Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu' |
Nazri Abdullah |
SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'. Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih. "Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. "Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin. Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP. Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam. "Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. "Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi. Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6854-biarlah-pas-diperkuda-dari-umno-diperlembu
Pidato Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=HtUlAYSYihc
Sasterawan negara seru lakukan 'regime change' |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib ketika Perhimpunan Agung Umno lalu. Malah menurutnya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik. "Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil. “Kita mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar ‘game change’," katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam. Seruan itu dibuat sebagai tanda kecewa dan protes terhadap tindakan kerajaan Umno BN yang telah meluluskan RUU itu pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu. Katanya, tindakan yang cuba menghalang hak rakyat itu tidak wajar dibiarkan dan rakyat perlu membuat perubahan dengan merubah kerajaan yang ada. “Kalau ini dibiarkan, masyarakat akan jadi masyarakat yang takut, tidak berani bagi fikiran, dan terus di bawah jajahan," katanya. Najib dalam ucapannya di perhimpunan parti itu sebelum ini memberi peringatan kepada seluruh anggotanya agar besedia menghadapi perubahan permainan politik (game changer) jika mahu terus releven untuk PRU-13. Peringatan itu dilihat sebagai satu kebimbangan Umno berdepan segala perubahan khususnya di kalangan anak muda yang sekarang ini boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai. |
http://www.bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6849-sasterawan-negara-seru-lakukan-regime-change
Umno ibarat 'kereta tiada brek' |
Hazayani Zakaria |
SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT. Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi. Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh. "Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu. "Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi. Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah. Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya. "Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain. "Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada. "Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah. "Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya. "Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir. Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu. Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6855-umno-ibarat-kereta-tiada-brek
Pidato al Mursyidul Am PAS : http://www.youtube.com/watch?v=sQzQvYoMlWI
Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya? |
Nazri Abdullah |
SHAH ALAM, 5 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang Melayu agar tidak tertipu dengan janji palsu Umno yang kononnya mahu membela Melayu. Bercakap pada program Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati di sini malam tadi, ketua pembangkang itu juga berkata, sudah lebih lima dekad Umno BN diberi peluang memerintah negara, namun nasib orang Melayu tidak pernah terbela malah harta orang Melayu yang tergadai. "Datang perhimpunan jerit nak bela Melayu. Melayu mana nak dibela, Melayu mana nak diselamatkan, Melayu kaya, Melayu pemimpin Umno? "Mereka tak layak diselamatkan, mereka perlu dihumban dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan kira-kira 10 ribu hadirin. Menurutnya, laungan membela Melayu oleh pemimpin Umno hanya sekadar slogan demi mempertahaan survival pemimpin parti itu untuk terus mendapat kuasa. "Nak percaya pertahan Melayu? "Kalau betul nak pertahan Melayu, mereka tidak akan biar tanah-tanah Melayu dirampas. Kg Baru satu-satunya tanah Melayu di Kuala Lumpur, itu pun nak serah kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru. "Tanah Felda ratusan ribu hektar, serah kepada (Pengerusi Felda Tan Sri) Isa Samad," jelasnya lagi. Mengulas perhimpunan agung Umno lalu juga, Anwar mendakwa Umno gagal memahami semangat hijrah Rasulullah s.a.w. yang meninggalkan fahaman perkauman sempit dan mengambil fahaman yang lebih universal. Dari pemimpin hingga kepada ahli biasa Umno, kesemuanya kata Anwar masih tegar dengan perkauman sempit mereka. "Pergi haji, pakai ihram, tetapi masih balik dengan perkauman keras, angkuh, zalim dan rompak harta rakyat," katanya sambil berkata tidak menujukan kata-kata itu pada sesiapa. Pertahan Selangor tawan Putrajaya Dalam pada itu Anwar turut memberi peringatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja akan mempertahan Selangor malah akan berusaha untuk menguasai Putrajaya menjelang PRU-13 nanti. "Najib kata nak rampas Selangor. Saya nak jawab, boleh mimpi nak tawan Selangor, tapi kami insyaAllah sampai Putrajaya. "Dalam pilihan raya kita ada dua, satu PR satu BN, satu madu satu racun. "Racun di tangan kirimu... BN, madu ditangan kananmu...PR," katanya dalam nada menyanyi lagu Madu dan Racun yang dipopularkan penyanyi Jamal Mirdad. Turut hadir dan berucap pada program malam tadi adalah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6861-melayu-mana-umno-nak-bela-melayu-kaya
Pidato DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=9jCa8Y0S4pg
YB Sdr Lim Kit Siang - Penasihat DAP
Pidato di Rapat Rakyat pada 4/12/2011 : http://www.youtube.com/tvpas09#p/u/3/XObLWPIQcOo
Pakatan tak pernah bincang penyertaan Kita |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 11 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan soal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk menyertai gabungan itu. Malah katanya, sehingga sekarang belum ada sebarang permohonan dari Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Beliau juga menjelaskan, segala keputusan penyertaan parti Kita itu perlu melalui pembincangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. "Perkara ini baru saya ketahui walaupun ia telah disiarkan di dalam akhbar, tapi apa yang ingin dinyatakan sehingga sekarang kita belum menerima apa-apa permohonan dari Presiden Kita. "Setiap apa jua keputusan setelah permohonan diterima kita akan membincangkan pada peringkat tertinggi Pakatan Rakyat," jelasnya pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan di Kompleks PKNS hari ini. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menambah buat masa sekarang tidak ada sebarang jawapan dapat diberikan terhadap dakwaan itu. "Secara dasarnya kita tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana ia perlu diputuskan oleh peringkat tertinggi. "Banyak perkara yang perlu dinilai kembali sewaktu beliau keluar dari Keadilan dan sepanjang beliau berada di dalam Kita," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. Tambahnya Pakatan Rakyat mempunyai dasar bersama dan setiap dasar perlu dipersetujui oleh Kita jika mereka mahu menyertai Pakatan Rakyat. Sebelum itu Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataannya bahawa parti itu tidak akan meletakkan mana-mana calon bertanding dalam PRU 13 dan bersedia menyokong Pakatan Rakyat. Sokongan itu menurutnya ekoran tidak sehaluan dengan dasar Barisan Nasional sejak akhir-akhir ini yang membangkitkan isu perkauman dan menghina parti-parti dalam Pakatan Rakyat. |
'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun. Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun. Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012. Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan. Katanya, kesangsian itu mempunyai asas yang cukup kuat kerana tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Ventures. "Rekod buruk Felda Global Ventures itu sendiri pun sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik. "Syarikat itu telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah," katanya ketika dihubungi. Ketua Eksekutif syarikat itu pula, menurut beliau, pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd. "Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, Ketua Eksekutif syarikat itu akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan Sime Darby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008 lalu," jelasnya. Sehingga kini, tambahnya, Felda Global Ventures hanya memiliki 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian. "Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar tanahnya kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda dengan tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Razak," ujarnya. Di peringkat ini, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi perlu meneruskan segala perancangan yang telah dibuat ke arah penyenaraian itu, sebaliknya perlu dengan telus memberikan penjelasan yang lengkap kenapa Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab diarahkan untuk mengambil cuti belajar selama lapan bulan? "Sebelum ini, semasa Datuk Dzulkifli sedang melakukan umrah, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permodalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," katanya. Beliau difahamkan tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk memungkinkan Isa mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi. Ia juga, tambahnya, untuk menutup mata kakitangan Felda yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55 peratus dalam saham Felda Holdings Bhd. "Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat Felda susut kepada 30 peratus sahaja dan baki 70 peratus lagi ditawarkan kepada pelabur luar," jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7095-durian-runtuh-hanya-sekali-rugi-rm2b-setahun-
PR puas hati dengan Khalid, DAP mahu MB tak timbul |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan yang disebarluaskan oleh pihak tertentu bahawa DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu. “Kita melihat ini sebagai satu usaha terdesak Umno khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini. Hadir sama ialah Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Persoalan jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya. “Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya. “Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara,” ujar Dr Rani lagi. Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah ‘dipenjarakan’ dalam imej parti bukan Melayu oleh Umno sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini. (Dr Rani bersama Teresa dan Khalid Samad dalam sidang media Pakatan Selangor hari ini) Jelasnya, Umno mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR. Beliau yang juga Adun Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang ‘dipenjarakan’ oleh Umno. Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia. PAS dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh Umno yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR. DAP, ujarnya akan dituduh gila kuasa dan PAS serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa. “Walaupun inilah apa yang sering dilakukan Umno, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu,” ujarnya. Justeru, beliau berharap semoga rakyat diselamatkan daripada politik perkauman sempit yang diperjuangkan Umno BN. “Semoga rakyat memahami bahawa politik sedemikian hanya pembohongan Umno BN untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7135-pr-puas-hati-dengan-khalid-dap-mahu-mb-tak-timbul
Pemuda sanjung kepercayaan Pakatan kepada PAS |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13.
“Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negara ini. Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat. Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti.
“Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13. Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka. Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13. Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti. “Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak. “Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih,” ujarnya. |
Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri. Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. “Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara. “Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. “Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman. “Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim. |
Terus menangi hati rakyat untuk ke Putrajaya
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Rakyat tidak akan memberi peluang kepada Barisan Nasional dan Umno untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang dengan pelbagai isu yang membebani parti itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin,
Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Ketika merasmikan bilik gerakan JDM Sungai Mulia bagi Parlimen Wangsa Maju, malam tadi, Tan menegaskan keputusan mahkamah memutuskan Ketua Umum PKR, datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah juga akan menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
"Banyak isu yang dihadapi Barisan Nasional yang rakyat tidak mampu terima. Malahan baru-baru ini keputusan mahkamah yang mendapati Anwar tidak bersalah juga akan menambah sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," katanya yang juga Penyelaras PKR Wangsa Maju di hadapan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.
Tambah beliau, anggota PKR dan Pakatan Rakyat harus bekerja dengan kuat untuk memenangi hati rakyat supaya sokongan itu berterusan hingga pilihan raya.
"Kita harus bekerja dengan kuat, kita harus menyampaikan mesej kepada rakyat, dan terus memenangi hati rakyat untuk kita tawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang," kata bekas timbalan menteri itu lagi.
Sumber HD : 12/01/2012

