Ikhwan dahului 47% undi, PAS ucap tahniah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini. Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah. Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi. Pilihan raya pada Isnin dan Selasa lalu di Kaherah, Iskandariah dan beberapa kawasan lain adalah peringkat pertama dalam pilihan raya untuk memilih anggota Dewan Rendah Parlimen. Peringkat seterusnya akan dibuat pada bulan Disember ini dan Januari tahun depan. PAS doakan kejayaan Sementara itu, PAS turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ikhwanul Muslimin di atas kejayaan awal tersebut. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, PAS juga mendoakan agar kejayaan berterusan mengiringi parti Islam itu sehingga diumum menang pada pilihan raya itu. "Kita amat bersyukur dengan keputusan awal ini. "Kejayaan ini menunjukkan bahawa pemimpin Islam dan mesej Islam diterima oleh rakyat negara itu bagi menggantikan sistem diktator," katanya yang juga ahli parlimen Tumpat. Menurutnya lagi, rakyat khususnya di negara Arab kini sedang bangkit menentang pemerintah regim diktator dan mahukan sistem yang lebih adil kepada mereka. Sehubungan itu ujarnya, semangat perubahan seperti di negara Arab yang dikenali sebagai 'Arab Spring' itu mampu memberi iktibar kepada rakyat di negara ini untuk melakukan perubahan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6806-ikhwan-dahului-47-undi-pas-ucap-tahniah
Perang psikologi tentera Mesir |
http://ismamesir.com |
Satu fakta yang perlu ditekankan ialah, Revolusi 25 Januari di Mesir tidak menjatuhkan rejim atau sistem pemerintahan Mubarak seperti mana yang dilaungkan, “as-sya’ab yurid isqot il-nizom” (rakyat menuntut sistem dijatuhkan). Walaupun revolusi ini berjaya menggulingkan Mubarak, namun rejim — corak dan bentuk pemerintahan — Mubarak masih kekal. Pemerintahan bercorak tentera. Satu bentuk kejatuhan rejim seperti yang berlaku di timur Eropah pada 1989 degan jatuhnya Komunisme di Eropah atau seperti yang berlaku selepas Revolusi Iran tidak berlaku di Mesir. Jika suatu revolusi itu berjaya, rejim yang memerintah kehilangan kuasa dan corak pemerintahan atau ideologi yang dibawa negara tersebut akan bertukar. Kerajaan komunis Poland berjaya dijatuhkan rakyat walaupun mereka berpecah kepada pelbagai fraksi dan ideologi. Rejim yang jatuh juga tiada kuasa untuk menentukan masa depan mereka apatah lagi masa depan negara. Seperti jatuhnya kerajaan sekular ketika Revolusi Iran, tentera-tentera Shah Iran tidak menguruskan proses transisi kuasa, bahkan mereka dibicarakan di mahkamah. Rakyat Mesir akhirnya terpaksa menelan hakikat yang pahit ini apabila menyedari perjuangan mereka belum selesai. Lalu mereka mendesak Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) untuk lekas turun dari terlibat dalam pemerintahan, seperti yang berlaku di Medan Tahrir pada 19 November lalu. Jika kita imbau kembali, sejurus Mubarak meletakkan jawatan, pihak tentera (terutamanya Tantawi) diangkat sebagai wira. Gambarnya ditampal di dinding-dinding dan kereta. Rakyat pula tidak habis memuji tentera. Berbalik kepada situasi hari ini, pandangan rakyat terhadap tentera berputar 180 darjah. Keadaan ini berpunca dari cubaan pihak tentera untuk mengekalkan kuasa mereka. Inilah yang masalah yang dihadapi SCAF – pandangan buruk masyarakat. Pada bulan Ogos yang lalu, Ketua Pegawai Tentera Udara melaporkan bahawa pihak tentera sedang melakukan rondaan sekitar sempadan timur Israel tanpa mendapatkan keizinan dari Israel. “Sinai adalah tanah kita dan kita tidak perlu meminta keizinan sesiapa untuk menempatkan askar di sana.” Ucapan ini sekaligus menggambarkan kekuatan tentera Mesir di rantau ini dalam usaha mendapatkan sokonagan rakyat. Sebenarnya, pihak tentera bekerja rapat dengan Israel. Israel juga mengalami rusuhan dan protes rakyat berikutan masalah ekonomi. Israel juga menerima tekanan dari krisis yang berlaku di timur tengah. Oleh itu, Israel perlu mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin kestabilan negara. Untuk yang demikian (dan beberapa faktor lain), Israel menebus rakyatnya Gilad Shalit dengan harga yang mahal. Satu berbalas seribu. Tindakan ini seolah-olah menunjukkan keprihatinan Israel terhadap rakyat mereka. Selain itu, Israel juga membenarkan tentera Mesir untuk terlibat dalam rundingan pertukaran bersama Hamas yang secara tidak langsung menggambarkan kuasa tentera Mesir. Win-win situation. Pada bulan September pula, berlaku serangan ke atas Keduataan Israel di Giza rentetan peristiwa di Eliat Road. Pihak tentera tidak bertindak keras terhadap penunjuk perasaan dan akhirnya menyebabkan pejabat Kedutaan Israel berjaya dimasuki penunjuk perasaan. Ini menunjukkan kebersamaan tentera dan rakyat. (Akhirnya 6 warga Israel yang terperangkap diselamatkan oleh komando Mesir setelah menerima panggilan dari duta Israel, Yitzhak Levanon) Barangkali, pihak tentera menyedari tiada satu pun organisasi yang mampu menyatukan semua rakyat Mesir yang membawa pelbagai ideologi. Namun, hampir semua rakyat Mesir mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap isu Palestin. Keprihatinan tentera terhadap isu Palestin dan ‘polisi anti-Israel’ dijangka dapat menyatukan rakyat di bawah payung tentera atau sekurang-kurangnya membersihkan mereka dari tanggapan buruk. Pilihanraya Tindakan-tindakan seterusnya adalah sangat kritikal bagi pihak tentera untuk memandu negara melalui transisi politik dalam masa yang sama mengekalkan kuasa mereka. Proses pilihanraya kali pula ini agak kompleks berbanding tahun-tahun sebelum, dalam masa yang sama masih ada beberapa perkara yang masih kabur. Ini secara tidak langsung membuka peluang bagi tentera untuk melakukan modifikasi yang dirasakan sesuai. Sistem pilihanraya kali ini menggabungkan dua sistem. Untuk satu-satu undi itu diterima, pengundi perlu memilih satu parti dari kertas undi parti dan dua calon dari kertas undi calon bebas. Masih tidak jelas bagaimanakah pihak tentera memastikan maklumat ini sampai kepada setiap pengundi, lebih-lebih lagi apabila peratusan buta huruf agak tinggi di Mesir. Dilaporkan terdapat aduan pengundi tidak dapat mengetahui parti milik calon-calon yang bertanding. Apa pun, untuk tentera mengekalkan kuasa mereka secara langsung ataupun tidak langsung, tentera memerlukan parlimen yang mana boleh bekerjasama dengan tentera. Bagaimanakah bentuk parlimen yang baru ini masih menjadi tanda tanya bagi semua orang. Saya berpendapat keadaan Mesir tidak akan berubah dengan drastik selepas pilihanraya. Rejim pemerintahan tidak akan bertukar (sekurang-kurangnya dalam masa terdekat) sekalipun selepas Pilihanraya Presiden. Namun, pilihanraya ini tetap membawa sinar harapan bagi Mesir. Saya agak positif Ikhwan Muslimin juga berpandangan sedemikian berdasarkan keputusan mereka untuk menjadi majoriti tetapi bukan dominan. Mereka juga tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon Presiden. Tindakan ini menunjukkan mereka meletakkan pertukaran rejim negara (atau ideologi) sebagai sasaran jangka masa panjang. Secara berperingkat, mereka membina kekuatan untuk membanteras kebatilan. Saya melihat perkara ini meletakkan Ikhwan sebagai satu-satunya gerakan yang mana tentera boleh bekerjasama. Pihak tentera tiada pilihan memandangkan gerakan dan parti-parti lain agak radikal kerana menuntut pertukaran rejim secara total dalam masa terdekat. Terutamanya mereka yang merusuh di Medan Tahrir dua minggu lepas. Namun, jika tentera meletakkan Ikhwan sebagai peneraju untuk mengekalkan kuasa tentera secara langsung ataupun tidak langsung, tindakan ini seolah-olah bermain dengan api yang akan membakarnya satu hari nanti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/6821-perang-psikologi-tentera-mesir
Tahniah buat rakyat Maghribi dan Mesir |
Mumtaz Md Nawi |
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat Allah Rabbul Jalil. Selawat dan salam atas junjungan mulia, Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda serta doa kesejahteraan buat para pimpinan dan para pejuang Islam seluruh dunia. Ketika dan saat ini kita sama-sama meraikan satu detik bersejarah dalam rakaman perjuangan Islam di abad ini. Dua negara mencatat pembaharuan, demokrasi dibuka dan hasilnya rakyat memilih untuk mengangkat wakil-wakil rakyat dari Gerakan Islam. Cahaya terang dari kerlipan bintang-bintang di langit tanpa awan menyerikan malam di Semenanjung Tanah Arab yang sekian lama malap. Dewan Muslimat PAS Pusat (Muslimat PAS), para pejuang dan para ibu serta isteri dan anak-anak perempuan di Malaysia yang telah sekian lama menangisi pemergian dan pengorbanan anggota pendokong Gerakan Islam seluruh dunia yang mencintai keamanan dan kesejahteraan dunia akhirat. Betapa sebelum ini kita dikelirukan oleh media dan oleh orang yang tidak mengenali Islam. Akhirnya yang hak tetap terbentang yang batil pasti akan tumbang. Betapa ramai penganut Islam sendiri tidak yakin dengan kemampuan pemimpin Islam untuk mengurustadbir negara sebaik Umar al Khattab dan Umar bin Abdul Aziz sedangkan keduanya adalah pemimpin ulung dunia. Kita yakin akan kecemerlangan dan keadilan Nabi Muhammad SAW tetapi kita gagal meyakinkan rakyat bahawa Islam telah mempunyai Kod Etika Pemerintahan yang lengkap untuk diikuti oleh Ulama’ dan Umara’ sepanjang zaman. Muslimat PAS percaya bahawa keyakinan dan kebangkitan rakyat ini mesti dirai dan disambut, ditangani dan disantuni agar mereka tahu ini adalah pilihan terbaik mereka. Kita para wanita bukan hanya akan membantu para lelaki dan suami kita serta ayah kita menang dalam Pilihan Raya tetapi kita akan terus memelihara amanah ini dengan membantu mereka mentadbir negara. Pengalaman kita sebagai pengurus rumahtangga dan pelaksana misi dan visi Gerakan Islam sejak sekian lama akan kita pergunakan dan garap sepenuhnya untuk wadah kali ini. Kebangkitan rakyat di Mesir tercetus dengan suara Asma’ Mahfouz. Kami juga yakin di Maghribi juga punya Asma’ yang sama hebat dan kami juga berharap di Malaysia juga akan bangkit Asma’-Asma’ yang akan memimpin rakyat bangkit membuat perubahan. Sesungguhnya Asma’ binti Abu Bakar lah yang dipilih Allah dan Rasul dalam hijrah Nabi SAW ke Madinah. Bersempena Muharram 1433H, ini moga semangat kekentalan dan kebijaksanaan Asma’ akan menyinari setiap susuk mental, fizikal dan hati budi wanita seluruh dunia, di samping isteri, anak-anak pejuang serta rakyat yang sedar dan prihatin dengan hak hatta nasib mereka. Muslimat PAS sangat terharu dan berbangga melihat wanita bertudung dan berjubah malah yang berpurdah bangkit seiring lelaki sebagai pengundi dan pemimpin dalam ruang lingkup yang adil untuk kita menyuarakan pandangan dan menegakkan hak dibumi Arab. Moga kerlipan cahaya ini akan menyuntik dan membakar semangat Islam dan kesejahteraan seantero dunia dalam masa yang singkat. Kita tidak akan meninggalkan rakan wanita dan rakyat kita yang belum Islam yang telah bersama menyokong perjuangan kita dalam Pilihan Raya ini kerana hidayah dan taufik itu milik mutlak Allah Azzawajalla. Ini kerana perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan Islam tidak mengenal bulu dan warna kulit. Kalau dulu kita berkongsi duka dan doa, kini insya Allah kita akan berkongsi suka dan cerita berbekalkan doa menghadapi mehnah kemenangan. Sesungguhnya akhawat, mengekal dan menjamin kemenangan tidak semudah kita menggapai kemenangan buat kali pertama. Kemenangan terancang maka pentadbiran dan pengurusan negara dan organisasi juga harus kaya dengan seni dan politik yang penuh hikmah dan kesederhanaan berteraskan Al Quran, Sunnah, Ilmu dan Kematangan. Tahniah Berjuta Tahniah! Selamat datang ke dunia penuh eksperimen dalam menterjemahkan Kod Etika Pengurusan dan Pentadbiran Islam. Muslimat PAS percaya dan yakin dengan kelembutan hatta ketabahan wanita Maghribi dan Mesir kita akan berjaya mencorak Maghribi dan Mesir baru alaf ini atas “Titian Mustaqim” yang telah lama rakyat idamkan. Semua amanah dan ujian kemenangan ini akan menjadi asset dan modal kita menjadi penghuni syurga dan kalau kematian yang mendahului kita, insya Allah kita akan pergi sebagai para syuhada’. Kami beristighfar dan mohon doa dari semua agar kami dan kita semua juga berupaya mengharungi dan memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) di Malaysia yang sudah tidak lama lagi. Moga segala tipu helah dan strategi serta dakyah pihak lawan akan dapat ditangani dengan sebaiknya. Kami menghargai sokongan dan dokongan semua. Maka dengan segala kerendahan hati dan usaha pimpinan, jentera dan penyokong seluruh negara sejak sekian lama, marilah kita bertawakkal kepadaNya ketika telah tersemat di dada dan di jiwa bahawa PRU13 kali ini kita akan benamkan terus kedzaliman dan kebiadaban Regim UMNO Barisan Nasional. Kita akan keluarkan rakyat daripada Kegelapan Kedzaliman kepada Cahaya dan Keimanan. Insya Allah. Tahniah alfun Mabruk dan Salam Hijratul Rasul SAW (1433H) dari Malaysia buat semua di seluruh dunia. MUMTAZ MD NAWI Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/6890-tahniah-buat-rakyat-maghribi-dan-mesir
Gamis ucap tahniah kepada FJP, rakyat Mesir |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengucapkan tahniah dan syabas kepada sayap politik Ikhwan Muslimin, Freedom and Justice Party (FJP) atas kemenangan dalam pusingan pertama Pilihanraya Dewan Rakyat Mesir. Naib presidennya, Mohd Eikhwan M Ali berkata, jumlah 36.6% yang diperoleh FJP daripada 9.7 juta undi yang sah, diikuti oleh An-Nour Party sebanyak 24.4%, menunjukkan sokongan majoriti rakyat Mesir terhadap perjuangan kumpulan Islam untuk menegakkan Islam di negara tersebut. Tambahnya, tindakan rakyat Mesir itu adalah hasil daripada kesedaran dan semangat untuk menjaga dan memelihara dasar-dasar Islam dan menyokong dasar Islam dalam perlembagaan Mesir seperti yang dinyatakan dalam Article 2 (Constitutional Declaration 2011) Islam is the religion of the state, and the Arabic language is its official language. The principles of Islamic law are the chief source of legislation. “Tahniah kepada rakyat Mesir yang memberi penghormatan kepada perlembagaan negara untuk menjunjung tinggi kemuliaan Islam. Doa kami, semoga Allah merahmati kalian,” ujarnya dalam satu kenyataan. PRU 13 Menurutnya, meneliti perkembangan politik Mesir dan dalam berhadapan dengan PRU 13, Gamis ingin menegaskan kesedaran rakyat bahawa kepimpinan negara mesti diterajui oleh pemimpin yang amanah dan dengan nilai kebebebasan dan keadilan, adalah menjadi asas kepada perubahan yang akan berlaku dalam masyarakat. Katanya, perubahan tidak akan berlaku tanpa kesedaran itu sementara parti yang bertanding janganlah sesekali menjual prinsip perjuangan mereka demi mendapatkan restu dan kuasa yang singkat. Beliau menambah, nilai amanah, adil dan benar adalah asas dan dasar yang harus dipertahankan, bertindak ‘sesuka hati’ atas nama demokrasi dan kebebasan akan merosakkan masa depan agama, bangsa dan negara. Katanya lagi, serangan pemikiran ke atas generasi muda, dengan menyebarluaskan kefahaman hak individu sebagai satu yang sacred, tanpa adanya pengaruh agama di dalamnya, terus dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. “Justeru, generasi muda ini, harus dibangun dengan penguasaan ilmu dan kefahaman beragama, supaya lahir generasi muda yang mempunyai nilai jati diri dan iman yang tinggi, bukannya dicandu dengan hiburan yang melalaikan dan gaya hidup yang merosakkan,” ujarnya. Beliau menambah, dakwah dan kebebasan untuk menyebarkan fikrah Islam adalah prasyarat kepada kemenangan Islam. Katanya, kuasa semata-mata tanpa ada dokongan masyarakat dan ummah tidak akan membawa kuasa itu kemana-mana. Kerana itu, ujarnya penguasaan ke atas jiwa dan minda masyarakat harus dilakukan dengan agenda dakwah dan amar maaruf nahi munkar, bukannya atas nama ‘isu’ yang bersifat sementara. “Kami mendoakan semoga Allah SWT menganugerahkan kemenangan kepada FJP dalam Pilihanraya Dewan Rakyat, Pilihanraya Dewan Negara dan Pilihanraya Presiden yang akan terus berlangsung itu. “Kami juga mendoakan, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan petunjuk kepada umat Islam di Mesir, dan juga Malaysia, bagi mengharungi hari-hari penentu yang akan menyerlahkan keamanan, kebebasan dan keadilan, yang didasari agama Islam,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6898-gamis-ucap-tahniah-kepada-fjp-rakyat-mesir
Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel |
Mohd Rashidi Hassan |
"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth. Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama. Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir. Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel. Dalam ucapannya kepada Knesset (Parlimen Israel) bulan lepas, Netanyahu berkata, "Pada bulan Februari, apabila berjuta rakyat Mesir berdemontrasi di Kaherah, ada kalangan pemimpin Israel yang berkata, kita akan menghadapi era liberalisasi dan progres." Kebimbangan Netanyahu itu ditegaskannya kerana beliau tahu bahawa kebanyakan rakyat Mesir tidak menerima kewujudan Israel, dengan perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic yang begitu subur di negara Arab itu. Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas diktator Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat Mesir. Kebimbangan Israel bukan hanya setakat perkembangan di Mesir sahaja. Mereka terpaksa menganalisis dengan terperinci kebangkitan Islam di Tunisia, Libya dan Maghribi, di mana, satu persata ketua-ketua negara Arab yang lunak dengan mereka tumbang. Keputusan rasmi PRU peringkat pertama Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (PJF) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan. Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas PJF dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan). PJF akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012. Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam. Isu undang-undang Islam, hudud,pelancongan, kebebasan berpakaian, isu kebebasan agama, hubungan luar dan ekonomi cuba diapi-apikan didalam sekmen bincang politik saluran-saluran media. Akan tetapi, semuanya dapat dijelaskan dengan baik oleh wakil-wakil parti seterusnya menyakinkan pengundi untuk terus menyokong mereka membentuk kerajaan. Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama PJF. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. PJF juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti. Pecahan 112 kerusi yang dimenangi secara berkumpulan seperti berikut: - Parti al-Huriyyah wal Adalah, 44 kerusi - Parti an-Nur Assalafi, 27 kerusi - Kerusi berbaki dikongsi oleh 8 parti lain seperti; o Parti Alwafd o Parti Almisriyyin Alahrar o Parti Aladl o Parti Attajammuk o Parti Misr alQaumy o Parti Alhuriyyah o Parti Almuwaten Almisry o Parti Misry Alhurrah 56 kerusi Individu seperti berikut: - Parti al-Huriyyah wal Adalah 36 kerusi - Parti an-Nur Assalafi 6 kerusi - Parti Alwafd satu kerusi - Parti Almisriyyin Alahrar satu kerusi - Parti Aladl satu kerusi - Parti Attajammuk satu kerusi - Parti Misr alQaumy satu kerusi - Parti Alhuriyyah satu kerusi - Parti Almuwaten Almisry satu kerusi - Calon bebas 5 kerusi - (2 kerusi masih menuggu untuk dipertandingkan semula ) Fakta PRU Mesir peringkat pertama - Melibatkan 9 buah Negeri dari 27 buah negeri ( Kaherah, Port Said, Dumyat, Bahr Alahmar, Assuit, Kafr Syiekh, Alfoyyoum, Luxor dan Iskandariah ) - Mewakili 13.5 juta pengundi - Mempetaruhkan sebanyak 166 kerusi parlimen ( 2/3 atau 112 kerusi berkumpulan & 1/3 atau 56 kerusi individu ). - 2 kerusi daerah pertama di Kaherah dibatalkan dan akan diadakan pilihan raya semula. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mohd-rashidi-hasana/7001-kemenangan-besar-ikhwan-menggerunkan-amerika-israel
Wanita Mesir berarak, kecam tentera biadab |
Harakahdaily |
KAHERAH, 24 Dis: Lebih 10,000 wanita Mesir turun ke jalanan sebagai membantah tindakan biadap dan kejam tentera terhadap wanita dalam satu insiden bantahan minggu lalu. Laporan agensi berita AP menyebut, mereka berarak ke kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang memerintah Mesir supaya meletak jawatan. Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Perarakan itu sebagai menunjukkan kemarahan kaum wanita di negara itu terhadap satu insiden yang membabitkan sekumpulan askar yang menarik rambut para pembantah wanita, memijak-mijak mereka dan menanggalkan pakaian salah seorang daripada mereka dalam satu bantahan minggu lalu. Protes dramatik itu bertambah besar awal semalam sedang para wanita itu berarak dari Dataran Tahrir ke kawasan pusat bandar. Ia didorong oleh tersebarnya imej-imej yang menunjukkan penganiayaan terhadap para pembantah wanita minggu lalu. Ramai daripada pembantah wanita itu membawa gambar seorang wanita muda yang ditanggalkan pakaiannya oleh askar sehingga menampakkan pakaian dalamnya, sedang beliau bergelut dengan para penyerangnya. 'Tantawi telanjangkanlah wanita anda, mari ikut kami,' laung para pembantah itu kepada orang ramai, sambil merujuk kepada Fil Marsyal Hussein Tantawi, ketua majlis tentera yang telah memerintah Mesir sejak 11 Februari lalu selepas penggulingan bekas presidennya, Encik Hosni Mubarak. 'Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah,' laung para pembantah wanita itu lagi.
Semalam, gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin Malaysia turut menyatakan bantahan dengan menyerahkan satu memorandum ke pejabat Kedutaan Mesir.
Penyerahan memorandum itu disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Azlin Hezri, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah. Memorandum mengandungi empat tuntutan itu diterima wakil kedutaan, Yasser Hashem di bangunan kedutaan itu di Jalan Rhu persiaran Ampang Hilir di sini. Antara lain kandungan isi memorandum menyatakan desakan agar Ketua Tentera Mesir, Field Marshal Tantawi segera memohon maaf kepada wanita dan dua lelaki yang dipukul tersebut. Mereka juga mahu Field Marshal meletakkan jawatan tertinggi tentera itu secepat mungkin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7204-wanita-mesir-berarak-kecam-tentera-biadab
Perpaduan rakyat punca Ikhwan Muslimin menang
Aziz Muda, | 04 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 4 Jan: Ikhwan Muslimin Mesir secara jujur mengakui kemenangannya pada pemilihan Parlimen pertama negara itu yang diumumkan pada 21 Januari lalu bukanlah kerana kekuatan strategi yang disusun oleh pihaknya.
Malah, penyertaan Ikhwan dalam pilihanraya itu tanpa sebarang strategi dan hanyalah dengan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat pemilihan mengikut kehendak masing-masing
Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen berkata, kemenangan pihaknya pada pilihanraya itu jelas tercapai hasil perpaduan dan keinginan rakyat untuk bersama-sama menjatuhkan pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak.
Menurutnya, sebelum revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu, keseluruhan rakyat Mesir telah bersama-sama menzahirkan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak untuk digantikan dengan kerajaan lain yang lebih baik.
Katanya, dalam masa yang sama, rakyat Mesir ternyata lebih yakin dengan Ikhwan Muslimin untuk memimpin kerajaan baru yang diingini oleh mereka itu.
"Mereka sendiri lebih yakin dengan calon-calon Ikhwan Muslimin, sejajar dengan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh Ikhwan yang diyakini lebih baik berbanding parti-parti lain," katanya ketika ditemui Harakahdaily dan Harakah cetak, di sini, malam semalam.
Keputusan akhir pilihanraya Parlimen pertama Mesir yang diumumkan pada 21 Januari lalu menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.
Pilihanraya pertama yang diadakan setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak itu turut menepati ramalan beberapa pihak, apabila parti milik Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.
Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).
Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.
Media melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 54 peratus.
Dengan keputusan itu juga, FJP telah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.
Bagaimanapun, berdasarkan sistem pemilihan presiden di negara itu, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bukan dari parti yang memenangi pilihanraya itu.
Sebaliknya, pemilihan presiden akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti, setelah segala proses lain yang berkaitan dengannya diselesaikan.
Pemilihan Majlis Tertinggi Parlimen pula dijangka akan diadakan pada bulan ini dan selepas itu akan dipilih 100 anggota dari Majlis Tertinggi dan Majlis Rendah yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baru Mesir.
Pilihanraya Parlimen Mesir itu diadakan setelah kebangkitan rakyat yang turun ke jalan-jalan raya di negara itu sehingga berhasil menjatuhkan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu.
Warga Mesir memberikan suara dalam tiga tahap pilihanraya yang berlangsung selama enam minggu untuk memilih 498 anggota Majlis Rakyat (Parlimen), sementara 10 anggotanya diperuntukkan untuk Dewan Tertinggi Tentera yang kini memerintah negara itu untuk sementara waktu.
Menurut Gomaa, perkembangan yang berlaku di Mesir sekarang tidak memerlukan pihaknya menyusun strategi tertentu untuk menghadapi pilihanraya kerana rakyat negara itu sendiri sudah berhasrat untuk melakukan perubahan.
Katanya, sebelum dihalang oleh Kerajaan Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin memang pernah terlibat dalam pilihanraya di Mesir dan rakyat juga sudah tahu tentang dasar-dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam di negara itu.
"Jadi apabila revolusi rakyat tercetus, rakyat dengan sendirinya akan memilih parti Ikhwan Muslimin dan parti Islam kerana hanya parti Islam sahajalah yang diyakini mampu memberikan perubahan ke arah yang lebih baik seperti yang diingini oleh mereka sendiri," tegasnya.
Perlaksanaan sistem perundangan Islam
Dengan kemenangan itu, tambahnya, Ikhwan Muslimin pasti akan berusaha merealisasikan dasar-dasar perjuangannya di negara itu dengan perlaksanaan sistem perundangan Islam dalam pelbagai aspek.
"Pengasas Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Bana sendiri sememangnya meletakkan asas perjuangannya adalah untuk melaksanakan sistem perundangan Islam dan matlamat itu tetap akan diutamakan oleh para pemimpin Ikhwan Muslimin sepanjang masa.
"Dalam hubungan ini, kami akan bertindak berdasarkan keutamaan kerana perlaksanaan sistem perundangan Islam tidak hanya terhadap hukum hudud," katanya.
Sebaliknya, penekanan awal yang akan diberikan oleh pihaknya adalah terhadap pendekatan cara hidup rakyat dan bidang pendidikan agar selaras dengan kehendak Islam.
Setelah rakyat didedahkan dengan cara hidup yang betul seperti yang dikehendaki Islam dan pendidikan pula diterima secara menyeluruh, beliau yakin kesemua pihak pasti akan dapat melihat individu-individu Islam yang hebat dalam pelbagai aspek.
"Itulah yang akan diusahakan oleh Ikhwan Muslimin dan penekanan itu pula tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki, tetapi juga kepada kaum muslimah di Mesir," katanya.
Kemenangan dalam pilihanraya, ujarnya, adalah fasa pertama dari perjuangan Ikhwan Muslimin hasil penerimaan rakyat negara itu terhadap dasar-dasar perjuangannya.
"Fasa keduanya iaitu perlaksanaan sistem perundangan Islam dalam aspek-aspek lain pula akan dimulakan dengan penggubalan undang-undang pada persidangan Parlimen nanti," tegas beliau.
Kehadiran Gomaa ke negara ini atas undangan Majlis Penyelarasan Gerakan Islam Sedunia yang bersidang di Kuala Lumpur pada 31 Januari hingga 1 Februari lalu.

Pertemuan sekitar sejam dengan Harakahdaily bermula jam 9.30 malam itu turut dihadiri Mohd Faiz Nawi dari Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, manakala Wartawan Kanan Harakah Cetak, Zainuddin Hashim turut berperanan sebagai penterjemah.
Sumber HD : 4/02/2012
Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen menjelaskan, mengikut peraturan di negara itu, presiden yang akan dipilih nanti bukanlah dari parti yang menang dalam pilihanraya Parlimen.
Namun, menurutnya, sekiranya terdapat juga pencalonan dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan untuk jawatan presiden nanti, tindakan itu tidak pula dihalang oleh Ikhwan.
Katanya, sungguhpun begitu, pencalonan itu bukanlah atas nama Ikhwan, malah tiada sebarang kaitan dengan pertubuhan tersebut.
"Bagi Ikhwan Muslimin, itu semua bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura', manakala ketetapan yang telah dibuat pula tidak akan mencalonkan pemimpin atau ahli Ikhwan untuk menjadi presiden," katanya pada temubual eksklusif Harakahdaily dan Harakah cetak dengan beliau, di sini, malam kelmarin.
Sepanjang Mesir berada di bawah pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin dihalang dari terlibat dengan politik.
Bagaimanapun, setelah regim Hosni dijatuhkan oleh rakyat menerusi revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu dan pilihanraya Parlimen pertama diadakan, parti-parti beraliran Islam telah berjaya mencapai kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen negara itu.
Dengan perolehan yang menepati ramalan pelbagai pihak tetapi turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).
Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.
Media melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 54 peratus.
Dengan keputusan itu juga, FJP telah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.
Menurut Gomaa, penglibatan Ikhwan dalam politik di Mesir bukanlah untuk merebut jawatan presiden, tetapi untuk menguasai Parlimen bagi membolehkan pihaknya memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang yang selaras dengan kehendak Islam.
Katanya, meskipun parti-parti Islam lain bukanlah satu 'kapal' dengan Ikhwan, tetapi hubungan Ikhwan dengan parti-parti itu amat baik.
"Kesemua parti dan keseluruhan rakyat Mesir sendiri mempunyai tujuan yang sama, iaitu ingin menjatuhkan pemerintahan regim Hosni Mubarak bagi melakukan perubahan di Mesir," jelasnya.
Setelah berjaya menguasai Parlimen, tambahnya, Ikhwan Muslimin akan berusaha merealisasikan dasar-dasar perjuangannya dengan melaksanakan sistem perundangan Islam di Mesir.
Pada pertemuan yang turut dihadiri Mohd Faiz Nawi dari Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Wartawan Kanan Harakah cetak, Zainuddin Hashim yang turut berperanan sebagai penterjemah itu, beliau menjelaskan, walaupun begitu, Ikhwan Muslimin tetap tidak dapat mengelak dari menghadapi cabaran dan halangan bagi melaksanakan undang-undang Islam di negara itu.
"Cabaran dan halangan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu memang tetap ada dan itu semua sudah menjadi perkara biasa dalam perjuangan Islam.
"Perkara penting bagi Ikhwan, sekarang Ikhwan Muslimin dan perjuangannya telah diterima oleh rakyat Mesir. Jadi untuk melaksanakan perkara itu mestilah dibuat secara berperingkat-peringkat," tegasnya.
Peringkat pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya dengan mendidik rakyat agar memahami undang-undang Islam menerusi proses tarbiyah yang akan dilaksanakan secara berterusan.
Presiden Mesir: Ikhwan tidak calon pemimpin sendiri
Aziz Muda, | 06 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ikwan Muslimin Mesir tidak sekali-kali akan mencalonkan pemimpinnya untuk menjadi presiden baru di negara itu pada pemilihan presiden Jun ini.
Sebaliknya, pertubuhan tersebut tidak akan menyokong jika ada di antara pemimpin dan ahli-ahlinya dicalonkan bagi memegang jawatan presiden.
Sebaliknya, pertubuhan tersebut tidak akan menyokong jika ada di antara pemimpin dan ahli-ahlinya dicalonkan bagi memegang jawatan presiden.
Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Gomaa Ameen menjelaskan, mengikut peraturan di negara itu, presiden yang akan dipilih nanti bukanlah dari parti yang menang dalam pilihanraya Parlimen.
Namun, menurutnya, sekiranya terdapat juga pencalonan dari kalangan pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan untuk jawatan presiden nanti, tindakan itu tidak pula dihalang oleh Ikhwan.
Katanya, sungguhpun begitu, pencalonan itu bukanlah atas nama Ikhwan, malah tiada sebarang kaitan dengan pertubuhan tersebut.
"Bagi Ikhwan Muslimin, itu semua bergantung kepada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura', manakala ketetapan yang telah dibuat pula tidak akan mencalonkan pemimpin atau ahli Ikhwan untuk menjadi presiden," katanya pada temubual eksklusif Harakahdaily dan Harakah cetak dengan beliau, di sini, malam kelmarin.
Sepanjang Mesir berada di bawah pemerintahan kuku besi regim Hosni Mubarak, Ikhwan Muslimin dihalang dari terlibat dengan politik.
Bagaimanapun, setelah regim Hosni dijatuhkan oleh rakyat menerusi revolusi rakyat di Dataran Taharin pada 25 Januari tahun lalu dan pilihanraya Parlimen pertama diadakan, parti-parti beraliran Islam telah berjaya mencapai kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen negara itu.
Keputusan akhir pilihanraya itu yang diumumkan pada 21 Januari lalu menyaksikan Ikhwan Muslimin menerusi partinya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.
Dengan perolehan yang menepati ramalan pelbagai pihak tetapi turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).
Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.
Media melaporkan, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Mesir, Abdul Moez Ibrahim ketika mengumumkan keputusan itu menjelaskan, jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 54 peratus.
Dengan keputusan itu juga, FJP telah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.
Menurut Gomaa, penglibatan Ikhwan dalam politik di Mesir bukanlah untuk merebut jawatan presiden, tetapi untuk menguasai Parlimen bagi membolehkan pihaknya memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang yang selaras dengan kehendak Islam.
Katanya, meskipun parti-parti Islam lain bukanlah satu 'kapal' dengan Ikhwan, tetapi hubungan Ikhwan dengan parti-parti itu amat baik.
"Kesemua parti dan keseluruhan rakyat Mesir sendiri mempunyai tujuan yang sama, iaitu ingin menjatuhkan pemerintahan regim Hosni Mubarak bagi melakukan perubahan di Mesir," jelasnya.
Setelah berjaya menguasai Parlimen, tambahnya, Ikhwan Muslimin akan berusaha merealisasikan dasar-dasar perjuangannya dengan melaksanakan sistem perundangan Islam di Mesir.
Pada pertemuan yang turut dihadiri Mohd Faiz Nawi dari Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Wartawan Kanan Harakah cetak, Zainuddin Hashim yang turut berperanan sebagai penterjemah itu, beliau menjelaskan, walaupun begitu, Ikhwan Muslimin tetap tidak dapat mengelak dari menghadapi cabaran dan halangan bagi melaksanakan undang-undang Islam di negara itu.
"Cabaran dan halangan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu memang tetap ada dan itu semua sudah menjadi perkara biasa dalam perjuangan Islam.
"Perkara penting bagi Ikhwan, sekarang Ikhwan Muslimin dan perjuangannya telah diterima oleh rakyat Mesir. Jadi untuk melaksanakan perkara itu mestilah dibuat secara berperingkat-peringkat," tegasnya.
Peringkat pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya dengan mendidik rakyat agar memahami undang-undang Islam menerusi proses tarbiyah yang akan dilaksanakan secara berterusan.
Sumber HD : 6/02/2012
PAS sokong Ikhwan letak calon p'raya Presiden
Anis Nazri, | 02 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS menyokong penuh keputusan Ikhwan Muslimin meletakkan calonnya, Khayrat Syatir (gambar) bagi menghadapi pilihan raya Presiden Mesir, Mei ini.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata calon tersebut sememangnya layak diketengahkan Ikhwan Muslimin.
Menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah yang bijak, Syed Azman menegaskan ia bukan sahaja bertujuan untuk mengambil alih kuasa, sebaliknya bagi menyelamatkan revolusi rakyat yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, sebelum ini.
"Walaupun pada awalnya Ikhwan Muslimin tidak berhasrat meletakkan calonnya, oleh kerana perkembangan yang sedang berlaku di Mesir, Ikhwan Muslimin tiada pilihan bagi selamatkan revolusi rakyat Mesir," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, dengan adanya ancaman daripada kelompok tertentu, termasuk pengaruh asing yang dilihat cuba mengambil peluang untuk melakukan kekacauan, maka keputusan itu merupakan satu keputusan tepat.
"Yang penting, keputusan ini merupakan satu langkah penting bagi menyelamatkan masa depan Mesir yang masih 'terkepung' dengan tali barut, dan saki-baki para penyokong Hosni Mubarak yang cuba melakukan kekacauan pentadbiran Ikhwan Muslimin sejak revolusi rakyat, tahun lalu," tegas beliau lagi.
Walaupun Ikhwan menang dalam pilihan raya Parlimen, baru-baru ini, suasana Mesir selepas jatuhnya Hosni dan menuju kearah proses demokrasi, tidak menampakkan kelajuan yang diharapkan.
Kerajaan Peralihan pimpinan Dr Ganzuri sering menghadapi gangguan dari Majlis Tertinggi Tentera yang masih mencengkam, maka Ikhwan Muslimin dan Parlimen Mesir yang baru dipilih melihat bahawa Mesir tidak akan selamat.
Susulan keputusan meletakkan Khayrat sebagai calon presiden, Syed Azman berkata PAS mengalu-alukan calon tersebut selain mendoakan kemenangan ke atas Khayrat dan Ikhwan Muslimin pada pilihan raya Presiden yang akan diadakan 23 Mei ini.
Khayrat yang merupakan seorang jutawan memainkan pernan penting dalam menyelia pergerakan itu ketika peringkat peralihan selepas Hosni digulingkan.
Jika Khayrat yang pernah dipenjara sebelum Revolusi 25 Januari 2011 itu menang dalam pilihan raya tersebut, Ikhwan Muslimin akan mendominasi arena politik Mesir dan menuju ke arah perubahan yang diharapkan.
Sumber HD : 2/04/2012

Pencalonan Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin sebagai Presiden Mesir
Nasrudin Hassan, | 09 Apr 2012 |
1. Seluruh dunia dikejutkan dengan keputusan Ikhwan Muslimin secara rasmi meletakkan calon presidennya dalam pilihanraya akan datang dengan menamakan Ir Khairat Al Shater, Naib Mursyidul Amnya bagi calon Presiden Mesir 2012.
2. Setelah mengadakan mesyuarat tergempar sebanyak 3 kali pada akhir Mac lalu, akhirnya Majlis Syura Ikhwan Muslimin mencalonkan Ir Khairat Shater sebagai calon tatkala penamaan calon masih berbaki 7 hari lagi setelah dibuka 8 Mac lalu dan akan ditutup pada 8 April 2012.
3. Yang menariknya, pada mesyuarat kali pertama Majlis Syura Ikhwan Muslimin pada 16 Mac yang lalu, seramai 81 ahli menolak untuk Ikhwan Muslimin meletakkan calon Presiden. Hal ini kerana, mengikut ketetapan yang telah dipersetujui pada April 2011 yang lalu bahawa mereka tidak sama sekali akan mencalonkan mana-mana anggota mereka.
4. Manakala pada 27 Mac yang lalu, mesyuarat kali kedua bagi Majlis Syura seramai 61 orang pula tidak menyokong dan ia menunjukkan kemerosotan berbanding mesyuarat yang pertama. Baru-baru ini iaitu tanggal 31 Mac 2012, mereka bersidang sekali lagi bagi membincangkan perkara yang sama berdasarkan suasana dan waqi’e semasa dan dalam persidangan tersebut seramai 56 orang menyokong, manakala 52 lagi membantah daripada jumlah ahli yang hadir menyuarat seramai 108 ahli (keseluruhan Ahli Majlis Syura seramai 110 orang). Dua orang lagi ahli iaitu Dr. Sa’ad Katatni dan Dr. Essam ‘Iryan tidak hadir kerana menghadiri Persidangan Ahli Parlimen Dunia.
5. Antara mereka yang tidak bersetuju dengan pencalonan jawatan presiden tersebut adalah Dr. Helmy, Sayed Enzily dan Mohammed Mahdi Akef, bekas Mursyidul Am yang lalu akan tetapi kesemuanya berlapang dada dan thiqah terhadap keputusan yang telah dipersetujui tersebut.
6. Sumber mengesahkan bahawa, antara sebab Ikhwan Muslimin terpaksa menamakan calon daripada mereka adalah kerana melihat kepada kerajaan sementara dan tentera seolah-olah tidak mematuhi segala perkara yang telah diputuskan oleh Parlimen,satu-satunya institusi yang dipilih oleh rakyat ketika ini dan juga tidak menghormati kehendak rakyat iaitu supaya kerajaan awam diserahkan kepada rakyat, bukannya diperintah oleh tentera.
7. Sebelum daripada itu juga, Ikhwan Muslimin telah mengadakan rundingan dengan beberapa calon Islamik yang lain iaitu Syeikh Hazim Solah Abu Ismail, Abdul Mun’iem Abul Futouh dan Dr.Salim al-Awwa untuk berbincang berkenaan pencalonan Presiden akan tetapi Ikhwan Muslimin melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mereka terpaksa menamakan juga calon daripada mereka dan kesemua calon tersebut kurang menepati kriteria yang dikehendaki oleh mereka untuk membolehkan mereka membuat ketetapan menyokong mana-mana calon tersebut.
8. Terkini, sehari sebelum penamaan calon ditutup, Ikhwan Muslimin dan parti politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memutuskan mencalonkan Presiden parti itu, Dr.Mohammad Mursi sebagai “calon simpanan” bagi jawatan Presiden jika sebarang kemungkinan berlaku kepada Khairat Shater. Ini kerana Shater sebelum ini berhadapan dengan tuduhan yang direkacipta oleh mahkamah tentera di zaman Mubarak yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. Beliau baru dibebaskan setelah berlaku Revolusi 25 Januari dan kesnya masih belum selesai dan sedang diusahakan oleh para peguamnya untuk digugurkan.
9. Walau bagaimanapun, kes beliau itu hanya sebagai tuduhan yang dicipta dan Lajnah Undang-Undang Ikhwan Muslimin dan FJP telah bersepakat kondisi Shater sekarang selamat dan tidak mempunyai apa-apa masalah dari sudut perundangan kerana kesnya sekarang hanya bersifat teknikal untuk digugurkan.
10. Walau bagaimanapun, Ikhwan dan FJP melihat pihak Majlis Tentera sendiri yang cuba mengotorkan proses Pilihanraya Presiden. Hingga kini, terdapat empat nama mereka yang pro-Mubarak telah disahkan bertanding. Mereka ialah bekas Naib Presiden dan juga Ketua Perisikan di zaman Mubarak, Omar Suleiman, bekas Perdana Menteri Mubarak, Ahmed Syafiq, bekas Ketua Liga Arab ‘Amr Mousa dan Mansour Hasan.
11. Berikut jadual perjalanan Pilihanraya Presiden Mesir 2012 seperti yang diumumkan:
8 April: Pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup tepat jam 12 tengah hari
9 April: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir (JPPM) akan umumkan calon yang diterima borang
10 dan 11 April: Tempoh mengemukakan sebarang bantahan terhadap calon bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. JPPM akan mengadakan perbincangan berkaitan bantahan yang dikemukakan.
16 April: JPPM mengumumkan keputusan bagi bantahan-bantahan yang diterima
26 April: JPPM akan mengumumkan calon yang sah bertanding
30 April: Tempoh kempen bermula dan tempohnya hanya 21 hari
11 hingga 17 Mei: 7 hari masa diberikan bagi rakyat Mesir di luar negara mengundi
20 Mei: Tempoh berkempen tamat
23 dan 24 Mei: Rakyat Mesir dalam negara membuang undi
30 Mei: Pusingan ulangan dan tempoh berkempen dibuka semula selama 15 hari
3 hingga 9 Jun: Selama 7 hari lagi rakyat di luar negara membuang undi
15 Jun: Tempoh berkempen tamat pada tepat jam 12 tengah hari
16 dan 17 Jun: Rakyat dalam negara mengundi buat pusingan kedua
18 Jun: Pengiraan undi dijalankan
19 Jun: JPPM membuka sebarang bantahan terhadap proses pilihanraya
21 Jun: Keputusan penuh dijangka diumumkan
30 Jun: Presiden baru mengangkat sumpah jawatan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Sumber HD : 9/04/2012

No comments:
Post a Comment