ABU - Kumpulan baru untuk tumbang Umno
Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.
Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.
Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan.
You tube Sidang Media :
http://www.malaysiakini.tv/video/22791/new-group-abu-gangs-up-against-umno.html
[Baca berita penuh]

Sumber MK : 9/12/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7273-twitter-palsu-chegubard-disiasat-polis-
Twitter palsu: CheguBard disiasat polis |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard (gambar) telah ditahan oleh pihak polis semalam. Beliau ditahan ekoran pihak polis menerima satu laporan yang telah dibuat oleh Umno Ampang petang semalam mengenai akaun twitter palsu menggunakan nama AMK Rembau, yang kononya mempunyai kaitan dengannya yang dikatakan telah menghina institusi raja. CheguBard melalui twitternya menjelaskan dan bertegas bahawa akaun twitter tersebut tidak ada kena mengena dengan pihaknya, namun pihak polis tetap merampas telefon Blackberry dan juga laptop miliknya serta sebuah lagi laptop kepunyaan Keadilan Cabang Rambau. Dalam pada itu, beliau dalam berkata tidak gentar dengan sebarang ugutan pihak tertentu malah akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan Umno dan memberi fokus menggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk golongan anak muda berjuang. Menurutnya lagi, SAMM baru sahaja selesai mengedar 30 ribu DVD mengandungi sebab-sebab kenapa Umno harus ditinggalkan. Ianya sebagai membantu kempen nasional Asalkan Bukan Umno (ABU) yang juga telah melancar dan mengedar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya. Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Rembau, Md Sani Mohd Shah pada 5 Julai yang lepas, beliau menjelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Beliau yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7273-twitter-palsu-chegubard-disiasat-polis-
Penyokong Umno serang hadirin ceramah ABU
Muhammad Faizal, | 22 Jan 2012 |
SHAH ALAM, 22 Jan: Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, semalam.
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Berkata kepada Harakahdaily, Penyelaras Kebangsaan Hindraf, W.Sambulingam memberitahu penyokong Umno mula memasuki dewan menggunakan motosikal pada jam 915 malam selepas lima minit program itu bermula.
"Hanya selepas lima minit ceramah itu bermula lebih kurang lima belas orang penyokong Umno memasuki dewan dan membuat kacau selain beberapa buah motosikal juga turut memasuki dewan tersebut.
"Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbentuk perkauman serta mengarahkan orang Melayu yang berada di dalam dewan keluar dengan menyifatkan ini antara Umno dengan orang India sahaja," jelasnya.
Beliau juga memberitahu, Umno mengeluarkan kata-kata menghina kaum India seperti "India keling","kumpulan pendatang","tak malukan Melayu bergabung dengan India" serta "India hanya buat kacau sahaja di sini".
Tambahnya lagi, penyokong Umno mensasarkan orang India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan orang Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.
"Sasaran mereka adalah orang India apabila salah seorang dari mereka mengatakan ingin mengajar orang India.
"Keadaan mula menjadi semakin kecoh apabila mereka bertindak menyerang menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan," sambungnya lagi.
Tambah beliau lagi, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap perkauman Umno yang mana mereka sebenarnya merupakan sebuah parti yang rasis bukannya seperti yang dilaungkan oleh mereka selama ini 1 Malaysia.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud melalui twitternya menyifatkan konsep 1Malaysia gagal diterap kepada penyokong Umno.
"Orang India tidak selamat di kawasan Umno dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyiapkan keranda untuk 1 Malaysia.
"Pemimpin Umno Kota Raja dan Jalan Kebun perlu bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," katanya melalui twitter.
Dalam pada itu Chegu Bard juga melalui twitternya memberitahu mereka (Umno) cuba bakar sentimen perkauman tetapi dalam masa yang sama mereka turut memusnahkan gerai milik orang Melayu yang datang untuk mencari rezeki.
"ABU bukan untuk satu tetapi milik semua rakyat, apa yang dilakukan oleh Umno jelas bersifat perkauman dengan mencaci kaum India.
"Pemuda Umno harus bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," kata beliau melalui twitter.
Sebelum itu, turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga beberapa pemimpin parti yang lain.
Buat masa ini laporan polis belum dilakukan kerana menunggu khidmat nasihat dari peguam.

Sumber HD : 22/01/2012
Polis diminta siasat pengacau program ABU
Muhammad Faizal, | 24 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Sebuah NGO, Activist901 telah membuat laporan polis berkenaan insiden kekacaun yang berlaku sewaktu program 'Asal Bukan Umno' (ABU) dan Hindraf di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun tempoh hari.
Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.
"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.
"Individu tersebut telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengancam keselamatan kaum India yang berada di situ," jelasnya.
Tambahnya lagi, cacian yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut jelas tidak mengambarkan semangat 1Malaysia jika ia dilakukan oleh pihak Umno.
"Kita tidak pasti apa motif sebenarnya mereka bertindak sedemikian sehinggakan berlaku kecederaan kepada orang awam.
"Sama ada ia bermotif politik ataupun bersifat iri hati, pihak polis harus bertindak segera kerana kita tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi," sambungnya lagi.
Sebelum ini, dalam insiden tersebut, seorang belia kaum India telah tercedera kerana dan dimasukkan ke Hospital pakar Seri Sentosa, Klang.
Turut hadir semasa laporan polis itu adalah Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga Hindraf.
Laporan dibuat di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.
Sumber HD : 24/01/2012

Selepas ke balai polis, ABU ke Suhakam
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Asal Bukan Umno (ABU) akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam hari ini bagi membantah serangan di majlis anjuran mereka bersaham Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini.
Memorandum itu akan diserahkan jam 11 pagi ini di Pejabat Suhakam, Jalan Sultan Ismail.
Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu.
Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.
Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Sumber HD : 25/01/2012
ABU milik rakyat
che'GuBard, | 27 Jan 2012 |
Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.
Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.
Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.
Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu
Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.
Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.
Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal
Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.
Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.
Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.
Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.
Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.
Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.
Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.
ABu ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.
Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.
Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.
-------------------------------
che'GuBard adalah Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Sumber HD : 28/01/2012

Penubuhan NGO sia-sia jika hanya keruhkan politik
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 02 Feb 2012 |
TERAS menyeru siapa sahaja dikalangan mereka yang tidak puas hati dengan masalah politik dalam parti dan menubuhkan NGO untuk memperjuangkan bangsa Melayu perlu memberi fokus lebih utama kepada masalah ketidakupayaan serta kelemahan penghayatan Islam dikalangan bangsa Melayu , bukan mengujudkan perpecahan politik yang lebih parah.
Mengenengahkan persoalan permusuhan dan konflik dalam medan politik tidak akan menambah jernihkan keadaaan orang Melayu malah akan mengkusutkan lagi persoalan yang sudah sedia rumit.
TERAS berpendapat sejak 54 tahun Negara ini merdeka, kedudukkan sosio-ekonomi dan budaya orang Melayu berada pada tahap yang maseh jauh dari memuaskan malah dalam keadaan kini, suasana nampaknya lebih parah lagi akibat kecuaian dan salahgunakuasa sekian lama oleh pemimpin-pemimpin elit Melayu itu sendiri.
NGO Melayu harus jujur untuk bertanya selama ini siapa yang membunuh pelbagai hak orang Melayu dan menjadikan sekularisme sebagai asas hidup bangsa , jika tidak pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri.
Peruntukan hak dan keistimewaan orang Melayu hanya menjadi pernyataan atas kertas dalam dokumen Perlembagaan Persekutuan tanpa banyak memberi makna dalam realiti sebenar kehidupan orang Melayu. Sebabnya ialah keghairahan pemimpin elit Melayu secara melampau untuk bertarung sesama sendiri.