PAS Titiwangsa santuni masyarakat Tionghua
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Kawasan Titiwangsa berjaya menganjurkan sumbangan kepada masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Orang Ramai, Projek Perumahan Rakyat, Desa Rejang, Setapak, kelmarin.
Majlis bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Nur Raihan Abdul Aziz, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
Seramai 150 orang penerima sumbangan dari kalangan lelaki dan perempuan masyarakat Tionghua Desa Rejang hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Raihan dalam ucapan perasmian menekankan persoalan kesamaan hidup masyarakat di Malaysia antara setiap kaum.
Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan bangsa, perasaan hormat menghormati perlu disemai supaya semua pihak dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.
Beliau juga menambah bahawa budaya masyarakat hari ini menolak semangat perkauman sempit yang cuba ditiupkan oleh sesetengah pihak.
Baginya, usaha itu merupakan suatu usaha yang sia-sia memandangkan masyarakat di negara ini memahami dan bertoleransi antara semua kaum. Justeru, katanya setiap kaum berhak merayakan hari-hari kebesaran kaum dan bangsa mereka.
Majlis itu diakhiri dengan serahan sumbangan kepada semua penerima yang hadir dan disampaikan oleh Raihan Abdul Aziz.
Setiap penerima menerima sumbangan berupa beras 5 kilogram, wang tunai, kad raya, serta beberapa biji buah limau.
Selain itu, 50 kanak-kanak Tionghua turut menerima sumbangan angpau di majlis tersebut.
PAS Titiwangsa mengharapkan majlis sumbangan itu mampu memberikan keceriaan kepada warga Tionghua khususnya dari PPR Desa Rejang dalam merayakan Sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 Januari 2012.
Rentetan dari itu, PAS Titiwangsa akan turut mengedarkan sumbangan buah limau dan kad raya Cina kepada warga Tionghua di kawasan Taman Maluri pada 21 Januari 2012 bermula jam 9.00 pagi.
Untuk edaran ini, PAS Titiwangsa telah menyiapkan 10,000 biji limau serta kad raya untuk diedarkan kepada masyarakat Tionghua.
Majlis itu menandakan keprihatinan PAS Titiwangsa terhadap semua kaum di kawasan Parlimen Titiwangsa dan semoga kaum Tionghua dapat merayakan Sambutan Tahun Baru dengan penuh kemeriahan.
Sumber HD : 17/01/2012

Pakatan lebih mampu tadbir pusat jika diberi mandat
Harakahdaily, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib yang mengatakan negara ini akan bankrap masih tidak bersahut, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
“Nampaknya pemimpin Umno hanya berani di gelanggang sendiri tanpa lawan, tetapi pengecut untuk berdebat secara ilmiah mengenai masa depan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Mengulas Konvensyen PR kali ketiga yang sudah selesai pada 14 Januari lalu di StadiumSultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, beliau berkata ia merupakan satu lonjakan kepada PR untuk menghadapi PRU akan datang bagi menawan Putrajaya.
Menurutnya, usaha BN untuk melihat PR berpecah gagal, malahan hubungan PR semakin akrab.
Katanya, pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.
Beliau menambah, ia bukan retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara.
“Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri, walaupun dengan kekangan kewangan, maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat,” katanya lagi.
Ini, katanya kerana hasil petroleum, bijih, getah, sawit, mutiara, balak, cukai, air, emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.
Tambahnya, lebih menggerunkan apabila komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari.
Tujuannya, kata beliau ialah supaya rakyat tidak perlu menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini.
“Sebenarnya sebahagian besar 10 perkara sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang,” katanya.
Contohnya, kata beliau lagi pemberian RM500 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru Kafa daripada RM1,000 kepada RM1,300.
Menurutnya, walaupun tidak RM500, sekurang-kurang sebagai permulaan.
Selain itu, katanya wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor di samping memulangkan konsesi air kepada rakyat.
“Perkara ini sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan,” katanya.
Jelasnya lagi, PR sudah beriltizam jika diberi mandat untuk memerintah negara, keesokan hari harga minyak akan diturunkan.
“Dalam masa dua minggu tarif elektrik akan diturunkan, dalam masa 100 hari tol akan dihapuskan,” katanya.

Tiada parti dominan dalam Pakatan Rakyat
Aziz Muda, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dalam Pakatan Rakyat tiada parti yang dominan, sebaliknya yang dominan adalah prinsip bersama pakatan itu sendiri iaitu keadilan dan ketelusan.
Dakwaan yang mengatakan PAS atau PKR atau DAP yang akan menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat jika pakatan itu mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 akan datang ternyata tidak berasas dan hanya putar belit.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat ternyata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana dalam BN sememangnya terdapat salah satu parti yang dominan iaitu Umno.
Menurutnya, manakala dalam Pakatan Rakyat tidak sedemikian, sebaliknya kesemua parti yang terdapat dalam gabungan itu mempunyai peranan masing-masing bagi merealisasikan prinsip tersebut.
Katanya, perbezaan tersebut sememangnya telah begitu jelas dalam Pakatan Rakyat dan ia tidak mempunyai sebarang asas untuk diputarbelitkan oleh para pemimpin Umno BN.
"Sekiranya perkara itu ditimbulkan oleh para pemimpin Umno BN, ia ternyata sengaja diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai kerana ia ternyata tidak berasas," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia berkata, masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.
“PAS akan memerintah. PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa," katanya seperti yang dilaporkan media hari ini.
Beliau menegaskan, ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut.
Menurut Mujahid, dakwaan Chua itu ternyata propaganda murahan MCA bagi menghalang masyarakat Cina menyokong DAP atau Pakatan Rakyat, tetapi ia sememangnya gagal untuk menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap Pakatan Rakyat.
"Sebaliknya, masyarakat Cina di negara ini sendiri sudah sekian lama faham perkara itu, malah mereka juga amat faham dengan perbezaan antara DAP dan MCA itu sendiri," tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, perbezaan antara DAP dan MCA adalah kerana DAP merupakan parti yang berprinsip, iaitu berjuang bagi keadilan dan ketelusan, dan itulah yang menyebabkan DAP boleh bergabung dalam Pakatan Rakyat yang juga berjuang atas prinsip yang sama.
"MCA pula adalah parti yang tiada prinsip. Itulah sebabnya MCA hanya menurut sahaja segala arahan Umno yang menjadi parti dominan dalam BN.
"Jika MCA ada prinsip dah lama parti itu keluar dari BN disebabkan dalam BN sememangnya terdapat parti yang menjadi parti dominan iaitu Umno, manakala parti-parti lain hanya terpaksa menurut sahaja kemahuan Umno walaupun terpaksa mengenepikan kepentingannya," tegas beliau.
Sumber HD : 25/01/2012

Chua Soi Lek semakin kelakar, kata Mahfuz
Abdul Aziz Mustafa, | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar melihat percubaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) untuk menakut-nakutkan kaum Cina terhadap PAS sebagai usaha terdesak yang sangat kelakar.
"Dr Chua nampak benar sudah hilang akal untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap partinya sehingga tidak teragak-agak membuat dakwaan yang meletakkan beliau sebagai badut dan pak lawak politik.
"Beliau membutakan matanya kepada hakikat yang terbukti dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini yang menunjukkan orang-orang Cina begitu takutkan Umno dan enggan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana takut kepada Umno yang sudah tidak ada ubat lagi dirasuk perkauman," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Dalam temubual Malaysian Insider dengannya yang disiarkan semalam, pemimpin MCA yang pernah menggemparkan negara dengan video lucah itu mendakwa, sokongan kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.
Mahfuz (gambar) menasihatkan Dr Chua jangan berbohong kalaupun benar amat terdesak untuk menyelamatkan partinya dari terkubur di kalangan masyarakat Cina.
"Pembohongan Dr Chua sama dengan pembohongan Umno yang mendakwa sokongan kepada PAS akan membuka jalan kepada DAP untuk berkuasa.
"MCA mendakwa PAS akan berkuasa, Umno pula mendakwa DAP akan berkuasa. Nampak benar kedua-duanya berbohong," kata Mahfuz.
Beliau menasihatkan Dr Chua pergi berkursus politik dengan Presiden MCA sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat.
"Tidak seperti Dr Chua, Ong bercakap menggunakan akal," kata Mahfuz.
Ketika serangan terhadap negara Islam dan PAS menjadi tema utama kempen Dr Chua, dalam temubual dengan Malaysiakini sebelum ini, Ong berterus-terang menyatakan, rakyat lebih bimbangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding isu negara Islam.
Sambil menggambarkannya sebagai modal lapuk sejak sebelum 1990 lagi, bagi Ong, MCA tidak akan akan mendapat apa-apa keuntungan dengan tindakannya memainkan isu negara Islam.
Kepada bekas Menteri Pengangkutan itu, sesetengah orang melihat isu yang dibawa MCA itu sengaja diada-adakan dan dibesar-besarkan sedangkan tidak diketahui perkara itu akan dilaksanakan atau tidak.
Tetapi, kata Ong, "rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang memang kita rasai".
Sumber HD : 26/01/2012

Fokus PRU13, jangan sibuk cabut kemuncup
Zulkifli Sulong, | 05 Feb 2012 |
KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang untuk PAS menang amat besar.
"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.
"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu.
Beliau bersama 80 ahli rombongan sedang dalam siri konvoi penerangan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya ke-13.
Hari ini adalah hari kedua jelajah selepas mereka berada sehari suntuk di Kelantan semalam.
Esok konvoi yang diketuai Tuan Ibrahim ini akan ke Pahang pula selepas selesai program di Terengganu hari.
Program konvoi ini akan bersambung balik hujung minggu depan ke selatan pula bermula dengan Negeri Sembilan dikuti Melaka dan Johor.
Turut serta dalam sessi taklimat hari ini adalah semua AJK Penerangan PAS peringkat negeri dan kawasan.
Turut menyertai konvoi adalah Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki, AJK, Nuridah Salleh, Drs Khalil Idham Lim dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Tuan Ibrahim mengaku ada sebahagian jentera PAS tidak fokus dengan membincangkan isu-isu dalaman yang sebenarnya bukan isu termasuk isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali.
Untuk kepentingan jamaah, katanya, PAS kena fokus untuk menang dalam pilihan raya ini kerana pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang.
Menurut beliau, orang Cina berdasarkan servey sekarang sudah 83 peratus menyokong Pakatan Rakyat.
Oleh itu, katanya, peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam pilihan rayam
Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu
Ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.
"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim.
Selain taklimat, rombongan juga menyertai pelbagai program dari kuliah Subuh, hi tea, perlawanan bola, kuliah Maghrib dan ceramah umum.
Sumber HD : 5/02/2012
KUALA LUMPUR, 5 Feb: Pihak polis digesa bertindak adil dan profesional dengan tidak memihak kepada parti dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menangani setiap kejadian dalam masyarakat.
Suasana dalam masyarakat kita sekarang amat merbahaya kerana pihak yang berlawan dengan Pakatan Rakyat ternyata cenderung menggunakan tindakan-tindakan provokatif yang melampau, sehingga mengancam nyawa para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, perkembangan yang tidak sihat itu jika tidak ditangani dengan baik dari sekarang pasti akan lebih menyukarkan lagi pihak polis untuk menanganinya pada masa akan datang.
Menurutnya, kesemua kejadian yang berlaku itu pasti telah diketahui oleh pihak polis kerana ia telah dilaporkan oleh pihak-pihak berkenaan untuk tindakan pihak berkuasa.
Katanya, namun sehingga kini masih juga tidak terdapat tindakan yang sewajarnya dari pihak polis dengan menangkap dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
"Pada hal, kesemua insiden itu amat serius. Contohnya pada 3 Februari lalu, dua buah kereta dan rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad telah dibakar yang jelas bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa Dzulkefly dan keluarganya.
"Apakah mekanism polis untuk menyiasat dan menyelesaikan kes itu? Apakah pihak polis tak tahu kecenderungan penggunaan provokatif yang melampau dari pihak yang terbabit itu dalam hal ini?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.40 pagi ketika Dzulkefly dan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.
Akibat kejadian itu, dua buah kereta kepunyaan Dzulkefly terbakar dan tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti di Johor Bahru pula turut hangus terbakar.
Dzulkefli yang sedang nyenyak tidur terkejut mendengar letupan kuat akibat kebakaran keretanya dan ketika api sedang membakar, beliau sempat mengejutkan seluruh anggota keluarganya untuk keluar dari pintu belakang bagi menyelamatkan diri.
Menurut Mazlan, sebelum itu beberapa kejadian lain telah berlaku, termasuk letupan bom di kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan pada 9 Januari lalu.
Katanya, sebelum itu, turut berlaku kejadian-kejadian provokatif melampau lain dari pihak tertentu yang membabitkan pembakaran surau dan gereja di negara ini, di samping tindakan membaling babi ke dalam kawasan serta ke dalam surau dan masjid.
"Sekarang juga sudah sering terjadi rumah-rumah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibaling dengan cat merah serta ancaman ugutan bunuh ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat.
"Manakala ceramah-ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diganggu dan diceroboh sehingga mencederakan orang awam," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan, kesemua kes tersebut jelas menunjukkan penggunaan provokatif yang amat keras dari pihak-pihak terbabit yang sepatutnya disiasat dengan segera dengan terperinci oleh pihak polis.
"Tetapi sehingga sekarang masih juga tidak dilakukan tangkapan oleh pihak polis ke atas mereka yang terbabit, malah perkembangan penyiasatan pihak polis mengenai kejadian-kejadian itu amat mengecewakan," tegasnya.
Sebelum ini, tambahnya, penggunaan provokatif melampau seperti itu berlaku di luar negara dan mereka yang terbabit akan menggunakan mafia dan genstar untuk menjayakan perancangan jahat mereka itu.
"Kini, di negara kita juga sudah berlaku tindakan ganas seperti itu. Ini semua mula berlaku selepas PRU Ke-12 pada tahun 2008 lalu setelah Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai," katanya.
Kesemua tindakan tersebut, tegas beliau, jelas menunjukkan perkembangan yang tidak sihat terhadap politik di tanah air yang amat perlu dihentikan dan ditangani dengan baik oleh pihak polis.
"Sedangkan di negara-negara maju tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya, perkembangan politik mereka berlaku dengan baik. Mereka menghadapi persaingan yang sihat, dengan menggunakan pendekatan hujah, intelektual serta tawaran alternatif kepada rakyat," ujarnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan kesemua kejadian itu tidak dilakukan oleh orang biasa, sebaliknya didalangi pemimpin-pemimpin tertentu di negara ini.
Sehubungan itu, beliau bagi pihak PAS berhajat untuk menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pada 8 Februari ini di Bukit Aman bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan penyiasatan pihak polis mengenai kesemua kes tersebut, di samping keberkesanan tugas pihak polis dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan negara.
"Dalam pertemuan itu, saya akan mendesak pihak polis agar menggunakan pendekatan yang betul dalam beberapa aspek termasuk mempercepatkan tindakan dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," tegas beliau.
Sumber HD : 5/02/2012
Sumber HD : 20/02/2012

Provokatif: PAS gesa polis bertindak adil, profesional
Aziz Muda, | 05 Feb 2012 |

Politik perkauman hanya merenggang perpaduan
Ahmad Danial, | 20 Feb 2012 |
ALOR GAJAH, 20 Feb: Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata ianya juga bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah bercanggah dengan tamadun manusia.
"PAS tidak pernah berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi kita berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam yang mana Islam akan menyelamatkan semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India.
"Perjuangan perkauman sempit (hanya) akan merenggangkan perpaduan dan menyebabkan negara berada di jurang yang bahaya," katanya ketika berceramah di pekan Kuala Sungai Baru di sini malam semalam.
Menurut Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, politik perkauman itu bagaimanapun menjadi senjata BN khususnya Umno, MCA dan MIC untuk mendapatkan sokongan kaum masing-masing.
Katanya, Umno sering mendakwa kononnya orang Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah ekoran DAP akan menguasai pemerintahan negara dan akan membentuk negara republik.
"Bila bertemu orang Melaku mereka kata jangan sokong PAS nanti DAP akan menang dan perintah Malaysia, PAS kuda tunggangan DAP. MCA bertemu orang Cina (pula) dia kata, jangan sokong DAP kerana DAP kuda tunggangan PAS dan kalau PAS menang Malaysia jadi negara Islam"
"Jadi mana satu yang benar ini, sekali PAS kuda tunggangan DAP, pada masa lain kata DAP kuda tunggangan PAS," soal Nizar.
Cabar Umno
Dalam pada itu, bekas menteri besar Perak itu turut mencabar Umno menggunakan nama Melayu mereka 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dan bukan lagi nama Inggeris 'United Malays National Organisation' atau Umno.
Menurut Nizar, ianya penting jika benar Umno mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan sekaligus mahu memperjuangkan ketuanan Melayu.
"Orang Umno sendiri yang sudah berpuluh tahun menyertai Umno tidak tahu nama melayu Umno kerana pemimpin mereka tidak suka nama itu digunakan, kalau nama pun nama orang putih macam mana hendak diharapkan untuk memperjuangkan Melayu" katanya.
Ceramah malam semalam itu diadakan sempena program jelajah Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka.
Turur berceramah pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Melaka itu ialah Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bachang, Lim Jak Wong dan Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Melaka, Wahab Ibrahim.

PAS yakin Malaysia bawah Pakatan lebih baik
Salmiyah Harun, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: PAS yakin Pakatan Rakyat akan menjadi sebuah kerajaan pusat yang baik, adil dan telus jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, lima negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 berjaya menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbiran yang baik.
Katanya, Pakatan Rakyat mempunyai rekod yang baik di negeri-negeri yang diperintahnya sudah tentu pentadbiran negara akan lebih baik jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Kita yakin kalau kita menang di pusat, negeri yang kita tadbir lebih berupaya sebab tidak akan berlaku lagi sekatan kepada negeri-negeri sebagaimana kerajaan Umno BN buat pada hari ini," katanya.
Hatta menegaskan PAS tidak sekali-kali menganaktirikan negeri misalnya dalam pembahagian royalti minyak akan diagihkan sebagaimana yang dituntut oleh perjanjian walaupun mungkin masih ada lagi negeri yang diperintah oleh BN.
Mengulas tsunami 8 Mac 2008 empat tahun yang lalu, Hatta berharap pilihan raya akan datang nanti akan memberi kejayaan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.
Justeru katanya, PAS telah menggerakkan jentera pilihan raya dari awal memandangkan jangkaan pilihan raya pada bulan Mac.
"Untuk negeri kita sudah gerakkan aktiviti mendekati rakyat juga dijalankan, ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah berjalan lancar,"katanya.
Apa yang membimbangkan beliau, daftar pemilih yang meragukan masih terus memerlukan penelitian selanjutnya.
Pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, dilihat Dr Hatta sebagai petunjuk yang kuat bahawa pilihan raya semakin hampir.
Pembatalan SBPA diganti Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54 tidak mengikut cadangan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs).
Bagaimanapun, Ceupacs sebelum ini mencadangkan kenaikan minimum untuk kumpulan itu adalah sebanyak RM700 sedangkan kenaikan baru 13 peratus itu tidak sampai pun RM300.
Sumber HD : 8/03/2012

Pakatan Rakyat kuat, rakyat dapat nikmat
Harakahdaily, | 09 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Selama ini, katanya pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga yang mana banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat.
Di samping itu, tambahnya berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati rakyat supaya menyokong BN dalam keadaannya tenat.
Menurutnya, antara faedah yang rakyat perolehi, terbaru kerajaan memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang selain memansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.
Di samping itu, katanya GST, saman ekor, cukai 6% pra bayar telefon, 1Care Malaysia telah ditangguhkan.
Begitu juga, ujarnya kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol juga tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU13 nanti.
“Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3,000. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion,” ujarnya.
Menurutnya lagi, begitu juga RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200 untuk pelajar universiti.
“Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 9/03/2012
(Imam Hoslan ketika bercakap dengan Harakahdaily sebelum ini)
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang menuntut Ketua Hakim Negara Tan Sri Ariffin Zakaria campurtangan dalam hukuman penjara setahun terhadap imam Hoslan Hussein yang melempar selipar ke arah hakim Mahkamah Rayuan.
Lim (bawah) berkata, tindakan itu wajar kerana insiden itu berlaku pada 22 Februari, lebih dua minggu sebelum beliau tiba-tiba dipanggil dan dihukum pada 8 Mac.
"Adakah Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria akan campur tangan terhadap hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan yang keras dan berlebihan terhadap imam Hoslan Hussein semalam kerana membaling kasut, meringankan hukuman demi belas ehsan?" tanya Lim sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Mahkamah Persekutuan semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah dengan melempar selipar ke arah panel hakim.
Pegawai alam sekitar yang mempunyai tujuh anak itu turut mendapat julukan 'imam BERSIH" kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu.
Ekoran hukuman ini, Pemuda dan Muslimat PAS berazam untuk membantu keluarga Hoslam yang ditinggalkan.
Hoslan mempunyai seorang isteri dan tujuh anak yang sedang membesar.
Sumber HD : 10/03/2012
Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.
Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umno adalah kekuatan paling tinggi!
Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.
Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu menyelamatkan survival Melayu. Jika Umno di dalam BN itu yang dianggap boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umno dalam BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.
Soal sama ada benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu di kala susah walaupun parti itu korup.
Jadi dengan mendedahkan keburukan Umno itu bukannya menjadi sebab lagi untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.
Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat, setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang persoalan ini, "Adakah Umno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS kuasai Dap atau sebaliknya?"
Rakyat mahu tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan dengan debat itu.
Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.
Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"
Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.
Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."
Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.

Kit Siang minta Ketua Hakim campur tangan kes Hoslan
Harakahdaily, | 10 Mac 2012 |

Melayu belum sedar MCA bodohkan Umno?
http://www.kedahlanie.info, | 12 Mac 2012 |
Di mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MCA. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"
Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.
Kalau benar MCA itu dikuasai Umno, maka pernahkah ahli-ahli Umno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah MCA masih diperbodohkan Umno jika benar Umno menunggang dan menguasai MCA itu?
Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.
Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.
Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umno adalah kekuatan paling tinggi!
Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.
Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu menyelamatkan survival Melayu. Jika Umno di dalam BN itu yang dianggap boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umno dalam BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.
Soal sama ada benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu di kala susah walaupun parti itu korup.
Jadi dengan mendedahkan keburukan Umno itu bukannya menjadi sebab lagi untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.
Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat, setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang persoalan ini, "Adakah Umno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS kuasai Dap atau sebaliknya?"
Rakyat mahu tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan dengan debat itu.
Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.
Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"
Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.
Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."
Lim tidak berkata bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap. Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini tidak menyekat agama lain juga.
Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.
Sumber HD : 12/03/2012
PAS yakin Wilayah kekal kubu kuat Pakatan Rakyat
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, | 02 Apr 2012 |
PAS Wilayah Persekutuan begitu optimis dan yakin bahawa pengundi-pengundi di Wilayah Persekutuan akan mengekalkan kemenangan besar Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur sebagaimana yang dicapai dalam PRU12 pada 2008 dan seterusnya mencipta kemenangan bersejarah di Parlimen Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang ini.
Momentum terkini menyaksikan bahawa rakyat di bandar dan juga di luar bandar secara konsisten menolak Umno dan Barisan Nasional yang dilihat semakin teruk diselubungi dengan najis rasuah, kronisme, penyelewengan duit rakyat secara mega dan penyalahgunaan kuasa yang melampau. Mood rakyat kekal membenci segala kezaliman dan ketidakadilan Umno BN walaupun rakyat ditabur dengan gula-gula pilihanraya dan projek segera menjelang PRU13 ini.
Masyarakat di bandar mempunyai akses kepada media baru dan kadar celik maklumat yang tinggi. Rakyat semakin bijak membuat perbandingan dan penilaian di antara kejayaan-kejayaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dari segi ekonomi, pelaburan, urus tadbir yang baik dan kebajikan yang diberikan kepada rakyat berbanding lakonan sandiwara pemimpin-pemimpin Umno BN yang semakin galak menjelang PRU13 ini.
Masyarakat di bandar tidak mudah ditipu dan digula-gulakan oleh Umno BN. Mereka menyaksikan bahawa Umno BN tidak pernah berubah meskipun kalah teruk, 10 daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dalam PRU12. Umno BN masih gagal menangani permasalahan besar warga kota meskipun memegang tampuk pemerintahan Negara sudah sekian lama.
Isu-isu seperti masalah pengangkutan awam yang semakin teruk, perumahan rakyat yang bercelaru, masalah pendatang asing yang memonopoli perniagaan dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lubuk mereka, golongan miskin bandar yang dipinggirkan dan masalah sosial yang semakin parah di kalangan generasi muda. Begitu juga dengan kebajikan penjawat-penjawat awam yang masih gagal diselesaikan dengan baik dan isu pemilikan hartanah warga kota yang semakin terancam.
Di kala media memaparkan perbelanjaan luar biasa dan pembaziran mega pemimpin-pemimpin tertinggi Umno dalam urusan keluarga dan peribadi mereka dengan menggunakan duit rakyat, penduduk-penduduk warga kota terus dihimpit dan dibebani dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan membebankan.
Kekayaan Negara tidak dikongsi dengan adil kepada rakyat dan hanya berlegar di kalangan pemimpin-pemimpin Umno BN sahaja. Semua ini disaksikan rakyat dan ia merupakan ramuan yang lengkap untuk penduduk warga kota menolak terus Umno BN dari lanskap politik di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya dan memilih Pakatan Rakyat yang terbukti mengutamakan hal-ehwal kebajikan rakyat bukannya diri sendiri dan kroni.
Umno juga gagal untuk menjaga hakmilik dan pegangan tanah orang-orang Melayu di kampung-kampung tradisi di sekitar Kuala Lumpur khususnya di Kampung Bharu yang merupakan satu-satunya pegangan tanah milik penuh orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.
Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini walaupun dibantah keras oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, dikhuatiri akan digunakan oleh Umno /BN sebagai mekanisme untuk mengambil tanah dan mengurangkan terus pemilikan tanah orang Melayu, kononnya atas nama pembangunan.
Begitu juga dengan pemilikan-pemilikan tanah rakyat di beberapa tempat lain di Wilayah Persekutuan yang dilihat semakin terancam di mana Kerajaan boleh pada bila-bila masa menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan undang-undang lain yang berkaitan untuk merampas tanah rakyat atas nama pembangunan.
PAS Wilayah Persekutuan yakin dengan perkembangan mutakhir ini dan momentum rakyat yang secara terang dan konsisten menolak Umno BN, maka Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kecermelangan sebagaimana PRU12 dan mencipta kemenangan bersejarah di 3 kerusi Parlimen yang dimenangai BN pada PRU 12 iaitu Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan.
PAS Wilayah Persekutuan akan menampilkan calon-calon yang bersih dari segala rasuah dan penyelewengan, berwibawa, disenangai rakyat dan professional. Pakej yang terbaik akan dipersembahkan kepada rakyat untuk penduduk warga kota memilih wakil yang dapat menyuarakan hak-hak mereka di Parlimen.
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Sumber HD : 2/04/2012
"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.

Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik
Nazri Abdullah, | 12 Apr 2012 |
NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.
Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.
"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.
"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam hal je," katanya kecewa.
Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.
Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.
Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.
"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.
Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.
"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.
"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam hal je," katanya kecewa.
Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.
Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.
Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.
"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.
"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.
Sumber HD : 12/04/2012
(Pimpinan PAS dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: PAS berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.
Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13.
"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Karpal Singh yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.
Beliau juga berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang harus diraikan.
"Kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain," katanya.
Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama PAS dalam pilihan raya ini.
Sumber HD : 13/05/2012
(Orang ramai berdemo bantah tol Batu Tiga dan Sungai Rasau)
SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat.
Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang.
Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
(Khalid Samad berucap kepada yang hadir)
"Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat.
"Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid.
Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi.
"Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka.
"Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut.
Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan.
Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang.
"Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai.
"Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi.
Sumber HD : 13/05/2012
Rai beza pendapat, fokus dasar bersama Pakatan
Hazayani Zakaria, | 13 Mei 2012 |

Antara perkara utama adalah kaji hapus tol
Muhammad Faizal, | 13 Mei 2012 |

Awas PR...Jerat sedang dan akan dipasang..
http://www.tranungkite.net, | 16 Mei 2012 |
Teringat pilihanraya tahun berapa, billboard di seluruh negara memaparkan insiden keganasan lokal.
Secara saikologinya dilihat pihak pembangkang adalah pembawa kemusnahan dan kekacauan. Semua media pula memainkan rentak lagu yang sama. Dalam PRU tersebut pembangkang kecundang.
Kini pilihanraya datang lagi.
Jika diteliti, dapat dihidu jerat provokasi mula dipasang secara terancang.
Semuanya bermula apabila Najib bersumpah akan "mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir".
Perhimpunan aman BERSIH 3.0 telah dimanipulasikan sehingga timbul skrip "keganasan" penentang kerajaan. Insiden kereta polis diterbalik diambil cantik dan dijadikan modal cerita yang diulang-ulang (mungkin menjadi poster billboard sempena PRU 13).
Yang mengejar polis pun polis juga.
Yang membaling polis pun polis juga.
Yang meloncat atas kereta polis pun dikatakan polis.
Berbagai insiden "keganasan" dirakam dan disebarkan.
BERSIH 3.0 cuba disabotaj agar menjadi senjata makan tuan.
Melihatkan "rasuah" bertopengkan transformasi menjadi-jadi, perancangan rapi SPR dengan serba satu dalih serta pertambahan pengundi ratusan ribu di Selangor dan juga episod provokasi terancang menggambarkan ada tindakan yang lebih besar yang sedang dirancang.
PR mesti peka, jangan leka dan kena sangat berhati-hati. Gelombang provokasi akan datang lagi dan lagi, mencabar kesabaran dan mentaliti.
Yang paling rumit jika PR dan penyokongnya tidak terlibat langsung dalam episod fitnah-fitnah politik BN.
Contoh:
BN memasang bendera dengan meriah dan megah berderetan. Tiba-tiba muncul "gerombolan" berbaju kuning berbendera DAP, PAS dan PKR datang merentap ganas membuang bendera-bendera BN sambil memaki hamun BN... semua dirakam dan diyoutubekan dan disebar dalam media.
BERSIH 4.0?
Pasti mendapat sambutan lebih besar tetapi risikonya lebih besar. skrip perangkap yang dirancang mesti lebih tragis. Mahunya ada polis yang dikambinghitam disembelih "wira" berbaju kuning.
Strategi mesti diubah.
Setiap negeri Pakatan mengadakan rally besar-besaran di stadium masing-masing. Padatkan Stadium Shah Alam sampai melimpah ruah. Sebarkan gambar-gambar di youtube, fb, blog, dan semua media yang ada. Panggil aljazeera dan semua media luar negara membuat liputan.
Gemakan serentak slogan-slogan gemuruh..satukan setiap pecinta keadilan dan kedamaian.
Satukan gema bunyi kompang, gendang Cina dan tabla India. Rakam dan rakam serta sebar dan sebar.
Dan ingatkan semua hadirin agar semua memberi sumbangan ke arah sebuah sejarah Malaysia Baru. Semua akan berkempen senyap-senyap, bergerak dengan satu tujuan.
Bersatu hati bekerja seperti anai-anai meruntuhkan sebuah rumah.
Jika kita cuba menjadi kala jengking, pasti hancur dipijak dan dilenyek.
Sumber HD : 16/05/2012

Ganti Majlis Peguam gimik Umno - Aziz Bari
Tarmizi Mohd Jam, | 18 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Umno-BN makin terdesak apabila membangkitkan isu penubuhan akademi undang-undang bagi menggantikan Majlis Peguam yang mencetuskan pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0.
Tegas pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, isu ini telah banyak kali dibangkitkan tetapi ia hanya menjadi gimik Umno sahaja.
"Mereka melihat badan seperti itu hanya sebagai satu lagi institusi untuk menempatkan para pengampu dan kroni Umno sama seperti kebanyakan agensi termasuk universiti dan IPTA", ujarnya.
Apa pun, tambah Aziz, institusi seperti akademi undang-undang mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu yang berbeza dengan fungsi Majlis Peguam.
"Majlis Peguam, sama seperti MMA dalam konteks doktor perubatan atau Lembaga Arkitek mempunyai peranan dan kuasa memantau profesyen berkenaan," katanya.
Beliau berasa hairan mengapa menteri-menteri Umno, termasuk yang berkelayakan sebagai peguam, boleh mengarut dan setuju dengan cadangan menubuhkan majlis peguam yang baru.
"Mungkin itu sebabnya mengapa menteri-menteri Umno yang berkelayakan sebagai peguam sering merepek dan bercakap tidak berdasarkan undang-undang," ujarnya sinis.
Bagi beliau, tidak perlu ada Majlis Peguam yang baru hanya kerana Umno-BN tidak senang dengan yang ada sekarang kerana isu ini bukan perkara baru.
"Ia telah berulang kali dibangkitkan oleh Umno, khususnya apabila Majlis Peguam mengambil pendirian yang tidak mereka sukai.
"Tetapi nanti apabila majlis mengeluarkan pendapat yang Umno suka parti itu akan berdiam diri dan isu itu akan mati begitu sahaja," tambah mantan profesor undang-undang UIAM itu.
Aziz berkata, Majlis Peguam bukanlah Badan Bukan Kerajaan atau NGO, sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan melalui akta parlimen.
Sumber HD : 18/05/2012

Potong gaji: Pakatan sedia ikut jejak Perancis
Salmiyah Harun, | 18 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat bersedia mengikut jejak langkah pimpinan baru Perancis, Francois Hollande yang mengarahkan Perdana menteri dan menterinya memotong 30 peratus gaji, apabila berjaya mengambil alih Putrajaya.
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak salah untuk pimpinan Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen kepada rakyat dengan memotong gaji mereka.
"Tidak ada masalah, sama ada kita potong beberapa peratus untuk menyatakan komitmen kita pada rakyat, bergantung pada keadaan pada waktu itu," katanya kepada Harakahdaily.
Malah, katanya, sikap pimpinan Pakatan Rakyat hari ini sudah membuktikan mereka mampu melaksanakan usaha, apabila menolak syor kerajaan menaikan gaji ahli parlimen.
"Bila Najib umum naikkan gaji wakil rakyat, kita di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menolak kenaikan itu pada masa ini kerana lebih utamakan bajet itu untuk rakyat," katanya.
Jelasnya, penolakan itu sebagai contoh kesungguhan Pakatan Rakyat apabila peruntukan kenaikan pangkat sebanyak RM30 juta dimanfaatkan untuk rakyat sebaiknya.
Mujahid turut menyokong usaha kerajaan pimpinan baru Perancis dari kerajaan Sosialis, Francois Hollande dalam mesyuarat pertamanya sebagai langkah untuk menangani ekonomi negaranya.
"Saya amat menyokong usaha itu. Kerajaan Perancis tunjuk contoh yang baik, mesyuarat pertama terus arah potong gaji.
"Inilah pemimpin yang kita suka, amat mulia seorang pemimpin melihat keperluan rakyat lebih diutamakan," katanya.
Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault sebelum itu berkata, agenda utama mesyuarat pertama kabinetnya adalah mengenai potongan gaji yang menjadi salah satu janji pilihan raya sekali gus menjadi contoh kepada Perancis.
Langkah itu, sebagai usaha menangani masalah hutang negara selain, bertujuan bagi menunjukkan perbezaan di antara gaji yang diterima Hollande dan bekas Presiden, Nicolas Sarkozy yang sebelum ini menerima pendapatan 19,000 euro (RM75,241) sebulan.

Najib hanya berani di gelanggang sendiri
Harakahdaily, | 30 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya berani berani bercakap melalui medium yang dikuasainya untuk mengutuk Pakatan Rakyat.
Timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sikap Najib yang mengutuk segala dasar dan tawaran Pakatan Rakyat dari belakang dan enggan berdepan dalam pentas debat untuk mendengar jawapan balas adalah sikap seorang penakut.
"Beliau bebas bercakap apabila tidak ada pihak yang mampu menjawab langsung hujah beliau di atas pentas tersebut manakala media pula dikawal beliau sepenuhnya.
"Beliau hanya lantang bersuara dalam gelanggang miliknya tetapi kecut apabila diajak berdebat satu lawan satu dengan musuh politik beliau," katanya.
Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataannya di media mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mencabar Najib berdebat untuk beliau menjawab segala tuduhan Najib secara berdepan dengan hujah dan fakta.
Tetapi sehingga kini, Najib terus mengelak dan tidak menjawab cabaran berdebat dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu.
"Jika benar tuduhan PM bahawa PR hanya janji populis, DPPWP mencabar PM supaya menerima pelawaan debat antara beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tuduhan beliau perlu dilemparkan di pentas berdebat dan juga peluang mendengar hujah balas daripada PR berkenaan tawaran mereka. Barulah rakyat kenal siapa yang retorik, populis dan siapa pula yang bersikap realistik," kata Suhaimi.
Sumber HD : 30/05/2012

Daftar: Pakatan Rakyat tunggu penjelasan ROS
Muhammad Faizal, | 13 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.
Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.
"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.
"Setelah itu senarai baru secara rasmi telah kita kemukakan kepada ROS, selepas itu mereka kata tidak boleh proses kerana nama permohonan terdahulu yang dipengerusikan oleh Zaid masih ada," katanya.
Jelasnya lagi, setelah jawapan tersebut sehingga sekarang ROS tidak membuat sebarang keputusan apa tindakan selanjutnya.
"Sekarang segala-galanya ada pada ROS mereka perlu jelaskan dan perkara ini perlu disegerakan.
"Kita telah penuhi segala kriteria yang telah ditetapkan yang melayakkan untuk diberi kelulusan tetapi ini tidak berlaku," sambungnya lagi.
Saifuddin menyatakan perkara itu telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penaja yang baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti maka permohonan baru akan dikemukakan.
"Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang.
"Inilah tindakan seterusnya yang kita akan lakukan, tetapi sekarang kita menunggu jawapan dari ROS terhadap permohonan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi.
Sumber HD : 13/06/2012

'Umno nak 'mengurat' PAS, kita jawab tak nak'
Nazri Abdullah, | 25 Jun 2012 |
MELAKA: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan sesekali termakan pujuk rayu Umno yang dilihat cuba 'mengurat' PAS apabila mereka kini dalam keadaan sangat lemah.
Sebaliknya, PAS akan tetap bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi berjuang menentang ketidakadilan yang dilakukan pemerintah negara ini.
Menurut beliau, walaupun Umno itu parti Melayu, tetapi PAS tetap menentangnya kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan mereka sejak 54 tahun memerintah.
"Walaupun Umno kata Melayu tak boleh tentang Melayu, tapi Islam ajar kita supaya menentang kezaliman walaupun datang dari kaum kita sendiri.
"Ajaran Melayu Umno, perangai hodoh tak apa, rasuah tak apa, atas nama orang Melayu, tetapi ajaran Islam tidak begitu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam tadi.
Lebih 3,000 hadir pada ceramah di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mengulas lanjut Mustafa yang mengambil pentas sebelum Mohamad berkata, Islam juga mengajar umatnya boleh bersama siapa sahaja demi menentang kemungkaran dan menegakkan keadilan.
"Sebab itu kita bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Kita menentang Umno sebab mereka tidak menegakkan keadilan sebagaimana di perintah Allah," katanya.
Umno kini katanya dalam keadaan sangat lemah dan terpaksa 'mengorat' PAS untuk mengembalikan sokongan kepada mereka atas nama parti orang Melayu.
Bagaimanapun tegasnya, PAS sudah matang dengan taktik dan perangai Umno itu dan sesekali tidak akan menjalin kerjasama politik dengan parti itu.
"Abg Mat (Mohamad Sabu) berapa kali dia kena ISA siapa buat, Umno yang buat.
"Kenapa Umno buat kepada orang Melayu, sebaba waktu nak ISA dia tak kira dah Melayu, tapi sekarang bila lemah sibuk cari PAS atas nama Melayu.
"Sebab itu walaupun ada usaha Umno nak mengorat kita, kita kata no!," tegasnya.
Dalam pada itu, mengulas kehadiran malam tadi, Mustafa menyifatkan ianya suatu kebangkitan rakyat Melaka yang sangat berbeza dari sebelumnya.
Sambutan luar biasa sejak kebelakangan ini katanya bukan sahaja memeningkan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Ali Rustam malah juga membimbangkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sumber HD : 25/06/2012
Pembahagian kerusi PR selesai - Anwar
Muhammad Yusri Amin, | 02 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.
Katanya, semua keputusan dibuat berasaskan kesefahaman bersama yang menjadi teras Pakatan Rakyat.
"Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian pada sidang media Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Bharu semalam sebagai mengulas perkembangan mutakhir menjelang PRU13 termasuk pengagihan kerusi.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.
“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Kita ada understanding di kalangan kita.
"Kita ada muafakat, dipersetujui bersama, dan kita pegang prinsip itulah,” katanya.
Tolak jawatankuasa royalti
Sementara itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengulangi pendiriannya menolak jawatankuasa pembayaran royalti yang ditubuhkan kerajaan pusat.
Menurutnya, penubuhan jawatankuasa kini menjadi trend pentadbiran Datuk Sri Najib Razak yang dilihat hanya sebagai meredakan kebangkitan rakyat.
Sedangkan katanya dalam isu royalti khususnya di Kelantan, ianya secara jelas telah temaktub dalam akta petroleum dan tidak perlu kepada jawatankuasa lagi.
“Saya tidak percaya (jawatankuasa) ini benar. Ini kerana undang-undang (mengenainya) jelas, akta (pun sudah) jelas. Kalau nak buat (membuat pembayaran royalti), buatlah.
"Datuk Seri Najib ni, dia tidak berani nak bantah. Nak sokong pun dia tidak berani. Jadi semuanya (buat) ‘jawatankuasa”, Jadi penuh jawatankuasa ini.
" (Jawatankuasa) yang baru nak buat ini, supaya melepasi tempoh pilihan raya dan kemudiannya jalan seperti biasa (tinggal takok lama)," katanya.
Sumber HD : 2/09/2012
KAJANG, 19 JAN: Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam membawa pulang pakar Malaysia yang kini bertugas di luar negara untuk berbakti di Malaysia berbanding Umno-BN.
Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR akan lebih berjaya berbanding dengan usaha Umno-BN yang kurang mendapat sambutan, kerana ia memberikan peluang kepada orang yang berkelayakan.
Pendekatan ini berbeza dengan Umno-BN kata Anwar, yang mengamalkan sikap mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak atau kerja dengan Kerajaan.
Anwar menjelaskan di dalam program ‘Dialog Bersama Anwar Ibrahim’ di sini, bahawa anak Malaysia perlu diberikan peluang dengan tawaran yang setimpal bagi membuktikan kebolehan mereka memacu perkembangan negara agar lebih kompetitif.
Tindakan ini juga sekaligus dapat meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran.
“Kita dahulunya (zaman Mahathir) terlalu taksub dengan pembangunan (fizikal) bukan dengan pembangunan perisian (software).
“Kita sepatutnya memberikan latihan daripada pakar-pakar seperti di India.
“Dengan keupayaan yang ada kita akan jemput balik rakyat yang berkhidmat di luar negara misalnya dua tiga individu (rakyat Malaysia) yang kita kenal dan berkhidmat di Carlifornia serta masih berhubung untuk latih rakyat Malaysia.
“Berikan mereka tawaran yang setimpal kita boleh baiki sistem,” katanya.
Anwar menambah, institusi Badan Kehakiman Negara perlu diperbaiki dan dikukuhkan supaya pelabur yakin untuk meletakkan duit mereka di Malaysia.
“Dasar persaingan pelaburan mesti kompetetif. Kerajaan perlu bersih.
“Pemulihan badan kehakiman mempunyai keupayaan dalam membawa pertumbuhan ekonomi,” ujar beliau lagi.
Dialog anjuran Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dihadiri hampir 300 individu dan bertempat di Hotel Oriental Crystal.
Hadirin diberikan ruang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Anwar mengenai dasar PR dan perkembangan semasa mengenai hala tuju negara.
Katanya, semua keputusan dibuat berasaskan kesefahaman bersama yang menjadi teras Pakatan Rakyat.
"Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai," katanya.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian pada sidang media Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Bharu semalam sebagai mengulas perkembangan mutakhir menjelang PRU13 termasuk pengagihan kerusi.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.
“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Kita ada understanding di kalangan kita.
"Kita ada muafakat, dipersetujui bersama, dan kita pegang prinsip itulah,” katanya.
Tolak jawatankuasa royalti
Sementara itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengulangi pendiriannya menolak jawatankuasa pembayaran royalti yang ditubuhkan kerajaan pusat.
Menurutnya, penubuhan jawatankuasa kini menjadi trend pentadbiran Datuk Sri Najib Razak yang dilihat hanya sebagai meredakan kebangkitan rakyat.
Sedangkan katanya dalam isu royalti khususnya di Kelantan, ianya secara jelas telah temaktub dalam akta petroleum dan tidak perlu kepada jawatankuasa lagi.
“Saya tidak percaya (jawatankuasa) ini benar. Ini kerana undang-undang (mengenainya) jelas, akta (pun sudah) jelas. Kalau nak buat (membuat pembayaran royalti), buatlah.
"Datuk Seri Najib ni, dia tidak berani nak bantah. Nak sokong pun dia tidak berani. Jadi semuanya (buat) ‘jawatankuasa”, Jadi penuh jawatankuasa ini.
" (Jawatankuasa) yang baru nak buat ini, supaya melepasi tempoh pilihan raya dan kemudiannya jalan seperti biasa (tinggal takok lama)," katanya.
Sumber HD : 2/09/2012
PR akan membawa pulang pakar Malaysia dari luar negara
http://bloglistpolitik.blogspot.com/, | 19 Jan 2013 |
Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR akan lebih berjaya berbanding dengan usaha Umno-BN yang kurang mendapat sambutan, kerana ia memberikan peluang kepada orang yang berkelayakan.
Pendekatan ini berbeza dengan Umno-BN kata Anwar, yang mengamalkan sikap mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak atau kerja dengan Kerajaan.
Anwar menjelaskan di dalam program ‘Dialog Bersama Anwar Ibrahim’ di sini, bahawa anak Malaysia perlu diberikan peluang dengan tawaran yang setimpal bagi membuktikan kebolehan mereka memacu perkembangan negara agar lebih kompetitif.
Tindakan ini juga sekaligus dapat meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran.
“Kita dahulunya (zaman Mahathir) terlalu taksub dengan pembangunan (fizikal) bukan dengan pembangunan perisian (software).
“Kita sepatutnya memberikan latihan daripada pakar-pakar seperti di India.
“Dengan keupayaan yang ada kita akan jemput balik rakyat yang berkhidmat di luar negara misalnya dua tiga individu (rakyat Malaysia) yang kita kenal dan berkhidmat di Carlifornia serta masih berhubung untuk latih rakyat Malaysia.
“Berikan mereka tawaran yang setimpal kita boleh baiki sistem,” katanya.
Anwar menambah, institusi Badan Kehakiman Negara perlu diperbaiki dan dikukuhkan supaya pelabur yakin untuk meletakkan duit mereka di Malaysia.
“Dasar persaingan pelaburan mesti kompetetif. Kerajaan perlu bersih.
“Pemulihan badan kehakiman mempunyai keupayaan dalam membawa pertumbuhan ekonomi,” ujar beliau lagi.
Dialog anjuran Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dihadiri hampir 300 individu dan bertempat di Hotel Oriental Crystal.
Hadirin diberikan ruang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Anwar mengenai dasar PR dan perkembangan semasa mengenai hala tuju negara.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment