafi Muhammad, | 23 Mac 2012 |
Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.
AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.
PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.
AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.
AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.
Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.
Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad ialah Presiden AIC.
Sumber HD : 23/03/2012
Wahid dedah nama Adun Umno dapat tanah hari ini
Harakahdaily, | 24 Mac 2012 |
(Wahid bersalam dengan orang ramai di Jabi)
SETIU, 24 Mac: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut akan mendedahkan nama-nama ADUN dan Ahli Parlimen Umno Terengganu yang mendapat tanah seluas satu hektar seorang pada satu sidang media di Pejabat PAS hari ini.
“rakyat susah nak dapat tanah, ADUN dia (Umno) dapat tanah, ahli parlimen dia dapat, jadi Mad said (MB Terengganu) suruh saya dedah, lusa (24 Mac Mac) saya akan dedah lah,”tegasnya dua hari lepas sebagaimana yang dilaporkan Buletinonline.net.
Pada minggu lalu, Wahid telah mendedahkan bahawa Umno dan Barisan Nasional Terengganu tekah mengagih-agihkan tanah kepada wakil-wakil rakyat termasuk ahli parlimen sedang pada masa yang sama tanah-tanah rakyat termasuk tanah sekolah agama dirampas.
Selain itu, rakyat yang bernasib baik mandapat tanah daripada kerajaan negeri hanya menerima 1 lot tapak rumah berbanding 1 hektar tanah yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang boleh diecahkan kepada 20 lot tanah yang sama dengan saiz tanah yang diterima rakyat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu bersama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan Terengganu mengadakan lawatan kerja ke DUN Jabi, yang merupakan salah satu DUN sasaran PAS untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain program Minum Petang, mereka mendengar taklimat dari bilik gerakan DUN Jabi dan bertemu dengan semua jentera DU dalam Majlis Taklimat serta Penerangan pada sebelah malamnya.
Puji Pengerusi PAC
Abdul Wahid juga memuji sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira dan Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang bertegas mahu Jawatankuasa Parlimen itu menyiasat Dana Awam yang digunakan oleh Syarikat Lembu dan Daging Negara (National Fidlot Corporation – NFC).
Beliau yang merupakan anggota Parlimen Kuala Terengganu memaklumkan bahawa beliau sendiri berjumpa Ahli Parlimen Padang Besar itu di Parlimen beberapa hari lalu.
“Dia (Azmi Khalid) kata nak terus juga siasat, ia (PAC) dalam bidang kuasa parlimen pasal (NFC) melibatkan harta kerajaan,
“jadi apa juga yang dilapor tentang penyelewengan dia (PAC) kena siasat,”ujarnya ketika ditemui dalam program Minum Petang Santai Bersama Rakyat Jabi disini pada Khamis 22 Mac.
Menurut Wahid, Yang DiPertua (Speaker) Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghalang siasatan itu kerana kata Pandikar Amin kes NFC telah berada di mahkamah.
Justeru, Speaker berkata oleh kerana itu, ia tidak boleh disiasat oleh PAC.
Namun begitu kata Wahid, Azmi bertegas mahu meneruskan siasatan walaupun kes NFC beada di mahkamah kerana PAC tidak menganggu kerja-kera mahkamah.
“Dia (Azmi Khalid) kata, (kes NFC) di mahkamah itu kerja mahkamah lah, PAC tidak ganggu, mahkamah buat kera mahkamah dan PAC buat kerja PC,”jelasnya.
Sumber HD : 24/03/2012
Karzan, Nawi dan Idris Jusoh antara dapat tanah
Khairul Azlam Mohamad, | 25 Mac 2012 |
KUALA TERENGGANU 25 Mac: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno.
(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.)
Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.
Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.
Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
“Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.
“Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.
“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.
“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.
Abdul Wahid mendakwa mempunyai senarai ramai di kalangan pemimpin terdiri dari wakil rakyat Umno-BN yang dianugerahkan tanah berharga di tepi laut oleh kerajaan Terengganu.
Namun, katanya pendedahan nama-nama pemimpin berkenaan akan dibuat secara berperingkat mengikut keadaan semasa.
(Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah)
“Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam isu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang.
“Kita (PAS) dedah sikit-sikit nak tengok reaksi dia (pemimpin Umno). Kita akan bahas lagi perkara ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 23 hingga 26 April 2012, depan.
Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut.
Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan.
“Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu.
“Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing,” ujarnya
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.
Sumber HD : 25/03/2012
PAS Terengganu umum calon Dun Paka
Salmiyah Harun, | 25 Mac 2012 |
Kajang, 25 Mac: PAS Terengganu mengumumkan Saiful Bahri Mamat sebagai calon Dun N.28 Paka, untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut mengumumkan calon berkenaan dalam majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di Dewan MPKj, Kajang pagi tadi.
Menurut Abdul Wahid, persiapan untuk menentukan siapa calon yang akan bertanding perlu diteliti sebaiknya supaya pengundi boleh menerima calon tersebut.
"Yang pasti calon itu boleh menang, kita menang kerana semua orang undi kita. Calon itu boleh diterima seluruh masyarakat baik Melayu, Cina ataupun India," katanya di hadapan kira-kira 1,000 anak-anak Perantau.
Katanya, buat masa ini hanya calon Paka sudah diumumkan dan calon-calon lain masih belum diputuskan sehinggalah PAS Pusat memutuskannya.
"Kita sudah ada senarai nama, dan nama-nama itu sudah dihantar ke PAS Pusat, kita akan selesaikan dengan baik. Calon yang kita kemukakan insyallah akan menang,"katanya.
Jelas beliau, Saiful Bahri antara calon yang cukup komited dalam menggerakkan kerja-kerja parti tidak kira masa dan atas usaha itu PAS yakin dan percaya beliau boleh melaksanakan tugas dengan baik.
Malah katanya, dengan pengumuman itu yang agak awal berbanding calon-calon lain, PAS Terengganu yakin beliau berjaya mengambalikan semula kerusi Paka kepada PAS.
Saiful Bahri pernah memenangi kerusi itu pada 1999 hingga 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Terengganu.
Terkini, beliau ada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. Untuk PRU kali ini merupakan kali ketiga beliau bertanding di kerusi Dun Paka.
Sumber HD : 25/03/2012
KAJANG, 25 Mac: Kebergantungan rakyat Terengganu kepada kerajaan untuk mendapat imbuhan sangat tinggi, antara faktor menyebabkan lanskap politik negeri itu berubah setiap kali pilihan raya umum.
Demikian tegas, Prof Datuk Muhammad Abu Bakar dan menegaskan faktor itulah yang harus diubah oleh PAS jika mahu terus kekal memerintah negeri itu.
"Sampai bila orang Terengganu tergantung pada imbuhan atau habuan kerajaan misalnya wang ehsan, wang RM300 untuk anak sekolah, wang RM500 untuk pelajar masuk universiti. Inilah yang sukar untuk diubah," katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, berkata, jika sikap ini berjaya diubah kepada individu yang berdikari mereka lebih berani dan akan bebas berfikir tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan.
Misalnya, kata beliau situasi ini sudah tidak berlaku di Johor di mana kerajaan tidak perlu lagi bergantung kepada anak-anak Bugis atau Jawa malah anak jati negeri itu sendiri semakin kurang bergantung kepada kerajaan.
Muhammad Abu Bakar turut menyokong pendekatan 'keras' yang digunakan sesetengah individu diterjemahkan kepada rakyat negeri itu untuk menyedarkan bahawa mereka perlu mengubah lanskap politik negerinya.
"Saya kira apa yang diketengahkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam siri ceramahnya, misalnya beliau ada sebut 'bodoh macam lembu'.
"Sudah sampai masanya kena 'ketuk sekeras-kerasnya', pendekatan seperti ini perlu, dan saya menyokong. Ketukan itu bukan untuk siapa hanya untuk Islam," katanya dalam dalam majlis Anak Terengganu di Perantauan.
Dalam beberapa kajiannya, Muhammad Abu Bakar berkata, keadaan geografi negeri Terengganu di mana pembahagian daerah yang berjauhan sukar untuk menyatukan fikrah antara satu sama lain.
Jelasnya, keadaan Terengganu yang jauh perlu ada penyeragaman untuk melewati batas-batas supaya idea manifesto diterima semua pihak di daerah itu.
"Setiap daerah perlu ada pusat-pusat Islam, kalau ini berlaku keadaan sebelum ini barangkali tidak berulang. Menang sahaja tanpa kekalkan kemenangan adalah satu malapetaka," katanya.

Sampai bila rakyat T'ganu bergantung pada kerajaan

Luar nampak dacing, dalam perut tetap PAS
Salmiyah Harun, | 25 Mac 2012 |
KAJANG, 25 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru anak Terengganu yang berada di perantauan agar pulang mengundi pada pilihan raya umum nanti.
"Rakyat kena balik, yang jadi pengundi kena balik," ujar Abdul Hadi di hadapan kira-kira 1,000 anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang berlangsung di dewan MPKj, Kajang tengah hari tadi.
Katanya, tenaga mereka ini sangat penting dalam menentukan politik negeri Terengganu selepas ini.
Malah katanya, harapan untuk menang agak susah jika anak-anak Terengganu yang berada di luar tidak pulang mengundi di kampung masing-masing.
"Kita merayu bersungguh-sungguh kerana kita bertekad untuk menang di Terengganu kali ini. Kita mahu perintah Terengganu untuk kali ketiga jika kita menang kali ini," katanya.
Malah Abdul Hadi yakin dan percaya dengan kemampuan PAS yang ada di negeri itu sama ada Pakatan Rakyat berjaya atau tidak ke Putrajaya, Terengganu, Kelantan, dan Kedah wajib menjadi model pelaksanaan dasar-dasar Islam.
Abdul Hadi turut mengakui sikap rakyat negeri Terengganu sukar untuk ditafsir dan keadaan ini jauh berbeza dengan rakyat negeri Kelantan yang 'independent'.
"Kita ni, kalau dacing tu sampai ke dalam perut pun dacing. Kena ambil iktibar dari sikap rakyat Kelantan, di luar nampak dacing dalam perut tetap PAS," katanya sambil diikuti gelak tawa para hadirin.
Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan PAS akan terus mempertahankan tiga negeri di bawah pentadbirannya dalam PRU akan datang.
"PAS akan jadi seperti ekor cicak yang terputus, jika Terengganu tidak menang dalam masa yang sama Kelantan terlucut. Kita akan terus mempertahankan negeri yang kita perintah," kata beliau.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dalam ucaptamanya di samping membentangkan Pra Pelancaran Manifesto 'Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan yang turut menggariskan 10 manifesto awal negeri itu.
Tawaran itu, antara lain menggariskan program skim belia atau beliawanis niaga melalui penyediaan prasaran dan modal untuk mewujudkan Program Satu Belia Satu Kerja (seorang belia se kerja).
Katanya, dengan memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi, kerajaan PAS menyediakan satu tawaran program negeri Terengganu berkebajikan yang ampuh dan berdaya saing serta bersifat 'sustainable' untuk membawa rakyat negeri itu keluar dari kemelut ekonomi di bawah Umno BN.
"PRU nanti adalah masa yang paling sesuai dan tepat untuk rakyat Terengganu berubah. Kerana Umno BN Terengganu kekal mundur dan tercorot, ini adalah kegagalan Umno BN," katanya.

PAS lulus tanah kepada syarikat, bukan individu
Hazayani Zakaria, | 27 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS Terengganu menafikan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya sewaktu memerintah negeri itu pada 1999 hingga 2004.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut sebaliknya menjelaskan, PAS meluluskan permohonan tanah yang dibuat menggunakan nama syarikat, bukan atas nama wakil rakyat seperti yang didakwa.
Individu yang dimaksudkan ialah Adun Ladang ketika itu, Dr Sulaiman Abdullah.
Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat memohon tanah untuk mengusahakan tanaman limau madu di Lembah Sitrus, Durian Mentangau.
"Tidak timbul PAS bagi tanah kepada individu. Beliau (Dr Sulaiman) pohon atas nama syarikat.
"Ketengah luluskan permohonan syarikat lain tapi syarikat beliau ditolak padahal peringkat jawatankuasa Ketengah dan jawatankuasa pertanian negeri dah luluskan tapi exco Umno ketika itu tolak.
"Lepas tu bila PAS perintah kita kata tak adil orang lain lulus tapi dia tak lulus sedangkan syarikat beliau berpotensi," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga berkata, tindakan PAS itu ternyata berbeza dengan cara Umno memberi tanah kepada wakil rakyatnya sekarang.
"Fakta dan senario berbeza. Dia mohon atas nama syarikat dan sebelum menjadi wakil rakyat untuk majukan pertanian di bawah Ketengah," katanya.
Abdul Wahid bagaimanapun berkata, beliau akan meminta Dr Sulaiman sendiri membuat sidang media bagi menjelaskan dakwaan itu.
"Saya akan minta Dr Sulaiman jawab sendiri dan membuat penjelasan mengenai dakwaan ini.
"Saya juga akan terus dedahkan nama wakil rakyat Umno yang menerima tanah," katanya.
Sumber HD : 27/03/2012

Gempur hantar memo esok tuntut sambung pinjaman
Harakahdaily, | 31 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan menghantar memorandum menuntut penyambungan semula pinjaman pengajian 9 mahasiswa Terengganu di Mesir, esok.
“Gempur yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu itu dan bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka,” kata Gempur dalam satu kenyatan hari ini.
Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan Tetengganu menghentikan pinjaman itu dilihat sebagai tindakan yang tertutup dan tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu melihat himpunan ini sebagai salah satu hak warganegara Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang adil, bebas dan telus serta menuntut Auku 1971 yang mengongkong kebebasan akademik, kebebasan aktivisme mahasiswa dan menamatkan autonomi universiti dimansuhkan,” tambah kenyataan itu.
Justeru, Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya mencampur aduk kepentingan politik sempit dalam menilai hak yang dimiliki mahasiswa.
Bagi Gempur, adalah tidak wajar untuk mahasiswa yang terbabit dihukum hanya kerana pendirian kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan himpunan Bersih.
Menurut Gempur lagi, kerajaan negeri sepatutnya menilai baik dan buruk keputusan menghentikan pinjman itu ekoran kesempitan kewangan yang bakal dilalui oleh 9 pelajar tersebut tambahan pula kos perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah tinggi di negara luar khususnya di Mesir.
Sumber HD : 31/03/2012

Takziah kerana sikap Penasihat Agama MB T’ganu
Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April: Delegasi Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) semalam bersama wakil Mahasiswa Yayasan Terengganu bersepakat untuk menghantar memorandum bantahan berhubung penarikan pinjaman 9 mahasiswa Terengganu yang kini menuntut di Mesir.
“Gempur telah menggariskan 4 tuntutan berkenaan isu ini dan bantahan ini dibuat kerana berlaku penindasan dan kezaliman serta ketidakadilan didalam keputusan Kerajaan Negeri Terengganu membatalkan pinjaman 9 mahasiswa ini,” kata Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin dalam satu kenyataan.
Katanya, antara tuntutan itu ialah Gempur menuntut agar tindakan membatalkan pinjaman terhadap sembilan mahasiswa terbabit ditarik semula serta merta dan menyambung semula pinjaman terbabit.
Tambahnya, Gempur juga menuntut agar kerajaan negeri Terengganu lebih profesional dalam membuat sebarang keputusan dengan memberikan prioriti kepada rakyat dan tuntutan rakyat marhaen serta mendengar segala keluhan rakyat bawahan.
Selain itu, ujarnya Gempur menuntut agar Yayasan Terengganu tidak dijadikan instrumen politik bagi mendiskriminasi rakyat yang tidak selari dengan agenda kerajaan negeri.
Beliau berkata, Yayasan Terengganu perlu menjadi badan pembela kepada seluruh lapisan rakyat selagimana mereka masih bergelar rakyat yang berasal dari Terengganu.
Justeru, Gempur memberi tempoh selama seminggu untuk Kerajaan Negeri Terengganu memberikan respons dan keputusan.
“Jika tidak kami akan terus mendesak dan mengumpulkan solidariti yang lebih ramai bagi membela nasib 9 mahasiswa Terengganu terbabit,” tegasnya.
Beliau turut memberitahu berhubung kejadian semalam yang mana di pintu hadapan Wisma Darul Iman, terdapat sedikit pertikaman lidah antara delegasi dan bahagian keselamatan wisma, akhirnya pihak wisma hanya membenarkan tiga orang wakil sahaja untuk naik bagi menghantar memorandum bantahan.
“Pihak kerajaan Negeri Terengganu telah mewakilkan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu untuk menerima memorandum bantahan meskipun pada awal kami telah menyatakan bahawa Gempur mahu menyerahkan memorandum bantahan hanya kepada Datuk Menteri Besar ataupun kepada Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.
“Malangnya tuntutan kami tidak dilayan,” ujarnya lagi.
Akhirnya, kata beliau delegasi akur untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Penasihat Agama Menteri Besar meskipun Gempur mempertikaikan kapasiti kuasa dan bidang beliau untuk menerima memorandum.
Jelasnya, setelah penyerahan memorandum dilakukan, penasihat agama itu telah mempersoalkan berkenaan badan bukan kerajaan (NGO) Bersih dan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyerang keperibadian Pengerusi Bersih.
“Beliau menyatakan bahawa mereka ni (9 mahasiswa) itu pergi himpunan Bersih. Pengerusi Bersih adalah Datuk Ambiga, dia seorang kafir, dengan nada yang signikal dan pesimis, kirim salam kepada dia (Datuk Ambiga).
“Kami merasakan tindakan beliau adalah tidak wajar dan tidak professional apabila memainkan sentimen perkauman dan bersikap rasis jika dilihat status agamawan yang dipegang beliau,” kata Syahmi Hazim.
Beliau menambah, sikap biadap penasihat agama itu yang terus berlalu tanpa menyantuni wakil mahasiswa setelah menerima memorandum juga dilihat sebagai tindakan yang kurang sopan dan tidak berakhlak.
Katanya, ciri akhlak seperti itu tidak patut ada pada seorang Penasihat Agama Menteri Besar jauh sekali seorang melambangkan individu muslim yang menjiwai akhlak Rasullah S.A.W yang husnul khuluq dan hanya menyerlahkan dirinya sebagai seorang agamawan yang ego dan tidak mempunyai jiwa ummah.
“Kami ada semua bukti dan kami mendesak untuk beliau memohon maaf kepada kami dan juga kepada seluruh mahasiswa Malaysia ke atas kenyataan beliau yang tidak matang dan berfikiran sempit.
“Kami datang bukan untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kami datang untuk mendapatkan penjelasan, bukan kenyataan yang bersifat rasis seperti itu,” ujarnya.
Justeru, kata beliau Gempur mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Terengganu kerana mereka mempunyai Penasihat Agama yang tidak matang dan rakyat Malaysia amnya serta rakyat Terengganu khususnya perlu melihat perkara itu dengan lebih serius.
Sumber HD : 2/04/2012
Ramai kalangan telah melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang bertindak membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi ‘BERSIH' di Kota Kairo pada tahun lepas.
Tindakan ini dilihat sebagai ‘tidak matang’ dan lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu sendiri.
Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan adalah kerana keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam himpunan demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0.
Beliau menyatakan bahawa kerajaan Terengganu telah meneliti dan selepas mengambil kira penglibatan mereka yang secara jelas telah dikatakan melanggar peraturan dan perjanjian pinjaman dengan kerajaan Terengganu di bawah Fasa 1 perjanjian iaitu;
(a) “mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat Lembaga adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan.”
Apa yang lebih pelik lagi apabila Ahmad Said berhujah bahawa tindakan pelajar yang terbabit dengan himpunan BERSIH itu sebagai ‘kegiatan yang tidak bermoral’ yang hingga akhirnya akan merugikan diri mereka sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan terlibat dalam himpunan BERSIH. Beliau selanjutnya dilaporkan berkata; “Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku”.
Bagi saya tindakan yang di ambil oleh kepimpinan Ahmad Said ini menyerlahkan lagi sifat beliau sebagai seorang Menteri Besar yang ‘kurang cerdik’, dan ‘kebudak-budakkan’ serta tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah yang baik. Tindakan ini juga jelas menyerlahkan sifat beliau yang terkenal dengan amalan politik dendam dan tidak selari dengan suara Mahasiswa dan anak muda yang mahukan perubahan.
Persoalannya, Apakah Ahmad Said tahu apakah tujuan dan matlamat sebenar Himpunan BERSIH 2 itu? Ia adalah tuntutan dan suara rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bagi mendapatkan hak mereka bagi mereformasikan sistem pilihanraya dan demokrasi yang ‘tempang dan pincang’ agar ianya telus dan adil di negara kita. Ia juga adalah merupakan suara rakyat yang cintakan keadilan dan mahu kepada pembenterasan segala bentuk salahguna kuasa dan rasuah dalam negara kita. Apakah ini merupakan satu ‘kegiatan yang tidak bermoral’ yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut seperti tanggapan ‘cetek’ Ahmad Said?
Begitu juga dengan tuntutan media yang bebas dan adil. Sebagai contohnya, negara Myanmar yang di perintah oleh junta tentera kini telah membuka sedikit demi sedikit ruang kebebasan dalam bidang media. Semua parti dan ahli politik termasuk pembangkang kini mendapat layanan yang lebih baik dalam memaparkan aktiviti, menyampai pandangan, dan melapurkan manifesto masing-masing di akhbar, radio dan TV.
Namun yang jelas di negara kita, media arus perdana terus dikongkong walaupun kita telah merdeka lebih 50 tahun. Hak media arus perdana seolah-olah menjadi milik eksklusif kerajaan Umno/BN semata-mata. Rakyat semahu-mahunya terus ‘diperbodohkan’.
Apa salahnya tuntutan rakyat mendapat akses media dengan adil dan bebas ini? Intipati dalam mana-mana amalan demokrasi ialah keadilan kepada rakyat mendapat maklumat dan memberi maklumat. Apakah tuntutan media yang bebas dan adil dari mahasiswa ini juga merupakan satu lagi ‘kegiatan yang tidak bermoral’ seperti tanggapan ‘cetek’ Ahmad Said?
Apakah Ahmad Said tidak peka bahawa selain dari ratusan ribu yang telah berhimpun di Kuala Lumpur, dalam himpunan aman Bersih 2.0. pada tahun lepas ia juga turut juga di sertai oleh ribuan pelajar-pelajar Malaysia di serata dunia termasuk di Kota London, Paris, New York, Melbourne, Hong Kong, Dubai, Qatar dan Jakarta.
Saya yakin pelajar-pelajar ini semuanya berhimpun dengan memakai baju kuning BERSIH hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti adalah suci dan bersih dari segala kekotoran penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah.
Ya, sudah sampai masanya bagi mahasiswa dan anak muda Terengganu bangkit bagi menentang kezaliman yang dilakukan terhadap anak bangsa mereka sendiri. Kalaulah kepimpinan Ahmad Said boleh menjaga dan membelai gajah, harimau dan kera di Zoo Kemaman dengan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun, maka apakah ini balasan kepada anak bangsa sendiri yang dianaiya dek kerana ’dendam politik’ yang sempit? Ayuh anak muda Terengganu bersama-sama membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti bagi mengajar keangkuhan kepimpinan Ahmad Said.
-----------------------------------
Penulis adalah Adun Batu Burok, Terengganu yang juga Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk

Zoo dapat puluhan juta ringgit, pelajar...
Dr. Syed Azman Syed Ahmad, | 02 Apr 2012 |

'Calon kita memang calon nak menang'
Harakahdaily, | 04 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 4 April: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) mendakwa line up calon yang diketengahkan di negeri itu pada pilihan raya umum nanti bukan sahaja line up boleh menang tetapi juga 'menampakkan memang nak menang'.
"Calon yang kita kemukakan kali ini bukan setakat winable candidate malah orang tengok pun akan nampak yang kita memang nak menang," katanya ketika ditemui Harakahdaily, semalam.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga berkata, setakat ini boleh dikatakan keseluruhan calon di negeri itu sudah selesai.
Ditanya tahap kesediaan PAS negeri itu berdepan pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut Jun ini, Abdul Wahid berkata, ianya boleh dinilai dari manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.
"Kita antara negeri paling awal dedah 10 manifesto awal kita berbanding negeri-negeri lain.
"Insya Allah kita bersedia," katanya lagi.
Mengulas soal peluang untuk PAS kembali semula memerintah negeri itu, Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata soal kalah menang adalah perkara kedua.
Lebih penting katanya, jentera PAS negeri itu perlu bekerja semaksima mungkin dan menggunakan segala ruang yang ada untuk memberi kemenangan kepada parti.
"Yang penting, gerak kerja kita biar puas hati dulu, lepas tu kita pakat-pakat doalah," katanya.

Sumber HD : 4/04//2012
Waris dakwa Ketengah gagal bela penduduk
Harakahdaily, | 09 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 April: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) mendakwa nasib masyarakat di kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tidak dibela kerajaan.
Presidennya, Roslan Ismail berkata, masyarakat di sana sejak sekian lama berdepan masalah tiada sumber pendapatan akibat kegagalan projek yang diusahakan pihak Ketengah.
[Gambar: Roslan (tengah) bersama Mahfuz pada sidang di lobi Parlimen.]
Antara kegagalan yang boleh dilihat termasuk kilang IKS yang kini kosong, pangkalan bot Tasik Kenyir yang tidak berfungsi, kilang playwood yang tidak beroperasi, ladang kedondong yang tidak menjadi serta ladang misai kucing yang tidak membuahkan hasil.
Paling menyedihkan katanya, Kolej Ketengah yang menelan belanja lebih RM10 juta yang beroperasi sejak 2002 kini hanya ada 18 pelajar dan 16 pekerja.
Kegagalan projek-projek ini ujarnya telah menyebabkan masyarakat di dalam kawasan Ketengah tidak mempunyai pekerjaan seperti dijanjikan.
Meletakkan keadaan ini berpunca dari kegagalan Ketengah yang telah tersasar dari matlamatnya, Roslan bersama 10 rakanya tampil menyerahkan memorandum 12 tuntutan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon campur tangan pihak Pakatan Rakyat.
Antara kandungan memorandum itu menuntut Ketengah menghapuskan hutang rumah rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan menyediakan pekerjaan alternatif kepada penduduk.
Mereka juga mahu Ketengah menyediakan sekurang-kurangnya 6 ekar tanah kepada setiap keluarga penduduk kekal sebagai ganjaran atas kesanggupan mereka untuk mendiami bandar Ketengah tanpa jaminan pekerjaan.
Selain itu mereka mendesak Ketengah menyediakan lot-lot tanah siap geran untuk generasi kedua dan ketiga.
Mereka juga menggesa Ketengah mengkaji semula peranan anak-anak syarikat agar tidak menjadi pesaing kepada peniaga tempatan.
Pada 27 Mac lalu, Waris telah merancang untuk menyerahkan memorandum sama kepada Ketengah, namun ianya kemudian dibatalkan selepas pihak Ketengah tidak membenarkan kesemua wakil mereka masuk untuk berbincang.
Sumber HD : 9/04/2012

Tingkat keselamatan industri petroleum
Buletinonline, | 09 Apr 2012 |
DUNGUN, 9 April: Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan pemain utama industri petroliam negara Petronas, diminta meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan perindustrian minyak dan gas utama negara di Kerteh dan Paka dekat sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata ia bagi mengelakkan kejadian pekerja selenggaraan terhidu gas ammonia yang berlaku pada Khamis 5 April lalu berulang kembali.
“Kita harap kerajaan dan Petronas dapat mengambil tindakan proaktif, langkah-langkah pencegahan dan keselamatan dapat dipertingkatkan di kawasan industri,
“supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kembali pada masa depan," ujarnya ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa kejadian terhidu gas tersebut di Hospital Dungun, di sini. (Gambar)
Menurutnya, pada Khamis malam, beliau menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan terus bergegas bagi mengetahui keadaan sebenar.
Katanya, beliau dimaklumkan seramai 27 orang mangsa terbabit telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Paka dan kemudian dihantar ke hospital Dungun bagi menerima rawatan lanjut.
Oleh itu, beliau berkata, pihak terbabit pelu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar
Bagaimanapun, Petronas dilaporkan telah menafikan kejadian pelepasan ammonia di Kerteh pada 8.30 malam Khamis itu adalah berpunca dari mana-mana lojinya.
Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.
Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.
Dalam kejadian itu melibatkan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa untuk mendapat rawatan.
Oleh itu, Ustaz Wan Hassan selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun berkata, pihak terbabit perlu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar
Turut melawat mangsa di Hospital Dungun adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Setiausaha NGO Waris, Naraza Muda.
Sumber HD : 9/04/2012
Pendahuluan
Makhluk manusia adalah sebahagian dari alam ciptaan Allah yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir urus muka bumi ini supaya setiap komponan alam samada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, laut, bukit bukau dan sebagainya mampu wujud secara harmoni dan saling memanfaatkan. Sebagai khalifah, manusia tidak boleh bertindak terlalu mementingkan diri sendiri hingga sanggup menggadaikan kepentingan makhluk-makhluk dan penghuni alam yang lain
Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini. Dengan kelebihan-kelebihan yang Allah berikan, terutama sekali kelebihan akal fikiran dan kecerdikan, kita dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bumi dan kehidupan penghuni-penghuninya, lebih-lebih lagi dengan kuasa pemerintahan yang ada. Apabila tanggungjawab ini dicuaikan, pastinya bumi ini akan terdedah kepada kerosakkan serta kehancuran dan kehidupan penghuni-penghuninya juga akan menjadi huru-hara. Sebagaimana amaran Allah S.W.T di dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:“Telah zahir kerosakan di darat dan di laut dengan sebab perbuatan tangan-tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian akibat dari apa yang mereka kerjakan, semoga mereka kembali ke jalan yang benar.”
Pembangunan hebat BN
Janji kerajaan BN selepas mengambil alih pemerintahan Terengganu dari PAS pasca Pilihan Raya Umum 2004 adalah untuk menghidangkan kepada rakyat ‘pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata dan tak pernah didengar oleh telinga’. Begitulah hebatnya slogan mereka seolah-olah muka bumi Terengganu akan bertukar wajah menjadi bayangan permukaan sebuah planet lain.
Walaupun Kerajaan Terengganu memiliki wang berbillion untuk pembangunan, memiliki deretan kroni yang perlu diagihkan projek dan diberi makan tetapi barang perlu diingat bahawa kawasan hutan tebal yang masih menyimpan khazanah kayu-kayan bernilai tinggi bukan milik kita seorang, kawasan paya yang ditimbus dan ditebus guna bukanlah hak mutlak pemaju, pesisir pantai yang indah adalah milik semua rakyat, sungai yang bersih dan mengalir tenang adalah sumber rezeki sebahagian rakyat. Begitu juga kawasan tasik dengan keindahan alam semulajadinya merupakan khazanah negeri, bukan setakat milik generasi kita, tetapi juga untuk tatapan dan dinikmati oleh generasi selepas kita.
EIA untuk kroni
Tanpa kajian teliti impak alam sekitar terhadap perlaksanaan sesuatu projek, fenomena alam semulajadi tentunya tidak akan bersimpati dengan kita.
Ilmu tentang hakisan, runtuhan tanah, pencemaran sungai, kesan penebangan berleluasa hutan, ombak laut, arus laut, pasang surut air, arah tiupan angin, habitat semulajadi hidupan liar dan sebagainya, semuanya telah ada. Ianya wajib diberikan perhatian ketika penilaian impak alam sekitar (Environmentally Impact Assessment) sebelum perlaksanaan sesuatu projek atau kerja dilakukan. Kecuaian diperingkat awal selalunya terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal di samping impak negatif yang memberi kesan kepada sejumlah besar penduduk dan alam sekitar.
Kita sedia memaklumi bahawa EIA (Environment Impact Assessment) malah DEIA (Detailed Environment Impact Assessment) adalah suatu kemestian sebelum kelulusan sesuatu kerja diberikan tetapi melihat kepada rekod buruk kerajaan pimpinan MB Ahmad Said berkaitan isu alam sekitar, ianya mampu menimbulkan persoalan, apakah EIA atau DEIA untuk sesetengah projek hanyalah sekadar formality dan dilakukan secara sambil lewa sebagai dokumen syarat untuk kelulusan semata-mata? Apa yang penting, bila ada wang semua kerja boleh jalan!
Hakisan pantai tak berkesudahan
Sekadar mengenengahkan beberapa isu kemusnahan alam sekitar, antaranya hakisan pantai yang berlaku dari Besut hingga ke Kemaman dan tiada berkesudahan malah semakin parah di beberapa lokasi seperti Pantai Tok Jembal. Sungguh menyedihkan apabila memerhatikan apa yang menimpa persisiran Pantai Tok Jembal contohnya, sehingga keindahan semulajadinya sebagai pantai pelancongan dan lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai semakin hilang ditelan rakusnya ombak Laut Cina Selatan.
Fenomena ini akan lebih menjadi igauan kepada penduduk sekitar terutamanya menjelang musim tengkujuh. Tentunya tindakan menyalahkan takdir dan fenomena alam semulajadi atas apa yang berlaku adalah sekadar tindakan untuk lepas tangan semata.
Walaupun pihak berwajib yang berkelayakan tidak pernah mengeluarkan suatu kenyataan rasmi akan punca dan penyebab hakisan yang berlaku, pemerhatian penduduk setempat mengesyaki dan meyakini bahawa puncanya adalah penambakan laut bagi projek pemanjangan landasan terbang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), lantara hakisan ini yang memanjang kira-kira 1 km bermula dari kawasan berhampiran lapangan terbang sehingga ke pesisiran pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dikesan mulai merebak beberapa bulan setelah projek pemanjangan landasan terbang disiapkan.
Kontraktor projek tentunya telah mengaut puluhan juta ringgit keuntungan. Orang-orang tertentu juga tentunya telah menerima komisyen masing-masing. Boeing 747 pun sudah boleh mendarat di LTSM sebagaimana yang diimpikan oleh sebahagian pemimpin negeri walaupun pendaratan pesawat untuk penerbangan antarabangsa ini cuma berlaku ketika musim haji dan musim pertandingan kuda. Hari-hari biasa, penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa jauh mengatasi bilangan penerbangan ke sini walaupun LTSIP bukanlah sebuah lapangan terbang antarabangsa.
Soalnya sekarang, siapa yang sepatutnya mengambil tanggungjawab menangani hakisan dan kemusnahan yang berlaku? Apakah telah ada suatu kajian teliti akan sebab dan musababnya? Kalau telah ada, rakyat berhak untuk mengetahuinya. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri pada 28 Februari 2011 lalu pernah menjanjikan suatu kajian untuk mengenalpasti puncanya akan dilakukan, tetapi akhirnya senyap tanpa khabar berita.
Hutan Gelam dan tanah lembah Nyatoh
Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi pelbagai spesis hidupan liar terancam untuk tinggal dan membiak. Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (i-SHARP) oleh pemaju Blue Archipelago Berhad yang bernilai RM290 juta telah mewujudkan pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia yang tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang. Yang lemah telah dan akan menjadi korban. Kawasan hutan paya gelam Nyatoh adalah tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan telah diwartakan sebagai ‘kawasan sensitif alam sekitar’ di mana sebarang bentuk pembangunan adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang digariskan oleh Rancangan Tempatan Daerah Setiu (RTDS) kecuali untuk aktiviti rekreasi.
Demi sebuah projek i-SHARP yang belum tentu untung ruginya, Kerajaan BN Terengganu telah menganugerahkan kawasan ini dengan taraf pajakan selama 30 tahun kepada pemaju. Persolan besar yang timbul, bukankah RTDS adalah rancangan pembangunan Kerajaan BN dan akhirnya dicabul oleh pemimpin BN sendiri!
Rakyat tidak berminat lagi untuk mendengar teori-teori kosong pemaju yang disokong Ahmad Said sebagai jurucakap tak rasmi, kononnya inilah ‘green projek’, ‘enviromentally friendly’, menyediakan peluang pekerjaan, tanah rakyat telah dibayar pampasan setimpal, projek akan menjadi pemacu ekonomi dan pelbagai lagi ungkapan yang semakin kabur realitinya.
Di samping kemusnahan habitat hidupan liar dan kawasan pembiakan ikan, mohon juga kerajaan memberikan penjelasan bagaimana 3 kali gelombang banjir luar biasa yang telah melanda sekitar Dun Permaisuri pada musim tengkujuh lalu boleh berlaku?
Walaupun pihak Kerajaan Negeri kelihatan cuba memejamkan mata akan hakikat yang berlaku, tetapi bangkai gajah tidak lagi mampu ditutup dengan daun lalang. Ibarat sudah terang lagi bersuluh kejadian banjir luar biasa ini memang berpunca dari kerja-kerja projek i-SHARP ini!
Kita telah membangkitkan ketika peringkat awal perlaksanaan projek dahulu bahawa kawasan yang dibangunkan itu adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Setiu dan dilimpahi air ketika musim banjir.
Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai ratusan juta ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah telah dan sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tambakan tanah juga akan menghalang pengaliran air banjir ke Sungai Setiu.
Bagaimana hutan simpan kekal boleh dicerobohi
Hutan simpan dicerobohi, khazanah kayu-kayan dibawa pergi, kerajaan seolah-olah tak bergigi. Inilah ibarat yang paling sesuai untuk kita mengambarkan nasib malang yang menimpa Hutan Simpan Kekal Gunung Tebu di mana aktiviti pembalakan haramnya diakui sendiri berlaku oleh Ahmad Said tetapi pelakunya bagaikan kebal dari sebarang tindakan undang-undang. Nasib yang sama menimpa Hutan Simpan Bukit Bauk, Hutan Simpan Tembat dan Hutan Simpan Petuang.
Sudahlah balak dikeluarkan secara menyalahi undang-undang, aktiviti pembalakan pastinya akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora dan fauna. Kemusnahan hutan bererti kehilangan khazanah flora dan fauna yang sangat berharga.
Di samping syarikat pembalakan berkenaan yang mengaut keuntungan lumayan serta puak-puak berkepentingan yang turut menikmati tempiasnya, jangan dilupa bahawa penerokaan hutan secara tak terkawal menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam, berpunca daripada hutan yang tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hujan lebat yang melanda sesuatu kawasan akan mengakibatkan air yang turun terus menghakis permukaan bumi yang gondol, lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Tanah runtuh adalah antara akibatnya disebabkan kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah, terutamanya tebing atau tanah tinggi. Ceteknya Sungai akibat pemendakan tanah lumpur di dasarnya boleh mengundang banjir melanda.
Kesimpulan
Tindakan Kerajaan BN Terengganu yang mudah memperjudikan kemusnahan alam sekitar disebalik gahnya pembangunan dan banyaknya hasil dari khazanah bumi yang dikaut bererti dengan sengaja manusia telah mencipta konflik dengan alam semulajadi. Siapa pun yang akan menjadi pemenangnya bukanlah persoalan tetapi apabila fenomena alam semulajadi bertindak tanpa disangka, sehebat mana manusia yang berkuasa sekalipun tak akan mampu menentangnya. Jangan sampai generasi yang terkemudian menyalahkan kerakusan kita sehingga mereka terpaksa menanggung akibatnya.
Penulis ialah Pengerusi Lujnah Alam Sekitar dan Pengguna PAS Terengganu.
Sumber HD : 11/04/2012
KUALA LUMPUR, 11 April: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) telah melancarkan petisyen bantahan bagi memberi respons balas terhadap tindakan pihak Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu.
Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin berkata, tindakan itu sebagai merujuk kepada respons dan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar dan Yayasan Terengganu bahawa mereka masih tetap dengan keputusan untuk menarik pinjaman 9 mahasiswa Terengganu di Mesir.
Oleh itu, ujarnya Gempur akan turun ke Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu esok, 12 April bagi menyerahkan petisyen bantahan berhubung isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa itu.
Ini, tambahnya adalah tindakan susulan selepas delegasi Gempur dan wakil mahasiswa Yayasan Terengganu turun menghantar memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar dan Yayasan Terengganu pada 1 April lalu.
“Pada peringkat mahasiswa, kami melihat isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa ini adalah sebuah penindasan, kezaliman dan ketidakadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, katanya penyerahan petisyen esok adalah cara yang terbaik dan signifikan untuk memberi signal mahupun isyarat kepada kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu bahawa mahasiswa Pantai Timur tidak mampu untuk berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan yang membebankan mahasiswa dan rakyat.

Buruknya rekod alam sekitar Terengganu
Dr Azman Ibrahim, | 11 Apr 2012 |

Gempur serah bantahan kepada MB, yayasan esok
Harakahdaily, | 11 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 April: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) telah melancarkan petisyen bantahan bagi memberi respons balas terhadap tindakan pihak Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu.
Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin berkata, tindakan itu sebagai merujuk kepada respons dan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Menteri Besar dan Yayasan Terengganu bahawa mereka masih tetap dengan keputusan untuk menarik pinjaman 9 mahasiswa Terengganu di Mesir.
Oleh itu, ujarnya Gempur akan turun ke Wisma Darul Iman dan Yayasan Terengganu esok, 12 April bagi menyerahkan petisyen bantahan berhubung isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa itu.
Ini, tambahnya adalah tindakan susulan selepas delegasi Gempur dan wakil mahasiswa Yayasan Terengganu turun menghantar memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar dan Yayasan Terengganu pada 1 April lalu.
“Pada peringkat mahasiswa, kami melihat isu penarikan pinjaman 9 mahasiswa ini adalah sebuah penindasan, kezaliman dan ketidakadilan,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, katanya penyerahan petisyen esok adalah cara yang terbaik dan signifikan untuk memberi signal mahupun isyarat kepada kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu bahawa mahasiswa Pantai Timur tidak mampu untuk berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan yang membebankan mahasiswa dan rakyat.
Sumber HD : 11/04/2012
Umno atur pertemuan Zakaria dengan Ahmad Said
Khairul Azlam Mohamad, | 16 Apr 2012 |
MARANG, 16 April: Umno Marang sedang mengatur satu pertemuan antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan abang kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali iaitu Zakaria @ Supar Ali (gambar) dalam masa terdekat ini.
Zakaria, 70, diberi peluang bertemu dengan Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu pada hari Rabu sekitar jam 2.00 petang, 18 April ini di Ibu Pejabat Umno Terengganu, Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu.
Pertemuan tersebut dikatakan sedang diatur oleh ‘orang tengah’ Umno bagi membolehkan Zakaria bertemu dengan Ahmad selaku ketua kerajaan negeri.
Harakahdaily dimaklumkan, pertemuan antara Zakaria dengan Ahmad itu bagi menyampaikan hasratnya agar kerajaan Umno BN Terengganu segera melaksanakan tuntutan hukum Allah SWT.
Beberapa hari lalu, Zakaria yang lebih dikenali ‘Ayah Ngah’ dikatakan ‘bermimpi’ agar pemerintah negeri melaksanakan perundangan Islam termasuk hukum hudud.
Katanya, menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pemerintah negeri termasuk Umno dan kerajaan Barisan Nasional melaksanakan hukum tersebut.
“Mimpi saya, jika tidak laksanakan hukum Islam akan menghadapi masalah bencana. Sekarang orang yang tidak mahu melaksanakan itu adalah orang yang berkuasa.
“Saya yang uzur ini menunggu-nunggu kerajaan menjalankan pentadbiran Islam. Masalahnya, kerajaan yang ada sekarang (BN) tidak bersedia melaksanakan pemerintahan itu,” ujarnya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Seberang Marang, semalam.
Namun begitu, beliau turut melahirkan rasa sangsi serta curiga jika pertemuannya dengan Ahmad tersebut diputar belit pihak Umno BN.
Ketika di zaman Datuk Seri Idris Jusoh, Zakaria pernah ‘diisytiharkan’ masuk Umno pada majlis perasmian Perkampungan Hadhari di Marang.
Zakaria sendiri pernah mengaku telah diperdaya, dikhianati dan dianiya oleh Idris dan kepimpinan Umno Terengganu.
"Mereka (Umno) telah merancang segalanya, termasuk menyiapkan 'skrip' untuk ucapan Cikgu Zakaria pada malam 9 Februari 2007.
"Ayah Ngah (Zakaria) kata dia tak isi borang Umno pun," jelas anak saudaranya, Fariz Irwan ketika melawat Zakaria di Wad Psikatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sumber HD : 16/04/2012
(Dr Syed Azman [kiri sekali] Menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa kerajaan BN Terengganu)
KAHERAH, 16 April: Harakah telah menghulurkan bantuan kepada sembilan pelajar Terengganu yang ditarik penajaan mereka oleh Yayasan Terengganu (YT).
Bantuan yang turut disumbangkan oleh pimpinan PAS disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi baru-baru ini.
Dalam kunjungan singkat sempena menjadi pemerhati Pilihanraya Presiden Mesir minggu ini, Dr. Syed Azman Syed Ahmad telah sempat mengadakan dailog dan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Beliau juga telah berkesempatan bertemu dengan sembilan anak Terengganu yang telah di ambil tindakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang bertindak membatalkan serta-merta penajaan pendidikan YT setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi ‘Bersih 2.0' di Kota Kaherah pada tahun lepas.
Dalam pertemuan di Rumah Selangor itu, Dr. Syed Azman telah menyampaikan bantuan segera kepada pelajar-pelajar yang teranaiya itu bagi pihak Tabung Harakah dan seluruh kepimpinan PAS.
Beliau telah melahirkan rasa simpati kepada pelajar-pelajar tersebut dan menegaskan pembelaan penuh pimpinan Pas kepada mereka yang dianaiya akibat tindakan yang dilihat sebagai ‘tidak matang’ dan lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu khususnya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sendiri.
Dr Syed Azman bergambar dengan lapan dari sembilan mangsa kekejaman kerajaan BN Terengganu)
Bantuan juga turut disampaikan kepada sebahagian pelajar-pelajar yang tidak mendapat bantuan dalam bentuk zakat.
Dalam pertemuan tersebut beliau telah melahirkan kebanggaan kepada semua pelajar yang telah berhimpun dalam himpunan aman Bersih 2.0. pada tahun lepas yang juga turut juga di sertai oleh ribuan pelajar-pelajar Malaysia di serata dunia termasuk di Kota London, Paris, New York, Melbourne, Hong Kong, Dubai, Qatar dan Jakarta.
Bagi beliau semua pelajar-pelajar ini berhimpun dengan memakai baju kuning Bersih hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti adalah suci dan bersih dari segala kekotoran penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah.
Dr. Syed Azman turut menegaskan bahawa tindakan yang di ambil oleh kepimpinan Ahmad Said ini menyerlahkan lagi sifat beliau sebagai seorang Menteri Besar yang ‘kurang cerdik’, dan ‘kebudak-budakan’ serta tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah yang baik.
Tindakan ini juga jelas menyerlahkan sifat beliau yang terkenal dengan amalan politik dendam dan tidak selari dengan suara Mahasiswa dan anak muda yang mahukan perubahan.
Beliau juga menyeru agar pelajar-pelajar yang di tarik biasiswa ini bersabar menhadapi ujian besar ini akibat kekejaman pimpinan Umno Terengganu.
"PAS akan terus memberikan pembelaan kepada mereka dalam semua bidang termasuk guaman dan akan mengenakan tekanan di semua peringkat kepada kerajaan Terengganu termasuk di peringkat antarabangsa agar mereka menarik balik arahan yang kejam dan zalim ini," tegas beliau yang juga Adun Batu Buruk, Terengganu.
Sumber HD : 16/04/2012
Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan berani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen baru-baru ini mengenai isu ’konspirasi terancang’ antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengeluarkan MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR menjadikan mereka sebagai pengundi yang ’sah’.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendedahkan antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.
Menurut Mahfuz lagi, beberapa individu lain yang juga terlibat bagi melakukan tugas kerja tersebut mengikut arahan yang diketuai Datuk Othman Razak adalah Timbalan Ketua Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said, Pegawai JPN Nik Norashikin Nik Mansor, Pegawai Bahagian Kewarganegaraan JPN Rashid Bashirun dan Shahrul Anwar Ahmad Zaidi.
Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat beberapa Penjawat Awam tertinggi negara di bawah Jabatan yang amat kritikal bagi negara seperti JPN dan SPR adalah suatu yang amat dikesali dan perlu kepada siasatan lanjut.
Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara.
'Projek Isuzu'
Ya, saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.
Konspirasi yang di gelar 'Projek Isuzu’ ini telah di lakukan secar terancang dalam pilihan raya umum 1995 bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Sri Abdul Hadi Awang di kawasan parlimen Marang.
Begitu juga dengan pertambahan pengundi baru yang mendadak serta peratusan keluar mengundi yang ’amat luarbiasa’ di seluruh negeri Terengganu pada tahun 2004 semasa PRU ke 11 yang menyaksikan kerajaan PAS tumbang dan hanya mampu bertahan selama satu penggal sahaja.
PAS kalah di kesemua 8 kerusi Parlimen dan hanya mampu menang 4 dari 32 kerusi yang dipertandingkan di Terengganu. Pada pilihanraya tahun 2004 itu, negeri Terengganu telah mencatatkan peratusan keluar mengundi yang tertinggi bagi seluruh negara dan boleh dianggap amat tidak munasabah iaitu sebanyak 87.43 peratus sedangkan purata keluar mengundi bagi seluruh negara pada tahun 2004 hanyalah 74.43 peratus sahaja.
Ini ditambah lagi dengan perbandingan jumlah pemilih baru bagi negeri Terengganu yang juga ‘amat luarbiasa’ dan ‘tidak munasabah’ pada PRU ke 11. Pada tahun 1999 menjelang pilihanraya ke 10, negeri Terengganu telah mencatatkan pertambahan pengundi baru sebanyak 19,663 pengundi iaitu pertambahan sebanyak 5.08 peratus dari tahun 1995 semasa PRU ke 9. Pertambahan ini boleh di anggap ‘normal’ kerana purata nasional jumlah pemilih baru pada tahun 1999 adalah 5.77 peratus sahaja.
Tetapi yang paling ‘ajaib’ dan mengejutkan apabila pilihanraya tahun 2004, negeri Terengganu telah menyaksikan satu lonjakan jumlah pertambahan pengundi baru yang kedua tertinggi di seluruh Malaysia selepas Selangor iaitu sebanyak 68,585 atau pertambahan sebanyak 15.04 peratus.
Peratusan ini juga ‘amat luarbiasa’ dan ‘tidak munasabah’ berbanding dengan purata pendaftaran pengundi baru bagi seluruh negara di Malaysia pada tahun 2004 hanyalah 7.01 peratus sahaja.
Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri’ sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu.
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi membersihkan kembali kepincangan yang amat bahaya ini dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat isu ini?
Bagi saya pendedahan yang telah dibuat oleh Datuk Mahfuz di parlimen itu adalah amat serius kerana tindakan tersebut boleh anggap seperti menjual negara kepada rakyat asing untuk kepentingan politik jangka pendek.
Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.
Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan’ rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri. Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah. Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka ’berkhidmat untuk Umno/BN’ bagi menjamin kelangsungan kuasa di Puterajaya.
Bagi saya, untuk menjamin masadepan demokrasi dan kejernihan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera secara terhormat dan izinkan Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong membentuk satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pendedahan Datuk Mahfuz itu sebelum membenarkan Parlimen dibubarkan. Tiada pilihan bagi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan kecuali sama-sama turun ke perhimpunan Bersih 3.0.
--------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Beliau boleh dihubungi melalui email: syedazmans@yahoo.co.uk
Sumber HD : 17/04/2012
Dialek Terengganu di atas bermakna 'Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah'. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara 'halal' mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato' Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di buletinonline menjawab tuduhan Ahmad Said yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini.
Namun apabila ia diwacanakan secara 'halal', menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa.
Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. Tidak malukah dengan perangai buruk itu?
Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini?
Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.
Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.
Sumber HD : 21/04/2012

Harakah bantu pelajar Bersih 2.0 yang teraniaya
Harakahdaily, | 16 Apr 2012 |

T'ganu 2004: Konspirasi kotor SPR dan JPN
Dr. Syed Azman Syed Ahmad, | 17 Apr 2012 |

Nik Aziz dijangka rasmi Generasi Bermaruah esok
Khairul Azlam Mohamad, | 20 Apr 2012 |
KUALA NERUS: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan berada di Terengganu bagi merasmikan Himpunan Generasi Bermaruah dan Pelancaran Pendidik Peringkat Negeri Terengganu.
Majlis perasmian akan diadakan di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, Jalan Kelantan, pada hari Sabtu, 21 April jam 2.00 hingga 5.00 petang,
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata program himpunan tersebut dalam usaha bagi mengembalikan kegemilangan Islam.
Katanya, terlalu banyak kepincangan berlaku dalam masyarakat hingga ajaran Islam dikesampingkan dalam kehidupan orang Islam sendiri.
“Kita (PAS) peringkat pusat mengambil tanggungjawab ini untuk mengembalikan maruah Islam dan agamanya. Sejarah silam membuktikan kegemilangan Islam di masa lampau.
“Kepincangan dan maksiat terlalu banyak berlaku dalam masyarakat dan cara hidup dikesampingkan oleh orang Islam sendiri,” jelasnya pada satu sidang media, di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, semalam. (Gambar atas)
Program Membangunkan Generasi Bermaruah itu bermula seawal jam 10.00 pagi dengan pengisian kuliah dhuhanya oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Pada sebelah petangnya, diadakan juga suatu Forum Membangun Generasi Bermaruah oleh ahli panelnya, mantan Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Pelajaran Terengganu, Mohd Omar Ab.Rahman dan Deraman Muda serta moderatornya Khairuddin Zakaria.

Manakala, ceramah perdananya akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Antara pengisian program seperti rawatan dan pengubatan As-Syifa’, jamuan sambil menderma serta solat hajat perdana.
Sumber HD : 20/04/2012

Hok mung kata sesat ni lah tulong semayang mayat’
Nik Nasri Nik Malek, |
Dialek Terengganu di atas bermakna 'Orang yang kamu katakan sesat inilah yang tolong solatkan jenazah'. Ayat ini muncul spontan apabila Umno Terengganu melalui kuasa yang ada di peringkat negeri Terengganu mengadakan wacana secara 'halal' mencop PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Ahli panel yang sememangnya dikenali, juga resolusi yang mungkin telah disediakan berhari-hari lebih awal mewarnai wacana sumbang dan sesat itu.
Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato' Hj Husin Awang sendiri telah membuat kenyataan yang boleh diakses di buletinonline menjawab tuduhan Ahmad Said yang menyatakan PAS sebagai parti ajaran sesat. Jawaban itu berdasarkan fakta mengenai hakikat dasar, matlamat dan perjuangan PAS itu sendiri yang berusia sudah melebihi 50 tahun. Saya rasa ia tidak perlu diulang di sini kerana akan menjadi tahsilulhasil (perkara yang sama diulang), terutama kepada mereka yang masih bodoh dan membodohkan diri sendiri tidak mahu memahami dan mengerti perjuangan PAS ini.
Namun apabila ia diwacanakan secara 'halal', menyesatkan perjuangan Islam bagi menegakkan Islam secara syumul, maka ia adalah sesuatu yang besar. Tapi kita boleh faham, isu ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan kerana Umno sebenarnya sudah tidak ada modal bagi menyerang PAS. Isu tahaluf siasi dengan DAP, isu undi Melayu kurang jika Umno kalah, isu PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan lain-lain sebenarnya PAS ada jawabannya sendiri dan telah dijelaskan oleh PAS melalui media cetak atau ceramah pimpinan PAS dari semasa ke semasa.
Ahmad Said yang dikenali sebagai agak pongah dan cepat melenting pernah mencabar Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, YB Hj Abdul Wahid Endut dalam sidang DUN negeri Terengganu suatu masa dahulu bertumbuk di luar dewan selepas YB Wahid Endut membangkitkan suatu isu ketika itu. Wajarkah diajak bertumbuk di luar dewan? Kepongahan itu rupanya tidak dapat dibendung. Ia dilihat oleh semua orang. Tidak malukah dengan perangai buruk itu?
Kali ini bukan sahaja pongah, tetapi sangat biadab dengan menuduh PAS sebagai sesat. Ia tuduhan tidak bertanggungjawab. Sesat adalah suatu perkara yang besar apatah lagi melibatkan PAS sebagai parti politik dan satu organisasi besar dengan keahlian yang ramai dan sokongan rakyat kepada perjuangan Islam. Bukan Islam boleh memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Kenapa Ahmad Said tidak boleh faham dan sengaja membebalkan diri dan hati dari hakikat dan kebenaran ini?
Ahmad Said kena ingat. Juga penyokong-penyokong Umno yang mengiakan tuduhan ini bahawa apabila berlaku kematian, siapakah yang dipanggil untuk membantu meramaikan solat jenazah? Bukan anak-anak pondok yang menyokong PAS? Bukan ahli qaryah yang menjadi penyokong tegar PAS? Justeru, kami sebagai ahli PAS mendesak Ahmad Said menarik balik tuduhan itu, meminta maaf kepada PAS atau bersedia berdebat/muzakarah sekali lagi dengan pimpinan PAS. Itupun kalau kamu anak jantan.
Penulis ialah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.
Sumber HD : 21/04/2012
Ulama perlu 'terjun' ke dalam masyarakat
Harakahdaily, | 22 Apr 2012 |
KEMAMAN: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu para ulama khususnya dalam PAS untuk bergiat aktif dalam menggerakkan masyarakat.
Menurutnya peranan para ulama begitu besar bukan sahaja tertumpu kepada mendalami ilmu agama, tetapi perlu memberikan peringatan kepada masyarakat dengan ilmunya.
"Ulama bukan sahaja ada ilmu, berkhutbah dan mengajar tetapi perlu bergiat aktif dalam masyarakat, termasuk berpolitik dengan memahami fiqh politik.
"Sejarah menunjukkan bahawa penjajah tidak takut kepada ilmuan yang hanya setakat punya ilmu, tetapi mereka bimbangkan ilmuan Islam yang aktif menggerakkan dan menyedarkan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan mengumpul dana anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Terengganu di sini baru-baru ini.
Sejak penubuhannya, Dewan Ulama PAS pula ujarnya telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam perjuangan menegakkan Islam dalam bentuknya yang syumul termasuk pemerintahan di negara ini dengan melahirkan ilmuan melalui pusat pendidikan di bawah kelolaan mereka.
Tarbiah yang diterapkan melalui pusat-pusat pendidikan ini telah berjaya membentuk setiap individu menjadi muslim yang baik yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW.
"Tidak ada orang yang mampu mengisi kemenangan ini dengan Islam dan roh Islam melainkan mereka yang telah melalui tarbiyyah yang dibentuk.
"Dewan Ulama melahirkan manusia yang mewarisi ilmu Islam dan perjuangan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW," tegasnya.

Sumber HD : 22/04/2012
No comments:
Post a Comment