Siapa yang telah melenyapkan tulisan jawi, memperkenalkan PPSMI yang menyebabkan terpinggirnya Bahasa Melayu, menghentikan bantuan per kapita SAR, menyalahgunakuasa dalam menganugerahkan projek kepada kroni, membudayakan rasuah dikalangan orang Melayu, mengurangkan tanah milik Melayu, mengadai aset tanah orang Melayu, membiarkan kerosakan akhlak anak Melayu, menyekat perlaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar, terhakisnya pegangan aqidah Islam dikalangan orang Melayu, meluluskan lesen arak dan judi, memperkenalkan Budaya hidup Barat sekaligus menghakiskan budaya Islam pada orang Melayu sendiri, membiarkan bangsa Melayu tidak menghormati pandangan ulama, mematikan rasa cinta kepada agama, membiarkan hiburan menjadi kegilaan bangsa Melayu, menyekat undang-undang Islam dilaksanakan untuk orang Melayu, menghakis aset korporat orang Melayu ……?
Siapakah mereka yang cuai dan mengkhianatI amanah bangsa Melayu selama ini seperti yang disenaraikan semua diatas jika tidak pemimpin elit orang Melayu itu sendiri ?
Semua pihak orang Melayu yang selama ini telah dimandatkan untuk memegang jawatan dan kedudukan kekuasaan, tidak kira dalam jawatan pentadbiran agensi-agensi yang berkait langsung dengan bangsa Melayu, atau dalam pengurusan ekonomi atau kedudukan politik turut bertanggungjawab kepada krisis dan kelemahan bangsa Melayu yang sedang dialami.
Tidak ada pemimpin Melayu dalam bidang apapun yang boleh mendakwa diri bersih dari kesalahan akibat cuai ketika berada dikerusi kekuasaan.
Menimbulkan isu kepincangan sesudah tidak lagi memegang jawatan dengan menyerang dan menuding pihak lawan semata-mata, tanpa fakta yang dapat dipertahankan serta menjawab apa yang dilakukan selama berada di kerusi kekuasaan, bukan menunjukkan kematangan.
Ketika memegang jawatan semada dalam kerajaan atau diluar kerajaan, semua pemimpin Melayu tidak boleh hanya menyalahkan pihak lain bila melancarkan perang politik. Kelantangan menyerang bila tidak lagi berada di tampuk kuasa pasti dinilai rakyat. Harus ada kejujuran politik untuk mengaku kesilapan dan menampilkan penyelesaian konkrit demi masa depan Negara.
Berhujah dengan matang serta mengenengahkan model pratikal dan matang adalah jauh lebih diperlukan daripada bertarung untuk menjatuhkan lawan politik dengan fitnah kotor dan menanam rasa benci dan dendam kesumat terhadap seseorang seteru politik.
Berbeda dengan kebanyakan NGO bukan Melayu. Mereka cukup mampu menggerakkan komuniti mereka jauh lebih komited untuk membangun hidup berdikari dan berdaya memastikan tahap dan kualiti hidup kaum mereka lebih baik. Tumpuan mereka ialah pastikan komuniti mereka kukuh dalam aspek sosio-ekonomi, pendidikan dan budaya berorgansiasi, sementara menyuara tuntutan politik. Ini harus juga menjadikan NGO orang Melayu kritikal dan celik terhadap sifat bergantung dan sindrom selesa yang selama ini dipupuk oleh pemimpin-pemimpin bangsa Melayu sendiri demi mengekalkan kuasa.
TERAS sedar bahwa sememangnya cabaran dari pihak luar yang dihadapkan kepada bangsa Melayu perlu diwaspadai. Orang Melayu yang umumnya beragama Islam akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dinafikan hak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Namun jika NGO Melayu juga terbelenggu dengan agenda politik merebut kuasa semata-mata dan berencana untuk menampilkan calon bebas untuk mengimbangan persaingan dalam pilihanraya, maka beban masalah yang selama ini dipikul ke atas bangsa Melayu akan terus menjadi semakin parah kerana tidak ada lagi ruang kerja, hatta dalam medan NGO, untuk membina bangsa selain dari hanya berpolitik semata-mata.
TERAS berharap semua NGO Melayu sedar bahawa sudah cukup malah sudah terlalu berlebihan orang Melayu disogokkan dengan politik persaingan yang berpanjangan. Untuk berpolitik dengan menawarkan calon bebas dalam pilihanraya atas nama NGO akan hanya menghilangkan kredibiliti NGO itu sendiri. Walhasil kekeruhan politik di kalangan orang Melayu akan lebih parah.
Cukuplah parti politik bersaing dalam gelanggang politik pilihanraya. Janganlah NGO pula terheret dalam agenda yang sama sehingga hilang fokus kepada kerja membebaskan orang Melayu dari masalah yang lebih asas iaitu terhakisnya orang Melayu dari penghayatan Islam akibat sekularisasi dan terbelenggu dalam budaya feudal yang berpanjangan.
Sedangkan satu-satunya jalan keluar orang Melayu dari krisis yang ada ialah kembali kepada Islam sepenuhnya dan menolakkan budaya hidup sekular Barat. Inilah medan kerja NGO Melayu yang jauh lebih utama.
TERAS mendapati dengan keghairahan untuk saling menyerang dan menimbulkan satu lagi arus politik baru yang disebut sebagai arus ketiga dalam keadaan dan realiti politik Malaysia, akan menegangkan lagi keadaan yang sedia tegang.
Fokus harus ditumpu oleh NGO kepada mengangkat isu-isu asas dalam gerakerja membela nasib bangsa khususnya dan sesiapa sahaja rakyat yang tertindas umumnya .
Isu menuntut agar golongan terpinggir dibela, sekularisasi dibentaras, dasar yang sesuai dengan Islam dilaksanakan, budaya feudal dihapuskan, polisi negara mengenai model pembangunan disemak semula, pengurusan perbendaharaan negara dibersihkan dari penyelewengan, pengagihan kekayaan Negara diperbetulkan, kesenjangan jurang antara golongan kaya dan miskin diatasi, pembaziran dan salah perbelanjaan negara dibasmi.
Disamping itu NGO Melayu yang berasaskan Islam harus bermula dengan membina kekupayaan memprogramkan pembangunan anggotanya serta komunitinya dengan sahsiyah dan amal Islami serta membina momentum iaitu membebaskan orang Melayu dari budaya feudal dan segala natijah yang berurutan dengan budaya tersebut serta mengembalikan bangsa sepenuhnya kepada Islam seperti yang dituntut oleh Al Quran dan pedoman As Sunnah.
--------------------------------------
Penulis adalah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).
Sumber HD : 2/02/2012

ABU akan dilancar seluruh negara
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Asal Bukan Umno (ABU) akan dilancarkan seluruh negara mulai 17 Februari ini di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.
Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di Dewan Orangramai Beranang, Selangor.
Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).
Selepas itu, ABU Melaka akan dilancarkan di Masjid Tanah pada 24 Februari manakala ABU Perak pula akan dilancarkan di Ipoh pada 25 Februari.
Pada 26 Februari pula, ABU Johor akan dilancarkan di Pasir Gudang dengan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan mengetuai pemidatonya.
Pada 3 Mac pula, pelancaran ABU Terengganu akan disempurnakan di Kuala Terengganu manakala pada 4 Mac akan dilancar ABU Kelantan iaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V di Kota Bharu.
Pelancaran pentas ABU seterusnya adalah Negeri Sembilan - Rantau 6hb Mac, WP Kuala Lumpur - Wangsa Maju 9hb Mac, Pahang - Bera 10hb Mac, Penang - Balik Pulau 14hb Mac, dan Kedah- Alor Star 20 Mac.
Sumber HD : 13/02/2012
(Sidang media Benar Malaysia di lobi Parlimen hari ini)
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, penubuhan Benar Malaysia memfokuskan untuk memberikan kesedaran dan menggerakkan usaha bagi membendung gejala jenayah di kalangan masyarakat.
Menurutnya, Benar Malaysia yang ditubuhkan pada April, dianggotai oleh anak muda yang komited dan bertekad menjadikannya sebagai sebuah NGO yang mampu dan berusaha menyumbang kepada sebuah negara yang lebih sejahtera.
"Benar juga akan memainkan peranan memerangi, membanteras dan memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan gejala jenayah.
"Benar bukanlah bertindak sebagai rakan cop, tetapi sebagai pemudah cara dalam membanteras gejala jenayah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Benar juga berusaha untuk mendidik dan memberikan kefahaman kepada masyarakat.
Menurut Firdaus, Benar bertekad untuk mewujudkan sebuah lingkaran komuniti masyarakat yang mempunyai kesedaran membanteras jenayah.
Sehubungan itu, Benar akan mengadakan program turun padang selain "road show" sebagai langkah memperkenalkan peranannya.
Hadir sama Pengerusi Bersama, Mohd Nazree Mohd Yunus dan Setiausaha, Ahmad Shukri Kamarudin, Sekretariat Muhamad Affandi Abdul Malik, Yuzi Azhar Yusof, Fadhil Osman dan Ramlan Roes.
Sidang Media YB Firdaus Jaaffar & Benar : http://www.youtube.com/watch?v=qaDkTBvjA08
Sumber HD : 18/04/2012
KUALA LUMPUR: Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menentang isu kerosakan alam sekitar, namun tidak diendahkan kerajaan, NGO Himpunan Hijau hari ini memutuskan untuk meyertai politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Bagaimanapun menurut mereka, penyertaan dalam politik itu menjurus kepada kerja-kerja berkempen dan merayu undi supaya rakyat memilih menolak kepimpinan Umno BN pada PRU13 nanti.
Pengerusi NGO Hijau : http://www.youtube.com/watch?v=6a05A6t0s3Q&feature=youtu.be
[Lanjut menyusul]

Benar Malaysia NGO banteras jenayah
Hazayani Zakaria, | 18 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 April: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Benteng Negara Dari Jenayah (Benar Malaysia) ditubuhkan bertujuan menentang jenayah di negara ini.
(Sidang media Benar Malaysia di lobi Parlimen hari ini)
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, penubuhan Benar Malaysia memfokuskan untuk memberikan kesedaran dan menggerakkan usaha bagi membendung gejala jenayah di kalangan masyarakat.
Menurutnya, Benar Malaysia yang ditubuhkan pada April, dianggotai oleh anak muda yang komited dan bertekad menjadikannya sebagai sebuah NGO yang mampu dan berusaha menyumbang kepada sebuah negara yang lebih sejahtera.
"Benar juga akan memainkan peranan memerangi, membanteras dan memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan gejala jenayah.
"Benar bukanlah bertindak sebagai rakan cop, tetapi sebagai pemudah cara dalam membanteras gejala jenayah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Benar juga berusaha untuk mendidik dan memberikan kefahaman kepada masyarakat.
Menurut Firdaus, Benar bertekad untuk mewujudkan sebuah lingkaran komuniti masyarakat yang mempunyai kesedaran membanteras jenayah.
Sehubungan itu, Benar akan mengadakan program turun padang selain "road show" sebagai langkah memperkenalkan peranannya.
Hadir sama Pengerusi Bersama, Mohd Nazree Mohd Yunus dan Setiausaha, Ahmad Shukri Kamarudin, Sekretariat Muhamad Affandi Abdul Malik, Yuzi Azhar Yusof, Fadhil Osman dan Ramlan Roes.
Sidang Media YB Firdaus Jaaffar & Benar : http://www.youtube.com/watch?v=qaDkTBvjA08
Sumber HD : 18/04/2012
NGO Hijau putus masuk politik kempen tolak BN
Anis Nazri, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menentang isu kerosakan alam sekitar, namun tidak diendahkan kerajaan, NGO Himpunan Hijau hari ini memutuskan untuk meyertai politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Bagaimanapun menurut mereka, penyertaan dalam politik itu menjurus kepada kerja-kerja berkempen dan merayu undi supaya rakyat memilih menolak kepimpinan Umno BN pada PRU13 nanti.
Pengerusi NGO Hijau : http://www.youtube.com/watch?v=6a05A6t0s3Q&feature=youtu.be
[Lanjut menyusul]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment